Jumaat, 14 Ogos 2009

DAP saman akhbar Utusan...! kasi muflis itu UTUSAN..!!!!



DAP akan mengambil tindakan mahkamah terhadap syarikat media yang memfitnah pemimpin parti itu berhubung isu agama Islam sehingga mencetuskan kontroversi.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata tindakan itu perlu berikutan terdapat beberapa syarikat media terutama akhbar Utusan Malaysia yang cuba memfitnah pemimpin DAP membabitkan isu agama sehingga menimbulkan rasa kurang senang masyarakat di negara ini.

“Saya telah arahkan pemimpin-pemimpin DAP yang terlibat untuk mengambil tindakan segera dengan menyaman media yang telah menfitnah mereka.

“DAP ditomah dan mereka (media) kata kita telah hina Islam sedangkan pemimpin parti tidak pernah persendakan mana-mana agama termasuk agama Islam,” katanya pada sidang akhbar di sini Jumaat.

Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata DAP menghormati semua agama di negara ini.

“Kita tidak mahu panjangkan isu ini nanti lagi banyak kenyataan yang menfitnah DAP, jadi kita jumpa saja di mahkamah,” katanya.

Sementara itu, Lim berkata kerajaan negeri mensasarkan dapat mengurangkan kos pengurusan sisa pepejal kira-kira RM33 juta bagi tempoh tiga tahun akan datang.

Ini berikutan kerajaan negeri telah menetapkan kadar baru bagi kontraktor yang terlibat dan ia merupakan satu penjimatan yang sangat besar, katanya tanpa menyatakan kadar berkenaan.~ BERNAMA

CALON-CALONNYA ADALAH..!!!

TANDING... Setiausaha Umno Bahagian Permatang Pauh, Rohaizat Othman (kanan) dipilih sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir. Manakala PAS meletakkan Pesuruhjaya Negeri, Salleh Man (kiri) sebagai saingan.

Ustaz Salleh calon PAS tanding DUN Permatang Pasir

SEBERANG PRAI: PAS mengumumkan Pesuruhjaya Pulau Pinang, Mohd. Salleh Man akan mewakili parti itu pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir minggu depan.

Salleh, 52, pernah bertanding kerusi Pinang Tunggal pada tahun 2004 dan Sungai Dua, Mac 2008.

Namanya diumumkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Permatang Pasir, Kg. Permatang Pasir dekat sini sebentar tadi.

Kerusi itu disandang oleh wakil PAS, Datuk Hamdan Abdul Rahman, yang telah meninggal dunia hujung bulan lalu.

Kira-kira lima jam terdahulu Barisan Nasional (BN) pula mengumumkan akan menurunkan Setiausaha Umno Bahagian Permatang Pauh, Rohaizat Othman.

Rohaizat, 38, merupakan penasihat undang-undang dan lulusan Universiti Islam Antarabangsa (UIA).

Beliau yang juga Ketua Pemuda Umno Cawangan Mengkuang, Bukit Mertajam, menyertai Umno pada 1996.

Pemilihan beliau diumumkan oleh Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Permatang Pasir dekat sini kira-kira 5.30 petang tadi.

"Setelah ambil kira pandangan semua pihak, calon yang paling layak, boleh diterima rakyat, setelah dibincang dengan (Perdana Menteri) Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak, yang kini berada di luar negara, didapati calon yang paling sesuai ialah Setiausaha Umno Permatang Pauh, Rohaizat Othman," kata beliau ketika mengumumkan nama calon dan melancarkan jentera BN di pusat gerakan induk BN di Bukit Merah, Permatang Pauh dekat sini petang ini.

Pilihan raya kecil bagi kerusi DUN Permatang Pasir dijangka menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara BN, PAS dan seorang calon Bebas.

Pakar motivasi, Kamarul Ramizu Idris, 42, telah menyuarakan hasratnya untuk bertanding dalam pilihan raya kecil itu.

Kemaluan Umno! Upah Blogger Umntul Lawan Pakatan Rakyat! Jadi ni skim siswazah menganggur la ni....??? hampeh UMNO@BN duit rakyat depa belasah..???

Oleh: addin_77

"Menurut sumber di percayai Kementerian Penerangan mengupah ratusan lepasan graduan universiti bagi menyerang pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat menerusi pelbagai laman blog dalam cubaan membina semula kredibiliti UMNO BN yang semakin terhakis. Angkatan ini diletakkan di bawah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) dan dikatakan dibayar imbuhan kira-kira RM 3,000 sebulan bagi memantau dan menangkis segala dakwaan dan tuntutan yang dianggap menjejaskan krediliti BN, kata-kata sumber rapat dengan JASA.


Mereka diberi kemudahan komputer dan internet dan misi utama ialah menyerang pimpinan Pakatan Rakyat melalui blog yang kononnya dibangunkan mereka secara peribadi. Tidak dapat dipastikan sama ada pasukan itu turut di tugaskan untuk menggodam blog dan laman web pro Pakatan Rakyat yang menjadi wadah maklumat alternatif rakyat Malaysia masa kini. Penubuhan pasukan bloggers tersebut di lihat sebagai tindakan terdesak UMNO menggunakan jentera kerajaan untuk berdepan dengan keluhan rakyat terhadap UMNO BN di alam maya.

Difahamkan satu daripada syarat utama bagi menyertai pasukan ini mestilah menjadi ahli UMNO terlebih dahulu. Menurut sumber, kira-kira 300 lepasan graduan menyertai pasukan blogger yang tak bermaruah ini di peringkat persekutuan. Selain graduan yang diperalatkan ini, UMNO turut menggunakan khidmat blogger yang asalnya memang penyokong mereka.

Dikhabarkan juga, JASA di Pahang turut menubuhkan pasukan blogger totok UMNO dengan keanggotaan 200 orang. Penubuhan pasukan itu di Pahang di restui oleh Najib sendiri. Walaubagaimanapun, blog kendalian JASA Pahang tidak mendapat 'hits' atau sambutan yang diharapkan kerana serangan mereka terhadap pimpinan Pakatan Rakyat bersifat hentaman melulu dan tidak profesional. Ini kerana mereka yang diambil oleh UMNO masih cetek dalam pengetahuan politik negara dan itu gagal menyogok fakta menyakinkan kepada pelayar internet. Pandangan mereka juga berbaur emosi dan perkauman dengan hujah politik kurang kritis dan kreatif.

Didapati carian dalam laman web JASA mendapati, pasukan itu tidak disenaraikan dalam carta organisasi kerana dipercayai bagi mengaburi mata umum. JASA ditubuhkan pada 1960 sebagai Bahagian Hal Ehwal Khas (BHEK). Ia dinaik taraf sebagai sebuah jabatan di bawah Kementerian Penerangan pada 15 Mac 2000.
http://addin77.blogspot.com

A(H1N1) Berikut adalah arahan terkini dari Kementerian Kesihatan Malaysia bagi mengawal penyakit ini

1. Bagi mereka yang mengalami simptom H1N1 dan berisiko tinggi untuk mendapat komplikasi akibat jangkitan Influenza A(H1N1) (Lampiran 1) diminta SEGERA mendapatkan rawatan. Rawatan anti-viral akan diberikan tanpa memerlukan ujian pengesahan makmal. Rawatan ini sangat berkesan untuk mengubati pesakit jika dimulakan dalam tempoh 48 jam selepas gejala bermula.

2. Bagi mereka yang mempunyai simptom penyakit ini (sila rujuk dlm e-emel di bawah) diminta untuk mendapatkan rawatan di klinik dengan serta merta. Mereka juga dinasihatkan untuk tidak datang bekerja dan berada di rumah sekiranya diberikan sijil sakit (MC) dan membatas pergaulan serta aktiviti dgn orang lain. Sentiasa amalkan kebersihan diri, selalu basuh tangan dan etika batuk. Sekiranya terpaksa keluar, pakai penutup mulut dan hidung (mask) jenis ‘three ply’ untuk mengurangkan penularan virus kepada orang lain.

