Rabu, 14 Oktober 2009

Ikrar Pemuda sekat Anwar jadi PM

Pemuda Umno hari ini berikrar akan sedaya-upaya menghalang kemaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang disifatkan sebagai "sesumpah lidah bercabang", menjejakkan kakinya di pejabat perdana menteri di Putrajaya.

NONE"Mungkin Anwar telah berjaya dengan helahnya terhadap sebahagian generasi muda yang tidak pernah kenal siapa Anwar yang sebenar – seorang chameleon politik, sesumpah yang berubah warna mengikut musim dan ketika melompat dari pohon ke pohon; makhluk pelbagai alam.

"Tetapi Umno dan Pemuda Umno ingat sejarah sebenar Anwar, dan kami akan memastikan Penglipurlara Lidah Bercabang Dua ini tidak akan sekali-kali sampai ke Putrajaya," kata ketua pergerakan itu Khairy Jamaluddin di persidangan agung Pemuda Umno 2009 hari ini.

Dalam ucapan sulungnya mengepalai pergerakan itu, beliau juga menuduh Pakatan Rakyat sebuah gabungan yang tidak berpegang pada prinsip apabila tidak tegas mempertahankan peruntukan Perlembagaan Persekutuan.

NONE"Pakatan pembangkang tidak berprinsip seperti mana BN, kerana mereka tidak pun berpegang kepada perlembagaan.

"Jika tidak, mengapa DAP, misalnya, tidak habis-habis menyerang kedudukan Raja-raja Melayu, bahasa Melayu dan agama Islam dengan dibantu oleh PAS dan PKR yang langsung menolak ke tepi prinsip asas negara?" katanya di Dewan Tun Dr Ismail, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Ucapan yang bertemakan 'Di Persimpangan Jalan Perjuangan', Pemuda Umno diseru agar tidak terperangkap dengan isu Melayu gaya lama yang mudah berang dengan desakan kumpulan lain sewaktu perdana menteri, juga presiden Umno, memperkenalkan slogan 1Malaysia.

"Kita boleh bertempik suara melaungkan semangat Melayu dan memberi amaran kepada kaum-kaum lain supaya jangan mencabar ini dan itu," kata Khairy.

"Pilihan ini mudah dan menjanjikan populariti di dalam parti. Tetapi adakah ini sebenarnya mesej yang dihasratkan oleh rakyat Malaysia, malah orang Melayu sendiri - apatah lagi pada waktu presiden parti sedang membawa mesej perpaduan dengan gagasan 1Malaysia?

"Bagi Pemuda Umno alaf baru, inilah keberanian sebenar – bagi memilih jalan untuk Pemuda menjadi perintis ke arah perpaduan negara melalui semangat 1Malaysia."

Berikut petikan 'Di Persimpangan Jalan Perjuangan'

Rakyat kini dihidangkan dengan pilihan antara gagasan yang membangunkan negara sejak sekian lama, yakni Barisan Nasional, atau pakatan pembangkang yang terus menerus memecahbelahkan rakyat.

Adalah menjadi tanggungjawab kita untuk mendedahkan siapa sebenarnya pakatan pembangkang ini. Bahawa mereka bukannya sebuah parti politik yang tulen – bahawa perhubungan mereka bukannya berteraskan ikatan yang sah atas prinsip yang sama.

Apa yang sebenarnya wujud hanyalah satu perhubungan rambang dan kasual, tanpa prinsip moral, tanpa cinta sejati, tanpa hormat-menghormati.

Satu pakatan yang sanggup tidur sekatil demi mimpi untuk ke Putrajaya, satu pakatan yang bernafas atas nafsu untuk menjatuhkan Kerajaan Barisan Nasional.

Anak Batak mudik bergalah
Digigit nyamuk habis lebam
Pakatan retak menanti belah
Remuk di dalam dipendam-pendam

Batang cempedak pohon pedada
Buah peria di dalam dulang
Pakatan pembangkang temberang belaka
Janji bak lidah tidak bertulang

Riuh-rendah di pintu muara
Lebai Kassim membuka silat
Pembangkang gian tamakkan kuasa
Batu api perpecahan rakyat


Insiden-insiden yang kita lihat semenjak pilihan raya umum ke-12 telah membangkitkan sangkaan bahawa tiada setiakawan dan tiada keikhlasan dalam perjuangan pembangkang.

Tidak keterlaluan, jika saya nyatakan bahawa di antara mereka, DAP yang paling berkuasa. PAS sudah lari dari asas perjuangan dan menggadaikan prinsip tulen parti tersebut apabila Negara Islam bukan lagi menjadi wawasan utama mereka.

PAS tidak lagi garang bersuara, berani mengajar, jauh sekali berani menegur PKR dan DAP tentang pelbagai perkara. PAS tidak lagi sensitif kepada perkara-perkara pokok seperti cadangan menggunakan dana zakat bagi pentadbiran negeri di Selangor.

Ini menzahirkan bahawa PAS sanggup tawar menawar dengan DAP hatta menggadai jatidiri dan perjuangan asas mereka demi politik. Kalau begitulah keadaannya, tiada jaminan mereka tidak akan mempertaruh atau menjual negara, sekiranya berkuasa.

NONEKalau DAP yang paling berkuasa, maka kita berhak untuk bertanya: siapa sebenarnya DAP ini? Bertopengkan platform parti berbilang bangsa, tetapi hakikatnya mereka didominasi oleh satu kaum sahaja.

Selepas 40 tahun Lim Kit Siang menjadi ahli Parlimen, pembukaan satu cawangan Melayu DAP bulan lepas digembar-gemburkan seolah-olah satu pencapaian yang cukup hebat.

DAP hanya parti berbilang kaum pada namanya sahaja, sedangkan perjuangan sebenar mereka berunsur perkauman yang menyala membara seperti api dalam sekam.

PKR pula parti yang tandus ideologi, sekadar berkisar pengagungan seorang individu bernama Anwar Ibrahim.

Apa sebenarnya prinsip perjuangan PKR, atau adakah mereka sama seperti DAP yang dahagakan kuasa? Kalau kononnya berjuang atas tiket keadilan dan anti rasuah, lihat sendiri pemimpin kamu itu wahai PKR.

Anwar Ibrahim melalaikan masyarakat Malaysia, memanipulasi dan mengulit jiwa mereka dengan kata-kata indah seakan-akan dialah pemimpin yang bersih, tulen, berintegriti, dan acap kali menuduh pemimpin UMNO sebagai rasuah, rakus dan rasis.

Tetapi Anwar Ibrahim jangan kamu lupa sejarah kamu, kerana kami tidak lupa perbuatan lampau kamu. Apakah semata-mata Anwar Ibrahim beralih menjadi pembangkang, sejarah silamnya, segala dosa lamanya akan lesap begitu saja?

Sejarah akan sentiasa membayangi Anwar ke mana sahaja dia pergi dalam arena politik. Mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih.

Siapa sebenarnya Anwar Ibrahim? Pejuang rakyat marhaen? Pejuang agama Islam? Pejuang bangsa Melayu? Pejuang hak asasi manusia? Atau apakah Anwar Ibrahim berjuang semata-mata untuk kepentingan peribadi Anwar Ibrahim?

Mungkin Anwar telah berjaya dengan helahnya terhadap sebahagian generasi muda yang tidak pernah kenal siapa Anwar yang sebenar – seorang chameleon politik sesumpah yang berubah warna mengikut musim dan ketika melompat dari pohon ke pohon; makhluk pelbagai alam.

Tetapi UMNO dan Pemuda UMNO ingat sejarah sebenar Anwar, dan kami akan memastikan Penglipurlara Lidah Bercabang Dua ini tidak akan sekali-kali sampai ke Putrajaya.

BN ditubuhkan atas dasar persaudaraan dan persefahaman untuk menegakkan Perlembagaan dan asas kewujudan negara. Inilah perkongsian platform yang wujud dalam BN.

Tetapi pakatan pembangkang tidak mempunyai sebarang persefahaman bersama melainkan nafsu untuk merampas Kerajaan – itupun kita tidak tahu siapa akan menjadi perdana menteri kalau pakatan ini mengambil alih.

Malah dalam memilih Kabinet Bayangan, mereka memilih jalan selamat untuk menamakan tiga ahli bagi setiap portfolio kabinet, kerana mereka sebenarnya langsung tidak ada persefahaman dalam perkongsian kuasa, tidak seperti BN yang telah teruji dan terbukti.

Pakatan pembangkang tidak berprinsip sepertimana BN, kerana mereka tidak pun berpegang kepada Perlembagaan.

Jika tidak, mengapa DAP, misalnya, tidak habis-habis menyerang kedudukan Raja-Raja Melayu, Bahasa Melayu dan Agama Islam dengan dibantu oleh PAS dan PKR yang langsung menolak ke tepi prinsip asas negara?

