Khamis, 27 Ogos 2009

RM112 JUTA LEBUR SEBULAN KERANA KRONI

Oleh FAZALLAH PIT

SETIAP bulan selama 40 tahun, sebanyak RM112 juta wang rakyat yang dilabur dalam pelbagai dana kerajaan termasuk saham amanah, lebur begitu sahaja tanpa diketahui ke mana hilangnya, ke saku siapa?

Ia berikutan hanya RM2 bilion daripada RM56 bilion peruntukan dana pemilikan Bumiputera, masih berbaki manakala bagi kerugian RM54 bilion, tiada pihak memberi penjelasan penuh.

Situasi itu sedang berlaku dan bakal berulang selagi tiada pembetulan ekonomi dibuat atau sekurang-kurangnya penilaian ekonomi 50 tahun negara secara menyeluruh dilakukan, dalam masa terdekat.

Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail berkata, kehilangan jutaan ringgit setiap bulan itu didorong faktor ilusi ekonomi yang diwujudkan pemerintah bagi menutup kepincangan perbelanjaan.

"Kehilangan wang rakyat akan terus berlaku selagi faktor kesilapan ekonomi, tidak diperbetul segera. Ia akan berulang," katanya kepada Suara Keadilan ketika diminta mengulas kehilangan jutaan ringgit dan penubuhan Ekuiti Nasional Bhd (EKUINAS).

Pada 30 Jun lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan penubuhan EKUINAS sebagai dana ekuiti swasta yang menumpukan pelaburan dalam sektor berpotensi dan pertumbuhannya tinggi.

Penubuhan EKUINAS dengan peruntukan permulaan RM500 juta dan bakal dipertingkat kepada RM10 bilion, menimbulkan pelbagai persoalan mengenai ketelusan Umno dalam menjamin hak ekuti bumiputera tidak dibolot segelintir kroni Umno.

Ia berikutan, Najib dalam ucapan depan perwakilan Umno Johor mengaku kebanyakan peruntukan diberikan dalam bentuk Amanah Saham Nasional (ASN) dan Amanah Saham Bumiputera (ASB) itu dibolot oleh 'Tan Sri-Tan Sri dan Datuk-datuk'.

Sehingga kini, Najib belum mengumumkan sebarang rancangan untuk mengembalikan pegangan ekuiti bumiputera berjumlah RM54 bilion yang dijual oleh kroni pemimpin kepada pihak ketiga untuk mengaut keuntungan lumayan.

Mengulas lanjut, Azan mencadangkan kerajaan supaya membuat semula pencapaian 50 tahun negara sebagaimana amalan sesetengah negara luar bagi membaiki sesuatu masalah sebelum menjadi lebih kronik.

"Kesan ilusi ekonomi besar. Ia boleh menyebabkan kejatuhan nilai yang situasinya lebih buruk dari mengalami masalah inflasi," katanya, menambah ilusi ekonomi terbaru kerajaan Umno-BN ialah EKUINAS.

Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff pula menganggap penubuhan EKUINAS sebenarnya cuma bahan promosi 1Malaysia bagi menggembar-gemburkan saham amanah 1Malaysia yang dilancarkan baru-baru ini.

Beliau menganggap penubuhan EKUINAS itu bertujuan menarik perhatian rakyat terhadap 1Malaysia dan ia tidak membantu, sebaliknya membebankan rakyat kerana peruntukan itu asalnya wang rakyat dari kutipan cukai.

Katanya, kegagalan kerajaan mengurus dana kewangan hingga menyebabkan kerugian RM52 bilion daripada RM54 bilion saham Bumiputera, perlu diperhalusi dan bukannya mencipta satu dana baru yang mungkin mengalami nasib sama.

Yusmadi berkata, EKUINAS pasti menemui kegagalan selagi masalah yang dialami dana lain sebelum ini tidak diatasi, berikutan faktor kecuaian dan penyelewengan dalam pengurusan dan ketiadaan akauntabiliti.

"Kerajaan patut memberi penekanan kepada perbelanjaan berhemah, bukannya membuat pengumuman mengenai dana baru, pakej ransangan baru. Semuanya pasti gagal selagi masalah asas tidak diatasi.

"Janganlah kerana mahu menjayakan 1Malaysia, kerajaan membuat sogokan kewangan kepada rakyat sedangkan ia memang menggunakan duit rakyat," katanya kepada Suara Keadilan apabila diminta mengulas penubuhan EKUINAS. - Suara Keadilan

KONVESYEN PIAGAM PAKATAN RAKYAT - ZAID

Pakatan Rakyat sedang merangka sebuah piagam yang akan menjadi asas kepada dasar dan keputusan gagasan itu, kata ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Datuk Zaid Ibrahim.

Piagam berkenaan akan siap digubal dalam kira-kira dua bulan dan akan diperinci pada konvensyen kebangsaan pertama Pakatan Rakyat (PR) yang dijadualkan berlangsung pada Oktober atau November depan, kata beliau.

“Piagam ini akan menzahirkan asas-asas perjuangan yang di dokong oleh PR dan menjadi asas kepada segala dasar dan keputusan yang dibuat,” kata Zaid.

“Kita sudah mula untuk menggubal piagam ini dan pucuk pimpinan telah memberikan dua bulan untuk menghasilkannya,’ tambah beliau.

Zaid berkata sebuah piagam yang didokong bersama oleh KEADILAN, PAS dan DAP akan memantapkan lagi Pakatan Rakyat sebagai sebuah entiti politik disamping memberikan rakyat maklumat jelas mengenai perjuangan dan nilai-nilai gagasan itu.

“Hakikat ialah PR dapat menyelesaikan sebarang masalah yang timbul dengan cepat dan berkesan. Ia telah dilakukan di Kedah, di Selangor, di Pulau Pinang kerana ada kesepakatan antara pemimpin untuk berbincang secara terbuka dan ikhlas,” tambah beliau.

Bekas Menteri Undang-Undang itu tidak menafikan PR masih terdedah kepada masalah tertentu tetapi berkata ia tidak serius dan adalah perkara biasa kerana gagasan itu baru ditubuhkan tahun lalu.

“Parti-parti seperti KEADILAN dan DAP tidak mempunyai pengalaman memerintah sebelum ini, tetapi dalam sedikit masa, mereka telah menunjukkan potensi yang amat baik dan kita harus bina atas prestasi ini supaya parti kita, PR lebih mantap dan kukuh,” kata Zaid.

Zaid menegaskan bahawa gagasan itu sudah pun menempelak segala ramalan media arus perdana dan Umno-BN bahawa kononnya PR tidak dapat bertahan dan akan berpecah belah.

Menurut beliau, hakikat ialah “Umno-BN yang semakin tidak stabil dan menunjukkan tanpa-tanda akan retak dari dalam. Kita tahu masalah-masalah dalam Umno, krisis kepimpinan MCA dan MIC serta parti Gerakan yang tidak mempunyai sebarang gerakan,” kata Zaid lagi.

“Saya bercakap ini bukan kerana “over-confident" atau terlalu yakin tetapi hakikat ialah BN mempunyai terlampau banyak masalah dan telah hilang iltizam untuk berbakti kepada rakyat.

BN hari ini jauh berbeza dengan parti Perikatan yang kita kenali..tidak lagi wujud kesanggupan untuk duduk berbincang dan menyelesaikan masalah rakyat. Umno telah menjadi sebuah parti elitist yang mementingkan kuasa sahaja,” kata Zaid.

Zaid berkata Umno akan terus meremehkan KEADILAN dan Pakatan Rakyat kerana itulah cara dan tradisi mereka akibat terlampau angkuh setelah memegang kuasa begitu lama. - Suara Keadilan

RAKYAT TETAP YAKIN PADA NIK AZIZ DAN ANWAR

Oleh: WFAUZDIN NS

MEMALUKAN. Itulah yang boleh kita tafsirkan terhadap Umno sekarang. Kekalahan demi kekalahan di dalam PRK selepas pilihanraya umum yang lalu amat memberi kesan kepada Umno terutamanya. Parti yang tidak pernah serik memperdayakan rakyat kononnya membela agama, bangsa dan negara ini terus ditolak majoriti rakyat. Taktik Umno yang terbaru dengan menjalankan propaganda memburukkan dua individu tokoh penting PR iaitu DS Anwar dan Tuan Guru Nik Abdul Aziz ternyata memakan tuan. Umno semakin hina dimata rakyat dengan caranya sedemikian.

Rakyat di Permatang Pasir meneruskan kerja-kerja rakyat untuk terus mengajar Umno supaya pemimpin mereka dapat bermuhasabah diri. Kekalahan Umno di tangan Pas dengan majoriti besar memberi tanda bahawa Umno waktu ini sepatutnya di`kuarintin'kan sepertimana mereka yang disyaki mempunyai jangkitan virus H1N1 sekarang. Umno perlu dirawat segera sebelum `Malikil Maut' tiba bila-bila waktu. Tetapi, apakah pemimpin Umno sanggup menerima kenyataan bahawa Umno kini parah? Setakat ini, kita tidak nampak mereka sanggup berubah.

Mungkin terdapat beberapa kerat ahli Umno yang benar-benar jujur dalam perjuangannya sanggup bermuhasabah dan menerima perubahan, tetapi tidak bagi pemimpin mereka. Berubah ke arah yang lebih baik bererti menyekat pintu rezeki mereka. Ini lah masalah Umno di mana pemimpinnya tidak pernah jujur untuk berubah. Budaya fitnah, menghina sesama manusia, berbohong dan berbagai lagi cara serta taktik kotor mereka sudah sebati di dalam jiwa pemimpinnya. Ahli-ahli Umno patut insaf perkara ini dan mereka tidak lagi boleh terus mengharap Umno membela nasib mereka.

DS Anwar dan Tuan Guru Nik Aziz menjadi mainan politik mereka yang kotor ini. DS Anwar dituduh sebagai pengkhianat negara sedangkan tiada satu bukti atau rekod pun menunjukkan DS Anwar mencuri atau merompak satu sen pun harta dan wang rakyat. Malahan, DS Anwar hampir mati di dalam memperjuangkan nasib rakyat. Inikah bukti menunjukkan DS Anwar pengkhianat? DS Anwar tidak `menjual' Singapura kepada sesiapa dan beliau juga tidak `menjual' Pulau Batu Putih kepada Singapura. Siapakah punya angkara ini?

