Jumaat, 11 September 2009

Foto of the day : Lihat betapa hinanya penyokong umno@bn

perak

perak


perak

MACC, lay off the opposition, investigate this instead!

MACC wants to clean up it's extremely tarnished image. MACC wants to make a police report against anyone who accuses it of wrongdoing or abuse of power. MACC wants to investigate all the opposition leaders -- basically a 'fishing expedition' to try, with some luck, to catch opposition leaders who may have committed wrongdoings. But MACC refuses to take action on clear-cut crimes with documents to support the allegation of these crimes.
THE CORRIDORS OF POWER
Raja Petra Kamarudin
Samy Vellu's bank account the subject of police report
Susan Loone, Malaysiakini, 7:03pm Mon Jan 12th, 2004 
Parti Keadilan Rakyat (Keadilan) today lodged a police report on documents purportedly linking MIC president S Samy Vellu to the controversial misplacement of nine million Telekom shares intended for Maika Holdings.
In the report lodged at federal police headquarters in Bukit Aman this morning, Keadilan deputy Youth chief Faisal Sanusi claimed that the party had received documents containing allegations against Samy Vellu involving the Telekom shares.
Faisal told reporters that details of the allegations came from a letter dated Sept 15, 1994 written by the former chairperson of MIC public relations committee, V Subramaniam. He added although the information was available in 1994, no action seemed to have been taken by the police and Anti-Corruption Agency (ACA).
"The documents show him of having assets far beyond what a minister would hold on his normal salary," Faisal told reporters outside the police headquarters.
Malaysiakini has obtained photocopies of Samy Vellu's bank statements issued by the Bank of Commerce, which showed the transfers of millions of ringgit between March and May 1992 - at the height of the Maika's Telekom shares scandal. However, the veracity of the bank statements could not be determined. Subramaniam, who is not available for comment today, had since withdrawn the 1994 letter, which subsequently put a stop to the issue then.
"GK Rama Iyer, a much respected former Treasury official ... and chairman of Maika at the relevant period of 1990 has recently in a letter published in the Malay Mail on Dec 10, 2003, called for a reopening of the investigation by the ACA into the issue of how these 9 million shares never reached Maika," said Faisal. "We agree with and endorse his call."
Chief Inspector Mariapan Manikam from the public relations department received the 19-page report and documents attached from the complainants.
Mariapan said he would forward the documents to the relevant authorities immediately. In his 10-year-old letter, Subramaniam, who is also former PJ Barat MIC chief, alleged that investigations in 1992 on the matter was "frustrated due to fabricated documents and accounts and a false trail". The letter accused Samy Vellu of allegedly hijacking the Telekom shares which were intended to benefit Maika and the Indian community.
Samy Vellu, who is the works minister, has vehemently denied this. He is currently in New Delhi on official business and is unavailable for comment. Meanwhile, PKR vice-president R Sivarasa called on the police to immediately re-open an investigation into the allegations and forward the matter to the ACA, for re-investigation.
Sivarasa, who was also present during the press conference, urged Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi to explain to the Indian community how Maika lost the nine million shares, originally meant for its betterment.
"The Indian community, of which the shares should have benefitted, needs an immediate answer to this long-standing issue," he said.
In 1992, Maika Holdings was reported to have failed to account for much of the RM10 million worth of Telekom shares offered by the Finance Ministry for the benefit of the Indian Malaysian community. Only RM1 million worth of shares were retained by the investment arm while the remaining RM9 million shares were diverted to three private companies, two of which are RM2 companies and said to be proxies of the works minister. The controversy subsided after police and ACA investigations cleared Samy Vellu.
But the scandal erupted again a month ago following a row between the MIC president and his political rival and MIC splinter party - Indian Progressive Front - president MG Pandithan. Discontented Maika Holdings shareholders recently held a gathering to air their grouses. The company responded that the allegations were part of a plan to tarnish its image by those who were seeking to buy shares at a depreciated price.

Pelantikan Mirzan, Hipokrasi Umno-BN

Pelantikan Mirzan Mahathir dalam lembaga pengarah syarikat arak, San Miguel Corp, membuktikan hipokrasi di kalangan pimpinan Umno-BN yang kononnya mengambil berat mengenai isu penjualan arak dalam negara.

Perlantikan pemimpin Umno itu sebagai orang penting di syarikat arak ini yang secara kebetulan berlaku apabila Presiden Umno Najib Abdul Razak mengisytiharkan Umno sebagai parti Islamik semalam itu mengundang kritikan dari Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat Badrul Hisham Shahrin.

“Tetapi persoalan besar disebalik penjualan arak ini siapa yang mempunyai kepentingan. Siapa yang meraih kekayaan berjuta-juta ringgit dan hari ini jelas bahawa antara tokoh penting Umno keluarga Dr Mahathir ada kepentingan dan ini bukanlah pendedahan pertama.

“Dalam masa yang sama kamu cakap tentang Melayu Islam dan kamu menuduh Pakatan Rakyat yang cuba menyelesaikan isu ini dengan bijaksana dan harmoni, kamu tuduh kita tidak prihatin terhadap Melayu itu sendiri tapi dalam masa yang sama kamu mengaut keuntungan berjuta-juta ringgit menjamin kekayaan keturunan kamu degan perniagaan arak,” katanya.

Badrul berkata demikian merujuk kepada tabiat Umno-BN menggunakan agama dalam serangan mereka terhadap Pakatan Rakyat - melaga-lagakan Islam dan bukan-Islam di negara bagi politik sempit pemerintah.

Mirzan Mahathir baru-baru ini dilantik menjadi ahli lembaga San Miguel Corp, konglomerat makanan dan minuman terbesar di Filipina dan pemilik San Miguel Brewery Inc.

Menurut laman webya, San Miguel Brewery mengawal 95 peratus pasaran bir di Filipina. Syarikat berkenaan telah menghasilkan San Miguel Beer lebih dari satu abad. Bir berkenaan dihasilkan di Filipina, China , Indonesia, Vietnam, Thailand dan Malaysia. Ia juga dijual dalam 60 pasaran seluruh dunia.

Mengulas lebih lanjut, Badrul menyeru ahli Umno di semua peringkat harus berfikir sama ada adakah mereka berada di landasan yang betul sedangkan pimpinan mereka mengumpul kekayaan dengan perniagaan arak.

“Tapi oleh kerana arak di syarikat 24 jam yang memang kita (Pakatan Rakyat) akui kita sedang dalam proses memperbetulkan keadaan tetapi kamu (ahli Umno) dengan sentimen tidak tentu arah membangkitkan sentimen agama dan perkauman yang mengeruhkan hubungan kita rakyat biasa di bawah ini dan kamu menjadi alat kepada pemimpin-pemimpin kaya yang mentahdarah kekayaan daripada syarikat arak,” katanya.

Beliau berkata sentimen arak yang dimainkan Umno-BN di negeri-negeri di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat berlaku kerana kuasa politik yang dimiliki parti berkenaan. Katanya sekiranya benar pimpinan Umno-BN serius menangai isu arak, satu perbincangan perlu dilakukan dengan pimpinan kerajaan yang ditadbir Pakatan Rakyat dan bukannya menggunakan media untuk memesongkan pemikiran rakyat.

“Kalau betul hari ini masalah penjualan arak dalam bulan puasa ada orang Melayu yang membeli arak di Negeri Sembilan, di Johor dan di kawasan Terengganu tetapi persoalannya jika mereka serius menentang perkara ini sesuatu harus dilakukan. Mereka tidak melakukan di negeri lain tetapi menggunakan media masa memesongkan pemikiran rakyat dengan menyerang Selangor dan negeri-negeri di bawah Pakatan Rakyat.

“Hanya kerana kuasa politik, jika mereka ikhlas dan serius mereka tidak akan menyerang seperti itu malah duduk berbincang dengan kepimpinan Selangor, Kedah dan sebagainya bagaimana hendak meningkatkan syiar Islam. Ini tidak mereka hanya pukul dengan sentimen perkauman yang lebih mengeruhkan keadaan dan lebih memberi gambaran buruk kepada Islam itu sendiri,” katanya.

SPRM Lambat Bertindak Siasat Khir Toyo


Tindakan Suruhajaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang dilaporkan ingin menyiasat bekas Menteri Besar Selangor, Khir Toyo mendedahkan ketidakcekapan badan itu sendiri.

Exco Hal Ehwal Wanita, Kebajikan, Sains Teknologi dan Inovasi, Rodziah Ismail berkata, siasatan sepatutnya telah dilakukan sejak awal lagi berikutan aduan rasmi daripada beberapa pihak berhubung isu Balkis dan Rumah Agamnya itu.

“ Ini lah sebenarnya perkara terbaik yang sepatutnya SPRM buat sejak dulu lagi, Saya kesal kerana baru sekarang siasatan ini dibuat sedangkan kes itu telah pon dibuatkan atau didedahkan seawal kami masuk pada buln Mac lepas,

“Kalau kita tengok pada kes beliau yang lain seperti kes rumah beliau telah didedahkan pada beberapa bulan lepas, Walaupun SPRM nampaknya macam ingin seimbang dalam siasatan beliau tetapi bagi saya ketidak kecekapan beliau mengambil semua aduan itu secara cepat itu dibuat,” katanya.

Rodziah berkata, tindakan SPRM itu adalah lewat dan tidak berkesan untuk meleraikan persepsi bahawa badan itu bingkas mensasarkan wakil rakyat pembangkang tetapi pemimpin Umno-Barisan Nasional diberi layanan sebaliknya. .

