Ahad, 6 September 2009

Mahasiswa Ulangi Desakan Bubar DUN Perak

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita10/MPMN.gifMajlis Perwakilan Mahasiswa Nasional (MPMN) hari ini mengulangi desakannya supaya Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dibubarkan segera dan pilihanraya diadakan di negeri itu bagi membolehkan rakyat memilih kerajaan mereka.


Desakan ini adalah susulan daripada kekecohan yang berlaku di negeri Perak sejak krisis 12 Mac dan yang terbaru pada 2 September lalu apabila Speaker DUN Perak V. Sivakumar bersama 24 ADUN Pakatan Rakyat telah mengadakan Sidang DUN di Hotel Heritage selepas polis menghalang mereka masuk ke bangunan Sekretariat Kerajaan Negeri (SUK).

Timbalan Pengerusi MPMN, Hisyamuddin Che Ali berkata, hanya dengan mengembalikan kuasa kepada rakyat, demokrasi dan ketertinggian perlembagaan dapat dikembalikan di Perak dan Malaysia.

Ia untuk membolehkan pemilihan semula, agar pengundi negeri Perak mengundi memilih kerajaan mereka.

Majlis yang menghimpunkan MPP Pro Mahasiswa seluruh negara ini turut berpendapat, kemelut politik negeri Perak itu telah membawa kesan dan risiko terhadap undang-undang Perlembagaan yang amat serius.

“MPMN melihat krisis perlembagaan Perak telah menyebabkan sistem perundangan negara ini semakin hilang kehormatannya manakala doctrin separation of power (doktin pengasingan kuasa) sudah berkecamuk yang mana badan kehakiman boleh mencampuri urusan badan perundangan”, ujarnya merujuk kepada keputusan Mahkamah Persekutuan 16 April lalu yang membatalkan penggantungan dilakukan oleh Speaker V. Sivakumar terhadap Menteri Besar Perak, Zambry Abdul Kadir.

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita10/pic.php.jpgIa adalah satu perbuatan yang bercanggah dengan Perkara 72(1) Perlembagan Persekutuan dan keputusan mahkamah ini boleh menyebabkan persidangan Dewan Rakyat mahupun DUN boleh dicabar di mahkamah selepas ini. Sebab itulah menurut MPMN, baginda Sultan Perak perlu membubarkan DUN.

Sebelum ini dilaporkan bahawa sebanyak 97 peratus rakyat Perak mahukan DUN dibubarkan dan ia merupakan hasil kajian yang dilakukan oleh Penganalis Politik dan Pensyarah Kanan Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya, Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbullah terhadap penduduk di negeri itu yang bermula di Pasir Salak sehingga ke Kuala Gula.

“Bubarkan DUN adalah langkah paling bijaksana dan bertamadun kerana ia cara terbaik mengatasi kemelut politik di negeri itu serta memberi peluang mereka meraikan demokrasi selari dengan Artikel 21, Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat 1948 yang mengatakan bahawa rakyat harus menjadi teras kepada pembentukan sesebuah kerajaan”, tegasnya
(Gambar kanan - Hisyamuddin Che Ali.)

Katana lagi bahawa kerajaan Barisan Nasional Perak yang ada pada hari ini perlu malu untuk memerintah kerana walaupun ketiga-tiga ADUN Bebas menyokong Kerajaan Dr Zambry, tetapi undi popular masih tetap berpihak kepada Pakatan Rakyat iaitu kira-kira 442,660 undi manakala BN mendapat 399,565 undi, majoriti sebanyak 43,095 undi.

“Adakah kerajaan BN Perak tidak malu memerintah Perak dengan cara gestapo (haram) walaupun seramai 400 ribu lebih rakyat Perak telah menolak mereka dan dalam konteks pemikiran masyarakat intelektual, sepatutnya kerajaan Perak perlu malu alah dan bubarkan DUN untuk menguji penerimaan rakyat terhadap mereka ini”, ujarnya.

"Kita tentu masih ingat keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Mei lalu yang pernah mengisytiharkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar yang sah bagi negeri Perak dan ini mewujudkan persepsi bahawa menteri besar yang ada pada hari ini adalah haram walaupun disucikan oleh Mahkamah Rayuan”, katanya lagi merujuk kepada pengiktirafan Mahkamah terhadap Dr Zambry sebagai menteri besar Perak.

Hisyamuddin juga turut yakin pihak Pakatan Rakyat boleh menerima cadangan bubarkan DUN walaupun dari sudut majoriti dan perundangan, mereka masih boleh memegang tampuk pemerintahan Perak sekiranya tiada campurtangan tangan ghaib daripada mahkamah.

Mengulas mengenai sidang DUN rabu lalu sama ada sah dari segi Perlembagaan atau tidak, Hisyamuddin berkata bahawa ia sah.

“Apa yang saya belajar serta menurut Pakar Perlembagaan, Prof Dr Aziz Bari serta undang-undang tubuh Negeri Perak itu sendiri, sejak dari mula lagi bahawa Speaker yang sah adalah V Sivakumar dan sudah menjadi bidang kuasanya untuk memanggil sidang DUN dan menggantung keahlian ADUN itu sendiri”

“Jadi tindakan melantik A Ganesan hingga kini masih lagi tidak sah dan tidak jelas bahkan beliau jelas melanggar Perlembagaan Negeri yang melarang seseorang memegang dua jawatan dalam satu masa,” ujarnya merujuk kepada jawatan Ganesan yang masih jadi peguam sewaktu dilantik jadi Speaker Dewan secara haram pada 7 Mei lalu.

Justeru katanya MPMN berharap agar Sultan yang juga bekas Ketua Hakim Negara menggunakan peruntukkan undang-undang untuk perkenankan pembubaran DUN demi kebajikan rakyat Perak dan juga memulihkan integriti badan kehakiman itu sendiri.

“Bubar DUN sebenarnya dapat mengelakkan rakyat Perak daripada terus ditindas kerana percakaran politik PR dan BN ibarat gajah sama gajah bergaduh, pelanduk mati tersepit”

“Dan kepada BN Perak, mereka sepatutnya menyahut seruan Perdana Menteri yang baru untuk mendahulukan rakyat dan dalam isu ini, jelas rakyat telah diterkebelakangkan dan kepentingan politik lebih diutamakan”, ujarnya lagi dalam satu kenyataan rasminya.

Kepala Lembu: akhirnya selesai di MBSA..!! Lagi bukti Sikap Manusia Yang Beremosi Binatang...!!!

MBSA 2Majlis dialog harmoni anjuran Kerajaan Negeri Selangor di Dewan Banquet, MBSA yang bermula pagi tadi, akhirnya menemui persefahaman sementara, apabila Menteri Besarnya, Tan Sri Khalid Ibrahim memutuskan cadangan pemindahan kuil ke Seksyen 23, di sini ditangguhkan serta merta.

Khalid terpaksa berbuat demikian tengahari tadi, disebabkan desakan ekstrem serta perang mulut oleh segelintir yang hadirin yang menyertai dailog tersebut.

“Saya terpaksa menangguhkan cadangan itu (memindahkan kuil) disebabkan kebanyakkan pemilik-pemilik rumah di situ tidak bersetuju.”

“Saya menerima pandangan rakyat di Seksyen 23 dan kerajaan negeri akan terus mencari penyelesaian di Seksyen 19 (lokasi asal kuil) yang juga terdiri oleh penduduk Melayu (dan) Islam majoriti.”

Tegasnya, PKNS diarahkan mencari suatu tapak yang lebih sesuai untuk dijadikan tapak kuil yang baru, demi memindahkan kuil lama dari Seksyen 19 kelak.

Jelasnya lagi, PKNS sewaktu Umno BN memerintah seharusnya menjelaskan kepada bakal penduduk (khususnya Melayu/Islam) Seksyen 19 tentang wujudnya kuil itu terlebih dahulu, sebelum mendirikan perumahan.

Pembinaan kuil di Seksyen 19 oleh kerajaan Barisan Nasional dahulu disifatkannya tidak sesuai, kerana berdekatan dengan Surau umat Islam.

Ekoran itu, kerajaan Pakatan Rakyat cuba memindahkannya ke Seksyen 23, yang kedudukkannya lebih jauh dari kawasan Surau serta perumahan penduduk Melayu.

Tambahnya lagi, pembinaan kuil itu juga sekadar memenuhi hak keadilan penduduk minoriti beragama Hindu, di sini.

Khalid IbrahimAhli Parlimen Shah Alam Khalid Samad yang turut mewakili Kerajaan menegaskan bahawa isu kuil di Seksyen 23 hanya suatu cadangan daipada PKNS sendiri, bukannya kerajaan negeri.

Beliau yang terus dipertikai ketika menjelaskan prosedur cadangan pemindahan kuil itu, menegaskan bahawa cadangan tapak pembinaan kuil yang baru itu jauh lebih sesuai kerana bukan sahaja jauh dari kawasan perumahan setempat, malah menyelesaikan masalah rakyat di Seksyen 19 yang terdiri oleh penganut agama Islam dan Hindu.

Katanya lagi, “sekiranya kuil tidak boleh dibina di kawasan majoriti Melayu, bermakna tidak ada mana-mana tapak boleh dibina kuil…semuanya (penduduk) majoriti Melayu. Islam tidak mengajar penganutnya menafikan hak penganut lain.”

Beliau juga menasihatkan segelintir individu yang hadir agar berhenti mencemuh inisiatif kerajaan negeri serta penduduk bukan Islam.

“Kuil ini untuk penganut Hindu. Apa salahnya, kita menghormati keagamaan mereka. Allah (dan) Rasul tidak pernah mengajar umat Islam mencemuh (agama lain), apatah lagi menafikan hak penganut agama lain (dalam) mengamalkan kepercayaan mereka.”

Beliau meminta hadirin menghayati potongan ayat al-Quran (108) dari Surah an-An’am.

Firman Allah bermaksud, “Dan janganlah kamu memaki hamun sembahan yang mereka sembah selain Allah, kerana mereka nanti akan memaki Allah dengan melampau batas tanpa dasar pengetahuan. Demikianlah kami jadikan setiap ummat menganggap baik pekerjaan mereka. Kemudia, kepada Tuhan tempat kembali mereka, lalu Dia akan memberitahu kepada mereka apa yang telah mereka kerjakan.”

Sebelum pada itu, perang mulut berlaku antara segelintir yang hadir dengan pegawai-pegawai MBSA yang cuba menenangkan mereka.

Kelihatan segelintir itu mencemuh pemimpin kerajaan negeri; yang didakwa mereka tidak mendengar keluh-kesah penduduk tempatan.

“Jantan dua-dua ekor ini (Tan Sri Khalid Samad dan Khalid Ibrahim) telah menyebabkan orang-orang Melayu dan masyarakat India sudah jadi tidak harmoni. Tapi, disebabkan dua bodoh macam kau, kami (penduduk) raca tidak selesa.” Jamil Mohd Isa.

Beliau yang juga mengakui bukan ahli Umno di sini, menegaskan bahawa cadangan memindahkan kuil dari Seksyen 19 ke Seksyen 23, sebagai menambahkan masalah penduduk tempatan, bukannya menyelesaikan masalah orang-orang Melayu.

Turut menyertai aksi ekstrem itu, adalah Pengerusi Penaja Umno Cawangan Seksyen 23 sendiri, Hj. Azmir Md Zain.

