Selasa, 15 September 2009

Anwar Kepada Najib: Amarah Rakyat Tiada Penghujung

   
Pilihan raya ke 12 menyaksikan Pakatan Rakyat berjaya menawan lima
buah negeri di Semenanjung tanahair. Kemenangan demi kemenangan dalam
pilihanraya kecil pasca PRU12 menguatkan lagi kedudukan gagasan
kerajaan alternatif ini.

Namun seteru Pakatan Rakyat sentiasa merencana agenda merampas kembali
tanah yang hilang dari genggaman mereka. Bermula dengan Perak, jentera
Umno-BN menyusup masuk ke negeri-negeri lain khususnya Selangor -
satu-satunya kerajaan yang diperintah pencabar utamanya, Parti
Keadilan Rakyat.

Dalam satu ucapan beliau di Klang, Ketua Umum Anwar Ibrahim berkata
PKR akan mempertahankan Selangor atas nama rakyat marhaen dari
pencerobohan Umno-BN.

“Kita berterima kasih kepada rakyat, siapa jangka kita boleh pukul
kuat sehingga tumbang kerajaan-kerajaan negeri termasuk di Selangor
dan oleh kerana Selangor jatuhlah, maka pemimpin Umno dan Perdana
Menteri sekarang, dia tidak lepas lagi marahnya.

“Negeri lain dia mungkin tidak marah, Kelantan, Penang ok tapi
Selangor tidak. Saya hendak bagi tahu Datuk Najib, ya atau tidak?
Boleh atau tidak? Bukan awak yang tentukan tetapi Selangor yang
tentukan,” katanya.

Beliau turut memperingatkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib
Razak agar tidak membuat tindakan di luar batasan sehingga boleh
membangkitkan kemarahan rakyat kerana amarah orang-orang kecil di
bawah tidak berpenghujung.

“Okay, dia kata hendak rampas Selangor macam hendak rampas Perak.
Najib, dengar abang kamu nak bagi nasihat, jangan kamu ingat boleh
pisang berbuah dua kali, jangan kamu ingat boleh rampas Selangor
sewenang-wenangnya.

“Kita akan bangkit dan kalau kamu buat begitu, kita akan bangun dan
pertahan habis-habisan negeri Selangor, kita pertahan untuk apa?
Kerana saya pertahan untuk elaun, saya hendak tanah, projek dan
sekarang saya ketua PR, inilah peluang saya hendak dapatkan tanah di
Selangor.

“Tapi itu bukan tujuan kita, kita larang Menteri Besar PR, Tan Sri
Khalid, Ustaz Azizan, Tok guru Nik Aziz lagi la lebih-lebih kenal, Lim
Guang Eng Pulau Pinang tidak boleh ambil,” katanya.

Anwar berkata bagaimana pemimpin Umno BN hendak menjadi pemimpin
negara sekiranya kebanyakan mereka dipalit dengan pelbagai
penyalahgunaan harta kerajaan dan kepentingan rakyat.

“Saya kata beza dia macam mana kita lihat negara kita. Umno kata dia
Ketuanan Melayu, dia tolong Melayu. Saya hendak tanya mereka. AP
sepuluh tahun berapa puluh billion.

“Angkat tangan siapa dapat Approve Permit? Tiada siapa pun yang dapat.
Yang dapat siapa, bukan orang Melayu, bukan orang India atau orang
bawah ni tidak tetapi pemimpin, isteri, anak, menantu dan kroni-kroni
dia, kita kena sokong dia kerana apa, kerana tanah Melayu kita, kerana
darah kita dan kerana keris kita, apakah ini semuanya,” katanya.

Melintang patah, membujur lalu, Anwar berjanji kepada rakyat Selangor
bahawa PKR akan pertahan Selangor umpama menggenggam bara api.

“We will fight, we will never surrender, ” katanya.

Penempatan Pengundi 'Rahsia' Najib Dikawal Ketat

   
Pendedahan Suara Keadilan berhubung penempatan rahsia pendatang asing Rohingya di Sungai Miang dalam Parlimen Pekan, Pahang telah menyebabkan kawasan itu dikawal rapi oleh pihak tertentu.
Lebih 2,000 rakyat Myanmar itu telah dibawa masuk beransur-ansur ke Sungai Miang atas alasan bercucuk tanam. Mereka  diberikan hak kerakyatan bagi membolehkan mereka mengundi untuk Najib dan calon BN lain dalam kerusi Parlimen Pekan.
Sejak berita itu didedahkan Suara Keadilan dua minggu lalu, laluan keluar dan masuk ke perkampungan serba moden itu di tutup kepada pelawat luar.
Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Pahang, G. Ponusamy (Ram) yang meninjau kawasan itu tidak dibenarkan masuk oleh pengawal yang ditempatkan di pintu masuk perkampungan yang dikenali sebagai Kampung Baru Cenderawasih.
"Saya pergi ke kawasan tersebut untuk meninjau dan melihat penempatan pendatang asing tersebut tapi dihalang oleh pihak keselamatan kampung
itu.
"Sekumpulan orang di situ menghalau dan kemudian mengejar saya dengan kereta sehingga ke bandar Pekan," tambah beliau.
Ponusamy berkata pengalamannya membuktikan laporan Suara Keadilan mempunyai asas kukuh.
"Kalau tidak, kenapa halang orang ramai masuk ke sebuah kampung. Apa yang Najib ingin sorok dan rahsiakan daripada rakyat," tanya beliau.
Beliau mendakwa sebuah kenderaan yang dipercayai dinaiki sekumpulan pendatang tersebut mengekori keretanya hingga ke Pekan setelah menyedari kehadiran beliau di penempatan itu.
Laporan eksklusif Suara Keadilan mendedahkan lebih 2,000 pendatang Rohingya dari Myanmar di bawa masuk dari Langkawi, Kedah sejak 2003 untuk membuat penempatan di Pekan, Pahang.
Setiap keluarga diberi tanah percuma seluas satu ekar, elaun RM500 sebulan, rumah berlot persendirian berharga antara RM200,000 hingga RM500,000, gerai jualan nenas percuma serta bantuan agensi seperti Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia dan FAMA.
Kampung itu dilengkapi dengan segala kemudahan awam seperti bekalan eletrik dan air, tanah perkuburan, jalan raya serta padang permainan.
Dalam satu tinjauan, orang ramai membidas layanan istimewa yang diberikan kepada warga Rohingya itu  manakala ribuan rakyat tempatan di Pahang terus hidup dalam kemiskinan dan sebagai setinggan.  - Suara Keadilan

Selcat : Adun BN Salahguna Wang Peruntukan

   
Sekumpulan pegawai kerajaan di Selangor tampil mendedahkan wakil rakyat Umno-Barisan Nasional menghabiskan peruntukan sehingga RM10 juta ringgit dalam tempoh beberapa minggu sahaja bagi tujuan memenangi pilihanraya umum lalu.
Ada antara peruntukan itu diluluskan dalam masa hanya seminit, sebagaimana yang diakui oleh pegawai kanan Majlis Daerah Gombak Tahir Bujang.
Seorang lagi pegawai menjelaskan mereka terpaksa meluluskan peruntukan itu secepat mungkin bagi mengelak diambil tindakan oleh pucuk pimpinan Umno-BN.
"Bergantung kepada Adun berkenaan...kalau mereka mahu habiskan dengan segera. Kalau kita tahan, lain pula jadinya. Jadi kita kena luluskan secepat mungkin," kata Huzaini Samsi yang menjadi Pegawai Daerah Gombak sejak 2007.
Pegawai-pegawai berkenaan memberi keterangan pada Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) Selangor minggu lalu. 
Selcat menerima keterangan rasmi yang  menunjukkan RM10 juta peruntukan prasarana Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Gombak habis digunakan oleh wakil rakyat Umno-BN untuk kempen pilihanraya umum pada 8 Mac tahun lalu.
Pengerusi Selcat Teng Chang Kim berkata, dana itu diluluskan Kerajaan Negeri untuk tahun 2008 tetapi dihabiskan dalam tempoh dua bulan sebelum pembubaran dewan negeri dan Parlimen.
“Keterangan dari Pegawai Daerah Gombak Huzaini Samsi adalah jelas: RM10 juta untuk setiap daerah bagi pembinaan prasarana itu diselewengkan untuk digunakan semasa pilihanraya umum 2008.
Bagi kami itu adalah satu penyalahgunaan kuasa dan dana kerajaan kerana kegunaannya lebih menjurus kepada kempen pilihanraya umum,” kata beliau.
Teng berkata, peruntukan RM10 juta itu sepatutnya dibentangkan di sidang Dewan Negeri bagi memastikan pengagihan dilakukan secara terancang, adil dan telus.
"Tetapi apa yang berlaku RM10 juta itu diberikan kepada setiap daerah sedangkan di bawah setiap daerah kawasan DUN adalah berlainan.
Contohnya di Gombak cuma ada lima kawasan DUN, Petaling ada 13 DUN, Klang ada sembilan DUN, jadi bererti peruntukan itu tidak diagihkan dengan adil dan saksama,” katanya.
Teng juga menyifatkan tindakan pejabat daerah meluluskan permohonan peruntukan tanpa menyemak butir program adalah tidak wajar kerana mungkin akan berlaku penyalahgunaan.
Pada 11 September lalu, Selcat  memanggil Huzaini untuk memberi keterangan berhubung isu peruntukan enam DUN Barisan Nasional di daerah Gombak sejak dari Februari sehingga Mac.
Enam DUN itu adalah Batu Caves, Gombak Setia, Hulu Klang, Kuang,Taman Templer dan Rawang.
Hampir RM3 juta peruntukan habis dibelanjakan dalam tempoh satu bulan setengah, sebelum menjelang pilihanraya umum Mac tahun lalu dengan 888 permohonan.
Teng turut menerima pengakuan Tahir Bujang, bekas Ketua Penolong Pegawai Pembangunan Daerah Gombak yang kini Ketua Penolong Pegawai Pembangunan Daerah Sepang, bahawa ada permohonan diluluskan dalam masa seminit.
Teng terkejut dengan pengakuan itu.
“Saya keliru sekarang ini, berapa lama masa sebenarnya diambil untuk satu permohonan sehingga keluar cek? Dalam satu minit sahaja boleh selesai, sangat mengkagumkan. Tak semak dahulukah permohonan tu? Satu minit sahaja boleh siap?,” katanya.
Sesi kedua Selcat menyaksikan Pegawai-pegawai daerah di Selangor memberi penjelasan mengenai peruntukan setengah juta yang mereka habiskan dalam masa dua hingga tiga bulan pertama 2008.
Adun BN menerima RM500,000 manakala Exco menerima penambahan RM100,000. Daripada 56 Adun pada masa itu, hanya 54 saja menerima peruntukan itu manakala Adun pembangkang tidak menerima peruntukan kerajaan Khir Toyo.
Huzaini memberitahu Selcat bahwa wakil rakyat terbabit akan membelanjakan peruntukan mereka begitu cepat pada musim pilihanraya.
Huzaini berkata perbelanjaan bulanan selalunya sekitar RM20,000 hingga RM30,000 namun menjelang pilihanraya umum, wakil-wakil rakyat BN ini akan memanfaatkan sepenuhnya peruntukan itu.
"Keadaan yang luarbiasa berlaku menjelang pilihanraya kerana wang dibelanjakan sebanyak mungkin dengan cepat sekali," katanya.
Huzaini mendedahkan tidak ada mekanisme memantau tabiat berbelanja Adun-adun BN terbabit. - Suara Keadilan