Kita perlu terus mendedahkan taktik kotor pembangkang ini. Kita tidak pernah barang sedetik gentar dengan mereka kerana mereka yang sebenarnya takut dengan kita. Mereka yang yang takut dengan kepimpinan YAB Datuk Seri Najib. Mereka tiada idea baru.

Dalam ketandusan tersebut mereka amat licik mencucuk rakyat, menyebar fitnah, menimbulkan huru hara, membuat rakyat akhirnya merana. Bak kata pepatah, kita membawa jarum, dia menyambut dengan gunting.

Pakatan pembangkang takut tindakan kejam mereka terhadap penduduk Kampung Buah Pala akan diingati rakyat. Mereka takut rakyat menuntut janji RM1,000 kepada setiap anak Selangor yang ditawarkan masuk ke universiti, yang masih tak tertunai.

Apatah lagi janji menurunkan 20 peratus cukai pintu yang sampai hari ini belum dilaksanakan walaupun sudah hampir 20 bulan berkuasa.

Pokoknya, mereka takut akan kesedaran rakyat yang telah terpedaya dengan segala janji manis, tipu muslihat dan dakyah mereka terburai begitu sahaja.

Oleh itu, saudara sekalian, marilah kita bersama-sama bersatu mendedahkan helah dan dakyah pembangkang ini. Mari kita tewaskan mereka dalam permainan politik berbahaya mereka ini, yang sanggup menggadaikan segalanya hanya untuk berkuasa.

Jangan kita biarkan kerajaan Barisan Nasional ditumbangkan oleh satu kumpulan yang sebenarnya saling tindas-menindas, yang sebenarnya tidak ikhlas dalam perjuangan mereka sehingga tidak teragak-agak untuk menghalalkan yang haram, mengiyakan yang palsu, melupakan yang jitu demi mengejar mimpi mereka yang tamakkan kuasa.

Daun mengkudu di atas dulang
Anak udang mati dituba
Negara berpecah pembangkang girang
Demi kuasa dan tamak haloba

Pergi berburu nun ke sempadan
Dapat kancil kongsi bersama
Selagi hayat dikandung badan
Pemuda kekal pertahankan negara

BEGINILAH CARA MENGHABISKAN DUIT RAKYAT

Tiong’s plane ‘frozen’

KUALA LUMPUR: A luxury jet aircraft worth millions of ringgit and several other assets belonging to embattled Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB) chief executive officer Datuk Seri Tiong King Sing have been frozen.
Police invoked a section under the Anti-Money Laundering Act (AMLA) to also freeze a luxury car as well as a plot of land said to be owned by Tiong.
The jet is one of two luxury aircraft — a Learjet 60 and a Gulfstream IV — registered with Wijaya Baru, the parent company of KDSB.
Sources said the order to freeze the asset transactions was served on Tiong yesterday as part of police investigations into Tiong’s Kuala Dimensi — the turnkey contractor for the construction of the controversial Port Klang Free Zone.

KUALA LUMPUR: Police have frozen transactions over a luxury jet aircraft worth millions of ringgit and several more properties and assets belonging to embattled Kuala Dimen­si Sdn Bhd (KDSB) chief executive officer Datuk Seri Tiong King Sing.
It is learnt that police have invoked a section under the Anti-Money Laundering Act to (AMLA) also freeze a luxury car as well as a plot of land said to be owned by Tiong.
The jet is one of two luxury aircraft — a Learjet 60 and a Gulfstream IV — registered with Wijaya Baru, the parent company of KDSB.
Sources said the order to freeze the asset transactions was served on Tiong yesterday as part of police investigations into Tiong’s Kuala Dimensi — the turnkey contractor for the construction of the controversial Port Klang Free Zone — for possible fraud, unsubstantiated claims and overcharging amounting to close to RM1.6bil.
Both the police and the Malaysian Anti-Corruption Commission started investigating Tiong following reports by Port Klang Authority chairman Datuk Lee Hwa Beng following the findings of a special task force set up on June 10 to look into the legal and financial aspects of both the PKA and PKFZ.
The task force comprised Skrine partner Lim Chee Wee and PricewaterhouseCoopers advisory services managing director Chin Kwai Fatt, and senior executive director Lim San Peen.
Inspector-General of Police Tan Sri Musa Hassan confirmed that the police had frozen several properties of Tiong for investigation purposes but declined to elaborate.
Tiong, who is Bintulu MP and the Sarawak Progressive Democratic Party treasurer-general, had more than RM140mil in the account of Kuala Dimensi frozen early last month, also under AMLA

RELATION OF SINGAPORE SULTANATE WITH MELAKA SULTANATE(PERKAITAN KESULTANAN MELAYU SINGAPURA DENGAN KESULTANAN MELAKA)

Remarks on Singapore Sultanate according to "Malay Annals"
Catatan Kesultanan Singapura Mengikut periwayat Melayu "Malay Annals"



From the writer of Malay history, we have two types of history writers, one that follow "Malay Annals" and the other one were based on the author of "Bustanu's Salatin", Nuru'ddin Raniri Al-Hasanji, one of Malay Book of history that tells many story about Singapore Sultanate and it's relations with the Melaka Sultanate system.

The differences between those two writers are, that the Singapore Sultanate by Malay annals has Five(5) kings, while in BUstanu's Salatin has only three(3) but both tell us that it has direct relation to Melaka Sultanate system, only that Paduka Seri Pekerma Diraja(1st Melaka Sultan, Parameswara still were not rrecognised in Bustanu's Salatin, but the Singapore Sultanate system continue directly into Melaka Sultanate system.

From the story, a bright boy kill by the king and Singapore were attack by king fish, Singapore has been hit by a very bad curse, haunted and was deserted for very long time. almost three decades.

Dari periwayat sejarah Melayu dahulu, terdapat dua jenis periwayat, satu adalah berdasarkan periwayat umum(Malay Annals) dan satu lagi adalah dari periwayat Nuru'ddin Raniri Al-Hasanji, pengarang "Bustanu's-Salatin", salah satu kitab sejarah Melayu yang banyak menceritakan sejarah Kesultanan Singapura dan perkaitan dengan Kesultanan Melayu Melaka.

Perbandingan antara kedua adalah dalam periwayat umum(Malay annals) menyatakan bahawa Kesultanan Melayu Sungapura mempunyai lima(5) Raja, sementara dalam "Bustanul Salatin" hanya Raja ketiga(3) dan mempunyai pertalian terus dengan Kesultanan Melaka, cuma Paduka Seri Pekerma Diraja atau Parameswara(Sultan Muhammad Shah) sahaja belum diiktiraf sebagai Sultan Melaka yang pertama), namun perkaitan kedua-duanya menjurus kepada Kesultanan Singapura berterusan kepada Kesultanan Melayu Melaka.

Akibat dari cerita Singapura mengenai budak pintar dibunuh kerana ditakuti melawan raja hingga cerita dilanggar todak, Singapura seolah-olah terkena sumpahan, ianya ditinggalkan dan kawasan itu dikatakan berhantu.

ANTARA MEMAHAMI SEJARAH DAN KEMAJUAN NEGARA - PART1

Makam Sultan Hussein, Sultan yang menyerahkan Singapura kepada Inggeris, di Masjid Tengkera, Melaka






Sudah menjadi tanggung jawab kerajaan bagi menguruskan kewangan negara juga memakmorkan dan membantu rakyat. Kekadang kita lihat amat tidak rata pembahagiannya. Ynag selalu disebut ialah FDI(Foreign Direct Investment) dari pelabur luar dan amat kurang ditekankan bagi membantu atau menyelesaikan masaalah perniagaan tempatan dari penjaja kecil hingga SME juga yang besar-besar yang mencapai status global.

Kekadang pemimpin kita ni macam terlupa bahawa negara kita ni dah melalui beberapa peringkat kematangan ekonomi. Kita telah melalui fasa pengeluar komoditi(kebanyakkan Era Tun Razak), kemudian Era Pembangunan dan Perindustrian(Era Mahathir), namun dalam era mencapai status negara maju..kekadang kita lupa apakah yang menyebabkan kita bertukar dari fasa-fasa tersebut. Kita sekarang sedang menuju kearah status negara maju....dimana kita juga akan bertukar status ekonomi kita. Kesemua fasa-fasa ekonomi yang negara kita lalui mempunyai sebab yang tersendiri. Industri yang terlibat juga mempunyai sebab yang tersendiri untuk wujud atau diwujudkan.