“Woi, kaulah pengkhianat…pengkhianat agama lah pukimak!” cemuhnya.

Hj Azmir

Cemuhan itu disorak oleh beberapa individu lain yang dipercayaai dari kenalan rapat Hj. Azmir.

“Aku tak nak dengar kau cakap. Duduk! Duduk YB bodoh! Duduk.” cemuhnya.

“Hoi Khalid (Samad), kau duduk. Kau belum kenal aku siapa? Selepas ini, kau jangan turun Seksyen 23, kalau tidak, kau mati. Ini kawasan majoriti Melayu!”

“Bodoh punya wakil rakyat. Bodoh punya MB. Khalid (Ibrahim), kenapa kau cakap terketar-ketar. Kau gagap. Orang gagap tak boleh jadi MB (Menteri Besar)!”

K RajaPeserta, K. Raja yang ditemui selepas selesai dialog berkata, “Persatuan Penduduk itu bukan mewakili semua pihak. Persatuan tidak pernah panggil kita (penganut Hindu) berbincang. Bagaimana (mereka) boleh kata itu mewakili (penduduk) Seksyen 23.”

Ditanya mengapa tidak turut serta dalam dialog itu, beliau berkata, “Dia orang emosional, tidak ada toleransi dan hormat Menteri Besar, Khalid (Samad) dan YB yang lain. Macam mana kita nak berdailog? Ekstrem lah, saya pun tidak pernah jumpa (tindakan) seperti ini.”

Ujarnya lagi, dalam dialog, sepatutnya perlu ada sikap memberi pandangan, dan mendengar pandangan. Bukannya, mengeluarkan kata-kata kesat kepada kerajaan negeri.

Beliau juga mencadangkan kuil di Seksyen 19 yang sudah 26 tahun tidak diselesaikan oleh kerajaan Barisan Nasional, diselesaikan oleh Khalid Ibrahim demi membuktikan kepemimpinan Pakatan rakyat mengamalkan keadilan untuk rakyat tanpa mengira status, kaum dan kepercayaan.

Rozaini Pegawai Khas kepada Adun Batu 23 Rodziah Ismail, Rozaini Mohd Rosli mendakwa dirinya cuba dikasari dan dicabuli oleh segelintir yang dihadir di luar MBSA, sebelum dailog tersebut berlangsung.

“Mereka cuba merampas video cam akak. Mereka kerumuni (mengepong) akak. Mereka takut akak rakam tindakan-tindakan tidak bertamadun mereka. Akak jadi takut, takut diapa-apakan mereka itu,” jelasnya lagi.

SorayaSeorang saksi harakahdaily 30 Ogos lalu, Suraya Samad (gambar) yang ditemui kemudian melahirkan rasa takut kerana dirinya didakwa ‘talam dua muka’.

Beliau menegaskan sekali lagi, kenyataannya sebelum ini bukanlah bertujuan memecah-belah masyarakat, tetapi pandangan peribadinya sahaja.

Beliau mendakwa beberapa kenyataan sebelum ini telah disalah anggap dan membuat beberapa penafian terbabit.

Turut menyertai dailog tersebut, Ahli Parlimen Kota Raja Dr. Mariah Mahmood selaku pemerhati.

MariahBeliau kelihatan menjelaskan keindahan ajaran Islam yang sebenar, bukannya seperti aksi provokasi sedemikian sebelum pada itu.

Beliau juga berharap penganut minoriti Hindu bersabar dan memberi peluang kepada kerajaan negeri untuk mencari suatu tapak yang lebih sesuai untuk dibina kuil..

Bertempat di Kediaman Rasmi Menteri Besar, Khalid Ibrahim meminta semua pihak tidak memanjangkan isu tersebut.

Demi kepentingan rakyat tidak kira penganut agama Islam atau Hindu dan sebagainya, beliau menjelaskan bahawa segala kritikan dan cemuhan pagi tadi perlu dilihat secara terbuka; sebenarnya membantu kerajaan negeri untuk terus memperkukuhkan Pakatan Rakyat kelak.

Harakahdaily turut menemui beberapa peserta yang lantang mencemuh kepemimpinan negeri untuk mendapatkan inti bantahan mereka, tetapi kebanyakkannya meminta wartawan bertemu sendiri dengan ketua mereka, Azmir.

Dalam kalangan mereka yang ekstrem juga mengugut wartawan supaya tidak membesar-besarkan isu perarakan kepala lembu yang segar berdarah dari Masjid Negeri ke Bangunan SUK yang menempatkan Pejabat Menteri Besar; 28 Ogos lalu.

Bersandarkan beberapa klip youtube sebelum ini, didapati beberapa pemimpin Umno mendalangi aksi ekstrem tersebut.

Bagaimanapun, hadirin yang menyertai dialog hari ini kebanyakkannya mendakwa mereka bukan ahli Umno, tetapi penduduk tempatan Seksyen 23.

Dari insiden ‘kepala lembu berdarah’ sehinggalah perang mulut yang berlaku hari ini merupakan suatu lagi cabaran rakyat Melaysia yang terdiri oleh pelbagai bangsa, agama dan taraf sosial; selepas negara mengecapi kemerdekaan kali ke-52 tahun. -END

MBSA 1

p/s: klip ini mungkin akan diband. Klik di sini.


Voters drawing the line — M. Bakri Musa

SEPT 6 — In the heyday of Umno the joke was that the party could field a dog as an election candidate and it would still win. The party leaders must still harbour that delusion for in the recent Permatang Pasir state by-election they fielded a disbarred lawyer. This time however, voters wisely drew the line at the dog.

The surprise was not that Rohaizat Othman successfully hoodwinked Umno leaders to secure the nomination rather how easily those senior leaders were taken in by this shyster. Now that their candidate has been thrashed, those Umno leaders were belatedly bemoaning the fact that their chosen man had been less than truthful to them. That is the quality of Umno top leadership, folks!

Even after the sordid details of the man’s sleazy professional past and chequered personal life had surfaced, Umno leaders still vigorously defended their choice. They had the nerve to suggest that those critics were trying to smear the Umno candidate. Those Umno leaders obviously did not realise that their man was already soiled.

Reflection on Muhyiddin

Consider Umno Deputy President Tan Sri Muhyiddin Yassin’s comments. He went to great lengths defending the integrity of his party’s standard bearer. He likened the Bar Council’s sanctions as nothing more than a traffic violation! I recognise that traffic in Malaysia is terrible, but really!

I wonder what it would take to be branded a crook and thus be disqualified by Muhyiddin’s reckoning. I am making a huge assumption here, that is, the man has some standards.

A commentator in the mainstream media reported that Muhyiddin was apparently livid on hearing the details of Rohaizat. Only his severe poker face belied his anger, so she claimed. If Muhyiddin was truly angry he sure did not reveal it in his actions; he was ‘gung ho’ right to the end. That commentary revealed more about the writer — ‘sucking up’ to Muhyiddin so early on. She should try a better excuse next time.

It is a recent tradition with Umno that its deputy leader be in charge of by-elections. This Permatang Pasir election was the first to be under the direct leadership of Muhyiddin. Hence his comments and actions bear scrutiny.

Muhyyuddin’s decision to continue with Rohaizat’s candidacy despite all the revealed blemishes says volumes on the judgment as well as ethical standards of Muhyiddin. Not to scare readers, this character is also Deputy Prime Minister, and going by our recent history, he could very well be Prime Minister one day.

If a two-bit disbarred country lawyer could easily dupe Muhyiddin, imagine him as Prime Minister negotiating with his counterpart across the causeway on selling our precious fresh water, or his participating in crucial international treaty conferences! That is a scary thought.

The brief Permatang Pasir election campaign revealed more than we ever wished to know about this crooked lawyer and his equally slimy personal life. While Rohaizat was disbarred by the Bar Council, he could still practice in the Shariah court. This is the same court that recently sentenced a young mother to be whipped for drinking beer. That should tell us something of the ‘Islamic’ (at least the Malaysian variety) standard of ethics.

To me, the Permatang Pasir campaign revealed more about Umno, specifically its culture and top leaders. What has been revealed should scare all Malaysians who are concerned with our nation’s future.

Muhyiddin’s ethical blind spot was disturbing enough. More reprehensible was his performance during the campaign. He fell into the predictable pattern of past ambitious Umno leaders-in-waiting. There he was, freely and irresponsibly playing up the race card, eerily reminding me of Najib’s and Hishammuddin’s brandishing of their kerises. Aspiring Umno leaders like Muhyiddin have this primitive urge to display their chauvinistic manhood during tough election campaigns. That is their culture.

Unfortunately, as the party still garnered over a third of the votes (presumably Malay votes), Umno leaders will continue with their bigotry.

Now they are blaming non-Malay (specifically Chinese) voters for abandoning Barisan.

Umno of The Future

To be sure there were a few — very few, in fact only two — Umno leaders who spoke out against Rohaizat, and did so early. Mahathir wondered out loud whether a liar could be a people’s representative. Tengku Razaleigh was much more forceful, “… Umno is projecting the image that it lives by a different moral code from the rest of Malaysia.”

“Either that, or this is the best we can do,” he continued. Indeed!

Alas, both Mahathir and the Tengku represent Umno’s past. To gauge Umno’s future, look at the leaders of its Youth and Puteri wings. They not only endorsed Rohaizat but aggressively campaigned for him. I would like to ask Umno Youth leader Khairy Jamaluddin specifically whether he feels that a disbarred lawyer and a man who lied about his wife is a worthy representative of Umno.

The situation with Umno Puteri is even more interesting. I wonder how those pretty young girls in their distinctive pink baju kurong feel about campaigning for a man who took a second wife secretly, and then lied about it publicly. The Puteris’ stand-by-your-man stance may be praiseworthy in other circumstances but not when your man is a cheat and a crook. Instead of campaigning for him, Puteri members should be contacting the second wife to see whether her man had been providing for her.

The Permatang Pasir by-election could have been a splendid opportunity for Umno to shine if only their leaders had been smarter and pursued a radically different tack. Imagine if upon knowing the sordid details of Rohaizat, Umno leaders publicly admitted their mistake and demanded their candidate withdraw on pain of being expelled from the party.

Yes that would give PAS a walk-over, but that would not have changed the end results. Besides, Umno had done this a few months earlier in the Penanti by-election. Think however, the message the party and its senior leaders would have sent to their members and Malaysians generally, and the impact that would have on all. Umno would have won a great moral victory. As it is, Umno lost the election as well as the moral high ground. The party had set a new low on what is acceptable.

Judging from the post-election comments by Umno leaders, from Datuk Seri Najib Razak and Muhyiddin on down, Umno has yet to learn this pertinent lesson from this latest debacle. The party still harbours the delusion that even its flawed candidates could still win.

The next time around expect Umno to reach even lower to a new bottom in their search for talent. I must admit it would be difficult to find someone more unworthy than a disbarred lawyer. Trust me however, Umno will find one. — bakrimusa.com

Sultan Selangor Restui Tindakan Hassan Ali


Exco Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, Datuk Dr Hassan Ali sedia menerima teguran daripada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah terhadap tindakannya dalam mengukuhkan struktur pentadbiran Islam di negeri ini.

