Ahad, 30 Ogos 2009

Gapena Desak Kerajaan Mansuh Segera PPSMI

KUANTAN, 30 Ogos (Bernama) -- Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Gapena) mendesak kerajaan supaya memansuhkan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dengan segera iaitu sebelum bermula sesi persekolahan Januari tahun depan.

Ketua Satu Gapena, Tan Sri Prof Emeritus Ismail Hussein berkata pemansuhan PPSMI yang sebelum ini diputuskan pada 2012 seharusnya dibuat serta merta dengan Bahasa Melayu digunakan sepenuhnya dan bukan lagi secara dwibahasa.

Katanya tindakan tersebut adalah wajar dan boleh dilaksanakan memandangkan keputusan pelaksanaan PPSMI enam tahun lepas mampu dibuat serta merta.

"Dulu masa kerajaan mahu tetapkan PPSMI, boleh dibuat sekelip mata tetapi mengapa nak memansuhkannya tidak boleh pula, kenapa mesti tunggu sehingga 2012," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai kandungan Deklarasi Inderapura Pahang Darul Makmur yang dikeluarkan sempena Seminar Kenegaraan dan Jati Diri Melayu 2009 di sini pada hari Ahad.

Beliau berkata tindakan pemansuhan segera itu dilihat boleh menyelamatkan pelajar yang mungkin gagal dalam peperiksaan disebabkan kelemahan mereka menguasai Bahasa Inggeris.

Ismail berkata kandungan lain deklarasi itu ialah Gapena meminta kerajaan menyediakan peruntukan besar bagi menampung kos psarana pengajaran dan pembelajaran, elaun guru, menambah guru pakar, penterjemahan dan penerbitan buku-buku serta penambahan peralatan multimedia.

"Kita juga mahukan Bahasa Melayu dijadikan bahasa pengantar di semua fakulti peringkat pengajian tinggi awam dan swasta seperti mana sebelum tahun 2003," kata beliau.

Bagi membina jati diri bangsa, beliau berkata Gapena mencadangkan mata pelajaran Sastera dan sejarah kebangsaan negara dijadikan mata pelajaran wajib bagi semua peringkat pengajian dan aliran.

Ismail berkata, deklarasi itu juga menuntut kerajaan tidak menghapuskan identiti bangsa, kaum dan agama dalam sebarang borang rasmi kerajaan seperti dicadangkan pihak tertentu sebelum ini.

"Kita tidak mahu perkara ini berlaku. Jika dihapuskan identiti, maka seluruh perjuangan untuk mengangkat status bumiputera akan terhapus atau tidak diberi penegasan," katanya.

Beliau berkata pihaknya akan menyembahkan deklarasi itu kepada Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah dan juga Raja-raja Melayu yang lain dalam masa terdekat.

-- BERNAMA

BN's nemesis is BN itself..!!

By Athi Shankar

Leadership crisis in component parties and other related problems were the main reasons behind Barisan Nasional's consistent defeats in by-elections over the past year, said an academician.

Social scientist Dr Sivamurugan Pandian said his study showed that the coalition could not break the by-election jinx because its own supporters have deserted it.

This was based on the results and patterns of voting for and against BN in the last seven by-elections in the Peninsular, he said.

"There are serious problems within all BN component parties which the leadership involved should address and rectify. It seems the main enemy for BN now is BN itself," he said.

Due to this, he said BN's members and supporters were either boycotting balloting or voting for Pakatan Rakyat to express their anger.

He cited the current crisis in MCA and PPP, previous one in Umno and Gerakan, and perhaps soon in MIC would surely weaken the coalition.

He said the BN leadership currently seemed weak in handling and resolving such crises.

"BN leadership at all levels can't afford to be in a state of denial any longer. Or else this series of defeats would carry on until the next general election," he said, adding that the BN leadership should now embark on a strategy to lure back their own disgruntled members and supporters.

Despite the leadership change in Umno and the federal government, Sivamurugan pointed out that the people were still voting against BN.

He said the coalition's leadership should find out the reasons behind this downslide - on why the Malays were not backing BN and why non-Malays were inclined towards voting for Pakatan.

"BN should find out whether its newly hatched policies were understood by the people, whether information has been correctly disseminated to the people etc," added the USM lecturer.

Communication breakdown

He said there was a feel-good political climate with the appointment of Najib Abdul Razak as the country's sixth premier but this has yet to translate into votes.

"There could be a communication breakdown between the higher and lower BN leadership levels, which is a crucial link to reach out to the grassroots," added the academician.

Sivamurugan said the country needed two strong and vibrant political blocks for democracy and civil liberty to prosper.

"But it looks bad currently because the electoral matches have been favouring one side for the past one year," he added.

Of the seven by-elections held in the Permatang Pauh, Kuala Terengganu and Bukit Gantang parliamentary seats, and Bukit Selambau, Penanti, Manek Urai and Permatang Pasir state constituencies, Pakatan won all.

BN had only won one in Batang Ai, Sarawak, which many critics considered as insignificant.

Conduct in-depth study

Sivamurugan urged BN to conduct an in-depth nationwide study to accumulate information and grassroots' feedback on the sentiments, demands and grouses of the people against the federal ruling coalition.

He said firstly BN would have to find out whether the people had voted against it because they were pro-Pakatan or anti-BN.

"If the votes were anti-BN, the coalition leaders have to acknowledge it and address the reasons for it immediately," he said.

He said defeats in Permatang Pauh and Permatang Pasir were expected since both areas were Pakatan and PKR supremo Anwar Ibrahim's strongholds.

"But what about other areas?" he asked. "Except for Manek Urai, BN suffered massive loss of votes in other constituencies."

Sivamurugan also slammed PKR for not being able to keep its group of elected representatives together and allowing too much of BN infiltration into the party.

He said the PKR leadership was duty-bound to ensure that these elected representatives don't hop to another party because the electorates voted for a change in the last general election.

Three PKR state assemblypersons - two in Perak and one in Kedah, have opted out to become independent representatives.

"PKR will have to check and stop this to avoid losing public confidence," said the academician.

Tamil Widow

Mesej Merdeka 2009 - Lim Guan Eng

Makna Merdeka yang sebenar dihayati adalah berdasarkan demokrasi dan bukanlah menggantikan penjajah dengan pemimpin tempatan yang tidak menghormati Prinsip 5K Kebebasan, Keadilan, Kebenaran, Kebajikan Kepada Rakyat Dan Ketakwaan Kepada Tuhan


Selamat Hari Merdeka kepada semua rakyat Malaysia sempena ulang tahun ke-52 negara kita mencapai kemerdekaan. Saya ingin mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa-mangsa virus A(H1N1) dan berharap mereka yang sedang dirawat terus bersemangat tinggi. Saya harap pihak kerajaan dapat berusaha dengan lebih gigih untuk mengatasi wabak ini yang sudah menelan banyak nyawa yang tidak berdosa.

Lebih separuh abad kita Merdeka, masih ada golongan yang bermain dengan api perkauman. Media arus perdana milik parti pemerintah terutamanya Utusan Malaysia, Berita Harian, New Straits Times and TV3 juga memainkan peranan dalam usaha menghasut rakyat untuk membenci atas dasar kaum dan agama. Tindakan mengheret kepala binatang untuk menghina kaum tertentu amat tidak bertanggungjawab, tidak bertamadun dan berlawanan dengan semangat perpaduan serta makna merdeka. Perbuatan keji ini harus dihentikan serta-merta dengan digantikan suatu sikap hormat-menghormati, saling percaya dan persahabatan yang jujur dapat mengatasi masalah perkauman.

Keyakinan rakyat kepada kerajaan juga semakin rapuh berikutan banyak tindakan berat sebelah dan pilih kasih yang telah dilakukan oleh agensi-agensi kerajaan yang sepatutnya bersikap adil dan saksama. Sikap tidak profesional Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM atau MACC) yang hanya bertindak terhadap pemimpin dan wakil rakyat dari Pakatan Rakyat, khususnya DAP, telah dengan jelas menunjukkan kepincangan dalam sistem pentadbiran kerajaan. Malah pengendalian kes kematian Teoh Beng Hock mengenai siasatan membabitkan RM 2,400 adalah satu lagi bukti di mana SPRM/MACC tidak profesional dalam menjalankan tugas. Sebaliknya, siasatan terhadap skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) yang melibatkan RM12.5 bilion serta pembabitan pemimpin-pemimpin tertinggi BN adalah bukti kes ini tidak disiasat dengan serius.

Malah, setelah 52 tahun Merdeka, kerajaan masih lagi mengabaikan kebajikan rakyat Malaysia. Bukan sahaja mereka yang miskin di Semenanjung dipinggirkan, malah ramai lagi sahabat kita di Sabah dan Sarawak terus ketinggalan dari arus pembangunan negara. Di pedalaman Sarawak, rakyat Malaysia khususnya Penans di Lusung Laku, Long Avit, Long Kajang, Long Tanyit, Long Malim, Long Ladem, Long Bangga dan Lusung Laku kini menghadapi masalah tidak cukup makanan dan hidup dalam keadaan yang amat tertekan. Apakah ini erti pembangunan dan nikmat kemajuan yang dilaung-laungkan oleh kerajaan BN di mana rakyat sendiri hampir kebuluran?

Makna Merdeka yang sebenar dihayati adalah berdasarkan demokrasi dan bukanlah menggantikan penjajah dengan pemimpin tempatan yang tidak menghormati Prinsip 5K Kebebasan, Keadilan, Kebenaran, Kebajikan Kepada Rakyat Dan Ketakwaan Kepada Tuhan. Hanya dengan menegakkan prinsip 5K, barulah rakyat dapat menikmati hasil ekonomi, berkongsikan kekayaan negara dan sekaligus mengatasi masalah ekonomi yang menghantui kita. Hanya dengan memberikan balik kuasa kepada rakyat Perak memilihkan kerajaan pilihan mereka semula, barulah demokrasi dan makna merdeka yang sebenarnya boleh hidup lagi di Malaysia.

SEBUAH MASA DEPAN DI BUMI MALAYSIA..!!

Emak saya bekerja di sawah, mengambil upah menanam padi. Ayah saya bekerja sebagai penebang tebu di Felda Chuping, Perlis. Hidup kami cukup susah. Dalam kesusahan itulah mereka membesarkan saya dan adik. Pernah sewaktu saya di Darjah Enam, ayah dan enam tidak mampu menyediakan makan malam. Saya dan adik hanya mampu minum air panas sebelum tidur. Ketika itu saya bersekolah di Sekolah Rendah Tunku Bendahara, Kodiang, Kedah.

Sewaktu di Tingkatan Satu, ayah terpaksa menjual rumah kampung. Saya masih ingat lagi bagaimana penduduk kampung mengusung rumah itu ke lokasi baru. Dek kemiskinan, kami terpaksa menumpang rumah nenek di Padang Lumat, Guar Chempedak. Saya memulakan persekolahan di Sekolah Menengah Guar Chempedak.

Untuk selama dua tahun di situ, saya berbasikal tidak kurang lima kilometer (mungkin lebih) ke sekolah. Emak masih bekerja mengambil upah di sawah dan saya setiap pagi sebelum ke sekolah saya akan memasak nasi dan lauk untuk emak dan ayah. Setelah selesai, barulah saya bersiap untuk ke sekolah.

