Rabu, 2 September 2009

Ketua Bahagian, Cawangan UMNO Dalangi Demo Kepala Lembu


Sekurang-kurangnya empat pemimpin Umno peringkat cawangan dan bahagian dikenalpasti mendalangi demonstrasi mengheret kepala lembu bagi membantah pemindahan sebuah kuil Hindu di Shah Alam, kata Ahli Parlimen kawasan itu Khalid Samad.

Khalid berkata penaja demostrasi itu ialah adik Ketua UMNO Bahagian Shah Alam, Datuk Ahmad Nawawi Datuk Mohd Zain. Seorang lagi yang dikenalpasti ialah Ketua UMNO Cawangan Seksyen 18, yang dikenali dengan nama Abang Mat. Selain itu Ketua Pemuda UMNO Selayang dan ketua Umno Cawangan Seksyen 16 Shah Alam turut mendalangi demostrasi itu pada Jumaat lalu, kata Khalid.

Khalid mendedahkan pihak yang mendalangi tunjuk perasaan berbau perkauman itu sebagai menyahut cabaran Ahli Majlis Tertinggi Umno Noh Omar yang menafikan pembabitan ahli UMNO. Noh adalah juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani serta Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor dan dilaporan merestui tunjuk perasaan yang boleh membakar sentimen kaum Melayu.

Khalid berkata demikian setelah mengadakan perjumpaan dengan Ketua Polis Shah Alam Penolong Pesuruhjaya Polis Noor Azam Jamaludin untuk membincangkan tindakan susulan polis terhadap tunjuk perasaan itu.

Setakat ini polis belum membuat sebarang tangkapan walaupun anggota polis hadir semasa konco-konco UMNO mengheret, memijak dan meludah kepala lembu di depan pintu masuk Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri. Khalid memberitahu pmberita bahawa polis memaklumkan bahawa pihaknya telah selesai menjalankan siasatan dan kini menunggu arahan Pejabat Peguam Negara untuk tindakan lanjut.

Lembu adalah binatang suci dalam agama Hindu. Demostrasi yang didalangi pemimpin UMNO itu bertujuan menghasut orang Melayu membantah pemindahan kuil berkenaan dan sekali gus membenci kaum India.

Kuil itu berusia lebih 100 setahun. Kerajaan negeri Pakatan Rakyat bercadang memindahkannya dari Seksyen 19 kerana ia terletak hanya 20 meter daripada kawasan perumahan. Tapak baru kuil yang dicadangkan di Seksyen 23 adalah dalam kawasan industri dan terletak lebih 200 meter daripada kawasan perumahan.

Pakatan Rakyat bertindak sebegitu kerana masalah kuil terlampau hampir dengan kawasan perumahan telah berlarutan sekian lama di bawah pemerintahan kerajaan negeri Umno-Barisan Nasional. Sayugia diingati, kedua-dua kawasan iaitu Seksyen 19 dan 23 adalah kawasan majoriti Melayu sebagai semua kawasan perumahan di Shah Alam. Bezanya ialah kuil di tapak yang dicadangkan Pakatan Rakyat adalah dalam kawasan industri dan lebih jauh daripada kawasan perumahan.

Khalid turut menyanggah fitnah yang ditaburkan oleh Umno, kononnya Selangor mempunyai 8 ribu kuil dalam satu lagi cubaan untuk membakar sentimen orang Melayu.

"Di Parlimen Shah Alam sahaja, terdapat 6 kuil berdaftar dan 8 buah kuil bakal didaftarkan. Menjadikan jumlahnya hanya 14 berbanding dengan 70 buah masjid dan surau di seluruh Parlimen Shah Alam. Ini adalah angka yang munasabah," kata Khalid.

Merujuk kepada laporan bahawa Menteri Dalam Negeri Hishamuddin Hussein akan berdialog dengan penduduk Seksyen 23, Khalid mencabar Menteri itu supaya menjemput beliau sekali kepada majlis itu bagi mendengar rungutan penduduk berkenaan.

"Kalau betul Hishamuddin bersikap berkecuali, saya akan tunggu untuk beliau menjemput saya hadir pada perjumpaan itu supaya pandangan semua pihak boleh didengar dan diambil kira," kata Khalid.

Khalid melahirkan rasa kesalnya dengan tindakan Hishamuddin bersimpati dengan penunjuk perasaan mengheret, memijak dan meludah kepala lembu tempoh hari. Beliau berkata Menteri itu seolah-olah mengiyakan tindakan mencerca agama lain untuk tujuan politik.

NAJIB 'SERANG' SELANGOR, ANWAR 'SERANG' TERENGGANU

Najib secara terang-terangan berkata Selangor mesti direbut kembali dari Pakatan Rakyat. Bagaimana caranya saya tidak pasti. Mungkin cara yang sama seperti yang mereka lakukan semasa merentap kuasa Kerajaan PR di Perak.

Menariknya kali ini, Najib berusaha keras untuk menumbangkan kerajaan PR di Selangor tetapi pada masa yang sama Anwar pula dilaporkan pernah berjumpa dengan ADUN Terengganu yang tidak puas hati kepada MB Terengganu Ahmad Said. Ada laporan menyebut ADUN tersebut mengugut untuk keluar dari Umno dan menyertai PKR. Ianya tidak mustahil.

Khabarnya 9 orang ADUN BN sedang berkira-kira untuk membuat kejutan. Jika mereka menyertai PKR dan bergabung dengan 8 orang ADUN PAS maka kerajaan PR Terengganu dapat dibentuk.

Namun bagi saya jika ianya menjadi kenyataan kerajaan tersebut pastinya kerajaan yang tidak kukuh dan longgar kerana ianya dianggotai oleh ADUN BN yang tidak puashati terhadap Ahmad Said bukannya tidak suka kepada prinsip dan kebobrokan BN. Bila-bila masa mereka boleh berubah.

KAPAL SELAM NEGARA DAH SAMPAI...KD ALTANTUYA..!!!


Kapal selam pertama negara di perairan Selat Melaka






KUALA LUMPUR 2 Sept. — Kapal selam pertama negara, KD Tunku Abdul Rahman, sudah berada di perairan Selat Melaka menuju ke Pelabuhan Klang untuk upacara sambutan rasmi yang akan diserikan dengan keberangkatan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah pagi esok.


Turut menyambut ketibaan kapal selam jenis Scorpene itu ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak; Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Panglima Angkatan Tentera, Jen. Tan Sri Azizan Ariffin.




“Orang ramai berpeluang menyaksikan upacara tersebut melalui siaran langsung program “Hello On Two” di TV2 RTM mulai 7.50 pagi,” kata Lt. Kdr. Masliza Maaris, Pegawai Perhubungan Awam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), ketika dihubungi di sini hari ini.
KD Tunku Abdul Rahman (KD TAR) dikendalikan Komander Zulhelmy Ithnain bersama 35 krew.

Masliza berkata, kapal selam itu akan berada di Pangkalan TLDM Pulau Indah sehingga Jumaat sebelum ia belayar ke Pangkalan TLDM Lumut. KD TAR dijadual tiba di Pangkalan Teluk Sepanggar di Sabah pada 17 Sept.

KUDETA Di Selangor: Perancangan 16 Sept. Berulang..?

Desas-desus bahawa Perdana Menteri, Najib bakal merampas kuasa kerajaan negeri Selangor daripada Pakatan Rakyat pada September tahun ini, mungkin berakhir seperti perancangan 16 September, tahun lalu. Agak mustahil untuk Barisan Nasional merampas lapan kerusi, sebagai langkah menjatuhkan kerajaan PR buat setakat ini.

Namun, seandainya BN cuba menyempurnakan rancangan rampasan kuasa dengan dakwaan rasuah terhadap ADUN tertentu, ia mungkin memerlukan lebih masa. Singkatnya, kemungkinan untuk BN menggulingkan kerajaan PR Selangor pada September tahun ini, hampir mencecah sifar.

Exco Kontroversi: Hasan Mohd Ali

Exco paling kontroversial, Hasan Mohd Ali (gambar kiri), juga Ketua Pesuruhjaya PAS Selangor, tersenarai dalam golongan "berisiko tinggi". Namun, ketika ditanya kemungkinan Hasan Ali untuk melompat parti, Exco Senior, Teresa Kok menafikannya secara terus-terang, "Lain cerita kalau beliau dapat membawa lapan orang melompat bersama-sama. Kalau tidak, untuk apa beliau lompat? Lompat untuk jadi pembangkang?"

Selepas tsunami politik 8 Mac, Hasan Ali pernah ditawarkan jawatan Menteri Besar, diberi laluan oleh Khir Toyo (bekas MB) sebagai langkah untuk memastikan UMNO terus berkuasa di negeri, menurut seorang pemimpin PAS. Hasan Ali walau bagaimanapun terpaksa akur dengan keputusan PAS pusat, untuk bersama dengan PR.

Justeru itu, gerak-geri Hasan Ali kebelakangan ini dibaca sebagai desakan untuk menuntut lebih sumber daripada kerajaan PR. Malah, sumber maklumat yang rapat dengan PAS tidak menolak kemungkinan bahawa tindakan Hasan Ali untuk mencetus pertikaian seperti penjualan arak hanyalah "ugutan" semata-mata.

Bagaimanapun, Teresa Kok tetap menolak kemungkinan rakan sekerjanya untuk melompat parti, berasaskan kenyataan bahawa PAS tidak mungkin menarik diri dari kerajaan negeri PR, kecuali Hasan Ali melompat secara individu. Maka, pemimpin DAP ini melihat desas-desus rampasan kuasa, lompat parti cuma "perang psikologi" untuk menjejaskan keyakinan rakyat dan pelabur terhadap kerajaan PR Selangor.

Rapat dengan Ezam : Amirudin Shaari

Khabar angin sebelum ini meramalkan formula lompat parti 3-2-3, iaitu tiga dari PAS, dua dari DAP dan tiga dari PKR, namun Merdekareview dimaklumkan hanya lima orang ADUN yang berkemungkinan melompat parti, iaitu dua dari PKR dan tiga dari PAS.

Tetapi, Speaker DUN Selangor, Teng Chang Khim ketika ditanya, hanya meramalkan maksimanya empat orang yang berkemungkinan lompat parti, tanpa menamakan siapa mereka.
ADUN Batu Caves, Amirudin Shaari (gambar kanan) dan ADUN Sri Muda, Mat Suhaimi Shafei, adalah antara yang tersenarai dalam "golongan berisiko". Amirudin Shaari tidak terkejut dengan khabar angin bahawa dirinya bakal melompat parti, menyedari dirinya dilihat sedemikian kerana pernah rapat dengan bekas Ketua Angkatan Muda PKR, Mohd.Ezam Mohd.Nor.

Namun demikian, Amirudin Shaari secara tegas menafikan bahawa dirinya akan melompat parti. Amirudin Shaari pernah menjadi AJK ketika Ezam menerajui AMK, dan Mat Suhaimi Shafei pula adalah ahli ketika Ezam menjawat Ketua Bahagian Shah Alam. Ezam meninggalkan PKR sebelum PRU ke-12, dan menyertai semula UMNO selepas PRU ke-12.

Badrul Hisham Abdullah yang "gagal dihubungi" disenaraikan sebagai "golongan berisiko tinggi". Kerajaan PR Selangor dan PKR telah menuntut beliau untuk memberi perjelasan dalam minggu ini.

"Kerana kami menerima aduan, dan kami terpaksa menguruskannya. Kami perlukan beliau untuk memberi perjelasan, bukan mempersoalkan sama ada beliau akan melompat parti," jelas Amirudin Shaari.