“Sebab kalau kita tgok apa yang berlaku kepada diri saya sendiri, atau pihak pakatan jika sedikit sahaja cerita itu ditulis didalam blog maka pihak SPRM secara cepat masuk buat siasatan sedangkan bagi pihak Khir Toyo kes ini dilambat-lambatkan seolah ingin menunggu arahan dari seseorang baru siasatan itu dibuat,” katanya.

Tewas bukan Bererti Kalah, Sivakumar Akan Kemuka Rayuan

Speaker Dewan Undangan Negeri Perak, V Sivakumar yang tewas dalam samannya terhadap Speaker lantikan BN R Ganesan berkata beliau akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan mahkamah.

Pada 15 Mei, Sivakumar memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Ipoh terhadap Ganesan atas serangan dan kecederaan serta tahanan secara tidak sah ketika sidang DUN itu. Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Azahar Mohamed membatalkan saman tersebut atas alasan mahkamah tidak boleh mencampuri urusan legislatif dan prosiding Dewan Undangan Negeri Perak pada 7 Mei 2009 adalah sah.

Dalam kejadian 7 Mei itu, sekumpulan polis menyerbu masuk dewan legislatif Perak dan mengheret keluar Sivakumar dari kerusinya. Sivakumar dikurung di dalam sebuah bilik, manakala BN melantik Ganesan sebagai Speaker.

Sivakumar berkata beliau kehairanan mengapa mahkamah mengiktiraf pencerobohan itu walhal itu ia jelas sekali bercanggah dengan Perlembagaan dan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak.

"Saya berasa begitu kecewa dengan keputusan yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Ipoh, maka saya sudah pun berunding dengan peguam-peguam saya dan kami bercadang untuk meneruskan untuk membuat rayuan.

"Tetapi apa yang berlaku dalam DUN pada hari itu, perlucutan dan pelantikan speaker semuanya berlaku sebelum titah ucapan Tuanku, maka ia juga bertentangan dengan Perintah-perintah Tetap.

“Jadi kalau dilihat dalam pelbagai aspek, adalah jelas kita boleh katakan bahawa apa yang berlaku dalam DUN 7 Mei itu tidak sah kerana pertama usul itu telah ditolak oleh speaker, kedua ia berlaku dalam sub dewan dan bukan dewan yang penuh, ketiga ia berlaku tidak mengikut agenda sepertimana yang ditetapkan dalam Perintah-perintah Tetap iaitu mewajibkan ucapan Tuanku terlebih dahulu,” katanya ketika dihubungi.

Sivakumar berkata keputusan mahkamah menolak samannya terhadap Ganesan menunjukkan ada sesuatu yang tidak kena. Beliau menambah mahkamah dengan mudah menggunapakai prinsip pemisahan kuasa Artikel 72 Perlembagaan apabila ia dirujuk oleh Umno-BN, sebaliknya menolak prinsip itu apabila ia dirujuk oleh Pakatan Rakyat.

Lebih dari itu, kata Sivakumar lagi, keputusan mahkamah seolah-olah menghalalkan pencerobohan yang berlaku pada 7 Mei itu.

"Tidak ada mana-mana undang-undang yang boleh menyokong bahawa dalam satu dewan ada dua orang yang berkuasa, itu tidak boleh. Tetapi mereka telah melakukannya dan dalam mesyuarat tersebut, dalam mesyuarat sub dewan tersebut, mereka telah membawa usul untuk membuang saya, untuk melucutkan jawatan saya dan juga untuk melantik Ganesan sebagai speaker,” katanya.

Beliau turut berkata, perkara ini adalah tidak sah kerana pertama, semua ahli-ahli DUN terlibat telah pergi ke satu penjuru dan di situ mereka telah mengadakan satu mesyuarat dan tegasnya perkara ini tidak boleh diterimapakai.

"Kedua apabila usul itu disokong dan dibawa dan disokong, ia perlu diperbahaskan, masalahnya tidak ada langsung bahas dilakukan di sana. DUN adalah tempat perbahasan tetapi tidak ada mana-mana perbahasan.

“Mereka hanya membawa usul dan menyokong usul tersebut dan satu lagi perkara yang jelas menyatakan bahawa persidangan tidak berlaku sebab menurut perintah-perintah tetap, ianya adalah dinyatakan bahawa apabila kita membuat perasmian penggal, perkara ataupun agenda pertama ialah ucapan Tuanku dan perkara-perkara lain perlu berlaku selepas ucapan Tuanku.Tidak boleh ada apa-apa berlaku sebelum agenda sebelum ucapan Tuanku. Ini juga jelas dalam Perintah-Perintah Tetap,” katanya.

Selain itu, beliau juga mengatakan sekiranya rayuan yang akan dibuatnya akan diketepikan oleh mahkamah lagi kerana berlaku penyalahgunaan kuasa, ianya akan menjadikan Perlembagaan Malaysia tidak lagi dihormati.

"Ini menunjukkan apa-apa keputusan yang dibuat adalah bercelaru sebab kita nampak dengan jelas apabila BN membawa isu tersebut ke mahkamah, ianya diterima tetapi apabila kita membawa kes ini ke mahkamah, ianya ditolak.

"Jadi dengan menggunakan artikel yang sama, ini jelas menunjukkan bahawa ada penyalahgunaan kuasa dalam perkara ini, undang-undang ataupun perlembagaan Malaysia tidak dihormati,” katanya.

DAP buka cawangan Melayu dengan ketuanya Melayu

PUCHONG, 11 Sept: Ketika PAS berusaha mendekati orang bukan Islam, DAP pula mencipta sejarah baru-baru ini apabila membuka sebuah cawangan yang ahlinya adalah majoriti Melayu di samping mempunyai ketua dari kalangan orang Melayu.

Cawangan itu dibuka di Kampung Lembah Kinrara dalam Parlimen Puchong yang diwakili oleh Teresa Kok.

Setiausaha Publisiti DAP Pusat, Tony Phua ketika bercakap dalam majlis itu berkata, "Jangan fikir DAP akan meminggirkan Melayu dalam parti ini.

"Kalau ada yang layak, kita akan lantik Setiausaha Agung di kalangan orang Melayu," kata Tony yang merupakan anggota Parlimen Petaling Jaya Utara.

Beliau memberikan contoh Tunku Abdul Aziz yang menyertai DAP.

"Sebaik sahaja dia menyertai DAP, dia telah dilantik sebagai Naib Pengerusi Kebangsaan," katanya.

Image(Gambar:Ketua cawangan DAP Kampung Lembah Kinrara menyerah borang DAP kepada Teresa)

Di majlis itu, ketua cawangan DAP di kalangan orang Melayu itu menyerah 50 borang lengkap yang diisi oleh orang Melayu di cawangan itu.

Seorang ahli DAP yang baru, Saiful Alimin berkata, menyertai DAP bukanlah satu perkara yang senang bagi orang Melayu seperti beliau.

"DAP dianggap parti sosialis. Orang Melayu beranggapan, sosialis adalah sama dengan komunis. Tetapi sebenarnya, sosialis jauh lebih dekat dengan sistem politik Islam. Inilah sistem yang menyekat dari ketidakadilan. Semua perubahan adalah untuk kebaikan bukan untuk rasuah," kata Saiful yang berucap di majlis itu.

ImageAhli Majlis Daerah Kuala Selangor, Azli Idris (gambar) berkata, dia adalah satu-satunya ahli majlis daerah itu dari kalangan DAP.

"Bila saya menghadiri mesyuarat dan program di Kuala selangor, saya pakai songkok. Orang selalu tanya, saya ahli majlis dari PAS atau PKR tetapi saya dengan bangganya berkaya, saya dari DAP," kata Azli di majlis itu.

Di majlis itu, Teresa telah meraikan ahli-ahli baru itu dalam majlis berbuka puasa dengan mereka. _


Ahmad Said pertahan anugerah MB daripada Sultan

Adnan Ibrahim

-ANALISIS-

Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said dilaporkan menolak tawaran Umno pusat untuk melantik beliau menjadi menteri kerajaan pusat yang diusulkan sebagai langkah meredakan persengketaan dua pihak antara kumpulan Ahmad dengan geng bekas Menteri Besar, Datuk Seri Idris Jusuh.

Kemungkinan besar penolakan secara mentah itu kerana menyifatkan usaha Umno pusat tersebut seolah merupakan penyingkiran secara halus kepentingan dan pengaruh politik beliau di Terengganu.

Ahmad dikatakan tidak mendapat sokongan semua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Umno dan bertindak secara sendiri yang akhirnya memberi keuntungan kepada beliau apabila Sultan akhirnya bersetuju melantik Ahmad sebagai Menteri Besar selepas pilihan raya umum pada Mac 2008.

Hasil daripada jawatan itu, secara perlahan beliau mula membina pengaruh dan sokongan daripada beberapa Exco kerajaan negeri. Bagaimanapun beliau masih lagi tidak mencapai majoriti jika dibandingkan golongan pro Idris yang diketuai Adun Ajil, Datuk Rasol Wahid.

Jika mengikut pihak yang memboikot majlis yang diusahakan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin iaitu seramai 15 orang maka hanya lapan Adun Umno yang menyokong Ahmad. Dua daripada lapan orang yang hadir itu dikatakan juga kumpulan penyokong Idris.

Muhyiddin menawarkan diri untuk menyelesaikan krisis politik dalaman Umno Terengganu seperti barah yang sudah pecah sehingga rakyat negeri itu turut menjadikan agenda perbincangan di kedai kopi, apabila Pengerusi Perhubungan Umno, Dato� Seri Hishammuddin Hussein,akhirnya turut gagal mengatasi konflik tersebut.

