Isnin, 19 Oktober 2009

Dua jenis pemikiran berbahaya



Rencana Pilihan
Oleh Dr. Yusuf al-Qardhawi

Masyarakat Islam pada zaman moden ini perlu dibebaskan daripada dua bentuk pemikiran (kefahaman) yang dipindahkan kepada mereka oleh masyarakat lain dan telah merasuk ke segenap lapisan masyarakat, baik masyarakat awam mahupun cendekiawan dan ulamanya.

Dua pemikiran tersebut ialah: Pertama, pelbagai pemahaman yang mempengaruhi umat Islam sepanjang tempoh berlakunya penjajahan berupa salah faham mereka tentang Islam.

Misalnya, memahami zuhud dengan meninggalkan sama sekali kehidupan (dunia) ini sehingga dikuasai oleh orang yang kufur; memahami keimanan terhadap takdir seperti yang difahami oleh kaum Jabariyah; memahami bahawa ilmu fikah adalah mengutip pendapat orang (ulama) terdahulu.

Begitu juga memahami bahawa pintu ijtihad telah ditutup, akal berlawanan dengan wahyu; menganggap wanita sebagai sarang (perangkap) syaitan; termasuk juga pemahaman bahawa al-Quran harus digantung untuk memelihara diri daripada jin; atau bahawa keberkatan sunah terletak pada pembacaan Sahih Bukhari ketika terjadi kesedihan (musibah); dan memahami masalah wali dan karamah dengan pemahaman yang bertentangan dengan sunnatullah.

Dan masih banyak lagi pemahaman yang lainnya yang berkembang pada masa kejumudan ilmu dan pemikiran, taklid di bidang fikah, perdebatan ilmu kalam, penyimpangan dalam bidang ibadat, diktator politik dan peradaban.

Kedua, pelbagai pemahaman yang menyerang masyarakat Muslimin yang datang bersama dengan serangan penjajah. Ia masuk dari pintunya, berjalan bersama rombongannya, berlindung di belakangnya dan menjadikan mereka (penjajah) sebagai kiblat dan imamnya. Pada hal belum pernah ada perjanjian antara mereka dengan kita (umat Islam), bahkan belum pernah terlintas di benak kita.

Itulah pemikiran-pemikiran yang menyimpang, yang berkaitan dengan agama dan dunia, lelaki dan wanita, keutamaan dan isu remeh-temeh, kebebasan dan kejumudan, kemajuan dan kemunduran, halal dan haram dan sebagainya.

Pemahaman-pemahaman inilah yang mengaburkan batas-batas yang memisahkan antara kebebasan berfikir dengan kebebasan kufur, antara kebenaran dan kefasikan, antara ilmiah dan ilmaniyah (sekularisasi), antara diniah (agama) dan daulah (negara) Islamiah.

Itulah mafaahim (pelbagai pemahaman) berbentuk ghazwul fikri (serangan pemikiran) yang menganggap beriman kepada perkara-perkara ghaib (seksa kubur, balasan akhirat) sebagai keterbelakang, berpegang teguh pada perilaku menurut syariat Allah adalah sikap ekstrem, amar makruf dan nahi munkar dianggap ikut campur dalam urusan orang lain, percampuran laki-laki dan perempuan tanpa batas dianggap sebagai kebebasan, kembalinya wanita Muslimah untuk mengenakan hijab syar’ie (pakaian yang menutup auratnya) dianggap sebagai kemunduran, memanfaatkan warisan (khazanah) Islam dianggap fanatik, menjadikan ulama sebagai ikutan dan panduan dianggap kuno, sementara para da’ie (mubaligh) Barat dianggap sebagai cendekiawan yang menerangi peradaban umat sejagat.

Sehubungan itu, maka menjadi kewajipan kepada para da’ie (pendakwah), para ulama dan para pemikir lslam untuk mendahulukan pemikiran-pemikiran lslam yang sahih dan tulen untuk `menggempur’ pemikiran dan pemahaman Barat yang sempat merasuk pemikiran umat Islam, sama ada yang lama mahupun yang baru.

Kedua-duanya sama saja dalam hal menggambarkan lslam dengan wajah yang tidak sesuai asal-usulnya. Semua pemikiran itu beracun, merosak dan sudah basi atau sebagaimana yang dikatakan oleh Ustaz Malik bin Nabi, sebagai pemikiran yang mati dan mematikan.

Dari satu sudut lain, jika kita melihat permasalahan ini dalam kerangka keadilan, supaya terhindar daripada sikap ekstrem (melampau), maka kita harus mengambil pemahaman yang di tengah-tengah (sederhana).

Kita menolak segala bentuk sikap berlebihan sebagaimana yang dilakukan oleh kelompok-kelompok sekular dan gerakan pembaratan.

Dalam kitab Al Islam Wal `Ilmaniyah, saya telah memaparkan lapan belas pemahaman pokok tentang lslam.

Menerusinya saya ingin membatasi gambaran lslam yang saya dakwahkan, sehingga tidak ada yang mengira bahawa saya berdakwah kepada lslam yang sulit atau tidak jelas atau khayalan sehingga boleh diguna pakai oleh sesiapa pun, sesuai mengikut apa yang mereka inginkan.

Dalam buku itu, saya kemukakan sekumpulan pemikiran lslam yang cemerlang, sederhana dan lurus yang dibuat oleh Ustaz Dr. Ahmad Kamal Abu Majd. Saya sependapat dengan pemikiran beliau secara umum, walaupun saya juga mempunyai pendapat yang berbeza dalam sesetengah huraiannya.

Kitab ini sendiri mengemukakan gambaran tentang masyarakat lslam yang kita cita-citakan dalam kerangka pemahaman `madrasah wusta’ (aliran tengah) yang menyatukan antara akal dan wahyu, antara agama dan dunia, dan mengkompromikan antara muhkamaat syar’ie (kekuatan syariat) dan muqtadhayaatul `ashri (tuntutan zaman).

Termasuk juga menyeimbangkan antara hal-hal yang tetap (tsawaabit) dan yang mengenal perubahan, menggabungkan antara salafiyah dan tajdid (yang lama dan yang baru), serta percaya terhadap keterbukaan tanpa harus `cair’ dan bertolak ansur dengan sebarang bentuk kebatilan.

Pelabur risau, internet M'sia lembab



Syarikat-syarikat Australia yang berhasrat untuk melabur di Malaysia bimbang dengan tahap kelajuan Internet yang tidak memuaskan di negara ini, kata timbalan pengerusi Majlis Perniagaan Malaysia- Australia, Michael Halpin.

Capaian Internet yang laju adalah penting bagi syarikat-syarikat Australia yang mempunyai dokumen besar untuk dihantar dari Malaysia ke ibu pejabat mereka di Australia, katanya.

"Ada dokumen teknikal yang amat besar dan selalunya kami mendapati ia mengambil masa yang panjang untuk menghantar dokumen-dokumen sebegini akibat kelembapan Internet di Malaysia.

"Capaian Internet di Australia lebih laju daripada di Malaysia.

"Pelabur-pelabur Australia dan Amerika mendapati ini menjengkelkan dan menghalang mereka menjalankan perniagaan dengan sempurna," katanya kepada pemberita selepas memberi ucapan di majlis makan tengah hari dengan pegawai kerajaan negeri Selangor, wakil-wakil majlis perniagaan dan kedutaan asing.

Ditanya jika kelajuan Internet di Malaysia adalah lebih perlahan daripada negara-negara jiran, Halpin berkata:

"Tidak, tetapi adakah Malaysia mahu setaraf dengan mereka? Malaysia adalah pilihan utama sebagai destinasi pelaburan, tetapi perbezaan antara Malaysia, Indonesia dan Vietnam semakin hilang."

Isu lain yang menjadi kebimbangan syarikat-syarikat Australia dan bakal pelabur ialah tahap keselamatan, di mana terdapat banyak laporan berita mengenai jenayah kecil dan ragut di negara ini.

Halpin bagaimanapun berkata beliau tidak menjangkakan bahawa syarikat-syarikat Australia yang sedang beroperasi di sini akan berpindah tetapi keadaan ini mungkin akan menghalang kedatangan syarikat-syarikat baharu ke Malaysia.

"Syarikat-syarikat ini bertanggungjawab ke atas pekerja dan keluarga mereka yang dihantar ke sini. Isteri kepada seorang petugas telah kehilangan begnya dalam kejadian ragut baru-baru ini," katanya.

Sementara itu, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata kerajaan negeri telah mencadangkan kepada pihak berkuasa tempatan untuk memberi bantuan sokongan kepada pihak polis yang mengalami kekurangan tenaga kerja.

Beliau berkata pihak kerajaan negera mengambil berat isu keselamatan dan akan memberi perhatian kepada isu itu dalam bajet negeri 2010.

Mengenai pelabur-pelabur yang lebih menggemari Indonesia, Thailand dan Vietnam sebagai destinasi pelaburan, Khalid berkata mereka harus melihat Malaysia sebagai satu "batu loncatan" kepada pasaran Asia yang lebih besar seperti China.

"Jika mereka ke negara lain, mereka mungkin terpaksa menunggu sehingga empat tahun lagi sebelum prasarana yang diperlukan siap, tetapi di negara ini, kebanyakan kemudahan telah siap sedia," katanya.

Menteri besar berkata banyak syarikat yang pada awalnya ingin menembusi pasaran China, kini beroperasi di Selangor kerana pelaburan di negara lain memerlukan program pembelajaran semula berikutan budaya perniagaan yang berlainan, tambahnya.

Majlis makan tengah hari yang dianjurkan oleh SSIC Bhd itu dihadiri pegawai-pegawai dari Indonesia, Cambodia, Singapura, Brunei, Korea Selatan, Maghribi, Tanzania, Zimbabwe, Lesotho, Papua New Guinea, Mesir, Bangladesh, Maldives, Sri Lanka, Australia dan majlis perniagaan Amerika.

SSIC berkata Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) meluluskan 138 projek pembuatan bernilai RM2.72 bilion di antara Januari dan Julai.

Daripada jumlah pelaburan, RM1.25 bilion adalah dari usahawan Malaysia, manakala baki RM1.46 bilion adalah dari pelabur asing.

Projek-projek tersebut menawarkan sejumlah 8,000 peluang pekerjaan. BERNAMA

Islam perjuangkan kebebasan manusia


Oleh: DR. YUSUF AL-QARDHAWI

APAKAH pendirian Islam mengenai kebebasan? Wujud sesetengah golongan yang menganggap agama menentang kebebasan, jadi apakah kebebasan yang dibawa oleh Islam dan setakat mana had dan sempadan kebebasan tersebut?

Islam mengiktiraf kebebasan semenjak kemunculannya di muka bumi ini. Amirul Mukminin Saidina Umar al-Khattab dalam ucapannya yang masyhur berkata: “Apabila kamu memperhambakan manusia maka sesungguhnya mereka dilahirkan oleh ibu-ibu mereka dalam keadaan bebas (merdeka).”

Seorang lagi khalifah Islam terkenal, Saidina Ali Abi Talib dalam wasiatnya berkata: “Dan janganlah kamu menjadi hamba kepada orang lain. Sesungguhnya kamu diciptakan oleh Allah s.w.t. dalam keadaan bebas.”

Manusia, menurut hukum ciptaan Allah s.w.t. dan tabiat semula jadi kelahiran mereka adalah makhluk yang bebas. Mereka mempunyai hak kebebasan dan bukannya hamba. Islam datang dan mengiktiraf kebebasan pada zaman manusia diperhambakan dari segenap segi sama ada politik, sosial, pegangan agama atau ekonomi.

Apabila Islam datang, ia mengiktiraf kebebasan akidah dan pegangan, pemikiran serta kebebasan bersuara. Selain itu, Islam turut membawa suatu kebebasan yang paling utama iaitu kebebasan beragama.

Ajaran suci ini tidak sekali-kali membenarkan tindakan memaksa manusia untuk menganutinya atau memeluk mana-mana agama selain Islam. Ini dinyatakan Allah s.w.t. dalam surah Yunus, ayat 99, maksudnya: “Dan jikalau Tuhanmu menghendaki, tentulah beriman semua orang di muka bumi seluruhnya. Maka apakah kamu (hendak) memaksa manusia supaya mereka menjadi orang-orang yang beriman semuanya?”

