Selasa, 20 Oktober 2009

Insentif Tarik FDI Antara Inti Pati Bajet 2010



KUALA LUMPUR, 20 Okt (Bernama) -- Insentif bagi menarik pelaburan langsung asing (FDI) ke Malaysia dijangka menjadi antara inti pati Bajet 2010.

"Memang sudah menjadi tanggungjawab kami untuk menyediakan insentif-insentif perlu bagi menggalakkan FDI ke negara ini," kata Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir di sini Selasa.

"Apapun, kita bersaing dengan negara lain, terutama di rantau ini, untuk meraih pelaburan. Saya tidak dapat mengumumkan mengenai insentif khusus dalam Bajet itu.

"Namun yang pasti kerajaan akan memastikan wujud kesinambungan dalam memastikan negara ini menjadi destinasi pelaburan yang kompetitif," katanya.

Mukhriz berkata kerajaan komited dalam menggalakkan lebih banyak kemasukan FDI menerusi pengecualian cukai dan yang terbaharu, liberalisasi 27 subsektor industri perkhidmatan.

"Mengenai insentif baharu khusus dalam bajet yang akan dibentangkan Jumaat ini, ia bergantung besar terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak," katanya.

Mengulas mengenai Dasar Automotif Nasional (NAP), beliau berkata Kementerian itu dijangka mengumumkan butiran terperinci kajian semula industri itu tidak lama lagi.

"Kita mahukan kesimbangan antara import dan kereta keluaran tempatan, dan yang pasti, Proton yang menjadi tumpuan. Apapun, kami akan mengambil kira kepentingan semua pihak," katanya.

Mukhriz berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada Proton merupakan satu-satunya kereta yang mendapat status kereta nasional dalam kajian semula NAP itu.

Memandangkan ekonomi negara berkait langsung dengan dagangan dunia, beliau berkata perlu ada peningkatan dalam industri automotif tempatan, supaya wujud keseimbangan.

"Bila ada kelembapan, kita mendapat impak langsung. Oleh itu, dengan meningkatkan industri automotif, kita boleh seimbangkan aktiviti dagangan kita," katanya.
-- BERNAMA

Gempar 35 sejadah berdiri di surau SK Tok Sangkut Pasir Mas..!!


Warga SK Tok Sangkut di Pasir Mas gempar apabila 35 helai sejadah di dalam surau didakwa berdiri secara misteri dengan sebahagiannya menyerupai individu sedang menunaikan solat.

Kejadian itu disedari seorang murid yang kemudiannya memaklumkan kepada gurunya Adnan Abdullah, 37, ketika sesi pembelajaran dijalankan berhampiran surau berkenaan.

"Kejadian berlaku pukul 10.40 pagi, ketika saya menjalankan sesi pembelajaran di luar kelas disebabkan kelas sedang diubahsuai, seorang murid yang terpandang ke arah surau memberitahu sejadah kelihatan berdiri," katanya kepada pemberita di Pasir Mas hari ini.

Adnan berkata beliau kemudiannya membuka pintu surau dan amat terkejut melihat sebanyak 35 helai sejadah dalam keadaan berdiri iaitu 16 helai di bahagian lelaki dan 19 lagi di bahagian perempuan.

"Lebih aneh lagi apabila satu helai lagi berada di bahagian hadapan sekali iaitu di tempat imam dalam keadaan yang sama menunjukkan seolah-seolah sedang melakukan solat secara berjemaah," katanya yang telah mengajar di sekolah berkenaan sejak tujuh tahun lalu.

Menurut Adnan, beliau percaya kejadian itu membuktikan keagungan Allah yang mahu umatnya bermuhasabah diri.

"Bagaimanapun ia terpulang kepada tafsiran individu, bagi saya tak mungkin perkara ini dilakukan oleh manusia kerana tempoh semua sejadah dalam keadaan demikian lama," katanya.

Beliau berkata pada bulan Ramadhan yang lepas perkara yang sama turut berlaku di rumah penduduk kampung berkenaan apabila sehelai sejadahnya turut berdiri sendiri.

Manakala bagi pembantu penguasa pejabat agama Pasir Mas, Kamarudin Zakaria yang ditemui di situ berkata beliau tidak menolak kemungkinan perkara itu dilakukan oleh individu yang tidak bertanggungjawab untuk menggemparkan penduduk setempat.

"Ia terpulang kepada tafsiran setiap individu untuk menganggap ia perkara ajaib atau sebagainya, tetapi bagi saya perkara-perkara sebegini boleh memesongkan akidah seseorang," katanya.

Kamarudin berkata pihaknya akan memaklumkan perkara berkenaan kepada jabatan agama dan jika sejadah masih dalam keadaan demikian sehingga esok, pihaknya akan mengambil tindakan yang perlu.

Sementara itu, kawasan sekolah berkenaan sesak dengan orang ramai yang ingin melihat kejadian itu dari dekat. BERNAMA

Pakatan hadapi spekulasi p'raya Perak

Pakatan Rakyat di Perak terus bersedia menghadapi pilihan raya mengejut peringkat negeri – seperti yang mereka tuntut – walaupun tidak sepenuhnya yakin BN berani mengadakannya dalam masa terdekat.

Desas-desus mengenai kemungkinan pilihan raya negeri dipanggil muncul semula susulan perkembangan terkini di negeri ini, antaranya sambutan besar sehingga 50,000 orang di program pelancaran 1Malaysia di Ipoh kelmarin.

Ia diperkuatkan lagi dengan semakan daftar pemilih baru peringkat Perak selama seminggu sehingga Isnin depan, selain kesediaan Pakatan Rakyat menyediakan manifesto baru untuk berdepan dengan pilihan raya mengejut.

Difahamkan, gabungan tiga parti pembangkang itu juga sedang menggiatkan jentera mereka.

Ura-ura lebih 20 ADUN BN sudah mengambil foto terbaru masing-masing menguatkan spekulasi negeri ini bakal menghadapi pilihan raya.

Satu sumber Pakatan Rakyat menyebut, masih tidak jelas tujuan foto itu diambil sama ada untuk dijadikan poster atau sebab-sebab lain.

Krisis politik terus berlarutan di Perak, antara yang penting perebutan jawatan menteri besar antara Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dengan penggantinya Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir melalui proses mahkamah akan didengar awal bulan depan.

Sementara persidangan DUN untuk pembentangan belanjawan negeri bermula 28 Oktober di tengah-tengah pertikaian siapa Speaker yang sah – sama ada V Sivakumar atau penggantinya Datuk R Ganesan.

Walaupun mengalu-alukan pilihan raya negeri, Mohamad Nizar berkata, perdana menteri tidak seharusnya melihat kejayaan menganjurkan program 1Malaysia sebagai penanda aras sokongan rakyat Perak kepada BN.

"Kalau nak tengok populariti di satu program saja, kalau tengok (keputusan) Bagan Pinang saja tidak boleh kata (BN) boleh menang," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

"Kita tahu rakyat masih menyokong Pakatan Rakyat."

BN bagaimanapun, tegasnya, masih perlu menghadapi rakyat untuk mendapatkan mandat sahih daripada rakyat.

"Kalau ia betul-betul yakin dengan persepsi itu, ia kena uji. Ia kena berani menghadap ke bawah duli Tuanku (Sultan Perak) dan mohon untuk adakan pilihan raya," kata ADUN Pasir Panjang.

Mohamad Nizar menambah, Pakatan Rakyat menjangka pilihan raya itu akan diadakan dan telah "lama bersedia" untuk menghadapinya. "Pakatan Rakyat sudah ada manifesto untuk pilihan raya ini," katanya, dengan menjelaskan ia disediakan sejak dua bulan lalu.

Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham pula berkata BN mungkin akan memanggil pilihan raya berkenaan berdasarkan pemerhatiannya terhadap beberapa tanda awal.

Katanya, beliau difahamkan wakil-wakil rakyat BN Perak telah menjalani satu sesi rakaman foto di sebuah kedai gambar di negeri itu, kira-kira dua bulan lalu.

"Secara tradisinya, apabila wakil rakyat diambil gambar seperti itu, pilihan raya akan diadakan," katanya ketika dihubungi hari ini.

Gambar itu diambil lebih awal kerana ia perlu disunting bagi memastikan muka wakil-wakil rakyat BN tersebut kelihatan lebih menarik apabila dicetak pada bahan kempen, tambahnya.

Jelasnya lagi, DAP negeri membuat persediaan sejak tujuh bulan lalu dengan memberikan latihan berterusan.

Ngeh berkata, BN dipercayai akan mengambil kesempatan untuk mendapatkan sokongan rakyat daripada perkembangan kes Mohamad Nizar-Zambry di Mahkamah Persekutuan, 5 November ini.

"Mereka boleh gunakan keputusan mahkamah untuk tunjukkan kepada rakyat bahawa Zambry adalah menteri besar yang sah dan popular," katanya.

"Tetapi bajet negeri pula akan dibentangkan pada 28 Oktober (oleh Zambry). Jika mahkamah putuskan Nizar sebagai menteri besar yang sah, apa akan jadi dengan pembentangan bajet itu, adakah ia juga sah?"

Katanya, BN hanya akan memanggil pilihan raya jika keyakinan rakyat di negeri itu dilihat memihak kepada parti berkenaan.

"Setakat ini, situasi sekarang menunjukkan mereka akan meneruskan dengan cara sedia ada sehingga wujud keadaan lebih baik. Mereka mesti hendak wujudkan faktor feel good di kalangan rakyat dahulu," katanya.

Walaupun tidak menolak kemungkinan pilihan raya negeri, PKR masih belum pasti BN benar-benar ingin membubarkan DUN dan mengadakan pilihan raya semula.

Naib Presidennya Mustaffa Kamil Ayub berkata tanda-tanda bahawa pilihan raya baru akan diadakan kini masih belum jelas.

"Nak kata 'tidak lama lagi pun, tidak boleh juga', BN sendiri pun nampaknya tidak berapa yakin (untuk adakan pilihan raya)," katanya, yang juga bekas pengerusi PKR Perak, kepada Malaysiakini hari ini.

Seperti Mohamad Nizar, yang juga timbalan I pesuruhjaya PAS Perak, Mustaffa Kamil tidak yakin kempen 1Malaysia pada Ahad lalu sebagai petanda penting pilihan raya dengan menyifatkan ia satu "proses biasa".

Beliau juga tidak pasti sesi rakaman gambar wakil-wakil rakyat BN ke arah mengadakan satu pilihan raya baru.

"Saya fikir (foto) itu proses biasa, mereka perlu juga sentiasa bersiap sedia kerana kerajaan sedia ada masih tidak stabil dan sentiasa dicemuh oleh rakyat," jelasnya.

Beliau mengakui PKR sedang mempergiat latihan kepada jentera parti bagi menghadapi kemungkinan pilihan raya, antaranya, ejen tempat mengundi.

Tuduh Presiden PAS Pro Umno: Pandangan Prof Dr. Aziz Bari disanggah !!! Sayangnya Ustaz Idris sendiri gagal melaksanakan tugas di Bagan Pinang...??? Kerana apa PAS gagal..????


Ustaz Idris Ahmad, Harakah Daily

 
Saya hormat beliau sebagai seorang yang hebat dalam bidang perundangan. Beliau yang hanya sebagai ahli akademik tidak sama dengan orang yang duduk di medan perjuangan. Melabelkan seorang dalam kepimpinan PAS ada yang pro Umno adalah tuduhan yang berat.
Apa asas beliau mengatakan pimpinan PAS pro Umno (Sinar Harian 19/10/09). Adakah semata-mata kerana buat rumah terbuka orang Umno datang maka orang ini dianggap pro Umno.

Kalau itulah tuduhan yang tidak ada fakta yang kuat amat malanglah sebagai seorang ahli akademik. Perlu diingat PAS sebagai sebuah parti yang besar dan matang dalam sepak terajang politik, pernah berada di dalam Kerajaan Persekutuan (BN) dan pernah hanya menang 1 kerusi Parlimen sahaja dalam pilihan raya umum.