Manakala, Tuan Guru Nik Aziz terus dicerca dan difitnah sebagai manusia yang berkuasa melebihi dari Tuhan. Sindiran oleh bekas Presiden Umno Tun Mahathir bahawa sesiapa yang ingin tahu samada akhir hayat nanti tempatnya di Syurga atau di Neraka, hendaklah berjumpa Tuan Guru Nik Aziz adalah satu sindirian dari manusia yang tidak berakal dan tidak berotak. Saya tidak yakin itu kata-kata yang datang dari mulut Tun Mahathir yang dianggap tokoh ternama itu. Tetapi, itulah yang dilaporkan maka saya percaya sudah sampai masanya Tun Mahathir menjalani rawatan mentalnya.

Allah menjanjikan Syurga dan Neraka, tetapi adakah Allah akan memberi wahyu kepada semua manusia tentang syarat-syarat untuk memasuki Syurga dan Neraka itu? Nabi dan Rasul diutuskan untuk memberitahu manusia syarat-syarat untuk memasuki Syurga dan Neraka Allah sebagaimana Allah telah wahyukan kepada para Nabi dan Rasul. Apabila tiada lagi Nabi dan Rasul diutuskan selepas wafatnya Nabi Muhammad S.A.W, siapakah yang meneruskan kerja-kerja Nabi ini? Sudah tentulah para sahabat dan Ulamak yang sebagai pewaris Nabi (Warithatul Ambia') akan melaksanakan amanah ini. Bukan kerja para sahabat Nabi atau Ulamak untuk menentukan si anu dan si anu akan memasuki Syurga atau Neraka. Inilah yang patut difahami oleh manusia yang otaknya seperti Tun Mahathir itu.

Malangnya otak seperti Tun Mahathir ini meresapi ke dalam jiwa dan pemikiran sebilangan besar pemimpin Umno yang ada sekarang. Dikhuatiri pemahaman sesat sebegini akan lebih banyak meresapi ke dalam jiwa umat-umat Islam yang rata-ratanya masih jahil ketika ini. Umno gagal untuk berhujah di dalam isu Syurga dan Neraka ini, lebih malang lagi terdapat para Mufti yang mengeluarkan `fatwa' hanya berlandaskan akhbar dan media pencacai yang rakyat telah lama menolak media busuk tersebut. Mengapa tiada hujah untuk mengenepikan kenyataan Tuan Guru Nik Aziz? Ini adalah kerana apa yang disebut di dalam Al-Quran adalah benar dan tiada yang tidak benar. Al-Quran adalah mukjizat, maka tiada sesiapa mampu mengatasi hujah Al-Quran.

Manusia mungkin boleh menipu sekali atau dua kali, tetapi tidak mungkin untuk kali ketiga. Umno terlalu banyak menipu dan tidak mungkin rakyat tertipu lagi. Contoh terdekat, Umno kini telah menerima nasib yang semakin teruk selepas Pilihanraya Umum ke 12 yang lalu. Cuba fikirkan, bilakah Umno bangkit selepas pilihanraya umum yang lalu? Tidak, Umno tidak bangkit cuma sekadar punyai nyawa-nyawa ikan untuk bernafas sebelum ia dikapankan. Umno boleh lakukan apa jua untuk memburukkan pimpinan PR samada Pas, PKR atau DAP tetapi sekuat mana Umno lakukan fitnah itu, bertambah kuat bencinya rakyat pada Umno.

SEBAT CARA ISLAM

INFO UNTUK
ORANG BUKAN ISLAM YANG TIDAK TAHU,
ORANG ISLAM YANG JAHIL @
SENGAJA MENJAHILKAN DIRI!@DAN PEMIMPIN UMNO DAN AHLI UMNO YANG SAH JAHIL..

SEBAT CARA ISLAM








SEBAT CARA SIVIL




Maklumat Ringkas:
SEBAT CARA ISLAM
1. Panjang rotan tidak lebih 1.22 meter , tebal tidak lebih 1.25 sm
2. Jika pesalah hamil, hukuman dilaksanakan selepas 2 bulan melahirkan anak.
3. Sebatan tidak boleh kena muka, kepala, perut, dada atau bahagian sulit.
4. Pesalah lelaki disebat berdiri manakala perempuan dalam keadaan duduk.
5. Sebatan dengan kekuatan sederhana.
6. Tukang sebat tanpa mengangkat tangannya melebihi kepala.
7. Tidak melukakan kulit pesalah.

SEBAT CARA SIVIL
1. Rotan yang digunakan terdiri daripada berbagai-bagai saiz.
2. Pesalah akan ditanggalkan pakaiannya dan digantikan dengan pakaian cawat.
3. Pakaian cawat hanya menutupi bahagian kemaluan depan sahaja.
4. Bahagian daging punggung akan terdedah untuk disebat.
5. Pesalah akan dibaringkan secara berdiri pada patung yang dikhaskan dan diikat kedua kaki dan tangan.
6. Sesetengah tukang sebat menyebat dengan cara terus.
7. Sesetengah tukang sebat menyebat dengan cara sentapan.
8. Sebatan dengan cara sentapan lebih menyakitkan kerana pesalah dapat merasakan cebisan kulit tersentap keluar.

AHHH SEKARANG YANG MANA ADIL......WAHAI PEMIMPIN UMNO......JGN PANDAI KOMEN KELAK....BINASA..

sumber dari sini

Realiti Yang Dihadapi Oleh Orang Melayu (1)


Oleh: Rahim Zain

Mendesak, merayu dan menyindir untuk menyedarkan pemimpin yang tidak sedar diri bukan lagi menjadi cara perjuangan Melayu yang bijak. Perjuangan Melayu memerlukan kepada tindakan affirmatif yang boleh dilakukan di bawah dasar yang ada. Bahkan di bawah National Economic Policy yang menggantikan NEP, seperti yang lama dulu diumum oleh kerajaan, ruang untuk memajukan orang Melayu adalah luas. Yang menyempitkan keadaan adalah orang Melayu sendiri terutama kepimpinan Melayu termasuk NGO Melayu yang tidak faham politik Melayu sehingga pintu hilang hurmat oleh kaum bukan-Melayu terhadap Melayu terbuka luas.

Yang jelas dan juga penting disedari oleh pemimpin-pemimpin Melayu yang baru bangun dari tidur menjerit ketuanan Melayu dan agenda Melayu ialah hakikat bahawa semenjak surutnya air sungai perjuangan Melayu akibat tsunami PRU12 Bangsa Melayu akan berhadapan dengan realiti terpendam dalam masa lebih awal. Memang tidak ramai orang Melayu yang didodoi dengan program kebudayaan Melayu dan lagu-lagu patriotic di radio, tv dan media cetak yang kenal atau mudah kenal realiti terpendam itu. Ramai yang dikhayalkan oleh pemimpin-pemimpin Melayu masih beranggapan bahawa apa yang orang Melayu tidak rela melepas tidak boleh diceburi atau diperolehi oleh kaum lain! Masanya sudah tiba bagi orang Melayu yang berkhayal itu sedar dan hadapi realiti yang selama ini terpendam dan dipendamkan. Lebih lama orang Melayu berkhayal lebih lemah kedudukan kaum Melayu akan terjadi.

Realiti pertama yang perlu dihadapi oleh orang Melayu ialah hakikat bahawa Institusi Raja Melayu sudah renggang dengan rakyat Melayu sehingga Raja nampak tidak cepat merasai jeritan batin orang Melayu. Orang Melayu tidak pernah derhaka kepada Raja. Walaupun ketika orang politik riuh melemahkan kekebalan Raja orang Melayu tetap menyanjungi Raja. Orang Melayu mahu terus percaya kepada kebijaksanaan bapa-bapa keMerdekaan yang meletakkan Raja Melayu sebagai ketua Negara dengan fungsi sebagai ketua kepada Negara berbilangkaum dan payung kepada kepentingan bangsa Melayu. Itulah yang mahu orang Melayu percaya dan orang Melayu memang percaya dan mengharap. Orang Melayu terus mahu percaya bahawa Raja Melayu tahu bahawa orang Melayu mengharap kepada Raja Melayu sebagai pelindung kepentingan Melayu. Tetapi pemimpin-pemimpin Melayu tidak nampak pandai memupuk suasana dan saluran komunikasi yang mesra di antara rakyat dengan Raja.

Bertahun-tahun pemimpin-pemimpin Melayu berbalah dan berkrisis tanpa mendapat sentuhan nasihat atau teguran atau marah dari Raja yang boleh membuat pihak yang berbalah itu sedar dan bertaut. Orang Melayu mengharap kepada Raja untuk sekali sekala bertanya khabar dan mengambil berat tentang kesejahteraan orang Melayu supaya orang Melayu tidak jadi seperti ayam kehilangan ibu? Orang Melayu mahu Raja Melayu menjadi raja orang Melayu sambil menjadi Raja berPerlembagaan. Orang Melayu mengharap Raja Melayu menyuruh pemimpin Melayu hentikan perbalahan.
yang sudah lama wujud sehingga melemahkan kedudukan orang Melayu, pemimpin Melayu, dan Bangsa Melayu. Orang Melayu mengharap supaya Raja Melayu mendorong pemimpin-pemimpin Melayu berprestasi cemerlang dan bermoral tinggi demi maruah dan kedudukan Bangsa Melayu sebagai peneraju Negara. Rakyat sangat berharap kepada Raja Melayu untuk memberi perlindungan dalam keadaan yang memerlukan.

Realiti kedua ialah wujudnya di kalangan pemimpin-pemimpin besar Melayu sikap tidak mahu memperjuangkan kepentingan Melayu Islam dalam perkara-perkara yang menyentuh kehidupan rakyat Melayu. Kekaburan dalam interpretasi peruntukan-peruntukan dalam Perlembagaan yang menyentuh apa yang orang Melayu pegang tidak mahu diperjelaskan dalam Parlimen dalam bentuk Akta yang bersesuaian. Pemimpin-pemimpin Melayu sendiri sudah lama melepas tangan dan rela membiar supaya perkara-perkara kepentingan Melayu yang dipertikaikan diserahkan kepada mahkamah.

