Jumaat, 16 Oktober 2009

Pemuda Umno tubuh 'bilik perang' pilihan raya

Pemuda Umno akan membentuk 'bilik perang' Pemuda untuk memenangi pilihan raya umum yang akan datang, kata Ketuanya, Khairy Jamaluddin.

Di samping itu, katanya, pergerakan itu akan menukar strateginya dalam menghadapi pembangkang dalam pilihan raya akan datang.

Katanya, setelah mengalami beberapa pilihan raya kecil, pergerakan itu akan mengambil pendekatan 'menyerang' pembangkang.

"Kita tidak biarkan lagi Umno dicerca, cuba menabur fitnah tanpa mengira dosa.

"Lihat di Bagan Pinang, mereka mengisytiharkan jihad, tetapi ahli Umno berada di barisan hadapan untuk menjaga maruah parti," katanya ketika menggulung perbahasan di perhimpunan agung Umno di PWTC petang ini.

Pemuda Umno juga, katanya, akan mengadakan permukiman dengan ketua dan naib ketua Pemuda bahagian sebelum akhir tahun ini untuk membentuk semangat berpasukan dalam parti.

"Dalam pilihanraya Manek Urai dan Bagan Pinang, kita menang di saluran muda (pengundi muda). Ini disebabkan gerak kerja yang mantap dan tersusun untuk menambah undi dari golongan pemuda," katanya.

"Kursus latihan itu untuk mencapai KPI (Kunci Indeks Pencapaian) yang ditentukan untuk menangkan selera anak muda," katanya.

Khairy berkata, pergerakan itu akan berkerjasama dengan biro politik yang diketuai oleh Naib Presiden Umno, Datuk Seri Zahid Hamidi untuk menggerakkan iltizam untuk mencapai misi menarik pengundi muda.

Katanya, beliau juga akan menerapkan budaya ikhlas bagi memupuk prinsip kesatuan fikiran, kesatuan matlamat, kesatuan hati dan kesatuan amal sepertimana yang digariskan oleh Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Khairy juga menyentuh mengenai cadangan Pemuda yang menitikberatkan golongan muda dengan mencadangkan kerajaan memberi insentif kepada golongan muda.

Ia termasuk memberikan bantuan kewangan untuk membeli rumah, memberi peluang pekerjaan dan pinjman kewangan termasuk menubuhkan Bank Belia.

Najib: Nasib saya kini di tangan ahli

Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak berkata nasibnya kini berada di tangan ahli-ahli parti ekoran pemansuhan kuota pencalonan untuk jawatan parti, termasuk jawatan presiden.

Ekoran pindaan perlembagaan parti itu semalam, kerusi presiden kini boleh dicabar oleh sesiapa saja yang dapat melepasi kelayakan minimum.

Katanya, mengikut peraturan pertandingan jawatan tersebut sebelum ini, seseorang calon perlu meraih sebanyak 58 pencalonan.

"Bukan mudah nak dapat 58 pencalonan bahagian. Bukan mudah... Biasanya nak dapat satu atau dua pun susah," katanya dalam ucapan penggulungan di perhimpunan parti itu petang ini.

"Nak jadi presiden sampai bila? Seumur hidup? Baik atau untung nasib saya, saya serahkan kepada ahli Umno," katanya lagi.

Tambahnya, semangat yang sama juga dikongsi bersama dengan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin

"Kita nak berkhidmat kepada parti selagi khidmat kita diperlukan ahli parti, dan khidmat kami dapat tentukan keberhasilan, kejayaan, dan pencapaian.

"Itulah yang jadi dorongan kami berdua dan rakan-rakan kami di atas ini untuk berkerja lebih keras lagi," katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjelaskan pendirikan kepimpinan parti itu dalam meminda perlembagaan parti melibatkan kuota pemilihan.

Najib juga berkata tindakan pemansuhan kuota itu juga bagi mengubah persepsi rakyat yang melihat pemimpin Umno sebagai 'ketua perang' (warlord).

"Kami mahu jadi pemimpin teladan yang baik. Kalau kami suruh orang lain kerja, kami akan kerja sepenuh hati tanpa berbelah bagi," tegasnya.

Sambil berseloroh, beliau menjelaskan bahawa berkata Datuk Seri Hishammuddin Hussein, yang mengetuai jawatankuasa pindaan tersebut, bertungkus-lumus menyiapkan draf cadangan pindaan tersebut sehingga lewat malam.

"Takut ketua bahagian tak setuju," katanya disambut dengan ketawa perwakilan.

"Apa yang diucapkan sebenarnya ketua-ketua Umno inginkan perubahan, kerana mereka mahukan Umno lebih demokratik dan lebih terbuka," katanya.

Amaran Najib kepada ahli Umno

Datuk Seri Najib Razak memberi amaran supaya tidak ada pihak dalam Umno yang cuba merosakkan sistem baru yang bakal dilaksanakan untuk memulihkan sokongan rakyat menjelang pilihan raya umum ke-13.

"Jangan sesekali nak rosakkan sistem baru ini. Kita serius kali ini, minta maaf, kalau cuba (merosakkannya) akan tanggung (akibatnya)," kata presiden Umno ketika menggulung perbahasan di perhimpunan agung ke-60, petang ini.

Beliau mengingatkan bahawa apa yang rakyat mahu melihat ialah imej Umno bersih dan benar-benar mahu membantu mereka dan menjadi juara rakyat.

Oleh itu, Najib mahu semua peringkat ahli dan pemimpin parti itu supaya mengambil semangat baru bagi memperkukuhkan parti dan mengikis sikap-sikap lama dan negatif yang boleh menjejaskan parti.

Sehubungan itu, katanya, Umno akan kembali kepada matlamat asal penubuhannya sebagai sebuah parti pergerakan massa.

Dahulunya, katanya, Umno jadi kuat kerana ia merupakan parti pergerakan massa, bukan parti golongan elitis atau golongan bangsawan.

Sebaliknya, Umno adalah satu perhimpunan segala pimpinan Umno dari segala peringkat latarbelakang dan bergerak satu pergerakan yang mencerminkan hati nurani orang Melayu.Sempena perlembagaan baru, kita buang fe'el (kelakuan) lama. Kita lakukan perubahan dalam Umno bukan setakat (pindaan) perlembagaan sahaja, (tetapi) budaya kita, sikap kita. Jadi kita bersikap inklusif,” katanya .

Menurut Najib lagi, pindaan perlembagaan juga memberi kedudukan istimewa kepada Wanita dengan diberi tambahan perwakilan di peringkat bahagian.

Katanya, ini kerana Wanita menjadi nadi dan penggerak kepada Umno, termasuk dalam menggerakkan jentera pilihanraya.

Najib juga menyifatkan perhimpunan agung ke-60 ini sebagai yang terbaik pernah dihadirinya sejak tahun 1976.

“Selama satu tahun saya merasa begitu agak gusar, agak gundah gulani hati saya melihat sama ada anggota parti kita sudah pulih dari segi semangat, sudah boleh bangkit semula atau tidak, sudah sedar atau tidak, sudah insaf atau pun tidak.

“Hari ini, bila saya berdiri di depan tuan-tuan, segala kesangsian itu telah luput sama sekali. Saya berani katakan dan cukup yakin bahawa Umno pada saat ini bersedia untuk bangun sebagai satu kekuatan baru,” katanya.

Zaid Ibrahim's press statement, 16 October 2009

I joined PKR because of my interest to try and put together a common policy platform for Pakatan Rakyat (PR). This common policy framework for the coalition of the 3 parties, PKR, DAP and PAS respectively, are now in the final stages and I expect to submit the policy framework to the leadership of the respective parties next week. 
Zaid Ibrahim


(A) PAKATAN RAKYAT
Effective today, I will be taking 6 months leave from Parti Keadilan Rakyat (PKR). This means that I will not be attending the political bureau meetings of the party. A letter to that effect has been submitted to the Secretary-General of the party.
I joined PKR because of my interest to try and put together a common policy platform for Pakatan Rakyat (PR). This common policy framework for the coalition of the 3 parties, PKR, DAP and PAS respectively, are now in the final stages and I expect to submit the policy framework to the leadership of the respective parties next week.
That being said, a lot more work has to be done in understanding the concerns of the members and the rakyat. A lot more work still needs to be done to provide a cohesive foundation for the coalition and this involves meeting various leaders and members of the respective parties. With the Pakatan Rakyat Convention due to take place in December 2009, I need time to finalise the policy framework which hopefully will be approved by the leadership of the respective parties.
Lately, there have been reports of the political frictions of the PKR leadership with regards to Sabah and Sarawak and that I was in some way involved. I wish to reiterate that I am not at all involved in the leadership issue of PKR Sabah and Sarawak. I have been invited to attend Hari Raya functions and gatherings by PKR leaders to meet the members, which I have accepted. Similarly, I have also been invited to meet some leaders of Sarawak in Kuching. I see no sinister motive in these invitations.
I have no interest in the internal politics of PKR, nor of any of the other parties in Pakatan Rakyat. Neither do I aspire to assume a leadership role in PKR. I made this very clear to Dato Seri Anwar Ibrahim when I joined the party. I only want to be a facilitator to bring about the realization of a strong, credible and united opposition — an opposition with a strong leadership, sound common policies and structures to be a meaningful alternative to Barsian Nasional (BN). Only a strong united opposition can restore democracy in this country and can provide good policies to the people.
We must move beyond the BN bashing and sloganeering stage. Only clearly defined policies and a united leadership of Pakatan Rakayat can convince Malaysians that we are a suitable choice for the rakyat. I hope that from my meetings, dialogues and discussions with the members of the 3 parties at all levels, the dream of a united opposition can be realized.
(B) Prime Minister’s Statement
I also refer to the statement by the Prime Minister on 13th October 2009 about my involvement in money politics when I was in UMNO.
When I was made a Minister, one of the first things I did was to ask the then- Anti-Corruption Agency (ACA), to investigate the findings of money politics against me by the UMNO Disciplinary Tribunal. I believe I was framed by UMNO and found the findings of the Tribunal flawed, where basic rules of evidence were ignored. I felt that a Minister should be free of such misconduct, especially when the Government had committed itself to rid of corruption in the country. I believe my request was acted upon by the ACA and they commenced investigations. I have not heard of the findings till today.
The Prime Minister should not take jibes at me when it suits him. He should be more interested in the truth. I therefore wish to appeal to him, to instruct the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) to complete its investigation and the findings disclosed to the public. I am prepared to face the charges if there is evidence of corrupt practice. But if I am innocent, then the Prime Minister should hold his peace and refrain from making such statements in the future.

Dewan Ulama UMNO dicabar !

Oleh : pemburu syahid [ link ]
UMNO bercadang nak tubuh Dewan Ulama UMNO bertujuan menjelaskan "peri" UMNO kepada rakyat yang beragama Islam di negara ini. Baguslah. Amat diharapkan Dewan Ulama UMNO yang bakal ditubuhkan ini akan menjadi sayap UMNO yang benar benar memberikan kefahaman islam kepada ahli UMNO khususnya.

Untuk membuktikan Dewan Ulama UMNO ini berwibawa dan bermaruah serta amanah, aku dengan ini mencabar Dewan Ulama UMNO untuk menjelaskan hukum mendedah aurat bagi lelaki dan wanita yang cukup umur dan waras. Itu cabaran pertama !

Jika cabaran itu gagal disambut atau Dewan Ulama UMNO mendiamkan diri ke atas hukum menutup aurat itu maka eloklah mereka berkokok sahaja. Tidak perlulah untuk Dewan Ulama UMNO untuk menjelaskan atau mendedahkan apa yang UMNO panggil sebagai "penyelewengan PAS" sekiranya hukum menutup aurat itu pun gagal nak difahami.

Saper calon Ketua Dewan Ulama UMNO Pusat? Nakhaie? Jamil Khir? Abdullah Mad Zin? Atau saper? Aku cadangkan Mohd Affandy Yusof yang gatal merenyam tu !
Posted by Pemburu Syahid

Hassan, dikenang pejuang terbilang

KUALA LUMPUR, 16 Okt:Belum sempat pun pejuang-pejuang Sungai Manik tiba di Kuala Selangor untuk turun 'bermandi darah' di Kuala Lumpur, dia sudah terpacul tetap menantikan kedatangan mereka. Dan ketika berdiri di jeti Feri Kuala Selangor dengan badan tegap laksana panglima, dia secara tenang meminta para pejuang itu pulang semula ke Perak.

