Khamis, 10 September 2009

" PAS FOR ALL: genap dua tahun esok

(Harakah) - Esok 11 September 2009, genap dua tahun slogan PAS Untuk Semua (PAS For All) dilancarkan.

Ianya adalah sebagai pelengkap kepada penubuhan Kelab Penyokong PAS (KPP) yang ditubuhkan pada tahun 2005 iaitu dua tahun lebih awal.

Ramai yang tidak mengetahui bahawa pelancarannya pada 11 September 2207 lalu adalah bersempena tarikh serangan ke atas bangunan World Trade Center WTC di Amerika yang telah mencetuskan fenomena Islam Fobia di kalangan masyarakat bukan Islam di seluruh dunia.

Malah tempias itu juga turut terpalit pada PAS, sebuah parti politik yang rata-rata mengetahui Islam sebagai dasar perjuangannya.

Fenomena tersebut sekaligus memberi kebimbangan bahawa matlamat PAS untuk menarik sokongan bukan Islam akan terbantut.

Ianya juga bakal menyukarkan lagi gerak kerja PAS sebagai sebuah parti dakwah untuk mendekati gologan bukan islam itu.

Namun siapa sangka, kehadiran slogan yang dikira agak keramat ini sejak dua tahun lalu, bukan sahaja telah berjaya menenggelamkan Islam Fobia yang cuba di doktrin barat, bahkan ianya juga telah mengubah landskap politik PAS itu sendiri.

Menyoroti kembali sejarah, sumbangan dan matlamat slogan tersebut kepada PAS dan Islam umumnya, wartawan Harakahdaily telah menemubual pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional (LPN) PAS, Dr. Mujahid Yusuf Rawa iaitu tulang belakang yang telah mencetuskan inisiatif ini bersama ahli jawatankuasa LPN yang lain.

ImageBeliau yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar berkata, slogan PAS Untuk Semua, kini semakin mencapai matlamat utamanya. Impian melihat orang bukan Islam menjadi ahli PAS dan Kelab penyokong PAS menjadi sayap penting parti kini hampir direalisasikan. Kesemua pertimbangan sedang dikaji dan keputusan akan diketahui tidak lama lagi.

"Untuk pengetahuan, pada retreat PAS di Kedah baru-baru ini, jawatankuasa teknikal diketuai Ust Hassan Syukri telah membentangkan draf pertama kajian mereka. Sekarang sedang kumpul feedback (maklum balas) dari AJK Pas Pusat."

"Tapi secara dasar, tiada sebarang halangan dan masalah. InsayaAllah, awal tahun depan perkara ini kita rasa akan selesai," ujarnya.

Katanya, LPN sekarang melangkah selangkah lagi ke hadapan apabila berjaya menubuhkan jawatankuasa khas bagi mengendalikan program dialog peradaban. Program ini katanya bakal menyaksikan PAS dan orang bukan Islam duduk berbincang antara lain tentang perbandingan agama, ketamadunan dan pelbagai cabang lagi.

"Kita juga menubuhkan jawatankuasa khas iaitu Dialog Peradaban untuk 'engage' dalam dialog dan wacana. Kita nak meletakkan perjuangan Islam sebagai satu keperluan masa depan dalam apa jua transisi politik dalam negara. Ianya akan menyentuh isu kemajuan sains, perbandingan agama, tamaddun dan lain-lain.

"Ini cabang baru untuk setahun akan datang. Saya sendiri ambil tanggungjawab itu," ujarnya.

Image Ikuti temubual penuh beliau dengan wartawan Mohd Nazri Abdullah.

H: Bagaimana tercetusnya idea untuk melancarkan slogan PAS For All ini?

M: Sebenarnya kita dalam Lajnah perpaduan Nasional LPN sentiasa memikirkan bagaimana untuk memecah tembok antara PAS dengan bukan islam.

Masalah ini lebih rumit lagi bila berlaku serangan ke atas WTC pada 11/9 sehingga menularnya fenomena Islam Fobia.

Selepas membuat sedikit kajian maka kita bersetuju lancar selogan PAS for All dan kita pilih tarikh sama dengan serangan ke atas WTC iaitu 11/9 2007 untuk melncarkan slogan tersebut.

Alhamdulillah selepas dua tahun dilancarkan kita dapati sambutan sangat menggalakkan. Kalau kita tengok logo PAS For All sekarang ini dipakai di mana-mana khusnya pada pilihanraya termasuk pada banner, baju dan lencana.

H: Selain itu, adakah matlamat lebih khusus khasnya kepada PAS itu sendiri?

M: Ya, selain untuk mengikis perasaan islam phobia, kita juga ada matlamat khusus kepada masyarakat bukan Islam negara kita.

Selain menarik sokongan mereka, kita juga ingin jadikan slogan ini sebagai medan untuk ahli PAS menyebar luaskan dakwah islam itu sendiri.

Sebab itu lah, saya fiki-fikir, akhirnya setuju dengan slogan itu dengan membayangkan bahawa pas ini adalah untuk semua. Jadi senang, slogan mudah nak faham, tak payah nak ceramah panjang.

Image H: Bagaimana sambutan terhadap kempen itu dan kenggotaan Kelab Penyokong PAS, KPP setakat hari ini?

M: Kelab Penyokong pas diusahakan pada tahun 2005, kini kelab ini ada di seluruh negara. Dalam daftar kita hampir 20 ribu terdiri dari masyarakat kaum india, cina, siam, iban dan terbaru kita berjaya tubuhkan kelab penyokong Pas di Tawau, Sabah.

H: KPP dilihat telah banyak memberi sumbangan khususnya kepada PAS itu sendiri, Apa komen saudara?

M: Ya sudah tentu, saya kira LPN sudah membuka satu frontier baru. Inisiatif penubuhan kelab penyokong dan selogan PAS for all ini telah diterima oleh PAS Pusat termasuk dalam ucaptama Presiden diletakkan tema khas.

Saya gerakkan mereka pada kempen pilihanraya. Kita lihat KPP diletak dalam struktor Jawatankuasa Pilihanraya Pusat JPP iaitu dalam jawatankuasa operasi jentera kempen. KPP bergerak dengan stuktur mereka sendiri, buat markas sendiri.

Kita berkempen rumah ke rumah dan umpu kepada masyarakat pengundi bukan islam dan ada pemimpin kelab yang berceramah bersama pimpinan PAS.

Image H: Bagaimana perkembangan usaha untuk melihat KPP diserap menjadi sayap penting PAS setadaf Dewan Ulamak, Pemuda dan Muslimat?

M: Perkembangan cukup menggalakkan. Sehingga hari ni kita di peringkat PAS Pusat bersedia melihatt ruang dan peluang menjadikan kelab ini menjadi sayap penting parti dengan maksud mereka ada perlembagaan sendiri di mana boleh mewakili dalam muktamar dan mesyuarat parti.

Untuk pengetahuan, retreat PAS di Kedah baru baru ini, Jawatankuasa teknikal di ketuai Ust Hassan Syukri telah bentang draft pertama, sekarang tunggu 'feedback' dari AJK pas pusat.

Secara dasar tiada sebarang halangan dan masalah. Dan lebih penting apa yang kita fokus untuk pilihanraya umum akan datang ialah, bagaimana kita boleh sediakan ruang kepada mereka bertangding atas tiket pas. Ini lah yang LPN sedang gerakkan dan asasnya adalah PAS For All.

H: Dalam dua tahun sebelum ini, slogan ini dilihat telah banyak mencipta kejayaan tersendiri. Apa pula target untuk tahun ketiga ini?

M: Sebenarnya LPN sejak dua tahun ni berkerja atas mtlamat yang jelas. Kita buat KPP mulanya susah sebab benda baru, tapi akhirnya sekarang diterima oleh ahli pas. Kita sekarang ke tahap tranformasi penting.

Image Saya rasa akan selesai awal tahun hadapan iaitu menjadikan KPP sebagai sayap dan entiti penting parti yang saya kira belum pernah dibuat sepanjang berpuluh tahun pas wujud. Itu fokos paling besar.

Dia tidak habis di situ, saya pun tak nak tua dengan kelab ni saje. Kita sentiasa cari ruang baru dan saya namakan ia sebagai 'The New Frontier' Kita sentiasa fokus memperkasa KPP.

Sekarang kita dah wujudkan Unit Keahlian LPN, Unit Latihan dan Bimbingan, Unit Penyelaras Kelab yang dilantik dikalangan YB kita di setiap zon iaitu utara, selatan, timur dan berat.

Kita juga menubuhkan jawatankuasa khas iaitu Dialog Peradaban untuk 'enggage' dalam dialog dan wacana. Kita nak meletakkan perjuangan Islam sebagai satu keperluan masa depan dalam apa jua transisi politik dalam negara.

Ianya akan menyentuh isu kemajuan sains, perbandingan agama, tamaddun dan lain lain. Ini cabang baru untuk setahun dua akan datang. Saya sendiri ambil tanggunag jawab itu.

Image H: Kita melihat kejayaan LPN menggerakkan KPP dan kempen PAS for All bukan sahaja menjadi kebanggaan ahli PAS, tetapi juga turut dicemburui oleh parti lawan. Apa komen saudara?

M: Inilah saya kira satu keunikan kelab ini, kerana ia cuba memecah tembok politik selama ini di mana PAS atau Umno yang kita kata melayu dominan, hanya lihat melayu sahaja sebagai sasaran.

Cina kita lepas kepada DAP dan PKR, Umno pula lepas kepada MCA dan GERAKAN. Dengan KPP, kita telah memecah persepsi itu, kita tak boleh lagi serahkan sesuatu kaum atas nama perkauman dia.

Kita perlu melihat sasaran kita melalui pendekatan kita, bukan parti lain. Inilah yang telah meletakkan PAS pada tahap sekarang. Kita sedang menerima sokongan oleh semua kaum. Dan semestinya parti lawan mencemburui kita.

Pengalaman saya pergi luar negara dengan Presiden, saya diminta bentang tentang hubungan kita dengan bukan islam. Gerakan Islam di sana semua terpegun sebab mereka tiada suasana itu. Kita kena pecah pemikiran ini, kita akan pelopor dalam hal ini.

H: Menjelang ulang tahun ke-2 esok, adakah LPN merancang mengadakan apa-apa sambutan?

