Ahad, 13 September 2009

Politik MIC Pakatan Rakyat Terbaik Buat Subramaniam dan 300,000 pengikutnya.


PROSES pemilihan pucuk pimpinan MIC semalam menunjukkan Samy Vellu masih berkuasa dalam parti bangsa India itu. Bukan berpengaruh tetapi berkuasa! Kesemua calon yang disokongnya menang. Bermula dari jawatan kuasa kerja pusat CWC sampailah kepada naib presiden dan timbalan presiden. Usaha S Subramanian untuk menggugat Samy menerusi jawatan timbalan presiden tidak berjaya lagi.

Bekas anggota kabinet itu kalah kali kedua dalam percubaan untuk memimpin MIC dan sekaligus memghapuskan badi Samy Vellu dalam MIC. Para perwakilan masih berkuku kepada Samy Vellu. Apakah ianya kerana politik wang, ugutan yang sering berlaku ataupun memang begitu kehendak ahl-ahli MIC?

Apa yang dapat disuluh dengan keputusan itu menunjukkan tidak banyak perubahan dalam MIC. Kedudukan Samy Vellu terus kekal dan kukuh seperti mana kedudukan Dr Mahathir Mohamad dalam Umno suatu masa dulu. Mungkin juga Samy Vellu belajar dan menuntut dari Mahathir bagimana hendak mengekalkan kedudukan walaupun dalam keadaan dunia sudah membencinya. Samy tentu boleh bergembira dengan apa yang berlaku.

Tetapi untuk masa depan parti itu ia masih kabur. Pelan dan formula yang dirancangkan Samy Vellu untu merubah kedudukan masyarakat India tidak akan mengubah status quo MIC pada masa kini. Walaupun Samy kuat disokong dalam MIC namun ia tidak membawa apa-apa makna. MIC sudah menjadi semacam persatuan agama di mana Samy sebagai tok gurunya yang perlu dihormati sepanjang masa dan tidak boleh diusik atas kepercayaan kalau berbuat begitu akan berdosa.

Apabila parti sudah diterima sebahagian dari elemen agama, atau pemimpinnya di anggap sebagai ‘tok alim’ ini menyebabkan ahli tidak boleh bertindak apa-apa kerana bimbang akan dihukum sebagai penderhaka. Setiap kata-kata dan gelaran politik dibuatnya diakur walaupun ianya kontras dengan amalan sebenar. Maka akan kekallah pemimin itu walaupun ia sudah tidak memberi banyak guna dan menjadil liabiliti kepada partinya.

Unsur ‘tok guru’ dalam politik ini bahaya kepada kemajuan sesebuah parti itu. Ahli tidak boleh mengkritik dengan bebas kerana terikat dengan terma-terma sifat ketokguruan tersebut. Walhasil parti itu tidak akan berkembang dan kekal di pradigma lama.

Persoalan kini ke mana Subramaniam selepas ini? Apakah beliau akan terus berusaha untuk memimpin MIC? Subramaniam bukan kecil anak dalam MIC dan masyarakat India. Beliau juga mempunyai pengikut yang ramai. Kalau beliau tidak berpengaruh mustahil beliau mampu meraih undi 547 undi dalam pertandingan itu.

Ahli atau masyarakat India yang menyokong Subramaniam adalah mereka yang yakin kepadanya dan suka kepada pembawaan dan watak Subramaniam itu sendiri. Dia dilihat sebagai terbuka dan profesional dalam politik. Tidak sedia menggunakan samseng dan juga wang dalam meraihkan kuasa. Subramaniam masih lagi bersifat dewa dalam MIC? Maksudnya bersih.

Dengan pengikut yang ramai sebenarnya ia tidak merungsingkan Subramaniam. Kalau beliau mahu berjaya dan menghidupkan karier politiknya beliau boleh bawa pengikutnya yang ramai itu ke mana sahaja. Tetapi apakah Subramaniam berfikir begitu?

Misalnya kalau dia ingin menjaga kepentingannya, dia boleh keluar MIC dan menyertai parti PKR ataupun menubuhkan sebuah parti India baru dan menyertai Pakatan Rakyat.

Kita yakin kalau Subramainan tubuh parti baru sambutannya lebih hebat daripada parti-parti India lain yang ditubuh termasuk oleh bekas penyokong Hindraf sendiri. Ini kerana beliau masih ada wibawa dan intergriti sebagai pemimpin.

Harus direnung kata-kata beliau selepas kalah. Katanya dia akan memikirkan mengenai politiknya selepas ini. Apa maksud kata-kata Subramaniam itu beliau akan menentukan masa depan politiknya itu dengan menyertai PKR.

Seperkara nak disebutkan di sini bahawa Subramaniam juga merupakan salah seorang sahabat baik kepada Anwar Ibrahim semasa Anwar di dalam UBN dulu. Kalau Subramaniam menyertai PKR ini bermaka dia menjadi orang kedua bekas seorang pemimpin parti yang berwibawa menyertai PKR selepas Chua Jui Meng.

Apa bakal berlaku 16 September? Selangor Tumbang? T'Ganu dirampas PR? atau kerajaan persekutuan tumbang?

1. Dikhabarkan sembilan atau sepuluh ADUN UMNO di Ganu akan menyertai PKR dan membentuk kerajaan bersama PAS pada 16 September 2009. Perkhabaran ini dipandang serius kerana difahamkan yang sembilan ADUN UMNO itu telah berjumpa DSAI.


2. 2. Di Selangor pula dikhabarkan beberapa ADUN PAS akan membentuk kerajaan baru bersama UMNO. Pada 16 September 2009, MB Selangor yang baru YAB Dr. Hassan Ali akan mengadap untuk memaklumkan majoriti bilangan ADUN yang menyokongnya menjadi MB. Dan seterusnya memohon perkenan istana untuk mengambilalih kerajaan daripada MB Khalid.
3. 3. MIC yang didakwa bersih oleh Samy akan semakin bercelaru kerana Timbalan Presiden Palanivel tidak mendapat sokongan 50% perwakilan MIC. Lebih 60% perwakilan tidak mengundi Palanivel untuk jawatan Timbalan Presiden. Subramaniam dijangka mengikut langkah politik Dr. Chua Jui Meng. Ini bermakna hampir separuh ahli MIC akan meninggalkan MIC.
4. 4. MCA masih terus berkecamuk. Sama ada kecamuk ini merupakan helah yang disengajakan atau tidak, ia tetap memudaratkan kuasa UMNO. PM 1Malaysia tidak mahu mencampuri urusan dalaman MCA. PM 1Malaysiapun pening dengan permainan MCA ini.
5. 5. PKFZ dan Inkues Teoh menambahkan lagi kesengsaraan politik UMNO. Rakyat mula sedar bahawa SPRM adalah agensi kuatkuasa kerajaan untuk menghalalkan tindakan haram jadah UMNO. Sehingga ke hari ini, watak2 UMNO dalam PKFZ dan Inkues Teoh masih berjaya disembunyikan.
6. 6. Kemelut Perak telah memperlihatkan dengan jelas bahawa mahkamah sentiasa dan akan terus melindungi UMNO. Segala tindak tanduk UMNO adalah benar. Keputusan Speaker Sivakumar menggantung tujuh ADUN UMNO telah diputuskan tidak sah oleh mahkamah. Speaker Sivakumar telah mengingatkan mahkamah bahawa menurut Artikel 72, kuasa speaker berkaitan urusan DUN adalah tidak boleh dicabar di mahkamah. Dan yang terbaru Speaker Sivakumar memohon mahkamah untuk mengistiharkan bahawa tindakan Ganesan merampas kerusi speaker adalah tidak sah. Mahkamah membuat keputusan bahawa menurut Artikel 72, mahkamah tiada kuasa untuk mendengar dan membicarakan segala urusan DUN. Masalah DUN mesi diselesaikan di peringkat DUN. Pelik.
7.   Atau mungkin pada 16 September 2009, sempena Hari Malaysia, Tiong di Sarawak akan mengumumkan 30 AP Sabah dan Sarawak tidak lagi mewakili BN. Mereka adalah AP Bebas yang menyokong DSAI.
Kome boleh baca tapi jangan percaya. Nak percaya, tunggu PRU 13.

LovePerak : alangkah best nye kalau pru 13 tahun ini atau tahun depan...tak sabar dah nak tumbangkan bn - insyaallah....

