Rabu, 9 September 2009

Bagan Pinang: Salahudin pengarah, Pakatan serah PAS pilih calon



KUALA LUMPUR, 9 Sept: Selepas PAS melantik Naib Presidennya, Salahudin Ayub sebagai Pengarah Pilihanraya Kecil Bagan Pinang, Telok Kemang, Pakatan Rakyat Negeri Sembilan pula memutuskan PAS akan bertanding di kerusi itu.

Keputusan melantik Salahudin dibuat oleh Lajnah Politik PAS yang bersidang di sini Isnin lepas. Mesyuarat itu dipengerusikan oleh Presiden PAS sendiri, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Di Seremban, keputusan memberi mandat kepada PAS untuk meletakkan calon di situ dibuat dalam mesyuarat bersama PAS, PKR dan DAP.

Dalam sidang media bersama mereka, Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Zulkefli Mohd Omar memaklumkan keputusan itu.

Turut serta dalam mesyuarat itu adalah Ketua Perhubungan PKR Negeri Sembilan, Datuk Kamarul Baharin Abbas dan Pengerusi DAP negeri yang juga Anggota Parlimen Rasah dan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lobak, Loke Siew Fook.

Datuk Kamarul yang juga anggota Parlimen Telok Kemang berkata, PKR akan memberikan sokongan penuh kepada mana-mana calon yang dipilih oleh PAS.

Sebelum ini, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Telok Kemang meminta agar calon PKR diletakkan dalam pilihan raya kecil itu.

Image(Gambar: Tokoh-tokoh penting di Bagan Pinang. Dari kiri Isa (Ketua Umno Bahagian), Ramli Ismail (YDP PAS), Husam (AJK PAS) dan Zulkefli (PJ PAS Negeri)

Dalam pilihanraya umum tahun lepas, Azman Mohd Nor, 54, yang mewakili Barisan Nasional (BN) menang dengan undi 6,430 menewaskan calon PAS, Ramli Ismail yang memperoleh 4,097 undi. Majoriti kemenangan adalah 2,333.

Halangan besar calon Pakatan dalam pilihanraya ini adalah undi Pos yang melebibihi 5,000 orang atau kira-kira 30 peratus dari pengundi kawasan ini.

Sementara itu, PAS Negeri Sembilan dikatakan mempunyai empat nama untuk menjadi calon di sini.

Mereka adalah Zulkefli sendiri di samping bekas Pesuruhajaya PAS Negeri Sembilan, Dr Rosli Yaakob, Ketua Dewan Ulama negeri, Kassim Tahir dan bekas calon dalam pilihan raya lalu, Ramli Ismail. Ramli adalah Yang Dipertua PAS Kawasan Telok Kemang.

Di pihak Barisan Nasional pula, nama bekas MB Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd Isa Samad disebut-sebut bakal menjadi calon.

Namun menurut satu sumber lain, bagi meringankan tekanan kepada calon yang mempunyai rekod tidak baik itu, nama anak beliau Mohd Najib disebut-sebut sebagai ganti.

Keputusan untuk menyerahkan kepada Umno Telok Kemang yang dipimpin Mohd Isa untuk membuat keputusan menamakan calon di situ dibuat oleh Datuk Seri Mohamad Hassan, MB Negeri Sembilan yang juga Pengerusi Perhubungan Umno Negeri.

SAH ZAMBRY HARAM!!!

IPOH: Mahkamah Tinggi di sini menolak permohonan saman bekas Speaker Perak, V Sivakumar terhadap penggantinya yang didakwa menyerang dan melakukan pemenjaraan salah semasa sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak 7 Mei lalu.

Ketika menolak permohonan itu dengan kos, Hakim Datuk Azahar Mohamed memutuskan mahkamah tidak ada kuasa untuk mendengar permohonan Sivakumar, justeru tidak boleh campur tangan dalam keputusan yang dibuat oleh ahli-ahli DUN.

Jika berbuat demikian katanya, ia akan melanggar Artikel 72 Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan kesahihan sebarang prosiding dalam DUN di mana-mana negeri tidak boleh dipersoalkan oleh mana-mana mahkamah.

“Ini adalah perkara dalaman dan apa sahaja perkara yang timbul perlu dibincang dan diselesaikan dalam DUN, bukan dalam mahkamah,” katanya-. mStar

Sya : Aku suka nak umumkan bahawasanya ZAMBRY dan semua EXCO Kerajaan Negeri PERAK la ni semuanya HARAm se HARAm -HARAmnya..Siapa kata AKu tak kata tapi MAHKAMAH yang KATA..!!!!

gambar wirawan lembu...senyum girang happy sungguh


Tengok gambar lembu tu tengok yang kena tuduh...sama tak senyuman diorang...betul la sama tapi tak serupa

Berikut senarai nama-nama lembu yang ditangkap dalam perhimpunan dan didakwa atas akta hasutan:-



1.Mohd Azmir Mohd Zain,
2.Ahmad Suhairy Zakaria
3.Mohd Hilmi Ni
4.Ibrahim Sabri
5.Ahmad Mahayuddin Abd Manaf
6.Eyzva Ezhar Ramly.

Lagi enam ekor lembu yang dituduh dengan tuduhan berhimpun secara haram di depan SUK

1.Jainudin Md Yusuff
2.Mohd Jurit Ramli

3.Mohammad Nordin Zakaria
4.Jamil Mohamad Isa
5.Rahimuddin Md Harun a
6.Azhari Shaari.

Mari kita periksa tengok samada diorang ni orang PAS, orang PKR atau lembu UMNO.
Bangga dengan perangai setan di bulan puasa bulan mulia ini.

SKMM: Seekor Lagi Lembu BN Mula Buat Kerja!

http://2.bp.blogspot.com/_wKqEutTvI1A/SoamlQhAhnI/AAAAAAAABO0/-D7bJISqtDY/s400/tolakumno.jpg




Umno Menukar Nama Kepada
Parti Lembu Malaysia!
Pemimpin Dan Penyokong akal Macam Maskot Parti!

Di dalam satu usaha untuk mengugut media siber dan internet, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah menyoalsiasat 12 lagi kakitangan Malaysiakini berhubung penerbitan video berkaitan perarakan membawa kepala lembu bagi membantah pemindahan kuil Hindu di Seskyen 23 hujung bulan lalu.

Dalam sesi selama lapan jam sejak 10.30 pagi, lapan pegawai SKMM merakamkan kenyataan ketua pegawai eksekutif akhbar web itu Premesh Chandran.

Mereka juga menyiasat editor, wartawan, juruvideo dan kakitangan teknikalnya di pejabat portal berita itu di Bangsar Utama, Kuala Lumpur.

Selain Premesh, kesemua kakitangan terlibat dalam proses pemberitaan, suntingan dan penerbitan dua berita dan video berhubung demonstrasi di Shah Alam pada 28 Ogos dan sidang media Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein, 2 September lalu turut disiasat.

yang terlibat: wartawan-wartawan Rahmah Ghazali, Jimadie Shah Othman, Andrew Ong, juruvideo Amir Abdullah, editor-editor K Kabilan, Nasharuddin Rahman, Fathi Aris Omar, editor-editor video Shufiyan Shukur, Ng Kok Foong dan Lydia Azizan.

Suruhanjaya itu turut mengambil keterangan syarikat pelayan web Malaysiakini di pejabatnya di Jalan Kuchai Lama, Kuala Lumpur hari ini.

Seorang lagi juruvideo, Mohd Kamal Ishak – yang sedang bercuti – akan diambil keterangannya Khamis ini.

Sabtu lalu, ketua pengarang kumpulan Malaysiakini Steven Gan disiasat selama 45 minit berhubung kes yang sama.

Semalam Presiden Majlis Perundingan Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Taoisme Malaysia (MCCBCHST), Dr Thomas Philips ketika mengulas arahan SKMM yang meminta Malaysiakini mencabut rakaman video demonstrasi di Shah Alam hujung bulan lalu, Dr Thomas berkata:

"Dalam kes ini, memberhentikan video aksi tersebut tidak boleh menafikan aksi tersebut. Kita mestilah terlebih dahulu mencegah aksi itu dan video itu dengan sendirinya tidak akan wujud."

PAS tolak kerjasama politik dengan Umno



KUALA LUMPUR, 9 Sept: Tidak akan ada sebarang kerjasama antara parti melibatkan PAS dan Umno tetapi tidak menolak kerjasama antara kerajaan dan kerajaan atau kerjasama untuk kepentingan ummah.

Demikian tegas Setiausaha Agung PAS, Dato' Mustafa Ali ketika mengulas kenyataan yang dikeluarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak semalam menyatakan kesanggupun Umno berunding dengan PAS untuk kepentingan umat Islam negara ini.

Mustafa menegaskan PAS bersedia untuk berbincang dengan Umno jika hubungan yang mahu dibina itu untuk kepentingan masyarakat umum, ummah dan negara serta mengadakan hubungan antara kerajaan dan kerajaan.

"Jika Najib maksudkan mahu berunding dengan PAS untuk mengadakan hubungan dari sudut politik, saya ingin tegaskan kita tolak kerana sejak tahun 1999 hingga 2008 sudah ada hubungan politik antara PAS, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

"Hubungan politik yang kita (PAS) bina antara DAP dan PKR dalam konteks demokrasi untuk menghadapi pilihan raya sudah terbukti berjaya hingga membentuk kerajaan di lima buah negeri.

"Selain kejayaan dalam Pilihan Raya Umum ke 12 yang lalu, hubungan politik antara PAS, DAP dan PKR yang membentuk Pakatan Rakyat juga sudah membuktikan kejayaan dalam tujuh daripada lapan pilihan raya kecil yang diadakan sejak 2008 hingga kini," tegas Mustafa dalam satu sidang media khas di Pejabat Agung PAS Jalan Raja Laut, dekat sini pagi tadi.

Beliau juga menegaskan kerjasama politik dengan pihak selain Pakatan Rakyat - Umno atau pihak-pihak lain - tidak perlu diadakan.

PAS, tegas Mustafa, tidak akan meninggalkan Pakatan Rakyat yang semakin kukuh dan diterima rakyat sebaliknya bersedia untuk menerima Umno jika parti itu mahu bersama menyertai Pakatan Rakyat.

Image"Apakah Umno sanggup tinggalkan Barisan Nasional (BN) yang semakin rapuh untuk menyertai Pakatan Rakyat yang kian kukuh?" soal beliau.

Mengulas mengenai pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (Dun)Bagan Pinang yang dijangka akan diadakan selepas Aidil Fitri, Mustafa menjelaskan beliau akan mengadakan pertemuan dengan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk membincangkan mengenai tarikh membuang undi dan juga undi pos.

Beliau meminta SPR supaya menetapkan hari pengundian tidak lagi dijalankan pada hari bekerja seperti mana pilihan raya kecil Dun Manek Urai dan Permatang Pasir yang menyaksikan peratusan keluar mengundi turun kerana ramai yang tidak dapat mengundi kerana terikat dengan kerja.

"Kita (PAS) mahu pilihan raya di negara ini telus dan adil dan kerana itu kita mahu SPR menghormati hak-hak pengundi," kata beliau.

