Jumaat, 28 Ogos 2009

Najib: "Kita berusaha tenteramkan Umno Terengganu "..akhirnya negeri bawah UMNO@BN yang bermasaalah..????

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berkata, Umno sedang berusaha untuk mententeramkan pergolakan politik parti itu yang berlaku di Terengganu.

"Kita sedang berusaha untuk mententeramkan keadaan," kata Presiden Umno ketika diminta mengulas mengenai pergolakan Umno yang berlaku di Terengganu pada masa ini.

Umno Terengganu kini sedang mengalami krisis berikutan masalah dalaman yang dihadapi beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti itu dengan Menteri Besar, Datuk Ahmad Said.

Terbaru, laporan sebuah portal turut menyatakan sembilan wakil rakyat Umno negeri itu bercadang meninggalkan parti untuk menyertai Parti Keadilan Rakyat.

Bagaimanapun, perkara itu dinafikan oleh salah seorang ADUN, Datuk Rosol Wahid.

Selcat Siasat Peruntukan Habis Dalamasa 3 Bulan Sebelum PRU 12

Jawatankuasa Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) akan mengadakan siasatan terbuka mendedahkan penyelewengan dana oleh kerajaan negeri yang lalu.

Jawatankuasa ini juga akan menyiasat penggunaan dana adun-adun Pakatan Rakyat bermula dari tahun lepas hingga ke suku tahun pertama 2009.

Siasatan yang dibuat akan dilaksana secara terbuka dan dipengerusikan oleh Speaker Teng Chang Khim bermula 8 September hingga 11 September, dan 15 September di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri.

Turut dipanggil adalah saksi-saksi dari kalangan pegawai-pegawai daerah di semua daerah di Selangor untuk diambil keterangan berkenaan penggunaan dana oleh para Adun.

Juga disiasat adalah dakwaan bahawa adun-adun BN telah menghabiskan semua peruntukan kerajaan negeri dalam masa tiga bulan sahaja sebelum Pilihanraya Umum ke-12.

Hasil siasatan sebelum ini mendapati 203 permohonan untuk peruntukan diluluskan dalam masa satu hari sahaja, bahkan wang yang diagihkan itu diluluskan selepas Parlimen dibubarkan pada 13 Februari.


Pemuda Umno, BN kutuk perarakan kepala lembu

Pemuda Umno dan BN mengutuk sekeras-kerasnya perarakan kepala lembu ke bangunan Setiausaha Kerajaan Selangor, dalam demonstrasi membantah cadangan pembinaan kuil Hindu dekat Seksyen 23, Shah Alam, petang tadi.

khairy jamaluddinKetuanya, Khairy Jamaluddin berkata, tindakan tersebut tidak langsung menyerlahkan sensitiviti dan penghormatan wajar terhadap agama dan kepercayaan orang lain yang perlu demi keharmonian antara kaum.

"Sebaliknya, tindakan emosional dan menghina sebeginilah yang boleh membawa kemudaratan kepada keamanan negara," kata Khairy yang juga pengerusi Pemuda BN, dalam satu kenyataan hari ini.

"Sekiranya mereka yang melakukan perarakan ini tidak senang dengan cadangan pembinaan kuil di kawasan perumahan mereka pun, mereka sepatutnya menggunakan saluran yang sedia ada untuk meluahkan ketidakpuashatian sejajar dengan semangat sivik atau kemasyarakatan.

"Saya sedar bahawa memorandum membantah cadangan tersebut yang dihantar oleh Jawatankuasa Bertindak Bantahan Pembinaan Kuil Seksyen 23 kepada ADUN Batu Tiga barangkali tidak mengubah keputusan kerajaan Selangor untuk meneruskan rancangannya membina kuil tersebut, berdasarkan kenyataan menteri besar.

"Namun, ini bukan satu alasan untuk wakil-wakil penduduk berdemonstrasi dengan cara menghina seolah-olah negara kita tidak bertamadun. Kalaupun kemahuan mereka tidak tercapai, sensitiviti terhadap agama dan kaum lain tidak boleh sekali-kali diketepikan," katanya.

Yang menyedihkan, kata Khairy, ialah demonstrasi itu diadakan atas nama NGO Melayu selepas solat Jumaat di bulan Ramadhan al-Mubarak.

"Saya percaya ini bukanlah tindakan yang diterima di sisi Islam, agama yang memuliakan kesederhanaan dan menghormati kepercayaan orang lain," tambahnya.

Boleh bangkit kemarahan

Sebaliknya, tegas Khairy, tindakan tersebut barangkali akan mengakibatkan kemarahan orang Hindu.

"Orang Melayu Islam yang menganjur dan terlibat dengan demonstrasi ini sepatutnya fikir sejenak, apa perasaan mereka jika cadangan membina masjid di kawasan bukan Melayu - yang memang pun berlaku - membawa kepada golongan bukan Melayu membakar dan memijak al-Quran?

"Tidakkah orang Melayu akan bangkit dengan kemarahan membara?

"Jika ya, tidakkah perarakan kepala lembu yang dipenggal itu tidak serupa hina? Di manakah semangat 1Malaysia yang wajar dipraktikkan terutamanya oleh orang Melayu Islam sebagai golongan majoriti negara ini?" soalnya.

Sehubungan itu, katanya, beliau mendoakan agar kelakuan petang tadi tidak akan membawa kepada sebarang insiden yang lebih serius.

"Jika ada yang menganggap agama Islam dihina atau diperlekehkan sepertimana yang berlaku dengan isu jualan arak di negeri Selangor baru-baru ini, saya akan bangkit mempertahankan maruah agama Islam.

"Tetapi saya juga akan bersuara sekiranya agama lain dihina. Islam mengajar kita untuk mengenali dan membuat baik dengan bangsa lain, sepertimana firman Allah SWT dalam surah Al-Hujarat, ayat 13:

"Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling mengenal."

Dan surah Al-Kafirun, ayat 6: "Untuk kamu agama kamu, untuk aku agama aku". Maka budaya menerima kepelbagaian agama ini termaktub dalam kitab suci al-Quran."

"Kepada umat Islam, marilah sama-sama kita menghayati ajaran agama yang sebenar. Janganlah kita mencemari bulan Ramadhan al-Mubarak ini dengan tindakan dan perbuatan yang menghina orang lain. Salah tetap salah. Benar tetap benar," tegas Khairy.

Dia sebenarnya hebat!



Aku dah kata dan aku dah saksikan sendiri. Dia memang hebat. Zunar adalah satu-satunya kartunis yang berani dan kritis. Seperti kata seorang penganalisis, tiada kartunis politik Malaysia seperti Zunar. Aku meminati Zunar sejak sekolah lagi dalam majalah Gila-Gila. Siapa yang tak kenal watak Sifar, Kaduk dan Liza, Gebang-gebang, Papa dan Kedana juga Ofis Korner. Sejak dulu lagi kartunnya pedas dan lantang.
Aku selalu lihatnya di Creative Enterprise pejabat Gila-Gila pada 1990-1991 waktu aku berguru dengan Rejabhad (Allahyarham) dulu tapi tidak berani menegurnya yang berwajah serius sentiasa itu. Namanya mendadak naik semula sewaktu era reformasi dengan karya2 'hidung besar'nya. Aku semakin kagum sewaktu melihat dalam Harakah gambarnya, Hishamuddin Rais dan beberapa kawan lagi mengangkat tangan dengan pakaian lokap kerana menyertai demonstrasi.
Sewaktu perhimpunan bantah kenaikan tol di Gombak 2006, aku berkenalan dengan Zunar(isteri aku yang tegur dan mengatakan padanya yang aku juga kartunis). Dia mempelawa aku melukis di Suara Keadilan dan seterusnya itulah yang berlaku.
pegawai KDN gugup bila Zunar berang dan meminta penjelasan dengan betul apabila mereka mendakwa kami menaruh nombor permit palsu di cover majalah. Akibatnya pegawai bertopeng itu menarik balik kata-katanya

"Why pinch when you can punch?" kata-kata Zunar membakar semangat. Bersama Jonos, anak muda kartunis yang bersopan santun mereka merancang sesuatu yang lebih besar untuk menyediakan platform bagi kartunis menyatakan pendirian dalam sesuatu isu kerana tidak mahu melihat kartunis Malaysia hanya bikin orang ketawa kosong saja. Aku dipanggil dan berlangsunglah pertemuan demi pertemuan dengan beberapa kartunis lain.
Masa bagai menyebelahi kami. Zunar keluar dari menjadi editor Suara Keadilan setelah ia 'dirompak' oleh puak-puak elit dalam PKR dan mengajak kami bersama saki-baki staf SK yang setia seperti Naza dan Syafiqsunny untuk meneruskan majalah ini. Berpindah-randahlah kami dari satu ofis ke satu ofis mencari markas dan akhirnya pulang semula ke Brickfields. Dengan Jasmine menguruskan pentadbiran, semuanya berjalan lancar sehinggalah satu demi satu dugaan melanda. Azzam turun naik KDN melayan birokrasi. Naza Grafik jatuh sakit dan memerlukan pembedahan kecil dan kemudian agak terganggu fikiran pula apabila adiknya meninggal dunia kemalangan. Jonos, aku, Azzam, Maisuri, Ira, Israq kemudian bergilir-gilir sakit. Gedung Kartun lahir sepatutnya lebih baik dari ini tetapi kami terpaksa juga walaupun dalam keadaan sakit.
Lihatlah apabila semua ini terjadi. Sekejap saja facebook dan panggilan telefon, emel bertalu-talu menyatakan sokongan padanya. Aku salute Zunar dan orang-orang yang tak melihatnya harus melihat wira ini. Dia living legend!

Temple demo: Residents march with cow’s head



Gadis mati di kuarters polis

Oleh NAZATUL SHIMA RAZALI

nazatulshima.razali@kosmo.com.my


Anak panah menunjukkan lokasi Lee May dipercayai terjatuh dan mati di Kuarters Rumah Kelamin IPD Kuala Kangsar semalam.


KUALA KANGSAR – Korban cinta tiga segi?

Mungkin itu punca Kwek Lee May (gambar), 20, ditemui mati selepas terjatuh dari tingkat tiga Kuarters Rumah Kelamin Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Kangsar di sini semalam.

Semasa kejadian pada pukul 8.15 pagi, Lee May yang bekerja di sebuah pusat kecantikan di sini mati tidak lama selepas sampai di Hospital Kuala Kangsar (HKK) di sini.

Jurucakap polis berkata, kejadian itu disedari oleh seorang tukang kebun di IPD terbabit yang ternampak gadis itu terjatuh dari salah satu tingkat di kuarters tersebut.

Difahamkan 15 minit sebelum itu, mangsa didakwa nyaris terjatuh dari tingkat empat bangunan Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Kangsar yang terletak bersebelahan IPD terbabit.




