Isnin, 14 September 2009

1Malaysia...rakyat malaysia atau rakyat asing diutamakan...!!! Rakyat Saudi lebih miskin dari Malaysia..!!!!


1Malaysia Kena Tipu Dek Proton...
Kenapa Proton tak jual harga macam dekat Arab Saudi..?

Apa istimewanya orang Arab?

Kata "Rakyat didahulukan" … Kenapa orang Arab lebih diutamakan? Pemilik Proton di Malaysia semuanya dah kena tipu... Hahaha...

Harga Persona kat Saudi = SR 36,100

Harga Gen2 kat Saudi = SR 33,600

Harga Waja kat Saudi = SR 37,950

1 Saudi Riyal = RM 0.94

Signifikan PRK ke-9, N31 Bagan Pinang

Oleh Black
SEPT 14 — Minggu lalu kita dikejutkan dengan berita kematian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bagan Pinang dari Barisan Nasional (BN), Azman Mohd Noor. Kematian Adun tersebut akan menyebabkan pilihanraya kecil (PRK) perlu diadakan di kerusi DUN yang terletak dibawah parlimen Teluk Kemang, Negeri Sembilan.
Selepas pilihanraya 8 Mac 2008, kita telah menyaksikan lapan PRK berlangsung seperti di Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang, Bukit Selambau, Batang Ai, Penanti, Manek Urai dan Permatang Pasir.
PRK kesembilan yang bakal berlangsung tidak lama lagi secara uniknya akan berlangsung di Negeri Sembilan. Buat pertama kali dalam sejarah politik negara, Pakatan Rakyat (Pakatan) berjaya memenangi tujuh daripada lapan PRK yang telah diadakan.
Sebelum pilihanraya 8 Mac 2008, kebiasaannya, setiap PRK akan dimenangi oleh calon daripada BN tidak kira dikubu kuat pembangkang sekalipun. Kalau adapun yang dimenangi oleh pembangkang hanyalah satu atau dua kerusi seperti kerusi DUN Lunas pada era pemerintahan Dr. Mahathir.
Kini, berlaku perubahan dalam senario politik negara apabila Pakatan yang terdiri daripada gabungan PKR, PAS dan DAP menjadi pencabar utama kepada BN yang telahpun memerintah Malaysia selama 52 tahun.
Dalam pilihanraya umum lalu, Arwah Azman Mohd Noor yang juga Timbalan Ketua Umno Bahagian Teluk Kemang, menewaskan calon PAS, Ramli Ismail dengan majoriti 1505 undi dimana calon BN tersebut mendapat 6,430 undi berbanding 4,925 undi yang diterima oleh calon PAS.
Kerusi Bagan Pinang ini mempunyai 14,192  pengundi dimana 4,925 daripadanya adalah pengundi pos. Bagan Pinang penting kepada kedua-dua BN dan Pakatan.
Negeri Sembilan yang sebelum ini menjadi kubu kuat BN telahpun kehilangan majoriti 2/3 di DUN pada pilihanraya umum 8 Mac lalu. BN hanya memenangi 21 daripada 36 kerusi DUN yang dipertandingkan. Sebab itu kerusi ini amat penting untuk dipertahankan oleh BN bagi menyekat pengaruh Pakatan daripada terus menembusi Selatan Semenanjung Malaysia.
Bagi Pakatan pula, kemenangan di Bagan Pinang akan melebarkan sayap mereka di Negeri Sembilan yang kini menjadi sasaran untuk ditawan pada PRU akan datang.
Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) masih belum menetapkan tarikh PRK Bagan Pinang dan hanya akan bermesyuarat pada 14 September. Semenjak SPR mempunyai pengerusi baru iaitu Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, masih belum kelihatan sesuatu yang serius dilakukan bagi mereformasikan pilihanraya di Malaysia.
Banyak perkara boleh dilakukan oleh SPR untuk memperbaiki kredibiliti pilihanraya di Malaysia. PRK adalah medan yang terbaik untuk memperkenalkan mekanisma baru seperti penggunaan dakwat kekal (indelible ink) bagi menggelakkan berlakunya penggundian berulang.
Walaupun ianya tidak seratus peratus boleh menjamin tidak berlakunya kecurangan, sekurang-kurangnya dakwat kekal boleh menjadi pencegah yang terbaik.
Tambahan lagi, penggunaan dakwat kekal ini telahpun diterima pakai diperingkat antarabangsa dan dilaksanakan di negara-negara Asia. Di Asia Tenggara, majority daripada negara-negara Asean, telah pun menggunakan dakwat kekal dalam pilihanraya mereka.
Saya sendiri pernah menyaksikan dakwat kekal digunakan di Thailand, Filipina dan Indonesia. Semua pihak dinegara-negara ini menerima baik penggunaan sistem ini yang di yakini dapat mengurangkan kecurangan pilihanraya.
Dalam pilihanraya Presiden dan Provinsi di Afghanistan baru-baru ini, sekali lagi dakwat kekal digunakan dengan jayanya. Sebelum pilihanraya berlangsung, pergerakkan Taliban yang berazam untuk mensabotaj pilihanraya tersebut, telah memberikan amaran bahawa mereka akan memotong jari rakyat yang terdapat dakwat kekal selepas pilihanraya sebagai langkah untuk memaksa rakyat agar tidak mengundi.
Amaran dari Taliban ini langsung tidak melemahkan semangat Independent Election Commission (IEC) dari melaksanakan penggunaan dakwat kekal. Pilihanraya pada 20 Ogos 2009 masih terus berlangsung dengan menggunakan dakwat kekal.
Jika dibandingkan dengan alasan SPR apabila membatalkan penggunaan dakwat kekal empat hari sebelum PRU 8 Mac, IEC lebih layak untuk membatalkan penggunaan dakwat kekal di Afghanistan. Tetapi IEC tidak melakukannya.
Selepas pilihanraya pada 20 Ogos, Free and Fair Election Foundation of Afghanistan (FEFA) melaporkan bahawa Taliban telah memotong dua jari kepada dua rakyat yang terdapat dakwat kekal. Menurut pengerusinya, Nader Nadery, pemantau FEFA telah mengesan kejadian ini pada hari pilihanraya.
Ertinya, ancaman yang dilakukan oleh Taliban itu benar dan bukannya ugutan kosong semata-mata. Kita dapat lihat betapa seriusnya masalah keselamatan di Afghanistan berbanding dengan Malaysia. Namun, penggunaan dakwat kekal tetap diteruskan oleh kerana ianya sebuah mekanisme yang diterima umum bagi menggelakkan berlakunya pengundian berulang.
Bagan Pinang bolehlah dijadikan medan untuk SPR melaksanakan perubahan bagi memastikan perjalanan pilihanraya di Malaysia menjadi lebih baik dari masa ke semasa.
SPR harus tegas dengan media arus perdana terutamanya Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang seharusnya memberikan laporan yang seimbang dalam kempen pilihanraya kepada semua pihak dan bukannya berpihak kepada parti-parti tertentu.
Malaysia sebagai sebuah negara yang dianggap sebagai antara yang terhebat dalam negara-negara membangun harus mencontohi Afghanistan yang telahpun mengadakan debat secara terbuka secara langsung dalam televisyen bagi calon-calon yang bertanding.
Mengapa tidak SPR menyediakan sebuah medan bagi calon-calon PRK Bagan Pinang untuk berdebat secara terbuka agar rakyat di Bagan Pinang mempunyai informasi yang cukup mengenai calon-calon yang bertanding sebelum keluar untuk membuang undi?
Saya percaya jika ini dilakukan, demokrasi di Malaysia akan maju setapak lagi kehadapan. Alasan yang sentiasa digunakan mengenai rakyat Malaysia yang “kononnya” tidak bersedia dengan budaya debat terbuka adalah satu alasan yang dangkal.
Jangan kita biarkan PRK yang kesembilan berlangsung tanpa ada sebarang usaha untuk memperbaiki perjalanan prosesnya. Persoalan siapa menang atau kalah biarlah ditentukan oleh rakyat. Yang penting, proses pilihanraya di Malaysia berjalan dengan adil, telus dan bebas dari sebarang pengaruh atau parti politik

