Rabu, 19 Ogos 2009

Tiong: Saya bukan mesin ATM BN..!!!!!

Ahli Parlimen Bintulu, Datuk Seri Tiong King Sing dikenali sebagai 'Mesin ATM BN' kerana reputasinya yang dikenali amat murah hati untuk memberi bantuan kepada rakan-rakannya dalam BN.

Minggu lalu, pengerusi Jawatankuasa Penyokong Kerajaan (BBC) itu membuat pendedahan menggemparkan apabila mendakwa menyumbang RM10 juta kepada Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat untuk membiayai aktiviti parti tersebut.

Ong bagaimanapun menafikan dakwaan Tiong dan membuat laporan polis mengenainya minggu lalu. Beliau juga mengancam untuk mengambil tindakan undang-undang Tiong.

Apabila dikecam oleh Wanita MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun, Tiong yang juga bendahara Parti Demokratik Progresif Sarawak(SPDP) mendakwa Chew juga turut menerima sumbangan daripadanya.

Semalam, Tiong mendedahkan kepada pihak media bahawa anak syarikatnya hanya mengenakan kadar sewa RM1 bagi kesemua 32 unit yang menempatkan kolej KTAR milik MCA di Penampang, Sabah.

Bagaimanapun, ketika ditemubual oleh Malaysiakini di pejabatnya di Petaling Jaya kelmarin, Tiong menolak tanggapan tersebut bahawa beliau menjadi 'mesin ATM BN"..

"Jangan cakap macam tu... kamu tahu tak berapa banyak sekolah Cina yang saya bantu? Mesin ATM apa?" kata Tiong.

Tiong berkata, sumbangan itu dibuat atas dasar solidariti bagi membantu komuniti Cina dan beliau tidak mengharapkan apa-apa balasan.

"Saya mahu lihat parti-parti Cina supaya kuat dan bersatu supaya kita dapat turun ke bawah untuk berkhidmat kepada rakyat," katanya.

Jelasnya lagi, sumbangan beliau bukan hanya terhad kepada parti Cina sahaja.

"Berapa banyak biasiswa sudah saya beri kepada pelajar? Berapa banyak orang yang sudah saya bantu? Awak boleh tanya Vicky (bekas ketua pemuda MIC kebangsaan S.A.Vikneswaran) Tanya dia adakah saya ada beri sokongan kepada dia? Dia pun sudah tidak ada (jawatan) sekarang."

(Ketika dihubungi kemudiannya, Vigneswaran berkata Tiong telah menyumbang RM1 juta kepada Universiti AIMST milik MIC beberapa tahun lalu. Beliau juga telah menyumbang kepada beberapa buah kuil).

"Adakah dengan memberi sumbangan, saya ini meminta ijazah kedoktoran (daripada Universiti Tunku Abdul Rahman?," soal Tiong lagi.

Jelasnya lagi, sumbangan tersebut adalah untuk mengekalkan kerjasama di antara parti komponen BN dan juga untuk meraih sokongan daripada pengundi.

"Ini penting untuk kekalkan kekuatan BN. Tidak ada maknanya jika kita kuat di Sabah dan Sarawak tapi yang lain tidak boleh mengekalkan (kekuatan) di Semenanjung.

"Kita mesti tunjukkan kepada rakyat bahawa kita sudah berubah, bukannya hanya tahu bercakap, mengorek isu-isu, dan menggorengnya di media untuk mendapat kepentingan politik seperti parti pembangkang. Itu salah," katanya lagi.

"Kalaulah kami terlebih membuat tuntutan sekalipun, ianya boleh 'di-adjust-kan' pada panel terakhir. Jadi apakah isu sebenarnya?," katanya merujuk kepada siasatan ke atas PKFZ.

Pemimpin umpama imam solat - Mumtaz

Memilih pemimpin adalah sama seperti memilih imam solat jamaah. Imam mestilah seiring yang beramal Islam serta berakhlak mulia, jelas Ahli Dewan Negara, Senator Mumtaz Md Nawi mengulas pemilihan calon BN di pilihanraya kecil Permatang Pasir.

