Isnin, 21 September 2009

BN Mahu Kedah, Mukhriz MB ke 11 ???

Sejak isu Kota Siputeh tercetus , UMNO khabarnya bukan sahaja termimpi-mimpikan tetapi mengigau untuk meragut Kedah.


Dengan kedudukan kerusi PAS 16 , BN 14, PKR 4, DAP 1 dan Bebas 1 – ramai calon UMNO mahu mandi bunga mencuba nasib.
Apa tidaknya. Abu Hassan Sarif ADUN Siputeh sangat banyak masalahnya. Ia sedang uzur. Banyak mesyuarat UMNO dan juga DUN diabaikannya. Pengundi kawasan merungut sukar menemuinya.


Ada kakitangan kerajaan yang memberitahu, jika berkesempatan, ia akan hadir mesyuarat tindakan Daerah Kubang Pasu. Di sana nanti, ia akan mengambil kesempatan melanggar kromo jabatan-jabatan yang pada fikirannya tidak betul.


Ramai kakitangan kerajaan melahirkan kekesalan terhadap sikapnya itu.


Itu sebabnya, Mukhriz Mahathir , Shafie Apdal dan lain-lain pemimpin UMNO dan BN mendiamkan diri sehingga ke saat ini. Mereka laksana burung diam dalam sangkar – tiada faedah membela Abu Hassan.


Mereka mahu Abu Hassan pergi meninggalkan Kota Siputeh tanpa merasakan dirinya tidak dikehendaki oleh parti. Bagi UMNO yang yakin untuk menang kerusi itu dengan nyahnya Abu Hassan, harapan mereka agar ayam dapat, musang pun dapat.


Malangnya SPR telah mencampur mulut urusan yang tidak patut ia buat keputusan.


UMNO meracau-racau siang dan malam mahukan tempat Abu diganti. Ada yang mencadangkan supaya Mukhriz Mahathir diletakkan di DUN tersebut sebagai persediaannya menjadi Menteri Besar Kedah yang kesebelas.


Mahadzir Khalid anak emas Abdullah Badawi yang penyombong itu sudah tentu tidak akan kembali ke politik Kedah. Lebih-lebih lagi apabila Tun Mahathir beberapa hari yang sudah mengatakan bahawa dia salah seorang yang cuba mengusirnya keluar dari UMNO satu masa dahulu.


Bashah Hanipah ADUN Bakar Bata merangkap Timbalan Pengerusi UMNO Kedah yang sentiasa kemas dari segi pakaiannya, dikatakan cukup selekeh dari segi kerjanya. Beberapa penggal menjadi ADUN dan Exco, habuk pun tarak.


Apapun untuk Mukhriz menjadi MB Kedah dalam waktu terdekat, beberapa ADUN Pakatan Rakyat perlu menyeberang ke Barisan Nasional. Siapa yang agaknya bercadang melintas jambatan atau membuat lompatan jarak jauh itu ?


Jika setakat bermimpi sahaja, tidak akan ada yang tahu. Inikan riuh rendah sewaktu tidur didengar pula orang, seperti ayam di Jitra bertelur sebutir, riuh pula senegeri Kedah.


Pastinya Khairy Jamaludin sedang menanti perkembangan ini. Jika Mukhriz diletakkan di negeri, KJ dapat bangun, mengembangkan sayapnya ke peringkat kebangsaan dengan lebih selesa.


Itupun jika Najib memberikannya ruang.


Percaturan politik Kedah semakin menggelojak. Ustaz Azizan Abd Razak dan PAS ibarat air yang tenang meneropong perkembangan ini.


UMNO harus berwaspada, jangan-jangan semua umpan habis dimakan - seekor ikan pun tak kena!

MCA central committee flexes muscle


KUALA LUMPUR, Sept 21 — Just when the MCA seemed all set to hold its extraordinary general meeting (EGM), in the wake of deputy president Datuk Seri Dr Chua Soi Lek’s dismissal, the party’s central committee (CC) has flexed its muscles to overturn the decision and suspend him for four years instead.
This begs the question of whether the power of the CC was overlooked, or even underestimated, in the fractious past weeks which saw more than a fair share of barbs traded between rival supporters of party president Datuk Seri Ong Tee Keat and Dr Chua.
"They overlooked the CC as an independent body and pre-empted us by going straight for an EGM which should be called only as a last resort, and not the first resort. Members should not have jumped the gun," CC member Datuk Ti Lian Ker, of Pahang, told Bernama.
He said disgruntled members should have waited first to see how the CC would act before pushing for the EGM, now fixed for Oct 10, after the presidential council sacked Dr Chua for tarnishing the party's image over a sex video scandal.
Ti said the party constitution empowered the CC to take disciplinary action  against any elected party official including to suspend or to expel with the support of two-thirds of the CC members present at the meeting.
Under Article 128 of the constitution, the CC has the final say on disciplinary matters and that cannot be challenged, even in a court of law.
Ti said he had insisted that Dr Chua's issue be discussed at the marathon seven-hour CC meeting last Saturday, to show that the party president could not act arbitarily, or that the CC was just a rubber stamp.
Currently, there are 43 CC members, with 25 elected, seven appointed by the president while the rest are party office-bearers.
Ti denied that the CC's move was tantamount to a lack of confidence in the presidential council, saying that at the same meeting the CC had overturned other disciplinary decisions as well.
Party sources said Dr Chua's issue was brought up by Senator Datuk Wong Siong Hwee from Kelantan and all were given the opportunity to express their views, including the most senior CC member, Datuk Wong Mook Leong.
Wong re-told his experience when he was sacked during the party crisis in the 1980s, saying that a suspension would have a similar effect as an expulsion, the source said.
"Some CC members sympathised with Dr Chua. They felt there was no need to push an already broken man and believed he should be given a chance to salvage a bit of his shattered honour," it added.
Ong, who chaired the meeting, had to "eat humble pie" in the face of the check and balance on his leadership by the CC, the source noted.
Enraged supporters of Dr Chua, however, hit back that it was not appropriate and an act of disrespect to the central delegates for the CC to discuss the matter as the rival factions had already agreed to the EGM and agenda.
Even Dr Chua spoke up: "Are they trying to say the CC is more supreme than the EGM?"
Party veteran Datuk Yap Pian Hon maintained the CC had the mandate because all decisions, including disciplinary matters, must go through both the presidential council and CC, the two decision-making organs in the party.
"If we stop at the presidential council level, it can be argued later that the decision is invalid because the due process was not complete," he said.
Dr Chua's supporters are pointing fingers that it was Ong who first called for an EGM on Aug 31, when they had barely started their signature campaign to push for one to annul Dr Chua's sacking.
A political observer, who declined to be named, views the CC's decision as a "smart tactical move" by Ong's side to neutralise the sympathy factor towards Dr Chua for the EGM.
The suspension may cause some of the 2,377 delegates to reconsider their views and swing away from Dr Chua as he would only be a party member after four years.
After all, Dr Chua had said he wanted to die an MCA member, the observer noted. — Bernama

Pengkhianat

Sepanjang tempoh Malaysia di bawah pemerintahan regim zalim UMNO/Perikatan dan kemudiannya UMNO/BN, berjuta billion wang rakyat dan harta negara telah samada terlepas atau dilepaskan, tergadai atau digadaikan, terjual dan dijual kepada bangsa dan negara asing. Pemimpin UMNO dan sekutunya telah jelas memperlekeh dan meremehkan segala kepercayaan dan pengharapan yang telah disandarkan oleh rakyat kepada mereka selama ini.


- Singapura hilang dari peta negara
- Pulau Batu Putih diberi percuma kepada Singapura
- Hasil balak dirompak ikut selera mereka
- Hasil minyak dijoli ikut nafsu mereka
- Anak-anak hilang dipandang enteng
- Pendidikan dan perubatan diperdagangkan oleh kroni mereka
- Rakyat dicukai, wang Rakyat mereka tibia

Demi menapak dan mengukuhkan perjuangan ini, Kerajaan Rakyat telah menaskahkan sebuah catatan: “Pendedahan: Siapa Pengkhianat Agama, Bangsa & Negara”.

Buku ini membongkar dan mendedahkan siapakah pengkhianat sebenarnya..!!!

Terkandung di dalamnya huraian dan penjelasan yang tiada dikabarkan oleh semua akhbar arus perdana. Tertitip juga di dalamnya penjelasan pimpinan RAKYAT yang prihatin terhadap permasalahan RAKYAT. Dipapar penjelasan dari Datuk Seri Anwar Ibrahim tentang situasi politik negara bangsa. Dicatat komentar dari ‘Penitip Bicara Minda’ di lelaman Kerajaan Rakyat.com.

Buku ini diharap bakal menjadi penyambung bicara minda untuk disampaikan ke seluruh pelusuk negara.

Saudara yang saya kasihi, saya pohon jasa dan bakti kalian untuk dapatkan naskah ini dan sampaikan kepada saudara, jiran dan keluarga walau di mana mereka berada.

E-mail kepada: kerajaanrakyat@gmail.com untuk mendapatkan buku ini.
Ikhlas dari: www.kerajaanrakyat.com

Mungkinkah “revolusi senyap” berlaku di Teluk Kemang?



Hujung minggu ini hari raya puasa. Bukan barangkali (possibly) kalau mengikut taqwim (kalender) sahlah Ahad ini. Apa pun kita tidak tahu sama ada amal ibadah yang kita kerjakan sepanjang Ramadan dengan janji pahala yang berganda-ganda apa yang diburu 10 hari terakhir puasa iaitu Lailatulqadar berjaya. Hanya Allah SWT sahaja yang Maha Mengetahui. Muslim dan Muslimat telah melakukan yang dituntut agama dengan harapan sedikit sebanyak ibadah itu diterima Tuhan. Semoga usaha kita diberkati. Saya suka mengucap selamat hari raya Aidilfitri kepada pembaca kolum ini.

