Sabtu, 26 September 2009

Titah menyokong Kerajaan BN: Itu hak Tuanku Sultan


Oleh Zukri Aksah
KUANTAN, Sept 26 — Titah Tuanku Sultan Pahang baru-baru ini seperti yang dilaporkan Bernama bahawa rakyat perlu terus bersama Kerajaan BN kerana agenda pembangunan yang dirancang dalam jangka pendek dan panjang bakal memberi manfaat berterusan kepada mereka telah menimbulkan reaksi tidak enak di kalangan ramai orang, terutama dari kem Pakatan Rakyat.
PAS Pahang sendiri turut menyatakan kekesalan mereka atas sokongan terbuka yang ditunjukkan Tuanku Sultan Pahang itu kepada BN.
Namun menurut Datuk Shamsuddin Nawawi, Setiausaha Politik Menteri Besar Negeri Pahang, kekecohan yang timbul cumalah satu cubaan memutar berita dari pihak-pihak berkepentingan. Sedangkan, tambah Shamsuddin, jika diteliti laporan yang disiarkan Bernama itu, titah Tuanku Sultan Pahang itu bukanlah untuk rakyat, tetapi untuk pemberita yang hadir ketika perasmian jambatan Kuala Krau.
Tegas Shamsuddin, Tuanku Sultan sebagai Raja Pemerintah Negeri Pahang sekarang berhak untuk bertitah demikian kerana Kerajaan Barisan Nasional yang memerintah Negeri Pahang sekarang adalah kerajaan yang menjalankan pentadbiran bagi pihak Baginda sebagaimana diperuntukkan oleh Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Pahang.
Bagi Shamsuddin, Tuanku Sultan tidak boleh dituduh dan disalah anggap mencampuri atau terbabit secara langsung dengan politik semata-mata kerana titah seperti yang dilaporkan Bernama itu. Ini kerana adalah hak dan kuasa Tuanku Sultan untuk menyerahkan pentadbiran kerajaan negeri kepada pihak yang Baginda yakini, yang pada masa ini adalah Barisan Nasional.
Shamsuddin sempat menempelak penyokong pembangkang kerana mempersoalkan kuasa Tuanku Sultan Pahang yang sudah termaktub dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri.
Jelas Shamsuddin, tindakan Tuanku Sultan menyeru supaya Kerajaan Negeri Pahang sekarang di bawah teraju Barisan Nasional terus disokong tentulah kerana keyakinan Baginda akan keupayaan Barisan Nasional untuk memberi dan membawa pembangunan kepada rakyat dan negeri Baginda.
Ini ujar Shamsuddin akan turut dititahkan oleh Sultan-Sultan di negeri di bawah penguasaan Pakatan Rakyat jika kerajaan yang ada sekarang, yang menjalankan pentadbiran bagi pihak Tuanku-Tuanku Sultan melakukan sesuatu yang baik untuk rakyat negeri mereka.
Shamsuddin dalam rumusannya mengingatkan kepada pihak-pihak berkepentingan yang suka mencari ruang keruh buat menangguk, bahawa titah Tuanku Sultan yang menyeru rakyat meneruskan sesuatu yang baik bukanlah bermaksud Baginda mencampuri urusan politik. Jangan terlalu suka mempertikaikan segala sesuatu sehingga tanpa sedar kedaulatan Raja-Raja Melayu sedang cuba diheret ke tahap yang rendah.

Dr M volunteers to run in Bagan Pinang

By Shazwan Mustafa Kamal
PUTRAJAYA, Sept 26 — Tun Dr Mahathir Mohamad today reaffirmed his stand that Tan Sri Isa Samad should not be nominated to represent Umno for the by-election in Bagan Pinang on Oct 11.
He also suggested sarcastically that Umno should nominate him to stand instead of Isa if there were no other suitable candidate.
He stated it would be a shame on the part of Umno and Barisan National (BN) as a whole if Isa won the by-election, and that this would directly impact the ruling coalition collectively.
“If I was in Isa’s shoes, I would step down immediately and support another Umno candidate. I would want the party to not nominate me but instead campaign for someone else in the party who is more deserving and qualified,” said Dr Mahathir here today.
Dr Mahathir has been a vocal critic of the possible nomination of the former Negeri Sembilan mentri besar, who was punished with a three-year suspension after the party’s disciplinary board found him guilty of vote buying during the Umno elections in 2004.
According to him, Umno stands a strong chance of winning the Bagan Pinang seat because the area was an Umno stronghold, but having a candidate who was found to have been involved in corruption does not speak well for Umno and BN.
“If Umno cannot find enough candidates, just choose me,” Dr Mahathir quipped.
Pakatan Rakyat (PR) has set itself the target of capturing the Umno stronghold but has acknowledged it as an uphill battle.
Critics speculate that Umno has a good chance of retaining the seat due to the high number of registered postal votes, which traditionally is a reliable vote bank for BN.
The Bagan Pinang Seat fell vacant following the death of incumbent Azman Mohamad Noor of Barisan National on September 4th. He won the seat in the last general elections after defeating PAS’ Ramli Ismail with a majority of 2,333 votes.


Bila tempua Selangor bersarang rendah..!!!

Rabu lalu, dalam berita bertajuk "Isu rasuah masih belum diberikan keutamaan, kata TI-M," Bernama melaporkan Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Datuk Paul Low berkata, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) belum memperlihatkan hasil yang diinginkan dan orang ramai menganggap suruhanjaya itu sebagai mengamalkan penyiasatan dan pendakwaan secara berpilih-pilih.

Hari ini, dalam berita bertajuk "Hasan Ali gets Selangor Umno support," Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor Datuk Noh Omar berkata, Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat) seperti cuba mengambil alih peranan SPRM semata-mata untuk kepentingan politik kerajaan negeri.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani itu juga berpendapat penyiasatan Selcat yang dibuka kepada awam hanya akan memalukan pegawai "sedangkan belum pasti mereka bersalah".

Saya bersetuju dengan Noh. Kalau benar SPRM mengamalkan penyiasatan dan pendakwaan secara berpilih-pilih, Selcat janganlah mengambil alih peranan suruhanjaya itu.

Bagaimanapun, saya tak setuju dengan kebimbangan Noh kononnya penyiasatan yang dibuka kepada awam hanya akan memalukan pegawai. Kalau tak bersalah, nak malu apa?

Saya kalau tak bersalah, nak siarkan siasatan ke atas saya ke seluruh dunia melalui CNN, BBC, Al Jazeera pun saya tak peduli. Siar pi la sampai ke langit pun.

Kenapa nak jalankan siasatan secara tertutup macam kes Miss X dirogol yang tak mahu identitinya diketahui umum atau macam kes Haslinda Merican? Kes-kes seperti itu melibatkan maruah. Jalang pun, kalau dia dah bertaubat, tak boleh dijatuhkan maruahnya dan tak boleh diaibkan dia dengan kegatalan zaman silamnya.

Tapi kalau tak bersalah, bapak kepada segala Selcat nak siasat pun, siasatlah!

Awat? Cina DAP malukan bangsa Umno? Laa, kalau betul Cina DAP tu nak malukan bangsa Umno, bukankah bangsa Umno itu hulubalang-hulubalang yang hebat? Kalau betul Cina DAP dalam Selcat nak malukan bangsa Umno, tak dak tulang belakang ka nak jerkah balik?

"Woi Apek! Lu kalau mau siasat, lu jangan bikin gua macam gua yang hantam itu duit! Gua bikin gua punya kerja ikut arahan atas punya orang. Gua tarak hantam itu duit. Lu boleh panggil siapa pun siasat, gua tak takut punya.

"Woi Apek! Lu ingat baik-baik, lu jangan kurang ajar!"

Adakah pegawai yang jerkah balik penyiasat Selcat itu boleh dibuang kerja semata-mata kerana dia berani mempertahankan nama baiknya jika dia tak bersalah? Apa nak takut? Insya Allah, takkan jatuh bangunan!

Apa nak takut, wahai para pegawai yang bersih, jujur dan tidak bersalah? Yang kita takut ialah bila tempua bersarang rendah. Contohnya, bila orang yang membawa kad keahlian PAS beria-ia membela bangsa Umno yang dilihat tidak tidak bersih, tidak jujur dan bersalah (Gambar di atas copy and paste dari Magick River)
 
by bakaq a.k.a. ~penarik beca

Jawab Dulu Bagaimana Peruntukan Habis Dalamasa 3 Bulan


Bekas Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Dr Mohamad Khir Toyo tidak perlu terlalu ghairah memecah-belahkan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor, sebaliknya perlu terlebih dahulu memberi penjelasan berkenaan salah guna peruntukan DUN yang dihabiskan dalam masa kurang daripada tiga bulan semasa Selangor di bawah pemerintahan Barisan Nasional, kata ADUN Kampung Tunku, Lau Weng San.

Katanya, Mantan Menteri Besar itu turut menuduh DAP memanipulasikan SELCAT bagi menunjukkan mereka lebih berkuasa berbanding parti-parti lain di Pakatan Rakyat.

Menurutnya, Khir Toyo dalam satu kenyataan yang diterbitkan akhbar tempatan Rabu lalu membidas DAP sebagai 'menggunakan SELCAT sebagai platform untuk menunjukkan kekuasaan mereka di negeri Selangor'.

"Sebenarnya, apa yang dituduhkan oleh Khir adalah bersifat spekulasi semata-mata dengan tujuan menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor,"demikian kata Lau dalam kenyataannya semalam.

Katanya, Selcat yang ditubuhkan oleh Dewan Negeri Selangor pada tahun 2008 untuk menegakkan prinsip-prinsip keupayaan, kebertanggungjawaban dan ketelusan di Selangor.
Katanya, selama 50 tahun BN dan UMNO mentadbir Selangor, prinsip-prinsip yang penting ini semakin terhakis, khususnya semasa Selangor ditadbir di bawah Khir Toyo.

"Bagi memulihkan kepercayaan orang ramai terhadap kewibawaan kerajaan Selangor, Dewan Negeri Selangor telah menubuhkan SELCAT yang ditugaskan khas untuk menegakkan prinsip-prinsip ini dalam pentadbiran kerajaan negeri melalui satu proses pemantauan yang belum pernah dilaksana di Selangor dan Malaysia tetapi sudah menjadi satu kebiasaan bagi sistem pentadbiran Demokrasi Berparlimen di negara-negara maju yang lain, khususnya negara-negara Komanwel, iaitu melalui pendengaran terbuka," katanya.

Lau yang juga Setiausaha DAP Selangor berkata, daripada terus mengaut di dalam air keruh, adalah lebih baik untuk Khir menjelaskan bagaimana beliau sebagai Menteri Besar pada masa itu membenarkan perkara itu terus berlaku.

"Kalaulah beliau yang benar-benar ikhlas dalam mempertahankan pegawai-pegawai kerajaan, maka saya menyeru kepada beliau agar tampil ke hadapan dan menjawab segala persoalan yang timbul", katanya. -TVS

Menteri Besar Selangor Dengar Penjelasan Hassan Ali Isnin Ini

   
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid  Ibrahim akan bertemu Exco Kerajaan Selangor, Dr Hassan Ali dan 9 pegawai daerah di Selangor bagi mendapatkan penjelasan mereka berhubung kritikan terhadap perlaksanaan pendengaran awam Jawatankuasa Pilihan Khas mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (SELCAT).

Mesyuarat tertutup itu akan dipengerusikan menteri besar sendiri bagi meredakan krisis yang menurut Khalid akibat salah faham itu, pada jam 8.45 malam, Isnin ini.

Hassan Ali diarah menjelaskan kenyataannya yang menyelar operasi Selcat, manakala kesemua 9 pegawai daerah termasuk Bakhtiar Husin yang mengadu diaibkan juga dipanggil untuk memberi penjelasan.

Khalid Ibrahim yakin isu ini dapat ditangani sebaik sahaja mendengar penjelasan daripada semua pihak. Beliau berkata adalah penting bagi sesebuah kerajaan bertindak dalam satu pasukan.

Prosiding Selcat yang terkini sedang menyiasat misteri adun-adun UMNO BN menghabiskan kesemua peruntukan negeri mencecah RM500,000 dalam masa dua bulan sahaja, sebelum Pilihanraya Umum ke-12, 8 Mac 2008.

