Khamis, 3 September 2009

EGM Ong bingungkan Chua..!! bro Chua 6/9/2009 Anwar Ibrahim ke Johor...bawa ramai2 geng MCA join PKR...mudah dan ringkas.....!!!

Mesyuarat agung luar biasa (EGM) yang dipanggil oleh Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat pada 27 September ini merupakan satu langkah strategik pihaknya untuk memintas percubaan timbalannya yang dipecat, Datuk Seri Chua Soi Lek untuk mengadakan EGM yang sama.

Langkah itu meletakkan Chua dalam dilema kerana tindakan presiden MCA itu dikatakan telah meredakan sentimen anti-Ong di kalangan penyokong Chua.

Setiausaha Agung MCA, Wong Fong Meng, seorang penyokong Ong berkata, parti itu akan hanya mengadakan satu EGM supaya tidak membebankan para perwakilan.

Katanya, ia juga meringan beban logistik dan tekanan ke atas sumber manusia di ibupejabat MCA.

Kumpulan yang bertelagah itu diberi tempoh sehingga esok untuk mengemukakan agenda EGM masing-masing, yang kemudian akan dikompilasikan oleh pihak ibupejabat parti.

Mengapa 27 September? Parti itu telah menetapkan tarikh 11 Oktober ini untuk mengadakan mesyuarat agung tahunan (AGM) - hanya dua selepas tarikh 27 September.

Ini bermakna kira-kira 2,400 perwakilan terpaksa berulang alik sebanyak dua kali ke Kuala Lumpur dalam tempoh tiga minggu untuk menghadiri kedua-dua mesyuarat tersebut.

Jika penyokong Chua masih berkeras untuk memanggil EGM mereka selepas EGM pada 27 September, maka mereka terpaksa menunggu kemudian, iaitu selepas AGM pada 11 Oktober.

Ini kerana perwakilan mungkin keberatan untuk datang lagi ke ibunegara dalam tempoh yang singkat, terutama perwakilan atas pagar, yang sudah meluat dengan pertelagahan dalam parti itu sekarang.

EGM untuk elak perpecahan dalam MCA kata Tee Keat .! Bukan elak, dah berpecahpun...tunggu hancur je..!!! PKR dan DAP banyak borang keahlian...!!

KUALA LUMPUR: Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat berkata keputusannya untuk mengadakan mesyuarat agung luar biasa (EGM) bertujuan mengelak perpecahan dalam parti itu.

Perwakilan dapat membuat keputusan sama ada menyokong atau menolak resolusi untuk parti melalui peti undi, kata Ong dalam blognya hari ini.

“Selepas undi terakhir dikira dan keputusan dicapai, parti boleh kembali kepada proses penyuburan dan pembaharuan semula, dengan sedikit sahaja kesan terhadap MCA,” katanya.

Ong, yang berdepan kemungkinan EGM saingan diadakan oleh Timbalan Presiden yang dipecat Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, membidas kempen yang dijalankan untuk mengumpul tandatangan perwakilan.

“Menjelajah ke seluruh negara untuk mengumpul tandatangan perwakilan bagi menggesa diadakan EGM bermakna memaksa mereka membuat pendirian. Jika mereka menurunkan tandatangan, ini bermakna mereka menyokong pemimpin tertentu dan jika tidak, ia bermakna mereka menyokong pemimpin yang satu lagi.

“Perkembangan ini tidak untuk MCA yang sedang melalui proses penyembuhan selepas pilihan raya umum lepas. Saya ada dengar kes perwakilan didesak atau dipaksa menandatangani,” katanya.

ADUN BN T'ganu setia pada Umno..!! Ha..ha,,kenyataan yang terpaksa dibuat-buat..? Abih Hisham tu buat ape.! Tak mampu jadi Pengerusi Perhubungan ke.?


Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menolak sebarang kemungkinan beberapa pemimpin Umno akan meninggalkan parti itu kerana mereka ini setia kepada parti.

"Bukan saja pemimpin tetapi penyokong-penyokong Umno di Terengganu setia kepada parti," katanya kepada pemberita di Putrajaya bagi mengulas ura-ura kononnya beberapa ADUN Terengganu akan menyertai PKR.

Muhyiddin, yang juga timbalan presiden Umno, berkata beliau akan melawat Terengganu hari ini dan akan menemui pemimpin dan anggota Umno di negeri itu.

Katanya, ada pihak akan cuba mempengaruhi sesetengah pemimpin Umno untuk meninggalkan parti itu tetapi beliau yakin mereka tidak akan berbuat demikian kerana mereka ini cukup berpengalaman.

Muhyiddin juga berkata beliau berharap keadaan di Terengganu akan menjadi lebih baik di bawah kepimpinan Datuk Seri Hishammuddin Hussein selaku pengerusi badan perhubungan Umno Terengganu.

"Saya harap bulan puasa ini akan menjadi titik permulaan bagi kita untuk terus bersatu," katanya.

Isu lompat parti ADUN Umno gertak MB

Isu sembilan ADUN Umno Terengganu berunding untuk menyertai PKR ditimbulkan oleh golongan tertentu dengan tujuan menggugat kedudukan menteri besar sekarang, kata timbalan Angkatan Muda PKR.

"Ia dilakukan untuk gertak Ahmad sebab mereka tidak berpuas hati dengan pelantikan menteri besar itu sejak dulu lagi," kata Fariz Musa.

Beliau, yang juga ketua Angkatan Muda PKR Terengganu, berkata desas-desus itu disebarkan demi kepentingan peribadi anggota-anggota dewan tersebut yang setia kepada menteri besar terdahulu Datuk Seri Idris Jusoh.

Bercakap kepada Malaysiakini hari ini, Fariz bagaimanapun tidak dapat mengesahkan pertemuan sulit penasihat parti Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan sebilangan wakil rakyat BN negeri itu seperti dakwaan ADUN Hulu Besut, Nawi Mohamad semalam.

"Saya tidak berani kata ada atau tidak. Saya benar-benar tidak tahu," jelasnya.

"Bagi pihak saya, memang tidak ada (penglibatan saya). Saya tidak tahulah pada peringkat perhubungan negeri.

Katanya lagi, sekumpulan ADUN yang setia bersama Idris itu mempunyai banyak peluang untuk mengkritik Datuk Ahmad Said dalam persidangan DUN tetapi mereka lebih suka memilih menjatuhkan menteri besar itu melalui usaha-usaha di luar.

"Dalam sidang DUN, menurut laporan, mereka hanya berdiam diri dan tidak gunakan kesempatan dalam dewan untuk kritik Ahmad.

"Kalaulah ada isu-isu penyelewengan, tempoh setahun lebih beliau jadi menteri besar, mesti ada banyak hujah yang boleh digunakan untuk buktikan Ahmad tidak layak untuk jadi MB," katanya lagi.

Tindakan sedemikian menunjukkan wakil-wakil Umno itu bertindak atas kepentingan mereka sendiri dan bukannya atas kepentingan rakyat, kata Fariz lagi.

Namun beliau tetap mengalu-alukan kemasukan pemimpin-pemimpin Umno itu bersama PKR.

"Tapi mereka ini kenalah pastikan mereka berjuang demi kepentingan rakyat, bukan kepentingan peribadi," katanya.

Pindaan perlembagaan Umno ibarat 'lepas batuk di tangga'...!!! Ha..ha..orang UMNO@BN sendiripun dah tak yakin dengan parti karat mereka...!!!

Pindaan perlembagaan Umno dibuat sekadar "melepaskan batuk di tangga" dalam keadaan tergesa-gesa pada perhimpunan agung tahunan Oktober ini walaupun ahli tidak memahaminya, kata bahagian Bukit Mertajam.

"Saya pun tak faham (cadangan itu), macam mana nak bincang untuk pinda,” kata ketuanya Datuk Musa Sheikh Fadzir ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

"Kenapa tak boleh buat tahun depan? Kenapa nak buat juga tahun ini? Pemilihan sudah habis. Cara buat macam lepaskan batuk di tangga, kita pun tak faham."

Jawatankuasa pindaan yang dipengerusikan oleh Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein menjemput setiausaha perhubungan negeri-negeri dan menerangkan kepada mereka berhubung perkara itu sebelum mesyuarat bahagian, kira-kira dua bulan lalu.

"Beliau cerita setakat mana yang beliau dapat. Bila ditanya, nak terang semula, semula tidak boleh. Nak bincang apatah lagi," jelas Musa.

Senator itu mencadangkan ahl-ahli jawatankuasa perhubungan dan ketua bahagian sepatutnya diajak berbincang terlebih dahulu sebelum dibawa ke mesyuarat agung bahagian untuk diluluskan – mesyuarat terakhir 16 Ogos lalu.

"Akar umbi tidak tahu, macam mana kami nak terima. Sepatutnya beliau turun ke negeri-negeri seperti mana (timbalan presiden) Tan Sri Muhyiddin Yassin buat untuk meminda perlembagaan berhubung etika pemilihan parti (tahun lalu)," kata Musa.

Menurutnya, cadangan pindaan tersebut memerlukan masa yang panjang untuk dibincang di peringkat bahagian sebelum diluluskan dan bukan dalam masa dua atau tiga hari.

Cadangan pindaan tersebut – antaranya, menghapuskan sistem kuota pencalonan dan pemilihan anggota Majlis Tertinggi secara langsung di peringkat bahagian – untuk menangani gejala politik wang dalam Umno.

Umno Bukit Mertajam sehingga kini masih tetap dengan pendiriannya untuk menentang cadangan pindaan tersebut yang akan dibahaskan pada perhimpunan agung parti pada 13-16 Oktober.

"Ia adalah keputusan muktamad bahagian dan bukan keputusan saya," katanya.

Awal bulan lalu, 173 perwakilan daripada 38 cawangan di bahagian berkenaan sebulat suara memutuskan untuk menolak cadangan pindaaan tersebut dengan dalam ia dibuat dalam keadaan tergesa-gesa.

Setiap rakyat Pahang tanggung RM3,370 hutang? Angkara siapa ye...???

Oleh Zukri Aksah

KUANTAN, 3 September – Akibat dari jumlah hutang kerajaan negeri Pahang yang begitu besar, setiap rakyat Pahang, sama ada tua, muda, besar, kecil atau masih di dalam buaian sudah terpaksa menanggung hutang sebanyak RM3,370 seorang.

Inilah yang berlaku di Pahang ekoran saman terhadap kerajaan dan juga hutang yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan negeri.

The Malaysian Insider sebelum ini telah melaporkan perihal tindakan dua buah syarikat, Spag’n Plantation Sdn Bhd dan Upayapadu (M) Sdn Bhd, yang menyaman Kerajaan Negeri Pahang, Unit Perancang Ekonomi Negeri Pahang dan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang kerana ingkar janji dengan saman masing-masing berjumlah RM209 juta dan RM24 juta.

Sebelum laporan tersebut, Kerajaan Negeri Pahang juga telah diheret ke mahkamah oleh Seruan Gemilang Makmur Sdn Bhd (SGM) kerana tuntutan hutang penghakiman berjumlah RM63 juta. SGM diberitakan telah mendapat perintah mandamus bagi memaksa Menteri Besar Pahang melunaskan bayaran ini.

Tuntutan hutang juga memaksa anak syarikat Kerajaan Negeri Pahang, Astana Golf & Country Club disita kerana kegagalan membayar tunggakan pinjaman berjumlah RM40 juta.

Terbaru, seperti didedahkan oleh Ahli Parlimen Indera Mahkota dari PKR, Azan Ismail, SGM sekali lagi telah mengemukakan saman kepada Kerajaan Negeri Pahang, kali ini saman ingkar janji yang berjumlah lebih RM100 juta.

Sebuah lagi syarikat, Asia Chart Sdn Bhd pula telah membuat dua saman berasingan terhadap Kerajaan Negeri Pahang dengan nilai hampir RM200 juta. Kedua-dua saman ini, menurut Azan telah difailkan di Mahkamah Tinggi Kuantan kira-kira dua minggu yang lalu.