Nampaknya sudah tidak ada ruang atau kesediaan atau keberanian atau usaha untuk pemimpin-pemimpin Melayu angkatan baru berjuang dengan berhemah dan roh perjuangan Melayu bagi melindungi dan menangani isu kepentingan Melayu dalam masyarakat berbilang kaum walaupun semua tahu bahawa Bangsa Melayu didedahkan kepada risiko hilang maruah jika keputusan mahkamah merobohkan kepentingan Melayu. Dalam keadaan sekarang setiap kali perkara kepentingan Melayu ditolak oleh mahkamah begitu aibnya Bangsa Melayu dibuat.

Pemimpin-pemimpin Melayu di Parlimen tidak boleh lari dari tanggungjawab untuk berhujah kelas pertama bagi meyakin dan mendapat sokongan dari kawan dan lawan supaya kepentingan Bangsa Melayu tidak dijadikan sesuatu yang ditentukan oleh mahkamah. Apabila maruah Melayu hilang, kemuliaan Melayu pun turut hilang. Sikap hurmat orang Melayu dan orang bukan-Melayu kepada kepimpinan Melayu juga tidak dapat tidak akan terjejas. Orang Melayu akan jadi ejekan sebagai yang mahu menegak perkara yang bukan-bukan.

Jika pemimpin-pemimpin Melayu dalam Parlimen tidak dapat berdiri berhujah mempengaruhi dan menyakinkan anggota Parlimen supaya menerima apa yang orang Melayu perjuangkan sebagai sah dan relevan apakah perlunya orang Melayu diajak berjuang melalui politik. Seluruh ahli Parlimen Melayu perlu bersedia setiap masa untuk mengambil bahagian berucap di Parlimen dengan berhemah dan bersedia penuh dari segi daya berfikir, daya berhujah, ilmu pengtahuan serta sifat goodwill terhadap semua dalam Parlimen bagi memberi fahaman, mendapat persefahaman, sokongan, persetujuan, dan kelulusan Parlimen dari kawan dan lawan demi ketenteraman jiwa orang Melayu tanpa memberi masalah kepada kaum lain. Orang Melayu yang berkerajaan yang diterajui oleh orang Melayu tidak lagi harus berjuang di luar pagar.

Mungkin politik sudah tidak relevan kepada orang Melayu selain dari hanya sebagai proses rakyat memberi kuasa kepada wakil rakyat untuk mentadbir negara. Jika kuasa politik tidak diguna dengan baik secara yang tidak menekan mana-mana pihak bagi melindugi kepentingan Melayu maka politik sudah tidak relevan kepada kepentingan Melayu. Politik dalam keadaan demikian hanyalah penting dan relevan bagi pengurusan dan pentadbiran negara.

Wakil rakyat yang berapi-api tidak rela berkompromi lagi tentang kepentingan Melayu selepas ini sebenarnya berangan-angan. Perkara yang boleh menyelamatkan orang Melayu dari kehinaan dalam tanah air sendiri adalah Akta yang sepatutnya digubal untuk menjadi benteng kepada apa yang dianggap sebagai kepentingan Melayu. Kepentingan Melayu tidak boleh lagi samar-samar atau yang bukan-bukan mengikut selera orang Melayu yang baru bangun dari tidur. Kepentingan Melayu adalah apa yang konsisten dengan Perlembagaan dan perlu dinyatakan dengan jelas. Itulah salah satu faedah berpolitik. Memelihara kepentingan Melayu yang sah tidak semestinya menekan atau menafikan hak kaum lain.

Oleh kerana adanya sikap tidak mahu memperjuangkan kepentingan Melayu dan sikap melepas tangan oleh pemimpin-pemimpin besar Melayu hari ini maka orang Melayu perlu segera terima Realiti ketiga ia itu peranan undang-undang sebagai penentu dalam apa-apa yang orang Melayu mahu tetapi dipertikaikan oleh kaum lain. Sentimen yang ditiup sekarang tentang ketuanan Melayu dan orang Melayu tidak rela diitukan dan diinikan oleh kaum lain akan menjadi beban dalam perjalanan hidup orang Melayu di tanah air sendiri apabila pihak berkuasa melepas tangan dan menyerahkan perjuangan Melayu yang sah supaya ditentukan oleh Mahkamah.

Di bawah realiti ketiga ini orang Melayu mesti mulai berdiri dengan kesedaran bahawa yang akan menentukan apa yang orang Melayu mahu kekalkan adalah undang-undang dan mahkamah. Ilmu undang-undang menjadi penting. Batu Putih jatuh ketangan orang kerana mungkin orang Malaysia tidak pintar dalam bidang undang-undang. Orang Melayu akan kehilangan apa yang mereka anggap mereka punya jika tidak pintar dibidang undang-undang.

Realiti ke empat ialah hakikat bahawa orang Melayu perlu bersaing merebut peluang. Siapa cepat dia dapat akan menentukan kedudukan Bangsa Melayu secara relatif dengan kaum-kaum lain. Penentuan kedudukan orang Melayu di masa depan memerlukan ilmu, kemahiran, daya fikir dan kecekapan serta kepantasan bertindak. Ilmu sahaja atau sifat tidak rasuah seperti yang dikhutbahkan tidak akan menjamin kedudukan Bangsa Melayu jika tidak didokong oleh kebolehan dan kemahiran serta kepantasan bertindak. Hari ini contoh peluang yang terlepas adalah cukup banyak.

Dalam masa orang Melayu lesu menunggu RMK9, atau menunggu cabinet disusun semula atau menunggu pilihan raya diadakan kaum bukan Melayu tidak hirau itu semua. Perkara sedemikian tidak mengganggu perhatian mereka sehingga melesukan. Mereka sudah jauh kedepan dengan pencapaian dalam banyak bidang.Peluang dibidang ICT, baik dibidang penggunaan dan dibidang perniagaan serta perkhidmatan sudah teguh dipegang oleh kaum bukan Melayu dan sekarang mereka memegang bendera sebagai pihak di hadapan. Dengan tidak nampaknya orang Melayu berperanan dengan profile tinggi dalam bidang perdagangan, perindustrian, perkhidmatan dan lain-lain sektor dalam Negara itu adalah tanda awal bahawa Melayu mulai hilang di dunia; ada tapi tidak nampak ada. Lama mana proses akan berlaku Allah saja yang maha mengtahui.

Realiti ke lima ialah bahawa segala dasar akan ditentukan oleh undi dan suara ramai atau kehendak ramai. Pihak yang mempunyai suara terbanyak akan menentukan kedudukan walaupun yang ditentukan itu tidak bersandar kepada logic. Realiti ini juga akan memeranjatkan orang Melayu yang baru bangun dari tidur dan yang beranggapan bahawa sebagai anak watan orang Melayu masih berhak dalam banyak perkara walaupun perkara-perkara itu mungkin sudah lama dikompromi. Sifat negara berbilang kaum akan mencorakkan dasar dan program negara. Dalam keadaan demikian orang Melayu tidak lagi boleh bersikap seperti Ahli Parlimen dari Johor yang tidak rela berkompromi lagi dalam perkara-perkara yang menyentuh kehidupan orang Melayu. Jika perkara yang hendak dipertahankan sebagai bidang orang Melayu itu adalah perkara biasa dalam kehidupan masyarakat berbilang kaum maka ahli Parlimen dari Johor yang beria-ia tidak mahu berkompromi itu boleh dianggap sebagai bermimpi di siang hari. Rela atau tidak oleh beliau dunia sekeliling beliau akan berubah.

Realiti ke enam ialah kesihatan tubuh badan dan otak akan menentukan siapa dapat bertahan dalam situasi yang bergantung kepada daya tahan, daya tahan lasak, dan semua perkara yang bergantung kepada kesihatan. Kaum yang tidak berada dalam keadaan sihat atau berpenyakit, atau kurang pemakanan akan tidak cergas dalam kehidupan negara. Mereka tidak akan dapat berpartisipasi dalam kegiatan sosio ekonomi dengan berkesan dan mungkin akan menjadi beban kepada negara. Orang Melayu yang mahu menjaga maruah perlu berpartisipasi sepenuhnya dalam kehidupan negara dalam serba bidang secara cergas dan berkesan. Orang Melayu yang bervisi cerah perlu beri perhatian kepada kesihatan dan mencegah kegiatan yang merosakkan kesihatan. Penagihan dadah sudah tentu melemahkan. Sebagai contoh kecil tentang kesihatan otak, ramai pemimpin-pemimpin Melayu yang menaungi bermacam persatuan pencak silat tidak pernah mengarahkan supaya perbuatan memecah batu-bata dengan kepala yang boleh mencacat otak dihentikan. Amalan memecah batu-bata dengan kepala untuk menunjuk kekuatan mungkin mendedah otak kepada risiko cedera. Demikianlah mutu pemimpin politik Melayu. Otak Melayu perlu dijaga baik-baik terutama di kalangan muda mudi yang menjadi harapan bangsa.

Bersambung…..

Reformasi Tanpa Anwar 8


Reformasi 3.0a

Reformasi ’98 memperkenalkan rakyat kepada sekumpulan anak muda yang gigih bersama DS Anwar. Antara nama penting yang mula dikenali pada waktu itu ialah Azmin Ali, Ezam Mohd Nor, Saifuddin Nasution dan Lokman Noor Adam. Zahid Hamidi yang dibantai DS Dr. Mahathir pada Perhimpunan Agung UMNO 1997 beralih kesetiaan politik selepas dibebaskan. Ya, ada sebilangan nama lain juga.

Mereka-mereka ini adalah anak muda yang telah bersama DS Anwar untuk sekian waktu. Yang paling lama tentu saja Azmin Ali sebagai Setiausaha Sulit. Ezam pada waktu itu hanya sekitar 4 tahun bertugas sebagai Setiausaha Politik DS Anwar. Dia sebelum itu bertugas sebagai Timbalan Pengarah Institut Kajian Dasar (IKD), sebuah institut yang dikaitkan rapat dengan DS Anwar. Di sanalah kelompok ‘elit’ anak muda dilatih sebelum Reformasi ’98, termasuk sebahagiannya menjadi YB baik untuk BN atau PR.

Saya hanya kenal Ezam dari jauh pada waktu itu tetapi saya dapat mengesan bahawa kehadiran Ezam diterima ramai sebagai ‘jelmaan’ DS Anwar. Umum menerima Ezam sebagaimana kata Anwar “jika seorang Anwar terpenjara, 1000 ‘Anwar’ akan bangkit”. Dari pidato, sosok yang cergas dan latar belakang sebagai Setpol DS Anwar – ia cukup untuk melonjakkan nama Ezam di persada politik Malaysia. Ezam mula dikenal sebaik ‘lari’ ke luar negara dan mengkritik DS Dr Mahathir secara keras.

