Selasa, 8 September 2009

Rakyat Malaysia Di Jakarta Diancam Dengan Buluh Runcing..!! Apakah hubungan Asian dan Diplomatik M'SIA - INDON telah musnah..??? Apakah penyelesaianya




JAKARTA, 8 Sept (Bernama) -- Jabatan Penuntut Malaysia di sini Selasa ini menasihati semua pelajar Malaysia di seluruh Indonesia supaya sentiasa berhati-hati memandangkan kebencian segelintir rakyat negara itu yang semakin memuncak berikutan penyebaran pelbagai fitnah oleh media massanya kebelakangan ini.

Jabatan itu telah menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) bagi menasihati semua pelajar Malaysia di sini khasnya agar jangan sekali-kali melalui Jalan Diponegoro bagi mengelak kejadian yang tidak diingini.

Kebencian mereka itu memuncak kepada tahap yang serius dan menakutkan berikutan media tempatan baru-baru ini menyiarkan berita dan visual lebih 360 sukarelawan ilmu kebal yang dilaporkan sudah mendaftar dan bersedia untuk mengganyang Malaysia.

Kebencian mereka itu memuncak lagi apabila hari ini terdapat sekumpulan orang yang menggelar diri mereka sebagai Benteng Demokrasi Rakyat (BENDERA) mula bertindak liar dengan mengugut rakyat Malaysia dengan buluh runcing di Jalan Diponegoro.

Dilaporkan bahawa 50 anggota BENDERA yang bersenjatakan buluh runcing (buluh yang ditajamkan hujungnya) memaksa orang ramai yang melalui jalan itu menunjukkan tanda pengenalan mereka dan jika kebetulannya orang berkenaan seorang rakyat Malaysia maka orang itu akan terus ditahan.

Tindakan mereka mengambil undang-undang di tangan sendiri dilaporkan media massa online tempatan termasuk detikcom.

Sebelum ini pernah rumah kediaman yang disewa pelajar Malaysia di Universiti Gadjah Mada, Yogyakarta dibaling telur busuk oleh kumpulan yang berdemonstrasi terdiri daripada sekumpulan mahasiswa tempatan kerana marahkan Malaysia yang difitnah sebagai mencuri tarian Pendet yang berasal dari Bali.

Berikutan isu itu yang terus diapi-apikan media massa tempatan dan dikaitkan pula dengan isu-isu lampau yang diungkit semula, beberapa kumpulan rakyat Indonesia juga berdemonstrasi di depan Kedutaan Besar Malaysia di sini.

Walaupun penafian telah dibuat bahawa Malaysia tidak pernah "mencuri" tarian itu untuk iklan video klip promosi pelancongan negara yang sebenarnya dibuat sebuah syarikat swasta yang berpejabat di Singapura, namun hakikat itu "jatuh ke telinga yang tuli dan mata yang buta".

Anehnya, sebuah stesen TV yang baru saja menyiarkan program dialog di mana seorang pegawai tinggi Kementerian Luar Indonesia memberikan penjelasan bahawa Malaysia tidak pernah mengakui Pendet sebagai tarian berasal dari Malaysia, namun stesen TV yang sama juga kemudian mengulangi lagi tuduhan yang serupa.

Laman web okezone pula melaporkan bahawa anggota BENDERA ada memeriksa lebih daripada 100 orang.

Bagaimanapun, detikcom melaporkan bahawa tiada seorang pun rakyat Malaysia yang kebetulan melalui jalan itu dan tindakan yang dikatakan akan dilakukan selama sejam, berakhir hanya selepas setengah jam.

-- BERNAMA

Video : Mufti Harussani perlu Bertaubat!! - Ust Dr Badrul Amin...



Rizab Emas Untuk Beli Kapal Perang..!! Satu lagi projek membelasah asset negara...!!!

Menurut laporan akhbar The Wall Street Journal bertarikh 9 Mei 2005, kerajaan Malaysia bercadang menggunakan rizab emas negara untuk membeli kapal perang dan peralatan tentera daripada BAE Systems PLC bernilai 1 bilion paun (guna symbol paun) atau RM6.8 bilion.

Langkah yang dianggap pelik itu melibatkan penggunaan rizab emas sebagai jaminan kepada urusniaga tersebut.

Sebelum itu Bank Negara Malaysia dikritik hebat kerana pernah mengalami kerugian besar kira-kira USD4 bilion pada awal 1990an berikutan penggunaan rizab matawang dalam perdagangan matanwang antarabangsa.

Statistik BNM menunjukkan negara mempunyai rizab emas bernilai USD66 bilion atau RM250 bilion. Laporan itu juga menyatakan sekiranya perjanjian pembelian senjata itu diteruskan Malaysia akan menyandarkan hampir 2.8 peratus daripada nilai rizab emas negara.

Urusan berkaitan kontrak tersebut dikendalikan oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan ketika itu, Najib Razak yang kini menjadi Perdana Menteri.

PRK Bagan Pinang: PAS ada peluang jika Undi Pos telus..!!!






N31 Bagan Pinang : Sapa calon bertanding..???


Nampak gayanya PRK kali ni, parti yang bertanding akan punya banyak masa untuk buat kajian sebelum pilih calon. Pasainya aku rasa hampir pasti SPR akan buat pilihanraya lepas hari raya. Jadinya paling kurang pun ada 2 minggu lagi.

PAS nampaknya kedepan dalam bab calon ni. Harakahdaily hari ni dah keluarkan kenyataan PAS mungkin akan calonkan salah sorang dari dua nama yang dah disebutkan. Yang pertama, Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Zulkefly Mohamad Omar dan calon kedua, Yang Ditertua PAS, Ramli Ismail yang jugak bekas calon masa PRU lepas.

Aku tak kenai bekas calon lepas tu, tapi aku dan kenai Zulkefly masa PRK Bukt Gantang, pasainya PAS Parit Buntar kena jaga UPU Jaha bersama dengan petugas dari Negeri Sembilan.

Bukan takat kenai orang dia macamana, malah aku pernah sembang dengan dia dalam telefon. Memang pada aku karisma dia ni hebat, memang terserlah. Dia ni memang jenih 'hemoi' dan kalau ikut cara dia masa PRK Bukt Gantang hari tu, dia boleh masuk ke mana saja dan memang 'walk the talk' punya jenih.

Kalau dia yang jadi calon, memang akan bagi lebih advantage kepada PAS, tambahan pulak dia sebagai Pesuruhjaya.

Apa-apa pun kalau ikut laporan to PAS hanya akan umumkan nama calon yang akan bertanding, seminggu sebelum hari pilihanraya, mungkin macam selalu, bberapa hari sebelum hari penamaan calon.

Di pihak Umno pulak, aku yakin dah ada yang mula melobi untuk jadi calon. Setakat ni nama yang agak popular tentunya nama sa amad, bekas menteri besar negeri Sembilan. Dengar ceritanya usaha melobi untuk dia ni memang dah mula bergerak.

Tambahan pulak Isa Samad adalah ketua cawangan Umno Bagan Pinang, dah tentu la ahli Umno cawangan tu setuju sangat kalau Isa yang jadi calon.

Di pihak lain, Naib Ketua Wanita Umno, Datuk Kamilia Ibrahim nak kalau boleh calon dipilih dari kalangan wanita. Dia tak sebut pulak nama. Tapi aku tak berapa yakin Umno akan letak calon wanta pasainya dalam daftar pemilih N31 tu, pengundi wanita hanya ada 5,957(42%), tak berapa kuat untuk letak calon wanita.

Apa-apa pun, tak kira sapa pun yang jadi calon, aku tak berapa nak yakin calon PAS boleh memang, pasainya undi POS kat situ tinggi sangat, lebih 5000 undi. Lebih dari yang calon PAS dapat masa PRU12 dulu.

Pun macam tu, dalam politik ni seni dia lain macam sikit. Macam satu frasa yang selalu aku dengar, "dalam politik takdak benda yang mustahil"

Rujkan
  1. Dua nama sebagai calon PAS, setakat ini
  2. 'Kami mahu Isa di Bagan Pinang'

SELCAT: Pegawai Daerah Dedah Wakil Rakyat BN Seleweng Peruntukan-!! HA..HA...KANTOI LAGI BN..???



Sesi kedua Jawatankuasa Pilihan Khas mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) bersidang di bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (SUK) hari ini bagi meneliti dakwaan wakil rakyat seleweng peruntukan rakyat.

Pegawai-pegawai daerah di Selangor dipanggil ke hadapan Speaker Teng Chang Khim bagi membantu penyiasatan Selcat.

Semua Ahli Dewan Undangan Negeri bekas kerajaan Barisan Nasional Selangor yang lalu dikehendaki memberi penjelasan mengenai peruntukan setengah juta yang mereka belanjakan habis dalam masa dua hingga tiga bulan pertama 2008.

Adun BN menerima RM500,000 manakala Exco menerima penambahan RM100,000. Daripada 56 Adun pada masa itu, hanya 54 saja menerima peruntukan itu manakala Adun DAP, Teng Chang Khim (Sungai Pinang) dan Ng Suee Lim (Sekinchan) tidak menerima peruntukan kerajaan Dr Khir Toyo.

Pegawai Daerah Gombak Huzaini Samsi di Selcat hari ini mendedahkan Adun-Adun BN dibawah seliaan beliau telah menyalahguna wang peruntukan kerajaan negeri sebelum PRU12 tahun lalu.

Huzaini berkata perbelanjaan bulanan selalunya sekitar RM20,000 hingga RM30,000 namun menjelang pilihanraya umum, wakil-wakil rakyat BN ini akan memanfaatkan sepenuhnya takat perbelanjaan maksima.

"Keadaan yang luarbiasa berlaku menjelang pilihanraya kerana wang dibelanjakan sebanyak mungkin dengan cepat sekali," katanya.

Beliau akui ada kemungkinan wang peruntukan kerajaan negeri ini digunakan untuk berkempen dalam pilihanraya.

"Bergantung kepada adun berkenaan. Kerana kalau mereka mahu habiskan dengan segera, nanti kalau kita tahan, lain pula jadinya. Jadi kita kena luluskan secepat mungkin," kata Huzaini yang menjadi DO sejak 2007.

