Rabu, 23 September 2009

SELCAT, Isu Kebebasan Bersuara, Wala' Dan Thiqah


Dua orang pendokong Dato’ Hasan Ali sudah bersuara dalam isu Selcat yang menjadi kecaman Dato’ Hasan Ali. Iskandar Samad dan Roslan SMS bertindak mempertahankan Dato’ Hasan Ali dalam isu Selcat ini, waimma ramai pendokong Pakatan Rakyat mengkritik balik terhadap tindakan Dato’ Hasan Ali tersebut.

Iskandar Samad mengemukakan dua isu; iaitu isu ‘kebebasan bersuara’ dan ‘kekesempurnaan selcat’. Adapun Roslan SMS pula mengemukakan isu lama; isu yang mampu menumpulkan daya intelek ramai ahli-ahli PAS, iaitu ‘wala’ dan ‘siqah’ tanpa merujuk kepada perbahasannya yang sebenar.

KEBEBASAN BERSUARA

Secara peribadi, aku beranggapan kritikan balas yang dilakukan oleh pimpinan Pakatan Rakyat terhadap Dato’ Hasan Ali bukanlah menyekat kebebasan bersuara, tetapi ia merupakan membuka ruang untuk kebebasan bersuara.

Mengapa dianggap itu sebagai menutup kebebasan bersuara, sedangkan jika dihayati balik, Dato’ Hasan Ali sendiri mengamalkan dasar menutup kebebasan bersuara itu.

Apakah kita sudah lupa dengan sejarah pemecatan dua tokoh dalam PAS; Khalid Samad dan Syaari Sungip disebabkan kritikan mereka berdua terhadap Dato’ Hasan Ali dalam mesyuarat Perhubungan PAS disebabkan tindakan Dato’ Hasan Ali memburukkan Pakatan RAkyat diselangor; dengan dakwaan bahawa kononnya PAS ‘dianaktirikan’ dalam PR di Selangor, waimma dakwaan itu adalah purba sangka semata-mata.

Jika benar Dato’ Hasan Ali mengamalkan kebebasan bersuara, sudah pasti kritikan dua tokoh ini tidak berakhir dengan pemecatan, sepertimana Tan Sri Khalid tidak memecat Dato’ Hasan Ali sebagai exco setelah beberapa kali melakukan masalah dalam kerajaan pakatan Rakyat di Selangor.

Adapun dalam isu selcat, Dato’ Hasan Ali dikritik balas setelah kritikan terbuka yang dilakukan oleh Dato’ hasan Ali terhadap perjalanan selcat. Jika kita mengamalkan dasar kebebasan bersuara, maka berilah jawapan balas yang bersifat ilmiyyah terhadap kritikan mereka itu.

Jika tidak mengkritik balas, tetapi sekadar mendakwa bahawa sudah tidak wujud lagi kebebasan bersuara, itu merupakan kedangkalan kita berfikir, malah kedangkalan dalam memahami konsep kebebasan bersuara yang diperjuangkan oleh islam itu sendiri.

Dalam Islam, kritikan amat dialu-alukan, tetapi kritikan yang diterima adalah kritikan yang mengandungi unsure ilmu. Kritikan dengan tidak disertakan hujjah ilmu, itu bukan kritikan yang diizinkan dalam Islam.

Ditambah lagi, sebagai exco, Dato’ Hasan Ali boleh melakukan kritikan terhadap selcat dalam mesyuarat exco, bukannya menerusi media. Lainlah kalau Dato’ hasan Ali bukan exco. Jika beliau tidak exco, lalu melakukan kritikan tersebut, maka itu tidak menjadi sebarang masalah.

Jika mahu mengkritik juga menerusi media, dicadangkan Dato’ Hasan Ali meletakkan jawatan exco serta merta. Malah, jika beliau mengkritik kerajaan Pakatan Rakyat dikala beliau tidak menjadi exco, aku sendiri bersedia menjadi pembantu. Tapi syarat, biarlah ada nilai hujjah dan rasional.

SUDAH BANYAK MASALAH

Sebelum ini, sudah banyak kenyataan Dato’ hasan Ali dilihat seperti 'menganaktirikan' pakatan Rakyat, disamping 'memberikan susu berkhasiat’ kepada UMNO/Barisan Nasional.

Mungkin kita sudah lupa dengan kenyataan Dato’ hasan Ali dalam isu Lembu yang melibatkan Tan Sri Khalid, isu arak yang melibatkan Ronnie Liu dan sebagainya.

Memelikkan lagi, banyak kenyataan Dato’ hasan Ali memperlihatkan bahawa khir Toyo seperti ‘kawan’, sedangkan Pakatan Rakyat adalah ‘lawan’. Disebabkan itulah, tidak hairanlah dengan isu kuil yang melahirkan penghinaan UMNO terhadap Khalid Samad, Dato’ hasan Ali tidak bersuara membela. Sebaliknya, dalam isu selcat, cepat-cepat Hasan Ali bersuara senada dan seirama dengan Khir Toyo.

Tidak dinafikan, selcat tidak sempurna. Tetapi, perlu diingat, tindakan Hasan Ali terhadap Pakatan Rakyat kebelakangan ini sudah cukup untuk membuktikan bahawa beliau ‘lebih tidak sempurna’ berbanding selcat.

WALA’

Mengeluarkan kenyataan berbeda dengan pimpinan atasan, itu dikatakan sebagai tidak wala’? tafsiran wala’ yang merujuk kitab mana yang mengatakan sedemikian?

Wala’ ditafsirkan sebagai taat yang diberikan kepada pimpinan. Pimpinan yang diberikan wala’ adalah pimpinan yang mempunyai kesiqahan. Tanpa siqah, wala’ tidak akan hadir.

Seseorang pemimpin, perlu menjaga siqah terlebih dahulu. Apabila siqah sudah wujud dalam diri seseorang pemimpin, secara automatik, pimpinan itu diberikan wala’.

Ada sebilangan perkara yang disuruh wala’ kepada pemimpin yang mempunyai kesiqahan, tetapi perkara yang disuruh wala’ itu tidak disukai, kerana tidak bersesuaian dengan kehendak nafsu, maka ketika itu, wala’ memang wajib diberikan kepada pimpinan tersebut.

Adapun wala’, tidak boleh diberikan kepada pimpinan yang mengikut kehendak nafsunya. Mana mungkin mengikut kehendak nafsu pimpinan. Masakan nafsu pimpinan perlu dituruti, nafsu sendiri pun tidak boleh diikuti sesuka hati.

Inilah yang dimaksudkan dengan maksud hadis, daripada Abi Hurairah r.a berkata, sesungguhnya Nabi SAW bersabda;

عَلَيْكَ السَّمْعَ وَالطَّاعَةَ فِي عُسْرِكَ وَيُسْرِكَ وَمَنْشَطِكَ وَمَكْرَهِكَ وَأَثَرَةٍ عَلَيْكَ

Maksudnya;
“hendaklah kamu dengar dan taat dalam perkara yang kamu susah atau kamu senang; kamu suka atau benci; dan perkara yang dipentingkan dirinya atas kamu[1]”

Ketaatan juga berlaku dalam perkara yang tidak melahirkan mudharat kepada sesuatu jemaah dan parti. Jika tetap melakukan ketaatan yang boleh melahirkan mudharat, maka ketaatan itu tidak syarie.

Justeru itu, dilihat pada satu hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, daripada Ali bin Abi talib bercerita;

”Rasulullah telah melantik seorang lelaki dari ansar untuk mengetuai satu kumpulan tentera. Dalam perjalanan, lelaki itu telah mengarahkan para tentera agar menghimpun kayu api, lalu dibakar dan disuruh tentera-tentera itu terjun ke dalam api itu. ada sebilangan tentera mahu terjun ke dalam api, tetapi dihalang oleh seorang pemuda, lalu menyuruh tentera agar hal ini di rujuk kepada Rasulullah SAW terlebih dahulu.

Ketika mereka berjumpa dengan Rasulullah SAW, dan bertanyakan hal itu, menyebabkan baginda SAW terus berkata;

لو دخلتموها ما خرجتم منها أبدا؛ إنما الطاعة في المعروف

Maksudnya;
”Kalau kamu masuk dalam api itu, pasti kamu tidak akan keluar sampai bila-bila (baca : masuk neraka). Hanya sesungguhnya ketaatan itu dalam perkara ma’ruf sahaja[2]”

Hadis ini jelas menunjukkan, ketaatan yang hendak diberikan hendaklah dalam perkara ma’ruf. Adapun ketaatan dalam perkara yang tidak ma’ruf, seperti perkara yang boleh melahirkan mudharat, maka itu tidak wajar diberikan ketaatan.

Justeru, tindakan Dato’ Hasan Ali yang memegang jawatan exco, tetapi tidak mengkritik dalam mesyuarat exco, tetapi menerusi media merupakan tindakan yang boleh melahirkan kemudharatan kepada kerajaan Pakatan Rakyat. Makanya, wala’ kepada beliau disaat ini adalah tidak syarie.

Sekian

p/s : Jangan sekali-kali mencandukan wala’ demi perut sang rakus dan PATIK MOHON SEMBAH DERHAKA

Wallahu ’Alam -Ust One-G

[1] Musnad Ahmad : 8596.
[2] Sahih Al-Bukhari : 4340 dan Sahih Muslim : 1840.



Hasan Ali is a spokesman for khir Toyo and a thorn in Selangor, say Pakatan Rakyat reps

Trouble is brewing in Selangor Pakatan Rakyat with its members turning on PAS, specifically Datuk Dr Hasan Ali, who has become increasingly isolated over the last few days over his many outbursts.

Speaker Teng Chang Khim, who is from DAP, has singled out the Selangor PAS commissioner and exco member as the “only problem” in the partnership that was forged after the March 8 general election.

“There is no communication breakdown among coalition members. Hasan Ali is the only problem in the coalition and he has been consistently inconsistent on various issues,” he said, adding that as exco member, Dr Hasan could have brought up his dissatisfaction through the right channels.

Dr Hasan’s most recent outburst was the calling for a revamp of the Select Committee for Competency, Accountability and Transparency (Selcat), which had come under fire from him for their “grilling” of senior civil servants over allocations.

He had argued that members of Selcat — which is currently staffed by legislative assembly members from both Pakatan and Barisan Nasional — should be made up of eminent persons without political inclinations.

Prior to this, Dr Hasan had also quarrelled with DAP exco member Ronnie Liu over the sale of beer in the state and had wanted to impose a blanket ban on alcohol sale in retail outlets in Muslim majority areas.

Teng, who heads Selcat, said the executive council had weekly meetings.

“There is no reason why he should attack Selcat in the open. He’s trying to take advantage of the situation to gain politically,” he alleged.

DAP Klang MP Charles Santiago was more blunt, calling for Dr Hasan to be disciplined by his party leaders and removed as both state commissioner and exco member.

“We will be stronger and better in Selangor without him. PAS should remove him to protect our best interests.

“He is wrongfully giving the impression that things are not well. There always appears to be two voices to everything with him around,” he added.