3. Pekerja yg datang bekerja dan sedang mengalami atau baru sembuh dari penyakit seperti Selesema / Influenza haruslah memakai penutup mulut dan hidung (mask) jenis ‘three ply’ semasa bekerja. Mereka ini juga dikehendaki memeriksa suhu bahan mereka setiap hari. Sekiranya suhu badan anda 380C atau lebih sila kembali mendapatkan rawatan di klinik. Sila rujuk arahan no. 2 di atas.

4. Berikan perhatian kepada tanda-tanda amaran seperti masalah sukar bernafas, demam atau sakit dada yang berterusan, batuk/kahak berdarah, muntah/cirit-birit yang kerap. Dapatkan rawatan SEGERA apabila mengalami tanda-tanda tersebut.

5. Orang ramai diminta terus mengamalkan cara hidup sihat termasuk banyak meminum air, tidak merokok, makan secara sihat dan melakukan aktiviti fizikal. Amalkan langkah-langkah pencegahan H1N1 bagi mengurangkan penularan penyakit ini.

6. Penutupan sesebuah sekolah atau institusi bergantung pada penilaian risiko yang dijalankan oleh Pejabat Kesihatan Daerah dan persetujuan bersama dengan pihak pengurusan sekolah atau institusi.

7. Di hospital kerajaan, ujian pengesahan jangkitan influenza A(H1N1) hanya dibuat untuk kes-kes yang dimasukkan ke hospital sahaja.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat melalui talian hotline yang beroperasi dari jam 8.00 pagi hingga 5.30 petang di talian 03-88810200 dan 03-88810300. Maklumat terkini juga boleh didapati daripada laman web Kementerian Kesihatan Malaysia http://www.moh.gov.my dan http://h1n1.moh.gov.my.


Lampiran 1 : Orang yang berisiko tinggi mendapat komplikasi:

  • Kanak-kanak berusia kurang dari 5 tahun
  • Warga tua berusia 65 tahun ke atas
  • Kanak-kanak dan remaja berusia kurang dari 19 tahun yang mengambil ubat aspirin untuk tempoh rawatan jangka panjang
  • Wanita hamil
  • Orang dewasa dan kanak-kanak yang mempunyai penyakit sampingan yang lain seperti asma, penyakit paru-paru kronik, kegagalan fungsi organ, penyakit kardiovaskular, penyakit hati, penyakit sistem darah, penyakit saraf dan gangguan metabolik seperti diabetes.
  • Orang dewasa dan kanak-kanak yang mempunyai daya ketahanan badan yang rendah (termasuk akibat ubat-ubatan tertentu, pesakit kanser dan HIV)
  • Penghuni pusat penjagaan kesihatan serta fasiliti penjagaan kesihatan kronik yang lain
* Individu yang mempunyai berat badan berlebihan (obesiti)

Tanda / Gejala
  • Demam (>380C)
  • Batuk teruk
  • Sakit tekak
  • Selsema
  • Sakit-sakit badan
  • Sakit kepala
  • Rasa sejuk
  • Cirit birit
  • Muntah

Langkah Pencegahan
  • Kebersihan diri
  • Basuh tangan
  • Pakai mask (Simple Mask / N95)
  • Elak tempat sesak
  • Dapatkan nasihat sebelum keluar negara
  • Dapatkan vaksin

Penyokong Anwar pula demo bantah Muhyidin..!

PERMATANG PAUH, 14 Ogos: Selepas para pengikut Umno berdemonstrasi menyokong kenyataan timbalan presiden mereka, Tan Sri Muhyidin Yasin, para penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim pula berdemostrasi hari ini bagi membantah Muhyidin.

Mereka mengadakan demonstrasi secara aman itu di hadapan Masjid Kubang Semang, Permatang Pauh selepas solat Jumaat tadi.

Demonstrasi yang disertai para penyokong Pakatan Rakyat (PR) itu diadakan bagi membantah tindakan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan kepimpinan Umno yang menggelarkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pengkhianat.

Sepanduk dengan pelbagai luahan rasa oleh penyokong-penyokong PR seperti 'Siapa Pengkhianat', 'Siapa Yang Sebenarnya Mengkhianati Bangsa' dan juga laungan takbir turut memenuhi ruang.

Demonstrasi tersebut turut disertai oleh penyokong-penyokong bukan Melayu yang turut bersimpati dengan kenyataan yang tidak sepatutnya dihemburkan oleh seorang pemimpin negara.

ImageWalau bagaimana pun demonstrasi aman ini tidak tercalar dan tiada berlakunya kekecohan kerana tiada anggota Polis Simpanan Persekutuan (FRU) yang datang mengganggu dan menyebabkan kekecohan.

Terdapat juga suara-suara yang berkata sekiranya ada pasukan polis atau FRU yang hadir sudah pasti keadaan aman akan menjadi kelam-kabut dan dipenuhi dengan kacau bilau sepertimana yang berlaku dalam program ceramah Mansuhkan ISA di Taman Guar Perahu, Bukit Mertajam baru-baru ini

Ambassador JJ to be a frequent traveller...!!! Trust him ah.....????

Newly-appointed ambassador to the United States and Rompin member of parliament, Jamaluddin Jarjis, said he plans to return once every two months to meet the people in his constituency and solve their problems.

"I will also return once every three months when Parliament is in session and if there is an Umno supreme council meeting I will take leave to return to attend if necessary," he said.

Jamaluddin, who was former Science, Technology and Innovation minister, said he thanked certain quarters, including the opposition, who voiced their concern that his appointment would cause the people of Rompin to be neglected.

"God willing, I will not neglect the voters as I will use media channels like Facebook, Skype and Twitter and put up my own website to contact them here," he told reporters after a ceremony to hand over Affin Islamic Bank Berhad 'zakat' houses and Teras Dara Konsortium Sdn Bhd buisness 'zakat' money to the poor at Kampung Rekoh Baru here today.

On his role as ambassador with minister status, Jamaluddin among his main duties was to enhance ties between the two countries besides attracting more investments and bringing about transfer of new technologies from the US to Malaysia.

- Bernama

Cara Najib Menang di Pekan...!!! ha..ha...kaki kencing..!!!!



Apakah Petua Perdana Menteri Kita, Najib Tun Razak memenangi kerusi Pekan majoriti yang begitu tinggi? Blogger Semut ada cerita disebaliknya...


Semasa PRU10 tahun 1999, saya tinggal di Pekan dan tahu bagaimana orang Pekan menolaknya. Dia hanya menang 241 undi. Dia menyusun strategi majority 10 ribu untuk PRU11 melalui kerjasama SPR. Sdr bayangkan kawasan tentera di Batu 10 Jalan Gambang berada dalam daerah Kuantan dan asalnya dalam Parlimen Paya Besar, tetapi dimasukkan dalam wilayah Parlimen Pekan. Sekarang kalau memandu di Jalan Gambang, sdr akan tiba di Batu 10 yang beralamat Kuantan dalam kendalian Majlis Perbandaran Kuantan tetapi itu wilayah undi Najib dari Pekan. Adakah semasa SPR membuat sempadan baru tidak ada campur tangan Najib? Bodohlah kalau kita percaya SPR benar-benar jujur membina kawasan baru di Pekan itu.

Asalnya Pekan hanya mempunyai tiga kawasan DUN, tetapi sejak 2004 menjadi empat DUN, satunya untuk memastikan kem tentera Batu 10 Jalan Gambang masuk dalam kawasan Parlimen Pekan. Sebab itu dalam PRU12, dia mendapat majority lebih 26 ribu.

Ahli Umno khianati Umno Johor

Ahli Umno, termasuk pemimpin kanan parti bertindak "mengkhianati" Umno Johor dengan memulau perhimpunan di Batu Pahat petang tadi untuk mengutuk Ketua Umum Keadilan Anwar Ibrahim yang dituduh sebagai pengkhianat Melayu.

Program anjuran UMNO itu diwar-warkan akan menghimpun 10,000 orang tetapi hanya dihadiri oleh kira-kira 400 orang, antaranya pelajar dan warga tua.

Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin yang melontarkan tuduhan pengkhianat terhadap Anwar dijadualkan hadir pada perhimpunan itu di Dataran Penggaaram.

Namun pemimpin Umno Johor itu sendiri dikatakan menarik diri apabila diberitahu mengenai sambutan dingin terhadap perhimpunan itu.

Ramai daripada mereka yang hadir bertindak menyisihkan diri daripada perhimpunan berkenaan apabila beberapa pemimpin UMNO memberi ucapan berbau perkauman dalam keghairahan menuduh Anwar sebagai pengkhianat bangsa.

Antara yang berucap ialah Ketua Umno Bahagian Kulai, Datuk Adam Hamid; Ketua Umno Bahagian Batu Pahat, Dr Puad Zarkashi dan Ketua UMNO Bahagian Seri Gading, Datuk Mohamed Aziz.

Hadirin juga kelihatan terkilan dengan ungkapan-ungkapan kesat dan biadap terhadap Anwar pada pemidang-pemidang Umno yang direntangkan.

Ramai yang meninggalkan perhimpunan itu dan meluangkan masa bersiar-siar dan beriadah di dataran berkenaan tanpa menghiraukan ucapan pemimpin Umno Johor.

Jumaat adalah cuti umum di Johor dan perhimpunan itu diadakan hari ini dengan harapan dapat menarik penyertaan ramai.

Namun sambutan hambar adalah tamparan, bukan sahaja ke atas penganjur tetapi yang lebih besar, terhadap Muhyiddin sendiri.

Ia juga bukti terbaru bahawa politik fitnah dan serangan peribadi yang dibawa oleh Muhyiddin ditolak oleh akar umbi parti.

Isu Kampong Buah Pala : Penduduk Dan Pemaju Janji Aman

Penduduk Kampong Buah Pala dan pihak pemaju berjanji akan mengambil langkah wajar memastikan tidak berlaku sebarang kekecohan apabila pemaju menjalankan kerja-kerja meroboh rumah di kampong itu 1 September ini.

Sehubungan itu semalam kedua-dua pihak menandatangani perjanjian. Dalam perjanjian berkenaan penduduk bersedia mengosongkan rumah bagi membolehkan pemaju menjalankan kerja-kerja meroboh.

Setiausaha Pertubuhan Penduduk Kampungnya, J. Stephen berkata, 6 keluarga telah menandatangani perjanjian berkenaan termasuk bersetuju menerima pampasan yang ditawarkan.

Katanya, bagaimanapun, pihaknya akan memfailkan rayuan di mahkamah 18 Ogos ini dan menunggu keputusan rayuan berkenaan.

“Kami terpaksa mengosongkan rumah sebelum 1 September 2009, keputusan berkenaan telah dicapai bersama pemaju yang akan memberi masa sehingga 31 Ogos 2009. Kini terpulang kepada keputusan mahkamah kerana kita akan memfailkan rayuan 18 Ogos ini dan menunggu keputusan mahkamah,” katanya.

Katanya, bagaimanapun 18 orang lagi penduduk tidak menandatangai perjanjian berkenaan tetapi menyatakan persetujuan berhubung penangguhan tersebut dan mengelakkan berlakunya kekecohan pada 1 September ini.

Terdahulu, pemaju Nusmetro Venture Sdn Bhd menawarkan rumah teres dua tingkat kepada penduduk sekiranya bersetuju mengosongkan kampong berkenaan.

Murugiah Didesak Lepas Jawatan Timbalan Menteri

Timbalan Menteri yang sibuk-sibuk membuka kaunter untuk menerima hampir aduan peniaga berhubung tuntutan ganti rugi yang kononnya terjejas akibat perhimpunan haram membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di sekitar ibu negara, 1 Ogos lalu hari ini didesak melepaskan jawatannya.

Ahli-ahli Parti Progresif Penduduk (PPP) Selangor, sebulat suara menggesa Senator Datuk T Murugiah meletakkan jawatannya sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkuatkuasa serta merta.

Ketua Penerangannya, yang juga Ahli Majlis Tetinggi (PPP) S Subramaniam, berkata, Murugiah perlu meletakkan jawatan setelah pemecatan beliau daripada PPP sah mengikut perlembagaan parti itu.

Menurut beliau, Murugiah perlu menghormati keputusan yang diumumkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan tidak mengulangi kesilapan yang telah dilakukan sebelum ini.

“Jika beliau ‘gentleman’ dia perlu letak jawatannya sebagai menteri kerana dia juga telah dipecat daripada parti seperti yang telah diumumkan Menteri Dalam Negeri.

“Kita berterima kasih kepada Perdana Menteri, Timbalan Perdana Meneteri, Datuk Hishamuddin dan parti kompenen BN yang lain yang sentiasa menyokong PPP di bawah pimpinan Datuk M Kayveas,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.

Hadir sama beberapa pemimpin tertinggi parti itu termasuk, Ahli Majlis Tertinggi merangkap Ketua PPP Ampang, Datuk Thajudeen Mohedeen, Ketua Bahagian Kuala Selangor, S Abel Sinnappan dan Exco PPP Selangor, G Sinnathamby. Menurut Subramaniam, pihaknya akan sentiasa menyokong mana-mana calon yang akan dilantik oleh Kayveas bagi mengantikan tempat Murugiah yang telah dipecat.

Katanya, mereka juga tidak bermasalah dan terbuka hati untuk menerima ahli yang telah keluar parti didakwa tertipu dengan Murugiah untuk kembali bersama dalam parti itu.

“Kita akan menerima mereka semula jika mereka ingin kembali dalam parti ini kecuali Murugiah.

“Kita juga tidak mahu selepas ini beliau dikaitkan dengan parti PPP dan jangan hadir dalam sebarang majlis atau program yang dianjurkan PPP,” katanya.

Kelmarin, Siasatan Pejabat Pendaftar Pertubuhan (ROS) mendapati, Datuk M Kayveas masih Presiden parti PPP yang sah berdasarkan pemilihan majlis tertinggi parti itu bagi sesi 2005-2010 pada perhimpunan agung parti itu, 2 Oktober 2005.

BN Minus MCA & Gerakan?


(The following article by me appeared in The Malay Mail of Wednesday Aug 12, 2009)



By Syed Akbar Ali



Our country was granted independence by the British on the agreement at that time that the three main races in the country would come together under a political power sharing formula. Then the granting of citizenship to over 1.0 million immigrants drastically changed the demographics of the citizenry. The Malays were just slightly over 50% of the population. Multi racial political power sharing was a necessity to keep the peace and rule the nation.




The political power sharing formula saw the UMNO, MCA and MIC forming the Alliance Party on the Peninsula (later becoming the Barisan Nasional or BN). Not all agreed. The Pan - Malaya Islamic Association a component of UMNO, broke away to form the Pan Malaya Islamic Party (PMIP) or PAS.




In the first Federal Legislative Elections in 1955 the Alliance won 51 out of 52 seats. PAS won one seat in the largely Malay majority Krian in Perak. Throughout its history until 2008, the BN’s strength has always been in mixed constituencies. The PAS has been strong in predominantly Malay constituencies. The latter day DAP has had more success in predominantly Chinese areas.




Well the country has changed now. Demographically the Malays actually form over 70% of the 25 million population. By 2020 (11 years hence) the Malays will make up over 75% of the population. The idea of political power sharing will die a natural death – not by design. By 2050 Malays will easily make up over 85% of the population.




The absence of a politically overwhelming majority by any one race has been the glue that holds the BN together. It is not the other way around. Malays making up 70% of the population is a recent phenomenon. Despite this, the split in the Malay vote between UMNO and PAS and a more cohesive voting pattern among Chinese does not allow for a politically overwhelming majority by the Malays.




But eventually the evolving demographics will reduce the expediency for the Malays to depend on power sharing. The BN’s days, in its present form, are therefore numbered. If the PAS and UMNO were to unite on some platform, the demise of the BN may be expedited.




