Sabtu, 29 Ogos 2009

Siapa yang pilih kerajaan ini? beginilah mulanya 13 Mei bila Cina bawa penyapu.

By : Kelab Penyokong Maya UMNO(KPMU.NET)

Mungkin ramai yang tidak tahu dan mungkin ramai yang tidak ingat . bagaimana puncanya dan bagaimana mulanya peristiwa berdarah 13 Mei . Bermula dengan perarakan penyokong DAP yang membawa penyapu dan Tong Sampah beramai-ramai mahu menyapu bangsa Melayu di hadapan Kampung Baru . Tercetusnya insiden ini bermula lah drama berdarah 13 Mei 1969 . Hari ini insiden ini nampaknya sengaja mahu di petik agar ada pergaduhan kaum dan kempen besar -besaran DS Najib mengenai One Malaysia mahu di padamkan digagalkan. Inilah insiden yang berlaku di Shah Alam yang begitu melampau sekali.

Insiden seperti ini tidak pernah berlaku sebelum ini.Tindakan sebilangan penduduk Seksyen 23 Shah Alam berarak dari Masjid Negeri ke bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor lepas solat Jumaat boleh dikira satu aksi protes biasa jika tidak ada orang bawa kepala lembu yang disembelih ke situ.

Bantahan ialah terhadap cadangan bina kuil di kawasan mereka yang majoriti penduduk terdiri dari orang Melayu.Cuma bila masuk bab adanya kepala lembu ia sudah jadi lain cerita kerana lembu dianggap haiwan suci pada agama Hindu.Maka nya kontroversi bab kepala lembu jadi lebih bising bila kalangan pemimpin dan pertubuhan orang India membantah aksi itu.

Ia bukan anjuran mana-mana parti politik.Penduduk tergolong daripada penyokong pelbagai parti termasuk UMNO ,PKR dan PAS sendiri bangkit setelah mendakwa suara tidak dapat perhatian Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim.Matlamatnya satu yakni mahu kerajaan negeri Selangor batalkan pembinaan kuil di kawasan mereka dan memindahkan nya ke Seksyen 22 yang merupakan lokasi asal rumah ibadat tersebut.

Kerajaan ini , siapa yang pilih ?????????

DEMO DI SHAH ALAM

Sebatan baik untuk buang ketagihan arak

Oleh Zukri Aksah

KUANTAN, Ogos 29 — Hanya kerana sebuah Mahkamah Tinggi Syariah di negeri ini menjatuhkan hukuman sebatan (ringan) ke atas seorang pesalah wanita yang mengaku meminum arak di tempat awam, maka ia menjadi polemik nasional, padahal perundangan sivil negara kita sudah lama mempunyai peruntukan hukuman yang sama, sebatan dan juga bunuh.

Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi dalam komentarnya mengulas bahawa tindakan merotan dengan sekuat-kuatnya dengan menggunakan rotan yang besar dan mencederakan dengan satu kecederaan yang parah adalah suatu yang bercanggah dengan kaedah sebatan dalam Islam.

Sedangkan, tambah Nasrudin, hukuman sebatan untuk kesalahan seperti meminum arak bukanlah bertujuan untuk menyiksa, tetapi lebih kepada memberi pengajaran. Bahkan cara-cara menyebat mengikut Islam telah diperincikan dalam Enakmen Tatacara Jenayah Syariah 2002 Negeri Pahang, Seksyen 125 dan 126.

Menurut beliau, garis panduan perlaksanaan hukuman sebatan mengikut Islam adalah seperti berikut:

1. Mahkamah atau Kerajaan Negeri menentukan dimana hukuman itu hendak dilaksanakan.

2. Pesalah mesti diperiksa oleh Doktor Kerajaan tentang tahap kesihatannya untuk menjalani hukuman sebat itu.

3. Alat untuk digunakan adalah rotan atau ranting kecil pokok yang berukuran panjang tidak lebih dari 1.22 meter (4 kaki) dan tebalnya 1.25cm (1/4 inci).

4. Orang yang akan menyebat itu mestilah seorang yang adil dan matang.

5. Tukang sebat itu mesti gunakan kekuatan yang sederhana tanpa mengangkat tangannya lebih dari paras kepala supaya tidak melukakan kulit.

6. Selepas mengenakan satu sebatan dia hendaklah angkat alat sebatan itu keatas dan tidak menariknya.

7. Sebatan boleh dikenakan ke seluruh badan kecuali muka, kepala, perut, dada atau bahagian sulit.

8. Pesalah yang disebat hendaklah berpakaian mengikut Hukum Syarak.

9. Pesalah lelaki disebat dalam keadaan berdiri dan perempuansecara duduk.

10. Perempuan yang hamil tidak boleh disebat dan mesti tunggu selepas 2 bulan dia melahirkan anaknya.

Nasrudin, dalam kenyataannya turut mendedahkan tentang seorang saintis Rusia, Dr Marina Chuhrova yang mempunyai sepuluh orang pesakit ketagih arak yang menjalani rawatan terapi merotan. Pada asalnya pesakit-pesakit ini tidak menyukai kaedah ini tetapi apabila ia mula memberi kesan positif, mereka bertukar menjadi suka, sehingga mereka sanggup membayar lebih kurang RM400 untuk satu sesi rawatan.

Tambah Nasrudin dalam pendedahannya, ahli biologi, Dr Sergei Speransky yang mengetuai kajian itu, mendakwa hukuman jasmani boleh membantu seseorang menangani masalah ketagihan dan tekanan. Sergei mengesahkan yang beliau bukan sadis walaupun beliau mencadangkan kaedah merotan atau menyebat, dan kaedah itu ternyata berkesan.

Kaedah ini biasanya melibatkan 30 sesi atau paling baik 60 sesi.

Persoalannya, dimanakah tidak moderatnya hukuman sebat untuk peminum arak ini?

Sepatutnya Umno dahulu menerima dasar PAS

Oleh Mohd Zuharman

KOTA BHARU, Ogos 29 — Umno Kelantan tetap mempertahankan dasarnya adalah jelas dan jitu dalam usaha mengembang dan mengukuhkan prinsip Islam menerusi sistem pentadbiran kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN) meskipun ada pihak yang tidak henti-henti cuba menafikannya.

Setiausaha Barisan Nasional (BN) Kelantan, Datuk Mad Alwi Che Ahmad, mendakwa DAP merupakan parti menentang dasar Islam dilaksanakan Umno seraya meminta Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, segera berhenti dari mempolitikkan gesaannya supaya Umno mengubah dasar dicanangnya selama ini.

Mad Alwi memberitahu Nik Aziz tidak wajar mengkritik ataupun meminta Umno berbuat demikian sebaliknya Menteri Besar Kelantan itu sepatutnya lebih rasional menyeru parti sekutunya terdiri dari DAP dan PKR menerima dasar Islam dilaksanakan PAS tanpa sebarang keraguan.

Beliau menegaskan Nik Aziz baru boleh mengatakan bahawa Umno tidak melaksanakan dasar Islam sekiranya DAP yang anti Islam, fundamentalis itu mampu menerima pakai keseluruhan dasar diperjuangkan PAS.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Nik Aziz yang menyifatkan kekalahan Umno di Permatang Pasir mempunyai kaitan dengan penerapan dasar yang tidak betul dibuat Umno.

Sebelum ini Nik Aziz dilaporkan berkata faktor terbesar menjadi punca utama rakyat mulai menolak Umno ialah kerana pelaksanaan dasarnya yang tidak Islamik tetapi lebih menjurus kepada sekularisme. Kata Nik Aziz ianya amat berbeza dengan apa yang diamalkan oleh kerajaan PAS di Kelantan sejak hampir 20 tahun lalu.

Dalam pada itu kenyataan Mad Alwi mendapat perhatian Naib Yang Dipertua PAS Pasir Puteh, Wan Hassan Wan Ibrahim, yang berpendapat bahawa kenyataannya tidak ubah sebagai satu kenyataan politik Umno Kelantan bagi menutup keaibannya ekoran kekalahan demi kekalahan dihadapi sepanjang pilihan raya kecil.

Manakala bekas pegawai halaqat Pasir Puteh, Drs Saipul Baharin Mohamed, pula beranggapan tahap kefahaman Mad Alwi masih rendah semasa mengeksploitasikan ideanya pada khalayak umum berhubung perkara tersebut.

Menurut Saipul, Umno sebagai orang Melayu sepatutnya terlebih awal menerima dasar Islam berteraskan Quran dan Sunnah yang dilaksanakan PAS sebelum meminta Nik Aziz menyeru DAP menerima dasar berkenaan.

Sementara itu pada satu majlis yang lain Nik Aziz memaklumkan kerajaan negeri akan membina sebuah masjid baru bernilai RM7 juta di kawasan persimpangan jalan Pasir Mas-Ketereh dekat sini.

Projek pembinaan masjid yang akan diberi nama Masjid Al-Hussin itu akan dibiayai oleh RHB bank dan akan dilancarkan di dalam bulan Ramadan ini juga. Menurut Nik Aziz, kerajaan negeri akan menyediakan tapak pembinaan masjid tersebut.

Kepala Lembu: Penerusan Agenda Utusan Malaysia

Setelah sekian lama Utusan Malaysia mengasak isu perkauman, akhirnya lahirlah apa yang berlaku di Shah Alam selepas sembahyang Jumaat semalam, apabila sekumpulan umat Melayu membawa kepala lembu ke pejabat SUK Selangor.

Anggota Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkifli Ahmad menyifatkan apa yang berlaku itu adalah penerusan dari siri-siri laporan dan tulisan dari akhbar berkenaan yang bersifat berkauman.

Bagi beliau, apa yang berlaku juga akibat dari pengaruh akhbar Umno itu terhadap pembaca mereka khasnya di kalangan ahli Umno yang memiliki akhbar berkenaan.

Dr Dzul mengulas tindakan sekumpulan yang memperkenalkan diri mereka sebagai penduduk Seksyen 23 Shah Alam yang membantah keputusan kerajaan negeri memindahkan sebuah kuil Hindu di Seksyen 19 ke Seksyen 23, kawasan kejiranan mereka.

Mereka telah membuat demostrasi dengan membawa kepala lembu yang masih berdarah dan diletak di depan pintu pagar pejabat Sultan Salahudin yang menempatkan pejabat SUK dan MB Selangor.

Tindakan mereka ini dikira satu penghinaan kepada orang Hindu yang menjadikan lembu sebagai tuhan mereka.

Seorang pembaca The Malaysian Insider menyifatkan langkah ini bertentangan dengan Islam kerana Islam melarang mana-mana umatnya menghina tuhan-tuhan orang lain kerana dibimbangi mereka akan membalasnya dengan menghina tuhan orang Islam iaitu Allah.

Bagi Dr Dzul yang juga AJK PAS Pusat, mereka hanya menyambung apa yang telah disiar dan ditulis dalam akhbar mereka sahaja.

Sejak kebelakangan ini, akhbar berkenaan banyak menyiarkan tulisan yang disifatkan sebagai bersifat perkauman dan dilihat cuba membangkitkan semangat Melayu.

Antaranya tulisan bertajuk "Sedarlahh wahai Melayu" dan sebagainya. Penulis akhbar itu membayangkan seolah-olah Melayu dalam tertekan. Padahal, bagi kebanyakan pemimpin Pakatan, bukan Melayu yang tertekan tetapi Umno.

Atas sebab itulah pelbagai usaha dibuat untuk menarik PAS bersama mereka atas kepentingan Melayu dan Islam. Namun, ianya ditolak oleh PAS.

Sebahagian penyokong dan ahli PAS juga dikatakan ada yang terpengaruh dengan pendekatan perkauman dan agama sempit di Seksyen 23 Shah Alam ini. Atas dasar itulah juga dikatakan ada yang mengaku ahli PAS menyokong tindakan itu.

Sebelum ini, anggota Parlimen Shah Alam, Khalid Samad memaklumkan, pihaknya akan membuat dialog dengan penduduk Seksyen 23 tentang rancangan kerajaan negeri Selangor itu.