Sebagai parti yang dihormati oleh kawan dan lawan, parti yang ada prinsip, yang tidak pernah hanyut oleh suasana dan keadaan. Setiap perubahan yang hendak dibuat kita mengambil kira aspek hukum yang dipandukan kepada Al-Quran, Hadis, Ijma' dan Qias.
PAS bukan parti yang ikut suasana dan peralatkan agama untuk kepentingan politik. Pas tidak pernah khianat kawan dalam apa keadaan sekalipun. Prof Aziz boleh lihat tidak ada sejarah PAS meninggalkan kawan dalam apa-apa keadaan.

Kalau Tuan Guru Haji Hadi Awang gila sangat dengan Umno, kenapa beliau menolak awal-awal lagi pelawaan Datuk Seri Abdullah Badawi membentuk kerajaan bersama Umno selepas PRU 2008.

Kalau beliau gila sangat dunia beliau tidak korbankan ijazah sarjana (MA) di awal tahun 1970 an. Kalau beliau hendak dunia lebih baik beliau menjadi ahli akademik, sewaktu itu berapa orang sangat yang ada kelulusan MA di negara ini.

PAS bertahalluf dengan parti yang berlainan ideologi adalah hasil ijtihad ulamak PAS yang bersandarkan hukum. Untuk pengetahuan Prof Aziz bukan senang hendak meyakinkan penyokong PAS berkenaan dengan tahalluf politik dengan bukan Islam.
Bukan senang hendak menyuruh ahli PAS memangkah DAP, kerana selama ini kita telah diajar tidak boleh menyokong calon bukan Islam. Orang yang membuat kertas kerja tahalluf ini ialah Tuan Guru Haji Abdul hadi Awang dan dibawa ke dalam Majlis Syura Ulama dan diluluskan.

Begitu juga ketika PRK Bukit Selambau Kedah kerana sudah ada di kalangan mereka yang tidak mahu membantu calon PKR dalam pilhan raya kecil tersebut kerana beliau ialah calon bukan Islam. Tuan Guru Presiden terpaksa dua kali buat perjumpaan dengan petugas di PRK Bukit Selambau.

Dalam soal kenyataan mengenai politik di Selangor seolah-olah Presiden berdiam diri, adalah tidak betul. PAS ada cara tersendiri dalam menyelesaikan masalahj ini.

Kita tidak perlulah memberi tahu kepada Prof apa yang kita buat. Sepatutnya Prof kena tanyalah kepada orang yang berkenaan, jangan kumpul maklumat berdasarkan blog semata-mata. Kita tidak menggunakan media Umno, untuk menyelesaikan masalah parti dan Pakatan Rakyat. Bila musuh pernah ehsan dengan PAS dan Pakatan Rakyat, kenapa hendak mendedahkan hal keluarga dalam media.
Bukan senang untuk mentadbir sebuah parti politik yang berbagai ragam. Tadbir parti PAS bukan mentadbir sebuah fakulti di universiti. Kerana mentadbir pensyarah yang makan gaji, walaupun pelajar bodoh atau tidak lulus periksa, gaji dan pangkat tetap naik.
Berbeza dengan memimpin PAS kalau kalah dalam pilihan raya maka akan dituduh pro Umno, otak tertutup, ulama tidak bijak berpolitik dan segala macam yang tidak sedap didengari. Sebagai sebuah gerakan ummah yang ahlinya berbagai ragam manusia dan pemikiran.

Berapa banyak mereka yang tewas dalam memimpin PAS, akhirnya terpaksa berundur dari perjuangan. Kerana tidak tahan dengan tekanan, masalah peribadi, kekangan kewangan dan ada yang lompat bersama dengan umno kerana hendak berjaya dengan cepat.
Menuduh Presiden PAS dan beberapa orang pimpinan PAS yang pro Umno satu tuduhan yang berat. Ingat kalau dakwaan ini tidak benar ia akan memberi kesan di hari akhirat nanti.

Kalau ada dakwaan bahawa Presiden PAS sokong Umno dan menjadi ejen Umno, sila kemukakan dengan bukti. PAS adalah sebuah parti yang berdisiplin dan ada jawatankuasa tatatertib boleh diambil tindakan kalau ada laporan yang berupa pengkhianatan terhadap PAS. PAS pernah mengambil tindakan kepada bekas Yang Dipertua PAS Datuk Asri Haji Muda pada tahun 1983 kerana melanggar tatatertib parti.

Sebagai seorang profesor dan ahli akademik janganlah mengambil data di tepi jalan yang tidak ada kesahihan. Biarlah tuduhan ini dibuat oleh mereka yang tidak bergelar Prof.
Memanglah menjadi ahli akademik senang membuat hipotesis daripada bilik berhawa dingin.Tetapi menjadi ahli politik pembangkang berat lagi mata memandang maka berat lagi bahu memikul.

Kita janganlah menjadi penganalisa politik yang tidak terjun medan, waktu kalah semua hendak menuding jari. Sewaktu menang di tujuh PRK tidak ada pula komen mengatakan pimpinan PAS cerdik, apabila kalah semua buat tuduhan.

Prof Aziz tahu atau tidak keadaan demografi Bagan Pinang. Beliau pergi atau tidak ke kawasan pilihan raya tersebut. Berjumpa atau tidak dengan masyarakat pengundi Bagan Pinang. Tahu atau tidak berapa ahli cawangan PAS dan dan ahli Umno di kawasan itu. Keadaan di Bagan Pinang kalau Prof Aziz Bari bertanding pun akan kalah.

Dalam politik ini kita tidak boleh bergantung kepada undi ayunan semata-mata. Ia perlu juga kepada kekuatan asas parti.
Jawatankuasa PAS Pusat telah membentuk jawatankuasa post mortem yang dipengerusikan oleh Saudara Mohd Sabu. Post Mortem yang dibuat oleh PAS lebih hebat lagi daripada setengah kajian-kajian yang dibuat.

Kerana kajian kita lebih mendasari hingga ke akar umbi. Sebab itu tidak perlulah kita menyalahkan sesiapa pun dalam hal ini. Tengok dulu post mortem. Memang sedap mengkritik seperti penonton bola untuk mengkritik pemain yang berada di tengah padang bola sepak.

Tetapi betapa peritnya mereka yang berada di tegah padang. Allahlah yang maha mengetahui. Hendak memberi markah siapa pemimpin PAS yang layak memerintah adalah mudah, belum tentu kita boleh berjuang sepanjang nafas mereka yang memimpin PAS sekarang. 
..
    

PR komited perkukuh hubungan, konvensyen bulan Disember

Nazri Abdullah

KUALA LUMPUR, 20 Okt: Pemimpin Pakatan Rakyat hari ini memutuskan semua perbezaan pendapat antara ketiga-tiga parti harus diselesaikan menurut saluran yang betul sama ada diperingkat negeri ataupun pusat.

Bercakap dalam sidang media selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat di parlimen petang tadi, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu ianya bagi menjaga hubungan baik antara parti dalam pakatan rakyat.

"Kita putusakan dengan tegas bahawa semua pendapat diselesaikan mengikut ruang yang ada sama ada di peringkat negeri ataupun Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat di peringkat pusat," katanya yang juga penasihat parti keadilan rakyat PKR.
Langkah lain yang turut dipersetujui pada mesyuarat tersebut adalah supaya pimpinan tertinggi parti mengarahkan kesemua ahli parti masing-masing supaya tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan yang boleh mengeruhkan hubungan ketiga-tiga parti dalam pakatan itu.

"Ketiga-tiga pimpinan parti telah memberikan arahan cukup jelas dan tidak akan bertolak ansur dengan mana mana usaha ataupun kenyataan yang dikeluarkan yang boleh menyebabkan keruhnya hubungan antara parti di peringkat bawah," katanya lagi.

ImageBagi memperkasakan lagi hubugan ketiga-tiga parti, Pakatan Rakyat juga mengumumkan untuk mengadakan Konvensyen Pimpinan Pakatan Rakyat pada 12 dan 13 Disember ini bertempat di Shah Alam.

Konvensyen tersebut akan disertai 1500 perwakilan masing-masing lima ribu dari setiap parti dalam Pakatan Rakyat.

Selain Anwar, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan kepimpinan tertinggi ketiga tiga parti termasuk Datuk Zaid Ibrahim hadir pada sidang media tersebut.
Mesyuarat siang tadi antara lain memberi fokus kepada memperkukuh dan memperbaiki kelemahan yang ada di dalam pakatan.

Turut ditanya, desas desus wujud kemelut di antara dua pepimpin PKR membabitkan Datuk Zaid Ibrahim dengan Naib Presiden, Azmin Ali namun Anwar menafikan dakwaan tersebut.

"Zaid Ibrahim ada Azmin ada, tak ada masalah apa pun," jawab Anwar disambut gelak ketawa hadirin.
Perkara lain turut dibincang adalah berkaitan platform dasar bersama Pakatan Rakyat yang akan ditubuhkan.
Turut dimaklumkan mesyuarat itu juga bagi mendengar laporan awal bedah siasat kekalahan pakatan rakyat di Bagan Pinang.

Selain faktor rasuah dan penipuan, mereka turut mengakui kelemahan diperingkat parti masing masing turut menyumbang kepada kekalahan tersebut.

Pemangku Raja sambut baik usaha Kelantan tuntut royalti

Salmah Mat Husain, Foto Rizal tahir


KOTA BHARU, 20 Okt: Kerajaan Persekutuan diminta melunaskan bayaran royalti minyak terhadap Kerajaan Kelantan bagi pengeluaran petroleum di negeri itu mengikut perjanjian yang termaktub antara kerajaan negeri dan petronas sejak tahun 1975.

Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra Sultan Ismail Petra, yang menyambut baik usaha proaktif kerajaan negeri menuntut bayaran berkenaan juga berharap tuntutan itu ditingkatkan dari semasa ke semasa.
Baginda berkata demikian ketika bertitah merasmikan pembukaan Persidangan Kali Yang Ketiga (Belanjawan) bagi tempoh penggal yang kedua Dewan Negeri Kelantan yang ke-12.
Titah Tengku Faris lagi, baginda mendapat maklum pengeluaran gas dan minyak di perairan Kelantan telah berjalan sekian lama.
"Berasaskan data dari Jabatan Perangkaan yang diedarkan oleh Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri, sumbangan negeri Kelantan kepada pengeluaran petroleum seluruh Negara bagi tahun 2005 hingga 2008 sebanyak 5.4 peratus setahun.
"Kadar berkenaan jauh lebih tinggi berbanding Negeri Sabah, mengikut catitan berkenaan juga pengeluaran petroleum dari negeri ini telah bermula sejak tahun 2005 lagi," titah baginda lagi.
ImageBaginda berkeyakinan dengan semangat Persekutuan yang ada, Petronas akan melaksanakan kehendak perjanjian berkenaan yang menghendaki bayaran tunai dilunaskan sebanyak dua kali setiap tahun.
Tengku Faris seterusnya bertitah, baginda difahamkan jarak kawasan pengeluaran gas dan minyak bagi beberapa kawasan seperti Join Development Area (JDA) dan Commercial Arrangement Area (CAA) dan lain-lain pelantar yang paling hampir dengan negeri ini.
Tegas baginda lagi, kedudukan strategic itu membolehkan Kelantan memainkan peranannya untuk mendapatkan limpahan aktiviti berkaitan seperti pembekalan bahan keperluan pelantar, pembaikian dan penyelenggaraan kapal, gudang simpanan, industri berkaitan dan lain-lain lagi.
"Beta juga berharap petronas dan Kerajaan Pusat dapat memikirkan penempatan aktiviti berkaitan di bumi Kelantan berdasarkan kedudukan negeri ini paling hampir dan ianya sudah tentu memberikan kelebihan ekonomik yang tidak boleh diragukan lagi," ujarnya.
Baginda juga turut difahamkan Menteri Besar, Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat telah memperbaharui cadangan menjadikan Tumpat dan Bachok sebagai zon khas untuk ekonomi berasaskan petroleum kepada Kerajaan Pusat.
Titah baginda, langkah berkenaan begitu baik dan diharapkan Kerajaan Pusat dalat bertindak secara bijaksana dalam melaksanakan usaha itu.
"Beta juga berharap segala lesen dan kelulusan dari Kerajaan Pusat untuk apa-apa tujuan yang telah beta nyatakan tadi dapat dipermudahkan.
"Jika pembangunan berkaitan aktiviti pengeluaran minyak diperairan Kelantan dapat dikembangkan dan aktiviti industri berkaitan petroleum dapat dibangunkan di negeri ini, sudah tentu ianya dapat menyumbangkan kepada pemulihan ekonomi Negara khususnya sewaktu kegawatan ekonomi ini,titah baginda lagi.
Pada masa yang sama baginda turut menghingatkan pihak berkenaan supaya melaksanakan segera projek pembangunan yang telah dirancangkan menerusi Rancangan Malaysia Ke-9 memandangkan tempoh itu semakin berakhir.
Titah baginda, sejak tahun 2006 hingga ke hari ini pelbagai projek pembangunan di bawah RMK9 yang telah dirancang dan dilaksanakan di negeri ini dengan peruntukan berjumlah lebih RM7.6 Billion.
"Projek pembangunan yang dirancang itu perlaksanaannya tidak mengikut jadual yang ditetapkan dan ada diantaranya pula masih belum dimulakan lagi walaupun tempoh RMK9 akan berakhir pada tahun 2010,"titah baginda
VIDEO
_


