Jumaat, 4 September 2009

Tubuh Suruhanjaya Bebas Betulkan SPRM

Pentadbiran Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu dibincangkan dalam satu Suruhanjaya Terbuka bagi membetulkan fungsi dan peranan mereka.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, pentadbiran dan kaedah siasatan yang diguna pakai oleh badan ini sangat lemah, berbanding Negara lain dan ia perlu diperbaiki.

“Kita telah mencipta satu institusi yang mana tidak ditadbir dengan baik dan cara penyelidikan sangat lemah berbanding Negara yang berjaya sebagai contoh kita tengok rating, New Zealand, Findland utama kedua manakala rating Malaysia ke 47, banyak kelemahan perlu diatasi. Adalah patut kita bincangkan dalam suruhanjaya terbuka bagi membetulkan pentadbiran SPRM ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Tvselangor menerusi program Bincang-bincang Khas di Pejabat Menteri, semalam.

Tan Sri Khalid berkata, kelemahan SPRM ialah di segi perlaksanaan undang-undang dan mereka juga tidak mengetahui keutamaan sesuatu kes yang harus di siasat.

Katanya, SPRM menunjukan kecetekan ilmu dalam menyiasat kes yang bernilai lebih kecil, berbanding yang berjumlah jutaan ringgit dan tidak dapat menilai keutamaan sesebuah kes untuk disiasat.

“Apa yang jelas ialah perlaksanaan dari undang-undang tersebut, saya lihat terdapat kelemahan yang sangat besar dari segi perlaksanaan, jika tujuan untuk membendung rasuah, sudah tentulah SPRM yang dipilih dengan kepakaran, tetapi kita mesti ada keutamaan iaitu lebih besar kesan rasuah itu berlaku, lebih banyak tumpuan dibuat oleh SPRM,

“Mereka perlu beri keutamaan, itu diberi keutamaan, tepi kalau rasuah dicari melibatkan beberapa 2.3ribu membiarkan beratus juta yang telah diberitahu itu memperlihatkan pengurusan itu cetek ilmunya, tidak reti tentang keutamaan,” katanya.

SPRM katanya, banyak menghabiskan masa menyiasat penyelewengan yang remeh, namun membiarkan kejadian rasuah atau penyelewengan besar, berterusan seperti Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) membabitkan billion ringgit dana rakyat serta peruntukan Adun Barisan Nasional kira-kira setengah juta ringgit, yang dihabiskan dalam tempoh tidak sampai 3 bulan. -TVSelangor


Demokrasi yang saya fahami (2)

Oleh: Labu-Labi

Dalam siri yang lalu telah diterangkan secara ringkas apa itu sebuah kerajaan. Juga ditunjukan betapa hubungan yang erat adalah perlu sebagai mejamin keharmonian serta kesejateraan negara. Dan juga dinyatakan sifat sifat perlu setiap pemimpin.

Kali ini, saya ingin membawa kepada takrif demokrasi secara umum, seperti yang difahami oleh saya, bukan demokrasi diseluruh dunia. Kerana untuk memahami demokrasi diseluruh dunia, ianya menjadi pelbagai. Setiap negara ada cara dan corak mereka sendiri, yang juga dikenali sebagai demokrasi. Untuk tujuan itu, rencana ini akan menjadi Panjang dan berbelit belit. Tujuan saya menulis ini, sekadar untuk membantu, bagi menyedarkan rakyat terbanyak, akan hak kita sebagai rakyat. Oleh itu saya tidak akan menumpukan soal demokrasi secara menyeluruh, tetapi akan lebeh menumpukan demokrasi diMalaysia, seperti yang saya pelajari semasa sekolah rendah dahulu, dalam tahun 60 an (dalam matapelajaran Tatarakyat).

Buat permulaan, mari kita tengok dimana kita dan dimana pemimpin kita berada. Kita mengamalkan sistem Raja berpelembagaan, itu demokrasi kita, kita tengok secara menyeluruh Negara Malaysia, negeri negeri pun lebeh kurang macam tu lah (lihat rajah dibawah) :

rajah12

Dari rajah diatas, dapat kita lihat betapa susunan yang sebegitu rupa, teratur dan terjalin hubungan antara satu peringkat dengan peringkat yang seterusnya. Saling perlu memerlukan.

Pemimpin kini telah dipecahkan beberapa kategori, dengan harapan, masing masingdapat melaksanakan tugas dengan tenang dan bebas. Dimana setiap lima tahun sekali, rakyat
diberi hak untuk memilih pemimpin mereka, melalui undi dalam satu pemilihan yang besar yang dikenali sebagai Pilihan Raya Umum. Wakil yang terpilih dalam setiap pilihan raya dinamakan “Wakil Rakyat”, tugasnya ialah mewakili rakyat keperhimpunan Parlimen, yang diadakan dalam masa masa tertentu, yang kita kenali sebagai “Persidangan Parlimen”.

Kita tidak memilih Agong dan kita tidak memilih Perdana Menteri (selepas ini dikenali sebagai PM sahaja), juga kita tidak memilih Timbalan Perdana Menteri (TPM) serta kita tidak memilih Menteri dan Timbalan Menteri. Kita tidak layak untuk memilih mereka itu. Kita hanya diberi hak untuk memilih wakil kita, yang dikenali sebagai “WAKIL RAKYAT”, itu pun lima tahun sekali atau dalam pilihanraya kecil (sekiranya berlaku kekosongan bagi sesuatu kawasan itu). Oleh kerana kita tiada hak menentukan siapa yang akan memimpin kita, maka hak yang satu itulah yang perlu dinilai secara betul dan tepat sebelum memangkah kertas undi. Hak itulah, yang akan dipertanggungjawabkan keatas kita, kelak oleh Allah, bukan setakat oleh manusia didunia ini, sekiranya berlaku penyelewengan dan kerosakan oleh pemimpin yang telah terpilih.

Kita kembali kepada rajah yang disertakan itu. Agong dipilih melalui Mesyuarat Raja Raja seluruh Malaysia, yang dikenali sebagai Majlis Raja Raja. Senator pulak dipilih oleh Agong serta Kerajaan yang sah bagi setiap Negeri.

PM, TPM, Menteri serta Timbalan menteri pulak sape lantik ? disini lah tugas dan tanggungjawab wakil rakyat, yang telah kita pilih melalui pemilihan “Pilihan Raya Umum”. Sekiranya kita memilih secara ikut suka, tanpa pertimbangan, maka akibatnya kita yang akan tanggung semula. Kita tak perlu salahkan orang lain, kerana kerosakan yang berlaku adalah hasil dari kegagalan kita sendiri, tidak menilai secara “Rasional” Wakil Rakyat yang akan kita pilih itu.
Kita tutup dulu celoteh saya ini setakat ini dulu. Dalam siri yang berikutnya, kita tengok apakah sepatutnya berlaku di Parlimen sebaliknya apakah yang berlaku.

Diskusi meja bulat 'panas', pelaksana hukuman dipersalahkan ..!

Azamin Amin

KUALA LUMPUR, 4 Sept : Kartika Sari Dewi Shukarno, 32 dihukum sebat tetapi 13 lelaki Islam yang minum arak pada hari itu, terlepas begitu sahaja. Kemudian, tiada tukang sebat, hormati Ramadan dan jantina jadi alasan tangguhkan hukuman.

Caca marba ini dilihat berpunca daripada kegagalan pemerintah untuk melaksanakan hukuman Islam dengan sempurna yang akhirnya membawa imej buruk kepada agama itu sendiri.

Demikian antara fakta-fakta penting yang dilontarkan dan disimpulkan oleh Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin ketika diskusi meja bulat dengan lima wakil pensyarah dari fakulti undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan tiga wakil Sister in Islam (SIS) berhubung kes Kartika di Parlimen petang semalam.

"Sebenarnya hukuman Islam itu jelas tetapi pelaksanaannya tidak dijalankan sempurna. Beban tanggungjawab adalah terhadap kerajaan dan kegagalan pemerintah untuk melaksanakan undang-undang Islam membawa imej buruk kepada agama," katanya yang telah pun menemui Kartika Isnin lalu.

Mengupas falsafah di sebalik hukuman yang ditentukan oleh al-Quran, wakil UIAM Dr Majdah memberitahu bahawa ianya kaedah Allah SWT membawa kembali pesalah ke pangkal jalan atau jalan yang lurus (Siratul Mustaqim).

Hukuman yang dilaksanakan katanya bukan bertujuan mendera tetapi untuk mendidik dan memberi rasa insaf malah untuk mendapat rahmat dan pengampunan daripada Allah (swt) di dunia dan Akhirat.

"Hukumannya serius kerana mahu menimbulkan rasa gentar kepada pesalah dan orang ramai agar tidak melakukan perbuatan minum arak itu dan dalam masa yang sama melindungi orang awam dan masyarakat daripada gejala buruk minum arak ini," katanya.

Sementara itu, wakil SIS Nazreen mencelah bahawa pihaknya tidak pernah mempertikaikan dosa minum arak dan apa yang telah termaktub dalam al-Quran tetapi mempersoalkan kaedah pelaksanaan hukuman yang dilihat berat sebelah dan menjadikan Kartika sebagai mangsa.

"Ini kesalahan pertamanya bahkan dia sendiri telah mengaku. Kartika melalui trauma dalam keadaan dia menjadi mangsa. Sepatutnya dia dibebaskan daripada hukuman.

"Apa sudah jadi dengan 13 orang yang lain yang ditangkap bersama Kartika. Dakwaan mereka telah dibatalkan dan 'settle' luar mahkamah dengan alasan-alasan yang bodoh," katanya yang merupakan seorang peguam yang tegas mempertahankan hak kesaksamaan wanita.