Malaysia wujud pada September 1937

Rahmat Haron
Sejarah merupakan suatu bidang ilmu pengetahuan yang mendidik kita untuk belajar dari masa lalu. Mengulangi kesilapan masa lalu atau mengelakkannya, membuat kesalahan yang baru atau melahirkan kebenaran. Segalanya tergantung kepada kita, sejauh mana kita mendalami sejarah, menggali, mengkaji serta membanding-bandingkan sumbernya.
m1Tarikh 16 September nanti, dimaknakan kita sebagai mengingati harapan suatu pembaharuan dan pencerahan dalam pemerintahan Malaysia. Harapan yang menjadi gagasan betapa Malaysia perlu berubah menjadi lebih demokratik, kehakiman bebas, pilihanraya bersih, rasuah dihapus, adil tanpa kezaliman, bahagia alam dijaga, rakyat damai hidup bersama dan hak-hak asasi setiap warganya dihargai.
Malaysia yang ada hari ini, tidak lain dan tidak bukan hanyalah sebuah projek kolonial Inggeris dan Amerika Syarikat (A.S). Jika United Malay National Organization alat penjajah Inggeris, maka suka atau tidak, Malaysia yang ada pada hari ini memang merupakan gagasan asing penjajahan bentuk baru empayar Amerika Syarikat untuk menggantikan empayar Inggeris pada awal abad ke 20.
Malaysia adalah hasrat Nusantara Melayu Raya yang gagal untuk menjadi kenyataan. Malaysia juga adalah Singapura dan Pulau Batu Puteh yang terlepas ke tangan PAP dan Lee Kuan Yew. Pada tarikh 16 September 1963 itu, Malaysia adalah Brunei yang gagal dijajah dengan cara baru oleh A.S, sebaliknya memilih kekal di bawah naungan Inggeris sehinggalah merdeka pada tahun 1984.
Penubuhan Malaysia adalah penindasan terhadap Parti Buruh dan Parti Rakyat (Barisan Sosialis) di Singapura serta Tanah Melayu (atau dirujuk Inggeris sebagai Malaya). Biarpun Barisan Sosialis memenangi Pilihanraya Majlis Tempatan untuk memilih ahli Pihak Berkuasa Tempatan pada tahun 1964.
Namun, itulah kali terakhir pilihanraya majlis tempatan diadakan, sebelum diharamkan kerajaan gerombolan Umno-Perikatan, pada tahun yang sama. Hampir kesemua Ahli Parlimen dan Adun Barisan Sosialis yang dipilih rakyat di tahan dibawah ISA. Malah ketua-ketua cawangan Parti Buruh dan ranting Parti Rakyat juga turut ditahan.
Negara pada waktu itu melakukan keganasan terhadap warganya dengan sewenang-wenangnya atas nama keselamatan dalam negeri. Waktu itu, tidak ada internet, tidak ada faks, tidak ada sms, tidak ada telefon bimbit. Jadi masyarakat dapat ditakut-takutkan dengan mudah kerana maklumat disekat dan pembohongan disebar luaskan pemerintah.
m2Sepanjang tahun-tahun 60 an dan 70an, ribuan pimpinan dan anggota Barisan Sosialis ditahan tanpa bicara dibawah ISA, atas alasan komunis. Saya berpeluang mengenali seorang insan yang merengkok selama lapan tahun dalam tahanan tanpa bicara ISA itu. Sewaktu dia ditahan, dia masih lagi seorang kanak-kanak berumur 14 tahun. Namanya Chong Ton Sin. Bayangkan, seorang kanak-kanak bawah umur itu membesar dan menghabiskan keseluruhan usia mudanya dibalik tembok dan jeriji besi kem tahanan tanpa bicara.
Di Singapura misalnya, Said Zahari ditahan tanpa bicara oleh Lee Kuan Yew selama 17 tahun, hanya setelah beberapa jam di lantik sebagai Ketua Umum Parti Rakyat Singapura. Tokoh-tokoh kiri Singapura seperti Said Zahari dan Lim Chin Siong beranggapan, “Singapura dari segi sejarahnya sudah menjadi sebahagian dari Tanah Melayu, maka tidak timbul soal Singapura masuk Malaysia.” Begitu juga orang seperti Presiden Pas, Dr. Burhanudin Al-Helmy yang ditahan kerana menolak gagasan Malaysia sebagai projek penjajahan bentuk baru (sering disebut neo-kolonialisme) oleh pemenang perang dunia ke-2, empayar baru Amerika Syarikat.
Berbalik kepada penubuhan Malaysia, ia merupakan perancangan licik kejam agen perisikan Amerika Syarikat C.I.A bersama Jenderal Suharto, untuk menggulingkan kerajaan pimpinan Presiden Sukarno. Bermula dengan konfrontasi Malaysia - Indonesia, ia berakhir dengan pembunuhan beramai-ramai (genocide) hampir satu juta nyawa rakyat Indonesia dalam suatu rampasan kuasa berdarah Jenderal Suharto, pada tahun 1965-66 atas alasan memerangi ‘komunisme’.
Malaysia penting untuk membuktikan teori domino, suatu teori bodoh yang mengkhayalkan setelah Vietnam menjadi negara komunis, satu demi satu negara-negara Asia Tenggara akan menjadi negara komunis. Teori yang dikritik kewajaran ilmiah dan kewarasannya dalam buku Meniti Lautan Gelora, tulisan Said Zahari, bekas pengarang akhbar Utusan Melayu itu.m3
Kini di zaman langit maklumat dan pengetahuan terbuka luas, di abad ke 21 ini, kita semua telah tahu bahawa lagu Negaraku adalah irama Memula Moon. Atau bendera Jalur Gemilang merupakan ciplakan dari bendera Amerika Syarikat. Negara Liberia juga berkongsi jalur bendera yang sama seperti kita. Ini kerana Liberia merupakan negara yang dibentuk A.S buat bekas-bekas hamba abdi yang ingin pulang ke benua itu.
Malaysia sebagai hasrat A.S juga dapat kita rujuk pada buku ilmiah, “Malaysia: a study in direct and indirect rules,” karangan Rupert Emerson, profesor dari Universiti Havard merangkap penasihat dasar luar A.S. Buku yang terbit pada tahun 1937, dengan nada simpati dan kununnya mengkritik pentadbiran Inggeris itu, menjadi bukti betapa Malaysia, hanyalah gagasan asing tanpa akar tuntutan kemerdekaan masyarakat di sini.
Tahun 1937, kala rakyat di Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura belum lagi mengenal kata Malaysia. Di kala wilayahnya hanya dikenal sebagai Negeri-negeri Melayu Bersekutu, Negeri-negeri Melayu tidak Bersekutu, Negeri-negeri Selat, Borneo - Sabah, Sarawak dan Brunei. Pada tahun 1937, kata Malaysia hanya di kenal, disebut, dibincang hanya dikalangan pemikir, pembuat dasar dan intelektual Amerika Syarikat saja.
Bagi Kesatuan Melayu Muda, pertubuhan politik yang pertama memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu, mereka menngemukakan gagasan Melayu Raya. Memanglah Malaysia yang dihasratkan A.S itu masih tetap merupakan negara yang merdeka dari penjajahan Inggeris. Tetapi, ianya ibarat keluar mulut harimau, masuk ke mulut buaya.
m4Kita telah hidup terlalu lama dalam penjajahan, apapun bentuknya. Kita tidak boleh balik ke masa lalu. Kita boleh memilih pada hari ini, menjernihkan fikiran untuk bebas merdeka daripada penjajahan United Malay National Organization. Kita perlu belajar menjadi Malaysia yang baru dari semua kegagalannya.
Belajarlah dari sejarah, sila baca, rujuk, cari dan kaji buku dan dokumen penting ini:
  1. Malaysia: A Study in Direct and Indirect Rules. Rupert Emerson. Terbitan Macmillan, New York, tahun 1937.
  2. Meniti Lautan Gelora, memoir politik Said Zahari. Terbitan Universiti Kebangsaan Malaysia, Utusan Publications & Distributors , 2001
  3. Foreign Relations, 1964-1968, Indonesia; Malaysia-Singapore; Philippines.Editor: Edward C. Keefer General Editor: David S. Patterson, United States Government Printing Office Washington, 2001. (klik capaian http://www.state.gov/r/pa/ho/frus/johnsonlb/xxvi/)

Dr M angin satu badan kerana selipar orang MIC?


Menjelang raya tahun lepas, Tun Dr Mahathir Mohamad memberitahu seseorang:
I am used to people disagreeing and even cursing me. I do not take it to heart. How else can you explain my appointing Abdul (disiarkan dengan apologi kepada Tun).
Hari ini, Utusan Malaysia melaporkan berita bertajuk "Cadangan perwakilan MIC ekoran kenyataan didakwa campur urusan dalaman MIC 'Kalung selipar' gambar Dr. Mahathir".

Hari ini juga, edisi online akhbar tersebut menyiarkan berita bertajuk "Tindakan perwakilan MIC biadap dan melampau" (Lihat juga berita Malaysiakini bertajuk "Pemuda: MIC biadap kecam Dr Mahathir").

Bagai biasa, sebagai ahli politik, Presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu berkata beliau amat kesal dengan kenyataan perwakilan itu dan akan dirujuk kepada jawatankuasa disiplin parti (lihat berita Malaysiakini hari ini bertajuk "MIC ambil tindakan disiplin isu selipar" dan berita Malaysian Insider hari ini bertajuk "Samy Vellu runs damage control over Mahathir insult").

Dr Mahathir sudah bersara. Saya tidak fikir beliau berselera untuk main politik dalam isu sedemikian. Tanpa perkiraan politik, saya fikir beliau akan memaafkan tambi yang nak boh selipar kat gambarnya itu (Gambar di atas copy and paste dengan memohon maaf dan terima kasih dari blog Afir).