Dakwaan rasuah sebelum lompat?

Pengalaman kedua-dua orang ADUN PKR di Perak, Jamaluddin Radzi dan Osman Mohd. Jailu menghilangkan diri sebelum muncul di depan kamera dalam sidang media bersama Najib, masih segar dalam ingatan. Lompatan kedua-dua orang ini, ditambah pula ADUN DAP Hee Yit Foong yang berakhir dengan kejatuhan Perak ke tangan BN, telah dijadikan sebagai pengajaran untuk PR.

Teresa Kok berkata, kemungkinan UMNO menjatuhkan kerajaan PR melalui lompat parti tidak tinggi. Justeru itu, UMNO kini cenderung untuk menggunakan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM).

Di Perak, Jamaluddin Radzi dan Osman Mohd. Jailu dituduh rasuah terlebih dahulu, berakhir dengan kedua-dua orang mengambil pendirian pro-UMNO, dan tuduhan awal itu "lenyap" setelah mereka menyebelahi BN. Maka, apa yang berlaku ke atas Exco Selangor, Ronnie Liew mengundang pertikaian.

Ronnie Liew yang memegang portfolio Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan menafikan kemungkinan lompat parti, malah dengan tegas menyatakan, "Siapa yang menyebut 'lompat parti' kepada saya, saya akan laporkan!"

*Wong Shu Qi ialah wartawan MerdekaReview, artikel ini ditulis dalam bahasa Cina, diterjemah dan disunting oleh Lim Hong Siang.

Sumber - Malaysia-Today.net

SPR Beri Alasan Kartun - Mahfuz

Tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan tiada kekosongan bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Seputeh akan menjadi bahan gelak ketawa dunia sekaligus menjadikan Umno kalah kali ke lapan walaupun tiada pilihan raya kecil diadakan bagi kerusi tersebut, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.


"Walaupun tanpa pilihan raya, Pakatan Rakyat (PR) menang kali kelapan setelah menang 7-0 ke atas Umno dan Barisan Nasional (BN) dalam semua pilihan raya kecil selepas pilihan raya umum 8 Mac tahun lalu," kata beliau, demikian lapor harakahdaily.

Keputusan SPR itu, katanya, membuktikan dengan jelas bahawa Umno tidak bersedia menghadapi menghadapi rakyat di dalam pilihan raya.

"Umno amat jelas dilanda ketakutan setelah kalah 7-0.

"Ia semakin menggeletar menghadapi rakyat ketika tsunami revolusi pilihan raya di Jepun yang menyaksikan kemenangan Parti Demokratik Jepun (DPJ) menyingkirkan pemerintahan Parti Liberal Demokratik (LDP) sejak Perang Dunia Kedua," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Tindakan mengelakkan pilihan raya kecil di Kota Siputeh itu juga mencatat sejarah yang memperlihatkan SPR terpaksa memberikan alasan yang akan menjadi bahan tertawa dunia, katanya.

"Alasan SPR itu pasti akan menjadi bahan ketawa dunia. Alasan kartun.

"Selepas ini para kartunis bolehlah mencipta watak kartun ala Upin dan Ipin di mana Umno dan SPR menjadi watak utamanya.

"Amat malang bagi demokrasi negara ini apabila SPR menjadi watak kartun untuk menemani Umno yang menggeletar ketakutan untuk menghadapi pilihan raya dan kuasa rakyat," katanya.

Mahfuz menyifatkan SPR sengaja mencari-cari alasan apabila mendakwa bahawa Datuk Abu Hassan Sarif masih kekal sebagai ADUN Kota Siputeh kerana beliau tidak menghadiri dua mesyuarat berturut-turut di dalam dua penggal yang berbeza dan bukan dua mesyuarat di dalam satu penggal yang sama.

"Peruntukan mengenai perkara itu tidak langsung memberikan kefahaman bahawa seseorang ADUN hilang jawatannya jika tidak menghadiri dua mesyuarat berturut-turut di dalam satu penggal yang sama," kata beliau.

Seksyen 51 Perlembagaan Negeri memperuntukkan mana-mana anggota DUN yang tidak hadir sidang Dewan dua kali berturut-turut hilang keanggotaannya dan hendaklah mengosongkan kerusi yang disandang.

Sepatutnya, kata beliau, Umno yang mencabar keputusan Speaker yang mengisytiharkan kekosongan kerusi tersebut dan bukannya SPR pula yang menjadi mahkamah yang mentafsir dan membuat keputusan sebelah pihak.

Mengenai surat cuti sakit ADUN Kota Seputeh yang diterima oleh SPR, Mahfuz mempersoalkan keengganan SPR menyiasat surat cuti sakit itu.

"Adakah ADUN tersebut mendapat surat cuti sakit? Sedangkan, akhbar Sinar Harian edisi tempatan melaporkan beliau menghadiri satu majlis pada tarikh yang dimaksudkan itu," beliau mempersoalkan.

Mahfuz mempersoalkan mengapa SPR tidak mengambilkira persetujuan Speaker untuk membolehkan seseorang ADUN tidak menghadiri sidang DUN.

"Kalaupun ada surat cuti sakit, seseorang ADUN mesti menyerahkan surat itu kepada Speaker dan Speaker pula mesti memberi persetujuan untuk membolehkan ADUN berkenaan tidak menghadiri sidang DUN," katanya.

Sebelum ini Speaker DUN Kedah, Datuk Dr Abdul Isa Ismail telah menghantar surat kepada SPR berhubung kedudukan Abu Hassan dari Umno yang hilang keanggotaannya di dalam dewan itu.

Surat Dr Abdul Isa itu memaklumkan bahawa Abu Hassan hilang keanggotaan setelah dua kali gagal menghadiri sidang DUN pada 19 April dan 9 Ogos lalu.

Abu Hassan, ketua Umno bahagian Jerlun menyandang kerusi DUN Kota Seputeh selama empat penggal berturut-turut.


Huraian Sekitar Sidang Dun 2 september 2009 Serta Foto..!!

By Sya reformis, Team PerakExpress

Sejarah sekali lagi tercipta apabila Sidang Dun yang sepatutnya diadakan di dalam Dewan Undangan Negeri bertempat di Pejabat SUK Negeri tidak dapat dilaksanakan.Ini kerana usaha 27 Adun PR yang mahu memasuki banggunan itu dihalang sama sekali oleh Pihak Keselamatan POLIS yang dikuasai oleh UBN.Menteri Besar Perak Dato Seri Nizar dan beberapa Pimpinan PR yang lain hadir lebih awal dan kesemua mereka berkumpul terlebih dahulu di Banggunan DAP bagi sesi taklimat sebelum kesemua Adun berjalan menuju Banggunan SUK sekitar jam 10.00 pagi.

Kesemua Adun-Adun PR hadir kecuali Yb Idham Lim Adun Titi Serong yang sedang mengerjakan Umrah di Tanah Suci.Namun seperti yang dijangka perjalanan kesemua mereka dihalang berhampiran dengan Pokok Demokrasi.Seperti anggota yang ditugaskan untuk berunding dengan Adun-Adun PR ialah seorang anggota POLIS bernama GLEN.Beliau dari awal telah melarang usaha para Adun untuk memasuki dewan dan menghampiri Banggunan SUK dengan alasan Pihak Polis telah mendapatkan perintah Makhamah untuk menyekat Rakyat dan penyokong dalam jarak 30 meter.Ingin diterangkan bahawa dalam surat arahan itu yang dihalang menghampiri Banggunan SUK ialah ORANG AWAM seperti yang tertulis dalam perintah tersebut dan bukan Adun-Adun PR dan difahamkan juga perintah itu masih belum diwartakan dan ia bermakna bahawa perintah itu masih belum boleh dikuatkuasakan.

Keganasan pihak Polis sekali lagi dapat dilihat apabila mereka menggunakan kekasaran dan juga kuasa mereka dalam menyekat Para Adun dan mengasari mereka.Pelbagai usaha dilakukan bagi memastikan kesemua mereka tidak menghampiri Banggunan SUK.Mereka juga menggunakan FRU untuk menjadi benteng dan juga sebagai alat untuk mengasari kesemua Adun yang hadir.Aksi tolak menolak yang dilihat sebagai PROVOKASI oleh anggota keselamatan POLIS telah mencetuskan beberapa insident yang tidak diingini dan juga telah menggugat usaha para Adun untuk berunding bersama pihak POLIS.Seramai 7 orang telah ditahan termasuk Dato Ngeh Ko Ham,Yb Chan Ming Khai ,Yb Keshvinder,Stanly ( wartawan NanYang ) dan 3 orang awam.Difahamkan Yb Kesh telah dimasukkan ke wad kecemasan hospital Ipoh kerana mengalami kecederaan yang serious.

Disebalik itu juga telah tercetus satu lagi PROVOKASI yang dicetuskan oleh Pemuda UMNO yang mana mereka seramai 50 orang hadir berpakaian KUNING dan tertera tulisan DAULAT TUANKU yang dilihat sebagai pencetus ketegangan yang amat ketara.Mereka yang berkumpul dan berselindung disebalik pihak POLIS,dilihat sebagai satu perhimpunan yang direlakan oleh pihak POLIS kerana mereka seolah-olah membiarkan sahaja kumpulan ini berkumpul dan hanya mengambil tindakan bersurai kepada mereka sedangkan mereka hadir dengan baju,banner dan juga beberapa identiti yang dilihat terang dan nyata mewakili UMNO.Sikap Double Standard yang diamalkan oleh pihak polis ini amat-amat dikesali.

Kesemua Adun PR telah mengadakan satu PC ringkas dipejabat DAP dan selepas itu mereka meneruskan perjalanan ke tempat tahanan di Sg Senam yang mana kesemua mereka yang ditahan telah dibawa ke sana.Dalam pada masa yang sama kesemua pemuda UMNO turut berkumpul di perkarangan Hotel Heritage yang mana Sidang Dun Perak diadakan.Mereka yang hadir melebihi 5 orang dan berkumpul dengan BANNER tidak dihalang oleh pihak Polis.Mereka ini boleh diibaratkan sebagai ancaman kepada Adun-Adun PR namun pihak POLIS hanya mengabaikan keselamatan Para Adun yang sepatutnya mereka jaga tanpa mengira parti politik.Namun ia tidak berlaku dan sebaliknya mereka hanya patuh dan tunduk kepada arahan pemimpin UMNO.

Sidang Dun tetap diadakan dan ia bermula sekitar jam 11.00 pagi dan berakhir pada jam 1.30 petang.Didalam Sidang itu juga 3 usul telah dibahaskan dan dipersetujui,juga telah dibentangkan juga satu usul tergempar yang mana ia keputusannya disokong sebulat suara oleh kesemua Adun.Persidangan telah ditangguhkan untuk satu tarikh yang akan ditetapkan.Kesemua Adun-Adun bersurai sekitar jam 2.00 petang.


Z U N A R : Saya menafikan sekeras-kerasnya tuduhan KDN

Media apa yang kita ada untuk menangkis serangan dan putarbelit kerajaan Barisan Natang? Penafian ini tidak akan disiarkan oleh mereka. Ini pun secara kebetulan saya singgah di blog keraspedal nak bertanyakan kabar.

Hanya ini yang kita ada setakat ini dan bersamalah membantu. Berikut ini ialah penafian Zunar yang dipetik daripada Blog zunar N Konco.


