Selasa, 18 Ogos 2009

Aksi gerak perlahan provokasi oleh si ehem ehem....!!!




Tindakan provokasi dan brutal terlebih dahulu dilakukan oleh pihak polis keatas YB N.Gobalakrishnan pada 17hb. Ogos 2009 di Hari Penamaan Calon Pilihanraya Kecil N.11 Permatang Pasir. Akibatnnya, gobi dibelasah polis dan ditahan serta didakwa kerana menganggu tukar pegawai awam.

Sumber:AMK Pulau Pinang

Mahfudz Saran Rohaizat Tarik Diri



Calon PAS, Ustaz Salleh Man turut hadir dalam sidang media di Markaz Besar hari ini

PERMATANG PAUH - Tidak sampai 24 jam, Rohaizat secara rasminya menjadi calon UMNO dan Barisan Nasional, timbul pelbagai isu terhadap beliau termasuk rasa tidak puas hati dikalangan ‘akar umbi’ parti itu sendiri.

Antara yang dibangkitkan dalam sidang media harian PAS yang diadakan di Markaz Besar Permatang Pasir hari ini adalah kredibiliti calon UMNO tersebut.

Naib Presiden PAS, Dato’ Mahfudz Omar apabila ditanya oleh pihak media berkaitan perkara tersebut mempersoalkan, bagaimana orang yang melakukan satu perbuatan yang dianggap sebagai ‘pecah amanah’ kepada koperasi pekebun kecil untuk diberikan tanggungjawab menguruskan persoalan masyarakat dan rakyat?

Katanya beliau amat kecewa kerana BN mengemukakan Rohaizat sebagai seorang calon kerana menurutnya ia akan mendedahkan perlakuan Rohaizat sebelum ini disamping satu pengkhianatan dan pengkhianatan kepada para pengundi Permatang Pasir

”Saya amat kecewa BN yang mengemukakan beliau sebagai seorang calon, yang mendedahkan diri beliau itu kepada pendedahan terhadap perlakuan yang dilakukakan satu ketika dulu, dari sudut moralnya beliau telah hilang kelayakan sebagai seorang calon.”ujar Mahfudz

Justeru, kata Dato’ Mahfudz, sebagai seorang abang kepada Rohaizat, beliau menasihatkan supaya Rohaizat menarik diri dari bertanding dalam pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir.

”Oleh itu, untuk menjaga kedudukan dan imej beliau (Rohaizat), dengan umurnya yang masih muda, saya sebagai abang, saya sangat simpati kepada beliau, adalah lebih wajar beliau menarik diri,”jelas Mahfudz.

Rohaizat, seorang peguam sebelum ini, sebagaimana didedahkan media tempatan, telah ditarik lesen khidmatnya oleh Majlis Peguam kerana menggunakan wang anak guamnya sebanyak RM140,000.00.

Calon UMNO itu mendakwa bukan beliau yang melakukan perkara tersebut, namun menuduh rakan kongsinya yang mengakibatkan lesen syarikat khidmat guamannnya digantung.

Dakwaan Rohaizat adalah tidak benar kerana menurut Majlis Peguam tindakan menarik lesen khidmat guaman adalah kepada individu peguam, bukannya kepada syarikat.

Sementara itu, dilaporkan dalam Malaysiakini, kira-kira 65 peratus ketua Umno cawangan serta ketua Pemuda cawangan di DUN tersebut berkumpul di sebuah kedai makan, kerana tidak puas hati dengan pemilihan Rohaizat.

Menurut satu sumber, perkara tersebut berlaku kerana mereka mengharapkan ketua Pemuda Umno bahagian Permatang Pauh, Mohd Zaidi Mohd Said - yang mesra dipanggil "cikgu" - akan dicalonkan bertanding dalam pilihanraya kecil tersebut.

Kata sumber yang turut hadir dalam perhimpunan tersebut, Mohd Zaidi terpaksa mententeramkan mereka yang tidak berpuas hati dan menasihatkan mereka supaya bertenang.

"Bekas guru itu turut berkata kepada mereka bahawa beliau masih lagi berpeluang untuk menjadi calon pada masa akan datang," kata sumber itu lagi.

Sehubungan itu, kata sumber itu, Mohd Zaidi menasihatkan penyokongnya agar tidak mementingkan diri sendiri tetapi perlu menjaga kepentingan parti.

Mengulas lanjut, sumber itu berkata, sekiranya Mohd Zaidi menjadi calon, beliau dijangka mendapat menarik kembali sokongan pengundi Cina seramai kira-kira 5,400 orang di Permatang Pasir serta pengundi atas pagar.

Sumber :Buletinonline

Barisan under pressure over candidate’s misconduct

By Syed Jaymal Zahiid

PERMATANG PASIR, Aug 18 — The Barisan Nasional Permatang Pasir candidate today refused to comment on reports that he is a disbarred lawyer, except to say that an attempt by his rivals at character assassination.

Rohaizat Othman, who was disbarred after he being found guilty of misconduct for not returning RM161,000 of his client’s money, told a press conference here that there was no need to explain as the matter had been cleared by Penang Umno chief and party vice-president Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

“I have been cleared. I am here and eligible to contest,” he told a press conference held while conducting a door to door campaign here.

Despite his claims, Rohaizat’s past misconduct has now put BN and Umno in a spot, as they are likely to be faced with defending a candidate labelled as tainted by the opposition for the rest of the campaign.

The controversy also throws up questions about the level of background checks conducted by BN’s campaign machinery.

Various explanations have been given by Umno and Barisan Nasional leaders about Rohaizat being struck from the rolls of the Malaysian Bar.

Zahid had claimed that Rohaizat was struck off after his partner took off with a client’s money. He said the client lodged a report and as a partner, Rohaizat was implicated.

“Legally, Rohaizat did no wrong but, morally, this will be used against him by the other party in the by-election,” Zahid had said.

The Bar Council, however, issued a statement noting that lawyers are not disbarred for the mistakes of partners.

BN and Umno appear to have been backed into a corner with the Pakatan Rakyat (PR) campaign expected to take full advantage of the controversy.

PR leaders have already demanded Rohaizat withdraw from contesting on moral grounds and “save the ruling coalition from further embarrassment”.

Rohaizat, however, said the constant harping on his past shows PAS and PR are running out of ideas and have resorted to character assassination, a statement backed by Deputy Prime Minister and Umno number two, Tan Sri Muhyiddin Yasin.

Continuously dodging questions on the matter, Rohaizat said he would not let the controversy surrounding his nomination obstruct his urge to serve the Permatang Pasir voters, and that he would continue to campaign as usual.

“The voters here are not complaining. They’re not making any noise so it shows that they are not bothered by the issue,” he said, adding that he intends to develop his hometown.

Sederhana resepi terbaik untuk kelangsungan Pakatan – Ahmad Lutfi Othman

Untuk menafikan bahawa Pakatan Rakyat tidak menghadapi sebarang masalah tentulah tidak munasabah, namun untuk mendakwa ketiga-tiga parti komponennya sering berbalah, sehingga menggugat asas-asas persefahaman, lagilah tidak berasas.

Begitulah adat dan kelaziman dalam permuafatan politik, apatah lagi membabitkan parti-parti yang berbeza ideologi, pasti ada yang mudah terguris dan terusik

Di samping ada prinsip utama yang dipersetujui bersama, tentulah masih berbaki perbezaan pendapat yang memerlukan darjah toleransi yang tinggi, sikap berlapang dada dan dingin kepala, keutamaan mematuhi janji, dengan tidak melupakan masih perlu elemen tegur-menegur dan kritikan membina.

Minimumkan syak wasangka sesama Pakatan

Bagaimanapun rasa syak wasangka dan prejudis sesama sendiri hendaklah diminimumkan. Pakatan bukan seperti BN, yang menutup ruang bicara parti komponen atau pemimpin yang tidak berpuas hati, atas asas keputusan ketua adalah muktamad.

Sejarah penubuhan Angkatan Perpaduan Ummah dan Gagasan Rakyat menjelang pilihan raya umum 1990 mungkin tidak begitu kompleks berbanding pembentukan Barisan Alternatif pada 1999. Parti yang dikatakan “berlainan kutub”, PAS dan DAP, mencipta sejarah ketika itu apabila dapat bersama dalam BA, berkongsi manifesto, namun ia tidak kekal lama apabila DAP menarik diri ekoran isu Negara Islam.