Dalam pada itu, Dr Zulfaqar daripada UIA menyatakan bahawa berdasarkan fakta kes Kartika telah membuat pengakuan akan kesalahannya.

"Berdasarkan pengakuan, ia menjadi kaedah yang terbaik dalam soal pensabitan kepada hukuman. Itu menunjukkan kesungguhannya. Ertinya beliau faham akan ikrar yang dibuat dan kesannya.

"Sebenarnya hukuman sebat 6 kali rotan itu adalah jauh lebih kecil berbanding hukuman Islam yang sebenarnya iaitu 40 kali sebatan. Ketika hukuman mandatori bagi kes rogol 20 sebatan, tiada siapa pun yang pertikaikan," katanya.

Menjelaskan hukuman ke atas peminum arak, Dr Nasimah berkata terdapat perbezaan pendapat jenis hukuman dan bilangan sebatan dalam undang-undang Islam.

Ada 7 kesalahan yang jelas dikenakan hukuman seperti berzina, murtad, minum arak, bunuh, pemberontakan tetapi cuma 3 daripadanya ditentukan sama ada ia dihukum secara hudud aataupun takzir, katanya.

Katanya ada amalan tertentu yang sememangnya ditentukan dan mempunyai hukuman, jika melakukan kesalahan sebaliknya tidak bagi orang meninggalkan solat atau puasa.

"Semua amalan ianya terletak antara dia dengan tuhan, tetapi ada perbuatan kerana menjaga hal-hal kemasyarakatan, maka ada hukuman yang dikenakan.

"Jenis hukuman ada yang berbeza, ada 40 kali sebat, 80 kali, atau 60 kali.Ada pukul dengan kain, selipar dan pelepah tamar.Walaupiun berbeza pendapat tetapi yang jelas hukuman terhadap peminum arak tetap ada," katanya.

Seorang wakil SIS mencelah dan kelihatan tidak berpuas hati dengan perbezaan pendapat tentang hukuman ataupun khilaf, sedangkan baginya undang-undang Islam atau syariah itu hanya satu dan tidak berbeza sehingga menyebabkan wanita didiskriminasi.

Beliau kemudiannya membangkit persoalan bapa-bapa yang tidak memberi nafkah anak setelah bercerai, yang dilihat terkeluar daripada konteks isu Kartika yang dibincangkan itu.

Nazreen juga melontarkan sekilas pandangnya bahawa undang-undang sepatutnya dilaksanakan "ikut hati" yang turut menimbulkan rasa tidak senang wakil-wakil UIAM sekaligus membidasnya.

Kedua-dua pihak kemudiannnya bertali arus dan bertubi-tubi menjawab sekaligus membela hujah masing-masing menjadikan diskusi meja bulat itu bertukar menjadi "dewan kuliah pelajaran syariah" selama 20 minit, sehingga terpaksa ditenteramkan oleh Zuraida.

"Undang-undang syariah itu sudah betul cuma kelemahan manusia yang melaksanakan," kata Dr Nasimah cuba menenangkan keadaan.

Terdahulu, Prof Rahman Awang dari UIA memberitahu bahawa undang-undang Islam telah lama wujud di Tanah Melayu sejak zaman Melaka lagi namun kedatangan penjajah Inggeris telah menukarkan sistem perundangan Islam kepada sistem undang-undang hasil ciptaan Barat yang digunapakai kini.

"Sejak merdeka, undang-undang Islam tidak pernah diberi peluang untuk berkembang di Malaysia. Oleh sebab itu, kebanyakan masyarakat tidak mengetahui sistem perundangan Islam secara jelas dan mengeluarkan pendapat yang jahil dan bercanggah dengan Islam apabila isu Kartika ini timbul.

"Umat Islam di Malaysia telah dinafikan untuk melaksanakan Undang-undang Islam kepada diri mereka sendiri. Perundangan Islam bukan setakat 'kepercayaan' tetapi ia merangkumi 'pengamalan'," katanya.

Malah kata Rahman Perlembagaan telah memberi kuasa kepada mahkamah syariah, oleh itu keputusan yang telah dibuat perlu dihormati.

Apa yang boleh dirumuskan dalam diskusi meja bulat itu ialah kegagalan pihak yang berwajib dalam melaksanakan hukuman yang telah dijatuhkan dengan alasan yang tidak munasabah.

Perkara ini menunjukkan bagaimana pihak kerajaan gagal untuk melaksanakan kepentingan dalam sistem perundangan Islam. Selain itu, kerajaan juga tidak pernah menunjukkan kesungguhan untuk memastikan sistem Perundangan Islam dapat berjalan dengan sempurna di negara ini walaupun telah menyambut ulang tahun kemerdekaan yang ke 52.

Kesalahan wanita kontroversi ini bermula pada 20 Ogos lalu, Kartika yang berusia 32, telah dijatuhi hukuman denda sebanyak RM5,000 dan enam sebatan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan selepas mengaku salah meminum arak di sebuah hotel pada 11.40 malam 11 Julai 2008.

Dia didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang yang membawa hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya dan disebat tidak melebihi enam sebatan.

Dari sudut sejarahnya, Kartika merupakan wanita pertama yang akan disebat akibat kesalahan meminum arak di negara ini sedangkan Iran, Pakistan, Arab Saudi, Sudan dan negara-negara yang mengamalkan hukum islam, ia merupakan satu fenomena biasa.

Samy Vellu throws in the gauntlet, Malaysiakini says no to removal of video

PR Serah Memo Bantah Khidmat KPN Bermasalah Dilanjutkan

Sayap pemuda parti-parti komponen Pakatan Rakyat menghantar memorandum ke Kementerian Dalam Negeri membantah penyambungan kontrak Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan.

Memorandum setebal 28 muka surat ini melampirkan pertuduhan salahguna kuasa Musa serta akuan bersumpah dari beberapa anggota polis mendedahkan pembabitan Musa dalam sindiket jenayah.

Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia Shamsul Iskandar Md Akin berkata, kontrak Musa tidak seharusnya disambung melihat kepada rekod buruk pegawai tertinggi polis itu.

“Kita mengemukakan bukti kepada pihak kementerian tentang pelbagai dakwaan dan akuan bersumpah yang telah dibuat mengaitkan Musa Hassan dengan kumpulan jenayah yang terancang dan juga kongsi gelap," katanya.

Memorandum berkenaan diserahkan kepada Setiausaha Bahagian Kepolisian Kementerian Dalam Negeri Awang Din jam 3 petang tadi.

Kerajaan melanjutkan tempoh khidmat Musa untuk setahun kepada September 2010. Musa dijadualkan bersara pada 13 September tahun ini.

Ini adalah kali kedua perkhidmatannya dilanjutkan. Kali pertama adalah semasa di bawah pentadbiran Abdullah Ahmad Badawi pada September 2007.

Mengulas dengan lebih lanjut, Shamsul berkata Pakatan Rakyat yakin kadar jenayah yang parah dan kehakisan keyakinan rakyat terhadap agensi kerajaan berpunca dari pemilihan watak-watak yang diragui integritinya seperti Musa.

“Sebagai penjawat jawatan yang paling penting dan tertinggi dalam institusi kepolisian persoalan intergriti ini menjadi persoalan yang penting dan bila ada dakwaan dan bukti yang kemukakan tadi membuktikan beliau sebagai ketua polis negara tercemar dan institusi kepolisan juga tercemar,” katanya.

Beliau turut menyelar tindakan Perdana Menteri Najib Abdul Razak membenarkan individu yang terpalit pelbagai tuduhan salahguna kuasa untuk terus berkhidmat tanpa disiasat.

“Dalam masa yang sama bercakap soal rakyat didahulukan pencapaian diutamakan. Ini tidak sama dengan konotasi dan apa yang diwar-warkan Perdana Menteri Malaysia.

“Ini perkara yang cukup serius kerana melibatkan keselamatan dan intergriri pasukan polis dan paling penting melibatkan masa depan masyarakat dan juga rakyat.,” katanya.

Sementara itu Naib Ketua Pemuda Pas Pusat Sabky Yusuf meyifatkan penyambungan kontrak Musa adalah ancaman kepada keselamatan negara.

Sabky berkata Najib nampaknya lebih mengutamakan kepentingan politik BN dari memilih pegawai-pegawai kanan polis yang adil, bebas dan komited membanteras jenayah.

“Soalnya sekarang apa yang diutamakan bukannya rakyat tetapi kerajaan BN untuk mempertahankan kerajaannya. Mungkin Najib boleh tukar slogan ini kepada ‘BN first performance latter’,” katanya.

Reunion OKT Himpunan MANSUH di Mahkamah Sesyen 5

Pengerusi GMI@Pengarah HMI juga hadir memberikan solidarity beliau pada semua 29 OKT.
Mereka semua sentiasa bersemangat untuk mendengar mengapakah mereka dikatakan salah kerana menyertai Himpunan MANSUH ISA.

Empat dari lima orang OKT wanita yang turut ditahan di Himpunan MANSUH 1 Oos lalu.

Sebahagian dari 29 OKT HMI09 bersama Honey Tan, salah seorang peguam yang mewakili mereka.

Memang tak adil, memang zalim..memang kaki penipu dan putar belit.

Kami menjadi mangsa kezaliman hasil dari tangkapan terpilih pihak berkuasa. Perhimpunan aman yang diadakan oleh Pakatan Rakyat dan NGO dikatakan perhimpunan haram..mereka..orang BN buat semua pun tak apa, baca di sini semua pun okay...ada saja alasan yang cuba dimenasabahkan..