Ketika diminta mengulas peluang untuk memenangi pilihan raya kecil tersebut, Mustafa menjelaskan PAS mempunyai peluang untuk menang tetapi mengakui ia bukan satu perkara yang mudah kerana faktor undi pos yang berjumlah 5,000 di Dun tersebut yang selalunya akan berpihak kepada BN.

Namun kata beliau, calon PKR, Roslan Kasim berjaya memenangi pilihan raya kecil Dun Teluk Kemang pada tahun 2001 biarpun terdapat undi pos.

Mustafa juga menjelaskan, PAS akan memilih calon selepas meneliti senarai yang akan diterima tetapi mengesahkan calon dari Negeri Sembilan akan dipilih untuk bertanding dalam pilihanraya kecil itu nanti.

Ketika diminta mengulas berhubung cadangan Umno Bahagian Teluk Kemang yang mahu Tan Sri Isa Samad menjadi calon BN di Bagan Pinang, Mustafa menegaskan, bekas menteri besar Negeri Sembilan itu akan menjadi liabiliti kepada Umno.

"Isa akan jadi liabiliti kepada Umno jika beliau yang bertanding di Bagan Pinang kerana pernah digantung keahlian dan dilucutkan jawatan kerana terlibat dengan rasuah politik dan (kes itu) disahkan oleh Umno sendiri," tegas beliau.

N31 Bagan Pinang: Pakuan akhir keranda atau titik hidup semula BN

DALAM tempohari 60 hari selepas satu-satu kawasan itu diisytiharkan kosong oleh Speaker DUN atau Speaker Dewan Rakyat, Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) akan mengadakan mesyuarat untuk mencari satu tarikh bagi diadakan pilihan raya semula, dengan tujuan mencari pengganti wakil rakyat.

Kali ini, berlaku lagi satu kekosongan akibat kematian Ahli Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang, Allahyarham Azman Mohamad Noor 4 September 2009 lalu yang menyebabkan satu lagi pilihan raya kecil bakal diadakan dalam masa terdekat.

Bagi Barisan Nasional (BN), tentunya dalam keghairahan mereka ingin mempertahankan kerusi ini kerana ia dimenangi Allahyarham Azman yang mewakili BN dalam PRU 12, Mac 2008 yang lalu, kerisauan tetap ada.

Apa tidaknya, kewibawaan Pengarah Pilihanraya BN yang secara tradisinya disandang Timbalan Pengerusi BN yang juga Timbalan Presiden Umno belum sekali pun terbukti. Sejak menang kerusi Timbalan Presiden Umno dan secara otomatik dilantik menjadi Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin hanya membawa pulang keputusan kalah untuk dipersembahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Bermula di Bukit Gantang dan Bukit Selambau, Muhyiddin yang ketika itu masih belum dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri, dilihat tidak bermaya menerima kekalahan kedua-dua kawasan itu walaupun, dalam masa yang sama, BN berjaya mengekalkan kerusi DUN Batang Ai di Sarawak.

Kemudiannya, apabila berlaku pilihan raya kecil di DUN Manek Urai, Muhyiddin yang tidak menyangka BN boleh kalah tipis membawa janji manis kepada penyokong Umno bahawa 'rakyat' sudah kembali menyokong BN dalam pilihan raya kecil seperti mana yang ditunjukkan di DUN Manek Urai.

ImageMalangnya, tidak lama Muhyiddin dan beberapa rakan-rakannya termasuk Datuk Mustapa Mohamed selaku Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Kelantan dan Datuk Ahmad Maslan, Ketua Penerangan Umno 'meraikan' kekalahan tipis itu apabila keputusan pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir memberi pukulan maut kepada BN apabila calonnya bukan sahaja kalah, malahan gagal mendapat undi seperti yang pernah calon BN terdahulu mendapatnya.

Bersediakah Muhyiddin menawarkan untuk menarik diri dari menjadi pengarah pilihan raya BN kali ini? Ini kerana kehadiran Muhyiddin jelas tidak memberi apa-apa kelebihan kepada BN di setiap pilihan raya kecil. Khabarnya tingkah laku pegawai-pegawai Muhyiddin termasuk Setiausaha Politiknya juga dikatakan 'lebih sudu dari kuah' .

Kali ini, di Bagan Pinang, khabarnya ada usaha beberapa pihak merayu jasa baik Najib supaya memberikan peluang kepada Muhyiddin supaya 'menjauhkan diri' dari Bagan Pinang bagi mengelakkan BN sekali lagi kecundang seperti apa yang sudah berlaku di tujuh kawasan lain sebelum ini.

Barangkali, Muhyiddin juga sudah dibisikkan perkara ini, supaya tidak keterlaluan berada di kawasan itu kerana selama ini, beliau sendiri tidak gemar berada di bawah untuk berhubung dengan 'grassroot' tetapi apabila ada pilihan raya, beliau dilihat seperti seorang calon yang bertanding dalam pilihan raya kecil.

Contoh terbaru di DUN Permatang Pasir, jelas pengundi tidak dapat menerima Muhyiddin yang memulakan dakwaan mengatakan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pengkhianat Melayu.

JAGA PEJABAT

Ramai yang mengharapkan Muhyiddin supaya lebih kerap berada di pejabatnya kerana sudah kedengaran keluh kesah penyokong-penyokong yang memenangkannya ketika bertanding jawatan Timbalan Presiden Umno dahulu, yang tidak dapat bertemu dengannya.

Muhyiddin didakwa terlalu kerap berada di luar pejabat dan lebih mudah untuk bertemu Perdana Menteri dari mencari peluang bertemu timbalan, kata seorang penyokongnya yang kecewa setelah lebih empat bulan cuba membuat temujanji tetapi gagal bertemu dengannya.

Sehubungan dengan itu, banyak pihak menjangkakan jika penglibatan Muhyiddin dan Setiausaha Politiknya terlalu ketara di Bagan Pinang, BN bakal menghadapi masalah besar untuk menarik pengundi untuk terus memberi sokongan kepada calon BN.

ImageSelain faktor Muhyiddin, beberapa pihak juga cuba menutup cerita 'ketengangan' yang berlaku antara bekas Menteri Besar, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dengan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hassan. Walaupun 'ketengangan' itu tidak begitu ketara, tetapi ketika Mohd Isa dikenakan tindakan penggantungan dahulu, tiada langsung usaha dari Badan Perhubungan Umno Negeri Sembilan untuk membelanya.

Malahan, mereka dikatakan berusaha untuk 'menenggelamkan' Mohd Isa dari arena politik Negeri Sembilan walaupun akhirnya Mohd Isa kembali mengetuai Umno Bahagian Teluk Kemang selepas hampir empat tahun berada 'di luar padang'.

Mohd Isa yang pernah mewakili DUN Linggi selama enam penggal dan sepenggal menjadi Ahli Parlimen Jempol dikatakan bakal membuat 'come back' jika terpilih bertanding di DUN Bagan Pinang dan memenanginya.

Namun untuk menang, banyak perkara yang mahu 'jentera parti' ketepikan. Antaranya, tidak mahu campurtangan terlalu banyak dari pihak Kuala Lumpur dan kedua, jangan ada mereka yang bertindak 'lebih sudu dari kuah'.

Seorang Setiausaha Politik Muhyiddin yang juga merupakan Exco Pergerakan Pemuda Umno Malaysia dikatakan tidak pernah mahu bersama Pergerakan Pemuda dalam menyusun strategi berkempen ketika pilihan raya kecil.

Lagaknya seperti seorang menteri menyebabkan banyak pihak mula berasa mual dengan caranya tetapi tiada siapa berani menyampaikan teguran kepada Muhyiddin yang dikatakan jenis pemimpin yang terlalu sukar menerima teguran.

Ketika BN mengharapkan Bagan Pinang akan menjadi titik mula 'kehidupan semula' semangat BN untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang, tetapi banyak pihak merasakan di Bagan Pinanglah akan menyaksikan BN menerima 'paku terakhir di keranda' kerana rakyat sudah semakin muak.

Kempen pembangunan dan janji menjadikan satu-satu kawasan itu sebagai 'anak angkat, anak emas dan anak suasa' sudah tidak mampu untuk menarik minat pengundi mengundi BN.

Tidak hairanlah Muhyiddin pernah meluahkan perasaan marahnya kepada pengundi di Permatang Pasir sebagai 'mereka tidak mahu menerima pembangunan yang BN tawarkan'. Hakikatnya, rakyat sudah muak dan rakyat memang mahu menolak BN.

Mungkin ketika pemimpin-pemimpin BN yakin rakyat akan terpengaruh dengan ucapan berdegar-degar pemimpin dengan publisiti yang diterima melalui tv dan media cetak, kisah sebenarnya pengundi itu sendiri tidak lagi membaca media massa yang pro kerajaan dan menonton tv.

Jika mereka membaca sekali pun, mereka tidak lagi mahu mempercayainya. Jika mereka menonton tv sekali pun, mereka tidak mahu mendengar ucapan pemimpin kerajaan dan jika mereka mendengar, mereka tidak mahu mempercayainya.

Rakyat nampak, dalam BN ada cerita pemimpin menerima wang RM10 juta, dalam BN rakyat tahu ada cerita komisen membeli kapal selam. Dalam BN rakyat nampak, ada cerita 'aduhai-aduhai' yang rakaman videonya tersebar meluas. Dalam BN, mereka dengar ada pemimpin yang berbalah hingga ada dua Presiden dalam satu parti kecil.

Itu belum lagi cerita samseng menguasai polis, belum lagi cerita ada skandal PPRT, ada kurma yang tidak diserahkan kepada rakyat, ada murid yang tidak dilayan ketika memohon biasiswa untuk melanjutkan pelajaran dan ada kementerian membeli 'skru driver' dengan harga yang terlalu mahal.

Bagan Pinang akan mendedahkan lebih banyak lagi penyelewengan. Bagan Pinang akan membuka lebih banyak cerita penyelewengan dan skandal. Bagan Pinang akan menjadikan lena pemimpin BN tidak akan aman kerana ada 'bayang-bayang' mengejar mereka.

Peguam Negara perlu jaga keselamatan rakyat - MB Selangor

SHAH ALAM, 9 Sept: Kerajaan Negeri Selangor meminta Peguam Negara bukan hanya perlu menjaga kepentingan SPRM sahaja tetapi juga kepentingan dan keselamatan 18,312 pegawai dan kakitangan Negeri Selangor.

Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim dalam kenyataannya berkata, Kerajaan Negeri Selangor komited dalam melindungi kepentingan dan keselamatan semua pegawai dan kakitangannya.

Sehubungan itu, katanya, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, setelah mendapat persetujuan EXCO, telah mengeluarkan Pekeliling No. 4 bertarikh 22 Julai 2009 yang menyatakan bahawa Pegawai dan Kakitangan perlu memberi kerjasama kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di antara 8.00 pagi sehingga 6.30 petang di dalam pejabat masing-masing dan dengan diberi akses kepada khidmat guaman.

Malangnya, kata beliau, keputusan ini ini telah ditentang oleh Peguam Negara Malaysia yang telah memfailkan saman pemula di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 28 Ogos 2009 untuk membatalkan pekeliling tersebut.

"Saya sebagai Menteri Besar dan bagi pihak Kerajaan Negeri telah pun menjawab afidavit Peguam Negara dan antara lain telah menyenaraikan kes-kes penyiasatan dan soal-siasat yang telah dilakukan oleh SPRM di semua peringkat.