Namun, para Pegawai Daerah yang dipanggil membantu siasatan merungut bahawa mereka disiasat tanpa belas oleh Selcat.

Selcat Selangor sebelum ini meraih pengiktirafan masyarakat sebagai mercu ketelusan dan keterbukaan selepas ia membongkar penyelewengan RM9.9 juta wang rakyat oleh isteri-isteri Adun BN melalui Badan Kebajikan Isteri-Isteri Wakil Rakyat Selangor (Balkis).

Pendengaran awam selcet kali kedua telah diadakan pada 8 hingga 14 september 2009 dan dipancarkan secara langsung oleh tv selangor.com dan tvantara.com.

MIC Bergolak Lagi

   
Barisan Nasional berdepan dengan satu lagi kemelut dalaman setelah parti komponen MIC kembali bergolak walaupun pemilihan parti berkenaan selesai 12 September lalu.

Terbaru, tujuh calon yang bertanding termasuk seorang calon jawatan Naib Presiden mahu keputusan pemilihan MIC diisytihar sebagai tidak sah.

Mereka mengemukakan empat surat aduan kepada Jawatankuasa Pemilihan sejak 18 September lalu dan mahu satu pemilihan baru diadakan.

Untuk rekod aduan sebegini pernah dikemukakan pada masa lalu namun tiada pemilihan baru diadakan.

Kumpulan berkenaan menggariskan sekurang-kurangnya enam pelanggaran utama peraturan pemilihan termasuk campur tangan Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu.

Samy Vellu dikatakan mengatasi keputusan Jawatankuasa Pemilihan melarang para pewakilan daripada membawa telefon bimbit masing-masing ke kawasan pembuangan undi.

Lima pelanggaran peraturan lain yang dikemukakan termasuklah:

- Calon Pasukan Presiden berkempen selepas tempoh larangan berkempen 12 tengah hari 11 Septembar dikuatkuasakan. Barisan calon Pasukan Presiden didakwa mengadakan sidang media berunsur kempen pada jam 3 petang 11 September di Ibu Pejabat MIC;

- Mendakwa akhbar milik keluarga Presiden MIC, Tamil Nesan menyiarkan rencana dan iklan-iklan yang berunsur kempen, menyokong dan memihak calon Pasukan Presiden pada hari pemilihan 12 September;

- Akhbar itu didakwa diedarkan secara percuma kepada perwakilan di Dewan Merdeka, PWTC pada pagi hari pemilihan;

- Melarang calon daripada mencatatkan pengiraan undi sedangkan ia dibenarkan sehari sebelum itu; dan

- Kira-kira 90 peratus pekerja di dewan pengiraan undi merupakan kakitangan Ibu Pejabat MIC, Koperasi Pekerja Jaya dan Institut Pembangunan Pendidikan Maju, bukannya pekerja bebas kalangan pelajar universiti yang dijanjikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan.

Proses pembuangan undi yang di sertai 1,460 perwakilan yang meyaksikan hampir 90 peratus calon Pasukan Presiden memenangi pemilihan berkenaan diadakan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Bagaimanapun empat calon bukan Pasukan Presiden berjaya memenangi kerusi Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC).

Pemilihan berkenaan menyaksikan jawatan Timbalan Presiden dimenangi Datuk G. Palanivel yang mengekalkan jawatannya buat penggal kedua berturut-turut.

Manakala Naib Presiden disandang oleh Datuk Dr. S. Subramaniam, Datuk M. Saravanan dan Datuk S.K. Devamany.

Dalam satu sidang media, Pengerusi Jawatankuasa Pemandu Pelanggaran Pemilihan MIC P. Balasubramaniam yang juga merupakan calon Naib Presiden berkata Jawatankuasa Pemilihan diminta membuat keputusan mengisytiharkan keputusan pemilihan lalu sebagai tidak sah.

Katanya kumpulan berkenaan juga mahu satu pemilihan baru diadakan. Sidang media berkenaan turut dihadiri oleh lima daripada tujuh calon yang mengemukakan aduan iaitu Subramaniam, Saaran Nadarajan, R. Anbalagan, Ananthan yang turut dikenali sebagai Kajang Ananthan dan R. Subramaniam.

Kumpulan berkenaan juga menganggap CWC yang bakal mengadakan mesyuarat pertamanya selepas pemilihan itu Selasa ini sebagai tidak sah.

Mengulas mengenai isu ini Naib Pengerusi DAP Selangor Charles Santiago berkata ia dengan jelas membuktikan krisis dalaman parti berkenaan tidak pernah tamat malah akan berlanjutan.

Menurutnya Samy Vellu juga berdepan dengan satu tamparan hebat kerana desakan ini secara langsung menggugat kredibilitinya sebagai presiden parti.

“Tetapi kalau ada kebanyakan pemimpin yang telah kalah bersatu dan mendesak mesti diadakan satu lagi pemilihan untuk memilih satu pimpinan yang boleh dipercayai dan ada keyakinan maka ini bermaksud krisis MIC tidak akan habis dan akan berlarutan.

“Kewibawaan Presiden MIC Samy Vellu akan menjadi lebih teruk. Orang tidak akan mempercayai dia dan setelah Najib (Perdana Menteri) mengatakan Umno akan berjumpa Samy untuk membincangkan proses penukaran pemimpin di MIC, ia telah memberi satu pukulan hebat kepada Samy Vellu,” katanya ketika dihubungi TV Antara.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan isu desakan mengadakan pemilihan baru ini didalangi Umno Barisan Nasional.

Katanya campurtangan Samy Vellu dalam pemilihan 12 September lalu jelas dan ia tidak dapat dinafikan setelah hampir 90 peratus calon Pasukan Presiden memenangi pemilihan berkenaan.

“Itu memang ada, campur tangan secara langsung ia adalah kenyataan sebenar tetapi apa yang malang cara MIC dikawal oleh Samy pegangannya begitu kuat dan kebanyakan dari penyokong-penyokong beliau telah mengambil kontrak kerajaan melalui Samy Vellu maka mereka terpaksa menyokong calon beliau,” katanya.

Tiga daripada empat surat yang dihantar kepada Jawatankuasa Pemilihan mendesak keputusan 12 September diisytihar tidak sah.

Sepucuk surat lagi meminta pemilihan baru diadakan selain mengisytihar pemilihan sebagai tidak sah.

Surat-surat berkenaan telah dihantar pada 18 September, 23 September dan 25 September.

Dalam pada itu, peguam jawatankuasa tersebut. S. Saraswathy memberitahu, Perlembagaan MIC membenarkan kes mereka dibawa ke mahkamah.

Bagaimanapun Akta Pertubuhan 1966 tidak menyediakan peruntukan sedemikian. Sehubungan itu pihaknya akan meneliti ruang-ruang lain yang sesuai untuk mengambil tindakan susulan.

Bagan Pinang: PR Sedia Hadapi Umno-BN

   
Pakatan Rakyat bersedia menghadapi apa jua taktik politik yang dimainkan Umno Barisan Nasional dalam kempen Pilihan Raya Kecil Bagan Pinang yang bakal bermula pada 3 Oktober depan.

Pesuruhjaya Pas Negeri Sembilan Zulkefly Mohamad Omar berkata Pas mengembleng segenap sumber dari peringkat akar umbi sehingga ke pucuk pimpinan negeri, dengan sokongan Kelab Penyokong Pas dan badan-badan bukan kerajaan.

“Kita mempersiapkan jentera dari peringkat akar umbi sampai ke peringkat negeri bersama dengan rakan PKR, DAP, Kelab Penyokong Kaum India dan NGO bersama untuk membantu kempen kita bagi memastikan kemenangan calon PR kali ini,” katanya.

Menurut Zulkefly, PKR Bagan Pinang akan menyaksikan pendekatan mendidik rakyat mengenai hak dan kuasa mereka memilih pemimpin yang berwibawa, bebas rasuah dan bertanggungjawab.

Pendidikan politik ini penting bagi menghadapi permainan retorik pembangunan Umno dalam setiap pilihanraya.

Zulkefly menambah pemberdayaan pengundi membuka mata masyarakat kepada manfaat sekiranya orang-ramai melantik pemimpin yang bersih, amanah dan bertanggungjawab.

“Kita tahu Umno penuh tipu muslihat. Masa pilihanraya mereka cuba buat baik, cuba hendak mengambil hati semua rakyat. Masa inilah dia nak bagi macam-macam kepada rakyat tetapi mereka tidak peduli langsung kehidupan rakyat sama ada orang Melayu, Cina atau India,” katanya.

DUN Bagan Pinang mengalami kekosongan selepas penyandangnya, Azman Mohammad Noor yang mewakili Barisan Nasional meninggal dunia pada 4 September lalu akibat jangkitan dalam darah.

Sementara itu Pengerusi Parti Keadilan Rakyat Negeri Sembilan Datuk Kamarul Baharin Abbas berkata Umno Barisan Nasional akan membangkitkan isu pembangunan dalam usaha menarik sokongan rakyat.

Sehubungan itu katanya, PR akan mendedahkan kegagalan Umno-BN menjaga kedudukan Bagan Pinang dari destinasi ulung di Selatan Tanahair kepada pekan koboi yang tidak lagi dikenali.

“Ini akan memberi gambaran Bagan Pinang sendiri di bawah Barisan Nasional dan Umno tidak membawa pembangunan yang disebutkan, jadi apakah perubahan yang akan dibawa di sini? Saya fikir rakyat tidak akan lagi memberi kepercayaan,” katanya.

Dari segi persiapan awal, Kamarul berkata Pakatan Rakyat tidak mempunyai masalah menghadapi PRK pada kali ini kerana terdapatnya jentera yang mantap disamping  kerjasama erat antara parti komponen Pakatan Rakyat

“Persiapan awal lancar kita hanya tunggu hari penamaan calon, organisasi jentera bergerak persiapan awal dari segi pentadbiran, kerjasama dengan Pas dan DAP bagus bersepakat dan sekarang kita bersedia dengan semangat,” katanya

Menurut Kamarul, PKR meletakkan sasaran mengurangkan majoriti Umno di peringkat Dewan Undangan Negeri. Beliau menambah Bagan Pinang adalah batu loncatan kepada operasi merampas Negeri Sembilan dari BN.

“Akan mengurangakan majoriti Barisan Nasional dan perbezaan hanya 2 atau 3 kerusi termasuk Speaker yang boleh menggugat kerajaan Barisan Nasional.

“Pertama kita mendekatkan jurang kurangkan majoriti Barisan Nasional Negeri Sembilan. Keduanya membuktikan pada rakyat Malaysia bahawa sokongan padu yang diberi rakyat kepada PR berterusan dan belum lagi luntur menunjukkan peningkatan memberi semangat kepada kita,” katanya.

Jentara parti DAP turut turun bagi memperkemas persiapan Pakatan Rakyat menghadapi PRK Bagan Pinang.

Pengerusi DAP Negeri Sembilan Loke Siew Fook berkata tinjauan awal mendapati Umno Barisan Nasional berada dalam keadaan yang amat tertekan.

“Saya rasa Umno lebih tertekan dari kita kerana mereka perlu menang di kawasan ini.Ini merupakan kubu kuat kepada mereka sekiranya mereka kalah ia bukan sahaja memberikan satu implikasi yang besar kepada Umno Negeri Sembilan tetapi Umno Malaysia keseluruhannya,” katanya.

Siew Fook berkata undi pos merupakan cabaran hebat kepada Pakatan Rakyat memandangkan proses kawalan ketat undi berkenaan memaksa pengundi pos tidak dapat membuat pilihan secara bebas.

“Sama ada mereka boleh membuat satu pilihan secara bebas. Saya yakin kalau undi pos ini diberikan satu kebebasan kepada mereka untuk memilih saya yakin bahawa tentera pun ada ramai yang akan menyokong kita,” katanya.