Senario itu mudah difahami memandangkan usia BA masih muda dan pemimpinnya mungkin mudah terangsang dengan provokasi nakal bikinan Umno-BN. Lagipun hanya PAS kelihatan “paling beruntung” dalam pilihan raya umum ke-10 itu, meninggalkan DAP dalam kedukaan dan KeADILan yang belum berjaya mengasaskan tapak yang kukuh.

Tsunami politik Mac 2008 memang mengejutkan. Rakyat yang sebelumnya agak diam – tidak sepertimana riuh-rendah kebangkitan reformasi September 1999 – memanfaatkan sepenuhnya peti undi.

Kemenangan paling gemilang BN dalam pilihan raya umum April 2004 hilang begitu sahaja sehingga memaksa Abdullah Ahmad Badawi berundur lebih awal daripada pelan asal. PAS, KeADILan dan DAP, yang kemudiannya membentuk Pakatan Rakyat, masing-masing hampir seimbang mencapai kemenangan.

Lebih penting, setiap parti dalam Pakatan berpeluang menerajui kerajaan negeri, misalnya PAS di Kedah, DAP di Pulau Pinang dan KeADILan di Selangor, malah eksperimen 10 bulan di Perak begitu menarik dan mahal harganya terutama dalam konteks hubungan baru PAS-DAP.

Dan semua ini merupakan pengalaman paling berguna untuk memperkukuhkan lagi persefahaman sehingga masalah-masalah dalaman yang timbul tidak mudah untuk meretakkan Pakatan.

Maka, isu-isu seperti arak di Selangor dan babi di Kedah, mungkin di peringkat awal nampak kalut tetapi dengan mudah dileraikan secara bijaksana oleh pemimpin Pakatan. Saya yakin aktivis Pakatan tidak akan memandang remeh kuasa rakyat yang kini sudah mempunyai “pilihan dalam pilihan raya”, yang seterusnya memperkukuhkan lagi konstruksi sistem dua parti gabungan di Malaysia.

Anwar Ibrahim dalam wawancara dengan akhbar Harakah ada mengingatkan pemimpin Pakatan: “Tidak perlu terlalu banyak karenah atau perbicaraan di kalangan penyokong yang mudah ditafsir sehingga menimbulkan persepsi negatif.”

Usah abaikan janji reformasi

Masyarakat boleh memahami karenah media talibarut (istilah Zulkifli Yahaya) yang cepat menangkap peluang untuk mengadu-domba parti-parti seteru BN, tetapi mereka tidak akan memaafkan jika harapan besar rakyat yang ditunjukkan dalam pilihan raya 2008 dikhianati apabila kepentingan umum diketepikan, hal peribadi dan kelompok pula yang diutamakan.

Janji-janji reformasi harus ditunaikan, selain gaya hidup pemimpinnya, – walaupun sudah berkuasa terutama di peringkat kerajaan negeri – mesti kekal sederhana dan dekat dengan degup jantung rakyat.

Rumusan pensyarah sains politik UKM, Muhamad Nadzri Mohamed Noor dalam bukunya, Politik Malaysia di Persimpangan; Praktik Politik dalam PRU 2008 dan Kontemporari (2009) menarik untuk direnungi: “Pembentukan Pakatan adalah satu respons pragmatik parti oposisi terhadaptrend perilaku pengundi dalam PRU 2008. Yakni, tindakan masyarakatlah yang memungkinkan Pakatan terbentuk. Di kalangan mereka terdapat pengundi yang muak, memprotes cara urus tadbir BN dan mengharapkan persekitaran kehidupan diubah kepada yang lebih kondusif dan lestari.

“Kejayaan Pakatan ... mungkin bukanlah satu sokongan yang benar-benar solid ... tidaklah lahir daripada sokongan pengundi tegar ... sebaliknya dibantu sokongan pengundi atas pagar dan penyokong BN yang memprotes. Sokongan dalam bentuk ini agak mudah dialihkan atau ditarik balik oleh pengundi di kemudian hari.”

Oleh itu, bagi Nadzri, Pakatan mestilah benar-benar melaksanakan alternatif yang yang sedia ada, terutama janji-janji pembaharuan dalam pilihan raya umum 2008 dan siri pilihan raya kecil berkenaan dengan keadilan, ketelusan, urus tadbir bersih, bertanggungjawab, responsif dan merakyat. Kedua, parti-parti Pakatan mesti bijak untuk bersederhana dalam merencana dan melaksanakan perjuangan bagi mengekalkan keberlangsungan pakatannya.

Tiong dedah sewa RM1 bagi 32 unit kampus KTAR

Ahli Parlimen Bintulu, Datuk Seri Tiong King Sing membuat satu lagi pendedahan, dengan mendakwa anak syarikatnya hanya mengenakan kadar sewa RM1 bagi kesemua 32 unit yang menempatkan kampus Kolej Tunku Abdul Rahman (KTAR) milik MCA, di Penampang, Sabah.

Kesemua unit kedai terdiri daripada lapan blok bangunan empat tingkat milik Wawasan Development Sdn Bhd, sebuah anak syarikat Dijaya Corporation. Ia disewa oleh KTAR sejak Februari 2007.

Sebelum ini, ketika ditemubual oleh akhbar berbahasa Cina, Tiong dilaporkan menyifatkan jumlah RM1 itu sebagai tanda simbolik sumbangannya kepada kolej dan parti berkenaan.

Pendedahan terbaru ini merupakan rentetan daripada pertelingkahan terbuka di antara Tiong dan presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat yang semakin serius - ekoran isu membabitkan projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Tiong dalam satu temubual dengan Malaysiakini hari ini berkata kadar berkenaan kini tidak lagi sesuai memandangkan parti MCA yang merupakan pemilik kolej berkenaan didakwa mempunyai aset bernilai lebih RM2 billion.

Oleh itu, katanya, kadar sewa yang lebih setimpal patut dikenakan kepada Kolej Tunku Abdul Rahman (KTAR) di Penampang, Sabah yang kini menduduki premis syarikat itu secara 'percuma.'

Tiong mahu tindakan tersebut diambil kerana berasa tertipu dengan saranan MCA supaya memberi sumbangan kepada parti itu bagi membantu komuniti Cina di negeri tersebut.

"Sebelum ini MCA datang kepada saya dan kata mereka tiada duit, kalau saya bantu akan kurangkan beban pelajar. Saya juga telah bayar RM200,000 untuk ubahsuai sebelum diserahkan kepada KTAR.

'Saya rasa tertipu'

"Sekarang saya rasa tertipu. Kalau parti itu sudah ada lebih daripada RM2 billion, kenapa ia masih perlu meminta bantuan daripada saya," kata Tiong yang juga setiausaha agung Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) itu.

"Sekarang saya perlu menilai semula kepimpinan di dalam MCA, sejauh mana efisiennya mereka dalam memberi perkhidmatan kepada rakyat. Tapi kalau macam ini, lebih baik saya gunakan sumbangan itu untuk orang yang lebih memerlukan."

"Tapi siapa tahu, mungkin mereka masukkan juga kos sewa bangunan dalam yuran walaupun sewa percuma? Ini mungkinlah, saya tidak tahu," tambahnya.

Tiong juga mahu bersemuka dengan Ong yang didakwa telah menjalankan usaha untuk mencemarkan nama dan menghakimi peribadi pemimpin ahli parlimen Bintulu melalui media.

"Saya tidak peduli tentang persepsi orang ramai (terhadap saya). Hal ini adalah antara saya dengan Ong. Saya mahu bersemuka satu sama satu dengan dia. Tak perlu libatkan orang lain," katanya lagi.

Jelasnya lagi, beliau maklum dengan saranan daripada Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya dihentikan pertelingkahan dengan Ong kerana menimbulkan persepsi negatif terhadap BNl.

Tambahnya, beliau juga harus berani berhadapan dengan cabaran-cabaran daripada pemimpin tersebut.

"Saya tidak peduli dengan persepsi orang. Dia berani cabar saya, saya juga berani cabar dia. Sekarang saya pula panggil dia gengster politik, macam mana?

"Biarlah orang nilai sendiri perwatakan dia. Dia pandai menjaga imej sebagai pemimpin yang bersih dan telus. Setiap hari dia akan tunjuk kepada orang dia macam ini. Dia boleh sebab dia orang besar, saya bukan."