Rakyat Malaysia harus bersyukur kerana pada amnya taraf dan kualiti kehidupan kita tinggi walaupun sepatutnya lebih tinggi lagi kalaupun tidak setaraf dengan Singapura, Taiwan, Hong Kong, Jepun, Korea Selatan, Australia dan New Zealand. Taraf dan status kita mengatasi semua negara dalam kawasan Asia Pasifik selain daripada yang disebut di atas. Pada Julai tahun depan, saya insya-Allah akan berusia 73 tahun. Sekarang rakyat kita pukul rata boleh hidup bagi lelaki pada usia 72 tahun (life expectancy) dan wanita pula 76.5 tahun. Kalau kita cermat memantau kesihatan – dengan izin Allah SWT – mungkin kita boleh hidup hingga 80an hatta 90an tahun pun. Kita harus pentingkan kesihatan dan mutu kehidupan. Seorang kenalan dan semukim berjemaah di masjid yang sama Surau Baitul Aman di Jalan Damai, Kuala Lumpur, Tan Sri Sheikh Hussein Sheikh Mohamed, bekas Setiausaha Tetap Kementerian Pelajaran telah kembali ke rahmatullah pada pagi Jumaat lepas berusia 90 tahun. Kami bersama-sama berkhidmat di Jabatan Perdana Menteri di bawah Tunku Abdul Rahman dan Tun Razak timbalannya dalam 1960-an. Saya turut sama menunaikan solat fardhu kifayah jenazah selepas solat Jumaat.

Selepas raya, kita kembali kepada kehidupan biasa harian dan politikus pula menghadapi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang di Port Dickson. Manusia adalah “binatang politik”. Madah Aristotle dalam bukunya “Politics” – “bahawa manusia (lelaki di zamannya) semulajadi haiwan politik – man is by nature a political animal”. Satu ungkapan bukan buruk bahkan satu perasaan kekaguman yakni satu ‘grudging admiration’. UMNO Bahagian Teluk Kemang diketuai oleh veteran Tan Sri Isa Samad, nampaknya sepakat mencalon ketua mereka sebagai calon tunggal walaupun diminta oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Presiden UMNO, Bahagian mencalon beberapa nama untuk diteliti. Mujurlah Isa berkata Bahagian akan memberi ibu pejabat UMNO beberapa nama bakal calon untuk diperiksa, teliti dan dinilai. Isa jelas bijak bersiasah kerana dia “binatang politik”.

Agak terlalu awal bagi UMNO dan penyokongnya bercakap Bagan Pinang sebagai padang cipta balas dendam bagi kekalahan di semua pilihan raya kecil 8:0 di Semenanjung. UMNO hanya kalah satu – di Kuala Terengganu. Apa dendam yang mahu dibalas? Bagan Pinang kerusi UMNO, kalau pun UMNO menang ini hanya status-quo. Tetapi kalau Pas menang ia satu kejayaan; merampas kerusi UMNO; satu laba seperti berlaku dalam pilihan raya kecil Kuala Terengganu.

Kalau kita membeli rumah, tiga “rules” terpenting: Lokasi, lokasi, lokasi. Dan kalau memilih sekolah, universiti, hospital dan doktor ataupun peguam, peraturannya begini: Reputasi, reputasi, reputasi. Atau dalam bahasa ibunda yang indah ialah nama baik, dipandang tinggi, bermutu lagi hebat. Dalam politik pula, apa lagi dalam pilihan raya, terbehena dan terutama ialah nama baik calon, reputasi baik dan tidak ada “baggage”. Kalau salah calon di Bagan Pinang, Kuala Terengganu akan berulang. Revolusi senyap akan berlaku di kalangan ahli UMNO, penyokong parti dan pengundi atas pagar. Itulah yang berlaku di Kuala Terengganu.

Duri dalam daging

Isa hampir 26 tahun di mercu politik Negeri Sembilan. Apa untungnya dia menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) biasa? Besar kemungkinan dia akan jadi “duri dalam daging” pada Menteri Besar sekarang, Datuk Seri Mohamad Hasan, atau Isa sama ada dia berkenan atau tidak jadi “pangkalan” bagi ADUN yang tidak menyenangi Mohamad Hassan. Kalau dia menang – kemenangannya tidak terjamin. Bagaimana jika takdirnya (Isa) kalah? Soal kelayakan memang Isa padan tetapi kelayakan bukan segala-galanya waktu memilih calon, exco atau menteri. Isa amat arif dalam perkara ini. UMNO kononnya mahu pembaharuan, satu “renewal” - dalam bahasa lama perihal bermula semula.

Saya sedar dilema yang dihadapi oleh Isa dan UMNO di Teluk Kemang, tetapi kalau sayalah Isa, saya akan menolak walaupun dicalon dan diterima oleh Ibu Pejabat UMNO. Buktikan dia tidak ‘selfish’, tidak mementingkan diri – menteri besar dan menteri pun sudah. Kalau dia mahu UMNO menang, dia mesti tolong menentukan siapa calon yang boleh bawa kejayaan kepada UMNO. Lainlah kalau Isa masih muda, Isa veteran dari segi perkhidmatan. Lainlah kalau Isa teringin jadi Perdana Menteri atau TPM, dia memang patutlah bermati-matian nak jadi calon untuk bertapak semula dalam politik UMNO. Kalaulah ini matlamat Isa, tidak salah dia bercita-cita sedemikian. Saya kira kalau Ghaffar Baba, Muhyiddin Yassin boleh jadi TPM dan Badawi PM, kenapa pula tidak boleh Ali Rustam hatta Musa Aman atau siapapun yang mengidamkan lubuk dan gua emas itu.

Isa hanya didapati bersalah oleh Jawatankuasa Disiplin UMNO kerana politik wang, tetapi bukan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Pada ahli UMNO, itu tidak menjadi isu tetapi saya rasa Isa akan menjadi isu dengan pengundi muda dan atas pagar. Kalau Isa menjadi calon, Pakatan Rakyat (PR) akan melompat gembira. Kalau pun mereka kalah, mereka akan menang dalam propaganda dan peperangan psikologi. Apatah lagi kalau mereka menang. Andainya Isa calon, di mana kredibiliti UMNO dan Perdana Menteri Najib Razak yang beriya-iya mahukan pembaharuan dalam parti? Apa mesej yang dihantar kepada pengundi muda dan bakal pengundi? Masakan tidak ada anak Linggi, Teluk Kemang dan Bagan Pinang yang muda, berkelayakan, bersih dan maaruf yang boleh diketengahkan? Adakah daerah ini begitu daif dengan anak muda dan mudi? Saya tahu sedikit bahawa Bagan Pinang bukan satu tempat yang begitu melarat kedana dengan bakat UMNO! Masakan tempat yang UMNO telah berpuluh tahun menang di situ begitu melarat, begitu bangsat, begitu bapet dan sengkek dengan muda mudi yang berkebolehan, segar, bersih dan berkaliber. Apa salahnya dengan anak sulung Isa, nama pun sama dengan Perdana Menteri, Najib; muda, seorang pengurus korporat perubatan/farmasi kini naib ketua pemuda UMNO Bahagian? Benar Isa akan dituduh mengamalkan nepotisme tetapi keturunan adalah lumrah bagai semula jadi dalam kebudayaan politik Malaysia, baik dalam parti pemerintah mahupun parti pembangkang.

Kerusi bertahan pembangkang

Bagan Pinang adalah pilihan raya kecil yang kesembilan termasuk satu di Sarawak di mana BN menang lain semua kalah, tetapi itu semua kerusi bertahan pembangkang kecuali di Kuala Terengganu dan Bagan Pinang hari pengundian yang akan berlangsung pada 11 Oktober ini. Bagan Pinang amat kritikal bagi BN, UMNO dan Najib, terutamanya kerana Bagan Pinang adalah kerusi UMNO begitu lama, ia akan menjadi tamparan hebat kepada BN yang akan membawa reaksi buruk pada politik UMNO dan kepimpinan Najib andainya kerusi itu hilang. Kalau menang pun tanpa majoriti yang berlebihan ketika PRU-12, dakwaan kononnya orang Melayu mulai berpaling atau menyokong balik ke UMNO akan menjadi cerita dongeng. Maka suka tidak suka, sukacita dan duka BN mesti menang dengan undi yang bertambah. Tanpa itu, boleh dibaca satu ‘signal’ yang bakal menanti kejutan. Tidak mustahil ini boleh berlaku, maka janganlah mempunyai keyakinan keterlaluan menggembar-gemburkan cerita lama dan pembangunan. Rakyat mahu idea, visi dan masa depan yang diminati muda-mudi. Dalam pilihan raya lepas, Allahyarham Azman Mohd Noor hanya mendapat majoriti 2,333 melawan calon Pas, Ramli Ismail.

Untuk mengekalkan kerusi ini, Isa – sama ada dia atau Najib calon – mesti dipertanggungjawabkan agar jentera pilihan raya kemas dan berjalan lancar. Tiada pulau memulau dan sabotaj. Saya cadang Isa jadi pengarah pilihan raya Bagan Pinang. Jangan ambil remeh kerana PR akan bermatian untuk menafikan UMNO kerusi lamanya. Kalaupun PR kalah, majoriti BN kecil, itu satu kemenangan besar bagi mereka yang akan membuka jalan strategik dalam PRU-13; kemenangan kedua merebut kerusi UMNO amat mustahak bagi mereka kerana ia akan menjadi penunjuk bahawa rakyat bosan dengan BN. Bagi meyakinkan rakyat dan pelaburan asing (FDI) UMNO mesti menang bagi menunjukkan bahawa orang Melayu sudah mulai jinak semula dengannya (UMNO).

