Khamis, 22 Oktober 2009

PRU13 mungkin memihak BN?




Aidilfitri yang disambut selama sebulan di Malaysia sudahpun berlalu. Diharap ikatan silaturrahim sesama kita semakin tulus dan permohonan maaf yang mudah terucap dari bibir ke bibir menjernihkan lagi perhubungan.
Semoga cabaran kehidupan mampu ditempuh sebaiknya, berbekalkan latihan intensif di bulan Ramadan yang masih terasa syahdunya itu, insya Allah.
Pengajaran Bagan Pinang dan iktibar kekalahan masih diperkatakan. Begitu juga dengan perhimpunan Umno dan pergolakan politik semasa.
Bedah-siasat secara terperinci pastinya berjalan lancar, asalkan tiada tuding-menuding dan mahu meletakkan kesalahan ke bahu orang lain. Sikap berlapang dada menerima kritikan, teguran hatta kecaman di waktu kalah memang tidak mudah, namun ia amat dituntut.
Bersedia bermuhasabah dan mengkoreksi diri harus disusuli keberanian melakukan perubahan. Bukan pula bermakna Bagan Pinang bakal merombak segalanya, tetapi sementara masih ada peluang dan ruang, di kala pilihan raya umum agak jauh tempohnya lagi, renungilah kelemahan dan kealpaan, seterusnya bingkas mencari formula penyelesaian yang disepakati bersama.
Ketika Abdullah Ahmad Badawi menggantikan Dr Mahathir Mohamad, ramai yang meremehkannya. Abdullah dilihat tidak mempunyai personaliti sekuat Mahathir, mudah dipengaruhi, tidak tegas membuat keputusan, sukar melakukan perubahan, daya tumpuan dan imiginasinya terbatas, dan panjang lagi senarai kelemahannya. Pelbagai slogan yang diciptanya gagal untuk dimaknakan.
Beberapa tindakan awalnya, seperti usaha memerangi rasuah, dengan menyeret tokoh-tokoh ternama, termasuk menteri dan ahli korporat terkemuka ke mahkamah, juga diperkecilkan.
Gerakan pembangkang ketika itu masih tidak berubah temponya bila berdepan Abdullah, berbanding era Mahathir dulu, gaya serangan hampir sama. Tiba pilihan raya 2004, BN mencatat kemenangan paling bersejarah. Kelantan yang dilihat kebal hampir tumbang. Terengganu, yang baru sepenggal dikuasai PAS, luruh mudah.
Memang regim Abdullah hanya bermain retorik, intinya tetap sama, membusuk dan menanah denganrasuah, egois, rakus, pilih kasih dan lupa diri. Namun, masyarakat amat dahagakan pembaharuandan perubahan imej dari ‘zaman gelap’ Mahathir. Dengan penuh bergaya, Abdullah mengisi kekosongan itu, sedangkan prestasi kerja beliau dalam kabinet Mahathir tidaklah sehebat mana.
Apakah pandangan rakyat Malaysia begitu mudah dikelirukan atau Abdullah terlalu cekap mengatur langkah menambat hati rakyat? Bibit-bibit reformasi 1999 bagaikan dicantas. Umno-BN sendirimungkin terkejut, bagaimana dalam masa singkat, pengundi kembali semula kepadanya, sedangkan perubahan hanya kosmetik tipis. Tapi, bukankah politik itu dikuasai persepsi?
Sering saya ulangi, tsunami Mac 2008 cukup mengejutkan semua pihak, hampir tiada siapa menjangkakan hal itu. Pemimpin komponen BN di Semenanjung, terutama MIC, MCA dan Gerakan yang menimpa bencana, kehilangan punca.
Saya masih ingat keluhan seorang Adun Umno Selangor, yang cukup rapat dengan Dr Mohd Khir Toyo: “Lutfi, kau buatlah kajian mengapa pengundi India dan Cina tidak lagi sokong BN. Rasanya,macam di kawasan aku, masyarakat Cina langsung tidak menunjukkan protes, bila aku jamu makan semasa kempen, semua berduyun-duyun datang. Tapi bila tong undi dibuka, hampir lapan darisepuluh pengundi tidak memangkah BN sedangkan calon PAS tidak datang pun berkempen. Ajaib ni!”
Kini, apabila saya bimbang dengan rentak sokongan pengundi bukan Melayu - yang mungkin terikat dengan teori pendulum - bukanlah bermakna saya menjadikan kes Bagan Pinang sebagai satu-satunya rujukan. Bagan Pinang boleh saja dikatakan kes terasing, tapi saya lebih sukakita menggali iktibar untuk merencanakan gerak kerja lebih tersusun.
Kebimbangan saya lebih mendalam apabila ada pihak mendakwa kehadiran masyarakat bukan Melayu pada majlis rumah terbuka agak merosot berbanding tahun-tahun lalu, termasuk tahun sebelum pilihan raya umum 2008. Mungkin ia juga kes terasing, tetapi rasanyatidak salah untuk kita turut risau dan cuba menjejaki masalah sebenar, ‘kan?
Apabila Najib Razak menjanjikan perubahan dalam Umno, saya lebih suka untuk tidak memandang enteng. Ya, Najib juga seperti Abdullah, segalanya untuk menarik sokongan dan gimik, tetapi bukankah itu satu permainan politik yang lazim?
Majoriti rakyat mungkin melihatnya dari kacamata berbeza, dan mereka dengan mudah dapat dipengaruhi dengan imej-imej palsu itu. Jika faktor populariti Isa Samad berjaya di Bagan Pinang, tidak mustahil sosok Najib mampu meleraikan sokongan buat Pakatan.
Apatah lagi dalam pilihan raya umum ke-13 nanti, rakyat akan menghakimi dari dekat prestasi Pakatan, cerewet tentang calon-calon yang ditampilkannya, mengungkit janji manfesto yang mungkin belum dapat dilunasi, dan tidak puas hati dengan persefahaman sesama parti.
Saya pernah ditegur kerana membayangkan keputusan muram buat pembangkang pada 2004, lalu saya bersedia untuk dimarahi jika terpaksa menzahirkan rasa bimbang bahawa pusingan berikutnya (PRU13) mungkin memihak BN pula.
Cuma kerisauan ini dicetuskan lebih awal agar persiapan dapat dilipatgandakan. Tanggungjawab besar dipikul oleh kerajaan-kerajaan negeri Pakatan dan pemimpin utama pusat yang menjadi simbol dan lambang keupayaan kita untuk menerajui kerajaan persekutuan, bagi memungkinkan terlaksananya satu perubahan mendasar yang diimpikan semua. Tanpa mengambil alih kerajaan pusat, sekatan dan halangan akan terus bertindan-tindih.

Oleh AHMAD LUTFI OTHMAN

Tenggang Melayu - Si Katak Jahanam !!

Oleh : albanjari
Politik si katak. Dulu ! Ketika hayat politiknya hanya tinggal nyawa-nyawa ikan, hampir pupus, bukan main hebat lagi si berahim ini menjilat dan mencium apa saja yang Pakatan Rakyat buat, semuanya wangi bak kasturi. Sekarang ! Apabila dah dapat kuasa, bukan main lagi si berahim, sedar ker kamu, kamu menang dan menjadi YB dulu siapa yg mengundi kamu ?

Si katak ini tak sedar ke undi PAS yang jadikan dia sekarang ni Ahli Parlimen ? Jadi kalau nak berlagak lebih-lebih letak ajer jawatan tu dan bertanding atas tiket lain selain PAS. Baru kamu nak berlagak lebih pun orang tak kisah. Dulu diludahnya UMNO sekarang bukan main dibodeknya, dan dibawah kita layan hujah-hujah si Berahim ini, yang dikeluarkannya sebagai kenyataan balas terhadap desakan Tuan Guru Nik Aziz supaya Ibrahim Meletak Jawatan sebagai Ahli Parlimen Pasir Mas. Hujahnya :

TGNA itu 'barang lama'.
TGNA sudah terlalu lama bergelar wakil rakyat dan Menteri Besar. Beliau adalah ‘barang lama’ manakala naluri manusia pula sentiasa berkehendakkan sesuatu yang baru.

TGNA itu sudah 'nyanyuk'.
Beliau sudah nyanyuk kerana bercakap tanpa usul periksa apabila menerima maklumat selain melupakan jasa Ibrahim yang bekerjasama sewaktu kerajaan Pas Kelantan berada pada kedudukan getir.

TGNA kerap uzur, sedangkan kesihatan yang baik adalah syarat utama untuk menjadi ahli politik. TGNA tidak menumpukan kepada tugasnya sebagai Menteri Besar kerana asyik berceramah selain diperalat oleh beberapa individu di dalam Pas Kelantan. TGNA juga tidak cekap mentadbir dan jauh sekali mempunyai idea dan kreativiti yang amat diperlukan dalam era dunia tanpa sempadan.

TGNA kini menjadi alat kepada DAP walaupun parti itu secara terang-terangan menentang pelaksanaan negara Islam yang menjadi cita-cita Pas. TGNA juga menjadi alat kepada pakatan pembangkang untuk menghalalkan agenda memecahkan perpaduan umat Islam dan bangsa Melayu selain mempergunakan Islam untuk kepentingan politik.

Fitnah si katak lagi, terdapat ramai pemimpin PAS Kelantan dan pusat mahu beliau meletak jawatan cuma mereka tidak berani bersuara. Mempunyai sikap riak dan takbur kerana menganggap hanya beliau sahaja yang betul dari segi Islam sehingga sanggup menghukum bahawa ibadah orang yang tidak sehaluan dengannya tidak diterima Tuhan.

TGNA itu juga gagal mewujudkan peluang pekerjaan untuk rakyat Kelantan walaupun mempunyai kekuatan modal insan yang rajin bekerja selain kaya dengan hasil bumi, budaya mahupun kepelbagaian makanan.

Itu cakap-cakap sikatak. Apa kata kita pula untuk si katak jahanam ini ? Kelmarin saya terdengar cakap-cakap orang Umno ketika hadir solat jenazah di Kuala Kurau, cakap Umno itu,
..mereka berjuang untuk melayu dan oleh kerana melayu di Malaysia ini islam maka merekalah pejuang islam. Hidup melayu sama dengan hidup islam.." ?
Punya la tonggong, pejuang islam dan pejuang melayu pun tak boleh nak dibezakan ? Kesian Umno ni, bodoh sampai ke tua ! Kelak dah ada Dewan Ulama' Umno, tolongla pi buat 'tour' fahamkan ahli puak-puak tu tentang makna pejuang islam dan pejuang melayu tu macamana ?

(*) sumber hujah Ibrahim Ali itu dipetik dari blog [ di sini ]

Soi Lek: Kami tiada pilihan, terpaksa bersatu..!!! Kan dah kata drama bersiri..!!!



Walaupun kelihatan tenang dan sesekali menguntum senyuman sewaktu sidang akhbar, tetapi kenyataan bekas timbalan presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek membayangkan wujudnya rasa tidak puas hati berhubung pelan damai.

Dalam sidang akhbar petang tadi, musuh politiknya yang juga presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat mengumumkan bahawa mereka berdua telah mengenepi perbezaan mereka untuk menyatu dan memperkukuhkan MCA yang sedang dilanda krisis kepimpinan.

Duduk di sebelah presiden ialah Chua, timbalan presiden yang baru dilantik Datuk Seri Liow Tiong Lai dan pemimpin kanan MCA yang lain.

Hanya selepas didesak oleh jurugambar, Chua menjabat tangan dengan Ong.