Beliau yang mengadap Baginda di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam petang semalam, memberi penjelasan terhadap semua tindakan yang dilakukan, termasuk menguatkuasakan undang-undang syariah sedia ada.

Dr Hassan yang ditemui Tvselangor, petang tadi memberitahu, baginda sultan memahami semua tindakan yang dilakukan dan ia merupakan perjumpaan rasmi untuk melaporkan perkembangan yang berlaku di negeri Selangor.

Beliau berkata, penjelasan tersebut meliputi larangan penjualan arak kepada masyarakat Islam dan penguatkuasaan yang harus dilakukan oleh pegawai masjid dan surau di seluruh negeri Selangor.

“ Soal arak tentang penguatkuasaan itu di mana pegawai masjid, ini ditimbulkan dan untuk saya melaporkan perkara sebenar yang berlaku dan apa yang sedang dilakukan.

“Alhamdulilah baginda sangat faham apa yang berlaku dan sebab itu saya rasa hal ini bukan menjadi persoalan dan tidak menjadi masalah, cuma kita perlu mengupgrade dan meningkatkan mutu darjah pembangunan agama negeri Selangor,” katanya.

Beliau bagaimanapun menafikan laporan akhbar bahawa beliau dipanggil mengadap kerana tindakannya yang dianggap membelakangkan Sultan dalam hal ehwal islam di negeri ini.

“Apa yang dilaporkan oleh akhbar bukan itu kedudukannya, saya yang meminta ehsan tuanku untuk mengadap baginda, dan baginda menetapkan semalam sebagai tarikh untuk saya mengadap, sebagai exco kerajaan negeri Selangor berbagai-bagai perkara yang di laporkan sebagai rutin melaporkan kepada sultan tentang kemajuan dan masalah dihadapi untuk melonjakan Islam di negeri Selangor ini,” katanya.

Dr Hassan ditemui pada majlis Berbuka Puasa Bersama Sultan Selangor di Masjid Al-Munawarah, Shah Alam, petang tadi.

Katanya, banyak perkara tentang perkembangan agama Islam dimaklumkan kepada Baginda, meliputi pendidikan, dakwah, masjid, surau, zakat dan pentadbiran mahkamah syariah di Selangor.

Beliau turut melaporkan tentang lawatannya ke Timur Tengah untuk bertemu pelajar bagi meningkatkan kemajuan pelajar anjuran Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) di sana.

“Kami melawat Syria, Mesir dan Jordan bertemu para pelajar, ini juga perlu diberitahu kepada tuanku, tentang keperluan-keperluan kepada pelajar, langkah yang perlu diambil bagi meningkatkan kemajuan kepada pelajar, dari segi akedemik, kehidupan, sahsiah peribadi dan sebagainya kerana sebahagian besar dari pelajar tersebut menerima bantuan terus daripada Lembaga Zakat Selangor,” katanya.

ISU PENGURUSAN ATAU ISU AGAMA, BANGSA & PARTI?


By: NORBISHA

Saya percaya semua orang tahu apakah yang telah berlaku sewaktu Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim bertemu dengan penduduk-penduduk seksyen 23 berbincang mengenai isu pemindahan kuil ke situ. Tak perlulah saya mengulasnya lagi di sini. Bacalah pelbagai website dan blog untuk mengetahuinya. Saya sendiri berpendapat apa yang berlaku itu tidak wajar dan tidak seharusnya berlaku. Banyak cara lagi untuk mengeluarkan bantahan tanpa perlu melakukan tindakan atau menggunakan perkataan yang tidak sesuai.

Bagaimanapun, itu bukan topik tulisan saya kali ini. Apa yang saya ingin bangkitkan ialah saya dapati ada pihak yang ingin mengaitkan permulaan protes ini sehinggalah ia meletup dalam Dewan MBSA Sabtu lalu sebagai insiden perkauman, keagamaan ataupun politik kepartian.

Saya ingin berbeza pendapat dalam soal ini.

Bagi saya isu ini harus dilihat sebagai isu pengurusan. Ada sebuah kuil yang berusia 150 tahun ingin dipindahkan ke satu kawasan (seksyen 23). Sebahagian penduduk kawasan itu memprotes. Saya faham pengurusan protes bukanlah sesuatu yang mudah. Walau apa sekalipun penyelesaiannya, percayalah tidak akan wujud satu keadaan di mana semua orang berpuas hati.

Biar saya katakan bahawa tugas kerajaan ialah mengimbangi antara kehendak individu (atau kumpulan) dan keperluan komuniti (private vs public interest). Tugas ini bukanlah sesuatu yang mudah. Kerajaan di seluruh dunia dijatuhkan atau dinaikkan kerana faktor ini. Apabila sesebuah kerajaan dilihat gagal menjaga kepentingan awam (public interest), maka rakyat akan menukarnya. Mungkin kerana bimbang dipersalahkan, maka jalan mudah ialah menyalahkan faktor-faktor luaran (external factors).

Apabila berlaku pertembungan antara kehendak individu (atau kumpulan) dan komuniti secara keseluruhannya, kerajaan mestilah membuat satu keputusan. Bukan saja dalam soal kuil, rakyat memprotes apa saja yang pada pandangan mereka tidak wajar. Ini termasuklah perobohan setinggan, pembangunan kawasan perumahan baru, pengambilan tanah, pembinaan pasar raya dan sebagainya. Rakyat juga memprotes kenaikan tol atau bayaran utiliti yang lain. Ia adalah satu proses biasa.

Menteri Besar dan Ketua Menteri (bukan saja di Selangor malah di negeri-negeri lain) juga sering dimaki-hamun apabila rakyat berpendapat mereka tidak mendapat keadilan sewajarnya. Bezanya, perkataan itu diucapkan di depan Khalid yang bersemuka dengan mereka. Pemimpin lain dimaki-hamun dalam internet, di kedai-kedai kopi, atau dalam perbualan di majlis-majlis tertentu. Saya juga biasa mendengar ada orang menggunakan "four letter words" kepada Menteri Besar tertentu.

Sekali lagi saya tegaskan bahawa saya tidak setuju dengan perbuatan sedemikian, namun itulah yang berlaku dalam masyarakat kita yang kononnya sudah matang berpolitik.

Apabila ada pihak-pihak mengaitkannya dengan agama, bangsa atau parti politik maka keadaan menjadi bercelaru. Terlalu ramai "tukang pusing" (spinner) dalam masyarakat kita. Klik di sini untuk membaca "How to Spin Bad News". Ada orang berkata ini adalah perbuatan penyokong UMNO. Biar saya tanya kembali, adakah anda ingin mengatakan bahawa tidak ada penyokong PAS yang terlibat dalam bantahan ini? Begitu juga saya tidak dapat menerima kalau ada orang yang mengatakan ia merupakan pertentangan antara agama dan bangsa.

Bukan semua isu harus dilihat dari persepektif parti politik. Isu ini sebagai contoh boleh dilihat sebagai isu pengurusan. Apabila penduduk seksyen 23 memprotes kepada Khalid, ia harus dilihat sebagai protes kepada Menteri Besar Selangor, bukannya protes kepada parti politik yang diwakilinya atau peribadi Khalid. Mereka membantah Khalid Samad bukan atas batang tubuh atau parti politiknya, tetapi atas sifatnya sebagai Ahli Parlimen Shah Alam. Susah sangatkah hendaklah melihat isu ini dari perspektif itu?

Sepanjang yang saya tahu sehingga kini tidak ada sebarang garis panduan mengenai pembinaan rumah ibadat ini dan saya telah menulisnya dalam blog saya sebelum ini. Klik di sini untuk membacanya. Ini ialah satu lagi kelemahan pengurusan yang harus dibetulkan.

Kelemahan pengurusan itulah yang menyebabkan penduduk seksyen 23 mempertikaikan keputusan yang dibuat oleh kerajaan negeri. Sebab itulah saya mengatakan bahawa kerajaan pusat, kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan harus bersetuju dengan peraturan dasar (ground rules) agar apabila hal-hal sebegini berlaku, semua pihak ada tempat merujuk. Usah berjiwa kecil dengan menuding jari kepada satu sama lain.

Ya, kelemahan ini berlaku sejak Barisan Nasional mentadbir Selangor sehingga sekarang tatkala ia berada di bawah Pakatan Rakyat. Maka, betulkanlah!

Malangnya, kita tidak mahu mengakui kelemahan pengurusan. Sebaliknya kita mengambil jalan mudah menyalahkan agama, bangsa dan parti apabila timbul masalah ini. Begitulah cara kita berpolitik. Agaknya kita cukup seronok melihat rakyat negara ini berbalah sesama sendiri!

KETUA MENTERI DAN WAKIL PAS PULAU PINANG BERBUKA PUASA BERSAMA MASYARAKAT





USM (Ustaz Saleh Man) dan juga Exco kerajaan negeri menyaksikan majlis penyampaian banyuan kepada rakyat dan juga ahli kelab penyokong PAS yang kurang berkemampuan.

TASEK GELUGOR-6 september 2009-Majlis berbuka puasa dan menyampaikan bantuan kepada fakir turut dihadiri Ketua Menteri Pulau Pinang YB Lim Guan Eng dan juga calon PAS Permatang Pasir YB Ustaz Saleh Man(USM).Majlis yang di adakan petang tadi itu di adakan di pusat pengajian ustaz Sobri Arshad di Padang Menora.


Dalam Ucapan ringkas, USM menjelaskan bahawa pada pilihanraya lepas peningkatan undi dari calon kaum Tionghua meningkat sebanyak 5% manakala pengundi Melayu jatuh sedikit sebanyak 2% .Ini adalah kerana ianya di lakukan pada hari bekerja dan ramai yang tidak dapat pulang untuk mengundi.Namun dalam masa yang sama pencapaian ini boleh dibanggakan kerana walau pun dibuat pada hari bekerja semua gerak kerja dapat berjalan dengan lancar.


Sementara itu dalam ucapan Ketua Menteri Pulau Pinang YB Lim Guan Eng pula , beliau menjelaskan bahawa masyarakat jangan terpengaruh dengan apa yang dikatakan sebagai ketidakharmonian dalam masyarakat disebabkan beberapa insiden kecil yang sebenarnya dapat di selesaikan dengan baik.

Beliau juga menjelaskan bahawa kerajaan negeri Bn sebelum di ambil alih oleh kerajaan Pakatan Rakyat telah membuat pembahruan terutamanya bantuan kepada sekolah agama rakyat di mana sebelumnya Bn telah memberikan 12.5 juta sebelum itu kepada bahagian hal ehwal agama, namun selepas Pakatan Rakyat mengambil alih Pakatan Rakyat telah menambah hampir sekali ganda iaitu sebanyak RM20.5 juta kepada bahagian hal ehwal islam .Ini semua, menurut ketua Menteri lagi , tidak dihebahkan oleh kerajaan Bn keran mereka tahu akan kelemahan mereka selama ini.



Dalam majlis berbuka Ketua Menteri duduk bersama wakil rakyat yang lain dan bersama dengan rakyat berbuka puasa bersama.

