Dengar dan nilaikan sendiri
Nora juga ada beberapa klip lain mengenai Rohaizat calon Permatang Pasir - nanti Nora upload - kan. Nora kat Permatang Pasir la...ini
| POLITIK/SEMASA |
| POLITIK/SEMASA |
Nasrudin mendakwa Hafizah yang dikahwini oleh calon BN itu pada tahun 2005 merupakan ketua kerani, yang berkerja di pejabat Rohaizat selama lapan tahun yang kini tinggal di Jengka, Pahang.
Rohaizat berkata demikian bagi menjawab dakwaan Nasrudin dalam satu sidang media yang mendakwa calon BN itu mempunyai isteri yang kedua yang dikahwininya pada 2005 dan didaftar perkahwinan itu pada 2008.| POLITIK/SEMASA |
![]() |
![]() |
| POLITIK/SEMASA |
Koroner Azmil Muntapha Abas yang meneliti kandungan surat itu berkata ia jelas terdapat beberapa elemen yang berkait rapat dengan perjalanan prosiding inkues tersebut.Jika surat itu diiktiraf, Umno menuntut blog Truth for Teoh Beng Hock juga diiktiraf. Surat tersebut boleh dibaca dalam Malaysia Today hari ini di bawah tajuk "The shit has hit the fan".
"Oleh itu, saya perlu mengarahkan pegawai penyiasat kes ini Ahmad Nazri Zainal untuk menyiasat kandungan surat ini yang berkaitan dengan skop prosiding inkues bagi menentukan punca kematian (Teoh)".

| POLITIK/SEMASA |
|
PERMATANG PASIR, 21 OGOS - Sasterawan Negara , Dato A.Samad Said menyeru pengundi Permatang Pasir agar menggunakan kuasa mereka untuk menolak 'pemimpin yang bertelinga satu dan berlidah dua'.
Dalam ucapannya pada sidang media di Markaz Induk PAS hari ini, Permatang Pasir beliau mengingatkan pengundi agar tidak sesekali menjadikan individu yang bertanggungjawab menguncupkan bahasa ibunda sebagai wakil rakyat.
|
| POLITIK/SEMASA |
|
KUBANG SEMANG, 21 Ogos - Tidak reda dengan isu pecah amanah, sekali lagi calon Barisan Nasional (BN), Rohaizat Othman dikatakan tidak bertanggungjawab dalam melaksanakan amanah yang ada padanya. |
| POLITIK/SEMASA |
| POLITIK/SEMASA |
Oleh Ismail Hassan
Sewaktu ditahan, Nahdiah tidak keseorangan. Bersama ibu, Hajah Hamidah Karim, 52, dan adik-adik Nahdiah; Nussaibah, 26; Soddiqa, 24; Mohd Hafiz Abdul Hamid, 24 (suami Soddiqa); Khadijah, 22, dan anak angkatnya Juwairiya Zulkifli, 24, turut “terbabit” dengan penangkapan itu. Ikuti pengalaman Nahdiah sepanjang bergelar “tahanan” seperti diceritakan kepada penulis. |
Ibu seperti biasa dengan penuh semangat mengajak kami untuk menyertai demonstrasi Mansuhkan ISA yang sudah dirancang GMI itu. Tegas ibu, jika perkara itu boleh berlaku pada orang lain, tidak mustahil berlaku pada keluarga sendiri. Siapa yang tidak tahu tentang ISA. Akta kejam yang boleh menahan sesiapa saja tanpa dibicarakan. Dalam dekad moden ini, Mat Sah Satray menjadi ISA tahanan paling lama. Kami menjalin hubungan yang rapat dengan isteri Mat Sah, Puan Norlaila Othman. Begitu juga dengan aktivis anti ISA seperti Nashita Md Noor dan Aiman Athirah. Kerana itulah timbul rasa kebersamaan yang tinggi dalam jiwa dan mendalam di sanubari. Ibu seperti biasa, memberikan perhatian mendalam terhadap apa-apa sahaja isu semasa yang berlaku di seputar diri. Meskipun beliau sendiri memerlukan perhatian kepada kerjayanya sebagai pengasas dan penggerak komuniti tempat beliau tinggal di Kedah dan kini di ibu kota. Untuk rekod, ibu seorang pengusaha tadika yang memiliki 10 sekolah di Sungai Petani, Kedah. Anak-anaknya terdiri daripada saya sendiri, ahli farmasi dan adik-adik saya penyelia taska, jurutera, aktivis NGO dan pelajar IPTA serta penyelidik parti; semuanya di Lembah Kelang. Saya, ibu dan adik-adik tidak mempunyai apa-apa kepentingan dalam GMI waima mana-mana parti politik sekalipun. Kami semua sudah bekerja dan memiliki keluarga