Sabtu, 17 Oktober 2009

Merakyatkan umno atau melembukan umno...


Umno akan merancang kursus intensif kepada akar umbi Umno di peringkat bahagian dan negeri bagi memastikan kemenangan Umno dan Barisan Nasional dalam pilihan raya umum akan datang, kata Naib Presiden Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid yang juga pengerusi biro latihan Umno berkata Umno akan menyediakan tiga kursus di peringkat nasional, 13 kursus di peringkat bahagian dan 13 kursus lanjutan dan motivasi untuk memperkuatkan parti

"Ia bertujuan untuk BN dan Umno menang besar dalam pilihan raya dan merakyatkan Umno, seterusnya dapat memenangkan Umno dalam pilihnaryaa sekaligus menjulang Umno brdasarkan konsep 1Malaysia," katanya ketika mengggulung perbahasan di perhimpunan agung Umno di PWTC di ibunegara hari ini.

Katanya, kursus tersebut adalah berdasarkan kepada kursus di Janda Baik akhir bulan lalu, di mana pemimpin parti menyatakan ikrar dan bai'ah yang sokongan kepada Presiden Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Dalam kursus itu dilihat berkesan kerana memperkukuhkan semangat kekitaan dalam Wanita, Pemuda, dan Puteri yang memberi sokongan kepada pucuk pimpinan parti.

Menurut Zahid kursus tersebut juga dilihat memartabatkan pengurusan untuk memenangi dua pertiga majoriti seterusnya merampaskan kembali negeri-negeri yang terlepas daripada tangan BN.

Seterusnya ia juga turut merampas kerusi kerusi DUN dan Parlimen, tambahnya.

Ahmad Zahid yang juga menteri pertahanan berkata beliau berjanji akan menjadi kebajikan seluruh anggota tentera termasuk anggota veteran.

Beliau juga menyifatkan PAS telah memanipulasi isu undi pos dalam pilihan raya kecil DUN bagan Pinang kerana kerkeringan isu untuk berkempen.

Tuduhan mereka bahawa anggota tentera seperti "kerbau dicucuk hidung, merupakan satu penghinaan kepada pegawai tentera di Malaysia", tambah Ahmad Zahid.

Penjelasan Zaid Ibrahim Bercuti 6 Bulan, Tumpu Perkukuh Platform PR


Mantan Menteri Undang-Undang, Zaid Ibrahim mahu menumpu sepenuh perhatian merumuskan platform asas untuk Pakatan Rakyat sempena Persidangan Pakatan Rakyat Disember depan.

Sehubungan itu, Zaid memohon cuti enam bulan dari PKR supaya beliau tidak dikekang dari hal ehwal politik.

“Fokus saya sekarang adalah membantu Pakatan Rakyat di mana saya untuk merangka dasar-dasar dan memastikan tidak wujud perbezaan di dalam PR,” katanya.

Zaid telah menghantar surat rasmi menjelaskan hasrat ini kepada Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat Salehuddin Hashim.

Mantan Menteri Umno itu dibawa masuk Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim awal tahun ini. Beliau diberi tanggungjawab untuk merumuskan platform PR menghadapi pilihanraya umum ke-13, dengan matlamat merampas Putrajaya dari Umno-BN.

Zaid berkata platform PR kini berada di peringkat terakhir dan draf akan dihantar kepada pimpinan kanan PKR, DAP dan Pas minggu hadapan.

Beliau berharap Persidangan PR nanti meluluskan usul tersebut.

Di ruang maya, Zaid berkata menghadapi tentangan dari kelompok tertentu dalam PKR,
beliau menafikan desas-desus perseteruan dengan mana-mana pihak.

Sementara itu, pejabat setiausaha Agung PKR mengesahkan menerima surat bercuti daripada Zaid. -TVS





Pemimpin UTAMA pas lupa diri ?

 TERLALU banyak tumpuan dan ulasan yang diberi bila UMNO cuba membuat sesuatu perubahan.Apa sahaja idea bagi memperkasakan UMNO dimatahati pengundi akan diulas dan dicari kekurangannya untuk memperlihatkan bahawa UMNO hanya pandai berteori dan reotorik semata mata.

Hasilnya UMNO yang mula belajar dari kesilapan semakin berjaya menambat semula hati pengundi pengundi walaupun setengahnya dilakukan secara magic yang penuh dengan penipuan.

Malangnya kita yang asyik terpukau mengulas bagi menunjukkan bahawa UMNO sebenarnya tdak mampu berubah tidak menyedari bahawa kita sendiri yang perlu berubah.Kita sendiri gagal untuk mengesan dimana kekurangan kita yang memungkinkan kita ditolak sebagai pilihan kedua kepada UMNO.

Politik sebenar kita yang punya dua wajah masih belum disatukan.Bercakap dan berkuliah dengan nada yang berlainan tadkirah disurau dan berceramah dipentas politik olih orang yang sama menjadikan setengah pengundi bingong memikirkannya.