Dalam pendedahannya, Azan menaksirkan bahawa jumlah keseluruhan saman yang diterima oleh Kerajaan Negeri Pahang pimpinan Umno dan BN, termasuk tuntutan dari pelbagai pihak ketika Pahang masih di bawah teraju Tun Khalil Yaakob, adalah dalam lingkungan RM5 bilion.

Bagi Azan, ini melambangkan sikap Kerajaan Negeri Pahang pimpinan Umno dan BN yang tidak bertanggungjawab serta memperjudikan masa depan negeri dan rakyatnya.

Azan tidak menjumpai alasan lain mengapa berlakunya sebegitu banyak tuntutan hutang terhadap Kerajaan Negeri Pahang, selain kerana masalah rasuah, kronisme, penyelewengan dana dan salahurus hasil negeri, sepanjang Pahang dikuasai oleh Umno dan BN.

Sementara kalangan pemimpin Umno dan BN mengumpul kekayaan dan mengagih laba dari kontrak demi kontrak yang diagih sesama sendiri, hak dan nasib rakyat Negeri Pahang diketepikan, keluh Azan.

Bila negeri mula menghadapi masalah, yang menjadi mangsa adalah rakyat, rakyatlah yang akan menanggung bebannya melalui kenaikan cukai tanah, cukai pintu dan sebagainya.

The Inconvenient Truth About Why Chua Soi Lek Was Sacked

According to Special Branch intelligence, it took just three meetings, arranged by one "Umno Lim" in 1½ months and the deal was struck. Two meetings took place in Eastin Hotel, PJ and one in Corus Hotel (owned by CSL's close friend Tan Sri Khoo Kay Peng).

By I Love Malaysia

Those who believe Chua Soi Lek was expelled due to the sex DVD scandal also believe that Elvis is still alive and living out the remaining years of his life in Pangkor Laut Resort. No one, not even Ong Tee Kiat's inner circle, buy the idea. How could they? The sex scandal was just an inconvenient excuse Ong Tee Kiat had to fall back on to give his deputy the boot.

"Inconvenient" because OTK knew the sex scandal was not something the public would easily buy. Not the post-March 8 voters, who's emboldened by the tsunami in the last election, buoyed even further by the LDP's heavy losses in Japan. Voters have wisened up from Umno's excesses and now have low tolerance to even the mildest whiff of leaders trying to subvert democratic processes to prolong their own political lives. But not many people know that OTK had to bite the bullet, so to speak, because he knew real, live ones could end up in him.
It's no exaggeration - in fact, it's even an open secret - that the underworld has already put a price on Ong Tee Kiat's head. Bukit Aman knew this long ago and has dispatched another bodyguard to keep Ong out of harm's way. So, he has 2 persons guarding him now, which is unheard of for a Minister. And it's not any ordinary bodyguard. The Malay chap is from UTK - an elite squad that offers protection to the King, PM and the DPM. It is something Umno's mouthpiece, the NST has also reported in its September 3 issue (http://www.nst.com.my/Current_News/NST/articles/17slin/Article/index_html).
To understand why CSL was sacked, let's go back to Oct 20, 2008, two days after the MCA election. The meeting took place in a hotel in Putrajaya. The former Health Minister wasted no time on niceties and went straight to the point: Make me a Minister.
He looked at his boss OTK in the eye, waiting for a response, but the newly-elected maverick president knew better. After all, the issue of vacancy did not arise as Najib had not taken over as PM yet and the issue of filling up a post did not arise. It was months later that OTK found out that CSL had worn a wire and secretly recorded the conversation that night in the hope of trapping the newly-minted president. (CSL had gotten quite close to Edward Chong, an expert on such matters from Puchong, after his tryst in Hotel Katerina was beamed to computers worldwide.)
Feeling somewhat let down with OTK's cold treatment, CSL hatched a sinister plan: call an EGM. That's the only way for him to kill off the president politically. He knew that at 62, time was not on his side, especially since the party's election, due in 2011, could be postponed in view of the 13th general election. And he knew OTK well enough to know that the strong-headed leader would ostracise him. Yes, CSL was planning an EGM when the Ong-Chua team was barely one week into their office.
Drawing from the 1980s Neo Yee Pan-Tan Koon Swan experience, he plotted an ambitious comeback - more ambitious than his election as deputy president following his fall from grace after being caught with his pants down literally. Hence, a covert operation has begun to harvest as many signatures as possible for the EGM to be called.
But CSL knew he could only "harvest" what he "sowed". That's when he went back to the only basics he knew: throw money - not just money, but lots of them - so much that you'd think he prints them behind his mansion at the super-elite Persiaran Mempari in Sierramas, Sg Buloh. The modus operandi worked well during the October 2008 party election. He upset the favourite, Ong Ka Chuan, who had the full backing of the then president Ka Ting, by 114 votes.
If it worked well then (to win the election), it should work well now (to get rid of OTK). The going rate was low at first (RM3,500 per signature). But as pressure built up, he hiked the rate to RM15,000 per signature. Can you imagine just signing a piece of stupid paper and being paid what to many delegates was probably three times their monthly income?
But therein lies a problem for CSL: his cash reserve amassed during his heydays in the Ministry of Health was drying up faster than he could get his thing up with the magical blue pill. This was in late March when it dawned on him that there was another person who hated OTK as much as he did. And that person is Kuala Dimensi's Tiong King Sing, who's made so much cash from PKFZ that he could hire Daim Zainuddin to be his gardener if he wanted to.
According to Special Branch intelligence, it took just three meetings, arranged by one "Umno Lim" in 1½ months and the deal was struck. Two meetings took place in Eastin Hotel, PJ and one in Corus Hotel (owned by CSL's close friend Tan Sri Khoo Kay Peng). Tiong agreed to bankroll CSL to topple OTK. In return, CSL would cease all action against Kuala Dimensi when he becomes the MCA president. In no time, RM100 million was raised.
But OTK painted an inaccurate picture about the RM100 million to his party members during their closed-door briefings. It's not like TKS had given the money to CSL in cold hard cash. Unless you live in Fort Knox, nobody would want to keep that much cash at home. The money was to be given to CSL in phases to avoid easy detection. The one entrusted to handle the cash is Tee Siew Keong, his former political secretary in the Ministry of Health whose hands are soaked in blood because he ALWAYS dragged his feet whenever approached for help, especially cases involving aged parents of MCA grassroots who needed help to get into places like IJN.
The stage is set, the war chest replenished and CSL is ready for his Armageddon. But he hit a snag: delegates are shying away from signing his EGM requisition, no thanks to the sudden surge in OTK's popularity after he came out with guns blazing at "evil contractors" who milked PKFZ like a bottomless goldmine. By then, Tiong was angry he had not been able to "reap", what he had "sowed".
Besides, there was a tacit understanding that CSL would be able to get rid of OTK before the Minister of Transport made public the Pricewater House report, which opened the Pandora Box on Tiong like how the "correct, correct, correct... " video hit VK Lingam. That was the start of Tiong's nightmare, which could only end, possibly after 15 years in Sungai Buloh.
This was when Tiong decided to take matters into his own hands. He made use of his triads link. Everyone in Bintulu knew Tiong as the Godfather of the Hua Kiew Road Gang. Despite opposition from his party SPDP boss William Mawan, Tiong decided unilaterally to expand the party to the Peninsula. He needed a base for his machai to operate from to finish off OTK, and subsequently cover their tracks. Who would believe that a Sarawak-based party could ever find support in Peninsula, which is already saturated with BN component parties?
Tee Keat found out about Tiong's grand design and was not taking chances. One of Tee Keat's informers is his own deputy minister, Robert Lau who is from SUPP, which has always viewed SPDP with suspicion. When OTK shared this with his inner circle, they raised one concern which totally slipped the MCA president's mind: if one day he ended up like JFK, Chua Soi Lek will automatically be the president.
That's when MCA will be under the thumb of Umno, just as MCA was trying to break free from it after the March 8 election. The man, tainted by sex videos would be too indebted to speak up in BN meetings. Besides, several police reports had already been lodged over his oral sex crime and it would be something hanging over him each time he spoke up about getting rid of the 30 per cent quota or ask for more Chinese schools to be built. And if CSL attends international conferences as a Minister, he would be subject to cheeky giggles behind his back by the international community, who has seen him having sex - probably the only minister in the world.
No, Ong Tee Keat was not going to let that happen. He had worked too hard and risked too much to see his efforts, like in PKFZ, being unravelled. The party may not have fully recovered the support from the Chinese community but it's already heading in the right direction. MCA could not go back to the subservient days of Ling Liong Sik and Ong Kah Ting. He knew MCA would go down the treacherous route of self-destruction if the party's Father of Money Politics were to take over.
After several rounds of discussions with his inner circle, OTK made the painful decision: CSL had to be sacked. For the sake of MCA, he had no choice. For the sake of the Chinese community, he had no choice for Gerakan has already gone down the road of oblivion. OTK would not allow MCA to go down the same route - not even over his own dead body.

Pakatan Alukan Ketibaan KD TAR Namun Kesal Rasuah Pembelian Tidak Disiasat

Pakatan Rakyat mengalu-alukan ketibaan kapal selam pertama Malaysia, KD Tun Abdul Rahman yang berlabuh di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Sultan Abdul Aziz dalam usaha memantapkan pertahanan negara.

Ahli Jawatan Kuasa Parti Keadilan Rakyat Badrul Hisham Shahrin berkata pembelian kapal selam ini juga memperlihatkan Malaysia tidak bijaksana kerana perlu membayar komisen sehingga RM500 juta.

“Komisen RM500 juta hasil daripada pembelian dua kapal selam terpakai ini yang jelas memperlihatkan Malaysia secara tidak bijaksana agak ketinggalan sedikit kebelakang berbanding beberapa negara yang turut memiliki kapal selam yang sama tetapi pada harga yang jauh lebih murah. Ini melibatkan Razak Baginda orang yang rapat dengan Najib,” katanya.

Beliau turut meragui tahap keselamatan kapal selam berkenaan khususnya dari segi teknikal dan menyifatkan rasuah pembelian kapal selam itu sebagai merugikan negara.

Sementara itu Ahli Jawatankuasa Pas Pusat Mohammad Sabu menggesa satu siasatan menyeluruh mengenai komisen RM500 juta yang diteri Razak Baginda dilakukan.

“Kita hendak tahu dengan komisen yang begitu banyak adakah kapal itu mempunyai kualiti yang diharapkan, kita tidak mahu ia boleh selam tetapi tidak boleh timbul,” kata jagoan Pas itu.

“Kita mengalu-alukan pembelian tetapi tentang segala bentuk rasuah dan komisen yang tinggi tidak didedahkan, tidak ada satu kertas atau satu suruhanjaya yang menyiasat rasuah yang berlaku dalam pembelian kapal selam ini,” tambahnya.

Guan Eng Selar Tindakan Polis Tahan Adun Pakatan Rakyat

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menyelar tindakan polis menahan ADUN Pakatan Rakyat yang mahu mengadakan sidang DUN di bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak.

Guan Eng berkata polis telah bertindak kasar terhadap Pakatan Rakyat namun mengambil pendekatan lemah-lembut terhadap sekumpulan penunjuk perasaan pro-BN yang juga berhimpun pada hari yang sama di lokasi yang sama.

“Kami tidak faham mengapa polis menahan Adun yang telah dipilih oleh rakyat. Mereka menahan wakil rakyat yang telah dipilih secara demokratik ketika cuba menjalankan tugas tetapi dalam masa sam mereka tidak menahan sekumpulan orang awam yang berdemostrasi meyokong Barisan Nasional Perak dan Datuk Zambry. Mengapa mereka tidak menahan penyokong Zambry?,” katanya.

Dalam keghairahan polis menghalang sidang DUN itu, Adun Malim Nawar Keshvinder Singh cedera di kepala sehingga memaksa beliau mendapatkan rawatan kecemasan di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh.

Seperti dalam lagak gusti, Keshvinder yang ditahan polis dicampak ke jalan sehingga kepalanya terhantuk ke jalannya menyebabkan tengkoraknya retak.