BN boleh dan mesti menang besar di Bagan Pinang kalau calon yang munasabah dan berpotensi dipilih. Isa dipertanggungjawabkan secara langsung di bawah Muhyiddin dan tiada permainan kayu tiga secara senyap. Kalau UMNO dapat mempertahankan Bagan Pinang dengan majoriti yang terhormat, barulah dakwaan sudah wujud pemulihan dalam UMNO benar. Kalau tidak itu satu impian semata-mata. Disebaliknya pula, PR boleh mengharapkan sokongan majoriti bukan Melayu yang pengundinya berjumlah 30 peratus. Dan andainya PR dapat separuh undi Melayu atau 45 peratus daripada 70 peratus jumlah pengundi Melayu PR akan berjaya. Antara 70 peratus pengundi Melayu itu, jumlah antara 3,000 hingga 5,000 adalah pengundi pos yang majoritinya tentera. Apa pun konsesi atau tolak ansur Najib telah buat tidak menarik hati pengundi bukan Melayu hingga mereka dapat betis. Pengundi Melayu kian berasa kecewa dengan tolak ansur Najib. Itulah persepsi saya dapati dalam tinjuan awal saya dengan pengundi-pengundi. Atas kertas dan teori, UMNO boleh menang kecualilah ada “revolusi senyap” seperti yang berlaku di Kuala Terengganu yang tidak disedari atau sengaja tidak mahu mafhum oleh pemimpin UMNO dan media mereka.

Dodol juadah raya Rosmah...cerita PM 1Malaya sambut raya..!!!!




GEMURUH. Itu perasaan yang menjentik kalbu saat diberikan tanggungjawab untuk menggali lubuk emosi Datin Seri Paduka Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak yang pertama kali menyambut Aidilfitri sebagai Wanita Pertama Malaysia pada tahun ini.
Namun, kemunculan wanita yang memiliki karisma tersendiri ini segera mematikan perasaan negatif itu, malah suasana bertukar menjadi ceria. Busana merah jambu yang digayakan Rosmah pada pagi itu antara elemen penting yang menyumbang kepada senario tersebut.
Keterujaan pula jelas terpancar pada wajahnya biarpun dikhabarkan beliau sebenarnya baru pulang pada pukul 1 pagi dari Tawau, Sabah kerana mengiringi suami untuk sebuah acara rasmi di sana. Begitulah pengorbanan seorang isteri buat suami tercinta.
Tatkala diajukan pertanyaan mengenai sambutan hari raya kali ini, beliau bagaimanapun mengakui dilanda perasaan gemuruh. Berkongsi emosi dalam hati dan nuraninya, Rosmah melontarkan bicara: "Tidak dapat dinafikan, ada perasaan gemuruh yang terselit dalam hati saya saat menyambut hari raya tahun ini, terutama apabila memikirkan mengenai persediaan juadah dan sambutan untuk orang ramai yang akan datang beraya nanti."

ROSMAH sangat prihatin terhadap nasib golongan kanak-kanak.


Bercerita mengenai hari raya yang disambut seluruh umat Islam pada hari ini, beliau dan suami sudah merancang sesuatu yang istimewa buat rakyat. Bagi menjadikan sambutan kali ini lebih istimewa serta mahu mendekati rakyat dengan lebih telus, sambutan Aidilfitri dilaksanakan di Seri Perdana, Putrajaya.
"Kami mahu menjadikan sambutan raya kali ini bersifat intim. Dekat dengan rakyat. Dengan menyambutnya di Seri Perdana, secara tidak langsung orang ramai berpeluang masuk ke kediaman rasmi Perdana Menteri," jelasnya yang menganggarkan 50,000 jemputan dijangka bertandang.
Sudi berkongsi emosi, Rosmah menegaskan, meskipun rutin dan tanggungjawabnya semakin bertambah, namun ia tidak menghalang wanita kelahiran Kuala Pilah, Negeri Sembilan ini turun padang dalam pelbagai aktiviti bersama rakyat sepanjang Ramadan yang baru sahaja berlalu.
"Dua hingga empat acara dalam satu hari yang harus dihadiri memang memenatkan, namun itulah cabaran dan tanggungjawab menjadi isteri Perdana Menteri. Berjumpa dengan rakyat dan mendengar kisah suka dan duka mereka menjadi satu kepuasan bagi saya," ucapnya.
Terasa kehilangan
Setiap insan memiliki nostalgia suka dan duka Aidilfitri, tidak terkecuali Rosmah. Menyentuh mengenai kenangan raya, sudah pastinya meraikan hari raya serta berjumpa ahli keluarga yang lain menjadi inti pati utama buat beliau.
Namun, kesayuan tetap muncul kerana kedua-dua ibu bapa Rosmah, Fatimah Kedah dan Mansor Katas meninggal dunia pada Januari dan Ogos tahun lalu. Kehilangan itu masih terasa hingga kini.

PASANGAN bahagia, Najib dan Rosmah bersama dua cahaya mata tersayang Nooryana Najwa dan Norashman Razak.


Mengimbas kembali memori Aidilfitri ketika zaman kanak-kanak, menurut Rosmah, beliau seperti kanak-kanak lain, menanti dengan penuh teruja kedatangan hari raya kerana itulah masanya untuk melaram dengan baju baru.
"Makanan pun banyak yang sedap-sedap. Juadah raya yang paling saya suka ialah dodol, kalau lagi cair lagi saya suka. Berbanding biskut serta masakan moden, saya lebih menggemari makanan tradisional seperti ketupat dan rendang," ungkapnya yang memberitahu Najib turut mempunyai cita rasa yang sama dalam menikmati juadah raya.






Tidak meriah Aidilfitri tanpa alunan lagu-lagu yang menusuk kalbu serta menggamit memori, Rosmah turut meminati lagu-lagu raya. Halwa telinga beliau lebih menggemari lagu-lagu lama yang didendangkan oleh Allahyarham Saloma dan Rafeah Buang.
"Lagu baru, hanya dengar-dengar begitu saja. Bukan tak bagus tapi lagu lama lebih bernilai sentimental dan menyentuh jiwa," katanya sambil ketawa.
Busana merah jambu
Meskipun sedar penampilannya sentiasa menjadi perhatian ramai, Rosmah sebenarnya tidak cerewet dalam memilih material dan fabrik asalkan ia memberikan keselesaan.
Di samping itu, penaung program Permata Negara ini juga tidak terlalu memilih pereka fesyen, namun sentuhan seorang tukang jahit, Winnie di Kelana Jaya memang cukup disenanginya.
Malah, keserasian tersebut berpanjangan dan kini telah 30 tahun pereka tersebut mereka pakaian buat Rosmah.
"Sentuhan Radzuan Radziwill juga amat saya gemari," ujarnya yang mengakui tidak menggunakan khidmat ramai pereka kerana lebih senang berurusan dengan seseorang yang telah lama beliau kenali.
Penggemar warna-warna garang seperti kuning, merah serta ungu, Rosmah mengakui warna-warna tersebut secara tidak langsung menyerlahkan keperibadiannya dan sesuai dengan warna kulitnya.
"Namun, warna merah jambu menjadi kegemaran saya sehingga ada sebuah bilik di kediaman saya yang diwarnakan dengan warna merah jambu," ujarnya.
Keunikan raya di Malaysia
Rosmah turut memperkatakan mengenai keunikan sambutan Aidilfitri di negara ini.
"Kunci utama dalam kemeriahan sambutan Aidilfitri Malaysia adalah kerana ia disambut oleh pelbagai bangsa, agama dan keturunan sejak dahulu lagi."
Tambah Rosmah, berbanding ketidaktentuan serta ketakutan rakyat di negara lain ketika sambutan raya, seharusnya rakyat Malaysia bersyukur dengan kemakmuran dan keamanan ketika meraikan Aidifitri.
"Sementelah, kepelbagaian latar belakang rakyat Malaysia menjadikan ia sentiasa dikagumi oleh bangsa luar yang turut sama meraikan hari raya di negara ini," tuturnya.

100,000 belia bakal muflis - Aidilfitri tidak membawa makna apabila nama disenarai hitam..!!! Adakah ini kejayaan UMNO@BN membela anak bangsa...??? Atau jerangkap samar yang disediakan oleh pemerintah sendiri...???


Sohaimi menunjukkan statistik Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit mengenai belia yang menghadapi masalah kewangan.





KUALA LUMPUR – Kemeriahan menyambut Hari Raya Aidilfitri tahun ini mungkin tidak dirasai hampir 100,000 usahawan belia yang gagal meneruskan perniagaan gara-gara disenaraihitamkan oleh pihak bank.
Keuntungan yang sepatutnya dikongsi bersama sanak saudara pada hari raya hasil kontrak yang diperoleh terpaksa diagih dengan pihak lain dengan cara mengalibabakan projek kerajaan yang diterima. Mereka berbuat demikian kerana gagal mendapat pinjaman.
Bukan mereka sengaja mengalibabakan projek yang diterima tetapi mereka tiada pilihan lain untuk melaksanakannya walaupun untungnya tidak seberapa.
Gejala itu tidak sepatutnya berlaku namun itulah masalah besar yang tidak diketahui umum menyebabkan banyak usahawan muda terkandas di tengah jalan.
Peluang telah diberi oleh kerajaan cuma pihak bank tidak ada sedikit pun belas untuk meringankan beban yang ditanggung. Usaha untuk memulihkan nama mereka yang disenaraihitamkan gagal kerana mereka tidak diberi peluang kedua.

What the opposition did right ten years ago

Image

Barisan Alternatif had a Joint Election Manifesto (Manifesto Bersama BA), which was about what BA wanted and not about what keADILan, DAP, PAS or PRM wanted. What keADILan, DAP, PAS and PRM want does not matter. It is what BA wants that counts.
NO HOLDS BARRED
Raja Petra Kamarudin

In 1999, almost as soon as Parti Keadilan Nasional (keADILan) was launched on 4th April, the opposition got itself organised. Together with DAP, PAS and PRM, the opposition coalition called Barisan Alternatif (Alternative Front) was created to house the four parties.
But it was a loose coalition, unfortunately, and although many were of the opinion that Barisan Alternatif (BA) should be legally registered with its own logo and flag, this was not done. The reason given was that you need at least seven parties to register a coalition so the only four in BA would not meet the requirements.
Nevertheless, in spite of the loose coalition having no real legal status or its own flag and logo, the opposition did not do too badly in the November 1999 general election. It not only retained Kelantan with a very comfortable majority but it won Terengganu as well. And in Kedah the opposition won 8 out of the 15 parliament seats. It did not win enough state seats to be able to form the new Kedah state government but exactly one year later it managed to deny Barisan Nasional its two-thirds majority in the state assembly when keADILan won the Lunas by-election.
There were many creative things which BA did in the seven months leading to the November 1999 general election, plus the year or so after that. It formed a presidential council where the top leaders of the four parties met once a month to come out with its policies, strategies and programmes. It had a media coordination unit that issued press releases and statements on behalf of all four parties but under the name of BA.
In fact, in the run-up to the general election between Nomination Day and Polling Day, the BA media coordination unit held a daily press conference every noon so that the media could be updated with the latest developments. And the late Rustam Sani from PRM was in charge of this unit and was the official spokesman for BA. The individual parties -- keADILan, DAP, PAS and PRM -- were not encouraged to hold their separate press conferences or issue separate media statements as they did not want any conflicting statements to the BA official stand.
The opposition coalition had a shadow cabinet with a full committee in each ‘ministry’ that was headed by a ‘minister’. And they would monitor the performance of the Barisan Nasional-headed ministries. For example, a few days before the government tabled its budget in parliament every year around November, BA would hold its own budget presentation in parliament and the press would be invited and encouraged to ask questions.
The opposition, of course, already knew what the government budget was (in spite of the OSA) so all they needed to do was to counter-propose a better budget. On more than one occasion the government was forced to go back to the drawing board to revise its budget so that the opposition budget would not outshine the government budget. At least the opposition was able to force the government to give the voters and taxpayers a better deal even though the government and not the opposition got the credit for this.
There was a research and development unit that did all the research and helped prepare data and statistics for the opposition parliamentarians. There were many an occasion when the opposition ‘minister’ knew more about the goings-on and developments in the government ministries compared to the minister himself. The minister would be left red-faced and would beg the parliament Speaker for time to reply to the question in writing because he or she did not know the answer to the question the opposition had raised.
The BA Members of Parliament outshone the BN Members of Parliament, even those with Cabinet positions, by far. The many units, committees, think tanks, etc., set up to assist the opposition parties and its leaders were so efficient and professional that the government MPs ended up looking rather stupid by comparison.
Back in 1999, the opposition comprised of politicians, activists, academicians and intellectuals. It was a formidable team. There were professors, lecturers, journalists, writers, and whatnot in the team. Barisan Alternatif got some of the best brains in the business. And these people were very creative and progressive and were prepared to try many new things, most which worked with extremely positive results. This team really gave new meaning to the term politik baru (new politics).
Barisan Alternatif had a Joint Election Manifesto (Manifesto Bersama BA), which was about what BA wanted and not about what keADILan, DAP, PAS or PRM wanted. What keADILan, DAP, PAS and PRM want does not matter. It is what BA wants that counts. And the BA Joint Election Manifesto was very clear and the voters loved it. It was a fantastic balance that went down well with the voters.
Then PAS decided to do what was good for its own party and not what was good for the coalition. It proposed Islamic laws in Terengganu. And then DAP decided to do what was good for its own party and not what was good for the coalition. It left the coalition in protest and in opposition to PAS’s Islamic laws proposal. Then, much later though, keADILan and PRM decided to merge into one party.
Then, in the following general election in 2004, the opposition parties decided to not work as an opposition coalition but instead each party would go solo. In some constituencies there were three- or four-corner contests. The opposition not only lost badly in these three- or four-corner seats but in some instances the candidates lost their deposits as well.
The opposition got slaughtered. It was like Custer’s last stand. DAP, PAS, keADILan and PRM thought they did not need each other. They thought they could take on the 14-member coalition called Barisan Nasional, plus each other in the same process, and still form the next government. They could not even retain their deposits let alone win the election.
It was so embarrassing.
The opposition had become arrogant. It got too big for its shoes. It thought even God Himself could not stop the opposition from forming the next government. And they did not need a coalition to do that. One opposition party can take on the 14-member Barisan Nasional, plus the other opposition parties as well, and will win all the seats. Single-handedly, one opposition party can win all the states and enough parliament seats to form the federal government.
I suppose they thought the same thing about the Titanic when they said even God Himself could not sink this ship. But it was sunk -- just like how the opposition parties were sunk back in 2004. It was taught a lesson it will never forget in a long time.
Of course, in 2008, the opposition parties came back together as Pakatan Rakyat. And it did better than in 1999 because of that. But this is still not enough. Pakatan Rakyat needs to reflect on what BA did back in 1999 and repeat that success. In fact, today, it can now do better than what it did in 1999 because, today, more people believe in the opposition than they did in 1999.
The opposition is, again, starting to become arrogant. Let us hope they do not start to get swollen headed like they did back in 2000-2001. If they do then the next election, whenever that may be, would be a repeat of the 2004 disaster.
There are many smart people out there who are prepared to contribute their time and brains to the opposition cause. Some would even spend their own money doing so and do not expect any compensation.  But the opposition should stop thinking that it is already very smart and that it does not need any outside help. Everyone needs help, in particular the opposition. You just need to know who to ask. And if you are too big-headed and too proud and think that you need no one because you are clever enough to do everything on your own, then expect to be taught a lesson come the next election.
And it will be a lesson you truly deserve.

Isu Selcat: 2 wakil BN mahu keluar tanda protes


GAMBAR FAIL... ANGGOTA Selcat (dari kiri) Teng Chang Khim, Saari Sungip, Azmin Ali dan Ismail Sani (paling kanan) selepas sesi mendapatkan penjelasan daripada Presiden Kelab Darul Ehsan Berhad, Datuk Abd. Karim Munisar (dua dari kanan) di Shah Alam pada 23 Mac lalu. Selcat mempunyai tujuh anggota termasuk Teng.
PETALING JAYA: Dua wakil Barisan Nasional (BN) yang menganggotai Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat), yang ditubuhkan tahun lalu oleh kerajaan negeri Pakatan Rakyat, sedang mengkaji untuk keluar daripada badan itu sebagai tanda protes.
Salah seorang anggota tersebut, Ismail Sani memberitahu mStar Online hari ini bahawa beliau sedang mempertimbangkan kemungkinan tersebut.
Ismail yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dusun Tua memberitahu, rakannya, Sulaiman Abdul Razak iaitu wakil rakyat BN kawasan Permatang juga mempunyai pendirian yang sama.
"Saya akan membincangkan dengan lanjut bersama Datuk Seri Dr. Mohammad Khir Toyo selaku Ketua Pembangkang sebelum mengumumkan pendirian muktamad," kata beliau.
"Saya mempertimbangkan perkara ini selepas mendapati tiada apa-apa keperluan untuk menganggotai Selcat," kata beliau lagi.
"YB Sulaiman juga mempunyai pandangan yang sama dalam isu ini," kata beliau dan menambah, keputusan akhir dijangka dicapai bulan depan.
Setakat ini, Ismail memberitahu, beliau hanya menghadiri satu pertemuan Selcat iaitu pada Mac lalu.
"Selepas itu saya tidak hadir," kata beliau tanpa mahu mengulas lanjut.
Sulaiman tidak dapat dihubungi hari ini.
Jawatankuasa itu akan bertemu semula selama lima hari mulai 21 Oktober ini.
Selcat ditubuhkan oleh DUN Selangor selepas pilihan raya umum Mac 2008 untuk memantau selia dan memeriksa keupayaan, kebertanggungjawab dan ketelusan dalam segala urusan pentadbiran kerajaan negeri.
Selain kedua-dua ADUN itu, anggota Selcat terdiri daripada Haniza Mohd. Talha (PKR-Taman Medan), Azmin Ali (PKR-Bukit Antarabangsa), Shaari Sungib (PAS-Hulu Klang) dan Edward Lee Poh Lin (DAP-Bukit Gasing).
Perjalanan Selcat kini dikritik dengan pegawai-pegawai daerah yang dipanggil memberi keterangan mendakwa mereka dilayan seperti penjenayah dan perlu menjawab soalan mengikut kehendak jawatankuasa itu.
Kelmarin, Pegawai Daerah Klang, Bakhtiar Hussin) menyifatkan Selcat tidak mencerminkan proses siasatan sebenar kerana lebih menjurus kepada serangan peribadi selain menjejaskan imej serta kredibiliti diri beliau sebagai penjawat awam.
Beliau adalah antara sembilan Pegawai Daerah di Selangor yang dipanggil memberi keterangan pada 9 September lalu.
Bakhtiar mendakwa siasatan yang diketuai oleh Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Teng Chang Khim itu dilakukan dalam suasana tegang dan tidak berhemah.
Semalam Exco Kerajaan Negeri, Datuk Hasan Ali melahirkan pandangan yang serupa sambil menjelaskan beliau bersimpati dengan pegawai-pegawai kanan berkenaan.
Malah, beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Selangor mengesyorkan agar keanggotaan Selcat tidak hanya dihadkan kepada ahli-ahli politik semata-mata, sebaliknya dilantik kalangan bekas hakim dan bekas pegawai kanan kerajaan.
Kini ketujuh-tujuh wakil itu adalah ADUN di negeri Selangor.
Bagaimanapun Teng dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dalam reaksi segera mereka semalam mempertahankan penubuhan Selcat.
Kelmarin Khir pula berkata, cara Selcat menyoal pegawai awam negeri berhubung peruntukan ADUN sebelum ini akan menimbulkan krisis dalam pentadbiran negeri.
Bekas Menteri Besar berkata, krisis melibatkan moral serta persepsi kakitangan awam itu akan tercetus kerana Selcat dianggotai oleh mereka yang kurang arif mengenai prosedur pentadbiran kerajaan negeri.
Katanya, kekurangan itu menyebabkan Selcat yang dipengerusikan oleh Teng, selaku Pengerusi Selcat, hanya bertumpu mencari setiap kesalahan pegawai kerajaan negeri mengenai perbelanjaan peruntukan tahunan ADUN.

Mesyuarat pengurusan Umno tidak bincang tentang Isa Samad



Mesyuarat pengurusan Umno dan badan perhubungan Umno Negeri Sembilan baru-baru ini tidak berbincang mengenai Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad yang dikatakan sebagai calon untuk bertanding bagi pilihan raya kecil Bagan Pinang.

Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata calon BN akan diketahui selepas mendapat kelulusan pucuk pimpinan dan hanya akan diumumkan di majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri di Bagan Pinang pada 29 September ini.

"Kita akan mengambil kira pandangan semua pihak. Yang penting kita mahu calon yang berwibawa, dihormati dan diterima pengundi serta mampu menjalankan tugas," katanya yang tidak mahu mengulas mengenai senarai nama calon yang dipertimbangkan, lapor Bernama.

Sebelum ini, Umno bahagian Teluk Kemang sebulat suara mencadangkan Isa yang juga ketua Umno bahagian tersebut sebagai calon BN bagi pilihan raya kecil tersebut.

Bagaimanapun, beberapa tokoh termasuk mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak bersetuju Isa dicalonkan kerana beliau pernah disabitkandengan kesalahan rasuah politik.

Dr Mahathir berkata, imej Umno akan terjejas kerana dianggap tidak serius dalam memerangi politik wang sekiranya masih meletakkan mereka yang sudah didapati bersalah dalam rasuah politik sebagai calon.

Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah juga turut menasihatkan Umno supaya mengambil iktibar daripada keputusan pilihanraya kecil Permatang Pasir, dalam memilih calon yang sesuai bagi mempertahankan kerusi DUN Bagan Pinang.

Dalam pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir, isu pembatalan lesen guaman calon BN, Rohaizat Othman, berhubung kes pecah amanah membabitkan wang anak guamnya, telah dijadikan modal oleh PAS.

Dalam pilihanraya kecil pada 25 Ogos lalu itu, calon PAS, Mohd Salleh Man mendapat 9,618 undi untuk menewaskan Rohaizat dengan majoriti 4,551 undi. Rohaizat mendapat 5,067 undi.

Mengulas lanjut Muhyiddn berkata mesyuarat tersebut hanya mesyuarat biasa mengenai persediaan yang dibuat dan strategi serta pendekatan yang bakal digunakan dalam kempen pilihan raya itu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 3 Oktober ini sebagai hari penamaan calon manakala pengundian pada 11 Oktober.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian wakil rakyatnya daripada BN Azman Mohamad Noor akibat jangkitan kuman dalam darah pada 4 September lalu.

Sebelum itu, Muhyiddin menghadiri Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri di
Seri Perdana.

Turut hadir pada hari terbuka itu ialah Menteri Pengangkutan yang juga
Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat dan bekas timbalan presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.

Pemuda PAS pantau kempen menteri dalam kem tentera

SEREMBAN, 21 Sept: Pemuda PAS bersedia membuat bantahan terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), sekiranya mendapati ada pihak khususnya pemimpin BN berkempen dalam kem tentera sempena pilihan raya kecil Bagan Pinang Oktober nanti.

Pengerusi Jawatankuasa berkaitan Undi Pos Dewan Pemuda PAS Pusat, Suhaizan Kayat berkata, jika kempen dalam kem tidak di benarkan, bermakna semua pihak termasuk BN juga tidak boleh berbuat demikian.
"Pemuda PAS telah menubuhkan pasukan pemantau yang akan dibantu anggota tentera sendiri di kesemua 11 kem dan akan memantau pergerakan menteri yang datang berkempen di sana," ujarnya ketika dihubungi Harakahdaily.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad bahawa parti politik tidak dibenar berkempen dalam kem tentera. Selain itu, anggota tentera juga tidak diberi kebenaran untuk berparti politik melainkan selepas bersara.
Sebelum ini, pemuda PAS mendesak SPR supaya mereka juga dibenarkan berkempen dalam kem tentera memandangkan BN sering melakukannya dengan menggunakan platfom Kementerian Pertahanan tanpa sebarang halangan dari SPR.
"Mendengar kempen pilihan raya bukannya berpolitik, kita bukan minta tentera pegang jawatan dalam parti.
"Adakah salah untuk anggota tentera nak kenal orang yang mereka nak undi?, saya rasa sudah tentu tidak salah, tapi kenapa kerajaan nak halang anggota yang nak mengundi, kenal calon yang bertanding? " soalnya lagi.
Menurutnya lagi, anggota tentera juga perlu mendapat maklumat yang jelas berhubung calon yang mereka perlu pilih.
Apatah lagi, mereka bertanggungjawab menjaga keselamatan negara dan semestinya memerlukan penilaian tepat sebelum memilih pemimpin mereka.
Selain itu beliau turut mencadangkan kepada pihak SPR agar memperuntukkan jadual khas dan tempat lain selain dalam kem kepada anggota tentera untuk bertemu dan mengenali calon yang bertanding.
Ianya dilihat lebih adil berbanding menutup langsung ruang kempen kepada anggota seperti sedia ada khususnya kepada parti bertanding selain BN.

" Mereka tentunya sensitif berkenaan memilih pemimpin. Takkan mereka nak pilih calon yang rasuah jadi pemimpin mereka," katanya.

Kepimpinan Umno lemah, terpaksa minta tolong Dr M



KUALA LUMPUR, 21 Sept: Kepimpinan Umno dan Barisan Nasional (BN) kini terbukti paling lemah dalam sejarah apabila terpaksa mendapatkan khidmat Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum berani membuat keputusan, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

"Memang pemimpin tertinggi Umno hari ini paling lemah dalam sejarah. Contohnya dalam isu calon (pilihan raya kecil bagi kerusi Dewan Undangan Negeri) Bagan Pinang, (Perdana Menteri yang juga Presiden Umno, Datuk Seri) Najib (Tun Razak) dan (timbalannya, Tan Sri) Muhyiddin (Yassin) tak berani langsung hendak menyatakan mereka tak mahu (Ketua Umno Bahagian Telok Kemang, Tan Sri Mohd) Isa (Abdul Samad).
"Pemimpin-pemimpin Umno yang paling lemah dalam sejarah itu terpaksa memperalatkan keberanian Dr Mahathir," kata beliau.
Bekas Perdana Menteri sebelum ini mengingatkan Umno dan BN supaya jangan meletakkan Mohd Isa sebagai calon di Bagan Pinang kerana bekas Naib Presiden Umno itu pernah disabitkan dengan kesalahan politik wang.
Mohd Isa digantung keahliannya di dalam Umno selama tiga tahun pada 2005 lalu kerana kesalahan tersebut.
Walau bagaimanapun, Mahfuz mengucapkan tahniah kepada para pemimpin Umno kerana selepas ini mereka mempunyai alasan untuk menolak Mohd Isa sebagai calon di Bagan Pinang.
"Tahniahlah sebab pemimpin Umno sudah dibantu oleh bekas presiden parti mereka untuk menghadapi Isa.
"Ketika mereka kelihatan begitu takut untuk menyatakan pandangan mereka mengenai Isa, tiba-tiba Dr Mahathir memberikan mereka alasan untuk menolak Isa.
"Selepas ini bolehlah Presiden dan ahli-ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno tidur lena. Ada Dr Mahathir tolong buat kerja untuk mereka," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.
Beliau bagaimanapun menjangkan Mohd Isa tidak akan berdiam diri jika beliau merasa dimangsakan.
"Bagi Isa, jika (Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd) Ali Rustam yang juga dihukum kerana kesalahan politik wang boleh mengekalkan kedudukannya sebagai Ketua Menteri malah dilantik pula sebagai Ahli MT, mengapa pula beliau tidak boleh menjadi calon di Bagan Pinang.
"Sedangkan, kedudukan sebagai Ketua Menteri dan Ahli MT jauh lebih tinggi berbanding kedudukan sebagai calon BN di Bagan Pinang," kata beliau.
Mohd Isa juga, kata Mahfuz, tentu melihat pilihan raya kecil Bagan Pinang boleh menjadi "pusat pemulihan" kepada kerjaya politiknya jika beliau dipilih sebagai calon BN dalam pilihan raya itu.
"Apabila kerjaya politiknya telah dipulihkan, Isa yang sebelum digantung merupakan Naib Presiden Umno paling kanan tentu mahu mendapatkan kedudukan sebagai Timbalan Presiden Umno yang sepatutnya boleh beliau menangi jika bertanding kalau tidak digantung keahliannya sebelum ini," kata beliau.
Jika pilihan raya kecil Bagan Pinang dapat dijadikan pusat pemulihan kepada kerjaya politik Mohd Isa, kata Mahfuz lagi, beliau mungkin akan menggerakkan tindakan mencabar kedudukan Muhyiddin sebagai Timbalan Presiden Umno.
"Barangkali untuk menjauhkan pertembungan seperti itulah yang menyebabkan Timbalan Perdana Menteri tidak berani bercakap terus-terang untuk menolak Isa dan sifat vokal Dr Mahathir mesti mereka peralatkan," katanya.
Ketika menolak Mohd Isa sebagai calon BN di Bagan Pinang, Dr Mahathir berkata, imej Umno akan terjejas jika bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu dicalonkan kerana dianggap tidak serius dalam memerangi politik wang sekiranya masih meletakkan mereka yang sudah didapati bersalah dalam rasuah politik sebagai calon.
"Isa sudah didapati bersalah, kalau Umno letak dia juga bermakna bahawa Umno tak ambil berat tentang kes-kes macam ini," kata beliau.
Bekas Bendahari Umno, Tengku Razaleigh Hamzah pula menasihatkan Umno supaya mengambil iktibar daripada keputusan pilihanraya kecil Permatang Pasir, dalam memilih calon yang sesuai bagi mempertahankan kerusi DUN Bagan Pinang.
Ahli Parlimen Gua Musang itu berkata, pembangkang telah memenangi tujuh pilihanraya kecil di Semenanjung Malaysia selepas pilihanraya umum tahun lalu.
"Umno bertanding dalam enam pilihanraya kecil dan kalah semuanya. Kini tidak siapa yang boleh meragui bahawa rasa tidak puashati rakyat terhadap BN yang mengakibatkannya ia kehilangan lima negeri dan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat, masih belum pulih," tulis Tengku Razaleigh dalam blognya.
Menurutnya, punca rasa tidak puashati rakyat terhadap BN itu adalah persepsi bahawa mereka yang memegang kuasa adalah angkuh dan korup.
Pemilihan calon yang dibatalkan lesen guamannya sebagai calon BN di Permatang Pasir serta mengenepikan bantahan terhadap pemilihannya, telah mengesahkan persepsi tersebut, katanya lagi.
Bagan Pinang mempunyai 13,664 orang pengundi dan 4,604 dari jumlah tersebut adalah pengundi pos.

Selcat Tetap Diteruskan Secara Terbuka - Speaker

   
Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor Teng Chang Kim menolak gesaan supaya Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) diadakan secara tertutup.

Bertaut pada prinsip pemisahan kuasa yang jitu, Teng yang juga Pengerusi Selcat berkata jawatankuasa terbuka dan telus seakan Selcat telah menjadi amalan negara-negara demokrasi berparlimen.

"Setakat ini dari maklum balas orang-ramai, mereka amat berpuas hati kerana dengan adanya Selcat mereka nampak ketelusan dalam pentadbiran kita. Ketelusan bukan sahaja bererti kita membenarkan orang ramai melihat prosiding sepenuhnya, tetapi yang penting ialah melihat kebenaran disebalik isu-isu yang ditangani. Walaupun Selcat ini adalah baru di negara ini, tetapi ia menjadi amalan di negara-negara Komanwel lain," kata Teng.

Selcat Selangor meraih pengiktirafan masyarakat sebagai mercu ketelusan dan ketrerbukaan selepas ia membongkar penyelewengan RM9.9 juta wang rakyat oleh isteri-isteri Adun BN melalui Badan Kebajikan Isteri-Isteri Wakil Rakyat Selangor (Balkis).

Prosiding Selcat yang terkini sedang menyiasat misteri adun-adun BN menghabiskan kesemua peruntukan negeri mencecah RM500,000 dalam masa dua bulan sahaja, sebelum Pilihanraya Umum ke-12 8 Mac 2008.

Namun, para Pegawai Daerah yang dipanggil membantu siasatan merungut bahawa mereka disiasat tanpa belas oleh Selcat.

"Mungkin ada sesetengah pihak yang tidak dapat ikut rentak. Mereka boleh maklumkan ke pihak jawatankuasa supaya kita boleh tengok dimana kita boleh memperbaiki dan menaiktaraf Selcat. Dalam pada itu, mereka juga perlu mengikut rentak ketelusan dan keterbukaan dan tidak bertaut pada amalan lama," kata Teng.

Menyahut aduan pegawai-pegawai daerah ini, Exco Selangor Datuk Dr Hassan Ali mengesyorkan bahawa prosiding ditutup dari tatapan awam dan keanggotaan Selcat dirombak dan diisi oleh bekas-bekas hakim.

"Selcat adalah jawatankuasa pilihan khas yang dilantik oleh dewan melalui peraturan tetap. Mengikut amalan Parlimen Komanwel, tidak ada keanggotaan jawatankuasa diisi oleh orang luar, melainkan di kalangan ahlinya sendiri," kata Teng.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim juga akur kepada prinsip pemisahan kuasa dan berkata pihaknya tidak akan mencampuri urusan Selcat.

Teng juga berkata pihaknya tidak mahu dan tidak akan campuri urusan Eksekutif berhubung tindakan Pegawai Daerah Klang, Datuk Bakhtiar Husin yang melanggar Perintah Am dengan mengkritik Teng.

Bakhtiar dilaporkan Sinar Harian sebagai berkata dia telah dimalukan oleh siasatan Selcat.

"Pegawai Daerah bukan dibawah kawalan saya. Mereka tertakluk dibawah bidang kuasa Eksekutif, demikian itu saya tidak mahu mencampuri soal Perintah Am ini," kata Teng.

Sementara itu, Dr Hassan Ali menafikan desas-desus bahawa beliau mempunyai agenda tertentu dengan menyerang Selcat dan Teng.

Dr Hassan berkata Pakatan Rakyat menyokong penuh kewujudan jawatankuasa siasatan ini.

Mengulas mengenai syor supaya Selcat ditutup dari tatapan awam, Dr Hassan berkata beliau cuma bimbangkan rungutan para pegawai daerah dan syor dibuat adalah untuk dibincang dan direnungkan bersama.

ANOTHER COCKTALK AND ONE PREOCCUPIED MONKEY



Analysts and commentaries asking for the closure of Kem Kamunting since there are now less than 10 national security-risks interns occupying the sprawling ranch have somewhat angered the Home Minister. It was reported that he would not have any qualms filling Kamunting to the brim with anyone who is a threat to national security, definition of which would be his prerogative and his alone. Given such powers unto himself you can bet that he will outdo his sand-harvester (for Singapore?) predecessor who put a lady reporter in to protect her.



Collectively all these contribute to national security:



- Unexplained deaths in custodial detention.
- Desecration of religious practices
- Publishing hate
- Plundering of Native Rights Land
- Exorbitant charges for tooth extraction
- Collusion by Government Agencies to hoodwink the rakyat: MACC, MCMC, ROS, PDRM, EC, AG Department…..and the list can go on.
- The masterminds behind PKFZ.
- The revelations of the leaked Cabinet papers.
- The judge who condemned two cops to the gallows for killing a Mongolian lass that the Government thru its Immigration Department says did not enter the country.


Just a few of many more.....for another time he opens his mouth.....

BUT his boss-cousin says otherwise:


PUTRAJAYA, April 7 2009 (Bernama) -- Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak said today his administration would not use the Internal Security Act (ISA) arbitrarily but would give importance to the principles of human rights and civil liberties.
He said the ISA was undergoing a review to ensure that it incorporated several provisions which upheld these principles.
"Several provisions (of the ISA) will reflect our (the government's) intention to uphold civil liberties and establish a check and balance so that the ISA is not used arbitrarily or according to the whims of the authorities without regard for the fundamental rights and civil liberties of the people of Malaysia," he told a group of journalists from Indonesia at his office, here.
Najib said his decision to release 13 ISA detainees recently was a government gesture which gave importance to the fundamental rights and civil liberties in a modern, mature and civilised society.

And here swings in a monkey seeking recognition (as reported in Malaysikini)


On the other hand, Parti Rakyat Sarawak (PRS) secretary-general Wilfred Nissom is in a definite minority of one in backing the ISA.

Other Sarawakians including journalists, politicians and senior civil servants beg to differ with Nissom. However, Nissom concedes at the same time that the Act in its present form may have outlived its usefulness and needs to be brought more up-to-date.

Irresponsible people who are out to cause chaos should be removed to Kamunting where they can't harm the peace of other people, according to Nissom.

These irresponsible people, in his view, instigate and create ill-will between communities and eventually cause disorder in the country.

“I haven't seen BN or heard them going around preaching hate towards any community,” said Nissom without batting an eyelid. “We know which group seems hell-bent on creating chaos in the country.”


Of course, you haven't being so preoccupied with poking!
I dont wish this on you because I want the total abolition of the ISA, but if you support the ISA just remember anything is possible in BN.....



Brunei-based senior Sarawak journalist Mikhail Muthu thinks that the ISA proves that “politics is the last resort of the scoundrels”.

N31 Bagan Pinang : Masalah yang tak selesai di Bagan Pinang

Isu-isu yang memeningkan kepala Umno BN yang sepatutnya didokumentasikan sebaiknya oleh jentera PRK N31 Bagan Pinang.

Biar pegundi Bagan Pinang tau dalam keadaan Umno BN menguasai Persekutuan dan negeri depa sebenarnya boleh selesaikan semua isu-isu tu dengan mudah, tapi memang dasar Umno yang "lebih mementingkan perut dan yang di bawah perut" isu-isu tu depa KIV kan saja. Peduli apa depa kalau rakyat susah pun.

Tapi bila tiba-tiba jadi PRK di bagan Pinang baru laa depa penin kepala nak selesai macamana, nak sorok macamana.
  1. 13 peniaga di Port Dickson dikatakan kecewa diarahkan keluar kerana gerai perniagaan mereka akan dirobohkan oleh MPPD untuk dinaik taraf dengan pelbagai kemudahan baru bagi keselesaan pelancongan.

  2. 16 buah pantai di Port Dickson yang menganjur dari km 3 hingga km 21, terutama Pantai Teluk Kemang, Pantai Saujana dan Pantai Blue Lagoon dikatakan terhad untuk orang awam. Dilaporkan bahawa ketiadaan laluan dan papan tanda ke pantai berkenaan disebabkan kawasan pantai tersebut dipagari oleh banglo-banglo persendirian dan swasta serta rangkaian hotel yang seolah-olah menjadi hak milik persendirian walaupun pantai telah diiktiraf sebagai harta awam di bawah undang-undang.

  3. Pantai Port Dickson dikatakan kotor yang menyebabkan para pelancong dan orang tempatan geli geleman hendak ke pantai. Dikhabarkan juga banyak saluran paip kumbahan tidak terawat disalurkan terus ke pantai.

  4. Kerajaan dikatakan tidak menghargai jasa tentera kerana penyerahan tugas Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Abd Aziz Zainal kepada Panglima Angkatan Tentera yang baru tidak dilakukan mengikut kebiasaan tradisi ATM. Tiada acara perpisahan rasmi untuk bekas Panglima Angkatan Tentera tersebut.

  5. Dilaporkan pihak tentera harus perkudakan UMNO dan PAS untuk kepentingan ATM demi pertahanan negara dan nasib para perajurit.

  6. Lebuhraya Seremban-Port Dickson dikatakan tidak berdaya maju serta R&R di laluan berkenaan dikatakan terbiar dan secara tidak langsung telah memberikan imej buruk kepada Port Dickson.

  7. Isu perumahan terbengkalai di Bagan Pinang yang melibatkan:-

    Taman Crystal Bersatu, Port Dickson
    Pemaju : Maju Properties Sdn. Bhd.