Huzaini mendedahkan tidak ada mekanisma memantau tabiat berbelanja adun-adun BN ini mahupun kemahuan untuk mempertanggungjawabkan adun-adun BN ini diatas apa yang berlaku.

MALAYSIAKINI DISIASAT SELEPAS ENGGAN BUANG VIDEO DEMO KEPALA LEMBU

Seramai 12 lagi kakitangan Malaysiakini disiasat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhubung penerbitan video berkaitan perarakan membawa kepala lembu bagi membantah pemindahan kuil Hindu di Seskyen 23 hujung bulan lalu.

Dalam sesi selama lapan jam sejak 10.30 pagi, lapan pegawai SKMM merakamkan kenyataan ketua pegawai eksekutif akhbar web itu Premesh Chandran.

Mereka juga menyiasat editor, wartawan, juruvideo dan kakitangan teknikalnya di pejabat portal berita itu di Bangsar Utama, Kuala Lumpur.

Selain Premesh, kesemua kakitangan terlibat dalam proses pemberitaan, suntingan dan penerbitan dua berita dan video berhubung demonstrasi di Shah Alam pada 28 Ogos dan sidang media Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein, 2 September lalu.

Mereka yang terlibat: wartawan-wartawan Rahmah Ghazali, Jimadie Shah Othman, Andrew Ong, juruvideo Amir Abdullah, editor-editor K Kabilan, Nasharuddin Rahman, Fathi Aris Omar, editor-editor video Shufiyan Shukur, Ng Kok Foong dan Lydia Azizan.

Suruhanjaya itu turut mengambil keterangan syarikat pelayan web Malaysiakini di pejabatnya di Jalan Kuchai Lama, Kuala Lumpur hari ini.

Seorang lagi juruvideo, Mohd Kamal Ishak – yang sedang bercuti – akan diambil keterangannya Khamis ini.

Sabtu lalu, ketua pengarang kumpulan Malaysiakini Steven Gan disiasat selama 45 minit berhubung kes yang sama.

SKMM mendesak akhbar web itu menarik balik dua video: Temple demo: Residents march with cow's head (28 Ogos) dan Hisham: Don't blame cow-head protesters (2 Sept).

'Leaked documents' details RM10 mil transfer..!! Ha...Ha.. Ong Tee Kiat you kantoi ma...???


A document has surfaced on the Internet with detailed descriptions of how Bintulu MP Tiong King Sing allegedly transferred RM10 million to MCA president Ong Tee Keat.

Contacted today, Tiong (right) confirmed the veracity of the document, describing it as a witness statement from one of his political aides.

However, he vehemently denied that he leaked the document, adding that he was surprised by how the document was "leaked".

"I didn't leak it. I have no idea where it came from. He (the witness) said he did not leak it," said Tiong, who is currently in China on business.

He said that other than his lawyers, only certain government agencies have the same document.

Tiong said his aide witnessed the money changing hands and is now in hiding for fear of his safety.

According to the document, the aide had signed the statement in front of a lawyer on Aug 22.

The three-page statement is similar to a police report lodged by Tiong on Aug 26, but with more details on the transactions.

'RM5 million in fruit boxes'

Ong has denied receiving RM10 million from Tiong and has initiated a RM500 million suit against the latter for defamation.

According to the aide's statement, the RM10 million was transferred to Ong on three different occasions.

However, no dates was specified.

On the first occasion, the aide was ordered by Tiong to count RM5 million in cash and asked to place them in two fruit boxes.

The aide then placed the two fruit boxes in the booth of a Mercedes S350 and accompanied his boss to the PJ Hilton hotel.

"When I reached the hotel, Tiong entered the hotel. I waited outside with someone else. After about half and hour, I saw Tiong and Ong walking out from the lobby," read the document.

"Another car appeared and approached Tiong and I saw two Chinese males get out. Tiong carried the fruit boxes, with the help (from another aide, name withheld), and carried it to another car," he said.

Millions in 'A4 boxes'

On the second occasion where the money was transferred, the aide alleged received a call from Tiong, who was in Taiwan at the time, to remove RM1 million from the latter's office.

The money was in a yelllow 'A4 paper box' and it was taken in the aide's car to the Armada hotel in Petaling Jaya.

"When I arrived, the person (representing Ong) had yet to arrive. Fifteen minutes later, he arrived in a Hyundai Sonata. He was a Chinese man. He came alone. I handed him the box containing the money," he said.

On the third and final occasion, the aide said he and Tiong counted RM4 million in cash and placed them into two 'A4 paper boxes'.

The money was then placed in a Tiong's Mercedes, before the duo headed to Carcosa hotel, Kuala Lumpur.

"When we arrived, Ong went into Carcosa. After one or two hours, Tiong came out with Ong. Tiong ordered me to move away from the car. I then moved to the lobby entrance which was covered by plants.

"After that, I saw Tiong open the boot and transfer the two boxes into a Kia car belonging to Ong," read the statement.

Damning PKFZ report singles out Kong Choy

The yet-to-be-released report singles out former transport minister Chan Kong Choy while Tiong has been named as one of the “possible conspirators” in a scheme that exposed the government to huge financial losses stemming from the failed PKFZ development venture

The Straits Times

A confidential report by a government-appointed task force probing one of Malaysia’s biggest financial scandals has identified serious breaches on the part of several government officials, including a former minister.

The breaches led to billions of dollars in losses at a tottering state-owned transhipment hub, the Port Klang Free Zone (PKFZ).

The yet-to-be-released report, which will be discussed at the weekly Cabinet meeting tomorrow, singles out former transport minister Chan Kong Choy; Madam O.C. Phang, the former general manager of the Port Klang Authority; and board directors of the port agency, for not carrying out their duties with adequate care.

The findings of the special task force, which were read by The Straits Times, also finger Barisan Nasional MP Datuk Seri Tiong King Sing, the main shareholder of private company Kuala Dimensi Sdn Bhd which carried out the construction of PKFZ.

Tiong has been named as one of the “possible conspirators” in a scheme that exposed the government to huge financial losses stemming from the failed PKFZ development venture.

The report by the special task force, headed by senior Malaysian lawyer Vinayak Pradhan, will add to the long list of disclosures of alleged criminal wrongdoings and mismanagement that has forced the government to bail out the project. The government also had to stand by debts estimated to be in excess of RM10 billion.

Already, the police have frozen the accounts held by Kuala Dimensi with funds of roughly RM140 million as a result of their own investigation into the scandal.

Government politicians who reviewed the findings said the report will pile pressure on Prime Minister Najib Razak’s administration to act against those responsible for the huge losses.

But that route could prove tricky for the Premier because it will force the government to come down hard on political warlords within its own ruling coalition, such as Tiong. He is an MP from Sarawak and head of the Barisan Nasional’s backbenchers club.

“Depending on how deep you want to probe, this scandal goes to the heart of government because payments for the project came from state agencies and had to be approved by the Transport and Finance ministries,” said a senior government official familiar with developments around PKFZ.

The free trade zone project began as a joint-venture between Port Klang Authority (PKA) and the promoters of the Jebel Ali Free Trade Zone (Jafza) in 1999, to attract foreign investment and promote the main Malaysian port of Port Klang.

The land from the project belonged to Kuala Dimensi, which had acquired it in the 1990s for RM96 million or roughly RM3 per sq ft.

But under mysterious circumstances, the PKA, led by then general manager O.C. Phang, moved to buy the land from Kuala Dimensi in 2002 for RM1 billion, or roughly RM25 per sq ft.

Equally mysterious was the PKA’s decision to award Kuala Dimensi sole rights to develop the free trade zone without an open tender.

To fund the development, Kuala Dimensi raised funds through the issue of bonds that were backed by so-called “letters of comfort” from Malaysia’s Transport Ministry.

The PKFZ project has since been saddled by cost overruns and mismanagement, leaving it to the government to stand guarantee on its loans and bonds issued to fund the project.

Teoh inquest: MACC abuse complainant to testify Wednesday

In allowing the police report, Azmil said that some facts were "somewhat relevant" to the inquest but restricted the scope of questioning to three matters, namely whether the said interrogation took place, whether force was used and if Ashraf (pic above) was involved in the interrogations, if any.

Written by Chua Sue-Ann, The Edge

The inquest into political secretary Teoh Beng Hock's death will on Wednesday hear evidence from a complainant who had filed a police report alleging abuse by the Selangor Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC).

Coroner Azmil Muntapha Abas allowed the witness after lawyers argued at length today on the admissibility and relevance of the police report in the inquest. The lawyers wanted to challenge anti-graft officers' earlier testimonies that no force was used in their interrogations.

On Aug 28, the Teoh family's counsel Gobind Singh Deo produced a police report in which the complainant alleged physical and psychological abuses at MACC's Selangor office at Plaza Masalam here.

Among the claims were that the complainant had been blindfolded, stripped, repeatedly slapped and beaten with an iron rod by MACC officers.

MACC legal affairs and prosecutions director Datuk Abdul Razak Musa, who obtained a copy of the police report today, objected to admitting the police report dated Sept 11, 2008, which he said was not relevant as it was filed almost a year ago.

Abdul Razak, who is holding a watching brief for MACC officers, attempted to cast doubt on the police report by noting it appeared as if the statement was prepared prior to it being lodged and sought to expunge Gobind's earlier explanation of the police report.

The inquest's 19th witness, Selangor MACC officer Mohd Ashraf Mohd Yunus, was not named in the police report and had not been subject to any police investigation for alleged abuse, Abdul Razak said.

Abdul Razak also pointed out that the complainant was a suspect in MACC's investigations whereas Teoh was merely a witness in Selangor MACC's probe into alleged abuse of state allocations.

Teoh, a political secretary of Selangor state executive council member Ean Yong Hian Wah, was found dead on July 16 on a fifth-floor landing next to Plaza Masalam's tower block, which houses MACC's office on the 14th floor.

In reply, Gobind said the police report "implicate(d)" Ashraf and Gobind was giving the MACC officer an opportunity to answer the allegations.