sendiri. Kami boleh tinggal selesa di kediaman masing-masing. Namun jiwa tidak betah berbuat demikian jika di luar sana ada insan lain yang menderita. Kami merasakan inilah kemuncak kepada apa yang dipelajari dan amalkan selama ini; semuanya itu perlu dihayati di peringkat yang lebih tinggi dengan melihat alam persekitaran yang memerlukan dukungan melebihi sokongan dari jauh sahaja. Kecuali Khadijah dan Juwairiya, yang lain semuanya mempunyai anak-anak yang masih kecil antara lima bulan hingga empat tahun. Lantaran urusan besar ini, dua anak saya, seorang anak Nussaibah dan seorang anak Soddiqa dititipkan di rumah saudara suami saya, Urwah Saari.
Saya dan keluarga mula terus bergerak berhampiran Kompleks Daya Bumi. Tiba-tiba datang seorang anggota berpakaian seragam wanita. Dari kata-katanya, beliau hendak menahan adik ipar saya, Mohd Hafiz. Kami membantah. “Apa salah dia, kenapa dia mesti ditahan,” saya menyoal. Ibu mula masuk campur. Berlaku sedikit pertengkaran. Bermula dari itu, mereka berkeras. Kemudian semakin ramai anggota berbaju biru tua mengelilingi kami. Hafiz dikasari. Ibu ke hadapan. Entah bagaimana berlaku sedikit pergelutan. Ibu tidak mahu mengalah. Mereka jadi emosi. “Kamu menghalang tugas-tugas polis,” salah seorang bersuara dengan kasar. Akhirnya Hafiz dan ibu ditahan. Dipaksa naik ke dalam kenderaan besar kepunyaan mereka. Melihat dua anggota keluarga kami “disumbat” ke dalam perut kenderaan kaku itu, kami tidak berlengah. Semua sepakat untuk sama-sama ditahan. “Apa nak jadi, biarlah kita sama-sama hadapi,” itu tekad kami. Kami diperap di dalam kenderaan itu selama satu jam. Lama juga rasanya. Di Daya Bumi kemudian satu jam lagi di Balai Polis Dang Wangi. Saya tidak duduk diam. Sebaliknya sempat mengambil gambar “senario indah” di dalam trak sebagai bukti pengalaman paling manis ini. “Kuatkan pegangan dan keyakinan kami” Saya bukan di perut pesawat terbang. Kenderaan yang saya naiki ini tiada kerusi empuk siap penyandar. Tiada hawa dingin penyejuk badan. Apa yang tersedia cuma bangku besi penggalas punggung dan pintu berjaring menghalang penumpang “terjun”. Dalam sejarah hidup, inilah pertama kali saya “diberi peluang” menaiki trak polis berdinding, berlantai dan berbumbung besi ini. Saya mengangkat kedua-dua belah tangan ke paras dada. Tapak tangan saya buka. Menadah doa. Bersungguh-sungguh. Saya memohon pada-Nya moga Dia memelihara keselamatan demonstran Mansuhkan ISA baik yang sudah ditahan atau masih ada di jalanan. Moga Dia kuatkan pegangan dan keyakinan kami semua... Takut? Sekelumit pun tidak! Mungkin kerana saya tidak keseorangan, berteman ibu, abang ipar juga adik-beradik yang lain, lalu perasaan takut tidak berani hadir. Bukan saya seorang, malah kami tujuh sekeluarga sama. Jiwa kami stabil. Mana hala tuju trak ini? Entahlah... sesekali terasa bagai sedang dibawa bersiar-siar. Pusing-pusing ibu kota. Kami sungguh tidak tahu ke mana kami akan dibawa. Walau kami ramai, umpama berada di dalam bas rombongan untuk ke satu destinasi, namun tidak seorang pun daripada kami tahu ke mana kenderaan ini menuju. Saya berdoa lagi. Memohon Tuhan memudahkan segala apa yang kami sedang dan bakal tempuh sepanjang ditahan. Apa pun keyakinan saya kuat. Kami sekeluarga tidak bersalah. Kami ditangkap pada jam 1.30 petang. Sedangkan demonstrasi yang kononnya dikatakan haram itu bermula jam dua petang. Waktu itu saya dan keluarga sedang mencari-cari tempat yang sesuai untuk menunaikan kewajipan agama. Antara Masjid Negara dan Pasar Seni, di situlah kami ditahan. Justeru kerana apa kami ditahan? Adakah salah mencari tempat untuk bersolat dalam sebuah negara Islam?
