Khamis, 17 September 2009

Parti cap kepala Agong di dalam Umno

Dalam berita bertajuk "Selipar: Mahathir sedih dikecam Umno," Malaysiakini hari ini memetik bekas Perdana Menteri dan bekas Presiden Umno berkata:
"Seperti yang saya katakan, dulu saya kena kecam, kena kata... suruh buang daripada Umno. Tapi orang tak react (beri reaksi)."

"Pasal apa dulu tak react, kali ini react.

"Dulu bila saya kena kecam, tak ada sesiapa pertahankan saya. Taklah secara terbuka. Orang senyap-senyap beranilah tapi orang kenamaan dan orang terkenal tak beranilah pertahan saya".
Saya rasa tak patut Dr Mahathir sedih. Bukan apa, orang kenamaan dan orang terkenal tu sebenarnya spesis biskut - sekejap ada, sekejap tak ada.

Masa Tun kena debik setengah mati dulu, depa tak dak masa tu. Nak buat macam mana. Dah depa tak dak, tentulah mulut, lidah, suara dan hati depa pun tak dak jugak... Datuk Seri Najib Tun Razak tak dak masa tu, Tan Sri Muhyiddin Yassin tak dak, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pun tak dak, semua tak daklah orang kenamaan dan orang terkenal tu!

Bukan sahaja depa tak dak masa Tun kena debik, masa anak Tun, Datuk Mukhriz bertanding sebagai Ahli Parlimen Jerlun pun depa tak dak. Yang banyaknya ialah orang-orang Ansara (Persatuan Lepasan Pelajar MRSM Malaysia). Orang kenamaan Umno Bahagian Jerlun?

Masa tu yang ada hanyalah orang-orang tak berkepentingan seperti A Voice dan The “thirteen million plus Ringgit” guy serta orang-orang yang mengkagumi Tun seperti Ahirudin Attan. Orang macam A Voice tu, walaupun rub shoulders dengan orang kenamaan dan orang terkenal Umno, tapi saya tengok bukan ada apa pun. Setakat ni la, tak tau la kot esok lusa tiba-tiba merayap depan aku dengan Ferrari F430 pulak.

Jenis A Voice tu berada dalam Umno kerana dia tergila-gilakan Umno - naik heran aku ntah apa ke benda yang dia suka sangat dengan Umno tu (sama la macam dia heran apa fasal aku sokong sangat PAS tu - padahal tenuk, babun, semua ada dalam PAS. Aku hanya sokong Fasal 5 Perlembagaan PAS dan fasal-fasal yang seumpamanya seperti Fasal 3 dan Fasal 4. Yang jenis-jenis tenuk dan babun tu, aku meluat lebih daripada hampa lagi!)

Bagi saya, jenis Mamat Umno macam A Voice tu la yang paling bahaya - dia dok sokong jugak Umno ketika orang lain dok debik habuan sana-sini dan dia sendiri dok pakai kereta tua ja...

Jenis macam tu, tak makan sepuluh hari pun dia dok Umno situ la.

Barangkali Tun dah kenal mana Umno dan mana parti cap kepala Agong... Sat, sat, dalam PAS pun dah mula menyelanak dah jenis-jenis parti cap kepala Agong tu.

Selipar: Mahathir sedih dikecam Umno..!!! Kah..kah cuma malukan MIC..akhirnya pemimpin agung Mahafiraun marahkan UMNO@BN....!!! Kita lihat sape yang kena..!!!


Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau tidak sedih atau marah dengan cadangan seorang anggota MIC agar gambar beliau dikalung selipar.

Bekas perdana menteri itu berkata beliau tidak merasakan apa-apa dengan kecaman tersebut kerana "bukan saya jadi apa-apa".

Ini kerana kecaman itu datang daripada anggota parti lain dan iannya tidak merugikannya, katanya kepada Bernama di sini.

Sebaliknya, Dr Mahathir berkata, beliau amat sedih dan marah sekiranya kecaman datang daripada anggota Umno sendiri seperti yang pernah berlaku.

"Ini bukan kali pertama saya dikecam. Dulu orang dah lupa macam mana pemimpin Umno kecam saya.

"Nazri (menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz) dan menteri besar Kedah dahulu nak buang saya daripada Umno.

"Tapi masa itu tak ada siapa bagi reaksi apa pun. Tak ada orang berani cakap apa," katanya.

Cadangan kalungan selipar itu dibuat oleh Timbalan Ketua MIC bahagian Paya Besar, Pahang, M Sukumaran pada perhimpunan agung MIC Ahad lepas di ibu negara kerana mendakwa Dr Mahathir mencampuri urusan parti itu melalui kenyataan-kenyataan yang dibuatnya.

Ekoran itu, Sukumaran dikecam hebat dan dianggap sebagai biadab. Beliau kemudian memohon maaf dengan memberi alasan beliau telah terlepas cakap.

Malah, anggota MIC itu ingin menemui Dr Mahathir untuk meminta maaf secara peribadi.

Mengulas lanjut isu itu, Dr Mahathir berkata: "Tiba-tiba saya jadi popular. Orang semua pertahankan saya.

"Seperti yang saya katakan, dulu saya kena kecam, kena kata... suruh buang daripada Umno. Tapi orang tak react (beri reaksi)."

"Pasal apa dulu tak react, kali ini react.

"Dulu bila saya kena kecam, tak ada sesiapa pertahankan saya. Taklah secara terbuka. Orang senyap-senyap beranilah tapi orang kenamaan dan orang terkenal tak beranilah pertahan saya," katanya.

Dr Mahathir berkata beliau sedih apabila orang partinya sendiri dan orang yang duduk dalam kabinetnya sendiri mengecamnya.

Katanya beliau lebih marah terhadap kecaman yang dilontarkan oleh anggota Umno dan bekas anggota kabinetnya daripada kecaman yang dibuat oleh anggota MIC.

"Saya duduk dalam Umno dari mula parti itu ditubuhkan. Yang tegur saya ini belum beranak pun lagi," katanya.

Mengenai hasrat Sukumaran ingin menemuinya untuk memohon maaf, Dr Mahathir berkata: "Minta maaf tak apa, tak minta maaf pun tak apa. Bagi saya tak ada apa-apa. Saya yang sedih bila orang parti saya sendiri, orang yang duduk dalam kabinet saya sendiri kecam saya."

Dr Mahathir berkata Sukumaran kini menjadi mangsa percakapannya sendiri.

Selasa lepas, Presiden MIC Datuk Seri Samy Vellu mengumumkan penggantungan serta-merta keanggotaan Sukumaran ekoran kecamannya itu. BERNAMA

Hisham Bebas Tahanan Untuk Jaga Maruah

   
Keputusan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussien membebaskan lima tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri(ISA)dilihat sebagai taktik untuk membersihkan imej beliau yang dicalar dengan pelbagai kontrovesi bersabit isu hak asasi dan tolerasi agama. Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar Md Akin, menyambut baik pembebasan lima tahanan itu, namun mempersoalkan motif di sebalik langkah itu.
Beliau berkata Keadilan berpendapat kerajaan telah melakukan penzaliman keatas lima tahanan itu dengan menahan mereka tanpa bukti atau memberi mereka peluang untuk mempertahankan diri di mahkamah.
" Saya percaya bahawa pembebasan lima tahanan ISA ini yang diumumkan oleh Menteri Dalam Negeri adalah satu kaedah untuk membersihkan imej beliau kerana dalam kes yang berkaitan dengan isu kepala lembu. Kita lihat Menteri Dalam Negeri mengambil sikap yang biadap dengan menghalalkan tindakan tersebut dan bersetuju pula dengan kelompok yang mencemari dan cuba menimbulkan ketegangan kaum dan juga agama. Ini menimbulkan respon yang negatif kepada rakyat" ujarnya.
Seluruh negara sebelum ini dikejutkan dengan berita sekumpulan orang termasuk beberapa pemimpin Umno mengarak kepala lembu di hadapan bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor bagi membantah pemindahan sebuah kuil hindu dari seksyen 19 ke seksyen 23 di Shah Alam.
Kejadian selepas solat Jumaat itu bersikap perkauman kerana lembu adalah binatang suci dalam agama Hindu.
Lebih mengejutkan ialah tindakan Hishamuddin menyokong penunjuk perasaan berkenaaan. Beliau berkata tindakan penunjuk perasaan berkenaan tidak boleh dilihat sebagai berbau perkauman kerana mereka mempunyai asas kukuh untuk membuat bantahan seumapama itu.
Shamsul percaya tindakan yang diambil oleh Hishamuddin juga bertujuan untuk meraih modal politik bagi pilihanraya kecil pilihan raya kecil Bagan Pinang pada 11 Oktober ini.
Beliau berkata pembebasan lima tahanan itu hanya menzahirkan keghairahan Umno untuk menggunakan ISA untuk kepentingan politik sempit dan bukan untuk tujuan keselamatan negara.
" Kita konsiten dengan pendirian, Pemuda Pakatan dan Pakatan Rakyat, bahawa undang-undang lapuk dan zalim seperti ISA mesti dihapuskan dengan segera" tambah beliau.
Lima tahanan dibebaskan ialah Mat Shah Mohd Satray, Abdullah Daud, Ahmad Kamil Md Hanafiah, Mohd Nasir Ismail @ Hassan, dan Muhammad Amir Md Hanafiah.

Perang Besar Dua Keluarga Diraja...!! Inilah yang dimahukan oleh UMNO@BN selama ini agar cita-cita mereka tiada penghalang lagi...!!!!

Oleh AU YEONG HOW
KUALA LUMPUR: Cucu kepada Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang ke-10, Tuanku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar tengah hari Rabu menuntut pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap Raja Muda Johor, Tunku Ismail Idris Abdul Majid Abu Bakar Iskandar Tunku Ibrahim yang didakwa menculik, menyerang dan menahannya tanpa kerelaan pada awal pagi 25 Oktober tahun lalu.
Menurut Tuanku Nadzimuddin, beliau telah diserang oleh Raja Muda Johor dengan sepucuk pistol di bahagian muka dan kepala sehingga beliau mengalami keretakan pada tulang hidung dan kecederaan serius yang lain.
"Selepas 11 bulan, Raja Muda Johor dan pengawal peribadinya belum lagi didakwa di mahkamah untuk menghadapi tuduhan mencederakan saya dengan sepucuk pistol.
"Mereka juga belum didakwa menculik dan menahan tanpa kerelaan saya," katanya dalam satu sidang akhbar yang turut dihadiri bondanya, Tunku Dara Naquiah Tuanku Ja'afar.
Tunku Dara Naquiah adalah puteri kepada Almarhum Tuanku Ja'afar Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman. Kedua-dua Almarhum Tuanku Ja'afar dan Tuanku Abdul Rahman juga pernah menjadi Yang di-Pertuan Agong.
Tuanku Abdul Rahman adalah Yang di-Pertuan Agong yang pertama dan potret baginda menghiasi kesemua mata wang kertas negara.
Isu berhubung insiden ini hanya muncul sekarang kerana difahamkan kedua-dua belah pihak cuba menyelesaikannya melalui peguam masing-masing.
Menurut Tuanku Nadzimuddin, ekoran insiden tersebut, beliau telah membuat satu laporan polis di Balai Polis Dang Wangi pada 26 Oktober 2008 dan mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lumpur.
Bagaimanapun, beliau kecewa kerana selepas laporan polis dibuat, tiada apa-apa tindakan diambil sehingga ke hari ini.
"Apa yang boleh saya simpulkan ialah tiadanya tindakan diambil untuk mendakwa pihak yang telah mencedera dan menahan saya tanpa kerelaan. Polis pernah memberi jaminan akan melakukan siasatan secara adil tanpa rasa takut atau pilih kasih.
"Saya juga dijamin semua orang adalah tertakluk kepada undang-undang dan penyerangnya akan dihadapkan ke mahkamah untuk menghadapi dakwaan. Bagaimanapun, saya telah dan terkejut tiada apa-apa tindakan diambil sehinggalah ke saat ini," katanya.
Mengulas lanjut, Tuanku Nadzimuddin memberitahu, beliau berada di Kelab Heritage Mansion dengan teman wanitanya (kini telah pun menjadi isterinya) untuk menemui kawan-kawan mereka.
Menurutnya, ketika berada di situ, kawan-kawannya telah diserang oleh beberapa orang yang mendakwa diri mereka adalah pengawal peribadi Raja Muda Johor.