Demokrasi Yang Saya Fahami (6)

Oleh: Labu Labi
Speaker Dewan Rakyat dan Speaker DUN!!!!
‘Aik … kata nak jumpa ghakyat, singgah kat Speaker pase ape ?’
Betoi le tu, apa yang mike kate, memang teman kabo, nak tengok rakyat. Tapi bab ini pun, tengah ‘hot’ sekarang ni. Kita singgah kejap, kejap jeeee …!!!
Semua yang aku tulis ni, hanya sebahagian kecik dari bahan yang banyak. Kalau dikaji dari pelbagai sudut.
Siapa mereka dan bagaimana mereka dilantik ?
Mereka adalah golongan yang tertinggi dalam hiraki Parlimen, selepas Agong. Kira kira macam wakil Agong le (DALAM PARLIMEN JEEE). Lepas Agong rasmi persidangan parlimen, dia ni le yang akan ambil alih tugas mengimbangkan parlimen. Pengerusi.
Kalu dia kata, tak boleh, maka tak boleh le. Kalu dia kata putih, putih le. Tak boleh bantah. Tapi tertakluk pada peraturan dan undang undang parlimen.
Jadi dia tak beso juga le, yeeee ?
Beso tetap beso, kalu dia halau sape sape keluar, kena keluo leee. Tak kira sape.
PM pun dia boleh halau. Tak beso lagi ke, kuasa tu ?
Sape boleh halau PM, hang boleh buat….?
Dia sorang je yang boleh buat. Tapi lepaih tu ‘pendek le umur jawatan dia’.
Cuma yang dia tak boleh halau, Agong. Sebab Agong tu, tuan yang lagi beso.
Nak lantik dia ni. Mola mola parlimen bersidang, tak ade sape ketua lagi. PM pun tak ada (PM yang betoi). Menteri pun tak ada. Speakerpun tak ade. Yang ade, wakil Rakyat yang dah menang pilihanraya umum dan PM serta Kebinet sementara (Caretaker government). Caretaker Governmet ni aku tak pasti, dia duduk dalam parlimen ke tidak. Pase setakat ni, depa ni orang yang sama.
Siri lepaih ni, sembang pase sape sebenonya PM dan kabinet careteker, apa peranan depa serta bila dan siapa melantik depa, pulak le.
Ghakyat kena tunggu pulak lagi. Siri lain pulak. Selalunya macam tu, ghakyat ni, bila dah tak ada ape dah, baru dibenarkan mengemukakan masalah. Kalu ada orang lain yang lebeh menguntungkan. Yang tu diutamakan. Ghakyat ni selalunya dianggap selekeh je.
Masa bile ghakyat di hormati ?
Masa nak undi jeeee, itupun mana mana yang dijamin boleh dibeli atau dibuli, tak dihormati juga. Tu sebab, masa pilihanraya, ada ghomah yang wakil wakil kepada calon, dia tak pegipun.
Pasenya, tau dah.
Tak payah bagi apepun, dia tetap undi calon tu. Oghang jenih ini, bila bila pun dia tetap tak dipedulikan. Lantak le kamu tak makan ke, sakit ke, tak ade sape peduli.
Pasenya, tau dah. Tak bagi apepun, dia tetap undi. Kita pangge oghang jenih ini, penyokong piow. Gheboi tak empuk, bako tak hangus. Buat macam manepun tak lut.
Aik meleret pulak, lagi, aku ni.
Balik ke cerita Speaker le. Tadi aku kata dia macam wakil Agong dalam parlimen. Pengimbang persidangan parlimen. Adakah Agong lantik dia, sebab dia seolah wakil Agong.
Dak !!!!
Abih, macam mana dia boleh duduk dikerusi Speaker. PM lantik awai awai ke….?
Dak juga.
Kan tadi dah kata. Sape pun tak ada jawatan lagi. Cuma Caretaker Government je ade.
Masa bersidang mola mola, ada yang akan calonkan sorang ke, dua orang ke, tiga orang ke, untuk di calonkan sebagai speaker. Kalu sorang, senang le, terus lantik sebulat suara. Kalu dua atau tiga kena undi le pulak.
Bila dah terpilih dan dipersetujui, baru dia boleh duduk dikerusi speaker. Kalu ada yang bantah, kena buat undi tak pecaya. Pastu undi tengok. Kalu undi tak pecaya tu, tak dapat sokongan majoriti ahli, maka speaker tu tetap duduk dikerusi dia. Mana boleh ‘buang ikut dan’ (ikut suka).
Kalu boleh buang ‘ikut dan’, runtuh le sistem perundangan. Sebab, pengerusi rumah undang undang sendiri, boleh dibuang, tak ikut undang undang. Apa lagi nak diharapkan, pada benda benda atau tempat lain. Kalu di tempat yang mulia pun, tempat buat undang undang pun di perlekeh.
Kalu mika le, pak mika kena perlekeh dek mak mike, sape lagi tempat mike nak harap. Kalu ketua keluarga sendiripun disekeh, ditendang, diterajang ‘ikut dan’ oleh mak mika. Habih mika nak ikut lagi cakap pak mika. Mesti mika tak pecaya kat pak mika tu. Sebab depan mata mika, benda tu terjadi.
Itu baru dalam keluarga.
Apatah lagi dalam negara. Lagi le orang tak ‘respect’ langsung.
Habih yang kat perak tu, ape cerita pulak ?
Melencong lagi le nampaknya celoteh teman ni……!!!
Yang tu aku tak berapa berani nak campo. Takut tak betoi. Sebab teman ni, bukan gheti sangat pase undang undang ni. Tapi kalau ikut peraturan yang teman tau, speaker tak boleh dibuang begitu saje.
Kalu sebelum lantik sape sape, macam yang teman cakap awai tadi, yang tu cerita lain.
Tapi bila dia dah duduk dikerusi speaker, yang tu, bab lain pulak.
Setakat yang teman tau le. Kalu ada sape sape tak pecaya kat speaker dan nak lantik speaker baru, kena buat undi tak pecaya dulu.
Nak buat undi tak pecaya, kena hantar surat untuk memohon pangge mesyuarat khas. Speaker kena putuskan, boleh atau tak boleh bawak undi tersebut, serta boleh atau tak boleh persidangan khas itu dibuat.
Atau kemukakan terus undi tak percaya, pada mana mana persidangan DUN. Tapi Speaker, kena putuskan boleh atau tidak, undi tersebut dibincangkan.
Nak buat persidangan pun kena lalu kot speaker. Nak buat undi tak pecaya pun kena lalu kot speaker. Habih, kalu semua nya kena lalu kot speaker, bila masa pulak, nak dapat buat undi tak pecaya tu. Mampoi speaker tak luluskan, pasenya dah tau dia nak kena tendang. Sape nak serah tengkuk untuk dipancung.
Buat undi tak pecaya kat ketua kerajaan, masa dalam persidangan parlimen ke atau DUN ke. Tapi kena speaker luluskan juga.
Habih….. masa bila pulak nak boleh ambik alih negara atau negeri.
Ya tak ya juga…..!!!!! macama mana yeeee ???
haaaaa …. baru ingat, kan kalu parlimen Agong tuan bagi parlimen, kalau DUN, Sultan atau raja atau gebenor tuan bagi DUN.
Kalu speaker tak mau bagi ‘CHAN’ (peluang) untuk buat undi tak pecaya, jumpa Agong, sultan atau raja atau gebenor. Ngadu hal. Mintak tolong dia, supaya sidang tergempar boleh dibuat dan setrusnya boleh dibuat undi tak pecaya tu. (tapi yang ni aku tak pasti le – kuasa tu – ade ke tak ada – kena tanya pakar undang undang).
Habih yang diperak tu, apa cerita. Dua dua ngaku depa adalah kerajaan yang sah. Untuk lebeh jelas dan terang, kena tanya pakar. Tapi ngikut yang aku tau, apa apa yang berkaitan dengan speaker serta MB kena buat dalam DUN.
Kalau bab speaker dewan rakyat dan PM, yang tu kena buat diParlimen. Tu sebab Anwar tak dapat dapat sampe la ni. Pasenya, speaker tak bagi ‘chan’ untuk buat undi tak pecaya.