Menurutnya, apa yang berlaku adalah, Kuil Mariaman di Seksyen 19 itu dibina di atas tanah PKNS berhampiran dengan rumah penduduk di situ. Ia menyebabkan sering berlaku kesesakan di situ dan menyusahkan banyak pihak.

"Mereka telah 25 tahun membuat bantahan," kata Khalid.

Atas dasar itu, kerajaan negeri dengan persetujuan JK Kuil telah bersetuju memindahkan kuil itu ke seksyen 23 untuk kegunaan penganut Hindu di situ serta Seksyen 19 dan 20.

Tanah tapak industri milik PKNS di Seksyen 23 Shah Alam telah dipilih oleh kerajaan sebagai tapak baru kuil itu. Majlis Bandaraya Shah Alam juga telah bersetuju mengenainya.

"Selepas semua pihak setuju, barulah kita akan bincang dan terangkan kepada penduduk," kata Khalid yang juga YDP PAS Shah Alam.

31st August, 1 BLACK Malaysia.

(Suhaib and Ammar at Bukit Jalil's camp before 'smuggled' to Petaling Police Station)
Ammar dan Suhaib in the "Black Maria" from PGA Cheras to Bukit Jalil.

Its your country.


You deserve health not H1N1 deaths,


Blue sky not yearly haze,


Safety ,not police violence,


Properity, not corruptions,


Freedom,not ISA,


Truth, not utusan malaysia,


Justice, not kangaroo courts,


Democracy,not coups,


Love, not racism,


Stop taking the wrongs lying down,


Stop your silence.


Its your country.


You have a say, your say is black.


Wear BLACK this Merdeka Day.

Menteri buka pekung sendiri..!

Oleh DAP Melayu

Kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, pihak penjara tidak mempunyai kepakaran untuk merotan pesalah jenayah syariah adalah suatu yang sangat memalukan. Bukan hanya memalukan beliau sendiri sebagai menteri yang bertanggungjawab terhadap prasarana di penjara-penjara seluruh Malaysia malah ianya juga memalukan negara di mata dunia, khususnya dari negara-negara Islam yang lain.

Dunia melihat kenyataan tersebut sebagai campurtangan serius pihak eksekutif (pemerintah) bagi tujuan menangguhkan perlaksanaan hukuman yang sudah dibuat penghakiman oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan. Dunia juga mentertawakan penjelasan dangkal yang diberikan oleh Menteri Dalam Negeri itu.

Mahkamah Syariah yang ada diseluruh negara bukannya baru semalam diwujudkan. Hukuman rotan sebanyak 6 sebatan bukannya baru hari ini digubal. Sudah 52 tahun kita merdeka. Tiga hari lagi kita akan merayakan hari kemerdekaan. Tapi sayang kenyataan Menteri itu bukanlah lahir dari jiwa yang merdeka.

Pentadbiran undang-undang jenayah Islam di Malaysia selepas merdeka secara rasmi bermula seawal tahun 1965 apabila Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 diperkenalkan. Sejak dari itu pewujudan mahkamah syariah di setiap negeri dan daerah semakin berkembang. Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 inilah yang memperuntukkan undang-undang bahawa Mahkamah Syariah hanya boleh menjatuhkan hukuman setakat denda tidak melebihi RM5000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau sebatan tidak melebihi 6 kali. Ini bukanlah peraturan baru tetapi sudah 44 tahun ia digubal.

Bila Menteri berkata “Kita tidak mempunyai kepakaran dalam bidang ini, saya terpaksa mengaku…,” ia hanyalah membuka pekung di dada sendiri.

Presiden Pas, Tuan Guru Dato’ Seri Hj Abdul Hadi Awang pernah memberikan gelaran kepada Mahkamah Syariah sebagai ’Mahkamah 536’ disebabkan bidang kuasa mahkamah yang hanya boleh menjatuhkan hukuman denda tidak melebihi RM5000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau sebatan tidak melebihi 6 kali seperti yang disebut di atas. Bidang kuasa serta hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Syariah kalau dibandingkan dengan undang-undang Jenayah Islam, menurut syariat Islam ternyata peruntukan ini tidak mencapai tahap maksima atau mandatori yang ditetapkan. Namun di pihak pemerintah, ia dilihat mempunyai ciri-ciri Ta’zir sekalipun jenayah yang membawa hukum Ta’zir tidak terbatas dan tiada sekatan.

Pada tahun 80an telah berlaku satu kes yang menggemparkan di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan, apabila seorang wanita yang disabitkan dengan kesalahan persetubuhan haram telah memohon kepada mahkamah supaya beliau dikenakan hukuman rejam, dilaksanakan hudud ke atas beliau. Alasan wanita itu ialah beliau benar-benar insaf di atas dosa besar yang dilakukan dan beliau mahu keredaan dan pengampunan Allah. Beliau mahu keadilan hukuman Islam dilaksanakan di dunia agar dirinya terlepas dari azab Allah di akhirat. Namun permintaan dan rayuan wanita berkenaan hanyalah tinggal rayuan disebabkan hakim terikat dengan bidang kuasa ’Mahkamah 536’.

Semoga Allah SWT menerima taubat dari wanita berkenaan dan juga taubat Kartika Sari Dewi Shukarno.

Ada orang Islam terutama dari penyokong parti Pas apabila membicarakan soal undang-undang Jenayah Islam hanya tertumpu kepada kesalahan Hudud semata-mata seolah-olah memberi gambaran bahawa hukum hudud sahaja sebagai Kanun Jenayah Syariah. Ini adalah satu kesilapan yang sangat besar, kerana Hukum Hudud hanyalah satu juzuk daripada peruntukan Undang-undang Jenayah Syariah. Sementara itu, undang-undang Jenayah Syariah semestinya mempunyai tiga elemen utama iaitu Hukuman Hudud, Qisas dan Ta’zir. Manakala rujukan bagi ketiga-tiga hukuman itu ialah Al-Quran dan hadits-hadits yang sahih dari Rasulullah SWT.

Sejarah perlaksanaan Kanun Jenayah Syariah di negara ini sebenarnya sudah lama bermula. Mahkamah Syariah di Negeri Kelantan mula ditubuhkan pada tahun 1060 H bersamaan 1650 M. Undang-undang yang berjalan pada masa itu ialah undang-undang Islam iaitu sejak daripada zaman pemerintahan Sultan Mohamad Ke III, di mana pencuri-pencuri yang didapati bersalah di Mahkamah Syariah Kota Bharu pada masa itu dikenakan hukuman Hudud. Keadaan ini berjalan terus dengan baik sehinggalah pada suatu masa di mana adanya campur tangan penjajah yang telah memperkenalkan undang-undang mereka ke dalam sistem perundangan yang berkuatkuasa pada masa itu serta mengenepikan undang-undang Islam sedikit demi sedikit melalui Enakmen-Enakmen yang berkaitan dengan pelaksanaan undang-undang Mahkamah Syariah sehinggalah tinggal undang-undang yang berkaitan dengan Keluarga Islam sahaja. Di antara enakmen-enakmen itu ialah :

(1) Enakmen Tahun 1909 yang dikenali dengan peraturan berkuatkuasa No. 5/1909

(2) Enakmen Tahun 1910 yang membataskan bidang kuasa Mahkamah Syariah yang ada di Kota Bharu pada masa itu.

(3) Enakmen Tahun 1916 berhubung dengan nikah cerai No. 19 /1916

(4) Enakmen Tahun 1938 berhubung dengan kesalahan melanggar agama Muhammadiah No. 21/1938, No. 22/1938 bersabit dengan nikah cerai, No. 31/1938 berhubung dengan nafkah.

(5) Pada tahun 1953 Enakmen berhubung dengan Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan dan Qadhi No. 1/1953.

Pada masa itu, Mahkamah-mahkamah Syariah adalah di bawah Pejabat Mufti Kerajaan Negeri Kelantan. Pada tahun 1966, melalui Enakmen No. 1/1966, Mahkamah-mahkamah Syariah dipisahkan daripada Pejabat Mufti, iaitu setelah Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 diperkenalkan di peringkat Persekutuan.

Bagi memantap dan mengemaskini undang-undang Syariah di seluruh negara, beberapa jawatankuasa telah ditubuhkan pada tahun 1983 dibawah Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri. Jawatankuasa ini dinamakan Jawatankuasa Mengkaji Undang-undang Syarak dan Sivil. Manakala satu lagi jawatankuasa diberi nama Jawatankuasa Teknikal Undang-undang Syarak dan Sivil, dimana antara tanggungjawab kedua-dua jawatankuasa ini ialah merangka undang-undang berikut :-

i. Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam

ii. Undang-Undang Keterangan Mahkamah Syariah

iii. Undang-Undang Kesalahan Jenayah Syariah

iv. Undang-Undang Tatacara Mal Mahkamah Syariah

v. Undang-Undang Prosedur Jenayah Syariah

vi. Undang-Undang Keluarga Islam

Pada tahun 1983 juga Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri telah membentuk Jawatankuasa Kurikulum Latihan Pegawai-pegawai Syariah di semua peringkat dan jabatan bagi tujuan latihan untuk peningkatan profesionalisma serta penambahbaikan kemudahan prasarana bagi perlaksanaan hukuman dan perintah yang dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah. Semua cadangan daripada jawatankuasa-jawatankuasa itu telah dikemukakan kepada Menteri yang bertanggungjawab dan juga Perdana Menteri.

Jadi sangat memalukan apabila Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, pihak penjara tidak mempunyai kepakaran untuk merotan pesalah jenayah syariah!

(DAP MELAYU boleh dihubungi melalui email : dap.melayu@rocketmail.com)

Tiong dakwa Ong pernah ambil sendiri RM4 juta darinya

Ketua pegawai eksekutif Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB) Datuk Seri Tiong King Sing mendakwa Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat pernah mengambil sendiri darinya sumbangan sebesar RM4 juta tahun lalu, lapor China Press semalam.

Menurut akhbar itu, maklumat mengenai sumbangan tersebut diperolehi dari satu salinan laporan polis Tiong ke atas Ong yang juga kepada Menteri Pengangkutan.

Malaysian Insider pula melaporkan, pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC) itu juga mengulangi cabarannya supaya Ong mendedahkan berapa banyakkah yang dimiliki oleh beliau dan isterinya dalam akaun bank mereka.

Tiong mendakwa, wang RM10 juta yang sebelum ini didakwa beliau telah disumbangkan kepada Ong telah diberikan dalam tiga ansuran secara tunai, yang pertama sebanyak RM5 juta, kedua RM1 juta dan ketika RM4 juta.

Menurut laporan polis itu, Ong telah meminta sumbangan RM5 juta dari Tiong pada tahun 2008.

Tiong mendakwa, wang RM5 juta itu dimasukkan dalam dua beg dan ditemani dua kakitangannya, beliau telah memberikan wang itu kepada rakan Ong di Hotel Hilton Petaling Jaya.

Beberapa minggu kemudian, menurut laporan polis itu, Ong meminta RM1 juta lagi dari Tiong.

Wang yang diminta itu kemudiannya diberikan kepada wakil Ong di tempat letak kereta Hotel Armada di Petaling Jaya.

Menjelang akhir 2008, Ahli Parlimen Bintulu itu sekali lagi bersetuju untuk menyumbangkan RM4 juta lagi kepada Ong.

Ong sendiri didakwa datang mengambil wang tersebut di sebuat rumah tetamu kerajaan, menurut laporan polis itu.

Wang tersebut, kata bendahari Parti Demokratik Sarawak (SPDP) itu dalam laporan polisnya, diletakkan di tempat meletak barang kereta Ong, lapor China Press.

Ong membuat laporan polis, mengemukakan saman RM500 juta serta melemparkan tuduhan terhadap Tiong selepas Ketua Pegawai Eksekutif KDSB itu mendakwa memberikan RM10 juta kepadanya 12 Ogos lalu.

"Dia boleh cakap apa sahaja, tetapi saya rasa apa yang penting ialah keadilan dan kebenaran akan mengatasi segala-galanya dan bukan berasaskan cakap dengar oleh individu yang kredibilitinya dipersoalkan," Malaysian Insider memetik Ong berkata.