However the idea of multi racial politics and power sharing should not change, even when the Malays make up 75% or 80% of the population. We may need to tweak the party politics but the power sharing equation must still balance. What is important is multiracialism and power sharing among our many races, not the individual identities of the political parties.




There are now serious voices in the MCA questioning if the MCA should remain within BN. The Gerakan Youth recently broke ranks with its BN colleagues by supporting the misconstrued Anti-ISA march held in Kuala Lumpur. This is extreme political short sightedness on their part. Having said that I think if the fortunes of the BN do not improve significantly in the next General Elections due in three years, the MCA and Gerakan may decide to leave the BN. They should not be discouraged. It is their right to do so and UMNO must learn to live with that without getting too upset.




UMNO must also bear in mind that the leaders of the main components of the BN are not able to command the respect and support from their own communities anymore. Some are embroiled in corruption and other high profile issues. The BN may not survive these shenanigans either.




But there is danger. If the MCA and Gerakan leave under political stress, of course the BN will unravel and UMNO will be left in quite a predicament. Even if they remain within a weaker BN but start to hold UMNO at ransom there could be serious repercussions, especially for Malay political power and hence for the country at large. It is not necessary to elaborate what dangers lie ahead.




While the Chinese and Indians have many political parties that can represent their aspirations (MCA, Gerakan, SAPP, DAP, PKR, PPP, MIC, IPF) the Malays largely have only UMNO and PAS. The PKR is a short term play.




Therefore for the sake of the whole country, this situation must be seriously anticipated now by UMNO. Like it or not UMNO is still the key player in our politics. UMNO must make serious effort to preempt and handle the political evolution.

.



It is not necessary that the MCA must necessarily or always occupy the Chinese side of the power sharing formula with UMNO. It is even less with the Gerakan because the Gerakan was not even a member of the BN until 1970. The power sharing formula should be with the Chinese people.




Chinese participation in the BN and Chinese representation in Cabinet must continue but this does not mean that they must be represented by the MCA or Gerakan.




It is high time UMNO stopped subcontracting Chinese and Indian affairs to others. The way forward for UMNO is to establish Chinese Bureaus and Indian Bureaus within the party. Every UMNO Division and Branch must have Chinese and Indian Bureaus which must be committed to looking after the affairs of the Chinese and Indian communities. The “ketuanan” must be a comprehensive idea – the Lord of the Manor must oversee to the welfare and benefit of all under the realm.




If the party embarks on this seriously, with sincerity and compassion towards all, there is no reason the Chinese and Indians will not support UMNO. And it will certainly set a new direction for multiracialism in the country.




It does not mean that party rolls must be opened to non Malays but there should not be any obstacles for UMNO to field a Chinese as an election candidate. The party can also appoint such candidates as Ministers in Cabinet or even invite capable representatives of the Chinese community to become Cabinet Ministers. Candidates from the MCA, Gerakan, DAP or the Chinese NGOs should not be excluded. Chinese representation in Parliament and the Cabinet should be maintained.

Rupanya Hassan Ali Hanya ‘Hangat-hangat Tahi Ayam’ — Dr Novandri Hasan Basri

OGOS 14 — Pada mulanya, tindakan Datuk Hasan Ali, exco kerajaan Selangor dianggap sebagai jaguh oleh kebanyakan orang apabila beliau melawan arus dan berdepan dengan rakan karib politik beliau iaitu DAP di Selangor.

Beliau bermati-matian ‘berperang’ agar arak diharamkan di Selangor. Liputan berita demi berita mengenai ‘kejaguhan’ Hasan Ali telah berkemundang di media-media terutamanya media siber Pas.

Mereka menulis serta mengambarkan Hasan Ali sebagai seorang jaguh Islam yang tidak takut dan tidak gentar untuk menegakkan kebenaran dan syiar Islam.

Komentar-komentar di web-web pro-Pas juga memberikan komentar serta pujian yang menggunung kepada Hasan Ali. Pokoknya, Hasan Ali adalah saviour atau penyelamat umat Islam di Selangor ini!

Rupa-rupanya, sandiwara Hasan Ali hanya sekejap sahaja dan hati beliau terlentur layu dek kebijaksanaan DAP menguasai dan mengawal rakan politik mereka, parti Pas.

“Dua exco kerajaan Selangor yang bertelagah berhubung isu penjualan arak hari ini berdamai secara terbuka di depan wartawan di sidang media khas Pakatan Rakyat.

“Datuk Dr Hasan Ali, yang juga pesuruhjaya Pas negeri, dan Ronnie Liu, seorang ahli jawatankuasa pusat DAP, berjabat tangan di depan media, selain mengadakan sidang akhbar bersama.

“Turut hadir, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang menyifatkan pergeseran terbuka antara kedua-dua ‘sudah selesai’.

“Masalah yang digembur-gemburkan di media tentang (isu di) Selangor itu telah selesai dengan baik. Dan ada bersama di sini, Menteri Besar (Selangor), Tan Sri Khalid Ibrahim, Datuk Dr Hasan dan Ronnie.

“Saudara boleh ambil gambar mereka, kalau hendak salam, ikutlah,” kata Anwar berseloroh.....

Dan seperti biasa pemimpin-pemimpin pembangkang tidak akan lari dari perangai buruk mereka dengan menyelit nama parti lawan mereka dan menyalahkan pihak media di atas isu mereka itu.

.....Hasan, exco hal-ehwal Islam, dan Ronnie, exco kerajaan tempatan, dalam sidang media bersama selepas sidang media Anwar, menyifatkan “masalah kecil” antara mereka sengaja diperbesar-besarkan Umno dan media yang mahu mengambil kesempatan.... — MalaysiaKini

Kini parti Pas sudah kehilangan topik dan tidak boleh lagi mendabik dada kerana Hasan Ali, ‘hero’ mereka telah ‘menyerah kalah’ kepada DAP dan PKR.

Beliau juga begitu senang menyalahkan orang lain serta mengaburi harapan ahli-ahli Pas yang benar-benar mahukan seorang pejuang yang ikhlas di dalam parti tersebut.

Nik Aziz sudah tidak boleh diharapkan sebagai ‘hero’ parti Pas lagi dek ‘tersasul’ dan ‘keringanan’ mulut beliau yang semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini.

Persoaannya sekarang, siapakah ‘hero’ parti Pas selepas ini?

Pastinya, think tank parti Pas dan media pro-Pas sedang bertungkus lumus untuk mencipta seorang lagi ‘hero’ di dalam Pas agar parti tersebut tampak aktif dan sentiasa relevan!

Mereka juga semakin terdesak kerana pilihanraya kecil Permatang Pasir semakin hampir! — pemudaumno.org

SPRM Teruskan Intimidasi, Seorang lagi Pembantu Khas Exco Cedera...!!

Seorang pembantu khas Ronnie Liu telah ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pagi ini di atas tuduhan penyalahgunaan peruntukan exco Selangor.


Liu, menyatakan beliau terkejut dengan penahanan tersebut dan mendakwa SPRM pada awalnya telah memberitahu beliau pembantunya, Wong Chuan How, hanya untuk disoalsiasat sebagai saksi dan bukan suspek.

Pegawai SPRM itu dijadualkan menyoal Wong di pusat perkhidmatan Sungai Pelek pagi ini tetapi pembantu khas itu telah diberitahu bahawa beliau seorang suspek dan oleh itu perlu mengikut mereka ke ibu pejabat SPRM di Putrajaya.

"Pertama SPRM kata mereka hanya mahu menyoalsiasatnya sebagai saksi, sekarang dia kata beliau seorang suspek dan mahu menannya dan menyoalnya di Putrajaya. Ini salah," katanya.

Wong kemudian enggan untuk pergi bersama pegawai SPRM, sebaliknya berkata ingin membuat laporan polis, menyatakan percubaan untuk menahannya adalah tidak sah. Ini menyebabkan berlaku pergelutan diantaranya dengan pegawai SPRM.

