Jumaat, 2 Oktober 2009

Bagan Pinang: Pengundi pos sebenarnya hanya 1000 orang

Oleh DAP Melayu
Daripada sejumlah 4600 undi pos, percayakah anda bahawa yang benar-benar layak mengundi secara pos ialah cuma 1000 orang sahaja. Kiraan matematiknya begini :-
a. Daripada 4600 pengundi pos dari kalangan tentera (dan polis) lebih kurang 1600 orang daripadanya sudahpun pencen dari perkhidmatan angkatan tentera. Baki yang tinggal Cuma 3000 orang.
b. Daripada baki 3000 orang tentera yang menjadi pengundi pos, sepertiga daripadanya tidak duduk di dalam kem, sebaliknya menyewa rumah di luar kem. Lebih kurang 1000 orang tinggal di luar kem, menjadikan mereka tidak layak menjadi pengundi pos. Baki yang tinggal cuma 2000 orang.
c. Daripada baki 2000 orang pengundi pos, separuh daripadanya ialah isteri atau suami masing-masing, di mana mereka ini tidak berkhidmat sebagai anggota tentera. Mereka cuma menjadi isteri atau suami tentera, dan sepatutnya tidak layak menjadi pengundi pos. Baki yang tinggal cuma lebih kurang 1000 pengundi pos di dalam kem tentera.
d. Baki 1000 orang inipun masih boleh dipertikaikan.
Oleh kerana nama mereka semua terdapat dalam buku Daftar Pemilih yang dikemasini oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjadikan mereka sebagai pengundi pos ’yang layak’ di sisi SPR walaupun ’tidak layak’ di sisi amalan demokrasi.
Bagan Pinang oh Bagan Pinang…

N31 Bagan Pinang: Propaganda hitam ke atas Anwar Ibrahim bermula




Oleh: Ahmad Nizam Hamid
Seorang rakan (kerabat saya juga),pegawai tentera menghubungi saya petang tadi.Walaupun rakan ini bukan bertugas di Port Dickson tetapi isi perbualannya cukup menarik yang tentunya berhubungkait dengan PRK Bagan PInang.
Rakan ini memberitahu antara dakyah yang digerakkan oleh UMNO ialah berkaitan kenyataan Dato Seri Anwar Ibrahim beberapa bulan lalu iaitu meminta Chin Peng dimaafkan dan dibenarkan kembali ke tanahair.
Dakyah ini khabarnya didendangkan kepada para perajurit kita (pengundi pos) untuk membawa imej buruk betapa Anwar (baca:Pakatan Rakyat) ‘menyokong komunis dan melupakan jasa dan pengorbanan perajurit yang terkorban’ dan jelas membuktikan Anwar tidak mengenang jasa serta pengorbanan perajurit yang terkorban angkara kekejaman komunis.
Lebih kurang begitulah bentuk propaganda hitam (black propaganda) yang dimainkan oleh UMNO menurut rakan saya itu.Nampaknya isu dimainkan sedemikian rupa untuk memberikan warna jelek kepada Anwar vis-a-vis PR yang bertujuan untuk mengolah persetujuan bahawa PR sesungguhnya tidak mengenang jasa dan pengorbanan perajurit menentang komunis.Malah saya percaya buat seketika ini propaganda sebegini hanya akan dimainkan diperingkat setempat tetapi menjelang minggu hadapan kesemua media perdana-RTM,TV3,Utusan,Berita Harian dan yang sealiran-akan memperbesarkannya (blown out of proportions) ke seantero dunia.
Kepada rakan pegawai tentera tadi saya maklumkan agar membaca semula kenyataan Dato Seri Anwar Ibrahim mengenai isu tersebut.Jika ingatan saya tidak tersasar Anwar sebenarnya membidas sikap ‘double-standard’ kerajaan yang memaafkan kerajaan China yang menyokong PKM tetapi tidak bersedia untuk memaafkan Chin Peng.
Malah Anwar dengan jelas menyebut bahawa beliau tidak bermaksud menyokong atau bersetuju dengan tindakan keganasan (militant) sewaktu darurat dan tegs menyatakan bahawa beliau sejak dari dulu menentang komunisme.
Ini antara intipati kenyataan Anwar mengenai isu Chin Peng (jika tidak salah ingatan saya) yang jika diamati dengan tertib tidak langsung membawa maksud menyokong PKM dan menafikan jasa serta pengorbanan para perajurit.
Malah saya memberitahu rakan saya selanjutnya bahawa bapa mertua Dato Seri Anwar Ibrahim,  Dato Dr.Wan Ismail (Pak Wan) antara tokoh yang banyak menyumbangkan jasa di era darurat dahulu.Beliau antara pakar perang saraf yang bertungkus lumus kesegenap pelusuk negara dalam tugas beliau mengekang pengaruh komunis.
Jadi adalah tidak masuk akal untuk mengatakan Anwar menyokong Chin Peng dan tidak mengenang jasa para perajurit.Seperti biasa UMNO melalui medianya akan berperanan sebagai ’spin doctor’ untuk memutarbelitkan kenyataan dan kebenaran serta berterusan memfitnah.Propaganda hitam seperti ini akan terus dimainkan bagi mengelirukan rakyat.
Namun saya kira para pengundi dan tidak terkecuali perajurit kita di Bagan Pinang tidak semudah itu terpengaruh dengan dakyah dan propaganda sedemikian.Rakyat hari ini sudah bijak dan ditambah pula dengan kemajuan teknologi maklumat hari ini saya percaya para perajurit kita akan dapat menilai sendiri putarbelit UMNO dan para juak mereka.
Sumber: http://lainalestari.blogspot.com