Ditemui selepas sidang akhbar tersebut, bekas timbalan presiden itu membayangkan bahawa perkembangan terbaru itu bukanlah pilihannya.

"Demi kebaikan parti, kami tiada pilihan," katanya kepada pemberita.

"Pandangan saya ialah beliau (Ong) mendapat separuh sokongan dan saya pula mendapat lagi separuh sokongan. Jadi demi masa depan parti, maka kami perlu bekerjasama," tambahnya.

Chua berkata, beliau mengadakan tiga pertemuan dengan Ong sejak mesyuarat agung luar biasa (EGM) pada 10 Oktober lalu, di mana perwakilan menyokong usul tidak percaya terhadap Ong dan menolak usul menerimanya kembali sebagai timbalan presiden.

Menurut spekulasi pelan damai itu dipersetujui selepas kedua-dua pemimpin MCA yang bertelagah itu mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.Walaupun Ong dan Chua mengaku bertemu perdana menteri tetapi kedua-duanya menafikan mereka menerima tekanan dari Najib.

Nik Aziz cadang adakan Muktamar Khas bincang isu kepimpinan


Demi “tajdid” kita perlu buat Mesyuarat Agong Luarbiasa ini. Bila Mesyuarat Agong tak mahu tukar Presiden, misalnya maka tidak mengapalah. - NIK AZIZ

Oleh TUAN GURU NIK AZIZ NIK MAT

Jarang sekali hati saya menjadi tidak sedap sepanjang melibatkan diri dalam kepimpinan Islam. Hati saya pernah bergolak di zaman bekas Presiden PAS yang mahsyur iaitu di zaman Allahyarham Dato’ Haji Mohamad Asri. Di peringkat itu, saya terpaksa bersuara dan menunjukkan sikap saya yang ada sebahagiannya dirakamkan melalui buku saya yang berjodol “kemuncup dalam perjuangan.” Di waktu itu, saya masih ingat betapa sukarnya saya untuk memilih antara menegur atau mendiamkan diri.

Namun, setelah teringat bahawa Nabi SAW juga pernah ditegur oleh Allah SWT, maka, saya memutuskan untuk berdiri dengan santun dan saya pun katalah jua apa yang munasabah untuk dikata.

Saya memilih untuk mengambil sikap ini berasaskan adanya hujah nas yang memboleh, bahkan dalam keadaan-keadaan tertentu bersifat wajib untuk berbuat demikian. Sampai ke hari inipun saya masih berpegang dengan pendirian ini.

Untuk lebih terpimpin, mari kita terlebih dahulu perhatikan tiga petikan surah dan latar peristiwa disekitar tiga kisah ini. Ia ada dirakamkan didalam kitab suci al-Quran.

i). Dalam peristiwa Badar setelah perang berakhir yang memberi kemenangan kepada tentera Islam, terdapat sejumlah 70 tawanan perang. Apabila Nabi SAW membuka perbincangan, apa yang patut dibuat dengan tawanan-tawanan perang ini, Saidina Umar berpandangan, mereka semua perlu dibunuh manakala Sadina Abu Bakar pula berpendapat lebih baik mereka dibenarkan bebas setelah diambil wang tebusan.

Ditakdirkan Allah, keputusan yang ada dilangit adalah selaras dengan syur yang dikemukakan oleh Saidina Umar. Ia berbunyi:

“Tidak patut bagi seorang Nabi mempunyai tawanan sebelum ia dapat melumpuhkan musuhnya di muka bumi. Kamu menghendaki harta benda duniawiah sedangkan Allah menghendaki (pahala) akhirat (untuk mu) dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. Kalau sekiranya tidak ada ketetapan yang telah terdahulu dari Allah, nescaya kamu ditimpa seksaan yang besar kerana tebusan yang kamu ambil.” (Surah Al-Anfaal Ayat 67 – 68)

Dari sini, jelas bahawa tidak ada sesuatu yang pelik dalam tradisi menegur pemimpin didalam Islam.

ii). Peristiwa kedua ialah sewaktu Nabi S.A.W. bersumpah tidak akan meminum sejenis madu dari bunga tertentu kerana menerima teguran dari salah seorang dari isteri baginda S.A.W. sewaktu berada di rumah salah seorang isterinya. Dalam peristiwa ini, sekali lagi Nabi S.A.W. di tegur dengan lafaz berbunyi:

“ Hai Nabi, mengapa kamu mengharamkan apa yang Allah menghalalkannya bagi mu; kamu mencari kesenangan hati isteri-isteri mu? Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Surah At-Tahriim Ayat 1)

iii). Dalam surah ‘Abasa, sekali lagi kita dapat saksikan teguran Allah S.W.T. ke atas Nabi S.A.W. yang dilihat tidak memberikan layanan kepada seorang buta ketika Baginda didatangi oleh pemimpin Quraish yang turut berada di dalam majlis yang sama pada waktu itu. Teguran Allah S.W.T. berbunyi:

“ Dia (Muhammad) bermuka masam dan berpaling, kerana telah datang seorang buta kepadanya. Tahukah kamu barangkali ia ingin membersihkan dirinya (dari dosa). Atau dia (ingin) mendapatkan pengajaran, lalu pengajaran itu memberi manafaat kepadanya. Adapun orang yang merasa dirinya serba cukup, maka kamu melayaninya.” (Surah ‘Abasa Ayat 1 – 6)

Apa isunya?

Isu yang ada di hadapan kita sekarang ialah isu kepimpinan.

Biar saya mulakan begini. Saya boleh bersetuju dengan sebahagian dari tulisan Dr. Aziz Bari yang ada tersiar dalam akhbar Sinar Harian pada 19 Okt. 2009 di mukasurat N16. Antara lain, beliau mengemukakan teguran dan saranan seperti berikut :

“Dalam konteks sekarang Pakatan perlu dibenarkan membentuk kerajaan di peringkat Persekutuan supaya kita dapat membezakan kelainan mereka melaksanakan Perlembagaan.”

“Fungsi Dewan memantau kerajaan. Dalam sistem demokrasi berparlimen yang kita amalkan kerajaan pada hakikatnya dimiliki Dewan.”

“Dengan itu mungkin sudah sampai masanya Pas membuat langkah drastik, sama ada mendisiplinkan Exco Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamad Ali atau menyingkirkannya terus.”

“Bagaimanapun, ini tidak mudah untuk berlaku kerana Hasan dilihat mewakili golongan yang pro-Umno dalam PAS seperti Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Nasharuddin Mat Isa dan penyokong mereka.”

“Dalam kekecohan di Selangor Abdul Hadi membisu sehingga di dalam parti sudah ada yang berkata bahawa Abdul Hadi adalah watak bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dalam PAS. Sementara itu Nasharuddin membela tindakan Hasan itu secara terbuka.”

“Saya fikir ada beberapa tokoh tertentu dalam PAS yang boleh merubah keadaan. Beberapa bulan kebelakangan ini imej dan kemampuan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak agak menonjol dan kelihatannya beliau mempunyai kemampuan untuk memimpin parti.”

“Saya tertarik dengan kelicikan Azizan menyiku Azman Shapawi, Naib Ketua Pemuda PAS dalam isu penjualan arak beberapa bulan lalu. Dalam pada itu organisasi PAS di Kedah dikatakan lebih baik daripada apa yang ada di Terengganu.”

“Buat masa ini, hanya 32 peratus pengundi yang yakin dengan kemampuan Pakatan. Jika PAS kekal dengan kapten yang ada ini (sokongan) mungkin akan berkurangan.”

Pandangan Saya

Atas pandangan inilah saya berfikir dan terus berfikir. Setelah berfikir sambil berdoa, maka saya berpuashati untuk mengatakan begini :

Kalau Umno boleh buat sesuatu dengan mengadakan Mesyuarat Agong Khas dan MCA pun boleh mengadakan EGMnya sehingga sempat menggugurkan Presiden dan Timbalan Presidennya. Demikian juga dengan PKR yang telah membuat pindaan Perlembagaannya melalui Kongres Khas mereka. Maka kita?

Walaupun isu MCA benda lain, iaitu rasuah, kita lagilah tidak payah khuatir untuk adakan Muktamar Khas kerana kita bukan membawa isu rasuah . Isu kita ialah isu dua tiga kerat pemimpin bermasalah.

Masyarakat India pun boleh menentang Samy Vellu dengan mewujudkan parti lain.

Maka pelik apa, kita panggil mesyuarat parti yang tergempar misalnya; mungkin dipanggil muktamar khaslah. Kalau nak kirakan, kitalah yang sepatut buat dulu.

Demi “tajdid” kita perlu buat Mesyuarat Agong Luarbiasa ini. Bila Mesyuarat Agong tak mahu tukar Presiden, misalnya maka tidak mengapalah. Kita pakat-pakat belalah.

Begitu juga dengan isu-isu disekitar Hassan Ali atau Mustafa Ali yang tak habis-habis dengan nak bekerjasama PAS dengan Umno ke arah kerajaan Perpaduan atau UG. Tenggelam-tenggelam, timbul, kemudian dihidupkan. Kemudian dimatikan pula bila nampak orang marah. Apa ni?

Tidak boleh jadi ni, kita duk “ghok-ghak” (kacau) begini. Orang boleh terima atau tak boleh terima, bawa ke Muktamar Khaslah; senang cerita. Biar tentu sah, nak ikut yang mana. Kita nak kekal yang mana dan buang yang mana.

Dengan Muktamar Khas yang boleh menjelaskan dan memutuskan banyak perkara ini, puak-puak atas pagar yang membuat swing votes dan mempengaruhi keputusan pilihanraya juga akan berpuas hati samada nak swing atau tak nak swing lagi kerana mereka sudah dijelaskan oleh keputusan Muktamar Khas berkenaan. Mereka jelas.

Biarlah kita ambil mandat baru sekali lagi. Mesyuarat biar ringkas;ambil sehari penuh atau dua hari penuh misalnya tetapi prosesnya mesti ringkas, dan keputusannya adil, telus, tepat, terus dan jelas. Undi perlulah sulit dan dilakukan di atas kertas .

Untuk kali ini, saya dengan kuat merasakan bahawa perlu ada perubahan dalam pemain-pemain penting yang menduduki kerusi kepimpinan PAS diperingkat pusat. Kalau nak kata ini persiapan ke arah PRU ke 13 pun, kata gi lah. Dan memang betul begitulah.

Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat
Mursyidul Am PAS/Menteri Besar Kelantan

sumber : detikdaily

Ada harapan lagi ka pada PAS?