"Why the fear? If you did not do it, say you did not do it. I think this fear spells a thousand words. I think it establishes our point that MACC has something to hide," Gobind said, to which Abdul Razak disagreed.

Gobind also requested that the court record Abdul Razak's pledge to not raise complaints that MACC officers were not given an opportunity to defend themselves against the allegations.

Gobind said the complainant stated in the police report that he was brought to a room with 10 MACC officers when he was interrogated at the state office on Sept 6, 2008.

Criminal lawyer Tan Hock Chuan, who is leading the Attorney-General's team, then told the coroner that "some latitude" should be given to determine the veracity of the allegations but urged counsels to exercise restraint when questioning witnesses.

In allowing the police report, Azmil said that some facts were "somewhat relevant" to the inquest but restricted the scope of questioning to three matters, namely whether the said interrogation took place, whether force was used and if Ashraf was involved in the interrogations, if any.

During cross-examination today, Ashraf said Teoh did not speak much during questioning by MACC officers, merely nodding or muttering "Mm hmm" when quizzed on several documents.

Ashraf also said that he did not use force or shout at Teoh during questioning.

Earlier, Gobind told the court it was his duty to point out discrepancies in witness denials that MACC used force on its witnesses.

"All the officers come here and deny (that force was used). I expect them to deny it. The reason we are here is because all these have denied it.

"We submit this court should not just accept the evidence of the MACC officers. We will show this could not have been a suicide, no way," Gobind said.

Selangor state government's counsel Malik Imtiaz Sarwar, in supporting Gobind's position, added that Gobind's attempts were "not a stab in the dark".

"As much as we find it unpalatable to say, MACC is a suspect... If we don't inquire we won't find out who was involved," Malik said.

Nik Aziz: Terima kasihlah saya tidak minat ..!! UMNO@BN masih merayu PAS..???

Oleh Mohd Zuharman

KOTA BHARU, Sept 8 — Sebagaimana dijangka, Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan sikapnya, tidak sedia berbincang dengan Umno.

Bagi beliau, ia isu lama dan tidak perlu dibangkitkan lagi.

PAS, katanya, tetap dengan prinsipnya tidak akan bersetuju untuk mengadakan sebarang rundingan dengan Umno selagi parti itu tetap dengan apa yang ada padanya sekarang.

Kenyataan itu ditegaskan Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan itu di pejabatnya petang ini sebagai mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Umno sanggup berunding dengan PAS untuk kepentingan umat Islam negara ini.

Najib menyuarakan hasrat tersebut di dalam ucapannya pada satu majlis ramah mesra dan berbuka puasa bersama rakyat di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuala Krai petang semalam.

Pada majlis yang sama Najib turut mengumumkan kerajaan pusat telah meluluskan projek pembangunan kawasan Manek Urai sebanyak RM8.9 juta sebagai menepati janji pilihan raya kecil Dun Manek Urai 14 Julai lepas.

Antara projek yang ditunggu-tunggu oleh masyarakat Manek Urai sampai sekarang ialah janji Barisan Nasional akan membina jambatan baru menghubungkan Manek Urai Lama dengan Manek Urai Baru.

Namun Nik Aziz, masih meragui keikhlasan Umno. Baginya, sekiranya Umno benar-benar ingin jaga Islam lebih baik Umno terus bertindak menukar dasar partinya supaya keikhlasan itu terbukti pada seluruh rakyat.

Bagaimanapun beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada kerajaan pusat menyediakan peruntukan pembangunan bagi Dun Manek Urai, dan berharap peruntukan itu akan terus dikesinambungkan kerana ia memang menjadi tanggungjawabnya.

Di Kuala Lumpur, Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub menyifatkan tawaran Najib untuk sekian kalinya kerana Umno sekarang sedang tersepit.

Umno perlukan PAS untuk menyokongnya selepas terperangkap dalam isu perkauman yang diciptanya sendiri, kata Salahudin.

Ahmad Said tolak tawaran jadi menteri pusat ...! Tawaran untuk selesaikan krisis UMNO Terengganu...!


KUALA TERENGGANU, 8 Sept — Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said dilaporkan menolak tawaran untuk menjadi Menteri Pusat bagi membolehkan beliau meletakkan jawatannya di Terengganu.

Tawaran ini adalah sebagai salahsatu usaha yang dibuat Umno untuk menyelesaikan krisis di Terengganu sekarang.

Ia dibuat oleh kepimpinan Umno untuk membolehkan Ahmad Said digantikan oleh pemimpin Umno yang lain di Terengganu untuk menyelesaikan krisis.

Mengikut pelan itu, Ahmad akan dilantik menjadi senator dan seterusnya dilantik sebagai menteri penuh.

Dengan penolakan ini, bermakna Umno Terengganu akan terus bergolak. Yang terakhir, majlis Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyidin Yassin diboikot oleh kebanyakan Adun Terengganu yang tidak menyokong Ahmad Said.

Antara yang tidak hadir adalah Adun yang terletak di kawasan Hulu Terengganu sendiri walaupun majlis itu diadakan di kawasan mereka iaitu di Pejabat Umno Hulu Terengganu di Kuala Berang.

Antaranya Adun Ajil iaitu bekas Setiausaha Perhubungan Umno Terengganu, Datuk Rosol Wahid. Beliau dikira penggerak penting usaha menentang Ahmad Said.

Dalam sidang media selepas majlis perjumpaan itu, Muhyidin yang juga Timbalan Perdana Menteri mengakui krisis yang melanda Umno Terengganu itu.

Beliau menawarkan diri untuk menjadi orang tengah bagi menyelesaikan krisis itu.

Tidak diketahui siapakah yang mencadangkan Ahmad Said di“buang” dari Terengganu melalui cara itu. Ini kerana sudah menjadi kebiasaan, mana-mana pemimpin yang bermasalah akan di“buang” dari kawasannya.

Tan Sri Wan Mokhtar, bekas MB Terengganu telah dilantik menjadi duta Malaysia ke Arab Saudi selepas Terengganu jatuh ke tangan PAS pada tahun 1999.

Datuk Seri Jamaludin Jarjis juga di“buang” dari Pahang ke Amerika Syarikat apabila tidak dilantik sebagai menteri lagi.

Ura-ura untuk melantik Ahmad sebagai menteri telah mula didedahkan oleh Penolong Setiausaha PAS Terengganu, Haji Hanafiah Mat@Ramly dalam laman blognya.

Krisis dalam Umno Terengganu bermula selepas pilihan raya 2008 apabila Datuk Idris Jusoh ditolak oleh Istana Terengganu apabila dicadangkan oleh Umno agar dilantik sebagai MB Terengganu sekali lagi.

Selepas beberapa hari bertegang, akhirnya Umno menerima pemilihan Datuk Ahmad Said, bekas Exco di zaman Idris Jusoh, sebagai MB.

Ekoran itu, Ahmad melantik hanya penyokong beliau sebagai exco dan mengenepikan penyokong Idris Jusoh.

Dalam sidang Dun terbaru, kesemua Adun Umno menyertainya, berbanding dengan membokoitnya sebelum itu. Tetapi mereka hanya mendiamkan diri seribu bahasa sepanjang sidang berlangsung.

N31 Dun Bagan Pinang pening buat BN ..!!!


UMNO-BN kini menghadapi dilema ketika memilih calon. Mohd. Isa mungkin tokoh yang berpengaruh di tempatan, tetapi imejnya yang tercalar boleh dijadikan sasaran serangan dari pihak musuh.

Lim Hong Siang, Merdeka Review

Barisan Nasional terpaksa berdepan dengan pilihan raya kecil ke-9, selepas kecundang tujuh kali berturut-turut di Semenanjung Malaysia. UMNO-BN bukan sahaja mengekalkan kekalahan dalam PRU ke-12 di kawasan milik Pakatan Rakyat, malah kehilangan kerusi Kuala Terengganu yang asalnya dimenangi dengan majoriti 628 undi.

DUN Bagan Pinang, Negeri Sembilan meletakkan UMNO-BN dalam keadaan yang lebih selesa, dengan majoriti 2,333 undi memihak kepada BN dalam PRU ke-12. Walaupun dari struktur pengundi memperlihatkan satu pertiganya terdiri daripada bukan-Melayu (India 20%; Cina11%), namun kelebihan BN terletak pada "undi pos", yang merupakan satu pertiga daripada jumlah undi keseluruhannya.

Oleh itu, PR sebenarnya lebih sukar untuk menembusi "kubu selatan" UMNO-BN ini. "Keselesaan" BN ini datang dengan risikonya. Seandainya PR berjaya menghakis secara besar-besaran majoriti BN, maka regim ini perlu menyedari bahawa paras oksigennya semakin menurun ke "selatan".

Tetapi seandainya PR berjaya memecahkan tembok di Negeri Sembilan, maka kemungkinan "orang selatan" bakal menarik nafas udara segar dalam PRU ke-13. BN terpaksa berdepan dengan realiti bahawa krisis kredibiliti dirinya belum berakhir, walaupun Abdullah Ahmad Badawi yang dipersalahkan sebelum ini telah menyerahkan kuasa.

Pertikaian integriti calon

"Saya berharap pengalaman pilihan raya kecil sebelum ini dijadikan sebagai iktibar kepada kita, kepada pemimpin Umno dan BN tentang apa yang harus kita lakukan (untuk mencapai) yang terbaik," demikianlah ulasan Perdana Menteri, Najib Razak berhubung pilihan raya kecil yang bakal berlangsung.

UMNO-BN semestinya dihampakan dengan keputusan pilihan raya kecil Permatang Pasir, apabila PAS-PR berjaya mempertahankan "kubu Anwar Ibrahim" walaupun dilontarkan dengan pelbagai tuduhan dan tohmahan. Selain itu, UMNO-BN terpaksa mengaku silap apabila meletakkan Rohaizat Othman (gambar di kanan) sebagai calon, mencungkil pertikaian integriti dan keperibadian calon tersebut.

PR tidak menghadapi banyak kesukaran untuk menundukkan musuh politik yang imejnya tercalar. Speaker DUN Selangor, Teng Chang Khim pernah menyindir dalam satu ceramah ketika berkempen, UMNO-BN gagal mencari walau satu calon yang sesuai dari ahlinya di seluruh Malaysia, untuk bertanding di Permatang Pasir!