Khalid Abd Samad: Pakatan Rakyat Sudah Memenuhi Syarat PAS (Siri I)


Anwar Ibrahim khususnya, dan Pakatan Rakyat amnya, sudah canangkan 16 September 2008 sebagai tarikh tumbangnya kerajaan Barisan Nasional. Namun, 16 September sudah berlalu, dan tiada apa-apa perubahan dalam struktur politik negara.
PAS adalah antara komponen penting dalam Pakatan Rakyat. Di dalam PAS, antara yang kental mendukung operasi 16 September ini ialah Haji Ir. Khalid Abdul Samad, ahli parlimen Shah Alam. Selepas sidang akhbar Anwar Ibrahim pada 16 September, Ummahonline.com berjaya mendapatkan rumusannya tentang perkembangan politik mutakhir. Mari kita tinjau beberapa fakta menarik dalam wawancara ini.
Hari ini 16 September—Hari Malaysia. Sebagai ahli politik, apa perasaan anda pada hari ini?
Perasaan saya begitu ghairahlah. Ini kerana, saya rasa kita sudah berada di ambang perubahan sepertimana yang diwar-warkan selama ini. Dari segi tarikh 16 September, itu hanya sebagai satu simbol untuk menzahirkan kepimpinan kepada perubahan Malaysia yang baru. Walaupun tarikh tersebut yang disasarkan pada asalnya, tetapi oleh kerana tindakan dari pihak lawan, maka ini telah menyebabkan mereka berjaya untuk melewatkan sikit. Selain daripada itu juga, kita mempertimbangkan tentang keselamatan serta kemungkinan adanya tindakan balas sekiranya kita bertindak terlalu cepat. Jadi, untuk mengelak perkara tersebut, maka adalah difikirkan lebih baik kita melakukan tindakan sepertimana yang dijelaskan oleh Anwar Ibrahim sewaktu sidang akhbar tadi (16 September).
Namun demikian, tindakan tersebut tidaklah mengubah hakikat bahawa tarikh 16 September bagi Malaysia adalah tarikh yang mengemparkan dari segi potensi serta janji perubahan yang akan berlaku.
Anwar dan Pakatan Rakyat telah memohon pertemuan dengan Perdana Menteri, Pak Lah supaya proses peralihan kerajaan dapat dilakukan dengan lebih lancar dan licin. Tapi bagaimana sekiranya Pak Lah tidak melayan permohonan tersebut. Apakah tindakan Anwar khususnya, atau Pakatan Rakyat (PR) amnya?
Pertama sekali, kita harus memberi peluang kepada Pak Lah untuknya menunjukkan diri sebagai seorang yang bermaruah dan bertanggungjawab. Ini penting supaya Pak Lah dapat mendengar apa yang ingin kita katakan dan kemudian mengambil-kira hakikat bahawa PR mempunyai majoriti yang bersama kita. Jadi, kita beri Pak Lah peluang dan melakukan perbincangan secara tersusun serta secara tertib tentang proses peralihan kuasa. Ini bagi memastikan segala penyerahan maklumat, perpindahan tugas, dan lain-lain yang sepatutnya dilakukan dari kerajaan lama kepada kerajaan baru dapat dilaksanakan dalam keadaan aman damai.
Sekiranya Pak Lah tidak setuju untuk bertemu dengan kita, maka kita tidak ada pilihan lain. Jadi, kita boleh membawa persoalan ini pula kepada pihak yang lebih wajar. Antaranya ialah memohon mengadap Yang DiPertuan Agong, melakukan hebahan kepada media massa, ataupun menerangkan kepada masyarakat umum bahawa pada hakikatnya Pak Lah sudah tidak lagi layak menjadi Perdana Menteri kerana BN tidak mempunyai sokongan majoriti.
Tapi sehingga setakat ini media massa mahupun rakyat jelas tidak mengetahui maklumat terperinci mengenai siapa yang telah memberikan sokongan kepada PR? Jadi, bagaimana rakyat boleh bersikap untuk terus memberi kepercayaan kepada PR?
Pada hakikatnya, yang paling penting ialah kita telah punya majoriti serta jumlah yang minima. Jumlah yang tepatnya tidak perlu kita sebutkan, kerana kita khuatir akan ada tindakan yang tidak bertangggungjawab dari pihak BN nanti. Dan kalau kita sebutkan jumlahnya, maka BN akan kiralah dan nanti dia boleh buat agakan untuk tentukan siapa mereka yang bakal menyeberang. Sepertimana yang kita sedia ketahui, semua ahli parlimen kini sedang diawasi dan kemungkinan akan diambil apa-apa tindakan adalah sesuatu yang tidak dapat ditolak.
Jadi, kita tidak mahulah menyebut. Biar ada sedikit tanda-tanya.
Atau, apakah ahli parlimen BN yang mahu menyeberang ini tidak cukup keberanian sehingga tidak mampu untuk buat kenyaatan secara terbuka?
Memang itulah hakikatnya. Ini kerana kita tidak begitu yakin apakah tindakan BN sekiranya dilakukan kenyataan secara terbuka. Maka, langkah kita ini adalah untuk melihat dulu sebarang tindakan BN. Jika dia beri jaminan peribadi bahawa BN takkan bertindak dan menerima keputusan ahli-ahli parlimen yang ingin menyeberang itu, maka kita sedia buktikan kepadanya bahawa kita memang sudah ada nama-nama tersebut dan kita minta supaya segera dibincangkan tentang proses peralihan.
Sehingga setakat ini, apakah halangan yang maseh lagi wujud untuk Anwar menjadi Perdana Menteri, serta seterusnya membentuk kerajaan PR?
Yang pertama, adalah mengenai jumlah ahli parlimen BN yang mahu menyertai kita. Itu telah selesai. Yang kedua, soal syarat PAS yang telah diterima dan dipersetujui—di mana semestinya majoriti ahli parlimen dalam PR maseh terdiri daripada orang Islam. Dan yang ketiga adalah tindakan daripada pihak kerajaan BN sendiri, sama ada mereka akan bertindak menghalang ataupun sebaliknya ekoran kehilangan kuasa mereka itu. Tapi itu tidaklah bererti mereka tidak akan bertindak. Mereka mungkin akan cuba menggunakan kuasa polis dan sebagainya.
Apakah Anwar dan Pakatan Rakyat akan membentuk kerajaan rentas parti politik? Maksudnya, apakah kerajaan PR yang bakal dibentuk ini akan merangkumi semua parti politik utama negara. Bahkan, apakah barangkali mereka yang mahu menyeberang ini, bukan atas nama parti, sebaleknya atas nama peribadi sahaja? Adakah juga ahli parlimen yang mahu menyokong Anwar ini sampai perlu bertindak untuk meninggalkan parti mereka yang sedia ada?
Jika mereka maseh kekal dalam Umno/BN, saya fikir itulah adalah cara yang sukar kerana sekiranya tindakan tersebut dipersetujui oleh Anwar sekalipun, itu tidaklah bererti displin BN tidak akan ambil tindakan. Mungkin mereka akan pecat juga akhirnya orang-orang ini, ataupun sebagainya.
Maknanya, pada akhirnya BN/Umno secara rasmi tidak akan bersama dengan PR. Kalau ada individu Umno yang bersama kita, dan mereka tidak keluar parti, pasti dia akan dipecat dari parti juga nanti.
Anwar ada menyebut bahawa ada di kalangan menteri juga terlibat dalam kerajaan Pakatan Rakyat nanti. Bagaimana penjelasan anda?
Saya rasa itu tidak mustahil. Ini semua bergantung kepada tahap perbincangan yang diadakan oleh Anwar dan mereka. Saya sendiri rasa di situlah kelebihan yang ada pada Anwar kerana sebagai mantan timbalan perdana menteri, maka tentunya ia dikenali oleh orang-orang ini yang kemudiannya sanggup berhubung dengannya dan menyatakan pandangan mereka secara ikhlas.
Apakah Anwar telah mengumpan pemberian kuasa dalam kerajaan PR nanti sebagai tawaran untuk mereka yang ingin menyeberang?
Semestinya orang yang mahu memberikan sokongan itu tentu ingin melihat mereka juga diberikan peranan di dalam kerajaan yang baru nanti. Tetapi saya rasa, selain daripada persoalan ini, orang-orang yang dilantik itu semestinya juga merupakan orang-orang yang mempunyai kemampuan. Kita boleh terima langkah itu sebagai kompromi politik di mana orang-orang di Sabah & Sarawak turut diberikan jawatan. Tetapi yang penting, bagi kita ialah mereka mempunyai kemampuan dan mampu menjalankan tugas sepertimana yang dikehendaki.
Pertanyaan yang paling dasar sekarang ini, dan barangkali juga yang paling popular di kalangan rakyat ialah, siapa yang akan menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia dalam kerajaan PR nanti?
Saya rasa benda itu akan dirunding bersama nanti. Tetapi saya rasa, ianya tidak akan menjadi satu masalah untuk kita menyelesaikannya setelah mempunyai kuasa nanti.
Apakah PAS meletakkan syarat bahawa Timbalan Perdana Menteri (TPM) mestilah Melayu?
Saya rasa kemungkinan itu adalah antara perkara-perkara yang kita bincangkan bersama. Tetapi ada juga kemungkinan yang lain, iaitu terdapat lebih dari satu TPM. Maknanya bila kita sudah duduk bersama, dan masing-masing dengan membawa kekuatan masing-masing, maka di situ kita putuskan secara yang adil dengan mengambil-kira kekuatan serta sokongan yang ada pada semua pihak. Mungkin satu formula yang kita ada ialah, satu TPM dari PAS, satu TPM dari DAP, dan satu lagi TPM dari Sabah & Sarawak. Itu satu formula yang berkemungkinan.
Tapi sebenarnya apa yang kita lihat, dalam PR merupakan satu keadaan yang berbeza dalam BN. Dalam BN ada parti yang terlalu dominan, iaitu Umno. Sebaleknya di dalam PR ini, kita akan melihat satu keadaan di mana semua parti saling memerlukan, dan tidak ada yang terlalu dominan yang menyebabkan suasana “semak & imbang” itu lebih berkesan sekiranya dibandingkan dengan kerajaan di bawah BN.
Mengapa sampai perlu tunggu 16 September untuk membuat peristiyaran tentang kerajaan baru. Walhal, PR sudah mendakwa akan mengambil-alih kerajaan semenjak Mac 2008 lagi. Bukankah lebih wajar 16 September ini diangkat sebagai hari perubahan kuasa politik negara secara struktur, bukannya hari untuk mengistiyarkan saja?
16 September ini kita kenang sebagai hari Malaysia, dan Anwar telah umumkan lebih awal tentang perkara tersebut. Hanya menunggu dari segi usaha untuk mendapatkan jumlah yang mencukupi sahaja sebelum kita boleh istiyarkan. Ini Anwar punya anggaranlah.
Manakala selepas 26 Ogos, mungkin maseh ada lagi usaha untuk mendapatkan orang yang barangkali belum mencukupi. Jadi, kemenangan Anwar pada pilihanraya raya kecil Permatang Pauh pada 26 Ogos telah menambah keyakinan tersebut. Jadi, saya rasa sebelum 26 Ogos itu, mungkin ada yang ragu-ragu. Jadi, dari segi komitmen sepenuhnya itu memanglah tidak tercapai, sehinggalah Anwar mendapat sokongan rakyat yang bertambah kukuh pada 26 Ogos itu.
Justeru itu, antara 26 Ogos hingga 16 September ada banyak perundingan dan untuk membuat pengistiyaran yang lebih awal sudah terlalu dekat dengan tarikh 16 September. Maka itu yang menyebabkan Anwar menggunakan tarikh yang paling minimun 16 september, dan ini pula sedikit sebanyak dapat memenuhi kehendak dan harapan serta janjinya kepada rakyat. Saya kira mungkin Anwar mahu buat lebih awal juga, tetapi ada banyak halangan, termasuklah ahli-ahli parlimen BN yang terpaksa diangkut ke Taiwan pada saat-saat terakhir.
Jadi, kemungkinan asal yang dikehendaki memang pada 16 September. Tetapi kerana halangan-halangan tersebutlah, maka Anwar buat yang paling minima. Sekurang-kurangnya kita istiyarkan dulu. Jadi tidaklah 16 September itu berlalu tanpa apa-apa.
Saya fikir, kalau tidak ada halangan-halangan itu, sebelum 10 September lagi Anwar sudah boleh buat sepertimana yang dirancangkan. Tapi apa yang berlaku adalah sebaliknya.
Secara strukturnya, bila PR akan memerintah Malaysia?

