Khamis, 13 Ogos 2009

DSAI Bidas UMNO BN Perkuda Agensi Kerajaan

Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim membantah tindakan kerajaan UMNO Barisan Nasional menggunakan agensi polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam mendera pimpinan yang tidak mempunyai sebarang kesalahan.

“Kita juga rasa pimpinan UMNO dan Barisan Nasional menggunakan polis dan juga SPRM untuk mengancam dan mendera pimpinan termasuk juga yang tiada sabit atau kes sama sekali. Paling terakhir terhadap YB Anthony Loke didakwa menghina Islam padahal tidak ada perkataan yang boleh dipertanggungjawabkan pada hal itu," kata Datuk Seri Anwar.

“Kita boleh keluarkan puluhan kenyataan pimpinan UMNO yang menghina agama dan menghukum agama tidak pun disiasat dan cuba difitnah kepada pimpinan lain dan digunakan isu perkauman soal Cina soal kononnya kita, saya dan Tengku Saadi seolah menyokong DAP dan fahaman Cina dan sebagainya,” kata Anwar.

Terdahulu Anthony Loke dituduh atas dakwaan bahawa beliau telah memburukkan Kesultanan Perak dan menghina Islam sedangkan beliau tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan yang berbau hasutan atau menghina Islam.

Anwar turut mengatakan bahawa beliau percaya akhbar Utusan Malaysia akan mengeluarkan kenyataan bahawa dirinya merupakan pengkhianat lagi kerana menyokong Anthony Loke.

ARAK : ANTARA POLITIK DAN KEBENARAN...!!! Antara Yang Hak dan Yang Batil..???

Seperti diduga, akhirnya Dato' Hassan Ali dan Ronnie Liu berjabat tangan dan mengisytiharkan isu kawalan penjualan arak di Selangor sudah selesai.

Beberapa hari sebelum itu, Hassan Ali dilaporkan berkata beliau sedia menghadapi tindakan disiplin kerana mendesak Ronnie Liu digugurkan dari memegang portfolio Kerajaan Tempatan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor, berkaitan isu ini.

Kenyataan Hassan Ali itu dibuat sebagai reaksi kepada gesaan Ahli Parlimen DAP Tony Pua yang meminta Pakatan Rakyat mengambil tindakan kepada beliau. Sebelum itu, Tony Pua mengingatkan Hassan Ali agar jangan bersikap seperti "Menteri Besar UMNO" dalam isu tersebut.

Dua hari lepas, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menyuarakan nada yang hampir sama apabila beliau mengulas peluang PAS di Permatang Pasir. Kata Lim Guan Eng, peluang PAS dan Barisan Nasional untuk menang di situ adalah 50-50. Menurutnya lagi, ia disebabkan oleh tindakan PAS sejak kebelakangan ini dan parti itu harus melihat cermin mengenai apa yang dilakukan selama ini.

Dalam politik tidak sukar menduga bahawa akhirnya Hassan Ali dan Ronnie Liu akan berjabat tangan. Malah kalau mereka berpeluk pun, ia bukanlah sesuatu yang menghairankan. Itulah politik dan dunia politik di negara ini.

Bagi umat Islam, kita ingin melihat isu kawalan arak ini secara lebih luas; jauh menjangkaui kepentingan parti politik dan pemimpin-pemimpin politik.

Islam mengharamkan umatnya minum arak. Bagaimanapun, orang bukan Islam bebas mengamalkan apa saja yang dibenarkan oleh agamanya. Itu usah kita pertikaikan dan kita tidak mahu bercakaran dengan orang bukan Islam dalam soal ini.

Apa yang kita tuntut ialah kerajaan harus mengambil langkah-langkah bagi menentukan umat Islam tidak melanggar undang-undang ini -- sekurang-kurangnya tidak melakukannya secara terbuka.

Dalam perlaksanaan undang-undang Islam, ia harus dilakukan dengan bijaksana supaya keadilan Islam terserlah.

Baru-baru ini seorang wanita dihukum rotan di Pahang kerana mengambil minuman keras. Saya fikir tidak ada orang Islam yang waras yang akan membantah hukuman tersebut.

Bagaimanapun, apabila hukuman itu dijalankan secara sempit, maka orang akan melihat kepincangan dalam penguatkuasaan undang-undang tersebut. Sudah menjadi rahsia terbuka ramai orang Islam meminum arak di pusat-pusat hiburan di Lembah Kelang (sebagai contoh). Mengapakah mereka boleh berbuat demikian secara terbuka?

Ambil satu lagi contoh. Umat Islam bukan saja diharamkan meminum arak, tetapi juga menjual atau menghidangkannya. Dalam pesawat Malaysia Airlines yang dimiliki oleh kerajaan, pramugara / pramugari beragama Islam menghidangkan arak tanpa segan-silu. Tanpa rasa bersalah, pramugara / pramugari beragama Islam membaca menu arak kepada penumpang. Begitu jugalah dengan pekerja beragama Islam di pusat-pusat hiburan.

Kita tidak menghalang orang bukan Islam untuk minum arak, persoalannya ialah mengapakah orang Islam yang menghidangkannya?

Dalam soal kawalan arak ini, saya fikir semua Ahli Parlimen dan ADUN yang beragama Islam (tak kiralah sama ada dalam UMNO, PAS, PKR atau DAP) seharusnya senada. Hukum Islam dalam soal ini cukup jelas; ia bukan sesuatu yang samar lagi.

Tentulah baik kalau semua pemimpin politik kita senada bertegas mahukan kawalan terhadap penjualan, pembelian atau pengambilan arak oleh orang Islam -- tak kiralah sama ada di Selangor, Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Johor atau Melaka.

Malangnya, itu tidak berlaku. Kita lebih suka bersorak antara satu sama lain -- "padan muka hang!"

Mengapa?

Inilah jadinya apabila yang diperjuangkan ialah politik, bukannya kebenaran!

Bila Izrail Datang Memanggil...kenangan buat Ustaz Asri Ibrahim - Al-fatihah

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

asriibrahim.jpg

Membuka laman berita-berita Malaysia sejurus solat subuh hari (4.30 pagi UK = 11.30 pagi Malaysia) menemukan saya dengan berita yang menyedihkan. Ustaz Asri Ibrahim, volkalis kumpulan Rabbani pergi selama-lamanya menemui ilahi. Takziah diucapkan kepada seluruh ahli keluarga Al-Marhum Ustaz Asri Ibrahim atas pemergian abadi ini.

Pemergiannya dikaitkan dengan sakit jantung yang kini semakin banyak menragut nyawa orang muda. Ia bukan lagi sebuah penyakit orang tua. Saya sendiri pernah diserang sakit yang sama (99 % arteri utama sebelah kiri tersumbat) dan hampir-hampir menemui ajal pada tahun 2004 di Jordan. InshaAllah akan saya kongsikan pengalaman serangan tersebut dalam tulisan-tulisan mendatang. Cuma, itulah penyakit jantung yang skeali menyerang orang muda, biasanya adalah penamat, namun Alhamdulillah Allah swt masih memberi saya ruang dan peluang untuk terus berusaha menyiapkan bekal di sana.

TERPUKAU DEK SUARA MERDU

Berdasarkan ingatan saya, nasyid-nasyid nadamurni mula menyentuh minda dan hati saya pada tahun 1990 dengan lagu-lagu seperti To'laal Badru ‘Alayna, Maulana ya maulana, Selimut Putih, Di Pondok Kecil, Selawat dan lain-lain. Hampir semua nasyid-nasyid nadamurni pasti menjadi kesuakaan saya, malah boleh dikatakan saya amat terpukau dengan suara solonya yang ketika itu saya kira, suara yang paling indah pernah saya dengari. Suara beliau begitu tawadhu dan insaf ketika bernasyid, tidak seperti beberapa penasyid muda hari ini yang nasyidnya berbunyi ssperti suara orang bercinta mendayu-dayu. Selain itu, sauara beliau juga amat natural, tanpa perlu banyak sentuhan sound engineering.

Selain suara Ust Asri, ketika itu saya juga amat ‘mabuk' dengan bacaan al-Quran oleh Ustaz Ismail Hashim.

Video : salah satu nasyid yang memukau saya awal 90 an

Suara muda Ustaz Asri ketika itu amat lunak, merdu dan menusuk ke jiwa menyebabkan saya terus mencari nasyid-nasyid nadamurni selepas itu, selain itu juga sibuk mencari jalan untuk mengenali vokalis yang bersuara luar biasa itu. Namun pencarian di ketika itu amat sukar, kerana tiada web, tiada gambar, tiada macam-macam.

Beberapa tahun selepas itu, saya berjaya menghadiri persembahana nsyid nadamurni secara live, di Kuala Lumpur. Tatkala itu tersebar berita bahawa persembahan seni suara ustaz Asri yang amat merdu, dengan mesej Islam serta dihiasi dengan persembahan konsert dan laser yang mantap telah menjadi salah satu sebab kepada beberapa orang bukan Islam untuk memeluk Islam.

DAPAT BERTEMU

Di awal tahun 1990an (tidak ingat secara tepat), saya berjaya bertemu beliau secara face to face apabila kumpulan nasyid sekolah (SMAP Labu) membuat rakaman album pertama mereka di studio Nadamurni di sungai Penchala. Namun tidak banyak yang mampu saya ingati.

Hanya pada tahun 1996, saya sekali lagi dapat bertemu secara peribadi dengan al-marhum yang ketika itu, kami (Jawatankuasa Kerohanian Kolej) jemput beliau bersama kumpulannya untuk membuat persembahan di kolej kediaman kelapan, Universiti Malaya. Kuala Lumpur.

Tutur kata dan perawakannya yang lembut tentunya memikat ramai sahabat-sahabat untuk menjadi rapat dengan beliau.

Kali terakhir bertemu dengannya adalah semasa pesta buku antarabangsa Kuala Lumpur 2008. Sebelum itu juga telah beberapa kali terserempak dengan beliau di pelbagai jenis program, dan setiap kali bertemu, beliau pasti akan mengingati hari pertemuan kami di Kolej Kediaman Kelapan.

Setiap kali bertemu, saya akan teringat betapa minatnya saya dengan suaranya khususnya di awal tahun 90 an dahulu, teringin rasanya untuk mengungapkannya di hadapan tuan punya suara, tetapi setiap kali itu jugalah saya batalkan hasrat tersebut, dengan niat untuk tidak merosakkan niat dan menguji beliau dengan perasaan kurang sihat di sisi agama. Nampaknya hasrat itu tidak mungkin lagi untuk direalisasikan selama-lamanya.

AKHIRNYA

Begitulah sedikit coretan ringkas mengingati keterkaitan saya dengan almarhum. Akhirnya, saya berdoa kepada Allah swt agar memberikan belas, rahmat dan ihsan terbaik buat almarhum serta mengurniakan keampunan atas segala jenis kesilapan yang dilakukannya.

Buat ahli keluaraga al-marhum, tabahkan diri dan teruskan hidup dalam kerehdaan Allah. Kami doakan anda semua tabah.

Bilakah pula giliran kita? Dan dapatkah jantung kita melaksanakan tugasnya bertemu Ramadhan akan datang ini. ??

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

Allahyarham Ust Asri Selamat Dikebumikan 9.00 malam ini...!!

Jenazah Ustaz Asri telah selamat dikebumikan pada jam 9.00 malam ini di Tanah Perkuburan Islam, Seksyen 21.

Sebelum itu, jenazah telah dibawa ke rumahnya di Jalan Ikan Keli, Kampung Bukit Lanchong, di sini.

Vokalis kumpulan nasyid Rabbani, Ustaz Mohd Asri Ibrahim, 40, disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 10.30 pagi tadi akibat serangan jantung ketika dalam perjalanan ke Hospital Pantai, Bangsar.