Habih pase apa Anwar tak jumpa Agong. Yang tu kena tanya Anwar sendiri, Sebab dia yang istiharkan. bukan aku. Yang aku tau dia kena kutok sakan sebab buat pengistiharan tersebut. Sebenonya apa yang dia buat, dia nak buat cara peraturan. Bukan cara ‘zaman kuno’, main rampas macam lanun. Tu sebab dia tak mau jawab, bila orang tuduh dia yang mulakan isu rampasan kuasa.
Orang sebenonya tak paham. Dia nak buat cara undang undang. Tapi dapat kat puak ‘Cannibal’ (undang undang rimba), dia buat terus le, rampas cara cannibal juga le.
Habih apa nak jadi kat perak tu ???
Yang tu aku tak boleh nak kate apa, pasenya dua dua ngaku dia betoi. Yang satu cara cannibal yang satu ikut akta. Jadinya, nak jadi apa, jadi celaghu le.
Balik semula cerita lantik speaker. Bila Speaker dah dilantik, dah duduk di kerusi speaker. Dia pun jalankan tugas dia. Masa ni Agong dah tak ada. Dia keluo dah.
Tugas pertama dia, dapatkan undi dewan (wakil rakyat) untuk melantik ketua majlis mesyuarat kerajaan (PM le tu). Sorang wakil cadangkan sape sape untuk dilantik jadi PM. Kalau lebeh dari sorang kena undi le. Kalau sorang terus jadi PM le orang tu. Lepas tu, baru PM boleh umumkan kabinet dia.
Dia dah sah dilantik sebagai PM. Dipersetjui oleh ahli dewan rakyat (wakil Rakyat).
Habih, kalau ada wakil nak lantik orang lain, boleh tak. Contohnya PR nak lantik TG Nik Aziz.
Mana boleh…. !!!!
Pase ape pulak, tadi kata sape sape boleh, TGNA wakil rakyat juga.
TG Nik Aziz dia tak bertanding parlimen, dia bertanding di DUN je, menang DUN (wakil rakyat – DUN), jadi MB boleh le. Wakil Rakyat ada dua, satu DUN, satu Parlimen.
oooooo ….. kena jadi wakil rakyat kawasan parlimen le dulu, menang pilihan raya dulu. baru boleh dipilih sebagai PM.
haah le, kalu boleh sape sape, aku pun nak juga ….. !!!!!
msk apa macam ….. mika pun minat juga ke jadi PM, kalu tak perlu jadi wakil rakyat ?
Jawatan speaker, yang ni boleh, sape sape pun. Tak payah bertanding pun tak ape. kalau bertanding, kalah pun tak ape.
Kalau macam tu, mika pun layak le …. ???
Haah ….. !!!
Habih pase ape tak pegi jumpa Nizar dulu, tawarkan diri.
Aku segan le, sebab dia tak kenal aku …. ?
Habih PM tu orang kenal pulak mika ……???
Yang tu lain …. beghajat je …. tapi aku pun sedo …. tiap tiap haghi aku dok depan cermin …. tengok muka …. memang tak layak.
Kalau aku rasa aku layak, lama dah aku bertanding dalam pilihan raya, pastu lompat atas kepala orang, macam katak hijau tu… pastu kencing kepala depa. Lama lama aku buat cam tu, akhirnya boleh jadi PM….tak gitu weh oiii ….. ??
Bila PM dan kabinet dia dah dilantik, otommatik ‘caretaker government’ hilang kuasa.
Tak payah istihar letak jawatan. Memang dah hilang pun.
Macam mesyuarat persatuan le, mula kena jawab soalan.
Berkaitan kerja buat kita selama pegang jawatan. Semua kena bentang. Aktiviti le. Duit le. AJK le.
Bila dah habih soal jawab. Pengerusi kena Istihar, ’saya bersama ajk bagi sessi sekian sekian, dengan ini meletak kan jawatan’.
Lepas itu, lantik pengerusi dan setiausaha sementara. Untuk jalankan mesyuarat. Pengerusi dan setiusaha sementara tu akan jalakan mesyuarat. tugas dia pilih AJK baru je. Itu je kuasa yang dia ada. Bila pengerusi dan ajk baru dah dilantik, pengerusi dan setiusaha sementara ni, otomatik le bubar. tak payah istihar macam pengerusi dan ajk lama. Diatas tadi.
Pengerusi dan setiausaha sementara ni, lebeh kurang macam caretaker government dan SPR le.
Mika tau dak…Speaker mana yang berkeliber nya, aku tengok semacam je semua nya. Takade bezanya. Baik BN atau PR. Serupa je ?
Takat yang aku tengok le, yang paling berkeliber, Allahyarham Tan sri Sayed nasir, lepas tu Allahyarham Tan sri Zahir .
Yang DUN pulak, Speaker DUN Kelantan. Ini dari video le. Aku tengok dia steady, dan beri peluang BN nak cakap ape saja, dia tak main ‘cut’ ‘cut’ atau banyak sangat ‘not releven’. Dia open. Tapi yang betoinya aku tak tau le. Pase aku tak peghonah masuk DUN atau parlimen masa depa tengah bersidang. Sekalipun. Seumur hidup.
Dengan kata lain, tak peghonah tengah live duduk dikerusi pemerhati, masa DUN atau Parlimen bersidang.
Speaker DUN kedah yang baru ni (Dr. Isa – bukan ISA), tu aku tak tau. Tapi aku pernah dulu dulu, zaman tok loghin, kerja ngan dia. Masa dia, masih pegawai kerajaan. Dari segi kerja, masa dulu dulu, dia ni memang teliti dan memberikan komitmen pada kerja. Mudah untuk berkomunikasi-berbincang. Friendly. caretaker. Low profile. Not a politicalman. Mungkin le, tu pase payah nak menang. dah dua kali dia bertanding di parlimen yang sama.
Jangan pulak kome ingat, aku puji tu, pase aku peghonah keghoje ngan dia. Dak aihhhh. Pase, itu le sifat dia yang aku tau. Kot sekarang ni dia berubah, tu aku tak tau le. Kot lepas jadi speaker ni, dia jadi proud pulak. Itu diluar pengetahuan aku le.
Sekira kiranya, berat lah tangungjawab depa tu. Kena buang baju parti. Sebab kena seimbangkan untuk semua wakil rakyat. Tak kira parti.
Haah le….. tapi bagi aku, pendapat aku, lebeh baik pilih yang tak berparti dan tegas dalam membuat keputusan. Macam Prof. Ungku Aziz tu. Tapi sape nak ambik orang jenih Ungku Aziz tu.
Nak mampoiiiiii.
Habih semua taik timboi. Kena dia bagi peluang, sama rata kat semua wakil rakyat. Soal apa nak soal. Bau harum taikpun ‘menyelinap’ seluruh negara.
Habih, baik BN atau PR akan pilih speaker yang sealiran dengan depa le. Serupa le.
Yang tu kene tanya depa le. Yang BN punya, kene tanya kat BN. Yang PR punya, kene tanya kat PR. Apa kriteria yang depa guna. Aku tak berani nak jawab bp (bagi pihak).
Ih banyak nya cerita pase parlimen dan negara ni. Letih dan jemu aku.
Habih nak buat macam mana, nak tak nak kena, sembang juga. Walaupun sekadar sembang ‘kedai kopi’. Cerita speaker ‘je-pun’ meleret leret. Tu pun, lompat lompat.
Kalu cerita mengikut law betoi, lagi pening. Akta itu, akta ini, sub akta lagi. macam macam le. ni baru sembang kedai kopi.
Tak pe, aku nak balik dulu. Lapo, ni haghap kopi secawan, roti bakar sekeping.
Nanti kita pegi sembang kat kedai ‘hailam’ tu pulak le, pekena mi dia.
Dulu, kalu sembang kat ‘Panggong Rex’ tu banyak juga makanan. Mee rebus karim, sotong rebus, mee kari, me sop, laksa Hj Pak Wang, aih (ice) kacang. Macam macam le. Tapi semua dah tak ade. Sekali dengan Panggong Rex tu pun, hilang.
Jumpa lagi kat kedai mi hailam tu pulak. Kita sembang lain, boleh lama sikit.