PAS Sudah Ada Calon


   
PAS telah mengenal pasti tiga calon yang sesuai untuk bertanding dalam pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang yang akan berlangsung 11 Oktober ini. Walau bagaimanapun, nama-nama tersebut hanya akan diumumkan apabila tiba masa yang sesuai kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.
" Ya, betul-betul. tapi kita belum buat apa-apa keputusan muktamad. Hari ini kita baru tahu hari penamaan calon, mungkin kita akan buat sebaik sahaja selepas beberapa hari kita akan buat keputusan muktamad untuk mengumumkan calon kita" ujarnya.
Namun apabila ditanya, sama ada calon PAS yang bakal bertanding adalah penduduk tempatan, Mahfuz berkata ianya masih terlalu awal untuk diputuskan.
" Saya rasa tak boleh nak katakan orang situ atau orang mana, yang pentingnya kita sudah dapat tiga nama. Kemudian kita akan buat satu survey untuk melihat tentang potensi untuk menang di kalangan calon yang dikemukakan kepada kita itu" tambahnya lagi.
Kerusi DUN Bagan Pinang kosong berikutan kematian penyandangnya Azman Mohamad Noor, 54, daripada Barisan Nasional (BN) yang meninggal dunia pada 4 September lalu.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini telah mengumumkan penamaan calon akan dibuat pada 3 Oktober depan manakala pilihanraya kecil dijangka pada 11 Oktober.
Pada Pilihanraya Umum ke-12, Allayarham Azman telah memenangi kerusi DUN Bagan Pinang dengan mendapat 6, 480 undi dengan mengalahkan calon PAS, Ramli Ismail majoriti 2, 333 undi.
PAS bagaimanapun yakin dapat menawan kubu kuat BN itu sekiranya SPR turut memainkan peranan telus kerana sebahagian undi untuk kawasan tersebut datangnya dari undi pos.
Sebelum ini, Dewan Pemuda PAS Pusat sedia untuk menghantar satu memorandum kepada SPR untuk memansuhkan borang 2 pilihanraya di kalangan pengundi pos.
Ia bertujuan agar para pengundi tidak menghadapi sebarang ketakutan untuk mengundi parti pilihan kerana tiada pengecaman identiti boleh dibuat sekiranya borang 2 yang mengandungi maklumat peribadi dimansuhkan.

Umno Sakit Otak – Amirudin Shari

   
Umno Barisan Nasional yang semakin terdesak untuk merampas semula Negeri Selangor dari Pakatan Rakyat mula menggunakan taktik-taktik kotornya dengan menyebarkan khabar angin kononnya tiga ADUN Parti Keadilan Rakyat hilang sejak beberapa hari lalu.

Terbaru, penyebaran khabar angin menerusi email ini mengatakan ketiga-tiga ADUN yang hilang iaitu ADUN Batu Caves, Amirudin Shari; ADUN Bukit Melawati, M. Muthiah dan ADUN Kajang, Lee Kim Sin akan lompat parti.

ADUN Batu Caves Amirudin Shari menafikan khabar angin ini dan melihat ia direka semata-mata untuk mengelirukan penyokong PKR .

Katanya propaganda berkenaan juga seolah-olah mahu menunjukkan kononnya kerajaan negeri semakin lemah.

“Ini semua kenyataan orang sakit otak dan kenyataan yang dibuat semata-mata untuk mengelirukan penyokong dan menimbulkan rasa syak kepada kalangan sahabat-sahabat dalam Pakatan. Sepanjang beberapa hari yang lepas SMS mengatakan saya hilang, saya  katakan saya sibuk dengan program-program di Batu Caves.

“Saya nafikan benda-benda seperti itu kerana tiada sebab saya hendak hilang dan tiada sebab saya hendak lari,” katanya ketika di hubungi TV Antara.

Beliau turut menafikan M. Muthiah dan Lee Kim Sin hilang kerana kedua-duanya hadir bersama semua ADUN dalam pertemuan bersama Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengenai taklimat peruntukan DUN dan pembinan kuil Seksyen 23.

Amirudin turut menyatakan keyakinan kesemua ADUN dan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat masih tetap dengan perjuangan mereka dan tidak akan lompat parti melainkan pihak lawan menggunakan taktik jahat.

“Ini semua propaganda-propaganda yang dibuat untuk menunjukkan kerajaan Negeri Selangor lemah, tidak berupaya dan menimbulkan pergaduhan antara satu sama lain.

“Tapi bukan bererti kita tidak berjaga-jaga, kita tetap berjaga-jaga serangan musuh dan sebagainya dan kita tak mahu apa yang terjadi di Perak berulang kembali dengan taktik jahat dan sebagainya. Tapi kita yakin semua ADUN tetap dengan keputusan kecuali mereka main taktik jahat dan kotor,” katanya.

Sementara itu ADUN Bukit Melawati M. Muthiah menyifatkan khabar angin mengatakan beliau akan lompat parti adalah satu kenyataan bodoh dan beliau tetap dengan pendirian bersama PKR.

Menurutnya beliau yakin hasrat Umno Barisan Nasional untuk merampas Selangor dari Pakatan Rakyat tidak akan berjaya kerana parti berkenaan gemar memainkan isu perkauman.

“Bukan saya itu perkara bodoh, mereka kata sahaja dan membuat huru hara. Mereka kata akan ambil alih Selangor tapi saya rasa mereka langsung tidak boleh ambil. Yang mereka kacau dan timbulkan beberapa isu antaranya isu perkauman yang hendak dimulakan ini semua taktik politik kotor Umno.

“Saya bukannya hendak keluar dari parti ini saya dari MIC masuk ke dalam parti ini saya telah hapuskan semua dari memori saya. Saya tidak mahu sampai saya mati pun saya tidak mahu masuk campur dengan mereka,” katanya.

ADUN Kajang Lee Kim Sin yang menafikan khabar angin berkenaan meminta rakyat Selangor dan penyokong Pakatan Rakyat tidak percaya dengan taktik kotor Umno Barisan Nasional kerana Kerajaan Negeri Selangor masih utuh.

“Tidak pernah ada orang berjumpa dengan saya semua ini khabar angin. Semalam kami ada mesyuarat negeri semua ada.

“Percaya kepada kerajaan negeri Selangor bahawa memang stabil memang tak ada seperti yang diwar-warkan oleh pihak BN dan semua ADUN berdiri teguh bersama Tan Sri (Abdul Khalid Ibrahim),”katanya.

Kim Sin turut menafikan dakwaan khabar angin berkenaan kononnya beliau akan lompat parti kerana beliau tidak lagi percaya dengan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Tidak pernah, saya 100 peratus. Sejak reformasi lagi kita telah bersama dan kita akan teruskan reformasi sampai seluruh di reformkan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Pakatan Rakyat Selangor akan melancarkan serangan balas terhadap tindakan rakus Umno Barisan Nasional yang secara terang terangan menyatakan hasrat untuk merampas kembali negeri Selangor dari jajahan Pakatan Rakyat.

Beliau berkata Pakatan akan mematahkan setiap serangan terdesak Umno Barisan Nasional yang ghairah memanipulasikan agensi kerajaan dalam usaha menjarah keyakinan rakyat terhadap kepimpinan Pakatan Rakyat.

“Pimpinan Pakatan Rakyat sekali lagi mengulangi pendirian kita akan mempertahankan dan akan menyerang balas sekuat mungkin terhadap apa percubaan ganas untuk merampok dan merampas Selangor.

“Kita bermesyuarat panjang bersama Menteri Besar, Ahli-ahli Majlis Kerajaan Negeri Selangor dan pimpinan Pakatan Rakyat Negeri Selangor tentang cara meneruskan usaha baik mereka, cara kita menghadapi serangan ganas Umno Barisan Nasional mempergunakan jentera kerajaan untuk mempersulitkan kerja Selangor,” katanya pada sidang medianya.

Isu Kuil: Selangor Dengar Pandangan Rakyat


   
Kerajaan Negeri Selangor mengambil sikap mendengar pandangan rakyat dalam membuat sebarang keputusan terutamanya melibatkan isu sensitiviti perkauman.

Walaupun pelbagai taktik kotor dimainkan Umno Barisan Nasional bagi menghalang tindakan Kerajaan Negeri Selangor untuk memindahkan kuil di Seksyen 19 ke Seksyen 23.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad dan Exco Kerajaan Negeri Rodziah Ismail bersama Datuk Bandar Shah Alam Datuk Ramli Mahmud akan mengadakan perjumpaan dengan Jawatankuasa Kuil Seksyen 19 untuk membincangkan mengenai isu ini.

“Mereka akan mengadakan perbincangan seterusnya. Terdapat satu keadaan perbincangan yang sangat baik tetapi kita mesti memberi masa kepada mereka supaya dapat memperhalusi apa-apa yang perlu untuk satu keputusan yang baik dapat dibuat,” katanya pada sidang media Pakatan Rakyat.

Abdul Khalid berkata Exco kerajaan negeri akan meneliti hasil perbincangan berkenaan sebelum sebarang keputusan diluluskan.

Bagaimanapun, kerajaan negeri akan memastikan masyarakat di sekitar kawasan baru yang akan menempatkan kuil berkenaan akan juga dipanggil untuk mendapatkan persetujuan.

Isu kuil berkenaan mula timbul apabila segerombolan individu upahan Umno Barisan Nasional mengadakan demostrasi di hadapan Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor dengan mengheret, memijak dan meludah kepala lembu.

Usaha kerajan negeri mengadakan dialog bersama penduduk Seksyen 23 juga menjadi kecoh apabila beberapa ‘orang luar’ dan pihak yang terbabit dalam tunjuk perasaan berkenaan menimbulkan kekecohan.

Kuil itu berusia lebih 100 setahun. Kerajaan negeri Pakatan Rakyat bercadang memindahkannya dari Seksyen 19 kerana ia terletak hanya 20 meter daripada kawasan perumahan. Tapak baru yang dicadangkan kerajaan BN di Seksyen 18 terletak di dalam kawasan perindustrian dan membahayakan nyawa penganut, manakala kuil yang dicadangkan Pakatan Rakyat di Seksyen 23 terletak di pinggir kawasan industri dan lebih 200 meter daripada kawasan perumahan.