"Bila saya mengetahuinya, saya menghubungi pegawai atasan SPRM dan bertanya jika mereka boleh menjamin keselamatan peribadi Wong, " kata Liu.

"Bila mereka tidak melakukannya (memberi jaminan), saya memberitahu Wong supaya membuat laporan polis sebelum pergi bersama mereka.

"Kerajaan negeri Selangor tidak akan mengambil risiko lagi jika berkaitan dengan keselamatan kakitangan, berdasarkan kes Teoh," katanya.

Setiausaha politik seorang exco Selangor, Teoh Beng Hock ditemui mati pada 16 Julai lalu di bangunan Plaza Masalam, tempat yang menempatkan pejabat SPRM, sehari selepas dibawa ke pejabat itu untuk disoal siasat. Inkues kini sedang dijalankan untuk mengetahui punca kematian.

Liu berkata, pegawai SPRM sepatutnya menjalankan soal siasat di pusat perkhidmatan Sungai Pelek.

"Undang-undang tidak mensyaratkan di mana SPRM perlu menjalankan soal siasat mereka, jadi tidak perlu bagi mereka untuk membawanya ke pejabat mereka," kata Liu yang mendakwa pergelutan pagi tadi berlaku disebabkan Wong keluar dari pejabat untuk membuat laporan di balai polis.

Liu berkata, berlaku tolak menolak yang menyebabkan Wong terjatuh.

"Beliau tidak boleh berjalan buat masa ini dan seluruh kaki kanannya bengkak," katanya.

Liu berkata, beliau telah meminta pegawai SPRM membenarkan Wong ditahan di hospital untuk dirawat.

"Bagaimanapun pegawai atasan SPRM tidak bersetuju dan berkata, mereka akan membenarkan Wong menerima rawatan pesakit luar dan soal siasat akan diteruskan," katanya.

Wong telah membuat laporan polis terhadap SPRM kerana mengasarinya.

Penangkapan tersebut, kata Liu, tidak lain dari sebahagian dari agenda oleh kerajaan Barisan Nasional untuk melemahkan Pakatan Rakyat Selangor melalui gangguan secara kasar yang bersistematik.

Kepada Yang Bukan Dato’ Onn… Siri Selempang Merah (1)

OLEH Hasmi bin Hashim

Sebelum ahli-ahli Umno akar umbi itu turun ke Dataran Pengaram petang ini, dan melaungkan “Anwar pengkhianat bangsa!”, saya perlu ceritakan tentang inspirasi perjuangan Dato’ Onn Jaafar—nama yang selalu diingatkan kepada saya sejak kecil. Sebuah sisi sejarah yang barangkali tidak ahli-ahli Umno itu tahu, selain kepatuhan melulu kepada pemimpin-pemimpin yang mahu meneruskan angkara murka.

Petang itu, Dato’ Onn bersama beberapa pengikutnya menahan pasukan lelaki Melayu yang kemudiannya dikenali sebagai “Selempang Merah” daripada meneruskan niatkan ke bandar Pengaram. Kata orang tua-tua, habis sudah orang-orang Cina dibunuh dalam amukan itu—“Perang Parang Banjar”. Peristiwa itu juga dikenali sebagai “Perang Banjar.”

“Hai orang-orang Semerah!” laung Dato’ Onn apabila melihat pasukan Selempang Merah sudah ramai berkumpul di hadapannya.

“Hai orang-orang Semerah, tak usahlah diteruskan untuk menyerang bandar Pengaram…” kata Dato’ Onn lagi.

Mereka memang menuju ke Batu Pahat, untuk membunuh segala Cina—sebagai satu tugas balas dendam kepada pengganas Komunis yang sebelumnya dikatakan telah membunuh orang-orang kampung; orang-orang Melayu.

“Keluarga saya sudah dikepung…”

Rupa-rupanya di Batu Pahat, di kediaman Pegawai Daerah (Dato’ Onn ketika itu adalah pegawai daerah Batu Pahat), sepasukan orang-orang Cina—ada juga yang menyatakannya sebagai pengikut Komunis—telah mengepung keluarga Dato’ Onn. Mereka dikatakan mengugut agar Dato’ Onn bertemu dan menahan “orang-orang Semerah” daripada meneruskan niat menyerang dan membunuh segala Cina di Batu Pahat.

Rundingan pun berlangsung. Sejak kecil saya mendengar nama seperti Panglima Salleh, atau Kyai Salleh. Dia adalah orang yang sama, walaupun ada panggilan “Penglima”, ada panggilan “kyai”. Orang tidak menyebutkan nama Chek Jam. Ada yang memanggilnya dengan nama Cek Ijam. Dia juga orang yang sama, walaupun panggilannya berbeza.

Ada tiga watak penting di sana. Dato’ Onn. Ada Salleh, dan ada Ijam.

Memang di kalangan pemimpin Umno, baik di Batu Pahat, baik di Parit Sulong mahupun di serata daerah berdekatan, mereka selalu mendendangkan nama Panglima Salleh sebagai pejuang—yang membangkitkan semangat orang-orang Melayu agar menuntut bela. Agar, dikatakan, membela nasib bangsa.

Orang melupakan nama Chek Jam—seorang alim, kaum Banjar. Hanya sebelum Pilihanraya Umum lalu, apabila saya menyelusuri rumah orang tua-tua meminta restu untuk bertanding sebagai calon Keadilan bagi kawasan Semerah, barulah terbuka cerita. Cerita tentang Chek Jam.

Orang alim ini pernah berguru dengan Tok Janggut, di Kelantan. Dia jualah yang mengajarkan apa yang dikenali sebagai “ayat empat”: empat yang Quran bagi tujuan perang. Menimbulkan rasa yakin diri, kalau ayat itu dibacakan. Memang ada cerita yang menyatakan bahawa dengan amalan Ayat Empat, maka pengamalnya akan kebal! Wallahu-alam

Sejak di zaman kanak-kanak, apabila saya mendengar cerita orang tua-tua bagaimana keberanian ‘tentera’ Selempang Merah, saya terkagum. Kadang, tercetus di dalam hati saya, saya mahu menjadi pejuang dan penglima gagah berani berperang sepertimana datuk nenek moyang kami.

Setiap sejarah begitu akan, lazimnya, bercampur dengan tokok tambah asam garam pemanis cerita…

Misteri daripada Panglima Salleh mendapatkan Ayat Empat terjawab oleh seorang tua—namanya Cikgu Baharum. Dia orang Pas pertama di Semerah. Orang yang bekorban begitu banyak untuk menghidupkan Pas. Hari ini pun, setiap petang, dia selalu minum kopi di warong Hashim, di Pasar Pekan Semerah.

Semangatnya tak pernah luntur, walaupun umurnya lebih 70. Sewaktu dia bercerita dan ‘membongkarkan’ cerita tentang Chek Jam, saya tidak dapat membayangkan bagaimana dia siap berdiri-diri, melakonkan gaya Dato’ Onn ketika berucap di hadapan orang-orang Semerah agar tidak terus mara ke Pengaram.

Yang utama, persoalan lama yang membuntui fikiran saya terlerai—dari mana lelaki-lelaki berselempang merah itu mendapatkan ayat pemberani, iaitu Ayat Empat.

“Dari Chek Jam, dan dia dapat daripada Tok Janggut sewaktu berguru agama di Kelantan,” begitu jelasnya. Begitu munasabah, dan tidak mungkin daripada orang lain. Tetapi…

Tetapi Chek Jam mati. Dia dibunuh ketika sembahyang subuh di surau. Ada perbalahan di sana.

“Berita dia,” kata Chek Jam sepertimana diceritakan kembali Cikgu Baharum, “kalau dia nak kalahkan dan bunuh aku, cocok di tapak kaki aku!”

Cikgu Baharum bangun daripada kerusi. Saya masih duduk. Masih mahu mendengar. Katanya, waktu Perang banjar itu tercetus, umurnya baru 16 tahun. Dia sendiri dapat membunuh beberapa orang. Saya juga mendengar, ada anak-anak kecil yang turut dibunuh, karena anak-anak bayi Melayu juga dibunuh… di lambung di di tadah dengan pisau bronet di hujung senapang Komunis.

