Isnin, 28 September 2009

Live Dari Bagan Pinang: Bulldozer nak buat jalan dah sampai. Yahoo!!! Orang Bagan,cepat mintak jalan baru!!!!!



wkakakakakakakakakaak den ketawo dulu,memang bangang punya umno bn tak pandai2 lg nak berkempen!!!Bulldozer buat jalan siap sorok ko ingat den xleh cari,siap ko nah skarg ko punya bulldozer dlm blog den.

Gambar yg jalan berlubang tu adalah di Taman PD Utama dlm Dun Bagan Pinang, masa arwah YB Azman penduduk taman banyak kali komplin kat Arwah supaya cepat turap jalan tersebut sebab ramai yg dah jatuh kat situ dan banyak kereta yg rosak.

Berbuih mulut org taman komplin byk kali YB melawat tak juga siap. Last - last YB meninggal dapat jugak jln baru kat Tmn ni. Kalau YB hidup mesti org Tmn ucap terima kasih kat dia. tapi apakan daya YB meninggal baru dapat.

Al- Fatihah buat YB Azman. TAKBIR !!!!

Live Dari Bagan Pinang:Jamuan Raya Pas Amat Santai.Tahniah Pas. Takbir !!!

Live Dari Bagan Pinang!!! :Berapa Juta Kementerian Pelancongan Buat Program nie??? Cuba La Tiada PRK Di Bagan,Tidak Merasa La Kamu Semua Hoi !!!


Den tak sempat datang lewat betul, tiba2 yo ado hal lak sampai jo kat teluk kemang org ramai dah balik ramai yang datang semua nak makan yo, kono bangang lah ko manteri wkakakaka.

Agak2 tgk pada program nie bape kementerian dah abis kan duit?cite ehh nak promosi pelancongan kat Port Dickson,bangang punya menteri yen yen ko nak buat pun tunggulah masa cuti sekolah baru lah ramai orang dan boleh fokus kat pelancong luar nie, orang pd apa lg datang mentedarah je lah,dah lari target!!

Knape banting lak,dilihat penuh pd gan banting one najib2 nak buat ape jadahnye letak kat Port dickson, pergi lah letak kat klia ke kl sentrel ke@kat kuala lumpur biar pelancong tahu!apa lah punya bodoh punya menteri yen yen nie!!Entah berapa lah kos banting2 da lah beratus digantung di sekitar pd sape dapat tender?dah lari target

Menteri yen yen kata nak promosi Port dickson heiiii yen yen ko tahu tak Port dickson dan pantai nya dah terkenal dari zaman 70 an lg tau ,apa cite skrang lah lu bt kecoh2!! prk bagan lah.....

Lagi satu pejabat pelancungan lu letak kat mana?lu pikir lah sendiri..................

Live Dari Bagan Pinang!!! Cerita pada hari Ahad 27/09/2009 : Jabatan Penerangan Sudah Menjadi Markas Umno Bn???



NampaknyaUmno tetap dengan kempen cara lama,falsafah 3m tetap diteruskan walaupun rakyat sudah muak dengan tipu helah jentera bn.gambar nie di ambil selepas den balik ambil gambar markas polis,sambil lalu kat pekan Port dickson nampak lah nape jabatan penerangan Port dickson ramai orang dan banyak kereta padahal ari nie ahad mana ada staff yang bekerja

Bila pergi dekat macam ku kenal waja ini.Rupa2nya ramai juga orang2 umno kat dalam 2, nak minta tolong kat jabatan penerangan!! alahai umno nie.Secara logik nape jabatan penerangan sibuk dan perlu buat khemah tambahan kat luar pada hal pada hari biasa tak pernah nampak sesibuk nie,kalau time minum punya lah berzaman pergi minum.

Kerja bukan nya sibuk sangat.Nie lah penangan prk bagan pinang.jika sebelum nie kementeria pelancongan,polis,kini jabatan penerangan pastinya semua jabatan dan kementerian akan terbabit.apa lah umno bn nie bodoh tak boleh diajar!!!!

Banyak lagi nak cite tapi ari nie dah mula kerja jadi masa betul2 tak sempat nanti lah belah malam nanti cita pasal jkr pula kereta buat jalan dah mula parking,cepat penduduk bagan minta jalan baru wakakakak!!

Den pun nak ucapkan terimakasih sape yg sudi singgah kat blog den nie,den pun baru sgt jadi blogger nie jadi mana2 yg salah harap maaf kan yer!!!nanti den cito lagi yo TAKBIR!!

N31 - Peluang Isa Samad menang di N31 cukup besar !

oleh : albanjari
Kurang 24 jam dari sekarang, Umno-BN akan mengumumkan calon muktamad mereka untuk mewakili BN di N31. Biarpun BN Teluk Kemang terbelah menjadi 3 puak kini, perkara itu tidak menjadi 'barah' yg berbahaya kepada undi Umno-BN di sana. BN pasti akan terus 'gemilang'.

Tidak akan berlaku undi 'protes' di Bagan Pinang. Jangan samakan N31 dengan siri-siri PRK sebelum ini. Ini tempatnya Isa Samad. Jangan ada sesiapa yg menyangkal perkara ini. Siapa yang tidak tahu ? kerusi N.31 sebelum ini milik siapa ? Sudah tentu bukan dari Pakatan Rakyat. Malah tiada siapa dapat menyangkal betapa berpengaruhnya Isa Samad di sana.

Jika 3 minggu lalu, terlalu kuat spekulasi, untuk menolak beliau untuk dicalonkan, tapi siapa mereka ? Yang suka-suka menolak beliau di Bagan Pinang ? Sedangkan dari akar umbi Umno sendiri begitu memerlukan calon seperti Tan Sri Isa Samad, Ketua Umno Bahagian Telok Kemang, bekas MB, Menteri dan bekas Naib Presiden Umno, di situ. Jangan pula ada tonggong-tonggong yg cuba menculas beliau dari tidak bertanding ! Dan jangan ada pula suara-suara yang 'jahat' cuba mengaitkan beliau dengan rasuah. Isu yg sengaja ditimbulkan oleh musuh-musuh politik Isa bagi menjatuhkan beliau. Beliau dianiaya dengan isu itu sebenarnya.

N.31-Bagan Pinang terletak dalam bahagian Teluk Kemang, di mana Isa sendiri menjadi ketuanya. Jadi tidak sukar dijangka bahawa beliau akan mendapat sokongan padu di situ. Malah dari risikan blogger PR sendiri, jelas menunjukkan bahawa seluruh Negeri Sembilan cukup positif menyatakan sokongan kepada Isa, malah sokongan yg diberikan cukup padu. 5 daripada 8 bahagian UMNO di negeri itu mengalu-alukan Isa bertanding di Bagan Pinang - sekiranya dinamakan oleh pucuk pimpinan parti. Sudah terang lagi bersuluh ! Satu perkara lagi, usah dilayan suara-suara sumbang diluar sana, biarkan chedet terus berkokok kosong, siapa beliau untuk mencula undi Isa di Bagan Pinang ? Beliau hanyalah seorg ahli Umno yang kerjanya keluar masuk parti, itu saja ! Tak suka keluar.., Suka..masuk balik. Berbeza dengan pendirian Isa. Dan Isa itu lebih baik dari sudut istiqamahnya kepada Umno. Dan kerana itulah Isa Samad masih diperlukan di Bagan Pinang sokongan ahli Umno begitu bulat dan padu.

Walaupun ada cakap-cakap mungkin juga Isa akan memberikan laluan kepada anaknya untuk dicalonkan di situ, namun apa pun tanggapan suara-suara luar, Bagan Pinang tetap akan menjadi satu lagi titik untuk Isa membuat comeback, dan faktor ini sukar ditolak. Dengan momentum yang ada, setakat ini keadaan sesungguhnya memang memihak pada Isa.

Isa diakui memiliki pengalaman luas dan berpengaruh. Rakyat pula masih menaruh keyakinan tinggi terhadap beliau. Pendek kata jika Isa dicalonkan oleh Umno-BN, kemenangan sudah hampir pasti ! Dan realiti itu dapat diterjemahkan hanya dengan meletakkan ISA SAMAD sebagai calon BN di N.31.

(*) wak - Tak tahulah, kalau BN mahu kalah lagi untuk yg kesembilan kali. Jika itu yg diharapkan, JANGAN CALONKAN ISA !! Calonkan saja chedet..!!