Tuduhan tersebutlah yang mendorong Tiong mengemukakan laporan polis terhadap Ong.

Tiong malah menyatakan beliau bersedia ke mahkamah dan menyatakan beliau mempunyai saksi untuk membuktikan beliau memberikan RM10 juta kepada Ong.

Timbalan Tiong dalam KDSB, Datuk Faizal Abdullah pula berkata Ong telah menggunakan jet peribadi milik syarikat tersebut sebanyak lima kali.

Faizal yang timbalan ketua Umno Bahagian Kapar seterusnya mendakwa, Ong berhutang kepada KDSB sebanyak AS$40,000 bagi perkhidmatan tersebut.

Tidak ada penafian yang meyakinkan dari Ong terhadap dakwaan Faizal itu.

KDSB ialah syarikat yang disiasat dalam skandal PKFZ.

Projek PKFZ mencetuskan kontroversi apabila timbulnya pendedahan bahawa kos pembangunannya melambung daripada RM2.5 bilion kepada RM4.6 bilion.

Laporan audit yang dikeluarkan pada akhir Mei oleh Price Waterhouse Coopers, syarikat yang dilantik LPK bagi tujuan itu, menyebut tentang pembabitan beberapa ahli politik dalam projek berkenaan, yang menurutnya, mungkin menimbulkan percanggahan kepentingan.

Ahad lalu, bekas naib presiden MCA yang kini menyertai PKR, Datuk Chua Jui Meng mendakwa, jika didedahkan skandal itu, ramai pemimpin Umno yang terlibat.

Dakwaan itu tampil selepas dakwaan ahli Jawatankuasa Pusat MCA, Datuk Tee Lian Ker baru-baru ini mendakwa bahawa ramai tokoh Umno dan MCA berada dalam "payroll" Tiong.



Malaysia dituduh ‘pencuri’ dan ‘kurang ajar’ – Borhan Abu Samah..!!! Sebenarnya pemimpin UMNO@BN la...!!!

OGOS 29 – ‘‘Malaysia itu memang pencuri dan kurang ajar,” begitulah kenyataan kasar yang berkumandang di stesen televisyen tempatan Indonesia dan diulang berkali-kali.

Kenyataan itu keluar daripada mulut seorang wakil rakyat Bali yang mengecam promosi pelancongan Malaysia di Discovery Channel yang memuatkan Tarian Pendet yang merupakan tarian penganut agama Hindu di Bali.

Mungkin perkataan pencuri dan kurang ajar itu adalah perkara biasa diucapkan oleh penduduk Indonesia khususnya di Bali, tetapi bagi rakyat Malaysia ia satu kata-kata yang sangat kesat.

Menteri Pelancongan Indonesia, Jerowacik pula menyatakan akan menyaman Malaysia kerana menggunakan Tarian Pendet di dalam promosi pelancongan.

Menurut Jerowacik, Indonesia merupakan negara yang kaya dengan kebudayaan, oleh sebab itulah Malaysia yang miskin kebudayaan sering mencuri daripada Indonesia.

Sesungguhnya kenyataan yang begitu kasar itu cukup mengejutkan penulis dan tidak seharusnya keluar daripada pemimpin mana-mana negara, apatah lagi membuat tuduhan terhadap negara tetangga.

Seingat penulis, tidak pernah pihak berkuasa atau pemimpin di Malaysia menggunakan kata-kata kesat sedemikian ketika mengulas sebarang masalah berkait dengan negara tetangga. Walaupun telah nyata kehadiran warganegara asing berkenaan menjadi punca meningkatnya kejadian jenayah rogol, bunuh, pecah rumah dan sebagainya.

Seperti biasa Malaysia walaupun dituduh sebagai pencuri, kurang ajar dan sombong, tetap merendah diri serta bertanggungjawab apabila Kuasa Usaha Sementara Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia, Amran Mohammed Zin menyatakan permohonan maaf di atas kesilapan itu ketika dipanggil mengadap Jerowacik. Promo itu juga akan digantikan dengan yang baru, walaupun kerajaan tidak terlibat langsung dalam penerbitannya.

Jerowacik juga telah menghantar surat kepada Malaysia bagi mendapatkan penjelasan lanjut berhubung dengan kesilapan itu.

Tidak cukup itu di dalam program kuliah sempena Ramadan yang disiarkan oleh sebuah stesen tempatan, seorang ustaz juga terbawa-bawa dengan isu murahan tersebut apabila turut melabelkan Malaysia sebagai pencuri kerana kes yang sama.

Begitulah Indonesia, mereka akan membuat tuduhan melulu, tanpa usul periksa dan apabila mendapati tersilap, mereka mendiamkan diri dengan tidak berasa bersalah walaupun sekelumit.

Ternyata itu bukan promosi pelancongan oleh kerajaan Malaysia, tetapi merupakan sebuah program yang diterbitkan oleh pihak swasta iaitu penerbitan KRU yang merupakan milik Norman KRU dan kemudiannya dijual kepada Discovery Channel.

Norman sendiri telah memberi penjelasan program tersebut dihasilkan oleh syarikat penerbitannya tanpa melibatkan kerajaan Malaysia dan promo yang digunakan pula dihasilkan oleh Discovery Channel.

Norman memberitahu sebuah stesen tempatan Indonesia bahawa dia hanya menjual program kepada Discovery Channel dan tidak terlibat dalam menyediakan promo. Kesilapan adalah berpunca daripada penerbit yang tidak meneliti terlebih dahulu isi kandungan program termasuk promo yang dibuat.

Sebagai rakyat Malaysia penulis sendiri tidak pernah mengetahui tentang Tarian Pendet yang merupakan upacara penganut agama Hindu di Bali iaitu destinasi yang menjadi tumpuan rakyat Malaysia bercuti. Tarian itu kemudiannya diubah suai menjadi tarian menyambut tetamu.

Kini persoalannya di mana kerajaan Indonesia mahu kaitkan penglibatan kerajaan Malaysia dalam menyediakan program tersebut.

Pepatah Melayu ada mengingatkan “terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya”.

Kini selepas tuduhan sedemikian pastinya tidak akan ada pihak Indonesia yang akan memohon maaf kepada Malaysia walaupun kenyataan mereka melukakan hati rakyat Malaysia.

Ini bukan pertama kali pemimpin Indonesia membuat tuduhan melulu. Sebelum ini mereka menuduh Malaysia mencuri kebudayaan Indonesia apabila turut mempersembahkan Tarian Barongsai.

Malaysia juga dituduh mencuri masakan rendang serta masakan Padang dan dijadikan sebahagian daripada makanan tradisional Malaysia. Bahkan Malaysia juga dituduh pencuri kerana mempromosi batik yang berasal dari Pulau Jawa dan alat muzik Angklong.

Penulis masih ingat ketika Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengadakan lawatan ke Indonesia, beliau juga ditanya tentang perkara itu.

Jawapan Zahid mudah: “Apakah saudara semua sanggup menuduh, saudara mara anda di Malaysia sebagai pencuri?”

Penjelasan Zahid yang berketurunan Jawa dari Yogyakarta dan boleh berbahasa Jawa halus itu memang tepat sekali.

Budaya itu dibawa oleh kaum Jawa dan kaum dari Padang bersama-sama mereka ketika berhijrah ke Malaysia kerana ia telah menjadi sebahagian daripada kehidupan mereka dan merekalah yang mengamalkan kebudayaan tersebut.

Oleh itu kebudayaan Malaysia dan Indonesia hampir sama, tetapi sesuai dengan peredaran masa ia telah diubah mengikut selera semasa.

Kini rakyat Malaysia pastinya menunggu apakah ada permohonan maaf daripada Jerowacik yang membuat tuduhan melulu terhadap Malaysia, atau seperti biasa yang diamalkan iaitu budaya “lempar batu sembunyi tangan”. – Utusan Malaysia

Cerita di sebalik kekalahan – Mior Kamarul Shahid

OGOS 29 - Setiap kali pilihan raya kecil, tidak kira di mana sekali pun ia diadakan, persekitarannya bertukar menjadi kawasan tumpuan.

Jika sebelumnya ia kawasan yang sunyi, secara tiba-tiba menjadi meriah. Entah dari mana datangnya manusia yang membanjiri daerah atau pekan yang terletak dalam kawasan pilihan raya kecil itu.

Dalam suasana begini, ramai juga penduduk tempatan, terutama peniaga, dapat menambah pendapatan berikutan kebanjiran orang luar.

Keadaan sama berlaku hampir di semua pilihan raya, tidak terkecuali pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir, Pulau Pinang, baru-baru ini.

Selepas pengundian 25 Ogos itu, calon PAS, Mohd Salleh Man menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Rohaizat Othman dengan majoriti 4,551 undi.

Banyak sebab boleh diungkapkan sebagai punca kepada kemenangan PAS atau sebab musabab kekalahan BN. Untuk mencari alasan mengapa PAS menang atau menuding jari yang menjadi punca kekalahan BN, bukanlah susah.

Ada juga perkara atau keadaan yang sudah terang lagi bersuluh. Mereka melakukan kesalahan sama pada setiap pilihan raya.

Bagi pengundi, mereka membuat keputusan berasaskan kepada kepercayaan mereka kepada ada yang melihat dari segi politik, ada juga memilih kerana personaliti calon, ada yang bercakap soal parti dan tidak kurang juga menjurus kepada isu nasional atau tempatan.

Di sebalik topik-topik politik yang dibincangkan, ada juga isu-isu kecil yang jarang diberi perhatian pada peringkat nasional, tetapi tidak dinafikan ada kesannya yang menyeluruh. Dalam pilihan raya kecil seperti ini, ada pihak tidak pernah belajar daripada pengalaman.

Pengundi hari ini tidak boleh disamakan dengan pengundi 20 atau 30 tahun lalu. Sebahagian besar pengundi hari ini miliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Oleh itu, mereka tidak mudah terpengaruh dengan perkara cerita retorika.

Bagi sesetengah pihak, pilihan raya kecil adalah peluang untuk membuat wang. Mereka tahu sepanjang tempoh pilihan raya - bermula dari hari penamaan calon hinggalah kepada hari pembuangan undi, ramai orang luar yang membanjiri kawasan itu, khasnya mewakili parti politik atau organisasi tertentu yang mempunyai tugas untuk membantu parti atau calon pilihan mereka.

Bagi kumpulan yang mempunyai kepentingan bisnes-politik ini, mereka tahu cara membuat wang bagi memenuhi fungsi lumrah berkempen - penginapan, makanan, minuman, pakaian, poster, bendera, tenaga kerja dan sebagainya. Semua sektor ini mempunyai elemen untuk buat duit.

Parti yang bertanding biasanya menyediakan peruntukan khas mengenainya. Adalah tidak salah mendapatkan peluang membekalkan keperluan yang diperlukan itu asalkan ia tidak menimbulkan pertikaian sesama sendiri dan akibatnya, bila rumah siap, pahat berbunyi.

Sebaik saja tarikh penamaan calon diumumkan, hotel, chalet dan resort berdekatan habis ditempah secara pukal dalam sekelip mata. Bagi orang yang menempah, sudah tentulah ada untung yang menanti kerana merekalah yang akan mengagih-agihkan bilik. Jika mahu menyewa rumah penduduk sekitar, khasnya banglo kosong atau rumah teres untuk dijadikan markas, awal-awal lagi sudah ada pihak yang sedia menguruskannya, asalkan sediakan saja bayarannya.

Biasanya bagi kebanyakan pengikut PAS, mereka menetap di rumah saudara mara atau rakan tanpa perlu bayaran. Ini perkara biasa bagi pengikut parti itu. Bagi yang tidak ada saudara dan rakan, mereka tidur di masjid atau surau. Mereka tidak memerlukan wang yang banyak untuk berkempen. Kutipan dilakukan di masjid di seluruh negara dan selepas wang diperoleh mereka menyalurkannya untuk tujuan berkempen. Awal pagi lagi mereka sudah bangun menemui orang kampung.