K E N Y A T A A N P E N U H Z U N A R
Saya menafikan sekeras-kerasnya tuduhan KDN
1. Merujuk Berita Malaysiakini bertarikh 29 Ogos yang memetik kenyataan Ketua Komunikasi Korporat KDN Jamilah Taib bahawa Sepakat Efektif Sdn Bhd, iaitu syarikat milik saya akan didakwa kerana menerbitkan sebuah penerbitan tanpa permit penerbitan.

Menurut beliau, Sepakat Efektif didakwa di bawah Seksyen 5(2)(b) Akta Mesin Cetak 1984 kerana mengedarkan majalah yang tiada permit...Jika disabitkan kesalahan boleh dipenjara tidak lebih daripada tiga tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya sekali.---Laporan itu dipetik

Kenyatan itu merujuk kepada penerbitan sebuah majalah kartun berjudul Gedung Kartun.

2. Sebagai rekod, sebelum majalah ini diterbitkan, saya telah membuat permohonan pada 30 Jun kepada KDN untuk mendapatkan permit dan telah mematuhi semua peraturan yang disyaratkan.

Pada 3 Ogos, syarikat kami telah menghubungi pegawai KDN dan dimaklumkan permit telah lulus dan beliau meminta untuk mengambil surat penerbitan pada 14 Ogos. Pada 14 Ogos, kami pergi ke KDN untuk mengambil surat, walau bagaimana pun dimaklumkan surat belum siap.

Sehubungan itu, saya telah meminta agar nombor permit itu diberi terlebih dahulu supaya kami dapat menjalankan kerja-kerja produksi, dengan anggapan bahawa apabila majalah ini dicetak dan diedarkan sepuluh hari selepas itu, sudah pasti surat rasmi permit itu akan tiba. Dan nombor itu telah diberi oleh pegawai KDN.

Dengan itu saya menafikan sekeras-kerasnya bahawa Gedung Kartun diterbitkan dengan menggunakan permit palsu. Malahan KDN telah membuat tuduhan serius yang membawa implikasi bahawa permit bernombor PP8541/08/2010(0282145) ISSN 1688-5398 adalah rekayasa saya?

3. Saya tidak faham kenapa surat rasmi mengenai kelulusan permit Gedung Kartun sampai sekarang belum dikeluarkan oleh pihak KDN, sebaliknya mereka melakukan rampasan dan mahu mendakwa saya ke mahkamah. Bukanlah lebih baik dikeluarkan surat kepada saya dan semua masalah selesai?

4. Kerana permit penerbitan diluluskan menteri, saya akan menulis surat untuk bertemu sendiri dengan Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein untuk mendapatkan penjelasan apakah benar beliau tidak pernah pada atau sebelum 14 Ogos
meluluskan permit dengan nombor PP8541/08/2010(0282145) ISSN 1688-5398 untuk majalah Gedung Kartun?

5. Saya juga ingin bertanya, kenapa memperolehi permit penerbitan menjadi semakin sukar? Apakah ini yang dimaksudkan oleh Perdana Menteri bahawa media akan lebih bebas di bawah pemerintahannya? Apakah dibawah 1Malaysia, hak berkarya dan suara kartunis akan lebih dicengkam?

6. Jika melukis kartun boleh dipenjara tiga tahun, bayangkan bentuk kebebasan media dan kebebasan bersuara di negara kita.

7. Saya juga mendesak supaya akta lapuk, Akta Mesin Cetak 1948 dihapuskan.

Zunar
(Political cartoonist, Gedung Kartun Editor
1 September 2009
Bersama Membantu Mempertahankan Hak Kartunis, Kerana Karya Mereka Berperanan Besar Membantu Kita.

Beranikah Pakatan Rakyat Bakar Mahkamah?

oleh MSO

HARI ini negeri Perak kecoh lagi. Wakil rakyat Pakatan Rakyat yang kehilangan negeri kerana dirampas oleh UBN telah cuba memasuki Dewan Undangan Negeri untuk mengadakan persidangan. Bagaimana pun mereka dihalang oleh polis dan FRU yang sudah bersiap sedia sejak dari pagi. Ada beberapa orang wakil rakyat Pakatan sudah ditahan polis.

Rupa-rupanya bukan mudah untuk menenangkan politik di Perak yang sudah berlarutan lapan bulan. Pihak yang tidak berpuas hati terus melakukan aksi asakan dengan berbagai cara. Kuat sungguh Pakatan Rakyat! Mereka juga tidak kering idea bagaimana hendak mengasak kerajaan yang ada kini yang disifatkan sebagai haram.

Kenapa mereka menjadi kuat, kerana mendapat sokongan rakyat! Kalau rakyat tidak bersama mereka, tidak mungkin wakil rakyat dapat melakukan asakan dan protes berpanjangan. Hanya dengan mempunyai ahli seramai 21 orang tidak mungkin mereka dapat mengugat kerajaan Perak dan menimbulkan ketegangan demi ketegangan. Begitukah? Benarkah rakyat mendokong mereka?

Niat mereka hendak bersidang bagaimana pun tidak pernah terhalang. Speaker S Sivakumar telah mengadakan persidangan di sebuah hotel. Kali ini mereka tidak bersidang di bawah pokok lagi (mungkin kerana panas dan bimbang hujan) maka dibuat di hotel. Bagaimanapun persidangan itu sekejap saja kemudian ditangguhkan atas permintaan bekas MB Perak, Mohamad Nizar Jamaluudin.

Bila mengenangkan politik Perak timbul pertanyaan bilakah ianya akan berakhir. Ataupun ia tidak akan berakhir dan menjadi pesta politik sepanjang tahun selagi Dewan Undangan Negeri tidak dibubarkan. Kita percaya selepas ini akan ada aksi potes lain pula. Molek juga kalau kementerian pelancongan memasuki politik Perak sebagai pesta untuk tarik pelancong.

Polis juga tidak larat untuk menangkap dan menahan mereka lagi. Kalau semua mereka ditahan dan dikurung mungkin wakil rakyat itu akan bersidang dalam tahanan polis. Bagi mereka yang tetap meyakini masih memimpin kerajaan boleh bersidang di mana-mana saja tempat yang mereka suka. Kalau bersidang dalam penjara mereka lagi hebat.

Tindakan wakil rakyat itu tidak boleh dikatakan tidak siuman, sebab mereka ramai. Kalau setakat Sivakumar atau Nizar Jamaluddin saja mungkin boleh dikatakan gila. Tetapi kalau 21 tidak mungkin mereka gila. Yang pentingnya tindakan mereka itu ada yang sokong. Anwar Ibrahim dalam kenyataan akhbarnya hari ini mengatakan tindakan Sivakumar memanggil sidang dewan itu sah! Alasannya kerana Sivakumar dilantik oleh Dewan dan bukan dari lantai Dewan seperti Ganesan, speaker DUN sekarang.

Saya tidak mahu persoal apa-apa di sini. Cuma nak tanya dan nak soal wakil rakyat Pakatan rakyat berkenaan. Kalau tindakan mereka sah, buatlah apa yang mereka suka. Kalau panggil sidang pun sah, mesyuarat bawah pokok, dalam hotel atau dalam jamban pun sah, apa susah-susah nak cari Dewan lagi. Bersidang sahaja.

Buatlah keputusan dalam persidangan itu. Tetapi apakah ada makna segala keputusan itu kalau ianya tidak dapat dilaksanakan? Tidak ada guna juga. Jadi persidangan itu tidak membawa apa-apa pengertian selain daripada kerja orang yang tidak ada kerja saja.

Dan sekiranya sidang DUN yang ada sekarang ini tidak sah dan tidak diikhtiraf kenapa mereka hadir? Saya harap selepas ini kesemua wakil rakyat tidak hadir. Kita mahu tengok apakah selepas mereka tidak hadir dua kali berturut-turut kedudukan mereka sebagai Adun terlucut ataupun tidak.

Di sini pada saya jalan sebaiknya ialah tunggulah dewan dibubarkan dan bertandinglah dalam pilihan raya. Tidak payahlah membuat berbagai asakan yang semuanya itu menyusah dan menyerabutkan rakyat saja. Jadilah wakil rakyat yang gentlemen.

Bukankah kerajaan yang ada kini adalah sah mengikut keputusan mahkamah? Zambry Kadir duduk disitu atas kehendak mahkamah dan perkenan sultan. Sekiranya Pakatan merasakan mahkamah tidak adil dan sudah mengkhianti mereka, bakar sahajalah mahkamah, apa tunggu lagi.

Beranikah Pakatan Rakyat hendak bakar mahkamah?

Dalam memerhati telatah tindak tanduk Pakatan di Perak ini saya bimbang takut rakyat jadi muak. Bila rakyat sudah muak menyebabkan rakyat akan hilang sokongan. Makanya kalau nak buat tindakan politik, gimik politik pun berpadan patutlah. Tegasnya kalau rakyat benar-benar menyokong kita sudah tentu rakyat ikut sama menumbangkang kerajaan Zambry kini? Soalnya kenapa rakyat Perak diam dan hanya sebahagian saja yang menyokong!

Status Badrul Hisham ditentukan selepas Aidilfitri..!! Letak Jawatan Aje Badrul..dah berbulan kerja Adun kau dibuat oleh orang lain.! Elaun kau sapu.!

SHAH ALAM 2 Sept. - Status Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah yang sebelum ini dinasihat melepaskan jawatan jika tidak mampu menjalankan tugas sebagai wakil rakyat akan ditentukan selepas Hari Raya Aidilfitri ini.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, keputusan tersebut akan diumumkan selepas perbincangan Speaker Dewan Undangan Negeri, ahli Exco dan Badrul Hisham sendiri selesai.

Beliau berkata, buat masa ini wakil rakyat Parti keadilan Rakyat (PKR) itu masih memegang jawatan ADUN dan mendapat elaun penuh walaupun tugasnya dibantu oleh beberapa ADUN lain.

``Kita akan umumkan status Badrul Hisham ini selepas hari raya ini kerana tidak boleh sakitkan hati orang semasa bulan Ramadan,'' kata beliau kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini petang ini.

Abdul Khalid berkata demikian ketika ditanya mengenai status Badrul Hisham yang sebelum ini dinasihatkan oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri agar melepaskan jawatan sekiranya tidak lagi mampu memjalankan tugas sebagai wakil rakyat.

Ketika ditanya sama ada Badrul Hisham telah memberikan sebarang maklum balas selepas saranan (melepaskan jawatan) tersebut dibuat, Abdul Khalid yang juga Pengerusi Perhubungan PKR negeri berkata, pihaknya masih belum menerimanya kerana tempoh 14 hari masih belum tamat.

- Utusan

Najib hilang kawalan ke atas Umno..!!! Akhirnya Najib sama seperti pemimpin UMNO@BN terdahulu hilang kawalan...!!!!

SEPT 2 — Apakah Datuk Seri Najib Razak mengawal penuh Umno kini? Nampaknya ramai yang tidak bersetuju dengannya. Kawalan beliau hanya sama sebagaimana Tun Abdullah Badawi mengawal Umno sebelum ini sahaja.

Persoalan ini menjadi topik yang hangat sejak kebelakangan ini apabila Najib memperkenalkan konsep 1 Malaysia, rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.

Berdasarkan konsep ini, kelihatan Najib mahu menyatukan rakyat pelbagai bangsa dan agama di negara ini di bawah banner satu Malaysia.

Maknanya, usaha hendaklah dibuat oleh semua pihak khasnya Umno sendiri untuk menyatukan rakyat pelbagai kaum dan agama di Malaysia ini.

Jelas sekali, apa yang diusahakan oleh Najib adalah sebagai satu usaha beliau untuk menarik kembali sokongan orang bukan Melayu, Cina dan India, yang lari dari Barisan Nasional dalam pilihan raya umum 2008 lalu.