Bukan sekadar sindiran dari musuh politik, malah tokoh veteren dalam UMNO sendiri, Tengku Razaleigh Hamzah mempertikaikan pemilihan calon sebegini.

Mohd.Isa Samad bakal calon?

Kini, desas-desus tersebar luas bahawa Mohd Isa B Hj. Abdul Samad bakal diturunkan sebagai calon UMNO-BN di Bagan Pinang. Tokoh veteren ini mempunyai kelebihannya sebagai bekas Naib Presiden UMNO, bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, malah bahang pengaruhnya dikatakan masih hangat di Bagan Pinang.

Cuma, Mohd Isa pernah disingkirkan dari kerusi ketiga dalam UMNO, setelah didapati bersalah kerana terlibat dalam politik wang semasa pemilihan UMNO tahun 2004. Mohd Isa digantung keahlian UMNO-nya selama tiga tahun sehingga 23 Jun 2008. Beliau sempat masuk semula ke gelanggang untuk bertanding sebagai naib presiden tahun ini, tetapi gagal akhirnya.

Oleh itu, UMNO-BN kini menghadapi dilema ketika memilih calon. Mohd. Isa mungkin tokoh yang berpengaruh di tempatan, tetapi imejnya yang tercalar boleh dijadikan sasaran serangan dari pihak musuh.

"Sekali lagi, UMNO-BN gagal meletakkan seorang calon yang berintegriti untuk memikat undi rakyat", "ini bukti paling kukuh bahawa UMNO-BN belum bersedia untuk berubah setelah dihukum oleh pengundinya sejak 8 Mac 2008," Demikianlah kata-kata yang dijangka akan terkeluar dari mulut pemimpin PR, seandainya Mohd.Isa tampil sebagai calon akhirnya.

Dilema UMNO-BN

Namun demikian, seandainya UMNO-BN meletakkan calon selain Mohd.Isa atau anak beliau, maka parti ini perlu mengambil risiko seandainya Mohd. Isa bertindak untuk sabotaj kempen UMNO. Sekiranya ketidakpuasan Mohd. Isa meledak bersama pengaruhnya, maka kemungkinan UMNO akan merasai kepedihan. Tetapi, jikalau Mohd.Isa kembali dengan "pengaruhnya", mungkinkah beliau membuka babak baru pergelutan kuasa dalam kerajaan Negeri Sembilan?

UMNO-BN semestinya lebih cermat untuk menghadapi pertarungan ke-9 ini. MCA kini bercelaru dengan pergelutan kuasa yang berlaku di dalam parti, sementara komuniti India mungkin masih membara dengan isu perarakan yang mengheret kepala lembu. Daripada perkiraan sedemikian, UMNO perlu bergantung kepada undi Melayu untuk menang dalam pilihan raya kecil ini.

Walau bagaimanapun, UMNO-BN masih mampu menang dengan memecah-belahkan undi PR, mungkin melalui calon berkaum India yang ditaja secara tidak rasmi, untuk merangkul undi komuniti India. Kita pernah menyaksikan senario "calon paling banyak" dalam pilihan raya kecil Bukit Selambau, April 2009, walaupun akhirnya gagal meleraikan kemenangan PR.

Namun, keadaan mungkin berbeza selepas insiden Kampung Buah Pala di Pulau Pinang, dan isu pemindahan kuil Hindu di Shah Alam, Selangor. Tokoh Hindraf telah menyatakan ketidakpuasan mereka terhadap PR secara terbuka, dan mempertikai keikhlasan PR menyelesaikan masalah. 【Kuil Hindu di Kelantan】

Mempertahankan majoriti kerusi

Untuk UMNO-BN, kerusi Bagan Pinang wajib dipertahankan supaya tidak membuka celah kepada PR yang mengintai kuasa kerajaan negeri ini. BN kini berada dalam kedudukan 21-15 kerusi mengatasi PR. Seandainya jurang ini dirapatkan sehingga 20-16, maka PR hanya memerlukan tiga lagi kerusi untuk mengambil alih kerajaan Negeri Sembilan, mengikut permainan "lompat-melompat" parti.

Kerajaan BN Negeri Sembilan pernah disebut akan tumbang sejak tahun 2008 lagi. Malah, pada ambang 16 September tahun lepas, khabar angin kencang bahawa kerajaan BN di negeri ini bakal ditumpaskan, walaupun mungkin kerajaan pusat belum digulingkan. Sehinggalah Februari tahun 2009, Exco Kanan Kerajaan Negeri Perak, Ngeh Koo Ham masih cuba "berperang saraf" dengan kerajaan BN apabila mendakwa kerajaan Negeri Sembilan bakal jatuh ke tangan PR.

Namun, perkembangan seterusnya menjadi dramatik apabila kerajaan negeri PR Perak sendiri ditumbangkan melalui rampasan kuasa dengan "melompat parti". Kemelut Perak masih bergelora sehingga kini... apa pula Bagan Pinang seterusnya?

*Lim Hong Siang ialah Editor MerdekaReview, edisi Bahasa Melayu.

KONSEP ERA PAKATAN

KONSEP ERA PAKATAN
AKHBAR BARU YANG MENGUTARAKAN ISU POLITIK SEMASA DI DALAM NEGARA DENGAN LESEN KONSEP.IANYA MEMBERI LIPUTAN UNTUK PAKATAN RAKYAT PKR ,PAS DAN JUGA DAP.


INKUES: Saksi Deraan SPRM Tampil Esok..! Saksi Halimunan Akan Datang..!!! SPRM dah mula ketaqq...!!!


Jawatankuasa siasatan keatas kematian tragik Setiausaha kepada Exco Selangor, Teoh Beng Hock, buat pertama kali akan menampilkan "saksi misteri" yang menjadi mangsa deraan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Mangsa deraan ini akan dipanggil ke inkues esok berhubung satu laporan polis yang difailkannya terhadap pegawai-pegawai penyiasat SPRM yang telah menampar, menendang dan membelasahnya sehingga mendatangkan kecedaraan semasa disoal-siasat.

Koroner Azmil Muntapha Abas hari ini mendapati bahawa aduan mangsa bertarikh 11 September tahun lalu adalah relevan bagi membantu inkues mengenalpasti punca kematian Beng Hock.

Beng Hock ditemui mati di tingkat 5 bumbung Plaza Masalam, Shah Alam, dipercayai terjatuh dari tingkat 14 ibupejabat SPRM Selangor. Beng Hock ditemui mati selepas disoal-siasat selama 10 jam tanpa henti.

Peguam mewakili keluarga mangsa, Gobind Singh Deo, memberitahu mahkamah bahawa penampilan saksi misteri ini akan membantu inkues memahami teknik-tenik siasatan SPRM, seraya menunjukkan adanya percanggahan serius dalam akuan pegawai penyiasat Mohd Ashraf Mohd Yunus yang bertanggungjawab menyoal-siasat mangsa.
"Kenapa perlu takut? Kalau tidak buat, cakap tidak buat, ini menunjukkan SPRM ada sesuatu yang hendak disembunyikan, sedangkan kami bersedia untuk memanggil saksi kami bagi membuktikan kebenaran laporan itu," kata Gobind.
Ashraf dalam akuannya berkata dia bukan sahaja tidak berlaku fizikal, bahkan tidak menaikkan suara sepanjang sesi soal-siasat.

Awal hari ini, inkues menyaksikan pertelingkahan antara peguam mewakili SPRM dan Gobind.

Peguam Datuk Abdul Razak memohon koroner Azmil Muntapha Abbas menyekat soalan-soalan berkenaan penderaan yang akan ditanya Gobind kepada saksi-saksi inkues.

Permohonan ini dibuat merujuk kepada hujah peguam Gobind Singh Deo bahawa SPRM mengenakan tekanan dalam siasatan mereka, sehingga membawa kepada kematian Beng Hock.

Abdul Razak meminta koroner menghapuskan semua rekod-rekod inkues berkaitan dakwaan deraan ini atas alasan ia tidak kena-mengena dengan perjalanan inkues, manakala Gobind berhujah bahawa pegawai-pegawai SPRM membersihkan nama mereka dengan menjawab dakwaan-dakwaan ini.

Peguam mewakili kerajaan Selangor Malik Imtiaz Sarwar berkata Abdul Razak dengan sengaja mengelak dari isu sekitar kecederaan yang dialami mangsa yang patologis akui boleh berpunca dari kecederaan akibat serangan.

Zambry, ADUN BN Pengecut!

zambry-1.jpg image by justice_fighter


Pada 2 September, telah diadakan Sidang DUN bagi kerajaan Negeri Perak. Namun, ia telah dikatakan sebagai tidak senonoh oleh Zambry. Bahkan beliau sendiri tidak membenarkan mana-mana wakil rakyat BN daripada menghadiri sidang tersebut. Apa yang dilihat, tindakan polis yang tidak berpatutan, telah menimbulkan lagi ketegangan dan kezaliman.

Mengulas lanjut tentang isu ini, Ustaz Abu Bakar Hussain, Pesuruhjaya PAS Perak mengecam tindakan Zambry yang menampakkan bahawa adun-adun BN sebagai pengecut. Mereka sendiri tidak berani berhadapan dengan PR. Bahkan mereka hanya mengharapkan kepada polis-polis untuk diperkudakan oleh mereka.

Beliau berkata, saya yakin, Zambry tidak akan berani bersemuka dan duduk semeja dengan PR untuk menyelesaikan kemelut di Perak. Apatah lagi beliau tidak sanggup untuk melihat DUN dibubarkan. Ini kerana mereka sendiri menjangkakan kekalahan mereka. Hari ini, BN sudah kalah 0-8 dalam pilihanraya kecil. Jelas membuktikan bahawa rakyat Perak sudah benci dan jemu dengan cara pemerintahan sekular yang diperjuangkan oleh BN.