"Dia kata saya ini gengster, saya ini hisap darah, apa ini? Tapi kalau saya kata saya bukan gengster orang tidak akan percaya kepada saya kerana saya bukanlah siapa-siapa. Saya bukan menteri yang orang kena percaya. Jadi saya mahu dia buktikan (dakwaan-dakwaan tersebut) kepada saya.".

Press Release: Clarification regarding Rohaizat Othman

ImageIn response to inquiries from the media, we wish to clarify Rohaizat Othman's status as an advocate and solicitor.

The Advocates and Solicitors Disciplinary Board struck Rohaizat Othman off the Roll of Advocates and Solicitors on 7 March 2008 after he was found guilty of misconduct. The Disciplinary Board's decision arose from an investigation into the complaint lodged against Rohaizat Othman by the purchaser of a piece of real property. According to the complaint, Rohaizat Othman failed to refund almost RM 161,000 to the complainant after the transaction was aborted.

Rohaizat Othman appealed against the decision of the Disciplinary Board to the High Court, and the appeal was dismissed on 12 August 2009. He is therefore legally disqualified from practising as an advocate and solicitor.

The finding of misconduct is personal to Rohaizat Othman, as the Disciplinary Board would not hold a lawyer liable for the actions of his/her law partner(s).


George Varughese
Secretary
Malaysian Bar

18 August 2009

Clarification regarding UMNO Candidate for Permatang Pasir By-election, Rohaizat Othman

In response to inquiries from the media, we wish to clarify Rohaizat Othman’s status as an advocate and solicitor.

The Advocates and Solicitors Disciplinary Board struck Rohaizat Othman off the Roll of Advocates and Solicitors on 7 March 2008 after he was found guilty of misconduct. The Disciplinary Board’s decision arose from an investigation into the complaint lodged against Rohaizat Othman by the purchaser of a piece of real property. According to the complaint, Rohaizat Othman failed to refund almost RM 161,000 to the complainant after the transaction was aborted.

Rohaizat Othman appealed against the decision of the Disciplinary Board to the High Court, and the appeal was dismissed on 12 August 2009. He is therefore legally disqualified from practising as an advocate and solicitor.

The finding of misconduct is personal to Rohaizat Othman, as the Disciplinary Board would not hold a lawyer liable for the actions of his/her law partner(s).

George Varughese
Secretary
Malaysian Bar

Utusan nak kena mintak maaf kat Tok Guru lagi sekali ke?

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, akan mengambil tindakan undang-undang kepada pihak media yang memutar belit kenyataannya dengan mendakwa beliau berkata "ahli Umno tidak masuk syurga".


"Saya akan berbincang dengan peguam dan akan mengambil tindakan undang-undang kepada mana-mana media yang telah menokok tambah kenyataan saya," katanya sewaktu sidang media di pejabatnya tadi.



Beliau berkata demikian kepada media sebagai menenafikan laporan akhbar hari ini yang melaporkan kenyataannya bahawa "Ahli Umno Tidak Akan Masuk Syurga", di pejabatnya tengahari tadi.



Sebuah akhbar harian menyiarkan di muka depan kononnya Nik Aziz berkata, ahli Umno tidak akan masuk syurga.



Sebelum ini, akhbar yang sama telah memohon maaf kepada Nik Aziz di muka depannya kerana mentyiarkan kenyataan yang salah tentang Nik Aziz.

Image


Nampaknya, Nik Aziz terpaksa sekali lagi mengambil pendekatan saman terhadap akhbar ini.



"Saya biasanya mengunakan perkataan penyokong Umno, saya tidak mengunakan ahli Umno. Penyokong lain, ahli lain.



"Saya tidak pernah menyentuh mengenai ahli-ahli Umno, tetapi saya menyentuh dasar yang dibawa oleh Umno," katanya lagi.



Tambahnya lagi, memang mana-mana orang Islam yang mengasingkan Islam dan iman mustahil akan masuk syurga.



"Mana-mana gerakan orang Islam yang hanya mementingkan Islam sahaja tanpa iman, memang mustahil masuk syurga, itu yang saya sebut, tidak langsung maksudkan anggota parti Umno," tegasnya.



Sambungnya lagi, beliau juga turut menafikan beliau mendakwa parti itu mengamalkan ajaran Islam palsu dari Palestin.



"Saya tidak sebut langsung tentang Palestin waktu tu, ni semua tak lain tak bukan untuk memburukkan saya dan membiarkan saya ni jadi balah (berkelahi) pula dengan Umno,"ujarnya.



Ketika diminta mengulas adakah kenyataan beliau sering diputar belitkan kerana musim pilihan raya kecil, Tuan Guru memberitahu beliau memang sedar tentang perkara itu.



"Kita memang dah tahu dah cara (taktik) parti ni, memang macam tu lah,"ujarnya.



Akhbar perdana sudah jadi akhbar Umno



Menyentuh kenyataan Mufti Negeri Perak, Tan Sri Harussani Zakarian, yang mengulas kenyataannya melalui hanya membaca di akhbar, Nik Aziz berharap agar Harussani mendapat maklumat yang sebenarnya melalui beliau.



"Sebagai seorang mufti kalau nak buat kenyataan kena tanya saya dahulu iaitu tuan punya cakap.



"Beliau tidak boleh turut (baca melalui) surat khabar, surat khabar arus perdana sekarang ni surat akhbar Umno, macam mana dia nak buat ulasan menurut surat khabar," ujarnya.



Nik Aziz juga berharap, agar rakyat di negara ini merdekakan pemikiran dari menurut manusia kepada menurut Nabi Muhamad SAW.



"Manusia kena menukar pemikiran dari mengikut manusia kepada menurut kepada ajaran Nabi Muhamad SAW,"katanya.

Majlis Peguam atau Umno bohong?


Naib Presiden Umno yang juga Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata:
..di mana yang melakukan perbuatan itu bukanlah saudara Rohaizat tetapi bekas rakan kongsinya (mStar Online 16/8/09 "Dakwaan firma guaman salah guna wang tak libatkan calon BN")
Presiden Majlis Peguam, Ragunath Kesavan pula berkata:
"The offence was for personal liability and does not involve any other persons, as Rohaizat was named by the complainant, and not his partner," Bar Council president explained.

"Rohaizat was disbarred on March 7 last year and he appealed against the Bar Council decision to the High Court, which also dismissed his appeal on Aug 12 this year" (Malaysian Insider 18/8/09 "Umno represented by disbarred lawyer ")
Dalam posting blog ini yang bertajuk "Ada pekung di dada calon BN Permatang Pasir?" Tharieq Dhiyauddin berpesan:
Apabila datang satu berita maka selildikilah dahulu...
Pesanan beliau sesuai dengan ayat keenam Surah al-Hujurat:
Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.
Oleh kerana Zahid pernah menjadi menteri yang bertanggungjawab hal ehwal agama tentulah beliau tidak fasik. Dan, takkan pula beliau nak berbohong.

Lagi pun, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata BN tidak akan berbohong kepada pengundi semata-mata untuk meraih sokongan.

Saya cadangkan kepada Rohaizat agar mencabar keputusan Mahkamah Tinggi 12 Ogos lalu yang menolak rayuannya berikutan tindakan Majlis Peguam memecatnya.

Tak patut Rohaizat dihukum sedangkan, seperti cakap benar Zahid, "yang melakukan perbuatan itu bukanlah saudara Rohaizat tetapi bekas rakan kongsinya".

Saya juga mencadangkan Rohaizat mengambil tindakan undang-undang ke atas Majlis Peguam yang menuduh beliau terlibat dalam salah laku dan memecatnya kerana, seperti cakap benar Zahid, "yang melakukan perbuatan itu bukanlah saudara Rohaizat tetapi bekas rakan kongsinya".

Berkaitan:
Ketua cawangan tak puas hati pemilihan Rohaizat? (Malaysiakini 18/8/09)
Bar says BN candidate disbarred for failing to return client’s money (Malaysian Insider 18/8/09)
Bar Council: Rohaizat disbarred for personal misconduct
The Star Online (18/8/09): Rohaizat Othman, Barisan Nasional’s for the Permatang Pasir by-election, was taken off the advocates and solictors roll on March 7 last year after he was found guilty of personal misconduct, Bar Council secretary George Varughese said.