Berjaya dalam peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (SRP), saya mula menjejaki kaki ke Sekolah Menengah Teknik, Alor Setar. Walaupun hidup susah, saya tidak berpeluang tinggal di asrama. Mahu tak mahu, terpaksalah menyewa bilik di sebuah rumah di depan sekolah. Menguruskan hidup sendiri pada usia 16 tahun.

Tatkala itu, bukan sedikit airmata emak mengalir. Kos membeli peralatan dan buku sekolah cukup tinggi. Itu belum lagi dicampur dengan sewa rumah dan makanan harian. Entahlah, emak tidak pernah mengeluh nasibnya, tetapi saya tidak terperanjat sekiranya ada hari-hari tertentu emak terpaksa mengikat perut untuk menghantar saya ke sekolah.

Dari Sekolah Menengah Teknik, saya meneruskan pengajian ke Amerika Syarikat. Masih ingat lagi bagaimana ayah, emak dan saya menaiki bas dari Kodiang untuk Kuala Lumpur. Itulah kali kedua saya datang ke ibukota (kali pertama sewaktu mengambil ujian kelayakan). Di Perhentian Bas Puduraya, sepupu saya datang menjemput untuk dibawa bermalam di rumah bujangnya.

Mereka bertigalah yang menghantar saya ke Lapangan Terbang Subang. Saya bertolak ke luar negeri dengan hanya sebuah beg kecil dan beberapa ratus Dollars. Itu saja bekalan saya. Saya berterima kasih kepada emak dan ayah. Saya juga berterima kasih kepada sepupu saya yang sewaktu menghantar saya ke lapangan terbang dulu hanyalah seorang pensyarah biasa di Universiti Pertanian Malaysia. Beliau yang juga berasal dari keluarga yang cukup miskin, hari ini menjadi Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa, Universiti Perguruan Sultan Idris.

Semua itu kini menjadi kenangan. Alhamdulillah, saya bersyukur kerana Allah s.w.t. memberikan sedikit kesenangan duniawi kepada saya sekeluarga. Semoga Allah s.w.t. memberikan juga kelapangan di Alam Barzakh dan di Hari Akhirat nanti.

Saya imbaskan kembali semua ini kerana saya tidak punya negara lain selain Malaysia. Inilah bumi tempat tanah tumpah darah saya. Biarpun hidup susah-payah, di bumi inilah saya membina sebuah kehidupan dan masa depan.

Selamat menyambut Hari Kemerdekaan ke 52!

Satu Persembahan Wayang Kulit Moden tajaan Tok Dalang UMNO


Siapa sebenarnya yang menjadi Tok Dalang kepada peristiwa 'Kepala Lembu' di Shah Alam tempoh hari?? Yes... telah dikenal pasti!!!! Tapi... tau sama tau sudahlah!!

Bijak... bijak Tok Dalang ni, memainkan peranan di belakang tabir. Senang saja dia me'manipulate' Melayu OKU dalam UMNO. Setelah berjaya... Melayu OKU pun dengan rela hati menyerahkan diri untuk dijadikan patung-patung wayang kulit bagi Tok Dalang ini. Maka dengan itu, berlakulah persembahan wayang kulit bertajuk 'Kepala Lembu'

Persembahan wayang kulit ini dipertontonkan di khalayak ramai pada siang-siang buta. Polis Simpanan Persekutuan begitu asyik dan terpesona dengan persembahan mereka hingga terpacak tak berkata dan berbuat apa-apa. Mereka jadi lali dan terpukau ibarat kena mandrem.

Hebat persembahan mereka pada hari itu. Plot dan skripnya begitu tersusun. Tok Dalangnya langsung tak kelihatan di tempat persembahan. Dia hanya perlu pakai remote control saja untuk menggerakkan pepatung-pepatung Melayu OKU ini. Persembahan diiringi dengan laungan dan kata-kata yang menghina dan disambut dengan sorak-sorai daripada para penonton yang terdiri daripada koncu-koncu mereka yang sama-sama berada di tempat persembahan. 'Awesome' sungguh persembahan mereka!!!

Persembahan hebat mereka ini, telah mendapat perhatian dalam negeri dan juga luar negara. Ia telah berjaya menjadi tarikan di Satu Malaysia dan juga dunia luar. The timing is perfect, iaitu di saat-saat kita sedang sibuk membuat persediaan untuk meraikan hari ulang tahun ke 52 kemerdekaan. Ini merupakan satu free and cheap publisiti bagi persembahan hebat mereka dan pasti akan menaikkan lagi 'imej' Satu Malaysia!!!

Wow... Piem Satu Malaysia tentu impressed dengan persembahan Tok Dalang dan pepatung-pepatungnya yang terdiri daripada Melayu UMNO OKU. Ini pasti boleh memporakperandakan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor. Lagi cepat Pakatan Rakyat Selangor dinyahkan, lagi bagus. Dapat bonus besarlah aku!! Nasib baik nanti, boleh jadi MB Selangor. Yahoo.. kaya ler aku macam Khir Toyo!!!! Agaknya itulah yang bermain di fikiran Tok Dalang. Oooohhhh mak, ada menyimpan cita-cita rupanya mamat ni.

Well... too bad, harapan berkecai di tengah jalan. Persembahan Tok Dalang menimbulkan kemarahan sang Piem Satu Malaysia. Satu persembahan 'wrong timing' yang boleh menjejaskan imej negara dan slogan Satu Malaysia yang menjadi buah hati Piem Malaysia. Pada perayaan merdeka inilah slogan Satu Malaysia... Rakyat didahulukan, Prestasi diuatamakan hendak diprojekkan secara meluas ke seluruh pelusuk negara serta ke seantero dunia. Sekarang apa sudah jadi??

What the hell.... persembahan Wayang Kulit 'Kepala Lembu' telah mencacatkan perancangan serta propaganda Satu Malaysia, Piem Najib. Habis semua pihak kena hamput, termasuklah PDRM. Apabila Piem Satu Malaysia mengamuk... semua pihak yang terlibat dalam persembahan wayang kulit mula mengelabah.

Tok Dalang yang meniupkan api.... Melayu UMNO OKU yang merelakan diri menjadi pepatung-pepatung Tok Dalang dalam persembahan wayang kulit tersebut, sekarang semuanya menyembunyikan tangan. Isy... bukan aku!!! Ini bukan UMNO punya kerja. Orang PAS pun terlibat. There you go... kau kata aku... aku tuduh kau!!!

Semua orang sedia maklum, bahawa sekiranya UMNO terlibat, pihak polis akan mendiamkan diri, membutakan mata serta membisukan mulut, tak bersuara dan membiarkan saja perlakuan buruk mereka. Itu sebab UMNO naik kepala, boleh buat sesuka hati mereka, sebab mereka tahu, pihak berkuasa akan buat nohen dan membiarkan saja mereka dengan perangai buruk mereka.

Sekarang, setelah Piem satu Malaysia bersuara, pihak-pihak yang terlibat cuba memberikan pelbagai alasan itu dan ini. Malah, ada pihak yang senyap, tak berani nak berkata apa-apa. Apa tidaknya, lagi banyak mereka bukak mulut, lagi banyak tembelang akan pecah. So, lebih baik tutup mulut,buat-buat tak tahu!!! Nampak sangat kepura-puraan mereka.

Sudahlah... the damage has been done!! Lain kali, bila nak buat sesuatu tu, guna otak bukan guna lutut. Pihak polis diharapkan akan bertindak mengambil tindakan yang sewajarnya ke atas semua pihak yang terlibat dengan peristiwa 'kepala lembu' tersebut kerana ia boleh menimbulkan pergeseran kaum dan agama.

Oleh itu, PDRM... jangan asyik jadi pak pacak saja, makan gaji buta saja!!! Tunggu tali di hidung ditarik baru nak bertindak.

Pilihan raya kecil DUN Kota Seputeh? SPR putuskan Selasa ini

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas Selasa ini bagi memutuskan status kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Seputeh, Kedah iaitu sama ada perlu diadakan pilihan raya kecil ataupun sebaliknya.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, pihaknya akan meneliti semua aspek dengan tumpuan kepada soal perundangan sama ada kerusi itu perlu dianggap kosong, sekali gus mengadakan pilihan raya kecil.

SPR mempunyai kuasa muktamad untuk mengisytiharkan kekosongan mana-mana kerusi dan diadakan pilihan raya kecil.

"Kita akan bincang semua aspek secara menyeluruh, mempertimbangkan dari segi perundangan dan dari segi moral tetapi lebih kepada soal undang-undang," katanya lagi.

Jika diputuskan wujud kekosongan sudah pasti pilihan raya kecil akan diadakan, kata beliau.

SPR telah mengadakan pilihan raya kecil yang kelapan pada 25 Ogos lalu - sejak selepas pilihan raya umum Mac 2008.

Sehubungan itu, kata Aziz, pihaknya akan memaklumkan keputusan SPR kepada Speaker Kedah.

"Oleh kerana Speaker telah menulis surat kepada kami, kami akan memaklumkan Speaker hasil keputusan mesyuarat khas ini... mesyuarat ini hanya membincangkan isu kerusi Kota Seputeh," kata beliau kepada mStar Online ketika dihubungi.

Pilihan raya kecil itu menjadi sebutan banyak pihak ekoran kemungkinan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Seputeh, Datuk Abu Hassan Sarif - dari Umno-BN - digugurkan daripada jawatannya kerana gagal hadir dua kali sidang DUNtanpa kebenaran Speaker.

Oleh itu, SPR telah meminta pandangan penasihat undang-undangnya dan juga Jabatan Peguam Negara mengenai isu berkenaan.

Pada 18 Ogos lalu, Speaker DUN, Datuk Dr. Abdul Isa Ismail berkata, beliau sudah menghantar surat kepada SPR memaklumkan mengenai kegagalan Abu Hassan hadir sidang DUN pada 19 April dan 16 Ogos lalu.

Mengikut Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah, mana-mana ahli dewan yang tidak hadir pada sidang DUN selama dua kali berturut-turut tanpa kebenaran Speaker, tempatnya hendaklah dikosongkan.

Kerusi itu dimenangi Abu Hasan dengan majorti 495 undi. Lawannnya, Ismail Wan The dari PAS menerima 7,665 undi.

Minggu lalu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah melahirkan harapan agar SPR akan mempertimbangkan keadaan Abu Hassan yang kurang sihat dalam menentukan sama ada kerusi tersebut kosong atau sebaliknya.

Muhyiddin berkata, SPR yang mempunyai kuasa untuk menentukan kekosongan sesebuah bahagian pilihan raya, sebagaimana disaksikan di Perak Februari lalu, akan ambil kira pertimbangan itu.

"Bagaimanapun kita akan akur dengan keputusan SPR, kita selalu akur dengan keputusan SPR, mana ada yang kita tidak akur," kata beliau yang juga Timbalan Pengerusi BN.

Dalam pada itu, Wan Ahmad ketika dihubungi pagi tadi memberitahu mStar Online bahawa semua dokumen berkaitan dengan isu berkenaan sudah sedia ada.

"Semua dokumen, pandangan dan maklum balas sudah diterima. Kita hanya perlu mengadakan mesyuarat dan menentukan status kerusi ini," katanya.

Polis berkawal di Seksyen 23

Anggota polis ditempatkan mengawal sekitar Seksyen 23, Shah Alam dipercayai berikutan isu pemidahan sebuah kuil Hindu dari Seksyen 19 ke situ, ekoran bantahan penduduknya yang mengadakan demonstrasi Jumaat lalu.

