Isnin, 7 September 2009

Belajarlah Daripada Rakyat Kelantan

Hidup di negeri yang diperintah oleh kerajaan yang bukan sekapal dengan kerajaan pusat banyak cabarannya. Pelbagai dugaan dan cabaran harus ditempuhi. Mereka yang tidak beriman pasti tertewas dan hanyut oleh dugaan dan cabaran tersebut. Dugaan dan cabaran ini datang daripada “orang-orang” yang kehilangan kuasa, tetapi masih gila kuasa dan dahagakan kuasa.


Puncanya mudah difahami. “Orang-orang” ini sangat berkuasa. Mereka menguasai bidang politik, ekonomi dan sosial. Banyak kontrak kerajaan berada di tangan mereka. Selepas kerajaan baru berkuasa, “orang-orang” yang berkusa telah hilang kuasa. Hilang kuasa bermakna hilang sumber ekonomi dan poket pun kering. Orang yang poket kering sanggup melakukan apa-apa sahaja. “Orang-orang” ini tidak sama dengan “orang-orang” di sawah bendang. Mereka pernah hidup mewah, oleh itu tidak boleh hidup dalam serba kekurangan. Mereka pernah hidup “di atas kepala orang lain” mana boleh tiba-tiba terpaksa hidup “sama taraf” dengan orang jelata.

Sewaktu Kelantan jatuh ke tangan PAS pada tahun 1990, ribuan dugaan datang silih berganti tanpa henti-henti. “Orang-orang” yang pernah hidup seperti raja tiba-tiba hilang kuasa. Maka mengamuklah satu negeri “orang-orang” ini laksana Jebat derhaka. Ramai rakyat dilontari fitnah dan tohmah agar membenci Kerajaan Negeri yang baru. Nasib baik rakyat Kelantan tidak bodoh dan tidak mudah termakan hasutan “orang-orang” yang gila kuasa. Hasilnya, Kelantan berjaya dipertahankan daripada jatuh balik ke tangan “orang-orang” sehingga hari ini. Kelantan beruntung kerana ada pemimpin negeri yang berwibawa.

Sekarang, “orang-orang” sedang menyerang negeri yang ditadbir kuasa baru, terutamanya Selangor selepas berjaya mengambil balik Perak. Isu ketuanan, agama, kaum dan kedudukan istimewa merupakan isu yang sensitif dan mudah dipergunakan untuk memecah-belahkan rakyat. Isu-isu tersebut sedang didendangkan di Selangor agar rakyat negeri terkaya itu berpecah belah. Sekiranya rakyat Selangor berpecah-belah, maka mudahlah “orang-orang” mengambil alih pentadbiran.

Oleh itu, rakyat Selangor, Pulau Pinang, dan Kedah harus belajar daripada rakyat Kelantan cara-cara berhadapan dengan helah “orang-orang” ini. Jangan sesekali mudah terpengaruh. “Orang-orang” ini rela membawa duit berguni-guni untuk membeli hati orang ramai. Pembangunan fizikal merupakan “janji manis” yang lazim bagi “orang-orang”. Ingat, benda manis banyak membawa penyakit berbanding dengan benda pahit, kelat atau masam. Oleh sebab itulah rakyat Kelantan menolak “janji manis”. Hasilnya, Kelantan kekal sebagai serambi Mekah sehingga sekarang setelah sekian lama menjadi serambi Golok di bawah pentadbiran “orang-orang”.

Seandainya rakyat Selangor, Pulau Pinang atau Kedah (termasuk Perak) lalai, terpengaruh dengan helah, dan termakan hasutan, maka kuasa kemungkaran akan kembali bermaharajalela. Kezaliman berulang balik. Perjuangan melawan kemungkaran dan kezaliman selama ini menjadi sia-sia.

Bagi rakyat Kelantan, segala yang terjadi ialah ujian Allah untuk memantapkan iman. Jadi, mereka bertawakal dan menyerahkan segala yang terjadi kepada Allah Yang Maha Berkuasa.

Firman Allah SWT:

“Dan sungguh akan kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang yang sabar iaitu orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: “Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji’uun.”

(Surah al-Baqarah: 155-156)

Anwar mahu Johor jadi milik Pakatan Rakyat



Kempen menuju perubahan giat di jalankan di negeri Johor Darul Takzim, negeri keenam yang disasarkan sebagai frontline Pakatan Rakyat pada Pilihanraya Umum ke-13 akan datang.

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim dalam pusingan kempennya di selatan tanahair tiba di Parit Sulong, Batu Pahat menemui lebih 3,000 Melayu, Cina, India dan penyokong Pakatan Rakyat yang bersesak-sesak di Markas Pas Parit Sulong.

“Zaman kita ini adalah zaman edan, yang hendak bercakap benar dipadamkan, digelapkan, kita terangkan hak kebenaran orang Melayu, tak malu ke kita? Chua Jui Meng, bekas Menteri Kesihatan, bagi tahu kepada kita bahawa begitu melebarnya pendapatan orang Melayu, Melayu yang paling kaya dan paling miskin.

“Istilah sekarang kata kesenjangan antara orang Melayu bumiputera, masalah bumiputera yang dapat AP, dapat kontrak percuma kaya melangit, sedangkan orang Melayu ramai termasuk di Parit Sulong merempat di bawah ini”

Memetik karya ulung pujangga Jawa, Ronggo Wisoto, Anwar berkata rakyat harus melihat kebejatan yang berlaku hari ini dengan rasa insaf dan membulat tekad menuntut perubahan sepertimana yang dituntut agama dan bicara akal waras.

“Kenapa dikata gila? Yang hak dikata bakhil, orang yang rasuah diangkat, tapi orang yang baik dihumban ke penjara, bukan saya kata tapi Ronggo Wasito, seorang ahli falsafah."

“Orang yang zalim dipuja, yang menegakkan keadilan dihina, orang yang merompak kekayaan negeri dianggap pejuang tapi orang yang membela nasib dianggap pengkhianat terutamanya yang tertindas dan miskin."

“Ronggo Wasito boleh faham Melayu 2009, kenal zaman akan datang, beliau seolah-olah boleh meneropong zaman akan datang dan ungkapan-ungkapan yang baiknya dalam Bahasa Jawa,” katanya.

Jelasnya sehinggakan ahli falsafah terkemuka itu sudah lama membayangkan zaman akan datang yang penuh dengan kegilaan sehinggakan rakyat yang miskin akan lagi bertambah miskin dan terpinggir.

Perompakan harta rakyat dan penindasan hak adalah sesuatu yang bukan rahsia, bahkan dilakukan secara terang-terangan oleh pemerintah dan kroni-kroni mereka.

“Lebarnya diantara yang paling kaya dan paling miskin, sebab itu saya kata kaji semula Dasar Ekonomi Baru, wah khianat Melayu sebab saya suruh kaji semula DEB, kaji semula kerana kita ambil, kaji semula supaya dapat dilaksanakan dengan adil."

“AP, dari Rafidah Aziz sampai sekarang, AP ini apa? Permit import motorkar? Berapa untung dia? Dalam masa 10 tahun permit ini bernilai puloh bilion ringgit, siapa dapat? Orang-orang yang terpilih, orang pimpinan UMNO atasan."

“Saya khianat? Tidak! Saya cemburu kerana saya tidak dapat? Tidak! Saya menteri kewangan lapan tahun, mencekik darah banyak mana pun aku boleh. Siapa yang tidak hendak bagi?

“Pergi ladang Sabah, Sarawak, ermm Datuk tanah ini, Selangor pun begitu juga, apa yang tidak bagi kalau hendak. Tapi saya syukur Alhamdullilah, saya mampu cakap di bulan Ramadhan ini kerana sampai hari ini mereka tidak boleh tapi boleh cerca saya, boleh telanjangkan saya, boleh pukul saya setengah mati."

“Dia boleh cuba aibkan saya tapi dia tidak boleh buktikan sampai hari ini, apa tuduhan khianat dia, satu saham pun saya tidak ambil, satu inci tanah kerajaan saya tidak ambil, satu AP saya tidak ambil,” katanya.

Anwar mengegaskan sekiranya beliau adalah pengkhianat negara, sudah lama beliau boleh berbuat demikian ketika menjawat jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri dan semasa memegang port folio Menteri Kewangan selama lapan tahun dahulu.

Walaupun dilemparkan dengan pelbagai tomahan dan fitnah daripada mereka yang pro kerajaan tetapi Anwar menegaskan tidak akan berputus asa membela nasib bangsa.

Ekoran itu, Anwar meminta kerajaan mengkaji semula Dasar Ekonomi Baru bagi memperlihatkan semula perancangan itu sama ada masih relevan lagi atau tidak mengikut arus masa ke semasa.

“Saya hendak nak buat, nak ajak sayang, selagi Allah bagi kekuatan, kewarasan, kekuatan iman dan akhlak, saya akan guna seluruh kekuatan saya dan jaga kepentingan ini umat dan negara ini, dan hendak angkat kedudukan orang Melayu, Iban, dan Cina, serta Kadazan gagah di negara kita. Itu niat saya,” katanya.

Dakwa itu ahli PAS!!

Saya bersyukur kerana Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, pihaknya mempunyai bukti dan maklumat lengkap mengenai siapa yang terbabit dalam protes membantah keputusan kerajaan negeri Selangor memindahkan kuil ke Seksyen 23, Shah Alam.

Menurut beliau, pihaknya akan mendedahkan segala maklumat itu termasuk mereka yang terbabit apabila tiba masanya kelak.

Hishammuddin mengingatkan mereka yang cuba mempolitikkan perkara tersebut agar berfikir sebelum melakukannya.

Beliau tak nak Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyalahkan kerajaan Barisan Nasional (BN) berhubung perkara itu kerana protes pembinaan kuil tersebut bukan sahaja membabitkan orang Umno, tetapi juga ahli PKR dan PAS.

Oleh kerana Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail hari ini menegaskan bahawa mereka yang terlibat mengarakkan kepala lembu dan membuat ucapan dalam demonstrasi membantah pembinaan kuil di Seksyen 23 Shah Alam akan didakwa kerana menghasut, bolehlah didakwa ahli PKR dan PAS yang terlibat dalam protes itu, termasuk pengerusi jawatankuasa bertindak penduduk Seksyen 23 itu, Mahyuddin Manaf.

Menurut Malaysiakini, Mahyuddin mengaku beliau seorang ahli PAS (nasib baik aku bukan ahli PAS, setakat sokong Fasal 5 Perlembagaan PAS ja).

Ahli-ahli Umno pula insya Allah akan didapati tidak bersalah. Insya Allah!

Hishammuddin sebelum ini mengadakan pertemuan mesra selama sejam bersama Persatuan Komuniti Seksyen 23, di pejabatnya. Tidak diketahui berapa ahli PKR dan PAS yang menghadiri pertemuan itu selain Mahyuddin, jika benar beliau seorang ahli PAS.