Bagi satu golongan lagi pula, sebahagian besar mereka banyak menggunakan masa berkumpul di lobi hotel, restoran atau gerai dari pagi hingga ke petang atau ada yang sambung hingga ke malam. Lobi hotel menjadi begitu sibuk dengan ramai orang yang datangnya entah dari mana. Bila ada pemimpin Pusat datang, mereka menunjukkan muka. Mungkin pada masa akan datang, mudahlah mereka berurusan atau mendapatkan bantuan. Jika perlu berada di lapangan terbang, mereka akan lakukan.

Bagi BN, dari semasa ke semasa sudah diatur lawatan untuk menemui penduduk dengan pemimpin kerajaan dan parti. Jika ia lawatan menteri, ramailah turut sama mengikuti rombongannya. Bila menteri masuk rumah bertemu penduduk, mereka berbual sesama sendiri di luar.

Orang kampung mempunyai tanggapan berbeza mengenai kumpulan seperti ini, tambahan pula jika pengikut yang datang itu menaiki Hummer, kereta mewah yang disebut-sebut hampir setanding kereta kebal, di samping kereta mewah yang menderu-deram di kampung itu. Ada juga yang datang dengan pengawal pengiring bermotosikal dan pengawal peribadi.

Orang kampung tidak mempunyai masalah untuk bersalaman dengan mereka dan sedia memberi jaminan mulut untuk menyatakan sokongan. Segala-galanya hanya dibuktikan menerusi undi yang diperoleh daripada saluran peti undi untuk mengetahui siapa yang mereka sokong. Daripada bilangan undi akan diketahui trend pengundian mereka.

Banyak cerita lain didengar sepanjang kempen. Ada yang sekadar janji dan ada pula yang ibarat rezeki datang menggolek menerusi peruntukan yang diluluskan serta-merta. Ada peruntukan diluluskan untuk membaiki atau membesarkan rumah, terutama bagi keluarga ramai.

Sebagai contoh, jika peruntukan RM5,000 diluluskan untuk satu keluarga bagi membesarkan rumahnya, ia hendaklah digunakan sepenuhnya. Ada kes yang mana apabila penilaian dibuat, kosnya hanya separuh. Selebihnya masuk ke kocek orang lain.

Pastikan kerja membuat rumah itu diberikan kepada kontraktor yang berjiwa rakyat. Ada juga menceritakan bahawa harga pasir juga turut naik ketika kempen memandangkan banyak bahan itu diperlukan untuk menambak jalan becak. Ada yang menjual pasir dengan harga berlipat kali ganda selepas harga ditingkatkan oleh kontraktor sedangkan peruntukan pembelian pasir itu adalah untuk menambak jalan becak di kampung.

Semua ini menjadi topik perbualan di kalangan penduduk. Pada jam 8 pagi ketika pengundi sudah mula keluar mengundi, masih belum ramai pekerja parti yang sepatutnya berada di tempat pembuangan undi untuk merayu undi, walaupun pada malamnya semangat berkobar-kobar untuk turun padang lebih awal. – Berita Harian

Penganjur: Kehadiran kepala lembu satu misteri..!!! Alasan paling bangang di dunia...!!!!


Pengerusi jawatankuasa bertindak penduduk Seksyen 23 Shah Alam, Mahyuddin Manaf berkata kehadiran kepala lembu sewaktu protes membantah pembinaan kuil di kawasan tersebut semalam, masih merupakan satu misteri.

"Kami melakukan bedahsiasat (terhadap protes tersebut) tetapi kami tidak dapat mengesan orang yang membawanya,” katanya kepada Malaysiakini.

Mahyuddin juga tidak pasti sama ada sesetengah daripada mereka yang menyertai protes itu adalah penduduk sebenar Seksyen 23.

Katanya, terdapat beberapa pemimpin NGO yang turut hadir semalam, tetapi beliau tidak mengenali mereka secara peribadi.
(TAK KENAL SAPE PIJAK KEPALA LEMBU TU...?? HANTU KUT..!!!!)

Beliau juga menegaskan bahawa protes tersebut tidak berniat untuk mencetuskan ketegangan kaum tetapi sebaliknya untuk menyelesaikan apa jua masalah yang berkaitan dengannya.

Beliau yang mengaku seorang ahli PAS, bagaimanapun enggan mengulas lanjut dan berkata beliau tidak mahu isu tersebut diperbesar-besarkan.

Menurutnya, apa yang dihasratkan ialah untuk mengadakan satu protes secara aman.

Pada mulanya, jelas Mahyuddin, ahli jawatankuasa berkenaan merancang untuk mengadakan demonstrasi yang disertai kira-kira 3,000 orang tetapi beliau membantah idea itu kerana mahu protes itu diadakan secara aman.

Mahyuddin juga menegaskan bahawa beliau bukan seorang yang rasis.
(TAK KENAL SAPE PIJAK KEPALA LEMBU TU...?? HANTU KUT...!!!)

Dari awal lagi, tegasnya, beliau mementingkan sensitiviti agama dan mahukan perpaduan.

Katanya, mereka bukan menolak kuil, tetapi tidak mahu ia dibina di kawasan yang majoriti penduduknya beragama Islam.

Jangan terpengaruh dengan provokasi! – TS Khalid

Oleh Sam Ahmad

Kerajaan Selangor dalam kenyataannya pada hari ini melahirkan rasa kesal terhadap tindakan memperendahkan kaum lain oleh sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab. Kenyataan itu yang merujuk kepada kumpulan pembantah yang berarak membawa kepala lembu sebagai tindakan membantah pembinaan kuil Hindu di Seksyen 23.

Kenyataan itu yang dikeluarkan oleh Tan Sri Khalid Ibrahim sendiri turut mempertikaikan masa dan ketika ia dibuat. Katanya, “[p]ada ketika rakyat Selangor sedang bersiap-sedia untuk menyambut Ulang Tahun Kemerdekaan Ke-52, sikap tidak bertolak ansur terhadap agama orang lain yang masih wujud dalam kalangan segelintir warganegara Malaysia itu, sangatlah dikesali.”

Kejadian itu dilihat sebagai satu jenis penghinaan kepada penganut agama hindu di sekitar kawasan Shah Alam dan dengan sendirinya tindakan tersebut adalah tindakan kebelakang dari proses penyatuan bangsa yang sudah lama dipraktikkan.

“[…] Kerajaan Negeri berharap semua rakyat supaya bersikap matang dan tidak mudah terpengaruh dengan sikap tidak bertanggungjawab segelintir pembantah tersebut kerana ia dikhuatiri boleh mewujudkan ketegangan antara kaum. Dalam hal ini, walaupun kita wajar mengecam tindakan mereka yang tidak bertanggungjawab tersebut, namun kita lebih baik menyerahkan kepada pihak berwajib untuk mengambil tindakan.”

Sebuah perbincangan tentang isu tersebut akan dibuat yang meliputi luahan pendapat masyarakat setempat. Perbincangan itu juga akan memberi peluang kepada pihak kerajaan negeri untuk menjelaskan fakta sebenar dan factor-faktor utama yang menyebabkan keputusan memindahkan kuil Hindu di Seksyen 19 ke Seksyen 23.

Kata TS Khalid lagi, sementara menunggu tarikh perjumpaan tersebut, kerajaan negeri menggesa supaya penduduk Seksyen 23 bertenang dan tidak membiarkan diri mereka dipengaruhi oleh fakta-fakta yang tidak benar yang sengaja diapi-apikan oleh kumpulan yang memang berniat jahat terhadap keharmonian rakyat dan kestabilan politik Kerajaan Negeri Selangor.

—————————————————————————

Berikut merupakan kenyataan penuh:

—29 OGOS 2009—SHAH ALAM: Kerajaan Selangor kesal terhadap tindakan menghina, menghasut dan menimbulkan kemarahan dalam kalangan penganut agama lain yang diapi-apikan oleh segelintir kumpulan pembantah yang berarak membawa kepala lembu sebagai tindakan membantah pembinaan kuil Hindu di Seksyen 23, di sini.

Pada ketika rakyat Selangor sedang bersiap-sedia untuk menyambut Ulang Tahun Kemerdekaan Ke-52, sikap tidak bertolak ansur terhadap agama orang lain yang masih wujud dalam kalangan segelintir warganegara Malaysia itu, sangatlah dikesali.

Kejadian dan tindakan menghina agama orang lain itu menyebabkan seluruh negara ini dilihat undur kebelakang dalam usaha mewujudkan rasa hormat terhadap kepelbagaian agama dan adat resam dalam kalangan penduduk pelbagai keturunan. Walhal usaha tersebut, sebenarnya sudah dilakukan sejak kemerdekaan tahun 1957 lagi, demi pembinaan satu negara bangsa yang memperlihatkan persamaan visi dan identiti.

Seterusnya, Kerajaan Negeri berharap semua rakyat supaya bersikap matang dan tidak mudah terpengaruh dengan sikap tidak bertanggungjawab segelintir pembantah tersebut kerana ia dikhuatiri boleh mewujudkan ketegangan antara kaum. Dalam hal ini, walaupun kita wajar mengecam tindakan mereka yang tidak bertanggungjawab tersebut, namun kita lebih baik menyerahkan kepada pihak berwajib untuk mengambil tindakan.

Sehubungan ini, Kerajaan Negeri meminta supaya pihak polis segera mengambil tindakan secara adil dan melakukan penyiasatan termasuk mengambil tindakan terhadap pihak-pihak yang mengugut para pemimpin Kerajaan Negeri.

Kerajaan Negeri juga sudah mengarahkan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) supaya mengadakan perbincangan terbuka pada Sabtu, 5 September 2009, yang dihadiri oleh penduduk sebenar Seksyen 23, pegawai-pegawai MBSA dan pegawai-pegawai Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

Perbincangan itu nanti bukan sahaja mendengar luahan pendapat masyarakat setempat tetapi juga memberikan peluang kepada pihak Kerajaan Negeri untuk menjelaskan fakta sebenar dan alasan yang menyebabkan keputusan menempatkan semula kuil Hindu di Seksyen 19 ke Seksyen 23.

Sementara menunggu tarikh perjumpaan tersebut, Kerajaan Negeri menggesa supaya penduduk Seksyen 23 bertenang dan tidak membiarkan diri mereka dipengaruhi oleh fakta-fakta yang tidak benar yang sengaja diapi-apikan oleh kumpulan yang memang berniat jahat terhadap keharmonian rakyat dan kestabilan politik Kerajaan Negeri Selangor.

Sekali lagi, marilah kita sama-sama memelihara sikap bertimbang rasa, rasional dan saling hormat menghormati kerana inilah cara terbaik bagi menyelesaikan hal ini.

TAN SRI DATO’ ABDUL KHALID IBRAHIM
DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR

Sempena merdeka...Rakyat Didahulukan..!!


Gambar ehsan:cartoonkini.com

Pas tunggu kemenangan ke-8

SHAH ALAM - Pas akan memastikan momentum kemenangan Pakatan Rakyat (PR) akan berterusan di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Siputeh jika Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan pilihan raya kecil di kawasan tersebut diadakan dalam masa terdekat.

Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub berkata, menjadi hasrat parti itu mahu melihat Barisan Nasional (BN) tumbang buat sekian kalinya setelah mengharungi lapan pilihan raya hanya sekali kemenangan.

“Pas tidak meminta pilihan raya itu, kerana kesilapan yang dilakukan wakil rakyat BN, kemungkinan terjadi pilihan kecil ada.

“Pas akan memastikan kerusi ini akan bertukar milik dari BN dan akan menjadi kekalahan yang kelapan buat parti itu,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas persiapan parti itu bagi menghadapi pilihan DUN Kota Siputeh jika SPR menetapkan pilihan raya kecil diadakan berikutan ketidakhadiran wakil rakyatnya dalam dua persidangan DUN Kedah.

Sebelum ini, SPR memutuskan pihaknya akan mengumumkan status kerusi itu sejurus tamat pilihan raya Permatang Pasir 25 Ogos lalu.