Qaryah Ramadhan…. Sesuatu Yang Amat Istemewa Di Sini

tgna30
tgna31
tgna32
tgna33

tgna37

tgna34

tgna35

tgna36

Qaryah Ramadhan Di Kelantan… Suatu Kelainan Dan Sesuatu Yang Amat Istemewa Di Bulan Ramadhan Di Sini

Perkampungan Ramadhan yang telah dibina ini terletak di Perkarangan Stadium Stadium Sultan Muhammad Ke IV iaitu di tengah-tengah Bandar Kota Bharu..
Bermula dengan tadarrus Al-Quran pada waktu petang,pelbagai Juadah berbuka puasa disediakan secara percuma, solat Terawih yang disertakan dengan tazkirah ramadhan, Qiamullai sehinggalah bersahur beramai-ramai semuanya ada di Qaryah Ramadhan…
…………………………………………………….
dalam posting yang bertajuk “Selamat Datang Ke Qaryah Ramadhan” annasru ada menulis …

” Rasai kelainan suasana Ramadhan di Qaryah Ramadhan.
Khemah terawikh berhawa dingin beraroma haruman timur tengah berimamkan iman khas dari negara Mesir.
Nikmati makanan citarasa arab di Mubarak Cafe yang berkonsepkan dekorasi arab.
Bermula jam 12 malam setiap malam Relay Al Quran oleh para huffaz
Sepetang Di Ambang Iftar setiap Ahad, Selasa dan Khamis mempersembahkan nasyid Bersama Advice, talkshow Interaktif Nisa dan Bual@Bicara Remaja. Menampilkan tetamu-tetamu undangan, persembahan khas, interaktif bersama audien dan pelabagai slot menarik yang turut menawar hadiah.
Wacana Mukjizat Al Quran dan Forum Badar Qubra.
Qaryah Ramadhan juga menyediakan hidangan iftor (berbuka puasa) setiap hari kepada pengunjung.
SELAMAT BERKUNJUNG KE QARYAH RAMADHAN “
……………………………………………………………………………………………
Ihya Ramadan di Serambi Mekah
Qaryah Ramadan atau khemah Tarawih berhawa dingin bersaiz 3,200 kaki persegi dapat menampung kira-kira 1,000 jemaah yang pertama seumpamanya di negara ini, mendapat sambutan menggalakkan.
Orang ramai datang mengerjakan solat Tarawih sehingga melimpah ke luar khemah. Qaryah Ramadan itu dibina sementara di Dataran Stadium Sultan Mohammad Ke IV.
Apa yang lebih menarik program di Qaryah Ramadan bermula sejak petang sebelum berbuka puasa sehingga bersahur.
Program tersebut dikendalikan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan.
Tema Ramadan tahun ini ‘Ihya Ramadan di Serambi Mekah’ mampu menarik kedatangan pelancong ke Kelantan.
Qaryah Ramadan itu dirasmikan Menteri Besar, Tuan Guru Dato� Nik Abdul Aziz Nik Mat baru-baru ini yang turut dihadiri lebih 1,000 penduduk tempatan.
Berucap pada majlis itu yang diadakan selepas dua salam Tarawih beliau berkata, Kelantan sesuai diberi gelaran ‘negeri tadahan wahyu’ kerana pemimpinya mengikuti ajaran yang dibawa Nabi Muhammad saw.
“Oleh itu mana-mana pemimpin atau menteri yang melawan ajaran Nabi Muhammad saw ketika memimpin negara atau negeri maka tindakannya itu serupa dengan apa yang pernah dilakukan Namrud.
“Kerajaan buat projek macam mana besar sekali pun, ia boleh dipinda, namun projek Tuhan khususnya kematian tidak boleh dipinda.
“Mana-mana kerajaan boleh dijatuhkan dengan undian rakyat, namun untuk mengundi supaya kiamat tidak berlaku.. itu tidak boleh,” katanya. Harakah Daily 8 sept 2009
………………………………………………………….
7 Wartawan Sweden Kunjungi Qaryah Ramadhan
Qaryah Ramadhan Kerajaan Negeri Kelantan petang ini menerima kunjungan 7 wartawan wanita dari Sweden yang akan turut sama berbuka puasa bersama orang ramai di qaryah Ramadhan, Dataran Warisan Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, Kota Bharu.
Ketibaan rombongan wartawan tersebut telah disambut oleh Pegawai Perhubungan Awam MPKB BRI, Azman Mat Daham, Penolong Pengarah Wanita Kerajaan Negeri, Azlina Che Harun dan juga Pegawai Khas kepada YB Hjh Ubaidah Omar.  Rombongan ini diberi penerangan ringkas oleh Pegawai Perhubungan Awam MPKB-BRI dan dibawa meninjau dengan lebih dekat khemah solat terawih yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Kelantan serta kemudahan tempat berbuka puasa yang uruskan oleh pihak MPKB-BRI. http://kelantan.pas.org.my

Ramadhan Karim.. OKU diutamakan..

P1000687
tgna19

tgna20

tgna21

tgna22

tgna23

Ramadhan Karim.. OKU diutamakan

Seramai 400 orang kurang upaya telah diraikan oleh Kerajaan Negeri Kelantan dalam satu Majlis istemewa pada petang ini di dewan Teratai Kota Darul Naim.Majlis pada petang ini telah dimulakan dengan tadarrus alquran  , seterusnya majlis penyampaian duit raya dan hadiah yang telah disampaikan oleh tok guru MB dan penuntupnya tazkirah ringkas yang telah disampaikan sendiri oleh tok guru MB.

Video : Get set for a Pakatan surprise in Bagan Pinang

Umno mesti mati.. Mereka tolak Islam,Guna Sekular

umno mesti mati

Umno mesti mati.. Mereka tolak Islam,Guna Sekular

Umno tidak mustahil akan mati – TGNA

Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat sedang menjawab beberapa soalan daripada Para wartawan selepas majlis perasmian pembinaan Masjid Hussain di Bandar Baru Tunjong. Di sebelah kanannya adalah Ketua Pegawai operasi Perbadanan Menteri Besar Kelantan, Ir.Abdul Ariffahmi Ab.Rahman
Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat sedang menjawab beberapa soalan daripada Para wartawan selepas majlis perasmian perlancaran kutipan wakaf/derma tapak pembinaan Masjid Hussain di Bandar Baru Tunjong pagi tadi. Di sebelah kanannya adalah Ketua Pegawai operasi Perbadanan Menteri Besar Kelantan, Ir.Abdul Ariffahmi Ab.Rahman

Harapan melihat Umno terkubur sejak tahun 60an- Nik Aziz

Harapan sejak tahun 60an lagi untuk melihat Umno terkubur semakin menjadi realiti.
Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, parti yang bersikap perkauman seperti Umno tidak mustahil untuk mati kerana tiada satu jaminan pun oleh sesiapa sahaja bahawa perjuangan perkauman akan kekal sepanjang zaman.
Beliau berkata demikian sebgai mengulas kenyataan bekas Presiden Umno,Tun Dr. Mahathir Mohamed bahawa Umno akan terkubur sekiranya permasalahan yang melanda tidak dapat diselesaikan segera.
“Umno mesti mati kerana hidup mereka hanyalah dibuat-buat. Mereka tolak Islam, guna sekular, kalau lawan sama-sama sekular boleh lah tahannya, tetapi kalau parti mana sekalipun yang lawan Islam, ia tak akan bertahan lama.”
“Islam milik Allah sedangkan perjuangan bangsa Melayu bukannya boleh dibawa ke akhirat, hanya Islam akan sampai ke sana”ujar beliau.
Katanya, hanya PAS parti yang mengambil Al-Quran dan Sunnah sebagai asas perjuangannya, dan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib bahawa Umno juga memperjuangankan Islam bukan sesuatu yang luar biasa.
Kenyataan sedemikian juga katanya boleh digunakan parti lain dalam komponen BN, namun realitinya Umno memperjuangkan Melayu, MCA Cina dan MIC memperjuangkan kaum India.
Tetapi PAS katanya, memperjuangkan Islam yang melampaui batas perkauman sempit tersebut.
Keadilan perjuangan Islam itu katanya telah menarik kaum bukan Islam untuk bersama PAS sehingga tertubuhnya Kelab Penyokong parti itu.
Mengulas hak meletakkan calon pada pilihanraya kecil Bagan Pinang, Tuan Guru berkata ianya bukan isu besar, kerana yang lebih penting, calon yang tersebut adalah dari Pakatan Rakyat.
“Mengikut kebiasaannya, calon adalah dari parti yang bertanding terdahulu, kalau calon dahulu dari PAS, maka untuk kali ini pun dari PAS, apapun ia adalah milik Pakatan Rakyat sebenarnya” katanya lagi.
ImageBeliau berkata demikian ketika ditemui media di majlis perlancaran kutipan wakaf/derma tapak sebuah masjid di Bandar Baru Tunjong.
Masjid yang akan didirikan di tapak seluas 9.40 ekar tersebut adalah sumbangan peribadi dari tokoh dermawan negara ini dan ia terletak di persimpangan Jalan Kuala Krai ke Kota Bharu serta Jalan Kota Bharu ke Rantau Panjang.
Turut hadir di majlis tersebut,Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan Dato’Mohd Aiseri Alias,Pegawai Kewangan Negeri Haji Mohd Faudzi Che Mamat, Exco Negeri,Ketua Pegawai operasi Perbadanan Menteri Besar, Ir.Abdul Ariffahmi Ab.Rahman, Pengarah Urusetia Kerajaan Negeri, Ustaz Abdul Rahman Yunus dan Pegawai-Pegawai Kerajaan negeri.
Pembinaan masjid tersebut akan mengambil masa selama 34 bulan dan boleh menampung seramai 1750 jemaah pada satu waktu.
Masjid yang menelan belanja melebihi RM7 juta akan menggunakan ciri-ciri di zaman Uthmaniah (Turki) dan Fatimiah(Mesir) serta dilengkapi dengan sebuah pusat sumber Islam,Kelas Tahfiz, Kediaman Iman dan pegawai masjid.
http://www.harakahdaily.net