Berdialog tentang Muzik dan Seni dengan Pemuda PAS

"MINTA maaf ya, ustaz, saya ada pengakuan," kata saya. "Dalam kolum saya, teruk juga saya tibai ustaz tentang pendirian Pemuda PAS berkenaan konsert Michael Learns to Rock."[Dialog yang diadakan adalah anjuran musicForum (Gambar-gambar oleh musicForum)]
Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan at Tantawi, senyum selamba saja. "Saya tak ambil hati. Kalau macam tu, Datuk Zaid Ibrahim pun mengkritik kami juga." Rakan-rakan Nasrudin dari Pemuda PAS tersenyum dan mengangguk-angguk. 
Dengan itu, dialog anjuran musicForum antara saya dan Nasrudin bermula. Ia melihat penglibatan kira-kira 30 orang muda-mudi Melayu Islam yang lain. Masanya lepas solat terawih, dan tarikhnya 2 Sept 2009. Tempatnya di Studio Poket, Pusat Bandar Puchong Utama. Tajuknya, Di mana muzik dalam politik Islam?.
Dengan ikhlas saya mengaku, saya berdebar-debar juga mahu berhadapan dengan Nasrudin. Akan tetapi, walaupun moderator dialog tersebut, Fathi Aris Omar, memperkenalkan saya sebagai seorang pemuzik dan anggota bersekutu Sisters in Islam (SIS), Nasrudin dan kawan-kawannya tidak terkejut. Malah, tidak seorang pun yang memperlekehkan atau mengutuk SIS seperti yang saya biasa lihat di pelbagai blog dan siaran akhbar.
Saya sebenarnya dijemput oleh pihak penganjur sebagai seorang pemenang Anugerah Industri Muzik, jadi bab keanggotaan SIS saya memang tidak masuk tajuk pun. Saya diminta membuka tirai dialog tersebut, jadi saya mengupas pendapat imam al-Ghazali. Menurut al-Ghazali, kesenian itu sebenarnya merupakan kurniaan daripada Allah yang Maha Berkuasa. Ia menghidupkan jiwa kita untuk kita lebih menghayati keindahan ciptaan Allah. Ini termasuklah bidang muzik dan tarian. Dan inilah yang mendorong saya untuk berkarya sebagai seorang artis beragama Islam.
Saya juga mengupas dua hadis sahih daripada saidatina Aishah, di mana Rasulullah sendiri telah membenarkan Aishah untuk berhibur dan menonton persembahan tarian dan nyanyian. Malah, apabila saidina Abu Bakar menegur penghibur-penghibur tersebut sebagai "serunai syaitan", Rasulullah sendiri berkata, "Biarkan mereka — bukankah ini hari perayaan?"
Malah, belum terdapat ijma yang benar-benar kukuh tentang hukum muzik dalam Islam. Ada ulama yang berkata hanya nyanyian suara saja yang dibenarkan, ada yang berkata hanya instrumen tidak bertali yang dibenarkan, tetapi ada juga yang berkata kesemuanya dibenarkan bergantung kepada niat dan mesej yang terkandung dalam karya muzik tersebut.
Pendirian PAS
Kemudian, pihak Nasrudin dan pemuda PAS yang lain pula memberikan hujah mereka. PAS tidak anti-kesenian. PAS bukan anti-muzik, malah bukan anti-konsert. PAS hanya menentang bentuk-bentuk hiburan yang melalaikan, yang menyesatkan, dan yang menggalakkan pergaulan bebas yang boleh membawa kepada pelbagai jenis kemudaratan yang lain.
"Saya faham pendirian PAS sebagai sebuah parti Islam," saya membalas. "Tetapi kenapa PAS tidak terangkan saja kepada masyarakat umum pendirian seperti ini? Bukankah itu dakwah PAS? Kenapa respons pertama daripada PAS selalunya menjurus kepada mengharamkan sesuatu yang PAS tidak suka?"

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita10/110909_MUSIC_3.jpgDari kiri ke kanan: Penulis artikel Shanon Shah, moderator Fathi Aris Omar , dan ketua Pemuda PAS Nasrudin
(Gambar oleh Chris Chong Chan Fui)
 
Panjang lebar juga jawapan yang diberikan oleh pihak pemuda PAS, tetapi akhirnya naib ketua Pemuda PAS, Ahmad Sabki Yusof, tersenyum dan berkata, "Kami pun sentiasa mengalami evolusi dalaman. Kami pun sedang berusaha."
Banyak juga soalan kritikal yang ditujukan kepada PAS oleh mereka yang hadir. Contohnya, insan atau institusi mana yang berkuasa untuk menentukan apa itu "bermoral" dan apa itu "tidak bermoral"? Bukankah pihak berkuasa Islam juga pernah menggunakan alasan "moral" untuk mematahkan sentimen yang mengkritik kerajaan? Apakah PAS tidak mampu bertolak-ansur?
Di sini saya sendiri telah memetik pengalaman Yusuf Islam, yang pernah membuat persembahan dalam konsert HIV/AIDS di Afrika Selatan. Para penghibur lain di konsert tersebut banyak juga mempromosi pendekatan "sekular" untuk menangani HIV/AIDS, tetapi Yusuf Islam tetap berkongsi pentas dengan mereka.
Tetapi sekali lagi saya ingin tekankan keindahan dan keikhlasan dalam dialog antara saya dan Nasrudin. Sepertimana difirmankan Allah dalam Surah An-Nahl, ayat 125: "Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik." Nasrudin dan saya memang berbahas dengan baik dan manis.
Erti dialog
Tetapi "berdialog" bukannya bererti "tumbang dan setuju seratus-peratus dengan pihak lain". Apabila mengakhiri sumbangan saya terhadap dialog tersebut, saya menekankan lagi sekali bahawa saya tidak bersetuju dengan pendirian PAS. Saya bersetuju dengan hak PAS untuk bersuara dan berdakwah, dan juga menghormati hujah-hujah yang dikemukakan.
Saya berikan analogi ini kepada pihak Pemuda PAS. Sekarang ini pihak Pakatan Rakyat (PR) dan aktivis hak asasi banyak mengecam akta-akta seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang digunakan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN). Tapi mungkin satu hari kelak, PAS akan mendapat mandat untuk memerintah negara ini dan akan meluluskan undang-undang hudud. Apakah PAS akan membenarkan bantahan terhadap undang-undang hudud oleh pihak pembangkang, artis, wartawan dan aktivis? Apakah PAS akan akur jika sebilangan besar rakyat tidak mahukan undang-undang hudud?
Menurut Nasrudin, sudah tentu PAS akan mendengar suara rakyat. Katanya lagi, "Kami berpegang kepada prinsip yang didukung oleh khulafa ar-rashidun. Kalau kami betul, sokonglah kami. Kalau kami salah, perbetulkanlah kami."
Bagi saya, jawapan ini masih perlu dilihat dalam konteks sosio-politik tanahair secara keseluruhan. Sejak 8 Mac 2008, kredibiliti BN semakin merosot, dan pada masa yang sama saham PR semakin naik. Malah, rakyat Malaysia yang bukan beragama Islam pun sudah sanggup mengundi PAS demi menjatuhkan kerajaan BN. Dan tidak dapat dinafikan, kerajaan BN juga menggunakan pelbagai taktik kotor dan ganas untuk kekal berkuasa — lihatlah saja rampasan kuasa di Perak, penggunaan meriam air dan gas pemedih mata terhadap demonstrasi anti-ISA, dan sebagainya.
Dalam situasi kini, PAS dan rakan-rakan PRnya sudah nyaris-nyaris menawan puncak kuasa. Dan dalam keadaan seperti ini, memang mudah untuk mana-mana pemimpin politik dari kalangan mereka membuat pelbagai janji manis. Akan tetapi, kita juga perlu menumpukan perhatian kepada pendirian lain yang dibawa oleh parti komponen PR.
Dalam kes PAS, kita perlu mengkaji pelbagai kenyataan para pemimpinnya tentang isu hukuman sebat, pelaksanaan undang-undang hudud, isu pertukaran agama kanak-kanak, pihak yang tidak bersetuju dengan tafsiran Islam PAS, dan juga mazhab minoriti seperti golongan Ahmadiyah. Apakah pendirian PAS dalam isu-isu ini konsisten dengan sistem demokrasi dan masyarakat madani yang ideal?