Oleh: Huzaifah Ahmad Yamani


Dalam PAS dan PKR, aku yakin masih ramai yang mempunyai tasawwur yang jelas mengenai gabungan kerajaan Pakatan Rakyat. Sebab tu, semasa gagalnya 16 September…ada pemimpin PAS yang sedih. Aku tak nak sebut nama, tapi aku rasa ramai boleh agak.
Waktu aku bertekak dengan salah seorang AJK Pemuda PAS di Klang, dia dedahkan satu pertemuan salah seorang pimpinan tertinggi PAS dengan Pemuda Selangor dan pemimpin tu kata, ‘PAS tak boleh agree dengan 16 Sept sebab ramai pemimpin non-muslim nanti jika kerajaan itu terbentuk…’
Aku bantah cakap pemimpin tu. AJK Pemuda tu bantah aku balik. Aku cakap senang sahaja, jika alas an minority diungkitkan…maka masa Nabi Muhammad SAW menegakkan Piagam Madinah dan menubuhkan Negara Madinah…baginda dan umat Islam adalah minority…jika hujah dangkal pemimpin PAS berkenaan diterima pakai, maka nabi tak boleh tubuhkan Negara Madinah yang bernuansakan keadilan dan kebajikan sampai bila-bila.
AJK Pemuda tu termenung panjang. Aku tak tau dia fikir apa, mungkin dia tengah mencari hujah balas atau dia mengakui pendapat aku. Yalah, dia baru balik Jordan dengan ijazah syariah! Tapi….sampai la ni dia tak pernah nafi hujah aku tu.
Ini yang aku risaukan. Sesetengah pemimpin dalam PAS khususnya, mereka masih berotak bantut, macam pokok bonsai. Cantik tapi bantut. Mereka nampak macam hebat, bila diberikan jawatan, mereka hampeh. Isu-isu yang depa mainkan, tidak memberi milage kepada kerajaan PR atau parti, sebaliknya mengangkat diri sendiri.
Hambik sahaja isu arak, Selcat dan sebagainya. Ambil sahaja isu UG. Ambil sahaja isu artis dan hiburan. Aku pelik, dulu waktu Umno – BN memerintah, Pemuda PAS Selangor bantah, la ni…hangpa dah perintah…bantah lagi! Aku BUKAN setuju dengan konsert hiburan bebas; tapi aku cakap soal PENDEKATAN. Nampak tak professional langsung!
Macam Hasan Ali, cakap memang hebat siap dengan senarai kelulusan dan pengalaman. Aku taulah, mana ada wakil rakyat PR di Selangor yang hebat macam dia. Tapi, nak jadi pemimpin tak payah ada PhD bagai…yang penting, CAKAP SERUPA BIKIN.
Hasan Ali gagal dalam bab ni. Aku tak nak cakap banyak…sapa-sapa pi la jumpa PAS Gombak, hangpa periksa la tengok, apa agenda Hasan Ali di Gombak Setia. Berapa kali dia turun jumpa rakyat, bukan turun macam tu je…maksud aku, salam, tanya khabar dan bagi la sumbangan apa yang patut. Jika sekadar turun acara rasmi…samalah macam Umno…
Hasan Ali bagi aku mendapat rungutan paling banyak. Ramai orang yang aku tanya, bagi pandangan tak sedap didengar tentang Hasan Ali. Antaranya:
1. Tak tau meletakkan priority
2. Tak menepati janji – yang ni paling kritikal
3. Tak turun padang – zon selesa
4. Tak menyelesaikan masalah
5. Tak ada agenda berkesan bangunkan kawasan
6. Banyak cakap kerja kurang
7. Gagal angkat imej PAS dan PR
8. Tikam belakang
9. Barua Umno – yang ni aku paling SEDIH!
10. Pemecah belah PAS Selangor
Sebagai jentera bawahan PR, aku sedih la dengar semua ni. Tapi aku nak buat macam mana, sebab Hasan Ali dah tutup semua pintu perbincangan. Aku hantar SMS tak balas. Minta jumpa dia tak bagi tarikh. Last-last…aku nampak dia pegang tangan orang Umno…mana lah hati aku tak terbakar!
Sebenarnya, PAS Selangor sejak sebelum menang dengan PR pun dah berbalah. Aku hairan, Hj Hadi boleh buat tak nampak semua ni. Hangpa pi la periksa tengok, mana dia pimpinan lama-lama di Selangor. Aku tak payah mention nama, pi la check sendiri. Semua muka baru. Tinggal la beberapa kerat, macam Khalid Samad tu. Yang lain dah tak dak…ganti la dengan muka-muka baru yang baru beberapa bulan masuk PAS.
Hj Hadi memang tak akan dapat selesai segala kemelut bawahan, jika dia hanya bergantung info dengan beberapa kerat pemimpin sahaja. Ambillah iktibar kejatuhan empayar Islam zaman dahulu, bila dok percaya orang keliling kelalang sahaja, abaikan rungutan orang bawahan…memang cari nahas namanya! Aku tak bagi tau hal ni kat Hj Hadi, dia karang buku seerah…dia lagi arif dari aku sebenarnya.
Nak harap Ust Nasha…hm…aku ada bad experience dah dengan dia. Pernah dulu, aku sempat jumpa dia personal, aku mengadu masalah…dia kata…: “Biasalah syeikh, nilah PAS…” Habis tu…nak harap dia lagi ka?

Idris Perlu Berkepala Dingin - Ust Zolkharnain


Membaca sanggahan Ketua Penerangan PAS Pusat terhadap Dr Abdul Aziz Bari agak mengejutkan. Bagi saya sanggahan itu kurang objektif dan kurang manis keluar daripada pimpinan kanan PAS Pusat. Idris benar ketika dia membela Presiden dan pimpinan PAS yang lain, tetapi dia tidak patut ‘menyerang balas’ Abdul Aziz, samada atas sifat Abdul Aziz sebagai ahli akademik, apatah lagi atas sifat Abdul Aziz sebagai orang yang turut ‘menyumbang’ dengan caranya yang tersendiri kepada PAS.

Selaku pimpinan kanan PAS Idris, harus berkepala dingin biar pun hati panas. Ini bukan sekadar terhadap golongan akademik seperti Abdul Aziz bahkan terhadap anggota parti paling bawah sekali pun. Watak ini adalah watak para nabi.

Baca kisah Nabi Sulaiman dengan burung Hud-hud. Rujuk surah an-Naml ayat 20. Burung Hud-hud adalah burung kecil sahaja jika dibandingkan dengan besarnya kekuatan dan bilangan tentera Sulaiman yang terdiri daripada manusia, jin dan binatang. Ketiadaan burung Hud-hud jika tidak diambil kira oleh Sulaiman pun tidak menjejaskan apa-apa.

Tetapi, bagaimana sikap Sulaiman? Dia mencari burung Hud-hud, bahkan Sulaiman bersedia menghukum burung itu sekiranya ketiadaannya dalam barisan tentera tanpa alasan menasabah. Akhirnya burung Hud-hud tampil dengan berita besar. Berita tentang kekufuran seorang maharani di negeri Saba’.

Tindakan Sulaiman mencari burung Hud-hud dan bersedia menghukumnya menggambarkan keprihatinan Sulaiman terhadap setiap individu tenteranya. Selepas Sulaiman mendengar penjelasan burung hud-hud, dia tidak ‘menyerang balas’ burung Hud-hud tetapi segera direncanakan tindakan wajar terhadap maklumat itu.

Ini sebenarnya seni kepimpinan seorang pemimpin bila berhadapan dengan kerenah orang yang dipimpin. Saya agak hairan bila Idris seperti tidak menguasai seni ini sedangkan dia adalah bekas TPJ Perak dan Timbalan Ketua DPP Pusat.

Mengapa Idris tidak meletakkan dirinya di tempat Sulaiman dengan menganggap penting semua maklumat yang disampaikan dan seterusnya merencanakan tindakan wajar terhadap maklumat itu? Perlukah Abdul Aziz ‘diserang’ kembali?

Pemimpin tidak tahu semua perkara. Tidak semestinya orang yang berada di atas nampak semua benda. Dia mungkin nampak gajah yang berjalan tetapi dia tidak nampak semut yang merayap. Sulaiman adalah seorang nabi, menerima wahyu, tenteranya tidak terbilang, tetapi baginda ‘terlepas pandang’ terhadap isu di negeri Saba’.

Bila burung Hud-hud tampil dengan maklumat sebegitu besar, Sulaiman sangat berlapang dada menerimanya. Walau pun, secara zahirnya maklumat itu mencabar wibawa Sulaiman, yakni, bagaimana seorang nabi ‘tidak tahu atau tidak peka’ terhadap kekufuran seorang maharani?

Pemain bolasepak tidak tahu semua perkara. Kadang-kadang penonton lebih tahu apa yang patut dibuat oleh pemain berbanding pemain sendiri. Apa salahnya pemain menerima idea dan kritikan penonton itu? Jangan bimbang, penonton yang mengkritik pemain itu tidak akan menggantikan tempat pemain.

Ahli akademik memang sebahagian kerjanya adalah di bilik berhawa dingin. Walau pun mereka tidak turun ke medan tetapi mereka mendapat akses terhadap maklumat daripada sumber yang banyak dan berwibawa. Ibarat seorang jurutera, dia tidak perlu setiap jam berada di tapak pembinaan. Dia hanya mendapat maklumat sahaja daripada mandur yang dilantik. Dengan maklumat itu dia boleh membuat tanggapan, analisa dan keputusan.

Saya sangat berharap, pemimpin terutamanya pemimpin kanan PAS lebih berlapang dada apabila berhadapan dengan situasi sebegini. Apa salahnya, walau pun Idris tidak berupaya berterima kasih dengan dengan pandangan Abdul Aziz itu, dia mengeluarkan kenyataan menyambut baik pandangan itu.

Bukankah itu lebih manis? - Zolkharnain Abidin

Ibrahim Ali buat laporan polis terhadap Majlis Peguam



KUALA LUMPUR: Anggota Parlimen Bebas dari Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali hari ini membuat laporan polis berhubung borang kaji selidik yang dikeluarkan Majlis Peguam yang bertujuan menilai hakim-hakim di Malaysia.
Laporan itu dibuat di Balai Polis Travers petang ini bagi meminta polis menjalankan siasatan segera kerana borang kaji selidik itu dikatakan boleh mempengaruhi soal pelantikan hakim.
"Borang kaji selidik yang dikeluarkan melalui web www.malaysianbar.org.my seolah-olah memberi peluang kepada orang awam membuat penilaian terhadap hakim-hakim di negara ini," katanya kepada pemberita hari ini.
Katanya borang kaji selidik itu yang bertajuk "Survey Form For Feedback On Judiciary" dikeluarkan laman web terbabit pada 25 Ogos dan 28 September lepas.
"Cara begini adalah salah kerana ia boleh mencemarkan nama baik (kehakiman) dan ia juga bertentangan dengan undang-undang negara sebab kita tidak boleh menyentuh tentang kedudukan hakim-hakim di negara ini," katanya.

Kelantan kekal rekod 19 tahun sifar rasuah


Md Noor Yahya

KOTA BHARU, 22 Okt: Kelantan berkemungkinan besar akan mencatat rekod sebagai negeri pertama di Malaysia yang bebas daripada rasuah dalam tempoh 19 tahun pemerintahan PAS iaitu bermula pada tahun 1990 sehingga sekarang.

Bermula daripada wakil rakyat, anggota exco sehinggalah kepada menteri besar,tidak pernah tercatat rekod berkaitan rasuah di Kelantan.
Berbeza dengan negeri-negeri lain yang pemimpin-pemimpin politiknya seringkali disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan rasuah dan salahguna kuasa.
Anggota Exco Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, walaupun pihak-pihak tertentu berusaha untuk memburuk-burukkan wakil rakyat PAS, namun semuanya gagal.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Drs Zainuddin Awang Hamat (PAS-Limbongan) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) semalam.
Dalam perkembangan lain, anggota Exco, Dato Husam Musa memberitahu terdapat dua kesan positif ekspedisi rakyat Kelantan ke pelantar minyak yang diadakan pada 4 Ogos lalu.
Iaitu terbukti dengan jelas pelantar minyak Cakrawala beroperasi sejak 2004 dan jarak dari pesisir pantai Kelantan lebih kurang 140 km sahaja, katanya sebagai menjawab soalan Tuan Zamri Ariff Tuan Zakaria (PKR-Guchil) pada persidangan DUN hari ini.
Anggota Exco, Che Abdullah Mat Nawi pula berkata slogan "Bertani Satu Ibadah" merangkumi pelbagai aspek kerja yang memberi manfaat kepada rakyat.
Menurutnya slogan tersebut menggalakkan rakyat menceburi bidang pertanian tanpa meninggalkan amalan agama bagi mendapatkan manfaat di dunia dan akhirat.
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerjaraya, Utiliti dan Alam Sekitar, Mejar (B) Md Anizam Abdul Rahman pula memberitahu pembinaan jambatan Sultan Yahya Petra kedua sudah beberapa kali ditangguhkan dan kali terakhir ditangguhkan pada Februari 2011.
Persidangan DUN Kelantan bermula pada Selasa lalu dan akan berakhir pada minggu hadapan.

