Sabtu, 22 Ogos 2009

Rancangan dan pelan pembangunan PAS buat rakyat, pintas dakwaan Khairy

PERMATANG PASIR, 22 Ogos - Perkara pertama yang akan dibuat oleh Ustaz Salleh ialah meminta Majlis Agama Islam bersama kerajaan Negeri membuat penilaian semula terhadap kadar sewa rumah-rumah kedai yang masih mengikut taksiran lama, iaitu taksiran sebelum daripada pembatalan akta kawalan sewa.


Demikian respon Pengarah Pilihanraya PAS Permatang Pasir, Dato' Mahfuz Omar berhubung persoalan yang dibangkitkan Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berhubung tiada sebarang rancangan atau pelan pembangunan buat rakyat sekiranya calon PAS menang di Permatang Pasir itu.


Kata Mahfuz, Akta kawalan sewa mengawal semua perubahan sewa yang mensyaratkan perubahan kadar sewa hanya dengan persetujuan tuan yang menyewa.


Contohnya kadar sewa ini di area Masjid Kapitan Keling, di mana kadar sewa bangunan wakaf yang dimiliki Majlis Agama Islam Pulau Pinang di situ hanya sekitar RM 20 dan RM 30 setahun.


Majlis Agama Islam Pulau Pinang mengambil masa yang begitu lama untuk meminta kerajaan menghapuskan akta kawalan sewa.


"Walaupun telah dimansuhkan Majlis Agama Islam Pulau Pinang yang di kawal oleh UMNO ini masih gagal untuk menilai semula kadar-kadar sewa di tanah-tanah tersebut," tegas Mahfuz.


"Bagi saya, ini sepatutnya menjadi sumber kepada Majlis Agama Islam Pulau Pinang supaya boleh menggunakan daripada sumber ini untuk membangunkan ekonomi umat Islam khususnya umat Islam yang berada di kawasan tengah-tengah bandar di pulau Pinang.


Mahfuz yakin Ustaz Salleh akan memainkan peranan yang sangat penting dan percaya komitmen daripada Kerajaan Negeri sangat baik terhadap kepentingan-kepentingan umat Islam seperti yang disebut pernah disebut sendiri oleh Ketua Menteri Pulau Pinang bahawa beliau sangat prihatin dengan masalah umat Islam di negeri tersebut.


Contoh apa yang akan dilakukan oleh Ustaz Salleh ialah bagaimana tanah wakaf itu akan dibangunkan menlalui sektor perumahan yang bukan dijual kepada umat Islam tetapi disewa untuk mengimbangi kembali taburan penduduk di bandar-bandar di Pulau Pinang ini, selain mengekalkan status wakaf tanah tersebut.


Ustaz Salleh Man juga menurut Mahfuz akan turut memperjuangakan nasib kaum lain bagi memastikan keharmonian kaum di negeri Pulau Pinang kerana PAS menganggap semua kaum di negara ini perlu hidup dalam satu keluarga.


Masyarakat juga perlu mengelak di pecah belahkan oleh sentimen-sentimen perkauman sempit seperti yang dilakukan oleh Umno dan Barisan Nasional sebelum ini.


Mahfuz berkata semua agenda ini juga pernah dibawa oleh Allayarham Datuk Hamdan sebelum ini.


Ustaz Salleh Man juga dimaklumkan akan pertahankan tanah pertanian dan perjuang kebajikan orang Islam di Pulau Pinang amnya.

Yusri nafi dipergunakan oleh PAS

Yusri Isahak - bekas rakan kongsi firma guaman calon BN, Rohaizat Othman - menafikan bahawa beliau dipergunakan oleh PAS dalam kempen pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir.

"Saya muncul adalah untuk membersihkan nama saya. Ada pihak mendakwa saya memihak kepada PAS, didesak dan dipergunakan oleh PAS, saya nafi sekeras-kerasnya.

"Saya ke pentas PAS adalah atas kehendak hati saya sendiri," kata Yusri dalam ceramah PAS di di hadapan Kedai Asri di Permatang Tengah malam tadi.

Beliau menggunakan pentas ceramah dalam pilihanraya kecil tersebut untuk membersihkan namanya yang didakwa bertanggungjawab berhubung isu penyelewengan wang Koperasi Pekebun Getah Pulau Pinang.

Yusri menolak dakwaan Umno bahawa beliau adalah rakan kongsi yang menyebabkan calon BN Rohaizat Othman dibatalkan lesen gumannya oleh Majlis Peguam.

Beliau menyifatkan sebagai satu pembohongan dakwaan Umno bahawa Rohaizat tidak terlibat dan tidak tahu menahu berhubung transaksi wang koperasi itu.

Walaupun muncul sekadar lima minit tetapi Yusri mampu menarik kehadiran orang ramai untuk mendengar penjelasannya itu.Dikawal ketat

Pada masa yang sama, ceramah itu juga diawasi oleh kira-kira 20 anggota polis sedang berkawal di situ.

Dalam ceramahnya, Yusri berkata beliau "sebak dan tidak sanggup" untuk menyatakan rakan baiknya itu - yang dikenalinya pada 1989 sejak di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) - seorang yang tidak baik.

"Kami tinggal sebilik di universiti. Esok kita berpuasa, terkenang saya sewaktu kami bersahur dan bertadarus bersama-sama. Dia seorang yang kuat semangat.

"Nak kata dia tak baik, tak sampai hati. Apa yang dicakapkannya adalah bukan datang dari sepenuh hatinya. Rakan saya dipergunakan untuk mencapai kepentingan mereka.

"Terserahlah kepada pengundi untuk menilainya," katanya sewaktu mengakhiri ucapannya itu.

Yusri terpaksa beredar lebih awal kerana dipercayai bergegas ke tempat ceramah yang lain.

Beliau turut dikawal ketat oleh kira-kira enam orang bagi menjaga keselamatannya.

Kempen mansuh PPSMI

Sementara itu, rancangan Sasterawan Negara A. Samad Said untuk berceramah di situ terpaksa dibatalkan kerana beliau keletihan.

Ketika dihubungi Malaysiakini malam tadi, tokoh sasterawan yang mesra dengan panggilan Pak Samad itu, menjelaskan beliau terpaksa membatalkan hasratnya itu selepas berceramah di lima tempat dan yang terakhir di Kampung Pelet.

Sebelum ini, beliau dilaporkan bercadang untuk berceramah berhubung isu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) agar dasar tersebut dimansuhkan segera.

Manakala AJK PKR Pulau Pinang, Johari Kassim berkata kecenderungan pengundi Cina untuk bersama dengan PAS dan Pakatan Rakyat, membuktikan mereka juga yakin dasar parti itu yang diterima oleh semua kaum.

"Dulu susah nak tengok orang Cina bawa bendera PAS. Mereka takut. Sekarang mereka sudah yakin. Kita nak bawa politik baru dalam masyarakat," katanya sambil menambah, kerajaan Pulau Pinang pimpinan Lim Guan Eng turut membela Sekolah Agama Rakyat (SAR) di negeri itu dengan memberi bantuan kepada SAR.