“He wants to send a message that he is the one who will protect the Malays in Selangor,” claimed Santiago.

Even Dr Hasan’s party colleague Saari Sungib, who is a Selcat member, has distanced himself, saying that the former should be referred to the House Privileges Committee for making public outbursts.

PKR exco member Yaakob Sapari denied any cracks, saying the group practised freedom of speech and encouraged people to speak up.

“We are allowed to say anything we want and air our views. There’s no problem among us,” he said, pointing out that Dr Hasan’s voicing of opinion should not be misconstrued as trouble.

PAS exco member Iskandar Abdul Samad said it was natural for Pakatan members, who were from three different political parties with different ideologies and philosophies, to have opposing views at times.

“That doesn’t mean there’s a rift between us, because at the end of the day, we can all sit down together, discuss the matter amicably and arrive at a single decision,” he said, adding that any final decision rested with the state’s executive council.

Dr Hasan was not available for comment at press time.

'Kump ke-3' dalang DVD seks Chua

Penyebaran kembali DVD skandal seks bekas pemimpin kanan MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek bertujuan menarik simpati kepadanya dan sekali gus menyalahkan presiden parti, kata seorang pemimpinnya.

Ahli jawatankuasa pusat MCA Datuk Ti Lian Ker berharap anggota parti itu tidak terpesong dengan tindakan itu yang bertujuan "menyebabkan kerosakan maksimum kepada parti dan membangkitkan kemarahan mereka yang bersimpati" pada bekas timbalan presiden itu terhadap Datuk Seri Ong Tee Keat.

Hujung minggu lalu DVD yang memaparkan imej seorang lelaki dengan wanita mengadakan hubungan seks di sebuah bilik hotel - yang mula disebarkan di Johor hujung 2007 - dilaporkan diedarkan kembali di kalangan perwakilan parti itu dan sesetengah pemimpin BN.

MCA akan mengadakan mesyuarat agung luar biasa (EGM) pada 10 Oktober ini bagi membahaskan isu pemecatan bekas menteri kesihatan itu yang dibuat akhir Ogos.

Jawatankuasa pusat parti bagaimanapun menukar keputusan Majlis Presiden kepada penggantungan keahlian Dr Chua kepada empat tahun, Sabtu lalu.

Dalam kenyataannya hari ini, Ti menuduh "Kumpulan Ketiga" - mereka yang tidak menyokong Ong dan juga Dr Chua - mengambil kesempatan dengan menyebarkan bahan lucah itu sewaktu kedua-dua tokoh MCA sedang mengalami krisis teruk.

"Kemunculan semula DVD itu satu lagi tindakan tangan-tangan halimunan untuk membangkitkan perasaan, kemarahan dan kebencian di kalangan ahli-ahli bagi memalukan Dr Chua yang diperkirakan demi meletakkan kesalahan kepada kepemimpinan MCA kini.

"Memang terdapat Kumpulan Ketiga dalam parti ini berhasrat mencetuskan kerosakan maksimum terhadap keperibadian dan kewibawaan kedua-dua Ong dan Dr Chua," katanya.

"Motif mereka jelas, untuk mencabut kepemimpinan Tee Keat daripada parti dan untuk menghancurkan Dr Chua selama-lamanya.

"Kesan akhir kemarahan MCA akan menyebabkan parti ini hancur lebur dan mereka yang menggalas kepimpinan baru parti nanti lambat laun hanyalah seorang ketua yang lemah."

Ti, yang juga pengerusi biro perhubungan NGO parti itu, berkata Kumpulan Ketiga berniat mengawal kepemimpinan MCA demi kepentingan diri dan agenda mereka.

"Mereka mahu mencaturkan kepemimpinan MCA seperti pada masa lalu. Pertelingkahan dalam parti ini membuka peluang mereka untuk 'menyelam sambil minum air'," katanya.

Beliau kemudian menyeru para perwakilan EGM parti itu nanti agar berwaspada dengan "tangan-tangan halimunan" yang memanipulasikan perkembangan yang boleh meleburkan imej dan maruah parti.

Kita rugi AS$300 bilion akibat rasuah...!!! Malaysia paling banyak kut...???



Pengguna seluruh dunia dikenakan bayaran berlebihan kira-kira AS$300 bilion kerana rasuah menaikkan kos projek sebanyak sekurang-kurangnya 10 peratus, demikian menurut satu laporan yang dikeluarkan hari ini oleh Transparency International (TI).

Laporan itu, Laporan Rasuah Global 2009: Rasuah dan Sektor Swasta (GCR), menyebut bahawa 300 kartel swasta antarabangsa didapati mengenakan bayaran berlebihan kepada pengguna berjumlah AS$300 bilion dari 1990 hingga 2005.

Selain itu, rasuah bagi pegawai dan ahli politik yang menerima suapan di negara membangun berjumlah sehingga AS$40 bilion setahun, manakala syarikat terpaksa membayar berbilion-bilion denda sejak dua tahun lepas disebabkan amalan seumpama itu.

Laporan itu juga mengketengahkan aspek kebimbangan lain seperti kekurangan semak dan imbang dalam pengaruh politik bagi beberapa syarikat berkuasa dan sektor perniagaan serta perolehan kakitangan yang besar antara kerajaan dan perniagaan.

"Mendasarkan masa depan sesebuah syarikat atau dana kepada hubungan peribadi dan sistem yang tidak dapat dijangka atau beroperasi tanpa sebarang pengawasan dan pertanggungjawapan adalah laluan yang dijamin membawa kepada kegagalan," kata Pengerusi TI, Huguette Labelle dalam satu kenyataan di Petaling Jaya hari ini.

TI berkata syarikat-syarikat yang mengguna pakai program anti rasuah dan garis panduan etika didapati 50 peratus kurang berdepan kes rasuah dan tidak dijangka kehilangan peluang perniagaan berbanding syarikat yang tidak mengguna pakai amalan itu.

Ia berkata selain berdepan risiko perniagaan, implikasi amalan rasuah membawa kepada pembaziran sumber serta hasil kerja yang kurang elok yang boleh membahayakan nyawa.

"Menyemai budaya integriti korporat penting bagi melindungi pelaburan dan juga meningkatkan kejayaan perniagaan," kata Labelle.

"Memenangi anti rasuah bermakna menambah kepada keuntungan. Sudah sampai masanya perbadanan menangani risiko membayar berjuta-juta denda dan kehilangan kepercayaan daripada pelanggan dan pemegang saham mereka," katanya. BERNAMA

Ribut debu pelik landa Australia

Ribut debu terburuk dalam tempoh beberapa dekad melanda timur Australia hari ini, menyelubungi Sydney, dan menyebabkan kesesakan pengangkutan dalam cuaca pelik yang menyebabkan berlakunya gempa bumi, hujan batu gergasi dan juga puting beliung.

Angin kuat menyebabkan bandar terbesar Australia itu diselubungi bertan-tan debu merah dari padang pasir, diliputi jerebu jingga yang menyeramkan dan menyaluti mercu tanda kota itu Rumah Opera Sydney dengan lapisan debu.

Ribut itu, dilaporkan paling serius sejak 1940-an, kemudian merebak 600 kilometer ke arah utara sehingga ke pesisir Queensland dan dijangka merebak ke New Zealand, sejauh 4,000 kilometer, kata pakar-pakar.

Debu menyelubungi kebanyakan kawasan di New South Wales, negeri yang paling padat penduduk di benua kecil itu, menyebabkan pencemaran udara paling teruk dalam sejarah dan memendapkan 75,000 tan debu di laut Tasman setiap jam.

Pengangkutan udara terjejas teruk sehingga memaksa penumpang menangguhkan jadual penerbangan dalam tempoh yang lama di lapangan terbang Sydney dan kebanyakan penerbangan antarabangsa terpaksa dialihkan ke Melbourne dan Brisbane.

Malah, perkhidmatan feri Sydney digantung dan polis memberi amaran kepada pemandu untuk lebih berhati-hati susulan tahap penglihatan yang terhad.


Hasan Ali a thorn in Selangor, say Pakatan Rakyat reps


(The Star) KLANG: Trouble is brewing in Selangor Pakatan Rakyat with its members turning on PAS, specifically Datuk Dr Hasan Ali, who has become increasingly isolated over the last few days over his many outbursts.
Speaker Teng Chang Khim, who is from DAP, has singled out the Selangor PAS commissioner and exco member as the “only problem” in the partnership that was forged after the March 8 general election.

“There is no communication breakdown among coalition members. Hasan Ali is the only problem in the coalition and he has been consistently inconsistent on various issues,” he said, adding that as exco member, Dr Hasan could have brought up his dissatisfaction through the right channels.
Dr Hasan’s most recent outburst was the calling for a revamp of the Select Committee for Competency, Accountability and Transparency (Selcat), which had come under fire from him for their “grilling” of senior civil servants over allocations.
He had argued that members of Selcat — which is currently staffed by legislative assembly members from both Pakatan and Barisan Nasional — should be made up of eminent persons without political inclinations.
Prior to this, Dr Hasan had also quarrelled with DAP exco member Ronnie Liu over the sale of beer in the state and had wanted to impose a blanket ban on alcohol sale in retail outlets in Muslim majority areas.
Teng, who heads Selcat, said the executive council had weekly meetings.
“There is no reason why he should attack Selcat in the open. He’s trying to take advantage of the situation to gain politically,” he alleged.
DAP Klang MP Charles Santiago was more blunt, calling for Dr Hasan to be disciplined by his party leaders and removed as both state commissioner and exco member.
“We will be stronger and better in Selangor without him. PAS should remove him to protect our best interests.
“He is wrongfully giving the impression that things are not well. There always appears to be two voices to everything with him around,” he added.
“He wants to send a message that he is the one who will protect the Malays in Selangor,” claimed Santiago.
Even Dr Hasan’s party colleague Saari Sungib, who is a Selcat member, has distanced himself, saying that the former should be referred to the House Privileges Committee for making public outbursts.
PKR exco member Yaakob Sapari denied any cracks, saying the group practised freedom of speech and encouraged people to speak up.
“We are allowed to say anything we want and air our views. There’s no problem among us,” he said, pointing out that Dr Hasan’s voicing of opinion should not be misconstrued as trouble.
PAS exco member Iskandar Abdul Samad said it was natural for Pakatan members, who were from three different political parties with different ideologies and philosophies, to have opposing views at times.
“That doesn’t mean there’s a rift between us, because at the end of the day, we can all sit down together, discuss the matter amicably and arrive at a single decision,” he said, adding that any final decision rested with the state’s executive council.
Dr Hasan was not available for comment at press time.

Me serve the rakyat? Nah!





It is therefore not difficult to understand why there is so much chaos in Pakatan Rakyat Selangor. Not only are PKR, DAP and PAS trying to outmanoeuvre each other. Internally, within PKR, DAP and PAS, there are many factions and each is trying to kill off the other.