Mumtaz yang juga Naib Ketua Dewan Muslimat itu menjelaskan, seorang individu yang sah dibuktikan pecah amanah, tidak boleh menjadi imam solat jamaah mahupun ADUN sendiri.


Bulan Ramadhan yang bakal menjelang tidak lama lagi seharusnya dijadikan medan terbaik menjelaskan peribadi calon yang haq dan batil, dengan mengambil iktibar dari prilaku Rasulullah s.a.w berdepan Peperangan Badar al-Qubra.


Katanya lagi, seorang individu yang sah dibuktikan pecah amanah, tidak boleh menjadi imam solat jamaah walaupun ADUN itu sendiri.


Menyentuh mengenai calon PAS pula, beliau percaya, Mohd Salleh Man yang dikenali sebagai seorang yang Islami, bersarjana pengajian Islam, berakhlah luhur serta ahli perniagaan yang tidak bermasalah itu mampu meneruskan tanggung jawab yang ditinggalkan oleh Allahyarham Datuk Mohd Hamdan sekiranya beliau menang kelak.

Gesaan Rohaizat perjelas isu pecah amanah


Naib Presiden PAS, Salehuddin Ayub melahirkan rasa dukacitanya terhadap Barisan Nasional (BN) yang meletakkan Rohaizat Othman sebagai calon dalam pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir meskipun calon itu didapati pecah amanah milik Koperasi pekebun Kecil Getah.

Beliau turut menyatakan bahawa Rohaizat sendiri tidak pernah mengemukakan sebarang kenyataan kepada umum yang menafikan penglibat beliau dalam isu berkenaan walaupun setelah masuk hari kedua berkempen ini.


"Dia tidak pernah membuat satu kenyataan yang dia tidak pernah terlibat dalam isu ini," ujarnya merujuk media-pro Umno dengan tajuk hebat, "Peguam syarie lawan ahli perniagaan" untuk membayangkan status calon BN itu.


Calon Umno, Rohaizat Othman itu kelmarin memberitahu berulang kali menegaskan bahawa beliau akan turun bertemu semua peringkat untuk menjelaskan profesyen kerjanya yang sebenar.


Dalam perkembangan yang sama, PAS dan Pakatan Rakyat pula terus mempersoalkan sebab musabab mengapa calon taruhan Timbalan Presiden Umno Dato' Seri Muhyiddin Yassin itu tidak meletakkan kerjaya 'Peguam' dalam borang penamaan calonnya kelmarin.


Sebaliknya, Rohaizat mengakui bahawa beliau adalah ahli peniagaan; sama seperti calon Pakatan Rakyat dari PAS Mohd Salleh Man, walaupun di kalangan Umno, Setiausaha Bahagian Permatang Pauh itu masih dikenali sebagai pengamal undang-Undang atau peguam.


Sehubungan itu, Salahuddin menggelarkan calon Umno itu sebagai ‘padi basah’, kerana tindakan pimpinan parti berkenaan ibarat menggunakan pendekatan tangkap muat dalam memilih calon.

PR: HATI-HATI STRATEGI BARU UMNO YANG BERKESAN

"Umno kini sudah mengorak langkah untuk keluar dari kepeningan menghadapi serangan dari bloggers dan pengundi yang menolak mereka dalam Pilihanraya Umum baru-baru ini. Bermula dari kejayaan grand design Najib Tun Razak merampas Perak dari PR, kini najib menyerang Selangor dengan memperalatkan secara optimum SPRM, Polis, Jabatan Pelajaran dan lain-lain agensi kerajaan yang sentiasa sedia diperkudakan oleh UMNO si pengkhianat agama, bangsa dan negara ini. Mereka telah mengatur strategi yang menarik untuk diteliti bagi membalas serangan yang di lancarkan ke atas mereka semasa pilihanraya umum dahulu.