Sebaliknya Muhyiddin yang juga Timbalan Perdana Menteri, terpaksa melalui zaman amat mengaibkan apabila majlis usaha beliau pada 3 September untuk menyatukan dua bertelagah itu, diboikot oleh kumpulan Adun Umno yang menentang Ahmad.

Image(Gambar:Penyerahan tugas antara Idris dengan Ahmad Said tidak beres))

Beliau dimalukan di khalayak pemimpin Umno Terengganu malah kedatangan beliau disifatkan langsung tidak memberi sebarang manafaat oleh kumpulan pro Idris.

Sepatutnya Muhyiddin mengambil tindakan dan hukuman keatas kumpulan Adun tersebut kerana cuba mencemar dan merendahkan kewibawaan beliau.

Sebaliknya atas kepentingan pengaruh politik beliau untuk menjadi Perdana Menteri beliau lebih bersedia untuk mengalah. Muhyiddin melihat kumpulan Idris masih mempunyai pengaruh kuat dalam politik di Terengganu berbanding Ahmad, sebab itu kemungkinan tersebut menjadi pendorong kepada Umno pusat mengemukakan formula memindahkan Ahmad kepada kerajaan pusat.

Sementara Ahmad pula peka dengan politik Umno pusat. Beliau tidak mudah tertipu usaha licik itu. Kalau Muhyiddin boleh mengalah dengan kumpulan pro Idris kerana tidak mengenakan sebarang tindakan keatas pihak yang memulaukan majlis tersebut, beliau akan tegas dengan jawatan Menteri Besarnya yang dilantik Sultan.

Image(Gambar: Ahmad Said)

Penolong Setiausaha PAS Terengganu, Haji Hanafiah Ramly memberitahu, Ahmad akan dilantik Senator dan kemudiannya menteri penuh sebagai pertukaran jawatan Menteri Besar beliau.

Ketika dihubungi, beliau berkata tawaran pertukaran jawatan tersebut didakwa, dibuat oleh kepimpinan Umno pusat kepada beliau bagi meredakan krisis dalaman Umno Terengganu.

"Saya terima berita yang cukup luar biasa dan sukar dipercayai. Walaupun begitu dalam politik ini segalanya mungkin akan berlaku.

"Krisis dalaman Umno sudah begtu meruncing. Namun perlu diingat Adun Umno yang kononnya tidak bersetuju dengan Adun Kijal, Ahmad, tidak akan melompat masuk ke mana-mana parti pakatan rakyat.

"Mereka bukan berbalah dari segi prinsip, tetapi hanya dari segi teknikal, sebab itu ia tidak menjejaskan aqidah 'kebangsaan' mereka. Adun Ajil, Rasol yang menjadi ketua '10 budak hitam' sejak pelantikan Ahmad pada Mac 2008 pun sudah membuat kenyataan, tidak akan melompat kepada mana-mana parti," kata Hanafiah.

Beliau berkata, langkah memboikot Muhyidin, merupakan tindakan politik dalaman untuk menekan Muhyidin supaya bertindak melakukan sesuatu terhadap Ahmad Said, kalau Muhyidin perlukan sokongan dan undi mereka untuk berlawan dengan Najib, bagi pemilihan akan datang.

Tambah beliau, Ahmad pun bukan seorang yang berprinsip dan sudah mempunyai 'track record' yang tidak bersih selama ini. Bagi beliau pada hujung usia politik Ahmad yang akan tamat selepas episod itu, lebih baik Ahmad memilih untuk menjadi menteri di pusat daripada Umno menjadi kusut dan kalah pada pilihan raya umum ke 13.

Image(Gambar: Ahmad Said mempunyai hubungan baik dengan pemimpin PAS di Terengganu)

Bagaimanapun jika Ahmad menerima tawaran itu sudah pasti kumpulan penyokong beliau bertambah risau kerana politik balas dendam daripada kumpulan pro Idris.

Oleh kerana itu dikatakan kumpulan Ahmad juga tidak merestui beliau ke pusat. Dalam pada itu jika sekiranya Ahmad menerima tawaran tersebut siapa pula yang akan dilantik menjadi Menteri Besar?

Apakah Idris masih berminat? Apakah Umno mampu mengubah pendirian Sultan? Idris dikatakan membina rangkaian pengaruh politiknya sendiri terutama semasa menghadapi pilihan raya umum ke 12 lalu. Bagaimanapun beliau gagal menyingkir Ahmad daripada barisan Adun beliau kerana Ahmad juga berpolitik secara ala gangster ketika itu.

Rupanya hanya seorang Ahmad itu, menjadi duri dalam daging kepada beliau yang menyebabkan beliau gagal menjadi Menteri Besar. Dari 23 Adun Umno di Terengganu, 22 Adun menandatangani 'aku janji' menyatakan sokongan penuh kepada Idris kecuali Ahmad.

Krisis tersebut berlanjutan sehingga terdapat perancangan pro Idris mahu mengusulkan undi tidak percaya kepada Menteri Besar bagi menjatuhkan Ahmad.

Sebaliknya Ahmad mengunggut akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (Dun) sekiranya usul tersebut dibawa ke Dun. Akhirnya usaha tersebut gagal kerana kumpulan pro Idris tidak berani menghadapi sebarang kemungkinan berlaku pilihan raya di negeri itu memandangkan dalam masa yang sama terpaksa menghadapi PAS.

Taufan melanda Umno Pulau Pinang


Mohd Sabri Said

-ANALISIS-

Berita mengenai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Dua, Datuk Jasmin Mohamad merajuk dan mengugut ingin meletakan jawatan selepas Aidil Fitri ini bertiup kencang sekarang bagaikan taufan di Pulau Pinang.

Adakah beliau yang terkenal dengan seorang yang bersemangat jitu akan bertindak begitu kerana tidak tahan dengan permainan Ketua Umno Bahagian Tasek Gelugor, Shabudin Yahya?

Ini kerana, Shabudin dikatakan melakukan pilih kasih ekoran Jasmin merupakan orang kanan kepada mantan Ketua Umno Bahagian tersebut, Datuk Seri Shariff Haji Omar yang dicantas beberapa hari sebelum hari penamaan calon pada pilihanraya umum ke 12 lalu.

Sepatutnya beliau terus kekal di situ kerana beliau sudah lama berjasa dan masih mampu bekerja untuk rakyat walaupun kadang-kadang sikap egonya melampaui batas atau bertindak zalim pada individu yang dikatogarikan bijak dan boleh memimpin pada masa depan.

Mungkin itulah nasibnya terus malang apabila namanya dicatas dan diganti dengan Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Noh Mohamad Yakcop.

Hasilnya, beliau menyendiri tetapi kini dikatakan sedang mengatur strateji untuk menapak semula namanya serta berusaha dari belakang untuk menolak Nor Mohamad.

Image(Gambar: Datuk Jasmin) Jika diteliti, memang benar Nor Mohamad bukan seorang yang rajin turun padang melainkan diarahkan oleh Ketua Bahagian waktu ini yang juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (Maipp).

Bukan itu sahaja beliau juga dikatakan tamakkan jawatan apabila sanggup memegang jawatan baru iaitu Setiausaha Politik kepada Senator Brigadler Jeneral (B) Datuk Jamil Khir Baharom di Kuala Lumpur.

Itulah antara yang membuatkan Jasmin yang sudah lama bertungkus lumus bersama bekas ketuanya dulu, kini keseorangan sebagai Adun Sungai Dua sejak 1995.

Antara ketidak puasan hatinya sejak kebelakangan ini ialah dinafikan peruntukan menerusi Dun yang diwakilinya, tidak pernah mendapat mandat menjaga Umno Bahagian bilamana ketuanya sekarang berkunjung ke luar negara atau bercuti padahal beliau adalah Timbalan Ketua Bahagian Umno iaitu orang lama di bahagian ini.

Patutlah sejak Shariff kecundang di tangan Shabudin dalam pemilihan Ketua Bahagian baru-baru ini nama Jasmin seolah tengelam bahkan pejabatnya nampak usang seakan ada masalah dalaman parti yang serius.

Patutlah juga, boleh dikatakan projek kebajikan dan bantuan orang miskin lazimnya Shabudin yang juga Adun Permatang Berangan turun sendiri bersama Tan Sri Nor tanpa kelibat Adun Sungai Dua.

Jika ada pun, beliau terpencil di sudut tertentu tidak mesra sepertimana di waktu di era kegemilanganya dulu.

Pada pilihanraya umum lepas namanya sudah dipancung dan bakal diganti dengan orang lain untuk berentap dengan calon PAS.

Namun Umno sendiri tidak yakin dengan keputusan tersebut maka namanya terus terpahat sebagai calon Umno dan Barisan Nasional (BN).

Image(Gambar:Datuk Jalil) Pada pilihanraya lepas beliau hampir tewas dengan majoriti tidak sampai 400 undi di tangan Pesuruhjaya PAS Negeri, Ustaz Saleh Man yang kini bergelar Yang Berhormat Dun Permatang Pasir.

Jika dikaji, memang patut beliau yang telah lama bergelumang dengan Umno Tasek Gelugor berbanding Shabudin yang tidak berapa disenangi.

Ini kerana, beliau hanya menapak nama di Tasek Gelugor bila namanya diangkat sebagai calon di Permatang Berangan dari Umno Bahagian Kepala Batas atas campur tangan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Seandainya benar apa yang dirunggutkan oleh Jasmin biarlah menjadi kenyataan kerana hendak tunggu apa lagi bila orang sudah tidak suka.