Cucu kepada Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang ke-10, Tuanku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar menunjukkan gambar kecederaan yang dialaminya selepas didakwa diserang oleh Raja Muda Johor, Tunku Ismail Idris Abdul Majid Abu Bakar Iskandar Tunku Ibrahim pada 25 Oktober tahun lalu - foto THE STAR oleh RICKY LAI
"Dua kawan saya cedera. Pengawal kelab menghentikan serangan tersebut. Kami beredar meninggalkan kelab tersebut. Saya dipanggil oleh seseorang yang tidak dikenali mendakwa Raja Muda Johor ingin berjumpa dengan saya di Hotel Crowne Plaza, Jalan Sultan Ismail untuk meminta maaf.
"Saya bersama dengan teman wanita dan kawan-kawan saya termasuk yang cedera pergi ke situ," ujarnya.
Tuanku Nadzimuddin berkata, mereka tunggu di lobi hotel tersebut sebelum beliau diculik di lif hotel Crowne Plaza Mutiara dan diacukan dengan pistol.
"Apabila berada dalam lif, Raja Muda Johor telah memukul saya di muka dan kepala dengan sepucuk pistol. Raja Muda Johor juga menghalakan pistol itu ke kepala saya. Kawan saya yang berada di lif pula dipukul sehingga pengsan.
"Apabila lif itu berhenti di tingkat 25, kami dipaksa memasuki sebuah bilik. Saya melihat kawan saya itu ditarik masuk ke satu bilik dan dibiarkan pengsan di atas lantai," katanya.
Menurut Tuanku Nadzimuddin, mereka ditawan di dalam bilik tersebut oleh pengawal-pengawal pribadi Raja Muda Johor sehinggalah bondanya, Tunku Dara Naquiah Tuanku Jaafar ditemani ayahanda saudaranya, Tunku Panglima Besar Tunku Nadzaruddin Ibni Tunku Jaa'far menyelamatkan mereka bersama empat pegawai polis.
Ketika 'gerakan menyelamat' itu dilakukan, Tuanku Nadzimuddin berkata, Raja Muda Johor telah pun meninggalkan hotel berkenaan.

Kupasan Karya Ronggo Warsito

Dalam tazkirah selesai qiyamullail dan solat Subuh pagi tadi saya turut menyentuh karya Muhammad Hamidullah yang berjudul ““Why Fast?: Spiritual & Temporal Study of Fast in Islam”, juga sanggahan orientalis Vincent Monteil dan dirumuskan dengan puisi Zaman Edan olih Ronggo Warsito. Respon di bawah ini saya terima dari seorang teman dan menarik untuk direnungi:
———-
Ingin melewati karya agong Ronggo Warsito, ada pun Jawa itu dikenali dari segi bahasa dan tulisan berbeda amat di Semanjung Malaysia, malah keturunan saya belum terusik dengan sebarang keturunan lain dari jemputan darah Nusantara dari kebanyakan orang disini. Masih unggul darah Jawa mengalir.
Sayang Jawa dititip hingga ke bibir ini tinggalnya cuma bahasa “kasar”, sudah ketabrakan Jawa Halus kiriman Karya Agong Ronggo Warsito. Pembahasaan dalam Pujangga Ronggo Warsito dikirim lewat bahasa alus, panganan wong nang Keraton.
Ngak sama pembahasaan yang ada di sebelah sini. Berbeda sekali. Selintas carian dari Wak Google terlopong ini…
Pembukaan:
Amenangi jaman edan
ewuh aya ing pambudi
Melu edan nora tahan
yen tan melu anglakoni
boya kaduman melik
Kaliren wekasanipun
Dilalah karsa Allah
Begja-begjane kang lali
luwih begja kang eling lawan waspada

(pupuh 7, Sent Kalatidha)
—–
Terjemahan:
Mengalami jaman gila
sukar sulit (dalam) akal ikhtiar
Turut gila tidak tahan
kalau tak turut menjalaninya
tidak kebagian milik
kelaparanlah akhirnya
Takdir kehendak Allah
sebahagia-bahagianya yang lupa
lebih berbahagia yang sadar serta waspada

—–
- Syair jaman edan, di mana manusia kehilangan dasar sikap dan perilaku yang benar.
- Di dalam Serat Kalatidha, Sabda Pranawa Jati Ki pujangga melihat kesusahan yang terjadi pada jaman itu…
Rajanya utama, patihnya pandai dan menteri-menterinya mencita-citakan kesejahteraan rakyat serta semua pegawai-pegawainya cakap. Akan tetapi banyak kesukaran-kesukaran menimpa negeri; orang bingung, resah dan sedih pilu, serta dipenuhi rasa kuatir dan takut. Banyak orang pandai dan berbudi luhur jatuh dari kedudukannya. Banyak pula yang sengaja menempuh jalan salah . . . harga diri turun . . . akhlak merosot. Pada waktu-waktu seperti itu berbahagialah mereka yang sadar/ingat dan waspada.
- Menghadapi jaman seperti itu Ki Ronggowarsito memberikan petuah-petuahnya, yaitu yang dapat disebut sebagai empat pedoman hidup.
—–
I. Tawakal marang Hyang Gusti
- Pedoman yang pertama; yaitu kepercayaan iman dan pengharapan kepada Tuhan.
- Pedoman inilah yang menjadi dasar hidup, perilaku dan karya manusia.
1. “Mupus papasthening takdir, puluh-puluh anglakoni kaelokan”
(pupuh 6, Kalatidha).
Arti :
Menyadari ketentuan takdir, apa boleh buat (harus) mengalami keajaiban. Manusia hidup harus menerima keputusan Tuhan.
2. “Dialah karsa Allah, begja-begjane kang lali, luwih becik eling lawan waspada”
(pupuh 7, Kalatidha)
Arti :
- Memanglah kehendak Allah, sebahagia-babagianya yang lupa, lebih bahagia yang sadar ingat dan waspada.
- Manusia harus selalu menggantungkan diri kepada kehendak (karsa) Allah.
- Karsa atau kehendak Allah itu seperti yang tersirat dalam ajaran agama, kitab suci, hukum-hukum alam, adat istiadat dan ajaran leluhur.
3. Muhung mahasing ngasepi, supaya antuk parimirmaning Hyang suksma.
(pupuh 8, Kalatidha)
Arti:
Sebaiknya hanya menjauhkan diri dari keduniawian, supaya mendapat kasih sayang Tuhan.
- Di kala ingin mendekatkan jiwa pada Tuhan, memang pikiran dan nafsu harus terlepas dari hal keduniawian.
- Supayantuk: Supaya dilimpahi Parimirmaning Hyang suksma; Kasih sayang Tuhan.
4. Saking mangunah prapti, Pangeran paring pitulung.
(pupuh 9, Kalatidha)
Arti :
Pertolongan datang dari Tuhan, Tuhan melimpahkan pertolongan.
- Hanya Dia, Puji sekalian alam, Gembala yang baik, yang dapat menolong manusia dalam kesusahannya.
- Mangunah : Pertolongan Tuhan
Prapti : Datang.
5. Kanthi awas lawan eling, kang kaesthi antuka parmaning suksma.
(pupuh 10, Kalatidha)
Arti:
Disertai dasar/awas dan ingat, bertujuan mendapatkan kasih sayang Tuhan.
6. Ya Allah ya Rasululah kang sifat murah lan asih.
(pupuh 11, Kalatidha)
Arti :
Ya Allah ya nabi yang pemurah dan pengasih.
7. Badharing sapudendha, antuk mayar sawatawis, borong angga suwarga mesti martaya.
(pupuh 12, Kalatidha)
Arti
(Untuk) urungnya siksaan (Tuhan), mendapat keringanan sekedarnya, (sang pujangga) berserah diri (memohon) sorga berisi kelanggengan.
- Pengakuan kepercayaan bahwa pada Tuhanlah letak kesalamatan manusia.
Pupuh-pupuh tambahan:
8. Setyakenang naya atoh pati, yeka palayaraning atapa, gunung wesi wasitane tan kedap ing pan dulu ning dumadi dadining bumi, akasa mwang; riya sasania paptanipun, jatining purba wisesa, tan ana lara pati kalawan urip, uripe tansah tungga”.
(pupuh 88, Nitisruti)
Arti:
Bersumpahlah diri dengan niat memakai tuntunan (akan) mempertaruhkan nyawa, yaitulah laku orang bertapa di (atas) gunung besi (peperangan) menurut bunyi petuah. Tak akan salah pandangannya terhadap segala makhluk dan terjadinya bumi dan langit serta segala isinya. Sekaliannya itu sifat Tuhan; tak ada mati, hiduppun tiada, hidupnya sudah satu dengan yang Maha suci.
- Karya sastra Nitisruti ditulis oleh Pangeran di Karangayam (Pajang), pada tahun saka atau 1591 M.
- Mengenai tekad untuk mengenal Tuhan dan rahasiaNya.
- Mengenal kekuasaan di balik ciptaan-Nya, karena sudah bersatu dengan Gusti-Nya.
9. Sinaranan mesu budya, dadya sarananing urip, ambengkas harda rubeda, binudi kalayan titi, sumingkir panggawe dudu, dimene katarbuka, kakenan gaibing widi.
(Dari serat Pranawajati)
Arti:
Syaratnya ialah memusatkan jiwa, itulah jalannya di dalam hidup, menindas angkara yang mengganggu, diusahakan dengan teliti, tersingkirkanlah perbuatan salah, supaya terbukalah mengetahui rahasia Tuhan.
- Serat Pranawajati ditulis oleh Ki R.anggawarsita
- Pupuh ini menjelaskan jalan kebatinan untuk mencapai (rahasia) Tuhan.
10. Pamanggone aneng pangesthi rahayu, angayomi ing tyas wening, heninging ati kang suwung, nanging sejatine isi, isine cipta kang yektos”.
(Dari serat Sabda Jati)
Arti:
Tempatnya ialah di dalam cita-cita sejahtera, meliputi hati yang terang, hati yang suci kosong, tapi sesungguhnya berisi, isinya cipta sejati.
11. Demikianlah orang yang dikasihi Tuhan, yang selalu mencari-Nya untuk memuaskan dahaga batin. Ia akan berbahagia dan merasa tentram sejahtera; sadar akan arti hidup maupun tujuan hidup manusia. Pembawaannya rela, jujur dan sabar; pasrah, sumarah lan nanima, berbudi luhur dan teguh dihati.
—–
II. Eling lawan Waspada

- Pedoman yang kedua; yaitu sikap hidup yang selalu sadar-ingat dan waspada.
- Pedoman inilah yang menjaga manusia hingga tidak terjerumus ke dalam lembah kehinaan dan malapetaka.
Pupuh-pupuh :
1. Dilalah karsa Allah, begja-begjane kang lali luwih becik kang eling lawan waspada.
(Pupuh 1, Kalatidha)
Arti :
Takdir kehendak Allah, sebahagia-bahagianya yang lupa, lebih bahagia yang sadar / ingat dan waspada.
2. Yen kang uning marang sejatining kawruh, kewuhan sajroning ati, yen tan niru nora arus, uripe kaesi-esi, yen niruwa dadi asor.
(Pupuh 8, Sabda Jati)
Arti:
Bagi yang tidak mengetahui ilmu sejati bimbanglah di dalam hatinya, kalau tidak meniru (perbuatan salah) tidak pantas, hidupnya diejek-ejek, kalau meniru (hidupnya} menjadi rendah.
3. Nora ngandel marang gaibing Hyang Agung, anggelar sekalir-kalir, kalamun temen tinemu, kabegjane anekani, kamurahaning Hyang Monon”.
(Pupuh 9, Sabda Jati)
Arti :
Tidak percaya kepada gaib Tuhan, yang membentangkan seluruh alam, kalau benar-benar usahanya, mestilah tercapai cita-citanya, kebabagiaannya datang, itulah kemurahan Tuhan.
- Serat Sabda Jati adalah juga ditulis oleh pujangga Ki Ranggawarsita.
- Pupuh 8 membicarakan keragu-raguan hati karena melihat banyak orang menganggap perbuatan salah sebagai sesuatu yang wajar.
- Akan tetapi bagi yang sadar/ingat dan waspada, tuntunan Tuhan akan datang membawa kebahagiaan batin.
4. Mangka kanthining tumuwuh, salami mung awas eling, eling lukitaning alam, dadi wiryaning dumadi, supadi nir ing Sangsaya, yeku pangreksaning urip.
(Pupuh 83, Wedhatama)
Arti :
Untuk kawan hidup, selamanya hanyalah awas dan ingat ingat akan sasmita alam, menjadi selamatlah hidupnya, supaya bebas dari kesukaran, itulah yang menjaga kesejahteraan hidup.
5. Dene awas tegesipun, weruh warananing urip, miwah wisesaning Tunggal, kang atunggil rina wengi, kang makitun ing sakarsa, gumelar ngalam sekalir.
(Pupuh 86, Wedhatama)
Arti :
Adapun awas artinya, tahu akan tabir di dalam hidup, dan kekuasaan Hyang Maha Tunggal, yang bersatu dengan dirinya siang malam, yang meliputi segala kehendak, disegenap alam seluruhnya.
- Wedhatama ditulis oleh Pangeran Mangkunegara IV.
6. Demikianlah sikap hidup yang berdasarkan “Eling lawan waspada”; yaitu selalu mengingat kehendak Tuhan sehingga tetap waspada dalam berbuat; untuk tidak mendatangkan celaka. Kehendak Tuhan mendapat dicari/ditemukan di dalam hukum alam, wahyu jatmika yang tertulis dalam kitab suci maupun karya sastra, adat-istiadat, nasehat leluhur/orang tua dan cita-cita masyarakat.
7. Eling” juga berarti selalu mengingat perbuatan yang telah dilakukan, baik maupun buruk, agar “waspada” dalam berbuat. Berkat sikap “eling lawan waspada” ini, terasalah ada kepastian dalam langkah-langkah hidup.
—–
III. Rame ing gawe.