"Ia bermula dengan saya, sebagai (i) Menteri Besar, (ii) Pegawai Kewangan Selangor (iii) pekerja-pekerja di Pejabat Menteri Besar (iv) Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MKKN) dan (v) pembantu mereka, (vi) Ahli Dewan Negeri Selangor, (vii) kakitangan awam di Pejabat Tanah dan Daerah dan Majlis Perbandaran di negeri Selangor dan juga (viii) kakitangan Syarikat-syarikat Negeri dan anak-anak syarikatnya," katanya.

Siasatan yang dijalankan, katanya, akan dibuat secara mengejut tanpa mengira masa, sehingga ada yang melewati tengah malam dan keesokan harinya.

"Malah, saya juga telah memperincikan bagaimana siasatan SPRM telah dilakukan secara rambang sehingga kerapkali berlaku pemancingan bukti semata-mata," katanya.

ImageSelain daripada afidavit tersebut, Kerajaan Negeri Selamgor juga telah memfailkan satu Saman Dalam Kamar juga di Mahkamah Tinggi Shah Alam untuk membatalkan permohonan Peguam Negara.

"Kami berasa perlu membuat permohonan ini kerana, kami berpendapat, antara lain, Peguam Negara tiada locus standi untuk memulakan prosiding ini yang sepatutnya dimulakan oleh SPRM," katanya.

Beliau menyatakan bahawa Seksyen 30 Akta SPRM yang membenarkan para pegawai SPRM menyoal siasat pada bila-bila masa dengan menggunakan apa cara sekalipun perlu dilaksanakan dengan mengambil kira hak-hak di bawah Perlembagaan dengan pendekatan penyiasatan yang professional.

Di dalam kes ini, hak-hak asasi telah dikesampingkan dan berlaku pelanggaran hak kebebasan asasi atau kebebasan diri yang diperuntukkan dalam Perkara 5(1) dalam Perlembagaan Persekutuan, katanya.

Kerajan Negeri juga, katanya, berpendirian bahawa peruntukan SPRM tersebut juga tidak konsisten dengan hak seorang pekerja Kerajaan Negeri Selangor yang telah ditahan untuk dinasihati oleh seorang peguam pilihannya seperti yang disebut dalam perkara 5(3) dalam Perlembagaan Persekutuan.

Kerajaan Negeri juga berpendapat tindakan SPRM merupakan satu bentuk diskriminasi yang nyata terhadap Kerajaan Negeri Selangor berbanding dengan kes-kes lain yang disiasat di negeri-negeri lain di Malaysia pada masa yang sama.

"Oleh itu, kami juga berpendirian bahawa peruntukan tersebut adalah tidak konsisten dengan perlindungan Kesamarataan dalam Perkara 8(1) Perlembagaan Persekutuan dan merupakan satu bentuk diskriminasi kepada pihak Kerajaan Negeri Selangor dalam perkara 8(2) dalam Perlembagaan Persekutuan.

"Oleh itu, pada pandangan saya, adalah wajar bahawa sebagai penjaga kepentingan awam, Peguam Negara Malaysia bukan hanya perlu menjaga kepentingan SPRM sahaja tetapi juga kepentingan dan keselamatan 18,312 pegawai dan kakitangan Negeri Selangor," tegas beliau dalam kenyataannya.

Rundingan: Najib tanam tebu dibibir mulut

Oleh Zukri Aksah

KUANTAN, Sept 9 — Datuk Seri Najib Razak, baru-baru ini dalam majlis berbuka puasa di MRSM Kuala Krai telah mengumumkan buat kesekian kalinya yang Umno sanggup berunding dengan PAS demi kepentingan umat Islam di negara ini.

Bagi Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi, kata-kata Najib ini tidak lebih sekadar menanam tebu di bibir mulut. Bunyinya baik, ideanya bagus, tapi malangnya ia dilafazkan oleh seorang yang sudah tidak dipercayai lagi.

Walaupun mengakui yang rundingan adalah sesuatu yang baik, namun rundingan itu juga jelas Nasrudin mestilah untuk tujuan yang baik.

Kebetulan atau tidak, tambah Nasrudin, akuan Najib tentang kesanggupan Umno untuk berunding dengan PAS itu muncul selepas sah satu lagi pilihanraya kecil bakal diadakan di Bagan Pinang, Teluk Kemang, Negeri Sembilan.

Ia nyata satu umpan politik dari Najib bagi menggambarkan yang Umno suka berbuat baik dan perdamaian, semua cakap-cakap ini akan kabur dan hilang sebaik sahaja tamatnya pilihanraya, apalagi jika kemenangan memihak kepada BN, ulas Nasrudin panjang-lebar.

Nasrudin dalam kenyataannya yakin bahawa Umno dan BN hari ini berada dalam keadaan yang sangat terdesak, maka sebab itu lagu “rundingan” ini dinyanyikan kembali.

Pilihanraya kecil yang berterusan dengan rekod kekalahan berturutan memaksa Najib mencari kaedah “stop loss.” Istilah suci mesti digunakan apatah lagi Umno mutakhir ini telah begitu terpalit dengan politik perkauman yang sempit lagi jijik.

Nasrudin menganggap rundingan yang dicadang Najib itu bukan sahaja tidak ikhlas, bahkan tidak akan berjaya kerana rakyat kini sudah semakin bijak menilai permainan politik pemimpin mereka.

Walau bagaimanapun, tegas Nasrudin, PAS sebagai sebuah parti politik berteraskan Islam secara amnya tidak pernah menolak idea rundingan, dialog, debat atau seumpamanya, dengan mana-mana pihak sekalipun, selagimana ia boleh membawa manfaat yang besar kepada rakyat dan negara.

Jika benar ada kalangan Umno yang betul-betul ikhlas mahu berunding dengan PAS, Nasrudin mengatakan setakat mahu berunding atas sesuatu isu bukanlah sesuatu yang sukar. Cuma, jika sudah bersedia untuk berunding dan berbincang, maka hentikanlah segala dayausaha menyakiti, mendera dan memfitnah PAS serta rakan-rakan, sama ada secara langsung, atau melalui jentera kerajaan yang dipimpinnya, atau melalui media-media yang dikuasainya. Kerana rundingan atau perbincangan harus bermula dengan suasana yang selesa.

Kalau ini tidak dilakukan, hanya ada satu pesan Nasrudin kepada Najib, “Jangan haraplah.”

DUN Bagan Pinang: Pakatan Rakyat N.Sembilan letak calon PAS

SEREMBAN: Pakatan Rakyat (PR) Negeri Sembilan menetapkan calon Pas bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang.

Keputusan itu diumumkan oleh Pesuruhjaya Pas Negeri Sembilan Zulkefly Mohamad Omar pada sidang akhbar di pejabat Perhubungan Pas Negeri Sembilan di sini, hari ini.

Turut hadir pada sidang akhbar itu ialah Pengerusi Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Negeri Sembilan yang juga anggota Parlimen Telok Kemang Datuk Kamarul Bahrin Abbas serta Pengerusi DAP Negeri Sembilan yang juga Anggota Parlimen Rasah dan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lobak Loke Siew Fook.

Kerusi DUN Bagan Pinang kosong berikutan kematian penyandangnya, Azman Mohammad Noor pada Jumaat lalu akibat jangkitan dalam darah.

Pada pilihan raya umum tahun lepas, Azman, 54, yang mewakili Barisan Nasional (BN) menang dengan undi 6,430 menewaskan calon PAS, Ramli Ismail yang memperoleh 4,097 undi.

Zulkefly berkata keputusan meletakkan calon Pas adalah berdasarkan kesefahaman yang dicapai di antara mereka.

Ditanya mengenai calon Pas, beliau berkata ia akan diumumkan seminggu atau dua tiga hari sebelum tarikh penamaan calon yang akan ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Katanya calon yang dipilih adalah mengikut ksesuaian beliau di kawasan itu berdasarkan pandangan akar umbi dan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan mengumumkan nama calon berkenaan.

Sementara itu, Kamarul Bahrin meminta SPR mengkaji semula proses pengundian undi pos di kem tentera sebab ramai di kalangan anggota tentera didapati tinggal di luar kem dan mereka ini tidak wajar dianggap sebagai pengundi pos. BERNAMA

MB terima siapa sahaja calon daripada Umno Telok Kemang.!!!

SEREMBAN: Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata beliau menerima manamana calon Umno yang akan dicalonkan oleh Umno Bahagian Telok Kemang untuk bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang.

Beliau berkata nama calon dijangka diperoleh esok setelah Umno Bahagian Telok Kemang bermesyuarat pada petang dan Perhubungan Umno Negeri juga mengadakan mesyuarat pada hari yang sama.

"Senarai nama saya tunggu daripada Umno dan Barisan Nasional Telok Kemang yang akan bermesyuarat esok, kita akan terima senarai, saya akan serahkan apa yang akan diberi kepada pusat dan pada saya tidak ada niat di peringkat perhubungan untuk pinda meminda," katanya selepas mesyuarat exco kerajaan negeri di sini hari ini.

Pilihan raya kecil itu akan diadakan berikutan kematian penyandangnya Azman Mohammad Noor,54 daripada Barisan Nasional (BN) Jumaat lepas akibat jangkitan kuman dalam darah.

Pada mesyuarat exco itu juga, Mohamad memutuskan supaya Pusat Khidmat Masyarakat BN di Bagan Pinang dikendalikan secara bergilir-gilir oleh Exco kerajaan negeri.

Mohamad berkata pusat khidmat ini dibuka seperti biasa setiap hari selama dua jam dari pukul 10 pagi hingga 12 tengah hari dan dari pukul 2.30 petang hingga 4.30 petang.

Beliau berkata jadual kerja yang akan bermula pada Isnin ini membolehkan BN memberikan perkhidmatan terus menerus kepada orang ramai walaupun wakil rakyat mereka tidak ada.

Sementara itu Menteri Besar tersebut juga meminta masyarakat Cina dan India yang bakal menyumbang undi antara 1,500 dan 2,000 untuk terus menyokong kerajaan pimpinannya yang kini rancak dengan pelbagai agenda ekonomi. BERNAMA

PAS umum calon N31 Bagan Pinang lepas raya

KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali tengah hari Rabu mengumumkan calon parti itu bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang akan diumumkan selepas Hari Raya Aidil Fitri.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang akhbar di Ibu Pejabat PAS di Jalan Raja Laut, di sini.

"Saya jangka Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan pilihan raya kecil (DUN Bagan Pinang) ini selepas daripada hari raya (Aidilfitri) dan nama calon kita (PAS) pun akan diumumkan selepas hari raya.

"Saya telah bercakap kepada SPR dan minta mereka supaya hari mengundi bagi pilihan raya kecil ini (Bagan Pinang) diadakan pada hari cuti kerana kalau buat hari bekerja peratusan keluar membuang undi adalah rendah. Kita sarankan supaya SPR menerima baik cadangan kita," katanya.

Kerusi DUN Bagan Pinang kosong ekoran kematian penyandangnya, Azman Mohd Nor, Jumaat lalu, akibat jangkitan kuman dalam darah di Hospital Pakar Seremban.