Undi Pos: Kenyataan Bersama Para Bloggers..!



1. Kami yang terdiri daripada penulis-penulis blog yang prihatin terhadap sistem perjalanan undi POS bersetuju bahawa sistem undi POS haruslah dikemaskini sejajar dengan kehendak demokrasi dan keadaan semasa. Objektif kami adalah untuk melihat sistem Undi POS menjadi lebih baik dari yang baik.

2. Kami juga menyambut baik janji Pengurusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof meminta semua pihak yang boleh mengenal pasti kelemahan kepada proses undi pos itu agar memaklumkan kepada SPR secepat mungkin sebagaimana yang disiarkan di utusan online bertarikh 15/9/09 seperti berikut :

* ''Beritahu saya kerana saya pun nak perbetulkan kalau ada," Pengurusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof. Atas dasar kesedaran dan semangat cintakan negara, maka kami bersetuju untuk membuat kenyataan bersama sebagai menyambut permintaan Pengurusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof. Kenyataan bersama kami adalah seperti berikut :

3. Adalah amat malang bagi Malaysia, walaupun sudah 52 tahun merdeka, ternyata Malaysia masih gagal untuk mengendalikan proses pilihanraya terutamanya undi Pos dengan lebih bebas dan adil. Ternyata sepanjang undi POS diperkenalkan masih banyak dakwaan-dakwaan tentang undi POS seperti tidak telus dan rahsia, wujudnya pengundi hantu dalam sistem undi pos, undi pos tidak relevan, kesahihan undi pos diragui dan wujudnya ugutan dalam sistem undi Pos yang penuh dengan kontroversi sehingga memberi pandangan negatif orang awam terhadap Suruhanjaya Pilihanraya (SPR).

Kami percaya sekiranya dakwaan-dakwaan tersebut tidak diambil tindakan sewajarnya oleh pihak yang bertanggungjawab boleh mendatangkan kesan negatif terhadap kestabilan negara di masa akan datang. Akhirnya memberi imej negatif bukan sahaja terhadap SPR tetapi kerajaan juga turut terpalit sama dengan kontroversi tersebut. Maka adalah sewajarnya SPR bertindak pantas dengan perbetulkan keraguan pengundi terhadap undi pos bagi meminimakan kontroversi Undi Pos itu sendiri.

Keadaan sebegini jika dibiarkan berterusan akan membawa petanda yang buruk untuk masa depan masyarakat dan boleh memusnahkan keutuhan sistem politik negara kita. Justeru, kami mencadangkan :

1. MANSUHKAN PERATURAN BORANG 2

Borang 2 adalah satu borang “Perisytiharan Identiti” di mana pengundi pos perlu menulis namanya, nombor kad pengenalannya dan menurunkan tanda tangannya di hadapan seorang saksi. Selepas mengundi, pengundi pos akan meletakkan kertas undi yang sudah bertanda di sampul surat A dan sampul surat A tersebut kemudiannya pula hendaklah dimasukkan ke dalam Borang B bersama-sama Borang 2 tersebut. Mana-mana Borang B yang tidak disertakan dengan Borang 2 akan ditolak (lihat peraturan 15(2))Kami berpendapat peraturan borang 2 ini haruslah di mansuhkan atas sebab-sebab seperti berikut :

1. TIDAK MENJAMIN KERAHSIAAN PENGUNDI POS

Kami percaya peraturan borang 2 menyebabkan undi pos tidak mempunyai aspek kerahsiaan yang kuat. Dengan kertas undi dan Borang 2 yang mengandungi nama dan nombor kad pengenalan pengundi diletakkan di satu sampul surat yang sama (Sampul Surat B), sudah cukup mewujudkan kebimbangan para tentera dan polis tentang kerahsiaan undi mereka. Aspek kerahsian pengundian adalah “sine qua non” (ciri yang penting) di dalam pilihan raya yang adil. Sebarang persepsi daripada para pengundi bahawa undi mereka tidak rahsia sudah cukup menjejaskan pilihan raya yang adil. Ini menyebabkan aspek kerahsian pengundi Pos tidak dapat dijamin.

2. PERATURAN BORANG 2 SATU BENTUK DISKRIMINASI TERHADAP PENGUNDI POS

Kami bersetuju bahawa SPR perlu progresif dan profesional dalam melayani pengundi-pengundi Pos seluruh negara, sebagaimana layanan SPR kepada pengundi biasa. Jika pengundi biasa, tiada Borang 2 diberikan. Malah tidak ada dalam peraturan sekalipun. Namun Borang 2 diwajibkan kepada semua pengundi Pos, walhal nama-nama dan maklumat mereka sudah ada dalam daftar pengundi.Kami berpendapat, peraturan yang mewajibkan Borang 2 dilampirkan bersama kertas undi adalah satu bentuk diskriminasi terhadap pengundi Pos. Oleh itu, penulis menyarankan agar borang 2 dalam peraturan pengundian Pos hendaklah dimansuhkan agar tiada lagi diskriminasi antara pengundi Pos dan pengundi biasa. Malah kami juga beranggapan peraturan borang 2, satu bentuk tekanan halus kepada pengundi Pos dalam membuat keputusan untuk membuang undi. Sekali lagi kami, berpendapat SPR perlu mansuhkan peraturan Borang 2 bagi tujuan jaminan kebebasan pengundi Pos membuat sebarang pilihan.

3. KEWUJUDAN PERATURAN BORANG 2 BERTENTANGAN DENGAN AKTA KESALAHAN PILIHARAYA 1954

Kami bersetuju dan beranggapan peraturan borang 2 bertentangan dengan Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 sebagaimana yang kami fahami. Dibawah peruntukan Seksyen 5 Bahagian 11 Akta Kesalahan Pilihanraya 1954, seseorang itu dilarang mendapatkan atau mendedahkan identiti pengundi dan undi mereka, seperti nama, kad pengenalan dan nombor siri kertas undi. Sekiranya disabitkan dengan kesalahan melanggar undang-undang ini, boleh didenda sehingga RM3000 atau penjara selama setahun atau kedua-duanya sekali. Kami amat yakin bahawa tujuan undang-undang ini digubal adalah bertujuan untuk melindungi kerahsiaan pengundi bagi mewujudkan piliharaya yang benar-benar bebas dan adil.

Atas sebab-sebab berikut, Kami menuntut dan menggesa agar SPR TIDAK MELAKSANAKAN atau MENANGGUHKAN PERATURAN BORANG 2 semasa piliharaya kecil Bagan Pinang bagi melihat dan mengkaji secara mendalam apabila peraturan borang 2 terlebih dahulu secara mendalam.

Hasrat Kami hanya dengan satu tujuan, supaya pilihanraya negara kita menjadi semakin adil dan bersih dari yang adil dan bersih. Dengan kata lain, menjadi lebih baik dari yang baik. Perubahan ini harus dilakukan bagi meredakan nilai-nilai ketegangan disebalik kontroversi amalan undi Pos. Biarlah pengundi pos membuang undi dengan aman dan rela, selari dengan hasrat demokrasi itu sendiri. Terpulang kepada pengundi Pos hendak mengundi BARISAN NASIONAL atau PAKATAN RAKYAT.

Sekian wasalam.

Cadangan kenyataan bersama mengenai undi Pos

Nota : Kepada penulis2 blog yang BERSETUJU SILA TINGGALKAN ALAMAT BLOG ANDA di bahagian komen untuk disenaraikan sebagai salah seorang penyata bersama. Blogger yang bersetuju disarankan agar copy-paste kenyataan bersama ini di blog masing2. Ditakdirkan kenyataan ini mendapat sokongan 50 orang penulis blog.InsyaAllah. kenyataan bersama ini akan dipanjangkan kepada peringkat media dan SPR. Selain itu, penulis blog juga disarankan agar memberi cadangan berkaitan dengan isi kenyataan bersama yang perlu dibuang dan perlu ditambah bagi tujuan penambaikan, sebelum dipanjangkan kepada pihak tertertentu.

Sekian wasalam.

Baca Seterusnya..!