Tentu ramai masih ingat bagaimana jentera kerajaan lekas memburukkan Ezam kerana memburukkan DS Dr Mahathir dari luar negara. Ezam lekas menjawab dengan mengambil petikan berita bagaimana DS Dr Mahathir telah lama memburukkan Tunku Abdul Rahman dari luar negara. DS Dr Mahathir, sebagaimana baru-baru ini juga mengatakan DS Anwar sebagai pencetus budaya demonstrasi. Ia hanya sekadar justifikasi bahawa DS Dr Mahathir kadangkala mudah lupa.

Ketika ‘aktif’ bergaul dengan kalangan aktivis mahasiswa (meskipun jujurnya saya reluctant untuk dipanggil aktivis mahasiswa, kerana saya percaya saya lebih banyak bergerak sebagai individu justeru sumbangan saya agak terhad), saya berpeluang bertemu dan berdialog dengan Ezam. Sebelumnya hanya sekadar pernah melihat. Saya kira, ia menguatkan pandangan saya bahawa masa depan politik Ezam sangat cerah.

Ia juga menguatkan pandangan ramai yang saya pernah dengar sebelumnya, bahawa Ezam lebih mudah didekati berbanding Azmin Ali. Namun, ada segmen dalam arus reformasi dan parti politik melihat sumbangan Azmin lebih strategik berbanding Ezam. Jarang kedengaran ada pihak yang melihat gandingan Azmin dan Ezam sebagai sinergi atau saling melengkapi.

Ezam, untuk saya mendapat kredit besar kerana mengekalkan hubungan mesra dengan kalangan reformis yang tentu saja kurang berkepentingan politik jawatan dan lebih lantang bersuara. Namun, dalam tempoh itu, lebih awal saya pernah bertemu Azmin dan pegawainya. Ia lantas mengukuhkan pandangan saya bahawa Azmin memang seorang strategis.

Ezam sebelumnya di penjara, dan ia dilihat sebagai pembeza pengorbanan Ezam dan Azmin. Namun, ada segmen berpendapat orang yang bijak berjuang tidak semestinya ditangkap. Saya difahamkan Ezam memang ada campur tangan dalam memastikan pemangkunya Saifuddin Nasution tidak dapat bergerak lancar menguruskan Pemuda Keadilan pada waktu itu. Khabar juga bertiup bahawa Ezam mengaturkan satu hijrah Pemuda Keadilan untuk menyertai UMNO.

Selepas itu, saya bertemu Ezam sekali lagi selepas menang Pilihan Raya Kampus. Perjumpaan itu hanya satu kebetulan ketika saya mahu mengambil beberapa buku daripada Amir Sari. Waktu itu Ezam ada bersama Tian Chua. Saya difahamkan bahawa Ezam mahu meletakkan jawatan Ketua Pemuda Keadilan, namun hajatnya ditolak oleh DS Wan Azizah. Tempoh 2 tahun diberikan di mana Shamsul Iskandar memang disebut sebagai calon pengganti. Keadilan memang berhajat untuk memiliki Ketua Pemuda yang berusia 35 tahun ke bawah.

Penggabungan PKN dan PRM (maksud saya tokoh-tokoh utama PRM) dalam tempoh itu telah memberikan wajah berbeza kepada fasa perjuangan reformasi melalui wadah parti. Muncul konflik baru di mana fraksi-fraksi dalam parti bergelut. Kelompok ABIM, JIM, PRM, NGO lain, bekas UMNO disebut sebagai terlalu rencam. Masing-masing mahu kepentingan mereka dijaga. Tidak ada kesungguhan yang jitu untuk duduk merumuskan keutamaan.

Saat Ezam keluar dari penjara, beliau berhadapan dengan serangan Lokman Noor Adam. Pertentangan dua peribadi ini tidak lain dan tidak bukan ialah soal duit!

Apabila Ezam mengambil keputusan meletakkan jawatan Ketua Pemuda Keadilan, saya kira ramai yang melihat itu sebagai zaman suram parti. Saya kira Ezam telah memberi justifikasi yang kuat untuk melepaskan jawatannya. Pengumuman Ezam untuk menubuhkan Gerakan Anti-Rasuah dan Korupsi (GERAK) disambut penuh tanda tanya – adakah parti gagal berfungsi untuk tujuan yang sama? Alasan Ezam mudah – untuk lebih fokus. Dalam siri pertemuan lanjut saya bersama Ezam, saya melihat Ezam mempunyai justifikasi yang jelas, terutama alasan memperkuat gerakan masyarakat sivil melalui GERAK.

Dalam Pilihan Raya kecil Ijok, Shah Alam menjadi penyelaras gerak kerja di sana. Di sanalah bermula ramai aktivis parti menghidu ada yang tidak kena dengan gerakan Ezam. Tidak nampak kesungguhan yang nyata bahagian Shah Alam menyelaraskan gerak kerja di sana. Pada waktu itu juga timbul fraksi kempen untuk Ketua Pemuda PKR yang baru dan ia cukup untuk memporak-perandakan gerakan parti.

Kerja tahan bas di Ijok juga dilihat sebagai wayang. Ezam hanya bercakap atas kapasiti Pengerusi GERAK, walhal beliau adalah Ketua Pemuda PKR dan calon PKR sedang bertanding di Ijok. Ketika sebilangan aktivis mendapat berita bahawa Ezam dan Khairy Jamaluddin sedang berada di dalam balai merundingi isu bas yang ditahan, mereka sudah menjangka bahawa kes ini tidak akan ada hasil lanjut kerana Ezam dan Khairy adalah ‘regu baru’ bagi mereka.

Dalam siri mesyuarat GERAK yang saya hadir, saya menemukan retorika yang berubah-ubah – dari kenyataan berprinsip kepada sikap politik peribadi. Jelas bahawa Ezam mempunyai ‘dendam peribadi’ kepada Azmin Ali. Ezam bertambah marah apabila PKR memutuskan hubungan dengan GERAK. Adu domba Ezam untuk memburukkan imej DS Anwar, Azmin dan PKR mula muncul dari cakap-cakapnya semasa mesyuarat. Saya juga tidak begitu selesa dengan persekitaran yang melihat GERAK sebagai batu loncatan semata-mata untuk transisi politik.

Dalam pertemuan awal kami, Ezam lekas mengatakan bahawa kenderaan yang dipakai sekarang adalah ‘pinjaman’ seorang tauke Cina untuk memudahkan beliau bergerak. Kebenarannya ada di luar sana.

Yang saya ingat, kenyataan saya dalam mesyuarat adalah jelas. Saya mengkritik pendekatan GERAK yang terlalu bersifat politik. Sebuah NGO seharusnya lebih menumpukan kekuatan kepada latihan dan penyelidikan.

Kali terakhir, saya mengaturkan satu pertemuan Ezam bersama aktivis-pemikir mahasiswa di Bangi. Ketika itu himpunan BERSIH hampir berlangsung dan Ezam minta pertemuan kami dibuat selepasnya. Dakwanya bahawa beliau diekori oleh Special Branch (SB) justeru beliau tidak mahu kami mendapat tempiasnya. Dan pertemuan terakhir itu saya masih ingat, tidak lama sebelum beliau mengumumkan keluar dari PKR dan memohon menyertai UMNO. Dan pertemuan terakhir itu beliau masih mengutuk UMNO….

Selepas Ezam menyertai UMNO, saya tidak menjawab panggilan dan sms beliau kepada saya. Yang terakhir, beliau memaklumkan bahawa kelompok mahasiswa telah menubuhkan GERAK di peringkat mahasiswa. Malam itu beliau pohon saya hadir bersama aktivis GAMIS. Saya tolak bukan kerana beliau menyertai UMNO, tetapi saya fikir tempelak arwah Adlan Benan ada benarnya tentang Ezam. Nyata, mantan Bendahari Pemuda Keadilan yang pernah di’import’ England mewakili pasukan debat mereka itu lebih dahulu mengenal Ezam.

Tulisan ini hanya memuatkan sebahagian perkara luar yang saya himpun sepanjang saya mengenali Ezam secara terhad. Sebahagian lagi saya simpan untuk pengetahuan peribadi semata-mata.

Ezam, untuk saya, hanya seorang lagi politikus. Beliau tidak mahu memilih menjadi seorang negarawan…

Reformasi Tanpa Anwar 7


Oleh: Amin Ahmad

Reformasi 3.0

Akhirnya DS Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri. Desas-desus DS Dr. Mahathir hanya berpolitik semasa menyatakan keinginan meletak jawatan meleset. Ada yang menganggap air mata Mahathir adalah kepura-puraan baru untuk melihat sokongan kepadanya. Tentu sekali ramai yang mengingati tangisan dan patahnya kasut tumit tinggi DS Rafidah Aziz.

Saya masih ingat ketika ke Palace of Justice sebelum itu ketika DS Anwar sedang dibicarakan. Buku Gelombang Kebangkitan Asia, terjemahan dari Asian Renaissance saya hilang dicuri. Mujur saya berjaya mendapatkan yang baru di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada waktu itu. Saya masih ingat kata pegawai yang bertugas pada waktu itu “…buku itu telah diarah lupus oleh kerajaan. Tapi saya simpan lapan naskah jika adik mahu beli”. Tanpa banyak soal saya mendapatkannya. Saya percaya naskah bahasa Melayu itu sudah tidak ada. Saya membuat dua salinan untuk rakan-rakan Reformis – yang saya kenal di mahkamah.

Saya masih ingat peringatan arwah Pak Lang Zaki ketika kami bertemu di mahkamah “…jangan lupa bahawa selama ini Pak Lah adalah orang yang menandatangani penangkapan ISA!”. Seingat saya, itu kali terakhir saya berbual dengan arwah Pak Lang Zaki selepas sebelumnya kami bersama dalam mogok makan sempena 365 hari tahanan ISA.

Ramai berteka-teki tentang keputusan Mahathir meletakkan jawatan. Tidak ada tanda keretakan hubungannya dengan Pak Lah. Tidak ada tanda kesungguhan orang ramai mahu Mahathir kekal. Maka, ada teori selain ujian pengaruh mengatakan Mahathir sudah tidak punya daya untuk bertahan dengan kerosakan yang berpunca daripadanya. Ramai berpandangan bahawa Mahathir adalah biawak hidup yang terpaksa dipikul UMNO-BN. Berhentinya Ling Liong Sik juga satu tanda bahawa kepimpinan masyarakat Cina lebih fleksibel.