Siapa akan di'natang'kan oleh Umno selepas ini ?

Oleh : albanjari
Seperti mana telah dimaklumi, PAS kalah teruk di N31, di lubuk paling totok dan salah satu dari kubu paling kebal BN di negeri Sembilan. Hebatnya, dalam pada BN turun dengan segala bala tempurnya, PAS masih mampu mempertahankan deposit calonnya. Sehingga kini PAS dan rakan2 sahabat dalam Pakatan Rakyat jelas tidak menampakkan sukar untuk menerima kekalahan itu, yang pasti PAS banyak mengutip pengalaman dan iktibar berguna di Bagan Pinang.

Banyak pihak samada pendokongnya, penyokongnya mahupun simpatisamnya sudah sempurna menyuarakan analisis-analisis dan pemerhatian masing-masing. Tidak ketinggalan juga dari golongan prof. universiti, termasuklah Prof. Aziz Bari. Ada kesilapan dan kelemahan yang harus diperbetulkan. Ada juga kekuatan dan peluang yang masih boleh dipertingkatkan, berbekal dengan kejujuran dan ikhlas dalam perjuangan, tidak sukar untuk melihat kesediaan segenap peringkat organisasi PAS menerima teguran dan kritikan.

BN masih dibuai keseronokan. Majlis keraian dan makan-makan tentu melimpah ruah. Senyum Isa berterusan. Memang benar sungguh, hakikat dan faktor peribadi calon bernama Isa jauh mengatasi segalanya di lubuk totok Umno itu, ia kemenangan peribadi Isa Samad. BN hanya sekadar menumpang nama. Segala kebaikan dan jasa Isa dijulang semahu-mahunya. Isa bagaikan calon 'lagenda'. Isa ' robin hood'. Ketepikan saja faktor2 jahat samada taktik ancam ugut, undi pos, sogok duit, rasuah serta taburan janji manis seumpama bintang di langit, ia tidak memberi bekas buat Isa menjadi seorang Adun paling berkuasa kelak.

Lihat sahaja penguasaan sang 'robin hood' ini di Teluk Kemang. Isa seolah-olah memiliki kuasa mutlak. Putih kata Isa, putihlah kata Umno bahagiannya. Hitam kata Isa, hitamlah kata bahagiannya. Namun kepada mereka yg melihat, kemenangan Isa ini sebenarnya merupa satu tanda dan isyarat kebangkitan semula beliau dalam politik, bukan saja di Teluk Kemang malah akan mengakar ke seluruh negeri.

Tidak dengarkah suara-suara nakal yg girang bertempik ? Kononnya akan berlaku rombakan besar dalam jentera kuasa negeri, untuk memberi laluan Isa menyertai kerusi Exco, sudah tentu kononan ini bukan angan si jenin, orang sehebat Isa tidak akan kekal duduk sebagai Adun biasa. Mohamad Hassan tentu tahu ini, malah perselisihan antara beliau bukan satu rahsia yg hanya dibualkan didalam kelambu. Tidak ! Kehadiran Isa sebenarnya memberi inspirasi besar buat pemimpin Umno yg selama ini menyembunyikan perasaan tidak sebulu dengan Mohd Hassan.

Kita tunggu dan lihat, episod yg akan berlaku antara Mohd Hassan dan Isa yang akan mengulangi sejarah 'tegang' Umno Terangganu sejak hampir 20 bulan lalu. Apapun telahannya, persamaan jelas kelihatan antara krisis Isa-Mohd Hassan di negeri Sembilan dan Idris Jusoh-Ahmad Said di negeri Terangganu, giliran siapa pula akan di 'natang'kan oleh Umno selepas ini, yg pasti akan berlaku di negeri Sembilan pula.

Pelantak rasuah tak salah, sistem yang salah di Kedah

Ketika mengulas mengenai pilihan raya kecil Bagan Pinang dalam posting bertajuk "Lebam tersembam di Bagan Pinang," saya tulis seperti berikut:
Kalau semuanya negatif, tak dak benda langsung ka yang saya nampak positif dari pengalaman di Bagan Pinang?

Ada. Dalam pilihan raya itu, PAS keriau sakan bab integriti. PAS berperang sakan dengan rasuah. Semua perbuatan PAS itu hakikatnya meletakkan satu standard yang mesti dipakai di masa depan. Siapa yang kena pakai? PAS la.

With all their hues and cries, PAS leaders have set a high standard for their own party. Terasa sedap cakap Mat Salon pulak nak sebut benda tu. Hantam saja la Labu!

Lepas ni PAS jangan dok tebiang nak letakkan calon yang tidak berintegriti dan tidak dipandang bersih.
Maknanya, walaupun dengan taraf blogger cikai sahaja, kita menjerit-jerit supaya integriti yang tinggi dijadikan syarat kepada semua calon PAS dalam mana-mana pilihan raya.

Hari ini, akhbar NST menyiarkan berita bertajuk "Azizan blames 'system'" (komen-komen di sini). Nampaknya kena menjerit dengan lebih kuat lagi.

BODOH YANG TELAH BERJAYA

MAT SALEH SEDANG CARI KONTREKTOR BUMIPUTERA - SILA DATANG




PEMBELIAN SCORPENE TIDAK MELALUI TENDER TERBUKA DEMI KESELAMATAN - melayau

Pembelian dua kapal selam jenis Scorpene iaitu KD Tunku Abdul Rahman dan KD Tun Razak tidak dibuat secara tender terbuka kerana dikhuatiri ia akan mendedahkan sistem pertahanan negara kepada musuh, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Pertahanan, Abdul Latiff Ahmad berkata, keadaan yang sama juga turut diamalkan oleh negara lain seperti India, Chile dan Brazil.

"Kalau tender terbuka, maknanya kita sudah pun mendedahkan rahsia pertahanan negara kepada musuh. Sebab itu prosedur untuk mendapatkan aset pertahanan, tak ada negara yang membuat tender terbuka untuk kapal selam,” katanya menjawab soalan Nga Kor Ming (DAP-Taiping).

Nga turut bertanya mengenai keistimewaan syarikat DCNS dari Perancis dan Navatia dari Sepanyol yang membekalkan kapal selam itu.

Abdul Latiff berkata, sebelum membuat rundingan harga kapal selam itu, kerajaan telah mengkaji semua aspek termasuk kesesuaian dengan keselamatan negara.

KAH KAH KAH… KAH KAH KAH… KAH KAH KAH..

woit… JAWAPAN PALING BODOH… kah kah kah..

woit…MACAM MANA MUNKEEE INI BOLEH DILAHIRKAN… kah kah kah..

kah kah kah… SUDAH LAH BODOH… BANGANG PULAK…. kah kah kah…

kah kah kah… SUDAH LAH BANGANG… NAK MENIPU PULAK… kah kah kah..

woit… KESELAMATAN APA?... NAK SURUK DARI SIAPA?... kah kah kah..

kah kah kah… NAK SURUK DARI KATAK?.... kah .. kah kah…

kah kah kah… NAK SUROK DARI MAT INDON DAN MAT BANGLA YANG MASUK PAKAI PERAHU ?... kah kah kah..

woit… PERGI MAPOS LAA… INDIA..CHILE… BRAZIL… APA ADA PASAL…kah kah kah..

woit… KALAU RAKYAT NEGARA INI BANGANG… PERGI JAHANAMLAAA… APA NAK DI IKUT BUAT KERJA BANGANG… kah kah kah..

woit… SEMUA ILMU DALAM DUNIA INI ADA DALAM LAMAN WEB… NGOOOOK…kah kah kah…

woit… TAK MEMBACA KE? kah kah kah…

kah kah kah… TAK MEMBACA MAJALAH JANE’S DEFENCE WEEKLY…kah kah kah..

woit… NAK BUAT NUKLEAR PUN BOLEH DI BACA DALAM LAMAN INTERNET… kah kah kah…

woit… DULU SEKOLAH TAK BELAJAR MATHS DAN SAINS DALAM BAHASA INGGERIS?... kah kah kah..

woit… SURUH PERGI BERLAJAR… KENAPA PERGI KE SINTOK… kah kah kah..

kah kah kah…KALAU SUDAH BERJAYA MENJADI BODOH JANGAN BAGI TAHU ORANG RAMAI… kah kah kah..

nota:
satu lagi percubaan hendak menipu orang melayu.
melambak melayu jadi bodoh

mula mula goreng melayu dengan ketuanan melayu
kemudian goreng melayu dan katakan bukan melayu anti raja
kemudian goreng melayu dan katakan bukan melayu tentang perlembagaan
kemudian goreng melayu dan katakan bukan melayu menentang islam

ini semua projek nak merembat duit rakyat

cakaplah demi nak dapat banyak komisen
cakaplah demi nak naikan harga mahal dapat rembat lagi
cakaplah ini kapal selam yang sudah dipakai tak digunakan lagi
ini kapal selam sudah kondem. peranchis tak nak pakai lagi
tak sedar kena tipu oleh mat saleh
cakap ketuanan melayu kah kah kah



oleh : tukar tiub

Pesalah dikesan dalam laporan audit dikenakan tindakan - Najib ..!!! Tapi kenapa Rosmah Mansor punya Audit tak keluar...??????



PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau kecewa dengan perbelanjaan melampau dan penyelewengan seperti yang didedahkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2008 dan berjanji akan mengambil tindakan terhadap mereka yang bersalah.
"Apa yang penting daripada laporan itu ialah sama ada kita akan bertindak atau tidak. Mereka yang melanggar peraturan akan dikenakan tindakan," kata Perdana Menteri ketika menjawab soalan pada taklimat media mengenai bajet di Kementerian Kewangan di sini hari ini.
Najib berkata sebagai sebahagian daripada amalan kerajaan yang baik, kerajaan perlu memberi penghargaan kepada mereka yang menunjukkan prestasi baik tetapi bertindak terhadap mereka yang melakukan kesalahan.
Katanya beliau yakin keadaan akan menjadi lebih baik dengan adanya Petunjuk Prestasi Utama dan Bidang Keberhasilan Utama yang diumumkan awal tahun ini untuk meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan kerajaan.
Barubaru ini, Najib melantik bekas pengarah urusan Penerbangan Malaysia Datuk Seri Idris Jala sebagai m

Kerajaan sahkan INSTITUT JANTUNG NEGARA tidak akan diswastakan ..!!!