160909 : Launch of the Saya Anak Bangsa Malaysia initiative

ONE COUNTRY      ONE BANGSA     BANGSA MALAYSIA

1609
The Anak Bangsa Malaysia Initiative is going to be launched on 16 September 2009. This initiative promises to be ‘THE MOVEMENT’ for change and I sincerely believe that it will be instrumental in achieving the genuine, meaningful bond between all Malaysians, regardless of race, religion or creed. 16 September is particularly significant and meaningful because it is the day the Federation of Malaysia was formed (Malaya, Sabah & Sarawak) .
We are ONE COUNTRY, ONE BANGSA – BANGSA MALAYSIA and nothing will break the bonds of love between us.
“SAYA ANAK BANGSA MALAYSIA”
By Haris Ibrahim
Next Wednesday, 16th September, 2009, Hari Malaysia,  my friends and I who have been working on the Saya Anak Bangsa Malaysia initiative will launch the same.
At the Rumah Anak Bangsa Malaysia, No.66, Lorong Setiabistari 1, Bukit Damansara.
Don’t know where that is?
No problem.
The map is HERE.
We’ll share with you what took us almost two months to put together : the Anak Bangsa Malaysia Charter.
We’ll launch our website.
And we’ll share with you our plans to take the message of One People, One Nation far and wide.
We’d like to see you at the launch.
If you’re joining us, please note that registration of attendees starts at 6pm.
The launch presentation is slotted to take off at 6.30pm, followed with a press conference and thereafter the sharing of a simple buka puasa meal with all those present.
We’re catering food.
Not a whole lot of food because, quite honestly, we haven’t got much money.
Truth is I’m hoping that we won’t have enough food for all of you who turn up, because that might mean we underestimated the numbers who care.
Should that happen, I’m banking on the love, tenderness and respect that I am certain you will all bring to the Rumah more than making up for any lack of food.
SABM T-shirts and badges and buttons will be on sale so don’t forget to bring your money which, I will shamelessly tell you, we need to push our programs forward.
Please treat this post as a personal invitation from my friends and I to you. - Haris
setiabistar 2

Bagan Pinang buy-election: the old UMNO to the fore?

By Sim Kwang Yang
AussieMoney_Getty_400The Bagan Pinang by-election will surely be won by UMNO, and give them a reprieve from the long record of seven losses in West Malaysia in the past year and six months.
Bagan Pinang is quite a mixed seat, with nearly 70% Malay votes, 10.5 %  Chinese votes, and 19.9% Indian votes.  By right, it should be a good seat for Pakatan Rakyat to win handsomely.
But there are 5000 postal votes in Bagan Pinang, and we all know about postal votes.
When I used to contest many elections long ago, I would be visited in my office by some uniformed personnel still wearing their uniforms.  They told me that they have been offered RM100 per vote by my BN opponent, but they would happily vote for me for RM30 only.
I would as a habit asked them to take the RM100 from BN, but I did not report them.  That whole system of postal voting is so corrupt that there is no point catching a few small fish.
One of the things we should pray for is that when the Pakatan Rakyat takes over government at the federal level, they will initiate major reform to our electoral laws, including the ones on postal voting.
All I can expect is for the Pakatan Rakyat candidate to slash down the BN majority, and we can call it a victory.  The PR share of Chinese votes should go up given the rising fortune of the DAP, and there should be more Indian support in the wake of the cow head incident.
f78c3946029108cc79501ec17c08a7bdIn the March 8 general election last year, the UMNO candidate Azman Mohd Noor got 6,430 votes, while PAS candidate Ramli Ismail got 4,097, in a state constituency with 14,192 voters.
But it is too early to tell yet.  UMNO may again shoot themselves on the foot by picking the wrong candidate, as in Permatang Pasir in Penang, where they fielded a discredited debarred lawyer as their candidate.
Already, the Teluk Kemang UMNO Division has unanimously nominated Tan Sri Isa Samad as their candidate.
Isa Samad is the former Menteri Besar of Negeri Sembilan (1982 to 2004), before he was elevated to federal politics.  Then he was found guilty of money politics during party election by the UMNO disciplinary committee.  He was suspended from UMNO membership for six years, but the sentence was reduced to three years.  He was never charged by the ACA, naturally.
One factor to UMNO’s advantage is that they seem quite united in Negeri Sembilan.  But the choice of Isa Samad will send out the message to the world that UMNO is indeed short of new talents, to the extent that they have to field a 61 year old tainted veteran to represent the party.
It will project to the world that UMNO is very much the old corrupt arrogant UMNO ruled by warlords, and not the new invigorated UMNO that Najib is trying to market to voters.
If he becomes the UMNO candidate in the coming Bagan Pinang by-election, then there might be a slim chance for a slim PR victory.  After all, it is a matter of turning around 1200 votes won last by UMNO.  The PR people are sure to concentrate on his tainted past, as they did in Permatang Pasir.
200px-Oregon_ballot_return_boxA win by UMNO is no big deal, because Bagan Pinang is considered an UMNO stronghold.  If UMNO wins big, then people will say it is money politics at work with the 5000 postal voters.
But if the PAS candidate wins even by a slim margin against all odds, it will be a big deal.  It will show that the PM’s new leadership has not turned back the rising tide of support for the PR coalition across the country.  With MCA and MIC in divisive tatters, the fortune of UMNO in future will look bleak indeed.
In the Negeri Sembilan state assembly, there are 21 BN reps and 15 PR reps.  If the Bagan Pinang seat falls into PR hands in the coming by-election, BN will be reduced to 20 seats and PR increased to 16 seats.
There have been suggestions on the Internet that if that happens, it will take only three defections from BN for PR to come to power.  Personally, I do not like parties coming to power through defections.  But the narrow margin is a good basis to work towards a PR majority in Negeri Sembilan in the next general election.
Then, you have to ask: where would there be the next by-election: Port Klang?
(SKY can be reached at kenyalang578@hotmail.com )

AJK PKR (Bekas Ahli UMNO@BN) lawan PAS di Bagan Pinang


Seorang ahli jawatankuasa PKR Kota Lukut, Shahrudin Abdul Hamid hari ini tampil menawarkan diri sebagai calon bebas dalam pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang 3 Oktober ini.

Kehadirannya ini, jika menjadi kenyataan, akan menyaksikan pertembungan sekurang-kurangnya tiga penjuru dengan PAS dan BN.

Bekas kakitangan di pejabat ahli parlimen Teluk Kemang, Datuk Kamarul Baharin Abbas berkata beliau mahu bertanding bagi "memajukan industri pelancongan" di Port Dickson.

"Di sini, pelancongan penting. Saya mahu mainkan peranan naik taraf kemudahan di sini. Sekarang tidak nampak (usaha itu)," katanya kepada Malaysiakini hari ini.

Bekas pengerusi tetap Umno Kota Lukut itu, sehingga 2004, kini berniaga dalam bidang pengurusan acara.

Shahrudin, 52, pernah bertugas sebagai kakitangan Kamarul, yang juga pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR Negeri Sembilan, hampir setahun selepas pilihan raya umum lalu.

Shahrudin berkata hasratnya untuk bertanding itu mendapat sokongan penduduk setempat.

"Ada yang bantah. Ada yang sokong. Tetapi banyak yang sokong," katanya, sambil menyifatkan penglibatannya itu nanti sebagai "pertandingan sihat" dan tidak seharusnya menimbulkan sebarang masalah.

Shahrudin juga berkata beliau pernah bertemu dengan Kamarul bagi menyatakan niatnya bertanding bagi pihak PKR tetapi hasratnya ditolak.

"Dulu saya pernah jumpa dia (Kamarul), hendak minta bertanding pakai lambang PKR. Tetapi dia kata tidak boleh," katanya.

Yakin mampu membuat kejutan dalam pilihan raya kecil itu pada 11 Oktober ini, Shahrudin berkata beliau merancang menggunakan strategi berkempen dari rumah ke rumah bagi menjimatkan wang.

Sementara itu, seorang pembantu Kamarul yang tidak senang dengan keputusan Shahrudin itu memberitahu Malaysiakini, tindakan itu dibuat mungkin disebabkan kecewa dengan keputusan PKR memberikan laluan kepada PAS di DUN tersebut.

Selama bekerja dengan Kamarul juga, kata pembantu itu lagi, anak tempatan Teluk Kemang itu juga didakwa mempunyai "rekod yang tidak baik".

Pembantu itu, yang enggan dikenali, mendakwa Shahrudin mempunyai hubungan kekeluargaan dengan bekas menteri besar dan juga ketua bahagian Umno Teluk Kemang, Tan Sri Isa samad – satu-satunya nama yang dicalonkan bagi mewakili BN.

PAS negeri menyenarai pendek tiga nama untuk diputuskan di peringkat pusat - pesuruhjayanya Zulkefly Mohamad Omar, yang dipertua Ramli Ismail dan bekas ketua Dewan Ulama PAS negeri Kassim Tahir.

Pusat belum putuskan RM1 bilion royalti minyak K'tan


Kerajaan pusat telah menerima permohonan dari kerajaan negeri Kelantan berhubung tuntutan royalti minyak sebanyak RM1 bilion, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin.