Sehubungan itu, beliau menggesa pengundi di situ supaya mengundi calon PAS Mohd Salleh Man bagi memastikan kerajaan Pulau Pinang di bawah pimpinan Lim terus kukuh.

LAPORAN POLIS KEATAS FITNAH 600 RIBU - PART 2

LAPORAN POLIS KEATAS FITNAH 600 RIBU - PART 1

PENDEDAHAN SKANDAL JUAL BELI TANAH : ROHAIZAT DI MINTA BUAT PENJELASAN - PART 4

PENDEDAHAN SKANDAL JUAL BELI TANAH : ROHAIZAT DI MINTA BUAT PENJELASAN - PART 3

PENDEDAHAN SKANDAL JUAL BELI TANAH : ROHAIZAT DI MINTA BUAT PENJELASAN - PART 2

PENDEDAHAN SKANDAL JUAL BELI TANAH : ROHAIZAT DI MINTA BUAT PENJELASAN - PART 1

N 11 Permatang Pasir : Bukan Hafizah ataupun Rafizah tapi Norfaezah

Malaysiakini semalam melaporkan tentang hubungan Rohaizat dengan seorang wanita seperti yang disebut oleh Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hasan. Nasrudin menyebut nama ‘Hafizah’, manakala laporan Andrew Ong dalam Malaysiakini menyebut ‘Rafizah Mohd. Ali’.

“The candidate’s rivals from PAS have claimed that Rohaizat registered his second marriage to a woman known as ‘Rafizah Mohd Ali’ which the latter has denied.

Rohaizat pula menafikan cerita tersebut dan memberitahu bahawa dia hanya mempunyai seorang isteri yang bernama Khairul Niza Abdul Razak, seorang Pensyarah di Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang.

“I don’t have a wife by the name of Hafizah… my wife is Khairul Niza Abdul Razak and I never got married in 2005,” Rohaizat told reporters.

Apa cerita yang sebenarnya?

Team Perakexpress semalam telah menemubual mereka yang terlibat untuk mendapatkan cerita sebenar dari keluarga ‘Hafizah’ ataupun ‘Rafizah’ sendiri.

Rohaizat mempunyai asas untuk menafikan cerita tersebut kerana dua nama tersebut bukan nama sebenar isteri keduanya. Nama sebenar wanita tersebut ialah Norfaezah binti Mohd. Ali. ‘Hafizah’ adalah nama timang-timangan dan nama panggilan dipejabat.

Bapa Norfaezah bernama Mohd. Ali bin Abdullah, dan ibunya bernama Embun. Norfaezah kini menetap di Kuala Lumpur manakala ibubapanya menetap di sebuah bandar di Pahang.

Memang benar, Norfaezah (selepas ini dipanggil Hafizah) pernah bekerja di pejabat milik Rohaizat. Malah Hafizah merupakan seorang pekerja yang cukup rajin dan diatas usaha beliaulah, syarikat Rohaizat dapat bernafas semula selepas kejatuhan akibat skandal Koperasi Pekebun Getah.

Kegigihan Hafizah menyebabkan beliau kadangkala terpaksa balik lewat, dan kesempatan ini telah dipergunakan oleh Rohaizat. Dengan pujuk rayu, Hafizah jatuh cinta kepada Rohaizat tetapi terpaksa menyembunyikan perkara ini dari pengetahuan isteri pertama Rohaizat. Rohaizat terpaksa menyembunyikan perkara ini, kerana dia bergantung harap kepada isteri pertamanya, kerana nama beliau telah disenaraihitamkan oleh pihak bank. Semua urusan pembelian seperti rumah dan kereta terpaksa menggunakan nama isteri pertamanya ataupun nama Hafizah.

KENYATAAN AKBAR DATO' MAHFUZ OMAR Part 2

KENYATAAN AKBAR DATO' MAHFUZ OMAR Part 1

Dr M tidak pasti adakah calon BN layak

KUALA LUMPUR, 22 Ogos: Ketika Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir, Rohaizat Othman disabotaj oleh ahli-ahli Umno, berlainan pula kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Jika anda memberikan seseorang sebab yang baik untuk mensabotaj anda, mudahlah disabotaj dan ia salah anda sendiri," Malaysian Insider memetik sindiran Dr Mahathir.

Kenyataan bekas Presiden Umno itu dilihat menambahkan lagi tekanan ke atas BN dan Rohaizat.

Laman berita itu juga melaporkan bahawa Dr Mahathir tidak pasti adakah Rohaizat layak bertanding.

Malaysiakini pula melaporkan, sambil tersengih Dr Mahathir berkata: "Saya diberitahu bahawa beliau dituduh mempunyai dua orang isteri, tetapi dia kata tidak. Kemudian seseorang menunjukkan gambar. Saya tidak tahu adakah orang seperti itu layak untuk dipilih sebagai wakil rakyat atau tidak.

"Saya tak tahulah".

Laman berita itu bagaimanapun tidak dapat memastikan adakah gambar wanita yang didakwa sebagai seorang lagi isteri Rohaizat itu, yang dikatakan bernama Rafizah Mohd Ali, sudah disebarkan kepada umum.

Tetapi, menurut Malaysiakini, media di Permatang Pasir telah mendapat khabar bahawa ada pihak tertentu yang menyebarkan rakaman video temubual dengan Rafizah baru-baru ini.

Kontroversi mengenai Rohaizat tercetus apabila didedahkan pendaftaran beliau sebagai penguambela dan peguamcara telah dibatalkan.

Presiden Majlis Peguam, Ragunath Kesavan berkata, kesalahan tersebut adalah tanggungjawab Rohaizat sendiri dan tidak melibatkan orang lain kerana Rohaizat sendiri yang dinamakan oleh pihak pengadu dan bukan rakannya.

"Walaupun anda membayarnya, tetapi kesalahan telah dilakukan dan ia merupakan kesalahan yang serius kerana ia melibatkan transaksi dengan wang pelanggan.

"Jika anda tidak bersalah, anda tidak akan didapati bersalah oleh ahli jawatankuasa disiplin dan tuduhan di bawah Seksyen 103D sama seperti salah laku jenayah," katanya lagi.

Pengerusi Jawatankuasa Disiplin Majlis Peguam yang membicarakan kes Rohaizat ialah Tan Sri Khalid Ahmad Sulaiman yang pernah menjadipemangku Ketua Menteri Pulau Pinang di zaman BN memerintah negeri itu. Rayuan Rohaizat supaya keputusan Majlis Peguam itu dibatalkan telah ditolak oleh Mahkamah Tinggi pada 12 Ogos lalu.

Enggan mengakui penglibatan Rohaizat dengan penggunaan wang pelanggan, Umno berbohong pula dengan menuduh rakan beliau dalam firma guamannya, Yusri Isahak yang melakukan kesalahan itu.