Kami dibawa ke Balai FRU Cheras. Di sinilah lokasi awal ditempatkan sekitar 600 demonstran. Peserta wanita tidak ramai. Namun demikian, suasana lebih dikuasai oleh wanita sebab dalam kalangan kami adalah Puan Norlaila, Nashita dan Aiman. Mereka berpengalaman di dalam hal-hal seumpama ini. Mereka tahu apa yang perlu dibuat dan tidak. Lantaran mereka memberikan ceramah undang-undang kepada kami semua. Supaya kami bersedia dan tidak diperkotak-katikkan sesiapa. Kawasan tahanan umpama lokasi pesta. Ada yang membaca sajak perjuangan. Namun akhirnya dihalang oleh seorang berpakaian seragam. Di dalam suasana begitu, meski demo hajat berarak ke Istana Negara tidak kesampaian, kami dalam jumlah ratusan orang, “berdemo” juga di dalam kawasan balai berkenaan. Berbagai-bagai slogan kami jeritkan sepenuh hati. Mansuh mansuh, mansuh ISA, hidup-hidup hidup rakyat…! Itulah antara perkataan keramat yang kami laungkan. Biar semua mereka tahu apa yang kami mahu. Bukan untuk saja-saja kacau keadaan. Tapi tuntutan mansuhkan ISA; satu akta zalim negara yang menahan lebih 15 ribu rakyat tanpa bicara sejak diperkenalkan pada 1960. Satu ketika, semua sekitar 600 orang yang ditahan yang sebelum itu hanya duduk-duduk, tiba-tiba bangun serentak dan berteriak. “Jangan ganggu Muslimat kami...” Keadaan ini berlaku bila mana kami kaum wanita ditarik, direntap dan dipaksa naik ke dalam trak untuk dibawa lagi. Entah ke mana... Sekali lagi suasana jadi gamat. Semua bangun sambil menadah tangan. Seorang di antara mereka berdoa dengan suara tinggi dan kuat. Laungan “Amin, Amin, Amin…” bergema.
Malam kami di sini berlangsung dalam satu keadaan sangat hebat. Ada yang tidak dapat tidur walau sekelip. Tempat ini memang asing bagi kami. Dengan bilik berkeluasan enam kaki cuma, tidak mungkin kami dapat nyenyak lama. Cara kami tidur pun berselang kaki dengan kepala antara satu sama lain. Bayangkan 15 orang di dalam bilik seluas enam kaki. Inilah antara habuan perlu kami bayar kerana ingin sebuah negara tanpa undang-undang zalim yang menahan rakyat tanpa bicara. Namun begitu, ada yang sudah bangun untuk mendirikan solat tahajud. Alunan indah ayat-ayat dari kalam Allah juga kedengaran dilantunkan tahanan sementara. Selepas menunaikan solat Subuh, kami membaca al-Maksurat. Mendengar kuliah Tafsir al-Quran. Bernasyid dengan berbagai lagu dan irama. Merdu dan asyik. Boleh dialbumkan sebagai rintihan pejuang di tahanan. Di antara kami, ada yang baharu kali pertama bertemu. Namun apa yang kami faham dan lagukan adalah sama. Rupanya mempunyai silibus pengajian usrah yang serupa meskipun lokasi kami berbeza. Di “penjara” sementara ini, kami masih diberi makan. Syukur kepada-Mu Tuhan kerana menyuntik “ihsan” di hati mereka. Lalu kami tidak dibiarkan kebuluran. Nasi yang dihidang kepada kami dibasahi kuah berwarna perang. Seperti kari. Namun tiada rasa. Kami mencampurkan sedikit garam ke dalamnya. Garam yang kami bawa sebagai bekalan demo yang tidak sempat kami gunakan. Rasanya berubah. Enak bila ia menyentuh tekak. Keluar dengan semangat lebih memuncak Sebaik keluar dari tahanan, kami terus memanjangkan rasa syukur. Syukur kerana kembali bebas. Tidak lagi berada di ruang sempit berasak-asak. Terapi paling bersyukur adalah kerana Tuhan telah