Mangsa kemudian dipercayai berjalan ke IPD itu sebelum dia kemudian terjatuh dari bangunan itu.

Seorang saksi di pejabat daerah dan tanah yang mahu dikenali sebagai Khairul, 30, berkata, dia ada nampak mangsa berada di tingkat empat bangunan pejabat daerah dan tanah tetapi gadis itu terpaksa beredar dari situ selepas dia ditegur oleh seorang kerani di pejabat berkenaan.

Penduduk Kg Buah Pala enggan pindah 1 Sept

Pengerusi Pertubuhan Penduduk Kampung Buah Pala, M Sugumaran berkata penduduk bertegas tidak mahu keluar dari kampung tersebut yang juga dikenali 'High Chapparal Pulau Pinang' sebelum 1 Sept walaupun perintah pengosongan telah dikeluarkan Mahkamah Persekutuan.

"Pendirian kami kekal tidak mahu keluar dari kampung ini melainkan satu perjanjian pampasan yang betul dicapai dengan pemaju, Nusmetro Ventures (P) Sdn Bhd," katanya kepada Bernama apabila dihubungi di Pulau Pinang hari ini.

Katanya, rumah teres dua tingkat yang ditawarkan pemaju hanya akan dibina dua tahun lagi jadi penduduk kampung rasa tidak selamat untuk menerima tawaran tersebut.

"Sekiranya kami keluar sekarang kami tidak ada rumah. Kami sepatutnya diberi pampasan sebelum tanah ini diberi kepada pemaju yang mana tidak mempunyai locus standi (tidak berhak)," katanya.

Beliau juga mendakwa pemaju masih lagi belum menerima perintah untuk merobohkan rumah dari kerajaan, sehubungan itu perintah pengosongan pada 1 Sept adalah tidak sah.

Penduduk Kampung Buah Pala perlu mengosongkan tanah itu sebelum 1 Sept susulan keputusan Mahkamah Persekutuan menolak rayuan penduduk 20 Ogos lepas bagi 23 keluarga menduduki tanah seluas 2.6 hektar tersebut.

Isu itu bertambah rumit apabila pihak pemaju gagal dalam dua percubaannya untuk merobohkan rumah penduduk berikutan bantahan daripada keluarga yang terlibat. BERNAMA

Samy Vellu kecam arak kepala lembu..!!

Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu mengecam tindakan sekumpulan penduduk Seksyen 23 Shah Alam dengan beberapa NGO Melayu mengarak kepala lembu ke bangunan Setiausaha Kerajaan Selangor sebagai membantah idea membina kuil baru Hindu.

Katanya, lembu merupakan binatang suci kepada penganut Hindu, dan tindakan kumpulan tersebut tidak boleh diterima dan dianggap mencabar kebebasan beragama yang dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan.

"Ia menjadi hak rakyat pelbagai agama, termasuk penganut Hindu untuk membina kuil dan tempat-tempat ibadat.

"Saya amat sedih kerana kumpulan ini telah mengarak kepala lembu ke bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (Selangor)," katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, tiada sesiapa pun yang harus dibenarkan untuk mencabar atau mempersendakan sebarang agama di negara ini.

Beliau bimbang tindakan tersebut boleh mengundang tindak balas dari masyarakat Hindu.

"Bagaimanapun, saya menggesa penganut Hindu khususnya supaya bertenang dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan," tambahnya.

Samy Vellu berkata, MIC mahu kerajaan dan pihak polis mengambil tindakan terhadap penganjur protes tersebut.

Katanya, mereka mesti dikenakan tindakan mengikut undang-undang kerana membahayakan keharmonian kaum di negara ini.

Laporan polis

Sementara itu, exco kerajaan Selangor, Dr Xavier Jayakumar menyifatkan perarakan itu “tidak wajar, tidak boleh diterima dan tidak sensitif terhadap agama lain.”

Katanya, beliau akan membuat laporan polis mengenai kejadian itu.

Dr Xavier berkata, mereka yang mengadakan perarakan itu tidak beretika dan mahu mencetuskan kebencian kaum dan agama.

“Saya akan buat laporan polis terhadap mereka,” katanya kepada Malaysiakini.

Beliau juga kecewa kerana anggota polis yang ditugaskan di situ didakwanya tidak mengambil tindakan terhadap mereka yang mengadakan perarakan tersebut.

Dr Xavier mendakwa, pihak polis tidak menghalang mereka yang mengadakan perarakan dan perhimpunan tersebut.

Sebaliknya, kata beliau, pihak polis sepatutnya bertindak menangkap mereka dan mendakwa mereka atas tuduhan membangkitkan kebencian.

Arak kepala lembu bantah kuil Hindu..!!

Sekumpulan penduduk Seksyen 23 Shah Alam dengan beberapa NGO Melayu mengarakkan kepala lembu ke bangunan Setiausaha Kerajaan Selangor sebagai membantah idea membina kuil baru Hindu.

Kira-kira 50 orang yang membentuk jawatankuasa bertindak penduduk seksyen itu berkumpul di masjid negeri, beberapa ratus meter dari bangunan tersebut, selepas solat Jumaat tadi.

Mereka berarak sebagai membantah Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, exco kebajikan negeri Rodziah Ismail dan exco kesihatan Dr A Xavier Jayakumar.

Mereka juga mensasarkan kemarahan mereka kepada ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad.

Dihubungi Malaysiakini sebelum perhimpunan tersebut, setiausaha Gabungan NGO Malaysia, Mohd Jurit Ramli berkata, beliau difahamkan kepala lembu itu sebagai simbol "pemimpin yang dicucuk hidung".

Bagaimanapun, tegasnya, membawa kepala lembu itu bukan inisiatif pihaknya.

Kelmarin, Dr Xavier dilaporkan meminta penduduk seksyen itu menimbang semula bantahan mereka terhadap keputusan kerajaan memindahkan kuil ke kawasan itu.

Beliau dipetik berkata, kerajaan negeri bercadang memindahkan pembinaan Kuil Sri Maha Mariaman kira-kira 300 meter dari tapak cadangan asal pembinaannnya kerana ia berdekatan dengan surau.

Berikutan tapak itu dianjakkan agak jauh, kerajaan dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) akan membina jalan raya di situ bagi memudahkan penganut Hindu ke kuil tersebut.

Sebelumnya, kuil di Seksyen 19 dipindahkan ke Seksyen 23 kerana kedudukannya terlalu rapat dengan kawasan kediaman.

Keputusan ini dibantah oleh sekumpulan penduduk Seksyen 23 dengan alasan mereka beragama Hindu hanya minoriti di situ.

Kuil itu dibuat untuk keperluan penganut Hindu di Seksyen 19, 20 dan 23 Shah Alam.

Peguam akan dedah SPRM dera saksi

Aduan berhubung saksi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) didera dengan ditampar beberapa kali, dibogel dan dipukul dengan batang besi, bakal didedahkan dalam prosiding inkues kematian Teoh Beng Hock.

Peguam keluarga Teoh, Gobind Singh Deo, berkata beliau akan mendedahkan laporan polis yang telah dibuat oleh saksi SPRM berhubung dakwaan itu bersama-sama bukti gambar kecederaan dialami mangsa ketika disoal siasat di pejabat SPRM Selangor di Tingkat 14, Plaza Masalam di Shah Alami.

Gobind mendakwa antara pegawai SPRM yang terlibat melakukan penderaan fizikal itu ialah saksi ke-19, Penolong Penguasa SPRM Selangor Mohd Ashraf Mohd Yunus, yang memberi keterangan dalam prosiding hari ini.

Peguam itu juga bercadang untuk mengemukakan beberapa soalan kepada Mohd Ashraf berhubung laporan polis itu yang mengaitkannya dengan dakwaan melakukan penderaan terhadap saksi tersebut.

Berikutan itu, koroner Azmil Muntapha Abas menangguhkan prosiding ke 8 September bagi membolehkan Mohd Ashraf untuk melantik peguam kerana soalan yang bakal ditanya Gobind boleh mendedahkan beliau kepada pertuduhan jenayah.

Gobind berkata laporan polis itu menerangkan secara terperinci bagaimana saksi berkenaan didera oleh pegawai SPRM di Tingkat 14, pejabat SPRM Selangor.

"Antaranya ialah pegawai bergilir-gilir menampar saksi, menutup mata saksi dan menyuruhnya berbogel, membalut batang besi dengan surat khabar dan menggunakannya untuk memukul perut, punggung, tangan dan kaki saksi, menendang di bahagian perut serta merotan untuk membelasah kemaluan dan tapak khaki sehingga saksi hampir pengsan.

"Ini bukan satu-satunya laporan polis yang ada pada kami, banyak lagi yang akan kami kemukakan," kata Gobind, yang enggan mendedahkan identiti pengadu buat masa ini.

Berhubung dakwaan itu, peguam pemerhati SPRM, Datuk Abdul Razak Musa berkata: "Itu sudah menjadi amalan biasa, itulah kerja mereka (untuk membuat tuduhan) selepas keluar dari pejabat SPRM atau balai polis.

"Kita tidak boleh menerima dakwaan itu begitu sahaja, sehingga ia dibuktikan kerana kes ini masih dalam siasatan," kata Abdul Razak.

Beliau berpendapat laporan polis itu tidak relevan untuk dikemukakan dalam prosiding itu kerana kejadian penderaan yang didakwa pengadu tidak ada kena-mengena dengan kes kematian Teoh.

Peguam yang dilantik bagi pihak kerajaan Tan Hock Chuan turut bersetuju bahawa kes penderaan yang didakwa itu tidak bersangkutan dengan prosiding inkues, malah nama Mohd Ashraf juga tidak dinyatakan dalam laporan polis itu.

Beliau berkata Mohd Ashraf berhak diwakili peguam jika mahkamah memutuskan untuk membenarkan Gobind melakukan pemeriksaan balas terhadap saksi itu (Mohd Ashraf) berhubung laporan polis berkenaan.

"Saksi (Mohd Ashraf) juga perlu diterangkan mengenai haknya untuk menjawab atau berdiam diri terhadap soalan yang akan dikemukakan oleh Gobind kerana ia boleh mendedahkannya kepada satu pertuduhan jenayah," kata peguam itu.

Ketika ditanya koroner sama ada beliau faham mengenai kesan dan akibat jika menjawab soalan Gobind kelak, Mohd Ashraf, yang kelihatan tenang di dalam kandang saksi berkata: "Saya faham."

"Kamu ada pilihan untuk menjawab atau tidak soalan itu. Jika kamu rasa soalan itu boleh menyebabkan kamu dituduh (atas satu pertuduhan jenayah), kamu ada hak untuk tidak menjawabnya," jelas koroner kepada Mohd Ashraf.

Beliau juga memberi tempoh masa kepada peguam SPRM untuk menyediakan soalan balas serta membuat penjelasan terhadap dakwaan penderaan dalam laporan polis itu, yang masih di peringkat siasatan.