Kata Cikgu Baharum, “Islam sebenarnya tidak mengizinkan di dalam keadaan apapun, termasuk perang, untuk kita membunuh anak-anak kecil.” Dia sedikit tunduk kali ini. Wajahnya merenung jauh ke luar tingkap. Ada perasaan yang dalam yang dia simpan.

Cikgu Baharum juga mengenang-ngenang kawan-kawannya yang lain, barangkali yang telah melakukan salah dan dosa di dalam Perang Banjar.

“Kau tanyalah Cina-Cina tua di pekan, mereka memanggil perang itu sebagai ‘Perang Banjar’… bukannya ‘Perang Parang Panjang’ macam yang kita tahu sekarang!”

“Kenapa?” tanya saya.

“Sebab Chek Jam itu orang Banjar…” jelasnya lagi.

Maknanya bukan orang Jawa, dan bukan juga orang Melayu biasa yang mengajarkan ilmu perang—sepertimana yang sering dibangga-bangga oleh segelintir pemimpin Umno peringkat daerah. Perang berkenaan, nampaknya sudah menjadi tidak lebih daripada laksana dakyah dan propaganda Umno sekian lama, untuk mengukuhkan parti dan mengikat sokongan orang-orang Melayu.

Cikgu Baharum kembali duduk. Saya di dekatnya. Hampir maghrib.

Kelakuannya seperti riak yang terbayang di mata saya—seperti Dato’ Onn yang baru sahaja selesai bercakap di hadapan orang-orang Melayu. Orang Semerah…

[bersambung…]

Neophilia: Sound Trouble

by : Mat Saman Kati

Kita memilih untuk mendengar apa yang kita mahu dengar. Dan dalam proses ini, kita memperkecilkan keupayaan kita untuk mendengar. Dan akhirnya, kita jadi pekak kerana kita yang memekakkan telinga.

Kita mendengar melalui bunyi (sound). Bagi kebanyakan manusia, telinga mereka hanya mampu mendengar bunyi dalam jarak 20-20,000 Hertz. Ini normal.

Kanak-kanak diperingkat usia 3-5 tahun sering bercakap sendirian. kalau diperhatikan percakapannya, seolah-olah dia sedang berbual dengan seseorang. Ini bukan luarbiasa…kerana kita dilahirkan dengan kemampuan untuk mendengar bunyi dibawah 20 hertz dan lebih tinggi dari 20 kilohertz.

Gelombang bunyi yang bergerak dibawah 20 hertz dipanggil infra-sound manakala diluar 20 kilohertz dipanggil ultra-sound.

Binatang mampu mendengar dalam jarak 0.1 hertz hingga 40,ooo hertz tetapi manusia hanya mampu mendengar diantara 20-20,ooohertz. Mengapa Tuhan menjadikan binatang lebih hebat dari manusia? Bukan salah Tuhan, tetapi salah manusia sendiri kerana tidak mahu menggunakan akal.

Bagi manusia yang menggunakan akal, kehidupan mereka lebih bebas…sebebas binatang. Dan bagi manusia yang tidak mahu menggunakan akal, mereka juga seperti binatang…tetapi seperti binatang ternak.

Professor Pierre Gavraud dari Marseilles merupakan seorang jurutera yang berjaya tetapi hampir-hampir maut semasa menjalankan kajian tentang bunyi.

Pada tahun 1965, Gavraud mengalami sakit kepala yang berulang-ulang. Anehnya, dia sering kesakitan, apabila berada dipejabatnya. Dia cuba mencari kalau-kalau ada bahan-bahan toksik didalam pejabatnya tetapi tiada. Dia hampir-hampir kecewa dan bersandar kedinding kepejabatnya.

Tiba-tiba dia merasa satu gegaran yang amat perlahan pada dinding tersebut. Dia kemudian mendapati bahawa gegaran tersebut diakibatkan oleh unit pendingin hawa yang dipasang diatas bangunan tersebut.

Gavraud menjadi tertarik dengan penemuan ini dan menjalankan kajian. Dia mendapati gegaran pada bangunan tersebut mengeluarkan bunyi yang yang tidak dapat didengar oleh telinga manusia. Pada tahap 7 hertz.

Dia mencuba untuk membuat satu alat yang boleh mengeluarkan infrasound. Bentuknya sama seperti wisel polis tetapi bersaiz besar. Dua meter panjang dan disambungkan dengan mesin air compressor. Ketika mencuba untuk melakukan ujian, tiga orang pembantunya tiba-tiba mati. Semasa post-mortem, didapati organ dalaman pembantu-pembantunya hancur walaupun secara fizikal, semuanya seperti sedia ada.

Gavraud melakukan ujian untuk kali kedua dibawah pemerhatian tentera. Mesin yang dipanggil Seven Frequency Machine itu diletakkan didalam sebuah bangunan kosong dan Gavraud bersama beberapa pegawai tentera berlindung didalam sebuah bunker.

Apabila suis ditekan, tidak ada bunyi kedengaran tetapi bangunan tersebut runtuh. Professor Gavraud hilang selepas itu, dan mesin tersebut juga hilang ketangan tentera.

Infrasound kemudiannya menjadi senjata utama tentera Perancis. Ia menjadi satu asas mengapa kapalselam Perancis begitu diminati…termasuk Altantuya.

Binatang mempunyai kemampuan untuk mendengar infrasound. Manusia juga mempunyai kemampuan untuk mendengar infrasound. Tetapi binatang menggunakan kemampuan tersebut untuk hidup manakala manusia tidak memperdulikan kelebihan yang dikurniakan.

Mereka yang menggunakan kelebihan untuk mendengar infrasound akan dianggap gila. Kita melihat orang gila bercakap sendirian. Kita ketawakan mereka, tetapi pernahkah kita mengkaji, apakah yang didengarnya atau dengan siapa dia berkomunikasi dan dalam frekuensi bunyi apakah dia berkomunikasi.

Gempa bumi yang berlaku di Jepun dan China mengakibatkan ratusan ribu manusia terkorban. Termasuk binatang ternakan. Tetapi binatang liar terselamat!! Gempa bumi pada tahun 1923 mengakibatkan kematian seramai 142,000 orang, manakala pada tahun 1977 mengakibatkan kematian seramai 242,000 orang. Tsunami pada tahun 2004 pula mengorbankan seramai lebih 300,000 orang. Tetapi binatang liar terselamat!

Binatang liar terselamat kerana mereka menggunakan anugerah yang diberikan Tuhan kepada mereka , tetapi manusia terkorban kerana tidak mahu menggunakan anugerah yang diberikan.

Kita juga perlu menjadi manusia liar, bukan manusia ternakan. Kalau hidup kita bergantung kepada makanan yang diberikan oleh tuan kita, kita juga akan menjadi binatang ternakan. Tidak mampu menggunakan kelebihan yang dianugerah Illahi, sebaliknya hanya mengharapkan belas ihsan sesama manusia. Apabila tongkat ditarik balik, kita kesesatan.

Ultrasound pula adalah frekuensi diluar jarak pendengaran biasa manusia. Diluar tahap 20 Khz. Manusia jarang berkomunikasi dalam frekuensi ini sebaliknya binatang seperti kelawar tidak memerlukan mata untuk melihat, sebaliknya dapat menangkap serangga yang begitu halus diudara hanya dengan mendengar bunyi. Kelawar melihat dengan telinga. Dan telinganya begitu halus berbanding manusia, tetapi dapat mendengar 1000 kali lebih baik dari manusia.

Tuhan mencipta dua telinga, dua mata dan satu mulut. Tetapi kita hanya menggunakan mulut untuk berkomunikasi. Bagaimana agaknya kalau kita mempunyai dua mulut? Mungkin kita mampu berceramah 24 jam sehari.