Memang semasa Era Tun Razak kita baru merdeka dan agak mundur lagi dengan serba kekurangan. Sebenarnya kemajuan Singapura kalau nak dibandingkan adalah pintasan kemajuan Malaysia..kerana asalnya kerajaan Singapura adalah dari kemajuan Malaysia..Universiti Pertama kita juga dibangunkan di Singapura. Kemajuan pelabuhan di Singapura juga adalah dari sumbangan kita

..............dan yang sudah kita lupa pasal sejarah Melayu.....Kerajaan Melaka juga berasal dari Singapura (nama Parameswara dan anaknya Iskandar Shah yang menjadi dan membentuk keSultanan Melaka jga berasal dari Kesultanan Singapura....nama sebenar Parameswara(Sultan Melaka Pertama) adalah Paduka Seri Pekerma Diraja ...disebabkan pelat China mereka memangilnya dengan nama Palisula ..dan Portugis memangil dengan nama Paramisura dan memakai nama Islamnya Sultan Muhammad Shah..dan anaknya bernana Seri Rana Adikerma ..atau Sultan Iskandar Shah,(Sultan Melaka kedua). Orang China masa tu memangil dengan nama Mukansautirsha dan Portugis memanggil dengan nama Xaquendarsa. Ini disahkan dalam catatan Maharaja China...dan juga Portugis...
lihat blog saya....

http://www.melakainpicture.blogspot.com

(Mengenai catatan mengenai Kesultanan Melaka oleh Portugis dan Maharaja China termasuk mengenai Legenda Laksamana Hang Tuah. )


Pasal cerita Hang Tuah ni pun....blog saya juga banyak menerima soalan dari kebanyakkannya penuntut sekolah...anak zaman merdeka yang langsung tidak percaya akan kewujudannya Kesultanan Melayu Melaka..termasuk Hang Tuah. Maklumlah Silibus sekolah zaman sekarang ni langsung tak ajar mengenai Sejarah Kesultanan Melayu Melaka dan lain-lain....asik cerita pasal zaman merdeka sahaja..asik nak beritahu parti politik YANG TU telah membebaskan Malaysia dari penjajah. Kalau pasal Robin Hood mereka percaya pulak. Sebenarnya ......orang Inggeris juga masih lagi belum pasti Robin Hood dari kawasan mana..masih dipertikaikan ..dan kuburnya pun tak berapa pasti. Saya pun dah ke Sherwood Forest dan dapat berjumpa Robin Hood moden....lihat blog saya..







http://melakainpicture...pada blog list NIZCO ALBUM... dialbum Nottingham at a glance


Dalam hal ini juga saya rasa Silibus sekolah terutama sekolah rendah juga harus dirombak semula dan harus dimasukkan kembali silibus Sejarah KesultananMelayu Melaka dan yang berterusan kepada Sistem Kesultanan yang ada hingga kehari ini agar Rakyat Malaysia tahu sejarah mereka dahulu. Zaman sekolah tahun 70'an dahulu hampir tiap murid mendapat satu buku Hikayat Hang Tuah untuk dibaca sebagai salah satu bacaan wajib.

Biarlah anak-anak kita memahami Sejarah bangsa mereka sejak dari sekolah rendah lagi supaya mereka tidak lupa diri dan bangsa..lebih-lebih lagi dizaman Globalisasi dimana kanak-kana berumur 5 tahun lagi sudah pandai menggunakan komputer...!!! mereka lebih kenal ultraman dan Doraemon dari Hang Tuah.!!

Bak kata pepatah Melayu....Kalau nak melentur aur ..biarlah dari rebung....!!! Masa kecil lagi inilah..dari kelas tadika dan sekolah rendah ni lah perlu ditanamkan JATIDIRI.....!!! Jangan dah jadi rebung(dah keras jadi buluh) ..baru nak melentur jatidiri bangsa....!!!.......Boleh juga kalau dah jadi buluh ni nak dilentur..tanyalah orang yang buat perabut dari buluh.....kene panggang kat api panas..Oksi-asitilin...yang panas biru tu..baru bolih dilentur.... terukle sikit..nak kene panggang dulu....pon bukan semua orang suka kene panggang ni...ade yang melenting pulak nanti.....begitulah keadaan hidup..nak yang senang ke ..nak yang payah...???


Perlu dilihat iaitu negara yang masih mempunyai sistem beraja mempunyai sistem budaya dan masyarakat yang lebih berdisiplin dan mempunyai sistem budayayang tinggi berbanding dengan sistem presiden(yang tidak beraja). Lihat British dan Amerika. Walau apapun ia adalah satu warisan sejarah bangsa yang tidak harus dilupakan..lebih-lebih lagi negara kita mempunyai rakyat berbilang kaum....juga sedikit sebanyak juga angkara penjajah........Amat sukar untuk kita mempertahankan bangsa kita kalau sistem Kesultanan ini terhapus.....!!! Walau apa pun perkara berbangkit...diharap kita dapat menyelesaikan dengan cara sebaik mungkin...


Sebab itu juga ramai rakyat Melaka mempunyai hubungan kekeluargaan dengan rakyat Singapura..hingga kehari ini..!!!!.....Lihat makam Sultan Hussin dan Sultan Ali waris Kesultanan Istana Kg Gelam, Singapura juga dimakamkan di Melaka..di Masjid Tengkera dan di Kg. Umbai. Dimasa Sultan Hussein inilah telah menyebabkan penyerahan Singapura kepada Inggeris.( Kali pertama kita menyerahkan Singapura kepada orang ..)

Dan makam Sultan Iskandar Shah(Sultan Melaka kedua juga ditemui di Fort Canning, Singapura).


Peperangan menentang untuk menguasai semula Melaka setelah kejatuhan dizaman Sultan Mahmud masih berterusan hingga kezaman penjajahan Portugis, Belanda hingga kepada penjajahan Inggeris/British.

Sebenarnya Kesultanan Melayu tidak hilang atau terhapus dengan kejatuhan Melaka......

...Anak Sultan Mahmud dengan Tun Fatimah...Sultan Aleidin Riayat Shah II, jugalah yang mewarisi Kesultanan Johor setelah kejatuhan Melaka.


Singapura pada zaman dahulu adalah juga sebahagian wilayah Kesultanan Johor-Riau.

...Anak Sultan Mansur Shah, Sultan Ahmad Shah menjadi Sultan Pertama Pahang.


...Anak Sultan Mahmud Shah , Sultan Muzaffar Shah I, mewarisi kesultanan Perak.

..Jadi walaupun dengan kejatuhan kesultanan Melayu Melaka telah menyebabkan satu perkembangan baru dengan kewujudan kesultanan Melayu dibeberapa negeri lain..kerana Melaka telah dijajah.....!!!!





Makam Sultan Iskandar Shah di Fort Canning, Singapura










Makam Sultan Ali di Kawasan Masjid Kg Umbai, Melaka







Masjid Kg Umbai, dibina pada tahun 1856 menempatkan kompleks makam Sultan Ali

Sahihkah Pilihanraya Bagan Pinang?

Beberapa tahun yang lalu semasa saya mengendalikan kes petisyen pilihan raya bagi DUN Bangi saya dan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Ghani Patail bertelagah tentang makna demokrasi.Peguam Negara yang memohon Mahkamah membatalkan petisyen yang dikemukakan oleh PAS berhujah bahawa calon BN di Bangi, Amran Kasimin (pada masa itu) telah menang dengan majoriti yang besar sekaligus mengalahkan calon PAS iaitu Dr Shafie Abu Bakar.

Ghani Patail berhujah bahawa Mahkamah perlu menghormati pilihan rakyat di Bangi kerana majoriti besar dari pengundi di situ mahukan calon BN. Demokrasi, hujah Ghani Patail, adalah tentang suara majoriti iaitu pihak yang menang secara majoriti adalah pihak yang layak dilantik sebagai wakil rakyat.

Ketika menjawab hujah Ghani tersebut saya berhujah bahawa demokrasi bukan soal majoriti semata-mata. Pilihanraya yang bersih, bebas dan adil adalah sine qua non (ciri utama) demokrasi. Mana-mana pilihan raya yang tidak bersih, tidak bebas dan tidak adil ia bukanlah satu pilihan raya meskipun diadakan lima tahun sekali kerana pilihan raya sebegitu melanggar ruh dan prinsip demokrasi.

Saya hujahkan bahawa bagaimanakah pilihanraya di Bangi itu boleh dikatakan adil, bersih dan bebas sedangkan banyak peraturan yang BN langgar. Misalnya calon BN secara jelas menipu dengan menggunakan title Profesor di poster beliau meskipun beliau bukan seorang Profesor. Daftar pemilih yang digunakan di hari pengundian berbeza dengan daftar yang dibekalkan oleh SPR pada calon pada hari penamaan sedangkan undang-undang pilihanraya menyatakan secara jelas hanya daftar pemilih yang dibekalkan oleh SPR pada calon pada hari penamaan yang boleh diterima sebagai daftar pemilih yang sahih pada hari pengundian. Saya selanjutnya berhujah “ Yang Arif, BN menang besar kerana mereka adalah penipu/pembohong besar !!!”. Ghani Patail melenting apabila saya menyatakan BN pembohong besar.

Melihat apa yang berlaku di dalam pilihan raya kecil DUN N.31 Bagan Pinang saya tertanya-tanya wujudkah pilihan raya di DUN tersebut ?