Tinjauan Malaysiakini semalam mendapati, polis mengadakan sekatan jalan di jalan utama ke seksyen tersebut, manakala yang lainnya ditempatkan sementara di sebuah dewan komuniti di situ.

Bagaimanapun, kira-kira 10 anggota polis yang menjaga sekatan jalan itu hanya memerhati kenderaan yang keluar masuk di situ.

Jumaat lalu, sekumpulan 50 orang mengadakan demonstrasi membantah pembinaan kuil Hindu di Seksyen 23, dengan mengarak kepala lembu ke bangunan kerajaan negeri Selangor di Shah Alam.

Ketua Polis Selangor ketika dihubungi Malaysiakini semalam, mengesahkan penempatan anggota polis di kawasan itu bagi tujuan "kawalan jenayah".

Katanya, kawasan berkenaan dikenalpasti sebagai satu 'titik panas' bagi kawalan jenayah.

Seorang penduduk yang tinggal berhampiran tapak yang dicadangkan bagi pembinaan kuil tersebut berkata, beliau hairan dengan kehadiran ramai polis di situ, tetapi agak lega kerana menurutnya sememangnya banyak kejadian jenayah berlaku di kawasannya.

Munusamy Ellapan, 52, berkata, kira-kira 200 orang anggota polis itu, sebelum ini ditempatkan di sebuah hotel berhampiran, sebelum ditempatkan di Dewan Serbaguna berhampiran rumahnya.

"Sekarang rasa lebih selamatlah kerana terdapat ramai anggota yang meronda dengan kerap. Ini boleh kurangkan kes jenayah.

"Cuma saya kesal sikitlah kerana tak dapat main badminton di dewan. Tapi saya diberitahu mereka akan kosongkan dewan sebelum 2 September sebab ada kenduri kahwin akan diadakan di situ," jelasnya lagi.

Katanya lagi, beliau pada mulanya menganggap kehadiran ramai anggota polis di situ sejak Ahad lalu, untuk menjaga keselamatan beberapa orang 'orang kenamaan' yang dikatakan akan menemui mereka bagi membincangkan isu berkatan pemindahan kuil.

Jelasnya, beliau telah lama mendengar mengenai ura-ura perbincangan itu akan diadakan, tetapi belum melihat apa-apa bentuk pertemuan diadakan dengan penduduk di kawasan tersebut.

Kerajaan Selangor semalam mengarahkan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mengadakan perbincangan terbuka pada 5 September depan antara penduduk sebenar Seksyen 23, Shah Alam, pegawai MBSA dan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

Perbincangan berkenaan bertujuan mendengar luahan pendapat masyarakat setempat selain memberikan peluang kepada kerajaan negeri menjelaskan rasional di sebalik penempatan semula kuil Hindu di Seksyen 19 ke Seksyen 23

"Saya fikir (dialog) itu akan diadakan Ahad lepas sebab saya nampak ramai polis, rupa-rupanya tidak," katanya lagi.

Katanya lagi, beliau bersedia untuk mengikutinya, tetapi belum menerima apa-apa maklumat berkatian program berkenaan setakat ini

"Belum dengar apa-apa lagi, tapi saya akan pergi dengar," katanya.

Mengulas mengenai demonstrasi yang dikutuk oleh ramai pihak semalam, Ellapan yang juga peniaga kedai makan, sekadar berkata:

"Tidak baiklah macam itu, sepatutnya kita biarkanlah orang-orang di atas (pihak berkepentingan) untuk selesaikan."

Jelasnya lagi, tapak sebenar untuk kuil baru itu hanya seluas setengah ekar, dan bukannya seperti yang didakwa oleh mereka yang menyertai demonstrasi Jumaat lalu.

"Tapak sebenar hanya seluas setengah ekar, berhadapan dengan jalan utama, kawasan berpagar ini milik pemaju," katanya.

Ditemui di rumahnya, yang paling hampir dengan tapak tersebut, beliau berkata kawasan berpagar itu dikhususkan untuk taman rekreasi.

"Saya diberitahu, mereka (pemaju) kata nak buat taman rekreasi, tapi belum mula apa-apa lagi." katanya.

“Baguslah kalau (kuil) dipindahkan ke sini kerana tapaknya lebih sesuai. Orang akan senang datang sebab dekat dengan jalan besar," tambahnya.

Sementara itu seorang penduduk yang tinggal berhampira Kuil Sri Maha Mariamman di Seksyen 19, menyokong cadangan memindahkan kuil itu ke tempat lain, kerana menurutnya, tapak sedia ada tidak lagi sesuai.

Menurutnya, kesesakan yang berlaku di kawasan perumahan berkenaan dapat dielakkan sekiranya kuil itu dipindahkan.

Beliau yang tidak ingin dikenali berkata, kesesakan itu berlaku pada hari-hari kebesaran agama Hindu kerana ia dikunjungi ramai penganut Hindu.

“Ramai yang datang ini dari kawasan luar (Shah Alam). Di kawasan ini pun tidak ramai orang India, dahulu memang ramai," kata wanita berkenaan yang bertugas sebagai guru di salah sebuah sekolah di Klang.

Ekoran itu, beliau bersetuju sekiranya kuil tersebut dipindahkan ke kawasan lain.

Bagaimanapun, beliau tidak yakin perbincangan terbuka pada 5 September depan antara penduduk Seksyen 23, Shah Alam, pegawai MBSA dan PKNS akan membuahkan hasil.

"Sebelum ini pun YB Rodziah pun ada datang jumpa kami. Tapi tidak ada apa-apa tindakan," katanya.

"Kalau jadi pindah, saya memang sokonglah," katanya.

Tiong Lai to take over as MCA president?

By Leslie Lau

Consultant Editor

KUALA LUMPUR, Aug 30 — In the battle between Datuk Seri Ong Tee Keat and Datuk Seri Dr Chua Soi Lek for control of MCA, one name has now emerged as a potential benefactor of the titanic struggle — Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Liow, who is health minister and also MCA vice–president, has been singled out as the man Ong’s camp will nominate to fill the deputy presidency after Chua’s controversial sacking last week.

And speculation is now rife that Ong, under siege from within his own party, from Barisan Nasional (BN) partners and from allegations of abuse of power and graft, is prepared to resign as MCA president.

All major Chinese newspapers reported the plan to hand the reins of power over to Liow, in what is possibly a move by Ong’s camp to float the idea to the public.

It is also likely that by suggesting a transition plan, Ong is hoping to temper the rising momentum of support for an extraordinary general meeting (EGM) to remove him and back Chua.

Yesterday, reports emerged that Chua had scored a major coup by winning the tacit support of Datuk Seri Ong Ka Chuan, the man he defeated for the party deputy presidency last year but who is highly influential in Perak.

Perak has a big number of party delegates and their endorsement is key to winning the battle for the party.

Since his sacking last week, Chua appears to have won the backing of supporters of two ex-presidents — Datuk Seri Ong Ka Ting and Tun Dr Ling Liong Sik.

Supporters of the two ex-presidents, while not ardent backers of Chua, are said to be unhappy with what they see as the dictatorial and aloof style of Ong.

Besides the pressure from Chua, Ong is understood to be under severe pressure over the unrelenting attacks against him from Datuk Seri Tiong King Sing, the BN Backbenchers’ chief.

Tiong has persisted in his claims that he had donated RM10 million in cash to Ong last year, and has demanded the MCA president open his own personal bank accounts for public scrutiny.

Ong has also admitted to taking free rides on private jets belonging to Tiong’s company, Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB), the turnkey contractor of the Port Klang Free Zone (PKFZ) which the MCA president has now singled out for blame over inflated claims.

But despite his denials, Tiong’s accusation against Ong has hurt him.

His carefully crafted image of being a clean and independent politician has been punctured by his admission that he took free rides on KDSB’s jets and the suggestion that he took money from Tiong.

By floating Liow’s name as a potential successor, he is hoping to block attempts by Chua to take over the party, probably by arguing the former health minister is also tainted by his own sex scandal.

The party presidential council is expected to confirm Liow as acting deputy president soon.

Another name that has cropped up as a potential No. 2 if Liow does take over is Datuk Wee Ka Siong.

In this scenario, Ong is hoping to ensure own graceful exit and block Chua’s rise.

But for now, it is understood Ong remains prepared to fight off Chua at all costs.

Ong’s supporters are also planning their own EGM to endorse the decision to sack Chua, and possibly to affirm Liow’s position as the new party No 2.

ADUN Pakatan Perak tetap hadir sidang DUN Rabu ini

Oleh Dzulfikar Mashoor

IPOH, 30 Ogos: Kesemua Ahli Dewan Undangan Negeri ADUN Pakatan Rakyat Perak akan hadir ke Sidang Dun Rabu depan seperti notis panggilan yang telah dikeluarkan speaker V.Sivakumar kepada mereka.

Ianya sekaligus mengenepikan arahan Speaker Barisan Nasional, Datuk R. Ganesan agar ADUN mengabaikan jemputan yang dibuat Sivakumar itu.

Menteri Besar Pakatan Dato' Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin pagi tadi menegaskan bahawa Ganesan tidak layak berbuat demikian kerana bekas Adun Sungkai itu bukanlah Speaker Dun yang sah.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang dan Adun Pasir Panjang turut berkata, mustahil Ganesan boleh mengakui dirinya Speaker Dun Perak, sedangkan jawatan itu masih disandang V. Sivakumar secara sah sehingga sekarang.

"Dia (Ganesan) bukan Speaker yang sah. Dia tidak berhak berbuat begitu (menghalang sidang Dun Rabu depan) kerana Sivakumar masih Speaker yang sah. Dalam laporan Aturan Mesyuarat (Standing Order) Dewan Undangan Negeri, selagi Speaker (merujuk pada Sivakumar) masih ada di kerusinya, tidak ada orang lain boleh mempengerusikan persidangan."

"Jadi, persidangan tidak bermula pun. Ini kerana Speaker Sivakumar telah menunggu semua yang diarahkan keluar dewan berdasarkan Perintah Tetap 11, keluar dewan (Dun)," ujarnya ketika dihubungi.

Jelas Nizar, Sivakumar telah mengarahkan 7 Adun BN (Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir, Hamidah Osman, Ramly Zahari, Dr. Mah Hang Soon, Saarani Mohamad, Mohd Zahir Abdul Khalid dan Zainol Fadzi Paharuddin) yang digantungnya kerana menghina Dun Perak; tetapi mereka enggan mematuhi peraturan tetap Dun.

Sivakumar juga telah mengusir keluar 3 Adun Bebas iaitu Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang), Kpt. (B) Mohd Osman Jailu (Changkat Jering) dan Hee Yit Foong (Jelapang) yang didakwanya sudah hilang kelayakan sebagai Adun disebabkan pengisytiharan kekosongan Dun, keluar dewan; tetapi mereka juga mengingkari perintah Speaker Sivakumar.

"Arahan Speaker (Sivakumar) waktu itu sah. Mereka (Adun BN) sedar, mereka sudang hilang majoriti (di dalam Dun). Jadi, mereka heret Sivakumar keluar secara paksa sebelum lantik Ganesan. Itu (Ganesan) Speaker haram namanya." ujarnya lagi.

Ditanya tentang sidang dun Rabu depan sudah mendapat perkenanan Tuanku Sultan atau tidak, Nizar menjelaskan bahawa bidang kuasa Tuanku Sultan untuk memanggil sidang Dun sebenarnya pada permulaan penggal kerajaan memerintah sahaja.