Tidak cukup dengan itu, kepalanya ditekan dengan kaki sementara perutnya ditendang-tendang. Beliau tergapai kesesakan nafas apabila polis menjerut lehernya dengan tali leher.

“Semasa proses tahanan mereka melakukan kesalahan meraka sangat ganas dan mencampak saya ke jalan dan memijak kepala saya dan menarik tali leher sehingga saya tidak boleh bernafas. Sehingga kini anda boleh dengar suara saya tidak jelas. Saya menjerit meminta tolong namun suara saya tidak keluar kerana di cekik.Saya hanya dengar mereka kata bawa gari.

“Dalam seminit dua baru saya digari dan kemudiannya dibangunkan dari jalan, barulah saya boleh bernafas dengan baik. Kecederaan ini saya alami kerana dihentak ke jalan sewaktu merak mencampak saya ke jalan. Ia sangat kasar saya tidak jangka mereka melayan ADUN sebegitu rupa,” katanya.

Walaupun beliau agak terkejut dengan kejadian dipukul polis itu namun ia tidak sama-sekali mematahkan semangatnya untuk membela rakyat negeri Perak.

Keshvinder yang juga seorang peguam berkata sebagai seorang rakyat yang selama ini patuh kepada undang-undang tindakan polis itu bukan sahaja memerlukan jawapan tapi ia juga menuntut tindakan yang setimpal.

“Sekarang selepas saya keluar daripada hospital akan terus ke balai polis untuk membuat satu laporan polis terhadap yang terlibat kerana tahan dengan biadap dan menghina saya,” katanya.

Selain dari Keshvinder, turut ditahan adalah ADUN Sitiawan, Datuk Ngeh Koo Ham, dan Adun Simpang Pulai, Chan Ming Kai ditahan sewaktu cuba mengadakan sidang DUN.

Sementara itu ADUN Pasir Panjang Datuk Seri Nizar Jamaluddin berkata tindakan Keshvinder itu semata-mata untuk melindunginya dari diambil tindakan oleh polis setelah Datuk Ngeh Koo Ham ditahan terlebih dahulu.

Nizar yang menghargai pengorbanan Keshvinder itu berkata tanpa bantuan adun Malim Nawar itu semalam beliau juga turut menjadi mangsa kekejaman polis.

“Ini satu bukti yang mana rakyat Malaysia tidak selamat walaupun kita berniat tuk laksanakan tugasa sebagai wakil rakyat. Saya rasa ketu polis berkenaan marah saya berucap dan mengarahkan kakitangannya seolah-oleh mengejar saya. Ketika itu Keshvinder cuba menghalang dan dia dikasari dan dijatuhkan

“Keshvinder telah mengorbankan nyawanya untuk mempertahankan saya jika tidak saya turut digari. Jadi ia adalah pengorbana dari Keshvinder sebagai Pakatan Rakyat kita bersama setiap masa,” katanya.

Nizar juga berharap dengan laporan polis yang akan dibuat Keshvinder kelak satu siasatan dapat dijalankan segera bagi mencari kebenaran dan pada masa sama satu tindakan tegas diambil terhadap anggota terbabit.

Pakatan Selar Najib Sambung Kontrak KPN Bermasalah

Pakatan Rakyat menyelar tindakan Perdana Menteri Najib Tun Razak menyambung kontrak perkhidmatan Ketua Polis Negara bermasalah, Tan Sri Musa Hassan.

Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat Parti Keadilan Rakyat Badrul Hisham Shahrin tindakan menyambung kontrak Musa disebalik tuduhan terbabit dalam sindiket kongsi gelap, pemalsuan bahan bukti serta kegagalan mencantas indeks jenayah kebangsaan adalah amat memalukan.

Badrul berkata demikian merujuk kepada tindakan kerajaan melanjutkan tempoh khidmat Musa untuk setahun kepada September 2010. Musa dijadualkan bersara pada 13 September tahun ini. Ini adalah kali kedua perkhidmatannya dilanjutkan. Kali pertama adalah semasa di bawah pentadbiran Abdullah Ahmad Badawi pada September 2007.

“Bagaimana terdapat koleksi akuan bersumpah bukan sahaja dari orang awam tetapi anggota PDRM sendiri yang mengaitkan musa dengan kegiatan kongsi gelap dan ia lebih memarahkan lagi dalam keadaan negara berdepan dengan indeks kadar jenayah negara yang semakin meningkat.

“Bermakna amat diragui intergritinya ia amat memalukan dan amat menggusarkan seluruh rakyat dalam negara dan rasa amat malu selaku pimpinan dalam parti mengecam dan kesal dengan tindakan Najib mencadangkan pada Yang DiPertuan Agong untuk Musa dipanjangkan kontrak,” katanya.

Badrul turut menyifatkan hari ini sebagai hari malang bagi negara dengan pengumuman penyambungan kontrak Musa yang merupakan Ketua Polis Negara paling bermasalah.

“Musa ini bukan sahaja diragui lantiknannya terhadap jawatan berkenaan pada peringkat awalnya adalah hasil daripada kesungguhan beliau memalsukan bukti dalam kes Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ini telah dibuktikan dan disebut tetapi tidak dicabar pembuktian tersebut,” katanya.

Sementara itu Ahli Jawatankuasa Pas Pusat Mohammad Sabu berasa hairan kerana penyambungan kontrak itu kerana Musa mempunyai prestasi buruk dalam mengendalikan pasukan polis.

Menurutnya, ramai lagi anggota polis yang lebih layak untuk dilantik sebagai Ketua Polis Negara.

“Kita amat tidak senang dengan tindakan Perdana Menteri yang menyambung khidmat ketua polis yang kita boleh mengambil mana-mana pemimpin polis lebih berwibawa.

“Kalau mahu jadi yang berwibawa tentu ada tetapi Najib mungkin perlu ketua polis seperti ini untuk menjaga Umno dan Barisan Nasional,” katanya.

PAS dakwa ADUN BN Perak takut bersidang..!!!

KUALA LUMPUR, 3 Sept: PAS mendakwa tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional yang tidak menghadiri persidangan DUN semalam sebagai penakut.

Ketua Penerangan, Ustaz Idris Ahmad dalam satu kenyataan beliau berkata, hingga kini BN masih lagi takut untuk memasuki DUN bagi mengadakan mesyuarat rasmi sebagaimana DUN-DUN lain di seluruh negara selepas kali terakhir DUN Perak bersidang pada 7 Mei lalu.

Semalam polis menangkap enam orang termasuk tiga Adun Pakatan Rakyat yang cuba memasuki Dewan Undangan Negeri bagi mengadakan mesyuarat selepas dipanggil oleh Speaker, V Sivakumar.

Tiga ADUN tersebut adalah ADUN Setiawan, Datuk Ngeh Ko Ham; Simpang Pulai Chan Meng Kai dan ADUN Malim Nawar, Keshwinder Singh.

Ekoran halangan itu, mereka mengadakan persidangan DUN di Hotel Herritage. Dalam sidang itu, mereka membincangkan keputusan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan yang dilantik oleh DUN sebelum ini.

Sidang DUN Perak yang dipanggil oleh Speaker Pakatan Rakyat, V Sivakumar mengesahkan keputusan jawatankuasa itu dan menjatuhkan hukuman penjara enam bulan dan denda RM500,000 ke atas Speaker BN, Datuk R Ganesan and ADUN Bebas pro-BN, Hee Yit Foong.

ImageLaporan jawatankuasa tersebut yang dilantik oleh kerajaan negeri Pakatan tahun lalu, dibentangkan dalam sidang di Hotel Heritage, selepas polis menghalang mereka masuk ke bangunan Sekretariat Kerajaan Negeri (SUK).

Bagi Idris, persidangan DUN sebelum ini, merupakan persidangan DUN yang paling buruk dalam sejarah demokrasi negara ini.

ADUN-ADUN BN hanya mengunakan persidangan yang dibuka dan ditangguh pada hari yang sama itu untuk merampas kuasa dari tangan rakyat. Kini Perak ditadbir oleh Kerajaan 'haram' yang hanya berani 'beraksi' di luar dewan.

Rakyat Perak juga menuntut pilihanraya kecil negeri diadakan bagi memulihkan keadaan ini dan sebuah kerajaan yang sah dan diterima rakyat hendaklah ditubuhkan segera, kata Idris anak kelahiran Changkat Jering, Bukit Gantang, Perak.

Menurutnya, PAS turut mengutuk penggunaan mahkamah dan juga anggota keselamatan terutamanya polis bagi menghalang ADUN-ADUN Pakatan Rakyat Perak menjalankan tugas mereka sebagai wakil rakyat.

Peristiwa semalam tegasnya adalah kesinambungan dari puluhan episod malang yang terus memalukan negeri Perak.

Inilah hadiah terbesar BN buat rakyat Perak yang terus menderita akibat ketamakan dan sikap rakus pemimpin BN yang tidak mahu berlapang dada menerima kekalahan mereka dalam Pilihanraya Umum ke 12 yang lalu.

Sehubungan itu, beliau menyeru agar rakyat Perak yang dianiaya, ditindas dan dizalimi oleh kerajaan BN agar menggunakan ruang di bulan Ramadhan ini untuk memanjatkan doa memohon perlindungan dan bantuan dari Allah.

PAS juga berharap agar kisah tragis di Perak ini akan segera tamat.

Kepala lembu: Penduduk yang dedah cerita sebenar..!!! Mereka diugut pihak tertentu..?

Dzulfikar Mashoor

SHAH ALAM, 3 Sept: Sejak demonstrasi mengarak kepala lembu 'berdarah' yang dikatakan khalayak dicetuskan Umno Shah Alam sendiri, segelintir penduduk tempatan Seksyen 23 berdepan ancaman dan ugutan oleh pihak-pihak tertentu.

Beberapa responden yang ditemui Harakahdaily 30 Ogos lalu mengadu bahawa mereka turut diugut sejak berita kumpulan ekstrem itu disiarkan.

Tidak mahu identiti masing-masing diketahui lagi, ada dalam kalangan mereka sudah diugut supaya berpindah, kerana dituduh pemecah belah masyarakat tempatan serta sokong penganut Hindu walaupun diri bergelar penganut Islam.

Di kalangan mereka juga, ada yang menerima ugutan melalui telefon.

Ada juga yang didatangi sendiri pemimpin tempatan yang menyokong aksi ekstrem itu, lalu mengugut untuk memecahkan cermin kereta dan sebagainya.

Mereka juga enggan membuat laporan Polis kerana takut pihak terbabit terus mengugut serta menyerang mereka.

"Saya satu keluarga nak tinggal di sini lebih lama. Ini kira kampung halaman saya. Buat apa buat laporan Polis kalau ia diperbesarkan, banyak lagi ugutan selepas ini," jelas salah seorang daripada responden terbabit.

Dalam pada itu, responden Rohaya Samad, Suri Rumah kelmarin membuat penjelasan semula berhubung kenyataannya 30 Ogos lalu.

"Bukan maksud akak (kononnya) Hj. Mahyuddin (Manaf, iaitu Pengerusi Penduduk Seksyen 23) membawa kepala lembu itu. Bukan akak yang kata (demikian). Akak bukan pemecah belah masyarakat seperti yang didakw," jelasnya.

Beliau juga menafikan bahawa beliau menerima sms kononnya penganut Hindu sudah membuat 98 aduan Polis berhubung insiden tersebut.

"Bukan 98 (aduan) yang akak kata. Akak kata 48 (aduan). Akhbar hari ini (1 September) laporan 52 aduan," ujarnya lagi.

Ditanya adakah penjelasan semulanya itu disebabkan ugutan pihak tertentu, beliau menegaskan tidak.

Semalam, wartawan harakahdaily Zulfikar Mashoor sendiri turut menerima panggilan bermotif ugutan, disebabkan beberapa liputan setempat sebelum ini.

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar sewaktu mengulas isu terbabit menjelaskan amalan mengugut penduduk Syeksyen 23 itu adalah ekstrem adalah ajaran Naib Presiden Umno sendiri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sendiri.

