Rabu, 21 Oktober 2009

Kerajaan digesa pinda perlembagaan perjelas kedudukan status negara



KUALA LUMPUR: Kerajaan digesa segera meminda beberapa Artikel dalam Perlembagaan Persekutuan bagi memperjelaskan beberapa isu termasuk soal status negara yang mengamalkan dwisistem (sistem perundangan hybrid) dan bukannya sebuah negara sekular sebagaimana yang didakwa beberapa pihak.
Pindaan ke atas Perlembagaan juga perlu dibuat bagi mewujudkan garis perbezaan antara Perlembagaan sebagai undang-undang utama Persekutuan dengan pelaksanaan undang-undang dan syariat Islam.
Desakan itu antara 24 senarai rang undang-undang persendirian yang dikemukakan anggota Parlimen Bandar Baru Kulim, Zulkifli Noordin yang tersenarai dalam Aturan Urusan Mesyuarat Dewan Rakyat yang sedang bersidang.
Zulkifli berkata, Artikel 3 Perlembagaan Persekutuan perlu dipinda bagi memastikan fakta-fakta mengenai kedudukan agama Islam tidak lagi diputar belit dan disalah tafsir oleh golongan tertentu untuk memberi gambaran kononnya Malaysia adalah negara sekular.
Untuk itu ayam sabung PKR tersebut menyarankan supaya perkataan "Islam adalah agama bagi Persekutuan termasuk dari segi undang-undang dan syariatnya" ditambah bagi menepis keraguan mengenai perihal kedudukan status negara.
"Hakikatnya Malaysia bukanlah negara sekular sebaliknya negara yang meletakkan Islam sebagai agama bagi Persekutuan, maka dengan pindaan kepada Artikel 3 Perlembagaan Persekutuan seperti yang dicadangkan akan memperjelaskan perihal kedudukan status negara ini tanpa sebarang keraguan lagi," katanya.
Beliau berkata Artikel 4 Perlembagaan Persekutuan pula perlu dipinda bagi menambah perkataan "Perlembagaan adalah undang-undang utama Persekutuan dan kecuali undang-undang dan syariat Islam, apa-apa undang-undang yang diluluskan berlawanan dengannya hendaklah terbatal setakat ia berlawanan itu".
"Dewan perlu mengambil maklum bahawa banyak keadaan di mana hukum syarak' syariat Islam telah terbatal dan atau tidak dapat dilaksanakan kerana Artikel 4 Perlembagaan Persekutuan ini yang meletakkan undang-undang negara mengatasi semua undang-undang dan peraturan lain.
"Ini termasuk undang-undang serta syariat Islam seperti pengharaman pemakaian serban di sekolah-sekolah kebangsaan, pemakaian purdah dan jilbab di jabatan-jabatan kerajaan, pelaksanaan undangundang syarak seperti khalwat, zina, qazaf yang bercanggah dengan hukum syarak dan lain-lain," kata Zulkifli.
Turut dicadang untuk dipinda ialah Artikel 11 (1) Perlembagaan Persekutuan mengenai soal pertukaran agama bagi orang Islam.
Dalam perkara itu, Zulkifli mencadangkan untuk memasukkan perkataan "termasuk menukar agamanya kecuali bagi penganut agama Islam yang hendaklah tertakluk kepada undang-undang dan syariat Islam. Bagi maksud penganut agama Islam, soal kemasukan dan kemurtadan dari agama Islam, soal kemasukan dan kemurtadan dari agama Islam hendaklah ditentukan oleh Mahkamah Syariah yang mempunyai bidang kuasa mutlak ke atasnya".
Selain itu Zulkifli turut mengemukakan rang undang-undang peribadi untuk menggesa kerajaan melaksanakan undang-undang untuk melarang dan memberi syarat bagi penjualan arak dan kondom di kedai-kedai serbanika termasuk SevenElevan (711) dan KK Mart.
"Banyak kes yang terjadi di mana remaja dan belia Melayu beragama Islam yang menyalahgunakan penjualan arak dan minuman beralkohol serta kemudahan kondom di kedai-kedai serbaneka ini untuk kegiatan tidak berakhlak dan bermoral," katanya.
Dalam cadangan berbeza, Zulkifli turut mendesak Kementerian Dalam Negeri supaya segera mengadakan siasatan terhadap Sisters In Islam (SIs) kerana aktivitinya dikhuatiri bertentangan dengan syariat Islam.
Sehubungan itu beliau mendesak kementerian menyiasat bagaimana kumpulan itu dibenarkan menggunakan label 'Islam' sedangkan nama pendaftarannya tidak tercatat sedemikian.
Beliau mendakwa kumpulan tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROs) sebaliknya didaftarkan di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia dengan nama SiS Forum Malaysia Sdn Bhd.
Kementerian juga digesa menyiasat sumber dana kumpulan itu kerana didakwa mendapat bantuan dana dan pembiayaan antaranya daripada pertubuhan bukan Islam seperti Yayasan Rockfeller dari Amerika Syarikat dan Konrad Adreneur dari Jerman.
Semalam soalan mengenai isu SIS yang dikemukakan oleh Zulkifli tersenarai sebagai soalan ke10 sesi soal jawab lisan, tetapi tidak sempat diutarakan berdasarkan faktor masa.
Zulkifli dalam soalannya ingin tahu sama ada kerajaan bercadang untuk merujuk SIS kepada Majlis Fatwa Kebangsaan dan sama ada kerajaan bercadang melarang mereka menggunakan perkataan Islam pada nama mereka memandangkan ia didaftarkan tanpa label Islam.
Beliau yang ditemui di lobi Parlimen berkata kesemua usul berkenaan telah dikemukakan kepada Dewan Rakyat pada 17 Sept lepas dan berharap kesemua rang undang-undang yang dikemukakan berpeluang dibahaskan anggota Dewan Rakyat, khasnya berkaitan isu SIS.
Berdasarkan Aturan Urusan Mesyuarat Parlimen, semua usul dan rang undang-undang persendirian hanya akan dikemukakan dalam dewan setelah kesemua urusan kerajaan diselesaikan. BERNAMA

Ketua Audit Negara tegur panjang lebar Rangkaian Hotel Seri Malaysia ...!! Bagi-bagi le beb..???