Pengerusi Suruhanjaya Piliharaya (SPR) Tan Sri Aziz Mohd Yusof dalam kenyataan disiarkan Berita Harian 7 Sept berkata peraturan Borang 2 tidak akan dimansuhkan. Alasan Pengerusi SPR ialah kerana peraturan tersebut adalah undang-undang. Memang benar, peraturan tersebut adalah undang-undang. Persoalannya apakah peraturan tersebut sememangnya rigid dan tidak boleh diubah lagi atau dimansuhkan? Penulis agak hairan kenapa dan mengapa SPR begitu bersungguh-sungguh mempertahankan peraturan 2? Penulis mempunyai sebab dan pandangan tersendiri kenapa peraturan Borang 2 perlu dimansuhkan.

Inilah borang yang jadi igauan kepada setiap pengundi Pos yang berlainan ideologi.

1. Borang 2 : Satu bentuk diskriminasi terhadap pengundi Pos

Apakah alasan SPR untuk mengekalkan Borang 2 dalam sistem undi Pos,selain dari alasan Borang 2 adalah undang-undang? Penulis merasakan tiada sebab kenapa peraturan sedemikian harus dikekalkan. Sebaliknya penulis merasakan SPR perlu progresif dan profesional dalam melayani pengundi-pengundi Pos seluruh negara,sebagaimana layanan SPR kepada pengundi biasa. Jika pengundi biasa, tiada Borang 2 diberikan. Malah tiada dalam peraturan sekalipun.

Tetapi yang peliknya kenapa Borang 2 itu diwajibkan kepada semua pengundi pos, walhal nama-nama dan maklumat mereka sudah ada dalam daftar pengundi. Pada pendapat penulis, peraturan yang mewajibkan Borang 2 dilampirkan bersama kertas undi adalah satu bentuk diskriminasi. Malah tidak keterlaluan sekiranya penulis beranggapan tindakan SPR bersungguh-sungguh mempertahankan peraturan tersebut seperti ada ”ada undang di sebaliknya batu”. Oleh itu, penulis menyarankan agar borang 2 dalam peraturan pengundian Pos hendaklah dimansuhkan agar tiada lagi diskriminasi antara pengundi Pos dan pengundi biasa.

2. Borang 2 : Satu bentuk tekanan halus kepada pengundi Pos

Tidak kira samaada pengundi Pos atau pengundi biasa. Apa-apa bentuk yang boleh mewujudkan rasa tekanan, bimbang atau tidak selesa dikalangan pengundi haruslah dimansuhkan. Sama ada hal tersebut adalah peraturan atau pun tidak. Pengundi Pos harus diberi ruang keselesaan dan kebebasan untuk membuang undi kepada calon-calon yang benar-benar mereka sokong tanpa sebarang tekanan daripada pihak-pihak tertentu. Dengan peraturan Borang 2,mahu tidak mahu sudah pasti menyebabkan pengundi Pos berada dalam keadaan tidak selesa.

Apa tidaknya, bagi membolehkan pengundi Pos membuang undi, mereka hendaklah mendapatkan pengesahan saksi yang biasanya penyaksi itu adalah dikalangan pengawai atasan yang menjadi bos mereka bagi memenuhi keperluan Borang 2. Tanpa saksi dan tanpa Borang 2 kertas undi Pos adalah tidak sah. Mengapa prosedur begini diwujudkan? Tidakah sebagai orang bawahan akan wujud perasaan sangsi dan bimbang undi mereka bocor dan diketahui bos mereka.Ini kerana Borang 2 jelas dan lengkap mempunyai maklumat identiti pengundi Pos.Lantaran itu, penulis melihat peraturan ini, seolah-olah ada muslihat tertentu yang boleh menimbulkan keraguan. Sekali lagi penulis berpendapat SPR perlu mansuhkan Borang 2 bagi tujuan jaminan kebebasan pengundi Pos membuat sebarang pilihan.

3. Borang 2: Tidak menjamin kerahsian pengundi Pos

Borang 2 adalah satu borang “Perisytiharan Identiti” di mana pengundi pos tersebut perlu menulis namanya, nombor kad pengenalannya dan menurunkan tanda tangannya di hadapan seorang saksi. Selepas mengundi, pengundi pos akan meletakkan kertas undi yang sudah bertanda di sampul surat A dan sampul surat A tersebut kemudiannya pula hendaklah dimasukkan ke dalam Borang B bersama-sama Borang 2 tersebut. Mana-mana Borang B yang tidak disertakan dengan Borang 2 akan ditolak (lihat peraturan 15(2)). Dengan kertas undi dan Borang 2 yang mengandungi nama dan nombor kad pengenalan pengundi diletakkan di satu sampul surat yang sama (Sampul Surat B), sudah cukup mewujudkan kebimbangan para tentera dan polis tentang kerahsiaan undi mereka. Aspek kerahsian pengundian adalah sine qua non (ciri yang penting) di dalam pilihan raya yang adil. Sebarang persepsi daripada para pengundi bahawa undi mereka tidak rahsia sudah cukup menjejaskan pilihan raya yang adil. Bagi pengundi pos, kerahsian undi mereka tidak dapat dijamin.

4. Borang 2 : Kewudannya bertentangan dengan akta kesalahan piliharaya 1954

Pengerusi SPR memberi alasan Borang 2 adalah peraturan. Penulis ingin bertanya tidakah Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 itu juga undang-undang yang perlu dipatuhi? Tidakah Akta Kesalahan Piliharaya 1954 dengan jelas menyatakan tidak boleh sebarang pendedahan identiti pengundi? Cuba rujuk bawah peruntukan Seksyen 5 Bahagian 11 Akta Kesalahan Pilihanraya 1954, seseorang itu dilarang mendapatkan atau mendedahkan identiti pengundi dan undi mereka, seperti nama, kad pengenalan dan nombor siri kertas undi.Mengapakah undang-undang ini tidak mahu dipatuhi pula oleh SPR.Tujuan undang-undang ini jelas sekali mahu melindungi kerahsiaan pengundi bagi mewujudkan piliharaya yang bebas dan adil. SPR tidak berasa takutkah jika melanggar undang-undang ini dan disabitkan dengan kesalahan boleh didenda sehingga RM3000 atau penjara selama setahun atau kedua-duanya sekali. Penulis amat berharap agar SPR merenung yang mana lebih penting untuk diikuti.Peraturan Borang 2 yang boleh menimbulkan keraguan dikalangan pengundi Pos atau Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 yang boleh mewujudkan piliharaya yang adil dan bersih?.

Sehubungan itu, penulis sekali lagi menegaskan Borang 2 harus dimansuhkan dalam sistem pengudian Pos. Penulis bukan meminta undi Pos dihapuskan. Penulis hanya menyarankan agar SPR mansuhkan Borang 2 dalam sistem undi Pos. Hasrat ini hanya dengan satu tujuan, supaya pilihanraya negara kita menjadi semakin adil dan bersih dari yang adil dan bersih. Dengan kata lain,menjadi lebih baik dari yang baik. SPR perlu melakukan perubahan ini, disamping dapat meredakan nilai-nilai ketegangan disebalik kontroversi amalan undi Pos. Biarlah pengundi pos membuang undi dengan aman dan rela, selari dengan hasrat demokrasi itu sendiri. Terpulang kepada pengundi pos hendak mengundi BARISAN NASIONAL atau PAKATAN RAKYAT.

Khairy, Kit Siang Meriahkan Rumah Terbuka Nasharudin

APAPUN cemuhan ke atas Nasharudin Mat Isa beliau adalah timbalan prresiden Pas yang menang jawatan itu secara sah dan halal menerusi muktamar. Biarlah beliau diejek sebagai tidak cukup saiz, pendek, berlagak, ada stail barat, makan di hotel, namun beliau adalah timbalan presiden Pas. Kalau takdir Abdul Hadi Awang menghadapi masalah dalam sehari dua ini, Nasharudin akan memangku jawatan Presiden Pas. Orang lain tidak berhak untuk memangkunya. Sejarah Pas akan mencatat namanya sebagai pemangku!

Taraf dan kedudukan Nasharudin sama dengan Muhyiddin Mohd Yassin, timbalan presiden Umno. Pendeknya antara beliau dengan Muhyiddin berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah. Walaupun ada orang-orang tertentu dilihat sasa, bijak dalam bidang ekonomi, pandai memanipulasi isu dan keadaan dan sebagainya tetapi hakikat tidak dapat ditolak bahawa jawatan itu Nasharudin yang pegang. Nasharudin yang empunya.