Dalam sidang akhbar selepas pertemuan itu, beliau tidak menyatakan apa-apa tindakan yang akan diambil terhadap mereka yang mengheret, meludah-ludah dan memijak-mijak kepala lembu dalam tunjuk perasaan di hadapan Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor itu.

Hishammuddin juga dilaporkan mempertahankan penunjuk-penunjuk perasaan pijak kepala lembu itu.

Bagaimanapun, dalam apa yang yang dilihat sebagai sikap flip flop yang menjadi hobi kerajaan BN, sikap Hishammuddin tiba-tiba berubah apabila beliau mahu mereka yang terlibat dalam protes tersebut diambil tindakan tegas.

Berkaitan:
Khalid Samad : Umno dalang sebenar isu kuil (TV Antara 7/9/09)
Samseng-samseng Sek 23 (Onn 7/9/09)
Running dog (Aisehman 7/9/09)
Susah gila jadi Khalid Samad (Aduka Taruna)
Apa tindakan “geng lembu” semasa rumah Allah dirampas, disita & diroboh di Selangor dulu? (Lord Azaab 6/9/09)

Pakatan berazam tidak bertembung sesama sendiri di Sabah

Harakahdaily

KOTA KINABALU, 7 Sept: Tiga komponen parti Pakatan Rakyat mencapai kata sepakat di Sabah bagi memastikan mereka mencapai kemenangan dalam pilihan raya akan datang.

Mereka menyedari kesilapan besar mereka dalam pilihan raya lalu iaitu bertembung sesama sendiri dan berazam tidak akan mengulangi kesilapan yang sama dalam pilihan raya akan datang.

Untuk itu, mereka menubuhkan Sekretariat Pemuda Pakatan Rakyat secara rasmi pada jam lebih kurang 5.30 petang bertempat di Lembah Impian Resort.

Turut menyaksikan majlis pelancaran penubuhan tersebut iaitu Ustaz Anuar Ali selaku Exco Dewan Pemuda PAS Pusat, Datuk Kong Hong Ming selaku Timbalan Pengerusi PKR Sabah, Rony Klasen selaku Ketua Biro Komunikasi PKR dan lebih kurang 40 orang penyokong dari parti masing-masing.

Agenda besar penubuhan Sekretariat Pemuda Pakatan ini antaranya untuk mengukuhkan lagi barisan Pakatan menghadapi wajah baru politik tanah air yang lebih mencabar.

Tumpuan akan diberikan kepada penyelarasan program dan pengukuhan sistem yang sedia ada untuk mendepani cabaran terdekat ini iaitu pilihanraya umum yang akan datang.

Sekretariat ini dipengerusikan oleh Abdul Razak Jamil dan dibantu oleh tiga naib pengerusi iaitu daripada PAS, Lahirul Latigu, DAPSY Yang Chan Tsze dan AMK, Jeffry Jamion.

Khairul Yusri daripada PAS dilantik sebagai setiausaha dan Zainudin Hassan sebagai ketua penerangan. Tujuh orang AJK telah dilantik yang dipilih daripada ahli parti komponen.

Semasa memberikan ucapan pada majlis tersebut, Razak Jamil mengingatkan semula kepada ahli-ahli Pakatan Rakyat yang hadir agar menilai semula prestasi Pakatan di Sabah pada PRU ke 12 yang lalu.

Faktor utama kekalahan mereka ditangan Barisan Nasional kerana tidak adanya permuafakatan di kalangan parti mereka sendiri dalam menentukan siapa calon yang sepatutnya bertanding.

"Kita mesti belajar daripada pengalaman lepas dimana calon-calon parti kita bertembung sesama sendiri untuk merebut kerusi DUN dan Parlimen yang akhirnya merugikan diri sendiri," katanya.

Sebaliknya kata beliau, jika undi calon-calon Pakatan yang bertembung tersebut dapat disatukan, sudah tentu Barisan Nasional dapat ditewaskan dan beberapa kerusi DUN dan Parlimen dapat dimenangi.

Turut berucap Ketua AMK, Syamsul Iskandar Mohd Akin. Beliau mengulangi beberapa perkara yang beliau sebutkan sebelum ini iaitu mengutamakan muafakat diantara sesama parti komponen.

Katanya, di peringkat pemuda pusat mereka tidak lama lagi akan melancarkan Muafakat Pemuda Pakatan untuk menghadapi senario politik negara yang semakin mencabar ini.

Selain itu, beliau mengingatkan sekretariat pemuda pakatan agar segera mengambil langkah bijak untuk menarik sokongan pengundi muda menyebelahi pakatan.

Pada sesi sebelumnya iaitu pada sebelah pagi, sekretariat Pemuda Pakatan turun ke Tamu Gaya Kota Kinabalu mengedar risalah berkenaan H1N1 dan isu-isu semasa politik tanah air.

Lebih kurang 300 keping risalah diedar di Tamu Gaya dan berakhir pada jam lebih kurang 12.30 tengah hari.

Chua pula cabar Ong dedahkan akaun banknya

Abdul Aziz Mustafa

KUALA LUMPUR, 7 Sept: Ketika penyokongnya mendakwa mereka telah memperolehi lebih dari 1,200 tanda tangan untuk menuntut diadakan mesyuarat agung khas (EGM) MCA, timbalan presiden parti itu yang dipecat, Datuk Seri Chua Soi Lek pula meningkatkan tekanan ke atas Presidennya, Datuk Seri Ong Tee Keat.

Beliau mempersoalkan mengapa Ong takut hendak mendedahkan kepada umum akaun bank beliau dan isterinya.

Sebelum ini, Ketua Pegawai Eksekutif Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB) Datuk Seri Tiong King Sing yang mendakwa memberikan RM10 juta kepada Ong mencabar Menteri Pengangkutan itu mendedahkan kepada umum akaun bank beliau dan isterinya.

Chua juga mencabar Ong membuktikan dirinya "lebih putih dari putih". Ong sebelum ini diketahui umum telah berusaha bersungguh-sungguh untuk membina imej sebagai seorang yang keras menentang rasuah.

Bekas Menteri Kesihatan itu turut mempersoalkan tindakan Ong menggunakan jet peribadi milik KDSB yang menurut beliau bertentangan dengan Perintah Am.

"Beliau (Ong) sendiri tidak memberikan penjelasan mengenai imejnya sendiri yang tercemar," kata Chua.

"Beliau menggunakan jet peribadi lima kali. Di bawah Perintah Am kerajaan, anda tidak dibenarkan menggunakannya. Pegawai yang lebih rendah mungkin digantung.

"Beliau juga tidak mendedahkan akaun bank beliau dan isterinya untuk dinilai oleh umum bagi menghapuskan sebarang keraguan.

"Beliau berusaha menonjolkan imej yang bersih dan telus, oleh itu mengapa tidak dedahkan akaun-akaun bank itu? Kenapa takut?" Malaysian Insider memetik beliau.

Chua sebelum ini disingkirkan sebagai ahli MCA dalam satu mesyuarat yang dipengerusikan oleh Ong sendiri kerana dianggap mencemarkan nama baik parti itu ekoran skandal seksnya yang divideokan tanap disedarinya.

Pemecatan itu dibuat ketika Chua dilaporkan sedang berusaha untuk mengadakan EGM bagi menyingkirkan Ong.

Tindakan pemecatan itu dikatakan telah dibuat untuk menghalang Chua dan kumpulannya mencapai cita-cita mereka menyingkirkan Ong.

Tetapi, walaupun Chua telah dipecat, para penyokongnya tetap berusaha untuk mengadakan EGM itu dan mereka dilaporkan berjaya mendapatkan sokongan yang lebih dari mencukupi untuk mengadakan EGM.

Bertindak balas terhadap usaha penyokong Chua itu, Ong akhirnya mengisytiharkan mahu mengadakan EGM juga, yang dilihat bertujuan untuk mengesahkan tindakan terhadap Chua dan mendapatkan restu dari perwakilan supaya menyokong tindakan beliau dalam menangani skandal Zon Bebas Pelabuhan Kelang (PKFZ).

Usaha Menteri Pengakutan itu untuk menangani isu PKFZ terpaksa berhadapan dengan cabaran besar apabila dilaporkan tidak mendapat sokongan dari rakan-rakannya dalam kabinet dan para pemimpin Barisan Nasional (BN) yang bimbang lebih banyak yang akan terdedah kepada umum jika diteruskan siasatan dan pendedahan.

Semalam, Ong enggan mengulas laporan yang menyatakan beliau dipandang negatif oleh rakan-rakannya dalam BN.

Di pihak beliau sendiri pula, cabaran terbesar yang dihadapi Ong ialah apabila Tiong yang menerajui KDSB mendakwa telah memberikan RM10 juta kepadanya.

KDSB ialah syarikat yang memajukan PKFZ.

Lantaran itulah pergolakan dalam MCA kini dilihat mempunyai kaitan dengan isu PKFZ di mana Ong sendiri menuduh pihak-pihak tertentu di dalam dan di luar parti mengumpulkan dana sehingga RM100 juta untuk menghancurkananya.

Tuduhan itu dipercayai ditujukan kepada Chua dan Tiong yang juga Ahli Parlimen Bintulu yang juga Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC).

Chua menolak tuduhan itu.

"Saya tidak memerlukan RM100 juta. Saya hanya memerlukan sokongan dan kebijaksanaan perwakilan," kata beliau.

Kenapa kerajaan BN menaikkan harga minyak sedangkan harga minyak dunia jatuh bawah paras US$70

Kenaikan harga minyak RON 97 sebanyak 14% telah membuktikan kerajaan BN tidak bertimbang rasa dan mengambil kira beban kenaikan harga barang keperluan terutama kepada golongan berpendapatan rendah.


Harga minyak bagi RON 97 yang dahulunya berharga dalam RM1.80 seliter telah naik ke RM2.05 seliter. Harga minyak bagi RON95 dinaikkan daripada RM1.75 kepada RM1.80 seliter. Ada setengah pihak berpendapat bahawa kenaikan 14% RON 97 tidak bantu bersikap mesra alam.

Kerajaan harus mengekalkan harga minyak di harga asal iaitu RM1.80 seliter bagi RON 97 dan RM1.75 seliter bagi RON 95 untuk meringankan beban rakyat dalam masa kelembapan ekonomi ini. Sebelum keadaan ekonomi pulih, kenaikan harga minyak mungkin memberikan tekanan kepada inflasi yang akan membawa impak negatif berganda dengan ekonomi lembap bersama inflasi.

Ketika ekonomi rakyat meleset dan bakal berhadapan dengan hari raya Aidil Fitri , kenaikan harga minyak seumpama "sudah jatuh ditimpa tangga". Petronas sepatutnya mampu menanggung kos kenaikan dengan hasil hampir RM 600 bilion sejak ditubuhkan pada tahun 1974. Kerajaan harus mengekalkan harga minyak di harga asal iaitu RM1.80 seliter bagi RON 97 dan RM1.75 seliter bagi RON 95 untuk meringankan beban rakyat.