"Artikel 36 (1) Undang-undang Tubuh Negeri Perak hanya digunapakai untuk permulaan sesuatu sesi Dewan ataupun apabila Dewan bermula selepas sesi itu tamat. Artikel ini tidak boleh diguna pakai dalam keadaan setelah Dewan ditangguhkan dan dipanggil semula untuk bermesyuarat dalam sesi yang sama." tambahnya.

Beliau yang dikenali sebagai ikon 'Politik Baru Malaysia' sewaktu pilihanraya kecil Bukit Gantang, April lalu, turut memaklumkan bahawa persiapa Dun Perak kali ini telah dibuat lebih rapi, sejak enam bulan yang lalu.

Pihak Polis dan FRU tidak boleh lagi menghalang sidang Dun tersebut dari terus berlangsung, sebagaimana yang pernah mereka lakukan dalam peristiwa 'Perak Yang Gelita' (1Black Perak), 7 Mei lalu.

"Saya berasa ia (Perak Yang Gelita) tidak akan berlaku kerana Tuan Speaker (Sivakumar) telah membuat suatu persiapan yang lebih serius sejak enam bulan lalu. Sivakumar telah memohon daripada Mahkamah Tinggi Ipoh supaya ianya (sidang dun) tidak akan dihalang Polis dan FRU."

"Kami (Pakatan) merasakan kalaulah kemasukan kami (ke Dun) itu dihalang kerana mahkamah tidak memberikan pengisytiharan, maka ia sesuatu yang bertentangan dengan peraturan Panel Kod 124 Kanun Keseksaan. Polis dan FRU tidak boleh menghalang atau mengkasari kami. Sebab itu, kami (Pakatan Rakyat) meminta perintah Mahkamah supaya manghalang Ketua Polis Daerah dan FRU mengkasari kami dari menghadiri sidang dun depan," ujarnya lagi.

Nizar juga turut mempersoal kredibiliti Ganesan yang berani menganggap Sivakumar dan Pakatan Rakyat negeri seolah-olah menghina Tuanku Sultan Perak serta cuba merampas kuasa (kudeta) kerajaan negeri; sekiranya tetap mahu meneruskan sidang Dun Rabu depan.

"Yang menghina Sultan bukannya Sivakumar, Yang hina Sultan dan kemuliaan Dun Perak adalah Ganesan sendiri. Barisan Nasional lah yang kudeta (merampas kuasa) kerajaan negeri Perak dari Pakatan; yang sah mendapat mandat rakyat dalam pilihanraya umum ke-12 lalu." katanya.

Tambah Nizar lagi, Ganesan juga boleh dianggap sebagai perampas kuasa speaker Dun, kerana perlantikannya meragukan.

"Merujuk Perkara 36(5) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak, Nizar menegaskan bahawa apa-apa perlantikan pun (termasuk melantik Ganesan), mestilah selepas titah Tuanku (Sultan Azlan Shah). Dia (Ganesan) dilantik dalam kalangan mereka (Adun-Adun BN) di dalam dewan, sebelum Tuanku bertitah (setelah) dengan merampas kerusi Speaker, sedangkan Speaker (Sivakumar) masih ada dikerusinya. Itu yang meragukan."

Semalam, sebuah akhbar arus perdana melaporkan, Ganesan mengarahkan semua Adun Perak tidak menghadiri sidang Dun Rabu depan.

Beliau mendakwa Sivakumar cuba menyamar sebagai Speaker Perak dan seolah-olah cuba merampas kerajaan negeri dari genggaman Umno Barisan Nasional.

Mei lalu, Sivakumar mengeluarkan Notis Panggilan Sidang Dun Tergempar 11 hari lebih awal sebagaimana sah di diperuntukkan undang-undang, Perintah Tetap Dewan Negeri (PT)8(1).

Bagaimana pun, ianya dihalang dan terpaksa mengadakan sidang di bawah pokok.

Selepas kejayaan BN menghalang sidang Dun tergempar lalu, khalayak percaya Pakatan Rakyat akan berdepan cabaran yang lebih genting Rabu depan.

Dinar Emas, Pusat akhirnya akui amalan Kelantan

Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 30 Ogos: Exco Kerajaan Negeri Kelantan Dato' Husam Musa menyambut baik saranan kerajaan agar Tabung Haji (TH) dan Pusat Zakat (PZ) meneliti penggunaan dinar emas sebagai asas dalam urusan mereka.

Namun beliau yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Pembangunan Masyarakat berharap ianya dilaksanakan mengikut seperti yang dikehendaki Islam, bukan hanya mengambil sebahagian sahaja.

Pertama saya ucap tahniah kepada kerajaan persekutuan.Akhirnya boleh berkongsi pandangan dengan kerajaan negeri Kelantan. Tetapi pelaksanan itu mesti seperti yang dikehendaki Islam. Tak boleh ambil separuh-separuh," katanya ketika dihubungi Harakahdaily.

Beliau turut berkongsi kebimbangan mengenai keadaan ekonomi negara yang tidak stabil ketika ini dan memerlukan kepada penggunaan dinar emas sebagai alternatif memandangkan ianya terkenal dengan sifatnya yang stabil terhadap aktiviti spekulasi dan manipulasi.

Idea penggunaan dinar emas telah dicadangkan oleh Husam dari tahun 2001 lagi apabila Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menganjurkan idea yang sama pada tahun itu.

Pada tahun 2001, Tun Dr Mahathir mencadangkan penggunaan nilai dinar emas dalam perdagangan antara negara-negara anggota Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) bagi menghadapi manipulasi mata wang.

Namun idea berkenaan terhenti setelah Tun Abdullah Ahmad Badawi mengambil alih pentadbiran negara pada tahun 2004.

Kerajaan Kelantan bagaimanapun telah menggunakan Emas Dinar Kelantan sebagai simpanan nilai, walau pun ia tidak dipersetujui pihak-pihak tertentu termasuk Kerajaan Pusat ketika itu.

Manakala pada 24 Julai 2007, Kerajaan Kelantan melalui badan penyelidiknya, Kelantan Reserch Institute and Strategic Studies (Kriss) menganjurkan seminar antarabangsa dinar emas (International Seminar on Gold Dinar) di PWTC.

Tun Dr Mahathir turut berada di majlis itu dan memberikan ucap utama atas kepentingan idea bersama iaitu 'dinar emas' antara beliau dan pemimpin PAS Kelantan.

Husam juga berkata, meskipun baru sekarang kerajaan menyedari kepentingan penggunaan dinar emas sebagai alternatif kepada penggunaan mata wang, namun ujarnya Kelantan bersedia untuk bekerjasama dengan kerajaan pusat bagi meningkatkan penggunaan dinar emas.

"Walaupun dia terlambat tapi saya alu-alukan dan kelantan bersetuju untuk beri kerjasama untuk membolehkan wang dinar ni berkembang lagi," jarnya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Jamil Khir Baharom berkata, sistem kewangan dunia berasaskan wang kertas dan berlandaskan riba telah membawa kepada banyak kerosakan seperti kemiskinan, kerosakan alam sekitar, monopoli pengeluaran dan pengedarannya serta masalah lain seperti pengangguran, jenayah, maksiat dan kejatuhan moral.

Teks ucapan beliau dibaca oleh Setiausaha Politik Menteri di Jabatan Perdana Menteri Shahabudin Yahya pada majlis perasmian Sminar antarabnagsa Penjanaan Ekonomi Melalui Transaksi Wang Dinar 2009 di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) di Bangi Khamis lalu.

Ini sekaligus menunjukkan apa yang teah dipraktikkan oleh Kerajaan Kelantan ternyata membawa kebaikan dan turut diakui oleh kerajaan pusat.

Selamatkan beras negara, tarik AP Bernas- Mahfuz

Nazri Abdullah
KUALA LUMPUR, 30 Ogos: Kerajaan Malaysia digesa menarik balik Permit Import (AP) PADIBERAS Nasional Bhd. (Bernas) bagi menjamin keselamatan makanan negara.

Pemberian AP kepada Bernas telah menyebabkan syarikat itu berkuasa melambakkan beras negara luar sekaligus mengancam pasaran beras tempatan.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Dato' Mahfuz Omar berkata, Bernas sebuah syarikat perniagaan yang mengamalkan dasar monopoli yang seratus peratus mementingkan keuntunggan berbanding menjaga makanan utama rakyat di negara ini.

"Kerajaan perlu tarik balik permit import yang telah diberikan kepada Bernas. Mana boleh bagi kepada syarikat monopoli. Dasar monopoli hanya mementingkan keuntungan syarikat dan mana mungkin mereka akan menjaga kepentingan pengguna. Ianya sangat bahaya kepada keselamatan makanan negara," ujarnya ketika dihubungi Harakahdaily.

Salah guna kebenaran eksport beras katanya sering berlaku contohnya di Sarawak pada satu ketika dahulu apabila sejumlah beras luar dibawa masuk kedalam negara tanpa AP dan ditahan oleh Kastam Diraja Malaysia. Kastam bagaimanapun membenarkan ia dibawa masuk selepas berlaku perundingan dengan kerajaan Malaysia.

"Di Sarawak contohnya, beras dibawa masuk tanpa permit ditahan Kastam, tapi kerajaan benarkan lepas berunding dengan Bernas. Maknanya bernas ada kuasa, boleh buat apa sahaja sebab mereka tahu kerajaan mesti akan benarkan mereka. Jadi bagaimana dengan nasib beras tempatan kita?," tegasnya.

Selain membatalkan AP, beliau juga mendesak kerajaan menarik balik kuasa Bernas menyimpan bekalan kecemasan. Menurut Mahfuz, Bernas tidak akan menyimpan stok kecemasan beras pada tempoh yang lama kerana tindakan itu akan merugikan mereka.

Sedangkan penyimpanan stok kecemasan penting bagi menjamin bekalan beras negara mencukupi untuk satu satu tempoh tertentu apabila dilanda masalah kekurangan beras dunia.

"Saya cabar beberapa kali di parlimen, mintak menteri berkaitan dedahkan berapa buah gudang yang menyimpan stok kecemasan. Saya mintak dia dedahkan di mana, tapi tak berani tunjuk sebab memang satu pun tidak ada gudang simpan stok kecemasan. Jadi bagaimana kita nak kata Bernas boleh jamin masa depan keselamatan makanan negara?," soalnya pula.

Sebelum ini Bernas dibidas kerana tindakan mereka yang hanya menyimpan stok simpanan berasnya selama sebulan berbanding tempoh lebih lama yang di amal negara lain. Tindakan Bernas itu telah mengakibatkan bekalan beras negara berkurangan dam mendedahkan negara kepada putus bekalan beras jika berlaku sebarang kecemasan.

Sehubungan itu, semua import beras katanya perlu dikawal selia pihak kerajaan sendiri termasuk juga penyimpanan stok kecemasan. Ianya penting bagi mengawal lambakan beras luar dan bagi memastikan keselamatan makanan negara terus terjamin.

" Saya tak kata Bernas tidak boleh berniaga beras, dia boleh berniaga beras, tapi jangan bagi permit import dan jangan bagi kuasa simpan stok kecemasan. Biar dia pun ambil beras dari kerajaan, berapa peratus dia nak, kerajaan pertimbangkan lah" ujarnya.

