Rabu, 16 September 2009

'Tiada sebab ADUN BN lawan saya'


Menteri Besar Datuk Ahmad Said berkata kemelut politik di Terengganu disebabkan campur tangan pihak-pihak tidak
bertanggungjawab.

Beliau berkata sebenarnya tiada alasan bagi ADUN BN di negeri itu menentang kepimpinannya.

"Sebenarnya semua wakil rakyat BN di Terengganu, anak buah saya.

"Kalau saya yang paling junior, munasabah orang tak puas hati, tetapi di kalangan 28 ADUN BN di Terengganu, saya paling senior.

"Lagipun saya pernah memegang beberapa jawatan penting seperti Ketua Pemuda negeri, exco Pemuda Umno dan exco kerajaan negeri selama dua penggal.

"Malah, saya lebih dulu bertanding dalam pilihan raya," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan exco di Kuala Terengganu hari ini.

Mengenai pertemuan enam ADUN Terengganu dengan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein di Putrajaya semalam, Ahmad berkata mereka telah menemui beliau terlebih dahulu sebelum perjumpaan itu dibuat. BERNAMA

Eksklusif: Bonus RM500, Kakitangan Kerajaan Di Negeri Pakatan Rakyat Dapat Tambahan Bayaran Bonus RM500, Apa Cerita Mereka Dari Negeri BN !

Ramai kakitangan awam, nyata tidak berpuas hati dengan pemberian bonus RM500 yang diumumkan oleh kerajaan baru-baru ini. Mereka menganggap, keputusan yang dibuat oleh kerajaan itu jelas sekali melambangkan bahawa jasa mereka tidak dihargai sepenuhnya. Walhal, semenjak Najib Razak menjadi Perdana Menteri Mac lalu merekalah yang telah bertungkus lumus melaksanakan agenda 1Malaysia yang diperkenalkan oleh beliau. Apa yang lebih memeritkan lagi ialah bayaran RM500 itu pula dibuat dalam dua kali bayaran iaitu sebelum hari raya dan sebelum buka sekolah awal tahun depan. Ini bermakna mereka hanya menerima duit raya sebanyak RM250 sahaja pada tahun ini. Susulan daripada itu, beberapa orang kakitangan awam yang ditemui nyata kecewa dengan senario tersebut. Tambahan pula kerajaan baru sahaja memberi bebanan kepada mereka susulan kenaikan harga minyak sekarang ini. Malahan bagi mereka yang bakal pulang ke kampung halaman menaiki bas pula, mereka juga bakal terbeban dengan sur caj 30% yang dibuat oleh kerajaan sebelum raya tahun lepas yang akhirnya dijadikan kenaikan kadar tambang kenderaan awam itu. Semua ini jelas membuktikan bahawa kerajaan BN tidak prihatin dengan nasib golongan terbabit sebenarnya. Mereka hanya digunakan ketika perlu sahaja, dan tidak diutamakan ketika mereka pula amat memerlukan bantuan kewangan tersebut.

Apalah yang dapat dilakukan sangat dengan wang sebanyak RM250 itu, jika dibandingkan dengan keadaan ekonomi hari ini. Biarpun kakitangan awam kecewa dengan perkembangan ini, namun lain pula jadinya dengan mereka yang bertugas di negeri-negeri Pakatan Rakyat. Difahamkan, tiga negeri terbabit setakat ini iaitu Selangor, Kedah dan Pulau Pinang masing-masing telah mengumumkan pemberian bonus RM500 lagi kepada kakitangan terbabit. Ini bermakna mereka akan mendapat tambahan RM500 yang keseluruhannya berjumlah RM1,000. Tambah menarik lagi bonus tambahan itu bakal diberikan sekali gus RM500 menjelang Hari Raya Aidil Fitri. Ini bermakna mereka bakal menerima RM750, iaitu RM250 diberikan oleh kerajaan pusat dan bakinya oleh kerajaan negeri. Soalnya sekarang, disaat Aidil Fitri yang bakal menjelang tiba apa pula ceritanya kerajaan negeri BN sekarang?. Amat memalukan bila mana kerajaan negeri Pakatan Rakyat yang disekat peruntukan kerajaan pusat dapat memberikan kebajikan kepada kakitangan mereka. Sedangkan negeri-negeri yang ditadbir oleh BN yang menadapat berbagai peruntukan kerajaan, gagal untuk memberi "duit raya" kepada kakitangan awam.

MIC : Ambil tindakan tatatertib keatas Mahathir

Oleh kerana ‘orang slipper’ telah di gantung keahlian, Umno juga mesti ambil tindakan tatatertib keatas mantan Perdana Menteri, DS Dr Mahathir Mohammad.
Ahli MIC masih ingat kenyataan Mahathir dua hari sebelum pilihanraya 2008 bila mana beliau mengecam presiden parti tidak berbuat apa-apa untuk kebaikan komuniti India.
Ketua pemuda MIC T. Mohan kini mahukan Umno mengambil tindakan tatatertib keatas mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad lantaran wakil Pahang yang membuat kenyataan memperolok-olokan Dr Mahathir telah dihukum gantung.

Mohan berkata beliau dan parti tidak menyetujui cadangan ‘mengalungkan slipper’ oleh Peter Sugumaran, wakil cawangan MIC Paya Besar , Pahang.

Walaubagaimana pun, sayap pemuda merasakan mantan perdana menteri tersebut tidak patut campur tangan hal ehwal dalaman parti MIC, katanya.

“Mahathir tidak patut menghentam presiden parti Datuk Seri S. Samy Vellu apabila pertandingan jawatan MIC begitu hampir dan sengit,” kata Mohan.

Katanya, kenyataan Mahathir itu telah mendukacitakan ahli-ahli dan melihatnya sebagai satu usaha mahu menyingkir Samy Vellu.

Katanya ini bukanlah kali pertama dimana dalam waktu yang genting dan cemas, Dr Mahthir melakukannya. Ahli MIC masih ingat kenyataan Mahathir dua hari sebelum pilihanraya 2008 bila mana beliau mengecam presiden parti tidak berbuat apa-apa untuk kebaikan komuniti India.

Dr Mahathir telah menyatakan pandangannya keatas MIC, Samy Vellu dan menyokong Datuk S. Subramaniam sebagai naib presiden parti dan menyifatkannya sebagai seorang yang mampu mengembalikan sokongan komuniti India untuk Barisan Nasional.

Ini telah menyebabkan beberapa ahli MIC segera bertindak untuk mempertahankan Samy Vellu, termasuklah Sugumaran yang dalam perbahasan ucapan presiden telah mencadangkan ‘Kalungan Slipper’ diletakan kepada portret Dr Mahathir di PWTC, Ibu Pejabat Umno.

Pemimpin-pemimpin Umno melenting dan menyerang balas, menyifatkan cadangan ‘Kalungan Slipper’ itu sebagai kurang ajar, berlebihan dan melampau.

Bagan Pinang Peningkan BN


Barisan Nasional terpaksa berdepan dengan pilihan raya kecil ke-9, selepas kecundang tujuh kali berturut-turut di Semenanjung Malaysia. UMNO-BN bukan sahaja mengekalkan kekalahan dalam PRU ke-12 di kawasan milik Pakatan Rakyat, malah kehilangan kerusi Kuala Terengganu yang asalnya dimenangi dengan majoriti 628 undi.

DUN Bagan Pinang, Negeri Sembilan meletakkan UMNO-BN dalam keadaan yang lebih selesa, dengan majoriti 2,333 undi memihak kepada BN dalam PRU ke-12. Walaupun dari struktur pengundi memperlihatkan satu pertiganya terdiri daripada bukan-Melayu (India 20%; Cina11%), namun kelebihan BN terletak pada "undi pos", yang merupakan satu pertiga daripada jumlah undi keseluruhannya.

Oleh itu, PR sebenarnya lebih sukar untuk menembusi "kubu selatan" UMNO-BN ini. "Keselesaan" BN ini datang dengan risikonya. Seandainya PR berjaya menghakis secara besar-besaran majoriti BN, maka regim ini perlu menyedari bahawa paras oksigennya semakin menurun ke "selatan".

Tetapi seandainya PR berjaya memecahkan tembok di Negeri Sembilan, maka kemungkinan "orang selatan" bakal menarik nafas udara segar dalam PRU ke-13. BN terpaksa berdepan dengan realiti bahawa krisis kredibiliti dirinya belum berakhir, walaupun Abdullah Ahmad Badawi yang dipersalahkan sebelum ini telah menyerahkan kuasa.

Pertikaian integriti calon

"Saya berharap pengalaman pilihan raya kecil sebelum ini dijadikan sebagai iktibar kepada kita, kepada pemimpin Umno dan BN tentang apa yang harus kita lakukan (untuk mencapai) yang terbaik," demikianlah ulasan Perdana Menteri, Najib Razak berhubung pilihan raya kecil yang bakal berlangsung.

UMNO-BN semestinya dihampakan dengan keputusan pilihan raya kecil Permatang Pasir, apabila PAS-PR berjaya mempertahankan "kubu Anwar Ibrahim" walaupun dilontarkan dengan pelbagai tuduhan dan tohmahan. Selain itu, UMNO-BN terpaksa mengaku silap apabila meletakkan Rohaizat Othman sebagai calon, mencungkil pertikaian integriti dan keperibadian calon tersebut.