Teoh, 30, setiausaha politik kepada Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kampung Baru dan Pengurusan Kilang Haram Selangor Ean Yong Hian Wah, ditemui mati di Tingkat Lima, Plaza Masalam pada 16 Julai lepas, selepas memberi keterangan sebagai saksi siasatan penyalahgunaan wang kerajaan negeri Selangor kepada SPRM Selangor di plaza itu. BERNAMA

Salah 1 Punca Kekalahan UMNO...!!

Gambar Hari Pengundian N11 - Kubang Semang -

Aku ingat ramai-ramai ni Pemuda BN, rupanya Pergerakan Pemuda UMNO Kepala Batas...
Kipas Susah Mati PAS.
Muslimah... alamak... berdebar-debar lak rasa... hahaha...!!! objek ditemui..!
Para pemuda harapan Negara...
Sape cakap huru-hara..? ok je ni ha...
PP UMNO buat bantahan pada pihak PDRM & SPR... geng-geng ni tak puas hati sebab penyokong PR berjaya menawan keseluruhan kaki lima jalan menuju ke pusat pengundian... oit..! datang lambat lepas tu banyak pulak komplen..! cit..! lain kali datang awal..!
Kecoh seketika... PP UMNO pun nak jugak tempat... datang lambat, demand lebih... perangai lanun..!
Kakak 2 orang ni cool je... UMNO dok kecoh-kecoh dekat belakang dia, dia buat bodoh je... layan pun buang masa...
Inike perhimpunan BERSIH 2 yang KJ anjurkan..?
Pakcik ni dengan anak dia lagi cool... korang yang tak datang langsung tak cool...
*Pakcik ini ialah ADUN Tawang, Kelantan YB Ustaz Haji Hassan Mohamad yang juga EXCO Kerajaan Negeri Kelantan... cool kan..?

Aku nak gerak usya UPU 2nd round... karang aku upload lagi gambar... Puteri UMNO ramai woi..! muahahaha... biar aku layan sorang dulu..! geng-geng UMNO kalau nak layan jugak, mintak tolong isi borang mana-mana parti PR dulu tau..! jangan degil..!

Muahahaha...!!!

Pagi tadi jam 8:20 aku dah terpacak dekat Pusat Pengundian Kubang Semang. penyokong PAS dah penuh dikiri dan kanan jalanraya menuju ke pusat pengundian. mungkin dalam 200-300 orang... masa aku sampai, DSAI & Calon PAS yang mewakili PR dalam PRK N11 dah masuk ke Pusat Pengundian.
Yang berbaju kuning berkumpul bawah kemah tu ialah para pemuda BN, mula-mula tak ramai... ada la dalam 20-30 orang je...melepak-lepak sambil menunggu geng-geng lain sampai...
Jam 8:25, geng-geng Pemuda BN yang berkonvoi dengan motor dari Bandar Bukit Mertajam (kalau tak silap aku) tiba ke Pusat Pengundian Kubang Semang... kuning beb... kuning..!
Yang ni sebahagian dari penyokong PR yang berkumpul di sebelah kanan jalan dari Masjid Kubang Semang menuju ke Pusat Pengundian Kubang Semang.
Jam 8:30, DSAI keluar dari Pusat Pengundian selepas selesai mengundi dengan diiringi oleh calon PAS yang mewakili PR, saudara Salleh Man...
Sempat beramah mesra dengan para penyokong PR yang menghadirkan diri memberi sokongan.
Dari sini, Salleh Man berpecah dengan DSAI... Salleh Man menuju ke Pusat Pengundian yang seterusnya (tak dapat dipastikan lokasi) manakala DSAI bergegas pulang ke KL.
Lambaian seorang pemimpin berjiwa rakyat...
Nak masuk kereta pun sempat lagi tu kena sambar...

Umno upah,latih pelajar sekolah bencikan Pakatan Rakyat ..!



Mohd Sabri Said

Dibayar antara RM20-30 setiap seorang. Diberikan baju 'T' yang bertulisan Pemuda Umno Kepala Batas. Dihantar ke Pahang menghadiri program bencikan PAS, DAP dan KeADILan.

Demikian antara penemuan Harakahdaily dalam siri kempen Barisan Nasional (BN) yang melibatkan pelajar-pelajar sekolah baru-baru ini.

Setelah disiasat rupa-rupanya Umno mempergunakan murid-murid sekolah yang dipilih daripada beberapa buah sekolah di kawasan Parlimen Kepala Batas untuk tujuan menjadi 'pasukan sorak' bagi Barisan Nasional (BN) di hari pembuangan undi Dewan Undangan Negeri (Dun) N11 Permatang Pasir pada 25 Ogos lalu.

Pasukan itu dibentuk oleh Ketua Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Kepala Batas merangkap Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Dato' Seri Reezal Merican Naina Merican supaya jentera Umno dan BN nampak ramai sekaligus membuktikan sokongan pemuda terhadap parti itu telah kembali sepertimana yang terjadi di Pilihan raya Kecil Manik Urai, Kelantan.

Murid sekolah yang dikesan itu diberikan baju 'T' yang bertulisan Pemuda Umno Kepala Batas. Mereka ini menaiki motor berkonvoi ke sana ke mari menyesakkan lagi lalu lintas dan bila sampai ke pondok PAS mereka akan melaungkan berbagai slogan provokasi untuk membangkitkan kemarahan jentera Pakatan Rakyat.

Manakala ada yang berbaju biru kehitaman dan tertera perkataan 'Pemuda Satria' merupakan sebahagian daripadanya tetapi mereka ini hanya berkumpul di Unit Peti Undi (IUPU) tertentu sahaja contohnya di Kampung Pelet, Bukit Indera Muda dan Kubang Semang bagi menyemarakkan lagi sokongan pada BN dengan melaungkan slogan ciptaan Umno.

Sekiranya sesiapa berada di sekitar UPU berkenaan pastinya terdengar slogan, 'pangkah PAS dapat apa jawapannya neraka', 'siapa barua DAP jawapannya PAS', dan berbagai lagi sehinggakan ada yang termakan provokasi itu membuatkan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) hadir dengan bantuan polis bagi menjaga keselamatan di kawasan terbabit.

Namun, apa pun cubaan Umno dan BN untuk mencetuskan pergaduhan, jentera Pakatan Rakyat tidak berganjak daripada kawasan yang dikhaskan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) berbanding dengan jentera BN terutamanya Wanita Umno yang memakai pakaian bertemakan kemerah-merahan dan Puteri Umno yang dilihat lebih suka berteduh di rumah penduduk atau di bawah rimbunan pokok di kiri kanan bahu jalan bahkan kereta pengangkut undi BN juga berehat awal.

Inilah perbezaan antara jentera Pakatan Rakyat dan BN mereka sanggup berpanas dan berhujan kerana perjuangan untuk menegakan keadilan dan kebenaran tambahan lagi pilihanraya kecil itu diadakan pada awal Bulan Ramadhan.

Tentunya tekak terasa pahit dan dahaga tetapi kerana memartabatkan perjuangan Islam yang dibawa PAS jentera Pakatan Rakyat tanpa mengira kaum dan agama terus berdiri teguh sambil melaungkan perkataan membesarkan Allah SWT dan sekali sekala mengajak orang ramai yang melalui hadapan mereka supaya memberikan sokongan pada calon PAS, Ustaz Saleh Man.

Pelajar sekolah itu dikatakan diberi upah RM20.00 - RM30.00 seorang dan pernah dihantar ke Pahang menghadiri program bencikan PAS, DAP dan KeADILan.

Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang, Ustaz Yusni Mat Piah ketika ditanya pandangannya berkata, Umno dan BN kini telah hilang kewarasan apabila menggunakan pelajar sekolah dalam kempen di hari pencalonan.

"Sepatutnya, Umno dan BN bersikap matang untuk berhadapan dengan jentera Pakatan Rakyat, tetapi apa boleh buat pemuda sekarang lebih bijak memilih perjuangan Pakatan Rakyat yang nampak lebih ketrampilan memerintah berbanding BN yang penuh dengan penyelewengan dan penipuan.

"Golongan muda sudah hilang kepercayaan pada Umno menyebabkan mereka terpaksa mengimpot pelajar sekolah untuk meramaikan sokongan, " ujarnya.

Ketua Dewan Muslimat PAS Permatang Pauh,Suraiya Saat pula menegaskan, BN jelas melatih golongan muda dengan duit.

"Pelajar dibayar upah dengan duit dan tidak mustahil memperbanyakkan lagi budaya sogok, " ujarnya lagi.

PM: Selesaikan segera krisis MCA

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa MCA supaya menyelesaikan segera masalah dalamannya sebelum ia menjadi isu besar kepada BN.

Bercakap selepas merasmikan mesyuarat Majlis Penasihat ekonomi Negara di ibunegara hari pagi ini, beliau berkata, kedua-dua pihak dalam parti itu mesti memberi pertimbangan kepada kepentingan BN dan tidak membiarkan krisis dalam itu menjadi semakin "parah".

Beliau bimbang sokongan masyarakat umum ke atas BN akan semakin terhakis akibat daripada perpecahan di kalangan anggota parti berkenaan, susulan daripada pemecatan timbalan presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.

Chua dipecat oleh lembaga disiplin MCA kelmarin ekoran tercetusnya skandal rakaman video hubungan seksnya.

“Jangan sampai krisis ini menyebabkan masyarakat menolak parti MCA dan implikasinya kepada BNl,” kata Najib.

Beliau turut menjelaskan, penyelesaian itu tersebut memerlukan orang tengah untuk membawa kedua-dua pihak terbabit ke meja rundingan.

“Penyelesaian kepada kriris MCA adalah penting untuk BN, lebih cepat diselesaikan lebih baik.

“Tapi kita kena tunggu kesediaan kedua-dua pihak, (dan kena tengok) kalau (ada) pihak yang mahu jadi 'orang tengah' sebab pada peringkat awal ini, kedua-dua pihak masih berkeras dengan pendirian masing-masing

“Kepentingan BN perlu diambil kira. BN perlu pada MCA yang kuat dan MCA yang boleh mewakili masyawakat kaum Cina dan Malaysia pada keseluruhannya,” katanya.

Najib yang bimbang dengan perkembangan itu bagaimanapun berkata, secara prinsipnya beliau tidak dapat masuk campur dalam urusan dalaman parti komponen BN.

“Saya kena patuh dengan prinsip dalam BN. Soal dalaman, termasuk soal disiplin adalah dalam budi bicara sesebuah parti komponen BN,” katanya.

Kes Teoh: Peguam bakal dedah bukti SPRM dera saksi

Peguam keluarga Teoh, Gobind Singh Deo, berkata, beliau akan mendedahkan laporan polis yang telah dibuat oleh saksi SPRM berhubung dakwaan itu bersama-sama bukti gambar kecederaan dialami mangsa ketika disoal siasat di pejabat SPRM Selangor di Tingkat 14, Plaza Masalam di sini.