Biar rakyat menentukan segala-galanya siapa yang bakal menerajui Dun ini setelah Jasmin menghabiskan kariernya dengan 'merajuk diri'.

Walaupun selang sehari selepas pendedahanya di akhbar tanpa nama namum hakikatnya masalah dalaman Umno Bahagian Tasek Gelugor sudah meletup tanpa sampai waktu yang ditetapkan.

Boleh lulus belanja Adun UMNO@BN satu minit jadi persoalan


Hazayani Zakaria

SHAH ALAM, 11 Sept: Kenyataan bekas Ketua Penolong Pegawai Daerah Gombak, Tahir Bujang bahawa pihaknya boleh meluluskan satu-satu permohonan penggunaan peruntukan Adun hanya dalam masa satu minit menimbulkan kesangsian di kalangan ahli Jawatankuasa Pilihan Khas mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat).

Pengerusi Selcat, Teng Chang Khim dalam sesi pendengaran awam Selcat hari ini, meminta Tahir menerangkan satu persatu prosedur yang perlu dilakukan sebelum meluluskan sebarang peruntukan keapada Adun.

Beliau berkata, mengikut prosedur biasa, setiap permohonan peruntukan yang dibuat mengambil masa selama empat belas hari sebelum diluluskan.

"Proses dari tarikh kita serah (permohonan) kepada pejabat daerah, sampai ke meja ketua penolong pegawai daerah, selepas itu sampai ke bahagaian kewangan, mengambil masa 14 hari. Paling cepat pun dalam masa tiga hari.

"Macammmana proses yang mengambil masa 14 hari boleh diselesaikan dalam masa satu minit?" soal Teng.

Tahir yang kini merupakan Ketua Penolong Pegawai Daerah Sepang memberitahu, semua prosedur itu boleh diselesaikan dengan cepat kerana semuanya telah direkodkan menggunakan sistem komputer.

"Ikut pengalaman, satu fail permohonan satu minit je boleh siap sebab dah ada sistem dalam komputer untuk pengeluaran cek," katanya.

Teng bagaimanapun tidak berpuas hati dengan jawapan itu dan menyoal beberapa soalan lain mengenai permohonan yang dibuat oleh ADUN BN sebelum ini.

"Patutlah Gombak ni dalam sehari boleh selesaikan samapi 648 fail. Kalau begitu tak perlu ada pegawailah.Semua boleh guna komputer," ujarnya sinis.

Beliau juga menyifatkan tindakan ADUN BN sebelum ini membelanjakan peruntukan yang ada sebagai tidak masuk akal.

"Secara amnya permohonan peruntukan untuk Dun dalam kawasan Gombak ni luar biasa kerana peruntukan untuk setahun dihabiskan dalam tempoh satu setengah bulan," tegasnya.

Sementara itu, Timbalan Speaker, Haniza Taha yang juga Adun Taman Medan pula mempersoal di bawah peruntukan manakah peruntukan yang diberikan untuk membayar sewa bilik gerakan Umno kerana ia bukan terletak dalam kategori peruntukan Dun.

Tahir bagaimanapun tidak dapat memberikan jawapan yang tepat.

"Kena tengok fail dulu. Rasanya itu satu projek kecil. Tapi saya tak pasti tentang tu,"ujarnya.

Selain Teng dan Haniza, dua lagi jawatankuasa pilihan khas yang hadir pada hari ini ialah Adun Hulu Klang Sa'ari Sungib dan Adun Bukit Gasing Edward Lee Poh Lin.

Manakala seorang lagi saksi yang hadir hari ini ialah Pegawai Daerah Gombak Huzaini Samsi.

Semalam Huzaini mendedahkan Adun-Adun BN di bawah seliaan beliau telah membelanjakan banyak wang peruntukan kerajaan negeri sebelum PRU 12 tahun lalu.

Huzaini berkata perbelanjaan bulanan selalunya sekitar RM20,000 hingga RM30,000 namun menjelang pilihanraya umum 2008, wakil-wakil rakyat BN ini memanfaatkan sepenuhnya takat perbelanjaan maksima.

"Keadaan yang luarbiasa berlaku menjelang pilihanraya kerana wang dibelanjakan sebanyak mungkin dengan cepat sekali," katanya.

Beliau akui ada kemungkinan wang peruntukan kerajaan negeri ini digunakan untuk berkempen dalam pilihanraya.

"Bergantung kepada Adun berkenaan. Kerana kalau mereka mahu habiskan dengan segera, nanti kalau kita tahan, lain pula jadinya. Jadi kita kena luluskan secepat mungkin," kata Huzaini yang menjadi DO sejak 2007.

Huzaini mendedahkan tidak ada mekanisma memantau tabiat berbelanja Adun-adun BN ini mahupun kemahuan untuk mempertanggungjawabkan Adun-adun BN ini diatas apa yang berlaku.

Pendengaran awam selcat di bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (SUK) hari ini masuk hari keempat setelah bermula pada 8 September lalu dan akan berakhir pada 14 September ini.

Selcat 2 diwujudkan bagi meneliti dakwaan penyelewengan peruntukan rakyat oleh Adun BN dalam masa dua hingga tiga bulan pertama 2008

UMNO Parti Islam...!! Yang lebih ISLAM dari ISLAM...????

sumber: perisik rakyat

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, UMNO adalah sebuah parti Islam yang sebenar walaupun ia tidak menggunakan label Islam dalam membela dan merancang pembangunan umat Islam dan negara ini.

Katanya, UMNO sememangnya membela dan menaikkan taraf hidup umat Islam dengan membasmi kemiskinan menerusi pelbagai program kerajaan terutamanya menerusi rancangan Felda.

“Dalam Islam, kemiskinan itu menghampiri kekufuran dan UMNO sejak 53 tahun yang lepas berusaha membasmi kemiskinan di kalangan umat Islam dengan membuka tanah rancangan Felda dan adakah ini bukan tuntutan Islam?,” kata beliau ketika menghadiri majlis Rahmat Ramadan di Felda Teloi Timur di sini hari ini.

Sumber - KLpos.com

TPU - Antara bukti-bukti yang membuktikan bahawa UMNO adalah sebuah parti Islam dan mengamalkan ajaran Islam...


U - United
M - Munafik
N - National
O - Organisation

Kerana fahaman Islam Umno maka berkecainya Altantuya

KUALA LUMPUR, 11 Sept: Kerana fahaman Islam Umno hanya untuk pembangunan ekonomi sahajalah maka berkecainya badan wanita Monggolia, Altantuya Shariibuu, kata Dr Lo' Lo' Mohamad Ghazali.

Bagi beliau, Umno hanya memalukan umat Islam di seluruh dunia sahaja jika terus mendakwa mereka adalah parti Islam.

"Kalau Umno mengaku parti Islam maknanya bagi Umno Islam ini untuk pembangunan ekonomi sahajalah. Yang lain seperti aqidah, keadilan, akhlak dan moral, Umno tidak terimalah," kata anggota Parlimen Titiwangsa itu.

Lo' Lo' yang juga AJK PAS Pusat mengulas kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang berkata, Umno adalah sebuah parti Islam yang sebenar walaupun ia tidak menggunakan label Islam dalam membela dan merancang pembangunan umat Islam dan negara ini.

"Dalam Islam, kemiskinan itu menghampiri kekufuran dan Umno sejak 53 tahun yang lepas berusaha membasmi kemiskinan di kalangan umat Islam dengan membuka tanah rancangan Felda dan adakah ini bukan tuntutan Islam?," kata beliau ketika menghadiri majlis Rahmat Ramadan di Felda Teloi Timur di sini semalam.

"Kita tidak perlu label "membangun bersama Islam" kerana kita telah lama memperjuangkan Islam dan telah memberi keselesaan hidup kepada umat Islam kerana kita tidak mahu umat Islam miskin dan tidak ada kekuatan," kata Najib.

Bagi Lo' Lo', kerana sikap Presiden Umno begitulah maka Umno penuh dengan amalan yang tidak baik seperti rasuah, kebocoran wang negara dan tidak amanah berleluasa di negara ini.

"Kerana anggapan Islam Umno itulah maka berkecainya nyawa Altantuya Shariibuu dan matinya Teoh Beng Hock di pejabat SPRM," kata Lo' Lo' kepada Harakahdaily.

Bagi beliau, apa yang dibuat oleh Umno ketika menganggap Islam hanya membangunkan ekonomi pun hanya membangunkan ekonomi untuk golongan tertentu sahaja bukan untuk umat Islam semuanya kerana ramai umat Islam sendiri yang terus terbiar papa kedana.

"Hanya untuk Umno dan BN serta kroni mereka sahaja," kata beliau menambah hujjahnya.

Bagi beliau, Umno hanya mengambil Islam yang sesuai dan untuk kepentingan mereka sahaja tetapi meninggalkan ajaran dan akhlak yang dibawa oleh Islam.

"Jenayah dan keselamatan rakyat terancam. Pimpinan Pakatan Rakyat tergugat. Semua ini Umno tidak pentingkan kerana fahaman Umno Islam adalah untuk kemajuan ekonomi sahaja," katanya.

Siasat lembu tapi tolong jangan jadi lembuuuu......




Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan mempertahankan tindakan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyiasat Malaysiakini berhubung dua videonya mengenai demonstrasi mengarakkan kepala lembu hujung bulan lalu.

"SKMM bertindak dalam batasan undang-undang," kata timbalan menterinya Datuk Joseph Salang Gandum.

"Isu itu panas. Saya tidak fikir mana-mana wajar memburukkan lagi keadaan."

"SKMM sebagai badan yang mengawal.