SPRM melalui Pengarah siasatannya mengumumkan kononnya mereka akan berhenti dari melakukan siasatan ke atas ahli politik. Akhbar hari ini (Berita Harian 17hb Ogos) pula melaporkan bahawa SPRM bukan Gestapo.

Jika kita meneliti kenyataan pertama, ia seolah-olah menggambar bahawa SPRM sudah merajuk dalam melaksanakan tugas mereka. Dari satu sudut yang lain, jika kita berfikir secara rasional, ianya adalah melucukan. Kenyataan sebegitu boleh disamakan dengan tamsilan, seekor harimau bertekad tidak akan makan/memburu rusa lagi kerana sudah kerapkali gagal menangkapnya dalam siri perburuannya. Bukankah lucu bunyinya??? Tidakkah menyiasat dan menghapuskan rasuah itu adalah tugas SPRM? Jadi, jika mereka tidak mahu menyiasat ahli politik (baca ahli politik pembangkang), ia bermakna SPRM tidak melaksanakan tugasnya. Bukankah tugas SPRM menyiasat dan menangkap ahli politik pembangkang yang disyaki rasuah.

Kita menyaksikan bagaimana lakonan/sandiwara Mahkamah Tinggi pada Jun 2009 yang lalu yang mengisytiharkan Datu Seri Nizar sebagai MB Perak yang sah dan pada keesokan harinya Mahkamah Rayuan membatalkan keputusan tersebut??? Skrip yang amat ringkas dan mudah difahami tetapi amat berkesan dalam memusingkan pemikiran rakyat supaya membenci pembangkang. Kini adegan yang sama dilakukan oleh SPRM pula. Sudah ramai mereka membabitkan ahli politik PKR dan DAP dalam rasuah sehingga terbunuhnya Teoh Beng Hock. Dan jangan lupa, mereka juga menyiasat ahli politik UMNO (di Terengganu) dalam siri perlaksanaan tugas mereka.

Dari kedua-dua episode di atas, maka media, pemimpin UMNO/BN akan dapat memerangkap pembangkang di bawah Pakatan Rakyat (PR) dan mematahkan hujah PR dalam setiap tindakan mereka. PR tidak boleh lagi mendakwa mahkamah tidak bebas kerana DS Nizar menang dan SPRM tidak boleh dikaakan tidak bebas kerana mereka juga menyiasat 2 orang Wakil Rakyat dari Terengganu. Jadi – mahkamah dan SPRM adalah dua agensi yang tidak memilih bulu. Betulkah realitinya?

Kita menyaksikan sudah berpuluh laporan polis dibuat oleh PR yang membabitkan bukan sahaja bekas wakil rakyat, wakil rakyat, menteri, kroni UMNO malah Perdana Menteri sendiri tetapi – tiada satu pun tindakan atau siasatan yang dilakukan oleh SPRM. Ini adalah mengenai SPRM.

Bagi mahkamah pula, kita menyaksikan bagaimana semua pemimpin UMNO dan kroni-kroni mereka yang didakwa telah didapati tidak bersalah atau tidak didakwa langsung. Razak Baginda, Kasitah Gadam, Eric Chia, Tun Dr Mahathir, kes Lingam, Idris Jusoh dan keruntuhan Stadium Sultan Mizan di Terengganu, Dr Khir Toyo dan Balkis serta rumah agamnya, projek PPRT dan Annuar Musa di Kelantan dan yang terakhir ialah dakwaan dari Ketua Backbencher BN ke atas Presiden MCA yang menerima RM10 juta sebagai derma (kononnya) dan Ketua Wanita MCA pula tidak dinyatakan jumlahnya. Kita yakin Datuk Seri Tiong King Sing tidak berani untuk memecah lubang jumlah derma (istilah baik untuk kerja yang hina) yang diberi dan berapa ramai pemimpin UMNO atau kroni mereka yang menerimanya.