Pada tahun 1972, seorang zoologist sedang menjalankan kajian tentang ultrasound yang dikeluarkan oleh kelawar. Tetapi pada hari tersebut, tidak ada seeokr pun kelawar berterbangan tetapi dia masih dapat mendengar bunyi yang dikeluarkan diluar frekuensi 20 Khz.

Dia tidak menjumpai apa-apa, dan meninggalkan kawasan tersebut dengan memikirkan…apakah batu yang bercakap?

Institute of Archeology, Oxford University seterusnya membuat kajian berdasarkan teori zoologist ini, dan mendapati batu-batu dikawasan tersebut mengeluarkan bunyi dalam frekuensi ultrasound.

Setiap makhluk didunia ini mengeluarkan bunyi, setiap makhluk didunia ini berkomunikasi. Cuba berjalan seorang diri didalam hutan, dan kita akan mendengar bermacam-macam bunyi. Dari 0.1 Hertz hinggalah 40 Khz. Kita dengar bunyi air, sedangkan tidak ada sungai. Kita dengar bunyi yang tidak dapat diterangkan, kita kata bunyi hantu.

Apakah yang telah kita lakukan untuk mengoptimumkan penggunaan bunyi untuk komunikasi? Kebanyakan kita masih Neophobic. Kebanyakan kita masih terkongkong dengan frekuensi tertentu.

Kita masih menyalahkan Perak Fm kerana tidak meyiarkan berita Pakatan Rakyat. Apakah maklumat itu hanya boleh disampaikan melalui frekuensi 95.5 Mhz?

Kita masih mengharapkan Sinar Fm..apakah lagu-lagu hanya boleh disampaikan melalui 104.9 Mhz?

Parti Komunis Malaya yang beroperasi 50 tahun dulu lebih Neophilic dari Pakatan Rakyat hari ini. PKM tidak pernah merungut tentang radio, kerana mereka mampu melakukannya sendiri.

Itu 50 tahun dulu. Pada masa itu, ruang angkasa kita masih belum dicemar. Sekarang…ruang udara kita dicemari dengan pelbagai frekuensi. Terdapat beratus, mungkin sudah mencapai ribu, stesyen-stesyen radio diMalaysia. (Boleh dilihat disini)

Pakatan Rakyat tidak memerlukan stesyen radio untuk berkomunikasi. Dan Pakatan Rakyat tidak perlu mengeluarkan bunyi untuk berkomunikasi. Cukup sekiranya Pakatan Rakyat mendengar bunyi-bunyi yang dikeluarkan oleh stesyen radio rakyat.

Rakyat sudah tidak mahu mendengar Radio Malaysia. Berapa kerat yang mendengar Perak Fm? Apakah rakyat mahu mendengar radio PR?

Rakyat mahu Pakatan Rakyat mendengar radio mereka. Hutan-hutan mengeluarkan bunyi dibawah 20hz, minta diselamatkan dari pembalakan. Rakyat-rakyat bersuara pada frekuensi 120 Mhz meminta pembelaan. Para seniman bersuara pada frekuensi 95 Mhz, memohon perhatian. Adakah siapa yang mendengar?

Bunyi adalah alat komunikasi. Dari petikan gitar Nikbinjidan atau Mei Chern. Dari lagu-lagu nyanyian Meor Pestajiwa dan Amin Black. Dari komedi Isham Rais dan Kulup Sakah. Sajak panjang dari Rahmat Haron. Sajak pendek dari Samad Said. Terpancar bunyi-bunyi yang membawa mesej. Mereka membawa mesej dari frekuensi yang berbeza dari yang biasa kedengaran dipentas-pentas ceramah. Mereka membawa mesej yang yang berbeza dari burung-burung belatok di Angkasapuri. Adakah sesiapa yang mahu mendengar?

Sebaliknya, pemimpin Pakatan Rakyat mahukan segala makhluk dibumi Malaysia ini mendengar bunyi-bunyian didalam frekuensi mereka sahaja. Rrekuensi Raihan, Rabbani, nasyid, qasidah dan ceramah. Frekuensi-frekuensi lain dianggap haram…tidak bermoral.

Bunyi adalah alat untuk memahami. Apakah kita memahami bunyi?

Tindakan polis tahan kanak-kanak terus dipertikai..!!

KUALA LUMPUR, 14 Ogos: Bantahan demi bantahan dibuat terhadap tindakan polis menangkap dan menahan kanak-kanak dalam lokap bersama tahanan dewasa yang lain semasa perhimpunan Mansuhkan ISA 1 Ogos lepas.

Bukan itu sahaja, kanak-kanak ini diseksa emosi mereka. Misalnya seorang kanak-kanak berumur 13 tahun yang ditahan polis diminta membuat kerja-kerja mencuci lokap di samping diambil kacamatanya.

Ini menyebatkan emosi kanak-kanak itu dalam keadaan terseksa apabila bergerak dalam keadaan serba kelabu di dalam lokap tanpa kacamatanya.

Hari ini, Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) mempertikai tangkapan ke kanak-kanak bawah umur yang menyertai perhimpunan aman anti-iSA 1 Ogos lalu.

Pengerusinya Mohd Shazni Munir Mohd Ithin menegaskan tangkapan beberapa individu ketegori juvana dalam lokap tanpa ditemani wakil dari Jabatan Kebajikan Masyarakat mencabuli hak asasi juvana.

Mewakili Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) dalam pertubuhan koliasi SMM, Shazni menyifatkan tangkapan juvana itu tidak sah kerana perhimpunan itu aman, bukannya bermotif jenayah.

Beliau juga nekad bertemu Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Mohd Najib Razak untuk bertanya mengapa Polis Malaysia begitu ganas.

ImageYap Heng Long, yang mewakili Pergerakan Demokrasi Belia dan Mahasiswa Malaysia (DEMA) pula mahu bertemu Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan. Beliau mahu bertanya mengapa Ketua Polis itu juga enggan meletakkan jawatan di sebabkan insiden terbabit.

Timbalan Pengarah Himpunan Mansuhkan ISA 1 Ogos lepas, Kamaruzaman Mohamad yang dihibungi kemudian, mengesahkan mengenai juvana terbabit yang 13 tahun itu.

Juvana itu, katanya, ditempatkan bersama orang dewasa dalam lokap yang sama.

Sebelum ini, kanak-kanak ada membuat pengakuan di luar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa Polis merampas kaca matanya sepanjang tempoh reman.

Malah, beliau terpaksa menurut perintah Polis menyuci lokap sehinggalah dibebaskan keesokan harinya

N11 Permatang Pasir: Erti kemenangan untuk Pakatan.! Tidak boleh 'over confident' ..! Jangan jadi macam Manek Urai..???

Image

PERMATANG PASIR, 14 Ogos : Bagi PAS, kemenangan di Permatang Pasir nanti adalah untuk orang Melayu dan Islam. Bagi DAP, kemenangan nanti bererti sokongan kepada kerajaan pimpinan Setiausaha Agungnya, Lim Guang Eng di negeri itu. Bagi PKR, kemenangan di sini bererti sokongan terus menerus kepada anggota Parlimennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Inilah perspektif yang ada kepada semua parti-parti dalam Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil Permatang Pasir nanti.

Perspektif inilah yang bakal menyatukan mereka dengan satu tujuan iaitu memenangkan calon PAS yang akan mewakili Pakatan Rakyat melawan calon Umno yang akan mewakili Barisan Nasional (BN).

Walaupun siapapun mewakili PAS, perpekstif ini jelas di kalangan pemimpin Pakatan Rakyat yang berbengkel sehari suntuk semalam di Petaling Jaya.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Mujahid Yusof menyatakan bahawa kemenangan Dewan Undangan Negeri (Dun) N11 Permatang Pasir adalah kemenangan bagi orang Melayu dan umat Islam di Pulau Pinang.

Mujahid yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar berkata, adalah menjadi keperluan supaya kerusi Dun Permatang Pasir kekal kemenangannya di tangan PAS kerana ia adalah satu keperluan walaupun hanya dengan satu kerusi yang ada di Pulau Pinang.