Raja Petra Kamarudin

Many ask me why I refuse to go into active politics. I try to tell to these people that I am not a politician but a political activist. Most do not appear to understand the difference. I try to explain it as simply as I can. A politician seeks power. A political activist seeks change. I seek change, not power. So I am a political activist, not a politician.
That may not be the most accurate way to explain it but I think this would probably clear the air as to why I wish to be one and not the other. The analogy I normally use is the comparison between Fidel Castro and Che Guevara. Castro wanted power. Che just wanted change. And when they toppled the Cuban government and formed the new government Castro went on to become its new leader while, after only six years in government, Che went off to start a new revolution in another country -- and died, of course.
Make no bones about it. Most people who are in politics are in it because of their lust for power -- be it the ruling party or the opposition. They are not in politics for the sake of change or to serve the people. Most times, serving the people is the last thing on their minds. It’s all about their lust for power and the pursuit of power. And that is why it is very difficult to comprehend the actions of politicians, even those in the opposition.
Take the Selangor issue as an example. Way back in 1999 there was already a power struggle between the two Alis -- Hassan Ali and Azmin Ali of PAS and PKR respectively. Both thought that their party was going to win the most number of seats in Selangor so both wanted to become Selangor’s new Menteri Besar. In the end, the opposition did not win, of course, so this ‘settled’ the dispute.
That was ten years ago. But when the opposition did eventually win Selangor in March last year, the power struggle resurfaced. PKR won the most number of seats while DAP came in second. PAS was at the bottom of the list of number of seats.
This means the new Menteri Besar has to come from PKR, not PAS. So the question of whether Hassan Ali should become the Menteri Besar is not even open for discussion. There was no way he could become the Menteri Besar. The Menteri Besar has to come from PKR.
But if Anwar appoints Azmin Ali as Menteri Besar this would antagonise Hassan Ali. In fact, Hassan Ali was already engaged in secret negotiations with Umno to explore the possibility of Umno and PAS forming the new state government with Hassan Ali as the new Menteri Besar. It was not about whether Umno, instead of PKR-DAP, is a better partner for PAS Selangor. It is about which equation would benefit Hassan Ali. With PKR-DAP, Hassan Ali would not be able to become Menteri Besar. With Umno, he could.
But a PAS-Umno alliance would not offer them enough seats to form the government. They would need more seats than that and only if there were some crossovers from PKR would they have enough seats. So it can’t be done with just PAS and Umno. It has to be PAS and Umno plus some from PKR as well. However, since they could not get any PKR state assemblypersons to crossover, the plan was a non-starter.
DAP thought it could get the most number of seats in Selangor. A problem would then arise that since DAP did not have any Malay assemblypersons then how are they going to take the Menteri Besar’s post? This, in fact, happened in Perak. Although DAP won the most number of seats in Perak they had to offer the post of Menteri Besar to the party that won the least number of seats, PAS -- which was actually not a bad choice on reflection considering that Nizar Jamaluddin is an ideal candidate.
DAP could accept the fact that PKR won the most number of seats in Selangor so the Menteri Besar has to come from that party. But DAP won the second highest number of seats so at least they could hold the post of Deputy Menteri Besar. After all, the opposition won Selangor because of the non-Malay votes and not because of the Malay votes. The Malays were split 50-50. It was the non-Malay votes that saw the opposition victorious.
But this posed two problems. First was the fact that Selangor was won with the support of the non-Malays and not the Malays who were split 50:50. This, no one can deny. But this also means that the Malay support is very dicey. Umno is already saying that the Chinese now control Penang, Perak and Selangor. If a Chinese Deputy Menteri Besar were to be appointed in Selangor then the opposition would play right into Umno’s hands. The opposition would actually be helping Umno ‘prove’ that Selangor is now under the control of the Chinese and that Umno’s rhetoric is an undeniable fact and no lie.
It is not about the opposition not wanting a Chinese as the Deputy CEO in Selangor. It is about being very careful and not giving Umno the ammunition it needs to exploit the sentiments of the Malays in the race game that Umno is playing. Umno is screaming that the 8th March 2008 General Election is a repeat of the 11th May 1969 General Election. Therefore, said Umno, they need a 13th May 1969 ‘solution’ to the problem. Remember Hitler’s ‘final solution’?
It was very crucial that the opposition does not allow Umno to use the argument that Selangor has been ‘lost’ to the Chinese. They are already saying that about Penang and Perak -- being lost to the Chinese. And Selangor is the jewel in the crown of the three states that control more than half the economy of Malaysia.
The second problem is within DAP itself. DAP Selangor is split into various factions, each at odds with the other. So, who from DAP should become the Deputy Menteri Besar if the opposition dared throw caution to the wind and appoints a Chinese from DAP to become the Deputy Menteri Besar? Some aspirants from DAP were even organising protests and demonstrations to pre-empt the ‘other side’ from getting appointed as the Deputy Menteri Besar. DAP Selangor would break up and some might even leave the party and declare themselves ‘independent’ candidates just like our DAP lady from Perak.
If nobody from DAP gets the post of Deputy Menteri Besar then everyone would be happy. Never mind if I don’t get it as long as no one else gets it. But if you appoint someone from one faction, the other faction would revolt.
And that is the same reason why Anwar decided that Khalid Ibrahim should become the Menteri Besar. Khalid is not the best choice of candidate. Some even go so far as to say he is the worst choice. Azmin Ali, they argue, would be a better choice. I think so too. But if Azmin Ali were to be appointed as the Menteri Besar then Hassan Ali will merajuk (sulk) and would seriously consider the Umno proposal to form a PAS-Umno government in Selangor.
Hassan Ali is not realistic enough. No doubt Umno is courting him. However, they are courting him not because he is a fantastic guy but because they know he lusts for the post of Menteri Besar. So they dangle this sweet carrot in front of his face and watch his mouth drool. Once Umno grabs Selangor they will then move into phase 2 of the plan. And phase 2 is how to get rid of Hassan Ali.
Actually, it is not that difficult to kill off Hassan Ali once he goes to bed with Umno. Umno knows that the Sultan of Selangor does not like Hassan Ali. And I got this confirmed by my palace sources. So, all they need to do is to announce that PAS and Umno are now going to form the new Selangor government and then request an audience with the Sultan. Since Umno and PAS -- with some ‘independents’ from PKR/DAP they hope -- now control the most number of seats in Selangor, the Sultan will have no choice but to swear in the new government.
However, while the Sultan has no choice but to agree to a new PAS-Umno government, he does not have to agree that Hassan Ali becomes the new Menteri Besar. And, in fact, he will not agree. So Umno can then just shrug their shoulders and say that we agree you become the Menteri Besar but the Sultan does not. So, sorry mate, you can’t become the Menteri Besar after all. It has to be someone from Umno.
Hassan Ali can be shot down even while he is still taxing on the runaway and before he can take off. Remember Pearl Harbour and what the Japanese did to the Americans? Hassan Ali will meet his Pearl Harbour at the hands of Umno and with the help of the Sultan.
It is therefore not difficult to understand why there is so much chaos in Pakatan Rakyat Selangor. Not only are PKR, DAP and PAS trying to outmanoeuvre each other. Internally, within PKR, DAP and PAS, there are many factions and each is trying to kill off the other.
We have inter-party and we have intra-party wars going on. And it is all because no one is interested in bringing changes or to serve the rakyat. They are only interested in seeking power because politicians naturally lust for power.
So we, the people, need to keep them in check. If power goes to their heads they will very quickly forget that it was the people who put them there. They will forget that they are supposed to work for the rakyat. They will become just like Barisan Nasional in thinking that the rakyat are the slaves while they are the masters.
Never trust politicians. They will use us when it best suits them. Then they will turn on us and betray the trust we gave them. And that is why the need for some of us to remain as political activists and not become politicians. This is so that we can whack the politicians when they forget themselves, which will be as soon as they win the election and form the new government.

GMI syor dialog antara ahli parlimen sebelum bentang pindaan ISA




Hazayani Zakaria

DUNGUN, 23 Sept:Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) mencadangkan satu dialog bagi membincangkan mengenai Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) diadakan di antara ahli-ahli parlimen sebelum Persidangan Dewan Rakyat bermula pada 19 Oktober depan.

Pengerusinya, Syed Ibrahim Syed Noh berkata, dengan adanya dialog berkenaan, ahli-ahli parlimen daripada pihak kerajaan dan Pakatan Rakyat berpeluang untuk berbincang secara khusus berhubung tindakan atau persediaan yang boleh dibuat sebelum hasil kajian semula akta berkenaan dibentangkan di Dewan Rakyat.
"Kita(GMI) minta dialog antara ahli-ahli parlimen diadakan seboleh-bolehnya sebelum persidangan bermula pada 19 Oktober ini."katanya ketika dihubungi Harakahdaily.
GMI juga tegasnya akan terus menggesa kerajaan meneliti syor daripada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) supaya memansuhkan ISA kerana ia melanggar hak asasi manusia.
"GMI meminta kerajaan melihat syor daripada Suhakam.Saya rasa syor Suhakam itu sangat jelas.Jadi bagi GMI, kita akan terus cadangkan supaya syor itu diterima pakai."tegasnya.
Ketika diminta mengulas mengenai cadangan Penganalisis politik, Dr.Chandra Muzaffar supaya mahkamah khusus yang berfungsi seperti Mahkamah Khas untuk raja-raja bagi menggantikan ISA dalam menangani ancaman keselamatan ditubuhkan, beliau berkata, GMI menyambut baik sebarang cadangan bagi menggantikan akta itu
"Sebarang cadangan untuk menggantikan ISA diterima tapi kalau sekadar untuk ganti perbicaraan, tidak memadai.
"Kita kena lihat juga sebab penahanan seseorang itu dan kuasa yang diperuntukkan kepada menteri dan pihak polis."katanya.
Dr. Chandra turut mencadangkan undang-undang baru yang lebih adil, tegas dan manjamin hak asasi manusia digubal bagi menggantikan peranan ISA termasuk memansuhkan kuasa Menteri Dalam Negeri untuk menahan seseorang tanpa proses mahkamah.
Mahkamah Khas itu akan mengendalikan permohonan pihak berkuasa untuk penahanan seseorang atau sekumpulan suspek yang disyaki terlibat dalam aktiviti menggugat ketenteraman awam dan keselamatan negara.
Chandra dipetik sebagai berkata, pihak berkuasa selepas tempoh tertentu perlu menghadapkan suspek terbabit untuk dibicarakan secara tertutup di mahkamah khas dengan didengar oleh seorang, tiga atau lima hakim.
Sementara itu, Syed Ibrahim berkata, GMI sendiri akan mengadakan satu forum berkenaan ISA seperti yang dicadangkan sebelum ini, dijangka pada 24 Oktober depan.
"Kita belum pasti bila tarikh sebenar pindaan ISA dibentangkan di parlimen.Tapi kita akan tetap adakan forum yang telah kita rancang itu."Ujarnya yang juga Timbalan Presiden Jemaah Islah Malaysia (JIM).
Beliau turut menyatakan kekesalan dengan kegagalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein menunaikan janji untuk memanggil NGO-NGO yang terlibat dengan perjuangan mendesak kerajaan memansuhkan ISA termasuk GMI sendiri untuk mendapatkan pandangan berhubung akta itu.
"Sehingga ke hari ini, kami masih belum dipanggil.Saya pun hairan kenapa mereka tidak mahu panggil sedangkan menteri terbabit pernah cadangkan dulu untuk dapatkan pandangan daripada GMI dan NGO yang terlibat dalam isu ini."katanya lagi.
Berhubung lima tahanan yang dibebaskan dengan bersyarat minggu lalu, beliau berpandangan mereka belum bebas sepenuhnya dan hak mereka masih lagi dirampas meskipun mereka dibebaskan daripada kem Kamunting.
Ini kerana ujarnya, di bawah akta kawasan yang dikenakan terhadap lima tahanan yang dibebaskan itu, mereka perlu akur kepada syarat-syarat tertentu termasuk hanya boleh berada di kawasan-kawasan tertentu sahaja dan masih berada di bawah pengawasan pihak polis.
"Saya rasa kita sebagai rakyat biasa kena faham bahawa walaupun mereka dimumukan sebagai bebas, tetapi hakikatnya pergerakan mereka terhad."
" Hak mereka masih tidak diberi sepenuhnya.Walaupun dikatakan dapat bersma sanak saudara, tetapi hanya dalam kawasan tertentu sahaja."tambahnya lagi.
Seperti yang dicatat oleh aktivis GMI, Norlaila Othman yang juga isteri kepada tahanan yang dibebaskan, Mat Sah Satray dalam blog peribadinya, lailagmi.blogspot.com pergerakan suaminya sangat terhad meskipun dapat menyambut Aidilfitri bersama keluarga.
"Mat Sah tidak boleh ke kubur di Segambut kerana Segambut terletak di luar daerah yang diizinkan bagi pergerakan beliau,"tulisnya dalam blog tersebut.
Menurut Laila juga, Isnin lalu, suaminya terpaksa melaporkan diri kepada polis cawangan khas di IPD Ampang.
Dalam pada itu, Syed Ibrahim tidak menolak kemungkinan tindakan kerajaan membebaskan lima tahanan itu hanya sekadar untuk meredakan kemaraan rakyat yang mendesak agar ISA dimansuhkan.
Katanya, jika kerajaan benar-benar ikhlas dalam mendengar suara rakyat berkenaan isu kezaliman ini dan mahu melakukan perubahan, kerajaan seharusnya membebaskan semua tahanan kerana mereka telah dikurung tanpa sebarang bukti bahawa mereka melakukan kesalahan.