Beliau berkata lagi, sejarah telah menjelaskan semuanya. Pemerintahan yang berasaskan kepada pemikiran manusia, tidak akan lama. Manusia pasti jemu dan muak dengan gaya pembawaan perjuangan tersebut. Bahkan, pemerintah yang zalim, hakikatnya pengecut untuk berhadapan dengan kebenaran.

Zambry sememangnya tidak berani berhadapan dengan kebenaran. Beliau lebih suka memperlihatkan kebaikannya menghulurkan sumbangan, sedangkan itu adalah duit kerajaan yang memang sepatutnya diberikan. Hakikatnya beliau cuba menjahilkan rakyat dengan mengaburi mereka dengan matawang.

Apabila diajak berbincang, beliau tidak akan hadir, bahkan menghentam dari jauh sahaja. Apabila diajak supaya membubarkan DUN, sudah pasti beliau menolak. Ini kerana beliau takutkan kebenaran. Bahkan dia adalah seorang yang telah melakukan banyak kejahatan dan pelanggaran undang-undang. Inilah pemimpin jahat yang dicipta oleh UMNO, dan mereka berusaha melahirkan lebih ramai pemimpin yang seperti ini.

Laporan kepada SPRM terhadap kerajaan BN Johor

Tarikh : Isnin 7 September 2009

Terdapat dua isu yang mahu dilaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM) Cawangan Negeri Johor iaitu :

A. Isu Pertama :

37,000 hektar Hutan Simpanan Kekal Terosot Negeri Johor telah diluluskan untuk tujuan Program Ladang Hutan Getah atau Latex Timber Clone (LTC) pada September 2007. Jangkaan nilai Kayu balak ini adalah RM 3 hingga 5 billion. Projek ini telah dibahagikan kepada dua bahagian iaitu 10,010.25 hektar Hutan Simpanan Kekal Terosot, diperuntukkan kepada 6 buah syarikat swasta seperti dibawah

1. Serece Track Sdn. Bhd. - 1,296.09 hektar

2. Makmurplus Industry Sdb Bhd - 1,304.00 hektar

3. Groplus Industries Sdn. Bhd - 1,738.16 hektar

4. Jasa Wibawa Sdn. Bhd - 1,624.00 hektar

5. Setindan Sdn. Bhd - 2,024.00 hektar

6. Hamid Sawmill Sdn. Bhd - 2,024.00 hektar


Baki 27,871.31 hektar diperuntukkan kepada 3 buah Badan Berkanun seperti dibawah :

1. Perbadanan Islam Johor. - 12,340.75 hektar

2. Yayasan Pelajaran Johor - 6,316.87 hektar

3. Perbadanan Johor Bioteknologi & Biodiversiti - 9,213.68 hektar


Kawasan Hutan Simpanan Kekal Terosot terbabit adalah merupakan Hutan Sambungan atau “Central Forest Spine” (CFS) , di mana binatang-binatang liar merentasi kawasan ini dalam perjalanan berimigrasi ke Utara waktu musim monsun. CFS diklasifikasikan sebagai Hutan Simpanan Kekal yang mesti dikekalkan dalam Rancangan Fizikal Nasional (2005). Program LTC adalah melibatkan Hutan Simpanan Kekal Endau-Kahang dan Sungai Mas di Hutan Simpanan Endau-Kota Tinggi.

Hutan Simpanan Labis diwartakan pada tahun 1929. Hutan Perlindungan Hidupan Liar Segamat, Hutan Perlindungan Hidupan Liar Endau-Kluang dan Hutan Perlindungan Hidupan Liar Endau-Kota Tinggi diwartakan pada tahun 1933 untuk tujuan memperlindungi habitat hidupan liar di bawah Seksyen 6(i)(b) Enakmen Perlindungan Mergastua dan Burung 1923.

Walaupun Enakmen-enakmen negeri tentang Hutan Perlindungan Hidupan Liar telah digantikan dengan Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972 (Akta 76), sebarang Hutan Simpanan Perlindungan Hidupan Liar diwartakan sebelum wujudnya Akta tersebut adalah masih berkuat kuasa di bawah peruntukan Seksyen 2(2) kecuali enakmen terbabit dimansuhkan secara sahih.

Seksyen 10 (3) Akta Perhutanan Negara menghendaki Pengarah Jabatan Perhutanan, dengan kelulusan Kerajaan Negeri, melalui pemberitahuan dalam Warta, menukar pengelasan hutan simpanan kekal dan hutan perlindungan hidupan liar kepada tujuan lain. Selain itu, Seksyen 12 Akta tersebut juga menghendaki Kerajaan Negeri mengambil kira keperluan pemuliharaan tanah dan air, kepelbagaian hayat, kesan kepada alam sekitar serta dapat menggantikan suatu kawasan tanah yang lebih kurang sama luasnya sebagai suatu hutan simpanan kekal.

Ekoran pembalakan besar-besaran sedemikian banjir besar-besaran musim tengkujuh akan mendatangkan pemusnahan 50 perkampungan Orang Asli dan Kampung Tradisi Melayu di sepanjang Sungai Mas di Hutan Simpanan Endau-Kluang dan Endau-Kota Tinggi. Di samping itu, kekurangan bekalan air seperti berlaku pada pertengahan tahun 2005 akan berlaku semula sebab hutan simpanan terbabit adalah juga kawasan tadahan air dan asal sungai-sungai di seluruh Nageri Johor.

Masalah alam sekitar termasuk banjir lumpur dan permasalahan binatang-binatang liar termasuk gajah-gajah akan kehilangan habitat semulajadi mereka dan terpaksa merayau-rayau di ladang-ladang serta memusnahkan tanaman tani di persekitaran Sungai Mas di Hutan Simpanan Kekal tersosot di sepanjang persempadanan Hutan Simpanan Mersing, Labis, Kluang dan Kota Tinggi.

Pemuda Pakatan Rakyat beranggapan baawa terdapatnya kecuaian dalam pelaksanaan Projek LTC Negeri Johor seperti berikut :

1. Tiadanya laporan DEIA (Detailed Environmental Impact Assessment). Sedangkan sebarang penebangan hutan lebih daripada 500 hektar perlu mendapat laporan berkenaan. Oleh itu pembalakan melibatkan beribu-ribu hektar di bawah Perjek LTC telah dilakukan tanpa DEIA. Ia juga telah melanggar piawaian yang ditentukan oleh Majlis Pensijilan Kayu Malaysia.

2. Tiadanya perbincangan dengan jabatan dan badan berkaitan untuk melaksanakan projek LTC. Jabatan dan badan berkiatan adalah seperti Jabatan Perhutanan, Jabatan Perhilitan, Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Pengairan dan Saliran, UPEN(Unit Perancangan Ekonomi Negeri), Penasihat Undang-undang Negeri dan Pertubuhan-pertubuhan Bukan Kerajaan seperti Malaysian Nature Society dan Majlis Peguam.

3. Terdapat kawasan projek LTC yang ditanam dengan kelapa sawit bukannya pokok getah. Amalan ini adalah bercanggah projek yang sebenar.

B. Isu Kedua:

Dalam soalan bertulis bernombor B 26 semasa persidangan Dewan Undangan Negeri Johor pada bulan November 2009, Y.B Dr. Boo Cheng Hau ADUN Skudai telah mengutarakan soalan berkaitan Penanaman Pokok Getah dan Akasia. Berikut adalah jawapan yang telah diberikan:

d. .... Kelulusan yang telah diberikan oleh Kerajaan Negeri ke atas Projek Ladang Hutan Getah ini adalah seperti berikut :

§ Serece Track Sdn. Bhd. - 1,296.09 hektar

§ Makmurplus Industry Sdb Bhd - 1,304.00 hektar

§ Groplus Industries Sdn. Bhd - 1,738.16 hektar

§ Jasa Wibawa Sdn. Bhd - 1,624.00 hektar

§ Setindan Sdn. Bhd - 2,024.00 hektar

§ Hamid Sawmill Sdn. Bhd - 2,024.00 hektar

Dalam soalan bertulis bernombor B 163 semasa persidangan Dewan Undangan Negeri Johor pada bulan November 2009, Y.B Dr. Boo Cheng Hau ADUN Skudai telah mengutarakan soalan berkaitan Konsesi Pembalakan. Dalam jawapan yang telah diberikan telah dinyatakan seperti berikut :

1. Konsesi pembalakan yang telah dikurniakan di antara tahun 2000 hingga 2008 di Seluruh Negeri Johor ialah sebanyak 8 syarikat iaitu :

i. Syarikat kilang papan Hamid Sawmill Sdn. Bhd

Berdasarkan kepada dua jawapan sidang Dewan Undangan Negeri Johor ini maka telah didapati Syarikat kilang papan Hamid Sawmill Sdn Bhd telah dikurniakan konsesi balak di antara tahun 2000 hingga 2008. Pemilik syarikat ini adalah seperti berikut :

1. Suhailah Binti Abd Malek, Datin (540915-01-5794)
2. Abdul Hamid Bin Abdul Rahman, Datuk (530720-02-5731)


Y.B Abdul Hamid Bin Abdul Rahman adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machap telah dilantik oleh Dewan Undangan Negeri Johor sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Raya Negeri Johor, pada tahun 2008. Malangnya semasa perlantikan itu ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Johor tidak dimaklumkan berkaitan penglibatannya secara terus dalam projek LTC.

Salah satu tugas yang telah diberikan kepada Jawatankuasa Kira-kira Raya Negeri Johor adalah untuk menyiasat kecuaian Kerajaan Negeri Johor berhubung dengan projek LTC.

C. Tindakan SPRM :

Oleh itu, Suruhanjaya Pencegarahan Rasuah Malaysia(SPRM) seharusnya menyiasat perkara-perkara berikut :

1. Adakah kawasan pemusnahan hutan-hutan simpanan terbabit dalam projek LTC telah dikeluarkan daripada pewartaan Hutan Simpanan Johor?

2. Adakah projek LTC dilaksanakan secara halal menurut Undang-undang Persekutuan dan Enakmen Negeri?

3. Adakah telah disediakan Hutan Simpanan gantian kepada projak LTC?

4. Apakah sistem ekologi tidak terjejas selepas penebangan hutan simpanan?

5. Adakah kecuaian berlaku dipihak Kerajaan Negeri Johor semasa perlaksanaan projek LTC?

6. Adalah perlantikan Y.B Abdul Hamid Bin Abdul Rahman sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Raya Negeri Johor tidak bertentangan dengan tugas Jawatankuasa ini yang bertujuan sebagai check & balance Kerajaan Negeri Johor.