PUTRAJAYA: Laporan Ketua Audit Negara ke atas aktiviti dan prestasi kementerian/jabatan dan pengurusan syarikat milik kerajaan persekutuan mendapati Rangkaian Hotel Seri Malaysia Sdn Bhd (RHSM) tidak diurus dengan cekap termasuk pengurusan aset sehinggakan ia gagal merealisasikan potensinya untuk mencapai keuntungan yang maksima.
Malah RHSM tidak membayar dividen kepada Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri yang terlibat sungguhpun telah memperolehkeuntungan bersih berjumlah RM1.21 juta dan RM1.46 juta masing-masing pada tahun 2006 dan 2007.
Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 11 Tahun 1993 menetapkan bahawa syarikat milik kerajaan perlu membayar dividen daripada sebahagian keuntungan yang diperolehi bagi sesuatu tahun kewangan pada kadar sekurang-kurangnya 10% setiap tahun kepada Kerajaan selaku pemegang saham syarikat.
Syarikat juga perlu mengemukakan kepada Kementerian Kewangan sebab-sebab yang munasabah sekiranya ia gagal membayar dividen kepada Kerajaan. Semakan Auditmendapati ia tidak berbuat demikian.
Semua penemuan ini terkandung dalam Laporan Ketua Audit Negara 2008 yang dibentangkan kepada Parlimen kelmarin.
RHSM telah ditubuhkan pada bulan April 1994 bagi menguruskan rangkaian hotel kos sederhana di seluruh negara. Syarikat ini mempunyai modal berbayar RM131.34 juta. Sejumlah RM118.93 juta (90.6%) daripada modal tersebut adalah dimiliki oleh Kerajaan Persekutuan melalui Menteri Kewangan (Diperbadankan).
Pemegang saham yang lain adalah Kerajaan Negeri di mana terdapatnya Hotel Seri Malaysia. Bagi menjaga kepentingan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri, RHSM adalah bertanggungjawab menentukan dasar pengurusan hotel secara sistem francais dan memastikan dasar tersebut dipatuhi oleh pihak yang terlibat.
Sistem francais tersebut yang dikenali sebagai Sistem Francais Hotel Seri Malaysia mempunyai beberapa objektif utama antaranya menggalakkan pengusaha kecil khususnya pengusaha Bumiputera untuk berkecimpung dalam industri pelancongan; menyediakan kemudahan penginapan sederhana untuk pelancong tempatan dan antarabangsa serta meningkatkan mutu perkhidmatan yang diberi oleh hotel kategori kos sederhana di samping menjadi pemangkin kepada pengusaha swasta untuk melabur dalam bidang ini.
Seksyen 6(d), Akta Audit 1957 menghendaki Ketua Audit Negara menjalankanpengauditan untuk menilai sama ada aktiviti Kerajaan diuruskan dengan cekap,berhemat dan selaras dengan objektif aktiviti berkenaan. Pengauditan tersebutmelibatkan pelbagai aktiviti seperti pembinaan, penyenggaraan, penguatkuasaanundang-undang, perolehan, pengurusan aset, pengurusan cukai dan programpeningkatan sosio ekonomi.
Di bawah Sistem Francais Hotel Seri Malaysia, RHSM adalah Francaisoriaitu pemilik kepada sistem ini dan juga pemilik Hotel Seri Malaysia manakalaFrancaisi (Pengendali Hotel) pula adalah merupakan individu perseoranganBumiputera yang dilantik menguruskan Hotel Seri Malaysia dengan menggunakanSistem Francais Hotel Seri Malaysia.
Bagi memastikan pengurusan hotel dibuat dengan teratur, RHSM telah melantik satu syarikat pengurusan iaitu Gateway Inn Management Sdn. Bhd. untuk menguruskan Sistem Francais Hotel Seri Malaysia yang kini mempunyai 19 hotel di seluruh negara termasuk Hotel Seri Malaysia Kepala Batas yang mula beroperasi pada bulan Mac 2009.
Syarikat pengurusan tersebut juga dipertanggungjawabkan untuk menguruskan salah sebuah Hotel Seri Malaysia untuk dijadikan flagship hotel kepada rangkaian hotel yang lain di bawah Sistem Francais ini.
Sebagai sebuah syarikat sendirian berhad yang dimiliki oleh Kerajaan, RHSM perlu mematuhi undang-undang dan peraturan yang ditetapkan di bawah Akta Syarikat 1965 dan peraturan lain yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan dari semasa ke semasa. Antara lain, Akta Syarikat 1965 menetapkan tentang keperluan pelantikan Lembaga Pengarah dan Setiausaha Syarikat serta fungsi mereka untuk pengurusan syarikat.
Manakala pekeliling yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan menetapkan tentang kaedah pelantikan Lembaga Pengarah, Ketua Eksekutif dan penubuhan Jawatankuasa Audit serta fungsi mereka.
Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 12 Tahun 1993 antaranya menetapkan bahawa peraturan berkaitan dengan perbelanjaan syarikat perlu diperkemas dan diperketatkan bagi tujuan mengurangkan kos operasi dan mengelakkan pembaziran.
Bagaimanapun semakan Audit mendapati beberapa kelemahan berlaku dalam proses perolehan dan pengurusan pembayaran RHSM seperti berikut :-
* Surat Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 1 Tahun 2005 menetapkanbahawa Kementerian/Agensi/Syarikat Kerajaan dibenarkan untuk memecahkecilkan perolehan dengan syarat antaranya perolehan melibatkan kerja khusus yang perlu mematuhi standard; memerlukan kepakaran khusus serta melibatkan penyampaian perkhidmatan yang kritikal kepada orang awam.
Bagaimanapun, semakan Audit mendapati keperluan tersebut tidak dipatuhi di mana sejumlah RM0.90 juta yang merupakan kerja bagi melaksanakan projek infrastruktur ICT telah dipecahkecilkan kepada 5 kontrak berasingan dan RM0.77 juta bekalan peralatan/perisian CCTV Surveillance System bagi hotel dan Ibu Pejabat RHSM telah dipecahkecilkan kepada 4 kontrak berasingan untuk mengelakkan daripada perolehan secara tender.
Berdasarkan maklum balas terhadap teguran Audit, pihak pengurusan telah mengambil tindakan menamatkan perkhidmatan pegawai yang terlibat secara langsung dengan perolehan tersebut.
* Semakan Audit juga mendapati pembayaran berjumlah RM42,398 bagi projekmenaik taraf Sistem Maklumat RHSM tidak dibuat kepada syarikat pembekalyang sepatutnya di mana nama di baucar bayaran dan invois adalah berlainan dengan nama penerima cek. Perkara ini dibangkitkan apabila RHSM menghubungi syarikat pembekal tersebut untuk memaklumkan mengenai beberapa pencanggahan dari segi invois dan cara pembayaran cek dilakukan.
Adalah didapati invois pembayaran tidak dikeluarkan oleh syarikat pembekal tersebut, sebaliknya telah dikeluarkan oleh seorang pelobi atau runner syarikat pembekal tersebut yang sememangnya berurusan mengenai projek menaik taraf ICT dengan RHSM.
Laporan polis telah dibuat pada bulan September 2008 dan sehingga kini, kes ini masih dalam siasatan pihak berkuasa berkenaan.
* Semakan Audit terhadap baucar pembayaran bagi tempoh bulan Januarihingga Disember 2008 mendapati 44 pembayaran berjumlah RM0.56 juta berkaitan pembelian barang dan perkhidmatan tidak dilakukan melalui pesanan pembelian. Bagi kesemua baucar bayaran yang disemak, tanda cop “Telah Dibayar” tidak dibuat ke atas dokumen sokongan.
Manakala perakuan pengesahan tidak dibuat terhadap salinan fotostat dokumen yangmenyokong pembayaran. Ketiadaan perakuan ini mendedahkan kepada risiko pembayaran 2 kali.
* Pada tahun 2000, sejumlah RM45.80 juta geran telah diberikan oleh Kementerian Kewangan kepada RHSM bagi membiayai kos pengambilalihan Hotel Putra Palace di Perlis. Syarat pemberian geran ini akan menyebabkan penambahan ekuiti Menteri Kewangan (Diperbadankan) dalam RHSM ketika itu daripada 73.9% (RM115.50 juta) kepada 79.8% (RM161.50 juta).
Bagaimanapun, geran ini tidak digunakan untuk tujuan pengambilalihan Hotel Putra Palace dan disebaliknya dimasukkan dalam simpanan tetap RHSM. Kementerian Kewangan pada bulan Ogos 2007 telah bersetuju meluluskan supaya faedah terkumpul daripada simpanan tetap sebanyak RM7.67 juta atas geran terlibat dimasukkan ke akaun Refurbishment Fund RHSM.
Sungguhpun akaun bank berasingan telah diwujudkan pada 29 Februari 2008, namun tiada transaksi yang menunjukkan jumlah ini telah digunakan untuk tujuan perbelanjaan baik pulih hotel. Garis panduan berhubung penggunaan dana ini juga masih belum disediakan.
Menurut Akta Syarikat 1965, Lembaga Pengarah bertanggungjawab memastikan tindakan sewajarnya diambil bagi memastikan aset syarikat diuruskan dengan cekap dan teratur.
Semakan Audit terhadap pengurusan aset RHSM mendapati kelemahan seperti berikut:-
* Daftar aset tidak diselenggarakan dengan lengkap dan tidak kemas kini dimana jenis, bilangan dan kos seunit aset tidak dinyatakan. Keterangan sesuatu aset juga tidak tepat dan lengkap. Ketiadaan maklumat yang lengkap dan tepat ini menyukarkan rujukan bagi tujuan pelupusan, pengenaan susut nilai serta penggantian aset.
* Aset tidak ditandakan dengan nombor kod pendaftaran/pengenalan dan inimenyebabkan kedudukan aset kepunyaan RHSM dan Pengendali Hotel sukar untuk dikenal pasti.
* Verifikasi terhadap aset khususnya aset yang ditempatkan di hotel tidakpernah dibuat sejak penubuhan RHSM. Ini menyebabkan kedudukan fizikal dan lokasi sebenar aset tidak dapat ditentukan sama ada masih wujud, boleh digunakan, hilang, rosak atau tidak ekonomi dibaiki.
* Mekanisme tertentu untuk mengumpulkan maklumat aset di setiap hoteltidak ditentukan dan menyebabkan proses penyerahan dan pengambilalihanaset semasa pertukaran Pengendali Hotel tidak dibuat dengan teratur. RHSM pula tidak menyediakan senarai berasingan kedudukan aset mengikut hotel.
* Penyenggaraan bangunan dan kelengkapan hotel tidak dibuat secaraberjadual dan keadaan ini boleh menyebabkan aset tidak dijaga dengan baik.
Pada pandangan Audit, Kementerian Kewangan hendaklah memastikan RHSM mematuhi kehendak Akta Syarikat 1965 dan semua pekeliling yang telah dikeluarkannya bagi memastikan pengurusan kewangan RHSM dibuat denganteratur dan berhemat.
Menurut Laporan Ketua Audit Negara lagi, objektif Kerajaan menubuhkan RHSM adalah untuk menguruskan Sistem Francais Hotel Seri Malaysia. Bagi tujuan ini pihak RHSM telah menetapkan beberapa prosedur serta memeterai perjanjian dengan Syarikat Pengurusan serta Pengendali Hotel.
Bagaimanapun, objektif tersebut tidak mungkin dapat dicapai dengan cekap danberkesan sekiranya kelemahan dalam sistem tersebut terutamanya dalam memantauaktiviti Syarikat Pengurusan dan Pengendali Hotel tidak diperbetulkan segera.
Sehubungan dengan itu, pihak Audit mengesyorkan supaya pihak-pihak yang terlibat dalam sistem francais hotel RHSM dan Kementerian Kewangan memberi pertimbangan terhadap perkara-perkara berikut :-
* Memandangkan Kerajaan telah membelanjakan tidak kurang daripadaRM208.30 juta (tidak termasuk kos pengubahsuaian) untuk membina 19 Hotel SeriMalaysia, pihak pengurusan perlu memastikan tanah tapak hotel-hotel berkenaan dipindah milik kepada Kerajaan Persekutuan dengan segera bagi menjamin kepentingan Kerajaan.
* Pihak pengurusan RHSM perlu membuat susulan dengan Syarikat Pengurusan Sistem Francais Hotel Seri Malaysia untuk mendapatkan maklumat yang tidak terdapat dalam Laporan Management Operation Review untuk membantunya menilai prestasi Pengendali Hotel.
* Memandangkan Hotel Seri Malaysia Kuala Terengganu telah dipilih menjadi flagship hotel sebagai model kepada hotel lain, pihak pengurusan RHSM perlu memastikan operasinya termasuk pengurusan kewangan sentiasa mencapai standard yang ditetapkan.
* Pihak pengurusan perlu memastikan garis panduan bagi tujuan pengurusan dana yang sedia ada dikaji semula dan dikemaskinikan. Pemantauan mengenai pengurusan dana perlu dibuat secara berkala oleh Lembaga Pengarah untuk memastikan penggunaannya dibuat dengan teratur, telus dan selaras dengan objektif ditetapkan.
* Bagi memastikan objektif Kerajaan melaksanakan Sistem Francais Hotel Seri Malaysia dapat dicapai sepenuhnya, Lembaga Pengarah dan pengurusan RHSM; Syarikat Pengurusan serta Pengendali Hotel perlu memastikan peranan, fungsi dan tanggungjawab masing-masing dilaksanakan dengan cekap dan berkesan serta selaras dengan syarat yang ditetapkan dalam perjanjian berkenaan.
* Lembaga Pengarah perlu memantau prestasi Jawatankuasa Audit supayaia dapat berfungsi dengan lebih berkesan terutamanya dalam memastikan pihakpengurusan RHSM menangani kelemahan yang telah dibangkitkan oleh Jabatan Audit Negara. Sehubungan ini, pihak pengurusan RHSM juga perlu mengisi dengan segera jawatan di Unit Audit Dalam yang telah diluluskan.
* Kementerian Kewangan hendaklah memastikan RHSM mematuhi kehendak Akta Syarikat 1965 dan semua pekeliling yang telah dikeluarkannya bagi memastikan pengurusan kewangan RHSM dibuat dengan teratur dan berhemat.

Hari ini Nik Aziz 19 tahun mentadbir Kelantan

Wan Nik Wan Yussof

ANALISA

Hari ini, Rabu, 21 Oktober 2009 adalah ulang tahun ke-19 pentadbiran kerajaan negeri Kelantan di bawah kepimpinan ulamak.