    Taman Anggerik, Pekan Si Rusa , Port Dickson
    Pemaju : Smart Project Sdn. Bhd.

    Green View Resort Homes, Port Dickson
    Pemaju : Eurodec Development Const. Sdn. Bhd.

  8. Projek menaik taraf jalan Port Dickson ke Pasir Panjang dikatakan telah lama terbiar dan terbengkalai.

  9. Turut dilaporkan ada keluarga yang melarat di Bagan Pinang dengan pendapatan hanya RM20 sehari.

  10. Elaun RM500 untuk guru Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) Negeri Sembilan dikatakan terlalu sedikit.

  11. Dilaporkan penduduk Negeri Sembilan sering terputus bekalan air terutama semasa musim perayaan disebabkan kelemahan pengurusan pihak Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS).

Pegawai Daerah Pro UMNO Takut Dengan SELCAT


Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat) tidak perlu takut dengan rungutan pelbagai pihak yang gelisah tidak tentu pasal, kata seorang pemimpin Pakatan Rakyat di sini hari ini.

"Hanya mereka yang bersalah dan telah terdedah kesalahan mereka akan merasakan kononnya maruah mereka diaibkan. Apa yang berlaku kini ialah Selcat telah berjaya membongkar banyak perbuatan salahlaku kerajaan UMNO BN di bawah pimpinan Mohd Khir Toyo dan yang paling menjijikkan ialah kedapatan pegawai-pegawai kerajaan yang menjadi seperti patung-patung dan pak turut kepada Khir Toyo," katanya.

"Yang paling ketara ialah isu BALKIS yang akhirnya apabila ianya di bawa mahkamah, mahkamah menggantung keputusan Pendaftar Pertubuhan yang membubarkan BALKIS," tambahnya.

Kelmarin, Pegawai Daerah Klang, Bakhtiar Hussin) menyifatkan kononnua Selcat tidak mencerminkan proses siasatan sebenar kerana lebih menjurus kepada serangan peribadi selain menjejaskan imej serta kredibiliti diri beliau sebagai penjawat awam.

Beliau adalah antara sembilan Pegawai Daerah di Selangor yang dipanggil memberi keterangan pada 9 September lalu.

Bakhtiar mendakwa siasatan yang diketuai oleh Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Teng Chang Khim itu dilakukan dalam suasana tegang dan tidak berhemah.

Persoalan kini, maruah apa yang pegawai-pegawai kerajaan miliki jika selama ini mereka hanya menjadi orang suruhan kepada pemimpin-pemimpin UMNO negeri dan apabila ianya dibongkarkan, mereka tiba-tiba melenting dan menuduh ianya sebagai serangan peribadi?

Ada diantara mereka jelas menjalankan kerja-kerja tidak beretika dan tidak mengikut peraturan malah dibawa ke muka pengadilan apabila mereka terang-terang meluluskan peruntukan setelah Dewan Undangan Negeri telah dibubarkan, malah melakukan pembayaran serta-merta tanpa mengikut prosedur yang sepatutnya sehingga jutaan ringgit peruntukan kerajaan negeri Selangor telah habis jutaan ringgit di dalam sekelip mata.

Semalam Exco Kerajaan Negeri, Datuk Hasan Ali telah cuba melakukan pembelaan dan dengan menjelaskan beliau bersimpati dengan pegawai-pegawai kanan berkenaan.

Malah beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Selangor mengesyorkan agar keanggotaan Selcat tidak hanya dihadkan kepada ahli-ahli politik semata-mata, sebaliknya dilantik kalangan bekas hakim dan bekas pegawai kanan kerajaan.

Namun kenyataan beliau telah dikecam hebat oleh pelbagai pihak dan ada yang menyatakan simpati Hassan Ali kepada pegawai-pegawai kerajaan negeri itu sebagai satu tindakan biadab Hassan Ali yang tidak mencerminkan pendirian kerajaan negeri Selangor dan PAS seluruhnya.

Hassan Ali adalah seorang pemimpin PAS pernah terlibat dengan kontroversi ura-ura penubuhan kerajaan campuran PAS-UMNO dan dikatakan pendokong kuat gagasan Kerajaan Perpaduan tersebut.

Speaker DUN Selangor yang juga Pengerusi Selcat, Teng Cheng Kim dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim telah mempertahankan penubuhan Selcat.

Demokrasi Yang Saya Fahami (9)


Oleh: Labu Labi
Malaysia.
Dikatakan bermula penempatan di Tanah Melayu. Sekitar Sebelum Masehi 8000. Bermula kumpulan Palaeoolithic (Zaman Batu Lama). Mesolithic (Zaman Batu Pertengahan). Neolithic (Zaman Batu Baharu). Orang laut. Orang darat.
Kemudiannya dikenali sebagai Proto-Malays. Kemudiannya Deutro-Malays. Dari zaman batu berubah keZaman Tembaga (Logam). Perkahwinan Proto-Malays dan Deutro-Malays, meneruskan kehidupan.
Kemudian perkahwinan berlaku dengan orang dari Sumatra, dan Jawa. Dikatakan permulaan Melayu di Tanah Melayu.
Kedah terkenal dengan sejarah Langkasuka serta kerajaan Srivijaya. Kemudiannya Majapahit datang menyerang. Dibawah naungan Siam dan akhirnya inggeris, sehingga tergadainya Pulau Pinang dan Seberang Prai. Perlis diserahkan kepada Tok Arau untuk diperentah. Disambung oleh menantu Tok Arau. Syed Harun Jamalullail (Keturunan tersebut terus memerentah hingga kini). Ketika itu Perlis dikenali sebagai Kayang. Kubang Pasu diserahkan kepada Tengku Anum untuk diperentah. Kemudiannya diserah kembali kepada Kedah, setelah Tengku Anum mangkat (kalau tidak Kubang Pasu juga adalah sebuah negeri seperti Perlis).
Perak dikenali dengan Gangga Negara. Dikatakan Raja Suran pernah menyerang Gangga Negara. Perak juga terkenal dengan sejarah kehebatan Megat Terawis. Banyak berlaku peperangan. Yang paling terkenal adalah Peperangan Larut. Peperangan penguasaan ekonomi (bijih timah). Sejarah menetang penjajah, terkenal dengan pembunuhan JWW Birch. Sultan bersama beberapa pembesar, dibuang daerah di Pulau Scychelles, diLautan Hindi. Beberapa pembesar lain termasuk Dato’ Maharaja Lela dihukum gantung.
Pahang terkenal dengan Pahang tua. Juga terkenal dengan nama Inderapura. Juga tak sunyi dari serangan demi serangan. Terkenal dengan pahlawan Dato’ Bahaman, Tok Gajah serta anaknya Mat Kilau. Semuanya merupakan pahlawan dalam sejarah, tetapi digelar pengkhianat dizaman masing masing. Siapa yang melebelkan mereka sebagai pengkhianat ? Pastinya pemimpin ketika itu.
Negeri Sembilan dengan Perang Lukutnya. Melaka terkenal dengan sejarah kegemilangan pelabuhan serta kehebatan ‘lima hang’ (Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir, Hang Likiu). Juga Perang Naning.
Selangor pula tak kurang hebatnya, kerana negeri itu adalah negeri yang termaju di Tanah Melayu. Perang kerana merebut kawasan bijih timah dan kepimpinan negeri berterusan.
Begitulah keadaan Malaysia yang suatu masa dahulu terkenal dengan Tanah Melayu (Malaya). Sebelumnya terkenal dengan beberapa negeri tersendiri dengan sejarah tersendiri. Kemudiannya digabungkan menjadi negeri-negeri bersekutu dan negeri negeri selat. Akhirnya bergabung menjadi Persekutuan Tanah Melayu, kemudiannya Malaysia, hingga kini.
Bermula dari zaman batu hingga Malaysia merdeka. Peperangan silih berganti. Penjajahan juga silih berganti. Dari zaman kesultanan setiap negeri. Penjajahan Belanda. Portugis. Jepun dan akhir sekali Inggeris. Corak pentadbiran, rupaparas dan gaya hidup juga berubaha ubah.
Corak undang undang juga tidak terkecuali. Zaman batu. Undang undang cara zaman tersebut. Zaman kesultanan. Undang undang bagi mepastikan keselamatan persekitaran istana dan orang besar besar. Zaman penjajah. Undang undang sesuai dengan kehendak dan menjaga keselamatan penjajah.
Setelah diistiharkan kemerdekaan buat kali pertama (Persekutuan Tanah Melayu – 31 Ogos 1957) dan kemudiannya untuk kali kedua (Malaysia - 16 September1963). Undang undang digunapakai, adalah Raja berpelembagaan–Demokrasi Berpalimen.
Pertama kali dalam sejarah tanah air rakyat diberi hak untuk mentadbir negara. Sekian lama, rakyat menjadi ‘hamba yang menurut perintah’. Rakyat umum diberi peluang untuk memilih wakil. Dikenali sebagai Pilihan Raya Umum. Rakyat bebas untuk memilih wakil mereka, untuk dilantik sebagai pemimpin negara kemudiannya. Dengan harapan akan memahami citarasa dan aspirasi rakyat. Juga boleh memberikan kemakmuran kepada rakyat. Diharapkan juga dapat menjamin keselamatan rakyat. Keluarlah slogan ‘Kerajaan Rakyat’. Dari Rakyat-oleh Rakyat-untuk Rakyat. Rupa rupanya panas tidak sampai kepetang. Hujan ditengah hari.
Bermula dari pilihanraya pertama April1955 (sebelum merdeka). Diikuti pilihanraya kedua 1959 hingga Mac 2008. Kita telah mengalami perubahan demi perubahan dalam beberapa siri pilihanraya.
Undang undang dan perlembagaan pertama digubal pada Mac 1956, oleh satu Suruhanjaya Bebas. Panel suruhanjaya tersebut. Hakim-hakim dan Negarawan-Negarawan terkenal dari Britain, India, Pakistan dan Australia. Dipengerusikan oleh Lord Ried. Dasar inilah yang digunapakai hingga sekarang. Pun Begitu, pindaan demi pindaan telah dilakukan. Semuanya dilakukan demi untuk menjaga hak rakyat. Namun yang terjadi adalah sebaliknya. Undang undang dan perlembagaan tersebut semakin tajam untuk terus memancung leher rakyat.
Kini nampak ’seakan rakyat akan dibawa kembali kezaman’ dimana, rakyat menjadi hamba kepada pemerentah. Hak rakyat cuba dinafikan dengan pelbagai cara. Rakyat cuba diugut dengan pelbagai ugutan. Rakyat semakin dimomokan oleh pelbagai “hantu”. Hantu yang sering digunakan adalah “hantu 13 mei 1969″. Bagi generasi yang dilahirkan selepas peristiwa tersebut, tidak pernah kenal apa itu 13 mei 1969. Siapa yang memomokannya. Dengan pelbagai iklan. Diserata sudut yang strategik. Mengapa perlu dibangkitkan hantu ini dari kuburan. Tak lain tak bukan, sekadar untuk menguntungkan satu pihak, dan merugikan pihak yang lain pula.
Setelah kita merdeka 52 tahun. Adakah kita akan kembali kezaman penjajah … ??
Bangunlah, wahai sekelian yang ada rasahati…….!!!!
Jangan biarkan diri kita dijadikan hamba kepada akta dan undang undang. Seterusnya menjurus kepada hamba kepada individu yang berkuasa. Berjuanglah untuk kefahaman yang jitu. Seterusnya berjuanglah untuk “penghapusan segala jenis kekangan yang menjerat leher kita”. “Bersihkan undang undang dan akta”. Bersih-bukan bermakna buang. Seterusnya bersihkan tiga cabang (Branches) negara. Kehakiman-Eksekutif-Legislatif. Jangan benarkan sesiapa mencerobohi antara satu sama lain.
Hak rakyat harus dikekalkan. Jangan biarkan keharmonian diruntuhkan oleh sesiapapun. Jangan biarkan individu atau kumpulan tertentu menguasai semua. Bentengkan. Biarkan pengasingan antara tiga cabang, terus kekal. Tegaskan hiraki sebuah kerajaan yang berteraskan perlembagaan sedia ada untuk diteruskan. Jadikan Agong dan raja raja benar benar berfungsi sebagai payung rakyat. Jangan biar mereka ini dikuasai oleh mana mana pihak. Jadikan Parlimen benar benar berfungsi dengan wakil rakyatnya benar benar berfungsi sebagai wakil rakyat. Bukan sebagai wakil individu tertentu (Tak kira parti mana). Jadikan Eksekutif – Pemimpin negara (PM, TPM, Menteri dan Timbalan Menteri) benar benar amanah. Tegas, supaya Eksikutif membentangkan semua yang diamanahkan kepada parlimen dan DUN (bagi negeri). Tiada yang tertinggal dibawah karpet. Dari pembentangan di Parlimenlah, kita dapat pastikan semua kerjabuat wakil rakyat kita, mengikut lunas yang diamanahkan.
Jangan benarkan wujud “diktator” halimunan di bumi Malaysia. “Diktator Halimunan”. Samada secara peribadi atau boneka (orang dalam di persekitaran pemimpin atau negara luar). Sama ada pemimpin lemah atau gagah.
Kemerdekaan memberi peluang kepada rakyat, berhak memiliki apa apa yang menjadi Hak Rakyat. Jangan benarkan hak ini dirampas kembali. Perjuangan untuk mendapatkannya, adalah melalui darah, keringat dan air mata para pejuang. Dalam perjuangan yang panjang dan berliku. Jangan tertipu dengan kenyataan. Kemerdekaan dicapai melalui perundingan. Lihat sejarah ringkas yang dipaparkan diatas. Baca sejarah yang lebeh luas sehingga terbentuknya negara Malaysia. Tapi jangan hanya dilihat pada tahun kemerdekaan sahaja. Lihat sama perjuangan yang dilalui oleh para pejuang yang sejati. Sejak mula negeri negeri tua tertubuh. Disitu akan ditemui erti perjuangan sebenarnya. Disitu nanti akan dihayati juga pahit maung sebuah kemerdekaan.
Diharapkan nanti tiada siapa yang akan menjadi pembelot kepada Hak Rakyat…..!!!

