Khamis, 15 Oktober 2009

UMNO UNTUK MELAYU ATAU Untuk Melayu -NO...(Hanya untuk orang UMNO sahaja..???) - isu Bahasa MELAYU.. PPSMI..!!



Kekadang ramai juga yang risau, rimas hidup kat Malaysia ni. hari-hari pasal politik jer...!!!. Nak pegi kerja..politik., nak buat business...politik,....nak pergi surau, masjid pon ..politik....!!!!

Agak-agak nyer ler , ape le agaknye panduan untuk kita hidup didunia ni agaknye ..... politik ker.....????

Ni..apa dah jadi ni...???? Kitab mane le agak nyer nak kita ikut ni...????
Kita ni ada bangsa ... ada budaya.. dan juga ada Ugama..... agak-agaknyer la... kita ni berpandukan ape ler untuk hidup didunia ni.... ??? ..... politik..?????..so hari-hari politik ker...?

Tidak adakah orang yang nak memperjuangkan untuk mempertahankan Bahasa, Budaya, Bangsa, Ugama.

Agenda untuk memertabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa yang berdaulat dan disegani dah tak kedengaran lagi...... katanya telah ditutup oleh keriuhan politik. Isu-isu PPSMI masih tak nampak lagi....mungkin buat sementara....bila dah senyap besok...dia buat le balik.. ataupun nak jadikan Tanah Melayu(Malaysia) ni macam Singapura. ...kat sana mane ade cakap Melayu sangat...!!! abih..dah orang Melayu sendiri pun dah tak nak cakap Melayu.... asik nak cakap Inggeris.... tengok le kat TV tu.... kalau menteri ker orang politik ker..kalau diinterview..mesti nak cakap Inggeris.... tapi. saya heran pulak.... kalau menteri ker.. atau YB berbangsa Cina...sentiasa jer nak cakap Melayu semasa diinterview....??? pasal isu Bahasa ni..saya dah panjang lebar cerita kat blog saya dulu..... Isu ini dah lama dah timbul, salah satu sebab juga mengapa Universiti kebangsaan Malaysia(UKM) diujudkan. UKM lah sehingga kini mengambil usaha menghasilkan istilah teknikal dalam bahasa Melayu...sejak tahun 70'an lagi. Kalau nak tahu istilah teknikal Melayu, pergilah tanyalah kat UKM...kalau nak tahu lah.... kalau dah memang dah tak tahu.... cakap sampai bila pun dia tak nak ambik tahu.....!!!!


..jadi orang-orang Melayu atau golongan yang masih sayangkan Bahasa Melayu ni dan memperjuang dan hendak memertabatkan kan Bahasa Melayu di Tanah Melayu ni pun dah penat dah...macam-macam, sampaikan buat demonstrasi kat jalan,.... mengadap Agong pun ..ramai dah kene tangkap, kene sembur , masuk lokap....... dah buat untuk memertabatkan Bahasa Melayu di Tanah Melayu ni..... malas dah rasanya nak sebut Malaysia..... takut lama-lama pun jadi macam Singapura.



Kalau dah diharapkan parti politik yang diberikan kuasa poliutik untuk memertabatkan Bahasa Melayu di Tanah Melayu pun dah tak ada hati pun nak memertabatkan Bahasa sendiri di tanah air sendiri lagi.... besok kalau sejarah akan datang ...anak cucu pun dah tak nak cakap Melayu.... tak ade le lagi bahasa Melayu di Tanah Melayu....?.. agak-agak nye.. apa sebenarnya dah jadi orang-orang politik Melayu ni agak nye...????? ke dah tak ade jati diri bangsa lagi ker..? Bangsa lain. arab ker..., Itali ker..., Inggeris ker...., China ker, Jepun ker,... hantar rakyat mereka keluar negara untuk mendapat ilmu, balik negeri bawa ilmu.... yang orang Melayu, dihantar keluar negeri untuk mendapatkan ilmu,... balik negeri, bukan ilmu jer dia bawa, bahasa dia pun dia bawa, nak tukar bahasa, nak guna bahasa yang dia belajar kat luar negeri. Agaknya, orang Inggeris ni, sambil ajar anak-aanak kita kat luar negeri tu, diorang pun ajar juga benci bahasa sendiri kot... tapi tak juga, orang Jepun, orang Itali, Jerman , Korea, China pun hantar anak-anak mereka keluar negeri, balik ..... diorang cakap bahasa diorang jugak,.. apasal lah bangsa Melayu ni,... suka sangat banggakan benda/hak orang lain....???? ape kene le agak nye....??????

Memang le senang kalau belajar bahasa orang, balik guna bahasa asing,. tak payah la nak kene "translate" tak payah nak tahu istilah bahasa Melayu, nanti nampak macam orang bodoh pulak,,, ...pasal belajar kat negeri yang guna bahasa Inggeris, semuanya adalah tanah jajahan Inggeris. Agak-agaknye kalau kita boikot semua pelajar kita dari belajar di negeri yang guna bahasa inggeris ni, katakan Jepun ker Itali, semua orang kene belajar bahasa Jepun ler kot. Bila politik terlalu menguasai agenda bangsa, maka ini mungkin akan berlaku.

.....Jadi kalau parti yang kata nak memperjuangkan Melayu, kalau pejuang Bahasa Melayu dah tak boleh nak mengharapkan lagi untuk memperjuangkan bahasa sendiri, kemana lagi mereka nak harapkan, parti lain...???? kalau ada pilihan...!! atau terpaksa cari pilihan lain...?????

Jadi kalau mana-mana parti tu kata nak perjuangkan Melayu, kene le tengok-tengok sikit segala yang berkaitan dengan bangsa.. bawa le berbincang dengan orang-orang Melayu, bukan hanya dalam kerabat politik sahaja meke ...sahaja, tanya le juga yang kerabat yang kat luar politik juga. Orang yang terlibat dalam hal berkenaan. Tanya sikit pendapat orang-orang tua yang tak berpolitik, fikiran mereka lebih tenang, aman, dapat beri nasihat yang sebaiknya. ..... Kalau sampai orang dah marah tu...ada le yang tak kene... cuba le pikir sikit... lembu pun kalau dah marah, dia naik angin, silap-silap kene sondol ade le... kalau bahasa zaman hang Tuah,..kalau dah mengamuk tu, sialah..... I ingat you pun tahu,,perkataan mengamuk ni.... orangInggeris pun guna perkataan "amuk" ni, sebab perkataan amuk ni, orang Melayu je ade, mat saleh pon takde perkataan ni.... so ...kalau orang Melayu pun dah mengamuk,,,, deme tau-tau je ler....!!!!!

Berhala Dalam Diri


Oleh : Nash Ar-Rawy
Ramai yang tidak menyangka ‘Berhala” bisa ada dalam diri; sebagaimana tidak menyangka cempedak jadi nangka atau penemuan baru : cempedaknangka. Kalangan politikus , ramai yang tanpa menyedari bahawa ‘Berhala” sudah ada dalam diri. Antaranya, yang berani dan celupar menyatakan ; Hudud tiada sesuai di zaman siber dan kalau di potong tangan dan kaki; nanti bisa buat sup. Ini semua adalah persendaan terhadap Yang Empunya Global dan Yang Empunya Hukum selaku ‘The Absolute Law Giver “. Percakapan ini adalah bicara ke-Berhala-an dalam diri; kerna menolak ke-Tuhan-an dalam perundangan ; lantaran ke-Tuhanan-an tiada lagi di dalam hati dan diri.
Menolak rasuah , tidak salahguna kuasa , pangkat dan kedudukan adalah amalan ke-Tuhan-an dan disebaliknya adalah amalan ke-Berhala-an. Perasuah adalah perilaku ke-Berhala-an dan menentang amalan rasuah adalah syaksiyyah ke-Tuhan-an dalam diri kendiri; yang beriman , bijaksana dan muttaqin ( bertakwa)
Justeru itu, melantik , memilih dan mengundi calun perasuah sebagai wakil rakyat atau bersubahat untuk memenangkannya adalah perbuatan ke-Berhala-an yang nyata kerna prinsip ke-Tuhan-an menyatakan pemberi dan penerima rasuah ; kedua-duanya masuk neraka.
Ke-Tuhan-an bererti bukan menjadi Tuhan tetapi ke Tuhan itu menuju ke Tuhan. Sementara, ke-Berhala-an bererti berhala ada dalam diri kerna menuju ke
“ Berhala”; apabila tepuk dada tanya selera bukan tanya iman. Hadis nabi menyatakan : “ Tiada beriman bagi orang yang tiada berakhlak “ Hadis ini dituju kepada semua termasuk, ustaz, guru, ulamak , Tok Guru dan orang awam ; jika tiada berakhlak maka hilanglah iman. Justeru itu, mestilah ada : Iman , Islam dan Akhlak ; kerna akhlak itu terbitan daripada Iman ( di dalam diri ) dan dibuktikan dengan Islam iaitu penyerahan diri pada ‘Dia’ di dalam segala tingkah laku , perbuatan. dan syaksiyyah diri
Tingkahlaku yang jahat lagi mengkufuri atau menentang dan mengingkari perintah Tuhan dan berakhlak buruk dan keji walaupun di kalangan ilmuan yang professional dan guru agama adalah tingkahlaku ke-Berhala-an dalam diri. Anologinya mudah sekali untuk difahami . Siapakah itu iblis ? Bukankah sebelum itu dikenali sebagai azazil; ‘Tok Guru’ di langit yang dipergurui oleh para malaikat ketika itu! Ertinya , ke-Berhala-an dan ke-Tuhan-an bisa berlaku di mana-mana dan bisa menjadi pencetus diri dalam diri mana-mana manusia tanpa mengira derajat dan kedudukannya dalam masyarakat . Mau ke mana kamu ? ke Tuhan atau ke Berhala ?
Jangan sandiwara diri kerna ; diri terperi dan diri kamu sebenar yang di dalam itu ; akhirnya akan di ketahui khalayak juga apabila diri yang sebenarnya terserlah dengan akhlak yang buruk yang tidak mencerminkan iman dalam diri. Songlap wang zakat fitrah , Tabung Haji, Bank Islam , adalah antara contoh berlakunya ke-berhala-an yang ketara sekali pada institusi yang dihormati dan kepercayaan masyarakat.
Salahgunakuasa , ‘selective punishment’ dan penyewengan yang sering berlaku dalam SPR, mahkamah, PDRM ,ISA peguam negara dan SPRM yang menjadi kuda tunggangan untuk menjamin kesinambungan talian hayat UBN adalah kerna elemen-elemen ke-Berhala-an yang bertapak di dalamnya. Justeru itu , UBN samasekali tiada berani meletakkan institusi –institusi tersebut di bawah kuasa parlimen ‘yakni di bawah DYMM Yang DiPertuan Agong bukannya di bawah manipulasi dan salahguna kuasa PM. dan thoghut ke-Berhala-an UBN di peringkat makro ke-Berhala-an di dalam sistem pemerintahan sekular nasionalis/SMS(SATU MALAYSIA SEKULAR)
Di peringkat mikro ke-Berhala-an adalah pada diri individu itu sendiri. Sikap sombong , bongkak , ria’ , ‘ujud , takabur , dengki , dendam, kesumat dan adudomba , memfitnah orang ; adalah antara ciri ke-Berhala-an di dalam diri. Maksiat batin dan syirik kahfi mengkahfi ini hendaklah di buang dan dikikis-habis sifat-sifat mazmumah yang keji dan tercela ini dengan sifat –sifat mahmudah; yakni yang baik , suci murni dan terpuji.
Diri yang di dalam adalah pada asalnya suci , bersih dan murni kerna roh itu suci dan datang daripada Penciptanya Yang Maha Suci. Justeru itu, mengapa harus kamu mengotori diri kamu ? Mengapa harus dibiarkan ke-Berhala-an itu bertapak dan menjadi parasit dalam diri kamu. ? Jangan sehingga ibarat kata ; pokok mati dan parasit menjadi pokok dan mengambil-alih diri kamu sepenuhnya , nauzubil lahi minzalik.
Orang yang melakukan sesuatu yang salah , kemudian sanggup bersumpah dengan nama Tuhan dan mempergunakan nama Tuhan dalam pengakuan bersumpuh tersebut ; demi untuk menyelamatkan diri dan menutup kesalahan yang dilakukan . Adalah juga sumpuhan ke-Berhala-an kerna sudah hilang ke-Tuhan-an dalam dirinya . Contohnya , bersumpuh dengan nama Tuhan di depan hakim tidak melafazkan talak ke atas isteri sedang perkara itu berlaku atau bersumpah dengan nama Tuhan diri disodomi ( liwat ) oleh Si Polan sedangkan perkara tersebut tiada pernah berlaku adalah sumpahan ke-Berhala-an belaka.
Membunuh, peras ugut , merogol, merompak, menipu, rasuah, berjudi , mabuk dan berzina adalah perbuatan yang berlaku kerna hilang dan lenyapnya elemen ke-Tuhan-an di dalam diri . Lantaran itu , diri dikuasai oleh virus ke-Berhala-an yang bersada dan membarahi diri kendiri ; nauzubil lahi minzalik.
Dalam hal ke-Berhala-an ini, jangan sekali-kali dipersalahkan syaitan yang di kambinghitamkan ( ‘scape goat’) kerna diri sendiri yang sudah menjadi syaitan; justeru kerana menolak dan mencampakkan elemen ke-Tuhan-an dalam diri dan membiarkan elemen dan pengaruh ke-Berhala-an menguasai diri. Firmanul lahu,” Sesungguhnya ( wahai Muhammad ) musuh kamu yang paling nyata adalah syaitan dari kalangan MANUSIA dan Jin … maksud Qur’an.
Firmanul lahu lagi . “ Ani’budullah wajtanibut thoghut “ ( Beriman dengan Allahu dan menjauhi thoghut / berhala ) dan maksud Qur’an : ‘Mengkufurkan thoghut / berhala dan beriman dengan Allahu ‘. Dan ayat :”lata’budussyaiton inna lahu lakum ‘adu wun mudin” ( Jangan kamu menyembah syaitan , sesungguhnya ia adalah musuh kamu yang paling nyata sekali . .
Justeru itu hindarkanlah syrik kahfi mengkahfi di dalam diri semada disedari atau tidak supaya ke-Berhala-an itu terhapus sepenuhnya di dalam diri dan senantiasa di dalam ke-Tuhan-an di dalam dan di luar , zahir dan batin. Dalam keadaan ‘Solatun Daimun “ ( kekal dalam solat) sebagaimana maksud Qur’an “ Wa’aqimissolatali
Zikri “ ( Dan mendirikan solat untuk tujuan MENGINGATI ‘Dia “ selalu ) dan “ Wataqollubaka fissajideen” ( Dan pergerakan-pergerakan kamu antara mereka yang SUJUD) pada ‘Dia” insyaAllahu ada ke-Tuhan-an di dalam diri , hati, jiwa, akal , rasa dan perbuatan yang awal-awal lagi sudah konfirm menolak thoghut , ke-Berhala-an dan ke-Syaitan-an di dalam diri zahir dan batin .