Sekaligus mengesahkan telah 19 tahun Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat selaku Menteri Besar Kelantan. Ia juga adalah ulang tahun ke-19 bagi pelaksanaan slogan Membangun Bersama Islam yang dijadikan panduan perancangan pembangunan negeri.
Ia satu slogan yang mendahulukan nilai-nilai ad-din di dalam memenuhi harapan rakyat. Ini juga bermakna, selama 19 tahun prinsip pentadbiran berteraskan ubudiah, masuliah dan itqan telah dijadikan amalan oleh seluruh agensi kerajaan negeri Kelantan.
Maka, selayaknya telah berlaku kesan nyata daripada perancangan dan pelaksanaan ke atas tiga aspek perjalanan kerajaan negeri � falsafah kepimpinan, slogan dan prinsip pentadbiran � sekaligus menobatkan Tuan Guru Nik Abdul Aziz sebagai menteri besar yang ulung menerajui eksekutif kerajaan negeri.
Justeru itu, sempena mengingati ulang tahun ke-19, Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz menerajui kepimpinan ulamak mentadbir negeri Kelantan, semua laluan sejarah lepas sewajarnya dijadikan pengalaman, demi menyongsong kejayaan untuk dinikmati oleh generasi akan datang.
Pengorbanan untuk generasi muda
Laluan kepimpinan Tuan Guru Nik Abdul Aziz sejak menjawat Ketua Ulamak PAS Pusat dan kini selaku Mursyidul Am PAS amatlah terukir indah di setiap wajah rakyat Kelantan.
Image Ilmunya adalah cahaya, perwatakannya adalah idola dan sentuhan pentadbirannya adalah keberkatan untuk seluruh rakyat.
Justeru itu, ilmu agama yang ada di dadanya sentiasa dicurahkan kepada rakyat Kelantan menerusi kuliah pagi Jumaat, khutbah Jumaat dan ceramah yang segar serta tulisan yang tercetak.
Atas kapasiti keilmuan yang dicurahkan dan ratusan ribu rakyat menelaah ilmunya, layaklah rakyat menobatkan menteri besar yang mengemudi kepimpinan ulamak itu adalah seorang ulamak sebenar bergelar 'Tuan Guru'.
Kerana di sebalik itu, cukup ramai individu ulamak yang kaya ilmu agamanya, tetapi loket di dalam mencurahkan ilmunya untuk diraih oleh rakyat. Justeru itu, tidak mungkin ditemui dalam dekad ini menteri besar seumpama menteri besar Kelantan.
Sesungguhnya, Tuan Guru Nik Abdul Aziz telah 19 tahun bergelar 'Yang Amat Berhormat Tuan Guru Menteri Besar' yang sentiasa mengorbankan ilmunya untuk rakyat.
Inilah wajah kepimpinan ulamak yang dipaparkan kepada generasi rakyat Kelantan hari ini. Mudah-mudahan ilmu tuan guru bakal membina generasi muda masa kini untuk mencipta kejayaan masa depannya.
Berkat taburan ilmu itu, kini Kelantan bukanlah negeri yang terpinggir dengan isu-isu pembangunan. Daripada ilmu yang ditaburkan, Kelantan sudah menjadi negeri yang seiringan dengan negeri lain dari segi pembangunan fizikal dan rohani.
Meskipun, masih ada tohmahan dan cakap-cakap sinis kononnya Kelantan adalah negeri termundur dan ketinggalan dari segi pembangunan sosio-ekonomi, namun kualiti hidup rakyatnya sudah menjawab dengan tepat bahawa kesemua tohmahan itu adalah cakap politik yang berniat memburuk-buruk keupayaan kepimpinan ulamak sejak Tuan Guru Nik Abdul Aziz dilantik menteri besar.
Justeru itu, kepimpinan ulamak era Tuan Guru Nik Abdul Aziz sudah menobatkan (establishment) 20 nilai pembangunan negeri Kelantan seperti mana berikut:
1. sifat cakna rakyat penuh berkebajikan,
2. bangunan pejabat dan gudang bertambah dan tersergam,
3. prasarana kesejahteraan awam tersirat kukuh,
4. ladang getah dan kelapa sawit luas menghijau,
5. sawah bendang menguning setiap musim,
6. hutan dan lurah sedia ditereskan,
7. kadar kemiskinan menjunam turun,
8. kuasa beli rakyat mampu menyara survival pasaraya,
9. pertambahan kenderaan bersimpang siur,
10. taman perumahan melebar ke serata negeri,
11. bandar lama dan baru makin berkembang,
12. kehadiran pelancong terus melonjak,
13. pesta, ekspo dan karnival terlaksana setiap tahun,
14. gaji kakitangan awam tidak pernah dikurang,
15. pendidikan Islam terbaik dan pelajar cemerlang terserlah setiap tahun
16. kolej, universiti dan sekolah bestari makin bertambah bilangan
17. kilang dan produknya terus beroperasi melonjak peluang ekonomi
18. perancangan pembangunan sentiasa berlaku
19. punca hasil baru terus diterokai
20. baki hutang kerajaan dahulu sudah terlunas. Kesemua nilai pembangunan dinyatakan di atas adalah ukuran mutlak bagi mengiktiraf betapa pembangunan dan pertumbuhan ekonomi dan sosial sudah berlaku dan tidak terpinggir.
Oleh kerana itu, negeri Kelantan sepanjang 19 tahun di bawah kuasa politik PAS telah melakukan yang terbaik untuk rakyat Kelantan. Di atas 20 establishment itu, amatlah tidak adil untuk meletakkan status pembangunan negeri Kelantan sebagai negeri mundur.
Maka, sempena ulang tahun ke-19 kepimpinan ulamak mengurus-tadbir kerajaan negeri Kelantan ini, diharapkan bersama-samalah kita dapat membuka mata dan telinga untuk menerima realiti, betapa negeri Kelantan hari ini adalah sebuah negeri yang sudah jauh maju setanding dengan negeri-negeri lain di negara ini.
--------------
Penulis adalah Pengarah, Pusat Kajian Strategik Negeri Kelantan.

PAS bawa laporan Ketua Audit ke SPRM


Oleh Zukri Aksah

TEMERLOH, 21 Okt – Laporan Ketua Audit Negara baru-baru ini mendedahkan bahawa semakan audit terhadap Laporan Butiran Belian Bahan Api yang dikeluarkan oleh pihak pembekal pada tahun lepas mendapati sebanyak 24 kes pengisian bahan api dalam tempoh kurang dari lima minit melibatkan lima buah kenderaan pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Pahang.
Kereta-kereta terbabit dikenalpasti sebagai Proton Perdana bernombor pendaftaran CBD88 yang telah membuat sebanyak 18 kes pengisian bahan api dalam tempoh masa yang singkat dengan jumlah kos sebanyak RM4,177, Proton Perdana CBB37 dan Proton Perdana CBR1993, iaitu sebanyak dua kali yang memakan belanja lebih RM300 setiap buah, serta sekali bagi Proton Perdana CBD1003 dan Proton Perdana CBD23 yang melibatkan kos antara RM200 dan RM100.
Berikutan dengan itu, Dewan Pemuda PAS Pahang hari ini telah membuat laporan kepada SPRM berikutan dengan kemungkinan penyelewengan yang berlaku yang didedahkan oleh laporan tersebut.
Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pahang, Abdullah Abdul Karim dalam kenyataannya menjelaskan bahawa tindakan membawa kes ini ke SPRM adalah bertujuan untuk meminta SPRM menyiasat andai ada penyelewengan yang berlaku, ia penting kerana melibatkan soal kewangan kerajaan.
Abdullah kesal kerana dalam keadaan kewangan Negeri Pahang yang begitu teruk, yang mengalami defisit sepanjang 12 tahun kebelakangan ini, ada lagi kalangan pemimpin kerajaan negeri yang berbelanja secara tidak berhemah. Kerajaan Pahang patut merasa malu kerana ditegur oleh Ketua Audit Negara.
Kewangan kerajaan bukan sekadar duit kerajaan, ia adalah duit rakyat, tegas Abdullah, Dewan Pemuda PAS Pahang sangat berharap SPRM akan segera membuat siasatan dan sekiranya penyelewengan benar-benar berlaku, mereka yang bersalah patut diheret ke muka pengadilan.

Bajet 2010 Perlu Terus Tumpu Golongan Berpendapatan Rendah - Anggota MPEN




KUALA LUMPUR, 21 Okt (Bernama) -- Bajet 2010 perlu terus memberi penekanan kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana kerana mereka adalah pihak yang terjejas teruk akibat krisis ekonomi global, kata seorang daripada anggota Majlis Penasihat Ekonomi Negara (MPEN).

Datuk Dr Zainal Aznam Mohd Yusof berkata golongan ini bergelut untuk meneruskan kelangsungan hidup ketika ekonomi negara masih berada dalam kemelesetan.

"Kita mungkin telah sampai ke tahap kemelesetan yang paling rendah tetapi pemulihan tidak dijangka berlaku dengan pantas. Kita masih perlukan bantuan kerajaan menerusi dasar fiskal untuk memberikan sedikit sokongan kepada kumpulan berpendapatan rendah.

"Saya rasa keutamaan perlu diberikan kepada kumpulan berpendapatan rendah kerana mereka adalah pihak yang terjejas teruk akibat kemelesetan. Orang dibuang kerja, kenaikan gaji dibekukan dan simpanan berkurangan.

"Justeru itu, Bajet 2010 harus melihat semula bagaimana cara untuk memberikan mereka apa juga bentuk bantuan," kata bekas perunding Bank Dunia itu menjelang Bajet 2020.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Menteri Kewangan akan membentangkan bajet 2010 itu di Parlimen pada Jumaat.

Mengenai gesaan mengurangkan cukai korporat, Zainal Aznam berkata ia mungkin tidak dapat dilaksanakan kerana kerajaan dijangka menanggung defisit fiskal yang besar tahun ini pada 7.6 peratus ketika terpaksa berdepan dengan masalah penurunan pendapatan.

"Anda perlu melihat semula kepada semua keadaan apabila membicarakan mengenai cadangan mengurangkan cukai kerana defisit fiskal kerajaan agak tinggi.

"Ia merupakan antara yang tertinggi di Asia Tenggara dan Asia," katanya.

Zainal Aznam berkata cadangan pengurangan cukai perlu mengambil kira defisit fiskal kerana pendapatan sangat penting.

Beliau berkata cadangan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) memenuhi kriteria menyediakan satu sistem cukai besar-besaran bagi meningkatkan pendapatan kerajaan yang akan memberi faedah kepada kumpulan pendapatan rendah.

"Persoalan penting sekarang adalah setinggi atau serendah mana kadar bagi GST itu. Ini merupakan sesuatu yang amat ditunggu-tunggu dalam bajet ini. Saya jangka Perdana Menteri mungkin membuat sedikit rujukan kepada GST pada Jumaat," katanya.

-- BERNAMA

Idris Ahmad menempelak Prof kangkongkah?


Ketua Penerangan PAS Pusat, Ust Idris Ahmad nampaknya agak berang dengan komen terbaru Profesor Aziz Bari.

Idris menyifatkan Aziz hanya sebagai ahli akademik yang tidak sama dengan orang yang duduk di medan perjuangan.

“Melabelkan seorang dalam kepimpinan PAS ada yang pro Umno adalah tuduhan yang berat. Apa asas beliau mengatakan pimpinan PAS pro Umno (Sinar Harian 19/10/09). Adakah semata-mata kerana buat rumah terbuka orang umno datang maka orang ini dianggap pro umno,” tanya lagi Idris.

Selama ini orang-orang PAS amat menyenangi apa jua kenyataan daripada Prof Aziz; tetapi tidak pada kali ini apabila Aziz menimbulkan persoalan kepimpinan PAS, khususnya Hasan Ali dan Presiden PAS sendiri TGHA.

“Menuduh Presiden PAS dan beberapa orang pimpinan PAS yang pro Umno satu tuduhan yang berat,” Idris memberi ingatan lagi.

Saya telah membaca komen Prof Aziz Bari disini , tetapi tiada pula saya berjumpa kenyataan beliau yang merujuk ‘rumah terbuka’ bagi melabelkan seorang dalam kepimpinan PAS ada yang pro Umno sebagaimana dakwaan Idris itu.Tuduhan Idris ini adalah tuduhan yang berat.

Besar kemungkinan kenyataan Prof Aziz berkaitan ‘kepimpinan PAS ada yang pro Umno’ itu berdasarkan kepada satu kenyataan bekas PJ Perak, Ust Ahmad Awang di Muktamar PAS ke-55 (Shah Alam,Selangor) yang membuat kenyataan :

Ada pihak perwakilan yang kata mana ada di antara kita yang nak pergi berunding atau bersama dengan UMNO. Saya nak beritahu bahawa ketika kami di Perak dah buat keputusan sungguh tegas untuk tidak bersama UMNO dan dah putus untuk bersama DAP dan PKR, kami dihubungi oleh pimpinan tertinggi, ”Tak bolehkah kita kaji keputusan untuk bersama dengan UMNO?”.

Ada saudara-saudara! Jangan cakap tak ada. Cuma saya tak nak sebut namanya. Tapi saya nak katakan ada. Sebab itu janganlah saudara-saudara terus buat keputusan seolah-olah semua orang dalam PAS tak ada yang berfikir begitu (yakni untuk bersama dengan UMNO). Ada! Tapi saya tak layan.”


Apakah Idris tidak pernah mendengar kenyataan Ahmad Awang tersebut? Kenapa sewaktu Muktamar itu dan sehinggalah ke hari ini tidak ada mana-mana pemimpin PAS yang berani bertanya dan meminta bukti daripada Ahmad Awang bersabit kenyataan beliau itu? Tentu Idris lebih suka persoalan ini disapu kebawah karpet sahaja.

Saya tidak mahu mengulas lebih lanjut tentang perkara-perkara lain yang dinyatakan Idris dalam komennya itu.Memadailah saya menyentuh perkara ‘Unity Government’ yang masih lagi bergerak secara diam ‘but runs deep’.

PAS perlu serius dalam menangani isu ini dan jangan menganggap sepi teguran atau pandangan ikhlas seorang intelek seperti Prof Aziz Bari itu.

Amat malang sekali apabila Idris bukan sahaja cuba menempelak kenyataan Prof Aziz, malah beliau dilihat seolah-olah tidak mesra dengan bloggers; bilamana beliau berkata , "Sepatutnya Prof kena tanyalah kepada orang yang berkenaan, jangan kumpul maklumat berdasarkan blog semata-mata."