Saya pernah ditanya lebih kurang “…jika benar ada rasuah, tunjuk bukti dan saya sendiri sedia untuk buat laporan bersama”.

Jawab saya “…rasuah itu seperti zina juga, orang tidak buat secara terbuka. Pokoknya sistem itu mesti boleh menjamin dan diyakini dapat melawan rasuah. Sebab itu orang bicara soal Akta Kebebasan Maklumat (FOIA), pemisahan kuasa yang jelas (clear separation of powers), ketangkasan badan penguatkuasa yang tidak memilih (the efficiency of enforcement without selective prosecution) dan sebagainya”.

Kita boleh merujuk kes laporan rasuah terhadap DS Rafidah, Rahim Tamby Chik dan Samy Vellu misalnya. Kita tahu Ezam ditangkap di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) yang memaksudkan dokumen yang dibawanya adalah sahih. Sejak bilakah undang-undang kita digubal untuk mempertahankan jenayah?

Ini soalan paling kritikal lanjutan daripada kerosakan institusi yang telah saya nyatakan sebelum ini dan kita patut berterusan mempersoalkan ini. Di sana terlihat bagaimana iltizam politik tidak ada dan institusi kenegaraan dikompromi untuk menghalalkan salah guna kuasa dan rasuah. Lebih buruk lagi, ia dikompromi dengan maruah bangsa dan agama apabila ia dipertahankan dengan slogan “Hidup Melayu” dan “Ancaman Kepada Islam”. Sejak bila pula budaya bangsa dan nilai agama mewajarkan ini?

Ini garis prinsip yang perlu kita pertahankan – tanpa memilih bulu berdasarkan asosiasi kepartian dan individu.

Kita harus mengalukan siasatan dan dakwaan salah laku di kalangan kepimpinan Pakatan Rakyat misalnya. Tapi itu tidak bermakna bahawa kita tidak sedar akan pendakwaan memilih.

Saya melihat ada kecenderungan untuk Pakatan Rakyat dan pendokong Reformasi juga untuk berkompromi dengan kelemahan kepimpinan. Ia kedengaran dalam bentuk “tidak adil membandingkan satu tahun pemerintahan Pakatan Rakyat dengan BN yang sudah 50 tahun” atau “kita tidak sangka untuk menang begini semasa Mac 2008”.

Kita mesti bertegas bahawa tugasan kenegaraan bukan seperti main pondok-pondok! Suka atau tidak, realiti di lapangan menunjukkan rakyat telah bersedia memberi peluang untuk membaiki negara melalui saluran lain daripada Barisan Nasional!

Saya melihat mentaliti kepembangkangan yang kuat masih berlegar di sekitar cara berfikir aktivis parti. Pandangan sarwa yang ekstrim (maksud saya zero sum game) juga tebal terutama di kalangan politikus PAS dan DAP.

Ada pertuduhan bahawa politikus PKR adalah mantan politikus UMNO justeru mereka lebih kurang sama budayanya dengan UMNO. Saya boleh bersetuju hingga tahap tertentu, namun melihat ia sebagai tuduhan rambang yang cetek pada sisi lain. Entah ke mana mereka campakkan aktivis PRM, NGO dan profesional yang lain. Entah sejauh mana mereka menyelongkar khazanah ilmu dalam pada mereka bersetuju bahawa ilmu Allah s.w.t. itu Maha Luas.

Sepatutnya kini di peringkat akar umbi telah mula membincangkan idea-idea kasar dalam bicara reformasi di Malaysia. Dari persoalan negara madani ke negara kebajikan, ia harus dikupas dengan lebih teliti agar timbang tara dasar dapat dibuat bagi membantu mereka yang berkhidmat. Bukan saja perbincangan dasar, ia harus diterjemahkan dalam program konkrit untuk rakyat. Rakyat tidak harus lagi disuap sampai bila-bila. Kita harus memikirkan lebih dari sekadar memberi ikan, tetapi pergi kepada kemahiran menangkap ikan.

Bisik-bisik orang ramai, Pak Lah membebaskan Anwar melalui nasihat orang-orang alim kepadanya dan tindakan ini telah mengejutkan Mahathir. Desas-desus mengatakan Khairy Jamaluddin merupakan orang yang bertanggungjawab. Waktu itu kelihatan Ezam menjadi orang yang membawa Khairy untuk memudahkan urusan passport dan visa Anwar ke Jerman.

Keluarnya Ezam dari tahanan ISA dan OSA menunjukkan perubahan ketara. Tidak ada lagi Ezam yang menjadi sosok mengingatkan rakyat kepada Anwar. Yang ada hanya gambar dan kisah bagaimana Ezam mengaturkan kompromi dengan UMNO. Sebilangan tahu Ezam lebih awal menyatakan hasrat menyertai UMNO dengan alasan sebagai jalan membebaskan Anwar. Kumpulan 12 dihantar awal sebagai tanda komitmen Ezam untuk membunuh ‘nyawa’ PKN. Ezam tentu ingat balas Anwar bahawa “jika anda menyertai UMNO, saya akan menjadi ‘lawan’ anda”.

Reformasi Tanpa Anwar 8 akan berkisah tentang pengalaman terhad saya bersama Ezam.

Antara Hukum Pemerintah Dan Hudud

Oleh: Nash Ar-Rawy

Hukum hudud adalah hak Tuhan yang merangkumi ; sariqah ( rompakan bersenjata ) , hirabah ( mencuri ), zinah /liwat ( 4 orang saksi yang bukan fasik), qazaf ( Penuduh zinah/liwat tanpa 4 saksi yang bukan fasik ) , syurb ( arak ) dan murtad ( di hukum bunuh jika enggan taubatan nasuha setelah dinasihati berkali-kali ).

Jenayah syariah di atas tiada bisa di laksanakan di Malayisa samada di mahkamah tinggi ‘syariah’ ( yang sebenarnya adalah mahkamah UBN) apalagi di mahkamah sivil yang dipaksakan ke atas umat Islam. Yakni, ‘English Common Law” di perturunkan kepada anak emas dan anak didik British ( UBN) yang mengekang kebebasan perlaksanaan hukum hudud , kisos dan ta’azir ; oleh pemerintah thoghut nasionalis sekular: SMS ( Satu Malaysia Sekular ) yang berkuasa di era mutakhir ini.

Sementara Qisos adalah hak manusia yang bersabit kes pembunuhan dan pencederaan ( ‘battery’) ke atas mangsa. Ini adalah kerna si pembunuh bisa dilepaskan jika mendapat keampunan daripada pewaris si mati berserta dengan pembayaran ganti rugi yang setimpal dengan penyaraan keluarga si mati. Di sinilah keadilan Islam bukannya pemerintah ( atas nama Agung) yang berhak memberi keampunan kepada si pembunuh tetapi waris yang sebenarnya yang berhak.

Namun hak tuhan, yakni, hudud tiada bisa di buat rayuan kepada pemerintah untuk meringankannya kerna itu hak Tuhan dan hukumannya adalah qat’ie ( mandatory) . Dalam kes Kartika , penghakiman tiada berdasarkan syariat Islam kerna hukuman yang jatuhtuhkan ke atas beliau ; bukannya hukum hudud, atau kisos atau ta’azir tetapi hukuman syariat parti pemerintah ( UBN ) yang di ubahsuai sendiri dengan tangan-tangan pemerintah. Di dalam Al- qur’an dalam suratul al- maidah, secara terang-terangan dan jelas ( ‘crystal clear’) tanpa sebarang keraguan langsung bahawa pemerintah yang berhukum dengan bukan syariat Islam di kategorikan oleh Yang Empunya Hukum ( ‘The Absolute Law Giver’) sebagai samada : kafirun, zolimum atau fasikun; satu di antara tiga ini tidak bisa terlepas.

Dalam hal syurb ( arak ) mengikut hukum hudud atau syariat Islam yang sebenarnya ; yang asli mengikut Al-Qur’an ( ‘The Last Testament’) adalah sebatan 40 kali ( minima) atau 80 kali ( maksima). Manusia ( pemerintah ) tiada hak samasekali untuk mengambil hak Tuhan dalam perundangan yang sudah pun ditetapkannya dengan memberi fasiliti membuat rayuan kepada si pesalah jenayah syariah. Wang denda sebanyak RM5,000 ke atas Kartika oleh mahkamah tinggi ‘syariah’(UBN) Kuantan tiada bisa menebus dosa beliau di akhirat kelak Begitu pun, sebatan 6 kali jika dilaksanakan memberikan kesan yang sama kerna itu bukan Hukuman Tuhan ( Hudud) tetapi; hukuman bikinan manusia melalui tangan jahat mereka (UBN) terhadap Tuhan.

Justeru itu, yang bisa menanggung dan tertanggung dosanya di akhirat kelak adalah penguasa atau pemerintah yang menolak Hudud sebagaimana yang berlaku sebagai bukti ke atas Kartika di akhirat kelak ; kerna beliau bersedia dan redha di hukum dengan hukuman yang Maha Pencipta dan Yang Empunya Hukum , iaitu sebanyak 40 kali sebatan . Bukannya dengan hukuman ciptaan manusia ( Mahkamah syariat UBN ).

Oleh yang demikian, adalah menjadi dosa besar bagi orang-orang Islam yang menaikkan penguasa atau parti pemerintah (UBN) yang sedemikian rupa; yang telah melakukan dosa subahah menjadikan orang yang menolak Hudud, Kisos dan Ta’azir sebagai penguasa umat Islam yang sekaligus ; mengekalkan pula ‘British Common Law yang mengatasi Hudud , Kisos dan Ta’azir yang di paksakan ke atas umat Islam Satu Malaysia dengan kethoghutan mereka.SMS. Cara untuk menebus dosa tersebut ialah dengan menyokong dengan tangan anda ( mengundi ) pada PRU 13 ; dengan mengundi Gerakan Islam ( Pas bersama rakannya dalam Pakatan Rakyat) yang sudah pun menyediakan Hukum Hudud, Kisos dan Ta’zir dengan diperundangakan Kanun Jenayah Syariah di dalam DUN Kelantan dan Terengganu.

