003
BAGAN PINANG, 27 Sept. | Pakatan Rakyat (PR) mendakwa gaji buruh ladang di Malaysia, termasuk di beberapa estet di sini adalah tidak adil.
Ahli Parlimen Telok Kemang Datuk Kamarul Baharin Abbas petang tadi mendesak kerajaan Malaysia melaksanakan polisi gaji minima RM900 untuk rakyat, bukannya memberikan duit raya bermotif politik kepada peneroka Felda semata-mata.
“Duit raya yang Najib (Perdana Menteri) umum itu gula-gula politik untuk ambil hati pengundi estet di sini. Sedangkan rakyat mahu polisi (gaji).” tegas Kamarul selepas bertemu rakyat Ladang Atherton, di sini.
Tambahnya lagi, isu gaji minima tersebut telah lama dibangkitkan penduduk setempat, bersama-sama badan bukan kerajaan JERiT; tetapi kerajaan dan anak syarikatnya (GLC) Sime Darby tidak pernah ambil peduli.
Pesuruhjaya PAS negeri Zulkefly Mohamad Hj. Omar mempersoal tindakan tergesa-gesa kerajaan negeri menurunkan para pegawai Badan Kebajikan Masyarakat untuk meredakan isu gaji minima itu.
“Mengapa hari ini (waktu pilihanraya kecil), baru pegawai-pegawai mereka turun nak selesaikannya, sedangkan rakyat mempersoal gaji yang tidak adil ini sejak sebelum 1999 lagi.”
Beliau turut meminta kerajaan jujur menyelesaikan isu-isu kebajikan tersebut, bukannya asyik bermain wayang dengan slogan 1Malaysia sahaja.
Adun Port Dickson Bandar M. Ravi (PKR) menehaskan bahawa gaji pekerja esten di Negeri Sembilan rata-ratanya di bawah paras kemiskinan.
“Dari tinjauan yang dibuat, rata-rata pekerja estet bergaji RM400, sedangkan kita (PR) tuntut dari Sime Darby (serta) kerajaan Umno BN gaji maksimum RM900 sebulan,” jelas M. Ravi.
Katanya lagi, sistem bayaran upah mengikut hari mengakibatkan buruh-buruh estet pernah mendapat gaji RM80 sebulan, apabila musim hujan berlaku.
Adun Rahang M. K. Arumugam (DAP) yang menyertai aktiviti turun bertemu rakyat tersebut pula, berkata, isu gaji minima ini perlu disampaikan secara neratif dari rumah ke rumah; kerana buruh terbabit hanya didedahkan dengan media arus perdana sahaja.
“Kita perlu tahu, buruh-buruh kerja perih (dan) tidak ada masa untuk akses internet dan sebagainya. Mereka hanya lihat berita berat sebelah dalam tv1, tv2, tv3 sahaja.”
Adun Lukut Ean Yong Tinsin (DAP) yang ditemui kemudian mahu isu gaji minima ini menjadi isu teras PR, walaupun ianya membabitkan minoriti rakyat India.
“Saya puas hati, bila Pakatan serius nak perjuangkan isu ini. Ya…ini isu minoriti penduduk estet, tapi semua (pemimpin) kita boleh turun bersama,” katanya.
Dalam perkembangan berkaitan, Ketua Kontijen PAS Selangor Cikgu Jaafar Samsudin bersama lebih seribu jentera dan ahli Kelab Penyokong PAS sedia diturunkan bergilir-gilir; demi menjelaskan isu tersebut.
Sidang Parlimen lepas, PR mendesak kerajaan mesyaratkan gaji minima buruh sebanyak RM800 sebulan, tetapi Menteri berwajib menegaskan ianya suatu yang mustahil.
Tetapi, kerajaan/kabinet baru-baru ini mengumumkan gaji minima untuk warga asing sebanyak RM800 sebulan.
Tarif pendapatan isi rumah di bawah paras keminkinan era 1970n adalah RM450.
Tarif pendapatan isu rumah di bawah paras kemiskinan sekarang adalah RM900.
Hanya kerajaan PR Selangor mendefinisikan pendapatan di bawah RM1500 sebagai rakyat yang layak menerima bantuan kerajaan negeri.
Perjuangan isu gaji minima RM900 yang diperjuangkan oleh rakyat di sini; dipercayai akan mencalarkan slogan 1Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak – Rakyat Didahulukan, Rakyat Diutamakan. -END