Beliau berkata permohonan tersebut setakat ini masih dalam peringkat kajian sebelum apa-apa keputusan mengenainya dibuat kerana kawasan tempat minyak yang dijumpai itu berada di zon antarabangsa.

"Kedua-dua kawasan tersebut terletak terlalu jauh dari pesisir pantai Kelantan. Jadi pendapatan dari minyak tersebut lebih sesuai diberi kepada kerajaan pusat untuk dibelanjakan bagi pembangunan negara dan perbelanjaan tersebut tidak hanya tertumpu kepada Kelantan.

"Salah satu kawasan tersebut adalah berhampiran Vietnam iaitu di perairan antarabangsa sejauh 250 kilometer dari pesisir pantai Kelantan manakala kawasan kedua pula terletak 150 kilometer dari pantai dan berada di perairan bersama dengan negara jiran, Thailand," katanya kepada pemberita di Ipoh hari ini.

Tuntutan royalti minyak oleh Kelantan bermula Jun lepas, apabila kerajaan negeri itu akan membuat tuntutan sebanyak RM1 bilion kepada kerajaan pusat untuk bayaran royalti minyak yang didakwa tertunggak sejak 2004.

Awang Adek berkata demikian selepas majlis penyampaian bantuan kewangan Yayasan Tun Hamdan di Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR) di sini.

Terdahulu, beliau yang juga pengerusi Yayasan Tun Hamdan menyampaikan bantuan kewangan kepada 32 penerima yang dipilih dari tiga buah sekolah di negeri ini.

Kesemua penerima telah dinilai prestasi pelajaran masing-masing sepanjang tahun ini dan dari keluarga berpendapatan rendah menerima bantuan sebanyak RM1,000 setiap seorang.

Tuntutan royalti minyak oleh Kelantan bermula Jun lepas, apabila kerajaan negeri itu akan membuat tuntutan sebanyak RM1 bilion kepada kerajaan pusat untuk bayaran royalti minyak yang didakwa tertunggak sejak 2004. BERNAMA

11 Okt pilihan raya Bagan Pinang

Suruhanjaya Pilihan Raya hari ini menetapkan 11 Oktober depan sebagai tarikh pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang, Negeri Sembilan.

Pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata tarikh penamaan calon pula ditetapkan 3 Oktober manakala tarikh keluar writ dan notis masing-masing pada hari ini dan esok.

Katanya, pilihan raya kecil tersebut akan menggunakan Daftar Pemilih Induk 2008 yang digabungkan dengan daftar pemilih tambahan suku tahun pertama 2009 dan daftar pemilih tambahan suku tahun kedua 2009 yang telah dikemas kini sehingga 4 September lalu.

"Daftar pemilih ini mengandungi 13,664 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 9,060 pemilih biasa dan 4,604 pemilih pos," katanya pada sidang akhbar di ibu pejabat SPR di Putrajaya hari ini.

azlanDUN Bagan Pinang mengalami kekosongan selepas penyandangnya Azman Mohammad Noor yang mewakili BN meninggal dunia pada 4 September lalu.

Menurut Abdul Aziz, daftar pemilih tersebut akan mula dijual pada 18 Sept.

"Para pengundi juga boleh membuat semakan menerusi laman web SPR iaitu www.spr.gov.my atau menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip SPR SEMAK NO KAD PENGENALAN ke 15888 pada tarikh yang sama," katanya.

Beliau berkata, 8,577 atau 62.77 peratus pengundi terdiri daripada kaum Melayu, 2,834 atau 20.74 peratus pengundi India, 1,498 atau 10.96 peratus pengundi Cina dan 755 atau 5.54 peratus terdiri daripada lain-lain bangsa (lihat carta).

"Daripada pecahan itu, 7,912 pengundi terdiri daripada golongan lelaki manakala bakinya, 5,752 pengundi ialah pengundi wanita," katanya.

Menurut Abdul Aziz, dewan Majlis Perbandaran Port Dickson akan digunakan sebagai pusat penamaan calon dan pusat penjumlahan rasmi undi manakala proses pengeluaran dan pengiraan undi pos akan dibuat di bilik mesyuarat Pejabat Daerah Port Dickson.

"Untuk pilihan raya kecil ini, SPR akan membuka lapan buah pusat mengundi yang melibatkan lapan buah sekolah dan 18 tempat saluran mengundi," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Abdul Aziz turut mengumumkan penubuhan tiga Pasukan Penguatkuasa Kempen Pilihan Raya (PP-KPR) di bawah Seksyen 27B Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 untuk memantau dan mengawal aktiviti calon sepanjang tempoh berkempen.

"Pasukan berkenaan akan mula bertugas dari tarikh penamaan calon hingga tamat hari mengundi, dan akan diketuai oleh seorang pegawai penguatkuasa.

"Ia akan turut dianggotai oleh seorang pegawai polis, seorang wakil pihak berkuasa tempatan dan wakil-wakil calon yang bertanding," katanya sambil memberi amaran, tindakan tegas akan dikenakan terhadap mana-mana pihak yang melanggar subseksyen 26(1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

"Saya ingin tegaskan sekali lagi, jangan terkejut jika kita bertindak tegas dan mengenakan tindakan, dan jangan kata SPR berlaku zalim. Kita dah ingatkan banyak kali," katanya.

Di bawah subsesyen berkenaan, mana-mana pihak yang disabitkan kesalahan boleh dipenjara tidak melebihi 1 tahun atau didenda tidak melebihi RM5,000 atau kedua-duanya sekali.

Seperti pilihan raya kecil yang lain, SPR turut membenarkan Malaysia For Free and Fair Election (Mafrel) menjadi pemerhati perjalanan pilihan raya kecil berkenaan. BERNAMA

Angin perubahan tak gugat Samy Vellu — Manja Ismail

SEPT 14 — Seperti dijangka, semua calon pilihan Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu memenangi jawatan kanan pada Perhimpunan Agung Ke-63 parti itu semalam. Timbalan Presiden, Datuk G Palanivel mengekalkan jawatannya apabila mendapat 629 undi, mengalahkan Datuk S Subramaniam (547) dan Datuk Sothinathan (280).
Begitu juga dengan tiga lagi calon pilihan Samy Vellu — Datuk Dr S Subramaniam, Datuk SK Devamany dan Datuk M Saravanan, yang menewaskan tiga pencabar mereka, Datuk S Balakrishnan, P Subramaniam dan Datuk VKK Teagarajan, dengan majoriti besar bagi tiga jawatan Naib Presiden MIC. Selain itu, sebahagian besar penyokong Samy Vellu dipilih menduduki tiga kerusi Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) MIC.
Keputusan itu mengukuhkan lagi kedudukan Samy Vellu, yang menang tanpa bertanding bagi kerusi Presiden, jawatan yang disandangnya sejak 1979.
Angin perubahan yang bertiup dalam MIC, terutama selepas parti itu, termasuk Samy Vellu sendiri kalah teruk dalam pilihan raya umum lalu, ternyata tidak cukup untuk menggoncang kedudukan beliau. Kekalahan Subramaniam dengan 87 undi membuktikan beliau masih mempunyai pengaruh besar dalam MIC. Jika tidak kerana kehadiran Sothinathan, yang mendapat 280 undi daripada perwakilan yang tidak mahu kepada Samy Vellu, keputusan mungkin berpihak kepada Subramaniam.
Bagaimanapun, kemenangan calon pilihan Samy Vellu itu tidak bermakna seluruh masyarakat India di negara ini menyokong Presiden MIC terbabit.
Keputusan pilihan raya umum lalu dan beberapa perkembangan selepas itu menunjukkan sebahagian besar masyarakat India lebih cenderung untuk bersama pembangkang. Dan bukan rahsia lagi bahawa antara faktor MIC semakin kehilangan pengaruhnya di kalangan masyarakat India ialah kerana Samy Vellu sendiri.
Hakikat ini bukan saja diakui pemimpin Barisan Nasional (BN), malah di kalangan pemimpin MIC sendiri, tetapi takut untuk bersuara secara terbuka.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad minggu lalu menyuarakannya secara terbuka, manakala Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, ketika merasmikan perhimpunan agung itu kelmarin, menyentuhnya secara umum.
Najib, yang juga Pengerusi BN, mengingatkan pemimpin parti komponen supaya menjadi popular di kalangan rakyat untuk memastikan BN terus relevan pada mata rakyat.
“Tiada guna jadi popular di kalangan ahli parti saja, tetapi tidak popular di kalangan rakyat. Jika mahu terus relevan, saya ingatkan kepada Umno, MCA, MIC dan komponen BN bahawa pertimbangan bergantung kepada sejauh mana kita popular di kalangan rakyat, bukan di kalangan ahli parti saja. Parti komponen jangan lupa kepada perspektif ini. Jika lupa, rakyat akan hukum kita masa pilihan raya (umum) yang ke-13 akan datang,” katanya.
Namun, Samy Vellu berpendapat sebaliknya apabila mendakwa punca masyarakat India tidak menyokong BN kerana kerajaan mengabaikan mereka, bukan kerana beliau tidak popular.
“Ramai menyalahkan saya, kata rakyat menyampah dengan saya, tetapi mereka sebenarnya tidak sukakan BN, bukan saya. Saya bercakap terus terang kerana saya tidak takut pada sesiapa,” katanya kepada pemberita selepas pengiraan undi selesai petang kelmarin.
Sama ada beliau berkata demikian selepas mengetahui calon pilihannya menang besar atau kerana memang percaya dia langsung tiada kena mengena dengan pencapaian teruk MIC pada pilihan raya umum lalu, nada sedemikian membayangkan keangkuhan.
Apa yang berlaku kelmarin hanyalah pemilihan parti, tetapi ujian sebenar kepada parti politik dan pemimpin mereka ialah pilihan raya. Penggal barisan kepemimpinan MIC yang dipilih kelmarin akan berakhir pada 2013, tahun yang sama Pilihan Raya Umum Ke-13 dijadual diadakan. Yang nyata, masyarakat India di negara ini sekarang berpecah, sebahagian besarnya berpunca daripada kegagalan MIC memperjuangkan nasib mereka. Jika Samy Vellu benar-benar yakin masyarakat India menyokongnya, tugas utama beliau selepas barisannya menang besar ialah menyatukan mereka untuk berdiri teguh di belakang BN. Jika usaha itu, yang dilihat agak mustahil dilakukan, beliau boleh memulakannya pada peringkat parti yang berpecah dua akibat pertandingan sengit kelmarin, seterusnya mengukuhkan semula MIC untuk menghadapi pilihan raya umum.
Bagaimanapun, jika beliau mengulangi tindakan sebelum ini dengan memecat pemimpin yang tidak sebulu dengannya serta sering menyalahkan orang lain kecuali diri sendiri, laungan beberapa perwakilan selepas keputusan diumumkan semalam, bahawa MIC adalah kapal sedang karam, mungkin ada kebenarannya. Jika itu berlaku, ia pasti menyukarkan armada BN mengharungi gelombang politik yang geloranya belum menampakkan tanda-tanda keredaan. — Berita Harian