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita10/110909_MUSIC_FORUM.jpgMenyuarakan pendirian masing-masing (Gambar oleh Chris Chong Chan Fui)
 
Kesanggupan kita untuk berdialog bukannya bererti kita berhenti bersifat kritikal antara satu sama lain. Selagi kita bersikap kritikal, selagi itulah masyarakat kita akan menikmati satu sistem semak dan imbang yang kukuh dan berprinsip. Dan selagi itulah kita akan dapat mencari jalan penyelesaian yang benar-benar menghormati perasaan dan pendirian semua pihak yang terlibat.
Oleh itu, amatlah penting jika PAS terus menyuarakan pendiriannya tentang pelbagai isu, dan berikhtiar untuk menyebarkan ideologinya di kalangan umum. Sumbangan PAS terhadap perkembangan demokrasi tanahair kita sangatlah besar. Akan tetapi, kita yang lain pun perlu menyuarakan pendirian kita dan menyumbang kepada perbincangan umum tentang pelbagai isu kemasyarakatan.
Kesimpulannya, kita masing-masing mengidamkan keamanan dan kebahagiaan dalam hidup ini. Pada penghujung dialog saya dengan Nasrudin, kami saling berpeluk dan bersalaman. Saya dapat merasakan keikhlasannya dan saya pasti dia juga dapat merasakan keikhlasan saya. Hakikatnya kami tidak bersetuju dalam beberapa hal, tetapi hanya Allah yang Maha Mengetahui segala-galanya .-The Nut Graph


***Shanon Shah penulis artikel ini, amat berbesar hati kerana dapat berbual, bergurau dan makan sekali dengan kepimpinan Dewan Pemuda PAS.

Reda ketegangan, PAS ke kedutaan Indonesia bantu pulihkan hubungan

 

KUALA LUMPUR, 15 Sept - Semalam, pemimpin PAS berkunjung ke kedutaan Indonesia dalam usaha untuk membantu meredakan ketegangan antara rakyat kedua-dua negara.


PAS yang diwakili Naib Presidennya, Salahuddin Ayub telah disambut baik oleh Timbalan Duta Indonesia, Tatang Razak. Pertemuan yang turut disertai pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS Pusat, Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi itu diatur oleh Alex Ong, Koordiantir Migrant Care, sebuah NGO yang menjaga hal ehwal pekerja Indonesia di sini.


Rombongan yang membincangkan beberapa isu yang membabitkan hubungan dua hala antara Malaysia dan Indonesia itu berakhir kira-kira jam 1.20 petang selepas mereka memasuki bangunan kedutaan 12 tengahari.


Menurut Salahuddin, belia menjelaskan PAS sangat prihatin terhadap isu antara kedua negara yang telah mencetuskan kebimbangan di kalangan rakyat dan pelajar Malaysia di Indonesia.


Katanya, pihak Kedutaan Indonesia telah memberi jaminan keselamatan akan dikawal serta mengatakan bahawa undang-undang di Indonesia akan menjaminkan rakyat Malaysia akan dijaga.


Pertemuan itu juga digunakan kesempatan oleh kedua-dua pihak untuk membincangkan beberapa isu yang tertangguh selama ini.  Antaranya isu buruh yang masih belum selesai dan isu pembantu rumah juga telah dibincangkan terutamanya mengenai cuti dan juga hak memegang pasport.


Jelasnya, PAS akan bertindak lebih agresif lagi selepas ini bagi mendesak kerajaan supaya menangani segera isu yang tertangguh di sidang Parlimen akan datang.

Api dalam sekam membakar BN

Walaupun MIC hari ini membuat keputusan menggantung keahlian seorang perwakilannya ke mesyuarat agung parti itu Ahad lalu yang mencadangkan kalungan selipar diletakkan di potret Tun Dr Mahathir Mohamad (lihat berita Malaysiakini hari ini "MIC gantung perwakilan isu selipar"), tetapi api dalam sekam terus menyala di dalam Barisan Nasional (BN).

Semalam, seolah-olah membela tindakan tambi selipar itu, anak lelaki Presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu, Vell Paari berkata, tindakan itu adalah semata-mata luahan kekecewaan terhadap Dr Mahathir dan pihak-pihak lain yang cuba campur tangan dalam urusan dalaman MIC.

Malah, Vell Paari juga membidas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak apabila berkata:
"Para perwakilan juga kecewa dengan ucapan Najib (ketika merasmikan Perhimpunan Agung MIC Ke-63 Sabtu lalu) yang tersirat kritikan terhadap Presiden MIC dan menggesa dilakukan perubahan di dalam parti, seolah-olah beliau mahu pasukan presiden dikalahkan" (lihat berita Malaysiakini semalam "Vell Paari: Delegates were frustrated with outside snipes").
Api dalam sekam bukan sahaja menyala-nyala di dalam MIC. Dalam berita Malaysiakini hari ini bertajuk "Ong a 'closed-door Umno-bashing hero'," Timbalan Presiden MCA yang dipecat, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek mendedahkan:
"He (MCA President, Datuk Seri Ong Tee Keat) has been indulging in closed-door Umno bashing. I have openly challenged him not to do this. Be brave to say: 'I, Ong Tee Keat, is the only MCA president brave enough to defy the prime minister and deputy prime minister'.

"But he never took up my challenge and that is why he hates me for that... Don't be a hero to your own members behind closed doors. It doesn't serve any purpose. Whether he likes it or not, he is part of the coalition partner in BN"
Walaupun Ong angguk-angguk di hadapan Najib, Datin Seri Rosmah Mansor dan Umno, tetapi di belakang gerombolan itu, dia geleng-geleng dan menggetap gigi.

Satu lagi perkara: Kepada tahanan-tahanan ISA yang dibebaskan hari ini, jangan ucapkan terima kasih. Terus tanya depa, kenapa tahan kami tanpa bicara. Tiada tolak ansur terhadaop penahanan tanpa bicara!

Berkaitan:
Please, Samy Vellu needs TLC (Datuk A Kadir Jasin 15/9/09)

Dayasaing Malaysia Corot


Kerajaan Umno-Barisan Nasional sekali lagi mencatat reputasi memalukan apabila jatuh tiga takuk ke kedudukan 24 dalam Senarai Daya Saing Global yang diumumkan baru-baru ini.

Laporan oleh Forum Ekonomi Dunia (WEF) untuk tahun 2009-2010 itu menunjukkan Malaysia semakin tertinggal dalam saingan menarik pelaburan berbanding negara jiran, Singapura yang naik ke tangga ketiga.

Antara faktor yang menjejaskan kemampuan Malaysia bersaing di persada ekonomi antarabangsa ialah kebimbangan yang semakin menular terhadap tahap keselamatan di Malaysia.

Kadar jenayah yang semakin meningkat dan potensi keganasan yang makin menyerlah menyebabkan Malaysia jatuh dari tangga 25 kepada 85 dalam indeks keselamatan yang membabitkan 133 negara.

Risiko keselamatan yang semakin tinggi menyebabkan pelabur dipengaruhi oleh keperluan kos yang lebih tinggi jika mereka menanam modal di Malaysia berbanding dengan negara lain di Asia.

BN pimpinan Najib Razak baru-baru ini melanjutkan kontrak Ketua Polis Negara Musa Hassan untuk tempoh setahun lagi, meskipun dikecam hebat oleh Pakatan Rakyat dan pertubuhan bukan kerajaan kerana kadar jenayah yang semakin meningkat.

Turut membimbangkan ialah fenomena penyeludupan manusia dalam bentuk pekerja asing tanpa permit dan pelacur dari negara-negara seperti China yang semakin berleluasa sehingga dikecam oleh kerajaan Amerika Syarikat.

Selain aspek jenayah yang meningkat, turut menjadi kebimbangan pelabur ialah defisit bajet yang meningkat pada 2008, merangkumi hampir lima peratus keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
Menurut laporan itu, setiap petunjuk mengenai Malaysia menunjukkan aliran menurun sejak

2007, menyebabkan kedudukan Malaysia jatuh dari tempat ke 17 ke tangga 43 dalam masa dua tahun.

Switzerland menduduki tempat teratas dalam daya saing ekonomi global, menggantikan Amerika Syarikat yang jatuh ke tempat kedua.

Asia terus mempamerkan kedudukan kukuh dengan Singapura di tempat ke tiga dan Jepun ke lapan, manakala Hong Kong, Korea Selatan dan Thailand berada dalam senarai 20 negara yang mempunyai daya saing ekonomi terbaik.

WEF ialah institusi yang mengukur tahap produktiviti, dayatahan dan kekayaan sesebuah negara.

Organisasi ini menilai negara berasaskan 12 faktor termasuk infrastruktur, kestabilan makro ekonomi, kesihatan, pendidikan, makanan, kecekapan buruh, kewangan pasaran, teknologi, inovasi dan saiz pasaran.

Ukuran daya saing global sangat penting bagi panduan pelabur antarabangsa untuk membantu mereka membuat keputusan dalam pelaburan.

Negara-negara akan bersaing untuk menyediakan persekitaran saingan berasaskan faktor-faktor ini bagi menarik minat pelabur untuk membawa masuk modal mereka.

Pengerusi bagi ASLI- Pusat Kajian Dasar Awam, Tan Sri Ramon Navaratnam berkata kebanyakan pemimpin membuat kesilapan dengan mengukur daya saing dari aspek ekonomi dan perniagaan sahaja.

Namun ujarnya, pendapat itu meleset kerana pelabur meletakkan nilai yang tinggi terhadap elemen sosio-ekonomi lain seperti kualiti hidup, hak asasi manusia, keselamatan, urus tadbir baik dan perpaduan rakyat.

Bekas Penasihat Bank Negara dan bekas Presiden Transparency International (Malaysia), Tunku Abdul Aziz Ibrahim sebelum ini berkata penggubal dasar perlu bijak menilai kekuatan ekonomi negara sebenar.

"Terdapat banyak faktor luaran yang mungkin bukan dalam kawalan kita, Tetapi dari segi dalaman, kita perlu melihat kekuatan kita, Adakah ia berdaya tahan? Kita perlu bekerja keras untuk menguatkan dayasaing kita dan menggunakan sumber negara dengan lebih efisien dan bukan bertindak sebaliknya," kata beliau. - Suara Keadilan

Siapa Dulu Yang Harus Mohon Maaf ?