12 penunjuk perasaan insiden kepala lembu dibicara bersama


SHAH ALAM: Dua belas penunjuk perasaan yang terlibat dalam insiden memijak kepala lembu di hadapan Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini pada 28 Ogos lepas, akan dibicarakan bersama di Mahkamah Sesyen di sini.
Bagaimanapun tarikh perbicaraan kes itu akan ditetapkan pada sebutan semula kes itu 8 Dis depan.
Terdahulu Hakim M.Gunalan membenarkan permohonan Ketua Unit Pendakwaan Selangor Timbalan Pendakwa Raya Roslan Abu Bakar agar kes itu dibicarakan bersama.
Mahkamah juga memerintahkan segala dokumen berkaitan diserahkan pada tarikh sebutan akan datang.
Mereka yang akan dibicarakan ialah Ahmad Mahayuddin Abdul Manaf, 36, Ibrahim Sabri, 43, Eyzva Ezhar Ramly, 31, Mohd Azmir Mohd Zain, 35, Ahmad Suhairy Zakaria, 30, dan Mohd Hilmi Ni, 40.
Ibrahim dan Ahmad Mahayuddin didakwa bersama-sama telah memijak kepala lembu, Eyzva Ezhar didakwa membawa kepala lembu manakala Mohd Azmir, Ahmad Suhairy serta Mohd Hilmi didakwa bersama-sama membawa dan memijak kepala lembu dalam satu perhimpunan yang menyalahi undang-undang.
Kesemua perbuatan itu didakwa mempunyai kecenderungan menghasut, yang mana perbuatan itu boleh menimbulkan perasaan tidak puas hati dan permusuhan terhadap rakyat beragama Hindu.
Mereka didakwa didakwa mengikut Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948 yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Kesemua mereka juga mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan pilihan iaitu dengan sengaja berniat hendak melukakan perasaan penganut beragama Hindu dengan melakukan kesalahan terbabit pada masa yang sama.
Bagi kesalahan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Ahmad Mahayuddin dan Ibrahim merupakan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Badan Bertindak Penduduk Seksyen 23 di sini, yang mengetuai bantahan terhadap cadangan kerajaan Selangor memindahkan sebuah kuil Hindu di Seksyen 19 di sini ke kawasan berkenaan.
Mereka termasuk enam lagi tertuduh Jainuddin @ Zainuddin Md Yusuff, 67, Mohd Jurit Ramli, 39, Mohamad Nordin Zakaria, 46, Jamil Mohamad Isa, 40, Rahimuddin Md Harun, 39, dan Azhari Shaari, 39, juga didakwa mengambil bahagian dalam perhimpunan haram.
Bagi kesalahan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 27(5)(a) Akta Polis 1967 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 27(8) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM10,000 dan penjara sehingga setahun, jika sabit kesalahan.
Kedua-dua kesalahan itu didakwa dilakukan pada jam 2.25 petang, 28 Ogos lalu di hadapan Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SAAs) di sini. BERNAMA

Dakwa SPRM guna kekerasan bertujuan raih simpati - kata Nazri ..!!! Tapi Hari ni terdedah isu Pembunuhan Teoh...???? Apa citer...!!!


(ADAKAH DOKTOR GLAMOUR NI PEMBOHONG...??? )
Pakar forensic dari Thailand, Dr Pornthip Rojanasunan,-
Dr Porntip atau lebih dikenali dengan Dr Death mempunyai lebih 30 tahun pengalaman dalam bidang ini telah menyiasat lebih 10,000 mayat sepanjang kerjayanya sebagai pakar forensik.
Beliau mendapat pengiktirafan dari seluruh dunia dalam bidang ini.



KUALA LUMPUR: Tindakan orang yang disiasat membuat laporan polis mendakwa pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggunakan kekerasan mungkin untuk meraih simpati serta memberi gambaran yang suruhanjaya itu adalah agensi penguatkuasa yang kejam.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata kebelakangan ini terdapat trend apabila seseorang yang ditangkap atau disiasat oleh SPRM membuat laporan polis mendakwa mereka didera atau dipaksa membuat pengakuan kepada SPRM selepas dibebaskan atau sudah memberi keterangan.
"Tindakan mereka ini juga dibuat sematamata untuk mengelakkan pengakuan mereka dijadikan sebagai keterangan di mahkamah kelak," katanya dalam jawapan bertulis kepada Teresa Kok (DAP-Seputeh) di Dewan Rakyat, di sini, semalam.
Teresa mahu menteri menyatakan bilangan aduan dan laporan polis berkenaan dengan keganasan yang dilakukan oleh pegawai siasatan SPRM yang dibuat oleh orang yang disiasat dalam tempoh lima tahun lepas dan langkahlangkah yang diambil untuk mengatasi masalah itu.
Mohamed Nazri berkata, dari 2005 hingga 30 September lepas, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuka sejumlah 58 kertas siasatan di seluruh negara melibatkan dakwaan penggunaan kekerasan oleh pegawaipegawai berkenaan ke atas orang yang disiasat.
Bagaimanapun, setakat ini tiada rekod menunjukkan terdapat pegawai Badan Pencegah Rasuah (BPR) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah didakwa di mahkamah atau dikenakan tindakan tatatertib berikutan siasatan yang dijalankan.
Mohamed Nazri berkata bagi mengatasi dakwaandakwaan sedemikian berlanjutan, SPRM katanya telah mengambil beberapa langkah termasuk mewujudkan bilik temuduga dan rakaman penyataan yang khusus dilengkapi dengan keperluan logistik seperti kelengkapan kamera litar tertutup (CCTV) dan kemudahan komputer bagi proses rakaman percakapan di setiap pejabat SPRM.
SPRM juga mengadakan kursus dan latihan yang komprehensif bagi membentuk kemahiran dan pengalaman pegawai SPRM dalam pengendalian teknik temuduga di mana pengalaman tersebut membolehkan pegawai mendapatkan kerjasama, kebenaran dan pengakuan daripada saksi dan suspek melalui kaedah psikologi tanpa membabitkan sebarang unsur kekerasan atau penderaan.
Suruhanjaya itu juga mewujudkan garis panduan seperti Perintah Tetap Ketua Pesuruhjaya berhubung pelaksanaan teknik temuduga atau "investigative interviewing." Dalam isu berbeza, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dalam jawapan bertulis kepada Teresa berkata setakat ini kerajaan tidak bercadang untuk meminda Seksyen 498 Kanun Keseksaan berhubung hukuman terhadap lelaki yang mengadakan hubungan sulit dengan wanita berkahwin.
Katanya ini kerana undangundang sedia ada adalah memadai, tambahan kes sedemikian merupakan kes terpencil di mana setakat ini hanya satu kes dilaporkan pada 2008.
Selain itu sekiranya wujud elemen lain seperti menyebabkan kecederaan dalam cubaan si penjenayah untuk memikat mangsa, maka Seksyen 323 dan 325 Kanun Keseksaan akan terpakai di mana hukuman yang lebih berat menanti pelaku sekiranya sabit kesalahan, katanya. BERNAMA

Tolong .... aku nak muntah

Pas tak boleh di kritik ghupernya .. wakakakak !!!
Atau dalam PAS ada UMNO .. jadinya PASUNO .. wakakak !!!
Komen disiarkan dalam harakah mengkritik artikel Prof. Aziz Bhari ..

Aziz Bari patut bincang kepincangan undang-undang
"IKPNT percaya kepimpinan PAS bersikap terbuka untuk menerima teguran. Walaupun begitu, kita sepatutnya berhati-hati (hazar) agar tidak terperangkap dengan agenda musuh untuk melemahkan Islam," ujarnya.- + selanjutnya
Rasa tekak geli geleman, mual mual macam lepas naik roller coaster .. Weekkkkkkk !!!!
Keluar cecair berkeladak .. kehijauan hijauan.

Bagan Pinang: Hanya fail petisyen jika ada bukti kukuh



PAS akan hanya memfailkan petisyen mencabar kemenangan BN dalam pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang dalam tempoh sebulan selepas keputusannya diwartakan sekiranya parti itu dapat mengumpulkan bukti-bukti kukuh berlaku penyelewengan, khususnya dalam undian pos.

"Sekiranya ada bukti yang kuat, kita akan nasihatkan PAS supaya memfailkan petisyen tersebut," kata Pengerusi Lajnah Guaman PAS, Mohamed Hanipa Maidin.

Beliau berkata, pihaknya sedang mengumpulkan keterangan dan bukti yang berkaitan dengan pelanggarran undang-undang pilihan rayadi Bagan Pinang.

Ketika dihubungi Malaysiakini pagi ini, Mohamed Hanipa yang juga ahli jawantakuasa PAS Pusat berkata, setakat ini tiada arahan rasmi dari pucuk pimpinan PAS untuk memfailkan saman tersebut.

Dalam pilihan raya kecil itu dua minggu lalu, PAS membuat pelbagai desakan terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung prosedur dan pengendalian undi pos yang sering dicurigai pembangkang sebelum ini.

Calon BN Tan Sri Isa Samad berjaya mengekalkan kerusi tersebut dengan jumlah majoriti 5,345 undi.

Isa yang juga ketua Umno Teluk Kemang memperolehi 8,013 undi, mengalahkan calon PAS Zulkefly Mohamad Omar yang mendapat 2,578 undi.

Manakala bagi undi pos pula, BN mendapat 3,521 undi dan PAS mendapat 601 undi.

DUN Bagan Pinang mempunyai jumlah pengundi pos yang sangat ramai, 4,611 daripada keseluruhan 13,664 pengundi. Seramai 4,571 merupakan anggota tentera.

Mengulas berhubung perkembangan pengumpulan bukti tersebut, Mohamed Hanipa mendakwa berlakunya pelanggaran undang-undang dalam undian pos.

"Kita akan dapatkan bukti, tetapi sekiranya ia tidak menjejaskan keputusan, mahkamah biasanya menolak petisyen. Mereka menang agak besar, jadi kita kena lihat semua aspek," kata Mohamed Hanipa yang mengendalikan petisyen PAS di DUN Sanglang.

Pada 16 September tahun lalu, pesuruhjaya PAS Perlis, Hashim Jasin diisytiharkan pemenang kerusi DUN Sanglang buat kali ketiga berturut-turut selepas Mahkamah Persekutuan menerima rayuannya.

Panel tiga orang hakim sebulat suara memutuskan kerusi itu dimenangi wakil rakyat itu, yang juga pesuruhjaya PAS Perlis, dan kemenangan calon BN Abdullah Hassan pada 8 Mac lalu dibatalkan.

Hakim-hakim memutuskan satu pilihanraya kecil tidak perlu diadakan.

Ibrahim Ali ingin terus kekal sebagai MP bebas, tapi hubungan dengan PAS telah berakhir...