KHABAR ANGIN YB JASMIN AKAN MELEPASKAN JAWATAN DAN JUGA TINDAKAN MEGGANTUNG UMNO BAHAGIAN PERMATANG PAUH


Dalam satu temuramah bersama beberapa siaran Tv berhubung dengan isu yang sedang melanda Umno negeri dan adanya khabar angin bahawa 2 wakil Umno akan melepaskan jawatan iaitu ada khabar angin YB Jasmin dan juga Dato Hilmi Yahya di balik Pulau akan melaepaskan jawatan , ketua Menteri menjelaskan bahawa itu adalah masalah dalaman Umno dan sekiranya mereka merasakan bahawa mereka gagal untumk meberikan khidmat terbaik kepada rakyat dan mengambil keputusan untuk melepaskan jawatan, maka beliau berhak berbuat demikian.


Khabar angin bertiup kencang menyatakan bahawa Hilmi Yahya dan juga YB Jasmin ADUN Sungai Dua akan meletak jawatan. Sekiranya ini berlaku, pilihanraya kecil kemungkinan akan berlaku.Jasmi menewaskan Saleh Man dalam pilihanraya umum lalu dengan kelebihan 500 undi.Hilmi adalah bekas TKM1 Pualau Pinang dan pernah menjadi menteri Di Jabatan Perdana Menteri.

Sementara itu ada juga khabar-khabar angin menyatakan bahawa Umno bahagian Permatang pauh akan digantung 15 september ini sebagai satu usaha bagi merombak semula bahagian tersebut yang dilihat tidak bersatu di bawah Dato Jalil.Ini berikutan berlakunya kelemahan di mana calon yang dipilih tidak mempunyai kualiti dan punca kepada kekalahan Umno di Permatang Pauh.Ianya menyaksikan bahawa Umno perlu di rombak di semua bahagian dan bukan sahaja di Permatang Pauh, malah kesemua bahagian atau akan tewas dalam pilihanraya umum akan datang.

DUN Bagan Pinang: Kamilia mahu calon wanita diberi peluang ..!!! Kalau tak dapat WANITA UMNO@BN boikot PRK DUN BAGAN PINANG..??? Apa macam boleh..!!!

KEMAMAN: Pergerakan Wanita Umno meminta pemimpin tertinggi Barisan Nasional (BN) menimbang untuk meletakkan calon wanita pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, Negeri Sembilan.

Naib Ketuanya Datuk Kamelia Ibrahim berkata calon wanita perlu diberi peluang selepas kesemua pilihan raya kecil yang diadakan sejak pilihan raya umum lepas menampilkan calon lelaki.

"Perlu difikirkan calon wanita, kalau boleh kita naklah mengemukakan calon wanita kerana tujuh pilihan raya kecil (yang ditandingi BN) sebelum ini semuanya calon lelaki," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Nur Hidayah di sini hari ini.

Turut hadir ialah Menteri Belia dan Sukan yang juga Anggota Parlimen Kemaman, Datuk Ahmad Shabery Cheek.

Kamelia berkata pemilihan calon daripada kalangan wanita juga selari dengan perjuangan Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dalam menempatkan 30 peratus golongan wanita sebagai pembuat keputusan.

Malah, katanya terdapat ramai pemimpin wanita di peringkat negeri dan bahagian di Negeri Sembilan yang berwibawa dan layak bertanding bagi kerusi itu.

"Kalau diberi peluang, saya pasti kita boleh cari calon wanita yang berwibawa, pasti ada," katanya.

Mengenai persiapan jentera pergerakan itu, Kamelia berkata Wanita Umno akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat bagi menyusun strategi baru dalam mengekalkan kerusi DUN berkenaan.

Kerusi DUN Bagan Pinang kosong berikutan kematian penyandangnya, Azman Mohammad Nor pada Jumaat lepas di Hospital Pakar Seremban akibat jangkitan dalam darah. Azman, 54, yang juga Naib Ketua Umno bahagian Teluk Kemang, memenangi kerusi itu pada pilihan raya umum lepas mengalahkan calon PAS Ramli Ismail dengan majoriti 2,333 undi.

Sementara itu, Ahmad Shabery yakin BN mampu mengekalkan kerusi DUN tersebut berdasarkan prestasi BN kini yang dilihat semakin stabil.

Beliau yang juga Anggota Majlis Tertinggi Umno berkata prestasi BN pada pilihan raya kecil sebelum ini agak menurun kerana bertanding di kawasan kuat pembangkang namun sokongan pengundi mula kembali kepada BN.

"Kalau dilihat di Manek Urai, telah ada perubahan besar di kalangan pengundi di sana untuk datang kepada BN walaupun tempat itu menjadi kubu kuat PAS, jadi kita tengok keadaannya agak stabil," katanya. BERNAMA

LAGI ADUN BN ugut letak jawatan..!!! PRK lagi...????

Satu lagi pilihan raya kecil mungkin berlaku di Pulau Pinang dalam tempoh terdekat jika beberapa isu yang dianggap remeh tidak ditangani segera oleh pucuk pimpinan Barisan Nasional (BN).

Kali ini akan membabitkan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada UMNO yang mewakili BN kerana kecewa dan tidak berpuas hati dengan layanan diterima yang dianggap tidak adil dan terasa dipinggirkan.

Jika tiada pilihan lain dan keadaan masih tidak berubah, beliau nekad untuk mengosongkan kerusi itu dengan meletakkan jawatan sebagai ADUN kerana tidak mahu terus dipersalahkan oleh penduduk yang menganggapnya tidak mampu buat kerja dan membantu mereka.

Ketika ditemui Sinar Harian, ADUN itu melahirkan rasa kecewa kerana tidak mendapat kerjasama dan sokongan daripada pelbagai agensi Kerajaan Persekutuan di Pulau Pinang termasuk dari segi menyalurkan bantuan tertentu untuk faedah rakyat di kawasannya.

Beliau berkata, keadaan itu mungkin berlaku disebabkan pengaruh atau tekanan pihak tertentu untuk meminggirkannya daripada arus politik UMNO di peringkat bahagian akibat kurang persefahaman dan perbezaan pendapat atau pendirian.

“Mana boleh bantuan cuba disekat untuk ADUN tertentu kerana semua ini adalah untuk keperluan rakyat. Kenapa sesetengah peruntukan tidak boleh disalurkan terus kepada saya atau penduduk di kawasan saya tetapi perlu dirujuk kepada orang tertentu terlebih dahulu. Jika tidak mendapat ‘perkenan’ daripada mereka, maka bantuan itu tidak akan sampai ke kawasan saya,” katanya.

Menurutnya, walaupun perkara itu tidak pernah berlaku sebelum ini tetapi ia kini menjadi amalan mereka dan begitu ketara sejak pilihan raya umum lalu.

“Kenapa ketidakadilan yang dilakukan oleh pihak tertentu terhadap sesetengah ADUN dibiarkan berterusan kerana ia turut memberi kesan kepada saya untuk membantu rakyat.

“Ini tidak adil kerana agensi Kerajaan Persekutuan tertentu tidak mahu memberi sokongan dan bantuan secara terus kepada saya dalam menjaga kebajikan rakyat,” katanya.

Beliau begitu kecewa dengan pentadbiran beberapa agensi berkenaan yang sudah lari daripada matlamat untuk menyalurkan mesej dan bantuan Kerajaan Persekutuan kepada rakyat jelata.

“Mereka kini seolah-olah dilihat mencampuri urusan politik dan menyebelahi pihak tertentu dalam pergolakan yang berlaku,” katanya.

Beliau berkata dalam keadaan itu, ADUN sahaja yang nampaknya terpaksa bertungkus lumus menjaga dan menolong rakyat tetapi agensi yang terlibat secara langsung untuk membantu tidak memberi sokongan kepada wakil rakyat.

Bagaimanapun, beliau masih memberi peluang kepada agensi berkenaan dan pihak terbabit agar dapat mengubah sikap dan tidak memilih bulu untuk menyalurkan bantuan kepada rakyat.

“Jika masih tiada perubahan, saya akan meletak jawatan selepas Hari Raya Aidilfitri ini agar diganti dengan wakil rakyat baru yang lebih sealiran dengan pihak tertentu,” katanya. .-SH

5000 VOTES FOR BN ALREADY IN THE POCKET UNLESS....

MAFREL (Malaysia for free and fair elections) is the only approved body to monitor elections in the country. They have done credible work. They have exposed how the Election Commission colluded with the BN to engineer suspicious wins for the latter. Their latest was when they questioned the 14 missing boxes at the Batang Ai by-elections and also why they were not allowed to accompany the ballot boxes ( votes were not counted at polling stations as is always the practice, but were transported to the counting centre.) PAS recent call to allow the soldiers to vote like regular voters will never see fruition.

This is an opportune time for MAFREL to really show teeth and STAND UP for fair and free elections. They must insist that they SUPERVISE the postal votings IN THE ARMY CAMP. They have sufficient time to work out the mechanics. But MAFREL must start NOW.

In 08 BN won by 2333 majority inspite the 5000 postal votes. Conversations with army personnel, present and past have revealed that seldom or never have they voted as army personnel. Evidence is available where a voter voted under postal vote and on polling day he is in his hgome-town voting as a regular voter. Army personnel have two ID cards.

MAFREL must also find out if all the 5000 army personnel are eleigible to vote in Bagan Pinang?

Show your fangs Mafrel. Don't let it be said that you are toothless.

Golongan Cap Semut/Cap Gajah dalam umno

Kebanyakan wanita umno benar-benar tidak berfikiran terbuka. Hairan saya, pada satu ketika, mereka menyalahkan barisan pembangkang dan berkata, "mengapa mereka (PAKATAN RAKYAT) tak sedar-sedar? Mengapa mereka suka buat fitnah dan tidak bersyukur dan berterima kasih pada kerajaan? Budak-budak reformasi ni tak ada hala tujuan hidup dan blah blah blah blah... "


Apabila melihat tingkahlaku dan sikap mereka, nampak mereka ini macam orang pandai (sekadar pandai bercakap/membebel), tapi rasanya pemikiran mereka tidak jauh ke mana. Terbatas dek lingkungan budaya wanita umno yang diamalkan sekian lama.


Budaya yang menjijikkan itu terus diamalkan. Mereka terlalu taksub kepada budaya memfitnah dan menceceh, suka bercakap tak tentu pasal, suka dibawa berjalan atau berrombongan ke Langkawai, ke Siam, Pengkalan Kubur atau Ke Medan. Mereka mudah dipujuk hanya dengan sehelai kain batik, atau wang RM20-30! Mereka hanyut dan khayal dengan pakain putih/merah yang diberi percuma ketika ada pertandingan . Mereka juga akan menjadi macam rusa masuk kampung kalau dibawa ke rumah Pak-pak Menteri yang rumahnya besar dan macam mahligai, mulut mereka akan ternganga luas dan mata mereka akan terjojol keluar kalau melihat bangunan tinggi seperti KLIA, KLCC, KL Tower. Kesiannya mereka.... dibodohkan dan dijadikan seperti binatang tunggangan oleh pemimpin umno.


Agaknya, apabila balik ke rumah, melihat di kiri kanan mereka, apakah yang ada dalam otak mereka ini? Apakah masih terlopong mulut laksana Pak Pandir atau bercita-cita tinggi seperti Mak Jenin? Masih menunggu tiba giliran untuk dibawa rombongan lagi? Atau diberikan sehelai kain batik cap semut, atau sehelai kain pelikat cap Gajah.


Kesian! Sehingga bilakah wanita umno ini terperuk di dalam budaya yang begitu?