Ayat ini diturunkan pada zaman Makki (ayat-ayat yang diturunkan sebelum Hijrah). Bagi zaman Madani pula, Allah s.w.t. berfirman dalam surah al-Baqarah, ayat 256, maksudnya: “Tidak ada paksaan untuk (memasuki) agama (Islam). Sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang sesat.”

Sebab di sebalik turunnya ayat ini menjelaskan kepada kita sejauh mana Islam memulia dan mengagungkan serta mendukung erti kebebasan sebenar. Pada zaman Jahiliah, wanita daripada kaum Aus dan Khazraj yang hamil bernazar menjadikan anak yang bakal lahir, sekiranya lelaki, sebagai seorang Yahudi. Dengan cara inilah berkembangnya anak-anak yang beragama Yahudi hidup dalam dua kabilah Arab, Aus dan Khazraj.

Apabila Islam datang dan memuliakan umat Arab dengan agama suci itu, sesetengah ibu bapa berhasrat untuk mengembalikan anak-anak mereka yang beragama Yahudi kepada agama Islam yang menjadi agama mereka dan agama umat pada masa itu.

Bagaimanapun, ajaran Islam tidak membenarkan tindakan memaksa seseorang supaya keluar atau masuk agama biar pun ia adalah agama Islam.

Ini yang dimaksudkan dengan firman Allah: “Tidak ada paksaan untuk (memasuki) agama (Islam).” Islam tetap bertegas dalam hal ini walaupun pada waktu itu berlaku pertelingkahan, malah peperangan antara Islam dan Yahudi.

Bagaimanapun, dasar bebas yang diiktiraf oleh Islam tertakluk kepada beberapa syarat dan peraturan bagi mengelakkan agama menjadi `alat mainan’ di tangan manusia.

Ini terbukti dalam firman Allah s.w.t. yang menceritakan tentang kata-kata bangsa Yahudi dalam surah Ali Imran, ayat 72, maksudnya: “Segolongan (lain) daripada Ahli Kitab berkata (kepada sesamanya): `Perlihatkanlah (seolah-olah) kamu beriman kepada apa yang diturunkan kepada orang-orang beriman (sahabat-sahabat Rasul) pada permulaan siang dan ingkarilah ia pada akhirnya, supaya mereka (orang-orang mukmin) kembali (kepada kekafiran).”

Allah s.w.t. menghendaki supaya agama tidak dijadikan sebagai `permainan.’ Maka, sesiapa yang memeluk Islam setelah yakin dan dalam keadaan sedar wajib terus menganutinya, jika tidak ia terdedah kepada hukuman sebagai seorang murtad. Maka, kebebasan pertama yang dibawa oleh Islam ialah kebebasan beragama dan iktikad.

Kebebasan kedua yang dibawa oleh Islam ialah kebebasan berfikir. Islam datang dengan menyeru manusia supaya berfikir dan memerhatikan kejadian dan ciptaan yang terdapat di alam ini. Banyak nas al-Quran yang menyeru manusia ke arah berfikir, antaranya:

Ayat 101, surah Yunus, maksudnya: “Katakanlah; perhatikanlah apa yang ada di langit dan di bumi.”

Ayat 46, surah al-Haj, maksudnya: “Maka apakah mereka tidak berjalan di muka bumi, lalu mereka mempunyai hati yang dengan itu mereka dapat memahami atau mempunyai telinga yang dengan itu mereka dapat mendengar? Kerana sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta, tetapi yang buta ialah hati yang di dalam dada.”

Selain itu, Islam turut menjalankan `kempen’ yang meluas bagi menarik mereka yang hanya menurut prasangka dan syak wasangka, mengikut nafsu, bertaklid kepada ibu bapa dan datuk moyang mereka kepada kebebasan berfikir serta penggunaan akal dan fikiran dalam mencari kebenaran.

Dalam pada itu, dalil-dalil akal dijadikan sandaran dalam usaha mengukuhkan kebenaran akidah-akidah Islam. Lantaran itu, ulama berkata: “Sesungguhnya akal yang terang adalah asas kepada nas-nas naqli yang benar.” Misalnya, kes kewujudan Allah dan kenabian Muhammad s.a.w. pada peringkat permulaannya dibenarkan oleh akal sebelum dalil-dalil naqli mengukuhkannya. Inilah penghormatan yang diberikan oleh Islam kepada kebebasan berfikir dan penggunaan akal fikiran.

Ekoran kebebasan berfikir yang diberikan oleh Islam, maka kita dapat lihat wujudnya fenomena kebebasan dalam perbincangan ilmiah. Ini terbukti dengan munculnya ulama-ulama yang mempunyai perbezaan pendapat, menerima, menolak dan menyalahkan pendapat `lawan’ masing-masing tanpa ada sebarang kesempitan.

Selain itu, para ulama turut dapat berkongsi faedah daripada buku-buku karangan sesetengah ulama yang lain dan pandangan-pandangan mereka dengan hati yang lapang. Misalnya, kitab al-Kashaf yang dikarang oleh seorang ulama muktazilah, al-Zamakhsyari turut dimanfaatkan oleh pengikut ahli sunah wal jamaah. Ini semua menjadi bukti kepada kebebasan berfikir dan kebebasan berilmu yang terdapat dalam masyarakat umat Islam.

Slogan 1 Malaysia tolak konsep islam Hadhari ?


KUALA LUMPUR, 19 Okt: Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (PAS-Marang) hari ini mahukan kepastian berhubung fungsi slogan-slogan yang pernah diperkenal perdana menteri terdahulu iaitu gagasan Islam Hadhari, Bersih Cekap dan Amanah serta Wawasan 2020 setelah gagasan 1 Malaysia diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau yang juga Presiden PAS bertanya sama ada dengan adanya slogan 1 Malaysia bermaksud kerajaan telah mengenepikan dasar-dasar yang diperkenalkan oleh perdana menteri terdahulu.

"Setelah kerajaan memperkenalkan seruan baru 1malaysia adakah bermakna Islam Hadhari, Bersih Cekap Amanah, Kepimpinan Melalui Tauladan telah gagal membentuk pemikiran rakyat untuk hidup dalam suasana harmoni dan baik?"soalnya.

Beliau turut mempersoal mengenai penubuhan Institut Islam Hadhari (HADHARI), di Universiti Kebangsaan Malaysia oleh kerajaan.

"Kerajaan telah menerima institut Islam Hadhari. Adakah bermakna dengan peruntukan begitu rupa,adakah ia akan menjadi kenangan setelah adanya 1 malaysia sebagai slogan?"soalnya lagi.

Beliau mengajukan soalan itu ketika bangun mencelah selepas Najib menjawab soalan Datuk Dr. Marcus Mojigoh (BN-Putatan) mengenai sejauh manakah penerimaan rakyat jelata ke atas seruan "Kita berdiri, kita berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia-one people" dan jenis program-program yang difikirkan berkesan yang boleh dirangka bagi mencapai hasrat 1Malaysia.

Najib bagaimanapun berkata gagasan 1Malaysia dianggap sebagai kesinambungan dasar-dasar yang diperkenalkan sebelumnya.

"Kita (kerajaan) anggap ini sebagai kesinambungan sebab ia satu perjalanan yang panjang dan lama.Tidak mungkin boleh sampai ke penghujung dalam masa satu penggal hatta empat, lima penggal pun.

"Insyaalah apabila kita melakukan seperti mana yang kita terangkan tadi gagasan 1Malaysia dan nilai-nilai yang mendasarinya yang juga menyokong kepada usaha kita untuk mencapai wawasan 2020,"katanya.







Katak yang tak tau bersyukur

Cerita kanak kanak

Pada zaman dulu, terdapat seekor katak hidup di dalam kolam bersama habitat lain. Menjerit jerit lah sikatak, "Onk .. Onk ... Onk .. " Katak ni tidak puas hati berada di kolam yang sama. Air cetek la, bau busuk la .. semuanya serba tak kena.

"Kalau di kolam lain, mungkin aku somebody", kata katak di dalam hati. Maka sejak itu, katak berangan untuk berada di kolam yang lain. Mungkin dia boleh jadi pemimpin atau katak yang berpangkat. Kata katak lagi .. "Kalau nak berjaya, jangan jadi katak di bawah tempurung", sejak itu katak terus berangan untuk menjadi pemimpin di kolam sebelah.

Setelah berkali kali mencuba, akhirnya katak berjaya .. tiba-tiba......

"Alamak !!!", kata katak.

Baru katak sedar, kolam di sebelah dipenuhi dengan bapak bapak ular.
Sedang di gigit .. ular lain berkata, " Hoi .. Berahim .. Jadi lah katak yang bersyukur."
"Mana dia tau nama aku Berahim?", kata katak di dalam hati.
"Adedehhhh ... ", kata katak kesakitan sebelum mati.

Kembalikan caruman 11%



PETALING JAYA 18 Okt. – Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) hari ini meminta kerajaan membenarkan 2.2 juta pekerja yang memilih potongan lapan peratus bagi caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk kembali kepada 11 peratus berkuat kuasa serta merta.
Sambil merujuk kepada keadaan ekonomi yang semakin pulih, Naib Presiden MTUC, A. Balasubramaniam memberitahu, caruman KWSP merupakan simpanan untuk hari tua bagi pekerja sektor swasta dan adalah penting peratusan simpanan itu dikekalkan.
Berikutan krisis ekonomi, pada November lepas, kerajaan telah membenarkan para pekerja untuk memilih sama ada kekal dengan caruman 11 peratus atau mengurangkannya sebanyak tiga peratus kepada lapan peratus untuk tempoh dua tahun mulai 1 Januari tahun ini.
Menurut KWSP, sejumlah 2.2 juta atau 40 peratus daripada pekerja telah memilih untuk mengurangkannya kepada lapan peratus.
Balasubramaniam berkata, MTUC kini prihatin dengan 2.2 juta pekerja kerana mereka kini kerugian dalam bentuk dividen dan bayaran akhir apabila mereka mencapai umur persaraan.
Katanya, walaupun pilihannya adalah dua tahun, kerajaan perlu membenarkan mereka untuk kembali kepada caruman yang asal sekarang.
– Bernama

Ganesan is all heart ahead of Perak sitting


By Clara Chooi
IPOH, Oct 19 – Perak Speaker Datuk R. Ganesan has promised Pakatan Rakyat assemblymen that he would give them due respect during the contentious Oct 28 state assembly sitting.
“I will not be like them and try to stop proceedings from taking place. I will be democratic and allow them to have their say when they want to while the House is in session,” he told The Malaysian Insider today.
Ganesan said that although the 28 PR assemblymen had refused to submit their written questions to the House to be presented to the state administration, he would still allow them to cut in with supplementary questions.
“Like I said, I will not stop them. They can ask their questions,” he said.
He added that the PR lawmakers would also be given the opportunity to debate the Barisan Nasional’s budget, which will be tabled by Mentri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.
“They will be given ample time to prepare their debates and have their voices heard,” he said.
It remains to be seen however, if the PR representatives have any intention at all to participate in the Oct 28 sitting.
Their presence for the sitting, they have said, is not to heed Ganesan’s call for the assembly but their own Speaker V. Sivakumar's.
Prior to this, PR assemblymen had also lambasted Ganesan for failing to include a copy of the state’s budget in his notice informing the assemblymen of the sitting, which was sent out on Oct 12.
They claimed such a practice was common convention, to give the assemblymen time to prepare their debate speeches.
The PR representatives also said that Ganesan had unfairly given them only one day to submit their written questions to the House, an act which they claimed meant that the latter was trying to discourage them from attending the assembly in the first place.
“This is not true at all. I was an assemblyman myself before and the normal practice is that the Mentri Besar tables the budget, which is subsequently distributed to the representatives of the House.
“Only then do they prepare their debates,” said Ganesan.
He added that the state assemblymen had almost six months to prepare their written questions.
“Come on, they are state assemblymen who have been serving their constituencies for so long. Don't tell me that they are unable to think of issues to post up to the government?” he said.
Ganesan, however, said that he was unsure if the other BN assemblymen had sent up their questions yet.
On the seating in the House, Ganesan said it would be as usual, with the government of the day seated at his right and the Opposition on the left.
“However, even if they (PR) insist on sitting on the right side, it does not make them the legitimate government. It is just a seating arrangement,” he said.
Meanwhile, State Secretary Datuk Dr Abdul Rahman Hashim said he would have a meeting with Ganesan before the end of this week to discuss preparations for the assembly.
“It will be just normal preparations, like what we usually do,” he assured The Malaysian Insider.
During the last assembly, security was extremely tight and those who were allowed into the hall were first screened at the door and checked for identification.
Plainclothes policemen were also allowed to be present inside the state assembly hall and had sprung to action when they were called upon to forcibly remove Sivakumar from the Speaker's chair.
The media were also made to apply for special passes, an unprecedented practice, and there was limited space for journalists who wanted to cover the sitting.
On the security situation outside of the State Secretariat, Perak police chief Deputy Commissioner Datuk Pahlawan Zulkifli Abdullah said that he would release a statement in the next two days.