Antara rakan-rakan dan kaum keluarga yang hadir bagi memberikan penghormatan terakhir kepada arwah Asri.

Menurut salah seorang anggota Rabbani, Mohd. Asri Baidul @ Ubaidullah, arwah jatuh pengsan semasa raptai dalam sidang media program 'Syahadah' di Angkasapuri, Radio Televisyen Malaysia (RTM) kira-kira pukul 10 pagi tadi.

Balu arwah, Haliza Shahadan hadir di hospital beserta dengan beberapa rakan artis seperti penyanyi Nash, Yasin Sulaiman dan Mas Omar.

Suasana sedih menyelubungi rumah arwah di Kampung Bukit Lanchong, Shah Alam.

Selain itu, lebih 100 orang melibatkan rakan terdekat dan ahli keluarga arwah turut hadir bagi memberikan penghormatan terakhir kepada arwah.

Dua hari lalu, Asri bersama anggota Rabbani yang lain menghadiri majlis sidang media dan memeterai satu lagi perjanjian kerjasama bersama Hotel Singgahsana untuk terus membuat persembahan di hotel tersebut sepanjang bulan ramadan yang bakal tiba nanti.

Rabbani akan mengadakan persembahan sepanjang ramadan di Hotel Singgahsana sambil menghiburkan para pengunjung yang hadir serta menikmati hidangan yang bertemakan 'Citarasa Ramadan 1 Malaysia' bermula 1 Ramadan nanti.

Rabbani telah bekerjasama dengan Hotel Singgahsana selama 18 tahun dan sejak itu Rabbani telah menghiburkan para pengunjung hotel tersebut yang datang untuk berbuka puasa dengan persembahan 'live' mereka.

Tinggal kenangan..Asri (dua dari kiri, bawah) ketika bersama anggota Rabbani yang lain pada dua hari lalu ketika majlis sidang media dan memeterai satu lagi perjanjian kerjasama bersama Hotel Singgahsana untuk terus membuat persembahan di hotel tersebut sepanjang bulan ramadan yang bakal tiba nanti. -foto The Star

Dalam sidang media itu, Asri berkata mengadakan persembahan di Hotel Singgahsana merupakan satu ibadah bagi dirinya.

Amy Search juga hadir sebagai penyanyi yang pernah berduet dengan arwah.

"Saya rasa ibadah puasa saya tidak lengkap jika tidak mengadakan persembahan di hotel ini. Orang kata bulan puasa kalau boleh kurangkan bekerja, banyakkan ibadah, tetapi pada saya ini merupakan ibadah saya," katanya.

Asri dilahirkan pada 3 Ogos 1969 di Klang, Selangor.

Selain seorang balu, Haliza, 38, arwah turut meninggalkan enam orang anak iaitu Mohd Nasimudin, 15, Mohd Fathi, 14, Nur Atikah, 12, Mohd Ilhan, 10, Sufiyah Munawarah, 6, dan Hamdi Rabbani, 4.

Asri menyertai kumpulan nasyid terkenal itu sejak ia ditubuhkan secara rasmi pada 1 Mac 1997 dengan dianggotai oleh sembilan orang termasuknya.

Mas Omar turut hadir.

Sebelum Rabbani, kumpulan itu dikenali sebagai Nada Murni yang ditubuhkan sekitar tahun 80-an.

Asri juga pernah menyanyi secara duet dengan beberapa penyanyi terkenal seperti Mawi menerusi lagu 'Saksi' dan 'Mentari Merah Di Ufuk Timur' nyanyian bersama Amy Search.

Kehilangan Asri kini bermakna hilanglah tunjang Rabbani memandangkan arwah banyak menyumbangkan kemajuan prestasi sekaligus memberikan kejayaan kepada Rabbani dan industri muzik nasyid.

Atas kejayaan itu, maka tidak hairanlah jika Rabbani dijulang sebagai Penyanyi/Artis Nasyid Popular di Anugerah Bintang Popular (ABP) selama lapan tahun berturut-turut.

Yasin antara artis yang hadir.

Tidak kurang juga anugerah yang dicapai di Anugerah Industri Muzik (AIM) seperti Album Nasyid Terbaik 2001 (Iqrar - 1421), Vokal Berkumpulan Terbaik Dalam Album 2001 (Iqrar-1421), Album Terbaik 2001 (Iqrar-1421), Album Nasyid Terbaik 2002 (Intifada), Album Nasyid Terbaik 2003 (Qiblat) serta Album Nasyid Terbaik 2009 (Nostalgia Nada Murni) dan Lagu Nasyid Terbaik 2009 (Bila Nur Melimpah Di Hati).

Revolusi muzik nasyid yang dilalui Rabbani selama berjuang dalam industri hiburan seringkali mencetus pelbagai perdebatan.

Ada yang berpendapat, lagu-lagu nasyid nyanyian Rabbani tersasar daripada landasan muzik nasyid yang sedia ada.

Sebelum ini, kumpulan ini pernah merakamkan lagu Pergi Tak Kembali ciptaan KRU berteraskan genre pop yang mendakwa Rabbani seperti meminggirkan objektif utama lagu nasyid.

Antara anggota kumpulan Raihan yang hadir melawat jenazah Asri.

Namun,kemunculan Rabbani yang turut dianggotai oleh Mohd. Asri Baidul @ Ubaidullah, Azadan Abdul Aziz, Muhammad Luqman Abd Aziz, Muhammad Rithauddeen Yaakob, Mohamad Afandi Shahbudin, Ahmad Shafie, Nazrul Azhar Tamrin dan Zulkiflee Azman ini tampil dengan konsep yang tersendiri.

Dalam tempoh lebih 12 tahun berada dalam industri ini, Rabbani telah menghasilkan 19 buah album seperti 'ARAH Dari Mana… Ke Mana…' (1997), 'Pergi Tak Kembali' (1999), 'Intifada' (2000), 'Yalla Beena' (2004) dan yang terbaru, 'Nostalgia Nada Murni'.

Bermula dengan berkonsepkan nasyid klasik, melalui irama-irama yang dipetik dari Timur Tengah, Afrika dan Andalusia, kemudian diadun dan diolah mengikut citarasa yang sesuai dengan era yang terkini.

Juga dipersembahkan bersesuaian dengan citarasa remaja.

Disamping itu ditampilkan dengan adunan muzik ala melayu timur dan digabungkan dengan adunan muzik timur tengah.

Dan kini Rabbani muncul pula dengan konsep yang lebih global dalam bidang muzik tanpa mengurangkan kualiti mesej yang akan disampaikan dengan menampilkan world music didalam lagu-lagu terbarunya.

Ini adalah untuk menjadikan irama nasyid ini akan terus segar dari semasa ke semasa dan terus diminati oleh semua golongan tanpa mengira had bangsa dan negara.

Bagaimanapun dalam menyampaikan irama nasyid ini mesej adalah yang paling utama sekali dengan berpersepsikan bentuk nasihat, dakwah dan panduan.

Sekurang-kurangnya sedikit demi sedikit pendidikan secara tidak langsung itu berjaya masuk ke ruang fikiran sambil berhibur.

Lantaran itu juga boleh mendorong sikap kita ke arah kebaikan. - mstar




KALAU DIA BOLEH TABUR PAKU - DEPA LAGI BOLEH TABUR VIRUS

Seperti memerangkap Mat Rempit agar tayar motosikalnya bocor bagitu jugalah kajian biologi di bilik-bilik makmal yang sedang dilakukan oleh kaum kapitalis ini. Kaum kapitalis multinasional ini ingin memerangkap – bukan dengan menjual tiub. Mereka melepaskan virus-virus ini dengan dua tujuan : (1) mengurangkan penduduk dunia; (2) menjual ubatan.

Hishamuddin Rais

Saya selalu mendengar cerita bagaimana di beberapa selekoh di lorong-lorong motorsikal ada paku-paku tajam di taburkan. Ini untuk tujuan membocorkan tayar. Tidak berapa jauh dari itu ada iklan – tukartiub.

Saya juga diberitahu oleh kawan baik saya bahawa di penurun jalan sesudah terowong lebuh raya Karak – sering minyak ditaburkan. Pernah keretanya tergelincir sekali. Tidak jauh terowong ini ada lori tarik kereta menunggu.

Ini adalah contoh taktik untuk menjalankan perniagaan. Ini cara untuk mencari pelanggan. Dalam dunia perniagaan yang menjadi rukun iman ialah keuntungan. Semua yang berniaga ingin mendapat untung. Lebih banyak untung lebih cepat jadi kaya.

Hari ini kita semua tahu bagaimana seramai 26 orang warga negara kita telah ditewaskan oleh virus H1N1. Wabak ini sedang menular bukan sahaja di negara kita malah di seluruh dunia.

Apa sebenarnya semua ini?

Pada tahun 1963 – satu persidangaan telah diadakan di Iron Mountains tidak jauh dari Hudson New York. Ketika ini Amerika sedang bertarong di Vietnam, Laos dan Kamboja.

Ini adalah persidangan para pemikir untuk membuat dasar bagi pihak kuasa imperial Amerika. Pemikir-pemikir ini ingin mencari jalan bagaimana sistem ekonomi kapitalis dunia ini dapat diteruskan tanpa berlaku perang.

Laporan dari Iron Mountains telah mengajukan :

- Pertambahan penduduk di bumi akan membawa laba kepada kaum koprat
- Perang wajib berlaku untuk tujuan ekonomi, politik dan perkembangan sosial
- Melahir kan musuh sebagai strateji politik

Dari sinilah lahir keinginan untuk mengawal genetic dan genocide dalam usaha untuk mengawal manusia untuk memastikan keuntungan terus dapat dikaut oleh kaum kapitalis. Disini juga bermulanya apa yang akan kita kenali sebagai keganasan biologi – bioterrorism. Teknolojibio akan digunakan sebagai senjata untuk mengawal umat manusia.

Pada tahun 1970 telah keluar satu memo - National Security Memo No: 200. Memo ini ditulis oleh Henry Kessinger yang menimbulkan bagaimana wajib dikawal ledakan penduduk yang semakin bertambah dalam dunia hari ini. Memo No: 200 ini mencadangkan agar dijalankan usaha untuk mengurangkan penduduk dunia.

Ini sebahagian dari memo yang ditulis oleh Henry Kessinger:

‘ There is a major risk severe damage to world economy, political and ecological syatem begin to fail to our humanitarian values. The urban slums dwellers ( though apprently not recent migrants) may serve as a volotile, volient force which threatened political stability.

International relation - population factors are crucial in and after determinants of voilent conflicts in developing areas. There is no single approach which will solve the population problem. The complex social and economic factors involved call for comphrensive strategy… At the same time action and program must be tailored to specific countries and group.’

Dalam bahasa yang senang Henry Kessinger melihat manusia miskin – penduduk miskin kota - sebagai sampah dan perlu di kawal dan dibersihkan. Ini samalah dengar dasar ‘setinggan sifar’ yang selalu di warwar kan dalam negara kita ini.

Justeru – hari ini ada berpuluh-puluh lembaga, badan dan makmal sedang membuat kajian biologi. Ada yang bergantung rapat dengan universiti. Ada yang bekait rapat dengan kaji selidik tentera. Ada yang diwujudkan oleh syarikat pembuat ubat. Malah semua makmal penyelidikan ini kait mengait antara satu sama lain. Lembaga-lembaga ini semuanya mendapat dana dari syarikat pembuat ubatan-ubatan dan mendapat kontrek dari Jabataban Pertahanan Amerika.