Sewaktu UMNO dihentam habis habisan kerana gagal memahami Islam,kita berdakap dan berpelok dengan PKR yang punya ideologi yang seakan sama dengan UMNO.
Untuk memimpikan kekuasaan politik nasional sebenarnya kita wajar melakukan lampau apa yang telah kita lakukan sebelum ini.Hujah hujah memperlekehkan keIslaman orang lain sudah lapok untuk diterima olih manusia Islam dizaman ini.

Kejujuran persahabatan juga sering meragukan.Kita tanpa segan silu bertempik untuk menunjukkan akulah jagohan partiku dengan menghentam sesama kawan dalam media terbuka jika apa yang dilakukan tidak menepati keinginan dan harapan kita.

-*Ahli PAS 518250

Najib, ‘kelucahan ringan’ dan rasuah Umno — H Fansuri


OKT 17 — Bahasa-bahasa pertuturan Melayu selalunya mencerminkan adab dan budi pekerti yang tinggi. Kita sering mengguna istilah berlapik untuk menyebutkan sesuatu khasnya yang melibatkan alat kelamin, sama ada lelaki mahu pun wanita.
Tapi, Perhimpunan Agung Umno kali ini sekali lagi disulami gelak tawa, gara-gara Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak berhasil menyulam unsur kelucahan lewat ucapan penutupnya. Petang 16 Oktober menjadi saksi bahawa bukan sedikit kenyataan ini diulang-ulang oleh Najib Razak.
Antaranya, Najib kerap mengulang-ulang sebutan nama seorang pemimpin kulit hitam, bersama Nelson Mandela; pejuang Apartheid di Afrika yang bernama Dakote.
“Namanya D-A-K-O-T-E ...” Najib terdiam sejenak selesai dia mengeja abjad D-A-K-O-T-E satu-persatu sambil menanti reaksi para perwakilan. Tidak lama selepas itu meledaklah ketawa besar perwakilan setelah menyedari gurauan lucah itu.
Paling mengejutkan, Najib tergamak menyebutkan perkataan “anu” lelaki dengan jelas di hadapan orang-ramai secara langsung setelah didesak para perwakilan sendiri.
Najib boleh memilih untuk tidak menyebut atau boleh juga terus menyebut nama pemimpin itu sekali lalu dan terus merujuk kepada perjuangan menentang sistem yang tidak adil itu.
Jika Najib menyebut hal ini sekali lalu tanpa berniat menyerapkan unsur kelucahan dalam ucapannya para perwakilan pun tidak akan terikut-ikut rentak kelucahan itu dan mereka pun tidak terfikirkan hal kelucahan yang cuba digambarkan oleh Najib itu.

BATANG BERJUNTAI
Tapi, Najib tetap menyebutkan menyebutkan hal itu. Malah, dalam pilihan raya kecil di Batang Berjuntai, ucapan Najib turut mengheret pengertian batang berjuntai dengan alat kelamin lelaki dengan sengaja.
Kita pun tertanya-tanya, dalam fikiran Najib, ada apa yang berselirat dalam kepala dia sebenarnya selain komisen kapal selam Scorpene?
Dalam perhimpunan agung Umno tahun lalu Najib menyentuh sekilas hajatnya untuk nikah sekali lagi. Tetapi, malangnya, menurut kata Najib, “kilang lama” tidak mengizinkannya membuka “kilang baru”. “Kilang lama” merujuk Rosmah, sementara “kilang baru” merujuk isteri baru.
Dalam perkembangan lain, ketika menyentuh hal jenaka lucah bersama Datuk Ishak, Najib mengulas semula kenangan lalu bersama rakannya itu.
Kata Najib, jika ada letupan maka rakannya itu berpesan agar jaga “anu” masing-masing terlebih dahulu. Najib, sempat bergurau, iaitu dia rasa risau kalau-kalau rakannya menjaga anunya jika ada letupan itu. Tidaklah diketahui, adakah letupan itu seperti ledakan bom C4 bunyinya?
Terdahulu, dalam ucapannya, Ishak bercerita bahawa Najib pernah bertanya kepadanya setelah dengar letupan itu: “Ishak, apa kita nak buat?” Lalu soalan itu disambut Ishak, “... raba telur you.”
“Saya tanya, ada (anu) Datuk”?” kata Ishak kepada Najib. “Dia (Najib) menjawab ada (anu) Hak.”
Tambah Ishak lagi, gurauan itu beliau kemukakan sebagai alasan - bahawa menjadi suatu kewajipan untuk Perdana Menteri memiliki “anu”. Apa kes dan apa kejadahnya gurau-gurauan seperti ini?
Semua bentuk gurauan lucah seperti ini, walaupun masih tersirat, tapi ia mahu dibawa ke arah mana sebenarnya? Lawak Abu Nawas ada inti pengajaran juga. Lawak lucah Najib nak diambil pengajarannya daripada sudut mana agaknya? Najib Razak adalah anak Pahang, Ahli Parlimen Pekan.
Cukuplah dengan MB Pahang Adnan Yaakob yang membuat isyarat lucah secara terbuka dengan tangannya dalam salah satu kempen pilihan raya dulu. Tindakan itu, sudah cukup memalukan anak Pahang.
Najib juga turut merujuk program anjuran mereka yang dibuat di Kg Janda Baik berulang kali. Ada apa dengan Kg Janda Baik? Apakah Najib ada “seseorang” pula di sana?
“Janda..yang baik ...,” kata Najib lagi dengan lirik mata dan senyum simpul, seperti membayangkan ada kerakusan dan dahagakan ketawa, sorak-sorai hadirin perwakilan.