Mengulas tindakan kerajaan yang ingin mengambil balik milikan 31 peratus ekuiti di dalam Bernas yang dimiliki oleh syarikat dari Hong Kong, Wang Tak Co. Ltd. (Wang Tak), Mahfuz berkata ianya bukan jaminan sektor pemakanan utama negara akan selamat.

"Itu urusan bisnes biasa, soalnya apakah ambil balik itu beri jaminan masa depan kepada sektor makanan kita?," soalnya.

Mahfuz sebelum ini antara yang mempertikai pemilikan 31 peratus ekuiti Bernas oleh syarikat asing berkenaan. Antara yang dipersoal adalah bagaimana Wang Tak boleh mengumpul dan menaikkan pemilikannya daripada sekitar 18 peratus pada tahun 2007 kepada 31 peratus sekarang tanpa dikesan oleh agensi-agensi kawal selaras seperti Bursa Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti, Bank Negara mahupun Kementerian Kewangan.

Lebih menghairankan apabila tindakan Wang Tak itu juga 'tidak disedari' oleh kerajaan pusat melalui Kementerian Kewangan Diperbadankan, memegang saham pilihan yang boleh ditebus (redeemable preference share) atau lebih kenali sebagai saham emas di dalam Bernas. Saham istimewa itu memberikannya kuasa pembatal bagi melindungi kepentingan awam. Lazimnya kerajaan mempunyai dua orang wakil dalam Lembaga Pengarah Bernas.

Dan turut dipersoal adakah Bursa Malaysia tidak tahu atau tidak dimaklumkan sedangkan semua jual-beli saham yang melebihi lima peratus saham berbayar sesebuah syarikat wajib dimaklumkan kepadanya.

Mengikut laporan, selain wang Tak, pemegang saham utama Bernas adalah Budaya Generasi yang memiliki 30.8 peratus dan Serba Etika 6.46 peratus. Budaya Generasi juga dikaitkan dengan usahawan Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary.

Namun apa yang menjadi kebimbangan pada waktu ini, adakah nasib sama seperti berlaku pada Khazanah Nasional sewaktu membeli balik operasi Pantai Holdings akan berulang.

Pembelian balik tersebut adalah dengan harga yang berganda tingginya daripada harga yang dibayar oleh Parkway untuk menguasai Pantai Holdings.

Inilah yang mungkin terjadi kepada Bernas yang terpaksa dibeli balik dengan harga yang lebih tinggi daripada yang dibayar oleh Wang Tak

Dr. Mahathir akui Muhyiddin Berbohong..!!

Inilah manusia yang mengkhianati amanah RAKYAT..!!!

Menurut Muhyiddin, semasa perbicangan antara Dr. Mahathir, Menteri Kewangan ketika itu, Tun Daim Zainuddin, Lee dan beliau, Lee mahukan bekalan air yang mencukupi disalurkan kepada republik itu dari Johor.

“Lee berkata Singapura bersedia untuk berperang sekiranya Malaysia tidak mahu membekal air yang mencukupi dan melahirkan rasa kesal berhubung projek bekalan air dari Sungai Lingu yang tertangguh.

Muhyiddin semasa berceramah di Tanjung Putus, Permatang Pauh semasa kempen pilih raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Permatang Pasir, menjelaskan perkara itu sebagai menolak dakwaan pembangkang bahawa beliau telah menjual sekeping tanah kepada Singapura berhubung loji rawatn air di Sungai Lingu, Bandar Tenggara Johor.

Ini pula komen Dr. Mahathir dalam blognya:

“Tan Sri Muhyiddin bercakap benar mengenai desakan saya kepadanya untuk membekal air kepada Singapura, tetapi Lee Kuan Yew tidak mengancam untuk berperang sekiranya kita tidak membekalkan air.

“Sekiranya beliau (Lee) melakukan itu, saya fikir saya akan menghentikan sebarang bekalan air seterusnya,” kata Dr. Mahathir.

Dr. Mahathir berkata, beliau tidak mengetahui mengenai penjualan tanah kepada Singapura, tetapi kerana telah dipersetujui bahawa loji rawatan air akan dibina oleh Singapura di Johor, maka tanah perlu disediakan.

“Namun setelah kita memeterai perjanjian bekalan air, Singapura menimbulkan banyak isu mengenai tanah kereta api kita, pusat kastam, imigresen dan kuarantin di Tanjong Pagar, latihan pesawat perang Singapura di kawasan udara Malaysia dan Kumpulan Wang Simpanan Pusat.

“Pada ketika itu, saya sedar bahawa berbaik-baik dengan Singapura adalah tidak berbaloi,” kata Dr. Mahathir.

Kerajaan Rakyat :- Muhyiddin jual tanah Johor kepada Singapura dengan mudah, kemudian menggunakan isu yang sama untuk terus membekalkan sumber air kepada Singapura.

- Kerana kepentingan peribadi dan kaum kerabatnya, Muhyiddin Yassin mengorbankan hak dan kepentingan Rakyat Johor. Malangnya masih ramai manusia bahalol di Johor yang mati hati dan menyokong si perompak Muhyiddin.

- Baru perintah satu negeri Johor, hampir separuh tanah Johor digadai, dilelong dan dijual oleh Muhyiddin Yassin. Bayangkan jika si Muhyiddin ini jadi Perdana Menteri - Hancur Negara, Musnah Bangsa. Rosak Agama dibuat oleh manusia perakus bernama Muhyiddin Yassin.

Apakah Mufti Hendak Menjadi Penipu dan Bacul ?

Kalau saya katakan para Mufti yang berlambak bersepah di Malaysia ini umpama jantan sial, jalang dan pelacur jantan, mungkin tidak tepat dan terlalu menghina ‘title’ Mufti yang mereka banggakan sangat. Walau bagaimanapun sejak bertahun kebelakangan ini berlambak para Mufti yang diamanahkan (selaras dengan tugasnya) untuk menasihati pemimpin negara/negeri dalam hal berkaitan agama Islam telah secara nyata GAGAL melaksanakannya.

Memberi nasihat, pandangan dan teguran secara berpilih seakan menjadi perkara lumrah dikalangan para mufti. Apabila sesuatu perkara yang melanggar hukum ALLAH SWT dilakukan oleh pemimpin negeri atau negara dari kalangan Bani UMNO, hampir semua mufti yang pernah dikhatankan zakarnya satu ketika dulu seolah-olah menjadi si tua bisu dan jantan bacul.

Teguran, nasihat dan fatwa sepantas halalintar akan dirumuskan oleh beberapa mufti yang sakit jiwanya apabila kenyataannya akan memberi faedah politik kepada pemerintah yang zalim. Beberapa mufti di Malaysia sekarang ini tidak ubah seperti pelacur yang melacurkan ‘title’ Muftinya demi kepentingan peribadi mereka. Mereka sunggup mengenepikan malahan melupakan perintah agama demi menjaga dan mentaati perintah serta arahan pemimpin UMNO dan Raja serta Sultan. Mereka meringankan perintah Allah semata-mata demi menjaga ‘air muka’ raja dan sultan yang kekadang jelas mencabul kesucian agama Islam.

Bukan bagi saya tetapi untuk sesetengah masyarakat Malaysia, cakap atau kata-kata serta ucapan daripada para mufti ibarat sesuatu yang terlalau islamik, seolah seperti satu fatwa. Pantang tersilap orang lain, dengan cepat para mufti mengeluarkan kenyataan untuk mempertahankan samada raja, sultan atau malaun pemimpin songsang dari Bani UMNO. Malahan ada kalangan mufti yang dengan sedar memutar-belitkan kenyataan yang dirasakannya bertentangan dengan inspirasi aparat perjuangan sundal parti UMNO.

Islam adalah agama anutan saya. Saya pernah ke gereja, saya pernah ke kuil. Saya juga pernah ke tokong. Saya bukan hanya di pinggir gereja, kuil atau tokong. Saya masuk ke dalamnya. Saya memerhatikan rakan saya melaksanakan apa yang dituntut oleh agama mereka. Kerena apa??. Mereka juga sanggup berhenti bersama saya di Surau atau Masjid apabila tiba waktu solat dalam perjalanan kami dari Kuala Lumpur ke Kota Bahru atau ke mana sahaja dalam hal ini.

Saya punyai ramai kawan beragama Hindu, Buddha dan Kristian. Sepanjang menghormati Ramadhan, mereka tidak akan merokok di depan saya. Mereka akan membuat temujanji untuk bersembang hanya selepas jam 9.30 malam. Mereka menghormati Ramadhan dan waktu solat Tarawih. Itu mereka, mereka yang dikatakan kafir. Mereka yang dikatakan akan ke neraka…!!!

Sial sungguh mereka yang dengan mudah mendabik dada mengaku ‘Aku lah Mufti, aku lah yang tahu dan faham tentang bab hukum-hakam. Aku lah yang bertanggungjawab memberi nasihat dalam hal agama kepada pemimpin negara/negeri. TETAPI, merekalah yang memesongkan akidah dan menyesatkan rakyat melalui penyelewengan ucapan, teguran dan fatwa yang mereka keluarkan. Para mufti terlalu kerap hanya akan mengeluarkan kenyataan apabila disuruh oleh pemimpin politik, UMNO khasnya. Apakah mereka menganut agama Islam milik ALLAH atau Islam yang dicanai semula oleh UMNO?

Maaf, saya tidak menghormati manusia kerana harta atau pangkatnya. Penghormatan saya kepada insan kerana ‘ketinggian makamnya’, kerana ilmu berserta amalannya. Kalau setakat kerana belajar di Mekah, balik jadi mufti tetapi perangai macam orang setengah tak jadi. Mintak maaflah, jangan minta diri untuk dihormati.

Semalam 28hb Ogos 2009 di Masjid Negeri Selangor di Shah Alam beberapa manusia yang mengaku beragama Islam tetapi perangai dan tindak tanduk mereka jauh lebih hina, keji dan jijik daripada anjing dan babi telah mengarak dan mempersendakan kepala lembu yang baru disembelih. Mereka mengaraknya dari perkarangan mesjid negeri di Shah Alam menuju ke pejabat setiausaha kerajaan negeri. Perbuatan mereka jelas biadap, keterlaluan dan amat menghina bukan hanya agama Hindu, malahan mereka juga mencemarkan kesucian dan kesederhanaan yang dituntut oleh Islam. Islam tidak pernah mengajar apatah lagi menyuruh umatnya menghina atau mengejek agama lain.

Malangnya, para mufti dan pemimpin UMNO menjadi seperti bisu, bacul, banggang dan tolol. Mereka seolah merelakan apa yang terjadi. Pemimpin UMNO membiarkan kerana insiden itu akan dibakar untuk menjadikan sebagai pencetus kemarahan penganut agama Hindu. Bila orang India bangkit, bila penganut Hindu menentang maka UMNO bersama para mufti dan pencacai haprak umno yang menggelar diri mereka sebagai PUKIDA akan melaungkan slogan perjuangan untuk bangsa dan perjuangan untuk agama.

Sejarah telah membuktikan bagaimana sebuah parti bernama UMNO mempersendakan Islam. Mereka menukar dan memutarbelitkan kesucian agama islam demi kepentingan politik mereka. Islam Hadhari, ke mana perginya? Siapa imamnya? Di mana dalilnya? Ia adalah agama rekaan UMNO. Is diwujudkan demi politik pemimpin UMNO.