Ini kerana dalam pilihan raya umum lalu, lebih 70 peratus pengundi Cina dan India dikatakan lari kepada Pakatan Rakyat. Ini menyebabkan pemimpin MCA, MIC dan Gerakan kalah di kubu masing-masing.

Para pemimpin Umno yang bertanding di kawasan yang ramai pengundi Cina dan India juga kalah.

Pendekatan Najib ini samalah dengan pendekatan yang diambil oleh Tun Abdullah ketika Umno kalah teruk dalam pilihan raya 1999 lalu. Oleh kerana ketika itu orang Melayu yang lari dari Umno, maka pendekatan yang diambil adalah pendekatan Islam iaitu untuk menarik kembali pengundi Melayu. Maka lahirlah konsep Islam Hadhari.

Abdullah berjaya tetapi hanya sekali sahaja iaitu dalam pilihan raya 2004. Selepas itu, BN kalah teruk dalam pilihan raya 2008 apabila masing-masing mula sedar konsep Islam Hadhari itu. Ia hanya pendekatan reaktif Umno untuk membeli kembali undi Melayu.

Sebagaimana 1 Malaysia sekarang, Islam Hadhari juga mendapat sokongan berbelah bahagi dalam Umno sendiri. Yang menariknya, sebagaimana sekarang, timbalan Abdullah ketika itu, iaitu Najib yang kelihatan tidak berapa menyokong konsep itu.

Mentor Najib, Tun Dr Mahathir menyifatkan Islam Hadhari satu ajaran baru yang mengelirukan.

Sebagaimana Abdullah mempunyai seorang anak muda di belakang segala programnya iaitu Khairy Jamaludin, Najib juga ada. Pemuda itu adalah Omar Mustafa Ong. Omar adalah arkitek di belakang 1 Malaysia Najib. Keyakinan kepada Omar menyebabkan Najib sanggup berdepan dengan mentornya Tun Dr Mahathir dalam isu perlantikan Omar ke Lembaga Pengarah Petronas.

Sebagaimana yang Abdullah hadapi, itulah juga yang dihadapi oleh Najib kini. Akhbar rasmi Umno sendiri, Utusan Malaysia dan timbalan beliau, Tan Sri Muhyidin Yassin dilihat tidak bersama dengan konsep 1 Malaysia Najib.

Sebuah laman web melaporkan, Presiden Gerakan, Datuk Seri Dr Koh Tsuu Koon pernah bertanya dalam mesyuarat Kabinet tentang cara akhbar Umno itu membuat laporan.

Muhyidin dilaporkan telah mempertahankan pendekatan akhbar itu dengan berkata, itu yang diperlukan oleh BN. Kuat sokongan Melayu kepada Umno, kuatlah BN.

Pendekatan kedua-dua mereka ini jelas menjadi ikutan di peringkat bawahan Umno. Di Shah Alam, sekumpulan NGO yang mempunyai kaitan rapat dengan Umno sanggup berarak dengan kepala lembu berdarah ke bangunan SUK Selangor. Ia jelas sekali satu provokasi dan penghinaan kepada penganut agama Hindu.

Walaupun Datuk Ibrahim Ali, salah seorang tokoh utama pendekatan perkauman Umno ini, cuba memutar belitkan fakta dengan berkata 'kepala lembu adalah lambang PAS dicucuk hidung oleh DAP' namun Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin sendiri tidak bersetuju dengan tafsiran Ibrahim itu.

Khairy melalui Twitternya berkata, "Ibrahim Ali said checks by his org showed that the cow's head not aimed at Hindus but at MB& non-Hindu Excos. — Must think Msians stupid."

(Kata Ibrahim Ali, semakan oleh orang-orangnya mendapati, kepala lembu itu bukan ditujukan kepada Hindu tetapi MB dan Exco bukan-Hindu — mesti dia fikir orang Malaysia bodoh).

Persoalan yang tinggal kini adalah sejauh manakah 1 Malaysia boleh bertahan? Apakah ia mampu menghasilkan megic sebagaimana Islam Hadhari yang membawa kemenangan besar kepada BN 2004 lalu?

Nampaknya, dengan penentangan dan pendekatan dua nakhoda dalam Umno sekarang, 1 Malaysia tidak akan membawa Umno ke mana-mana. Silap-silap hanya ke longkang waktu sahaja. Bahkan ada yang meramalkan, tempoh pentadbiran Najib sebagai PM tidak akan melebihi tempoh Abdullah Badawi.

Kota Siputeh : SPR Belakangi Hak Speaker

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tidak perlu diadakan pilihanraya kecil untuk kerusi DUN Kota Siputeh yang dimiliki Umno, sudah dijangkakan.

Namun keputusan itu hanya menzahirkan lagi kesangsian rakyat terhadap kewibawaan SPR sebagai badan yang bebas dari pengaruh politik.

Anwar berkata keputusan SPR mengekalkan Datuk Abu Hassan Sarif sebagai ADUN Kota Siputeh sekali lagi mengingkari hak speaker memutuskan kelayakan seseorang ADUN mahupun ahli parlimen.

" Keputusan SPR tidak mengejutkan. Kita tidak jangkan SPR akan memihak kepada keputusan speaker tetapi kita kena faham, saya faham keputusan mengenai kedudukan ADUN adalah keputusan muktamad speaker. Keputusan kedudukan ahli parlimen juga keputusan muktamad speaker. Seandainya perkara ini dipertikaikan, harus dicabar di mahkamah" kata Ketua Pembangkang, Datuk seri Anwar Ibrahim.

Sebelum ini, Speakar Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, Datuk Dr Isa Ismail telah menghantar surat kepada SPR berhubung kedudukan Abu Hassan yang didakwa telah hilang keanggotaannya.

Abu Hassan, Ketua UMNO bahagian Jerlun itu dikatakan telah hilang kelayakannya kerana gagal menghadiri sidang DUN secara berturut-turut pada 19 April dan 9 Ogos lalu.

Walau bagaimanapun, sebagaimana di Perak, keputusan speaker Pakaran Rakyat di Kedah juga ditolak oleh SPR walaupun keputusan itu dibuat berdasarkan peruntukan Perlembagaan Negeri.

Seksyen 51 dalam Perlembagaan Negeri menjelaskan anggota DUN yang tidak hadir ke sidang DUN secara dua kali berturut-turut hilang keanggotaannya serta hendaklah mengosongkan kerusi yang disandang.

Anwar pula menyifatkan apa yang berlaku di Kedah sebagai sama dengan layanan SPR terhadap kerajaan negeri Pakatan Rakyat di Perak.

" Selalunya SPR itu dianggap bertindak di atas jalur hukum tetapi kali ini, sekali lagi seperti kes di Perak, SPR nampak tidak menghormati jalur hukum dan Menteri Besar Kedah telah memaklumkan bahawa mereka akan mencabar keputusan SPR di mahkamah. Wallahua'alam" tambah beliau.

Suhakam, Polis Masih Enggan Beri Keterangan Bertulis

Polis masih enggan memberi keterangan bertulis kepada inkuiri Suhakam yang menyiasat pencabulan hak asasi lima peguam pada Mei lalu.

Keenggan polis itu memaksa inkuiri Suhakam ditangguhkan kepada 11 September bagi membolehkan panel Suhakam mengambil tindakan lanjut.

Wakil polis Penguasa R. Munusamy menegaskan polis tidak perlu memberi kenyataan bertulis kerana akta Suhakam tidak memperuntukkan keperluan itu.

“Ia bukan bertujuan untuk melambat-lambatkan prosiding inkuiri, ini merupakan pertama kali mereka diminta memberi keterangan bertulis untuk inkuiri dan disebabkan itu mereka enggan. Tiada seksyen yang jelas mengatakan Suhakam boleh mengambil kenyataan bertulis daripada saksi.

“Adakah mana-mana peruntukan di bawah akta Suhakam 1999 yang menyatakan suruhanjaya atau pegawainya untuk merekod kenyataan daripada saksi? Adakah mana-mana peruntukan di bawah akta berkenaan mengatakan saksi perlu mengesahkan kenyataannya?,” katanya ketika mengemukakan hujahan.

Keengganan polis memberikan kenyataan bertulis mengejutkan Suhakam dan pihak terbabit kerana polis hanya memaklumkan pendirian itu selepas inkuiri berlangsung sekian lama.

Inkuiri itu diadakan selepas lima peguam berkenaan ditahan oleh polis semata-mata kerana cuba membebaskan anak guaman mereka yang ditahan di Balai Brickfields kerana menyertai perhimpunan menyalakan lilin bersabit krisis politik di Perak.

Kejadian itu dilihat sebagai kali pertama polis menghalang peguam daripada menjalankan tanggungjawab mereka.

Wakil kepada lima peguam itu, M. Puravalen berkata, mengikut seksyen 14 (1) Suruhanjaya mempunyai kuasa untuk mendapat dan menerima kesemua bukti, bertulis atau percakapan, dan untuk memeriksa kesemua saksi yang dirasakan perlu oleh suruhanjaya.

“Sekyen 14(1)(c) Suhakam mempunyai kuasa untuk memanggil mana-mana orang yang bermastautin di Malaysia supaya menghadiri mana-mana mesyuarat Suruhanjaya bagi memberikan keterangan atau mengemukakan apa-apa dokumen atau benda lain yang ada dalam miliknya, dana atau memeriksa orang itu sebagai saksi atau mengkehendaki mengemukakan apa-apa dokumen atau benda lain yang ada di dalam miliknya,” katanya.

Sementara itu, wakil Majlis Peguam Andrew Khoo berkata keterangan bertulis akan membolehkan Suhakam menilai sama ada saksi berkenaan perlu untuk hadir pada inkuiri.

Munusamy bagaimanapun membayangkan bahawa saksi polis tidak mahu terikat kepada kenyataan bertulis kerana khuatir ia akan digunakan pada perbicaraan di mahkamah.

Munusamy mengambil pendirian itu walaupun Pesuruhjaya Suhakam Datuk Dr Denison Jayasooria berkata kenyataan bertulis kepada badan itu tidak akan digunakan untuk sebarang tindakan mahkamah.

“Mungkin ini adalah salah faham polis dengan akta Suhakam. Sebarang kenyataan semasa inkuiri tidak boleh digunakan dalam perbicaraan mahkamah sivil ataupun jenayah,” katanya.

Pesuruhjaya, Datuk Muhammad Shafee menetapkan 11 September bagi menetapkan sama ada polis perlu memberi keterangan bertulis kepada Suhakam.

DUN Perak: ADUN Pakatan Dikasari, Empat ADUN Dan Wartawan Ditangkap

Seorang Adun dikasari polis sehingga terpaksa menerima rawatan kecemasan di hospital apabila polis menghalang Sesi Kedua Sidang Dewan Undangan Negeri Perak di Ipoh pagi tadi.

Adun Malim Nawar Keshvinder Singh di pukul di kepala sebelum ditahan bersama dua Adun lain dan seorang wartawan apabila polis menggunakan kekerasan untuk menghalang sidang DUN itu di Bangunan Perak Darul Ridzuan.

Dua Adun lain yang ditahan ialah Datuk Ngah Koo Ham (Setiawan) dan Chan Ming Khai (Simpang Pulai) manakala wartawan yang disasarkan polis ialah dari akhbar Nanyang Siang Pau.

Keshvinder kini terpaksa menerima rawatan kecemasan di hospital.

Menteri Besar Datuk Seri Nizar Jamaluddin dari Pakatan Rakyat berkata polis menghalang sidang DUN itu tanpa mengeluarkan warta yang sah sepertimana termaktub dalam undang-undang.