BORANG KEAHLIAN UMNO HILANG?
Tamat isu lucah. Timbul isu lain. Mutakhir ini, Umno ghairah menyebut bahawa parti itu mahu jadi sebuah parti inklusif. Ini menunjukkan, mereka tidak mahu lagi dilihat sebagai parti elit, lagi eksklusif.
Tapi, hakikatnya Najib sendiri terpaksa mengakui bahawa parti itu dahulunya pernah bersikap tidak meraikan orang-orang luar yang ingin menjadi ahli.
“Ada kes sampai hilang borang di pejabat,” kata Najib lagi. “Sampai tiga kali hilang borang untuk menjadi ahli Umno.”
Penyakit hilang borang ini rupa-rupanya menjadi masalah Umno yang berat juga. Apatah lagi, kesan wabak ini merayap lalu merebak ke kampus universiti.
Di kampus, masih kedengaran isu-isu seperti mahasiswa tidak dapat bertanding dalam pilihan raya kampus dengan sebab borang yang dijual amat mahal atau siswa gagal mendapatkan tandatangan dekan fakulti dalam borang tersebut.
Masa untuk Umno menilai semula sikapnya sudah tiba. Ketika Najib mengusulkan supaya sistem kuota dihapuskan sehinggalah ke tahap pemilihan Presiden Umno, beliau juga mesti selesaikan kes hilang borang ahli Umno termasuk kes siswa yang gagal bertanding dengan sebab gagal mendapat pengesahan, tandatangan dekan fakulti dalam borang.

ISA SAMAD DAN RAWATAN RASUAH YANG BERSIFAT EKSKLUSIF
Pendirian Umno tentang isu rasuah juga agak lemah. Pertamanya, Umno tidak mengguna kalimah rasuah sebaliknya “politik wang”. Istilah ini tidak tepat.
Jika sebelum ini Najib mahukan Umno menjadi sebuah parti inklusif, maka ia mestilah inklusif dari sudut pengertian rasuah juga.
Contohnya, jika seseorang yang bukan ahli Umno mengamalkan rasuah, maka mereka dihukum mengikut hukum negara. Sebaliknya, dalam kes Isa Samad, mantan MB Negri Sembilan itu hanya dihukum parti dan hukum negara tidak pula dihukum ke atasnya.
Rasuah di dalam Umno menjadi penyakit yang mana rawatannya bersifat eksklusif dan bukan inklusif. Ini bermakna, non-Umno akan dihukum negara, sebaliknya orang Umno itu akan dihukum parti. Hukuman ke atas “perasuah Umno” pun menjadi eksklusif.
Manakala hukuman ke atas “perasuah non-Umno” bersifat inklusif. Ini tidak adil. Najib perlu peka terhadap maksud inklusif dan eksklusif yang beliau maksudkan.
Jangan Najib hanya melihat isu inklusif ini cuma terhad kepada topik “outreach” untuk mendapatkan jumlah ahli Umno saja. Lalu, dalam hukuman ke atas Umno dan “non-Umno” masih lagi ada bezanya.
Umno, “parti Islam” yang tiada pendirian jelas mengenai isu rasuah
Umno sebagai “parti Islam” (kununnya “parti Islam” mengikut tafsiran Najib) tiada pendirian jelas ke atas penerima rasuah.
Walaupun Najib mengaku bahawa Umno adalah parti Islam, tapi parti tersebut bukan mengambil sumber agama sebagai suatu hukuman yang jelas, khasnya yang berhubung dengan jenayah rasuah ini.
Hadis nabi menyebut bahawa “perasuah” dan “penerima rasuah”, (ar-Rasyi wal Murtasyi) kedua-duanya berada dalam neraka. Ini bermakna, Islam melihat kedua-duanya adalah penjenayah. Maka, untuk itu, kedua-dua mereka (Rasyi, perasuah dan Murtasyi, penerima rasuah) wajib dihukum.
Tetapi Umno cuma hukum “perasuah”, manakala “penerima rasuah” tidak dihukum. Di situlah kesilapan Umno. Hukum hakam ekonomi berfatwa, “Di mana ada permintaan, maka di situ ada penawaran.” Pasaran industri rasuah ini boleh dikembangkan lagi dengan hukum hakam, fatwa sebegini...
“Di mana ada perasuah, maka di situlah akan ada penerima rasuah, di mana ada permintaan untuk dirasuah, maka di situ juga akan ada penawaran untuk merasuah.”
Tetapi, sekali lagi, Umno hanya menghukum perasuah seperti Isa Samad dan mereka tidak menghukum “penerima rasuah” daripada Isa. Inilah masalah besar “parti Islam” Umno.
Pada 16 Oktober lalu, ketika Najib berkata, bahawa bahawa Isa Samad itu telah insaf, dan kembali ke pangkal jalan serta tidak mengkhianati parti, para perwakilan itu pun bertepuk tangan dengan gembira, dan raikan dengan penuh rasa terharu bersarang di dada.
Nanti dulu... para perwakilan itu mungkin bertepuk tangan kerana terharu dengan sebab Isa Samad sangat setia kepada partinya.
Tetapi, antara perwakilan itu, ada juga barisan penjenayah yang telah menerima suapan demi suapan sebelum ini. Mereka ini bukan cuma menerima suapan Isa malah menerima suapan daripada calon-calon para pimpinan Umno sebelum ini.
Jadi, ketika para perwakilan Umno bertepuk tangan tatkala Najib berkata Isa telah pun kembali ke ribaan parti, maka penjenayah (penerima rasuah) ini bertepuk tangan kerana gembira. Dan, gembira mereka ini perlu dibedah siasat dalam banyak tafsiran juga.
Para perwakilan (penjenayah - penerima rasuah) yang bertepuk tangan kerana gembira sebab terharu terhadap kesetiaan Isa itu, menghadapi sindrom tahap bengap yang keterlaluan. Bani Murtasyi yang pertama ini perlukan suntikan ilmu, hikmah, kebenaran dan perlu mendidik mereka dengan sabar.
Yang paling “cerdik” ialah para perwakilan (penjenayah, penerima rasuah) yang gembira kerana Isa (mantan perasuah) telah kembali pangkuan parti rasuah. Mereka ini geliga, amat berkualiti dalam melakukan kejahatan demi kejahatan yang berkesinambungan tanpa titik noktahnya.
Setiap iringan tepuk tangan mereka sungguh dalam maknanya. Mereka tahu perasuah boleh berterusan merasuah dan perasuah adalah sumber wang Umno. Isa, mungkin terus beri wang, projek melimpah-ruah dan mencurah-curah dalam poket, kantung mereka.
Para perwakilan Bani Murtasyi kedua (penjenayah-penerima rasuah) inilah yang mungkin tepuk tangan dengan girang, gembira meraikan kehadiran semula Isa dalam Umno. Mungkin mereka ini yang paling banyak terima habuan rasuah Isa sebelum ini? Bagaimanapun, mereka akan selamat daripada Najib. — harakahdaily.net