Semua lembaga dan makmal ini adalah lembaga kapitalis. Tujuan penyelidikan ilmiah mereka ialah untuk membuat keuntungan maksima. Ilmu pengetahuan mereka bukan digunakan untuk kesejahteraan umat manusia tetapi untuk mencari jalan perniagaan untuk mendapat untung.

Syarikat ubat benabikan keuntungan. Lagi ramai yang sakit lagi baik untuk ubat dijual. Kesihatan ialah perniagaan – ini dasar kaum kapitalis.

Justeru jangan terperanjat jika saya nyatakan bahawa virus AIDS, Hiv, Ebola semuanya lahir dari bilik makmal.

Seperti memerangkap Mat Rempit agar tayar motosikalnya bocor bagitu jugalah kajian biologi di bilik-bilik makmal yang sedang dilakukan oleh kaum kapitalis ini. Kaum kapitalis multinasional ini ingin memerangkap – bukan dengan menjual tiub. Mereka melepaskan virus-virus ini dengan dua tujuan :

1 – mengurangkan penduduk dunia
2 – menjual ubatan

Tidak masuk akal ? Ini hanya teori konspirasi ? Ini pandangan gila Hishamuddin Rais?

Sabar dahulu. Cuba fikirkan pula bagaimana depleted uranium – DU – sedang digunakan dalam perang di Iraq dan Afghanistan. Peluru-peluru baru yang dibuat oleh syarikat pensenjataan telah menggunakan DU dalam peluru yang dapat meledakan apa sahaja – dari kereta perisai hingga ke tembok-tembok tebal.

Depleted Uranium atau DU ini dari apa yang diheboh-hebohkan adalah uranium yang telah mandul kuasanya. Justeru tidak merbahaya kepada manusia. Ini bohong. Kajian demi kajian telah dijalankan yang menunjukkan DU ini masih membawa padah dan malapetaka yang maha hebat kepada umat manusia.

DU akan melahirkan barah. Anak anak yang baru lahir di Iraq dan Afghanistan – dimana ibu atau ayahnya telah terhidu DU – akan lahir bukan seperti bayi. Ada yang berkepala besar. Ada yang bermata satu. Ada yang bengkang bengkok. Bayi-bayi ini adalah gergasi cacat yang dimunculkan oleh teknoloji kaum imperial Anglo-Amerika. Tujuan penggunaan DU ini cukup jelas. Penduduk akan berkurangan. Yang hidup akan terus menerus memerlukan ubatan – ertinya mereka akan terus membeli ubat.

Ini pandangan karut dari Hishamuddin Rais ? Kerana DU juga terkena kepada tentera mereka juga.

Betul. Memang betul ada beribu-ribu tentera British dan soldadu Amerika yang telah mengambil bahagian dalam perang Desert Storm dan sedang menghadapi apa yang dipanggil Gulf Syndrom. Ini adalah penyakit baru dimana pengidapnya akan mati perlahan-lahan. Pada akhir 80’an dahulu para veteran Desert Storm di United Kingdom telah menuntut agar Golf Syndrom ditakrif sebagai penyakit. Ini telah ditolak oleh kerajaan. Kerajaan menafikan wujudnya penyakit ini.

Para veteran – satu demi satu mati. Anak-anak mereka yang baru lahir banyak yang cacat sama seperti yang terjadi di Iraq dan Afghanistan. Jangan hairan – kaum kapitalis – tidak memiliki hati perut. Apa yang penting ialah keuntung besar. Dan ini juga adalah selari dengan dasar yang telah dibincangkan di Iron Mountains. Ini juga dasar yang sedang dijalankan mengikut Memo No: 200 yang disarankan oleh Henry Kessinger.

Umat manusia perlu dikurangkan dalam dunia ini agar mereka yang kaya terjamin kesempurnaan hidup mereka. Ini samalah seperti mengawal penduduk Kampong Kerinchi dari berpindah ke Country Height atau mengudam setinggan di Kampong Berembang atau Buah Pala agar mereka tidak berani membuat rumah di Bukit Tengku.

Juga hampir kesemua soldadu yang pergi berperang itu adalah anak-anak dari kelas bawahan. Mereka ini seperti kata Henry Kessinger adalah sampah yang akan membawa masaalah. Soldadu Amerika hampir 80% adalah berkulit hitam dan Latino. Menghantar mereka ke medan perang adalah cara terbaik untuk mengurangkan jumlah mereka.

Anak-anak orang kaya tidak akan masuk menjadi tentera. Malah Bush sendiri telah mengelat dari pergi ke Perang Vietnam.

Apabila saya membaca, mengkaji dan meneliti dokumen yang telah ‘dibebaskan’ atau yang telah dibocorkan maka ternyata virus terbaru H1N1 ini juga telah menetas dari bilik makmal.

Dasar pengurangan umat manusia dibumi ini sedang berjalan dengan baik. H1N1 ini adalah sebahagian dari strateji itu.

Jika kurang yakin tentang apa yang saya cuba nyatakan disini – atau menganggap ini hanya teori konspirasi – sila cari dan baca - ada berjuta-juta bahan kajian ilmiah dan tulisan-tulisan para penyelidik yang menimbulkan hal ini. Semua ini amat senang untuk ditemui dalam internet.

Pada ketika ini telah keheboh-hebohkan tentang satu vaksin yang akan muncul untuk melawan H1N1. Ini juga adalah pengiklanan besar dari kaum kapitalis. Untuk sementara waktu kita diberi tahu yang vaksin ini masih dalam kajian.

Bayangkan – mula-mulanya – kita ditakut-takutkan. Kemudian kita diberitahu jangan takut ada jalan selamat. Tetapi jalan selamat ini wajib dibayar. Cukup senang untuk memerangkap. Sama seperti menaburkan paku di jalan raya untuk membocorkan tayar motosikal Mat Rempit. Inilah sifat kapitalis. Inilah cara kaum kapitalis membuat untung.

Dalam sistem ekonomi sosialis – ubatan adakah untuk kesihatan bukan untuk keuntungan. Dalam sistem ekonomi sosialis hospital adalah milik rakyat bukan untuk disawastakan. Dalam ekonomi sosialis perubatan adalah untuk semua bukan untuk yang kaya.

Dalam sistem masyrakat sosialis umat manusia adalah penjana tamadun bukan sampah yang perlu dihapuskan. Fikrah manusia digunakan untuk kebaikan bukan untuk keuntungan.

Mukhriz: Pengangguran cecah tahap tertinggi..! Najib patut pecat Mukhriz kerana pecah lobang.! Malaysia ekonomi mantap dan tidak hadapi masaalah pun.!

Kadar pengangguran domestik kemungkinan meningkat kepada 4.5 peratus menjelang akhir tahun daripada 3.7 peratus pada tahun lepas, kata timbalan menteri perdagangan antarabangsa dan industri.

"Bagi kita, ini merupakan satu angka yang tinggi dan kita tidak pernah mencecah angka yang tinggi sebelum ini.

"Pada waktu yang sama, kita sedang berusaha mengurangkan kadar pengangguran ini," kata Datuk Mukhriz Mahathir kepada pemberita selepas melancarkan Cabaran "Internship" Negara ketiga di Petaling Jaya hari ini.

Bagaimanapun, beliau berkata, kebanyakan kilang yang dahulunya telah memberhentikan pekerja, sekarang ini mula mengambil semula pekerja lama kerana menerima banyak pesanan dari pelanggan.

Sehingga 7 Julai lalu, Mukhriz berkata perangkaan yang dikumpul oleh
Kementerian Sumber Manusia menunjukkan angka terkumpul 38,732 pekerja telah diberhentikan berikutan keadaan krisis ekonomi sekarang ini.

Daripada angka itu, katanya, 29,712 orang diberhentikan manakala 9,020 menerima pemberhentian sukarela.

Selain itu, 40,662 pekerja menerima potongan gaji dan 4,112 pekerja
diberhentikan sementara.

Sebelum itu, semasa berucap, Mukhriz berkata walau pun langkah mengecilkan bilangan pekerja semasa kemelesetan ekonomi sekarang ini tidak seburuk semasa krisis kewangan Asia 1997/98 apabila 84,000 pekerja kehilangan pekerjaan masing-masing, ia masih agak rendah di rantau ini tetapi ia masih membimbangkan.

"Kita perlu melakukan sesuatu dengan menggunakan tindakan kreatif bagi meminimumkan kesan krisis sekarang ini," katanya.

Katanya, kementeriannya melalui Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) akan bekerjasama dengan Jobmarket Sdn Bhd dan Basis Holdings sdn Bhd bagi menyediakan latihan kepada graduan dan siswazah yang ingin menjadi usahawan selepas tamat pengajian masing-masing.

Program itu dilaksanakan dengan kerjasama Pusat Pembangunan Usahawan Malaysia, Universiti Teknolohi Mara dan Bank Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SME Bank).

Beliau berkata peserta skim ini diwajibkan menghadiri Latihan Asas
Keusahawanan bagi melayakkan mereka mendapat kemudahan pinjaman melalui Tabung Usahawan Siswazah (TUS) di bawah pengendalian SME Bank.

TUS menyediakan pembiayaan 90 peratus bagi pinjaman kurang dari RM100,000 dan sehingga 95 peratus bagi pinjaman melebihi RM100,000 daripada jumlah keseluruhan kos projek untuk membiayai modal kerja atau harta tetap atau kedua-duanya, katanya.

Sementara itu, 5.0 peratus hingga 10 peratus lagi perlu disediakan oleh peminjam dan jumlah pinjaman TUS yang dibenarkan adalah antara RM20,000 hingga RM250,000.

Mulai tahun ini, INSKEN juga berhasrat untuk melaksanakan program Latihan Asas Keusahawanan Siswazah ini berdasarkan beberapa kelompok perniagaan yang telah dikenal pasti mempunyai potensi yang benar untuk diketengahkan. BERNAMA

Undian KDN: Pro-ISA menang..! ha..ha.. akhirnya pengundi hantu berjaya membantu KDN dan UMNO@BN dalam undian portal...!!!

Selepas dilanda kontroversi, akhirnya undian portal berita Kementerian Dalam Negeri (KDN), yang berakhir tengah malam tadi, melegakan mereka yang pro-Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Sebanyak 58 peratus atau 23,850 respons mengundi menyokong ISA "diteruskan dengan semakan" seperti dijanjikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Hanya 42 peratus atau 17,399 respons mahu akta kontroversi itu "dimansuhkan" bagi soalan keempat "Apa yang anda mahu dari ISA?" (lihat carta pertama), satu daripada dua soalan yang didakwa diseleweng akibat lonjakan mendadak dan luar biasa kelmarin.

Pada jam 4 petang 10 Ogos, hanya 1,333 respons mahu ISA disemak semula tetapi melonjak 1,069 peratus kepada 15,590 respons pada 1.45 petang semalam (lihat carta kedua).

Lonjakan luar biasa itu, berbanding hari-hari sebelumnya, mula dikesan tengah hari Isnin lalu - justeru mula menjadi subjek pertikaian sekumpulan pengguna internet di ruang diskusi Facebook.

Bagi soalan pertama, pada 10 Ogos, hanya 1,499 respons memilih jawapan ISA sebagai "undang-undang pencegahan" tetapi naik sehingga 887 peratus 14,807 respons.

Jumlah respons pula meningkat mendadak sebanyak 16,171 – dari 13,644 kepada 29,815 respons.

Ketua Komunikasi Korporat KDN, Jamilah Taib, juga editor portal berita tersebut berkata, kementerian tidak menyeleweng data tersebut seperti didakwa.

Keputusan muktamad bagi soalan pertama "Pada pandangan anda, ISA adalah ...", seperti di arkib siri undian di portal KDN itu - menunjukkan hanya 42 peratus atau 16,089 respons yang menyifatkan akta itu "kejam".