Kalau harapan kita, kita mahu selesaikan dalam bulan Ramadhan ini supaya kita akan menemui Syawal dengan kerajaan yang baru.
Sumber: UmmahOmline.
(Wawancara ini mula diterbitkan pada 17/9/09)

Demokrasi yang saya fahami (11)


By : labu-labi,


ATM !!!!!
“Cogan Kata Askar Melayu ‘Ta’at dan Setia’.
Cogan Kata ini menunjokkan bagaimana ta’at dan setianya perajurit perajurit kita berkhidmat untuk nusa dan bangsanya”.
Sedutan kata kata dari buku bacaan dewan (buku teks bacaan rumi) sekolah rendah tahun 60an. Terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Pengarah DBP masa itu Syed Nasir bin Ismail (Allahyarham dianugerahkan Tan Sri semasa hayatnya). Harga $2.00.
Nusa – Negara
Bangsa – Rakyat
Berikut sedutan lain dari buku yang sama. Cetakan pertama 1965. Kedua 1967. Ketiga 1969.
Tajuk: Askar Melayu Diraja.
“Tiap tiap negeri dalam dunia ini, sama ada negeri itu besar atau kecil, mestilah mempunyai pasokan tenteranya sendiri. Didalam negara Malaysia…….. Askar Melayu Diraja telah banyak membuat sejarah gemilang untok negeri kita ini.
….. ura ura hendak menubuhkan angkatan tentera yang ahli ahlinya terdiri daripada anak negeri telah timbul dalam tahun 1913 tetapi kira kira dua puloh tahun kemudian, ia itu pada 1 haribulan mach tahun 1933, baharulah pasokan yang tersebut itu lahir ke dunia dengan diberi nama Askar Melayu.
……. orang yang mula mula sekali membuat cadangan supaya Tanah Melayu mempunyai angkatan tentera sendiri ialah al Marhum Sultan Iskandar Shah, sultan Perak pada masa itu. Beliau membawa cadangan itu kedalam Majlis Meshuarat Raja-raja bagi Negeri negeri Yang bersekutu, yang bersidang di Kuala Lumpur dalam tahun 1920. Cadangan nya itu disokong oleh al Marhum Raja Sir Chulan, Raja Di Hilir Perak, al Marhum Tengku Muhammad ibni al Marhum Yamtuan Antah, Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan dan al Marhum Dato’ Abdullah bin Haji Dahan, Dato’ Undang Rembau.
Sebagai percubaan, seramai 25 orang pemuda telah di pileh daripada lebeh seribu peminta yang datang dari seluruh Negeri negeri Melayu Yang Bersekutu ia itu Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang untuk mengambil latihan di Port Dickson.
Beberapa bulan kemudian bilangan 25 orang itu telah bertambah lagi. Daripada beribu ribu orang yang membuat permintaan, seramai 30 orang sahaja telah diambil. Begitulah beberapa kali jumlahnya itu bertambah tambah hingga dalam bulan Jun 1934 telah menjadi 150 orang. Pasukan Askar Melayu hanya terdiri dari orang orang Melayu sahaja. Hanya pegawai pegawai tinggi nya sahaja yang terdiri daripada orang Inggeris.
…… Askar Melayu ini telah memberikan khidmat yang cemerlang dan terpuji, maka pada hari ulang tahunnya yang kedua puloh lima ia itu pada 1 Mach 1958, DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong telah menganugerahkan gelaran DiRaja kepada angkatan tentera. Maka semenjak dari itu pasukan ini ……terkenal dengan nama Askar Melayu Di Raja. …….. pada masa ini Pemerentah Agongnya pun seorang jenderal Melayu.
Apabila berlaku peperangan Dunia Kedua ia itu Jepun menyerang Tanah Melayu dalam bulan Disember 1941, ….kekuatan Askar Melayu telah dibesarkan menjadi dua batalion …….
…… tersebut satu cerita yang mengharukan dan membangkit semangat kita ….. perjuangan seorang perajurit muda nama nya Leftenan Muda Adnan bin Saidi. ….. akhirnya menjadi korban benet Jepun, kerana mempetahankan Singapura ketika itu.
Selepas peperangan tamat ……pada tahun 1949 …penubuhan batalion ketiga. …… kekuatan Askar Melayu Diraja bertamabah dan pada tahun 1959 Batalion Kelapan di tubohkan………. Tiap tiap satu batalion terdiri kira kira lapan ratus orang ramainya.
Sunggohpun kekacauan tidak lagi berlaku di tanah air kita ini, ….Kewajipan dan tugas mereka sentiasa ada selama lamanya. Kalau tidak bertugas didalam negeri, mereka di hantar berkhidmat di luar negeri …. dibawah panji panji Bangsa bangsa bersatu”.
Tajuk: Berpayong Terjun Ka Tanah Melayu (Cerita tersebut pula, diambil oleh DBP dari Buku Lt. Nor Pahlawan Gerila).
“Pada masa sabelum perang Jepun dahulu banyak anak anak Melayu berkhidmat dalam angkatan laut Inggeris di Tanah Melayu ini. Apabila Jepun dapat mengalahkan Inggeris di Tanah Melayu banyaklah anak anak Melayu itu mengikut kapal masing masing berundor ke Ceylon (Sekarang Seri Langka) dan India.
DiIndia mereka berlatih cara cara perang gerila, ia itu perang dalam hutan. ……..Pasokan mereka dinamakan Pasokan 136.’
Salah seorang askar pasokan 136 itu ialah Enche’ Muhammad Noor. Dia terkenal dengan panggilan Leftenan Nor Pahlawan Gerila.
…….. Dalam pasukan yang terjun bersama sama saya ia lah Leftenan Kolonel P.G.J. Dobree, sebagai ketua pasokan, Haji Amran, Haji Bahari, Haji Husin, Jamal dan saya sendiri. …. pada bulan November 1944, kami mencubah datang ke Tanah Melayu tetapi oleh sebab awan tebal …… tidaklah dapat kami terjun.
…… kapal terbang yang membawa kami dari Calcutta ialah Kapal terbang jenis B-24. Penerbangan dari Calcutta ke Tanah Melayu mengambil masa selama kira kira sembilan jam……………..
Kami tetapkan mesti sampai ka Tanah Melayu pada 1.12.1944. Dalam percubaan sa-kali ini kami telah berjaya. Kami turun dengan selamat di Padang Cermin, sebuah kampong kecil dekat Kuala Temengor dalam jajahan Ulu Perak. ……. kami adalah rombongan yang mula mula sekali turun di Gerik.
…… kami berjalan ka Sungai Kuda kerana di sana lah kami chadangkan sebagai ibu pejabat. ……….
…………pada mulanya kami membuat sa buah bangsal pisang sa sikat sebagai tempat kami bertedoh. …….
Kedatangan kami telah disambut baik oleh ketua kampong. …………. Dia berjanji akan membantu kami dengan jalan menyimpan segala rahsia, mengajak anak buah nya berkerjasama dengan kami dan memerhatikan segala gerak geri askar Jepun yang datang ka Kuala Temengor”.
Buku Tawarikh Tanah Melayu Tahun 60an. Sekolah Menengah (Form V).
Tajuk: Pertahanan Tanah Melayu.
“Tanah Melayu tiada bersedia langsong untok menghadapi perang. Pengkalan Angkatan Laut (Inggeris) sudah siap tetapi kapal nya tidak ada. Dalam tahun1937 hanya ada lima batalion tentera sahaja (Inggeris) dalam Tanah Melayu. Tiga di Singapura, satu di Taiping dan Askar Melayu di Port Dickson. Sudah lah nyata ia itu Angkatan Laut British tidak akan berdaya hendak membantu mempertahankan Singapura dan Tanah Melayu.
Pegawai yang memerentah semua angkatan ini, yang mengandungi  3 ½ ketumbokan, ia lah Lt. Jenderal A.E. Percival. “
Diatas adalah sebahagian dari cerita sejarah yang dibaca, baik sebagai buku teks bacaan rumi, bagi sekolah rendah atau sebagai buku tawarikh (sejarah), bagi sekolah rendah dan menengah. Apa yang dipaparkan adalah sekadar untuk renungan bersama betapa tentera telah berkorban untuk kepentingan negara dan rakyat. Tentera tidak terlibat dalam politik kepartian. Dan sememangnya undang undang menghalang tentera dari terlibat dalam politik kepartian.
Kini angkatan tentera telah berkembang sesuai dengan perkembangan dunia semasa. Penambahbaikan demi penambahbaikan telah di buat. Temasuklah membesarkan ATM. Telah ada tiga unit besar, ia itu Darat, Laut dan Udara. Dari segi kelengkapanpun telah dipertingkatkan sesuai dengan perkembangan semasa.
Dalam tentera tidak banyak yang diketahui oleh rakyat berhubung penyelewengan hak rakyat. Setakat ini imej tentera masih berseh. Berbanding dengan PDRM. Mungkin mereka terpisah dari rakyat. PDRM duduk dengan rakyat. Tentera diperbatasan dan lebeh kepada menjaga keselamatan negara dari di cerobohi oleh pihak luar. Tetapi bukan bermakna semuanya berjalan seperti yang termaktub dalam perlembagaan dan peraturan yang ditetapkan. Selagi yang mentadbir itu manusia. Rasa lapar tetap ujud.
Kalau diperhatikan secara sepintas lalu. Semuanya ditauliahkan panji panji oleh DYMM SPB Agong. Tak dak dari kelompok ATM, ditauliahkan oleh PM atau Menteri Pertahanan atau mana mana menteri. Fullstop.
Agong tu maksudnya Payung Negara. Payung Negara tu maksudnya Payung Rakyat.
Rakyat tu maksudnya kita leeee……!!!!
Dari budak kecik sampai yang dah nak mati. Dari yang sengkek sampai yang kaya raya. Dari setingan sampai kepada rumah mewah. Itu Rakyat namanya. Selagi dia diiktiraf sebagai warganegara Malaysia.
Bermakna ATM (Darat – Laut – Udara – termasuk unit unit yang terlibat dengan ATM, perubatan ke, gaji ke, apa apa saja yang terlibat). Semua. Adalah hak rakyat. Fullstop.
Bila hak rakyat. Pasai apa mereka seolah olah ‘ROBOT BERNYAWA’ yang boleh diarah untuk kepentingan sesuatu pihak sahaja. Adakah kerana anggota ATM, bercogan katakan “Ta’at Setia’, maka diambil peluang oleh pihak yang berkepentingan dan kelaparan …….????
Contohnya kes Al Maunah.
Adakah ianya suatu kesah yang sukar untuk dimengertikan oleh rakyat yang dungu macam aku ni.
Sebab apa aku kata begitu….. ????
Banyak soalan yang tak terjawab apabila timbul pertanyaan.
Semua pertanyaan tersebut hilang di bawa arus masa …….!!!!
Antaranya:
1. Tak peghonah, bila berlaku sesuatu jenayah, pihak berkuasa kena lakun semula jenayah tu. Sekadar untuk meyakinkan orang, bahawa jenayah itu bukan sebuah lakunan. Ianya betoi betoi berlaku. Apa yang berlaku tu, memang mampu dilakukan oleh penjenayah tersebut.
Bab, betoi ke, tak betoi ke, itu kome punya pase. Aku serah kat kome menilainya.
Yang tentunya ianya dilakunkan semula. Bagaimana senjata yang ‘punya banyak’ boleh dicuri dengan hanya dua pajero sahaja.
Bagaimana bilik senjata boleh dicerobohi dengan mudah. Hanya melalui penyamaran sebagai pegawai tentera, macam dalam cerita ‘Mission Imposible’. Sedangkan yang mencuri tu bukan pro-pun, amatur pun tidak….. itu yang manjadi persoalannya ….?
Yang pasti, Semua itu dilakunkan semula.
2. Maunah tu bukan pegi seghang Agong pun. Seghang istana negara pun dak. Tak sebutpun nama Agong atau nama raja ke. Serang kampong berhampiran pun dak. Rompak kedai pun dak. Mengganas pun dak. Tapi berita kata, Maunah nak lawan Agong dan nak jatuhkan kerajaan Yang Dipertuan Agong. Aku pun rasa pelik, tak tau nak kata apa ….. !!!
Orang lain aku tak tau ……
3. Kalu kome semua masih ingat. Gambar Cik Puteh, dalam satu ’soghat abo’ kata dia seorang dari penjenayah tersebut. Siap tunjuk dia kena ikat tangan kat belakang, tengah duduk besila.
Esoknya, dalam ’soghat abo’ lain pulak. Gambo dia tengah terima anugerah. Diatas jasa sebagai orang kampong yang membantu memberi maklumat kepada pasukan keselamatan. Berkaitan aktiviti maunah.
Lepaih tu, dalam internet. Tersebo dua gambar yang diletakkan sebelah nyebelah sebagai bandingan percanggahan berita.
Satu kena tangkap – satu lagi dapat anugerah.
Tut tut tak lama lepaih itu pulak. Keluo berita kata, cik puteh mati bukan diracun.
Doktor yang keluo kenyataan. Tak  pase pase, deme pegi bukak cerita dalam media perdana, cik puteh mati bukan kena racun.
Angin idak, ribut idak, tau tau heboh.
4. Mike ingat tak bagaimana panglima tentera pegi ambik senjata dari ketua Maunah. Dia tepis ngan tangan aje. Be-depan ngan ketua Maunah. Tepis mesingun. Hebat panglima tu.
Maunah tu rakyat. Tentera adalah hak rakyat. Ditubuhkan untuk menjaga hak rakyat. Mengapa jadi begitu………!!!!!
Tentera pasti punya perisik yang ‘terer’. Tak kan berpuluh senjata boleh lepas kawalan tanpa maklumat awal.
Banyak lagi persoalan yang tak difahami oleh orang macam saya.
Ade le beberapa lagi, cerite pase maunah ni. Yang tak berjawab sampe kesudah. Akhirnya Ketua Maunah didapati bersalah. Dan Telah dihukum gantung hingga mati.
Bukan tujuan aku nak pertikai cerita lama. Cuma soalan soalan tersebut masih tinggal sebagai soalan.
Aku bukan nak tunjuk ATM tu tak elok. Mereka semua buat kerja dengan baik dan punya disiplin yang tinggi. Cuma bila ‘bapak tentera’ (ketua, le tu – indonesia sebut bapak), lapar sebagaimana menteri lapar maka itulah jadinya.
Kalau ketua tentera tegas, dia hanya untuk menjaga ketenteraman Negara, dan sentiasa berkecukupan. Tak se-lapar menteri. Maka eloklah anggota yang dibawah ni.
Ini Kes lain yang lebeh besar dari kes diatas….. tiada penamatnya.
Kes yang paling besar dan paling tak boleh diterima oleh semua ialah ‘UNDI POS’.
Kerana undi pos inilah, PM sekarang pernah digelar sebagai ‘wakil pos’ . Bukan kerana dia pernah menjadi menteri ‘Tenaga, Telekom dan Pos’.
Dia mendapat gelaran tersebut, kerana dia pernah menang dengan bantuan undi pos. Pada masa itu. Kini dia seorang PM.
Undi pos banyak menyelamatkan calon calon yang hampir tewas. Kerana undi pos ini datang tepat pada waktunya. Bila diperlukan.
Undi pos setakat yang aku tau le. Mungkin aku silap. Tak pernah diistiharkan sebelum pengiraan undi orang awam dijalankan. Ianya datang selepas pengiraan undi awam selesai dijalankan.
Tak ada sape cuba bawa cadangan. Supaya istihar dulu undi pos, berapa setiap calon yang bertanding dapat, disetiap kawasan yang terdapat ‘UNDI POS’. Lepas tu baru kira undi awam. Ni dak, dah kira undi awam, baru undi pos sampai. Memang le boleh boh ikut suka. Dah tak ada sape boleh ‘check’ berapa patut undi pos disetiap kawasan tu. Boh pi le berapa suka. Pastu istihar, kawasan tu ada tiga batalion. Kawasan ni ada satu batalion. kawasan ni hanya ada satu kem.
Contoh nyata, berlaku di kedah, aku lupa, tapi belah belah kuala ketil kottttt……. undi pos dipertikaikan. Tak padan ngan kem yang ada. Undi besar (Banyak). Kem sementara jeeee.
Oleh kerana keputusan undi pos adalah muktamad. Dia seolah olah menjadi ‘hakim mahkamah UNDI’. Tidak boleh dipertikaikan. Sape yang mengundi pos disitu. Berapa banyak. Macam mana undi pos untuk satu satu kawasan tu dijalankan.
Ishhhh banyak le yang pelik pelik berlaku….
Yang ada, hanya ditunjukan UNDI POS dibuat (dijalankan) di dalam Kem. Tapi untuk kawasan mana dan berapa. Tak di tetapkan.
Pernah ketua pembangkang ‘Lim Kit Siang’ pada suatu waktu dahulu, bertanya dalam parlimen. Bagi mendapatakan maklumat bilangan tentera disesuatu tempat. Tujuannya untuk mengenalpasti bilangan sebenar undi pos. Tetapi jawapan menteri. Mudah. Untuk Keselamatan. Bilangan tersebut tidak boleh dibocorkan. Fullstop.
Penyelewengan keperluan ATM. Yang tu aku tak mahu sentoh, pase ianya bersiri. Kapal terbang yang masih tersadai di Gurun Arizona tu. Berapa puluh biji. Sampe la ni dok ade lagi. ‘Keling botol’ pun tak mau. Yang bawak baliknya berapa jeee…. tu pun dah bunuh pilot berapa tahhhh….. tu cerita kecik jeeee…
Banyak lagi TLDM ngan sejarahnya sendiri dari dulu hingga la ni, bot laju yang tersadai kat lumut tu pun dah berapa kali ‘TOP-UP’ duit dan masa. Tetap tak siap juga. Darat ngan cara darat dia, TUDM ngan cara TUDM dia… tu baru ‘hearsay’ dari kawan kawan kampong yang jadi askar. Belum temuduga dalam parlimen lagi.
Tapi bila sebut pase parlimen ni…. aku naik meluat juga kadang kadang tu….. seolah olah tempat bergurau senda dan maki hamun….. tipu muslihat….. macam tak bersungguh …… ‘che’ tanya dan ’shut up’ kan yang saja nak kacau daun ….. mana pegi semua duit yang diluluskan dalam parlimen…. minta keluarkan secara terperinci dalam berita dan media…. ni dak …banyak main dari buat kerja … pastu undi, angkat tangan …. setuju … lulus peruntukan tambahan …..
Pastu dalam ceramah sebok ….. seleweng sana, seleweng sini. Tipu sana, tipu sini……!!!!!
Dalam parlimen tak mintakpun secara terperinci perbelanjaan yang diluluskan…..!!!
Seperti PDRM juga. Ketua ATM perlukan seorang yang benar benar rakyat, merakyat dan bertaqwa. Kalau tidak rakyat akan ditipu melalui pintu ATM. Bukan ahli ATM tu yang ganas. Tapi digunakan untuk penyelewengan yang pelbagai.
Jangan sampai pengorbanan ATM yang begitu panjang di persia siakan. Kerana berketuakan orang yang lapar.
ATM dan Rakyat ………… !!!!!!