memberi kami peluang menempuh pengalaman menjadi tahanan. Apa yang kami lalui sepanjang ditahan sesungguhnya membuah dan menghasilkan satu tahap keberanian yang tinggi. Memuncak. Kami seperti sudah tidak sabar lagi. Mahu terus menyertai demonstrasi yang bertujuan memperbetulkan sesuatu yang salah. Semangat kami untuk memastikan manusia tidak dizalami dengan undang-undang tidak berasas semakin menjulang. Kami juga mahu seluruh rakyat Malaysia sama-sama bangun. Mendesak ke arah sama. Memansuh dan menghancur luluhkan ISA setotalnya. |
| POLITIK/SEMASA |

| POLITIK/SEMASA |
| POLITIK/SEMASA |
sebahagian daripada isi kandungan surat yang telah didedahkan oleh malaysiakini yang mana ianya telah ditulis oleh pegawai-pegawai SPRM sendiri ...
Mengikut kenyataan BPR pada satu ketika dulu, surat layang juga boleh diambil maklum dan boleh disiasat sekiranya maklumat yang tertulis didalam surat itu mempunyai fakta yang boleh disiasat.
Mengikut fakta maklumat didalam surat ini jika diamati ada beberapa fakta yang boleh dijadikan sebagai aviden kepada dakwaan isi kandungan surat.
a) TP SPRM selangor dlm pusingan pertama telah tidak memberikan DNA nya ketika diminta berbuat demikian. Ia bersetuju memberi DNA nya dipusingan kedua tetapi DNA itu hendaklah diambil dalam bilik mesyuarat tanpa disaksikan oleh orang lain.
Untuk mengesahkan dakwaan surat ini. DNA TP ini perlu diambil semula dihadapan beberapa orang saksi.
b) Rujuk semula kad perakam waktu bagi menentukan berapa kali kah TP tidak mengetuk kad perkam selepas habis bertugas dan balik.
c) Pastikan semasa projek membina lebuhraya merentasi bendang yang dibuat semasa Dr. Khir menjadi MB itu melebihi kos yang dianggarkan dan TP SPRM pada ketika itu adalah orang yang didakwa oleh surat ini.
d) Pastikan semua aset yang dikatakan dibeli oleh TP ini telah dinamakan kepada keluarga beliau. Dan pastikan semua keluarga yang dinamakan mempunyai kemampuan membeli aset samada melalui pinjaman bank atau ada subjek yang membiayai pembelian tersebut.
Buat rujukan pendapatan beliau selama 16 tahun berkhidmat tanpa tukar mampu membeli dan memiliki harta2 tersebut.
e ) Sila siasat siapa itu Azlina dan siapa polis yang menangkap TP dan Azlina sedang berkhlawat.
Berdasarkan fakta maklumat dan saksi yang disebutkan oleh surat ini, jika disiasat memang ada kebenarannya.
Kita perlu bertanya. Adakah surat layang ini tidak perlu diambil tindakan kerana tiada nama yang bertanggung jawab.
| POLITIK/SEMASA |
| PERMATANG PAUH – Calon PAS yang mewakili Pakatan Rakyat dalam pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir, Ustaz Salleh Man, (kiri) menunjukkan bakatnya ‘menyumbat gol’ ketika merasmikan perlawanan bolasepak persahabatan diantara Pemuda Pakatan Rakyat menentang Kubang Semang FC. Perlawanan yang dianjurkan oleh jentera pemuda Pakatan Rakyat itu telah berjaya menarik penyertaan golongan muda di sekitar Peti Undi Kubang Semang. |
| POLITIK/SEMASA |
| POLITIK/SEMASA |
| POLITIK/SEMASA |
![]() |
![]() |
![]() |
| POLITIK/SEMASA |
![]() |
![]() |
| POLITIK/SEMASA |
![]() |
| POLITIK/SEMASA |

![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
| POLITIK/SEMASA |

![]() |
Beliau berkata bersama "wang" berkenaan terdapat sekeping nota berbunyi "tolong undi calon BN".