The Advocates and Solicitors Disciplinary Board’s decision arose from an investigation into a complaint lodged against Rohaizat by the purchaser of a piece of real property, Varughese said in a press statement on Tuesday.

Rohaizat, who is also the Permatang Pauh Umno division secretary, had allegedly failed to refund almost RM161,000 to the complainant after the transaction was aborted.

Rohaizat appealed against the decsion of the Disciplinary Board to the High Court, and the appeal was dsimissed on Aug 12.

“He is therefore legally disqualified from practising as an advocate and solicitor,” Varughese said.

The finding of misconduct is personal to Rohaizat Othman, as the Disciplinary Board would not hold a lawyer liable for the actions of his or her law partners, he added.

UMNO Tak Mampu Serang Calon PAS..!!!



Umno tidak akan menggunakan kaedah "serang calon" kerana calon yang diketengahkan oleh PAS tidak ada kriteria yang boleh UMNO BN serang atau pertikaikan.

Itulah jawapan kebanyakan pengundi Permatang Pasir mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri yang menyatakan bahawa "BN tidak serang peribadi calon".

PAS telah mencalonkan Persuruhjaya PAS Pulau Pinang, Ustadz Mohd Salleh Man sebagai calon untuk menentang Rohaizat Othman, seorang calon yang bermasalah dari Barisan Nasional.

Ustadz Mohd Salleh Man diakui sendiri oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Lim Guan Eng sebagai calon yang bersih dan berkelayakan serta boleh melaksanakan tugasnya dengan baik.

Berbanding dengan calon Barisan Nasional dimana sebelum ini, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah menyatakan "tak boleh ada pekung di dada", yang ditujukan kepada sesiapa yang berhasrat menjadi seorang ahli politik ataupun pemimpin, demikian lapor harakahdaily.

"Apabila ada sesuatu kesalahan dilakukan, tidak dapat tidak rakyat akan dapat tahu... kita tidak boleh sembunyikan.

"Sebab itu kalau hendak jadi ahli politik ataupun pemimpin, jangan terlibat dengan benda-benda yang tidak baik," katanya.

Sehari selepas kenyataan Dr Mahathir itu, muncul pula berita dalam sebuah akhbar tempatan yang melaporkan calon Barisan Nasional dalam pilihan raya kecil Permatang Pasir, Rohaizat Othman dipecat dari Majlis Peguam.

Prosiding pemecatannya dibuat di bawah Seksyen 103D Akta Akta Profession Guaman 1976. Seksyen tersebut melibatkan salah laku seseorang peguam.

"Kesalahan itu adalah tanggungannya sendiri dan tidak melibatkan orang lain kerana Rohaizat sendiri yang dinamakan oleh pihak pengadu dan bukan rakannya.

"Rohaizat dipecat pada 7 Mac tahun lalu dan beliau mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Tinggi berikutan keputusan Majlis Peguam itu, di mana mahkamah juga menolak rayuannya pada 12 Ogos tahun ini," akhbar The Edge semalam melaporkan kenyataan Presiden Majlis Peguam, Ragunath Kesavan.

ImageRagunath berkata, kesalahan yang dilakukan itu melibatkan wang pemegang amanah Koperasi Pekebun Getah dan tidak ada akaun untuknya.

"Apabila lembaga menyiasat perkara ini dan perintah dibuat, tidak dipulangkan kepada pemegang amanah melibatkan wang berjumlah RM140,000.

"Walaupun anda membayarnya, tetapi kesalahan telah dilakukan dan ia merupakan kesalahan yang serius kerana ia melibatkan transaksi dengan wang pelanggan.

"Jika anda tidak bersalah, anda tidak akan didapati bersalah oleh ahli jawatankuasa disiplin dan tuduhan di bawah Seksyen 103D sama seperti salah laku jenayah," katanya lagi.

Laman web Majlis Peguam di bawah tajuk "Disciplinary Orders: January-March 2008" menyenaraikan nama Rohaizat sebagai salah seorang yang digugurkan dari majlis itu.

Apabila Ragunath menyebutkan "kesalahan yang serius" dan "sama seperti salah laku jenayah," persoalan yang timbul ialah adakah para pengundi di Permatang Pasir akan mengundi seseorang yang terdedah kepada tuduhan mempunyai pekung di dada?

Adalah dipercayai, isu pemecatan Rohaizat dari Majlis Peguam akan akan menjadi isu utama yang berpanjangan sepanjang pilihan raya kecil Permatang Pasir.

Satu lagi persoalan yang timbul ialah mengapa BN khususnya Umno membelakangkan ingatan Dr Mahathir dan berkeras mahu mencalonkan seseorang yang terdedah kepada tuduhan mempunyai pekung di dada?

Jika dalam pilihan raya kecil Kuala Terengganu, Dr Mahathir menyifatkan pemilihan Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh sebagai calon BN di dalam pilihan raya kecil itu sebagai "benar-benar pilihan yang sangat buruk," adakah Rohaizat "benar-benar pilihan yang sangat baik"?

PAS DULU DAN SEKARANG

Saya telah dijemput untuk menghadiri satu seminar anjuran PAS di Kota Bharu pada Sabtu lalu (15 Ogos). Terima kasih saya ucapkan kepada pimpinan PAS Kelantan kerana penghormatan dan kepercayaan yang diberikan kepada saya. Maklumlah sayalah orang yang menyaman kerajaan negeri pada suatu masa dulu berhubung soal hukum hudud. Namun sebagaimana yang pernah saya jelaskan dahulu, saman itu dibuat atas dasar perundangan dan Perlembagaan, dan tidak ada kena-mengena dengan agama. Kalau ingin tahu lebih lanjut hal itu, saya telah jelaskan dalam buku saya “Saya Pun Melayu”.

Yang menarik dalam seminar Sabtu lalu adalah perbincangannya berkisar hal-hal dalamam dan permasalahan parti yang diperkatakan secara terbuka. Itulah tanda keterbukaan PAS masa kini. Seminar itu diadakan di dewan Kelantan Trade Centre, sebuah bangunan canggih bertaraf 5 bintang, untuk membuat post-mortem keputusan pilihan raya kecil Manek Urai serta merangka perancangan kekuatan PAS di masa depan. Kalau dalam tahun 1990 dulu bila UMNO teruk, pemimpin mereka berkata PAS hanya dapat bertahan satu penggal saja. Kini terbukti PAS telah memerintah Kelantan selama lima penggal dan sekarang menguasai Kedah pula. PAS telah bertambah maju manakala UMNO bertambah tempang.

Di seminar itu, saya telah mencadangkan PAS supaya jangan berpuas hati sebagai parti orang Kelantan sahaja. PAS, sebagai rakan kongsi dalam Pakatan Rakyat, dan sekarang berkuasa di Kedah, harus befikir sebagai parti nasional. Putrajaya mesti menjadi sasaran PAS dan Pakatan Rakyat. Amatlah perlu PAS meneroka jalan baru dalam usahanya meluaskan pengaruh. Bukan saja intipati mesej politiknya perlu disampaikan dengan yang lebih canggih, pendekatan baru juga diperlukan supaya lebih ramai orang Melayu dan Islam menerimanya. PAS harus yakin bahawa ia adalah alternatif kepada UMNO untuk orang Melayu.

Pada masa yang sama, mesej politik PAS pula mestilah mendapat sokongan semua kaum, atau sekurang-kurangnya orang bukan Islam tidak menentang atau menolak PAS. PAS mesti memperjuangkan hak asasi maanusia atau ‘human rights” yang memangpun dituntut oleh Islam. PAS perlu menerima hakikat bahawa Malaysia ada lebih 100 suku kaum dan kepercayaan agama yang berbeza. Saya setuju dengann kata-kata YB Dato Nik Amar Abdullah, Timbalan Pesuruhjaya PAS II Kelantan, iaitu cara atau proses penyampaian sama pentingnya dengan dasar dan intiparti perjuangan parti. Kita mesti bulatkan kata. Jangan pula pepat di luar, pencong di dalam.