Oleh YB Mohd Firdaus Jaafar
Kecoh 1 Malaysia bila ada perwakilan dalam perhimpunan agung sebuah parti komponen BN lantang mengkritik Tun Mahathir Mohamad dan mengusulkan agar diberikan kalungan "selipar" kepada mantan PM Ke-4 itu kerana mencampuri urusan rumah-tangga parti itu.

Maka bangkitlah seorang demi seorang pemimpin pemuda parti komponen BN yang berpaksikan perjuangan kaum mengecam tindakan para perwakilan parti pimpinan Samy Vellu itu. Tindakan perwakilan itu dikategorikan sebagai tindakan melampau dan biadap terhadap seorang pemimpin agung abad ini.

Orang nombor 3 dalam ranking parti melayu ini bagi mewakili golongan dewasa turut mempertikaikan tindakan para perwakilan MIC yang disifatkan sebagai tidak menghargai jasa dan sumbangan Tun Mahathir yang cukup besar dalam membangunkan kaum India di Malaysia. Beliau menuntut presiden parti perwakilan yang melampau dan biadap itu memohon maaf secara terbuka kepada mantan PM itu.

Golongan veteran Umno pun nak tumpang glamour sama, mereka mengutuk tindakan perwakilan MIC yang disifatkan keterlaluan dan tidak pernah berlaku sebelum ini. Bagi mereka parti ini tidak boleh ditegur dan akan hilang pertimbangan bila kena tegur. Samy Vellu dituntut memohon maaf kepada bekas pengerusi BN itu.

Tidak cukup sekadar itu, hari ini bakal berlangsung satu sidang akhbar di Pulau Pinang oleh pemimpin-pemimpin NGO yang juga bertunjangkan "assabiyah melayu" bertujuan mengecam tindakan melampau dan biadap para perwakilan MIC yang mengkritik keras Tun Mahathir dan turut mengusulkan anugerah selipar kepada pemimpin yang banyak berjasa kepada negara itu. Bagi mereka, ini adalah satu penghinaan terhadap bangsa melayu yang tidak boleh dimaafkan.

Makanya boleh dikatakan lengkap sudah 1 Umno dengan kritikan ketiga-tiga golongan dan juga tindakan NGO-NGO yang mewakili sayap parti itu terhadap parti berasaskan kaum india di negara ini walaupun pemimpin wanitanya belum lagi mengeluarkan sebarang kenyataan setakat hari ini.

Apakah tindakan golongan tadi boleh menggambarkan betapa sayangnya mereka kepada bekas pemimpin negara yang berjasa seperti Tun Mahathir itu?

Kalaulah kerana sayang mereka kepada Tun Mahathir, tak mungkin mereka mengecam dan menghina Tun selepas Pak Lah jadi PM. Tentu ada dalam arkib RTM kenyataan para pemimpin parti kaum melayu yang mencaci dan mencerca Tun ketika itu. RTM kena simpan rakaman itu kerana ianya merupakan lipatan sejarah negara.

Kalaulah kerana cinta mereka kepada pemimpin yang pernah berjasa itu, tak mungkin mereka memperlekehnya dengan menganggap Tun sudah nyanyuk ketika mengkritik parti itu selepas Pak Lah jadi presidennya. Semua ahli parti mengiyakan cakap-cakap pimpinan parti, bekas presiden mereka sudah nyanyuk. Anak-beranak Tun tentu ingat wajah-wajah pemimpin yang memperlekehkan bapak kesayangan mereka itu.

Ternyatalah pemimpin dan ahli-ahli parti kaum melayu inilah yang lebih awal dan lebih banyak menghina dan mencela Tun Mahathir. Jadi, pemimpin dan ahli parti kaum melayu inilah yang sepatutnya terlebih dulu melutut memohon maaf kepada Tun sebelum minta presiden dan perwakilan parti kaum india berbuat demikian.

Yang hairannya, mengapa baru sekarang perasaan kasih dan cintanya mereka kepada pemimpin besar seperti Tun itu nak ditunjukkan?

Apakah ada maksud lain yang terselindung disebalik lakonan percintaan dan berkasih sayang untuk menutupi episod perkauman yang cuba dihidangkan untuk tatapan sepanjang bulan puasa tahun ini?

http://mohd-firdaus-jaafar.blogspot.com

Perarakan di London lebih bertamadun - Nik Aziz

(Harakah) - Walaupun bimbang adanya dalang di sebalik tunjuk perasaan memperingati tragedi runtuh menara berkembar World Trade Centre (WTC) di London 11 September lalu, PAS menyifatkan ia lebih bertamadun berbanding perarakan kepala lembu di Shah Alam.
Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, perarakan di Shah Alam tidak bertamadun kerana ia membangkitkan isu perkauman dan penghinaan terhadap agama lain.
Baru-baru ini demonstrasi antiIslam diadakan berdekatan Masjid Utama Harrow, barat laut London dianjurkan Pertubuhan Hentikan Pengislaman Eropah (SIOE).
Seorang anggotanya, Stephen Gash dilaporkan menegaskan tidak mahu sebarang masjid dibina sehingga isu kebencian diselesaikan.
Demontrasi itu mencetuskan kemarahan kira-kira 1,000 pemuda Islam sehingga berlaku ketegangan antara kedua-dua pihak sehingga memaksa polis menahan 10 orang yang terlibat ketika menyuraikan keadaan.
Kebimbangan mengenai keganasan kian meningkat selepas berlaku pergaduhan ketika perarakan menentang fundamentalisme Islam oleh sebuah kumpulan pelampau kanan, Liga Pertahanan England di Birmingham.
ImageNik Aziz Khuatir kalau-kalau demonstrasi didalangi Yahudi yang mahu melaga-lagakan penganut agama Islam dan Kristian.
Menteri Besar Kelantan itu berkata, sejarah menunjukkan terdapat seorang rabbi Yahudi mengakui menjadi punca kepada setiap kejahatan yang berlaku.
"Hal ini dicatatkan dalam sejarah pada zaman Rasulullah saw, di mana terdapat seorang paderi Yahudi yang bernama Kaab bin Ashraf pernah memberitahu mengenai perihal pengakuan kejahatan yang dilakukan pihaknya.
"Semua peristiwa itu terakam dalam ayat 51, surah An Nisa'," katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini, hari ini.
Oleh itu Tuan Guru Nik Abdul Aziz tidak menolak kemungkinan penglibatan Yahudi yang cuba untuk melaga-lagakan antara golongan Kristian dan Islam di London.
"Benarlah Yahudi merupakan golongan penghasut untuk mengadu domba dengan menggunakan pelbagai alasan yang remeh-temeh.
"Tunjuk perasaan yang berlaku di London sebenarnya bukan masalah keganasan yang dituduh terhadap umat Islam tetapi ia merupakan dendam kesumat golongan yang tidak suka kepada Islam," katanya.
Beliau juga berkata, keganasan sengaja dibangkitkan pihak tersebut sebagai kerana Islam kini semakin mendapat tempat dalam masyarakat di seluruh dunia.
Menurutnya puak pelampau terbabit sengaja menggunakan alasan memperingati tragedi serangan 11 September untuk menanam kebencian terhadap Islam.
Beliau juga berharap pendakwah-pendakwah Islam di London dan Eropah tidak lagi mengharap pendakwah yang datang daripada luar untuk menyebarkan agama suci itu di tempat mereka.
"Bahkan suatu hari nanti kita akan melihat orang-orang Inggeris menjadi pendakwah sesama mereka, lebih-lebih lagi orang Inggeris memiliki pemikiran yang terbuka," katanya.
Beliau juga mahu perbezaan agama diselesaikan menerusi perbincangan secara ilmiah.

Jalur Gemilang Maruah Kami….

Members of Malaysian ruling party United Malays National Organisation (UMNO) youth wing march with banners in front of the Indonesian embassy in Kuala Lumpur
Members of Malaysian ruling party United Malays National Organisation (UMNO) youth wing march with banners in front of the Indonesian embassy in Kuala Lumpur
Hkg2733922
Hkg2733939

Jalur Gemilang Maruah Kami…. Hidup UMNO

Mudah-mudahan tak akan ada lagi selepas ini protes membakar Jalur Gemilang di Jakarta…
Kita tak nak tengok lagi gambar kat bawah ini untuk kali kedua…
A protester covers his body with a Malaysian flag during a rally in front of the Malaysian embassy in Jakarta on September 10, 2009. Malaysia said it had summoned Indonesia's ambassador to express "grave concern" over angry protests in the neighbouring country triggered by accusations of cultural theft. The dispute started in Indonesia in August after erroneous reports emerged that Malaysia had screened tourism advertisements featuring the traditional "pendet" dance of Indonesia's Hindu-majority Bali island. AFP PHOTO/Bay ISMOYO (Photo credit should read BAY ISMOYO/AFP/Getty Images)
A protester covers his body with a Malaysian flag during a rally in front of the Malaysian embassy in Jakarta on September 10, 2009. Malaysia said it had summoned Indonesia's ambassador to express "grave concern" over angry protests in the neighbouring country triggered by accusations of cultural theft. The dispute started in Indonesia in August after erroneous reports emerged that Malaysia had screened tourism advertisements featuring the traditional "pendet" dance of Indonesia's Hindu-majority Bali island. AFP PHOTO/Bay ISMOYO (Photo credit should read BAY ISMOYO/AFP/Getty Images)

PAS optimis 80 peratus keluar mengundi



KUALA LUMPUR, 15 Sept - PAS menyambut baik keputusan SPR menetapkan hari mengundi bagi pilihan raya kecil Bagan Pinang pada hari cuti.

Jelas Salahudin, keputusan yang diumumkan SPR semalam hasil perjuangan Pas selama ini yang tidak pernah berhenti menuntut supaya SPR tidak lagi menetapkan tarikh pengundian pada hari cuti seperti di Manek Urai dan Pengkalan Pasir.