Memang haramjadah pemimpin yang dengan segaja membiarkan api permusuhan ini disemarakkan. Memang haramjadahlah para mufti kalau mereka dengan mengenepikan hukum ALLAH SWT demi menjaga kepentingan diri dan takut kepada kemurkaan Sultan atau Raja melebihi takutnya mereka kepada ALLAH.

Saya menuntut para mufti yang berbelas ada di Malaysia ini mengeluarkan kenyataan yang senada semuanya berkaitan apa yang telah dilakukan oleh pencacai dan penyokong UMNO berkaitan mengarak kepala lembu semalam. Apakah mufti hendak menjadi penipu dan bacul seperti penipu dan baculnya Muhyiddin Yassin.

- Mohd Sofi Yassin
Kerajaan Rakyat

Mempertikaikan kewartawanan portal berita — Aznan Bakar

OGOS 30 — Boleh dikatakan dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini penyebaran maklumat terutama berita yang berkaitan hal ehwal semasa telah melalui fasa baru. Dengan perkembangan dunia internet atau online yang begitu pantas, orang ramai tidak lagi perlu bergantung kepada media tradisional sebagai maklumat mereka.

Jika dahulu surat khabar, radio dan televisyen merupakan sumber berita utama kini segala-galanya berada di hujung jari pengguna. Dengan internet boleh diakses melalui telefon bimbit maklumat bergerak dan beredar dengan begitu pantas. Malah itu turut menggalakkan pertumbuhan portal-portal berita sama ada yang dikendalikan secara profesional, separa atau langsung tidak bersandarkan kepada etika dan profesionalisme.

Ditambah pula dengan sikap terbuka kerajaan yang langsung tidak menghalang atau menapis media Internet ini, maka kemunculan mereka boleh diibaratkan seperti cendawan selepas hujan.

Di sebalik pelbagai dakwaan kerajaan mengawal aliran maklumat, kemunculan media baru ini membuktikan pengendali media secara online mempunyai kebebasan tersendiri berbanding media konvensional.

Itu belum diambil kira kemunculan blog-blog berita yang sebahagian besarnya tidak diketahui siapa pengendalinya. Mereka ini bebas menulis dan menyiarkan apa sahaja tanpa perlu mengambil kira sensiviti atau sentimen masyarakat berbilang kaum dan agama di negara ini.

Malah portal-portal berita atau juga dikenali sebagai media online ini ada yang tidak kisah soal sensitiviti ini asalkan matlamat mereka tercapai.

Sesetengah portal berita ini diwujudkan semata-mata untuk memenuhi keperluan peribadi atau dengan tujuan untuk mendedah dan merosakkan peribadi individu, organisasi, parti politik mahupun kerajaan.

Walaupun mereka mendakwa memperjuangkan kebebasan bersuara dan kebebasan media tetapi sebenarnya ia sekadar indah khabar dari rupa.

Bagi golongan ini definisi bebas itu ditafsir mengikut acuan mereka sendiri. Hanya apa yang mereka suarakan dan siarkan disifatkan sebagai bebas dan apa yang diketengahkan oleh penerbitan lain terutama media arus perdana dianggap tidak bebas.

Persoalan yang timbul di sini ialah adakah sesuatu media itu dianggap bebas apabila ia memihak kepada pembangkang atau menyiarkan berita-berita buruk mengenai kerajaan?

Adakah bebas yang dimaksudkan media kena mengikut telunjuk tertentu termasuk menyokong demonstrasi jalanan hingga mencetuskan huru hara dan porak peranda? Sudah tentu setiap media yang diterbitkan sama ada cetak, elektronik atau online mempunyai pendirian masing-masing.

Pendirian ini pula tidak semestinya sama. Masing-masing bebas untuk menyokong ideologi atau kelompok tertentu. Sebab itu jika dilihat mana-mana media antarabangsa mereka kelihatan bebas kerana tidak terikat dengan peraturan dan undang-undang.

Tetapi hakikatnya mereka memihak. Media-media ini memihak kepada kumpulan yang ada kepentingan dengan mereka sama ada sebagai pemegang saham atau atas kepentingan politik.

Berita-berita yang disiarkan juga hanya berat kepada pihak yang disokong sahaja. Tetapi atas dasar kebebasan media dan kebebasan bersuara ini setiap organisasi media tentunya bebas untuk menyatakan pendirian masing-masing.

Jika terdapat media yang memilih untuk menyokong parti pemerintah maka ia adalah hak pemilik organisasi terbabit untuk berbuat demikian.

Sebagai pemilik dan atas dasar kebebasan bersuara maka dia tentu bebas untuk memilih siapa yang mahu disokong.

Begitu juga dengan media lain terutama media online yang ikatan undang-undangnya agak longgar berbanding media cetak.

Oleh itu perbuatan beberapa portal berita yang tanpa segan silu mengambil artikel daripada media arus perdana termasuk Utusan Malaysia dan disiarkan semua di laman web mereka dengan tujuan memperlekehkan pandangan yang dikemukakan atas dasar kebebasan bersuara tentu tidak wajar.

Lebih-lebih lagi apabila pengendali portal itu bersikap tidak profesional (atau lebih sesuai dipanggil pengecut) apabila menyiarkan komen-komen yang menghentam sahaja.

Jika ada pembaca yang memberikan komen secara adil dan tidak memihak maka ia tidak disiarkan.

Kalaulah benar mereka ini mendokong kebebasan media dan kebebasan bersuara kenapa tidak disiarkan semua komen yang diberikan? Kenapa bersifat memilih? Adakah dalam memperjuangkan kebebasan boleh pilih memilih?

Pengendali portal berita seperti ini juga sebenarnya sudah kehabisan modal untuk menarik pengunjung ke laman berita mereka.

Sebab itu salah satu caranya ialah mencetuskan kontroversi dengan menceduk artikel media lain dan disiarkan semula dalam portal mereka. Malah portal ini juga satu ketika dahulu cukup berkuasa hingga bebas membocorkan segala keputusan sulit diputuskan oleh Kabinet. Atas dasar kebebasan mereka sanggup mengenepikan segala etika dan nilai tanpa menghiraukan kesan yang timbul akibat perbuatan itu.

Slogan kebebasan media dan kebebasan bersuara digunakan sekadar untuk mencapai cita-cita peribadi pemiliknya — menghina, memburuk dan menjatuhkan orang lain.

Mereka ini sebenarnya hidup dalam dunia yang penuh kepura-puraan dan hanya berani pukul curi.

Dalam organisasi media yang diuruskan atas dasar profesional ia selalu menghormati apa juga pendirian media lain.

Adalah menjadi hak dan pilihan masing-masing untuk memihak kepada mana-mana individu, kumpulan atau parti politik.

Tentunya tidak kena atau tidak elok jika dengan sengaja memetik artikel yang ditulis oleh rakan wartawan lain semata-mata supaya ia dihentam dan dihina secara berat sebelah.

Pada hal pengarang yang bertanggungjawab menceduk artikel tersebut tentunya kenal akan penulisnya. Kalaulah dengan menyiarkan komen pembaca merupakan satu cara untuk menarik pengunjung, laman web tersebut kenalah bersikap profesional.

Siarkan semua komen sama ada yang menghentam, menyokong mahu pun komen yang tidak memihak. Baru adil dan barulah betul-betul memperjuangkan kebebasan bersuara.

Realitinya inilah nilai kewartawanan baru yang diperkenalkan oleh segelintir portal-portal berita di negara ini.

Budaya kewartawanan yang ketandusan idea hingga terpaksa menceduk artikel dari media untuk disiarkan dalam portal berita mereka.

Selalunya apabila kita mengambil barang orang, kita akan mengucapkan terima kasih. Bukannya mengutuk, menghina dan mencerca sesuka hati. — Mingguan Malaysia

Sampai bila Samy... — Awang Selamat

OGOS 30 — Secara rasminya, Samy Vellu dinobatkan sebagai Presiden MIC pada Perhimpunan Agung parti itu pada minggu lalu. Sebelum ini, Samy sudah pun menang tanpa bertanding kerana pencalonan pencabar bagi jawatan itu ditolak pada Mac lalu. Ia membolehkan beliau menyandang jawatan berkenaan sehingga 2012.

Kalau sebelum ini beliau membayangkan hasrat untuk melepaskan jawatan selepas pemilihan parti pada September ini iaitu sebelum penggal kepimpinannya berakhir 2012, pendiriannya kemudian berubah. Beliau sebaliknya mahu menamatkan tempoh itu atas alasan untuk menangani isu dalaman berkaitan perebutan bagi jawatan timbalan presiden.

Nampaknya Samy menjadi presiden parti politik paling lama dalam sejarah tanah air. Ketika Awang memulakan kerjaya sebagai wartawan lebih 25 tahun lalu, beliau sudah pun bergelar Presiden MIC dan menteri. Samy mula menerajui parti tersebut pada tahun 1979 (memangku) dan secara rasmi (1981), kesemuanya memakan tempoh 11 penggal.

Ketika Umno dan MCA sudah dua kali melalui peralihan kepimpinan dalam tempoh enam tahun dan sekali peralihan melibatkan Gerakan, MIC masih di takuk lama. Walaupun MIC mempamerkan prestasi paling buruk pada pilihan raya umum lalu dengan beliau sendiri tewas di kubu kuatnya Sungai Siput, Samy tetap mahu menjadi Presiden lagi.

Malah jika ada yang berpendapat beliau sebagai liabiliti kepada BN, MIC dan masyarakat India sekalipun, itu tidak menjadi hal. Beliau hanya menutup telinga kepada segala kritikan. Pedulikan soal responsif kepada rakyat, yang penting jawatan dipertahankan dengan mencari apa sahaja kewajaran. Maka harapan banyak pihak sama ada dalam MIC, kalangan masyarakat India dan rakyat agar beliau berundur dalam masa terdekat, tidak kesampaian.

Pada Awang, Samy memang politikus yang hebat. Bukan calang-calang pemimpin mampu bertahan sebegitu lama. Rasanya tiada orang lain boleh mencabar rekod beliau.

Tanpa mahu menafikan sumbangan beliau kepada negara terutama masyarakat India, Awang merasakan bekas Menteri Kerja Raya itu perlu segera berpijak kepada realiti politik hari ini. Lagi lama Samy memimpin MIC, selagi itulah BN berada dalam situasi yang sukar. Jangan lupa MIC tidak bergerak dalam entiti yang bersendirian, ia adalah komponen BN.

Jika Samy menyatakan beliau mahu kekal bagi membantu memulihkan MIC dan BN, itu sebenarnya tidak membantu. Pengundurannya sahaja dapat membantu BN. Jika beliau enggan berundur, pembaharuan yang sedang digerakkan oleh BN di bawah kepimpinan Najib Tun Razak kelihatan tidak lengkap. Lagipun Awang tidak nampak masyarakat India ketandusan pemimpin. Mengapa tidak diberi peluang dan keyakinan kepada yang lain?

Maka Awang sekali lagi membawa suara rakyat mencadangkan Samy bersara sebaik sahaja selepas pemilihan parti, bulan depan. Serahkan kepada sesiapa sahaja yang dipilih sebagai timbalan presiden untuk memangku jawatan presiden. Tiga calon yang bertanding ialah penyandang jawatan G. Palanivel, bekas timbalan presiden S. Subramaniam dan bekas Naib Presiden, S. Sothinathan.