Perdana Menteri Najib Tun Razak juga perlu menerangkan bagaimanakah kerajaan memberikan subsidi minyak lebih daripada 30 sen setiap liter ketika harga minyak dunia dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

MR

Koh Minta SPRM Jahit Mulut Masing-masing Mengenai Kes Teoh

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon Isnin meminta Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (MACC) Datuk Seri Ahmad Said Hamdan dan pegawai-pegawai kanannya mengelak dari mengeluarkan kenyataan yang boleh menjejas siasatan kematian Teoh Beng Hock.

Koh berkata adalah tidak wajar bagi mereka mengeluarkan komen terhadap sebarang kes yang sedang disiasat.

"Mereka hendaklah lebih sensitif terhadap perasaan keluarga Teoh yang kehilangan orang yang disayangi, tidak kira sebab kematiannya yang menjadi topik siasatan," kata Koh dalam satu kenyataan.

Koh memberikan respons terhadap kenyataan Ahmad Said bahawa Suruhanjaya Bebas Anti Rasuah Hong Kong mempunyai beberapa kes suspek membunuh diri.

"Walaupun ini mungkin kenyataan fakta berkaitan ICAC, komen terbuka oleh ketua MACC pada ketika siasatan sedang berjalan boleh dianggap cuba mengandaikan bahawa bunuh diri mungkin menjadi sebab kematian Teoh, sedangkan siasatan belum mencapai keputusan konklusif," kata beliau.

Beliau berkata orang ramai mengharapkan hasil konkrit oleh MACC dalam memerangi rasuah, satu daripada enam bidang pencapaian utama nasional yang diumumkan Perdana Menteri.

Koh, yang bertanggungjawab menangani soal perpaduan nasional dan prestasi, adalah juga pengerusi Unit Pengurusan Prestasi dan Pencapai (Pemandu) di Jabatan Perdana menteri.

Koh berkata pegawai-pegawai MACC boleh menjelaskan kepada orang ramai mengenai dasar, perkara prosedur dan perangkaan kes yang disiasat.

"MACC mesti bebas dan dilihat bersifat demikian, dalam pengendalian sebarang kes,' ujar Koh.

Teoh, seorang pembantu politik kepada anggota exco Selangor, Ean Yong Hian Wah, ditemui mati di tingkat lima Plaza Masalam di Shah Alam pada 16 Julai selepas beliau disoalsiasat oleh MACC di bangunan yang sama. -Bernama

Kepimpinan Terikut-ikut Hawa-nafsu – Perjuangan Sia-Sia

BULETIN الحضارة~*BIL:63/Ramadhan1430

A L - H A D H A R A H

Segala puja dan puji hanya sanya bagi Allah Tuhan semesta alam. Selawat dan salam penuh takzim kepada Rasul Junjungan, Muhammad saw, beserta kaum keluarga dan para sahabat semuanya. Seterusnya kepada semua muslimin dan muslimat termasuk diri ini, semoga mendapat rahmat dan hidayah dariNya jua.

Sidang pembaca yang budiman sekelian, untuk bicara buletin kali ini, ingin dan suka kiranya dapat berterus terang untuk menjelaskan lagi kepada khalayak semua tentang apakah mesej atau maksud sebenar tulisan-tulisan saya terutamanya dalam risalah berkala al-Hadharah ini khususnya dan juga buku-buku yang diterbitkan Penerbitan Sanaabel secara amnya. Mesej semua tulisan saya, rakan serta teman seperjuangan insyaAllah memperjuangkan kebenaran (Islam ) supaya keluar dari kelompok sempit untuk menggalas aspirasi ummah walaupun sukar malah pahit bagi pencinta-pencinta kebenaran untuk menerimanya. Kami sedar laluan yang telah dipilih ini tidak menjanjikan hamparan permaidani merah atau puji-pujian malah sebaliknyalah yang sering kunjung mendatang… Alhamdulillah!

Kebenaran yang kami cuba ajak khalayak kepadanya ialah kebenaran yang dapat menghidupkan kita sekarang (dalam kehidupan seharian) secara tolong-menolong, bahu-membahu bersama-sama sebagai khaira ummah bukan kebenaran yang tertunda ataupun nanti… seperti perjuangan kebanyakan dari kita yang terjebak dengan perlakuan-perlakuan `retorik` ahli-ahli politik, imej-imej tok dalang wayang kulit- lain di pentas, lain pula dalam kehidupan realiti. Perjuangan yang nampaknya sarat dengan doktrin atau manifesto idealisma yang cukup kudus untuk ummat marhaen, tetapi hanya nanti…suatu ketika nanti.. bila kita telah berjaya membenamkan semua penzalim-penzalim tersebut dahulu. Sekarang ! Laa nie.. kita tak kisah nak hidup atau berbudaya hidup apa pun`hip-hop` ka, rock ka. Tak perlu! tak perlu untuk membina apa-apa budaya, tamaddun atau hadharah sebagai manusia muslim apalagi beriman. Apakah betul bersikap serta berpendirian begitu..? Apakah ini namanya tempoh peralihan yang `hipokrit`?

Sebagai manusia biasa yang punya kelemahan di sana-sini dalam menyampaikan mesej atau menjalankan tugas tersebut, kemungkinan terdedah kepada kelemahan adalah biasa bagi saya dan teman-teman. Sayugianya juga kami sedia mendengar dan meneliti semua `feedback` yang sampai kepada pihak kami insyaAllah dengan hati yang terbuka untuk saling memperbaiki serta meninggikan risalah kebenaran Islam dan kepentingan ummah, bukan kepentingan diri, kelompok ataupun `status-quo` sebagai pejuang Islam, sehingga menafikan kewujudan dan sumbangan pihak lain. Bagi kami tidak banyak `protokol` untuk menjadi para pejuang Islam, cukup dengan “Ballighu `anni walau aayah” itulah Sabda Nabi saw yang bermaksud ; `Sampaikanlah daripadaku walaupun sepotong ayat`. Cuma kaedah umum yang perlu diketahui terlebih dahulu oleh seseorang itu, mestilah beriman dengan risalah (Islam) itu bagi dirinya dan berusaha mempraktikkannya pula pengertian risalah tersebut semampu mungkin seterusnya berkongsilah dengan saudara-saudaranya yang lain dengan mengajak mereka bersama-sama.

Penegasan atau kenyataan saya ini bukanlah bermakna kami takut serta tidak mahu dikritik pula, cuma mungkin sedikit rasa kurang `enak` apabila komen atau maklumbalas tersebut yang kami terima terlalu `emosional` dan terlalu kebudak-budakan. Sedangkan kami sendiri menganjurkan budaya berfikir, supaya ummah mencari kebenaran dengan nas-nas serta hujah bukan emosi melulu yang menyerbu, menyerlahkan ketaasuban pengkritik. Sebab itu kami sering kali cuba mengajak pembaca serta khalayak melihat dan berfikir keluar dari kaedah biasa atau realiti orang hari ini berfikir. Orang hari ini lumrahnya berfikir berdasarkan apa yang ia akan dapat keuntungannya di dunia sekarang. Orang hari ini berfikir bagaimana untuk mendapat keuntungan tersebut dengan mudah dan cepat. Orang hari ini berfikir bagaimana `idealismanya` terhadap perkara-perkara tersebut mendapat sokongan serta sambutan semua orang atau paling ramai yang mengikutnya maka betullah idealisma perjuangan itu.Untuk itu awal-awal lagi, saya memaklumkan bahawa saya serta rakan-rakan dalam Penerbitan Sanaabel berlepas diri dari menganut doktrin pemikiran sebegitu. Bentuk atau kotak pemikiran tersebut “di Pekan Rabu pun berlambak” kata orang-orang Kedah, atau dengan maksud lain di mana-mana pun ramai dan mudah mendapatinya golongan yang berpemikiran begitu. Golongan yang mempunyai aqal fikiran tetapi dia suka orang lain tolong berfikir bagi pihaknya. Dia suka mengikut apa yang orang kata baik dan elok bagi orang itu, dia pun ambil untuk elok dan baik pula bagi diri serta aqalnya. Semakin ramai orang kata baik (testimonial) semakin yakinlahnya aqalnya akan produk perjuangan itu. Bagi saya golongan begini hanya `otak` yang sihat (tak diguna) bukan aqal yang sihat.

Seperkara lagi, saya dan teman-teman insyaAllah berkeyakinan, perjuangan Islam yang diperlukan oleh ummah hari ini ialah perjuangan yang membawa bersama-samanya pembinaan hadharah atau tamaddun atau boleh juga dikatakan budaya. Iaitu perjuangan Islam yang menghasilkan Hadharah Islamiyyah oleh ummat Islam itu sendiri untuk menjaga dan memberi suatu suasana yang sihat kepada perkembangan dan perjuangan Islam seterusnya. Perkara ini yang kami lihat begitu penting mutakhir ini kerana ummah kebanyakan telah kehilangan arah atau juru pandu untuk dijadikan contoh hadharah Islamiyyah yang hidup itu bagaimana? Sebab itu mahu tidak mahu bagi pejuang-pejuang Islam, lebih-lebih lagi orang-orang yang berilmu seperti alim ulama` mesti duduk di saff hadapan mendirikan Hadharah Islamiyyah yang hidup dan praktikal. Merekalah yang mesti terlebih dahulu bebas dari segala rangkaian dan saki baki jahiliyyah serta maksiat. Sumber pendapatan dan perjuangan mereka mesti `paling` bersih dari syubahat riba. Sebab itu jangan kita hairan kenapa ulama`-ulama` dahulu ramai yang berikhtiar sedaya upaya untuk bekerja sendiri, kerana di situlah asas-asas pembinaan serta kekuatan Hadharah Islamiyyah. Saya tidak bermaksud semua ummat Islam tidak boleh berjawatan dalam kerajaan yang tidak Islam. Kepada ummah secara umum dan penyokong tidak bermasalah, tetapi kepada pejuang Islam yang ummah perlukan suri teladan mereka atau kepimpinan mereka tentu janggal jika mereka sendiri adalah kakitangan dan perkakas pihak thoghut.

Perkara ini mudah sahaja jika kita mampu untuk melihat begini, rata-rata ummat Islam seluruh dunia tidak menghormati pemimpin-pemimpin negara-negara Arab termasuk Saudi kerana dianggap tali barut serta boneka Amerika. Tali barut atau boneka macam mana Amerika tidak pun menjajah negara tersebut? Amerika sebenarnya menjajah bukan sekadar pemikiran pemimpin malah hadharah negara-negara tersebut. Walaupun ummat Islam beribu juta benci dan melaknatkan akan Yahudi serta Amerika tetapi masih tidak mampu untuk menewaskan musuh Allah tersebut kerana mereka sendiri terbelenggu dan terperangkap dengan kelicikan dan `keharmonian` hadharah Yahudi serta Amerika sendiri. Ummat Islam yang ramai menjadi penyubur dan pemangkin untuk ummah yang lain membiakan hadharah musuhnya.