PR tidak menghadapi banyak kesukaran untuk menundukkan musuh politik yang imejnya tercalar. Speaker DUN Selangor, Teng Chang Khim pernah menyindir dalam satu ceramah ketika berkempen, UMNO-BN gagal mencari walau satu calon yang sesuai dari ahlinya di seluruh Malaysia, untuk bertanding di Permatang Pasir!

Bukan sekadar sindiran dari musuh politik, malah tokoh veteran dalam UMNO sendiri, Tengku Razaleigh Hamzah mempertikaikan pemilihan calon sebegini.

Mohd.Isa Samad bakal calon?

Kini, desas-desus tersebar luas bahawa Mohd Isa B Hj. Abdul Samad bakal diturunkan sebagai calon UMNO-BN di Bagan Pinang. Tokoh veteren ini mempunyai kelebihannya sebagai bekas Naib Presiden UMNO, bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, malah bahang pengaruhnya dikatakan masih hangat di Bagan Pinang.

Cuma, Mohd Isa pernah disingkirkan dari kerusi ketiga dalam UMNO, setelah didapati bersalah kerana terlibat dalam politik wang semasa pemilihan UMNO tahun 2004. Mohd Isa digantung keahlian UMNO-nya selama tiga tahun sehingga 23 Jun 2008. Beliau sempat masuk semula ke gelanggang untuk bertanding sebagai naib presiden tahun ini, tetapi gagal akhirnya.

Oleh itu, UMNO-BN kini menghadapi dilema ketika memilih calon. Mohd.Isa mungkin tokoh yang berpengaruh di tempatan, tetapi imejnya yang tercalar boleh dijadikan sasaran serangan dari pihak musuh.

"Sekali lagi, UMNO-BN gagal meletakkan seorang calon yang berintegriti untuk memikat undi rakyat", "ini bukti paling kukuh bahawa UMNO-BN belum bersedia untuk berubah setelah dihukum oleh pengundinya sejak 8 Mac 2008," Demikianlah kata-kata yang dijangka akan terkeluar dari mulut pemimpin PR, seandainya Mohd.Isa tampil sebagai calon akhirnya.

Dilema UMNO-BN

Namun demikian, seandainya UMNO-BN meletakkan calon selain Mohd.Isa atau anak beliau, maka parti ini perlu mengambil risiko seandainya Mohd. Isa bertindak untuk sabotaj kempen UMNO. Sekiranya ketidakpuasan Mohd. Isa meledak bersama pengaruhnya, maka kemungkinan UMNO akan merasai kepedihan. Tetapi, jikalau Mohd.Isa kembali dengan "pengaruhnya", mungkinkah beliau membuka babak baru pergelutan kuasa dalam kerajaan Negeri Sembilan?

UMNO-BN semestinya lebih cermat untuk menghadapi pertarungan ke-9 ini. MCA kini bercelaru dengan pergelutan kuasa yang berlaku di dalam parti, sementara komuniti India mungkin masih membara dengan isu perarakan yang mengheret kepala lembu. Daripada perkiraan sedemikian, UMNO perlu bergantung kepada undi Melayu untuk menang dalam pilihan raya kecil ini.

Walau bagaimanapun, UMNO-BN masih mampu menang dengan memecah-belahkan undi PR, mungkin melalui calon berkaum India yang ditaja secara tidak rasmi, untuk merangkul undi komuniti India. Kita pernah menyaksikan senario "calon paling banyak" dalam pilihan raya kecil Bukit Selambau, April 2009, walaupun akhirnya gagal meleraikan kemenangan PR.

Namun, keadaan mungkin berbeza selepas insiden Kampung Buah Pala di Pulau Pinang, dan isu pemindahan kuil Hindu di Shah Alam, Selangor. Tokoh Hindraf telah menyatakan ketidakpuasan mereka terhadap PR secara terbuka, dan mempertikai keikhlasan PR menyelesaikan masalah.

Mempertahankan majoriti kerusi

Untuk UMNO-BN, kerusi Bagan Pinang wajib dipertahankan supaya tidak membuka celah kepada PR yang mengintai kuasa kerajaan negeri ini. BN kini berada dalam kedudukan 21-15 kerusi mengatasi PR. Seandainya jurang ini dirapatkan sehingga 20-16, maka PR hanya memerlukan tiga lagi kerusi untuk mengambil alih kerajaan Negeri Sembilan, mengikut permainan "lompat-melompat" parti.

Kerajaan BN Negeri Sembilan pernah disebut akan tumbang sejak tahun 2008 lagi. Malah, pada ambang 16 September tahun lepas, khabar angin kencang bahawa kerajaan BN di negeri ini bakal ditumpaskan, walaupun mungkin kerajaan pusat belum digulingkan. Sehinggalah Februari tahun 2009, Exco Kanan Kerajaan Negeri Perak, Ngeh Koo Ham masih cuba "berperang saraf" dengan kerajaan BN apabila mendakwa kerajaan Negeri Sembilan bakal jatuh ke tangan PR.

Namun, perkembangan seterusnya menjadi dramatik apabila kerajaan negeri PR Perak sendiri ditumbangkan melalui rampasan kuasa dengan "melompat parti". Kemelut Perak masih bergelora sehingga kini... apa pula Bagan Pinang seterusnya? -Lim Hong Siang

Rosmah@PM 1MALAYA..!!!

fatladyhk2
Spring chickens
[rosmah+m.JPG]

rosmah
Gambar2 ini tidak ada kena mengena ngan blog ni. haha. jgn marah rosmah. =p
 
YANG NI SAPE...??? ROSMAH MASA MUDA KOT..??? ATAU...??? SAPE LEH KASI TAU...????

MACC and gang sued for RM50 million

Lawyer Rosli Dahlan has sued 17 parties -- which include the Malaysian government, Utusan Malaysia, MACC and the A-G Chambers -- for alleged defamation, assault and false imprisonment. Let this 20-page document filed in court today tell the story of what Rosli was subjected to at the hands of the government and its officers. Whether he wins his case or not and whether he is awarded the RM50 million damages he is seeking is not crucial. What is would be that Rosli is able to tell his story and expose the MACC/AG and their lackeys for what they really are. And Rosli's story makes most interesting reading indeed. It is almost like a script from a Hollywood movie, except in this case it is real and not make-belief.
NO HOLDS BARRED
Raja Petra Kamarudin

1 Malaysia F1: Bila masa rakyat didahulukan?

Oleh Zukri Aksah
TEMERLOH, 16 Sept — Kerajaan Malaysia, di bawah teraju Najib Razak semalam  mengumumkan bahawa Kerajaan dengan usahasama Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Persatuan Sukan Permotoran Malaysia, Naza Motor dan Air Asia telah menubuhkan pasukan lumba kereta Formula 1 dengan nama 1Malaysia. Pasukan ini akan menyertai sirkit F1 pertamanya pada musim 2010.
Pengumuman ini datang tidak lama selepas kerajaan bertindak menaikkan harga minyak petrol, RM0.05 untuk RON95 dan RM0.25 untuk RON97.
Ahmad Nizam Hamid, Penasihat Undang-Undang PKR Negeri Pahang dalam reaksinya menyuarakan kegagalan rakyat untuk melihat apakah keperluan untuk membentuk sebuah pasukan lumba kereta yang biayanya sudah pasti mencecah jutaan ringgit dalam suasana ekonomi sekarang. Menurut Nizam, Najib dalam sidang medianya enggan memberitahu jumlah sebenar pelaburan kerajaan dalam projek ini, cuma memaklumkan ia dibuat melalui Proton.
Bagi Nizam yang juga Pemangku Ketua PKR Cabang Temerloh, jawapan Najib itu adalah sikap tipikal kerajaan pimpinan Umno dan BN yang tidak telus dan tidak bertanggungjawab. Tegas Nizam, apa yang beliau nampak melalui tindakan penyertaan kerajaan dalam projek F1 ini hanyalah pembaziran dan tidak memberi manfaat kepada rakyat, bila masa rakyat didahulukan?
Nizam tertanya-tanya siapakah pemberi nasihat kepada Najib yang mencadangkan pembabitan kerajaan dalam projek ini, sedangkan sepengetahuan beliau, Litar Antarabangsa Sepang itu sendiri sehingga ke hari ini menanggung kerugian mencecah jutaan ringgit sejak ia dibina.
Nizam bagaimanapun mengaku yang kerajaan punya hak untuk melaburkan wang yang diamanahkan kepada mereka, tetapi ia mestilah dilakukan secara berhati-hati, kerana wang itu adalah wang rakyat. Tambahan pula keadaan ekonomi sekarang agak tidak menentu, lihatlah keruntuhan Lehman Brothers, ujar Nizam. Nizam juga sempat memberi contoh tindakan terbaru Japan Airlines seperti dilaporkan BBC sedang memotong kos operasi mereka dengan memberhentikan 6,800 orang pekerjanya bagi berhadapan dengan persekitaran ekonomi yang lemah.
Tentang kewajaran penglibatan kerajaan dalam usahasama projek F1 ini, Nizam mempersoalkan kenapa negara yang lebih maju industri automatifnya di sebelah rantau ini seperti Korea Selatan tidak pula beria-ria dan ghairah untuk sama terlibat dalam lumba kereta. Padahal dari segi keupayaan kejuruteraan dan teknologi, mereka jauh meninggalkan Malaysia.
Pantas Nizam merumuskan, tidak lain tidak bukan, inilah sifir ekonomi Najib, jika rugi sekalipun, rakyatlah yang akan menanggungnya, kerana wang yang dibelanjakan itu bukan milik Najib tetapi datang dari khazanah negara, dalam kes F1 ini, dari kocek Proton, Protonlah yang menjadi mangsa. Akhirnya 1Malaysia terpaksa berjimat, 1Malaysia menanggung beban kos kehidupan yang tinggi semata-mata kerana ego pemimpin negara yang senantiasa memikirkan nafsu megalomaniak mereka.