Dalam demokrasi perlantikan pemegang jawatan bukan berdasarkan kepada tubuh sasa, panjang lebar, atau warna kulit, kaya dan miskin tetapi bergantung kepada pilihan ahli. Walaupun seseorang itu disokong oleh orang yang dihormati tetapi kalau ahli tidak peduli tidak ada guna satu sen pun. Dia akan tetap juga kalah.

Maka kerana saya mengikhtiraf Nasharrudin sebagai timbalan Presiden Pas menyebabkan saya rasa perlu untuk menghadiri rumah terbuka Aidilfitrinya. Saya hadir sebenarnya kerana ingin mahu tenguk bagaimanakah suasana rumah terbuka pemimpin Pas yang menjadi kontroversi yang dicipta untuk melenyakkannya sebelum sampai tempoh itu.

Sewaktu saya bertolak dengan seorang penguam yang semakin mencipta nama dan dihormati masyarakat, Md Radzi Mustafa ada dua perkara yang terbata dalam kepala saya kenapa saya ke rumah Nasharuddin selain daripada memenuhi undangannya. Pertama saya mahu lihat sendiri keadaan rumah beliau yang digambarkan sebagai mewah, mirip-mirip rumah Samy Vellu itu. Kononnya rumahnya ada guard khas dan terletak atas bukit. Kedua, ialah saya mahu tenguk sesiapakah pemimpin Pas (ahli jawatankuasa kerja) yang menyempatkan diri untuk hadir meraikan rumah pemimpin nombor dua Pas itu.

Inilah peluang untuk melihat dari dekat rumah timbalan presiden Pas yang digambarkan mewah itu. Lebih mewah daripada rumah bekas Naib-Naib Presiden Pas? Betulkan ada guard yang mengawal 24 jam rumah berkenaan? Saya mahu pastikan sendiri dan mahu menulis mengenai rumahnya.

Biasalah rumah pemimpin atau orang politik boleh dijadikan modal. Tidak kira murah atau mahal boleh dijadikan bahan menarik. Bahkan pemimpin buat porch kereta pun boleh dijadikan isu. Boleh kait pemimpin berkenaan telah bersekongkol dengan rasuah. Kononnya kontraktor membuat porch itu sebagai kontra dengan projek. Begitulah rangupnya tuduhan terhadap orang politik.

Sesampai saya ke Bukit Mahkota ketika memasuki Seksyen 1, mata saya melilau mencari bukit yang dimaksudkan. Pandang ke hulu pandang ke hilir tidak ada bukit. Rumah Nasharudidn bukan berada atas bukit melainkan atas tanah rata sama dengan rumah-rumah lain yang sama besar dan sama lebarnya. Ternyata gambaran mengenai rumahnya sebelum ini salah dan berniat ingin memburukkan Nasharudin saja. Wajarlah kalau beliau menyaman pembuat fitnah itu.

Adapun guard memang ada. Tetapi guard itu bukan untuk mengawal rumah Nasharudin seorang, tetapi mengawal taman berkenaan. Guard itu kawal jalan masuk ke taman berkenaan. Sudah menjadi kebiasaan di Kuala Lumpur ini mana-mana taman perumahan ada guard yang mengawal. Mereka dibayar oleh penghuni taman-taman berkenaan.

Saya menggeleng-geleng kepala sendiri bila melihat suasan rumah Nasharudin itu. Betapalah orang yang menulis dan memberi gambaran terhadap rumahnya berniat jahat dan khianat. Ternyata orang itu tidak tahu membezakan mana gurad peribadi dan mana gurad untuk keseluruhan taman.

Rumah Nasharuddin yang digambarkan mewah dan harga berjuta-juta ringgit itu pun tidaklah sehebat mana. Mungkin orang yang memberi gambar itu teruja dengan design rumah itu saja yang bentuknya bukan macam rumah kampung. Bentuknya ala-ala Barat. Bila tenguk ala Barat terus tuduh rumah itu berharga jutaan ringgit. Apa lagi kalau orang kampung yang baru masuk bandar akan terkejut melihatnya. Tetapi bagi mereka yang biasa sudah tidak hairan, rumah itu biasa saja.

Saya tidak tahu berapa nilainya. Tetapi rumah Nasharudin realitfnya lebih kurang saja dengan rumah wakil-wakil rakyat Pas yang lain. Jika hendak dibandingkan dengan rumah Exco di Kelantan lagi hebat. Seperauh peruntukan sama nilainya dengan rumah Nasharudin. Sebenarnya masalah rumah ini tidak perlu dipertikikan kerana ia adalah keperluan yang mengikut kemampuan seseorang. Apa salah kalau Nasharudin buat rumah sebesar bukit kalau beliau mampu?

Misi kedua saya ialah untuk mengintai siapakah pemimpin Pas yang hadir mengunjungi timbalan presiden mereka itu. Ketika saya sampai orang ramai sudah mengerumini makanan dan pelbagai juadah yang disediakan. Kehadirannya boleh tahan juga. Walaupun 'dipulau' namun tetap meriah. Jenguk situ jenguk sini sambil bertanya, jelas tidak ada seorang pun pemimpin bawahan yang datang kecuali Ustaz Bakar Chik, Ustaz Abdul Ghani Shamusdin yang berada di meja orang biasa dan Timbalan Mursyidul Am Pas, Haron Din berada di meja VVIP.

Ke mana mereka semua? Saya faham kalau tidak ada pemimpin Pas di rumah terbuka Nasharudin itu bahkan saya telah meramalkannya. Mungkin mereka juga kebetulan mengadakan rumah terbuka ataupun berada di luar kawasan. Ataupun terhalang oleh kesesakan lalu lintas. Almaklumlah sewaktu saya ke Bukit Mahkota hujan turun dengan lebat semacam dibomohoi agar menganggui rumah terbuka itu.

Antara orang kenamaan lain yang hadir ialah Adun Bangi, Dr Shafei Abu Bakar, Syed Mohamamd, pegawai ibu pejabat Pas, Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas, Azman Shafawi dan pemimpin Pas peringkat Kawasan di Selangor dan beberapa kenalan Nasharuddin ahli perniagaan dan pelajar luar negara. Ketua Dewan Pemuda Pas, Nasrudin Hassan tidak dapat hadir dan mewakilkan kepada Azman Shafawi.
Jika dibandingkan rumah terbuka Timbalan Presiden Pas dengan rumah terbuka timbalan presiden Umno, sama sekali tidak terlawan. Kalau Muhyiddin buat rumah terbuka mungkin semua menteri Kabinet dan pemimpin tertinggi Umno akan hadir sebagai merai dan menghormati pemimpin mereka. Mereka melupai sengketa dan bermaaf-maafan di hari raya.

Adalah malang bagi Nasharuddin kerana beliau tidak menerima layanan seperti Muhyiddin walaupun dia juga berjawatan sama taraf dengan Muhyiddin Yassin. Pun begitu suasan tetap meriah. Para tetamu yang hadir tidak mengetahui apa yang berlaku. Nasharudin dan isterinya tetap tidak kecucupan tangan untuk melayani para tetamunya. Yang hadir semua golongan masyarakat yang sekaligus menunjukkan beliau mempunyai kenali ramai dan masih dihormati ahli-ahli Pas.

Enam ekor kambing jamnpari panggang semuanya disapu dan yang tinggal hanya besi pemanggang saja.

Saya tidak mahu tanya perasaan Nashardin dengan suasan itu. Apakah dia sedih atau tidak. Atau memang dia tidak mengundang pemimpin-pemimpin Pas lain kecuali dua tiga orang yang terpilih sahaja. Tetapi di sebalik kedukaan itu ada kemeriah lain dan sejarah buatnya. Beberapa orang tetamu istimewanya hadir seolah mahu mengubati kemuraman kerana tidak dikunjungi teman sepejuangan dalam parti sendiri.

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan rombongannya dan Pengerusi Syarikat Air Selangor (Syabas) Razali Irbahim serta Pengerusi DAP, Lim Kiat Siang, Ketua pemuda DAP dan Exco Selangoer, Teresa Kok hadir dan menjadi tetamu istimewa. Kehadiran Khairy terutamanya menjadi sejarah kerana inilah pertama kali Ketua Pemuda Umno menghadiri rumah terbuka pemimpin Pas.