M: Timbalan saya, Dr. Halimah adalah org kuat yang telah berusaha menjayakan kempen PAS For All ini. Dia serupa orang kanan saya lah. Saya telah diberitahu pasal sambutan ni. Cuma kita sekarang ni satunya dalam bulan puasa, kedua baru habis PRK dan lepasni kena tumpu di Bagan Pinang Pulak.

Saya kira susah untuk kita adakan sambutan esok. Saya serah kepada peringkat muslimat yang diketuai Dr. Halimah untuk buat keputusan bila nak di adakan sambutan, kami pusat ni tumpang je. Mungkin lepas puasa, ataupun dilancarkan di Bagan Pinang, sebab kita memang akan turun berkampung di sana.

H: Apakah mesej yang saudara ingin sampaikan kepada ahli PAS sempena ulang tahun kedua pelancaran slogan PAS For All ini?

M: Dengan wujudnya Pas For All dan KPP ini, ianya telah berjaya mendidik ahli PAS supaya melihat orang bukan adalah saran dakwah yang paling penting bagi kita. Kita tidak boleh sekadar bercakap kita parti dakwah sahaja.

Jadi dengan penubuhan KPP ini, LPN telah menyediakan ruang dan peluang kepada ahli PAS untuk melaksanakan tugas dakwah.

Ini adalah sumbangan besar LPN. Bukan saya nak bangga, tapi saya rasakan ini satu transformasi baru wajah politik PAS itu sendiri yang kita perlu jaga, pelihara, pupuk dan kekalkan.

Siapa dia Khalid Abdul Samad? 到底谁是 Khalid Abdul Samad?



Khalid Abdul Samad (born 1957) is a Malaysian politician. He is a member of PAS and a Member of Parliament for Shah Alam. He is also a columnist at The Malaysian Insider.

He is the younger brother of former Minister of Domestic Trade and Consumer Affairs, Shahrir Abdul Samad.

He joined PAS in 1983 and became a central committee member from 1987 to 1993. In the 1986 Malaysian general election, he unsuccessfully contested for Kuala Krai parliamentary seat under PAS. He went on to contest and lose in Arau, Sri Gading and Shah Alam parliamentary seats. It was only in the 2008 Malaysian general election that he was finally elected to the Dewan Rakyat.

In 1987, he was detained under the Internal Security Act during Ops Lalang.

Kenapa hari ini saya tulis tentang beliau? Bacalah pandangan beliau terhadap isu pemindahan kuil di Shah Alam...

为什么我今天会提到他呢?看看他对迁庙事件的看法吧...


"Ada yang bertanya kepada saya, tidakkah saya khuatir saya kalah dalam pilihan raya yang bakal tiba oleh kerana isu ini. Bagi saya sekiranya itulah kehendak pengundi, apakan daya?"

"Yang penting sejarah akan menjadi saksi bahawa ada Ahli Parlimen dari parti Islam yang memperjuangkan keadilan untuk semua walaupun orang Hindu," kata beliau dalam surat terbukanya kepada penduduk penduduk Seksyen 23 Shah Alam."

"Kisah seorang raja Islam di Mysore, Bangalore, India pada abad ke 18 yang bernama Sultan Fateh Ali Khan Tippu atau Tippu Sultan. Di bawah pemerintahan Tippu Sultan, rakyatnya terdiri daripada orang Islam, Hindu dan Sikh. Hingga ke hari ini rakyat India masih menceritakan mengenai pemerintahan beliau yang berasaskan Islam sebagai sebuah pemerintahan yang adil."

"Kalau terhadap kaum yang dibenci sekalipun dituntut keadilan, apatah lagi terhadap jiran sekampung dan warga sekota?"

"Walaupun mereka tidak sebangsa dan seagama, hakikatnya mereka tidak memusuhi kita atau memusuhi Islam. Maka, mereka layak mendapat layanan yang adil."

"Adakah adil sekiranya kita menafikan mereka hak tempat beribadat yang berhampiran dan sebaliknya memaksa mereka ke seksyen 22, di tengah-tengah kawasan industri berat, jauh dari kawasan kediaman? Tiada apa di sana kecuali kilang-kilang."

"Saya hanyalah seorang wakil rakyat yang dipilih oleh tuan-tuan melalui pilihan raya yang diadakan pada masa-masa tertentu."

"Saya tidak berhak memaksa apa-apa pandangan atau keputusan ke atas tuan-tuan semua."

"Saya hanya mengharapkan keputusan yang tuan-tuan rumuskan sendiri berhubung cadangan pemindahan kuil ke Seksyen 23 mengambil kira persoalan ketaqwaan dan keadilan."

- Harakah Daily


Inilah bakal pemimpin Malaysia yang akan membawa Malaysia ke arah perpaduan.

Bukannya mereka yang melontarkan perkataan seperti "MB Bodah", "Khalid Babi", adakah mereka ini telah mencemari Bulan Ramadhan yang mulia?

Tahniah diucapkan kepada Saudara Khalid Abdul Samad, ya mungkin anda betul anda akan gagal mendapat undi daripada mereka yang bersikap perkauman dalam kawasan anda, tapi saya percaya mereka yang percaya kepada kebenaran dan keadilan akan berdiri teguh dibelakang anda, saya percaya majoriti Rakyat Malaysia adalah bangsa yang bersikap adil dan saksama!

是的,这就是一位即将带领马来西亚向更美好的方向前进的领袖。

而不是哪一些在大会内向其他人高喊 “愚蠢大臣”(MB Bodah),更辱骂“卡立是猪”(Khalid Babi)的人物。他们已经把美好的开斋节给污染了。

恭喜 Khalid Abdul Samad,是的,有可能你会失去了那些极端份子的票,但是我相信那些坚信着公平,公正的子民会站在你的背后,我也相信,大多数马来西亚的人民是些坚信着公平,公正的。







Dan inilah Video ketika Perjumpaan MB dengan "Penduduk Tempatan"
当然不会错过当天会议的影片吧






Dan Pendapat seorang pemberita yang menghadiri sidang tersebut...
看看其中一名出席者的看法...


Cow-head bullies strike again — Neville Spykerman

Sept 5 — Yet again, the bull headed protesters of Section 23 have successfully shamed Malaysia.

From the word go, it was obvious that disrupting the town hall meeting, rather than engaging in a dialogue, was high on their agenda.

Their boorish behaviour began at the door when they started shouting at Shah Alam City Council (MBSA) officials who were trying to ensure that only residents enter the hall.

Their thuggish behaviour continued inside, when three men were seen intimidating a woman who was holding camcorder. Shouting, they demanded to know if she was a resident and told her to get out if she wasn‘t.

The terrified victim was pulled away by MBSA enforcement officers, who stepped in just in time.

Their target turned out to be 48-year-old Rozaini Mohd Rosli, an aide to Batu Tiga assemblyman Rodziah Ismail.

Rozaini told The Malaysian Insider she was too shell shocked to even respond to the men at the time and is considering lodging a police report.

The “cow-heads” then set out to heckle and shout at every opportunity they found, ignoring calls by moderators for them to remain calm.

Standing on chairs, jeering and making childish noises, nothing was beneath them, never-mind that women and children were also in the hall, and their actions were being recorded for the world to see.

Scuffles broke out several times during the meeting between these men and their Indian neighbours.

But worse still, one protester went out of his way to hurl obscene sexual suggestions at Rodziah.

What possessed them?

No doubt they will again lay blame on the Selangor Government for all their shameful actions — like a child saying “the devil made me do it”.

But really, which devil I wonder? [malaysian insider]

Neville Spykerman is a reporter with The Malaysian Insider and who was at the Selangor government town hall meeting with residents this morning.


KHALID SAMAD's Blog
http://www.khalidsamad.com/

Pasca Najib 1Malaysia - Bila Kartika berterusan dikagumi..!

Oleh : albanjari
Malam ini, aku menulis lagi tentang Kartika. Menulis semula apabila hukum sebat yang bakal Kartika ladeni itu bakal diteruskan selepas hari raya. Biarpun tarikh khusus hukuman itu masih lagi kabur. Sesungguhnya kamu Kartika, membawa tsunami besar kepada masyarakat di negara ini. Sungguh benar, bahawa masyarakat Islam yang kini sudah tepu berada di dalam sebuah Negara Islam kononnya selama 52 tahun ini terkasima dengan hukuman yg kamu pilih. Negara Islam acuan Umno.

Hukuman yang bakal kamu jalani itu pasti akan menumpahkan duka yang cukup lara buat Sisters In Islam. Malah aku juga mula terbayangkan akan cuak wajah Sharizat, yang pasti tercuka dan kelat bila hujah dan pujukan untuk 'merayu', kamu campak ke longkang. Kamu seorang wanita yg kukuh memegang prinsip, Kartika !

Sama seperti apa yg aku tuliskan sebelum ini, kamu dipilih oleh Allah antara beribu peminum arak dari kalangan melayu yg mengaku muslim. Dan sesungguhnya kes kamu ini, tidak lain adalah kurniaan Allah swt. buat rakyat. Tahukah kamu, bahawa kes ini seumpama satu cerminan keras untuk para penguasa yang mencipta hukum yang jelas tidak sempurna sebagai mana yang dikehendaki oleh agama islam itu sendiri ?

Kartika ! Kini aku mula mengagumi kamu ! Kagum atas sifat redha kamu yang ikhlas menerima hukuman yang dijatuhkan kepada kamu yang begitu besar nilainya di sisi agama anutan kamu iaitu Islam. Malah kamu kian tidak sabar untuk menerima hukuman sebat tersebut. Masya Allah ! Tinggi sungguh keimanan manusia ini ya Allah. Kata-kata beliau seolah-olah ungkapan-ungkapan para sahabat Rasulullah SAW sewaktu menerima hukuman atas tindakan mereka melanggar peraturan-peraturan ajaran Islam.

[..]** Hakikatnya, kes Kartika ini benar-benar membuka pekung kepada seluruh rakyat yg berani berfikir selangkah ke hadapan bahawa selama 52 tahun Umno memerintah negara, tanpa ada sedikit malu begitu megah mengwar-warkan kepada dunia bahawa Malaysia adalah sebuah Negara Islam, tetapi tidak mampu menyediakan sebuah perundangan yang sejajar dengan roh Islam itu sendiri. Lihatlah betapa pincangnya perlaksanaan undang-undang Syariah di dalam negara 1Malaysia ini !