Semalam kami di GMI berfikir-fikir dalam membuat keputusan untuk memberikan sedikit sumbangan kepada kumpulan ISA7, bekas pelajar universiti yang didapati bersalah kerana menyertai 'perhimpunan haram' menentang akta Zalim ISA pada tahun 2001. Sejak dari itu mereka sudah diberhentikan pelajaran mereka, mereka terpaksa mengharungi perit getir selama lebih 8 tahun sebelum akhirnya pada tahun ini mereka didapati bersalah dan dikenakan denda sebanyak RM3,900.00. Baca di sini.
Justify Full
Saya amat memahami penderitaan dan kesusahan mereka.

Ramai lagi ahli Pakatan Rakyat dan rakyat yang bencikan kezaliman dan cuba tunjukkan kebencian mereka dengan menyertai perhimpunan aman kini perlu melalui dugaan yang sama. Turun naik mahkamah sehingga saat hukuman dijatuhkan yang entah bila datangnya.

Contohnya hari ini kes 29 orang yang telah ditangkap pada Himpunan Mansuh pada 1 Ogos lepas telah disebut di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur. Dakwaan awal kepada semua ialah kesalahan menyertai perhimpunan Haram dan bagi saya, Aiman dan Norlaila, kami punya tuduhan tambahan sebagai tidak membawa pengenalan diri.

Pagi tadi di hadapan Hakim, pihak Pendakwaraya telah tiba-tiba mengemukakan 2 tuduhan alternatif kepada sebahagian dari 29 orang OKT yang hadir. Mungkin mereka terasa mereka telah melakukan kesilapan besar, kerana 13 orang yang diberi tuduhan alternatif itu telah ditangkap pada jam 3.50 pagi hari Sabtu...sedangkan perhimpunan aman yang dirancangkan hanya bermula pada jam 2 petang.

Maka tuduhan alternatif yang diberikan kepada mereka ialah..(memang sangat kelakar)..."bahawa kamu telah memberikan bantuan berbentuk T-shirt yang berwarna merah yang bertulisamn putih UNIT AMAL dan topi kepada sebuah pertubuhan haram GAGASAN MEMANSUHKAN ISA'....ishh..entah apa-apa tah si pendakwaraya ni bersekongkol dengan polis yang menangkap.

Tuduhan alternatif kedua mereka pula ialah "bahawa kamu cuba menyertai satu perhimpunan haram"...ha...jangan main-main...cuba pun tak boleh...

"Adakah kamu mengaku bersalah?"

"Tidak!!"....semua mereka yang masih muda belia dan datang dari jauh mengaku tidak bersalah tanpa ada sebarang paksaan atau tunjuk ajar...memang power mereka...berani menempuh cabaran termasuk remaja bawah umur 16 tahun...anak Pondok Pak Teh di Perak.

Maka Hakim akhirnya meletakkan tarikh 13hb November ini untuk sebutan kes lagi, kerana peguambela memohon agar kes 'tuduhan tidak memiliki kad pengenalan diri" untuk kami bertiga dipohon untuk didengar bersekali dengan pertuduhan menyertai perhimpunan haram.

Peguam memohon agar kesemua OKT tidak perlu hadir pada 13hb November memandangkan ianya hanya sebutan kes. Hakim yang baik hati membenarkan permohonan tersebut...memang amat bertimbang rasa untuk mereka yang perlu datang dari jauh.

Kemudiannya kami semua turun pula ke tingkat dua untuk memasuki mahkamah majistret 10 bagi sebutan kes saya, Aiman dan Norlaila. Pendakwaan awal kami pada 3 Ogos yang lalu dibuat di sana di hadapan Majistret yang comel dan muda belia.

Suka saya catatkan di sini bahawa pada hari kejadian bukannya kami tidak membawa IC kami, ianya ada pada kami. Bila polis yang tidak beruniform minta kami memang tidak menyerahkan, kami tanyakan untuk apa, jika hanya untuk beri maklumat diri, kami boleh sebutkan. Namun polis tersebut terus kata :"ok, kalau tak nak bagi kami akan dakwa sebagai tak ada IC"...dan kami dihukum dengan dikurung dalam truck polis berjam-jam.

Untuk sahabat kami yang dua orang lagi Kak Yati dan Kak Salmah, mereka telah menyerahkan IC mereka kepada polis bila diminta pada hari kejadian..dan..ironinya ialah hingga hari ini POLIS GAGAL SERAHKAN kembali IC mereka atau boleh dikatakan polis telah mencuri IC mereka dan dihilangkan. Kesian Kak Yati, dia akan ke Mekah pada 6hb ini..terpaksalah bersusah payah mencari IC. Apa punya kes polis ni...Begitu juga untuk 26 orang yang lainnya mereka juga terpksa bersusah payah untuk mendapatkan kembali IC mereka. Maka pada hari perbicaraan kes IC kami kami akan lawan dan tentang habis-habisan!!!!.

Di kamar mahkamah Peguam memohon agar kes kami dipindahkan ke Mahkamah Sesyen 5 dan didengar bersekali dengan kes yang lainnya. Pn Majistret bersetuju. Peguam meneruskan dengan memohon agar kami bertiga tidak perlu hadir untuk sebutan kes pada 13 November seperti yang dibenarkan oleh Hakim sebelumya. Namun jawapan Pn Majistret ialah:

"Saya arahkan mereka bertiga hadir untuk sebutan kes pada 13 November"

Tidak mengapalah Puan Majistret...Pn Majistret membuatkan saya mengingatkan kembali akan peristiwa pada 3 hb Ogos dahulu di mana kami nyaris-nyaris dipenjarakan semalam lagi..kemungkinan besar di Penjara Kajang...kerana banduan yang duduk bersama kami di lokap sementara di Jalan Duta mengatakan kepada kami bahawa mereka terpaksa lewat di hantar pulang ke Penjara Kajang kerana menantikan kami. Alhamdulillah dengan ketangkasan dan kepantasan semua peguam kami pada hari itu telah menyelamatkan kami dari disumbat ke Penjara Kajang.

Memang tak adil...memang zalim....Tumbangkan pemimpin dan kerajaan yang tidak adil dan zalim!!!!

7 hb hingga 9hb September sekali lagi kami perlu ke mahkamah yang sama di hadapan Hakim yang sama untuk kes tangkapan PROTES 2008-OPS PADAM3

SPR Ultra Vires Sekat Pilihanraya Kecil - Ambiga

Suruhanjaya Pilihan Raya telah bertindak di luar bidang kuasa dan peranannya kerana enggan mengadakan pilihan raya kecil bagi tiga kerusi Dewan Undangan Negeri Perak, Mahkamah Tinggi di sini diberitahu pada Jumaat.

Peguam Datuk S.Ambiga menyifatkan sebagai tidak sah dan tidak rasional keputusan SPR bahawa ketiga-tiga kerusi itu tidak kosong akibat pelantikan jawatan ketiga-tiga penyandangnya seperti yang diputuskan oleh Speaker ketika itu, V.Sivakumar.

"Responden keempat (SPR) telah mengambil kuasa dan hak Speaker bagi menentukan bahawa peletakan jawatan berlaku," katanya di hadapan Hakim Lau Bee Lan di kamar.

Ambiga, yang juga bekas Presiden Majlis Peguam, berhujah mewakili Sivakumar dalam permohonannya bagi satu semakan kehakiman untuk mengarahkan SPR supaya mengisytiharkan kerusi Behrang, Changkat Jering dan Jelapang kosong dan mengadakan pilihan raya kecil.

Sivakumar menamakan Adun Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi, Adun Changkat Jering, Mohd Osman Mohd Jailu, Adun Jelapang, Hee Yit Foong, dan SPR sebagai responden.

Dalam hujahnya, Ambiga berkata bahawa menerusi sepucuk surat kepada Sivakumar pada 5 Feb 2009, SPR telah menyatakan bahawa ia tidak dapat menentukan yang ketiga-tiga kerusi itu kosong, dan dengan itu, tidak boleh mengadakan pilihan raya.

"Setelah menetapkan yang ia tidak dapat memastikan bahawa kekosongan telah berlaku, SPR telah membuat keputusan bercanggah bahawa ketiga-tiga kerusi itu masih disandang oleh responden pertama hingga ketiga," katanya.

Sivakumar, 38, memohon perintah mahkamah bagi membatalkan keputusan SPR itu dan mengarahkan suruhanjaya itu mengadakan pilihan raya kecil bagi ketiga-tiga kerusi itu.

Beliau juga memohon agar mahkamah mengeluarkan perintah injunksi bagi menghalang Jamaluddin, Mohd Osman dan Hee daripada menjalankan tugas sebagai wakil rakyat di kawasan masing-masing.

Mahkamah menetapkan 9 Sept ini bagi mendengar hujah balas SPR yang diwakili Peguam Kanan Persekutuan Datuk Kamaludin Md Said. -Bernama

RM 37 juta : Sampai Bila Felda Mahu Menipu Peneroka...!! Setiap orang dapat RM 350.00 jek..??? Mana pegi ratusan juta keuntungan tu...???

Perkhabaran dari Ibupejabat Felda , 112,635 peneroka Felda bakal menerima RM350.00 setiap peneroka. Kata Perdana Menteri ianya sumbangan Edul Fitri.

Para peneroka nampaknya ditipu lagi. Hasil keuntungan dari carumanan-tabungan tanam semula dan penghasilan anak syarikat Felda yang berjumlah ratusan juta hanya diagihkan RM37 juta.

Itulah sikap-sifat Pengurusan Felda dan Pak Perdana Menteri, sudah kerap menipu saban hari ketagih menipu. Hasil mahsul peneroka sememangnya habuan mereka. Segala amaran Allah S.W.T dipandang enteng, angkuh mahkamah dicengkaman.

Jika peneroka mendapat RM350.00 kononnya 'duit raya', kita lihat berapa kakitangan Felda akan terima yang dianggap sebagai ang-paw raya pula. Pencatat membayangkan sekurang-kurangnya satu bulan gaji atau minima RM1,000.00.