Sorotan Sistem Kehakiman di Malaysia.

Oleh: Labu Labi
Rencana ini merujuk kepada kes kes yang melibatkan penghakiman akhir akhir ini. Saya tak berhajat untuk menyentuh berkaitan keputusan penghakiman tersebut. Sekadar untuk menyorot kembali sejarah lalu, sebagai renungan bersama. Dari situ nanti, diharap dapat difikirkan bersama, keadaan yang berlaku dengan apa yang disoroti itu.
Saya membawa sedutan dari buku :
“Tun Saleh Abas – Kebebasan Kehakiman – Singa Di Bawah Tahta Di Jerat (Satu Kezaliman).”
Saya hanya mengambil sebahagian dari Kata kata aluan Allahyarham Tun Hussein Onn (ayah kepada Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein Menteri Dalam Negeri). Nombor turutan kata kata aluan dikekalkan.
4. Dalam buku ini diterangkan bahawa mahkamah adalah satu institusi yang amat penting dalam sesebuah negara moden terutama sekali dalam negara demokrasi yang mengamalkan cara pemerintahan Berukun Negara dan berlandaskan konsep Kedaulatan Undang-Undang atau The Rule Of Law.
5. Tun Mohd. Salleh menjelaskan bahawa kebebasan dan hak rakyat akan terpelihara hanya dengan adanya mahkamah dan adanya peruntukan dalam perlembagaan. Itupun, mengikut pandangannya, belum tentu kebebasan rakyat terjamin jika para hakim tidak dapat membuat keputusan dengan bebas, terutamanya apabila menyentuh kedudukan dan kepentingan pihak Eksekutif (Pemerintah) dan pihak Legislatif (Pembuat undang-undang). Umpamanya, dinegara-negara sosialis, perlembagaan mereka lengkap dengan peruntukan hak asasi dan kebebasan rakyat. Terdapat juga peruntukan dalam perlembagaan mereka menjamin kebebasan Kehakiman. Namun demikian, apa yang berlaku adalah berlainan sekali. Mahkamah mereka tidak berani membuat keputusan dengan bebas, terutama sekali dalam kes yang membabitkan pihak Eksekutif, kerana para hakim akan menghadapi bahaya. Oleh yang demikian, untung nasib rakyat jelata tinggal terbengkalai begitu sahaja.
6. Sementara menantikan keputusan kedudukan tun Mohd. Salleh, lima orang hakim telah digantung jawatan. Seterusnya dua diantaranya telah dipecat dari jawatan mereka. Menurut Tun Mohd. Salleh, Peristiwa ini telah menjejaskan nama baik negara dikalangan masyarakat antarabangsa. Penuntut, guru dan profesor undang-undang serta peguam hakim dalam negeri tentu akan merujuk kepada peristiwa ini setiap kali isu kebebasan kehakiman dan kedudukan mahkamah diperkatakan. Samalah seperti apa yang berlaku kepada Hakim Besar England, Sir Edward Coke, yang telah dipecat oleh Raja James Pertama pada tahun 1616 kerana tidak mengikut kehendaknya.
8. Inilah kali pertama buku mengenai peristiwa undang-undang dihasilkan dalam bahasa Malaysia. Mengikut kata pengarang, apa yang dilaporkan mengenai peristiwa ini dalam akhbar-akhbar tempatan, terutama akhbar berbahasa Malaysia, tidak lengkap dan kadangkala mengelirukan. ……… hingga akhir….
Apa yang ingin saya paparkan, ialah, sistem kehakiman di Malaysia telah lama runtuh, sejak peristiwa hitam “Kes Pemecatan Tun Saleh Abas dari Ketua Hakim Negara”, dengan cara yang sungguh aib dan hina, demi kepentingan politik pihak tertentu.
Sejak dari itu, keputusan kehakiman senantiasa menjadi pertikaian, sehinggalah kepada cara perlantikan Ketua Hakim Negara yang ada sekarang. Semuanya telah semakin celaru. Oleh itu, harapan untuk mendapatkan keputusan yang memihak kepada kebenaran, sememangnya bagaikan mengharapkan “bulan jatuh keriba”. “Bagai Punggok Rindukan Bulan”.
Kalau adapun keputusan yang dilihat memihak kepada kebenaran, itu hanya mungkin sekadar untuk dijadikan “Trojan Horse” kepad pihak yang terlibat. Oleh itu, apabila keputusan memihak kepada kebenaran, bersedialah untuk serangan yang boleh menggugat kebenaran itu sendiri dengan lebeh ganas lagi.
Sehinggakan, seorang bekas Ketua Hakim Negara, pernah menyatakan, Beliau tidak bersedia untuk dibicarakan dihadapan hakim masa kini, lebeh lebeh lagi sekiranya beliau tidak bersalah.
Sekiranya hendak disorot satu persatu, banyak kes kes yang boleh dijadikan contoh. Kes yang terbesar selepas Kes Pemecatan Tun Saleh Abas, adalah kes datuk Seri Anwar Ibrahim yang dituduh meliwat Azizan. Semua bahan bukti yang dibawa ditolak dan diletakkan dalam kategori “Not Releven”, sehinggakan hakim berkenaan terkenal dengan “Not Releven”. Pindaan demi pindaan dibuat keatas pertuduhan yang dikenakan terhadap DS Anwar.
Saya tak berhasrat untuk mepertikaikan keputusan kehakiman. Cuma apa yang dipaparkan adalah sekadar sorotan peristiwa masa lalu. Semoga dijadikan pengajaran kepada kita, agar tidak terlalu gembira, , sekiranya sesuatu keputusan itu nampak semacam memihak kepada kebenaran. Dimana akhirnya tertipu dengan kilauan cahaya yang seketika itu
Oleh itu semua pihak yang inginkan kebenaran, marilah bersama bersatu.

PILIHANRAYA BAGAN PINANG & PRU13

Pelbagai pihak menunjukkan minat yang tinggi terhadap pilihanraya kecil Bagan Pinang yang akan diadakan tidak lama lagi. Pilihanraya ini diadakan berikutan kematian ADUN Bagan Pinang, Azman Mohd Nor yang memenangi kerusi itu dengan mendapat 6,430 undi berbanding calon PAS, Ramli Ismail yang mendapat 4,097 undi dalam PRU12 lalu.

Bagaimana majoriti yang diperolehi oleh Azman iaitu 2,333 adalah rendah berbanding dengan majoriti 4,411 yang diperolehi oleh Barisan Nasional in 2004, iaitu pada peringkat permulaan Tun Abdullah Ahmad Badawi mengambilalih jawatan Perdana Menteri.

Kebangkitan minat kepada pilihanraya kecil ini mungkin berpunca daripada beberapa faktor.

Pertama, ia diadakan di kerusi DUN yang disandang oleh Barisan Nasional. Rekod pilihanraya kecil setakat ini menunjukkan daripada dua buah kerusi miliknya, ia berjaya mempertahankan satu kerusi (Batang Air) dan terlepas satu kerusi (Kuala Terengganu).

Sehingga kini juga, Barisan Nasional masih belum berjaya merampas kerusi PAS (Permatang Pasir, Bukit Gantang, Manek Urai) dan PKR (Permatang Pauh, Bukit Selambau). Barisan Nasional tidak bertanding di kerusi DUN Penanti yang dimenangi oleh PKR.

Sekarang, pelbagai pihak ingin melihat adakah PAS berjaya menendang satu lagi gol ke dalam gawang Barisan Nasional dalam pilihanraya kecil Bagan Pinang. Atau, adakah Barisan Nasional berjaya mempertahankan golnya dari dibolosi lawan, sekaligus memberikan semangat kepada penyokong parti itu untuk berusaha menjaringkan gol ke gawang lawan dalam pilihanraya kecil seterusnya (ada pilihanraya kecil lagi selepas ini?)

Kedua, Ketua UMNO Teluk Kemang Tan Sri Isa Samad disebut-sebut sebagai bakal calon. Adakah beliau akan dinamakan oleh UMNO atau terdapat calon lain yang akan diketengahkan, sama-samalah kita nantikan. Isa dikatakan sebagai rapat dengan pengundi di Bagan Pinang dan boleh menang pilihanraya kecil itu. Beliau yang pernah menjadi Menteri Besar dan Menteri pusat mempunyai rekod perkhidmatan kepada penduduk setempat.

Bagaimanapun, beliau pernah dihukum oleh Lembaga Disiplin UMNO kerana kesalahan tata etika parti bersabit politik wang. Selepas selesai menjalani hukuman tersebut, beliau kembali dipilih sebagai Ketua UMNO Bahagian, menunjukkan populariti Isa di kalangan ahli-ahli UMNO. Adakah populariti Isa di kalangan ahli-ahli UMNO Teluk Kemang mencerminkan populariti di kalangan pengundi? Itu juga adalah persoalan yang menarik penganalisis untuk mengikuti pilihanraya kecil Bagan Pinang.
Dato' Seri Anwar Ibrahim mengatakan Pakatan Rakyat tidak akan menjadikan penggantungan Isa sebagai isu pilihanraya. Saya tidak fikir kenyataan itu dipegang oleh penyokong Barisan Nasional, terutama sekali mereka yang mengikuti gaya politik Anwar.