Terfikir juga di benak fikiran, apalah ertinya sebuah Negara Islam jika undang-undang negaranya tidak mampu melaksanakan atau menyediakan undang-undang Islam untuk orang-orang Islam. Lantas apabila undang-undang syariah yang tercatat megah berjela-jela serta begitu tebal kandungannya menjadi carcamarba bila hendak melaksanakan hukumannya.

Dimanakah kredibilitinya golongan-golongan yang selama ini diamanahkan untuk memikul tugas dan tanggungjawab oleh kerajaan untuk menegakkan hukum Islam di Malaysia ini. Kalau sekadar hebat berceramah melalui program-program di TV atau forum lantas mengeluarkan fatwa-fatwa bagi menambah kecelaruan umat Islam apalah gunanya peranan dan tugas yang diamanahkan sedangkan apabila tiba kepada peringkat perlaksanaannya golongan itu tiba-tiba mati kutu.

Tatkala golongan hakim buntu untuk menegakkan syiar Islam, golongan ulama kerajaan ini pula gagal memberi panduan dan sokongan sewajarnya kepada pihak mahkamah untuk melaksanakan undang-undang Islam di Malaysia ini.

Jadi jangan salahkan rakyat jika ada yang mempersoalkan kewibaan golongan ilmuan agama kerajaan ini dalam menegakkan syiar Islam di Malaysia. Apa yang jelas kes Kartika ini telah mendedahkan kepada kita betapa alpanya golongan agama yang telah dilantik dan dipertanggungjawabkan untuk mempertingkatkan kefahaman mengenai Islam itu menjadi lalai dalam tugas dan peranan mereka yang sewajarnya mereka lakukan selama ini. Maka janganlah hairan jika kita lihat pada hari ini semakin ramai umat Islam yang tidak tahu akan hukum-hakam Islam. Islam pada nama tapi tidak pada amalannya.

Kartika, fikiranku tiba-tiba diburu aneh, aneh apabila dikejutkan bagaimana ketua kerajaan sebuah Negara Islam acuan Umno ini dengan sendiri tanpa ada rasa bersalah begitu berani mengutarakan cadangan supaya kamu, selaku pesalah dalam kes meminum arak yang ternyata bertentangan dengan ajaran agama, merayu agar diringankan hukuman ! Tidakkah ini mengambarkan kepada kita betapa 1 ketua kerajaan yang bergelar Perdana Menteri begitu senang, cuba memperlekehkan undang-undang Islam ? Apakah ini dinamakan seorang pemimpin sebuah Negara Islam. Seandainya beliau bukan seorang penganut Islam mungkin perkara ini boleh difahami tetapi ketua kerajaan ini adalah seorang Perdana Menteri yang sah di sisi undang-undang, malah beliau juga seorang yang beragama Islam.

Tidakkah ada timbul kehairanan mengapa beliau tidak turut mempertahankan perlaksanaan undang-undang Islam yang merupakan ajaran agama beliau sendiri sekaligus membuktikan bahawa negara yang dipimpinnya sebuah Negara Islam seperti yang pernah dilaungkan oleh dirinya sendiri pada waktu yang mempunyai kepentingan dengannya ? Atau mungkin kerana terlalu taksub dengan konsep 1Malaysia sehingga beliau lupa bahawa negara yang dipimpinnya adalah sebuah negara Islam.

Nampak benar beliau tidak tahu bahawa Islam itu boleh mendokong 1Malaysia. Mungkin kerana saya dibesarkan di Malaysia dan tidak pernah mengikuti arahan daripada pemerintah negara Islam yang lain maka saya beranggapan bahawa apa yang ditunjukkan oleh seorang pemimpin Islam yang mengetuai kerajaan Negara Islam ini begitu menyedihkan. Justeru itu apabila melihat begitu mudah gejala-gejala yang merosakkan akidah bergerak dan berkembang di negara ini sehingga menjadikan umat Islam di sini hanya Islam pada namanya maka saya merasakan bahawa mungkin inilah akibatnya kita mempunyai pemimpin-pemimpin negara sebegini rupa.

Patutlah anasir-anasir merosakkan akidah Islam ini mudah berkembang kerana pengetahuan pemimpin-pemimpin Islam yang memimpin negara kita juga kurang pemahamannya mengenai undang-undang Islam. Justeru itu terfikir sekarang ini melalui pemikiran logik akal yang tak seberapa ini mengapa Umno begitu lantang menolak gagasan Hukum Hudud yang dicanangkan oleh PAS. Bukan mereka tak mahu tetapi pemimpin-pemimin negara serta para ulama kerajaan TIDAK FAHAM tentang Hukum Hudud itu sendiri.

Bagaimana mereka nak laksanakannya, jika mereka sendiri tidak faham ! Namun untuk menyatakan mereka tidak faham, itu mustahil akan berlaku kerana ia akan memalukan mereka maka mereka canangkan kepada rakyat bahawa Hukum Hudud itu tidak sesuai dilaksanakan kerana takut bangsa dan agama lain memandang serong pada umat Islam.

Demi menyembunyikan kelemahan dan kebodohan mereka dalam melaksanakan undang-undang Islam sanggup pula mereka membohongi rakyat dengan dakyah yang boleh menjauhkan orang lain daripada mendekati Islam. Bertuahnya Malaysia mendapat pemimpin-pemimpin sebegini rupa.

Perkara yang terakhir ingin saya bicarakan adalah tentang betapa Allah itu sentiasa mengasihi umatnya. Entah mengapa di saat pergolakan politik negara kita yang sekarang ini seakan menampakkan pertentangan mengenai perjuangan menegakkan Islam tiba-tiba Allah menqada dan menqadarkan peristiwa Kartika kepada kita. Mungkin selama ini melalui segala pernyataan yang kita dengar antara pemimpin PAS serta pemimpin Melayu dan juga pemimpin Islam yang tidak sehaluan dengan Umno selaku peneraju ketua pemerintahan Kerajaan Negara Islam kita seakan keliru siapakah yang benar-benar mempertahankan dan memperjuangkan Islam.

Sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa lagi Maha Bijaksana maka diciptakannya kes Kartika ini untuk kita membuat penilaian sendiri tentang dasar Islam di negara kita yang diperjuangkan oleh golongan Islam-Umno ini. Mungkin kita mulai mampu mentafsir bagaimanakah Islam yang diperjuangkan oleh Umno dan bagaimana pula Islam yang diperjuangkan oleh PAS dan pemimpin-pemimpin Islam yang lainnya.

Sesungguhnya hidayah Allah itu telah Allah tunjukkan kepada kita sebagai umat Islam. Terpulanglah kepada kita sendiri untuk menilai sendiri bagi mendapatkan hidayah itu. Dan segalanya pastinya terserah kepada keimanan masing-masing. Sebagai seorang yang beragama Islam maka sebagai pengakhiran penulisan ini maka marilah kita mempertingkatkan lagi kefahaman kita tentang Islam itu agar kita juga termasuk dalam golongan yang diberkati oleh Allah. Semoga juga keturunan kita dan diri kita akan mati menemui Allah dalam pegangan abadi dalam Islam. Dan sungguhnya Hidayah Allah itu diturunkannya dalam pelbagai bentuk dan kejadian. Ingatlah bahawa Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.(**)

Dipetik dari MalaysiaKini -
Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) bersedia meneruskan hukuman sebat ke atas seorang model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarnor, 32, selepas Hari Raya Aidilfitri ini. Pengarah JAIP Datuk Abdul Manan Abdul Rahman berkata pelaksanaan hukuman itu bagaimanapun bergantung kepada semakan Panel Rayuan Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan yang dijangka selesai selepas hari raya ini.

Beliau berkata keputusan semakan itu akan diumumkan oleh Ketua Hakim Syarie Pahang Datuk Abdul Hamid Abdul Rahman. Pada 20 Julai lepas, Kartika Sari Dewi dijatuhi hukuman denda RM5,000 dan enam sebatan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan selepas mengaku salah meminum arak di sebuah hotel di Cherating, 11 Julai 2008.

Dia didakwa mengikut Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang yang membawa hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya dan disebat tidak melebihi enam sebatan. Bagaimanapun pada 24 Ogos lepas hukuman itu ditangguhkan bagi menghormati bulan Ramadan dan keputusan itu dikecam pelbagai pihak.
(**) Artikel ini ditulis dari sokongan bahan yang diambil dari sumber penulisan saudara Jebat Sarawak dari Detikdaily.

Pendakwaan Olok Olok Geng Lembu untuk tagih Undi India di Bagan Pinang!!

Bila berita keluar mengatakan geng geng kepala lembu ini akan didakwa, ada diantara kita sudah pandai memuji Peguam Negara Gani Patail kononnya sudah berubah,walhal mereka tidak menyedari apa yang dibuat hanyalah satu bentuk sandiwara.

Seperti juga sebelum ini bagaimana geng Umno menimbulkan isu perkauman dengan mengatakan Cina pendatang, Cina Yahudi, Polis hanya mengambil keterangan dan tiada sebarang pendakwaan. Cuma ura ura mereka akan didakwa hanya kerana untuk menghadapi pilihanraya Permatang Pauh .Malah geng geng samseng kepala lembu yang dihadapkan ke Mahkamah seumpama orang yang dituduh bukan terlibat dalam akta Hasutan, ia bagai pesalah Trafik biasa, tanpa digari mereka hadir untuk mendengar tuduhan. Ini semua lakonan UMNO untuk menghadapi pilihanraya kecil Bagan Pinang.

Harus di ingat, dalam kawasan pengundian Bagan Pinang, selain undi POS yang menjadi nyawa Umno, undi masyarakat India adalah undi kedua terbesar iaitu hampir 20% ataupun melibatkan hampir 3 ribu undi. Ia melebihi undi masyarakat Cina yang hanya melibatkan 10% pengundi disitu. Oleh kerana di Bagan Pinang UMNO terpaksa bergantung dengan undi India, nak atau tidak pendakwaan olok olok mesti dilakukan. Yang menguatkan lagi dalil mengapa ianya hanya satu sandiwara, tarikh kes itu akan disebut semula hanya pada 21 Oktober 2009, itupun jika tidak ada penangguhan.