Itu contoh yang luar dan mungkin jauh. Ini pula suasana tempatan kita, para mufti di negara ini rata-ratanya orang yang berilmu dan tidak pernah zahir dari mereka `ahli maksiat`.Mereka sering kali pula berucap dan mengajak ummat Islam bersatu dan kembali kepada ajaran Islam yang sebenar. Secara jujurnya saya mengatakan selama 50 tahun lebih dah mereka menyeru semua pihak ke arah itu, selama 50 tahun lebih jugalah ummah kebanyakan memomokkan ucapan itu. Kenapa? Kerana ummah kebanyakan melihat mereka tidak membina apa-apa pun Hadharah Islamiyyah untuk kepentingan ummah.`Post` mereka di situ hanyalah menjadi `buffer`(penampan) bagi mengaburi ummah akan wajah sebenar hadharah jahilyyah pihak berkuasa.

Oleh itu saya menyeru kepada ummat Islam dan pejuang-pejuang Islam yang yakin serta ikhlas, keperluan mendesak, dharuri bagi ummah mutakhir ini ialah mereka yang ikhlas untuk membina kembali Hadharah Islamiyyah. Biarlah pekerjaan ini nampak kecil, tidak `gah`, kita kumpulkan butir-butir pasir dan batu-batu kecil ini seterusnya kita gaulkan dengan simen serta air untuk dimasukkan ke dalam acuan agar menjadi ketulan-ketulan batu bata. Apabila banyak batu bata yang mengikut spesifikasi piawai kemahuan Islam maka besarlah dan tinggilah harapan kita akan janji Allah swt. Sekian, wassalam. Dari Ibnu Ramadhan.

``qulil haq walau kana murron``

-katakanlah kebenaran itu walaupun ianya pahit-

Diterbitkan oleh: Penerbitan Sanaabel No 8A, Kg Permatang Saga, Pinang Tunggal 13200 Kepala Batas, Seberang Perai Utara, P.Pinang M`sia. Tel:016 4282156 email: p.sanaabel@gmail.com atau layari blog kami: http://sanaabel.blogspot.com/

MCA’s Leadership to Change - minus a Ministry?


Corruption and racial politics are two main top ala-cartes on the ruling government’s menu headed by UMNO. These two authentic cuisines are so delicious that after 52-year of independence they (corruption and racial politics) are still being practiced by the ruling BN government. Just like in the stock market whereby the stock prices are determined by sellers and buyers, the corrupt and racist BN can still survive simply because the voters strangely endorse such culture. It’s true that you can’t put the blame entirely on the ruling BN government for the massive corruptions and the politics of racism. Hey, if there’s no demand then there should be no supply, literally, so blame the voters.

Of course one can argue that the people were to scare to voice their dissatisfaction after the “
May 13, 1969” racial riots that killed many innocent people. Malaysia is a great country not too much because she is disaster-free but because this country seems to enjoy endless refill of wealth. The discovery of oil led to the formation of Petronas in 1974 of which the actual accounting remains the greatest government secret till today. Coupled with other natural resources the country is so cash-rich that it would be impossible for the ruling government not to plunder the wealth. Of course the standard modus operandi to do so is to jack-up many times the original cost of projects. Hence the name of the game is to create many gigantic projects, never mind it’ll become white elephants.

PKFZ Scandal ProjectAlong the years there were many scandals but nothing beats the controversial PKFZ (Port Klang Free Zone) scandal which looks to balloon to RM12.453 billion from the original RM1.957 billion in another two years if the government still drags its feet. But the project was designed in such that the politicians involved especially KDSB (Kuala Dimensi Sdb Bhd) was given a blank-cheque. Basically the idea was to ensure PKA (government’s Port Klang Authority) becomes rubber-stamp and additional costs over-run are being billed until it balloon to as much as possible. The project has made KDSB’s boss Tiong King Sing very very rich indeed. But he has many other “political friends” to thank for the smooth sailing amongst them Ting Chew Peh, Yap Pian Hon, Chor Chee Heung and not forgetiing former Transport Ministers Ling Liong Sik and Chan Kong Choy.
PKFZ Scandal Politicians InvolvedHowever the tycoon who is also the BN backbenchers’ chief received a rude shock when MCA newly elected president, Ong Tee Kiat, made public the audit findings by PricewaterhouseCoopers about irregularities on PKFZ project. The delay in the release of the findings initially however suggested that Ong Tee Kiat was under political pressure from his master, UMNO, to sweep the scandal under the carpet. But since the Mar 2008 general election, the ruling government cannot ignore peoples’ voice in totality whatmore with Ong’s promise to reveal all about the project, just before he becomes the president of MCA. Ong Tee Kiat also may think that it would be wise for him not to cover the scandal, not that he could in the first place, considering he’s still relatively “clean” compared to his predecessors Chan Kong Choy and Ling Liong Sik.

PKFZ Scandal Companies InvolvedPolitically, Ong Tee Kiat’s base is still quite weak compared to his rival Chua Soi Lek thus naturally he made the right move to project himself as the least tainted MCA president. But in the process he has offended the billionaire Tiong King Sing and many other politicians who received kickbacks for closing both eyes on the PKFZ project. Suddenly he was surrounded by tons of corrupt politicians who would like to see him vanish from the political arena. As much as Najib’s administration would like to see the scandal sweep under the carpet (again) Ong Tee Kiat may offered the PM the only solution to attract the Chinese votes it losts, or at least in maintaining what MCA has left from the Mar 2009 election’s slaughter – transparency and political will to fight corruption.

Even though Ong Tee Kiat may have made the wrong political move by sacking the “sex-actor”, deputy Chua Soi Lek, the fact remains that Najib likes Chua Soi Lek more than Ong Tee Kiat for obvious reason – both of them take care of their women well *grin*. Seriously, Najib prefers Chua Soi Lek because both of them speak the “same language” and share the “same channel”. Chua is definitely a “yes-man” to Najib’s UMNO but the same cannot be said about Ong. If not because of the changes in the political landscape Ong Tee Kiat would have been “ordered by UMNO” to vacate his president seat for violating BN’s code of conduct – exposing ruling government’s scandal publicly thus embarrassing the premier. Now political analysts are predicting that both Ong and Chua may shake hands, hug and kiss each others and start packing their stuffs together.

MCA President and DeputyWhat better option than to have young and obedient chaps such as Health Minister Liow Tiong Lai and Deputy Education Minister Wee Ka Siong to become the new president and deputy president of MCA knowing well that both are guaranteed to “kow-tow” to their political master UMNO? The fact that Ong Tee Kiat was grilled twice by the Anti-Corruption Agency on allegation by Tiong King Sing that the former took free ride using his private jet and accepted RM10 million in donation clearly shows that Ong Tee Kiat’s tenure in MCA may not last long. Heck, which political parties within the ruling BN government never accept donations before? Short of freezing RM140 million of Kuala Dimensi funds which is chicken-feed to Tiong King Sing, the tycoon is still untouchable. The battle here is about who has the deepest pocket and there’s no prize for guessing who will win ultimately. It was hope that once Ong Tee Kiat is out of MCA the PKFZ scandal may be forgotten - forever.

That’s why the “cow head” incident was orchestrated – as the backup plan to divert PKFZ scandal and MCA crisis from the public. The main objective for such racial tactic (cow is considered sacred to the Indians) was of course to create havoc to the opposition who is governing the Selangor State. The fact that Najib’s cousin, Home Minister Hishammuddin, was biased and very protective of the “cow head” demonstrators was disturbing although the UMNO’s plan would be perfect if it could excite some Indians to the streets. Government’s demand for the video on the “cow head” protest to be removed from MalaysiaKini also shows attempt to cover-up the disgusting provocation allegedly involving UMNO leaders. If it was true that the “cow head” protest involved members from PKR, PAS and UMNO as alleged by the Home Minister then by all means put all of them under ISA or at least interrogate them. The ruling government is embarking on a full-scale of destructions and chaos to the states controlled by the opposition – the next is no doubt Selangor after Perak was captured.

There’s of course speculation that after Ong and Chua’s episode is over, MCA’s current ministerships may be reduced by one in the next Cabinet reschuffle. UMNO will take the opportunity and may argue that since MCA is weak it’s justifiable to relocate the minister position (Transport Ministry?) to stronger component party from the East (Sabah or Sarawak?). But nobody really cares if this is true because the Chinese voters have given up hope on MCA. However if Najib’s administration were to proceed with this hair-cut during such sensitive period it only goes to give the opposition especially DAP free bullets to attract the remaining Chinese votes currently attached to MCA. The idea of MCA pulling out from BN is laughable at this moment simply because the cake still has delicious icing on top of it. It would be fun to watch Chua Jui Meng gives Ong Tee Kiat a good hug and say “Welcome aboard Mr. former President. Now I’m the senior and you’re the junior here”.

PAS yakin letak calon di Bagan Pinang

KUALA LUMPUR: PAS yakin akan diberikan laluan oleh parti lain dalam pakatan pembangkang untuk meletakkan calon mereka pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang.

Naib Presidennya Salahuddin Ayub berkata pakatan pembangkang sentiasa berpegang kepada prinsip asas pakatan iaitu mana-mana kerusi yang telah ditandingi oleh calon parti berkenaan maka parti itu akan bertanding di kerusi terbabit sekiranya terdapat kekosongan.

Katanya, setakat ini persetujuan berkenaan berjalan dengan baik dan mendapat kerjasama daripada semua parti dalam pakatan pembangkang.

"Suara-suara dari mana-mana pihak itu adalah perkara biasa. Kita hormati pandangan mereka dan berdasarkan sembilan pilihan raya kecil yang telah berlaku, konsensus asas pakatan itu dipertahankan," katanya kepada pemberita di Pejabat PAS Pusat di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR) Telok Kemang yang menuntut agar kerusi itu ditandingi oleh PKR. Mengenai calon yang akan diketengahkan oleh parti berkenaan, Salahuddin berkata perbincangan mengenai calon pilihan raya kecil Bagan Pinang itu akan dibuat pada mesyuarat Jawatankuasa Pusat Ahad ini.

Kerusi DUN Bagan Pinang kosong ekoran kematian anggota DUN kawasan itu Allahyarham Azman Mohd Noor daripada Barisan Nasional (BN) Jumaat lepas.

Sementara itu, Naib Presiden PAS yang juga anggota Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar mendesak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) agar memenuhi beberapa tuntutan berkaitan pengendalian undi pos bagi memastikan pilihan raya kecil kali ini bersih, telus dan adil.

Beliau meminta agar SPR memasuhkan borang Lampiran 2 yang mengandungi butiran peribadi termasuk nama, kad pengenalan dan nombor siri kertas undi yang diberikan kepada pengundi pos sebagai perakuan mengesahkan pengundi pos sudah diperuntukkan kertas undi.

Katanya, borang Lampiran 2 dan kertas undi itu akan dimasukkan ke dalam sampul yang berbeza sebelum dimasukkan ke dalam satu sampul khas untuk diletakkan dalam peti undi pos.