Pada pilihan raya umum Mac tahun lalu, Azman daripada Barisan Nasional memenangi kerusi tersebut dengan menewaskan Ramli Ismail dari PAS dengan majoriti 2,333 undi.

Beliau memperolehi 6,430 undi manakala Ramli pula 4,097 undi.

Kawasan tersebut mempunyai komposisi 66% pengundi Melayu; 19.9% India; 10.5% Cina dan 3.5% lain-lain kaum.

Mengulas lanjut mengenai isu berkenaan Mustafa yang juga bekas Pengarah Pilihan Raya PAS pusat berkata, beliau juga telah menulis surat kepada SPR untuk berbincang beberapa perkara mengenai proses pengendalian pilihan raya.

"Antaranya ialah isu undi pos, kerana di Bagan Pinang undi pos di sini besar, lebih 5,000 orang atau 37 peratus daripada jumlah pengundi keseluruhan.

"Kita mahu pengundian ini dijalankan secara telus dan adil," katanya.

Bagi kerusi DUN Bagan Pinang, sebanyak 4,925 daripada 14,192 pengundi berdaftar terdiri daripada pengundi pos.

Ketika ditanya sama ada PAS akan meletakkan calon 'luar' bagi mewakili parti itu di DUN Bagan Pinang, Mustafa yang juga bekas Pesuruhjaya PAS Terengganu berkata: "Calon (PAS) daripada Negeri Sembilan, insya-Allah. Tak de (calon) luar dari Negeri Sembilan, saya boleh yakin dari sudut itu."

"Kita ada ramai calon dan kita akan senarai pendekkan tidak lama lagi," katanya.

Menurut Mustafa, mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat akan diadakan pada 13 September ini untuk membincangkan mengenai calon yang akan mewakili parti itu bagi pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang.

Mengenai peluang untuk PAS menang di DUN Bagan Pinang, Mustafa berkata, parti itu yakin mereka masih berpeluang untuk menang di kerusi tersebut.

"Namun ia (pertandingan) tidak mudah kerana masalah kita adalah pengundi pos di Bagan Pinang kerana ia memihak kepada BN. Tetapi di Parlimen Teluk Kemang kita menang undi pos di sana. Undi luar daripada pos lebih kurang sekata," katanya.

Isa Samad liabiliti Umno

Ketika diminta mengulas Tan Sri Mohd Isa Samad yang dikatakan akan dipilih sebagai calon Umno bagi kerusi berkenaan, Mustafa berkata, beliau yakin Umno tidak akan berbuat demikian.

"Dia (Isa) akan jadi liabitili kepada Umno kerana kes dia dilucutkan jawatan dan digantung keahliaan. Ini liabiliti yang besar kerana dia didapati bersalah kerana isu rasuah oleh Lembaga Disiplin Umno sendiri. Saya tidak fikir Umno akan memilih dia (Isa)," katanya.

Mengenai isu yang akan digunakan oleh PAS ketika pilihan raya kecil itu nanti Mustafa berkata, isu-isu nasional dan tempatan bakal mewarnai kempen sepanjang pilihan raya kecil di DUN Bagan Pinang.

"Isu-isu seperti rasuah, ketidakcekapan memerintah dan masalah kemiskinan yang merupakan isu nasional".

Pesuruhjaya PAS NS tanding di Bagan Pinang?

Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Zulkefly Mohamad Omar adalah antara tiga nama telah disenaraikan untuk dipilih sebagai calon PAS dalam pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang.

Dua lagi nama ialah bekas pesuruhjaya PAS negeri, Dr Rosli Yaakob dan bekas ketua Dewan Ulama PAS negeri, Kassim Tahir.

Perkara itu diputuskan dalam mesyuarat PAS negeri itu malam tadi.

Menurut sumber, kebanyakan 25 ahli jawatankuasa bahagian, lebih cenderung untuk memilih Zulkefly untuk mewakili PAS dalam pilihanraya kecil tersebut.

"Di peringkat PAS Pusat pun, ada harapan cerah beliau terpilih (sebagai calon)," katanya ketika dihubungi Malaysiakini pagi ini.

Sumber itu berkata pemilihan Zulkefly (foto) dianggap bersesuaian memandangkan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang Mohd Salleh Man juga dipilih bertanding dalam pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir 25 Ogos lalu.

Tambahan pula, kata sumber lagi, Dr Rosli sekarang berada di Bangladesh atas urusan perniagaan.

Kerusi DUN tersebut kosong ekoran kematian penyandangnya dari BN, Azman Mohammad Noor pada Jumaat lalu akibat jangkitan dalam darah.

Dalam pilihan raya umum tahun lalu, Azman menang dengan majoriti 2,333 undi, menewaskan calon PAS Ramli Ismail yang memperolehi 4,097 undi.

Menurut sumber itu lagi, mesyuarat malam tadi juga turut membincang dan menyusun pembahagian tugas jentera pilihanraya kecil Bagan Pinang.

Mengenai pendekatan kempen pilihanraya kecil kali ini, sumber berkata: "Kita mengambil pendekatan berhemah, iaitu tidak menyerang peribadi calon lawan kerana ia tidak berkesan terhadap pengundi Melayu.

"Tambahan pula, Bagan Pinang adalah kubu kuat (bekas menteri besar) Tan Sri Isa Samad yang mempunyai saudara mara di situ. Jika menyerang secara melulu, Pakatan Rakyat akan hilang sokongan, terutama pengundi Melayu," kata sumber itu.

Dalam pilihanraya umum yang lalu, katanya, Pakatan Rakyat memenangi tiga daripada lapan peti undi di DUN tersebut di mana ketiga-tiganya merupakan kawasan kaum India.

"Kita akan mempertingkatkan undi kaum India di samping memberi penerangan dengan lebih baik kepada masyarakat Melayu.

"Kita ada masalah di kawasan perkampungan majoriti Melayu dan undi Pos," katanya.

Menurut sumber itu lagi, antara isu yang boleh dibangkitkan oleh Pakatan ialah isu kepala lembu di Shah Alam, isu kematian Teoh Beng Hock, isu kenaikan cukai tanah dan cukai pintu serta isu tanah adat yang tergadai.

Sivakumar: Pendirian Mahkamah Bertukar-Tukar


Mahkamah Tinggi Ipoh menetapkan status penyingkiran V Sivakumar sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri Perak adalah muktamad dan tidak boleh dicabar oleh mana-mana mahkamah.

Perkara itu diputuskan oleh Hakim Datuk Azahar Mohamed selepas membatalkan saman Sivakumar terhadap Speaker lantikan BN, Datuk R Ganesan semalam.

Pada 15 Mei lalu, Sivakumar memfailkan saman terhadap Ganesan memohon ganti rugi keatas serangan dan kecederangan serta penahanan tidak sah ketika sidang Dun itu.

Dalam kejadian 7 Mei itu, sekumpulan polis menyerbu masuk Dewan Undangan Negeri, mengheret dan mengurung Sivakumar di dalam sebuah bilik sementara adun-adun BN melantik Ganesan sebagai speaker baru.

Dalam permohonannya, Sivakumar mahu mahkamah menghalang Ganesan atau agen-agennya dari menghalang tugasannya sebagai Speaker yang sah.

Menjawab permohonan ini, Hakim Azahar dalam penghakiman beliau berkata mahkamah sebenarnya tidak boleh mencampuri keputusan yang dibuat pada sidang Dun Perak 7 Mei lalu.

Mahkamah mengganggap sidang 7 Mei itu telah dijalankan secara sah dan demikian itu mahkamah tidak boleh mencampuri urusan perjalanan dewan mengikut Perkara 72 Perlembagaan Persekutuan.

“Sebarang perkara yang dibangkitkan berhubung pemecatan atau perlantikan Speaker dalam sidang dun perlu dikaji, dibincang dan diselesaikan di dewan berkenaan,” kata Hakim Azahar ketika menyampaikan keputusan.

Ketika diminta mengulas keputusan ini, Sivakumar berkata beliau terkejut dengan pendirian mahkamah.

“Sebelum ini, saya telah memfailkan dua kes mahkamah terhadap Zambry Abdul Kadir (Menteri Besar Lantikan BN) dan enam exconya, serta terhadap tiga ‘katak lompat’. Dalam dua kes ini saya telah merujuk kepada Perkara 72 Perlembagaan,” kata Sivakumar.

“Dan dalam dua kes ini juga peguam mereka telah membantah, dan mahkamah memihak kepada mereka. Dalam kes sekarang ini, Perkara 72 Perlembagaan digunakan terhadap saya dan mahkamah pula mengiktiraf imuniti dewan dari badan kehakiman. Saya amat keliru dengan pendirian bertukar-tukar ini,” kata Sivakumar.

Peguam mewakili Speaker lantikan BN, Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin berkata mahkamah tidak mempunyai kuasa untuk mencampuri urusan dewan mengikut Perkara 72 Perlembagaan.

Firoz dalam hujahnya berkata mahkamah harus menghormati pemisahan kuasa antara Eksekutif dan Kehakiman, serta Legislatif dan Kehakiman.

Firoz juga mendakwa permohonan Sivakumar ini adalah supaya mahkamah mengiktiraf status sah beliau sebagai Speaker, yang menurut Firoz bukan berada di bawah bidang kuasa mahkamah.

Hakim Azahar bersetuju dengan penghujahan ini.

Usah cabar hak Melayu — Mohd Ayop Abd Razid..!!! Tapi sayangnya HAK MELAYU telah di nodai oleh UMNO@BN sendiri...!!!!


SEPT 9 — Catatan sejarah menunjukkan bahawa sejak kurun ke-18 orang Melayu sudah mula dikritik oleh bangsanya sendiri. Abdullah bin Abdulkadir atau Abdullah Munsyi (1796-1854) adalah di antara pengkritik awal masyarakat Melayu. Bukunya Hikayat Abdullah (1840-an) mengandungi pandangan beliau mengenai beberapa adat, kepercayaan, budaya kerja dan pemikiran masyarakat Melayu yang difikirkannya kolot sebagai penyebab kepada kemunduran bangsa Melayu.

Di antara yang disebutnya ialah kepercayaan kepada hal-hal khurafat dan tahyul, sikap memandang ringan terhadap usaha membaiki mutu hidup dan sifat hasad dengki sesama bangsa. Zainal Abidin Ahmad atau lebih dikenali sebagai Pendeta Zaaba (1895-1973), tokoh bahasa, budayawan dan cendekiawan Melayu juga mengkritik keras fenomena kemunduran orang Melayu.

Pandangan dan kritikan beliau itu boleh diteliti di dalam bukunya, Perangai Bergantung Kepada Diri Sendiri (DBP, 1982). Beliau mengkritik sikap orang Melayu yang tidak percaya kepada kebolehan diri, lemah cita-cita dan terlalu bergantung kepada orang lain serta berkiblatkan taklid buta tanpa memahami tuntutan Islam yang sebenarnya.

Pada awal abad ke-20, lahir gerakan kesedaran membela nasib bangsa Melayu yang dipimpin oleh beberapa tokoh islah dan tajdid seperti Syed Sheikh Tahir Jalaludin Al-Azhari, Sheikh Ahmad Al-Hadi, Abbas Mohd Taha dan Sheikh Mohd Kalim al-Kalali. Golongan yang dikenali sebagai 'Kaum Muda' ini lebih responsif terhadap perubahan yang berlaku ketika itu.