Dan diantara satu lagi sebab mengapa pendakwaan ini berlaku adalah kerana , akan ada larangan ketika kempen di Bagan Pinang untuk menyentuh isu Kuil dan geng lembu kerana ia masih menjadi kes Mahkamah dan ia melibatkan isu perkauman. Apapun pendakwaan yang dibuat, geng lembu ini telahpun mendapat penghormatan oleh Menteri Dalam Negeri dan berjumpa di Putrajaya. Malah mereka mendapat sokongan dari Hishamuddin, apa yang membuatkan selepas itu Hishamuddin dan Polis terpaksa bertindak mendakwa mereka secara olok olok, hanya selepas mendapat tentangan dan kemarahan dari pemimpin parti komponen BN sendiri didalam mesyuarat kabinet.

Pada pendapat saya mereka tidakpun pernah ditahan, malah soal siasatpun tidak pernah dibuat sebelum ini sehinggalah sehari sebelum pendakwaan. Itulah yang saya kata dia pendakwaan olok olok. Pendakwaan ini mendapat persetujuan antara yang didakwa(geng lembu) dan yang mendakwa. Kalau geng lembu ini tidak bersetuju, polis tidakpun mampu untuk berbuat apa apa kepada samseng Pekida ini. Ia hanya satu rundingan.

Saya percaya selepas pilihanraya mereka ini akan dilepaskan tuduhan, setidak tidaknya pun ia hanya pendakwa kosmetik seperti yang dihadapi Razak Baginda dalam kes Altantuya. Bab ini Najib dan Hishamuddin punyai kepakaran mengurusnya.

Akhirnya, bagi yang merasakan Peguam Negara dan Polis negara itu sudah berubah, baik simpan sahajalah sangka baik anda itu. Kedua penjenayah Gani Patail dan Musa Hassan tidak pernah mematuhi dan bertindak berlandaskan undang2 dan perlembagaan, mereka hanya pelaksana arahan dan perancangan pemimpin tertinggi UMNO.

Lawan tetap Lawan

Reformis Muda

Rakyat didahulukan cuma RM250 aje....siapa yang cuba dilembukan sekarang

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, hari ini mengumumkan pemberian bantuan khas kewangan RM500 untuk penjawat awam kumpulan sokongan, separuh dibayar sebelum Aidilfitri dan bakinya pada Disember. - Bernama

Tapi harga minyak yang tak naik pulak melambung naik....bukti kera jaan prihatin

Saya bukan kriminal...saya cuma beri dan makan suap saja!!

"Tak kan macam tu pun tak boleh kot?" Agaknya lebih kurang macam tu jawapan Isa Samad. He he...kesian..kesian!!

Kepada UBN...kalu Mat Isa nak bertanding sangat...biorkan ler...senang kerja kita!!

I’m not a criminal, says Isa
By Adib Zalkapli

PORT DICKSON, Sept 10 – Former Umno vice-president Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad today dismissed the suggestion that he would be a liability to Barisan Nasional if he is fielded in the Bagan Pinang by-election.

“In the opposition, even a former prisoner could contest,” Isa told a press conference in an apparent reference to Opposition Leader Datuk Seri Anwar Ibrahim, who was imprisoned for six years.

“I’m not a criminal,” he added.

The former Negeri Sembilan mentri besar is said to be the most likely candidate to contest the Bagan Pinang state seat, but critics have pointed out his three-year suspension from Umno for vote buying would hand Pakatan Rakyat (PR) a clear advantage.

Speaking at a press conference after chairing the Teluk Kemang Umno committee meeting here, Isa said the division’s recommendation would be submitted upon request from the state Umno and party president Datuk Seri Najib Razak.

The Malaysian Insider understands that the Teluk Kemang Umno division, led by Isa, would submit only his name to the central leadership.

When asked today whether he is prepared to contest, Isa said: “I’m still waiting for ‘hidayah’ (signs).”

He admitted that his son Mohd Najib Isa was also being considered at the meeting.
On whether there would be internal sabotage if he is not fielded, the former federal territory minister said the issue would not arise as the Teluk Kemang Umno division was united.

Bagan Pinang is an Umno stronghold situated within the Teluk Kemang parliamentary constituency, represented by PKR’s Datuk Kamarul Baharin Abbas.

In the last general election Umno’s Azman Mohammad Noor, who died on Sept 4, won the seat, defeating Ramli Ismail of PAS by some 2,000 votes.

There are about 14,000 voters in the constituency with the Malays making up 66 per cent of the voters, Chinese 10.5 per cent and Indians 19.9 per cent.

Lawak Ramadhan Oleh Najib!! UMNO@BN adalah sebuah parti Islam yang sebenar...!!!

SIK 10 Sept. — Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, UMNO adalah sebuah parti Islam yang sebenar walaupun ia tidak menggunakan label Islam dalam membela dan merancang pembangunan umat Islam dan negara ini.

Katanya, UMNO sememangnya membela dan menaikkan taraf hidup umat Islam dengan membasmi kemiskinan menerusi pelbagai program kerajaan terutamanya menerusi rancangan Felda.

“Dalam Islam, kemiskinan itu menghampiri kekufuran dan UMNO sejak 53 tahun yang lepas berusaha membasmi kemiskinan di kalangan umat Islam dengan membuka tanah rancangan Felda dan adakah ini bukan tuntutan Islam?,” kata beliau ketika menghadiri majlis Rahmat Ramadan di Felda Teloi Timur di sini hari ini.

kahkahkah..isteri rosmah ni buat lawak... setakat basmi kemiskinan DAP pun buat...apa la.... rasuah tu apa? bunuh altantuya tu apa? kebas duit rakyat tu apa? komisen juta2 tu apa? islam ke tu....adoi sesat habis 1Malaysia....

Polis, Menteri Dalam Negeri memang berat sebelah

Oleh MOHAMAD SABU

Artikel 10 Perlembagaan Malaysia menjamin kebebasan rakyat untuk bersuara, berhimpun dan mengunakan sebarang pandangan. Hak asasi manusia memang dijamin di bawah Perlembagaan kita.

Manakala Akta Polis diperkenalkan, di antaranya, untuk mengawal dan meluluskan perhimpunan. Tetapi pihak polis selalu menggunakan akta ini untuk tidak membenarkan, menyuraikan bahkan menangkap orang yang menyertai perhimpunan haram.



Sudah beberapa kali keputusan mahkamah mengenai "perhimpunan haram" yang merumuskan bahawa pihak polis telah menyalahgunakan kuasa mereka dalam mengendalikan perhimpunan awam.

Kes-kes terbaru yang diputuskan oleh mahkamah telah menyalahkan pihak polis yang menangkap seseorang secara tidak mengikut undang-undang. Kes membabitkan Dr Hatta Ramli dan Dato' Mustafa Ali merupakan antara contoh penyalahgunaan kuasa pihak polis dalam menangkap seseorang. Pihak mereka (polis) terpaksa membayar wang ganti rugi kepada Dr Hatta dan Mustafa Ali yang ditangkap di kawasan 'autonomi' Parlimen.

Dalam pada itu, kecekapan pihak polis menyiasat, mengintip dan meramalkan gerakan rakyat amat dikagumi. Sebarang perhimpunan yang hendak dibuat, secara sulit sekalipun, pihak polis boleh terhidu perhimpunan yang hendak diadakan. Sebelum peserta perhimpunan sampai ke lokasi tunjuk perasaan, pihak polis telah berada di lokasi tersebut.

Kadangkala pihak polis telah bersedia dengan segala peralatan untuk meleraikan tunjuk perasaan atau perhimpunan. Senapang gas, pasukan bercota, lori yang membawa air asid telah tersedia untuk digunakan bila-bila masa oleh pihak polis.

Kecekapan pihak polis dalam menghadapi perhimpunan awam dan kecekapan mereka mengintip sebelum perhimpunan amat boleh difahami oleh kita. Kecekapan polis itu kadang-kadang amat kita alu-alukan.

Bagaimanapun kecekapan pihak polis itu ada peliknya juga , dan boleh dilihat kepelikan itu. Himpunan membabitkan NGO dan parti-parti pembangkang selalunya berakhir dengan penyuraian secara kekerasan, kadangkala diikuti dengan penangkapan.

Tetapi pihak polis seolah-olah dilihat tidak tahu tentang perhimpunan atau perarakan yang bakal dianjurkan pihak NGO propemerintah BN atau anjuran parti-parti BN itu sendiri.

Saya sendiri amat bersetuju mana-mana bahawa perhimpunan aman boleh dibuat oleh mana-mana pihak tanpa membawa sebarang senjata. Namun, perhimpunan dalam bentuk menghina bangsa-bangsa lain atau mana-mana agama hendaklah tidak dibenar sama sekali.

Perhimpunan bagi membela setinggan, menentang kenaikan harga barang, menentang ISA, mengutuk kekejaman Israel, membela bahasa ibunda adalah perhimpunan yang lumrah dan mengenai sasaran rakyat dan kepentingan semua pihak.

Dan tentulah perhimpunan NGO yang membawa kepala lembu, yang boleh dianggap menghina agama Hindu atau agama mana sekalipun, sewajibnya tidak dibenarkan.

Alangkah malangnya bagi pihak polis yang selama ini dilihat amat cekap tetapi tidak tahu tentang perhimpunan yang dianggap menghina agama itu hendak diadakan. Mereka bergerak bebas membawa kepala kembu hingga sampai ke lokasi yang mereka kehendaki.

Saya alu-alukan sebarang perhimpunan aman termasuk dalam hal membina kuil yang tidak sesuai dengan masyarakat setempat, tetapi jika sampai ke peringkat menghina agama lain, ia amat tidak sepatutnya diadakan.

Kalaulah NGO propembangkang yang berarak kepala lembu "hidup" seumpama itu, entah kepala ke mana, lembu ke mana, orang yang membawa entah ke mana! Pihak polis pasti akan bertindak cepat menyekat perhimpunan NGO propembangkang seperti itu, dan sudah tentu ia disudahi dengan penangkapan dan kekasaran.

Pihak polis mesti memperlihatkan bahawa mereka adalah adil dan dilihat adil dalam tindakan mereka. Apabila perarakan dan perhimpunan yang begitu kontroversi gagal tangani oleh polis, ia memperlihatkan bahawa Polis DiRaja Malaysia (PDRM) tidak bebas. Kita yakin pihak polis akan menangani dengan serius tanggapan masyarakat bahawa polis adalah berat sebelah.

Saya yakin pihak polis lebih tertekan apabila NGO yang menganjurkan perhimpun kontroversi kepala lembu itu diterima mengadap pula oleh Menteri Dalam Negeri. Sedangkan NGO atau parti-parti pembangkang, kadangkala memorandum yang mereka hantar kepada menteri hanya diterima oleh pegawai biasa sahaja.