Sandiwara Satu Malaysia



Oleh : Nash Ar-Rawy
Semua orang tahu bahawa bahawa Malaysia ini di tadbir dan di perintah oleh pemerintahan kediktatoran berparlimen ( ‘Parliamentary Dictatorship’) . Justeru itu , ada dua Malaysia dan ‘double’ standard Malaysia selama ini; yang cuba di selindungi oleh pemerintahan Rosmah Najib. Iaitu, satu Malaysia untuk UBN dan satu lagi Malaysia untuk Pakatan Rakyat; dengan memperkudakan institusi-institusi terpenting negara sebagai talian hayat UBN.
Buktinya, institusi-institusi terpenting negara seperti PDRM(I.G.P.), Peguam Negara, Hakim Negara , SPRM , SPR dan Jabatan Pendaftraran Negara masih lagi di bawah kawalan dan ehsan PM ; sekaligus merupakan ‘subordinate’ PM ; yang pastinya tiada bisa betindak secara telus dan berintegriti tinggi dan bertanggungjawaban kepada Dewan yang mulia ; iaitu, parlimen.
Justeru kerna, institusi-institusi ini tiada bertanggungjawab kepada parlimen tetapi menjadi ‘YES MAN” kepada PM. Tidak hairanlah satu Malaysia tiada berani memparlimenkan institusi tersebut . Yakni, diletakkan di bawah kuasa DYMN Yang Di Pertuan Agong; yakni di bawah kuasa parlimen dan bukan lagi PM. Barulah berlakunya ‘ Separation of powers’ ( Pemisahan Kuasa) dalam satu Malaysia . Namun perkara ini tiada berlaku kerna institusi-institusi tersebut hanya bisa duduk di bawah cengkaman PM ; justeru kerana UBM selesa dan ‘ Comfort Zone” dengan statusnya yang sedemikian ; demi untuk mengekang dan mencengkam kebangkitan rakyat satu malaysia yang menolak sandiwara UBN.
PAS dari dulu lagi sejak dari tahun 1951 sudah pun ketengahkan gagasan satu Malaysia ; justeru itu, namanya adalah PARTAI ISLAM SEMALAYSIA ( SATU MALAYSIA ) . Justeru kerna , konsep Islam yang di bawa oleh PAS lebih luas dariapada satu Malaysia yang terhad , tetapi konsep Islam yang universal dan ‘unlimited’ iaitu : “ Rahmatan lil ‘alameen’ yakni , untuk sekalian alam. Konsep in di perbaharui dengan pendekatan terkini yang mula di fahami , diterima dan dirasai oleh masyarakat majmuk . Ia itu, “PAS For ALL “ selari dengan rakan seperjuangannya DAP dan Keadilan , iaitu: “ Justice For All “ tanpa mengira bangsa, fahaman politik, agama dan kepercayaan. Perjuangan PAS adalah untuk membuat transformasi SMS ( Satu Malaysia Sekular ) kepada Negara berkebajikan yang berteraskan keadilan untuk semua ( Rahmat kepada sekalian alam ).
Sistem pemerintahan ‘DUA MALAYSIA” UBN masih lagi berterusan sejak Dato’ Asri menjadi MB Kelantan lagi sekatan ekonomi dilakukan oleh kerajaan ‘DUA MALAYSIA” yang menafikan hak federalisme( Persekutuan ) sebagai satu unit di dalam Malaysia. Semasa PAS memerintah Terengganu 5% royalti minyak yang merupakan hak rakyat Terengganu bukan hakmilikan mana-mana parti ; baik PAS maupun Umno di nafikan oleh pemerintahan ‘DUA MALAYSIA” . Jika benar, UBN mahukan satu malaysia , buktikan dulu dengan membenarkan wang minyak itu disalurkan sepenuhnya langsung kepada kerajaan Kelantan kerna itu bukannya habuan UBN untuk memfaraidkannya sesama mereka sebagaimana yang pernah kerajaan ‘DUA MALAYSIA” merakusi dan membolotinya di Terengganu.
Bagaimana bisa ada satu Malaysia yang mencengkam warganya sendiri . dengan ISA dan OSA. Ratusan demonstran yang dipukul dikasari dan ditangkap polis sewaktu berlaku demonstrasi aman menentang Bahasa Penjajah digunapakai bagi mata pelajaran sains dan matamatik. Para demonstran terdiri daripada kalangan profesional, cendikiawan dan tokoh –tokoh pejuang bahasa negara . Mana dia satu Malaysia yang diwawarkan itu ? Satu Malaysia adalah lakunan semula Presiden Umno dengan jenama baru untuk memperbodohkan rakyat dengan retorik budak tadika yang di jaja merata negara.
Setiausaha Agong PAS, Mustaffa Ali dikasari dan ditangkap polis selaku tetamu ahli parlimen satu Malaysia yang akhirnya terbukti tindakan polis itu satu kesilapan , ‘unparliamentary’ dan ‘undemocratic” apabila beliau menang kes saman beliau di mahkamah dan dibayar ganti rugi ; semata- mata kerna beliau bukan anggota UBN . Ternyata pemerintahan UBN mengamalkan ‘DUA MALAYSIA” ; yang cuba merabunkan massa dengan slogan dan retorik satu Malaysia; sudah dikenali dan difahami rakyat lawak politiknya yang tiada menjadi.
RTM adalah hakmilik rakyat satu Malaysia . Namun , AGM Umno; tiada pernah tiada siaran langsung dipancarkan. Akan tetapi , AGM parti-parti dalam Pakatan Rakyat langsung tiada siaran langsung. Sedangkan cukai dibayar rakyat satu Malaysia tanpa kira parti politik . Hanya pembayar cukai dari kalangan penyokong UBN yang dapat ni’mat siarannya sedangkan penyokong parti Pakatan tidak bisa . Ternyata ada dua jenis rakyat yang diperbezakan UBN dalam ‘ DUA MALAYSIA” . Beranikah PM berikan ‘Air Time” yang sama kepada parti-parti selain UBN khususnya di dalam PRK dan PRU 13 itu nanti ? Lihat sahajalah sandiwara realiti ‘ Dua Malaysia” itu nanti .
Pengundi siber dewasa ini , bukannya anak-anak tadika retorik satu Malaysia. ‘Tracked Record” UBN semua orang tahu ; SMS ( Satu Malaysia Sekular ) yakni, UBN sebagai gabungan parti-parti perkauman nasionalis , tidak seperti Pakatan yang terdiri daripada parti yang bernaunsa ‘multi-racial” atas tiket Islam yang universal dan keadilan sejagat . Pemerintahan
DUA MALAYSIA” mana bisa ada keadilan satu Malaysia ; kerna sesuka hati sahaja bisa tangkap warga sendiri tanpa bicara dihukun di bawah ISA ; semata-mata kerna menjadi anggota Pakatan Rakyat . Bukankah ISA ini tiada bisa menyatukan Malaysia ; bahkan membuatkan massa meluat dengan kerakusan UBN . Satu Malaysia dan ‘One Israel “ adalah sama sahaja; SMS ( SATU MALAYSIA SEKULER )
Akhir kalam , satu Malaysia adalah sinonim dengan konsep federalisme, demokrasi dan keadilan. Bayarlah royalti kepada warga Kelantan dan hapuskanlah ISA, OSA , Akta Universiti, Akta Cetak dan terimalah realiti kekalahan UBN di negeri –negeri yang diperintah Pakatan secara ‘gentle’ dan lupakanlah perancangan kudeta di negeri-negeri tersebut kerna insiden di Perak menjadikan Pakatan mendapat iktibar dan memperkukuhkan lagi Pakatan untuk menawan kerajaan federal pada PRU 13 nanti , insyaAllahu . Selamatkanlah rakyat Malaysia yang menanggung kos biaya “ Formula One of One Malaysia “ kena bayar ONE MILLION DOLLARS FOR ONE MALAYSIA ; bayar SEJUTA SEHARI SATU MALAYSIA. Mengapa tiada di tolongi warga satu Malaysia yang susah, tiada rumah dan biayai pelajaran anak bangsa ke universiti PERCUMA ! Inilah projeksi satu Malaysia yang sebenarnya untuk SATU KRONI UBN. Justeru itu, perasuah pun bisa jadi wakil rakyat dan ketua Menteri satu Malaysia.

Sanggahan Ustaz Idris Yang Karut


Saya membaca sanggahan Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad terhadap pandangan Prof Dr Abdul Aziz Bari dan mendapat sanggahan Ketua Penerangan PAS itu tersasar dan lansung tidak sepatutnya disiarkan oleh Harakahdaily.

Pertama, tidak ada di dalam pandangan Prof Abdul Aziz Bari yang menyatakan Ustaz Abdul Hadi itu sebagai pro-UMNO.

Abd Aziz hanya menyatakan

"Dalam kekecohan di Selangor Abdul Hadi membisu sehingga di dalam parti sudah ada yang berkata bahawa Abdul Hadi adalah watak bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dalam Pas."

Apa yang disampaikan oleh Abd Aziz adalah persoalan "watak" dan "perwatakan" Abdul Hadi yang menyamai watak Tun Abdullah Ahmad Badawi yang diketahui umum lembab, suka tidur, bangang, mudah dipengaruhi orang lain dan pemalas.

Justeru itu kenyataan Idris yang menyatakan Abd Aziz "melabelkan seorang dalam kepimpinan PAS ada yang pro Umno adalah tuduhan yang berat" adalah tersasar dan lansung terpesong dari itipati persepsi Abd Aziz mengenai watak Abd Hadi.

Apakah justifikasi Idris membuat tuduhan sedemikian atau telah terasa pedasnya cili apabila tergigit di hujung lidah?

Lain-lain sanggahan Idris diabaikan kerana ia lansung tidak relevan dan kesasar dari apa yang sepatutnya dituliskan.

Ramai ahli PAS selama ini mengkagumi pandangan Abd Aziz yang berterus terang dan berani mengkritik pimpinan PAS, seperti beliau berterus terang dan berani mengkritik kerajaan Malaysia dan hakim-hakim mahkamah yang membuat keputusan yang selalu terbabas dari neraca kebenaran dan keadilan, tetapi kita hairan mengapa Idris melenting apabila Presiden parti yang melantiknya sebagai Ketua Penerangan PAS dikritik.