Menyambut Hari Malaysia

Sept 16 — Perhimpunan Khas Sambutan Hari Malaysia di Dewan Jubli Perak Selangor baru sahaja selesai.
Sebagai anggota jawatankuasa penganjur program tersebut, saya gembira program tersebut yang dihadiri wakil rakyat, pegawai kerajaan dan ahli majlis daripada segenap pelusuk Selangor berlangsung dengan baik.
YAB Tan Sri Dato’ Abdul Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor; YB Tuan Teng Chang Khim, Speaker Dewan Negeri Selangor dan YB Dr. Dzulkefli Ahmad, Ahli Parlimen Kuala Selangor berucap berserta dengan ucapan daripada tetamu khas Datuk Dr. Jeffrey Kitingan (Sabah) dan Baru Bian (Sarawak).
Saya sempat mengemaskini status Twitter saya (yang dihubungkan dengan Facebook saya), menghargai rakan-rakan di Twitter dan Facebook yang memberi cadangan menyanyikan lagu Malaysia Berjaya pada majlis tersebut.
Seperti biasa timbullah perbahasan bersemangat di Facebook saya. Ada yang pelik apa signifikan 16 September? Ada yang cuma teringatkan agenda 16 September Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ada pula yang mengatakan seolah-olah perjuangan kemerdekaan Tanah Melayu diperkecilkan.
Ya, Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Itu fakta sejarah. Saya sendiri menerimanya, malah apabila ada yang mahukan Hari Kemerdekaan disambut pada 16 September saya tidak bersetuju, kerana hakikatnya Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu adalah pada 31 Ogos 1957.
Tetapi Persekutuan Malaysia yang terdiri daripada Tanah Melayu, Singapura (hingga 1965), Sabah dan Sarawak terbentuk pada 16 September 1963. Itu juga fakta. Sabah dan Sarawak masih lagi terjajah hingga tarikh tersebut.
Apakah salahnya kita merayakan kedua-dua tarikh tersebut yang penting dalam lipatan sejarah negara? Mengapa perlu kita takut memberikan penekanan terhadap 16 September 1963?
Malah, sebenarnya bulan kemerdekaan secara dasarnya dirayakan daripada 17 Ogos hinggalah 16 September. Tetapi 16 September sering dipinggirkan. Semalam akhbar Malay Mail menjalankan tinjauan dan ramai rakyat Malaysia di Semenanjung yang tidak sedar signifikan tarikh besar dalam pembentukan negara bangsa kita ini.
Rasa kecil hati masyarakat Sabah dan Sarawak juga berputik daripada perkara-perkara lain, termasuk penghakisan prinsip Federalisme yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan kita dan merupakan jaminan bapa-bapa kemerdekaan kita kepada masyarakat mereka dalam menarik mereka turut serta membentuk Malaysia dahulu. Malah, kini Federalisme turut terhakis di negeri-negeri di Semenanjung yang memilih pembaharuan.
Berikutan gelombang perubahan politik 8 Mac 2008, BN kalah dari segi undi popular di Semenanjung Malaysia. Dari segi kerusi Parlimen, BN menang tipis lima kerusi (kini empat kerusi). Kemenangan BN datang daripada Sabah dan Sarawak sehingga dianggap menjadi simpanan kekal BN.
Justeru, wajarkah kita mempertikaikan mengapa masyarakat Sabah dan Sarawak sensitif dalam hal ini? Sudah lama mereka merasakan negeri-negeri mereka yang kaya dengan hasil mahsul dan khazanah namun terus berhadapan dengan jurang kekayaan dan masalah pembangunan seperti negara-negara di Afrika. Kita menjerit-jerit tentang hak Bumiputera, tetapi masyarakat Bumiputera di Sabah dan Sarawak merasakan diri mereka terpinggir.
Sewajarnya, semua warganegara kita tidak patut merasakan diri mereka tertinggal mahupun terasing. Bukan itu yang diperjuangkan bapa-bapa kemerdekaan kita.
Ini juga bukan satu tindakan bagi menidakkan kemerdekaan kita pada 1957 dan pejuang-pejuangnya. Bagi penyokong UMNO yang begitu sensitif dengan tarikh 1957, mereka juga harus menginsafi bagaimana ketika AMCJA-PUTERA dipimpin Parti Kebangsaan Melayu Malaya sudah melaungkan slogan Merdeka pada 1946, UMNO memperlekehkan mereka. UMNO cuma berani melaungkan ‘Hidup Melayu!’. Hanya kemudian UMNO mengubah laungan mereka kepada Merdeka dan berani memikirkan idea Merdeka.
Kalau nak diikutkan sejarah, banyak pewaris AMCJA-PUTERA termasuk PAS dan Parti Rakyat Malaysia (parti yang bergabung dengan Parti Keadilan Nasional bagi membentuk Parti Keadilan Rakyat) turut kritis terhadap pembentukan Malaysia.
Namun hakikatnya, Malaysia sudah pun wujud hari ini. Semua menerimanya. Dalam keadaan 1Malaysia menjadi istilah paling bergaya hari ini, jangan kita lupakan saudara-saudara seMalaysia kita di Sabah dan Sarawak.