Doktrin bekas tokoh Umno wajar dijadikan rujukan perkasa jati diri, perjuangan — Kamal Ahmad

OKT 17 — Beri tiap seorang ahli Umno naskhah teks ucapan penting tokoh dan pemimpin parti kerana di dalamnya terkandung aspirasi perjuangan Melayu. Contoh, ucaptama bekas Presiden Umno, Allahyarham Tun Razak Hussein, ketika merasmikan Perhimpunan Agung Umno pada 29 Jun 1974 antara lain berkata: “... seperti saya sebutkan tadi, sejak tumbuhnya kesedaran baru di peringkat bahagian, nampak telah ada bermacam-macam taktik yang dilakukan oleh golongan kecil untuk merebut kuasa.”
Kemudian ada saranan lagi supaya setiap ahli Umno mesti membaca naskhah Revolusi Mental kerana di situ terkandung aspirasi perjuangan Melayu garapan Allahyarham Datuk Senu Abdul Rahman pada 1970. Orang Melayu juga jangan tidak membaca dan menghayati “Malay Dilemma” cetusan Tun Dr Mahathir Mohamad.
Pemikiran antaranya oleh tiga tokoh Umno itu jelas memperlihatkan keupayaan mereka melihat jauh ke hadapan sebahagian cabaran besar bakal dihadapi parti, orang Melayu, bangsa dan negara yang melampaui masa. Dengan membaca naskhah itu, Umno mampu mengesan antara lain “sesuatu mesej atau amaran” lebih awal sekali gus menghindarkan ia berlaku. Contoh, amaran Allahyarham Tun Razak mengenai “kelompok yang mahu merebut kuasa” adalah pada 1974 dan terbukti Umno mula diancam politik wang 13 tahun kemudian.
Apabila Datuk Seri Najib Razak, semalam menyatakan satu lagi peringatan “Umno perlu berubah untuk meyakinkan rakyat untuk menerima semula mereka” maka malang parti dan Melayu jika ia cuma disedari dan diinsafi 10 tahun akan datang. Sebaliknya, transformasi yang dilakukan Najib hari ini adalah akibat Umno — sama ada tidak sedar, lupa, lalai, mengabai atau ingkar peringatan ayahanda beliau pada 1974.
Gejala “kelompok kecil yang mahu merebut kuasa” yang dikesan Presiden Umno kedua itu akhirnya menyebabkan Umno berkudis pada 1987 bertukar menjadi barah yang hampir meragut nyawa parti pada 1988 apabila diharamkan. Umno bingkas semula selepas itu tetapi barah bernanah kembali pada 1997 dan pada 2008 Umno hampir dibacakan talkin apabila Barisan Nasional (BN) hanya meraih 50.28 peratus undi pada Pilihan Raya Umum Ke-12.
Jelas, sejarah adalah guru selain pedoman, peringatan dan perbandingan. Tetapi apabila tidak dihayati, sejarah hitam akan berulang dan terus berulang seperti dialami Umno bagi tempoh purata 10 tahun sekali bagi tempoh 1987-2008 itu. Apakah Umno masih tidak sedar, insaf dan enggan kembali ke pangkal jalan selepas empat sejarah hitam berturut-turut itu? Semua ini gara-gara Umno lupa sejarah.
Mereka lupa, naskhah teks ucapan tokoh Umno juga sejarah. Ia mungkin dokumen lusuh tetapi inti patinya guru, nasihat dan peringatan yang boleh menyelamatkan parti, bangsa, agama serta negara. Pemikiran tokoh Umno boleh dirumuskan sebagai “doktrin” untuk memperkasakan jati diri ahli yang kian luntur dan lesu jika pemikiran mereka diterapkan berterusan dalam diri setiap ahli.
Namun semua pencernaan pemikiran tokoh itu mesti berlandaskan al-Quran. Semalam, simbolik kepada maksud ini ialah tiap seorang perwakilan perhimpunan agung Umno diberi senaskhah kitab suci itu berserta terjemahan. Tetapi naskhah kitab itu bukan untuk dipamer dalam rak buku atau diletak di sudut meja bacaan.
Sebaliknya, ahli Umno mesti membaca, memahami isi dan diamalkan sebagai teras perjuangan parti. Dan, bukankah al-Quran antara lain mengandungi sejarah yang mesti menjadi peringatan dan panduan umat manusia? Sejarah dalam al-Quran menjadi teras membina kekuatan ummah dan naskhah pemikiran pemimpin Umno yang turut dikategorikan sebagai sejarah juga boleh dijadikan rujukan untuk perkara sama.