Apa yang dikatakan Pilihan raya di Bagan Pinang menyaksikan siri pencabulan undang-undang yang amat ketara yang dilakukan oleh BN dan ejen-ejen BN yang tidak rasmi iaitu pihak SPR dan pihak tertentu di dalam Pasukan Angkatan Tentera Malaysia. SPR sepatutnya berfungsi sebagai pengawal pilihan raya tetapi seperti yang dinyatakan dalam pepatah latin “ quis custodiet ipsos custodes” (“ siapa yang mengawal pengawal ?)

Semua tahu bahawa undi pos adalah talian hayat Umno di Bagan Pinang. Semua juga tahu proses pengundian pos diselaputi dengan pelbagai misteri dan kebal dari radar ketelusan. Penghapusan undi pos adalah salah satu tuntutan besar BERSIH.

Perlaksanaan undi pos di Bagan Pinang bukan sahaja tidak telus malahan terang-terang melanggar undang-undang. Oleh itu tidak pelik jika calon BN Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad memperoleh 3,521 undi pos berbanding calon PAS, Zulkifly Mohamad Omar yang hanya memperoleh 601 undi sahaja.

Perkara pertama yang dilanggar oleh SPR adalah kewujudan dua nama yang sama lebih kurang 250 pengundi tentera di daftar pemilih di DUN Bagan Pinang dan di beberapa daftar pemilih di daerah-daerah mengundi di seluruh negara. Misalnya nama Ahmad bin Ali wujud di daftar pemilih DUN Bagan Pinang dengan menggunakan No pengenalan tentera , dan nama yang sama juga wujud di daftar pemilih di Daerah mengundi di Kelantan dengan menggunakan No Kad Pengenalan biasa. Apabila hal ini dibangkitkan oleh PAS , SPR meskipun mengakui hal tersebut berlaku dan juga mengakui bahawa ia adalah menyalahi undang-undang hanya memberikan alasan yang sama dulu, kini dan selamanya : “ Oleh kerana terlalu ramai pengundi di negara ini, kesilapan tidak boleh dielakkan dan kami tidak boleh buat apa-apa ! Kami jamin tiada pengundi tentera yang mengundi dua kali di Dun Bagan Pinang ! Lihatlah betapa mudahnya SPR meremehkan tuntutan pilihan raya yang bersih dan adil.

Tidak cukup dengan perlanggaran tersebut, SPR sekali lagi membiarkan sahaja penggunaan daftar pemilih yang berbeza di pusat pengundi pos dengan daftar pemilih yang dibekalkan kepada calon. Kali ini alasan SPR mesipun daftar pemilih berbeza nama-nama pengundi masih ada di kedua-dua daftar pemilih yang berbeza tersebut. Pengarah Pilihan Raya SPR Negeri Sembilan, Abdul Latif Baba berkata, senarai pemilih yang dipamerkan oleh pihak tentera di papan pameran dewan pusat mengundi semasa proses pengundian berlangsung di situ adalah diatur oleh pihak tentera secara pentadbiran.

Nampak sangat SPR sengaja memejam mata melihat perlanggaran undang-undang. Undang-undangnya adalah kesemua pihak sama ada SPR, tentera atau parti-parti yang bertanding hendakah menggunakan daftar pemilih yang sama iaitu yang dibekalkan kepada calon semasa hari penamanaan calon.

Baik SPR ataupun tentera tidak diberi kuasa mengubah hal tersebut walau dengan tujuan dan niat apa sekalipun. Apabila tentera mengubah daftar pemilih tersebut ia mendatangkan kesusahan kepada petugas parti yang bertanding untuk menyemak dan mengenal pasti nama-nama pengundi yang datang membuang undi.

Apa yang lebih malang lagi para petugas parti yang bertugas memantau perjalanan pengundian pos tersebut tidak sama sekali berpeluang untuk memastikan bahawa hanya para pengundi yang namanya ada di daftar pemilih DUN Bagan Pinang yang benar-benar mengundi di situ .

Hal ini berlaku kerana tidak seperti proses pengundian biasa di mana pihak Ketua Tempat Mengundi ( KTM ) akan meneriak nama para pengundi yang hadir untuk mengundi sekaligus memudahkan para polling agent parti yang bertanding menyemak nama pengundi tersebut di daftar pemilih , hal yang sama tidak berlaku di dalam proses pengundian pos khususnya di DUN Bagan Pinang.

Oleh itu tiada mekanisme untuk petugas parti yang bertanding mengetahui dengan jelas siapa yang datang mengundi dan pengundi itu mengundi bagi pihak siapa ? Bolehkah kaedah pemilihan sebegini yang penuh dengan misteri didefinisikan sebagai pilihan raya ? Hantu raya bolehlah !!!

Isu keganasan tidak perlulah saya sentuh kerana ianya satu amalan rutin oleh BN di Bagan Pinang. Para petugas BN ibarat drakula yang kehausan darah . Pilihan raya telah bertukar seperti perlawanan gusti di Bagan Pinang –perlawanan penggusti yang jahat dan tidak ikut undang-undang membelasah penggusti yang baik yang ikut undang-undang. Penggusti yang jahat dalam banyak keadaan dibela pula oleh pengadil yang lemah dan tidak berdaya !!!

Seksyen 2 Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 menafsirkan perkataan pilihan raya seperti berikut “ pilihan raya ertinya sesuatu pilihanraya yang diadakan mengikut peruntukkan mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan pemilihan orang sebagai ahli Dewan Rakyat , Dewan Undangan Negeri atau pihak berkuasa tempatan.

Berdasarkan tafsiran tersebut adalah jelas bahawa apa yang berlaku di Bagan Pinang bukanlah satu pilihan raya kerana ianya gagal diadakan mengikut peruntukkan undang-undang pilihan raya.

Mungkin BN berhujah jika PAS tidak puas hati , PAS seharusnya memfailkan petisyen pilihan raya di bawah sekyen 32 Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 bagi membatalkan pilihan raya tersebut.

Persoalannya bagaimanakah PAS boleh memohon membatalkan pilihan raya tersebut jika pilihan raya tersebut sendiri tidak wujud menurut undang-undang. Bolehkah kita batalkan sesuatu perjanjian jika perjanjian itu sendiri tidak wujud. Menyuruh seseorang membatalkan sesuatu yang tidak wujud samalah seperti menyuruh orang itu membuat sesuatu yang mustahil. -Hanipa Maidin (Peguam PAS)

Imbasan kenangan dari Bagan Pinang

kempen Pilihan raya paling panas dan ganas sejak pru12
Aksi wayang terlampau dari Persiden Mat Rempit Malaysia
tiada modal insan
Spesis katak yang kalah sebelum berjuang
moral pemuda BN yang sangat rendah tiada nilai
ramai remaja yang dikerah oleh umno semasa penamaan calun
suasana berkempen yang tenang



Dihari mengundi

PRK N31 Bagan Pinang: Pemimpin Tertentu PAS Patut Muhasabah Dan Berundur

(Reformis Jalanan)

Itulah masa PRU-12 dulu Allah bagi kemenangan untuk menguji pemimpin dan penyokong PAS adakah mereka masih lagi komited dengan Islam dan memerangi segala bentuk penyelewengan dan dosa-dosa yang diperjuangkan oleh UMNO. Tapi ternyata dah menang sikit, sudah hanyut dibawa arus. Dari luaran sentiasa berzikir, memegang tasbih, memakai jubah, serban/kopiah, tapi di dalam, perpaduan Melayu menjadi agenda - satu perkara yang tak pernah diperjuangkan oleh PAS selama ini.
Menang sikit sibuk berebut ”ghanimah”. Kerusi Ahli Majlis Perbandaran, Ketua JKKK, dan seumpamanya menjadi igauan. Pemimpin pula leka dengan kerusi empuk pimpinan. Baju pula sudah berbatik-batik. Jika dulu, bertemu penyokong, bersalaman dan berpelukan sudah menjadi perkara biasa. Mengimamkan solat, makan sama-sama, bermalam di markas, makanan dalam polisterin, melawat ahli akar umbi - sekarang mana perginya semua itu? Lebih rela sewa hotel 5 bintang di Bagan Pinang baru-baru ini.
Isu hangat yang timbul dan melibatkan PAS seperti Selcat, isu kuil di Shah Alam, mana dia pimpinan tertinggi PAS bersuara? Dan membiarkan Hassan Ali membuat sesuka hati. Penyokong bukan Islam sudah ada yang tawar hati dengan PAS. Ketelusan dan integriti bukan lagi fokus utama, sebaliknya membela melayu yang korup menjadi agenda. Pimpinan tertinggi langsung tak menegur perbuatan sesetengah pesuruhjaya yang bertindak di luar batasan. Kesannya pengundi-pengundi tidak berapa yakin dengan PAS. Seolah-olah sokongan kaum bukan Islam bukan menjadi perkara penting. Kalau nak Islam memerintah, sesuaikanlah dengan suasana Malaysia! Strategi, bukannya asyik membuncitkan perut.
Nak sangat berbaik dengan UMNO, sampaikan perwakilan parti jadi membodohkan diri nak pertahankan kepimpinan ulamak konon. PAS boleh lagi ke kawal masjid, pantau Majlis Agama Islam, kawal aktiviti arak, judi, dan lain-lain kalau dengan UMNO?