Polis pula amat aktif, tangkas dan cekap apabila ada laporan dibuat melibatkan pemimpin PR. Penggunaan ISA ke atas orang PAS majoritinya atas alasan-alasan yang direka oleh UMNO/polis adalah perkara biasa. Dalam penjara, polis membelasah tahanan, menganiayai, menghina dan menyiksa mental mereka sebagai yang dibuat oleh Gestapo, CIA, Savak, dan Mossad – tiada bezanya. Bila ada pihak yang membangkitkan isu tahanan mati dalam lokap, maka UMNO pun membela polis dengan alas an dan hujah-hujah karut mereka. Kita tidak perlu ada pita rahsia untuk merekodkan video kekejaman polis UMNO ini. Lihat saja bagaimana mereka memperlakukan kepada para demonstran pada setiap kali diadakan perhimpunan aman di Kuala Lumpur.

Dua tahun lalu UMNO/BN pening kepala memikirkan bagaimana mahu menyekat maklumat yang disebarkan melalui internet oleh masyarakat yang prihatin dari sampai ke seluruh lapisan masyarakat. Kini mereka sudah dapat penyelesaiannya iaitu dengan mengupah blogger untuk berhadapan dengan blog-blog yang tidak pro kepada UMNO/BN. Tidak dapat dinafikan memang terdapat ramai manusia yang sanggup diperalatkan dan diperhambakan dengan ganjaran yang sedikit walaupun agama, bangsa dan negara mereka tergadai. Blog-blog ini menulis dan memfitnah para wakil rakyat khususnya dari DAP dan PKR. Apabila penafian dibuat maka UMNO pun dalam masa yang sama membuat penafian ke atas dakwaan-dakwaan yang ditulis oleh blogger yang kontra mereka. Lalu UMNO pun berhujah bahawa sebagaimana wakil rakyat PR menafikan fitnah dari blog-blog, maka samalah keadaannya dengan apa yang mereka lakukan.

Strategi UMNO yang mahu mengelirukan fikiran rakyat masih diteruskan kerana ia terbukti berjaya dan berkesan sejak dahulu. Apa yang sudah termaktub dalamAl Quran tetapi bertentangan dengan polisi dan tindakan mereka (UMNO) mereka mengupah para ulamak untuk menjustifikasikannya dengan hujah-hujah yang mengelirukan masyarkat yang sudah sedia jahil. Contohnya dalam bab jihad, UMNO mengelirukan konsep jihad yang utama iaitu jihadul qital kepada jihad-jihad yang kecil yang tidak diberi penekanan oleh Nabi s.a.w.

Kini PR perlu berhati-hati dengan strategi halus dan terkini UMNO/BN. Mereka akan arah mahkamah, polis ,SPRM dan agensi-agensi kerajaan yang lain agar berbuat sesuatu (‘by hook or by crook’) untuk membabitkan pemimpin PR dan apa jua kes dan dalam masa yang sama bersandiwara. dengan menangkap beberapa pemimpin UMNO kemudian menutup failnya secara senyap-senyap. Mereka kini sudah matang untuk menangkis strategi politik pembangkang dengan mengikut rentak politik PR. Desakan supaya ditubuhkan Suruhanjaya Siasatan DiRaja kes Beng Hock dipatuhi tetapi sebagaimana yang kita jangka, suruhanjaya itu hanya menjadi budak suruhan UMNO sahaja. Kegagalan PR untuk mengatasi perancangan strategic UMNO yang terkini ini akan mengakibatkan rakyat berjaya dikelabui dan di tipu sekali lagi oleh UMNO. Kesan jangkamasa pendeknya ialah PR bakal menyaksikan merudumnya sokongan masyarakat kepada mereka jika langkah strategik seterusnya tidak diambil segera. "

Pengkhianatan Melayu bukan mengikut kacamata parti Umno — Ali Bukhari Amir

Perjuangan Melayu memerdekakan negara ini sangat lama. Menurut catatan sejarah, hal Melayu Champa diserang China pernah diriwayatkan dalam Hikayat Siti Zubaidah. Hal ini juga boleh ditinjau dalam Syair Siti Zubaidah.