16 September sepatutnya dihargai — Azman Anuar

SEPT 16 — Sesetengah warga Malaysia mungkin tidak sedar bahawa hari ini adalah ulang tahun penubuhan Persekutuan Malaysia ke-46. Hari ini juga ada yang langsung lupa tentang ulang tahun Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ke-76.
Satu tarikh tetapi ada dua peristiwa penting berlaku pada hari ini — 16 September. Tanggal 16 September bagi masyarakat awam adalah seperti hari biasa. Sebab hari ini bukan cuti umum sebagaimana kita bercuti untuk menyambut Hari Kemerdekaan pada setiap 31 Ogos.
Jadi tidak hairanlah jika 16 September tidak membawa apa-apa makna bagi kebanyakan rakyat di Semenanjung Tanah Melayu. Mereka lebih mengingati 31 Ogos daripada 16 September. Tetapi tarikh ini memberi makna yang besar kepada kebanyakan rakyat di Sabah dan Sarawak.
Hari ini genap 46 tahun Sabah dan Sarawak merdeka melalui penubuhan Malaysia. Sejak 2008, tanggal 16 September setiap tahun akan diingati sebagai Hari Malaysia.
Dengan perisytiharan ini diharap mengubah sikap kurang sedar oleh sebilangan besar rakyat tentang tarikh pembentukan Malaysia. Ini terjadi kerana kita lebih mengingati tarikh kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957 berbanding dengan tarikh kemerdekaan Sabah dan Sarawak bersama Persekutuan Tanah Melayu dan Singapura pada 16 September 1963. Tetapi Singapura keluar daripada Malaysia pada 9 Ogos 1965.
Barangkali untuk rakyat mengingati tarikh ini maka wajar 16 September dijadikan hari cuti umum di Sabah, Sarawak dan Labuan bagi mengenang hari penubuhan Malaysia.
Lebih-lebih lagi tiada program sambutan secara besar-besaran dianjurkan di seluruh negara pada tarikh tersebut sejak dahulu lagi. Oleh itu bukan pelik tarikh bersejarah ini berlalu tanpa timbul rasa perbezaan dengan hari-hari biasa. Oleh kerana tarikh 16 September jatuh dalam bulan Ramadan, umat Islam berpuasa maka tiada sambutan diadakan.
Jika tahun-tahun terdahulu, Hari Malaysia disambut — itu pun kerana meraikan majlis penutupan Bulan Kemerdekaan dan ia hanya diadakan di negeri yang menjadi tuan rumah sambutan itu sahaja. Liputan yang diberikan oleh pihak media juga kurang meluas.
Apakah benar sesetengah rakyat negara ini tidak menghargai tarikh bersejarah 16 September 1963? Jangan salahkan pandangan bahawa kita sendiri mendiskriminasi tarikh 16 September berbanding tarikh 31 Ogos, sedangkan kedua-dua tarikh itu sama penting dalam lipatan sejarah negara.
Atau rakyat Malaysia lebih mengingati 16 September sebagai tarikh cadangan penubuhan kerajaan baru seperti dicanangkan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tahun lalu.
Mujur tarikh itu tidak mencipta sejarah kerana ia hanya satu impian Anwar semata-mata. Sebab itu, kerajaan wajar mengangkat Hari Malaysia setaraf dengan tarikh 31 Ogos agar tarikh terbentuknya negara kita lebih dihayati, dikenang dan dihargai oleh seluruh rakyat.
Hubungan antara kaum yang dilihat agak longgar sejak dua tahun kebelakangan ini perlu dipulihkan.
Jika tarikh 16 September dijadikan cuti umum maka elok hari tersebut diadakan acara yang memupuk perpaduan kaum termasuk melibatkan kaum-kaum di Sabah dan Sarawak. Tarikh terbentuknya Malaysia perlu lebih dihayati, dikenang dan dihargai bukan sahaja oleh rakyat Sabah dan Sarawak tetapi seluruh rakyat Malaysia.
Tarikh itu wajar dikenang sebagai detik bersejarah kepada Malaysia kerana ia merupakan hari lahirnya sebuah negara baru di rantau ini.
Pada 16 September 1963, Tunku Abdul Rahman Putra mengisytiharkan penubuhan Persekutuan Malaysia bagi menggantikan Persekutuan Tanah Melayu.
Pembentukan Malaysia itu membolehkan Singapura, Sabah dan Sarawak memperoleh kemerdekaan daripada British melalui Malaysia.
Berdasarkan geopolitik Asia Tenggara pada tahun-tahun 1960-an, penyatuan itu lebih bertujuan untuk menjamin perpaduan, kemakmuran dan keselamatan bersama terutama daripada ancaman komunis.
Dalam proses pembentukannya, gagasan itu ditentang oleh Filipina dan Indonesia. Beberapa tahun lalu Manila mengisytihar tidak akan menuntut Sabah yang berada dalam Malaysia.
Tetapi berlainan dengan Indonesia, masih ada api dalam sekam yang masih berbara. Dalam kempen pembersihan rakyat Malaysia di Indonesia sejak tiga minggu lalu pemerhati politik Datuk Hashim Suboh berpandangan, rakyat kita perlu sentiasa kekal matang, cerdik, bijaksana dan rasional.
“Rakyat Indonesia khususnya politikus, karyawan media, pemimpin NGO dan mahasiswa sebenarnya baru mula bernafas dalam udara demokrasi.
“Mereka yang ghairah tentang hak, ketelusan dan keterbukaan ini akan lambat-laun menyedari bahawa di alam realitinya bangsa Indonesia tidak boleh dimajukan dengan sajian politik retorik semata-mata,” jelas Hashim ketika dihubungi.
Dalam konteks hubungan Malaysia-Indonesia, kata beliau, adalah penting untuk kita tidak lagi bersentimental dengan mereka. Buang jauh-jauh hubungan secara abang-adik kerana kita dan mereka pasti mudah terguris dan tercalar oleh sesuatu perkara berbanding dengan pola hubungan bersama rakan-rakan yang berdiri sama tinggi.
Kini terbukti penyertaan Sabah dan Sarawak ke dalam Malaysia adalah suatu keputusan yang tepat dan terbukti membawa rahmat besar kepada rakyat dan kedua-dua negeri.
Dengan bukti kemajuan dan nikmat pembangunan yang dikecapi hari ini, tidak ada pihak boleh menafikan kewajaran penyertaan Sabah dan Sarawak ke dalam Malaysia.
Kestabilan politik, kemakmuran sosial dan kemajuan ekonomi yang dikecapi sejak merdeka menerusi Malaysia 46 tahun lalu, jelas berjaya mengubah landskap kedua-dua negeri di Pulau Borneo itu.
Menurut Hashim yang juga Naib Presiden Gerakan Belia 4B Malaysia, kejayaan memajukan negara secara seimbang tanpa membiarkan mana-mana negeri atau daerah tertinggal, daif dan kelihatan seolah-olah terabai dan dipinggirkan mestilah dijadikan matlamat utama mana-mana kerajaan dan mereka yang diangkat menjadi pemimpin kerajaan.
Konsep federalisme perlu dihayati sepenuhnya biarpun kita bersaing habis-habisan di pentas politik. Sementara politik dan demokrasi perlu dimatang dan dimurnikan, Malaysia sesungguhnya kini memerlukan persekitaran politik yang lebih kondusif, cerdik, beradab dan saling menghormati di antara kerajaan-kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan.
“Bagi Sabah dan Sarawak mungkin telah tiba masanya parti-parti politik berasaskan negeri dinaikkan taraf atau diserapkan menjadi parti politik bertaraf nasional jika benar kita semua inginkan Malaysia yang satu dan holistik,” kata Hashim.
Kecenderungan untuk melihat Semenanjung, Sabah dan Sarawak sebagai entity yang berada dalam petak atau kompartmen yang berasingan telah terhakis dengan cukup jelas sebaik-baik sahaja kita menghentikan penggunaan istilah Malaysia Barat untuk merujuk Semenanjung dan Malaysia Timur untuk Sabah dan Sarawak.
“Ia tambah dimantapkan lagi apabila Kerajaan Persekutuan membuat keputusan menyeragamkan waktu yang memberikan kesan psikologi yang cukup besar kepada seluruh rakyat tentang ‘kesatuan’ kita.
“Pada masa yang sama kelonggaran peraturan kemasukan rakyat dari Semenanjung ke Sabah dan Sarawak turut membantu melenyapkan perasaan ‘keterasingan’ yang amat tidak perlu itu.
“Supaya perasaan itu terus terhapus mungkin lebih wajar perkataan Semenanjung juga tidak perlu digunakan lagi selepas ini. Sebaliknya kita boleh terus merujuk identifikasi geografi kepada negeri atau bandar yang telah kita gunakan dengan selesa di luar perkataan Sabah dan Sarawak,” jelas Hashim. — Utusan Malaysia

Isu ‘kalungan selipar’ bukti MIC belum berubah — Achmad Dzariean Mohd Nadzri

SEPT 16 — Cadangan usul ‘kalungan selipar’ pada gambar Tun Dr Mahathir Mohamad oleh perwakilan MIC dalam perhimpunan agung tahunan mereka baru-baru ini adalah antara contoh sifat tidak taat dan biadab ahli politik yang mengetepikan sifat rasional ketika membahaskan sesuatu isu.
Sungguhpun usul itu tidak mendapat sokongan perwakilan lain, mentaliti membenci yang terlalu ekstrem ini selain mengamal fahaman ketaksuban berpolitik yang melampau perlu ditolak oleh ahli politik pada waktu ini.
Bagaimanapun, semalam MIC menggantung serta-merta keahlian perwakilan yang membuat syor kalungan selipar itu.
Ulasan Mahathir dalam akhbar Makkal Ossai terhadap Datuk Seri S Samy Vellu yang dianggap tidak pernah membuat apa-apa kepada masyarakat India mungkin ada kebenarannya. Kemerosotan undi diperoleh MIC dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 yang lalu adalah bukti kepada segala-galanya yang berlaku dalam masyarakat India kini.
Enam kerusi Parlimen dimiliki MIC juga gagal dipertahankan kecuali tiga kerusi selain kekalahan MIC di 12 daripada 19 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandingi. Samy Vellu nyata gagal memperlihatkan sifat kepemimpinannya dan idealisme kepada masyarakat India di negara ini.
Secara analitikalnya, kemerosotan undi daripada komponen kaum India yang diwakili kerusi dari MIC juga amat signifikan dengan kemerosotan undi kaum India yang diwakili parti komponen Barisan Nasional (BN) yang lain. Akibatnya, calon BN dalam pilihan raya umum lalu dan beberapa siri pilihan raya kecil selepas itu, masih gagal memperoleh undi daripada masyarakat India hinggalah ke hari ini.
Hipotesisnya mudah iaitu masyarakat India mula mempercayai parti pimpinan Samy Vellu sudah hilang taringnya dan mempercayai bahawa MIC bukan lagi sebuah parti yang boleh memperjuangkan nasib kaum India sebaliknya sokongan diperoleh selama ini sudah beralih kepada kemunculan beberapa pertubuhan lain yang mewakili kepentingan kaum India seperti Barisan Progresif India (IPF), Parti Progresif Penduduk (PPP), Barisan Bertindak Hak-Hak Hindu (Hindraf) serta kumpulan serpihannya termasuk Malaysia Makkal Sakthi dan Barisan Tindakan Demokratik India Malaysia (Mindraf).
Pada peringkat kepemimpinan MIC sendiri memperlihatkan bahawa sesiapa yang tidak sehaluan dengan Samy Vellu mula diketepikan sama ada secara terhormat atau terhina.
Isu pemecatan Ketua Pemuda MIC, S Vickneswaran dan pengunduran beberapa orang Ketua Pemuda MIC pada peringkat bahagian dan negeri di seluruh negara memperlihatkan kepada masyarakat bahawa MIC tidak lagi dilihat sebagai parti yang memperjuangkan nasib kaum India, tetapi menjurus kepada “parti Samy Vellu”.
Selain itu, ada juga beberapa perkara yang berlaku di dalam MIC seperti isu pembelian saham Maika Holdings, pembubaran sejumlah cawangan MIC dan anggota MIC yang telah keluar parti pasca pilihan raya umum yang lalu. Inilah yang memberikan petanda bahawa MIC tidak lagi relevan dengan perjuangan membela nasib orang India.
Sebagai sebuah parti yang mewakili dua juta masyarakat India di Negara ini, MIC sepatutnya memerlukan satu pembaharuan yang komprehensif agar ia tidak lagi menjadi beban kepada BN. Masa yang tinggal sebelum pilihan raya umum akan datang adalah tidak lama dan seharusnya MIC memulakan langkah perubahan mulai sekarang.
Pemilihan jawatan tertinggi kepemimpinan MIC baru-baru ini menyaksikan tiada kejutan berlaku dalam barisan kepemimpinan barunya. Calon daripada senarai yang mendapat restu presiden atau calon presiden, Berjaya menguasai barisan kepemimpinan dan keadaan ini sebenarnya sudah dijangkakan.
Pemilihan Datuk G Palanivel sebagai Timbalan Presiden yang baru mengatasi dua calon lain iaitu bekas Timbalan Presiden, Datuk S Subramaniam dan bekas Naib Presiden, Datuk S Sothinathan adalah bukti kukuh yang menunjukkan bahawa ‘calon presiden’ menjadi pilihan utama perwakilan.
Berbalik kepada isu ‘kalungan selipar’ kepada Dr Mahathir, ia adalah sesuatu yang tidak wajar berlaku dan seharusnya dielakkan pada masa akan datang.
Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) di Bagan Pinang, Negeri Sembilan pada 11 Oktober nanti adalah medan terbaik untuk menguji sejauh mana kredibiliti Palanivel selaku ‘calon presiden’ dalam mengembalikan sokongan kaum India kepada BN.
Sesungguhnya, peratusan pengundi kaum India yang mewakili angka 20 peratus daripada jumlah pengundi di Bagan Pinang bakal memberi impak besar kepada politik kaum India khususnya dan kepada BN amnya.
Ketaksuban kepada pemimpin dan ideologi politik kebencian haruslah dielakkan jika slogan perubahan menjadi agenda utama perjuangan MIC dan parti-parti komponen lain dalam BN. Jadikanlah peristiwa kenyataan perwakilan ‘kalungan kalung selipar’ di Dewan Merdeka PWTC sebagai iktibar dan pengajaran tidak seharusnya berlaku lagi jika mahu perjuangan MIC diterima rakyat yang dahagakan perubahan. — Berita Harian