Beliau yang juga ketua Pengarah Pilihan raya Pas Bagan Pinang berkata, beliau optimis bahawa PAS mampu menang di kerusi Dun tersebut jika jumlah keluar mengundi mencecah antara 70 hingga melebihi 80 peratus.


Sehubungan dengan itu beliau berharap akan memberi ruang yang lebih selesa kepada pengundi untuk menunaikan tanggungjawab mereka tanpa mengira latar belakang kecenderungan politik.


Sebelum ini Salahudin menekankan kerahsian undi pos anggota keselamatan pada masa ini dikatakan terancam akibat beberapa prosedur mengundi yang ditetapkan SPR.

Pas seru SPR hormati hak dan kebebasan mengundi anggota keselamatan



KUALA LUMPUR, 15 Sept - PAS menyeru semua pihak termasuk Suruhanjaya Pilihan raya (SPR) menghormati hak dan kebebasan pasukan anggota keselamatan khususnya membabitkan kerahsiaan undi mereka.

Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub berkata demikian dalam menekankan kerahsian undi pos yang dikatakan terancam akibat beberapa prosidur mengundi yang ditetapkan SPR.


"Anggota keselamatan harus diberi hak dan kebebasan untuk mengundi tanpa berasa terancam," tegasnya.


Katanya, sebarang kaedah yang boleh menimbulkan suasana tidak selesa dan mengancam kerahsiaan undi anggota keselamatan, perlu dihapuskan sama sekali.


"Semua pihak termasuk SPR bersama memperjuangkan ke arah wujudnya satu ketelusan yang sepenuhnya terhadap anggota keselamatan," katanya.


Menurut Salahudin, desakan tersebut bukan sahaja datang dari parti-parti politik pembangkang, malah badan bukan kerajaan (NGO), para anggota yang sudah bersara juga boleh memainkan peranan menyuarakan rasa tidak puas hati mereka terhadap sistem pengundian pos yang pernah mereka lalui.


"Saya juga minta bekas anggota keselamatan yang sudah bersara supaya berani tampil mengemukakan apa yang mereka rasa tidak kena dengan prosidur undi pos ini," tambahnya lagi.


Semalam, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 3 Oktober ini sebagai hari penamaan calon dan 11 Oktober sebagai tarikh pembuangan undi.

N31 Bagan Pinang : PAS boleh menang kalau takdak undi pos?


Sekali lagi PAS meletakkan keyakinan tidak mustahil mampu merampas Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang jika menguasai sejumlah besar undi POS.

Ironinya, jika diukur dengan melihat kepada keputusan sewaktu Pilihanraya Umum PRU Mac 2008, tanpa undi pos, PAS di DUN itu hanya tewas sebanyak lima ratus undi.

Aku setuju dengan pendapat Mahfuz n. Aku pun sebenarnya kurang yakin PAS boleh menang di PRK Bagan Pinang ni. Pasainya undi pos belambak sangat, sampai dekat 5,000 undi dan aku yakin Umno akan buat kerja mungkin sampai semua undi pos dapat kat depa.

Bila Mahfuz maklumkan yang PAS cuma kalah 500 undi masa PRU12 dulu kalau tak kira undi pos, jadinya aku nak set target asing. Selain dari keputusan rasni DUN N31 Bagan Pinang yang akan SPR umum, aku nak ajak kita ramai-ramai 'iktiraf' keputusan yang tak kira undi pos.

Pada aku kalau PAS boleh menang takat tu pun dah cukup-cukup hebat. Pasainya kawasan DUN tu memang 'kubu Umno.

Jadinya kita ada target yang 'releven' untuk PRK Bagan Pinang ni.

JOM KITA PASTIKAN CALON PAS MEMANG UNDI AWAM!!


Rujukan
  1. Bagan Pinang: Harapan menang pada undi POS


Related Posts by Categories

Kroni Rosmah Terima Projek Bas PLKN?

Sebuah syarikat milik individu yang mempunyai pertalian rapat dengan Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri Najib Razak, dikatakan bakal diberi kontrak mewah membekalkan 400 unit bas untuk Program Khidmat Latihan Negara (PLKN).

Bas-bas itu dikatakan akan dimport dari China dan dijangka memintas kepentingan pengusaha bas tempatan yang setia menampung keperluan pengangkutan peserta PLKN, sejak ia dilancarkan pada tahun 2004.

Bas-bas itu dikatakan ditempah daripada syarikat Dong Feng di China dan akan dijual kepada kerajaan pada harga RM600,000 sebuah - hampir dua kali ganda berbanding harga asal.

Difahamkan, Kementerian Kewangan yang diterajui oleh Najib mengarahkan Syarikat-syarikat Kaitan Kerajaan atau GLC untuk menyediakan dana kepada syarikat pembekal berkenaan untuk membawa masuk bas-bas terbabit dari China.

Ini kerana syarikat pembekal yang dikaitkan dengan isteri Najib itu hanya mempunyai modal berbayar RM2 pada masa ini tetapi akan mengaut keuntungan puluhan juta ringgit.

Bas 40 penumpang itu adalah mirip bas Syarikat Rangkaian Pengangkutan Integrasi Deras Sdn Bhd (RapidKL), yang beberapa ratus buah tersadai di Rawang dan Selayang.

Sumber-sumber memberitahu Suara Keadilan bahawa kerajaan akan memanggil tender rasmi untuk kontrak itu pada hujung tahun ini untuk memberi gambaran bahawa urusniaga berkenaan dijalankan secara telus.

Hakikatnya ialah segala keputusan mengenai kontrak itu sudahpun dibuat. Malah sebuah agensi perkapalan juga telah dikenalpasti oleh Kementerian Kewangan bagi menguruskan kerja-kerja logistik termasuk membawa masuk bas berkenaan dari China.

Sumber itu memberitahu Suara Keadilan, dana bagi pembelian bas berkenaan oleh syarikat terbabit akan dibiayai oleh Syarikat Prasarana Negara Berhad (SPNB) atau lebih dikenali sebagai 'Prasarana'.

Sumber juga mendakwa, Prasarana telah 'diarah' oleh pihak atasan untuk menyediakan dana itu bagi membeli dan membekal bas berkenaan atas nama syarikat yang dikaitkan dengan Rosmah.

Prasarana adalah syarikat di bawah Kementerian Kewangan yang didaftarkan pada 11 Ogos 1998 untuk mengambil alih projek-projek pengangkutan yang gagal, dengan kelulusan kerajaan.

Syarikat itu dipertanggungjawabkan untuk menyediakan sistem pengangkutan di Lembah Klang dan Pulau Pinang dan mengambil alih bebrapa syarikat pengangkutan lain seperti Sistem Transit Ringan LRT, PUTRA dan juga STAR.

Dalam pada itu, seeorang pengusaha pengangkutan yang berpengalaman dalam pembinaan bas berkata pemilihan bas buatan China menimbulkan banyak persoalan.

Beliau yang enggan namanya disiarkan berkata, bas buatan China mempunyai banyak masalah teknikal selain tidak efisyen manakala kos penyenggarannya tinggi.

"Kita boleh lihat sendiri apa yang berlaku kepada ratusan bas jenis sama milik Rapid KL yang tersadai hingga menjadi besi buruk di merata Lembah Kelang. Adakah kita mahu perkara yang sama berulang?" soal beliau.

"Bagaimana pula keselamatan atau kesejahteraan anak -anak muda kita yang bakal dihantar ke kem-kem PKLN di seluruh negara menggunakan bas-bas ini?" tambahnya. - Suara Keadilan

Rakyat akan tolak parti bodoh sombong - Dr M

KUALA LUMPUR, 15 Sept: Janji pembangunan dan perbuatan menabur wang tidak akan berkesan lagi apabila rakyat membenci parti yang bodoh sombong dan mengamalkan rasuah, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dalam apa yang dilihat sebagai respon segeranya terhadap sanggahan Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu terhadap peringatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Tun semalam menulis mengenai "orang politik yang berpendapat jika dapat jadi Presiden parti maka kemenangan mereka dalam pilihan raya terjamin".

Walaupun tidak menyebut nama Samy Vellu, tulisan terbaru Dr Mahathir dalam blognya dilihat sebagai ditujukan kepada bekas Menteri Kerja Raya itu.

Sebelum itu, Samy Vellu membidas peringatan Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) ketika merasmikan Perhimpunan Agung MIC Ke-63 Sabtu lalu.

"Perdana Menteri cakap, bila popular di dalam parti sahaja tak mencukupi. Perlu popular di kalangan rakyat juga.

"Biar saya cakap ini. Kalau popular di dalam parti baru anda bercakap di luar, dengan rakyat. Kalau tak, mereka akan tanya, siapa kamu?" kata beliau.

ImageDalam responnya itu, Dr Mahathir mendedahkan, orang politik yang percaya kedudukan sebagai presiden parti akan menjamin kemenangan pilihan raya itu "berusaha untuk menentukan kemenangan mereka melalui penyingkiran ahli yang tidak menyokong mereka, mengguna wang untuk membeli sokongan atau mengguna apa-apa kuasa yang ada pada mereka untuk menyogok, menjanji sesuatu kepada yang akan menyokong atau mengugut".

Hasilnya, kata bekas Presiden Umno itu, mereka menang dalam parti.

"Tetapi rakyat memerhati segala tindak-tanduk pemimpin dan ahli seperti ini.

"Apabila rakyat lihat perjuangan parti bukan lagi untuk rakyat; apabila mereka lihat rasuah dan ugutan yang menentukan kepimpinan, maka kepercayaan kepada parti dan pemimpinnya akan terhakis dan mungkin hilang lenyap," katanya.

Beliau mengingatkan, apabila pilihan raya umum diadakan maka rakyat dan ahli-ahli parti sebagai pengundi akan menyatakan kekecewaan mereka walaupun mereka tidak dapat membuat apa-apa terutama apabila mulut mereka tertutup.