Menambahkan lagi derita Umno dan Rohaizat, Yusri kemudiannya mengadakan sidang akhbar menafikan dakwaan Umno yang mengkambinghitamkannya berhubung kes membabitkan pembelian hartanah oleh Koperasi Pekebun Getah Negeri Pulau Pinang (KPGNPP) pada 2002.

JPN, SPR khianat : Mahfuz cabar bukti Khairy

PERMATANG PASIR, 22 Ogos - Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar mencabar Khairy supaya membuat laporan polis berhubung dakwaan beliau bahawa suruhanjaya pilihan raya (SPR) dan jabatan pendaftaran negara (JPN) pengkhianat kerana membawa pengundi hantu masuk ke dalam kawasan N.11 Dewan Undangan Negeri Permatang Pasir ini.

Portal berita Mstar semalam melaporkan kenyataan Khairy yang mendakwa kononnya ada pengkhianat di dalam JPN dan SPR yang bersekongkol dengan parti yang bertanding (PAS).


"Saya secara peribadi mahu mempersoalkan kredibiliti khairy yang pernah disiasat oleh jawatankuasa disiplin UMNO di dalam perhimpunan agung UMNO lepas disebabkan amalan rasuah." kata beliau dalam sidang media harian PAS pagi tadi.


Mahfuz menambah bahawa Khairy diberi laluan bertanding mungkin kerana sifat beliau sebagai menantu presiden (Pak Lah) pada waktu itu.


Kemenangan Khairy untuk jawatan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO turut dipertikai oleh ahli-ahli umno itu juga disebabkan isu undi hantu.


Mahfuz juga berkata, sebenarnya UMNO dan Barisan Nasional lah yang membawa pengundi hantu untuk memenangi kerusi parlimen dan dewan undangan negeri.


"Sebagai contoh kes pengundi hantu di Likas pada tahun 1999, apabila hakim Datuk Mohd Kamil Awang sendiri memutuskan kemenangan Adun BN tidak sah di Dun Likas dan daftar pemilih 1998 juga sahkan adalah palsu." tambah beliau.


Dalam sidang media itu, Mahfuz sekali lagi mencabar Khairy supaya menerima cabaran debat Pemuda PAS dan Pakatan Rakyat, bertajuk "siapa pengkhianat negara" pada hari esok sekiranya Khairy jujur dan ada bukti bahawa UMNO dan Muhyidin tidak menjual tanah Johor kepada Singapura waktu Timbalan Presiden UMNO itu menjadi Menteri Besar Johor suatu ketika dahulu.

Untung anak emas ... Manek Urai...Kini Di Permatang Pasir...!!!

TANAH LIAT, 22 Ogos - Kehadiran Sasterawan Negara, Dato A Samad Said menyerikan lagi program Hi-Tea yang berlangsung pada 6.00 petang di UPU Tanah Liat.Dalam menyampaikan ucapan,beliau turut mendeklamasikan sajak di Pentas UPU tersebut.


Sajak yang disampaikan oleh beliau bertajuk "Suara dari Dinding" yang ditulis pada Mei hingga Jun 1996.Menurut beliau sajak ini ditulis empat tahun sebelum munculnya gagasan PPSMI yang dilancarkan oleh kerajaan Barisan Nasional sebagai sebuah tulisan bagi membantah pihak yang sedang berusaha menjatuhkan martabat Bahasa Melayu.


Susulan dari ucapan dan deklamasi sajak yang disampaikan,beliau turut menyaran agar para pengundi di sekitar Permatang Pasir tidak mudah tertipu oleh kalimah anak emas yang diwarwarkan oleh pihak BN dan UMNO sepanjang pilihan raya kecil kali ini.


Kalimah anak emas yang diguna pakai oleh BN ini sentiasa menjadi modal mereka bagi meraih undi rakyat sepertimana yang dilakukan oleh mereka di sekitar pilihan raya kecil Manik Urai baru-baru ini.

Hadirnya A. Samad Said bukti UMNO pengkhianat bangsa

PERMATANG PASIR, 22 Ogos - Sasterawan negara, Datuk A.Samad Said terus mengkritik kepimpinan UMNO dan Barisan Nasional walaupun Timbalan Perdana Menteri, Muhyidin Yasin telah mengumumkan Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) akan di mansuhkan.


Semangat tidak hanya di demonstrasi membantah PPSMI tetapi kini berterusan di Permatang Pasir.


Menurut Mohamad Sabu turunnya tok janggut (A. Samad Said) dalam pilihanraya Permatang Pasir bukti besar UMNO adalah pengkhianat melayu yang sebenar.


Ketika membaca sajak di Tanah Liat semalam, tokoh bahasa itu sekali lagi mengkritik UMNO dan BN tetapi kali ini bukan hanya isu bahasa. A. Samad Said telah mengkritik corak kepimpinan UMNO yang hanya memnguntungkan golongan tertentu dan merugikan rakyat.


Menurut beliau, sejak zaman Tunku Abd Rahman hinggalah sekarang, golongan yang memerintah negara kebanyakannya adalah dari golongan bangsawan. Pemimpin UMNO yang bukan dari golongan bangsawan pula, apabila menjadi pemerintah telah menjadi golongan bangsawan. Rakyat terus menjadi golongan yang tertindas.


Beliau juga berkata, UMNO dan BN menjadikan Permatang Pasir sebagai anak emas dalam pilihanraya di Permatang Pasir hari ini tetapi sebenarnya lebih 50 tahun Permatang Pasir telah di anak tirikan oleh mereka.


Gas pemedih mata dan air asid yang beliau rasai tidak mampu membendung semangat beliau memperjuangkan bahasa dan kebenaran.


Baru-baru ini juga A. Samad Said menyuarakan hasrat untuk menganjurkan demonstrasi sekiranya PPSMI tidak dimansuhkan segera.

Ustaz Salleh calon jujur, baik dan soleh - Lim Guan Eng

PERMATANG PASIR, 22 Ogos - "Di dalam Islam dinyatakan bahawa Isteri ialah pakaian bagi suami dan suami pakaian bagi isteri, tapi UMNO dan Barisan Nasional langsung tidak boleh pakai" Lim Guan Ng berseloroh ketika berceramah di Permatang Pasir semalam.


Beliau yang juga merupakan Ketua Menteri Pulau Pinang meyakini pribadi Ustaz Salleh Man yang jujur, baik dan soleh. Dengan itu beliau berpandangan calon PAS itu adalah yang terbaik untuk kaum melayu, cina dan india di Permatang Pasir.


"Mana mungkin orang yang baik seperti Ustaz Salleh Man boleh dituduh menggelapkan duit pilihanraya sebanyak RM 600 000" ujar beliau merujuk kepada serangan pribadi yang dibuat oleh UMNO terhadap calon PAS itu.

Menurut beliau juga, suatu yang pelik apabila dikatakan Ustaz Salleh Man menggelapkan wang sebanyak itu sedangkan untuk PAS mendapatkan RM 3000 pun belum tentu.

Turut hadir dalam ceramah tersebut ialah Dr mansor othman, Lim Kit Siang dan Badrul Hisham.