Beliau mendakwa melalui borang itu, identiti pengundi dan calon yang mereka undi dapat dikenalpasti yang mengakibatkan pengundi pos tidak berani mengundi calon khususnya daripada parti pembangkang.

"Saya minta borang itu dihapuskan atau sekiranya tidak dihapuskan, sekurang-kurangnya apabila pengundi pos telah mendatangani borang berkenaan, hendaklah diasingkan atau disimpan dalam fail yang lain. Hanya kertas undi sahaja yang dimasukkan ke dalam beg undi pos," katanya.

Selain itu, Mahfuz menuntut agar wakil calon atau wakil parti bertanding bukan sahaja dibenar menyaksikan proses pengundian, malah dibenarkan mengawal keselamatan peti undi pos dan mengiringi perjalanan kotak undi pos itu.

Beliau juga meminta SPR menjalankan pengiraan undi pos pada hari yang sama selepas proses pengundian pos dijalankan di kem tentera dan polis, tanpa menyimpan peti undi berkenaan untuk mengelakkan penyelewengan menukar kertas undi.

"Saya minta agar SPR dapat melaksanakan hal ini pada pilihan raya kecil Bagan Pinang," katanya.

Bagi kerusi DUN Bagan Pinang, sebanyak 4,925 daripada 14,192 pengundi berdaftar terdiri daripada pengundi pos. BERNAMA

Dua nama sebagai calon PAS, setakat ini

Dua pemimpin PAS antara dua nama yang disebut-sebut bakal mewakili parti itu dalam pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang, kata ketua Pemuda PAS Negeri Sembilan.

Mohd Khairil Anuar Mohd Wafa berkata kedua-duanya adalah pesuruhjaya PAS negeri Zulkefly Mohamad Omar dan yang dipertua kawasan Teluk Kemang Ramli Ismail.

Ramli, seorang anak tempatan di parlimen tersebut, merupakan calon PAS di situ pada pilihan raya umum lalu.

Tambahnya, Ramli kini menetap di sebuah taman perumahan yang terletak dalam DUN Lukut - yang bersempadanan dengan DUN Bagan Pinang.

Selain Lukut dan Bagan Pinang, tiga lagi DUN bawah parlimen Teluk Kemang: Chuah, Linggi dan Port Dickson.

Pada pilihan raya umum tahun lepas, allahyarham Azman Mohamad Noor menang atas tiket BN dengan majoriti 2,333 undi, menewaskan Ramli yang memperolehi 4,097 undi.

Menurut Mohd Khairil Anuar lagi, terdapat juga akar umbi PAS di DUN berkenaan yang mahu Zulkefly bertanding.

"Akar umbi nak Zulkefly, sebab beliau seorang pesuruhjaya dan beliau patut ada dalam Dewan Undangan Negeri (DUN)," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Bagaimanapun, difahamkan Zulkefly lebih berminat meneruskan perjuangannya di kawasan yang ditandinginya dahulu, di Lenggeng dalam kawasan parlimen Seremban.

Menurut ketua Pemuda itu lagi, badan perhubungan PAS akan bermesyuarat esok, selepas solat terawih bagi menentukan calon yang sesuai di DUN Bagan Pinang.

Bekas menteri besar Negeri Sembilan, Tan Sri Isa Samad, yang juga ketua Umno bahagian, diura-urakan berminat bertanding di kerusi tersebut.

Sementara itu, Zulkefly ketika dihubungi Malaysiakini petang ini berkata PAS negeri telah mengenal pasti "beberapa orang calon" untuk mewakili parti tersebut dalam pilihanraya kecil DUN tersebut.

Bagaimanapun beliau enggan mendedahkan identiti dan jumlah calon tersebut.

Ditanya sama ada calon PAS pada pilihanraya umum Mac tahun lalu, Ramli Ismail akan dipilih semula bertanding di kerusi tersebut, Zulkefly berkata:

"Saya tidak berminat untuk beritahu. Yang penting, tidak ada sabotaj kepada calon PAS sebab kita tidak ada puak, kita tidak ada kroni," katanya.

Tambahnya, nama calon akan diumumkan oleh pemimpin atasan PAS kira-kira seminggu sebelum pililihan raya kecil itu berlangsung.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dijadual mengumumkan tarikh tersebut Isnin depan.

Menurut Zulkefly lagi, ciri-ciri calon yang dicari termasuklah seseorang yang bersih daripada tuduhan rasuah, berwibawa dan diterima oleh ahli akar umbi dan mendapat kepercayaan pemimpin parti.

Zaid to Najib: Put your money where your mouth is!

PKR's Zaid Ibrahim invited Prime Minister Najib Abdul Razak to test his theory that the Pakatan Rakyat, in states they are controlling, is getting a taste of its own medicine.

Zaid, in comments made to Malaysiakini, suggested that the best test for Najib's theory (aired in remarks that were widely reported in the mainstream media today) would be to call for a snap election in Perak.

"The proof of the pudding lies in the eating," retorted Zaid (left).

"Let's see the Prime Minister, who engineered the BN takeover of the Perak state government last February, test the verdict of the people more than six months after taking over that state," he elaborated.

"Najib is telling Pakatan that since the boot is on the other foot, we are hobbling about from the discomfort of it all," said Zaid.

"Well, why doesn't he turn our discomfort into presumable misery by calling for snap elections in Perak to allow voters to rectify the mistake they made in March last year?" challenged Zaid.

Najib aired his comments about supposedly PR discomfiture in states where they rule when commenting on the controversial debate over the relocation of a Hindu temple in Section 19 to Section 23 in Shah Alam.

Real intentions behind controversy

The intended plan is embroiled in controversy because of the hoo-hah caused by a group of residents, allegedly from Section 23, who are protesting against the Selangor PR government's decision to relocate the temple.

Zaid claimed that the "raucous determination of a handful of protesters has turned a minor issue into an inflamed one."

"This is a classic instance of how inflammatory acts by an unrepresented few can muddy the waters and make an unreasonable outcome to a problem already difficult to resolve," opined Zaid.

He also questioned "whether the acts of a few miscreants were at the promptings of the powers that be in response to a wish expressed by Najib (right) to take over the Selangor government."

"There is something contrived about their actions. It appears premeditated," said Zaid.

"Over time the Pakatan government will inoculate the people against these seizures, which are only possible when vested interests manipulate the gullible for ignoble ends," he remarked.

What have YOU done, Najib?


"Najib, never mind what the opposition promised. As the Prime Minister where is your promise of a 1Malaysia? What are you doing about your vision?"

On: PM says doubts showing on opposition rule


Razman Yahaya: The Japanese election results have in a way given an indication of their political landscape. It could happen in Malaysia. When the was public why the elected the democrats when they do not have the experience to govern as compared to LDP? The answer was they didn't care who governs as long as it is not the LDP. The message to BN is watch out for the next election.

Changeagent: The PM must realise that while he is entitled to his own opinions, he is only representing the views of the minority in this instance. The vast majority of people believe that the different Pakatan state governments are doing a reasonable job of administering their respective states, and would be inclined to retain them in the next general election. The PM should learn to refrain from making petty and random statements that cannot be backed by facts or conclusive findings, as they are currently reflecting poorly on his own maturity level.

Doc: The rakyat are more in doubt about BN's ability to rule. Please clean up your own backyard, Mr PM. As for the civil servants, hope you get your bonus but unfortunately this year is not an election year. We'll see-lah!

Ken: Wrong, Najib. Doubts about opposition rule is nothing compared to the people's disgust at Umno's rule. Your police force prioritises suppressing peaceful gatherings than fighting crime. Your MACC goes on baseless witch-hunts against opposition politicians rather than fight real corruption.

Your AG practises selective prosecution. Your judiciary pretends it doesn't know how to read the Perak constitution. Your home minister displays sickening partisanship. Your deputy has never heard of 1Malaysia. Disgust at Umno rule!

Aviyel: Yes, there are doubts about Pakatan's capacity to Rule. However, there are no doubts about BN's incapacity. The Rakyat will rectify all this...soon

Kelvin Lawrence: It is a wonderful show to watch - Barisan Nasional morphs into Barisan Delusional. Congratulations on further digging your grave. Do you really think that this country can afford another May 13? I hope the inciters realise that in the wake of another such event, a weak economy should ensure that there would be insufficient funds to pay off the co-conspirators. In rempit speak: Those who do the bidding of fools in power will have bikes but no fuel.

Westwindman: History has dictated that when men concoct their own recipes for their own purposes, something will give way over time. Perhaps, this is the tectonic-shift all Malaysians have to face. The only operative words being: May we, should we, must we, can we, why can't we, why must we, dare we hope, why should we, dare we? Are we here to accept what there is or, what we can make it become?

Ragavan Menon: Najib, never mind what the opposition promised. As the Prime Minister, where is your promise of a 1Malaysia? What are you doing about your vision? As a citizen of this country I ask you why there is so much inequality, discrimination, oppression, racism and religious extremism under your governance?

Boonpou: Is the rakyat doubting the opposition alliance's capability to manage their respective states? Simple answer to the question. Resolve the Perak state issue and call for fresh elections. Better still, call for general election and let the voters determine who the rakyat prefer.

Hong Yew Chye: BN is a typical example of a sore loser. After 52 years, Malaysians should wise up to its antics of racism religious fanaticism, divide and rule orchestration. Let's give our full support to Pakatan and see a change of government in next election.

Ee Chuan Seng: Why don't Malaysians blame the BN government for 51 years of not solving racial tensions among Malaysians that cause so many problems? Pakatan Rakyat cannot be blamed for taking the effort to solve a problem abandoned by BN.

Rayfire: To just wash his hands of the temple relocation issue and brushing it aside as a state matter is unacceptable. Najib should see the video taken during the meet - the people are agitated and may retaliate if measures are not taken immediately - unless that is part of the master plan to grab Selangor again.

Wira: I would rather have a transparent, Malaysians first (not 1Malaysia) government. An open government representing all races than a government that is corrupt, racist and arrogant. The Pakatan governments are learning and proceeding with their tasks the correct way. Mr PM, try learning the Pakatan way and you can be a great government too.

Calon AJK Kerja Pusat MIC buat laporan polis selepas diugut..!! Lagi satu kes kompenan UMNO@BN...MIC pulak sampai ancam bunuh...????

SHAH ALAM 8 Sept. — Seorang calon Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat MIC hari ini membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang berikutan panggilan telefon ancaman bunuh ke atasnya yang diterima oleh isterinya, P.Thanaletchumy.

Ketua Polis Daerah Klang, ACP Mohamad Mat Yusop mengesahkan laporan dibuat oleh calon itu, K.P. Samy pada pukul 3.30 petang.

Mohamad berkata, panggilan itu mengancam bunuh jika Samy yang akan bertanding pada pemilihan MIC 12 Sept. ini tidak menutup mulut.

Suspek belum dapat dikenal pasti kerana panggilan itu dibuat ke telefon rumahnya 03 33711913, katanya.

Samy dalam satu kenyataan di sini berkata, panggilan diterima selepas berita mengenai sidang akhbarnya semalam disiarkan di stesen televisyen Bernama News, NTV7, Awani, TV3 dan RTM.