"Ancaman yang dilakukan oleh mereka ini adalah hasil didikan Hishamuddin (Menteri Keselamatan Dalam Negeri) sendiri. Dia pernah mengangkat keris dalam pemilihan (PAU) kerana mengancam orang Cina di Malaysia," katanya.

ImageBeliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena mendakwa tindakan Hishamudin sebenarnya mengulangi ajaran Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak sewaktu menjadi Ketua Pemuda Umno, pada 1987 lalu.

Ujarnya lagi, inisiatif Hishamuddin mengunjungi pihak ekstrem terbabit, tidak mustahil akan mengundang sesuatu yang lebih buruk.

"Jadi bila Datuk Hishamuddin nak bertemu lagi dengan kumpulan (ekstrem) ini, ianya menunjukkan seolah-olah dia tidak rasa apa-apa terhadap tindakan eksterem yang dilakukan kumpulan ini terhadap penduduk Seksyen 23 khususnya, yang tidak mustahil akan mencetus provokasi yang lebih tegang," tambahnya.

Beliau juga turut mengulas hasrat kumpulan terbabit untuk bertemu pemimpin Hindu tempatan, setelah tindakan ekstrem mereka dipertikai khalayak.

"Kita bersetuju kumpulan itu bertemu Hindu Sanggam, tetapi pendekatan itu sepatutnya dibuat lebih awal. Bukannya selepas selepas mereka melakukan provokasi (dan) menghina agama orang lain (penganut agama Hindu)," katanya.

Semalam, Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad turut mempertikai inisiatif Hishammuddin mahu turun bertemu kumpulan ekstremis terbabit; yang didakwanya sebagai 'samseng-samseng Umno'.

Dipercayai juga, beberapa ugutan tersebut sebenarnya untuk membendung orang ramai dari terus mengaitkan Umno dengan beberapa aksi ekstrem sebelum ini.

Beberapa kes ugutan sehingga sekarang menjadikan Umno terus dipandang serong, setelah demontrasi mengarak kepala lembu berdarah dan menconteng dinding dengan kata-kata kesat sebelum ini sah didalangi oleh segelintir ahli-ahlinya yang ekstrem itu.

Let Send Regards To The Dog..!

Lain-lain Pegawai Polis di Malaysia memang tak leh pakai... bukan aku yang cakap, tapi KERAjaan Malaysia yang sahkan... walaupun tak secara rasmi, tapi kita boleh faham bilamana kontrak Tan Sri Musa Hassan disambung lagi setahun...
Kalau ada lain-lain pegawai yang berkaliber, maka tak perlulah KERAjaan menyambung kontrak Tan Sri Musa Hassan buat kali yang keseterusnya...

Sebelum ni dah dinyatakan disini - http://perisik-rakyat.com/2009/08/selamat-tinggal-kpm-selamat-bersara-rpk.html

Jadi ada 2 perkara yang perlu kita perhatikan dekat sini... no 1 ialah benarkah negara kita kekurangan Pegawai Polis yang layak menggantikan jawatan yang dipegang oleh TS Musa Hassan atau ada "tangan-tangan" yang dinyatakan oleh RPK yang mengawal PDRM..?

No 2 ialah, hari ini terbukti RPK tidak sekadar bercakap bohong malah apa yang dinyatakan dalam artikel tersebut, benar-benar berlaku dan ianya hampir lengkap...

Kawan-kawan di Johor pasti selalu dengar cerita "Bagus" berkenaan dengan TSMH kan..?

Lets let the "Gangstars" rules Malaysia..! F**k The Government (UMNO)..!

Pegawai-pegawai polis yang lain-lain korang tak payah nak belagak dah... korang semua tak leh pakai..! TSMH je yang boleh pakai..!

Bravo Tan Sri 2+1..!

Jangan Sampai Yang Dikendong Berciciran..!!

by: Kerajaan rakyat

Sembilan orang wakil rakyat Terengganu mahu tuntutan mereka ditunaikan sekiranya Umno mahu mengelakkan mereka melompat kepada PKR.

ADUN Hulu Besut, Nawi Mohamad berkata wakil-wakil rakyat berkenaan perlu dilantik sebagai pengerusi penyelaras DUN masing-masing dan juga kuasa untuk menamakan anggota-anggota Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).

Kedua-dua tuntutan ini, sekiranya ditunaikan, boleh memulihkan semula hubungan antara pemimpin-pemimpin Umno di Terengganu, katanya.

Nawi Mohamad juga hari ini mengakui bahawa Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri mengadakan pertemuan bersama sembilan ADUN Umno Terengganu tetapi tidak pasti ia melibatkan usaha menggulingkan kerajaan negeri.

“Saya tidak tahulah apa yang dibincangkan dan ia juga tiada kena-mengena dengan saya,” katanya, sambil menegaskan beliau sendiri tidak tersenarai dalam sembilan ADUN yang akan meninggalkan parti.

Kerajaan Rakyat: Tiada apa yang dapat dibanggakan sekiranya Pakatan Rakyat dapat membentuk kerajaan negeri hasil dapat lompatan wakil rakyat UMNO ini. Kita mengutuk keras apa yang terjadi di Perak. Kira kaedah yang serupa kita lakukan di Terengganu, pada perkiraan saya ia satu kesilapan yang amat besar.

Saya percaya ini adalah permainan politik UMNO untuk melalaikan pimpinan Pakatan, Keadilan khasnya. UMNO cuba melekakan pimpinan Keadilan dengan isu Terengganu dan dalam masa yang sama UMNO sendiri mengatur caturnya di Selangor dan Kedah.

Benar kita perlukan kuasa untuk memerintah dan berbakti kepada rakyat tetapi perolehan kuasa melalui hasil lompatan atau rampasan kuasa adalah sesuatu yang amat menjijikkan.

Saya menyarankan agar pimpinan Pakatan perkemaskan dan perkukuhkan pentadbirannya dikedua-dua negeri (Selangor dan Kedah) terlebih dahulu.

Hampir 19 bulan pru-12 telah berlalu, kesan kekalahan UMNO/BN masih mereka rasai. Dalam tempoh 19 bulan jugalah kebajikan rakyat telah diabaikan oleh sebahagian besar wakil rakyat yang dipilih. Mereka, samada daripada UMNO/BN atau Keadilan lebih banyak menghabiskan masa dan wang peruntukkan sebagai wakil rakyat menjurus kepada perbelanjaan politik peribadi dan kepartian daripada menumpukan kepada usaha menunaikan amanat sebagai wakil rakyat.

Kebejatan yang dilakukan oleh UMNO/BN di Perak telah menyebabkan rakyat semakin memandang hina dan jijik terhadap UMNO/BN. Mereka merampas kuasa yang diamanahkan rakyat kepada Pakatan Rakyat, tetapi UMNO/BN GAGAL bukan hanya dalam pentadbirannya malahan mereka juga GAGAL dalam merapatkan hubungan antara wakil rakyat dan rakyat.

Kepada Kepada pimpinan Pakatan Rakyat di Selangor khususnya, suka saya ingatkan agar lebih pro-aktif dan peka terhadap isu dan tuntutan rakyat. Jangan menhitung kesilapan pentadbiran kerajaan UMNO/BN dahulu tetapi lupa terhadap kesilapan, kelalaian serta kekurangan dalam pentadbiran sendiri. Sembilan belas bulan telah berlalu, apakah sumbangan Kerajaan Pakatan Selangor? Itu yang rakyat ingin tahu.

Ingatan buat seluruh pimpinan Keadilan, Ketua Umum Keadilan khasnya; Jangan yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.

Menteri Tidak Wajar Bela Ekstremis - Pakatan Rakyat


Pakatan Rakyat memfailkan satu laporan polis terhadap Menteri Dalam Negeri Hishamuddin Hussein ekoran campurtangan beliau dalam siasatan polis.

Laporan polis ini dibuat berikutan tindakan Hishamuddin Hussein memintas siasatan polis dengan mengadakan pertemuan dengan penganjur tunjuk perasaan 'kepala lembu' di Shah Alam minggu lalu.

Exco Selangor Xavier Jeyakumar, Ahli Parlimen Kuala Selangor Dr Dzulkefly Ahmad, Ahli Parlimen Klang Charles Santiago, Ahli Parlimen Kota Raja Dr Siti Mariah Mahmud dan Ketua Angkatan Muda Keadilan Selangor Khairul Anuar Ahmad Zainuddin membuat aduan tersebut ke Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya, jam 12.30 tengahari tadi.

Pakatan Rakyat berkata campurtangan ini adalah penyalahgunaan kuasa yang besar dan boleh mempengaruhi siasatan polis keatas isu ini, lebih-lebih lagi apabila Hishamuddin membuat pendirian tanpa menunggu hasil siasatan polis.

"Satu siasatan bebas perlu diwujudkan segara bagi menyiasat tindakan Menteri Dalam Negeri mencampuri siasatan polis berhubung tindakan tunjuk perasaan kepala lembu tempoh hari. Jelas sekali ini adalah penyalahgunaan kuasa," kata Xavier di perkarangan IPD Petaling Jaya.

“Saya minta Peguam Negera jangan menghentikan apa-apa tindakan yang telah dibuat terhadap kumpulan ini kerana kenyataan yang dibuat oleh Hishamuddin. Saya diberitahu oleh Ketua Polis Shah Alam semalam bahawa mereka menunggu laporan daripada pejabat Peguam Negara kerana kertas siasatan telah dihantar,” katanya.

Dalam kejadian 28 Ogos lalu, segerombolan individu mengadakan tunjuk perasaan di luar bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) sambil mengheret kepala seekor lembu, menendang dan meludah kepala itu sebagai bantahan kepada pemindahan sebuah kuil lama dari Seksyen 19 Shah Alam ke Seksyen 20 Shah Alam.

Tunjuk perasaan itu dikecam pelbagai pihak sebagai menghasut kepada perbalahan agama dan bersifat provokasi. Ketika polis mengadakan siasatan, Menteri Dalam Negeri Hishamuddin Hussein bertindak mempertahankan provokatur-provokatur terbabit.

Hishamuddin mengadakan pertemuan dengan provokatur terbabit, dan dalam satu kenyataan selepas pertemuan tersebut, Menteri Dalam Negeri itu berkata pihak terbabit tidak perlu dihukum sekiranya semua pihak mengamalkan sikap memahami dan bertolak-ansur.

Sementara itu, Charles Santiago berkata Menteri Dalam Negeri tidak boleh menghalang mana-mana pihak yang didapati menghasut kepada perbalahan kaum dan agama dari diheret ke muka pengadilan.

“Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis mesti memulakan siasatan kepada Menteri Dalam Negeri dan sudah tiba masanya Perdana Menteri memecat beliau keranan secara terang-terangan melanggar undang-undang dan bercanggah dengan 1Malaysia Perdana Mneteri. Nampaknya 1Malaysia Hishamuddin berlainan sedikit.

“Kita khuatir selepas kenyataan Menteri Dalam Negeri, Peguam Negera akan menukar pandangan. Kita membuat laporan untuk mengutuk salah gunakuasa oleh Menteri Dalam Negeri yang mengawasi pasukan polis,” katanya.

Sementara itu, Dr Dzulkiefly berkata, Hishamuddin mengambil langkah yang tidak bijak dengan mengeluarkan kenyataan berkenaan terutamanya dalam suasanan kerajaan cuba memulihkan wibawa institusi penguatkuasaan undang-undang negara ini.

“Tindakan menteri seperti ini paling tidak wajar dan tidak bijak kerana akan meneruskan pereputan institusi berkenaan. Jadi laporan perlu dibuat bagi membolehkan rakyat melihat menteri menyalahgunakan kuasa,” katanya.

Mewakili Angkatan Muda Keadilan, Khairul Anuar berkata kenyataan Hishamuddin memberikan isyarat bahawa kerajaan merestui tindak-tanduk provokasi itu.

Menurutnya, dengan kenyataan berkenaan beliau yakin bahawa akan terdapat lagi insiden sedemikian khususnya oleh mereka yang mempunyai kepentingan.

