Isnin, 17 Ogos 2009

KHAS : GOBALA DI KASARI SIRI 4..(VIDEO)


( SILA KLIK TAJUK : VIDEO )

KHAS : GOBALA DI KASARI SIRI 3..(VIDEO)


( SILA KLIK TAJUK : VIDEO )

KHAS : GOBALA DI KASARI SIRI 2..(VIDEO)


( SILA KLIK TAJUK: VIDEO)

KHAS : GOBALA DI KASARI SIRI 1..(VIDEO)


(SILA KLIK TAJUK :- VIDEO)

UMNO Tenggelam di hari Penamaan Calon

dsc00435


dsc00438

dsc00440dsc00450

Penamaan Calon berjalan lancar pagi ini. Diantara yang hadir ialah Tan Sri Khalid, Mustafa Ali, DS Nizar, Mat Sabu.

Calon-calon sudah memasuki Pusat Penamaan Calon di IKBN sebentar tadi. Tidak dapat dipastikan berapa ramai jumlah penyokong BN disebelah sana.

Penyokong-penyokong Pakatan dianggarkan berjumlah seramai 5,000 orang.

BN awal-awal lagi kecundang iaitu pada hari penamaan calon hari ini. Beberapa fakta yang dapat dilihat hari ini di mana BN jelas tidak bersemangat untuk merampas kerusi PR di DUN Permatang Pasir ini.

1) Jumlah penyokong BN yang hadir mengiringi calon mereka hanyalah kira-kira 1,000 orang malah ada yang menaksirkan bahawa hanya kira-kira 800 orang berbanding penyokong PR yang berjumlah kira-kira 8,000 orang.

2) Presiden Umno dan pimpinan BN yang lain tidak hadir mengiringi calon mereka sedangkan di pihak PR semua pimpinan utama hadir. Ini melambangkan kesepaduan gerakerja dan fikiran lebih mantap dalam PR

3) Pemilihan calon BN yang tidak tepat menyebabkan ramai penyokong Umno/BN tidak mahu berkerja bersungguh-sungguh. Malah calon BN juga menghadapi masalah dalam kerjayanya apabila di senarai hitam oleh Bar Council.

4) Perbalahan dalam Umno Bahagian Permatang Pauh masih belum reda sehingga menjejaskan perpaduan dan gerakerja pilihanraya DUN Permatang Pasir ini. Ianya jelas terbukti apabila tidak ramai penyokong yang mengiringi calon BN pagi ini. (mutaligat)

Gobala ditahan, didakwa timbul kekecohan...!!

Polis menahan ahli parlimen Padang Serai N Gobalakrishnan membantu siasatan kerana didakwa mencetuskan kekecohan di kawasan pusat penamaan calon bagi pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di Bukit Mertajam pagi ini.

Menurut Ketua Polis Negeri Datuk Ayob Yaakob, dalam insiden jam 11.30 pagi itu, ahli Majlis Tertinggi PKR itu telah mencetuskan kekecohan apabila mengingkari arahan polis supaya tidak menggunakan alat pembesar suara untuk melaungkan kata-kata berunsur provokasi, lapor Bernama.

Katanya setelah Gobalakrishnan ingkar dengan amaran polis sebanyak dua kali, seorang anggota polis menahannya tetapi beliau dan penyokongnya kemudian melawan anggota polis dan menyebabkan berlaku kekecohan.

Kekecohan itu membabitkan kira-kira 50 penyokong pakatan pembangkang yang cuba merempuh kawalan polis di pusat penamaan calon itu.

"Bagaimanapun kekecohan dapat dikawal oleh pasukan polis dan Gobalakrishnan yang mendakwa tangan kirinya patah dalam pergelutan dengan polis itu dibawa ke Hospital Bukit Mertajam dengan sebuah ambulans," kata Ayob.

Katanya terdapat juga anggota polis yang cedera dan dihantar ke hospital.

Sementara itu, sehingga jam 1.37 tengahari ini, Gobalakrishnan masih berada di Hospital Bukit Mertajam.

Seorang pemimpin AMK Pulau Pinang yang menemani Gobalakrishnan, memberitahu Malaysiakini bahawa urusan x-ray telahpun selesai.

Menurutnya, terdapat sekurang-kurangnya tujuh anggota polis di situ.

CALON PRK N11 PERMATANG PASIR...!!!


Calon Barisan Nasional, Rohaizat Othman (kanan) bersama calon Pas, Salleh Man menunjukkan isyarat bagus selepas pencalonan mereka bagi pilih raya kecil DUN Permatang Pasir disahkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di pusat penamaan calon di Bukit Mertajam, Pulau Pinang hari ini. Pilihan raya kecil DUN itu akan diadakan pada 25 Ogos ini.

SATU LAWAN SATU.... Calon PAS, Salleh Man (kiri) bersalaman dengan calon Barisan Nasional, Rohaizat Othman (kanan) selepas menyerahkan borang pencalonan masing-masing di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Bukit Mertajam di Pulau Pinang hari ini.

Penamaan Calon PRK Permatang Pasir Berjalan Lancar....... !! Tapi Gobala dikasari polis...????

http://www.buletinonline.net/images/stories/PRKPermatangPasir/penamaancalon.jpg

PERMATANG PAUH - Suasana hari penamaan calon bagi pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir yang berlangsung di Institut Kemahiran Belia Negara disini, hari ini, berjalan lancar sehingga lah pada saat-saat akhir, apabila Ahli Parlimen Padang Rengas P Gobalakrisnan di kasari oleh polis


Polis telah menahan Gobala dikatakan untuk membantu siasatan kerana didakwa mencetuskan kekecohan di kawasan pusat penamaan calon bagi pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di Bukit Mertajam pagi ini.

Ketua Polis Negeri Datuk Ayob Yaakob, sebagaimana di petik Bernama, dalam insiden jam 11.30 pagi itu, telah menuduh ahli Majlis Tertinggi PKR itu mencetuskan kekecohan kerana mengingkari arahan polis.

Polis menghalang Gobala menggunakan alat pembesar suara untuk melaungkan kata-kata berunsur provokasi.

Beliau juga menuduh Gobalakrishnan ingkar dengan amaran polis sebanyak dua kali, seorang anggota polis menahannya tetapi beliau dan penyokongnya kemudian melawan anggota polis dan menyebabkan berlaku kekecohan.

Kekecohan itu membabitkan kira-kira 50 penyokong pakatan pembangkang yang cuba merempuh kawalan polis di pusat penamaan calon itu.

Namun video yang dipaparkan dibawah ini telah membuktikan bahwa pihak polis telah mengasari N Gobalakrishnan

sumber buletin online