- Pedoman hidup yang ketiga, yaitu hidup manusia yang dihiasi daya-upaya dan kerja keras.
- Menggantungkan diri pada wasesa dan karsa Hyang Gusti adalah sama dengan menerima takdir.
Karena siapakah yang dapat meriolak kehendak Nya?
1. Ada tertulis:
Tidak ada sahabat yang melebihi (ilmu) pengetahuan Tidak ada musuh yang berbahaya dan pada nafsu jahat dalam hati sendiri Tidak ada cinta melebihi cinta orang tua kepada anak-anaknya Tidak ada kekuatan yang menyamai nasib, karena kekuatan nasib tidak tertahan oleh siapapun”.
(Ayat 5, Bagian II Kitab Nitiyastra).
2. Tetapi apakah kekuatiran atau ketakutan akan nasib menjadi akhir dan pada usaha atau daya upaya manusia? Berhentikah manusia berupaya apabila kegagalan menghampiri kerjanya?
3. …. Karana riwayat muni, ikhtiar iku yekti, pamilihe reh rahayu, sinambi budi daya, kanthi awas lawan eling, kang kaesthi antuka parmaning suksma.
(Pupuh 10, Kalatidha)
Arti :
…. Karena cerita orang tua mengatakan, ikhtiar itu sungguh-sungguh, pemilih jalan keselamatan, sambil berdaya upaya disertai awas dan ingat, yang dimaksudkan mendapat kasih sayang Tuhan.
- Menerima takdir sebagai keputusan terakhir, tidak berarti mengesampingkan ikhtiar sebagai permulaan daripada usaha.
4. Kuneng lingnya Ramadayapati, angandika Sri Rama Wijaya, heh bebakal sira kiye, gampang kalawan ewuh, apan aria ingkang akardi, yen waniya ing gampang, wediya ing kewuh, sabarang nora tumeka, yen antepen gampang ewuh dadi siji, ing purwa nora ana.
(Tembang Dandanggula, Serat Rama)
Arti :
Haria sehabis haturnya Ramadayapati (Hanoman), bersabdalah Sri Rama : Hai, kau itu dalam permulaan melakukan kewajiban, ada gampang dan ada sukar, itu adalah (Tuhan) yang membuat. Kalau berani akan gampang; takut akan yang sukar, segala sesuatu tidak akan tercapai. Bila kau perteguh hatimu, gampang dan sukar menjadi satu, (itu) tidak ada, tidak dikenal dalam permulaan (usaha).
5. Demikianlah, takdir yang akan datang kelak tidak seharusnya menghentikan usaha manusia. Niat yang tidak baik adalah niat “mencari yang mudah, menghindari yang sukar”. Semua kesukaran atau tugas harus dihadapi dengan keteguhan hati. “Rame ing gawe” dan “Rawe-rawe rantas malang-malang putung” adalah semangat usaha yang lahir dari keteguhan hati itu.
Catatan:
Pupuh ke empat adalah cuplikan dari serat Rama, yang ditulis oleh Ki Yosadipura.
(1729 – 1801 M)
—–
IV. Mawasdiri:
- Pedoman hidup yang keempat, yaitu perihal mempelajari pribadi dan jiwa sendiri; yang merupakan tugas semua mamusia hidup.
Pupuh-pupuh:
1. Wis tua arep apa, muhung mahasing ngasepi, supayantuk parimirmaning Hyang Suksma.
(Pupuh 8, Kalatidha)
Arti :
Sudah tim mau apa, sebaiknya hanya menjauhkan diri dari keduniawian, supaya mendapat/kasih sayang Tuhan.
- Nasehat agar tingkat orang yang telah berumur menunjukkan martabat.
2. Jinejer neng wedhatama, mrih tan kemba kembenganing pambudi, sanadyan ta tuwa pikun, yen tan mikani rasa, yekti sepi asepi lir sepah samun, samangsaning pakumpulan, gonyak-ganyuk ngliling semi.
(Pupuh 2, Pangkur, Wedhatama)
Arti:
Ajarannya termuat dalam Wedhatama, agar supaya tak kendor hasrat usahanya memberi nasehat, (sebab) meskipun sudah tua bangka, kalau tak ketahuan kebatinan, tentulah sepi hambar bagaikan tak berjiwa, pada waktu di dalam pergaulan, kurang adat memalukan.
3. …. Pangeran Mangkubumi ing pambekanipun. Kang tinulad lan tinuri-luri, lahir prapteng batos, kadi nguni ing lelampahane, eyang tuwan kan jeng senopati, karem mawas diri, mrih sampurneng kawruh.Kawruh marang wekasing dumadi, dadining lalakon, datan samar purwa wasanane, saking dahat waskitaning galih, yeku ing ngaurip, ran manungsa punjul.
(Dari babad Giyanti)
Arti :
….Pangeran Mangkubumi budi pekertinya. Yang ditiru dan dijunjung tinggi, lahir sampai batin, seperti dahulu sejarahnya, nenek tuan kanjeng senopati gemar mawas diri untuk kesempumaan ilmunya. Ilmu tentang kesudahan hidup, jadinya lelakon, tidak ragu akan asal dan kesudahannya (hidup), karena amat waspada di dalam hatinya, itulah hidup, disebut manusia lebih (dari sesamanya).
- Babad Giyanti ditulis oleh pujangga Yasadipura I. Isinya memberi contoh tentang seseorang yang selalu mawas diri, yaitu Panembahan Senopati.
4. Mawas diri adalah usaha meneropong diri sendiri dan dengan penuh keberanian mengubah pribadinya. Maka inilah asal dan akhir dari pada keteguhan lahir dan batin.
5. Laku lahir lawan batin, yen sampun gumolong, janma guna utama arane, dene sampun amengku mengkoni, kang cinipta dadi, kang sinedya rawuh”.
(Dari babad Giyanti)
Arti :
Amalan lahir dan batin, bilamana sudah bersatu dalam dirinya, yang demikian itu disebut manusia pandai dan utama, karena ia sudah menguasai dan meliputi, maka yang dimaksudkan tercapai, yang dicita-citakan terkabul.
6. Nadyan silih prang ngideri bumi, mungsuhira ewon, lamun angger mantep ing idhepe, pasrah kumandel marang Hyang Widi, gaman samya ngisis, dadya teguh timbul).”
(Tembung Mijil, Dari babad Giyanti)
Arti :
Meski sekalipun perang mengitari jagad, musuhnya ribuan, tetapi asal anda tetap di dalam hati, berserah diri percaya kepada Tuhan, semua senjata tersingkirkan, menjadi teguh kebal.
7. Demikianlah ajaran Ki Ranggawarsita, yaitu mengenai empat pedoman hidup. Begitulah orang yang menggantungkan dirinya kepada kekuasaan Tuhan dan menerima tuntunan-Nya. Ia akan memiliki kepercayaan pada diri sendiri, tetapi tanpa disertai kesombongan maupun keangkaraan.
Cita-cita kemasyarakatan.
—–
1. Ki pujangga Ranggawarsito mencita-citakan pula datangnya jaman Kalasuba, yaitu jaman pemerintahan Ratu Adil Herucakra. Karena itu beliau merupakan seorang penyambung lidah rakyatnya, yang menciptakan masyarakat “panjang punjung tata karta raharja” …. “gemah ripah loh jinawi” ….loh subur kang sarwa tinandur” dimana “wong cilik bakal gumuyu.
2. Tiga hal yang pantas diperjuangkan, untuk menegakkan pemerintahan Ratu Adil; yaitu: Bila semua meninggalkan perbuatan buruk, bila ada persatuan dan bila hadir pemimpin-pemimpin negara yang tidak tercela lahir batinnya.
3. Dengarlah!
4. Ninggal marang pakarti tan yukti, teteg tata ngastuti parentah, tansah saregep ing gawe, ngandhap lan luhur jumbuh, oaya ana cengil-cengil, tut runtut golong karsa, sakehing tumuwuh, wantune wus katarbuka, tyase wong sapraya kabeh mung haryanti, titi mring reh utama.
(Dari Serat Sabdapranawa)
Arti :
Meninggalkan perbuatan buruk, tetap teratur tunduk perintah, selalu rajin bekerja, bawahan dan atasan cocok-sesuai tak ada persengketaan, seia sekata bersatu kemauan, dari segala makhluk, sebab telah terbukalah, tujuan orang seluruh negara hanyalah kesejahteraan, faham akan arti ulah keutamaan.
5. Ngarataning mring saidenging bumi, kehing para manggalaningpraya, nora kewuhan nundukake, pakarti agal lembut, pulih kadi duk jaman nguni, tyase wong sanagara, teteg teguh, tanggon sabarang sinedya, datan pisan nguciwa ing lahir batin, kang kesthi mung reh tama.
(Tembang Dandanggula, Serat Sabdapranawa)
Arti:
Merata keseluruh dunia; sebanyak-banyak pemimpin negara tak kesukaran menjalankan perbuatan kasar-halus; kembalilah seperti dahulu kala, tujuan orang seluruh negara, tetap berani sungguh, boleh dipercaya segala maksudnya, tak sekali-kali tercela lahir batinnya, yang dituju hanyalah selamat sejahtera.
6. Demikianlah yang dicita-citakan pujangga agung Ranggawarsita.
———-
ANWAR IBRAHIM

Khir Toyo Disumpit?


Kita memang tidak bersetuju dengan sebarang ancaman atau ugutan dalam bermain isu politik. Ini adalah perkara yang tidak sihat dan boleh mendatangkan ketakutan kepada mangsa.

Khir Toyo menjadi mangsa. Beliau menerima ugutan bunuh dan berasa dirinya tidak selamat. Dahulu beliau ada pengawal peribadi, sekarang? Mungkin ada juga, bukannya mahal nak bayar.

Kita boleh melihat kepada pelbagai sudut. Mungkin ada orang sudah cukup meluat dengan sikapnya yang sedemikian sehingga terpaksa memberi amaran seperti itu. Boleh jadi juga ini satu lagi permainan kotor politik BN untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan di negeri Selangor.

Dalam ugutan itu juga ada sedikit unsur humor iaitu Khir akan disumpit. Jika kita lihat sumpit ialah senjata orang asli untuk memburu dalam hutan. Ia sungguh kelakar kerana dewasa ini senjata sumpit sudah tidak dipakai lagi jika senjata api sudah ada di tangan.