Rakyat hendak melihat pasukan keselamatan (polis) mengembalikan wibawa mereka, sejajar dengan motto "Cekap dan Betul".

PKR Setuju Pas Tanding Bagan Pinang

Kesepakatan antara parti komponen Pakatan Rakyat dilihat semakin utuh apabila Majlis Pimpinan Keadilan Negeri Sembilan secara sebulat suara menyatakan persetujuan supaya calon Pas bertanding dalam Pilihan Raya Kecil N31 Bagan Pinang.

Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat Negeri Sembilan, Ibrahim Yusof berkata pendirian berkenaan dibuat setelah Majlis Pimpinan berkenaan mengadakan satu mesyuarat khas bersama lapan cabangnya.

“Penderian jelas mengikut status quo yang lama pada PRU Mac 2008. Kita berpegang pada pembahagian kerusi dan kebetulan ia adalah kerusi Pas maka kita bersetujua Pas bertanding di situ.

“Di peringkat perhubungan negeri kita secara konsisten bersetuju calon Pakatan Rakyat daripada Pas. Perbincangan dibuat di semua lapan cabang dan memuutuskan secara sebulat suara,” katanya.

Menurutnya keputusan berkenaan akan diserahkan kepada pimpinan PKR pusat bagi membolehkan kepimpinan berkenaan membuat sebarang keputusan.

Ibrahim berkata, pihaknya yakin Pakatan Rakyat akan berjaya menawan kerusi DUN N31 memandangkan gelombang kebangkitan rakyat yang masih belum reda.

“Peluang tetap ada kerana gelombang kebangkitan rakyat masih belum reda, rakyat masih dahagakan perubahan dan mahukan pembaharuan. Keduannya kalau mengambil kira PRU Mac 2008 ada beberapa kawasan yang sebenarnya ramai tidak keluar mengundi dan kita yakin kali ini mereka akan keluar mengundi.

“Dan mungkin juga pada waktu itu ada mesej-mesej tidak sampai pada peringkat pengundi. Oleh itu kita cukup berkeyakinan dalam PRU kali ini kita akan berjaya dengan sokongan semua jentera,” katanya.

Kerusi DUN Bagan Pinang kosong berikutan kematian penyandangnya, Azman Mohammad Noor pada Jumaat lalu akibat jangkitan dalam darah.

Sementara itu Naib Presiden Pas Mahfuz Omar berkata, pimpinan Pas menyambut baik keputusan berkenaan sekaligus memperlihatkan perpaduan dalam Pakatan Rakyat untuk merampas kerusi DUN berkenaan.

Menurutnya keputusan berkenaan dengan jelas mengekalkan status quo pada PRU 12 yang lalu.

“Saya menyambut baik keputusan Pakatan Rakyat Negeri Sembilan khusunya rakan komponen daripada Parti Keadilan Rakyat dan DAP yang menunjukan kesepaatan dan persefahaman amat baik terjalin antara parti komponen Pakatan Rakyat Negeri Sembilan.

“Saya yakin keputusan itu menggambarkan bagaimana hasrat Pakatan Rakyat Negeri Sembilan untuk melihat Barisan Nasional akan dikalahkan. Saya yakin bahawa Pakatan Rakyat Negeri Sembilan akan menterjemahkan dalam bentuk pelaksanaan gerak kerja yang bermula dari sekarang bagi pastikan kemenangan calon Pas yang mewakili Pakatan Rakyat,” katanya.

Kesepakatan antara parti komponen Pakatan Rakyat dilihat semakin utuh apabila Majlis Pimpinan Keadilan Negeri Sembilan secara sebulat suara menyatakan persetujuan supaya calon Pas bertanding dalam Pilihan Raya Kecil N31 Bagan Pinang.

Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat Negeri Sembilan, Ibrahim Yusof berkata pendirian berkenaan dibuat setelah Majlis Pimpinan berkenaan mengadakan satu mesyuarat khas bersama lapan cabangnya.

“Penderian jelas mengikut status quo yang lama pada PRU Mac 2008. Kita berpegang pada pembahagian kerusi dan kebetulan ia adalah kerusi Pas maka kita bersetuju Pas bertanding di situ.

“Di peringkat perhubungan negeri kita secara konsisten bersetuju calon Pakatan Rakyat daripada Pas. Perbincangan dibuat di semua lapan cabang dan memutuskan secara sebulat suara,” katanya.

Menurutnya keputusan berkenaan akan diserahkan kepada pimpinan PKR pusat bagi membolehkan kepimpinan berkenaan membuat sebarang keputusan.

Ibrahim berkata, pihaknya yakin Pakatan Rakyat akan berjaya menawan kerusi DUN N31 memandangkan gelombang kebangkitan rakyat yang masih belum reda.

“Peluang tetap ada kerana gelombang kebangkitan rakyat masih belum reda, rakyat masih dahagakan perubahan dan mahukan pembaharuan. Keduannya kalau mengambil kira PRU Mac 2008 ada beberapa kawasan yang sebenarnya ramai tidak keluar mengundi dan kita yakin kali ini mereka akan keluar mengundi.

“Dan mungkin juga pada waktu itu ada mesej-mesej tidak sampai pada peringkat pengundi. Oleh itu kita cukup berkeyakian dalam PRU kali ini kita akan berjaya dengan sokongan semua jentera,” katanya.

Kerusi DUN Bagan Pinang kosong berikutan kematian penyandangnya, Azman Mohammad Noor pada Jumaat lalu akibat jangkitan dalam darah.

Sementara itu Naib Presiden Pas Mahfuz Omar berkata, pimpinan Pas menyambut baik keputusan berkenaan sekaligus memperlihatkan perpaduan dalam Pakatan Rakyat untuk merampas kerusi DUN berkenaan.

Menurutnya keputusan berkenaan dengan jelas mengekalkan status quo pada PRU 12 yang lalu.

“Saya menyambut baik keputusan Pakatan Rakyat Negeri Sembilan khusunya rakan komponen daripada Parti Keadilan Rakyat dan Dap yang menunjukan kesepakatan dan persefahaman amat baik terjalin antara parti komponen Pakatan Rakyat Negeri Sembilan.

“Saya yakin keputusan itu menggambarkan bagaimana hasrat Pakatan Rakyat Negeri Sembilan untuk melihat Barisan Nasional akan dikalahkan. Saya yakin bahawa Pakatan Rakyat Negeri Sembilan akan menterjemahkan dalam bentuk pelaksanaan gerak kerja yang bermula dari sekarang bagi pastikan kemenangan calon Pas yang mewakili Pakatan Rakyat,” katanya.

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab terhadap rumah ibadah agama lain — Khalid Samad

SEPT 10 — Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu.

Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’, tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim.

“Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”.

Tetapi Umar menolak cadangan Patriach dan solat (di luar) di tangga yang berada di hadapan pintu gereja tersebut secara bersendirian. Selepas beliau menyelesaikan solat asar, beliau (masuk kembali lalu) berkata kepada Patriach al-Quds :

“Sekiranya saya mengerjakan solat tadi di dalam gereja tuan, saya merasa pasti bahawa ummat islam pada zaman akan datang akan menyatakan bahawa Saidina Umar mengerjakan solat di dalam gereja ini, maka kita boleh menukarkan gereja ini kepada masjid untuk melaksanakan solat di dalamnya”.

Kisah di atas menceritakan respon Saidinna Umar kepada cadangan Patriach supaya beliau solat di dalam gereja al-Qiamah. Respon Saidina Umar merupakan satu respon yang mengambil kira kepentingan golongan Nasrani dan Patriach sambil dalam masa yang sama melindungi Kanisah mereka.

Sehubungan dengan itu, sekiranya ummat Islam adalah peroboh kuil, gereja dan synagogue seperti yang didakwa oleh musuh-musuh Islam dan turut dipercayai oleh segolongan ummat Islam yang jahil, sudah pasti Saidina Umar akan bertindak sebaliknya. Maka amatlah malang sekiranya ummat Islam sendiri tidak memahami konsep keadilan yang dipertahankan oleh Islam sepertimana yang telah dizahirkan oleh Saidina Umar. Konsep keadilan ini meliputi berbagai perkara, termasuklah keadilan terhadap orang bukan Islam sendiri.

Khalifah-Khalifah Islam sebelum mengutus tentera Islam sentiasa berpesan supaya tidak dibunuh kanak-kanak, orang tua, orang yang berlindung ditempat-tempat peribadatan dan tidak diroboh rumah-rumah peribadatan mereka. Begitu juga, tidak dibunuh haiwan ternakan kecuali untuk dimakan dan tidak dimusnahkan tanam-tanaman dan menebang pokok-pokok tanpa alasan.

Keadilan yang sebeginilah yang melonjakkan ummat Islam ke kedudukan istimewa satu ketika dahulu! Bukan kekejaman dan bukan kezaliman.

Menurut kisah ini juga, maka adalah jelas bahawa Saidina Umar memasuki gereja dan berbincang dengan Patriach di dalamnya. Dengan itu, adalah diharapkan tiada pula dari golongan jahil yang akan menggelar Saidina Umar dengan gelaran “Umar Gereja” di atas sebab ini.

Saya sememangnya cukup hairan dengan sikap sebahagian dari ummat Islam dewasa ini. Mereka berhajat besar untuk memimpin dunia, tetapi tidak menzahirkan sikap yang memungkin cita-cita ini tercapai. Terlalu banyak yang disensitifkan sehinggakan tidak mungkin berbincang dan berunding dengan yang bukan Islam sama sekali. Manakan mungkin menjadi pemimpin dunia yang majoritinya bukan Islam, sekiranya kita sendiri tidak mampu untuk berinteraksi bersama mereka bagi membuktikan keadilan Islam itu sememangnya untuk semua. — khalidsamad.com

Menjenamakan semula BN sebagai suara rakyat — Rejal Arbee

SEPT 10 — Dalam tempoh terdekat ini, negara akan menyaksikan satu lagi pilihan raya kecil, iaitu yang kesembilan sejak pilihan raya umum 8 Mac tahun lalu menjadikannya yang terbanyak pernah berlaku dalam sejarah politik negara. Kali ini ia membabitkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang di Negeri Sembilan, berikutan kematian wakil rakyat Barisan Nasional (BN), Azman Mohamad Noor, Jumaat lalu.