Nizar berkata tindakan polis itu salah dan melanggari undang-undang serta prinsip keadilan.

Nizar berkata Speaker DUN, Sivakumar telah mengeluarkan Surat Pekeliling kepada semua ADUN untuk menghadirkan diri pada sidang DUN hari in, selaras dengan peruntukan undang-undang tubuh negeri.

Walaubagaimanapun, polis, dipercayai atas arahan Umno-BN, bertindak mengadakan sekatan jalan bagi menghalang 28 ADUN Pakatan Rakyat dan Speaker berarak ke Bangunan Perak Darul Ridzuan untuk bersidang.

Pergelutan berlaku antara ADUN dan pihak polis sebelum polis bersenjatakan pistol mengheret dan menangkap tiga ADUN dan wartawan terbabit.

Nizar berkata Pakatan Rakyat tidak memusuhi polis tetapi hanya menolak taktik Umno-Barisan Nasional untuk menafikan hak rakyat atas keperluan mengadakan sidang DUN itu mengikut keperluan Perlembagaan Negeri.

“Kami meminta polis membenarkan kami berarak ke Bangunan Perak bagi menjalankan tugas kami sebagai wakil rakyat. Jadi kami minta polis turut bekerjasama dengan kami kerana kami adalah dipilih oleh rakyat,” katanya ketika sedang mencuba untuk berarak lebih dekat ke Bangunan Perak Darul Ridzuan.

Polis bagaimanapun enggan memberi kerjasama dan sebaliknya mengeluarkan perintah melarang sesiapa daripada berada dalam linkungan 30 meter dari pagar Bangunan Perak Darukl Ridzuan.

Sekumpulan penyokong Umno berpakaian serba kuning kemudian berhimpun di sebalik barisan polis. Dengan perlindungan polis, mereka melaungkan slogan pro-istana dan anti Pakatan Rakyat.

Polis seterusnya mengeluarkan arahan untuk menangkap siapa sahaja yang berkeras berarak ke Bangunan Perak Darul Ridzuan.

Melihat keghairahan polis untuk bertindak kasar ke atas ADUN Pakatan Rakyat, kerajaan pimpinan Nizar mengambil keputusan untuk mengadakan sidang itu di Hotel Heritage yang berhampiran.

Pahang Bakal Bankrap : Tanggung Saman RM5 Bilion

Rakyat Pahang yang terpaksa menanggung dua saman sebelum ini berjumlah hampir RM300 juta kini dibebankan dengan tiga lagi saman baru daripada dua buah syarikat dengan nilai yang sama.

Ini bermakna dalam tempoh antara bulan April dan Ogos tahun ini sahaja kerajaan negeri Barisan Nasional pimpinan Adnan Yaakob disaman lebih RM600 juta oleh empat buah syarikat.

Yang lebih mengemparkan, keseluruhan saman yang dihadapi oleh kerajaan negeri Umno-BN kini dalam lingkungan RM5 bilion, termasuk jumlah yang dituntut oleh pelbagai pihak ketika Pahang dipimpin oleh Tan Sri Khalil Yaakob.

Ketika mendedahkan perkara ini kepada Suara keadilan, Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail berkata kerajaan BN telah mengambil sikap tidak bertanggungjawab sama sekali dengan mengadai masa depan Pahang dan rakyatnya.

"Kesemua kes saman terhadap kerajaan negeri Pahang adalah disebabkan amalan rasuah, kronisma, penyelewengan dana dan salah urustadbir sepanjang sejarah negeri ini diperintah oleh Umno dan BN.

"Hak dan nasib rakyat Pahang diketepikan tetapi yang lebih penting bagi Umno dan BN ialah kekayaan yang mereka kaut melalui kontrak-kontrak yang diagih-agihkan sesama mereka. Apabila berlaku masalah rakyat Pahang yang terpaksa menanggungnya," jelas Azan.

Sekiranya jumlah saman RM5 bilion dibahagikan dengan jumlah penduduk Pahang seramai 1,483,600 orang, setiap rakyat negeri itu termasuk bayi yang baru lahir dan masih dalam buaian terpaksa menanggung hutang sebanyak RM3,370.

Saman terbaru berjumlah lebih RM100 juta difailkan oleh Seruan Gemilang Makmur Sdn Bhd sementara Asia Chart Sdn Bhd mengemukakan dua saman berasingan yang bernilai hampir RM200 juta.

Kedua-dua syarikat tersebut dipercayai telah memfailkan saman mereka berhubung dakwaan mengingkari perjanjian pembalakan di Mahkamah Tinggi Kuantan kira-kira dua minggu lalu.

Seruan Gemilang Makmur juga April lalu telah berjaya mendapatkan perintah "mandamus" (untuk memaksa) daripada mahkamah bagi Menteri Besar Pahang melunaskan bayaran penghakiman berjumlah RM63 juta kepadanya kerana melanggar syarat perjanjian pemberian konsesi pembalakan di Mukim Bebar, Pekan.

Selang tiga bulan kemudian, kerajaan negeri tersebut disaman sekali lagi oleh dua buah syarikat, bernilai lebih RM200 juta.

Spag'n Plantation Sdn Bhd dan Upayapadu (M) Sdn Bhd masing-masing memfailkan saman berjumlah RM209 juta dan RM24 juta yang juga melibatkan kes pembalakan.

Kedua-dua syarikat berkenaan juga menyaman Unit Perancangan Ekonomi Negeri dan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang kerana mengingkari janji.

Fenomena dakwaan salahlaku dan penyelewengan yang dihadapi oleh kerajaan negeri Pahang bukanlah perkara baru.

Pada 2001 Fauzi Abdul Rahman yang pada masa itu menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri Beserah telah membuat laporan polis terhadap Khalil selaku Menteri Besar ketika itu kerana salah urus hasil negeri berhubung konsesi pembalakan yang melibatkan ratusan juta ringgit.

Sehingga kini Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (ketika itu Badan Pencegah Rasuah) tidak mengambil sebarang tindakan.

Khalil kemudian diangkat menjadi Yang diPertua Negeri Melaka.

Saman lain terhadap kerajaan negeri termasuk oleh penduduk Bukit Koman, Raub berhubung projek perlombongan emas dan peneroka Felda Lembah Klau.

Fauzi yang kini menerajui Majlis Pimpinan KEADILAN Pahang ketika dihubungi berkata rakyat Pahang perlu sedar bahawa mereka dan generasi masa depanlah yang bakal menanggung segala kebobrokan yang dibawa oleh Umno dan BN.

"Apabila kerajaan negeri sudah tidak ada wang untuk menanggung operasi pentadbiran negeri rakyat akan menjadi mangsa. Contohnya cukai tanah akan dinaikkan dan termasuk juga cukai pintu dan tarif air. Semuanya akan naik dan rakyat terpaksa menanggung kesannya.

"Kalau kerajaan negeri tidak ada duit untuk membayar sub-kontraktor ia akan membayar menggunakan tanah dan aset negeri yang lain. Akhirnya rakyat juga yang rugi," kata mantan Timbalan Menteri Penerangan itu.

Beliau yakin jika diberi peluang mentadbir Pahang, Pakatan Rakyat mampu memastikan kedudukan kewangan negeri kukuh dan rakyat tidak akan sengsara berbanding sekarang.

Senario Politik Perak

Pelbagai senario menarik melanda Perak dari awal tahun 2008 sehinggalah penghujung Ogos. Perkembangan politik negeri tersebut mencuri tumpuan rakyat Malaysia malah turut mencatatkan beberapa rekod dunia yang julung-julung kalinya berlaku di Malaysia.

Semuanya bermula sejak pilihan raya umum ke-12, 8 Mac tahun lalu apabila Gabungan parti DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan PAS membentuk kerajaan negeri selepas memenangi 31 dari 59 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) manakala Barisan Nasional (BN) memenangi 28 kerusi pada pilihan raya umum ke-12.

Pada 17 Mac 2008 memperlihatkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Panjang dari PAS, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perak.

Selepas itu, seluruh negara dikejutkan oleh isu lompat melompat yang berlaku di antara Pakatan Rakyat (PR) dan BN, episod bermula apabila ADUN Bota, Datuk Nasaruddin Hashim mengisytiharkan keluar dari Umno dan masuk Parti Keadilan Rakyat maka bermulalah drama lompat melompat parti di Perak.

Melalui senario politik Perak ini, beberapa rekod dunia yang telah dicatatkan:

- Terdapat dua Menteri Besar: Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin dan Datuk Zambry Abdul Kadir.

- Dua barisan Exco: Exco yang sah dibawah pimpinan Nizar dan exco haram pimpinan Zambry.

- Dua speaker: Speaker Pakatan Rakyat, V Sivakumar manakala Speaker Barisan Nasional, R Ganesan.

- Speaker di halang masuk Dewan: Speaker Sivakumar tidak mengiktiraf Ganesan sebagai Speaker dan tolak usul perlantikan. Beliau dikurung dalam bilik selama sejam dan dihalang masuk dewan bagi menghentikan sidang yang dipengerusikan oleh Ganesan.

- Speaker dinafikan kuasa: Sidang DUN Perak 7 Mei tidak sah malah mengenepikan kedudukan dan kuasa Speaker Sivakumar malah pelbagai arahan dan perintah daripada Setiausaha DUN, Abdullah Antung Sabri dan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Dr Abdul Rahman Hashim yang tidak mempunyai autoriti.

- Speaker diseret dari kerusinya: Speaker Sivakumar diangkat keluar oleh beberapa anggota polis, gara-gara sidang DUN "disambung" oleh "Speaker Baru" lantikan BN.

- Berpuluh-puluh polis mencemarkan DUN: Kira-kira 50 anggota polis memasuki Dewan dan mengelilingi tempat duduk dan dengan bantuan bentara menarik keluar Speaker Sivakumar.

- Pistol dibawa masuk DUN: Terdapat dakwaan bahawa senjata, termasuk sepucuk pistol, dibawa masuk ke dalam DUN Perak pada 7 Mei.

- Sidang DUN bawah pokok: Sidang tergempar yang diadakan di bawah pokok di kawasan letak kereta berhampiran bangunan sekretariat kerajaan negeri di Ipoh, wakil rakyat Pakatan meluluskan usul menyokong Nizar sebagai menteri besar serta meluluskan pembubaran DUN Perak.

Pakatan Rakyat Letak Penanda Aras

Pembangkang Malaysia memperoleh keputusan penting pada pilihan raya kecil Permatang Pasir, sekali gus memberi isyarat yang momentum untuk menewaskan Barisan Nasional (BN) yang berkuasa lebih setengah abad, masih kuat.

Penganalisis menyifatkan keputusan pilihan raya kecil Permatang Pasir menunjukkan Pakatan Rakyat yang diasas oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim mampu bekerjasama walaupun wujud ketegangan antara tiga parti itu, Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), DAP dan PAS.

Ia juga memberi tekanan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang berkuasa sejak April lalu untuk mengembalikan pengundi ke pangkuan BN yang mengalami kemerosotan paling buruk pada pilihan raya umum lalu.

"Ia satu kemenangan besar yang memberi pukulan hebat terhadap Najib," kata ahli politik veteran pembangkang, Lim Kit Siang selepas Pakatan Rakyat mengekal kerusi dengan majoriti menyakinkan, Selasa lalu.

Pembangkang kini menang tujuh daripada lapan pilihan raya kecil sejak Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 pada 8 Mac lalu, menyuntik keyakinan besar kepada gandingan KEADILAN, PAS dan DAP dalam Pakatan Rakyat.