Pada sidang akhbar itu, Samy mencadangkan satu perdebatan diadakan di antara Datuk Seri S.Samy Vellu dan bekas Timbalan Presiden parti itu Datuk S.Subramaniam bagi memberikan peluang kepada Subramaniam membuat penjelasan untuk membersihkan namanya. - Bernama

Fakta untuk Apakah beza UMNO dan Penyelewengan..?


1. Terdapat 900 aduan politik wang kepada lembaga disiplin.

KUALA LUMPUR 7 Nov. – Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail meminta pucuk pimpinan UMNO segera menyelamatkan parti itu daripada kehancuran berikutan berleluasanya politik wang pada pemilihan sekarang yang disifatkan paling serius dengan lebih 900 aduan telah diterima setakat ini.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1108&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_03.htm

2. Datuk Seri Ali Rustam bersalah

KUALA LUMPUR 17 Mac - Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ali Rustam dilarang bertanding atau dipilih ke jawatan Timbalan Presiden UMNO pada pemilihan parti akhir bulan ini.Beliau didapati melakukan kesalahan di bawah Perkara 10.1 tataetika ahli UMNO.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0317&pub=utusan_malaysia&sec=Terkini&pg=bt_11.htm&arc=hive

3. UMNO bakal tersungkur akibat rasuah – Tun Mahathir

Kuala Lumpur – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir yakin UMNO bakal tersungkur lagi pada pilihanraya ke-13. Beliau mengatakan demikian kerana rakyat akan melihat UMNO bakal dipimpin oleh orang-orang yang mengambil rasuah. Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO, Tengku Ahmad Rithaudeen pernah memberitahu bahawa telah menerima lebih daripada 900 aduan berkenaan pencalonan.

http://chedet.co.cc/chedetblog/2009/03/rasuah-umno-2.html

4. Khairy Jamaluddin Rasuah.

"Tetapi sebab yang sebenar saya tidak hadir ialah oleh kerana Pemuda UMNO secara langsung dan terbuka merestui politik rasuah." Tun Mahathir

http://chedet.co.cc/chedetblog/2009/03/kenapa-saya-tidak-hadir.html

5.Hutang Orang Pahang RM63 juta

KUANTAN 22 April - Kerajaan Pahang hari ini memfailkan permohonan bagi menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi di sini yang memerintahkan Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob membayar RM63 juta kepada sebuah syarikat berhubung kegagalan mematuhi kontrak konsesi balak.

Permohonan tersebut difailkan oleh Penasihat Undang-Undang Kerajaan Negeri, Datuk Mat Zara'ai Alias di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi kira-kira pukul 12.40 tengah hari.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0423&pub=utusan_malaysia&sec=Mahkamah&pg=ma_04.htm&arc=hive

6. UMNO tak reti bayar hutang barangan pilihanraya

Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Ahmad Faizadh Yahaya mengeluarkan perintah itu dengan kos setelah membenarkan permohonan Umno mengetepikan keputusan mahkamah terhadap parti itu pada 17 Julai lepas, mengarahkannya membayar RM218 juta bersama faedah dan kos kepada Elegant Advisory Sdn Bhd.-Malaysiakini

http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2009/9/3/nation/20090903134637&sec=nation

7.Laungan KJ Rasuah.

Pemilihan Agong UMNO PWTC 2008.

http://www.youtube.com/watch?v=hPOQYX9F7DE

8. Sejarah rundingan kemerdekaan

Yang ni ko kene bace buku sejarah la bro.

Aku ingat korang reti membaca.Skrg aku nak fakta korang pulak.Aku amik sumber berita UMNO ; Utusan.

Anak Posmen Chemor

Peserta demo kepala lembu didakwa...!!! Kita tunggu dan lihat..??


Mereka yang terlibat mengarakkan kepala lembu dan membuat ucapan dalam demonstrasi membantah pembinaan kuil di Seksyen 23 Shah Alam akan didakwa menghasut, kata peguam negara hari ini.

Tan Sri Abdul Gani Patail berkata mereka akan didakwa menurut Seksyen 4 Akta Hasutan atau Seksyen 298 Kanun Keseksaan.

Pemimpin-pemimpin yang menyampaikan ucapan bersama kumpulan kira-kira 50 penunjuk perasaan di depan bangunan Setiausaha Kerajaan Selangor di Shah Alam, 28 Ogos lalu, akan didakwa bawah Seksyen 27(5) Akta Polis atau berhimpun secara haram.

Dalam satu kenyataan lewat petang ini, Abdul Gani berkata beliau berpuas hati dengan siasatan polis berhubung insiden tersebut setelah meneliti laporan kertas siasatan polis yang diterimanya tengah hari tadi.

Sekumpulan penduduk Seksyen 23 Shah Alam dengan beberapa NGO Melayu mengarakkan kepala lembu ke bangunan tersebut sebagai membantah cadangan pemindahan kuil Hindu ke kawasan mereka dari Seksyen 19 Shah Alam.

Mereka yang membentuk jawatankuasa bertindak penduduk seksyen itu berarak dari masjid negeri, beberapa ratus meter dari bangunan tersebut, selepas solat Jumaat.

Mereka menyatakan bantahan kepada Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, exco kebajikan negeri Rodziah Ismail dan exco kesihatan Dr A Xavier Jayakumar.

Mereka juga mensasarkan kemarahan mereka kepada ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad.

Didahului dengan pembawa kepala lembu, yang masih belum kering darahnya, penunjuk perasaan berjalan sambil bertakbir dan melaungkan "kami bantah" menggunakan alat pembesar suara.

Mereka membawa sepanduk, antaranya bertulis "Take beer", "Islam untuk semua, kuil untuk Khalid dan Rodziah", "Kuil haram sekangkang kera, bila pindah sebesar Putrajaya" dan "Pindahkan kuil ke Seksyen 22".

Kira-kira 10 anggota polis hanya memerhati dan mengawal keadaan sekitar kawasan tersebut.

Selepas kepala haiwan itu diletakkan di depan pintu, timbalan pengerusi jawatankuasa bertindak membantah pembinaan kuil itu, Ibrahim Sabri tampil berucap ringkas, tetapi berapi-api.

"Ini amaran. Pindahkan kuil dari Sekysen 23, buatlah di Seksyen 22. Lembu ini kami hadiahkan kepada kerajaan negeri, kepada Khalid Ibrahim, Khalid Samad dan Rodziah. Ini hadiah kami."

Dalam sidang media selepas itu, pengerusi jawatankuasa itu, Mahyuddin Manaf berkata, mereka membantah tindakan kerajaan itu kerana 80 peratus penduduk kawasan itu beragama Islam.

"Mungkin ada yang salah tafsir bahawa kami biadab (berdemonstrasi), tetapi pemimpin yang mengajar supaya biadab kerana mereka membiarkan (tidak peduli) penduduk di Seksyen 23."

Jangan Hina Umno... Berdosa!!!

Apalah korang semua ni, hormatlah sikit dengan umno sebuah parti orang melayu yang “wahid”, tidak ada lagi parti selain umno yang memperjuangkan hak orang melayu.

Korang semua tak sedar ke? Selama ini hanya umno yang banyak berjasa memartabatkan nasib orang-orang melayu di bumi tanah melayu ini.

Apa yang korang semua dapat dengan menyokong Pakatan Rakyat, habis tanah-tanah melayu digadai ini semua kerja Pakatan Rakyat, sudah 52 tahun Pakatan Rakyat memerintah Negara ini apa yang Pakatan Rakyat dah buat?

Di Pahang, siapa yang bagi tanah bukit Genting tu kat Cina untuk di buat tempat judi, itu kerja DAP dengan PAS. Kilang arak terbesar di Selangor, itu kerja PKR dan PAS. Yang meluluskan lesen judi, pusat hiburan yang berleluasa hingga menjerumuskan kepada masalah sosial yang kronik, Kerajaan Pakatan Rakyat punya kerja. Yang menghina Nabi dan Agama Islam semuanya orang PAS yang buat.

Tanah rezab Melayu di seluruh negeri, siapa yang jual dan bolot kekayaannya selama ini, semua pemimpin Pakatan Rakyat punya kerja untuk kepentingan perut dan kroni mereka. Salah gunakan harta serta agensi Kerajaan Malaysia, semuanya kerja Pakatan Rakyat juga.

Isu kuil di Seksyen 23, Shah Alam dah lebih 26 tahun tuntutan pemindahannya berlarutan, apa yang kerajaan Pakatan Rakyat Selangor buat selama 26 tahun tu…? Yang mereka tahu merobek dan membuat harta, hinggakan MB Selangor sekarang ini buat rumah berharga 24juta dan menggunakan duit Kerajaan Negeri untuk melancong ke Disneyland dan baru-baru ini seorang Pemimpin Umno mendedahkan MB Selangor mempunyai Empat Mahligai, tiga di Malaysia dan satu di luar negara. Apa tindakan SPRM dan Polis terhadap beliau, jawapannya senyap jelah..!!!

Dan banyak lagi kebobrokkan, penyelewengan duit rakyat serta rasuah dikalangan pemimpin Pakatan Rakyat selama 52 tahun menjadi pemerintah tegar Kerajaan Malaysia ini yang memualkan. Dan sudah tiba masanya kita menolak Kerajaan Pakatan Rakyat dan talkin mereka pada PRU-13 nanti.

Kita beri peluang kepada Umno yang baru satu setengah tahun berjaya mentadbir negeri yang dimenangi pada PRU-12, dan apalah yang dapat di buat sangat dalam tempoh sebegitu jika di bandingkan dengan 52 tahun taik yang ditinggalkan oleh Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat yang terdahulu.

Sekarang ini hanya UMNO saja yang tinggal untuk membela nasib orang-orang melayu, dengan lima buah negeri yang ditadbir oleh Umno semenjak menang dalam PRU-12, ooppsss satu sudah di rampas oleh Pakatan Rakyat iaitu Perak.

Terkini umno dalam langkah berhati-hati kerana dalam bulan September ini berkemungkinan Selangor pula akan menjadi mangsa rampasan Pakatan Rakyat yang gila kuasa. Ini terbukti apabila propaganda ini sudah semakin panas berkeliaran dalam blog-blog pencacai Pakatan Rakyat. Khabarnya serangan akan di lakukan pada Hari Raya AidilFitri.

Marilah kita bersama memegang keris dan bersongkok, memekak menjerit terlolong memaki hamun semua pemimpin Pakatan Rakyat sambil mengusung kepala lembu dan yang sewaktu dengannya, bersama kita berjuang supaya semakin ramai lagi "melayu diperbodohkan oleh umno yang korup".


Isa: Neutralkan kepala otak anda apabila membaca entry tersebut…. muahhh…ha..ha..ha….

Apa Kecoh-Kecoh Nie Brother.. Akai Tak Dak Kaa..? Lagi bukti Video perbuatan pencacai UMNO@BN.