Dapatkan Kebenaran Untuk Guna Nama Pulau Pinang

   
Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang menggunakan nama ‘Pulau Pinang’ tanpa mendapat kebenaran dari kerajaan negeri.

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata terdapat banyak kes di mana pihak-pihak berkenaan menggunakan nama ‘Pulau Pinang’ bertujuan untuk mendapatkan perhatian umum antara tajuk sesebuah majalah dan program.

“Rakyat Pulau Pinang boleh membezakan acara yang mana di taja dan disokong atau kerjasama dengan kerajaan negeri. Kami menerima beberapa aduan mengenai pertubuhan termasuk majalah yang menggunakan nama Pulau Pinang tanpa kebenaran kerajaan negeri,” katanya.

“Saya mahu menjelaskan bahawa perkataan ‘Pulau Pinang adalah milik kerajaan negeri dan rakyatnya. Kerajaan negeri mempunyai kuasa sama ada perkataan ‘Pulau Pinang' boleh digunakan,” katanya.

Menurutnya perkataan 'Pulau Pinang' merupakan hak kerajaan negeri dan sekiranya terdapat pihak yang mahu menggunakan perkataan itu perlu terlebih dahulu mendapatkan kebenaran dan merujuk kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) ataupun Pendaftar Pertubuhan (ROS).

“Jika mahu menggunakan perkataan ‘Pulau Pinang’ adalah penting untuk mendapatkan kebenaran dari kerajaan negeri dan lihat undang-undang yang ada,” katanya.

Guan Eng turut mengakui terdapat beberapa kes bersangkutan perkara ini namun enggan mendedahkan dengan lebih lanjut.

Menurutnya isu seperti ini akan memberi kesan kepada institusi pendidikan, warisan tapak sejarah dunia dan juga institusi pelancongan negeri Pulau Pinang.

PEMENANG Minta Perhatian Najib

   
Persatuan Melayu Pulau Pinang (PEMENANG) dan gabungan NGO Melayu Pulau Pinang akan menghantar surat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya memberi perhatian terhadap nasib penduduk Kampung Tanjung Tokong yang berusia lebih 200 tahun.

Yang Dipertua PEMENANG Datuk Yusof Abdul Latif berkata surat berkenaan meminta Najib campur tangan dalam menyelesaikan isu antara pemaju UDA Holdings dan penduduk kampung yang diarah untuk berpindah.

Menurutnya tapak kampung berkenaan merupakan kampung warisan yang terbina 200 tahun sebelum kehadiran penjajah Inggeris dan sekiranya dimusnahkan maka hilang sejarah Melayu di negeri tersebut.

“Pemenang menyokong kenyataan yang dikeluarkan oleh penduduk Tanjung Tokong supaya pihak pemaju tanah tersebut mengambil kira tentang ciri-ciri keaslian kampung Tanjung Tokong itu sebagai kampung warisan Melayu,” katanya.

Sebelum ini penduduk menyatakan kesedian untuk berpindah demi pembangunan di kampung berkenaan namun berharap supaya separuh dari kampung itu dikekalkan menjadi kampung warisan orang Melayu Pulau Pinang.

“Mengikut sejarahnya, Tanjung Tokong merupakan penempatan orang Melayu lebih dari 200 tahun yang lalu iaitu sebelum kedatangan Francis Light datang ke Pulau Pinang. Pemenang akan sampaikan saranan kita ini kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri supaya mengambil kira kedudukan itu kerana UDA merupakan satu badan agensi kerajaan,” katanya.

Pemaju UDA Holdings, pernah berjanji kepada penduduk untuk memberikan surat pampasan sah dan mempamerkan pelan pembangunan keseluruhan Tanjung Tokong di pejabat cawangannya di Prima Tanjung.
     
UDA Holdings adalah dibawah GLC atau agensi Kerajaan yang bertindak sebagai penjual projek perumahan di kawasan tebus guna yang diperolehinya dengan harga yang sangat minima kepada pasaran bebas.

MB N9 Dicabar Jawab Tuduhan Salahlaku

   
Belum pun Pilihan Raya Kecil Bagan Pinang bermula, Umno Barisan Nasional sudah berdepan dengan satu lagi masalah apabila kreadibiliti Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hassan dicabar.

Mohamad diminta menjawab lima isu besar setelah Ahli Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat Badrul Hisham Shaharin menyerahkan surat terbuka kepadanya pagi tadi di Wisma Negeri.

Badrul berkata Mohamad perlu menjawab mengenai isu tuduhan ‘kerajaan adik beradik’ kerana campurtangan keluarganya dalam pentadbiran kerajaan negeri dan juga agihan projek dan kontrak kerajaan.

Beliau menambah, isu penswastaan air Negeri Sembilan yang diteruskan walaupun mendapat tentangan pelbagai pihak juga perlu dijawab.

Katanya melalui penswastaan berkenaan, Menteri Besar menjanjikan kenaikkan harga kepada rakyat dan keuntungan kepada syarikat swasta.

“Menteri Besar mesti jawab secara spesifik berkaitan dua syarikat yang mendapat keistimewaan. Bagaimana dua syarikat Bumi Highway dan Selia Selenggara yang punya kaitan dengan keluarga MB mendapat begitu banyak kontrak dan tender dalam Negeri Sembilan?" kata Badrul.

“Yang kita tuntut dalam isu penswastaan air adalah dedahkan perjanjian konsesi penswastaan. Yang kedua perlu didedahkan jadual kenaikan kadar tarif air yang dijanjikan kepada syarikat ? Siapa yang kini memegang kepentingan di sebalik konsesi air ini? Adakah ia berkaitan rapat dengan parti pemerintah?" tambah beliau.

Memorandum itu juga menuntut Mohamad menjelaskan campurtangan beliau dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) keatas salahlaku dalam pentadbiran dan pimpinan kerajaan negeri.
.
Mohamad juga perlu menjelaskan mengenai janji-janji yang ditabur sebelum PRU 12 Mac lalu yang sehingga kini tidak kelihatan antaranya pembinaan Hospital Daerah Rembau, Masjid Pedas, Pusat Tuisyen Emas dan projek Lapangan Terbang Ringan.

Badrul juga menanyakan mengenai jumlah perbelanjaan kerajan negeri yang dilihat membazirkan wang rakyat sedangkan syarikat-syarikat di bawahnya tidak menunjukkan prestasi yang baik.

“Jika SPRM membuat siasatan secara terperinci ternyata kedudukan BN di Dewan Undangan Negeri Negeri Sembilan pasti akan jatuh kerana sekurang-kurangnya 5 ADUN terdiri dari Bn terpalit dengan kegiatan rasuah yang kita buktikan sahih.

“Kita mempunyai rekod perbelanjaan pengurusan jabatan kerajaan Negeri Sembilan agak lebih tinggi daripada jabatan-jabatan kerajaan di banyak negeri namun malangnya hari ini kita saksikan pembaziran terus berlaku,” katanya.

SKMM Salahguna Kuasa – Latheefa Koya


   
Tindakan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyiasat portal berita Malaysiakini berhubung klip video demo kepala lembu memperlihatkan salahguna kuasa suruhanjaya berkenaan.

Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat Latheefa Koya menyifatkan tindakan berkenaan dibuat bagi memberi tekanan kepada laman-laman web yang dianggap menjadi masalah kepada Umno Barisan Nasional.

Menurutnya tindakan berkenaan juga bakal memberikan kesan buruk kepada Umno Barisan Nasional dalam usaha mereka cuba mengawal kebebasan penyampaian maklumat khususnya di internet.

“Jelas mereka mengambil tindakan untuk melindungi kes datangnya dari isu kepala lembu untuk melindungi pihak tertentu.

“Setakat ni saya rasa mereka tidak dapat mengawal tetapi akan cuba mengawal. Mereka sudah mula dengan tindakan akta hasutan dan sebaginya itupun sudah terlibat dalam tindakan campur tangan walaupun telah dijanjikan mereka tidak akan campur tangan dalam isu internet,” katanya ketika dihubungi TV Antara.