Apakah sindrom ampu dan terhutang budi masih belum lekang seperti ampu dan terhutang budi Roslan Mohd Shahir kepada Pesuruhjaya PAS Selangor yang telah melantiknya sebagai Ketua Penerangan PAS Selangor?

Umum mengetahui mengenai sikap Abd Hadi yang meragukan apaila beliau telah mengutarakan gagasan Unity Government (UG), namun ahli-ahli merasa lega apabila beliau telah kembali sedar untuk mengakui fakta bahawa UMNO bukan parti yang boleh dibuat baik dengannya, seperti pandangan yang kerap dilontarkan oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat.

Dan ahli-ahli PAS gembira apabila gagasan UG ditutup dan dikuburkan.

Tetapi persoalan kini ialah persoalan professionalisme di dalam kerja, persoalan efisyien dan efektif di dalam menjalankan amanah, persoalan kredibiliti dan integriti sebagai bukan sahaj pemimpin tetapi "pengurus" sebuah jemaah untuk membawa jemaah ke mercu kemceerlangan.

Abd Hadi dilihat tidak berkeupayaan menunjukkan prestasi yang cemerlang.

Di dalam banyak ketika beliau lebih banyak menumpukan perhatian di dalam program-program luar negara daripada menjaga dan menumpukan fokus terhadap hal-ehwal parti yang beliau diamanahkan menjadi presidennya.

Terkini Abd Hadi menyatakan PAS rela kalah kerana yang dikejarkan oleh PAS adalah "mardhatillah" (keredhaan Allah).

Semudah itu untuk meletakkan alasan sedangkan mardhatillah itu urusanNya yang kita perlu ketahui bahawa Allah telah mensyaratkan kita untuk "bekerja bersungguh-sungguh" di dalam sesuatu urusan jika keredhaanNya menjadi buruan.

Dalam hadith Baginda saw telah bersabda (lihat al-Baihaqi, Bab al-Amanah, Hadith 5313 & 5315 1990:334-335):

Bermaksud: Sesungguhnya Allah suka apabila seseorang daripada kamu membuat suatu kerja dengan itqan (berkualiti).

Bermaksud: ...Allah suka seseorang pekerja apabila bekerja ia sentiasa membaiki mutu (prestasi) perkhidmatannya.

Kini, sudahkan pimpinan PAS, terutama Presiden, Timbalan Presiden, Setiausaha Agong dan Ketua Penerangannya telah melaksanakan tuntutan hadith di atas sedangkan kita dimaklumkan bahawa Presiden selama ini begitu banyak kali mengabaikan tugas-tugasnya selaku ketua jemaah apabila hanya mementingkan program-program di luarnegara yang lebih menjurus kepada penaikan populariti?

Apa program yang PAS boleh dibanggakan yang dihasilkan oleh barisan tertinggi PAS ketika ini sedangkan post-mortem Bagan Pinang itu sendiri mengambil masa hanya setalah lebih seminggu baru hendak ditubuhkan jawatankuasa menkajinya?

Apakah itu bukan kelembapan namanya?

Belum lagi saya tonjolkan hal-hal lain terutama dalam bab ekonomi, sosial, perundangan malah poltik sendiri yang menampakkan PAS parti yang tidak bermaya sehingga ungkapan, "PAS sebagai kerajaan yang dinanti" hanya ucapan retorika yang diucapkan oleh si Jenin yang pemalas!

Sewaktu seorang pesakit sedang nazak, sepatutnya sekalian doktor berusaha untuk membantu dan mencari jalan bagi mempastikan kelansungan hidup pasien, agar amanah terlaksana.

Tetapi di dalam kes Bagan Pinang, saya ingin bertanya Ustaz Idris berapa kali pimpinan tertinggi PAS telah bertemu membincangkannya?

Sedangkan kisah yang pernah dilalui oleh umat Islam tatkala kalah di Perang Uhud, hanya tak sampai satu hari post-mortem dilakukan dan umat Islam telah bangun kembali keesokannya untuk menebus maruah yang tercalar ekoran kekalahan tersebut.

Justeru itu tidak salah Abd Aziz menyatakan memang Presiden (dan saya menambah sekalian barisan pimpinan tertinggi) PAS lembab dan pemalas seperti Tun Abdullah yang telah hampir menghancurkan negara. Saya bertanggungjawab di atas dakwaan tersebut kerana sememangnya gerak kerja pemimpin tertinggi PAS di bagan Pinang begitu mengecewakan.

Saya ingin bertanya berapa hari Presiden, Timbalan Presiden, Setiausaha Agong dan Ketua Penerangannya berada di Bagan Pinang?

Maaf cakap,
ada para blogger nampaknya lebih hebat dari Ketua Penerangan PAS sendiri kerana mereka lebih bersungguh-sungguh untuk menyampaikan risalah kebenaran di sana waktu itu tanpa mengenal penat lelah dengan ada yang meninggalkan rumahtangga dan kerja, tetapi usaha mereka tidak pernah mendapat pengiktirafan dari pimpinan tertinggi PAS.

Bagus Punya! Pakat Dok Backup Musang Hassang


Dakwaan Satu Peratus Rasa Selamat Setelah Musa Jadi KPN 3 Tahun Tidak Benar

KUALA LUMPUR, 20 Okt (Bernama) -- Kementerian Dalam Negeri Selasa menafikan dakwaan kononnya hanya satu peratus rakyat di negara ini yang berasa selamat semenjak Tan Sri Musa Hassan menjadi Ketua Polis Negara (KPN) tiga tahun lalu.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wira Abu Seman Yusop berkata ia tidak berasas kerana jenayah di negara ini terkawal dan menyifatkan dakwaan itu lebih kepada mempolitikkan isu.

"Kejadian jenayah yang dikatakan berlaku berleluasa ini adalah satu dakwaan yang tidak betul kerana apa yang kita lihat, ketika Musa dilantik menjadi KPN pada 12 Sept 2006, jumlah jenayah kekerasan dan harta benda ialah 196,780 kes.

"Pada tahun 2007 pula sebanyak 209,559 kes jenayah kekerasan dan harta benda di mana peningkatan hanya 12,779 kes iaitu dalam lingkungan enam peratus sahaja. Pada tahun lepas pula sebanyak 211,645 kes dan peningkatan sebanyak 2,086 kes.

"Ini menunjukkan bahawa kadar peningkatan kes itu adalah rendah. Dakwaan oleh pembangkang itu lebih kepada mempolitikkan isu," katanya menjawab soalan tambahan Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) pada persidangan Dewan Rakyat di sini.

Lim mendakwa berdasarkan undian dari laman web Kementerian Dalam Negeri, hanya satu peratus rakyat yang berasa selamat setelah tiga tahun Musa menjadi KPN dan menyifatkan bahawa Musa gagal menjalankan tanggungjawabnya kerana kadar jenayah yang semakin meningkat.

Walaubagaimanapun, dakwaan Lim itu disangkal Datuk Mohamad Aziz (BN-Sri Gading) kerana sebahagian besar masyarakat di negara ini memberi penghargaan kepada polis dan Musa.

"Takkanlah rakyat di negara ini hanya satu peratus selamat, kita tahu bahawa keamanan di negara ini disebabkan berkat usaha polis yang diketuai Musa. Saya tidak tahu angka mana yang diambil Ipoh Timur (Lim).

"Pada saya wajar kerajaan lanjut perkhidmatan Musa dan jangan ambil kesimpulan berdasarkan kehendak pembangkang, saya sokong perlantikan dan harap Musa jadi contoh kepada KPN akan datang kerana prestasinya yang tinggi," katanya ketika mengemukakan soalan tambahan.

Sementara itu, ketika menjawab soalan Lim mengenai sebab tempoh perkhidmatan Musa dilanjutkan, Abu Seman berkata keputusan itu dibuat berdasarkan keperluan, kecemerlangan prestasi kerja dan kesihatan selain personaliti Musa yang berwibawa dalam bidang kepolisan.

"Pelantikan itu juga adalah kerana keperluan beliau untuk merealisasikan usaha-usaha dalam misi penambahbaikan pasukan polis di bawah Pelan Strategik Lima Tahun (PS5T) bermula tahun 2007 hingga 2011 yang diilhamkan beliau sendiri," katanya.

Beliau berkata dari segi prestasi kerja Musa secara keseluruhannya, kerajaan mendapati beliau telah berjaya menunjukkan prestasi kerja yang cemerlang sepanjang tempoh perkhidmatan beliau sebagai KPN.

"Ini terbukti apabila semua sasaran kerja yang ditetapkan dalam Petunjuk Indeks Prestasi Utama (KPI) yang diluluskan oleh Ketua Setiausaha Negara bagi jawatan Ketua Polis Negara tercapai sepenuhnya," katanya.

Skandal PPSB: Dakwaan rasuah kapal pengeruk pula ..!!!

Dzulfikar Mashoor

KUALA LUMPUR, 20 Okt: Pekerja bawahan Penang Port Sdn. Bhd. mendakwa lagi majikan mereka mengamalkan rasuah dan penyelewengan dalam pembelian kapal pengeruk laut hari ini.

Dakwaan tersebut dibuat setelah mendapati kes kehilangan diesel bernilai RM1.2 juta seperti yang didedahkan semalam, masih mendapat reaksi sambil lewa majikan mereka.

Salah seorang daripada pekerja terbabit yang dihubungi Harakahdaily petang tadi mendakwa majikannya masih belum serius mendesak Audit Dalamannya dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), walaupun pendedahan telahpun dibuat.
Namun, beberapa pekerja yang disyaki mendedahkan penyelewengan tersebut telah pun dipanggil secara tidak rasmi oleh majikan.
Beliau yang juga kakitangan dari Unit Hydrografi meminta Harakahdaily merujuk salinan aduan yang dibuat pada SPRM pada 8 Jun lepas, untuk mengetahui kes rasuah berkaitan kapal pengeruk laut itu.
Murujuk salinan tersebut, PPSB telah membeli kapal pengeruk laut beserta alat gantinya masing-masing bernilai lebih RM2.4 juta dan RM180,000 tanpa mengikut prosedur biasa.
Syarikat yang mendapat tender meragukan itu adalah sebuah syarikat yang beroperasi di Butterworth.
ImageYang diragukan lagi, pembekal alat ganti bagi kapal itu hanyalah pekerja biasa di syarikat tersebut, bukannya pengurus syarikat itu sendiri.
Dalam perkembangan berkaitan, seorang pekerja bawahan PPSB yang lain mendakwa, terdapat juga penyelewengan dan rasuah dalam aktiviti menyewa kapal pengeruk laut itu.
Beliau yang juga bekas juruteknik mekanikal mendakwa, PPSB asalnya mahu membeli kapal pengeruk itu sahaja dan sanggup menyewa alat ganti daripada penyewa kapalnya; iaitu syarikat yang berpengkalan di Butterworth itu.
Namun setelah rundingan gelap itu diketahui pekerja bawahan, akhirnya PPSB bersetuju membeli kapal berserta alat gantiannya sekali.
"Harga alat ganti RM180,000...sedangkan PPSB sewakan kepada syarikat itu hanya RM35,000 sahaja. Kalau itu tidak rasuah, siapa untung siapa rugi sebenarnya," soalnya ketika menghubungi Harakahdaily.
Dakwanya lagi, harga sewaan semasa sepatutnya sekitar RM70 hingga RM90 ribu sebulan.
Tambahnya, tindakan PPSB menyewa kapal itu dengan tidak menjelaskan terma dan syarat secara formal, mengukuhkan lagi tanggapan beberapa pekerja bawahan yang terbabit bahawa majikan mereka mengamalkan rasuah.
"Ini bukan lagi soal tender terbuka atau (tender) tertutup...PPSB patut nyata harga dan terma permbelian (secara) rasmi," tegasnya.
"Ini (pembelian) bukan lagi tender, kami (pekerja) nampak dia (PPSB) semacam beri terus kapal kepada kontraktor yang dilantik."
Untuk menjelaskan keraguan tersebut, beliau meminta Harakahdaily bertanya sendiri kepada Pengurus Utama Marin, Shahruddin Hj. Zakaria dan Pengarah Urusan PPSB, Datuk Ahmad Ibnihajar.
PPSB cuba dihubungi kemudian, namun Pegawai Khas kepada Ahmad, Mohd Sobri menjelaskan Pengarah Urusannya sedang menghadiri suatu mesyuarat.
Dalam pada itu, Ahmad kemudiannya menghubungi Harakahdaily lalu memberi amaran kepada wartawan yang melaporkan kes PPSB itu; supaya tidak mengambil berita daripada pekerja bawahan lagi.
Katanya lagi, PPSB berjanji menghantar penjelasan sebenar berhubung kes skandal PPSB secepat mungkin demi menafikan segala dakwaan pekerja bawahannya sebelum ini.
Semalam, beberapa pekerja bawahan PPSB mendakwa majikan mereka menggelapkan diesel bernilai RM1.2 juta.
Dakwa mereka lagi, penggelapan diesel tersebut ada kaitannya dengan beberapa kepemimpin Umno negeri, khususnya Umno Bahagian Tanjong sendiri.
Dalam pada itu, pihak berwajib, iaitu audit dalaman PPSB dan SPRM sendiri sehingga kini belum lagi mengeluarkan kertas pendakwaan ke atas mereka yang terbabit, walaupun aduan telah pun dibuat sejak empat bulan yang lalu.
Sekiranya beberapa dakwaan tersebut benar-benar berlaku, ianya menjadi satu lagi sejarah kegelitaan integriti negara selepas kes rasuah dan penyelewengan kuasa di Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) yang sehingga kini masih belum selesai.