Peneroka diperbodohkan lagi
.

Dalam beberapa hari lagi pencatat bersama rakan peneroka-generasi akan menubuhkan lagi satu pasukan pelaksana untuk mengempur segala penipuan Felda.

Pasukan ini disertai oleh para professional dari seluruh negara. Pencatat dan rakan-rakan akan berkerjasama dengan PKR pusat bagi menyelak semua fail-fail kejahatan Felda.

Hisham: Don't blame cow-head protestors..!! So what next Hisham..??







Surat Terbuka Untuk Penduduk Seksyen 23

Kehadapan penduduk Seksyen 23 yang dihormati,

Semoga surat ini menemui tuan-tuan dalam keadaan sihat wal afiat serta keimanan yang teguh dan jitu berkat bulan Ramadhan ini.

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengingatkan diri saya serta tuan-tuan akan Firman Allah, Surah Al Maaidah ayat 8 yang bermaksud;

“Bertindak adil! Ianya lebih rapat dengan keTaqwaan.”
Semoga dalam usaha kita membina keTaqwaan dalam bulan Ramadhan ini, kita mengingati hakikat bahawa ‘keTaqwaan’ yang diusahakan itu mempunyai hubungan rapat dengan keadilan. Keadilan ini pula perlu dilaksanakan terhadap semua, walaupun terhadap yang tidak disenangi. Ini ditegaskan di dalam ayat yang sama yang bermaksud,
“dan jangan oleh kerana kebencian kamu terhadap sesuatu kaum menyebabkan kamu tidak berlaku adil…”
Kalau terhadap kaum yang dibenci sekalipun dituntut keadilan, apatah lagi terhadap jiran sekampung dan warga sekota? Walaupun mereka tidak sebangsa dan seagama, hakikatnya mereka tidak memusuhi kita atau memusuhi Islam. Maka, mereka layak mendapat layanan yang adil. Adakah adil sekiranya kita menafikan mereka hak tempat beribadat yang berhampiran dan sebaliknya memaksa mereka ke seksyen 22, di tengah-tengah kawasan Industri berat, jauh dari kawasan kediaman? Tiada apa di sana kecuali kilang-kilang.

Saya hanyalah seorang wakil rakyat yang dipilih oleh tuan-tuan melalui pilihan raya yang diadakan pada masa-masa tertentu. Saya tidak berhak memaksa apa-apa pandangan atau keputusan ke atas tuan-tuan semua. Saya hanya mengharapkan keputusan yang tuan-tuan rumuskan sendiri berhubung cadangan pemindahan kuil ke Seksyen 23 mengambil kira persoalan keTaqwaan dan keAdilan seperti di atas.

Islam adalah agama yang adil. Keadilannya mampu menawan hati semua manusia. Yang paling saya takuti adalah tindakan yang memberikan gambaran bahawa Islam adalah sebaliknya. Allah murka terhadap mereka yang bertindak dengan cara yang merosakkan imej Islam sehingga menyebabkan manusia terhalang untuk mengenali keadilannya. Allah berfirman ayat 94 Surah An-Nahl yang bermaksud:-
“Dan kamu ditimpa kehinaan kerana menjadi penghalang kepada jalan Allah (disebabkan tindakan buruk kamu) dan untuk kamu azab yang amat dahsyat (pada hari akhirat kelak)”
Ada yang bertanya kepada saya, tidakkah saya khuatir saya kalah dalam Pilihan Raya yang bakal tiba oleh kerana isu ini. Bagi saya sekiranya itulah kehendak pengundi, apakan daya? Yang penting sejarah akan menjadi saksi bahawa ada Ahli Parlimen dari parti Islam yang memperjuangkan keadilan untuk semua walaupun orang Hindu. Seperti kisah seorang raja Islam di Mysore, Bangalore, India pada abad ke 18 yang bernama Sultan Fateh Ali Khan Tippu (Tippu Sultan). Rakyatnya terdiri daripada orang Islam, Hindu dan Sikh. Hingga ke hari ini rakyat India masih menceritakan mengenai pemerintahan beliau yang berasaskan Islam sebagai sebuah pemerintahan yang adil.

Semoga Allah memberkati kita semua dan memimpin kita ke jalan yang diRedhaiNya.

وسلام عليكم و السلام على من التبع الهدى
YB KHALID BIN ABDUL SAMAD
Ahli Parlimen Shah Alam

Why Barisan Nasional is losing the alternative media war

Barisan Nasional, your days are numbered. Over the next five years you are going to be a small footnote in history. WELCOME TO THE REVOLUTION.

MCMC Gesa Malaysiakini Jangan Siar Video 'Kepala Lembu'

Suruhanjaya Multimedia dan Komunikasi Malaysia (MCMC) meminta portal berita alternatif Malaysiakini menurunkan dua video 'provokatif' dari laman sesawangnya.

Dua video yang dimaksudkan MCMC itu adalah video perarakan kepala lembu dan video Menteri Dalam Negeri Hishamuddin Hussein membela penganjur perarakan itu.

Dari surat MCMC yang dipamerkan di laman Malaysiakini, suruhanjaya itu mendakwa dua video menanam rasa tidak puas hati di kalangan masyarakat India.

Demikian itu, kata MCMC, ia adalah kesalahan di bawah Seksyen 211/233 Akta Multimedia dan Komunikasi 1998.

Surat bertarikh 3 September ini ditandatangan Pemangku Pengarah Kanan Bahagian Pemantauan dan Penguatkuasaan Abdul Halim Ahmad.

Akaun Bank Kuala Dimensi Dibeku..!! Akaun MCA dan Tee Kiat macam mana...????

Akaun bank Kontraktor Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ), Kuala Dimensi Sdn Bhd, dibeku pihak berkuasa semalam.

Dipercayai sejumlah RM140 juta ringgit berada dalam akaun syarikat kontroversi itu.

Kuala Dimensi, dan pemegang saham utama syarikat itu, Tiong King Sing, yang juga merupakan Pengerusi Kelab Penyokong BN, menerjah di dada akhbar selepas laporan audit PriceWaterhouseCoopers mendedahkan peranan Kuala Dimensi dalam kegagalan PKFZ.

Kuala Dimensi dituduh mengenakan bayaran melampau kepada Lembaga Pelabuhan Klang menyebabkan projek itu dibebani lonjakan kos dan hutang yang tinggi.

Kepala lembu berdarah: Badan antarabangsa pula kecam..!

Dzulfikar Mashoor

KUALA LUMPUR, 4 Sept: Selepas dipertikai penduduk Seksyen 23 Shah Alam sendiri, perhimpunan mengarak kepala lembu 'berdarah' yang didalangi oleh beberapa pemimpin Umno negeri itu menerima kecaman antarabangsa pula iaitu Yayasan Penganut Hindu Amerika (HAF).

Pengerusinya (bahagian Polisi Awam) Ishani Chowdhury dalam satu kenyataannya mendesak pihak polis segera mengenal pasti dan bertindak ke atas kumpulan yang membuat provokasi perkauman dan agama sempit itu.

Jelasnya, lembu merupakan simbol kesucian, kasih sayang dan keamanan (ahimsa) menurut kepercayaan Hindu.

Sambil mendakwa tindakan terbabit berunsur ekstrem, perkauman serta menafikan hak minoriti penganut Hindu di Malaysia, beliau mendakwa Malaysia cuba mendiskriminasikan rakyat minoriti.

Tambahnya lagi, insiden itu mengakibatkan suasana tidak tenteram dalam kalangan penduduk tempatan yang beragama Hindu.

Dalam kenyataannya, Ishani berharap kerajaan Persekutuan memberikan perlindungan ke atas penduduk tempatan beragama Hindu dengan memindah Kuil Sri Mariammam ke tapak yang dicadangkan (Seksyen 23) serta membawa semua yang terbabit ke muka keadilan.

ImageJumaat lepas, kira-kira 50 orang mengarak kepala lembu berdarah ke pejabat Menteri Besar Selangor, bangunan SUK ekoran cadangan kerajaan negeri membina kuil di kawasan mereka.

Salah seorang jurucakap perhimpunan 'haram' itu mendakwa kepala lembu berdarah itu adalah suatu simbolik pada pemimpin dicucuk hidung; yang ditujukan kepada Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim, Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad, Adun Batu 23 Rodziah Ismail serta pemimpin-pemimpin Melayu dalam kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor yang lain.

Pun begitu, kebanyakan daripada mereka dikenal pasti adalah pemimpin-pemimpin Umno tempatan; sekaligus melengkapkan rumus khalayak bahawa insiden tersebut bertujuan menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.

Kekesalan HAF ini merupakan respon balas pertama penganut Hindu antarabangsa, setelah Polis memaklumkan bahawa pihaknya menerima lebih 52 aduan daripada penganut Hindu Malaysia sejak 31 Ogos lepas.

Sebelum ini, Malaysian Hindu Sanggam juga mempertikaikan tindakan ini. Mereka menyokong penuh cadangan kerajaan negeri memindahkan kuil di Seksyen 19 ke Seksyen 23 itu kerana ia tempat yang sesuai dan tidak mengganggu pihak lain.

Muhyidin saksikan sendiri kemelut Umno Terengganu ..!! Selamat Datang Pilihanraya Dun Terengganu..??

KUALA BERANG, 4 Sept: Selepas kecoh dalam media tentang krisis besar dalam Umno Terengganu, petang semalam ia dibuktikan di depan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyidin Yassin.

Hanya segelintir penyokong tegar Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said sahaja yang hadir ke majlis pertemuan pimpinan Umno dengan Timbalan Perdana Menteri itu.

Sebahagian besar Adun tidak hadir termasuk Adun yang tinggal di kawasan Hulu Terengganu sendiri. Datuk Rosol Wahid (Ajil) dan Mohd Zawawi Ismail (Kuala Brang) tidak hadir ke majlis itu.