KUALA LUMPUR: Datuk Ibrahim Ali berkata, beliau masih ingin terus berfungsi sebagai ahli Parlimen bebas dari Pasir Mas, buat masa ini.
Bagaimanapun beliau menyatakan pendiriannya untuk menyokong Umno dan kepemimpinan kerajaan Barisan Nasional (BN).
Mengenai hubungannya dengan PAS pula, Ibrahim berkata, kerjasama yang terjalin ketika pilihan raya umum lepas dengan parti itu kini sudah berakhir.
"Pada waktu itu PAS merasakan parti itu lemah terutamanya di Kelantan maka mereka menghulur tangan untuk bekerjasama dengan saya dan menjadi lumrah bagi orang yang tidak berparti memberi kerjasama kepada mana-mana parti politik yang mandekati kita.
"Mereka minta kerjasama saya dan saya beri kerjasama, bila selesai pilihan raya selesailah kerjasama di antara saya dengan PAS dan saya tidak menyertai PAS, hanya sekadar itu," katanya.
Mengulas lanjut mengenai desas desus yang mengatakan yang beliau akan menyertai Umno, Ibrahim menjelaskan; "Saya berpendapat atas beberapa sebab, belum ada lagi keperluan bagi saya untuk menghantar borang menyertai Umno.
"Saya adalah ahli Parlimen bebas dan bersedia bekerja sama dengan mana-mana pihak tetapi kecenderungan saya sekarang ini ialah menyokong Umno iaitu kepimpinan kerajaan sekarang sebab saya tengok sudah ada tanda-tanda positif ke arah perubahan dan ini adalah perkembangan yang cukup baik," katanya dalam sidang media di lobi Parlimen di sini hari ini.
Menurut Ibrahim, terdapat beberapa sebab beliau mengambil keputusan untuk tidak menyertai Umno dalam waktu terdekat termasuk tidak mahu dipandang serong oleh pihak-pihak tertentu yang mengatakan beliau mengambil kesempatan kerana parti itu kini semakin pulih.
"Saya membuat pendirian ini sebab saya tak mahu nanti dituduh menyertai Umno kerana Umno sudah mula bertambah kuat, kerana ada kepentingan diri dan seumpamanya," katanya.
Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri yang juga Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam bahawa parti itu tidak menyekat mana-mana pihak untuk kembali kepangkuan Umno termasuk Ibrahim sekiranya ingin menyertai semula parti yang ditunjangi orang Melayu itu. Katanya, Umno sedia mengkaji kewajaran Ibrahim kembali ke pangkuan Umno jika bekas Ketua Umno Bahagian Pasir Mas itu berhasrat berbuat demikian dan sebarang permohonan menyertai Umno akan dibawa ke mesyuarat Majlis Tertinggi (MT).
Kata Ibrahim lagi, kecenderungannya untuk menyokong Umno dan BN adalah berdasarkan faktor parti itu kini lebih bersikap terbuka dan sedia dikritik.
"Satu perkara yang paling seronok saya lihat dalam Umno sekarang ia sudah jadi betul terbuka dan boleh ditegur dan dikritik malah kepimpinan parti itu juga mengatakan kritikan yang membina (akan) disambut baik," katanya.
Jelasnya perkata tersebut berbeza dengan PAS yang bersikap sukar menerima teguran dan kritikan.
"Dulu pun saya mengatakan saya akan bekerjasama dengan sesiapa termasuk PAS, tetapi saya tidak menjadi ahli PAS dan bila saya memberi teguran, pandangan dan kritikan mana yang saya rasa patut, nampaknya mereka tidak boleh terima sebaliknya mendesak saya supaya meletak jawatan.
"Di sinilah saya lihat ada perbezaan... saya adalah ahli Parlimen Bebas dan bersedia bekerjasmaa dengan mana-mana pihak tetapi kecenderungan saya sekarang ini ialah menyokong Umno iaitu kepimpinan kerajaan sekarang sebab saya tengok sudah ada tanda-tanda positif yang cukup baik.
"Jadi kalau ada perkara-perkara positif yang cukup baik kita kenalah memberi sokongan tanpa mengira kepentingan kita," katanya.
Ditanya mengenai hubungannya dengan pemimpin Umno Kelantan, Ibrahim berkata: "Saya mempunyai hubungan yang baik dengan semua pemimpin Umno Kelantan kerana mereka juga rakan-rakan saya dulu dan jika mereka minta memberi sokongan dan bantuan, apa yang boleh saya bantu saya akan bantu, apatah lagi untuk kebaikan rakyat Kelantan."

PKR Perak tidak letak harapan pada Jamaluddin dan Osman



PKR Perak tidak akan meletakkan harapan kepada dua wakil rakyatnya yang berpaling tadah kepada BN untuk kembali menyokong mereka semata-mata untuk membolehkan DUN negeri itu dibubarkan.

Walau timbul desas-desus menyatakan ADUN Behrang dan Changkat Jering telah berhubung dengan PKR negeri, parti itu tidak akan melayan apa-apa tuntutan mereka itu yang didakwa mementingkan "kepentingan sendiri", kata Ketua penerangan PKR Perak, Zulkifli Ibrahim.

Menurutnya lagi, Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang) serta Mohd Osman Jailu (Changkat Jering) dipercayai masih merupakan wakil rakyat bebas.

"Mereka ada berhubung dengan PKR negeri, itu maklumat yang kita dapat tapi kita tak dapat sahkan," kata Zulkifli ketika dihubungi Malaysiakini semalam.

Zulkifli juga berkata PKR perlu menolak sekiranya benar Jamaluddin dan Mohd Osman telah berhubung dengan PKR negeri untuk kembali menyokong parti tersebut.

"Saya nampak ia lebih kepada kepentingan peribadi, lebih-lebih lagi Behrang," kata Zulkifli lagi.

Beliau turut mendakwa Jamaluddin telah membuat beberapa rundingan melibatkan jawatan dengan BN, setelah keluar daripada PKR.

Menurut Zukifli lagi, rundingan yang dibuat oleh Jamaluddin itu adalah untuk membolehkan masyarakat setempat terus menyokongnya walaupun telah keluar dari parti.

Perbicaraan kes rasuah


Zulkifli mendakwa, Jamaluddin telah meminta kepimpinan BN negeri meletakkan dua orang calon ketua kampung di Behrang yang diketahui sebagai penyokong bekas wakil rakyat PKR tersebut.

"Dia kata kalau Umno tidak letakkan orang dia jadi calon ketua kampung, dia ugut untuk tidak akan sokong usul bajet negeri," kata Zulkifli lagi yang menjelaskan mengenai insiden yang diketahuinya berlaku kira-kira dua bulan lalu.

"Sekarang dua orang ketua kampung itu memang orang (Jamaluddin)," katanya lagi.

Kata Zulkifli lagi, kes rasuah yang masih berjalan terhadap mereka akan tetap digunakan oleh BN untuk menekan kedua-duanya.

Jamaluddin dan Mohd Osman masing-masing telah didakwa di Mahkamah Sesyen Ipoh pada akhir Ogos tahun lalu atas tuduhan menerima rasuah masing-masing membabitkan RM100,000 dan RM5,000.

Zulkifli menegaskan, Pakatan Rakyat Perak kini harus menumpukan terhadap usaha jangka panjang dan bukannya bertindak semata-mata untuk memastikan DUN Perak dibubarkan.

Katanya lagi, walaupun Pakatan Rakyat di negeri itu sememangnya mahu pilihan raya peringkat negeri diadakan, tetapi tidak semestinya dengan mengembalikan sokongan Jamaluddin, Mohd Osman serta seorang lagi wakil rakyat DAP yang telah meninggalkan Pakatan Rakyat.

"Dalam masa sekarang, kita tidak boleh letakkan harapan kepada mereka... Kalau mereka masih memihak kepada kita, mereka boleh sokong kita. "Tapi saya tak rasa begitu sebab kalau mereka sokong, sudah tentu kerana sebab mereka berkepentingan," kata Zulkifli lagi.

Ibrahim: Kerjasama dengan PAS sudah berakhir

Ahli Parlimen Bebas dari Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali hari ini berkata kerjasamanya dengan PAS yang terjalin sewaktu pertanding atas tiket parti itu, dalam pilihanraya umum lalu, sudah berakhir.

Ibrahim juga membuat pengakuan bahawa beliau kini lebih cenderung untuk menyokong kepimpinan BN.

ibrahim ali 231105"Saya adalah ahli Parlimen Bebas dan bersedia bekerjasama dengan mana-mana pihak tetapi kecenderungan saya sekarang ini ialah menyokong Umno iaitu kepimpinan kerajaan sekarang sebab saya tengok sudah ada tanda-tanda positif yang cukup baik," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Bagaimanapun, kata Ibrahim, buat masa ini belum ada keperluan baginya menyertai Umno walaupun beliau melihat parti itu semakin kukuh di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Saya membuat pendirian ini juga sebab saya tidak mahu nanti dituduh menyertai Umno kerana Umno sudah mula bertambah kuat, kerana ada kepentingan diri atau kepentingan peribadi dan seumpamanya.

"Saya juga perlu menjaga integriti dan kredibiliti saya sebagai pemimpin Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) iaitu sebuah badan bukan kerajaan dan perlu kekal sebagai anggota Bebas yang tidak mewakili mana-mana parti politik," katanya.

Semalam, Muhyiddin berkata Umno tidak menyekat mana-mana pihak untuk kembali ke pangkuan Umno termasuk Ibrahim sekiranya ingin menyertai semula parti yang ditunjangi orang Melayu itu.

Ibrahim berkata beliau gembira melihat Umno sekarang yang sudah menjadi betul-betul terbuka dan boleh ditegur dan dikritik.

"Berbeza pula dengan Pas, bila saya memberi teguran, pandangan dan kritikan nampaknya mereka tidak boleh terima sehingga mendesak saya supaya meletak jawatan dan mengatakan saya tidak mengenang budi," katanya. - Bernama

Wala’ Membuta Tuli Hanya Akan Menghancurkan Islam..!!!


Generasi para Sahabat telah melihatkan betapa Islam berjaya menundukkan Empayar Farsi dan 4/5 dari Empayar Rom-TImur. Mereka dilatih oleh Nabi untuk menghayati Islam 100% dan mereka mencerminkan generasi islam yang paling unggul.
Apabila timbul isu wala’(ketaatan) dalam PAS, maka sudah tentulah kita mesti merujuk kepada contoh dan tauladan jumhur para Sahabat RA tentang bagaimana mereka menzahirkan ketaatan mereka kepada kepimpinan.

Dibawah dinukilkan salah satu contoh bagaimana para Sahabat RA memanifestasi konsep wala’ kepada pimpinan:

“ Sikap itu tampak jelas pada Khalifah Umar. Suatu waktu beliau membagi-bagikan harta rampasan perang (ghanimah) berupa kain buatan Yaman. Khalifah Umar membagi-bagikan secara adil dan merata kepada kaum Muslimin, dengan masing-masing mendapatkan sehelai, termasuk Khalifah Umar sendiri. Namun, karena Khalifah Umar bertubuh besar dan tinggi, maka sehelai kain itu tidak cukup untuk dibuat gamis (pakaian). Lalu Abdullah -- anaknya -- menghadiahkan bagiannya kepada Umar.

Pada suatu kesempatan, Umar berpidato di hadapan umatnya dengan mengatakan, ''Hai manusia, dengarlah dan taatlah ...'' Namun sebelum Umar melanjutkan pidatonya, Salman al Farisi menyela, ''Kami tak akan mendengar pidatomu dan tidak akan taat kepadamu sebelum engkau menjelaskan dari mana engkau mendapat tambahan kain untuk bahan gamismu itu, bukankah engkau juga mendapatkan bagian sama seperti kami?''

''Jangan saudara tergesa-gesa dulu,'' kata Umar kalem. Kemudian Khalifah Umar memanggil anaknya, ''Hai Abdullah!, aku bertanya kepadamu. Dengan nama Allah, bukankah gamis yang aku pakai ini sebagian merupakan hadiah darimu?'' Abdullah menjawab, ''Benar ya Amirul Mu'minin, itu adalah bagianku yang kuhadiahkan kepadamu.'' Setelah mendengar itu, Salman berkata kepada Khalifah Umar, ''Lanjutkan pidatomu, kami akan mendengar dan patuh kepadamu.''

Khalifah Umar sebenarnya bisa saja berkehendak memiliki bagian yang lebih besar dengan alasan dia sebagai penguasa. Namun sang Khalifah sangat paham, keadilan harus ditegakkan. Itulah perintah Allah yang mesti dilaksanakan.”