Walau pun sudah banyak perubahan dalam PAS hari ini berbanding tahun-tahun 1990an dahulu, masih ada segolongan kecil pemimpin mereka yang was-was tentang cita-cita parti lain dalam Pakatan Rakyat. Mungkin ada juga parti lain dalam Pakatan yang turut syak wasangka terhadap PAS. Ini mesti berubah dan perlu diatasi oleh pucuk pimpinan Pakatan. Hanya kekuatan muafakat sebenar dari ketiga-tiga parti Pakatan ini mampu mengatasi Barisan Nasional.

Kita tahu UMNO akan sentiasa mempermainkan cita-cita kita dalam Pakatan kerana memang tabiat mereka suka memperlekehkan keupayaan orang lain. Bukan sahaja Pakatan, malah orang Melayu dan Islam yang mereka tak suka juga mereka hina dan jatuhkan maruah. Tetapi itu tidak mengapa. Gabungan PAS, KeADILan dan DAP serta parti parti lain di Sabah dan Sarawak mampu mengatasi BN jika pilihan raya yang bersih dan adil dapat diadakan. Syaratnya kita mesti teguh bersatu. Ketiga-tiga parti Pakatan ini tahu bahawa mereka hanya mampu mengatasi BN dengan dasar yang kukuh dan kemas yang dicapai secara perundingan dan konsensus serta boleh dipercayai oleh rakyat semua kaum.Menjadi rakan hanya untuk membantu dalam masa berkempen pilihan raya tidak cukup. Kita harus menjadi sahabat dan saudara seperjuangan untuk memastikan berakhirnya era ketidakadilan UMNO dan BN.

Pucuk pimpinan ketiga-tiga parti ini sudah pun bersetuju dengan prinsip-prinsip utama perjuangan Pakatan Rakyat. Cuma huraian yang terperinci perlu dibuat di atas platform dan dasar bersama ini. Jika ini dapat dipenuhi dengan isi yang memuaskan, maka proses untuk mendaftarkan Pakatan Rakyat sebagai satu gagasan atau wadah rasmi akan berjaya tidak lama lagi. Sebagaimana yang saya katakan sebelum ini, apa-apa isu remeh dan salah faham sesama pemimpin dan ahli perlu diselesaikan segera. Rakyat pula diharap bersabar dengan proses ini. Saya yakin jika rakyat dapat menanggung sengsara UMNO dan BN lebih 50 tahun, apa salahnya diberi peluang untuk Pakatan bersiap sedia mengharungi badai politik. InsyaAllah hasrat rakyat melihat Pakatan bersatu melawan BN satu lawan satu akan tercapai juga akhirnya.

sumber : http://myzaidibrahim.wordpress.com/

Gambar sekitar Hari Penamaan Calon-Permatang Pasir..

dsc00452

dsc00460

dsc00461

dsc00472

dsc00491

dsc00497

dsc004781
Para pimpinan PR yang tiba awal berkumpul dijalan masuk terlebih dahulu sebelum mereka berarak masuk ke dalam Pusat Penamaan calon.

Perarakan masuk calon ke Pusat penamaan diiringi oleh Tan Sri khalid Ibrahim,Dato Seri Nizar,Yb Salahuddin Ayub,Yb Mansor Othman,Yb Mahfuz Omar dan beberapa lagi pimpinan yang lain.Kehadiran para penyokong turut mengiringi barisan Calon dan Pimpinan.

Antara pimpinan yang tiba selepas itu ialah Dato Seri Anwar ibrahim,Tuan Guru Haji Hadi,Yb Lim Guan Eng dan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Umno sukar teruskan momentum Manek Urai di Permatang Pasir

Dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Manek Urai di Kelantan Julai lalu, PAS berdepan kejutan apabila menang dengan hanya 65 undi mengatasi Umno, parti yang semakin terjejas popularitinya sejak Pilihan Raya Umum ke-12 lebih setahun lalu.

Majoriti tipis itu dilihat sebagai signifikan kepada parti pemerintah kerana memberi gambaran momentum Pilihan Raya Umum ke-12 yang semakin lemah dan menunjukkan implikasi pergeseran dalaman PAS.

Kejutan itu menjadikan Umno bersemangat untuk meneruskan dan mendapatkan hasil daripada momentum Manek Urai itu, menggugat kawasan tunggal PAS di Pulau Pinang yang kini ditandingi Pesuruhjaya PAS Negeri, Mohd Salleh Man.

Tambahan pula, sentimen Melayu yang dimainkan dengan agresif melalui akhbar dikuasainya sejak sekurang-kurangnya kejatuhan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak dilihat mula menampakkan sedikit kesan.

Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini menyatakan keyakinan untuk Umno menggugat kekuatan PAS di Permatang Pasir, sama seperti yang dilakukan di Manek Urai.

Dalam pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang di Perak, undi Melayu untuk Umno meningkat walaupun jumlahnya tidak cukup untuk menambahkan dengan signifikan undi Umno disebabkan jumlah pengundi Cina yang besar dan memberi sokongan kepada PAS yang diwakili Mohammad Nizar Jamaluddin.

Terbaharu, pertikaian di Selangor menjadi tumpuan media pro-Umno. Pergeseran melibatkan PAS dan DAP diperlihatkan sebagai peminggiran kepentingan Melayu di negeri itu dan menjadi senjata penting Umno di negeri itu dalam usaha merampas kembali negeri pusat ekonomi negara itu.

Di Permatang Pasir, apa yang berlaku di Manek Urai itu masih diingati dan bakal mencorakkan kerja-kerja di kawasan pilihan raya ini.

Naib Presiden, Salahuddin Ayub mengakui PAS perlu mengambil pelajaran daripada Manek Urai.

"Kita mengambil pengajaran daripada pilihan raya kecil Manek Urai, dan ini akan mendorong petugas kita bekerja dengan lebih keras lagi, katanya ketika ditemui Harakahdaily selepas menghadiri penamaan calon di sini.

Beliau turut melahirkan kebimbangan terhadap pelbagai tawaran dan janji yang bakal dibuat oleh parti pemerintah, strategi yang menyumbang kepada peningkatan undi Umno di Manek Urai.

ImageTawaran membina jambatan di Manek Urai dinilai sebagai satu isu yang memberi kelebihan kepada Umno. Umno dijangka membawa lagi isu pembangunan dan isu Melayu untuk menarik pengundi Melayu di Permatang Pasir.

Pada masa sama, Umno turut meningkatkan serangan kepada Mursyidul Am, Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, mendakwa beliau membela DAP yang menghina Islam.

Walau bagaimanapun, menurut Dr Zulkanain Abdul Rahman, anggota kumpulan penyelidik politik dan pilihan raya dari Universiti Malaya, kawasan pengundi bercampur di Permatang Pasir menyukarkan misi Umno mengulangi peningkatan undi besar di Manek Urai.

Apa yang saya lihat, ada beberapa perbezaan ketara antara Permatang Pasir dengan Manek Urai. Pertama, tidak seperti peratus pengundi Melayu sebanyak 99 peratus di Manek Urai, Permatang Pasir ialah kawasan pengundi bercampur, kata Zulkanain ketika dihubungi Harakahdaily.

Menurut Zulkanain lagi, pilihan pengundi bukan Melayu sekitar 25 peratus di Permatang Pasir itu nanti akan mencerminkan penerimaan mereka terhadap Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Razak.

Pentadbiran Najib telah melaksanakan beberapa langkah yang dilihat bermatlamat memenangi hati pengundi bukan Melayu, seperti liberalisasi dalam sektor ekonomi dan pelancaran Amanah Saham Satu Malaysia.

Mengulas peluang Umno pula, Zulkanain berkata, sejak penamaan calon lagi, isyarat yang negatif terhadap Umno telah mula kelihatan.

"Pada masa penamaan calon, banyak bantahan dikemukakan terhadap calon Barisan Nasional, Rohaizat Othman. Ini satu pukulan kepada Umno.

"Saya melihat, apabila calon dengan latar belakang bermasalah diketengahkan, ia memberi gambaran seolah-olah Umno kekurangan calon," jelas Zulkanain.

Beliau menjangkakan Umno akan bersikap defensif dalam dua hingga tiga hari seterusnya dengan cuba menjelaskan kelebihan calon mereka.

"Ini telahpun kelihatan apabila pada sebelah petang hari pencalonan, Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Pengerusi Perhubungan Umno Pulau Pinang dalam satu ucapannya membuat penjelasan tentang calon yang mereka letakkan,"ulasnya.