Yang kelihatan di majlis itu hanyalah empat dari 10 anggota exco kerajaan negeri manakala Adun pula hanya seorang sahaja yang kelihatan.

Exco yang hadir adalah Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia, Ahmad Razif Abdul Rahman yang juga Adun Seberang Takir, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Yahaya Khatib Mohamad (Pengkalan Berangan).

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Zaabar Mohd Adib (Rantau Abang) dan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani, Rozi Mamat (Telemong).

Hanya Adun Air Puteh, Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar sahaja Adun yang hadir ke majlis Timbalan Perdana Menteri itu.

Hadir sama di majlis itu ialah Menteri Belia dan Sukan yang juga Ahli Parlimen Kemaman, Datuk Ahmad Shabery Cheek, Yang Dipertua Dun yang juga Ketua Umno Bahagian Hulu Terengganu, Datuk Tengku Putera Tengku Awang dan bekas Setiausaha Perhubungan Umno negeri, Datuk Rosli Mat Hassan.

ImageMuhyidin ke Hulu Terengganu petang semalam bagi menyertai Majlis Mesyuarat dengan empat peringkat pimpinan Umno negeri yang diadakan di Pejabat Umno Hulu Terengganu di Kuala Berang.

Beliau kemudiannya berbuka di Masjid Sultan Mahmud, Kuala Berang. Muhyidin serta Hishamudin kemudiannya solat Isya dan Terawih di Masjid Telok Menara yang terletak dalam Dun Manir yang diwakili oleh Pesuruhjaya PAS Terengganu, Datuk Harun Taib.

Kedatangan Muhyidin ke Terengganu adalah di tengah-tengah kemelut Umno Terengganu termasuk berita angin sembilan Adun Umno akan menyertai PKR untuk membentuk kerajaan baru bersama lapan Adun PAS.

Dalam sidang media selepas pertemuan dengan pimpinan Umno negeri itu, Muhyidin mengesahkan krisis dalaman Umno Terengganu itu.

Ekoran itu beliau menawarkan diri untuk menjadi orang tengah untuk bagi menyelesaikan kemelut yang beliau sifatkan bersifat pribadi itu.

"Saya lihat sudah ada penambahbaikan situasi sekarang berbanding dahulu. Namun begitu, saya nyatakan kesediaan saya untuk membantu mana yang difikirkan perlu kalau ada perkara-perkara tertentu yang perlu dibereskan.

"Sama ada melibatkan isu politik atau kerajaan dengan kerjasama Datuk Seri Hishammuddin dan Menteri Besar...lepas hari raya atau bila masa yang sesuai," katanya selepas mengadakan perjumpaan dengan pemimpin empat peringkat Umno Terengganu itu.

RM10 juta hanya 2 jam, RM2,400 10 jam dan mati ..!! SPRM..??

Zulkifli Sulong

KUALA LUMPUR, 4 Sept: Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Kiat hanya disiasat dua jam oleh pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ekoran dakwaan menerima RM10 juta dari Ketua Eksekutif Kuala Dimensi, Datuk Seri Tiong King Sing.

Padahal Setiausaha Politik seorang Exco Selangor, Teoh Beng Hock disoalsiasat lebih 10 jam oleh SPRM dan kemudiannya didapati meninggal hanya kerana isu RM2,400 sahaja.

Inilah dilema yang dihadapi oleh rakyat negara ini. Tokoh politik kerajaan yang memerintah mendapat layanan baik manakala pihak yang berbeza dengan kerajaan akan mendapat layanan sebaliknya.

Semalam pegawai SPRM mengambil masa lebih dua jam sahaja untuk menyoalsiasat Ong Tee Kiat ekoran dakwaan rasuah sebanyak RM10 juta.

Siasatan ini ekoran dakwaan Tiong King Sing yang juga Pengerusi Kelab Penyokong BN serta anggota Parlimen Bintulu, Sarawak kononnya dia memberikan wang sebanyak RM10 juta kepada Ong Tee Kiat untuk keperluan kempen dalam mesyuarat agung bahagian MCA.

Teoh Beng Hock pula disiasat selama lebih 10 jam dan pada waktu malam hingga pagi ekoran dakwaan yang melibatkan wang RM2,400 sahaja.

Beliau kemudiannya ditemui mati di sebelah bangunan Plaza Masalam yang menempatkan pejabat SPRM Selangor. Kes itu kini sedang dibicarakan melalui prosedur Inkues.

Ketika mengulas isu ini, Ahli Jawatankuasa Khas SPRM, Salahudin Ayub akan mendesak segera pengerusi JK itu, Tan Sri Radzi Sheikh Ahmad untuk bermesyuarat segera.

Image"Saya akan minta SPRM menjelaskan isu ini kepada kami segera," kata Salahudin yang juga Naib Presiden PAS kepada Harakahdaily.

Beliau juga meminta SPRM mendedahkan segera hasil siasatan dua jam mereka terhadap Ong Tee Kiat yang merupakan isu yang sangat kontroversi ini.

"Apakah masa dua jam itu cukup? Kenapa pendek sangat sedangkan Teoh Beng Hock disiasat 10 jam dengan pelbagai jenis tekanan.

"Adakah modus operandi SPRM berbeza antara tokoh dari kerajaan BN dengan orang dari kerajaan Pakatan Rakyat," tanya Salahudin yang dilantik sebagai ahli JK Khas SPRM itu apabila SPRM bertukar dari Badan Pencegah Rasuah (BPR) tahun lalu.

Anggota Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Mohamad Ghazali pula mempersoalkan, "Apakah SPRM ini benar-benar colour blind iaitu tidak membezakan status dan kedudukan mereka yang didakwa terlibat dalam kegiatan rasuah."

Bagi beliau, apa yang berlaku terlalu jelas di mata rakyat, mereka mempunyai kedudukan berbeza pada mata SPRM.

ADUN BN Bagan Pinang NS meninggal..Nak Lari Dari Kota Seputih...! Bagan Pinang pulak datang..! Nak Lawan Ketentuan Allah ke...????


ADUN BN bagi Bagan Pinang, Negri Sembilan, Azman Mohd Noor meninggal dunia di Seremban hari ini.

Beliau meninggal dunia kerana serangan sakit jantung pada jam 2.30 petang tadi di Pusat Pakar Seremban.

Dalam pilihanraya umum lalu, Azman, 55, menang dengan mendapat 6,430 undi, menewaskan calon PAS, Ramli Ismail yang mendapat undi.

Dalam pilihanraya umum lalu, DUN Bagan Pinang mempunyai 14,192 pengundi yang 66 peratus Melayu, Cina (10.5%), India (19.9%) dan lain-lain (3.5%).

Ekoran itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan pilihanraya kecil dalam tempoh 60 hari ini.

Ia merupakan pilihanraya kecil kesembilan selepas pilihanraya umum tahun lalu.

Bagan Pinang merupakan kawasan DUN dalam Parlimen Telok Kemang. Empat lagi DUN dalam parlimen tersebut ialah Chuah, Lukut, Linggi dan Port Dickson.

Dalam pilihanraya umum lalu, Parlimen Telok Kemang dimenangi oleh calon PKR, Datuk Kamarul Baharin Abbas.

Manakala DUN Chuah pula dimenangi oleh PKR, Lukut (DAP), Linggi (BN) dan Port Dickson (PKR).

Undang-undang apa yang benarkan SPR sanggah Dewan Undangan Negeri?

Pada 1hb Sept 2009, saya telah menulis "Kerusi Kosong atau Tidak Keputusan Dewan Bukan SPR". Saya menyatakan kalau mengikut Perlembagaan Malaysia dan juga Undang-undang Tubuh Kerajaan Pahang, keputusan mengesahkan ada berlaku kekosongan luar jangka adalah pada Dewan dan bukan nya SPR.

Dewan Undangan Negeri (dibaca juga sama erti dengan Parlimen) ADALAH salah satu dari TIGA cabang pemerintahan negara secara demokratik. Yang lain ada Executive dan Judiciary. Dibandingkan Dewan/Parlimen dengan SURUHANJAYA PILIHANRAYA (SPR), SPR tidak sepatutnya mempunyai apa-apa kuasa yang melebihi Dewan! SPR TIDAK BOLEH OVERRULE apa-apa keputusan yang telah dibuat oleh DEWAN!


Dalam hal menentukan samada berlaku kekosongan dalam Dewan, sepatutnya SPR hanya menjalankan pilihanraya atas pengistiharan kekosongan oleh DEWAN dan bukannya mengeluarkan satu perintah atau keputusan mesyuarat mengenepikan keputusan atau peristiharan yang telah dibuat oleh DEWAN.

Secara ringkasnya SPR memutuskan setelah bermesyuarat bahawa :-
1. Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kedah ada peruntukan mengistiharkan kekosongan luar jangka jika seseorang ADUN itu tidak hadir mesyuarat Dewan 2 kali berturut-turut.(Ini berbeza dengan Pahang dan juga Parlimen Malaysia yang menyebut "tidak hadir pada tiap-tiap persidangan Dewan dalam masa 6 bulan")

2. Untuk menentukan samada kerusi itu kosong atau tidak atas sebab tidak hadir kerana ada surat cuti sakit, Dewan Kedah sepatutnya rujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan untuk membuat keputusan.

3. Oleh kerana tidak di rujuk kepada Jawatankuasa Hak, kerusi itu tidak dikira kosong dan surat cuti sakit itu adalah sah dan terpakai.
Apa yang diputuskan oleh SPR, KALAU ianya berkaitan dengan DEWAN UNDANGAN PAHANG, ianya adalah bercanggah dengan Undang-undang Tubuh Kerajaan Pahang Perkara 25 (1) dan adalah tidak sah; yang boleh dibaca dibawah.