Kalau pun Anwar memilih untuk mengotakan janjinya itu, ia akan ditafsirkan agar Barisan Nasional tidak mengeksploitasikan kenyataan Anwar bahawa PKR tersalah pilih calon bermasalah dalam PRU12 lalu selepas Radzhi Salleh mengumumkan keluar PKR dan menjadi anggota bebas di DUN Kedah. Mungkin kerana itu jugalah, PKR tidak membuat serangan kepada Radzhi seperti yang dilakukan kepada Othman Jailu dan Jamaluddin Md Radzi yang keluar parti itu di Perak.

Ketiga, lokasi DUN Bagan Pinang yang berhampiran Lembah Klang. Sebahagian besar penduduk Lembah Klang arif dengan Port Dickson yang sinonim dengan Bagan Pinang. Malah, ramai penduduk Bagan Pinang yang berulang-alik dan bekerja di Lembah Klang. Ini jauh berbeza dengan Bukit Selambau atau Manek Urai, apatah lagi Batang Air. Faktor ini juga akan menjadikan pilihanraya kecil Manek Urai diikuti secara dekat.

Ada orang yang bertanya adakah isu tempatan atau nasional akan mendominasikan pilihanraya kecil ini. Agak sukar untuk menjawab isu ini secara tepat. Kedua-dua isu ini saling berkaitan dan mempunyai hubungan rapat. Apa pun, saya percaya akhir sekali rakyat akan membuat keputusan berdasarkan parti dan calon yang dapat membawa kesejahteraan kepada mereka. Untuk membolehkan ini berlaku, semua parti-parti politik yang bertanding hendaklah menguruskan sebarang isu dengan baik.

Barisan Nasional yang lebih 50 tahun memerintah negara dan Pakatan Rakyat yang kini sudah 18 bulan mentadbir beberapa buah negeri di Semenanjung masing-masing mempunyai sumbangan dan masalah tersendiri. Dalam era di mana istilah "kerajaan" dan "pembangkang" menjadi kabur, sesebuah parti politik tidak lagi harus membentuk strategi untuk menyerang pihak lawan saja, tetapi juga harus mencari jalan menutupi kelemahan sendiri. Sekiranya tidak, nanti orang kata, "Kokok bertalu-talu, ekor bergelumang tahi."

Penyokong-penyokong Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat tidak lagi boleh merasakan parti masing-masing terlalu sempurna. Masing-masing ada kelemahan yang boleh dieksploitasi sewaktu pilihanraya. Persoalannya ialah siapakah yang lebih cekap mengeksploitasi isu dan meyakinkan pengundi bahawa parti lawan lebih buruk daripada mereka.

Akhir sekali, adakah keputusan pilihanraya kecil Bagan Pinang boleh diterima sebagai cerminan keputusan PRU13 nanti?

Ya dan tidak.

Ya, kerana ia boleh dilihat sebagai satu corak (pattern) sokongan rakyat. Sekiranya PAS menang, ia akan ditafsirkan bahawa parti itu mampu mencerobohi kawasan milik Barisan Nasional. Sekiranya Barisan Nasional menang di Bagan Pinang, ia memberikan isyarat bahawa kemaraan PAS dan PKR boleh disekat.

Tidak, kerana menguruskan pilihanraya kecil dan pilihanraya umum adalah tidak sama. Dalam pilihanraya umum, sesebuah parti perlu menguruskan 222 kawasan Parlimen dan sejumlah kawasan DUN yang cukup banyak secara serentak. Ia bukan saja melibatkan pengurusan isu, tetapi juga pemilihan calon dan mobilisasi sumber yang banyak secara serentak.

Keputusan pilihanraya kecil tidak semestinya mencerminkan keputusan PRU13 nanti. Walaupun begitu, seperti yang ditegaskan sebelum ini, ia boleh mewujudkan satu corak yang boleh ditafsirkan oleh rakyat yang bakal mengambil mengundi dalam PRU13.

Dalam konteks inilah, keputusan pilihanraya kecil Bagan Pinang menjadi penting kepada semua!

* * * * *

Ramadhan Karim… Kelantan Membina Generasi Al Quran

P1000658
Dinsman telah menulis….
” Ramadhan juga adalah bulan al-Quran, kerana al-Quran mula diturunkan kepada Nabi Muhammad saw dalam bulan Ramadhan. Mengambil sempena itu Kerajaan Negeri Kelantan pimpinan Nik Aziz mengeluarkan kain-kain banner yang menunjukkan orang membaca Quran, dan memasangnya di merata-rata tempat yang strategik. Tujuannya sebagai kempen supaya orang membaca Quran dengan lebih rajin di bulan Ramadhan. Alhamdulillah, kata Tok Guru, “kita tengok pun senang rasa hati.”
Tetapi hatinya yang senang itu pula mengusik mindanya menjadi kritis dan kreatif. Maka dilihatnya dalam imaginasinya ada gambaran lain yang lebih wajar, bagi menampilkan mesejnya. “Tolong buat banner lain,” kata Tok Guru yang kreatif ini, “orang baca Quran itu, kalau boleh, ada anak atas ribanya. Menandakan kita di Kelantan mendidik generasi Quran. Aku baca Quran, anak aku dengar. Walaupun anak baru berumur sebulan atau setahun, tapi Islam menetapkan apabila anak dilahirkan, kita diminta azan di telinganya, biar nama Allah dan Nabi Muhammad dalam azan itu masuk ke dalam telinga anak kita. Dia fahamkah tak fahamkah, tak mengapa, kita hanya turut Nabi Muhammad saw.”
Sangat menarik! Rupa-rupanya sampai kepada rekabentuk banner pun turut difikirkan oleh pemimpin ini. Lihatlah gambaran terperinci yang diberikannya: “Waktu dia baca Quran dan anak di atas riba itu, isterinya juga ada dalam gambar, membawa anak-anak pergi ke masjid. Dan anak-anak itu, waktu pergi ke masjid, dipimpin oleh emaknya, dia melompat dan menjerit suka tengok orang ramai di masjid, dan di masjid pula nampak ramai orang sedang mengambil wudhuk dan sebagainya.” - Dinsman
Saranan dan hasrat tok guru itu telah diterjemahkan oleh PMBK (Perbadanan Menteri Besar Kelantan) melalui billboard dan banner yang telah dipasang dijalan-jalan utama di seluruh Kelantan…
Billboard yang dipasang  oleh PMBK hasil daripada idea dan saranan TGNA
Billboard yang dipasang oleh PMBK hasil daripada idea dan saranan TGNA
P1000664
PKINK juga turut sama menjayakan hasrat murni ini..
PKINK juga turut sama menjayakan hasrat murni ini..