Hancuss!! Yang ada cumalah golongan mak cik yang boleh dibodohkan, boleh digulaikan , boleh digoreng dan dibakar hangus, atau digoreng sesedap rasa jika keringat mak cik-mak cik ini masih diperlukan.


Mak Cik umno ini umpama golongan kelas pariya dalam umno. Walaupun tenaga mereka diperlukan semasa pilihanraya sebagai baruah umno yang bergerak menerusi Gerak-10, tapi usaha dan keringat mereka hanyalah sekadar memerah tenaga kaum mak cik-mak cik ini, kerana pada masa yang sama, kaum lelaki dan pemuda-pemuda umno hanya bergoyang kaki di warung-warung kopi, dapat hadiah dan wang dari pelbagai sumber, menjadi pencatur politik dan pencetus minda kununnya. Apa yang makcik umno ni dapat??? Dapatlah kain tudung buatan Indonesia yang ada cop Cerlian Deon (dekat dah ngan Celine Deon atau Christian Dior), apa-apalah,jadi ada sebut mat salleh sikit, tergeliat lidah mak cik-mak cik tu!! Dapat gak duit RM30 buat upah menceceh dan upah ayak liok! Peh tu, tertonggek-tonggeklah makcik-makcik umno ni dari sebuah rumah ke sebuah rumah berkempen, kununnya! Dalam otak mereka sebenarnya kosong! Tak ada fokus hidup, merapu saja. Apa yang Najib kata, itulah yang dia orang ni cakap. Sampai bila orang tanya, kamu nampak ke DSAI meliwat? "idoklerr, tapi Mahadey kata...." itulah bukti bangangnya wanita umno ni! ish..ish ..ish... kesian kesian.


Maka, dengan itu, hiduplah makcik-makcik umno ini dengan budaya yang begitu bertahun lamanya! Apakah jenerasi yang berilmu, berpendidikan dan ada maruah, ada nilai diri, golongan yang beriman, yang berpegang kuat kepada agama Islam, golongan yang tahu baik buruknya, golongan yang tidak mudah dibodoh dan dibangangkan akan dapat menerima umno?


Nak ajak kami masuk umno? Pasti TIDAK!! Buatlah apa strategipun, kalau itulah yang umno nak cernakan, kirim salam!


Dan buat makcik-makcik & puteri-puteri umno, berhati-hati apabila mengeluarkan bicara yang berkaitan dengan Islam , PAS dan Hukum Menutup aurat, kamu tak layak bercakap apa-apapun dalam hal ini!!! Kamu sendiri tidak amalkan hukum Islam mengikut syarak, jauh sekali dari menghayati Islam sebagai seorang yang dikatakan Islam. So,be carefull, jaga mulut sikit....!! Jangan ingat samseng dan laser kamu saja!!


Dahlia/KL

ADUN Umno Berbalah, Rakyat Jadi Mangsa

Perbalahan di kalangan ADUN Umno yang terdiri daripada kumpulan pro mantan Menteri Besar Datuk Ideris Jusoh dan kumpulan pro Menteri Besar Datuk Ahmad Said di Terengganu semakin parah.

Ahli Parlimen Kuala Terengganu Mohd Abdul Wahid Endut berkata, tindakan ADUN-ADUN berkenaan jelas merugikan rakyat apabila mereka tidak lagi berfungsi dalam sidang DUN berkenaan.

Kedua-dua kumpulan berkenaan sanggup mengenepikan tugas untuk membela rakyat khususnya dalam Sidang DUN.

“Sebelum ini 10 hingga 11 ADUN Umno tidak hadir persidangan dengan alasan menerima SMS ugutan bunuh, bila disiasat mereka sendiri yang rancang walaupun pegawai kerajaan jadi kambing hitam.

“Kalau dulu tidak hadir mesyuarat, sekarang hadir tetapi dalam keadaan tidak bersuara, soalan tidak dibuka, tidak bercakap dan tidak berfungsi sebagai ahli Dewan. Saya rasakan suasana nampak parah antara dua kumpulan dalam Umno Terengganu payah hendak diselesaikan pada peringkat ini,” katanya.

Percakaran sesama mereka, menyebabkan rakyat di negeri berkenaan gagal mendapatkan hak royalti minyak mereka yang dirampas kerajaan sejak Pas memerintah pada tahun 1999.

Beliau menyifatkan pergaduhan berkenaan berlaku atas kepentingan kroni bagi mendapatkan projek dan bukannya untuk membela rakyat.

“Saya kemukakan satu usul dalan sidang DUN 25 dan 26 Ogos lalu tetapi ditolak, maknanya mereka bergaduh yang rugi rakyat. Mereka tidak boleh bersatu bagi memastikan hak kita rakyat Terengganu dapat balik hak mereka.

“Pergaduhan dan perbalahan bukan soal perkara asas nak bela rakyat dan negeri. Mereka gaduh sebab tidak puas hati bila Ideris jadi Menteri Besar jaga kroni dia dan bila Ahmad Said jadi Menteri Besar, dia ketepikan kroni Ideris dan ada kroni sendiri,” katanya.

Wahid berkata kegagalan Umno-BN memerintah Terengganu jelas apabila negeri berkenaan menjadi negeri kedua mempunyai rakyat paling miskin di Malaysia walaupun mempunyai sumber minyak sendiri.

Sehubungan itu, Pas Terengganu berusaha membuka mata dan minda rakyat mengenai kegagalan Umno-BN sekali gus cuba menarik sokongan rakyat.

“Kita beri penjelasan pada rakyat termasuk anggota Umno supaya mereka faham politik. Apa yang hendak diharapkan pada Umno dan pemimpin mereka dalam keadaaan begitu? Tidak membela rakyat sendiri, sekarang rakyat Terengganu nombor dua rakyat paling miskin dalam negara.

“Negeri kaya sumber minyak dan bajet negeri antara tertinggi tetapi rakyat miskin ramai ada sesuatu yang tak kena. Hasil negeri kaya tapi rakyat miskin ramai inilah kegagalan kerajaan pihak pimpinan Umno,” katanya.

Wahid berkata kini terdapat satu corak kesedaran yang cukup baik di Terengganu apabila rakyat mula memahami keadaan yang berlaku.

“Satu trend kesedaran cukup baik dan bila mereka mula faham dan dapat bezakan waktu Pas menang walaupun 4 tahun dan dinafikan hak duit royalti yang begitu banyak, tapi kita bekerja dan pastikan pentadbiran memberi tumpuan untuk kebaikan rakyat berbanding mereka.

“Penyelewengan yang jelas, perbelanjaan yang tidak dapat dimanfaatkan secara langsung oleh rakyat kononnya buat bangunan yang hebat tetapi rosak, bocor, mendap, runtuh. Dalam keadaan begitu terus bergaduh dan berbalah,” kataya.

Mengulas mengenai desas-desus ADUN berkanan akan lompat parti , Wahid berkata sehingga kini ianya hanya sekadar cakap-cakap dan beliau yakin ADUN-ADUN berkenaan tidak berani untuk lompat parti bagi menjaga kepentingan poltik mereka.

Katanya, Pas tetap dengan pendirian tidak akan menerima ADUN yang lompat parti hanya kerana atas dasar tidak berpuas hati.

“Kalau mereka datang hendak lompat atas dasar nak ikut dasar yang diperjuangkan kita alu-alukan tetapi kalau atas dasar tidak puas hati bagi kami kumpulan Ideris Jusoh atau Ahmad Said serupa dua kali lima.

“Bila masih jadi ahli dan wakil rakyat pemerintah pelbagai keistimewaan mereka dapat . Bila lompat parti mungkin dari segi masa depan politik mereka habis,” katanya.

PRK Bagan Pinang: Anwar Palu Gendang Perang

Selepas Pakatan Rakyat berjaya mempertahankan kedudukannya dalam 8 dari 9 pilihanraya kecil pasca pru12 lalu, Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim membunyikan gendang perang menandakan bermulanya kempen menggempur Bagan Pinang.

Di hadapan ribuan yang hadir di Dewan Tow Boo Keong, Ipoh, malam semalam, Anwar menggesa semua penyokong Pakatan Rakyat untuk menggiatkan kempen memenangi kawasan Umno ini.

"Ada orang kata ketuanan Melayu, saya hendak tanya Melayu mana tuan? Melayu pemimpin Umno, Melayu kaya, Melayu sombong bukan Melayu kampung, bukan Melayu miskin, bukan Melayu yang merana," katanya.

Pakatan Rakyat memenangi semua pertarungan di Semenanjung dan tewas satu di Batang Ai, Sarawak. Hanya PRK Penanti yang menyaksikan Umno-BN tidak bertanding, gagasan kerajaan alternatif ini merangkul 7-1 kemenangan berbanding BN, yang terbaru PRK Permatang Pasir pada Ogos lalu.

Kerusi Dun Bagan Pinang diisytihar kosong dengan kematian Adun Azman Mohd Noor Jumaat lalu. Dalam PRU12, Azman meraih 6430 undi menewaskan pesaing Pas, Ramli Ismail, dengan majoriti 2,333 undi.

Meskipun Umno dikatakan kuat di Bagan Pinang, namun pemimpin reformasi itu berkata beliau amat yakin Pakatan Rakyat mampu merampas kemenangan dari pemerintah. Anwar menambah rakyat perlu membuktikan bahawa perubahan juga dituntut di kawasan-kawasan Umno.

Beliau bagaimanapun tidak menolak bahawa saingan yang akan dihadapi Pakatan Rakyat sukar. Selain dari 5,000 undi pos yang menanti Pakatan Rakyat di Bagan Pinang, Suruhanjaya Pilihan Raya juga dibidas kerana gagal memastikan pilihan raya diadakan secara telus dan adil, halangan yang membantutkan arus perubahan.

Anwar juga mengajak Pakatan Rakyat menilai prestasi masing-masing. Beliau berkata gagasan alternatif itu perlu mengeratkan kerjasama dan menunjukkan kerja yang konsisten dengan prinsip Malaysia baru.

Kematangan, ikhtisas dan ketanggungjawaban harus ditunjukkan dan dibuktikan supaya pengundi yakin dengan pilihan mereka.

Anwar mendapat tepukan gemuruh apabila beliau sekali-lagi mengulangi pendiriannya bahawa kedudukan Melayu dan Islam akan dimartabat, sementara hak bukan-Melayu dan bukan-Islam di negara ini dipertahan.

"Kita sudah matang untuk membuat keputusan, ini Malaysia terdapat pemimpin Cina dan India. Saya seorang Melayu dan bangga menjadi Melayu, saya seorang Islam dan mengamalkan ajaran Islam. Saya tidak datang ke di sini untuk menyenangi kaum Cina bahawa saya bukan Melayu.

"Tidak menjadi masalah orang Melayu jadi Melayu atau orang Islam terus komited dengan pegangannya. Tetapi ini adalah negeri Melayu yang mempunyai jiwa kaum Cian, India, Iban dan Kadazan, ini negara kita. Kita boleh dengar suara yang menyatakan 1Malaysia, siapa kata 1 Malaysia? 1Malaysia untuk orang atas dan 1Malaysia untuk orang bawah," katanya.