Niatnya hanya satu, mengelakkan lebih banyak nyawa yang terbunuh dan tidak mahu Sungai Klang bertukar merah. Tanpa perlu berpencak, atau menghunus sunding yang tersisip di pinggangnya,dia bersuara penuh tertib dan tegas gayanya.

Tidak ada satu biji mata pun melainkan dia, yang mampu berdepan para pejuang yang digeruni itu. Bimbang suasana akan lebih kecamuk Pengerusi Majlis Gerakan Negara ketika tragedi 13 Mei 1969, Allahyarham Tun Abdul Razak secara peribadi meminta dia menahan pendekar-pendekar dari kumpulan "parang terbang dan selempang merah" untuk mara ke ibu kota.

Dek kerana menghormati ayahnya yang pernah terlibat dan bertempur dalam beberapa siri dengan peperangan di Sungai Manik pada zaman dulu, para pejuang yang sedang mengelodak jiwa dan amarah itu akhirnya akur dengan permintaannya lalu kembali ke kampung halaman masing-masing.
Namanya cukup tersohor dan hebat di mata kawan dan lawan. Malah ketika negara dilanda krisis Tun Razak sendiri menghubunginya setiap hari . Sehari kadang-kadang sampai dua kali!
Kini nama Hassan Shukri yang selalu meniti dibibir pejuang dan penyokong PAS selama ini agak kelam dan menyepi. Entah mengapa, bekas Timbalan Presiden PAS yang juga antara pejuang terawal parti tertua di Malaysia ini umpama membawa diri. Namun rajuknya tidak kemana kerana batang tubuhnya masih sebati dengan perjuangan ini.

Hassan Shukri yang dipanggil 'Ustaz' masih dekat di hati kebanyakan ahli PAS malah kelibat beliau sering kelihatan, sekiranya ada acara rasmi dan majlis ilmu yang dianjurkan di Markas PAS Taman Melewar, Gombak. Kadang-kadang tanpa segan, beliau menebas dan mencangkul di depan Markas walaupun para pemimpin dan ahli PAS sedang menyertai aktiviti di situ.

ImageBaginya kerja-kerja kebun dan kampung sudah berakar umbi di benaknya apatah lagi kediaman dan lamannya pula bersebelahan markas itu. Markas yang dahulunya dikenali sebagai 'Headquartes' pejabat PAS dan Pusat Tarbiyah sebelum berpindah ke Jalan Raja Laut Kuala Lumpur begitu sinonim dengan Hassan Shukri.
Masakan tidak idea penubuhan Markas itu, datang dari hati nurani ikhlasnya. Bermula dengan modal RM20,000 beliau membeli sebidang tanah di situ, sebagai tapak awal untuk membina Markas. Kemudian beliau berbincang pula dengan Yang Dipertua PAS Allahyarham Yusuf Rawa, Pesuruhjaya PAS Perlis Ustaz Hashim Jasin dan Ustaz Nakhaei untuk mereka sama-sama membeli tanah dengan harga sekitar RM26,000 bagi meluaskan kawasan Markas sekitar tahun 1982.
Selain menerima sumbangan wang, Markas itu turut didirikan secara bergotong royong pada peringkat awalnya. Kemudian dengan kebijaksanaan Hassan, beliau mengarahkan setiap satu cawangan PAS menyiapkan satu tiang bangunan tanpa menggunakan jengkaut untuk menggali lubang tapak asas.
Semenjak itu, Markas PAS Taman Melewar telah menjadi tempat persinggahan atau bermalam paling murah di Kuala Lumpur kepada orang ramai yang mahu melancong atau berurusan di ibu kota malah hari minggu atau cuti sekolah, banyak bas persiaran serta bas sekolah singgah dan memenuhi laman markas itu.
Lebih menarik ianya menjadi persinggahan paling penting kepada rombongan haji sebelum melapor diri di Lapangan Antarabangsa Subang sebelum wujudnya KLIA dan Pusat Transit Tabung Haji Kelana Jaya.

Pejuang Islam tidak akan susah...
Cetusan idea Hassan itu kemudiannya menjadi buah mulut orang dan menjadikan PAS terkenal di pelusuk negara. Ya, Hassan dikenali sebagai tokoh yang membangunkan Markas PAS dan ramai yang tidak tahu, beliau adalah individu penting di sebalik perlembagaan PAS dan merupakan 'buku undang-undang PAS' yang masih hidup serta sentiasa menjadi rujukan.
Menceritakan kisah penyertaannya secara tidak rasmi dengan PAS sewaktu berusia 14 tahun pada 1951; Hassan memberitahu tindakannya itu didorong oleh satu peristiwa unik yang mencetuskan semangatnya untuk mendekati PAS.
Walaupun usia telah menjangkau 70an', Hassan masih kelihatan gagah dan berupaya mengingati satu persatu sejarahnya bersama PAS dan wawancara yang berlangsung hampir dua jam itu, terasa begitu singkat rasanya memandangkan kepetahan dan nada selorohnya, membuatkan saya pegun dan asyik dengan kisah lamanya.
"Tulislah dan saya suka bila orang mahu tahu sejarah saya dan PAS.
"Bukan apa, setelah saya tiada nanti, apa yang anda tulis itu akan jadi satu dokumentasi sejarah," katanya tersenyum semula.
Mengakhiri perbualan yang 'berlangsung' di kediamannya sendiri baru-baru ini. Hassan sempat menyuntik semangat kepada ahli-ahli PAS seluruh negara supaya sentiasa mengukuhkan perjuangan dan menolak sama sekali fikiran jumud bahawa jika bersama PAS, mereka akan menemui kesukaran dan kepayahan hidup.
"Percayalah...sesiapa yang memperjuangkan Islam, dia tidak akan susah. Mungkin tidak kaya tetapi tidak ada yang susah atau tidak makan...Saya sendiri tidak pernah rasa gaji besar tetapi kehidupan saya tidak susah dan alhamdulillah makin bertambah baik.
"Bagi pejuang Islam, apa jua cabaran dan dugaan akhirnya Allah akan tolong juga dan bantu kita untuk teruskan kehidupan...," katanya sambil mecebiskan nasihat kepada pemimpin agar sentiasa merapatkan saf antara satu sama lain termasuk dengan golongan bawahan, supaya parti akan terus kukuh, disegani dan bertambah kuat di masa mendatang.

Wake-up call buat Pakatan Rakyat

SEBENARNYA sejak dari awal lagi Bagan Pinang tidak menjanjikan peluang cerah untuk PAS menang. Mungkin tersilau dengan kemenangan 7-0 berturut-turut dalam semua pilihan raya kecil di Semenanjung selepas pilihan raya umum 8 Mac 2008, maka penyokong Pakatan Rakyat pun turut ghairah untuk terus mencipta rekod.

Kedudukan kerusi Dun Negeri Sembilan yang menyaksikan buat pertama kalinya BN hilang majoriti dua pertiga tambah meningkatkan lagi keyakinan bahawa Pakatan mampu memberikan kejutan.
Tidak cukup dengan itu. Jumlah pengundi India yang agak dominan di Bagan Pinang, iaitu sekitar 20 peratus, telah menguatkan jangkaan awal bahawa kubu BN di selatan Semenanjung itu boleh dirobohkan.
Ia berdasarkan beberapa situasi semasa, terutama dalam kes perarakan kepala lembu di Shah Alam, yang dikatakan telah menimbulkan rasa marah penganut Hindu terhadap aksi melampau penunjuk perasaan di bangunan SUK Selangor, yang dipercayai merupakan aktivis Umno.
Apabila timbul ura-ura Isa Abdul Samad, bekas Naib Presiden Umno yang pernah digantung tiga tahun kerana disabitkan Lembaga Disiplin Umno atas kesalahan rasuah politik, dipilih menjadi calon BN, ada pemimpin Pakatan Rakyat yang sudah berkira-kira "untuk meraikan kemenangan".
Terdapat juga pihak yang meminta agar jangan menyerang Isa agar bekas Menteri Besar Negeri Sembilan selama 22 tahun memang benar-benar terpilih dan dengan itu memberikan "banyak peluru" kepada jentera kempen PAS untuk menyerang BN.
Liabiliti
"Jangan beri gambaran kepada pemimpin tertinggi BN bahawa Isa itu liabiliti buat mereka," kata seorang darinya.
Saya sekadar mengingatkan bahawa selama ini jarang terbukti isu rasuah seseorang calon BN - apatah lagi yang begitu popular dan dilihat berjasa besar kepada penduduk setempat, sama ada bertaraf menteri, menteri besar atau bekas MB seperti Isa - menyebabkan saingannya menang mudah.
Saya memberikan contoh bagaimana seorang bekas menteri besar yang mempunyai banyak rekod salahguna kuasa tetapi terus meningkatkan undi popularnya setiap kali pilihan raya. Mungkin pencalonan tokoh itu membuatkan imej BN terjejas di tempat lain tetapi di "kampung halamannya" ia langsung tidak membekas!
"Harus berhati-hati berkempen mencela rasuah Isa di Bagan Pinang kerana ia umpama BN menyerang Anwar Ibrahim di Permatang Pauh dalam pilihan raya kecil di sana dulu. Bukan saja tak berkesan malah boleh menikam balik dan menyebabkan kalah lebih teruk," kata seorang rakan wartawan di bilik berita Harakah.
Sewaktu saya menghubungi Prof Madya Dr Mohamad Agus Yusof, bertanyakan pandangannya tentang pilihan raya kecil Bagan Pinang, beliau memberi reaksi pantas: "PAS dan Pakatan Rakyat harus tumpu perkara lebih besar. Bagan Pinang ini kecil saja. Bersiap hadapi pilihan raya umum akan datang, itu lebih penting. Tetapi jangan lupa terus suarakan penentangan terhadap proses undi pos."
(Ada pihak menimbulkan, mengapa Pakatan tidak meningkatkan tekanan bagi memansuhkan undi pos dan mereformasikan sistem pilihan raya kita, secara sistematik, berterusan dan tidak bermusim).
Dua hari sebelum mengundi, ada petugas kempen yang memaklumkan: "Langsung tak nampak harapan. Kami yang masuk estet pun susah berjumpa pengundi, malah ada pengundi yang memberitahu jangan lagi datang berkunjung ke rumah mereka."
Sebelum itu, sehari selepas penamaan calon, semasa berjumpa dua aktivis Kelab Penyokong PAS India Malaysia di Port Dickson, N Balasubramaniam dan R Kumutha, saya sudah dapat membayangkan kesukaran untuk mengekalkan sokongan pengundi India pada 2008 dahulu.
"Hindraf pun sudah berpecah, apa lagi selepas Makkal Shakti ditubuh. Ada risalah, khabarnya dari Hindraf, yang meletakkan kedudukan Pakatan dan BN sama saja, tidak boleh dipercaya," kata Kumutha. Bagaimanapun saya lebih risau dengan tekanan dan ugutan yang bakal diterima pengundi India di estet.
BN akan melakukan apa saja demi memastikan kubu kuat mereka tidak bolos. Tumbangnya Bagan Pinang memberi isyarat bahawa tiada lagi sekatan untuk Pakatan menguasai Negeri Sembilan, seterusnya Melaka dan Johor. Isa yang pernah mendapat undi tertinggi naib presiden Umno mengatasi Muhyiddin Yasin pula tentu melihat Bagan Pinang peluang baginya melonjakkan diri.
Insiden keganasan yang bersilih-ganti, bagi saya juga satu taktik BN untuk mengalihkan tumpuan jentera kempen. Kita mungkin hilang fokus, apatah lagi selepas menyedari hampir 40 peratus pengundi (iaitu pengundi pos), tidak dapat didekati.
Turut dikritik keberkesanan penjelasan isu-isu melalui pengedaran risalah, termasuk memanfaatkan media baru seperti laman-laman web dan blog. Beberapa pakar media yang membuat kajian mendapati media baru gagal menjawab banyak isu yang ditujukan kepada PAS.
"Bukan saja jentera PAS yang agak lemah, prestasi wakil rakyat Pakatan di Telok Kemang juga dipersoal. Kegagalan kita bukan bermula pada hari penamaan calon, malah lebih awal. Pengundi melihat kerja Adun dan Ahli Parlimen kita. Masyarakat India merasakan kita hanya terhegeh-hegeh berjumpa mereka kerana pilihan raya kecil ini," kata seorang penyokong setia Pakatan yang berkampung di Bagan Pinang.
Dr Dzulkefli Ahmad yang berpengalaman luas mengendalikan kempen PAS dalam pilihan raya kecil memberitahu Harakahdaily: "Ketika saya mula sampai di Bagan Pinang dan cuba bercakap dengan penduduknya, kita diterima dengan negatif sekali.
Sebab itu, kata beliau, apabila pemimpin PAS bercakap soal isu nasional termasuk skandal PKFZ, penduduk tidak melayannya. "Bahkan, apabila kita bercakap soal isu kepala lembu yang panas di Selangor kepada masyarakat India di sini, mereka tidak melayannya.
"Puncanya kerana kesilapan kita yang tidak memberikan perkhidmatan sebagaimana yang sepatutnya selepas mereka memberikan undi kepada kita dalam pilihan raya umum lepas," katanya.
Alhamdulillah, selepas kekalahan dengan perbezaan undi yang cukup besar ini, kita mula terdengar muhasabah dalaman yang mengingatkan PAS dan Pakatan tentang kelemahan dan kealpaan. Benar, kemenangan berturut-turut, apatah lagi dengan kejayaan meningkatkan majoriti, boleh menyebabkan kita terleka dan lalai.
Kejutan
Sesekali perlu dikejutkan dan diperingatkan bahawa kedudukan kita rupanya agak rapuh dan mudah digoncang. Jangan biarkan hanya Umno dan parti-parti komponen BN bercakap soal perubahan dan reformasi dalaman.
Namun begitu, jangan pula mudah panik dan saling menyalahkan antara satu sama lain dalam parti. Pahit untuk menelan kebenaran tetapi pemimpin seharusnya bersikap terbuka menerima kritikan dan bersedia berubah. Umno-BN sukar mengulangi 'kecemerlangan' mereka di Bagan Pinang.
Malah, seperti kata Dr Sivamurugan Pandian, BN terpaksa menggunakan talian hayat di Bagan Pinang apabila memilih Isa Samad, dan ini tidak mungkin dilakukan di tempat-tempat lain.
Banyak lagi yang perlu disenaraikan di sini, tapi cukuplah dulu ... Tidak lupa, tahniah dan jutaan terima kasih buat petugas kempen yang bertungkus-lumus di Bagan Pinang. Hakikatnya, dari lapan pilihan raya kecil di Semenanjung, Pakatan mengekalkan semua kerusi yang disandangnya sebelum ini. BN meskipun menang di Bagan Pinang tetapi ia kalah kepada PAS di Kuala Terengganu.
"Rekod menyebelahi kita, menang dengan agregat 7-1, tetapi selepas Bagan Pinang seolah-olah kita yang kalah 1-7," kata blogger Penarik Beca ketika menjamu selera di majlis jamuan raya pencetak Angkatan Edaran, 12 Oktober lalu.
"Dulu, bila Isa Samad menang luar biasa sebagai naib presiden, maka dia disiasat, jadi bila Isa menang luar biasa majoritinya di Bagan Pinang baru-baru ini, apakah dia juga akan disiasat?" demikian SMS seorang editor berita sebuah laman web terkemuka.