Kesimpulannya ternyata pemimpin DAP dan Ketua Pemuda Umno lebih menghormati dan memahami makna aidifitri berbanding dengan sesetengah pemimpin Pas yang lain. Hendaknya kehadiran Khairy ini tidak akan dijadikan modal murahan oleh sesetengah pihak untuk terus memburuk dan prejudis timbalan presiden Pas itu.

Dapat Menteri Yang Mangkuk!!!

KUALA KLAWANG, 27 Sept (Bernama) -- Tidak ada sebab untuk menghalang penyanyi terkenal dari Amerika Syarikat, Beyonce mengadakan persembahan di negara ini jika beliau mematuhi syarat dan peraturan, kata Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Katanya ia juga bukan satu perkara baru apabila seorang penyanyi terkenal barat ditentang dari datang ke Malaysia.


"Sekiranya beliau menunjukkan aurat dan sengaja melanggar peraturan yang dikenakan pihak berkuasa maka beliau tidak dibenarkan," katanya kepada pemberita. - Bernama



Video klip di atas adalah konsert Beyonce yang dapat aku cari di YouTube dan yang paling menutup Aurat, jika mengikut istilah menutup "Aurat" definasi Rais Yatim.

Video klip Beyonce yang lain, aku tak sanggup nak "paste" kan kat sini sebab kebanyakkannya menunjukkan Lurah Berahi dan Celah Segitiga Bermuda dengan aksi yang mengiurkan yang boleh membuatkan Tok Peti dan Tok Ugama Islam ternganga mulut meleleh air liur. Dan ianya juga, mungkin salah satu faktor yang membuatkan Rais Yatim bersetuju konsert Beyonce diteruskan.

Di atas ini pula gambar Rais Yatim, cuba korang tenung betul-betul kat kepala otak dia tu, ada tak wayar yang terputus atau otak dia senget sebelah ke...? atau something wrong somewhere dengan pemikiran Islam dia atau Islam kah dia selama ini?

Kalau beliau bukan dilahirkan sebagai seorang Islam, maka kenyataan beliau boleh di maafkan (kerana orang bukan Islam tak faham tentang tuntutan asas kewajipan dalam Islam).

Dan jika sekiranya baru-baru ini si anak Yatim telah bersama semua umat Islam menunaikan solat Aidil Fitri, maka tak dapek den nak nolong laei..., istighfar... jer lah..., alangkah amat memalukan jika seorang yang bergelar Menteri tetapi Benggong dan Jahil dalam soal "Aurat".

Apa yang Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim faham tentang "Aurat"?

Sey... raso dio tak paham lansung pasal AURAT ni..., nengok pado bini dio pun dah tahu jawapannyo... pasal tu kenyataannyo pun gilo macam dio jugak, takdo ko.. mano-mano ustad ko.. ulamaa ko... nak togur ngajor anak Yatim ni... sian bonar den nengokkan tahap kejahilan Menteri Mangkuk Tingkat Umno sekor nih...

Ataupun, sey cadangkan elok bonar kalau si anak Yatim ni daftarkan diri sebagai salah seorang anggota NGO - Sisters In Islam, dah elok lah tu... pasal diorang satu ideologi dan satu kepala, iaitu pemusnah dan pengeliru umat Islam di Malaysia.

Ni den nak posan kek oghang Bagan Pinang, sok kalau nak pangkah undi, nengok botui-botui calon tu... perikso dulu tahap keIslaman calon, kalau boleh interbiu macam pengantin lelaki nak akad nikah, lagi baguih tanyo hukum-hukum ugama.

Jangan main pangkah yeo... nanti terpangkah undi macam kek Menteri Anak Yatim ni..., buat malu Negara Islam yeo...., den malu kek saudara Islam kito di Amerika sanun... ha..ha..ha..

(cubaan cakap loghat nogori... khas PRK N31)

Isa: Nak promosi Malaysia kepada Dunia, bawa penyanyi barat, buat F1, anjurkan perlawanan dan pesta peringkat antarabangsa, habis jutaan ringgit kononnya Malaysia negara maju dan setanding dengan negara maju yang lain.

Tetapi tahap keruntuhan moral dan akhlak remaja semakin teruk, tahap ekonomi negara semakin lingkup, paras kemiskinan semakin ketara, kadar jenayah semakin tinggi, Pengangguran semakin meningkat, tahap rasuah tertinggi... Negara Ku... Malaysia.

Sedikit hasil merisik khabar di PD semalam.




SEREMBAN - Ketua Pemuda Umno Bahagian Telok Kemang Mohd Faizal Ramli mempertahankan keputusan perwakilannya untuk menamakan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang Oktober ini.

Walaupun bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu diselar kawan dan lawan sebagai perasuah, namun Mohd Faizal berkata Umno Telok Kemang dan rakyat setempat mahukan Isa, yang pernah diambil tindakan displin atas tuduhan politik wang. "Kami tidak melihat sebarang masalah yang timbul jika beliau dicalonkan kerana ini merupakan komitmen pada peringkat jentera parti dan komitmen yang diberikan oleh peringkat akar umbi kerana beliau mesra dengan masyarakat," katanya.

Beliau mendakwa bahagian itu sudah pun membuat tinjauan dan mendapati para penduduk termasuk dari keturunan bukan Melayu menerima Isa. "Saya tak nampak bahawa isu-isu yang menjadi rekod Isa akan menjadi satu liabiliti kepada Umno dan BN dalam menghadapi pilihanraya kecil Bagan Pinang ini," katanya.


Hasil dari maklumat yang diperolehi sepanjang hari raya ini kebanyakan cawangan umno di PD telah menaikkan poster isa pendek sebagai calon PRK ini.

Daripada hasil tinjauan dan info khabarnya, sebaik sahaja kematian ADUN BN, Isa Pendek telah mengatur langkahnya, kebanyakan ketua-ketua cawangan di sana telah di kunjungi hadiah hamper dan kad ucapan selamat hari raya daripada Isa Pendek.

Nampaknya calon bermasalah masih lagi menjadi pilihan orang umno walaupun mantannya che det bersungguh-sungguh menolaknya.

Tanggapan umno parti bermasalah dan parti rasuah akan menjadikan penggal ini yang terakhir untuk mereka.

Kuburkan parti tua ini kerana hayatnya sudah sampai ke penghujung.
Undi PAS insya'allah selamat....Takbir!!!

Guan Eng: Umno will win with Isa

By Asrul Hadi Abdullah Sani
DAP secretary-general Lim Guan Eng (L) greeting Selangor Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim at the DAP open house in Cheras today - Picture by Jack Lee
KUALA LUMPUR, Sept 27 — DAP secretary-general Lim Guan Eng believes that it would be impossible for Pakatan Rakyat (PR) to dislodge Umno from Bagan Pinang if Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad is nominated as the candidate. Lim explained that chances for Isa, who was Negri Sembilan mentri besar for 23 years, to win is 70 per cent.
“I’ll be honest, the opportunity for BN to win is bright. The opportunity for them to win is 60, 40 per cent but if they choose Isa then their chances will increase to 70, 30 percent,” he said after the DAP national-level Aidil Fitri open house in Kg Cheras Baru here.
However the Penang Chief Minister stressed that even if Umno and Barisan Nasional are able to retain the Bagan Pinang seat, they might risk losing in the next general election.
“You can win the battle but lose the war. You can win Bagan Pinang but can lose the whole Malaysia. They also cannot lose in Bagan Pinang because they will also lose the whole Malaysia. It depends on Umno strategising. There is a lot of calculations and considerations that BN has to do,” he noted.
Lim added that a win for Isa will have an effect on BN’s perceptions among Malaysians.
“If they choose Isa, it is certain that they will win. Almost guaranteed but this will have a negative consequence for Umno and Barisan Nasional in Malaysia.
“I am referring to what Mahathir said. If they choose Isa it would look bad for Umno and Barisan Nasional. For Najib, if he places Isa then they are in trouble, if he does not place Isa then they are also in trouble,” he added.
During the party election 16 years ago, Isa contested the Youth chief post against the then Malacca Chief Minister Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, who was backed by the then newly-minted party deputy president Anwar.
Isa lost the contest by 44 votes.In 2004, he obtained the highest vote for the vice-president contest only to be suspended months later for six years over corruption charges. The sentence was then cut to three years.
If Isa is fielded in Bagan Pinang it will be his second attempt at making a comeback after failing to defend the vice-president post during the party elections last March.
The Bagan Pinang by-election came following the death of BN’s Azman Mohammad Noor on Sept 4.
In March last year, Azman defeated Ramli Ismail of PAS, by some 2,000 votes.
BN is currently ruling the state with a simple majority after winning only 21 out of the 36 state constituencies