Yang Benar;
__________________________________
Nama : SDR KHAIRUL FAIZI BIN AHMAD KAMIL.
Jawatan : Ketua Pemuda PAS Johor.
No K/P : 730111-01-6625

Nama : SDR ZABIDIE BIN ABAS.
Jawatan : Ketua Angkatan Muda PKR Johor
No K/P : 680220-01-6293

Nama : SDR TAN HONG PIN
Jawatan : Setiausaha Pemuda DAP, Johor
No K/P : 810320-01-5645

Isu Penan : Laporan Rogol Dan Penderaan Seksual Tidak Lengkap, Kementerian Shahrizat Dibidas


Laporan siasatan rogol dan penderaan seksual melibatkan wanita Penan yang disediakan Kementerian Pembangunan Wanita dan Masyarakat ibarat melepaskan batuk ditangga dan langsung tidak memperuntukkan langkah yang spesifik untuk menanganinya.

Ketua Wanita Keadilan, Zuraida Kamaruddin menyatakan demikian sebaik sahaja pihaknya mendapatkan laporan yang sebelum ini seolah- olah mahu disembunyikan oleh pihak kementerian yang dikepalai Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Namun penantian Zuraida dan beberapa NGO berkenaan wanita, sia- sia sahaja apabila laporan yang mereka nanti- nantikan tidak lengkap dan lompang disana- sini.

"Kita tidak dapat terima laporan ini. Tidak ada perancangan yang spesifik. Hanya cadangan mahu tambah sekolah, tambah guru. Mereka tidak sediakan perancangan yang khusus. Dalam masa terdekat bulan Oktober atau November, kementerian ini langsung tidak ada apa- apa perancangan mahupun peruntukan," kata Zuraida.

Kes rogol melibatkan kaum Penan ini dikesan sejak 1993 namun tiada sebarang tindakan yang diambil meskipun laporan polis telah dibuat.

Pada tahun 2000, perjumpaan diadakan dengan Suruhanjaya Hak Asasai Manusia SUHAKAM. Beberapa Tuai Rumah dan NGO telah menghadiri sesi perjumpaan tersebut tetapi tiada tindakan lanjut diambil selepas itu.

Tahun lepas sahaja seramai 11 wanita Penan telah dikenalpasti dirogol oleh pembalak di Baram. Tiada yang berani menerbitkan kes tersebut kerana dipercayai ada 'tangan-tangan tertentu' yang menghalang.

Kerajaan diharapkan untuk menghulurkan bantuan dengan penubuhan jawatankuasa siasatan keatas masalah masyarakat Penan, namun kementerian dibidas kerana tidak memperincikan langkah-langkah susulan sewajarnya.

Zuraida mempersoalkan mengapa perlu menunggu nasi menjadi bubur, walhal banyak langkah- langkah progresif yang boleh diambil bagi membela nasib wanita Penan ini.

"Tidak ada langsung langkah- langkah untuk mengesan penjenayah yang terlibat. Tidak ada cadangan untuk institusi polis. Cadangan untuk institusi kesihatan ada tetapi hanya menganjurkan program penerangan dan langkah- langkah yang perlu diambil selepas dirogol. Cadangan untuk sekolah pula hanya melibatkan penambahan guru dan kegiatan kokurikulum sahaja," ujar Zuraida lagi.

Malaysia sebagai negara yang menyertai Program Penghapusan Semua Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita (CEDAW) dan menandatangani Deklarasi Hak Pribumi Bangsa- Bangsa Bersatu PBB seharusnya mengambil langkah progresif dalam membela nasib kaum pribumi ini.

Wanita Keadilan mengecam sekeras-kerasnya Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan juga kerajaan Sarawak atas sikap sambil lewa atas perkara serius ini.

Parti Keadilan Rakyat (PKR) mahu pihak yang bertanggungjawab dibawa ke muka pengadilan sebelum lebih ramai kaum pribumi ini menjadi mangsa penderaan seks.

MALU : SPR AKAN DISAMAN..!!! KOMPENAN UMNO@BN KE 15 ..BELASAH JE LAH..???

Jarang sekali sebuah badan pengendali pilihanraya seperti SPR disaman di negara lain atas alasan tidak mahu memantuhi arahan Speaker.

Semua kita sedia maklum di negara-negara lain jika Speaker mengisytiharkan sesuatu kerusi kosong dan sebagainya SPR akan akur kepada keputusan Speaker kerana tugas SPR ialah menjalankan pilihanraya bukannya mencari jalan untuk menidakkan pilihanraya.

Malangnya SPR di negara kita peranannya sudah terpesong di mana sejak akhir-akhirnya SPR 'penat' untuk mengadakan pilihanraya sebaliknya mencari jalan untuk tidak mengadakan pilihanraya.

Hari ini SPR diconteng arang dimukanya akibat sikap SPR sendiri yang tidak telus dan professional.

Media melaporkan bahawa Speaker Dewan Udangan Negeri (DUN), Datuk Dr. Abdul Isa Ismail telah melantik sekumpulan peguam untuk mencabar keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada 1 September lalu yang mengekalkan kedudukan Datuk Abu Hasan Sarif sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Siputeh.

Abdul Isa berkata, kumpulan peguam berkenaan yang dilantik sejak tiga hari lalu itu akan menfailkan tuntutan di mahkamah dalam tempoh 40 hari berhubung perkara berkenaan.

Katanya, beliau tetap berpegang kepada keputusan untuk mengosongkan kerusi Kota Siputeh selepas Abu Hasan gagal menghadiri mesyuarat DUN sebanyak dua kali berturut-turut tanpa kebenarannya.

''Terserah kepada panel peguam yang dilantik untuk mengambil tindakan yang perlu bagi mencabar keputusan SPR itu di mahkamah,'' katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Penyerahan Bantuan Kepada Sekolah Agama Rakyat Negeri Kedah di Kediaman Menteri Besar, Sri Mentaloon Alor Setar hari ini.

KENYATAAN AKHBAR : KEKECOHAN DIALOG DI SELANGOR...

Kekecohan dilakukan oleh beberapa individu yang bertindak agresif di majlis dialog mencari jalan penyelesaian isu pembinaan kuil di Seksyen 23, Shah Alam amat mendukacitakan. Sekali lagi, ia dilakukan oleh kelompok yang sama dengan dalam demonstrasi kepala lembu yang lalu. Ia juga dilakukan di bulan Ramadhan al kareem ini yang seharusnya menjadi medan tarbiyyah dan latihan untuk kita bersabar dan bijaksana dalam menyelesaikan segala kekusutan.

Kesempatan beristiqamah membaca Al-Quran pasti mengingatkan kita dengan peringatan dari Allah dalam surah, yang bermaksud:

“Janganlah kamu berbantah-bantah nanti kamu lemah (kalah) serta hilang kekuatanmu dan hendaklah kamu berhati sabar. Sesungguhnya Allah bersama-sama orang-orang yang sabar”. (Al-Anfal(8):46).
“ Dan orang-orang yang menyambut perintah Tuhannya, serta mereka mendirikan sembahyang dengan sempurna dan urusan mereka dijalankan secara bermesyuarat sesama mereka.. “ (Surah As-Syura (42): 38)


Gelagat agresif, provokatif dan minda tertutup yang dipamirkan menggambarkan wujudnya ciri-ciri yang berikut:

Sememangnya telah ditanam prasangka buruk (su’ al-zann) lebih awal sebelum dari sesi dialog bermula.

Niat mereka menghadirinya bukan untuk mencari penyelesaian. Malah, berkemungkinan besar dengan niat buruk (mala fide) untuk mencemar imej Kerajaan PR dan kepimpinan MBnya demi untuk tujuan tersirat tertentu pada jangka panjang.

Nyata sekali, sikap Menteri Dalam Negeri yang mempertahankan tindakan mereka, menjadikan mereka lebih ‘besar kepala’ bagaikan ‘kaduk naik junjung.’ Apatah lagi, tindakan mereka yang disokong pula oleh Perdana Menteri sendiri kemudiannya - yang mendakwa bahwa kerajaan Pakatan telah mulai hilang kepercayaan rakyat. (Apakah pula komen DS Najib dengan keberanian lebih 20,000 rakyat yang berdemonstrasi secara beradab menyuarakan pandangan mereka dalam ISA baru-baru ini? ).

Kesediaan pihak Tan Sri Khalid Ibrahim, sebagai Menteri Besar dan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor untuk mengadakan dialog seharusnya mendapat apresiasi sewajarnya. Jelaslah, ia dilakukan dengan niat murni untuk menyelesaikan konflik secara berlapang dada dan bertamadun. Pihak Menteri Besar boleh memilih untuk tidak menghadirinya dan meminta pihak lain sebagai ganti. Mungkin tanggungjawab tersebut lebih sesuai ditangani oleh pihak Mufti Kerajaan Negeri dan Datuk Bandaraya Shah Alam sendiri. Maka, sewajarnyalah peluang seperti ini diambil kesempatan sebaiknya oleh mereka yang tidak puas hati.

Prinsip mencari penyelesaian konflik orang Melayu adalah ‘bagaikan menarik rambut dalam tepung; rambut jangan putus, tepung jangan berselerak.’Malangnya, ini tidak berlaku. Anehnya, kekecohan dilakukan oleh mereka yang mendakwa diri layak menjadi ‘TUAN’ kepada orang lain berasaskan konsep ‘ketuanan Melayu’ yang mereka perjuangkan. Bolehkan mereka nanti menjadi adil dan bijaksana andai diamanahkan tanggungjawab lebih besar memimpin Negara dan Wawasan 2020di masa depan? Apakah mereka sendiri sudah lupa dengan Kempen Budi Bahasa, penghayatan Rukun Negara dan Wawasan 2020 yang dilagangkan begitu gah selama ini?