KUALA LUMPUR: Kerajaan hari ini mengumumkan bahawa ia tidak akan menswastakan Institut Jantung Negara (IJN) sama ada secara keseluruhannya mahupun sebahagian.
Perkara ini dijelaskan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop ketika dihubungi BERNAMA hari ini.
Beliau telah diminta menjelaskan isu ini ekoran tersebarnya khabar angin terbaru kononnya IJN untuk kali yang kedua menjadi subjek kepada pengambilalihan secara penswastaan.
Sebelum ini cadangan Sime Darby untuk membeli kepentingan dalam IJN telah mendapat bantahan majoriti rakyat sehingga pelan itu gagal direalisasikan.
"Unit Perancangan Ekonomi (EPU) belum memberi sebarang kelulusan bagi penswastaan IJN," katanya semasa dihubungi Bernama.
"Tiada apa (kelulusan) telah dihantar kepada kami. Malah, walau sesiapa pun datang menemui kami mengenai perkara itu, tiada apa yang akan diswastakan, tidak secara sebahagian atau secara keseluruhan," kata beliau lagi.
Menurut laporan beberapa laman blog, Lembaga Pengarah IJN telah dibenarkan untuk melakukan skim merungkaikan aset secara meluas, yang merupakan satu langkah yang pada akhirnya memisahkan fungsi operasi institut itu dan mewujudkan anak syarikat baharu.
IJN kini beroperasi di dalam bentuk IJN Holdings Sdn Bhd yang memiliki Hospital IJN. Terdapat juga IJN Capital dan IJN College di bawah pengurusan sedia ada sekarang.

PROF KHOO KAY KIM kata hanya sekolah satu aliran boleh capai matlamat 1Malaysia



BUKIT MERTAJAM: Sistem pendidikan negara perlu disusun semula termasuk melaksanakan sistem sekolah satu aliran bagi memastikan matlamat gagasan 1Malaysia tercapai, kata tokoh sejarah dan akademik Prof Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim.
Beliau berkata, sistem pendidikan yang mengamalkan sekolah pelbagai aliran ketika ini tidak membantu rakyat menyelami makna sebenar gagasan itu.
Katanya, sejak dari kecil lagi rakyat sudah diasingkan mengikut aliran dan bahasa ibunda masing-masing dan apabila dewasa, semangat kerjasama dan persefahaman sukar untuk dijalinkan.
"Kita tidak perlu kepada sekolah yang banyak aliran, bahasa ibunda setiap kaum boleh diselitkan sebagai sebahagian daripada kurikulum di bilik darjah," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program wacana "One Malaysia: Cabaran dan Harapan" sempena program semarak perpaduan dan patriotisme Institut Pendidikan Guru Malaysia peringkat kebangsaan di sini hari ini.
Namun begitu, beliau menjangkakan ada pihak yang akan membantah cadangan itu tetapi mereka yang berbuat demikian perlu menilai semula sejauh mana sistem pendidikan ketika ini boleh membantu mengukuhkan pembentukan sebuah negara bangsa. Mengimbau kembali sejarah terbentuknya sekolah pelbagai aliran di negara ini, Prof Khoo Kay Kim berkata, mengikut sejarah, British membenarkan penubuhan sekolah pelbagai bahasa di Tanah Melayu kerana kebanyakan pendatang ketika itu tidak mempunyai niat untuk menetap di negara ini.
"Jadi, British membenarkan mereka membuka sekolah menggunakan bahasa ibunda masing-masing supaya mereka dapat belajar mengenai negara sendiri. "Bagaimanapun, sistem ini tidak lagi perlu diteruskan sekarang kerana mereka sudah menjadi warga negara Malaysia dan perlu dididik supaya menerima negara ini dan masyarakat berbilang kaum yang ada di sini sebagai sebahagian daripada diri mereka," katanya lagi.
Khoo juga berkata, kebanyakan rakyat negara ini tidak tahu dan tidak memahami sejarah negara sehingga menyebabkan mereka berfikiran secara sempit.
Menurutnya, ada segelintir ahli politik yang lebih mengutamakan kepentingan diri dan agenda masing-masing berbanding matlamat utama negara bangsa.
"Ada ahli politik kita yang tidak mahu berintegrasi dan lebih suka kepada pemisahan, dan lihatlah bagaimana negara menjadi kucar-kacir kerana adanya ahli politik yang tidak mengutamakan negara bangsa tetapi lebih kepada agenda sendiri," katanya.

Zaid’s Common Policy Framework vs Zul Nordin’s ISA

many-colours-11
If you don’t know it already, Zul’s ISA stands for his Islamic State Agenda.

Whilst Zaid busies himself trying to put in place a common policy framework for the three Pakatan Rakyat parties to forge a viable, long-term working relationship with a view to finally registering a coalition, Zul seems equally busy doing everything he can to throw a spanner in Zaid’s efforts.
If I have correctly understood yesterday’s Malaysianinsider report, Zul has submitted 24 Private Members Bills into Parliament, one of which relates to Zul’s obsessive vendetta against Sisters In Islam whilst many, if not all, of the other bills call for amendments to the Federal Constitution with a view to bringing this nation closer to the status of an Islamic one ala Zul aka Taliban Nordin.
If I have read that report correctly, one must ask how this MP found the time to churn out all these bills, particularly when one remembers that he’s been away for the UN General Assembly, having been hand-picked by the BN government to represent Malaysia.
It would appear that there is a team of busy lawyers behind Zul and those 24 Private Members Bills.
Now, anyone who has a basic understanding of the workings in Parliament will tell you that a Private Members Bill that is not sponsored by someone from the side of the government of the day does not have a hope in hell of seeing the light of day.
Seen in that light, two possibilities come to mind.
One, Zul knows that the bills will  go nowhere in Parliament but their submission into Parliament and subsequent publicity of that fact through the media enables Zul to profile himself as a ‘Jaguh Islam’.
Two, Zul is working with those in government on some agenda. This might be confirmed if any of the bills do in fact proceed to the tabling and reading stages in Parliament.
Assuming the second hypothesis to be spot on, one needs ask what agenda Zul and his BN cohorts might be working on?
Speculate again.
Following the news of Zul’s bills, some within the media corp now make a beeline to the DAP and PAS leaders to get their respective reactions to the same.
DAP’s reaction : possibly an outright condemnation of Zul’s efforts to undermine the secular status of our constitution and urge the PKR leadership to take disciplinary action against this renegade MP.
As for PAS, the media might first seek Hasan Ali’s response which might be resounding support for Zul’s bills.  Other PAS leaders might suggest that in principle, they have no objections but that the proposed amendments are premature in that the general public are not yet ready for the same. In any event, they take exception to DAP’s call for disciplinary action against Zul, taking the view that Zul’’s actions are not inconsistent with Islam.
Short term result : another public spat between DAP and PAS.
Long term result : Zaid’s CPF down the toilet bowl.
I spoke to a reliable source in PKR today. I wanted to know what had become of the show cause proceedings against Zul that was initiated last year following Zul’s involvement in the riotous disruption of the forum at the Bar Council auditorium.
I was shocked by what I was told.
The PKR Disciplinary Committee, headed by Deputy President Syed Husin Ali, it seems, had recommended that Zul be suspended from the party.
Anwar, my source tells me, had decided not to give effect to that recommendation but to ‘deal with Zul’.
You cannot be faulted if you now ask who’s in the driving seat in PKR!
 
by Haris Ibrahim

Memperlekeh bahasa Melayu gambaran warga tidak patriotik — Rejal Arbee


OKT 22 — Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan diberi kuasa dalam tempoh terdekat untuk menghukum badan dan agensi sektor awam yang berdegil dan tidak mahu menggunakan bahasa Melayu dalam urusan mereka. Akta Bahasa Kebangsaan 1963 dan Akta Pendidikan 1996 akan dipinda untuk mengadakan peruntukan ini.
Langkah ini diambil dalam usaha memartabat dan memperkasakan bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan bahasa rasmi negara kerana masih ada pihak yang terus berdegil tidak mahu menghormatinya. Walaupun terlambat usaha ini amat dialu-alukan. Tetapi persoalannya kenapa dihadkan kepada sektor awam saja?
Yang berterusan memperlekehkan penggunaan bahasa Melayu, selain beberapa kerat individu yang bukan saja tidak pernah menggunakan bahasa Melayu kerana sememangnya tidak mengetahuinya, adalah sesetengah syarikat dan badan bukan kerajaan (NGO) yang terus menerus tidak menghiraukan penggunaannya dalam sebarang urusan mereka.
Maka itu, sejak beberapa waktu kebelakangan ini sering dilihat syarikat tertentu dengan sengaja tidak menghiraukan penggunaan bahasa Melayu. Gambaran diberi mereka ini tidak sedikit pun mahu menghormati kedudukan bahasa itu.
Agak menyedihkan melihat kumpulan yang mengakui sebagai rakyat negara ini tetapi masih tidak boleh bertutur Melayu walaupun kita sudah 52 tahun merdeka. Anehnya warga lain, dari Bangladesh, Nepal atau Vietnam dan pelbagai bangsa asing yang berduyun ke mari mencari rezeki, sudah boleh bertutur bahasa Melayu dengan baik meskipun berada di sini hanya dalam masa singkat.
Bagi sesetengah individu rakyat pula penguasaan bahasa Melayu mereka amat cetek sekali. Walaupun sudah belajar di sekolah, ia hanyalah untuk lulus peperiksaan bukannya untuk digunakan setiap hari. Maka itulah Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina misalnya tidak memberi tumpuan serius terhadap pengajaran bahasa Melayu. Ia seperti melepas batuk di tangga.
Saya sebelum ini pernah menulis bagaimana sebuah syarikat pembuat syampu mengiklan keluarannya hanya dalam bahasa Inggeris dan Cina di tepi laluan eskalator di Pasaraya Tesco di Shah Alam. Lebih mendukacitakan lagi majoriti penduduk dan pengunjung pasar raya itu adalah Melayu.
Tentu mereka tahu yang menjadi sasaran iklan itu adalah orang Melayu tetapi kenapa mereka ini terus menerus memperlekehkan bahasa Melayu dan sebaliknya membanggakan bahasa Cina dan Inggeris pula? Apakah ini tidak memberi gambaran bahawa mereka itu sedar ada sekumpulan rakyat negara ini yang tidak tahu dan tidak faham bahasa Melayu?
Apa pun, iklan itu kini sudah digantikan dengan bahasa Melayu. Pertukaran itu dibuat tentunya berikutan rungutan orang Melayu yang lalu lalang di situ terhadap iklan yang tidak langsung menghormati mereka sebagai pengunjung majoriti pasar raya itu.
Usaha memperlekehkan bahasa Melayu ini memuncak sejak beberapa tahun kebelakangan ini dan hingga kini pun masih berterusan. Anasir tidak patriotik ini mengambil kesempatan mengabaikan penggunaan bahasa Melayu hanya kerana wujudnya usaha kerajaan untuk mempertingkatkan pengajaran dan penggunaan bahasa Inggeris.
Tindak tanduk mereka ini jugalah menyebabkan ramai pencinta bahasa berkeras untuk menolak dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) di sekolah. Terakhir dua pemaju perumahan mengedarkan risalah tempahan rumah binaan mereka hanya dalam bahasa Inggeris dan Cina.
Lebih mendukacitakan risalah itu diedarkan ke rumah di Shah Alam di mana hampir 90 peratus penghuninya orang Melayu. Apa muslihat mereka itu sebenarnya? Apakah pemaju itu tidak mengharapkan orang Melayu membeli rumah mereka? Mungkin juga mereka menganggap orang Melayu tidak mampu membeli rumah yang mereka bina itu?
Tetapi kenapa pula risalah itu diedarkan di kawasan perumahan di mana kebanyakan penghuninya adalah orang Melayu? Dalam tempoh dua tiga minggu ini saja dua lagi risalah demikian diedarkan di rumah-rumah di Shah Alam, satu oleh Nippon Paint (boleh dikatakan keseluruhan risalah itu adalah dalam bahasa Cina dengan sedikit keterangan dalam bahasa Inggeris).
Tiada sepatah pun perkataan Melayu dalam risalah itu. Sekeping lagi risalah demikian ialah dari Yes Optical yang membuat promosi syarikat cermin mata itu di Tesco Shah Alam. Tindakan mereka ini memberi gambaran betapa tidak hormatnya anasir itu terhadap bahasa Melayu yang semua rakyat sepatutnya sudah terima sebagai bahasa rasmi dan Bahasa Kebangsaan negara ini.
Sebenarnya orang Melayu patut memboikot saja rumah atau barangan keluaran syarikat yang sedikit pun tidak mahu menghormati bahasa negara ini. Nama saja mereka ini beroperasi dan berdagang di sini tetapi sedikit pun tidak mahu menghormati Melayu.
Jadi elok sangatlah mereka ini yang sedikit pun tidak mahu berbangga dengan bahasa negara sendiri ini juga dikenakan hukuman. Harapnya akhbar akan mengumumkan nama mana-mana pihak yang disabitkan hukuman demikian supaya rakyat patriotik negara ini akan tahu siapa petualang itu dengan memboikot penggunaan barangan buatan atau keluaran mereka.
Usaha memartabatkan bahasa ini patut pula merangkumi penggunaan perkataan dan istilah Melayu. Kiranya sudah ada sesuatu perkataan Melayu kenapa perlu perkataan Inggeris dipinjam pula? Sejak akhir-akhir ini terlalu banyak istilah Melayu yang sudah pun wujud tetapi tidak digunakan kerana ada pihak lebih selesa menggunakan perkataan Inggeris yang diMelayukan.
Maka itu timbullah perkataan “kudeta” untuk “coup d’etat” walhal sudah wujud istilah “rampasan kuasa”, “matematik” menggantikan “ilmu hisab”, “informasi” untuk penerangan dan keterangan, “lokaliti”, “bajet”, “imej”, “replica” dan bercambah lagi perkataan Inggeris yang diMelayukan. Apakah ini saja cara untuk memperkayakan bahasa Melayu
Dengan meminjam secara borong pelbagai perkataan Inggeris hingga perkataan Melayu yang sedia ada pun hendak diganti? Dalam hal ini media berbahasa Melayu juga harus dipertanggungjawabkan. DBP tentunya mempunyai peranan untuk memantau perkara ini supaya penggunaan istilah Inggeris ini tidak menjadi-jadi hingga perkataan Melayu yang sedia ada tidak digunakan lagi dan mungkin nantinya akan pupus pula. — Berita Harian