Tarikh penamaan calon dan hari pengundian akan ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Isnin ini dan besar kemungkinan diadakan akhir Oktober ini berikutan beberapa peristiwa penting, termasuk Aidilfitri dijangka jatuh pada 20 September selain Deepavali pada 17 Oktober serta juga perhimpunan khas Umno pertengahan bulan itu serta sidang Dewan Rakyat mulai 19 Oktober juga.

Apa pun pemilihan kali ini amat kritikal bagi Umno dan BN bukan saja kerana ia perlu mempertahankan kerusi itu memandangkan majoriti enam kerusi saja di DUN Negeri Sembilan, malah lebih penting ialah menahan arus prestasi buruknya dalam tujuh pilihan raya kecil sebelum ini daripada terus berlarutan.

Daripada lapan pilihan raya kecil itu, BN hanya dapat mempertahankan kerusi DUN Batang Air di Sarawak. BN bagaimanapun gagal mempertahankan kerusi Parlimennya di Kuala Terengganu apabila calonnya kalah kepada Pas dengan majoriti selesa 2,631 undi berbanding majoriti hanya 628 undi yang dimenangi BN ketika pilihan raya umum Mac 2008.

Walaupun tujuh kerusi lain yang ditandingi itu adalah kerusi Pakatan Rakyat (PR), BN tidak sedikit pun dapat menjejaskan kedudukan PR. Hanya untuk kerusi DUN Manek Urai di Kelantan saja ia dapat memberikan saingan sebenar hingga mengurangkan majoriti kemenangan Pas daripada 1,352 undi kepada hanya 65 undi.

Bahkan bagi pilihan raya kecil kerusi DUN Penanti di Pulau Pinang, BN memberikan laluan percuma kepada PKR apabila tidak pun meletakkan calon. Hasilnya hanya 46 peratus daripada sejumlah 5,384 pengundi berdaftar, keluar mengundi iaitu satu jumlah undian terkecil pernah berlaku.

Apakah kesimpulan yang boleh dibuat daripada trend pengundian yang tidak langsung memihak kepada BN ini? Jelas sekali sokongan terhadap Umno dan BN semakin merosot. Tetapi apakah benar pandangan sesetengah bahawa rakyat kini sudah begitu meluat terhadap Umno dan BN hingga memilih sesiapa saja yang menentangnya?

Malangnya ramai yang berpandangan sedemikian. Inilah sebenarnya hakikat kedudukan politik negara sekarang. Dulu pernah dikatakan pengundi akan memilih sesiapa saja yang menjadi calon BN. Tetapi kedudukan itu sekarang sudah terbalik dan sesiapa pun yang diletakkan sebagai calon menentang BN, akan terpilih.

Inilah sebenarnya yang berlaku pada Pilihan Raya Umum Ke-12, Mac 2008 apabila calon PR di sesetengah kawasan yang terdiri daripada mereka yang tidak pernah berkecimpung dalam politik, yang masih mentah hingga ada yang hanya boleh bertutur bahasa Melayu pasar pun terpilih.

Trend ini masih berterusan jika dilihat dalam pilihan raya kecil yang sudah berlalu.

Kesimpulannya ialah BN khususnya Umno perlu berubah sikap. Ia tidak lagi boleh berlagak seperti dulu. Pemimpinnya pada peringkat bahagian dan cawangan tidak lagi boleh bersikap bongkak atau sombong dan bertindak untuk kepentingan sendiri saja. Rakyatlah yang perlu diutamakan kalau hendakkan sokongan mereka.

Dengan itu pemilihan calon juga amat penting. Jangan ulangi apa yang terjadi di Permatang Pasir dengan memilih seorang yang tidak berwibawa dan yang berdepan pelbagai masalah termasuk masalah peribadi. Sekiranya BN ingin mempertahankan kerusi Bagan Pinang, calonnya hendaklah seorang yang tidak akan menimbulkan apa-apa kesangsian sekali pun. Sebolehnya seorang yang tidak mempunyai cacat cela atau sejarah yang menjengkelkan.

Apa pun arus yang membawa BN ke kedudukan mencemaskan ini harus disekat dan diubah kiranya BN berhasrat untuk mendapat sokongan rakyat untuk dipilih lagi menerajui kerajaan dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

Kalau tidak, ia juga akan mengalami nasib sama seperti menimpa Parti Liberal Demokratik (LDP) Jepun yang disingkirkan dengan kekalahan teruk selepas menerajui negara itu selama 55 tahun. Parti baru Demokratik meraih 308 kerusi berbanding hanya 119 kerusi yang dimenangi LDP dalam pilihan raya pada 30 Ogos lalu.

Malah ramai sudah pun membuat ramalan terhadap kemungkinan BN juga mengalami nasib sama seperti LDP Jepun ini jika ia tidak berubah sikap. Dikatakan ramai yang menyertai Umno sekarang bukannya untuk memperjuangkan kepentingan rakyat tetapi untuk mengisi temolok sendiri. Amalan rasuah dan politik wang perlu dihapuskan sama sekali kiranya ia mahu terus menjadi relevan.

Dengan itu perhimpunan khasnya pada pertengahan Oktober nanti akan menjadi tanda penunjuk apakah Umno sudah sedia untuk mengubah diri menghadapi keadaan baru ini. Kalau tidak ia tentunya akan mengalami nasib sama seperti yang berlaku kepada LDP.

Parti-parti komponen BN khususnya MCA dan MIC juga menghadapi masalah lebih-lebih lagi MCA yang seolah-olah sudah terbahagi dua, manakala MIC pula seperti parti yang sudah tua yang memerlukan suntikan barisan pimpinan baru.

Apakah kedua-dua komponen utama BN dapat menyelesaikan masalah dalaman masing-masing hanya masa akan menentukan. Sebenarnya BN tidak pun berdepan dengan saingan yang mantap. Lihat saja apa yang sedang berlaku antara ketiga-tiga parti yang mendokong Pakatan Rakyat khususnya Pas dan DAP.

Kedua-dua parti ini tidak langsung mempunyai matlamat perjuangan yang sama. Perbalahan terus saja berlaku antara mereka dan tentunya kerajaan yang mereka terajui juga tidak akan mantap seperti berlaku di Selangor dan Pulau Pinang. PKR pula lebih mementingkan perjuangan seorang yang begitu teringin untuk menjadi Perdana Menteri.

Walaupun demikian perasaan menyampah terhadap BN khususnya Umno kalau dibiarkan berterusan akan membuatkan pengundi memilih siapa saja yang menentangnya. Inilah kedudukan yang perlu ditangani BN sekiranya tidak mahu menjadi seperti LDP di Jepun. — Berita Harian

Sudah Jadi Tauke Bir Sekarang....?? Hebat-hebat.

Macamlah dah tak ada biz lain?

Mirzan Mahathir appointed director on San Miguel Corp board


Fireworks are seen beside a giant San Miguel beer bottle. Mirzan Mahathir has just been appointed a director of San Miguel Corp. — Reuters pic

KUALA LUMPUR, Sept 10 — Mirzan Mahathir, the eldest son of Tun Dr Mahathir Mohamad was recently appointed to the board of San Miguel Corp, the biggest food and beverage conglomerate in the Philippines and the owner of San Miguel Brewery Inc.

San Miguel Corp told the Philippines stock exchange last week about Mirzan’s appointment which is to represent the interests of Q-Tech Alliance Holdings Inc on the board.

Q-Tech, a Manila-based investment company in which Mirzan has a stake in, recently acquired a 19.9 per cent share in San Miguel Corp for 39.61 billion pesos (RM2.9 billion).

It bought the stake from Japan’s Kirin Holdings, which used the funds to help finance the acquisition of a 43 per cent stake in San Miguel Brewery Inc.

With this latest corporate exercise, San Miguel Corp still maintains a 51 per cent stake in San Miguel Brewery Inc.

San Miguel Brewery controls 95 per cent of the Philippine beer market. The company has made San Miguel Beer for more than a century. The beer is brewed in the Philippines, China, Indonesia, Vietnam, Thailand and Malaysia, and is sold in 60 markets worldwide, according to the company’s Web site.

San Miguel Corp has been selling its food and beverage assets since 2007 to expand into the mining, infrastructure and property industries.

Mirzan’s involvement in the deal, while a sound investment decision, has raised some eyebrows among Malaysia’s conservative Muslim community.

Since news of Q-Tech’s acquisition of San Miguel Corp shares began circulating here, a number of news blogs have used it to attack Dr Mahathir’s Muslim credentials.

Mirzan’s corporate forays have not been without controversy.

He once controlled Konsortium Perkapalan Bhd when Dr Mahathir was prime minister, but was forced to sell its shipping assets to Malaysia International Shipping Corporation (MISC), in what critics said then was a bailout.

DUN Bagan Pinang: Muhyiddin mahu Umno Negeri Sembilan senarai beberapa nama

PUTRAJAYA: Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini meminta Umno Negeri Sembilan menyenaraikan beberapa nama untuk dipertimbangkan sebagai calon Barisan Nasional bagi pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Sembilan kawasan Bagan Pinang.

Timbalan Perdana Menteri berkata langkah itu penting untuk membolehkan pucuk pimpinan parti membuat penilaian dengan lebih objektif.

"Saya belum terima apaapa lagi jadi saya tak boleh nak andaikan apa nama atau siapa yang nak dikemukakan, tapi peringkat kepimpinan tertinggi termasuk Perdana Menteri dan saya mengharapkan beberapa nama dikemukakan," katanya ketika diminta mengulas keputusan Umno Teluk Kemang yang dilaporkan hanya mahu menyenaraikan nama bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Isa Abdul Samad, yang juga ketua bahagian itu, sebagai calonnya.

Kerusi Bagan Pinang kosong berikutan kematian penyandangnya Azman Mohamad Noor, 54, daripada BN meninggal dunia pada 4 Sept lepas.

Ketika mengulas mengenai kemelut Umno Terengganu, Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno berkata, pertemuan secara telus dan terbuka akan diadakan bersama pihak terbabit selepas Hari Raya Aidilfitri.

Katanya penyelesaian bagi kemelut tersebut sangat penting memandangkan ia telah berlanjutan lebih dari setahun sedangkan tumpuan seharusnya diberi kepada usaha dan proses pembangunan negeri.

"Saya akan selesaikan perkara ini seperti yang saya maklumkan sebelum ini. Sudah tentu sekarang dengan (majlis) berbuka puasa dan sebagainya, mood itu belum tiba tetapi adalah jelas bahawa sangat penting untuk kita mencari penyelesaian terakhir kerana kita tak mahu ia berlanjutan lagi," katanya.