(Anehnya, bagi pemilihan jawatan timbalan presiden, beliau terang-terang mengambil pendirian memihak kepada calon tertentu sehingga hadir menunjukkan sokongannya pada hari penamaan calon. Tindakan beliau menerima kritikan dalam parti tetapi seperti biasa beliau naik angin khususnya kepada Subramaniam. Ternyata tindak-tanduknya tidak mencerminkan semangat demokrasi — begitulah Samy.)

Awang harap Samy berjiwa besar untuk berundur lebih awal. Banyak pihak berpendapat sebarang gesaan apa lagi rayuan untuk Samy berundur kemungkinan besar tidak akan sedikitpun memberi kesan kerana beliau dilihat terlalu mencintai jawatan itu sehingga terlupa hakikat di sekeliling. Selain itu, Samy dikategorikan sebagai tidak boleh disentuh atau “untouchable”. Tanggapan itu mungkin benar tapi persoalannya sampai bila.... — Mingguan Malaysia

Merdeka memories and dreams..!!

In a day or two, Malaysia will be celebrating her 52nd birthday.

For Sarawak and Sabah, it will be their 46th Independence Day on September 16 this year.

The official Merdeka celebration will be somewhat subdued this year, because the day falls on the fasting month of Ramadan.

Ostentatious and expensive mass gatherings are also perhaps against the grain at a time when the world is still very much in the grip of a global economic melt-down and with the H1N1 scare.

I was nine-year of age and studying in primary three in a Chinese primary school in 1957.

In 1963, when Malaysia came into being, and my home state of Sarawak was finally free from British colonial rule, I was 15, studying in form three in St Joseph's Secondary School.

Our language of instruction was English.

Those were heady times indeed. There was an armed communist insurgency in most parts of the country.

There were daily press reports of the clashes between the security forces and the communist insurgents and some of my friends and teachers from the primary schools would disappear into the jungle.

Sometimes, I would wake up to see huge slogans in Chinese painted on the wall of the flat around the corner.

Occasionally, a red flag with stars would flutter from the lamp-post.

The unions which the communists had infiltrated were very active and powerful, and would organise strikes once in a while.

There was also the Indonesian Konfrontasi to contend with.

My school was, and still is, located next to the Sarawak Police Headquarters, and so our lessons would be interrupted to no end by the whirl and putter of helicopter propellers as heavy warring machines were brought in by air.

The streets were crawling with British and Ghurkha soldiers.

The simple joys of an era gone-by

There were elections then, with the newly formed parties beginning to assume prominence on the political stage.

The Sarawak United People's party (SUPP) was the most popular party in my neighbourhood at Jalan Ban Hock in Kuching.

Their public rallies would attract a sea of people, and these were very festive occasions.

In actual fact, the SUPP was penetrated by the Sarawak Communist Party and many of their leaders and cadres were detained under the ISA.

What with the armed insurgency and the ISA arrests, adults in my neighbourhood discussed politics only in whispers.

The one common thing we students shared in school was our material depravity.

Very few were those indeed who were driven to schools in motor cars.

Very few people could afford to buy a car. Those were the days when British made cars ruled the roads, the tiny Morris Minor, Vauxhall, and Ford. The Japanese cars would flood Malaysian roads only many years later.

Everybody walked or cycled to school, or took the bus.

A monthly bus pass would cost five dollars. During those bad old days, the cars and buses were not air-conditioned so they were not that comfortable.

There were no televisions, so the radio was our main outlet of entertainment. The programme where boys and girls could write in to request a Connie Francis or Elvis song to be played and dedicated to a friend was hugely popular.

The main entertainment attraction was the cinema. We kids saw every good movie that came to town.

The entrance fee was as low as 50 cents for the front seats.
During weekends, the morning show cost only 30 cents. Sometimes, we had no money, we loitered at the entrance, waiting for an adult to take us in, a practice which was tolerated by the management. One such film that I saw was 'High Noon', starring Gary Cooper.

To finance our movie addiction, kids in the neighbourhood would collect bottles and oil tins.

No TV, internet and no computer games

A bottle could fetch one cent, while an oil tin could bring in a grand dollar. An old man on a rickety trishaw would come by once a week to collect these bottles and tins and thata would make us rich.

I knew of no rich man or rich men's children.

My family was living on one hundred and fifty dollars sent by my father who was working in Brunei and thirty nine of these precious dollars had to go towards paying rent.

Most neighbours were those whom you would classify to-day as working class.

The civil servants and the teachers were the most respected members of the community.

Daily pocket money for children was meagre at best.

There was no television, no Internet, and no computer games.

Kids had ever heard of private tuition or art and dancing classes.

We boys looked for the odd stream in the jungle to swim and frolic, climbed trees for the fruits, and tried to catch some fish from the muddy drains alongside the roads.

There were endless number of games to engage our abundant energy, and I was happy.

Then, when we entered secondary schools, we played our games in earnest, football, hockey, rugby, basketball, badminton, table tennis, and athletics.

It was on the field that we forgot all about race and religion.

Our team mates were our partners on whom we had to depend and love for the success of our team.

Life-long friendships were fostered and sealed on the field. To us, politicians' talk about race was just talk, half a universe away.

In recent days, I have discussed this phenomenon with some old timers from West Malaysia.

They reported the same childhood experience in Ipoh, KL, and Penang, while lamenting that inter-racial goodwill has since disappeared into thin air after half a century of Merdeka.

Fortunately for Malaysia, excellent racial relation still thrives in Sabah and Sarawak.

Beauty wrecked by politics

Thirty percent of the marriages every year there are still those that leap across racial lines.

Over 50 years later, the physical, socio-economic, and political landscape has changed beyond recognition.

Many Malaysians to-day would still tell me that they love their country and that we are fortunate to be spared the kind of natural disasters that visits upon our neighbours every year.

We have plenty of sunshine and rainfall and a middle-class that is the envy of other countries in Asia, Africa, and South America.

They would say that Malaysia is the most beautiful country in the world wrecked by bad politics.

I concur.

I am not much a subscriber to the concept of patriotism and the nation-state in my sunset years.

If there is anything to celebrate for this year's Independence Day, it is this: the Malaysian people are by and large level headed, commonsensical, pretty honest and hardworking, and try to live a good life despite the conmen, the criminals and the bad politicians.

The canning sentence of a Malay woman for drinking beer and the protest of some Malay/Muslims over the relocation of a Hindu temple using a cow's head as a symbol of their hate is the exception rather than the rule.

With the exception of the May 13 incident, our experiment with democracy has stumbled and fumbled along with some degree of success.

Despite the agent provocateurs, the racist and religious incitement and a very imperfect electoral system, Malaysians are still prepared to settle their differences at the polls rather than resorting to mob rule.

I can only pray for a truly two coalition system to emerge in Malaysia in the foreseeable future so that our country will be on the sure path towards an open democratic society that delivers justice for all, irrespective of race and religion.

Sim Kwang Yang can be reached at kenyalang578@hotmail.com

More allegations against IGP

A statutory declaration by a purported aide de camp of Inspector-General of Police Musa Hassan has alleged that his former boss had triads links.

The document was posted on the Malaysia Today blog, but vital information such as the ADC's name, current occupation and name of commissioner of oath, have been blacked out.

musa hassan pc 021107 reflectThe author of the document alleged that Musa had allowed a triad figure to manipulate promotions, rank and posting of police officers.

"I have personal knowledge and involvement in that I was asked, as ADC, to compile and co-ordinate such posting orders based on the drafts and proposals made by BK Tan," wrote the author, who attached copies of the alleged drafts.

The author claimed that the transfers were made, in some cases, as entrapment. In others, it was made to look as though Musa initiated transfers to eradicate corruption.

Musa was also alleged to have ordered a blog to be set up to implicate then internal security deputy minister Johari Baharom, according to the statutory declaration.

In 2007, an anonymous blog accused Johari of accepting RM5.5 million in bribes to free three underworld figures. He was later cleared of the allegations.

The statutory declaration also repeated claims that Musa had a hand in a conspiracy against former federal Commercial Crimes Investigation Department head Ramli Yusuff and other officers probing certain underworld figures.

Musa's contract to expire soon


The author said he had informed many powerful figures of his allegations including many top police officers at the time and then notable politicians including Johari and then Barisan Nasional secretary-general Radzi Sheikh Ahmad.

"However, nothing much could be done when Musa was given an extension of service of two years in July 2007, but the previous prime minister (Abdullah Ahmad Badawi) who was also the internal security minister. This served as a powerful endorsement that the government is fully behind Musa," read the document.

Previously, Malaysia Today has published alleged statutory declarations from several police officers implicating Musa of having underworld links.

The ADC's statutory declaration was published in an article allegedly penned by Raja Petra Kamaruddin, who jumped court bail in his sedition trial and his whereabouts are unknowned.

According to Raja Petra, there are signs that the government wants to extend Musa's contract for a third time when the present contract expires on Sept 14.

"This means the Chinese underworld will continue to run the police force and decide on who gets transferred, promoted, demoted, and thrown into jail.

"Yes, they even throw police officers that do not 'cooperate' into jail. And, today, we offer the evidence of that," wrote Raja Petra, adding that the 'censored' information on the latest statutory declaration would be revealed if Musa's contract is extended. Musa, when contacted, refused to comment.

Perutusan Hari Kemerdekaan oleh Dato’ Seri Mohammad Nizar Jamaluddin



KHAS BUAT UMNO@BN SEMPENA KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 52..!!!

Kota Seputeh Parlimen Jerlun
Lunas Parlimen Kulim Bandar Bharu
Sudah 7 kali BN kena balun
Sampai sekarang tergaru-garu

Politik lama amalan Barisan Nasional
Politik baru gagasan Pakatan
Semakin hari semakin tak rasional
Akibat tamak dan kejar habuan

Kota Seputeh kerusi dah kosong
BN berjuang tidak ikhlas
7 kali sudah melopong
Rakyat tolak tanpa belas

YB lunas tiada maruah
Jual kerusi tak rasa malu
BN takut dan rasa susah
Ditolak rakyat bertalu-talu

Ponteng sidang tanpa alasan
YB Kota Seputeh tak rasa malu
Speaker DUN sudah maklumkan
SPR membisu buat tak tahu

Muka YB muka tak malu
Itulah sikap ADUN Barisan Nasional
Sikap SPR kita dah tahu
Tidak telus tidak professional

BN takut hendak berlawan
Terpaksa guna jentera kerajaan
Rakyat cerdik pandang ke hadapan
7 kali BN kena hukuman

Najib Muhyiddin terus bingung
Kalah terus tak ada yang menang
7 kali kepala berdengung
Muka pucat hati meradang

Zahid Hamidi Hishamudin Ketua Puteri
Shafei Afdal dan juga Khairi
BN berkubur menyembah bumi
Perjuangan lapuk pentingkan diri

UMNO nak nafi terlibat dengan perarakan? Apa barang Ketua Pemuda Selayang Buat kat situ..???

Bukti UMNO terlibat dengan perarakan "Kepala Lembu". Klik gambar untuk lihat paparan lebih besar.


by JilFityan

Kerajaan Terengganu pernah digelar lebih teruk dari Yahudi..!!

Sesungguhnya memang tidak wajar negeri Terengganu darul Iman di gelar sebagai lebih teruk dari kerajaan Yahudi.

Kerajaan Yahudi sememngnya wajar digelar zalim, kerana telah meroboh rumah rakyat Palestin dengan sewenang wenangnya.