Latheefa berkata Malaysiakini mempunyai hak untuk tidak tunduk dengan desakan SKMM kerana klip-klip video berkenaan jelas merupakan satu fakta dan bukannya palsu.

Menurutnya, walaupun cuba mengawal internet kerajaan Umno Barisan Nasional mungkin menemui kegagalan.

“Mereka boleh cuba kawal tapi akhirnya penyampaian maklumat yang benar tidak boleh di kawal di internet kecuali mereka ingin menjadi seperti China terdapat tapisan dan jika ia berlaku kita akan ada masalah dalam isu perdagangan bebas dan sebagainya,” katanya.

Sebelum ini seramai 12 lagi kakitangan Malaysiakini disiasat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhubung penerbitan video berkenaan.

SKMM dalam satu suratnya mendesak akhbar web itu menarik balik dua video: Temple demo: Residents march with cow's head (28 Ogos) dan Hisham: Don't blame cow-head protesters (2 Sept).

14 September lalu beberapa NGO dan hak asasi manusia serta penulis blog mengdakan demo bantahan di depan pejabat Malaysiakini terhadap tindakan SKMM.

Pengarah Institut Nasional Untuk integriti Pilihan Raya (NIEI) Amin Iskandar yang memimpin kumpulan berkenaan berkata, mereka mengutuk tindakan SKMM menyiasat 12 kakitangan Malaysiakini.

“Pada 8 Ogos pegawai SKMM menyiasat, tiba di pejabat Malaysiakini di Bangsar Utama untuk mengambil kenyataan kakitangan Malaysiakini termasuk Ketua Pegawai Eksekutif, editor, wartawan, jurukamera dan seorang kakitangan teknikal yang terlibat dalam penghasilan video kepala lembu di hadapan pejabat Bangunan Setiuausaha Kerajaan Negeri Selangor, dan Sidang Media Menteri Keselamatan Dalam Negeri Hishamuddin pada 2 September.

“Kami percaya tindakan SKMM malafede dan bertentangan dengan demokrasi dan kebebasan Malaysia dalam Perlembagaan Malaysia dan hak asasi manusia, Artikel 19 semua orang mempunyai hak kebebasan pendapat dan ekpresi kebebasan termasuk memegang pendapat tanpa campur tangan dan mendapat maklumat dan idea dari mana-mana media,” katanya.

Sehubungan itu pihaknya meminta kerajaan dan SKMM menghentikan siasatan yang melanggar hak asasi manusia itu sebaliknya menghormati maklumat yang disalurkan menerusi internet.

Menurutnya, tindakan berkenan tidak seharusnya berlaku setelah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melaungkan slogan 1Malaysia ‘Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan’.

Anwar's application to bar prosecutors dismissed

Opposition Leader Anwar Ibrahim today failed in his bid to bar seven prosecutors from his sodomy trial.

The Kuala Lumpur High Court's Appellate and Special Powers division dismissed his leave (permission) application where Justice Alizatul Khair Osman Kamaruddin said there was no basis for the court to hear it.

NONEFollowing today's decision, Justice Alizatul Khair Osman would not hear the merits to the case.

She said Order 53 of the Rules of the High Court allowed anyone to apply for judicial review to challenge a decision, act or omission of a public authority where there is an instance of an unlawful exercise or abuse of power.

"In this case, Anwar is not challenging any particular wrongful act by the prosecutors where the court could apply its supervisory powers.

"To my mind this application is misconceived. It should have been made at the criminal court and not this court," she added.

In dismissing the matter, Justice Alizatul found the application to be an abuse of the court process and directed at undermining the criminal prosecution.

As prevalent in paragraph three of Anwar's application, the judge said, Anwar sought not only to bar the seven prosecutors but the whole prosecution team in the Attorney General's Chambers and the solicitor-general from conducting prosecution in his sodomy trial.

"This amounts to undermining and stopping the (criminal) proceedings although (Anwar's counsel R) Sivarasa said he did mean to stop the whole prosecution team, such application is deemed to stop them," she said.

On clarification by Sivarasa, Justice Alizatul suggested that his team of lawyers seek remedy at the criminal court and not her court to disqualify the prosecutors.

Anwar's application

Anwar, 62, who is also Permatang Pauh MP, had filed an application on Aug 11 to disqualify all seven prosecutors.

The application was based on the opposition leader's contention that Attorney-General Abdul Gani Patail was "biased and/or prejudiced in its prosecution against him."

The seven are Solicitor-General 1 Idrus Harun who is leading the prosecution team on behalf of the AG, Solicitor-General II Mohd Yusof Zainal Abiden, prosecution officers Nordin Hassan, Mohamad Hanafiah Zakaria, Wong Chiang Kiat, Shamsul Sulaiman and Noorin Badaruddin.

Anwar claimed that there was real conflict of interest in the AG's Chambers preferring the charge on him and also of prosecutorial misconduct following Anwar's black-eye incident in 1998.

He has claimed trial to the charge of sodomising former aide Mohd Saiful Bukhari Azlan, 24, at a condominium in Bukit Damansara on June 26, last year.

Outside the court, Sivarasa said he would take further instructions from Anwar on what to do next.

"The first option is to make a fresh application at the criminal court or to appeal this decision at the Court of Appeal," he said.

Sivarasa maintained that despite today's decision, the issue is still alive.

Anwar is also represented by Edmund Bon, Amer Hamzah Arshad, and Latheefa Koya.

Head of the civil division of the AG's chambers See Mee Chun, Azizah Nawawi, Shamsul Sulaiman appeared for the seven prosecutors.