Ini adalah ugutan, sama sepertimana along (ceti haram) yang biasa mengugut peminjam-peminjam. Adakah ugutan ini dari along atau kaki pukul kerajaan negeri Selangor? Apa perlu takut kerana BN juga ada ramai lelaki ala-ala pendekar melayu yang boleh menjaga Khir.

Rumah siapakah ini ?..Untuk dilelong atau bagi percuma jek..????

Rumah siapa ?
Clue : Alamat di Kampung Mertang, Gunung Pasir 71550, Sri Menanti, Negeri Sembilan. Ada kaitan dengan Mongolia ?

Best Hari Raya present Najib can give country is to declassify all Cabinet minutes and documents relating to PKFZ scandal

By Yb Lim Kit Siang
In the past five-and-a-half months of his premiership, Datuk Seri Najib Razak had made valiant attempts to project his administration’s commitment to reform, accountability, integrity and good governance as exemplified by his slogan of “1Malaysia. People First. Performance Now”, his website, walkabouts and his emphasis on KPIs with the appointment of two KPI Ministers.
But all these efforts by Najib had failed to convince the Malaysian public that the Prime Minister is committed or capable of fundamental change in government.
One important reason is the long drawn-out farce of the RM12.5 billion Port Klang Free Zone (PKFZ) scandal – resulting in the public fallout between the MCA President and Transport Minister, Datuk Seri Ong Tee Keat and the Barisan Nasional Backbenchers Club (BNBBC) Chairman Datuk Seri Tiong King Sing who is also the CEO of the PKFZ turnkey contractor Kuala Dimensi Sdn. Bhd and other political skirmishes in MCA, Umno and Barisan Nasional.

For the past three consecutive days, fugitive blogger Raja Petra Kamaruddin has published on his website Malaysia Today documents including Cabinet papers throwing light on the extent of Cabinet involvement in the PKFZ scandal, snowballing from a RM1.1 billion scandal in 2002 under Tun Dr. Ling Liong Sik as Transport Minister to RM4.6 billion in 2006 under Tan Sri Chan Kong Choy and now set to become a RM12.5 billion scandal under Ong Tee Keat.
Does the Prime Minister deny the veracity and authenticity of the official and Cabinet documents about the PKFZ scandal revealed by Raja Petra on his website, whether they fall under the Official Secrets Act or otherwise?
Have these documents been brought to the attention of the Parliamentary Public Accounts Committee (PAC) investigating into the PKFZ scandal, and if not, isn’t it right and proper that the PAC should extend its sessions on testimony from witnesses to bring these documents within its cognizance before reaching its end stage to formulate its conclusions and findings for submission to Parliament?
The person most suitable to be summoned by the PAC to throw light on these official and Cabinet documents would be none other than the Cabinet Secretary Tan Sri Mohd Sidek Hassan who was appointed to the highest civil service position in September 2006.
In fact, the PAC should question Mohd Sidek to find out why in the past two years he had failed to carry out the Cabinet decision to investigate and take the necessary action against those responsible for landing the government and country with the RM12.5 billion PKFZ scandal – especially on the unlawful issue of the four Letters of Support by the former Transport Ministers, Ling and Chan!
The failure of the PAC to summon Mohd Sidek to give testimony in its inquiry into the PKFZ scandal will be a major and even fatal one affecting the credibility and acceptability of the final PAC report.
In fact, it is precisely because of Mohd Sidek’s failure to carry out the Cabinet’s decision in 2007 to investigate and take the necessary actions against the culprits of the PKFZ scandal that there is widespread skepticism and cynicism about the Super Task Force under his chairmanship into the PKFZ scandal announced by Najib last week – as it smacks of being a Super “Cover-Up” Task force more than anything else.
For this reason, the PAC should suspend its deliberations on its conclusions on the PKFZ inquiry to summon the Chief Secretary as Mohd Sidek’s testimony can completely change the entire character of the PAC’s findings, especially in the light of the official and Cabinet documents published by Raja Petra on his website in the past three days.
The best Hari Raya present Najib can give the country on his first Hari Raya as Prime Minister is to declassify all Cabinet minutes and documents on the PKFZ scandal to send out two unmistakable messages to the nation and the world , viz
  • his commitment to accountability, integrity and good governance and that he and his administration have nothing to fear or hide in the PKFZ scandal; and
  • an end to the culture of impunity and that no one implicated in the PKFZ “mother of all scandals”, regardless of his position or status, whether in MCA, Umno or any Barisan Nasional party, is above the law and will be brought to justice so that the RM12.5 billion PKFZ scandal will not end up as another “heinous crime without criminals” like the RM2.5 billion Bumiputra Malaysia Finance (BMF) scandal three decades ago.
Otherwise, the coming Hari Raya holidays will be another gloomy one in terms of public accountability, integrity and good governance.

SIAPA ANDA SARIHA MOHD ALI SENANG-SENANG HUKUM ORANG SESAT...???


Wartawan Sariha Mohd Ali dari Berita Harian menulis perihal orang-orang melayu yang telah sesat kerana menyertai parti DAP. Beliau sarankan kumpulan yang tersesat ini kembali kepangkal jalan dengan menyokong UMNO. Nampaknya siPenulis ini terlalu mendewa-dewakan Ketua Penerangan UMNO Ahmad Maslan. Segala apa yang dicakapkan oleh Jurucakap UMNO ini semuanya bernas belaka tidak perlu ditapis-tapis lagi.

Beliau seterusnya menulis dengan mengatakan berdasarkan sejarah dan ideologi DAP, kemasukan orang-orang melayu kedalam Parti itu adalah bagi memenuhi agenda politik sempit yang akhirnya merugikan bangsa melayu itu sendiri.

Baiklah, saya “compliment” Penulis ini kerana menzahirkan perasaan bersalah sekiranya tidak disedarkan kumpulan- kumpulan melayu yang dikatakan telah tersangat sesat. Walau bagaimanapun saya juga ada sejarah yang hendak diluahkan.

Walaupun saya bukannya Ahli DAP tetapi sebagai seorang yang penuh minat dalam hal-hal siasah saya juga mengambil tahu perjalanan Parti-Parti Politik lain sejak sekian lama. Saya tidak semata-mata berpandukan apa yang ada dalam UMNO sahaja. Meminjam kata-kata Bintang Filem terkenal yang digilap oleh Yasmin Ahmad “I may look stupid if…..”, saya juga tidak ingin menunjukkan kebodohan.

Untuk makluman kepada yang sudi berkongsi maklumat Parti DAP hari ini sudahpun menjadi Kerajaan. Kerajaan yang dimaksudkan ialah Kerajaan Pulau Pinang. Sebelum ini Pulau Pinang diperintah oleh Parti GERAKAN dan UMNO adalah kerabatnya. Mengikut catitan sejarah juga sudah terlalu ramai orang-orang melayu dalam DAP pernah menjadi Ahli-Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri. Diantaranya ialah Sdra Ahmad Nor (bekas Presiden Cuepacs), Fadzlan Yahya dan Lawyer Mohd Asri Othman. Mereka-mereka ini telah banyak membantu orang-orang melayu yang tinggal dibandar-bandar menyelesaikan berbagai masaalah kehidupan. Samada berurusan dengan jabatan-jabatan kerajaan ataupun khidmat masyarakat yang diperlukan. Dan baru-baru ini kedua-dua Senator yang mewakili Dewan Negeri Pulau Pinang adalah orang-orang melayu.

Kepada yang terlalu bangga dengan UMNO dalam aspek membela orang-orang melayu ini patutlah ada rasa malu sedikit. Merujuk pula kepada prinsip “langkah mayat sebelum wujudkan negara Islam” yang dikecam oleh UMNO juga, Apakah UMNO sebenarnya ada bercadang nak jadikan Malaysia Negara Islam? Kalau ada boleh tolong beri “target date” nya.

Kepada pemimpin UMNO yang senang-senang menghukum “sesat” ini, semaklah apa yang berlaku dalam UMNO dulu. Berilah seluas-luas peluang kepada melayu-melayu sejumlah 3 juta lebih itu daripada hanya orang-orang tertentu sahaja boleh menjadi Wakil Rakyat dan sebarang jawatan lain. Dimana ada diantaranya sudah 4 hingga 5 penggalpun masih merasakan tempohnya belum “matang”.

ahmadzawawi

PAS serius mahu tembusi kem askar dan balai polis..!!


Bagi mendapatkan undi pemilih pos – yang sering dicurigai hanya memenangkan calon BN – di Bagan Pinang, Pemuda PAS berhempas-pulas untuk menembusi kem-kem tentera dan balai polis.

"Kita akan minta kebenaran daripada komandan kem untuk masuk berkempen.

"Kalau tidak boleh masuk ke dalam (kem), di tepi pagar pun kita akan pergi," kata ketua penerangan dewan itu Suhaizan Kaiat hari ini.

Suhaizan, yang juga pengerusi jawatankuasa undi pos Pemuda PAS, menyerahkan memorandum kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi mendesak calon-calon parti bertanding, khususnya pembangkang, diberikan ruang berkempen di kawasan-kawasan tersebut.

Dalam memorandum tersebut, Pemuda PAS turut membantah keras penggunaan Borang 2 – yang merekodkan maklumat peribadi pemilih polis dan nombor siri kertas undi – dan penetapan tempat khusus bagi pembuangan undi secara pos.

Daripada 13,664 pemilih berdaftar di Bagan Pinang yang layak membuang undi pada 11 Oktober ini, 4,604 terdiri daripada pemilih pos.

PAS sejak awal minggu lepas membangkitkan kembali isu undi pos.

Parti itu malah mendakwa mantan pengerusi SPR Tan Sri Ab Rashid Ab Rahman pernah berjanji untuk mengkaji semula prosedur undi pos.

Dihubungi Malaysiakini petang ini, Suhaizan menambah, jika terdapat halangan berkempen di kalangan anggota pasukan pertahanan itu, PAS masih berharap dapat mendekati pengundi melalui risalah di depan pintu masuk kem.

Beliau, juga ketua Pemuda PAS Johor, berkata usaha mendekati pemilih pos di kem-kem tentera dan balai polis akan digiatkan selepas sambutan Aidilfitri, beberapa hari lagi.

Sayap PAS itu bercadang mengirim surat kepada Kem Tentera Port Dickson, Teluk Kemang bagi mendapatkan kebenaran berkempen sempena pilihan raya kecil Bagan Pinang, bermula 3 Oktober nanti.

Diminta mengulas butiran pertemuan dengan seorang pegawai SPR di Putrajaya, Suhaizan berkata, suruhanjaya itu berjanji akan mempertimbangkan tuntutan dalam memorandum tersebut.