Bukan setakat itu sahaja, malah setakat ini sudah satu juta rakyat Palestin dibunuh dengan kejam sekali.

Rasanya ramai yang sedia maklum dengan tajuk rencana saya ini. Lebih lebih lagi mereka yang terbabit dengan urusan masing masing.

Kerajaan Terengganu semasa diterajui oleh Datuk Idris Jusoh (2004-2008) tidak se kejam yang diperlakukan oleh Yahudi terhadap rakyat Palestin sejak (1948 hingga kini).

Begitu malangnya nasib sebuah negeri Terengganu Darul Iman yang sering dituduh demi dituduh ternasuk telah digelar sebagai negeri yang teruk macam Yahudi.

Datuk Ahmad Said, ketika Mohd Abdul Wahid Endut menyatakan bahawa kerajaan Terengganu lebih teruk dari Yahudi tidak lama dahulu naik berang. Pendek kata ini tidak diterima sama sekali.

Beliau begitu marah dan tergamak mengeluarkan kata kata ”jahat tu Yang di Pertua” terhadap YB Mohd Wahid Endut. mereka berdua bertikan lidah, termasuk mencabar untuk membuat perhitungan seorang lawan seorang di mana mana sahaja.

Kebetulan Ahmad said seorang EXCO kanan dan bertanggung jawab mempertahankan kerajaan yang diterajui Idris Jusoh dari dituduh sebagai kerajaan yang teruk macam Yahudi.

Siapa yang tidak naik berang dengan gelaran seumpama itu, sedangkan tindakan meroboh masjid di Kampung Bujal Kemaman yang dibina diatas tanah kerajaan yang berstatus TOL yang ditamatkan.

Pihak menganggap tindakan meroboh sebuah mesjid dan beberapa buah rumah yang didirikan atas tanah lot yang diberikan oleh Kerajaan PAS (1999-2004) wajar, manakala rakyat pula menganggap tindakan seumpama itu adalah zalim.

Tindakan kerajaan tempatan meroboh masjid Bujal kemaman tempoh hari itu dilakukan atas prosedur yang betul, tetapi dinilai oleh YB Mohd Abdul wahid Endut sebagai tindakan yang zalim, kerana mesjid rumah Allah dan rumah rakyat turut di roboh dengan semahu mahunya.

Yang peliknya penyokong Umno diberi geran kekal, manakala penyokong PAS ditarik balik lesen menumpang semantara (TOL) dan tidak diberi pelaung langsung. malah hampir semua tanah lot TOL ditarik balik dan tidak dibenar lagi untuk membina rumah.

Malangnya jika dibina juga rumah rumah akan diroboh dengan notis yang dikeluarkan oleh pihak penguasa tanah setiap daerah.
Kini kedengaran sekali lagi bahawa kerajaan Terengganu Darul Iman yang diterajui oleh Ahmad Said sendiri pula di gelar sebagai kerajaan yang lebih teruk dari ”ah long”.

Ini mesti ada yang tidak kena. Kalau tidak mana mungkin keluar perkataan seumpama itu dihala terhadap kerajaan Ahmad Said.

Teruknya kegiatan Ah long membuat pihak Polis akan terus memburu semua ahli kumpulan itu yang melarikan diri ke luar negara selepas lima ketua kumpulan sindiket pinjaman haram itu diberkas, tidak lama dahulu.

Menteri Dalam Negeri yang juga pengerusi Badan Perhungan UMNO Terengganu, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, beliau telah mengingatkan Polis Johor supaya menggunakan rangkaian hubungan luar negara untuk membantu mengesan ahli kumpulan tersebut.

“Kita mempunyai hubungan baik dengan negara ASEAN, polis antarabangsa (Interpol) dan hubungan dua hala dengan negara luar. Walaupun mereka boleh melarikan diri tetapi tidak boleh bersembunyi, katanya.

“Kita serius bagi memastikan jenayah yang boleh menjejaskan keharmonian dan keselesaan rakyat jelata ini diperangi tanpa sekatan sempadan sesebuah negara,” tegasnya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mengadakan lawatan rasmi ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Mohd. Zinin mengumumkan kejayaan polis menahan lima ketua ah long termasuk seorang bergelar
Datuk yang terlibat dalam kegiatan memberi pinjaman secara haram.

Ekoran daripada penangkapan itu, kebanyakan ahli sindiket lima kumpulan itu dikesan melarikan diri ke luar negara.

Hishammuddin berkata, kenyataan yang dibuat oleh Mohd. Bakri itu merupakan satu petanda baik bagi pihak berkuasa di negara ini untuk mengatasi jenayah tersebut dengan lebih serius.

“Sejak kebelakangan ini juga, banyak kes berprofil tinggi berjaya diselesaikan pihak polis dan ia merupakan satu petanda positif kepada usaha kerajaan memerangi jenayah di negara ini,” katanya.

Penulis diberitahu bahawa kerajaan Terengganu lebih teruk dari ah long yang menjalankan kegiatan pinjaman haram dengan faedah yang tinggi sedang diburu oleh kerajaan sebagai langkah membenteras kegiatan jahat itu.

Anda mungkin sudah maklum dengan isu itu, kerana tidak lama dahulu Ahmad Said pernah meminta rakyat berhenti membenci kerajaan.

Anda juga sedia maklum bahawa kerajaan Terengganu pernah disebut sebagai kerajaan zalim, kerana menafikan kalangan rakyat yang berhak menerima bantuan, termasuk bantuan atap, bantuan duit raya.

Pendek kata hampir semua rakyat yang layak menerima bantuan dinafikan haknya, manakala yang tidak layak diberi segala bentuk bantuan asalnya mereka sah sebagai penyokong UMNO .

Kalau sebelum ini kerajaan pernah dituduh sebagai zalim sudah barang tentu tuduhan lebih teruk dari ah long juga pasti ada asasnya.

mengapa tidak? Ini memeranjatkan rakyat yang tidak membayar cukai tanah milik kekal diseluruh pelusuk negeri.

Masakan tidak? Sebidang tanah luas 3.0183 hektar yang cukai hasilnya sebanyak RM 62 .00 satu tahun dan tidak dibayar selama 46 tahun (1962-2004) dan jumlah cukai yang perlu dibayar sebanyak RM 1,977.00.

Tanah tersebut dikenakan tunggak denda sebanyak RM 6,436 jumlah yang perlu dibayar ialah sebanyak RM 8,475.20 dicampur cukai tanah semasa sebanyak RM 62.00 jumlah besarnya ialah sebanyak RM 8,500.20.

Malang bagi rakyat Terengganu, kerana dibebankan dengan tunggakan denda yang begitu tinggi. Tidakah tindakan serumpama itu membebankan dan Ahmad Said harus fikir semula. Kalau tidak buruk jadinya, termasuk betapa buruk kerajaan yang menggunakan cogan kata rakyat didahulukan.

DEMO PELAMPAU MELAYU MUSLIM

Semenjak memerintah negeri Selangor, Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor memang sentiasa terbuka dengan protes atau bantahan yang diluahkan oleh rakyat. Sudah beberapa kali kumpulan-kumpulan NGO dan rakyat berdemo di SUK atau menghantar memorandun. Belum sekali pun saya dengar rakyat dimarahi dan dikritik kerana berdemo atau berlainan pendapat. Namun apa yang berlaku pada hari jumaat lepas amat tidak bertamaddun dan sudah pasti mengguris perasaan penganut agama Hindu diseluruh Malaysia. Kenapa kita menjadi begitu tidak sensitif kepada agama orang lain sedangkan agama Islam melarang umatnya menghina dan mencerca tuhan atau kepercayaan orang lain. Kita sayang agama kita begitu juga orang lain.

Tindakan "penduduk" seksyen 23 Shah Alam (benak hati saya mengatakan yang berdemo bukan dari kalangan penduduk semuanya) berdemo untuk membantah pembinaan kuil di kawasan rumah mereka boleh kita terima. Itu hak mereka untuk menyatakan perasaan mereka. Namun apabila ada dikalangan mereka yang membawa kepala lembu dan dengan megahnya bergambar sambil memijak kepala lembu adalah satu perbuatan melampau. Adakah mereka pura-pura tidak tahu lembu ialah binatang suci agama Hindu? Ia bukan sahaja suatu perbuatan provokasi tetapi memaparkan kepada dunia orang Melayu Islam tidak menghormati orang lain dan biadap. Kerana nila setitik habis susu sebelanga. Bukankah Allah SWT berfirman di dalam Al Quran di dalam surah Al Kafirun "lakum diinukum waliyadiin" - bagi kamu agama kamu.

Saya bimbang sekiranya pihak kerajaan tidak mengambil tindakan tegas kepada pihak yang terbabit, akan ada lagi provokasi yang lebih mencemaskan. Cuma hati saya kuat mengatakan ada dalang disebalik perbuatan melampau ini. Umumnya rakyat Malaysia berbilang kaum mempunyai toleransi yang tinggi terhadap amalan agama orang lain. Sedikit masa dahulu, perasaan orang-orang Islam cuba dipanaskan dengan hasutan kononnya Ahli Parlimen Seputih, YB Teresa Kok dan DAP menghalang laungan azan . Sebelumnya isu penternakan babi dimainkan untuk menimbul kemarahan orang Islam. Cerita-cerita ini sengaja dimainkan oleh Utusan Melayu buat seketika. Kemudian cerita-cerita pembohongan yang mengatakan jumlah kuil bertambah di Selangor semenjak PR memerintah. Bila perkara ini disampaikan kepada saya, saya minta si pembawa berita tunjukkan kepada saya di mana kuil baru dalam kawasan Kota Raja. Kawasan saya mempunyai 28% penganut Hindu. Langsung terdiam. Sekarang perasaan kaum India pula cuba dibakarkan pula. Memang ada usaha pihak-pihak tertentu untuk menimbulkan pergeseran kaum dan menggambarkan yang kedudukan Islam dan Melayu semakin terhakis. Perasaan tidak selamat (insecurity) inilah yang akan menyebabkan sesetengah orang begitu emosi. Walau bagaimana beremosi sekali pun seorang itu tidak akan bertindak bersendirian. Perlu ada mereka-mereka yang menjadi fasilitator menghembus perasaan supaya menjadi api yang semarak. Jika pihak-pihak yang terdesak ini tidak berjaya untuk memprovokasi orang awam untuk mengganas, saya tidak hairan mereka akan mengupah pihak-pihak tertentu yang sanggup mencetuskan kekacauan. Tujuan mereka ialah mengambil alih negeri Selangor dengan apa cara sekali pun. Jadi tidak hairan jika mereka sedang mencari jalan untuk mencetuskan kekacaun dan menggunakan undang-undang darurat atau mageran dinegeri Selangor seperti yang pernah berlaku di Kelantan di dalam tahun 70an.

Jadi awas lah rakyat Malaysia yang cintakan demokrasi dan keamanan. Jangan terperangkap dengan tipu daya orang-orang yang terdesak ini. Mereka gagal memenangi semua PRK di semenanjung, gagal menyebabkan perkelahian dan perpecahan parti-parti dalam PR, gagal mencetuskan pergaduhan sesama rakyat, gagal untuk mencari katak-katak yang cukup dikalangan ADUN PR untuk melompat menyokong mereka............ mereka akan mencuba lagi. Entah apa pula karenah mereka ??


Dr Siti Mariah Mahmud