Sebanyak 57 peratus daripada 37,944 respons menganggapnya "undang-undang pencegahan."



Tamatnya kuasa 2,500 perwakilan Umno

Oleh Samsuri Roslan

KUALA LUMPUR, Ogos 13 - Keputusan 80 peratus bahagian daripada keseluruhan 191 bahagian Umno yang baru selesai mengada mesyuarat sebulat suara telah mencadangkan pindaan perlembagaan yang sekaligus menamatkan era kouta undi terhadap calon yang mahu bertanding jawatan Majlis Tertinggi Umno (MT).

Perhimpunan Agung Umno 2009 lalu yang masih mengamalkan sistem kouta kepada individu bertanding pelbagai jawaran MT disifatkan sebagai perhimpunan terakhir yang mengekalkan sistem ini selepas berlaku lebih daripada 10 tahun.

Keputusan ini turut menamatkan era kuasa 2,500 perwakilan yang menentukan barisan kepimpinan Umno sehingga menimbulkan pelbagai masalah yang tidak menggambarkan pandangan akar umbi ahli.

Ibu Pejabat Umno Malaysia sudah mengarahkan mesyuarat Umno bahagian-bahagian perlu diselesaikan sehingga 16 Ogos ini. Mesyuarat Perhimpunan Agung Umno yang bakal membincangkan isu pindaan perlembagaan ini akan bermula pada 13 hingga 16 Oktober depan.

Difahamkan lebih daripada 150 Umno bahagian di seluruh negara sudahpun selesai mengadakan mesyuarat bahagian masing-masing.

Sebelum ini, semasa berucap merasmikan meysuarat Umno bahagian Pekan, Presiden Umno Datuk Seri Najib berkata Umno akan membuat keputusan berhubung dua kaedah pemilihan jawatan tertinggi dalam pingaan perlembagaan parti itu pada Perhimpunan Agung Umno yang bermula Oktober ini.

Najib yang juga Pengerusi Jawarankuasa Pindaan Perlembagaan Umno berkata, dua kaedah itu ialah proses pemilihan ditentukan oleh 60,000 perwakilan di peringkat bahagian atau menerusi `pilihan raya’ membabitkan tiga juga ahli di peringkat cawangan.

Najib menegaskan proses pemilihan jawatan tertinggi yang dilakukan kira-kira 2,500 perwakilan yang diamalkan sekarang tidak menggambarkan aspirasi tiga juga ahli parti di peringkat akar umbi.

Proses tersebut, jelasnya, boleh memberi ruang kepada calon-calon yang bertanding jawatan tertinggi tidak akan terbabit dalam politik wang.

Isu mansuh kouta undi dan kuasa di tangan 2,500 perwakilan pernah disebut oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Muhamad dan bekas Naib Presiden Umno, Tengku Razaleigh Hamzah di sepanjang kempen pemilihan Majlis Tertinggi Umno pada Mac lalu.

Sementara itu, beberapa bahagian Umno yang selesai mengadakan mesyuarat turut mencadangkan beberapa pindaan tambahan bagi mengemaskini perlembagaan yang berkaitan dengan pertandingan jawatan.

Antara beberapa cadangan pindaan perlembagaan ini adalah supaya pemilihan Majlis Tertinggi Umno tetap diadakan tiga tahun sekali dan bukannya lima tahun sepertimana yang dilakukan sekarang.

Ia bertujuan bagi memberi ruang kepada sesetengah kepemimpinan pelapis untuk menimba pengalaman sebagai bakal pemimpin berikutan mereka yang layak dan wibawa gagal untuk memegang jawatan disebabkan faktor usia kerana perubahan tahun pemilihan

Selain itu, terdapat bahagian yang mencadangkan agar tiga juta ahli Umno hanya mengundi barisan jawatankuasa Umno bahagian sementara 60,000 perwakilan cawangan pula hanya dibenarkan mengundi calon yang bertanding jawatan MT.

Mereka memberi alasan kuasa yang diberi kepada 60,000 perwakilan cawangan yang menentukan calon MT akan memudahkan lagi urusan dan lebih efisyen berbanding diserahkan kepada tiga juta ahli akar umbi.

Beberapa cadangan lain termasuk urusan undi untuk calon yang bertanding MT wajar diserah dan diputuskan oleh perhubungan Umno negeri dan bukannya kepada Ibu Pejabat Umno Malaysia.

Bagaimanapun cadangan dariapda beberapa Umno bahagian seperti dimansuhkan keahilan Umno melalui sistem on-line menimbulkan pelbagai reaksi yang berbeza. Cadangan ini dikatakan boleh menimbulkan kesukaran kepada barisan kepimpinan Umno cawangan yang tidak arif menggunakan IT.

Namun kalangan genarasi muda Umno beranggapan sistem ini tidak akan menimbulkan banyak masalah kerana kepemimpinan Umno cawangan berhak untuk mengetahui latarbelakang ahli sebelum mengadakan mesyuarat.

Keputusan pindaan perlembagaan ini yang bakal dilakukan pada Oktober depan juga menyaksikan Pemilihan Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno pada 2011 akan datang akan menyaksikan perubahan besar terhadap calon-calon yang bertanding.

Hasan Ali patut belajar dari Hassan cucu Nabi


Oleh: Huzaifah Ahmad Yamani


Apabila saya menulis mengenai pemimpin PR, tidak kiralah siapa sekali pun – Hj Hadi, Anwar Ibrahim, Kit Siang ataupun Hasan Ali – itu bukanlah bermakna saya membenci mereka, mahu mereka dijatuhkan dan mahu menjahanamkan mereka. Takkan kita lupa pepatah Melayu, sayang isteri tingal-tinggalkan, sayang anak tangan-tangankan. Saya tambah: sayang pemimpin, tegur-tegurkan!

Anda mungkin menganggap saya anti-Hasan Ali. Hey, come on…saya adalah pendokong kuat Hasan Ali. Bahkan, saya sanggup bertekak dan berhujah mempertahankan beliau. Semuanya saya lakukan, kerana keyakinan saya terhadap beliau. Bahkan, saya masih ingat betapa Hasan Ali mendakwa, kemasukannya ke dalam PAS tidaklah membawa untung peribadi. Dia lebih untung sebagai pakar motivasi. Ini saya salute, saya tabik spring berkali-kali.


Namun, sebagai pengikut yang baik, saya tidak mahu menjadi seperti Umno. Pemimpin salah dibiarkan, akhirnya kepimpinan salah membawa rebah. Dalam Islam, anda pasti pernah terdengar kisah Umar al-Khattab ditegur seorang pemuda, namun Umar tidak marah bahkan baginda berterima kasih. Anda juga pasti pernah terdengar pesanan Abu Bakar r.a saat baginda dipilih menjadi khalifah, jika betul ikut, jika salah tegurlah.

Maknanya, ini adalah tanda aras atau bench mark kepimpinan dalam Islam. Jika teguran dianggap salah, maka apalah hebatnya institusi kepimpinan dalam Islam.

Bahkan anda mesti tahu, Imam sebagai pemimpin dalam solat juga wajib ditegur jika melakukan kesalahan. Kita diberitahu cara menegurnya, yakni adab-adabnya. Andai kata teguran demi teguran diberi dan si imam masih buat tak reti, kita boleh mufaraqah. Lain kali, tak payah ambik dia imam lagi, sebab dia jahil hokum, melainkan dia nak belajar, admit kesalahan dan berubah. Nak jadi imam, kena tahu hokum-hakam, buka setakat ilmu tajwid tetapi juga hokum fekah mengenai soal solat berjemaah.


Baiklah, Hasan Ali bagi saya adalah imam atau pemimpin. Apabila dia tersilap, pada mulanya saya berbaik sangka. Mungkin kerana dia tak sengaja, maklumlah diakan manusia biasa. Masa dia menang PRU 1999 di Parit Buntar dan Sg. Burong, saya sudah terdengar desas-desus perihal ada segelintir sikapnya yang kurang disenangi. Pun saya buat-buat pejam mata, kerana saya hanya dengar. Namun, PRU 2008 dia menang di Gombak Setia. Saya adalah antara tukang kempen dan tukang undi dia. Jadi, jika dia buat silap, maka kali ini saya boleh lihat depan mata. Jika dia buat silap, saya sebagai makmum kena menegurnya! Ini kewajipan saya.


Antara kesilapan Hasan Ali, dia tidak merujuk kepada syura dalam beberapa keputusan utama di peringkat negeri. Anda tak payah pergi jauh, anda lihat pemilihan exco negeri, mengikut maklumat yang saya dapati, ia tidak pun dirujuk kepada syura negeri. Maksud saya, dimasukkan ke dalam Mesyuarat Perhubungan PAS Negeri Selangor dan mendapatkan pandangan ahli-ahli mesyuarat dari seluruh kawasan. Kemudian, isu pemecatan Khalid Samad dan Saari Sungib, adakah anda rasa ia juga dibuat berdasarkan mesyuarat yang melibatkan semua kepimpinan negeri? Saya rasa tidak, kerana bukan semua kepimpinan PAS Selangor merestuinya. Khalid Samad bukan ‘kecik anak’ dalam PAS. Saari Sungib pun bukan orang lekeh. Mereka berdua sudah lama berjuang. Sudah teruji luar dan dalamnya. Kemudian, beberapa siri tindakan Hasan Ali, misalnya dalam ‘menegur’ MB (Isu Cow and Cars), pun tidak melalui mesyuarat negeri bahkan dilihat seolah-olah suatu ‘signal’ negatif PAS kepada Pakatan. Maka saya yakin, semuanya datang dari segelintir pemikiran manusia di dalam PAS namun akhirnya dipersembahkan sebagai Suara PAS Selangor! Adakah ini adil?


Berbalik isu arak, maka saya fikir anda silap memahami maksud penulisan saya sebelum ini. Arak adalah haram – jelas dan ia qatie di dalam al-Quran. Namun, apa yang saya pertikaikan ialah kaedah – uslub, method dan pendekatan – Hasan Ali nampak gelojoh di sini. Gelojoh justeru ia mendahului PAS Negeri (bagaimana nak kata suara PAS Selangor jika ada kepimpinan negeri yang tak bersetuju dengan CARA itu?), membelakangkan MB (MB Selangor pun tak diberitahu) dan gelojoh kerana mengusulkan pemecatan ‘rakan’ dakam Pakatan (sedangkan, cara terbaik ialah ‘Sindir anak tegur menantu.’) – Yakni Hasan Ali patut lebih bijak berpolitik dengan mengelakkan pertembungan terbuka sesama sendiri. Ini yang saya tegur – The Approach is WRONG!


Anda mungkin suka jika Hasan Ali bertegang leher dengan isu ini, namun saya nak bagi tahu, UMNO JUGA SUKA….maka apakah yang berlaku di sini…ya, seolah-olah ada sesuatu yang tak kena. Apabila berita HASAN ALI SANGGUP DILUCUTKAN JAWATAN dipaparkan di muka hadapan dan menjadi head line news di radio…ada sesuatu yang tak kena di sini. Kenapa berita lain tidak keluar dan anda harus ingat, kita tidak mahu semua ini menjadi modal UBN – sehinggalah akhirnya mereka berkempen: Sokong Hasan Ali haramkan arak – sedang dahulu mereka yang memberi lessen ‘menghalalkannya.’


Akhirnya, anda tidak perlu menunding jari kepada orang jika takdir Pakatan gagal mempertahan kemenangannya. Ini kerana, anda patut bertanya, adakah anda sudah menjalankan kerja mempertahankan kemenangan. Saya sudah berusaha ke arah itu. Saya sayangkan Hasan Ali, tapi saya lebih sayangkan kemenangan ini dan paling utama saya sayangkan Islam. Maka, saya tidak sanggup kemenangan dan Islam difitnah hanya kerana kelemahan segelintir manusia yang gagal memahami kondisi dan bertindak melulu sesuka hati. Wallahua’lam.