Tak payahlah nak damping...bagi dulu royalti minyak kelantan


Dampingi anak bekerja luar strategi UMNO Kelantan

MACHANG 20 Okt. — Gerakan mendampingi anak Kelantan yang bekerja di luar negeri itu adalah satu daripada tiga strategi penting Badan Perhubungan UMNO Kelantan untuk menawan semula negeri itu pada pilihan raya umum akan datang.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Mustapa Mohamad berkata, kira-kira 15 peratus pengundi di Kelantan berada di luar negeri itu untuk mencari rezeki berikutan ketiadaan peluang pekerjaan di negeri sendiri.

"Dua lagi agenda iaitu mendaftar anggota baru sebagai pemilih dan penerangan yang membabit isu semasa dan masa depan orang Melayu dan agama Islam akan turut diberi keutamaan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Fiesta Aidilfitri Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kelantan di sini, malam tadi.

Pada pilihan raya umum lepas isu pengundi luar dikatakan satu daripada sebab kegagalan Barisan Nasional (BN) menguasai semula Kelantan.

Mustapa yang juga Menteri Perdangangan Antarabangsa dan Industri berkata, semua ketua bahagian di Kelantan diarah menjayakan tiga misi itu dalam tempoh terdekat.

"Saya sendiri akan mengetuai gerakan mendekati pengundi luar itu dari semasa ke semasa dengan bantuan tokoh-tokoh ternama yang berasal dari Kelantan,” katanya. - Bernama

Kit Siang dakwa Musa Hasan gagal KPI



Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 20 Okt: Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) mendakwa Indeks Prestasi Utama (KPI) yang diperkenalkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hanya satu pembohongan semata-semata.

Kit Siang berkata, kerajaan tidak serius dalam memnuhi KPI apabila terus menyambung kontrak Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Musa Hasan sedangkan sebahagian besar masyarakat awam membantah perlanjutan kontrak itu.
Musa tegasnya telah gagal memenuhi KPI khususnya melihat kepada kadar jenayah yang meningkat, kegagalan membanteras rasuah dan melindungi hak asasi rakyat.
Menurutnya, berdasarkan kajian pendapat orang awam yang dibuat oleh KDN sendiri menunujukkan hanya 1 peratus rakyat yang berasa selamat daripada kejadian jenayah.
"Ini bukan angka yang saya keluarkan sendiri. Tapi dari public opinion yang dibuat oleh KDN.
"Bukankah Musa telah gagal melaksanakan tanggungjawabnya apabila dibuktikan dalam ranking ekonomi dunia, Malaysia jatuh tiga tangga antara sebabnya ialah kerana masalah jenayah di Negara ini," katanya.
"Macammana Musa boleh dilantik lagi.Ini menunujjakan KPI yang diperkanalkan hanya bonong dan kosong sahaja," katanya lagi.
Beliau berkata demikian dalam soalan tambahannya setelah Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wira Abu Seman Yusuf menjawab soalan lisan beliau di parlimen pagi tadi.
Kit Siang meminta Menteri Dalam Negeri menyatakan sebab tempoh perkhidmatan dilanjutkan dan berpendapat Musa perlu memberi laluan kepada pegawai lain yang lebih berwibawa untuk memegang jawatan tersebut.
Abu Seman bagaimanapun berkata, Kit Siang dan Pakatan Rakyat sengaja mencari isu untuk dipolitikkan.
Sementara itu, Datuk Mohamed Abdul Aziz (BN Sri Gading) bangun menyokong jawapan Abu Seman dan menuduh Kit Siang berbohong mengenai fakta hanya 1 peratus rakyat berasa selamat.
Kit Siang turut mempertikai jawapan Abu Seman yang hanya menyatakan angka jenayah yang berlaku pada setiap tahun bermula 2006 ketika Musa mula dilantik sebagai KPN tetapi tidak menyatakan indeks kadar jenayah dalam tempoh 3 tahun ini.

'Double standard' sukarkan perpaduan nasional BN


KUANTAN, 20 Okt: Kerajaan Umno BN mesti melaksanakan peruntukan-peruntukan perlembagaan dalam semangat federalisma yang betul sebelum berkira-kira mahu mewujudkan perpaduan nasional.



Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataannya berpendapat perpaduan nasional tidak dapat direalisasikan hanya dengan melaungkan slogan 1 Malaysia, sedangkan realitiunya masih banyak tindakan yang bersifat 'double standard'.
"Bila menyebut soal perpaduan ia mestilah dalam konteks yang menyeluruh bukan bersifat perpaduan nasional untuk Barisan Nasional sahaja, tetapi mestilah diasaskan kepentingan rakyat dan negara keseluruhan," katanya.
Beliau juga memberitahu perpaduan tidak boleh wujud atas asas perkauman yang sempit sebagaimana yang diamalkana oleh parti-parti perkauman dalam BN.
"Bila bercakap soal perpaduan bukan dilihat pada ucapannya sahaja tetapi perlu dibuktikan pada kesungguhan dalam amalan.
"Masih banyak amalan yang dilakukan pemerintah Umno BN yang tidak menunjukkan mereka bersungguh-sungguh mewujudkan perpaduan," katanya.
Mengulas kenyataan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon yang mahu orang ramai membantu membincangkan soal perpaduan, Tuan Ibrahim menegaskan BN perlu membebaskan dahulu sekatan kepada kerajaan Pakatan Rakyat sebelum menyeru rakyat berbuat demikian.
"Kita lihat bagaimana penyaluaran bantuan dan peruntukan kerajaan persekutuan tidak dibuat berasaskan semangat federalisma. Mereka salurkan peruntukan yang sepatutnya diberi kepada kerajaan negeri kepada pegawai persekutuan. Ini yang berlaku di Kelantan dan dilain-lain negeri sejak sekian lama.
Beberapa tindakan kerajaan pusat yang didakwa 'double standard' masih berlaku dan amalan itu katanya adalah pengganggu utama hasarat mewujudkan perpaduan nasional.
"Kita mahu semua pihak menghormati satu sama lain. Pemerintah menghormati keputusan rakyat memilih kerajaan mereka.
"Begitu juga dalam aspek pentadbiran, hentikan sekatan yang amat tidak bermoral seperti yang pernah dilakukan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato' Noh Omar, Julai lalu yang melarang sebarang kerjasama oleh kakitangan di bawah kementeriannya dengan kerajaan negeri diperintah Pakatan Rakyat," katanya.

Hasrat Ibrahim Ali Sertai Umno Akan Dikaji, Kata Muhyiddin




KOTA BAHARU, 20 Okt (Bernama) -- Calon Pas, Mohd Fauzi Abdullah, yang memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri Kelantan kawasan Manik Urai pada pilihan raya kecil 14 Julai lepas, mengangkat sumpah sebagai anggota dewan yang baru di sini Selasa.

"Semua orang sekarang berminat untuk masuk Umno sama ada yang sudah keluar hendak masuk balik atau yang baru hendak masuk, jika ada hasrat begitu kita tidak akan sekat.

"Tetapi apapun ia akan dibawa pada Majlis Tertinggi (MT), pihak pengurusan akan meneliti apakah wajar atau tidak tidak (menerima Ibrahim), apakah ini dibuat atas dasar kesungguhan dan keikhlasan berdasarkan rekod lalu, cara dia (Ibrahim), itu kita nilai kerana Ibrahim Ali ini semua orang kenal, cara politiknya pun agak 'istimewa'," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, hari ini.

Muhyiddin, yang juga Timbalan Presiden Umno, menegaskan parti itu tidak akan mengambil keputusan secara tergopoh-gopoh dan hanya akan membuat keputusan selepas kajian secara mendalam.

Beliau berkata setakat ini Umno belum menerima sebarang permohonan daripada Ibrahim untuk kembali ke pangkuan parti itu.

Ditanya sama ada 'keistimewaan' politik Ibrahim boleh digunakan untuk membantu memperkukuhkan kedudukan Umno di Kelantan sekiranya beliau kembali menyertai parti, Muhyiddin berkata perkara itu akan dikaji.

"Kata orang ada pro dan kontra. Saya fikir kita akan bersikap terbuka dalam soal ini kerana mungkin beliau telah insaf, sedar bahawa satu-satunya (parti) yang berkesan untuk memperjuangkan nasib bangsa agama dan negara ialah Umno dan dia agak rasa terasing, itu pandangan saya lah.

"Bagi parti, bila ada pihak yang berminat kita akan tengok kes atas merit permohonan yang berkenaan dan bukan atas dasar umum," tegas beliau.

Ibrahim, yang kini merupakan anggota Parlimen Bebas, menyertai Umno pada 1982 tetapi digugurkan daripada parti pada 1988 apabila Umno lama dibubarkan.

Beliau kemudiannya menyertai Semangat 46 pada 1989 dan mewakili parti berkenaan pada pilihan raya umum 1990 di mana beliau mempertahankan kerusi Parlimen Pasir Mas.

Ibrahim kemudiannya meletakkan jawatan di dalam Semangat 46 dan semua jawatan parti pada 1991 dan menyertai semula Umno pada 1991 sebelum dibuang keahlian daripada parti itu selepas bertanding atas tiket Bebas pada pilihan raya umum 2004.