PRK Bagan Pinang: MB N.Sembilan dalam dilema

Buat setakat ini, Isa Samad mendapat sokongan bahagian Seremban dan Jempol, selain Teluk Kemang yang diketuainya.  Isa Samad dilihat sebagai pemimpin yang paling berpengaruh di UMNO Negeri Sembilan yang mempunyai lapan bahagian. 
Chen Shaua Fui, Merdeka Review 
Bekas Menteri Besar, Mohd Isa Samad dan Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Zulkifli Omar antara yang paling hangat untuk dicalonkan dalam pilihan raya kecil Bagan Pinang, yang akan berlangsung pada 3-11 Oktober.
UMNO Bahagian Teluk Kemang telah mencalonkan bekas Menteri Besar ini untuk masuk semula ke gelanggang selepas ADUN Bagan Pinang, Allahyarham Azman Mohd Noor meninggal dunia.  Seandainya cita-cita Isa Samad tidak kesampaian akhirnya, maka anaknya, Najib Isa yang juga Naib Ketua Pemuda UMNO bahagian Teluk Kemang, dipercayai bakal turun ke gelanggang untuk bapanya.
MerdekaReview dimaklumkan bahawa kawasan Teluk Kemang kini dihiasi dengan kain rentang ucapan "Selamat Hari Raya Aidilfitri" daripada Isa Samad.  Gambar Najib Isa tidak kelihatan pada kain rentang tersebut, walaupun bilangannya lebih banyak daripada tahun lepas.
Tiada orang dapat menandingi Isa Samad dari segi pengalaman.  Beliau pernah menyandang jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan selama 23 tahun, malah menang ketika bertanding untuk jawatan Naib Presiden UMNO, dengan undi tertinggi pada tahun 2004.  Isa Samad disabit dengan kesalahan politik wang kemudiannya, dan digantung keahliannya selama tiga tahun.
Isa Samad mencuba nasib sekali lagi dalam pemilihan UMNO tahun ini, tetapi kecundang dalam perebutan jawatan Naib Presiden.
Teluk Kemang: Kawasan Isa Samad
ADUN Linggi merangkap Exco kerajaan Negeri Sembilan, Ismail Taib ketika ditemuramah MerdekaReview, mengakui bahawa bahagian Teluk Kemang menamakan Isa Samad sebagai satu-satunya calon untuk bertanding di PRK Bagan Pinang.  Walau bagaimanapun, bahagiannya menyerah kepada Majlis Tertinggi UMNO untuk membuat keputusan muktamad.
Isa Samad (gambar kiri) mungkin akan diserang oleh Pakatan Rakyat kerana pernah terlibat dalam politik wang, tetapi beliau adalah pemimpin veteran yang lama berakar umbi di tapak Teluk Kemang.  Untuk UMNO, tokoh yang berasal dari Bagan Pinang ini merupakan calon yang paling sesuai.
Perlantikan Isa Samad sebagai calon mungkin mengundang pertikaian bahawa "UMNO sudah ketandusan pemimpin!", disusuli soalan "mengapa dipilih seorang yang terbukti pernah terlibat dalam politik wang sebagai calon?"
Namun, ketika ditanya kemungkinan pencalonannya menjadi beban kepada BN, Isa Samad cuba membandingkan dirinya dengan Anwar Ibrahim, walaupun tidak menyebut nama tokoh PR ini.
Isa Samad dipetik berkata, "Ada pemimpin pembangkang yang pernah dibicara dan dipenjarakan kerana salahguna kuasa dan rasuah, boleh menang pilihanraya.  Lepas tu perbicaraan kes baru asik tangguh-tangguh tapi masih ramai penyokong dan bercita-cita besar pulak nak jadi PM.  Tiada siapa pertikai pun.  Saya cuma didapati bersalah kerana masalah disiplin parti.  Dah jalani hukum.  Dah bersih.  Orang yang cuba persoalkan saya tu hilang akal ka?  Kenapa pemimpin pembangkang boleh...kenapa saya tidak? Hilang akal ka?"
Biarpun Isa Samad belum pasti mendapat restu untuk dicalonkan, tetapi calon yang bakal bertanding semestinya perlu mendapat restu daripada Isa Samad.  Oleh itu, penganalisis politik bertanggapan bahawa Najib Isa mempunyai peluang untuk bertanding.  Walaupun hanya berumur 32 tahun dan tidak menonjol dalam politik, tetapi latar belakangnya lebih "bersih" berbanding Isa Samad.
Pergelutan kuasa dalam UMNO NS
Pengaruh Isa Samad tersebar luas di Negeri Sembilan lantaran 23 tahun pemerintahannya di negeri itu.  Tindakan disiplin terhadap Isa Samad selepas pemilihan UMNO tahun 2004 dipercayai langkah untuk memberi laluan kepada Khairy Jamaluddin, menantu Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi ketika itu untuk mengambil alih pucuk pimpinan Negeri Sembilan.
Namun demikian, zaman Abdullah Ahmad Badawi telah berlalu.  Isa Samad dilihat sebagai orang Najib yang cuba mengambil kesempatan untuk kembali ke DUN Negeri Sembilan.  Jikalau peluang sudah matang, Isa Samad mungkin mendesak untuk menjatuhkan MB sekarang, dan menerajui semula kerajaan Negeri Sembilan.
Sebagaimana yang dimaklumkan, UMNO Negeri Sembilan terbahagi kepada beberapa puak.  Selain puak Isa Samad, MB Negeri Sembilan sekarang, Mohamad Hj. Hasan (gambar kiri) sepuak dengan Khairy Jamaluddin (Rembau).  Sementara Menteri Penerangan, Komunikasi, Kesenian dan Kebudayaan, Rais Yatim (Jelebu) dan Menteri Kerja Raya Shaziman Abu Mansor (Tampin) masing-masing mempunyai puak sendiri.
Buat setakat ini, Isa Samad mendapat sokongan bahagian Seremban dan Jempol, selain Teluk Kemang yang diketuainya.  Isa Samad dilihat sebagai pemimpin yang paling berpengaruh di UMNO Negeri Sembilan yang mempunyai lapan bahagian.  Selain itu, Mohamad Hj. Hasan pula mendapat sokongan dari bahagian Rembau dan Rasah.
Apa yang menarik adalah, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Sembilan merangkap MB, Mohamad Hj.Hasan ketika ditemuramah pada 9 September, berkata beliau akan menerima mana-mana calon dari bahagian Teluk Kemang untuk PRK Bagan Pinang.
Dilema Mohamad Hassan
Melihat kepada senario terkini, Mohamad Hasan jelas berada dalam dilema.  Seandainya beliau menyokong sepenuhnya Isa Samad untuk memenangi PRK ini, beliau mungkin berdepan dengan ancaman Isa Samad pada masa akan datang.  Sejak Isa Samad dipinggirkan dalam parti, puaknya juga hilang kuasa dalam DUN Negeri Sembilan.
Oleh itu, jikalau Isa Samad berjaya kembali ke DUN, maka Isa Samad mungkin akan mengerah sokongan puaknya untuk menggugat kedudukan Mohamad Hj. Hasan.  UMNO Negeri Sembilan akan menjadi kacau-bilau seperti apa yang berlaku di Terengganu sekarang.
Sebaliknya, sekiranya Mohamad Hj. Hasan tidak berkempen bersungguh-sungguh untuk Isa Samad, lantas mengakibatkan kekalahan UMNO di kubu sendiri, maka Mohamad Hj. Hasan sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, juga tidak dapat mengelakkan diri daripada memikul tangunggungjawab tersebut. (Bahagian pertama, bersambung)
*Chan Shaua Fui ialah Assistant Editor MerdekaReview, edisi bahasa Cina.  Diterjemah dan disunting Lim Hong Siang.

Keunikkan pilihanraya N31 Bagan Pinang, N9...???

Pilihanraya Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, akan diadakan 11 Oktober depan ekoran kematian penyandangnya allahyarham Azman Mohd Nor yang mewakili BN.

Disaat ada yang mengatakan rakyat rasa bosan mula timbul dan terasa seolah–olah berada di dalam satu mimpi yang berulang–ulang, setelah menyaksikan lapan pilihan raya kecil sejak pilihan raya umum Mac 2008.


Bermula dengan Pilihan Raya Kecil P44 Permatang Pauh, sehingga ke Kuala Terengganu, Bukit Gantang, Bukit Selambau, Batang Ai, Penanti, Manik Urai dan yang terbaru di Permatang Pasir.


Namun, apa yang pasti Pilihan raya kecil kali ini tetap dilihat pemerhati politik sebagai unik kerana, ini :


1. PRK ke -9
2. Berlakunya di N-9
3. Kekosongannya dalam bulan 9
4. Bulan Ramadhan, bulan ke-9 tahun hijrah
5. Pada tahun 2009
6. NS ada 9 Luak
7. Bagan Pinang ada 9 UPU (termasuk 1 undi Pos)
8. Calon BN yang disebut-sebut : Tan Sri Isa Samad – Menteri Besar N9 yang ke-9
9. Tan Sri Isa Samad lahir tahun 1949

PKR hulur hadiah raya pada keluarga Rosmah


Seminggu menjelang sambutan Aidilfitri, ahli keluarga terdekat isteri perdana menteri Rosmah Mansor - seperti pernah dilihat dalam siri klip video di Internet - mendapat hadiah dan duit raya daripada Angkatan Muda PKR.

Ketuanya Shamsul Iskandar Md Akin berkata, hampir 10 pemimpin sayap kanan PKR itu mengunjungi ibu saudara (foto kiri) dan sepupu (foto kanan) isteri Datuk Seri Najib Razak di Kampung Mertang, Kuala Pilah kelmarin.

"Kunjungan ini untuk mencari kebenaran. Kalau sebelum ini, kita lihat kehidupan mereka dalam Youtube sahaja.

"Keadaan mereka amat daif. Kita berikan bantuan sekadar termampu," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Dalam beberapa klip video tersebut, anggota keluarga dekat Rosmah itu melahirkan rasa tidak senang dengan sikap wanita pertama negara yang tidak lagi mengunjungi mereka dan kampung asalnya itu.

Rosmah bagaimanapun tidak pernah memberikan reaksinya berhubung kandungan video tersebut, atau mengesahkan mereka anggota keluarganya, yang kelihatan memaparkan imej negatif kepadanya.

Shamsul berkata, rombongan mereka dari Kuala Lumpur tiba di kampung tersebut kira-kira jam 1.15 tengah hari dan menghabiskan masa kira-kira dua jam di sana.

Mengulas reaksi ahli keluarga Rosmah terhadap kunjunganya, beliau berkata: "Ada yang menangis sebab Rosmah tidak ingat lagi pada mereka."

Diminta menggambarkan kedaifan ahli keluarga perempuan pertama itu, Shamsul berkata, mereka bekerja kampung yang berpendapatan tidak sampai RM500 sebulan dan "mempunyai rumah kayu yang agak reput."

Beliau juga bercadang mengheret isu tersebut dalam kempen pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang yang akan bermula pada 3 Oktober ini.

"Sudah pasti, kerana dia (Rosmah) mungkin turut berkempen," jawabnya ketika ditanya kemungkinan perkara itu dibangkitkan lagi.

"Ia untuk menggambarkan sikap sebenar Rosmah yang kononnya prihatin dengan dengan nasib masyarakat. Sedangkan keluarganya sendiri dibiarkan daif dan miskin.

"Kalau kerajaan berkata, (dalam konsep) Satu Malaysia, rakyat didahulukan, keadaan ahli keluarganya (Rosmah) menunjukkan sebaliknya."

Kampung tersebut terletak kira-kira 10 kilometer dari bandar Kuala Pilah, kata Shamsul.

80 % orang muda benci umno ?


Bekas Menteri KewanganTun Daim Zainuddin berkata 80 peratus dari golongan muda tidak menyokong Barisan nasional., bukan sahaja golongan muda yang menentang kerajaan, malah kira-kira sejuta dari tiga juta ahli Umno juga tidak mengundi parti itu. Menurut beliau, ramai ahli Umno yang hilang keyakinan kepada parti itu dan para pemimpinnya. "Politik wang rasuah adalah masalah terbesar yang dihadapi oleh parti itu," katanya. Banyak lagi faktor yang menpengaruhi golongan itu membenci umno katanya.
Moh la kita pakat ramai tolak parti perkauman sempit dan yang hampir karam ini dan jom ramai ramai sokong Pakatan Rakyat for all.

DAP: Umno yang sesatkan Melayu


Seorang pemimpin DAP menafikan dakwaan orang Melayu yang menyertai parti itu disifatkan sebagai "kumpulan sesat dalam politik" dan "digesa agar kembali ke pangkal jalan".

Ahli jawatankuasa pusat DAP Ahmad Ton sebaliknya mendakwa Umno sendiri yang menyesatkan orang Melayu di negara ini.

"Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sanggup mengikut (semangat) pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz. Ikut Umar Abdul Aziz tidak sesat.