Amaran buat Pakatan Rakyat

Keputusan Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang, Teluk Kemang, Negeri Sembilan seharusnya diberikan perhatian yang sangat serius di kalangan pemimpin dan ahli-ahli Pakatan Rakyat.

Penelitian yang serius harus dibuat, bukan kerana calon Pakatan Rakyat 'tewas' atau calon Barisan Nasional menang di situ.
Pakatan Rakyat sudah menang tujuh kali pilihan raya kecil di semenanjung. BN baru menang satu. Dari segi nisbahnya amat jauh. Keputusan Bagan Pinang bukan kayu pengukur untuk mengatakan Pakatan Rakyat semakin lemah atau BN semakin kuat.
Walau apa pun keputusannya, post-mortem harus dibuat bagi mengenalpasti apakah wujud kelemahan untuk diperhalusi dan diatasi.
Namun, Pakatan Rakyat harus membuat pemerhatian yang serius, kerana kebarangkalian besar pendekatan 'ala Bagan Pinang' akan diadaptasikan BN pada Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.
Sudah tentu hasil pemerhatian tujuh kali kalah dalam PRK, menjadikan BN cukup matang dan cukup bersedia menghadapi Pakatan Rakyat dengan segala taktik yang terancang.
Justeru, BN selaku parti pemerintah yang sudah berkuasa selama lebih 50 tahun, sudah tentu tidak akan sewenang-wenangnya, mahu 'menyerahkan tengkuknya' untuk disembelih Pakatan Rakyat.
Sudah tentu mereka akan bertungkus lumus bagi menghadapi kemaraan Pakatan Rakyat setelah kehilangan kuasa di lima negeri dan hilang dua pertiga majoriti di Parlimen.
Pendekatan di Bagan Pinang akan dijadikan model utama memanipulasi sokongan rakyat dengan memaksimumkan penyalahgunaan kuasa, memanipulasi media, menyalahgunakan jentera kerajaan, berkempen secara peras ugut dan merasuah rakyat sebagai usaha untuk mengekalkan kuasa pemerintahan BN.
Bagi Umno, keputusan PRK Bagan Pinang amat menggembirakan. Ia seolah-olah memberi signal kepada Umno bahawa, rakyat masih termakan janji dan umpan mereka.
Umno kini merasakan bahawa mereka boleh kekal dan akan kekal ditampuk kuasa kerana rakyat, khususnya kaum Melayu dan India memang boleh dibeli.
Umno-BN harus membiarkan Melayu, India dan sebagainya berada dalam keadaan miskin. Dengan kemiskinan inilah menyebabkan mereka mudah diumpan. Beri sahaja dua tiga ratus, mereka akan menjual undi kepada BN.
Akibat kemiskinan dan kehidupan yang melarat, menyebabkan rasuah berleluasa. Umno-BN merasuah kerana hendak mengekalkan kuasa, manakala rakyat yang menerima rasuah, mengambilnya atas kepentingan tertentu.
Rasuah sudah menjadi amalan yang sebati dalam Umno. Bagi mereka rasuah tidak haram kerana 'yang memberi' dan 'yang menerima', sama-sama melakukannya di atas kerelaan sendiri.
Masalah yang dihadapi Pakatan Rakyat, bukan sekadar rasuah wang ringgit. Menyalahgunakan kuasa juga satu rasuah. Secara tradisinya pemimpin-pemimpin Umno, nampaknya sudah mangli melakukan 'rasuah salahgunakuasa'.
Mengunakan kuasa Umno-BN, selaku penguatkuasa undang-undang dengan mengerahkan polis dan tentera undi mengundi BN. Mengerahkan segala inteligen bekerja keras membuat risikan untuk memenangkan calon BN.
Lebih buruk daripada itu, dengan kuasa kerajaan dan kewangan yang ada, Umno-BN mula melakukan siri kempen yang ganas, dengan mengupah samseng-samseng jalanan mengkasari, memukul dan mencederakan petugas Pakatan Rakyat.
Selain itu, Pakatan Rakyat menghadapi masalah besar akibat ketidaktelusan Suruhanjaya Pilihan Raya mengendalikan pilihan raya secara adil, saksama dan bebas.
Oleh kerana perlantikan peneraju SPR terdiri daripada orang yang dicadang dan disokong oleh Umno, atas jawatan Perdana Menteri dan sebagainya, SPR dilihat tidak bebas kerana berkhidmat untuk kepentingan Umno-BN.
SPR membuat persempadanan semula kawasan pilihan raya di atas kehendak Umno, SPR dikatakan pernah mengunakan khidmat Puteri Umno untuk membantu tugasnya, SPR menguatkuasakan peraturan-peraturan yang mengawal perjalanan kempen di atas tekanan Umno. SPR sering mengeluarkan senarai pengundi yang berbeza dan meragukan.
Tidak mustahil SPR akan digemblengkan dengan lebih dahsyat lagi pada PRU ke-13, demi untuk melindungi kepentingan Umno.
Semua 'trend' yang dicatatkan di atas, amat merbahaya sebenarnya. Ianya adalah loceng amaran buat Pakatan Rakyat, bahawa demi mempertahankan kuasa Umno-BN sama sekali tidak akan mempedulikan tata etika, peraturan, undang-undang dan kesaksamaan.
Jelas, dengan apa cara sekalipun, Umno-BN mahu terus merajai pentadbiran negara. Maka kepimpinan Pakatan Rakyat tidak harus berdiam diri. Pakatan Rakyat harus segera memperhalusi strategi dan mencari jalan keluar.
Kebobrokan dan keegoan Umno-BN ini, harus dihentikan serta merta.

Najib – Dr Mahathir berjaya pengaruhi perasaan perwakilan

KUALA LUMPUR , Okt 16- Dua episod penting adalah pengalaman menarik sepanjang perhimpunan agung Umno yang pernah diadakan. Pertama adalah tahun 2002 apabila para perwakilan dan ahli Umno secara spontan menitiskan air mata ketika Tun Dr Mahathir Muhamad membuat kenyataan mahu melepaskan jawatan.
Ketika itu, para perwakilan dan ahli Umno yang hadir berada di dalam situasi penuh emosi dan kesedihan agar Dr Mahathir tidak akan melepaskan jawatan ini.
Episod kedua pula adalah semasa buat pertama kalinya Datuk Seri Najib Tun Razak berucap semalam sebagai Presiden dan dan Perdana Menteri Malaysia yang baru. Beliau berjaya mengajak perwakilan dan ahli Umno yang hadir di luar dewan secara spontan dan tiba-tiba untuk berdiri dengan penuh semangat sebaik mendengar  kata-kata presiden ini.
“Meremang bulu roma aku apabila mendengar Najib begitu semangat,” kata seorang perwakilan Umno dari Wilayah Persekutuan, Abdul Hamid, 46 sebaik sahaja mendengar ucapan dasar presiden parti.
Dia mengakui sentiasa mendengar ceramah mahupun ucapan Najib ini tetapi `mood’ yang dibawa dalam ucapan dasar adalah berbeza samasekali.
Begitu juga dari veteran Umno bahagian Bentung Pahang, haji Hamzah yang mengakui dia juga bersemangat apabila mendengar ucapan Presiden ini.
“Ini lah pertama kali saya mendengar Najib berucap dengan penuh semangat sehingga mempengaruhi perwakilan dan ahli Umno yang hadir di Perhimpunan Agung Umno ini,” kata haji Hamzah yang pernah mengenali rapat Allahyarham Tun Abdul Razak satu ketika dahulu.
Ucapan Najib yang penuh semangat itu apabila beliau menyebut berkali-kali perkataan bangkitlah semua ahli Umno yang secara sepontan majoriti perwakilan di dalam dan ahli Umno di luar dewan bangun secara tiba-tiba.
Dengan nada lantang dan tegas , Presiden Umno ini menyemarakkan semangat setiap perwakilan supaya bangkit bersama-samanya kerana amanah yang besar itu tidak mampu dipikul oleh beliau bersendirian.
“Bangkitlah semua bersama-sama saya,” seru Najib sambil para perwakilan dan tetamu spontan berdiri menyahut seruan beliau dengan memberi tepukan gemuruh.
“Saya menyeru dan mengajak kepada Timbalan Presiden, kepada Naib-naib Presiden, Ketua Wanita, Ketua Pemuda, Ketua Puteri, kepada saf kepimpinan yang berada di atas,
pejuang-pejuang Umno di bawah, pejuang Umno di bahagian dan seluruh warga Umno yang baru dan lama , di kota dan di desa, bangkitlah semua bersama-sama saya”.
Seruan Presiden Umno ini disambut dengan laungan `ya’ oleh para perwakilan yang bergema memenuhi Dewan Merdeka.
Sementara itu, Dr Mahathir turut memberi peringatan kepada Najib bahawa membuat ucapan yang menarik dan menjanjikan perubahan adalah sesuatu yang mudah untuk dilakukan berbanding melaksanakannya.
“Selepas ini saya pasti rakyat akan memerhatikan sama ada ia dipenuhi atau tidak, bukan hanya di kalangan ahli Umno bahkan seluruh negara akan memerhatikan. Jadi kerajaan dan parti mesti mengotakannya,” katanya.