Lim Guan Eng turut manambah bahawa wakil rakyat DAP, PAS dan PKR yang menang hanya dengan tujuan berkhidmat kepada rakyat berbeza dengan UMNO dan Barisan Nasional yang hanya mengkayakan kroni dan pemimpin-pemimpin mereka.

Di dalam ceramah tersebut, Lim Guan Eng mengambil kesempatan mengucapkan selamat berpuasa kepada seluruh umat Islam dan berharap calon PAS, Salleh Man berjaya mengekalkan kemenangan rakyat pada 25 Ogos ini.

PRK Permatang Pasir - Pentas Muhyiddin belasah Najib

Setelah masuk hari yang keempat kempen pilihan raya kecil Dun Permatang Pasir, kelibat Presiden Umno, Dato' Seri Najib Tun Razak masih tak kunjung tiba. Walaupun Najib diserang hebat dengan istilah 'PM B1N1' dan desakan agar mengadakan sidang parlimen khas membincangkan kes H1N1,namun medan terbaik untuk Najib buat penjelasan di Permatang Pasir tidak digunakan langsung.


Sebaliknya, Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin 'keseorangan' terhegeh-hegeh mempertahankan tuduhan ke atas calon BN, Rohaizat Othman berhubung salah laku penyelewengan membabitkan akaun pekebun kecil di sini.


Malah lebih ajaib dan pelik, dalam risalah kempen BN 'Suara Permatang Pasir' yang pertama yang diedar pada 17 Ogos dimuka surat hadapan tertera tulisan 'Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin' menjulang tangan Calon BN'.


Samada berlaku 'typing error' atau ia disengajakan, pastinya Umno/BN mempunyai 'mashinenary' yang cukup lengkap termasuk editing yang baik bagi risalah mereka.


Atau sebenarnya, timbul persoalan bahawa Muhyiddin mahu menjadikan kempen kali ini dengan 'sungguh-sungguh' seperti mana beliau bersungguh menjatuhkan Tun Abdullah Ahmad Badawi satu ketika lalu dengan kenyataan desakan agar bekas PM itu berundur.


Muhyiddin satu watak yang sukar dijangka, dalam pada ramai yang menyebut beliau 'orang pak lah' akhirnya senjata beliau menyembelih hayat politik Pak Lah.


Di Permatang Pasir, tidak mustahil boleh menjadi platform kepada Muhyiddin menyerang secara senyap bossnya (Najib) yang dikelilingi skandal dan virus 'B1N1' yang cukup kronik.


Dalam pada kempen berjalan dengan BN menggunakan media menyerang Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato'Nik Abdul Aziz Nik Mat, Muhyiddin cukup selesa menekan dan merampas kekuasaan melateri agendanya.


Wajah garang yang sebenar Muhyiddin sudah kelihatan, keceluparannya menggunakan bahasa yang sudah mula kasar membuatkan ramai yang meluat dengan 'mukanya'.


Beliaulah kini orang yang paling kuat mengecam Tok Guru, dan tak sudah menyerang sahabat lamanya, Dato' Seri Anwar Ibrahim yang bersama dalam Team Wawasan dalam Umno dahulu.


Strategi menyerang oleh Muhyiddin disambut Anwar dengan tidak mengecam keperibadian Muhyiddin, sebaliknya Najib terus menjadi sasaran selaku 'kepala Umno'.


Nama 'First Lady', Datin Seri Rosmah Mansor terus menjadi 'sensasi' dan disensasikan lagi apabila beliau dikritik mengawal pergerakan Najib memerintah negara.


Seperti kata Naib Presiden PAS, Dato'Mahfuz Omar bahawa Najib diserang virus takut 'B1N1',sekaligus serangan ini menggembirakan Muhyiddin sebenarnya.


Namun,tidak pelik mengapa Najib enggan 'campur tangan' sangat dalam kemelut calon dan kempen BN di Permatang Pasir ini memandangkan, kebimbangan jelas pada Umno/BN akan majoriti besar yang dimiliki Pakatan Rakyat di Permatang Pasir.


Segunung wang yang bakal dilempahkan jentera BN di sini, sekurang-kurangnya boleh mensabitkan Muhyiddin selaku 'tauke' Umno di Permatang Pasir dengan unsur rasuah.


Pastinya ini salah satu senjata Najib yang disimpan dengan membiarkan timbalannya berkhayal dan memerangkap diri tatkala tugas dibebankan ke atas bahu Muhyiddin itu.


Jika BN kalah di Permatang Pasir,Najib boleh cuci tangan, Muhyiddin dan Naib Presiden Umno, Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pastinya 'pesalah' yang akan disalahkan.


Namun, jika wakil BN menang atau dapat mengurangkan majoriti wakil PAS, Ustaz Mohd Salleh Man, pastinya jantung Najib akan berdenyut kencang dengan kebimbangan nama Muhyiddin akan dilonjak sebagai 'hero' Umno.


Tetapi, mungkin Muhyiddin lupa pertaruhan BN di Permatang Pasir yang dicanang sebagai Peguam Syarie ini adalah 'ayam sabung' yang bergelumangan tahi di ekornya.

Demi bahasa, suaranya naik menjulang di Permatang Pasir

PERMATANG PASIR,22 OGOS: Setelah matanya berair,perit dan sakit terkena gas pemedih mata, dia sudah tidak berganjak. Biarpun sudah berusia 75 tahun, dengan 'kedegilan' dan cekal hati,dia terus bangkit berjuang, bercakap dan bersuara 'tanpa' henti.

Dia tidak punya sebarang kepentingan, bukan untuk meraih keuntungan tetapi hanya dengan tujuan yang satu- niat suci sayangkan bahasa tercinta, Bahasa Melayu yang telah dihina.

Itulah sikap dan denyut nadi pejuang sejati A. Samad Said, yang kembali turun, bersama rakyat, menyemarakkan api membantah tindakan kerajaan dan pemimpin Melayu meminggir bahasa sendiri melalui dasar pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) yang telah 'mengorbankan' kebijaksanaan pelajar melayu,utamanya di desa nun jauh di sana.

Tanpa jemu,beliau kembali muncul dengan 'surah' yang sama - kecewa dengan sikap sambil lewa kerajaan mendengar rintihan rakyat dan pejuang bahasa. Sekaligus memberi amaran,untuk menganjurkan kalikedua himpunan besar-besaran memabnath dasar itu.

Lalu di Permatang Pasir, Pak Samad tanpa segan silu, berada di pentas PAS bagi menyampaikan mesej dan isyarat jelas kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) dan para pemimpin Umno agar mansuhkan dasar yang merosakkan anak bangsaitu.

"Suara seniman tidak diendahkan pemimpin Umno.Justeru saya akan terus bersuara dimana-mana pentas yang menjemput saya.

"Jika mereka boleh melaksanakan dasar PPSMI dalam masa 6 bulan,kenapa mengambil masa 3 tahun untuk mansuhkan.

"RM5 billion diperuntukkan tetapi tidak pernah saya dengar ada dana sebanyak itu untuk bahasa Melayu,"ujarnya di sidang media di Pusat Khidmat Dun PAS Permatang Pasir pada sebelah pagi,21 Ogos.