Mungkin itulah antara secebis kisah perjuangan kaum Melayu purba menentang penjajah, sebelum Kesultanan Melayu Melaka dijajah kuasa Eropah; Portugis, Belanda dan British.

Buku teks sejarah kita kerap memberikan tanda bermulanya sejarah Melayu pada zaman Parameswara membuka Melaka. Jika ditinjau pada sudut masa itu, maka Portugis itulah penjajah kita yang pertama.

Sebenarnya, peperangan bangsa Melayu lebih lama daripada itu. Mereka pernah bergelut dengan bangsa Khmer, Viet di Indochina dan kisah-kisah ini kalau mahu diceritakan, lalu ia akan menjadi hikayat purbalara yang panjang pula.

Apa yang paling penting di sini, bukanlah perihal sikap penjajah dan siapa penjajah yang pertama menjajah negara-negara Melayu.

Paling penting di sini ialah persamaan antara pengkhianat, pengkhianatan di dalam setiap peristiwa yang melibatkan peperangan itu.

Kerajaan-kerajaan Melayu itu kalah bukannya disebabkan oleh faktor kekuatan peralatan ketenteraan musuh.

Sebenarnya, kejatuhan kerajaan Melayu terdahulu banyaklah didorong oleh peranan para pengkhianat dan bangsawan Melayu yang dibeli dengan penjajah dan kuasa asing Eropah itu. Negara kita runtuh dengan sebab maklumat rahsia pertahanan jatuh ke pihak musuh.

Melayu yang dianggap penderhaka

Dalam contoh-contoh klasik, kerap kali orang-orang kita memajukan pendapat yang silap mengenai contoh-contoh penderhakaan. Antara watak yang dipilih mereka sebagai watak penderhaka itu ialah Hang Jebat, Megat Seri Rama dan Sang Rajuna Tapa.

Sebenarnya, jika kesemua kes klasik di atas mahu dianggap penderhaka, nescaya derhaka mereka itu bersebab. Dan, sebab penderhakaan itu berpunca daripada hukuman raja yang tidak adil. Dalam kes ini, kes derhaka itu tidak kuat kerana sebabnya dari istana juga.

Watak-watak ini berjuang untuk menuntut pembelaan terhadap orang-orang yang mereka kasihi. Misalnya, Jebat derhaka kerana ingin membela ke atas Hang Tuah yang difitnah.

Hang Tuah dihukum tanpa usul periksa dan tanpa dipertimbangkan bahawa laksamana itu pernah berjasa kepada baginda sultan dalam banyak perkara.

Sementara itu Laksamana Bentan, Megat Seri Rama ingin menuntut bela ke atas isterinya terbunuh, gara-gara mengidam buah nangka milik sultan. Isteri laksamana dibunuh tanpa mengambilkira bahawa pahlawan itu pernah berjasa membantu sultan memerangi lanun.

Sang Rajuna Tapa pula memiliki seorang anak yang telah dijadikan gundik raja oleh Raja Iskandar Syah. Akhirnya, dengan tanpa usul periksa, anaknya dihukum sula akibat dengki dan fitnah oleh gundik-gundik yang lain.

Disebabkan rasa marah dengan kejadian itu Sang Rajuna Tapa telah bersekongkol dengan Betara Majapahit untuk menyerang Melaka. Raja Iskandar Syah diriwayatkan telah kalah, lalu lari ke Muar. Sang Rajuna Tapa dan isteri menjadi batu kerana menderhaka.

Kes-kes seperti ini menunjukkan kepada kita bahawa yang sebenarnya Melayu yang tulen itu bukan penderhaka, malah mereka setia dan hormat kepada raja-rajanya.

Penderhakaan (jika dapat dikatakan demikian) berlaku setelah raja, penguasa sendiri yang melakukan kesilapan tersebut.