Mereka menyedari kemunduran umat Melayu bukan saja dalam soal sosioekonomi malah juga dalam kebekuan ilmu termasuk ilmu agama yang banyak diresapi ajaran-ajaran khurafat yang merugikan orang Melayu.

Lidah rasmi mereka, majalah Al-Imam (1906-1908) yang diterbitkan di Singapura bertujuan menyedarkan orang Melayu supaya segera melakukan perubahan seperti dicatat oleh Abdul Aziz Mat Ton bahawa peranan Al-Imam adalah untuk “mengingatkan mana-mana yang lalai dan menjagakan mana yang tidur dan menunjukkan mana yang sesat” (Jurnal Sejarah, Jilid XI,1973/73).

Demikian juga akhbar Saudara yang diterbitkan sekitar 1928-1941 turut mengkritik umat Melayu di samping membela nasib mereka. Di antara tokoh-tokoh penting penerbitan akhbar terbabit ialah Abdul Rahim Kajai, Mohd Yunus Abdul Hamid, Syed Sheikh al-Hadi dan Syed Alwi Syed Sheikh Ahmad al-Hadi.

Mereka banyak menyeru orang Melayu supaya memajukan diri dalam bidang ekonomi, pendidikan, kesihatan dan pelbagai kehidupan sosial yang lain.

Kelahiran Umno pada 1946 berjaya menyatukan orang Melayu daripada pelbagai pertubuhan itu. Bangsa Melayu mula menunjukkan semangat untuk membebaskan tanah air daripada cengkaman penjajah.

Untuk menggerakkan minda orang Melayu, maka gabungan tenaga intelektual dan pemimpin politik Melayu diketuai Datuk Senu Abdul Rahman menerbitkan buku Revolusi Mental (1970) yang dihasilkan ketika era Tun Razak Hussein.

Pada 1970 juga Tun Dr Mahathir Mohamad menulis sebuah buku yang berjudul The Malay Dilemma (Dilema Melayu) yang turut mengkritik kelemahan Melayu. Melayu dilihatnya terpinggir dan terabai di tanah air sendiri sebagai warga kelas dua.

Perubahan orang Melayu mula menjadi realiti selepas diperkenalkan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Namun, selepas 52 tahun mencapai kemerdekaan, kita masih terus membicarakan masa depan bangsa Melayu.

Memang keadaan bangsa Melayu ketika ini tidaklah seburuk era penjajahan. Kemerdekaan memberikan kedaulatan dan kebebasan kepada kita untuk mentadbir dan mengurus negara. Bagaimanapun, pelbagai halangan dan cabaran seperti ketirisan dalam pelaksanaan DEB, ahli politik yang tidak amanah dan perpecahan Melayu yang semakin meruncing kesan pertelingkahan politik.

Malah wujudnya petualang politik Melayu, cabaran ekonomi global dan halangan psikologi bangsa Melayu yang semakin keliru dengan identiti dan jati dirinya memerlukan kita merangka dan merencana anjakan baru bagi mengatasi cabaran yang lebih kompleks sifatnya ini. Wujudnya pelbagai masalah itu menyebabkan bangsa Melayu terus dikritik oleh bangsanya sendiri.

Sejarah membuktikan bahawa bangsa yang ingin bangkit daripada kelemahan dan kejatuhan memerlukan empat kekuatan iaitu keyakinan terhadap kebolehan diri, kepemimpinan amanah, kesatuan mantap dan disiplin tinggi.

Keempat-empatnya memainkan peranan besar dalam ketahanan bangsa. — Berita Harian

BN perlu dengar suara akar umbi — Kamal Ahmad...!!! Hidup ISA SAMAD pilihan rakyat Teluk Kemang..!!!

SEPT 9 — Tiada laluan mudah untuk Barisan Nasional (BN) mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang dalam Parlimen Teluk Kemang, Negeri Sembilan.

Walaupun diakui pengaruh Ketua Umno Bahagiannya, Tan Sri Mohd Isa Samad, terlalu sukar digugat di negeri itu. Istilah 5-3 menjadi sindiran dan mungkin gambaran betapa bekas Menteri Besar itu mempunyai pengaruh kuat dalam lima bahagian Umno berbanding tiga menyokong penggantinya, Datuk Seri Mohamad Hasan. Namun DUN Bagan Pinang terletak dalam kubu Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang turut memenangi DUN Chuah dan DUN Port Dickson. DUN Lukut pula milik DAP yang turut bernaung dalam Pakatan Rakyat.

BN turut menang satu lagi kerusi iaitu DUN Linggi. Berdepan tiga DUN pembangkang dalam Parlimen itu, ternyata tugas mempertahankan DUN Bagan Pinang bukan kerja mudah. Semestinya PKR akan menggembleng kekuatan dari luar untuk menggempur Bagan Pinang yang turut memiliki 4,854 pengundi pos, yang tentunya belum cukup untuk menjamin kemenangan mudah buat BN.

"Undi pos tidak menjamin kemenangan BN sebaliknya BN perlu bekerja lebih kuat untuk memastikan kemenangan itu," kata Mohamad, semalam.

Untuk rekod BN tewas dalam enam pilihan raya kecil iaitu di Parlimen Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang dan DUN Bukit Selambau, Manek Urai serta terbaru Permatang Pasir. BN hanya menang di DUN Batang Air, Sarawak dan tidak bertanding di DUN Penanti, Pulau Pinang.

PKR pasti akan mengeksploitasi dan memanipulasi apa saja perkara untuk dijadikan modal politik dalam membina kekuatan serangan. Justeru, pucuk kepemimpinan BN dengan nasihat dan pedoman Umno Bahagian Teluk Kemang serta Umno Perhubungan Negeri mesti memilih calon yang benar-benar kalis serangan membunuh karakter yang lazim bersifat peribadi. Jika memilih Mohd Isa seperti yang digembar-gemburkan, perhalusi kemungkinan pembangkang memainkan isu beliau antaranya pernah dikaitkan 'politik wang' ketika bertanding jawatan Naib Presiden Umno.

Seperti pengundi Melayu di kawasan lain, mereka sangat sensitif dengan isu peribadi. Dengan 64 peratus pengundi adalah Melayu (8,929 orang), Cina 10.8 peratus (1,506) manakala India 20.4 peratus (2,846) dan lain-lain 4.9 peratus (683) maka pembangkang dengan mudah mampu meraih sokongan pengundi Melayu jika mereka memainkan isu peribadi. Biarpun Mohd Isa dikatakan berpengaruh di Negeri Sembilan namun kekalahan tiga calon bagi kerusi BN di DUN Chua, Lukut dan Port Dickson yang majoriti pengundi adalah Cina dan India perlu diambil kira.

Apakah 1,506 pengundi Cina di Bagan Pinang akan bersikap seperti pengundi Cina di Permatang Pasir? Apakah pertelagahan dalaman MCA kini memberi kesan dan ke mana pula undi 2,846 pengundi keturunan India ketika isu pemindahan kuil di Shah Alam belum selesai? Di kalangan pengundi Melayu, berapa yang akan memihak kepada PKR (atau Pas) serta berapa pula akan memprotes jika calon BN bukan daripada kalangan mereka?

Bagaimana pula pengaruh bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun), Mohd Faizal Ramli, yang meraih majoriti 4,411 undi berbanding Allahyarham Azman Mohd Nor (2,333 undi)? Wajarkan beliau perlu dimasukkan dalam senarai calon BN? Justeru, tidak kira siapa yang dipilih, yang penting calon itu mesti bersih dan tidak ada masalah yang boleh dieksploitasi atau dimanipulasi pembangkang. Mengambil iktibar daripada lapan pilihan raya kecil selepas Pilihan Raya Umum (PRU) 2008, faktor calon jelas menyumbang kepada keputusannya.

Pilihan raya kecil DUN Manek Urai, adalah contoh terbaik dan seimbang bagaimana calon memainkan peranan penting. Calon BN, Tuan Aziz Tuan Mat dan Mohd Fauzi Abdullah (Pas) adalah orang yang disukai dan popular di situ. Kedua-duanya memiliki personaliti baik dan asas sokongan yang ampuh iaitu mempunyai kaum keluarga, sahabat handai dan penyokong yang cukup kuat. Lantas kewibawaan Tuan Aziz berjaya menurunkan majoriti undi kemenangan Pas. Tetapi peribadi dan hubungan baik Fauzi dengan masyaraka berjaya menyelamatkan beliau daripada kekalahan. Jadi, ini bukti factor calon turut menyumbang kepada kemenangan seseorang calon pilihan raya.

Justeru, kata putus memilih calon BN di Bagan Pinang biar dibuat selepas memperhalusi kesan, keperluan dan keutamaan semua sudut. Walaupun kisah calon BN dalam pilihan raya DUN Permatang Pasir, Rohaizat Othman, hanya tinggal bualan dan sejarah namun 'kebolehan' pembangkang mengeksploitasi peribadinya sangat mengagumkan sehingga calon BN itu tidak upaya menangkis serangan bertubi-tubi sepanjang lapan hari berkempen.

Menurut seorang pemimpin masyarakat, kepemimpinan perlu mendengar suara dan maklum balas akar umbi dalam menilai seseorang untuk menjadi bakal calon parti termasuk bagi DUN Bagan Pinang. "Kemenangan atau kekalahan seseorang calon adalah satu manifestasi atau mesej daripada rakyat kepada kepemimpinan termasuk dalam memilih calonnya," kata Timbalan Pengerusi Komuniti Bestari Jelatek, Zon Titiwangsa di ibu negara, Jabbar Sartin.

Katanya, dalam banyak perkara berkaitan pemilihan calon, kepemimpinan Umno bahagian atau negeri tidak mahu mendengar suara akar umbi dan ini mendorong mereka sama ada menolak, enggan bekerjasama atau mensabotaj calon sendiri. "Pengundi akan tengok seseorang calon daripada hujung rambut sehingga ke hujung kaki," kata Ketua Penerangan Umno, Ahmad Maslan, sambil menyifatkan penapisan bakal calon dilakukan dengan teliti, terperinci dan mencakupi semua sudut.

Ketua Pemuda Umno Bahagian Lembah Pantai, M Sazali Kamilan, berkata selain cadangan Umno bahagian, panel pemilih perlu mendengar pandangan semua Umno cawangan sebelum memutuskan seseorang layak menjadi calon parti. Malah jangan dinafi atau dipinggirkan jika seorang ahli biasa layak dicadangkan menjadi calon, katanya.

BN juga perlu mengkaji kesan kalah atau menang Mohd Isa terhadap Umno negeri dan kestabilan BN keseluruhannya. Justeru, bebaskan pemilihan calon BN di Bagan Pinang ini daripada sentimen Mohd Isa atau Mohamad. Cari calon yang mendapat sokongan kedua-dua pihak untuk menjamin kemenangan BN. Pengalaman di Permatang Pasir harus dijadikan pengajaran.