PAS Mulai Gerun Dengan Pendekatan Baru Umno, Kata Aziz..!!!! Ha...Ha....Ha....ape citer ni Ajis ooooi..??????



KULIM, 19 Okt (BERNAMA) -- PAS mulai 'gerun' dengan pendekatan baru UMNO untuk memenangi semula hati rakyat terutama selepas kemenangan dengan majoriti besar Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Bagan Pinang baru-baru ini dan pindaan perlembagaan Umno, kata Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir.

Abdul Aziz berkata PAS mula sedar bahawa UMNO pimpinan Datuk Seri Mohd Najib Razak kini berani melaksanakan perubahan luar jangkaaan banyak pihak.

"Tidak hairanlah Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar memperlekeh Umno sebagai parti kedai RM2 kerana PAS merupakan parti politik yang ketandusan modal dan memang suka menjaga tepi kain orang," kata Abdul Aziz kepada Bernama di sini Isnin.

Mengulas tuduhan PAS itu, beliau berkata yang penting orang Melayu sedar Umno bukan parti yang didukungi golongan gila kuasa dan keputusan membatalkan yuran keahlian bertujuan memudahkan rakyat menyertai parti itu.

"Umno tidak penting sama ada ia kedai RM2 atau supermarket kerana ia akan menjadi kedai rakyat. Pas seharusnya mengkaji semula manifesto mereka, banyak yang dijanjikan pada pilihan raya umum lepas tidak dtunaikan," kata Abdul Aziz yang juga ketua Umno bahagian Kulim/Bandar Baharu.

-- BERNAMA

Liow to Chua: 'Toe the line'

Newly appointed MCA deputy president Liow Tiong Lai is unfazed by former deputy Dr Chua Soi Lek's intention to appeal to the Registrar of Societies (ROS) against his appointment.

He said that whatever referal made to the ROS in regard to the deputy president's position, that body ultimately has to depend on the party constitution for its decision as it is the highest authority.

NONE"Everyone must abide by the party constitution. In my appointment, the central committee has gone through every required process," he said.

Liow (left) pointed out that firstly, it was the delegates at the extraordinary general meeting (EGM) who had arrived at the decision based on Article 174 of the constitution.

"When it was confirmed that there was a vacancy, Articles 23 and 40 were evoked to fill the vacancy," he said.

He maintained that the party had gone through the due process and in line with the spirit of the party's constitution.

Chua sacking was collective decision

Responding to rumours that he had asked embattled party president Ong Tee Keat to fire Chua, he said: "The decision was made by the disciplinary committee and presidential council. Later, there was also a discussion on it in the central committee. It was a collective decision."

He spoke to reporters after an Aidilfitri feast with ministry officials, staff and 30 orphans, at the Health Ministry, Putrajaya.

NONEIn response to allegations that he is trying to unseat Ong Tee Keat (right) as president, Liow said: "I'm upset because people are saying that I have betrayed a friend and partner."

He also said that before Ong went overseas last week, he had spoken of his intention to resign.

"That is the reason why we brought it up for discussion during the central committee meeting. It was never mine or the central committee's intention to topple the president," he said.

When asked to describe his relationship with Ong now, Liow said: "We have a cordial relationship. I still speak to him over the phone. Let us settle the party disputes."

Political assassination plot and the family

He said that they have yet to decide the date for the next central committee meeting.

Earlier, Liow expressed his unhappiness at his family members being been dragged into the public eye.

NONE"This is a malicious attack that is politically motivated and maybe related to the infighting in MCA," he said during a press conference at parliament this morning.

"I hope people will not resort to this kind of dirty tactics to politically assassinate me," he added.

Meanwhile, Liow, who is also health minister, said that his ministry will no longer be issuing daily updates on the number of H1N1 cases.

Instead they will be weekly updates since the number of cases had gone down, he said.

He added that the number of H1N1 patients warded in intensive care units across the country has dropped from 50 to five, as of today.

Tuduh PR ganggu sidang Dun, Nizar selar kenyataan Najib


Nazri Abdullah


KUALA LUMPUR, 19 Okt: Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin hari ini menyifatkan kenyataan Perdana Menteri semalam sebagai tomahan jahat dan cubaan menburukkan imej Adun Pakatan Perak. Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak itu berkata, kenyataan Datuk Seri Najib yang mendakwa tiada sebab Adun Pakatan akan menggaggu persidangan DUN Perak akan datang seolah olah menggambarkan Adun PR adalah kaki pukul dan samseng.
"Tuduhan ini tidak berasas dan cuba memburukkan imej pakatan perak. Najib tidak sepatutnya membuat tuduhan sebegitu, seolah olah kami ini kaki pukul," katanya ketika ditemui di lobi parlimen pagi tadi.
Najib menurutnya wajar melihat insiden pada persidangan Dun Perak 7 Mei lalu, di mana kekecohan dimulakan Adun BN apabila merampas kerusi speaker V.Sivakumar secara paksa dan melantik R.Ganesan.
Persidangan itu juga katanya menjadi bukti bahawa yang mengganggu persidangan adalah Adun dari BN bukannya Pakatan.
Image"Apa yang saya boleh gambarkan, pada 7 Mei lalu, yang buat kacau seawal jam 9.30 pagi adalah BN, kerana tidak menghormati speaker yang sah," jelasnya lagi.
Beliau juga sekali lagi menegaskan akan hadir persidangan Dun 28 Oktober ini berdasarkan notis panggilan yang dikeluarkan Speaker Pakatan Rakyat, Sivakumar bukan Ganesan.
Adun Pakatan Perak katanya tidak pernah sesekali mengiktiraf Ganesan sebagai Speaker Perak dan masih berpegang Sivakumar adalah speaker yang sah.
Sehubungan itu katanya, notis panggilan sidang Dun yang dikeluarkan Ganesan adalah tidak sah.
"Kita akan lihat bagaimana keadaan nanti, kami akan bagitahu ganesan bahawa dia bukan speaker yang sah," katanya.
VIDEO
_


Skandal PPSB: Kehilangan diesel RM1.2 juta dibongkar

PULAU PINANG, 19 Sept: Beberapa pekerja bawahan Penang Port Sdn. Bhd. (PPSB) mendakwa terdapat beberapa kes rasuah yang melibatkan ahli lembaga pengarah di pelabuhan itu.

Kes rasuah tersebut termasuk penggelapan bahan api diesel di SBU Marine Penang Port Sdn. Bhd.
Menurut pekerja yang enggan identitinya diketahui umum itu, dianggarkan kehilangan diesel tersebut bernilai antara RM1.2 juta sehingga RM1.8 juta.
Tetapi, menurut laporan bertulis kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 8 Jun lalu, anggaran minima penyelewengan itu adalah RM1.2 juta sahaja.
Ujarnya lagi, kes tersebut turut dilaporkan pada Ketua Audit Dalaman majikannya, tetapi sehingga kini tiada sebarang pendakwaan dibuat kepada pihak yang terbabit.
Beliau yang kecewa dengan sikap sambil lewa SPRM dan majikannya, meminta Harakahdaily bertanya sendiri kepada Pengarah Urusan PPSB, Datuk Ahmad Ibnihajar berhubung penggelapan diesel tersebut.
Image(Gambar:Pengarah Urusan PPSB, Datuk Ahmad Ibnihajar):
Tambahnya lagi, Ahmad juga boleh menjelaskan konspirasi rasuah antara beberapa ahli lembaga pengurusan PPSB dan pengantara yang membekal minyak kepada PPSB, iaitu Koperasi Tanjong Sdn. Bhd.
Dakwanya lagi, jika kes tersebut dibongkarkan, sekaligus mendedahkan wajah sebenar pemimpin Umno negeri, khususnya Umno Bahagian Tanjong; iaitu pemain utama dalam Koperasi Tanjong Sdn. Bhd.
Ditanya sebab musabab mengapa juruteknik dari Unit Hydrografi PPSB terbabit enggan mendedahkan identitinya, pekerja itu berkata, belum sampai waktunya untuk berbuat demikian.
Alasannya, masih terdapat beberapa pendedahan lain kelak, termasuk penindasan profesional ke atas beberapa pasukan juruteknik PPSB disebabkan pekerja-pekerja terbabit enggan bersekongkol dengan amalan salah guna kuasa tersebut.
Dalam perkembangan berkaitan, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng bulan lepas mendakwa PPSB mengalami kerugian, berdasarkan angka kejatuhan trafik kontena sebanyak 24 peratus pada suku kedua tahun ini.
Tetapi, Guan Eng tidak pula menjelaskan angka kejatuhan tersebut ada kaitannya dengan penyelewengan kuasa atau rasuah yang melibatkan PPSB sendiri.
Membalas kenyataan tersebut, Ahmad menegaskan bahawa Guan Eng tidak ada hak mempertikai pengurusan PPSB.
"Beliau (Guan Eng) tidak mempunyai kuasa bagi bercakap bagi pihak PPSB sebelum berbincang dengan kami. Saya adalah orang yang berkuasa untuk bercakap bagi pihak pelabuhan Pulau Pinang," tegas Ahmad, sebagaimana memetik dari blog sharpshooter, http://sharpshooterblogger.blogspot.com.
Sebaliknya, Ahmad menjangkakan trafik kontena akan meningkat 12 peratus pada suku tahun ketiga tahun ini.
Trafik kontena di 10 pelabuhan utama meningkat sehingga 3.79 juta TEU dari 3.44 juta TEU pada tempoh tersebut.
Namun, trafik kontena di Pelabuhan Pulau Pinang hanya 2,000 TEU, iaitu lebih kecil angkanya berbanding trafik kontena di Pelabuhan Johor pada suku tahun pertama tahun ini.
Sekiranya segala dakwaan tersebut benar-benar berlaku, ianya menjadi satu lagi sejarah kegelitaan integriti negara selepas kes rasuah dan penyelewengan kuasa di Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) yang sehingga kini masih belum selesai.

The New God of UMNO



To UMNO folks, the party has replaced Allah as the source of bounty and benevolence, as well as the punisher and decider of their fate. Corrupt leaders are forgiven not by Allah but by the party. The benevolence does not end there. Isa Samad had his political corruption sentence reduced, and then he was rewarded to be the party’s election candidate. Khairy Jamaluddin had his “money politics” conviction essentially pardoned, and then blessed by being head of UMNO Youth!

