Khamis, 1 Oktober 2009

Live dari Bagan Pinang : Keajaiban Dunia ke 8, jalan Ok diturap.Jalan berlubang dibiarkan.

Jalan OK di Kilometer 3 Kampung Baru Bagan Pinang .









Nak tengak MAGIC ??? Jalan yang OK tadi diturap pada hari ini.Sahih tidak membazir bagi BN.








Haa anda masih ingat pada Bulldozer-Bulldozer itu ?? Itulah Bulldozer yang disorok dalam misi kami yang lalu.Sila klik.

Belum habis lagi.Mari terus lihat Magic Isa Samad di Kilometer 3 Kampung Baru Bagan Pinang.






Terima kasih tidak terhingga kepada Polis DiRaja Malaysia yang mengawal lalu lintas yang amat teruk tadi.





Tapi yang HAIRANNYA jalan yang sedia berlubang di Taman Port Dickson Utama tidak pula diturap.Adakah ini dinamakan CERDIK atau kroni lain sapu dulu duit yang diagihkan.Teruskan melihat gambar jalan berlubang yang dimaksudkan.








Kesimpulan : Ini adalah RASUAH dan cuba MEMBODOHKAN pengundi Bagan Pinang.Cuba tiada kematian di N31, jangan haraplah ini semua berlaku.

Majlis Penerangan Pakatan Rakyat di N31 Bagan Pinang.[2]





Dilarang berkempen – SPR


Wan Ahmad Wan Omar menunjukkan sampul surat untuk undi pos selepas memberi taklimat kepada Pegawai Pengurus, Penolong Pegawai Pengurus dan petugas SPR di Port Dickson, semalam


PORT DICKSON 30 Sept. – Mana-mana parti yang tidak bertanding pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang dilarang mengibarkan bendera, logo dan gambar pemimpin mereka sepanjang kempen.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan bertindak tegas terhadap mana-mana parti yang berbuat demikian.
Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, kebenaran hanya diberikan kepada parti yang bertanding memasang bahan kempen seperti gambar calon, logo parti dan pemimpin mereka.
“Kita mahu parti yang tidak bertanding, janganlah menyusahkan SPR dan pihak keselamatan.
“Jangan cuba melanggar undang-undang kerana parti yang tidak bertanding ini tidak membayar deposit bahan kempen serta pilihan raya. Jadi mengapa mereka hendak menumpang,” katanya.
Beliau berkata kepada pemberita selepas memberi taklimat kepada pegawai pengurus, penolong pegawai pengurus dan petugas SPR di sini hari ini.
Pada Pilihan Raya Kecil DUN Bagan Pinang ini, BN menamakan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad sebagai calonnya, manakala Pesuruhjaya Pas negeri, Zulkefly Mohamad Omar diumumkan sebagai calon Pas.
Tambah Wan Ahmad, dalam pilihan raya kecil di kali ini, hanya parti Pas dan Barisan Nasional (BN) saja dibenarkan memasang bahan kempen mereka selain Bebas, jika ada penamaan calon.
“BN mempunyai 14 parti gabungan dan mereka berdaftar. Tetapi pakatan pembangkang ini tidak berdaftar, ini bermakna, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak boleh memasang bahan kempen bersama Pas.
“Dalam istilah SPR, kita hanya mengiktiraf parti atau gabungan yang berdaftar. Bagi pakatan pembangkang ini, mereka tidak berdaftar. Saya pun hairan mengapa mereka tidak berdaftar,” kata beliau.
Sehubungan itu, SPR telah menubuhkan tiga pasukan penguat kuasa kempen pilihan raya dan mereka ini akan menasihatkan wakil parti supaya bekerjasama dalam aspek berkenaan.
“Jika mereka gagal berbuat demikian, petugas SPR sendiri akan mengambil tindakan. Saya harap perkara ini jelas dan jangan pula esok ditimbulkan rasa tidak puas hati dan sebagainya,” jelas beliau.
Bagaimanapun, Wan Ahmad memberitahu, jika ada pemimpin dalam pakatan pembangkang yang mahu berceramah, itu dibolehkan dengan syarat permit dimohon oleh parti yang bertanding.
Dalam pada itu, SPR juga bertegas dalam soal larangan berkempen pada hari pembuangan undi iaitu 11 Oktober ini.
“Tidak boleh didirikan ‘pondok panas’, merayu dan meraih undi, kibarkan bendera parti atau berkonvoi. Jika ini berlaku pihak berkuasa khususnya polis akan mengambil tindakan,” jelas beliau.
Sementara itu, SPR hari ini mengumumkan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Port Dickson, Abdul Wahab Shamsuddin dilantik sebagai Pegawai Pengurus Pilihan Raya Kecil DUN Bagan Pinang.
“Seramai 277 petugas SPR akan terlibat sepanjang pilihan raya kecil ini, yang mana bajet yang dikeluarkan SPR adalah RM360,000,” jelas beliau.
Mengenai undi pos yang melibatkan 4,604 undi, Wan Ahmad memberitahu, terdapat lapan kem tentera di sini akan digunakan untuk tujuan pembuangan undi dan antaranya ialah Kem Sunggala, Kem Si Rusa dan Kem Kampung Sawah.
“Wakil calon dibenarkan berada dalam dewan pembuangan undi pos ini.
“Sebaik sahaja prosesnya selesai, kertas undi akan disimpan dalam bilik pegawai pengurus dengan kawalan ketat polis selama 24 sehingga pada hari pengiraan undi,” kata beliau.
Bagi hari penamaan calon pada 3 Oktober ini, Wan Ahmad menasihatkan supaya parti yang bertanding tidak membawa penyokong terlalu ramai kerana kawasan persekitaran Dewan MPPD yang menjadi lokasinya di sini terlalu kecil.
“Saya juga nasihatkan semua calon supaya mengisi borang dengan betul. Jangan lakukan kesilapan. Amat malang jika borang yang diisi terdapat kesilapan yang boleh menyebabkan calon berkenaan tidak dibenarkan bertanding,” kata beliau.