Seperkara lagi, BN perlu mengawal kehadiran individu pemimpin atau penyokong yang datang untuk menambah koleksi 'pameran kereta mewah dan berlagak' yang boleh mencetuskan rasa muak atau tidak selesa penduduk tempatan. Jika mahu melihat BN menang dan melakukan 'checkmate' terhadap kemaraan lawan, Bagan Pinang mungkin gelanggang terbaiknya. — Berita Harian

Only Isa’s name will be submitted by Teluk Kemang Umno

By Adib Zalkapli

KUALA LUMPUR, Sept 9 — While the Teluk Kemang Umno division will only meet tomorrow to finalise its recommendations for the Bagan Pinang by-election candidate, it is understood that only the name of Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad will be submitted to the state Umno.

Umno divisions normally submit more than one name to be considered by the state and central leadership.

“We are all united behind Isa,” said the Teluk Kemang Umno Wanita chief Rohani Yaacob, adding that tomorrow’s meeting is just a routine division meeting.

“I am thankful to the Wanita deputy chief for suggesting that a woman contest the seat, but I am not interested,” she told The Malaysian Insider, referring to Datuk Kamelia Ibrahim’s suggestion for a woman to be fielded in the state seat.

Apart from Isa’s, another name being floated by division leaders is his son Mohd Najib Isa, a two-term Teluk Kemang Youth deputy chief.

But the state Umno warlords are not in favour of fielding the 31-year-old.

“He does not have the experience like his father, which is what we need now to strengthen the party,” said Seremban Umno chief Datuk Ishak Ismail.

But the selection of Isa as the candidate might create the impression that BN is repeating its mistake in Permatang Pasir when the party fielded a disbarred lawyer, Rohaizat Othman, resulting in an embarrassing defeat for the coalition as the former federal territory minister’s membership in Umno was suspended in early 2005 after he was found guilty of vote buying.

“It’s good for us if Isa is selected, it shows there is a talent shortage in Umno,” said PKR’s Teluk Kemang MP Datuk Kamarul Baharin Abbas.

His suspension is also not an issue for the state Umno leaders.

“When he was serving his suspension, he was still doing work for the party. He was in Ijok to campaign for BN,” said Ishak, referring to the 2007 by-election.

Another state leader told The Malaysian Insider that candidate selection should only be based on local considerations.

“Do not bring federal matters into the selection of Bagan Pinang, we just want to win the election,” said a state Umno leader.

But Isa supporters are also prepared if the Pakatan Rakyat (PR) decides to use his corruption case as campaign fodder.

“We will show them who is the father of money politics,” said another Negeri Sembilan Umno leader pointing out that Isa in 1993 had fought against Datuk Seri Anwar Ibrahim’s Wawasan Team.

During the party election 16 years ago, Isa contested the Youth chief post against the then Malacca Chief Minister Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, who was backed by the then newly-minted party deputy president Anwar.

Isa lost the contest by 44 votes.

In 2004, he obtained the highest vote for the vice-president contest only to be suspended for three years months later.

If Isa is fielded in Bagan Pinang it will be his second attempt at making a comeback after failing to defend the vice-president post during the party election last April.

The Bagan Pinang by-election was made necessary following the death of BN’s Azman Mohammad Noor on Sept 4.

In March last year, Azman defeated Ramli Ismail of PAS, by some 2,000 votes.

BN is currently ruling the state with a simple majority after winning only 21 out of the 36 state constituencies.

Peguam Negara, Polis, UMNO & Kongsi Gelap - 1Geng, 1Malaysia

Selepas khalayak percaya beberapa insiden ekstrem di Selangor, mereka sekali lagi bertanya mengapa dua lagi individu yang dikatakan pemimpin UMNO negeri tidak didakwa.

Naib Presiden PKR Sivarasa Rasiah pagi tadi mendakwa terdapat ‘pendakwaan terpilih’ dalam kes demontrasi mengarak kepala lembu yang masih segar berdarah 28 Ogos lalu.

“Ini bagi saya adalah pendakwaan terpilih. Dia (Ghani) tidak benar-benar kenal pasti siapakah dalang yang menyusun (merancang) kejadian yang berlaku itu.”

Bercakap dari Mahkamah Tinggi Shah Alam, beliau yang juga peguam dan aktivis hak asasi manusia turut melahirkan rasa hairan terhadap Polis yang gagal mengenalpasti dua lagi pemimpin UMNO negeri; yang didakwanya sebagai dalang aksi ekstrem tersebut.

“Saya hairan kerana ada 2 muka ini yang dikenal pasti terlibat. Satu - Sohaimi Shahidan iaitu Ketua Pemuda UMNO Selayang yang jelas kelihatan dalam klip video. Seorang lagi (ialah) adik ADUN Kota Anggerik Dato’ Nawawi Md Zain (yang bernama) Hj. Azmir Md Zain yang kelihatan memijak kepala lembu pada masa kejadian.”

“Kedua-dua ini yang jelas kelihatan secara aktif, tidak didakwa. Apakah tujuan sebenar pendakwaan ini?”

Tanpa menyebut nama sesiapa pun, Sivarasa juga mendakwa aksi akstrem serta 2 individu yang dilindungi itu sebenarnya dilindungi sendiri oleh beberapa pemimpin UMNO bahagian.

“Sebenarnya itu (perarakan) tidak boleh terjadi, kecuali mendapat ‘lampu hijau’ daipada orang atasan.

Menurut sumber dalaman UMNO Shah Alam, semalam ada suatu pertemuan sulit antara Pegawai Polis Daerah Seksyen 11 Noor Azam Jamaluddin dan beberapa Ketua Bahagian UMNO Shah Alam.

Beliau yang mendakwa dirinya ahli UMNO Seksyen 16 dan enggan namanya didedahkan berkata, selain Hj. Azmir, Ketua Bahagian UMNO Seksyen 16, 17, 18, dan 24 antara yang hadir.

Dalam pertemuan sulit itu, pihak Polis menjelaskan bahawa mereka yang terbabit tidak dapat lari lagi dari pendakwaan; sama ada di bawah Akta Hasutan atau Akta Polis.

Bagaimana pun, mereka hanya akan dikenakan denda atau ikat jamin berupa wang dan UMNO Selangor berjanji untuk melunaskan semua perbelanjaan yang bakal dialami semua Orang Kena Tuduh (OKT) terbabit.

Beliau turut menasihatkan agar tiada pendedahan lagi dibuat, kerana rata-rata yang terbabit mempunyai hubungan langsung dengan beberapa semi kongsi gelap Melayu, di sini.

Mereka yang didakwa adalah Timbalan Pengerusi Angkatan Tindakan Mempertahankan Hak Orang Melayu (ATOM) Rahimuddin Md. Harun, Timbalan Presiden Majlis Permuafakatan Ummah (PeWARIS), Setiausaha Gabungan NGO Malaysia Mohd Zurit Ramli, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Seksyen 23 Mahyuddin Manaf dan Timbalan Pengerusinya Ibrahim Sabri; dan Pengerusi Persatuan Penduduk Seksyen 23 Zainudin Md. Yusuff.

Ketua Unit Pendakwaan Pejabat Peguam Negara Tun Abdul Majid Tun Hamzah menjelaskan pendakwaan tersebut yang sepatutnya berlangsung semalam, terpaksa ditunda ke hari ini disebabkan ada dalam kalangan mereka gagal dikesan.

Dalam perkembangan berkaitan, Polis menjelaskan mereka yang terbabit akan didakwa di bawah Akta Hasutan dan Akta Polis.

Polis juga menjelaskan bahawa empat daripada 12 OKT sudah direman semalam.

Peguam Negara Abdul Ghani Patail sebelum pada itu, menjelaskan bahawa mereka ini akan didakwa menurut Seksyen 4 Akta Hasutan atau Seksyen 298 Kanun Keseksaan.

Berdasarkan beberapa klip video youtube 29 Ogos lepas, harakahdaily mendedahkan aksi-aksi ekstrem beberapa demontran yang juga pemimpin UMNO negeri.

Mereka yang terbabit juga dikenal pasti mendalangi aksi kecoh dalam dialog penduduk Seksyen bersama Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim Sabtu lepas.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad mendakwa bahawa segala yang berlaku itu merupakan usaha terbaru UMNO untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor.

Perhimpunan kira-kira 50 orang mengarak kepala lembu yang masih berdarah dari Masjid Negeri ke Bangunan SUK yang menempatkan pejabat Menteri Besar, ekoran cadangan PKNS untuk memindahkan kuil berusia 150 tahun dari Seksyen 19 ke Seksyen 23, di sini.

Jika benar wujudnya ‘Pendakwaan Terpilih’ tersebut, maka badan perundangan negara pula mungkin disifatkan dalang seterusnya; setelah khalayak percaya UMNO terlibat dalam merancang beberapa insiden tersebut.

Sumber - instinctive-stage G3.0

’Rangking’ Keselamatan Negara Jatuh 25 anak tangga, batalkan perlantikan Musa Hassan.!!


Parti Islam Se-Malaysia (PAS) bimbang terhadap tahap keselamatan negara yang kian meleset akhir-akhir ini sebagaiamana didedahkan Laporan Daya Saing Global Forum Ekonomi Dunia (WEF) bagi 2009-2010, ranking keselamatan negara telah jatuh 25 tangga kepada kedudukan ke-85.

Ketua Penerangan PAS Ustaz Idris Ahmad berkata laporan berkenaan turut mendedahkan, potensi keganasan berada di kedudukan ke-97 dan jenayah dikedudukan ke-95, diaman kedua-dua faktor tersebut membawa kepada kos perniagaan yang ketara bagi pelaburan dalam negara.

Beliau berkata, isu keselamatan bukan sahaja menjadi satu ’kerisauan’ kepada rakyat lokal tetapi pelaburan internasional juga menguncup dengan rangking daya saing Malaysia peringkat global jatuh 3 anak tangga ke kedudukan ke-24.

Oleh itu, PAS memohon campur tangan Yang di-Pertuan Agong supaya penyambungan kontrak Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dibatalkan.

”PAS sebelum ini yang membantah penyambungan kontrak Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan adalah tepat berdasarkan nilaian masa depan ekonomi dan keselamatan negara,

”fakta yang dikeluarkan komuniti forum ekonomi antarabangsa ini memperjelaskan kegagalan KPI beliau dalam mengurus aspek keselamatan negara dengan baik,

”Justeru PAS memohon Yang di-Pertuan Agong campur tangan supaya membatalkan pelantikan semula beliau atas prestasi beliau yang gagal memperbaiki kedudukan (rangking) keselamatan negara” ,”jelas Ustaz Idris dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Menurutnya, dalam suasana kegawatan ekonomi sekarang, jenayah merupakan kerjaya yang kian berkembang dan Pasukan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) memerlukan seorang ketua yang berkerja bersungguh-sungguh untuk memerangi jenayah, bukannya seorang ketua yang gagal melaksanakan tugasnya. BO

Waspada Dengan Perniagaan Francais- PNS (UMNO@BN) Lumpuhkan Kekayaan Bumiputera


KUALA LUMPUR – ‘Kami rugi jutaan ringgit, ditindas francaisor dan Perbadanan Nasional Berhad (PNS) pula memihak francaisor’. Demikian luahan Muhamad Hizal Mustaffa, 33, salah seorang usahawan bumiputera yang tertindas dalam perniagaan francais anjuran PNS.

Hizal mengusahakan Restoran Marrybrown yang juga francaisor pada tahun 2007 dengan modal sendiri RM 120,000 selepas diyakinkan oleh PNS berkaitan potensi perniagaan francais makanan segera itu.