THE CORRIDORS OF POWER

M. Bakri Musa
In his celebrated novel Ranjau Sepanjang Jalan (RSJ – Spikes Throughout the Pathway), Shahnon Ahmad chronicles the seemingly endless traps of poverty endured by a kampong family. Or in his elegant words, “bencana-bencana yang tidak bisa langsai selagi jantung berdegup [dan] nadi berdenyut … ” (never ending cycle of calamities endured as long as your heart beats and pulse throbs). Shahnon asserts that the pain could only be felt by those willing to reflect on and empathize with the struggles of our pap-pak tani (peasant farmers).
This thought haunts me as I reflect on the hoopla surrounding the recent UMNO General Assembly. The soaring rhetoric of “1-Malaysia” and of reform is a universe away from the world inhabited by RSJ’s main character, Lahuma. The irony strikes hard as the Lahumas are the very people UMNO professes to champion.
The biting irony does not end there. Many of the Assembly participants, including the high-flying ones, are only a generation or two away from the deprivations so painfully detailed in RSJ. Those agonizing memories must have been seared into them by their parents and grandparents. That should motivate anyone to do something to alleviate the debilitating poverty still experienced by so many today.
Yet I did not sense even an inkling of that sentiment at this grand gathering of self-declared “defenders of the Malays.” Even more bizarre is that these UMNO delegates still have friends and relatives in abundance who continue to suffer the pain of peasant life. And let’s face it, stripped of their political patronages many of the currently high-living delegates would be reduced to a Lahuma existence overnight.
I doubt that many of the delegates have heard of Shahnon Ahmad, let alone read his novels. Hence they would not know what I am writing about. I once tried to buy his books at one of KL’s major bookstores, only to be greeted by the sales clerk’s response of, “Shahnon siapa?” (Who?) A stinging indictment of our education system!
Thus a brief summary of RSJ is warranted before proceeding. The book describes the endless cascading calamities of droughts, floods, and infestations suffered by one poor farmer (Lahuma). His tragedy (but not the book) ends with his unnecessary death, from an untreated trifling sliver injury. His demise compounds the anguish of his wife, who goes berserk and ends up being locked in a cage by her fellow villagers.
Shahnon’s depiction of the tyranny of poverty is a universal theme. We see this in John Steinbeck’s The Grapes of Wrath, the travails of a sharecropper’s family in drought-stricken Oklahoma of the Depression era, and Pearl S. Buck’s The Good Earth, also about a peasant family, this time in pre-revolution China.
Today, the descendents of Steinbeck’s Tom Joad are busy running the thriving agro-businesses in San Joaquin Valley, while Buck’s Wang Lung’s grandchildren are actively trading in US Treasury papers.
In contrast, Lahuma’s cicit (great grandchildren) are still scraping a harsh living in their disintegrating kampong; his fears of their being reduced to begging painfully prescient. Over half a century of unchallenged UMNO leadership, Malays are reduced to begging: begging for handouts from their government, begging for economic scraps from non-Malays, and begging for respect from others.
UMNO leaders may have been to Oxford and resided in sophisticated capitals of the world, alas scratch their hide and the ‘kampongness’ oozes out of the pores. They are still trapped by the same cultural genes as Lahuma’s. Where he is crippled by religious fatalism – “Mati hidup dan susah senang dipegang oleh Tuhan” (Life and death, hardship and ease, are in Allah’s hands) – UMNO members are ensnared by the political variety. They believe their fate is in the hands of the party; it is their savior, their new god – UMNO dulu, kini, dan selama nya! (UMNO – Then, now, and forever!)
To UMNO folks, the party has replaced Allah as the source of bounty and benevolence, as well as the punisher and decider of their fate. Corrupt leaders are forgiven not by Allah but by the party. The benevolence does not end there. Isa Samad had his political corruption sentence reduced, and then he was rewarded to be the party’s election candidate. Khairy Jamaluddin had his “money politics” conviction essentially pardoned, and then blessed by being head of UMNO Youth!
With such compelling examples, no wonder UMNO members turn to their new god with the gusto of a fresh convert. Just as Lahuma would never question Allah’s design, UMNO members too would not dare question their god and risking his wrath.
There was one obvious departure with this recent Assembly. Gone were the obligatory race-taunting theatrics, shrill calls for defending the ‘honour’ of the Malays, and other ugly chauvinistic displays. Time will tell whether this shift represented a change of heart or tactic.
My take is that this is more of the latter. For one, UMNO leaders have not been known to utter anything sensible. When they do, one wonders whether it comes from within or merely the parroting of poll-tested printouts from their public relations hire. For another, there is a huge gulf between what those leaders preach and practice.
UMNO’s latest obsession is combating corruption and rejuvenating the party. At least that is the impression their leaders give. Yet when given an opportunity to demonstrate its resolve, as with the recent by-election in Bagan Pinang, the party chose a tired and tainted character to be its standard bearer. I would have thought that it would pick someone who best exemplified the “new, rejuvenated” UMNO.
In judging UMNO leaders (and thus Prime Ministers), there was only one who understood the plight of our Lahumas. Because he understood them, Tun Razak was able to craft imaginative and effective policies, such as his massive rural development schemes, in particular FELDA.
The Tun’s massive expansion of educational opportunities (Gerakan Lampu Suloh – Operation Torch) brought light to the families of the Lahumas, enabling them to escape the trap of poverty. His expansion of health facilities in rural areas (Klinik Desa) ensured that they would not die unnecessarily from simple treatable diseases.
Tun Razak did not belittle or poke fun at the cultural beliefs or biological heritage of the villagers. While they fervently believed that their fate was in Allah’s hands, Tun Razak demonstrated there was much that his government could do to persuade if not prod Allah to alter that destiny. He was more persuaded by another Quranic verse: Allah would not change the condition of a people unless they first make an effort at it. As leader, Tun Razak felt a great obligation to help his people change their conditions by bringing education, health care, and development to the villages.
He could not care less about Malay leadership, Ketuanan Melayu, Glokal Malay, or any other cutesy slogans. Take care of those three basics (health, education and economic development), and the rest will take care of themselves. There are no shortcuts; stunt or showy development projects cannot replace the real need for improving our schools and healthcare, or bringing development to rural areas.
Now that the delegates are back home to savor the memories of their brief moments in the limelight, I am left wondering what specifically did they do that would directly impact the lives of our villagers. None! The Pak Lahumas would continue enduring their dreary life, one that has remained unchanged for the past half a century under UMNO rule, save for Tun Razak’s brief tenure. If UMNO gets its way, that life will remain the same for the next few generations.
Pondering the fate and empathizing with the plight of our pak-pak tani are furthest away from the thoughts of these UMNO leaders. They will however, make a brief and perfunctory show of both come election time, when our Lahumas can expect gifts of kain pelakat, in return for their votes of course.

Pengajaran dari Bagan Pinang...!!! Sayang PAS dan Pakatan Rakyat terlalu EGOIS...???

ABDUL AZIZ BARI

Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang yang berlangsung, 11 Oktober lalu, sudah pun diketahui keputusannya. Kemenangan calon Barisan Nasional, Tan Sri Mohd Isa Samad memang dijangkakan meskipun kegagalan calon Pas yang mewakili Pakatan Rakyat, Zulkefly Mohamad Omar, untuk mengurangkan undi majoriti Barisan Nasional (BN) agak memeranjatkan.

Pelbagai analisis dibuat dan saya tidak mahu menambah apa-apa. Saya sekadar hendak mengungkap beberapa perkara yang penting daripada sudut perlembagaan khususnya dan sistem politik umumnya. Hal-hal ini penting kerana selain menjadi tema dan mauduk utama ruangan ini, itu semua penting dalam m
embina sebuah Malaysia yang adil, telus dan sistematik walau siapa dan apa pun warna politik kita. Saya ada menyebut betapa kewujudan sebuah sistem dua parti yang mantap penting bagi memperkasa ideal perlembagaan kita. Dalam konteks sekarang Pakatan perlu dibenarkan membentuk kerajaan di peringkat Persekutuan supaya kita dapat membezakan kelainan mereka melaksanakan Perlembagaan.

Berbalik kepada Bagan Pinang apa yang kita lihat ialah betapa wakil rakyat – yakni Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) – pada hakikatnya dianggap sebagai 'pegawai kebajikan'. Walaupun ini tidak salah tanggapan dan imej memberi kesan yang besar kepada kedudukan dan peranan wakil rakyat berkenaan dan kualiti dewan perundangan kita. Dan seterusnya ini memberi kesan langsung kepada kualiti undang-undang yang dibuat oleh Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN) kita. Begitu juga dengan fungsi dewan memantau kerajaan. Dalam sistem demokrasi berparl
imen yang kita amalkan kerajaan pada hakikatnya dimiliki Dewan.

Ada kemungkinan pengundi dalam DUN Bagan Pinang, kerana ia adalah pilihan raya kecil dan tidak memberi kesan kepada kedudukan Kerajaan Negeri, mahu mengingatkan Pakatan supaya lebih berhati-hati dan memberi perhatian kepada masalah dan kebajikan rakyat. Ada pihak yang mengatakan bahawa Ahli Parlimen Teluk Kemang yang merangkum DUN berkenaan gagal memainkan peranan. Ini mungkin benar. Tetapi apakah ini cukup kuat untuk mereka memenangkan calon Barisan yang diketahui korup, yang hanya dikatakan ‘teknikal’ oleh pemimpin
utamanya Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak. Bekas Presiden UMNO, Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri pun tidak suka calon itu meskipun selepas keputusan diumumkan Mahathir berubah dan turut bergembira dengan keputusan di Bagan Pinang itu.

Keputusan pilihan raya kecil itu menyebabkan sesetengah pihak kesal dan sedih kerana kemenangan besar itu menandakan sikap pengundi yang semacam tidak kisah dengan soal integriti dan kebersihan calon. Apatah lagi mengingat bahawa calon Pas adalah seorang yang begitu aktif dalam isu-isu umum, termasuk alam sekitar dan kes pelupusan sampah Broga. Dalam pada itu sebagaimana di tempat-tempat lain khidmat Barisan bukanlah sempurna, di sana sini banyak juga kegagalan dan kelemahan pentadbiran Mohd Isa sewaktu beliau me
njadi Menteri Besar dahulu. Begitu juga dengan pentadbiran sekarang di bawah Datuk Seri Mohamad Hassan.

Hal ini memberi gambaran bahawa kemenangan besar Barisan itu adalah kerana kawasan itu memang kubu UMNO. Sebab itulah ada pihak yang berkata bahawa parti itu tidak harus terlalu seronok kerana apa yang terjadi di Bagan Pinang itu tidak semestinya aliran umum yang akan mendominasi politik negara.

Walau apa pun imej Pakatan yang dipaparkan dalam media yang dikuasai Barisan juga tidak membantu. Imej yang dipaparkan membayangkan betapa gabungan ini rapuh dan tidak berupaya mengambil tempat Barisan. Secara kebetulan itulah kesimpulan yang dibuat oleh Merdeka Center dalam tinjauan lapangan yang diselesaikannya pada awal bulan ini: sekitar 43 peratus dari pengundi berdaftar yang diselidikinya tidak yakin kepada kemampuan Pakatan untuk memerintah di peringkat persekutuan.

Dengan itu mungkin sudah sampai masanya Pas membuat langkah drastik, sama ada mendisiplinkan Exco Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali ata
u menyingkirkannya terus. Dalam beberapa portal berita Hasan dilihat sebagai liabiliti kepada Pakatan umumnya dan Pas khususnya. Bagaimanapun, ini tidak mudah untuk berlaku kerana Hasan dilihat mewakili golongan yang pro-UMNO dalam Pas seperti Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Nasharuddin Mat Isa dan penyokong mereka.

Dalam kekecohan di Selangor Abdul Hadi membisu sehingga di dalam parti sudah ada yang berkata bahawa Abdul Hadi adalah watak bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dalam Pas. Sementara itu Nasharuddin membela tindakan salah Hasan itu secara terbuka. Tindakan dan perangai Hasan itu memang pelik kerana adalah mustahil seorang pegawai tadbir beliau tidak faham konsep tanggung jawab bersama dan bezanya dengan kedudukan penyokong kerajaan.

Saya fikir ada beberapa tokoh tertentu dalam Pas yang boleh merubah keadaan. Beberapa bulan kebelakangan ini imej dan kemampuan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak agak menonjol dan kelihatannya beliau mempunyai kemampuan untuk memimpin parti. Secara perlahan-lahan lulusan syariah Universiti Al-Azhar dan sarjana undang-undang perbandingan Universiti Kent itu mula dilihat sebagai mampu mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Datuk Mohd Fadzil Noor yang meninggal dunia pada 2002.

Saya tertarik dengan kelicikan Azizan menyiku Azman Shapawi, Naib Ketua Pemuda Pas dalam isu penjualan arak beberapa bulan lalu. Dalam pada itu organisasi Pas di Kedah dikatakan lebih baik daripada apa yang ada di Terengganu. Ini menyedihkan kerana selain pernah memerintah dari 1999-2004 Pas juga mentadbir negeri itu dari 1959-1961.

Perubahan kepemimpinan penting bukan saja untuk Pas, tetapi juga dalam konteks mereformasikan sistem kita. Perubahan mendasar hanya akan berlaku sekiranya ada kerajaan baru di peringkat persekutuan. Kita semua maklum Barisan tidak akan berbuat apa-apa kepada SPR dan undi pos umpamanya. Begitu juga dengan kedudukan perkhidmatan awam umumnya dan pasukan polis khususnya. Perubahan-perubahan ini amat penting jika kita mahu Malaysia membuat perubahan sebagaimana yang mula kelihatan di Indonesia selepas dua penggal Susilo Bambang Yudiyono memimpin negara. Jika tidak kita akan terus ketinggalan dan menggigit jari.