Umno leaning towards Isa for Bagan Pinang

By The Malaysian Insider
KUALA LUMPUR, Sept 27 — On the main roads and thoroughfares just outside Port Dickson near here, banners backing Tan Sri Isa Samad are already lining the streets.
The banners are the clearest physical evidence that as far as Umno’s Teluk Kemang division is concerned, the only man they will consider as candidate for the Bagan Pinang division will be Isa.
And The Malaysian Insider understands signs are that Umno’s top leaders are leaning towards making Isa the candidate as well.
Deputy Umno president Tan Sri Muhyiddin Yassin is expected to make a formal announcement on Tuesday.
They believe Isa should not be punished twice for his past infractions.
In short, the prevailing argument is that he has served his time, paid the price and should be allowed to stand as a candidate.
Umno leaders are favouring this argument despite some concerns brought up over Isa being perceived as a tainted candidate.
Among the most vocal critic of the idea of fielding Isa has been former Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad.
Dr Mahathir has argued that Umno’s image would be affected because it would be regarded as not being serious in fighting money politics if it chose as candidate someone who has been found guilty of political corruption.
The former PM said the public would view Isa’s potential candidacy as a reflection of Umno’s stand on corruption.
Isa was suspended for three years from Umno from June 24, 2005, for money politics in the 2004 Umno elections. He was originally suspended for six years but it was reduced after he appealed.
Nomination for the Bagan Pinang by-election has been fixed for Oct 3 and polling on Oct 11. The seat fell vacant following the death of Barisan Nasional incumbent Azman Mohammad Noor on Sept 4.
Bagan Pinang is situated within the Teluk Kemang parliamentary constituency of which Isa is the leader of the Umno division there.
Isa, who was Negeri Sembilan mentri besar for over two decades, is extremely popular in Teluk Kemang.
“He is so influential that if he tells people not to vote for Umno, they will not vote for Umno,” a local resident in Port Dickson told The Malaysian Insider.
His influence, and the unprecedentedly strong campaign to put him as a candidate, has caused top Umno leaders to favour Isa’s candidacy.
Party leaders here feel that it is important for Umno to send out a message that those who own up to their mistakes and remain loyal to the party must also be given recognition.
But they also feel that if Isa is nominated and wins the seat, as is expected, it will not mean that he is an MB candidate.
There will be no executive role for him, said Umno sources.
But Isa’s supporters are likely to make a case for him to replace Datuk Seri Mohamad Hassan as MB again.
The Malaysian Insider understands that at least five of the eight Umno divisions in the state are in favour of fielding the former mentri besar in the seat

Menamatkan dominasi MIC dalam BN — Tak Mustahil Berlaku kepada MCA dan Gerakan....Kerana UMNO@BN tetap mahu kuasai segala-galanya????


SEPT 27 — Sebuah parti baru yang akan mewakili kaum India, Makkal Sakhti akan dilancarkan secara rasmi penubuhannya pada 10 Oktober ini dan pada masa yang sama buat kali keenam Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA) akan mengulangi permintaan untuk menyertai Barisan Nasional (BN).
Selain itu kita juga tidak harus melupakan Parti Progresif India (IPF) yang sebelum ini sememangnya berhasrat untuk menjadi ahli komponen kepada parti pemerintah tersebut. Berdasarkan kepada senario ini dan berikutan perkembangan politik semasa adalah jelas masanya sudah tiba untuk BN mengkaji menambah parti komponen yang mewakili kaum India.
Sama ada hendak diakui atau tidak, MIC kini bukan lagi menjadi taruhan BN bagi meraih sokongan kaum itu. Pencapaian yang merosot dalam pilihan raya umum lalu dan sokongan yang semakin merudum sudah membuktikan era dominasi MIC sudah berada di penghujungnya. MIC tidak lagi digeruni oleh parti pembangkang sebagai parti yang boleh membolot undi masyarakat India.
Sebaliknya dari semasa ke semasa, parti berkenaan semakin ditolak oleh kaum itu, biarpun MIC mendakwa mereka adalah jaguh kaum India.
Kewujudan pertubuhan Hindraf, penubuhan parti Makkal Sakhti, peningkatan jumlah anggota dalam IPF pertambahan keahlian kaum India dalam Parti Progresif Penduduk (PPP) dan terdapat pula sebahagian kecil kaum India memilih Parti Gerakan sebagai wadah perjuangan politik mereka sudah membuktikan bahawa MIC semakin kehilangan pengaruhnya.
Oleh itu, BN tidak boleh lagi selama-lamanya bergantung kepada MIC bagi meraih sokongan kaum India. Perkembangan politik yang berlaku sudah membuktikan bahawa sokongan kaum tersebut kepada BN akan terus merosot jika parti berkenaan hanya bergantung kepada MIC.
BN perlu mencari alternatif bagi menambah atau lebih tepat lagi memulihkan sokongan kaum itu. Seperti mana kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, kerajaan tidak boleh kehilangan pengaruh di kalangan masyarakat India.
Atas alasan itu, maka jika Parti Makkal Sakhti diterima sebagai ahli komponen terbaru dan ditambah pula dengan kehadiran KIMMA yang mewakili kaum India Muslim, maka kekuatan BN akan bertambah.
Tidak usahlah BN terlalu memikirkan apa yang MIC terutama Presidennya, Datuk Seri S.Samy Vellu katakan. Apa yang lebih penting ialah survival politik BN. Akibat kegagalan MIC meraih sokonganlah yang menyebabkan pakatan pembangkang menjadi kuat apabila semakin ramai calon daripada kaum India mencatatkan kejayaan dalam pilihan raya.
Semua itu berlaku kerana orang sudah muak dengan MIC, malah pendirian tegas Samy Vellu untuk terus kekal berkuasa boleh dianggap mampu memberikan liabiliti kepada BN seperti mana dikatakan oleh Dr. Mahathir sebelum ini.
Dalam memperkatakan soal menerima Parti Makkal Sakhti sebagai komponen BN bersama-sama KIMMA, tiada siapa pun perlu gundah gulana, apatah lagi MIC.
Kalau Samy Vellu begitu yakin bahawa sokongan kaum India kepada parti pimpinannya tidak akan berubah, maka kehadiran parti baru itu tidak harus dibimbangkan.
Biarlah Makkal Sakhti berusaha meraih sokongan daripada kaum India bersama-sama MIC kerana itu adalah lebih baik. Tambahan pula kalaulah kaum India menyokong salah satu parti itu, yang akan meraih keuntungan ialah BN.
Pada masa ini, kita harus akui bahawa MIC sedang dilanda pelbagai kemelut, selain permusuhan yang berpanjangan antara bekas Timbalan Presiden, Datuk S.Subramaniam dengan Samy Vellu, ternyata sekali MIC berada di ambang perpecahan. Kalau ia berlanjutan sudah pasti ini akan menjejaskan kekuatan BN.
Justeru adalah lebih baik jika dominasi MIC sebagai satu-satu parti komponen dalam BN mewakili kaum India ditamatkan supaya segala masalah dalamannya yang berlaku tidak menyeret BN bersama-sama. — Mingguan Malaysia