Ini bererti walaupun para sahabat telah menzahirkan ketaatan kepada Khalifah, tetapi apabila dilihat Khalifah seperti melakukan korupsi/kesalahan/kebobrokan, maka tanpa takut mereka menegur Khalifah.

Barang diingat di bawah kepimpinan Saidina Umar, Islam telah mengalahkan Empayar Parsi dan menawan 4/5 dari empayar Rom Timur. Maharaja Heraklius telah mengasingkan diri dan mati dalam keadaan gila selepas tenteranya dikalahkan oleh tentera Islam di bawah pimpinan Abu Ubaidah Ibnu Jarrah dan Khalid Ibnu Walid di Yarmuk, Syam/Jordan.

Generasi sahabat yang tidak takut menegur kepimpinan inilah yang diberikan kemenangan oleh Allah SWT dgn begitu gemilang. Dalam sekelip mata, empayar Islam telah menjadi satu kuasa dunia setelah jatuhnya Farsi dan Rom kepada Islam.

Wala’ Dalam PAS Lebih Hindu dari Islam

Kalau contoh para sahabat ini digunakan sebagai kayu ukur, barulah kita faham mengapa PAS tidak menang selama ini. Menang pun, bukan atas dasar kekuatan tetapi atas dasar protest dari rakyat semata-mata.

Jauh sangatlah tarbiyyah PAS ini kalau hendak dibanding dengan tarbiyyah para Sahabat Nabi SAW. Bagi saya, selagi ahli-ahli PAS dilatih memberi ketaatan membuta tuli, apa bezanya PAS dengan UMNO?

Ketaatan membuta tuli kepada pemimpin adalah sifat generasi yang tidak taat kepada Allah SWT. Ketaatan membuta tuli hanya khas kepada Allah dan Rasul SAW dan tidak boleh diberikan kepada manusia.

PAS hanya akan maju sekiranya amalan mengkritik dan memberi idea ini disuburkan. PAS hanya akan diberikan kemenangan gemilang dalam Malaysia sekiranya amalan wala’ yang sebenar mengikut acuan Islam dibenarkan bercambah dan membiak dalam PAS.

Hakikatnya, amalan ketaatan atau wala’ dalam PAS adalah manifestasi dari pengaruh Hindu dalam masyarakat Melayu berbanding dengan pengaruh Islam itu sendiri.

Bayangkan bagaimana ada pimpinan2 PAS yang tiada pendapatan tetap tetapi boleh membeli rumah banglo, kereta mewah serta ada pengawal yang bersepah. Namun, ahli-ahli PAS tidak langsung mahu mempersoalkan perkara itu, Berbeza sama sekali dengan para Sahabat Nabi SAW yang mempersoalkan Khalifah kerana membuat baju baru sahaja.

Patutlah Allah SWT tidak mahu memberi kemenangan kepada PAS.

Tulang Besi

http://www.malaysiawaves.com/2009/10/wala-membuta-tuli-hanya-akan.html

Kekalahan PAS/PR, tak usah ditangisi..!!! sayangnya yang dikatakan pemimpin melenting bila ditegur kelemahanya..???

Saya ingin membuat satu teguran kepada PR amnya dan PAS khasnya, dan teguran ini bukanlah kerana PAS/PR kalah di Bagan Pinang sahaja.

Saya tidak kesempatan untuk bantu berkempen di Bagan Pinang kerana saya terpaksa pulang ke Temerloh selepas penamaan calon itu. Isteri saya yang hadir bersama saya untuk penamaan calon itu tiba-tiba jatuh sakit, saya terpaksa balik dan didalam perjalanan melalui Seremban, tak sebuah klinik pun yang buka; barulah saya tahu bahawa klinik-klinik di Seremban tutup pada hari Sabtu.
Saya teruskan perjalanan ke Temerloh, dan esuknya saya bawa isteri saya ke klinik di Temerloh, dan doktor klinik itu menyatakan bahawa isteri saya kena diperiksa oleh seorang doktor pakar; dan saya bawa isteri saya ke Hospital Ahmad Shah Temerloh, malangnya doktor pakar disitu hanya boleh menemui isteri saya dalam bulan Disember 2009; appointment dah penuh.
Keesukannya, anak saya bawa ibunya ke Hospital Pakar di Kuantan (Kuantan Medical Centre); isteri saya diberikan treatment dan akan diteruskan dengan treatment berikutnya di Hospital Ahmad Shah di Temerloh.
Maaf ya, tak dapat libatkan diri di Bagan Pinang.
Semasa saya mengetuai rombongan PKR Pahang seramai hampir 30 orang (tak termasuk AMK Pahang kerana mereka mempunyai gerak kerja tersendiri dibawah AMK Pusat), didalam Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu, kami tidak dapat melakukan apa-apa kerja kempen di kawasan yang ditetapkan oleh PKR Pusat kepada kami.
Kenapa? Pihak PAS disana tidak izinkan kami buat kerja, kononnya kami tidak tahu selok belok dan citarasa pengundi-pengundi di Kuala Terengganu. Setelah berlaku beberapa siri mesyuarat antara pimpinan PKR Pahang/Pusat dengan PAS di Kuala Terengganu, kami diizinkan menjalankan kerja-kerja kempen jika kami melepasi 11 syarat yang mereka tetapkan.
Kerana itu kami membuat keputusan untuk kembali sahaja ke Pahang. Bagaimana pun pimpinan PKR meminta kami tidak meninggalkan Kuala Terengganu dan setelah diadakan rundingan diantara pimpinan PKR Pusat sekali lagi dengan pimpinan PAS, maka kami dibenarkan menjalankan kerja-kerja kempen.
Kami memulakan kerja-kerja kempen pada hari ke-4 dengan arahan dari pimpinan PAS setempat. Alangkah memeranjatkan kami kerana pihak PAS setempat tidak membenarkan kami pergi ke rumah-rumah orang UMNO dan orang atas pagar. Mereka kata sudah mencukupi kalau kita pergi ke rumah orang-orang PAS dan penyokong PAS sahaja.
Kami sangatlah tidak berpuas hati. Pada hari ke-5 dan seterusnya, kami membuat kerja bersendirian tanpa ditemani oleh orang-orang PAS setempat. Kami pergi kesetiap buah rumah didalam JDM yang kami ditempatkan. Kami dapat berjumpa dengan orang UMNO dan orang atas pagar, dan mereka memberikan reaksi yang sangat positif bahkan mereka mendedahkan kelemahan-kelemahan UMNO sejak memenangi Pilihanraya di Kuala Terengganu.
Alhamdulillah, PAS menang di kawasan-kawasan yang kami buat kerja dan pada PRU 2008 PAS kalah di kawasan-kawasan tersebut.
Saya tidak terlibat dengan kerja-kerja kempen Bagan Pinang, tetapi dari apa yang diceritakan kepada saya tindakan kerja dari rumah ke rumah tidak dijalankan dengan sempurna, bahkan orang-orang PR menumpukan kepada kerja-kerja ceramah sahaja; bahkan apabila DS Anwar Ibrahim hadir ke Bagan Pinang pekerja-pekerja PR juga berduyun-duyun pergi mendengar ceramah.
Lapuran-lapuran yang dibuat oleh PR ke bilik-bilik gerakan hanyalah berpandu kepada emosi semata-mata dan bukan kepada realiti; sehinggakan sampai ke saat terakhir, pekerja-pekerja PR masih menyatakan bahawa PAS akan menang dengan majoriti tipis. Ini adalah emosi semata-mata bersandarkan kepada kehadiran ceramah-ceramah yang mempunyai kehadiran yang ramai, sedangkan majoriti yang hadir itu adalah orang-orang luar dan bukan pengundi di Bagan Pinang.
UMNO/BN telah mengambil peranan pro-aktif dengan menziarahi rumah-rumah, dan hanya Tuhan sahajalah yang tau apa yang mereka buat semasa menziarahi rumah-rumah itu kerana mereka mahu menang; mereka akan lakukan apa saja asalkan menang.
Di kaca TV kita dapat lihat pemimpin-pemimpin UMNO menyerahkan duit raya kepada tentera, ini masih bulan Syawal, dan duit raya bukanlah "rasuah". Ingat, siapa yang bertanding di Bagan Pinang ini? Dia terlibat dengan kerja rasuah untuk memenangi jawatan Naib Presiden UMNO, dan dia mengaku memberi wang kepada perwakilan sehingga dia berkata bahawa dia mengucapkan terima kasih kepada mereka yang menerima wang darinya dan mengundinya dan kepada mereka yang menerima wang darinya tetapi tidak mengundinya akan dituntut diakhirat nanti.
Kalau sesama dalam UMNO pun dia rasuah untuk menang, apatah lagi akan diperlakukan olehnya untuk menang didalam Pilihanraya.
PAS/PR kena buat sesuatu yang lebih konkrit jika mahu memenangi Pilihanraya Umum akan datang. Bukan dengan kenyataan-kenyataan retorik semata-mata.
Terus terang saya katakan bahawa UMNO beri wang kepada pengundi-pengundi, UMNO salahgunakan kuasa, UMNO salahgunakan media, UMNO salahgunakan Kementerian-Kementerian, UMNO salahgunakan Jabatan-Jabatan, UMNO salahgunakan pegawai-pegawai Kerajaan, TV dan Radio disalahgunakan oleh UMNO. So, UMNO mempunyai the upper-hands.
Salahguna oleh UMNO itu adalah kesalahan jenayah dan kesalahan yang melanggar undang-undang Pilihanraya. Tetapi dengan SPRM, SPR, PDRM kesemuanya memihak kepada mereka, apakah yang hendak diharapkan kepada tindakan-tindakan undang-undang, dan jika kes-kes ini dibawa ke Mahkamah, kita pun sudah mengalami bagaimana Mahkamah ini disalahgunakan oleh mereka.
Jadi, apakah yang perlu dilakukan. Kembali kepada rakyat, buat kerja tanpa henti dikalangan rakyat, perbanyakkan keanggotaan parti masing-masing, perkukuhkan organisasi, dan semua mereka yang bergelar pemimpin hendaklah melakukan kerja dikalangan rakyat; dan bukan kerja bermusim, sebulan sekali atau dua tiga bulan sekali; bukan kerja ceramah saemata-mata dan beremosi kononnya sudah kuat kerana ceramah itu berjaya dengan kehadiran ribuan manusia.
Ceramah itu penting sebagai tandaan saikologi, tetapi ia bukanlah mengatasi kerja-kerja massa yang perlu dilakukan dikalangan rakyat setiap masa, setiap ketika.
Kalau pemimpin-pemimpin parti hanya berharap kepada ceramah-ceramah lebih-lebih lagi yang dihadiri oleh Haji Hadi, Anwar Ibrahim, Nik Aziz, Lim Kit Siang yang dihadiri puluhan ribu manusia, maka tunggulah zaman kegelapan yang akan mewarnai PR.
Setiap pemimpin parti di peringkat nasional, negeri dan bahagian/kawasan/cabang, tanyalah diri sendiri: Apakah tindakan kamu hari ini untuk perjuangan rakyat. Tanyalah soalan itu kepada diri sendiri setiap hari. Jika kamu tidak berasa bersalah, maka jangan harap kamu boleh membawa rakyat kepada suatu perubahan baru.
Motto saya mudah: BUAT KERJA BELUM TAHU MENANG, TAK BUAT KERJA SUDAH TENTU TIDAK MENANG!

Bawa isu undi pos ke peringkat antarabangsa



Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) bercadang untuk memanjangkan isu undi pos dalam pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang ke peringkat antarabangsa sekiranya aduan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) hari ini, tidak mendatangkan sebarang hasil.