P/S: “Hasan Ali patut belajar betapa bijaksananya cucu Nabi Muhammad SAW, Hassan dan Hussein dalam membetulkan kesalahan seorang kakek, sehingga si tua tidak terasa dirinya dihina…itu lebih mulia dan lebih terpuji bagi seorang pemimpin sepertinya.”

Debat Arak dan Puaka Politik Selangor..!!!

Oleh : A Kadir Jasin

[NOTA KEPALA: Mohon maaf saya kembali kepada politik. Suka tidak suka, kita tertakluk dan ditakluki oleh politik, hatta dalam kes selesema babi sekarang. Kalau kepemimpinan politik kita cakap sesedap rasa dan melepas batuk di tangga, jangan salahkan sesiapa jika wabak ini akan menjadi lebih buruk.]

KEMBALI kepada perkembangan politik tanah air, saya masih ingat bagaimana saya menemui Dr Mohd Khir Toyo tidak lama selepas dia menjadi Menteri Besar Selangor.

Saya menemuinya kerana timbul cakap-cakap yang beliau kurang gembira dengan tulisan-tulisan saya mengenainya yang dianggap terlalu kritikal atau kurang tepat.

Jadi saya pun menceritakan kepada beliau pengalaman saya sebagai pemerhati politik Selangor bermula daripada krisis pemecatan Allahyarham Datuk Harun Idris pada tahun 1976.

Sejak itu, saya melihat seorang demi seorang Menteri Besar datang dan pergi. Ada yang naik dan turun tetapi lebih ramai yang naik dan jatuh seolah-olah ada sumpahan kepada jawatan itu.

Jadi saya kata kepada Dr Khir berhati-hatilah kerana sumpahan dan puaka politik Selangor adalah kerana negeri Selangor kaya.

Malah saya memberi amaran kepada beliau secara lisan dan melalui tulisan dalam blog ini dan dalam majalah Malaysian Business agar tidak terlalu seronok mengisytiharkan Selangor negeri maju menjelang 2005.

Selangor tetap diisytiharkan negeri maju dan apa yang terjadi kepada Dr Khir, Umno dan Barisan Nasional selepas itu adalah sejarah.

Beralih kepada kerajaan campuran PKR (15 kerusi), DAP (13) dan Pas (8) Selangor walaupun baru berusia 16 bulan namun kesan-kesan sumpahan itu sudah mula menjangkitinya.

Seperti sumpahan yang menimpa kerajaan BN, penyakit atau maladi yang menimpa kerajaan Pakatan Rakyat Selangor sekarang berhubung-kait dengan ekonomi, harta dan kekayaan.

Isu Menteri Besar Abdul Khalid Ibrahim didakwa menggunakan duit negeri untuk membeli lembu korban dan kini isu arak yang melagakan Pas dengan DAP adalah juga berkaitan harta dan kekayaan.

Bagi orang bukan Islam, arak dan judi adalah antara kegiatan penting ekonomi yang menjadi hak (rights) dan sumber kekayaan mereka. Jadi apalah yang hendak dihairankan jika mereka mempertahankan perniagaan arak dan judi.

Percubaan Pas melalui pesuruhjaya negerinya Dr Hassan Ali untuk mengawal penjualan secara terbuka semua jenis arak, termasuk bir, di kawasan-kawasan majoriti Muslim tentulah bercanggah dengan dasar dan prinsip hak dan kebebasan yang dipegang oleh DAP dan ahli bukan Islam dalam PKR.

Dr Hassan sebagai pengarak panji-panji Pas di Selangor tentulah tidak boleh berdiam diri dan bersubahat dengan DAP dan PKR dalam hal judi, arak dan percambahan rumah-rumah urut yang menyediakan lebih daripada urut tradisional dan dewan-dewan karaoke yang menyediakan lebih daripada hiburan nyanyian.

Manakala PKR dan DAP boleh mengatakan semua kegiatan ini wujud sebelum PR mengambil alih negeri Selangor, Pas tidak boleh membutakan mata dan memekakkan telinga kepada perkara-perkara mungkar kerana ia adalah parti Islam.

Jadi kita boleh faham dan bersimpati dengan Dr Hassan kerana memikul beban yang sangat berat dan mencabar. Setelah 16 bulan bertolak ansur dengan PKR dan DAP serta melindungi kerajaan PR Selangor daripada bermacam tuduhan, termasuk seks bebas, Pas nampaknya tidak mahu berdiam diri lagi terhadap kemungkaran yang berlaku.

Jadi apakah pilihan Dr Hassan apabila desakannya agar Adun DAP Ronnie Liu digugurkan daripada jawatan Exco Kerajaan Tempatan dianggap “non-issue” (tidak ada isu) oleh Abdul Khalid dan isu arak tidak mendapat tindakan segera?

Seperti yang dilaporkan oleh Malaysiakini dan juga media massa arus Perdana, pilihan Dr Hassan adalah untuk tidak berganjak dan tidak menyerah kalah.

Malah secara terbuka dia berkata dia bersedia menghadapi padahnya.

I Won’t Give In, Says Defiant Hassan” demikian tajuk berita Malaysiakini. Soalnya adakah kerana mempertahankan pendirian sebagai seorang Muslim, Dr Hassan boleh dituduh “defiance”atau berkeras?

Malaysiakini membuat kesimpulan: “Far from (being) intimidated by the prospects of facing a disciplinary hearing, Selangor PAS commissioner and exco member Hasan Ali is even more determined to uphold his party's Islamic principles.

(Jauh daripada berasa takut dengan kemungkinan menghadapi perbicaraan tatatertib, Pesuruhjaya Pas Selangor dan Ahli Exco, Hassan Ali nampaknya lebih berazam mempertahankan prinsip-prinsip Islam Pas.)

Adalah amat menarik diperhatikan sama ada Dr Hassan akan mendapat sokongan padu kepemimpinan Pas dan tidak disembelih sebagai kambing korban. Atau seperti yang kerap berlaku, dia akan mengundur dan mengatakan dia menghormati keputusan kepemimpinan.

Bolehkah Dr Hassan berpatah balik setengah membuat ikrar terbuka bahawa dia tidak akan menyerah kepada ancaman, akan terus berjuang untuk Islam dan bersedia menghadapi apa jua tindakan oleh kepemimpinan atasan, termasuk dilucutkan jawatan?

Kesimpulannya, walaupun isu penjualan bir oleh kedai runcit yang melagakan Pas dan DAP ini nampak kecil, namun apa yang tersirat adalah cukup besar dan fundamental.

Di pihaknya, Dr Hassan menggunakan agama Islam sebagai alasan dan landasan. DAP dan PKR pula menggunakan hak (rights) iaitu kebebasan orang bukan Islam berniaga arak dan minum arak.

Jadi kita tunggu yang mana akan muncul sebagai keutamaan – pertimbangan Islam atau hak dan kebebasan orang bukan Islam berniaga arak dan minum arak di mana-mana saja?

Shah Rukh Khan jamu Ali Rustam di Mumbai..! aik boleh lak berkawan dan makan bersama dengan orang yang menghina ISLAM.! lepas tu hina masakan Malaysia

Bintang tersohor Bollywood Datuk Shah Rukh Khan telah meraikan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam di Mumbai Isnin
lalu.

"Saya makan malam di rumahnya. Beliau hidang masakan India terbaik termasuk briyani and thosai.

"Boleh saya katakan, masakan Malaysia kurang 20 peratus sedap daripada masakan asli India," kata Mohd Ali kepada Bernama semasa berkunjung ke Hyderabad.

Mohd Ali dan ahli rombongan kecilnya berada kira-kira dua jam di rumah besar Shah Rukh di Banjara Hills di Mumbai.

Beliau berkata Shah Rukh turut bersetuju untuk melakukan satu atau dua penggambaran filem untuk filem terbarunya bertajuk Happy New Year di Melaka lewat tahun ini.

Filem ini diarah sendiri Shah Rukh dan isterinya Gauri Khan.

Shah Rukh Khan menerima gelaran Datuk daripada kerajaan negeri Melaka akhir tahun lalu.

Semasa di sini, Shah Rukh dan Mohd Ali juga berbincang untuk menubuhkan studio filem di Melaka bagi membangunkan bakat untuk industri filem Malaysia.

"Beliau mempunyai pengalaman luas dalam bidang lakonan dan pengeluaran filem.

"Beliau telah memberi persetujuan, kita berharap beliau dapat memberi syarahan dan berkongsi pengetahuan dengan kita," kata Mohd Ali.

Dua filem Shah Rukh One Two Ka Four dan Don dibuat penggambaran di Melaka. BERNAMA

ISU ARAK DI SELANGOR :UMNO LIDAH BERCABANG...!!

Oleh Ustaz Haji Idris Ahmad

Apabila Majlis Bandaraya Shah Alam merampas arak di kawasan majoriti Melayu, kemudian pula dibantah oleh Romie Liu Exco Kerjaan Tempatan atas tindakan MBSA. Maka Umno pun ambil kesempatan di atas isu ini, kononnya satu penghinaan kepada orang Melayu dan Islam di Selangor. Maka ada di kalangan mereka yang mengadakan demontrasi, Ali Rostam dan Khairi Jamaudin pula menyuruh Pas keluar Pakatan Rakyat, kerana perjaungan Pas tidak dihormati. Sebenarya apa yang dinyatakan oleh pemimpin Umno itu bukan ikhlas untuk mengharamkan arak, tetapi mereka hendak memecah belahkan Pakatan Rakyat. Kalau kita tidak kenal siapa wajah pemimpin umno maka kita akan anggap umno adalah parti yang suci dalam debu. Tetapi kalau kita kenal inilah pemimpin yang lidah bercabang.


Umno kena jawab soalan ini dahulu sebelum komen isu arak di Selangor.

-Bukankah rakyat yang ketagih arak di negara ini kerana umno yang membiarkan rakyat mabuk . Apabila rakyat mabuk maka mereka tidak peduli isu stadium runtuh, bagaimana pemimpin mereka boleh bina rumah RM24 juta, kematian Beng Hock, isu wakil rakyat umno Selangor belanja RM27 juta dalam masa 50 hari, isu skandal PKFZ, isu siapa bunuh Antatuya.

- Apa yang umno buat selama 52 tahun mereka memerintah di negara ini untuk membendung masalah arak di negeri-negeri yang mereka memerintah.

-Kenapa Dato’ Ali Rostam tidak mengharamkan arak di Melaka. Kalau kita ke Melaka Raya bersepah kedai arak, kenapa Ali Rostam tidak ada niat untuk mengawal penjualan arak di negeri beliau.

-Khairi Jamaludin jangan tunjuk beliau anti arak, kita kenal siapa kamu.

-Bukankah umno tidak memberi kerjasama pada program untuk mencegah maksiat dan gejala keruntuhan akhlak remaja. Ini dapat dilihat kes penangkapan penguatkuasa JAWI terhadap 100 orang belia di Kelab Zouk yang sedang melakukan perbuatan durjana dan mabuk. Walaupun ada pandangan yang menyokong tindakan JAWI di kalangan individu yang menjadi pemimpin Pemuda Umno seperti Ustaz Shamsul Najmi Shamsuddin dari Biro Agama Pemuda Umno. Malangnya tindakan yang beliau lakukan telah dibelasah oleh Dato’ Hishamuddin Hussain dan Khairi Jamaluddin Naib Ketua Pemuda Umno yang menganggap bahawa ini pandagan peribadi Shamsul Najmi. (Sunday Mail 27hb Feb 2005)

-Kenapa pemimpin umno tidak mengarahkan supaya wang EPF dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera mengeluarkan pelaburan mereka di dalam syarikat arak. Isu ini lebih besar kerana membiarkan wang pekerja yang tidak berdosa di dalam kilang arak.