Reformasi jadikan Umno lebih terbuka, demokratik – Zainul Arifin

SEPT 13 – Keputusan menghapuskan kuota untuk pencalonan jawatan dalam Umno tentunya sesuatu yang ditunggu oleh ahli parti, khasnya orang Melayu.
Ia mungkin juga diperhatikan dengan penuh minat oleh rakyat Malaysia keseluruhannya kerana secara lazimnya, jika Barisan Nasional (BN) terus memerintah, pimpinan utama Umno juga merupakan pemimpin negara.
Kesan daripada penghapusan itu nanti, jika diluluskan mesyuarat agung parti bulan hadapan, ialah sesiapa pun boleh menawarkan diri untuk merebut apa-apa jawatan parti. Walaupun Umno akan menentukan kriteria untuk calon, namun reformasi ini akan dapat menghakis pandangan umum bahawa jawatan parti ialah hanya untuk mereka yang sudah bertapak lama, atau berkuasa.
Ia akan memberi peluang kepada pembaharuan. Manalah tahu jika ada orang baru, yang bukannya terbentuk dari puluhan tahun proses politik parti, menawarkan diri untuk berkhidmat untuk Umno.
Proses politik parti ada baik dan ada yang tidak, contohnya seperti politik wang sudah banyak dibincangkan. Budaya cantas-mencantas atau ketua-ketua cawangan atau bahagian yang enggan menerima orang baru yang mungkin boleh mencabar mereka nanti adalah juga antara ciri tidak baik proses politik.
Sekarang ini untuk merebut jawatan kenalah mendapat cukup pencalonan, jika tidak nama tidak boleh berada di kertas undi. Lagi besar jawatan lagi banyak perlu pencalonan untuk melepasi kuota. jadi kempen akan jadi dua kali, ketika mencari pencalonan dan kedua ketika mencari undi di perhimpunan.
Banyak perkara tidak baik mungkin berlaku jika perlu berkempen keterlaluan.
Walaupun apa tujuan sistem kuota yang diwujudkan dua dekad lalu, keberkesanan atau relevannya sudah tiada lagi. Ini bagaimanapun tidak bermakna tindakan dulu salah. Tetapi kini masa dan kehendak ahli parti dan masyarakat berubah. Banyak undang-undang dan peraturan sudah menjadi lapuk.
Penghapusan kuota juga disaingi satu lagi reformasi parti iaitu membolehkan pemilihan dibuat oleh lebih ramai anggota parti, mungkin puluhan ribu dan bukannya oleh 2,500 perwakilan ke perhimpunan agung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) tiga tahun sekali.
Memang ada risikonya, tetapi demi demokrasi Umno perlu mengambil jalan tengah yang boleh diterima orang, selari dengan kehendak kini.
Mungkin nanti ada orang luar parti yang manis mulut, pandai berjanji dan berkata-kata, segak rupa dan penuh bergaya, yang akan menyertai Umno dan menggoda ahli untuk memilihnya memimpin Umno. Manalah tahu.
Tetapi Umno tidak perlu takut reformasi sebegini. Tentu ada sistem yang mana anggotanya boleh menilai yang mana kaca dan mana permata, yang mana penawar dan yang mana racun.
Apakah kesan daripada dua reformasi ini? Jelas Umno akan menjadi parti politik yang paling demokratik di negara ini.
Jika sekarang sedikit yang menentukan kepemimpinan, nanti mungkin puluhan ribu. Jika sekarang hanya orang lama saja yang mungkin boleh bertanding, nanti mungkin tidak.
Diharap dengan menjadi lebih demokratik, Umno akan menjadi lebih terbuka dan sentiasa membuka pintu dan membuat ruang untuk orang baru, pendapat baru, serta cara politik baru.
Kedua-dua reformasi ini adalah hasil daripada pengorbanan kepemimpinan parti untuk menjadikan Umno lebih terbuka dan demokratik. Tidak banyak pemimpin politik berkuasa yang sanggup berkorban yang mana korbannya boleh juga memakan tuan.
Reformasi seterusnya untuk Umno ialah melihat semula asas pembentukannya dengan tujuan utama memperjuangkan hak Melayu, yang termasuk agama Islam dan Raja-Raja Melayu.
Mungkin ada parti yang memperjuangkan Islam, atau berkata mereka mempertahankan hak Melayu, tetapi cuma Umno yang jelas nampak mempertahankan kedaulatan Raja-Raja Melayu.
Ada sesetengah parti, melalui tindak-tanduk mereka, kalau boleh hendak menjadikan Malaysia sebuah republik.
Untuk reformasi ini, Umno mungkin perlu menoleh kebelakang untuk melihat dan mengkaji semula kenapa dan apa punca Umno ditubuhkan. Umno menggabungkan puluhan persatuan Melayu di bawah satu bendera, tidak kiralah demokrat atau nasionalis, sosialis atau memperjuangkan Islam.
Umno adalah khemah di mana aktivis Melayu banyak berkumpul. tetapi adakah Umno masih memperjuangkan agenda puluhan pertubuhan Melayu yang bergabung, ataupun adakah Umno kini sudah lupa?
Sudah tentu jika yang telah lapuk dan tidak berguna kini, eloklah dilupakan. Tetapi mana tahu ada yang masih boleh digunakan dan relevan, tetapi telah dilupakan kini.
Jika Umno menjadi suara orang Melayu, sebagai parti yang dominan di dalam kerajaan, Umno juga perlu melihat apakah peranannya untuk orang bukan Melayu.
Bagaimanakah Umno hendak meyakinkan semua bahawa ia adalah yang paling layak untuk memimpin - the privilege to lead? Rasanya di dalam keadaan yang penuh cabaran sekarang yang mana kepemimpinan Umno selalu dipersoal dan dikecam, ini adalah satu isu penting untuk dihadapi.
Reformasi yang dijanjikan adalah langkah awal untuk Umno meyakinkan orang ramai yang ia sebuah parti yang demokratik, dan pimpinannya terdiri daripada mereka yang dipilih daripada satu sistem yang terbuka, telus dan adil. – Berita Harian

Pimpinan Umno bakal bertembung dengan akar umbi lagi

Ramlan Joharee
ANALISIS Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang di Negeri Sembilan tidak lama lagi bakal memulakan satu lagi konfrontasi antara pucuk pimpinan Umno dengan ahli-ahli akar umbinya.

Di Negeri Sembilan, anggota parti itu di Teluk Kemang khusunya mahukan ketua bahagian itu Tan Sri Isa Abdul Samad dinobatkan sebagai calon Barisan Nasional di Bagan Pinang. Begitu juga dengan para panglima atau warlords parti itu di seluruh negeri tersebut yang rata-ratanya mahukan bekas menteri besar Negeri Sembilan selama 22 tahun itu menjadi anggota Dewan Undangan Negeri semula.
Pandangan sepakat pemimpin Umno Negeri Sembilan adalah, jika bukan Isa yang bertanding, pasti Umno akan tewas di kerusi itu.
Kekalahan di kerusi itu bermakna majoriti BN dalam Dewan Undangan Negeri semakin mengecil. Selepas pilihan raya umum Mac tahun lalu, BN mengawal 21 daripada 36 kerusi yang bermakna ia memerintah tanpa majoriti dua pertiga.
Walau bagaimanapun dilema di peringkat persekutan adalah, adakah seorang yang telah disabitkan kesalahan politik wang layak bertanding? Kerana Isa pernah digantung keahlian Umnonya pada awal 2005 selepas menang besar sebagai naib presiden parti itu.
Baru-baru ini timbalan presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan enggan mengulas apabila ditanya adakah Isa layak menjadi calon BN di Bagan Pinang.
Sebaliknya, pengarah pilihan raya BN itu hanya meminta supaya semua pihak supaya jangan membuat spekulasi.
Namun apa yang mengejutkan adalah tindakan Muhyiddin buat kali pertama Selasa lalu, secara terus-terang mengatakan partinya telah tersilap memilih Rohaizat Othman, seorang peguam yang dilucutkan kelayakannya kerana mencabuli etika guaman, dalam pilihan raya kecil Permatang Pasir penghujung Ogos lalu.
Kita memang sentiasa berhati-hati, kecuali di Permatang Pasir, apabila terdapat sedikit kesilapan, katanya seperti dilaporkan media.
Kenyataannya itu memperlihatkan pihak pucuk pimpinan di pusat tidak bersedia untuk mencalonkan Isa dan seolah-olah sanggup menanggung risiko kekalahan di Bagan Pinang demi menjaga imej parti di peringkat nasional.
Sekiranya Isa ditolak pimpinan parti Melayu itu, akan berulanglah episod pertembungan antara pusat dengan akar umbi seperti yang berlaku pada era pentadbiran Tun Abdullah Badawi.
Jika pada zaman Abdullah dahulu, usaha-usahanya untuk memulihkan sistem kehakiman, pasukan polis dan pencegahan rasuah ditentang kuat oleh akar umbi Umno, kerana ia ditafsirkan sebagai tindakan melemahkan kekuatan Melayu.
Di bawah pentadbiran Datuk Seri Mohd Najib Razak, proses reformasi itu menjadi semakin radikal  Umno kini sedang melalui proses perubahan yang mengecilkan pengaruh para panglima dan pimpinan di akar umbinya melalui pindaan perlembagaan parti itu yang membesarkan saiz pemilih daripada 2,500 kepada sekurang-kurangya 60,000 bagi memberikan peluang kepada lebih ramai ahli menzahirkan pandangan dalam pilihan raya parti.
Usaha pindaan ini adalah manifestasi hasrat Najib yang mahu menjadi pemimpin yang mendahulukan rakyat daripada parti.
Isa adalah contoh pemimpin yang mewakili era lama, yang menjadi simbol sistem penglima perang, apabila satu dua pemimpin, melalui partinya mengawal seluruh jentera kerajaan dan rakyat.
Walaupun amalan sebegini sukar dihapuskan pihak pimpinan pusat, sekurang-kurangnya Umno pasti tidak mahu lagi dilihat menyokong kewujudan sistem ini.
Jika Isa tidak dicalonkan di Bagan Pinang, maka bermulalah episod baru dalam pertembungan antara pimpinan Umno dengan akar umbinya.