Cuma seorang watak yang dikenalpasti sebagai penderhaka dalam ertikata yang sebenar, iaitu watak Si Kitul yang tidak tulen berbangsa Melayu. Turut sama terheret dalam drama pengkhianatan ini ialah Raja Mendeliar.

Umno bukan parti Melayu yang pertama

Masa berlalu. Kini masa depan Melayu banyak bergantung kepada kebijaksanaan mereka membuat keputusan bijak berhubung apa-apa jua perkara.

Terbaru, dalam kes Tan Sri Muhyiddin Yassin menyelar Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan gelaran, jolokan pengkhianat Melayu, ia tentunya mengundang reaksi keras daripada pelbagai pihak.

Dalam fikiran Muhyiddin, pengkhianat kepada Umno mungkin sama dengan pengkhianat ke atas bangsa Melayu. Apakah benar dakwaan Muhyiddin itu?

Sejarah menunjukkan bahawa sebelum Umno diwujudkan pada 1946, sudah wujud parti Melayu pertama; Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang tertubuh pada 1945.

Ketika PKMM diharamkan oleh British pada 1948, Umno tidak mengecam dan membela PKMM. Hanya Umno yang tidak diharamkan. Maka, siapakah pengkhianat Melayu?

Melayu mengikut perlembagaan

Jika Muhyiddin melihat tindakan mengecam Umno, menjatuhkan serta mengkritik Umno sebagai suatu pengkhianatan, maka Muhyiddin perlu melihat semula perlembagaan.

Melayu, menurut perlembagaan, adalah mereka yang beragama Islam, berbahasa Melayu dan mengamalkan adat istiadat Melayu. Tiada disebut — bahawa Melayu itu ialah mereka yang menganggotai dan menjadi ahli kepada parti Umno.

Ini bererti, mengkritik Umno, keluar daripada Umno dan lain-lain tindakan yang sewaktu dengannya tidak boleh dianggap sebagai mengkhianati Melayu.

Umno bukanlah institusi istana, parti itu bukanlah milik raja, kehadirannya direstui oleh penjajah British. Jadi sikap orang Melayu yang tidak menganggotai Umno, keluar Umno, mengkritik pimpinan Umno tidak boleh dilihat sebagai pengkhianatan dan penderhakaan.

Rohaizat tak lakukan penyelewengan - Ahmad...!!! Dah kantoi pun puak UMNO@BN masih nak menipu 1 Malaya...!!!! Bahlol...!!!

Calon Barisan Nasional (BN), Rohaizat Othman tidak melakukan sebarang penyelewengan seperti didakwa sesetengah pihak sebaliknya beliau hanya bertanggungjawab ke atas tindakan yang dilakukan rakan kongsinya.

Ketua Penerangan UMNO, Ahmad Maslan berkata, tindakan tatatertib ke atas Rohaizat berdasarkan aduan Koperasi Pekebun Getah Negeri Pulau Pinang (KPGNPP) membabitkan pembelian satu hartanah yang dikendalikan firma Saif Ariff T Jayaraj & Rohaizat.

Dalam hal itu, menurutnya, semua urusan jual beli untuk pihak KPGNPP dikendalikan rakan kongsi Rohaizat, Yusri Isahak dan diterima secara eksklusif dan dideposit ke dalam akuan klien firma tersebut di Bank Islam Cawangan Butterworth.

Tambahnya, akaun berkenaan termasuk semua surat berhubung KPGNPP ditandatangani dan diuruskan Yusri yang menjadi rakan kongsi beliau dari tahun 1999 hingga 2003.

Rohaizat, menurut Ahmad Maslan, tidak mempunyai apa-apa penglibatan dan tidak tahu-menahu tentang perkara itu.

"Ingin dijelaskan di sini bahawa, tindakan yang diambil terhadap Rohaizat hanyalah sebagai rakan kongsi yang masih ada dalam firma itu mengikut Akta Perkongsian setelah Yusri tidak lagi menyertai syarikat guaman itu.