-Kita tidak pernah dengar pemimpin umno menyuarakan dalam persidangan umno supaya orang Islam tidak dibenarkan menjadi ahli lembaga syarikat arak.

-Kita tidak pernah dengar umno mencadangkan supaya orang Islam tidak dibenarkan bekerja di tempat menjual arak.

-Kita tidak pernah mendengar umno berhajat untuk mengawal arak di dalam penerbangan MAS, kerana ia adalah hak kerajaan.

Daripada hujah di atas sah umno adalah parti yang berpura-pura memperjuangkan Islam, tetapi hakikatnya pemimpin umno adalah perangsang maksiat di negara ini. Mereka hanya berlakon anti arak, kerana hendak menarik undi orang Islam sahaja. Umno mampu tanggani isu arak, kalau umno mahu. Contohlah kerajaan Kelantan yang berjaya mengawal arak dan mendidik rakyat supaya tidak bebas membeli arak. Arak hanya dijual di kawasan majoriti orang bukan Islam. Inilah juga cadangan Pas Selangor untuk kerajaan Selangor. Insyaalah kita cuba membentuk rakyat Selangor di bawah Pakatan Rakyat, berbeza dengan rakyat yang dibentuk oleh umno/bn. Kita yakin cadangan Pas Selangor akan menjadi kenyataan satu hari ini, untuk melihat rakyat yang jijik dengan arak.


* Penulis adalah Ketua Penerangan PAS Pusat

Siasat segera RM10 juta untuk Ong Tee Kiat

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sepatutnya membuat siasatan segera ke atas dakwaan Ketua Pegawai Eksekutif Kuala Dimensi, Tiong King Sing, bahawa syarikatnya memberikan RM10 juta kepada Presiden MCA, Datuk Ong Tee Kiat, untuk urusan mesyuarat bahagian parti itu tahun lepas.

Lim Kit Siang dalam kenyataannya berkata, bukan sahaja SPRM, polis juga patut membuat siasatan segera.

Semalam, bos syarikat Kuala Dimensi yang sedang disiasat ekoran dakwan salah laku dalam projek Perlabuhan Klang Free Trade Zone (PKFZ), Tiong King Sing berkata, dia telah mendermakan RM10 juta kepada Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Kiat.

Derma itu, dakwa Tiong, diserahkan beliau melalui Bahagian MCA tahun lepas.

Hari ini, Bengkel Pakatan Rakyat di Petaling Jaya juga mengambil keputusan mengecam tindakan SPRM yang didakwa menjadi alat Barisan Nasional.

Ini ekoran tindakan rakus dan tergesa-gesa SPRM dalam menyiasat para pemimpin Pakatan Rakyat khasnya di Selangor tetapi membiarkan pemimpin BN bergelumang dengan rasuah.

Pagi tadi, Ong Tee Kiat membuat laporan polis ekoran kenyataan CEO Kuala Dimensi itu.

Namun, Tiong King Sing menyambut baik laporan itu dan meminta Ong membuat laporan polis dan seterusnya menyaman beliau.

Beliau juga berkata mempunyai saksi terhadap kenyataannya kepada semua laman web semalam.

"Saya bagi dia duit cash kerana dia mahu cepat," kata Tiong King Sing kepada satu laman web hari ini.

Isu PKFZ dianggap punca penolakan secara langsung orang Cina terhadap MCA. Sebaik sahaja menjadi Presiden MCA dan Menteri Pengangkutan, Ong Tee Kiat berusaha keras untuk menyelesaikan isu ini.

Ekoran itu, baru-baru ini, PKFZ telah mendedahkan, siasatan sedang dibuat terhadap Kuala Dimensi ekoran beberapa tuntutan yang tidak munasabah yang melibatkan wang sehingga RM1 bilion.

Apa yang menyebabkan Tiong King Sing marah adalah Jawatankuasa Khas yang ditubuhkan untuk menyiasat penyelewengan PKFZ tidak pernah memanggil mereka untuk mendapatkan maklum balas sebelum membuat laporan termasuk salahlaku wang yang bernilai antara RM500 juta ke RM1 bilion.

ImageTiong King Sing (gambar), yang juga pengerusi Kelab Penyokong BN di Dewan Rakyat, mendakwa beliau telah 'menderma' RM10 juta kepada Presiden MCA yang juga Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat tahun lalu.

Wang tersebut, tambahnya, adalah untuk aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan bahagian-bahagian MCA.

Timbalan Tiong dalam KDSB, Datuk Faizal Abdullah berkata, Ong telah menggunakan jet peribadi milik syarikat tersebut sebanyak lima kali dan 'berhutang' kepada mereka sebanyak AS$40,000 bagi perkhidmatan tersebut, lapor satu laman web.


Isu larangan menjual minuman beralkohol: UMNO jangan berpoliticking....!!!! - Yb Lau Weng San

UMNO perlu bertindak ikhlas dan bukan berpoliticking dalam isu larangan menjual minuman beralkohol. Untuk beberapa minggu yang lalu, UMNO dan Utusan Malaysia telah menggunakan isu larangan menjual minuman beralkohol untuk menyerang PAS dan Pakatan Rakyat Selangor.

Malahan UMNO dan Utusan Malaysia telah mencampur-adukkan isu ini dengan isu-isu perkauman dan agama yang lain dan melancarkan serangan dan fitnah yang tidak berasas dan terhadap DAP, kononnya DAP anti-Islam dan anti Melayu.

Kalau UMNO betul-betul memperjuangkan Islam, maka saya mencabar UMNO jangan menuding jari ke atas PAS dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim sahaja kerana mereka juga perlu melakukan yang sama di negeri-negeri yang mereka mentadbir.

UMNO juga perlu menggubal undang-undang Parlimen yang sedia ada, termasuk Perlembagaan Persekutuan untuk membolehkan kerajaan negeri dan PBT diberi kuasa yang lebih besar untuk melaksanakan dasar melarang minuman beralkohol.

Janganlah UMNO hanya bercakap kosong dan melemparkan tuduhan-tuduhan yang tidak berasas kepada orang lain sedangkan mereka sendiri hanya melepaskan batuk di atas tangga sahaja.

Artikel 5 dalam Perlembagaan telah memberikan kebebasan kepada rakyat dalam isu penjualan minuman beralkohol manakala Artikel 75 dalam Perlembagaan juga menyatakan jika terdapat perbezaan dari segi undang-undang Persekutuan dan negeri.

Oleh itu, jikalau UMNO hendak menjadi jaguh orang Melayu dan orang Islam, maka saya bercadang kepada UMNO untuk melaksanakan dasar yang sama di negeri-negeri yang ditadbir oleh UMNO dan BN. Malahan saya mencabar UMNO sama ada mereka dapat menyakinkan parti-parti komponen yang lain di dalam BN untuk menerima dasar yang sama.

Jikalau UMNO dan Utusan Malaysia tidak memberanikan diri untuk melakukan apa yang disarankan saya, maka ini sekali lagi membuktikan hipokrasi dan ketidak-ikhlasan UMNO dan BN.

Berikutan dengan perbincangan larangan menjual minuman beralkohol di kawasan majoriti Muslim di Shah Alam, Menteri besar Selangor telah mengumumkan dasar “Kawalan-Kenditi” (Self-Regulating) di mana sepuluh (10) kedai serbaneka di kawasan sekitar Shah Alam tidak lagi menjual minuman beralkohol kepada pengguna.

Ia melibatkan 7-Eleven di Seksyen 2,6,19,11,13, 8, 7, 3, dan 7-Eleven di Jalan Kristal dan Jalan plumbum U7/7 di Seksyen 7. Sementara itu, untuk tujuh kedai 7-Eleven di Seksyen 16, 17, 20, 9, Seksyen 13 (bersebelahan Giant), Seksyen 13 (bersebelahan Hotel Carlton dan juga Seksyen 18, minuman beralkohol tidak lagi dipamerkan di rak minuman tetapi dijual di kaunter untuk pelanggan khusus seperti pelancong dan orang bukan Islam.

Ini merupakan langkah-langkah awal dan bijak daripada Kerajaan Negeri untuk memastikan minuman ini tidak dijualkan kepada mereka yang tidak memerlukannya dari segi undang-undang di mana keputusan ini juga tidak bercanggahan dengan peruntukan undang-undang yang sedia ada.

Artikel oleh :-

Photobucket
Lau Weng San, ADUN for Kampung Tunku, born in 1978 and raised in Ipoh, graduated from University Malaya with a degree in Chemical Engineering in 2002.


10 Minit ditahan ...!!!

Puspawati Rosman, Merdeka Review

Saya dibawa masuk ke sebuah trak yang diletakkan di hadapan Masjid Jamek. Sepanjang perjalanan ke trak tersebut, saya tidak diberi sebab tangkapan oleh polis-polis tersebut. Nampak sangat mereka ini sebenarnya tidak tahu apa yang mereka sedang lakukan, tetapi hanya sekadar mengikut arahan dari langit (orang atas).

Beberapa orang peguam sukarela yang berada di tempat kejadian cuba berdiplomasi dengan polis, diketuai oleh Saha. Saya yang tidak berpuas hati dengan penangkapan, mula membuat bising di dalam trak.

Di dalam trak tersebut, terdapat dua orang lagi tahanan perempuan. Tahanan lelaki ada lebih kurang 10 orang. Mereka hanya diam melihat "drama" yang berlaku di antara saya dan polis-polis di hadapan trak. Saya sempat berpaling ke arah mereka dan berkata, "Sekejap lagi saya berikan nasihat guaman".

Saya meminta supaya gari saya ditanggalkan, kerana pergelangan tangan saya rasa sakit. Tapi permintaan saya tidak diendahkan. Lalu, saya cuba leraikan sendiri dan mungkin kerana saiz pergelangan tangan saya yang kecil, percubaan saya berjaya.

Mempersoalkan kebiadapan polis

Saya mula mempersoalkan cara tangkapan dan sikap polis-polis yang kurang ajar itu. Mereka cuba mempertahankan tindakan mereka tapi saya tahu yang mereka sendiri sedar bahawa tindakan mereka itu tidak berasas. Saha mula menjelaskan sekali lagi isi kandungan risalah merah. Pada waktu ini, barulah salah seorang anggota polis itu membuka risalah tersebut dan membacanya.

Ketika itu, saya mula sedar bahawa kebanyakan tangkapan yang dibuat oleh polis adalah tanpa usul periksa. Contohnya ketika penangkapan saya, polis-polis tersebut tidak mengendahkan penjelasan saya dan tidak cuba membaca risalah tersebut. Hanya selepas tangkapan dibuat dan selepas didesak oleh Saha, mereka mula membacanya.

Saya telah dibebaskan daripada tahanan kira-kira 10 minit selepas itu.

Perhimpunan 2R : Double Standard

Jangka waktu yang singkat itu meninggalkan kesan yang mendalam terhadap diriku. Rasa sakit hati dengan cara pihak polis menangani hari perhimpunan tersebut yang sangat mengecewakan. Apa sudah jadi dengan hak berhimpun secara aman yang kononnya dilindungi di bawah Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan?

Kira-kira seminggu sebelum kejadian, sebenarnya terdapat satu lagi perhimpunan besar-besaran yang diadakan di tempat yang sama. Perhimpunan itu dinamakan 2R (kempen Ragut dan Rogol) yang dianjurkan oleh kerajaan. Jalan-jalan ditutup seawal jam 8 pagi. Beribu-ribu peserta meniup wisel dan melintasi jalan raya dengan baju merah jambu dan menyebabkan kesesakan lalu lintas dari empat arah bertentangan menuju ke Dataran Merdeka.