Hizal yang juga graduan Universiti Putra Malaysia (UPM) berkata, mengikut perjanjian setiap usahawan bumiputera yang juga disebut francaisi perlu mengeluarkan modal sendiri sebanyak 10 peratus dari keseluruhan modal perniagaan itu.

Menurutnya, perkara itu tidak berlaku kerana beliau sendiri terpaksa mengeluarkan lebih 20 peratus keseluruhan modal perniagaan atas dasar semangat berniaga.

Lebih malang dakwa Haizal, PNS hanya meluluskan pinjaman beliau berjumlah RM 460,000 selepas membuat bayaran RM 60,000 kepada francaisor walaupun PNS sering melaung-laungkan ‘Total Franchise Solutions’.

“Saya kesal dengan tindakan PNS yang seringkali menyebelahi francaisor, mengapa kami perlu membayar wang sebanyak itu semata-mata mendapatkan surat kebenaran francaisor,

Sepatutnya perkara ini telah diselesaikan oleh PNS sebaik kami bersetuju melibatkan diri dalam perniagaan ini

Tindakan PNS yang memekakan telinga dan memejamkan mata atas penderitaan kami, menyebabkan francaisor kian kejam menindas kami” Katanya.

Haizal menjelaskan, francaisor menetapkan syarat yang berat sebelah apabila memaksa beliau membeli kuantiti barangan tertentu tanpa kemahuannya yang mengakibatkan Haizal terpaksa menanggung kerugian besar.

Sehingga kini, sebanyak lapan buah outlet Marrybrown terpaksa ditutup walaupun kurang dua tahun beroperasi selepas menghadapi masalah dan kerenah birokrasi dengan syarikat induk, Marrybrown Fried Chiken Sdn Bhd.

Seorang lagi mangsa, Zulkarnain Taha, 32, berkata, beliau kecewa dengan sikap francaisor yang melanggar perjanjian perniagaan yang dipersetujui.

Beliau yang menyertai perniagaan Watershop pada tahun 2004 menjelaskan bahawa syarikat induk itu enggan menyokong memajukan perniagaannya dan sesuka hati menukar terma-terma dalam perjanjian francais yang telah ditandatangani untuk kepentingan mereka.

“Mereka menukar terma-terma perjanjian terutama berkaitan kos penyelenggaraan mesin yang menyebabkan kami terpaksa menanggung semua kos penyelenggaraan walaupun pada perjanjian asal ianya di bawah tanggungan francaisor” Katanya.

Zulkarnain kini berhutang RM 180,000 daripada PNS walaupun tidak pernah menerima sesen pun wang itu sehingga kini.

Bagi Siti Farah Md Nasir, 27, berkata, beliau kini menanggung hutang RM 90,000 walaupun baru menyertai perniagaan francais di bawah syarikat induk Jukebox.

Saya menyertai perniagaan francais ini kerana difahamkan akan mendapat bimbingan dan bantuan daripada PNS dan francaisor. Saya begitu yakin sistem francais ini akan membantu usahawan baru seperti saya. Katanya.

Beliau yang memulakan perniagaan pada Mei 2007 bagaimanapun kecewa kerana sistem francais itu hanya memihak kepada francaisor sahaja.

“Syarikat Harian Shoes Sdn Bhd yang mengendalikan perniagaan Jukebox hanya mementingkan keuntungan francaisor sahaja.

“Mereka melambakkan stok di kedai kami tanpa mengira sama ada stok yang dihantar itu boleh jual atau tidak.

“Mereka memaksa kami menerima semua stok yang dihantar walaupun kami tidak membuat sebarang pesanan dan semua barang yang dihantar itu dianggap telah kami beli”

Akibatnya, berlaku lambakan stok di kedai kami dan hutang kami terus meningkat.

Lebih mengecewakan barangan yang dihantar itu kebanyakannya barangan yang tiada sambutan daripada pelanggan,” Katanya.

Sebanyak lapan syarikat francaisi Jukebox sahaja telah ditutup dengan jumlah kerugian hampir RM 3 Juta.

Mereka ditemui dalam sidang media di Sembang Sembang Café Kuala Lumpur hari ini bersama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).

Turut hadir Setiusaha Kerja PPIM, Datuk Nadzim Johan, Pengarah tugas-tugas khas PPIM, Noorazman Idris dan usahawan-usahawan yang tertindas..

Sementara itu, Nadzim berkata ke semua mereka hadir pada hari ini bagi mendedahkan kepincangan, penindasan dan sikap lepas tangan pihak berkaitan termasuklah PNS, Persatuan Francais Malaysia (PFM), Francaisor dan Registration of Francais.

Mereka turut menuntut agar pihak kementerian yang berkaitan campurtangan kerana sejak pemansuhan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDC), usahawan itu kian bermasalah kerana tiada pihak yang mahu membantu mereka.

PNS secara rasmi mengambil alih peranan sebagai agensi pelaksana pembangunan francais daripada MEDC pada 2 Jun 2004.

sistem francais adalah satu hubungan perniagaan secara kontrak di antara dua pihak (francaisor dan francaisi) yang ditubuhkan untuk mengagihkan/mengedarkan barangan dan/atau perkhidmatan melalui “outlets” tertentu untuk satu jangkamasa yang ditentukan atau tidak.

Ianya berdasarkan satu perjanjian dalam mana francaisor menganugerahkan kepada francaisi hak untuk menggunakan berbagai proses alat kelengkapan dan/atau sistem beroperasi serta nama baik (goodwill) francaisor di dalam mengeluar, menjual dan mengedarkan barangan dari jenama (trademark) perniagaan tertentu.

Kedua-dua pihak secara ekonominya adalah saling bergantung antara satu sama lain meskipun mereka adalah “business entity” yang berasingan.

Francaisor pada permulaan dan selanjutnya perlu membekalkan kepada francaisi dengan kepakaran mengelolakan perniagaan.

Francaisor dan francaisi akan bersama-sama mengawal kualiti barangan dan prosedur beroperasi demi nama baik tanda niaga.

-MASDARWAHID

Penduduk Seksyen 23 terima cadangan tapak baru kui..!!

Jawatankuasa bertindak penduduk Seksyen 23 Shah Alam yang membantah pemindahan kuil Hindu - menerima tapak baru yang dicadangkan oleh kerajaan Selangor, kata seorang ahli jawatankuasa tersebut, Ramzi Ramli

Bagaimanapun, katanya, jawatankuasa bertindak itu hanya akan dibubarkan selepas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim membuat pengumum rasmi mengenainya.

Ketika ditemui Malaysiakini di komplek Mahkamah Shah Alam, Zamri berkata, pihaknya mendapati tapak baru itu sesuai kerana jauh dari kawasan perumahan.

Sehubungan itu, tambahnya, mereka menerima cadangan menteri besar itu dan berharap masyarakat India turut sama menerima cadangan tersebut.

Ramzi berkata beliau dan kira-kira 50 penduduk Seksyen 23 hadir mengikuti perbicaraan di mahkamah sebut.

Dua belas orang ke mahkamah hari ini berhubung perarakan kepala lembu ketika mengadakan protes di sekretariat kerajan negeri (SUK) Selangor pada 28 Ogos lalu.

Enam daripada mereka menghadapi dua tuduhan - menghasut dan menyertai perhimpunan haram. Manakala enam lagi didakwa menyertai perhimpunan haram.

Kes kepala lembu: 12 dihadap ke mahkamah

Dua belas orang ke mahkamah hari ini berhubung insiden perarakan kepala lembu ketika mengadakan protes di sekretariat kerajan negeri (SUK) Selangor pada 28 Ogos lalu.

Enam daripada mereka menghadapi dua tuduhan - menghasut dan menyertai perhimpunan haram. Manakala enam lagi didakwa menyertai perhimpunan haram.

Enam yang menghadapi tuduhan menghasut itu dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan atau tuduhan alternatif di bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan kerana "menimbulkan rasa tidak puas hati dan permusuhan penganut Hindu dan senjaga lukakan perasaan penganut Hindu".

Mereka ialah Ibrahim Sabri, 42; Ahmad Mahayuddin Abd Manaf, 36; Eyzva Ezhar Ramly, 35; Mohd Azmir Mohd Zain, 35; Ahmad Suhairy Zakaria, 39; Mohd Hilmi Ni, 40.

Ibrahim dan Ahmad Mahayuddin didakwa memijak kepala lembu; Ayzva didakwa membawa kepala lembu; manakala Mohd Amir, Ahmad Suhairy dan Mohd Hilmi, didakwa membawa dan memijak kepala lembu

Mereka tidak mengaku bersalah dan minta dibicarakan.

Mereka berdepan dengan hukuman penjara sehingga tiga tahun dan/atau didenda sehingga RM5,000.

Sebelum itu, pihak pendakwa memohon supaya mahkamah menetapkan ikatjamin RM15,000 tiap seorang, manakala peguam mereka Salehuddin Saidin dan Afifudin Ahmad Hafifi meminta ia dikurangkan kepada masing-masing RM500.

Hakim Haslin Hassan kemudiannya menetapkan ikatjamin masing-masing RM4,000 dengan seorang penjamin. Beliau juga menetapkan kes itu disebut pada 21 Oktober.

Selepas itu, mereka bersama enam yang lain dihadapkan di Mahkamah Majistret Shah Alam atas tuduhan menyertai perhimpunan haram mengikut Seksyen 27(5)(a) Akta polis.

Kesemuanya tidak mengaku bersalah dan minta dibicarakan.

Mahkamah membenarkan ikatjamin masing-masing RM300 dengan seorag penjamin bagi enam orang yang turut menghadapi tuduhan menghasut.

Manakala ikatjamin bagi enam orang lagi yang menghadapi tuduhan perhimpunan haram, ditetapkan masing-masing sebanyak RM300 dengan seorang penjamin.

Kes tersebut akan disebut pada 21 Oktober.

Mereka adalah sebahagian daripada mereka yang menyertai protes tersebut kerana membantah keputusan kerajaan Selangor untuk memindahkan kuil berusia 150 tahun, dari Seksyen 19 ke Seksyen 23.

Sebelum itu, kira-kira 20 penduduk datang ke Mahkamah Shah Alam pagi ini sebagai tanda sokongan kepada 12 orang yang akan didakwa berhubung isu perarakan kepala lembu membantah pembinaan kuil Hindu di Seksyen 23.

Mereka berhimpun di kaki lima, menunggu sesi mahkamah bermula.

Mereka memberitahu media "kami tidak bersalah" dan kami datang dengan satu hati".

Dua belas orang tersebut akan didakwa menghasut serta menyertai perhimpunan haram,

Gelombang Tuntut Royalti Kali Kedua; Rakyat Turun Ke Jalan Raya


http://www.buletinonline.net/images/stories/berita10/Mampatmesyagung.JPGKUALA TERENGGANU - Dalam masa terdekat Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (Mampat) akan menggerakkan rakyat dalam program gelombang menuntut royalti kali kedua, justeru wang royalti petroleum belum diperoleh sepenuhnya oleh kerajaan negeri, sebagaimana dijanjikan kerajaan pusat.