Slogan 1Malaysia didakwa punca Pusat takut sambut hari Malaysia


SHAH ALAM, 17 Sept : Bekas Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Dato Dr. Jeffry Kitingan mempersoalkan tindakan Kerajaan Pusat kerana tidak mahu menyambut hari Malaysia yang diadakan pada 16 September setiap tahun.
Tindakan itu menggambarkan kerajaan pusat yang diketuai Umno sengaja tidak melakukan sambutan ini kerana mahu menjaga kepentingannya dalam slogan 1 Malaysia.
Beliau mempersoalkan tindakan kerajaan Barisan Nasional (BN) terlalu bersungguh mewar-warkan slogan ini, tetapi pada masa yang sama mengabaikan tarikah penubuhan sebuah negara bangsa, Malaysia.
Walaubagaimana pun, Sambutan itu semalam telah diadakan buat pertama sekali di negeri selangor sejak negeri ini diperintah oleh Pakatan Rakyat.
Ianya diadakan di Bangunan Jubli Perak, disini dihadiri oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr. Dzulkefly Ahmad, Speaker negeri Selangor, Teng Chang Kim dan Pemimpin Masyarakat Sarawak, Baru Bian.
Menurut beliau, hari Malaysia yang ke 46 ini menunjukkan kepada rakyat bahawa Pakatan memang menghormati hari Malaysia sebagai satu tarikah yang sangat penting dalam sejarah tanah air.
"Ini sekaligus dapat memperbetulkan fakta dalam sejarah yang selama ini diabaikan oleh BN kerana mereka mahu menjaga kepentingan di kedua-dua buah negeri ini, Sabah dan Sarawak," jelas beliau dalam ucapan.
Oleh sebab itu, menurut beliau, tarikah ini perlu dihormati dan diraikan kerana Malaysia yang ditubuhkan pada 16 september 1963 menjadi kenyataan dengan pengabungan Malaya, Singapura, Sabah dan Sarawak.
Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Namun pada ketika itu, sebuah negara bangsa Malaysia tidak lagi wujud dalam peta dunia, yang hanya wujud ialah Malaya.
Tegas beliau, BN perlu sedar, tanpa Sabah dan Sarawak, Malaysia tidak akan wujud serta kedua-dua negeri ini bukan masuk tetapi menyertai Malaya dan Singapura untuk mewujudkan sebuah negara Malaysia.
"Sebaliknya, sejak 46 tahu lalu, Kerajaan pusat seolah-olah tidak mengambil perduli dengan tarikh ini dengan tidak melakukan sebarang sambutan serta menjadikan seolah-olah sambutan dan pembentukan kedua-dua negeri ini tidak wujud," katanya

Rujuk Al-quran selesai kemelut politik-Presiden PAS


KUALA LUMPUR, 17 Sept: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Awang menyeru seluruh umat Islam merujuk kepada panduan Al-quran dan Sunnah dalam menyelesaikan segala masalah dan perselisihan faham khususnya dalam bidang politik yang menentukan dasar dan hala tuju negara. Beliau dalam teks khutbah Hari Raya Aidilfitrinya mengulas, Allah telah mengajar di dalam Al-quran bagaimana cara untuk menyelesaikan pertelingkahan di kalangan rakyat serta kerajaan.
Di dalam Al Quran juga ada diajar bagaimana menjalinkan persaudaraan di kalangan semua manusia, tanpa mengira bangsa dan agama.
"Semua prkara yang menjadi perbalahan dan berselisih faham yang menyebabkan perkelehaian hendaklah diselesaikan dengan kitab Allajh dan ajaran Rasul." jelasnya lagi.
Menurutnya, Allah turut menegaskan dalam Al Quran mengenai hubungan baik di antara pemimpin dn rakyat. Cara untuk menyatukan manusia yang terdiri daripada pelbagai agama, bangsa dan latar belakang ialah dengan memerintan secara adil menurut ajaran Al Quran.
Tegasnya, Allah melarang dan mengutuk sekeras-kerasnya mereka yg mengambil petunjuk yang lain daripada Al Quran dalam menyelesaikan permasalahan yang dialami.
Beliau dalam tulisannya berkata, orang yang bertakwa ialah orang yang menjadikan Al Quran yang diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W. sebagai panduan dalam seluruh aspek kehidupan termasuk dalam hal pentadbiran negara.
Untuk menjadi bangsa yang berjaya juga ujarnya, manusia mesti berpegang teguh kepada petunjuk dalam Al Quran dan sunah Rasululllah S.A.W.
Beliau turut mengajak para pendengar menyorot kembali sirah dahulu yang menunjukkan bangsa Arab yang asalnya miskin, buta huruf, dan penuh dengan sifat negatif, kemudiannya berubah menjadi kuat setelah menerima Islam namun akhirnya kembali menjadi lemah kerana meninggalkan ajaran Islam dalam kehidupan mereka.
"Pemimpin negara dan para ulama' perlu bersama-sama memimpin dan menunjukkan kepada rakyat dengan kitab Allah dan cara beramal dengannya yang ditunjuk oleh Rasulullah S.A.W." tulisnya.
Teks penuh khutbah Aidilfitri beliau bagi tahun 1430H boleh dilihat pada laman blog beliau di http://presiden.pas.org.my yang ditulis menggunakan tulisan jawi.

>>Muat turun teks Khutbah penuh_

Tol Percuma Tidak Beri Kesan : Shamsul Iskandar

   
Angkatan Muda Keadilan hari ini mempersoalkan kebijaksanaan pengendali lebuhraya tidak mengenakan tol kepada sebarang kenderaan pada 18 dan 24 september ini sempena musim perayaan. Laluan percuma itu adalah untuk pengguna Lebuhraya Pantai Timur (LPT) dan Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak dari pukul 12 malam hingga 5 pagi.
Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar Md Akin berkata pemberian laluan percuma pada tarikh-tarikh berkenaan tidak akan berkesan untuk mengurangkan kesesakan di lebuh raya malah memburukkan lagi keadaan.
Banyak komen terumanya dari Facebook tentang isu tol ini. Satu pandangan yang menarik hati saya dan pandangan saya, apabila mereka menyatakan pemberian tol percuma ini tidak boleh menyelesaikan masalah kesesakan. Ini kerana kecenderungan masyarakat, orang Melayu bila ada tol free mereka mereka akan balik pada masa, pada tarikh itu" ujarnya.
Pemberian tol percuma berkenaan meliputi semua kelas kenderaan sama ada kereta, bas mahupun lori.
Ini bermakna, kenderaan kelas pertama seperti kereta bakal menikmati pengecualian maksimum iaitu 29 ringgit sehala dari Plaza Tol Gombak hingga ke Plaza Tol Jabor di Kemaman, Terengganu dan sebaliknya.
Shamsul menegaskan kerajaan mempunyai banyak lagi pilihan yang lebih berkesan untuk memastikan penjimatan bagi pengguna lebuhraya dan pada masa sama mengurangkan kesesakan lalu lintas.
"Maka kesesakan jalan raya tidak boleh diatasi dengan cara tol percuma. Pandangan kawan-kawan saya yang ingin saya kongsi dari Facebook, mereka beritahu apa salahnya beri diskaun yang munasabah kepada mereka yang balik beberapa hari sebelum. Boleh bermula pada 16, 17 diberikan diskaun 20 peratus, 30 peratus supaya mereka boleh dapat manfaat. Mereka yang balik pada waktu itu akan dapat manfaat, mereka boleh mengambil itu sebagai satu langkah untuk pulang lebih awal dan tidak tunggu 18 hari bulan" tambahnya lagi.
Tol percuma itu di umumkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MTD, Datuk Azmil Khalid.

Isa masih berdolak-dalik calon BN di Bagan Pinang


PORT DICKSON 17 Sept. — Ketua UMNO Bahagian Telok Kemang, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad masih berdolak-dalik apabila wartawan mengajukan soalan adakah beliau calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang.
“Saya tak tahu... Saya pun tak dapat apa-apa ilham lagi. Saya tak tahu apa keputusan daripada pucuk pimpinan. Pemilihan calon ini diputuskan pucuk pimpinan dan ini adalah amalan biasa dalam UMNO.
“Kita serah kepada kebijaksanaan pucuk pimpinan untuk memilih calon yang sesuai di Bagan Pinang. Biar mereka menilai,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada majlis perasmian program gotong-royong khidmat masyarakat bersama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) oleh Ketua Pengarah AADK Datuk Abd Bakir Zin di sini, hari ini.
Pada mesyuarat UMNO Bahagian Teluk Kemang 10 September lalu, Ketua Pemuda bahagian itu, Mohd Faizal Ramli berkata, bahagian itu sebulat suara menamakan Mohd Isa sebagai calon BN.
Namun, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mahukan UMNO Negeri Sembilan menyenaraikan sekurang-kurangnya tiga nama sebelum dipilih calon BN di Bagan Pinang.
- BERNAMA

Pemuda Umno NS tidak tahu calon selain Isa


Pemuda Umno Negeri Sembilan tidak dimaklumkan penambahan nama baru untuk dikemukakan sebagai calon BN pada pilihan raya kecil DUN Batang Pinang selain Tan Sri Isa Samad.

Ketuanya Mohd Helmy Din berkata beliau "tidak tahu-menahu" berhubung perkara tersebut – susulan desakan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas hanya nama mantan menteri besar itu, yang juga ketua bahagian Teluk Kemang, diusulkan.

"Mungkin ketua bahagian ada hantar kepada menteri besar (Datuk Seri Mohamad Hassan), dan beliau hantar kepada (Umno) pusat.

"Ahli jawatankuasa perhubungan lain tak tahu," kata Mohd Helmy kepada Malaysiakini.

"Soal calon, kita tak jadi masalah. Terpulang kepada pucuk pimpinan, kita sokong. Yang penting parti, bukan calon."

Beliau diminta mengulas kenyataan ketuanya Khairy Jamaluddin yang meminta disegerakan pemilihan calon BN bagi pilihan raya kecil itu untuk mengelakkan timbulnya spekulasi yang tidak sihat di kalangan ahli parti dan pengundi.

Dihubungi hari ini, Mohd Helmy menyambut baik gesaan Khairy itu kerana ia boleh menamatkan spekulasi dan tanda tanya.

"Apa yang diutarakan oleh Khairy adalah satu pandangan yang baik. Kata orang, penantian satu penyeksaan. Mungkin orang kata, si polan ini jadi calon, si A jadi calon, atau si B jadi calon," katanya.

"Ada kebaikannya ditentukan segera, supaya kita lebih bersedia, dan untuk menghentikan spekulasi.

"Kita dapat menggerakkan kerja dengan lebih awal dan boleh melihat isunya semasa berkempen."

Sebelum ini Teluk Kemang sebulat suara mencalonkan Isa, bekas naib presiden yang digantung susulan dakwaan mengamalkan kes politik wang, satu-satunya nama yang dibawa oleh badan perhubungan Negeri Sembilan kepada pucuk pimpinan Umno.

Dalam perkembangan berkaitan, Mohd Helmy berkata jentera pilihanraya Pemuda di peringkat negeri, bahagian dan cawangan berkenaan telah digerakkan.

Mereka akan memberikan tumpuan kepada pengundi bawah 40 tahun dengan mengambil pendekatan "penerangan secara hati ke hati" dan "sentuhan peribadi" berhubung masalah yang mereka hadapi dan kepentingan anak muda menghayati perjuangan Umno dan BN.

"Orang muda ni, tidak setia kepada sesuatu jenama (parti politik), mereka mengikut trend," katanya.

BERITA GEMPAR – TOYO ANTA SURAT PADA DIRI SENDIRI


KHIR TOYO TERIMA UGUTAN BUNUH – malaysia kini

Khir Toyo tengah hari ini membuat laporan polis di ibu pejabat polis daerah Shah Alam selepas menerima sepucuk surat ugutan bunuh terhadapnya.

Mantan menteri besar Selangor itu menerima ugutan tersebut dalam sepucuk surat pagi tadi yang dikirimkan ke pejabat DUN beliau di Sungai Panjang

Surat itu antaranya bertulis: "Hentikan cubaan menjatuhkan kerajaan Selangor. Jika tidak, saya bebas mencari kamu di Selangor."

"Saya boleh tembak kamu atau sumpitan beracun yang boleh membunuh kamu dalam masa beberapa saat sahaja," surat itu dipetik.

Surat dua halaman bertulisan tangan itu dikirim dari Bukti Raja berdasarkan cop pada setemnya.