Krisis politik Terengganu bermula selepas pelantikan Datuk Ahmad Said sebagai Menteri Besar kerana beliau tidak mendapat sokongan beberapa Anggota Dewan Undangan Negeri itu daripada BN. BERNAMA

Minda Dr. Mujahid Yusof Rawa Tentang Islamic State..


Teman benar2 menghargai tulisan Saudara Mujahid Yusof Rawa, Ahli Parlimen PAS Parit Buntar ini. Ia sudah tentunya memakan masa dan memerlukan in depth study untuk menghasilkannya... Tulisan ini juga menunjukkan daya intelek beliau yang tinggi. Siapa kata PAS tak ada tokoh-tokoh hebat.? Jauh dari bersifat stereotype, tokoh seperti Saudara Mujahid, Khalid Samad, Hanifah Maidin, Dr. Dzul dll adalah tokoh-tokoh Islam yang menyegarkan... Pemahaman dan keupayaan "menjual dan mempromosi" Islamic State dalam ertikata yang sebenar memerlukan kebijaksanaan. Ini dapat dapat dinukilkan dengan baik oleh Saudara Mujahid dalam tulisan beliau ini... The notion of an Islamic State is about executing the principles laid down by God and that He never handed down to anyone under His name. The ruler must follow these principles, the subject must ensure the principles are followed while the scholars must come in between them, to help the rulers execute and help to educate the subjects on the need to implement these principles. What are the principles? Just like the reformist use in their slogan “Justice, Equal Rights, Democracy and Accountability. In Arabic, the principles are Al Adl, Huquq, Shyura and Hurriyah. Secularist perlu ditumpaskan dengan hujah yang mantop bukannya sentimen semata2. Di situlah peranan tokoh2 ini perlu diexploit sebaik mungkin. Ada baiknya ruangan terbuka di masjid-masjid, majlis-majlis wacana dan sebagainya ketika ini diisi dengan variasi minda agar kita tidak hanya disogokkan dengan aliran yang bersifat satu hala sahaja...Wallahua'lam.

Islamic state debate, revisited and revised..

SEPT 10 — There is no doubt the issue of an Islamic State was used by certain quarters to pursue their political interest, the debate circled not only in Malaysia but also at the international level.

I do not see why such debate on the issue has become a world interest, but what I do see is the misperception entangled in the world of ignorance and biased understanding of the whole issue.

In Malaysia, many quarters have taken a keen interest in this topic but unfortunately most of them cannot afford to let go of the secular framework of thinking and they try very hard to elucidate the Islamic state debate but only to find themselves winding up with the same secularist perception and mantra , “Give what to God is to God and give to Caesar what is to Caesar”.

If you ask me, what is the biggest hurdle to the debate of Islamic State? I would believe it is in the fundamentals and the thinking deep-rooted in the mind of those who have lived in the world of dichotomy between state and religion.

I do not blame them since this is the biggest success of the “Enlightenment” which brought Europe and rest of the Western World to the height of their civilization.

Imagine all the discoveries, inventions and the modern world; to think that the credit goes to the wisdom of separating faith and worldly pursuance, how can one be wrong?

Even Muslims who were whitewashed with the secularist brand of thinking believed in it, I cannot imagine why non-Muslims should not believe in this dichotomy. But my contention to the belief of separating state and religion is, is it worth an experience, “civilisationally” speaking?

Does the experience bring harmony to mankind when the effect of secularism gives birth to materialism, moral decay and political anarchy? Is it not time to shift the archaic perception of a state in the secularist view to a new view?

Even the father of secularism (the Western World) is trying to find harmony now with the faith they abandoned hundreds of years ago!

I call on the antagonists to the Islamic State to take a deep breath and embrace yourselves in the new thinking of a state. After all, these are the reformist who call for change in every political statement they made.

I made it a clear earlier that I do not see a fuss in the issue, because the Islamic State as a concept in the Islamic Political Jurisprudence is crystal clear on this.

Basically it is wise for the antagonists to know the fundamentals of Islam, which state that faith is a way of life to a Muslim; it is not a faith per-say but it is called Ad Deen which simply means enveloping all aspects of life with the guidance of the faith, including Statehood and Nationhood.

This fundamental is supported by infrastructure laid by the Prophet Muhammad pbuh in his teachings and great examples, which all Muslims must abide by to follow the path.

I do not wish to lecture here but it is sufficient to usher anti-Islamic State quarters to their fundamental misperceptions about Islam, where they equate my faith with that defined by the secularist notion. Faith for the secularist is personal and private as long, as it does not “interfere” with the state then faith is fine.

As a Muslim, I’m taught by my faith to detest oppressors, tyranny and injustice done to my fellow humans and non-humans alike.

When one Muslim reacts upon injustice — usually by those in power — his action is considered a deed to be rewarded in the Hereafter, is this not a political phenomena?

For those in power, Islam reminds them to act justly towards everyone regardless of their faith and tribes and the rulers will be dealt first in the Hereafter before their subjects are called in the Court of God.

Does such a teaching not have concepts of accountable political leadership? The same concept applied to social contract was introduced in the 16th century to control the power of the rulers and gave the subjects a role in check and balance of power.

My faith has taught me long ago, before the concept of social contract surfaced, and to think that it was my Prophet who taught me and not intellectuals, gave me more reason to believe a state cannot be separated from my faith.

So when the whole process of check and balance which we lack today are already laid down by Islam to ensure the state is smoothly run, how can I defy such a clear relation between faith and the state?

My moral obligation to the state is guided by guidelines laid down by my faith, as much as my leader who runs the state must also abide by the principles of leadership which rests on fundamentals such as Competency, Accountability and Transparency (ask Lim Guan Eng, he will tell you).

These political behaviours on the relationship between those ruling and their subjects are all provided for by Islam through the manifestation made by the Prophet Muhammad and followed by the Guided Caliphs.

As time passed, the process of Statehood became complicated by the expansion of the Islamic Civilisation, the fundamentals remain intact although the form may vary from one epoch to another.

Even today, the duties of Islamic politicians all over the world, including PAS, must be fulfilled on a philosophy and political pursuance based on these fundamentals of political behaviour.

If the politicians of secularist upbringings perceive this stand as incompatible then they are questioning my right of faith. My right of faith should not be under scrutiny and if my faith acknowledges that political behaviour is essential, then let no one speak louder than my faith!

But the debate on an Islamic State is not about political behaviour envisaged in the Islamic principles, it is the notion of Theocracy as the Islamic State replaced the notion that rulers were manifestations of gods on earth, a notion which during brought darkness to Europe the Medieval Age.

Renaissance came to illuminate the darkness and thus theocracy was replaced with Liberalism. An Islamic State will only bring us back to darkness and so they argue.

I do not know from which intellectual argument justifies equateing an Islamic State to that of Theocracy practised by the Church during the Medieval Age?

An Islamic State is not and can never be theocratic in the sense that the power of god has been handed down to religious individual and institution to govern the earth.

The notion of an Islamic State is about executing the principles laid down by God and that He never handed down to anyone under His name.

The ruler must follow these principles, the subject must ensure the principles are followed while the scholars must come in between them, to help the rulers execute and help to educate the subjects on the need to implement these principles.

What are the principles? Just like the reformist use in their slogan “Justice, Equal Rights, Democracy and Accountability. In Arabic, the principles are Al Adl, Huquq, Shyura and Hurriyah.

The notion is even better as there would be no room for exploitation and thus everyone including the ruler, the subject and the scholars are held responsible if these principles are not practice.

There is no one in between to mediate these principles. It comes straight from Heaven (sorry to use the word, the secularist do not like the word “Heaven” in political argument) as to what constitute Justice, Equal Rights, etc.

The rulers are guided by the jurisprudence of what has been defined and what has been left to the rulers to decide.

As long asthe rulers’ action is not defined as wrong by Islam, the ruler may decide any cause of action for the state with the underlying objective of Public Interest.

Does this have anything to do with god’s representative on earth? A representative may at his own whims and wants do anything by the name of god but in Islam we are just executioners without having any power to alter and change, so the right word to use to express this is God’s Vicegerency or the Arabic word for it, Khalifutulllah.

There are no priest, no holy man, in the Islamic State. We all are Khalifah. That is why the name given to ruler in Islam is The Caliph.

I know the antagonists are beginning to accept the concept of Vicegerency as there is in no way the concept comes close to that of theocracy which they insist and justify as the prime reason for them to reject the Islamic State.

But lately, there has been more reasons added to their contention to the Islamic State such as questioning what right Islam has to impose Moral Standard on the public.

Do we want another Taliban style of ruling? Can we afford to have Islamic moral police hunting evil doers?

I take it these questions are not of fundamentals; they are imaginary worries imposed to incite public fear, in Muslims and non Muslim alike.

I choose to argue this point on my next premise of debate which rest on the operative part of the concept and how all the points I have made earlier are reflected operationally in the present situation.

The important question where most people like to debate is whether “Is there an Islamic State today?” “If there was, where?” and the bonus question: “Malaysia, an Islamic State?”

As a start to answer these questions, I must first quote an antagonist remark when they try to answer this question such as “over my dead body!” and “PAS Islamic State is incompatible to Democracy!”

You know who said that, and how persistent they have been, sometime people are hard to change!

innity_height = "**";

Hakim Mahkamah Tinggi pakar silap mata....!!!

Hakim mahkamah kita tidak ubah seperti pakar silap mata . Malah mungkin mampu mengalahkan David Copperfield dalam aksi illusi kejap ada , kejap tiada!

Pada 17 Julai tahun lalu, Umno sebagai defendan telah diperintah oleh Mahkamah Tinggi membayar Elegant Advisory RM218 juta, serta kos dan faedah selepas defendan gagal menjawab saman.

Tetapi hari ini,Mahkamah yang sama telah membatalkan saman tersebut dengan alasan ia tidak memenuhi Seksyen 71 Akta tersebut dan tidak ada kaitan kontrak antara Elegant Advisory dan Umno.

Malah Hakim tersebut juga mengarahkan Elegant Advisory membayar RM10,000 kepada UMNO dalam tempoh 14 hari!

Tentulah terkebil-kebil mata Elegant Advisory.Sudahlah RM218 juta lebuh hilang entah kemana, kena pula bayar RM10 ribu!Memang tiada untungnya berniaga dengan Umno.Serik!