Bloggers Rakyat untuk Rakyat

friendship-award1Oleh M3M
Fuuhh… dah lama tak menulis. Bukan kerana apa, cuma kesibukan di bulan Ramadhan dan di Aidil Fitri tidak mengizinkan aku berbuat demikian. Sekarang, setelah semuanya berlalu, barulah ada kelapangan untuk mula menulis.
Pada hari Ahad yang lepas, kami dari team PerakExpress telah pergi ke Sri Manjung untuk menghadiri satu perjumpaan sambil berhari raya dengan bloggers dari Manjung. Kami berkumpul di rumah blogger Otai Manjung. Itulah first time aku bersua muka dengan Otai Manjung, Manjung Mari serta yang lain-lainnya. Seronok giler!!! Makan pun sedap. Terima kasih diucapkan kepada Otai Manjung serta keluarga kerana layanan mesra mereka.
Dalam pertemuan tersebut, banyak yang disembang dan dibincangkan. Kebanyakannya berkisar pada hal ehwal suasana politik semasa dan bagaimana para bloggers boleh berperanan dalam memberikan sumber maklumat yang tepat kepada rakyat dan bagaimana nak menyedarkan rakyat bertapa perlunya mereka melakukan perubahan politik bagi mewujudkan satu sistem yang lebih baik daripada yang sedia ada sekarang. Bukan untuk apa… untuk kepentingan dan kebaikan mereka juga.
Di samping itu, perbincangan juga menyentuh tentang kelemahan dan kekuatan Pakatan Rakyat. Sikap, perangai serta tindak tanduk sesetengah pemimpin Pakatan Rakyat yang telah memberi persepsi negatif serta mengugat kepercayaan dan harapan rakyat terhadap Pakatan Rakyat. Kepincangan kepimpinan inilah yang amat dikesali!!! Pemimpin-pemimpin seumpama ini, patut dinyahkan kerana mereka dilihat sebagai anasir perosak dalam Pakatan Rakyat. Tindakan mereka ini boleh men’jeorpadize’kan peluang Pakatan Rakyat untuk meraih sokongan rakyat dalam PRU 13 nanti.
Kita tak mahu bala yang menimpa BA dalam PRU 11 pada 2004… berulang kembali. Sikap ego dan tindak tanduk segelintir para pemimpin BAlah yang menyebabkan rakyat hilang kepercayaan kepada gagasan BA dan kembali menaruh harapan kepada BN di bawah kepimpinan Pak Lah. Namun demikian… rakyat terkecewa lagi di bawah pentadbiran Pak Lah. Pada PRU 12, 2008, parti-parti pembangkang berjaya meraih semula sokongan rakyat. 5 buah negeri telah jatuh ke tangan parti pembangkang. Lantaran itu, Pakatan Rakyat ditubuhkan bagi membentuk kerajaan di negeri-negeri tersebut.
Sekarang… para pemimin Pakatan Rakyat macam tak belajar daripada kesilapan lalu. Masih ada yang buat kerenah itu dan ini. Masih ada yang nak tunjuk macho. Masih ada yang terlalu ambitious dan masih ada yang tonggong!!! Kelemahan-kelemahan inilah yang cuba dimanipulasikan oleh UBN. Kesannya… Perak dirampas dan jatuh ke tangan UBN. Perancangan jahat mereka masih dan akan diteruskan sehingga mereka berjaya merampas semula semua negeri-negeri yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat.
Malangnya… para pemimpin Pakatan Rakyat masih tidak belajar daripada kejatuhan Pakatan Rakyat negeri Perak. Pelik, mereka langsung tidak mengambil iktibar untuk memperbaiki kelemahan yang ada tetapi terus berbalah mengenai isu-isu yang tak sepatutnya dijadikan isu. Pakatan Rakyat kelihatan goyah dan kesempatan ini digunakan oleh UBN untuk menyerang mereka dengan pelbagai isu serta menggambarkan seolah-olah Pakatan Rakyat merupakan satu Pakatan yang rapuh dan tidak berkemampuan untuk memerintah.
Alhamdulillah… setakat ini mereka belum berjaya dan Pakatan Rakyat di Selangor, Pulau Pinang dan Kedah masih dapat bertahan. Tetapi sekiranya senario ini berterusan, mampukah Pakatan Rakyat bertahan? Senario yang berlaku ini mengusarkan dan membuatkan rakyat, khususnya yang di atas pagar, menjadi fed up dan semakin muak terutama dengan sikap dua tiga kerat pemimpin Pakatan Rakyat yang bertindak macam dalang kepada UMNO untuk memporak-perandakan Pakatan Rakyat.