Guan Eng: Kembalikan Status Pelabuhan Bebas

   
Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menggesa Kerajaan Pusat untuk tidak menganaktirikan Pelabuhan Pulau Pinang.
 
Guan Eng berkata Kerajaan Persekutuan perlu mengembalikan status Pelabuhan Pulau Pinang sebagai pelabuhan bebas untuk memacu perkembangannya sebagai pelabuhan utama negara ini.

Beliau berkata demikian merujuk kepada penurunan kontena sebanyak 24 peratus di pelabuhan tersebut. Guan Eng berkata penurunan ini adalah amaran kepada Kementerian Kewangan untuk segera menyuntik dana ke syarikat operasi pelabuhan, Penang Port Sdn Bhd (PPSB).

"Ini adalah suatu petunjuk kepada kerajaan Persekutuan untuk membantu Pelabuhan Pulau Pinang. Ketika pelabuhan-pelabuhan lain di Malaysia mencatatkan peningkatan, pelabuhan ini adalah satu-satunya pelabuhan mencatatkan penurunan," kata Guan Eng dalam suatu kenyataan hari ini.

Pulau Pinang dengan ini corot ke pelabuhan keempat tersibuk di negara dari nombor dua sebelum ini.

Guan Eng berkata laporan Jabatan Marin mendapati pelabuhan-pelabuhan di serata negara mencatatkan peningkatan kontena sebanyak 10 peratus pada suku kedua tahun ini. Kemasukan kontena di 10 pelabuhan utama negara meningkat kepada 3.79 juta TEU dari 3.44 juta TEU.

Anwar: SPR Harus Baiki Sistem Undi Pos


   
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mendesak Suruhanjaya Pilihanraya membersihkan senarai pengundi pos di Bagan Pinang dan memperbetulkan kaedah pengundian Pos yang dilaksanakan oleh  SPR yang dilihat tidak telus dan tidak adil.

Beliau melahirkan rasa tidak senang dengan kaedah mencurigakan yang digunakan oleh SPR dalam mengendalikan pengundian pos.

Kata Anwar, sekiranya pengundian pos dijalankan secara telus dan adil, Pakatan Rakyat dapat memberikan saingan yang sengit terhadap Barisan Nasional walau siapa pun calon yang diletakan oleh parti perkauman itu semasa di Pilihanraya Bagan Pinang nanti.

"Yang menjadi masalah dan menimbulkan keraguan rakyat adalah mengenai prosedur yang ditetapkan oleh SPR seperti tiada pengawasan yang teliti sewaktu pengundian,tidak membenarkan calon berada di pusat mengundi ketika proses pembungan undi pos berlangsung,  pengiraan undi selepas 3 hari dan tiada kemaskini data pengundi Pos," kata Anwar.

Beliau ditemui dalam satu majlis terbuka Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Mansor othman di Penanti. Turut hadir ke majlis rumah terbuka, Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Haji Abas, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan beberapa lagi pemimpin Pakatan Rakyat.

Khamis lalu, Pemuda Pakatan Rakyat telah menghantar memorandum ke Suruhanjaya Pilihan Raya Malayasia (SPR) membantah penggunaan Borang 2, tempat mengundi dan kaedah berkempen untuk pengundi pos.

Memorandum berkenaan mendesak SPR mengambil tindakan segera bagi memperbaiki beberapa aspek penting yang melibatkan pengundi pos dan juga mekanisme pengundian.

Pakatan Rakyat menegaskan peraturan mewajibkan pengundi pos mengisi Borang 2 merupakan satu pencabulan ke atas prinsip kerahsian undi. Pemuda PR melihat tiada sebarang alasan yang munasabah kenapa Borang 2 ini diperlukan, apatah lagi dengan mewajibkan pengundi pos mendedahkan nombor kertas undi yang diberikan kepadanya.

Peraturan Borang 2 ini juga jelas bertentangan dengan Seksyen 5 Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 yang melarang mana-mana pegawai, kerani, jurubahasa atau agen untuk mendapatkan atau mendedahkan maklumat identiti pengundi dan juga nombor kertas undi yang diberikan kepada mana-mana pengundi.

Panglima ATM Ditamatkan Perkhidmatan secara Mengejut


Kisah penamatan perkhidmatan Panglima Angkatan Tentera Malaysia pada 1 Sep 2009 benar-benar membangkitkan kemarahan kebanyakan anggota tentera dari pangkat bawahan hinggalah ke peringkat atasan, dari yang telah bersara hinggalah rakyat yang simpati dengan perjuangan perajurit kita.

Apakah penamatan khidmat Jeneral Tan Sri Aziz Zainal dibuat tanpa terlebih dahulu mendapat perkenan Yang DiPertuan Agong ?

Seorang Panglima Angkatan Tentera hanya diberi masa 3 hari untuk menyerah tugas. Seorang Panglima Angkatan Tentera telah ditamatkan perkhidmatan sedangkan rumah persaraan belum disiapkan lagi.

Inikah balasan kerajaan terhadap Panglima Angkatan Tentera ? Jika seorang Panglima diperlakukan demikian apatah lagi anggota bawahan.




Peralihan kepimpinan Angkatan Tentera baru-baru ini memeranjatkan kebanyakan orang, manakala bagi sebahagian lagi…ianya seperti dijangkakan. Saya terpaksa mengambil masa untuk memahami mengapa pemergian secara tiba-tiba Panglima Angkatan Tentera. Tan Sri Abd Aziz Zainal, yang kelihatan bersara tanpa apa-apa penghormatan tentera seperti perbarisan kehormat, jamuan makan malam, lawatan ataupun menemui rakan-rakan dari Negara lain, terutamanya Negara-negara ASEAN.

Saya cuba untuk mendapatkan penjelasan dari beberapa pegawai yang masih bertugas dan juga yang sudah bersara mengenai persaraan mengejut Jen. Aziz Zainal, tetapi ramai yang bersetuju bahawa apa jua alasan, adalah tidak wajar kerajaan menyuruh Jen. Aziz zainal bersara secara mengejut. Tidak pernah berlaku dalam sejarah Angkatan Tentera dimana seorang Panglima Tentera diperlakukan demikian. Sekurang-kurangnya, Angkatan Tentera memberikan perbarisan kehormat untuk mengucapkan selamat jalan kepada Panglima Angkatan Tentera yang akan bersara.

Saya tidak mahu membuat spekulasi ataupun berkata apa-apa yang boleh menyinggung perasaan Je. Aziz zainal. Tetapi saya merasakan ada sesuatu yang tidak kena, dan ini akan menyebabkan pegawai-pegawai yang masih bertugas dan pegawai kanan tentera yang sudah bersara untuk membelanya, dan menganggap kerajaan tidak memberikan penghargaan atau penghormatan yang sepatutnya, kepada seorang Panglima Angkatan Tentera yang akan bersara. Sudah semestinya, saya adalah diantara mereka yang beranggapan sama seperti mereka.

Saya diberitahu bahawa Jen. Aziz Zainal sepatutnya bersara pada Ogos 2007 pada umur 56 tahun pada masa itu, tetapi selepas dilantik sebagai Panglima Angkatan Tentera pada Februari 2007, beliau ditawarkan untuk berkhidmat selama setahun berkuatkuasa dari tarikh perlantikannya sebagai Panglima Angkatan Tentera, yang sepatutnya berakhir pada hujung Januari 2008. Sekali lagi beliau ditawarkan setahun lagi yang sepatutnya berakahir pada Januari 2009, lebih kurang enam bulan dari umur persaraan wajib, iaitu 58 tahun. Selepas menamatkan perkhidmatan sambungan kali kedua pada Januari 2009, beliau telah ditawarkan sekali lagi sehinggalah 1 September 2009. Saya diberitahu bahawa beliau sekarang didalam cuti peralihan selama 5 bulan sehingga 31 Januari 2010. Secara keseluruhan, Jen. Aziz Zainal berkhidmat sebagai Panglima Angkatan Tentera selama 2 tahun 6 bulan.

Saya tidak faham, bagaimana kerajaan, terutamanya Kementerian Pertahanan boleh mengumumkan penyerahan tugas Jen Abd. Aziz kepada Panglima Angkatan Tentera yang baru beberapa sebelum Majlis Angkatan Tentera bersidang. Pengalaman saya sebelum ini ialah, sebarang keputusan Majlis Angkatan Tentera tentang perlantikan Panglima Angkatan Tentera yang baru, memerlukan perkenan Yang Di Pertuan Agong sebelum sebarang pengumuman secara rasmi dibuat, dan selalunya ia mengambil masa.