Perkara itulah yang telah berlaku pada Pilihanraya Umum ke 12 pada 8 Mac tahun lalu, katanya.

"Apakah kekecewaan rakyat disedari oleh pemimpin dan parti-parti politik. Hingga kini tidak ternampak yang parti dan pemimpin sudah betul-betul sedar.

"Yang merebut jawatan masih merebut dengan penggunaan cara-cara lama. Pembersihan parti tidak juga dilakukan. Pengamal politik wang masih diterima dan diberi tempat.

"Ahli-ahli biasa parti tidak memprotes sikap lama diteruskan. Bahkan ramai juga ahli yang berpendapat apa salahnya menabur wang. Mereka juga akan dapat sedikit habuan," kata Dr Mahathir.

Bekas Pengerusi BN itu mengingatkan bahawa kelebihan undi sedikit sahaja kepada parti lawan akan menyebabkan kekalahan.

Dr Mahathir bagaimanapun tidak mengulas luahan kemarahan seorang perwakilan perhimpunan MIC itu yang mahu mengalungkan selipar pada gambarnya.

Seolah-olah membela tindakan itu, anak lelaki Samy Vellu, Vell Paari berkata, tindakan itu adalah semata-mata luahan kekecewaan terhadap Dr Mahathir dan pihak-pihak lain yang cuba campur tangan dalam urusan dalaman MIC.

Apa yang disifatkan sebagai luahan kekecewaan oleh Vell Paari itu berpunca dari pandangan Dr Mahathir sebelum itu.

Ketika diwawancara akhbar Tamil, Makkal Osai, Dr Mahathir berkata, masyarakat India mengundi pembangkang dalam pilihan raya umum lalu kerana marahkan Samy Vellu.

"Jika masyarakat India mahu kemajuan dan melangkah ke hadapan, mereka mesti singkirkan Samy Vellu," katanya.

Vell Paari juga mengulas kenyataan Najib yang dibidas ayahnya.

"Para perwakilan juga kecewa dengan ucapan (perasmian) Najib yang tersirat kritikan terhadap Presiden MIC dan menggesa dilakukan perubahan di dalam parti, seolah-olah beliau mahu pasukan presiden dikalahkan," katanya.

Kecaman perwakilan MIC terhadap Dr Mahathir itu bukanlah kecaman pertama kali dari dalam BN terhadapnya.

Tiga tahun lalu, Dr Mahathir pernah merungut terhadap penghinaan dan sekatan Umno terhadapnya.

"Ada yang panggil saya beruk, ada panggil iblis, ini budaya Umno yang baru".

Beliau juga berkata: "Yang itu (sekatan) lebih pelik, lebih menghina saya bahkan jadikan saya pariah dalam Umno. Saya bekas Presiden jadi pariah dalam Umno".

Haris Ibrahim – The Man and His Vision

HARIS POSTER
Who is Haris Ibrahim, the man behind the ‘Saya Anak Bangsa Malaysia’ initiative that will be launched at the Rumah Anak Bangsa Malaysia, Damansara on 16 September 2009 coinciding with the formation of the Federation of Malaysia. Many know him as the initiator and owner of the blog, ‘The People’s Parliament’.
I first came to know Haris at a talk on Bangsa Malaysia in PJ and subsequently at  a Bangsa Malaysia Merdeka Forum and Get-Together on the evening of 25 August 2007. These Anak Bangsa Malaysia initiatives to me reflected the bold and rare determination of people of all races and religion coming together with one common aspiration, i.e. to drop all their tribal, communalistic thinking and prejudices and just to bond and unconditionally love one another. To me, it was as Gandhi puts it – an experiment in truth.
haris1On that night we had a rare treat from Black and Law Prof. Azmi Sharom with a rendition of ‘freedom’ songs but what caught me most was what Haris said, “As a fellow Bangsa Malaysia, I am willing to die for you – all of you, regardless of your race or religion”. This is truly the measure of a selfless soul who time and again risked his freedom to bring the message of change and the spirit of an Anak Bangsa Malaysia, forgiving, undividing, and always forging new relationships whilst breaking down barriers.
In early August 2007, a young lady e-mailed Haris and asked, amongst other things :
‘How did you come to this point of your life? Doing what you’re doing, writing what you’re writing?’
Here is Haris’s answer to her question which I would like to repost here:
haris-sm”On 5/11/2000, 4 individuals who were being tried in the Kota Bharu Syariah High Court threw proceedings into complete disarray when they produced statutory declarations signed by all 4 in August 1998 to the effect that they had all renounced Islam.
At the request of the prosecutor, the 4 were ordered to be remanded for a week to facilitate investigations. The lawyer appearing for them immediately asked and was allowed to be discharged from continuing to act for them.
This is the case of the 4 apostates, Kamariah Ali and her late husband Mohamad bin Ya, Daud Mamat and Mad Yaacob bin Ismail, that finally went all the way up to the Federal Court, where they all lost.
I picked up news of their case from the papers and followed it closely.
On 12/11/2000, they were produced again before the Syariah Court and were ordered to be remanded again and to be produced before the court on 19/11/2000.
This, too, I picked up from the newspapers.
What I picked up from the non-media sources was that attempts to get a new lawyer to represent them was proving to be impossible.
Nobody wanted to handle a hot, controversial potato.
On 19/11/2000, 2 friends and I drove up to Kota Bharu to attend the Syariah Court proceedings and to see if we could offer any help.
We would, however, be useless in the Syariah Court as none of us were Syariah lawyers.
What I witnessed first hand brought home to me a stark truth.
Justice, love, kindness and compassion that is enjoined by all faiths never sees the light of day when men arrogate to themselves the role of sanitizers of those perceived as ‘believers’  having fallen by the wayside.
These are the ‘do as I say, say as I say’ that you find amongst practitioners in every faith, without exception.
Without any legal representation, and before a court which, ostensibly, had no jurisdiction over them, the 4 having produced evidence that they no longer pofessed Islam, Kamariah, Daud, Mohamad Ya and Mad Yaacob were sentenced to 3 years jail each and were slapped with new charges of attempting to leave Islam.
As the 4 were led away to prison, I watched them bid their goodbyes to their relatives and fellow-villagers.
I will shamelessly tell you that I cried.
I then approached those relatives and fellow-villagers, introduced myself and offered to help.
I saw distrust in their eyes. ‘Who was this stranger? What does he want?’.
There was a flurry of phone calls, after which I was asked if I was prepared to go to their village to meet the headman. I later found out that this was Ayah Pin.
I agreed.
Enroute to the village, which subsquently came to be called the ‘Sky Kingdom’, one of the villagers who accompanied us in our car, a young man named Kamarul, asked a most pertinent question. Let me reproduce the conversation that ensued, as best as I can recall.
Kamarul : Tuan loyar sanggup datang daripada jauh nak tolong orang kampung, kenapa?
Me : Tuhan perintahkan saya.
Kamarul : Wah, bukan main. Tuhan kontek tuan loyar?
Me : Ya, melalui Qur’an.
Kamarul : Ya, ke? Ayat mana? ( Please try to imagine the most cynical ‘ya,ke’ possible. That was how it was )
Me : Surah An’ Nisa Ayat 75.
Kamarul : Mmm, ya lah ( just as cynically as the ‘ya,ke’ ).
I met Ayah Pin that morning for the first time.
I could not understand his dialect.
Through an interpreter, I offered to take the case of the 4 to the civil courts. I said I could not guarantee any success but I would dare to promise that the lawyers involved would do their best.
Ayah Pin asked about legal fees.
I told him that as I was there by the Command of God, my fees would be paid by God.
He conferred with some of the other villagers, then turned to me and said (as interpreted) that as they could not get anyone else and I had offered to help, they would accept the offer.
I want to pause here and observe that my first appointment to represent the 4 was borne out of a sense of hopelessness on the part of those who were appointing me, and not hope. An appointment not built on trust, but desperation.
No-one else would act for them, so they had to take whatever there was.
For the 4 apostates, the team of lawyers took out proceedings and lost in the Kota Bharu civil High Court, the Court of Appeal and the Federal Court.
Mohd Ya has since passed on.
Kamariah and Daud have been charged again in the Syariah High Court in Kuala Terengganu. Proceedings have been commenced on their behalf again in the KL High Court. We lost and have appealed to the Court of Appeal.
On behalf of Ayah Pin’s wife, proceedings in the Kuala Terengganu High Court were commenced in 2001 to challenge a land office move to demolish buildings on the land. This is the only court proceeding that was won.
In 2005, a second move to demolish was started by the land office. Challenges were again filed in the Kuala Terengganu High Court. A stay order was obtained. The land office nonetheless moved to and did demolish on 31/7/2005. Contempt proceedings were commenced and dismissed in the High Court. An appeal is pending in the Court of Appeal.
6 1/2 years through the courts and just one lousy victory! It would seem that their sense of hopelessness with which I was first appointed was well justified.
But, hey, guess what? There no longer is distrust in their eyes when we meet and, yes, the fees that I have received from God for this work, no amount of money could ever buy.
I have received friendship and love from some of the gentlest people I have ever met.
I first took the case because I love God and felt that this is what He would have me do.
They, the villagers, accepted me into their lives out of desperation.
Today, notwithstanding the differences between these villagers and myself in our respective understanding of God and His great scheme, yet there is immense love, respect and tenderness that we give each other.
This love, respect and tenderness is God-Planted.
I have since then taken on many such cases where there has been no fees, out of love for God and a sense of duty owed to Him and in every such case, the same thing has happened.
God has Planted love, respect and tenderness.
To that young lady, this is my answer.
I do what I do because I am addicted to the love, respect and tenderness that God Plants in great abundance.
This is my hope of what may emerge from the impending Bangsa Malaysia Merdeka get-together.
That between those who come to partake, God will Plant love, respect and tenderness.”
THAT’S HARIS IBRAHIM, A MAN FOR ALL SEASONS AND A MAN FOR ALL MALAYSIANS.

abm

Suami aktivis anti-ISA dibebaskan


Suami aktivis Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) Norlaila Othman bersama empat lagi tahanan akan dibebaskan dari kem perlindungan Kamunting, Taiping petang ini.