Pilihan raya kecil pada pertengahan Julai lalu di Manik Urai, Kelantan memperlihat kemerosotan undi majoriti pembangkang, yang kemudian dibaca BN sebagai isyarat sokongan terhadap parti pemerintah mulai meningkat.

Bagaimanapun, Kit Siang menyifatkan keputusan pilihan raya kecil Permatang Pasir menunjukkan momentum yang berlaku pada PRU ke-12 pada 18 bulan lalu, masih kekal dan berterusan.

Penganalisis politik, Shaharuddin Badaruddin yang membuat penelitian proses pengundian di Permatang Pasir, menganggap keputusan pilihan raya itu menunjukkan jentera BN punah sama sekali.

"Kemenangan itu kritikal untuk kelangsungan hayat Pakatan Rakyat," katanya dengan menambah, jika parti pemerintah berjaya mengurangkan undi majoriti, ia tentu akan memberi masalah kepada Anwar.

Shaharuddin berkata, pilihan raya kecil juga menunjukkan polisi 1Malaysia yang dibawa Najib bagi memenangi semula hati kaum minoriti seperti Cina dan India, tidak diterima dengan baik.

"Saya tidak fikir rakyat benar-benar memahami maksud sebenar 1Malaysia," katanya.

Komuniti minoriti di Malaysia menyokong pembangkang dalam PRU ke-12 pada 2008 yang pertama kali membawa kepada penafian majoriti dua pertiga di Parlimen, selain membentuk kerajaan di lima negeri. - AFP

Politik Negara Dari Pandangan Tunku Abdul Aziz

Tunku Abdul Aziz Ibrahim adalah bekas Pengerusi Transparency International (TI) Malaysia dan menyertai DAP pada Ogos tahun lalu sebelum diangkat sebagai Naib Pengerusi Kebangsaan DAP. Selain menganggotai Jawatankuasa Kerja Pusat parti itu, beliau juga dilantik sebagai Senator Julai lalu. Wartawan Suara Keadilan, Fazallah Pit dan wartawan TvAntara, Sharifah Azmawati cuba menyingkap pandangannya mengenai senario politik Malaysia.

Sejak mendapat mandat di beberapa negeri dan menafikan majoriti dua pertiga di Parlimen, sesetengah pihak menganggap pergolakan politik hasil serangan berterusan Barisan Nasional (BN) disebabkan faktor KEADILAN yang parti paling lemah dalam Pakatan Rakyat. Sejauh mana kebenarannya?

Saya tidak anggap KEADILAN sebagai parti paling lemah. Apabila ada tiga parti dengan tiga ideologi berbeza, bukan mudah untuk membawa persefahaman dan kerjasama serta menghasilkan gandingan mantap. Jika tidak bekerja keras, sentiasa akan ada bahaya menanti. Seperti kata Pengerusi DAP, Lim Kita Siang, jangan sampai Pakatan Rakyat hanya diberi peluang satu penggal sahaja.

Walaupun menerima banyak sokongan rakyat, mereka mahu lihat sama ada Pakatan Rakyat mampu menjadi sebuah kerajaan yang baik. Kita ada peluang untuk membuktikannya apabila berjaya menguasai lima negeri, seterusnya mencetus harapan supaya Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal menjadi Perdana Menteri apabila Pakatan Rakyat menguasai kerajaan Pusat.

Ia menunjukkan wujud sedikit kelonggaran dalam Pakatan Rakyat. Sebenarnya, apakah masalah utama dalam Pakatan Rakyat hingga mudah menjadi sasaran serangan BN? Dan, bagaimana mengelakkan situasi itu berterusan?

Kerap berlaku salah faham terutama antara parti. Sepatutnya, perlu ada satu penyelarasan membabitkan pemimpin utama dari ketiga-tiga parti berhubung strategi dan hal lain supaya dapat mengekalkan persefahaman.

Saya lihat, masalah paling besar ialah kurangnya kemahiran pengurusan komunikasi. Apabila banyak pemimpin membuat kenyataan, ia sepatutnya dibincangkan dulu supaya tidak menimbulkan rasa tidak senang rakan parti atau kenyataannya berlawanan dengan rakan parti.

Komuniskasi amat penting. Pemimpin perlu lebih banyak perbincangan pada masa depan. Ia akan membantu menjalinkan persefahaman lebih kukuh dengan memahami pendirian, cara kerja dan ideologi masing-masing.

Mungkin ia mengambil sedikit masa. Ini baru peringkat permulaan, tapi Pakatan Rakyat perlu mengenal pasti kelemahan dan kekuatan organisasi. Dalam isu arak di Selangor, ada orang parti ini kata begini tapi orang parti lain dalam Pakatan Rakyat buat perkara berbeza, seolah-olah mereka tidak tahu apa yang mereka lakukan. Jadi, macam mana rakyat mahu percaya kebolehan Pakatan Rakyat dalam mentadbir negara.

Sungguhpun ada sedikit pergeseran antara parti dalam Pakatan Rakyat tapi ia masih mendapat tempat di hati rakyat. Jadi, di manakah sebenarnya tunjang kekuatan Pakatan Rakyat dalam senario politik Malaysia?

Kekuatan utama Pakatan Rakyat adalah berlandaskan kepercayaan dalam memperjuang isu kebebasan bercakap untuk semua golongan, selain keyakinan dalam usaha membanteras rasuah dengan berkesan yang tiada dalam BN. Jika ia dilakukan dengan baik, rakyat akan terus meletakkan kepercayaan kepada Pakatan Rakyat.

Kerajaan BN dilihat tidak mengamalkan ketelusan dalam pemerintahannya sejak 52 tahun lalu. Kini, dengan Pakatan Rakyat memerintah beberapa negeri, bagaimanakan tahap ketelusan di negara ini.

Secara tuntas, PR memang lebih telus dari BN, tapi ia belum cukup. Pakatan Rakyat perlu mengamal dasar ketelusan secara total. Pakatan Rakyat mesti mengerti yang tanpa ketelusan, tidak akan ada akauntabiliti. Maknanya, ketelusan terlalu penting. Terlalu penting.

Setiap tindakan yang diambil Pakatan Rakyat perlu ada asas atau rakyat mungkin mempersoalkannya. Rakyat sentiasa mahukan jawapan dan mereka tidak akan mendapat jawapan jika tidak mengamal budaya ketelusan.

Dalam hal membuat keputusan pula, perlu ada keupayaan untuk menjawab dan mampu memberi penerangan mengapa sesuatu keputusan diambil. Jika tidak, rakyat tidak tahu apa sebenarnya berlaku. Ia akan memberi masalah. Kita kena jadi organisasi yang berpegang kuat kepada ketelusan.

Rakyat mendapati polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak mengamalkan ketelusan dalam menjalankan siasatan. Bagaimana pula tahap ketidaktelusan mereka dalam mengendalikan sesuatu kes.

Setiap ada organiasasi ada tahap ketelusan berbeza. Ini menimbulkan masalah. Ketelusan penting supaya rakyat tahu apa yang berlaku. Tanpa ketelusan, kebanyakan mereka hanya meneka. Meneka mencetuskan khabar angin dan ia tentunya bukan sesuatu yang baik.

Rakyat mungkin membuat spekulasi berdasarkan khabar angin. Ini tidak baik dalam mengurus sesebuah organiasasi. Jangan harap mereka akan menaruh keyakinan terhadap organisasi kerana mereka tidak tahu apa-apa. Mereka cuma akan fikirkan banyak perkara yang mungkin tidak betul.

Inilah masalah dengan polis dan SPRM. Ia jadi begitu kerana disokong Akta Rahsia Rasmi (OSA). Apabila dipersoal, mudah mereka mengatakan ia adalah tertakluk kepada OSA. Jadi mereka boleh sorokkan apa-apa perkara yang mungkin salah. Sebab itu, OSA mesti dimansuh. Rakyat bukan mahu tahu rahsia mereka tapi mahu tahu perkara yang memberi kesan kepada kehidupan.

Salah satu senjata utama BN dalam mempertahan kelangsungan kuasa politik ialah menggunakan agensi kerajaan tertentu dan amalan ini sudah lama dipraktik apabila mereka dalam keadaan terdesak.

Agensi kerajaan sepatutnya tidak bersifat politik dan mempromosi polisi BN. Jika tidak, ia sebenarnya menjadi alat kepada parti pemerintah. Mereka mesti bergerak mengikut lunas undang-undang dan tidak boleh menerima arahan daripada ahli politik.

Peranan sebenar mereka ialah memberi perkhidmatan kepada rakyat, secara adil dan saksama tanpa memilih bulu supaya agensi kerajaan terus memperoleh keyakinan rakyat. Di Perak misalnya, kita dapat lihat polis diperalat untuk meneruskan aganda BN. Ia tidak seharusnya berlaku.

Kebelakangan ini, banyak serangan peribadi digunakan BN sebagai modal politik dengan Anwar menjadi sasaran utama apabila dilabel sebagai pengkhianat bangsa. Apakah senario ini amalan politik yang baik untuk negara?

Bukan tindakan bijak untuk seseorang ahli politik melakukan serangan peribadi kerana banyak aspek lain yang boleh dikritik atau dibahas. Serangan politik perlu berlandaskan isu dan prestasi, bukan berbentuk personaliti.

Jika tidak, isu politik tidak terarah kepada prestasi, sebaliknya menjurus kepada serangan peribadi. Ini tidak baik untuk proses kematangan politik sesebuah negara.

Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin kebelakangan dianggap antara ahli politik paling galak melakukan serangan peribadi terhadap Anwar. Mengapa ini berlaku? Apakah mungkin ada agenda tertentu di sebalik kelantangannya itu?

Ramai tidak sedar yang Muhyiddin seakan-akan 'melepaskan semua' sedangkan Muhyiddin sendiri tidak sempurna. Tindakannya hanya mencetus persoalan sama ada corak permainan politiknya atas sebab ada pekung yang perlu disorok.

Sebaik-baiknya, Muhyiddin jika tiada apa-apa yang perlu dicakap, lebih baik jangan bercakap. Muhyiddin sepatutnya lebih banyak bercakap tentang prestasi, bukan isu peribadi.

Konsep 1Malaysia yang digagas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak giat dipromosi pada masa ini. Pada pandangan Tunku apa pentingnya 1Malaysia dan bagaimana kesannya kepada rakyat secara langsung?

1Malaysia, ia tiada apa-apa kecuali slogan. Kosong. Sesiapapun boleh mencipta slogan demi slogan tapi ia tidak membawa sebarang makna. Untuk rakyat merasai semangat 1Malaysia, perlu ada polisi yang konkrit kepada rakyat.

Jika tidak, ia menimbulkan kekeliruan. Diskriminasi terhadap masyarakat bukan Melayu, misalnya. Bagaimana mereka mahu beri reaksi positif kerana ia tidak merangkumi semua pihak sedangkan semua orang sepatutnya menjadi sebahagian dari 1Malaysia.

Memang Najib ada membuat beberapa perubahan. Misalnya, memperkenal biasiswa kepada pelajar bukan Melayu tapi banyak lagi yang perlu dibuat. Dan, tidak boleh ada 1Malaysia jika masih ada Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Ia undang-undang yang ketara mengongkong rakyat. Tidak boleh ada amalan tahan tanpa bicara. Kemudian, dengan mudah tangkap pemimpin pembangkang masuk ISA.

Memang benar, perlu ada undang-undang berkaitan anti-pengganas, tapi kita tidak boleh kata Anwar, Kit Siang sebagai pengganas. Sebab itu, saya katakan, 1Malaysia takkan berjaya.