PAS umumnya kelihatan yakin dan kurang bimbang dengan kempen Umno menggunakan isu Melayu itu, disebabkan kedudukan kawasan ini sebagai kubu kuat PAS di Pulau Pinang, yang kawasan parlimennya dimenangi ketua pembangkang Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Kedua-dua Dato' Mohd Hamdan Abdul Rahman dan Anwar memenangi kawasan masing-masing di kubu Pakatan Rakyat itu dengan undi yang lebih besar, meningkat berbanding pilihan raya sebelumnya.

Permatang Pasir telah menjadi tumpuan PAS sejak lebih 10 tahun lalu, dengan jumlah pengundi yang besar dan wakil rakyat yang disenangi penduduk tempatan.

Mohamad Sabu, Timbalan Pesuruhjaya 2 Pulau Pinang menunjukkan keyakinan PAS akan mengekalkan kerusi Permatang Pasir.

"Saya yakin PAS akan menang. Ini kerana masyarakat di sini ialah masyarakat yang bermaklumat, yang mungkin disebabkan pilihan raya yang kerap diadakan di sini, dan imej kerajaan Pakatan Rakyat yang baik, katanya kepada Harakahdaily.

"Pengundi-pengundi di sini tidak ada masalah untuk memberi sokongan kepada Pakatan. Orang Cina juga saya yakin akan memberi undi kepada PAS, tambahnya lagi.

Semasa hari pencalonan semalam,calon Pakatan Rakyat dari PAS, Ustaz Mohd Salleh Man akan bertembung satu lawan satu dengan calon Barisan Nasional dari Umno, Rohaizat Othman,

Nama kedua-dua mereka disahkan sebagai calon selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menolak 15 bantahan yang dibuat terhadap mereka.

Usaha seorang pakar motivasi Kamarul Ramizu Idris, yang pernah bertanding di Bukit Gantang dan Penanti untuk menjadi calon tidak kesampaian apabila beliau terlambat menghantar kertas pencalonan melebihi masa yang ditetapkan iaitu sebelum jam 10 pagi.

Calon UMNO penyamun RM 140 000?

LOYAR BURUK DENGAN KES 140,000 RINGGIT

Mengikut Ragunath Kasavan President Majlis Peguam Rohaizat Othman yang menjadi calon BN bukanlah seorang peguam. Rohaizat telah dinafikan haknya untuk menjadi peguam kerana ada kes penyelewangan 140,000 ringgit.

Duit 140,000 ringgit ini adalah duit Koperasi Pekebun Getah.

Kesalahan ini jatuh dalam Bahagian 103D Akta Guaman 1976 tentang salah laku dan tindak tanduk peguam.

Hak Rohaizat untuk menjalankan kerja guman telah dibatalkan semenjak 7 March 2008.

Rohaizat telah merayu ke atas keputusan Majlis Peguam di Mahkamah Tinggi pada 12 Ogos lalu. Rayuan Rihaizat telah ditolak.

Menurut Presiden Majlis Peguam – tuduhan salah dari Koperasi Pekebun Getah ini ditujukan kepada Rohaizat dan bukan kepada rakan dari syarikat guaman mereka.

Menurut Ragunath duit 140,000 ringgit ini lesap. Tidak ada rekod wang ini dipulangkan kembali kepada tuan empunya. Kalau pun telah dibayar kembali kesalahan jenayah telah dilakukan terhadap anak guaman.

RUPA RUPA NYA ADA KES SONGLAP

PILIH PUNYA PILIH TERPILIH LOYAR BURUK…

INI BETUL BETUL KES LOYAR BURUK….

MACAM MANA NAK JADI PEMIMPIN….



Nota:
Fakta ini tidak akan dilaporkan
oleh media Melayu arus perdana.
Media melayu arus perdana hanya
ingin membodohkan orang melayu.

Ketua cawangan tak puas hati pemilihan Rohaizat?

Selepas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pemilihan Rohaizat Othman sebagai calon BN bagi pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir Jumaat lalu, kira-kira 65 peratus ketua Umno cawangan serta ketua Pemuda cawangan di DUN tersebut berkumpul di sebuah kedai makan, kerana tidak puas hati dengan pemilihan Rohaizat.

Menurut satu sumber, ini kerana mereka mengharapkan ketua Pemuda Umno bahagian Permatang Pauh, Mohd Zaidi Mohd Said - yang mesra dipanggil "cikgu" - akan dicalonkan bertanding dalam pilihanraya kecil tersebut.

Kata sumber yang turut hadir dalam perhimpunan tersebut, Mohd Zaidi terpaksa mententeramkan mereka yang tidak berpuas hati dan menasihatkan mereka supaya bertenang.

"Bekas guru itu turut berkata kepada mereka bahawa beliau masih lagi berpeluang untuk menjadi calon pada masa akan datang," kata sumber itu lagi.

Sehubungan itu, kata sumber itu, Mohd Zaidi menasihatkan penyokongnya agar tidak mementingkan diri sendiri tetapi perlu menjaga kepentingan parti.

Mengulas lanjut, sumber itu berkata, sekiranya Mohd Zaidi menjadi calon, beliau dijangka mendapat menarik kembali sokongan pengundi Cina seramai kira-kira 5,400 orang di Permatang Pasir serta pengundi atas pagar.

Katanya, dalam pilihan raya umum lalu, dianggarkan sebahagian besar pengundi Cina itu menyokong calon, Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman untuk membolehkannya menang majoriti lebih 5,000 undi.

DUN berkenaan mempunyai 20,290 pengundi dan satu undi pos, dengan 72.36 peratus pengundi Melayu, 25.85 peratus Cina, 1.63 peratus India dan 0.16 peratus lain-lain.

Umno pula mempunyai 24 cawangan di Permatang Pasir.

Sumber itu berkata, Mohd Zaidi disenangi pelbagai pihak termasuk dari kalangan pengundi bukan Melayu kerana beliau bekas guru manakala bapanya pula memang rapat dengan pengundi Cina di situ.

Menurut sumber itu lagi, ketua-ketua cawanga dan ketua Pemuda cawangan berkenaan percaya BN mempunyai peluang untuk memenangi kerusi tersebut sekiranya mendapat sokongan padu daripada pengundi bukan Melayu, khususnya kaum Cina.

"Kerana itulah mereka mengharapkan Cikgu Mohd Zaidi (kanan) yang dipilih sebagai calon BN untuk bertanding dalam pilihan raya kecil DUN Permatang Pauh kali ini," katanya.

Malah, katanya, apabila Muhyiddin mengumumkan nama Rohaizat terdapat penyokong BN dari kalangan kaum Cina yang kelihatan terkejut kerana mereka juga menyangka Mohd Zaidi yang akan dipilih.

"Ada yang bertanya-tanya'apa sudah jadi'...," katanya lagi.

Sumber itu bagaimanapun enggan mengulas lanjut apabila ditanya peluang Rohaizat dalam pilihanraya kecil itu pada 25 Ogos depan.

Bagaimanapun, katanya, kelmarin, Mohd Zaidi telah menemui ketua bahagian Umno Permatang Pauh, Datuk Abdul Jalil Abdul Majid bahawa beliau akan menyokong Rohaizat sebagai calon BN di situ.

Mungkinkah UMNO Tersilap Kira Kali Ini Dengan Memainkan Sentimen Perkauman?

Sumber: TheRockNews
Penulis: Zheng Qi Qiang
Tajuk: Mungkinkah UMNO Tersilap Kira Kali Ini Dengan Memainkan Sentimen Perkauman?


Walaupun PM Najib melabelkan beliau adalah Perdana Menteri untuk semua kaum dengan melancarkan slogan 1Malaysia serta melawati tempat-tempat yang terkenal dengan ciri-ciri bangsa tertentu, namum timbalannya Muhyiddin Yassin dan UTUSAN tidak teragak-agak untuk memainkan isu perkauman.

tindakan UMNO ini akan memanfaatkan Pakatan Rakyat namum PAS tidak harus dipengaruhi UMNO dengan mengambil langkah yang sama dengan UMNO kerana ia akan turut akan merosakkan sokongan terhadap PAS.