Aksi, Lisan & Rupa Bullies at Work

Scenes at the Dialogue with citizens of Section 23 in Shah Alam 5th September 2009.

SIKAP BIADAP UMNO JELAS TERPAPAR UNTUK SEMUA.

Umno Seksyen 23 Shah Alam buat kecoh dimajlis dialog bersama penduduk mengenai isu pemindahan kuil ke Seksyen 23.

Sabtu 5hb.Sept,09- Kehadiran Umno Taman Seksyen 23 ke majlis dialog pada hari ini adalah untuk satu tujuan yang jelas, iaitu untuk membuat kecoh. Mereka telah memulakan rancangan mereka sejak sebelum majlis tersebut bermula.

Pada lebih kurang pukul 10 pukul pagi tiba-tiba beberapa orang Umno membuat bising dipintu depan Dewan banquet MBSA. Mereka memarahi anggota penguatkuasa MBSA kerana kononnya menghalang seorang penduduk cina dan isterinya masuk. Orang –orang tesebut memaki hamun pengkuatkuasa MBSA. Saya terpaksa mencelah menredakan keadaan. Saya memberitahunya bahawa kita tidak mengahalang penghui rumah membawa anak isteri mereka dan kita hanya hendak pastikan bahawa semua yang hadir untuk sesi dialog ini adalah penduduk Seksyen 23 sahaja. Setelah tiada isu lagi yang boleh dikecohkan lagi, kumpulan itu pun masuk ke dewan .

Sekali lagi kumpulan tersebut menjerit dan memaki apabila Menteri Besar, YB Khalid Samad , YB Rodziah dan delegasi Datuk Bandar masuk kedalam dewan. Pihak pengutakuasa terpaksa mengawal keadaan. Kumpulan itu juga menyerang dan mengasari seorang pembantu wanita YB Khalid Samad apabila beliau tengah mengambil gambar. Wanita tersebut terpaksa dibawa ke bilik VIP untuk mengelakkan kumpulan itu dari terus mengejarnya.

Kesemua tindakan dan perbuatan biadap UMNO ini direkodkan sepenuhnya oleh lebih 20 wakil media akhbar , TV and penulis –penulis blog .

Majlis yang reda seketika semasa bacaan doa, mula kecoh lagi semasa pembentangan Datuk Bandar Shah Alam Mazalan Md Noor. Kumpulan pengacau tersebut tidak enggan mendengar penjelasan isu tersebut dan beberapa kali menjerit agar beliau hanya menyatakan samada pembinaan kuil akan diteruskan atau tidak.

Mereka ini merebut mikrofon walaupun sesi dialog belum bermula dan memaki hamun semua kepimpinan negeri yang berada didepan. Antara kata-kata yang telah dikeluarkan ialah “ MB Bodoh , “Khalid Samad sekongkol dengan kuil”,” Rodziah pelacur “, “Rodziah saya akan rogol you sekarang ! “ dan banyak kata –kata kesat lagi .

Ada juga beberapa yang telah mengangkat kasut dan kerusi untuk dibaling ke arah MB dan Ahli Parlimen dan ADUN. Penguatkuasa terpaksa membuat benteng dihadapan untuk menghalang kumpulan ini daripada menyerbu Khalid Samad dan MB . Beberapa kali timbul pergaduhahan yang terpaksa diredakan keadaannya.

Wakil penduduk Hindu yang ingin bercakap juga di jerit dan dikacau oleh mereka. Pada suatu ketika orang UMNO ini menyerbu kedepan untuk menumbuk wakil penduduk Hindu ini daripada bercakap . Penguatkuasa terpaksa meleraikan mereka.

Dialog ini berakhir dengan saranan Menteri Besar bahawa, beliau ingin semua penduduk yang terlibat agar jangan membincangkan isu ini lagi. MB memberitahu bahawa Kerajaan Negeri akan mendengar pandangan jawatankuasa kuil sebelum membuat keputusan. Sehingga itu semua pihak tidak harus membangkitkan isu ini dan membiarkan Kerajaan Negeri meneliti untuk membuat keputusan muktamad.

RUANG DEMOKRASI DISALAHGUNAKAN !

Sesi dialog yang berupa ‘town hall meeting’ bersama penduduk hari ini disalahgunakan demi kepentingan politik UMNO. Kerajaan Negeri telah sudi mengadakan mesyuarat seumpama ini tetapi ianya pula memberikan platform untuk UMNO bersikap biadap. Segala tindakan memaki dan perbuatan biadap UMNO Seksyen 23 akan diperhatikan oleh seluruh rakyat Malaysia dan seluruh dunia nanti.

PIHAK POLIS BERSEKONGKOL !

Sekali lagi, sejak protes dan perarakan kepala lembu tersebut, pihak polis gagal menjaga keselamatan rakyat. Kegagalan pertama ialah apabila penghasut dan penganjur protes kepala lembu masih gagal ditahan dan dikenakan tindakan undang-undang. Yang hadir pada sesi dialog hari ini juga adalah orang –orang yang sama . Oleh kerana mereka masih bebas, dan seolah-olah ‘di atas’ undang-undang, maka ianya mengakibatkan kejadian kecoh hari ini.

Polis bertanggungjawab untuk kekecohan dan pemakian dan hasutan yang berlaku dalam sesi dialog hari ini. Ini adalah kali yang kedua dan polis terus membenarkan penghasut berbuat demikian .

Bersekongkolan polis juga terbukti apabila pihak polis gagal hadir dalam sesi dialog ini .Pada mesyuarat persiapan pada hari Khamis yang lalu semua ahli Majlis dn Datuk Bandar telah meminta kehadiran pihak polis dalam sesi dialog ini demi mengawal keadaan. Tetapi malangnya seorang pun pihak polis beruniform tidak hadir. Saya diberitahu ada 2tau 3orang SB sahaja yang hadir untuk menyaksikan kekecohan ini.

MAJORITY BELUM BERSUARA.

Jumlah penduduk Seksyen 23 yang sebenarnya ialah 323 rumah . Daripada jumlah ini 48 adalah keluarga India dan 28 adalah rumah orang Cina. Selebihnya ialah orang Melayu. Hujah bahawa kuil tidak boleh dibina dikawasan majority Melayu tidak relevan. Ini adalah kerana dalam semua projek pembangunan PKNS, adalah disyaratkan bahawa lebih 60% pembeli nya haruslah orang Melayu . Maka secara pratiknya tidak akan wujud kawasan majority Melayu di kawasan Tengah Shah Alam, iaitu Seksyen 1-24. Adakah ini bermaksud kaum lain akan dianiyayai dan ditindas hak mereka untuk beribadat ?

Justeru itu, hujah majority Melayu tidak sepatutnya wujud. Pemindahan kuil ke Seksyen 23 bukan sahaja untuk 48 keluarga yang menduduki Seksyen 23 tetapi juga kepada 2000 lebih penduduk India di kawasan Seksyen 19, 20 , 21 dan 23 keseluruhannya.

Tetapi yang hadir pada sesi dialog pada hari ini ialah sekumpulan penduduk ahli UMNO dan pro BN seramai lebih kurang 40 orang. Mereka telah hadir bersama naik bas, dengan tujuan utama untuk menimbulkan kekecohan .

Malangnya suara majority orang Melayu Seksyen 23 belum kedengaran lagi. ‘Silent majority’ ini sebenarnya tidak membantah pembinaan kuil kerana ianya langsung tidak menjejaskan keharmonian dan kesejahteraan mereka. Isu perkauman hanya dipermainkan oleh segolongan yang beragenda politik.

CABARAN KEPADA KERAJAAN NEGERI PR

Kini cabaran besar yang terletak pada Kerajaan Negeri untuk membuat keputusan yang wajar. Adakah sesi dialog yang kecoh hari ini dengan bantahan dan laungan biadap beberapa penduduk memberikan suatu gambaran hasrat sebenar penduduk Seksyen 23?

Selain daripada kata-kata kesat dan memaki hamun kepimpinan negeri , adakah mereka ini mempertengahkan hujah –hujah rasional kenapa kuil Hindu tidak boleh dibina ditapak tersebut di Seksyen 23 ? Kalau tiada hujah rasional, apakah yang perlu dipertimbangkan ?

Jika Kerajaan Negeri ingin menawarkan suatu tapak alternative selain dari Seksyen 23, demi mengambil kira bantahan penduduk hari ini, pada pandangan saya ianya akan merupakan kekalahan politik bagi PR .

Jelas bantahan tersebut adalah agenda politik UMNO , maka jika kuil tidak dibina di Seksyen 23 sepertimana yang dicadangkan, maka ianya akan bererti bahawa Kerajaan PR walaupun berkuasa di Selangor telah mengalah kepada samseng UMNO . Adakah PR sedia menerima hakikat ini ?

PSM merasakan bahawa, rakyat dan ‘silent majority’ perlu bersuara. Hasrat rakyat pelbagai kaum untuk hidup harmoni harus diketengahkan . Sikap hasutan perkauman dan perangai biadap mereka harus dikecam sekeras-kerasnya. Rakyat Selangor telah bersuara secara jelas memilih Pakatan Rakyat untuk memerintah Selangor . Polisi dan tindakan UMNO Barisan Nasional yang memperjuangkan ketuanan Melayu dan mempermainkan perkauman telah pun ditolak oleh rakyat Selangor pada 8hb .Mac, 2008 yang lalu .

Justeru, rakyat perlu bangkit membantah dan melindungi hak demokrasi dan hak samarata semua rakyat. Tugas kuasa rakyat amat diperlukan pada ketika ini . Rakyat berbilang kaum harus digembeling untuk menyuarakan bantahan terhadap politik perkauman ini . Ini bukan sahaja isu diantara penduduk Melayu Muslim dan hak penduduk Hindu tetapi ia juga akan memberikan tamparan hebat kepada penganut Kristian , Buddist, Taosim dan Sikh. Hak beribadat adalah samarata dan harus dihormati. Jika hak penduduk Hindu Seksyen 23 dirampas, itu juga akan bermaksud, penganut agama Kristian , Buddist , Taoist , Sikh dan lain akan mengalami juga nasib yang sama.

Hapuskan perkauman, hapuskan politk keji UMNO Barisan Nasional, bangkitkan kuasa rakyat benteras politik perkauman.

Sivarajan

Ahli Majlis MBSA ,PSM .