Sempena sambutan ulang tahun kemerdekaan tanah air ke-52, bagaimana Tunku melihat Malaysia sebagai sebuah negara berdaulat dan merdeka.

Selama 52 tahun, Malaysia berdiri sebagai negara merdeka. Baik pemimpin mahupun rakyat, mereka sepatutnya mampu membuat keputusan sendiri tanpa dipengaruhi apa-apa. Kita ada sebahagian kebebasan itu tapi tidak menyeluruh.

Kerajaan juga perlu lebih bertanggungjawab dalam menyediakan aspek keselamatan, keselesaan dan perlindungan kepada segenap lapisan rakyat. Rakyat juga perlu dibebas dari pelbagai belenggu sedia ada.

Tsunami Politik Belum Berakhir

Keputusan pilihan raya kecil Permatang Pasir jelas menunjukkan kemenangan mutlak Pakatan Rakyat apabila mendapat sokongan segenap lapisan rakyat termasuk pengundi Melayu, bukan Melayu dan golongan muda.

Cuma menang dua daripada semua 39 saluran, Barisan Nasional (BN) yang menjaja isu 'Pengkhianat Melayu' bagi meraih sokongan pengundi Melayu, gagal mencapai matlamat manakala pengundi bukan Melayu ketara menyokong Pakatan Rakyat.

Pengundi muda tanpa mengira kaum di saluran tiga dan empat juga dilihat terus memihak kepada Pakatan Rakyat termasuk di kawasan Melayu majoriti seperti Permatang Ara dan Permatang Tengah.

BN hanya bergantung harap kepada pengundi lanjut usia apabila mencapai kemenangan di saluran satu Permatang Ara dan Bukit Indera Muda, kedua-duanya adalah kawasan Melayu majoriti.

Kawasan Cina majoriti pula memperlihat sokongan ampuh terhadap Pakatan Rakyat seperti Pusat Pengundian Kampung Cross Street, Permatang Pauh, Kampung Pelet dan Sama Gagah, yang mencatat undi majoriti selesa.

Kemerosotan peratusan pengundian pula dijangka berlaku di kalangan golongan pekerja sama ada di Pulau Pinang mahupun luar negeri ini termasuk di ibu negara yang dipercayai penyokong Pakatan Rakyat.

Dengan kemenangan tujuh pilihan raya kecil, kejayaan ini membuktikan momentum 'tsunami politik' masih berterusan dan rakyat dahaga akan perubahan menyeluruh, khususnya di peringkat Persekutuan.

FOTO - FOTO SIDANG DUN PERAK 2-9-2009












HALANG...Anggota polis dan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) menghalang bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan wakil-wakil rakyat Pakatan Rakyat daripada memasuki kawasan bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Ipoh, hari ini.--fotoTHE STAR oleh Saiful Bahri

Tindakan Sivakumar panggil 'sidang' DUN sah ..!!!

KUALA LUMPUR: Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tindakan Speaker Pakatan Rakyat, V. Sivakumar memanggil "Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak" hari ini adalah sah.

"Bagi kita Speaker yang sah adalah Speaker yang dilantik oleh DUN secara sah bukan speaker yang dilantik secara haram dari lantai.

"Soal negara ini hendak menjadi negara hukum kita kena ikut hukum. Kalau bila soal pembangkang sibuk bercakap soal hukum tapi bila Umno, dia langgar hukum pun diterima juga," katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai tindakan Sivakumar mengadakan sidang DUN Perak hari ini.

Hari ini, Sivakumar yang juga ADUN Tronoh mengadakan "Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN)" Perak di sebuah hotel di negeri itu hari ini selepas dihalang daripada memasuki bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) yang menempatkan DUN.

Mengulas lanjut mengenai Speaker yang dilantik Barisan Nasional (BN), Datuk R Ganesan, Anwar yang juga Ketua Pembangkang di Parlimen berkata, MIC hanya diperkudakan sebagai Speaker dan mereka tiada apa-apa kuasa kerana kenyataan yang berlaku di Perak telah ditonton oleh jutaan orang melalui laman web.

"Kalau laporan media rasmi Umno dan kerajaan, liputan tidak diberikan. Tapi kita masih bertahan. Sidang sah hanya dipanggil oleh Speaker yang sah," katanya.

Selain memanggil sidang DUN, Sivakumar yang juga ADUN Tronoh memfailkan perintah injuksi di Mahkamah Tinggi Ipoh semalam bagi menghalang Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Dr Abdul Rahman Hashim daripada menghalang ADUN Pakatan memasuki bangunan SUK.

Kota Siputeh: PAS tolak keputusan SPR

PAS menolak keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang enggan menerima kekosongan kerusi DUN Kota Siputeh di Kedah dengan alasan ia bertentangan dengan perlembagaan negeri.

"SPR tiada kuasa untuk membuat tafsiran atau keputusan kerana kekosongan DUN Kota Siputeh yang boleh diputuskan oleh Speaker dan mesyuarat dewan sahaja," kata Ketua Penerangan PAS Idris Ahmad.

"Maka, dengan sendirinya keputusan SPR itu terbatal dan tidak terpakai. Maka perkara ini perlu dibawa kepada mesyuarat DUN atau Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan."

Semalam SPR wakil BN itu Datuk Abu Hassan Sarif masih kekal di kerusi DUN tersebut dengan alasan "tidak menghadiri dua mesyuarat berturut-turut di dalam dua penggal yang berbeza, bukan dua mesyuarat di dalam satu penggal yang sama".

Abu Hassan juga menyediakan surat cuti sakit sebagai alasan ketidakhadirannya di sidang DUN.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata sebelum Perkara 51 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kedah Darul Aman digunakan, ia terlebih dahulu perlu dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan.

Beliau juga berkata, SPR dalam proses membuat keputusan tersebut telah surat cuti sakit daripada doktor mesej SMS kepada ketua pembangkang DUN Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid untuk memaklumkan masalah sakit dada yang dialami ADUN Kota Siputeh.

Sebelum ini Speaker DUN Kedah, Datuk Dr Abdul Isa Ismail telah menghantar surat kepada SPR berhubung kedudukan Abu Hassan yang didakwa hilang keanggotaannya.

Surat itu memaklumkan bahawa ADUN Umno itu hilang keanggotaan setelah dua kali gagal menghadiri sidang DUN pada 19 April dan 9 Ogos lalu.
Seksyen 51 perlembagaan negeri memperuntukkan mana-mana anggota DUN yang tidak hadir sidang dewan dua kali berturut-turut hilang keanggotaannya dan hendaklah mengosongkan kerusi yang disandang.

Dalam kenyataannya hari ini, sebagai mengulas keputusan suruhanjaya tersebut, Idris berkata keputusan SPR tetap bertentangan dengan Perkara 51 yang tidak menyebutkan isu penggal.

"Perkara 51 hanya menyebut tentang mesyuarat tanpa mengasingkannya mengikut penggal dan kuasa memberikan kebenaran adalah di tangan Speaker, bukannya ketua pembangkang yang gagal melakukan tugasnya pada waktu kejadian," katanya.

Idris juga berkata keputusan SPR ini juga bercanggah dengan Perkara 52 undang-undang tubuh Kedah yang menyebut: "Jika berbangkit apa-apa soalan fasal adakah mana-mana Ahli Dewan Negeri itu tiada layak menjadi ahli maka hendaklah diambil keputusan Dewan dan itulah yang muktamad."

Tambahnya, PAS sekali lagi menyatakan pendirian menolak keputusan SPR dan meminta agar pihak SPR menghormati kuasa Speaker dan DUN Kedah.

3 Usul Diluluskan Dalam Sidang DUN Perak

Selepas gagal masuk ke bangunan sekretariat kerajaan negeri (SUK) pagi tadi, para ADUN Pakatan Rakyat mengadakan sidang DUN di bilik ballroom Hotel Heritage di Ipoh.


Nama ADUN yang telah 'dipecat' atau telah 'meletak jawatan' seperti Menteri Besar BN, Datuk Seri Zambry Abd Kadir dan tiga ADUN yang mengisytiharkan diri sebagai calon bebas, tidak diletak pada meja di situ.

ADUN Pakatan duduk di sebelah kanan Speaker V Sivakumar (tempat ADUN parti pemerintah duduk). Empat lagi ADUN Pakatan tidak kelihatan - tiga ditangkap pagi tadi dan seorang lagi sedang mengerjakan umrah.

Usul pertama diluluskan sebulat suara - yang mengesahkan laporan jawatankuasa hak dan kebebasan DUN mengenai:


1. (Speaker BN) Datuk R Ganesan, yang bukan seorang ADUN, yang masuk ke dewan DUN tanpa kebenaran speaker dan enggan keluar sewaktu sidang 7 Mei lalu, apabila diperintah berbuat demikian oleh speaker (Sivakumar).

2. (Bekas timbalan speaker) Hee Yit Fong, yang keluar DAP dan didakwa bertindak sebagai speaker, dan mempengerusikan sidang DUN (pada 7 Mei) dan menjalankan pengundian yang memilih Ganesan sebagai speaker.

3. Meluluskan keanggotaan tiga jawatankuasa legislatif — hak dan keistimewaan, arahan tetap dan perakauanan awam — dengan pencalonan seorang anggota BN bagi setiap jawatankuasa.

Satu usul tergempar diluluskan mengecamkan tindakan polis pagi ini dan juga peranan yang dimainkan oleh pentadbiran BN menghalang ADUN dari memasuki dewan juga diluluskan.

Sidang DUN 2 Sept.- Kenyataan akhbar Dato' Seri Nizar.





Pakatan assembly orders Ganesan, Hee jailed and fined over May 7 fracas

IPOH, Sept 2 — Pakatan Rakyat’s (PR) state assembly sitting today approved a decision by its rights and privileges committee to arrest and jail for six months Barisan Nasional (BN) Speaker Datuk R Ganesan and his deputy Hee Yit Foong for their role in the May 7 fracas.

The two were also fined RM500,000 by the assembly, which convened at the Heritage Hotel here with 23 PR lawmakers after they were forcibly stopped from entering the state secretariat building this morning.

Ganesan and Hee, who had defected from DAP, were elected to their posts after policemen removed Sivakumar by force at the state assembly sitting on May 7. Their appointments remain contentious because they were voted in amid chaotic scenes before Raja Nazrin Shah declared open the assembly.

Since then, Sivakumar has maintained that he remains the legitimate Speaker of the state legislature.

Today’s sitting, while slammed by Barisan Nasional (BN) as a political ploy, is a move by PR to maintain the stand that it still legitimately controls the legislature nearly nine months after a controversial power grab that is still being disputed.

Sivakumar presided over the assembly with no BN assemblymen present, even though sitting was arranged for them.

After the vote on Ganesan and Hee, the PR Speaker issued a directive for the police to take action and arrest the duo, but this is not likely to be executed as the authorities have said they do not recognise the sitting.

Among the other decisions made by the rights and privileges committee which was passed by the sitting today include further suspensions of BN Mentri Besar Datuk Seri Zambry Abd Kadir, senior executive councilor Hamidah Osman and five other BN exco members.

The sitting also approved the membership to three legislative committees — on rights and privileges, public accounts and standing orders — with nominations made for one BN representative in each panel.

A final emergency motion condemning the actions taken by the police earlier this morning as well as the role played by the BN administration in preventing lawmakers from entering the state secretariat was also passed.

Earlier, police arrested three Perak lawmakers this morning, including state DAP chief Ngeh Koo Ham, as they forcibly blocked a group of PR representatives from entering the state secretariat building here to convene a state assembly sitting.