"KPGNPP juga dalam surat yang bertarikh 28 Mac 2009 kepada Lembaga Tatatertib Peguam-Peguam telah menarik balik ke semua aduan terhadap Rohaizat berikutan semua tuntutan pihak berkenaan telah diselesaikan," katanya pada sidang akhbar di Pusat Gerakan BN di Taman Bukit Merah di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Ahmad berkata, dengan penjelasan itu juga menunjukkan bahawa Rohaizat tidak melakukan sebarang jenayah atau penyelewengan malah tiada laporan polis dibuat atau apa-apa siasatan jenayah dilakukan terhadap beliau.

Beliau menambah, tindakan yang dikenakan ke atas Rohaizat hanya berbentuk disiplin oleh satu badan yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga disiplin ahli-ahlinya.

N11 Permatang Pasir : Perjumpaan Bloggers dengan calon

Macam yang diwar-warkan dalam blog Al-Banjari, semalam ada pertemuan bloggers dengan jentera Media PRK Permatang Pasir.

Pengurus Media Jentera Induk, YB Dr. Zulkifli Ahmad sendiri yang melayan bloggers. Nampaknya PAS banyak belajar dari pengalaman yang lepas terutama sekali PRK Bukit Gantang dan Manek Urai.

Kalau ikut maklumat awai jentera PAS Permatang Pasir yang aku dapat dan pengalaman masa PRK Bukit Gantang, aku sebetuinya ada sikit risau, tapi bila Dr. Zul yang dipertanggung jawabkan bab media dan tindakan awai berjumpa bloggers, aku dah boleh tarik nafas lega. Insyaallah keadaan akan lebih kondusif kali ni.

Memang macam yang aku agak, tak ramai blogger yang hadir. Nak buat macamana, kebanyakkan bloggers cuma blog secara sambilan. Memandangkan semalam Selasa, hari bekerja, memang tak ramai yang hadir.

Walaupun macam tu pada aku cukup setuju macam Dr. Zul kata "Walaupun ramai yang tak dapat hadir, tapi semangat mereka dapat kita rasakan. Dengan semangat 'new politic' PAS amat menghargai sokongan dari bloggers yang menyediakan 'new media'."

Dr. Zul sendiri bagi jaminan yang kali ni, semua masalah yang bloggers hadapi masa PRK lepas akan cuba diatasi. Memang dalam perjumpaan semalam pun banyak perkara ditimbulkan dan memang jelas nampak tindakan pro-aktif dari Dr. Zul sendiri untuk memastikan perkara-perkara yang berlaku masa PRK Bukit Gantang dan Manek Urai tak berulang di Permatang Pasir.

Lepas sessi perbincangan habis, calom pulak jengoi muka. Terus Dr. Zul perkenai dengan bloggers dengan ayat "“Tuan Haji, these bloggers from different states are here to make sure you win this by-election”. Satu pengharapan dan kepercayaan spontan yang keluar dari mulut Dr. Zul yang boleh dikira mewakili PAS kepada bloggers.

Yang paling bestnya masa makan kat Restoren mamak Subadah, YD Dr. Zul sendiri yang layan bloggers, dia tolong hidang, siap tolong tuang air lagi bagi tiap-tiap orang. Macam kata blogger mana aku tak ingat "Nak macamana lagi, Ahli Parlimen sendiri layan kita makan."

Kalau macam ni layanan PAS kepada bloggers aku sebagai ahli PAS yakin insyaallah bloggers boleh menyumbang lebih lagi untuk PRK ni.

Artikel berkaitan
  1. WE MEET UP WITH THE CANDIDATE.

SPR: Calon BN layak bertanding ...!! Walaupun Mahkamah tolak rayuan Rohaizat Othman pada 12/8/09...???

SEBERANG PRAI: Calon Barisan Nasional (BN), Rohaizat Othman telah memenuhi segala syarat, sekali gus layak untuk bertanding dalam pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir, kata Suruhanjaya PIlihan Raya (SPR).