Nota :

Pemimpin veteran yang menjadi liabiliti kepada parti patut disuruh berundur atau disingkirkan. Sekarang geng dari Terengganu mempunyai pengaruh yang besar di dalam parti. Masing-masing sibuk nak mengenyangkan perut. Agenda Islam ditukar dengan agenda Melayu. Perangai pun sudah jadi macam UMNO. Ada sesiapa masih ingat bagaimana artikel dari Tuan Guru Nik Aziz ditarik balik dari Harakah gara-gara beliau menegur Pesuruhjaya PAS Terengganu pada ketika itu? Ingat lagi tentang peratusan undi yang diperolehi Husam Musa sehari sebelum keputusan pertandingan Timbalan Presiden diumumkan? Peratusan menjadi berkurangan, dan Nasha menang pertandingan itu. Siapa punya kerja ni?? Parasit serta virus inilah yang perlu dibuang dengan menggunakan antivirus yang paling berkesan.


Peringatan Semua :-


KENAPA ISTIMEWANYA PAS NEGERI TERENGGANU DI PRK N31 BAGAN PINANG...???? ADAKAN KERANA
1. Presiden Pas .... Orang Terengganu
2. S/U Agung Pas.....Orang Terengganu
3. Ketua Dewan Ulama...Orang Terengganu
4. Pengarah PJS.... Orang Terengganu
5. Unit-unit / JK Prk....Diketuai oleh orang Terengganu
6. Sehinggakan segala urusan PRK Bagan Pinang mesti dikuasai oleh PAS Terengganu..???



Sehinggakan peruntukan yang besar dikhususkan kepada kontigen Pas Terengganu...disediakan hotel 5 bintang untuk pimpinan Pas dan petugas dari Terengganu, kemudahan serta apa sahaja permintaan dari kontigen Terengganu akan dipenuhi oleh PAS N.SEMBILAN...?????


Apakah agenda politik PAS telah masuk ke era UMNO@BN....????


* Yang Paling Menarik Pada 29hb.Sept.2009.... Ada Pihak masih melobi JK Pemilihan Calon kira-kira jam 3.30 petang sebelum pihak PAS memutuskan calonnya jam 4.00 petang...??? Apakah budaya melobi dari UMNO@BN ni telah benar2 meresap kepada kepimpinan PAS..!!! Tepuk dada....tanya jiwa sendiri...?????

Kekalahan PAS adalah kesalahan PAS sendiri

PAS mengalami kekalahan yang sungguh teruk iaitu 5435 majoriti. Sedangkan pada PRU-12 yang lalu PAS kalah hanya dengan majoriti 2333.

Apakah sebenarnya yang dapat kita lihat melalui keputusan tersebut?

Ramai yang memperkatakan tentang undi Post.Itu tidak dapat dinafikan.Tetapi kekalahan PAS di keseluruhan tempat awam di ladang-ladang memerlukan analisa yang lebih teliti.

BN berjaya menebus ketewasannya di tiga daripada lapan daerah mengundi pada Mac tahun lalu: Ladang Atherton, Pekan Siliau dan Sua Betong.Ketiga-tiga kawasan ini didominasi pengundi bukan Melayu. Apakah kini pengundi bukan Melayu sudah menolak PAS?

Dalam pilihan raya umum sebelum ini, sokongan India dan Cina diperoleh daripada isu kebajikan. PAS perlu melihat sejauh manakah peranan kebajikan dan khidmat masyarakat mereka terhadap golongan tersebut terutamanya di estet-estet.

PAS terlalu menumpukan kepada isu rasuah dan integriti sehingga menenggelamkan isu kebajikan - yang pernah dianggap berjaya meraih perhatian pengundi bukan Melayu.

Isu rasuah tidak pernah memberikan apa-apa impak. Semakin kuat seseorang itu melakukan rasuah, semakin popular jadinya dan seterusnya meraih sokongan untuk menang.Kemenangan calon Umno-BN Isa Samad di Bagan Pinang bermakna kemenangan untuk rasuah dan penyelewengan.

Ada juga yang mengatakan pengundi bukan Melayu di Bagan Pinang menolak PAS kerana tidak berpuas hati terhadap beberapa kenyataan pemimpin PAS di Selangor.

Isu-isu kontroversi seperti penjualan arak , isu kepala lembu dan Selcat di Selangor sedikit sebanyak memberikan kesan negatif kepada pengundi-pengundi bukan Melayu kali ini. Kekalahan PAS adalah kesalahan PAS sendiri yang semakin hilang fokus terhadap polisi PAS untuk Semua.
 


Lebam tersembam di Bagan Pinang

Peduli apa kemenangan tidak bermoral ka, rasuah menang ka, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad yang sebenarnya menang dan bukan Barisan Nasional (BN) menang ka.

Peduli apa Isa menang ka, Botak Chin menang ka, Bentong Kali menang ka, maskot rasuah menang ka, yang penting BN menang dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang.

Lebih buruk lagi berita Bernama 12/10/09 bertajuk "Pengundi muda bantu kemenangan BN di Bagan Pinang kata Shabery". Itu berita paling buruk. Sebagai penglipur lara untuk menghiburkan hati, marilah kita sama-sama kita kata, "Apa yang berlaku di Bagan Pinang tu isolated case (kes terpencil)".

Selepas itu, marilah kita terus indahkan mimpi kita dengan hiburan sensasi bahawa majoriti pengundi di Semenanjung Malaysia tetap menolak Umno dan BN.

Di Bagan Pinang, kalau PAS pentingkan kemenangan bermoral, kenapa tidak menang? Paling busuk pun, PAS menang undi rakyat biasa di luar undi pos. Kita dah boleh merasa lega walaupun BN dapat semua undi pos dan PAS tak dapat walau satu pun, asalkan kita menang undi di luar undi pos.

Kalau rasuah yang menang, kenapa usaha untuk menghidupkan gelombang rakyat memerangi rasuah kalah terterap? Kalah bergaya pun tak merasa. Kita lebam dek kalah tersembam.

Kalau rakyat memberikan kemenangan kepada Botak Chin atau Bentong Kali yang memakai lambang BN, kenapa rakyat menolak PAS?

PAS membawa Islam dan Islam pula adalah rahmat kepada seluruh alam. Kenapa yang membawa Islam yang menjadi rahmat kepada seluruh alam dikalahkan oleh orang-orang Islam? Tak kiralah walaupun mereka adalah bangsa Umno sekalipun. Bangsa Umno pun orang Islam juga.

Lebih dari semua itu, kenapa PAS seolah-olah orang dagang di Bagan Pinang? Seolah-olah kita berkempen kepada orang-orang Pulau Tonga yang tak tau apa ke bendanya PAS tu.

Ramai yang buat komen. Ada yang boleh pakai. Ada yang masuk bakul sampah pun tak layak, terutama dari yang perasan bagus sangat.

Sebab itulah saya tak nak komen. Nak komen apa, aku pun bukan reti apa pun. Saya nak tanya ja.

Mengapa kita sibuk tanya "betul ke? takkan pulak?!!" apabila dalam berita bertajuk "Umno picks 'local hero' Isa, PAS opts for state chief," Malaysiakini melaporkan:
The announcement was made at the DAP service centre, attended by about 500 people, a far cry from the thousands which attended the announcement of Isa's candidacy hours earlier.
Mengapa para pemimpin PAS percaya penafian pekerja-pekerja mereka terhadap laporan di atas? Bukankah seorang pemimpin DAP dah kata, "this is not by-election crowd"? Mengapa laporan Malaysiakini itu tidak menjadi wake-up call?

Yang sebenarnya saya pun salah. Punya la bodo aku ni, aku tak sedar laporan itu sebenarnya wake-up call. Kalau aku sedar, boleh la bagi tau kawan-kawan. Saya mengaku saya bodo dan sebab itulah saya jadi blogger ja dan tak pernah menyimpan niat nak jadi pemimpin politik.

Saya makin terasa saya bodo apabila saya tengok video dalam laporan Malaysiakini bertajuk "
'Rebel' in name of the moon". Video itu sepatutnya menjadi wake-up call sebab saya dah nampak dah sikit sangat orang yang datang dalam ceramah itu. Setakat yang terbaik yang saya boleh ingat, saya terasa video itu menghantar berita buruk. Tetapi saya tak kata apa-apa kat kawan-kawan sebab saya tetap membiarkan diri saya karam dalam lautan wishful thinking.