Peguam keluarga Teoh, Gobind Singh Deo, berkata, beliau akan mendedahkan laporan polis yang telah dibuat oleh saksi SPRM berhubung dakwaan itu bersama-sama bukti gambar kecederaan dialami mangsa ketika disoal siasat di pejabat SPRM Selangor di Tingkat 14, Plaza Masalam di sini.

Inkues Teoh: Peguam bakal dedah bukti SPRM dera saksi

SHAH ALAM: Aduan berhubung saksi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) didera dengan ditampar beberapa kali, dibogelkan dan dipukul dengan batang besi bakal didedahkan dalam prosiding inkues kematian Teoh Beng Hock.

Peguam keluarga Teoh, Gobind Singh Deo, berkata, beliau akan mendedahkan laporan polis yang telah dibuat oleh saksi SPRM berhubung dakwaan itu bersama-sama bukti gambar kecederaan dialami mangsa ketika disoal siasat di pejabat SPRM Selangor di Tingkat 14, Plaza Masalam di sini.

Gobind mendakwa antara pegawai SPRM yang terlibat melakukan penderaan fizikal itu ialah saksi ke-19, Penolong Penguasa SPRM Selangor Mohd Ashraf Mohd Yunus, yang memberi keterangan dalam prosiding hari ini.

Peguam itu juga bercadang untuk mengemukakan beberapa soalan kepada Mohd Ashraf berhubung laporan polis itu yang mengaitkannya dengan dakwaan melakukan penderaan terhadap saksi tersebut.

Berikutan itu, koroner Azmil Muntapha Abas menangguhkan prosiding ke 8 September bagi membolehkan Mohd Ashraf untuk melantik peguam kerana soalan yang bakal ditanya Gobind boleh mendedahkan beliau kepada pertuduhan jenayah.

Mstar

Sama ada mengaku Rafizah sebagai isteri atau melepaskannya – Ayah Rafizah

"Kita boleh berbincang cara keluarga,""Saya minta dia menghubungi saya melalui telefon atau perjumpaan empat mata, sama ada mengaku Rafizah sebagai isteri atau melepaskannya -  Mohamad Ali Abdullah,Ayah Rafizah

"Kita boleh berbincang cara keluarga,""Saya minta dia menghubungi saya melalui telefon atau perjumpaan empat mata, sama ada mengaku Rafizah sebagai isteri atau melepaskannya - Mohamad Ali Abdullah,Ayah Rafizah

‘Terima Rafizah isteri kedua atau cerai’

Mohamad Ali Abdullah masih lagi menuntut Rohaizat Othman, bekas calon BN di Permatang Pasir, agar menyelesaikan isu anak perempuannya Rafizah dengan pemimpin Umno itu.

Peneroka Felda dari Jengka, Pahang itu meminta setiausaha Umno bahagian Permatang Pauh itu menghubunginya bila-bila masa untuk menyelesaikan dengan wanita itu yang didakwa isteri keduanya.

“Buat penyelesaian, jalan terbaik adalah dengan berbincang dengan kedua-dua pihak. Kalau tindakan mahkamah, ia memakan masa, makan modal.

“Kita boleh berbincang cara keluarga,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

“Saya minta dia menghubungi saya melalui telefon atau perjumpaan empat mata, sama ada mengaku Rafizah sebagai isteri atau melepaskannya.”

Mohamad Ali diminta mengulas tindakan yang akan diambilnya terhadap Rohaizat yang menafikan bahawa Rafizah itu isteri keduanya dalam kesibukan kempen pilihanraya kecil DUN tersebut yang berakhir Selasa lalu.

Bapa wanita itu hujung minggu lalu menuntut Rohaizat membuat pengakuan terbuka agar mengaku Rafizah isterinya itu yang dikahwini pada 2005.

Mohamad Ali yang mendakwa mewalikan perkahwinan Rafizah-Rohaizat di pejabat kadi daerah Pekan dan didaftarkan di situ pada tahun tersebut.

Dihubungi hari ini, Mohamad Ali berkata setakat ini beliau belum dihubungi oleh Rohaizat untuk menyelesaikan masalah ini.

Mohamad Ali juga berkata, beliau menerima panggilan daripada Rafizah – dipercayai berada di Lembah Kelang – yang meminta agar tidak diganggu.

Jawapan Saya.!

Sejak saya mula “blogging” dua bulan dahulu, komen yang paling banyak dan hangat saya terima ialah mengenai tulisan saya yang paling mutakhir sekali. Saya mengutarakan pendapat dalam tiga hal. Pertama, mengenai arahan Exco Kerajaan Negeri Selangor Hassan Ali dari PAS mengenai usaha menangkap mereka yang minum arak dan sesiapa sahaja yang terlibat dengan penjualan arak di Selangor itu sebagai satu tindakan yang tidak wajar. Kedua, pendapat saya supaya Pemuda PAS tak perlu melarang atau mendesak pembatalan konsert Michael Learns To Rock di Genting. Ketiga dan akhir sekali, mengenai hukuman rotan terhadap Kartika Sari Dewi Shukarno kerana minum beer. Saya tidak bercadang mengulangi pendirian saya yang ditulis sebelum ini selain dari menjawab beberapa komen yang pedas dan hangat tetapi sayangnya tidak berasas dan menyeleweng dari isu sebenar.

Menegenai cadangan Hassan Ali itu, saya mengatakan arahannya sukar dilaksanakan kerana melibatkan banyak isu, termasuklah kuasa Raja dan polis. Juga ianya tidak sepatut dibuat pada hari orang mengundi di Permatang Pasir kerana hal-hal kontroversi boleh merugikan Pakatan Rakyat dan PAS. Saya lebih memikirkan masa depan PAS kerana sekarang ini sudah mula diterima oleh orang Islam dan bukan Islam. Jadi dalam soal mentadbir kita mesti teliti, berhati-hati dan berhemah. Jangan menampakkan diri kita ini ekstrem. Itulah cara kita menjaga hati rakyat; terutama yang lain kepercayaan dari kita. Tetapi kalau cadangan Hassan Ali ini dipersetujui oleh pihak-pihak yang bertanggung jawab, dan juga memberi keuntungan kapada PAS, buat sajalah. Adalah tidak adil bagi sesetengah pembaca membuat tuduhan yang menghina saya secara peribadi dalam soal ini. Soal tunduk kepada tekanan orang bukan Islam tidak timbul sama sekali.

Mengenai konsert itu, saya cuma mencadangkan kepada Pemuda PAS supaya berikhtiar memikirkan masalah negara yang jauh lebih serius seperti rasuah, penyalahgunaan kuasa dan sebagainya. Ini semua punca keruntuhan masyarakat dan tamadun. Pemuda PAS boleh berusaha secara proaktif membela nasib orang miskin dan kurang upaya. Mereka sepatutnya memberi tumpuan kepada isu pengangguran orang muda yang sekian hari makin bertambah. Soal kesan muzik Barat kepada anak muda kita, carilah pendekatan yang lain yang tidak perlu sampai melarang orang lain yang nak tonton. Disiplin diri kan lebih baik kalau diajar dan dilatih terlebih dahulu. Manusia mana pun tak suka dipaksa. Lagi pun lagu-lagu pop boleh dibeli atau diperolehi dimana-mana, dan Michael Learns To Rock ialah kugiran tahun 90-an yang sesuai kepada orang yang lebih dewasa yang sudah pasti lebih tahu menjaga moral dan nilai hidup mereka.

Dalam soal rotan wanita yang minum beer itu, banyak komen saya terima. Kesemuanya penuh emosi tetapi jelas banyak yang tidak memahami isu sebenar. Sebagai contoh, pertubuhan NGO yang menggelar diri mereka Pembela Islam telah dengan bongkaknya memberi amaran kepada Peguam Negara dan Kerajaan Pusat supaya tidak masuk campur dalam soal Mahkamah Syariah. Mereka juga marah-marah kepada pihak yang tidak setuju dengan hukuman itu dengan menuduh orang yang berbeza pandangan dengan mereka sebagai orang yang tidak menghormati Islam. Pada masa yang sama, mereka konon nya merujuk kepada undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan sebagai asas hujah mereka itu. Jadi saya terpaksa memperjelaskan isu ini sekali lagi. Ingat ya, saya menyentuh mengenai undang-undang yang ada di negara kita.

Undang-undang Syariah adalah undang-undang negeri, iaitu digubal oleh Dewan Undangan Negeri. Mengikut Perkara 75 Perlembagaan Persekutuan, undang-undang negeri, termasuk enakmen agama Islam, mestilah tidak bercanggah dengan undang undang Persekutuan dan Perlembagaan Persekutuan. Kalau bercanggah, maka ia tidak sah. Jadi bila kita katakan hukuman rotan Mahkamah Syariah Negeri Pahang itu tidak sah, ia adalah kerana undang-undang Persekutuan atau “Federal law” di Malaysia melarang wanita dirotan. Jadi hukuman rotan itu dalam kes khusus itu tidak sah. Ini bukan bererti kita menolak Islam atau undang-undang Islam. Undang-undang Syariah Negeri Pahang mestilah tak lari dan bercanggah dengan Muslim Court (Criminal Jurisdiction) Act 1965 dan juga Criminal Procedure Code (rujuk Seksyen 289). Oleh kerana ianya bercanggah, maka hukuman rotan terhadap wanita itu tidak sah. Saya harap Pembela dan penyokong mereka, terutamanya peguam-peguam di kalangan mereka, selalu membaca dan terus membaca supaya dapat mengeluarkan pandangan yang jujur, benar dan tepat.

Tidak semua tokoh Islam sependapat dalam semua perkara. Ini sememangnya hikmah dalam kebebasan bersuara dalam Islam sejak zaman-berzaman lagi; malah di kalangan imam-iman besar dahulu pun ada perbezaan pendapat. Dalam kes yang kita bincangkan ini, Imam Feisal Abdul Rauf dan beberapa intelek serta ulama Islam juga berpendapat hukuman rotan tidak wajar untuk kesalahan minum arak. Kata mereka arak itu lebih banyak buruk dari baik nya. Jadi jauhkanlah diri dari arak. Ini bukan saya kata, ini kata mereka.

Malah, pada bulan Mei yang lalu, Mahkamah Persekutuan Syariah Pakistan yang terdiri daripada Ketua Hakim Besar Haziqul Khairi, Hakim Sallahudin Mirza dan Hakim Fida Mohamad telah membuat keputusan sebulat suara – setelah mendengar hujah dan pandangan ahli fikir dan ulama Islam – bahawa Al-Quran tidak menetapkan hukuman rotan kerana minum arak. Ketiga-tiga hakim itu memerintahkan kerajaan Pakistan supaya meminda undang-undang Syariah yang sedia ada. Untuk pengetahuan umum, undang-undang Syariah di Pakistan lebih keras dan tegas daripada undang-undang Syariah di negeri Pahang. Terpulanglah kepada ulama dan ahli fikir Islam di Malaysia untuk menilai dan menimbang perkara ini.