"Unity Government" adalah punca utama kekalahan Pakatan Rakyat di Bagan Pinang.



oleh ali :

Kehilangan undi amat ketara dikalangan pengundi bukan melayu di Bagan Pinang. Mengapa undi bukan melayu tidak pergi kepada Pakatan Rakyat ??? Malah lebih mengejutkan undi melayu yang pro Pakatan Rakyat beralih angin kepada Umno/Barisan Nasioanal. Dahsyat.

Amat mual untuk membicarakan tentang undi-undi disetiap UPU-UPU(unit peti undi). Ada 8 UPU dan Pakatan kalah disemua UPU. Banyak faktor kekalahan yang menyumbang ketewasan Pakatan Rakyat di Bagan Pinang. Antara faktor-faktor yang menyumbang kekalahan itu ialah faktor luaran dan faktor dalaman. Faktor dalaman ini, kita akan membicarakan tentang faktor calon, kelemahan PAS N9 dan Telok Kemang. Tapi untuk hari ini kita bicara faktor luaran yang benar-benar mempengaruhi pengundi-pengundi di Dun Bagan Pinang.

Tuan Guru Hadi Awang dan Ust Nasarudin Mat Isa adalah dynamic duo bila memperkatakan tentang Unity Government atau UG. TG Hadi melontarkan cadangan dikhalayak dan Ust Nasarudin Mat Isa sebagai tukang kempen dan tukang lobi idea UG dari Bossnya. Dalam Barisan Nasional hanya Umno yang menyambut idea UG ini. Survival Umno akan kembali segar dengan idea UG tajaan TG Hadi. UG dilihat sebagai kelangsungan 'Ketuanan Melayu'. Semenjak 9 Mac 2008, media arus perdana terutama sekali Utusan Malaysia(paper milik Umno) memainkan isu bahawa kaum melayu terancam. Dalam bahasa tersiratnya, kaum bukan melayu akan menjajah kaum melayu. Isu ini di spin dengan begitu hebat oleh Utusan Malaysia.

Idea UG ini membuatkan Presiden Umno iaitu Pak Lah dan kemudiannya Najib tersenyum lebar. Pucuk dicita, ulam yang mendatang. Kecik tapak tangan, nyiru kami tadahkan. Mereka senyum sambil ketawa. Ha ha ha. Walaupun seorang nelayan melayu kecil di Bagan Pinang itu dilihat tidak lulus SPM, akalnya berfikir mengapa idea UG ini tidak kedengaran selepas Pilihanraya Umum 2004. Mengapa selepas Mac 2008 ??? Kenapa Pak Lah semasa 2004 tidak menyambut TG Hadi untuk bersama tubuhkan kerajaan perpaduan ??? Aik, bila dah kalah banyak negeri baru Umno sedar kepentingan UG. Yang menambahbahayakan kesihatan kita bila UG diperbincangkan secara gelap. Secara rahsia. Tidak diketahui umum. Orang ada skandal yang main dalam gelap ni. Siap ust Nasarudin Mat Isa mahu saman ahli sendiri menafikan bahawa mana ada siri rundingan dalam gelap dengan Umno. Setelah terdesak dan untuk menunjukkan bahawa Pak Lah masih ada power dalam kerajaan dan parti Umno, Pak Lah dedahkan sudah ada 3 siri rundingan dalam gelap bersama PAS.

PAS lupa bahawa rakyat mengundi parti-parti dalam Pakatan Rakyat bukan kerana PAS/Pakatan Rakyat bagus dan kacak tetapi kerana kecewa dan bencinya mereka terhadap Umno/Barisan Nasional. PAS have not learnt a lesson during past 2004 general election. Kerana gagal membaca dan predict apa kehendak rakyat, PAS dan barisan alternatif kalah besar dalam PRU 2004. PAS menang besar tahun PRU 1999 kerana orang melayu ketika itu kecewa ditipu Tun Mahathir dalam kes Anwar Ibrahim. Tetapi PAS membacanya bahawa orang undi PAS pada tahun 1999 kerana PAS bagus(Konon pengundi bagi harapan PAS laksana negara Islam dan Hudud) dan Umno ditolak secara total. Lalu kenyataan dari pemimpin PAS agak arrogant. Memang arrogant pun. TG Hadi boleh sound Lim Kit Siang dan Karpal Singh pemimpin bagaikan ubat habis tarikh luput. Dan macam-macam statement lagi. Ini menyebabkan DAP terasa hati lalu keluar dari Barisan Alternatif. PAS jangka PRU 2004 dia akan menang besar dan orang cina akan undi PAS kerana PAS. Prediction itu meleset sekali.Politician pundit telah lama mengatakan bacaan politik PAS adalah salah. Degil dan kepala batu.

Strategi Umno berjaya pada PRU 2004. Melayu benci Tun Mahathir. Maka Tun Mahathir kena berundur. Bersara konon. Itu semua wayang kulit. Itu taktik. Maka Tun M pilih Pak Lah sebagai pengganti yang tidak punya skandal gelap macam Najib. PRU 2004 Umno menang besar.Strategi sukses.Tahniah. Tapi PRU 2008 Umno kalah besar sebab Pak Lah tidur(maybe kena bomoh dengan Rosmah) dan rasuah terlalu berleluasa. Pak Lah terpaksa berundur dan Najib jadi PM. Opps !!! takkan macam tu je. Lalu diadakan siri rundingan gelap dengan PAS atas nama ketuanan melayu. Anda semua nampak tak??? Pengundi Bagan Pinang boleh nampak takkanlah yang lain tak nampak.

Siri rundingan gelap atas nama UG ini sebenarnya sedang membunuh Pakatan Rakyat. Presiden PAS dan timbalannya bertanggungjawab sepenuhnya. Walaupun Pakatan menang 7 prk selepas PRU 2008, sebenarnya kita mempertahankan kerusi sendiri termasuklah di Parlimen Kuala Terangganu yang selalu bertukar tangan antara pembangkang dan Umno di situ. Lagipun Parlimen Kuala Terangganu adalah offset kepada Parlimen Pasir Mas. Cerdik juga Ibrahim Ali ni. Orang bodoh sahaja yang selalu kena tipu dengan orang cerdik. Isu UG menjadi pukulan maut di Bagan bilamana pelobi kempen BN masuk ladang-ladang seperti Ladang Bradwall dan Ladang Atherton mengatakan PAS tidak defend YB Khalid Samad. "Lu tengok Hasan Ali mana backing itu Khalid Samad. Presiden PAS pun mana ada tulong itu Khalid". Lalu pelobi BN spin bahawa PAS dengan Umno sama sahaja dalam isu kuil dan kepala lembu di Selangor. Kalau PAS dan Umno sama, baik undi Umno, kita lagi kenal Umno.Umno bila jahat dia tak hipokrit. PAS bikin jahat dia hipokrit.Dia pakai serban dan janggut. Konon alim la tu. Manusia biasanya benci kepada orang hipokrit.

Pengundi cina lagilah membenci orang hipokrit. Mereka sudah membuktinya pada PRU 2004. Untuk Bagan , pengundi cina telah memberikan signal yang jelas. Isu Selcat menghantui pemikiran pengundi cina. Isu penjualan arak di Selangor tidaklah sangat mempengaruhi undi orang cina di Bagan Pinang. Cara Hasan Ali mempertahankan D.O-D.O melayu di Selangor dilihat sebagai mempertahankan ketuanan melayu dan amat bertepatan pula dengan intipati UG. Sedangkan pengundi cina mahukan ketelusan ke mana duit cukai mereka dibelanjakan. Walaupun Bagan Pinang terletak di N9, pengundi cina melihat isu Selcat itu isu mereka juga.Pertemuan PAS Selangor dan DAP Selangor baru-baru ini sebelum hari pengundian di Bagan Pinang dilihat sebagai wayang kulit. Slogan "PAS For All" kini juga dilihat wayang kulit oleh pengundi cina sebagai hanya semata-mata meraih undi orang cina. PAS For All dilihat sebagai slogan kosong . Ianya hanyalah camouflage demi meraih undi bukan melayu bagi mengundi PAS.

Bagi pengundi melayu di Bagan Pinang, selain terpikat dengan budi baik, jasa, karisma dan aura Isa Samad, isu UG menjadi perhatian mereka juga. Maklumat-maklumat yang mereka dapat semuanya dari media arus perdana. Mereka sangka PAS nak masuk Barisan Nasional seperti situasi selepas 13 mei 1969. Lalu bila PAS tak jadi masuk BN, pelobi Umno cakap "Ekau jangan pangkah PAS, itu ari iyo-iyo bonar nak masuk BN, last-last tak jadi.Ekau bukan tak tahu PAS dah jadi anjing DAP.Ekau tak tengok Perak??".

Disebabkan Unity Government inilah jualan suratkhabar Siasah jatuh merudum. Dijangkakan Siasah akan gulung tikar Disember ini. Jualan paper Siasah jatuh di bawah par. Jualan paper Siasah hanya sekitar 20 ribu naskhah. Walhal target minimum 50 ribu atau 50% dari printing. Ini dipercayai para pembaca paper Siasah telah memboikot Siasah sejak tercetusnya isu UG. Dilihat pembaca melayu nak balas dendam pada paper Siasah kerana di Siasah terdapat pengkagum UG iaitu MSO(Mohd Sayuti Omar). MSO adalah ketua pengarang di Siasah. Setelah mengkritik teruk peribadi Husam Musa,MSO sudah berani mengkritik TG Nik Aziz. MSO dipercayai adalah agen Umno yang berbayar. Sudah tiba masanya Pakatan Rakyat berani berubah dengan menyingkirkan individu-individu yang pro UG ini. Jika tidak PRU ke 13 akan menjadi milik Umno/Barisan Nasional. Dapatkanlah kembali keyakinan rakyat Malaysia. Singkirkan TG Hadi, Ust Nasarudin Mat Isa, Hasan Ali dan MSO demi untuk mengukuhkan Pakatan Rakyat. Ayuh kita tidak punya masa lagi.