Dalam pengumumannya di Putrajaya hari ini, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata kelima-limanya dibebaskan selepas kementerian mendapati mereka menunjukkan pemulihan yang positif dan tidak lagi menjadi ancaman kepada keselamatan negara.

NONEMat Sah Mohd Satray bersama empat lagi tahanan Akta Keselematan Dalam Negeri (ISA) itu dituduh terlibat dengan gerakan pengganas Jemaah Islamiah (JI).

Mat Sah (foto), yang pernah bekerja dengan Dewan Bahasa dan Pustaka, ditahan pada April 2002 atas tuduhan terlibat dengan gerakan Islam itu.

Turut dibebaskan, Dr Abdullah Daud, seorang pensyarah Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai yang ditahan 3 Jan 2002.

Tiga lagi yang turut dibebaskan: Mohd Nasir Ismail @ Hassan, Ahmad Kamil Md Hanapiah dan Muhammad Amir Md Hanapiah.

Ketiga-tiganya ditahan di kem Kamunting mulai 30 Mei 2007.

Dalam sidang medianya, menurut Bernama, Hishammuddin menafikan pembebasan mengejut ini ada kaitan dengan pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang yang akan diadakan pada awal bulan depan.

"Pembebasan mereka hari ini untuk memberi mereka peluang menyambut Aidilfitri bersama keluarga masing-masing.

"Ia tidak ada kena-mengena dengan pilihan raya kecil Bagan Pinang," beliau dipetik berkata.

Tambahnya, dengan pembebasan itu, kini tinggal sembilan lagi tahanan ISA - empat rakyat Malaysia dan masing-masing seorang warga Bangladesh, Pakistan, Thailand, Singapura dan Indonesia.

Apabila Datuk Seri Najib Razak mengambil alih jawatan perdana menteri pada 3 April lepas, beliau mengumumkan pembebasan 19 tahanan ISA.

Manakala pada Mei lepas, seramai 13 tahanan termasuk tiga pemimpin pertubuhan haram Hindraf, telah dibebaskan.

Menurut agensi berita itu lagi, terdahulu Hishammuddin mengadakan pertemuan dengan wakil-wakil daripada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) dan Persatuan Peguam Syarie mengenai pindaan akta itu.

Beliau dipetik berkata perbincangan menyentuh mengenai ketelusan ISA, tempoh tahanan serta layanan terhadap tahanan.

"Tetapi dalam pertimbangan mengenai keselamatan negara, semua bersetuju bahawa ISA masih lagi diperlukan selagi belum ada akta baru diperkenalkan untuk memansuhkan ISA," kata Hishammuddin lagi.

NONESementara itu, sebagai reaksi segera, Norlaila yang terkejut dengan pembebasan Mat Sah tetap menyatakan kesyukurannya.

"Syukur kepada Allah dan (saya) nak berkongsi rasa gembira ini dengan semua rakyat Malaysia yang selama ini menyokong perjuangan saya dan GMI," katanya kepada Malaysiakini melalui mesej SMS.

Beliau yang kini berada di Sabah tidak dimaklumkan lebih awal tentang permbebasan suaminya itu.

Norlaila menambah, beliau berharap akan mengadakan sidang akhbar berhubung perkara tersebut setelah kembali ke Kuala Lumpur malam esok.

Umno kian terbelit dengan lingkaran sentimen perkauman ciptaannya


Oleh AHMAD LUTFI OTHMAN

LOGIKNYA, apabila kita diberi petunjuk jelas tentang kehadiran Lailatulqadr - malam yang lebih baik daripada 1,000 bulan - pada malam-malam ganjil di hari-hari sepuluh terakhir Ramadan, tentu tiada siapa yang akan meremehkannya.

Ya, apa sukarnya untuk menghidupkan malam dengan melakukan ibadah sepenuhnya hanya pada beberapa malam tertentu itu, sedangkan ganjarannya cukup luar biasa?

Namun realitinya, insan begitu mudah alpa dan leka, tawaran sehebat mana pun, jika tidak didahului dengan jiwa tauhid yang mantap dan latihan yang konsisten, maka pada saban tahun, segalanya akan berlalu begitu sahaja.

Saya cuba mengingatkan diri yang kerdil ini - berkali-kali - bahawa kita masih belum terlambat untuk merebut tawaran Ilahi itu. Ramadan, bulan di mana nafas orang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada wangi kasturi. Bulan di mana setiap malamnya Allah akan membebaskan seratus ribu orang yang sebelumnya diwajibkan ke atas mereka neraka.

Justeru, penuhkanlah malam dan siangnya dengan al-Quran, istighfar, zikir, taubat, sedekah, solat sunat dan beribadah dengan khusyuk. Sucikanlah hati, mohonlah keampunan seikhlasnya, cantas segala keinginan syahwat, moga-moga Allah menerima amalan kita yang sedikit ini.

II.

Hari Jumaat bulan Ramadan adalah hari baik di bulan yang baik. Tapi pada hari itulah juga sekumpulan penduduk di Shah Alam mengarak kepala seekor lembu sambil melaungkan slogan provokatif dan mempamerkan ungkapan menghina.

Mereka membantah proses pemindahan kuil Hindu dari Seksyen 19 ke Seksyen 21. Rupanya Ramadan 'tidak cukup' untuk melatih mereka agar bersifat sabar, menundukkan nafsu amarah dan melihat isu kontroversi itu dari gambaran lebih menyeluruh serta terpisah dari sentimen perkauman sempit yang ternyata cuba diapi-apikan pihak tertentu.

Lebih berbahaya apabila tindakan mengusung kepala lembu yang masih berdarah itu boleh ditafsirkan dari sudut penghinaan kepada amalan agama tertentu. Sebenarnya tidak sukar untuk menelah siapa dalang di belakang peristiwa yang sarat dengan agenda politik itu.

Malah jika diteliti perancangan Umno - dengan restu Presidennya, Najib Razak sendiri - untuk merampas kerajaan negeri Selangor daripada Pakatan Rakyat dengan apa cara sekalipun, banyak pihak bimbang jika sentimen keagamaan dieksploit semahu mungkin untuk menjayakan misi berkenaan. Umno di negeri termaju itu kian kelemasan selepas bertaraf pembangkang.

Umno sebenarnya dalam keadaan terhimpit. Malah pemimpin dan para strategisnya juga keliru untuk mencari jalan keluar. Selama ini Umno merasakan ia berjaya melalui propaganda perkaumannya, seperti selalu dikumandangkan dalam program-program anjuran BTN. Zaman sudah berubah. Senjata perkauman menikam dirinya sendiri.

Tetapi Umno ternyata begitu sukar untuk mengambil iktibar dan belajar dari sejarah kegagalannya dalam pilihan raya umum 2008. Bekalan intelektual dan kematangan fikiran pimpinannya boleh dipersoalkan.

Dalam keadaan pengundi Cina dan India semakin menjauhi BN terutama selepas kes kematian Teoh Beng Hock dan perarakan kepala lembu, ditambah jika 'permainan perkauman' Umno kali ini membelit dirinya, riwayat Umno-BN sebagai parti pemerintah dijangka berakhir dalam pilihan raya umum ke-13 nanti.

Bagaimanapun, seperti yang selalu saya tekankan juga, pengundi Melayu harus seberapa segera disedarkan daripada terus dibuai keyakinan palsu terhadap Umno. Jelas terdapat kempen besar-besaran mahu meniupkan sentimen perkauman Melayu melalui beberapa isu di Selangor.

Pendedahan maklumat dan pengedaran berita yang lebih cepat dan tepat melalui media baru diharap dapat membantu menjernihkan tanggapan orang Melayu terhadap Pakatan Rakyat.

III.

Memang ia satu kejutan dan hadiah hari merdeka yang tidak sepatutnya. Kenaikan harga minyak biar sekecil mana pun pasti mempunyai kesan berantai yang cukup negatif kepada pengguna. Apatah lagi ia diumumkan menjelang hari perayaan dalam suasana kelembapan ekonomi yang masih ketara.

Sekali lagi, apakah Najib tidak mengambil iktibar daripada eksperimen buruk Abdullah Ahmad Badawi dahulu? Rakyat yang cukup perit dengan bebanan kenaikan kos sara hidup mengajar Abdullah melalui peti undi.

Keuntungan besar Petronas ternyata tidak dimanfaatkan untuk meningkatkan keperluan asas. Banyak projek (lihat saja di Terengganu) hanya untuk mengisi tembolok para kroni dan membawa masalah selepas disiapkan.

Semasa rakyat masih termangu-mangu dengan skandal PKFZ berbelas bilion ringgit, istana bekas menteri bernilai puluhan juta, projek membazir yang menghanguskan dana awam, tiba-tiba mereka hendak dibebankan lagi.
Saya menjangkakan rentetan slogan muluk Najib boleh menjerat lehernya sendiri, mengulangi mimpi ngeri Abdullah. Kini, rakyat berhak bertanya, siapa yang didahulukan dan siapa pula yang diutamakan?

28 Sept : PAS jumpa SPR bincang prosedur undi pos


KUALA LUMPUR, 15 Sept - PAS akan mengadakan pertemuan dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) 28 Sept depan bagi membincangkan mengenai prosedur undi pos, ujar Salahuddin Ayub yang melihat undi pos sebagai tidak telus dan boleh dimanipulasi.


Naib Presdiden PAS itu berkata, PAS akan terus mendesak SPR mengkaji semula sistem tersebut.


Berhubung calon PAS pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, awal Okktober nanti, Salahuddin memberitahu PAS negeri menyenarai pendek tiga nama untuk diputuskan di peringkat pusat - pesuruhjayanya Zulkefly Mohamad Omar, yang dipertua Ramli Ismail dan bekas ketua Dewan Ulama PAS negeri Kassim Tahir.


Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan nama-nama calon itu dan hanya berkata calon bagi DUN itu akan ditentukan PAS Pusat pada masa yang terdekat ini.