"Jika berbangkit apa-apa soalan sama ada seseorang ahli Dewan Negeri itu telah lucut kelayakannya menjadi ahli, maka hendaklah diambil keputusan Dewan Negeri dan keputusan itu adalah muktamad"


Soalan yang timbul.

1. Kenapa SPR tidak terima apa yang telah diistiharkan oleh Speaker Dewan Negeri Kedah?

2. Bolehkah SPR membuat keputusan bercanggah dengan keputusan yang tealh dibuat oleh Dewan?

3. Ahli Dewan adalah answerable kepada Dewan atau kepada SPR?

4. Dalam kes Kota Siputeh Kedah ini, ahli Dewan berkenaan diminta memberi penjelasan kepada SPR walaupun penjelasannya mengenai ketidakhadiran mesyuarat Dewan itu telah ditolak oleh Speaker Dewan.

5. Dari peruntukan undang-undang mana datangnya kuasa SPR untuk menyanggah atau mengenepikan keputusan yang telah dibuat oleh Dewan?
Sebagai analogy?

Perlukah Dewan merujuk dulu kepada Jawatankuasa Hak & Kebebasan, setiap kali berlaku kekosongan akibat kematian?
SPR adalah Suruhanjaya dan sepatutnya patuh kepada keputusan Dewan dan bukannya diberi kuasa untuk mengenepikan keputusan Dewan.
Tugas SPR ialah menjalankan pilihanraya dan bukannya menentukan samada Pilihanraya diadakan atau tidak diadakan!

SPR tidak boleh menjadi Mahkamah dalam menentukan kedudukan seseorang Ahli Dewan dan bukan sama sekali "Mahkamah Rayuan" bagi ahli Dewan yang telah dilucutkan kerusinya!


http://dongtalk.blogspot.com/2009/09/undang-undang-apa-yang-benarkan-spr.html

Dia muncul ramai ADUN cabut...kah kah kah



HULU TERENGGANU, 3 Sept - Hanya empat sahaja dari anggota Exco dan hanya satu sahaja Adun Umno yang kelihatan dalam majlis berbuka puasa Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin di Masjid Sultan Mahmud, Kuala Berang hari ini.

Bahkan Adun Ajil, Rosol Wahid, yang kawasannya terletak dalam Parlimen Hulu Terengganu juga tidak kelihatan dalam majlis Timbalan Perdana Menteri hari ini. Begitu juga Datuk Seri Idris Jusoh, bekas MB dan juga bekas Pengerusi Perhubungan Umno Terengganu.

Inilah realiti permasalahan Umno di Terengganu sekarang sehingga Muhyidin dalam sidang medianya terpaksa menawarkan diri untuk menjadi orang tengah dalam krisis di Terengganu sekarang.

Muhyidin juga mengakui Umno Terengganu sekarang dilanda krisis.

“Saya lihat sudah ada penambahbaikan situasi sekarang berbanding dahulu. Namun begitu, saya nyatakan kesediaan saya untuk membantu mana yang difikirkan perlu kalau ada perkara-perkara tertentu yang perlu dibereskan.

“Sama ada melibatkan isu politik atau kerajaan dengan kerjasama Datuk Seri Hishammuddin dan Menteri Besar ... lepas hari raya atau bila masa yang sesuai,” katanya selepas mengadakan perjumpaan dengan pemimpin empat peringkat Umno Terengganu itu.

Menurut maklumat, hanya sebahagian kecil sahaja wakil rakyat Umno yang hadir dalam pertemuan tertutup para pemimpin Umno dengan Muhyidin itu.

Muhyidin sampai ke Kuala Terengganu jam 4.30 petang tadi dan terus ke Hulu Terengganu untuk mengadakan pertemuan itu. Turut serta bersama beliau adalah Datuk Seri Hishamudin Hussein yang merupakan Pengerusi Perhubungan Umno Terengganu serta datuk Ahmad Said, timbalan beliau yang juga MB Terengganu.

Beliau kemudiannya berbuka di Masjid Sultan Mahmud dan solay Isyak serta terawih di Masjid Telok Menara, Manir iaitu dalam Dun yang diwakili oleh Datuk Harun Taib, Pesuruhjaya PAS Terengganu yang juga Ketua Pembangkang Dun Terengganu.

Mahyudin ke Terengganu di tengah-tengah berita panas yang melibatkan Umno Terengganu. Sebelum ini, The Malaysian Insider melaporkan, sembilan Adun Terengganu dikatakan akan melompat ke PKR dan membentuk kerajaan baru di Terengganu.

Mereka telah mengadakan pertemuan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dekat sebuah hotel di Kemaman.

Kg Buah Pala : Ayo yo samy porrrdah politik murahan..!!!

Pengacau dari peMuda MIC Kebanyakan datang dari kedah.Sampai saja Tun di kg buah pala
Tun rasakan bagaikan satu pengambaran filem usahasama kerajaan pusat dan orang india.
18 orang diangkut dalam trak tanpa dijentik atau semburan water cenon atau dilepaskan anjing,sebagai mana demo mansuhkan ISA 1 ogos lepas.
Polis hanya jaga kabin polis saja,dan biarkan Pemuda MIC bertindak mengetuk dan menghalau serta memukul pemaju.Tak macamkawan kawan Tun bila berdemo atau kejadian kg beremban.
Syoklah tidur sampai angkat tangan macam tu,macam anwar ibrahim pulak.......yang baju oren tu pemuda MIC dari luar,orang kampung tak nampak pun.
Baik punya kena rokok,lebih 30 orang budak melayu yang datan dari satu persatuan p****** digunakan untuk memecah rumah rumah disini.Dulu bawa gengstar cina ,tapi orang kampung komplain....Dok perhati je geng geng MIC tu.tukulkat tangan ,posa dah bukak dah tunggu je...............
banyak jugak orang india marah kat geng MIC ni.orang kampung kerajaan negeri kautim
sampai nak dapat rumah kat 500 ribu,depa cucuk org kampung.......jgn ambil,nak cari politik murahan..
Kena air mineral macam biasa je.................................................

Baju tertera tulisan Pemuda MIC

Anak melayu dibayar upah untuk merobohkan rumah.berbaju hijau.kenapa??????????
Sudah samy ,hentikanlah sandiwara politik banjingan bajang................................
kalau PR buat semua ni 100 ribu orang pun polis boleh sesah dan lanyak....
ni 100 orang je itu pun tak boleh buat apa bila pemaju dan jentolak diserang.ada dalang dibelakang mereka semua.

Ramai ADUN Umno boikot Muhyiddin?

Dua tokoh utama dalam kumpulan ADUN Umno Terengganu yang menentang menteri besar tidak hadir di majlis untuk merapatkan barisan kepemimpinan negeri yang disertai timbalan presiden parti Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam.

Mantan menteri besar Datuk Seri Idris Jusoh dan bekas setiausaha perhubungan negeri Datuk Rosol Wahid dan sebahagian besar wakil rakyat BN tidak kelihatan pada perjumpaan di pejabat Umno bahagian Hulu Terengganu itu, lapor Bernama.

Ketika Umno negeri itu dilanda krisis berpanjangan, termasuk desas-desus sembilan wakil rakyatnya ingin melompat menyertai PKR untuk bergabung dengan lapan ADUN PAS, ketiadaan mereka menimbulkan pelbagai spekulasi.

Pengerusi Perhubungan Umno Terengganu Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan timbalannya Datuk Ahmad Said, yang juga menteri besar, hadir di majlis yang disifatkan sangat penting itu.

Bercakap kepada media selepas pertemuan itu, Muhyiddin dipetik berkata kunjungan dan perjumpaannya ini dengan pemimpin Umno negeri "adalah kritikal" bagi memastikan hubungan dan kerjasama antara mereka terus mantap bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Sambil mengakui memang wujud krisis dalaman parti itu di Terengganu, Muhyiddin berkata masalah itu perlu diselesaikan segera supaya ia tidak menjejaskan sokongan rakyat terhadap Umno bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Beliau sendiri menawarkan diri untuk menjadi orang tengah bagi mendamaikan dua kumpulan tersebut, antara pemimpin pro-Idris dengan pro-Ahmad.

Tambahnya, lapor agensi berita itu lagi, sebagai sebuah negeri yang disifatkan sebagai "kubu kuat" Umno selepas pilihan raya umum lepas, hubungan dan kerjasama antara pemimpin parti perlu diperkukuhkan kembali di Terengganu.

"Saya tidak melihat ia satu masalah yang tidak dapat diselesaikan. Semua isu yang berbangkit, (melibatkan) hubungan antara kita... bukan ada orang luar nak kacau dan sebagainya.

"Saya melihat Umno dan BN perlu kukuh dan bersatu padu... Terengganu merupakan negeri yang penting kepada kita dan mahu kedudukan ini terus kekal. Sebab itu kedudukan politik dan parti amat mustahak diberikan perhatian," katanya.

Muhyiddin juga percaya tiada wakil rakyat Umno di negeri itu akan
bertindak untuk keluar daripada parti itu kerana mereka merupakan pemimpin yang masih cintakan dan mempunyai semangat yang kuat untuk memperkukuhkan parti.

"Setakat ini, saya tidak dengar (ada pemimpin Umno hendak lompat parti). Saya tidak fikir mereka akan ambil langkah yang boleh merugikan parti," katanya.

Muhyiddin percaya kemelut dalaman itu tidak akan mengancam parti kerana pemimpin-pemimpin yang terlibat hanya menimbulkan rasa tidak puas hati mereka terhadap beberapa perkara melibatkan Umno di negeri ini.

The Kg Buah Pala blame game.!


'It is not the state government but the courts who have ruled against the villagers and you expect the state government to go above the law?'