Politik SEMPIT dalam pemikiran AHLI POLITIK.!!!!

Inilah yang dikatakan fenomena ahli POLITIK yang suka main POLITIK sehinggakan bila sudah memegang kuasa dan pangkat semua dilupakan.tak abis-abis isu ketidaksefahaman antara pemimpin PR yang ada.Ada sahajalah bunyi-bunyi yang sumbang yang cuba untuk menjatuhkan kredibiliti Pemimpin -Pemimpin PR yang lain.Penyakit yang dulunya ada pada pihak MUSUH kini dah dilihat menular ke dalam DIRI beberapa individu dalam kepimpinan PR.Semua mula nak tunjuk KEISTIMEWAAN untuk menjadi HERO dan bukan HERO yang tolong RAKYAT tapi HERO yang sibuk nak melobi diri sendiri utuk pegang KUASA.

Aku bukan nak mengata atau nak tibai sesiapa tapi aku nak semua Pemimpin PR yang ada buka mata dan sedar la sikit tentang apa yang hangpa dapat la ni.Korang ingat siapa yang bagi korang kuasa sampai dapat duk selesa lagu ni.Korang kena ingat dari ILMU ALLAH swt yang diberikan pada akal manusia untuk mengundi tu la maka adanya kepimpinan dan orang yang nak di pimpin.Orang yang bagi hangpa kuasa la ni ialah RAKYAT..!!!!

Apsal yang korang ni BUTA HATI sangat ek.Tak reti nak tengok mana yang baik dan tak baik.Kalau dulu sebelum dapat kita duk kata kat orang bagi peluang,tapi la ni bila dah dapat semua harapan RAKYAT korang buang dalam BAKUL SAMPAH yang korang perjuangkan ialah DARJAT dan juga KUASA..!!!!Korang jadi BISU,PEKAK dan BUTA dalam menggalas AMANAH sebenar yang RAKYAT nak korang buat..!!Woi aku nak bagi hangpa ingat yer korang rasa kalau takde RAKYAT korang ni ada apa ek,apa pun takde jangan berangan la...

Dulu hangpa duk kata kat UMNO duk tipu dan mainkan perasaan RAKYAT tapi la ni akibat dari segelintir yang GILA kUASA dan TAMAK HALOBA habis semua terpalit dengan TAIK yang dibawa sehinggakan asas perjuangan sebenarnya pun hilang tah kemana...!!!Korang jadi kan RAKYAT ni macam BATU LONCATAN bagi mencapai sesuatu akibatnya RAKYAT juga yang merana..Hati dan Perasaan RAKYAT hangpa mainkan,sehinggakan RAKYAT duk susah juga..

Aku rasa dah sampai masanya PEMIMPIN dalam PR mengenali apa maksud PAKATAN RAKYAT,rujuk la sesuatu benda tu dulu sebelum semua pakat melatah nak tunjuk HERO..!!Bukan RAKYAT yang perlu ditarbiyahkan sekarang tapi Pemimpin yang ada yang perlu diingatkan kembali asas dan perjuangan sebenar mereka.INGAT..!!!!Rakyat memandang gerak diatas,KUASA sebenar yang akan menentukan hala tuju parti politik dalam negara ni datang dari ALLAH swt kepada RAKYAT dan RAKYAT TUAN dalam ISU ni so jangan nanti RAKYAT menyampah ,apa pun korang TAK dapat..Ada FAHAM!!!!

Aku tak kata semua pemimpin PR perosak tapi yang dah nampak gaya macam nak jadi PARASIT tu baik di buang atau diubatkan sebelum jadi PARAH..!!Bukan nak melemahkan,tapi nak mengingatkan..ADOIYAI!!!!

Benarkah Pegawai2 Kerajaan Dihina dalam Sessi Soaljawab SELCAT?Jawapan kepada Kenyataan Dato' Hasan Ali



Dato Hasan Ali dalam kenyataan terbaru beliau (yang saya rasa disediakan oleh Roslan SMS yang tak berapa bijak tu) Dato Hasan mengatakan:

“Sesi penyiasatan yang menggunakan kaedah menghina serta menjatuhkan maruah disamping lahirnya unsur tekanan sehingga mencetuskan ketegangan jelas tidak mencerminkan objektif dan falsafah penubuhan SELCAT. Akibat kaedah ini maruah dan harga diri para pegawai kanan kerajaan telah teruk tercalar dan moral mereka menurun.”

Inilah dia Dato Hasan, bila dia ambil penasihat2 yang hanya tahu membodek padahal penasihat2 beliau itu semuanya tidak cerdik dan dangkal pemikiran.
Tidakkah penasihat-penasihat Dato Hasan ini sedar bahawa ada wakil PAS dalam SELCAT? Wakil PAS dalam SELCAT adalah YB Saari Sungip.
Sekiranya dakwaan Dato Hasan ini benar, mengapa YB Saari Sungip tidak menyokongnya? Mengapa YB Saari Sungip malah mencadangkan Dato Hasan dihadapkan kepada “Select Committee” bagi dibicarakan atas alasan tatatertib kerana mempersoalkan SELCAT?
Dan kesemua ahli SELCAT menafikan berlaku usaha menjatuhkan maruah serta wujud unsur tekanan dan ketegangan. Hakikatnya ialah berlakunya ketegangan itu adalah lumrah kerana ianya membahaskan isu yang sensitif seperti itu?

Soalnya sekarang apa perlunya JK SELCAT mahu menjatuhkan maruah pegawai2 kerajaan ini? Apa untungnya JK SELCAT berbuat demikian kerana akhirnya mereka juga terpaksa bekerjasama dengan pegawai2 ini apabila mereka mahu menjalankan kerja2 wakil rakyat mereka?

Saya cabar Dato Hasan dan kuncu2 nya menafikan khabar ini. Bahawa para DO2 ini di bawah platform “PROMIS” , sebuah persatuan tidak berdaftar yang dianggotai oleh pegawai2 kerajaan dari daerah dan PBT , telah datang mengadap Dato Hasan dan mengadu kepada Dato Hasan berkenaan dengan apa yang mereka telah hadapi dalam prosiding2 SELCAT.
Dalam perjumpaan tersebut, pegawai2 ini telah melonjak ego Dato Hasan dengan mengatakan bahawa hanya Dato Hasan harapan Melayu dalam pentadbiran Selangor. Dan Dato Hasan terus mempercayai puak2 ni TANPA merujuk kepada wakil PAS dalam SELCAT, yakni saudara Saari Sungip.

Seterusnya kenyataan itu berkata:

“Sepatutnya siasatan SELCAT yang berkisar sekitar perbelanjaan peruntukkan ADUN-ADUN BN dalam kerajaan dahulu tidak sekadar memanggil pegawai-pegawai daerah untuk memberikan keterangan tetapi juga memanggil ADUN-ADUN yang berkenaan. Dengan cara ini SELCAT akan memperolehi maklumat yang seimbang tanpa menyalahkan satu pihak semata-mata.”


Apakah Dato Hasan tidak sedar bahawa tanpa kerjasama dari pegawai2 ini, tidak mungkin peruntukan yang berjumlah RM450k per DUN dapat dikeluarkan dalam masa kurang dari 2 minggu? Seharusnya pegawai2 ini harus dipersoalkan mengapa boleh peruntukan2 ini dikeluarkan dengan begitu cepat sedangkan pegawai2 ini berkuasa untuk memproses permohonan dengan kadar masa yang berpatutan?

Apakah begitu dangkal sekali pemikiran Dato Hasan sehingga tidak sedar bahawa tidak mungkin UMNO dapat menggunakan wang rakyat untuk kempen mereka sekiranya tiada kerjasama erat dari pegawai2 kerajaan yang ada sekarang ini?

Dan sekiranya pegawai2 kerajaan ini benar2 dipaksa dan disuruh untuk melakukan korupsi, apa yang perlu ditakuti oleh mereka? Mereka boleh memberitahu kepada SELCAT bahwa mereka mendapat arahan dari UMNO untuk melepaskan peruntukan yang berjumlah ratus ribu ringgit per DUN itu dan mereka terpaksa menuruti? Mengapa mereka perlu mempertahankan tindakan mereka sehingga berlaku sedikit ketegangan dalam persidangan mereka?

Lagi satu kenyataan yang menampakkan kebodohan serta kedunguan Dato Hasan serta penasihat2 beliau:

“Sebaliknya apa yang saya cadangkan adalah supaya keanggotaannya dipilih dari kalangan ahli-ahli dewan negeri Selangor yang berwibawa, dan memiliki kepakaran dan kebijaksanaan setaraf dengan keanggotaan Surhanjaya Di Raja, demi memilhara kehormatan institusi SELCAT itu sendiri.”


Saya cabar Dato Hasan dan penasihat2 beliau supaya tunjukkan apa kurangnya kelayakan ahli2 SELCAT yang ada sekarang? Adakah mereka tidak ada pengalaman? Adakah Saudara Azmin Ali tidak pernah berkhidmat di bawah bekas Menteri Kewangan Malaysia? Adakah Teng Chang Kim itu bukan berkelulusan undang2?

Sekali lagi, berhentilah buat kenyataan2 yang dangkal dan bodoh. Masaalah Dato Hasan adalah penasihat2 beliau adalah dunggu dan bengap. Jadi, Dato Hasan pun jadi dunggu juga. Itulah masaalahnya.

Tulang Besi

Haruskah Politik Yang Meruntuhkan `Originality` Islam ?

BULETIN الحضارة~*BIL:68/Syawal 1430

AL - HADHARAH

Subhanallah! Maha suci Allah swt yang telah menurunkan Agama Islam. Sabda Nabi bermaksud `Islam itu tinggi, tidak ada yang lebih tinggi darinya` Rawahul Bukhori. Selawat dan salam penghormatan kita berikan kepada Nabi serta Rasul, Muhammad saw, kaum keluarga dan para sahabat Baginda yang dimuliakan semuanya insyaAllah.

Terlebih dahulu saya ingin memaklumkan kepada semua khalayak pembaca sekelian bahawa bicara kali ini, saya fikirkan perlu untuk kita kembali membincangkan perkara atau topik yang saya timbulkan dalam

Browser Anda mungkin tidak bisa menampilkan gambar ini. buletin-buletin yang lepas terutamanya Bil 64 & 65 kerana apa yang saya dapati telah menjadi perbincangan beberapa orang individu yang tidak boleh saya nak `ignore` begitu sahaja terutama dalam blog Kedah Lanie dan blog seorang saudara kita dari Bangi.

Perlu diperjelaskan di sini, bukanlah niat perbincangan kali ini ataupun sebelum ini, malah insyaAllah yang akan datang untuk menabalkan sesiapa pun pemenangnya, yang kita akan angkatnya sebagai jagoan. Jika pun perlu untuk diangkat atau ditabalkan sebagai jagoan ialah pemikiran ummah itu sendiri yang perlu sedar bahawa merekalah paling berkuasa (selain Allah swt ) di bumi ini bukan `pemikiran rakyat` untuk menentukan untung nasib ummah sendiri. Pemikiran ummah yang bebas dari segala rangkaian belenggu tirani, thoghut, taasub, ulama` ussu` cari makan, jumud, jahil, jahat, berkepentingan yang bukan kepentingan ummah dan lain-lain lagi. Sebagaimana di dalam hadith yang bermaksud: “Dibawa ilmu ini (agama) dari setiap generasi (ke generasi lain) oleh golongan yang adil (pertengahan), mereka menyekatnya dari penyelewengan golongan pelampau, ciplakkan golongan pendusta dan tafsiran golongan jahil”

Dr Yusuf al-Qardhawi Buku Kebangunan Islam Di Antara Tentangan & Extremisme

Pertama, merujuk kepada saudara kita, difahamkan seorang pensyarah serta beberapa orang blogers yang memberi komentar dalam Kedah Lanie, meminta saya yang bukan ulama` supaya tidak terus mengupas persoalan-persoalan besar dalam agama seperti Negara Islam, kepimpinan Islam, Harakah Islam dan perjuangan Islam itu sendiri. Seterusnya ada yang menyatakan saya cuba menyuburkan kembali budaya mengkufurkan saudara sesama Islam (Nauzubillah..memang berat telahan yang telah disandarkan kepada tulisan-tulisan saya). Malah ada pula yang mungkin berfikiran sekular Artatuk mengisytiharkan `perang` dengan orang-orang yang seperti saya.

Walau apapun telahan mereka.. rakan, musuh atau saudara ummah sendiri, saya terpaksa menghadapinya jua kerana bukan kemampuan saya untuk mengubah `hati-perut` seseorang. Sebagai seorang individu ummah yang insyaAllah berpegang dengan tunjuk ajar Nabi saw dan generasi awalan, walaupun saya memang bukan dari kalangan ulama` tetapi saya berkeyakinan berdasarkan pengetahuan saya yang serba sikit, tidak pernah ada larangan untuk setiap ummat dari berfikir dan berbincang dari yang sekecil-kecil perkara sehinggalah yang sebesar-besar perkara di dalam ajaran Islam.Yang adanya ialah tuntutlah ilmu dari dalam buaian hinggalah ke liang lahad, berguru dan bertanyalah kepada yang lebih tahu. Kerana Islam itu hak ummah dan untuk menjaga kepentingan ummah, maka ummat Islamlah yang lebih berhak untuk `memungut` kembali barangan (ilmu) yang telah hilang darinya selama ini, di mana saja ummah menjumpainya.

Bagi saya kebenaran mutlak itu hanya Allah swt sahaja yang mengetahuinya. Tetapi bagi kita sebagai makhluk belajar, berfikir, berbincang, pembacaan, tulisan dan sebagainya adalah jalan-jalan untuk mendekatinya dengan izin Allah. Seorang Arab Badwi bebas memberikan pandangannya kepada Rasul saw, seorang individu ummah marhean pernah menghunuskan pedangnya di depan Khalifah Umar sebagai amaran kepada penjaga amanah. Kebebasan bersuara ummah dengan kepimpinan ummah (pemimpin) satu hal yang berlainan tetapi ada kaitan jangan terkeliru. Kebebasan bersuara ummah tidak boleh disekat atau disakat maupun untuk disekeh, ianya perlu disuburkan. Baru ummah sentiasa terjurus untuk menjadi lebih cerdik dan matang bagi memilih pemimpin-pemimpin dikalangan mereka. Pada ketika itu, bila orang-orang yang matang dan cerdik-cerdik belaka memilih tentulah yang `tip-top` menjadi pilihan mereka. Sebab itu sampai bila pun demokrasi tak akan sama 100% dengan ajaran Islam. Mereka mengeksploitasi suara orang ramai yang lemah dan kurang cerdik bukan nak bagi orang ramai sentiasa cerdik.

Fahaman yang membeza-bezakan atau mengujudkan kasta-kasta atau protokol-protokol tertentu bagi menyekat manusia berfikir serta berbincang perihal agama untuk kepentingan manusia sejagat hanya ada dalam ajaran jahiliyyah seperti Kristian, Hindu dan segala ajaran kufur. Mereka cuba menyekat kerana mereka takut manusia tidak akan menyembah dan menafikan `ketuhanan` atau kekuasaan mereka di atas bumi ini. Mereka takut dan cemas jika manusia beriman hanya kepada Allah swt sahaja tanpa sekutu-sekutu lagi. Segala sistem yang mereka pertahan dan sayang itu tidak akan terpakai akhirnya..



Seterusnya kepada mereka yang mempertahankan juga sistem demokrasi yang berjalan di Malaysia dan beranggapan perjuangan politik mereka untuk menguasai parlimen boleh merealisasikan cita-cita mengujudkan Negara Islam walaupun bercanggah dengan sunnah yang Nabi saw tunjukkan iaitu menolak tawaran menguasai parlimen Mekah (Darun Nadwah) tetapi berusaha dan membangunkan Daulah Islam Madinah dengan usaha serta titik peluh keimanan dan keyakinan ummah sendiri. Golongan yang masih menganut fahaman ini bagi saya, sebenarnya begitu lama `tertidur`.. kemudian apabila terjaga lalu bingkas bangun dan mendapati kuasa pemerintahan ummat Islam telah hilang dari tangan ummah.

Ummah secara keseluruhannya seperti `kerasukan` atau tidak sedarkan diri bagaikan orang mabuk, dengan budaya asing atau pengaruh barat dan kebendaan terlebih dahulu lagi (sebelum kehilangan), dalam keadaan yang begitulah sebenarnya mereka `kehilangan` kuasa politik tersebut. Keadaan ini menjadikan mereka terpinga-pinga dalam separa sedar, mereka menyangka bahawa langkah pertama mereka mestilah mendapatkan kuasa politik itu kembali. Sebenarnya ummah harus menyedari kuasa politik yang hilang itu bukan yang pertama, bukan yang pertama tetapi yang terakhir sekali hilang atau terlepas ke pihak musuh!

Jadi untuk ummah seluruhnya mendapatkan kembali semuanya itu perlulah kita mulai dari titik atau garis permulaan kita yang sebenarnya. Sebagaimana semua permulaan seruan para Nabi dan Rasul kepada ummat mereka dahulu. Seruan mentauhidkan Allah swt, membina kembali kekuatan ukhuwah dan semua asas-asas kehidupan ummah. Sebab itu ulama`-ulama` terdahulu yang sedar mereka enggan menghimpunkan angka-angka `0` jika banyak mana sekalipun didarabkan `0` = 0 hakikatnya. Buletin al-Hadharah Bil 11

Golongan ini masih percaya untuk mengembalikan semua kehebatan serta kegemilangan Islam yang telah sirna itu dengan mengambil terlebih dahulu politik atau pemerintahan ummat ke tangan mereka sedangkan kuasa pemerintahan Khilafah Othmaniyyah yang hilang di awal kurun ini adalah yang terakhir sekali jatuh dan terlepas. Kekuasaan Islam yang terlepas atau jatuh tersebut bukan seperti benda atau barangan yang boleh kita pungut semula begitu sahaja kerana untuk mengembalikan semula kekuasaannya itu perlulah mengikut peraturan fitrahnya kembali `back to the starting point`.Lihat kembali, susun semula bagaimana Nabi saw, generasi awalan asaskan perjuangan sehingga dinikmati ummat beribu tahun lamanya. Barulah ketentuan Allah swt mengkehendaki Khilafah Othmaniyyah itu jatuh sebagai pengajaran dan iktibar bagi ummat.

Maaf atas keterbatasan ruang dan insyaAllah saya akan sambung semula perbincangan ini pada keluaran seterusnya. Dari Ibnu Ramadhan. ``qulil haq walau kana murron``

-katakanlah kebenaran itu walaupun ianya pahit-

Diterbitkan oleh: Penerbitan Sanaabel No 8A, Kg Permatang Saga, Pinang Tunggal 13200 Kepala Batas, Seberang Perai Utara, P.Pinang M`sia. Tel:016 4282156 email: p.sanaabel@gmail.com atau layari blog kami: http://sanaabel.blogspot.com/

Anggota MIC Dakwa Perhimpunan MIC 12 Sep Tidak Sah...???

Setelah dikejutkan dengan penubuhan Parti makkal Sakti, kini MIC menerima tamparan lagi bila tujuh anggotanya menubuhkan jawatankuasa penaja yang dikenali sebagai "Pro-Tem MIC 2009 Election Irregularity Committee', mahu pemilihan parti diadakan semula kerana mendakwa terdapat penyelewengan pada pemilihan MIC 12 Sept lepas.

Setiausaha jawatankuasa penaja itu N. Saaran berkata pihaknya telah membangkitkan beberapa isu dalam surat aduan yang telah dihantar kepada Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan MIC Datuk K. Vijayanathan termasuk salah guna kuasa Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu ketika pemilihan itu berlangsung.

"Kami merumuskan bahawa Jawatankuasa Pemilihan yang mengendalikan pemilihan MIC adalan tidak bebas dan tidak telus. Kami dapati berlaku beberapa penyelewengan.

"Kami sebenarnya telah menghantar notis kepada pengerusi Jawatankuasa Pemilihan, kami memohon penjelasan mengenai kenapa penyelewengan berkenaan berlaku," katanya pada sidang media di sini pada Sabtu.

Turut hadir pada sidang media itu ialah barisan jawatankuasa penaja tersebut termasuk Pengerusinya, P. Subramaniam yang tewas pada pemilihan lepas bagi merebut jawatan naib presiden.

Saaran mendakwa antara penyelewengan yang berlaku pada pemilihan itu ialah tindakan Samy Vellu membatalkan larangan penggunaan telefon bimbit sedangkan Vijayanathan telah mengeluarkan peringatan kepada semua perwakilan sebelum pengundian berlangsung.

"Seorang daripada perwakilan didapati menggunakan telefon bimbit untuk mengambil gambar kertas undi, perkara ini telah dibangkitkan oleh seorang calon kepada jawatankuasa pemilihan, bagaimanapun tiada tindakan diambil," dakwanya.

Subramaniam pula berkata antara aduan lain yang telah dikemukakan kepada pengerusi Jawatankuasa Pemilihan MIC dalam surat yang dihantar pada 18, 23 dan 25 Sept lepas adalah tindakan barisan calon pilihan Samy Vellu yang didakwa melanggar peraturan berkempen.

"Calon-calon dilarang berkempen selepas 12 tengah hari 11 Sept, tetapi peraturan ini tidak dipatuhi, masih terdapat mereka yang berkempen selepas 12 tengah hari di mana kempen berlangsung di Sentul Curry House oleh Pemuda, Wanita dan Puteri, di mana mereka berkumpul untuk berkempen".

"Dan bukan itu sahaja, pada hari pemilihan, akhbar Tamil Nesan, diedarkan kepada semua 1,400 perwakilan dalam dewan, dalam akhbar itu dilampirkan bahan kempen oleh barisan (pilihan Samy Vellu) yang jelas melanggar peraturan kempen," dakwanya.

Subramaniam mempersoalkan kenapa tidak ada tindakan dikenakan sedangkan pengerusi Pemilihan MIC sebelum itu telah mengeluarkan amaran bahawa mana-mana calon yang ditangkap berkempen selepas waktu yang ditetapkan, secara automatik tidak layak bertanding.

Beliau berkata pihaknya menunggu penjelasan daripada Vijayanathan sebelum mengambil tindakan selanjutnya.

Ditanya apakah tindakan mereka jika keputusan tetap tidak berubah, beliau berkata mereka mungkin mempertimbangkan untuk menyertai parti lain.

Penubuhan parti Makkal Sakhti langkah baik, kata Dr M



Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan penubuhan parti Makkal Sakhti sebagai satu langkah yang baik memandangkan banyaknya sokongan bagi penubuhan parti baru itu.

Beliau berkata penubuhannya juga perlu sebagai langkah mengekalkan sokongan kaum India terhadap kerajaan.

"Oleh kerana dilihat terdapat banyak sokongan bagi penubuhan parti ini, saya fikir ia adalah baik kerana kita (kerajaan) tidak mahu kehilangan sokongan kaum India," katanya kepada pemberita pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di kediamannya di ibunegara hari ini, lapor Bernama.

Parti Makkal Sakti Malaysia ditubuhkan oleh bekas pemimpin Hindraf yang telah diharamkan tahun lalu.

Parti itu diumumkan penubuhannya Mei lalu, diterajui bekas penyelaras kebangsaan Hindraf R S Thanenthiran.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijadualkan melancarkan Parti Makkal Sakti Malaysia - parti terbaru kaum India negara ini - pada 10 Oktober ini di Taman Pameran Pertanian Malaysia, Serdang.

Ditanya sama ada penubuhan parti itu akan memberikan kesan terhadap pengaruh MIC selaku parti utama kaum India di negara ini, Dr Mahathir berkata,:"Saya fikir pengaruh MIC sudah semakin luntur".

Dalam pada itu ketika ditanya mengenai cadangan Presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu untuk bercuti selama dua bulan daripada melaksanakan tugas-tugas sebagai Presiden parti, Dr Mahathir berkata tempoh itu tidak mencukupi.

"Ia patut dilanjutkan kepada kira-kira 20 tahun, dua bulan tidak cukup.

"Dia tidak boleh...dia sudah duduk di situ (jadi presiden MIC) 30 tahun, jauh lebih lama dari saya. Saya 22 tahun pun sanggup letak jawatan (sedangkan) masa saya letak jawatan bukanlah orang benci sangat tapi saya letak jawatan. Selagi dia duduk di situ lagi lama, lagi orang benci," katanya.

Terdahulu Dr Mahathir yang ditemani isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali dilihat setia menanti kunjungan tetamu yang hadir dan berdiri hampir tiga jam serta menyambut ketibaan Najib dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor.

Najib yang tiba di kediaman Dr Mahathir kira-kira jam 12 tengah hari, meluangkan masa untuk beramah mesra dan menjamu selera sebelum meninggalkan majlis kira-kira 45 minit kemudian.

Antara kenamaan lain yang turut dilihat memeriahkan majlis termasuk Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim dan isteri Datin Seri Masnah Rais, Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen, Menteri Besar
Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Paduka Rohani Karim dan Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Noriah Kasnon.

Mahathir: Jika saya Isa Samad...

Mantan presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad menasihatkan bekas naib presiden Tan Sri Isa Samad supaya tidak bertanding dalam pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang.

"Jika saya (Tan Sri) Isa, saya akan menggesa parti supaya jangan mencalonkan saya. Kemudian saya akan bekerja keras berkempen untuk calon lain yang dipilih. Dengan itu, ia akan melonjakkan reputasinya.
"Tetapi di Malaysia, budaya seumpama itu tidak wujud," kata Dr Mahathir kepada pemberita ketika ditemui di majlis hari terbuka sempena Hari Raya Aidilfitri di kediamannya di Seri Kembangan.

Mengenai tindakan akar umbi Umno di situ yang tetap berkeras mahu Isa bertanding, Dr Mahathir berkata, mereka tidak mengambil kira kepentingan parti secara keseluruhannya.

Sebaliknya, kata beliau, mereka berpandangan singkat dan hanya melihat kepentingannya dan kepentingan bahagian sahaja.

"Jika parti meletakkan calon yang tidak bersih, maka keseluruhan parti akan dikutuk," katanya.

Dr Mahathir berkata, walaupun penting bagi Umno menang di Bagan Pinang, tetapi calon yang tercemar akan memalukan parti dan kerajaan BN.

Kerajaan suntik RM2b dalam WCGS



KUALA LUMPUR 25 Sept. - Kerajaan bersetuju untuk menyuntik dana tambahan sebanyak RM2 billion bagi Skim Jaminan Modal Kerja (WCGS) yang dilaksanakan oleh Bank SME, sebuah agensi Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

Suntikan itu dilakukan setelah menerima sambutan yang amat menggalakkan daripada orang ramai.

MITI dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini berkata, suntikan tambahan itu akan dilakukan melalui pemindahan dana dari Skim Jaminan Penstrukturan Semula Industri (IRLGS) kepada WCGS.

Jelas kenyataan itu sehingga 16 September lalu, kelulusan yang telah dikeluarkan bagi skim WCGS adalah sebanyak RM130,095,601.15 melibatkan 51 pemohon.

Manakala Bagi Skim Jaminan Penstrukturan Semula Industri (IRLGS) pula sebanyak RM63,376,200.00 melibatkan 11 pemohon.

Jelas MITI, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mustapha Mohamed amat berpuas hati dengan perkembangan terbaru ini.

"Beliau memohon agar syarikat Perusahaan Kecil dan Sederhana mengambil peluang yang telah diberi oleh (PKS) Kerajaan untuk mengukuhkan modal kerja mereka dan meningkatkan operasi serta keluaran syarikat.

"Para usahawan PKS yang berminat untuk memohon skim ini melalui Bank SME boleh menghubungi mana-mana cawangan bank untuk mendapatkan keterangan lanjut,'' ujar kenyataan tersebut.

Di dalam program pakej rangsangan ekonomi kedua, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM10 bilion bagi skim jaminan termasuk WCGS untuk menggalakkan pinjaman bank terutamanya kepada PKS.

Skim WCGS ini membolehkan syarikat Malaysia dari semua sektor ekonomi yang mempunyai pegangan ekuiti kurang dari RM20 juta untuk mendapatkan pinjaman dari bank.

Jumlah pinjaman yang ditawarkan adalah dari RM50,000 hingga RM10 juta bagi kegunaan modal kerja dengan jaminan kerajaan sehingga 80 peratus daripada jumlah pinjaman.

komen:

Mendapatkan sambutan yang menggalakkan ke atau pemimjam tidak membayar pimjaman sepertiamana yang berlaku pada Bank bumiputera dan Bank Islam suatu ketika dahulu.

Pemimjam yang terdiri daripada orang UMNO yang kononnya untuk membuat pelaburan dan membina rumah di luar negara yang akhirnya terbengkalai wang leasp entah kemana.Bak bumi mampus terpaksa diambilalih.