Satu hal lagi, kita tidak pula kedengaran pandangan para mufti dan pemuka agama negara - yang lazim dan aktif memberikan fatwa selama ini - dalam isu demonstrasi kepala lembu ini. Di manakah keadilan kalian?

Wallahu a’lam.

Dr.Muhammad Nur Manuty (dr_manuty@hotmail.com)
Pengerusi
Biro Pemahaman Dan Pemantapan Agama
Parti KeADILan Rakyat
7 September 2009

RUKUN-RUKUN 1MALAYSIA...!!!

LATIHAN RUKUN MUKADAM


LATIHAN RUKUN AL BODEKIRON

RUKUN WAL HAFIZUN WAL TAMATUN


Singapura turunkan harga petrol....Malaysia pula terbalik kot


8 September 2009
SINGAPURA - Harga petrol dan diesel turun

KURANG dua minggu selepas harga minyak mencecah paras tertinggi sebelum krisis kewangan sejagat pada suku ketiga tahun lalu, ia mula merosot semalam.

Tiga syarikat minyak semalam menurunkan harga petrol sebanyak enam sen seliter, dengan syarikat keempat mengurangkannya sebelum 1 petang semalam.

Harga petrol sebelum ini melepasi paras $2.

Dengan pemotongan itu, harga seliter petrol gred oktana 98, 95 dan 92 masing-masing kini dijual $1.92, $1.787 dan $1.737 sebelum diskaun.

Harga diesel pula $1.263 seliter sebelum diskaun.

Syarikat Caltex, Shell dan Singapore Petroleum Co menurunkan harga petrol dan diesel itu pada sebelah pagi menyusuli kemerosotan harga minyak mentah minggu lalu sementara ExxonMobil menurunkan harga minyaknya sekitar 12.45 tengah hari.

Selepas harga minyak mentah mencecah AS$74 ($111) setong, komoditi itu merosot minggu lalu kepada AS$68.

Penurunan harga minyak semalam ialah yang tertinggi tahun ini.

Ugutan Musa Hassan Dikesali (updated)

Banyak pihak menyelar kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan yang berkata polis akan mempertingkatkan tahap keselamatan semasa pilihan raya kecil kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang yang bakal diadakan tidak lama lagi bagi memastikan ia berjalan lancar dan mengikut undang-undang.


Beliau berkata polis akan bertindak tegas terhadap mana-mana pihak yang membuat kacau pada pilihan raya kecil itu. Katanya beliau akan memastikan lebih ramai pegawai dan anggota bertugas, terutama pada hari penamaan calon dan pengundian.

Ugutan Ketua Polis Negara berkenaan tidak boleh diterima kerana selama ini polis diketahui telah bertindak secara diskriminasi dan pilih kasih dimana tindakan hanya dihalakan dan ditumpukan kepada pemimpin dan penyokong parti bukan-kerajaan sedangkan pengacau serta perosak dari kalangan UMNO BN tidak diambil tindakan oleh polis.

Polis sepatutnya menerima teguran dari Menteri di jabatan perdana Menteri, Tan Sri Koh Tsu Koon yang mengesyorkan polis supaya menggunakan kaedah merakam situasi sesuatu perhimpunan, demonstrasi atau tunjuk perasaan sebagai bukti sebelum bertindak menahan mana-mana individu yang terbabit.

Beliau berkata cadangan ini bagi mengelakkan tanggapan orang ramai mengenai sikap polis yang dilihat sebagai tidak adil dan berat sebelah serta mengambil tindakan menahan pihak tertentu sahaja.


"Polis mestilah konsisten dan adil kepada semua. Tidak sepatutnya memberi gambaran bahawa polis mengambil tindakan terhadap satu pihak dan tidak mengambil tindakan terhadap pihak yang lain.

"Kita mesti ada satu kaedah dan garis panduan yang dinampak oleh rakyat dan orang ramai sebagai adil dan konsisten," katanya.

"Jika demonstrasi secara aman, saya ingin mengesyorkan supaya polis jangan bertindak begitu cepat menahan mereka yang terlibat, sebaliknya nasihatkan supaya tidak meneruskan (demonstrasi) selepas mencapai matlamat mereka untuk kemukakan bantahan. "Tapi kalau tunjuk perasaan itu telah mencetuskan kekacauan dan menunjukkan kekerasan atau keganasan, maka selepas merakamkannya polis boleh bertindak untuk mencegah daripada insiden ini merebak.

"Ini termasuk juga sekiranya tunjuk perasaan itu menggunakan cara yang akan melukakan atau menghina perasaan orang lain yang berbabit dengan agama," katanya.

Beliau berkata demikian ekoran tindakan polis menahan 16 individu kerana mengadakan perhimpunan tanpa permit semalam selepas berarak dari pejabat Majlis Peguam ke Dataran Merdeka sambil membawa bunga ros dan beberapa kain rentang bagi memprotes perarakan kepala lembu di Shah Alam.

Sebaliknya, polis masih belum menahan mana-mana individu yang terlibat dalam demonstrasi sambil membawa kepala lembu di Shah Alam barubaru ini bagi membantah pembinaan kuil Hindu di Seksyen 23.

Seorang pemimpin Pakatan Rakyat menyelar kenyataan Musa yang berhasrat untuk menambahkan bilangan anggota polis untuk tujuan pilihanraya Bagan Pinang tidak lama lagi.

"Apa tujuan mengerahkan sebegitu ramai polis ke tempat berkenaan? Nak perang dengan rakyat atau apa? Bukan bilangan berapa ramai polis yang boleh menentukan keamanan tetapi sejauh mana profesyenalnya polis menjalankan tugas mereka. Jika masih lagi bertindak sebagai kuda tunggangan UMNO BN, selagi itulah polis tidak akan dihormati dan letaklah berjuta polis sekalipun, rakyat tidak akan takut dan tidak akan mematuhinya. Jika anda bertindak profesyenal, adil dan telus, sepuloh orang anggita polis memadai kerana rakyat akan membantu polis menjaga keselamatan dan kemananan negara," tegasnya.

PAS MENANG UNDI RAKYAT, UMNO/BN MENANG UNDI POS...!!!

Para pemimpin UMNO Negeri Sembilan mahu buat kejutan berkerja kuat mahu memastikan Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang dimenangi semula oleh Barisan Nasional sekali gus menjadikan ia titik
permulaan kemenangan parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

Menurut sumber UMNO, Barisan Nasional akan menggerakkan jentera
parti di semua peti undi yang terdapat dalam DUN Bagan Pinang dan
kesemua lapan bahagian UMNO telah diarahkan menjadikan pengundi
dikawasan tersebut sebagai anak angkat setiap kawaasan peti undi
tersebut.

Kawasan DUN Bagan Pinang Negeri Sembilan telah dicanang canangkan oleh
para pemimpin UMNO sebagai kawasan selamat dari pengaruh Pakatan
Rakyat kerana Bagan Pinang adalah kubu kuat UMNO dan sekaligus Najib
mengakui bahawa kawasan Bagan Pinang UMNO adalah sebagai juara
bertahan.

Dato Seri Najib begitu yakin bahawa Bagan Pisang mesti dijadikan
sebagai kayu ukur kekuatan UMNO/BN yang tidak dapat dipertikaikan lagi
oleh semua pihak. Kerana pengundi Bagan Pinang bulat bulat penyokong
UMNO setia.

Memandang kepada keputusan PRU12 calon UMNO/BN mendapat 6,430
berbanding dengan calon PAS 4,097. Undi popular UMNO/BN dapat 2,333.
dan Najib sesungguhnya merasa puashati dengan keputusan yang paling
mengecewakan itu.

Sebenarnya kalau UMNO/BN lawan dengan undi orang kampung, pengundi
taman taman perumahan, pengundi bandar pada hakikatnya calon PAS lebih
mendapat kepercayaan penuh dari rakyat berbanding dengan calon UMNO/BN
mana tidaknya calon UMNO/BN menang undi pos dari tentera dan polis
sahaja sudah mencapai jumlah 5,300 undi.

UMNO/BN cuma dapat undi dari rakyak jumlah yang paling kecil sekali
kalau kita kaji dari keputusan PRU12 iaitu calon BN dapat 6,430 undi
tolak undi pos 5,300. UMNO/BN cuma dapat undi dari rakyat biasa cuma
berjumlah 1,130 undi sahaja berbanding calon PAS mendapat 4,097
sokongan dari rakyat kampung, taman perumahan, pekan dan bandar pada
calon PAS ternyata mengkagumkan.

Kesimpulannya kalau calon UMNO/BN menang di PRK Bagan Pinang maka ia
bukan lah boleh dijadikan kayu ukur kemenangan tersebut dan kemenangan
itu bukanlah boleh dibangga banggakan kerana semua orang tahu undi
tentera dan polis yang dikawal ketat itu 99.9% akan undi calon
UMNO/BN.

Tapi percayalah, kalau PRK Bagan Pinang itu dimenangi oleh calon
UMNO/BN maka tayangan perdana pesta puji puja dalam TV3 dan Astro
Awani terus berkumandang 1 bulan tidak habis habis. Pesta itu pasti
ada. Sekumpulan para professor yang ditaja oleh UMNO pun bersidang
diAstro Awani, pasti Presiden Perkosa si- Pendek Brahim pun memang
ada.

Maka berkata lah Muhyiddin Yassin, "Angin perubahan rakyat sudah
kearah BN, rakyat sudah kembali percayakan kepada UMNO, buktinya kita
telah menang PRK Bagan Pinang dengan cemerlang." Fikirkan lah dari
otak yang bersih.

BN pilih calon sesuai untuk DUN Bagan Pinang ..!! Calonnya Bekas MB..Bekas Menteri..Den Nak Jugo si ISA tu..Tak Kiro Apo Nak Jadi...Den Nak Jugo...!!!

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) akan memilih calon yang paling layak dan sesuai untuk bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi BN berkata sama ada calon itu seorang lelaki atau wanita, tidak penting, tetapi apa yang penting ialah calon itu mestilah sesuai.

Katanya pemilihan calon akan dipertimbangkan berdasarkan cadangan daripada Badan Perhubungan Umno Negeri Sembilan dan Umno bahagian itu.

