Ahad, 23 Ogos 2009

Muslimat anjur program kesihatan, kongsi info cegah H1N1

SAMA GAGAH, 23 Ogos - Satu Program Pemeriksaan Kesihatan telah diadakan di Pasti Simpang Empat bermula jam 9.00 pagi sehingga 12.00 tengahari tadi. Program ini dianjurkan oleh UPU Sama Gagah dan dibantu oleh pasukan petugas daripada Muslimat Pas Pahang bagi memberi khidmat kepada penduduk tempatan membuat pemeriksaan kesihatan.



Pegawai Perubatan bertugas iaitu Dr. Harison, yang juga Ketua Dewan Muslimat Pas Pahang turut berkongsi maklumat berkaitan H1N1 (Selsema Babi) yang sedang melanda seluruh negara sekarang.


Menurut beliau, Selsema Babi adalah penyakit yang disebabkan oleh virus yang berasal dari babi dan mudah menjangkiti manusia, lebih-lebih lagi mudah menjangkiti orang yang mempunyai penyakit asma.


"Sekiranya ada anak-anak yang mengalami demam 38C melebihi 48 jam dan pernafasan agak pelik, cepat-cepatla bawa jumpa doktor," pesan beliau.


Antara simpton H1N1 adalah mengalami demam 38C melebihi 48 jam dan mengalami gangguan pernafasan.


"Di bulan Ramadhan yang mulia ni, banyakkan makan kurma dan minum air dengan banyak, mudah-mudahan kita ssmua terhindar daripada penyakit tersebut," tambahnya.

Pangkah parti yang boleh membela maaruf dan tolak parti mungkar - pesan Tok Guru

KOTA BHARU, 23 Ogos - "Tiada perbuatan yang lebih mulia pada hari mengundi di bulan Ramadhan pada kali ini melainkan memangkah parti yang boleh membela maaruf dan kebaikan; sekaligus menolak kemungkaran, rasuah, kezaliman dan ketidak adilan," pesan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam satu teks pesanan beliau hari ini.

"Tinggalkan Umno dengan syurga politik wangnya. Mari kita terus istiqamah untuk tetap berada di tengah-tengah gelora kesedaran rakyat demi menafikan Umno-BN yang sudah laih dan kehilangan stamina mulai sekarang," katanya.

"Walaupun kita berpuasa dan kemungkinan kita boleh jadi letih tetapi tidakkah Peperangan Badar yang berlaku dalam bulan Ramadan itu pernah membawa kemenangan yang besar?

Selain itu, Mursyidul Am juga berkata bahawa kerusi yang telah dikuasai oleh Pakatan Rakyat ini perlu dikekalkan sambil cuba untuk mendapatkan kerusi tambahan daripada UMNO-BN sekiranya berlaku pilihanraya kecil.

Ini juga sebagai langkah untuk mengambil kemudi di Putrajaya tidak lama lagi dan seterusnya Malaysia akan mengalami proses tajdid, transformasi dan reformasinya yang sebenar.

Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat turut menyatakan keyakinannya bahawa kemenangan akan memihak kepada calon PAS dalam pilihan raya kecil N11 ini.

Madihah kongsi rahsia kecemerlangan di Permatang Pasir

SAMA GAGAH, 23 Ogos - Pelajar Cemerlang Malaysia SPM 2008, Nik Nur Madihah berkongsi rahsia kecemerlangan beliau bersama pelajar yang bakal menghadapi UPSR, PMR dan SPM di Masjid Jamek Al-Qadri, Sama Gagah pagi tadi.


"Saya cuma manusia biasa yang sama dengan adik-adik, tiada apa keistimewaan pun pada diri saya tetapi untuk berjaya dalam hidup saya berpegang pada prinsip jaga hubungan dengan Allah dan jaga hubungan dengan manusia," kongsi beliau bersama adik-adik.


Maksud jaga hubungan dengan Allah adalah menunaikan segala perintahNya dan meninggalkan segala laranganNya, sebagai hamba kita wajib menunaikan solat 5 waktu dan menunaikan segala perintah Allah Taala, jelasnya.


Pelajar cemerlang negara itu turut mengingatkan adik-adik bahawa segala apa yang kita ada adalah merupakan nikmat daripada Allah taala yang dikurniakan kepada kita termasuklah nyawa dan harta benda.


Oleh itu katanya, kita hendaklah bersyukur di atas segala nikmat yang diberikan kerana Allah berhak mengambil semula pada bila-bila masa jika kita ingkar pada perintahNya.


Dari segi menjaga hubungan dengan manusia, kite hendaklah taat kepada kedua ibubapa yang bekerja siang malam mencari nafkah membesarkan kita, guru-guru yang sentiasa memberi ilmu dan tunjuk ajar serta kawan-kawan yang sentiasa memberi sokongan.


"Jika kita mahu berjaya, kita hendaklah sentiasa menjaga hubungan dengan Allah dan juga menjaga hubungan dengan manusi sekeliling kita," ujar beliau lagi.

Bapa Rafizah tuntut Rohaizat isytihar beristeri dua

Eksklusif : Keluarga Rafizah Mohamad Ali menuntut calon BN, Rohaizat Othman supaya mengisytiharkan beliau mempunyai dua orang isteri, termasuk Rafizah yang menetap di Pahang.

Sehubungan itu, bapanya, Mohamad Ali Abdullah, 59, memberi tempoh sehingga malam ini untuk Rohaizat yang juga setiausaha Umno Permatang Pauh membuat pengumuman tersebut.

Mohamad Ali berkata beliau sedang menimbang agar meminta penceramah daripada Pakatan Rakyat menjelaskan kedudukan sebenar berhubung isu ini kepada rakyat serta berhasrat untuk mengambil tindakan undang-undang.

Ketika dihubungi Malaysiakini malam tadi, Mohamad Ali berkata, beliau telah mewalikan pernikahan antara anaknya dengan Rohaizat di pejabat kadi dalam daerah Pekan pada tahun 2005 dan didaftarkan pada tahun yang sama.

"Dia kena isytihar bahawa dia mempunyai dua isteri, pengundi pun tak ragu-ragu. Kalau tidak ia menjadi pembohongan kepada rakyat. Kalau isytihar sekarang risiko tidak besar," kata Mohamad Ali.

"Apa nak ditakutkan? Kita nak takut kepada siapa. Takut kepada manusia atau takut kepada Allah... Sekiranya beliau mengisytihar, maka saya ucapkan terima kasih," tambahnya.

Rohaizat - yang pada mulanya bergelut dengan isu lesen guamannya dibatalkan ekoran itu penyelewangan wang koperasi Pekebun Getah - kini berdepan pula dengan isu isteri kedua.

Pendedahan mengenai isteri kedua Rohaizat itu dibuat oleh Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasrudin Hasan yang mengakui mengenali rapat kekuarga Rafizah. Rohaizat bagaimanapun menafikan beliau mempunyai isteri kedua yang bernama Rafizah.