Namun seperti yang sedia maklum , kerajaan pusat di kuasai oleh parti nasionalis sekular yang mengekang perlaksanaan hudud melalui perlembagaan persekutuan dan ugutan mageran. Insya Allahu , jika anda beriman dan mahu Hudud di laksanakan , berkewajipan bagi anda untuk menggunakan tangan ada( mengundi) memenangkan dan memerdekakan Islam untuk memelihara maruah Islam , umat Islam dan tanah air daripada penjajahan bentuk baru (“Neo-Colonialsm) ; yang membelenggu dan mengongkong kebebasan Islam dan ummah untuk memilih Islam dan meletakkan Kanun Jenayah syariah ( Bukan syariat UBN ) pada kedudukan dan tempatnya yang sebenar .

Kes Kartika boleh dijadikan ‘iktibar bagi orang yang beriman dan bijaksana untuk menilai setelah lima dekad ; merdeka dariapda kolonial British , namun Satu Malaysia (SMS ) masih lagi belum merdeka dalam ertikata yang sebenarnya . Justeru kerna ‘Neo Colonialisme” UBN meragut kemerdekaan rakyat melalui akta dayus dan opresi( “ Draconian Law ‘) seperti ISA( Ikut Suka Aku) tangkap tanpa bicara, Akta Cetak dan Universiti yang tiada selari dengan syariat Islam .Lantaran itu, memperkudakan SPRM, Mahkamah, polis dan SPR yang kononnya terkejut besar dengan kemerosotan peratusan yang keluar mengundi di DUN Permatang Pasir . Sedangkan sebenarnya SPR lawak besar kerna memaksakan rakyat keluar mengundi pada hari bekerja.Pengundi di Taiping, Ipoh , KL dan lain-lain tidak bisa pulang kerna masaalah cuti , sedangkan hari Ahad bukankah ada.

Namun, bagi kes Kartika ini, layak mendapat penghormatan daripada seluruh umat Islam Satu Malaysia dan dunia kerna keinsafannya bertaubat untuk kembali kepada syariat Islam demi untuk menebus dosa beliau di akhirat kelak;sekalipun yang berjalan adalah syariat UBN. Itu bukan persoalan beliau , tetapi persoalan yang akan tertanggungjawaban oleh parti pemerintah di hadapan Rabbul Jalil nanti. Masyarakat majmuk bukannya alasan kerna Hudud hanya untuk umat Islam sahaja dan bukan Islam bisa ‘opt ‘kepada ‘Civil Law”. Tetapi, malang sekali UBN tiada bisa memperundangkan Akta Hudud di dalam parlimen sekaligus menolak cadangan tersebut daripada PAS.

Hudud adalah bertujuan untuk menghapus dosa si pesalah di akhirat kelak , mendidik ummah dan mencegah kemungkaran. Justeru, rotan yang diguna-pakai itu pendek , tidak tebal dan menyebat sederhana sahaja , tidak bisa melebihi bahu mengangkat tangan; ibarat si bapa merotan si anak( berusia sembilan tahun) yang enggan solat dengan penuh kasih sayang dan mendidik sebelum ia akhir baligh tanpa sebarang kecederaan dan bisa di tonton di khalayak yang bisa menberi kesan saikologi mencegah kemaksiatan zina, qozaf( 80 kali sebatan) syurb( minum arak) dan lain-lain.

Akhir kalam , selagi hukum hudud tiada bisa di laksanakan ke atas umat Islam ( sahaja) dalam Satu Malayisia. Maka semua umat Islam berada di dalam keadaan subahah dan berdosa ; selama mana mereka itu redha dan menyokong syariat UBN di kekalkan oleh Penjajahan Bentuk Baru ( kesinambungan thogut, sekular British) . Justeru itu, untuk melepaskan dosa tersebut; semestinyalah dengan kesadaran dan keinsafan kendiri dan taubatan nasuha kerna membiarkan selama lima dekad Islam , ummah dan tanah air terus berada di dalam cengkaman qorun kroni UBN; di jajah oleh penguasa thoghut sekular . Laksanakanlah tanggungjawab anda kerna tangan yang memangkah itu pastinya akan dipersoalkan oleh Tuhan di akhirat kelak, Lakukannya semata-mata ‘lil Lahi Robbil ‘alameen’ sebagai memenuhi tuntutan Jihad Fi Sabilillah dalam Satu Malaysia : melaksanakan Ad-deen Waddaulah

Sentuh kes syariah, hina mahkamah

Menteri diminta berhenti mengeluarkan "kenyataan jahil" berhubung prosedur mahkamah syariah kerana tindakan itu mencampuri urusannya dan boleh dianggap menghina mahkamah, kata Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM).

Timbalan presidennya Muhammad Burok turut menyeru pihak-ihak yang tidak berkaitan dengan urusan perundangan Islam supaya tidak mencampuri urusan mahkamah syariah.

Beliau mengeluarkan amaran ini susulan kenyataan beberapa menteri yang mengulas hukuman sebat terhadap model sambilan Kartika Sari Dewi Shukarno yang bersalah mengambil alkohol oleh mahkamah syariah Pahang.

"Apabila umat Islam, lebih-lebih lagi pucuk pimpinan kita hendak keluarkan kenyataan, yang pertama mesti dapatkan maklumat yang tepat.

"Jangan keluar kenyataan yang menunjukkan kejahilan kamu tentang undang-undang Islam dalam Malaysia dan menunjukkan kita tidak yakin dengan undang-undang Islam ini," katanya.

"Ini adalah amaran kepada sesiapa yang cuba halang hukuman tersebut kerana itu adalah satu penghinaan kepada mahkamah.

"Sesiapa yang menghalang atau cuba menghalang perjalanan kes, itu adalah menghina mahkamah. Saya tidak tahu berapa ramai yang sudah melakukan kesalah menghina mahkamah, termasuk menteri," kata Muhammad dalam satu sidang akhbar anjuran gabungan Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (Pembela) di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau turut mendakwa campur tangan yang wujud daripada menteri telah menyebabkan perjalanan kes ditangguhkan dengan tidak mengikut prosedur. [Baca juga: Gantung sebat Kartika 'langgar prosedur mahkamah']

“Kes ini telah diputuskan di mahkamah... tetapi bila ada campur tangan pihak tertentu, itu menyebabkan ketidakadilan kepada institusi mahkamah itu sendiri dan juga kepada orang yang dijatuhi hukum.

“Orang itu pula memang hendak menjalani hukuman. Beliau sudah insaf dan mahu menjalani hukuman secepat mungkin, tidak kiralah pada bulan Ramadan atau sebagainya. Kalau kita tidak boleh buat siang sebab berpuasa, kita boleh buat (sebatan) waktu malam,” kata Muhammad lagi.

Menteri dalam negeri kelmarin menegaskan bahawa hukuman ke atas Kartika tidak dapat dijalankan kerana tiada jurusebat untuk menjalankan hukuman berkenaan

Hukuman ditangguhkan kerana ia merupakan kes pertama yang dihadapi, kata Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Beliau juga dilaporkan berkata, Jabatan Penjara perlu dipersiapkan dengan keperluan-keperluan bagi menjalankan hukuman berkenaan.

Bagaimanapun kenyataannya itu dipertikaikan oleh Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) Mohamad Isa Abdul Ralip dengan alasan hukuman tersebut pernah dilaksanakan seperti pernah didedahkan dalam satu seminar anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), April lalu.

Selain PPMM dan PGSM, Pembela turut disertai antaranya Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) dan Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM).

Idris Jala dilantik menteri di JPM

Ketua Pegawai Eksekutif Penerbangan Malaysia (MAS), Datuk Idris Jala telah dilantik sebagai menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Beliau ditugaskan menyelia pelaksanaan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) dan akan melaporkan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.

Idris juga dilantik sebagai ketua pegawai eksekutif Unit Penyampaian dan Prestasi Pengurusan (PEMANDU).

Pelantikan Idris diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selepas diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Dr Koh akan meneruskan tugas merangka dan melaksanakan keseluruhan dasar dan strategi berhubung pengurusan prestasi dan pembaharuan organisasi dengan fokus khusus kepada N-KRA.

Beliau juga akan mempengerusikan lembaga PEMANDU yang turut dianggotai Ketua Setiausaha Negara dan pegawai-pegawai kanan kerajaan.

Idris pula akan berkongsi kepakaran dan pengalamannya ketika berkhidmat di Shell dan MAS dan merangsang pelaksanaan pengurusan prestasi di peringkat kerajaan persekutuan.

Beliau juga akan memegang jawatan timbalan pengerusi lembaga PEMANDU.

Idris dilantik sebagai pengarah urusan dan CEO MAS pada Disember 2005 selepas syarikat penerbangan itu mengalami kerugian terbesar dalam sejarah korporatnya.

Sebelum menerajui MAS, Idris berkhidmat selama 23 tahun di Shell. Antara tahun 2002-2005, Idris memegang jawatan Pengarah Urusan Shell MDS (Malaysia) dan Naib Presiden Shell Malaysia GAS& Power (Malaysia).

Idris juga pernah berkhidmat dengan Shell International di London dan Shell Sri Lanka.

Idris merupakan lulusan Universiti Sains Malaysia (USM) dan ijazah sarjana dari Universiti Warwick, United Kingdom.

Kempen lucut jawatan Tee Keat

Kempen peringkat nasional sedang dijalankan untuk mendapatkan persetujuan perwakilan untuk mengadakan mesyuarat agung luar biasa (EGM) dalam tempoh dua minggu lagi, untuk melucutkan jawatan Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat.Agenda utama kempen yang diketuai pemimpin MCA Puchong, Theng Bok itu ialah untuk mengadakan EGM tersebut untuk membatalkan pemecatan Timbalan Presiden, Datuk Seri Dr Dr Chua Soi Lek dan membentangkan undi tidak percaya terhadap Ong.

Dalam satu sidang akhbar di Petaling Jaya hari ini, Theng berkata, pihaknya akan menjelajah ke seluruh negara untuk mendapatkan persetujuan satu pertiga perwakilan MCA bagi membolehkan EGM itu diadakan.

"Kami perlukan kira-kira 800 tandatangan (perwakilan) untuk mengadakan EGM... mengikut perlembagaan parti, ia tidak perlu disahkan oleh setiausaha agung parti," kata Theng.

Sebelum itu, Theng dan kira-kira 20 penyokong menunjukkan tanda 'V' dengan jari mereka sebagai simbol tarikh dua minggu lagi untuk mengadakan EGM tersebut.