Muhyiddin berkata demikian kepada pemberita ketika ditanya kenyataan Pergerakan Wanita Umno dua hari lepas yang meminta pemimpin tertinggi BN menimbang untuk meletakkan calon wanita pada pilihan raya kecil itu.

"Kita akan teliti. Kalau dah kemukakan nama itu nanti, kita akan lihat...tak kiralah lelaki atau perempuan asalkan yang penting calon yang paling layak dan sesuai (akan dipilih)," katanya kepada pemberita selepas melawat pelajar yang menduduki peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di Sekolah Kebangsaan Bukit Damansara di sini, hari ini.

Naib Ketua Wanita Umno Datuk Kamelia Ibrahim sebelum ini berkata calon wanita perlu diberi peluang selepas kesemua pilihan raya kecil yang diadakan sejak pilihan raya umum lepas menampilkan calon lelaki. Kerusi DUN Bagan Pinang, Negeri Sembilan, kosong berikutan kematian penyandangnya, Azman Mohammad Nor pada Jumaat lepas di Hospital Pakar Seremban akibat jangkitan dalam darah. Azman, 54, yang juga Naib Ketua Umno bahagian Teluk Kemang, memenangi kerusi itu pada pilihan raya umum lepas mengalahkan calon PAS Ramli Ismail dengan majoriti 2,333 undi.

Suruhanjaya Pilihan Raya akan bermesyuarat Isnin depan bagi mengumumkan tarikh bagi pilihan raya kecil kawasan itu. BERNAMA

Ismail Sabri dangkal uruskan keperluan barangan..!! Kerana bagi UMNO@BN rakyat hanya hamba abdi bagi memenuhi tempolok mereka..!!


Oleh Zukri Aksah

KUANTAN, Sept 8 – “Tergamak (Datuk Seri) Ismail Sabri menaikkan harga petrol dan mengabaikan kekurangan bekalan gula padahal beliau tahu rakyat sedang sibuk mahu menyambut hari raya,” keluh Azan Ismail, Ahli Parlimen Indera Mahkota.

Azan yang juga Timbalan Pengerusi II Majlis Pimpinan PKR Negeri Pahang, menyuarakan kekesalan ini ketika mengulas kenaikan harga petrol dan kekurangan bekalan gula yang beliau sifatkan berlaku di sebalik kenyataan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan yang jelas menipu rakyat.

Penipuan pertama, ujar Azan adalah kenyataan Ismail kononnya harga petrol tidak naik semata-mata kerana pengenalan petrol RON95 yang dijual pada harga RM1.80 seliter, padahal harga RM1.80 ini sebelum ini adalah untuk petrol RON97 yang sekarang berharga RM2.05 seliter, petrol yang telah diguna sejak sekian lama oleh rakyat Malaysia.

Penipuan kedua tentang petrol adalah kononnya seperti didakwa Ismail, kenaikan harga petrol tidak akan memberi kesan. Sementara penipuan ketiga dan paling ketara tentang harga petrol ialah ketika pengumuman kenaikan harga petrol dibuat, Ismail mengatakan yang harga petrol mentah dunia waktu itu adalah US$82 setong, sedangkan harga sebenarnya adalah US$71.35.

Tentang gula pula, Azan memberitahu The Malaysian Insider yang dakwaan bekalan gula mencukupi adalah satu penipuan kerana pada masa yang sama belian rakyat dicatu untuk 2kg gula sahaja setiap belian.

Jaminan Ismail yang tiada kenaikan harga gula dianggap tersasar kerana catuan ketika permintaan mendadak naik di musim perayaan memungkinkan wujudnya pasaran gelap gula. Dalam pasaran gelap, harga gula boleh sahaja naik sehingga 100 peratus.

Bila diaju soalan apa natijahnya kepada rakyat akibat dari keadaan ini, Azan cuba menggariskan fakta sebenar. Harga petrol, RON97, yang digunakan oleh rakyat Malaysia selama ini naik RM0.25, atau 13.89 peratus.

Kenaikan harga petrol jelas Azan akan menghasilkan kesan berganda, kenaikan 1 peratus dalam harga petrol akan mengakibatkan kenaikan 3 – 5 peratus dalam Indeks Harga Pengguna (CPI). Ini kerana petroleum kini telah menjadi komoditi utama dalam mengukur CPI. Jadi kenaikan RM0.25 petrol sebenarnya telah membawa CPI naik ke sekitar 50 peratus.

Kenaikan harga gula di pasaran gelap yang mencecah 100 peratus dan kenaikan harga petrol yang mengakibatkan kenaikan CPI sehingga 50 peratus diterukkan lagi dengan gelagat musim perayaan yang mana biasanya isirumah berbelanja secara tidak rasional. Tegas Azan, perbelanjaan isirumah biasanya naik 100 peratus di musim-musim sebegini.

Azan memberi amaran yang keadaan sebegini boleh menjerumuskan negara ke dalam inflasi tukulan (hammering inflation) bilamana tekanan akibat kenaikan harga petrol bertembung dengan ketidakupayaan memenuhi permintaan pasaran terhadap gula.

Kadar “hammering inflation” ini adalah jumlah di antara 50 peratus kenaikan CPI akibat tekanan kenaikan harga petrol dan 100 peratus kenaikan harga gula di pasaran gelap. Jumlahnya adalah 150 peratus, ia bagi Azan adalah angka yang menakutkan dan merupakan senario yang belum pernah berlaku sebelum ini.

Lebih malang, tambah Azan, Ismail jelas tidak punya persediaan untuk berhadapan dengan “hammering inflation” ini, yang biasanya berlaku dalam tempoh 15 – 30 hari.

Azan dalam merumuskan kenyataannya tertanya-tanya, sebagai sesuatu yang tidak pernah berlaku sebelum ini, bagaimanakah bentuk kesan “hammering inflation” ini di luar musim? Dan bila pula ia akan pulih?

Satu keadaan yang teruk bagi Azan, yang berlaku bukan kerana masalah ekonomi dalam negara atau serangan spekulator ekonomi luar, tetapi kerana kebodohan seorang menteri yang gopoh dalam membuat polisi dan tidak bersandarkan kepada rujukan yang konkrit.

RM2,400 disiasat sampai mati, 3 jam soal-siasat untuk RM10juta


Oleh: Rusnizam Mahat
Nasihat ikhlas untuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) : Jangan salahkan orang ramai atau pihak lain apabila dituduh memilih bulu dalam menjalankan amanah rakyat. Lihat dan nilai peri laku anda sebelum bingkas menuduh sebarangan.

Terbaru, SPRM begitu "peramah dan baik" dalam menyoal siasat Presiden MCA Ong Tee Kiat berhubung tuduhan beliau menerima sogokan RM10 juta ringgit dari Ketua Pegawai Eksekutif Kuala Dimensi Sdn Bhd, Tiong King Sing disamping menggunakan kapal terbang syarikat itu untuk urusannya secara percuma.

Ong yang juga Menteri Pengangkutan juga menjadi tumpuan berhubung skandal PKFZ berjumlah RM12.5 bilion.

Apa yang berlaku : Ong di panggil menghadirkan diri ke pejabatn SPRM pada sebelah pagi Khamis lalu dan disoal tiga jam. SPRM kemudian membenarkan soal siasat disambung pada keesokan hari, juga untuk tempoh yang singkat.

Ini soal siasat SPRM untuk seorang yang dituduh menerima sogokan jutaan ringgit dan menggunakan jet peribadi syarikat yang berurusan dengan kementeriannya.

Bandingkan dengan pengalaman ngeri yang dilalui oleh mendiang Teoh Beng Hock. Beliau disiasat sebagai SAKSI bersabit salah guna wang RM2,400 oleh seorang EXCO kerajaan negeri.

Beng Hock tidak dibenarkan mengguna khidmat peguam, disoal siasat dari pukul 6 petang 15 Julai hingga 3 pagi keesokan hari. Beliau juga diminta kembali ke SPRM Selangor bagi menyambung soal siasat pada hari perkahwinannya sebelum dijumpai mati di bumbung perkarangan pejabat SPRM. Itu fakta yang dimaklumkan kepada kita oleh SPRM sendiri.

Tidak ada keperluan untuk mendapat khidmat pakar bagi merumuskan sikap SPRM dalam menjalankan siasatan terhadap wakil Umno-Barisan Nasional dan pembangkang.

Perbandingan proses soal siasat antara Ong (MCA) dan Beng Hock(DAP) adalah contoh jelas berlakunya sikap pilih kasih. Namun kes terbaru ini hanya satu daripada urutan yang menyerlahkan persepsi negatif masyarakat terhadap SPRM.

Kini SPRM menjalankan siasatan terhadap tujuh ADUN Dap di Selangor iaitu Lau Weng San (Kampung TUnku), Teresa Kok (Kinrara), Hannah Yeoh (Subang),
Elizabeth Wong (Bukit Lanjan), Ean Yong Hian Wah (Sri Kembangan), Dr Cheah Wing Yin (Damansara Utama), Edward Lee (Bukit Gasing) berhubung penggunaan peruntukan kerajaan negeri.

Namun SPRM senyap dan membisu terhadap puluhan aduan dan laporan mengenai penyelewengan Umno-BN dalam isu PKFZ, istana Khir Toyo di Shah Alam dan salah guna wang oleh mantan Menteri Besar Selangor itu yang mencecah jutaan ringgit.

Perdana Menteri 1Malaysia Najib Razak berkata SPRM tidak boleh dijadikan mainan politik ekoran beberapa pihak cuba mempertikaikan kredibilitinya.

Beliau berkata orang ramai tidak boleh menunding jari kepada SPRM semata-mata berdasarkan kematian Beng Hock.

Mungkin senang untuk Najib melontarkan kata-kata itu dan membelakangkan hakikat bahawa rakyat berhak menuntut keadilan daripada SPRM dan kerajaan beliau. Peri laku SPRM malah Najib sendiri hanya menjurus kepada seribu satu persoalan mengenai kewibawaan SPRM dan kerajaan Umno-BN sendiri. - Suara Keadilan