“Ia akan memberi isyarat kepada pihak yang tidak bertanggungjawab mempunyai tujuan kepentingan politik tertentu untuk mengambil ketetapan dan membuat tindakan sedemikian kerana menteri sendir telah mengatakan meraka yang membawa kepala lembu tidak berniat.

“Hishamuddin tidak layak duduk dalam kabinet Najib Razak dan kita minta jika benar dijadika satu KPI terhadap Hishamuddin maka Hishamuddin berada di KPI yang rendah dan tidak layak duduk dalam kabinet 1 Malaysia Najib,” katanya.

1 Malaysia dan polarisasi pelajar di IPT — Ismail Ibrahim

SEPT 3 — Saya rasa telah agak lama kita membicarakan isu polarisasi kaum di kalangan para pelajar di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di negara kita. Sejak sekian lama kita membicarakan isu ini, saya tidak tahu sejauh manakah hal ini berkembang, menjadi bertambah serius? Atau telah ada usaha untuk membaikinya, tetapi sejauh manakah kejayaannya?

Saya kembali ke universiti semula setelah meninggalkan kerja di universiti kerana berkhidmat dalam bidang lain, di dalam dan di luar negara, lebih daripada 15 tahun yang lalu. Setiap hari saya ke universiti pada masa kini, melewati kumpulan para pelajar yang sedang berkumpul menanti giliran untuk masuk ke bilik kuliah, atau setelah berehat dan sedang duduk-duduk berbual sesama sendiri selepas kuliah, malah kumpulan pelajar yang sedang makan minum di kantin.

Saya dapat melihat pandangan yang agak mengganggu perasaan saya sebagai seorang Malaysia, iaitu ketika melihat para pelajar berkumpul, berbual, berjenaka dan makan minum, atau lainnya, bersama-sama kaum masing-masing.

Saya masih ingat bahawa keadaan ini tidak begitu ketara semasa saya berkhidmat di universiti lebih satu atau dua dekad yang lalu. Pada masa itu keadaan agak berbeza, iaitu kalau diandaikan peratusan polarisasi kaum pada masa itu di kalangan pelajar universiti mungkin hanya antara 40 dan 50 peratus.

Tetapi pada masa kini pada umumnya, di sesetengah IPT, mungkin nisbah itu meningkat kepada lebih 90 peratus. Ini bererti bahawa semakin lama kita melangkah ke hadapan dalam membina satu bangsa Malaysia yang bersatu, maka nampaknya keadaan di IPT menunjukkan hasil yang bertentangan dari matlamat yang disasarkan itu jika diterjemahkan dari sudut perpaduan kaum para pelajarnya.

Pelajar-pelajar daripada pelbagai kaum, mungkin hanya bersama-sama menghadiri kuliah dan mengambil kursus yang sama tanpa mengira kaum. Mendengar syarahan pensyarah yang sama. Mungkin dalam perjumpaan formal anjuran universiti, mereka turut serta sebagai pelajar universiti yang sama. Tetapi ketika bergaul secara tidak formal, atau berbincang dan berdiskusi tentang pelajaran mereka, maka mereka akan memilih kaum sendiri. Apatah lagi dalam banyak keadaan, mereka masing-masing menggunakan bahasa ibunda mereka sendiri.

Mungkin bagi sesetengah orang, hal ini merupakan perkara biasa sahaja, iaitu ketika pelajar merasa lebah mudah dan selesa berbual atau berbincang dengan rakan kaumnya sendiri, apa lagi bagi sesetengah pelajar Melayu sendiri.

Mereka nampaknya lebih mesra berkumpul dengan rakan-rakan Melayu yang berasal dari negeri yang sama, seperti dari Kelantan, Terengganu, Johor, Kedah dan lain-lain. Jadi apakah nak dihairankan sekiranya dalam masa yang sama, pelajar-pelajar lebih suka bergaul hanya dengan kaum mereka sahaja.

Memanglah pada pandangan sepintas lalu, polarisasi kaum di IPT ini bukanlah satu isu besar. Tetapi sekiranya dikaji secara yang lebih mendalam, kita mungkin sedar bahawa bibit-bibit perpecahan dan kadang-kadang bibit-bibit permusuhan boleh berlaku akibat daripada polarisasi ini.

Tanpa pergaulan mesra di antara para pelajar pelbagai kaum dalam program formal dan tidak formal, dalam perbincangan sesama sendiri tentang pelajaran dan lain-lainnya, mereka tidak akan dapat menyelami hati budi kaum lain, tidak dapat merasakan cara berfikir dan pendekatan kepelbagaian kaum dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Malah tidak akan dapat memahami tradisi, budaya dan prinsip agama masing-masing dalam pergaulan, pembicaraan dan penyelesaian konflik ketika berlaku konflik umpamanya.

Mereka akan hanya memahami budaya mereka masing-masing, tradisi dan nilai moral sendiri, tanpa memahami hal itu bagi kaum yang lain, sedangkan mereka merupakan bangsa Malaysia, yang akan keluar ke tengah-tengah masyarakat sebagai pemimpin, peniaga dan orang biasa yang berada di dalam sebuah negara dengan mempunyai cita-cita yang sama dalam membangunkan bangsa dan negara yang sama.

Sehingga ke masa kini, ramai pengkaji mengambil kesimpulan bahawa dakwaan yang mengatakan bahawa rakyat kita dari pelbagai kaum telah memahami budaya dan adat serta prinsip-prinsip agama kaum lain dengan kefahaman yang mendalam adalah satu teori sahaja, bukan sebenarnya merupakan kenyataan yang hakiki.

Teori ini lebih merupakan satu penonjolan palsu kepada masyarakat dunia, dan lebih merupakan satu kosmetik yang menjadi perhiasan luaran sahaja, sedangkan dalamannya adalah kosong.

Pada masa kini, hal ini menjadi agak tepat, kerana segala isu yang timbul di dalam negara kita mutakhir ini sering merupakan isu yang ditafsir secara sentimen melulu berasaskan kepada kaum, agama dan individu. Rasa perkauman kembali agak menebal dalam masyarakat kita, dan sentimen ini dibesar-besarkan dalam semua aspek pembangunan negara kita, sama ada dalam pembangunan ekonomi, perundangan, bahasa, budaya, agama, politik, pentadbiran awam, ketenteraan, polis dan sebagainya.

Oleh itu isu polarisasi kaum di kalangan para pelajar universiti haruslah dibendung dan disalurkan kepada perpaduan yang lebih bermakna sekiranya kita mahu melihat bangsa Malaysia benar-benar dapat disatukan bagi mengendali negara kita pada masa yang akan datang untuk menjadi negara maju dan bermoral menjelang tahun 2020, kerana merekalah yang akan berperanan menerajui negara kita pada masa hadapan.

Gagasan 1 Malaysia merupakan satu jam loceng yang mengejutkan kita untuk segera sedar dan bangun memperbaiki keadaan, juga untuk memahami di manakah kita berada selama ini dalam perjalanan kita untuk membina bangsa dan negara kita yang bersatu padu, aman makmur dan terhindar dari semua jenis keganasan dan kekacauan yang menghancur-leburkan pembangunan sesuatu bangsa itu.

Semangat 1 Malaysia, roh patriotik dan rasa bangga dengan kemerdekaan negara yang menjangkau usia 52 tahun, dan kemampuan kita membangun begitu banyak IPT awam dan swasta, seharusnya kita manfaatkan sebagai titik awal untuk meninjau kembali kekuatan dan kelemahan kita, dan meningkatkan kualiti pembangunan bangsa kita, juga memperbaiki segala kelemahan kita selama ini, termasuk isu polarisasi kaum para pelajar IPT kita. — Utusan Malaysia

Dari bawah pokok ke hotel — Siti Mariam Md. Zain

SEPT 3 — Rancangan pembangkang mengadakan apa yang disebut sebagai “Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN)” diteruskan juga walau pun menyedari tindakan itu jelas membelakangi undang-undang selain tidak mendapat perkenan daripada Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.

Diketuai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pasir Panjang, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin dan Pengerusi DAP, Datuk Ngeh Koo Ham, Adun - Adun pembangkang “berusaha” merempuh pasukan polis yang berkawal sejak awal pagi di pekarangan Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK).

Keadaan menjadi semakin kelam kabut memaksa pihak polis yang pada mulanya hanya bertujuan untuk mengawal keadaan, mengambil tindakan lebih tegas — beberapa Adun termasuk Koo Ham kemudian ditahan.

Serentak itu, satu sidang media diadakan di ibu pejabat DAP negeri.

Ini adalah “modus operandi” parti pembangkang di Perak. Apa yang berlaku hari ini tiada bezanya dengan peristiwa-peristiwa sebelum ini.

Tujuannya adalah untuk menarik perhatian. Usaha itu perlu diteruskan kerana mereka merasakan sokongan terhadap pembangkang makin berkurangan.

Mungkin ada yang beranggapan sokongan yang dimaksudkan tidak berubah. Jika benar, mana mungkin mereka sanggup bertindak “sebijak” ini.

Sebagai parti yang hanya bermodalkan “kata-kata,” isu “kehilangan perhatian” dianggap satu mala petaka yang tidak seharusnya berlaku.

Maka, tidak dapat diadakan di SUK, “sidang DUN” pun dibuat di sebuah hotel, yang terletak kira-kira lima kilometer dari bangunan SUK.

Bersidanglah mereka. Dengan lagak masih sebagai seorang Speaker, Adun Tronoh, V. Sivakumar memulakan “persidangan” yang dihadiri semua Adun pembangkang kecuali mereka yang ditahan polis dan Adun Titi Serong, Khalil Idham Lim Abdullah yang dikatakan menunaikan umrah di tanah suci Mekah.

Tiga usul menjadi inti pati “persidangan”. Ketiga-tiga usul hanya berkisar soal “peralihan kuasa” dan “kuasa yang hilang”. Sementara satu usul tergempar mempertikaikan peranan polis melaksanakan tugas mereka.

Dalam masa sama, mereka sedar setiap keputusan yang dibuat tidak akan membawa sebarang erti atau makna kepada pentadbiran negeri.

Bagi orang ramai, apa yang disaksikan mungkin sebahagian daripada kisah atau warna-warna hidup yang seronok untuk dijadikan bahan bualan.

Menyalahkan polis bertindak kasar terhadap pembangkang mungkin boleh dianggap satu isu lapuk. Ini kerana sejak pembangkang merancang untuk mengadakan “sidang DUN”, polis telah mengeluarkan amaran berkali-kali.

Malah sehingga semalam, Ketua Polis Perak, Datuk Zulkifli Abdullah telah menasihati orang ramai dan parti pembangkang supaya tidak berkumpul di SUK bagi menggelakkan perkara-perkara tidak diingini.

Arahan itu juga berikutan penolakan injuksi oleh mahkamah terhadap permohonan Sivakumar untuk mengadakan “sidang DUN”.

Apa yang pasti, sidang DUN bawah pokok yang mendapat sambutan box office selepas “ditayangkan” Mei lalu, dinaik taraf kepada “sidang DUN di hotel”. Mungkin juga ia sebagai tanda menghormati bulan Ramadan. — Utusan Malaysia

Ketua NUJ Utusan dibuang kerja..!! Ni akibatnya melawan UMNO@BN...Ada faham...!!!

Pemimpin kesatuan wartawan Utusan Melayu (M) Bhd hari ini dipecat selepas didapati bersalah menfitnah syarikat itu susulan aduannya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Amran Ahmad, pengerusi Kesatuan Kebangsaan Wartawan (NUJ) cawangan syarikat itu, didapati bersalah 20 Ogos lalu atas beberapa pertuduhan mencemarkan reputasi syarikat susulan membangkitkan perbelanjaan kepada suruhanjaya tersebut.

Pertuduhan terhadapnya disandarkan pada kenyataannya selepas ke SPRM seperti dilaporkan Malaysiakini pada Jun lepas dan juga Harakahdaily, April lalu.