Samy sanggup undur sekarang jika Palanivel sedia pimpin MIC

Presiden MIC sambut baik kesediaan PM mahu bincang pelan peralihan MIC

PRESIDEN MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu dan timbalannya, Datuk G. Palanivel (kiri) diraikan selepas Palanivel mengekalkan jawatannya buat penggal kedua pada pemilihan 12 September lalu. Samy Vellu mempertahankan jawatannya April lalu. Selepas seminggu pemilihan Samy Vellu berkata beliau akan mengadakan perbincangan dengan Palanivel dan pertemuan susulan bersama Perdana Menteri berkenaan dengan pelan peralihan kepimpinan parti.
PETALING JAYA: Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu menyatakan kesediaannya untuk menyerahkan tampuk kepimpinan parti itu pada bila-bila masa sahaja, "termasuk esok" jika timbalannya, Datuk G. Palanivel sanggup menerajui parti itu.
"Saya sudah bersedia untuk pergi (melepaskan) jawatan, saya bersedia untuk pergi... hari Isnin, esok pun boleh jika Palanivel merasakan sudah bersedia untuk mengambil alih kepimpinan parti, saya bersedia untuk menyerahkan kepimpinan kepada beliau.
"Saya tiada masalah. Saya bukan hendak memegang jawatan ini buat selama-lamanya. Tapi ada banyak perkara yang perlu diselesaikan (demi parti dan masyarakat)," kata beliau ketika dihubungi mStar Online hari ini.
Samy Vellu yang mempertahankan jawatannya buat penggal ke-11 April lalu memberitahu beliau akan mengadakan perbincangan dengan Palanivel sebaik sahaja beliau pulang dari India.
"Palanivel ada di India sekarang dan apabila beliau pulang dari India, saya akan menemui beliau untuk membincangkan perkara ini... untuk bertanya sama ada bersedia untuk mengambil alih jawatan Presiden. Dan, jika beliau bersedia saya akan menyerahkan kepada beliau," jelasnya.
Palanivel yang memenangi jawatan Timbalan Presiden MIC untuk penggal kedua pada 12 September lalu kini berada di India.
Bagaimanapun Samy Vellu menegaskan, parti akan berhadapan dengan pelbagai masalah jika beliau melepaskan jawatannya sekarang.
Sambil menyifatkan barisan kepimpinannya masih baru, Samy Vellu menambah: "Mereka memang merupakan muka lama dalam Kongres (MIC) (sebagai ahli), tetapi mereka adalah barisan kepimpinan baru, yang baru sahaja dipilih."
Selain Palanivel turut dipilih ialah tiga Naib Presiden, yang merupakan muka baru iaitu Datuk Dr. S. Subramaniam, Datuk S.K Devamany dan Datuk M. Saravanan.
Palanivel, Subramaniam, Devamany dan Saravanan merupakan calon Pasukan Presiden yang direstui Samy Vellu.
BUKAN SENGAJA
Bekas Menteri Kerja Raya itu menambah, bukan beliau sengaja berpegang pada jawatan Presiden MIC sepanjang 18 bulan lalu selepas parti itu merekodkan prestasi buruk pada pilihan raya umum Mac 2008.
"Sepanjang 18 bulan lalu saya melalui pelbagai kesukaran, menguruskan soal kewangan untuk parti dan sebagainya.
"MIC bukan hanya milik untuk ahli-ahli parti sahaja, tetapi MIC perlu memenuhi keperluan masyarakat India," katanya sambil mengulangi bahawa MIC akan berhadapan dengan ketidakstabilan jika beliau memutuskan untuk berundur sekarang.
"Ada banyak perkara yang perlu diselesaikan, saya sedang menjalankan banyak perkara. Saya hendak memastikan semuanya selesai dan parti berada dalam keadaan baik sebelum diserahkan kepada pengganti saya," katanya lagi.
Samy Vellu diminta mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam bahawa beliau akan mengadakan perjumpaan dengan Presiden MIC itu untuk membincangkan pelan peralihan kuasa pemimpin nombor satu MIC itu, yang telah menerajui parti sejak 1981.
Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) mengesahkan yang Samy Vellu ada berjumpa dengan beliau Jun lalu untuk membincangkan mengenai perancangan peralihan kuasa pucuk pimpinan.
Menurut Perdana Menteri, beliau akan membincangkan langkah sesuai yang patut diambil oleh Presiden MIC itu berhubung perkara berkenaan.
Jelas Najib, ketika itu Samy Vellu memaklumkannya yang beliau masih tidak boleh berundur dan jika beliau berbuat demikian, kestabilan parti akan tergugat.
"Tetapi itu sebelum pemilihan parti. Tetapi kini selepas pemilihan, saya akan sekali lagi berbincang dengan beliau tetapi ini tidak harus dilihat sebagai campur tangan BN dalam ehwal dalaman MIC," kata Najib yang juga Presiden Umno.
MIC mengadakan pemilihan pada 12 September bagi jawatan timbalan presiden, tiga naib presiden dan 23 anggota jawatankuasa kerja pusat.
Sabtu lalu, bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, Samy Vellu adalah liabiliti kepada BN, dalam usaha komponen parti pemerintah untuk memenangi semula sokongan masyarakat India negara ini.
SEDIA JUMPA NAJIB
Mengenai kenyataan Najib itu semalam, Samy Vellu memberitahu, beliau melihat "ia satu kenyataan positif daripada Perdana Menteri."
Justeru kata Samy Vellu, beliau akan berhubung dengan Perdana Menteri minggu depan untuk mendapatkan tarikh temu janji bagi membincangkan isu berkenaan.
"Saya akan mengadakan perbincangan hati ke hati dengan Perdana Menteri berkaitan dengan pelan peralihan, saya perlu menjelaskan kepada beliau rancangan saya supaya ia dapat diterima dengan baik," katanya lagi.