Hebat permainan silap mata yang didalangi oleh siapa lagi kalau bukan oleh Umno sendiri! Macam in i ke nak bela peniaga Melayu? Siapa yang makan Melayu? Memang dasar Umno menjahanamkan orang Melayu disebalik laungan berapi-api kononnya membela Melayu!

Maka Peguam Umno , Hafarizam bukan main seronok lagi lalu dengan gah berkata bahawa keputusan mahkamah itu membuktikan parti itu tidak terbabit dalam perbelanjaan mewah dalam kempen pilihanraya.

"Umno sebagai sebuah parti yang bertanggungjawab, tidak melanggar Akta Kesalahan Pilihanraya 1994," katanya. Kononnya! Dia ingat orang percaya cakap dia! Podah!

(Akta itu menyebut bahawa bahan kempen bagi kerusi Parlimen tidak boleh melebihi RM200,000 dan RM100,000 bagi kerusi negeri.)

http://alhusseyn51.blogspot.com/2009/09/hakim-mahkamah-pakar-silap-mata.html

Keshvinder: Siasat Punca Kecederaan Atau Hadapi Tindakan Saman

Adun Malim Nawar Keshvinder Singh membuat laporan polis terhadap apa yang beliau dakwa tindakan kasar polis terhadap beliau pada 2 September lalu sehingga beliau terpaksa menerima rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun.

Keshvinder berkata laporan dibuat supaya siasatan dijalankan terhadap kejadian berkenaan. Dan jika polis gagal menyiasat kata Keshvinder pihaknya akan mengemukakan saman terhadap Pasukan Poilis DiRaja Malaysia .

Keshvinder kini cuti sakit dan masih trauma dengan kekasaran yang dilakukan polis terhadapnya.

Dalam keghairahan polis menghalang sidang DUN Perak 2 September lalu, Keshvinder cedera dikepala yang memerlukan rawatan kecemasan. Ketika itu beliau cuba melindungi Datuk Seri Nizar Jamaluddin .

Keshvinder yang ditahan polis dikatakan dicampak ala aksi gusti ke atas jalanraya sehingga kepalanya terhantuk menyebabkan tengkoraknya retak.

Beliau juga mendakwa kepalanya ditekan dengan kaki sementara perutnya ditendang-tendang. Beliau tergapai kesesakan nafas apabila polis menjerut lehernya dengan tali leher.

“Saya akan ke Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh untuk membuat laporan polis terhadap Polis diraja Malaysia, Ketua Polis Negara, Ketua Polis Perak dan kerajaan Malaysia bagi semua kecederaan dan kerugian yang saya alami seminggu lalu termasuk ganti rugi pendapatan sebagai peguam kerana gagal menghadiri kes-kes mahkamah, untuk kesakitan dan penderitaan dan untuk kerugian lain yang saya alami,” katanya.

Menurutnya, sebagai seorang peguam beliau berhak mandapatkan maklum balas daripada polis dalam tempoh terdekat sama ada siasatan telah dijalankan atau tidak.

Katanya, kekecohan 2 September lalu berlaku disebabkan provokasi melampau yang dicetuskan polis terhadap ADUN Pakatan Rakyat.

Keshvinder berkata perintah mahkamah jelas menyatakan mereka boleh berada pada jarak 30 meter dari Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri tanpa sebarang halangan polis.

Menurutnya mereka bergerak dari Wisma DAP ke arah Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri untuk menjalankan kewajipan mereka sebagai ADUN.

Katanya semua adun Pakatan Rakyat berjalan dengan aman tetapi sengaja dihalang oleh polis sehingga mencetuskan ketegangan yang menyebabkan berlakunya kekasaran.

Sehubungan itu, beliau mahu siasatan dijalankan segera.

“Kebiasaannya selepas membuat laporan polis saya membuat notis tuntutan memberi mereka tempoh masa 14 hari untuk menjalankan siasatan dan sekiranya gagal saya akan ke mahkamah,” katanya.

Beliau turut menyatakan kekecewaannya terhadap Barisan Nasional yang menggunakan pelbagai cara untuk menghalang Pakatan Rakyat menjalankan tanggungjawab seperti yang termaktub dalam Perlembagaan negara.

Najib bertanding di Bagan Pinang?

Mohd Najib Isa - anak kepada bekas menteri besar Negeri Sembilan Tan Sri Isa Samad - adalah antara nama yang kini disebut-sebut dicalonkan mewakili BN bertanding dalam pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang.

Pilihan itu dibuat kemungkinan kerana beliau mampu menarik sokongan pengundi terutama anak muda di kawasan tersebut dan juga menumpang tuah bapanya yang cukup berpengaruh di Teluk Kemang.

Isa yang juga bekas naib presiden Umno adalah ketua Umno bahagian di Teluk Kemang dan Najib adalah ahli jawatankuasa bahagian merangkap naib ketua Pemuda bahagian.

Sebelum ini, nama Isa juga disebut-sebut mungkin dipilih mewakili BN dalam pilihanraya kecil itu kerana mempunyai ramai saudara mara di Bagan Pinang.

Sekiranya Mohd Najib (kanan sekali) dipilih, ia juga secara tidak langsung boleh memberi kemenangan kepada anaknya untuk mempertahankan kerusi itu yang kosong ekoran kematian penyandangnya, Azman Mohamad Noor.

Azman yang juga bekas naib ketua bahagian itu, meninggal dunia Jumaat lalu akibat jangkitan dalam darah.

Dalam pilihan raya umum tahun lalu, Azman menang dengan majoriti 2,333 undi, menewaskan calon PAS Ramli Ismail yang memperolehi 4,097 undi.

Selain Isa dan Najib yang disebut-sebut untuk dicalonkan bertanding di kerusi tersebut, ada beberapa calon lagi, yang akan dipertimbangkan untuk menjadi calon.

Ketika dihubungi Malaysiakini, Setiausaha bahagian Mansor Ibrahim berkata terdapat tujuh atau lapan ahli jawatankuasa bahagian yang disenaraikan untuk pertimbangan bahagian untuk dicalonkan bertanding dalam pilihanraya kecil tersebut.

Bahagian itu akan bermesyuarat untuk membincangkan pemilihan calon dan persiapan jentera pilihan raya BN, di Kelab Golf Port Dickson jam 5 petang ini.

Manakala Pesuruhjaya PAS, Zulkefly Mohamad Omar pula adalah antara tiga pemimpin PAS yang diura-urakan bertanding dalam pilihanraya kecil tersebut.

Dua lagi nama ialah bekas pesuruhjaya PAS negeri, Dr Rosli Yaakob dan bekas ketua Dewan Ulama PAS negeri, Kassim Tahir.

NGO kecam SKMM siasat Malaysiakini

Beberapa NGO, termasuk di peringkat serantau, mengecam keras tindakan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang menyiasat secara intensif sekumpulan besar wartawan Malaysiakini berhubung video demonstrasi membantah kuil Hindu.

Video itu merakamkan bantahan kira-kira 50 orang, dengan mengarakkan kepala lembu yang masih berdarah, di depan bangunan sekretariat kerajaan Selangor di Shah Alam, hujung bulan lalu, berhubung isu pemindahan kuil ke Seksyen 23.

Piagam 2000 Aliran, kumpulan pemantau kebebasan media dalam NGO berpengaruh itu, menyifatkan tindakan suruhanjaya itu sebagai mempersendakan jaminan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kelmarin untuk tidak menapis Internet.

"Tindakan secara metafornya membunuh pembawa mesej juga sangat tidak menyenangkan kerana ia bertujuan menakut-nakutkan wartawan yang sedar daripada melaporkan kebenaran tanpa rasa takut atau pilih kasih," kata penyelarasnya Dr Mustafa K Anuar dan Anil Netto dalam satu kenyataan.

Sementara Pakatan Akhbar Asia Tenggara (Seapa), dalam surat bantahannya kepada SKMM, pula menyifatkan siasatan itu sebagai satu bentuk "gangguan sewenang-wenangnya" terhadap akhbar web tersebut, dan sekali gus mencabuli hak bersuara dan kebebasan media.

"Seapa telah menonton video-video berkenaan, liputan Malaysiakini itu dan keadaan semasa, dan kami membuat kesimpulan bahawa Malaysiakini tidak membuat apa-apa selain melaporkan dua perkembangan berita yang sah," kata pengarah eksekutifnya Roby Alampay.

Pegawai penyiasat suruhanjaya itu mengambil keterangan lagi hari ini, kali ketiga selepas siasatan beramai-ramai selama lapan jam sekumpulan 12 pegawai kanan, editor, wartawan dan kakitangan teknikal Malaysiakini kelmarin di pejabat portal berita itu di Bangsar Utama, Kuala Lumpur.

Selain ketua pegawai eksekutif akhbar web itu Premesh Chandran, editor dan wartawan itu terlibat dalam proses pemberitaan, suntingan dan penerbitan dua berita dan video berhubung demonstrasi di Shah Alam pada 28 Ogos dan sidang media Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein, 2 September lalu turut disiasat.

Suruhanjaya itu memulakan siasatannya terhadap ketua pengarang kumpulan Steven Gan, Sabtu lalu, berhubung penerbitan dua klip video yang dituntut agar dibuang: Temple demo: Residents march with cow's head (28 Ogos) dan Hisham: Don't blame cow-head protesters (2 Sept).

Pemantau pilihan raya Institut Nasional bagi Integriti Pilihan Raya (NIEI) pula berkata siasatan itu "berniat jahat dan sekali gus bertentangan dengan prisinsip demokrasi dan kebebasan media yang termaktub dalam perlembagaan dan Artikel 19 Deklarasi Sejagat Hak Asasi Manusia.

"Bersempena dengan Hari Hak Asasi Manusia (peringkat Malaysia) semalam, NIEI mendesak agar kerajaan Malaysia dan SKMM agar menghormati kebebasan media dan kebebasan rakyat untuk mendapatkan maklumat," kata pengarah eksekutifnya Amin Iskandar.

"Tindakan sebegini hanya membawa Malaysia kebelakang sekali gus bercanggah dengan gagasan '1Malaysia: rakyat diutamakan, pencapaian didahulukan' yang dipopularkan oleh perdana menteri.

"Jika rakyat diutamakan, hormatilah hak asasi rakyat untuk bebas mendapatkan maklumat dan informasi."