Akhbar Utusan dibakar di DBP — Zainuddin Maidin

SEPT 27 — Utusan Melayu tidak selalunya mengikut arus sentimen bangsanya, adakala terpaksa menyekat atau melawan arus ini sehingga menimbulkan kemarahan dan tindakan di kalangan mereka yang kecewa dengan pendiriannya di dalam sesuatu isu besar kerana Utusan Melayu dilihat mempunyai kekuatan untuk mempengaruhi pemikiran rakyat dan dasar kerajaan.
Pada 2 Mac 1967, Utusan Melayu (jawi) telah dibakar di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Kuala Lumpur oleh pejuang-pejuang bahasa kerana membantah sikap Utusan Melayu menyokong keputusan kerajaan untuk mengekalkan kedudukan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua di negara ini di samping bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi.
Kerajaan Perikatan yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj memikirkan bahawa dasar ini perlu diadakan setelah 10 tahun merdeka supaya dengan itu dalam bidang tertentu bahasa Inggeris boleh terus digunapakai disamping kepentingan bahasa itu sebagai bahasa dunia.
Ini memerlukan rang undang undang bahasa dikemukakan ke dalam Parlimen. Pendirian Utusan Melayu menyokong dasar kerajaan itu mengejutkan orang Melayu terutama sekali pencinta-pencinta bahasa kerana Utusan Melayu diketahui sebagai akhbar yang berada di barisan depan dari sejak sebelum kemerdekaan dalam mendukung perjuangan untuk mendaulatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan negara.
Sikap Utusan Melayu ini telah menyebabkan ia dianggap sebagai pengkhianat kepada bangsa dan pengampu UMNO. Ketua Pengarangnya Melan Abdullah (Tan Sri) mahu dibakar hidup-hidup dan berbagai-bagai lagi kecaman dilemparkan terhadapnya.
Kebangkitan semangat para pejuang bahasa telah disemarakkan lagi oleh sebuah sajak Sasterawan Negara Usman Awang yang bertajuk Keranda 152:
Anak Melayu
Panas dadamu membakar baju
Kita arak keranda 152
Ke tanah perkuburannya Parlimen.
Sepuluh tanah nafas ini terhenti
Hari ini jangan lagi menyanyi
Sebentar lagi malam akan tiba
Tiap pintu dan jendela sudah dijaga
Bayang bayang tidak bisa lewat jalan raya
Anak Melayu
namamu telah diseru
Jawablah
Sebelum lidahmu jadi bisu.
Kemuncak bantahan terhadap langkah kerajaan untuk meletakkan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua di negara ini ialah perhimpunan lebih 1,000 orang pejuang-pejuang bahasa mengadakan tunjuk perasaan membantah rang undang-undang bahasa dan juga pendirian Utusan Melayu. Mereka tidak sahaja membakar akhbar Utusan Melayu tetapi juga cuba membakar gambar Tuanku.
Jurugambar Utusan Melayu Hussein Nor (Allahyarham) telah cuba ditolak ke dalam api yang sedang marak menyala dalam pembakaran akhbar Utusan Melayu itu oleh seorang yang tidak dapat mengawal perasaannya tetapi telah disekat oleh pemberita Utusan Melayu Taib Ahmad.
Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman nyata tidak begitu senang terhadap Ketua Pengarah DBP, Syed Nasir Ismail (Tan Sri) kerana membiarkan DBP digunakan untuk tunjuk perasaan itu.
Dalam suatu perhimpunan di Ipoh sehari kemudian yang turut dihadiri oleh Syed Nasir, Tunku dalam ucapannya telah menyentuh tunjuk perasaan itu dengan berkata, “Kelmarin depa bakar gambar saya di Dewan Bahasa. Tak apalah, mereka nak bakar bakarlah, kalau tak cukup, boleh pergi ambil lagi di rumah saya, banyak lagi gambar saya yang lebih elok, yang warna pun ada.” Saya sendiri meliputi lawatan Tunku ke Perak.
Kejadian
Utusan Melayu keluaran 3 Mac 1967 melaporkan kejadian tunjuk perasaan di DBP itu sebagai berikut:
Lebih daripada 1,500 orang wakil-wakil badan-badan kebudayaan, persatuan persatuan bahasa, parti-parti parti politik Melayu, peguam peguam, pelajar pelajar maktab dan orang perseorangan dari seluruh tanah air telah berhimpun lebih dari tiga jam dalam suasana yang tegang di dewan itu sambil mengutuk kerajaan.
Kemuncak perhimpunan itu telah membakar bergulung-gulung akhbar Utusan Melayu oleh beberapa orang pemuda di luar bangunan DBP.
Sambil membakar naskhah Utusan, pemuda-pemuda yang marah menyerupai “Pengawal Merah Peking” (Red Guards) telah menjerit-jerit “Utusan Melayu pengampu”, “Lidah UMNO”, “Biarkan bankrap” dan “Bakar Melan Abdullah Pengarang Utusan Melayu.”
Pada mulanya mereka hendak membakar gambar Tunku yang hampir sedikit tercecah ke api, tetapi mereka tidak jadi berbuat demikian setelah beberapa orang ahli jawatankuasa yang baru dipilih melarang mereka berbuat demikian.
Pemuda-pemuda itu kemudian dengan tempik sorak telah mengambil bergulung-gulung naskhah Utusan Melayu lalu mencampakkannya ke dalam api yang sedang marak.
Sedang api marak menjulang, tiba tiba seorang pemuda yang kelihatan sudah di luar kawalan telah mengheret jurugambar Utusan Melayu Hussein Nor untuk dilontar ke dalam api.
Taib Ahmad yang menulis berita ini menceritakan “ Saya kebetulan berada hampir di situ segera meluru menghalang perbuatan pemuda itu. Hussein Nor kelihatan begitu cemas.”
Jika dalam mempertahankan kedudukan bahasa Inggeris, Utusan Melayu dilihat sebagai pengkhianat kepada bangsa tetapi empat tahun kemudian Utusan Melayu telah dihukum pula oleh mahkamah kerana dituduh menerbitkan berita yang bersifat menghasut ke arah penghapusan sekolah Tamil dan Cina di negara ini.
Ini adalah berpunca daripada berita ucapan Ahli Parlimen Musa Hitam (bekasTimbalan  Perdana Menteri) dalam persidangan Parlimen pada 5 April 1971 yang meminta supaya sekolah aliran Cina dan Tamil di negara ini menggunakan bahasa Malaysia tetapi telah diberikan tajuk kecil oleh seorang penyunting kanan Utusan Melayu berbunyi “Hapuskan sekolah-sekolah beraliran Cina atau Tamil.”
Mahkamah mendapati tajuk kecil berita itu telah menyimpang daripada maksud sebenar keseluruhan isi berita.
Kesal
Ketua Pengarang Utusan Melayu Melan Abdullah sangat kesal dengan kesilapan mengenainya kerana kurang pengertian dari Penyunting Kanan A. Samad Ahmad
(Allahyarham) tetapi beliau tidak dapat melepaskan tanggungjawabnya sebagai Ketua Pengarang.
Perbicaraan kes ini telah menjadi satu peringatan kepada semua ketua pengarang akhbar apabila Hakim Mahkamah memutuskan bahawa mereka adalah bertanggungjawab di atas keseluruhan penyiaran akhbar dan tidak boleh meletakkan kesalahan kepada penyunting atau pemberita yang melakukannya.
Melan Abdullah dan Abdul Samad Ahmad telah dihadapkan ke Mahkamah Tengah Khas dan didapati bersalah oleh Yang Dipertua Kanan Ng Mann Sau pada 18 Jun 1971 atas tuduhan menerbitkan satu penerbitan menghasut.
Mereka dibela oleh peguam Senator Kamarul Ariffin yang dibantu oleh Raja Abdul Aziz dan Samuel Mathews. Peguam Kanan Persekutuan Gunn Chit Tuan telah menjalankan pendakwaan dengan dibantu oleh Timbalan Pendakwa Raya Abdullah Ngah.
Melan dan Abdul Samad dituduh di bawah Akta Menghasut 1948 yang telah dipinda semula pada tahun 1969 berikutan dengan Peristiwa 13 Mei. Melan telah dihukum denda RM500 dan Abdul Samad RM1,000.
Ng dalam membuat keputusan itu berkata tajuk kecil “Hapuskan Sekolah aliran Cina dan Tamil” menyeleweng dan melampaui daripada ucapan yang dibuat oleh Musa Hitam yang boleh menimbulkan rasa tidak puas hati dan permusuhan antara kaum.
Katanya, ‘‘Ada perbezaan antara mencadangkan supaya dihapuskan sekolah-sekolah Tamil dan Cina dengan cadangan supaya diubah sekolah-sekolah aliran Cina dan Tamil dengan menggunakan Bahasa Malaysia.
‘‘Pada pendapat saya anjuran supaya dihapuskan sekolah Tamil dan Cina akan menyentuh pengajaran dan pengajian lain- lain bahasa seperti yang telah dilindungi oleh Fasal 152 Perlembagaan Persekutuan.
‘‘Tajuk ini lebih daripada mempersoalkan pelaksanaan dasar kerajaan dan membawa kesan mencabar hak untuk mempelajari lain lain bahasa yang dijamin oleh Perlembagaan menurut Ceraian 3(1) ( f ) Akta Menghasut,’’ katanya.
Perhatian
Menurut Ng lagi ‘‘Tajuk kecil itu bukan sahaja sekadar hendak menarik perhatian pembaca untuk membaca keseluruhan berita itu sahaja malah ia mengandungi unsur menghasut yang menimbulkan kesan menaikan semangat pembaca”.
Beliau seterusnya menyatakan hakikat bahawa Melan tidak tahu mengenai tajuk itu sebelum ia tersiar dalam akhbar tidak cukup untuk membolehkan beliau melepaskan diri atau berlepas tangan.
“Ada bukti bukti jelas bahawa sebagai Ketua Pengarang Melan adalah bertanggungjawab kepada kesemua penerbitan Utusan Melayu,’’ kata Ng.
Demikianlah Utusan Melayu tenggelam dan timbul dalam arus kebangkitan bangsanya. Baik buruknya, salah atau benarnya dihukum oleh rakyat berasaskan di mana mereka berdiri.
Sekiranya Utusan Melayu tidak mempertahankan kedudukan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua lebih 40 tahun lalu dan tidak melawan arus sentiment para fanatik bahasa, maka orang Melayu hari ini benar berada dalam keranda.