"Dengan kemenangan tersebut walaupun dengan satu kerusi yang ada maka PAS dapat memberi pandangan, teguran dan memberi pembelaan kepada nasib orang Melayu dan umat Islam khususnya di negeri ini.

Image"Perkara ini bukan hanya setakat amalan soleh sahaja malah ia adalah suatu keperluan untuk membela dalam banyak perkara dan isu yang berkaitan dengan orang Melayu dan umat Islam di Pulau Pinang.

"Tetapi sekiranya ia di menangi oleh pihak yang lain maka mereka tidak dapat memberi pembelaan apa-apa kepada orang Melayu dan umat Islam kerana mereka itu bukannya parti yang memerintah di negeri Pulau Pinang," katanya.

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ceramah di Masjid Batu, Kampung Pertama, Permatang Pauh iaitu dalam kawasan pilihan raya Permatang Pasir.

Tidak boleh 'over confident'

PAS juga mengarahkan seluruh jenteranya meletakkan keputusan Pilihan Raya Umum 2004 sebagai kayu ukur yang hanya menang 500 lebih kerusi berbanding PRU 2008 dengan memperolehi lebih 5000 majoriti undi. Image

Demikian dinyatakan Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad pada satu pertemuan dengan kesemua jentera kempen bagi Pilihan Raya Kecil Permatang Pasir malam tadi.

"Kita turun bukan dalam keadaan selesa. Kita mesti turun dengan semangat 2004 bukan 2008. Kita tidak boleh 'over confident' sangat," ujarnya kepada seluruh jentera.

Oleh itu katanya, jentera PAS perlu bekerja kuat menggunakan segenap ruang sepanjang tempoh berkempen untuk menarik pengundi baru dengan tidak mengabaikan pengundi sedia ada.

Melihat kepada senario dan politik semasa, PAS yakin isu pengkhianat melayu akan terus dicanang habis habisan oleh Umno BN pada pilihan raya kali ini.

"Kita yakin isu pengkhianat melayu akan dimainkan Umno BN, sebab itu kita perlu bersedia awal berdepan dengan serangan itu," tambah Ustaz Idris. Image

Dalam pada itu, Majlis pengumuman calon PAS bagi pilihanraya kecil N.11 Permatang Pasir akan diumumkan oleh Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang jam 9 malam ini dalam satu majlis yang akan berlangsung di Pusat Khidmat DUN Permatang Pasir.

Dijangka kesemua pemimpin utama pakatan rakyat akan hadir kecuali Penasihat Parti KeADILan Rakyat, Dato' Seri Anwar Ibrahim kerana mempunyai urusan di luar negara.

Tinjauan wartawan ke tapak majlis pada malam ini mendapati, persiapan rapi sedang giat dijalankan oleh jentera khususnya bagi menerima kehadiran ramai penyokong tempatan dan dari luar.

Tahanan ISA alat mainan KDN ..! Pemuas nafsu serakah UMNO@BN untuk berkuasa...????

Tahanan ISA 7 tahun boleh dipindahkan ke mana sahaja tanpa perlu memberitahu ahli keluarga mereka. Polis bebas memperlakukan apa saja yang tergerak di hati mereka terhadap tahanan tersebut.

Norlaila Othman, Merdeka Review

Akhirnya aku teringat nombor telefon seorang Polis Cawangan Khas (SB) yang masih aku simpan di telefon bimbit. Aku hubungi SB yang bernama "S" itu. Inilah dialognya.

Aku: "S", Mat Sah ada di PRC ke?

SB "S": Ye kak. Dia dibawa ke sini sejak Ahad lepas dan akan dihantar semula ke Taiping pada hari Sabtu ni.

Aku: Boleh tak kami nak jumpa dia di PRC?

SB "S": Maaf kak, tak boleh. Program di sini padat sangat. Kalau nak jumpa dia, akak pergilah ke Taiping hari Ahad atau minggu depan.

Aku: Tak kanlah nak jumpa kejap pun tak boleh?

SB "S": Maaf kak. Tak sempat untuk pertemuan keluarga. Akak jumpa di Kemta (Kamunting) saja nanti.

Sekali lagi aku rasa amat-amat dianiaya oleh polis, tak kira samada yang beruniform atau yang berpakaian biasa. Semua jawapan berselindungkan kata-kata "Kami hanya menurut perintah". Malang. Memang amat malang pada sesiapa saja yang dipilih untuk di labelkan dan dijadikan mangsa ISA.

Tahanan ISA 7 tahun:
"Alat mainan" KDN dan Menteri

Tahanan ISA 7 tahun boleh dipindahkan ke mana sahaja tanpa perlu memberitahu ahli keluarga mereka. Polis bebas memperlakukan apa saja yang tergerak di hati mereka terhadap tahanan tersebut.

Inilah hakikat nasib tahanan ISA 7 tahun. Mereka diperlakukan lebih teruk dari banduan yang telah terbukti kesalahan mereka, dan dijatuhi hukuman oleh hakim di mahkamah. Mereka tiada nilai sebagai manusia. Mereka seolah-olah suratkhabar lama yang boleh diangkut dari satu tempat ketempat lain, pada bila-bila masa saja mengikut selera KDN. Mereka boleh dicampak, dipijak dan ditenyeh mengikut suka Menteri Dalam Negeri.

Mereka akan bernilai pada KDN untuk dijadikan bahan cercaan dan fitnah jika berlaku sesuatu rusuhan awam atau letupan di negara lain. Mereka juga bernilai jika ada seorang menteri yang baru dilantik menjadi Menteri Dalam Negeri atau jadi PM!

Sesi pemulihan = perbicaraan di mahkamah?

Entah berapa puluh kali Mat Sah telah dibawa ke PRC untuk sesi "brain wash" yang kononnya diadakan untuk memulihkan perangai tahanan...Ini bukanlah kali pertama Mat Sah dilarikan dari Kem Kamunting untuk sesi siasatan atau "brain wash” atau pemulihan.

Beliau dituduh sebagai Ahli Jemaah Islamiyyah (JI) yang didakwa mengancam keselamatan negara tetapi tidak pernah dibicarakan di mahkamah terbuka. Tuduhan yang begitu berat dilemparkan oleh Menteri Dalam Negeri, hanya perlu pada pemulihan saja? Aneh bukan?

KDN dibantu oleh beberapa institusi kerajaan seperti JAKIM, ILIM bersusah payah mengadakan sesi pemulihan itu kepada tahanan ISA seperti Mat Sah? Kenapa KDN sanggup bersusah payah mengambil masa tujuh tahun lebih untuk memaksa Mat Sah mengaku sesuatu perkara yang dia tidak lakukan? Bagaimana institusi agama seperti JAKIM dan ILIM boleh bersekongkol dengan KDN menghidupkan akta tahan tanpa bicara ini?

Bukankah ada jalan yang lebih mudah untuk menyelesaikan masalah ini? Kenapa tidak bicarakan saja dia di mahkamah? Bukankah polis dan KDN sering berkata "mereka punya bukti lengkap" untuk terus menahan mangsa ISA itu?

Penguasa ISA sengaja menyusahkan Suhaib

Anak saya Suhaib (gambar kanan) terlalu ingin bertemu dengan bapanya. Beliau berada di PRC, Kuala Lumpur yang jaraknya cuma 15 minit memandu dari rumah kami di taman Keramat. Suhaib hanya perlukan satu jam untuk bersama bapanya, adakah permintaan itu terlalu berat untuk ditunaikan?

Kenapa aku dan Suhaib terpaksa menunggu bapanya habis sesi "brain wash" itu, menunggu beliau dipulangkan ke Kemta, Kamunting dan hanya dibenarkan melawatnya di sana? Bukankah ini satu lagi diskriminasi terhadap aku dan Suhaib? (Bahagian kedua...tamat)

Bahagian pertama: Kami tetap dianiaya

*Norlaila Othman ialah Pengerusi Pusat Sokongan Keluarga Gerakan Mansuh ISA (GMI), isteri kepada Mat Sah Satray, tahanan ISA sejak tahun 2002.