KAH KAH KAH


kah kah kah… MACAM MACAM DI BUAT NAK CARI SIMPATI RAKYAT… kah kah kah..

kah kah kah…. INI UGUT DIRI SENDIRI…. kah kah kah…

kah kah kah…. ADA KETUK KEPALA SENDIRI…. kah kah kah…

kah kah kah... NAH ALIH PANDANGAN.... KES RASUAH...kah kah kah

woit.. SAPA ADA MASA NAK LAYAN BEROK INI.... NAK BUNUH APA ?... kah kah kah

kah kah kah... BEROK INI DAH MATI BERDIRI...kah kah kah...'

nota

ini trik paling lama dalam buku perang saraf.
dari zaman iskandar zulkarnain sudah pakai.
september 11 pun pakai trik ini.
madey tangkap al-maunah juga pakai trik ini.

tujuan cari simpati – yang dirancang diri sendiri:

amerika bom twin tower kerana nak dapat simpati rakyat serang iraq
madey rancang kes al maunah kerana nak dapat simpati bila melayu sudah benci

carilah trik baru :

suruh bini telanjang bogel kat jalan raya
kemudian katakkan kena bomoh khalid ibrahim
atau terima dua botol whisky black lebel katakan nik aziz salah hantar
yang sepatutnya chivas regal kah kah kah

Media Indonesia gembur perasaan anti-Malaysia — Rejal Arbee

SEPT 17 — Hubungan Malaysia-Indonesia kembali tegang gara-gara tindakan liar anasir Indonesia yang seolah-olah mahu merenggangkan keakraban yang wujud. Keadaan ini dicetuskan media arus perdananya yang membuat tohmahan melulu diikuti pelbagai laman web menghentam negara ini tanpa menyiasat terlebih dulu.
Hasilnya perasaan membenci Malaysia (bukan setakat anti) digembar-gemburkan hingga mencemaskan rakyat Malaysia di Jakarta apabila segerombolan samseng yang diberi nama “relawan ganyang Malaysia” diwujudkan untuk merayau di bandar raya itu mencari rakyat Malaysia untuk dipukul.
(Mereka ini nampaknya sengaja mahu menimbulkan kembali suasana ketika Presiden Sukarno melancarkan peperangan untuk mengganyang Malaysia kerana tidak bersetuju dengan rancangan penubuhan Malaysia pada 1963 dengan menubuhkan Komando Ganyang Malaysia.)
Yang menjadi punca amarah kali ini bukan bersebab daripada kita tetapi mereka menuduh kita menciplak tarian Pendet dari Bali sebagai tarian Malaysia dalam video mempromosi negara ini. Walaupun pelbagai penjelasan dibuat bahawa Malaysia dan jauh sekali kerajaan mempunyai sebarang kaitan dengan apa yang ditohmahkan itu, mereka tetap tidak mahu bersikap rasional.
Klip video mengandungi tarian itu disiarkan saluran Discovery Channel untuk mempromosi siri rancangannya mengenai Malaysia sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-52. Tiada satu pun daripada enam rancangan yang dipaparkan Discovery Channel itu menyelitkan tarian Pendet. Ia hanya wujud dalam klip promosi yang dihasilkan oleh Discovery Network Asia Pacific di Singapura.
Tidak pula diketahui apakah klip promosi yang menyelitkan tarian itu yang diusahakan oleh syarikat Singapura itu dilakukan dengan sengaja atau pun kerana mereka jahil dengan asal usul tarian itu. Agak malang juga orang yang bertanggungjawab menyelitkan klip itu tidak muncul memberi penjelasan.
Oleh yang demikian, salahkah kalau kita membuat kesimpulan orang itu mempunyai muslihat melakukannya? Kita tentu saja boleh memaafkannya jika dia betul-betul jahil tidak dapat membezakan antara tarian Malaysia mahu pun Indonesia. Pelik juga kenapa klip ini dihasilkan oleh orang Singapura yang tentunya tidak tahu membezakan budaya Melayu Malaysia dengan Indonesia.
Apa pun, hasilnya amat mencemaskan hingga mencetus prasangka buruk di kalangan ramai rakyat Indonesia. Agak tidak menyenangkan juga apabila ada di antara sesetengah anggota pemerintah Indonesia termakan tohmahan yang digembar-gemburkan hingga tanpa usul periksa, begitu marah menuntut penjelasan Malaysia.
Gembar-gembur melulu pelbagai media arus perdananya baik akhbar mahupun beberapa stesen televisyen negara itu mendorong kewujudan pelbagai pertubuhan dan laman web serta blog anti-Malaysia yang memuatkan pelbagai tuduhan tidak bertanggungjawab.
Mungkin kita boleh memaafkan mereka yang jahil dan membuat tuduhan tanpa usul periksa tetapi bagi mereka yang sengaja mahu mewujudkan suasana bermusuhan antara kita dan Indonesia, pemerintah Indonesia bertanggungjawab membendungnya.
Sungguh malang apabila sentimen buruk ini dibiar diapi-apikan tanpa ada usaha serius oleh pemerintah Indonesia untuk menyekat perasaan bermusuhan dengan Malaysia hingga meluap-luap demikian. Hanya selepas nasi hampir menjadi bubur barulah terdengar usaha membendung gerakan yang mahu mencetuskan kembali suasana permusuhan antara kedua buah negara jiran ini.
Hanya selepas keadaan sudah teruk barulah pimpinan Indonesia memanggil pimpinan pelbagai medianya untuk menasihatkan mereka supaya tidak mengapi-apikan keadaan. Juga dikesalkan apa yang disebut Menteri Kounselornya Mengenai Penerangan, Sosial dan Budaya di Kedutaannya di Kuala Lumpur, Widyarka Ryananta bahawa pemerintah Indonesia tidak mengawal sikap medianya yang tidak senang dengan Malaysia kerana medianya mempunyai hak untuk mengetengahkan pendirian masing-masing.
Betullah mereka itu mempunyai hak untuk menyatakan pendirian sendiri, tetapi apakah hasutan tanpa bertanggungjawab hingga wujud tindakan buruk mahu mengganyang rakyat Malaysia yang tiada kena mengena dengan perkara ini pun dibenarkan atas alasan kebebasan bersuara? Maknanya kalau mereka itu terus menerus mengapi-apikan suasana hingga boleh mencetuskan permusuhan antara kedua-dua negara ini pun tidak mengapa?
Namun, apalah hendak dihairankan dengan sikap medianya yang demikian. Sejak dulu lagi khususnya awal 60-an waktu pemerintahan Sukarno, medianya memang tidak senang dengan Malaysia dan apabila ada sedikit saja hal negatif mengenai kita, mereka perbesarkan. Pendirian memusuhi kita dilancarkan Sukarno pada 1963 kerana menentang keras penubuhan Malaysia yang membawa kepada tercetusnya konfrontasi.
Agak mengaibkan mereka cuba menyerang kita dengan menghantar gerombolan komandonya terjun di Labis dan Pontian kononnya untuk menakluki kita. Sungguh lucu sekali apabila gerombolan ini yang ditipu kononnya mereka akan diterima dengan tangan terbuka tetapi sebaliknya diburu oleh Askar Melayu Diraja hingga setiap dari mereka dapat ditahan. Dan sejak itu media mereka tidak habis-habis membesarkan apa saja berita negative mengenai kita.
Ini saya sendiri alami sebagai koresponden Bernama ketika agensi itu membuka pejabatnya di Jakarta pada Oktober 1971. Saya bertugas di Jakarta menumpang pejabat Antara waktu itu di Jalan Antara Jakarta Utara selama hampir dua tahun. Saya pernah bertanyakan beberapa orang rakan editor akhbar arus perdananya kenapa mereka begitu sangsi terhadap Malaysia. Tidak pula dapat mereka menjelaskan secara terperinci sebab musababnya.
Apa yang saya boleh simpulkan ialah mereka anggap diri sebagai abang dan kita ini adik. Malang bagi mereka bila dilihat dari tahap kemajuan ekonomi dan kedudukan rakyat secara amnya, kita adalah lebih baik daripada mereka sejak awal lagi dan hinggalah sekarang. Jadi perasaan adik lebih maju dari abang terus menghantui mereka.
Dengan sikap membanggakan diri ini tetapi dalam pada itu terpaksa pula mengharapkan ihsan Malaysia memberi tempat kepada sehingga dua juta rakyatnya mencari rezeki di sini telah mewujudkan sikap kompleks mereka begini. Perasaan “superiority complex” ini yang sebenarnya ialah “inferiority complex” kerana begitu jauh tertinggal dalam usaha pembangunan negara untuk kebajikan rakyatnya inilah yang membawa kepada perasaan tidak senang antara beberapa kerat medianya yang terus menerus cuba perkecilkan kita.
Maka itu hinggakan lagu kebangsaan kita “Negaraku” pun mereka tuduh kita menciplak lagu mereka kononnya berasal dari lagu “Terang Bulan”. Walhal lagu “Terang Bulan” itu adalah adaptasi lagu Perancis “La Rosalie” yang dikarang Pierre-Jean de Beranger (1780-1857). Lagu itu amat popular di kepulauan Sychelles, tanah jajahan Perancis di Lautan Hindi waktu Sultan Abdullah dari Perak di buang negeri oleh pemerintah British pada akhir kurun ke-19. Sultan Abdullah apabila kembali ke Perak sering mendendangkan lagu itu hingga ia kemudiannya di jadikan sebagai lagu Negeri Perak dengan diberi nama “Allah Selamatkan Sultan”. — Berita Harian

The cost of 1 Malaysia’s F1 bet

Analysis by Lee Wei Lian
KUALA LUMPUR, Sept 17 — Malaysia's debut on the Formula One world racing championship could give the country flattering exposure on the global stage, but it will come at a price and is not without significant risks.
Top outfits such as Ferrari and McLaren had estimated annual expenditures in 2006 of over US$400 million (RM1.4 billion), according to one F1 publication.
Others like Toro Rosso, formerly known as Minardi, was estimated to have spent US$75 million.
Toyota is estimated to be spending US$450 million a year but has yet to win a single race.
Honda, which pulled out of F1 last year due to the high cost it incurred, was also estimated to have spent US$380 million in 2006.
A Ł40 million (RM230 million) budget cap incentive, however, has been offered to teams next year in exchange for greater technical freedom.
The cap, however, does not cover driver salaries, engine costs, marketing and promotion.
Assuming the 1 Malaysia F1 Team targets to spend according to the budget cap, its annual expenditure, less salaries, engines and marketing, should be in the region of RM230 million.
Top-notch drivers and engines, however, do not come cheap.
Ferrari was estimated to have spent US$44 million in driver salaries in 2003 and US$175 million on engines.
On the other end of the scale, however, Minardi was estimated to have spent US$500,000 on salaries and US$15 million on engines during the same period.
But that does not take into account start-up costs.
The 1 Malaysia F1 Team was announced on Tuesday as a venture involving top businessman Datuk Tony Fernandes, the government and other Malaysian entities as an attempt to enhance the brand of the nation as well as that of national car company Proton and its legendary British unit Lotus.
The best possible scenario is that 1 Malaysia F1 achieves podium finishes and adds lustre to the country, Proton and the 1 Malaysia agenda and inspires a new generation of Malaysian F1 drivers, engineers and technicians.
The worst? 1 Malaysia F1 could possibly end up languishing near the bottom of the table and become the butt of jokes and an embarrassment to the country and a drain on its coffers.
No details have so far been forthcoming about the breakdown of investment in the project.
Prime Minister Datuk Seri Najib Razak had declined to discuss the subject at its unveiling but said that any government investment will be made via Proton, a company in which it has a 42.74 per cent stake via Khazanah.
But the market is already rife with speculation that several Malaysian businessmen are eyeing Khazanah's stake in Proton.
Sepang International Circuit (SIC) chief executive officer Ahmad Razlan Ahmad Razali has told national news agency Bernama that the cost to build the team headquarters at SIC could potentially run into the billions of ringgit, adding that the cost has not been finalised because the project is still in the preliminary phase.
Kamarudin Meranum, deputy chief executive of AirAsia and another partner in the 1 Malaysia F1 Team, told international news wire AFP that the team is currently looking for investors.
What's also uncertain is what the team will be known as and with so many disparate stakeholders — from airline magnates to car companies to the government — what will be the prime objective of the team.
Foreign media have focused on "Team Lotus F1" and Fernandes, whose flamboyancy has often captured their attention.
In Malaysia, however, the prime minister had called the team "1 Malaysia F1 Team" and said of the project: "It will be a national team under the 1 Malaysia banner which stands as unifying foundation for all Malaysians to come together in celebrating the cooperation between our multi-ethnic, multi-cultural and multi-religious society through sports."
One investment veteran sees the project as a form of "national service" but also wondered about Fernandes' involvement.
"He is a businessman. Why would he want to invest? What is the trade off?"
Calls and text messages to Fernandes were not returned as at the time of writing.
There have been tycoons before Fernandes who have tried their hand at owning a team and failed to shine.
Minardi, which Malaysian Alex Yoong had raced for, is an example of how bad it got even on a relatively shoestring budget.
The team competed from 1985 till 2005 with limited success and was eventually sold by its founder, businessman Giancarlo Minardi.
Its total 2003 expenditure was estimated to be about US$40 million.
Force India, partly owned by Indian businessman Vijay Mallya, is doing relatively well, but he had acquired an established team and the boss of Kingfisher Airlines is worth an estimated US$1.2 billion compared with Fernandes' estimated US$230 million.
Fernandes, however, has managed to prove his early critics wrong with the success of his company Air Asia.
Taken as a bid to boost national pride and brand the country, 1 Malaysia F1 team could work. But analysts point out that the nation already has the SIC which has succeeded in putting Malaysia on the map of F1 enthusiasts.
Any supposed benefit to Lotus or Proton is also debatable as many world-class car manufacturers such as VW, Audi and Mitsubishi do not own F1 teams.
OSK's head of research Chris Eng says that the Lotus brand is already strong while Proton itself is not known for high-performance cars and should therefore focus its resources on its bread-and-butter passenger vehicles.
He adds that Proton should consider Korea's Hyundai which does not own an F1 team but has managed to create a global presence through building better cars and offering enticing incentives to buyers such as long warranty periods.
"It's too early to say from an analyst’s point of view as we don't know the actual costs involved but from a qualitative angle, I don't think the country needs more F1 exposure as it already has the Sepang International Circuit. Proton can put its money to better use and make better products like the Exora MPV, which is doing well, rather than trying to enhance its high-performance image," says Eng.
"I would rather Proton enter the Paris-Cape Town race which has to use production-grade cars; at least it is more relevant to consumers. F1 cars are too big a gap from the production cars that consumers will buy."
The head of strategy and marketing at Ericsson Malaysia, Steven Tai, says that if Malaysia intends to brand itself via an F1 team, it must go all out, pointing out that the country will only benefit if it is associated with a winner.
"When Ericsson sponsored the winning team in the Volvo Ocean Race it backed it with sufficient resources for it to have a chance. A brand has to reflect its true nature and be associated with a winning proposition that is attainable. Same thing with the 1 Malaysia F1 Team; are they betting to win or just betting?"
One marketing professional, who declined to be identified, said the issue was quite subjective as it had the potential to boost national pride but cautioned that it could also have the opposite effect.
"Can you imagine if 1 Malaysia F1 keeps losing? The TV commentators will make a joke. Finishing last is one thing but what's worse is if the team fails to even qualify. It will be so embarrassing. If it is US$100 million to sponsor a top team, then it might be worth it. It can boost national pride but the costs must not be too extravagant. However, if your team ends up last all the time then it could backfire. People will associate you with a bum team and we will be associated with a team that loses.”
There has also been a fair amount of grumbling on the Internet over the expected costs to the public though some have defended the venture as well.
Najib's announcement on Tuesday, however, appeared to have also anticipated critics, saying: "Some quarters believe that we should stick to what we are doing now and not take on new opportunities. Yet, if we do not take chances, if we do not believe we are capable of accomplishing the impossible then we will remain a country of followers, not the country of innovators and doers we want to become."
With their reputation and money at stake, Malaysians will be crossing their fingers that the 1 Malaysia F1 bet pays off.