"Di Pulau Pinang, sekolah agama rakyat, kerajaan negeri bantu. Kalau di Johor, ia ditutup," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

tunku abdul aziz ibrahim and dapSelain Ahmad yang sudah lama bergiat dalam DAP, parti itu turut melantik Tunku Abdul Aziz Ibrahim, yang sebelumnya terkenal aktif bersama Transparency International, sebagai naib pengerusinya Ogos tahun lalu.

Abdul Aziz kemudiannya dilantik sebagai anggota Dewan Negara.

Ahmad, yang juga naib pengerusi DAP Johor, berkata beliau berasa malu dengan tindakan kerajaan negeri itu, berbanding dengan kerajaan Pulau Pinang yang membantu sekolah agama rakyat (SAR) terutama menaikkan gaji guru-guru dan menyedia peruntukan kepada sekolah terbabit.

"Jadi tidak betul, kalau (Umno) kata kita sesat," tambahnya.

SAR di negeri itu ditutup secara berperingkat-peringkat mulai tahun lepas dan DAP bersama Pakatan Rakyat di Johor menghantar memorandum kepada menteri besar berhubung isu tersebut.

Ahmad diminta mengulas dakwaan Ketua Penerangan Umno, Ahmad Maslan bahawa orang Melayu yang menyertai DAP sebagai kumpulan tersesat jalan politik dan digesa kembali menyokong Umno.

Pemimpin Umno itu dipetik berkata tindakan mereka juga satu kesilapan besar kerana perjuangan DAP tidak langsung membela Melayu dan perkembangan Islam, malah turut menyamaratakan semua kaum, sekali gus menguburkan terus hak istimewa orang Melayu.

‘Rasul Melayu’ ditangkap..!!

Pengamal ajaran sesat yang mengaku dirinya ‘Rasul Melayu’, Kahar Yahaya ditahan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di Kajang, pukul 8 pagi ini.



Suspek kini berada di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang dan akan dituduh di Mahkamah Tinggi Shah Alam, di sini hari ini juga.
Sebelum ini, Ketua kumpulan ajaran sesat Haji Kahar Ahmad, Abdul Kahar Ahmad Jalal, 55, pernah berkata bukan saja mendakwa dilantik Tuhan sebagai rasul khusus untuk orang Melayu, malah memberi jaminan pengikutnya pasti masuk syurga berkat daripada syafaatnya.
Malah, dia tidak gentar menghantar surat kepada ahli politik, pembesar negeri dan menteri Kabinet termasuk Perdana Menteri, untuk mengaku dirinya sebagai rasul. Abdul Kahar juga mengeluarkan pelbagai dakyah yang boleh menjejaskan akidah seperti solat lima waktu tidak wajib, al-Quran sekadar catatan, hadis hanya rekaan manusia malah mendakwa dia mempunyai mukjizat sama seperti nabi dan rasul lain.
Beberapa perkara lain yang jelas bertentangan dengan akidah juga dinyatakan Abdul Kahar ketika dia disoal kira-kira 30 minit oleh pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) selain wartawan selepas ditahan di kediamannya di Kampung Kemensah, Hulu Klang, satu ketika dulu.
Soalan (S) : Macam mana haji dilantik (sebagai rasul)?
Jawapan (J): Itu urusan Tuhan. Tuhan tidak bagi tahu kepada manusia biasa, bagaimana ditiupkan roh itu kepada Adam (Nabi Adam as). Kalau roh Tuhan itu tidak ditiup kepada seorang rasul dia tidak layak digelar rasul tetapi pendusta.
Saolan : Umat Islam diwajibkan menunaikan sembahyang lima waktu tetapi haji (Kahar) mengatakan sembahyang lima waktu itu tidak perlu?
J : Awak tunjukkan ayat mana, surah mana yang mengatakan Tuhan suruh sembahyang lima waktu.
S: Kalau macam itu, haji tunjukkan surah mana dan ayat mana yang menunjukkan haji dilantik sebagai rasul?
J : Surah Yasin dan Surah Ibrahim, ayat empat. (Abdul Kahar bagaimanapun tidak menghuraikan makna ayat berkenaan)
S: Adakah haji dilantik (sebagai rasul) untuk mewakili Malaysia?
J: Bagi kaum Melayu saja. Untuk yang faham bahasa saya.
S: Adakah haji boleh memberi syafaat sama seperti Nabi Muhammad saw?
J: Ya. Sebab saya boleh mengeluarkan manusia daripada kegelapan kekafiran kepada cahaya keimanan.
S: Jadi adakah pengikut haji dijamin masuk syurga?
J: Pasti. Tuhan yang menjanjikan. Barang siapa yang mentaati Allah dan rasul-Nya, pasti Tuhan akan memasukkan ke dalam syurga yang mengalir sungai di bawahnya. Itulah kemenangan yang besar. (Sambil merujuk surah An-Nisa’)
S: Apa perbezaan antara ajaran haji dengan Islam sekarang?
J: Sekarang orang Islam di negara ini membuat dusta dengan Tuhan. (Abdul Kahar diminta memberi contoh) Ayat yang diucapkan ketika sembahyang lima waktu tidak sama dengan apa yang dibuat untuk Tuhan.(Ketika itu Abdul Kahar diminta memberi contoh sekali lagi) Masa tuan-tuan sembahyang itu berkata dengan Tuhan. Tetapi apabila kata ‘Ya aiyuhal kafirun’ (Abdul Kahar merujuk kepada ayat pertama surah Al-Kafirun tetapi tidak lengkap) tuan-tuan mengkafirkan Allah kerana maknanya ‘hai orang kafir’, kamu berkata kepada Allah. Tuhan yang memberi petunjuk, kamu boleh kafirkan Dia. Ayat itu kita sepatutnya berkata kepada orang kafir, tetapi ia mesti dikatakan oleh rasul dan orang yang beriman kepada rasul.
S: Haji pernah buat sembahyang lima waktu?
J: Dulu saya buat, tetapi selepas Tuhan katakan itu tidak betul saya tidak buat lagi… saya buat ikut sunnah dan al-Quran.
S: Macam mana haji sembahyang?
J: Saya buat macam mana Nabi Ibrahim sembahyang iaitu mencegah benda keji mungkar. Macam mana ibu bapanya yang menyembah berhala dan dia cegah.
S: Rasulullah saw sendiri solat lima waktu, bagaimana haji boleh katakan ia tidak wajib?
J: Can you prove to me (Boleh awak buktikan pada saya) awak pernah jumpa dia (Nabi Muhammad), tengok sendiri dia sembahyang? Jika hanya secara lisan, itu tidak boleh.
S: Dalam hadis perkara itu disebut. (Pegawai Jais kemudian membaca hadis dalam bahasa Arab tetapi, Abdul Kahar meminta dijelaskan dalam bahasa Melayu). Maksudnya, sembahyang kamu sebagaimana kamu melihat aku (Rasulullah saw) sembahyang.
J: Hadis itu siapa yang buat? Siapa yang mengarangnya, siapa perawinya? (Pegawai Jais menjawab hadis itu diriwayatkan al-Bukhari.) Adakah awak kenal dia. Awak tahu biodata dia. Awak pernah lihat dia. Adakah awak dengar sendiri dia cerita dengan awak. Jika tidak, benda itu tidak benar. Itu bukan daripada Tuhan.

PR Siapsedia Gantikan BN


Konvensyen Pakatan Rakyat (PR) pada 12 Disember ini, adalah untuk mengukuhkan gabungan itu bagi mengambil alih kerajaan daripada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang.

Naib Presiden PKR, R Sivarasa berkata, konvensyen itu adalah pertama kali diadakan setelah PR yang dianggotai Parti Keadilan Rakyat (PKR), Pas dan DAP ditubuhkan selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu.

“Konvensyen ini bertujuan memperkukuhkan PR memandangkan di sinilah peluang untuk parti gabungan PR mencapai satu persetujuan dan prinsip perjuangan yang sama.

“Antara isu lain yang akan dibahaskan dalam konvensyen itu meliputi isu pengurusan ekonomi, dasar demokrasi, pentadbiran dan lain-lain,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini, semalam.

Kelmarin, Ketua Umum PR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan persetujuan mengadakan satu konvensyen besar-besaran bagi meletakkan hala tuju PR bagi tahun berikutnya.

Dijangkakan setiap parti akan menghantar wakil seramai 500 perwakilan.

Sivarasah turut menyangkal dakwaan bahawa konvensyen itu hanya untuk memperbetulkan kembali hala tuju parti gabungan PR yang dilihat semakin bertentangan di antara satu sama lain.

“Parti dalam PR masih mempunyai hala tuju dan perjuangan yang sama. Kita faham mana-mana parti politik ada perbezaan perjuangan politik. Jika semua fahaman sama, lebih baik berada dalam satu parti saja.

“Cadangan untuk mengadakan konvensyen ini dilakukan dengan lebih awal lagi bertujuan mengukuhkan PR dan menghalusi persefahaman politik antara satu sama lain bukan disebabkan hala tuju yang menyimpang,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Strategik PKR, Tian Chua berkata, konvensyen ini adalah satu manifestasi untuk menunjukkan rakyat bahawa PR sentiasa bersatu padu dan mempunyai satu prinsip perjuangan yang sama dan mampu mentadbir kerajaan Malaysia.

“Dalam konvensyen ini, segala isu akan dibincangkan dalam satu pasukan,” katanya.