Makan suap — Dr Mahathir Mohamad

SEPT 14 — Ada orang politik yang berpendapat jika dapat jadi presiden parti maka kemenangan mereka dalam pilihanraya terjamin.
Justeru itu mereka ini berusaha untuk menentukan kemenangan mereka melalui penyingkiran ahli yang tidak menyokong mereka, mengguna wang untuk membeli sokongan atau mengguna apa-apa kuasa yang ada pada mereka untuk menyogok, menjanji sesuatu kepada yang akan menyokong atau mengugut.
Hasilnya mereka menang dalam parti. Tetapi rakyat memerhati segala tindak-tanduk pemimpin dan ahli seperti ini. Apabila rakyat lihat perjuangan parti bukan lagi untuk rakyat; apabila mereka lihat rasuah dan ugutan yang menentukan kepimpinan, maka kepercayaan kepada parti dan pemimpinnya akan terhakis dan mungkin hilang lenyap.
Rakyat tidak dapat membuat apa-apa, terutama apabila mulut rakyat tertutup. Demikian juga ahli parti. Tetapi apabila pilihanraya umum diadakan maka rakyat sebagai pengundi akan nyatakan kekecewaan mereka.
Inilah yang telah berlaku pada Pilihanraya Umum ke-12, 2008.
Apakah kekecewaan rakyat disedari oleh pemimpin dan parti-parti politik. Hingga kini tidak ternampak yang parti dan pemimpin sudah betul-betul sedar.
Yang merebut jawatan masih merebut dengan penggunaan cara-cara lama. Pembersihan parti tidak juga dilakukan. Pengamal politik wang masih diterima dan diberi tempat.
Ahli-ahli biasa parti tidak memprotes sikap lama diteruskan. Bahkan ramai juga ahli yang berpendapat apa salahnya menabur wang. Mereka juga akan dapat sedikit habuan.
Apabila ramai rakyat sebagai pengundi sudah benci kepada parti kerana amalan rasuah dan bodoh-sombong, janji pembangunan dan menabur wang tidak akan berkesan lagi. Ingatlah apabila kelebihan undi sedikit sahaja, kehilangan sokongan daripada sebilangan yang kecil rakyat pun boleh sebabkan kekalahan. — www.chedet.cc

Bagan Pinang: PR ambil pendekatan menyerang

Oleh Mohd Zuharman
KOTA BHARU, Sept 14 — Walaupun berdepan dengan peratus undi pos yang terlalu tinggi di Bagan Pinang, Pakatan Rakyat (PR), PAS dan Pakatan Rakyat akan mengambil pendekatan menyerang dalam pilihan raya kecil Bagan Pinang.
Perkara ini disahkan oleh Pengarah Pilihanraya PAS, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman kepada The Malaysian Insider. Ia turut disahkan juga oleh Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub.
Salahuddin yakin kedudukan Pakatan Rakyat cukup mantap dan menyifatkan keupayaan pakatan berada di posisi menyerang bakal mencerminkan aspirasi rakyat menjelang pilihan raya umum ke 13 nanti.
Selain itu PRK Bagan Pinang dianggap sebagai referendum rakyat terhadap kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN) dalam proses transformasi penentuan landskap politik negara.
Salahuddin turut menegaskan PR akan membawa momentum PRK Kuala Terengganu di mana ketika itu PR juga berada di posisi menyerang berdepan dengan BN dan Bebas ke Bagan Pinang bersama hujah konkrit bagi menangkis isu dibangkit pihak lawan.
“Persefahaman dalam Pakatan serta isu bersama akan lebih meyakinkan kita untuk menghadapi pilihan raya di Bagan Pinang nanti,” katanya kepada wartawan The Malaysian Insider ketika ditemui di pejabatnya.
PRK Dun Bagan Pinang merupakan PRK ke sembilan selepas Permatang Pasir. Ia bakal diadakan berikutan kematian penyandangnya, Azman Mohd Nor. Dalam pilihanraya umum lalu Azman menewaskan calon PAS, Ramli Ismail dengan majoriti 2,333.
Umum menyifatkan satu sejarah tidak pernah berlaku dalam negara PRK diadakan sebanyak sembilan kali dalam tempoh lebih kurang setahun bermula di Permatang Pauh sejak Ogos tahun lalu.
Sepanjang lapan PRK dilangsungkan sebelum ini PR dua kali menghadapi kerusi yang dimenangi lawan iaitu di Kuala Terengganu dan Batang Ai. Keputusannya, di KualaTerengganu PR melalui calon PAS, Abdul Wahid Endut berjaya menundukkan calon BN, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh, dengan majoriti berganda namun Batang Ai terus dikuasai BN.
Di Bagan Pinang PR sudahpun bersetuju akan menurunkan calonnya dari parti PAS di samping BN akan menampilkan calonnya dari parti Umno.
Sementara itu Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman, berpersepsi PR yang berada di posisi menyerang tidak akan terganggu oleh sebarang kesan berbanding dengan BN yang berada di posisi bertahan.
“Walaupun BN menang ia tidak akan memberi apa-apa indikator kerana ia berada di posisi bertahan. Tetapi kalau sebaliknya, landskap politik kerajaan BN akan terus tercalar,” katanya.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yakin semangat perjuangan PR tidak pernah lemah walau terpaksa berdepan dengan apa jua keadaan demi rakyat.
Kata Guan Eng, walaupun dari segi teori kemampuan menawan Dun Bagan Pinang hanya 40 peratus tetapi usaha bagi memastikan kejayaan PR tetap diteruskan hingga ke titik terakhir. Selebihnya berserah kepada tuhan, katanya.
Manakala Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hassan, semasa mengulas kekuatan status partinya menjelang PRK tersebut dilaporkan tidak boleh memberi jaminan kemenangan dalam setiap pilihan raya kerana dikhuatiri hilang semangat kerjasama selain daripada membantutkan usaha menarik undi.