Amid arrests, houses demolished in Buah Pala

Makkal: According to recent reports, it seems that developers everywhere are politically linked. Whatever they promise is seldom realised as they are not interested in helping people besides themselves. Eradicate corruption first! Secondly, give the present government the power to review decisions of the previous government. Problem solved.

Rayfire: Sorry to say, the residents of the place are partly to be blamed for this chaos. It is difficult to leave a place you have been in for so long, but life has to go on. This place was given to the developers by the previous administration, so you should question BN and former chief minister Koh Tsu Koon instead.

Chee Hoe Siew: It is not the state government but the courts who have ruled against the villagers and you expect the state government to go above the law? You are not outwitted by supporters of DAP, you are outwitted by facts.

Kb: This is not a racial issue so don't turn it into one. This is a dispute between residents and the developer. The villagers being 100 percent Indians has no relevance. Those of you who try to turn this into a racial issue should be ashamed of yourself. You deserve to live under BN's racial politics for next 50 years and see where you end up.

Chee Hoe Siew: When M Sugumaram abandoned Lim and went to MIC, Hindraf and our deputy prime minister, shouldn't he be expecting them to help? As far as I understand from the input of others, the state government was still able to negotiate a double-storey terrace house worth RM400,000. On top of that, the state government provided RM8,000 per family.

Vii: Lim Guan Eng and Prof P Ramasamy should resign immediately. They are not capable to protect innocent people and carry out their duty as elected reps of the people. This is the first failure of PKR in Penang.

Wira: If I am not mistaken, press reports said that the compensation offer was for 24 core families who qualified. The rest are probably secondary squatters who do not qualify for any compensation. If 24 have accepted the offer, it simply means all house owners who qualify for compensation had accepted.

Greenbug: Where is Koh Tsu Koon? He owes the people of Penang an explanation. Why is he so 'chicken' to accept the offer for a debate with CM Lim Guan Eng?

Psk: Sugumaran should be held responsible for the welfare of the folks of Kampung Buah Pala if they are left with nothing. Instead of negotiating for the best deal, he has disappointed and misled the kampung folks.

If memory served me right, the chief minister has said that they would not object to the developer building the 24 houses. I hope there is still time to resolve this amicably.

Lahore san: Brilliant, first they support BN all these years, and after BN sold them out, they are now DAP's men. After they found out about the Umno/Gerakan double cross, now they are determined to blame DAP for the mess!

Where are your expert advisers who told you to reject the deal brokered by the state government? You have gone to the courts twice and lost, now are you too stupid to know that Umno can't lose in the courts? Why would you want the state government to clash with the courts knowing they can't win?

1 Malaysia: It's too late to blame Lim. Why in the first place, long before march 8, you did not bang on Koh Tsu Koon's table to show disagreement about the land transfer? Stop blaming the Penang government and accept the fact you made a mistake ages ago.

PAS dakwah kepada DAP, Umno dakwah dalam BN?

By Cenangau

Aku agak mushkil bila baca berita dalam Utusan yang ni. Mushkil pasai langsung tak nampak ciri-ciri berita tu dari Utusan. Kalau aku baca berita tu kat tempat lain memang aku boleh bertengkar kalau ada yang kata berita tu Utusan yang tulis, tapi bila baca kat web Utusan kena percaya la memang berita tu saheh dari Utusan.

Pasainya berita tu cukup lembut, cukup berhemah dan langsung tak nampak unsur 'celaka'. Atau mungkin ada'between the line' yang aku tak nampak.

Berbalik pada berita tu. TG Nik Aziz sebagai Mursyidul Am dah pun 'sepak bola'.
Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan soal sama ada DAP akhirnya akan dapat menerima dasar pemerintahan Islam atau tidak pada masa depan bergantung kepada keupayaan Pas memberi penjelasan.

Aku harap pihak-pihak yang ada autoriti dalam PAS berkaitan bab ni ambik tindakan pro-aktif 'sambut bole tu'. Pasainya sampai hari ni aku tak nampak ada pihak yang betui-betui buat 'kerja' ni.

Aku sebenarnya amat-amat harap Dewan Ulama' menjuarai bab ni. Tapi bila tengok realiti selama ni, aku tak berapa yakin yang Dewan Ulama' akan kedepan. Jadinya aku lebih letak harap kepada Ketua Dewan Pemuda supaya boleh buat sesuatu, sekurang-kurangnya di peringkat Pemuda.

Ataupun mungkin Jabatan Penyelidikan PAS Pusat boleh buat satu 'blueprint' untuk merealisasikan 'wawasan' Mursyidul Am PAS ni, satu wawasan yang pada aku dah sampai tahap 'fardu kifayah'.

Memang tepat macam kata TG Nik Aziz
Namun, katanya lagi, ia tetap bergantung kepada bentuk penjelasan yang dibuat oleh Pas dan tahap penerimaannya oleh rakan pakatan.

"Dari segi kebolehan Islam, saya yakin, namun terima atau tidak terletak atas kita yang menerang, atas kalbu orang yang mendengar."

"Nabi sendiri pun (dalam memberi penjelasan), ditentang oleh bapa saudaranya, tetapi orang dari jauh seperti Habsyah, Parsi pula terima," ujarnya.

Tak mustahil, kalau DAP tak boleh nak faham, tiba-tiba MCA dan MIC pulak yang boleh faham. Pasainya dah sah-sah Umno tak mampu nak berdakwah kepada MIC dan MCA walaupun dah lebih 50 tahun berkawan dalam Perikatan dan kmudiannya dalam BN.

  1. Pas jelaskan kepada DAP

Harga minyak naik: Kerajaan bertanggungjawab jika harga barang naik

Abdul Aziz Mustafa

KUALA LUMPUR, 4 Sept: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak perlu menerangkan dengan jujur bagaimanakah subsidi minyak naik melebihi 30 sen ketika harga minyak dunia dilaporkan berada dalam keadaan stabil, kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.

"Pada hari yang sama harga petrol dinaikkan di negara ini, Commodity Online melaporkan harga minyak lebih seimbang dan tidak mengalami turun naik atau volatiliti," kata beliau.

Ahli Parlimen Kubang Kerian itu berkata, kerajaan Najib adalah pihak yang bertanggungjawab jika peniaga menaikkan harga barangan keperluan menjelang musim perayaan ini dengan memberikan alasan harga minyak naik.

"Trend yang berlaku sebelum ini ialah harga barangan keperluan terus naik melambung selepas kerajaan menaikkan harga minyak.

"Jika harga barang keperluan dinaikkan dan para peniaga pula memberikan alasan kenaikan harga minyak untuk menaikkan harga barang keperluan, kerajaan Najib mesti bertanggungjawab," tegas beliau.

Salahuddin juga menuntut Najib menyatakan dengan telus asas perkiraan yang dijadikan alasan oleh kerajaan untuk menaikkan harga petrol.

"Kerajaan hendaklah membentangkan formula perkiraan subsidi serta akaun tahunan Petronas supaya rakyat boleh menilai sendiri rasional tindakan kerajaan menaikkan harga minyak," katanya.

Jika kerajaan menghargai taraf pemikiran rakyat yang tidak lagi mudah diperbodohkan, katanya, kerajaan hendaklah membentangkan kesemua itu secara telus.

"Rakyat bukan bodoh dan menelan begitu sahaja cakap-cakap Perdana Menteri," tegas beliau.

Salahuddin juga menuntut Najib menerangkan kepada rakyat ke mana perginya pulangan Petronas kepada kerajaan dari tahun 2004 hingga 2009.

Menurut Tun Dr Mahathir Mohamad, pulangan Petronas kepada kerajaan dalam tempoh itu berjumlah sebesar RM253.6 bilion.

"Ke mana perginya wang itu?" tanya beliau.

Rabu lalu, Perdana Menteri mendakwa, harga petrol dinaikkan kerana subsidi bahan itu telah melebihi kadar 30 sen yang sanggup diberikan oleh kerajaan.

"Janji kami kepada rakyat ialah subsidi 30 sen tetapi subsidi itu pada masa ini lebih daripada 30 sen. Jadi perlu ada sedikit penyesuaian... penyesuaian yang sedikit saja," dakwa Perdana Menteri.

Beliau diminta mengulas kenaikan harga di pam bagi petrol RON95 daripada RM1.75 kepada RM1.80 seliter manakala RON97 pula dijual pada RM2.05 berbanding RM1.80 berkuat kuasa 1 September lalu.

Memandangkan beliau gagal menjawab soalan mengenai perkara itu ketika ditanya, Najib berkata, beliau akan memberikan butiran lanjut kemudian.

Dalam perkembangan berkaitan, Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) Syed Shahir Syed Mohamud berharap kerajaan akan mengambil kira beban kenaikan harga petrol terutama kepada golongan berpendapatan rendah.

"Umum mengetahui bahawa pendapatan dan gaji mereka tidak naik malah merosot akibat daripada keadaan ekonomi yang tidak menentu sejak beberapa bulan lepas, dan mereka tidak diberi kerja lebih masa dan ada juga yang gajinya dipotong serta elaun dikurangkan," katanya dalam kenyataan mengenai perkara itu.

Naib Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Ahmad Saparudin Yusup pula berkata kenaikan harga itu akan menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan rakyat yang akan menerima kesan langsung akibat kenaikan itu.

Kota Siputeh: SU MB Pahang persoal SPR ..?? Orang UMNO@BN sendiri pertikai keputusan SPR...!!!

Abdul Aziz Mustafa

KUALA LUMPUR, 4 Sept: Tugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ialah menjalankan pilihan raya dan bukannya menentukan samada pilihan raya diadakan atau tidak diadakan, kata Setiausaha Politik Menteri Besar Pahang, Datuk Shamsuddin Nawawi.