Buat masa ini, hanya 32 peratus pengundi yang yakin dengan kemampuan Pakatan. Jika Pas kekal dengan kapten yang ada ini mungkin akan berkurang. Sejumlah 21 peratus pengundi yang masih berada di atas pagar kemungkinan besar akan berpihak kepada BN dan untuk memperkasa demokrasi di Malaysia akan gagal lagi.


* Profesor Dr Abdul Aziz Bari mengajar undang-undang di UIAM, Gombak.

Siapa Yang Sakit Jiwa Sebenarnya?


Bernama melaporkan nggota keluarga mendiang Teoh Beng Hock membuat keputusan untuk menunda temubual psikiatri yang dijadualkan hari ini berikutan peguam keluarga itu tidak dibenarkan turut sama menemani mereka dalam sesi rawatan itu.

Peguam yang mewakili keluarga mendiang, Lim Lip Eng berkata rawatan yang sepatutnya dilakukan di Hospital Selayang pada pukul 11 pagi tadi, bagaimanapun terpaksa ditunda ekoran pihak hospital enggan membenarkan beliau turut serta menemani keluarga mendiang Teoh.

"Saya tidak dibenarkan untuk menemani keluarga ini semasa rawatan, jadi pihak keluarga telah memutuskan untuk menunda rawatan itu pada satu tarikh yang akan ditetapkan nanti," katanya kepada pemberita di Hospital Selayang di sini.

Beliau berkata keluarga mendiang Teoh telah menerima surat arahan dari polis bagi menghadiri sesi rawatan itu untuk menentukan tahap mental mendiang Teoh, Rabu lepas.

"Surat itu telah mengarahkan ahli keluarga mendiang yang terdiri daripada bapanya, Teoh Leong Hwee, ibunya Teng Shuw Hoi, abangnya Teoh Meng Kee dan tunang Teoh, Soh Cher Wei menjalani sesi rawatan berkenaan.

"Namun keluarga ini meminta agar saya turut menemani mereka supaya tidak ada perkara yang tidak diingini berlaku," katanya.

Banyak pihak mempersoalkan apakah sebenarnya motif polis untuk mengadakan temubual psikatri ke atas keluarga mendiang Teoh, terlebih lagi menghalang peguam untuk hadir sama di dalam sessi itu.

"Yang sepatutnya ditemubual dan disiasat otaknya ialah pegawai-pegawai penyiasat SPRM yang terlibat dengan kematian Teoh, pegawai tertinggi polis dan anggota yang terlibat membuat perancangan dan tuduhan kononnya Teoh membunuh diri. Termasuk di dalam senarai itu saksi-saksi yang membuat persaksian palsu, menteri-menteri dan juga Peguam Negara. Mereka inilah yang sakit jiwa yang perlukan rawatan," tegas seorang pensyarah psikologi dan kemanusiaan kepada GB.

Pada 2 Okt lepas, Koroner Azmil Muntapha Abas yang mengendalikan inkues kematian Teoh Beng Hock membenarkan anggota keluarga serta beberapa pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ditemu bual oleh dua pakar psikiatri.

Azmil berkata temu bual itu akan dapat membantu siasatan apabila pakar perunding forensik psikiatri Hospital Permai Johor, Dr Bada'iah Yahya dan pakar perunding psikiatri Kementerian Kesihatan Dr Nor Hayati Ali selesai membuat laporan mengenainya.

Teoh, setiausaha politik kepada ahli dewan undangan negeri kawasan Seri Kembangan Ean Yong Hian Wah, ditemui mati di tingkat lima bangunan Plaza Masalam di Shah Alam pada 16 Julai lalu, selepas memberi keterangan sebagai saksi siasatan penyalahgunaan wang kerajaan negeri Selangor di pejabat SPRM di tingkat 14 bangunan yang sama.

Laporan terhadap isteri Menteri Kesihatan dirujuk kepada SPRM



PUTRAJAYA: Polis telah merujuk laporan terhadap isteri Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkaitan dakwaan yang terkandung dalam surat yang disiarkan dalam Internet kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Timbalan pesuruhjaya SPRM Datuk Abu Kassim Mohamed mengesahkan hari ini bahawa polis telah merujuk kes itu kepada SPRM dan suruhanjaya itu sedang mengkajinya.
"Kita telah menerima maklumat itu daripada polis. Kita sedang mengkaji laporan itu dan akan menyiaasat perkara tersebut," katanya pada persidangan akhbar di sini.
Beliau enggan mengulas lanjut mengenai isu itu, dengan mengatakan kerahsiaan dalam siasatan tersebut perlu dijaga.
"Sabarlah dan jangan buat spekulasi mengenai apa-apa. Biarlah kita jalankan kerja kita," katanya.
Semalam, Anggota Parlimen Segambut, Lim Lip Eng membuat laporan polis terhadap isteri Liow, Datin Seri Lee Su Loo berkaitan dakwaan itu dalam internet yang terkandung dalam sepucuk surat yang tidak ditandatangan bahawa beliau menerima sebuah kenderaan pelbagai guna daripada sebuah syarikat yang sentiasa terbabit dalam projek kementerian itu. BERNAMA

Umno perlu diberi peluang lagi untuk benar-benar berubah?



 

AMALAN rasuah dan Umno memang sudah sinonim, melekat kuat, dan sukar untuk dicerai-tanggal. Bagaimanapun ada pihak melihat bahawa rasuah - kegiatan jenayah yang paling sukar dibuktikan itu - jugalah yang menyebabkan Umno berkembang dan sehingga kini masih berkuasa walaupun digugat hebat dalam pilihan raya Mac 2008.

Melalui rasuah, aktiviti Umno dapat digerakkan secara lebih aktif, terutama untuk 'menggula-gulakan' rakyat, di samping memastikan jentera propaganda parti berjalan licin!
Rasuah yang dimaksudkan bukan sekadar politik wang atau membeli undi semasa pemilihan kepimpinan Umno, seperti yang dihebohkan pemimpin parti berkenaan. Ia meliputi gerak kerja lebih meluas, khususnya dalam setiap kali kempen pilihan raya, tidak kira pilihan raya kecil atau pilihan raya umum.
Hal ini jarang, atau lebih tepat, tidak pernah dibangkitkan pemimpin dan ahli Umno. Yang sering didebatkan hanyalah politik wang semasa memilih barisan kepimpinan parti.
Dana politik
Sedangkan amalan rasuah semasa pilihan raya, seperti ditunjukkan di Bagan Pinang dan mana-mana jua pilihana raya sebelum ini, adalah lebih serius, kotor dan memberikan kesan cukup buruk kepada negara.
Kos projek meningkat berkali ganda bagi menampung "dana politik", malah kualiti diabaikan untuk menjimatkan perbelanjaan. Natijahnya, banyak bangunan runtuh di sana-sini!
Melalui perhimpunan agungnya baru-baru ini, perlembagaan Umno dipinda bagi membolehkan lebih ramai perwakilan akar umbi dapat menentukan barisan kepimpinan parti, kononnya dengan itu meminimumkan amalan rasuah yang sudahpun membarah.
Umno-BN yang hampir tumbang dan hilang kuasa dalam pilihan raya ke-12 seolah-olah nampak serik dan bersedia mengambil tindakan drastik bagi memulihkan semula keyakinan rakyat terhadapnya.
Memang kepada Umno, kuasa adalah segala-galanya. Tanpa bergayut dengan kuasa, Umno sudah lama rebah. Dr Mahathir Mohamad sering mengingatkan apa gunanya menjadi pemimpin kepada parti yang tidak berkuasa lagi.
Jatuhnya Umno di Selangor, Perak dan Kedah (juga Pulau Pinang) pada 8 Mac 2008 cukup memeritkan. Apa juga usaha, termasuk taktik jahat, direncanakan bagi merampas semula negeri-negeri berkenaan dari Pakatan Rakyat. Bertubi-tubi dilancarkan serangan.
Akhirnya Perak dapat direbut semula, Kedah pula digoncang hebat dan Selangor tidak henti-henti digugat. Siapa percaya tiga Adun Pakatan di Perak dan seorang di Kedah mengkhianati perjuangan tanpa sebarang sogokan atau rasuah?
Aneh,parti yang cakap berdegar-degar mahu membanteras rasuah secara sedar dan proaktif membelit dan menyelimuti diri mereka dengan korupsi dan salahguna kuasa.
Ajar cukup-cukup
Umno sebenarnya belum "diajar cukup-cukup" sehingga lumpuh tempat pergantungan dengan sumberkuasa dan punca ekonomi. Pada pilihan raya 1999, Umno mendapat tamparan cukup dahsyat. Pengundi Melayu secara terbuka mempamerkan aksi protes, didahului siri demonstrasi disekitar Kuala Lumpur.
Namun, Umno masih berkuku di luar Kelantan dan Terengganu serta terus ghairah membolot khazanah kekayaan negara. Pelbagai langkah perubahan dilakukan.
Bagaimanapun, apabila menang besar pada 2004, belang Umno muncul kembali, malah ia menjadi lebih angkuh, sombong dan lupa diri.
Tsunami politik Mac 2008 memang memedihkan Umno-BN. Lima negeri hilang, antaranya negeri paling maju. Majoriti dua pertiga di Parlimen dinafikan. Presiden Umno, Abdullah Ahmad Badawi terpaksa berundur awal. Perubahan menjadi istilah popular di zaman Najib. Akta-akta menekan dan mengongkong seperti ISA pun khabarnya mahu dipinda.
Umno berhasrat untuk dilihat dekat dengan nurani dan degup jantung rakyat. Semuanya - hanya dengan satu tujuan - untuk mengembalikan sokongan yang telah hilang.
Berdepan masyarakat bukan Melayu, Umno bagai tidak percaya lagi dengan MIC dan MCA, ia mahu berbicara langsung dengan mereka, tanpa melalui parti-parti komponen itu.
Di Bagan Pinang Umno mendapat suntikan semangat baru. Walaupun ia hanya mempertahankan kerusi tradisi - bukan merampas kubu lawan, seperti dilakukan PAS di Kuala Terengganu - namun sudah cukup untuknya berpesta.
Najib Razak sendiri akui kemenangan Isa Samad itu menceriakan suasana perhimpunan Umno dan memudahkan pindaan perlembagaan diluluskan. Mungkin bagi Najib, pengundi masih boleh dikelirukan dengan satu dua azimat palsu.
Perasuah disanjung
Ironinya, ketika Umno mahu memerangi rasuah, tiba-tiba sang perasuah pula disanjung sebagai hero. "Hipokrasi Umno untuk banteras rasuah terdedah. Segala yang dibuat hanya untuk mengelabui rakyat sedangkan perangai Umno tetap macam dulu," kata seorang pemerhati politik.
"Selagi Umno tidak ditumpaskan sepenuhnya, dan merempat sebagai pembangkang di seluruh negara,maka ia tidak akan berubah, percayalah. Usah disambung hayatnya sebagai parti pemerintah jika kita mahu melihat Umno benar-benar berubah!" tambahnya.
Tentunya kepada rakyat, jika Pakatan dan BN berlumba-lumba menjaga kepentingan dan kebajikan mereka, ia menguntungkan semua. Soalnya, untuk kali ke berapa peluang harus diberikan buat Umno-BN?
Ruang 2004-2008 dibazirkan begitu sahaja; tiada perubahan yang menguntungkan rakyat dilaksanakan selain penciptaan slogan demi slogan. Kini Umno merayu kembali agar ia tidak direntap dari puncak kuasa, dengan turut menjanjikan deretan perubahan.
Pengundi pastinya lebih matang menilai. Sambil mengharapkan Pakatan mengotakan janji dan menambah-baik sistem penyampaian di empat negeri, rakyat mahu melihat segala teguran yang disampaikan, misalnya melalui keputusan Bagan Pinang, dipandang berat.
Jangan mengulangi tabiat buruk Umno-BN yang sentiasa dalam keadaan "menafikan". Seperti BN, Pakatan juga dinilai dari dekat dengan kacamata kritikal. Bukankah selama ini yang membentuk dan menyemai sikap kritis rakyat adalah Pakatan sendiri? Pedang yang menusuk musuh, ia juga boleh menikam diri sendiri.