Pakatan akan gagal tawan Pusat

Oleh Zukri Aksah
JERANTAUT, 14 Sept – PAS yakin, walaupun kerajaan BN yang ada kini rapuh tetapi jika Pakatan Rakyat tidak berada di atas landasan yang betul, mereka tidak akan berjaya merampas kerajaan Pusat.
Umpama kuih batang buruk adalah kuih yang rapuh, tetapi kalau mahu memakannya tetap perlu ada gigi, kata Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Bagi beliau, politik negara sekarang ini sedang diransang oleh perubahan dunia, yang terbaru ekoran tumbangnya Parti LDP yang sudah berkuasa melebihi setengah abad di Jepun.
BN juga boleh tumbang jika pergerakan perubahan ini tidak berhenti, sampai ia turut menggusarkan Tun Dr. Mahathir.
Tetapi bagi Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Pesuruhjaya PAS Negeri Pahang, BN yang rapuh tetap tidak tumbang jika Pakatan Rakyat tidak berada di landasan betul dan tidak berkemampuan.
Tuan Ibrahim memperkatakan tentang ini bila mengulas akan kecenderungan rakyat mutakhir ini yang seringkali menolak kehadiran BN dalam siri-siri pilihanraya kecil pasca PRU12, yang terbaru di Permatang Pasir.
Perubahan kecenderungan rakyat ini juga dijangka akan berlaku dalam episod terkini pilihanraya kecil yang bakal berlangsung di Bagan Pinang, Teluk Kemang, Negeri Sembilan.
Bagi Tuan Ibrahim, keghairahan rakyat dalam berubah menolak BN bukan hanya kerana iklim politik dunia yang berubah, tetapi menjadi tambah deras arusnya kerana BN sendiri, terutama kerana tiga komponen utamanya iaitu Umno, MCA dan MIC sedang bergelut dengan masalah dalaman yang agak kritikal. Ia seakan menjadi tanda yang BN bakal dilanda bah besar dan karam.
Tambah Tuan Ibrahim, rakyat tidak lagi boleh ditipu yang parti seperti MIC sedang berhadapan dengan masalah serius kerana keegoan pemimpinnya sendiri, rakyat juga nampak MCA sudah menjadi zon perang sesama pemimpinnya.
Umno pula mereput dari akarnya, iaitu dari negeri-negeri, perhatikan kebelakangan ini, masalah kepimpinan yang berpanjangan bermula dari negeri-negeri yang dikatakan kubu kuat Umno seperti Terengganu dan Perlis.
Semua yang berlaku ini, ujar Tuan Ibrahim seakan menghantar isyarat kepada ahli dan penyokong BN agar meninggalkan parti yang sedang berada di ambang keruntuhan itu.
Namun, ini tegas Tuan Ibrahim tidak bermakna jika Pakatan Rakyat tidak berada di landasan yang betul dalam menuju ke PRU13 nanti, Pakatan Rakyat mesti ada keupayaan untuk memimpin dan memerintah.
Rakyat dalam keghairahan mereka mahu berubah, tetap akan melihat bagaimana Pakatan Rakyat bertindak di negeri-negeri yang sudah dikuasainya. Isu-isu seperti perobohan Kg. Buah Pala, pemindahan kuil ke Seksyen 23 Shah Alam dan penutupan pusat penyembelihan khinzir di Alor Setar, Kedah sepatutnya diuruskan secara hemah dan cermat.
Tuan Ibrahim mengusulkan supaya isu yang pelbagai jangan dilayan secara sama. Isu sensitif seperti pemindahan kuil dan perarakan kepala lembu tidak seharusnya dibincang secara terbuka, kerana ia mampu menjemput sekali hati dan perasaan yang tidak terkawal, lebih teruk dari itu ia menjadi medan pencetus provokasi bagi diangkat sebagai bahan berita untuk dibekalkan kepada media-media arus perdana.
Dalam isu yang sama, Tuan Ibrahim bersetuju dengan keputusan menangguhkan sementara keputusan memindahkan kuil ke Seksyen 23 Shah Alam itu.
Beliau risau, demonstrasi kepala lembu yang begitu sensitif dan menghina yang berlangsung secara haram tanpa gangguan dari FRU itu, seperti membenarkan telahan sesetengah orang bahawa wujudnya agenda besar di belakang para demonstran ini, iaitu mencipta suasana yang tidak tenteram di Selangor, yang akhirnya mewajarkan satu perintah darurat diisytiharkan di negeri itu.
Tuan Ibrahim berpesan agar pemimpin Pakatan Rakyat di Selangor mengambil sejarah lampau di Kelantan sebagai iktibar.
Tuan Ibrahim juga dalam ulasannya mencadangkan supaya kelak dalam menghadapi isu-isu sensitif sebegini, jangan terlalu cepat melibatkan kepimpinan tertinggi negeri, kerana ia akan menyempitkan ruang membuat keputusan terakhir.
Masalah-masalah yang bersifat daerah memadailah ditangani dengan pengwujudan sebuah Jawatankuasa Khas, sekurang-kurangnya jika ia tidak selesai, ada lagi badan pembuat keputusan yang lebih tinggi yang boleh dirujuk.
Apapun, Tuan Ibrahim yakin, pengalamanlah ilmu paling berguna dan bermakna, yang tiada dalam kitab dan tidak diajar di mana-mana universiti.

Calon Barisan Nasional pada Pilihan Raya Kecil DUN Bagan Pinang Penerimaan pengundi jadi penentu



HISHAMMUDDIN Tun Hussein bersalaman dengan anggota Pertahanan Awam semasa majlis pelancaran pakaian seragam baru di Akademi Latihan Pertahanan Awam Malaysia, Bangi, semalam. Turut sama ialah Ketua Pengarah Jabatan Pertahanan Awam, Datuk Abdul Halim Abdul Hamid (kiri).


BANGI 13 Sept. - Penerimaan pengundi setempat wajib dijadikan kelayakan utama sewaktu memilih calon untuk mewakili Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menegaskan, kriteria lain seperti jawatan dalam UMNO bahagian mahupun umur calon tidak wajar digunakan sama sekali.
Katanya, pandangan itu adalah berasaskan pengalaman dalam beberapa siri pilihan raya kecil sebelum ini yang menyaksikan kekalahan BN.
"Kita telah banyak belajar dalam pilihan raya kecil sebelum ini, memegang jawatan ketua bahagian tidak menjamin kemenangan seperti yang berlaku di Kuala Terengganu atau kerana calon itu muda (di Permatang Pasir), ia tidak bermakna pembangkang tiada isu untuk dipermainkan.
"Pilihan raya kecil sebelum ini menunjukkan yang penting ialah calon yang diterima rakyat tanpa mengira jawatan, umur, jantina, pangkat dan darjat mereka," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mengadakan lawatan kerja ke Akademi Latihan Pertahanan Awam (ALPHA) dan menyempurnakan majlis pelancaran Pakaian Seragam Baru Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) di sini hari ini.
Beliau mengulas isu calon yang sesuai untuk mempertahankan DUN Bagan Pinang berikutan kematian penyandangnya, Azman Mohd. Nor akibat jangkitan darah awal bulan ini.
Berikutan kekosongan itu, UMNO Bahagian Teluk Kemang telah mencadangkan nama ketuanya iaitu Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad yang juga merupakan bekas Menteri Besar selama 22 tahun.
Beliau dicadangkan kerana mempunyai pengaruh yang kuat di kawasan berkenaan selain telah banyak berbakti kepada penduduk setempat.
Sementara itu, ditanya adakah kenyataan beliau memberi gambaran bahawa Mohd. Isa adalah calon yang paling sesuai, Hishammuddin berkata: "Tidak, saya tidak kata begitu, yang penting kalau seseorang calon itu tidak sesuai pada kita tetapi sesuai kepada pengundi di sana, maka bukan hak kita untuk menentukannya kerana ia adalah bidang kuasa pengundi di kawasan tersebut.
"Kalau Mohd. Isa sesuai untuk kawasan itu, maka sesuailah dan kalau tidak sesuai maka tidak sesuailah."

Tindakan perwakilan MIC biadap dan melampau

KUALA LUMPUR 14 Sept. — Tindakan perwakilan MIC mengkritik Tun Dr. Mahathir Mohamad, termasuk cadangan mengalungkan gambar bekas perdana menteri itu dengan kalungan selipar dibidas oleh pemimpin UMNO yang menganggap ia sebagai melampau dan biadap.
Naib Ketua Pemuda UMNO, Datuk Razali Ibrahim berkata tindak-tanduk seumpama itu bukan budaya Barisan Nasional (BN) dan MIC perlu bertanggungjawab untuk mengambil tindakan.
“Tindakan perlu dikenakan oleh BN jika pimpinan MIC membiarkan perkara itu berlalu begitu sahaja. Ia mesti diambil demi menjaga kerukunan dalam BN,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Beberapa akhbar hari ini melaporkan bahawa Dr. Mahathir telah dikritik para perwakilan MIC pada perhimpunan itu kerana dikatakan mencampuri urusan dalaman MIC serta menjatuhkan maruah presiden parti itu Datuk Seri S.Samy Vellu.
Razali, yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan berkata pergerakan itu berpandangan bahawa “tindak tanduk sebegini tidak membantu mengalihkan pandangan masyarakat kepada kedudukan MIC yang sebenarnya. Rasa hormat perlu diraih dan bukan boleh diminta-minta.”
“Mereka (MIC) kena cari jalan menonjolkan perancangan dan kerja yang baik, bukan dengan menyalahkan orang lain apatah lagi menghina pemimpin besar negara,” katanya.
Di ALOR SETAR, UMNO Kedah turut melahirkan kekesalan dengan sikap perwakilan MIC dan menganggap tindakan itu tidak wajar dan tidak patut dicadangkan oleh anggota parti komponen BN.
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri itu, Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah berkata walaupun Dr Mahathir dikatakan mencampuri MIC dengan kenyataannya, masih banyak lagi cara atau saluran untuk menyampaikan rasa tidak puas hati mereka.
“Cadangan itu menggambarkan kaum India di negara ini tidak menghargai jasa dan sumbangan Dr. Mahathir terhadap masyarakat mereka. Ini menunjukan pemikiran mereka sangat cetek.
“Sehubungan itu, Umno Kedah mahu Presiden MIC Datuk Seri S.Samy Vellu memohon maaf secara terbuka kepada Dr Mahathir,” katanya.
Di MELAKA, veteran UMNO Tan Sri Abdul Aziz Tapa berkata kecaman yang begitu teruk oleh perwakilan MIC terhadap Dr. Mahathir pada perhimpunan Agung parti itu di Kuala Lumpur semalam tidak pernah berlaku sebelum ini.
“Amat tidak patut usul seperti ini, nampaknya mereka sudah tenggelam punca, hilang pertimbangan apabila kena tegur,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.
Abdul Aziz berkata sebagai anggota parti dalam BN, perwakilan MIC terbabit tidak sepatutnya mencadangkan usul berkenaan terhadap Dr Mahathir yang juga merupakan bekas pengerusi BN.
“Dulu mereka boleh tegur tetapi sekarang sudah tidak boleh tegur, sepatutnya sebagai pemimpin parti dalam komponen BN mereka lebih rasional,” katanya.
Beliau berkata Samy Vellu wajar menemui dan meminta maaf daripada Dr Mahathir berikutan insiden itu.
— BERNAMA