Seorang penganalisis politik, Zainal Mohd Jais berkata, susulan selepas pindaan perlembagaan ialah memperkukuhkan jati diri Umno melalui proses membina dan menyuburkan nilai murni seperti program pengkaderan, yang diabaikan sekian lama. Akibat pengabaian itu, ahli hari ini kabur hala tuju parti dan tidak ramai pemimpin pelapis mampu diketengahkan.
Bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh, nampak proses transformasi parti di atas landasan betul.
“Presiden tahu apakah ramuan untuk Umno pulih semula dan ditransformasikan menjadi parti bermaruah serta diterima semula rakyat. Beliau turut menghuraikan ciri pemimpin - bersih, turun padang, mesra dan tidak bongkak,” katanya sambil menyifatkan yang kritikal sekarang ialah kemampuan ahli parti menterjemahkan perubahan itu.
Namun turut menjadi kebimbangan sekarang ialah “penggabungan kuasa dan undi” beberapa negeri yang mempunyai banyak bahagian untuk membentuk pakatan atau kroni politik. Contoh, kesepakatan pengundi tiga atau empat negeri yang disusun broker kuasa sudah mampu memberi kemenangan seseorang calon dengan majoriti minimum. Apakah andaian ini berlaku? Apakah akan wujud “jawatan baru” dalam slot melobi atau kempen ini dikenali sebagai “akauntan politik” yang akan membuat kira-kira terperinci berhubung jumlah undi dan andaian lain kerja itu dikaitkan dengan pengiraan sogokan.
Mengulas wujud pakatan antara negeri, Ketua Umno Bahagian Beaufort, Datuk Lajim Ukin, menggambarkan Sabah tetap menjadi simpanan tetap (fix deposit) BN tetapi kelebihan itu jangan dikaitkan dengan tanggapan buruk ada pemimpin di negeri berkenaan akan menjadi broker kuasa. Sebaliknya, sokongan kepada calon yang mahu bertanding jawatan dalam Majlis Tertinggi (MT) tetap bersandarkan kewibawaan, pengorbanan serta sejauh mana dia mendampingi rakyat.
Beliau juga menolak andaian Sabah mula “jual mahal” dengan statusnya kerana memiliki 25 bahagian Umno.
“Bagi saya, ‘demand’ itu tidak perlu dibuat secara terbuka tetapi akan meminta dengan cara berhemah. Cukuplah dengan BN terus memberi kuota jawatan menteri secara berterusan dan jangan sekadar memberi untuk mengambil hati apabila terdesak,” katanya.
Namun Lajim tetap insaf tuntutan itu perlu dipenuhi dengan pertimbangan sewajarnya oleh Umno negeri kerana menonjolkan calon semata-mata kerana mahu memenuhi kuota sedangkan dia tidak berwibawa, akhirnya merosakkan imej parti.
Umno juga mesti prihatin dengan kedudukan Sabah sebagai negeri yang luas. Ini antara lain menyebabkan proses mengundi tidak boleh dilakukan serentak seperti kemahuan pindaan. Negeri itu mempunyai banyak kawasan terpencil di darat mahupun di lautan. Justeru, ini memerlukan barisan Jawatankuasa Pemilihan Umno yang benar-benar cekap untuk menguruskan proses pemilihan tetap serentak seperti di Semenanjung.
Walau ada kekangan itu, Lajim tetap yakin proses demokrasi akan tetap berlaku pada Umno Sabah. “Kalau ahli Umno menerima saranan Presiden dan pemimpin Umno sanggup bertolak ansur, insya-Allah tidak ada masalah untuk BN menang besar dalam pilihan raya umum akan datang,” katanya.
Turut kritikal selepas pindaan ini ialah Umno tidak boleh berlengah sementara rakyat melihat parti itu sudah mahu berubah. Bertangguh atau lengah akan memburukkan keadaan kerana rakyat akan menuduh parti sebagai “cakap tidak serupa bikin” dan memang tidak mahu berubah. Ini kerana proses transformasi memakan masa dan melalui tempoh penyesuaian yang akan ada “kesakitan” sebelum memperoleh rentak dan keserasian.
“Yang penting ialah langkah susulan. Umno sudah sedia untuk bangkit dengan kekuatan baru,” kata Najib.
Minit dan rumusan perhimpunan semalam perlu dibawa segera kepada Jawatankuasa Pengurusan Umno untuk dicerna dan dibentang semula kepada Majlis Tertinggi (MT) Umno bagi diperhalusi sekali lagi sebelum dilaksanakan.
Pastinya, turut penting pemimpin MT perlu menemui kepemimpinan Umno negeri dan bahagian bagi memperincikan transformasi secara “first hand” sebelum diturunkan ke akar umbi.  — Berita Harian