Ketua Pemudanya, Nasrudin Hassan berkata untuk tujuan itu, mereka akan mengambil contoh seperti yang dilakukan oleh pembangkang Afghanistan, yang telah berjaya membatal keputusan pilihan raya negara itu, yang melibatkan lebih sejuta undi.

Beliau berkata demikian selepas mengiringi Ketua Penerangan Pemuda PAS, Suhaizan Kaiat yang menyerahkan aduan mereka kepada Pesuruhjaya Suhakam, Datuk Siva Subramaniam di pejabatnya pagi ini.

Dalam aduan tersebut mereka telah menyenaraikan sembilan kesalahan yang mencabul hak asasi sewaktu pengendalian pengundian pos dalam plihanraya kecil DUN tersebut, 11 Oktober lalu.

Game over for PR in Perak?

By Wong Chin Huat
editor@thenutgraph.com
SIX months ago, when Datuk Seri Najib Razak first took over as prime minister in April 2009, no one would have expected him to be able to draw a mass rally numbering between 30,000 and 50,000 people in Perak. Indeed, he even avoided the campaign in the Bukit Gantang by-election a few days after his swearing-in, in an obvious calculation not to provoke voters' anger and embarrass himself.
So it is impressive that Najib drew such a rally at the Perak Stadium in Ipoh on 18 Oct 2009 when he launched his 1Malaysia project. Even if the allegation is true that people were paid RM30 for turning up, the rally itself speaks volumes of a tremendous shift towards Najib within 200 days of his premiership. Like the 11 Oct Bagan Pinang by-election, this should be a wake-up call for the Pakatan Rakyat (PR) and Malaysians who long for democratisation.

(Applause by Pryam Carter / sxc.hu)
Odds are, come 5 Nov 2009, the Federal Court will likely overturn the High Court decision and denounce the claim by the PR's Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin to be named the rightful Perak menteri besar. Looking at the current mood, many may just call for the PR to accept the verdict and wait for the next elections. And by the next elections, the Barisan Nasional (BN) may be returned with an even larger majority than it enjoys now, thanks to the defection of the three former PR lawmakers.
1Malaysia's success
What has brought about this shift in the public's mood? I would credit Najib's 1Malaysia campaign. Whatever its detractors may say, the campaign appeals to conservative Malaysians on two counts.
Firstly, it has been copying or stealing many centrist ideas from the PR, from the gradual dismantling of Bumiputera-ism to the announcement of 16 Sept as a national holiday. And the BN appears superior compared with the PR, which lacks either power or political will to implement such changes. After all, for the politically conservative, the government's ability to deliver matters more than anything else.
Secondly, the 1Malaysia idea is apolitical to the core. It stresses unity and harmony, smartly painting political competition and power struggle in negative light. Indeed, it is no coincidence that there is political fatigue in the reports of the mainstream media and even in blogosphere.
As political scientist Harold Lasswell aptly characterised, politics is competition for power and resources; it's about "Who Gets What, When, How". Just as in business, politics does not necessarily encourage proof or demonstration of a person's virtues. What matters is whether a politician is able to deliver the goods.
Just like well-functioning economic markets, a politician's self-interest can be channelled to produce socially desirable outcomes if the only way to win power is through better serving of citizens' interests. This, then, is what democracy is all about.
But to go beyond the cynicism of, and to instead appreciate, "dirty political struggles" requires a substantial degree of sophistication. Most would prefer "political fairy tales", where good politicians, guided by love for the nation and equipped with political shrewdness, serve the people's best interests. US President Barack Obama is a good example of this "political fairy tale", and Najib is no different in wanting to spin his own.
Good politicians
With such "good" politicians and, by extension, a good government, politics — the contestation for power and resources — becomes redundant. In the hands of such good politicians, politics would be reduced to administrative matters where the authorities can be relied on to sort out problems and arbitrate conflicts.
The "good government" fairy tale sells especially well after political unrest and volatility. In the aftermath of 13 May 1969, Prime Minister Tun Abdul Razak co-opted opposition parties such as Gerakan and built his BN new order. He was able to pull this off because of the population's fatigue from and fear of political turmoil following the racial clashes of 13 May.
It seems that Najib is following in his father's footstep. The rejection of excessive politicking is now slowly ushering in a new centrist authoritarianism under the packaging of 1Malaysia.
But even though politicians and official organs like Utusan Malaysia have currently toned down their ethno-nationalist rhetoric, federal opposition parties are clearly not the beneficiary of 1Malaysia's inclusiveness. The PR government in Selangor, for example, was fiercely attacked for "selling out" Malay Malaysians in the campaigning for the Bagan Pinang by-election. At the same time, Umno delegates at the party's 60th annual general assembly want federal resources to be allocated in a more partisan manner.
The PR's response
Has the PR been able to respond to this new rhetoric?
In Perak, many voters cannot see the benefit of the PR's ongoing challenges against the BN regime, because the chaos in the Perak legislative assembly was all about lawmakers and their business. The chaos and its political implications are remote for most citizens.

From left: Sivakumar, Nizar, the BN's Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul
Kadir, and the BN's Perak Speaker Datuk R Ganesan

While V Sivakumar religiously holds on to his power as embattled Perak speaker, Nizar's state executive council has long given up their official roles — they haven't held exco meetings for months. In the next state assembly sitting on 28 Oct, PR will not even be tabling its proposed budget for the state even though PR assemblypersons will be attending the sitting.
In the meantime, the two seats left vacant by former PR assemblypersons, Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang) and Mohd Osman Mohd Jailu (Changkat Jering) in the PR's state exco, have to date not been filled up after eight months.
In short, the PR frontbenchers have not been able to function as a government in exile. If they cannot function as a shadow government should the Federal Court rule against them, can they blame Perakians for getting tired? In contrast, 1Malaysia and Najib's new rhetoric at Umno's 60th general assembly are much easier to embrace because they have the advantage of the incumbent, and seem far less abrasive.
More than Perak
I have argued before in this column that if the BN is not punished by public opinion now and in the next elections for the Perak coup, such legitimisation of abuse of power and state agencies will have national implications.
Indeed, the crowd who cheered for Najib in Ipoh were actually saying: "We don't care. We don't mind a coup. We love you." Distressing though that may be, not just for Perak but for the future of democracy in Malaysia, the fact is this: if the PR cannot demonstrate that "politicking" is good for the public interest, it is likely to lose more than just Perak in the years to come.

A political scientist by training and a journalism lecturer by trade, Wong Chin Huat is based in Monash University Sunway Campus. He believes denouncing political fairy tales of authoritarianism is fundamental for Malaysia's democratisation.

Sekolah beli pokok 880% lebih mahal..???

Kementerian Pelajaran membelanjakan hampir RM60,000 untuk kerja membekal, menanam dan penyelenggaran taman sebuah sekolah di Pasir Puteh, Kelantan kerana membayar harga pokok-pokok yang terlalu mahal, demikian menurut Laporan Ketua Audit Negara 2008.

NONELaporan tersebut yang dibentangkan di Parlimen Isnin lalu, mendedahkan bahawa kementerian telah membeli pokok dan tanaman senitaman bagi Sekolah Kebangsaan Bukit Jawa 2, Pasir Putih, Kelantan dari pembekal tempatan secara pembelian terus.

Menurut laporan tersebut, kementerian berkenaan, sebagai contohnya, telah membayar sehingga RM4,550 bagi 13 pokok kemboja dan RM9,000 bagi 12 pokok pinang merah.

Bagaimanapun, selepas semakan dibuat dengan pembekal tempatan lain yang menawarkan perkhidmatan yang sama, laporan itu berkata, didapati kementerian tersebut boleh membeli pokok yang sama dengan harga yang jauh lebih murah.

NONESebagai contohnya, pokok kemboja dan pinang merah - bagi jumlah yang sama - masing-masing boleh dibeli dengan harga RM585 dan RM1,560.

Oleh itu, kata laporan tersebut, kementerian berkenaan telah membelanjakan antara 470 peratus hingga 880 peratus atau empat hingga lapan kali lebih mahal daripada harga pasaran.

Berdasarkan laporan tersebut, kementerian tersebut telah membayar RM37,450 bagi pokok-pokok tersebut, sedang ia sepatutnya dalam menjimatkan sekurang-kurangya RM31,000.

Teoh' death: Thai doc says 80% homicide

In a dramatic turn of events, renowned Thai pathologist Dr Pornthip Rojanasunand made several explosive allegations at the Teoh Beng Hock inquest this morning.

NONEAmong others, Pornthip suggested that the political aide could have been strangled before falling from the 14th floor of Plaza Masalam.

The colorful doctor noted that the marks on Teoh's neck indicated the possibility 'manual strangulation'.

Furthermore, she pointed out that Teoh's skull fracture was not typical of an injury from a fall.

In another startling revelation, Pornthip said the injury to the deceased's anus could have been caused by penetration with an object before his fall.80 percent homicide, 20 percent suicide

In view of this, her conclusion is that Teoh's death was 80 percent homicide and 20 percent suicide.

NONEPornthip was testifying as an expert witness at the inquest which is being held to determine the cause of Teoh's death.

She is the director and co-founder of the Thai Justice Ministry's Central Institute of Forensic Science and is well-known for investigating complicated homicide cases.

Teoh, the 30-year-old political secretary to Selangor executive councillor Ean Yong Hian Wah, had been summoned to the Malaysian Anti-Corruption Commission office on the 14th floor of Plaza Masalam to be questioned over the irregular disbursement of state funds on July 15.

He was found dead on the fifth floor service corridor of the building the following day.

Teoh Beng Hock dipukul dan dicekik sebelum jatuh..???? Apa komen SPRM..!!!!

Pakar forensic dari Thailand, Dr Pornthip, memberikan keterangan yang mengejutkan dalam inkues kematian Teoh Beng Hock hari ini apabila berkata, tengkorak kepalanya pecah bukan kerana jatuh tetapi kerana pukulan kuat. Tanda panda tengkuknya pula bagi beliau adalah akibat dari dicekik dengan menggunakan tangan dan ia adalah kesan jari pada tengkuk mangsa.

Dia juga berkata, kesan luka pada anus (dubur) mangsa juga akibat dari kemasukan objek keras sebelum beliau jatuh.

Najib mulls change in way Cabinet is selected

KUALA LUMPUR, Oct 21 — When Datuk Seri Najib Razak reviews the performance of his Cabinet in November, one of the trademark features of the Barisan Nasional (BN) government could be tested: The allocation of positions along party, racial and geographical lines.
Government sources told The Malaysian Insider the prime minister is seriously considering revamping the main criteria used in selecting ministers and deputy ministers.
For as long as BN has governed, prime ministers have based their selection of ministers on the seniority of BN component parties, the number of seats held by a party in Parliament, and based on a racial and geographical breakdown.
Implicit was the belief that all component parties should be rewarded, regardless of the performance and track record of its ministers and deputy ministers in previous administrations.
So this has meant that MCA could always count on having four ministerial positions and a clutch of deputy ministerships while MIC and Gerakan were guaranteed at least one senior Cabinet post.
Traditionally, the Health and Transport Ministries have been the purview of MCA. The lion’s share of Cabinet positions has been given to Umno.
But officials and Umno insiders said that Najib believes the main consideration of an appointment as minister and deputy minister should be an elected representative’s track record of service and his or her ability to deliver on the promises of the Najib administration.
The PM believes that he would be limiting himself if he continues to be hamstrung by the old criteria, especially given the weak state of the MCA, MIC, Gerakan and PPP.
All these BN parties have two things in common: they are in the midst of debilitating political infighting and can no longer say they command the support of their constituencies.
So if these parties do not resolve their issues quickly and reconnect with their communities, there is a possibility that they may end up with fewer positions in Cabinet.
Najib’s rethink on a new approach also comes at a time when Sabah and Sarawak BN parties are demanding more recognition consistent with their greater political pull.
If Najib goes ahead and uses these new criteria in selecting ministers and deputy ministers, the big winner could be Umno.
The reason being, while race may no longer be the main criteria used for selection as ministers or deputy ministers, the ruling party is the most stable in the BN stable.
Sources have said there will not be wholesale changes made in November, just minor tweaks.
They also caution that best intentions can be overridden by political realities, noting that Najib initially pencilled a slimmed down Cabinet in April but changed his mind after being lobbied vigorously by politicians, royalty and other vested parties.