Ada lagi satu dua peristiwa termasuk di estet dan di taman perumahan yang dah terang-terang jadi wake-up call. Pada masa itu saya dah terasa tetapi dok berharap-harap jugak. Bodo!

Bukan harap nak menang pilihan raya tu. Yang tu, dah awal-awal saya kata kalah. Tetapi harap menang undi di luar undi pos.

Kalau semuanya negatif, tak dak benda langsung ka yang saya nampak positif dari pengalaman di Bagan Pinang?

Ada. Dalam pilihan raya itu, PAS keriau sakan bab integriti. PAS berperang sakan dengan rasuah. Semua perbuatan PAS itu hakikatnya meletakkan satu standard yang mesti dipakai di masa depan. Siapa yang kena pakai? PAS la.

With all their hues and cries, PAS leaders have set a high standard for their own party. Terasa sedap cakap Mat Salon pulak nak sebut benda tu. Hantam saja la Labu!

Lepas ni PAS jangan dok tebiang nak letakkan calon yang tidak berintegriti dan tidak dipandang bersih.

Bila saya sebut integriti, ia meliputi banyak perkara. Bukan sahaja bakal-bakal calon PAS mesti bersih dari rasuah, pecah amanah, kronisme malah hamlau-hamlau yang bodoh tetapi nak jugak jadi pemimpin, malas, tak jaga kawasan, gila Umno, mempertahankan rasuah dan macam-macam kelaku lagi yang menyebabkan mereka dilihat tidak berintegriti tak boleh lagi menjadi calon.

Kronisme? Jangan tanya la mana ayat Quran, mana hadith dan mana perbuatan Nabi Muhammad s.'a.w.w. yang dikasihi yang menunjukkan kronisme tu tak boleh.

Ulama-ulama tahu fasal uruf. Perbuatan yang menyalahi uruf boleh mendatangkan fitnah. Islam tak bagi kita melakukan perkara-perkara yang mendatangkan fitnah seperti melantik anak menantu sendiri memegang jawatan besar dalam kerajaan yang kita ketuai.

Jangan cerita la soal layak tak layak. Orang cerita tentang perkara yang mendatangkan fitnah.

Apa lagi fasal Bagan Pinang, bakaq? Tak dak dah. Nak kata apa lagi? Adoiii! Rasa macam kalah 7-1 di Semenanjung ni! (Komen-komen yang belum dimoderate, saya kan buat kemudian. Mohon maaf).

Berkaitan:
Bagan Pinang – Isa menang pertempuran, siapa yang bakal menang peperangan? (Dr Dzulkefly Ahmad 13/10/09 - komen di sini)
BN ambil langkah terbalik: Nik Aziz
Sinar Harian (13/10/09): Kemenangan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang kelmarin dianggap sebagai tidak bermoral kerana calon yang dipilih memiliki rekod lampau yang tidak baik.

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, walaupun calon BN, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad berjaya menewaskan calon Pas, Zulkefly Mohamad Omar namun kemenangannya itu akan membebankan BN dan UMNO.

Beliau berkata, tindakan UMNO memilih Mohd Isa amat memalukan jika dibandingkan langkah yang diambil kaum Cina di dalam MCA yang menolak dua pemimpin utamanya dalam Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) Sabtu lepas .

“Langkah yang diambil UMNO terbalik dan cukup memalukan. Cina yang tidak beragama Islam tolak Presiden dan Timbalan Presiden kerana terlibat dengan yang seorang tu kerana skandal duit dan hak seorang lagi tu skandal perempuan.

“Tetapi yang ini pula memang UMNO sendiri mengaku dia terlibat dengan skandal tetapi dia pilih. Pilih pula dengan majoriti banyak. Jadi di mana duduk moral, malu pada orang Cina yang tidak beragama Islam. Saya nak ulang sekali lagi malu kepada orang Cina yang tidak beragama Islam,” katanya.

Menteri Besar Kelantan itu turut memuji cara MCA menyelesaikan masalah dalaman yang dihadapi kerana masyarakat Cina menolak dua pemimpin parti itu yang terlibat dengan skandal.

“Saya puji cara MCA berpolitik. Cara mereka menyelesaikan masalah. Mereka buat EGM dan tidak menggunakan kekerasan sebagaimana di Bagan Pinang.

“Pemikiran politik orang Melayu khasnya UMNO masih ke belakang. Memang betul seperti saya agak selama ini bahawa Cina lebih jauh pandai berpolitik berbanding orang Melayu,” katanya.

Mengulas mengenai kekurangan majoriti yang diperoleh di Bagan Pinang, beliau berkata, soal calon Pas tidak timbul kerana pengundi akan memilih parti yang membawa dasar Islam dan bukannya calon itu sendiri sahaja.

“Kita dalam Pas, kita pilih parti. Parti itu parti Islam. Lepas itu baru kita pilih calon. Sesuai atau tidak calon berkenaan dengan parti yang diwakili itu tidak timbul kerana dasar parti itu adalah Islam,” katanya.

Beliau bagaimanapun akur dengan kekalahan itu kerana pengundi sudah membuat pilihan dengan memilih BN.

“Kalau mereka memilih BN dengan kehendak hati sendiri, saya tidak boleh buat apa. Tetapi hak yang 2,000 lagi yang mengundi PAS itu saya harap biar ia jadi benih yang cukup bernas untuk menyebarkan Islam di masa depan,” katanya.

Beliau turut melahirkan dukacita pergaduhan yang berlaku antara penyokong parti yang bertanding pada pilihan raya itu, kerana ia tidak mencerminkan ketamadunan Melayu dan amat memalukan.

“Itu adalah unsur yang tidak patut berlaku pada zaman moden sekarang ini. Malu kita dibuatnya. Demokrasi pun tidak Islam pun tidak. Mana boleh budak-budak itu buat kerja kalau tidak ada pemimpin,” katanya.
Nizar sifatkan 'kemenangan rasuah' di Bagan Pinang
Sinar Harian (13/10/09): Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin menyifatkan kemenangan Barisan Nasional (BN), Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad di Bagan Pinang kelmarin sebagai 'kemenangan rasuah'.

Beliau berkata, soal kekalahan calon Pas tidak menjadi masalah kerana adat pertandingan, tetapi moral kemenangan itu memperlihatkan pengundi tidak mengambil kisah mengenai latar belakang wakil rakyat walaupun pernah terlibat dengan politik wang.

“Pada mereka soal rasuah dianggap remeh dan tidak mendatangkan sebarang masalah. Saya sedih dengan keadaan ini kerana majoriti pengundi di sini adalah Melayu Islam yang seolah-olah mengiktiraf pemimpin dari kalangan rasuah padahal terang-terangan dalam al-Quran telah menyatakan dengan jelas berkaitan isu rasuah,” katanya, semalam.

Nizar berkata, beliau merasakan masyarakat di DUN Bagan Pinang belum lagi melihat isu rasuah sebagai satu permasalahan besar sebaliknya menganggap ia sebagai isu kecil sehingga lebih mengutamakan populariti calon BN.

Katanya, soal kualiti pemimpin hanya berpaksikan kepada orang lama yang banyak berjasa, bukan kualiti berlandaskan agama.

“Sebab itulah, Mohd Isa menjadi pilihan majoriti masyarakat di DUN berkenaan walaupun rekodnya buruk sebelum ini. Pengundi masih tidak dapat membezakan pemimpin berkualiti yang berlandaskan agama dengan pemimpin berkualiti berdasarkan pengalaman,” katanya.

Dalam perkembangan politik di Perak terutama desas-desus mengatakan sidang DUN akan diadakan pada 28 Oktober ini, Nizar berkata, beliau tidak akan hadir jika notis arahan dikeluarkan oleh Speaker Datuk R Ganesan.

“Ini kerana kami dari pakatan pembangkang tidak pernah mengiktiraf Ganesan sebagai Speaker, tetapi jika V Sivakumar yang keluarkan arahan, kami akan hadir kerana ia adalah Speaker sah," katanya.
Kemenangan peribadi Mohd Isa, bukan kemenangan BN: DAP
Sinar Harian (13/10/09): Kemenangan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad pada pilihan raya kecil Bagan Pinang adalah kemenangan peribadi, bukannya kemenangan Barisal Nasional (BN), kata Ketua Pembangkang Negeri Sembilan, Loke Siew Fook.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lobak berkata, pengundi di kawasan itu masih terhutang budi terhadap jasa dan kepimpinan Mohd Isa yang pernah menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan selama 22 tahun.

Katanya, walaupun Mohd Isa pernah dikaitkan dengan politik wang namun masih tidak mampu mengubah pendirian pengundi di kawasan tersebut terhadap bekas Naib Presiden UMNO itu.