-- BERNAMA

MCA does not belong to Tee Keat or Soi Lek, says Muhyiddin

By Asrul Hadi Abdullah Sani
KUALA LUMPUR, Oct 20 — Tan Sri Muhyiddin Yassin signalled Umno’s growing impatience with the MCA over its leadership crisis today, by pointing out that the party is not the personal property of Datuk Seri Ong Tee Keat or Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.
The deputy prime minister told reporters in Parliament that Umno’s main partner in Barisan Nasional (BN) belonged to the Chinese community.
“MCA is not the right of any individual. MCA does not belong to Ong Tee Keat or Chua Soi Lek but belongs to the people, especially the Chinese community,” he said.
The BN deputy chairman said he hoped BN’s second biggest political party would follow its constitution and consider the results of the recent EGM.
MCA is now on the verge of a total collapse because of the leadership tussle between factions within the party.
The party’s Oct 10 EGM failed to resolve the crisis, but has instead plunged MCA into chaos.
Delegates passed a vote of no confidence against Ong as party president. They reinstated Dr Chua’s membership, but did not approve another resolution to specifically restore him to the deputy presidency he had held before Ong sacked him.
Ong’s refusal to resign as party leader last week sparked a revolt of a majority of MCA central committee members led by Datuk Seri Liow Tiong Lai who was also appointed as the new deputy president.
Dr Chua has also staked his claim on the MCA deputy presidency by asking the Registrar of Societies for a declaration while Ong says he will call for yet another EGM.
A resurgent Umno, fresh from its polls win in Bagan Pinang, is hoping to drive a revival of BN’s fortunes and does not want to be distracted by MCA’s party crisis.
“I, as the deputy prime minister, and prime minister would like to see the leadership problem faced by MCA resolved quickly,” Muhyiddin said.
Muhyiddin pointed out that the leadership crisis would only weaken BN and not help the government.
“MCA is a senior partner in BN so the effect will be big if they do not resolve their situation,” he said.
Muhyiddin refused, however, to comment on Ong’s refusal to resign because he did not want be seen as meddling in MCA.
“I do not want to say that he should or should not leave because other MCA leaders also know what needs to be done by Datuk Seri Ong Tee Keat. I have heard many statements and I do not want to be seen as meddling.
“This is MCA’s right and let the party decide but we cannot ignore what has been said by the prime minister. The prime minister and I share the same view,” he said.
Datuk Seri Najib Razak had recently hinted that the MCA leadership should respect the decision of the delegates which passed a no-confidence vote against party president Ong in the EGM.
Muhyiddin also reiterated that BN and Umno would not intervene unless they were asked by MCA’s central committee.
“If there a consensus among the central committee members that the one that could help solve the problem is the president or chairman of BN then BN might have the legal standing to make the decision (to intervene),” he said.

Rakyat tidak mudah dipengaruhi media — Feriz Omar


OCT 20 — Kemenangan Tan Sri Isa Samad merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang baru-baru ini seolah-olah membuktikan bahawa akar umbi ada cara tersendiri dalam menentukan kepimpinan yang terbaik di kawasan mereka.
Rakyat yang selama ini didakwa pihak-pihak tertentu sebagai ‘sudah mula sedar dan menyokong pembangkang’ kelihatan bertindak sebaliknya di kesemua peti undi pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang. Ternyatalah media alternatif yang ‘dikonon-kononkan’ pembangkang sebagai pilihan hati rakyat telah menurun momentumnya.
Rakyat bagaikan sudah bosan, muak dan jijik dengan analisis-analisis karut dan tulisan fitnah semberono yang dimainkan media alternatif milik pembangkang.
Fenomena unik ini perlu dikaji secara terperinci kerana media alternatif pembangkang telah menggunakan dua faktor psy-war strategy (strategi perang saraf) untuk memenangi kempen Bagan Pinang.
Pertama, dengan menghebahkan dakyah bahawa undian pos polis-tentera dimanipulasi oleh kerajaan Barisan Nasional (BN). Keduanya, isu pencalonan Mohd. Isa yang kurang disenangi oleh bekas pemimpin tertinggi Umno, Tun Dr. Mahathir Mohamad disebabkan rekod lama beliau.
Pada awalnya, ramai menjangka sudah pasti pengundi (selain undian pos) di Bagan Pinang akan terpengaruh untuk tidak mengundi calon BN apabila mereka tahu hakikat bahawa BN akan memanipulasi undian pos polis-tentera.
Sebaliknya, keputusan pilihan raya menunjukkan undian majoriti penduduk (selain undian pos) terhadap calon BN telah bertambah sebanyak 175 peratus berbanding keputusan pilihan raya umum 2008. Undian pos pula menunjukkan peratusan ketara sebanyak 17 peratus yang mengundi calon pembangkang.
Laporan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam Mesyuarat Agung Umno baru-baru ini amat memeranjatkan kerana terdapat sebilangan besar polis dan tentera tidak menyokong kerajaan. Laporan ini sekali gus menempelak dakwaan pembangkang bahawa kerajaan BN memanipulasikan undian pos!
Kesimpulannya, pilihan raya kecil Bagan Pinang memberi gambaran bahawa pengaruh media alternatif pembangkang semakin kurang berkesan dan mula ditolak rakyat. Di sebaliknya, pengaruh dan penerimaan terhadap media perdana dalam wacana pemikiran rakyat Malaysia pula dilihat kembali jadi pilihan.
Yuran keahlian Umno
Apabila Umno didesak untuk berubah atas faktor persekitaran, saya tertunggu-tunggu pengumuman suatu polisi baru agar yuran tahunan Umno yang hanya RM2 seorang itu diwajibkan kembali dan tidak lagi ditaja oleh badan induk parti itu sendiri.
Malangnya, di tengah-tengah kemelut perubahan budaya, UMNO masih lagi mahu meneruskan budaya ‘canggung’ itu dengan alasan tersendiri.
Umno sepatutnya kembali pada asal dan perlu mewujudkan budaya ‘kesukarelawanan’ dengan menuntut pengorbanan ahli-ahlinya. Saya berasa kesal di atas pengumuman yang dibuat oleh Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein agar yuran pertama yang dibayar oleh ahli baru UMNO sebanyak RM2 seorang itu kini mahu diiktiraf sebagai ‘yuran seumur hidup’.
Keputusan ini bukan hanya meneruskan hayat ‘bangsa yang dahagakan subsidi’ malahan jumlah keahlian Umno juga yang kini dikatakan sudah mencecah 3.5 juta orang boleh dipersoalkan pembangkang terutamanya bagi ahli-ahli Umno yang membuat keputusan untuk mengalihkan sokongan dan ‘lompat’ parti.
Menzahirkan 1Malaysia dalam Bajet 2010
Seperti tahun-tahun lalu, bulan Oktober adalah bulan bajet negara. Pasti ramai yang menantikannya. Saya pula teruja menantikan kebijaksanaan pemimpin kita untuk membuktikan kesungguhannya menzahirkan aspirasi ‘1Malaysia’ dalam bajet kali ini.
Sebenarnya, majoriti ahli profesional Malaysia agak gusar mengenai pendekatan kerajaan merancang bajet di tengah-tengah krisis ekonomi dunia. Apatah lagi dalam senario pendapatan kerajaan Malaysia yang makin berkurangan.
Cukai korporat sudah pun berada di tahap kadar terendah 25 peratus; ketirisan berbilion ringgit hasil cukai yang tidak dikutip sehingga tahun 2009; dan perbelanjaan negara terus meningkat disebabkan inflasi dan kenaikan harga minyak.
Bebanan ini begitu terasa tatkala kerajaan dituntut mengotakan janji, ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’!
Nasihat saya, pelbagaikanlah pendekatan dan jangan sesekali cuba untuk mengimbangi bajet negara. Hasrat untuk mempamerkan kebijaksanaan merancang bajet dan niat menarik perhatian agensi pengkreditan antarabangsa, Standard & Poors dengan menaikkan credit rating Malaysia pasti akan memakan diri sendiri!
Demi kesejahteraan ekonomi dan politik Malaysia, bajet defisit akan dipandang lebih bermakna. Jika tidak, ia akan menjurus kepada pertumbuhan ekonomi time warp (fasa ekonomi beku), menjadikan komuniti SME/SMI melarat dan menjerat ekonomi negara.
Kesannya jelas dalam masa dua atau tiga tahun selepas itu apabila majoriti rakyat mula terasa bahang ekonomi akibat putus punca rezeki. Akhirnya, rakyat menzahirkan protes terhadap kepimpinan negara gara-gara keputusan ekonomi yang salah melalui pilihan raya. — Utusan Malaysia
Feriz Omar ialah Presiden Pertubuhan Profesional Melayu & Pewaris Bangsa (ProWaris).

Undi pos: Suhakam didesak adakan siasatan awam



Dewan Pemuda PAS (DPP) pusat akan mendesak Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) supaya mengadakan siasatan awam berhubung dakwaan berlakunya kepincangan dalam proses pengundian undi pos dalam pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang 11 Oktober lalu.

Berikutan itu, Ketuanya, Nasrudin Hassan akan menyerahkan memorandum berkaitan dengan desakan tersebut kepada Suhakam esok.

Beliau dijadual menyerahkam memorandum itu pada jam 10 pagi dengan diiringi oleh para exco dewan berkenaan.

Turut disertakan bersama memorandum tersebut ialah dua laporan polis yang pernah dibuat oleh DPP berhubung undi pos di Bagan Pinang, lima kenyataan akhbar DPP serta senarai daftar pemilih pos yang telah ditanda serta bukti-bukti bergambar berhubung dakwaan penyelewengan tersebut.

Menurut Nasrudin, DPP mengambil keputusan untuk mengadu kepada Suhakam kerana semua tindakan, termasuk memanjangkan perkara kepada pihak berkuasa, tetapi sehingga ini tidak nampak hasilnya.

"Demonstrasi kita dah buat, laporan polis kita dah buat, aduan kepada SPRM pun kita telah buat, tetapi kita tidak nampak hasil," katanya ketika dihubungi Malaysiakini pagi ini.Terdapat lima kes besar yang akan diadukan kepada Suhakam, antaranya proses penyerahan kertas undi, perbezaan susunan dalam daftar undi pos dan nama pengundi pos yang ditetapkan di dua kawasan pengundian berbeza.

Dalam pilihan raya DUN lalu, PAS memberikan pelbagai desakan kepada SPR berhubung prosedur dan pengendalian undi pos yang sering dicurigai pembangkang sebelum ini.

Bagaimanapun, calon BN Tan Sri Isa Samad tetap menang besar dengan jumlah 5,345 undi majoriti. Beliau yang mendapat 8,013 undi mengalahkan calon PAS Zulkefly Mohamad Omar dengan 2,578 undi.

Manakala bagi undi pos pula, BN mendapat 3,521 undi dan PAS mendapat 601 undi.

DUN Bagan Pinang mempunyai jumlah pengundi pos yang sangat ramai, 4,611 daripada keseluruhan 13,664 pengundi. Seramai 4,571 merupakan anggota tentera.

Dua haluan PAS kuatkan bukan Islam



Jawatankuasa pusat PAS masih beriltizam untuk menaikkan taraf kelab penyokong bukan Islam sebagai sayap parti bertaraf dewan walaupun ada pandangan yang tidak bersetuju dengannya.

Komitmen itu disuarakan "secara umum" oleh anggota-anggota jawatankuasa itu dalam mesyuarat hujung minggu di ibu pejabat parti itu di Kuala Lumpur, kata Ketua Pemuda PAS.

"PAS pusat (masih) menunggu draf cadangan menjadikan Kelab Penyokong PAS (KPP) menjadi sayap parti sebelum keputusan rasmi dibuat, sama ada melibatkan pindaan perlembagaan atau penambahan peraturan kecil (dalam perlembagaan)," kata Nasrudin Hassan ketika dihubungi hari ini.

Tambahnya, isu menaikkan taraf KPP tidak dibincangkan secara khusus dalam mesyuarat tersebut.

Malaysiakini difahamkan draf awal jawatankuasa teknikal bagi mengkaji kemungkinan meminda perlembagaan parti bagi menaik taraf KPP telah diserahkan ke ibu pejabat.

Jawatankuasa teknikal ini telah mengadakan pertemuan di Kedah bulan lepas – dengan penyertaan anggota Majlis Syura Ulama – bagi membincangkan isu tersebut tetapi majoriti tidak bersetuju menaikkan taraf KPP sebagai dewan.

Ahli-ahli bukan Islam, jika diberikan kuasa sebagai dewan, dibimbangi akan mendesak PAS untuk mengubah dasar-dasar parti.

Bagaimanapun jawatankuasa teknikal itu bersetuju memperkasakan KPP tetapi masih lagi dikawal selia di peringkat jawatankuasa pusat PAS, bukannya sebagai sayap parti.

Seorang anggota jawatankuasa pusat PAS Hashim Jasin pula berkata jawatankuasa itu kelmarin belum bersedia meminda perlembagaan untuk menguatkan lagi penyertaan bukan Islam.

Ahli jawatankuasa PAS, yang juga pengerusi lajnah perpaduan nasional yang ditugaskan menyelia KPP, Mujahid Yusof setakat ini gagal dihubungi.