Wujudkan Dewan Ulama Umno ...!!!


KUALA LUMPUR: Umno Pulau Pinang mencadangkan supaya parti itu menubuhkan Dewan Ulama Umno serta mempergiatkan usaha untuk mendekati golongan agamawan.
Ketua Umno Bahagian Tasek Gelugor, Shabudin Yahaya berkata, langkah sedemikian perlu bagi memberi peranan yang khusus kepada golongan ulama Umno untuk menangani isu-isu yang berkaitan dengan hal-ehwal agama Islam.
"Kita perlu dekati golongan agamawan, kalau perlu, kita wujudkan Dewan Ulama Umno," katanya.
Jelas beliau, ulama Umno boleh memainkan peranan dalam soal keagamaan kerana agensi-agensi agama rasmi sedia ada mengambil sikap 'jalan selamat' dengan enggan mengulas mengenai beberapa isu yang ditimbulkan.
"(Mursyidul Am PAS, Datuk Abdul) Nik Aziz (Nik Mat) dah merapu, agensi agama rasmi pula ambil jalan selamat kerana tak mahu komen atau jawab beberapa isu, maka perlulah diwujudkan Dewan Ulama Umno," katanya.
Selain itu, Shabudin juga mencadangkan agar Umno memanfaatkan media alternatif untuk mendekati rakyat.
Jelasnya, saranan sedemikian bertepatan dengan perkembangan semasa kerana Umno kini dilemahkan dengan penyebaran maklumat-maklumat palsu oleh pembangkang melalui saluran berkenaan.
"Kebencian terhadap Umno ditanam oleh pembangkang. Umno sendiri dilemahkan oleh media alternatif melalui blog hinggakan golongan muda dan profesional cenderung serta simpati kepada pembangkang," katanya.
Menurutnya, Umno perlu mewujudkan media rasminya sendiri bagi memudahkan penyebaran maklumat tanpa bergantung kepada media arus perdana sedia ada.
"Kita perlu manfaatkan sepenuhnya media alternatif. Wujudkan televisyen Umno, akhbar Umno, risalah gerak saraf serta lahirkan lebih ramai blogger-blogger Umno.
"Kita jangan hanya bergantung kepada media arus perdana yang kita ada sahaja," katanya

Zaid bercuti, krisis terbaru PKR?

Datuk Zaid Ibrahim hari ini membuat pengumuman mengejut untuk bercuti selama enam bulan daripada PKR di tengah-tengah ura-ura beliau menghadapi masalah dengan seorang pemimpin kanan parti.

"Ini bermakna saya tidak akan menghadiri mesyuarat biro politik parti," kata bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri itu dalam satu kenyataan hari ini.

Surat itu, yang berkuatkuasa serta-merta, diserahkan kepada Setiausaha Agung PKR Datuk Salehuddin Hashim.

Pengumuman cuti Zaid ini dibuat sewaktu muncul khabar bahawa beliau berkemungkinan meninggalkan PKR.

Zaid, yang baru mengumumkan penyertaannya bersama parti pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim itu pada Jun lalu, dipercayai berdepan masalah besar menjalankan tugasnya untuk menyatukan pembangkang susulan pergeserannya dengan Naib Presiden PKR Azmin Ali.

Beliau, yang juga ahli parlimen Gombak, dilaporkan tidak senang dengan peranan Zaid yang akan dihantar ke Sabah esok - berselinding di sebalik perjumpaan sambutan Aidifitri - untuk menyelesaikan penolakan ketua-ketua bahagian terhadapnya, yang dilantik sebagai pengerusi Majlis Pimpinan Negeri.

Dalam satu mesyuarat biro politik PKR Selasa lalu, Azmin (kiri) didakwa melepaskan kemarahannya terhadap bantahan ketua-ketua bahagian di Sabah sehingga Anwar sendiri sukar menenangkannya.

Dalam kenyataannya hari ini, Zaid bagaimanapun menafikan pembabitannya dengan isu kepemimpinan parti itu di Sabah dan Sarawak seperti dilaporkan Malaysiakini sebelumnya.

"Saya diundang menghadiri perhimpunan dan majlis Hari Raya anjuran pemimpin PKR untuk bertemu dengan ahli-ahli, yang saya sudah menerima pelawaan itu.

"Begitu juga saya turut diundang bertemu beberapa pemimpin Sarawak di Kuching. Saya tidak nampak sebarang niat buruk dalam undangan-undangan ini," katanya.

"Saya tidak apa-apa kepentingan dalam politik dalaman PKR atau parti-parti lain dalam Pakatan Rakyat. Saya juga tidak berminat mengambil peranan kepemimpinan dalam PKR.

"Saya telah jelaskan perkara ini sejelas-jelasnya kepada Anwar sewaktu saya menyertai parti ini."

Selepas Azmin tidak senang dengan kehadiran Zaid di majlis berkenaan, Anwar pula menghalang bekas senator itu menghadirinya.
Tindakannya bercuti membolehkan beliau keluar daripada arahan pemimpin besar PKR itu.

Bermulanya transformasi parti keramat — Berita Harian

OKT 16 — Amanat sulung Datuk Seri Najib Razak pada Perhimpunan Agung Umno 2009 semalam perlu dijadikan azimat oleh setiap lapisan pemimpin dan ahli parti itu dalam merealisasikan hasrat transformasi yang diikrarkan. Jika sebelum ini ada yang masih tercari-cari hala tuju sebenar transformasi dan perubahan itu, ucapan Presiden Umno menggariskan dengan terperinci rasional serta asas kepada keperluan melaksanakannya.
Memilih tema “Menjunjung Tradisi, Menzahir Perubahan”, mesej utama yang dihantar Najib sebenarnya amat jelas iaitu dalam keghairahan Umno membuat transformasi, ia tetap perlu terus berakar kukuh kepada aspek yang selama ini menjadi tonggaknya.
Memang Umno dituntut melakukan perubahan bagi memastikannya kekal relevan tetapi usaha itu mesti menjurus kepada memperkukuh teras agenda perjuangannya. Pokoknya, Umno harus kekal dengan wadah perjuangannya dan pada masa sama, menyesuaikan diri dengan factor sampingan baru selaras tuntutan masyarakat.
Dalam gema seruan lantang menuntut pembaharuan, ucapan Najib turut mengajak Umno mengimbas ke pangkal jalan berpaksikan hakikat hijrah yang lebih penting sebenarnya ialah menghayati kunci kekuatan sebenar parti itu selama ini iaitu sebagai payung melindungi bukan saja kepentingan Melayu, malah semua kaum. Beliau juga mahu warga Umno peka bahawa parti itu mesti terus mendakap akar umbi kerana kegagalan pendukungnya menghayati tasawwur yang sama dengan masyarakat umum akan menjuruskan kekalutan.
Menjunjung tradisi pula sebenarnya memperincikan hakikat bahawa dalam melalui fasa perubahan, Umno perlu terus membina kekuatan menjiwai denyut nadi seluruh rakyat negara ini yang menjadi lambing kebitaraannya. Untuk menjiwai usaha itu, setiap pemimpin dan ahlinya harus menyemai sikap rendah diri serta tawaduk.
Dalam konteks ini, semangat kesukarelawanan untuk menumpahkan bakti yang menjadi tonggak perjuangannya sejak sekian lama harus disuburkan kembali. Begitu juga roh falsafah wasatan, iaitu kesederhanaan harus sentiasa dijulang bagi memastikan imejnya lebih inklusif, dinamik, progresif dan demokratik serta tidak lagi terpulau.
Tradisi budaya pragmatik mesti dihidupkan semula khususnya dalam melaksanakan sesuatu dasar supaya ia tidak terlalu dogmatik, sebaliknya lebih berorientasikan keberhasilan. Lantaran itulah beliau tanpa apologetik mengimbas pelbagai kejayaan orang Melayu, Umno dan Malaysia mengisi kemerdekaan supaya tidak mudah dipertikaikan oleh pihak yang sengaja mahu menafikannya.
Bersandarkan kepada semua itu, ucapan dasar Najib mengingatkan semua pihak terhadap pentingnya kekuatan minda yang disifatkannya penentu kemenangan pertarungan masa depan. Tanpa kekuatan akal budi, apa jua usaha tidak akan membawa apa-apa makna.
Semoga mesej yang disampaikan Najib semalam dihayati dan dijiwai sepenuhnya dalam transformasi Umno yang kini sudah pun bermula.

Jika PAS tidak beri saingan, Penduduk Bagan Pinang tak ditabur janji begini

Melayari blog mengenai keputusan N31 Bagan Pinang menemukan kita dengan pelbagai komen positif dan negatif. Saya cukup tertarik dengan posting yang mengumpulkan segala janji projek yang bakal diberikan kepada penduduk Bagan Pinang jika memilih BN. Inilah untungnya pilihanraya kecil, pembangunan yang sepatutnya diusahakan untuk tempoh 20 tahun, sekelip mata boleh dijanjikan dengan syarat mengundi BN. Demikianlah BN terus memperbodohkan rakyat. Entah siapa yang patut dikasihankan ....


1. 27 Sept: Menteri Pelancongan berjanji akan bekerjasama dengan Kementerian Pelancongan untuk menarik sejumlah 6 juta pelancong yang transit di KLIA untuk melawat ke Negeri Sembilan.

2. 28 Sept: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan akan membina sebuah sekolah Menengah yang bernialai RM20 juta dalam tempoh masa 2 tahun. RM 3.8 juta pula telah diluluskan untuk kos memperbaiki 21 buah sekolah termasuk sekolah Cina dan Tamil.

3. 29 Sept: Majlis Perbandaran Port Dickson telah menyerahkan 3 buah rumah teres di Taman Desa Pinang untuk dijadikan Pusat Permata Negara Bagan Pinang yang dipelopori oleh isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor. RM400,000 akan dibelanjakan untuk proses menaiktaraf rumah-rumah tersebut.

4. 4 Okt: Biro Penerangan UMNO akan menjadikan Persatuan Kebajikan Nelayan Bagan Pinang sebagai 'anak angkat' mereka dan Isa berjanji akan memberi tumpuan utama kepada Bandar Tentera Darat jika menang di PRK.

5. 5 Okt: Kementerian Sumber Manusia mengumumkan akan mengadakan program kursus dan peluang pekerjaan kepada golongan muda di Bagan Pinang.

6. 6 Okt: Menteri Sains Teknologi dan Inovasi, Maximus Ongkili mengumumkan bahawa Sirim Bhd akan membantu memberi bantuan teknikal dan khidmat nasihat kepada penduduk Kampong Baru Si Rusa untuk menjalankan perusahan ceramic menggunakan 'hydrostone'.

7. 7 Okt. MB Mohamad Hassan mengumumkan peruntukan sebanyak RM25 juta untuk pembinaan 150 unit rumah awam di Ladang Siliau.

8. 8 Okt:
Zahid Hamidi mengumumkan perkara seperti di bawah:

a. Peruntukan RM3000 setahun untuk sebuah keluarga bagi anak-anak yang melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah dan RM2,000 setahun kepada keluarga yang anak mereka melanjutkan pengajian di peringkat diploma dan seterusnya.

b. 'Veterans Act' jika diluluskan akan dimasukkan faedah kesihatan.

c. Rumah Kelab untuk bekas-bekas perajurit di sebelah Kelab Golf PD dan MRSM untuk anak-anak bekas Perajurit. ( MB Mohamad Hassan telahpun bersetuju untuk menyediakan tanah)

d. Perpustakaan dan Kemudahan Wi-Fi untuk kemudahan anak-anak tentera.

e. RM100,000 untuk menaiktaraf surau di kawasan kem tentera. (cek sumbangan telah pun diserahkan).

Muhyiddin Yassin mengumumkan SRJK Tamil Sungai Salak yang beroperasi dari rumah kedai 2 tingkat akan menerima 1 hektar tanah untuk pembinaan Sekolah yang dijangka siap dalam masa setahun-12 bulan.

TPM juga mengarahkan semua PBT di negeri tersebut untuk memudahkan pemberian lesen perniagaan untuk tidak melemahkan semangat mereka untuk berniaga.

TPM juga mengumumkan peruntukan RM480,000 kepada 3 buah sekolah ' Chinese Vernacular School' dan pemberian angpow sebanyak RM100 kepada 233 orang warga tua.