PAS - bantu kemenangan besar


artikel ini dipetik dari www.suaramalaysia.net
SETAKAT ini banyak faktor yang dikatakan menjadi punca kepada kemenangan Tan Sri Isa Samad, khususnya dengan kemenangan yang besar dan seterusnya mencacatkan ego kemenangan Pakatan Rakyat. Reaksi positif diberi kepada Isa Samad sebagai calon yang sesuai – anak tempatan – telah banyak berjasa dalam mengulas kemenangan beliau. Dari pihak Pakatan Rakyat pula – undi pos diberikan sebagai alasan utama – peranan rasuah dan penggunaan jentera kerajaan dijadikan faktor kemenangan.
Namun tidak dapat tidak – kemungkinan peranan PAS sendiri yang memberi Isa Samad kemenangan luar jangkaan. PAS dan penyokong Pakatan Rakyat sendiri harus melihat PAS sebagai punca kekalahan dan kemelesetan PAS dalam berkempen sebagai satu sebab mengapa Isa Samad menang besar.
Hasil dari tinjauan – ada suara-suara yang menghentam PAS yang kini semakin besar kepala dalam Pakatan Rakyat. Ada yang mengatakan PAS sekarang ini hanya satu pertubuhan politik – tidak lebih dari itu – bukan sebagai parti yang mahu memperkasakan Islam tetapi hanya berlabel Islam untuk mendapat sokongan. Calon yang dikemukakan juga bukan dari pilihan kawasan tersebut tetapi akibat keinginan sesetengah kepimpinan politik PAS memasukkan kronis maka konflik calon berlaku yang menyebabkan PAS kecundang terus di Bagan Pinang. PAS juga mempunyai masalah dalam komunikasi dengan parti politik lain dalam sirkulasi Pakatan Rakyat. Sikap egois PAS dalam berkempen – sombong dan tidak menghiraukan usaha untuk kolaborasi dalam berkempen khususnya dengan Parti Keadilan Rakyat meranapkan peluang PAS untuk meneruskan legenda kemenangan PR dalam semua PRU Kecil.
PAS perlu sedar bahawa mereka tidak boleh berdepan dengan politik hari ini – PAS tidak boleh berdiri sendiri. PAS perlu sedar ini. PAS perlu tahu bahawa sokongan terhadap PAS secara tersendiri adalah nipis dan sokongan terhadap PAS datang dari mereka yang menyokong PKR dan DAP. Setakat mengharap PAS – Pakatan Rakyat tidak akan berjaya dan PAS juga akan kecundang. PAS perlu di beritahu bahawa sikap egois mereka tidak akan membantu PR dan PAS adalah punca – kelemahan dalam PR di samping kepimpinan PKR yang tidak mantap dan longgar. 
Faktor kemenangan Isa Samad tidak hanya berkisar kepada kekuatan Isa Samad tetapi juga adalah kerana PAS yang semakin tersasar – semakin sombong dan semakin besar kepala. Mereka lupa bahawa mereka bukan dominan dalam Pakatan Rakyat – malah mungkin mereka hanya seperti MIC dan PPP dalam  komponen Barisan Nasional. Kesedaran ini mungkin perlu di tekan kepada PAS – kerana Pakatan Rakyat semakin sedar bahawa PAS semakin menjadi liabiliti. 
Kita perlu sedar bahawa rakyat akan menjadi lebih bertuah sekiranya terdapat saingan sihat dalam politik tetapi dalam isu ini mungkin PAS sudah merasa bongkak dengan kemenangan yang tidak pernah sebelum ini dirasakan.

Pakatan Rakyat dalam isu ini perlu melihat semula, mengkaji semula dan bertindak dalam membentuk Pakatan yang kuat dalam usaha memantapkan lagi organisasi. Mungkin hari ini contoh kehadiran Makkal Sakthi yang di sokong oleh BN perlu di lihat oleh Pakatan Rakyat sebagai alternatif.
Apa pun selagi PAS tidak mengukur baju pada diri sendiri maka selagi itulah masalah akan terus melanda Pakatan Rakyat.

UMNO dan perjuangan Melayu


Written by Anuar Mohd Nor   
Image

Penulis Anuar Mohd Nor – petikan tulisan beliau dalam www.suaramalaysia.net
Adakah dominasi UMNO dalam Barisan Nasional dijadikan alasan untuk bertindak memperjuangkan semua kaum lalu mengetepikan atau secara relatif mencairkan sedikit perjuangan Melayu dalam UMNO. Adakah dominasi dalam BN dan kerajaan menjadikan UMNO – kena melipatkan ganda usaha untuk 1 Malaysia – serta mengikut ragam serta retak dan tari Parti Keadilan Rakyat yang konon-kononnya menolak isu rasis – mengutamakan perjuangan semua kaum – menjadi parti bagi semua kaum. UMNO terpaksa – dipaksa dan perlu – kerana desakan kekuatan kaum lain yang dilihat jadi penentu kuasa – penentu undi, akibat undi Melayu yang berpecah.
Maka adakah kita harus biarkan sahaja peruntukan Perlembagaan 153 – menjadi benteng untuk mempertahankan Melayu – tanpa disokong – tanpa di junjung – tanpa di pertahankan. Adakah dengan membiarkan peruntukan perlembagaan 153 itu maka orang Melayu akan terselamat – hak terbela dan martabat orang Melayu dapat dipertahankan? Adakah kita lupa keutuhan, kekuatan, kekentalan sesebuah empayar mampu runtuh hancur dan tamadun bangsa itu akan hilang tanpa perjuangan mempertahankan dan mendaulatkan bangsa dan negara itu. Kita perlu sedar – tuntutan Parti Keadilan Rakyat, memecahkan tembok perkauman – tanpa wujud demarkasi antara kaum, seumpama mencairkan keistimewaan dan hak orang Melayu dan ini hanya agenda politik tanpa kesedaran dan tanpa tanggungjawab dalam mempertahankan kedudukan orang Melayu. Adakah itu perlu kita turutkan? Adakah demi memastikan undi kaum lain – khususnya Cina dan India maka sekali lagi Melayu perlu berkompromi dan hari ini UMNO juga harus mencairkan – menggantikan laungan hidup Melayu kepada 1 Malaysia.

Bertepuk bersorak kita dalam Perhimpunan Agung UMNO 2009 – berusaha merealisasikan 1 Malaysia. Kita seakan sudah sedar – mengetahui bahawa formula kemenangan Pakatan Rakyat adalah meruntuhkan perjuangan Melayu – mengurangkan makna Islamisasi dengan mempertontonkan Islam Liberal dan moden oleh PAS, lantas kita bangga – mengetahui formula kejayaan Pakatan Rakyat dan ini akan dapat memulangkan sokongan kepada BN sekiranya tari dan rentak ini di gunakan oleh UMNO. Bangga sehingga ada yang mengatakan bahawa perjuangan Ketuanan Melayu – memfokuskan agenda kepada Melayu adalah perjuangan ortodoks. UMNO kena keluar dari hanya menjadi jaguh Melayu kepada jaguh semua rakyat. Kedudukan Melayu tidak perlu di risaukan – semua terpelihara dalam perlembagaan dan kita perlu yakin bahawa perlembagaan seakan tidak boleh tergugat – kental dan kebal. Adakah ini dapat membantu – menjaga martabat Melayu? Adakah ini akan memastikan kedaulatan Melayu, hak Melayu terpelihara?
Kita perlu sedar bahawa kedudukan kita bukan tercabar baru-baru ini sahaja tetapi kedudukan kita dipersoalkan sejak tahun 1930an lagi. Hari ini adalah bunga-bunga kejayaan dalam usaha mencabar dan meruntuhkan ketuanan, mencairkan dan menghapuskan hak keistimewaan orang Melayu khususnya bila ada Melayu sendiri yang menyilamkan dan mengusangkan perjuangan Melayu itu sendiri.
Mungkin kita terlepas pandang kenyataan berikut :   
Se awal tahun 1931 lagi kaum Cina pernah mendesak bukan sahaja hak malah berani mengatakan bahawa Tanah Melayu dan Negara - Negara Selat adalah milik orang Cina kerana mereka yang telah membangunkan Tanah Melayu.
Warta Malaysa 11/3/1931

Maka adakah UMNO – perlu turut mengusangkan perjuangan Melayu semata-mata kerana mengetahui dan melihat formula kejayaan Pakatan Rakyat pada PRU 12. Kita pernah juga dihadapkan kepada satu kenyataan Dato Onn Jaafar – Melayu perlu kuat pada teras dan bukan kulit – maka perjuangan Melayu oleh UMNO perlu – menguatkan Melayu dan ini perlu berterusan dengan tidak mengalih dan melecehkan perjuangan memartabatkan bangsa itu sendiri.
Kita perlu sekali lagi tegas dengan kekuatan penjelasan dalam membicarakan isu Melayu – tidak berkompromi – tetapi memperkuatkan justifikasi dan penyatuan Melayu khususnya dalam UMNO dalam meningkatkan martabat dan kedaulatan Melayu. Ini penting agar Melayu sedar keperluan perjuangan – tidak membiarkan bangsa lain bertepuk khususnya pejuang egois kaum lain seperti dalam DAP – bergendang untuk melihat kita dalam UMNO menari mengikut rentak.
Kita perlu mengingatkan sekali lagi, malah berkali-kali pengorbanan orang Melayu seperti digambarkan oleh Tunku Abdul Rahman :
Perbezaan kaum berlaku tahun 1956 lagi. Orang - orang Melayu sedia memberikan hak - hak yang munasabah dan patut kepada orang - orang bukan Melayu. Orang Melayu telah memberikan pengorbanan yang banyak daripada hak - hak sebagai bumiputera Tanah Melayu kepada bangsa - bangsa yang bukan Melayu. Belum ada satu bangsa anak negeri yang telah berbudi sebegitu banyak seperti yang telah di perbuat oleh orang - orang Melayu. Sungguh pun ada jaminan hak - hak keistimewaan Melayu dan Perjanjian Persekutuan tetapi tidak sekali mencegah atau menyekat bangsa lain yang bukan Melayu daripada mencari kekayaan dan kesenangan dan lagi sehingga sekarang hak - hak keistimewaan itu masih belum lagi menghasilkan keadaan setaraf Melayu dengan bangsa - bangsa lain

 Tuanku Abdul Rahman ( Malaya Merdeka 26/04/1956)

13 ahli politik disoal siasat SPRM antara Jan-Ogos



KUALA LUMPUR: Seramai 12 ahli politik daripada Barisan Nasional (BN) dan satu daripada parti pembangkang disoal siasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dari Januari hingga Ogos tahun ini, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong berkata sebanyak tujuh tuduhan direkodkan untuk ahli politik daripada BN manakala belum ada pertuduhan setakat ini terhadap ahli politik pembangkang.
Liew menjawab soalan Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR - Permatang Pauh) mengenai langkah mengembalikan keyakinan awam terhadap imej negatif SPRM, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Peguam Negara berikutan keraguan umum terhadap perilaku penyiasatan dan pendakwaan terpilih.
Liew berkata statistik itu menunjukkan bahawa SPRM menjalankan siasatan mengikut prosedur undangundang dan peraturan tanpa mengira latar belakang atau kedudukan individu yang disiasat mahupun fahaman politik.
"Mekanisme tanggungjawab yang diwujudkan semasa SPRM ditubuhkan jelas membuktikan kesediaan Suruhanjaya itu untuk berperanan secara bebas, telus dan profesional dalam menjalankan penyiasatan ke atas kes-kes rasuah," katanya.
Berhubung pendakwaan terpilih yang dibangkitkan Anwar, Liew berkata pendakwaan sesuatu kes hanya akan dilakukan terhadap manamana orang tanpa mengambil kira kedudukan mereka sekiranya terdapat keterangan mencukupi bagi mendapatkan sabitan.
"Bagi kes-kes yang dikendalikan oleh SPRM, semua kes yang diputuskan untuk tidak dituduh perlu dilaporkan ke Panel Penilaian Operasi yang terdiri daripada individu profesional dalam bidang masing-masing serta bertindak secara bebas," katanya. BERNAMA

Hindari sifat fanatik mazhab, pemimpin



Umat Islam mestilah menghindarkan sikap fanatik terhadap mazhab dan pemimpin agama supaya imej negatif mereka di mata dunia dapat dikikis, kata bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Katanya, sikap tersebut mengakibatkan persengketaan sesama Islam, termasuk melibatkan pembunuhan, seperti yang berlaku antara pengikut Sunnah wal Jamaah dan Syiah di Timur Tengah.