Walau apapun alasan yang membawa kepada perlantikan Panglima Angkatan Tentera yang baru, saya berpendapat bahawa persaraan Jen Aziz Zainal adalah secara mengejut dan tidak memenuhi etika tentera yang biasanya diberikan kepada semua Panglima Angkatan Tentera sebelum ini. Seseorang itu perlu faham tentang status dan kedudukan Panglima Angkatan Tentera didalam tentera dan juga dikalangan masyarakat, dan amat mengecewakan apabila mengetahui cara Jen Aziz meninggalkan perkhidmatan tentera.

Adalah diharapkan, bahawa tidak ada lagi peristiwa sebegini berulang lagi dan setelah berkhidmat didalam Bahagian Perjawatan Angkatan Tentera, adalah tidak salah kalau saya katakan, bahawa Bahagian tersebut patut dipersalahkan. Begitu juga Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan,yang juga Setiausaha kepada Majlis Angkatan Tentera.

Artikel diatas diterjemahkan dari artikel asal yang bertajuk, THE SUDDEN DEPARTURE OF THE ARMED FORCES CHIEF IS ABNORMAL, tulisan Mohd. Arshad Raji. Seorang bekas pegawai tentera.

Pasukan F1 1Malaysia lonjakkan industri pelancongan - Ng..!!! Pengikut mazhab 1 Malaya...???


KUALA LUMPUR: Pasukan F1 1Malaysia, yang akan membuat kemunculan sulung dalam Kejohanan Formula Satu (F1) Dunia tahun depan, akan terus melonjakkan lagi pelancongan sukan di negara ini, kata Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen hari ini.
Beliau berkata malah masyarakat setempat dan warga Malaysia di seluruh dunia juga ingin datang untuk melihat sendiri pasukan Malaysia beraksi.
"Apa jua perkembangan dalam mana-mana sukan semestinyalah satu kelebihan dan bagi industri pelancongan, ia akan menarik kedatangan pelancong dan masyarakat Malaysia untuk datang serta menonton sendiri acara itu," katanya pada sidang akhbar mengenai Kejohanan Tenis Terbuka Malaysia yang julung kali diadakan di sini.
Dr Ng berkata acara bertaraf dunia seperti Kejohanan Tenis Terbuka Malaysia dan perlumbaan Grand Prix F1 Malaysia merupakan produk pelancongan utama negara.
Kerajaan akan membantu mempromosikan Kejohanan Tenis Terbuka Malaysia yang berlangsung dari 26 Sept hingga 4 Okt, katanya, sambil menambah publisiti bagi acara itu, termasuk liputan secara langsung, akan dapat disaksikan oleh 200 juta penonton di seluruh dunia.BERNAMA

Ng terkejut isu paten laksa, nasi lemak..!!! ha..ha... dari isu tarian & kebudayaan .... kini paten makanan pulak...!!!! Apa citer rakan serantau...???

Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen terkejut apabila kenyataannya berhubung pemilikan makanan tradisi Malaysia menimbulkan perbalahan pelbagai pihak termasuk di Singapura.

"Saya sebenarnya sangat terkejut dengan reaksi pelbagai pihak berhubung kenyataan saya minggu lepas bahawa Malaysia perlu membuat pemilikan beberapa makanan tradisi negara," katanya pada sidang akhbar Kejohanan Tenis Terbuka Malaysia di kementeriannya di Kuala Lumpur hari ini.

"Saya tidak pernah berkata kita akan mempatenkan makanan tersebut," katanya.

Dr Ng berkata kementeriannya akan mempromosikan makanan Malaysia sebagai strategi utama bagi melonjakkan lagi industri pelancongan kerana penting bagi rakyat Malaysia mengetahui asal usul warisan makanan negara.

Fokus tahun ini ialah laksa dan nasi lemak, dua jenis makanan yang sangat popular bagi masyarakat setempat.

"Saya akan mengumumkan strategi promosi itu kemudian tetapi pada masa ini saya mahu memberi tumpuan menjadikan makanan Malaysia sebagai produk pelancongan negara," kata Dr Ng.

Pada majlis pelancaran Festival Gourmet Antarabangsa Malaysia baru-baru ini, Dr Ng berkata kementeriannya akan mengenal pasti dan membuat pemilikan ke atas juadah beridentitikan Malaysia.

"Kita tidak boleh membiarkan negara lain merampas makanan kita. Kita harus membuat pemilikan ke atas makanan kita," katanya. BERNAMA

Menteri disiasat kes kertas kabinet bocor



Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan berkata menteri kabinet adalah antara individu yang akan dipanggil bagi memberi keterangan berhubung kes penyiaran dan penyebaran kertas kabinet mengenai isu Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) di Malaysia Today baru-baru ini.

Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan siapa atau berapa menteri yang akan disoal untuk mengenal pasti pihak yang bertanggungjawab mendedahkan dokumen sulit itu yang membabitkan Akta Rahsia Rasmi (OSA).

"Polis akan memanggil mereka yang dipercayai terlibat termasuklah menteri," katanya kepada pemberita selepas selesai melawat ibu pejabat polis daerah (IPD) Ampang Jaya hari ini.

Kertas kabinet mengenai PKFZ itu disiarkan di sebuah laman web didakwa sebagai memorandum daripada menteri kewangan berhubung PKFZ yang tertakluk kepada OSA.

Musa bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai isu itu kerana bimbang ia akan mengganggu siasatan.

Tanpa logo polis

Sementara itu, Musa berkata anggota polis berpakaian preman dan rondaan menggunakan kenderaan tanpa logo polis akan diperluaskan untuk mencegah jenayah dengan dengan lebih efektif.

Beliau berkata strategi itu akan terus diperluaskan dan dipraktikkan secara berperingkat di seluruh negara bagi mengekang pelbagai kejadian jenayah.

"Saya dah bincang untuk wujudkan pegawai serta anggota polis tanpa uniform dan ia telah dilaksanakan secara berperingkat. Separuh tempat sudah ada anggota yang ditugaskan untuk berkawal," kata Musa.

Anggota-anggota polis terbabit akan ditempatkan di semua kawasan dan tidak tertumpu kepada kawasan panas semata-mata.

"Kawasan hot spot (panas), kita sudah ada anggota kita sendiri dan anggota Rela (Ikatan Relawan Rakyat), bila ada pihak berkuasa... jenayah kurang berlaku di kawasan terbabit sebab mereka (penjenayah) lari ke kawasan lain dan kerana itu rondaan perlu dijalankan di semua tempat," katanya.

"Bila tiba musim perayaan berlaku juga kes-kes seperti samun dan rompak. Ini kerana pada waktu itu orang tidak ramai dan ini memberi kesempatan kepada suspek untuk melakukan jenayah.

"Kita berharap peniaga seperti pengusaha kedai emas agar lebih berwaspada ketika menjalankan perniagaan pada waktu ini (hari raya)," katanya. BERNAMA

Caca-merba Aidil Fitri - Bila Azizi Abdullah menulis..!

Oleh : Azizi Abdullah
Aidilfitri 1430H sudah berlalu. Sedar atau tidak, ada sesuatu yang tidak kena rasanya terhadap kemuliaan dan tuntutan aidil fitri itu sendiri, kerana sikap dan cara sesetengah golongan umat Islam yang mungkin kurang peka ketika rai menyambut hari tersebut. Ternyata sesetengah umat Islam masih kuat berpegang kepada perkara yang tidak ada hujah melainkan terpengaruh dengan keseronokan.

Ye..benarlah bahwa hari semulia aidil fitri itu telah ditunggang terbalikkan akan tujuan, adab, hikmah dan tuntutan yang sebenarnya. Golongan itu telah mentafsirkan hari gembira yang tak tahu hujung pangkal. Apa sudahnya jika hal ini dibiarkan berlarutan? Siapa yang mampu untuk bertanggung jawab bagi membetulkan hal ini? Barangkali boleh kita letakkan tanggung jawab ini kepada:
Seorang menteri yang berkuasa dalam Kementerian Komunikasi yang juga berkuasa dalam lesen Astro atau dalam bidang penyiaran swasta. Pengarah dan penerbit rancangan hiburan di mana-mana stesen penyiaran. Pelakon, artis, budayawan, fesyen, modeling atau setidak-tidaknya pengarah@penerbit persembahan. Editor ruangan hiburan atau editor akhbar, dan majalah. Sesiapa saja yang dirasakan ada memain peranan dalam bidang ini menjelang hariraya.
Golongan-golongan ini mestilah diberi penerangan yang sungguh-sungguh dengan hujah dan hukum. Beri ceramah dan kaunseling yang berkesan tentang salah betul apa yang dikata agama itu. Dan kemudiannya dikuatkuasakan pula oleh undang-undang, di mana menteri berkenaan dan pihak berkuasa komunikasi sudah faham segala-galanya. Jangan jadi seperti hukum sebat Kartika. Hukum ada, tetapi pelaksaaannya huk-hak-huk-hak...!!

Tulisan ini mungkin akan dianggap melampau. Tetapi soalnya kita telah membiarkan hal ini sedemikian lama, maka apakah kita tidak mahu sama-sama membetulkannya?

Takrifan Aidilfitri sebenarnya ialah hadiah kemenangan orang-orang Islam dalam perjuangan mengekang hawa nafsu di bulan Ramadhan, maka Allah membalasnya dengan satu hari yang dinamakan ‘Idulfitri atau Hari Raya Fitrah. Hari itu Allah menghalalkan berbuka dan mengharamkan berpuasa, tetapi mengapa ada golongan yang mengubah tuntutan aidil fitri ini dengan imej gila dan tidak ada kena mengena dengan kemuliaannya ?

Dulu kongsi raya. Ada pemimpin beria-ria benar kata bagus. Pembodek dan pencacai pun kata bagus. Pada hal jelas tak betul ! Yang tak betul itu ialah amalannya. Tapi kerana kejahilan, perkara itu dijadikan acara tahunan Aidil fitri di Malaysia.

Kini, program hiburan pula menjadi program hari raya. Hari raya semacam tidak sah kalau tidak ada program ini. Siapa yang mengajar ini semua ? Petua mana yang diambil ? Mana JAKIM, mana IKIM, kemana perginya tanggungjawab dakwahnya. YADIM apa kuasanya? Menteri Penerangan Islam, Kementerian Komunikasi, masakan hanya sekadar memandang, sehingga boleh membiarkannya berlaku begitu saja di depan mata ?

Kalau ada golongan yang bawa kepala lembu di katakan mencemar kesucian. Kartun Nabi Muhamad, menghina Islam. Soal penjualan arak di katakan tak jaga maruah Islam. Sebut Tuhan samseng melenting kata kurang ajar. Tetapi apabila ada program yang mencemar kemuliaan raya, digalakkan pula.