Apa pun hujah dan pandangan kita janganlah mudah menuduh orang yang berfikiran lain dari kita itu sebagai musuh Islam. Kita tahu Islam itu bermahzab dan banyak pula para imamnya. Jika Islam dijadikan seperti satu pasukan bolasepak yang kita sokong, termasuk membenci dan mencaci pasukan lawan, maka akan hancurlah Islam itu sendiri. Tak mungkin orang Melayu/Islam akan maju kalau pemikiran sempit dan jumud menjadi petunjuk. Islam menggalakkan kita mencari ilmu. Kalau kita sendiri menutup pintu ilmu dan merasakan diri sudah pandai, sukar untuk kita kembali ke zaman gemilang Islam seperti dahulu.

Kalau kita mahu nilai dan hukum Islam berjaya dilaksanakan, maka kita perlu kepada pemikir dan ulama Islam yang jujur, pintar dan berhemah, yang juga tahu bagaimana untuk menggubal undang-undang yang tidak bercanggah dengan undang undang Persekutuan. Ini bukan soal tunduk kepada sesiapa atau apa-apa; ia juga bukan soal nak tunjuk megah dan bongkak serta tak mahu bertolak ansur. Ia adalah soal hikmah untuk memastikan undang-undang Islam itu sah dipakai dan tidak dipertikaikan orang. Masa saya kecil-kecil dahulu pun, orang di kampung saya sudah diajar awal-awal lagi tentang sejarah dakwah Nabi Muhammad S.A.W. setelah mendapat wahyu di Makkah. Tiada paksaan sama sekali melainkan menyampaikan dakwah
dengan cara yang sopan, mulia dan terhormat walaupun berada di tengah-tengah masyarakat Jahiliah.

SPRM Nafi Tekanan Dikenakan Keatas Beng Hock

Pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia nafi menggunakan taktik-taktik psikologi untuk menekan Setiausaha Politik Teoh Beng Hock dalam sesi soal-siasat.

Pegawai penyiasat SPRM Mohd Ashraf Mohd Yunus juga berkata Beng Hock tidak dikasari sepanjang sesi tersebut.

Ashraf berkata demikian dalam akuannya di inkues hari ini.

Ashraf dan pegawai atasannya, Arman Alies menyoal-siasat Beng Hock dari jam 10.40 petang pada 15 Julai hingga 12.40 pagi keesokan harinya dibawah arahan Ketua Unit Siasatan, Hairul Ilham Hamzah.

Peguam mewakili keluarga mangsa, Gobind Singh Deo, berkata laporan polis telah difailkan terhadpanya kerana menggunakan taktik-taktik psikologi semasa soal-siasat.

Ashraf menjawab beliau hanya memerhati dan membantu dokumentasi siasatan manakala soal-jawab dilakukan oleh Arman.

Ashraf mengesahkan bahawa beliau ternampak Teoh masih hidup di unit siasatan sekitar jam 4.45 pagi.

Gobind berkata salah-seorang mangsa serangan psikologi SPRM akan memberi kenyataan di inkus bagi menyanggah akuan Ashraf bahawa tidak ada tekanan dikenakan keatas saksi dan suspek.

Permohonan Anwar Gugur Pendakwaraya Di Tetapkan 3 September

Mahkamah Tinggi menetapkan Selasa hadapan untuk mendengar penghujahan pasukan peguambela menggugurkan semua anggota pasukan pendakwaraya dalam kes Anwar Ibrahim II.

Hakim Alizatul Khair Osman Khairuddin menetapkan 3 September ini selepas mendengar penghujahan awal di kamarnya dari peguam Sivarasa Rasiah.

Anwar memfailkan permohonan mengugurkan kesemua anggota pendakwaraya selepas mereka didapati berat-sebelah dan prejudis dalam pendakwaan mereka.

Ini termasuk berada dibawah telunjuk Peguam Negara Gani Patail yang dituduh memalsukan bukti dalam perbicaraan Anwar sebelum ini, serta menyelindung bukti dalam perbicaraan ini.

Pendakwaraya See Mee Chun berkata pihaknya akan membantah permohonan ini.

Realiti Yang Dihadapi Oleh Orang Melayu (2)

Oleh: Rahim Zain

sambungan..

Realiti ke tujuh ialah realiti utama, iaitu kekayaan. Yang kaya menguasai yang lemah. Yang kaya menjadi bertambah kaya dan mendominasi kehidupan masyarakat, termasuk politik dan sosio ekonomi. Hari ini kaum Melayu jauh ketinggalan disebabkan realiti ini. Kekayaan menentukan. Sebagai contoh, apabila Ketua Menteri Pulau Pinang mengumumkan cara baru menjual tanah kerajaan melalui tender, itu adalah satu prinsip yang baik dari segi CAT tetapi itu juga mungkin menjadi mimpi ngeri kepada mereka yang bercakap tentang ketuanan Melayu. Tetapi kenapa tidak ada pemimpin besar Melayu yang muncul berhujah dengan baik, jelas, dan meyakinkan semua tentang implikasi sistem itu terhadap kaum Melayu dan rakyat yang selama ini bergantung kepada kerajaan untuk dianugrahkan tanah kepada mereka. Bagai mana peluang orang Melayu, syarikat Melayu memiliki tanah Bandar di Pulau Pinang. Inilah contoh yang memerlukan pemimpin Melayu berdaya tinggi dalam serba bidang termasuk berdaya fikir serta berdaya berhujah dengan baik bagi merumus dasar dan program yang baik untuk Negara dan rakyat jelata

Setelah lima puluh tahun merdeka orang Melayu perlu kepada kepimpinan yang bijak dan dinamik untuk menjalin program memajukan kaum Melayu dalam program memajukan Negara diatas asas yang terbuka sebagai tanggungjawab Negara dan bukan berasas kepada apa yang terdaya dibuat oleh birokrat Melayu yang berminda sempit.

Rakyat Melayu memang menunggu-nunggu dan mengharap-harap supaya terbukanya hati pemimpin-pemimpin Melayu meletak sebelah politik kepartian untuk duduk berbincang mengenai masa hadapan orang Melayu dan Bangsa Melayu dalam suasana keluarga Melayu. Perkampungan pemimpin-pemimpin Melayu dari berbagai parti dan pertubuhan yang berbeza ideoloji bukanlah dengan tujuan untuk bermusuh dengan kaum-kaum lain tetapi adalah untuk mencari kefahaman sesama Melayu tentang apakah yang penting bagi Bangsa Melayu hari ini. Bangsa Melayu tidak harus menjadi lemah kerana kepimpinan yang masing-masing tidak mengutamakan keteguhan Bangsa Melayu dalam Negara berbilang kaum yang pesat berubah.

Perjumpaan kemuncak pemimpin-pemimpin tertinggi parti-parti politik dan pertubuhan yang mempunyai ramai pengikut akan memberi peluang untuk membincang perkara yang baik untuk orang Melayu secara keluarga walaupun politik berbeza-beza tetap kekal. Bersetuju untuk berbeza dan berbeza dalam bersatu adalah cara hidup yang tidak asing bagi manusia dalam masyarakat yang maju. Orang Melayu pun boleh dimaju dan diperteguhkan jika kepimpinan dalam pelbagai parti politik dan badan melayari organisasi masing-masing secara bertanggungjawab terhadap keteguhan Bangsa Melayu dengan berasaskan kepada kefahaman tentang apakah yang penting bagi orang Melayu.

Rakyat Melayu mengharap supaya masalah Bangsa Melayu perlu disaring dengan betul dan sekata oleh pemimpin tertinggi Melayu dengan cara mereka duduk membincang isu-isu penting sesama mereka dalam suasana keluarga Melayu bebas dari politik kepartian dan terlindung dari publisiti negative. Pemimpin-pemimpin besar Melayu yang berpengaruh besar perlu tidak diketepikan supaya masalah Bangsa Melayu dapat difikir dari semua sudut. Orang Melayu hari ini perlu kepada tempat merujuk. Kaum Melayu hari ini terdedah.

Apabila sudah ada kesediaan pemimpin-pemimpin Melayu berkampung hendaknya biarlah peluang itu tidak dimusnahkan oleh sebab persediaan yang tidak rapi. Pemimpin besar Melayu yang berpengaruh besar perlu dijemput bersama supaya masalah Bangsa Melayu dapat difikir bersama bebas dari perbalahan politik kepartian. Jadikanlah perjumpaan itu langkah pertama kepada proses permuafakatan yang sebenar.

Adakah Bangsa Melayu mempunyai masalah hidup mati seperti yang dipancar dalam masyarakat? Bagi menghadapi misi mencari kata sepakat secara berkesan dalam perkara masalah yang dihadapi oleh Bangsa Melayu semua pihak perlu menggugurkan buat sementara segala kepentingan lain selain dari kepentingan Bangsa Melayu. Soal masa hadapan Bangsa Melayu perlu diletak di hadapan. Masalah perlu dinyatakan dengan jelas dan diakui bersama. Selagi masalah pokok tidak disimpul sebulat suara dengan jelas tidak mungkin lagkah yang mujrab dapat dirumus bagi meneguhkan kedudukan Bangsa Melayu. Apakah masalah yang kritikal dan pokok yang jika tidak ditangani bersama akan meniadakan atau mencairkan kedudukan Bangsa Melayu sebagai peneraju pemerintahan Negara kita. Orang Melayu tidak mahu menang sorak kampong tergadai berulang menimpa Bangsa Melayu di awal milineum ini sedangkan Malyasia akan terus maju.

Saranan pertemuan penting sedemikian boleh dengan mudah diketepikan sebagai satu ideal. Memang itu satu idea yang mencabar yang hanya layak diterima oleh pemimpin yang sanggup menerima cabaran besar. Dan jika ideal ini dikorbankan kerana pemimpin Melayu lebih mementingkan kepartian atau takut menyahut cabaran beasr maka tahulah wahai orang Melayu bahawa proses kehilangan Melayu di dunia akan berjalan.