Usaha Memulihkan Umno Kurang Diyakini!


BILA diminta pandangan umum - rakan-rakan Facebook mengenai nawaitu Umno hendak memperbaiki parti berkenaan dengan meminda perlembagaanya hari ini, ramai kawan-kawan FB saya memberi pandangan yang hampir sama.

Soalan yang saya lontarkan berbunyi; Sejauh mana keyakinan anda pindaan perlembagaan Umno yang dibuat hari ini dapat menaikkan martabat parti berkenaan? Apakah pindaan itu mampu menghapuskan politik wang dan akhirnya mengukuhkan Umno? Ataupun pindaan itu tak ubah seperti seribu janji yang pernah ditabur sebelum ini untuk memperkukuhkan parti tersebut yang mana akhirnya kosong belaka.

Jawaban dan ulasan yang diberikan hampir sama saja nadanya. Rata-rata tidak yakin atau kurang percaya dengan langkah itu boleh merubahkan Umno. Ada setengah beranggapan isu itu hanya gimik saja tanpa membawa kesan yang diharapkan.

Ada seorang dua bersikap lebih tasamuh untuk melihat perubahan itu dalam tempoh setahun dua. Mereka mahu diberikan masa untuk melihat perubahan yang diharapkan itu.

Pandangan rakan FB adalah pandangan bebas dan agak jujur. Kebanyakan mereka bukan menjadi pengikut parti yang totok ataupun berfikir hanya satu juring saja. Pandangan mereka boleh digunapakai sebagai pandangan yang sihat dari generasi muda.

Sekiranya pandangan ini boleh dianggap mewakili generasi muda dan cerdik pandai, ini bermakna usaha Umno meminda perlembagaan itu tidak membawa banyak perubahan. Politik wang tetap juga akan berlaku di dalam parti itu yang sudah berakar umbi. Kegagalan ini akan membawa natijh kehancuran kepada Umno.

Selain itu ada juga yang bersetuju dan memberi cadangan kalau Umno ingin menghapuskan rasuah politik dalam parti itu dan juga dalam kerajaan bukan dengan cara meminda perlembagaan yang memberi kuasa luas kepada pemilihan tetapi mesti harus ada penekanan pembangunan keagamaan dalam setiap hari ahli Umno dan rakyat.

Maksudnya ahli Umno harus ditunjungi dengan keimanan yang tinggi, di mana mendidik mereka mengenali dan yakin kepada soal dosa dan pahala. Mereka yang sedia melaku dan menerima rasuah ialah kerana tidak percaya kepada soal dosa dan pahala. Kalau mereka yakin pasti mereka tidak akan melakukannya.

Rasuah tidak dapat dicegah dengan undang-undang melainkan dengan iman yang tebal. Semoga pendapat rakan FB saya ini tidak akan diketepikan oleh pihak Umno khususnya dan juga golongan politik di negara ini.

Persoalan rasuah politik bukan saja berlaku dalam Umno dewasa ini. Tetapi ia juga turut mula bercambah dan membibit dalam parti-parti lain yang dulunya dilihat kontras dengan perbutan syaitan yang menjijikkan itu. Cuma parti lain itu bernasib baik kerana rasuahnya masih lagi tersembunyi dan dilindung dengan kitab-kitab tertentu. Hakikinya rasuah sudah berleluasa dalam benua politik Malaysia.

Pindaan perlembagaan oleh Umno kerana hendak menghapuskan rasuah ini diharap bukan saja dilihat penting oleh ahli Umno tetapi biarlah ia juga dijadikan renungan oleh semua golongan politik di negara ini.

BN di Persimpangan

Walaupun Umno masih menyambut kemenangan ‘ajaib’nya di Bagan Pinang beberapa hari lalu, namun kejayaan itu tidak dikongsi oleh kebanyakkan rakyat Malaysia, walaupun dikatakan menang dengan bergaya.

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita11/BNpersimpangan.gifKetika pemimpin parti itu ‘mendabik dada’ membawa hadiah kemenangan itu ke dalam perhimpunan agung Umno yang bermula kelmarin, ada dikalangan ahli parti itu yang kurang bersemangat.

Ia adalah kerana mereka masih merasai semangat anti-Umno masih kuat dikalangan rakyat negera ini.

Kemenangan di Bagan Pinang telah menghentikan ’badi sial’ kekalahan memanjang yang menyelubungi Umno.

Selepas kalah tujuh dari lapan pilihanraya kecil sejak pilihanraya umum lalu, calonnya Tan Sri Isa Samad meraih kemenangan besar mengalahkan calon PAS, Zulkefly Mohamad Omar.

Kemenangan itu memberi harapan pemulihan kepada parti Umno sebagaimana ungkapan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Razak, ”Ia dilihat rakyat kembali yakin dan percaya kepada BN,”.


Namun sebaliknya, kejayaan tersebut ’diwarnai’ dengan imej Isa yang tercemar; beliau telah digantung keahliannya selama tiga tahun kerana membeli undi dalam pemilihan parti itu, pada tahun 2004.

”Sekiranya Umno ghairah tentang kemenangan di satu tempat, manakala kalah di tempat-tempat lain.... jika kita hilang rasa bertanggungjawab, saya percaya kita tidak akan mencapai kemenangan atau mungkin tidak menang dalam pilihanraya akan datang,”kata bekas Perdana Menteri Tun Mahathir


Ahli politik Gerakan Hsu Dar Ren berkata perasaan ‘anti-establihment’ masih kuat. Beliau percaya fakta Umno meletakkan calon tercemar akan digunakan menentangnya pada masa depan.

Apa perubahan kesan dari pilihanraya kecil ialah ’gaya’ (dynamics) dikalangan perkongsian kuasa BN kerana Umno memenangi pilihanraya kecil tersebut tanpa banyak pertolongan dari MCA.

Isa dikatakan meraih sokongan dari kaum India yang sebaliknya menolak MIC, manakala MCA sedang bergelut mengatasi kemelut dalaman selepas perwakilan menolak dua pemimpin tertingginya.

Kemenangan Isa dikatakan meletakkan Umno pada kedudukan yang kuat mengatasi parti-parti lain dalam gabungan BN.

Beberapa tokoh Umno percaya kemenangan Umno bukan kerjasama diantaranya dengan parti-parti bukan Melayu dalam BN, lalu mencadangkan BN menghadkan kawasan-kawasan majoriti Melayu yang akan ditandingi oleh calon-calon bukan Islam pada pilihanraya akan datang.


Putera Kelantan, Tengku Razaleigh Hamzah, turut menggesa Menteri cabinet dari MCA meletakkan jawatan selepas perwakilan MCA hilang keprcayaan kepada pemimpinya.

Gesaan sedemikian meningkatkan tekanan kepada Najib untuk bertindak sendirian, sekiranya diperlukan.

Najib telah pun mula menjalin hubungan dengan kumpulan minoriti, dengan mengiktiraf ’Makhal Sakti’.

Mengambil kaedah demikian akan menimbulkan risiko, tindakan Najib menganjurkan kerja bersama kaum India didorong kerana kaum tersebut tidak mampu berdiri sendiri dalam soal ekonomi.

Kaum Cina, sebaliknya, masih skeptikal, dan mungkin sukar untuk didekati.

Kajian terbaru Merdeka Centre menujukkan 68% kaum India mengiktiraf kepimpinan Najib bagaimana pun jumlah yang sama menolak MIC.

Namun kaun Cina memberikan nilaian yang terendah kepada Najib, yang akan membawa Malaysia lebih ’berbilang-bilang’, kata penganalisi politik, Rita Sim.

Petisyen PRK Bagan Pinang,penyelewengan akan didedah



TEMERLOH,15 Okt: PAS dijangka akan membuat petisyen pilihan raya kecil Dun Bagan Pinang bagi mendedahkan penyelewengan dan salah laku kempen termasuk termasuk pelanggaran Akta pilihan raya di sepanjang tempoh pilihan raya kecil itu diadakan.


Naib Presiden PAS, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man dalam ceramahnya di Kampung Paya Jauh, dekat sini, semalam telah membayangkan keperluan tindakan itu diambil bagi mendedahkan kepada rakyat tentang apa yang sebenarnya berlaku di Bagan Pinang.
"Memang kita menerima kekalahan di pilihan raya kecil Bagan Pinang. Menang atau kalah pilihan raya adalah perkara biasa. Kita tak ada masalah. Tetapi petisyen pilihan raya kena buat kerana kita dapati terlalu banyak penyelewengan dan tindakan menyalahi undang-undang yang berlaku,"katanya.
Tambah Tuan Ibrahim, beliau kesal dengan corak perjalanan pilihan raya di Bagan Pinang yang dianggap ganas dan kotor akibat daripada ugutan kepada pengundi dan juga rasuah.
"Selepas pilihan raya umum lalu kita lalui banyak pilihan raya kecil. Tetapi pilihan raya kecil Bagan Pinang adalah yang terkotor. Petugas kita diserang sehingga tercedera. Berlaku amalan rasuah yang kita ada bukti tetapi tidak diambil tindakan...kita turut mengesan berlaku pelanggaran akta pilihan raya dan sebagainya. Kita mahu perkara sedemikian tidak berlaku lagi. Sebab itu penting untuk kita adakan petisyen,"jelasnya.
Dalam pilihan raya tersebut, calon BN, Tan Sri Isa Abdul Samad mendapat undi 8,013 berbanding calon PAS, Zulkefly Mohamad Omar yang mendapat 2,578 undi dengan undi rosak sebanyak 223

Anwar sebagai PM,Umno tiada hak!


KOTA BHARU, 15 Okt: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, berkata Pemuda Umno tidak ada hak untuk menghalang Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri, kerana bekas Timbalan Perdana Menteri itu bukan berada dalam parti itu.


"Kalau Umno nak ikrar, ikrar gilah, Anwar Ibrahim bukan orang Umno.
"Kalau Umno kalah mesti naik orang lain. Kalau Pakatan Rakyat (PR) menang, dia nak buat apa,"katanya.
"Umno nak ganggu orang lain apa kerja? Dia betul orang dia sudahlah. Kat situ pun dah tak kena,"katanya lagi.
Sewaktu ditanya, adakah PAS boleh menerima Anwar sebagai Perdana Menteri, Tuan Guru memberitahu, perkara itu bukan terletak pada PAS sahaja.
"Bukan PAS seorang sahaja, tetapi Pakatan, apabila Pakatan setuju pada satu orang, mahu tak mahu kita terimalah,"tegasnya.
Tuan Guru berkata demikian selepas Majlis Sambutan Ulangtahun Ke 19 Pelancaran Kutipan Derma Akauan Amanah Kebajikan Darul Naim (Tabung Serambi Mekah), di Kelantan Trade Center (KTC), di sini sebentar tadi.
Semalam Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berikrar akan sedaya-upaya menghalang kemaraan Anwar untuk menjadi Perdana Menteri.
"Mungkin Anwar telah berjaya dengan helahnya terhadap sebahagian generasi muda yang tidak pernah kenal siapa Anwar yang sebenar  seorang chameleon politik, sesumpah yang berubah warna mengikut musim dan ketika melompat dari pohon ke pohon; makhluk pelbagai alam.
"Tetapi Umno dan Pemuda Umno ingat sejarah sebenar Anwar, dan kami akan memastikan Penglipurlara Lidah Bercabang Dua ini tidak akan sekali-kali sampai ke Putrajaya," kata Khairy dalam ucapan sulungnya dalam perhimpunan pergerakan pemuda semalam.

Pindaan perlembagaan, serlahkan kepalsuan Umno!



KUALA LUMPUR, 15 Okt: Tindakan Umno menghapuskan sistem kuota pemilihan serta melonggarkan konsep ketuanan Melayu, menyerlahkan lagi keengganan parti perkauman Melayu itu untuk berubah demi kepentingan rakyat.