Bukan mereka tidak tahu di antara adab-adab dan perkara-perkara yang sepatutnya dilakukan ketika menyambut kedatangan hari raya, tapi sayangnya, mereka degil. Golongan yang disebutkan di atas sebenarnya tidak memahami apa yang mereka lakukan itu adakah maruah hari raya atau hiburan hari raya. Bagi mereka hari raya ialah:
Pendedahan pelakon A bertunang dengan B, seiring sejalan menghantar tunang balik kampung di perhentian keretapi. Itulah upacara hari rayanya mungkin ! Bagi mereka, hadiah hariraya ialah pengumuman artis itu, artis ini membintangi drama hariraya !

Bagi mereka, tidak nama hari raya jika tidak dengan Mega Raya Aidilfitri ? Bagi mereka, hari raya ialah dengan adanya program drama Apek, Raja Azura, Nabil atau AC! Bagi mereka, kemeriahan hari raya ialah dengan adanya Jangan Lupa Lirik Raya ! Bagi mereka hari raya mesti ada program telatah dan jeritan dan lompat gedik Aznil Nawawi dengan rancangannya !

Bagi mereka hari raya mesti ada tayangan filem Duyung, di mana Maya Karin berkemban sisik sambil berenang tunjuk alur tetek ! Bagi mereka petua memeriahkan hari raya umat Islam ialah hidangan I`m Not Single. Tasbeh dan takbir raya ialah dengan pendedahan Pierre Andre dengan Maya Karin dipaksa kahwin dalam usia muda melalui filem untuk hari raya !

Bagi mereka juga , persembahan sempena hariraya hanya dengan kemunculan Farid Kamil, Lisa Surihani, Intan Ladyana. Kenapa mesti meletakkan acara sempena hariraya umat Islam dengan Impak Maksima, Nana Tanjung 3, Congkak dan lain-lain.

Apakah dengan tidak ada acara Habibi Mawi Raya, maka hariraya tidak meriah ? Filem-filem hancai dan tidak memberi apa-apa makna selain menjerat emosi anak-anak muda, seperti syarat wajib tayang menjelang Aidil Fitri. Maka apakah rancangan hariraya seperti Kelab Pop, Fantasia, Macam-macam Aznil, Evolusi KL Drift, Konsert Reunion AF7 itu benar-benar dituntut oleh adab-adab hari raya ?

Apakah megahnya hari raya dengan konsert 1Siti, Datuk Siti Nurhaliza dan akan adakah nilai tambah serta fadilat hari raya?

Apakah hari raya hari MTV Karaoke Raya? Hari Nostalgia lagu raya? Hari Kompilasi lagu lama baru? Adakah itulah amalan hari raya ? Apakah keberkatan hari raya akan kesahnya Abby yang sudah jadi solo dan menduduki rumah baru? Rumah baru, Bini Baru, baru Raya..? Megah apa untuk hari raya hanya kesah seorang artis dikapit anak-anak yang bapanya sudah bercerai ? Dan apa ke jadahnya rancangan seperti itu dihidang pada hari raya ?

Tak jadi hari rayakah jika tidak ada Santai Bersama Seloka Lebaran. Tak berserikah hari raya jika tidak menayang pakaian cantik dari model-model yang menyatakan gembira sambut lebaran dengan teman lelakinya. Bermaknakah hari raya yang mulia, lalu diberitakan tentang seorang mantan johan menyanyi yang menangis di hari raya ?

Itukah hariraya dengan barisan model cantik menyatakan inilah songket sempena hariraya ? Hari rayakah kalau hanya dengan artis-artis kacau dodol di perkarangan rumah, kemudian pakat-pakat menyanyi lagu raya?
Betulkah program seperti ini untuk hari raya dan untuk umat Islam ? Siapa yang mengajar mereka ? Siapa yang merancang program seperti ini ?

Ternyata mereka, dari peringkat Kementerian, pengawal selia media, pengarah rancangan, penerbit, edittor, pengarah drama, Unit yang melulus rancangan, yang menamakan slot itu sempena hari raya perlu menilai semula minda, pengetahuan yang sedia ada, untuk berubah. Setidak-tidak-tidaknya tanya minda sendiri, apakah ini betul program hari raya yang dituntut oleh Islam?

Atau yang bertanggung jawab dalam soal ini perlu berhimpun dan jemputlah pula mana-mana badan, alim ulama, cendekiawan agar hari raya tidak dicaca-merbakan dengan program yang tidak ada sangkut paut dengan kemuliaan dan tuntutan hariraya dari sudut agama. Kalau sekadar menari, menyanyi, hiasan lampu dan pelita, kawah dodol dan lawak bodoh, filem-filem yang tak sampai ke mana, bukan hari raya pun boleh dibuat. Tetapi mengapa hari mulia dengan adab-adabnya yang tersendiri, kita menempelkan elemen2 cacat ini menjadi 1 program raya ?

Ini belum disebut tentang konsert hari raya. Dari mana nama dan konsep ini datang ? Tapi sayang umat Islam tetap tidak peka. Apabila ada sekumpulan membantah, dituduh bermacam - macam. Yang anehnya, pegawai yang meluluskan permit pun tumpang sekaki dengan erti konsert raya seperti itu.

Kita sudah banyak menyeleweng. Pihak JAKIM, IKIM, YADIM, YAPEIM dan institusi keagamaan, alim ulamak dalam kerajaan, Pusat Pengajian Islam, Kementerian Penerangan, Komunikasi, ketua-ketua jabatan, pengarah-pengarah penyiaran, ketua editor akhbar, majalah, TV dan lain-lain perlu mengambil satu sikap memelihara kemuliaan hari raya. Kita sudah lama tersasar sebenarnya !

The SULTANIZATION of UMNO leaders.


SRI PERDANA

Over the years we have seen UMNO assuming the role that was once the prerogative of the Sultans of the various states in Malaysia. A process started by the British and ironically concluded by the Malays themselves albeit through UMNO. These Sultanization tendencies have evolved over the years to what it is today – an UMNO President living in splendid isolation in a palatial palace call Sri Perdana in Putrajaya surrounded by all the trappings of wealth and power. But I am ahead of myself.

The quest by UMNO leaders towards their Sultanization started with a partiality to ostentatious consumption – Mahyuddins very costly shirts, silk ties, expensive, expensive suits, expensive cars, and grand houses. Khir Toyo’s palace is the manifestation of these tendencies to a T. The Prime Ministers motorcade, the legion of people that seems to be around him everywhere he goes and the splendid, splendid office at Putrajaya is par for the course. Of course to maintain this lifestyle on their meager salaries as Ministers and YB’s meant that they were all susceptible to corruption on a grand scale.


Personalization of authority. In Malaysia all power resides with the Prime Minister. In the state the Mentri Besar title says it all – BIG Minister. This concentration of power in the PM at Federal level and the MB at state level can only gives rise to the politics of patronage and nepotism as all largeness flows from these leaders. The wholesale change that is the norm whenever there is a change of these individuals gives rise to the ‘make hay while the sunshine’ mentality. So where the Sultan was ‘king’ in his state it is now the Mentri Besar that dispense favor to the Sultans – in business opportunities, in extending credit to pay gambling debts, in keeping under lid the excesses of the Royal family.
Historical Identity. Like the Sultan who are normally descended from an immediate family tree – UMNO too are comfortable with accepting it leaders when they are descended from families that are closely associated with UMNO - possibly with the exception of Mahathir – because his Indian background precludes that possibility. But at times even when your Father is a A class leader  their genes are known to skip a generation or two. How else can you explain Najib and his cousin Hishamuddin?
For now the Sultans still cling to being the head of religion in their own states. But we can see this too is increasingly becoming the function of the religious authorities – whose salaries and appointments are the function of the central government – controlled, for now, by UMNO. So effectively even in these areas UMNO will have a say if not effective control to do as it wish – with just a nodding familiarity to the Sultans as a mark of respect.  
So in reality these UMNO leaders – have not only taken power from the Sultans but have also assume, for themselves, the Sultanization of their own self in the mould of the Sultans that they have now deposed in everything but name.
While the Malays are always seen to be loyal to their sultans and are expected to obey their commands unquestioningly we are all aware of what Hang Tuah had to do to appease his Sultan. Kill a loyal friend – Hang Jebat. I do not think any Malay will any longer want to kill a loyal friend against a pretender to the throne calling itself UMNO. Not when the Sultanization of this pretender was done without due consideration of the rights and aspirations of the Rakyat.

Still sore over cow head, Section 23 Indians to root for PAS in Bagan Pinang..!!! We will remind the Indians in Bagan Pinang what happened to the community here..??

By Neville Spykerman
SHAH ALAM, Sept 23 - Indian residents of Section 23 here and from other parts of the Selangor capital intend to ensure the cow head protest against the relocation of a Hindu temple here, is “prominently featured” in the upcoming Bagan Pinang by-election.
Plans are under way to get the residents, who are still smarting over how the protest was orchestrated by politicians, to campaign on the side of PAS.
Some 20 per cent of the voters in Bagan Pinang in Negeri Sembilan are Indians and could prove crucial in a close contest.

“We will remind the Indians in Bagan Pinang what happened to the community here,” said resident K Raja, a draughtsman.
His remarks appear to suggest that Indians in Section 23 and in other parts of Selangor are blaming Umno for the cow head protest which caused race tensions and has resulted in a number of individuals charged for sedition.
On August 30, about 50 Malay-Muslim protestors marched to the state secretariat here after Friday prayers and desecrated a cow’s head to demonstrate their intolerance over plans to relocate a 150-year-old temple to Section 23.
Police allowed the protest to proceed, despite the fact that the animal is considered sacred by Hindus, but later bowing to public pressure, six men were charged for sedition and illegal assembly while another six for illegal assembly.
However the less than swift action against the protestors, who also disrupted a town hall meeting held by the state government to resolve the issue, has led to allegations of double standards by the federal government.
Raja said that besides a word-of-mouth campaign, plans are also afoot to distribute brochures about the incident during the Bagan Pinang campaign.
“So far, we have about five residents who are keen on going but we expect others to join us.”
He said the residents will join a bus load of others from the community, who intend to be in Bagan Pinang on nomination day.
Other residents who declined to be name told The Malaysian Insider that they were still very hurt over what had happened and are intent on repaying UMNO during the by election.
“We know PAS is facing an uphill task because of the postal votes but we will ensure they get the votes from the Indian community,” said one resident.
The trip to Bagan Pinang is being organised by the PAS supporters club of Shah Alam, who intend to fill a bus and several cars with supporters.
“We also have others things to tell the Indian voters there besides the cow head protest.” said club chairman N Nathan, without elaborating.

JAIP kaji masalah kelewatan bayar saguhati raya pada bilal, siak..!! Mungkin ada yang tersilap pakai untuk raya dulu kot..??? Atau memang mereka boikot bilal & siak pro PR...????