Universiti kehidupan dan perubahan bangsa Melayu

Oleh Kulup Ludin
Saya berpeluang mengikuti bengkel penulisan anjuran dan acara sulung UREKA (Universiti Terbuka Perak). UREKA sebuah institusi unik hasil buah fikiran dan visi saudara MSK (Mat Saman Kati).
UREKA tidak akan mengeluarkan graduan berkala yang saban bila cukup tempohnya akan menerima skrol ijazah dan seterusnya akan bersedia menjawat berbagai jawatan sesuai dengan ijazah yang akan diterimanya. Tidak, UREKA tidak beroperasi sedemikian.
UREKA ialah universiti kehidupan. Graduan yang akan dihasilkannya ialah graduan yang kenal erti kehidupan. Graduan yang tidak akan bersetuju terhadap kezaliman.
Graduan yang tidak akan duduk diam bila kezaliman berlaku didepan matanya. Graduan yang tidak akan menumpang sama ketidakadilan sekiranya ketidakadilan itu hatta memberi keuntungan material kepadanya dan seterusnya menyebabkan ketidakadilan kepada pihak lain.
Semua orang adalah guru dan alamraya adalah sekolah‘ kata falsafahnya. UREKA ialah institusi yang luhur. Sekurang-kurangnya begitulah harapannya.
Tenaga yang akan mengisi ruang pengajarannya pula adalah dari kalangan pemikir yang berpengalaman. Yang telah jenuh menempuh jerih payah kehidupan.
Individu yang telah menjelajah keserata dunia melihat keperitan dan kesedihan. Ada juga munkin nanti mereka yang terdiri dari graduan ‘universiti kedua‘ (gelaran tembok Kamunting oleh Kassim Ahmad ).
Di situ pemikiran kembali disegarkan dengan gagasan-gagasan murni anutan pemikir2 diarena penulisan. Saya kembali disogok dengan perkataan nilai, realiti, kebenaran dan berbagai teori mengenai gagasan kebenaran itu.
Setelah lama diri hanyut dikancah mengejar faedah material, peluang berada disitu mengingatkan kembali apa yang satu waktu dulu dipuja dan dipertahankan.
Yakni prinsip-prinsip kebenaran dan realiti yang sering dilanggar oleh aparat2 pemerintah. Prinsip-prinsip anti establishment yang dulu menjadi pegangan seolah kembali ingin dipraktikkan.
Tetapi kali ini dengan lebih teratur dan penuh kemanusiaan. Dengan lebih terarah.
Ketika ini dengan tulisan dan laporan beberapa pihak, hati ini makin jelik terhadap pemerintah dan bangsawan MELAYU. Bangsa muda yang baru mengenal erti kemajuan.
Tetapi malangnya para pemerintah dan bangsawannya tidak mahu membawa bangsanya kepada kemajuan. Setiap ada ruang untuk melaksanakan kemajuan, merekalah yang akan merebut peluang dan hasilnya bukan kemajuan untuk bangsanya tetapi kembungnya kocek mereka akibat penyelewengan yang dilakukan.
Lihat sahaja laporan RPK (Raja Petra Kamaruddin) mengenai sejumlah konsessi balak dan kontrak-kontrak yang diperolehi oleh Sultan Perak dan kaum kerabatnya. Nilainya berbillion RM.
Itu hanya cebisan yang terselak. Sedang yang tidak tercungkil entah berapalah nilainya. Diwaktu yang sama ada kalangan rakyat yang sedang pasrah menunggu kematian kerana harga ubat mahal.
Ada anak-anak kecil yang berteriak tangis kerana harga susu mahal. Sehingga untuk menyahut panggilan ‘nature‘ pun, rakyat terpaksa membayar sehingga RM2.00 untuk sekali masuk tandas ( kat KLCC ).
Rakyat dijadikan sasaran mencari sumber kewangan bila syarikat korporat kekeringan dana. Rakyat dijadikan penyara kewangan untuk mengisi tabung UMNO dan bangsawan yang onar ini ( PLUS dan banyak syarikat koperat lain kan UMNO punya).
Sayangnya pulak warga melayu hanya melihat peristiwa ini berlaku. Mereka tidak berusaha untuk membetulkan keadaan. Walhal usaha untuk mengubah hal yang sedemikian begitu mudah.
Mereka hanya diperlukan untuk memangkah pada hari pilihanraya. Hanya jangan memangkah pihak yang menggalakkan penyelewengan itu berlaku. Itu sahaja tugasnya.
Begitupun ramai yang merelakan penyelewengan itu berlaku. Bagi mereka hal yang sedemikian adalah hal yang biasa. Menurut mereka sesiapa sahaja yang duduk di kerusi empuk dipuncak kuasa akan melakukan sedemikian rupa.
Hatta diri mereka sendiri walau pun mereka tahu hal demikian menjijikan.
Saranan pemimpin yang jelas benci kepada penyelewengan tidak diendahkan. Menurut mereka pemimpin sedemikian hanya menyalak kerana tidak berpeluang mendapat kesempatan yang sama.
Sekiranya berpeluang pemimpin yang menyalak itu menurut mereka akan turut sama melakukan onar yang serupa. Mereka lupa saudara Anwar Ibrahim hanya tinggal setakah lagi untuk kekemuncak kuasa.
Sedang seboleh munkin segala aparat-aparat pemerintah akan digunakan untuk kepentingan kaum bangsawan yang memerintah. Dari rajanya hingga kepeon dijabatan kerajaan.
Untuk rajanya, ketua-ketua jabatannya dan pimpinan-pimpinan yang membuat keputusan, habuan besar upah penyelewangan itu disediakan. Tidak terkecuali.
Sekira kamu tidak menurut apa yang ku perintahkan, akan ku jeruk kamu dalam kepompong sengsara. Kenaikan pangkat mu akan ku sulitkan walau pun kamu layak dan cemerlang bertugas.
Satu ketika sang loyer besar mengadap Pak Lah, minta dinaikkan pangkat Gani Patail. Minta dilantik beliau menjadi hakim. Tujuannya supaya dia tidak lagi berada di pejabat Peguam Negara.
Kerana kerjanya ialah menyorok fail-fail siasatan yang telah diusahakan oleh para peguam disitu.
Bukan kepalang kerjanya. Bangun seawal 3.00 pagi untuk mentelaah fail-fail siasatan, tetapi bila telah lengkap, fail-fail tersebut disimpan dan disorokkan. Dicadangkan supaya Datuk Usup menggantikan Gani.
Dan Pak Lah pun sebagaimana biasa dengan sopan santun dan budi bahasanya melayani kedatangan sang loyer besar. Hingga ke pintu dihantar tempoh sang loyer besar berangkat keluar. Sehingga satu jam sang loyer besar mengadukan halnya.
Tetapi apakah hasilnya..? Sehingga kini, Gani masih di situ. Kerana dia berguna untuk kerja-kerja sumbang mereka. sedang Datuk Usup dijeruk dan didingin bekukan.
Ayoh marilah bangsa melayu, kita melakukan perubahan. Marilah kita menidakkan kuasa bangsawan-bangsawan dan pemimpin busuk ini dengan menafikan peluang mereka di atas kertas undi.
Marilah kita mengambil kesempatan dengan keberanian rakan-rakan dan saudara-saudara kita dari kalangan bangsa lain.
Jangan nanti bila mereka berputus harap dan kembali mereka menyokong bangsawan dan pemimpin onar ini, saat itu putihlah mata kita untuk melakukan perubahan.

Apabila Si Haram Berlagak Halal

Dey tau baca ke tak tau ?


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh, V. Sivakumar diingatkan supaya mematuhi kod pakaian yang ditetapkan bagi sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dijadual berlangsung 28 Oktober ini.


Speaker DUN Perak, Datuk R. Ganesan berkata, jika wakil rakyat DAP itu berdegil dan masih memakai jubah Speaker, maka beliau tidak akan teragak-agak mengambil tindakan sewajarnya.


''Anda semua tahu apa yang akan berlaku jika ADUN Tronoh itu memakai jubah Speaker. Beliau mesti terima kenyataan bahawa dirinya bukan lagi Speaker DUN, beliau hanya ADUN biasa.


''Semua wakil rakyat mesti tahu apakah kod pakaian sidang Dewan. Sesiapa saja mengenakan pakaian yang tidak kena dengan peraturan sudah tentu tidak boleh masuk Dewan," katanya pada sidang media di pejabatnya di sini hari ini.


Sejak peralihan kuasa kerajaan negeri daripada pakatan pembangkang kepada Barisan Nasional (BN), Sivakumar didapati telah tiga kali memakai baju Speaker secara haram.


Kali pertama beliau berbuat demikian ialah pada persidangan bawah pokok (3 Mac 2009), persidangan pada 7 Mei dan yang terbaru persidangan di sebuah hotel.