“Kemenangan Mohd Isa bukan disebabkan BN, tetapi kemenangan peribadi. Kita yakin pengundi masih terhutang budi dengan segala jasa dan kepimpinan serta sikapnya yang mendekati masyarakat. Kita akur jika itu pilihan rakyat," katanya.

Menurutnya, walaupun kecewa dengan kekalahan calon Pas, Zulkefly Mohamad Omar dengan majoriti yang lebih rendah namun Pakatan Rakyat (PR) melihatnya sebagai satu pengajaran.

Beliau berkata, kemenangan Mohd Isa juga pasti akan memberikan kesan 'dinamik politik' kepada BN di negeri itu kerana beliau seorang yang berpengalaman dan berpengaruh.

“Selaku bekas Menteri Besar dan anggota Kabinet sudah tentu beliau akan memberikan kesan politik dalam kerajaan negeri dari masa ke semasa.

“Bila perubahan itu akan berlaku, sama ada ia bakal berlaku dalam masa terdekat atau sebaliknya saya tak dapat nak pastikan dan katakan, namun kita tunggu dan nantikanlah,” katanya.

Ketika ditanya kemungkinan akan berlaku perubahan dalam Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco), Siew Fook enggan membuat spekulasi sebaliknya hanya menunggu sebarang perubahan.

“Terlalu awal untuk mengatakannya dan membuat sebarang spekulasi, namun saya ucapkan tahniah kepada Mohd Isa atas kemenangannya dan jalankanlah tanggungjawab yang diberikan rakyat,” katanya.
Saya hanya mahu berkhidmat: Isa
Sinar Harian (13/10/09): Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bagan Pinang yang baru, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad berkata, beliau mahu terfikir untuk pergi lebih jauh dalam pentadbiran Kerajaan Negeri kerana mahu memberi khidmat terbaik kepada masyarakat yang telah memilihnya.

Ketua UMNO Bahagian Telok Kemang itu turut menafikan desas-desus mengatakan beliau bakal diserapkan sebagai Exco Kerajaan Negeri dengan mengambil kira pengalamannya pernah menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan selama 22 tahun.

“Setakat ini saya tak terfikir bab itu (jadi Exco). Setakat ini, saya tak fikirkan sebab saya mahu tumpukan kemenangan, dan selepas menang saya mahu berkhidmat untuk rakyat Bagan Pinang dan Telok Kemang, selain mengukuhkan parti. Itu saja matlamat saya,” katanya.

Mohd Isa juga kurang bersetuju sekiranya ada pihak yang menganggap kemenangannya di Bagan Pinang kelmarin sebagai titik permulaan kembalinya beliau ke dalam arena politik selepas dikenakan tindakan kerana terlibat kesalahan politik wang.

“Saya memang aktif dalam politik sebab saya Ketua UMNO Bahagian Telok Kemang. Lepas habis hukuman, saya dipilih sebagai Ketua UMNO bahagian dan ini bermakna saya masih dalam arena politik. Bagaimanapun, untuk aktif dalam politik aliran perdana, ia bergantung kepada keadaan. Saya pun tak ramalkan masa depan saya sebab saya tak buat ramalan,” katanya, semalam.

Mohd Isa mengalahkan calon Pas, Zulkefly Mohamad Omar dengan majoriti 5,435 undi dalam pilihan raya itu.

Beliau turut menafikan dakwaan bahawa hubungannya dengan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan dingin, sebaliknya menyifatkan khabar angin itu sengaja dimainkan pembangkang terutama ketika kempen pilihan raya kecil di Bagan Pinang.

“Saya tak ada masalah dengan beliau (Mohamad), cuma dekat pilihan raya, tentulah ada pihak yang mainkan isu. Ini bukan satu isu baru tetapi disebabkan ada pilihan raya kecil dan kebetulan saya bertanding, itu yang ada mainkan isu tersebut terutama pembangkang untuk melihat perpecahan dalam UMNO,” katanya.

Ketika ditanya mengenai kekecohan semasa hari pengundian kelmarin, Mohd Isa percaya, tindakan tersebut dilakukan penyokong pembangkang yang mengamalkan taktik kotor untuk mendapatkan sokongan simpati rakyat.
Pengundi muda bantu kemenangan BN di Bagan Pinang kata Shabery
Bernama (12/10/09): Sokongan memberangsangkan daripada pengundi muda kepada Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang di Negeri Sembilan semalam adalah satu petanda baik bahawa golongan ini yakin kepada pucuk pimpinan dan kerajaan yang memerintah ketika ini, kata Menteri Belia dan Sukan Datuk Ahmad Shabery Cheek.

Beliau berkata kemenangan BN adalah hasil daripada 50 peratus sokongan belia iaitu mereka yang berusia bawah 40 tahun.

"Sokongan daripada pengundi muda kepada BN telahpun kita nampak bukan sahaja di Bagan Pinang, malah juga di beberapa pilihan raya kecil lain seperti di Manik Urai dan Permatang Pasir," katanya kepada pemberita di Kampung Ana Rais selepas merasmikan Karnival Rakan Muda Wawasan Desa di sini.

Ahmad Shabery berkata sokongan kumpulan itu menunjukkan BN kini dalam proses pemulihan semula dengan bertambahnya keyakinan rakyat kepada pelbagai dasar ke arah menyatupadukan rakyat berbilang bangsa dan agama.

Pada pilihan raya itu, calon BN Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad menewaskan Zulkefly Mohamad Omar daripada Pas dengan majoriti 5,435 undi.

Di KOTA KINABALU, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman berkata kemerosotan undi pembangkang pada pilihan raya kecil itu membuktikan rakyat menyedari kerapuhan pakatan pembangkang.

Musa berkata konsep 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan budaya turun padang pemimpin Umno pada pilihan raya itu juga disenangi dan diterima rakyat. "Saya juga mengucapkan terima kasih kepada semua pemimpin dan petugas Umno dan BN Sabah yang bertungkus lumus membantu berkempen demi memastikan kejayaan cemerlang di Bagan Pinang," katanya. Di KUALA LUMPUR, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata tindakan Pas membangkitkan isu undi pos serta asyik menyalahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menampakkan parti itu sudah hilang hala tujuan disebabkan ingin menang dalam pilihan raya kecil itu.

Katanya BN tidak pernah mempertikaikan sistem undi pos walaupun undi itu tidak berpihak kepadanya pada pilihan raya kecil sebelum ini.

Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP) Datuk M. Kayveas berkata keputusan itu menunjukkan populariti pembangkang semakin merosot manakala Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Kelantan Datuk Mustapa Mohamed pula berkata keyakinan rakyat terhadap kerajaan BN di bawah kepimpinan Najib tetap teguh.

"Saya juga percaya jika seluruh jentera BN khususnya Umno bekerja dengan lebih kuat dan tidak terikut-ikut dengan rentak parti lawan, maka kita akan terus mendapat sokongan rakyat," katanya.

Di KUALA LUMPUR, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata tindakan PAS membangkitkan isu undi pos serta asyik menyalahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menampakkan parti itu sudah hilang hala tujuan disebabkan ingin menang dalam pilihan raya kecil itu.

Katanya BN tidak pernah mempertikaikan sistem undi pos walaupun undi itu tidak berpihak kepadanya pada pilihan raya kecil sebelum ini.

"Saya tak melihat perbezaan antara apa yang berlaku di sini dengan apa yang berlaku di pilihan raya kecil yang lain, yang mana mereka menang. Jadi kita melihat bahawa apabila mereka kalah, macam-macamlah kepincangan, tapi kalau mereka menang, dia tak ada langsung dia bersungut, tiada apa-apa aduan ataupun laporan dibuat kepada SPR," katanya .

Naib Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata majoriti besar itu menunjukkan rakyat menyokong BN dan menerima gagasan 1Malaysia.

"Ini adalah satu gelombang baru yang dapat membawa pembangunan dan manfaat kepada rakyat. Kejayaan ini juga memberi keyakinan kepada kerajaan untuk terus membuat transformasi untuk kepentingan rakyat, katanya.

Menteri Besar Negeri Sembuilan Datuk Seri Mohamad Hasan juga berkata pembangkang tidak harus menjadi undi pos sebagai isu kekalahannya.

"Sekarang nak salahkan orang lain, Suruhanjaya Pilihan Raya salah, polis salah, dulu sebelum pilihan raya umum 2008, SPR tak betul, SPR rasuah, tapi bila dah menang lima enam negeri, SPR yang sama, orang yang sama, pegawai yang sama, sistem yang sama, mereka tidak pula salahkan SPR," katanya.
 