Sehubungan itu, Dr Mahathir menempelak sikap penyokong PAS yang percaya kepada Mursyidul Am Datuk Nik Aziz Nik Mat yang mendakwa sesiapa yang mengundi parti itu akan memasuki syurga.

"Nik Aziz kata, pangkah PAS masuk syurga. Patut ada orang bangun, kata (perkara itu) tidak betul," katanya dalam sesi dialog intelektual di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya hari ini.

"Tetapi (oleh kerana) ketua dia kata, mesti ikut. Ini masalahnya, setia pada pemimpin sampai kita tidak soal dia, betul atau tidak.

"Sebab itu kita lihat, ada (ajaran) Ayah Pin, Ashaari Muhammad dan Rasul Melayu. Bila ada seorang kata (sesuatu), jangan tanya, terima saja. Jadi banyak yang jadi fanatik."

Dalam pengamalan undang-undang syariah pula, katanya, umat Islam cenderung melihat persoalan "potong tangan, potong kepala dan sebat" berbanding melihat keadilan sesuatu hukuman itu.

"Al-Quran kata, hukumlah dengan adil. Kita tidak kira adil atau tidak adil. Yang kita kira, hendak potong tangan dia, potong kepala dia, nak sebat dia.

"Prosedurnya pula, mesti ada empat orang saksi. Mana ada empat orang saksi dalam kes rogol. Apa dia buat dok tengok tapi tidak tolong?" katanya berseloroh.

Sebaliknya Dr Mahathir berkata, terdapat perlbagai cara bagi membuktikan sesuatu kesalahan syariah, seperti kes Nabi Yusuf dituduh mencabul kehormatan Zulaikha – yang dibuktikan melalui keadaan baju rasul itu yang terkoyak.

Dalam ucapannya yang berjudul 'Strategi Memartabatkan Melayu di Dunia Tanpa Sepadan', beliau juga berkata, orang Melayu perlu memastikan sesebuah kerajaan yang ditubuhkan mempunyai majoriti dua pertiga di Parlimen dan juga dewan DUN bagi terus melindungi hak-hak mereka.

'Ramai orang Melayu tidak memihak kepada Melayu lagi. Bila berkuasa, mereka tidak bersimpati.

"Maka kedudukan institusi macam Universiti Teknologi Mara (UiTM) terancam," katanya di hadapan kira-kira 150 alumni universiti tersebut.

Dr Mahathir memberikan amaran supaya rakyat Malaysia berhati-hati dengan perjanjian perdagangan bebas (FTA) dengan negara-negara Barat yang disifatkannya "mempunyai udang di sebalik batu".

Tambahnya, tindakan Singapura yang menandatangani FTA dengan Amerika Syarikat tidak boleh diteladani kerana republik itu yang sudah lama menjadi pelabuhan bebas tidak akan mengalami sebarang kerugian.

Mestikah kita menjadi Protagoras?