Pada 25 Jun lalu, ketua kesatuan wartawan akhbar Umno itu melaporkan perbelanjaan ubahsuaian satu pejabat biro sebanyak RM46,000 kepada suruhanjaya tersebut (foto).

Sementara dua bulan sebelumnya, NUJ Utusan mengadu kos membeli dua set tiang gol dan jaring penghadang di sebuah kilangnya di Perai, Pulau Pinang yang didakwa "terlalu mahal" sebanyak RM160,000.

Amid arrests, houses demolished in Buah Pala

The highly controversial eviction of Kampung Buah Pala villagers started today as developer Nusmetro Venture (P) Sdn Bhd moved in to tear down houses of owners who had agreed to relocate.

The demolition job started with a house whose owner had accepted compensation in the form of an alternate house and a relocation cost. The owner voluntarily handed over his house keys to the developer.

Under the watchful eye of the police and the residents association committee, the demolition team moved in to tear down this house. Some hours later, a second house was also torn down.

Police meanwhile arrested nearly 18 people, including lfour women, when villagers and MIC youth members resisted the team from demolishing other houses.

Those detained include village lawyer Darshan Singh Khaira and former PKR's Petaling Jaya municipal councillor A Thiruvenggadam.

Some protesters sustained injuries in the melee as the light strike force unit and other police personnel assaulted and pushed the human barricade into the village.

MIC youth member S Ragubalan, 28 and K Somasundram, 34, both claimed that they sustained injuries on the hands and bodies.

"A member of the demolition team hit me with a sledgehammer," said Ragubalan. Somasundram claimed he was hit by a policeman.

Social activist R Aravindraj said his camera lens was broken during the commotion.

Tempers also flared when a policeman known only as 'Azman' shouted "anak haram" to the crowd. The policeman quickly fled the scene when the angry crowd attempted to attack him.

However, commotion abruptly stopped after the village association assistant secretary C Tharmaraj (photo below) talked to the residents and other protesters to calm down.

All the arrested persons were lated whisked away in a police truck to nearby police station.

Manhandled MP: It was like TV wrestling, but for real

Despite reading numerous times about allegations of police brutality and manhandling of suspects, Malim Nawar state assemblyperson Keshvinder Singh, harboured doubts if they were all true.

Not anymore.

All doubts were erased yesterday when Keshvinder (right) himself had a taste of police "cruelty" when he was pounced on by several police officers that resulted in him sustaining head injuries.

"I read in the papers about the police manhandling people but I still asked myself if these people are really that cruel. Since the incident yesterday, I believe it all now and have low respect for the police," Keshvinder told Malaysiakini.

Keshvinder has been warded at the Ipoh general hospital since yesterday. A CAT scan revealed that he had suffered a hairline fracture on his forehead.

He was arrested yesterday when the police used force to stop Pakatan Rakyat state assemblypersons from walking to the state assembly to convene a sitting.

Recalling the incident, Keshvinder said he had walked up to the police to urge them to stop pushing the Pakatan reps because they were in the process of dispersing.

"Suddenly, about five people grabbed me and threw me on the floor. It was like wrestling you see on television. They were so rough," he said.

"My head bounced off the floor. To make matters worse, someone placed his foot on my head while another kick me on the stomach. Another pulled my tie, choking me," he added.

'Another TBH' scare

After about a minute on the floor, handcuffs were placed on Keshvinder and he was taken away in a police truck but his ordeal did not stop there.

"When the 'black maria' was parked outside Sungai Senam police station, I told Ngeh (Khoo Ham, Perak DAP chief who was also arrested) that my head was spinning and I felt nausea.

"He shouted from truck to tell the police that I needed water and medical attention, but no one bothered," he recalled.

It was only about five minutes later when Keshvinder, Ngeh and five other detainees were taken into the police station.

"When Ngeh warned the police that another 'Teoh Beng Hock' might occur that jolted the police into take action. The police then asked me to lie down and called for an ambulance," he said.

Keshvinder plans to seek a second opinion on his injuries and wants to file a suit against the police for the hurt caused.

He said suits filed by Pandamaran state rep Ronnie Liu and Kuala Krai MP Dr Hatta Ramli are examples of successful legal action against the police for causing hurt.

Kampung Buah Pala: Empat buah dirobohkan, 14 ditahan

HALANG...Polis mengepung Pengerusi Eksekutif NNuesmetro Ventures, Gary Ho daripada dicederakan oleh penduduk Kg Buah Pala selepas berlaku pergaduhan antara beliau dan penduduk kampung mengenai kerja-kerja merobohkan rumah penduduk kampung itu. Bagaimanapun, beliau telah diselamatkan oleh pihak polis. Ketika ini, kerja-kerja merobohkan sebahagian rumah di Kg Buah Pala sedang giat dijalankan.

GEORGE TOWN: Beberapa jentolak akhirnya berjaya merobohkan empat buah rumah di Kampung Buah Pala, Pulau Pinang.

Hari ini penduduk Kg Buah Pala seperti bersedia rumah mereka dirobohkan apabila mereka menyedari usaha untuk menghalang pemaju untuk merobohkan rumah mereka adalah satu usaha yang sia-sia.

Bagaimanapun, penduduk Kg Buah Pala berjaya meluahkan kekecewaan mereka pada pihak pemaju, Pengarah Eksekutif Nusmetro Ventures Sdn Bhd Gary Ho untuk mengelakkan lebih banyak rumah dirobohkan.

Anggota polis terpaksa mengiringi pekerja daripada syarikat pemaju dari rumah ke rumah untuk merobohkan rumah penduduk kampung apabila mereka menghalang traktor yang digunakan untuk merobohkan rumah daripada memasuki kampung.

Ho berkata hanya empat rumah yang telah dirobohkan dan yang lain akan dirobohkan pada minggu hadapan.

Dalam kejadian itu, polis telah menahan 14 orang, termasuk 3 wanita dan peguam penduduk Kg Buah Pala,Dharshan Singh.

BERITA TERDAHULU

BERIKUT adalah situasi yang berlaku ketika kerja-kerja merobohkan rumah di Kampung Buah Pala hari ini:

2.20 petang hari: Pekerja-pekerja mula meninggalkan Kg Buah Pala. Hanya tiga rumah dan satu bilik bagi rumah keempat telah dirobohkan hari ini.

1.50 petang hari: Gary Ho berkata hanya empat buah rumah akan dirobohkan hari ini manakala yang selebihnya akan dirobohkan pada minggu hadapan.

1.20 petang hari: Pekerja meneruskan kerja merobohkan rumah bernombor 481 yang telah dikosongkan. Pemilik rumah tersebut membenarkan mereka merobohkan rumahnya tanpa sebarang halangan.

Ketiga-tiga rumah itu telah dikosongkan oleh pemiliknya lebih awal.

Kerja merobohkan rumah keempat bernombor 473 akan dimulakan bagaimanapun, pemilik rumah tersebut masih belum mengosongkan rumahnya.

Hanya sebuah bilik yang terletak di luar rumah telah dirobohkan.

1.16 petang hari: Pekerja berhenti di rumah bernombor 486, mereka merobohkan pagar dengan tukul besi. Rumah ketiga yang akan dirobohkan setakat ini.

1.03 petang hari: Hujan renyai-renyai.

12.58 tengah hari: Mereka tiba di rumah bernombor 486 dan mula merobohkannya

12.55 tengah hari: Polis dan pasukan petugas khas mengiringi pekerja-pekerja untuk memulakan kerja merobohkan, mereka menghadapi sedikit kesukaran kerana hujan yang turun.

12.50 tengah hari: Hujan turun dengan lebat, Ramai yang datang melihat sudah bersurai. Kebanyakkan yang tinggal adalah pihak polis dan media.

12.45 tengah hari: Polis berkawal di jalan raya sementara penduduk kampung berudur ke rumah meraka.

12.40 tengah hari: Sekurang-kurangnya 14 orang telah ditahan termasuk peguam Darshan Singh dan tiga orang wanita.

Pasukan petugas khas yang mengiringin pegawai mahkamah dihalang oleh penduduk kampung.

12.30 tengah hari: Penduduk kampung, para penyokong dan pemuda MIC mula berkumpul membuat satu halangan terhadap pasukan petugas khas.

Seorang ditangkap kerana ingkar arahan polis.

12.20 tengah hari: Penduduk kampung melepaskan kambing-kambing mereka dan berkumpul membuat satu halangan di pintu masak sambil menjerit slogan anti-DAP. Mereka menyalahkan kerajaan negeri berikutan kerja-kerja perobohan itu.

12.10 tengah hari: Penduduk kampung masih lagi tidak senang duduk dan polis cuba mengawal keadaan. Mereka mula menjerit 'pemaju balik' ketika wakil mereka, pemaju, dan bailif sedang berbincang di dalam kereta polis untuk merobohkan lebih banyak rumah.

Peguam yang mewakili penduduk kampung, Dharshan Singh memberitahu mereka bahawa pemaju tiada hak untuk merobohkan rumah mereka dan menyebabkan penduduk kampung bertambah marah.

11.20 pagi: Ketika kerja-kerja merobohkan rumah bernombor 467 berlangsung. Beberapa penduduk kampung yang bimbang rumah mereka akan dirobohkan merayu kepada Thomas Chan supaya rumah mereka tidak dirobohkan.

10.36 pagi: Rumah bernombor 467 buah dipercayai akan dirobohkan kerana kedengaran bunyi jentolak dan traktor di kawasan tersebut. Para pemberita tidak dibenarkan masuk ke kampung tersebut.

10.31 pagi: Polis bersama lima orang kontraktor yang membawa penukul besar menghampiri rumah bernombor 467 untuk merobohkannya.

10.20 pagi: Polis berbincang dengan Sugumaran dan penolong setiausaha persatuan menetap Tharmaraj. Pihak polis menyeru orang-orang kampung untuk mematuhi janji mereka kepada pihak pemaju sebelum ini.

Polis turut meminta Ketua Pemuda MIC T. Mohan untuk mengawal ahli-ahlinya daripada terlibat dengan pergaduhan seperti menghalang traktor dan jentolak yang digunakan untuk merobohkan kediaman penduduk Kg Buah Pala.

10.15 pagi: Polis berjaya menyelamtkan Gary Ho.

10.10 pagi: Beberapa traktor dilihat memasuki Kg Buah Pala untuk memulakan kerja-kerja perobohan selepas beberapa penduduk kampung bersetuju untuk pemaju bagi memberi kerjasama kepada pihak pemaju.

Bagaimanapun, sebahagian penduduk yang tidak tahu mengenai perjanjian tersebut berlaku sedikit kekecohan apabila penduduk kampung cuba menghalang traktor dan jentolak itu daripada merobohkan rumah mereka.

Terdapat juga beberapa orang penduduk yang cuba menyerang Beberapa juga mahu Gary Ho. Pasukan FRU cuba campur tangan untuk mengekalkan arahan yang telah diputuskan sebelum ini.

10.07 pagi: Penduduk kampung daripada rumah bernombor 467 menunjukkan kepada pihak polis satu perjanjian yang menunjukkan dia setuju dengan tindakan pemaju untuk merobohkan rumahnya.

Keadaan masih lagi kabur mengenai siapa yang akan merobohkan rumah- rumah penduk Kg Buah Pala kerana pihak polis meminta para wartawan meninggalkan kawasan tersebut.

9.55 pagi: Pengarah Urusan Nusmetro, Gary Ho tiba dengan membawa kunci-kunci rumah penduduk Kg Buah Pala. Dia turut merayu kepada penduduk kampung supaya tidak melambatkan proses merobohkan rumah mereka.

Penduduk kampung dan pemaju masih berdebat mengenai siapa yang harus menjalankan merobohkan dua rumah di kampung tersebut.

9.30 pagi: Sugumaran berkata penduduk kampung mahu merobohkan rumah tersebut sendiri.

Mereka berarak ke rumah tersebut.Penduduk kampung dan penyokong-penyokong menghalan para wartawan daripada memasuki kawasan kampung Kg Buah Pala dan berlaku sedikit pergelutan.