"Orang ramai tidak senang jika mereka (SKMM) tidak mengambil sebarang tindakan," katanya (foto) lagi sebelum majlis akhir pertandingan menulis lagu anjuran Celcom di Petaling Jaya malam tadi.

Tambahnya, siasatan SKMM terhadap akhbar web itu - selepas keengganannya membuang dua video tersebut - tidak mengekang kebebasan media.

Suruhanjaya itu menjalankan siasatan terperinci dan secara intensif terhadap Malaysiakini sejak Sabtu lalu - bermula dengan mengambil keterangan ketua pengarang kumpulannya Steven Gan.

Hari ini sekumpulan pengawai penyiasat SKMM menyiasat pelayan web akhbar ini, juga pembekal khidmat internet, Jaring di Taman Teknologi Malaysia di Sungai Besi (foto bawah).

Mereka kemudian mengambil keterangan lanjut mengenai pelayan web itu di pejabat Malaysiakini di di Bangsar Utama, Kuala Lumpur.


Semalam mereka menghabiskan masa beberapa jam cuba mendapatkan jejak digital penerbitan video itu dan mengambil keterangan seorang jurukamera Mohd Kamal Ishak di pejabat Malaysiakini.

Kelmarin, sekumpulan lapan pegawai SKMM menyiasat 12 pegawai kanan, editor, wartawan dan kakitangan teknikal dalam usahanya menyiasat klip video 'Temple demo: Residents march with cow's head' dan 'Hisham: Don't blame cow-head protesters'.

Video pertama memaparkan demonstrasi kira-kira 50 penduduk dan pemimpin NGO Melayu yang membantah pemindahan kuil ke Seksyen 23 di depan bangunan sekretariat kerajaan Selangor di Shah Alam, 28 Ogos lalu.

Sementara video kedua berkaitan liputan sidang media Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein, 2 September lalu, selepas pertemuannya dengan 10 pemimpin yang terlibat dengan perhimpunan tersebut.

TGNA: Masalahnya Bukan DAP, Tapi Orang Islam Sendiri..!

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, hukuman sebat yang dijatuhkan kepada model sambilan Kartika Sari Dewi Shukarnor, 32, perlu dilaksanakan walaupun negara berhadapan kecaman dunia luar. :

Nik Abdul Aziz berkata, Malaysia tidak perlu tunduk kepada dunia luar sebaliknya perlu patuh kepada ajaran Islam.

“Dunia luar ini dunia Yahudi. Kita mesti tunduk kepada agama bukan kepada dunia luar. Buat apa kita duk sibuk dengan dunia luar. Mereka ini kalau kita tak minum arak pun mereka kata kita tak pandai nak berkawan.

“Bagi mereka yang pandai berkawan ini minum arak, dadah. Kalau boleh bawa perempuan berseronok itu baru dunia luar seronok tapi hati perut kita sebagai hamba Allah takkan kita nak takut kepada dunia luar,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di pejabatnya di Kota Darul Naim.

Beliau berkata, kita perlu beritahu dunia luar cara yang betul dan bukan dengan cara mengikut kehendak mereka.

“Sebab itu dua tiga hari baru ini saya buat kenyataan keluar dalam Sinar Harian bermakna kita perlu cuba bebaskan diri daripada menjadi pak turut Eropah.

“Cuba ajar diri jadi pak turut Nabi Muhamad SAW. Kalau kita tanya dunia luar bukan mereka setuju, pedulikan mereka. Hak dia (barat) nak kata, biar dia kata. Tapi kewajipan orang Islam ni kena jawab.

“Kita tak boleh sekat mulut orang tapi kita jawab. Mana boleh kita nak ikut orang lain,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kecaman yang dibuat negara luar dan media asing ekoran hukuman enam sebatan dan denda RM5,000 oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan atas kesalahan minum arak di khalayak ramai.

Beliau berkata, hukuman sebat di dalam Islam bukan empat atau lima sebatan sebaliknya hukumannya 80 rotan.

“Dan rotan dalam Islam ni rotan bukan untuk suruh sakit tapi untuk malu. Hudud ni Kelantan dah buat. Kami berbincang dengan ramai tokoh termasuk Ketua Hakim sekarang.

“Kami dah buat dah draf dan lulus kerajaan negeri tetapi kerajaan pusat (dulu) kata kalau buat juga benda ini akan diambil tindakan,” katanya.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, tetapi sekiranya pembangkang (Pakatan Rakyat) menguasai tampuk pemerintahan ia akan dilaksanakan.

“Bila kita yang sekarang ini dipanggil pembangkang menguasai Kuala Lumpur pandai la kita buat. Dia (Kerajaan Pusat) nak kata apa dah.

“Usaha akan terus dilakukan sehingga kiamat. Kalau DAP tak nak terima kita akan tanya di mana tidak kena dan sekiranya dia boleh beritahu di mana saya akan terima,” katanya.

Beliau bagaimanapun berkata, apa yang menjadi masalah sekarang bukan DAP tetapi orang Islam sendiri.

Sumber dari SINAR HARIAN 11/09/2009

Saya orang paling bersih - Samy Vellu

Dalam tahun 1992, Maika Holdings dilaporkan gagal memasukan kedalam akaunnya RM10 juta saham Telekom yang di tawarkan oleh Menteri Kewangan bagi kepentingan komuniti keturunan India Malaysia.(Umno dan MCA dapat berapa ?)

Tetapi hanya RM1 juta saham sahaja yang tinggal untuk dilaburkan oleh sayap pelaburan parti tersebut sementara baki RM9 juta lagi telah dilencongkan kepada tiga syarikat persendirian, dimana dua antaranya merupakan syarikat berbayar RM2 dan dipercayai proksi kepada Samy Vellu.

Kontraversi tersebut reda selepas polis dan Badan Pencegah Rasuah (BPR , kini dikenali SPRM) yang menyiasat Samy Vellu mendapatinya tiada apa-apa kaitan untuk disabitkan dengan salah laku rasuah.

Buku akaun Samy Vellu sewaku isu Maika bergolak!
Walaupun terdapat beberapa bukti dikemukakan menunjukan amat jelas tentang salah laku Samy Vellu dalam skendal tersebut. Lihat sini

“Saya adalah orang yang paling bersih!” demikian bangganya Samy Vellu menghebahkan tentang dirinya setelah bebas dari penyiasatan BPR.

Kepada siapa kita nak lapor kalau SPRM buat salah? Dan siapa yang akan siasat SPRM?

Memahami Ihya’ Ramadhan “buka fikiran seluas langit dan bumi” oleh TGNA

tgna2Align Center

Pengertian Ramadhan Dalam Sistem Pentadbiran Kerajaan – TGNA

Berterawih di masjid, baca Quran di rumah, berzikir, pergi pejabat pun kita ingat kepada Allah. Pahala kita akan bertambah kalau kita buat kerja kerajaan di bulan Ramadhan, betul dengan Allah Taala. Dan dosa kita akan bertambah juga kalau kita buat sesuatu dalam bulan Ramadhan, bercanggah dengan Allah Taala. Dosa bertambah kerana kita macam tidak hormat kepada quddusnya Ramadhan dan quddusnya Quran. Begitu juga pahala kita akan bertambah kalau kita buat serupa, tak guna telefon kerajaan untuk kepentingan diri, tak guna internet kerajaan untuk kepentingan diri, tak guna kertas dan pensil untuk kepentingan diri. Kita jaga diri kita supaya kita sesuai betul-betul sebagaimana yang Nabi Muhammad saw buat.

Inilah benda yang saya nak terapkan dalam bulan Ramadhan kepada rakyat Kelantan khsusnya – Tok Guru Datuk Nik Abdul Aziz bin Nik Mat

Demikianlah umat Islam di Kelantan telah berubah pemikirannya dalam menghayati ibadah di bulan Ramadhan, berbanding dengan di negeri-negeri lain, seperti yang diungkapkan oleh Ariffahmi, bahawa “telah berlaku satu gelombang baru dari sudut sambutan Ihya’ Ramadan di Kelantan.” Hal ini dipersetujui oleh Tok Guru, walaupun dalam masa sama beliau masih melihat ada kekurangannya – Dinsman dan Kassim Muhamad

Dua petikan di atas saya ambil dari artikel tulisan Dinsman dan Kassim Muhamad hasil dari wawancara mereka bersama TGNA yang bertajuk Memahami Ihya’ Ramadhan “buka fikiran seluas langit dan bumi” dalam majalah QIADAH yang diterbitkan secara percuma oleh PMBK (Perbadanan Menteri Besar Kelantan) keluaran ke empat yang akan diedarkan esok atau lusa di seluruh Negeri kelantan. Bagi yang berada di luar Kelantan boleh dapatkannya dengan menghubungi PMBK di talian 09-7474082.

Artikel sepenuhnya akan disiarkan di Pinkturtle pada hari Isnin 14/09/2009…

Gambar kulit depan dan belakang majalah Qiadah keluaran ke empat

Gambar kulit depan dan belakang majalah Qiadah keluaran ke empat

isi kandungan Qiadah
isi kandungan Qiadah

Di Bagan Pinang UBN Memang Bermasalah

NAMPAKNYA UBN tidak dapat merasa selesa dengan kelebihan undi di kalangan tentera. Khabarnya jumlah undi tentera dan undi pos di DUN Bagan Pinang ini tinggi mencecah kira-kira 5,000. Kehadiran undi tentera ini dari kem tentera yang bermukim di situ. Biasanya undi tentera secara automatik berpihak kepada UBN. Walaupun tentera ada yang tidak setuju dengan UBN, namun selalunya undi mereka dikhianti.