Selain memakai jubah berkenaan secara haram, Sivakumar turut menggunakan kepala surat rasmi dan alamat Pejabat Speaker Perak bagi mengeluarkan notis sesuka hati.


Ganesan berkata, bagi memastikan tindakan undang-undang boleh diambil, pihaknya telah membuat laporan polis semalam supaya Sivakumar memulangkan pakaian Speaker dan berhenti menyamar sebagai Speaker.


Jelas beliau, pakaian itu bukan milik individu sebaliknya milik institusi DUN serta kerajaan negeri dan ia mesti dipulangkan sebaik sahaja sesuatu jawatan dilucutkan secara sah.


Beliau berkata, jika Sivakumar masih enggan memulangkan pakaian jubah itu, wakil rakyat tersebut akan dianggap sebagai pencuri.


''Sebagai Speaker saya juga akan memastikan perjalanan sidang Dewan nanti berjalan lancar dan semua pihak perlu mematuhi dan menghormati institusi Dewan.


''Jangan lupa, institusi Dewan juga mempunyai bentara yang bertanggungjawab menjaga ketenteraman Dewan. Jadi fikirlah sendiri sebelum membuat sebarang kekecohan," ujar beliau.


Mengenai kenyataan media Pengerusi DAP, Datuk Ngeh Koo Ham semalam yang menegaskan pembangkang tidak mengiktiraf beliau sebagai Speaker, Ganesan berkata, pembangkang memang sengaja mahu mengelirukan rakyat.


''Saya dilantik secara sah mengikut Peraturan-Peraturan Tetap DUN dan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak pada 7 Mei. Sivakumar pula sudah dilucutkan sebagai Speaker.


''Pembangkang sekarang cuma ada 28 kerusi. Majoriti sekarang berada pada pihak BN iaitu 31 kerusi termasuk tiga ADUN Bebas. Pembangkang boleh cakap apa sahaja yang mereka mahu. Apa yang penting kita ikut peraturan," jelasnya.utusanonline



KALAU HITAM JANGAN KITA KATA PUTIH DAN KALAU DAN KALAU DAH SPEAKER HARAM TETAP HARAM JANGAN KAMU MENGHALAKANNYA PULA ...CUBA TENGOK MUKA DEPAN CERMIN DULU...WAHAI R.GANESON KAMU TETAP.. _ _ _ AM ?




Beliau yang sepatut diharamkan memakai jubah speaker dan memasuki dewan ....kerana siapa beliau ini ?adakah beliau wakil rakyat..dun mana yang beliau wakili atau menang..?




Ganeson ini sepatutnya didakwa kerana menyamar sebagai seorang speaker dan memakai jubah secara haram ..sebab perlantikan beliau banyak menimbulkan persolan dan keraguan yang melampau..




Adakah cara pelantikan beliau 7 may lalu sah disisi perlembagaaan atau peraturan tetap DUN ..?



Adakah ini caranya sesebuah Dewan Undangan Negeri melantik seseorang speaker dengan mengheret Speaker yang sah (v.Sivakumar )dan mengangkat Ganeson menjadi speaker dikata mengikut perlembagaan Dewan..?



Ganeson mengatakan V.Sivakumar pencuri jubah......tetapi Ganeson juga kita boleh dikategorikan beliau macam lanun atau pencuri jubah juga atau speaker BN syok sendiri kerana tiada satu pun alasan yang boleh mengiktiraf beliau menjadi speaker kalau kita benar benar mengikut peraturan Dewan dan undang2 tubuh kerajaan negeri Perak.




Tugas Bentara untuk menjaga ketenteraman Dewan.. Kata speaker haram ? tapi apa yang berlaku pada sidang Dun yang terlampau tempoh hari begitu tragis sekali..tugas Bentara tak ikut peraturan dewan dan ingkar arahan tuan Speaker sebalik bentara yang diketuai oleh Abdulah Antong (bentara ) hanya mengikut telujuk Bn dan lebih mengaibkan lagi satu grombolan Bentara haram masuk dan mengheret Speaker Sah dan melantik speaker haram..disini sudah ada dua kejadian yang pelik pertama cara lantikan speaker haram dan yang kedua kewujudan bentara haram pula..aduhai apala nasib negeriku Perak yan ku cintai..




...Speaker haram berkata....cara lantikan beliau sah disisi perlembagaan dewan....oi ..speaker haram cuba mike(kamu) bukak dan baca peraturan dewan jangan nak memperbodohkan rakyat walau keme (kami) tak baca@takde pun buku ini tapi kami chegrodik (pandai) dan tahu apa yang ada atau tak payah kami baca Peratuan dewan.. tengok cara gerombolan haram yang masuk dan menghina dewan serta cara bentara haram mengheret @ menculik tuan speaker pun kami sudah jelas.....kami bukan macam orang umno wala' tak bertempat




Walaupun BN mempunyai majoriti dalam dewan bukan ini caranya kamu nak menjatuhkan seseorang speaker..belajar lah dan amalkanlah undangan2 serta tunjukan tauladan pada rakyat gunakan saluran yang betul sudah tentu takan jadi kecoh semacam ini. Apa nak dirisaukan kerana Bn telah mempunyai majoriti tetapi kamu Bn gopoh dalam segalanya dari rampas dan pecat serta melantik Menteri Besar serta melantik speaker semuanya tak mengikut batas undang undang dan perlembagaan Perak dan hasilnya inilah dia yang terjadi dan akhirnya telah menjadi satu sejarah untuk tatapan ganerasi akan datang .siapa yang malu..jawapannya ialah sikap tamak dan terburu buru Barisan Nasiona dalam mengejar impian untuk merampas negeri dan dewan secara tak bertemadun.

Ong, Chua berdamai demi kebaikan parti...!!! Kita lihat berapa lama drama bersiri ni..????

Selepas setahun bertelagah, Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat dan bekas timbalannya, Datuk Seri Chua Soi Lek akhirnya bersetuju untuk berdamai dan mengenepikan pergeseran antara mereka.

Kedua-duanya - yang sebelum ini sering melontar tuduhan antara satu sama lain - mengumumkan 'genjatan senjata' itu dalam satu sidang akhbar bersama di ibupejabat MCA di ibunegara hari ini. Turut hadir ialah Timbalan Presiden MCA yang baru dilantik, Datuk Seri Liow Tiong Lai.
Bagaimanapun, terdapat kemungkinan krisis kepimpinan MCA itu belum selesai sepenuhnya kerana Pendaftar Pertubuhan (ROS) boleh mengubahnya.Terdapat spekulasi bahawa ROS boleh membatalkan penggantungan Chua dan melantiknya semula ke jawatan timbalan presiden, sekaligus merumitkan kedudukan Liow yang baru dilantik memegang jawatan tersebut dan seorang lagi naib presiden, Datuk Kong Chor Ha.
Liow dan Kong dikatakan dua pemimpin yang masing-masing bakal mengisi dua jawatan tertinggi - Liow sebagai presiden dan Kong sebagai timbalannya - selepas Ong dan Chua.
Para pemerhati berkata, ketegangan jelas kelihatan apabila Liow dan Kong nampak keberatan untuk menghadiri sidang akhbar hari ini, menyebabkan ianya terlewat 10 minit.
Dalam sidang akhbar tersebut, Ong membaca kenyataan yang berbunyi, beliau dan Chua sudah bersetuju untuk "bekerjasama sebagai satu pasukan" bagi menyatu dan memperkukuhkan semula MCA - parti komponen kedua terbesar dalam BN - yang sedang dilanda krisis kepimpinan.

Beliau juga mendedahkan bahawa Chua bersetuju untuk bekerjasama dengannya "tanpa sebarang syarat".

"Ini adalah masanya untuk bermaaf-maafan dan melihat pada persekitaran yang lebih luas mengenai apa yang baik untuk parti dan bukannya untuk individu," katanya.

Presiden MCA itu juga mendedahkan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah diberi maklumat mengenai pelan damai tersebut dan telah merestuinya.Walaupun mengakui ada menemui Najib semalam, Ong bagaimanapun menafikan bahawa 'formula damai' itu dicapai ekoran tekanan daripada Najib, yang juga pengerusi BN.
Selain daripada itu, Ong juga akan bekerjasama rapat dengan Liow sebagai timbalan presiden.

Ong juga akan berbincang dengan setiausaha agung MCA, Datuk Wong Foon Meng untuk meneliti semula keputusan untuk mengadakan satu lagi mesyuarat agung luar biasa.

Ong juga berjanji untuk menemui semua pemimpin dalam usaha menjadikan MCA satu parti yang 'inklusif' yang menyediakan ruang untuk semua pihak yang bertelagah untuk bekerjasama sebagai satu pasukan.Ditanya mengenai peranan Chua dalam parti, Ong menjawab: "Ianya terlalu awal untuk menyatakannya".
Ditanya sama ada mereka boleh bekerjasama memandang pergeseran antara mereka selama ini, beliau berkata: "Saya optimistik dan menaruh harapan bahawa dengan komitmen kami kepada parti, kami akan melakukannya."
Ditanya sama ada beliau akan mengotakan janjinya dan meletakkan jawatan selepas kalah dalam usul undi tidak percaya terhadapnya, Ong cuba memberi justifikasi terhadap alasannya untuk tidak berbuat demikian.

"Kita mengambil kira sepenuhnya keputusan EGM, termasuk interpretasi keputusan undian. Jadi, kerana itulah sebabnya Chua dan Liow semua ada di sini," katanya.Ong menambah, beliau telah menerima banyak galakan daripada orang ramai supaya meneruskan "urusan yang belum selesai" seperti menyatu padukan semula puak-puak yang bertelagah.
Oleh itu, katanya, atas nama amanah rakyat, adalah adil sekira beliau selaku presiden MCA melakukan apa yang diharapkan oleh para ahli dan rakyat," katanya.
Ditanya sama ada Liow akan kekal memegang jawatan timbalan presiden, Ong berkata: "Masalah itu tidak timbul kerana CC (jawatankuasa pusat) telah memilih beliau sebagai timbalan. Tiada apa-apa perubahan."

Ditanya komennya, ketika ditemui kemudiannya, mengenai pelan damai tersebut, Liow hanya berkata: "Demi perpaduan parti, saya menerima formula tersebut."

"Tetapi mengenai butirannya, saya perlu menyemak dengan CC terlebih dahulu sebelum membuat sebarang komen," tambahnya.

Sekolah Agama Kelantan cadang perkenal bahasa mandarin



KOTA BHARU, 22 Okt: Sekolah agama di Kelantan dijangka menjadi perintis memperkenalkan pembelajaran bahasa Mandarin kepada pelajar-pelajarnya.