Hadir sama,mendengar luhan hati Sasterawan Newgaraituialah Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar, Setiausaha Agung PAS Dato' Mustafa Ali, Timbalan Pesuruhjaya PAS (2) Pulau Pinang dan calon PAS yang tidakasing lagi, Ustaz Salleh Man.

Beliau sebelum itu menyifatkan keputusan kerajaan menangguhkan pemansuhan dasar PPSMI di semua peringkat sehingga tahun 2017 sebagai "penghinaan berterusan" terhadap bahasa kebangsaan dan mengulangi pendiriannya ketika berceramah di UPU Tanah Liat,pada sebelah petangnya.

Beliau sempat menutup kalimah perjuangan itu dengan dua bacaan sajak yang cukup menusuk dan begitu dalam maknanya sehingga suara'keramatnya'itu disambut sorai ramai para pengundi,penyokong dan peminatnya.

Sajak itu dilihat mengkritik pemimpin yang kononnya membela Melayu tetapi hanya pandai berkata-kata dan secara sinis mempersendakan watak-watak pemimpin itu.

"Saya terdengar ada pemimpin yang menyatakan bahawa pimpinan PAS tidak melakukan apa-apa..tetapi yang lebih parah lagi ialah ada pemimpin yang sama dan parti yang sama tidak juga melakukan apa-apa selama lebih 50 tahun."

Sajak itu cukup memukau hadirin, termasuk Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, AJK PAS Mohammad Sabu, Ketua Wanita DAP, Chong Eng, calon PAS, Ustaz Salleh Man dan ahli Parlimen Jerai, Firdaus Jaafar.

Malam ini, Pak Samad dan beberapa exco Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) dijadual berkempen di pentas PAS bagi mendesak pemansuhan segera dasar kontroversi itu.

Kehadiran Pak Samad itu nyata memberi nilai tambah yang besar kepada kempen PAS kerana beliau sangat dikenali sebagai budayawan agung yang menolak penggadaian bahasa Melayu yang dilakukan Umno dan BN.

Dan selain kemunculan tokoh terkenal itu melaungkan masa depan bahasa, kehadiran beliau lebih memberi inspirasi kepada anak-anak muda untuk terus berjuang kerana di usia 75 tahun itu Pak Samad masih bersemangat dan menggigit nurani pemimpin negara dan rakyat jelata

Muhyiddin: Tapi ada usaha pihak tertentu mahu jatuhkan imej BN..!!!! Dah londeh pun...!!! UMNO@BN dah terburai serta tersungkur...!!!

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin percaya, tindakan memburuk-burukkan imej calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir, Rohaizat Othman adalah usaha pihak-pihak tertentu untuk menjatuhkan imej BN di mata pengundi.

Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno menafikan bahawa perkara itu adalah tindakan sabotaj di kalangan ahli-ahli parti kerana beliau yakin ahli-ahli Umno akur dengan keputusan parti yang memilih Rohaizat sebagai calon.

"Saya tidak fikir dalam Umno ada sabotaj. Kita telah sepakat, apa jua keputusan yang dibuat pimpinan parti, mereka akur.

"Sekarang ini, kita tidak bincang soal itu. Kita bekerja keras di bawah untuk yakinkan pengundi dan saya tidak lihat ada petanda-petanda dalam BN untuk ambil langkah sebegitu.

"Kenyataan itu dibuat oleh pihak-pihak tertentu untuk menjatuhkan imej BN... mereka buat pelbagai tohmahan.

"Saya hairan waktu lagi dekat bulan puasa, mereka ligat berkempen memburukkan, memfitnah dan sebagainya," katanya kepada media selepas melancarkan logo Perdananan Pembangunan Perusahaan Kecil dan Sederhana (SME Corp Malaysia) dan majlis menandatangani perjanjian pajakan antara SME Corp Malaysia dan Malaysia Resources Corporation Berhad (MRCB) di sini, hari ini.

Rohaizat, 38, diserang bertubi-tubi secara peribadi oleh parti lawan, PAS sejak dinamakan sebagai calon BN bagi pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir pada Jumaat lalu.

Beliau didakwa melakukan salah laku di firma guamannya tujuh tahun lalu dan yang terbaru, didakwa mempunyai isteri kedua, yang kini tinggal di Pahang tanpa diberikan nafkah sewajarnya.

Selain Rohaizat, calon PAS, Salleh Man, 53, turut didakwa oleh seorang penulis blog menggelapkan wang parti sebanyak RM600,000.

Mengulas mengenai trend 'pembunuhan karakter' calon-calon yang bertanding pada pilihan raya kecil tersebut, Muhyiddin berkata, tumpuan sepatutnya diberikan kepada soal dasar-dasar dan perjuangan parti.

"Sepatutnya tumpuan kita pada soal dasar-dasar parti, apa prinsip perjuangan parti yang bertanding dan BN telah jelaskan.

"Saya fikir, itu tidak boleh kita elakkan dan sekarang ini, biar pengundi buat keputusan," katanya.

Berhubung insiden kenderaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) cawangan Klang yang dilempar dengan enam bom molotov koktil awal pagi semalam, Muhyiddin berkata, beliau menganggap ia sebagai satu perkara yang serius dan percaya tindakan itu adalah untuk menggugat kredibiliti dan keupayaan SPRM.

"Saya percaya pengurusan SPRM tidak akan tunduk dengan tindakan jahat oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

"Saya tahu, pihak penguat kuasa polis dan SPRM bekerja rapat untuk mengenal pasti apakah sebab dan siapa yang melakukan angkara itu," katanya.

Semalam, sebuah kenderaan pacuan empat roda kepunyaan SPRM cawangan Klang rosak selepas dilempar dengan enam bom molotov koktil.

Tidak banyak isu, kempen Permatang Pasir masuk fasa kedua


PILIHAN RAYA raya kecil kerusi Permatang Pasir sepatutnya mencatatkan rekod tersendiri disebabkan beberapa faktor. Dari awal-awal lagi sudah dianggap bahawa Permatang Pauh merupakan satu-satunya kawasan di dunia yang telah mengadakan begitu banyak pilihan raya dalam tempoh satu setengah tahun.

"Dalam dunia, inilah kawasan yang telah diadakan begitu banyak pilihan raya dalam tempoh yang singkat," kata bekas Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Empat pilihan raya telah diadakan di bahagian Parlimen Permatang Pauh antara Mac 2008 dan sekarang.

Kedua-dua parti musuh tradisi - Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat mengumumkan calon masing-masing pada hari yang sama - Jumaat lalu dalam tempoh selang enam jam. Ini pun jarang berlaku tetapi disaksikan di Permatang Pasir minggu lalu.

Bekas calon pilihan raya kecil yang turut disebut-sebutkan akan bertanding pilihan raya kecil kali ini - Kamarul Ramizu Idris, pakar moivasi - mengubah fikirannya pada minit-minit terakhir, sekali gus menyaksikan ia menjadi tumpuan BN dan PAS sahaja - mengulangi saingan Mac 2008.