Spekulasi calon BN 'tidak sihat': KJ..!!! Selamat kembali Tan Sri Isa Samad..??


Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berharap calon BN bagi pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang dapat ditentukan dengan segera kerana ia menimbulkan banyak sangat tanda tanya di kalangan orang Umno dan juga pengundi di Bagan Pinang.

new america one malaysia khairy jamaluddin tony puah forum 040609 07"Bagi saya spekulasi ini tidak sihat. Jadi, saya harap soal calon BN daripada Umno ini dapat kita putuskan dalam masa yang terdekat," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa bersama wartawan Negeri Sembilan di Seremban malam tadi. Turut hadir, Presiden Kelab Akhbar Negeri Sembilan Razali Pilus.

Ditanya adakah Umno dalam dilema untuk memilih calon berkenaan, beliau berpendapat tiada dilema sebab beliau dan juga pucuk pimpinan percaya bahawa kriteria yang paling penting ialah hendak mencari calon yang boleh menang.

"Apa saja latar belakang calon itu, kalau dia boleh diterima oleh pengundi di DUN Bagan Pinang, maka itulah calon yang kita perlu pilih," katanya.

Mengenai persoalan jika calon yang dipilih mempunyai rekod sedikit tercalar yang boleh menjejaskan kemenangan BN, Khairy yang juga anggota parlimen Rembau berkata:

"Bagi saya calon itu perlulah memenuhi kriteria boleh menang dan sekiranya itulah calon yang kita rasa boleh menang, maka itulah calon yang perlu kita sokong.

"Pendirian Pemuda adalah jelas bahawa soal calon ini adalah hak mutlak pucuk pimpinan, tapi kita harap pucuk pimpinan pilih calon yang mana mengikut kajian kita buat adalah calon yang terbaik untuk menang di Bagan Pinang.

"Tapisan itu perlu kerana kita tidak hendak keadaan berlaku seperti di Permatang Pasir," katanya.

Sementara itu, katanya Pemuda Umno akan mengambil pendekatan lebih berkesan untuk mendekati dan meraih sokongan pengundi mudi terhadap BN di Bagan Pinang.

"Pengundi muda ini tidak ada kecenderungan tetap.... dia boleh berubah.

"Jadi kita kena pastikan bahawa mereka ini dilengkapi dengan maklumat terperinci, sama ada melalui media arus perdana atau pun terutamanya melalui IT," katanya. BERNAMA

RPK Speaks Part 2 - Insulting Islam? Please!


Raja Petra Kamarudin

'Benarkan PAS kempen di kem askar'..!! Jangan UMNO@BN aje boleh kempen dalam kem askar..!!


Pemuda PAS menuntut parti yang bertanding di dalam pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang dibenarkan bertemu dan berkempen di kalangan pemilih pos di kem-kem tentera.

Tuntutan itu dikemukakan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam satu memorandum dewan tersebut yang diserahkan di pejabat suruhanjaya itu di Putrajaya pagi ini.

"Apa yang menjadi masalahnya selama ini ialah parti-parti pembangkan langsung tidak diberikan ruang untuk berkempen kepada angota-anggota tentera, sedangkan BN menggunakan Kementerian Pertahanan untuk menemui dan menjalankan aktiviti di kalangan anggota tentera," memorandum itu dipetik.

"(Keadaan) ini telah mewujudkan suasana yang amat tidak adil kepada parti-parti pembangkang kerana tidak dapat menyampaikan maklumat kepada para pengundi tersebut."

Jika isu keselamatan dijadikan alasan untuk tidak membenarkan akses tersebut, Pemuda PAS menyarankan SPR membantu menyediakan ruang kepada calon-calon untuk bertemu dengan para pemilih pos di kem tentera.

"Adalah tidak munasabah apabila undang-undang pilihanraya memberikan tempoh berkempen kepada setiap calon, tetapi ia tidak dibenarkan untuk dilaksanakan kepada para pengundi pos yang merupakan pengundi di dalam pilihanraya tersebut," kata Pemuda PAS dalam memorandum tersebut.

Daripada 13,664 pemilih berdaftar di Bagan Pinang yang layak membuang undi pada 11 Oktober ini, 4,604 terdiri daripada pemilih pos - kumpulan terbesar yang sering dicurigai pembangkang.

PAS sejak awal minggu lepas membangkitkan kembali isu undi pos, termasuk penggunaan Borang Lampiran 2 (foto kiri) yang mendedahkan butiran peribadi pengundi dan nombor siri kertas undi.

Parti itu malah mendakwa mantan pengerusi SPR Tan Sri Ab Rashid Ab Rahman pernah berjanji untuk mengkaji semula prosedur undi pos.

Royalti - Pusat Jangan Berdalih Lagi


Bekas Speaker Dewan Undangan Negeri Kerajaan Kelantan, Datuk Omar Mohamed menggesa Kerajaan Pusat supaya mempercepatkan bayaran royalti petroleum.

Beliau yang memberi maklum balas terhadap kenyataan Timbalan Menteri Kewangan II, Datuk Dr Awang Adek Hussin kelmarin menyatakan kajian Kelantan menuntut supaya isu tuntutan royalti petroleum itu memerlukan kerjasama antara Kerajaan Negeri dengan Kerajaan pusat.

“Sepatutnya, Kerajaan Pusat memberi hak kepada Kerajaan Negeri sesuai dengan tugas dan tanggungjawab Kerajaan Pusat memiliki pendapatan dari sumber petroleum itu.

“Sekiranya Kerajaan Pusat berhak mendapatnya daripada jumlah royalti berkenaan, maka sudah tentu Kerajaan Negeri juga berhak mendapatkannya,” katanya.

Menurut Omar, kajian hanya boleh dibuat apabila ia akan dibayar walaupun jumlahnya itu sudah dimaklumkan kepada Kerajaan Pusat.

“Saya mencadangkan supaya Datuk Awang Adek yang juga rakyat Kelantan mestilah bersama dengan Kerajaan Negeri untuk mempercepatkan tuntutan royalti berkenaan.

“Sebenarnya, rakyat Kelantan termasuk Datuk Awang Adek berharap sumber hasil dari Kerajaan Negeri Kelantan itu dapat dirasai oleh semua pihak termasuk rakyat jelata, pegawai kanan memberi kerjasama tanpa sebarang usaha menggagalkan tuntutan terbabit,” katanya.

Mengulas lanjut kenyataan Awang Adek itu, Omar berkata, kerjasama antara Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Pusat diakui telah lama wujud dan terjalin erat.

Menurutnya, hal itu dapat dibuktikan kerana banyak hasil yang dipungut oleh Kerajaan Pusat dari rakyat negeri Kelantan dibawa kepada Kerajaan Pusat (Kuala Lumpur).

Katanya, berapa banyak pula jabatan Kerajaan Pusat termasuk sekolah dan hospital berada di Kelantan termasuk Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) walaupun tidak semua negeri wujud pada waktu permulaan dahulu.

“Dengan kerjasama demikian, saya cadangkan supaya wakil Kerajaan Negeri yang diiktiraf dalam mana-mana portfolio Kerajaan Pusat yang ada di negeri Kelantan supaya kerja-kerja Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat akan dapat dijalankan dengan baik.

“Kerajaan Negeri yang dipimpin di bawah pemerintahan Tok Guru Nik Aziz, manakala Kerajaan Pusat dipimpin Datuk Seri Najib Tun Razak, saya percaya dan yakin mereka ini mampu menyelesaikan masalah berbangkit antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat termasuk soal royalti petroleum mendapat kerjasama erat di Kota Bharu dan Kuala Lumpur,” katanya.

ISA: "Saya akan penuhkan hingga pinggir Kamunting" - Hisham...!!! Kenyataan Angkuh Lagi Bodoh Sombong PONDAN SIAM..????