SPR wajar jemput pengkritik nilai cara kendali pilihan raya


SEPTEMBER 27 — Nampak semakin jelas salah satu isu utama untuk pilihan raya kecil Bagan Pinang ialah undi pos, dan bukannya soal pembangunan atau nasib rakyat.
Undi pos, satu kemudahan yang diberikan terutama kepada anggota pasukan keselamatan yang perlu bertugas, sudah menjadi isu.Jika kita percaya teori konspirasi, kesangsian atas undi pos mungkin boleh menjadi salah satu langkah percaturan besar politik di dalam usaha menimbulkan kesangsian urusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Walau apa sekalipun, setiap pandangan dan kesangsian, yang bermotif politik atau tidak, mesti ditangani SPR. Jangan dibiar mereka menjadi penghakis tiang cerucuk kewibawaan institusi itu.
Bagan Pinang seolah-olah akan menjadi referendum di mana SPR akan dinilai, sama ada suruhanjaya itu betul-betul telus dan adil, atau di bawah telunjuk Barisan Nasional (BN) untuk menggunakan proses pengundian bagi menentukan kejayaan calon parti pemerintah.Walaupun sudah menang tujuh pilihan raya kecil setakat ini, dan menghampakan BN di beberapa negeri dan peringkat Persekutuan, Mac tahun lalu, pihak pembangkang masih menimbulkan kesangsian terhadap tindak-tanduk SPR.
Kata mereka, jika SPR telus dan adil, sudah tentu BN akan mengalami kekalahan yang teruk.
Itu adalah andaian politik yang mudah, tetapi cukup berkesan. Sebagai orang politik, ia adalah modal yang amat baik jika mereka boleh bercerita ke sana sini mengenang nasib mereka yang dianiaya kerja jahat SPR.
Cerita ini sudah dan sedang dicanang yang mana kesangsian mengenai ketelusan dan kesucian 4,604 undi pos di Bagan Pinang ditimbulkan.Maka jika kalah calon pembangkang kita tahulah kenapa dan oleh siapa - sudah tentulah kerja SPR dan undi pos. Jika pembangkang menang, undi pos dan SPR juga boleh dituduh kerana jika mereka tidak dicabuli, sudah tentu pembangkang akan menang lebih besar!
Bukankah calon pembangkang juga adalah penerima undi daripada sistem ini? Adalah satu kebongkakan politik jika kita menganggap orang yang mengundi secara pos tidak akan memilih mereka yang menentang pembangkang, sama ada calon daripada parti kerajaan atau bebas.
Rasanya serangan awal terhadap SPR adalah satu kempen yang strategik dan berkesan untuk menimbulkan kesangsian terhadapnya. Ramai yang tidak faham apa itu undi pos dan bagaimana fungsinya pun, kini tertanya-tanya hal undi pos. Apa lagi jika calon pembangkang kalah, mestilah undi pos punya hal.
(Di dalam hal berkaitan, rasanya adalah baik jika parti politik boleh berkempen secara terbuka kepada anggota keselamatan kerana mereka juga adalah anggota masyarakat dan mempunyai aspirasi dan keinginan untuk bersama menentukan bentuk dan arah tuju kerajaan yang mereka ditugaskan untuk dipertahankan.)
Serangan terhadap SPR ini harus ditangani bukan kerana ia menyokong kerajaan atau tidak, tetapi ia amat penting untuk menentukan suruhanjaya itu wujud sebagai institusi yang dipercayai dan dihormati.
Jelas kini ada cubaan untuk menghakis kepercayaan rakyat terhadap SPR. Jika ia berlaku, maka jadilah kita seperti negara jiran yang mana keputusan siapa pun, sama ada mahkamah atau Suruhanjaya Pilihan Raya negara itu, tidak dipercayai. Akhirnya bergilir-gilir protes di jalan raya, hari ini penyokong satu parti, esoknya parti lain pula.
Ini ialah kerana imej institusi dicabul dan kesangsian rakyat dibakar hingga memuncak. Ambil siapapun jadi ketua suruhanjaya dan apa sekalipun keputusan tidak akan diterima kerana oportunis politik berjaya menanam kesangsian dan kebencian di hati rakyat.
Namun demikian rasanya tidak terlambat untuk SPR menangani serangan ini. Cara yang paling baik ialah supaya ia menjadi ‘lebih terbuka daripada terbuka, dan lebih telus daripada telus.’
Maksudnya, walaupun leceh, SPR mesti menjemput pengkritiknya dan masyarakat umum untuk turut serta melihat bagaimana ia bekerja. Badan bukan kerajaan seperti Malaysian for Free and Fair Elections (Mafrel) dan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), walaupun agenda politik sesetengahnya jelas, mesti dijemput memerhati setiap kerjanya dari sekarang hingga ke Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU 13).
Jika undi pos yang menjadi isu, biarkan mereka mengikuti sepanjang proses dari membuang undi, hingga ke pengangkutan, penyimpanan ke pengiraan. Jangan dibiar apapun langkahnya menimbulkan kemusykilan.
Jemputlah semua media, arus perdana atau tidak, untuk bersama. Bukalah pintu kepada semua.
Begitu juga jika untuk isu daftar pemilih atau pengundi hantu atau pengundi berpindah dan lain-lain. Tangani secara terbuka dan telus. Ajaklah yang marah memberi cadangan, jika bagus, terima.
Bukan kita tidak percaya kepada Pengerusi SPR, tetapi bukan kata-katanya yang dipercayai pengkritik suruhanjaya. Yang lebih baik jika pengkritik, dari badan bukan kerajaan dan parti politik yang berkata SPR telus dan adil.
Kepada pihak SPR pula biarlah tindakan yang dilakukan konsisten, jika biasanya hari mengundi di hujung minggu, janganlah pula diubah hari atau dari satu kawasan ke kawasan lain. Jika pun diubah, berilah penjelasan yang baik, jika tidak orang akan tertanya-tanya dan syak wasangka.
SPR mesti faham bahawa setiap perbuatannya akan dinilai dan diberi makna berbeza oleh pihak yang berbeza. Jadi ia mestilah mencari keputusan dan cara operasi yang tidak boleh diolah untuk memberi makna berbeza dari seorang ke seorang yang lain.
Jangan jadikan isu undi pos salah satu modal politik yang akan menimbul syak wasangka di Bagan Pinang, dan seterusnya kesangsian terhadap keupayaannya berlaku adil dan saksama.
SPR mesti ingat setiap isu yang dibangkitkan adalah manifestasi kebimbangan dan kesangsian. Ia tidak boleh mengetepikan mereka walaupun dikatakan berbau politik. Ia tidak boleh semata-mata mengulang saja kata-kata ia telus dan adil.
SPR mesti berusaha menjelaskan dirinya dan seterusnya kalau boleh menjadikan pengkritiknya, yang lagi hebat lagi baik, untuk menjadi jurucakapnya pula!
Ambil peluang pilihan raya kecil Bagan Pinang yang mana tindakannya dipersoalkan, sebagai titik mula proses penjenamaan semula.
Jangan biarkan orang tertanya-tanya mengenai tindakannya kerana kesan jangka panjang amatlah berat untuk negara. Ini kerana jika kita mula sangsi, tiada siapa yang akan menang pada masa hadapan. - Zainul Ariffin