Ianya kerana beberapa pindaan pada perlembagaan dalam Pemilihan Agung Umno (PAU) sekarang didakwa, masih bersifat perubahan yang palsu.
Ahli Majlis Kepimpinan Tertinggi (MKT) Parti Keadilan Rakyat (PKR), Badrul Hisham Shaharin berkata, selagi Umno tidak berani menyerahkan kuasa pemilihan sepenuhnya kepada perwakilan, selagi itu Umno terus dibelit dengan amalan rasuah.
Ujarnya lagi, perubahan yang diperkatakan oleh kebanyakan pemimpin Umno tersebut hanya mengulangi retorika lama; yang telah pun menjadikan Pakatan Rakyat lebih disokong rakyat berbanding Barisan Nasional sejak tsunami politik, 8 Mac lalu
"Pindaan yang dibuat bukan bersifat organik (semula jadi), tapi lebih meniru trend perubahan rakyat yang sedia ada dan meniru prinsip-prinsip bersama dalam Pakatan Rakyat sendiri," katanya.
"Yang dibuat oleh Najib itu sebenarnya dalam keadaan terpaksa...mereka tidak cukup berani sehingga mengadakan beberapa sekatan lain (pindaan) yang baru...setelah menyedari Umno tidak lagi bersama kehendak rakyat...Umno sedang ditinggalkan sendiri oleh ahli-ahlinya," tegasnya.
Dakwanya lagi, beberapa pindaan dan retorika Najib itu sebenarnya hasil ciplak dari beberapa gagasan perjuangan PKR.
Beliau yang juga Ketua Cabang Rembau mendakwa bahawa kemenangan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad di Dun Bagan Pinang baru-baru ini sendiri tidak mampu dijadikan sumbu kekuatan Umno; kerana mereka sedar Isa menang dengan menggunakan taktik rasuah dan kronisme.
Beliau yang juga Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mencabar Isa menafikan pendedahan rasuah dan kronisme yang dibuat dalam blog peribadinya, chegubard.blogspot.com semalam.
Beliau yang mengikuti PAU sejak kelmarin juga mendakwa, tindakan Umno yang terus-menerus menjadikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai peribadi yang dimaki-hamun, membuktikan bahawa Ketua Pembangkang itu masih menjadi simbol perubahan yang mampu membenamkan survival politik Umno dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) kelak.
Sementara itu, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin yang dihubungi kemudian mendakwa, beberapa pindaan tersebut lebih bertujuan menyelesaikan masalah-samalah dalaman Umno seperti rasuah, kronisme dan penipuan dalam proses pemilihan pemimpin mereka sendiri.
Tegasnya lagi, pindaan perlembagaan itu langsung tidak mampu mengubah sistem kenegaraan yang lebih korupsi seperti dalam sistem kehakiman, Polis, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan sebagainya.
Ujar Shamsul lagi, definisi baru Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, bahawa kepimpinan Melayu Umno berpaksi pada keadilan dan rahmah, merupakan suatu retorik kosong Ahli Parlimen Rembau itu sahaja.
Beliau juga mendakwa Umno sudah mengalami Anwarism, setelah melihat rakyat terus memberi harapan kepada kepemimpinan perubahan Ketua Pembangkang itu.
"Umno dipengaruhi oleh Anwarism, perkataan seperti wahdatul, inklusif adalah perkataan ruji DS Anwar...," responnya dalam rangkaian sosial maya, Twitter semalam.
Semalam, Najib menjelaskan pindaan perlembagaan termasuk mengenakan syarat minima untuk bertanding bagi menggantikan sistem kuota yang diamalkan dalam PAU sebelum ini.
Beberapa media elektronik arus perdana melaporkan, pindaan itu masih tergantung pada persetujuan dalam Pemilihan Agong Khas kelak.
Jelas Najib lagi, syarat minima untuk bertanding jawatan di peringkat bahagian perlu menjadi ahli parti selama tiga tahun.
Manakala, seseorang yang mahu bertanding jawatan Tertinggi dalam parti, termasuk Presiden sekurang-kurangnya pernah menjadi anggota jawatankuasa bahagian selama sepenggal.
Cadangan tersebut, menurut Najib, mampu menjadikan Umno lebih telus, terbuka dan demokratik.
Semalam, Khairy juga mendifinikan kepimpinan Melayu adalah keadilan dan rahmah, bukannya atas kekuasaan Melayu yang sempit.
Beberapa pindaan terbaru yang dicadangkan itu dikatakan secara tidak langsung menghalang muka-muka baru yang besih dan berintegriti untuk memimpin parti perkauman Melayu itu.
Sekaligus, Umno bakal terus dipalitkan dengan pelbagai dakwaan yang rasuah, perkauman Melayu, penyalahgunaan kuasa dan sebagainya; yang langsung tidak memperlihatkan wajah hakiki 1Malaysia.
Ini kerana, PAU sahaja yang dilihat baru, sedangkan kepimpinannya masih dari kalangan muka-muka lama.

Kalau Kelantan mundur, Umnolah yang memundurkannya


Oleh Mohd Zuharman
KOTA BHARU, Okt 15 — Setelah Umno cuba mengulangi kembali idea silamnya, mendakwa Kelantan sebagai sebuah negeri mundur, para pemimpin PAS negeri amat menyedari sememangnya itu adalah sebahagian daripada strategi lapuk Umno dalam usahanya untuk menawan Kelantan.
Perkara ini disahkan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan, Abdul Latiff Abdul Rahman, semasa menghubungi The Malaysian Insider bagi mengulas kenyataan Timbalan Menteri Kewangan, Senator Datuk Dr Awang Adek Hussein, dan Setiausaha Barisan Nasional (BN) Negeri, Datuk Alwi Che Ahmad, yang mendakwa Kelantan masih mundur berbanding dengan negeri-negeri lain berikutan kegagalan Kerajaan Negeri melaksanakan pembangunan sebagaimana dijanjikan pada pilihan raya tahun lepas.
Abdul Latiff memberitahu, Umno berada di dalam keadaan terdesak kerana merasakan kredibilitinya kian terhakis akibat diancam gelombang politik yang tidak keruan sejak akhir-akhir ini memaksa mereka memanipulasikan keadaan bagi menutup beberapa isu negara yang tidak pernah selesai daripada terus menjadi perhatian rakyat. Malu dan mengaibkan!
Tanpa menolak kemungkinan, Abdul Latiff turut berkata, penyakit fobia bahana tsunami politik pada pilihan raya umum (PRU) 2008 yang hampir merobek seluruh persada politik didokongnya sejak lebih 50 tahun merupakan tragedi ngeri amat menakutkan belum berjaya dipulih untuk menghadapi PRU ke 13 akan datang. Lalu mereka jadikan Kelantan mundur sebagai umpan perang saraf peringkat awal mereka menjelang pilihan raya umum atau kecil.
“Maka mereka eksploitkan semula idea lapuknya, merekacipta tuduhan mengatakan Kelantan mundur di bawah pemerintahan PAS” jelasnya, dan menyeru adalah lebih baik pemimpin Umno negeri dapatkan isu lain daripada terus mengguna idea lapuk yang sudah dimomok rakyat sebelum ini.
Tuduhan Kelantan sebagai sebuah negeri yang termundur dengan kadar kemiskinan yang tertinggi dalam negara merupakan isu pernah dimainkan Umno sebaik sahaja kerajaan PAS memerintah Kelantan sejak hampir 20 tahun lalu.
Namun ia nampaknya semakin ghairah dieksploitasikan semula oleh Timbalan Perdana Menteri yang juga selaku Presiden Umno, Tan Sri Muhyidin Yasin, dalam kempen pilihan raya kecil Dun Bagan Pinang 11 Oktober lalu. Ia kemudiannya melata, diperbesar-besarkan oleh pemimpin Umno negeri.
Dakwaan Muhyidin itu bagaimanapun disangkal oleh Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad, sebagai dakwaan mengarut dan tidak berasas kerana tidak menepati fakta statistik kemiskinan tegar yang dengan jelas mencatatkan bilangan isi rumah dalam kategori miskin tegar di Perak, Kedah, Terengganu, Sabah dan Sarawak ternyata lebih besar berbanding negeri Kelantan.
Sementara itu Abdul Latiff menegaskan sekiranya dakwaan tersebut adalah benar maka pihak yang bertanggungjawab memundurkan Kelantan adalah kerajaan Umno-BN sendiri, bukannya PAS kerana tanggungjawab terhadap perkara tersebut adalah terletak di tangan kerajaan Umno-BN selaku organisasi induk kepada negeri-negeri di bawahnya termasuk Kelantan.
“Peruntukan pembangunan negeri tidak disalurkan terus kepada kerajaan negeri tapi disalurkan kepada Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP), jadi siapa yang harus dipersalahkan dalam hal ini?” soalnya.
Tegasnya lagi, Umno sebenarnya banyak beremosi semasa membuat kenyataan. Tindakannya umpama memasang jerat untuk menjeratkan batang tubuhnya sendiri. Dan ianya jelas terbukti, pada majlis Penyampaian Bantuan Ihsan Mangsa Ribut peringkat parlimen Bachok, dekat sini, Awang Adek sendiri mendedahkan bahawa Kerajaan Pusat tidak mungkin menyalurkan peruntukan menerusi kerajaan negeri.
Sehubungan itu Abdul Latiff mengingatkan rakyat Kelantan agar tidak mudah terpengaruh dengan dakyah politik kotor Umno yang sudahpun diancam kepupusan modal untuk diisi dalam wadah perjuangan mereka.

Ulasan Ucapan Najib : Fahami Dua Mesej Tersirat Najib

PRESIDEN Umno, Mohd Najib Tun Razak baru saja selesai menyampaikan ucapan dasar sulungnya di perhimpunan agung Umno ke-60. Najib mengambil masa selama 1 jam 28 minit dan terpaksa meneguk air sebanyak enam kali.

Ucapan dasar itu memang ditunggu-tunggu oleh semua pihak bukan saja ahli Umno tetapi para pemerhati dari dalam dan luar negara juga. Pembangkang juga saya percaya (yang tidak ada tugas lain) mengikut ucapan yang disiarkan secara langsung menerusi beberapa saluran tv itu dengan penuh minat.

Selepas ini akan adalah ulasan dan kritikan atau sinisme daripada pemimpin pembangkang ke atas ucapan dasar itu. Mereka akan mengulas mengenai sudut negatif saja dan akan menenggelamkan aspek-aspek positif untuk agama, bangsa dan negara!

Ucapan ini dikira penting dan mempunyai signifiken tersendiri bagi Najib dan Umno. Apa yang ditunggu ialah mengenai kupasan dan ulasan Najib mengenai usaha Umno meminda perlembagaan bagi memulihkan parti Melayu itu. Orang ingin menunggu apakah rasionalnya keputusan Umno meminda pelembagaan itu. Apakah ianya satu tindakan hakiki atau hanya retorik untuk mengabui mata umum saja.

Selain itu penghayatan ke atas ucapan dasar itu juga untuk menyelami dan membaca mesej-mesej tersirat yang dicuba disampaikan Najib bagi difahami bersama.

Nampaknya Umno tidak ada menghadapi masalah dalam pindaan perlembagaan. Ahli Umno sepakat menerimanya atas prinsip untuk melihat parti berkenaan terus kekal sebagai parti pemerintah di negara ini.

Atas kepercayaan pindaan itu untuk memperkuatkan Umno ia akan diterima sebulat suara nanti. Kata Najib menerusi tema ucapan Menjunjung Tradisi dan Menzahirkan Perubahan, Najib yakin demokrasi dalam Umno akan dipulihkan, mendapat kepercayaan rakyat dan Umno terus akan menjadi peneraju kerajaan. Katanya juga tindakan itu sejarah buat Umno dan melambangkan keberanian Umno melakukan perubahan. Ini katanya adalah kesungguhan Umno untuk mengubah dirinya.

Menerima kata-kata Najib ini sebagai satu kebenaran, ini boleh difahami bahawa selama ini, khasnya sejak Umno di bawah kepimpinan Mahathir Mohamad, parti itu sudah tidak demokratik lagi. Ini juga bermakna selama 22 tahun Mahathir memegang jawatan itu dengan pemerintahan ala kuku besi dan menggunakan kuasa veto.