Umno Bahagian Permatang Pauh telah mengadakan persidangan perwakilan tahunan mereka sehari sebelum berlangsungnya proses penamaan calon.

Ucapan Ketua Umno bahagian, Datuk Abdul Jalil Abdul Majid menggambarkan bahawa 'perpecahan' dalam bahagian itu masih berlarutan sejak tahun lalu.

GEAR

Dua hari lalu, Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan jenteranya bergerak dengan lancar dan sudah berada dalam gear ketiga.

Mengambil kira penilaian itu, kemungkinan besar jentera BN akan memasuki gear keempat esok ketika hanya tinggal tiga hari menjelang hari pengundian Selasa ini.

Malah ketika Muhyiddin, Timbalan Pengerusi Umno melangkah ke kawasan yang bernama Tanjung Putus - pertama kali seorang pemimpin tertinggi dari luar Pulau Pinang membuat kunjungan, ramai mengharapkan ia akan membawa cahaya kepada perpaduan dalam Umno Bahagian Permatang Pauh.

Calon BN, Rohaizat Othman berucap dengan mengharapkan sokongan dan bimbingan daripada para pengundi.

Ketua Pemuda Permatang Pauh, Mohd Zaidi Mohd Said pula menjanjikan sokongan padu walaupun beliau tidak menjadi calon. Beliau yang turut dikenali sebagai "Cikgu Zaidi" disebut-sebut akan menjadi calon tetapi tidak terpilih.

Ramai penyokongnya kecewa. Pemilihan Rohaizat yang dibuat tanpa syor daripada Bahagian Permatang Pauh telah diputuskan oleh pucuk kepimpinan pusat.

Bagi PAS, kata Pengarah Pilihan Raya Kecilnya, Mahfuz Omar, pihaknya menggunakan gear standard untuk mendekati pengundi-pengundi kerusi DUN Permatang Pasir.

"Kita tak gunakan satu gear yang khusus sepanjang kempen. Adakalanya kita gunakan gear satu, kemudian dua, tiga dan sebagainya, malah adakalanya menggunakan gear empat kemudian berundur, tetapi akhirnya semoga selamat sampai.

"Dalam erti kata yang lain, kita mahu mencapai kemenangan dalam pilihan raya. Kami tidak mahu gunakan gear lima tapi tak sampai destinasi (mencapai matlamat)," kata yang turut menolak dakwaan-dakwaan menyentuh aspek peribadi calon mereka, Mohd. Salleh Man.

Ada laporan yang mendakwa Salleh telah menyalahgunakan RM600,000 ketika pilihan raya kecil Permatang Pauh Ogos tahun lalu.

Kemudian terbesar pula SMS mengenai pinjaman dengan sebuah bank. Kedua-duanya dinafikan oleh Mahfuz dan Salleh sendiri."Jika mereka ada bukti, sila kemukakan," kata Mahfuz.

KEMPEN MASUK FASA KEDUA

Empat hari pertama kempen sudah berlalu. Hari ini calon-calon memasuki hari kelima iaitu menjelang kemunculan bulan Ramadan esok.

Dalam erti kata lain, tiga hari terakhir kempen kali ini akan berakhir awal Ramadan.Sepanjang empat hari lalu ceramah-ceramah yang diadakan telah menyentuh pelbagai isu.

Pun begitu, isu Rohaizat terus menjadi perhatian. PAS menyerang manakala Umno-BN pula cuba mempertahankan calonnya dengan kenyataan demi kenyataan.

Semalam Pengerusi Umno Pulau Pinang Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berharap isu Rohaizat, Setiausaha Umno Bahagian Permatang Pauh, tidak diseret sebagai bahan kempen ataupun dipolitikkan.

Selepas empat hari kempen berjalan, Zahid yang juga Naib Presiden Umno merumuskan "kita dapati bahawa di kalangan orang muda mereka telah bersama dengan kita untuk sama-sama bergerak."

"Orang muda ini daripada semua kaum. Ini satu perkembangan yang sungguh menggalakkan. Kita harap ia dapat dipertahankan.

"Kalau memomentum ini dapat dipertingkatkan dengan kerjasama pengundi-pengundi Cina dan pengundi-pengundi baru, saya fikir tidak mustahil untuk memperoleh kemenangan," katanya.

Tambah beliau, selama ini pengundi Cina ada faktor penentu kemenangan.

"Pengundi Cina sudah berubah, mereka ingin menyampaikan mesej kepada PAS bahawa cukup itu cukuplah. Saya rasa mereka lebih positif," katanya.

Oleh kerana yang bertanding sekarang ialah calon PAS berbanding Ketua Umum Pakatan, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Ogos 2008, maka sikap itu telah berubah, kata Zahid sambil menambah, mungkin pengundi-pengundi Cina hendak menguji sama ada beliau boleh menunaikan janji yang diberikan atau tidak selepas kemenangan ini.

"Saya mempunyai rekod pencapaian yang baik dalam soal ini. Saya akan menunaikan janji, mana-mana projek yang munasabah akan saya laksanakan dengan segera (jika BN menang)," kata Zahid yang juga Menteri Pertahanan.

PAS juga meletakkan harapan pada pengundi-pengundi Cina yang dilihat akan menentukan turun naik jumlah majoriti. Mereka juga merasakan pengundi akan menentukan tahap kemenangan.

"Bagi kami setiap undi adalah penting tidak kira Melayu ataupun Cina. Kami melihat sokongan mereka kepada kami meningkat, khususnya sejak Mac 2008, penerimaan kepada parti PAS juga meningkat," kata Mahfuz yang juga Naib Presiden PAS.

RAMADAN DAN ISU

Kempen pilihan raya kecil ini bermula lima hari sebelum bermulanya bulan Ramadan. Esok kempen memasuki hari keenam - hari pertama bulan Ramadan.

Ramai menganggap bahawa kempennya akan 'dingin' menjelang hari pengundian Selasa ini. Aspek ini sudah tentu sesuatu yang cukup menarik.

Sepanjang empat hari lalu BN mengetengahkan pelbagai isu di Permatang Pasir. BN terus membangkitkan isu ikatan rapuh di kalangan parti komponen Pakatan dengan merujuk kepada situasi di Kedah dan Selangor.

Muhyiddin mengetengahkan soal amalan ajaran songsang. Beliau mendakwa pemimpin PAS membenarkan masyarakat bukan Islam hina Islam. Masalah-masalah dalam pentadbiran negeri-negeri ditadbir Pakatan juga menjadi tumpuan.

Pemimpin-pemimpin Pakatan khususnya Anwar terus menjadi bahan kecaman sebagai pengkhianat bangsa Melayu.

Baru-baru ini Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin membangkitkan isu pengundi hantu di Permatang Pauh. Pada pilihan raya masa lalu isu ini banyak dibangkitkan oleh Pakatan.

Walaupun memasuki bulan Ramadan, Mahfuz pihaknya akan terus membangkitkan isu-isu yang menyentuh kepentingan pengundi setempat.

Beliau menolak andaian bahawa pihaknya akan menggunakan pendekatan menyerang peribadi.

"Kempen kami dari hari pertama tidak menggunakan pendekatan menyerang peribadi calon. Bukan kami yang memulakan serangan peribadi. Isu yang dibangkitkan khususnya berkaitan dengan calon BN Rohaizat adalah isu kepentingan awam.

"Isu Rohaizat ini bukan lagi isu peribadi. Ini adalah isu calon, Rohaizat sebagai calon," kata Mahfuz pada sidang media harian pagi tadi.

Isu kejatuhan kerajaan negeri Perak pimpinan Pakatan Rakyat juga menjadi perhatian.

Kematian Teoh Beng Hock, setiausaha politik kepada seorang Exco Kerajaan Negeri Selangor dan rasuah dan isu menyentuh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia juga dibangkitkan dan dijadikan mesej kain rentang.

Masalah jualan arak di Selangor yang didakwa tidak selesai ketika BN memerintah juga dibangkitkan, pencapaian pentadbiran negeri-negeri pimpinan Pakatan Rakyat disentuh.

Antara isu-isu ini, Pakatan Rakyat terus membangkitkan status kelayakan Rohaizat. Ia terus menjadi isu utama sehingga ke hari ini. Rohaizat menjadi sasaran bertubi-tubi PAS sejak Sabtu lalu.

Bagaimanapun hari ini Mahfuz menafikan bahawa pihaknya hanya hendak memperoleh kemenangan dengan bersandarkan isu Rohaizat semata-mata.

Menurut Mahfuz, Pakatan akan membuat pendedahan baru esok.

PAS juga membenarkan bekas rakan kongsi Rohaizat, Yusri Isahak yang muncul pada sidang media semalam buat kali pertama untuk menggunakan platform kempennya bagi membersihkan nama.

Dia muncul lagi malam ini. Suasana ini mirip ketika pilihan raya kecil Permatang Pauh pada Ogos 2008.

Ketika itu Imam Masjid Wilayah, Ramlan Porigi yang menjadi saksi upacara mengangkat sumpah Saiful Bukhari Azlan, yang menuduh Anwar meliwatnya, muncul pada kempen hari-hari terakhir Pakatan Rakyat.

Keesokan harinya dia muncul pada sidang media.

Umumnya, tidak banyak isu baru setakat ini kecuali isu calon BN Rohaizat. Kemungkinan besar tidak akan ada isu baru sepanjang tempoh tiga hari akan datang.

Pemerhati-pemerhati melihat kempen fasa pertama adalah lebih rancak di Manek Urai berbanding di Permatang Pasir. PAS hanya mengharapkan kemenangan. Ia tidak kisah soal majoriti.

BN mahu melakukan kejutan dalam pilihan raya kecil kelapan ini selepas hanya menang di Batang Ai awal April lalu.

Pindah pemilih: Khairy dakwa 'hantu' di SPR, JPN bantu pembangkang...!!! LAWAK PALING BANGANG DI AWAL RAMADHAN...!!!!

Mahu SPR bentuk suruhanjaya siasat pemindahan besar-besaran pengundi

SEBERANG PRAI: Pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir masuk tempoh berkempen separuh kedua, dengan malam tadi Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin mendakwa wujud 'hantu dan dalang' dalam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bersubahat dengan pembangkang untuk memindahkan pengundi berpotensi di beberapa buah negeri.

Ketika berceramah pada malam keempat di Permatang Pasir semalam, Khairy berkata, beliau mempunyai maklumat bahawa ada kakitangan di kedua-dua agensi berkenaan bekerjasama dalam membantu memindahkan secara besar-besaran pengundi dari satu bahagian ke bahagian pilihan raya lain.

"Saya percaya SPR berjalan dengan telus. Tetapi saya percaya dan banyak aduan yang saya terima, dalam SPR ada dalang-dalang tertentu, ada hantu dalam SPR juga. Ada kakitangan dalam SPR yang membantu memindahkan pengundi.

"Tuan-tuan, ini bahaya... ini bahaya tuan-tuan. Hari ini saya meminta, saya mendesak SPR memastikan bahawa pengundi-pengundi hantu tiada dalam senarai," kata beliau sambil menggesa agar sebuah suruhanjaya ataupun jawatankuasa dibentuk bagi membersihkan isu pengundi-pengundi hantu.

"Saya minta SPR buat siasatan terbuka, kalau perlu buat siasatan, lantik jawatankuasa, lantik suruhanjaya. Saya percaya hantu-hantu ini dibayar oleh PAS dan pembangkang, bukannya kita," katanya.

Dalam kebanyakan pilihan raya umum dan kecil sebelum ini, isu pengundi hantu banyak disentuh dan dibangkitkan oleh Pakatan Rakyat.

Johor terpaksa bayar gantirugi RM313.25 juta (Stamford) dan RM92.12 juta (Kelana Ventures) kerana Muhyiddin...!!!

Oleh Abu Bakar Mohd Rashid

KUALA LUMPUR, Ogos 21 — Walaupun Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan bahawa beliau tidak pernah menjual tanah walau seinci pun kepada Singapura, tetapi beliau didakwa pernah terlibat dalam usahasama dengan syarikat dari negara itu menukar status tanah di Johor untuk memajukannya.

Dakwaan itu terkandung dalam fakta kes saman Stamford Holdings Sdn Bhd ke atas Muhyiddin dan rakan-rakannya.

Walaupun fakta kes tersebut tidak menunjukkan Muhyiddin menjual tanah kepada Stamford, tetapi ia menyatakan kesanggupan pihak yang disebut mewakili Muhyiddin berkerjasama dengan syarikat itu untuk membuat keuntungan dengan memajukan tanah di Johor.

Mengikut dokumen Majlis Peguam, syarikat tersebut ialah syarikat Singapura.

Asian Wall Street Journal 16/6/95 melaporkan, di dalam dokumen Stamford kepada mahkamah, pada penghujung 1989 syarikat itu bersetuju dengan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary dan Datuk Yahya Talib untuk menubuhkan syarikat usahasama bagi membangunkan 1,766 ekar tanah syarikat itu.

Dokumen itu menyatakan, menurut AWSJ, Syed Mokhtar dan Yahya adalah pihak “yang bertindak untuk diri mereka sendiri dan Muhyiddin”

Menurut dokumen itu juga, pihak yang diwakili oleh Syed Mokhtar dan Yahya melabur RM1.8 juta di dalam usahasama tersebut, iaitu 30 peratus dari ekuitinya. 70 peratus lagi dipegang oleh Stamford.

Syarikat usahasama itu kemudiannya menguasai hartanah itu dan mengemukakan permohonan baru untuk menukar statusnya bagi kegunaan industri.

Kerajaan Johor pula meluluskan permohonan itu dengan “begitu pantas”, dakwa Stamford di dalam samannya di mana ia juga mendakwa kumpulan Syed Mokhtar telah “meraih keuntungan bersih sebanyak RM83.2 juta”.

Masalah di antara kedua-dua pihak tercetus apabila, menurut dokumen mahkamah Stamford, kumpulan Muhyiddin menjadi “begitu tamak”.

Mereka mahu mewujudkan usahasama kedua di mana mereka mahu menguasai 70 peratus saham dengan membayar RM74,100 setiap hektar kepada Stamford bagi baki 2,672 hektar miliknya.

Bila Stamford berkeras mahu mengekalkan 70 peratus pegangannya dan dibayar RM185,250 bagi setiap hektar tanahnya, salah seorang rakan Muhyiddin memberi amaran kepada syarikat itu bahawa dokumen pengambilalihan tanah sudah pun berada di meja Muhyiddin yang ketika itu Menteri Besar Johor dan beliau boleh “mendatanganinya bila-bila masa”.

AWSJ melaporkan, Muhyiddin sendiri mengugut Stamford pada bulan Disember 1992 dengan mengingatkan salah seorang pengarahnya bahawa “masa semakin singkat”.

Keadaan semakin tidak memihak kepada syarikat tersebut apabila Julai 1994, kerajaan Johor mengambilalih tanah tersebut bagi pihak Perbadanan Kemajuan Ekonomi Islam Negeri Johor.

Tindakan itu memaksa Stamford menyaman Muhyiddin, Syed Mokhtar dan Yahya kerana kerugian yang ditanggung akibat apa yang didakwanya sebagai konspirasi untuk mengambilalih tanah itu melalui Akta Pengambilan Tanah.

Stamford mendakwa ketiga-tiganya menyalahgunakan peruntukan akta itu untuk mengambilalih 6,544.4172 ekar tanah di mukim Tebrau, Johor Baru melalui perbadanan itu.

Kes itu diselesaikan apabila Mahkamah Tinggi mengarahkan kerajaan Johor membayar RM313.25 juta kepada Stamford manakala sebuah lagi syarikat, Kelana Ventures Sdn Bhd diarahkan membayar RM92.12 juta.

Dalam kempen pilihan raya kecil Manek Urai baru-baru ini, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub menuduh Muhyiddin mengkhianati hak orang Melayu ketika menjadi Menteri Besar Johor dan mengetuai Umno negeri itu.

“Bagaimana Umno hendak menjadi parti yang membela orang Melayu sedangkan mereka sendiri yang menggadai dan menjual tanah rezab Melayu kepada orang asing dari Singapura?” beliau mempersoalkan.

Beliau menjelaskan bukti mengenai perkara itu didedahkan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor.

“Tanah Rezab Melayu ini satu-satunya hak bagi orang Melayu. Umno tidak boleh jawab, dan ini bukan fakta yang saya pungut atau dengar di tepi jalan lalu dibawa ke dalam ceramah, tidak.

“Ini bukti yang kita bawa dalam persidangan DUN Johor baru-baru ini di mana Umno dan anggota DUN Johor dari Umno tidak boleh jawab,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata Umno tidak seharusnya diberikan peluang untuk terus hidup.

Baru-baru ini Muhyiddin dilaporkan kesal dengan tohmahan pembangkang kononnya beliau pernah menjual sebidang tanah kepada Singapura semasa menjadi Menteri Besar Johor.

Katanya fitnah itu sengaja dilemparkan kepadanya bagi menaikkan kebencian rakyat kepada beliau dan kerajaan Barisan Nasional (BN).

“Saya ingin menjelaskan bahawa saya (semasa menjadi Menteri Besar Johor) tidak pernah menjual tanah walau seinci pun kepada Singapura dan ini adalah fitnah semata-mata,” kata beliau pada ceramah Perdana di Tanjong Putus sempena pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir.

Ustaz Salleh Man di Permatang Janggus

Yusri buat penjelasan atas pentas PAS

Isu masuk syurga: SIAPA YANG BERBELIT-BELIT DALAM MELAPURKANYA...??? MEDIA KRONI UNTUK PESONGKAN FAKTA...!!!!


Isu masuk syurga: Transkrip kenyataan Nik Aziz

KUALA LUMPUR 20 Ogos – TV3 malam ini menyiarkan rakaman audio Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika sidang akhbar di Pulau Pinang pada 17 Ogos lalu.

Berikut ialah transkrip rakaman audio yang disiarkan oleh Buletin Utama:

‘‘Tiada sebab langsung orang Islam tolak Islam. Islam yang dibawa oleh UMNO ini Islam kacukan, Islam plastik. Macam duit palsu, ubat palsu, makanan palsu. Ini Islam palsu yang dibawa UMNO.

‘‘Islam ini tidak boleh bawa ke akhirat, tidak boleh bawa ke syurga, dia boleh bawa dekat pintu kubur. Bertengkar atas muka tak habis-habis dengan Melayu sendiri boleh bertengkar.’’

Nik Aziz perjelas kenyataan ahli UMNO tak masuk syurga

18/08/2009 5:38pm

KOTA BHARU 18 Ogos — Mursyudul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini menjelaskan beliau tidak bermaksud anggota UMNO tidak boleh masuk syurga sebagaimana media memetiknya sebagai berkata semalam.

Menteri Besar Kelantan itu menafikan beliau menyebut anggota UMNO tidak dapat masuk syurga kerana parti itu mengamalkan ajaran Islam seperti yang dibawa oleh Palestin.

“Saya baca dua akhbar arus perdana, ada perkataan Palestin. Saya nafi sekeras-kerasnya. Tak ada. Saya tak biasa guna perkataan ahli UMNO. Ahli UMNO dan penyokong UMNO lain, dua perkataan berbeza,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Nik Aziz berkata, mana-mana umat Islam yang mengasingkan iman dengan Islam tidak akan masuk syurga.

“Usaha UMNO nak sebut Islam saja tapi tak ada iman mustahil diterima Allah Taala,” katanya. - Bernama

NIK AZIZ KATA AHLI UMNO TAK AKAN MASUK SYURGA

17/08/2009 2:55pm

BUKIT MERTAJAM 17 Ogos — Mursyidul Am Pas Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata, anggota UMNO tidak akan masuk syurga kerana parti itu mengamalkan ajaran Islam palsu dari Palestin.

Katanya, terdapat perbezaan antara Islam yang didakwah oleh Pas dan Islam yang diamalkan oleh umat Islam daripada kalangan anggota UMNO.

“Islam bawah UMNO tidak ke mana dan tidak boleh bawa seseorang itu ke syurga. Berdasar perkara itu, saya percaya penduduk di kawasan Permatang Pasir akan memilih calon Pas sebagai wakil rakyat mereka,” katanya kepada pemberita di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di sini hari ini selepas proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil Permatang Pasir.

Pengundian ialah pada 25 Ogos ini.

Pilihan raya kecil itu melibatkan calon Pas, Mohd Salleh Man, 52, yang juga Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang, dan calon Barisan Nasional Rohaizat Othman, 38.

Kawasan itu mempunyai 20,290 pengundi berdaftar. - BERNAMA