Orang Melayu yang sudah celik tahu bahawa dunia sentiasa berubah. Rupa bangsa pun banyak yang sudah berubah. Budaya di negara kita sedang pesat berubah tetapi kemenerian berkenaan masih leka dengan perkara lain tanpa nampak mengambil berat memandu kemunculan budaya baru. Politik negara kita juga telah berubah dari segi kecenderungan rakyat terhadap politik berbilang kaum. Bolehkah orang Melayu yang baru celik yang mahu berperanan hadapi realiti hari ini dan realiti masa depan yang terdekat, dan masa depan jangka panjang bahawa selain dari hak-hak Melayu yang terjamim termaktub dalam Perlembagaan (yang belum sempat dipinda) segala ‘tuntutan’ bagi menegak kepentingan Melayu, ketuanan Melayu atau kedaulatan Melayu dan perkara-perkara seperti itu yang kebelakangan ini dibangkitkan secara emosi akan hanya ditentukan oleh Mahkamah, atau bilangan undi atau suara terbanyak rakyat, atau oleh ilmu dan keupayaan mempengaruhi pemikiran rakyat jelata bukan-Melayu, atau oleh kepintaran orang Melayu berfikir dan keupayaan berdiri dalam medan berbilang kaum untuk meyakinkan rakyat supaya menerima dan menyokong apa yang dituntut itu. Siapa di antara pemimpin Melayu yang boleh membawa bendera Melayu bersama bendera Malaysia?

Merdeka: Apakah percikan bunga api boleh kembalikan keyakinan rakyat?

Azamin Amin

KUALA LUMPUR, 28 Ogos: Bukan kibaran bendera, nyanyian lagu, percikan bunga api, perarakan, ciptaan logo dan slogan yang utama tetapi bebas dan merdeka dari sebarang penindasan yang mencengkam minda, hak-hak dan keadilan sama rata menjadi harapan rakyat sejak 52 tahun yang lalu.

Dengan belenggu kemiskinan, jurang antara kaya dan miskin semakin melebar, gaji sedikit harga barang meningkat, jenayah bercambah, gejala keruntuhan akhlak makin menjadi dan kualiti kesihatan yang bertambah buruk lantaran penularan wabak terbaru, menjadikan rakyat makin resah gelisah mendiami negara tercinta ini.

Bukan itu sahaja, gelodak runsing rakyat, makin terpampang tatkala api perkauman mula dinyalakan, mula mengusik batas agama,hak-hak kebebasan bersuara dinafikan, cakaran politik di sana sini, agensi-agensi penguatkuasaan yang sudah hilang intergriti dan aneka keserabutan menjadikan 'Merdeka' tidak mempunyai erti, sama seperti tahun-tahun sebelumnya.

Bagi Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, kemerdekaan perlu kepada satu anjakan baru yang lebih meyakinkan rakyat dan mendemokrasikan negara dalam erti kata sebenarnya.

"Saya akui ada peningkatan kemudahan asas dan pembangunan fizikal memang wujud namun itu tidak cukup.

"Yang menjadi virus kepada negara ialah intergriti,di mana rakyat semacam hilang kepercayaan kepada pemimpin dan kerajaan. Ini perubahan yang perlu dilakukan," jelasnya kepada Harakahdaily pagi ini.

Katanya keadaan yang tidak kondusif seperti agensi penguatkuasaan umpama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis yang semakin diragui menunjukkan bahawa 'perjuangan kewibawaan' ini masih belum selesai.

"Intergriti mesti dibaik pulih, keamanan sahaja tidak cukup untuk memacu pembangunan ekonomi, sosio politik. Mesti ada perpaduan dan iltizam.

"Akta-akta draconian seperti ISA mesti dimansuhkan dan penegasan terhadap penyelewengan yang terpilih seperti melibat kepimpinan negara perlu didedahkan dan dikenakan tindakan," katanya yang juga Chief Komandan Himpunan Mansuhkan ISA

Awal bulan ini, lebih 100,000 rakyat berhimpun secara aman membantah dan menggesa kerajaan memansuhkan ISA yang zalim dan menganiaya rakyat tanpa bicara.

Sebelum itu 7 Mac lalu, rakyat turut 'bangkit' menentang dasar kerajaan melalui PPSMI yang meminggir bahasa kebangsaan dan menyebabkan pelajar semakin tercicir, dan ibu kota menjadi saksi ratusan ribu rakyat menunjukkan solidariti.

Dalam kedua-dua isu itu atau apa yang didakwa sesetengah pihak bahawa pembangkang mencetuskan suasana tidak senang itu, Salahuddin menjelaskan kedudukan sebenar peranan semak dan imbang (Check and balance) yang dilakukan oleh pihak mereka.

"Peranan pembangkang bukan bersifat pengacau atau pencetus huru hara negara tetapi lebih bersifat "memulakan suatu langkah hari ini, bagi membekalkan perkara yang lebih baik kepada generasi akan datang,"katanya yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian.

Lain pula pandangan Pengarah Strategik KeADILan, Tian Chua yang melihat penindasan dan penjajahan bentuk baru sedang berlaku dalam negara ini.

"Kalau dulu penindasan datangnya daripada penjajah dan kini penjajah masih wujud dengan mekanisme yang sama cuma 'tukar kulit' sahaja.

"Merdeka tulen ialah apa yang dimimpikan dan apa yang diperjuangkan oleh pejuang-pejuang zaman dahulu iaitu bebas daripada penindasasn, boleh menjadi pemilik harta kekayan negara," jelasnya.

Kini negara katanya, mengalami kemerosoton dari segi hak asasi kepada rakyat dan pelbagai institusi yang 'check and balance' sudah hilang peranannya.

"Tiada banyak yang berubah kecuali Pilihan Raya Umum ke-12 menunjukkan kebangkitan rakyat yang tidak puas hati dengan kerajaan dan pemimpin yang sedia ada

Berkaitan slogan yang dicanangkan katanya aianya tidak lebih kepada slogan ubah suai setiap pemipin yang jadi Perdana Mneteri malah rakyat sendiri tidak faham apa makna 1Malaysia, Wawasan 2020 dan Islam Hadhari

"Saya berharap rakyat terus maju, dan rakyat boleh rasa bangga menjadi rakyat Malaysia dan mempunyai rasa 'sense of belonging' dan menjadi bangsa yang berdaulat." kata Ahli Parlimen Batu itu.

Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM), S.Arutchelvan pula berpendapat semenjak 52 tahun negara merdeka jurang pendapatan kaya dan miskin semakin melebar dari tahun ke tahun dan jurang pendapatan negara yang kedua terbesar di Asia.

"Kita bercakap soal hak dan rakyat menikmati kekayaan negara, tetapi hanya segelintir golongan sahaja yang kaya.

"Sepatutnya kerajaan mesti memberi perhatian kepada isu-isu berhubung akta gaji minima, polisi tanah-tanah untuk petani dan membela nasib rakyat golongan berpendapatan rendah," katanya.

Baginya, walaupun slogan Perdana Menteri iaitu 'rakyat didahulukan , pencapaian diiutamakan' adalah baik tetapi implementasinya yang perlu diambil kira.

"Satu Malaysia yang diuar-uarkan tidak mengambarkan apa yang terjadi terhadap institusi yang melindungi rakyat seperti SPRM yang jelas wujud pilih kasih.

"Media masih dikongkong dan ISA, OSA dan pelbagai akta yang mencengkam masih wujud. Yang penting dalam mengisi kemerdekaan ialah kebebasan hak rakyat itu ditunaikan dan kesaksamaan itu mesti diutamakan," katanya.

Pelik, Najib lantik menteri bantu menteri-Mahfuz

Nazri Abdullah

KUALA LUMPUR, 28 Ogos: Tindakan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak melantik Dato' Seri Idris Jala sebagai menteri bagi membantu Koh Tsu Koon, yang juga seorang menteri di Jabatan Perdana Menteri dilihat pelik dan mengelirukan.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Dato' Mahfuz Omar berpendapat bukan satu keperluan untuk melantik seorang pembantu bertaraf menteri kepada seorang menteri yang lain. Ini kerana tindakan seorang menteri melapor kepada bosnya yang juga menteri adalah sesuatu yang agak pelik.

"Saya tak faham kenapa Najib lantik menteri untuk 'report' kepada menteri. Kalau lantik sebagai CEO saya tak hairan la. Seorang menteri saya rasa dah cukup. saya tak faham dan tak nampak apa keperluan Koh Tsu Koon lagi disitu," ujarnya ketika dihubungi Harakahdaily.

Perdana Menteri semalam mengumumkan pelantikan Idris Jala sebagai Menteri tanpa portfolio di Jabatan Perdana Menteri.

Idris juga dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi (PEMANDU) iaitu organisasi yang mengawal pelaksanaan insiatif Indeks Prestasi Utama (KPI).

Dengan jawatan menteri yang baru disandang itu, Idris akan membantu dan melaporkan kepada Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, Menteri yang bertanggungjawab terhadap perpaduan nasional dan pengurusan prestasi.

Dia juga akan menjadi timbalan kepada Koh dalam lembaga pemandu dan akan bertanggungjawab untuk sub khusus N-KRA dan KPI Nasional (N-KPI) dan menasihat di KRA peringkat menteri (M-KRAs) dan M-KPI.

Mengulas perkara itu juga, Mahfuz berkata ianya seolah-olah menunjukkan kecelaruan dalam pentadbiran Najib. Pada awal Najib menjadi Perdana Menteri, dia dilihat berusaha mengecilkan kabinet barunya namun pelantikan Idris dilihat sebaliknya.

"Ini kecelaruan dalam kabinet Najib, bagaimana nak capai KPI kalau yang ini pun bercelaru. Dulu kata nak kecilkan kabinet, tapi sekarang tambah lagi seorang menteri," ujar Naib Presiden PAS itu lagi.

Idris adalah Pengarah Urusan dan CEO, Malaysia Airlines yang dilantik pada Disember 2005, selepas syarikat itu mengalami kerugian paling besar dalam sejarah korporatnya.

Sebelum menyertai Malaysia Airlines, Idris berkhidmat selama 23 tahun dengan Shell. Antara 2002 dan 2005, Idris adalah Pengarah Urusan, Shell MDS (Malaysia) dan Naib Presiden, Shell Malaysia Gas & Power (Malaysia).

Mahfuz yang mengakui kredibiliti Idris khususnya kepakaran dalam bidang sumber manusia sewaktu di Shell bagaimanapun mempertikai kemampuan Idris khususnya sewaktu memulihkan keadaan ekonomi MAS.

"Sewaktu dia ambil alih MAS, dia hanya menjual bangunan MAS sahaja, tapi pada tahun 2008, 2009 MAS juga masih mengalami kerugian akibat kenaikan harga bahan bakar," ujarnya.

Rakyat makin jelak dengan dakyah,tipu helah Umno-BN

Mohd Khalil Abdullah

KUALA LUMPUR, 28 Ogos: Kemenangan mutlak buat Pakatan Rakyat. Rakyat makin matang dan tidak tertipu dengan dakyah Umno-Barisan Nasional (BN). Walaupun berdepan dengan pelbagai tipu helah dan taktik kotor BN, namun kemenangan jelas berpihak kepada Pakatan Rakyat.

Pilihan raya kecil Permatang Pasir yang telah meletakkan Ustaz Mohd Salleh Man sebagai Adun yang sah membuktikan rakyat terutama pengundi di kawasan tersebut mulai muak dengan permainan politik yang kotor oleh Umno-BN.