Usaha ke arah itu sedang giat dilaksanakan sekarang dengan menubuh Kelab Bahasa Mandarin di tujuh sekolah di Yayasan Islam Kelantan (Yik).
Sekolah terbabit iaitu Maahad Muhammadi Lelaki, Maahad Muhammadi Perempuan, Maktab Pengajian Islam, Maahad Arabiah Pasir Mas, Maahad Tahfiz al Quran di Pulai Chondong, Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah dan Sekolah Menengah Ugama (Arab) Tarbiah Mardhiah, Panchor.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, kelab tersebut dilancar di Maahad Muhammadi Perempuan pada Julai lalu.
"Sehingga sekarang seramai 250 pelajar di tujuh sekolah terbabit menyertai kelab berkenaan biar pun ia baru diperkenalkan.
"Pembelajarannya hanya diadakan pada hari cuti dan hujung minggu," katanya menjawab soalan Rohani Ibrahim (PAS  Tanjung Mas) pada persindangan Dun hari ini.
Mohd Amar berkata, bilangan Kelab Bahasa Mandarin akan ditambah lagi pada tahun hadapan memandangkan sambutan pelajar begitu menggalakkan sekarang.
Menurutnya dengan ada kelab tersebut membolehkan pelajar menguasai bahasa Mandarin bagi menambahkan lagi pengetahuan mereka.
"Memandangkan sambutan menggalakkan, tidak dapat ditolak pada masa hadapan sekolah agama di Kelantan akan memperkenalkan subjek Bahasa Mandarin," ujarnya.
Menjawab soalan tambahan Adhan Kechik (BN  Bukit Bunga) katanya buat masa ini kerajaan belum lagi bercadang menghantar pelajar melanjut pengajian dalam bidang agama di China memandangkan belum ada institusi pengajian tinggi seumpama itu di negara berkenaan sekarang.
Bagaimanapun katanya kerajaan negeri telah menghantar empat pelajar lepasan Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (Kias) melanjutkan pengajian dalam bahasa Cina di negara berkenaan.
Katanya, pelajar tersebut kini menjadi pengajar di Kias dalam subjek bahasa Cina.
Di Kelantan Maahad Darul Anwar di Pulau Melaka menjadi sekolah menengah agama pertama memperkenalkan subjek bahasa Cina sejak beberapa tahun lalu.
Menjawab soalan Zulkifli Mamat (PAS  Pulai Chondong) Mohd Amar berkata, Yayasan Islam Kelantan (Yakin) menaja 20 pelajar yang mengikuti pengajian dalam bidang perubatan di Mesir.
Tajaan itu bermula tahun lepas di mana 10 pelajar melanjut pengajian dalam bidang berkenaan dan 10 pelajar lagi tahun ini.
Katanya, kos pengajian bagi setiap pelajar dianggarkan sebanyak RM200,000 sehingga tamat pengajian.
Kata beliau juga jumlah pinjaman atau biasiswa yang dikendalikan di bawah Yakin bagi tempoh 2009 - 2010 dianggarkan sebanyak RM8.7 juta, di mana sehingga Oktober tahun ini sebanyak RM3.8 juta telah dikeluarkan.
Sebelum itu menjawab soalan Wan Yusoff Wan Mustafa (PAS  Gual Ipoh) katanya, sejak diwujudkan pada 1981 sehingga sekarang seramai 23,470 pelajar mendapat pinjaman atau biasiswa daripada Yakin membabitkan peruntukan sebanyak RM71.7 juta.
Mohd Amar juga memberitahu kerajaan negeri membeli sebuah aparment setinggi sembilan tingkat di Kaherah yang akan dijadikan asrama bagi pelajar Kelantan yang belajar di Universiti Al Azhar.
Menurutnya asrama itu yang melibatkan kos sebanyak RM17 juta dijangka siap sepenuh tahun hadapan.
Sementara itu, anggota Exco, Datuk Husam Musa memberitahu projek koridor depu yang dilaksanakan di Kelantan sejak dua tahun lepas kini semakin mendapat sambutan menggalakkan.
Katanya, dianggarkan terdapat lebih satu juta pokok depu yang tumbuh meliar di seluruh negeri ini.
Malah di Machang terdapat lebih 100 pokok depu yang mempunyai saiz besar sehingga lebih sepemeluk.
"Mengambil kira perkembangan tersebut kerajaan negeri melalui Perbadanan Menteri Besar Kelantan mewujudkan ladang depu di kawasan seluas 592 hektar di Gua Musang.
"Selain itu syarikat swasta juga berminat menanam pokok depu memandangkan pulangannya begitu tinggi," ujarnya.
Menurutnya pada tahun lepas pengeluaran gaharu daripada pokok depu sebanyak 131,601 kilogram dan meningkat kepada 138,552 kg tahun ini.
Kata beliau hasil pokok depu begitu tinggi hasil penemuan teknologi baru dengan kaedah suntikan bagi mengeluarkan getahnya.

Jawapan Pak Menteri di Parlimen — Khalid Samad


OKT 22 — Mesyuarat ketiga, Penggal kedua, Dewan Rakyat ke 12 telah bermula pada hari Isnin, 19 Okt yang bakal menyaksikan berbagai lagi kepincangan kerajaan BN dalam mengurus tadbir negara kita ini. Sehubungan dengan itu, saya ingin mulakan dengan mengulas jawapan yang telah pun diberikan oleh dua Kementerian yang berikut.
Pertama: Jawapan TPM berhubung rasionalnya mengapa kerajaan menunggu sehingga 2012 untuk menukar semula pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa ibunda. Beliau menjawab — perlu membuat kajian serta menentukan tenaga guru mencukupi, terlatih dan sebagainya.
Tetapi persoalannya, dahulu apabila melaksanakan PPSMI, mengapa tidak dilakukan sedemikian? Buat kajian terlebih dahulu, tentukan tenaga pengajar mencukupi dan begitu juga kemahiran yang berkaitan. Ini tidak, main rempuh sahaja walaupun ramai yang membantah. Dalam melaksanakan satu dasar dan kaedah yang baru, sudah semestinya dasar dan kaedah tersebut memerlukan kajian dan persiapan yang teliti. Kaedah kerajaan BN seperti biasa, terbalik! Apabila ingin laksanakan dasar baru tiada kajian dan persiapan yang teliti. Tetapi, apabila menukar kembali ke dasar yang asal, perlu kajian dan persiapan yang teliti!
Berkenaan soalan tambahan mengenai apa jaminan kerajaan tidak akan kembali kepada dasar PPSMI atau yang seakannya dan seterusnya mengabaikan Bahasa Malaysia, TPM telah menjawab bahawa status Bahasa Kebangsaan dijamin dalam Perlembagaan negara.
Tetapi apa yang lebih merisaukan banyak pihak ialah status Bahasa Kebangsaan telah pun dijamin dalam Perlembagaan sejak dari dulu lagi. Namun perkara ini tidak menghalang kerajaan BN melaksanakan satu dasar yang jelas bercanggah dengannya! Atau apakah mungkin TPM baru sahaja sedar kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan?
TPM seterusnya menyebut bahawa yang penting ialah persoalan meningkatkan kemahiran berbahasa Inggeris tanpa menjejaskan status dan penggunaaan Bahasa Kebangsaan. Maka jelaslah bagi beliau, ini masih lagi merupakan satu persoalan yang beliau sendiri tidak tahu cara mengatasinya. Jawapan sebenarnya mudah sahaja. Bukan dengan mengajar Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris!
Jika kita ingin meningkatkan kemahiran berbahasa Inggeris, maka perlulah belajar bahasa Inggeris. Kita mengajar Sains dan Matematik untuk anak-anak kita faham Sains dan Matematik. Oleh itu perlu mengajar mata pelajaran ini di dalam bahasa yang mereka mudah fahami. Bukan dalam bahasa yang kita sendiri mengakui bahawa pelajar lemah penguasaannya.
Kedua: Jawapan Timbalan Menteri berhubung perlanjutan perkhidmatan Ketua Polis Negara yang menyebut prestasi KPN amat memuaskan.
Sebenarnya prestasi KPN memuaskan hanya dari persepsi BN. Kadar jenayah dikatakan meningkat dan banyak persoalan berhubung penyelewengan yang berlaku di bawah pentadbiran dan pengurusan beliau masih tidak terjawab.
Status rasuah dalam Institusi PDRM diketahui dan diakui umum. Ini masih tidak berubah. Biasanya dalam menangani masalah rasuah, orang nombor satu institusi terlibat perlu dipertanggung jawabkan tetapi di bawah kerajaan BN sebaliknya yang berlaku. Setelah pendedahan dibuat oleh sebuah Suruhan Jaya Di Raja sekalipun, namun tiada apa-apa tindakan yang bersungguh-sungguh untuk mengatasinya.
Hakikatnya, walau sejelas mana sekalipun kegagalan KPN tersebut, KPI yang terpenting dalam pertimbangan kerajaan BN ini adalah kesetiaan dan ketaatan yang tidak berbelah bagi kepada perintah dan arahan yang diberikan oleh kerajaan BN itu sendiri. Itu sahaja. — khalidsamad

Bn Tidak Yakin Dengan Mahkamah Persekutuan,Dun Perak DiBubarkan?

Spekulasi semakin kuat bahawa Dun Perak bakal dibubarkan dalam tempoh terdekat. Banyak tanda-tanda yang menunjukkan kearah pembubaran itu. Rasanya tak perlu saya ulas lagi. Tetapi saya menjangkakan antara sebab utama Dun Perak bakal dibubarkan ialah Umno@BN tidak yakin keputusan Mahkamah Persekutuan pada 5 November ini memihak kepada mereka.

Mereka tidak yakin Datuk Seri Zambry Abdul Kadir akan dikekalkan oleh Mahkamah Persekutuan sebagai Menteri Besar. Datuk Seri Ir Nizar akan dikembalikan jawatannya sebagai Menteri Besar Perak yang sah.Jika itu berlaku Umno@BN akan malu besar. Moral Umno akan jatuh merudum. Pastinya sokongan kepada Pakatan Rakyat akan melonjak kembali. Umno pastinya tidak akan membiarkan tragedi itu berlaku. Oleh itu Umno@BN tidak ada pilihan melainkan mendapatkan perkenan Sultan Perak untuk membubarkan Dun Perak. Maka jika Dun Perak dibubarkan Mahkamah Persekutuan tidak lagi perlu bersidang 5 November ini.

Mungkinkah juga Dato Seri Najib akan mengumumkan pembubaran Dewan Rakyat selepas membentangkan Belanjawan 2010 pada Jumaat ini? Semua kemungkinan ini saya lihat sebagai opsyen yang ada kerana dalam pembentangan Belanjawan nanti mungkin pelbagai tawaran, insentif dan bonus diumumkan diikuti di akhirnya pembubaran parlimen. Semua ini sebagai 'gula-gula' politik agar rakyat terus menyokong Umno@BN. Apa-apa pun sama-sama kita nantikan....

Oleh AngkasaNuri

Beginilah Bijak dan Beradab

Apabila Prof Aziz Bari bagi komen tentang kepimpinan PAS ramai melenting. Ketua Penerangan PAS Ustaz Idris Ahmad pun panas hingga berasap kepala. Apa lagi atas nama Ketua Penerangan dia pun membalas hujah Aziz Bari macam ahli PAS yang tak sekolah. Hujah yang penuh emosi dan kurang tertib sebagai pemimpin PAS.Ini menunjukkan perangai PAS tulen yang selalu dikatakan oleh musuh politik PAS malah pemerhati politik, iaitu pemimpin PAS terutamanya yang pakai serban dan ketayap tak boleh dikritik mereka hanya boleh terima pujian saja. Sah!!! Betul cakap mereka. Terbukti. Proven.
Namun PAS bernasib baik ada ramai lagi yang bukan begitu. Salah seorangnya ialah MOHAMED HANIPA MAIDIN. Dalam blognya "peguampas" beliau telah meredakan suasana dengan kaedah penulisan yang mudah dan penuh beradab siap ucapkan terima kasih atas kritikan Aziz Bari seperti di bawah:-
TERIMA KASIH PROF AZIZ BARI DI ATAS KRITIKAN ANDA 
Oleh : Mohamed Hanipa Maidin