Ketika dihubungi, Timbalan Pengerusinya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, dari segi undang-undang tiada masalah bagi Rohaizat untuk bertanding.

"Sebab dia tiada sabit kesalahan dan tidak dihukum oleh mahkamah, tiada sabitan mahkamah. Kelayakan Rohaizat sebagai calon adalah jelas termaktub dalam undang-undang dan perlembagaan," kata beliau kepada mStar Online.

Menurut beliau, dari segi undang-undang Rohaizat boleh menjadi calon dan itulah yang menjadi keutamaan SPR iaitu samada seseorang calon itu layak bertanding dari aspek perundangan.

Kata Wan Ahmad, buat masa sekarang tiada halangan untuk beliau bertanding kerana statusnya sebagai calon sudah diisytiharkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya semalam.

"Buat masa sekarang SPR terima kelayakannya untuk bertanding, tapi pada masa akan datang tidak tahu sama ada terdapat pihak-pihak tertentu yang hendak membawa kes petisyen pilihan raya.

"Jika ada pihak hendak membawa petisyen, itu hak semua pihak untuk berbuat demikian," katanya lagi.

Pagi tadi, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menggesa agar Rohaizat tarik diri daripada bertanding dalam pilihan raya kecil Permatang Pasir dengan mendakwa tidak layak menjadi calon atas prinsip moral.

Pembangkang menggunakan isu wujudnya unsur salah guna wang Koperasi Pekebun-Pekebun Kecil Getah Pulau Pinang oleh firma guaman yang diterajui oleh calon BN itu pada tahun 2000.

Rohaizat kelmarin memberitahu kes itu sudah selesai apabila bayaran telah dikembalikan kepada pelanggannya.

Umno pula menjelaskan kes itu berlaku bukanlah kerana tindak-tanduk Rohaizat. Ia juga disahkan oleh wakil koperasi itu kelmarin.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini pula, Majlis Peguam berkata Lembaga Disiplinnya telah menolak rayuan Rohaizat pada 7 Mac 2008 manakala Mahkamah Rayuan pula menolak rayuannya berhubung keputusan lembaga itu pada 12 Ogos lalu untuk menarik balik lesen guaman sivil Rohaizat.

Petang tadi, Rohaizat menjawab balik dakwaan PAS yang menggesanya menarik diri daripada bertanding dengan menganggap ia sebagai "parti yang secara moral sudah mengaku sudah kalah" dan "hanya mahu menang dengan percuma."

(1) Bloggers @ Permatang Pasir : Today Review

e meet Up with the Candidate.
By : Zorro UnMasked


The Barisan Rakyat Bloggers were invited to PAS first media press conference at Markas Induk at Permatang Pasir this morning. The Press Conference was ably helmed by PAS Ketua Penerangan and Pokok Sena MP YB Mafuz Omar. MP for Kuala Selangor YB Dr. Zulkifli Ahmad assisted in fielding answers to the media.

At the end of the PC, bloggers were requested by YB Zul to stay back to talk about the part we will play in this by-election. We managed to iron out a lot of the difficulties we normally encounter during campaigns and polling day.


“Tuan Haji, these bloggers from different states are here to make sure you win this by-election”, was how YB Zulkifli introduced us to the candidate Tuan Hj, Mohd Salleh Man. He had a firm handshake and that speaks a lot body-language wise, He surprisingly drew me and hugged me. He wanted a group-foto with us. YB Zul accorded me the honor of sitting on the candidate’s right. Luckily I have passed the blushing stage long ago, but I was pleasantly surprised. It was an honor accorded to all bloggers.


At the end of the session Dr Zul thanked us again and said that since PAS cannot give us monetary help they could afford a good lunch at Subaida’s Nasi Kandar. It was a kind of sending-off lunch for Gus, Duke and Shanghai who had to get back to KL. Fauzi (Topeng Perak Unmasked) and I will hold each others hand till the rest of the SB come back on Sunday.