Zaman Edan, Zaman Gila, Akhir Zaman...


Daripada Huzaifah bin AI-Yaman r.a. katanya, "Rasulullah s.a.w. pernah memberitahu kami dua buah hadis (mengenai dua kejadian yang akan berlaku). Yang pertama sudah saya lihat sedang yang kedua saya menanti-nantikannya. Rasulullah s.a.w. memberitahu bahawasanya amanat itu turun ke dalam lubuk hati orang-orang yang tertentu. Kemudian turunlah Al-­Qur'an. Maka orang-orang itu lalu mengetahuinya melalui panduan Al-Qur'an dan mengetahuinya melalui panduan As-Sunnah.

Selanjutnya Rasulullah s.a.w. menceritakan kepada kami tentang hilangnya amanah, Ialu beliau bersabda, "Seseorang itu tidur sekali tidur, lalu diambillah amanah itu dari dalam hatinya, kemudian tertinggallah bekasnya seperti bekas yang ringan sahaja. Kemudian ia tertidur pula, lalu diambillah amanah itu dari dalam hatinya, maka tinggallah bekasnya seperti lepuh di tangan (mengelembung di tangan dari bekas bekerja berat seperti menggunakan kapak atau cangkul). Jadi seperti bara api yang kau gillingkan dengan kaki mu, kemudian mengelembunglah ia dan engkau melihat ia meninggi, padahal tidak ada apa-apa". Ketika Rasulullah s.a.w. menceritakan hadis ini beliau mengambil sebiji batu kecil (batu kerikil) Ialu menggilingkannya dengan kakinya.

"Kemudian berpagi-pagi (jadiIah) orang ramai berjual beli, maka hampir sahaja tiada ada seorang juga pun yang suka menunaikan amanah, sampai dikatakan orang bahawasanya di kalangan Bani Fulan (di kampung yang tertentu) itu ada seorang yang sangat baik memegang amanah, sangat terpercaya dan orang ramai mengatakan, "Alangkah tekunnya dalam bekerja, alangkah indahnya pekerjaannya, alangkah pula cerdik otaknya. Padahal di dalam hatinya sudah tiada lagi keimanan sekali pun hanya seberat timbangan biji sawi."

"Maka sesungguhnya telah sampai masanya saya pun tidak memperdulikan manakah di antara kamu semua yang saya hendak bermubaya’ah (berjual beli). Jikalau ia seorang Islam, maka agamanyalah yang akan mengembalikan kepada ku (maksudnya agamanyalah yang dapat menahannya dari khianat).

Dan jikalau ia seorang Nashrani atau Yahudi, maka pihak yang bertugaslah yang akan menggembalikannya kepada ku (maksudnya jika dia seorang Nashrani atau Yahudi maka orang yang memegang kekuasaan / pemerintahlah yang dapat menbantu aku untuk mendapatkan semua hak-hak ku daripadanya.) Ada pun pada hari ini maka saya tidak pernah berjual beli dengan kamu semua kecuali dengan Fulan dan Fulan (orang-orang tertentu sahaja)".

H.R. Bukhari Muslim

Keterangan :

Hadis ini menunjukkan bahawa sifat amanah akan hilang secara beransur-ansur dan bilangan kaum Muslimin, sehinggalah sampai suatu saat nanti orang yang dianggap baik untuk menjaga amanat pun telah khianat pula.

Begitulah gambaran masyarakat kita hari ini. Ramai daripada kita terpedaya oleh seseorang yang pada zahirnya boleh memikul amanah, tetapi sebenarnya ia juga telah berlaku curang.

PERSOALAN MULA TIMBUL : SIAPAKAH PEMIMPIN YANG DIMAKSUDKAN OLEH BAGINDA NABI S.A.W? DILANTIK MENJADI PEMIMPIN WALAUPUN TIDAK AMANAH. KENAPA INI BOLEH BERLAKU? ADAKAH KITA YANG BERGELAR RAKYAT TELAH BUTA HATI UNTUK MEMILIH YANG MANA INTAN DAN YANG MANA KACA? FIKIR2KAN SAHABATKU...

-Pemuda PAS Kawasan Segamat

Kerajaan Umno-BN Terengganu Umpama ‘Bola’

HULU TERENGGANU – Ijtimak Kepimpinan PAS Terengganu yang bermula dengan program ceramah penerangan semalam akan menentukan samada kerajaan Umno-BN Terengganu kekal atau tumbang sebelum PRU13
http://www.buletinonline.net/images/stories/berita11/IMG_5764.JPGPesuruhjaya PAS Terengganu Dato’ Ustaz Harun Taib berkata Ijtimak Kepimpinan PAS Kali Ke 13 berlangsung dalam keadaan Umno-BN Terengganu terumbang-ambing.

”Kali ini kita berijtimak dalam keadaan Umno di negeri Terengganu ini ‘bergelisah’ kerana banyak perkara-kara yang berlaku,
(Gambar - Ustaz Harun menerima cenderahati sempena pembukaan Ijtimak Kepimpinan PAS Terengganu kali ke 13)

”bermula runtuhnya stadium, sampai baru-baru ini pula runtuh bumbung atap masjid, peristiwa-peristiwa yang berlaku mengajak kita merenung dan berfikir,

”apakah penyelewengan yang dilakukakn oleh Umno-BN Terengganu,”ujarnya ketika berucap dalam majlis ceramah di Manir, dekat sini semalam.

Menurutnya, antara penyelewengan yang ketara oleh Umno-BN Terengganu ialah mematikan sekolah-sekolah agama negeri dengan menyerahkan pentadbirannya kepada kerajaan pusat.

Katanya, Umno sebenarnya berada dalam keadaan gelisah, kerana kerajaan yang ditubuhkan di negeri Terengganu adalah umpama ‘bola’.

”Kerajaan umno-BN negeri Terengganu boleh dibandingkan seperti bola, bererti boleh ditendang ke sana dan ke sini,

”Ia duduk diatas belas kasihan PAS, mana-mana pihak dari Umno (Terengganu), perlu pendirian dan sikap dari PAS,”jelas beliau yang juga Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat.

Justeru, beliau berkata, Ijtimak kepimpinan PAS Terengganu yang bermula esok akan menentukan halatuju politik negeri Terengganu.

”Kita akan bahaskan dan bincangkan, bagaimanakah langkah-langkah yang perlu kita ambil, untuk menjadikan samada kerajaan ini (Umno-BN) kekal sehingga pilihanraya akan datang,

”atau kerajaan ini boleh ditumbangkan sebelum daripada pilihanraya ke 13 akan datang,”kata Ustaz Harun.




Janji Palsu BN Untuk Rakyat


Barisan Nasional sering menipu rakyat dengan pelbagai projek dan kemewahan dan pada masa yang sama terus menindas rakyat. Di bawah adalah beberapa bukti yang ditaburkan oleh BN ketika berkempen. Janji-janji manisnya tidak ubah seperti dulu, kini dan selamanya sehinggakan ia tumbang.


Dalam gambar di atas, menunjukkan bahawa barang siapa bersama BN maka mereka akan berasa aman. Aman ke? Semenjak pemerintahan BN keadaan negara menjadi huru-hara dan pecah belah kaum menjadi-jadi. Gambar di atas juga menunjukkan kalau tiada Tuhan pun tidak apa asalkan ada BN. Sebab BN boleh bagi aman sehingga 63 tahun. Apa yang ditabur oleh BN adalah berlawanan sebenarnya. Aman itu bermaksud huru hara untuk rakyat.


Gambar ini menunjukkan bahawa hanya BN boleh memberi pembangunan rakyat. Jika rakyat mahukan pembangunan maka pilihlah BN. Dalam gambar di atas juga menunjukkan ‘Beri Bukti Bukan Janji’ adalah satu-satunya sifat BN yang riak serta rakus. Beri bukti mempunyai istilah yang tersirat bagi BN. Semua yang diberikan adalah berlawanan dengan rakyat. BN boleh beri apa jua pembangunan namun sejauh manakah pembangunan itu bertahan untuk rakyat? Dengan pembangunan jugalah rakyat ditipu oleh BN.