Proses pengundian dalam kem, memangkah hanya dilakukan oleh seorang atau dua orang ketua sahaja. Banyak tempat yang berkeadaan seperti ini di mana calon-calon UBN di selamatkan oleh undi tentera. Misalnya di parlimen Setiawangsa, di Lumut Perak dan juga Kok Lanas Kelantan. Nescaya kalau tiada ‘kemudahan’ undi tentera atau undi pos berpeluh calon UBN untuk menanginya.

Sekiranya undi-undi ini dilaksanakan seperti biasa diberikan kebebasan dan tangan tentera sendiri mengundinya mungkin suasannya berubah.

Kenapa dikatakan undi tentera yang menjadi undi bonus itu tidak menjadikan UBN Bagan Pinang selesa? Sebabnya UBN menghadapi masalah besar dalam proses meletakkan calon di situ. Belum apa-apa UBN sudah pun bertelagah sesama sendiri dalam soal mencari calon.

Pada masa ini wujud beberapa kumpulan yang ingin menjadikan pilihan raya itu sebagai gelanggang menunjukkan kuasa kekuatan mereka. Pertelagahan paling jelas ialah antara bekas MB, Mohd Isa Samad, dengan Timbalan Presiden Umno, Muhyiddin Yassin. Kenyataan Muhyiddin semalam menjelaskan beliau tidak senang kalau Mohd Isa jadi pilih jadi calon.

Umno bahagian Teluk Kemang telah menamakan Mohd Isa sebagai calon tunggal. Tetapi ianya tidak dipersetujui oleh Muyiddin. Dalam kenyataan semalam beliau mahu Umno NS menghantar banyak nama dan bukannya satu nama saja. Apakah makna dan erti kata-kata Muhyiddin itu. Sekiranya beliau tidak ada masalah tentu nama itu diterima dengan baik.

Umno Telok Kemang katanya hanya menghantar satu nama saja iaitu nama Mohd Isa.
Bagi Muhyiddin ada sebab kenapa beliau tidak mahu kepada Mat Isa. Mungkin mengenangkan diri Mohd Isa tidak berapa bersih. Mohd Isa pernah digantung sebagai Naib Presiden kerana rasuah. Tetapi itu bukan alasan sebenar bagi Muhyiddin.

Apa yang dapat dilihat di sini keengganan Muhyddin itu kerana Mohd Isa akan menjadi ancaman kepada politiknya.

Dalam politik serba serbi boleh berlaku. Mungkin pada perkiraan Muhyiddin kalau Mohd Isa dipilih jadi calon dan menang menyebabkan akan ada pula cadangan supaya Mohd Isa memimpin semula Umno Negeri Sembilan. Kemungkinan ini ada memandangkan keupayaan pengerusi Umno Negeri Sembilan kini Mohamad Hassan sering dipertikaikan. Mohamad dikatakan gagal menyatupadukan Umno Negeri Sembilan yang kini terbahagi kepada ‘sembilan’ puak?

Mohd Isa tidak begitu menonjol kepimpinannya di luar. Tetapi ia sangat dikagumi di Negeri Sembilan. Sekiranya beliau diberi peluang semula menerusi pilihan raya kecil ini memberi kesempatan untuk beliau come back. Inilah yang paling ditakuti oleh Muhyiddin. Makanya bagi Muhyiddin beliau ada sebab yang tersirat dan tersurat kalau beliau mahukan beberapa nama lain lagi untuk menjadi calon Bagan Pinang dan bukan nama Mohd Isa sebagai calon tunggal.

Bermasaman muka antara kedua mereka ini – Muhyiddin dan Mohd Isa sudah lama berlaku. Ia bermula semasa pemilihan pucuk pimpinan Umno tahun 2004. Mohd Isa diketahui bahawa antara pengerusi perhubungan Umno negeri yang tidak menyokong Muhyiddin semasa pertandingan Umno tahun 2004 dulu. Apabila Mohd Isa tiba-tiba dikenakan hukuman jantung ia pula dilihat ada kena mengena dengan Muhyiddin.

Permasaman muka ini tidak dapat lari membawa kepada dendam politik. Dan dendam ini pula akan terus hidup antara mereka berdua.

Pertelingkahan antara kedua tokoh inilah yang boleh menyebabkan UBN tidak selesa dalam pilihan raya kecil ini. Sudah tentu kalau Mohd Isa tidak akan dipilih menjadi calon akan berlaku protes dari kalangan Umno Telok Kemang. Penolakan Isa sebagai calon bermakna Umno tidak menghormati suara akar umbi Umno Telok Kemang.

Undi protes inilah bakal menguntungkan Pas. Sekiranya undi protes ini banyak sampai separuh undi tentera itu sudah pasti ia memberi sinar kepada Pas untuk menang pilihan raya berkenaan. Protes itu bukan diharap pengundi Umno akan mengundi Pas tetapi cukup kalau mereka tidak keluar mengundi.

Kalau ini berlaku bererti pilihan raya kecil Bagan Pinang bakal mencatat kemenangan ke lapan buah Pakatan dan sekaligus membuktikan Pakatan benar-benar kuat. Kemenangan di Bagan Pinang ini juga akan meruntuhkan zon selatan yang dianggap sebagai kubu kuat UBN yang berpengkalan di Johor.

Bagaimana pun bagi Pas dan Pakatan tidak hanya boleh mengharap kepada berlakunya protes demikian, sebaliknya mereka kena melipat gandakan usaha bagaimana untuk memenangi pilihan raya itu. Satu kebimbangan kepada Pas mungkin jentera pilihan raya di negeri itu tidak seberapa mantak seperti di Kelantan, Kedah dan Terengganu. Justeru sokongan padu dari Pas seluruh negara harus ditumpukan ke Bagan Pinang.

Sejauh mana ini berjaya ia bergantung atas kebijaksanaan pengarah pilihan raya kecil itu, Sallahudin Ayub. Mungkin hubungan baik beliau dengan beberapa pemimpin Pas yang mempunyai sumber kewangan banyak di Kelantan boleh dimanfaatkan. Wang Kelantan tidak mudah mengalir ke kawasan lain jika tidak kena caranya. Pas perlu meletakkan usaha ini kepada Sallahudin Ayub.

SUHAKAM Beri Kata Dua Kepada Polis

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) hari ini memberikan tempoh 7 hari, sehingga 19 September kepada pegawai-pegawai polis yang telah disenaraikan memberikan keterangan bertulis untuk direkodkan.


Pegawai-pegawai polis berkenaan sebelum ini enggan memberikan keterangan bertulis kerana menyatakan tidak ada sebarang peruntukan SUHAKAM untuk merekodkan keterangan daripada pihak polis dan bimbang sekiranya keterangan itu akan digunakan untuk mendakwa mereka di Mahkamah Sivil.

Pesuruhjaya,Dato' Muhammad Shafee Abdullah menjelaskan kepada sidang tentang hak SUHAKAM dalam mengendalikan siasatan terbuka dan merekodkan keterangan daripada saksi-saksi merupakan sebahagian daripada prosedur inkuiri.

Dalam prosiding yang berjalan selama 1 jam itu, Muhammad Shafee membacakan beberapa akta untuk menjelaskan peranan SUHAKAM dan keperluan keterangan direkodkan tanpa mengira sama ada saksi orang kebanyakan atau pun pihak polis bagi membantu siasatan.

SUHAKAM ujarnya tegas dengan pendirian mereka bahawa pihaknya berhak untuk mengambil keterangan bertulis daripada pegawai polis yang terlibat dan mereka sebagai saksi seharusnya sedia untuk memberikan keterangan untuk direkodkan.

Ianya dijelaskan dalam seksyen 14(1)(a) yang membolehkan SUHAKAM berbuat demikian.

Lima peguam yang ditahan di depan Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields di sini 7 Mei ialah Fadiah Nadwa Fikri, Murnie Hidayah Anuar, Puspawati Rosman, Ravinder Singh Dhalliwal dan Syuhaini Safwan.

Mereka merupakan anggota pusat bantuan guaman Majlis Peguam dan ditahan dalam perhimpunan sekumpulan aktivis membantah penangkapan Wong Chin Huat, seorang jurucakap Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), yang menganjurkan orang ramai memprotes persidangan itu dengan berpakaian hitam.

Wong ditahan selepas melancarkan kempen "1Black Malaysia" dan ditahan reman selama tiga hari di balai polis tersebut.

Inkuiri seperti sebelum ini dikendalikan oleh tiga panel pesuruhjaya yang terdiri daripada Dato' Muhammad Shafee Abdullah selaku Pengerusi, Datuk Dr. Michael Yeoh dan Datuk Dr. Denison Jayasooria. -TVA




I believe UMNO is behind cow-head protest: Hannah Yeoh

The chaotic town hall meeting yesterday (5 Sept) shows that these protesters are incapable of sitting down for a discussion. They have no intention to resolve this. They do not know how to give, only demanding to take.

By HANNAH YEOH/MySinchew

A few days ago, I was invited to an interview with TVSelangor on the 'cow-head' protest issue. A lot have been said about this disrespectful act by this group of protesters.

This 'cow-head' protest has offended so many Malaysians, not just the Hindus but also the Buddhists, Christians, Muslims and even atheists. Why? These protesters have failed to love their neighbours as they love themselves.

Some reports claim that UMNO is behind this. I believe so. I have seen many angry residents before but never to the extent of becoming so unruly. There is a political agenda behind this - to discredit and embarrass our PR leaders and to create chaos in the State. Our Home Minister went out of his way to defend them. Our Prime Minister, instead of taking fast action to preserve the spirit of 1Malaysia is going on and on and on politicking.