Beliau menyeru semua untuk menolak politik provokasi yang telah menenggelamkan ruang dialog dan toleransi. Ramuan untuk keharmonian adalah keadilan dan kebijaksanaan dalam mencari penyelesaian apa-apa isu sensitif yang berbangkit.

Lebih 600 ahli dikatakan menyertai Parti Keadilan Rakyat malam ini. Bekas Ahli Parlimen Lumut Yap Yit Thong menyerahkan borang keahlian baru ke tangan Anwar Ibrahim, selaku Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat turut diadakan disambut dengan tepukan gemuruh dari para hadirin.

600 Ahli BN Sertai PKR Di Perak

Seramai 600 anggota parti komponen Barisan Nasional (BN) di Perak yang kebanyakannya dari MCA telah menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada satu majlis di Dewan Tow Boo Keong di sini semalam.

Bekas Anggota Parlimen Lumut daripada MCA, Datuk Dr Yap Yit Thong berkata 90 peratus daripada kelompok berkenaan merupakan anggota parti MCA, Umno, MIC dan Parti Progresif Penduduk (PPP) dan hanya 10 peratus adalah mereka yang belum pernah menyertai mana-mana parti sebelum ini.

Borang-borang penyertaan telah diserahkan kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di dalam satu dewan yang penuh sesak untuk mendengar ucapan Ketua Pembangkang itu dengan bekas Naib presiden MCA, Datuk Dr Chua Jui Meng yang telah menyertai PKR lebih awal.

Chua, di dalam ucapannya menyatakan penyertaan beramai-ramai ahli MCA ke PKR mencerminkan kesedaran telah timbul di kalangan para ahli MCA bahawa parti MCA hanyalah penutup rekahan di dalam struktur BN yang telah retak.

Beliau yang sebelumnya merasa gembira kerana telah membuat keputusan menyertai PKR menyatakan kini kebolehan berceramah yang dimilikinya telah dapat dipergunakan sebaik-baiknya dan orangramai akan benar-benar mendengar apa yang diucapkannya.

Mereka yang hadir tidak diberikan apa-apa yang percuma seperti pengangkutan, nasi bungkus, wang atau cenderamata lain.

Malah, ramai yang datang dari jauh untuk menghadiri majlis-majlis ceramah.

Bekas pemimpin MCA itu menyataka beliau belum pernah melalui pengalaman seperti sambutan yang paling meriah dan hebat untuk mana-mana majlis politik yang dihadirinya sehinggalah beliau menyertai PKR.

“Saya telah berada di Permatang Pasir, membantu pilihanraya kecil dan begitu mengkagumkan untuk melihat rakyat berpusu-pusu hadir.

“Sungguh mengharukan untuk melihat rakyat dari pelbagai lapisan kaum bekerjasama dan bersatu tenaga — untuk melakukan perubahan,” tegas Chua di dalam satu sidang media selepas majlis tersebut.

Ditanya mengenai pilihanraya kecil Bagan Pinang apakah beliau akan turut sama di sana, beliau secara spontan menjawab, "sudah pasti saya akan di sana."

Demokrasi Yang Saya Fahami (3)


Oleh: Labu Labi

Dalam imbasan siri yang lalu, telah ditunjukan hak kita sebagai rakyat dalam negara Malaysia bagi mentukan wakil kita yang dikenali sebagai wakil rakyat. Juga telah ditunjukan kedukan kita serta wakil kita dalam hiraki kepimpinan negara. Kita juga ditunjukan Hiraki secara menyeluruh dalam susunan pentadbiran negara.

Dalam siri kali ini, saya akan membawa saudara semua untuk mengenali dengan lebeh dekat lagi tugas dan tanggungjawab wakil serta setiap peringkat dalam hiraki seperti yang telah ditunjukan sebelum ini.

Selepas kita memilih “Wakil Rakyat”, maka wakil inilah yang sepatutnya bersidang dan melantik wakil mereka pulak untuk menjadi ketua majlis mesyuarat kerajaan yang dikenali sebagai PM. Jadi disini kita kena faham “PM” adalah dilantik dan dipersetujui secara undi oleh Wakil Rakyat yang telah kita lantik (perlu ditegaskan, Senator tak layak memilih PM). Dengan Kata lain PM perlu dilantik diparlimen dengan cara, wakil rakyat pulak mengundi (ia itu didalam persidangan pertama parlimen). Adakah keadaan ini berlaku ? tidak, apa yang berlaku bila dapat saja keputusan pilihan raya umum, ketua parti, terus mengaku dia adalah PM.

TPM, Menteri dan Timbalan Menteri siapa pulak yang lantik ? yang ini adalah menjadi hak PM untuk melantik sesiapa sahaja dari ahli parlimen (wakil Rakyat atau Senator), mengikut budi bicara PM.

Kedua dua jenis perlantikan tadi (PM, TPM, Menteri dan Timbalan Menteri), perlu pulak mendapat persetujuan dan perkenan dari Agong. Setelah selesai kerja perlantikan tersebut, baharulah “VALID” jawatan PM, TPM, Menteri serta Timbalan Menteri dan baharulah boleh kabinet (ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan) bermesyuarat.

Itu sebabnya, kalau semua masih ingat, semasa Ustaz Fadzil menjadi Ketua Pembangkang dia berjalan keluar dewan dalam persidangan pertama, kerana beliau menegaskan, kabinet yang dibentuk pada masa itu adalah kabinet haram (sememangnya mengikut perlembagaan – kabinet pada masa itu adalah kabinet haram). Ini disebabkan pada masa itu, kabinet bersidang sebelum parlimen bersidang, kabinet buat keputusan sebelum parlimen bersidang. Sepatunya Parlimen bersidang dahulu, pilih PM, seterusnya PM pilih TPM serta Menteri dan Timbalan Menteri, kemudian dari itu, barulah kabinet bersidang dan bermesyuarat.

Speaker pulak sapa lantik, yang ini Wakil Rakyat mencalonkan serta mengundi sebagaimana memilih PM. Kemudian dari itu barulah disahkan dan layak mempengerusikan persidang parlimen.

Setakat itu dulu, nanti dalam siri berikut, kita tengok apa yang sebenarnya berlaku dalam hiraki susunan (rajah yang telah diberikan sebelum ini) asas sebuah negara, adakah dikuti atau dicabuli.

Jui Meng finds things very different in opposition

Chua feels free... Speaking during the Permatang Pasir campaign. - Picture by Jack Ooi

IPOH, Sept 6 — After decades of politics MCA-style, the experience of just over a month of fiery Opposition politics has been nothing short of a major culture shock for former party stalwart Datuk Chua Jui Meng.

For once, he is finding his oratory skills can be put to good use and people actually listen to him in rapt attention during ceramahs.

Those who turn up also do not seem to expect free handouts like transportation, food, money or goodie bags.

In fact, many appear willing to travel some distance to attend such rallies.

This was evident during the ceramah at the Tow Boo Keong hall here on Saturday night where more than 1,000 supporters gathered to listen to a star-studded line-up of speakers, which included Chua himself, Opposition Leader Datuk Seri Anwar Ibrahim, PKR vice-president R. Sivarasa and Parti Keadilan Rakyat strategic director Tian Chua.

In his speech, Chua, who not too long ago had adamantly said he would never leave the MCA for PKR, said such a sight was enough to convince him he had indeed made the right move to leave.

“I woke up on Merdeka morning and told my wife who was lying down beside me — I feel good and so young today — and I knew what made me feel that way.

“When I joined the PKR, it was after a long struggle for me. It was not easy to leave and join a new pathway.

“But after that decision, I suddenly began to feel…like how you felt when you voted for the Opposition… I felt free,” he said, to thunderous applause.

The former MCA man claimed he had never before experienced such “heart-warming” and overwhelming response for any political function in his political career until the day he joined PKR.

“I was in Permatang Pasir, helping with the by-elections and it was so amazing, so overwhelming to see the crowd come together.

“It is so heart-warming to see people of different races actually sitting together and working together and getting along — and they all want change,” he said in a press conference after the function.

His eyes lit up when reporters asked if he would be instrumental in the coming by-election for the Bagan Pinang state seat in Negeri Sembilan.

“Yes, yes, I will be there to contribute. Definitely,” he firmly said.

In fact, Chua is also confident that more would follow in his footsteps and leave the MCA to join a Pakatan Rakyat component party.

During the function earlier, a total of 600 applications for PKR memberships, signed by Barisan Nasional members, were handed over to Anwar.

Of the lot, at least 400 were from MCA, and officials claimed they comprised a former elected representative, a former division deputy chairman, scores of central delegates, divisional party post holders and members.

“It is no surprise that so many would join us from MCA. We expect that this wave is only just the beginning,” said Chua.

He added that the crossovers only mirrored the fact the party members were finally waking up to see that MCA was only a space-filler in the Barisan Nasional structure.

“We are only there to say yes and to take up some spots in the Cabinet and in the Government.

“MCA does not rule the nation. In the end, it is Umno that leads Malaysia, under the name of the BN,” he said.

Chua said that MCA could probably stand a better chance of survival if it abandoned the coalition and stood on its own.

During the function, Umno strongman Datuk Dr Abdul Malek Md Hanafiah, who is a former Perak state executive councillor, former Kamunting assemblyman and former Taiping Umno division chairman, was also seen confidently strolling into the temple hall shortly after Anwar’s arrival, to loud applause from the people.

Anwar however said that Abdul Malek was “yet to make any crossover announcement.”

Kalah di Bagan Pinang bererti habislah riwayat Umno

Dalam pilihan raya umum lalu, calon PAS kalah kepada Azman dengan 2,333 undi. Faktor utama kemenangan calon BN adalah kehadiran kira-kira 5,000 pengundi pos Tentera Darat di kawasan yang mempunyai kira-kira 14,000 pengundi itu.

Zulkifli Sulong, Harakah

PAS yakin, jika calonnya berjaya mengalahkan calon Umno dalam pilihan raya kecil Bagan Pinang dekat sini, Umno akan jatuh pra matang atau sebelum masa ia akan jatuh sebagaimana yang sepatutnya.

Sekurang-kurangnya inilah pandangan AJK PAS Pusat, Datuk Husam Musa. Ini kerana, jika Umno kalah di kawasan yang dimenanginya dengan majoriti lebih 2,000 undi ini bermakna Umno benar-benar ditolak rakyat.

Husam menyertai para pemimpin kanan PAS Negeri Sembilan menziarahi jenazah Allahyarham Azman Mohd Nor, Adun Bagan Pinang yang meninggal Jumaat lepas. Antaranya Pesuruhjaya PAS negeri, Zulkefli Mohd Omar dan Yang Dipertua PAS Kawasan Telok Kemang yang juga calon PAS dalam pilihan raya umum 2008 lalu, Ramli Ismai.

Husam bergegas dari Kuala Lumpur hanya berbuka di atas kereta sebelum terus ke tanah perkuburan Islam Bagan Pinang. Ketika beliau dan rombongannya sampai kira-kira jam 7.50 malam, jenazah Azman belum sampai lagi.

Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Isa Samad dan anaknya, Mohd Najib tiba selepas itu iaitu sejurus sebelum kereta jenazah tiba. Isa adalah Ketua Cawangan Umno di situ di samping Ketua Umno Bahagian itu.

Image(Gambar: Isa datang bersama anaknya, Mohd Najib (kanan sekali) ke tanah perkuburan Azman. Berita angin Isa sedang lobi agar anaknya itu menjadi calon tersebar luas).