Namun, semua ini ada hikmahnya. Segala kecelaruan sikap dan tingkah laku kepimpinan dalam Pakatan Rakyat membolehkan rakyat menilai mana satu pemimpin yang boleh pakai dan mana satu yang tak boleh pakai dan patut dinyahkan, mana satu pemimpin berjiwa rakyat dan yang mana satu pemimpin hipokrit yang pentingkan kuasa dan kekayaan, mana satu pemimpin yang down to earth dan mana satu pemimpin yang egoistik, angkuh dan sukar didekati rakyat.
Kalau dulunya, rakyat meluat dengan gelagat dan perilaku para pemimpin UBN tetapi kini mereka mula meluat melihat sikap dan tingkah laku serta perangai buruk segelintir para pemimpin Pakatan Rakyat, baik daripada PAS, PKR mau pun DAP. Bagi para bloggers khususnya yang pro Pakatan Rakyat, kami masih sayangkan Pakatan Rakyat. Oleh itu, para bloggers pro-Pakatan Rakyat rasa bertanggungjawab untuk memberi maklumat serta informasi yang ada kredibiliti sebagai alternatif kepada sumber maklumat yang disebarkan melalui media-media arus perdana yang menjadi penjilat kepada UBN. Ini dapat mengelakkan minda rakyat dikongkong dan dipesongkan oleh propaganda dan dakyah UBN.
Melalui penulisan di blog masing-masing, para bloggers membuka ruang kepada rakyat untuk memberi komen, pendapat, pandangan serta kritikan terhadap isu-isu politik semasa yang diketengahkan. Ini merupakan luahan serta suara hati rakyat yang patut diberi perhatian. Para pemimpin Pakatan Rakyat mesti peka terhadap luahan serta suara hati rakyat kerana jika dibiarkan, mereka akan berasa kecewa dan kita takut nanti, padah akan menimpa Pakatan Rakyat dan UBN akan bermaharajalela semula. Rakyat memberi peluang kepada Pakatan Rakyat dalam PRU 12 yang lalu kerana mereka inginkan perubahan, seperti yang diwar-warkan melalui slogan VOTE FOR CHANGE. Rakyat telah pun membuat perubahan tetapi apakah para pemimpin Pakatan Rakyat juga berubah??
Aha… memang ada yang berubah. Ya, setelah mendapat kuasa yang diberikan oleh rakyat kepada mereka, memang banyak para pemimpin Pakatan Rakyat yang ‘berubah’. Berubah macam mana??? Tepuk dada tanya selera!!!
Semua yang berlaku dan segala maklumat yang rakyat dapat melalui penulisan di blog-blog, khususnya yang pro-Pakatan telah mematangkan pemikiran dan minda mereka. Dengan itu, mereka sudah boleh membuat penilaian tentang sesuatu isu itu secara objektif. Inilah yang kita mahukan…. membentuk satu persepsi yang positif terhadap Pakatan Rakyat terutama bagi menghadapi sebarang PRK dan yang lebih utama pada PRU 13 nanti. Kita tak mahu Pakatan Rakyat kehilangan sokongan rakyat terutamanya mereka yang di atas pagar iaitu mereka yang tidak berparti. Sokongan merekalah yang hendak kita ’swing’kan kepada Pakatan Rakyat. Inilah matlamat para bloggers pro-Pakatan Rakyat. Memberi kesedaran kepada rakyat untuk memenangkan Pakatan Rakyat demi kesejahteraan rakyat.
Lantaran itu, para pemimpin Pakatan Rakyat harus mengubah persepsi mereka terhadap para bloggers terutamanya yang pro-Pakatan. Jangan pandang sumbangan dan peranan mereka dengan sebelah mata. Jangan hanya nampak mereka semasa memerlukan saja seperti semasa pilihan raya, tetapi selepas itu, mereka dilupa dan diketepikan. Apa yang mereka lakukan melalui pendedahan dan penulisan di blog-blog mereka adalah semata-mata untuk memenangkan dan memartabatkan kuasa rakyat. Dan rakyat, memerlukan para pemimpin yang mesra dan berjiwa rakyat, yang mementingkan kebajikan rakyat dan sanggup turun padang untuk mengambil tahu masalah rakyat.
Renungkanlah… Apakah para pemimpin Pakatan Rakyat yang kita ada sekarang, pemimpin rakyat yang benar-benar berkhidmat untuk rakyat atau lebih menjadi pemimpin kepada parti yang lebih menghabiskan masa dengan parti daripada turun padang menjengok rakyat. Rakyat perlukan pemimpin rakyat bukan pemimpin parti!!!
Awas!! Blog-blog kini menjadi mata dan telinga kepada rakyat. Melalui paparan dan informasi yang dimuatkan dan melalui penulisan para bloggers, rakyat sudah mula membuat penilaian terhadap prestasi wakil-wakil rakyat yang dipilih oleh mereka untuk menentukan samada para pemimpin ini, masih layak untuk mewakili mereka dalam PRU 13 nanti.