Jika Umno kini rosak parah dan perlu diperbaiki kerana ia tidak demokratik dan menjadi parti dimiliki seorang taukeh, maka orang yang perlu bertanggungjawab dan berdosa mewujudkan ini ialah Mahathir bin Mohamad. Sekiranya Umno tewas dalam pilihan raya nanti, Mahathirlah yang kena bertanggunjawab.

Apakah perubahan itu akan berjaya? Demokrasi dalam Umno akan dapat dipulihkan dan sehubungan itu akan berbondong-bondonglah generasi muda akan menyertai Umno kerana sudah berlalu perubahan itu? Pemilihan kepimpinan dua tahun depan akan menjawab persoalan ini.

Menerusi sistem dan kaedah pemilihan akan datang Umno bukan lagi dipilih oleh 1,500 perwakilan yang sudah dikandangkan, tetapi dipilih oleh 160,000 ahli bawahan.

Soalanya lagi apakah tidak akan berlaku kandang mengandang lagi di kalangan ahli bawahan yang diberi kuasa memilih itu. Kalau 1,500 para perwakilan sebelum ini dikandang dan diberikan makanan yang kompeks dan bergizi dalam bentuk pelet dan sebagainya, apakah ahli sebanyak 160,000 tidak akan dikandangkan dan diberikan makanan rumput dan daun-daun?

Dalam tujuan ini bagi saya, bukan soal jumlah kecil atau banyak kuasa memilih pemimpin yang menjadi sebab berlaku rasuah yang merosakkan Umno, tetapi yang penting kejujuran, kesungguhan dan keikhlasan ahli Umno seluruhnya dalam berorganisasi. Di sini apa yang perlu ditekankan ialah intergriti; kebersihan, kejujuran dan keikhlasan ahli Umno bukan bergantung kepada skla kecil atau besar.

Nampaknya dalam ucapan tadi Najib tidak menekankan aspek dalaman manusia terhadap ahli Umno ini. Tidak ada apa-apa cadangan atau pendekatan berasaskan agama dikemukakan untuk membina dalaman ahli Umno yang tepu dengan keimanan dan pemikiran yang baik. Apakah Najib terlupa mengemukakan ini dalam ucapan dasarnya atau beliau sememang kurang dengan dogma pendidikan Islam?

Adalah diharap semoga akan ada perwakilan semasa membahas ucapan dasar Najib itu mengemukakan cadangan-cadangan untuk merubahkan gaya hidup, pemikiran, sosial orang Umno menerusi pendekatan dan syaksiah Islam.

Meneliti secara umumnya, ucapan Najib sedarhana saja. Roh keseluruhan ucapan itu ialah beliau melahirkan iltizamnya untuk mengukuhkan Umno yang sekaligus memastikan beliau tidak akan menjadi PM hanya satu penggal saja seperti mana yang diramalkan di luar sana.

Kesungguhan dan iltizam itu juga menunjukkan Najib begitu bimbang dan cemas dengan masa depan Umno terutamanya bagi meghadapi pilihan raya akan datang. Kemenangan tidak rasional Umno di Bagan Pinang minggu lalu nampaknya tidak dijadikan azimat besar kepada Najib dan Umno. Umno tampaknya faham kenapa mereka boleh menang besar itu.

Apabila beliau membawa sejarah Umno serta mengemukakan prediction yang tidak tepat terhadap Umno, mencerminkan apa yang bergelora di dalam hati Perdana Menteri itu.
Hujah Najib semua prediction mengenai nasib malang dan kecelakaan yang bakal menimpa Umno yang dibuat selama ini semuanya tidak betul. Katanya, sejak tahun 50-an lagi Umno sudah dibayangkan akan hancur apabila PAS ditubuhkan. Kemudian ia diikuti pada tahun 1969 apabila Perikatan hilang majoriti 2/3 dalam pilihan tahun itu.

Selepas itu beberapa kali lagi prediction dibuat mengenai nasib Umno termasuklah pada tahun 1987 apabila berlaku perpecahan dalam Umno. Dan terbaru apabila UBN kalah teruk tahun lepas sehingga hilang majoriti 2/3 di parlimen serta kehilangan lima buah kerajaan negeri.

Satu perbezaan nyata dan boleh dipuji dalam ucapan Najib ini berbanding dengan ucapan dasar oleh presiden lain, khasnya Mahathir ialah beliau tidak menyerang pembangkang dan mengkritik peribadi. Inilah kehebatan seorang najib. Beliau tidak emosi dan prihatin kepada keadaan semasa dan seorang yang membuat mahasabah ke atas diri dan partinya sendiri. Sikap Najib begini menyerlahkan sikap terbukanya dalam mencari kebenaran.

Najib juga mengambil sikap berbeza, dimana tidak bermusuh dengan sesiapa pun dan tawaduk dengan membuka pintu untuk berkerjasama dengannya atas matlamat untuk membina bangsa dan negara dan sedia mengenepikan kepentingan-kepentingan lain yang remeh temeh.

Dalam pada itu ada dua mesej yang diselit Najib dalam ucapannya tidak boleh dipandang rendah oleh mereka di luar Dewan Merdeka bangunan Umno itu.

Mesej itulah anjurannya supaya orang Melayu bersatu. Saya percaya mesej ini dilemparkan kepada orang-orang Melayu yang berada dalam wadah berlainan, terutamanya Pas. Beliau sangat berharap dalam menghadapi cabaran globalisi ini orang Melayu perlu bersatu dan memahami risiko masa depan mereka. Beliau juga mempercayai orang Melayu tidak perlu dan tidak larat untuk berpecah.

Mesej kedua, dan ini menggerunkan saya sedikit, ialah bila Najib menceritakan kebaikan Umno dan ketidaksediaan Umno untuk mengkhianti demokrasi. Katanya pada tahun 1969 di mana selepas berlakunya Tragedi 13 Mei, Umno boleh mengubah kondisi politik negara, menjadikan sistem dua parti ataupun menyerahkan pentabdiran kepada tentera ketika itu.

Tetapi menurutnya Umno tidak melakukan itu dan masih memberi peluang kepada sistem demokrasi. Apakah maksud dan tujuan Najib mezahirkan perkara itu memberi gambaran Umno masih berkesempatan dan sedia melakukan tindakan itu?

Saya tidak menolak kenapa Najib meluahkan itu kerana ada buah kilas di sebaliknya. Jika Umno sudah terdesak dan keadaan negara sudah sukar dikawal mungkin Umno dengan kuasa politik yang tersisa akan membenarkannya.

Yang menarik juga bagi saya dalam ucapan ini Najib nampaknya berusaha mendewasaan dirinya dengan elemen-elemen Islam yang mendamaikan hati tatkala mendengarnya. Beberapa perkataan atau intri Arab berhubung dengan siasah dan tarbiah disebutkan Najib dalam ucapannya.

Begitu juga pembukaan ucapan dengan membawa firman Allah dan petikan kata-kata Saidina Ali, ada tanda-tanda Najib kini sedang mendalami falsafah Islam yang mungkin akan diterapkan dalam pentadbirannya ataupun aura Nik Abdul Aziz Nik Mat sudah menjangkitinya sejak beliau menziarahi MB Kelantan yang keuzuran di hospital tidak lama dulu!

Catatan: Bekas Presiden Umno, Abdullah Ahmad Badawi dan Ketua Bahagian Ketereh, Annuar Musa didapati tidak hadir semasa ucapan dasar.

Semua Wakil Rakyat PR kena belajar dengan "Lee Lam Thye"


Lee Lam Thye adalah kuasanya tersendiri, dan Bukit Bintang adalah sinonim dengan Lee Lam Thye. Saya terpesona dengan cerita seorang pemandu teksi. Dia kata ada seorang Cina naik teksinya, dan dalam perjalanan Cina itu, dia bertanya samada si pemandu itu (seorang Melayu) memandu teksi sendiri. Apabila si pemandu Melayu itu berkata bukan, si Cina itu berjanji nak tolong si Melayu tu, mereka terus pergi ke Kementerian berkenaan, dan dengan pertolongan si Cina tu, Melayu tersebut dapat permit teksi. Si Cina itu adalah Lee Lam Thye, Ahli Parlimen Bukit Bintang.

Masa itu saya adalah seorang pegawai di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Se ingat saya, si Lee Lam Thye ni tak miss tiap-tiap hari datang ke pejabat-pejabat Dewan Bandaraya, kerjanya membawakan masalah yang menimpakan penduduk Kuala Lumpur, masalah sosial, masalah peniaga-peniaga kecil, masalah pengangguran, masalah longkang tersekat, rumah terbakar, masalah setinggan, dan masalah-masalah yang menimpa manusia kota.
Datuk Bandar ketika itu suka kepada sikap action-oriented and kami pegawai-pegawai Dewan Bandaraya dapat menyelesaikan banyak masalah-masalah yang dibawa oleh Lee Lam Thye dan sentiasa ujud win-win situation antara DBKL-Lee Lam Thye-Penduduk.
Lee Lam Thye tak henti-henti bekerja untuk masyarakat, bahkan di dalam keretanya ada taip mesin, dan dia menaipkan surat-surat untuk penduduk melalui buntut keretanya. Penduduk Kuala Lumpur tidak kira kaum dan agama sangat menyukai Lee Lam Thye. Dia kuat kerja, dia tidak sombong dan memberikan pertolongan tanpa mengira kaum dan agama.
Lee Lam Thye was a man of the rakyat. Walaupun DAP kalah merata-rata tetapi Lee Lam Thye tetap menang, dia bukan dimenangkan oleh penyokong-penyokong DAP sahaja, dia dimenangkan oleh penduduk Bukit Bintang. Semua orang suka dia, dan sekiranya dia bertanding atas nama bebas sekalipun, dia tetap menang.
Bandingkanlah karektor ni dengan wakil-wakil rakyat BN, jauh langit dari bumi. Wakil-wakil rakyat BN ni, apabila menang sahaja, yang pertama dilakukan ialah menukar kereta mereka kepada Mercedes. Mereka sangat pandai membuat duit melalui macam-macam saluran dengan menyalahgunakan kedudukan mereka sebagai wakil rakyat, dan mereka tidak bekerja untuk rakyat. Mereka menjenguk rakyat hanya semasa pemilihan parti dan pilihanraya dan dilain-lain waktu semasa ada majlis-majlis rasmi.
Wakil-wakil rakyat PR pun dah terikut-ikut kekalutan wakil-wakil rakyat BN. Ada yang tinggal diluar kawasan pilihanraya mereka, mereka tinggal di Kuala Lumpur yang beratus batu jauhnya dari kawasan pilihanraya mereka, dan hanya sekali sekali menjenguk kawasan pilihanraya mereka.
Mereka tak buat kerja untuk kawasan mereka, dan tak usah nak cakaplah membantu kawasan-kawasan yang tidak diwakili oleh mereka.
Pemimpin-pemimpin peringkat Bahagian/Kawasan/Cabang pula yang bukan wakil rakyat langsung tidak buat kerja untuk kawasan mereka, dan apabila mereka adakan ceramah dua-tiga bulan sekali, mereka merasakan mereka sudah hebat berkerja untuk masyarakat, dan apabila mereka kalah didalam Pilihanraya, mereka menyalahkan rakyat.
Walhal, mereka tidak berusaha membanyakkan organisani parti di kampong-kampong, pekan-pekan, lorong-lorang dan di rancangan-rancangan felda didalam kawasan mereka. Mereka tak tau pun masalah yang menimpa penduduk kawasan mereka.
Kalau PR ingin menang, mereka kena ubah sikap "tidak apa ini" dengan satu keperdulian rakyat. Mereka kena susun parti, susun rakyat, perbanyakkan ahli, didik ahli supaya menjadi ahli-ahli berkualiti. Buat kerja seperti itu pun belum tahu menang, tapi kalau tak buat kerja seperti itu, dah tentu tak menang.
Mahu menang? Ikutlah contoh Lee Lam Thye.
Saya cukup benci kepada pimpinan parti peringkat Bahagian/Cabang/Kawasan mahu memperalatkan Anwar Ibrahim, Haji Hadi, Lim Kit Siang seolah-olah menjadi kuli mereka untuk mendapatkan sokongan rakyat.
Buat kerja habis-habisan dulu, dah puas hati, barulah panggil pemimpin-pemimpin tertinggi! Setuju? Buat Kerja!