Rafizah berumur 29 tahun adalah anak ke-6 daripada 10 adik-beradik.

Menurut Mohamad Ali lagi, sekiranya Rohaizat mengumumkan Rafizah sebagai isterinya, maka Mohamad menasihati Rohaizat agar berlaku adil, terutama dalam urusan memberi nafkah kepada Rafizah.

Beliau juga menjelaskan anaknya buat masa ini tidak akan tampil ke pentas ceramah kerana berada dalam keadaan tertekan.

Ditanya sama beliau menyedari bahawa Rohaizat sudah mempunyai isteri ketika mengahwini anaknya itu, Mohamad Ali berkata beliau menyedari perkara itu.

Tambahnya, beliau bertindak mengahwinkan anaknya itu kerana tidak mahu berlaku sesuatu yang tidak elok kepada anaknya.

"Saya sebagai ayah, anak dah kata bersetuju (nak berkahwin), kalau halang akan jadi kelakuan yang tidak baik," katanya

Ditanya mengapa baru sekarang mendedahkan perkara ini, Mohamad Ali berkata beliau sebagai bapa tidak mahu mencampuri urusan rumahtangga anaknya.

Sebagai seorang suami, katanya, Rohaizat adalah orang yang bertanggungjawab mengurustadbir urusan keluarganya."Apabila ada pengaduan (masalah), saya hanya tolong memberi jalan (menyelesaikan masalah) untuk kebaikan mereka. Saya hanya boleh nasihatkan pasangan, itu sahaja," katanya.

Bagaimanapun, Mohamad Ali optimis bahawa masalah Rohaizat-Rafizah ini dapat diselesaikan tanpa mengundang kepada perceraian antara anak dan menantunya itu.

"Belum ke tahap perceraian (dalam usaha) untuk membina keluarga. Perceraian adalah jalan yang terakhir. Saya mahu mengelak daripada perpisahan. Saya tak mahu mereka bercerai berai.

"Perkara ini boleh diselesaikan melalui perbincangan keluarga dan tidak perlu pergi ke mahkamah," katanya.

Menurut Mohamad Ali, Rafizah kini berada dalam tertekan dan sedang berehat untuk menenangkan fikiran.

Bagaimanapun beliau enggan memberitahu di mana Rafizah sedang berehat atas permintaan anaknya itu sendiri.

Mengulas lanjut, Mohamad Ali juga mendakwa anaknya juga menerima "tekanan" daripada Rohaizat dan ahli politik daripada Barisan Nasional berhubung pendedahan ini.

Bagaimanapun, Rafizah enggan menceritakan kepadanya bentuk tekanan yang diterimanya.

"Tolong isytihar untuk membersihkan namanya. Saya rasa pengundi masih lagi percaya kepadanya kalau dia isytihar sekarang. Saya tak minta apa-apa, saya minta itu sahaja," katanya sambil menambah calon BN itu masih mempunyai masa untuk berbuat demikian.

Menurut Mohamad Ali, sekiranya Rohaizat tidak berani untuk membuat pengisytiharan, maka mentuanya itu berharap agar Rofizah dibebaskan dengan cara yang baik.

Katanya, sekiranya berlaku perceraian Mohamad Ali menuntut agar Rohaizat mengembalikan surat pernikahan kahwin anaknya yang kini berada dalam simpanannya.

Kempen fasa ke 2, pukulan maut PR buat BN - Lim


"Anak emas bukan anak soleh", seloroh Lim Guan Eng merujuk kepada kenyataan Barisan Nasional (BN) yang mendakwa Permatang Pasir yang akan dijadikan anak emas mereka sekiranya mereka menang. Beliau berkata demikian pada sesi ucapan para pimpinan Pakatan Rakyat sempena Majlis Pelancaran Bilik Gerakan Utama bagi Pilihanraya Kecil N11 DUN Permatang Pasir pagi tadi.


Ketua Menteri Pulau Pinang itu berkata, BN kini menggunakan istilah anak emas pula bagi menarik perhatian pengundi pada pilihanraya kecil ini seperti mana yang pernah mereka gunakan di Manek Urai Julai lalu. Namun, menurut beliau anak emas belum tentu merupakan anak soleh yang mempunyai ciri-ciri keimanan. Beliau turut menyatakan keyakinannya kepada kredibiliti calon Pas, Ustaz Hj Salleh Man yang menurut beliau merupakan calon beriman.


"Keimanan merupakan prinsip Kerajaan Bersih, Adil dan Beramanah," kata beliau lagi sambil disambut dengan tepukan gemuruh oleh para hadirin yang turut sama hadir menyatakan sokongan kepada calon Pakatan Rakyat.


Beliau turut berharap agar dua hari yang masih berbaki digunakan dengan sebaik-baiknya oleh para petugas pilihanraya Pakatan Rakyat untuk berkempen bagi memastikan kemenangan berpihak kepada Pakatan Rakyat.


"Kita perlu pastikan sentuhan kita pada dua hari terakhir ini akan memberikan pukulan maut kepada Barisan Nasional," kata beliau dengan penuh semangat sebagai mengakhiri ucapannya sambil memberikan perumpamaan ibarat pukulan maut Muhammad Ali, peninju antarabangsa yang terkenal.


Ahli jawatankuasa PAS Pusat, Dr Mujahid Yusuf Rawa yang hadir dalam majlis tersebut turut berucap. Beliau yang mewakili suara Pemuda PAS itu mengharapkan petugas media yang hadir dalam majlis tersebut agar tetap terus bekerja kuat meskipun suasana kelihatan berpihak kepada Pakatan Rakyat.


"Kita jangan terleka dan merasa lega dengan keadaan ini. Sebaliknya kita harus terus bekerja malah meningkatkan lagi usaha bagi memastikan setiap pengundi di Permatang Pasir ini memilih calon kita pada pilihanraya kali ini," tegasnya lagi apabila salah laku demi salah laku membabitkan calon BN, Rohaizat didedahkan dalam dua tiga hari kebelakangan ini.


Dalam majlis tersebut, para pemimpin Pakatan Rakyat dibahagi-bahagikan kepada kawasan-kawasan tertentu untuk bersama-sama dengan para petugas pilihanraya berkempen dari rumah ke rumah di seluruh DUN Permatang Pasir sambil mengedarkan beberapa bahan edaran seperti pamplet biodata calon dan surat khabar Harakah edisi khas.

Teori 'pendulum' Umno dah jadi 'merudum'!

Ketua Penerangan PAS Idris Ahmad menyifatkan Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan hilang kawalan apabila berasa yakin bahawa sokongan pengundi di N11 Permatang Pasir akan berpihak kepada Umno Selasa depan; berdasarkan teori pendulum.

"Selalunya teori landung jam ini sekali ke kiri dan tentunya (kemudiannya) ke kanan. Ini (teori Maslan) tak betul... (tahun) 1995 ke kiri (Umno) dan selepas itu (penggal) 1999, 2004 dan 2008 ke kanan (Pas). Yang ini bukan lagi teori pendulum, tapi 'merudum' (kekalahan berterusan dalam pilihanraya)."

"Dari segi berfikir pun, Maslan sudah tersalah berteori. Saya yakin, sama ada Maslan sudah hilang kawalan (tidak rasional) atau sengaja enggan terima hakikat bahawa mood pengundi sebenarnya tidak lagi bersama mereka (Umno BN)."

Hey, the Malays are united – united against the ISA

Bersatulah bangsa Melayu! Setiap orang Islam adalah saudara kita. Fikirkanlah. Jangan terlalu taksub dengan fahaman politik masing-masing. Berfikir dan bertindaklah secara waras. - Kelab Penyokong Maya UMNO

NO HOLDS BARRED

Raja Petra Kamarudin



See the video on YouTube here: http://www.youtube.com/watch?v=hXn_fWB3KWo
*************************************************

Bersatulah bangsa Melayu!
Kelab Penyokong Maya UMNO

Di saat ini, perbalahan sesama bangsa Melayu berada di tahap kritikal. Punca utama adalah perbezaan fahaman politik. Budaya berpuak-puak semakin berleluasa sama ada di bandar mahupun di kampung. Pergolakan ini dilihat oleh orang lain dan mereka gembira melihat kita bersengketa sesama sendiri.

Perpecahan ini amat bahaya yang akan membinasakan bangsa kita sendiri. Pepatah mengatakan ‘Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh’. Bangsa kita sekarang sedang ditertawakan orang lain kerana kita lemah sebab tidak bersatu. Kita seolah-olah sudah hilang kekuatan kerana ikatan kita amat longgar dan akan roboh bila-bila masa sahaja. Raja-Raja Melayu diperlekehkan oleh bangsa kita sendiri. Orang lain tersenyum gembira melihat kebodohan yang dijelmakan oleh bangsa kita sendiri.

Masa telah sampai. Semboyan telah berbunyi. Gendang telah dipalu. Orang Melayu perlu bertindak untuk menyatukan semula bangsa kita yang kita cintai dan agama Islam yang kita anuti. Kesemua peringkat usia, sama ada golongan terpelajar, golongan ahli agama, pemimpin-pemimpin politik, pelajar, pendidik, golongan petani dan apa-apa sahaja golongan dari kelompok Melayu perlu mulakan gerakan ke akar umbi menyatukan semula puak-puak yang bertelagah ini demi agama dan bangsa.

Janganlah hanya mempunyai sikap membisu dan melihat sahaja tanpa melakukan tindakan demi penyatuan bangsa. Kita kena bertindak. Bukan masanya untuk kita menuding jari menyalahkan puak lain.

Tempat berkumpul bagi menyusun program penyatuan hendaklah kita mulakan di masjid atau pun surau. Kita tinggalkan fahaman politik masing-masing apabila berada di masjid atau surau. Kita hidupkan jemaah dan kita bina semula kekuatan. Peranan masjid atau surau kita kembalikan seperti di zaman Rasulullah s.a.w.

Sejarah para pahlawan Melayu dahulu perlu diceritakan kepada generasi muda. Usaha ini mesti berterusan dan tiada penghujung. Pastinya perjuangan kita akan disanjung oleh generasi akan datang. Kitalah yang bertanggungjawab memastikan agama Allah terpelihara dan bangsa kita bersatu, kuat dan tidak boleh diperlekehkan orang lain. Kita kembalikan kedudukan raja kita yang kita sayangi di tempat yang sepatutnya.

Satu semangat juang yang tinggi perlu ada pada setiap orang Melayu. Kita kumpulkan rakan-rakan berlainan fahaman politik untuk membentuk satu jemaah demi agama dan bangsa Melayu. Ibu bapa juga memainkan peranan sebagai penasihat terbaik kepada anak-anak. Ceritakanlah kepada mereka sejarah zaman dahulu dan pupukkan semangat cintakan agama dan bangsa.

Kepada para pemimpin politik, berdamailah. Semua orang Melayu melihat anda. Adakah cukup sekadar ungkapan atau slogan tanpa diterjemahkan dalam bentuk kenyataan? Ingatlah sejarah di zaman Rasulullah s.a.w. yang mana dua puak bersengketa bersatu, iaitu kaum Ansar dan Muhajirin. Setiap orang Islam adalah saudara kita. Fikirkanlah. Jangan terlalu taksub dengan fahaman politik masing-masing. Berfikir dan bertindaklah secara waras.

Kepada golongan ahli agama, berilah teladan yang baik kepada kami. Bimbinglah, nasihatilah. Kepada YB atau wakil rakyat, tidak kira apa parti anda, dampingilah orang Melayu, bantulah mereka jika mereka perlukan bantuan tanpa mengira parti. Parti hanyalah sebagai wadah perjuangan.

Saya menyeru kepada semua umat Melayu yang beragama Islam yang amat saya sayangi, kita buka lembaran baru yang pastinya akan menjadi satu sejarah yang paling indah. Jadikan isu “bagaimana untuk menyatukan semula orang-orang Melayu” sebagai topik perbualan kita walau di mana kita berada.

ALLAH tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan kaum itu sendiri mengubah nasibnya. Itu janji Allah. Kita tunaikan tanggungjawab kita. Kita jadikan bangsa kita bangsa yang bermaruah, kuat pegangan agamanya, kuat dari segi fizikal juga mental, bersatu serta mempunyai semangat juang yang tinggi.

Berita ISA akan terus disebarkan...

"Kak Laila, saya dah terjemahkan cerita kamu dalam bahasa Mandarin" kata Chen,seorang wartawan Merdeka Review.Beliau yang sering diusik "seperti kembar saya' tidak pernah jemu memberi liputan dalam apa saja aktiviti kempen anti-ISA.
"Puas hati dapat jumpa Kak Laila dan Suhaib' kata Weiyan, seorang pelajar disebuah kolej terkenal di Kuala Lumpur.Beliau adalah mewakili pelajar yang seangkatan dengannya yang begitu "excited" memahami , mendalami dan menyebarkan maklumat ISA pada rakan-rakan sebaya .

Aisyah, seorang wartawan dari Perancis sengaja mengambil tajuk ISA di Malaysia sebagai salah satu dari tajuk utama dalam tesis beliau.Beliau sebelum ini terlibat dengan pelbagai aktiviti hak asasi di Myanmar dan Thailand, amat terkejut mendapat tahu di Malaysia ada akta Keselamatan Dalam Negeri dimana mangsanya dikurung lebih 7 tahun tanpa pernah dibicarakan.


Aktivis muda Siew Fong dari The Rocknews juga beberapakali membuat liputan dan laporan tentang mangsa akta tahan tanpa bicara ISA. Ada ramai lagi aktivis muda dari pelbagai lapisan bangsa yang pernah bekerjasama dengan saya , membantu menyebarkan kejahatan ISA dan penguasanya kepada rakyat.
Sebab itulah, kini, saya tidak terkilan langsung jika tidak mendapat layanan yang baik dari media arus perdana. bagi saya, media-media persendirian ini, walaupun liputan mereka mungkin tidak seluas capaian media kebangsaan, namun mereka lebih jujur dalam penceritaan/ laporan terhadap kisah benar mangsa ISA.
Ini hanyalah sebahagian kecil aktivis muda, ianya tidak termasuk akhbar sensasi seperti Harakah dan Suara Keadilan. Tidak mustahil, dalam beberapa tahun lagi, jika sikap penguasa ISA tidak berubah, tidak mustahil, tiada siapa yang akan membeli akhbar harian kerajaan.

Rohaizat berbohong tidak akui Rafizah isterinya

apa yang dikehendaki oleh Rafizah ialah supaya suaminya mengakui beliau sebagai isteri yang sah dan kembali berlaku adil serta memberikan haknya sebagai seorang isteri, tetapi malangnya, Rohaizat berkali - kali menafikan Rafizah sebagai isterinya - Ust Nasrudin

apa yang dikehendaki oleh Rafizah ialah supaya suaminya mengakui beliau sebagai isteri yang sah dan kembali berlaku adil serta memberikan haknya sebagai seorang isteri, tetapi malangnya, Rohaizat berkali - kali menafikan Rafizah sebagai isterinya - Ust Nasrudin

ADAKAH PEMBOHONG INI LAYAK JADI WAKIL RAKYAT...???

AL - UZTAZ AL MONGOLI - RASUAH VERSI UMNO@BN

BANYAKKAN AMALAN BERSEDEKAH DI BULAN RAMADAN : NAJIB – mStar


Najib Tun Razak menggalakkan rakyat Malaysia yang berkemampuan agar lebihkan bersedekah sempena bulan Ramadan yang dikenali sebagai "bulan untuk bersedekah" kepada mereka yang memerlukan.

"Adalah wajar bagi mereka yang berkemampuan memenuhi tanggungjawab mengagihkan rezeki yang diperolehi untuk membantu rakyat Malaysia yang kurang bernasib baik dan memerlukan bantuan lebih-lebih lagi dalam kegawatan ekonomi pada masa ini," katanya.

KAH KAH KAH…

Woit… SATU MALAYSIA DENGAR CAKAP AL –USTAZ AL-MONGOLI…kah kah kah…

Kah kah kah…. INI AJARAN BARU DARI AL-USTAZ… kah kah kah…

Kah kah kah….BULAN LAIN BOLEH RASUAH BELI KAPAL SELAM…kah kah kah…

Kah kah kah…. BULAN LAIN BOLEH RASUAH BELI SUKHOI…. kah kah kah…

Kah kah kah…. BULAN LAIN BOLEH AMBIL DUIT RASUAH… KATAKAN KOMISEN…. kah kah kah…

Kah kah kah…. BULAN RAMADAN… BAGI SEDEKAH… kah kah kah…

Kah kah kah…. MAKAN BUBUR LAMBOK… PAKAI KETAYAP… kah kah kah…

Kah kah kah…. INI LAH YANG DIKATAKAN SYURGA RASUAH…. kah kah kah…

Nik Aziz slams Umno’s ‘false Islam’


KUALA LUMPUR, Aug 22 — PAS spiritual leader Datuk Nik Aziz Nik Mat slammed Umno today for practicing “a secular and false Islam” and expressed confidence his party would maintain at least a 5,000 vote majority to win next week’s Permatang Pasir vote

Permatang Pasir: Najib semakin dilihat tidak bersih

ImageKUALA LUMPUR, 22 Ogos: Pilihan raya kecil Permatang Pasir menyebabkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semakin dilihat tidak bersih, kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar.

Kepada beliau, keenganan Presiden Umno itu memberikan sebarang ulasan mengenai kredibiliti calon Barisan Nasional dalam pilihan raya kecil tersebut berpunca dari kebimbangan dirinya sendiri akan terperangkap.

Orang yang dituduh mempunyai pekung di dada tidak akan berani mengulas tentang pekung di dada orang lain, kata Mahfuz.

"Sebenarnya isu kredibiliti Najib sendiri menjadi tumpuan kami dalam ceramah-ceramah di Permatang Pasir.

"Ia bukan untuk Permatang Pasir sahaja, tetapi akan terus menjadi antara isu utama dalam mana-mana pilihan raya selepas ini," kata beliau ketika diminta menyatakan isu-isu yang dibawa oleh PAS dalam pilihan raya kecil tersebut.

Mahfuz memberitahu, dalam kempen-kempennya, beliau sendiri membangkitkan persoalan mengapa Najib enggan memberikan sebarang ulasan apabila dipertikaikan kredibiliti calon tersebut, Rohaizat Othman.

Pendaftaran Rohaizat sebagai penguambela dan peguamcara telah dibatalkan akibat salah laku.

Image"Kita lihat, Najib tidak berani melibatkan diri dalam isu tersebut malah tidak berani terlibat dalam pilihan raya ini kerana beliau takut akan diserang dengan pelbagai isu yang dikaitkan dengannya terutama isu Altantuya Shaariibuu," kata Mafuz (gambar) Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Beliau menyifatkan Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat dan Ketua Pegawai Eksekutif Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB) yang juga Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC), Datuk Seri Tiong King Sing mempunyai nilai moral yang lebih baik dari Najib dalam menangani perselisihan mereka.

"Sekurang-kurangnya mereka ada cadangan untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas satu sama lain," kata beliau mengenai kedua-duanya yang kini bertelagah melalui media apabila Tiong mendakwa Ong menerima RM10 juta darinya.

Berikutan dakwaan Tiong itu, Ong menuntut dakwaan itu ditarik balik atau menghadapi tindakan undang-undang manakala Tiong pula akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak Ong melalui KDSB.

Malah, kata Mahfuz lagi, beliau sendiri tidak takut mengambil tindakan undang-undang terhadap akhbar-akhbar yang memfitnahnya.

Dalam tempoh tidak sampai setahun, Mahfuz mendapat dua ganti rugi dari dua akhbar.

Disember lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan Utusan Melayu (M) Bhd dan bekas Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Khalid Mohd membayar ganti rugi RM120,000 kepada Mahfuz Omar kerana memfitnah beliau melalui bertajuk �Demonstrasi � Mahfuz isytihar bersama Keadilan� yang disiarkan oleh Mingguan Malaysia pada 4 Mac 2001.

19 Ogos lalu, Mahkamah Tinggi memutuskan syarikat The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad melalui akhbar Berita Harian membayar ganti rugi sebanyak RM150 ribu kepada Mahfuz berikutan laporannya yang menuduh Ahli Parlimen Pokok Sena itu mengajak seorang menteri bertumbuk dalam Parlimen.

Mahfuz menyaman akhbar tersebut ekoran laporan muka hadapannya pada 9 November 2000 bertajuk "Mahfuz ajak wakil BN bertumbuk". Sebab itulah, kata Mahfuz, keengganan Najib mengambil tindakan undang-undang terhadap pelbagai tuduhan terhadapnya akan tetap menyebabkan beliau tidak dipercayai bersih dari tuduhan-tuduhan itu.

Keengganan Najib itu juga akan menyebabkan kredibilitinya dilihat berada di tahap yang sangat rendah, kata Mahfuz lagi.

"Adakah kredibiliti Perdana Menteri tidak berada di tahap yang sangat rendah jika Ong yang dituduh menerima RM10 juta pun dilihat mempunyai nilai moral yang lebih tinggi dari beliau?" beliau mempersoalkan.

Beberapa akhbar luar negara seperti Liberation, The Nation, Sunday Times, Times of India, The Australian, New York Times, International Herald Tribune, Far Eastern Economic Review dan Kompas menyiarkan artikel-artikel yang membangkitkan persoalan yang mengaitkan Najib dengan pembunuhan Altantuya dan komisen besar yang diberikan oleh syarikat Perancis, Armaris, kepada sebuah syarikat Malaysia.

Malah, di dalam Dewan Rakyat Mac lalu, Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo melemparkan tuduhan �kamu pembunuh� terhadap Najib.

Perdana Menteri tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap kesemua pihak yang menuduhnya itu sehingga menyebabkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri menggesa Najib membersihkan namanya.

Dr Mahathir berkata, apa yang lebih penting ialah apa yang difikirkan oleh rakyat Malaysia.

�Dengan merekalah Najib perlu membersihkan namanya,� kata beliau.

Selain Dr Mahathir, Tengku Razaleigh Hamzah juga menggesa Najib membersihkan namanya.

Tinggalkan Umno dengan syurga rasuahnya, kata Nik Aziz

Walaupun diserang dari pelbagai penjuru setelah kenyataannya disalah lapor oleh sebuah agensi berita, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tetap bertegas dengan pendiriannya bahawa Umno memperjuangkan "Islam palsu".

Sambil mengajak semua pihak meninggalkan Umno dengan syurga politik wangnya, dalam pesanannya kepada para pengundi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir, beliau yakin pengundi yang beragama Islam akan menyokong PAS yang memperjuangkan Islam yang lengkap sempurna dan bukan Islam yang diterima sebahagiannya serta ditolak sebahagiannya.

Kepada para pengundi bukan Islam pula, beliau mengajak mereka mengundi PAS untuk merintis laluan kepada sistem kerajaan yang akan "menyemak institusi kehakiman, pelaksanaan 'rule of law' dan perjalanan demokrasi".

"Bagi pengundi Islam tanpa mengira bangsa, mereka tentu ingin merakamkan sokongan mereka kepada sebuah gerakan Islam yang membawa perjuangan Islam syamil yang sebenar.

"Mereka tidak sanggup memangkah parti Umno yang mengamalkan Islam dari klon sekular; agama suku dan politik suku.

"Mana boleh diasingkan iman dengan Islam dan Islam dengan politik?" kata Menteri Besar Kelantan itu.

Menurut beliau, "Islam jenis sekular yang diperjuangkan oleh Umno inilah yang saya namakan sebagai Islam palsu".

Sebagaimana adanya wang palsu, rambut palsu atau kad pengenalan palsu, kata Tuan Guru, begitu jugalah dengan Islam palsu.

"Benda palsu; nampak macam sebenar tetapi ia tetap tidak asli. Bagi yang ahli, dia akan tetap tahu membezakan antara bunga hidup dengan bunga plastik.

"Dengan keadaan tidak tulin itulah timbulnya keraguan.

"Soalnya bolehkah yang diragu-ragu (syak) itu dibawa untuk mendapatkan anugerah syurga Allah di akhirat kelak?

"Saya bercakap dari sudut aqidah dan kaedah. Jika buat begini ia boleh jadi begini. Jika tidak sempurna wudhu�, amalan sembahyang tidak diterima. Jika tolak Islam dari Allah, maka dengan apa nak digantikan?

"Ini bukan soal saya mendahului Tuhan atau lebih tahu dari Tuhan. Ini soal kaedah," beliau menjelaskan.

Beliau percaya, para pengundi Islam di DUN Permatang Pasir boleh dengan mudah memahami persoalan ini.

Kepada para pengundi bukan Islam pula, beliau mengajak mereka mengundi PAS untuk merintis laluan baru agar Malaysia akan menjalani proses tajdid, transformasi dan reformasinya yang sebenar melalui sistem kerajaan yang akan "menyemak institusi kehakiman, pelaksanaan �rule of law� dan perjalanan demokrasi".

Tuan Guru mengajak semua pihak mengekalkan kerusi yang sudah dikuasai oleh Pakatan rakyat (PR) dan dapatkan sebanyak mungkin kerusi-kerusi tambahan dari Umno Barisan Nasional (BN) jika berlaku lagi pilihan raya kecil.

"Tinggalkan Umno dengan syurga politik wangnya.

"Mari kita terus istiqamah untuk tetap berada di tengah-tengah gelora kesedaran rakyat demi menafikan Umno/BN yang sudah laih dan kehilangan stamina mulai sekarang.

"Jangan tertipu lagi untuk percayakan slogan-slogan baru yang dikitar semula. Dulu Islam Hadhari. Kini 1Malaysia pula. Esok entah apa pulalah.

"Umno ni nak jadi apa, entahlah. Nak kata udang pun tidak. Ikan pun bukan. Ingatlah pesan pepatah Melayu: Jika sudah kepalanya ular, mustahil ekornya belut," kata beliau.

Beliau menyeru semua pihak menggunakan kesempatan membuang undi pada kali ini dengan penuh cermat.

"Walaupun kita berpuasa dan kemungkinan kita boleh jadi letih tetapi tidakkah Peperangan Badar yang berlaku dalam bulan Ramadhan itu pernah membawa kemenangan yang besar?

"Tiada perbuatan yang lebih mulia pada hari mengundi di bulan Ramadhan pada kali ini melainkan memangkah parti yang boleh membela maaruf dan kebaikan; sekaligus menolak kemungkaran, rasuah, kezaliman dan ketidak adilan," katanya.

Tuan Guru sebelum disalah lapor oleh sebuah agensi berita yang mendakwa beliau berkata, anggota Umno tidak akan masuk syurga kerana parti itu mengamalkan ajaran Islam palsu dari Palestin.

Bagaimanapun, setelah di desak, media pro-BN menyiarkan transkripsi kenyataannya dan terbukti kenyataan beliau tidak dilaporkan dengan betul.

Dalam transkripsi kenyataannya, beliau berkata:

"Tiada sebab langsung orang Islam tolak Islam. Islam yang dibawa oleh Umno ini Islam kacukan, Islam plastik. Macam duit palsu, ubat palsu, makanan palsu. Ini Islam palsu yang dibawa Umno.

"Islam ini tidak boleh bawa ke akhirat, tidak boleh bawa ke syurga, dia boleh bawa dekat pintu kubur. Bertengkar atas muka tak habis-habis dengan Melayu sendiri boleh bertengkar."

Mengapa SPRM takut untuk siasat Datuk Seri Musa Aman

musa aman

BETULKAH MUSA AMAN KALIS SIASATAN SPRM?

RAKYAT Sabah terasa sangat hairan kerana para pemimpin UMNO Sabah mempunyai rumah ala-mansion atau istana, namun tidak pun disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ?

Yang paling menghairankan dari mana mereka mendapat duit sebanyak itu untuk membina rumah ala mansion itu sedangkan gaji mereka hanya mampu untuk membeli rumah yang bernilai RM1 atau RM2 juta melalui pinjaman bank. Rumah yang mereka miliki bernilai lebih RM20 hingga RM100 juta!

Datuk Seri Musa Aman dikhabarkan mempunyai beberapa buah mansion walaupun menggunakan nama anak, isteri, menantu atau proksi. Begitu juga dengan Datuk Seri Yahya Hussin yang turut memiliki koleksi beberapa buah rumah bungalow dan mansion; yang diikuti oleh jemaah menteri kabinet, namun oleh kerana prinsip ‘NO CASE TO ANSWER’ maka mereka kalis siasatan SPRM.

Berbanding rakyat biasa yang berhempas pulas memburu hidup di penjuru nasib yang sekadar memiliki lesen PKK kelas F dan memiliki rumah pangsa atau dua buah proton saga kelabu, pasti akan diburu SPRM dan Lembaga Hasil Dalam Negeri bagaikan pesalah yang mencuri berjuta ringgit harta kerajaan.

Bukan sahaja Ketua Menteri yang kalis siasatan, malah Jemaah Menteri Sabah juga kalis dari sebarang pertuduhan rasuah dan tidak pernah disiasat, melainkan melalui khabar angin sahaja. Kalaupun Musa Aman didatangi Pegawai Siasatan SPRM, hanya sekadar untuk berbasa basi yang dibalas dengan pengurniaan Pingat Kebesaran Negeri termasuk Datuk Seri Panglima ataupun Datuk ataupun ASDK yang lebih kurang bermaksud ‘Angkat Semua Dua Kaki’ atau remaja kita menggelarkannya sebagai ‘Aku Suka Dengan Kamu’.

Untuk meyakinkan orang ramai, satu reformasi harus dilakukan iaitu sistem penyiasatan SPRM terhadap pemimpin politik UMNO dan pembangkang, mestilahlah dibuat dari satu badan berkecuali, bukan terdiri daripada kaki tangan Kerajaan yang boleh dipengaruhi dari pertalian persahabatan dan sama-sama cari makan dengan Kerajaan “you scratch my back, I punch your ribs”. Tutup kes, maka jadilah “No case to answer” walaupun daripada 81 Dalil yang difailkan Datuk Dr Jeffrey Kitingan terhadap Musa Aman, sekurang-kurangnya 10 Dalil mempunyai asas yang kukuh untuk pendakwaan.

Ironinya, Menteri Besar Selangor, Kerajaan Pakatan Rakyat yang menyedekahkan lembu korban pula akan dituduh rasuah, sehingga Tan Sri Khalid mahu mengganti kereta lama pun dituduh menyalahguna kuasa, namun SPRM di Sabah hanya membisu seribu bahasa apabila melihat kapal di laut, pesawat di udara dan Gedung harta di Darat serta Kayu balak di rimba semuanya milik Musa Aman dan kroni, sedangkan gajinya sekadar mampu beristeri dua dan memiliki harta ala kadar yang setaraf dengan Ninja King atau Kong.

Kewibawaan SPRM sebagai sebuah badan berkecuali kini sangat diragui oleh rakyat Malaysia, begitu juga dengan polis yang tidak lagi diyakini rakyat, kerana mereka tidak menjalankan penyiasatan ke atas semua harta Datuk Seri Musa Aman di Singapura, Hong Kong, Australia dan sebagainya kerana sebelum menjadi Ketua menteri Sabah, beliau telah mengisytiharkan diri bernilai RM300 Juta atau ‘Three Hundred Million Dollar Man’ lebih hebat daripada siri TV, ‘Six Million Dollar Man’.

Namun menurut sumber yang dipercayai, saya bersyukur kerana Musa Aman adalah salah seorang yang terkaya di Asia dengan asset luar negara bernilai USD 16 Billion, namun tidak diisytiharkan. Hanya Allah dan orang tertentu sahaja yang tahu! Kalau tidak percaya tanya Richard Barnes atau Michael Chia. Mungkin Daud Tampokong pun tahu tetapi buat-buat tidak tahu.

Bukankah lebih baik jika Kerajaan Malaysia melantik Badan Bebas atau pihak berkecuali untuk menyiasat mereka yang berpengaruh seperti ‘Raja Bersiong’ Musa Aman; terutama tokoh yang dipercayai masyarakat antaranya, Tan Sri Lee Lam Thye dan Professor Khoo Kay Kim untuk mengulangi penyiasatan yang dibuat oleh kakitangan Datuk Seri Ahmad Said Hamdan yang selama ini amat diragui ketelusannya?

Kes paling menjolok mata ialah pemilikan bangunan Wisma Bandaraya oleh Musa Aman dan Isterinya yang disewakan oleh Kementerian Pembangunan Sumber dan Teknologi Maklumat Sabah serta subsidiarinya; sedangkan pada dasarnya Musa menyedarinya tugasnya sebagai Menteri Kewangan ialah memastikan semua sewa bangunan kerajaan negeri dibayar oleh Kementerian Kewangan dan wang tersebut masuk ke koceknya!.

Ramai rakyat mendesak agar Panel Khas yang dilantik turut menyiasat jasa-jasa Datuk Seri Ahmad Said Hamdan kepada Negeri Sabah sehingga dikurniai pingat Seri Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (S.P.D.K) tidak lama setelah beliau selesai membuat penyiasatan ke atas Datuk Seri Musa Aman yang bukan sahaja didapati BERSIH daripada sebarang Skandal rasuah, malah berbau bersih daripada sebarang skandal lain di Sabah.

Kemungkinan keberangkalian kalau Musa Aman menyedekahkan sejuta lembu menggunakan wang kerajaan negeri untuk dikorbankan sekalipun beliau akan tetap kekal bersih, kelihatan bersih dan berbau bersih. Itulah kehebatan Musa Aman yang tidak dimiliki oleh Semua Menteri Besar atau Ketua Menteri di Malaysia. Wallahualam!

Rohaizat berbohong tidak akui Rafizah isterinya?

PERMATANG PASIR, 23 Ogos - Ketua Pemuda PAS sekali lagi membangkitkan kezaliman Rohaizat terhadap isterinya. Nasrudin menegaskan kenyataannya itu melalui blog pribadinya http://episodeperjuangan.blogspot.com. Sebelum ini beliau pernah mendedahkan perkara ini ketika sidang media di Kg Pelek, Permatang Pasir.



"Dengan segala kerendahan diri dan berat hati , saya tegaskan kenyataan saya di sini demi membela insan lemah yang bergelar muslimah sekalipun terpaksa merempuh dinding kebal keegoan seorang insan yang bergelar lelaki ." kata beliau


Menurut beliau, kezaliman adalah suatu jenayah dan kesalahan yang besar terutamanya apabila ia dilakukan oleh seorang yang mengaku muslim dan merupakan seorang pemimpin .

Tambah beliau, pribadi pemimpin pula mestilah mulia, berakhlak tinggi, moral yang terpelihara, bertanggungjawab, adil dan hatinya bersih, kerana akan menjadi ikutan ramai.

Ustaz Nasrudin menjelaskan bahawa Isu yang beliau dedahkan baru - baru ini adalah berkait kes penganiayaan dan kezaliman yang dilakukan oleh calon BN di N.11 Permatang Pasir ke atas seorang muslimah yang dikahwininya sebagai isteri kedua beliau , dan ia bukanlah bermotifkan politik tetapi melibatkan nafsu buas orang politik yang tidak kenal dosa dan pahala .

"Isu yang saya timbulkan ini bukanlah bersifat peribadi tetapi melibatkan peribadi seorang pemimpin yang cuba melindungi kejahatan dan kezalimannya disebalik aksi berhemah seorang ahli politik yang ingin memenangi kerusi dalam pilihanraya untuk memimpin rakyat dan masyarakat ." jelas Nasrudin yang juga menetap di Pahang negeri asal Rafizah.


Nasrudin juga turut menceritakan bahawa Puan Rafizah telah mengadu hal nasib malang yang menimpanya kepada Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man sejak setahun yang lalu.

Walaubagaimanapun Dato' Tuan Ibrahim yang juga naib presiden PAS tidak mengetahui siapakah suami Rafizah itu dan hanya menasihati Rafizah supaya bersabar.

Sehinggalah beberapa hari yang lalu , Puan Rafizah memberitahu Dato' Tuan Ibrahim bahawa calon BN, Rohaizat Othman itulah suaminya.

Selepas itu Nasrudin terus bertemu dengan kedua ibubapa Rafizah bagi mendapat gambaran yang lebih jelas . "Ya ! hanya linangan air mata dari sang ibu yang sangat memahami betapa derita yang ditanggung oleh anaknya sejak bertahun yang lalu." kata nasrudin menggambarkan penderitaan yang dialami Rafizah.

Meskipun telah dikahwini secara sah oleh Rohaizat, Rafizah digantung tidak bertali malah diperlakukan tidak ubah seperti perempuan simpanan selain tidak diberikan nafkah zahir dan batin selama 7 bulan berturut-turut, cerita Nasrudin.


Ibu Rafizah berkata kepada Nasrudin bahawa anaknya hanya dikunjungi suaminya sebanyak 2 kali dan itupun hanya sekadar beberapa jam , kemudian terus bergegas pergi meninggalkan isterinya.

"Isu besar yang saya bawa ini ialah isu kezaliman dan penginayaan ke atas seorang wanita muslimah yang lemah tidak berdaya oleh seorang lelaki [ bergelar suami ] yang sepatutnya memberikan keadilan, kasih sayang dan haknya sebagai seorang isteri yang sah" jelas Nasrudin.

Menurut Nasrudin apa yang dikehendaki oleh Rafizah ialah supaya suaminya mengakui beliau sebagai isteri yang sah dan kembali berlaku adil serta memberikan haknya sebagai seorang isteri, tetapi malangnya, Rohaizat berkali - kali menafikan Rafizah sebagai isterinya.

Menurut pengakuan Puan Rafizah (diceritakan oleh Nasrudin), betapa beliau telah menanggung derita ini sejak lebih 3 tahun yang lalu. Beliau dipandang serong oleh masyarakat sekitar dan teman - teman rapat yang mengetahui kedudukannya.

Puan Rafizah turut berdepan dengan fitnah ke atas dirinya yang dipandang serong oleh masyarakat gara - gara Rohaizat enggan mengakui dirinya sebagai isteri yang sah meskipun Rohaizat mengahwininya dan tidak pula mendokumenkan perkahwinan mereka .


Rafizah juga tidak menikmati kebahagiaan seperti ibu-ibu yang lain yang mempunyai suami dan anak-anak di sisi.

Rafizah dikatakan pernah bertugas sebagai ketua kerani di pejabat Rohaizat selama 8 tahun dan mendirikan rumahtangga bersama Rohaizat dengan harapan kebahagiaan dan keharmonian serta kesempurnaan hidup akan dapat dikecapi sebagaimana insan yang lain .

Ustaz nasrudin yang mengatakan bahawa beliau mendapat keizinan Rafizah untuk mendedahkan perkara ini turut mempersoalkan peranan Sharizat Jalil sebagai Menteri yang sepatutnya bertanggungjawab terhadap masalah-masalah seperti ini.

"Saya nasihatkan supaya Rohaizat sebagai orang tahu agama dan tahu hukum hakam agar tidak menzalimi isteri sendiri.

"Kembalilah kepangkuan isterimu dengan damai dan penuh kasih sayang".

Akhir sekali Ustaz Nasrudin memperingatkan bahawa kezaliman seorang suami ke atas isterinya samalah dosa kezaliman kerajaan mengISAkan [ tahan tanpa bicara ] seorang insan tanpa bukti yang ditentang beramai - ramai.

"Zalim tetap zalim dan ianya mesti ditentang ." tegas beliau

Mesra rakyat bersama calon dan Presiden


KUBANG SEMANG, 23 Ogos - Bazar Ramadhan Kuala Semang petang semalam menerima kunjungan daripada calon PAS, Hj Salleh Man diiringi Presiden Pas Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang kira-kira jam 6.00 petang. Tuan Guru yang berjubah coklat muda segak bergaya dan berserban putih kemas berkarisma.


Keadaan penuh sesak dengan kehadiran orang ramai yang berpusu-pusu untuk membeli juadah berbuka puasa. Namun begitu, kehadiran Hj salleh Man serta Tuan Guru Haji Hadi Awang tetap disambut baik oleh orang ramai dan peniaga. Masing-masing tidak melepaskan peluang bersalaman dan beramah mesra dengan Hj salleh dan Tuan Guru Presiden.


Di samping itu, terdapat kaunter perkhidmatan semakan daftar pemilih yang diuruskan oleh beberapa petugas PAS bagi memudahkan pengundi membuat semakan.

Turut hadir menghangatkan kempen pada petang itu adalah Abdullah Abdul Karim, salah seorang peguam PAS yang menekankan mengenai kebijaksanaan para pengundi dalam memilih calon pada Pilihan Raya Kecil Permatang Pasir tidak lama lagi.Selain itu, Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub dijadualkan akan menyertai siri kempen di tempat yang sama pada esok hari.


Keadaan terkawal dengan kehadiran Unit Amal Pulau Pinang yang bertugas melancarkan pergerakan calon dan Tuan Guru Presiden.

Puasa tidak jejas kempen Calon Pas


PERMATANG PASIR, 22 Ogos - Hari pertama puasa dalam bulan Ramadhan pada hari ini membuktikan semangat juang calon Pas terus berkobar-kobar dalam melaksanakan kempen yang memasuki hari kelima. Jadual calon tetap tersusun padat bermula seawal jam 8 pagi demi memastikan setiap ceruk kawasan dilawati menjelang hari pembuangan undi pada 25 Ogos ini.

Pergerakan calon hari ini bermula dengan lawatan di pasar raya Market Penanti dengan diiringi oleh beberapa petugas pilihanraya. Kesempatan membuat lawatan ke kawasan-kawasan yang dikunjungi orang ramai seperti ini memberi peluang kepada calon untuk beramah mesra dengan penduduk sekitar sekaligus memberi peluang kepada para pengundi untuk lebih mengenali calon yang bakal mereka pilih.


Pada sebelah petang pula calon telah berkesempatan membuat lawatan di bazar Ramadhan di Kubang Semang yang menerima kunjungan orang ramai yang berpusu-pusu membeli juadah berbuka puasa. Sambutan yang diterima oleh calon Pas sepanjang kempen dilaksanakan adalah sangat menggalakkan dengan setiap tempat yang dikunjungi sangat mengalu-alukan kehadiran Hj Salleh Man.


Haji Salleh Man membuktikan bahawa keadaan berpuasa dan usia yang sudah melebihi separuh abad bukan lah faktor penghalang bagi beliau untuk meneruskan kempen yang berbaki dua hari lagi.


Kehadiran bulan Ramadhan ini akan digunakan dengan sebaik-baiknya oleh calon Pakatan Rakyat untuk mempertahankan kerusi DUN N11 Permatang Pasir yang sebelum ini dimenangi oleh calon Pas.

Hidangan Bubur Lambuk Istimewa Tanah Liat pembuka tirai Ramadhan.

TANAH LIAT, 22 Ogos - Seawal tengahari Zohor petugas-petugas pilihanraya menyiapkan bubur lambuk di padang Kampung Tanah Liat. Resepi yang istimewa telah diadun dengan sebati sebelum mula diagih-agihkan petugas-petugas kepada masyarakat setempat pada pukul 5 petang.

Kelihatan seorang lelaki tua sedang mengangkut bubur lambuk yang telah siap dibungkus ke atas motornya. Selain itu, suasana semakin meriah dengan kehadiran Ketua Penerangan Muslimat PAS Pusat, Salbiah Yusof ke program tersebut. Beliau dan beberapa petugas muslimat PAS Selangor dan Wilayah turut membantu mengagih bubur tersebut ke kawasan berdekatan.

Jalan-jalan raya di sekitar Kubang Semang turut dibanjiri kereta yang berpusu-pusu menuju ke arah Bazar Ramadhan dan pusat pengagihan bubur lambuk berdekatan. Polis terpaksa mengawal keadaan untuk mengelak kesesakan lalu-lintas berpanjangan bagi memudahkan aktiviti ramadhan dijalankan penduduk setempat.

Juadah wajib ramadhan


SAMA GAGAH, 22 Ogos - Kemeriahan hari pertaman Ramadhan di Kampung Sama Gagah di sini disemarakkan lagi oleh Calon PAS, Ustaz Salleh Hj Man apabila beliau meraikan penduduk kampung yang bergotong-royong menyediakan bubur lambuk sebagai juadah berbuka untuk diedar kepada orang ramai.


Beliau turut menyertai jemaah bersolat asar di Masjid Jamek Al-Qadri dan menyampaikan sepatah dua kata selepas solat. Beliau menyeru semua pengundi untuk bersama-sama turun menunaikan tanggungjawab memilih pemimpin pada 25hb nanti.

Keberkatan Ramadhan mula dirasai apabila bulan mulia ini disambut meriah oleh semua lapisan masyarakat.

Harga satu undi


PERMATANG TENGAH, 22 Ogos - Calon PAS, Ustaz Salleh Hj Man telah meluangkan masa melawat ke beberapa kawasan kampung sekitar sini untuk berkempen.


Di Kampung Permatang Tengah, beliau telah singgah ke beberapa rumah penduduk kampung untuk bertanya khabar. Salah seorang penduduk yang bertuah menerima kunjungan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang itu ialah Hjh Che Jah. Hjh Che Jah yang lumpuh semenjak 6 bulan yang lalu gembira menerima tetamu istimewa itu.


Walaupun lumpuh, beliau tetap bersemangat untuk turun mengundi pada 27hb ini. Apabila ditanya oleh Hj salleh adakah beliau akan turun mengundi pada 25 Ogos ini, beliau menjawab dengan bersungguh,"InsyaAllah, mak cik akan turun mengundi. Rugi 1 undi kalau mak cik tak turun."

Beliau akan meminta anak lelakinya untuk membawanya ke pusat mengundi nanti memandangkan keadaannya yang agak uzur dan sukar bergerak itu.

Gambar Aktiviti Calon PAS N11 - Bubur Lambok

Hari ni kita layan gambar je...

Majlis kacau-kacau bubur lambok depan masjid Sama Gagah...

Gambar Aktiviti Calon PAS N11 - Bazar Ramadhan Kubang Semang.

Gambar Aktiviti Calon PAS N11 - Penyampaian Sumbangan & Berbuka Puasa

Apa-apa majlis la, kalau ada makan free... mesti ramai... kalau majlis Tazkirah - Insya-Allah...
OKU pun turut hadir...
DSAI tiba lebih kurang jam 7:00 malam...
Menyampaikan sumbangan kepada 193 penerima...
Menunggu masa berbuka puasa...
Ucapan alu-aluan dari DSAI...
Dari jauh ku lihat makanan... hahaha...
Saifuddin Nasution pun hadir sama... sakit kaki kot... aku tengok dia jalan semacam je...
Pun datang jugak...
MB Selangor tan Sri Khalid bersama calon N11 Haji Mohd Salleh Man...
Diapit oleh 2 pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat - 1 penghormatan...
Menerima sumbangan dari dot dot dot...
Serbu...!!!
Gendang gendut tali kecapi... kenyang perut...
Masjid...