Dalam pilihan raya umum lalu, calon PAS kalah kepada Azman dengan 2,333 undi. Faktor utama kemenangan calon BN adalah kehadiran kira-kira 5,000 pengundi pos Tentera Darat di kawasan yang mempunyai kira-kira 14,000 pengundi itu.

Mereka adalah dari Pusasda Kem Si Rusa (1,903 undi), 2 KAD Kem Sunggala (1,130 undi), IJED Kem Kg Sawah (847 undi), IPDA Port Dickson (407 undi), 1 Kompeni KPD Kem Si Rusa (265 undi), 1 WKSP Bgd Kem Sg Sawah (165 undi), Sekolah Pertukangan Perintis (105 undi) dan ILMI Port Dickson (103 undi).

Dalam pilihan raya 2008, Bagan Pinang mempunyai 14,192 pengundi berdaftar di mana 66 peratus darinya Melayu, 10.5 peratus Cina, 19.9 India dan 3.5 peratus bangsa-bangsa lain.

Jika Pakatan Rakyat mengekalkan persefahamannya, calon PAS akan diletakkan dalam pilihan raya kecil ini bagi mewakili mereka. Bagaimana, Ketua Angkatan Muda PKR Telok Kemang dalam kenyataannya menuntut agar kerusi itu ditandingi oleh PKR.

Bagan Pinang mempunyai sembilan daerah mengundi iaitu empat majoriti India, empat kawasan Melayu dan campuran Cina serta undi pos.

Dalam pilihan raya lalu, PAS hanya menang di tiga daerah mengundi iaitu Ladang Atherton, Pekan Siliau dan Sua Betong. Ketiga-tiga kawasan itu adalah majoriti pengundi India.

PAS kalah paling teruk undi undi pos. Dari 5, 191 kertas undi yang dikeluarkan, PAS hanya mendapat 1,189 undi manakala calon BN 3,080 undi.

PAS paling banyak menang di Ladang Aterton di mana calon PAS menang dengan majoriti 84 undi.

Berdasarkan rekod pilihan raya kecil sebelum ini, PAS dijangka akan meningkatkan undinya di kalangan orang India. Tambahan lagi dengan apa yang berlaku di Selangor baru-baru ini apabila sekumpulan penyokong Umno mengarakkan kepala lembu berdarah ke Pejabat MB Selangor.

Namun kebimbangan terhadap undi pos menjadi mimpi ngeri bagi PAS. Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri membangkitkan perkara ini.

"Kami meragui undi pos kerana kami tahu undi pos seperti askar dan polis tidak diberikan kebebasan dalam mengundi.

"Inilah sebabnya kenapa undi pos sentiasa dianggap undi yang kotor," kata beliau ketika ditemui semasa pertemuan dengan pemimpin PAS Perak di Ipoh.

Bagaimanapun sebagaimana kata Husam, adalah tidak mustahil untuk PAS menang dalam pilihan raya kecil ini dan jika PAS menang bererti nyawa Umno benar-benar di hujung tanduk.

I want to believe — Debra Chong


SEPT 6 — Fox Mulder always said the truth is out there. And like his long-suffering FBI scientist-partner Dr Dana Scully in the hit-TV series “The X-Files”, I too want to believe.

I’m talking about the sad, sorry state of faith in Shah Alam, of course. The shameful episode yesterday morning at the town hall when the two-way talks between the state government and residents in Section 23 failed, loosing mere anarchy upon the world.

It was an awful scene. Neighbour versus neighbour, pointing fingers, shouting their disdain, lobbing insults on whose religious practice is more annoying.

Mind you, these people baring their fangs and leaping at the other’s throat are full grown men and women who work hard to earn a decent living in order to bring up their children for a better future.

Time magazine will have a hard time choosing a quotable quote for its next issue.

And over what, exactly? How did this issue start? How did it reach the boiling point? What was the trigger that pushed these normally civilised folks over the edge enough to threaten bloodshed, and more than bloodshed?

One faction accuses the other of not being “sensitive” to their culture/religion/basic rights as enshrined in our Federal Constitution. The other claims the same.

The truth? Only God knows.

Personally, I believe the whole matter with the temple and the reason behind why half the residents are for and the other half against it have been yanked out of its original context.

I want to believe that it does not matter who started instigating the stampede or who is to blame.

For one, it was never a straightforward story to begin with though, as some people, such as change28 — a reader of this website who got six “+” votes at the time of writing — sees it.

“To all religious adherents,” he/she adresses.

“If your faith is strong and your god is in your heart, what need do you have for a house of worship?” he/she asks and adds: “That applies to all houses of worship.”

“As for the Section 23 residents whose sensitivities are so easily upset, just let them have their way,” he/she continues.

“After all, if you all believe that your respective god will ultimately decide your fate, your god will tell you soon enough,” he/she concludes.

He/she has a point. But so is the saying: “To err is human, to forgive divine.”

I want to believe that Michael Jackson — may he finally rest in peace — was right when he said if you want to heal the world and make it a better place, then you’ve got to start with yourself and make the change.

I want to believe that we can live and let live.

And I believe we can.

The former Buddhist chief high priest of Malaysia and Singapore, the venerable Dr K. Sri Dhammananda Nayaka Maha Thera, was once asked: “What’s the best piece of advice you have for people of different beliefs?”

He was among a panel of religious leaders at a camp for mid-level managers wanting to make a real change in their lives.

Many expected him to regurgitate the common mantra about doing unto others as you would like others to do unto you, or one of its variations. He had dozed off halfway through the session, you see.

Instead, he started telling a story from when he was a young man and shared a car with a devout man of a different faith.

The car’s engine died when they were caught in a sudden flood. So they were forced to push the car for several kilometres and were drenched to the bone because of that.

Luckily, he said, they managed to find shelter at a church. The resident priest invited them in to dry off and spend the night.

And when the Christian priest learnt that Dr Dhammananda’s companion was worried that he would not be able to perform his prayers as required by his religion, the priest quickly told him of a spare room available and gave him a compass.

Turning to his now enraptured audience, the wily old storyteller said: “I learnt a most valuable lesson that day, that is to help another man remain as true to his religion as you can.”

A few months later, the venerable priest passed away peacefully at the Subang Jaya Medical Centre. It was August 31, 2006. He was 87.

Respon kepada Ustaz Ridhuan Tee — Amin Ahmad


SEPT 6 — Saya tertarik membaca tulisan Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah dalam jawab balasnya kepada tulisan Helen Ang yang memberi komentar kepada tulisan-tulisannya yang terdahulu.

Terlebih dahulu, saya kira Dr. Ridhuan tak perlulah menulis “Artikel beliau bertajuk “Ridhuan Tee’s reverse take on racism”, telah diposkan kepada beberapa laman web pembangkang dan membuka peluang kepada para pembaca laman web tersebut menyerang, mengecam dan menghentam peribadi saya sekali lagi, tanpa fakta ilmiah untuk berhujah sebagaimana artikel yang ditulis beliau” kerana ia jelas bercanggah dengan dakwaan beliau bahawa “Saya sepatutnya tidak mahu melayan mereka yang menulis tanpa membuat kajian dan penyelidikan terperinci seperti mana yang saya lakukan”.

Jika beliau mahu menjadi professional, nyatakan saja di mana media yang memuatkan tulisan Helen Ang tanpa perlu menyatakan ianya laman web pembangkang atau tidak kerana orang ramai bukan terlalu bodoh untuk menilai inti hujah berbanding media mana ia disiarkan.

Saya mahu respon kepada tulisan Dr. Ridhuan Tee kerana beliau nampak sangat berhajat kepada counter argument yang sihat.

Dalam tulisan Dr. Ridhuan, beliau menyatakan ciri perbezaan beliau masuk Islam berbanding “masuk Melayu” seperti tulisan Helen Ang. Saya suka dengan hujah Dr. Ridhuan, cuma saya mahu bertanya sama ada Dr. Ridhuan setuju atau tidak dengan kenyataan Perlembagaan yang mendefinisikan bangsa dan agama sekaligus? Soalan saya ini penting kerana untuk saya, ia telah menimbulkan banyak masalah apabila isu agama dihujahkan mengikut kepentingan kaum dan isu kaum dihujahkan konon atas maksud agama.

Saya sedar bahawa ini mungkin akan dilihat oleh mereka yang tergugat sebagai satu ancaman kepada Perlembagaan. Mereka mungkin menggunakan hujah kestabilan kaum sedangkan mereka sedar bahawa hujah kestabilan ini hanyalah alasan untuk menjustifikasikan kekalutan yang mereka timbulkan.

Saya membaca tulisan Helen Ang dan memahami maksud “masuk Melayu” dalam tulisannya hanyalah bermaksud Dr. Ridhuan lebih menonjolkan ke-Melayu-an berbanding ke-Islam-an. Saya tidaklah bersetuju sepenuhnya dengan Helen Ang, tetapi saya fikir ramai rakan-rakan bukan muslim sering beranggapan begitu kerana mereka melihat “hero-hero Melayu-Muslim” ini (bukan semua) hanya berani bersuara dalam ruang lingkup “argumentum ad populum” yang tidak mengusik ketuanan Melayu tetapi pada masa yang sama membisu dan penakut bila berdepan isu kritikal seperti rasuah, salah guna kuasa dan penindasan yang dibuat oleh kelompok yang kuat melaungkan slogan Ketuanan Melayu.

Untuk saya sendiri yang juga seorang Melayu-Muslim, saya tertanya sejak bila pula Islam menghalalkan semua jenis kesalahan ini hanya kerana mereka itu Muslim dan adanya apa yang disebut Ketuanan Melayu?

Saya boleh bersetuju dengan Dr. Ridhuan tentang beberapa perkara. Pertama, soal kuil (dan ini tidak ada kena mengena dengan isu kuil di Shah Alam yang saya telah nyatakan sikap saya dalam tulisan lain sebelum ini). Rakan-rakan daripada kaum India harus sedar bahawa memang terdapat banyak kuil yang dibina di tanah awam tanpa kebenaran. Kaum India sendiri harus berani menguruskan keperluan mereka secara adil. Pada masa yang sama, saya berharap pihak berkuasa tempatan dan juga kerajaan-kerajaan negeri perlu menimbangkan segala permohonan secara adil dan tidak berasaskan sentimen agama dan kaum. Penting saya nyatakan hal ini kerana dalam struktur pengurusan awam di Malaysia, boleh dikatakan semua tempat penting dan majoriti yang terlibat dalam bahagian pengurusan adalah Melayu-Muslim.

Ingatlah firman Allah s.w.t. dalam surah Al-Maidah ayat 8: Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah s.w.t, serta menerangkan kebenaran, dan janganlah sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada takwa dan bertakwalah kepada Allah s.w.t. Sesungguhnya Allah s.w.t. mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.

Saya juga melihat Dr. Ridhuan cuba untuk argumentum ed verecundiam dengan memetik 7 wasiat Raja Melayu yang disebut oleh Dr. Raja Nazrin Shah saat gah mengatakan orang tidak faham sejarah. Apa yang lebih patut dilakukan beliau ialah memahami bahawa sejarah tidak bermula pada 1957 dan Tamadun Melayu itu jauh lebih awal daripadanya. Hatta, kuil di Seksyen 19 itu telah 150 tahun usianya!