Beliau berkata, keputusan majlis presiden memecat Chua malam tadi jelas tidak menghormati kehendak perwakilan parti yang telah memilih Chua sebagai timbalan presiden secara demokrasi.

Beliau juga menolak dakwaan lembaga disiplin bahawa Chua telah mencemarkan reputasi parti itu, tetapi sebaliknya mendakwa tindakan terbaru Ong yang memburuk imej parti, iaitu:

- Bahawa RM100 juta dikumpulkan oleh musuh Ong untuk menjatuhkannya.

- Dakwaan Ong bahawa kongsi gelap telah menyerap ke dalam MCA Johor (kubu kuat Chua).

- Berlagak seperti seorang 'hero' dalam kontroversi Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

'Semoga dapat saya bertempur lagi'

"Semoga umur saya panjang untuk menempuh hari-hari mendatang dan menghadapi pertempuran baru," tulis Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, yang dipecat daripada MCA, dalam blognya.

Ungkapan tersebut menamatkan tulisan bekas timbalan presiden MCA itu dalam blognya hari ini ketika mengulas tindakan mengejut partinya lewat malam tadi.

Keputusan itu diambil oleh Majlis Presiden MCA susulan syor yang dibuat oleh jawatankuasa disiplin parti atas dakwaan mencemarkan reputasi parti selepas skandal seksnya.

Pemecatan Dr Chua dibuat selepas beliau berjaya menapak kembali dan memenangi pertandingan bagi jawatan timbalan presiden dalam pemilihan parti itu Oktober lalu.

"Saya tidak sangka bahawa lembaga disiplin MCA, yang diketuai oleh seorang peguam tua, menganggapnya wajar untuk mengesyorkan supaya saya dipecat atas alasan yang sama ketika saya meletak jawatan pada Januari 2008," katanya.

"Jika ada satu peruntukan untuk menjatuhkan hukuman mati di segi fizikalnya, saya pasti lembaga itu tidak akan teragak-agak untuk mengesyorkan saya diseret ke tali gantung."

Walaupun ramai yang melihat keputusan ini sebagai petanda berakhirnya karier politik Dr Chua, namun beliau tidak patah semangat.

"Anggota keluarga dan rakan-rakan saya akan pergi bercuti sekejap. Saya perlu menikmati status 'tidak berparti' ini.

"Jadi rakan-rakan memberi saya satu peluang untuk berehat," katanya lagi.

Mengimbau kembali saat-saat beliau mula menganggotai MCA pada 1985 sehingga melepaskan jawatan dalam parti dan kerajaan pada 2008, Dr Chua berkata, keadaannya kini jauh lebih teruk daripada sebelumnya.

"Hari ini, saya tidak ada parti. Apabila saya melepaskan semua jawatan parti (ketika itu), saya masih lagi ahli MCA. Hari ini, saya langsung tidak ada parti," katanya.

"Tetapi apakah pemecatan saya akan meningkatkan imej MCA? Saya harus mengandaikan bahawa presiden (Datuk Seri Ong Tee Keat) sebersih dan seputeh kristal."

Dr Chua, yang selama ini memang tidak sehaluan dengan presiden MCA, kemudian segera menambah: "Hanya masa yang akan menentukannya."

Ong, yang juga menteri pengangkutan, kini berdepan dengan tuduhan bahawa beliau mengambil wang RM10 juta Datuk Seri Tiong King Sing, pemegang saham utama Kuala Dimensi Sdn Bhd yang kontraktor utama projek pembangunan Zon Bebas Pelabuhan Kelang (PKFZ).

Sejak dipecat tengah malam tadi, Dr Chua berkata beliau kini sibuk membaca SMS yang tidak putus-putus diterimanya sejak semalam.

Tulisan Dr Chua itu membayangkan keputusan tersebut bukanlah jalan mati untuknya.

Kenapa Kartun dan kartunis Zunar Berbahaya dan Membahayakan Najib?

Apabila Biaqpilah bertanya “Mengapa Najib dan Rosmah takut sangat dengan Zunar? dan teman Pro Erdogan mengeluh mengenai dasat betoi malaysia,majalah kartun pun dirampas... apabila segerombolan pegawai dari KDN "memecah masuk"pejabat majalah Gedung Kartun yang diterajui oleh bekas kartunis dari majalah gila gila yang juga kartunis politik terkenal tanah air Zulkiflee Anwar Haque atau lebih popular dengan nama pena Zunar..

Dikhabarkan beberapa ratus nashkah majalah ini dirampas bagi kesalahan bawah Seksyen 5(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan atau penerbitan tanpa permit.menurut Zunar,pihaknya telah mendapat kelulusan lisan dari KDN untuk menerbitkan majalah tersebut, yang jelas dikatakan sebagai rampasan bermotif politik.

Apa bahayanya Zunar dan kartun-kartunnya?

Saya tercari-cari juga kenapa dan apabahayanya kartun. Menurut sejarah, pengharaman terhadap penerbitan majalah atau bahan berbentuk karikatur yang menghentam ahli politik telah dilakukan kerajaan Perancis semenjak tahun 1814 lagi. Sebuah jurnal yang bertajuk La Rradiot telah diharamkan kerajaan Perancis pada ketika itu.(Robert Justin Goldstei-Censorship of political caricature in nineteenth-century France).

Walau pun di sekat dan dilabelkan sebagai penjenayah, jumlah kartunis terus bertambah melebihi 380 orang di Perancis pada zaman itu. Pelukis karikatur terus berkembang dan telah banyak menyumbang kearah pembangunan kebebasan suara di Perancis.

Pelukis karikatur Perancis, Honorĕ Daumeir telah dipenjarakan kerana kartunnya yang menyerang King Louis Philippe ketika itu. Fobia terhadap imej karikatur berlarutan sepanjang zaman di mana dua kartunis telah dihukum bersalah kerana menyerang dan menghina Presiden de Gaulle pada tahun 1959.

Walaupun kartunis dianggap sebagai penjenayah oleh kerajaan, pelukis karikatur tetap dijulang dan dikenang sebagai pejuang sebaris dengan pejuang kebebasan dan keadilan yang lain oleh rakyat di Perancis dan serata dunia.

Kenapa Karikatur amat digeruni ahli politik?

Robert Justin Goldstein, seorang ahli politik berbangsa Perancis pada tahun 1830 telah menyifatkan Karikatur atau kartun sebagai satu medium yang memiliki nilai bahasa yang tulus, menpunyai impak komunikasi yang paling berbisa serta luarbiasa dan paling digeruni oleh ahli politik

Chalse Duchatel merupakan seorang menteri perundangan dalam era pemerintahan King Louis Philippe beranggapan bahawa karikatur memberikan kesan “produce the most deadly effect”. Menurut beliau lagi, tidak ada apa yang lebih membahayakan selain daripada karikatur. Stroke dan lakaran pada karikatur menimbulkan mood dan kesan komunikasi kepada pembaca dengan lebih berkesan dan berbahaya berbanding tulisan biasa.

Karikatur dikatakan mempunyai nilai komunikasi yang mampu terpahat dan menusuk ke sanubari seseoang anggap dan kesannya kekal berpanjangan dan lengkap dengan emosinya.

Ilustrasi karikatur juga dianggap sebagai satu gaya bahasa yang mampu berinteraksi secara langsung kepada emosi san sesibiliti manusia. Kerana itu kesannya amat mendalam.

Sistem Monarki Perancis berjaya ditumbangkan oleh kebangkaitan generasi muda yang berani menentang arus dan tidak disangkal Karikatur berperanan sama dalam membantu menjayakan usaha itu.

Setelah melihat fakta-fakta ini, tidak hairanlah kenapa Majalah Gedung serta kartun lakaran Zunar amat digeruni oleh Najib mahu pun Rosmah. Permit lulus penerbitan tidak penting lagi tetapi yang penting ialah sejarah telah membuktikan bahawa karikatur mampu dan berkesan menumbangkan seseorang dan Najib tidak mahu sejarah itu berulang terhadapnya. [sinar hairan]

Sebat Kartika hampiri syariah: PKR

Polemik yang melanda negara mengenai isu hukuman sebat ke atas Kartika Sari Dewi Shukarno yang sedang hebat diperkatakan sekarang ini menampakkan dengan jelas kekeliruan banyak pihak – orang Islam dan bukan Islam - mengenai prinsip keadilan Islam dalam melaksanakan syariah.

Isu ini hendaklah dilihat dalam satu perspektif yang tepat dan holistik. PKR berpandangan bahawa ia bukan berpunca dari keraguan kepada keadilan syariah Islam, tetapi ia lebih disebabkan oleh lunturnya kepercayaan ke atas integriti sistem pentadbiran dan pelaksanaan syariah itu sendiri.

Sebagaimana integriti sistem kehakiman negara yang terhakis lantaran pelbagai gejala skandal, maka perkara yang hampir sama jugalah terjadi kepada pelaksanaan hukum syariah kita.

Jelasnya, ia telah dicemari oleh pengaruh sistem politik negara masakini yang dibarahi dengan pelbagai penyelewengan dan gejala rasuah.

Maka akibatnya, kita melihat pelbagai ketempangan dan ketidakadilan berlaku dalam pelaksanaan hukum Islam di negara ini.

Banyak kes yang melibatkan golongan atasan dan berpengaruh tidak diadili dengan seadilnya dan akhirnya mereka dibebaskan daripada sebarang tindakan undang-undang syariah.

Memadailah kami memberikan dua contoh berikut:

Mufti Selangor yang dipecat lantaran mempertahankan tindakan undang-undang syariah yang dilaksanakan di negeri tersebut.
Kegagalan pihak berkuasa agama Wilayah Persekutuan bertindak segera menyiasat aduan fitnah liwat yang dilemparkan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Amat ketara, agensi pelaksana hukum syariah tidak mampu melaksanakan keadilan kerana tekanan dari parti yang memerintah. Akibatknya, mereka dilihat gagal menangani pelbagai isu secara tuntas, menyeluruh dan seadilnya tanpa mengira status dan gender.

Hasilnya, kredibiliti agensi-agensi ini akan sentiasa dipandang rendah dan tidak meyakinkan rakyat.

Fenomena yang sama sedang dialami dalam kes jenayah arak. Ia hanya melibatkan hukuman terhadap orang awam yang lemah, rakyat yang miskin dan kaum wanita.