The PR lawmakers, including former mentri besar Datuk Seri Nizar Jamaluddin, who was ousted by BN in the power grab, were engaged in a scuffle with riot police before eventually dispersing.

Besides Ngeh, others arrested included Simpang Pulai assemblyman Chan Ming Kai; Malim Nawar representative Keshvinder Singh, who was kicked by policemen; and a Nanyang Siangpau photographer.

Three other members of the public, believed to be PR supporters, were also detained.

Keshvinder, who sustained injuries during the scuffle, has been taken to hospital.

Police had rolled out barbed wire and placed riot police with water cannons around the Perak state assembly, brandishing a court order barring assemblies within 30 metres of the area.

PR lawyers had tried in vain this morning to set aside the court order, but could not obtain an appointment with any magistrate.

Sivakumar had called for the sitting six months — as required by law — after the last sitting that was forced to be held under a rain tree.

The Pakatan Rakyat government fell last February when three lawmakers quit to turn independent in the 59-seat assembly, locking both Pakatan and Barisan Nasional with 28 lawmakers each.

The Perak ruler asked Pakatan mentri besar Nizar to quit the post but he refused, saying only the state assembly could force his resignation.

The Sultan also rejected Nizar’s advice to dissolve the assembly and call for fresh elections, and instead named BN’s Pangkor assemblyman Datuk Zambry Abdul Kadir as the new mentri besar.

Kenyataan Akhbar 2 September 2009 oleh YB Senator Ir Zamri berkenaan Isu Kota Siputeh

Saya menghargai pandangan yg diberikan oleh Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof, berhubung kedudukan kerusi DUN Kota Siputeh, mengikut pemakluman yg dikemukakan oleh YB Dato’Speaker DUN Kedah pada 18 Ogos 2009.

Namun kenyataannya ialah hak mengisytiharkan kekosongan kerusi DUN terletak di atas tanggungjawab Speaker DUN. Oleh itu, saya mengingatkan semua pihak, terutamanya Speaker DUN dan SPR, harus berlaku adil dan tidak menzalimi mana-mana pihak dalam menangani kes Kota Siputeh ini. Ketidak-hadiran wakil rakyat Kota Siputeh ke persidangan DUN Kedah pada 19 April dan 09 Ogos 2009 telah diketahui umum. Penduduk Kota Siputeh juga telah menyatakan kekesalan mereka terhadap kelalaian wakil rakyat mereka untuk membawa isu setempat ke sidang DUN agar dipertimbangkan di peringkat negeri juga telah dinyatakan.

Justeru, untuk meredakan keadaan, malah untuk berlaku adil kepada rakyat negeri kedah, khusus di kawasan Kota Siputeh, Speaker DUN dan SPR harus melihat dari semua sudut, khususnya dari aspek perundangan negeri, kerana keadilan buka sahaja untuk diberikan kepada seorang wakil rakyat, tetapi kepada puluhan ribu rakyat yang mengharapkan nasib mereka dibela oleh wakil yg telah mereka pilih.

Aspek perundangan juga bermaksud, sijil cuti sakit yg dikemukakan selepas lebih 48 jam ponteng dari sidang, harus diteliti dari mana diambil dan siapa doktor professional yang memberikan rawatan kepada beliau. Malah Doktor terlibat juga harus diambil keterangannya supaya Rakyat Kota Siputeh benar-benar bersedia untuk menerima beliau sebagai wakil rakyat semula. Doktor tersebut juga harus bersedia memikul tanggungjawab memberikan keadilan kepada rakyat dalam memastikan tiada pihak dizalimi.

Saya juga menyeru kepada semua ADUN agar bertanggungjawab menjaga kemuliaan dewan yg mereka anggotai, dengan sentiasa ingat bahawa mereka dipilih oleh rakyat untuk membela nasib warga kedah di kawasan yg mereka diamanahkan. Jangan lagi berpandangan seolah-olah rakyat kawasan yg mereka wakili yg bertuah kerana memiliki Yang Berhormat seperti mereka.

Akhirnya saya menyeru bagi pihak warga negeri kedah, agar YB Dato’Speaker dan SPR, serta doctor yg memberikan sijil sakit, agar berlaku adil dalam menangani kes ini demi Penegakkan Hukum, Kemualian DUN Kedah, Datuk Abu Hasan Sharif, dan Rakyat Kota Siputeh. Prinsip yg harus sentiasa diingati ialah, jika kita gagal melakukan keadilan kepada mana-mana pihak, ertinya ada pihak yg telah dizalimi.

YB Senator Ir. Zamri Yusuf
Anggota Jawatankuasa Khas Parlimen Mengenai Rasuah

Bukan Islam mahu tahu hak mereka bila sertai PAS

Pemimpin PAS diminta terlebih dahulu meyakinkan masyarakat bukan Islam mengenai kesungguhan parti itu mempelawa mereka menyertai PAS, termasuk kesediaan mengubah dasar dan perlembagaan parti.

Pengerusi Kelab Penyokong Pas Kebangsaan, Hu Pang Chaw, berkata masyarakat bukan Islam juga ingin mengetahui hak-hak yang akan mereka peroleh termasuk sama ada suara dan pandangan mereka diterima oleh parti itu.

"Kami takut suara kami tidak diambil kira manakala hak lain pula dipinggirkan," katanya kepada pemberita di Kota Bharu hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat semalam bahawa sudah sampai masanya parti itu membuka keahliannya kepada bukan Islam selaras dengan dasar PAS yang tidak berteraskan perkauman.

Hu berkata kenyataan Nik Aziz itu sebenarnya sudah lama ditunggu masyarakat bukan Islam yang menyokong parti itu memandangkan cadangan membuka keahlian parti sudah lama dibincangkan namun seolah-olah tidak diendahkan parti itu.

"Jika serius segerakanlah perkara ini dan ubahlah perlembagaan bagi membolehkan kami menyertai PAS," katanya.

Hu berkata kelab itu mempunyai 20,000 orang anggota di seluruh negara. Bernama

INI PERINTAH UNTUK ORANG AWAM BEB...!!! JADI KENAPA BANGANGNYA POLIS HALANG ADUN MASUK KE DEWAN UNTUK SIDANG DUN..????

Perintah Against Illegal Public Assembly Perak Page 1

MAHKAMAH SENDIRI SECARA JELAS MAKSUDKAN PERINTAH TERSEBUT DAN PERSIDANGAN DUN AKAN BERJALAN DI WAKTU DAN TEMPAT YANG DINYATAKAN..!!! MAKA KENAPA DI HALANG ADUN PAKATAN RAKYAT MASUK KE DEWAN MESYUARAT...??? KAN MAHKAMAH SENDIRI MENGAKUI PERSIDANGAN ITU AKAN BERLANSUNG DI BANGUNAN SUK..!!! KINI SIAPA YANG INGKAR PERINTAH MAHKAMAH DAN PERLEMBAGAAN NEGERI PERAK.....????

ADUN Pakatan ditangkap, SUK Perak dikawal ketat

ADUN Pakatan Rakyat Perak nekad untuk meneruskan rancangan mereka untuk mengadakan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini walaupun pihak polis melarang semua pihak daripada berhimpun di bangunan sekretariat kerajaan negeri.

Menteri Besar Pakatan, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin dan beberapa ADUN Pakatan mula tiba di bangunan tersebut pada kira-kira jam 8.45 pagi. Turut hadir ialah kira-kira 150 penyokong mereka.

Manakala pihak polis mengadakan kawalan ketat di sekitar bangunan tersebut oleh anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dan trak meriam air digunakan untuk menutup pintu belakang.

Polis juga menutup kawasan berpokok di mana ADUN Pakatan mengadakan sidang DUN Mac lalu. Kira-kira 100 anggota polis ditempatkan berkawal di situ.

Pada jam 9.45 pagi, semua wakil rakyat Pakatan dan Speaker V Sivakumar mula berjalan dari pejabat DAP Perak menuju ke bangunan sekretariat. Mereka disertai oleh kira-kira 50 penyokong.

Apabila dihalang oleh pihak polis, Pengerusi DAP Perak, Ngeh Koo Ham bertengkar dengan mereka mengenai perintah mahkamah melarang perhimpunan itu diadakan.

"Perintah mahkamah melarang orang awam berada di situ, tetapi tidak menyebut tentang ahli dewan undangan negeri. Adalah salah untuk menghalang ADUN menjalankan tugas mereka...

"Lagi pula, Seksyen 90 Kanun Prosedur Jenayah menyebut perintah tersebut mesti diwartakan,” tegasnya.

Mereka kemudiannya cuba meneruskan perarakan itu tetapi dihalang oleh anggota polis mencegah rusuhan. Ngeh ditangkap pada jam 10 pagi.

Turut ditangkap ialah Stanley Tan, seorang jurugambar akhbar Nanyang Siang Pau, yang dikatakan turut disepak ketika ditahan.

Dia kedengaran menjerit kepada polis: "You nak kerja, kita pun nak kerja."

Turut ditangkap ialah ADUN Malim Nawar Keshvinder Singh dan ADUN Simpang Pulai, Chang Ming Kai. Tiga lagi yang ditangkap ialah orang awam.

Pada jam 10.20 pagi, ADUN Pakatan dan penyokong mereka berundur semula ke ibupejabat yang terletak di belakang bangunan SUK.

Di situ, Sivakumar memberitahu wartawan bahawa sidang DUN itu akan diadakan di Hotel Heritage dekat situ berasaskan kepada doktrin keperluan.

Manakala Nizar mengecam polis yang didakwanya bertindak keras ketika menangkap tiga ADUN Pakatan dan orang awam.

"Ini bukan yang mulia, tetapi mereka bersikap sedemikian," kata Nizar.

Difahamkan, Keshvinder tercedera ketika ditangkap dan telah dibawa ke hospital besar Ipoh untuk rawatan.

Kumpulan Pro-BN

Sementara itu, kumpulan kedua - penyokong BN yang memakai baju kuning - juga mula tiba di kawasan tersebut pada kira-kira jam 10 pagi, sambil melaungkan slogan menyokong kerajaan negeri BN, Sultan Perak dan kesucian DUN.

Bagaimanapun, anggota polis bertindak menyeleraikan mereka. Mereka bersurai tetapi sempat menayangkan sepanduk menyokong Menteri Besar BN, Datuk Seri Zambry Abd Kadir dan kerajaan negeri, berhampiran penyokong Pakatan.

Satu daripada sepanduk itu bertulis Dr Zambry dan kerajaan BN adalah pilihan rakyat.

Saksi mendakwa pihak polis bertindak lembut ketika meleraikan kumpulan penyokong BN itu.

Dalam satu lagi perkembangan, peguam Pakatan dijangka memfailkan permohonan di mahkamah pagi ini untuk membatalkan perintah yang dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret Ipoh semalam, melarang sebarang perhimpunan diadakan dalam kawasan sekitar 30m dari bangunan sekretariat.

Perintah diperolehi pihak polis bagi menghalang perhimpunan ADUN Pakatan itu berkuatkuasa dari jam 1 pagi ini hingga 11 pagi esok.

Semalam, Ketua Polis Ipoh, ACP Azisman Alias berkata hanya kakitangan kerajaan yang bertugas di bangunan itu dibenarkan masuk hari ini.

Notis untuk mengadakan sidang hari ini dikeluarkan minggu lalu oleh Speaker Pakatan, V Sivakumar, yang juga ADUN Tronoh.

Speaker BN, Datuk R Ganesan bagaimanapun meminta para ADUN supaya mengenepikannya kerana ia dikeluarkan oleh sumber yang tidak sah.