Peruntukan RM1.35juta Menzahirkan Cubaan Merampas Selangor


   
Peruntukan sebanyak RM1.35 juta yang akan diluluskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk diagihkan ke masjid dan surau serata Selangor menzahirkan perancangan Umno-BN merampas negeri itu dari Pakatan Rakyat.

Ahli Dewan Undangan Negeri Bangi, Dr. Shafie Abu Bakar berkata beliau hairan mengapa pengagihan wang kerajaan Pusat ini diumumkan oleh Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Datuk Noh Omar seolah-olah wang Perbendaharaan Negara adalah milik Umno.

“Pada pendapat saya ini adalah rancangan politik terhadap negeri Selangor, kita memang sudah tahu pihak BN berura-ura hendak mengambil alih pemerintahan negeri Selangor dan sudah ada beberapa pendekatan yang dilakukan yang kita sedia maklum sebelum ini mahu dilakukan melalui tindakan yang berhubung dengan mahkamah kalau ada bukti tentang penyelewengan dan rasuah,” katanya ketika dihubungi.

Kerajaan Pusat hari ini memperuntukkan RM1.35 juta bagi membantu kira-kira 370 masjid dan 2,000 surau di Selangor menjalankan aktiviti sempena bulan Ramadan dan Syawal.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor Datuk Noh Omar berkata bantuan RM1,000 bagi setiap masjid dan RM500 bagi surau itu disediakan setelah diluluskan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri itu.

Mengulas perkara ini, Dr Shafie berkata walaupun amalan derma dan membantu itu sesuatu yang dimuliakan di sisi agama, namun ianya harus ikhlas dan bukan dibuat bagi tujuan politik.

Shafie menambah sekiranya Umno-BN benar-benar ikhlas membantu, mengapa bantuan tersebut diumumkan menjelang Syawal.

“Kita persoalkan kalau pun hendak diberi bantuan masjid dan surau, seharusnya awal sebelum Ramdhan atau sekurang-kurangnya awal Ramadhan dan sekarang sudah pun sampai ke penghujung,” katanya.

Walaubagaimanapun, cubaan demi cubaan untuk merampas Selangor dari tampuk pimpinan Pakatan Rakyat gagal ditawan oleh BN biarpun pelbagai usaha jahat telah mereka lakukan sejak akhir-akhir ini.

“Sebagaimana yang dilakukan terhadap Teoh Beng Hock dan beberapa exco, mereka cuba serbu untuk mendapat bukti tetapi ini nampaknya terencat oleh kerana kematian Teoh Beng Hock di dalam siasatan SPRM.

“Dan kita melihat penawaran wang lebih dari jumlah RM1.35 juta adalah lanjutan dari usaha untuk menguasai negeri Selangor secara kospirasi yang bersifat kewangan pula lah. Kita persoalkan ialah mengapa ini atas nama parti UMNO BN dan ini jelas memperlihatkan konspirasi politik yang jelas terhadap pengundi Selangor,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau mengatakan kerajaan Selangor sudah bertindak terlebih dahulu dengan mencerminkan keprihatinan terhadap rakyat di negeri ini dengan perancangan yang kemas dan teratur berbanding BN yang sentiasa membuat kejutan di saat-saat akhir seolah-olah membayangkan mereka sentiasa terdesak untuk meraih keyakinan rakyat semula.

“Sebenarnya kita juga telah memberi bantuan dari peringkat negeri di Adun-adun melalui JAIS dan sebagainya. Saya nampak lebih daripada serampang dua mata ialah selain daripada terhadap Selangor tetapi juga dengan pilihan raya kecil yang akan berlangsung di Bagan Pinang, Negeri Sembilan.

“Jadi ini juga adalah satu tawaran yang bersifat politik untuk menarik masyarakat dan pengundi-pengundi di Bagan Pinang, jadi ini adalah bersifat politiklah untuk menarik masyarakat pengundi-pengundi di Bagan Pinang,” katanya.

Biarpun pelbagai taktik lapok itu digunakan oleh BN, beliau yakin politik di Selangor adalah mantap dan tidak akan terpengaruh dengan cubaan pihak BN yang bertalu-talu untuk menjatuhkan Selangor.

“Kita lihat dia cuba guna isu kuil baru ini yang jelas daripada orang-orang UMNO yang sepertimana 12 orang telah didakwa, jelas ertinya mereka eksploitasi isu ini.
“Saya fikir ini bukan terakhir siri percubaan mereka untuk menguasai Selangor dengan pelbagai taktik kotor dan rentetan itu kita perlu lebih berhati-hati terhadap usaha jahat mereka terhadap kita yang perlu kita pertahankan kekuatan dan kesepaduan kita berusaha untuk mengalahkan BN dalam pilihan raya kecil yang kita akan hadapi.

“Kalau kita dapat mengalahkan mereka ini adalah satu tamparan yang amat memalukan, paling tidak saya ingat kita perlu usaha untuk mengurangkan majoriti ditempat mereka supaya politik mereka akan menurun,” katanya.

Bom hidrogen kuburkan Subra, bila Samy sudi berundur?