9.20 pagi: Pengerusi Penduduk Kg Buah Pala, M. Sugumaran berjumpa dengan Pengarah Eksekutif Nusmetro Venture, Thomas Chan.

Dia kemudian memaklumkan kepada para pemberita bahawa dua keluarga telah bersetuju rumah mereka untuk dirobohkan setelah mereka menerima pampasan dan menyerahkan kunci rumah masing-masing kepada pihak pemaju.

8.30 pagi: Dua balai polis bergerak dan tiga van polis tiba di Kg Buah Pala.

Kerja-kerja merobohkan rumah di kampung tersebut dijadualkan berlangsung hari ini.

7.30 pagi: Pemuda MIC dan penduduk kampung berbaris untuk menghalang pemaju dan kontraktor memasuki Kg Buah Pala untuk merobohkan rumah mereka.

Lebih daripada 20 kontraktor bersama dengan tukul besi bersiap sedia untuk masuk ke Kg Buah Pala.

BERITA TERDAHULU

GEORGE TOWN: Penduduk Kampung Buah Pala Residents sekali lagi cuba menghalang usaha merobohkan rumah mereka selepas ianya ditangguhkan pada 1 September yang lalu.

Penduduk kampung dan anggota Pemuda MIC telah berkumpul untuk menghalang pihak pemaju daripada menjalankan kerja-kerja perobohan.

Pihak polis telah dipanggil untuk menenteramkan keadaan.

TKP - Persepsi dan tuduhan negatif ke atas SPRM hanya akan jejaskan siasatan..!!! Kompenan UMNO@BN ni berbunyi lagi...ape nak rayu rakyat percaya..??

PETALING JAYA: Timbalan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Abu Kassim Mohamed berkata, masyarakat perlu sedar akan hakikat bahawa bukanlah mudah untuk menguruskan sebuah agensi seperti SPRM yang berhadapan dengan pelbagai macam cabaran dan halangan malah persepsi yang mengatakan mereka sewenang-wenangnya menutup sesuatu kes itu adalah merupakan satu persepsi yang salah.

Ini kerana katanya, SPRM sentiasa dipantau oleh lima buah jawatankuasa bebas yang boleh mengarahkan SPRM membuka semula sesuatu kes sekiranya jawatankuasa ini tidak berpuashati dengan penjelasan mengapa sesuatu kes itu ditutup.

“Masyarakat perlu tahu bahawa terdapat lima jawatankuasa yang memantau kerja-kerja SPRM. Misalnya, apabila kita memutuskan untuk menutup sesuatu kes kita perlu terlebih dahulu membentangkan cadangan itu kepada Jawatankuasa Penilai Operasi dan menjelaskan kepada jawatankuasa ini kenapa SPRM terpaksa menutup sesuatu kes itu. Jika Jawatankuasa ini tidak puashati, ia boleh meminta SPRM untuk melihat kembali kes tersebut.

“Jika ini diambil kira maka SPRM hari ini lebih terbuka dan bertanggungjawab kepada umum,” ujarnya dalam temubual secara langsung menerusi webtv akhbar The Star semalam.

Beliau berkata demikian ketika diajukan soalan bagaimanakah SPRM boleh menjadi lebih terbuka dan bertanggungjawab kepada awam.

Menurut Abu Kassim, persepsi awam terhadap SPRM menjadi rosak kerana terlalu banyak komen negatif dilontarkan kepada agensi itu dan akibat yang lebih buruk ialah, komen-komen negatif ini hanya menakutkan saksi untuk tampil ke hadapan dan ini sekaligus boleh menjejaskan penyiasatan ke atas sesuatu kes.

Katanya lagi, adalah menjadi polisi SPRM untuk menjalankan sesuatu penyiasatan itu secara low profile tetapi kadang kala pihak yang disiasat itu yang membocorkan perkara ini kepada pihak media lebih-lebih lagi yang melibatkan sesuatu organisasi politik.

Dalam hubungan ini beliau menjelaskan, siasatan SPRM sebenarnya tidak memilih bulu malah buta warna.

“Saya ingin membiarkan fakta yang berada di hadapan kita bercakap bagi pihak SPRM bukan saya. Sehingga Jun tahun ini, SPRM telah menyiasat 27 ahli politik yang mewakili Barisan Nasional dan empat dari Pakatan Rakyat. Kita telah menjalankan pendakwaan ke atas tujuh orang yang kesemuanya Melayu dan semuanya dari Barisan Nasional.

"Kami adalah buta warna. Kami bertindak berasaskan aduan dan bahan bukti dan ramai yang kami siasat melibatkan bangsa Melayu kerana mereka adalah majoriti dalam perkhidmatan awam,” katanya menjawab dakwaan apakah benar SPRM memilih bulu dan bersikap berat sebelah dalam mengendalikan siasatan mereka.

Kepada soalan berkaitan keselamatan tahanan ataupun saksi yang berada di bawah tahanan SPRM, Abu Kassim mengakui kes Teoh Beng Hock telah menjadi satu pengajaran yang sangat berguna kepada mereka.

Katanya, apa yang penting sekarang ialah untuk memantau dan mengawasi orang yang keluar-masuk ke premis SPRM dan dalam hubungan ini langkah-langkah keselamatan seperti meletakkan CCTV sedang dilakukan di semua premis SPRM.

Kepada satu soalan berkaitan usaha-usaha untuk mengurangkan rasuah, Abu Kassim menjawab, selagi semua pihak bekerjasama dalam memastikan peluang untuk melakukan rasuah diminimakan, usaha tersebut boleh dicapai.

“Kita dapat melihat apabila JPJ dan Imigresen memperkenalkan konsep baru yang lebih mudah dan pantas untuk memperbaharui lesen, cukai jalan dan paspot, dengan sendirinya mereka menghapuskan aktiviti orang tengah yang menjadi runner.

"Apabila kerja-kerja seperti memperbaharui lesen, cukai jalan dan paspot menjadi susah, orang-ramai akan mencari jalan mudah iaitu pergi kepada runner. Ini membuka peluang kepada amalan rasuah kerana runner juga hendak cepat. Tetapi sebaik sahaja proses itu menjadi mudah, peluang untuk menyuap rasuah pun dengan sendirinya terhapus kerana peranan runner tidak lagi diperlukan. Inilah yang kita ingin lihat berlaku di agensi-agensi yang lain,” jelas Abu Kassim.

Berkaitan dakwaan SPRM bukanlah sebuah badan yang benar-benar bebas, Abu Kassim memberitahu, SPRM bertanggungjawab sepenuhnya kepada Parlimen dan juga rakyat Malaysia.

Katanya, rakyat perlu tahu bahawa empat lembaga penasihat SPRM yang merupakan badan bebas setiap tahun akan mengemukakan laporan tahunan mereka kepada sebuah Jawatankuasa Khas Parlimen yang dianggotai oleh wakil-wakil parti yang memerintah dan juga pembangkang.

Tambah Abu Kassim, jawatankuasa khas ini boleh memanggil SPRM dan menyoal SPRM mana-mana bahagian dalam laporan tahunan itu yang mereka tidak puashati atau merasa sangsi.

600 anggota BN Perak sertai PKR Sabtu ini ..!!! Tapi jangan lupa 6 juta ahli PKR nak join UMNO semalam..???

IPOH: Seramai 600 anggota parti komponen Barisan Nasional (BN) di Perak didakwa akan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada satu majlis di Dewan Tow Boo Keong di sini Sabtu ini.

Bekas Anggota Parlimen Lumut daripada MCA, Datuk Dr Yap Yit Thong berkata 90 peratus daripada kelompok berkenaan merupakan anggota parti MCA, Umno, MIC dan Parti Progresif Penduduk (PPP) dan hanya 10 peratus adalah mereka yang belum pernah menyertai mana-mana parti sebelum ini.

"Kebanyakan mereka daripada MCA dari Ipoh Barat, Ipoh Timur, Batu Gajah, Gopeng, Tambun, Kampar, Taiping dan Lumut," katanya pada sidang media di pejabat PKR Perak di sini hari ini.

Beliau mendakwa, lebih ramai anggota MCA di Perak akan menyertai PKR selepas mesyuarat agung luar biasa (EGM) parti itu selesai yang akan diadakan tidak lama lagi.

"Ini adalah gelombang pertama...ramai lagi akan sertai PKR selepas EGM. Kebanyakan mereka memegang jawatan di peringkat MCA bahagian dan meminta untuk mengundi dalam EGM terlebih dahulu sebelum menyertai PKR," katanya.

Ditanya sama ada tindakan menyertai PKR oleh anggota MCA berkenaan ada kaitan dengan kes pemecatan Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek baru-baru ini, Tan yang juga bekas Naib Pengerusi MCA Bahagian Ipoh Timur berkata anggota parti berkenaan menyertai PKR disebabkan tertarik dengan idea 'sistem dua parti' dan bukannya disebabkan faktor pemecatan bekas Menteri Kesihatan itu.

Tan bersama bekas Menteri Kesihatan, Datuk Chua Jui Meng dan bekas Senator, David Yeoh keluar MCA dan menyertai PKR Julai lepas.BERNAMA

Musa Hassan sambung tugas setahun lagi ..!!! Apakan Daya Kuasa Raja-Raja Pun Tak Mampu Menghalang Big Mama PM 1Malaysia..!!!

KUALA LUMPUR: Kontrak Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan hari ini dilanjutkan selama setahun lagi.

BERNAMA melaporkan, Musa akan terus memegang jawatan KPN sehingga 12 September 2010.

Ini adalah lanjutan kali kedua kontrak Musa selepas kerajaan menyambung perkhidmatan beliau pada tahun 2008.

Di tengah spekulasi, Muhyiddin turun ke Terengganu hari ini..!!!!

KUALA TERENGGANU, 3 Sept: Di tengah-tengah spekulasi sembilan Adun Umno akan meninggalkan parti untuk menyertai Pakatan Rakyat, Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyidin Yasin turun ke Terengganu hari ini.

Beliau dijadualkan akan pergi ke pusat masalah dan lubuk kepada Ketua Pembangkang Dun Terengganu, Datuk Harun Taib iaitu Hulu Terengganu.

Muhyidin dijadualkan berjumpa dengan ketua masyarakat jam lima petang ini di Pejabat Umno Hulu Terengganu. Sebenarnya pertemuan petang ini adalah dengan pemimpin Umno tetapi oleh kerana lawatan ini atas nama timbalan perdana menteri, dalam kertas program Muhyidin di sebut bertemu dengan ketua masyarakat.

Muhyidin kemudiannya dijadualkan berbuka puasa di Masjid Sultan Mahmud, Kuala Berang. Untuk solat Isya dan Terawih pula Muhyidin memilih Masjid Telok Menara yang terletak dalam Dun Manir yang diwakili Harun Taib.

Ketua Umno Hulu Terengganu yang juga Setiausaha Perhubungan Umno Terengganu adalah Tengku Putera Tengku Awang. Yang Dipertuan PAS Hulu Terengganu adalah Harun Taib yang juga Ketua Dewan Ulama PAS.

Sebelum ini, sebuah akhbar politik mingguan, Siasah melaporkan dimuka depannya, jika terbentuk kerajaan baru di Terengganu, Harun adalah calon Menteri Besarnya. Ini kerana, dia adalah ketua pembangkang Dun dan juga Pesuruhjaya PAS Terengganu.

ImageMenurut sumber PKR, sembilan Adun Umno telah bersetuju untuk menyertai mereka dan seterusnya bergabung dengan PAS bagi membentuk kerajaan baru di Terengganu.

Adun Ajil, Rosol Wahid menolak laporan ini tetapi Adun Hulu Besut, Nawi Mohamad mengaku ada rundingan dibuat yang melibatkan beberapa orang wakil rakyat berkenaan cadangan untuk lompat parti.

Pertemuan juga telah diadakan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim di sebuah hotel terkenal di Kemaman sebelum ini.

Ketika kemuncak masalah Umno Terengganu sebelum ini, Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishamudin Hussein telah dilantik sebagai Pengerusi Perhubungan Umno negeri.