KUALA LUMPUR, 17 Sept: Sehari selepas membebaskan lima tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Menteri Dalam Negeri Datuk Seri
Hishammuddin Tun Hussein mengugut akan memenuhkan Kem Tahanan Kamunting sehingga ke pinggirnya. Ugutan beliau itu dibuat ketika tokoh-tokoh MIC seolah-olah mengamuk menentang 'big brothers' di dalam Umno dan bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin pula menyatakan bahawa 80 peratus dari golongan muda tidak menyokong Barisan Nasional (BN).
"Jika ada orang yang merupakan ancaman kepada keselamatan, saya akan penuhkan sehingga ke pinggir Kamunting," ancam Hishammuddin.
Beliau berkeras akan mengekalkan pusat tahanan itu dengan mendakwa "ia merupakan merupakan pangkalan penting bagi memerangi sebarang ancaman terhadap keselamatan negara".
Dengan menggunakan alasan "untuk melindungi rakyat Malaysia daripada sebarang ancaman ke atas keselamatan mereka," beliau juga memberi amaran akan "melakukan apa sahaja yang dibenarkan mengikut undang-undang".
"Kamunting ada di situ ada bersebab kerana ia adalah bagi melindungi sebarang ancaman terhadap keselamatan. Mereka (tahanan yang ada) merupakan ancamana kepada keselamatan," Bernama memetik beliau berkata ketika menjawab soalan mengenai sebarang cadangan bagi mengosongkan kemudahan di Kamunting.
Ancaman Hishammuddin itu dibuat ketika berlarutannya penentangan MIC terhadap Umno yang dilihat umum sebagai mengancam keselamatan dan kekuasaan BN.
Semalam, Ketua Pemuda MIC, T Mohan dilaporkan menuntut Umno mengambil tindakan terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kerana campur tangan dalam urusan dalaman MIC.
Tuntutan Mohan itu membuktikan MIC sebenarnya tidak mengalah walaupun berundur setapak ke belakang apabila kelihatan tunduk kepada tekanan Umno dengan menggantung seorang perwakilan di perhimpunan agungnya, M Sukumaran yang berucap menyarankan potret Dr Mahathir dikalungkan dengan selipar Ahad lalu.
Ketika diminta pandangannya mengenai pergolakan itu, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub menyifatkan kenyataan Mohan yang menuntut Umno mengambil tindakan ke atas Dr Mahathir itu sebenarnya ditujukan kepada Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Sebelum itu, Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu membidas kenyataan Najib ketika merasmikan perhimpunan agung ke-63 parti itu Sabtu lalu.
"Perdana Menteri cakap, bila popular di dalam parti sahaja tak mencukupi. Perlu popular di kalangan rakyat juga.
"Biar saya cakap ini. Kalau popular di dalam parti baru anda bercakap di luar, dengan rakyat. Kalau tak, mereka akan tanya, siapa kamu?" kata beliau.
Anak lelaki Samy Vellu sendiri, Vell Paari melihat kenyataan Najib itu sebagai campur tangan dalam urusan dalam MIC.
"Para perwakilan (perhimpunan MIC) juga kecewa dengan ucapan (perasmian) Najib yang tersirat kritikan terhadap Presiden MIC dan menggesa dilakukan perubahan di dalam parti, seolah-olah beliau mahu pasukan presiden dikalahkan," katanya.
Samy Vellu bukan setakat menentang campur tangan tokoh-tokoh Umno dalam urusan parti yang dipimpinnya, malah menghentam BN apabila menyatan para pengundi India meluat dengan BN.
Keselamatan BN bukan sahaja terancam dengan penentangan MIC itu, malah ia turut tergugat dengan perpecahan MCA.
Salahuddin melihat tindakan Majlis Presiden MCA memecat bekas Timbalan Presidennya, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek sebagai tindakan penentangan terhadap Najib dan Umno.
Dalam pertelagahan antara Chua dan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Ong Tee Keat, Najib dan Umno dilaporkan menyebelahi Chua.
Sebelum itu, dalam tindakan yang dilihat sebagai tamparan hebat kepada Ong, Najib melantik Chua sebagai ketua penyelaras BN bagi merampas semula negeri-negeri yang kini dikuasai Pakatan Rakyat (PR).
"Ong dilaporkan amat marah dengan tindakan Najib melantik Chua ke jawatan itu," kata Salahuddin.
Menambahkan lagi ancaman keselamatan Umno dan BN, China Press Ahad lalu melaporkan Daim berkata, 80 peratus dari golongan muda tidak menyokong BN.
Bahkan, katanya lagi, bukan sahaja golongan muda yang menentang kerajaan, malah kira-kira sejuta dari tiga juta ahli Umno juga tidak mengundi parti itu.
Menurut beliau, ramai ahli Umno yang hilang keyakinan kepada parti itu dan para pemimpinnya.
Sebelum pilihan raya umum 8 Mac tahun lalu, bekas Bendahari Umno itu pernah memberi amaran tentang tiga negeri yang disifatkannya sebagai "kawasan panas" bagi BN, iaitu Kedah, Selangor dan Pulau Pinang.
Ketiga-tiga negeri itu akhirnya terlepas dari cengkaman BN dalam pilihan raya tersebut termasuk Perak yang akhirnya dirampas kembali oleh parti itu dalam "operasi lompat" yang dilaporkan telah diketuai sendiri oleh Najib.
Kelantan, dalam pilihan raya umum lalu, gagal dirampas oleh BN.

BAB ARAK - Sandaran Emosi, Fakta, Iltizam, Kehendak dan Tujuan Mesti Jelas dan Kemas.


oleh Muhammad Sanusi Md Nor

Kira wajib bersandar pada hukum, arak adalah haram. Ini jelas. Tak kira apa jenis, bungkusan dan jenamanya, ia adalah najis, sesetengah orang namakan air kencing syaitan. Marah dan jijik, hairan dan terkilan, takut dan bimbang, kesal dan insaf -akan segera lahir dalam hati bila kita nampak ada orang Islam yang meminum arak terang atau sembunyi. Kita segera heboh bila selepas sesuatu function, tin-tin arak bersepah menandakan ada orang meminumnya. Mulalah kita nak salahkan peminum, pihak berkuasa, penjual, pembawa, penganjur program dan lain-lain. Ini semua memang emosi yang wajar dan patut sebagai umat Islam yang mengharapkan balasan baik bila bertemu Allah di akhirat. Paling kurang, kita sudah membenci dalam hati, tanda selemah-lemah iman.

Faktanya ialah di negara ini, bukan semua yang kita namakan arak itu adalah arak. Ada dua kategori dalam undang-undang berkaitan yang dilulus di Parlimen dan dikuatkuasakan oleh pihak berkuasa- ARAK dan BEER. Arak (liker) adalah minuman keras yang tertakluk kepada semua akta berkaitan sama ada Akta Duti dan Eksais, Akta berkaitan lesen menjual minuman keras, Enekmen Jenayah Syariah bersabit kesalahan meminum dan menjual arak, dan lain-lain undang-undang. Jualan arak kategori ini perlu lesen menjual minuman keras dan lesen premis menujalminuman keras. Memohon lesen menjual minuman keras dan lesen premis mesti mengambil kira sensitiviti masyarakat setempat. Iklan di akhbar diwajibkan.

Selalu kita dapat lihat iklan-iklan kecil di sudut-sudut tersembunyi akhbar2 utama, permohonan menual minuman keras oleh sipolan dan sipolan. Kalau ada bantahan, sila kemukakan. Tapi berapa orang prihatin dengan hal ini? Bila tiada bantahan, pihak berkuasa akan luluskan. Di sinilah peranan umat Islam membuat bantahan. Di sini juga boleh diharapkan peranan orang-orang di Kementerian Kewangan, kastam, PBT dan agensi2 terbabit menggunakan kebijaksanaan akal budi, kalau tak ada bantahan pun, gunakan hujjah dan helah lain dalam memproses permohonan itu.

Beer adalah kategori minuman (yang juga memabukkan) dengan kandungan alkohol yang rendah - tetapi tidak tertakluk kepada akta-akta tadi. Dari sudut perundangan yang ada di Negara ini, ia setaraf coca-cola, pepsi, 7-up dan lain-lain minuman ringan dalam tin. ini yang banyak diminum dan mudah didapati di kedai 24 jam dan kedai restoren bukan Islam. Budak-budak melayu Islam yang kita emosikan tadi kebanyakkannya melanggah yang jenis ini.

Jika ditangkap, didakwa di bawah Enekmen Jenayah Syariah, adakah tafsiran arak dalam akta parlimen boleh melepaskannya? Yang kita bimbangi ialah, dia terlepas dan kerajaan kalah...ini pasti menimbulkan satu lagi masalah...minum beer dalam tin, tak salah, jangan langgah yang dalam botol saja. Kerajaan tak boleh buat apa-apa! Jangan takut. Jika ini terjadi, jatuhlah maruah dan kredibiliti sebuah kerajaan yang cuba untuk membenteras satu kemungkaran.

Sebab itu, MB Kedah menyatakan, perlu dilihat dari semua sudut... apakah kekuatan dan kelemahan yang ada untuk membendung masalah ini. Adakah perlu Parlimen bersidang meminda tafsiran arak dan beer. Adakah Kerajaan Negeri di bawah Perlembagaan Malaysia, boleh meminda Enekmen di negeri masing-masing untuk mentafsirkan sendiri kategori minuman keras? Adakah penguatkuasa punya keberanian untuk melaksanakan kerjanya. Adakah benar, penguatkuasa yang ada di negeri-negeri tidak berani berhadapan dengan pemabuk dan peniaga arak? Adakah mereka dilindungi dan dipertahankan jika ada masalah berbangkit?

Pihak-pihak yang prihatin, pakar undang-undang, yang mempunyai kesungguhan, iltizam dan memahami tujuan tegahan Islam terhadap arak perlulah segera meneliti isu-isu ini untuk membantu negeri-negeri melaksanakan tuntutan ini.

******************************************************************************
Minum arak dikenakan hukum hudud, ada pendapat 80 sebatan, ada pendapat kata 40 rotan. Zaman Rasulullah 40 rotan, zaman Syaidina Umar 80..kenapa? Kerana orang mabuk yang dihukum di zaman khalifah itu turut memaki hamun dan menuduh perempuan itu dan ini berzina. Syaidina Umar mencantumkannya dengan Qazaf (80 rotan).

Lihat juga aspek pendidikan, isu arak bukan sahaja isu perundangan dan penguatkuasaan. Lihat juga isu sosial dan budaya, isu teladan dan kepimpinan...(sekadar contoh, di Indonesia yang ramai umat Islam, yang menjual beer dalam tin di gerai-gerai dan kereta roda 3 di tepi jalan adalah orang Islam. Ada berpuluh-puluh - mungkin ratusan gerai dan roda tiga yang menjalankan aktiviti ini. Berkunjunglah ke Riau pada waktu malam untuk melihat senario ini. Di tempat lain, mungkin ada senario lain - saya tak pernah pergi selain Riau).

Persiapan kita yang rapi dan kemas akan berupaya melemahkan perjuangan sesetengah pihak di Malaysia yang melihat isu arak, beer dan judi sebagai budaya masyarakat majmuk dan budaya bukan Islam. Hakikatnya, disebalik perjuangan mereka itu, terselindung satu kuasa besar untuk menjahanamkan umat Islam. Bagaimana pula hal ini dapat disedari dan ditangkis?

Kita dalam PAS dan seluruh pejuang Islam yang mukmin, mungkin dapat menyediakan hujjah bersumberkan dalil-dalil nas dan hukum Feqah - Maqasid Syariah - memelihara agama, nyawa, akal, harta, keturunan - tapi dalam zaman lebih ramai orang bersandar pada logik akal dan hak asasi manusia, bagaimana hujjah kita perlu dipersembahkan dan dipertahankan? Kata YB Dato' Nik Amar, di zaman ini, intipati perjuangan dan cara ia dipersembahkan adalah sama penting!

Ada sahabat akan berhujjah dengan ayat "... Jangan takut kepada orang yang mencela"... kerana nak laknasanakan tuntutan Islam. Ada yang berhujjah dengan ayat"... mereka bersikap lemah lembut kepada orang mukmin dan bersikap keras kepada mushrik..." dan ayat-ayat lain dalam isu ini... Tetapi kita perlu cermat - dalam konteks mana ayat itu diguna pakai, apa Asbabun-Nuzulnya...apa situasinya....semua ini kena dihalusi. Para ulamaklah sandaran kita untuk menunjukkan jalan. Berijtihadlah... jika perlu.

Adakah celaan dan penghinaan pihak tertentu yang bakal datang akibat kesilapan umat Islam mempersembahkan tuntutan Agama hingga membawa fitnah yang lebih dahsyat kepada Islam.... perlu dielak (atau diterima kerana bersandarkan nas ini). Apakah jika mukmin itu berada dalam kesilapan dan hilang punca... hingga dilihat Islam itu lemah, kita juga mesti bersikap lemah lembut...? Adakah teguran keras kepada orang Islam kerana hal yang penting dan serius, akan dikira mengingkari ayat ini?

Saya tidak arif dalam hal ini, saya hanya membuka medan untuk tuan-tuan menyumbang pandangan dan pendapat. Saya mungkin silap, harapan saya supaya dapat ditegur dan diperbetulkan.

Semua yang akan terlibat dengan perbincangan yang akan dianjurkan oleh Dewan Pemuda PAS Pusat nanti mesti mempunyai maklumat dan persediaan yang secukupnya untuk menghasilkan satu kertas cadangan yang paling strategik dalam hal ini. Jangan pula kertas kita nanti dibakul sampahkan kerana terlalu koman. Lekehlah kita dilihat orang.

Tujuan kita ialah melaksanakan Islam secara Kaffah... melaksanakan Islam dan beramal dengan sifat-sifat Rasulullah... Siddiq, Amanah, Tabghlig & Fathonah. Dihujung hayat diberikan husnul khatimah, di akhirat diberikan syurga, dijauhkan neraka. Berkerja Keraslah Di Waktu Yang Singkat (dunia) untuk Berehat bersenang lenang di waktu panjang (akhirat). Teruskan perjuangan, selamat berpuasa.

Tulisan ini dibuat dengan maklumat asas sahaja, bila dah lengkap semua info, saya akan menulis lagi bagi kemas. Ini sekadar untuk pembaca sama-sama cari maklumat bagi mengkayakan khazanah minda dan membantu fikiran berfungsi...SANUSI