Salahuddin berkata, pihaknya kini sudah memperkemaskan jentera-jentera parti di kawasan itu dan hanya menunggu keputusan SPR.

“Yang jelas ‘mood’ rakyat akan berterusan di DUN Kota Siputeh, ia jelas mesej yang disampaikan Datuk Seri Najib, termasuk gagasan 1 Malaysia tidak diterima rakyat,” katanya.

Pada pilihan raya umum lalu, Datuk Abu Hasan mewakili (BN) berjaya mempertahankan kerusi itu bagi penggal keempat selepas menewaskan calon Pas, Ismail Wan Teh.

CABARAN EKONOMI DAN POLITIK UNTUK NAJIB..!! KEARAH KEMUSNAHAN 1MALAYSIA..?

Menurut Bloomberg, ekonomi negara dijangka kembali tumbuh tahun ini, selaras dengan pemulihan ekonomi di sekitar Asia. Sebelum ini kerajaan telah mengumumkan dua pakej ransangan ekonomi bernilai RM67 billion.

Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Dr Akhtar Aziz berkata ekonomi akan bertambah baik dalam separuh tahun kedua hasil pakej rangsangan ekonomi dan usaha Bank Negara meningkatkan pembiayaan untuk sektor swasta, lapor The Wall Street Journal.

Kita bersyukur kerana ramai pakar ekonomi menjangkakan ekonomi negara akan bertambah pulih (walaupun ada juga yang tidak setuju). Asian Development Bank yang berpusat di Manila juga menyebut bahawa krisis ekonomi global di Asia berbentuk v (v-shape) dan ekonomi negara-negara di rantau ini beransur-ansur pulih.

Sewaktu Dato' Seri Najib Tun Razak mengambil jawatan Perdana Menteri, beliau berhadapan dengan dua cabaran yang besar iaitu ekonomi dan politik. Sehingga kini beliau dilihat memberikan tumpuan yang besar kepada bidang ekonomi bagi menentukan ia pulih dan ekonomi negara kembali berkembang.

Dalam ucapannya baru-baru ini, Najib berkata pertumbuhan ekonomi negara harus berkembang pada 8 peratus setahun untuk membolehkan negara menjadi negara maju pada tahun 2020. Pada tahun 1990an, purata pertumbuhan ekonomi ialah 7.2 peratus, sebelum perlahan ke purata 5.4 peratus pada dekad ini.

Najib bagaimanapun berkata, pendapatan yang tinggi saja tidak cukup. Ia harus disertai dengan peningkatan sosial dan kualiti hidup rakyat. Aspek ini harus ditekankan supaya pertumbuhan ekonomi memberikan manfaatkan kepada semua rakyat Malaysia.

Dibantu dengan senario serantau, nampaknya usaha tersebut mula membuahkan hasilnya. Walaupun ekonomi negara belum betul-betul pulih, namun setidak-tidaknya ia tidak seburuk sebelum ini.

Saya fikir sekarang sudah sampai masanya untuk Najib memberikan tumpuan kepada isu-isu politik pula. Selepas 50 tahun merdeka, negara masih berhadapan dengan cabaran pembentukan negara-bangsa. Pelbagai konflik tercetus. Kesemua ini menuntut penyelesaian secara total. Sekiranya isu-isu ini tidak ditangani secara tuntas, saya bimbang terhadap kerapuhan masa depan sebuah negara bernama Malaysia.

Selain itu, saya juga berharap agar Najib dapat berusaha mewujudkan politik muafakat di negara ini. Pertemuan beliau dan Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim (walaupun dinafikan oleh beberapa pihak) adalah satu permulaan yang baik. Diharapkan selepas ini, Najib akan dapat bertemu pula dengan Presiden PAS, Dato' Seri Abd Hadi Awang dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng bagi membentuk persefahaman ke arah mewujudkan politik muafakat.

Beberapa kali saya jelaskan melalui blog ini bahawa politik muafakat bermaksud kesemua pihak diberikan peranan dan bertanggungjawab membangunkan negara demi kebaikan rakyat seluruhnya.

Walaupun ada beberapa pihak yang bersikap pesimis dalam hal ini, saya optimistik mengenainya.

Apabila negara berjaya menghadapi cabaran ekonomi dan politik, rakyat akan mendapat manfaatnya. Itulah cabaran Najib sekarang!

UMNO Perguna Pelajar..!!! Dulu..Kini...Selamanya..!!

Dibayar antara RM20-30 setiap seorang. Diberikan baju 'T' yang bertulisan Pemuda Umno Kepala Batas. Dihantar ke Pahang menghadiri program bencikan PAS, DAP dan KeADILan.
Demikian antara penemuan dalam siri kempen Barisan Nasional (BN) yang melibatkan pelajar-pelajar sekolah baru-baru ini.

Setelah disiasat rupa-rupanya UMNO mempergunakan murid-murid sekolah yang dipilih daripada beberapa buah sekolah di kawasan Parlimen Kepala Batas untuk tujuan menjadi 'pasukan sorak' bagi Barisan Nasional (BN) di hari pembuangan undi Dewan Undangan Negeri (Dun) N11 Permatang Pasir pada 25 Ogos lalu.

Pasukan itu dibentuk oleh Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kepala Batas merangkap Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Dato' Seri Reezal Merican Naina Merican supaya jentera UMNO dan BN nampak ramai sekaligus membuktikan sokongan pemuda terhadap parti itu telah kembali sepertimana yang terjadi di Pilihan raya Kecil Manik Urai, Kelantan.

Murid sekolah yang dikesan itu diberikan baju 'T' yang bertulisan Pemuda UMNO Kepala Batas. Mereka ini menaiki motor berkonvoi ke sana ke mari menyesakkan lagi lalu lintas dan bila sampai ke pondok PAS mereka akan melaungkan berbagai slogan provokasi untuk membangkitkan kemarahan jentera Pakatan Rakyat.
Manakala ada yang berbaju biru kehitaman dan tertera perkataan 'Kesatria Pemuda' merupakan sebahagian daripadanya tetapi mereka ini hanya berkumpul di Unit Peti Undi (IUPU) tertentu sahaja contohnya di Kampung Pelet, Bukit Indera Muda dan Kubang Semang bagi menyemarakkan lagi sokongan pada BN dengan melaungkan slogan ciptaan UMNO.

GENERASI JIWA MERDEKA



Mukadimah

“Belia Peneraju Kemerdekaan Gemilang” merupakan tema bagi Sambutan Hari Belia Peringkat Kebangsaan 2007. Sempena kemerdekaan Malaysia ke-50, tema ini dipilih bersesuaian dengan manifesto bagi memartabatkan peranan generasi muda dalam menghayati makna kemerdekaan yang sebenar dan hakiki. Sebagai golongan pelapis, mereka sewajarnya menjadi sandaran untuk mempertahankan kemerdekaan negara kita yang sudah berusia setengah abad ini agar Malaysia terus kekal gemilang dengan sistem pemerintahan bercorak demokrasi berparlimen dan mengamalkan prinsip-prinsip Islam. Martabat dan maruah bangsa perlu terus dipelihara dan dipertahankan demi kedaulatan agama, bangsa, dan negara. Generasi muda merupakan pewaris yang bakal membawa risalah kebenaran dan keadilan untuk kesejahteraan ummah bersama. Generasi ini harus memahami makna kemerdekaan sebenar agar mereka dapat memperkukuh dan memperkembangkan potensi diri supaya menjadi generasi unggul yang dapat memanfaatkan segala kurniaan Tuhan seterusnya mencapai kebahagiaan di dunia mahupun di akhirat. Makna kemerdekaan dan kebebasan yang hakiki dapat dizahirkan apabila seseorang itu mampu membebaskan dirinya daripada segala perkara yang membawa kepada keburukan seterusnya berpotensi mengancam kehidupannya. Maka generasi yang berjiwa merdeka ini seharusnya tidak mudah dipujuk rayu, termakan akan janji palsu, dan tidak mudah untuk menggadaikan jiwa semata-mata untuk dimamah oleh hawa nafsu mereka yang berupaya membawa kepada kemudaratan.

Analisis Isu

Ancaman globalisasi memaksa kita agar lebih berdaya saing dan kompeten dalam menghadapi kemelut dunia yang penuh dengan dugaan dan cabarannya tersendiri. Jika kita tenggelam dalam arus globalisasi ini, tidak mustahil kita akan terus hanyut dengan suasana yang “comfortable” dan “convenience” sehingga meletakkan kita dalam zon selesa dan menjadikan kita bersikap manja atau “spoon feeder”, seolah-olah sesuatu itu akan diperoleh tanpa usaha untuk mendapatkannya. Dewasa ini, sikap pelajar yang malas dan terlalu mengharapkan pertolongan daripada guru mereka sudah begitu sinonim dalam proses pembelajaran. Mereka mengharapkan guru untuk menjadi penggerak utama untuk membantu mereka mencari jawapan bagi sesuatu persoalan padahal mereka seharusnya melakukannya sendiri. Status pelajar itu sendiri sudah memperlihatkan keperluan untuk mempelajari dan menyelidiki sesuatu dengan hasil usaha mereka tanpa paksaan daripada mana-mana pihak kecuali diri mereka sendiri. Situasi ini bakal mengundang kelahiran generasi yang tidak mahu berfikir dan malas untuk berusaha. Generasi sebegini bakal mengkhianati jiwa mereka sendiri kerana mereka hanya mahu mendapatkan sesuatu dengan cara yang mudah dan singkat. Budaya mengambil remeh soal jiwa dalam kehidupan menjadikan seseorang itu tidak dapat menghayati makna sebenar kehidupan. Akibatnya, seseorang itu menjadi tidak terurus, malas berusaha, tidak berupaya berfikir secara kritis, dan tidak membudayakan ilmu yang dipelajari dalam kehidupan. Imperialisme dan kolonialisme yang berlaku telah menghasilkan generasi yang bersifat “Inferiority Complex” yang terlalu merendah diri dan sanggup menjadi hamba kepada orang lain lalu akhirnya memberi kesan negatif kepada jiwa dan intelektualiti. Ancaman hedonisme yang merupakan komponen dalam globalisasi telah membenarkan berlakunya pertukaran budaya secara meluas tanpa sekatan dan perkara ini sedikit sebanyak memberi kesan negatif jika tiadanya kawalan dan pemantauan. Budaya mencari keseronokan dan memuaskan hati dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah seakan sudah menjadi ikutan masa kini yang berupaya membunuh jiwa dan intelektualiti generasi muda lalu menjadikan generasi ini lesu untuk menongkah arus globalisasi. Persediaan dari segi intelektual, rohani, dan jasmani yang teratur lagi sistematik mampu memberi kelebihan untuk menjana minda generasi berjiwa merdeka.


Generasi Jiwa Merdeka Menurut Pandangan Alam Islam

Dalam Kamus Dewan Edisi Ketiga, makna merdeka boleh didefinisikan sebagai satu pembebasan daripada penjajahan, kurungan, naungan dan lain-lain, lepas dari tuntutan dan tebusan dan boleh berdikari (berdiri sendiri). Makna kemerdekaan ini merangkumi kebebasan secara fizikal yang mendorong seseorang untuk bebas daripada sebarang ancaman yang boleh mengugat ketenteraman yang dikecapi. Berbeza dengan definisi dan pandangan Dr. Muhammad ‘Imarah dalam bukunya al-`ata` al-hadhari li`l Islam (Anugerah Islam Untuk Ketamadunan) yang menterjemahkan kemerdekaan atau kebebasan sebagai penentangan terhadap wujudnya perhambaan dan hamba sahaya. Belia juga mentafsirkan kebebasan sebagai peluang yang telah disediakan untuk diisikan dan dimanfaatkan ataupun cuma dibiarkan saja peluang itu berlalu.
Beliau juga mendefinisikan kebebasan sebagai bebas dari cengkaman kebendaan dan undang-undang yang mengongkong serta bebas daripada kongkongan sifat-sifat keji dan hawa nafsu yang tidak terkawal yang dapat menyebarkan penyakit syahwat dunia. Rasulullah S.A.W telah bersabda: “Binasalah hamba yang menyembah dirham dan binasalah hamba yang menyembah dinar”. (Hadis diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Ibn Majah). Seorang penyair arab turut mengatakan: “Tuan yang empunya ketamakan adalah hamba selama-lamanya”.Dr. Muhammad ‘Imarah juga mengatakan bahawa risalah Islam membawa makna kebebasan dengan mengembangkan, meningkatkan dan memperkukuhkan potensi diri untuk menjadi ummat yang terbaik dan tidak membiarkan dirinya menjadi hamba kepada segala taghut dan dilaksanakan dengan penuh keikhlasan kepada Allah S.W.T dan mengharapkan redha Ilahi. Firman Allah S.W.T: “Kamu (Wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyeru kepada berbuat segala perkara yang maaruf (baik) dan melarang daripada segala perkara yang mungkar (salah, buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman)” (Surah ‘Ali-Imran:110).