Pengerusi Mampat, Cikgu Mohamad Fauzi Abu Samah berkata, pihaknya turut berasa hairan kerana sehingga kini rundingan masih belum selesai antara Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Pusat menyebabkan penyelesaian berhubung wang itu tertangguh sehingga kini.

“Kerajaan Negeri juga akan menarik kes saman royalti minyak di mahkamah. Ini adalah sesuatu yang tidak kena.

”Mampat dimaklumkan bahawa sehingga kini Kerajaan Negeri masih belum mendapat bayaran royalti seperti yang telah dijanjikan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi,” ujarnya


Beliau berkata, Mampat menganggap persoalan itu seolah-olah satu ’permainan tarik tali’ antara Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri.

Oleh itu katanya, Mampat memohon pihak Petronas supaya membayar wang royalti petroleum terus ke dalam akaun Kerajaan Negeri sebagaimana perjanjian berdasarkan Akta Petroleum 1974 dan bukan kepada Kerajaan Pusat.

”Mampat akan meneruskan usaha menggerakkan kembali Gelombang Rakyat Terengganu untuk mendesak kerajaan Pusat mengembalikan rualti yang menjadi hak dan maruah rakyat negeri ini,

”jangan nanti rakyat Terengganu menggelar Kerajaan Pusat sebagai ”Kerajaan Lebong” atau ”Kerajaan Kluk Klek”,” katanya.

Sebelum itu, Penaung Mampat, Tengku Seri Paduka Raja, Tengku Ibrahim Ismail berkata Isu Royalti adalah antara yang diperjuangkan Mampat sejak awal penubuhan.

”Hari ini, nama MAMPAT sudah dikenali rakyat Terengganu. Bermula dengan peristiwa Himpunan Rakyat di Lapangan Terbang Sultan Mahmud pada 29 Mac 2008 lalu, Isu Royalti Petroleum sehinggalah kepada beberapa program dan aktiviti lain yang dilaksanakan MAMPAT,”Katanya dalam ucapan merasmikan Mesyuarat Agung Mampat di Ibai Golf Resort, di sini, baru-baru ini.(Gambar di atas)

Katanya, apa yang menarik untuk diperhatikan dalam perkembangan Mampat adalah, MAMPAT kini benar-benar telah menjadi saluran rakyat untuk menyampaikan rintihan, aduan dan sebagainya.

Terbaru, katanya, MAMPAT diajak untuk bersama-sama mempertahankan golongan peniaga di Jalan Banggol dan Jalan Bandar serta turun bersama-sama berdemonstrasi membantah tindakan kerajaan.

Minggu lalu, dalam isu yang sama, Ahli Parlimen Parlimen Kuala Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut berkata, sekiranya kerajaan Pusat masih berkeras dan tidak mahu menyelesaikan isu berkaitan sepenuhnya, PAS akan menggerakkan rakyat untuk turun ke jalan raya.

Bulan Melawat Negeri Sembilan!!!


Berita sahih telah tersebar seantero Satu Malaysia yang Bulan Melawat Negeri Sembilan akan diadakan. Ini merupakan satu berita gembira. SPR telah diberi penghormatan oleh kerajaan Satu Malaysia untuk mengisythiharkan tarikh rasmi pelancaran hari tersebut yang dijangka akan dibuat pada minggu hadapan.

Pada bulan tersebut, Negeri Sembilan akan dikerumuni oleh para pelancong politik dari dalam dan luar negara. Tempat yang akan dikerumuni oleh mereka ialah di Bagan Pinang iaitu tempat terkini yang paling sensasi sekali di Negeri Sembilan. Fulamak... Bagan Pinang akan berpesta babe!!!

Dalam pesta tersebut, para pelancong dan rakyat BaganPinang, akan dihidangkan dengan pelbagai juadah sebagai halwa telinga. Pasti hebat punyer yop!!! Selain itu, pertandingan merebut kerusi adalah acara kemuncak dalam pesta tersebut. Kerusi yang akan menjadi rebutan, cuma satu tetapi para contestantnya belum tahu lagi. Yang itu, kita kena bersabar dahulu. Tunggu...... sebab pihak-pihak yang berkira-kira untuk menyertai pertandingan ini sedang membuat congakan tentang bakal-bakal calon yang paling berpotensi untuk memenangi kerusi yang akan dipertandingkan.

Kerusi ini bukan calang-calang kerusi. Bagi UMNO/BN ini kerusi rezeki. Kerusi yang bakal memberikan mereka kuasa untuk mengaut rezeki yang melimpah ruah untuk mengayakan diri, keluarga dan juga kroni.

Bagi Pakatan Rakyat pulak, kerusi ini akan dijadikan senjata untuk melemah dan seterusnya menguburkan kuasa politik UMNO/BN yang sudah bermaharaja lela sejak 52 tahun negara merdeka. Malah, puak-puak ini telah menjadi lebih raja dari raja. Rakyat pulak hanya jadi hampeh mereka sahaja. Aha, rakyat mereka anggap sebagai hamba mereka!!

Oleh itu, kerusi DUN Batang Pinang akan dijadikan senjata oleh Pakatan Rakyat untuk mengubah persepsi dan mendaulatkan semula rakyat dan hanya kuasa rakyat sahaja yang boleh melakukan semua ini. Semoga rakyat akan mendapat semula hak mereka sebagai TUAN di negara Satu Malaysia yang kini diperintah oleh manusia-manusia berkuku besi.

Dalam kempen pesta pilihan raya sempena Bulan Melawat Negeri Sembilan ini nanti, rakyat khususnya di Bagan Pinang akan disajikan dengan pelbagai juadah kempen. Nampak gaya, juadah-juadah kempen yang bakal disajikan oleh Pakatan Rakyat akan lebih menyelerakan para pengundi di sana.

Rasa-rasanya.... menunya heavy-heavy juga. Antara menu bagi juadah-juadan tersebut ialah isu pembunuhan Teoh Beng Hock, isu kenaikan harga minyak, isu Kartika, isu demonstrasi 'kepala lembu, isu kapal selam 'Altantunya', isu penyambungan kontrak KPN yang tak mencapai tahap piawai....[ low quality material ] dan isu kekalahan 8-1 dalam PRK.

Bagi UMNO/BN, khabarnya, seekor lembu tua akan diletakkan di situ sebagai calon. Ya...seekor lembu tua yang banyak cacat celanya. Bagus sangat ler tu..... !! Letak ler sesiapa pun, kita tak kisah punyer. Lembu tua ke.... anak lembu tua ke.... whoever ler, kita akan tentang habis-habiskan untuk menamatkan penguasaan UNMO/BN di situ, bukan kerana kita gila kuasa tetapi kita mahu rampas kuasa itu untuk memulangkannya semula kepada rakyat. Nawaitu kita ialah untuk memartabatkan semula kuasa rakyat. Show them who's the real BOSS!! Semoga Allah SWT memakbulkan harapan kita.

Oleh itu, Pakatan Rakyat... PAS, PKR dan DAP, this is not an easy task. You all kena berganding tangan and work hard as a team kerana kemenangan tidak akan datang bergolek atau jatuh ke riba kita dengan begitu saja. We have to work hard for it. So... persiap dan perkuatkan jentera pilihan raya masing-masing untuk membantu memenangkan RAKYAT di Bagan Pinang.

HIDUP RAKYAT!!!

Mereka juga ingin bergembira di Hari Raya......!!

Suhaib Mat Sah berbaju biru dan Faiq Lokman berbaju hijau adalah sebahagian dari berpuluh-puluh anak tahanan ISA yang masih dikurung di Kem Kamunting.


Pada hari ini, ada 17 tahanan ISA dengan 40 bilangan anak dan isteri masih menjadi mangsa akta tahan tanpa bicara ISA. Walaupun pada 1 ogos lalu rakyat telah memberitahu pada PM mereka tidak menolak ISA kerana unsur tahan tanpa bicara itu, namun nampaknya, PM dan Menteri Dalam Negeri masih belum bersimpati untuk membebaskan kesemua tahanan, dibulan mulia ini.


Kesemua anal-anak itu telah kehilangan orang yang sepatutnya mencari rezki untuk mereka.Bapa-bapa mereka yang masih ditahan dibawah ISA, tiada pekerjaan yang boleh menjana wang untuk diberikan pada keluarga bagi menyambut perayaan yang bakal menjelma di penghujung Ramadhan mulia ini.

Bapa mereka masih dianiaya oleh Menteri Dalam Negeri yang nampaknya belum mahu membebaskan , walaupun sedang berada di bulan yang penuh kemaafan dan keberkatan ini. Apakah perasaan isteri dan anak-anak ini? Adakah anda semua sampai hati melihat mereka yang sedang dizalimi ini, menyambut kegembiraan Syawal dalam keadaan serba kekurangan lantaran bapa mereka masih di kurung di Kem Kamunting sana?

Silalah tunjukkan keperihatinan anda dengan menghulurkan sedikit bantuan supaya mereka juga dapat bergembira sepertimana insan lain.Saya merayu agar lebih ramai bloggers Muslim yang akan linkkan bannner GMI ini di blog masing-masing supaya lebih ramai yang akan menyumbang untuk tujuan ini.Saya mensasarkan sekurang-kurangnya cuba memperolehi dalam lingkungan RM 10 – 15 ribu supaya dapat diagihkan samarata kepada semua mangsa.

Anda yang menyumbang di akaun Bendahari GMI, dibawah nama Nashita Md Noor, May Bank 162209939776, boleh telefon beliau di hp 0132096373 untuk memastikan wang telah dimasuk ke akaunnya.Semoga Allah beri pahala yang berlipat kali ganda kepada setiap sumbangan di malam sepuluh akhir Ramadhan ini.

Saduran watak - watak Umno untuk di'1Malaysia'kan !

Oleh : Tn. Hj. Anuar (bekas SU akhbar DS Nizar)
POLITIK yang bersifat perkauman amat bahaya dalam usaha memupuk perpaduan, kerana parti yang berasaskan kaum memperjuangkan untuk kepentingan sesatu kaum sahaja, kata Prof Teo Kok Seong. Felo Penyelidik Utama, Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), berkata, sifat curiga mencurigai antara kaum masih menjadi masalah dan oleh itu hubungan antara kaum di Malaysia hanya retorik: hanya nampak baik di luar.

Keadaan ini berlaku kerana parti yang berasaskan kaum yang jelas memperjuangkan kaum mereka sahaja dan ini akan mengheret soal lain seperti bahasa.

"Sepatutnya hanya satu bahasa pengantar dan bahasa lain boleh dipelajari. Sistem satu bahasa penting untuk memupuk perpaduan masyarakat berbilang kaum,” tegas Prof Teo.

“Sekarang kita hanya melihat perpaduan peringkat luaran, sedangkan interaksi sebenar antara semua kaum tidak berlaku. Oleh itu, perlu ada usaha memupuk satu interaksi tulen antara kaum supaya perpaduan yang diperjuangkan selama ini akan berjaya.

Mengenai media, Prof Teo berkata semua akhbar vernakular Melayu, Cina dan India bersikap perkauman. Apabila suratkhabar bersifat perkauman, maka ia akan bersikap membela golongan tertentu dan dari segi berita, banyak berita yang disiarkanpun ke arah golongan tertentu saja,” katanya lagi.

Adakah aksi ini yang dimaksudkan "1 Malaysia" ?