Dari N31 Bagan Pinang : Apa maksud tersembunyi larangan SPR


Apa maksud kenyataan Spr yang larang kibar bendera, logo dan gambar pemimpin Keadilan dan DAP. Yang tersuratnya SPR berlagak semacam kelab penyokong Umno, jadi balaci untuk Umno. Buat arahan yang jelas-jelas bagi kelebihan untuk Umno. Buat larangan untuk menyusahkan Pakatan Rakyat.

Alasannya, hanya bendera dan gambar pimpinan parti yang bertanding saja boleh 'dikibarkan'. SPR dah sediakan jawapan untuk dakwaan yang mungkin akan kita gunakan 'bendera Umno pun sepatutnya tak boleh sebab Umno tak bertanding, yang bertanding BN.
“BN mempunyai 14 parti gabungan dan mereka berdaftar. Tetapi pakatan pembangkang ini tidak berdaftar, ini bermakna, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak boleh memasang bahan kempen bersama Pas.

“Dalam istilah SPR, kita hanya mengiktiraf parti atau gabungan yang berdaftar. Bagi pakatan pembangkang ini, mereka tidak berdaftar. Saya pun hairan mengapa mereka tidak berdaftar,” kata beliau.

Arahan tu jelas sangat berat sebelah. Sebenarnya depa takut tengok kesepakatan yang Pakatan Rakyat tunjuk jauh lebih baik dari kesepakatan dalam BN.