Reformasi Tanpa Anwar 11

Oleh: Amin Ahmad

DS Anwar mengambil ketetapan jelas dalam pertemuannya dengan DS TG Haji Hadi dan TG Harun Din semasa pertemuan mereka di Jerman. Anwar mengambil hujah Prof. Dr. Yusof Qardhawi dalam Fiqh Kenegaraan bahawa beliau tidak akan menggunakan Negara Islam sebagai tema konsep model baru kenegaraan Malaysia.
Prof. Dr. Yusof Qardhawi mengambil pengiktibaran daripada sirah Nabi s.a.w. dalam Perjanjian Hudaibiyah apabila Baginda s.a.w. bersetuju untuk menggugurkan nama Rasulullah s.a.w. sebagaimana dituntut oleh wakil kelompok lain. Gelaran Rasulullah s.a.w. ini bukanlah gelaran yang diberikan manusia melainkan pilihan Allah s.w.t.. Itupun Rasulullah s.a.w. sanggup gugurkan demi mencapai persetujuan dalam perjanjian tersebut.
DS Anwar, dalam pengucapan politiknya kepada khalayak ramai di Malaysia selalu mengungkapkan bahawa beliau tidak menerima label negara Islam walhal pada masa sama berlaku kezaliman dan kemunduran yang jenuh dalam masyarakat. Dalam erti kata lain, DS Anwar tidak mahu mengambil risiko membiarkan label Islam diasosiasikan dengan segala bentuk yang tidak sesuai dengan mesej Islam itu sendiri.
Mengambil pengiktibaran sirah, ternyata Rasulullah s.a.w. sendiri tidak menamakan Madinah atau Mekah sebagai negara Islam. Malah, tidak kurang ilmuan Islam yang melihat bahawa agenda negara Islam hanyalah pengucapan politik Islam pasca kejatuhan Turki Uthmaniyyah, dan asasnya kabur.
Saya fikir DS Anwar seorang yang pragmatik dalam mengusung wacana kepada khalayak.
Suka atau tidak, bicara soal negara Islam ini diangkat ke ruang awam oleh PAS, untuk saya sekurang-kurangnya, masih terlalu asas dan kadangkala kabur. Dan ia menjadi titik pertembungan dalam banyak urusan kerjasama dengan DAP, PKR, UMNO bahkan masyarakat awam!
Tempelak UMNO untuk mengetahui apakah blue-print Negara Islam sebagaimana dakwaan PAS itu ternyata telah mengasak PAS ke sudut sempit kerana mereka tidak pernah ada blue-print ini dan hanya sekadar mengeluarkan buku nipis dengan penghujahan yang boleh didapati daripada mana-mana buku yang mendokong agenda Negara Islam ini. Untuk saya, ini adalah tragedi. Dakwaan YB TG Haji Hadi bahawa hudud hanya tidak sampai 1% daripada agenda Negara Islam ini juga telah menimbulkan rasa kurang senang kepada masyarakat yang melihat PAS tergamak menjadikan apa yang tidak sampai 1% ini sebagai titik tolak rasa tidak selesa dalam masyarakat.
Tidak ada penerangan tuntas dibuat kepada awam terutama dalam bentuk wacana terbuka untuk mereka bertanya langsung kepada pemimpin PAS, terutama mereka yang mungkin bercita-cita menjadi Perdana Menteri, Menteri, Menteri Besar atau EXCO. Jika ada mereka yang selalu tampil dalam wacana terbuka ini, mereka inilah daripada kalangan yang digelar Erdogan dalam Muktamar PAS yang terakhir. Itupun, dalam inklusif sikap mereka, ia masih belum dapat mengungkap idealisme PAS sebagai sebuah parti politik secara tuntas melainkan masih berlegar kepada titik perbezaan dengan kata “masyarakat tidak faham”, “masyarakat tidak beri peluang” dan sebagainya.
Saya mahu berlaku adil kepada PAS. Eloklah saya kemukakan asas pemahaman saya tentang agenda Negara Islam oleh PAS ini. Hujah ini bagi saya absah, namun ia tidak menjawab semua persoalan yang muncul sesudahnya.
Dalam kaedah usul fiqh ada disebut “mala yatimul wajib illa bihi fahuwa wajib” atau dalam mantiknya lebih kurang begini:
1. B adalah wajib.
2. B tidak dapat dilakukan tanpa adanya A.
3. Maka, untuk mengadakan A adalah wajib.
Justeru, PAS dan gerakan Islam yang percaya kepada agenda Negara Islam ini berpendapat bahawa Hukum Islam itu wajib, untuk melaksanakannya memerlukan kuasa pemerintahan dalam kenegaraan. Justeru, mereka perlu mendapatkan kuasa ini.
Asas yang sama dipegang oleh banyak jemaah Islam, cuma kaedahnya mungkin berbeza. Sesetengah berpegang keras bahawa terlibat dalam demokrasi Pilihan Raya bukanlah cara yang Islami. Sesetengah pula berkata wajib atau harus.
Ada kata mahsyur Saidina Uthman al-Affan tentang persoalan ini iaitu: “Allah s.w.t. melengkapkan agama ini melalui tangan pemerintah”. Dalam bahasa perbincangan, saya menyebutnya “sistem tidak bergerak sendiri, manusia yang menggerakkan sistem”. Jika robot atau komputer digunakan untuk menggerakkan sistem, formatnya masih dibina oleh manusia.
Saya berpendapat sistem pemerintahan itu punya evolusi. Pemilihan khalifah pertama dalam sejarah Islam menunjukkan bahawa tidak ada hujah agama dibawa oleh para sahabat dan penduduk Mekah pada waktu itu untuk menunjukkan bahawa calon mereka adalah yang paling layak menjadi pemimpin. Jika ada, ia mungkin daripada mereka yang mendokong Saidina Ali k.w. di mana ia akhirnya berlanjutan sehingga ke hari ini dalam bentuk apa yang kita kenal sebagai konflik Sunni-Syiah.
Ia kompleks dan tidak mudah. Saya tidak pula mahu membelakangi wacana panjang yang ikut muncul bersamanya. Cuma saya fikir PAS perlu menterjemahkan hasrat mereka dengan lebih jelas dan tidak menggunakan mantik mudah bahawa:
1. Hukum Islam adalah wajib.
2. Jika kita tidak menyokong menggunakan hukum Islam, maka kita kafir.
3. Mereka yang tidak menyokong PAS untuk melaksanakan hukum Islam adalah kafir.
Suka atau tidak, perkara ini berbekas dalam masyarakat. Ramai generasi lama yang merasa sakitnya bila kisah solat 2 imam terjadi, cerai berai, pergaduhan keluarga dan sebagainya atas faham ini.
Sebab itu saya boleh memahami apa yang cuba Dr. Asri sampaikan dalam tulisannya baru-baru ini (rujuk http://drmaza.com/home/?p=752).
Jujurnya, persoalan yang sama telah sering saya bincangkan bersama teman-teman yang ikut berdialog dalam kelompok Diskusi Enak Wilayah Ilmu (DEWI), Pentas Ilmuan Muda Malaysia – sebuah kumpulan diskusi yang kami asaskan di sekitar Serdang, Kajang, Bangi, Putrajaya dan Cyberjaya.
Ketika Khawarij menggesa Saidina Ali k.w. menghukum pembunuh Saidina Uthman r.a., mereka menggunakan hujah penegakan hukum Allah s.w.t. dan Saidina Ali k.w. mengatakan ia BENAR namun bertujuan BATIL. Timbul polemik bahawa kerana ia benar, namun pada masa yang sama bertujuan batil kerana ia mengundang soalan tentang apakah ia benar maka perlu ditegakkan dan ia menjadi batil kerana terikat dengan konteks?
Persoalan yang akan muncul daripada yang melihat ia sebagai benar ialah kenapa tidak dilaksanakan? Jika ia dihujahkan dengan konteks, persoalan lain yang akan datang ialah sekurang-kurangnya gubal dulu kerana ia benar dan konteksnya boleh diwujudkan satu pengecualian dalam perundangan sebagaimana kebiasaannya.
Dr. Asri untuk saya tidak cukup berlaku adil kepada PAS kerana tidak memberi jalan alternatif dalam konteks hujah melainkan hanya seolah menyatakan “jangan buat begitu kerana kesannya buruk”. Sebagai ilmuan agama yang ternyata beza dengan saya yang hanya belajar ilmu pengurusan taman dan rekreasi, beliau harus pergi kepada duduk persoalan yang lebih dalam.
Saya sendiri tidak punya jawapan melainkan pandangan dan sejumlah persoalan tentang Negara Islam. Oleh kerana itu, saya fikir elok saya menjadi seorang yang pragmatik berbanding kuat melaungkan apa yang saya tidak dapat pertahankan kemudiannya.
Apa yang saya tulis ini tidak bermaksud menyerang atau membela PAS melainkan penegasan agar bahasa politik PAS mesti lebih baik kerana suka atau tidak ia telah mengundang banyak kecelaruan dan menyemai banyak fanatisme.
Saya percaya ruang harus dibuka dan prasangka yang ada itu harus disimpan sementara memanfaatkan ruang berwacana yang ada.

SALAM PERJUANGAN..BEROPERASI SEMULA SELEPAS 21 HARI DI BAGAN PINANG