ImageRakyat mulai sedar dan memberi mesej jelas kepada Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak bahawa corak dan gaya yang dibawa melalui kepimpinannya bukan lagi sebagai 'candu' yang ditagih oleh rakyat.

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan penolakan demi penolakan rakyat terhadap Umno dalam siri pilihan raya kecil sebagai isyarat mereka tidak menerima dasar kebangsaan parti itu.

ImageKetika mengulas kemenangan PAS pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Permatang Pasir beliau berkata, salah satu punca kekalahan Umno di DUN berkenaan ialah dasarnya yang bercanggah dengan Islam.

"Penolakan-penolakan yang begitu banyak terhadap Umno ni satu daripada sebabnya berpunca daripada dasar yang dibuat parti Umno. Parti yang memerintah sekarang ni tak betul dengan dasar Islam.

"Kelantan telah hampir 20 tahun guna dasar Islam dengan segala praktikalnya. Alhamdulillah dapat penerimaan daripada semua bangsa dan agama," ujar Menteri Besar Kelantan itu kepada pemberita selepas mesyuarat exco di pejabat setiausaha kerajaan baru-baru ini.

Dalam pada itu, penolakan demi penolakan serta kemenangan berturut-turut yang diperolehi Pakatan Rakyat dalam siri pilihan raya kecil adalah mesej dan amanat jelas untuk Najib dan barisan kepimpinannya dalam Umno-BN bahawa politik perkauman dan pembunuhan karektor tidak lagi menjamin peratusan undi bagi mereka.

Image"Meskipun berbulan-bulan diasak fitnah sebagai pengkhianat bangsa dan berhadapan pembelotan, jelas kemenangan ini membuktikan rakyat menolak politik acuan pimpinan Umno-BN yang memecahbelahkan,"jelas Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim dalam satu kenyataan semalam.

Isu pengkhianat bangsa yang ditonjolkan oleh pimpinan BN-Umno jelas memakan diri sendiri apabila rakyat terutamanya pengundi di Permatang Pasir memberikan undi yang tidak berbelah bagi terhadap calon PAS, Ustaz Salleh Man.

Rakyat sudah boleh menilai siapa pengkhianat sebenar apabila Anwar dalam siri ceramah dan kenyataan media mendedahkan isu penjualan tanah bangsa kepada tauke judi seperti di Genting Highlands.

Bagi diri Anwar, kemenangan dalam pilihan raya ini jelas menzahirkan keyakinan rakyat Malaysia terhadap Pakatan Rakyat.

"Ia juga hasrat mereka (rakyat) yang sentiasa bergelora mahukan perubahan dan melihat masa depan Pakatan Rakyat yang lebih gemilang,"katanya.

Apa yang jelas kemenangan di Permatang Pasir adalah tamparan hebat kepada pimpinan Najib.

Ini disebabkan dalam tempoh 144 hari sebagai Perdana Menteri keenam, rakyat mula melihat dan jelak dengan gaya yang ditunjukkan Najib dan menolak politik perkauman yang cuba dimainkannya.

Image"Pengundi di Permatang Pasir memberikan sokongan jelas kepada Pakatan Rakyat walaupun Umno-BN melalui kempen terdesak mereka cuba memainkan isu perkauman dan agama,"jelas Penasihat dan tokoh veteran DAP, Lim Kit Siang dalam blog peribadinya baru-baru ini.

Walaupun Umnno-BN cuba untuk menjadikan Permatang Pasir sebagai 'Manek Urai' yang didakwa sebagai 'kalah tetapi menang' namun, secara realitinya ia tetap sebagai satu kemenangan mutlak Pakatan Rakyat yang 'membelasah' 7-0 dalam siri pilihan raya kecil sejak tsunami pilihan raya ke-12 lalu.

ImagePilihan raya kecil Permatang Pasir yang merupakan pilihan raya kali kelapan diadakan selepas pilihan raya umum pada 2008. Ianya menyaksikan kekalahan Umno BN buat sekian kalinya dengan majoriti besar iaitu sebanyak 4551 undi.

Calon PAS Ustaz Salleh Man mendapat 9618 undi manakala calon BN, Rohaizat Othman mendapat 5067 undi.

BN hanya menang di DUN Batang Ai sementara di DUN Penanti, mereka tidak meletakkan calon.

Dalam lapan pilihan raya kecil iaitu tiga parlimen dan lima DUN yang ditandingi jelas menyaksikan rakyat menolak Umno BN walaupun pimpinan parti itu tetap mengatakan bahawa mereka masih diterima rakyat.

Bermula di Parlimen Permatang Pauh, menyaksikan Anwar mendapat majoriti yang besar iaitu sebanyak 15,671 undi mengalahkan calon BN, Dato' Arif Shah Omar Shah.

Di Parlimen Kuala Terengganu pula, calon PAS Mohd Abdul Wahid Endut menang dengan majoriti 2,631 undi menewaskan calon BN, Dato' Wan Ahmad Farid Wan Salleh.

Seterusnya tiga pilihan raya kecil yang berlangsung serentak iaitu di Parlimen Bukit Gantang, Dun Bukit Selambau dan Dun Batang Ai menyaksikan Pakatan Rakyat menang dua daripadanya.

Di Bukit Gantang,Dato' Seri Muhammad Nizar Jamaluddin mengalahkan calon BN, Ismail Saffian dengan majoriti 2,789 undi. Di Dun Bukit Selambau pula calon PKR S.Manikumar mengalahkan calon BN, Dato' S.Ganesan dengan majoriti 2,403 undi.

Manakala BN hanya menang di Dun Batang Ai apabila calonnya Malcom Mussen Lamoh mengalahkan calon PKR Jawah Gerang dengan 1854 undi.

Atas pelbagai alasan, BN membuat keputusan tidak meletakkan calon di DUN Penanti. Seterusnya di Dun Manek Urai, calon PAS tetap berjaya menewaskan calon BN walaupun hanya dengan majoriti 65 undi.

Aku kalah dan Aku keseorangan !!

rohaizat_loss

Keseorangan dalam kekalahan…!!

Setelah seminggu berhempas pulas dengan isu guamannya serta status perkahwinannya, Rohaizat Othman terdiam sendirian selepas diisytiharkan kalah dalam pertandingan satu lawan satu di PRK Permatang Pasir ini petang kelmarin. Beliau melahirkan rasa kecewa terhadap masyarakat Cina yang nampak jelas tidak menyokongnya.

Beliau juga kecewa kerana sebilangan penduduk di Permatang Pasir gagal memahami gagasan yang hendak dibawa oleh BN. Katanya, BN mahu memberi status anak emas kepada Permatang Pasir tetapi ia ditolak oleh pengundi.

Perlembagaan, kontrak sosial dan perdamaian — Kunta Kinte

Menjelang sambutan ulang tahun Kemerdekaan yang ke-52 pada 31 Ogos ini, elok kalau Kunta Kinte cakap sikit mengenai Perlembagaan negara kita. Bukan apa, kalau kita tak cakap nanti ada yang lupa atau tak tahu langsung.

Lagipun Kunta Kinte rasa kerana tidak faham Perlembagaanlah maka tambah ramai orang yang pertikai itu dan ini sampai berbunyi dan berbau perkauman.

Hari ini dah jadi macam satu penyakit. Kalau orang Melayu tuntut hak, ada yang kata itu perkauman. Tapi bila orang bukan Melayu tuntut hak, itu hak mereka. Kacau.

Kunta Kinte ada baca dan dengar orang pertikai Perlembagaan, kontrak sosial dan hak istimewa orang Melayu. Ini bahaya. Tidak kiralah ia dibuat sebab tidak faham Perlembagaan atau dengan tujuan menghasut.

Kunta Kinte sedih bila seorang cendekiawan yang sangat dihormati di Negara kita berdebat dengan Tun Dr Mahathir Mohamad dan berkata kontrak social tidak pernah wujud. Kunta Kinte tak sampai hati nak ulang sebut nama dia.

Tapi bukan semua orang macam itu. Orang yang celik sejarah dan arif dalam hal undang-undang macam Allahyarham Profesor Tan Sri Dr Ahmad Ibrahim mengaku adanya kontrak sosial. Alhamdulillah.

Dalam rencana berjudul “Prinsip-Prinsip Perlembagaan Islam dan Perlembagaan Malaysia” Allahyarham Profesor Tan Sri Dr Ahmad Ibrahim, antara lain, berkata:

“Perlembagaan Persekutuan di Malaysia adalah hasil daripada persetujuan yang telah dicapai antara penduduk di Malaysia dari kalangan Melayu, Cina dan India yang digubal atas asas persetujuan tersebut. Perlembagaan Malaysia bukan saja dokumen perundangan malah ia adalah kontrak social dan perjanjian perdamaian.”

Bila Kunta Kinte dengar atau baca ada orang pertikai hak keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera, Kunta Kinte selalu rujuk kepada Perkara 153 Perlembagaan Malaysia yang antara lain, berbunyi:

“Menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan Perkara ini.”

Perenggan lain pula, antara lain, menegaskan adalah tugas Yang di-Pertuan Agong “melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan untuk memastikan perizaban bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak.”

Dan antara perkara yang difikirkan munasabah diberi taraf perizaban itu termasuklah jawatan dalam perkhidmatan awam, biasiswa, danasiswa dan keistimewaan pendidikan atau latihan yang seumpamanya.

Jadi bila ada orang Melayu atau bukan Melayu yang pertikai hak Raja-Raja Melayu membuat keputusan, menegur dan menasihati, Kunta Kinte kata tolonglah baca Perlembagaan. Jangan tuduh buta tuli saja. Tak baik dan bahaya.

Oleh sebab itulah sejak akhir-akhir ini kita dengar dan kita baca banyak Raja-Raja Melayu yang bagi nasihat jangan pertikai Perlembagaan dan perjanjian sosial.

Dulu Raja-Raja kita tak titah atau jarang titah macam itu fasal pentadbiran kuat serta tegas jadi orang yang keras kepala pun tak berani sangat nak tunjuk belang atau naik tocang. Sekarang ini kepala kita pun dah ada yang berani luku.

Orang Melayu dari dulu sampai sekarang sangat bertolak-ansur. Sebab itulah mereka sanggup terima pendatang asing dari Benua China dan India jadi warga negara.

Orang Melayu dan Raja-Raja mereka sangat percaya terhadap perundingan dengan Inggeris sehingga Perlembagaan pun ditulis oleh pakar-pakar asing iaitu Lord Reid (Inggeris), Sir William McKell (Australia), Hakim B Malik (India), Hakim Abdul Hamid (Pakistan) dan Sir Ivor Jennings (Inggeris).