Mahathir: Najib sudah sedia pulihkan Umno...akhirnya Tok Dalang UMNO@BN berbunyi...???


Oleh SITI AZIRA ABD AZIZ KUALA LUMPUR: Kehadiran Tun Dr. Mahathir Mohamad dinanti-nantikan sehingga menarik ramai pihak termasuk pihak media untuk berpusu-pusu mendapatkan mantan Perdana Menteri keempat itu.

Sehingga berlaku sedikit huru-hara ketika mereka berebut-rebut untuk mendapatkan temuramah dengannya.

Kira-kira 200 wartawan dan jurugambar terpaksa ‘bertolak-tolak’ sehingga ada seorang jurugambar stesen televisyen mengetuk banyak kali kepala ahli Rela yang bertugas dengan kameranya.

Aksi yang tidak ingin dilihat itu menimbulkan sedikit kekecohan sehinggalah episod tolak-menolak itu berakhir setelah Dr Mahathir bergerak ke bilik sidang media. Itupun setelah para wartawan menunggu hampir setengah jam.

Sebelum sidang media dilakukan, Dr Mahathir yang mesra disapa ‘Tun’ itu bertanya: "Kenapa nak temubual saya? Saya bukannya perdana menteri. Oklah, nak tanya, tanyalah.."

Lantas, ketika diminta mengulas tentang ucapan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak, Dr Mahathir memuji ucapan perdana menteri itu.

"Ucapannya bersemangat dan saya fikir beliau sudah bersedia untuk menghadapi masalah yang dihadapi oleh Umno dan beliau merancangkan cara-cara untuk meningkatkan rakyat dan memulihkan semula Umno supaya mendapat sokongan rakyat," kata mantan Presiden Umno keempat itu.

Disoal pula tentang corak pentadbiran Najib dalam Umno sepanjang enam bulan ini, Dr Mahathir berkata "the time is very short but it’s done and he finds out why people go out (masa terlalu singkat tapi sudah berlalu dan dia mengenalpasti kenapa ada yang mengundur diri).

Memberi komen tentang ‘politik wang’ yang berlaku dalam Umno, Dr Mahathir berkata:"Saya tak berapa pasti tentang politik wang. Jika ada, saya harap mereka akan berhenti menggunakan wang (dalam politik)."

Dr Mahathir turut menjawab mengenai bahagian mana ucapan Najib yang sampai ke hatinya dari sudut sebagai salah seorang ahli Umno.

"Bagi saya penekanan tentang soal mendekatkan diri dengan rakyat, itu penting pasal saya dapati ramai daripada pemimpin Umno mengasingkan diri daripada rakyat dan berharapkan cara menggunakan kuasa untuk mendapatkan sokongan rakyat dan jelas ini tidak berjaya," katanya.

Beliau turut sempat memberi komen tentang ‘perjuangan belum selesai’ dalam Umno.

Sambil tersenyum beliau berkata; "Perjuangan politik ni tak pernah selesai. Masalah saya pun tak selesai, masalah orang lain pun tak selesailah.

"Ini adalah perkara yang berlanjutan dengan cabaran baru, keperluan baru dan persekitaran yang baru. Semua perkara perlu ambil kira..,"

Sebelum sidang media itu berakhir, sempat juga beliau ditanya pandangannya mengenai cadangan Ketua Pergerakan Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil untuk menentukan perjuangan ke arah sekurang-kurangnya 30 peratus wanita di peringkat pembuat keputusan dalam parti.

Tentang itu beliau membalas; "Baiklah dari segi demokrasi. Soalnya, sama ada praktikal atau tidak..."

Apabila UMNO Sudah Takut dengan Blog-Blog Pakatan Rakyat!!

KUALA LUMPUR 14 Okt. - Perwakilan Puteri UMNO Kedah hari ini mencadangkan parti itu menubuhkan satu suruhanjaya khas siber bagi memantau laman web dan blog secara lebih serius supaya penyebaran gejala fitnah dapat dibendung.

Ketua Pergerakan Puteri UMNO Kedah, Norashimah Md. Nowar berkata, gejala fitnah di kalangan pengendali laman web dan blog semakin berleluasa sehingga mencemarkan imej negara sebagai sebuah negara Islam.

"Ia bukan sahaja mengelirukan masyarakat, malah ia bertentangan dengan ajaran agama Islam yang sebenar.
oleh Pak Awang Kepala Batas

Chek Norashimah oi, tang mana yang blog-blog ni dok buat fitnah ni? Blog-blog ni buat cerita sebenaq yang tak disiar di media-media hangpa tu. Awat tak minta tubuh juga Suruhanjaya untuk pantau Utusan Malaysia, Berita Harian, RTM, Rangkaian TV Media Prima, yang tiap hari juga duk pembohong. Awat chek tak tengok ka?

Media-media hangpa tu la yang lagi teruk duk putaq segala cerita-cerita ni, nak habaq bagi kat chek shimah ... Jangan nak buat tak tau pulak na ...

Yang terbaru di Bagan Pinang hari tu, yang konon nya si mamak azeez tu dah kena pukui sampai masuk hospital, media sapa yang tak habis-habis buat cerita? Bukan RTM? Bukan TV3? Bukan Utusan Malaysia? Bukan Berita Harian ka? Memang banyak blog-blog yang membuat cerita kes mamak azeez tu, tapi semua menafikan yang mamak tu kena pukui? Awat sampai la ni tak dak pun gambaq dia kena pukui tu? Mana dia, tunjuk la mai kalau ya mamak tu kena pukui ....

Jadi sapa sebenarnya yang putaq alam? Blog-blog atau media arus perdana hangpa yang buat cerita pembohong? Depa kata makna UMNO tu ialah Umno Menipu No One ... dari pertubuhan nya sampai lah ke media-media yang dimiliki nya ... chek kene tau tu ya ...

Satu lagi chek Shimah kata blog-blog ni boleh mencemarkan imej Malaysia sebagai negara Islam ... Awat chek Shimah tak pi jumpa Najib sebelum nak kata blog mencemar Islam ... Pi jumpa Najib minta Najib suruh bini dia tu pakai tudung dulu. Tak ker mencemar negara Islam apabila isteri PM nya tak pakai tudung, kadang-kadang kalau pakai pun nampak jamboi ...

Lagi malu chek shimah oi bila najib bawa bini dia pi merata dunia lebih-lebih lagi bila pi melawat negara Islam, orang sana tengok bini PM Malaysia (dari parti UMNO yang juga najib kata parti Islam) tak pakai tudung. Menutup aurat tu WAJIB chek shimah ai dalam Islam. Jangan jadi macam Sisters In Islam ....

Dan lagi chek shimah ai, anak bekas PM mahadet yang pi beli saham dalam syarikat minuman keras di Filipina tu tak cemar negara Islam ka?

Kalau nak bercakap bab-bab cemar Islam di Malaysia ni chek shimah ai, 44 hari 44 malam cerita pun tak habis. Jadi sebelum chek shimah nak kata blog atau laman web yang cemar Islam di negara kita ni, chek shimah kena tengok geng-geng chek shimah tu dulu ... UMNO BN. Pebetoi puak-puak tu dulu baru chek shimah pebetoi blog-blog ni.

Rasuah tu tak cemar Islam ka? Yang hangpa berhari-hari siang malam pi berkampong kat Port Dickson baru-baru ni berkempen untuk Isa Samad yang dah SAH kaki RASUAH tu juga tak cemar Islam ka.

Iskh ni yang kata tak akan habis kalau nak bercerita bab cemar Islam di Malaysia ni. Chek shimah pikir sendiri lah. Saya tak larat nak taip kalau nak ikutkan belambak yang nak di keluarkan.

Dan tentang blog-blog ni, tang mana pulak yang mencemar Islam nya chek shimah? Tapi mungkin ya juga macam blog Parpukari - House PK - yang ikut sedap mulut dia saja bila buat artikel ... mungkin cheh shimah tengok blog ni la kot ya ... Tapi blog tu penyokong UMNO BN untuk pengetahuan chek shimah ai. Cuba chek shimah mai tengok blog-blog sebelah sini, blog-blog Pakatan Rakyat, saya rasa tak dak lagi la blog yang boleh mencemar Islam ...

Lain kali kalau chek shimah nak bawa usul mai perhimpunan pun bawa lah usul yang lebih bernas, lebih mantap untuk dibahaskan yer, kalau setakat kes blog-blog ni saya rasa kecik sangat lah kes nya ...

Salam dari Pak Awang Kepala Batas

Demokrasi Yang Saya Fahami (12-04)