The chaotic town hall meeting yesterday (5 Sept) shows that these protesters are incapable of sitting down for a discussion. They have no intention to resolve this. They do not know how to give, only demanding to take.

I am just surprised that an act such as this - caught in video and photographs taken by the press clearly revealing the faces of the protesters can still be in the process of 'investigation' by the police.

Police must act fast and stop harassing peaceful protesters holding candles. The violent protesters holding a blood-stained 'cow-head' are still out there! Malaysia is to be delivered from this racist element that is lurking in our society.

Former BN assemblymen used allocation as campaign funds

I am currently (8 Sept) at the public hearing conducted by SELCAT on the use of allocation by all former BN assemblymen. Each assemblyman has used up RM500,000 per DUN from January to February 2008 (in 2 months). This RM500,000 was supposed to be used for the entire duration of year 2008.

Officers from Petaling Land Office who approved these transactions are being questioned now. For Subang Jaya, it was revealed that our former assemblyman has submitted applications for allocation even after the March 8 elections. Some funds were used for programs outside of Subang Jaya.

For some other constituencies, it was revealed that funds were disbursed to former BN assemblymen even after our Menteri Besar has taken oath for the new administration. Clearly, these funds were used as campaign funds for the elections. Taxpayers' funds were used to advance their political parties' interests for UMNO, MIC, Puteri UMNO and MCA events. Satu lagi projek Barisan Nasional!

And on the other hand, we have MACC investigating us the PR assemblymen for legitimate applications for legitimate programs used for the benefit of residents!

(HANNAH YEOH is Selangor state assemblywoman for Subang Jaya)

VIDEO MalaysiaNews: Raja Petra Tidak Bersalah

MalaysiaNews

PAS mahu menang di Bagan Pinang..!

Oleh Mohd Zuharman

KOTA BHARU, 11 Sept — Walaupun pilihan raya kecil Bagan Pinang dianggap sukar bagi Pakatan Rakyat, namun para veteran pilihan raya di Kelantan yakin PAS boleh berbuat sesuatu untuk menjadikan kemenangan di situ adalah realiti.

Datuk Omar Mohamad, bekas Ketua Penerangan PAS Pusat menyifatkan pandangan PAS sukar dalam pilihan raya itu hanya satu andaian berbentuk spekulatif sahaja dan memang sudah menjadi lumrah setiap kali berlakunya pilihan raya.

Namun begitu, Pakatan Rakyat yang terdiri dari PAS, PKR dan DAP adalah parti yang berpegang teguh pada prinsip tidak pernah gentar dengan sebarang spekulasi ataupun ugutan bagi menghadapi pihak lawan.

“Sukar yang dikatakan itu hanya bersifat luaran. Tapi jihad itu mesti diutamakan. Jadi pakatan tidak pernah takut pada bayang-bayang sendiri meskipun sebanyak mana spekulasi mahupun ugutan diketengahkan,” katanya ketika mengulas pandangan para penganalisis politik tempatan berhubung PRK Dun Bagan Pinang yang bakal diadakan.

Para penganalisis beranggapan, dua faktor utama menyusahkan Pakatan dalam PRK tersebut iaitu peratus pengundi pos yang terlalu tinggi dan sifat Dun Bagan Pinang itu sendiri yang telah menjadi tradisi kubu kuat BN.

Kata penganalisis, pada pilihan raya umum (PRU) lalu hampir 70 peratus undi pos menjadi milik BN dan akan mengekalkan kemenangan BN di situ.

Demi mempertahankan kemenangan kerusinya itu BN pasti akan melakukan apa sahaja yang kadang-kadang tersasar dari dugaan.

Bahkan tidak mustahil kali inipun mereka akan menggunakan taktik kotornya (menggunakan seluruh jentera kerajaan) dengan mengulangi methodology Manek Urai dan Permatang Pasir yang dianggap sebagai berjaya mengurangkan majoriti parti lawan.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, ketika mengulasnya berkata, Pakatan hanya ada peluang kira-kira 40 peratus dalam PRK itu berikutan peratusan undi pos di kawasan itu yang tinggi dan bakal memihak kepada BN.

AJK PAS Pusat, Datuk Husam Musa sebelum ini berkata, kekalahan BN dalam pilihanraya kecil ini bermakna Umno akan mati pra-matang.

Ini kerana, Umno tidak akan mampu lagi bertahan dengan gelombang yang bakal berlaku kalau mereka kalah dalam pilihan raya yang sebelum ini mereka menang dengan majorti 2,333 undi.

Manakala exco kerajaan negeri Kelantan, Mejar (B) Anizan Daud, semasa memberi responnya berkata, PRK tersebut akan menjadi satu referendum rakyat terhadap BN, hatta kurang atau bertambahnya majoriti, pun akan memberi kesan besar kepada BN.

PRK Dun Bagan Pinang akan diadakan berikutan kematian penyandangnya, Azman Mohammad Nor, Jumaat lalu akibat jangkitan kuman dalam darah.

Pada PRU ke-12 Azman memenangi kerusi Dun tersebut dengan majoriti 2,333 menewaskan calon Pas, amli Ismail.

Bagan Pinang adalah salah sebuah Dun yang terletak di bawah parlimen Teluk Kemang, Negeri Sembilan. Komposisi pengundi pada PRU 2004 adalah seramai 14,192 terdiri daripada 66 peratus pengundi Melayu, Cina 10.5 peratus, India 19.9 peratus dan lain-lain kaum 3.5 peratus.

Sebagaimana dilaporkan PR akan menurunkan calon dari parti PAS pada PRK tersebut. Dan namanya akan diumumkan selepas Hari Raya Idilfitri bakal disambut beberapa hari saja lagi.

Bagaimanapun, desas-desus ada mengatakan Pesuruhjaya Pas Negeri Sembilan, Zulkefly Mohd Omar, dan Yang Dipertua Pas kawasan Teluk Kemang, Ramli Ismail, yang juga bekas calon PAS pada PRU ke-12 adalah diantara nama yang bakal dipilih sebagai wakil calon.

Sementara itu di dalam BN tampak berkecelaruan ketika persoalan calonnya cuba dibangkitkan di mana seolah-olah terdapat unsur tekanan daripada Pergerakan Pemuda Umno bahagian yang mahukan bekas Menteri Besar, Tan Sri Mohd Isa Samad sebagai calon mereka.

Pemerintah wajib tahu memerintah — Kunta Kinte


SEPT 11 — Sekarang ini, di mana-mana pun kita jumpa orang, mereka cakap mengenai demokrasi. Demokrasi itu, demokrasi ini. Tunjuk perasaan haram, demokrasi. Ganas masa tunjuk perasaan pun demokrasi juga. Pada umumnya, orang percaya demokrasi mula diamalkan di bandar raya Athens yang sekarang ibu negara Greece 508 sebelum Masihi.

Jadi fasal sudah lama dan sudah merebak ke merata dunia, maka macam-macam pula bentuk demokrasi. Tapi yang orang anggap sebagai bukti nombor satu demokrasi adalah hak orang ramai pilih ketua mereka. Hari ini, kaedah itu dipanggil pilihan raya. Jadi orang ramai yang hidup dalam sistem demokrasi guna pilihan raya untuk pilih ketua. Ketua mereka itu pula bersatu untuk buat kerajaan.

Orang ramai pilih ketua dan ketua bentuk kerajaan kerana orang ramai yakin mereka yang dipilih itu tahu memimpin dan tahu memerintah. Jadi Kunta Kinte rasa pelik sikitlah bila ada orang buat slogan kata kerajaan tidak tahu semua atau rakyat jelata lebih tahu.

Kunta Kinte tak tahulah apa maksud slogan macam itu atau apa yang dimaksudkan oleh orang yang cipta cogan kata itu. Yang Kunta Kinte faham, orang ramai pilih kerajaan kerana mereka yakin orang yang mereka pilih itu tahu apa yang mereka mahu dan tahu pula cara macam mana hendak penuhi kemahuan mereka itu.

Lebih kurang maksudnya kerajaan mestilah lebih tahu apa yang rakyat jelata secara kolektif mahu. Mereka mahu dipimpin dan diberi apa yang dijanji. Bukanlah nak kata kerajaan tahu semua, tapi cara kasarnya kerajaan wajiblah tahu apa yang rakyat mahu dan tahu pula macam mana hendak penuhi harapan atau aspirasi mereka.

Sebab itulah rakyat jelata sanggup bayar macam-macam cukai dan hasil supaya kerajaan boleh ada sistem dan lantik wakil dari peringkat paling bawah, macam penghulu dan pegawai daerah, hinggalah kepada yang paling atas, macam Menteri Besar dan Perdana Menteri.

Jadi dengan bilangan ahli politik, pegawai kerajaan dan pakar yang ramai inilah kerajaan sepatutnya tahu apa yang rakyat jelata mahu dan tahu pula macam mana memenuhi kehendak mereka itu.

Lagipun kerajaan dipilih untuk memimpin rakyat. Jadi macam mana kerajaan nak pimpin rakyat kalau kerajaan awal-awal lagi kata kerajaan tidak tahu?

Betullah kerajaan tidak tahu semuanya. Itu Kunta Kinte faham. Fasal itu kita selalu kata kerajaan kena dengar kepada maklum balas atau rintihan rakyat jelata. Tapi nak kata rakyat jelata lebih tahu itu tak betul.

Rakyat jelata tahu apa yang mereka mahu. Tapi kerajaanlah yang kena tahu macam mana hendak memenuhi kemahuan mereka. Itulah yang kita panggil kepemimpinan atau “leadership”. Tugas kerajaan adalah memimpin dan bukan dipimpin.