Rais Yatim menyerahkan sumbangan Mikro-komputer kepada 6 buah sekolah di Bagan Pinang.

Menteri Sumber Manusia S Subramaniam berjanji akan memberikan jalan bertar, dewan komuniti, sebuah dewan untuk kuil dan sistem perparitan untuk kawasan perkuburan Cina dan India akan diperbaiki.

Gelanggang Badminton dan mesin fotokopi akan disediakan kepada Sekolah Tamil, Tabung Kemudahan

Pembiayaan Perumahan untuk pekerja Estet juga akan ditubuhkan.(letih menaip...banyakya gula-gula....seronoknya....cuba anda di luar sana kira dan jumlahkan keseluruhan peruntukan yang berlaku hanya dalam tempoh 28 September hingga 10 Oktober 2009.)Bergembiralah wahai penduduk Bagan Pinang...semoga impian yang dijanjikan menjadi kenyataan.

Lobai Kampung : Jangan lupa ucap syukur dan terima kasih. Kalau tidak kerana kekuatan ketumbukan Pakatan Rakyat mungkin tak sebegini hebat janjinya. Tak masuk lagi yang terima duit, hamper, barangan elektrik, barangan kosmetik dan banyak lagi sebelum hari mengundi. Moga jasa rakyat memilih BN dibalas sebaiknya oleh BN. Kalau tidak BN akan tumbang .. Betul ke ..? ontahlah apo nak dikato .. Tak serik-serik kono tipu ..

Isa Samad, icon sebenar “Robin Hood” Melayu?

Apa pandangan aku pasai keputusan PRK BP hari Ahad lepas?
Pandangan aku untuk masa depan Malaysia agak kabur. Pertama, sebab signal “biar rasuah, janji baik” dah berjaya dihantar oleh ameno kepada semua rakyat. Sekurang2nya rakyat di BP.
Ini adalah susulan kepada manifesto mereka yang lebih besar iaitu “biar jahat, asal Melayu” yang selama ini dipertahankan “demi Negara, Bangsa, dan Agama” mereka.
Signal “orang jahat boleh jadi pemimpin” ini cukup aku tak bekenan. Aku tak kata Isa Samad tu seluruhannya jahat. Sebab tu dalam blog dan twitter, aku tak pernah serang peribadi Isa Samad. Aku cuma gusarkan mesej yang ameno nak sampaikan. Dan mesej itu telah sampai dan diterima secara majoriti oleh penduduk berbilang kaum di BP.
Kedua, sebab bloggers sendiri tidak faham dengan isu induk yang ingin dibicarakan sehingga terbawa2 kepada serangan peribadi. Termasuk aku sendiri. :)

Kenapa PAS kalah teruk dalam election BP?

Attack individu. Sebagai sebuah organisasi, individu bukan matlamat kita, tetapi sistem. Di Permatang Pasir ituhari, aku dah tegur pimpinan jangan serang peribadi calon pembangkang (ameno adalah pembangkang di Penang), tapi highlightkan pada mesej berkenaan “menghalalkan kejahatan demi kemenangan”. Aku bantah bila kita serang isu bini nombor dua beliau. Biar apa saja alasan yang diberikan, dalam kelambu tetap dalam kelambu!
Ketika aku di Jakarta memantau proses pilihanraya di sana, rata2 media massanya yang terbuka membuat ulasan berkenaan sistem yang dikritik, dan penyelesaian ke atas sistem oleh parti2 yang bertanding. Jarang ada serangan peribadi di media massa ke atas parti, ataupun individu.
Mereka hidup dalam demokrasi baru 10 tahun, tetapi kematangan mereka melebihi kita di sini!
Biarkan bloggers membuat serangan mengikut firasat mereka, tetapi kamu sebagai organisasi, jangan terlibat. Kerana bukan bloggers ini yang ingin diundi, tetapi organisasi kamu. Dan terkadang, bloggers ini dipandu oleh strategi umum kamu.
Bagi aku, PAS tak pernah attack peribadi calon untuk tujuan memalukannya. Tetapi ianya selalu disalaheksploit oleh sesetengah pihak yang tidak faham mesej sebenar. Akhirnya mesej asal tenggelam dalam kegalakan menyerang di salah tempat.
Apa yang perlu PR buat?
Buat bodoh. Seriously. BP is not worth mentioning in public. Kubu kuat ameno. Isa memang mereka sayang. Dan harus diakui kita sekadar mencuba beberapa formula baru di BP sebab kita tahu kita tidak rugi apa2.
Admit it. Kita kalah sebab kita belum bersedia untuk menang di sana. Apakah kita boleh menang? Ya. Tapi bukan hari Ahad lepas.
PR tidak akan berjaya memenangi mana2 kawasan yang dikawal oleh perasuah yang dilihat sebagai “Robin Hood” oleh rakyat di kawasan mereka. Perasuah ini dihalalkan kegiatan mereka hanya kerana telah dikelabui oleh kebaikan yang sedikit.
Dan selagi Melayu itu masih kuat berpegang kepada motto “biar bodoh, asal Melayu“, semua perkara2 yang tak masuk dek akal yang dilakukan oleh ameno akan di”ya”kan oleh penyokong mereka atas nama “Melayu – Negara, Bangsa, dan Agama”.
Keputusan PRK BP bukan salah PR. Bukan juga salah BN. Tetapi salah aku yang kerdil ini, yang gagal menjadikan kegiatan “Robin Hood” itu sebagai satu jenayah.
Aku sebagai blogger kecik ini gagal memberi isyarat dan pengajaran yang jelas kepada pembaca bahawa jenayah, tetap jenayah, biarpun niatnya semurni “Robin Hood”.
Kerana kalau sikap “Robin Hood” ini terus dijadikan teladan yang baik oleh ameno selepas ini, percayalah, negara Malaysia ini akan terus terjajah oleh mereka yang mencuri dan merampas harta negara hanya dengan tujuan “membantu orang Melayu yang susah”.
Dan Melayu akan terus susah. Jika tidak, Robin Hood tidak relevan lagi!

Isa dedah resipi kemenangan

Tan Sri Isa Samad mengakui bahawa kemenangan beliau mempertahan kerusi DUN Bagan Pinang juga kerana beliau pemimpin setempat dan mempunyai ramai kawan dan saudara-mara di situ.

Kemenangan bekas menteri besar itu di kerusi DUN berkenaan Ahad lalu menjadi bahan ucapan perwakilan sewaktu membahaskan ucapan dasar presiden di perhimpunan agung Umno yang sedang berlangsung di PWTC, Kuala Lumpur.

Wakil Umno Negeri Sembilan, Datuk Ishak Ismail berkata, ia menunjukkan BN boleh menang sekiranya pucuk pimpinan meletakkan calon yang dipilih oleh bahagian.

Beliau juga memuji sikap Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak yang berani menerima calon pilihan bahagian walaupun ada pihak yang tidak menyetujuinya.

Sebelum ini, mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Isa tidak patut dicalonkan kerana pernah terbabit dalam politik wang pada pemilihan Umno 2004.

Ekoran itu, Isa dikenakan hukuman penggantungan keahlian Umno selama tiga tahun. Beliau juga turut melepaskan jawatan menteri Wilayah Persekutuan yang disandangnya ketika itu.

Manakala wakil Terengganu, Datuk Dr Rosli Mat Hassan pula menggesa pucuk pimpinan parti supaya jangan lagi meletakkan calon 'payung terjun' dalam pilihan raya.

Menurutnya, apabila calon yang dicadangkan di peringkat bahagian tidak diterima oleh pucuk pimpinan, maka dalam pilihan raya umum lalu, ramai calon BN yang tewas.

'Kemenangan bermakna'

Isa, ketika ditemui Malaysiakini semalam, menyifatkan kejayaan besarnya itu sebagai kemenangan kepada Umno dan BN.

Beliau mengakui bahawa kemenangan itu juga kerana beliau seorang pemimpin setempat dan "saya ada ramai kawan dan saudara-mara (di situ)".

"Di tempat lain kita kalah di kerusi yang kita tidak menang pada 2008. Jadi mempertahankan kerusi di Bagan Pinang ini cukup besar ertinya.

"Sebab kerusi itu milik kita dan kita mempertahankannya," katanya.

Selepas ini, tambahnya, tumpuannya untuk menolong merampas semula kerusi parlimen Teluk Kemang yang dimenangi PKR tahun lalu.

Selain itu, katanya lagi, beliau akan memberi tumpuan untuk memberikan perkhidmatan di Bagan Pinang.

"Soal jawatan tidak timbul lagi. (Sebelum ini) saya fikir bagaimana hendak menang dengan majoriti bertambah, itu alhamdulillah, sudah berjaya.

"Yang kedua bagaimana hendak menyelesaikan tanggungjawab kepada pengundi di Bagan Pinang. Yang ketiga saya akan tumpukan kepada mengukuhkan Umno dan BN.

'Saya tak mahu jawatan'


"Saya tidak fikir jawatan. Jawatan tidak ada apa bagi saya sebab semua (saya) sudah rasa. Saya sudah pernah jadi exco, saya dah pernah jadi MB, sekarang fokus saya adalah untuk memberikan perkhidmatan kepada masyarakat Bagan Pinang, Teluk Kemang dan membantu negara," jelasnya.

Beliau menjelaskan telah memulakan kerja-kerja untuk merampas kembalik kerusi parlimen Teluk Kemang, bahagian Umno yang diketuainya.

"Ya itu adalah sasaran kita, kita sudah mulakan kerja-kerja... Semalam saya sudah jumpa semua pemimpin parti komponen Bagan Pinang untuk bincang soal pembangunan.

"Sehari sebelum semalam, saya dah jumpa pemimpin-pemimpin Umno. Saya dah mula dah dan saya dah dapat satu senarai dan kita akan mula melaksanakan (kerja-kerja tersebut)," katanya.

Mengenai pilihan raya kecil yang baru berlalu, Isa berkata isu berkaitan tindakan disiplin yang pernah dikenakan Umno sebelum ini tidak lagi relevan kerana beliau diberikan mandat oleh presiden untuk memenangi kerusi berkenaan.

"Tindakan disiplin saya itu kira tolak tepilah. Saya dah tak kira lagi dah. Sebab bagi saya, bila diminta untuk bertanding, saya punya fokus seperti yang dikehendaki presiden parti, buat yang terbaik dan capai kemenangan.

"Saya diminta tunai tanggungjawab, itu saja. Tidak jadi apa masalah kepada saya walaupun tindakan disiplin itu menjadi isu yang ditimbulkan oleh pembangkang, tetapi saya ingat isu di kalangan mereka lebih besar, yang dah saya jawab awal-awal.

'Akan kerja kuat'

"Adakah saya melakukan jenayah? kalau pemimpin pembangkang mendakwa saya telah melakukan jenayah tetapi (pemimpin) mereka telah masuk penjara dan sebagainya. Kalau orang yang telah masuk penjara boleh bertanding, takkan saya tidak boleh bertanding?" soalnya.

"Nampaknya mereka begitu gembira kerana semuanya sehingga presiden datang mengharapkan kita menang di Bagan Pinang. Oleh sebab itu sokongan Umno kepada saya sungguh kuat sekali," katanya ketika ditanya mengenai penerimaannya dalam Umno.

"Dan saya ingat mereka bekerja pun bersungguh-sungguh dan apabila kita capai kemenangan sebab itu semua orang rasa sangat gembira," katanya.

Jelasnya lagi, beliau tidak menghadapi apa-apa masalah untuk meneruskan khidmat sebagai wakil rakyat biasa.

"(Saya) tidak ada masalah sebab sebagai wakil rakyat, saya sudah jadi wakil rakyat berpuluh-puluh tahun. Saya cuma tidak jadi wakil rakyat selama setahun tiga bulan.

"Saya juga pernah berkhidmat sebagai ahli parlimen Jempol, tidak ada masalah untuk jadi wakil rakyat biasa," katanya lagi.

Tambahnya, kemenangan BN di Bagan Pinang juga bakal menjadi dorongan moral dan titik perubahan kepada parti itu untuk memenangi pilihan raya kecil lain selepas ini.

"Kemenangan di Bagan Pinang ini kita maklum akan jadi satu dorongan, turning point yang baik untuk BN bangkit semula kerana kemenangan ini sesuatu yang menarik, selain daripada majoriti bertambah.