Itu pun ada lagi sesetengah rakyat keturunan pendatang yang hari ini kata Melayu tak adil, Perlembagaan hambar dan macam-macam lagi. Peliknya ada juga orang Melayu yang kata betul. Ini Melayu sumpah-sumpah.

Kunta Kinte rasa bukan fasal Melayu tak adil atau Perlembagaan kita hambar, tapi fasal bangsa Melayu nampak lemah akibat berpecah-belah dan pentadbiran yang dipimpin oleh orang Melayu nampak tidak cekap, tidak bersih dan tidak amanah.

Jadi orang Melayu, kaum-kaum Bumiputera dan orang Islam kenalah fikir balik soal perpaduan dan soal amanah supaya bilangan yang banyak itu menjadi punca kekuatan dan bangsa Melayu dihormati. Janganlah fasal politik, kebebasan dan hasutan, kita pecah-belah dan jadi alat.

Jangan sekali-kali kita lupa dan kita wajib ingatkan saudara kita daripada keturunan pendatang pesanan Allahyarham Profesor Tan Sri Dr Ahmad Ibrahim yang Perlembagaan Malaysia juga adalah perjanjian perdamaian. Malaysia tidak akan aman damai kalau Perlembagaan terus dipertikai dan dicabar.

Merdeka, Merdeka, Merdeka. — Berita Harian

MCA dedah laporan JK pecat Chua..!!

Lima anggota Lembaga Disiplin MCA mencapai keputusan sebulat suara dalam mengusulkan supaya Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dipecat dari parti ekoran tercetusnya skandal rakaman video hubungan seksnya, menurut lembaga itu dalam laporannya kepada Majlis Presiden MCA.

Menurutnya tindakan itu diambil dalam menimbang kepentingan jangka panjang parti dan ia menyamai dengan tindakan yang diambil dalam satu kes serupa sebelum ini, terhadap bekas pengerusi MCA bahagian Kapar Tan Yoke Chung dan tujuh lagi yang ditangkap kerana berjudi di premis cawangan parti pada 1998.

Lembaga itu juga mengatakan bahawa ia juga sudah menimbangkan sekiranya tindakan terhadap pemimpin parti yang dipilih adalah satu tindakan yang betul dan memenuhi justifikasi.

"Jawapan mudah terhadap soalan ini adalah berbalik kepada prinsip umum yang asas, iaitu semua orang adalah sama di sisi undang-undang, dan dalam kes ini setiap anggota adalah sama di sisi perlembagaan parti.

"Dalam sebuah parti atau masyarakat yang demokratik, prinsip asas ini tidak boleh dipersoalkan," menurut laporan itu yang diperolehi Bernama.

Lembaga itu juga memaklumkan bahawa ia mengenepikan sebarang aspek politik dalaman mahupun kepentingan individu dalam keputusannya, dan apabila kepentingan anggota individu dan kepentingan parti bertembung, kepentingan parti melebihi segalanya, kepentingan parti perlu didahulukan.

Lembaga disiplin itu diketuai oleh bekas setiausaha agung parti Ng Cheng Kiat, dan lain-lain anggotanya ialah Datuk Jimmy Low Boon Hong, Datuk Ng Soon Por, Dr Lai Kuan Fook dan Lau Chih Siang.

Pemecatan Dr Chua diumumkan oleh presiden parti Datuk Seri Ong Tee Keat selepas mesyuarat Majlis Presiden yang berlangsung selama lima jam, dan kini Dr Chua mempunyai masa selama 14 hari untuk membuat rayuan.

Menurut laporan itu pihak lembaga tidak mempunyai sebarang kesulitan dalam mencapai kata sepakat bahawa Dr Chua kini bukan lagi menjadi aset kepada parti.

"Apa yang dilakukan oleh responden apabila gagal menjunjung imej dan reputasi parti bukan sahaja menghantui dan melukakan parti serta kerajaan, tapi akan terus menghantui dan menjejaskan parti serta kerajaan di masa hadapan, terutama di setiap pilihan raya kecil mahupun pilihan raya umum, melainkan pihak parti mengambil tindakan drastik dalam menanganinya," katanya.

Katanya secara mudahnya adalah sesuai untuk merumuskan bahawa bagi rakyat Malaysia secara umum, bagi seorang yang menjadi individu yang cukup dikenali di Malaysia, dia dijangka akan menampilkan kelakuan baik seperti mana seorang yang dikenali ramai, untuk disanjung budi pekertinya.

"Beliau tidak boleh menjadi seorang yang cukup dikenali ramai, dan pada masa yang sama menikmati kelebihan memiliki kehidupan peribadi yang terlindung dari pandangan umum, dan apabila tertangkap, dia tidak boleh mempertahankan diri dengan mengatakan bahawa perbuatan itu adalah kehidupan peribadinya," katanya.

Laporan itu turut mengatakan bahawa Dr Chua mengakui selepas kemunculan video itu beliau memutuskan untuk berundur dari semua jawatan disebabkan oleh masalah moral dan tidak mahu membebankan parti dan kerajaan.

Salah seorang daripada anggota lembaga disiplin itu yang tidak mahu namanya disiarkan berkata sebab utama pemecatan itu ialah Dr Chua akan menjadi liabiliti kepada MCA.

"Kami mencapai kata sepakat bahawa langkah memecatnya ada keputusan paling sesuai untuk dibuat. Parti tidak boleh memiliki seorang anggota, apa lagi seorang pemimpin kanan sepertinya, yang mencemar imej parti," katanya.

"Parti tidak boleh terus memikul beban memiliki seorang pemimpin yang tindakannya akan sentiasa menjadi bahan ejekan di kalangan orang ramai dan juga kalangan ahli politik. Orang ramai akan terus mempersenda apa yang dilakukannya, dan mempersoalkan integriti parti. Jadi kami terpaksa memecatnya," katanya. BERNAMA

Permatang Pasir : Wenger Khairy Analysis

Hooray - BN improved its % of Postal votes from 52% to 75% :).

Well there has been so much misconception about what happened. As usual its up to Wenger to right the wrong. Anyhow first a great thanks to Kalam Perantau, who I believe is a PAS supporter for putting up the results in an Excel readable form.

So in the spirit of sharing, I'll reveal what insights from the "World's Greatest Analyst" on Open source basis.

As we are 1 Malaysia are starting point must of course be race. As usual UMNO bloggers have picked on the MCA for not delivering the votes. Lets take it from there

Chinese King Makers?
Check this table out.




Ok the rows are arranged in the order of which each Peti Undi's contribution to the overall majority of the Winner (PAS).

What can we see
(1) Kg. Gagah contributed the most i.e. a majority of 803 votes which was about 18% of the total majority of 4551. In 2004, BN actually narrowly won this Peti Undi by abput 70 votes
(2) Cross Street was the 3rd highest contribution. In 2004, BN won this seat with 66% of the vote or a majority of 524 votes
Conclusion #1 - Chinese vote deteriorated from '08



This graph contexts the movement from 2008 to 2009. The more it moves downwards, the the greater is PAS gain at BN expense. So we see that in Cross Street, a bad situation became worse.

Conclusion #2 - Even splitting the Chinese vote, BN would still lose bad
(3) If we exclude Kg. Gagah and Cross Street, PAS still beats BN by a majority of 3,100 votes. So in all the overwhelming Malay areas, PAS got 7,283 votes and BN got 4,173 votes. That means 70% of PAS winning margin came from Malay dominated areas.

Scenario #2 - The Old Voters.
5,408 votes were from the Saluran 1 and 2. PAS got 3,328 (62%) and BN got 2,148 (38%) votes. First congrats to whoever was the UMNO Snr rep for Permatang Ara; BN actually won that Saluran (1,2) gaining 439 votes against PAS 416 votes.

This all important Saluran contributes to 35% of the total votes only. So when we see BN/UMNO bang hard on on issues that resonate with old votes, you know the issueslah, we are very sure that they have the right strategy because they are aiming for this all important 35% voting bloc.
(if you don't get that, then you need to read more comic books, not the banned ones ok!)

An important thing is to note the contribution to the overall number of votes. First let me explain what is this. Suppose you have 10 votes, and 9 of your votes come from Saluran 1,2 and the remaining 1 comes from Saluran 3. Your opponent has 100 votes, and 90 comes from Saluran 3 and above and 10 comes from Saluran 1,2. Your opponent beat you in both cases, but we still say that Saluran 1,2 contributed to 90% of your total votes. If you cant get this, then insist that PPSMI be scrapped immediatly!

For BN's case, Saluran 1,2 contributed 41% of their votes. For PAS saluran 1,2 contributed to 35% of their votes.

What does this mean - the BN voter profile is increasingly dependant on the older generation. Think about it, BN could have still got its 5067, but 35% of that votes came from Saluran 1,2 and 65% came from Saluran 3>. That means the profile of the BN voter matches the demographics . But no, in this case, the contribution from Saluran 1,2 was 41% which means that BN cannot convince young voters as well as it convinces old voters. Think about it.

Scenario 3 - The Saluran 3>
PAS got 6,290 votes compared with BN's 2,987 votes. Think about it. Time and time again Wenger says - focus on JOBS. Focus on Cost of Living. Focus on Skills training. But Wenger is a pariah amongst UMNO bloggers. Others say focus on race issues, which Wenger says is the wrong strategy point blank!

This Saluran is supposed to be the Internet generation, and this generation voted in ratio greater than 2:1 to support PAS as opposed to UMNO. I can tell you, in a general election, you can plug this ratio to this Saluran for every state except for Johor, Negeri, Kelantan and Melaka.

Why is the youth showing the '2 Fingers' to BN. Well, just picking a young calon is useless if the campaign is not willing to adopt the right strategy.

Anyhow back to the Data. Needless to say, BN lost all peti undis. But amongst that, some Peti Undi's showed marginal improvement.




So whoever was in charge for Pemuda in Permatang Ara, Pelet, Kubang Semang, Bkt. Indra Muda and Tanah Liat, oklah, you improved. Congrats.Biggest improvement was in Bukit Indra Muda - a full 3 percentage points. (look how far the line extends up to gauge the improvement)



Now to those who screwed up.



Permatang Pauh was the worst. From 33% of the vote in 2008, it came down to only 26% a drop of 7%. The youth vote in Cross Street also dropped from 28% to 24% of the vote. Safe to assume, except for Goh Wei Liang, virtually no Chinese youth voted BN in Cross Street, as the 1 out of 4 who did vote BN would have come from Kg. Uma or Kg. Besar.

So its back to the youth vote. Until we have youth friendly policies, its difficult for BN to match PAS. There are a lot of issues right now which are very youth unfriendly and unfortunately the Government has not been able to solve these problems. It requires a lot of creativity, sound media planners, not the discredited type and some level of 'visionary' factor.

Wengers Conclusion
When you lose 2:1 in any election, lets just be honest and say it for what it is. We lost, we screwed up. But are we going to make a habit out of it. The decision lies in Putrajaya.