Tauhid iaitu kepercayaan dan ilmu tentang Tuhan adalah punca utama lahirnya jiwa merdeka yang merangkumi kepercayaannya terhadap kewujudan TuhanNya lalu dia beriman kepadaNya dan meninggalkan segala laranganNya dan melakukan segala suruhanNya serta menolak pengabdian kepada sesiapa selain Allah. Begitu penjelasan Dato’ Dr. Siddiq Fadhil dalam bukunya Minda Melayu Baru yang membawa idea pembangunan jiwa merdeka dengan pengukuhan indokrinasi tauhid yang bakal menghasilkan generasi berkualiti unggul yang dapat memberi manfaat kepada persekitarannya. Generasi yang berkualiti ini diumpamakan sebagai buih yang tidak akan luput dimamah arus lautan yang mampu bertahan merentasi badai lautan dan taufan. Firman Allah S.W.T: “Adapun buih itu, akan hilang sebagai suatu yang tidak ada harganya; adapun yang memberi manfaat kepada manusia, maka ia tetap di bumi. Maka demikianlah Allah membuat perumpamaan-perumpamaan” (Surah Ar-Ra’d:17).

Generasi yang berjiwa merdeka adalah generasi yang sensitif dengan maruah dan martabatnya dan mereka sanggup berkorban demi menjaga maruah dan martabat mereka. Mereka menyedari dan memahami betapa bernilai dan berharganya maruah dan martabat mereka dan mereka tidak sanggup melihat generasinya dihina, dipijak, dijajah, diremehkan dan diperlekehkan. Inilah yang dikatakan dengan generasi jiwa merdeka yang menjaga dan mempertahankan maruah dan martabat mereka. Generasi ini juga kaya dengan daya usaha dan berjiwa besar dalam mencapai matlamat yang telah dicita-citakan demi menjaga maruah dan martabat mereka.

Bagi Imam Al-Ghazali pula dalam karyanya Kimia Kebahagiaan, seorang yang berjiwa merdeka adalah mereka yang mengetahui dirinya, Tuhannya, dunianya dan tahu tentang hari akhirat. Apabila seseorang itu mengetahui tentang dirinya sendiri, maka secara sedar atau tidak sedar dia telah pun mengenal Tuhannya yang Maha Menciptakan. Maka bila dia sudah mengenali dirinya dan Tuhanya, dia sedar akan tujuannya hidup di muka bumi dan dia tahu apa yang harus dicapainya untuk mendapatkan kebahagiaan di dunia mahupun di akhirat. Inilah yang dikatakan jiwa merdeka apabila dia mengetahui matlamat hidupnya sebagai hamba Allah dan sebagai Khalifah di muka bumi Allah ini. Firman Allah S.W.T: “Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu” (Surah Az-Dzaariyaat:56). Maka jelas bahawa tugas manusia di bumi Allah ini adalah untuk memakmurkan bumi dan menjalankan segala muamalat dan urusan dunia dengan pengharapan untuk mendapat keredaan Ilahi. Bila semua unsur ini (pengetahuan tentang diri, Tuhan, dunia dan Akhirat) berpadu, ia akan menghasilkan satu kebahagiaan yang tidak ternilai harganya yang menjadikan jiwa seseorang itu merdeka dan bebas dari unsur kejahatan yang cuba menguasai diri demi mencapai kenikmatan duniawi semata-mata tanpa memikirkan kenikmatan ukhrawi.

Konklusi Dan Agenda Pengisian Jiwa Merdeka

Generasi kini harus lebih berdaya saing dan berfikiran jauh dalam menghadapi cabaran dunia yang dengan kemelut. Generasi ini haruslah berjihad (berusaha dengan bersungguh-sungguh) dalam mencapai satu matlamat dan bukannya melakukan sesuatu sekadar melepaskan batuk di tangga. Mereka ini bakal mengundang hasil yang produktif dalam diri mereka sekaligus menyumbang kepada pembangunan negara. Generasi ini juga mempunyai semangat juang yang tinggi yang tidak mudah putus asa dan sentiasa berfikiran positif dalam melaksanakan sesuatu tugas kerana niat mereka adalah untuk mencari keredhaan Ilahi dan ikhlas kepada Allah S.W.T. Generasi yang berjiwa merdeka harus ini bebas berfikir berlandaskan syariat, Al-Quran dan As-Sunnah dalam melontarkan pandangan demi kebaikan bersama. Budaya tegur menegur dan nasihat menasihati menjadi pokok asas membincangkan masalah bersama yang secara tidak langsung dapat mengeratkan ukhuwwah fillah diantara masyarakat dan membina perpaduan dan toleransi yang dapat memerdekakan jiwa daripada persengketaan. Budaya ilmu juga seharusnya menjadi tunjang dalam kehidupan generasi berjiwa merdeka yang mengangkat dan memartabatkan ilmu pengetahuan bagi membangunkan intelektualiti dan pemikiran generasi agar menjadi masyarakat yang bertamadun tinggi. Nilai-nilai keagamaan dan moral harus diterapkan dalam sistem pendidikan agar generasi yang bakal mewarisi kepimpinan negara dapat menghayati makna kehidupan sebenar yang berlandaskan kepada agama yang dapat membina intelektualiti dan spiritual mereka. Generasi berjiwa merdeka juga dapat mengawal nafsu mereka daripada dikuasai oleh nafsu mereka sendiri yang didorong oleh syaitan dan mereka juga memelihara kesucian hati (qalb) mereka daripada melakukan perkara yang boleh mengongkong dan membunuh jiwa nurani mereka. Generasi ini juga membawa risalah kebenaran dengan menyeru kepada perkara maaruf yang mendatangkan manfaat kepada umat dan mencegah perkara mungkar yang boleh merosakkan jiwa ruhaniyyah mereka. Mereka juga mengukuhkan ruhaniyyah mereka dengan melakukan segala suruhanNya dengan penuh tulus ikhlas kepada Allah S.W.T dan mereka ini sentiasa mengisi jiwa mereka dengan tadabbur, ta’aqul dan takaffur menghayati kebesaran sifat Allah dan mereka ini menghayati makna sebenar kehidupan di dunia bahkan di akhirat yang memerdekakan jiwa mereka daripada dorongan nafsu duniawi yang hanya cuma bersifat sementara. Inilah budaya yang harus diisi oleh generasi kini untuk menjadi generasi yang berjiwa merdeka. Apabila seseorang itu sentiasa menuruti nafsu syahwatnya demi mencapai kehendaknya semata-mata, maka seseorang itu masih belum dikatakan merdeka kerana dirinya sentiasa terbelenggu dengan dosa-dosa dan menjadi hamba kepada nafsunya sendiri dan dia memperhambakan dan memperdagangkan dirinya kepada syaitan.

Polis Mohon Maaf Pada Pimpinan Pakatan Rakyat..???

Pihak polis telah memohon maaf kerana tidak mengambil tindakan pantas sewaktu berlakunya protes dan perarakan kepala lembu sebagai membantah cadangan pindahan kuil Hindu di Shah Alam semalam, kata exco kerajaan Selangor, Dr Xavier Jeyakumar.


Katanya, Ketua Polis Daerah Shah Alam Noor Azam Jamaluddin menyuarakan perkara itu kepada beberapa pemimpin Pakatan Rakyat dalam satu pertemuan pagi ini.

Menurutnya, Noor Azam menjelaskan bahawa pegawai yang ditugaskan di tempat kejadian adalah seorang pegawai junior.

"Jadi Noor Azam telah memberi jaminan bahawa tindakan akan diambil segera terhadap mereka yang bertanggungjawab (menganjurkan protes dan perarakan tersebut)," kata Jeyakumar yang bertanggungjawab menjaga halewhal bukan Islam di Selangor.

Menurut Dr Xavier, banyak laporan polis telah dibuat berhubung kejadian semalam.

"Banyak (laporan) dibuat oleh NGO, ahli majlis, Pemuda PAS, Pemuda PKR dan beberapa individu," katanya.

Pertemuan selama setengah jam itu diadakan di ibupejabat polis Shah Alam dan dihadiri oleh ahli parlimen DAP, Charles Santiago dan juga exco kerajaan Selangor, Ronnie Liu.

Semalam, kira-kira 50 penduduk yang membantah cadangan pemindahan kuil Hindu ke Seksyen 23 Shah Alam, telah berarak membawa kepala lembu ke bangunan pejabat kerajaan Selangor petang semalam.

3 penyebab Umno terus ditolak di Permatang Pasir .!


Oleh Dzulfikar Mashoor

ANALISIS

KUALA LUMPUR, 29 Ogos: Bersandarkan rekod kekalahan tipis 65 undi pada pilihan raya Manek Urai, Umno meletakkan keyakinan mereka mampu menang di PRK Permatang Pasir.

Mereka juga berpendapat, penyumbang kepada kekalahan tipis di Manek Urai adalah faktor kredibiliti dan emej calon yang dilihat sedikit "bersih" berbanding calon mereka pada PRK sebelum ini. Namun di N11, terbukti sandaran keyakinan Umno BN itu tetap silap.

Pengarah Strategik PKR Tian Chua berpendapat kekalahan Barisan Nasional di N11 itu berpunca oleh stretegi kempen Umno sendiri yang terlalu menekankan politik perkauman yang sempit.

"Umno mendominasi kempen di Permatang Pasir dengan agenda-agenda Melayu serta perkauman yang sempit, sedangkan mereka tidak sedar bahawa (calon) lawan mereka juga adalah melayu dan seorang yang berpegangan agama Islam yang benar."

Beliau yang juga Ahli Parlimen Batu berkata teknik berkempen secara "cauvinisme" (perkauman melampau) Umno dengan berpandukan demografi 70 peratus undi Melayu dan 25 peratus undi Cina bukanlah suatu langkah yang strategik.

"Umno tidak boleh begitu cauvenis walaupun pengundi Melayu 70 peratus, sedangkan pengundi Cina hanya 25 peratus. Rakyat sudah bijak menilai kejujuran parti serta calon. Baik Melayu atau Cina, mustahil rakyat akan pilih parti yang tidak jujur (atau) calon yang tiada kredibiliti," katanya ketika dihubungi Harakahdaily.

"Satu Malaysia (tajaan) Umno sebenarnya tidak ikhlas. Hari ini, dia kata Malaysia untuk semua bangsa. Bila datang pilihanraya (kecil), dia (Umno) kata Malaysia ini Melayu punya. Tidak ikhlas lebih buruk dari tidak jujur,' tambahnya lagi.

Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat Dato' Abdul Halim Abdul Rahman yang dihubungi kemudian, berpendapat bahawa calon dan parti bukanlah faktor utama Umno ditolak di N11 Permatang Pasir.

Sebaliknya rakyat kian yakin terhadap kemampuan Pakatan Rakyat, berbanding Umno walaupun media arus perdana melaporkan berita secara tidak adil.

"Rakyat sebenarnya bijak dan rasional. Rakyat yakin Pakatan mampu dan kukuh, walaupun TV3, Utusan Malaysia dan Berita Harian melaporkan Pakatan Rakyat sebagai 'pakatan yang rapuh.'"