"Saya tidak pasti siapa yang letak sampul itu, tetapi ada beberapa jiran turut dapat sampul berisi wang berkenaan," katanya.
Pengarah Pilihan Raya PAS Datuk Mahfuz Omar berharap pihak terlibat menghentikan perbuatan berkenaan kerana ia akan mengelirukan pengundi di situ.
"Saya tidak tuduh sesiapa, tetapi pihak yang terlibat atau mempunyai kaitan dengan perkara berkenaan, tolong hentikan peekara ini," katanya.
Pilihan raya kecil bagi kerusi DUN Pulau Pinang kawasan Permatang Pasir melibatkan calon BN Rohaizat Othman dan calon PAS Mohd Salleh Man.
Kerusi itu kosong akibat kematian penyandangnya Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman pada 31 Julai lepas akibat serangan jantung.
BERNAMA
| POLITIK/SEMASA |
Oleh G. MANIMARAN
[ANALISIS BERITA] SEBERANG PRAI: Nampaknya, kempen pada pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir kini telah bertukar menjadi medan “membunuh karektor” kedua-dua calon BN dan PAS dengan pendedahan demi pendedahan pelbagai kisah pribadi dan juga apa yang telah berlaku sebelum mereka secara rasmi diisytiharkan sebagai calon parti masing-masing.
Ramai pemerhati politik melihat, suasana ini tidak berlaku pada beberapa siri pilihanraya kecil yang lalu - samada di Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang mahupun yang terbaru di Manek Urai.
Ini kerana mereka berkata, yang menjadi isu kempen pada pilihanraya kecil yang lalu ialah sama ada soal kesesuaian pemilihan calon yang diterima rakyat, soal politik nasional atau tempatan mahu pun dasar atau ideologi parti.
Tetapi nampak gaya di Permatang Pasir sejak kedua-dua parti menamakan calon masing-masing, yang menjadi isu dan diperkatakan orang ialah soal-soal yang berkisar kepada isu-isu peribadi calon dan amat jelas sekali ia sedang menuju ke arah “pembunuhan karektor” bukannya soal siapa yang boleh membawa pembaharuan, pembangunan atau perubahan kepada untung nasib masyarakat setempat.
PAS adalah pihak yang pertama mendedahkan isu tersebut.
Calon BN, Rohaizat Othman sejak hari pertama namanya diumumkan sebagai calon telah dikaitkan dengan soal integriti iaitu tindak tanduk firma guamannya mengendalikan satu kes yang melibatkan pelanggan mereka, sebuah koperasi Bumiputera di Pulau Pinang berhubung soal pembelian tanah sehingga menyebabkan lesen amalan guamannya ditarik balik oleh badan yang mengawalselia aktiviti dan etika profesion guaman di Malaysia iaitu Majlis Peguam.
Walaupun Rohaizat dan lain-lain pemimpin UMNO telah memberikan penjelasan bahawa isu tersebut diselesaikan secara baik antara Rohaizat dan pelanggan firma gaumannya itu malah Rohaizat tidak dicaj di mahkamah atas apa jua pertuduhan atau disabitkan dengan apa jua kesalahan sivil mahupun jenayah tetapi ia tidak meredakan keadaan. Sebaliknya pada pagi Khamis, 20 Ogos, bekas rakan kongsi firma guaman Rohaizat muncul dalam satu sidang akhbar mengakui wujudnya salah guna wang Koperasi Pekebun-pekebun Getah Pulau Pinang tujuh tahun lalu, tetapi mahu tanggungjawab itu dipikul bersama, bukannya beliau hanya seorang.