PAS rancang cabar kemenangan Isa



PAS sedang mengumpulkan bukti untuk memfailkan petisyen bagi membatalkan keputusan pilihan raya kecil DUN Bagan PInang atas dakwaan berlaku penyelewengan undi pos.


Perkara itu sedang diuruskan oleh unit guaman parti tersebut yang dipengerusikan oleh Hanipa Maidin.

Ketua Dewan Pemuda parti itu, Nasrudin Hassan berkata, pihaknya tidak mempunyai banyak pilihan bagi mengetengahkan dakwaaan berlakunya penyelewengan dalam kaedah pengundian pos di DUN tersebut.

Tambahnya, PAS telah melakukan pelbagai pendekatan berhubung perkara itu, termasuklah demonstrasi, laporan polis dan aduan kepada Suruhanjaya Pencegaran Rasuah Malaysia (SPRM) tetapi tidak mendatangkan hasil.

"Unit guaman kita sedang kumpulan bukti yang kukuh. Kalau tidak ada bukti, tidak guna juga bawa ke mahkamah," katanya.

Selain itu, dakwaan penyelewengan itu akan turut dipanjangkan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) esok.

Ia bertujuan mendesak Suhakam mengadakan siasatan awam berhubung dakwaan berlaku penyelewengan undi pos dalam pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang.

Dalam pilihan raya DUN lalu, PAS membuat pelbagai desakan terhadap SPR berhubung prosedur dan pengendalian undi pos yang sering dicurigai pembangkang sebelum ini.

Bagaimanapun, calon BN Tan Sri Isa Samad tetap menang besar dengan jumlah 5,345 undi. Beliau yang mendapat 8,013 undi mengalahkan calon PAS Zulkefly Mohamad Omar dengan 2,578 undi.

Manakala bagi undi pos pula, BN mendapat 3,521 undi dan PAS mendapat 601 undi.

DUN Bagan Pinang mempunyai jumlah pengundi pos yang sangat ramai, 4,611 daripada keseluruhan 13,664 pengundi. Seramai 4,571 merupakan anggota tentera.

Tidak semudah itu Umno mahu lakukan perubahan? - Dr Haron Din



KUALA LUMPUR: Timbalan Musyidul Am PAS, Dato' Dr Haron Din menyifatkan pepatah Melayu jika manusia yang jahat hendak berubah sikap ia perlu berubah sebelum berumur 40 tahun kerana setelah itu dikatakan mustahil atau amat sukar untuk berubah.


Mengulas keghairahan Umno untuk melakukan perubahan dan merakyatkan parti itu, beliau berkata, Umno bukan sahaja tidak berubah setelah 40 tahun malah tidak ada apa-apa kelainan setelah 50 tahun.

Kini tegasnya, Umno sudah menghampiri 60 tahun, maka bagaimana mereka ahli dan pemimpin parti itu mahu berubah?

"Setelah menumpu selama 54 tahun, baru Umno hendak mula berubah. Sempatkah Umno berubah kerana pilihan raya umum akan diadakan dalam tempoh terdekat ini. Tiga tahun sahaja lagi," ujarnya.

Ustaz Haron berkata, perubahan yang dicanang-canangkan Umno itu seolah-olah ianya semudah perkataan yang dituturkan. Perubahan cakap amat mudah tetapi hendak merubah tabiat, kelakuan dan perangai yang sudah lama bertakhta di hati tidak begitu.

"Apakah boleh berubah begitu mudah?" soalnya lagi.

Beliau turut menempelak pemimpin Umno yang suka menggunakan slogan retorik dalam setiap ucapan mereka. Sudah kesekian kalinya Umno-BN menggunakan slogan retorik tetapi ianya tidak pernah menjadi.

"Contohnya, bersih, cekap, amanah; tidak menjadi, kepimpinan melalui teladan; makan diri, Malaysia negara Islam; senyap sepi, Islam Hadhari; turut di ketepi. Jika mereka tidak berubah sampai sekarang, mereka perlu diubah," tegasnya.

DSAI: Laporan Goldstone mampu ubah persepsi umat Islam




Oleh Sam Ahmad
Majlis Hak Asasi, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (HRC-UN) pada Jumaat lepas telah mengundi bagi mengiktiraf Laporan Goldstone. Laporan tersebut dikatakan ramai pihak sebagai sebuah laporan yang anti-Israel.
Laporan tersebut yang dinamakan sempena nama mantan seorang hakim Afrika Selatan, Richard Goldstone telah merumuskan bahawa serangan Israel pada 2008-2009 ke atas Hamas adalah sebenarnya mensasarkan kepada seluruh penduduk gaza.
Dalam menyatakan respon terhadap Laporan Goldstone tersebut, Dato’ Seri Anwar Ibrahim (DSAI) berkata bahawa jika ia diiktiraf pasti persepsi umat Islam seluruh dunia akan berubah terhadap PBB kepada yang lebih positif.
Katanya, “[s]ekiranya saranan ini diterima, pastinya dapat mengembalikan keyakinan masyarakat Muslim terhadap kewibawaan Majlis Keselamatan dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang kelihatannya acapkali gagal mendapatkan keadilan buat rakyat Palestin serta orang awam lainnya.”
Beliau juga berpendapat ini adalah salah satu peluang terbaik bagi menggerakkan satu permuafakatan antarabangsa. Tambahnya lagi, ia sesuai “untuk memperkukuhkan peranan Mahkamah Antarabangsa sebagai salah satu forum sejagat yang disegani serta dihormati.”
DSAI berkata demikian dalam catatan melalui fontangan, dan catatan itu juga boleh didapati diblognya anwaribrahimblog.com.

Catatan Penuh
Respon DSAI terhadap Laporan Goldstone-Isu Palestin
Rakan-rakan,
Berikut adalah adalah respons DSAI terhadap Laporan Goldstone:
Saya menyambut baik keputusan Majlis Hak Asasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu(PBB) yang mengiktiraf serta menyokong laporan Goldstone. Laporan yang disediakan oleh Richard Goldstone, mantan hakim dari Afrika Selatan bersama tiga lagi rakan beliau mendakwa berlakunya jenayah perang di Gaza, samada ianya dilakukan tentera serta kerajaan Israel ataupun dari pihak Hamas sendiri.
Laporan tersebut juga menyarankan agar Majlis Keselamatan membenarkan Mahkamah Antarabangsa(International Court of Justice)mengendalikan kes tersebut sekiranya pentadbiran Israel dan Hamas gagal menunjukkan iltizam serta kesungguhan di dalam mengenalpasti serta menghukum dalang jenayah perang di Gaza.
Sekiranya saranan ini diterima, pastinya dapat mengembalikan keyakinan masyarakat Muslim terhadap kewibawaan Majlis Keselamatan dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang kelihatannya acapkali gagal mendapatkan keadilan buat rakyat Palestin serta orang awam lainnya.
Saya juga berpendapat ini adalah salah satu peluang terbaik bagi menggerakkan satu permuafakatan antarabangsa untuk memperkukuhkan peranan Mahkamah Antarabangsa sebagai salah satu forum sejagat yang disegani serta dihormati.
ANWAR IBRAHIM
Sent via BlackBerry from Maxis

Jangan Talkinkan UMNO Dulu



Jangan talkinkan UMNO dulu sebab UMNO belum lagi nazak, UMNO baru nak masuk kat border nazak, ertinya belum lagi boleh di talkinkan, ramai di kalangan orang UMNO sendiri mengeluarkan kata-kata bahawa UMNO akan lenyap macam parti Negara sudahnya tapi belum lagi sampai ke tahap genting dan gersang, usha-usha UMNO untuk kembali bernafas secara normal masih di ushakan walaupun ramai yang tidak yakin

Secara ikhlas UMNO terpaksa mengakui bahawa ubat UMNO sekarang hanyalah rasuah yang mereka lakukan bagi mereka terus bernafas dan rasuah ini pula yang hendak di hapuskan oleh UMNO dalam perhimpunan agongnya baru-baru ini, ini menyebabkan ramai pehak tidak yakin kerana rasuah adalah di anggap ubat yang paling mujarab bagi UMNO untuk bernafas dan terus mengekalkan kuasa yang batil yang di anggap halal

UMNO sendirilah yang membuka pekung mereka kerana melakukan perbuatan rasuah dan yang menyebarkan rahsia ini juga adalah akhbar milik UMNO sendiri jadi mereka tak bolehlah nak marah pada orang lain seolah-olah UMNO berbangga dengan kerja terkutuk mereka walaupun perbuatan tersebut hendak mereka hapuskan seolah-olah UMNO tidak mahu lagi amalkan ubat mujarab mereka untuk terus berkuasa

Pada pandangan Pak Karamu adalah terlalu sukar bagi UMNO hendak hapuskan rasuah di dalam parti tersebut kerana perbuatan itu sudah macam darah daging macam orang sudah ketagih morfin, UMNO perlukan suatu ubat yang paling mujarab baginya untuk sembuh supaya ia terus bernafas secara halal dan sembuh secara halal, jika setakat pindaan perlembagaan yang di pinda baru-baru ini pasti ia akan gagal

Rakyat Malaysia yakin bahawa dengan pindaan perlembagaannya baru-baru ini mereka akan terus gagal melainkan mereka mengambil ubat daripada Allah iaitu kembali kepada islam, itu saja untuk UMNO terus sembuh dan akan di terima oleh rakyat atas pertolongan dari Allah tapi percayakah UMNO kepada Allah ? Jika UMNO percaya kepada Allah maka UMNO ikutlah nasihat dari Allah "Wa anihkum bima an zalallah" (Hendaklah kamu berhukum dengan hukuman daripada Allah)

UMNO menjadi teras pemerintahan negara yang berkuasa untuk melakukan perubahan di dalam partinya jika mereka mahu sebagaimana yang di sarankan oleh Allah kepada mereka ,dan mereka mampu melakukannya tetapi setakat perubahan yang mereka lakukan dalam pindaan perlembagaan baru-baru ini menunjukkan mereka tidak bersedia untuk berubah sebagaimana yang di kehendaki oleh islam

UMNO sedang demam ! kata banyak suara dari ahli UMNO sendiri " deme belum jumpa ubat yob oiii ! demikian suara dari ahli UMNO yang agak sudah mula sedar dengan penyakit yang ada dalam UMNO dan mereka mula menyuarakan bahawa UMNO jika tak mahu kembali kepada islam maka tunggulah UMNO akan di talkinkan pada PRU 13 nanti.

Najib hanya mampu menciplak



Dulu Pas Kelantan menambah bilangan hari cuti bersalin bagi kakitangan kerajaan, diperlekehkan oleh UMNO/BN, kemudian.... mereka pun tiru.

Kemudian, Pas Kelantan dan Terengganu mengisytiharkan 5 hari waktu bekerja seminggu untuk kakitangan kerajaan, macam- macam komen negatif daripada UMNO/BN. Ada yang kata malas, tak merangsang ekonomi, tak produktiviti... Tak lama kemudian UMNO/BN pun tiru. Mula- mula nak mengelakkan supaya nampak tak sama, diisytiharkan cuti setiap sabtu pertama dan ketiga, akhirnya diisytiharkan terus cuti setiap sabtu.

DAP dah lama melaungkan konsep Malaysian, Malaysia. Puak- puak ekstrem Melayu UMNO hentam konsep DAP habis- habisan kononnya alasan ketuanan Melayu. Sekarang puak- puak ekstremis Melayu UMNO berkokok konsep 1 Malaysia konon. Samalah tu... cuma beza Bahasa Melayu dengan Bahasa Inggeris je...

Penciplakan terbaru... Najib dengan bangganya mengumumkan tarikh 16 September akan diisytiharkan sebagai cuti umum mulai tahun 2010 sebagai memenuhi syarat sah konsep 1 Malaysia ciptaannya. Sedangkan Pakatan Rakyat terutamanya Dato' Seri Anwar Ibrahim telah lama mengutarakan idea serta tuntutan kepada Kerajaan agar 16 September dijadikan sebagai cuti umum serta sambutan kemerdekaan yang sebenar bagi Malaysia.