Oleh: Labu Labi

PENDIDIKAN !!!!!
Lepas bayar harga makanan, ‘kume’ (kami) bejalan ‘nyuso’ (menyusur) tepi sungai perak. Menuju kearah hulu. Menuju ke Taman mainan berhampiran medan selera. Sambil bejalan tu, besembang. Nostalgia lama. Tepi sungai perak.
Kedai bihun melayu (nama lupa dah), dulu tepi jalan turun, ke jeti kayu, penambang. Kedai bihun dan kueh pau china (mak nya), dalam bazar lama. Sekarang ni dah jadi gerai makan dan jualan kraftangan.
Tempat gunting rambut bawah pokok besar. Tempat pemain judi ‘berterup’, juga bawah pokok besar. Sekarang ni dah jadi medan selera. Berdepan ngan Taman mainan tepi Sungai Perak.
Di Sungai perak tu juga. Tepinya. Semua kami terokai. Kami menyelam ‘menembak’ ikan. Guna besi tajam hujung. Ikat ngan getah. Dari lembah istana hingga jambatan Victoria. Masa tu tiada apa yang kami takuti. Mati atau cedera. Tiada dalam kamus hidup kami. Lubok Mat Anjing. Kami terokai. Ditepinya saje. Tengah. Sengaja cari penyakit. Kiri kanan Sungai Perak. Kami terokai. Indahnya waktu itu. Budak sekarang ni…. entah le. Mungkin jenis ikan pun tak kenal kottt…..
Kami waktu itu. Tahu mana lubuk. Mana cetek. Tiang Jambatan Iskandar. Kami terokai. Bedesing telinga. Tekanan dalam air begitu kuat. Kami harungi semua itu. Bersama. Kepuasan anak anak zaman itu…..
“Tagan, mika ingat tak zaman kita sekolah dulu ?” Aku mulakan bicara
“Ngape ? ” dia sambut pendek.
“Dulu, kamu ngan aku sekolah melayu. Dari darjah satu sampe tingkatan lima. Ju pak mat Bendang (gelaran zaman tu mudah – duduk dekat bendang – gelaran Pak Mat Bendang), sekolah orang putih dari darjah satu sampe tingkatan lima.” aku sambung. Tagan dengo je.
“Mod anak Pak Yob Basong (ni pulak sebab dudok di Kampong Basong – ade lagi ke tidak kampong ni, entah le), ngaji sekolah melayu ngan kita. Darjah satu sampe darjah enam.
Pastu masuk Sekolah RMM (Raja Muda Musa) Jalan Baru. Masuk ‘Remof Class’ (Kelas peralihan – dari aliran melayu sekolah rendah nak tukar jadi aliran inggeris – peringkat menengahnya). Dari ‘Remof Class’ sampe tingkatan tiga.
Pastu sambung tempat lain pulak tingkatan empat dan lima” aku teruskan cerita. Tagan tetap diam. Tunggu.
“Aku sekolah Kota Lama Kiri. Darjah satu hingga darjah tiga. Pastu masuk Sekolah Sultan Idris II. Darjah empat hingga darjah enam. Pastu Masuk SMK (Sekolah Menengah Kebangsaan) Jalan baru. Tingkatan satu hingga tingkatan tiga. Sekolah ni dah tukar nama, SMBM (Sekolah Menengah Bukit Mercu). Sekarang tak tau le. Kekal ke lagi nama tu…. entah leee.
Pastu aku pegi tumpang Sekolah Clifford. Tingkatan Empat hingga Lima. Aliran sains. Sebab SMK masa tu tak ada aliran Sains Lagi.” kenangan lama terus aku putarkan. Tagan tetap setia sebagai pendengar.
“Mika pulak. Dari darjah satu hingga darjah enam. Sekolah Sultan Idris II. Pastu sama sama kita ke SMK. Mika terus disitu. Dari Tingkatan satu hingga tingkatan lima. Tingkatan empat dan lima mika aliran sastera.
Habih tingkatan lima. Mika jadi askar. Aku Masuk UTM.
Walaupun mika askar. Tapi zaman tu lagi, dah macam macam kerenah pihak atasan yang mika nampak. Tu pase bila cuti balik kampong. Mika Kuat PAS. Sampe sekarang.
Aku senang senang masuk U. Pastu dapat pulak biasiswa. Jadi yang aku nampak elok UBN je le. Otak aku masa tu UBN tu kerajaan. Kerajaan tu UBN. Depa dah bagi macam macam. apa yang tak kena lagi.
Aku lupa. Itu sebenonya hak aku. Sebagai rakyat. Sape pun perentah. Hak tu kena tunaikan. Tapi masa tu, mana aku nampak lagi” aku kuatkan hujah.
“Tu pase masa tu aku kuat UBN” . Tegas aku. Tagan dengo je. Kalu awal tadi dia ‘lutu’ aku. Sekarang dia tunggu apa aku nak sambung. Sebab dia dah tau sape aku.
Aku diam kejap. Dia bukak mulut. ‘Jolok’. “Habih bila mika jadi tebalik macam sekarang ni …. ?”
“Yang tu, panjang ceritanya. Kita sembang lain…..!!!” aku potong.
“Habih mika nak cakap apa…. ???” dia tanya lagi.
“Mika nampak tak apa yang aku nampak …..???” aku tanya.
“Sebutkan … apa dia…!!!” dia mula respon.
“Masa kita kecik dulu. Sekolah tu bejalan terus. Satu aliran. Satu bahasa. Satu suasana. Satu persekitaran” aku mulakan ilmiah aku.
“Hoi, Labu. Mika sokong 1 Malaysia ke. Macam PM istiharkan tu. Aku tengok itu satu. Ini satu. ‘Non’ satu. ….!!!” Tagan mula rancak.
“Bukan 1 Malaysia. Yang 1 Malaysia tu. Sape pun tak faham. DAP kata, PM ikut dia. PM kata dak. Tapi nampak macam serupa. Aku pun tak faham” aku teruskan celoteh.
“Habih….!!!” dia mula pening.
Dulu dulu, masa kita sekolah. Ada dua aliran. Orang putih dan Melayu. Sape nak masuk aliran melayu. pegi sekolah sekian.
Sape nak sambung orang putih lepas aliran melayu. Pegi sekolah sekian.
Sape nak orang putih dari darjah satu lagi. Pegi sekolah sekian.
Sekolah China ngan Tamil. Tak masuk dalam sembang ni. Depa ada aliran depa sendiri. Cara depa sendiri. Sekolah aliran China, di Sekolah Chung Wah. Rendah, tengah pekan kuala. Menengahnya di Jalan Low.
Dulu, Mana ada jenih ular sekerat belut sekerat. Aku mula beri penjelasan pada dia. Tapi dia masih pening lagi. Masih tak nampak lagi.
Kemudian. Bila tekanan kepada semangat Bahasa Melayu, begitu kuat. Semua sekolah aliran orang putih, tukar melayu. Termasuk MCKK dan Cilfford. Jadi kita hanya ada satu aliran. Tak masuk Sekolah China dan Tamil.
Lepas berpuluh tahun. Teknologipun mula berkembang. Dengan gunakan bahasa Melayu. Tok Anjang Aki, yang dudok di hujung bendang pun, dah mula kenal apa itu teknologi.
‘Top top’, hujan tidak. Ribut tidak. Ngejut je. PPSMI diistiharkan. Semua panik. Apa pulak bendanya, PPSMI tu. Macam macam spekulasi timbul. Sebab kajian tidak. Apa tidak. Terus istihar. Ada yang kata sebab ini. Ada yang kata sebab itu. Macam macam bunyi timbul.
Bila PM masa tu, sendiri, istiharkan. Semua akur. Walaupun masih buntu. Pening. Tapi masing masing tunggu dan lihat.
Bila penjelasan mula diberikan. Peringkat demi peringkat. Baru orang mula buka mata. Pejuang Bahasa Melayu mula melenting. Tapi mereka didiamkan. Mulut dikunci.
Pejuang Bahasa China dan Tamil juga bangkit. Tapi juga mereka didiamkan dengan memberikan kelonggaran. Boleh Inggeris dan China. Sekolah Tamil pun sama.
Cuma sekolah melayu je. Kena menuju kearah, Inggeriskan Sains dan Matematik. Alasannya mudah. Semua teknologi dalam Inggeris. Perkembangan Teknologi cepat. Tak sempat terjemah. Anak Malaysia ketinggalan.
Pejuang Bahasa terus berjuang. Walaupun secara ‘api dalam sekam’. Hingga kemuncaknya. Demonstrasi aman. Mengembalikan pengajaran dalam bahasa Melayu untuk Matematik dan Sains. Mansuhkan PPSMI.
Pihak UBN dan media arus perdana, pertikai. Mengapa selepas begitu lama dilaksanakan baru berjuang. Bising. Dan sebagainya.
Media dan UBN sengaja kalih isu. Pejuang Bahasa sebenarnya dari awal lagi dah berjuang dan bantah. Bersama dengan pejuang mansuhkan PPSMI. Tapi masa tu. Alasan diberi, baru nak mula. Hasilnya belum nampak. Mediapun sama naik. Sokong UBN.
Kosmetik dihias pada PPSMI. Lapuran semua elok. Pencapaian semua baik. Malah ditunjukan peningkatan. Tapi realitinya. Merudum. Ramai cikgu matematik dan Sains merungut. Bebanan cikgu makin berat.
Jadi yang ular sekerat, belut sekerat tu. PPSMI. Hanya Matematik dan Sains. Selain Bahasa Inggeris. Persekitaran dan matapelajaran lain semua melayu.
Dulu kalau aliran melayu tu, semua suasananya melayu. Kecuali Bahasa Inggeris.
Kalau aliran Inggeris tu, suasananya Ingeris. Kecuali Bahasa Melayu dan Agama Islam.
Bila PPSMI di istiharkan. Matematik dan Sains sahaja Inggeris. Dah le tu, ‘high level’ punya inggeris pulak. Sampaikan cikgu pun pening. Grammar dia. Fuhhhh……!!!!
Aku pun susah nak faham.
Inikan pulak Tok Ki Min yang duduk di ulu Beko (kampong bekor). Mampoi le, cucu Tok Ki Min tu. Sape nak di tanya.
Cikgu tak faham. Tok imam tak faham. Tok siak tak faham. Anak Tok Ki Min (bapa budak tu leee) dua kali lima juga. Serupa ngan Tok Ki Min. Sama sama kerja ‘nogheh’ getah.
Cikgu sendiri pun.
Kadang sebut ‘mix’. Kadang sebut ‘plus’. Kadang sebut ‘add’. Tak ketahuan punca. Itu baru nak ‘ajo’ campur. Belum tolak. Kali. Bahagi. Belum nak bagi penerangan. Dan macam macam lagi. Akhirnya budak jadi mangsa.
Tagan mula faham kearah mana sembang aku…..
Dia mula ceria, nak tumpang sambung cerita …….!!!!
Tunggu siri lain. Apa pulak Tagan nak kata ….. ..

Najib bidas pihak tidak sabar 'talkinkan' Umno



KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak membidas pihak-pihak yang tidak sabar 'mentalkinkan' Umno sedangkan parti itu akan bangkit kembali sebagai organisasi yang lebih kuat dan berpadu selepas menghadapi cabaran.
Presiden Umno itu berkata sejak selepas pilihan raya umum ke12 lepas, musuh-musuh politik Umno telah mula meramalkan kejatuhan parti berkenaan tetapi perkara itu bukan pertama kali berlaku.
"Kata mereka, Umno sudah nazak dan hanya menanti waktu. Jangkaan ini juga dibuat apabila Parti Kemerdekaan Tanah Melayu dan Parti Islam seMalaysia tertubuh akibat perpecahan dalam Umno," katanya.
Dalam ucapan dasar sulungnya sebagai Presiden Umno pada Perhimpunan Agung Umno 2009 hari ini, Perdana Menteri berkata telahan juga dibuat selepas tragedi 13 Mei 1969 apabila kerajaan Perikatan kehilangan majoriti dua pertiga apabila banyak calon Umno tewas.
Katanya andaian sebegini juga dibuat selepas pemilihan Umno 1987 dan kemudiannya apabila terbentuk Parti Melayu Semangat 46 dan dicanang pada pilihan raya umum 1999.
"Hakikatnya setiap generasi kepimpinan Umno menghadapi cabaran yang tersendiri sesuai dengan masa dan zaman. Alhamdulillah, setiap cabaran berjaya diatasi dengan perpaduan dan semangat yang kental," katanya.
Merujuk keputusan pilihan raya umum ke12 lepas, Najib berkata rakyat telah memberi mesej yang jelas kepada Umno dan justeru itu, Umno sedar dan insaf untuk berubah.
"Kita tahu rakyat masih sayangkan Umno. Apa yang mereka inginkan hanyalah agar Umno berubah. Nyatanya, kita mendengar hasrat rakyat ini. Kita akan berubah," katanya.
Apa yang pasti, beliau berkata kelangsungan parti itu begitu penting bukan untuk pemimpin-pemimpin Umno tetapi untuk bangsa, agama, negara dan rakyat.
Katanya jika kesemua pemimpin dan anggota Umno bersatu hati, tekad dan membulatkan usaha, maka mereka akan berupaya bersama-sama menghadapinya serta tidak pernah gagal melakukan sesuatu tindakan hanya kerana ianya sukar.
"Sesungguhnya amanah besar ini tidak boleh dipikul oleh seseorang. Ia perlu dijinjing oleh satu jemaah, satu barisan yang tersusun rapi," katanya.
Najib berkata perjuangan Umno adalah betul dan yakin ia merupakan perjuangan yang benar.
"Kitalah Umno, satu-satunya parti yang membawa obor harapan dan mampu meneroka masa depan penuh gilang-gemilang walau apa pun dugaan dan rintangan," katanya disambut tepukan gemuruh daripada perwakilan, pemerhati dan para hadirin pada perhimpunan tersebut. BERNAMA

TGNA : Bodoh piang punya mamak naina !!

Oleh : banjar wanik
Isu yang telah lama basi, kini di ungkap kembali oleh pemuda UMNO bangsat si Reezal yang nak kata keturunan melayu tulin nampak macam Paria Kutty. Isunya mudah apabila budak ni bangkitkan kembali kenyataan TGNA yang mengatakan bahawa perjuangan UMNO tidak akan membawa pengikut dan ahlinya masuk syurga.

Woi budak.....engko ingat mudah ke nak masuk syurga Allah yang penuh dengan kenikmatan yang tak dapat di lihat dengan mata dan tak dapat digambar dek akal manusia ni !

Jawapan paling mudah, dan tak payahlah nak suruh ulama2 lain ambil tindakan atau keluarkan fatwa tentang kenyataan TGNA itu, aku pun boleh jawab dengan alasan yang paling mudah supaya orang-orang bodoh, tolol tahap jahil macam korang ni dapat faham.


Kenapa TGNA kata ahli-ahli, penyokong-penyokong atau pengundi-pengundi UMNO tak masuk syurga, adalah berdasarkan kepada dalil-dalil atau hujah-hujah berikut :

1. Islam kata RASUAH ITU HARAM.
UMNO kata HARAM tapi kalau politik wang tak mengapa contoh yang jelas apabila semua pemimpin-peminpin tertinggi UMNO macam ISA SAMAD hanya dihukum gantung keahliannya dan kini dah menang PRK N31 Bagan Pinang. Siapa yang hukum mangkuk ayun ni ? Hanya lembaga disiplin UMNO je yang buat hukuman yang rata-rata kesemua mereka mempunyai palitan dan kesan tahi RASUAH. Tanya sama Ali Rustam, Khalil Yaacob, Khir Toyo, Tee Kiat, Kasitah Ghadam, dan lain-lain mangkuk hantu semuanya bebas, dan tiada tindakan menurut undang-undang MACC.

Nabi SAW bersabda : " Pemberi dan penerima Rasuah masuk neraka..." so hadis ni dah jelas siapa sahaja yang menyokong UMNO akan masuk neraka. tak faham lagi ke Pemuda Umno?