Dr. Ridhuan juga boleh selepas ini menghuraikan 7 wasiat ini. Saya berharap Dr. Ridhuan tidak lupa merujuk kepada “Qanun Asyih Darussalam” (Peraturan Pemerintahan Acheh) di zaman Iskandar Muda Mahkota Alam (1606-1637) kerana beliau tentu suka mengkaji tentang Wasiat Raja Melayu sebelum menulisnya. Saya juga berharap saya mampu menghujahkannya dengan baik kerana ternyata Allah s.w.t. berfirman dalam An-Nisa” ayat 135: Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu menjadi orang-orang yang sentiasa menegakkan keadilan, lagi menjadi saksi (yang menerangkan kebenaran) kerana Allah s.w.t. sekalipun terhadap diri kamu sendiri. Kalaulah orang (yang didakwa) itu kaya atau miskin (maka janganlah kamu terhalang daripada menjadi saksi yang memperkatakan kebenaran disebabkan kamu bertimbang rasa) kerana Allah s.w.t lebih bertimbang rasa kepada keduanya. Oleh itu janganlah kamu menuruti hawa nafsu supaya tidak menyeleweng dari keadilan. Dan jika kamu memutar belitkan keterangan ataupun enggan (daripada menjadi saksi) maka sesungguhnya Allah s.w.t sentiasa mengetahui dengan mendalam apa yang kamu lakukan.

Tentang arak, saya bersetuju secara prinsip bahawa arak itu merosakkan. Namun, dari segi perlaksanaan, saya mungkin berbeza pendapat secara teknikal. Untuk saya arak boleh dijual dan kita umat Islam boleh menggesa satu akta untuk menghalang umat Islam sendiri terlibat dengan arak berasaskan apa yang tercatat dalam Al-Quran dan hadis. Memang ada umat Islam yang menolak penggubalan akta ini tetapi dalam demokrasi, mereka boleh bertarung hujah melalui “public reason”.

Hujah kenapa saya mengatakan arak boleh dijual ialah kerana pada zaman Rasulullah s.a.w. tatkala ada hukuman sebat untuk peminum arak, ia adalah bukti langsung bahawa arak memang ada dijual, jika tidak masakan hukum dapat berjalan? Saya tahu hujah ini mungkin akan dilihat oleh kebanyakan umat Islam sebagai satu keluwesan yang saya ambil dan boleh mengancam umat Islam sendiri. Untuk saya, biarlah kita beriman secara benar berbanding beriman kerana ada ancaman daripada manusia lain.

Saya bukanlah peminum arak, hatta saya bukanlah perokok. Saya juga tahu bahawa arak itu haram sama ada ia memabukkan atau tidak. Dalam konteks jatuh hukum sebat, saya tidak tahu sama ada ia jatuh ketika seseorang mabuk dan melakukan jenayah lain atau dia sekadar minum arak.

Apa yang menarik dalam kes Kartika ialah dia sendiri yang memohon hukuman jenis itu dilaksanakan. Untuk saya ini adalah peluang untuk kita melihat bagaimana proses keadilan yang rumit itu dijalankan. Saya sedar bahawa kita punya undang-undang di mana akan ada pertindihan hujah. Saya tidak tahu sama ada ia boleh dirunding memandangkan ini adalah permintaan khusus Kartika.

Saya fikir Dr. Ridhuan tentu boleh berlaku jujur untuk menegur pemilik saham arak dari kalangan muslim dan semaklah dengan sebenar-benarnya siapa mereka ini dan biarlah adil tatkala menegur dari istana sampai ke rakyat marhaen. Semaklah golongan mana di kalangan muslim yang mampu minum arak dan golongan mana yang hidupnya bersabung nyawa saat harta negara dipunggah untuk kepentingan kelompok.

Saya boleh menulis dengan lebih jelas jika Dr. Ridhuan mahu dan waktu itu saya mahu bertanya mufti mana, ustaz mana yang akan membela saya. — aminahmad.com

* Amin Ahmad, 27 ialah anak muda Melayu-Muslim yang mahu melihat negara ini menjadi lebih baik dengan kebebasan dan keadilan serta persamaan hukum untuk tiap individu di dalamnya, dari sebesar-besar pangkat sehingga rakyat marhaen. Beliau belajar menulis di AminAhmad.com.

Najib says easy to be the opposition...If opposition is UMNO@BN at Pakatan Rakyat States...!!!

PEKAN, Sept 6 — Prime Minister Datuk Seri Najib Razak said the state governments led by the opposition pact are seen to be questioned by the people, who were beginning to doubt their credibility in administrating the states concerned.

He said if the opposition were previously seen to be disputing the Barisan Nasional (BN) government, they must now realise that it was not easy to administrate as they had made promises to the people each time the general election approached near.

“Actually, when they become the opposition, it is very easy for them to dispute the Barisan Nasional government, as though we have no credibility and so on.

“Several cases that have cropped up now are due to the promises that they made to the people before the general election and their failure to make the correct decision in a local situation and taking into consideration the local community,” he said.

He said this when asked to comment on the Shah Alam town hall meeting yesterday to discuss the proposal to relocate a temple in Section 19 to Section 23, which resulted in a commotion.

At the dialogue session, Selangor Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim was also jeered and berated by a portion of the 200 residents from Section 23 who participated in the dialogue.

Najib said what transpired had clearly showed that the states under the administration of the opposition pact were facing various problems and they had failed to tackle any issue that had cropped up.

“The credibility of the opposition government in the states under their administration has now been questioned by the people themselves.

“When they hold power, they face so many problems, whether the problems were due to their failure in fulfilling their promises (made during the last general election), (or) caused by the decisions that they made which did not meet the people’s expectation, or the problems cropped up due to the incorrect decision they had made in tackling a particular situation,” said Najib.

Asked whether the federal government would intervene or assist the Selangor state government in resolving the issue, Najib said the federal government could not assist because the question on the new site for the temple was under the full jurisdiction of the state government.

Asked on the BN candidate for the by-election for the Bagan Pinang state seat in Negeri Sembilan, Najib said the matter was still too early. He was again asked about the bonus for civil servants to which he responded with a smile: “(That you have to) ask the KSN (Chief Secretary to the Government).”

Earlier, Najib visited several houses of sickly and elderly residents in Kampung Padang Jaya, Jaya Gading, Kampung Sri Damai, Kampung Bentan and Kampung Pulau Serai, and visited victims of a storm in Kampung Panchor, Pekan.

Commenting on the visits, he said he had made such visits as a normal routine ever since he became the Member of Parliament for Pekan a long time ago.

“I find that such an approach had been very effective because I can see the situation for myself, and meet the residents who need assistance from the government or from the Yayasan Taha,” he said. — Bernama

Prof Teo: Hubungan kaum di M'sia hanya retorik..! Bagi pakatan rakyat mereka ikhlas dalam hubungan kaum...buktinya dalam negeri Pakatan Rakyat...!!

Hubungan antara kaum di Malaysia hanya retorik - hanya nampak baik di luar tetapi di dalam tidak baik, kata Felo Penyelidik Utama, Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Prof Teo Kok Seong.

“Di negara ini, sifat curiga mencurigai antara kaum yang menjadi masalah,” katanya dalam wawancara dalam Mingguan Malaysia hari ini.

“Saya juga melihat keadaan ini berlaku kerana parti yang berasaskan kaum yang jelas memperjuangkan kaum mereka sahaja dan ini akan mengheret soal lain seperti bahasa dan sebagainya,” tegas beliau lagi.

Menurut beliau, sepatutnya ada satu bahasa pengantar sahaja dan bahasa lain boleh dipelajar tanpa ada masalah.

“Namun kepentingan sistem satu bahasa adalah penting untuk memupuk perpaduan di kalangan masyarakat berbilang kaum,” tegas Prof Teo.

Katanya, politik yang bersifat perkauman sangat bahaya dalam usaha memupuk perpaduan.

“Sekarang ini kita hanya melihat perpaduan di peringkat luaran dan tidak ada interaksi yang sebenar antara semua kaum.

“Komunikasi antara kaum ini, ada yang hanya bercakap bahasa pasar sahaja, malah ada yang tidak langsung boleh berbahasa Melayu,” tambahnya.

Oleh itu, tegasnya, perlu ada usaha untuk memupuk satu interaksi tulen antara kaum supaya perpaduan yang diperjuangkan selama ini akan berjaya.

Menyentuh mengenai media, Prof Teo berkata semua akhbar vernakular Melayu, Cina dan India bersikap perkauman.

“Ini biasa terutama di negara ini yang penduduknya berbilang kaum. Apabila suratkhabar bersifat perkauman, maka ia akan bersikap membela golongan tertentu dan dari segi berita, banyak berita yang disiarkan pun ke arah golongan tertentu,” katanya.

Prof Teo berkata beliau tidak kisah dicemuh kerana pandangannya itu “kerana beliau mewakili masyarakat Cina yang berfikiran sederhana”.

Ditanya mengenai peranan pemimpin politik dalam memulihkan perpaduan antara kaum, beliau berpandangan mesti ada had dalam politik.

Dalam Kekecohan Tersebut Wajarkan 'PEMUDA' ini melakukan perbutan tarik kerusi tersebut..?? Agen provokasi UMNO@BN dalam Dailog Kuil Seksyen 23....???

Si Rambut Panjang Tarik Kerusi
Jelas salah satu bentuk provokasi yang didasari semangat perkauman!..

Rakaman pada minit ke 6.00 ini menunjukkan seorang pemuda (melayu) menarik kerusi ketika seorang dewasa (berbangsa India) ingin duduk, menyebabkan beliau tersungkur jatuh.. tindakan seperti ini sudah pastinya mengundang 'malapataka' perkauman!.. apa reaksi orang India apabila melihat video ini? apakah insiden ini sebenarnya penguat hujah bahawa perhimpunan mengarak kepala lembu tempoh hari juga sebenarnya bertujuan menyindir dan menghina kaum lain?..

Keseluruhan rakaman video ini juga menunjukkan terdapat pihak yang sengaja mahu mencetuskan huru-hara dan kekecohan dlm majlis dialog tersebut.. babak awal rakaman menunjukkan bagaimana 'samseng-samseng' ini menjerit-jerit sambil tersenyum dan tergelak.. apakah mereka ikhlas mahu meluahkan perasaan, atau sememangnya mereka
ikhlas' untuk mencetuskan kekecohan?..

Benarlah telahan beberapa pihak sebelum ini.. dasar perjuangan kebangsaan dan perkauman yang dibawa oleh Parti Kebangsaan Melayu Bersatu ini sememangnya tidak membawa keuntungan kepada negara berbilang bangsa seperti Malaysia, apatah lagi bertepatan dengan nilai-nilai yang diperjuangkan Islam..dasar ini bukan sahaja gagal menyatupadukan umat Islam, malah merenggangkan hubungan sesama bangsa lain.. bak kata seorang rakan, Melayu racist sangat bahaya! sepertimana bahayanya jika bangsa Cina dan India racist..

Apa yang pasti, jika wujud peristiwa berdarah rentetan dari kejadian2 ini, faktor utamanya sudah dapat dikenal pasti...inilah bahana perjuangan berasaskan bangsa dan perkauman! - ruangbicara priamalaya