Kemungkinan tiga penjuru


Terbaru, menurut satu laporan media baru Malaysiakini berkata, seorang ahli jawatankuasa PKR Kota Lukut, Shahrudin Abdul Hamid tampil menawarkan diri sebagai calon bebas dalam pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang 3 Oktober ini.


Kehadirannya ini, jika menjadi kenyataan, akan menyaksikan pertembungan sekurang-kurangnya tiga penjuru dengan PAS dan BN.


Tarikh penamaan calon bagi pilihan raya kecil itu ialah 3 Oktober sementara tarikh pengundian, jika ada pertandingan, 11 Oktober.

Mahathir: Masih ada pemimpin, parti belum sedar selepas PRU 2008

Hingga kini tidak nampak parti dan pemimpin sudah betul-betul sedar

PETALING JAYA: Bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad juga berpendapat bahawa masih ada parti politik dan pemimpin yang belum sedar untuk menerima hakikat sebenar walaupun mengalami prestasi buruk dalam pilihan raya umum ke-12 Mac 2008.
Tanpa menamakan parti dan pemimpin yang dimaksudkan, Dr. Mahathir berkata, parti dan pemimpin terbabit belum menyedari kekecewaan yang diperlihatkan oleh pengundi pada 8 Mac 2008.
"Apakah kekecewaan rakyat disedari oleh pemimpin dan parti-parti politik. Hingga kini tidak ternampak yang parti dan pemimpin sudah betul-betul sedar," kata beliau dalam blognya.
Dr. Mahathir berkata, ada ahli politik yang berpendapat jika dapat memegang jawatan Presiden parti, maka kemenangan mereka dalam pilihan raya sudah terjamin.
"Justeru, mereka ini berusaha untuk menentukan kemenangan mereka melalui penyingkiran ahli yang tidak menyokong mereka, mengguna wang untuk membeli sokongan atau mengguna apa-apa kuasa yang ada pada mereka untuk menyogok, menjanji sesuatu kepada yang akan menyokong atau mengugut.
"Hasilnya mereka menang dalam parti. Tetapi rakyat memerhati segala tindak-tanduk pemimpin dan ahli seperti ini.
"Apabila rakyat lihat perjuangan parti bukan lagi untuk rakyat; apabila mereka lihat rasuah dan ugutan yang menentukan kepimpinan, maka kepercayaan kepada parti dan pemimpinnya akan terhakis dan mungkin hilang lenyap," kata bekas Pengerusi Barisan Nasional (BN) dan bekas Presiden Umno ini.
"Rakyat tidak dapat membuat apa-apa, terutama apabila mulut rakyat tertutup. Demikian juga ahli parti. Tetapi apabila Pilihan raya umum diadakan maka rakyat sebagai pengundi akan nyatakan kekecewaan mereka," kata Dr. Mahathir yang bersara Oktober 2003.
BN mengalami prestasi buruk pada 8 Mac 2008.
Mesej yang sama telah disampaikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak ketika berucap merasmikan Perhimpunan Agung MIC Ke-63, Sabtu lalu.
Najib mengingatkan semua pemimpin parti komponen Bn bahawa tidak guna menjadi popular di kalangan anggota-anggota parti sahaja tetapi tidak popular di kalangan rakyat, sehingga menyebabkan kehilangan sokongan rakyat.
Najib yang juga Pengerusi BN berkata, dalam sistem demokrasi berparlimen suara keramat ialah suara rakyat dan kuasa mutlak adalah di tangan rakyat dan mereka yang akan menentukan nasib BN dalam setiap pilahan raya umum.
Jumaat lalu, Dr. Mahathir berkata, MIC akan kehilangan sokongan daripada masyarakat India jika Datuk Seri S. Samy Vellu terus menerajui parti itu.
Tegasnya, MIC kini dilihat semakin lemah dan kekuatan parti itu tidak boleh dipulihkan semula jika Samy Vellu terus kekal sebagai Presiden.
Dalam tulisan terbaru blognya, Dr. Mahathir juga memberitahu, pemimpin-pemimpin parti terbabit masih merebut jawatan masing-masing dengan penggunaan cara-cara lama.
"Pembersihan parti tidak juga dilakukan. Pengamal politik wang masih diterima dan diberi tempat," katanya sambil menambah, ahli-ahli biasa parti tidak memprotes sikap lama diteruskan.
"Bahkan ramai juga ahli yang berpendapat apa salahnya menabur wang. Mereka juga akan dapat sedikit habuan.
"Apabila ramai rakyat sebagai pengundi sudah benci kepada parti kerana amalan rasuah dan bodoh sombong, janji pembangunan dan menabur wang tidak akan berkesan lagi.
"Ingatlah apabila kelebihan undi sedikit sahaja, kehilangan sokongan daripada sebilangan yang kecil rakyat pun boleh sebabkan kekalahan," katanya.

Kekal MIC atau keluar: Pendirian Subramaniam dalam 2 minggu ..!!! Selamat datang ke Pakatan Rakyat...???


Subramaniam: Banyak opsyen ditimbangkan, perlu masa untuk fikir


PETALING JAYA: Bekas Timbalan Presiden MIC, Datuk S. Subramaniam yang kalah buat kali kedua Sabtu lalu akan mengumumkan keputusan mengenai masa depan kerjaya politiknya menjelang awal bulan depan.
Subramaniam berkata, beliau sedang mempertingkan beberapa opsyen yang ada baginya buat masa sekarang.
"Biar saya fikirkan dan timbangkan kesemua opsyen yang ada... opsyen masih terbuka (untuk saya pertimbangkan). Dalam tempoh seminggu dua ini, saya akan mengumumkan keputusan saya," kata beliau kepada mStar Online.
"Banyak pihak bercakap, mencadangkan banyak perkara, saya akan memikirkan setiap perkara ini," katanya.
Difahamkan Subramaniam sedang memikirkan empat opsyen dengan mengadakan siri perbincangan bersama para penyokongnya.
EMPAT OPSYEN
Empat opsyen itu ialah kekal berjuang dalam MIC, menubuhkan parti baru, menyertai Pakatan Rakyat atau bersara terus daripada arena politik.
Bagaimanapun beliau enggan memberi bayangan berhubung keputusan yang bakal dibuat itu.
"Tidak, tidak... saya tidak mahu memberikan sebarang bayangan sekarang," katanya.
mStar Online difahamkan beliau juga akan mengadakan pertemuan dengan pucuk kepimpinan tertinggi dengan Barisan Nasional (BN) sebelum mengumumkan keputusannya.
Subramaniam tewas dalam usaha merampas balik jawatan Timbalan Presiden daripada penyandang Datuk G. Palanivel.
Palanivel mengekalkan jawatannya itu dengan menewaskan Subramaniam dan bekas Naib Presiden, Datuk S. Sothinathan. Palanivel memperoleh 629 undi, Subramaniam (547) dan Sothinathan (280).
DEMI KEPENTINGAN PENYOKONG
Subramaniam memberitahu, selama ini beliau sentiasa meletakkan kepentingan parti mengatasi segala aspek yang lain.
"Kini saya juga perlu mempertimbangkan kepentingan dan hasrat penyokong-penyokong saya. Oleh itu saya memerlukan masa untuk memikirkan perkara ini (masa depan kerjaya politik).
"Saya sudah memaklumkan mereka (yang menghubungi dan menemui saya sejak dua hari lalu) agar berikan saya sedikit masa untuk berfikir," katanya.
Selain kalah dalam pemilihan, Subramaniam kini berhadapan dengan kemungkinan dirujuk kepada Jawatankuasa Disiplin parti.
Pada 8 September lalu, Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) MIC memutuskan untuk merujuk Subramaniam kepada Jawatankuasa Disiplin berhubung laporan dakwaan penipuan undi pada pemilihan jawatan Timbalan Presiden 1977.
Berdasarkan perkembangan terbaru, Subramaniam bakal berhadapan dengan tindakan dihadapkan ke Jawatankuasa Disiplin kerana membawa kumpulan penyokong - dianggarkan 500 orang - yang disifatkan sebagai "samseng" oleh Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu bagi mencetuskan kekecohan ketika pemilihan.
Samy Vellu berkata, MIC tetap akan mengambil tindakan disiplin ke atas Subramaniam yang tewas pemilihan jawatan itu buat kali kedua.
Jika diambil tindakan disiplin yang dimaksudkan, beliau berhadapan dengan hukuman sama ada amaran, digantung ataupun dipecat daripada parti.
Mengulas lanjut tentang kekalahan kali ini, Subramaniam yang pernah menyandang jawatan Timbalan Presiden dari 1981 hingga 2006 memberitahu, beliau cukup dewasa untuk menerima keputusan para perwakilan.
"Tetapi banyak perkara yang karut berlaku termasuk campur tangan Samy Vellu dalam pemilihan... beliau berkempen untuk calon-calon tertentu dan di pertengahan kempen mengeluarkan kenyataan CWC memutuskan untuk merujuk saya kepada Jawatankuasa Disiplin," katanya.
Ditanya sama ada Samy Vellu mahu menghabiskan kerjaya politik dalam MIC, Subramaniam yang pernah mencabar bosnya pada 1989 bagi jawatan Presiden memberitahu: "Saya sudah tidak kisah tentang beliau (Samy Vellu)."
"Bagaimanapun saya akan terus berjuang kerana seperti yang pernah saya mengatakan sebelyum ini beliau berkempen menentang saya dan di tengah-tengah kempen mengatakan mahu mengambil tindakan terhadap saya seolah-olah mahu mengganggu penyokong-penyokong saya," katanya.
"Ini perjuangan soal hidup atau mati bagi saya... bagi saya, saya kalah tetapi saya terima kekalahan.
"Bagaimanapun, adakah beliau terima kekalahan ini selepas seramai 827 perwakilan mengundi menentang calon yang Samy Vellu sokong," katanya lagi.
Kata Subramaniam itu, arah aliran itu merupakan mesej yang jelas untuk Samy Vellu tetapi menerima isyarat tersebut.