Peristiwa pengisytiharan oleh Penasihat PKR itu untuk menubuhkan kerajaan yang baru pada 16 September tahun lalu juga menghantui BN sehingga sanggup melarikan ahli- ahli Parlimen dari Sabah dan Sarawak ke luar negara yang kononnya akan melompat parti kepada Pakatan.
Rakyat.

Walaupun gagal menubuhkan kerajaan pada tarikh tersebut, hasrat untuk menjadikan 16 September sebagai cuti umum tercapai. Selepas ini akan lebih banyak lagi idea- idea pimpinan Pakatan Rakyat akan direalisasikan oleh Najib. Yang sangat ditunggu- tunggu ialah penubuhan Dewan Ulama UMNO.

Hanya Pak Lah sahaja yang tak sempat mengisytiharkan penambahan cuti umum hari kebesaran Islam iaitu "ISLAM HADHARI".

PAS Perlu Lebih Bijak Dan Pantas


Apa tanggapan seseorang apabila dia membaca kenyataan begini, “A nafi bergaduh dengan B’ atau ‘C tidak jejaskan kedudukan D’? Mungkin itu adalah teknik meletakkan ‘title’ untuk sesuatu berita, itu saya kurang pasti. Saya tidak terdidik secara khusus dalam bidang itu.

Namun apa yang pasti, apabila saya membaca ‘title’ berita sebegitu, perkara pertama yang terlintas dalam fikiran saya, kalau ‘title’nya ‘A nafi bergaduh dengan B’, bermakna A memang bergaduh dengan B. Atau, ‘title’ berbunyi ‘C tidak jejaskan kedudukan D’, bermakna ‘D memang terjejas dengan C’.

Samada perkara yang terlintas itu benar atau tidak, itu soal lain. Tetapi, itulah tanggapan awal saya terhadap orang yang terlibat dengan penafian itu. Tanggapan seperti itu menjadi lebih kuat sekiranya saya tidak membaca secara keseluruhan dengan isi kandungan berita berkaitan.

Saya merujuk kepada kenyataan Dr Mujahid yang menyebutkan bahawa Kelab Penyokong PAS tidak terjejas dengan penubuhan Parti Makkal Sakti. Tambahan pula parti itu dilancarkan oleh Najib. Bahkan saya berani berkata bahawa Kelab Penyokong PAS terjejas dengan penubuhan Parti Makkal Sakti. Sejauhmana ia terjejas bergantung kepada sejauhmana kebijaksanaan PAS membendung pengaliran keluar ahli kelab berkenaan.

Memang, penubuhan parti itu bertujuan menarik kaum India kembali setia kepada BN setelah kesetiaan mereka kepada BN terjejas kerana pergolakan MIC. Justeru, PMS adalah penawar kepada ketergurisan hati orang India.

Perlu diakui, PAS agak asing bagi orang India berbanding parti yang dipimpin oleh orang India sendiri. PAS perlu mendahului BN dalam soal ini. Sebelum orang India lebih teruja dengan penubuhan Parti Makkal Sakti, dan sebelum orang India terasa keterlibatan mereka dengan PAS sekadar di pinggiran untuk menarik undi dalam pilihan raya sahaja, PAS perlu bertindak bijak dan pantas.

Usaha menjadikan Kelab Penyokong PAS sebagai sayap parti sangat perlu disegerakan. Jawapan kepada media seperti ‘sedang dalam kajian akhir…’, ‘akan disegerakan…’ dan banyak lagi tidak mampu meredakan keinginan orang bukan Islam untuk bersama PAS secara langsung. Bahkan itu juga tidak mampu meredakan usaha menarik keluar mereka daripada KPP dan menyertai parti baru itu.

Benar, usaha PAS tidak menjadi sia-sia dengan penubuhan Kelab Penyokong PAS apabila kaum India beralih kepada PMS, tetapi apa yang dipersoalkan ialah kelambatan bertindak.


Kita tidak perlu meniru Umno, tetapi kita perlu akui Umno lebih pantas bertindak membina kubu supaya ahlinya tidak semakin ramai yang bolos keluar dengan segera mengadakan perhimpunan agung khas untuk meminda perlembagaannya.

Justeru, saya menyokong penuh supaya Kelab Penyokong PAS segera diserapkan sebagai sayap PAS. -bongkarsauh

Reformasi Tanpa Anwar (12)



Oleh: Amin Ahmad

DS Anwar kemudian dibawa ke Mekah dan diberikan layanan kelas pertama oleh kerajaan Arab Saudi selepas tawaran mereka membawa beliau ke Jerman ditolak secara hemah dengan memilih penerbangan Malaysia.
Orang UMNO-BN jarang sekali mempertimbangkan sosok DS Anwar dalam konteks jaringan hubungannya dengan dunia luar. Jika ada pun, mereka hanya mahu membesarkan hubungannya dengan Amerika, seolah-olah itu sahaja hubungannya yang ada.
Hubungan DS Anwar dengan dunia Islam ternyata telah jauh mengambil tempat sehinggakan ketika aktif memimpin ABIM dulu, beliau pernah dilabel sebagai ejen Libya.
Label apa yang tidak diberikan kepada DS Anwar oleh para penentangnya?
Secara peribadi, saya menganggap hubungan yang telah lama dibina oleh DS Anwar dengan dunia Islam yang lain membolehkan beliau mendapat dokongan dalam banyak bentuk, sama ada doa, pandangan dan teguran tokoh Islam, kepakaran, kewangan dan pelbagai lagi.
Kita ambil, misal saja Indonesia, DS Anwar membina rangkaian bukan saja dengan mereka daripada parti kerajaan, bahkan pembangkang. Semasa kunjungan saya ke sana sebelum ini, saya sempat bertemu dengan ramai tokoh muda di Indonesia daripada pelbagai parti politik dan anehnya mereka sekata mendakwa bahawa “jika Pak Anwar bertanding sebagai calon Presiden di Indonesia, beliau bukan saja bisa menang, malah dengan majoriti selesa”.
Dalam dialog DS Anwar bersama mahasiswa di Universitas Indonesia (UI), ternyata saya merasakan jurang ketara dalam konteks wacana. Saya difahamkan bahawa mahasiswa Indonesia tidak sibuk mengambil peluang bertanya dengan tokoh mana sekalipun isu bas di kampus tidak cukup, makanan mahal dan sebagainya. Mereka mempertanyakan tentang keadilan sosial, ekonomi pasar dan pelbagai kebijakan (baca: dasar) lain.
Ya, usai menjalani pembedahan dan menunaikan umrah, DS Anwar balik ke Malaysia seketika dan bertemu dengan pelbagai kelompok, antaranya mahasiswa.
Jangan terkejut jika saya nyatakan bahawa masih ramai rakan-rakan DS Anwar mencadangkan beliau kembali kepada UMNO dan antara hujah mereka ialah pegawai tinggi kerajaan semasa 1998 tidak menemukan bukti rasuah DS Anwar sebagaimana yang dituntut DS Dr. Mahathir. Justeru, mereka berpendapat penjawat awam tidak ada masalah dengan DS Anwar.
Tapi DS Anwar membuat ketetapan jelas bahawa pilihan untuk masuk UMNO tidak wujud kerana realiti zaman sudah berbeza dan beliau telah menyaksikan bagaimana UMNO tidak sedia untuk berubah.
Tidak lama sesudah itu, menjadi buah mulut di kalangan masyarakat bahawa DS Anwar berhajat untuk masuk UMNO semula. Untuk saya, buah mulut ini timbul daripada percaturan mereka yang mengintai peluang untuk masuk semula, dan sebahagian watak utama ini telah pun menyeberang.
Saya fikir, sebab itu pada waktu ini Azmin Ali keras menentang agenda membawa DS Anwar masuk semula ke dalam UMNO.
Berkaitan pertemuan dengan mahasiswa, saya masih ingat sistem pesanan ringkas (sms) yang dipanjangkan oleh Timbalan Naib Canselor (TNC) – di mana menurut kandungan sms ini, sumbernya daripada seseorang di Biro Tata Negara (BTN) yang bertanyakan penglibatan saya dalam program DS Anwar bersama mahasiswa.
Saya tegaskan bahawa semua mahasiswa berhak untuk hadir dan berjumpa dengan DS Anwar, bahkan mahkamah telah membebaskan beliau.
Minggu berikutnya, saya digugurkan daripada menjadi Pengarah Konvensyen Mahasiswa Nasional yang dijadualkan tidak lama selepas itu.
Saya tidak begitu terkilan kerana saya sentiasa meletakkan diri dalam keadaan sedar bahawa saya berada di “zaman edan”. Saya hanya mampu mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan, biarpun mereka menyokong UMNO-BN dalam keadaan yang mereka sendiri tidak cukup jelas sebabnya, tapi mereka sentiasa memberikan kerjasama dan maklumat yang perlu kepada saya.
Di sinilah mungkin bezanya. DS Anwar dijemput menjadi professor jemputan di Amerika Syarikat dan United Kingdom, serta terlibat dalam banyak urusan di luar negara termasuk hal ehwal Timur Tengah, negara Islam dan Barat.
Bagi saya, tidak semestinya anda, komitmen DS Anwar terhadap dialog terbukti sejak dulu. Apa yang saya suka dan percaya, ditunjukkan oleh DS Anwar. Maksud saya, dalam realiti tidak bersetuju, kita harus datang dengan kekuatan untuk berjumpa, berdialog, menyatakan sikap dan prinsip yang dipegang, serta berlapang dada untuk mendengar pandangan balas.
Ia tidak mudah, apatah lagi berdepan dengan Amerika yang sentiasa mendapat stigma negatif berikutan dasar luarnya yang senget.
Namun, kita harus jelas dan faham bahawa rakyat Amerika tidak semestinya bersetuju dengan dasar negara mereka, bahkan mereka bergelut dengannya.
Kita? Jangankan Amerika, dasar senget dalam negara sendiri dilapik alasan-alasan tidak munasabah.
Untuk saya, kesediaan DS Anwar hadir berdepan dengan tokoh luar, berdepan dengan audiens luar yang lebih tajam, dalam dan bebas persekitaran dialognya, tentu saja sekurang-kurangnya meletakkan beliau pada kedudukan at par dalam konteks intelektual.
Suka atau tidak, musuh politik agenda Reformasi akan terus mewar-warkan hujah hubungan luar DS Anwar khususnya dengan Amerika. Bahkan, semasa tuduhan 1998, antara tuduhan berat yang diletakkan ialah Pengkhianat Negara kepada DS Anwar. Kini, Pengkhianat Bangsa, dan juga ada cubaan meletakkan Pengkhianat Agama.
Saya tidak terkejut jika ada yang menyatakan bahawa sebahagian agenda memburukkan DS Anwar ini datang daripada mana-mana jemaah yang mengatakan merekalah jemaah paling Islam. Mereka fikir, mungkin dengan memburukkan DS Anwar di kalangan jaringan yang telah dibinanya sekian lama itu tidak akan sampai ke pengetahuan DS Anwar. Mereka mungkin harus berfikir misalnya bagaimana kisah rombongan ke Eropah untuk mendapat restu Ikhwan Muslimin di sana untuk apa yang disebut “kerajaan perpaduan” itu cepat dipintas dengan agenda 16 September (sebuah agenda yang tentu saja berisiko tinggi, tetapi mungkin perlu diambil pada waktu itu).
Saya tidak memaksudkan DS Anwar terlalu hebat apabila menceritakan semua hal di atas. Ia hanya sesuatu yang saya boleh gariskan untuk kita bersama belajar tentang kepentingan membina jaringan, mengukuhkan urusan kita – bukan saja cara berpakaian, tetapi cara berfikir, menganalisis dan sebagainya. Dan apa yang saya tawarkan sudah tentu tidak cukup bahkan sepatutnya dikritik untuk memberi lebih nilai kepada isinya.