Dengan kedatangan Muhyidin ke Terengganu hari ini ada yang membuat andaian seolah-olah Hisham gagal untuk menyelesaikan masalah di Terengganu sehingga Muhyidin terpaksa turun sendiri.

Khalid cabar Hishammuddin bersemuka ..!! Kan Hisham boleh jumpa group KEPALA LEMBU semalam..!!! Jadi tak de masaalah nak jumpa Yb Khalid..kan..kan..!

Abdul Aziz Mustafa

KUALA LUMPUR, 3 Sept: Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abd Samad mencabar Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein bersemuka dengannya jika beliau benar-benar tidak memihak dalam menangani isu protes mengarak serta memijak-mijak kepala lembu di Shah Alam 28 Ogos lalu.

"Kalau betul Hishammuddin bersikap berkecuali, saya akan tunggu untuk beliau menjemput saya hadir berjumpa dengannya supaya pandangan semua pihak boleh didengar dan diambil kira," kata beliau.

Khalid yang juga Yang Dipertua PAS Shah Alam melahirkan rasa kesalnya dengan tindakan Hishamuddin bersimpati dengan penunjuk perasaan mengheret, memijak dan meludah kepala lembu tempoh hari.

Beliau menyifatkan menteri itu seolah-olah mengiakan tindakan mencerca agama lain untuk tujuan politik.

Hishammuddin dilaporkan telah mengadakan dua pertemuan tokoh-tokoh Umno termasuk dari Seksyen 23 Shah Alam dan wakil-wakil NGO Melayu.

Mereka dilaporkan sebagai "peserta" tunjuk perasaan yang dianggap menghina penganut agama Hindu itu.

Selepas pertemuan yang kedua dengan kumpulan itu, Hishammuddin memuji-muji mereka sambil meyifatkan mereka sebagai bijaksana.

"Sikap proaktif penduduk Seksyen 23 dengan Pertubuhan Hindu Sanggam merupakan satu tindakan bijaksana yang berasaskan pertimbangan, kerjasama dan persefahaman.

Image"Saya akan pantau dengan dekat perbincangan ini dan mereka mungkin sedang mencari lokasi lebih sesuai yang boleh mewujudkan satu keadaan menang-menang," katanya kepada pemberita selepas pertemuan kira-kira sejam dengan kumpulan itu.

Beliau juga mendakwa, isu cadangan pembinaan kuil itu akan selesai selepas penduduk di situ mengadakan perbincangan dengan Pertubuhan Hindu Sanggam.

Tidak ada laporan yang menyatakan bahawa penduduk beragama Hindu di Shah Alam bersetuju Hindu Sanggam mewakili mereka.

Mengulas mengenai rasa tidak puas hati pelbagai pihak terhadap perbuatan mengarak dan memijak-mijak kepala lembu dalam tunjuk perasaan membantah pembinaan kuil di hadapan Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) itu, beliau berkata, penggunaan kepala haiwan bukan perkara baru.

Ini kerana, kata Naib Presiden Umno itu lagi, terdapat insiden kepala babi digunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab termasuk membalutnya dengan bendera Umno dan meninggalkan kepala babi itu di hadapan bangunan Umno.

Dalam pertemuan itu, kumpulan yang dilaporkan sebagai peserta tunjuk perasaan itu diketuai oleh pengerusi jawatankuasa bertindak membantah pembinaan kuil di Seksyen 23 Shah Alam, Mahyuddin Manaf

Mahyuddin sebelum ini dilaporkan mendakwa beliau seorang ahli PAS.

Mengulas dakwaan itu, Khalid dengan sinis berkata: "Biasalah, pada masa ini siapa sanggup mengaku dirinya ahli Umno?"

Tidak lama selepas dakwaan Mahyuddin itu, beliau dilaporkan pernah menjadi Bendahari Pemuda Umno Shah Alam.

Laman-laman blog juga menyiarkan gambar salah seorang peserta tunjuk perasaan itu yang kini dipersoalkan adakah beliau Ketua Umno Bahagian Shah Alam sendiri, Datuk Ahmad Nawawi Md Zin.

Laporan juga menyatakan, penunjuk perasaan yang mengarak serta memijak-mijak kepala lembu itu ialah adik kepada Ahmad Nawawi sendiri, Azmir.

Azmir dilaporkan sebagai Ketua Penaja Umno Cawangan Seksyen 23.

Dalam tunjuk perasaan itu, mereka yang disebutkan sebagai "barbarian at the gate" oleh Datin Paduka Marina Mahathir dalam blognya itu telah berarak menyatakan bantahan kepada Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, exco kebajikan negeri Rodziah Ismail dan exco kesihatan Dr A Xavier Jayakumar.

Mereka juga mensasarkan kemarahan mereka kepada Khalid.

Didahului dengan pembawa kepala lembu yang masih belum kering darahnya, penunjuk perasaan itu berjalan sambil bertakbir dan melaungkan "kami bantah" menggunakan alat pembesar suara.

Mereka membawa sepanduk, antaranya bertulis "Take beer", "Islam untuk semua, kuil untuk Khalid dan Rodziah", "Kuil haram sekangkang kera, bila pindah sebesar Putrajaya" dan "Pindahkan kuil ke Seksyen 22".

"Mana Xavier? Kami ada kepala lembu untuk dia," jerit seorang penyokong, setibanya di pintu masuk bangunan kerajaan tersebut yang segera ditutup kerana kehadiran mereka.

Polis yang berada di situ hanya memerhatikan sahaja perbuatan kumpulan itu.

Nasrudin jawab tulisan Zaid

Zukri Aksah

KUANTAN, 3 Sept: Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan menegaskan Pemuda PAS pimpinannya tidak anti hiburan sebagaimana yang digambarkan oleh Datuk Zaid Ibrahim dalam tulisannya baru-baru ini.

Apa yang dibantah oleh beliau adalah budaya leka yang dibawa oleh penyanyi dari barat berkenaan.

Zaid Ibrahim, bekas menteri ketika di dalam Umno dan baharu sahaja menyertai PKR baru-baru ini dalam tulisannya telah mempersoalkan tindakan Pemuda PAS yang mendesak supaya konsert Micheal Learns To Rock yang akan diadakan di Genting Highland dibatalkan.

Bagi Zaid PAS sepatutnya lebih menonjolkan keupayaan membuat keputusan dan mentadbir dengan lebih harmoni, lembut dan mengambil kira semua aspek kehidupan.

Ustaz Nasrudin dalam reaksi balasnya menyifatkan Zaid gagal memahami risalah yang cuba dibawa oleh Dewan Pemuda PAS. Nasrudin bertegas bahawa PAS bukan anti hiburan.

Sebaliknya, ujar Nasrudin, apa yang dibantah oleh Pemuda PAS adalah budaya leka dan alpa, cara berpakaian dan tarian yang keterlaluan, pergaulan bebas serta lagu yang lebih banyak bertemakan nafsu-nafsi.

ImageBagi Nasrudin, hiburan sepatutnya bersifat menyegar dan menyuburkan, menggembirakan hati yang sedih serta memberi kepuasan yang abadi.

Bukanlah hiburan yang menawarkan keseronokan timbul-tenggelam, malah tambah Nasrudin cara ini akan membuat jiwa terus hanyut dibuai fantasi.

Dalam kenyataannya, Nasrudin sempat menjelaskan bahawa motif utama bantahan Pemuda PAS adalah kerana penganjuran konsert tersebut dibuat dalam bulan Ramadhan.

Nasrudin mengaku yang hiburan adalah positif tetapi jika ia dibuat tanpa mengira masa, maka ia akan menjadi keterlaluan.

Nasrudin percaya bahawa apa yang ingin disampaikan oleh Pemuda PAS bukanlah sesuatu yang sukar untuk difahami, apalagi oleh orang seperti Zaid Ibrahim.

Nasrudin secara jelas merumuskan yang peranan beliau bersama-sama rakan pimpinan dalam Dewan Pemuda PAS adalah untuk menghidupkan jiwa anak muda dengan nilai-nilai baik dan moral, di samping beliau sendiri dan rakan pimpinan mampu memperoleh manfaat ilmu secara tidak langsung.

Dalam pada itu, janji beliau, Pemuda PAS tidaklah pula menentang hiburan secara membuta-tuli.

Ekonomi Malaysia "Kukuh"..!? Bukan saja "Kukuh"..malahan terlalu mantap sehingga tak mampu nak diurus..?????

Bila ekonomi dunia jatuh, persoalan yang timbul dari sosialis ialah menuding ke arah kapitalis. Atau para pemikir ekonomi Islam mendabik dada bahawa ekonomi cara Islam adalah yang terbaik.

Benar, Islam syumul dari segala aspek kehidupan. Persoalannya dimanakah ilmuan Islam ketika dunia berubah daripada kekhalifahan kepada kapitalis yang kita anuti pada hari ini.?

Sistem ekonomi, baik sosialis mahupun kapitalis adalah sama, kaum pemodal dan pelabur berlumba-lumba menganut keuntungan.

Berbeza pada cara perlaksanaan sahaja kerana kapitalis meyerlahkan identiti kaum pelabur untuk mengaut keuntungan maksima, sedangkan sosialis lebih neutral dan mengagihkan ekonomi kepada rakyat segajat.

Harga minyak naik, itu hakikat di Malaysia. Walaupun harga minyak utama tidak naik kata Ismail Saberi, kerana sememangnya dia tidak mengisi minyak sendiri melainkan pemandunya yang lebih arif akan menambahkan isipadu minyak ke dalam keretanya selaku Pak Menteri.

Masalah yang ketara di sini sebenarnya ialah pola harga minyak di dunia.

Katakan pada hari ini, kerajaan menanggung subsidi RM304 juta sebulan (menurutnya), bagaimana pula ketika harga minyak dunia AS$68.00 menurun 0.05-0.07%.?

Mungkin kiraan matematik saya lemah, namun begitu adakah subsidi yang ditanggung oleh kerajaan ini meningkat.? Pak Menteri turut memberikan fakya lemah tentang penghujahannya dalam menyampaikan harga minyak dunia yang umum tahu turun dan naik, (Kos bagi RON95 naik 102 peratus daripada AS$40.75 setong kepada AS$82.30 setong pada Disember 2008 dan bulan ini).

Beliau juga berkata (jika terdapat sebarang perubahan harga pasaran global, kerajaan akan mengkaji semula dengan sewajarnya). Maka penurunan harga minyak kepada AS$68.00 pada hari ini adakah akan di kaji oleh kerajaan.?

Apabila kenaikan ini berlaku, secara mendadak tambang bas Rapid KL turut sama naik (walaupun kata menteri telah dibincangkan lama dahulu). Adakah Menteri sedar, kenaikan pada bulan Ramadhan tatkala perbelanjaan rakyat Malaysia untuk Aidilfitri semakin meningkat akan membebankan rakyat.?

Harga barangan keperluan juga semestinya akan naik. Sudahlah dengan retorik Akta Kawalan Harga, berapa ramai peniaga berbanding pegawai kementerian.? Jangan lupa, Rm4 billion yang dikatakan bakal dijimatkan ketika kenaikan mendadak harga minyak beberapa tahun lepas dikatakan untuk pembangunan pengangkutan awam.

Namun Menteri bertanggungjawab gagal menjawab jenis pembangunan yang dilakukan di dalam perbahasan Parlimen.

Kadar pengangguran di Eropah adalah yang paling buruk dalam tempoh 10 tahun. Itu fakta. Bursa-bursa utama dunia jatuh, itu fakta. Bursa saham utama di Asia jatuh, itu fakta. Sektor pembinaan di UK menguncup 18 bulan berturut-turut, itu fakta. Syarikat penerbangan utama dunia rugi £1.2bn, itu fakta. Wall Street jatuh untuk hari yang ke empat berturut-turut. Itu fakta. 563 saham syarikat rugi berbanding 203 saham syarikat untung semalam di Bursa Malaysia, itu fakta.

Cuma kata menteri... ekonomi kita kukuh.? yang ni apa.?

Anak Posmen Chemor