"Rakyat muak dengan propaganda televisyen dan surat khabar yang Umno mainkan. Umno masih digambarkan bersih dan amanah (dalam media), sedangkan rakyat melihat pemimpin-pemimpin Umno terlibat dalam rasuah dan skandal pecah amanah," ujar Ahli Parlimen Pengkalan Chepa itu.

Bagaimana pun, beliau tidak menafikan faktor kredibiliti calon serta parti sebagai punca Umno kalah di Permatang Pasir.

"Sejak dari awal lagi calon Umno (Rohazat Othman) dilaporkan banyak masalah peribadi dan pekerjaannya. Jika calon bermasalah, bermakna undi (sokongan) juga pasti ada masalah. Saya setuju, calon itu penilaian yang penting."

"Umno sedang ketinggalan zaman, suatu parti purba. Umno masih berkempen tanah Malaysia ini milik orang Melayu, sedangkan banyak kes pengkhianatan Melayu seperti isu tanah, kedudukan Islam serta isu bahasa (PPSMi) dilakukan (oleh) pemimpin-pemimpin Umno sendiri,' tambahnya.

Tegasnya lagi, Umno akhirnya tetap ditolak rakyat Permatang Pasir sekali pun calon mereka dikenali bermoral dan amanah, kerana Umno sendiri dikenali khalayak sebagai parti yang khianat Melayu dan tiada sahsiah.

Bagi Ahli Parlimen Kuala Selangor yang juga bekas pengarah Pusat Penyelidikan PAS Pusat (PPP) Dr Dzulkifli Ahmad, andaian bahawa Umno mampu membenamkan calon PAS Ustaz Mohd Salleh Man jika calon mereka tidak dibelit pelbagai masalah peribadi dan moral, sebagai suatu andaian menyedapkan hati pemimpin-pemimpin mereka.

Kata Dzulkifli, Umno sebenarnya masih sukar memenangi N11 Pasir, walaupun calon Umno disegani bersih dalam kalangan ahli-ahli mereka serta pengundi sendiri.

"Umno masih angkuh, walaupun banyak pihak dari awal mengkritik peribadi calon mereka (Rohaizat), mereka tetap menamakan calon tersebut (Rohaizat).

"Andainya pemimpin mereka mengubah calon yang lebih bersih sekali pun, mereka (umno) tidak mudah memenanginya (Permatang Pasir) kerana Umno juga bermasalah."

Tambahnya lagi, perhitungan pengundi secara normalnya bukan sakadar terhitung oleh peribadi calon, malah integriti parti dan isu-isu berkaitannya.

"Dalam suasana yang biasa, iaitu tidak adanya 'Thunami Politik' seperti 8 Mac (tahun) lalu atau era Reformasi 1998 sekalipun, perhitungan pengundi bergantung pada faktor peribadi calon, integriti parti (yang bertanding) serta dinamika isu. Di Permatang Pasir tentunya begitu (perhitungan pengundi)."

Ujarnya lagi, sebanyak 30 peratus perhitungan pengundi masing-masing tergantung pada faktor peribadi calon serta integriti parti-parti yang bertanding.

Bakinya, iaitu 30 peratus bergantung pada dinamika isu-isu yang dilihat sekitar satu-satu pilihan raya kecil Permatang Pasir.

Mengulas perhitungan Manek Urai yang acapkali dijadikan sandaran bahawa Umno serta calonnya semakin diterima rakyat, Dzulfikli menjelaskan bahawa perhitungan pengundi di Dun tersebut sebenarnya banyak dipengaruhi dinamika isu, 30 peratus.

"Manik Urai buat penampilan Umno disebabkan PAS sedikit terjejas dengan pelbagai dinamika isu seperti kerajaan perpaduan, Manik Urai 'Anak Emas' kerajaan persekutuan, dan banyak lagi."

"Ditambah, Umno guna wang terlalu banyak dengan menjanjikan pelbagai pembangunan, tentunya mengaburi perhitungan pengundi."

"Dengan bahasa yang lebih mudah, perhitungan di Manik Urai masih disebabkan dinamika isu, kalau tidak pun calon Umno tidak mengalami masalah seperti di Permatang Pasir."

Pilihan raya kecil Permatang Pasir menyaksikan peribadi Rohaizat dibelit kes pecah amanah RM161, 000 wang Koperasi Pekebun Kecil; dan kedudukan isteri keduanya, Rafizah Mohamad Ali.

Selain itu, kes penjualan tanah Johor pada Singapura 1980an, rasuah, kematian Beng Hock, dasar pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI), undi hantu turut mewarnai Umno sejak hari penamaan calon, 17 Ogos lalu.

Soal peribadi calon, integriti Umno - dinamika isu; 3 faktor tersebut mengakibatkan Umno bukan sahaja kalah di Permatang Pasir, malah gagal memanfaatkan peluang keemasan setelah kalah tipis 65 undi dalam pilihan raya kecil sebelumnya

Tapak Kuil Seksyen 23 Shah Alam (Explanation Revisited)

By Khalid Samad

Baru-baru ini, banyak betul yang kita dengar berhubung isu tapak kuil yang dicadangkan di Seksyen 23, Shah Alam. Yang tahu, yang tak tahu dan yang buat-buat tahu, semuanya turut sama mengemukakan pandangan masing-masing. Di antaranya, pandangan Noh Omar yang menyatakan bagaimana kerajaan PR tidak peka terhadap sensitiviti umat Islam.

Oleh itu, bagi mereka yang ingin tahu, izinkan saya menceritakan serba sedikit perkara sebenar berkenaan isu ini. Tapak Kuil yang dicadangkan adalah di kawasan Industri, lebih 200 meter dari kawasan perumahan. Sebuah Kuil yang sekarang ini berada di Seksyen 19 akan dipindahkan ke tapak baru yang dicadangkan ini. Di Seksyen 19, kuil berkenaan hanya berjarak 20 kaki dari kawasan perumahan! Buka pintu rumah, seberang jalan terdapat kuil.

Sebenarnya, kuil Seksyen 19 telah berada di situ sejak zaman sebelum wujudnya Shah Alam lagi. Pada masa itu kawasan di mana kuil tersebut dibina dinamakan Ladang Sungai Renggam. Apabila PKNS ambil-alih, maka dijadikan kawasan perumahan. Semasa membina dan menjual rumah-rumah di Seksyen 19, PKNS tidak menunjukkan kuil tersebut di dalam pelan mereka. Sebaliknya yang ditunjuk adalah rumah-rumah teres dua tingkat.

Maka, para pembeli rumah sekitar kuil tersebut, 80% dari mereka yang merupakan orang Melayu Islam pun terperanjatlah apabila berpindah ke rumah baru mereka dan mendapati kuil masih berada di situ. Sedangkan mereka diberitahu bahawa kuil tersebut akan dipindahkan. Malangnya, PKNS di bawah pemerintahan Kerajaan Negeri UMNO/BN, tidak menunaikan janji mereka dan tidak juga bertanggung-jawab dalam soal ini. Kalau diusahakan pada ketika itu, masih terdapat banyak kawasan lapang, maka perancangan yang lebih sesuai dan tepat dapat dilaksanakan.

Seperti yang diduga dan sepertimana biasa, kerajaan BN tidak melakukan apa-apa. Penduduk terpaksa bersabar selama 26 tahun, menagih janji dari PKNS dan kerajaan BN Selangor, sehinggalah naiknya kerajaan PR. Kami mengusahakan dengan serius dan bersungguh-sungguh sehingga terhasilnya cadangan kuil Seksyen 19 dipindahkan ke Seksyen 23.

Sepatutnya Noh Omar mencerminkan diri sebelum mengeluarkan pendapatnya. Takut-takut meludah ke langit, terjatuh ke muka sendiri. Siap dengan kahak lagi! Sekiranya tapak di Seksyen 23 mahu dikatakan tidak peka dan tidak sensitif, kedudukan di Seksyen 19 mahu dipanggil apa? Mendera? Menyeksa? ataupun derhaka?

Kalau ikut kehendak masyarakat Hindu yang juga merupakan rakyat negeri ini, mereka ingin kuil tersebut kekal sahaja di situ. “Inilah tapak asal kami, sepatutnya PKNS mengambil kira kehadiran kuil kami di sini semasa merancang pembangunan kawasan Shah Alam”, kata mereka. Tetapi apa boleh buat, nasi sudah pun menjadi bubur, mereka amat menyesal mengundi BN sejak dari dulu lagi. Akhirnya hasil perbincangan yang waras, mereka sanggup bertolak ansur. Sanggup berpindah, asalkan tidak terlalu jauh. Kuil ini dikunjungi penganut Hindu dari Seksyen 19, 20 dan 23.

Oleh itu, PKNS ditugaskan untuk mencari tempat yang sesuai. Tapak yang dicadangkan adalah seperti yang dinyatakan. Cadangan dikemukakan kepada MBSA dan seterusnya kepada Exco kerajaan Negeri. Semua menganggap ianya sesuai dan masalah di Seksyen 19 di mana suasana diperhangatkan oleh NGO Melayu/UMNO seperti Pewaris, perlu diselesaikan dengan segera.

Ini yang perlu kita perlu fahami. Tapak di Seksyen 23 bukan untuk kuil baru. Ianya adalah untuk memindahkan kuil yang sedia ada di Seksyen 19. Kedudukannya tidak terlalu hampir dengan kawasan perumahan, di mana terdapat Dewan orang ramai dan juga sebuah padang permainan di antara tapak kuil tersebut dengan kawasan perumahan. Ianya merupakan kawasan Industri. Kalau kilang boleh diletakkan di situ tanpa sebarang bantahan dari penduduk, mengapa tidak kuil? Sedangkan jarak kawasan Industri dari perumahan sudah mengambil kira terlebih dahulu semua aspek yang wajar dipertimbangkan.

Saya faham ada yang ingin mempolitikkan isu ini. Memang suku sakat Ketua Bahagian UMNO duduk di situ. Saya rasa Najib kena ‘mendidik’ ahli UMNO. Kikis semangat perkauman yang sempit yang diasaskan selama ini. Adakah beliau mampu lakukannya? Adakah beliau ingin lakukannya? Najib ke Batu Caves dengan begitu gah ceria, 1Malaysia katanya. Kita ingin lihat sejauh mana falsafah Najib difahami ahli partinya sendiri atau ianya semua hanya satu sandiwara untuk mengaburi mata rakyat?

Seorang penduduk Seksyen 23 memberitahu saya, “Jangan layan sangat YB, puak-puak ini, bukan sekadar kuil mereka bantah. Buat kuliyyah di Surau pun mereka bantah juga”.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Apa dah jadi, tak aman lagi ..!!! Kata media UMNO@BN..???

Oleh Salleh Majid (Utusan Malaysia)

OGOS 29 - Akhir-akhir ini banyak ditimbulkan soal hak orang Melayu dan kontrak sosial. Keadaan yang pada suatu ketika, kita lihat seperti aman damai selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 bertukar seolah-olah tidak dapat dibendung lagi perasaan geram sesetengah orang sehinggakan mereka ini lupa akan sensitiviti orang Melayu.

Malahan ada juga di kalangan pembangkang yang baru merasa kuasa setahun jagung sudah berani memperkecilkan agama Islam.

Gelagat orang seperti ini boleh membangkitkan perasaan marah di kalangan orang Melayu yang sekian lama agak diam.

Walau bagaimana pun ada juga di kalangan segelintir mereka yang membiarkan diri mereka dikudakan oleh orang yang lantang bersuara tidak mengira sentimen dan perasaan orang lain.

Sikap orang Melayu telah dapat kita lihat dengan sikap tolak ansur yang berlaku di Pulau Pinang. Walaupun Umno pada masa dulu memperolehi majoriti dalam kerajaan negeri, tetapi disebabkan sikap baik hati telah memberikan Gerakan memerintah Pulau Pinang.