Kunta Kinte sebut hal ini fasal ini penting. Kalau kerajaan tidak tahu dan tidak ambil berat untuk ambil tahu, akhirnya jadilah kacau-bilau bila rakyat jelata ambil alih kuasa.

Maaf cakaplah kalau Kunta Kinte kata inilah yang nampaknya sedang terjadi sekarang. Rakyat jelata berasa kerajaan — tidak kiralah kerajaan parti atau pakatan mana pun, tidak tahu dan tidak ambil berat untuk tahu.

Jadi hujung-hujungnya mereka ambil tindakan sendiri. Mereka buat tunjuk perasaan atau lebih buruk lagi mereka buat keganasan.

Inilah yang kita tidak mahu. Kita tidak mahu demokrasi tak jalan sebaliknya anarki pula jadi amalan. Justeru itu, semua pihak kenalah faham demokrasi dan peranan serta tanggungjawab masing-masing.

Mudah cakap, orang yang tidak tahu memerintah tidak layak jadi pemerintah. Ironinya, kalau pilihan raya boleh selesaikan semua masalah, tak payahlah kita ulang-ulang buat pilihan raya. Buat sekali dah cukup.

Tapi realitinya pilihan raya tidak menyelesaikan semua masalah. Jadi kita buat pilihan raya berulang kali. Itulah demokrasi. — Berita Harian

Bajet defisit untuk cergaskan ekonomi..!!!

Defisit bajet negara berlaku akibat kerajaan mengambil peranan utama daripada sektor swasta dalam usaha untuk merangsang dan memulihkan keyakinan rakyat dalam ekonomi semasa waktu sukar, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.

Beliau berkata dalam keadaan kemelesetan, sektor swasta tidak berani untuk melabur jadi kerajaan perlu melabur lebih sedikit supaya dapat mengangkat keyakinan rakyat khasnya golongan pelabur tentang ekonomi.

"Falsafah negara kita tentang defisit bajet ialah dalam keadaan susah kita harus berbelanja lebih sedikit untuk membawa keyakinan terhadap sistem ekonomi kita," kata beliau kepada Bernama selepas Majlis Berbuka Puasa Unit Kerjasama Awam Swasta (3PU), Jabatan Perdana Menteri malam tadi.

Kerajaan mengunjurkan defisit bajet akan mencecah 7.6 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tahun ini, paras tertinggi sejak 1987 berikutan pakej rangsangan fiskal bernilai RM67 bilion pada November tahun lepas dan Mac tahun ini.

Nor Mohamed berkata dalam keadaan susah negara harus berbelanja lebih sedikit dan apabila ini dilakukan, berlakulah defisit.

"Kita punya falsafah itu OK. Kemudian dalam keadaan ekonomi senang atau mewah kita kurangkan defisit dan kalau boleh kita bajet berimbang," katanya ketika diminta mengulas mengenai kaji selidik Laporan Melaksanakan Perniagaan 2010 oleh Forum Ekonomi Dunia minggu ini.

Dalam laporan tersebut, kedudukan Malaysia jatuh tiga anak tangga ke tempat ke-23 yang antara lain disebabkan oleh defisit bajet.

Misalnya, akibat daripada kesan ekonomi 1997/98, kerajaan terpaksa berbelanja lebih dan pada 2000 defisit bajet telah naik sedikit sehingga 5.5 peratus.

Tapi selepas ekonomi pulih kerajaan mengambil tindakan untuk menurunkan defisit tahun demi tahun daripada tahun 2000 sehingga 2007 dengan defisit bajet turun sehingga 3.2 peratus.

"Ini menunjukkan yang kita memang berhemat," katanya.

Nor Mohamed berkata dalam keadaan kemelesetan pada 2008 dan 2009 ini, kerajaan juga terpaksa berbelanja lebih sedikit dan apabila ekonomi kembali pulih defisit bajet akan diturunkan semula.

"Kita punya cara menguruskan ekonomi. Tak menjadi isu," katanya.

Oleh itu, pihak yang membuat laporan ini mengenai kedudukan Malaysia di Laporan Daya Saing Dunia perlu melihat rekod prestasi negara, kata beliau.

"Walaupun, kita berbelanja lebih sedikit dalam keadaan kemelesetan bila ekonomi pulih kita akan turunkan defisit.

"Kita akan mengambil pendekatan yang sama pada kali ini dan pada tahun-tahun yang akan datang jika ekonomi mengalami kemeleseten," katanya. BERNAMA

Exco wanita ke balai ugutan rogol oleh samseng seksyen 23...!!!

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Wanita, Kebajikan, Sains, Teknologi, Inovasi dan Kebudayaan Selangor, Rodziah Ismail hari ini membuat laporan polis berhubung ugutan rogol yang diterimanya ketika sesi dialog bersama penduduk Seksyen 23 Shah Alam berhubung isu pemindahan kuil, Sabtu lepas.

Rodziah membuat laporan polis di ibu pejabat polis daerah Shah Alam di Seksyen 11 di Shah Alam, kira-kira pukul 12 tengahari tadi iaitu kira-kira seminggu selepas sesi dialog itu.

Exco Selangor itu berkata laporan itu dibuat kerana bimbang keselamatan diri, keluarga dan kakitangannya terancam.

"Saya hadir sebagai ADUN Batu Tiga serta panel dialog bagi menjawab persoalan yang dibangkitkan tetapi menerima kata kesat dan ugutan rogol dari pihak yang menimbulkan kekecohan ketika sesi dialog berjalan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Noor Azam Jamaluddin ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan itu dan memberi jaminan akan menyiasat perkara berkenaan. BERNAMA

Samy Vellu bidas Dr M, selar Utusan

Presiden MIC, Datuk S Samy Vellu membidas mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan menyelar akhbar Utusan Malaysia milik Umno kerana mencampuri pemilihan parti itu.

Dalam wawancara eksklusif dengan Malaysiakini, beliau berkata Dr Mahathir merupakan pakar dalam seni "memusnahkan timbalannya".

Samy Vellu berkata, beliau hanya mempunyai seorang timbalan selama 25 tahun, tetapi Dr Mahathir mempunyai empat timbalan selama 22 tahun memegang jawatan.

"Apa yang berlaku kepada (Tun) Musa Hitam, apa yang berlaku kepada (Tun) Ghafar Baba dan apa yang terjadi kepada (Datuk Seri) Anwar Ibrahim... orang yang amat dipujinya?"

Ini merupakan pertama kali Samy Vellu mengkritik Mahathir secara terbuka walaupun mantan perdana menteri itu pernah membuat komen negatif terhadapnya sebelum ini.

Bagaimanapun, presiden MIC itu menegaskan bahawa beliau masih menganggap mantan perdana menteri itu sebagai seorang pemimpin agung dan amat menghormatinya.

Samy Vellu mengulas laporan dalam akhbar Tamil Makkal Osai semalam yang memetik Dr Mahathir menyuarakan sokongannya terhadap calon timbalan presiden MIC, Datuk S Subramaniam.

Mengenai Utusan, Samy Vellu melabel akhbar berbahasa Melayu itu sebagai satu penerbitan yang 'rasis' yang berlagak sebagai "abang-besar".

Utusan menyiarkan berita muka depan hari ini yang memetik beberapa penganalisa politik yang berpendapat Samy Vellu harus berhenti.

PAS tuntut janji SPR semak undi pos

PAS ingin bertemu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dengan niat mengungkit janji lama mantan pengerusinya Tan Sri Ab Rashid Ab Rahman untuk mengkaji semula prosedur undi pos.

Naib Presiden PAS Salahudin Ayub berkata, pada 2004, tiga parti pembangkang utama pernah berbincang dengan Abdul Rashid, antaranya membincangkan kewajaran penggunaan Borang Lampiran 2 bagi pengundi pos.

"Dalam pertemuan yang lepas dengan Tan Sri, beliau akui sendiri (borang itu) tidak relevan. Beliau kata akan mengkaji semula perkara itu," katanya hari ini.

"Tetapi sehingga kini, kita tidak dengar perubahan."

Salahudin, yang juga pengarah jentera PAS pada pilihan raya DUN Bagan Pinang nanti, diminta mengulas tindakan lanjut parti itu berhubung penggunaaan Borang Lampiran 2 (foto bawah) yang boleh membawa kesan negatif kepadanya.

Semalam, Ketua Penerangan PAS Idris Ahmad menyifatkan amalan itu bertujuan membuat pemeriksaan terhadap pengundi-pengundi pos yang pro-Pakatan Rakyat.

Pada pilihan raya umum lalu, DUN itu mempunyai 14,192 pemilih, termasuk 4,925 orang melalui pos - yang sering dicurigai oleh pembangkang akan memenangkan calon BN.

Ketika dihubungi Malaysiakini, Salahudin berkata, PAS akan menghantar surat makluman segera kepada pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berhubung pertemuan tersebut.

"Kalau mereka masih keberatan, oleh kerana SPR ini di bawah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, kita akan tulis surat kepada baginda," kata ahli parlimen Kubang Kerian.

Menyifatkan kira-kira 5,000 pengundi pos di DUN tersebut sebagai cabaran utama PAS, Salahudin berharap kumpulan polis dan tentera itu diberikan hak untuk mengundi dengan bebas tanpa sebarang perasaan takut.

Diminta mengulas desas-desus Umno Teluk Kemang hanya akan mencalonkan satu nama, mantan menteri besar Tan Sri Isa Samad, Salahudin hanya berkata:

"Kita alu-alukan Isa berbanding (tokoh BN) yang lain."