Oleh: Megat Sharifudin Ibrahim

Kemelut Politik Di Malaysia: Mestikah kita menjadi Protagoras?
Demokrasi lahir dan telah diamalkan di Greek purba lebih dari 2500 tahun tahun dahulu. Dalam bahasa Greek Demos bermaksud rakyat dan kratos bermaksud kuasa. Demokrasi merupakan satu sistem politik dimana rakyat memilih dan menentukan siapa akan memerintah sesebuah negeri atau negeri-bandar (city-state). Pada masa itu sudah banyak negeri-bandar (city-state) di Greek purba seperti Athen yang terkenal, telah mengamalkan system politik demokrasi ini.
Selain demokrasi terdapat juga system politik yang lain yang diamalkan di Greek pada masa itu iaitu seperti system politik monarki dan Oligarchy. Dimana dalam system monarki sesebuah daerah diperintah oleh seorang raja atau individu tertentu. Manakala dalam system Oligarchy pula sesebuah daerah akan diperintah oleh beberapa orang dari kumpulan tertentu.
Selain dari itu, Greek purba juga terkenal dengan ahli-ahli falsafah yang masyhur seperti Socrates, Plato dan Aristotle. Plato yang lahir di Athen sekitar empat abad sebelum tahun Masihi, anak murid kepada Socrates, dikatakan seorang ahli falsafah yang ulung yang pernah dilahirkan oleh dunia barat. Beliau sangat mempercayai bahawa akal-fikiran manusia boleh menyampaikan manusia kepada hakikat kebenaran dan prinsip-prisnsip moral. Malah Plato mempercayai bahawa manusia keseluruhannya secara rasional boleh bertindak berdasarkan kepada kebenaran dan prinsip-prinsip moral ini bagi membentuk sebuah system social yang adil dan sejahtera.
Menariknya, pada waktu yang sama di Athens, terdapat juga beberapa ahli-ahli falsafah yang mempunyai aliran pemikiran yang bertentangan dengan aliran pemikiran yang di pelopori oleh Plato. Mereka adalah ahli falsafah dari kelompok Sophist. Sophist mempunyai satu kepercayaan yang meragui keupayaan akal-fikiran manusia untuk mencari dan mendapat kebenaran sepertimana yang di ajar oleh Plato. Hasilnya mereka juga turut meragui bahawa wujudnya hakikat kebenaran kepada sesuatu realiti.
Di kalangan kelompok Sophist ini, Protagoras merupakan salah seorang ahli falsafah yang terkenal yang mewakili aliran pemikiran ini pada waktu itu. Berlandaskan pemikiran falsafah Sophist ini, Protagoras mengatakan bahawa tidak ada cara untuk manusia mengenalpasti hakikat (kebenaran) sesuatu realiti, realiti mesti dikatakan mempunyai nilai (qualities) sepertimana yang dimahukan .
Hasil dari kefahaman ini mereka juga turut mengatakan bahawa semua peraturan, undang-undang dalam kehidupan seperti politik dan juga prinsip-prinsip moral yang wujud adalah relatif. Kebenaran bukan suatu yang mutlak dan malah boleh berubah bergantung kepada kepercayaan dan adat sesebuah kumpulan manusia.
Seterusnya wujud juga ahli Sophist yang agak radikal yang mengatakan seseorang hanya perlu mentaati atau mematuhi sesuatu peraturan sekira ianya menguntungkan untuk dirinya. Hatta mereka juga turut mengatakan bahawa kuasa yang ada pada seseorang boleh menjadikan sesuatu perkara (asalnya mungkin salah) benar atau-‘might makes right’. Dan bagi mereka undang-undang yang digubal hanya untuk melindungi kepentingan pihak pemerintah dan sesiapa yang berkuasa. Oleh itu mereka turut mengatakan bahawa hanya orang bodoh saja mematuhi undang-undang yang tidak mendatangkan faedah untuk dirinya.
Malaysia adalah di antara negara-negara di dunia yang mengamalkan system politik demokrasi. Antara ciri-ciri demokrasi yang digunapakai di Malaysia ialah sistem pilihanraya yang diadakan sekali dalam masa lima tahun. Sistem Pilihanraya ini diadakan bagi memboleh semua rakyat memilih secara bebas, telus dan adil calun-calun dari parti politik yang menjadi pilihan mereka ataupun calun bebas yang tidak mewakili mana-mana parti politik. Calun-calun ini dipilih bagi mewakili rakyat di dewan undangan negeri dan dewan rakyat.
Selain dari pilihanraya yang bebas dan adil, kita juga turut mengamalkan system pengasingan kuasa iaitu di antara legislative, judiciary dan eksekutif. Semua ini sepatutnya diikuti dan di patuhi bagi menjamin sesebuah negeri atau negara dapat ditadbir dengan adil, saksama dan sejahtera dengan berlandaskan kepada kebenaran dan prinsip-prisnip moral.
Hampir setiap lima tahun negara kita mengadakan pilihanraya umum (PRU) bagi memberi peluang kepada rakyat untuk memilih wakil mereka di DUN dan Dewan Rakyat. PRU ke 12 yang telah diadakan pada Mac 2008 telah mencatat beberapa sejarah menarik untuk tanah air kita. Antaranya tentu sekali kekalahan BN di Kedah, Perak, Pulau Pinang dan Selangor.
Seterusnya PRU ke 12 ini juga turut mencetuskan beberapa peristiwa yang menarik dan tak kurang juga yang tragis. Malah berbagai-bagai kemelut politik yang tercetus yang bagaikan tiada berkesudahan khususnya seperti di negeri Perak. Tentunya berbagai perbincangan, pandangan dan analisa untuk dilakukan sekurang untuk memahami semua kemelut ini.
Secara prinsipnya jikalau semua nilai kebenaran, prinsip moral dan peraturan dalam system politik demokrasi di hormati dan dipatuhi, kita yakin semua bahwa semua kemelut dan peristiwa-peristiwa yang tragis ini boleh dielakkan. Namun apa yang kita lihat wujud watak-watak seperti Protogaros-Sophist yang menjadi antara sebab kepada semua kemelut ini. Nilai kebenaran dan prinsip-prinsip moral sudah tidak dihormati dan tak dipatuhi. Malah nilai kebenaran dan prinsip-prinsip moral juga turut berubah bergantung kepada kepentingan pihak tertentu. Hasilnya juga sepertimana kita lihat satu demi satu peraturan atau ketetapan dalam system politik demokrasi terpaksa dikorbankan semata-mata demi untuk merealiasasi agenda politik masing-masing.
Dalam PRU 12, BN bukan setakat kalah di beberapa buah negeri tetapi turut juga kalah dalam beberapa pilihanraya kecil (PRK) yang diadakan selepas itu seperti di Permatang Pauh, Kuala Terangganu dan Bukit Gantang. Apa yang dapat di lihat dalam semua PRK ini, sokongan rakyat kepada BN sebenarnya semakin merosot sebaliknya PR menjadi pilihan rakyat contohnya di Kuala Terangganu apabila PR dapat mengalahkan BN di kawasan Parlimen yang telah dimenanginya semasa PRU 12.
Semua ini menyebabkan semua pemimpin dan penyokong PR berada dalam keadaan moral yang tinggi. Beberapa kenyataan yang dibuat oleh PR yang mengatakan beberapa orang ahli Parlimen BN akan lompat ke PR turut menambah lagi semangat dan moral dalam usaha mereka untuk mengambil-alih pemerintahan kerajaan persekutuan dari BN. Tarikh 16 September 2008 yang disasarkan untuk perkara ini berlaku seolah-olah akan menjadi kenyataan tanpa ada banyak masalah kecuali masalah teknikal yang kecil.
Walaupun perbuatan melompat parti ini tidak menjadi kesalahan dari segi undang-undang tetapi tetap menyalahi prinsip-prinsip moral dalam system politik demokrasi kerana secara prinsipnya seseorang seorang calun (parti politik) sebenarnya mewakili semua ahli dari parti politiknya bukan dirinya. Oleh itu jika dia mengambil keputusan untuk melompat parti selepas memenangi pililhanraya lebih-lebih kepada parti lawannya, dia sebenarnya telah mengkhianati amanah dan kepercayaan yang diberi oleh ahli dan partinya.
Dalam keghairahan PR untuk mengambilalih pemerintahan kerajaan persekutuan, perbuatan melompat parti ini sudah tidak dikira sebagai sesuatu yang tidak bermoral yang mesti dihentikan tetapi sesuatu yang mesti diraikan dan disokong.
PR mungkin boleh membenarkan perkara ini dengan mengatakan bahawa bahwa perpindahan yang akan dilakukan ahli Parlimen BN sesuatu yang betul kerana ingin berpindah dari buruk kepada baik dan tiada sogokan atau habuan tertentu dibuat kepada ahli Parlimen yang ingin melompat. Ini tentu sekali berdasarkan kepada prestasi pemerintahan BN yang semakin bertambah buruk seperti gejalah rasuah yang seperti sudah tidak dapat dibendung. Tetapi dalam pada masa yang sama untuk mengatakan secara pasti pemeritahan PR akan menjadi lebih baik merupakan satu perkara yang mestikan dibuktikan dahulu.
Namun begitu apa yang menariknya disini ialah kita juga dapat lihat perbuatan melompat parti itu boleh mempunyai nilai yang berbeza malah bertentangan bergantung kepada keadaan yang tertentu. Sebagai contoh dalam kes di Perak secara khususnya apabila semua wakil rakyat PKR dan DAP diminta menandatangani satu surat akujanji yang tak bertarikh yang antara lain mengatakan bahawa kerusi yang telah dimenangi akan dikosongkan sekiranya mereka melompat atau keluar parti. Malah secara umum PAS pula mempunyai peraturan yang lebih tegas kepada semua wakil rakyatnya sekiranya mereka berpaling tadah atau melompat parti. Jelas perbuatan melompat parti dalam keadaan ini mempunyai nilai yang berbeza iaitu sesuatu yang tak bermoral, salah dan mesti di hentikan.
Sepertimana yang diketahui peralihan kuasa yang diwar-warkan oleh PR yang sepatutnya berlaku pada 16 September tidak menjadi kenyatan. Namun begitu sesuatu yang boleh mengembirakan PR iaitu apabila ADUN Bota, Dato’ Nasarudin Hashim, mengisytiharkan untuk keluar dari UMNO dan menyertai PKR pada 25 Januari 2009.
Tetapi senyum dan gembira ini tidak lama kerana berbagai kemelut yang berlaku di Perak hingga akhirnya dua orang ADUN PKR, Osman Jailu (ADUN Changkat Jering) dan Jamaludin Mohd Radzi (ADUN Behrang), dan seorang lagi ADUN DAP, Hee Yit Foong (ADUN Jelapang), mengisytiharkan untuk keluar dari parti masing-masing. Dan mereka bertiga pula kemudian mengambil pendirian untuk menyokong BN. Keadaan menjadi bertambah gawat untuk PR apabila Dato’ Nasarudin pula mengumumkan untuk kembali kepangkuan UMNO.
Bermacam-macam pendapat dan komen diberi dalam usaha untuk memahami krisis politik di Perak ini. Antaranya ialah dua ADUN PKR, Osman dan Jamaludin, terpaksa melompat parti kerana tekanan yang diterima dan masalah peribadi mereka. Ataupun adakah perbuatan Dato’ Nasaruddin ini ikhlas atau hanya sebahagian dari permaianan politik BN iaitu sebagai umpan kepada PR Perak. Tetapi yang jelas BN telah mengunakan kaedah melompat parti ini untuk menguasai Dun Perak tanpa menghirau isu moral lagi.
Dalam kedua-dua kes iaitu PR untuk menguasai kerajaan Persekutuan dan BN untuk menguasai DUN Perak, kaedah melompat parti menjadi senjata ampuh untuk mencapai agenda politik masing-masing. Dalam kedua-kedua kes ini prinsip-prinsip moral dalam demokrasi telah dilupakan atau terpaksa di korbankan kerana ianya tak menguntungkan parti politik masing-masing.
Oleh itu ianya sama seperti pemikiran Protogaros -Sophist iaitu prinsip moral atau sesuatu peraturan tak perlu di ikuti sekiranya tak menguntungkan. Persoalannya tidakkah permikiran dan perbuatan sebegini boleh membahayakan system demokrasi di negara ini. Bagaimana mungkin kita boleh menwujudkan satu pemerintahan yang stabil dan mantap apabila kita tidak langsung memperdulikan tentang soal kebenaran dan prinsip-prinsip moral dalam memilih pemerintah.
Namun begitu pemikiran ala Protogaros ini tak berhenti setakat ini sahaja, malah krisis politik Perak juga turut menyaksikan kepada kita bahawa ketetapan atau peraturan dalam system demokrasi negara kita juga tak dihormati dan tak dipatuhi.
Dalam system politik demokrasi di Malaysia Speaker yang telah dilantik secara sah adalah kuasa tertinggi dalam DUN dan segala perintahnya mesti dipatuhi semua ahli DUN samada dari PR atau BN. Inilah peraturan yang mesti dipatuhi untuk memastikan system politik demokrasi di Malaysia terus hidup dan memberi manafaat kepada rakyat.
Bagi mengatasi krisis politik di Perak, V Sivakumar, Speaker DUN Perak, telah membuat keputusan supaya DUN Perak di bubarkan. Keputusan ini dibuat bagi memberi kuasa kepada rakyat untuk memilih kepimpinan baru negeri Perak setelah tiada siapa lagi, PR dan BN, mempunyai majority di DUN berikutan 3 kerusi di DUN berkenaan disitiharkan kosong setelah 3 ADUN berkenaan keluar parti (berdasarkan kepada surat akujanji yang di tandatangani mereka bahawa iaitu kerusi mereka di DUN akan dikosongkan sekiranya mereka melompat parti)
Tetapi BN Perak tetap mengatakan mereka mempunyai majority di DUN berdasarkan sokongan yang diberi oleh 3 bekas ADUN PR (yang melompat parti) dan seterusnya layak memimpin kerajaan Negeri Perak. Dalam kes ini mungkin sesuatu yang kurang bijak untuk BN mematuhi keputusan DUN Perak ini kerana kalau pilihanraya semula diadakan belum tentu akan di menangi oleh BN.
Walau apa-apa pun perbuatan ini tetap bertentangan dengan keputusan dibuat Speaker DUN Perak supaya DUN dibubarkan. Oleh itu BN Perak bukan sekadar tidak menghormati prinsip moral dengan mengunakan kaedah melompat parti tetapi juga kegagalan BN Perak untuk mematuhi perintah speaker DUN Perak ini jelas melanggari ketetapan atau peraturan dalam system politik demokrasi Malaysia.
Dalam system politik Demokrasi di Malaysia pula seperti termaktub dalam perlembagaan persekutuan dalam artikel 72 yang menetapkan bahawa keabsahan persidangan di Dewan Undangan tidak boleh dipersoalkan oleh mana-mana mahkamah. Ini jelas untuk memastikan prinsip pengasingan kuasa diantara legislative, eksekutif dan judisri.
Malangnya BN Perak juga telah gagal memghormati prinsip demokrasi ini bila mengheret mahkamah dalam urusan DUN Perak antaranya dalam kes pergantungan Dr. Zambry dan enam orang ADUN BN oleh Speaker DUN Perak yang dipertikaikan oleh BN Perak sebagai tidak sah.
Dalam hal ini juga, dari sudut yang lain, BN dengan kuasa yang ada, juga dilihat cuba mengunakan mahkamah untuk menghalalkan segala tindakan yang telah melanggar prinsip-prinsip demokrasi di Perak khususnya. Tidakkah perbuatan ini juga sama dengan pemikiran Protogaras - Sophist iaitu–‘ might makes rights’.
Apa yang berlaku dalam DUN Perak pada 7 Mei merupakan satu titik hitam dalam sejarah demokrasi di Malaysia. Kekerasan turut digunakan dalam usaha untuk mencapai matlamat. Amat malang bagi demokrasi di Perak bila V Sivakumar, Speaker DUN Perak, di angkat, diheret dan dikurung dengan tanpa ada rasa belas-kasihan oleh pihak tertentu dalam usaha untuk melantik Speaker yang baru yang di sokong oleh BN. Terdapat juga beberapa orang ADUN PR yang dikasari oleh kumpulan orang tertentu dalam sidang DUN yang sama.
Kini watak Protogaros telah bertukar menjadi seperti Caesar Borgia, watak seorang hero dalam sebuah buku bertajuk “The Prince” yang ditulis oleh Machiavelli. Buku ini mengisahkan Ceasar Borgia yang bercita-cita besar untuk menjadi pemimpin yang berkuasa dengan mengguna apa cara sekalipun termasuklah menipu, kekerasan dan hatta membunuh. Melalui buku ini, Machiavelli yang lahir di Itali pada tahun 1469, telah mengajar satu seni politik iaitu dalam berpolitik matlamat boleh menghalalkan cara, walaupun cara yang digunakan jelas bertentangan dengan kebenaran dan prinsip-prinsip moral.
Persoalannya mestikah kita menguna cara-cara sebegini ini secara sedar ataupun tidak semata-mata untuk mencapai agenda politik masing-masing. Tidakkah nanti rakyat akan hilang kepercayaan terhadap amalan demokrasi di negara ini sekiranya cara Protogaros atau kaedah Machiavelli terus menjadi pilihan untuk mengekalkan kuasa atau untuk berkuasa.
Mungkinkah juga sekiranya banyak pemimpin kita terutama sekali yang rasuah dan korup yang lahir dengan cara-cara tak bermoral ini mendorong rakyat kearah mempercayai system anarchism- satu lagi doktrin politik yang menganggap kerajaan dan undang-undang negara sesuatu yang tidak diperlukan malah dalam keadaan tertentu menjadi zalim dan tidak berlaku adil. Seterusnya amat malang juga jikalau rakyat memilih kaedah revolusi untuk menjatuhkan sesebuah kerajaan dan bukan melalui amalan demokrasi. Tentu sekali majoriti daripada rakyat Malaysia tidak bersedia untuk menerima keadaan seperti ini.
Kembali melihat scenario politik negara secara umum, kita masih boleh memperbaiki system politik demokrasi yang sedia ada. Antaranya kembali berusaha menghormati kebenaran dan prinsip-prinsip moral dalam berpolitik. Bagi PR, masa yang ada cuba gunakan untuk memberi khidmat yang terbaik kepada rakyat terutama sekali di negeri-negeri yang dikuasai oleh PR dengan telus dan ikhlas. Jangan korbankan kebenaran dan prinsip-prinsip moral semata-mata inginkan kemenangan yang cepat seperti dalam kes 16 September. Seterusnya cuba memperkukuhkan PR demi mengwujudkan satu pakatan yang mantap terutama sekali di berbagai kaum dan aliran pemikiran. Sebenar inilah asset yang amat berharga untuk PR.
Tidak dapat dinafikan bahawa BN khususnya UMNO, banyak telah berjasa kepada orang Melayu. Oleh sebab itu UMNO masih kuat berpaut di hati sebahagian orang Melayu.
Namun untuk BN terus jadi relevan, mereka memerlukan taubat nasuha politik. Mula-mula sekali mesti mengakui segala kesilapan yang telah lalu, menyesali segala tindakan tersebut dan berazam tidak akan mengulangi semua tindakan itu. Buang semua sifat-sifat yang dianggap kejam atau buruk oleh rakyat seperti akta ISA dan amalan rasuah politik wang. Kembali menghormati amalan demokrasi yang sihat serta menghormati prinsip –prinsip moral.
Jika ini dapat dilakukan tak mustahil suatu masa nanti negara kita mempunyai parti- parti politik yang senantiasa berjuang diatas landasan yang benar dan seterusnya senantiasa bersaing untuk menawarkan khidmat yang terbaik untuk rakyat. Pada masa itu rakyat bukan lagi memilih antara baik dengan buruk tetapi memilih yang terbaik di antara yang baik.
Tetapi satu persoalan yang mungkin ditanya- Adakah ini mampu dicapai ataupun kita hanya bermimpi disiang hari? Ini disebabkan dalam politik ada pula ‘real politik’. Real politik merupakan satu lagi fahaman dan amalan atau politik yang mula berkembang pada pertengahan abad ke-19 akibat dari pengaruh kemajuan ilmu sains dan teknologi moden pada masa itu. Dalam amalan real politik, kaedah praktikal sangat diutamakan dalam mencapai sesuatu agenda politik. Tetapi masalahnya dengan amalan real politik ini pula ialah dengan adanya pengaruh kebendaan yang kuat dan lemah keimanan dalam agama, semua idealisma dalam teori politik (yang baik) mudah di lupakan malah mungkin terpaksa dikorbankan demi mencapai kehendak politik masing-masing.
Hasilnya kita kembali kepada seperti fahaman Protogaros iaitu kebenaran dan prinsip moral merupakan sesuatu yang relative dan tak perlu diikuti sekiranya tak menguntungkan. Persoalannya dengan mengetahui betapa pentingnya kebenaran dan prinsip moral terhadap manusia terutama sekali dalam konteks Islam dan orang Islam, sanggupkah kita korbankan semua ini semata-mata ingin untuk mencapai kuasa politik.
Oleh itu satu soalan yang mesti dijawab secara jujur dan ikhlas oleh BN dan PR: Mestikah kita menjadi seperti Protogaros?