Ketika menulis mengenai keputusan SPR yang mengisytiharkan tidak berlaku kekosongan pada kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Siputeh di dalam blognya (dongtalk.blogspot.com), beliau berkata, dalam hal menentukan samada berlaku kekosongan dalam dewan, sepatutnya SPR hanya menjalankan pilihan raya atas pengisytiharan kekosongan oleh dewan dan bukannya mengeluarkan satu perintah atau keputusan mesyuarat mengetepikan keputusan atau perisytiharan yang telah dibuat oleh dewan.

Dalam postingnya yang bertajuk "Undang-undang apa yang benarkan SPR sanggah Dewan Undangan Negeri?" Shamsuddin mengemukakan beberapa persoalan.

"Kenapa SPR tidak terima apa yang telah diisytiharkan oleh Speaker Dewan Negeri Kedah?

"Bolehkah SPR membuat keputusan bercanggah dengan keputusan yang telah dibuat oleh dewan?"

Beliau juga mempersoalkan, ahli dewan adalah bertanggungjawab (answerable) kepada dewan atau kepada SPR?

"Dalam kes Kota Siputeh Kedah ini, ahli dewan berkenaan diminta memberi penjelasan kepada SPR walaupun penjelasannya mengenai ketidakhadiran mesyuarat dewan itu telah ditolak oleh Speaker dewan.

"Dari peruntukan undang-undang mana datangnya kuasa SPR untuk menyanggah atau mengenepikan keputusan yang telah dibuat oleh dewan?" soal beliau lagi.

Merujuk kepada peraturan DUN Pahang, Shamsuddin berkata berdasarkan Perlembagaan Malaysia dan juga Undang-undang Tubuh Kerajaan Pahang, keputusan mengesahkan ada berlaku kekosongan luar jangka adalah pada dewan dan bukannya SPR.

"Dewan Undangan Negeri (dibaca juga sama erti dengan Parlimen) adalah salah satu dari tiga cabang pemerintahan negara secara demokratik. Yang lain ada Ekeskutif dan Kehakiman.

"Dibandingkan dewan atau Parlimen dengan SPR, SPR tidak sepatutnya mempunyai apa-apa kuasa yang melebihi dewan! SPR tidak boleh overrule (mengatasi) apa-apa keputusan yang telah dibuat oleh dewan!" kata beliau yang berkelulusan undang-undang.

Beliau menjelaskan, dalam hal menentukan samada berlaku kekosongan dalam dewan, sepatutnya SPR hanya menjalankan pilihan raya atas pengistiharan kekosongan oleh dewan dan bukannya mengeluarkan satu perintah atau keputusan mesyuarat mengenepikan keputusan atau peristiharan yang telah dibuat oleh dewan.

Beliau menutup tulisannya dengan menyatakan: "Perlukah dewan merujuk dulu kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan, setiap kali berlaku kekosongan akibat kematian?

"SPR adalah Suruhanjaya dan sepatutnya patuh kepada keputusan dewan dan bukannya diberi kuasa untuk mengenepikan keputusan dewan.

"Tugas SPR ialah menjalankan pilihan raya dan bukannya menentukan samada Pilihan raya diadakan atau tidak diadakan!

"SPR tidak boleh menjadi mahkamah dalam menentukan kedudukan seseorang Ahli Dewan dan bukan sama sekali "Mahkamah Rayuan" bagi ahli dewan yang telah dilucutkan kerusinya!"

Selasa lalu, SPR memutuskan bahawa Datuk Abu Hassan Sarif masih kekal sebagai ADUN Kota Siputeh, Kedah.

Oleh itu, menurut SPR, pilihan raya kecil tidak perlu diadakan bagi kerusi DUN tersebut.

"Setelah meneliti dokumen dan mengkaji fakta yang dikemukakan kepada SPR serta kedudukan undang-undang yang berkaitan, pada menjalankan kuasa di bawah Fasal (5) Perkara 53 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kedah, surat cuti sakit yang dikemukakan oleh ADUN Kota Siputeh, diterima oleh SPR bahawa kegagalan beliau menghantar surat cuti sakit kepada Speaker lebih awal tidak menjadikan surat cuti sakit itu terbatal," kata Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.

Abdul Aziz berkata sebelum Perkara 51 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kedah Darul Aman digunakan, ia terlebih dahulu perlu dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan.

Sebelum itu, Speaker DUN Kedah, Datuk Dr Abdul Isa Ismail telah menghantar surat kepada SPR berhubung kedudukan Abu Hassan dari Umno, yang didakwa hilang keanggotaannya.

Surat Dr Abdul Isa itu memaklumkan bahawa Abu Hassan hilang keanggotaan setelah dua kali gagal menghadiri sidang DUN pada 19 April dan 9 Ogos lalu.

Abu Hassan, Ketua Umno bahagian Jerlun menyandang kerusi DUN Kota Siputeh selama empat penggal berturut-turut.

Seksyen 51 Perlembagaan Negeri memperuntukkan mana-mana anggota DUN yang tidak hadir sidang Dewan dua kali berturut-turut hilang keanggotaannya dan hendaklah mengosongkan kerusi yang disandang

Perbezaan hukuman sebat sivil, syariah




KUALA LUMPUR 3 Sept. – Hukuman sebat oleh Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah walaupun matlamatnya sama iaitu untuk memberi pengajaran kepada pesalah, namun ia mempunyai perbezaan yang ketara khususnya dalam kaedah pelaksanaannya.

Timbalan Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Musa Awang berkata, sebatan syariah hanyalah untuk memberi pengajaran kepada pesalah tanpa mendatangkan kecederaan parah.

Contoh hukuman sebat syariah di Pahang yang diperincikan secara jelas dalam Seksyen 125 dan Seksyen 126 Enakmen Tatacara Jenayah Syariah 2002 negeri itu.

Umno Hina ISLAM! Takbir Dimain-main kan! Mana Bapak Mufti?

http://2.bp.blogspot.com/_wKqEutTvI1A/SoamlQhAhnI/AAAAAAAABO0/-D7bJISqtDY/s400/tolakumno.jpg
http://1.bp.blogspot.com/_ADhgk-qOaVk/Sp6LCikqu_I/AAAAAAAABwQ/xmN-OwbC9Qs/s400/Ketua+Umno+Bahagian+Shah+Alam,+Datuk+Ahmad+Nawawi+Md+Zin.jpg

cilakak.. umno buat taik kat s.alam!
patut hisham pondan dok sokong!

Allahhuakbar. Allah Maha Besar. Inilah kalimah suci yang setiap muslim sebut sebagai takbir yang dipermainkan oleh puak-puak UMNO untuk menyerang pakatan rakyat terutama PAS.

Sehingga begitu sekali kedangkalan mereka terhadap sensitiviti agama Islam yang suci ini. Dimana ustaz-ustaz dan ustazah UMNO yang lebih hadhari?

Di mana mufti-mufti yang lantang menegakkan perkara remeh, sedangkan perkara ini dibiarkan begitu sahaja?

Ini dibuktikan dengan gambar demonstrasi kepala lembu yang dibawa ke Pejabat SUK Selangor tempoh hari. Apa kena mengena isu kuil dengan "banner" TAKE BEER yang dipamerkan semasa demontrasi tersebut? Kain rentang itu juga ditulis dengan sebutan 3 kali iaitu TAKE BEER, TAKE BEER, TAKE BEER.

Bukankah ini sebahagian kata-kata untuk mencemarkan kalimah suci takbir itu sendiri? Allahhuakbar. Jahilkah mereka ini dengan agama Islam?

Di manakah pemimpin mereka yang mendidik mereka dengan jiwa Islam? Benarkah mereka ini (ahli UMNO) dididik dengan Islam yang dibawa oleh Rasullullah? Allahhuakbar, Allahhuakbar. Allahhuakbar.

Insafilah sebelum Allah menurunkan bala di bumi Malaysia ini. Jangan pula pada ketika itu puak-puak jahil ini menjadi lebih jahil dari sebelumnya.

Ini salah satu contoh kesan Islam Hadhari yang dibawa oleh UMNO Malaysia. Islam Hadhari itu sendiri mati ketika pemimpinnya bertukar ganti. Islam yang dibawa Rasullullah kekal segar selamanya bukan sekadar slogan yang dicipta itu.

Wahai puak-puak yang mempermainkan kalimah suci Allah ini. Kalimah ini bukan milik Pas tetapi sedarlah ia milik Allah S.W.T. Kalimah suci ini tidak boleh dipermainkan apatah lagi dipersendakan.

Kebanyakkan ahli dan penyokong PAS bertakbir kerana ianya sebahagian daripada satu cara hidup.

Kekuatan mereka dijana oleh kekuatan yang ada dengan kalimah takbir ini. Anda pula mempersendakannya. Anda juga Islam.

Tetapi benar kata Rasullullah bahawa dalam Islam juga wujud golongan munafik dan fasik. Adakah dan hendakkah kalian yang mempersendakan kalimah Allah ini berada dalam dua golongan itu? Tepuk dada tanya iman.

Kepada penyokong atas pagar dan penyokong tegar UMNO Be End ini, sedarlah dari kealpaan anda. Beralihlah kepada kumpulan yang menegakkan kebenaran dan kelangsungan hukum Allah.

UMNO Be End bukanlah pilihan terbaik untuk mengembalikan Hak Allah dibumi Malaysia ini. Pakar-pakar agama Islam dalam UMNO Be End ternyata lemah dan gagal untuk menjadikan negara Malaysia ini menegakkan Hak Allah sepenuhnya.

Kuasa adalah kekayaan mereka. Ingatlah anda akan ditanya apakah tindakan anda menegakkan agama Allah didunia ini kalau bukan melalui undi anda. Hanya melalui undian kita boleh merubah segalanya.

Ingatlah Allah Maha Adil walaupun Dia menghumbankan kita ke nerakaNya.