巫统主席纳吉虽然在推出一个马来西亚的口号后,不停地走访各族群节庆,来显示他的全民性,但巫统署理主席慕尤丁与巫统喉舌《马来西亚前锋报》从来没有停止鼓动马来人情绪的话语。

巫统虽然这个做法是会让民联得益,但回教党领袖必须拥有一定的政治智慧,千万不要跟随巫统的步调起舞,因为最后受伤害的将会是自己,而不是巫统。



Mungkinkah UMNO Tersilap Kira Kali Ini?

Walaupun PM Najib melabelkan beliau adalah Perdana Menteri untuk semua kaum dengan melancarkan slogan 1Malaysia serta melawati tempat-tempat yang terkenal dengan ciri-ciri bangsa tertentu, namum timbalannya Muhyiddin Yassin dan UTUSAN tidak teragak-agak untuk memainkan isu perkauman.

Menurut TheMalaysianInsider, Pengerusi Gerakan, Koh Tsu Koon pernah berkata dalam Mesyuarat Barisan Nasional bahawa laporan UTUSAN kebelakangan ini menimbulkan banyak masalah terutamanya dalam hal perhubungan kaum.

Tetapi Muhyiddin berkata, UTUSAN membuat laporan sebegini adalah kerana UTUSAN merasakan kedudukan Melayu semakin tergugat dengan rayuan Bukan Melayu yang semakin melampau.

Pendirian Muhyiddin telah ditentang segelintir pemimpin Barisan Nasional kerana menggangap UMNO perlulah memperjuangkan Rakyat Malaysia bukan hanya untuk bangsa tertentu sahaja.

Namun, melaui percakapan pemimpin UMNO dan laporan surat akhbar kebelakangan ini menunjukkan UMNO berhasrat untuk menarik semula sokongan orang melayu kembali ke UMNO dengan memainkan sentimen Melayu, ini termasuklah dengan memansuhkan pembelajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris.

Editor Siasah berpendapat langkah UMNO untuk memainkan sentimen Melayu adalah langkah yang silap kerana pada pilihan raya yang lepas, UMNO tidak banyak kehilangan sokongan orang Melayu, apa yang sebenarnya berlaku ialah kemerosotan teruk sokongan bukan Melayu terhadapnya.


UMNO berpendapat, mereka sekarang perlu menarik sokongan Melayu kepada PAS kembali ke UMNO, tapi itu adalah strategi yang salah kerana pada pilihan raya yang lepas, UMNO tidak banyak kehilangan sokongan orang Melayu, apa yang sebenarnya berlaku ialah sokongan bukan Melayu terhadap parti komponen mereka telah merosot.

Apa yang UMNO perlu buat sekarang bukannya menyerang kawasan majoriti Melayu kerana perbuatan sekarang hanya akan menyebabkan mereka kehilangan lebih banyak undi bukan Melayu.

Beliau juga berpendapat, parti komponen Barisan harus mengetahui sifat sebenar UMNO dimana UMNO hanya mementingkan diri sendiri walaupun tindakannya mungkin menyebabkan sokongan rakyat terhadap parti komponen mereka merosot. Maknanya mereka harus mengambil keputusan untuk meninggalkan UMNO supaya memaksa UMNO berubah. Mereka tidak perlu risau setelah meninggalkan BN bermakna mereka harus menyertai Pakatan, mereka boleh mengambil langkah iaitu setelah UMNO berubah, mereka boleh kembali bersama UMNO.

Bekas Editor Harakah juga berpendapat, tindakan UMNO ini akan memanfaatkan Pakatan Rakyat namum PAS tidak harus dipengaruhi UMNO dengan mengambil langkah yang sama dengan UMNO kerana ia akan turut akan merosakkan sokongan terhadap PAS.

Ong Jing Huat pula berpendapat, UMNO kini bermuka dua, pemimpin sebelah Muhyiddin sibuk menarik sokongan Melayu manakala pemimpin sebelah Najib pula menarik sokongan bukan Melayu.


Beliau berpendapat tindakan UMNO untuk memainkan isu perkauman adalah untuk menarik sokongan Melayu terhadap Pakatan Rakyat kerana pada pandangan mereka, sekiranya mereka tidak boleh mempertahankan 40% sokongan Melayu dan 75% sokongan bukan Melayu maka mereka tidak dapat memenangi separuh daripada kerusi di Semenanjung lalu menyebabkan mereka gagal memerintah.

Oleh itu, apa yang mereka buat sekarang adalah untuk memastikan sokongan 40% Melayu kepada mereka supaya mereka boleh memerintah dengan sokongan tersebut. Tapi sekiranya UMNO tidak dapat memastikan 40% sokongan Melayu malah kehilangan 75% sokongan Bukan Melayu, maka UMNO mungkin tersilap kira kali ini.

Zheng Qi Qiang
http://www.therocknews.com/dama/local/6862.html

Semua Ini Dalam Perancangan Mereka | 政治战线在延烧

Sumber: SinChew Daily
Penulis: Ling Lui Yan
Tajuk: Permainan Politik Kini Membara





Punca Barisan Nasional menekan Pakatan Rakyat adalah supaya mereka tidak mempunyai peluang dan masa untuk bermainkan isu rampasan kuasa Perak dan sebagainya. Mereka juga mahu Pakatan Rakyat mengalami perpecahan. Namum, kesemua perancangan ini telah terganggu apabila berlakunya kes Teoh Beng Hock, menyebabkan Pakatan Rakyat kini dapat menggunakan isu Teoh untuk membalas balik. Barisan Nasional kini pula bertukar perancangan dengan melabelkan DAP sebagai parti yang anti Islam dan anti Kerabat Diraja dan Anwar pula dilabelkan sebagai pengkhianat bangsa.

国阵的如意算盘是要通过压力,来迫使 民联手忙脚乱,没有时间去搞霹雳州课题及各种政治宣传,最好的结果是民联分裂、瓦解。反贪污委员会的调查是第一步,不料发生赵明福案件,让民联有了反击的 政治筹码,因此国阵把策略焦点转到向民联贴标签。行动党被指责是“反回教和王室”,而安华则是“马来人的叛徒”。




Semua Ini Dalam Perancangan Mereka

Selepas Pilihan Raya 3 March 2008, pertarungan antara Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat tidak pernah berhenti, dari isu rampasan kuasa Perak, Kerajaan Perpaduan PAS-UMNO, hinggalah ke penyiasatan terhadap ADUN Selangor oleh SPRM. Kini satu lagi isu bakal membara.

Barisan Nasional menekan Pakatan Rakyat supaya mereka boleh memperolehi kemenangan pertama dalam pertarungan mereka di Pantai Barat Semenanjung.

Punca Barisan Nasional menekan Pakatan Rakyat adalah supaya mereka tidak mempunyai peluang dan masa untuk bermainkan isu rampasan kuasa Perak dan sebagainya. Mereka juga mahu Pakatan Rakyat mengalami perpecahan. Namum, kesemua perancangan ini telah terganggu apabila berlakunya kes Teoh Beng Hock, menyebabkan Pakatan Rakyat kini dapat menggunakan isu Teoh untuk membalas balik. Barisan Nasional kini pula bertukar perancangan dengan melabelkan DAP sebagai parti yang anti Islam dan anti Kerabat Diraja dan Anwar pula dilabelkan sebagai pengkhianat bangsa.


Utusan Malaysia pada 15 Ogos pernah mewawancara Tun Mahathir dalam tajuk "Barat tidak pernah lupa untuk menjajah Malaysia". Dalam wawancara itu mereka melabelkan pembangkang terutamanya Anwar mempunyai hubungan yang baik dengan Barat, dan Barat menggunakan langkah demontrasi jalanan untuk menjatuhkan kerajaan sekarang, mereka turut berkata Barat telah mencampuri isu dalaman Malaysia, tetapi sebenarnya tujuan wawancara itu adalah untuk mendapatkan kembali sokongan golongan Melayu kepada UMNO dengan mengukuhkan fakta Anwar dipergunakan oleh Barat.

Pilihan kecil Permatang Pasir semakin dekat, pertarungan mereka menular menjadi lebih hebat, dan sekiranya SPRM meneruskan penyiasatan, maka akan muncul lagi isu hangat di Malaysia.

Kesemua ini adalah dalam kawalan Barisan Nasional, tetapi Krisis antara Ong tee Keat dan Tiong King Sing (Isu Pelabuhan Klang) adalah krisis yang tidak mahu dilihat oleh mereka.