Gambar di atas memberi mesej bahawa rakyat dan pemimpin bersatu. Bersatu jenis manakah yang dimahukan oleh BN?adakah bersatu itu wujud sekirnya pemimpin sahaja yang senang-lenang dan pada masa yang sama rakyat menggelupur kesusahan. Manifesto ini khas untuk pilihan raya sahaja dan selepas pilihan raya akan jadi pemimpin adalah pemimpin dan rakyat adalah rakyat. Pemimpin BN tidak akan bersatu dengan rakyat jika mereka sahaja yang menikmati kesenangan malahan dibiarkan rakyat menderita.


Ayuh undilah BN jika mahu merana. Kepada yang tidak sedar akan kerakusan BN, maka bukalah mata anda sekarang sebelum Ia jadi mainan orang BN yang tidak bertanggungjawab.

Kekalahan di Bagan Pinang… Ulasan Tak Bijak Mustafa Ali...!!! Sayang PAS mempunyai S/U Agung standard ini.




‘Power Base’ PAS Lemah di Bagan Pinang, Undi Pos ‘Pengelat’
Oleh : Wartawan Buletin Online

HULU TERENGGANU – PAS memang telah menduga kekalahan yang akan dialaminya pada Pilihnaraya Kecil (PRK) DUN Bagan Pinang berdasarkan kekuatan dan kelemahan serta faktor-faktor luaran dan dalaman.

Faktor-faktor luaran menyebabkan PAS kalah adalah kerana BN menggunakan seluruh kekuatan jentera termasuk jentera kerajaan bagi memastikan ’kubu kuatnya’ itu tidak terlepas kepada Pakatan Rakyat.

Manakala faktor dalaman adalah kelemahan PAS sendiri dimana ’asas kekuatan’ (power base) PAS di DUN Bagan Pinang adalah begitu lemah.

Namun begitu, Setiausaha Agung PAS, Dato’ Mustafa Ali berkata dari segi rekod pilihanraya kecil yang telah berlalu, sehingga kini, Pakatan Rakyat mendahului BN, termasuk rekod kebolehupayaan Pakatan Rakyat merampas kerusi yang dimenangi oleh BN.

”Bagan Pinang ada lapan peti undi, ada empat cawangan PAS, (ada) satu peti undi itu tak ada cawangan PAS nak jaga,

”ahli PAS juga tidak ramai, kekuatan asas (power base) kita (PAS) tak kuat di Bagan Pinang,”katanya ketika berucap dalam majlis ceramah sempena Ijtimak Kepimpinan PAS Terengganu, di pekan Manir, semalam.

Menurutnya kebanyakkan ulasan yang dikemukakan, menyatakan sebab-sebab mengapa PAS kalah di Bagan Pinang, adalah tidak tepat.

Katanya, sejak awal PAS masuk PRK Bagan Pinang sebagai ’underdog’ kerana PAS sedar akan kelemahannya selain terdapat undi pos yang terlalu banyak.

Oleh itu, katanya, berkali-kali PAS telah berjumpa dengan SPR supaya pengundian pos, sekurang-kuranga dapat dilaksanakan secara lebih telus dan adil.

Namun, sebaliknya, kata beliau, perjalanan pengundian pos yang berlaku di Bagan Pinang diwarnai dengan penuh kecurigaan dan sikap ’pengelat’ SPR serta pihak berkuasa angkatan Tentera.

”Ertinya, hok (pengundian pos) dalam dewan, walaupun ada sikit-sikit (tidak puas hati), ia (tetap) tidak sama dengan pengundian yang berlaku di luar (pengundi biasa),

”didapati oleh ’polling agent’ kita, senarai yang dibekalkan oleh SPR sewaktu penamaan calon tidak sama dengan senarai yang digunakan pada hari pengundian,”katanya yang memanggil perbuatan tersebut sebagai ’sengelat’ atau ’pengelat’ (penipuan).

Ibrahim Ali timbang sertai semula UMNO



KUALA LUMPUR 16 Okt — Anggota Parlimen Pasir Mas Datuk Paduka Ibrahim Ali tidak menolak kemungkinan menyertai semula Umno jika perubahan yang dituntut oleh pucuk pimpinan parti itu berjaya diterjemahkan untuk membela serta melindungi nasib kaum Melayu dan Peribumi.
"Kalau Umno berubah dengan apa yang dituntut Presiden (Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak) dan Timbalan Presiden (Tan Sri Muhyiddin Yassin) itu berjaya diterjemahkan, mesti saya minat untuk bersama Umno, tapi bukan dalam masa terdekat,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Ibrahim yang juga anggota Parlimen Bebas dan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mengakui mempunyai dua sebab mengapa beliau kini lebih cenderung kepada Umno.
"Sebab pertama...peralihan pucuk pimpinan kepada Datuk Seri Najib manakala yang kedua sebab kesungguhan parti itu menjaga kepentingan orang Melayu,” katanya.
- BERNAMA