Yusri Isahak, yang muncul buat pertama kali sejak timbulnya isu ini minggu lalu memberitahu, beliau mengetahui dari awal lagi apa yang berlaku dalam firma guaman mereka kerana segala urusan dibuat adala hasil perbincangan bersama. Yusri, 39, memberitahu beliau muncul pagi ini bagi membersihkan namanya memandangkan ada pihak yang menjadikannya kambing hitam ketika kempen pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Permatang Pasir.
"Saya tidak menafikan (pengunaan wang koperasi)... urusan firma dilakukan atas perbincangan kami berdua," kata beliau pada sidang media di sini pagi ini.
"Saya mengambil tanggungjawab tetapi bukan sepenuhnya, saya dijadikan kambing hitam, hanya saya seorang sahaja (dipersalahkan)," katanya pada sidang media di Yayasan Aman, Penanti dekat sini.
Ketika menjelaskan isu ini, Yusri berkata, pada tahun 2002 Koperasi Pekebun Getah Pulau Pinang Berhad bercadang untuk membeli sebidang tanah bagi meluaskan perniagaan mereka dan telah melantik firma guaman Saif Ariff and Rohaizat untuk menguruskannya.
Saif merupakan seorang lagi rakan kongsi firma mereka di Seberang Jaya.
Katanya, setelah semua dipersetujui beliau telah menyediakan perjanjian jual beli tersebut.
"Untuk tujuan pembelian ini, koperasi telah memohon pinjaman RM320,000 daripada Jabatan Pembangunan Koperasi. Pinjaman tersebut telah diluluskan dan wang tersebut dideposit ke dalam akaun klien di firma guaman.
"Namun atas sebab masalah komunikasi dengan penjual yang tinggal di Aceh, jual beli tersebut telah tidak dapat disempurnakan," katanya.
Dalam pada itu, katanya, koperasi tersebut memerlukan sejumlah wang untuk tujuan pengembangan perniagaan mereka.
Yusri telah menandatangani satu cek berjumlah RM100,000 atas nama koperasi dan diberikan kepada pihak pengurusan koperasi.
"Maka baki RM220,000 masih tersimpan di dalam akaun firma," katanya.
Yusri seterusnya berkata, sementara itu seorang pelanggan kenalan Rohaizat yang telah membeli sebidang tanah dengan harga RM130,000 telah memohon jasa baik firma untuk membiayai bayaran baki RN100,000.
"Beliau terdahulu telah membayar RM30,000 kepada penjual.
"Firma telah bersetuju untuk meminjamkan RM100,000 yang diambil dari wang koperasi kepada pelanggan untuk menyempurnakan jual beli tanah tersebut dengan syarat beliau membayar balik pinjaman," katanya.
Setelah pelanggan gagal membayar balik pinjaman, Rohaizat telah berbincang dan bersetuju untuk mengambil alih milik tanah berkenaan dan melupuskan pinjaman tersebut, katanya.
"Malangnya firma gagal menjual keseluruhan tanah sebagai pecahan lot dan tidak dapat membayar kembali wang koperasi yang telah digunakan," katanya.
Yusri menambah, sebahagian dari baki dalam akaun pelanggan dan akaun syarikat telah digunakan untuk memberi pinjaman kepada salah seorang pengarah sebuah syarikat pemaju perumahan yang juga kenalan Rohaizat yang menghadapi masalah kewangan teruk dan juga untuk pengurusan cawangan baru firma di Ipoh.
"Saya bertanggungjawab menguruskan cawangan firma di Ipoh sementara Rohaizat menumpu sepenuhnya di firma Butterworth. Saya tidak lagi memantau akauan-akaun klien di cawangan Butterworth sehinggalah saya meninggalkan firma pada November 2003," katanya lagi.
Tambah Yusri, segala urusan pembelian tanah tersebut dan penggunaan wang koperasi dibuat dengan pengetahuan dan penglibatan Rohaizat.
"Kami dipisahkan dengan bilik yang terletak bersebelahan. Ini bukan tembok besar China," katanya.
"Mana mungkin pengaliran keluar dan masuk wang dalam sesuatu akaun syarikat tidak diketahui oleh Rohaizat yang juga penandatangan yang sah untuk akaun-akaun tersebut.
"Sepatutnya Rohaizat menceritakan perkara sebenar dan tidak meletakkan tanggungjawab dan kesalahan hanya kepada rakan kongsi untuk membebaskan dirinya sendiri," katanya.