Menang di semua saluran

"Kita menang semua peti undi dan menariknya kita menang di semua saluran. Termasuk saluran pengundi muda," katanya lagi.

Kempen 1Malaysia yang diketengahkan oleh perdana menteri, yang juga presiden Umno, disifatkan olehnya sebagai satu sebab besar kemenangannya.

"Sudah tentu sebab kempen 1Malaysia oleh perdana menteri di semua tempat, khususnya kepada masyarakat bukan Melayu.

"Respons terhadap kempen 1Malaysia itu sangat baik. Satu lagi adalah kerana saya adalah pemimpin setempat. (Saya) ada ramai kawan dan saudara mara (di situ).

Katanya lagi, PAS tidak melakukan pembaharuan dalam strategi kempen, dan menolak wujudnya tekanan ke atas pengundi-pengundi di kawasan estet yang menyokong parti itu pada pilihan raya umum 2008.

"Pembangkang sebenarnya tidak ada banyak beza, strategi mereka serupa saja. Cuma itu (bergantung) sama ada pengundi percaya atau tidak.

"Bagi orang Bagan Pinang, mereka telah menolak apa-apa isu yang direka oleh mereka, yang tidak realistik.

"Saya boleh tunjuk, satu kempen mereka kata mereka akan naik taraf jalan-jalan kalau mereka menang.

"Bagi orang yang tahu, mereka akan ketawa. Kalau mereka menang, apa kuasa yang mereka ada (untuk tunaikan janji berkenaan)? Tapi bagi orang yang tidak tahu, (mereka) akan terperangkap," kata Isa.

Jelasnya lagi, PAS juga tidak mempunyai isu yang ditimbulkan, selain isu rasuah dan kezaliman Umno.

"Kalau dalam pilihan raya sebelum ini di kawasan estet kenapa mereka tidak kata begitu?

"Mereka sepatutnya terima sajalah (kekalahan). Bila kita kalah di Permatang Pasir, kita cuma terima kenyataan itu.

"Mereka sentiasa mencari perkara yang hendak disalahkan. Mereka tidak boleh terima (ketewasan), itulah masalah dengan pembangkang ini," katanya lagi.

Singkir anasir pembangkang di GLC

Kerajaan digesa supaya melakukan proses pemutihan terhadap syarikat berkaitan dengan kerajaan (GLC) yang didakwa menyokong pembangkang.

Gesaan tersebut oleh wakil Wilayah Persekutuan, Yahaya Mat Ghani ketika membahaskan ucapan dasar presiden Umno di PWTC hari ini.

Beliau berkata, proses pemutihan itu penting penting untuk memastikan sokongan terhadap kerajaan dan Umno.

Ini kerana, katanya, terdapat di kalangan ahli lembaga pengarah, pihak pengurusan dan kakitangannya yang menyokong pembangkang.

"Mereka membenarkan ceramah pembangkang dalam premis mereka sendiri.

"Berikan perhatian kepada ahli Umno yang setia kepada parti dan yang berkelayakan, agar dapat menjalinkan hubungan baik dengan GLC," katanya.

Yahya juga juga mendesak pucuk pimpinan parti untuk menimbang memberi pengiktirafan kepada ketua cawangan Umno di Wilayah Persekutuan.

"Dengan nada sedih dan kecewa terdapat kementerian dan agensi kerjaaan apabila ada surat daripada ketua-ketua cawangan, tidak pernah diendahkan dengan alasan politk tidak boleh masuk campur urusan kerajaan.

"Oleh itu saya harap lepas ini surat, pandangan dan tandatangan ketua cawangan diguna pakai," kata Yahaya Mat Ghani sambil menambah bahawa ia penting untuk memastikan sokongan mereka terhadap Umno.

Yahaya juga menasihati ahli Umno agar menunjukkan sikap yang kuat terhadap perjuangan Umno yang dillihatnya semakin longgar dan longlai.

Sehubungan itu, beliau mnecadangkan agar kursus-kursus kepimpinan diberikan kepada ketua-ketua cawangan untuk merapatkan hubungan dengan akar umni bagi menghadapi pilihan raya ke-13.

Beliau juga meminta kepada pucuk pimpinan pusat agar menyalurkan peruntukan berdasarkan kepada jumlah ahli di cawangan bagi menggerakkan usaha untuk menarik ahli baru dan menubuhkan cawangan baru.

Catatan Bagan Pinang Dan Selepasnya.


Port Dickson selepas subuh


Ramai yang menganggap, apabila Dun 31 Bagan Pinang kalah kepada BN dengan manjoriti lebih baik, saya jatuh demam kepialu, terkejut gajah sampaikan tidak meng ’entry’ beberapa artikel di dalam blog ini. Bloger Barajiwa beberapa kali menyindir. Kalau Pas memang tentu saya melalak sakan, kata mereka.

Tidak pula begitu. Saya bukanlah bloger profesional. Ke Bagan Piang sejak 8 Oktober sehingga 12 Oktober, menginap di Aprt. Laguna Teluk Kemang, berhadapan markas DAP, malangnya tak boleh layari internet.

Bila balik, program lain sudah menunggu, termasuk ceramah di UUM, kemudian di USM, di tambah pula tulang ruat orang tua, sakit sendi di sana sini.

Bagan Pinang mencatat banyak peristiwa. Sebelum tarikh itu pun, saya sudah berkali-kali telefon kepada Zulkifli Mohamad Omar, kawan baik juga. Tapi yang angkat telefon hanyalah isterinya. Yang dapat saya kata, Zulkifli baik orangnya, bermesra dengan semua kaum sebelum menjadi calon 11 Oktober pun.


Bangunan terbengkalai di Port Dickson



Lagi bangunan terbengkalai di Dun Bagan Pinang


Yang dapat dikesani sewaktu di Bagan Pinang, ialah pembangunan yang terbengkalai. Saya tak tahu kenapa banyak projek terbengkalai. Tapi sayang isu ceramah Pas tidak sangat membangkitkan isu ini, melainkan isu Isa Samad didapati bersalah kerana rasuah. Pada mulanya saya anggap isu rasuah ini akan diterima oleh pengundi Bagan Pinang tetapi ternyata meleset kerana rasuah sebenarnya sudah ‘mangli’ kepada penyokong Umno dan rakyat rupanya menghalal isu ini. Alasannya mudah; rasuah ini bukan macam polis trafik terima duit pemandu teksi.


Orang ramai di majlis ceramah Pas


Pejabat DAP di Batu 9 Teluk Kemang menjadi pusat himpunan ceramah waktu malam. Kaget juga apabila melihat orang-orang Cina sangat hebat memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat.

Apapun, kekalahan PAS kali ini bagi saya adalah perkara biasa dan diduga. Tapi sekiranya PAS memang, ia adalah perkara luar biasa kerana;
1. Pas berhadapan dengan pelbagai jentera.
2. Pas lemas dalam aliran belanja BN yang melampau
3. Rakyat menerima penekanan BN dari berbagai sudut.
4. Zulkifli Mohamad Omar berhadapan dengan sebuah kerajaan seperti ‘harimau lapar’ yang mahu membaham apa saja, asalkan dia menang.


Penyokong Pas turut memberi sokongan



Seorang penyokong China di Markas DAP



Lori ini bergerak ke mana-mana meminta pengundi menyokong Pas



Perempuan China ini menjadi perayu undi Pas dari pagi hingga petang


Tapi apa pun perkara yang sangat membanggakan orang Pas mahupun KeAdilan, ialah bagaimana kegigihan orang Pas menghadapi suasana ini, di mana-mana pun. Ini tidak boleh ditandingi. Bagi mereka orang Pas ini, samada datang dari negeri lain atau tempatan, satu sen yang mereka keluar, mereka yakin itu adalah jihad. Selangkah mereka langkah, adalah jihad dan satu kilometer mereka bergerak, adalah jihad. Ini tidak berlaku kepada Umno. Ahli Umno tidak pernah menjadi mesjid tempat ibadah di musim seperti ini. Putri Umno lebih senang bergaya dengan semangat ‘ Jom Heboh’ mereka.


Suami isteri turut membantu menjadi perayu undi



Wanita China juga turut membantu



Adakah risalah begini memberi kesan


Dalam pada itu ramai pemimpin Pas atau yang mengedali strategi pilihanraya, cara dan teknik menggempur, menghadapi lawan tidak menyedari kesalahan-kesalahan sendiri. Saya melihat sepanjang kempen dan ceramah, kesilapan banyak dilakukan oleh pihak PKR yang menjadi tulang belakang membantu Pas menghadapi pelihanraya N 31 ini.

Syamsul Iskandar yang dianggap juara anak muda AMK, rasanya terlampau melebihi had lajunya dalam berceramah. Memang pun sedap bagi selera orang muda, tetapi etika dan adab untuk menarik orang luar, ia sangat ‘kasar’ dan tidak dapat diterima.

Beberapa pemuisi telah menjadikan kehalusan sastera kepada kata-kata maki hamun yang tidak boleh dianggap selesa.

Ada beberapa sebab hal yang sebegini terjadi. Bagi Pas, apabila menghadapi pilihanraya kecil seperti ini, seboleh-bolehnya setiap inci bumi DUN itu hendak diisi dengan ceramah dankempen. Sepanjang tempuh berkempen, Pas tidak mahu mengokongkannya. Manakala tenaga atau petugas yang berkemampuan kurang. Maka ketika inilah Pas menerima siapa saja tawaran bagi membantu mereka, termasuk berpidato, berceramah, kerana di pentas itu diperlukan ada penceramah sehingga jam 12 malam..

Sikap dan pendirian kebanyakan mereka yang memberi nama untuk bercakap, tidak ada pendirian atau sikap hendak memberi kefahaman sesuatu isu, melainkan berhasrat apabila ia berada di atas pentas, niatnya satu: akan dihentam pihak lawan habis-habisan. Maka jadilah seluruh ucapan mereka, ucapan yang menghentam, memaki hamun, merendah-rendah pihak lawan.

Sebagai contoh pada 11 Oktober malam di Pejabat DAP Teluk Kemang, wakil dari Johor telah membaca sebuah puisi yang saya rasa sangat indah puisinya, mantap, kuat. Tetapi oleh kerana puisi yang disedia sebelum itu di’setkan’ atau direncanakan untuk menghentam BN, pemimpin BN/Umno, maka jadilah puisi malam itu puisi yang sangat ‘kurang ajar.’

Memang sedap bagi telinga pengunjung yang menyokong Pas atau PKR atau PR. Tapi bagaimana boleh diangggap sebagai pendekatan yang baik kepada orang Umno/BN atau penyokong mereka?

Pemimpin Pas kena fikir ini. Saya memang berharap kepada orang muda/ pertengahan dalam Pas seperti Dr. Zulkifli, Khalid Samad, Dr. Hatta Ramli, Tantawi dan seluruh jentera muda tidak akan menghimpun sabut-sabut lalu meniup asap-asap seperti yang dilakukan dalam kempen di DUN Bagan Pinang oleh anak muda PKR.

Pilihanraya Kecil Terlampau .. siri 2

ketua pemuda pas pusat

1. Saya telah mengunjungi Ketua Polis Port Dickson dipejabatnya bagi membuat aduan berhubung beberapa siri keganasan yang mencederakan petugas - petugas PAS dan provokasi yang melampau sepanjang tempoh kempen di Bagan Pinang .

2. Saya mencadangkan supaya PDRM mempertingkatkan kawalan keselamatan dan menambah anggota dengan kadar yang munasabah bagi memastikan sesuatu yang tidak diingini tidak berlaku .

3. Saya menunjukkan 3 laporan polis oleh mangsa [ petugas PAS ] keganasan kepada Ketua Polis Port Dickson agar pihak PDRM segera mengambil langkah mengawal keselamatan petugas parti dan mengahalang sebarang provokasi .

a ] No. report : 4498/09 Abu Said Elias [ ic no : 851104145913 ] bersama rakan , Mohamad Azwan , Mohd Aafiiffuddin dan Ahmad Izzudin yang telah dipukul di hadapan Markaz Pemuda PAS - alamat PT 2321 A Kampung Bagan Pinang - pada 8 hb Oktober jam 2.30 am

b ] No. Report 4508 Baharuddin bin Abu Kassim [ ic no : 651018065013 ] . di pukul pada tempat , tarikh dan masa yang sama .

c ] No. Report 4489/09 : Mohd Sahid a Mohamad [ ic no : 820621055199 ] , dipukul pada 7 hb 10 jam 2.30 petang di padang awam Taman Dato' Abdul Samad PD . Cedera di mata kiri , bengkak di kepala dan sakit belakang badan , perut dan paha kanan . Mendapat rawtan di hospital Port Dickson .