Pasangan yang baik – jamin kebahagiaan rumah tangga..!!! Khas untuk yang nak kahwin..!!


Soal Jawab Bersama Mohd. Zaidi Mohd. Zain
Perunding Keluarga Islam/Peguam Syarie

Soalan:
SEBAGAI bapa, saya ingin memastikan anak lelaki dan anak perempuan saya mendapat pasangan masing-masing sebagaimana yang ditentukan oleh syarak.

Bolehkah tuan terangkan tentang ciri-ciri suami dan isteri yang baik mengikut pandangan Islam.

Ahmad Mesran,
Kuala Lumpur.

Jawapan;
Pasangan di dalam perkahwinan adalah rakan kongsi dalam kehidupan. Pasangan yang baik akan menjadikan perkongsian hidup lebih bermakna dan berjaya.

Hasil daripada kejayaan perkongsian hidup ini akan memberi kesan kepada seluruh aktiviti masyarakat termasuk pekerjaan harian, hubungan sosial, ekonomi dan sebagainya.

Oleh yang demikian, amat penting bagi setiap individu sama ada lelaki mahupun perempuan memilih pasangan yang terbaik serta memenuhi ciri-ciri yang telah digariskan oleh Islam.

Isteri adalah tempat terbaik bagi suami mengadu dan meluahkan segala isi hati terhadap permasalahan yang dihadapi dalam tugas harian.

Walaupun isteri tidak dapat menyelesaikan masalah tersebut secara langsung tetapi belaian yang lembut serta kata-kata perangsang daripada seorang isteri kepada suami akan memberi semangat dan mengembalikan kekuatan untuk menghadapi masalah yang mendatang.

Isteri yang baik juga akan menjadi taman asuhan terbaik kepada anak-anak membesar dalam suasana yang membina dari aspek fizikal dan mental.

Sebab itulah Rasulullah s.a.w telah menetapkan ciri utama yang perlu dilihat sebelum memilih isteri adalah dari segi agamanya, di samping ciri-ciri lain yang bertepatan dengan kehendak dan cita rasa lelaki itu sendiri seperti berharta, cantik dan keturunan yang baik-baik.

Dalam soal memilih calon isteri juga satu aspek yang perlu di beri perhatian ialah kecenderungan atau rasa cinta. Perkara ini amat penting bagi menjamin kebahagiaan rumah tangga yang terbina.

Di samping itu juga Rasulullah s.a.w menggalakkan seseorang lelaki yang berkahwin supaya memilih anak dara kerana akan lebih memberi kemesraan dalam gurau senda dan bermanja-manjaan.

Sementara itu bagi perempuan yang ingin berkahwin, mereka juga mestilah memilih pasangan yang boleh membimbing mereka di dunia dan akhirat.

Ini kerana suami adalah tempat bagi mereka berteduh dan bergantung harap selepas kedua ibu bapa melepaskan mereka daripada tanggungjawab masing-masing.

Pemilihan pasangan ini boleh dilakukan sama ada oleh wali ataupun diri mereka sendiri sebagaimana yang menjadi amalan kebiasaan bagi kebanyakan masyarakat kita hari ini.

Di dalam persoalan ini, seorang lelaki pernah datang kepada Hasan bin Ali bin Ali Talib iaitu cucunda kepada Nabi Muhammad s.a.w dan bertanyakan dengan siapa dia patut kahwinkan anak perempuannya.

Hassan menasihatkan lelaki tersebut mengahwinkan anak perempuannya dengan lelaki yang bertakwa kepada Allah kerana lelaki seumpama ini akan menghormati isterinya apabila dia mencintainya dan tidak akan memudaratkan tubuh isterinya apabila dia membenci.

Daripada kisah di atas, kita mengambil iktibar bahawa lelaki yang mempunyai sifat takwa adalah calon yang terbaik kepada setiap perempuan yang ingin mendirikan rumah tangga kerana dia akan menjadi benteng bagi kehidupan di ketika susah dan boleh berkongsi kegembiraan di kala senang.

Manakala ketakwaan seseorang lelaki itu pula, boleh diukur kepada pengetahuan agama yang ada dalam dirinya serta sejauh mana dia mentaati perintah Allah dan menjauhi larangannya.

Situasi Politik Masakini Paling Sesuai Untuk Perubahan



http://www.buletinonline.net/images/stories/Berita12/nikamar.JPGSituasi politik negara masa kini merupakan masa paling baik dan sesuai bagi rakyat membuat perubahan dalam mana-mana pilihan raya diadakan.
Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Dato’ Nik Mohamad Amar Nik Arshad menyarankan agar pemimpin serta ahli PAS di seluruh negara mempertingkatkan kualiti parti.

Ini penting, katanya agar rakyat umum dapat membezakan antara keupayaan pemimpin parti Umno dengan PAS dan Pakatan Rakyat.

“Kita (PAS) melihat sekarang adalah masa paling sesuai untuk rakyat buat perubahan. Suasana pemimpin politik (Umno dan Barisan Nasional) negara yang berkecamuk.

“Kita (PAS) kena tingkatkan kualiti kerja kita (parti) di semua peringkat cawangan, Dewan Undangan Negeri (Dun), kawasan dan negeri.

“Biar kualiti kita (PAS) berbeza dengan Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN) dan barulah boleh laksanakan amanah Allah SWT,” tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap mewakili Mursyidul Am PAS, Dato’ Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat pada Majlis Ceramah Perdana Sempena Ijtima’ Kepimpinan PAS Terengganu 2009 di Padang Bola Pekan, Manir, 17 Oktober lalu.

Dato’ Nik Mohamad Amar yang juga Ahli Exco Kerajaan Kelantan yakin zaman pemerintahan Umno-BN bakal berakhir kerana hilang sokongan serta kepercayaan rakyat terhadap parti komponan tersebut.

Bahkan, katanya kemenangan calon BN, Tan Sri Isa Samad dalam pilihan raya kecil di Bagan Pinang tidak menggambarkan penerimaan rakyat umum terhadap parti tersebut.

Menurutnya, calon BN yang terbukti bersalah terlibat dengan masalah rasuah dan politik wang boleh menang kerana Umno-BN bukan sebuah parti bersih.

“Umno sebuah parti yang kotor dan terlibat dengan banyak masalah rasuah, politik wang, penyelewengan dan penipuan.

“Dia (Umno-BN) bukan parti bersih tetapi menang dengan cara tidak bermaruah dan calon yang tidak bermaruah,” tegasnya.

Menurutnya, pelbagai isu yang menjadi ‘senjata’ kepada PAS dan Pakatan Rakyat akan digunakan untuk membuat perubahan

Sementara itu, mengulas isu berkaitan kecelaruan politik calon Bebas yang bertanding atas tiket PAS pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-12, Dato’ Paduka Ibrahim Ali yang juga Anggota Parlimen Pasir Mas itu disifatkan sebagai barang ‘permainan’ di Kelantan.

“Dia (Ibrahim Ali) tidak boleh buat apa-apa. Parti Umno pun tidak mahu terima dia (Ibrahim). Kita (PAS) di Kelantan anggap dia (Ibrahim) seperti barang ‘permainan’ kanak-kanak.

“Ada dia (Ibrahim) boleh juga ada ‘hiburan’ politik yang tidak menjejaskan pengaruh dan kekuatan PAS Kelantan untuk kekal berkuasa dalam pilihan raya umum akan datang, Insya’Allah,” ujarnya.

Menurutnya, dalam PRU Ke-13 PAS dan Pakatan Rakyat bukan sahaja mampu mengekalkan kemenangan sedia ada tetapi yakin merampas kembali Terengganu.

Segerakan Rundingan Dapatkan Royalti Petroleum

BUAT pertama kalinya semalam Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra Sultan Ismail Petra telah berangkat merasmikan persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan. Upacara perasmian semalam merupakan tugas pertama seumpamanya oleh baginda sebagai Pemangku Raja.
Sudah pasti keberangkatan baginda ditunggu oleh semua lapisan rakyat negeri Kelantan. Tengku Faris yang sebelum ini sudah dikagumi kerana sikap prihatin dan kepedulian baginda yang tinggi kepada rakyat.

Baginda tidak segan dan canggung turun sendiri ke bawah menemui rakyat, mengauli rakyat untuk mengetahui masalah rakyat dari dekat. Sudah banyak masalah rakyat yang tidak dapat diselesaikan dapat diselesaikan baginda atau selesai setelah baginda bertitah dan mengambil tahu mengenainya.

Ini menunjukkan suara dan titah baginda dihormati dan didengari oleh semua pihak. Semua itu disokong oleh sifat baginda yang sedarhana, tidak berlagak dan memisahkan kehidupan di istana dengan kehidupan di luar.

Sikap dan pembawaan baginda yang berjiwa rakyat inilah menyebabkan kini baginda disayangi dan budi bagainda disebut-sebut rakyat di mana saja. Kehadirian baginda di tengah masyarakat umpama berlabuhnya kejora di padang hitam.

Semalam semasa bertitah merasmi persidangan DUN, sekali lagi baginda menunjukkan komitmen dan keperihatian baginda kepada pembangunan Kelantan demi untuk kesejahteraan rakyat baginda seluruhnya.

Semalam baginda menyatakan sokongan terhadap usaha kerajaan Kelantan untuk menuntut bayaran royalti Petroleum seperti mana yang termaktub dalam perjanjian antara kerajaan negeri dan Petronas pada tahun 1995.

Sokongan dan restu baginda itu sudah tentu memberi semangat kepada kerajaan pimpinan Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, timbalannya Ahmad Yaacob dan Exco lain untuk menuntut hak rakyat Kelantan itu. Sehubungan itu adalah tepat kalau Menteri Besar menyegerakan perkara berkenaan.

Dalam perkara ini, MB hendaklah menggerakkan semula jawatan kuasa bersama – kerajaan Kelantan dan Persekutuan berhubung perkara itu. Tuntutan seperti mana digesa oleh Pemanku Raja itu bukan boleh dibuat bersendirian atau diserahkan untuk diuruskan oleh seorang Exco saja.

Perkara yang berat dan besar hendaklah dipikul bersama dan jangan ada orang yang cuba memandai-mandai dan hendak menunjukkan hebat apa lagi menjual diri untuk kepentingan politik.

Jawatankuasa bersama perlu diaktifkan. Dan jawatan kuasa ini perlu diberikan mandat oleh kerajaan negeri untuk berunding dengan Petronas.

Sebolehnya perkara ini disegerakan. Tuntutan itu mungkin boleh dimulakan dengan ada rundingan rasmi antara kedua pihak. Jawatankuasa berkenaan yang disertai beberapa pegawai tertinggi kerajaan dan Exco boleh membuat temu janji untuk berbincang dengan Perana Menteri, Mohd Najib Razak.

Adalah diyakini kalau tututan itu secara perundingan dan bukannya dengan desakan fizikal, seperti mengadakan tunjuk perasaan, serangan dalam cermah, sengaja tunjuk pandai, insyAllah ia terbuka pintuk hati kerajaan persekutuan untuk melunasi apa yang digesa oleh Pemangku Raja itu.
Dan pihak kerajaan juga tidak perlu merasa gusar berhubung itu kerana tuntutan itu sudah mendapat restu daripada baginda Pemangku Raja.