ORANG yang paling gembira selepas keputusan pemilihan MIC diumumkan malam tadi sudah pasti Presidennya, Datuk Seri S. Samy Vellu sendiri.
Seperti lazimnya beliau telah meluahkan perasaan gembira dengan mendendangkan lagu-lagu dalam bahasa Tamil walaupun ia tidak lengkap. Pokoknnya, beliau telah menyampaikan mesej bahawa matlamatnya telah tercapai.
Di akhir kata-katanya kepada perwakilan malam tadi juga, Samy Vellu meminta para perwakilan balik ke hotel penginapan masing-masing dan kembali ke Dewan Merdeka pagi ini. "Ada banyak lagi berita gembira saya nak sampaikan. Datang pukul 9 pagi esok. Saya akan berada di sini 9 pagi esok," kata bekas Menteri Kerja Raya dan bekas Ahli Parlimen Sungai Siput ini.
Ini pemilihan pertama dalam MIC selepas pilihan raya umum ke-12 Mac 2008.
Kira-kira 12 jam sebelum itu, Samy Vellu berada di sudut yang jauh berbeza. Khususnya ketika Perdana Menteri dan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak menyampaikan ucapan perasmian Perhimpunan Agung MIC Ke-63.
Samy Vellu sendiri mengakui perkara ini apabila ditemui wartawan lewat petang semalam sebelum keputusan pemilihan diumumkan.
"Ucapan peringkat awal beliau (Najib) tidak begitu OK, tetapi kandungan akhir ucapan kelihatan OK," kata beliau. Sebahagian perwakilan menganggap ucapan Najib mencerminkan 'sikap' kepimpinan tertinggi parti khususnya Samy Vellu. Najib berkata, beliau sudah lama memberikan isyarat. Malah beliau tidak pemimpin angkuh dan menunjuk-nunjuk serta salah guna kuasa.
Berdasarkan kata-kata ringkas malam tadi, Samy Vellu yang diiringi barisan calon yang menang dalam pemilihan semalam di pentas utama di Dewan Merdeka PWTC, kelihatan 'bersemangat'. Seolah-olah beliau memperoleh kembali 'tenaga yang hilang' kira-kira 12 jam sebelum itu dengan hasil pemilihan 'menyapu bersih'.
Ini kerana hampir 90 peratus calon yang diiktiraf beliau memenangi jawatan-jawatan yang ditandingi - Timbalan Presiden, Naib Presiden dan Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC). Daripada tiga jawatan ditandingi itu, Samy Vellu memperlihatkan kegembiraan jauh lebih besar kali ini kerana Datuk G. Palanivel yang disokongnya menang buat kali kedua berturut-turut.
"Semua orang hendakkan perubahan, kini sudah ada perubahan, kami sudah membawa perubahan... seramai 18 daripada 23 calon CWC yang menang adalah muka baru. Pemenang-pemenang kerusi Naib Presiden adalah muka baru. Timbalan Presiden baru tiga tahun dan kini masuk penggal kedua... Presiden, saya baru 73 tahun," kata beliau yang dicelah oleh Palanivel bahawa "pemimpin (Samy) yang muda sepanjang masa."
Tiga jam sebelum keputusan diumumkan Samy Vellu mengatakan bahawa MIC akan hancur jika beliau meletakkan jawatan sekarang. Oleh itu kata Samy Vellu, beliau mahu memberikan "latihan kepada barisan baru yang bakal menang" untuk membawa parti dengan baik. Pokoknya, Samy Vellu kembali menunjukkan bahawa beliau masih kuat dan masih berpengaruh dalam menentukan barisan kepimpinan parti itu.
Di sebalik cabaran dan ujian termasuk prestasi buruk dalam pilihan raya umum lalu, perwakilan-perwakilan terus meletakkan keyakinan terhadap kata-kata Samy Vellu dalam menentukan siapa yang mereka harus pilih, sekali gus menentukan barisan kepimpinan. Di atas kertas, Samy Vellu tidak seharusnya mencampuri urusan pemilihan semalam.
Bagaimanapun Samy Vellu bertindak sebaliknya. Walaupun telah menang tanpa bertanding pemilihan Presiden April lalu, Samy Vellu tetap berkempen seolah-olah turut bertanding jawatan Timbalan Presiden dan Naib Presiden.
Di sebalik keputusan bagi pemilihan tiga peringkat semalam, Samy Vellu memperlihatkan kegembiraan kerana berjaya menumpaskan Subramaniam buat kali kedua menerusi Palanivel. Palanivel menewaskan Subramaniam tiga tahun lalu.
Samy Vellu pernah menewaskan Subramaniam pada tahun 1977 (pemilihan jawatan Timbalan Presiden) dan 1989 (pemilihan jawatan Presiden).
Lima hari sebelum hari pengundian, CWC yang dipengerusikan oleh Samy Vellu telah memutuskan untuk mengambil tindakan disiplin terhadap Subramaniam atas dakwaan memburukkan nama baik parti ekoran laporan media bahawa wujud penipuan dalam pengiraan undi pada pemilihan timbalan presiden 1977.
Jawatankuasa Disiplin dipercayai akan mengeluarkan surat tunjuk sebab ke atas Subramaniam bila-bila masa selepas ini. Subramaniam yang sedia menghadapi surat tunjuk sebab Jawatankuasa Disiplin memerlukan masa untuk memikirkan pelan masa depan politik.
Tumpuan kini bila Samy Vellu akan melepaskan tampuk pucuk kepimpinan kepada penggantinya selepas sudah berjaya dalam usaha beliau meletakkan paku terakhir ke atas kerjaya politik Subramaniam dalam MIC.
Ataupun sebagaimana pernah disaksikan pada 1990-an, apakah Samy Vellu akan sekali gus mencantas cawangan, bahagian dan penyokong Subramaniam ekoran keputusan pemilihan semalam.
Berdasarkan ucapan Najib semalam, Samy Vellu mungkin tidak akan mengambil tindakan sedemikian. Begitu juga kemungkinan Jawatankuasa Disiplin tidak akan bertindak ke atas Subramaniam sembarangan.
Sebaliknya Samy Vellu dikatakan kemungkinan berusaha untuk menjernihkan persekitaran dalaman MIC untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13.
Samy Vellu tiada pilihan! Beliau tidak boleh lagi meneruskan usaha defensif dan agresif terhadap kumpulan yang menentangnya. Calon Timbalan Presiden yang disokongnya memperoleh 629 undi berbanding campuran keseluruhan 827 undi diperoleh Datuk S. Subramaniam dan Datuk S. Sothinathan.
Walaupun Samy Vellu baru-baru ini mengatakan bahawa beliau akan kekal sehingga 2012, keputusan semalam diharap ramai akan mengubah pendiriannya demi MIC dan BN.

Pemuda PAS Siap ke Bagan Pinang

Tidak lama lagi , akan berlangsung satu lagi pilihanraya kecil di Bagan Pinang Negeri Sembilan . Seperti biasa , seluruh jentera parti akan dikerah bagi menawan kerusi DUN tersebut . Pastinya Pemuda PAS akan menjadi salah satu jentera penting parti bergandingan dengan parti - parti rakan dari PAKATAN Rakyat .

Tanpa mengenal penat dan letih , saya percaya pemuda PAS yang telah sekian lama terlatih mendepani pilihanraya [ umum atau kecil ] kini telah siap siaga menanti arahan komandernya untuk turun beraksi memburu kemenangan .


Insyaallah , memandangkan Bagan Pinang ini adalah kawasan yang dimenangi oleh UMNO dan BN dalam pilihanraya umum yang lalu , maka tentunya kekuatan berlipat ganda diperlukan oleh PAKATAN Rakyat untuk merampas kerusi itu . Pemuda PAS tentunya tidak teragak - agak untuk mengerahkan semaksima mungkin tenaga upayanya . Semoga Pilihanraya kecil kali ini sekali lagi akan jatuh ke tangan PAKATAN Rakyat .

Esok Dewan Pemuda PAS Pusat akan mengadakan mesyuarat rutin bulanannya dan antara agenda penting yang akan dibincangkan ialah persiapan menghadapi pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang . Insyaallah , kali ini pemuda PAS akan menumpukan beberapa perkara berkait dengan strategi untuk memenangi kerusi DUN tersebut sekaligus merencana gerakan secara taktikal dan teknikal .

Post mortem beberapa pilihanraya kecil sebelum ini akan menjadi panduan bertindak dan pedoman merancang . Kita selamanya tidak akan memandang rendah pada keupayaan lawan tetapi pemuda PAS senantiasa optimis bahawa kita mampu , layak dan berhak untuk mengalahkan UMNO dan BN yang kini sedang ditolak oleh rakyat ekoran pelbagai salah laku , penyelewengan , rasuah dan kezaliman yang dilakukan oleh mereka terhadap rakyat dan negara .

Setelah melalui begitu banyak siri pilihanraya kecil dalam tempoh setahun ini memanglah sedikit sebanyak memberi kesan psikologi kepada jentera . Sebahagiannya telah kehabisan cuti untuk turun memberi khidmat tenaga demikian juga wang ringgit yang telah banyak dikorbankan untuk memenangi semua pilihanraya kecil sebelum ini kecuali di Batang Ai Sarawak . Sebahagiannya juga mungkin mengeluh kerana penat dan letih ekoran terus - terusan menghadapi pilihanraya .

Suka saya tegaskan di sini , andai kalian adalah pejuang Islam , pastinya kalian tidak akan cepat mengalah dan berasa lelah menghadapi situasi ini . Sebaliknya pemuda PAS akan berkata sebagaimana berkata generasi terdahulu apabila mereka menyaksikan kedatangan musuh :

و لما رآى المؤمنون الأحزاب قالوا هذا ما وعدنا الله و رسوله و صدق الله و رسوله و ما زادهم إلا إيمانا و تسليما

"dan tatkala orang - orang beriman menyaksikan tentera - tentera Ahzab [ Barisan Musuh ] menghala ke arah mereka , mereka berkata inilah apa yang telah Allah swt dan RasulNya janjikan kepada kita dan telah benarlah janji Allah swt dan RasulNya dan tidaklah bertambah di dalam jiwa mereka melainkan keimanan yang tinggi dan penyerahan yang nekad kepada Allah swt"

Bukankan pilihanraya ini adalah sebahagian dari tugas jihad dan amal Islami yang kita perjuangkan ? Kita mencari kuasa politik agar kita mampu mendaulatkan syariat Allah swt dan meninggi syiar AgamaNya . Setidak - tidaknya kita berupaya mengekang penguasaan UMNO dan BN dari terus bermaharajalela melakukan rasuah , penyelewengan kuasa dan kezaliman ke atas rakyat dan negara .

Namun begitu , bukanlah bermakna kita meninggalkan aktiviti - aktiviti penting yang lain seperti usrah , kuliah , liqa' fikri , tamrin dan 1001 aktiviti tradisi yang diwarisi dari pejuang sebelumnya .

Sementara kita fokus kepada usaha memenangi pilihanraya kecil di Bagan Pinang , insyaallah pemuda PAS juga akan terus menyemarakkan usaha dakwah dan tarbiyyah di semua peringkat parti di seluruh negara . Pemuda PAS mempunyai langkah teknikal dan taktikal yang tersendiri bagi mengimbang keperluan fokus dalam semua perkara utama yang mesti dilakukan oleh pemuda PAS termasuk pilihanraya kecil .