Saya percaya krisis ini akan diselesaikan dengan cepat supaya isu ini tidak digunapakai oleh Pakatan untuk menyerang Barisan Nasional, krisis ini mesti diselesaikan pada hujung tahun ini, kerana Barisan juga tidak mahu menghadapi Pilihan Raya dengan MCA yang mengalami perpecahan.

Selepas Pilihan Raya 3 March 2008, rakyat semakin pandai menilai taktik politik yang dimainkan mereka ini, tapi apa yang tidak dijangka oleh Rakyat ialah permainan mereka kali ini telah menjangkaui batasan yang begitu luas sekali. Kepandaian pengundi untuk menilai sesuatu isu akan menentukan tahap politik Malaysia sama ada mara ke hadapan atau mundur ke belakang.

Tetapi mereka (pemimpin politik) telah lupa bahawa masih banyak lagi isu yang hendak diselesaikan, terutamanya krisis ekonomi negara, H1N1.

Rakyat mesti memberitahu mereka bahawa kita telah marah dengan pertarungan mereka lalu melupakan tugas utama pemimpin politik adalah untuk menjaga kepentingan Rakyat.

Ling Lui Yan
http://opinions.sinchew-i.com/taxonomy/term/19



政治战线在延烧

308大选过后,国阵和民联的对抗从来没有停止过,从霹雳州变天、回教党和巫统会谈到雪州议员被反贪污委员会调查,让人眼花撩乱,最近又开了新的战线。

新战线是国阵试图利用舆论、全面向民联施压,希望利用这种策略在柏玛当巴西州议席补选中取得西马第一场胜利。


国 阵的如意算盘是要通过压力,来迫使民联手忙脚乱,没有时间去搞霹雳州课题及各种政治宣传,最好的结果是民联分裂、瓦解。反贪污委员会的调查是第一步,不料 发生赵明福案件,让民联有了反击的政治筹码,因此国阵把策略焦点转到向民联贴标签。行动党被指责是“反回教和王室”,而安华则是“马来人的叛徒”。

马 来西亚前锋报周六(8月15日)专访前首相马哈迪,主题是“西方还未放弃殖民大马”,内容大略是:反对党特别是安华和西方关系良好,一些人不自觉成为叛 徒;西方国家试图利用街头示威来更换政府。以这种趋势来看,一些人可能炒作西方干预大马政治的课题,目的是极力争取更多的马来票。

柏玛当巴西补选的到来,让这种政治攻击更加激烈,而补选过后,反贪污委员会恢复调查,恐怕又将引爆新的政治课题。

这一条国阵开辟的新战线,看来一切按照计划进行,不过有另一条国阵预想不到的新战线也同时点燃,即翁诗杰和张庆信的“政治捐款风波”。

相信国阵领袖不会让“翁张战线”持续延烧,以免民联有机会利用翁张的互相攻讦,对国阵进行反击,因此翁张风波可能在年底之前就必须解决;国阵也不希望看到以一个分裂的马华来面对大选。

人民经历了那么多次的政治动荡和308政治海啸,对于这些政治花招已经很熟悉,但是没有预料到的是这次涉及的范围和机构如此之广泛,但人民应该有智慧进行分析、辨认是非。人民的政治成熟程度也将决定国家政治是上升,还是沉沦。


不过,越来越多政治战线延烧,政治人物将把注意力放在政治上,忽略了国家更重大的课题,特别是振兴经济、防堵H1N1流感;人命比权位更加重要,太多的政治将带来人祸。

人们必须通过各种管道告诉政治人物:我们厌倦了政治恶斗,请专注于工作上,真正落实“以民为本”的政治理念。

林瑞源
http://opinions.sinchew-i.com/taxonomy/term/19

Amal 'politik dajal', Umno-BN perlu disingkirkan


Umno-BN sentiasa mengamalkan 'Politik Dajal' dalam usaha mengekalkan kekuasan memerintah negara.

Image

"Lantaran itu kita wajib menyingkir mereka walaupun penyakit itu sudah lama melanda negara kita,"kata Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ketika menyampaikan ceramah di Markas Permatang Luar di sini semalam.

Katanya, jika mereka terus diberi kuasa, politik seperti ini akan tetap diamalkan kerana pada mereka inilah cara terbaik lagi halal untuk mengaburi mata rakyat.

"Politik Dajal ini ialah mengutamakan sahabat handai dan kaum keluarga dalam usaha mereka menyalurkan kekayaan negara dan pelbagai kemudahan,"katanya.

Dalam kes Pulau Pinang, katanya, sejak berpuluh tahun BN memerintah yang sebelumnya Perikatan, apa wakil Umno buat untuk menyenangkan orang Melayu.

"Wakil Umno dalam Dewan Undangan Negeri mengatasi wakil dari Gerakan dan MCA juga MIC. Cakap saja nak tolong orang Melayu. Bohong saja,"katanya.

Sementara itu di tempat yang sama, Ketua Dewan Ulama PAS, Dato' Haron Taib sependapat dengan Dato' Seri Hadi bahawa Umno senantiasa membodoh-bodoh rakyat.

"Mereka sering menggula-gula rakyat (Melayu) dengan pelbagai tawaran yang kononnya merekalah (Umno) yang hanya mampu mentadbir negara dan menyalur segala harta kekayaan,"katanya.

Ingat, katanya, "kita jangan sekali-kali terperangkap dengan dakwaan mereka lagi.

"Mari kita nyahkan mereka segera dan jadikan Pilihan raya Permatang Pasir sebagai medan awal untuk meruntuh kekuasaan Umno-BN pada pilihan raya kebangsaan akan datang,"katanya kepada lebih dua ribu orang yang hadir mendengar ceramah di sini.

Semasa hari pencalonan semalam,calon Pakatan Rakyat dari PAS, Ustaz Mohd Salleh Man akan bertembung satu lawan satu dengan calon Barisan Nasional dari Umno, Rohaizat Othman,

Nama kedua-dua mereka disahkan sebagai calon selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menolak 15 bantahan yang dibuat terhadap mereka.

Usaha seorang pakar motivasi Kamarul Ramizu Idris, yang pernah bertanding di Bukit Gantang dan Penanti untuk menjadi calon tidak kesampaian apabila beliau terlambat menghantar kertas pencalonan melebihi masa yang ditetapkan iaitu sebelum jam 10 pagi.

Pilihan raya kecil Permatang Pasir diadakan setelah Adunnya, Dato' Mohd Hamdan Abdul Rahman (PAS) meninggal dunia pada 31 Julai lepas.

Gambar-Gambar Penamaan calon Permatang Pasir

Segak dan bergaya calon kita Ustaz Salleh Man.
Penyokong cilik comel PAS menceriakan suasana.

Sya Reformis.

Penyokong dan pendokong Pakatan Rakyat


Pimpinan Pakatan rakyat yang mengiringi calon PAS Ustaz Salleh Man

b-end dok jauh sangat...nape takut ke...

Bandingkan lah..Pakatan Rakyat dengan b-end. Tapi TV3 kata Pakatan Rakyat 2 ribu saja

Lim Guan Eng turut hadir

Dari kanan Shamsul Iskandar, Amer Ghazali, Latiff dan Jet Perlis.

Presiden PAS Tuan Guru YB Dato' Seri Ustaz Hadi Awang.

YB Nik Nazmi turut hadir.

Yb Dr Mujahid Yusof Rawa, Ahli Parlimen Parit Buntar.

YB Ustaz Makhtar Adun Sg Bakap pemimpin yang bermaruah. Antara jawatan dan maruah, jangan jadi manusia gila jawatan hingga sanggup gadaikan maruah. Jangan ludah lepas itu jilat semula.

Sahabat saya dari Teluk Kumbar. Jentera PAS yang saya kenang dan tidak dapat balas jasa mereka sewaktu saya bertanding di DUN Bayan Lepas pada tahun 2004. Semoga Allah membalas jasa anda semua. Takbir.

Penyokong PAS kreatif.

Pentas bergerak Pakatan Rakyat.

Zulkifli Lazim bergaya dengan baju terbaru prk Permatang Pasir

Yb Tian Chua memberi ucapan semangat setelah YB Gobalakrisnan dipukul dan ditendang serta terus ditangkap dan di bawa ke Hospital Bukit Mertajam.



* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat