Jumaat, 25 September 2009

'Undi pos cabuli hak perlembagaan'

Angkatan Muda PKR menyifatkan halangan sesetengah pemilih pos membuang undi di tempat awam sebagai mencanggahi Perlembagaan Persekutuan dan menggesa ia dibahaskan secara serius.

Ketuanya Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata tindakan memaksa anggota tentera atau pasangan mereka mengundi seperti pemilih lain mencabul Perkara 8 perlembagaan yang menyatakan setiap rakyat haruslah dilayan sama rata dan tanpa diskriminasi.

mafrel military postal vote casting 060308 policeIsu ini wajar dikaji semula dengan jujur dan peraturan pilihan raya dipinda untuk mengelakkan anggota tentera, polis dan semua pengundi tidak hadir daripada "perasaan serba salah dan tidak bebas memilih", tambahnya.

"Keengganan untuk membuat pindaan-pindaan tersebut akan menyebabkan semua pihak terus mempunyai persepsi bahawa pihak pemerintah Umno-BN mempunyai agenda tersembunyi," katanya.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar bahawa sistem undi pos akan dikekalkan seperti diperuntukkan dalam undang-undang.

mafrel military postal vote casting 060308 votePemuda PAS minggu lalu menyerahkan memorandum kepada SPR bagi membolehkan calonnya pada pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang, Negeri Sembilan berkempen di kem-kem askar dan balai-balai polis.

Dengan sokongan Angkatan Muda PKR dan Pemuda DAP, ia juga turut membantah keras penggunaan Borang 2 – yang merekodkan maklumat peribadi pemilih pos dan nombor siri kertas undi.

Daripada 13,664 pemilih berdaftar di DUN tersebut yang layak membuang undi pada 11 Oktober ini, 4,604 terdiri daripada pemilih pos.

Dalam satu kenyataan hari ini, Shamsul Iskandar berkata kenyataan Wan Ahmad itu "mencerminkan kedangkalan pemahaman" mengenai peruntukan untuk pengundi tidak hadir dan matlamat asas pilihan raya.

azlan"Pilihanraya diadakan untuk membolehkan rakyat memilih dengan bebas, tanpa tekanan yang tidak sewajarnya bagi membentuk kerajaan rakyat. Kerahsiaan undi adalah satu faktor asasi dalam proses pemilihan ini," katanya.

"Tujuan diwujudkan peruntukan untuk pengundi tidak hadir adalah bagi membolehkan rakyat yang tidak bermastautin di dalam satu-satu bahagian pilihanraya menjalankan hak dan tanggungjawab mereka sebagai pemilih."

Angkatan Muda PKR menyeru semua pihak menyertai "forum rakyat" bagi membincangkan secara khusus persoalan undi pos atau pengundi tidak hadir ini.

Forum ini penting bagi merungkai segala permasalahan dan kelemahan bagi memastikan setiap undi benar-benar bebas dan berkesan dalam menzahirkan kehendak sebenar rakyat, tambah Shamsul.

Sayap penting PKR itu bercadang mengambil inisiatif untuk menganjurkan forum tersebut dengan menjemput semua pihak yang terlibat, termasuk wakil SPR, parti-parti politik, wakil Angkatan Tentera Malaysia dan wakil polis.

Harvard Business School laksana kajian kes 'Najibnomics' ..!!! Bila pulak mamat ni jadi pakar ekonomi baru 6 bulan jadi PM..pakar komisyen dan rompak harta rakyat betul lagi benar..????



KUALA LUMPUR: Harvard Business School di Boston akan melaksanakan satu kajian kes dengan tumpuan kepada inisiatif berani Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam menangani krisis kewangan.
Kajian kes berkenaan, yang akan digunakan sebagai subjek dalam kurikulum teras modul makroekonomi, akan memberi pendedahan mengenai bagaimana krisis itu merebak di peringkat antarabangsa.
Ia juga akan membincangkan mengenai bagaimana sebuah negara yang mempunyai asas yang kukuh dan peraturan yang baik boleh bertahan dengan krisis antarabangsa.

Panglima ATM Ditamatkan Perkhidmatan secara Mengejut...!!! Ini dia pilihan PM 1 MALAYA..?????

Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak bersalaman dengan anglima Angkatan Tentera yang baru Jeneral Tan Sri Azizan Ariffin ketika menerima kunjungan hormat beliau di pejabatnya di sini hari ini. Azizan dilantik kejawatan tersebut menggantikan penyandangnya Jeneral Tan Sri Abdul Aziz Zainal berkuatkuasa 1 september lepas.-Foto BERNAMA

Teluk Kemang tetap mahu Isa..!!! Kata putus UMNO Teluk Kemang...!!



Umno Telok Kemang tetap tidak berganjak daripada pendirian mereka mereka untuk terus menamakan Tan Sri Isa Samad dalam pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang walau hanya tinggal seminggu.

Ketua Wanitanya Rohani Yaakob berkata pemimpin atasan Umno bagaimanapun berhak untuk memilih calon yang sesuai dengan mengambil kira pandangan bahagian berkenaan.

"Kita sudah ada kata putus. Seluruh bahagian Teluk Kemang sebulat suara mahu Tan Sri Isa diletakkan sebagai calon," katanya kepada Malaysiakini.

"Setakat ini masih dibincangkan lagi (oleh pucuk pimpinan). Terpulanglah (presiden) hendak letak siapa," katanya lagi.

Umno masih bergelut dengan misteri calon bagi kerusi tersebut susulan tindakan bahagian itu dan badan perhubungan Negeri Sembilan yang menyerahkan satu nama sahaja.

Tindakan itu mendorong timbalan presidennya Tan Sri Muhyiddin Yassin, juga ketua jentera pilihan raya BN, meminta beberapa nama lagi - sehingga kini tidak pasti nama baru yang diserahkan.

Dihubungi hari ini, Rohani bagaimanapun enggan mengulas peluang BN menang jika bekas menteri besar itu yang terpalit dengan skandal politik wang dalam Umno.

Isa dilucutkan jawatan naib presiden, dan beliau kemudian meletakkan jawatan sebagai menteri wilayah persekutuan, atas kesalahan politik wang semasa pemilihan parti 2004.

"Itu saya tidak boleh komen banyak, takut nanti timbul masalah," katanya lagi.

PAS tetap komited bersama Pakatan Rakyat



KUALA LUMPUR, 25 Sept: PAS tidak pernah membuat keputusan untuk mengkaji semula kedudukannya dalam Pakatan Rakyat (PR) di semua peringkat, tegas Naib Presidennya, Salahuddin Ayub.
"Oleh kerana PAS tidak pernah membuat keputusan sedemikian, perkara itu tidak timbul sama sekali dan tidak harus ditimbulkan sama sekali," tegas beliau.

PAS, kata beliau, tetap dengan komitmen untuk bersama-sama PR.
"Jika ada masalah yang berlaku, ia adalah perkara biasa. Dalam keluarga dua tiga orang pun ada masalah, apa lagi pakatan yang besar," kata Ahli Parlimen Kubang Kerian itu.
Sebarang masalah yang berlaku, katanya lagi, boleh diselesaikan dengan semangat setiakawan serta musyawarah dan bukannya melalui media.
Salahuddin bagaimanapun yakin rakyat tidak akan terpengaruh dengan sebarang spekulasi dan manipulasi yang cuba mendakwa kononnya PAS akan mengkaji semula kedudukannya di dalam PR.
"Apa jua keputusan mengenai perkara itu hanya boleh dibuat oleh mesyuarat peringkat tertinggi PAS," kata beliau.
PAS, katanya, tidak ada kaitan dengan sebarang dakwaan yang kononnya mahu mengkaji perkara itu.

Umno tidak belajar dari pengalaman - Dr M


KUALA LUMPUR, 25 Sept: Umno menunjukkan kepada dunia bahawa ahli-ahlinya tidak belajar dari pengalaman apabila terus mendesak supaya Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dicalonkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.



Kritikan Dr Mahathir yang semakin lantang menjadikan laluan Isa semakin sukar untuk menjadi calon BN di Bagan Pinang walaupun percubaan demi percubaan dibuat untuk mencalonkan bekas Naib Presiden Umno itu dalam pilihan raya kecil tersebut yang akan diadakan 11 Oktober ini.
"Kita tak banyak belajar, sebelum ini kita meletakkan seorang pembohong menjadi calon, yang dipecat oleh Majlis Peguam, yang menggunakan duit pelanggannya.
"Jika kita meletakkan calon seperti itu, sudah pasti kita akan kalah," Malaysian Insider memetik bekas Presiden Umno itu berkata.
Dr Mahathir juga membidas para pemimpin Umno di Telok Kemang yang mengungkit bahawa beliau juga pernah diusir dari Umno oleh Almarhum Tunku Abdul Rahman tetapi kemudiannya diterima semula ke dalam Umno.
"Saya diusir bukan kerana rasuah atau politik wang tetapi kerana perbezaan pendapat dengannya (Tunku).
"Bila saya kembali (ke dalam Umno), ia kerana pandangan saya diterima. Saya tidak pernah mencuri wang," kata bekas Pengerusi BN itu.
Rabu lalu, Ketua Pemuda Umno bahagian Telok Kemang Mohd Faizal Ramli mempertahankan keputusan untuk menamakan Isa sebagai calon BN bagi pilihan raya tersebut.
Isa digantung keahliannya dalam Umno selama tiga tahun 2005 lalu kerana dituduh terlibat dalam politik wang ketika beliau muncul sebagai pemenang jawatan Naib Presiden dengan undi tertinggi pada pemilihan parti itu 2004 lalu, iaitu sebanyak 1,507 undi mengatasi Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam (1,329 undi) dan Timbalan Presiden Umno kini, Tan Sri Muhyiddin Yassin (1,234 undi).
Beliau kini ialah Ketua Umno Bahagian Telok Kemang dan kawasan DUN Bagan Pinang berada dalam bahagian itu.
Isa sebelum ini menolak pandangan yang menyatakan beliau akan menjadi liabiliti kepada BN jika dicalonkan dalam pilihan raya kecil Bagan Pinang.
"Dalam pembangkang, hatta bekas banduan pun boleh bertanding," kata beliau yang dilihat merujuk kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Saya bukan penjenayah," tambah beliau.
Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu dilaporkan satu-satunya calon yang dikemukakan oleh Umno Telok Kemang kepada pucuk pimpin parti itu untuk dipertimbangkan sebagai calon BN dalam pilihan raya tersebut.
Bagan Pinang mempunyai 13,664 orang pengundi dan 4,604 dari jumlah tersebut adalah pengundi pos.
Dalam pilihan raya umum 8 Mac tahun lalu, calon BN, Allahyarham Azman Mohd Nor memenangi kerusi tersebut dengan mendapat 6,430 undi mengalahkan calon PAS, Ramli Ismail yang mendapat 4,097 undi.
Pilihan raya kecil tersebut akan diadakan berikutan kematian Azman.
BN hanya memenangi kerusi Bagan Pinang dan Linggi dalam kawasan Parlimen Telok Kemang dalam pilihan raya umum lalu.-mna Kerusi Parlimen Telok Kemang, kerusi DUN Chuah dan kerusi DUN Port Dickson dimenangi oleh PKR manakala kerusi DUN Lukut dimenangi oleh DAP. Kemenangan BN di Bagan Pinang dan Linggi dipercayai berpunca dari undi pos. Linggi mempunyai 1037 undi pos.

Bekas Timbalan Presiden MIC sertai Parti Makkal Sakti? Yang akan dirasmikan oleh Datuk Seri Najib bulan depan..!!!



Pintu Parti Makkal Sakti terbuka untuk Subramaniam - kata Thanenthiran
Oleh G. MANIMARAN
PETALING JAYA: Parti Makkal Sakti Malaysia - parti terbaru kaum India negara ini yang dijadual dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak bulan depan, bersedia untuk menerima bekas Timbalan Presiden MIC, Datuk S. Subramaniam.
"Pintu untuk Parti Makkal Sakti terbuka kepada sesiapa saja termasuk Subramaniam.
"Kami sedia untuk menerima jika mereka berminat untuk menyertai kami," kata Presiden Parti Makkal Sakti, R.S. Thanenthiran.
Parti itu akan dilancarkan dengan rasmi oleh Najib, yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) pada 10 Oktober ini.
Thanenthiran berkata, pihaknya belum memberikan jemputan rasmi kepada Subramaniam untuk menyertai Parti Makkal Sakti.
"Bagaimanapun mereka dialu-alukan menyertai parti dan memperjuangkan matlamat penubuhan parti ini," kata beliau sambil menambah, sejak diumumkan penubuhannya tiga bulan lalu, lebih 50,000 orang telah menyertai parti itu.
Bagaimanapun Thanenthiran enggan menyatakan antara orang penting masyarakat India yang telah menyertai partinya.
"Biar tunggu parti ini dilancarkan, saya akan mengumumkannya," katanya.
Ia akan dilancarkan pada pukul 10 pagi di Taman Pameran Pertanian Malaysia, Serdang.
Parti Makkal Sakti ditubuhkan oleh bekas pemimpin pertubuhan Hindraf yang telah diharamkan Oktober lalu.
Pada 15 September lalu, Subramaniam yang kalah buat kali kedua tiga hari sebelum itu berkata, akan mengumumkan keputusan mengenai masa depan kerjaya politiknya menjelang awal bulan depan.
Subramaniam berkata, beliau sedang mempertimbangkan beberapa opsyen yang ada baginya buat masa sekarang.
Empat opsyen itu ialah kekal berjuang dalam MIC, menubuhkan parti baru, menyertai Pakatan Rakyat atau bersara terus daripada arena politik.
Bagaimanapun beliau enggan memberi bayangan berhubung keputusan yang bakal dibuat itu.
Subramaniam yang berada di luar negara dijangka pulang ke tanah air dalam beberapa hari lagi.

PM lancar Parti Makkal Sakti 10 Oktober

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak dijadual melancarkan Parti Makkal Sakti Malaysia - parti terbaru kaum India negara ini, 10 Oktober ini.

Demokrasi Yang Saya Fahami (10)


Oleh: Labu Labi
Tempat pertama lawatan rakyat. Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Lawatan ini bukan lah lawatan sambil belajar. Bukan juga lawatan mengenali dengan lebeh dekat PDRM tersebut. Lawatan ini, sekadar melalui ‘hearsay-dengar dengar’ dan pandang-lihat-baca. Melalui media (elektronik atau cetak). Orang perseorangan-individu. kumpulan. IT.
Oleh itu, kenyataan yang dikemukakan tidaklah tepat 100%.
Sekadar untuk renungan bersama.
Saya lebih suka bermula dengan sifat lapar (samaada perut, dibawah perut atau kuasa) dan ingin terus memegang berkuasa.
Dengan sifat lapar inilah pelbagai perkara boleh berlaku. Termasuk yang mustahil pada pandangan akal. Tetapi tetap berlaku.
Manusia pula tidak sunyi dari sifat lapar tersebut. Itu adalah sifat semulajadi manusia yang diberikan oleh Yang Maha Pencipta (Allah).
Bagaimana seseorang itu boleh mengawal sifat lapar itu ?
Itulah sukatan iman. Iman yang paling tinggi, yang boleh dimiliki oleh seseorang adalah sifat Taqwa.
Sifat taqwa ini, tidak dapat dijelaskan dengan tepat. Hanya mereka yang mencapainya sahaja yang boleh merasainya. Tiada bahasa yang dapat menerangkan dengan tepat. Ada yang menyatakan, ianya sebagai keyakinan yang tinggi dan jitu kepada Allah. Tidak dua-tidak tiga.
Ada yang merasa rindu ingin bertemu Allah. Dunia dilihat sebagai bangkai yang perlu dipegang sekadar untuk manambah dekat dengan Allah sahaja. Selain itu adalah bangkai.
Banyak lagi tafsiran yang diberikan. Tetapi, tetap tidak dapat dijadikan sebagai formula tepat. Hanya mereka yang merasainya sahaja yang faham. Itupun mengikut tahap keimanan masing masing. Rendah keimanannya, maka rendahlah tafsiran Taqwa yang dapat dijelaskan. Sekiranya tinggi, hingga mencapai tahap yakin kepada Pencipta (Allah), maka tinggi lagilah kefahaman yang dinikmatinya, dan tinggi lagilah bahasa yang digunakan. Sehingga kita merasakan orang tersebut telah terkeluar dari norma biasa manusia. Sehingga ada yang menganggap ‘wire putus’.
Contoh dizaman Nabi s.a.w. Ahli Sufah-penghuni serambi Masjid Nabawi ketika itu. Tiada yang lain mereka lakukan selain dari beribadah kepada Allah. Sehingga mereka senantiasa hidup dalam kelaparan. Tapi tidak pernah mengeluh atau merungut. Apatah lagi keluh-kesah.
Itu Sejarah. Bagaimana pula kita kini…….???
Mari kita tengok PDRM. Lawatan pertama, yang menjadi milik rakyat.
Pusat latihan polis, dikenali sebagai PULAPOL.
Dulu dikenali sebagai ‘Police Depot’. Disini, polis dilatih untuk menjadi penjawat yang berdisiplin. Bertanggungjawab. Beramanah. dan beberapa ber …. lagi……. !!!!!
Sebagai mukaddimah, saya ingin memaparkan beberapa petikan yang telah menjadi sejarah.
Ayat ini ditulis pada 1 July 954. Dicetak pada1960. Haji Ahmad Murad. Jabatan Pelajaran, Persekutuan Tanah Melayu, Kuala Lumpur. Pensharah Bahasa Melayu, Maktab Perguruan Persekutuan Tanah Melayu, Pulau Pinang. Buku beliau dijadikan ‘teks bacaan rumi’ sekolah rendah pada tahun 60an. (sebahagianya saya kekalkan kaedah cara penulisan lama).
Tajuk: Police Depot.
“Adakah kamu pernah melawat ka-Kuala Lumpur ? Jika kamu melawat ke-bandar yang besar ini jangan lupa melawat ka-tempat latehan orang-orang police yang mashhor dibandar ini ia itu lah Police Depot. Beribu-ribu orang police dari merata-rata tempat dalam Persekutuan Tanah Melayu ini telah mendapat latehan di-Police Depot ini dan beratus-ratus lagi sedang menerima latehan.”
“Setelah menerima latehan di-Police Depot ini orang-orang police itu akan di-hantar ka-merata-rata tempat dalam Persekutuan Tanah Melayu kerana menjaga keamanan negeri.”
“Seorang pemuda datang ke-Police Depot kerana hendak meminta kerja jadi mata-mata. Ia sedang disoal oleh seorang ketua police digelarkan ‘Commandant’ kerana hendak mengetahui sedikit sebanyak riwayat hidupnya. Adakah ia orang baik atau jahat. Adakah ia pernah jadi mata-mata dahulu dan telah kena buang kerja dan sebagainya. Satelah puas hati dengan jawapan pemuda itu, ia dihantar pergi mengukor badannya pula, Adakkah tingginya dan besar dadanya itu seperti yang dikehendaki bagi sa-saorang mata-mata. Kemudian dipereksa tulisannya pula. Bolehkah ia menulis rumi dan chantek-kah.”
“Setelah tammat sekelian pepereksaan itu maka pemuda itu pun diterima-lah masok jadi ‘recruit’.”
“Mereka menjaga keamanan di-tempat yang mereka bekerja itu dan menangkap atau membunoh penjahat-penjahat yang senantiasa menganiayai orang. Jika ada Kechurian, perkelahian atau apa jua yang merosakkan keamanan negeri, hendaklah segera beri tahu police. Orang-orang police sedia menolong kamu dan menjaga keselamatan kamu.”
Tajuk: Sedia Berkhidmat
“Masa dahulu budak-budak sangat takutkan mata-mata. Mereka lari masok ka-dalam rumah apabila melihat mata-mata berjalan dihadapan rumah mereka.”
“Orang besar pula memandang rendah kapada mata-mata dan mensifatkan mata-mata itu sa-bagai orang police yang suka menganiayai orang ramai.”
“Tetapi sekarang perasaan-perasaan itu telah hilang sama sekali. Budak-budak tidak lagi takutkan mata-mata dan orang besar pun tidak lagi memandang rendah kepada mereka seperti dahulu.”
(maksud: orang besar – dewasa)
“Seorang ketua police bangsa Eropah telah melancharkan suatu pergerakan dinamakan pergerakan ‘SEDIA BERKHIDMAT’, ia itu tiap-tiap orang police dikehendaki berkhidmat kapada orang ramai. Mereka hendaklah menolong orang sama ada orang besar atau budak-budak, laki laki atau perempuan, pada bila-bila masa pun jika pertolongan mereka itu dikehendaki.”
“Nama-nya Colonel A.E. Young, bekas ‘Commisioner of Police’ bagi Persekutuan Tanah Melayu.”
“Dialah ketua police yang mula-mula memikir dan melancarkan pergerakan ‘Sedia Berkhidmat’ itu.”
“Bersahabat lah dengan orang police dan jangan takut kapada mereka jika kamu tidak bersalah. Mereka akan sedia menolong kamu jika kamu menurut undang undang negeri.”
Sekarang ini, pusat latihan tersebut masih kekal sebagai pusat latihan Polis yang utama.
Dari semasa kesemasa, perkembangan dalam perkhidmatan polis ditambahbaikkan.
Tetapi akhir akhir ini. Semakin diperbaiki semakin rosak. Semakin pula menurun keyakinan orang ramai, terhadap keupayaan pihak polis, menyelesaikan kekusutan yang ada. Sehinggakan terkeluar ucapan ucapan yang mempersoalkan tahap keselamatan sistem komputer yang digunapakai oleh PDRM. Dimana, kerisauan ini semakin dikhuatiri boleh ‘bocor’ maklumat polis. Berdasarkan kepada Sistem Komputer yang digunapakai.
Penubuhan Suruhanraya Diraja bagi penambahbaikan perkhidmatan PDRM, tidak dapat membendung persepi orang awam. Terhadap keseluruhan PDRM. Termasuk Unit Polis simpanan (FRU).
Kenapa boleh berlaku persepsi semua ini…….?
Asalnya, penubuhan polis untuk menjaga hak rakyat. Kerharmonian dan keselamatan. Tetapi, sejak akhir akhir ini seolah olah hak tersebut telah dicabuli. Nampak seolah olah berpilih pilih dalam memastikan keharmonian dan keselamatan rakyat. Seolah olah wujud dua jenis kategori rakyat dinegara ini. Padahal polis adalah badan bebas, tidak terikat dengan mana mana badan politik. Sama seperti SPR. Kehakiman. Parlimen. dan lain lain, selain pertubuhan politik.
Pertubuhan politikpun, apabila mereka telah membentuk kerajaan, mereka tidak boleh berpilih pilih juga dalam melaksanakan tanggungjawab terhadap rakyat. Mereka tidak boleh mendabik dada, mengatakan ini sumbangan parti tertentu. Atau projek bagi parti tertentu. Kerana mereka menggunkan wang rakyat. Bukan wang parti. Sekiranya mereka menggunakan wang parti seklaipun, sekiranya wang tersebut dicuri dari wang rakyat. Mereka tetap tidak layak mengaku sebagai sumbangan mereka. Itu satu penipuan yang terang lagi bersuluh.
Banyak kes kes setakat ini, melenyapan ‘intergriti’ kepolisan. Mereka mendedahkan diri mereka kepada pandangan awam. Banyak keburukan yang duduk bawah karpet, akhirnya, bila karpet dah kembong, maka apa yang tersembunyi itu, akan terkeluar juga. Apatah lagi sekiranya keburukan tersebut memang berada atas karpet. Jelas. Nyata. Bersuluh disiang hari.
Perlantikan Ketua Polis Negara (KPN) pun menjadi pertikaian. Untuk menyambung kontrak Ketua Polis Negarapun terus menjadi pertikaian.
PDRM akan terus dipandang serong. Biarpun ramai polis yang menjalankan tugas dengan baik dan sempurna. Penuh didikasi. Tanggungjawab. Tetapi persepi buruk, tetap tidak dapat dibaiki lagi. Kerana Terlalu banyak pededahan demi pendedahan, yang memburokan imej PDRM itu sendiri.
Semua itu berpunca dari sifat lapar. Kawalan keatas sifat lapar itu terlalu rendah, sehinggakan tidak mencapai tahap iman dan taqwa paling minima.
Kes Anwar 1998. Nama KPN ketika itu. Terpalit terus. Akhirnya didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman. Nama KPN sekarang, yang ketika itu SAC II, juga terpalit. Walaupun terpalit berat, akhirnya menjadi KPN. Anwar masa itu adalah TPM. Diperlakukan seperti penjenayah. Apakah lagi harapan rakyat untuk tidak berpersepsi serong kepada PDRM. Kalau orang nombor dua negarapun diperlekehkan. Dinafikan Hak. Tilam diusung kehulu ke hilir. Akhirnya hilang. Semasa mengambil beliau dari rumah. Benar benar seperti mengambil penjenayah-perompak. Bertopeng. M16. Ketika diadakan majlis dirumah beliau. Sungguh mengaibkan nama PDRM ketika itu. Ditambah lagi, dengan penipuan demi penipuan kenyataan dari PDRM.
Dalam kes Altantunya. Pasukan elit terlibat. Seterusnya menjadi berita utama. Semakin tercemar PDRM.
Kes penderaan semasa dalam tahanan polis serta semasa disoal siasat. Juga menjadi berita utama.
Dalam beberapa siri demonstrasi. Juga terang lagi bersuluh. Berpilih pilih. Disatu pihak tiada tindakan diambil. Tapi disatu pihak lain, tindakan tegas diambil. Atas nama menjaga keselamatan dan keharmonian rakyat. Sehingga di hadiahkan gas pemedih mata dan air asid.
Suatu waktu dahulu, PDRM terkenal dengan pembenterasan jenayah, antara yang harum namanya hingga kini ‘Datuk S kulaisinggam’.
Kini, apa juga yang berjaya dibenteras oleh PDRM. Akan tersebar pula berita lain memaparkan, ianya sekadar kosmetik. Siap dengan butiran dan gambarnya sekali.
Sesama anggota PDRM, berkonspirasi. Satu pihak cuba menjatuhkan pihak lain. Semua ini diperhatikan oleh rakyat terbanyak.
Belum lagi ISA dan FRU itu sendiri.
Hak rakyat semakin terhakis dan dinafikan. Rakyat semakin risau.
Bersamalah kita kembalikan hak rakyat yang dipikulkan keatas PDRM. Dalam masa yang sama kembalikan kegemilangan PDRM sebagai ‘SEDIA BERKHIDMAT’. Sekiranya ini dapat dijayakan. Keharmonian dan kesejateraan bersama akan dinikmati.
Buang baju parti, untuk tujuan murni. Baju parti hanya perlu sekadar untuk mengadakan pilihan raya umum sahaja. Selepas dari itu. Buka baju parti. Bertaut kembali. Sebagai sebuah kerajaan berdaulat. Jangan ujudkan. Ini kerajaan parti A. Itu kerajaan parti B. dan seterusnya.
Bagaimana dengan mereka yang tak berparti.
Apakah tiada hak dalam sebuah kerajaan …???
Ingatlah PDRM satu dari hak kita sebagai rakyat.
Perubahan minda perlu dilakukan……….!!!!!!

Melayu + Cina + India = 1 Malaysia?



SEPT 25 — Akhbar-akhbar perdana pada 21 September melaporkan bahawa bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi berharap amalan rumah terbuka dapat dijadikan satu budaya yang menyerlahkan semangat 1 Malaysia sebagai gagasan perpaduan rakyat berbilang kaum di negara ini.
Foto-foto yang disiarkan pula secara amat sengaja menunjukkan individu kaum Melayu, Cina dan India sama-sama menganyam ketupat atau makan.
Lalu, bagi sekian kalinya sejak April 2009, saya tertanya-tanya, apakah itu sahaja yang dimaksudkan dengan 1 Malaysia?
Saya selalu menulis mengenai konsep “Bangsa Malaysia” di blog saya kerana konsep itu memang menjadi pegangan dan impian saya.
Malah Kavyan mengangkat serta memartabatkan konsep “Bahasa Malaysia, Bangsa Malaysia” sejak ditubuhkan pada Ogos 1999.
Sebab itulah saya tidak takjub dengan konsep baru yang diperkenalkan oleh PM pada April lalu. Apatah lagi memandangkan PM sendiri menjelaskan pada “Selayang Pandang” blog www.1malaysia.com.my:
“[Blog] 1 Malaysia diwujudkan dengan tujuan untuk menyediakan satu forum yang bebas dan terbuka bagi membincangkan tentang perkara yang benar-benar dekat di hati kita sebagai satu bangsa. Ia menyediakan peluang untuk meluahkan dan menerokai kepelbagaian perspektif masyarakat kita. Apa yang menjadikan Malaysia unik adalah kepelbagaian rakyat kita. Matlamat 1 Malaysia adalah untuk mengekalkan dan meningkatkan perpaduan di dalam kepelbagaian ini yang selama ini menjadi kekuatan kita dan akan kekal sebagai bekalan terbaik kita untuk masa hadapan. Saya berharap agar laman web ini akan menjadi permulaan kepada satu dialog yang penting dan terbuka bagi menerokai identiti, tujuan dan hala tuju kita sebagai rakyat Malaysia. Saya menggalakkan setiap orang daripada anda menyertai saya dalam memberikan takrifan kepada Malaysia kita dan peranan yang perlu kita mainkan untuk masa hadapannya. Setiap kita — di sebalik segala perbezaan kita — berkongsi impian untuk satu masa hadapan yang lebih baik. Setiap kita mahukan peluang, dihormati, persahabatan dan saling memahami.”
Nilai-nilai 1 Malaysia yang cuba diterapkan oleh Perdana Menteri — dan didedahkan sedikit demi sedikit melalui blog beliau — adalah Budaya Kecemerlangan, Ketabahan, Rendah Hati, Penerimaan, Kesetiaan, Meritokrasi, Pendidikan, dan Integriti.
Apabila diundang memperkatakan mengenai 1 Malaysia, saya akan sering bertanya kepada hadirin: unsur manakah yang baru dan belum menjadi amalan?
Begitulah juga, pada 3 Mei, sewaktu membaca akhbar-akhbar harian secara dalam talian, saya mendapat gambaran jelas bahawa konsep “1 Malaysia” (atau saya menggelarnya “Bangsa Malaysia”) masih kurang jelas dalam kalangan Rakyat dan pemimpin (wakil kerajaan).
Masing-masing melakukan serkap jarang dan percakapan retorik.
Semua pihak digesa memberi sokongan padu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang mengilhamkan konsep 1 Malaysia kerana konsep itu dikatakan menuntut kerjasama dan penglibatan seluruh rakyat Malaysia.
Ada pula pertubuhan tertentu yang mahu menemui Perdana Menteri berhubung isu 1 Malaysia kerana bagi mereka, isu-isu berkaitan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan tidak harus dipertikaikan.
Konsep “Satu Belia” turut diperkenalkan bagi membantu mempercepatkan pelaksanaan gagasan 1 Malaysia!
Rasional yang diberikan adalah bahawa konsep 1 Malaysia tidak akan dapat dibina dalam tempoh yang singkat sekiranya golongan belia di negara ini yang berjumlah kira-kira 12 juta daripada 27 juta penduduk negara tidak disatukan.
Pada waktu yang sama, semua stesen televisyen di Malaysia digesa menerbitkan lebih banyak drama dan program yang berwajahkan 1 Malaysia; di mana stesen televisyen dikatakan perlu memastikan masyarakat sentiasa merasakan mereka juga sebahagian daripada program yang ditayangkan.
Kerajaan — atau wakil kerajaan — juga ketara tampil mengingatkan rakyat supaya tidak terpengaruh dengan usaha beberapa pihak yang khabarnya cuba mengelirukan dan memutarbelitkan konsep 1 Malaysia.
Malah, khabarnya, ramai penulis blog mengemukakan pelbagai pandangan yang kadangkala berunsur negatif serta mampu menggugat kefahaman rakyat terhadap konsep 1 Malaysia.
Wakil kerajaan jugalah yang melaung-laungkan bahawa konsep 1 Malaysia diperkenalkan kepada rakyat sebagai satu strategi baru kerajaan untuk mengeratkan hubungan kaum bagi jangka masa panjang.
Konsep 1 Malaysia dilihat sebagai langkah yang terbaik dan paling relevan bagi masyarakat pelbagai kaum di Malaysia.
Perdana Menteri juga banyak kali menegaskan, gagasan 1 Malaysia adalah konsep yang mempunyai pengisian jitu dan bukannya kenyataan retorik politik semata-mata.
Beliau juga berjanji, konsep berkenaan akan diterjemahkan secara evolusi melalui proses tertentu dan tidak berlaku dalam satu malam sahaja.
Paling penting, semua pihak menerima idea Satu Bangsa (1 Malaysia; Bangsa Malaysia) yang merupakan intipati konsep berkenaan tanpa mengira kepelbagaian etnik, sub-etnik dan kebudayaan.
Bagi meningkatkan kefahaman terhadap istilah Satu Bangsa (1 Malaysia; Bangsa Malaysia), maka rakyat perlu mempunyai keyakinan terhadap sikap saling hormat menghormati dan bersikap menerima antara satu sama lain.
Pada masa yang sama, dicadangkan pula supaya semacam “bank idea rakyat” diperkenalkan bagi mengumpulkan cadangan dan pandangan rakyat dalam memastikan setiap pembangunan dilaksanakan secara berkesan dan memenuhi cita rasa akar umbi.
Cadangan itu dilihat sebagai sejajar dengan gagasan “1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Prestasi Diutamakan” yang sedang giat diterapkan di seluruh negara.
Membaca segala laporan media berhubung tindakan dan kata-kata (gesaan, saranan, cadangan) wakil kerajaan, ternyata konsep serkap jarang dan retorik berbahasa masih menjadi amalan.
Siapa yang boleh membantu menjelaskan secara tuntas mengenai 1 Malaysia?
Lebih menarik, pada 5 Mei, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mejar-Jeneral (B) Datuk Jamil Khir Baharom mengeluarkan kenyataan bahawa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan mengeluarkan garis panduan mengenai konsep 1 Malaysia sebagai panduan kepimpinan negara ketika berucap pada satu-satu majlis, bagi mengelak salah tafsiran dan tanggapan negatif masyarakat mengenai konsep itu.
Daripada kata-kata beliau, ternyata kepimpinan negara memerlukan garis panduan khusus mengenai konsep 1 Malaysia supaya apa yang diucapkan dapat difahami rakyat.
Khabarnya, sehingga kini, rakyat belum dapat memahami konsep tersebut secara mendalam kerana matlamat dan gagasan 1 Malaysia sering diputar belit pihak tertentu untuk kepentingan sendiri.
Bernama memetik beliau sebagai berkata: “Sebelum konsep ini dipolemikkan dengan lebih parah oleh pihak-pihak berkepentingan, kita perlu menyediakan panduan supaya gagasan ini dapat diperjelaskan dengan lebih terperinci agar ia berupaya membangunkan agama, bangsa dan negara.”
Berikut pula petikan pandangan Senator Datuk Dr Firdaus Abdullah yang sempat saya baca di akhbar Utusan Malaysia, 7 Mei::
“Untuk meningkatkan kefahaman dan penghayatan terhadap gagasan 1 Malaysia, Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya dan Kerajaan Negeri Terengganu akan mengadakan satu seminar sehari pada 7 Jun.”
Entah berlangsung ataupun tidak seminar berkenaan. Tiada pula laporan yang saya baca mengenai kejayaannya.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mejar-Jeneral (B) Datuk Jamil Khir Baharom sendiri berpendapat "sehingga kini rakyat belum memahami dengan mendalam konsep 1 Malaysia itu."
Datuk A. Kadir Jasin dalam ruangan blognya, 17 April juga mengaku dan menulis: "Saya kurang yakin yang saya memahami sepenuhnya gagasan ini."
Ahli akademik terkenal, Profesor Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin berkata: "Saya tidak pasti adakah gagasan itu satu 'ideologi politik' (political ideology) atau satu 'strategi tadbir urus' (governance strategy)." Ertinya, Shamsul sendiri juga belum pasti apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan gagasan 1 Malaysia.
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim telah mengumumkan beberapa langkah yang sedang dan hendak dilaksanakan oleh kementeriannya untuk memasyarakatkan (dan mengoperasikan) gagasan 1 Malaysia.
Selepas saya membentangkan kertas kerja pada Konvensyen Belia Negara 2009 Peringkat Negeri Sembilan pada 9 Mei di Seremban, tidak kurang yang menyatakan bahawa mereka masih tidak faham dengan konsep “1 Malaysia”.
Secara mudah, saya memberitahu salah seorang peserta bahawa jika beliau “tidak faham”, maka itu tanda positif — kerana beliau telah mendengar pembentangan saya dan juga berfikir tentang konsep 1 Malaysia.
Ada juga peserta yang bertanya — secara amat logik — apa gunanya diadakan sebuah konvensyen jika belum ada sesiapa yang benar-benar memahami apa yang dimaksudkan dengan “1 Malaysia”.
Apatah lagi apabila para pemimpin sendiri perlu diberikan “panduan” oleh Jakim sebelum boleh bercakap mengenainya.
Dikemukakan juga cadangan: mengapa tidak kita semua sebagai rakyat yang sebenarnya sudah sedia mengamalkan semangat “1 Malaysia” tampil “mengajar” para pemimpin mengenai konsep sebenar 1 Malaysia.
Lalu saya simpulkan, itulah tujuan sebuah konvensyen: ada pembentangan kertas kerja, ada pandangan peserta dan akhirnya akan ada resolusi yang akan dicapai.
Resolusi itu nanti akan disampaikan kepada pihak berkenaan. Dan saya percaya perkara itu telah dilakukan pada atau sebelum sambutan Hari Belia Negara pada 15 Mei.
Konsep “Satu Belia” diperkenalkan secara rasmi pada 15 Mei sempena sambutan Hari Belia.
Konsep dan pendekatan “Satu Belia” dipercayai akan menaikkan martabat dan kedudukan belia pada tahap yang lebih tinggi.
Mungkin selepas “Satu Belia”, akan ada pula “Satu Wanita”, “Satu Pemuda”, “Satu Putera”, “Satu Kampung”, “Satu Kedai”, “Satu Kereta”, “Satu Sekolah” dan entah apa lagi sebagai sokongan padu terhadap “1 Malaysia” — walaupun kita sebenarnya masih tidak tahu dan tidak diberitahu apa sebenarnya “1 Malaysia”.
Pasti banyak lagi “Satu” yang boleh dikemukakan — berserta alasan dan rasional serta sumbangannya dalam menjayakan “1 Malaysia”.
Misalnya: “Satu Belia” mampu menaikkan martabat dan kedudukan belia pada tahap yang lebih tinggi.
Dalam pada itu, peraduan Foto Satu Malaysia bertema “Perpaduan Melalui Kepelbagaian” menyaksikan pemenang bertemu Perdana Menteri di pejabat beliau di Putrajaya pada 20 Mei untuk menerima hadiah. Laporannya boleh dibaca di blog 1 Malaysia.
Foto oleh Henry Liew menampilkan beberapa kanak-kanak riang memegang Jalur Gemilang mini. Azrul merakamkan beberapa kanak-kanak riang makan di kantin sekolah. Foto oleh Diyana menampilkan tiga remaja — tentu sahaja seorang Melayu, seorang India dan seorang Cina! — memegang Jalur Gemilang.
Maka, itukah yang dimaksudkan dengan “1 Malaysia”? Hal ini memandangkan Perdana Menteri sendiri di blog 1 Malaysia menyatakan, “tiga penyertaan teratas yang memenangi peraduan ini, pada hemat saya, paling menyerlah dalam menjelaskan semangat 1 Malaysia.”
Maknanya, 1 Malaysia melihat pada kepelbagaian kaum, perpaduan dan kesetiaan pada negara.
Ternyata, konsep 1 Malaysia bukan sesuatu yang baru — walau apapun cuba dikatakan oleh para pemimpin. (Dan jangan lupa bahawa para pemimpin sediri mungkin masih menunggu draf teks/panduan daripada Jakim!)
Berbanggalah kerana kita semua sebagai rakyat memang sudah sedia mengamalkan konsep "1 Malaysia" sebelum Perdana Menteri memulakan blog 1 Malaysia.
Bagi saya, konsep “1 Malaysia” sebenarnya bukan sesuatu yang segar-baru-asli. Dan pada masa yang sama, konsep itu juga belum dapat dijelaskan secara tepat oleh mana-mana pihak.
Kita semua masih dalam “pencarian” makna 1 Malaysia — semata-mata kerana kita tidak mahu, tidak rela dan tidak bersedia menerima hakikat keunikan Bangsa Malaysia.
Kita juga masih bercakap mengenai “perpaduan” (unity) dan belum sampai ke tahap memperkatakan mengenai “integrasi” (integration).

Mengapa bukan Mohd Isa? — Ramli Abdul Karim


SEPT 25 — Menjelang Pilihan Raya Kecil Bagan Pinang pada 11 Oktober ini, Umno nampaknya kini berada di persimpangan dalam soal pemilihan calonnya untuk bertanding mewakili Barisan Nasional (BN).
Calon BN difahamkan akan diumumkan sendiri oleh Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Port Dickson pada 29 September ini. Namun, soal kriteria calon masih menjadi isu utama yang diperdebatkan khususnya di kalangan pimpinan Umno, pemerhati politik dan juga ahli-ahli parti.
Ia menjadi polemik apabila sebelum ini Jawatankuasa Umno Bahagian serta Jawatankuasa Wanita, Pemuda dan Puteri Bahagian telah sebulat suara menamakan ketua bahagian, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad sebagai calon tunggal untuk diserahkan kepada pucuk pimpinan.
Sebanyak 12 cawangan Umno, 13 cawangan MIC dan empat cawangan MCA juga membuat keputusan yang sama mahukan Mohd Isa. Tetapi keputusan yang memihak secara mutlak kepada Mohd Isa itu tidak disenangi segelintir pihak.
Ramai pemimpin Umno yang secara terang-terangan mahu pun tidak langsung membuat kenyataan terbuka meminta supaya Umno meletakkan calon lain selain Mohd Isa. Ini termasuk kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang percaya bahawa pemilihan Mohd Isa sebagai calon hanya akan membuatkan parti semakin dijauhi oleh ahli-ahli dan rakyat kerana memilih orang yang pernah terlibat dengan kes politik wang.
Bukan sekali malah beberapa kali Dr Mahathir menegaskan peringatan demikian. Sebagai negarawan, sudah pasti kenyataan beliau segera mendapat respons pihak yang menyokong amaran Dr Mahathir itu termasuk beberapa ahli Majlis Tertinggi (MT) terutama ketika Umno begitu serius membersihkan parti daripada barah politik wang.
Bagaimanapun pada masa sama terdapat juga sebahagian pemimpin Umno dan pemerhati politik memihak kepada Mohd Isa yang memiliki kekuatan di peringkat akar umbi, supaya kemenangan lebih terjamin selepas BN mengalami enam kekalahan dalam pilihan raya kecil sebelum ini.
Memang benar Umno kini sedang berusaha bersungguh-sungguh untuk membanteras politik wang malah ia begitu ketara sejak beberapa tahun lalu termasuk pada tahun 2005 parti itu telah memperlihatkan ketegasan dengan menggantung keahlian Mohd Isa dan menggugurkan jawatan Naib Presiden yang disandangnya.
Bekas Menteri Besar Negri Sembilan selama 23 tahun itu juga terpaksa melepaskan jawatan Menteri Wilayah Persekutuan ekoran kes tersebut. Bagaimanapun beliau menerima dengan akur, taat dan insaf keputusan parti itu dan mengharungi hukuman yang dikenakan dengan tabah, bukannya melatah.
Untuk memberi keadilan kepada Mohd Isa dan juga mengambil kira pandangan pihak-pihak yang tidak senang jika beliau dicalonkan di Bagan Pinang, maka adalah wajar kita merungkai persoalan “Mengapa tidak Mohd Isa yang menjadi calon?” — Utusan Malaysia

Jangan hanya manis di mulut — Kunta Kinte


SEPT 25 — Dalam kolum minggu lalu, kita cakap fasal pembinaan keupayaan atau kapasiti ekonomi di bawah Dasar Ekonomi Baru.
Kunta Kinte harap walaupun tak banyak lagi matlamat dan ciri-ciri DEB yang tinggal — dah dihapuskan satu demi satu atas alasan kita nak bersaing, nak jadi global dan nak amal meritokrasi — matlamat pembinaan kapasiti ekonomi wajib diteruskan, khasnya di kalangan kaum majoriti Bumiputera.
Kalau tak sebab kegiatan membina kapasiti ekonomi ini, tidak ramailah budak-budak Melayu dan Bumiputera yang jadi pentadbir, pengurus, jurutera, doktor, arkitek, juruterbang, ahli sains dan ahli teknologi.
Dalam itu pun, ramai lagi yang tak sampai ke mana-mana. Hanya cukup jadi operator pengeluaran, juruwang di pasar raya, penghantar pizza dan kerani am. Ramai jadi macam itu atas pilihan sendiri. Masa sekolah malas. Masa bekerja hendak ambil senang. Nak kerja yang ringan, nak kerja yang bersih dan nak banyak cuti dan rileks.
Ambil cerita Mat Rempit. Siapa yang silap? Kunta Kinte dah 40 tahun bawa kereta. Masa muda dulu naik motosikal dan skuter. Banyak dah tengok. Makin hari makin teruk disiplin jalan raya. Fasal Mat Rempit ni, siapa yang salah? Siapa lagi kalau bukan ibu bapa yang tak larang anak bawah umur naik motosikal ke sekolah, ke kedai dan berfoya-foya?
Bukan setakat tak larang, ada yang fasal malas bangkit pagi atau atas alasan sibuk, beli motosikal untuk anak bawah umur pergi sekolah. Awal-awal lagi ajar anak jadi pesalah dan penipu dengan suruh mereka guna jalan kebun atau ban tali air.
Guru, polis dan pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan pun sama. Lepas batok di tangga saja. Bukan apa, ramai juga anak cikgu, anak polis dan anak pegawai JPJ yang naik motor tanpa lesen atau dah naik pangkat jadi Mat Rempit penuh masa.
Bila berlanggar dan mati sedih, menyesal dan macam-macam lagi. Pergi sajalah ke wad saraf dan tulang hospital kerajaan dan swasta. Bergantungan Mat Rempit yang kemalangan jalan raya. Ada yang patah tulang dan ramai yang jadi zombi atau mayat hidup fasal cedera otak dan saraf.
Rugilah bangsa kita kalau generasi muda ambil jalan mudah fasal ibu bapa tidak peduli atau sibuk cari makan, sibuk politik, sibuk tengok drama TV dan takut nak bagi nasihat kepada anak sendiri. Ada ibu bapa yang takut bagi nasihat kepada anak sendiri fasal takut anak-anak merajuk dan lari dari rumah. Maklumlah sekarang senang lari dari rumah sebab ada motor dan kereta.
Akhirnya siapa rugi dan siapa yang malu? Anak bangsa kita dan kita. Semua yang busuk dikaitkan dengan Melayu. Semua yang baik bangsa lain dapat. Beli motor di kedai Cina. Tukar paip exhaust supaya hingar bingar satu kampung di kedai Cina. Hutang beli motor di kedai Cina. Gadai barang emas nak bayar ansuran motor di kedai Cina. Perbaiki motor di kedai Cina.
Tapi bila dah jadi fenomena, tak pula guna nama Cina. Guna nama Melayu. Mat Rempit la. Mat spanar la. Minah karan la. Kaki gian la. Yang jadi tauke ganja, candu dan pil khayal tu Melayu ke? Melayu jadi pengedar kampung dan pemadat. Kalau Melayu yang jadi tauke dadah, dah lama kena gantung.
Bila pekerja asing sibuk belajar jadi tukang kayu, tukang besi, tukang elektrik, tukang paip, tukang wayar, tukang masak, juruwang dan pelayan kedai makan, budak-budak kita jadi penghantar pizza, McDonald’s dan surat fasal boleh naik motosikal.
Sepatutnya budak-budak kitalah yang belajar jadi tukang kayu, tukang besi, tukang elektrik, tukang paip, tukang wayar, tukang masak, juruwang dan pelayan kedai makan supaya satu masa nanti boleh buka perniagaan sendiri bukan jadi kuli sampai tua.
Kita jangan cepat marah bila ada projek macam F1. Ya lah belanja besar dan banyak lagi rakyat yang susah, yang perlu bantuan. Bantu wajib bantu. Itu kewajipan kerajaan. Tapi kita kena juga fikir masa depan. Kena fikir tentang macam mana nak belajar teknologi, kepakaran dan kemahiran baru.
Kalau kita bagi beras kepada orang susah, dia masak dan dia makan. Esok dia lapar kita kena bagi lagi. Tapi kalau kita bagi dia padi, kita bagi dia tanah dan kita ajar dia buat bendang, benih secupak boleh jadi seguni.
Jadi Kunta Kinte harap pembesar kita tu janganlah cakap fasal rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan saja. Atau sibuk dengan PKI sampai ada dua menteri yang jaga. Tolong tengok macam mana sistem sosial dan pendidikan kita dah jadi tempat melatih mat rempit, kaki gian dan orang muda yang rendah akhlak. Jangan bangga dengan pencapaian cemerlang segelintir pelajar cerdik saja.
Bila Mat Rempit ini bawa kereta, bawa lori atau bawa bas, mereka buat macam mereka naik kapcai. Tak hairanlah jalan raya kita dak jadi medan tumpah darah.
Jadi tolonglah tengok. Sampai bila budak-budak Melayu nak jadi operator pengeluaran, kerani, pekerja pasar raya, penghantar pizza dan GRO? Modal insan apa kalau ramai budak-budak kita kurang akhlak, kurang kemahuan, kurang ilmu dan kurang kepakaran? — Berita Harian

Ambil tindakan tegas terhadap individu — Berita Harian

 

SEPT 25 — Penyiaran dan penyebaran Kertas Kabinet mengenai isu Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) dalam satu laman web amat membimbangkan kerana dokumen 18 muka surat itu diklasifikasikan sebagai sulit mengikut Akta Rahsia Rasmi (OSA). Bagaimana dokumen bertarikh 22 Jun 2007 atas rujukan KK/BPKA/D5 (Y)540/1/1 dikatakan sebagai Memorandum Daripada Menteri Kewangan berhubung PKFZ boleh disebarkan tanpa rasa takut oleh pihak berkenaan termasuk pemilik web berkenaan.
Justeru, siasatan polis pastinya menjurus kepada siapa yang mengeluarkan dokumen sulit kerajaan itu daripada failnya selain mereka yang menyiar dan menyebarkannya. Niat mereka yang terbabit membocor, menyiar dan menyebarkan dokumen ini juga mesti diperhalusi sedalam-dalamnya.
Siapa dalang di belakang mereka? Apakah habuan yang mereka dapat? Semua pihak terbabit mesti dikenakan tindakan tegas dan keras. Ini sebagai membuktikan kerajaan serius menangani ketidakjujuran kakitangan atau pegawai perkhidmatan awam ataupun individu yang sanggup membocorkan maklumat rahsia kerajaan atas pelbagai dorongan serta kepentingan.
Jentera perkhidmatan awam yang terikat dengan ikrar menyimpan rahsia sepatutnya bersikap “biar pecah di perut asalkan jangan pecah di mulut”. Pepatah ini turut membawa maksud, menyimpan rahsia kerajaan adalah keutamaan yang perlu dijunjung sepanjang masa oleh setiap anggota perkhidmatan awam termasuk apabila bersara.
Jika dokumen sulit kerajaan seperti itu boleh tersebar mudah, dibimbangi pihak tidak bertanggungjawab ini juga sanggup menjual rahsia sulit kerajaan yang lain. Jadi, perkara ini tidak wajar dianggap remeh dan mudah. Tindakan paling tegas perlu diambil terhadap individu atau mereka yang membocorkan rahsia kerajaan itu termasuk pemilik laman web itu.
Pada masa sama, Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (Mampu) di Jabatan Perdana Menteri, perlu peka dengan kes dokumen kerajaan yang keluar daripada fail simpanan dalam bentuk asli atau salinan. Sama ada berstatus rasmi, rasmi separuh sulit, sulit dan sulit profil tinggi, dokumen itu perlu ada satu sistem penjagaan serta kawalan yang lebih baik daripada sekarang. Nilai sesuatu dokumen rasmi kerajaan sangat mahal.
Andai dokumen itu berkaitan sesuatu pelan induk, bersifat strategik, berkaitan keselamatan negara dan pertahanan tanah air maka harganya tidak ternilai. Dokumen rasmi kerajaan dalam pada pun statusnya adalah nyawa, harta dan khazanah negara yang perlu dilindungi sebaik mungkin daripada musnah, hilang atau jatuh ke tangan orang lain.
Dari satu sudut lain, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia juga mesti menyediakan kod warna (colour code) sama ada merah, kuning atau hijau bagi melabelkan laman web dan blogger di negara ini. Mana-mana yang dianggap “panas” perlu dilabelkan dengan kod warna merah sekali gus dipantau lebih kerap sepanjang masa bagi mengesan tindakan berbahaya mereka termasuk menyiarkan dokumen sulit kerajaan.
Pemantauan yang lebih ketat terhadap media itu untuk memastikan warga negara ini individu bertanggungjawab, cinta dan setia pada negara bukan untuk mengongkong kebebasannya.

PKA fail saman tuntut RM920 juta



SHAH ALAM 25 Sept. - Lembaga Pelabuhan Klang (PKA) hari ini memfailkan
saman terhadap syarikat pemaju utama kepada Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ), Kuala Dimensi Sdn. Bhd. (KDSB) dan syarikat perunding, BTA Architect untuk menuntut ganti rugi RM920 juta.
Writ saman tersebut difailkan sendiri oleh Pengerusi PKA, Datuk Lee Hwa Beng di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil di sini pada pukul 11 pagi.
Bagaimanapun Hwa Beng enggan memberikan sesalinan writ saman kepada pihak media dengan alasan bimbang ia akan disalah lapor.
Hwa Beng sebaliknya mengedarkan kenyataan media dan hanya memberikan nombor fail saman yang telah difailkan serta meminta supaya pihak media mencari sendiri saman tersebut daripada mahkamah.
- Utusan

Dr. Hassan Ali Lagi. Oiii....penatnya!!



Selangor PAS backs Hassan Ali

Begitulah salah satu tajuk berita dalam Malaysian Insiders...betul ke?

NST lagi daring... Pas stands firm, backs state chief on Selcat issue

Kalu setakat Roslan SMS dan dua tiga kerat orang kuat Dr. Hassan Ali yang menyuarakannya... adakah ia mewakili suara akar umbi PAS? Teman rasa (sebagai ahli biasa), ini kerja orang syok sendiri sahaja.

Lama dah orang bawah macam teman ni menahan diri dari mengkritik Dr. Hassan. Teman faham bebeno...Dr. Hassan bukan bodoh. Dia bijak. Kalu tidak masakan Che Det marah kat dia.

Tetapi kenapalah...lepas satu...satu isu ditimbulkan oleh Dr. Hassan sehingga ia menjadi seperti peluru kepada Ibnu Toyo dan konco2nya untuk menyerang kerajaan PR yang mana Dr. Hassan sendiri adalah salah seorang peneraju utama.

Ramai orang kata Dr. Hassan nak jadi MB. Lama ... kira2 sebulan setelah PRU12..ada kawan teman (orang kuat PAS) bagitau...sebebenonye (entah ye entah tidak)..DYMM Sultan offer jawatan MB kat Selangor. Teman cepat2 dismiss. Mana mungkin...tak logik sangkal teman. Kawan tu sampai la ni tak cakap dengan teman dah...

Tapi lepas tu satu satu benda berlaku. Dari rahsia yang dah tak jadi rahsia (Umno offer kerajaan campuran di Selangor) dan lain2...Mungkin ada bebenonye Dr. Hassan nak jadi MB kot?

Salah ke Dr. Hassan nak jadi MB? Tak salah lah yob. OK lah tu. Orang politik mesti ada cita2 politik...Itu biasalah. Jamaludin Postman pun ada cita2 nak jadi MB Perak...apa ke pulak Dr. Hassan?

Tapi tu lah...PAS ni minoriti dalam kerajaan Pakatan Rakyat Selangor. Macam mana nak jadi MB. Kerja kuatlah yob bagi menang semua DUN yang ditandingi. Kalau menang semua...atau majoriti..ha jadi MB secara otomatiklah. Apa lah susah sangat. Ini sifir budak darjah satu. Tak payah ada PhD.

Pemimpin kerjanya memimpin..bukan dengar sangat cakap budak macam Roslan SMS tu. Buat rosak aje...Dr. Hassan kan exco Kerajaan Negeri Selangor. Dia ada banyak channel nak menyuarakan apa2 jua yang dia tak puas hati. Salah satu channelnya ialah mesyuarat exco. Lainlah kalu dalam mesyuarat exco tu MB tak bagi chance dia bercakap...Itupun teman rasa masih ada channel lain yang lebih baik dari channel nak jadi popular tak tentu hala ni.

Macam dalam masjidlah. Kita ada mesyuarat sebulan sekali atau 2 kali. Apa2 masalahpun kita suarakan dalam mesyuarat. Tak payahlah AJK pergi kat luar mengadu kat orang lain dia tak setuju keputusan AJK yang dia sendiri ada dalam tu. Kalau dia buat macam tu... ada dua tiga kemungkinan sahaja. Satu dia bapok..tak berani bersuara dalam mesyuarat. Dua dia bangang tak tau disiplin amal jamaei atau yang ketiga dia suka tikam belakang. Nampak sangatlah dia tak layak jadi ajk masjid.

Teman rasa ada baiknya Dr. Hassan tumpukan tugas exco yang disandang sekarang dan tadbir ia sebaik mungkin. Ada banyak benda yang tak kena dengan JAIS dan MAIS terutama pegawai2nya yang lembab tu. Begitu juga dengan kemudahan awam yang perlu diperbaiki.

Baru2 ini teman terserempak dengan jiran teman. Orang tua yang suka main golf di Fasa 2 tu. Menyindir semacam aje nada suara dia.

"Ada harapan ke nak mempertahankan pemerintahan sepenggal lagi?"

"Kenapa tidak?" Teman tanya balik...

"Baguslah kalu boleh. Tapi saya tengok kan na...tak da apa yang baru parti hang buat?" Telah dia.

"Apa yang kami buat memang payah orang nak nampak...sebab kami tak ada media nak bagi tau. Umno ada Utusan...!!" Jawab teman.

"Kami bukan nak banyak...Dulu kata nak buat library...sampai ke la ni tak buat." Katanya lagi.

"Tu tanah kosong sebelah masjid bila nak develop? Buat sekolah ka apa ka. Dalam dialog dulu bukan ada kata nak buat ke?" Sekali lagi dia menjolok teman.

"Ada dah saya bagi tau dia orang..nantilah saya follow up lagi." Kantoi teman.

"Tak pa lah...kami bukan nak banyak." Dia dok ulang tang tu jugak.

Belum sempat teman jawab dia tambah...

"PBT kena baguih la. Sampah angkat pada masanya. Longkang2 bersih. Taman2 permainan sentiasa dipantau peralatannya. Ada tempat orang tua beriadah..Itupun dah cukup baiklah.!!"

"Ok Syeikh...tang tu saya akan usahakan bagitau YB dan orang2 dia. Masjid malam ni tazkirah syeikh. Marilah join!!" Cepat2 teman potong cerita...

"Hmm ok ok. Saya pi nanti." Tersengih aje orang tua tu..

KENYATAAN MEDIA : ADUN Pakatan Rakyat tidak akan hadir sidang yang dipanggil Speaker Haram.


Sebagaimana yang telah disahkan oleh YAB. Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak, DS. Mohamaad Nizar Jamaluddin dan Pengerusi DAP Negeri, Dato' Ngeh Khoo Ham bahawa semua 28 orang ADUN Pakatan Rakyat tidak akan hadir dalam Sidang DUN Perak yang dipanggil oleh Speaker Haram,Ganesan.

Dengan ini saya sebagai Pengerusi Kelab penyokong Kerajaan Pakatan Rakyat Perak dengan ini juga mengesahkan semua ADUN Pakatan Rakyat tidak akan hadir dalam sidang yang dipanggil oleh Ganesan dengan alasan seperti berikut :-

1. Ganesan adalah Speaker yang dilantik secara tidak sah mengikut undang-undang , malah perlantikannya dalam keadaan yang saya anggap menghina Pemangku Raja Perak dan DUN Perak pada 7 Mei yang lepas. Semua sudah maklum beliau dilantik dalam keadaan Dewan belum di rasmikan lagi oleh Pemangku Raja Perak, dengan kata lain dalam keadaan sidang belum bermula dan semasa Speaker Dewan Perak, V.Sivakumar menduduki kerusi Speaker dalam keadaan menjalankan tugasan awal mengatur kedudukan dewan sebelum mendapat dan memohon perkenan Raja Nazrin masuk ke dewan bagi memulai majlis perasmian.

2. Sehubungan dengan itu saya ingin tegaskan tidak ada Speaker yang lain yang sah di Perak melainkan V.Sivakumar, seterusnya tidak ada panggilann sidang yang sah melainkan oleh beliau dan saya tegaskan Persidangan DUN yang dilakukan di bawah pokok pada 3 Mac, Sidang dalam Dewan pada 7 Mei dan Sidang di hotel pada 2 Sep. semuanya sah dan dihadiri oleh ADUN pakatan Rakyat kerana dipanggil oleh Speaker yang sah.

3. Ganesan adalah "perasit" baru yang menambah kusutkan masalah di Perak. Sebenarnya beliau perlu sedar bahawa dia diperkudakan demi mencapai hasrat BN walaupun ianya jelas melanggar undang-undang yang sedia ada. jauh sekali dari menunjukkan taring tumpulnya untuk memaksa kami hadir dalam sidang yang akan dipanggilnya.

4. Perlembagaan Persekutuan dengan jelas memperuntukkan sebagaimana yang telah ditegaskan oleh Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Azahar Mohamed yang memutuskan mahkamah tidak ada kuasa untuk mendengar permohonan Sivakumar kerana ianya melanggar Artikel 72 Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan kesahihan sebarang prosiding dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) di mana-mana negeri tidak boleh dipersoalkan oleh mana-mana mahkamah walaupun tidak melihat apakah yang berlaku di dalam DUN :-

Fasal 72. Keistimewaan Dewan Negeri.
1.Sahnya apa-apa perjalanan dalam mana-mana Dewan Negeri tidak boleh dipersoal dalam mana-mana mahkamah.

Sivakumar cuma gagal untuk mendapat perintah mahkamah bagi menghalang Ganesan menjalankan tugas sebagai Speaker, dan saya ingin tegaskan bahawa dia tidak mendapat penghakiman mahkamah bahawa dia adalah Speaker yang sah, dan tidak ada juga penghakiman V. Sivakumar adalah Speaker yang tidak sah.

5. Berarti secara kenyataannya Sivakumarlah Speaker yang sah kerana kedudukannya sebagai speaker yang dilantik lebih awal dan mematuhi undang-unadang yang ada dan tidak pernah terlucut jawatannya secara betul mengikut prosuder yang ada.

Saya tegaskan bahawa usul yang telah dikemukakan oleh BN bagi melucutkan jawatan V. Sivakumar adalah tidak sah kerana Sivakumar pada 6 Mei sehari sebelum sidang telah menolak usul tersebut sesuai dengan peruntukan yang diberikan kepadanya. Oleh itu semua yang berlaku rentetan dari itu semuanya tidak sah dan sia-sia belaka.

6.Dengan itu saya membantah kenyataan Ganesan yang disiarkan dalam Sinar Harian bahawa dia Speaker Perak yang sah.

7. Saya mempersoalkan kenapakah Ganesan sangat takut dengan kenyataan ADUN Pakatan Rakyat tidak akan hadir sidang sehingga mengugut kami untuk diambil tindakan, yang jelas Ganesan faham bahawa panggilannya tidak sah dan ugutannya tidak berarti kerana dia bukannya Speaker Perak yang sah.

Inilah kenyataan media dalam isu di atas, terima kasih....

YB. DRS. KHALIL IDHAM LIM
Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Perak PR./
Ketua Penerangan PAS Perak/
ADUN Titi Serong.

Dato Hasan Ali Mahu Pertahan Mereka Yang Khianati PAS dan Pakatan Rakyat ??



Diberitakan bahawa beberapa orang D.O telah memboikot sambutan Hari Malaysia yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Selangor. Faktor berlakunya boikot ini adalah kerana telah berlangsung “sessi soaljawab” terbuka antara SELCAT yang dilantik DUN Selangor bersama beberapa pegawai kerajaan negeri Selangor.

Sessi soaljawab ini (atau lebih dikenali sebagai proseding) telah dilaksanakan terutamanya dengan D.O. dari Kelang bernama Bakhtiar Husin. Isu yang dipersoalkan adalah bagaimana DO tersebut boleh meluluskan projek bernilai RM4 juta berhampiran waktunya dengan PRU 2008.

Bakhtiar selaku DO Kelang mengakui telah mempercepatkan kelulusan serta mengeluarkan peruntukan tersebut untuk member impak yang besar (kepada wakil rakyat Barisan Nasional) yang sedang berkempen mempertahankan kerusi mereka. (Rujuk laporan Malaysia Insider dibawah)

During his testimony on Sept 9, the DO and his officers were questioned about how more than RM4 million worth of annual allocation for use by Barisan Nasional (BN) assemblymen in constituencies within the district was used, within the first two months of 2008.
Bakthiar admitted applications for allocations were fast-tracked for approval due to the general elections “to create an impact” as the money was needed to pay for small development projects and community programmes,

()

Dato Hasan Melindungi Mereka Yang Telah Menentang PAS Sewaktu PRU 2008

Tiba tiba, selepas pendedahan ini dibuat oleh DO Kelang, yakni mereka dengan jelas telah membantu kempen Barisan Nasional serta berusaha diluar keupayaan mereka untuk memenangkan Barisan Nasional dengan wang rakyat, maka Dato Hasan Ali tiba2 datang untuk mempertahankan tindakan DO ini?

Tidakkah Dato Hasan Ali sedar bahawa tindakan2 DO ini telah menyebabkan calon-calon PAS terpaksa berhadapan dengan jentera BN yang dibiayai oleh wang rakyat? Tidakkah Dato Hasan menyedari bahawa DO2 ini telah bertindak menentang serta menyukarkan keseluruhan jentera2 PAS di seluruh negeri Selangor?

Tidakkah Dato Hasan sedar bahawa mempertahankan tindakan DO2 ini adalah mengkhianati keseluruhan jentera-jentera piliharnaya seluruh Selangor yang terpaksa berhadapan dengan jentera kerajaan di dalam kempen-kempen mereka?

Soalnya sekarang mengapa Dato Hasan mempertahankan para pegawai yang bertanggungjawab meluluskan wang dalam jumlah juta-jutaan bagi tujuan kempen Barisan Nasional dan bagi tujuan mengalahkan PAS? Bukankah PAS telah kalah hampir di semua kerusi UMNO?

Bayangkan sekiranya kesemua DO2 ini TIDAK MELULUSKAN PERUNTUKAN SEGERA sebelum pilihanraya, tidakkah mungkin PAS menang sekurang-kurangnya 10 dari 19 kerusi yang UMNO telah menangi dalam PRU 2008?

Apa penyakit Dato Hasan mempertahankan mereka yang telah menguntungkan UMNO dan menyebabkan ramai calon PAS kalah tersunggkur dalam PRU 2008?
Mengapa Perlu Takut Menjawab Soalan Dari SELCAT?

Dato Hasan member alasan kononnya sessi soaljawab SELCAT itu memalukan para pegawai kerajaan. Diberitkan Dato Hasan berkata:

“Dr Hasan said the district officers, council presidents and top administrative officers in the states administration complained that they were being questioned for decisions made by ex-politicians and treated like school kids.
“We must not victimise the district officers in our quest to find the truth for they have served the government of the day and now most of them are aligned to Selangor-led Pakatan government.
“We must not create bad blood that will have a ripple effect with 23,000 other civil servants in the state,” he said.”
( )

Apa mudah sekali Dato’ Hasan mempercayai mereka2 yang jelas telah mengkhianati PAS dan rakyat Selangor? Apa bukti yang pegawai2 ini telah menyokong Pakatan Rakyat?
Kalau benar pegawai2 Kerajan Selangor sudah menyokong Pakatan, mengapa Najib Tun Razak dapat menggunakan Masjid Selayang untuk program berbuka puasa anjuran UMNO baru2 ini? Mengapa Majlis Perbandaran Selayang dengan sewenang-wenangnya merobohkan persiapan sambutan 10 tahun Parti Keadilan Nasional baru-baru ini?

Ini bererti pegawai-pegawai Selangor ini masih lagi balachi UMNO. Mereka tahu yang mereka akan terpaksa mendedahkan kebobrokan serta perangai korupsi UMNO kelak sekiranya sessi soal-jawab SELCAT ini berterusan. Oleh sebab itu, mereka telah berjumpa dengan Dato Hasan untuk meminta SELCAT ini dibubarkan supaya integriti dan maruah UMNO dapat dipertahankan. Mereka sebenarnya sudah pun berbuat berbagai perkara untuk memenangkan semula UMNO di Selangor.

Hakikatnya, para DO ini telah meluluskan peruntukan tersebut kerana mereka sendiri adalah penyokong dan pendokong UMNO dan Barisan Nasional. Mereka melakukan demikian tempohari kerana mereka sendiri mahu melihat UMNO dan Barisan Nasional menang. Mana mungkin mereka boleh mudah berubah fahaman politik mereka dalam hanya setahun setengah?

Dangkal sungguhkan pemikiran Hasan Ali?

Kalau Tak Bersalah, Apa yang Hendak Ditakutkan?

Juga, sekiranya pegawai2 ini tidak bersalah, apa yang perlu ditakuti oleh mereka. Misalnya, sekiranya mereka dipaksa untuk meluluskan peruntukan yang bertujuan memenangkan BN, apa masaalahnya bagi mereka untuk mendedahkan perkara tersebut bagi membersihkan nama mereka?


Dato Hasan Lebih UMNO dari UMNO?


Hairan pula saya. Dalam isu kuil Seksyen 23 Dato Hasan membisu seribu bahasa? Dan sepatutnya Dato Hasan menyokong tindakan Khalid Samad dan kerajaan negeri. Tapi, sikap membisu Dato Hasan menanampakkan sokongan beliau kepada UMNO kerana protes kepada isu tersebut datang dari UMNO Selangor. Dengan berdiam diri, bermaksud PAS Selangor telah menyokong tindakan UMNO Selangor memprotes kuil di Seksyen 23

Dalam isu ini, para pegawai kerajaan negeri tersebut adalah agen-agen dan penyokong UMNO. Mereka mahu mempertahankan UMNO dan membela UMNO. Apabila didedahkan dengan sessi soal jawab terbuka ini, maka maruah UMNO menjadi tercalar. Dengan Dato Hasan mempertahankan pegawai-pegawai ini adalah bermakna Dato Hasan mempertahankan maruah UMNO. Tak malu ke Dato Hasan sedangkan Dr Mahathir sendiri tidak redha Dato’ Hasan Ali menyertai UMNO semula. Jelas, sessi SELCAT mendedahkan amalan korupsi yang dilakukan oleh UMNO selama ini menggunakan wang rakyat untuk kempen politik UMNO dan Barisan Nasional.

Dilaporkan oleh The Edge Daily:

“Data revealed after testimonies from four land offices — Petaling, Gombak, Klang and Kuala Selangor — indicate that most of the state’s allocation for the constituencies were paid out in the final days leading to the state assembly dissolution on Feb 13, 2008.

In most of the seats, the assemblymen applied for and were reimbursed or took payments in the week leading to the dissolution. Many of the constituencies had fully utilised their allocations too, forcing the new state government to allocate another RM375,000 for each constituency”
()

Secara mudah, dari penjelasan dari 4 pejabat tanah di Selangor, Petaling, Gombak, Klang dan Kuala Selangor, menunjukkan segala peruntukan untuk DUN telah dikeluarkan di hari2 terakhir sebelum pembubaran DUN Selangor. Majoriti dari kes2 ini, menunjukkan wakil2 rakyat UMNO telah dibayar peruntukan mereka atau telah mengambil pembayaran peruntukan ini secara pukal beberapa hari sebelum DUN Selangor dibubarkan.
Ini jelas satu tindakan korupsi UMNO yang menggunakan wang rakyat untuk kempen pilihanraya mereka. Tindakan SELCAT patut dipuji dan dinaikkan taraf mereka.

Jangan biar berpanjangan..!!! Selesaikan dengan semangat Asean...!!!


TARIAN pendet yang menjadi kontroversi terbaru di antara Malaysia dan Indonesia.

MENELITI ketegangan hubungan Malaysia dan Indonesia yang berpunca daripada pelbagai insiden sejak kebelakangan ini, seolah-olah memberi isyarat bahawa sengketa itu sengaja dicetuskan oleh pihak tertentu yang mempunyai kepentingan sendiri.
Mana tidaknya, apabila menteri-menteri dan barisan kenamaan Indonesia menyatakan maaf secara terbuka dan memberi jaminan keselamatan kepada warga Malaysia di negara itu, pihak media di negara yang memiliki kira-kira 17,000 pulau itu terus 'berlagak pandai' dengan membuat tuduhan melulu tanpa pernah berasa jemu menyiarkan berita yang boleh memanaskan keadaan.
Kemarahan Indonesia terhadap Malaysia bukanlah perkara baru. Malah, insiden-insiden seperti tunjuk perasaan dan membakar Jalur Gemilang sudahpun berlaku sejak puluhan tahun lalu. Paling terpahat dalam jiwa penduduk Malaysia adalah kempen Ganyang Malaysia yang dilancarkan oleh Presiden Sukarno pada tahun 1963.

DUA anak muda Indonesia memegang bendera Malaysia yang ditulis dengan
perkataan Ganyang di Jakarta pada 30 Ogos 2009.

Menurut Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya (UM), Prof. Dr. Mohammad Redzuan Othman, sebelum era kemerdekaan di kedua-dua negara terbabit, Malaysia dan Indonesia mempunyai ikatan yang akrab dalam aspek budaya, agama dan bahasa.
"Pada tahun sebelum kemerdekaan, perjuangan untuk bebas daripada penjajahan Inggeris di Tanah Melayu dan Belanda di Indonesia merupakan perjuangan serumpun yang tidak hanya fokus pada kepentingan satu pihak.
"Indonesia mencapai kemerdekaan pada 17 Ogos 1947 menerusi revolusi berdarah, manakala Malaysia merdeka pada 31 Ogos 1957 melalui perundingan damai tanpa pertumpahan darah.
"Indonesia seperti memandang rendah terhadap cara kita mencapai kemerdekaan," katanya kepada Kosmo! pada majlis pelancaran buku Setengah Abad Hubungan Malaysia-Indonesia di UM, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Mohammad Redzuan adalah orang yang bertanggungjawab merealisasikan persidangan Perhubungan Malaysia Indonesia 2007-2008 sehingga berjaya menerbitkan buku tersebut.
Kempen Ganyang Malaysia telah dicetuskan pada tahun 1963 oleh Presiden Sukarno kerana mendakwa Malaysia adalah 'neo kolonialisme' atau penjajahan baru imperialis British.
Perbalahan antara dua negara itu umpama air di lautan. Ada waktu, pasang dan ada waktu, surut.
Pernah satu ketika, kemarahan rakyat Indonesia menggelodak akibat tindakan syarikat minyak nasional Malaysia, Petronas menyerahkan konsesi untuk mencari gali minyak di medan Ambalat dan Ambalat Timur di luar Laut Sulawesi kepada syarikat Shell milik Anglo-Belanda.
Bukan itu sahaja, perebutan wilayah Sipadan dan Ligitan yang berakhir dengan kemenangan berpihak kepada Malaysia apabila Mahkamah Keadilan Antarabangsa memutuskan pada 2003 bahawa dua pulau itu milik Malaysia turut meninggalkan kesan hitam dan duka dalam kalangan rakyatnya.
Agak menghairankan mengapa kebencian terhadap Malaysia begitu meluap-luap, sedangkan Malaysia menjadi lubuk rezeki kepada hampir dua juta warga mereka yang bekerja di sini.
Apa yang pasti, peranan media Indonesia menjadi antara punca yang menambahkan kekeruhan hubungan apabila mereka memainkan semula isu-isu berbangkit dengan meluas.
Mengulas isu itu, Ketua Program Lepasan Ijazah Hubungan Antarabangsa, Fakulti Sains Politik dan Sosial, Universiti Gadjah Mada, Yogyakarta, Indonesia, Prof. Dr. Mohtar Mas'oed, berkata, media Indonesia telah mengalami kebebasan luar biasa sejak tahun 1998.
"Media-media Indonesia dipengaruhi oleh kepentingan politik dan memaparkan apa yang rakyat ingin baca. Apabila satu media mencetuskan sesuatu isu, media lain akan turut membawa isu tersebut dengan mencari sesuatu yang berbeza untuk melariskan akhbar.
"Persaingan menjadikan isu tersebut lebih besar dan mempengaruhi penduduk," katanya kepada Kosmo! ketika ditemui pada majlis yang sama di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Katanya, penduduk Indonesia perlu dididik mengenai Malaysia kerana mereka tidak berapa mengenalinya.
"Sebenarnya, penduduk Indonesia telah dipupuk dengan perasaan benci sejak tahun 1960-an lagi.
"Masalah semakin buruk apabila lebih banyak rakyat terutama kelas pertengahan mempunyai akses kepada televisyen dan akhbar," jelasnya.
Namun, katanya, kerajaan Indonesia berusaha untuk meredakan kemarahan yang tercetus dan Presiden Susilo Bambang Yudhoyono sendiri telah mengingatkan penduduknya bahawa tindakan kekerasan sweeping Malaysia tidak akan menyelesaikan masalah, sebaliknya akan menimbulkan masalah yang baru.

ANAK-ANAK muda Indonesia yang dilatih untuk menjadi sukarelawan bagi
menyerang warga Malaysia di Indonesia menjalani latihan seni mempertahankan diri.

Beliau mengakui turut menerima SMS (sistem pesanan ringkas) daripada rakyat Indonesia yang berada di Malaysia.
"Mereka telah menyatakan kebimbangan dan meminta kerajaan Indonesia menyelesaikan masalah yang timbul ini dengan segera.
"Terdapat 1.8 juta rakyat Indonesia sedang mencari rezeki dan belajar di Malaysia. Mereka kini berada dalam kebimbangan berikutan reaksi berlebihan segelintir warga Indonesia yang menimbulkan sengketa dengan Malaysia.
"Tindakan sweeping ke atas rakyat Malaysia adalah tindakan kekerasan dan bertentangan dengan undang-undang, apatah lagi ketika umat Islam, baik rakyat Malaysia mahupun rakyat Indonesia sedang menunaikan ibadah puasa," katanya mengulas tindakan segelintir rakyat Indonesia yang menamakan kumpulan mereka, Benteng Demokrasi Rakyat (Bendera). Mereka membawa buluh runcing dan memeriksa tanda pengenalan orang ramai yang melalui Jalan Diponegoro di Jakarta. Dilaporkan mereka akan merejam warga Malaysia dengan buluh runcing tersebut sebagai tanda protes terhadap ketidakpuasan mereka terhadap Malaysia yang dituduh 'mencuri' tarian pendet yang berasal dari Bali untuk disiarkan di dalam sebuah rancangan promosi Malaysia di saluran Discovery Channel baru-baru ini.
Bukan itu sahaja, rakyat Indonesia juga mendakwa bahawa Malaysia mencuri seni budaya mereka melalui lagu Negaraku yang didakwa diambil daripada lagu Terang Bulan.
Walhal, lagu itu bukan milik kedua-dua negara kerana ia dicipta dan milik ahli muzik Perancis, Pierrr Jean de Beranger (1780-1857). Soalnya, kenapa perlu membantah jika perkara itu bukan seperti yang didakwa.
Selain itu, kes penderaan pembantu rumah seperti yang berlaku kepada Nirmala Bonat dan terbaru, kes Siti Hajar juga mencetuskan amarah penduduk Indonesia sehingga mendorong Menteri Tenaga Manusia Indonesia, Erman Suparno mengeluarkan arahan supaya menghentikan penghantaran pembantu rumah ke Malaysia.
Tindakan tersebut mungkin memberi kesan kepada Malaysia tetapi selebihnya adalah kepada negara mereka sendiri. Ia umpama menyekat pengaliran masuk mata wang asing ke bumi Indonesia.
Hakikatnya, kedua-dua negara saling bergantung di antara satu sama lain. Ini kerana kira-kira 93 peratus daripada pembantu rumah di Malaysia adalah dari Indonesia dan selebihnya dari Filipina dan Sri Lanka.
"Kita tidak pernah membesar-besarkan masalah termasuk kejadian jenayah yang dilakukan oleh warga Indonesia di bumi Malaysia.
"Menurut statistik Jabatan Imigresen, seramai 1,200 pembantu rumah dilaporkan lari dari rumah majikan pada setiap tahun.
"Adakah mereka tahu berapa banyak jenayah seperti rompak bersenjata, pergaduhan dan berapa ramai majikan yang teraniaya akibat perbuatan amah yang lari, berbanding dengan bilangan kes penderaan yang terlalu sedikit," ujar Mohammad Redzuan kesal.
Kita sedia tahu bahawa media Indonesia sejak dahulu lagi gemar menghentam Malaysia. Pantang timbul isu yang oleh 'dimainkan,' pasti media di negara itu akan membesar-besarkan isu tersebut sehingga tahap melampau.
Sebaliknya, media Malaysia lebih profesional dalam menyiarkan berita yang boleh menggugat hubungan politik dan budaya di antara kedua-dua negara.

PARA pelajar Malaysia menyertai pasukan sukarelawan Bulan Sabit Merah
Indonesia mengagihkan selimut kepada mangsa gempa bumi di Panglengan, Jawa Barat.


Sungguhpun, laporan media Malaysia lebih berhemah, namun pernah satu ketika, Kedutaan Indonesia meminta semua media di negara ini menyediakan buku skrap yang menyenaraikan semua laporan yang tidak disenangi Indonesia. Buku itu perlu menjelaskan setiap laporan yang telah disiarkan. Mungkin sekarang, sudah tiba waktunya kita melakukan perkara yang sama.
Selain itu, Indonesia seperti sengaja mencari pasal apabila bertegas mahu mempatenkan batik, rendang dan keris sebagai hak milik mereka dan sesiapa yang ingin menggunakannya perlu meminta kebenaran. Satu daripada perkara itu telahpun berhasil apabila Pertubuhan Pendidikan Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO) baru-baru ini mengiktiraf bahawa batik merupakan produk yang berasal dari Indonesia.
Walaupun rakyat negara ini terpaksa menelan segala penghinaan yang begitu teruk, kerajaan Malaysia masih tenang dalam menangani masalah yang tercetus dan lebih gemar menyelesaikannya secara diplomatik.
Lebih daripada itu, Malaysia tidak menyimpan dendam dan buktinya, negara kita tetap menghulurkan bantuan kepada Indonesia setiap kali bencana menimpa negara itu. Misalnya, baru-baru ini, para pelajar Malaysia di Indonesia telah menghulurkan bantuan kepada mangsa gempa bumi di Jawa Barat.
Namun adakah sikap tenang atau lebih dilihat sebagai tidak ambil peduli itu membuatkan rakyat Indonesia semakin memijak kepala kita dan seperti mengiakan bahawa kita bersalah dalam segala hal. Mungkin ada masa, kita perlu beralah tetapi ada waktunya, kita tidak boleh lagi berdiam diri. Apa yang penting, jangan biarkan maruah kita tercabar gara-gara sikap tidak matang segelintir pihak di Indonesia.

PIMPINAN PAKATAN HARUS BIJAK KELUARKAN SEBARANG KENYATAAN-JANGAN TIRU UMNO@BN...!!!



Menjelang pilihanraya ,memang kita biasa terdengar akan masalah yang berlaku di dalam negeri dibawah pentadbiran PR.Ini memang lumrah,kerana memang kita tahu Bn juga punya agenda.Oleh kerana semua yang dilakukan Bn tidak diterima rakyat,maka tujuan utama Bn ialah dengan memesongkan pandangan rakyat dengan isu yang berlaku di dalam negeri yang di tadbir PR.

Kita lihat Selangor, paling banyak tekanan,banyak kejadian yang diselesaikan.Rasanya kes siasatan SELCAT ini patut di dedahkan, secara terbuka,namun dalam beberapa perkara ada juga pandangan bagi menjaga aib pegawai kerajaan yang terpaksa melakukan dan mengikut arahan pihak tertentu semasa menjalankan tugas.Ini betul dan terpaksa di lakukan oleh pegawai kerajaan.

Namun bagi pihak PR pula, janganlah mengeluarkan kenyataan menghentam pimpinan yang lain, atau mungkin akhbar arus perdana Bn sahaja yang memainkan isu ini.Itu sebenarnya yang kita faham.Kes bermula apabila Dato Dr Hassan Ali menegur pihak SELCAT yang sedang menjalankan siasatan tetang ketelusan dan intergriti penguasa Selangor dalam menjalankan kewajipan terhadap rakyat negeri itu.terdapat beberapa keraguan dan kebocoran yang amat banyak dibawah pentadbiran Khir Toyo.

Sedikit sahaja perbalahan iaitu terguran Dr Hassan berhubung dengan cara siasatan di jalankan.Cuma isu ini diperbesarkan dengan tujuan untuk menunjukkan bahawa DAP dan PKR tidak sehaluan dengan PAS.Ini haruslah disedari bahawa pilihanraya kecil Bagan Pinang menjelang tiba dan keburukan yang kononnya berlaku di dalam kerajaan PR menenggelamkan kebaikan PR dan melindungi Khir Toyo dan barisan pimpinannya selama ini.Jadi isu ini jelas iaitu pilihanraya kecil untuk menawan hati rakyat.

Oleh kerana rakyat kini sudah semakin celik,dan bijak , sudah tentu tindakan ini akan dilihat sebagai mainan Bn semata-mata.Rakyat dapat menilai isu ini dan akhirnya isu ini akan di selesaikan dengan baik.Untuk menang hati rakyat bukan dengan memburuk-buruk kan parti lawan dengan adu domba,tetapi cuma inilah sahaja caranya untuk meruntuhkan pakatan pembangkang di negera ini kerana rakyat melihat PR lebih boleh di percayai dari bn sendiri.

Hasan Ali mahu bawa PAS Selangor keluar Pakatan?

Baru sebentar tadi, terdengar berita di radio, PAS Selangor akan mengadakan satu mesyuarat khas untuk mengkaji kedudukannya dalam Pakatan Rakyat Selangor.

Nampaknya PAS Selangor kini sudah jadi macam DAP di Kedah mengugut mahu keluar PR bila berhadapan dengan isu Selcat.

Isu Selcat menjadi panas ekoran kritikan terbuka Hasan Ali yang mendakwa bahawa “sesi penyiasatan yang menggunakan kaedah menghina serta menjatuhkan maruah disamping lahirnya unsur tekanan sehingga mencetuskan ketegangan jelas tidak mencerminkan objektif dan falsafah penubuhan SELCAT. Akibat kaedah ini maruah dan harga diri para pegawai kanan kerajaan telah teruk tercalar dan moral mereka menurun.” [Lihat kenyataan resmi Hasan Ali di sini]

Walau bagaimana apa pun alasannya , kalau benar bahawa pandangan jujur dan ikhlas yang diberikan oleh Hasan itu bertujuan demi memperbaiki dan mengukuhkan pentadbiran kerajaan negeri , kenapa ianya perlu dibuat secara terbuka hingga timbul persepsi tidak baik dikalangan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat dan orang ramai terhadap Hasan sendiri sehinggakan ada yang mencadangkan agar beliau keluar sahaja dari PAS.

Tetapi Hasan tidak akan meninggalkan PAS dan masuk semula ke dakapan Umno. Mahathir sendiri lebih suka jika Hasan terus berada dalam PAS dan menjadi duri dalam daging. Berjayakah Hasan membawa PAS keluar dari Pakatan Rakyat Selangor? Khir Toyo tentu mengharap sangat!

TUN Mahathir Cuba Ajaq UMNO macamana cara pilih calon...


CALON PILIHANRAYA
By Dr. Mahathir Mohamad

1. Saya akui calon yang bersih pun boleh kalah dan calon yang kotor pun boleh menang. Di Bagan Pinang, saya percaya siapa juga yang dilantik sebagai calon, besar kemungkinan dia akan menang.

2. Sudah lupakah kita akan pilihanraya kecil di Permatang Pasir di mana calon Barisan Nasional terdiri daripada seorang peguam yang dikatakan terlibat dengan melesapkan duit pelanggannya dan berbohong berkenaan dengan jumlah isterinya? Kempen BN mudah dipatah oleh parti lawan. Apabila ia kalah ramai yang berkata BN harus selidik dahulu latarbelakang calon. BN tidak harus letak calon yang mempunyai latar belakang yang mudah dijadikan isu oleh parti lawan.

3. Imej UMNO sekarang sudah banyak tercemar dengan politik wang semasa pemilihan Majlis Tertinggi. Boleh dikatakan hampir semua yang dipilih terlibat dengan rasuah.

4. Sesungguhnya orang ramai tidak lagi hormati UMNO. Dan besar kemungkinan mereka tidak akan undi calon UMNO dalam Pilihanraya Umum ke-13.

5. Imej ini boleh diubah jika UMNO secara serius cuba bertindak membersihkan dirinya. Yang rakyat lihat ialah janji akan terus bertindak terhadap yang terlibat dengan penggunaan wang dalam pemilihan Majlis Tertinggi tidak dikotakan. Sebaliknya banyak tanda-tanda yang menunjuk yang kotor diterima juga. Jika yang dipilih sebagai calon di Bagan Pinang tidak bersih maka persepsi rakyat terhadap UMNO sebagai parti rasuah tidak akan berubah. Ia akan mempunyai kesan buruk dalam Pilihanraya Umum ke-13.

6. Memang benar saya disingkir daripada UMNO dan kemudian diterima balik dan dicalonkan dalam Pilihanraya Umum 1974. Tetapi saya tidak disingkir kerana jenayah rasuah. Saya disingkir kerana saya telah suarakan pendapat ramai ahli parti yang tidak senang dengan dasar Presiden ketika itu.

7. Demikian juga beberapa orang ahli Semangat 46 telah diterima balik, dicalon dan ada yang dipilih menjadi menteri. Mereka bukan diambil tindakan disiplin kerana rasuah atau politik wang. Kesalahan mereka bukan satu jenayah. Sebaliknya tindakan mereka disebabkan perbezaan pendapat politik dengan kepimpinan parti.

8. Tidak ada persamaan di antara kes saya dengan kes tindakan tatatertib keatas seorang yang menggunakan wang untuk mendapat jawatan dalam parti.

9. Jika ahli UMNO utamakan orang tertentu lebih daripada parti dan penerimaannya oleh masyarakat, janganlah hairan jika UMNO sekali lagi ditolak dalam pilihanraya umum.

10. Sebenarnya penolakan UMNO dalam Pilihanraya Umum ke-12 disebabkan kebanyakan ahli UMNO terus menyokong pemimpin yang tidak disukai oleh rakyat. Oleh kerana ahli UMNO tidak bertindak menukar pemimpin yang tercemar dengan rasuah dan nepotisme, maka rakyat sebagai pengundi terpaksa bertindak mengalahkan BN dan UMNO di banyak kawasan.

11. Kalau sayang pada parti, janganlah begitu utamakan individu tertentu sehingga imej parti tercemar lagi. Korbankanlah sedikit supaya akhirnya parti dapat dipulih semula.

Tonjol imej sebenar Islam - Najib..!!! Adakah imej tanpa perbuatan mampu menjadikan ISLAM TERBELA..!!!

KUALA LUMPUR 24 Sept. - Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) bukan hanya merupakan satu platform kerjasama di kalangan ummah tetapi juga sebagai pentas bagi menangkis tohmahan yang mengaitkan Islam dengan kegiatan pelampau dan Islamofobia di peringkat antarabangsa, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perdana Menteri berkata, persepsi negatif dan penghinaan terhadap Islam yang semakin berkembang itu bertambah buruk terutama terhadap umat Islam yang tinggal di Barat.
"Ia menjadi tanggungjawab ummah untuk menonjolkan imej sebenar Islam dengan menekankan nilai-nilai universal, pencapaian dan warisan yang kaya dalam agama suci ini, yang mengajar pengikutnya bersikap toleransi dan menghormati orang lain," katanya dalam mesej sempena ulang tahun ke-40 penubuhan OIC yang dikeluarkan di sini hari ini.
Najib berkata, selepas 40 tahun, OIC telah berkembang menjadi sebuah badan yang berkhidmat bagi melindungi kepentingan umat Islam dan apa yang menggembirakannya ialah pertubuhan itu telah "secara aktif bergiat dalam mempromosikan kegiatan bagi mempertingkat kerjasama dan penyelarasan di kalangan 57 negara anggota yang mempunyai 1.5 bilion penduduk".
Bagaimanapun, Najib berkata, dunia hari ini adalah sebuah tempat yang jauh berbeza berbanding 40 tahun lalu serta banyak cabaran baru muncul. Bagi OIC untuk kekal relevan dalam dunia globalisasi, teknologikal dan tanpa sempadan, ia perlu bergerak dengan keperluan semasa."
"Para anggotanya perlu bekerjasama, memaksimumkan penggunaan sumber secara bersepadu demi manfaat dan kebaikan bersama seluruh ummah. OIC perlu mengenal pasti cabaran-cabaran baru dalam era selepas 11 September bukan hanya dalam bidang politik dan keselamatan tetapi juga di dalam lingkungan ekonomi dan sosial," katanya.
Najib berkata, OIC perlu memainkan peranan sebagai pemangkin dan penyedia bagi pembangunan ekonomi dan sosial di kalangan negara anggota yang kurang membangun dalam pertubuhan itu.
"Kita tidak boleh ketinggalan dalam peredaran dunia. Usaha bersama secara bersepadu diperlukan bagi menghapuskan belenggu kemiskinan yang masih melanda jutaan saudara seagama kita di seluruh dunia.
"Ia terserah kepada kita untuk membentuk nasib kita sendiri dan oleh itu kita mesti menanam cita-cita untuk maju tanpa bergantung kepada orang lain.
Kemiskinan, kelaparan dan penyakit adalah musuh biasa kepada manusia," katanya.
Perdana Menteri berkata, sementara masyarakat antarabangsa menangani masalah- masalah ini, OIC juga perlu memainkan peranannya.
"Sementara cabaran-cabaran itu begitu banyak, ia tidak boleh dibiarkan. Para anggota perlu merapatkan barisan bagi menanganinya demi manfaat generasi sekarang dan akan datang," katanya.
Mengenai isu Palestin, Najib berkata, walaupun usaha di peringkat antarabangsa bagi menyelesaikan isu yang telah lama tertangguh, "kami kecewa dan terkejut berhubung keadaan yang teruk dan terus bergolak di kawasan yang diduduki rakyat Palestin."
Menyentuh mengenai peranan Malaysia dalam OIC, Najib berkata, sebagai anggota pengasas pertubuhan itu, Malaysia telah memainkan peranan penting dalam penubuhannya semasa memegang kerusi pengerusinya dari Oktober 2003 hingga Mac 2008, Malaysia telah mengorientasi semula fokus pertubuhan itu daripada semata-mata berbincang mengenai isu politik tetapi kepada menitikberatkan isu-isu ekonomi dengan pendekatan yang praktikal bagi kemajuan ekonomi dan pelaksanaan projek-projek di negara-negara anggota.
"Sehingga ini, kerajaan Malaysia tetap komited bagi meningkatkan kerjasama ekonomi di kalangan negara-negara anggota dan menggalakkan dagangan di kalangan negara anggota OIC. Walaupun potensi dagangan itu pada masa ini berada pada tahap 16.7 peratus daripada jumlah dagangan dunia," katanya. - Bernama