4. Malangnya tiada tindakan yang berkesan dan anggota keselamatan tidak ditambah melainkan hanya kelihatan beberapa orang polis trafik yang mengawal lalu lintas . Tiada MARTEK polis di simpang - simpang jalan utama sebagaimana Permatang Pauh , Kuala Terengganu , Permatang Pasir dan Manek Urai .

5. Ketiadaan kawalan keselamatan oleh PDRM inilah memungkinkan provokasi melampau dicetus lalu berakhir dengan insiden pergaduhan yang sepatutnya tidak berlaku . Sebelumnya saya difahamkan satu kenyataan Penolong Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO Megat Firdaus [ sebagaimana yang tersiar di media - Sinar Harian ] bahawa mereka akan membawa 4000 anggota mereka yang telah dilatih ala - komando ke Bagan Pinang bagi memastikan kemenangan UMNO dan BN .

6. Saya adukan perkara ini kepada Ketua Polis Port Dickson secara lisan di pejabatnya kerana khuatir ia menjadi pencetus kepada aksi - aksi ganas yang mengganggu keharmonian pilihanraya . Juga tiada sebarang tindakan jauh sekali memanggil Megat Firdaus untuk diambil keterangan .

7. Ketua Putera UMNO Abdul Azeez Abd Rahim berjaya dalam lakonannya yang mendakwa bahawa beliau dipukul oleh petugas PAS sedang rakaman menunjuk beliau berjalan selesa menuju ke pusat penamaan calon dan bertemu dengan kami para pimpinan PAS di dalam kawasan pusat penamaan calon . Beliau ketika sangat ceria dan kemas segak , langsung tiada kesan dipukul . Beliau hanya mengadu sakit apabila pulang ke rumah . Lakonan ini mencetus kemarahan ahli - ahli UMNO dan membangkitkan dendam terhadap petugas PAS yang dituduh telah memukul Abd Azeez .

8. Sepanjang tempoh kempen saya menyaksikan berlakunya provokasi yang sangat keterlaluan . Anak - anak muda bermotor dengan lilitan merah ditangan sering mencetus provokasi tersebut . Lantaran tiada kawalan keselamatan , provokasi ini berlangsung hingga ke hari pembuangan undi . Provokasi keterlaluan ini akhirnya mencetuskan pergaduhan dikalangan jentera parti kedua - dua pihak sekaligus mencemarkan pilihanraya .

9. Satu pergaduhan besar berlaku di hadapan Sekolah Si Rusa . Saya bergegas ke situ dari Markaz Induk untuk meleraikan pergaduhan dan mententeramkan ahli PAS agar tidak terpengaruh dengan sebarang provokasi . Sebaik sahaja keadaan dapat dikawal [ beberapa orang mengalami kecederaan dan sebuah kereta petugas PAS mengalami kerosakan kerana dipukul ] , saya segera bertemu Ketua Polis Negeri [ Othman Salleh ] yang secara kebetulan juga tersangkut di situ dalam perjalanan pulang ke balai . Saya sekali lagi mempersoalkan kenapa polis tidak mengambil langkah berkesan dengan menambah bilangan anggota keselamatan dan membuat kawalan rapi di sepanjang tempoh kempen . Beliau menjawab " You jangan persoalkan kerja saya ! "

10. Sebelah malamnya pula satu pergaduhan besar berlaku di Markaz PAS Terengganu berhampiran PD Marina Resort Telok Kemang . Sekali lagi saya berkejar ke situ untuk meredakan ahli PAS agar bersurai dan kembali masuk ke markas dan tidak terpengaruh dengan provokasi dari pihak yang tidak bertanggungjawab ini . Alhamdulillah sejurus saya tiba , ketegangan berjaya diredakan dan kemudiannya FRU tiba untuk memastikan ratusan anak muda bermotor tidak menyerang markaz PAS Terengganu .

11. Saya sendiri menjadi hairan , kenapa pilihanraya Bagan Pinang kali ini penuh dengan adegan provokasi dan pergaduhan . Seperti ia benar - benar dirancang . Bermula dengan ketiadaan kawalan keselamatan polis [ MARTEK - seperti di Kuala Terengganu , Permatang Pasir dan Permatang Pauh ] , di tambah kenyataan Penolong Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO yang dilaporkan oleh media mahu membawa 4000 ahli terlatih ala - komando dan aksi - aksi ganas serta provokasi sepanjang tempoh kempen .

12 . Menyaksikan tenaga parti tidak mencukupi dan keselamatan petugas parti sepenuh masa yang berkampung di Bagan Pinang sangat terancam dengan insiden provokasi dan pergaduhan yang berlaku , ditambah pula Markaz Pemuda diserang oleh ratusan orang yang tidak dikenali sedang petugas pemuda yang dijadualkan bertugas di markaz Pemuda pada waktu itu hanyalah sekitar 25 orang .

13. Kebanyakan pemuda yang turun ke Bagan Pinang adalah melalui negeri dan mereka diagih bertugas di UPU - UPU mengikut agihan negeri masing - masing . [ Sekitar 70 % petugas di UPU - UPU tersebut adalah dari kalangan pemuda . Markaz Induk Pemuda tersebut hanya menjadi tempat mesyuarat dan penyelarasan aktiviti Urusan Pengundi Muda . ] Sedang perayu - perayu undi khasnya dikalangan Muslimat memerlukan kawalan keselamatan dari pemuda . Markaz Dewan Ulama' juga diganggu dan mereka memerlukan petugas pemuda untuk membuat kawalan , sementara Unit Amal telah ditempatkan untuk mengawal perjalanan undi pos .

14. Lalu saya mengambil langkah segera mengerahkan seluruh pemuda PAS dari seluruh negara yang belum turun ke Bagan Pinang untuk segera turun kerana keadaan sangat memerlukan mereka . Mereka usah lagi ragu mengenai tahap keperluan mereka turun ke Bagan Pinang , mereka juga tidak perlu teragak - agak jika terpaksa mengorbankan wang ringgit dan tenaga mereka , dengan itu saya bersumpah DEMI ALLAH , di atas nama Jihad Fisabilillah , saya arahkan mereka turun ke bagan Pinang untuk memastikan keselamatan pimpinan , petugas dan bilik gerakan parti lantaran keadaan kian kritikal dengan berlakunya provokasi yang berterusan .

15. Pemuda dikerah setelah saya lihat pada waktu itu yang ramai hanya pelancong politik . Datang ke Bagan Pinang hanya untuk meraikan suasana sambil membeli belah di gerai - gerai dan mendengar ceramah . Mereka bukan petugas yang mendaftarkan diri untuk sedia digalas beban gerakkerja .

16. PAS sebagai sebuah Gerakan Islam , sebenarnya telah meletakkan Jihad sebagai jalan perjuangannya . Dermanya jihad , berjaga malamnya jihad , tampal posternya jihad malah segala - galanya jihad selama mana ianya dilakukan untuk mendaulatkan syariat Allah swt . Saya tegaskan demikian supaya pemuda rasa apa yang mereka lakukan itu adalah ibadah yang bakal diganjarkan pahala .

17. Lucunya UMNO berasa terancam dengan sms jihad yang saya hantar hanya kepada EXCO DPPP dan Ketua - Ketua DPP Negeri supaya mereka mengerah seluruh pemuda turun bertugas di Bagan Pinang . Timbalan Perdana Menteri menyebut sms jihad itu untuk menimbulkan kekacauan . Alangkah jahilnya beliau mengenai jihad . Terlalu banyak ayat jihad di dalam al Quran , apakah Al Quran pencetus kekacauan ? waliyazubillah . Saya berlindung dengan Allah dari bahana kejahilan seperti ini .

18. Pemuda UMNO pula mahu hadapkan saya dengan akta hasutan dan mengutuk saya dalam perhimpunan agong mereka . Tetapi mereka tidak bersuara terhadap kenyataan penolong setiausaha pergerakan mereka . Saya nak beritahu kepada pemuda UMNO , bahawa Jihad adalah jalan kami dan mati syahid adalah setinggi - tinggi cita - cita kami .

19. Saya bimbang trend provokasi dan pergaduhan yang telah membawa kemenangan besar kepada UMNO dan BN akan diteruskan dalam pilihanraya akan datang . Jika ia berlaku , hancurlah demokrasi dan musnahlah peradaban serta tamadun negara ini .

20. Sungguh inilah pilihan raya terburuk yang pernah saya sertai .

Analisis Blogger @ N31 - Mukadimah PAS kalah teruk !

Oleh : panzer (UO.com)
Analisis ringkas yg dibuat oleh sahabat wak, saudara panzer dari Utara Online yg berada 2 hari disana (13Okt. dan 14Okt.) melakukan misi rahsia semula selepas kekalahan teruk PAS di Bagan Pinang, secara sembunyi-sembunyi. Dan dibawah adalah cerapan yg beliau perolehi berdasarkan kajiselidik yg hanya berupaya menampilkan 9 sampel saja yang sudi menjawab.

Pandangan ringkas yg beliau kemukakan adalah seperti dibawah :

1. "kesilapan operasi" :
a. Besar kemungkinan PAS tiada langsung membuat kajian terhadap pengundi di bagan pinang, atau PAS memang sudah tahu keadaan sebenar.

b. Tidak merancang secara tersusun, adhoc ? Tidak mungkin ! bagaimana operasi sepatut dijalankan, antaranya kesilapan meletakkan negeri2 membantu di setiap UPU.

c. Terlalu kurang petugas-petugas jentera parti yg bertugas terutamanya dari Negeri Sembilan., mungkin tidak dikerah sepenuhnya. Unsur-unsur sabotaj ?

d. Kempen Penerangan kepada pengundi tidak diberikan dengan lebih jelas atau tiada langsung,
ini yang membuat pengundi yang menyokong PR menjadi keliru, apalagi dengan kemasukan propaganda umno yg hebat mengasak setiap hari, menyebabkan undi pecah. ( hasil kajiselidik massa - tanya pendapat dengan pengundi ).

e. Lebih ramai penyokong2 dari petugas.

f. Persedian berkempen yang lambat dan terlalu lembab hanya pada saat
akhir barulah hendak berusaha keras.

Dalam kita maledani pengundi-pengundi di selatan khususnya, apa yg kurang diketahui ialah sikap mereka masih menebal dengan elemen melayu kenegerian yg kuat, malah mereka tidak berapa suka dengan orang-orang terutamanya disebelah pantai timur. Dan sepatutnya UPU di sepanjang Jalan Pantai wajar diberikan sepenuhnya kepada petugas dari Negeri Sembilan untuk menjalankan operasi jentera kempen dan jentera ini boleh dibantu oleh petugas-petugas parti dari negeri Melaka, Selangor dan Johor.

Lihat apa yg berlaku di UPU Teluk Kemang, di sana langsung tiada petugas dari anak tempatan, ia diuruskan sepenuhnya oleh negeri Terengganu dan di bantu oleh petugas Pulau Pinang, maka timbullah masaalah pertuturan bahasa, sepatut nya awal lagi operasi penerangan dilakukan
olih petugas dari Negeri Sembilan itu sendiri.

Dimaklumkan bahawa di Teluk Kemang ini, kebanyakan penduduknya adalah mereka yang asalnya dari Melaka, kena peka lah.., apapun negeri-negeri dari pantai timur sepatutnya hanya datang sebagai penyokong tanpa membantu operasi pilihanraya di sana. Ia sudah cukup !

Rumusan ringkas berikutnya :

2. Sangat benar jika dikatakan bahawa rakyat di sebelah selatan ini masih menebal dengan UMNO, malah sikap terima kasih terhadap UMNO masih sukar nak dibuang.

3. Kaedah berkempen di sebelah selatan harus membawa pendekatan yang berbeza, satu kajian tentang sikap pendduduk wajar dilakukan, kena paham sikap mereka itu yg penting.

4. Pengundi tidak dapat penjelasan dengan jelas, kemampuan dan apa yang hendak dilakukan oleh kerajaan PR agak kurang dipercayai terutama oleh pengundi atas pagar, malah Manisfesto agak lewat dikeluarkan oleh jentera saraf, dan sebaran maklumatnya tidak sampai ke sasaran.