IPOH 23 Sept.— Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) akan mengkaji masalah kelewatan pembayaran saguhati khas sebanyak RM500 kepada bilal dan siak di negeri ini yang sepatutnya dibayar sebelum Aidilfitri, kata Pengarahnya Datuk Sheikh Mohamah Nor Mansor Al-Hafiz.
Beliau yang kesal dengan kelewatan pembayaran berkenaan, memberi jaminan masalah sebegitu tidak akan berulang lagi pada masa hadapan dan menafikan kelewatan berkenaan bermotif politik.
Sheikh Mohamah Nor berkata, JAIP menerima waran daripada Pejabat Kewangan Negeri bagi pembayaran saguhati itu pada 9 September lepas dan mengagihkan kepada Pejabat-pejabat Daerah pada 11 September.
“Pejabat Daerah pula diarahkan untuk memproses segera bayaran tersebut ke dalam akaun setiap masjid pada 16 September 2009. Pada hemat saya, selewat-lewatnya 18 atau 19 September 2009, pegawai-pegawai masjid berkenaan telah menerima saguhati tersebut,” katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini hari ini.
Katanya, setakat ini difahamkan sebahagian besar daripada 1,975 orang bilal dan siak telah menerima saguhati, yang diumumkan pembayarannya oleh Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir pada 26 Ogos lepas.-Bernama

Afta: Cukai beras, rokok tidak turun

Tiada penurunan cukai terhadap barangan sensitif negara, yang antaranya termasuk beras, arak dan rokok menjelang pelaksanaan kawasan perdagangan bebas Asean (Afta) bermula 1 Jan 2010 nanti.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mustapa Mohamed berkata barangan-barangan tersebut merupakan barangan yang sensitif dan persetujuan telah dicapai antara negara-negara Asean untuk tidak menurunkan kadar cukai yang telah ditetapkan oleh negara-negara terbabit.

"Seperti beras, kita tidak akan menurunkan cukai ke atasnya kerana hanya Padi Beras Nasional Berhad (Bernas) yang menjadi pengeksport tunggal bagi negara ini.

"Barangan yang sensitif lain seperti arak dan rokok juga tidak akan diturunkan dan ia telah dibincangkan antara negara-negara Asean," katanya kepada pemberita selepas majlis Hari Raya Aidilfitri bersama pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di Kota Bharu hari ini.

Afta atau Kawasan Perdagangan Bebas Asean adalah perjanjian yang dibuat oleh Asean untuk pengeluaran tempatan semua negara-negara yang terlibat.

Ketika perjanjian Afta ditandatangani secara rasmi, Asean dianggotai enam negara iaitu, Brunei, Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura dan Thailand.

Vietnam bergabung pada 1995, Laos dan Myanmar pada 1997 dan Kemboja pada 1999 menjadikan AFTA sekarang terdiri dari 10 buah negara Asean.

Antara tujuan perjanjian Afta dibuat adalah untuk meningkatkan daya saing Asean sebagai pangkalan pengeluaran dalam pasaran dunia melalui penghapusan halangan tarif dan bukan tarif dalam Asean.

Mustapa berkata dengan wujudnya Afta, ia mampu menarik pelaburan langsung asing ke Asean dan pengguna dapat memperoleh barang dagangan dari pengeluar yang lebih cekap di Asean serta mewujudkan perdagangan sesama anggota Asean.

"Seiring dengan peningkatan persaingan harga dalam industri-industri pembuatan dan saiz pasaran yang lebih besar, pelabur-pelabur dapat menikmati pengeluaran secara besar-besaran," katanya.

Beliau berkata Afta akan memberikan impak yang positif terhadap ekonomi negara dengan meningkatkan tahap kualiti produktiviti yang menepati piawaian antarabangsa.

Beliau berkata sejajar dengan itu, pihaknya juga telah mengadakan program pendidikan dan kesedaran kepada pengusaha-pengusaha industri tempatan untuk memberi dorongan dan hala tuju mengenai Afta.

"Malahan kita akan teruskan program pendidikan ini kepada semua pihak yang terlibat dalam perdagangan daripada berskala kecil hingga berskala besar agar mereka mengambil kesempatan ini untuk memajukan perniagaan dan industri mereka," katanya. BERNAMA

PKFZ: Cabaran teluskan sistem



Skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) akan menjadi cabaran positif untuk memperbaharui dan memastikan sistem negara yang lebih telus lagi.

"PKFZ merupakan peristiwa hitam dalam sejarah negara, tetapi hasil daripadanya akan menjadi satu cabaran yang positif untuk memperbaharui diri kita sendiri," kata Presiden Transparency International-Malaysia (TI-M) Datuk Paul Low hari ini.

Low juga merupakan pengerusi Jawatankuasa Sementara Pentadbiran dan Tadbir Urus Korporat PKFZ.

"Saya berharap apa yang berlaku dalam PKFZ akan menjadi contoh baik apa yang sepatutnya dilakukan bagi agensi lain dan agensi berkaitan kerajaan.

"Kita tidak boleh membazirkan sumber kita," katanya kepada pemberita selepas mengumumkan hasil Laporan Rasuah Global 2009: Rasuah dan Sektor Swasta, di Petaling Jaya hari ini.

Menyifatkannya sebagai satu daripada skandal terbesar tahun ini, Low berkata jawatankuasa itu kini sedang mencari tiga pengarah bukan eksekutif bebas untuk menduduki lembaga.

Beliau berkata sifat-sifat peribadi akan menjadi kriteria pertama bagi pengarah, sebelum kecekapan.

"Mereka perlu mempunyai sikap bertanggungjawab dan tidak mempunyai kepentingan diri sendiri," katanya semasa ditanya mengenai kriteria pelantikan.

Calon-calon akan dipilih daripada mereka yang tidak mempunyai hubungan politik tetapi mahu membantu negara dan PKFZ serta mempunyai pengetahuan mengenai industri pelabuhan, katanya.

Mengenai sama ada tempoh beliau dalam jawatankuasa itu akan dilanjutkan, Low menjawab: "Jika perkara masih tidak selesai, saya mungkin meminta lanjutan."

Jawatankuasa itu dijangka mempunyai masa sehingga Januari 2010 untuk menyelesaikan tugasannya. BERNAMA

Mencari kutu hitam pada kambing hitam legam...



Umno perlu memilih seorang calon yang bebas daripada politik wang untuk PRK Bagan Pinang, kata mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad .

Beliau percaya Barisan Nasional boleh memenangi PRK pada 11 Oktober dengan majoriti yang besar kerana ia adalah kubu kuat Umno.

Inilah kerja yang paling payah bagi Umno – nak mencari orang yang bebas daripada politik wang ini umpama mencari seekor kutu yang berwarna hitam pada kambing yang hitam legam dalam kegelapan malam yang pekat tiada berbintang mahu pun bulan!

Mahathir sendiri bukan seorang yang bebas daripada politik wang.Dialah Godfafather kepada Samy Vellu , Rafidah Aziz dan lain-lain menteri yang kuat rasuah semasa Mahathir berkuasa dulu.

Penangkapan dan pendakwaan Ketua pegawai eksekutif Perwaja Steel Bhd Tan Sri Eric Chia dan bekas Menteri Pembangunan Tanah dan Kooperatif Tan Sri Kasitah Gaddam pada awal 2004 lalu hanyalah lakonan sahaja. Mereka berdua akhirnya bebas daripada sebarang hukuman.

Hakim membebaskan Eric Chia dari segala dakwaan, dengan alasan pendakwaan tidak cukup bukti.Datuk Seri Dr Rais Yatim pada 13 Feb 2004 telah mendedahkan “18 lagi kes rasuah berprofil tinggi” tetapi ternyata hingga kini tidak ada lagi penangkapan besar selain janji-janji sahaja.18 tersebut dipercayai melibatkan para menteri dan bekas menteri :

 1)Muhammad Muhammad Taib (Bekas MB Selangor )
 2)Adnan Yaakob (Bekas MB Pahang )
 3) Daim Zainuddin (Bekas Menteri Kewangan)
 4) RAP – Ratu AP (Kak Fidah, siapa lagi!)
 5) Samy Vellu (Bekas Menteri Kerjaraya)
 6) Haji Abdul Taib ( KM Sarawak)
 7) Mohd Ali Rustam ( KM Melaka)
 8) Ling Liong Sik (Bekas Menteri Pengangkutan)
 9) Khalil Yaakob (Bekas MB Pahang)
 10) Rahim Tamby (Bekas MB Melaka)
 Kes seorang ahli umno Kelantan yang melibatkan Pemalsuan / klon 1,000 X RM40 mill AP dan beberapa kes yang melibatkan kerugian Bank Negara, Proton, MAS, TNB , Anak bekas KPN dan banyak lagi.

Islamofobia dan dakwah di celahan antara kaum !

Oleh : MN Bashah
Berjanji untuk beraya di rumah Haji Rashid adalah satu janji antara kami, pastikan ziarah kita ziarah yang berilmu. Pada saya ia telah menepati syarat apabila ziarah raya kami bertukar ke bentuk usrah dan perbincangan strategi Islam dan pemikiran. Beliau adalah naqib saya yang juga merupakan Ketua Unit Politik Jawatankuasa Pusat JIM.

Dalam beberapa hal saya menyorot kembali ingatan saya kepada konsep dakwah melalui keterlibatan. Bagaimanakah bentuk dakwah yang terhasil melalui interaksi keterlibatan. Hal ini disentuh secara menarik oleh Haji Rashid.

Keterlibatan antara kaum sememangnya memancarkan spektrum fikrah, fenomena, isu dan kadangkala konflik dan krisis. Semua bentuk alami semulajadi ini terhasil akibat interaksi bersungguh-sungguh antara kaum dan inilah yang ditinggalkan oleh Rasulullah SAW. Rasul memancarkan sunnah dan perilaku khusus pada saat tertentu apabila ada sahaja pertembungan budaya, pertemuan dan komunikasi bersama kaum bukan Islam di Madinah.

Saya membawa kes YB Jeff Oii sebagai contoh untuk kami canai bersama. Pada saya, amat tepat sekali apabila JIM mengambil pendekatan pengenalan mafsadah secara holistik dan terperinci. Menilai keburukan dan ancaman secara menyeluruh dan saksama menatijahkan kesederhanaan, ketepatan dan nilai dalam strategi interaksi dakwah kita. Lantaran itu dalam kes penghinaan terhadap Islam, sistem syariah, gejala islamofobia atau skeptikal dan prejudis terhadap umat Islam yang berlaku akan dinilai oleh gerakan Islam dari segi konsentrasi mafsadahnya (keburukan atau ancamannya).

Lantaran itu reaksi PAS atau JIM terhadap isu penghinaan oleh seorang individu berbeza dengan reaksi atau layanan terhadap satu bentuk penghinaan yang strategik, berketumbukan atau kelompok yang berpengaruh. Teguran dan ‘balasan’ tetap perlu diberikan jika ada individu yang menghina Islam atau sistemnya. Namun saya amat berlapang dada apabila Haji Rashid menyatakan JIM mengambil pendekatan menegur tindakan kasar dan biadab kepada mana-mana individu. Dalam masa yang sama jika organisasinya tidak menjustifikasikan penghinaan tersebut, tiada masalah yang perlu ditimbulkan malah DAP tetap menjadi sasaran dakwah JIM selaku jamaah dakwah di Malaysia.