Saya tidak kisah dengan tujuan dan matlamat perhimpunan itu. Apa yang mahu saya tekankan di sini ialah, sekiranya pihak polis berjaya mengawal dengan baik perhimpunan 2R tersebut, mengapa tidak lakukan perkara yang sama untuk perhimpunan Mansuhkan ISA? Kerana ia bukan dianjurkan oleh kerajaan persekutuankah? Mengapa perlu ada "double standard" dalam menangani isu keselamatan dan keamanan orang awam? Dan, apabila kami sebagai peguam sukarela cuba menghulurkan bantuan guaman akibat kerja-kerja polis yang tidak mengikut prosedur, kami juga ditahan?

Bayangkan, segala-gala yang tertulis di atas adalah luahan hati saya yang hanya ditahan selama 10 minit.

101 kisah semasa ditahan

Bayangkan, orang-orang yang ditahan sehari semalam di dalam lokap tanpa mengetahui hak-hak mereka, dan ada yang dipukul.

Bayangkan, 11 orang anak guam wanita kami yang ditangkap pada waktu tengahari dan tidak diberi makan sehingga pukul 11 malam, mengadu sakit kepala dan berpenyakit asma, tidak diberikan ubat yang diminta walaupun peguam sudah membelikan dan memberikannya kepada polis bertugas. Mereka juga diherdik dan dicaci oleh polis-polis yang memanggil mereka bodoh, dungu dan sebagainya.

Bayangkan, tiga orang kanak-kanak berusia 13, 16 dan 17 tahun yang ditangkap pada siang hari, tidur di dalam lokap, disuruh pakai baju lokap, dan tidak diberi makan sehinggalah mereka diberi akses untuk berjumpa dengan peguam pada pukul 10 malam dan makanan dibelikan oleh peguam-peguam mereka. Yang lebih mengejutkan, ibubapa mereka dan pegawai dari Jabatan Kebajikan tidak dimaklumkan mengenai penangkapan mereka sehingga berlaku kekecohan apabila seorang bapa panik selepas beliau diberitahu anaknya sudah tidak lagi berada di dalam balai polis, tetapi dibawa ke "tempat lain".

Akhirnya bapa kanak-kanak tersebut membuat laporan polis atas "kehilangan" anaknya, dan selepas melihat bapa kanak-kanak tersebut membuat laporan, barulah polis-polis bertugas bersungguh-sungguh membantu lelaki itu mencari anaknya. Rupa-rupanya, kanak-kanak tersebut telah dibawa ke balai polis yang lain.

Bayangkan, seorang wanita berusia hampir 50 tahun yang mengidap sakit jantung tidak dibenarkan dibawa ke hospital, tetapi polis berkeras untuk mereman wanita tersebut bagi "siasatan lanjut". Beliau juga tidak diberikan ubat yang sepatutnya diberikan.

Sekarang, berhentilah bayang-membayangkan ini. Anda sebenarnya boleh mengalaminya sendiri, kerana realitinya di Malaysia, tidak ada yang mustahil. (Bahagian kedua, tamat)

Bahagian Pertama : Risalah merah? Tangkap!

*Puspawati Rosman ialah Ketua Projek Jawatankuasa Kesedaran Undang-undang Pusat Bantuan Guaman (PBG) yang ditangkap pada 1 Ogos 2009.

Kenyataan nik aziz boleh huru-harakan negara...!!! Atau UMNO@BN sendiri mahu negara ini huru-hara agar mudah merompak segala-galanya..!!!!


MELAKA 13 Ogos _ Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, tindakan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat tidak membantah segelintir pemimpin DAP menghina Islam boleh mencetuskan berlakunya huru-hara di negara ini.

Timbalan Presiden UMNO berkata, kenyataan Nik Aziz itu dilihat sebagai perbuatan yang tidak sepatutnya dilakukan sama ada oleh orang Islam atau bukan Islam.

Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri menambah, situasi negara ini yang stabil dan aman sejak hampir 52 tahun Merdeka adalah atas sikap menghormati budaya dan agama kaum lain yang ada di negara ini.

``Saya pun hairan bagaimana seorang yang dianggap sebagai tokoh agama boleh menghalalkan orang lain menghina Islam, ini macam kita jual Islam untuk politik.

``Saya juga takjub bagaimana Nik Aziz sebagai ketua kerajaan negeri boleh kata, tak pa lah dia tak faham. Tak kan tak faham.

``Kalau ada orang Islam mencerca agama Kristian kita pun marah. Kita dah lama hidup dan tak mahu mencetuskan huru-hara,'' katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2009 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh di sini hari ini. - Utusan

SEKURANG-KURANGNYA PENDUDUK KG BUAH PALA BERJAYA BERBINCANG DENGAN FRU.....????? BETUL KE TU...!!!!

Seorang penduduk Kampung Buah Pala cuba menghalang anggota polis dan kontraktor pemaju projek perumahan Kampung Buah Pala, Nusmetro Ventures(P) Sdn Bhd untuk membuat proses merobohkan rumah di sini, hari ini. Selepas membuat perbincangan pemaju projek bersetuju untuk memberikan tempoh sehingga 1 Sept ini untuk merobohkan rumah mereka. -- foto BERNAMA

Khairy Pengecut, Tolak Tawaran Debat Terbuka

Kewibawaan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin sekali lagi dipertikaikan. Setelah berkali- kali berdolak dalih untuk berdepan dengan Ketua Pemuda Pas, Ustaz Nasruddin Hassan At- Tantawi menerusi debat perdana anjuran Gerak, beliau akhirnya menaikkan bendera putih seraya membuka segala ruang kritikan terhadapnya.

Gerak sebelum ini merangcang mengaturkan satu debat perdana membabitkan kedua- dua tokoh politik muda negara berhubung isu Rasuah dan masa depan Malaysia- dimana peranan pemimpin muda politik ?

Namun usaha ini menemui kegagalan apabila hanya pemuda pas yang menyatakan kesediaan untuk berdebat. Ini bukan kali pertama pemuda UMNO menolak untuk berdebat secara terbuka bagi berhujah tentang isu- isu semasa.

Naib Presiden Pas, Sallehuddin Ayub menyifatkan Khairy telah mencerminkan sikap pemimpin UMNO yang tidak mempunyai jati diri yang kuat dan tidak mempunyai keyakinan untuk berhujah memperjuangkan apa yang lantang dilaungkan parti mereka.

"Satu sikap yang pada saya tidak wajar. Tidak bijak. Ajak debat pun tidak mahu, wacana pun tidak mahu. Jadi apa yang Pemuda UMNO boleh ? Itu pada saya tidak seperti yang di perjuangkan UMNO. Apa yang tinggal pada Pemuda UMNO ?," kata Sallehuddin.

Tv Antara juga menghubungi Ketua Pemuda Pas, Ustaz Nasruddin untuk mendapatkan reaksi beliau terhadap penolakan kali kedua pemimpin UMNO itu.

Nasruddin tidak dapat mengelak daripada menyifatkan Khairy sebagai pengecut untuk berdepan membahaskan isu rasuah, isu yang membarah dalam parti anutannya itu.

"Apa lagi yang boleh saya kata kalau tidak berani untuk tampil mengulas isu atau pun berdepan dengan realiti yang perlu kita tangani bersama. Musuh akan menganaggap ini adalah satu tindakan yang penakut, atau tindakan yang tidak berani menyatakan kebenaran. Kita selalu dipesan oleh orang- orang tua kita, berani kerana benar, takut kerana salah," kata Nasruddin.

Operasi Roboh Kg Buah Pala Gagal, Penduduk Diberi Tempoh Hingga 1 Sept

Pemaju Nusmestro ventures (P) Sdn Bhd hari ini gagal dalam dua cubaan untuk meroboh 23 unit rumah di Kampung Buah Pala, Gelugor di sini setelah beberapa kali menangguhkan hasrat itu beberapa minggu lalu.

Pemaju membawa kira-kira 100 pekerja bersama sekurang-kurangnya tiga jentolak untuk merobohkan rumah-rumah itu.

Penduduk Kampung Buah Pala Bru diberi tempoh sehingga 1 September ini untuk mengosongkan rumah masing-masing sebelum dirobohkan.

Keputusan itu itu dicapai dalam rundingan bersama pemaju, Nusmestro Ventures (P) Sdn Bhd, penduduk terbabit dan polis sebentar tadi.

Sebelumnya, bailif Mahkamah bersama dua Pengarah Nusmetro, Garry Ho dan Thomas Chan dilihat berbincang dengan pihak polis yang berada di kawasan itu pada kira-kira pukul 9.30 pagi untuk meneruskan hasrat meroboh kediaman di situ.

Bagaimanapun, percubaan pekerja pemaju untuk memasuki kawasan itu pada kira-kira pukul 11 pagi dan 1 tengah hari dihalang oleh penduduk yang berkumpul di Jalan Kaki Bukit iaitu kira-kira 100 meter daripada laluan masuk ke kawasan itu sejak awal pagi ini sambil menjerit ke arah pekerja-pekerja berkenaan.

Keadaan di kawasan itu tegang ketika ini dan penduduk kebanyakannya wanita dan kanak-kanak masih tidak berganjak dari tempat mereka berdiri walaupun hujan turun dengan agak lebat pada sebelah pagi.

Penduduk juga dilaporkan mengumpul tahi lembu sebagai persediaan untuk bertindak balas sekiranya rumah mereka dirobohkan.

Setakat ini, tidak dapat dipastikan sama ada terdapat penduduk mahupun pekerja syarikat itu yang cedera.

Hampir 100 anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU), Pasukan Gerakan Am dan polis berada di kawasan itu untuk mengawal keadaan.

Turut kelihatan berada di situ ialah Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Azam Abdul Hamid dan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri SAC 11 Wan Abdullah Tunku Said tetapi enggan mengeluarkan sebarang kenyataan ketika ini.

Sejak beberapa minggu lalu, kontroversi Kampung Buah Pala menghiasi dada akhbar berikutan keengganan penduduk di situ berpindah keluar daripada kampung berkenaan walaupun Mahkamah Persekutuan telah memerintahkan mereka mengosongkan tanah seluas 2.6 hektar itu bagi membolehkan pemaju dan pemilik tanah, Koperasi Pegawai Kerajaan Pulau Pinang membangunkan kawasan berkenaan.

Neophilia: Nonsense...!

By: Mat Saman Kati

Setiap saat, kita dihujani dengan beribu juta ‘impulses’ dari segenap pelusuk dunia. Baik dari gelombang kosmik, gelombang pendek seperti X-ray yang menusuk kebadan kita, gelombang radio dan gelombang cahaya.

Kebanyakanya tidak relevan kepada kita. Kadang-kadang kita tidak memerlukannya. Kita cuma bertindak balas kepada apa yang kita mahu, bukan apa yang disogokkan. Ini adalah sifat semula jadi manusia. Kita hanya bertindak balas melalui lima deria yang kita miliki. Sentuh, rasa, lihat, dengar, hidu.

Tetapi ini hanyalah sebahagian kecil kemampuan manusia. Kemampuan manusia sebenarnya jauh lebih luas, tetapi kita sering memperkecilkan kebolehan kita. Akibatnya, kita terperosok kedalam penjara yang kita sendiri cipta.