5. Ragam pemimpin-pemimpin kita terlalu jarang berjumpa dengan penyokong kita atau mengambil tahu masaalah mereka, ini lah masaalah paling besar dan ia berlaku dimana mana, ini menyebabkan pengundi merasa bosan, dalam konteks Bagan Pinang terutamanya kaum india, mereka ini jelas terlalu kecewa. Kasih sayang BN yg turun awal ke estet-estet bagaikan Santa Klaus bagi mereka.

6. Ada dan wujudnya wakil-wakil kita tidak memberi perhatian sepenuhnya apalagi ambil berat kawasan sendiri sehingga memberi ruang yg cukup luas untuk BN bermaharajalela berdamping dan memberi janji2 manis beserta habuan 'material' dengan rakyat, ini dapat dilihat kaedah saraf yg Bn lakukan di kawasan luar bandar dan di estet-estet. Mungkin ada wakil rakyat P masih menganggap pengundi di situ seperti di utara yang tidak mudah terperangkap dengan sogokan BN.

7. Kerjasama kempen antara parti di dalam PR masih tidak sepakat sepenuhnya, ini yang jelas nampak sejak beberapa prk lalu, dan ini adalah antara penyebab kurangnya petugas dan untuk mendapat berkempen secara all out memang gagal.

LUAR PAGAR... Oleh PYANHABIB

TUAN PEE EMM, tuan telah meminta rakyat Malaysia memberi cadangan akan Bajet 2010 yang tuan bentangkan di Parlimen. Sebagai rakyat yang baik di negara Malaysia yang demokrasi ini, maka saya pun mahulah mengemukakan cadangan yang tidak seberapa ini.
Tuan Pee Emm, sejak tuan umum peruntukan Bajet Mini berjumlah RM60 bilion diawal tuan menjawat jawatan Pee Emm, dalam kepala saya ialah: Jikalaulah daripada jumlah RM60 bilion tersebut - saya tidak tahu kira betapa banyaknya - disedekahkan RM1 juta kepada setiap seorang daripada 27 juta rakyat Malaysia ini, saya bayangkan, rakyat Malaysia akan kaya raya dan tidak ada yang miskin dan papa kedana.
Tuan Pee Emm, daripada peruntukan RM60 bilion itu juga - yang saya tidak tahu betapa banyaknya - saya bayangkan alangkah bertuahnya pengguna lebuh raya sekiranya pemilik konsensi lebuh raya yang nilai semasanya dilaporkan berjumlah RM10.5 bilion itu dibayar habis, disetelkan dan-dan itu juga!
Saya tidak pandai ilmu hisab tetapi saya dapat merasakan jika cadangan saya ini dipersetujui - bayar habis kepada konsensi lebuh raya - maka saya sebagai rakyat Malaysia tidak lagi perlu membayar tol sehingga arwah bila melalui lebuh raya apatah lagi balik kampung berhari raya atau misalnya, semasa pilihan raya!
Tuan Pee Emm, kempen diskaun tol pada musim perayaan dari pukul 12 malam hingga pukul 7 pagi saya rasakan hanya kelakar, mengganggu tidur sahaja. Bukankah baik dipercumakan terus tol demi beramal jariah kepada rakyat?
Sekali baca, kempen ini jelas menggalak orang ramai berpusu-pusu masuki lebuh raya dan menyerbu palang tol untuk mendapat diskaun. Lihat, betapa subsidinya rakyat Malaysia, ceh!
Tuan Pee Emm, selama ini kita dikempenkan agar tidak memandu dalam keadaan mengantuk, dalam kes diskaun tol yang dijom heboh pada waktu tidur ini, bagaimana pula agaknya? Perlukah kita menyerbu palang tol di lebuh raya pada waktu tidur? Bukankah pada waktu itu biasanya adalah waktu tidur dan bangun pagi sekalian rakyat?
Alahai! Betapa bengapnya kita berkejar berlumba di lebuh raya dan lebuh raya menjadi sesak pada waktu kita tidur? Waktu tidur sepatutnya adalah waktu rakyat setel masalah!
Dan yang kaya, yang nyenyak tidur pada waktu itu, masih tetap kapitalis! Tuan Pee Emm, saya cadangkan dibikin satu atau banyak konsortium. Kerah konsortium ini masuk kampung-kampung, kerah mereka hidupkan semula sawah terbiar, airi tanah yang kontang, tanami semula padi.
Malaysia miliki tenaga buruh pendatang yang melimpah ruah, ambil, kerah dan gajikan mereka bercucuk tanam padi dan bukan hanya bina bangunan tinggi!
Tuan Pee Emm, generasi tua yang menghidupkan sawah di kampung-kampung selama ini, sudah pupus. Manakala generasi baharu yang sekolah tinggi-tinggi tidak kenal sawah bendang dan mereka memilih untuk hidup dan bekerjaya di bandar-bandar. Malah generasi yang tidak bersekolah tinggi pun memilih bandar untuk menjadi sabut yang timbul atau batu yang tenggelam!
Tuan Pee Emm, jika tenaga buruh di Malaysia yang berjumlah jutaan orang itu boleh dipetik jari untuk dikerah hidupkan semula sawah mati maka berelung-relung tanah sawah mati dan terbiar itu akan kembali hidup subur.
Hasilnya beras tidak perlu diimport, tidak perlu risau orang kampung mati tidak makan, tidak perlu susah payah heboh beras free kepada orang miskin tegar kerana hasil yang diperoleh daripada berelung-relung tanah sawah terbiar di seluruh ceruk negara barangkali lebih daripada mencukupi.
Beras akan sentiasa ada, rakyat tetap makan nasi dan rakyat tidak akan mati kerana tidak makan nasi! Sekian untuk renungan Tuan Pee Emm. Heppy Deepavali!Hidup Isa Bagan Pinang!

PYANHABIB seorang seniman yang mempunyai kepala otak yang lain daripada yang lain. Maka itu anggap apa yang beliau syorkan ini sebagai seloka menjelang Deepavali...

Cari strategi baru lebih relevan


Najib Tun Razak bersalam dengan Muhyiddin Yassin selepas beliau berucap pada majlis perasmian Perhimpunan Agung UMNO 2009 di PWTC, semalam.


KUALA LUMPUR 15 Okt. - Malaysia perlu mencari strategi baru yang lebih relevan dengan masa dan zaman dalam menghadapi cabaran ekonomi masa depan yang lebih rumit dan hebat.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, landskap ekonomi dunia kini sudah berubah, oleh itu formula semalam belum tentu lagi masih mujarab.
"Jika dalam tempoh hampir empat dekad kita gagal mencapai matlamat dengan menggunakan kaedah yang sama, bukankah sudah sampai masanya kita memikirkan strategi baru yang lebih relevan dengan masa dan zaman untuk mencapai cita-cita yang diimpikan?," tanya beliau.
Beliau yang juga Presiden UMNO berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dasar di Perhimpunan Agung UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra, di sini, hari ini.
Najib berkata, dalam melaksanakan sesuatu dasar misalnya, kita tidak boleh terlalu dogmatik sehingga yang menjadi tumpuan adalah wahana atau pendekatan digunakan berbanding keberhasilan.
"Ini kerana alat dan pendekatan boleh berubah dek perjalanan masa. Wahana dan kaedah yang sesuai hari ini mungkin akan lapuk sepuluh tahun daripada sekarang.
"Contohnya, apabila mula digubal, Dasar Ekonomi Baru (DEB) menyasarkan pemilikan ekuiti Melayu dan bumiputera dari 2.4 peratus kepada 30 peratus dalam tempoh masa 20 tahun.
"Namun begitu sehingga DEB tamatpun, matlamat ini masih belum dapat diterjemahkan, pemilihan ekuiti orang Melayu dan bumiputera hanya mencapai 19.2 peratus sahaja, oleh itu, matlamat ini diteruskan di bawah Dasar Pembangunan Nasional, Dasar Pembangunan Wawasan dan kini, Misi Nasional menggunakan pendekatan yang tidak jauh berbeza," katanya.
Perdana Menteri berkata, orang Melayu perlu sedar bahawa salah satu sebab yang memungkinkan kejayaan DEB ialah kerana ia dilaksanakan di tengah-tengah pertumbuhan ekonomi yang mampu.
"Perangkaan menunjukkan bahawa pukul rata pertumbuhan ekonomi negara di antara tahun 1971 hingga 1990 adalah pada kadar 7.1 peratus," katanya.
Dalam ucapan itu juga, Najib menegur kelompok orang Melayu yang menjadi produk afirmatif serta DEB kerana begitu gah dan bangga mendabik dada bahawa mereka tidak perlu lagi topang dan sangga.
"Katanya, mereka boleh berdiri di atas kaki sendiri tanpa perlu bergantung kepada pertolongan kerajaan.
"Tampaknya, golongan ini lupa kepada satu hakikat yang besar. Maksud saya, jika benarpun mereka telah cukup berupaya untuk membuang topang yang menyangga mereka selama ini, bagaimana pula halnya dengan orang-orang Melayu lain yang masih memerlukan bantuan. Adakah adil namanya jika topang ini dinafikan kepada kumpulan yang layak menerima, hanya kerana orang yang sudah mendapat bantuan tidak lagi bergantung padanya," kata beliau.
Perdana Menteri menegaskan, tiada siapa dapat menafikan bahawa nikmat tersurat hari ini adalah orang Melayu telah mempunyai kelas menengah yang besar.
Keadaan ini kata beliau, hampir tidak wujud ketika DEB dilancarkan pada tahun 1971.
"Siapakah juga yang dapat menafikan bahawa hari ini terdapat golongan profesional Melayu dalam skala yang besar sebagai mahsul daripada langkah-langkah DEB," katanya.
Oleh itu tegas Najib, apa yang perlu difahami, isunya bukanlah soal bantuan tetapi soal pengurusan dan pentadbiran bantuan tersebut, faktanya orang Melayu dilihat dari lensa keseluruhan, masih ketinggalan dan memerlukan bantuan, itulah sebenarnya yang menjadi perhitungan utama.

Discord in PKR over Zaid’s role

KUALA LUMPUR, Oct 16 — Matters which have been percolating for weeks boiled over at PKR’s emergency political bureau meeting on Tuesday night.
A decision was made that Datuk Zaid Ibrahim should not go to Sabah and Sarawak this weekend as a result of the open revolt by divisions there.
PKR de facto leader Datuk Seri Anwar Ibrahim believes that Sabah PKR needs new leadership but 17 of 23 divisions in the state do not want any leader sanctioned by Kuala Lumpur foisted on them.
Several PKR leaders here believe that by going to Sabah and Sarawak, Zaid would be sending the wrong signal and not showing solidarity with party headquarters.
But party insiders say that a schism between Zaid and others in PKR had been inevitable given their different styles in running the political party.
Several PKR officials are troubled by Zaid's gung-ho approach to solving problems and pushing for a common platform with Pakatan Rakyat (PR) partners.
Zaid had been brought into the party with great fanfare by Anwar earlier this year.
The former Umno man had been given the task of crafting a common platform for the PR coalition to take into the next general election, with an eye towards taking Putrajaya.
But The Malaysian Insider understands that he has faced obstacles not just from PAS and DAP but from within his own party.
Some PKR officials believe that he has ambitions to eventually lead the party — a possibility if Anwar is convicted for sodomy.
These leaders see Zaid as a threat to them. They are also suspicious about whether a more inclusive and multiracial approach will be enough to win over the majority of voters.
Zaid's supporters in the party say that he has stepped on toes because he believes that Malaysians are ready to embrace multiracialism.
His stand, that PKR has a historic opportunity to become a platform of multiracialism, has not gone down well with some party leaders.
Zaid is understood to be reconsidering his position in the party and may choose to take a step back.
But what is clear is that breakdown in relations between several PKR leaders and Zaid is the last thing which the party and the PR alliance needs at this point.
Despite a winning streak in by-elections in Peninsular Malaysia since Election 2008 that was only broken last week in Bagan Pinang, the coalition remains fragile.
PAS and DAP have been squabbling publicly over their respective Islamic and secular stand on government policy.
PKR has also been faced with problems in Selangor, with the threat of defections from among its rank still a potential threat.
And without strong units in Sabah and Sarawak, the federal opposition can forget about governing Malaysia.