Ini juga pasti kerja orang UMNO yang sengaja dan berniat mahu membunuh bank SME selepas membunuh bank bumi putera dan bank Islam. Sebab itu kerajaan terpaksa suntik RM 2 bilion. Macam Bank bumi dijual kepada bank yang kecil.Jika itulah kerja orang UMNO maka tunggulah masa dan ketikanya termasuk negara juga turut tergadai.

N31 Bagan Pinang : Jadual ceramah 25 - 30 Sept

Tarikh : 25 Sep 09 (Jumaat)
Masa : 9 malam
Tempat : MTD Bt 6 ½ , Telok Kemang
Penceramah :
Tn Hj Mohamad Sabu, AJK PAS Pusat
YB N Gobalakrishnan, Ahli Parlimen Padang Serai
Sdr Zulkefly Mohamad Hj Omar, Pesuruhjaya PAS N.Sembilan


Tarikh : 26 Sep 09 (Sabtu)
Masa : 9 malam
Tempat : Kg Si Rusa, Bt 4, Telok Kemang
Penceramah :
Tn Hj Mohamad Sabu, AJK PAS Pusat
YB N Gobalakrishnan, Ahli Parlimen Padang Serai
Sdr Zulkefly Mohamad Hj Omar, Pesuruhjaya PAS N.Sembilan


Tarikh : 27 Sep 09 (Ahad)
Masa : 9 malam
Tempat : Kg Bagan Pinang, Batu 3 , Port Dickson ( Rumah Pak Din )
Penceramah :
Ustaz Idris Ahmad, AJK PAS Pusat
YB Loke Siew Fook, Pengerusi DAP N.Sembilan
YB Dato Kamarul Baharin Abas, Pengerusi PKR N.Sembilan
Sdr Zulkefly Mohamad Hj Omar, Pesuruhjaya PAS N.Sembilan


Tarikh : 29 Sep 09 (Selasa)
Masa : 9 malam
Tempat : MTD Bt 6 ½ , Telok Kemang
Penceramah :
Dato Seri Hj Abdul Hadi Awang, Presiden PAS
Ustaz Hj Abd Ghani Abd Rahman, Pesuruhjaya PAS Melaka
Ustaz Dr Badrul Amin Baharon
Sdr Zulkefly Mohamad Hj Omar, Pesuruhjaya PAS N.Sembilan


Tarikh : 30 Sep 09 (Rabu)
Masa : 9 malam
Tempat : Taman Bayu, Bt 7, Telok Kemang
Penceramah :
Tn Hj Mohamad Sabu, AJK PAS Pusat
Ustaz Dr Badrul Amin Baharon
Sdr Zulkefly Mohamad Hj Omar, Pesuruhjaya PAS N.Sembilan

SEMUA DIJEMPUT HADIR


Sila rujuk blog PAS Negeri Sembilan dan Web Rasmi PRK untuk maklumat yang tepat. (Kalau-kalau ada perubahan)

Masyarakat India Sambut Dingin Makkal Sakti


Masyarakat India kebanyakannya sambut dingin penubuhan Parti Makkal Sakti Malaysia - parti terbaru kaum India negara ini yang dijadual dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak bulan depan.

Parti Makkal Sakti ditubuhkan oleh bekas pemimpin pertubuhan Hindraf yang telah diharamkan Oktober lalu.

Parti itu yang kini sedang giat mencari sokongan dari kalangan masyarakat India sebagai satu amlternatif kepada MIC telah cuba memancing bekas Timbalan Presiden MIC, Datuk S. Subramaniam yang tewas merebut jawatan Timbalan Presiden MIC minggu lalu.

"Pintu untuk Parti Makkal Sakti terbuka kepada sesiapa saja termasuk Subramaniam.

"Kami sedia untuk menerima jika mereka berminat untuk menyertai kami," kata Presiden Parti Makkal Sakti, R.S. Thanenthiran.

Parti itu akan dilancarkan dengan rasmi oleh Najib, yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) pada 10 Oktober ini.

Thanenthiran berkata, pihaknya belum memberikan jemputan rasmi kepada Subramaniam untuk menyertai Parti Makkal Sakti.

"Bagaimanapun mereka dialu-alukan menyertai parti dan memperjuangkan matlamat penubuhan parti ini," kata beliau sambil menambah, sejak diumumkan penubuhannya tiga bulan lalu, lebih 50,000 orang telah menyertai parti itu.

Bagaimanapun Thanenthiran enggan menyatakan antara orang penting masyarakat India yang telah menyertai partinya.

"Biar tunggu parti ini dilancarkan, saya akan mengumumkannya," katanya.

Ia akan dilancarkan pada pukul 10 pagi di Taman Pameran Pertanian Malaysia, Serdang.

Pada 15 September lalu, Subramaniam yang kalah buat kali kedua tiga hari sebelum itu berkata, akan mengumumkan keputusan mengenai masa depan kerjaya politiknya menjelang awal bulan depan.

Subramaniam berkata, beliau sedang mempertimbangkan beberapa opsyen yang ada baginya buat masa sekarang.

Empat opsyen itu ialah kekal berjuang dalam MIC, menubuhkan parti baru, menyertai Pakatan Rakyat atau bersara terus daripada arena politik.

Bagaimanapun beliau enggan memberi bayangan berhubung keputusan yang bakal dibuat itu.

Subramaniam yang berada di luar negara dijangka pulang ke tanah air dalam beberapa hari lagi.

Beberapa orang India telah menolak parti baru bekenaan dn menyifatkan ia hany berjuang untuk kepentingan individu tertentu terutama pemimpin Hindraf yang hendak menonjolkan diri di kalangan masyarakat India.

Apatah lagi mereka kini dikatakan akan menyertai Barisan Nasional. Ia bakal menghancurkan MIC sendiri dan bukan Pakatan Rakyat.

"Yang bimbang dengan penubuhan Makkal Sakti ialah Samy Vellu dan MIC. UMNO BN memang gembira dengan penubuhan Makkal Sakti yang diharapkan akan mengembalikan sokongan masyarakat India kepada BN yang telah meninggalkan MIC. Tetapi kebanyakan orang Indi sudah jelek dengan parti komponen BN yang berjuang dengan dasar ras tertentu, tidak seperti parti-parti di dalam pakatan Rakyat yang boleh disertai oleh mana-mana bangsa," ujar Kalaiselvan, seorang pensyarah IPTA.

Pemimpin masa depan PAS mesti cerdik dan dilihat cerdik

Anak-anak saya sangat terhibur setiap kali Tun Dr Lim Keng Yaik atau Datuk Seri S Samy Vellu muncul di kaca TV. Tak kiralah sama ada mereka tengah tengok buku sekolah ka, makan ka, kalau kedua-dua tokoh itu keluar TV, mereka akan menatap TV dengan penuh minat bila dua tokoh itu muncul.

Kepada mereka, kedua-dua tokoh itu lebih menghiburkan dari Saiful Apek.

Kebelakangan ini, saya sangat terhibur membaca berita-berita , terutama tajuk-tajuknya, yang ditulis semula oleh propagandis di Utusan Malaysia. Contohnya berita hari ini yang bertajuk "PAS tetap mahu perintah Selangor". Pandai dia reka tajuk. Beritanya lebih kurang sama sahaja dengan berita dalam Harakah Daily semalam yang bertajuk "PAS tetap komited bersama Pakatan Rakyat".

Setakat yang saya kenal Salahuddin Ayub, dia tak la bodo sangat nak kata "kami tetap nak perintah Selangor". Lebih kurang sama ja kenyataan dia kepada Utusan dan Harakah. Tetapi, propagandis di Utusan memang pandai tulis semula copy yang disediakan oleh pemberita. Buat tajuk yang sensasi lagi la depa cekap.

Semalam, Utusan menyiarkan berita bertajuk "PAS Selangor kaji kedudukan dalam pakatan pembangkang". Antara lain dilaporkan:
PAS Selangor sedia mengkaji secara terperinci cadangan mana-mana wakil rakyat yang mahu parti itu melihat semula kedudukannya dalam pakatan pembangkang di negeri ini.

Setiausaha Badan Perhubungannya, Mohd. Khairuddin Othman berkata, pihaknya akan mengadakan satu menyuarat tergempar dalam masa terdekat ini untuk membincangkan perkara tersebut.
Tentulah tak boleh nak dikatakan Utusan mereka-reka cerita. Bagaimanapun, saya rasa Malaysiakini, Malaysian Insider dan Berita Harian membuat laporan yang lebih seimbang.

Dalam berita bertajuk "Selangor PAS backs its boss amid 'quit Pakatan' calls," Malaysiakini Khamis lalu memberikan laporan yang lebih kurang sama apabila melaporkan:
It's secretary Mohd Khairuddin Othman said Selangor PAS is also willing to 'study' the calls asking it to review its position in the coalition.
Dalam berita bertajuk "Selangor PAS backs Hassan Ali" Khamis lalu, Malaysian Insider melaporkan:
Selangor PAS also warned that the party will consider carefully its position in PR if the party’s loyalty is questioned by PR lawmakers.
Dalam berita tajuk utamanya semalam yang bertajuk "PAS Selangor bersuara," Berita Harian pula melaporkan:
PAS Selangor sedia meneliti secara terperinci saranan pemimpin Pakatan Rakyat (PR) supaya parti itu mengkaji semula kedudukannya dalam PR di negeri ini berikutan pendirian Datuk Dr Hasan Mohamed Ali yang mahu Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) dirombak.

Pada masa sama, Setiausahanya, Mohd Khairuddin Othman, mempertahankan pendirian Pesuruhjaya Pas negeri itu yang mempertikaikan kewibawaan ahli panel Selcat dan mencadangkan jawatankuasa berkenaan dianggotai golongan profesional yang tiada kepentingan politik.

Beliau berkata, parti itu akan mengadakan mesyuarat tergempar dalam masa terdekat untuk membincangkan perkara berkenaan kerana Pas tidak boleh dilihat sebagai parti yang hanya 'melukut di tepi gantang'.

Katanya, Pas tidak boleh mengambil mudah desakan beberapa wakil rakyat PR, termasuk daripada Pas sendiri supaya Dr Hasan mengkaji kedudukannya dalam pakatan itu.

"Pas tidak pernah terfikir untuk keluar daripada Pakatan Rakyat, tetapi memandang serius kenyataan daripada wakil rakyat supaya Pas dikeluarkan daripada pakatan," katanya ketika dihubungi Berita Harian, semalam.
Oleh kerana tiga pihak memberikan laporan yang sama, sukar hendak dinafikan bahawa Khairuddin telah membuat kenyataan yang sedemikian walaupun berita Malaysian Insider semalam yang bertajuk "PAS denies plan to leave Selangor Pakatan" memetik Khairuddin berkata:
I made no mention about PAS leaving PR in my press statement.
Saya tidaklah begitu mengenali Khairuddin. Tetapi dari pengalaman beberapa kali berjumpa beliau, saya yakin peguam itu tak akan pandai-pandai cakap yang bukan-bukan. Soalnya, siapakah di belakang kenyataan Khairuddin itu?

Saya berharap Khairuddin lebih cermat di dalam perancangan dan kenyataannya di masa hadapan. Lupakan Dusun Tua dan lebih berhati-hatilah membuat kenyataan akhbar. Saya tak suka Khairuddin melalut sebab saya melihat beliau sebagai salah seorang pemimpin masa depan PAS. Dia ada stature dan karisma. Otak pula tak mungkin bodo. Kalau bodo, takkan boleh jadi lawyer.

Oleh kerana hang memang cerdik dan tak bodo, bertindaklah macam orang cerdik, Din!

Berkaitan:
Isu SELCAT dan kenyataan-kenyataan yang mengelirukan (Haji Khalid Abdul Samad 26/9/09)
Kerajaan negeri bincang kritikan Hassan Ali Isnin ini (Utusan Malaysia 26/9/09)
Khalid seeks to ease tension between Selcat and Hasan (Malaysian Insider 25/9/09)
The problem of Hasan Ali (The Nut Graph 25/9/09)
Pembangkang berhak desak Hassan keluar pakatan - Dr M (Utusan Malaysia 25/9/09)
PAS mahu siasatan Selcat tertutup (Malaysiakini 24/9/09)