Itu apa yang tersurat, tapi apa yang tersurat akibat dari larangan tu. Larangan tu sebenarnya semacam menyanggah hasrat PM sendiri dalam selogan 1 Malaysia yang nak perpaduan antara kaum.

Larangan ni sebenarnya menghalang perpaduan kaum dikalangan rakyat Malaysia. Kesepakatan dalam Pakatan Rakyat bukan 'melakonkan' perpaduan kaum di Malaysia macam yang ujud dalam BN. Terbukti perpaduan antara kaum dalam BN semakin terak.

Dalam Pakatan Rakyat, perpaduan sebenar dikalangan antara kaum semakin baik dan semakin erat. Tambah-tambah lagi akan terserlah masa PRK. Malah perpaduan tu melangkaui perbezaan agama jugak. Ahli dan penyokong dari 3 parti boleh bekerjasama secara yang cukup baik, akrab dan saling tolong menolong.

Mana boleh nak ujud perpaduan kaum di Malaysia kalau hanya (itupun kalau) ujud perpaduan dalam BN tapi tak ujud perpaduan kaum dalam Pakatan Rakyat. Dah tentu ahli dan penyokong parti-parti PR rakyat Malaysia jugak. Kecuali la kalau depa anggap ahli dan penyokong parti-parti PR sebagai bukan rakyat Malaysia.

Jadi, merujuk berita yang dilaporkan Utusan ni, aku tambah lagi satu gelaranuntuk SPR. Selain dari jahi kelab penyokong Umno BN, SPR jugak dah jadi pemecah pelah antara kaum.

Rujukan
Dilarang berkempen – SPR   [.]

WARTA BAGAN PINANG - SIRI 1


"Apa lagi saya nak cakap? Saya hanya mampu tersenyum..."




PETALING JAYA: Calon Barisan Nasional (BN), Tan Sri Mohd Isa Samad hanya mampu tersenyum apabila mengetahui pemilihannya sebagai calon diterima baik oleh semua pihak termasuk bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Katanya dengan sokongan yang diberikan oleh pelbagai pihak di setiap peringkat akan memberikan lebih semangatnya untuk mencapai kemenangan dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang.
"Apa lagi saya nak cakap? Saya hanya mampu tersenyum... dengan komen beliau sebelum ini pun saya senyum, komen terbaru beliau juga saya hanya akan tersenyum," katanya kepada mStar Online.
Beliau berkata demikian bagi mengulas reaksi terbaru Dr Mahathir mengenai pemilihan Mohd Isa yang sebagai calon BN di DUN Bagan Pinang.
Media melaporkan Dr Mahathir menerima pemilihan Mohd Isa kerana menganggap itu adalah pilihan parti dan menurutnya pandangan atau perasaan peribadinya tidak boleh lagi diambil kira kerana parti telah membuat keputusan secara sepakat.
Malah bekas Presiden Umno itu menaruh keyakinan yang tinggi untuk BN menang besar dalam pilihan raya yang akan diadakan pada 11 Oktober depan.
Kerusi DUN Bagan Pinang kosong selepas penyandangnya Azman Mohammad Nor yang mewakili BN pada Pilihan Raya Umum Mac 2008 meninggal dunia akibat jangkitan dalam darah di Hospital Pakar Seremban (SSH), awal bulan lalu.
Allahyarham yang bertanding pertama kali, memenangi kerusi berkenaan dengan memperolehi 6,430 undi, menewaskan calon Pas, Ramli Ismail. Beliau menang dengan majoriti 2,333 undi.
Bagan Pinang terletak dalam Parlimen Telok Kemang yang mempunyai lima kerusi DUN dengan tiga daripadanya milik pembangkang iaitu Chuah dimenangi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Lukut (DAP) dan Port Dickson (PKR). Satu lagi kerusi iaitu DUN Linggi dimenangi BN.
Mohd Isa adalah Ketua Umno Bahagian Telok Kemang.
Tambah Mohd Isa, setakat ini jentera parti di semua peringkat sedang berusaha untuk meraih undi dan menemui seramai mungkin pengundi di DUN Bagan Pinang.
"Kini semua jentera parti sedang berusaha dengan gigih, kita akan pastikan BN menang dalam pilihan raya ini," katanya.