Kepura-puraan 1Malaysia


Oleh: Zuraidah Kamarudin

Seperti yang dijangkakan, media arusperdana Malaysia akan mengungkapkan pemikiran dan laporan yang dangkal serta berat sebelah, penuh dengan diskriminasi terhadap Kerajaan Negeri Selangor mengenai dialog anjuran Kerajaan Negeri Selangor bersama penduduk Seksyen 23, Shah Alam mengenai isu cadangan perpindahan kuil dari Seksyen 19 ke Sekyen 23, Shah Alam (Opposition “tasting own medicine” oleh Alina Simon, M.Hamzah Jamaluddin dan TN Alagesh, NST 7/09/09, http://www.nst.com.my/Current_News/NST/articles/20090907073422/Article/index_html)

Bagi mereka yang berpemikiran waras, jelas bahawa gelagat dan keceluparan yang dipamerkan oleh segelintir penduduk bukan budaya dari Pakatan Rakyat yang baru memerintah belum sampai dua tahun.(sila lihat video: http://wanitakeadilan.wordpress.com/2009/09/06/2558/)

Pendidikan rakyat adalah tanggungjawab kerajaan yang meletakkan dasar dan pengoperasian serta amalan pemimpin yang dicontohkan kepada rakyat. Umno-BN telah gagal mendidik sebahagian Melayu sehingga menjadi Mat dan Minah pengacau dan pengganggu ketenteraman. Sepanjang pemerhatian rakyat, Pakatan Rakyat tidak pernah menganjur aksi memalukan yang sebegitu rupa. Ia melewati batas hak-asasi manusia untuk bersuara dengan aman. Seluruh dunia diperlihatkan betapa sebahagian Melayu telah bersikap kekontangan nilai, adab dan tamadun – serta membawa imej pembuat kacau, penyangak dan buli dalam satu sesi dialog yang bertujuan untuk memberi peluang setiap pihak mengemukakan pandangan dan cadangan secara beradab, sopan dan dalam keadaan tenteram.

Kenyataan PM, Najib Razak sesungguhnya telah meletakkan diri beliau setaraf dengan penyangak, pembuat kacau dan buli yang beraksi amat menjengkelkan yang menjadi contoh amat buruk bagi sekelian rakyat Malaysia, khususnya generasi muda dan anak-anak.

Apakah Najib Razak akan membiarkan segolongan rakyat yang ganas perlakuannya dibiarkan tanpa sedecit muhasabah terhadap perlakuan mereka yang jelas salah dan sama sekali memalukan?

Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim adalah merupakan individu paling bijaksana di akhir sesi dialog tersebut. Beliau telah sedayanya memberi peluang semua yang ingin menyuarakan pendapat dan mengatasi segala rintangan serta memberikan keputusan yang adil kepada semua pihak.

Bezanya Kerajaan Pakatan Rakyat dengan Umno-BN ialah mengundang isu di tangani secara komited dan tidak membiarkan masalah didiamkan dan berlarutan berdekad-dekad. Pakatan Rakyat akan sentiasa melakukan amanah mereka dengan bersungguh-sungguh tanpa menghiraukan sebarang intimidasi dari golongan penyangak yang menjahanamkan kebaikan di mana-mana saja dan memecah-belahkan hubungan sesama manusia. Keseluruhan masalah yang dikendalikan oleh Kerajaan Selangor Pakatan Rakyat adalah warisan dari Kerajaan Umno-BN dan agensi mereka yang telah melakukan berbagai kepincangan dalam pentadbiran dahulu, termasuk mengenai kuil Seksyen 19 yang telah menjadi isu.

1Malaysia Najib Razak merupakan kepura-puraan yang tidak dapat disangkal lagi dengan kenyataan beliau yang sempit itu.

Wanita KEADILAN menuntut Najib Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia untuk berpemikiran lebih sihat dan memberi pertimbangan yang lebih saksama terhadap semua isu yang disentuh pada setiap masa dan keadaan.

Zuraida Kamaruddin

Ketua Wanita KEADILAN

SPR Cuba Tipu 1Malaysia Di Bulan Puasa..!! Dasar SPR kompenan BN..??

Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar dilihat cuba memperbodohkan rakyat Malaysia apabila menolak tuduhan beberapa parti politik berhubung tuduhan wujudnya ugutan atau tekanan terhadap pengundi pos di kalangan anggota tentera dan polis sehingga menyebabkan undi mereka berpihak kepada satu pihak sahaja.

Beliau menyifatkan tuduhan tersebut sebagai tuduhan yang tidak berasas tanpa sebarang bukti-bukti sokongan.

"Saya tak nampak (kebenaran) jika mereka menuduh pengundi pos di kalangan anggota tentera dan polis (diugut) kerana mereka juga mengundi seperti pengundi biasa.

"Tak ada sesiapa yang menekan mereka... mereka mengundi macam orang biasa, undi mereka juga tetap rahsia, hanya mereka yang tahu siapa yang mereka pangkah (undi) dan prosesnya juga sama seperti pengundi biasa pada hari pengundian umum.

"Cuma mereka mengundi lebih awal, namun kertas undi yang mereka masukkan ke dalam karung undi pos hanya akan dibuka untuk dikira selepas tamatnya proses mengundi," katanya kepada mStar Online.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai dakwaan beberapa pemimpin parti politik yang meragui ketelusan undi pos terutama di kalangan anggota tentera dan polis.

Sebelum ini, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyatakan PAS tetap meragui undi pos dan menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membenarkan pengundi pos membuang undi seperti pengundi biasa dalam dalam pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang.

"Kami meragui undi pos kerana kami tahu undi pos seperti askar dan polis tidak diberikan kebebasan dalam mengundi.

"Inilah sebabnya kenapa undi pos sentiasa dianggap undi yang kotor," kata beliau ketika ditemui semasa pertemuan dengan pemimpin PAS Perak di sini.

Berikutan itu, beliau menggesa SPR membenarkan pengundi pos membuang undi seperti pengundi biasa dalam pilihan raya kecil itu yang akan diadakan berikutan kematian Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan itu dari Barisan Nasional (BN), Azman Mohd Noor.

Bagan Pinang mempunyai 4,925 pengundi yang mengundi melalui undi pos.

Wan Ahmad pula menyifatkan keraguan berkenaan timbul kerana pemimpin-pemimpin berkenaan mengeluarkan pandangan berdasarkan andaian mereka semata-mata.

Jelas beliau tuduhan dan andaian seperti ini sepatutnya tidak timbul kerana ia boleh mencetuskan perasaan curiga di kalangan rakyat terhadap proses pilihan raya di negara ini.

Kenyataan Wan Ahmad tersebut telah diselar oleh beberapa pemimpin Pakatan Rakyat kerana menurut mereka SPR hendaklah bukan sahaja menjalankan tugas dengan adil tetapi hendaklah dilihat telah melakukan keadilan dan sebarang keraguan yang timbul hendaklah diambilkira dan diperbetulkan, bukan dipertahankan.

Undi Pos telah sekian lama menjadi perkara yang meragukan rakyat apa tah lagi di dalam kes dimana berlakunya duplikasi.

Penggunaan askar wataniah sebagai taktik untuk menambahkan undi pos yang berpihak kepada UMNO/BN nanti akan lebih difahami apabila kita melakukan penelitian yang mendalam terhadap konspirasi tersebut.

Sebagai contoh, persoalan samada seorang askar Wataniah itu hanya dibenarkan mengundi sekali.

Gambar di bawah ialah screen shot (imbasan skrin komputer) daftar pemilih untuk Dewan Undangan Negeri N39 Kota Damansara, Selangor, bertarikh Jun 2005. Perhatikan bahawa kesemua 31 nama yang tersenarai mempunyai dua kad pengenalan – satu kad pengenalan awam dan satu kad pengenalan tentera (nombor berpangkal ‘T’ di hujung nama). Dalam kes ini semua penama berdaftar untuk mengundi di ‘Unit Peti Undi (UPU)’ Kem Sungai Buloh.



Diberi pemilih mempunyai dua kad pengenalan, persoalannya ialah, beranikah SPR menjamin bahawa pemilih hanya dibenarkan mengundi sekali sahaja dan tidak dibolehkan mengundi dua kali. Yakni, mengundi di UPU X dengan kad pengenalan tentera, dan sekali lagi di UPU Z dengan kad pengenalan awam, sedangkan SPR sendiri yang telribat mengatur dan merencanakan konspirasi itu?

Selain daripada itu, penipuan juga berlaku dengan menduplikasi beberapa nama pengundi pos dengan sedikit perubahan kepada nombor kad tenteranya seperti illustrasi di bawah ini.

Kita boleh mengesani penipuan pengundi-pengundi pos yang mana nama seorang pengundi terdapat lebih dari satu. Atau dengan kata mudah, nama dia ada kat tempat lain jugak dengan mengubah sedikit nombor tentera yang dipegang oleh seseorang pengundi. Sebagai contoh:

Sila semak secara ‘random’ nama2 dibawah ni di database SPR dan saksikan sendiri jawapan nya… http://daftarj.spr.gov.my/daftarj/

Match 1
T0705196, SHAMSUDDIN BIN JUSOH, 1956, 085 PEKAN
T705196, SAMSUDDIN B JUSOH , 1956, 118 SETIAWANGSA

Match 2
T0708111, JEROME LUCAS A/L LUCAS LOUIS, 1958, 085 PEKAN
T708111, JEROME LUCAS A/L LUCAS LOUIS, 1983, 107 SUBANG

Match 3
T0713078, SAIDI BIN ISMAIL, 1961, 033 BESUT
T713078, SAIDI BIN ISMAIL , 1961, 118 SETIAWANGSA

Match 4
T0713701, AMRAN BIN AWANG, 1966, 033 BESUT
T713701, AMRAN B AWANG, 1966, 196 STAMPIN

Match 5
T0713794, MOHAMAD SHAMMI BIN AHMAD, 1965, 033 BESUT
T713794, MOHAMAD SHAMMI BIN AHMAD, 1965, 085 PEKAN

Match 6
T0713844, JOHNNY HARPER@NORAZMAN BIN IBRAHIM, 1965, 159 PASIR GUDANG
T713844, JOHNNY HARPER @ NORAZMAN BIN IBRAHIM , 1965, 118 SETIAWANGSA

Match 7
T0713938, HIPPENI BIN HAMZAH, 1964, 033 BESUT
T713938, HIPPENI B HAMZAH, 1964, 196 STAMPIN

Match 8
T0714086, MOHAMAD NOR AHADI BIN HARUN, 1965, 033 BESUT
T714086, MOHAMAD NOR AHADI BIN HARUN, 1965, 085 PEKAN

Match 9
T0714250, ZAKARIA BIN ABU BAKAR, 1967, 033 BESUT
T714250, ZAKARIA B ABU BAKAR, 1967, 085 PEKAN

Match 10
T0714255, ZIHATOL IHAZAIR BIN SAYUTI, 1964, 033 BESUT
T714255, ZIATOL IHAZAIR BIN SAYUTI, 1964, 107 SUBANG

Itu baru 10, dan kedapatan beribu-ribu pengundi di dalam daftar pemilih bagi pengundi pos dengan yang berada di pusat penyemakan.

Justeru itu ada asasnya undi pos itu diragukan. Dan rakyat akan tetap mendesak agar undi pos itu diperbaiki jika tidak dihapuskan sama sekali.

Wan Ahmad adalah diantara mereka yang amat diragui peranannya selama ini di dalam SPR kerana beliau merupakan anggota yang agak lama berkhidmat dengan SPR. Kebanyakan keputusan-keputusan penting SPR adalah ditangannya sekalipun kedudukan beliau ialah sekadar nombor 2 di dalam hirarki SPR.