Lebih menarik apabila diperhati secara pandangan konstruktif, dialog dan pertemuan pemimpin JIM dengan DAP membuahkan kesempatan emas untuk JIM menerangkan apa itu syariah, apa itu Islam, menjelaskan misi dakwah JIM serta mempertahankan aktiviti JIM yang sah dari sudut undang-undang demokrasi negara ini.

Ya, pertemuan Rasulullah, konflik dan sariah-sariah Nabi, seringkali membuahkan dakwah dan komunikasi menjurus kepada pemahaman dan kefahaman terhadap kaum bukan Islam.

Justeru, adakah salah penghinaan yang dilakukan oleh individu itu dibantah oleh FORUM dan PUM? Semestinya tidak, malah ia perlu untuk menampilkan prinsip dan fikrah umat Islam berkenaan syariah agama ini.

Adakah keterbukaan dakwah JIM ini membuktikan kita umat Islam tidak perlu ada kepekaan terhadap ‘hidden agenda’ menghancurkan Islam, merosakkan sistem agama di negara umat Islam? Adakah perlu dinafikan fakta-fakta ‘against Islam’ tersebut?

Saya bagi satu contoh mudah. Di dalam Al Quran terlalu banyak ayat yang menceritakan azab kaum kafir dan sikap kaum kafir yang memusuhi Islam. Ya, kita yang berusrah wajib akan faham dan sedar adanya konspirasi menjatuhkan Islam. Akan tetapi perlukah kita jaja atau hebah kepada kaum bukan Islam di hadapan mereka bahawa kamu kafir, kamu ahli neraka dan saya selamanya tidak akan mempercayai kamu kerana telah nyata dalam Al Quran kami bahawa kamu akan tetap menjadi musuh Allah. Adakah itu metod yang ditinggalkan Nabi?

Ahli JIM yang menyertai Pakatan Rakyat akan tetap bersama DAP dalam beberapa banyak isu bersama rakyat terutama dalam hal kezaliman (ISA, tahanan selektif, kekejaman polis), rasuah, penyelewengan, rampasan terhormat hak rakyat dan sebagainya yang menjadi isu sejagat. Akan tetapi, dalam hal penghinaan terhadap syariah Islam, tetap akan ditegur dan dibantah dan itulah yang telah dilakukan. Malah hasil teguran menyebabkan terhasilnya interaksi dan komunikasi, dan semestinyan komunikasi menghasilkan dakwah dan ‘education’ kepada kaum bukan Islam.

Kadangkala saya berfikir, benar teori Dr Mahathir dalam 'Malay Dilemma' dalam isu keharmonian kaum. Pada pandangan beliau, hubungan antara kaum di Malaysia jangan terus dikatakan harmoni. Harmoni dan tenteram adalah disebabkan tiada keterlibatan dan interaksi. Apabila ada interaksi, maka kadangkala ia menghasilkan konflik dan krisis. Pendakwah yang bijak akan mempergunakan konflik ini untuk menzahirkan apa itu Islam. Kecurigaan, kebencian atau ketidakfahaman kaum bukan Islam terhadap Islam bakal diminimakan melalui interaksi berpendidikan sebegini.

Saya juga berpengalaman kini menerangkan kepada kaum Hindu di kilang saya dalam pelbagai isu tempatan dan global yang melibatkan ketidakfahaman kaum bukan Islam terhadap syariah dan kaedah hidup Islam. Sebenarnya obses kita kepada isu konspirasi kafir terhadap Islam menyebabkan kita terus meletak mereka sebagai musuh sebelum kita menghadapi mereka melalui dakwah ‘muwajahah silmiyyah’.

Ya, betul ada konspirasi dan pakatan memusuhi Islam. Akan tetapi Nabi meletak misi interaksi semasa Ghuzwah berlainan benar dengan misi interaksi semasa Suluh(perdamaian), keperlembagaan (piagam), gencatan senjata, serta kaum ahli kitab yang bernaung di bawah negara Islam Madinah. Inilah cantiknya syariah Islam yang semestinya perlu ditafsirkan daripada tafsiran Rasulullah dan bukan menjuzuk-juzukkan dalil.

PAS mempelawa DAP bersama Barisan Alternatif semasa pilihanraya 1999. Adakah selepas itu PAS diam dalam isu hududnya yang segar pada era 1980an itu? Tidak. Malah, PAS mengenengahkan Dokumen Negara Islam pula yang menyebabkan DAP mengambil keputusan keluar BA beberapa tahun selepas itu.

Dilema antara untuk menghancurkan kezaliman kubra BN dalam masa yang sama masih berhasrat memahamkan DAP berkenaan prinsip pentadbiran politik Islam cukup mendalam. Dalam hal ini interaksi tetap akan berlaku. Penjelasan kepada sesiapa sahaja termasuk UMNO atau pembangkang berkaitan isu dan prinsip Islam tetap akan berlaku sama ada ia ditafsir secara negatif atau secara sihat. Inilah kerja jamaah dan gerakan Islam yang terus konsisten sehingga hari ini.

Hari ini agak malang juga jika ditinjau interaksi gerakan atau kelompok Islam dengan kaum bukan Islam hanya dilakukan secara ala kadar dan hanya bertujuan untuk perpaduan dan sokongan massa. Bagaimana pula kelompok ulama’ dan guru agama. Adakah terpisahnya sosial gerakan ulama’ menyebabkan ‘disengagement’ berlaku antara kelompok pemegang ilmu Islam dengan kaum bukan Islam. Sejauhmana khusus dan fokusnya gerakan ulama’ berinteraksi dalam menghasilkan dakwah komunikasi dengan kaum bukan Islam?

Rasulullah adalah bapa segala ulama’ dan bagindalah paling acapkali menyelesaikan permasalahan dan ketidakfahaman kaum bukan Islam dan Islam berkembang melalui cara interaksi dan penyelesaian konflik sebegini. Berbeza juga cara Rasul melayan kaum Islam yang enggan tunduk dengan syriah Islam dengan kaum bukan Islam yang memusuhi Islam kerana ketidak Islamnya mereka. Berbeza jaga cara Rasul melayan ketidak fahaman kaum Islam yang telah lama menganut Islam dengan kaum muallaf. Berbeza juga rasul bersiasah dengan kaum Islam tegar dengan kaum Islam opportunistis yang berkedudukan seperti Abu Sufian.

Adakah Rasulullah tidak faham prinsip dakwah Islam yang baginda sendiri wariskan? Rasulullah meninggalkan rangka kerja yang cukup bernilai untuk kita manfaatkan bersama. Itulah siasah dakwah Islam.

Muhammad Nuruddin Bashah
Setiausaha Lajnah Perpaduan Nasional Perak

3 lagi pilihanraya bakal menyusul. Umno pening kepala!



Belum pun pilihanraya kecil Bagan Pinang bermula, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) petang tadi baru menerima satu lagi Surat Perletakan Jawatan dari Adun Johol, Barisan Nasional.
Punca pengutusan surat tersebut kerana ADUNnya sedang bersabung nyawa; akibat penyakit kanser tulang tahapan ketiga/genting.
Ini menandakan Negeri Sembilan bakal menempuhi satu lagi pilihanraya kecil; selepas selesainya pilihanraya kecil Bagan Pinang kelak.
Pun begitu, MKT PKR Badrul Hisham Shaharin @ Chegubard berkata, SPR sedaya upaya cuba menyelamatkan BN dengan menolak surat perletakan jawatan itu.
Dalam perkembangan berkaitan, dua ADUN BN yang lain sedang berdepan dengan pertuduhan rasuah; yang membolehkan kedua-dua mereka hilang kedudukan sebagai ADUN.
Jika berlaku juga pilihanraya di kedua-dua Dun itu, menjadikan BN Umno terus diselubungi sindrom takut kalah pilihamraya (atychiphobhia).
Ini kerana, Umno sudah kalah tujuh kali berturut-turut di Semenanjung – Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang, Bukit Selambau, Manek Urai, Penanti dan Permatang Pasir.
Umno BN bertambah bimbang, takut-takut Negeri Sembilan akan jatuh dalam genggaman Pakatan Rakyat (PR).
Ianya tidak mustahil kerana perbezaan kerusi BN-PR hanya empat kerusi sahaja.
Sama-sama kita nantikan apa pula konspirasi SPR-UMNO BN dalam masa terdekat ini demi mempertahankan status quo mereka sebagai pemerintah zalim menjelang PRU13 kelak.

DUN BAGAN PINANG : UMNO SERBA SALAH?



Umno/BN yang sangat yakin akan menang pada PRK Bagan Pinang terus berada dalam dileman untuk memilih siapa calon yang sesuai untuk menjadi ayam sabung mereka.
Bagi Menteri Besar, Mat Hassan beliau sudah tentu tidak mahu Isa Samad menjadi calon kerana beberapa faktor antaranya kedudukan beliau akan tergugat jika Isa dipilih dan keduanya rekod buruk Isa sedikit sebanyak sudah tentu akan mencemaskan BN.
Bagi Najib dan Muhyiddin pula mereka sudah tentu akan memilih calon-calon yang boleh menjadi 'kuda tunggangan' mereka kerana masing-masing sedang bersaing untuk mengukuhkan kedudukan.
Muhyiddin sudah tentu akan terus mengasak Najib yang penuh dengan kontroversi supaya Najib cepat-cepat turun bagi menyelamatkan Umno dari kontroversi yang tidak pernah padam akibat beberapa yang dikaitkan dengan Najib.
Najib pula akan memainkan jarum dan strategi bagi mematikan perancangan dan 'planning' Muhiyddin yang mula dilihat memasang angan-angan untuk naik dengan cepat sebelum sampai masanya.
Kini Isa Samad giat menjalankan kempen secara senyap supaya beliau dipilih menjadi calon. Beliau dikatakan menggunakan ahli Umno akar umbi dan AJK Bahagian Telok Kemang untuk melobi. Jikapun Isa tidak dipilih sekurang-kurangnya Isa akan ditawarkan dengan habuan lain seperti Pengerusi Felda atau lain-lain jawatan Lubuk Emas.

Jerat cinta Internet telah terjerat...

Markas sindiket jerat cinta Internet diserbu


KERATAN Kosmo! 20 September 2009.

KUALA LUMPUR - Polis melumpuhkan satu sindiket penipuan menghantar bungkusan hadiah palsu yang didalangi lima pelajar warga Afrika selepas menyerbu sebuah apartmen di Petaling Jaya dan Seri Petaling di sini baru-baru ini.
Sindiket yang didalangi oleh lima pelajar lelaki warga Nigeria berusia antara 19 dan 30 tahun tersebut ditahan pada pukul 2 petang 9 September lalu selepas polis menjalankan siasatan sebaik menerima laporan daripada seorang wanita berusia 36 tahun.
Mangsa yang merupakan seorang pegawai di sebuah syarikat petroleum di sini kerugian RM25,500 kerana memasukkan wang tersebut ke dalam satu akaun kononnya bagi menuntut satu bungkusan yang dihantar dari luar negara.
Sindiket tersebut amat licik apabila memperdaya tanpa disedari mangsa.