Hari ini apabila Pulau Pinang telah jatuh ke tangan pembangkang semakin rapat kita lihat akan menjadi Singapura nombor dua di negara kita sendiri.

Tidak hairan kalau lama kelamaan orang Melayu akan terpinggir dari Pulau Pinang sendiri, pulau yang terkenal dengan nama Pulau Mutiara itu.

Saya pernah menyatakan walaupun Dasar Ekonomi Baru meletakkan peruntukan

30 peratus pencapaian hak milik Bumiputera, selepas 39 tahun hanya 19 peratus yang tercapai.

Itu selepas lapan Rancangan Malaysia dan masuk Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9). Kalau diandaikan satu RMK bernilai RM100 bilion, lapan RMK sudah berjumlah RM800 bilion.

Apabila dicampurkan dengan yang ke-9 yang bernilai RM220 bilion, jumlah keseluruhan yang dibelanjakan untuk pembangunan negara ialah RM1.02 trilion.

Siapakah yang mendapat manfaat yang terbesar sekali dengan perbelanjaan yang begitu besar? Kalau bukan orang bukan Melayu, siapa?

Kita lihat hampir kesemua sektor bidang ekonomi dikuasai oleh bukan Bumiputera. Kalau ada pun mereka yang dilantik selaku pengerusi sana sini.

Kini dengan peraturan baru, mereka ini akan diketepikan kerana tidak perlu lagi 30 peratus Bumiputera.

Cakap-cakap yang mempersoalkan kontrak sosial, menghina orang Melayu dan agama Islam oleh orang bukan Melayu sudah melampau dan kalau perkara ini tidak dibendung sebelum merebak tidak tentu hala akan mendatangkan kesan yang buruk.

Kita sedar pemimpin kita sedang berusaha untuk mengembalikan keyakinan kepada bangsa lain supaya tidak beranggapan orang yang memerintah tidak pedulikan mereka.

Tetapi kita lihat bidang politik ini tidak lagi boleh dikatakan bidang orang Melayu kerana sudah banyak perbezaan sejak PRU 12.

Suara-suara lantang bukan saja daripada mereka yang menjadi pembangkang tetapi daripada mereka yang diharapkan oleh orang Melayu sendiri untuk memberikan kelainan kepada apa yang mereka lihat tidak digemari sebelum PRU 12 dulu.

Nyata sekali harapan itu tinggal harapan saja kerana telah terbukti bahawa mereka yang dapat kuasa tidak dapat menegakkan suara mereka sendiri sebaliknya ditentukan oleh orang lain.

Sekian lama negara kita dalam keadaan aman dan selesa, kini kita berdepan dengan suatu suasana yang kurang selesa dan kurang aman.

Parti-parti komponen Barisan Nasional bercakaran. Lihat saja yang terbaru, MCA memecat Timbalan Presidennya atas perkara yang berlaku dua tahun dulu. Apa jua sebab dia dipecat, gambaran kepada orang ramai ialah keresahan sudah dirasai.

Begitu juga PPP dan MIC. Apakah sebagai suatu parti yang suatu masa disegani sudah mula luntur imejnya dengan apa yang berlaku sekarang ini.

Apakah ini adalah ekoran daripada reformasi yang dikatakan dijalankan oleh masing-masing? Kalau ya, ia tidak mendatangkan manfaat malahan lebih buruk daripada dulu.

Isu kuil: MBSA diarah jumpa penduduk 5 Sept

Kerajaan Selangor telah mengarahkan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) supaya mengadakan perbincangan terbuka pada 5 September depan antara penduduk sebenar Seksyen 23, Shah Alam, pegawai MBSA dan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

“Perbincangan itu nanti bukan sahaja mendengar luahan pendapat masyarakat setempat tetapi juga memberikan peluang kepada kerajaan negeri menjelaskan fakta sebenar dan alasan yang menyebabkan keputusan menempatkan semula kuil Hindu di Seksyen 19 ke Seksyen 23,” kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Sementara menunggu tarikh perjumpaan tersebut, katanya, kerajaan negeri menggesa penduduk berkenaan supaya bertenang dan tidak dipengaruhi fakta-fakta yang tidak benar “yang sengaja diapi-apikan oleh kumpulan yang memang berniat jahat terhadap keharmonian rakyat dan kestabilan politik kerajaan Selangor”.

“Sekali lagi, marilah kita sama-sama memelihara sikap bertimbang rasa, rasional dan saling hormat menghormati kerana inilah cara terbaik bagi menyelesaikan hal ini,” tegasnya dalam satu kenyataan.

Kerajaan negeri, katanya, kesal dengan tindakan menghina, menghasut dan menimbulkan kemarahan di kalangan penganut agama lain yang diapi-apikan oleh segelintir kumpulan pembantah yang berarak membawa kepala lembu sebagai tindakan membantah pembinaan kuil Hindu di Seksyen 23, Shah Alam.

Abdul Khalid berkata, ketika rakyat sedang bersiap sedia untuk menyambut Kemerdekaan negara, sikap tidak bertolak ansur terhadap agama lain yang masih wujud di kalangan segelintir rakyat Malaysia itu, sangatlah dikesali.

“Kejadian dan tindakan menghina agama orang lain itu menyebabkan seluruh negara ini dilihat undur kebelakang dalam usaha mewujudkan rasa hormat terhadap kepelbagaian agama dan adat resam dalam kalangan penduduk pelbagai keturunan.

“Walhal usaha tersebut, sebenarnya sudah dilakukan sejak kemerdekaan tahun 1957 lagi, demi pembinaan satu negara bangsa yang memperlihatkan persamaan visi dan identiti,” tegasnya.

Sehubungan itu, katanya, kerajaan negeri berharap semua rakyat bersikap matang dan tidak mudah terpengaruh dengan sikap tidak bertanggungjawab segelintir pembantah tersebut kerana ia dikhuatiri boleh mewujudkan ketegangan antara kaum.

“Dalam hal ini, walaupun kita wajar mengecam tindakan mereka yang tidak bertanggungjawab tersebut, namun kita lebih baik menyerahkan kepada pihak berwajib untuk mengambil tindakan,” tegasnya.

Katanya, kerajaan negeri meminta polis segera mengambil tindakan secara adil dan melakukan penyiasatan termasuk mengambil tindakan terhadap pihak-pihak yang mengugut para pemimpin kerajaan negeri.

Gedung Kartun 'guna permit palsu': KDN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) merampas 408 naskah majalah Gedung Kartun versi bahasa Malaysia di syarikat penerbitan Sepakat Efektif Sdn Bhd pada Selasa lepas kerana tiada permit penerbitan.

Sebanyak 18 keping plat percetakan majalah itu dirampas di syarikat percetakannya K Vin Publisher di Seri Kembangan, Serdang sehari selepas itu.

Ekoran itu, Sepakat Efektif Sdn Bhd didakwa di bawah Seksyen 5(2)(b) Akta Mesin Cetak 1984 kerana mengedarkan majalah yang tiada permit, kata Ketua Komunikasi Korporat KDN Jamilah Taib menerusi satu kenyataan di Kuala Lumpur semalam.

Menurut Bernama, beliau berkata rampasan itu dilakukan setelah KDN menerima maklumat mengenai pengedaran majalah kartun itu yang diterbitkan secara berkala oleh syarikat penerbitan berkenaan yang beralamat di 153-1, Jalan Sultan Abdul Samad dekat Brickfields.

"Setelah diselidik, penerbitan majalah Gedung Kartun tidak mempunyai permit bahkan permit penerbitan yang ditunjukkan adalah palsu," beliau dipetik berkata.

Jamilah berkata peruntukan undang-undang yang sama turut dikenakan terhadap K Vin Publisher kerana mencetak bahan yang tiada permit.

Tambahnya, syarikat pencetakan itu turut didapati menyalahi Seksyen 4(1)(a) akta yang sama.

"Ini kerana kementerian telah menemui bahan-bahan tidak bermoral dan lucah yang turut dicetak di kilang itu berdasarkan penemuan sisa buangan disyaki lucah sebanyak 150 helai dan satu keping plat majalah disyaki lucah," katanya, seperti dilaporkan agensi berita tersebut.

Katanya, jika disabitkan kesalahan kedua-dua pihak boleh dipenjara tidak lebih daripada tiga tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya sekali.

Awal minggu ini Malaysiakini melaporkan, serbuan itu dipercayai berkaitan kandungannya, antaranya memaparkan gelagat Datuk Seri Najib Razak yang tersilap mengibarkan bendera Mongolia bersempena sambutan hari kemerdekaan negara.

Isteri perdana menteri, Rosmah Mansor, digambarkan sebagai dalang yang menggerakkan wayang kulit berkepala suaminya, selain seorang yang menggunakan khidmat bomoh dan dilabelkan sebagai "Rosmoh."

Setebal 68 halaman, Gedung Kartun juga menggelarkan Najib sebagai "Datuk Nazak", dipercayai singkatan namanya dan bapanya Tun Abdul Razak Hussein.

Prophet Muhammad (PBUH) did not teach this!

Ramadan is a test for one's patience, perseverance for peace and not an occasion to parade one's arrogance and ignorance over the medium and message of Islam. I refer to Malaysia's "cow head" protest march over the relocation of a Hindu temple. Educate, not aggravate. Wage peace, not war. Help the Malaysian Indians, not further incite hate on them. Resolve this issue through peaceful means.




Cow-head politics: Fear not, those who misrepresents Islam
by Azly Rahman


In the name of Allah Most Gracious Most Compassionate

1. By Al-'Asr (the time).

2. Verily! Man is in loss,

3. Except those who believe (in Islâmic Monotheism) and do righteous good deeds, and recommend one another to the truth (i.e. order one another to perform all kinds of good deeds (Al-Ma'rûf)which Allâh has ordained, and abstain from all kinds of sins and evil deeds (Al-Munkar)which Allâh has forbidden), and recommend one another to patience (for the sufferings, harms, and injuries which one may encounter in Allâh's Cause during preaching His religion of Islâmic Monotheism or Jihâd, etc.).

-- Surah AlAsr (Time)

For Muslims (those who submit to the Will of Allah) and those who are embarking on a journey of peace, Ramadan is a time for deep reflection and contemplation on the sufferings of the self and of others. It is a month in which the oftentimes arrogant, boastful, aggressive self retreats to this Inner Cave and work hard towards cleansing the body, the mind, the spirit, and the soul. It is a long but reflective journey Muslims believe must be taken.

The incident of a group of 50 Malaysians carrying a severed cow head, marching to the Selangor State Government’s Office is an example of a misrepresentation of Ramadan. It is a dangerous act that disrespects the holy month. Muslims should be outraged at the gross misrepresentation of Islam. One must read The Sepoy Rebellion during British India in order to understand where this might lead us to, in the worst case scenario. One must also not forget Malaysia’s Kampong Medan incident a few years back in order to understand the anatomy and chemistry of hate.

The "cow-head march" incident is a mindless act and Malaysians are becoming weary of these stunts that seem strange and timely and seem to become more and more hideous as we see the intensification of campaigns to take over this or that government. The phrase “Allahu Akbar” (Allah is Great) is abused. The greatness of Allah lies not in allowing a group of people to humiliate the religion of others. Allah’s greatness lies in the guide given to us to respect the religion of others, and to understand what the universal message of Islam is. Everything is good in the hands of the author of things, everything degenerates in the hands of Man, said the French philosopher Jean Jacques Rousseau. In Islam, Evil is the work of Man, and Good comes from the Creator. Those who humiliate others are those who allow nafs amarrah (lowest/animalistic stage of the soul) to take charge of their actions.

Muslims should condemn the group of 50 and the authorities including the religious authorities should investigate if this is a seditious act against Islam.

I do hope that the protesters who abuse Ramadan ask themselves what is triggering their intent to march and what forces, if any, are behind their act. If necessary, the group can seek legal help in resolving this.

Non-Muslims need not fear the consequences of these antics or the action of the few who are misrepresenting Islam. You have the brotherhood and sisterhood of thinking and feeling Muslims who know what is acceptable and what is not in a multiracial society.