2. JUDI ITU HARAM
Kerajaan UBN kata tidak haram kecuali jika tiada lesen. Lesen pun Kementerian Kewangan yang keluarkan. Setiap yang haram tempatnya NERAKA.

3. ARAK, NIGHT CLUB PUNCA MAKSIAT.
Asal ada lesen HALAL tapi kalau takde lesen HARAM. Bukan kerajaan BN yang ditunjangi oleh UMNO ke yang memerintah negara 1 Malaysia ni?

4. TIDAK MELAKSANAKAN HUKUM ISLAM.
Mana dia usaha kerajaan UBN nak laksanakan hukum-hukum islam seperti HUDUD, QISAS, TAKZIR, DIAT dan lain-lain ? Baru sebut nak jatuhkan hukuman 6 kali sebat terhadap seorang perempuan kerana kesalahan minum arak dah riuh sekampung mencipta pelbagai alasan untuk menidakkan keputusan itu.

Kes MURTAD yang berleluasa, mana Pemuda-Pemuda UMNO yang berani mempertahankan kesucian akidah umat islam. Meroboh dan meruntuhkan bangunan masjid/surau serta institusinya kerja siapa ? Bukan dari perintah pemimpin-pemimpin UMNO ?

Woi, Pemuda Umno sial ! Ini antara alasan-alasan mudah kenapa korang tak boleh mencium atau masuk syurga Allah SWT. Takkan la itu pun korang tak tau....bodoh punya mamak Naina ! Macam ni punya jahil korang tentang hukum agama Allah SWT pun korang nak salahkan Tok Guru yang alim dalam agama.

Kita bukannya masuk ke dalam syurga Allah itu dek kerana hebatnya ibadat kita, ini kerana amal ibadat kita itu terlalu kecil pada pandangan Allah SWT, tetapi kita hanya akan masuk ke Syurga Allah kerana Rahmat dan Ehsan Allah Rabbul Jalil. Macamana nak dapat 'Rahman' Allah kalau segala perintah Allah hampa tak ikut dan semua larangan Allah hampa redah semacam sajer..... memang bodoh la ko mamak Naina !

Banyak lagi sebenarnya yang boleh aku bahas. Tapi cukuplah dulu setakat ini. Woi budak UMNO ! Korang nak suruh ulama mana ambil tindakan kat TGNA ? Harussani ? Noh Gadut ? Jamil Khir ? Mashitah Ibrahim ? Mufti WP ( tak ingat aku nama mangkuk sorang ni ) ? Zainal Sakom ? Ni semua ulama dunia....ulama periuk nasi, tak berani mengatakan yang benar itu benar dan yang salah itu salah macam hampa juga benggong !

Ingat peringatan Nabi SAW. " akan berlaku dikalangan umat ku akan datang, apabila baik dia, maka akan baik lah ummah dan apabila buruk dia, maka akan buruklah ummah, sahabat bertanya siapa dia? Rasulullah SAW berkata " dia adalah Ulama dan Pemerintah".

(*) sumber artikel/penulis asal [ kerenah-maya blog ]

Rancangan Ekonomi - yang tidak mesra rakyat !

Oleh : MN Bashah
Kerisauan pembaziran kerajaan semakin menjadi-jadi lantaran lambakan tindakan kerajaan mengurus kewangan ke arah pembaziran. Walaupun keadaan ekonomi dunia tidak menentu, sikap kerajaan masih kelihatan degil dengan rungutan rakyat bawahan betapa dasar suntikan stimulus ekonominya untuk rakyat tidak dapat menutup seberapa banyak pembaziran yang kian jelas hari ini.

Perdana Menteri berkata, perkembangan positif ekonomi memperlihatkan kadar pengangguran yang kian berkurangan sebanyak empat peratus manakala kadar pinjaman bank meningkat 10 peratus. Serentak itu, beliau menegaskan, kerajaan akan terus memastikan Pakej Rangsangan Ekonomi Pertama dan Kedua serta perbelanjaan peruntukan bajet tahunan dapat memberi impak positif kepada ekonomi negara. (sumber daripada web 1 malaysia)
“Kesan positif ini turut disokong oleh harga komoditi, pasaran saham dan keyakinan pelabur yang semakin meningkat”. Kata Perdana Menteri. Memang benar kadar kehadiran pelabur meningkat (2008) berdasarkan peningkatan FDI ( Perlaburan Langsung Asing) akibat liberalisasi ekonomi oleh Perdana Menteri. Namun tiada jaminan mereka akan kekal dan ‘setia’ untuk menyuntik ekonomi Malaysia selamanya berdasarkan kes 1998 di mana pelabur melarikan diri akibat ketidakstabilan polisi kawalan modal serta peningkatan kadar upah buruh
Sebelum itu Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz berkata, ekonomi negara menguncup lebih teruk berbanding unjuran sebelumnya apabila Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada suku pertama 2009 berada di paras -6.2 berbanding 7.4 peratus pada tempoh yang sama tahun lalu berikutan krisis semasa ekonomi dunia terus berlarutan. Suku kedua pula 2009 menyaksinya pengucupan ekonomi negatif 3.9.

Kejatuhan upaya negara ditunjuk melalui penurunan Malaysia ke tangga 21 berbanding 19 pada tahun 2007 dalam Indes Pertumbuhan Daya Saing dan antara punca kemerosotan ini pastilah budaya boros.

Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan memberitahu, kini pertumbuhan ekonomi negatif suku tahunan pertama yang dialami sejak suku ketiga 2001.

Alasan beliau, pertumbuhan negatif itu disebabkan oleh kesan kelembapan ketara ekonomi dunia dan perdagangan antarabangsa yang telah menjejaskan permintaan eksport negara sejak separuh kedua 2008. Bagaimana pula dengan status rizab emas negara? Adakah ia juga disebabkan perdagangan antarabangsa yang memberi kesan secara langsung?

Rizab emas itu telah merundum kepada hanya 12 tan sahaja sehingga 31 Julai 2009 berbanding 72.7 tan, menurut statistik Bank Negara Malaysia dan data antarabangsa.

Penyusutan mendadak itu dikatakan memaksa Kementerian Kewangan mengarahkan Bank Negara untuk hanya mengistiharkan simpanan emas negara dalam bentuk nilai matawang dolar Amerika ialah AS379 juta (RM1.1.35 bilion) dan tidak lagi dalam bentuk kuantiti.

Kerajaan Malaysia telah menjual separuh daripada simpanan emas itu, menyebabkan jumlah itu susut kepada 36.3 tan atau 1.17 juta aun pada Ogos 1999. Perubahan drastik ini bermakna BN telah menjual rizab emas negara sebanyak 60.7 tan atau 1.95 juta aun sepanjang tempoh 19 tahun lalu bernilai lebih USD1.91 bilion atau RM6.83 bilion.

Simpanan emas itu terus menurun sehingga mencapai tahap paling rendah sejak tempoh 20 tahun iaitu 12 tan. Sehingga ini, dikhabarkan tidak ada usaha dibuat oleh kerajaan untuk mengesan wang hasil penjualan emas itu atau menyiasat pihak yang terbabit.

Lebih mengelirukan lagi rakyat tidak diberikan maklumat tepat mengenai kedudukan sebenar rizab emas negara kerana Bank Negara melonggokkan nilai emas itu bersama “gold swapped” atau emas yang ditukar. Jika benar rizab emas menyusut adalah rentetan kempen anti pembangkang yang dijalankan oleh kerajaan sejak zaman pentadbiran Dr Mahathir, jelas ia tersasar dari agenda ekonomi rakyat.

Budaya pembaziran dan salah laku wang rakyat telah menjadi resepi utama kepimpinan yang sedia ada seperti kes salah guna peruntukan RM 2.5 juta untuk negeri Selangor melibatkan ADUN Ijok, Bukit Melawati, Permatang dan Sungai Burong. Wang yang sepatutnya diagihkan untuk kesenanagn rakyat sepanjang 12 bulan hanya dibazirkan untuk kempen pilihanraya Mac 2008 yang lalu. (sumber Selcat)

Pembaziran dana rakyat kerajaan negeri juga berlaku di Melaka apabila Dto’ Seri Ali Rustam menggunakan sebanyak RM 9.3 juta (bermula 2001 hingga 2009) peruntukan negeri untuk membiayai penerbitan Melaka Hari ini yang menjadi propaganda BN Melaka. Bahan bercetak ini mengalami kerugian sebanyak purata RM 500 000 bermula 2006 hingga 2008. Sepatutnya politikus memilki akhbar sendiri untuk menyebarkan propaganda bukan menggunakan wang rakyat sebanyak itu yang sebenarnya mampu membina 300 rumah rakyat miskin.

Tidak kesal dengan kemerosotan rizab emas negara yang kini hanya dipandang dari sudut nilai bukannya fizikal emas lagi, kini pemimpin negara berserabut pula dengan skandal PKFZ yang jelas menunjukkan ketirisan wang rakyat kepada segelintir kapitalis politik yang merugikan lagi negara.

Kerugian akibat ketirisan wang rakyat cuba ditampung melalui harga minyak dan memperkenalkan jenis minyak baru sekaligus meningkatkan harga minyak jenis yang bukan RON95 juga (contohnya V power Shell). Menteri Perdagangan Dalam Negeri berhujah bahawa minyak mentah dunia telah melepasi USD80 se-tong sedangkan tiada bukti harga minyak dunia naik melepasi USD 80 se-tong.

Nisbah perlaburan langsung asing (FDI) kepada KDNK menunjukkan trend penurunan sejak 10 tahun lalu. Dalam tempoh 1992-1997 nisbahnya adalah 7.3 %, menurun kepada 4.2% pada tempoh 2002-2007(walaupun meningkat mendadak pada 2008). Pertumbuhan ekonomi negara pula sejak 2000-2007 hanyalah 5.6% berbanding 8.1% bagi 7 tahun sebelumnya.

Kemerosotan ekonomi perlu ditangani melalui perletakan individu bijak ekonomi dalam kerajaan. Namun hal ini meleset (sebagai contohnya) apabila Dato Idris Jala bekas CEO MAS yang gagal menyelesaikan kerugian MAS sebanayak RM 8 billion dilantik menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Apabila kroni dan nepotisme menjadi ramuan, maka kerosakan yang terjadi boleh dilupakan malah diberi peluang berkauasa dalam kerajaan.

Pemborosan melalui dana sukan RM 16 juta semata-mata memburu pingat emas Olimpik London 2012 juga membawa petaka kepada rakyat. JIka dana sebesar itu ingin digunakan untuk ‘membela’ segelintir atlet negara sepanjang 2009-2012, ia pelru dijelaskan secara terperinci dan bagaimana kerajaan memastikan tiada ketirisan wang ke dalam poket segelintir manusia yang menangguk di air yang keruh. Malaysia juga belum menunjukkan rekod baik dalam usaha ‘mendidik’ atlet bekerja bukan sekadar nama dan kemasyuran sebaliknya membenci rasuah dabn penyelewengan yang telah lama membarah dalam sektor sukan negara kita.

Suntikan stimulus ekonomi Malaysia bukan sedikit. Sebanyak RM 7 billion dimulakan oleh kerajaan dan disusuli dengan pakej kedua iaitu sebanyak RM 60 billion. Dicelahan usaha menstabilkan kewangan negara, kerajaan mengisytihar pula usaha untuk menjayakan F1 1 Malaysia yang cukup mahal setanding dengan projek PKFZ. Proton adalah antara syarikat yang dilibatkan walaupun sedang sakit tenat mengalami kerugian. Sedangkan Litar F1 Sepang memerlukan belanja sebanyak RM 308 juta setiap tahun inikan pula projek F1 1 malaysia pula akan dijalankan. Nampaknya jika apa-apa berlaku kepada Naza, Proton dan Air Asia (syarikat-syarikat yang terlibat dengan F1), kerajaan akan sedia menyelamatkan (bail out) semua syarikat berpengaruh tersebut dan semestinya ia akan mengurangkan bajet untuk rakyat jelata.

Agenda ekonomi yang tidak pro rakyat, pasti akan memberi kesan jangka panjang yang menjadikan iklim ekonomi negara kian tenat.

Muhammad Nuruddin Bashah
Setiausaha Teras Cawangan Negeri Perak