Pihak berkuasa dilihat gagal untuk bertindak dan menghukum para usahawan, tokoh politik dan pemimpin yang berada di belakang industri arak ini.

Dalam kes Kartika Dewi, PKR berpandangan bahawa dalam keadaan para ulama sendiri berbeza pendapat tentang jenis hukuman dan bilangan sebatan, hukuman yang dijatuhkan (terhadap wanita ini) "mendekati" hukuman Islam.

Namun begitu, sikap Kartika yang mengakui dan menyesali kesalahannya, serta tidak membantah hukuman yang dikenakan amatlah dipuji.

Ia menampakkan, sebahagian daripada matlamat pelaksanaan hukuman syariah telah tercapai maksudnya.

Kita juga berpandangan bahawa Kartika berhak mengemukakan rayuan untuk diringankan hukuman ke atas dirinya dan pihak bertanggungjawab wajib mempertimbangkan rayuannya itu.

Sehubungan hal di atas, semua pihak perlu mengambil iktibar daripada sepotong ayat al-Qur'an yang bermaksud:

"Lelaki yang mencuri dan perempuan yang mencuri, potonglah tangan keduanya sebagai pembalasan bagi apa yang mereka kerjakan dan sebagai siksaan daripada Allah. Dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. Maka barangsiapa yang bertaubat sesudah melaksanakan kejahatan itu dan memperbaiki diri, maka sesungguhnya Allah menerima taubatnya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Al Ma'idah: 38-39)

Sebagai jalan keluar, dalam usaha ke arah mengakhiri permasalahan di atas untuk jangka pendek PKR ingin mencadangkan langkah-langkah berikut:

- Kartika Dewi perlu diberi peluang untuk membuat rayuan untuk diringankan hukuman ke atas dirinya.
- Semua pihak berkuasa termasuk pemimpin-pemimpin politik hendaklah memberi kebebasan kepada autoriti perlaksanaan syariah bagi melaksanakan tugas mereka secara professional.
- Mengiktiraf hakikat kuasa mentadbir hukum syariah adalah milik seutuhnya umat Islam.

Untuk jangka panjang, agensi pelaksana hukum syariah hendaklah diperkasakan melalui:

- Program-program tarbiyyah mendidik masyarakat Islam supaya mengelakkan diri dan meminum arak hendaklah dilancarkan secara besar-besaran oleh semua pihak –agensi kerajaan, swasta dan pertubuhan-pertubuhan NGO.
- Latihan-latihan yang lebih professional dalam pelbagai bentuk berkaitan.
- Usaha-usaha penyelarasan dan penyeragaman hukuman syariah segera dilakukan diseluruh negara.
- Rakyat perlu mempastikan wujudnya barisan kepimpinan negara yang berilmu pengetahuan dalam hal-hal keagamaan dan berintegriti.
- Selagi sistem politik negara gagal dirobah dan direformasikan, maka selagi itulah perjalanan mahkamah syariah kita tidak akan dapat berjalan dengan seadilnya. Kegagalan melaksanakan Islam secara adil akan menjadikan Islam terus dipandang lemah oleh orang bukan Islam dan di mata masyarakat antarabangsa.


Artikel ini kenyataan Dr Muhammad Nur Manuty, bekas presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), kini pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama PKR

Jangan gopoh laksana hukuman sebat - Presiden PAS

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang meminta pihak berkuasa tidak gopoh dalam pelaksanaan hukuman sebat ke atas Kartika Sari Dewi Shukarno sehingga memberi gambaran salah terhadap syariat Islam.

"Apa yang seharusnya berlaku ialah arak haruslah di haramkan penjualannya secara menyeluruh terlebih dahulu kepada semua orang Islam.

"Masyarakat dan kerajaan juga perlu dididik supaya faham bahawa arak adalah haram di sisi agama Islam," kata beliau dalam kenyataannya.

Dalam masa yang sama "kita berharap supaya wanita yang disabitkan itu bertaubat kerana Allah Maha Pengampun," kata beliau.

Abdul Hadi mengulas isu hukuman rotan enam kali ke atas Kartika, model sambilan yang didapati bersalah minum arak di sebuah hotel oleh Mahkamah Tinggi Shariah, Kuantan.

Ia kini menjadi perdebatan umum dan menarik perhatian termasuk wartawan dari luar negara.

"Apa yang paling penting untuk difahami ialah cara sebatan yang dilaksanakan di dalam penjara sekarang adalah sangat berbeza dengan kaedah sebenar hukum Islam," katanya.

ImageMengikut Islam sebatan ini, perlu mengambil kira keadaan dan kesihatan pesalah, selain dari memastikan pesalah dalam keadaan sepenuhnya berpakaian menutup aurat.

Alat sebatan dan kaedah merotan hendaklah juga sederhana, antaranya bila sebatan dilaksanakan tangan tidak boleh diangkat sehingga menampakkan ketiak.

Sebatan juga, menurut beliau, tidak boleh sampai mencederakan, dan sebatan dilakukan di beberapa tempat pada badan dan bukannya pada satu tempat sahaja.

"Dalam Islam, hukuman ini bukan bersifat untuk menyeksa tetapi bersifat mendidik pelaku kesalahan serta mendidik masyarakat awam supaya gerun untuk melakukan perbuatan itu lagi.

"Aspek pencegahan inilah yang perlu ada dalam melaksanakan hukuman dalam undang-undang Islam. Ianya memerlukan pindaan supaya proses undang-undang Islam yang adil dapat dilaksanakan," katanya.

Bagi beliau, hukuman yang dirujuk sebagai pelaksanaan hukum Islam di bawah Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4 enakmen sama (Pindaan) 1987 sebenarnya masih tidak mengikut prinsip syarat hukum Islam yang sebenar.

Di bawah hukum Islam, kesalahan meminum arak adalah diletakkan di bawah hukum hudud, iaitu satu hukum yang dinaskan mengikut Al-Quran dan Hadis Rasulullah s.a.w.

"Apabila asasnya adalah nas, maka ianya adalah aspek agama Islam yang wajib untuk dilaksanakan kepada penganutnya kerana ianya berkait dengan tanggungjawab antara manusia dengan Tuhan, antara dosa pahala serta pembalasan di hari akhirat," katanya.

Jika bersandarkan kepada nas, maka hukuman ke atas peminum arak untuk penganut Islam setelah sabit kesalahan ialah sebatan antara 40 - 80 rotan jumlahnya, kata beliau.

Haramnya arak ini, katanya, adalah tidak mengira tempat, samada restoran kecil atau besar, atau hatta di dalam rumah sendiri.

Bagi beliau juga, menjalankan hukuman terhadap peminum arak tanpa menghapuskan puncanya, adalah seumpama menghadapi nyamuk aedes dengan menamparnya sahaja, tetapi longkang-longkang dibiarkan berselerak sehingga menjadi tempat pembiakan nyamuk yang membawa denggi!

Gambar Hari Pengundian N11: All Rounder..!! Lensa Topeng Perak ( Group Kerajaan Maya Dan Warta Permatang Pasir )

Gambar Hari Pengundian N11: Perishtiharan Kemenangan..!! Lensa Topeng Perak ( Group Kerajaan Maya Dan Warta Permatang Pasir)

Ini photo paling best... semua reporter yang ada, dok kerumun laptop aku... sebab apa..? sebab website http://perisik-rakyat.com/ ada result paling cepat sekali... jadi, semua keputusan terkini hari tu datang dari website ni... next time, kita akan guna lagi sistem ni...

17 pengkhianatan Umno terhadap orang Melayu- Datuk Kamaruddin

1. Melemahkan institusi raja-raja Melayu yang menjadi simbol ketuanan Melayu.

2. Melemahkan sistem kehakiman negara.

3. Menarik balik royalti rakyat petroleum rakyat Terengganu yang majoriti orang Melayu.

4. Memperkenalkan PPSMI; menghapuskan bahasa Melayu.

5. Menarik peruntukan geran kepada Sekolah Agama Rakyat, tempat belajar agama anak-anak Melayu.

6. Memperkenalkan meritrokrasi; mengurangkan peluang belajar anak-anak Melayu.

7. Memperkenalkan PTPTN dan mengurangkan biasiswa kepada anak-anak Melayu.

8. Persempadanan semula pilihanraya pada 2002; mengurangkan kawasan majoriti orang Melayu.

9. Menafikan hak royalti rakyat Kelantan yang majoriti Melayu.

10. Memperkenalkan Islam Hadhari yang mengelirukan orang Melayu.

11. Menyenaraiawamkan syarikat TH Plantation yang dahulunya dimiliki 100% oleh Tabung Haji dan dimiliki oleh orang Melayu. Tetapi sekarang orang bukan Melayu boleh memiliki saham TH Plantation.

12. Menggabungkan syarikat-syarikat konglomerat orang Melayu iaitu; Sime Darby,Guthrie dan Golden Hope, dan sekaligus mengurangkan peluang orang Melayu daripada tiga syarikat kepada satu syarikat sahaja.

13. Memetik kenyataan Mufti Perak, Datuk Harussani ? 250 ribu orang Melayu murtad. Semua ini adalah di bawah pemerintahan kerajaan Umno.

14. Mewujudkan Wilayah Iskandar yang menjadi zon bebas, maka orang-orang Singapura boleh masuk secara bebas ke sana.

15. Krisis Menteri Besar di Perlis dan Terengganu apabila Umno sendiri yang menentang keputusan Sultan di negeri berkenaan.

16. Membubarkan Kementerian Pembangunan Usahawan yang menjadi sumber bantuan usahawan-usahawan Melayu.

17. Memperkenalkan liberalisasi ekonomi, maka sekaligus menghapuskan Dasar Ekonomi Baru yang tujuannya membantu ekonomi orang-orang Melayu Bumiputra.

Gambar Hari Pengundian N11: Puteri 1Malaysia..!! Lensa Topeng Perak ( Group Kerajaan Maya dan Warta Permatang Pasir)

Ni aku tayang-tayang muka budak-budak puteri ni bukan apa... kalau korang ada jumpa budak-budak ni, elok la jugak kalau korang cuba-cuba himpit... kalau nak buat pasangan pun tak salah, didik la dulu elok-elok... kalau nampak tak betul, nasihat bagi betul... sambil menyelam sambil minum air...

Dapat tambah jemaah, dari Puteri, pergi ke Muslimah... sedap mata memandang, sejuk perut ibu mengandung... bulan Ramadhan ni elok la buat amal lebih sikit...