Kita hanya menggunakan mata untuk melihat dalam jarak yang sempit… 375 hingga 775 nanometer. Apa yang kita nampak hanyalah warna-warna merah hingga ungu. Mengapa tidak kita lebarkan daripada 370 hingga 780 nanometer supaya kita boleh melihat infra-merah dan ultra-ungu? Kerana otak kita sudah diasuh dari kecil supaya melihat hanya dari 375 hingga 775 nanometer.

Kanak-kanak dapat melihat apa yang tidak dapat dilihat oleh orang dewasa, tetapi orang dewasa mengajar kanak-kanak supaya jangan mempercayaai apa yang dilihat oleh kanak-kanak tersebut. Maka timbulah istilah hantu, jin, pelesit…untuk memprogramkan minda kanak-kanak itu supaya hanya melihat apa yang dilihat oleh orang tua.

Dan apabila kanak-kanak ini dewasa, maka program yang sudah terbina didalam mindanya, digunakan kepada kanak-kanak lain. Akibatnya, manusia hanya melihat dalam sudut yang sempit.

Apabila kita masuk kedalam bilik yang sunyi, dimana yang berbunyi hanyalah detik jam. Kita boleh mendengar setiap detik jam berjalan. tetapi lama kelamaan, kita tidak lagi mendengar bunyi detik jam, sebaliknya mendengar bunyi-bunyi lain. Malah, detikan jam sudah tidak lagi kedengaran, dan kita cuma sedar apabila bunyi jam berubah apabila jam mengeluarkan bunyi yang berlainan.

Mengapa kita kadang-kadang mendengar bunyi detik jam, dan ada masanya hilang dari pendengaran? Kerana minda kita diasuh supaya hanya mendengar apa yang kita mahu.

Kita mendengar dan melihat bukan sahaja dengan mata dan telinga, tetapi juga dengan otak kita. Didalam otak, kita menyusun semuanya mengikut kategori dan susunan.

Otak kanak-kanak bermula dengan kosong. Dia tidak tahu daun itu hijau…tetapi kita yang memprogramkan mindanya dengan mengatakan daun itu hijau. Dia tidak tau api itu panas, tetapi kita yang memberitahunya..api itu panas. Minda kita diprogramkan oleh orang lain.

Bayangkan, seorang kanak-kanak…bangun tidor dan terus keluar rumah. Dia nampak pokok-pokok menghijau, dia merasakan keindahan kabus waktu pagi, dia merasakan angin berhembus, air mengalir dari sungai, binatang melintas dihadapannya. Dan bila dia balik, ibunya bertanya..”kamu pergi kemana?” dan anaknya menjawab, “keluar”. Adakah ibunya berpuashati dengan jawapan ini? Sudah tentu tidak. Ibu mahukan satu jawapan yang memuaskan hatinya lantas anak pun menjawab, “pergi kutip durian.”

Anak ini tahu, tidak ada perkataan yang dapat menceritakan betapa indahnya alam dan dia tidak mampu menceritakan apa yang dilihatnya. Tetapi apakah itu jawapan yang diperlukan oleh ibunya? Tidak. Ibu hanya mahukan jawapan yang dia mahu dengar. Kita memilih untuk mendengar apa yang kita mahu.

Nature on its own is colourless, soundless and scentless. It makes no sense. Until it has been sensed, it is nonsense.

Apa yang disebut diatas diatas bukanlah penemuan baru. Kelemahan manusia ini sudahpun dieksploit oleh pemimpin-pemimpin politik, para diktator ataupun para penakluk dunia.

Mereka yang berfikir diluar kotak, mudah saja menakluk minda dan pemikiran orang lain yang enggan keluar dari kepompong pemikiran lapuk.

Begitu banyak ilmu dan maklumat yang boleh diperolehi didunia ini. Sama banyak dengan gelombang cahaya dan gelombang bunyi, tetapi manusia memilih apa yang dia mahu dan apa yang disogokkan.

Pemimpin menggunakan TV3 dan Utusan untuk menyogok berita-berita yang hanya menceritakan kebaikan mereka, manakala berita-berita negatif disorokkan. Sebahagian besar rakyat percaya bulat-bulat apa yang disogokkan kerana pemikiran mereka sudah diprogramkan untuk menerima hanya berita-berita dari sumber yang ’sah’. Mereka menolak dan menyifatkan berita-berita dari sumber lain kerana ianya tidak ’sah’.

Ini berlaku bukan sahaja dikalangan orang Umno, malah berlaku juga didalam Pakatan Rakyat. Orang Pas hanya mempercayaai Harakah. Orang PKR hanya mempercayaai Suara Keadilan. Sumber-sumber lain adalah bohong!

Orang-orang Umno hanya mempercayaai apa yang dikatakan oleh pemimpin mereka. Kadangkala tidak masuk akal, tetapi mereka mempercayaai juga kerana mereka tidak menggunakan akal, sebaliknya melihat dan mendengar apa yang mereka mahu. Minda mereka telah diprogram sejak kecil untuk menerima hanya dari pemimpin Umno.

Orang Pas juga ditanamkan minda mereka supaya wala’ kepada pemimpin. Apa saja cakap pemimpin, wajib dituruti. Kadang-kadang tidak masuk akal, tetapi oleh kerana mereka dididik dan ditarbiyah supaya menerima saja keputusan pemimpin, mereka tidak menggunakan akal.

Ada orang PKR yang begitu taksub kepada Anwar. Sehinggakan apa saja kata Anwar dianggap wahyu.

Jangan hanya menggunakan mata untuk melihat dan telinga untuk mendengar. Kita sebenarnya tidak perlu menggunakan mata untuk melihat ataupun telinga untuk mendengar.

Anjing dapat melihat apa yang kita tak dapat lihat. Burung hantu dapat melihat walaupun matanya rabun.

Kelawar dapat mendengar seribu kali lebih baik dari kita walaupun telinganya terlalu kecil. Gajah tidak dapat mendengar dengan baik walaupun mempunyai telinga yang cukup besar. Kalau hanya menggunakan deria yang ada, kita terlalu kerdil berbanding binatang.

Tetapi manusia mempunyai bakat yang terpendam. Setiap manusia memiliki synaesthesia, untuk melihat sesuatu menerusi perspektif yang berbeza. Kita mampu melihat, mendengar, merasa, menghidu, dan menyentuh perkara-perkara baru tanpa menggunakan pancaindera kita.

Apa yang perlu ialah menggunakan akal secukupnya. Manusia hanya menggunakan tidak sampai 10% dari kemampuan akal sebenarnya. Kerana kita mengharapkan, orang lain memikirkan untuk kita.

Ayahanda Lajin, Peace Dan Pukimak...!!!!

sumber: perisik rakyat

Ini foto kenangan Ayahanda Lajin di depan SUK Perak pada 3hb. Mac, 2009...
Ini juga foto kenangan Ayahanda Lajin, juga di hadapan bangunan SUK Perak pada 3hb. Mac, 2009 tetapi dengan aksi isyarat tangan "PEACE...!!!"
Dibawah ni pula foto kenangan Ayahanda Lajin yang terbaru sekali ketika Perhimpunan menyokong kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin bahawa Anwar Ibrahim adalah Pengkhianat Bangsa, di hadapan bangunan UMNO Perak, Ipoh, 1hb. Ogos, 2009... nampak tak yang pakai songkok tinggi tu..?
Lain, Lajin... kau ni tak serik-serik lagi... kasi malu orang Me"LAYU' daaa... memang kau minat mem"PEACE" e..?

Bengkel putuskan daftar Pakatan Rakyat ...!!! Tahniah dengan keputusan yang tepat...!!!

Hampir 100 para pemimpin utama Pakatan Rakyat iaitu dari PAS, PKR dan DAP berhimpun di Tropicana Golf Club pagi ini mencapai kata sepakat untuk mendaftarkan Pakatan Rakyat sebagai sebuah pertubuhan tidak lama lagi.

Keputusan ini dicapai selepas menerima cadangan dari pimpinan Pakatan yang telah membincangkan perkara itu sebelum ini, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada Harakahdaily.

Menurut Anwar, mesyuarat Majlis Tertinggi Pakatan Rakyat akan datang akan memperincikan perkara ini dan seterusnya mendaftar Pakatan Rakyat kepada Pendaftar Pertubuhan.

Menurut Anwar, beberapa persoalan teknikal seperti jumlah parti yang bergabung dalam Pakatan Rakyat perlu tujuh parti akan diperincikan kemudian.

"Ini bukan undang-undang, ia hanya peraturan dalam mendaftar sahaja," kata Anwar.

Isu kedudukan Pakatan Rakyat yang dianggap longgar ekoran tidak didaftar secara rasmi sebagaimana Barisan Nasional (BN) menjadi salah satu topik perbincangan dalam Bengkel Memperkasakan Pakatan Rakyat di Tropicana Golf Resort hari ini.

Hampir 100 pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat menyertai bengkel bermula jam 9 pagi dan akan berakhir sehingga lewat petang ini.

Selain Anwar, turut serta adalah Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Yang tidak kelihatan hanya Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz dan Karpal Singh, Pengerusi DAP.

Setiap parti menghantar kira-kira 30 perwakilan ke dalam bengkel sehari ini.

Turut sama dibincangkan adalah isu menangani arak di Selangor, Jawatankuasa Disiplin Pakatan Rakyat dan serangan BN terhadap Pakatan Rakyat.

Untuk isu arak, bengkel bersetuju dengan pendirian Selangor dalam hal ini. Isu pertembungan peribadi antara Exco kerajaan negeri Selangor, Ronie Liu dan Datuk Dr Hassan Ali juga selesai dalam bengkel ini.

Sehingga Pakatan Rakyat didaftarkan secara rasmi, isu disiplin akan ditangani oleh parti masing-masing.

Isu serangan BN terhadap Pakatan juga dijawab oleh Anwar apabila ditanya wartawan.

"Kita akan pertahan habis-habisan kerajaan Selangor dan kita yakin BN memang akan berusaha ke arah itu sebagai yang mereka buat di Perak," kata Anwar.

Tiong tells Tee Keat to go ahead and sue

By Lee Wei Lian

KUALA LUMPUR, Aug 13 — Datuk Tiong King Sing, the CEO of the main developer of the Port Klang Free Zone (PKFZ), will not retract his statement that MCA president Datuk Seri Ong Tee Keat had received a RM10 million donation from him.

Today, Ong said that he was giving Tiong seven days to withdraw his statement and apologise or else face legal action.

The transport minister also lodged a police report against Tiong this morning for alleged criminal defamation.

In an immediate reaction, Tiong told The Malaysian Insider that he stands by his remarks given in a media interview yesterday.

"I will not retract my statement. Why do I need to retract? I welcome him (Ong) to lodge a police report. He can go ahead and sue me," said Tiong.

When asked if he would be able to show proof that Ong had accepted the donation, Tiong said that he had witnesses to corroborate his story.

"I donated the money to the party to unite their members and serve the people well. I offered a cheque but Ong asked for cash because it was faster. I am very sincere in my intentions," said Tiong.

He added that it was not his intention "to condemn people" and that Ong was his "friend".

"When they were doing all the investigations, I did not ask for an injunction to stop them from making statements. What we are angry about is that the special task force that is doing the investigations did not call us for any explanations," he said, referring to the special task force that was established to probe any wrongdoing in the scandal-hit PKFZ project.

Ong was forced yesterday to deny allegations that he had received a RM10 million donation last year from Tiong, who is CEO of Kuala Dimensi Sdn Bhd, (KDSB), the main developer of the PKFZ.

However, he confirmed he had used the private jet owned by KDSB but he said his office was waiting to be billed for the services.

The allegations by Tiong, who is the Barisan Nasional backbenchers’ chief, will certainly give the coalition a headache.

The disclosure came after the special task force to investigate the PKFZ project said this week it had found disputed claims amounting to at least RM500 million.