Menjawab rujukan Umno yang menganggap Rohaizat sebagai "wira" kerana telah membayar balik wang koperasi, Yusri memberitahu, "saya ingin tegaskan sesungguhnya beliau sewajarnya telah menyelesaikan pembayaran pada 2003 lagi ketika cawangan Ipoh telah menjana pendapatan agak lumayan.
Yusri menambah, beliau sedang memikirkan untuk membuat laporan polis dan mengambil tindakan fitnah ke atas mereka yang mengatakan isu ini berpunca daripada tindakannya semata-mata. Tetapi apa yang lebih menarik ialah pada masa yang sama Yusri berkata, jika berpeluang untuk mengundi, beliau akan mengundi Rohaizat.
"Saya akan pilih Rohaizat," kata Yusri sambil menambah, "ini kerana Rohaizat adalah kawan saya."
"Dia kawan lama saya," katanya.
Isu tersebut tidak terhenti setakat itu. Tidak lama selepas Yusri mengeluarkan kenyataan, tiba giliran calon Pas Mohd Salleh Man pula berhadapan dengan isu mengenai dirinya. Sebuah blog telah mendedahkan kononnya Salleh telah mengelapkan wang parti sebanyak RM600,000.
Sejauh mana kaitannya isu tersebut dengan tersebarnya satu SMS yang mengatakan Salleh Man sedang berhadapan dengan tindakan undang-undang daripada sebuah bank perdagangan kerana urusan pinjaman yang tidak berbayar, tidak pula diketahui kesahihannya. Tetapi hakikatnya ialah, Salleh Man sepertimana juga Rohaizat kini turut berdepan dengan konspirasi “pembunuhan karektor”.
Dan dalam perkembangan yang berkaitan, PAS dalam langkah segera untuk membersihkan nama Salleh Man telah meminta penulis blog yang membuat dakwaan kononnya Salleh menggelapkan wang parti sebanyak RM600,000 supaya tampil membuat kenyataan secara terbuka bersama bukti.
Agensi berita nasional (Bernama) telah memetik Pengarah Pilihan Raya PAS, Datuk Mahfuz Omar sebagai berkata, penulis blog itu sebagai tidak bertanggungjawab kerana tidak berani tampil untuk membuat aduan kepada mana-mana pihak berkuasa sekiranya perkara itu benar.
"Orang yang membuat kenyataan itu tidak bertanggungjawab dan bersembunyi di sebalik blog yang tidak bernama.
"Kalau mereka berani, mereka harus tampil atau buat aduan kepada manamana pihak sama ada polis atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung tuduhan berkenaan," katanya pada sidang akhbar di Permatang Pasir.
Mahfuz berkata kalau ada mana-mana pemimpin Umno atau Barisan Nasional (BN) berani menyatakan Mohd Salleh mengelapkan wang, mereka juga harus tampil dengan bukti. "Kalau mereka ada bukti, silalah buat kenyataan di mana-mana tempat khususnya di Permatang Pasir sebelum hari pengundian 25 Ogos ini," katanya.
Laporan blog "bigdogdotcom" yang disiarkan hari ini menyebut semasa pilihan raya kecil Permatang Pauh tahun lepas, seorang pemimpin PAS Pulau Pinang membangkitkan kononnya peruntukan jentera pilihan raya parti itu sebanyak RM600,000 telah digelapkan Mohd Salleh.
Laporan blog itu menyebut kononnya dakwaan itu dibuat sendiri oleh Naib Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang dan anggota Jawatankuasa Kerja Pusat, Dr Mujahid Yusof Rawa dan bekas Ketua Penerangan Pas Pulau Pinang Zulkifli Lazim.
Pilihanraya kecil Permatang Pasir pada 25 Ogos ini akan menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara Setiausaha Umno Bahagian Permatang Pauh, Rohaizat Othman, 38, dengan Pesuruhjaya Pas Negeri, Mohd Salleh Man, 52.
Seramai 20,290 pemilih layak mengundi Selasa ini bagi memilih pengganti kepada Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman, 63, wakil tunggal Pas di DUN Pulau Pinang yang meninggal dunia pada 31 Julai lepas akibat serangan sakit jantung.| POLITIK/SEMASA |