Rabu, 12 Ogos 2009

LGE's Muddled Logic ..! ha..ha.. YB KJ....????

On Sunday 9 August, called on PAS to withdraw from the State Pakatan Rakyat if it wins the Permatang Pasir by-election and the DAP-led Penang government still refuses to appoint its assemblyperson to the state Exco.

Yesterday, Chief Minister YAB Lim Guan Eng, perhaps fatigued from the Kg Buah Pala fiasco that has exposed his shortcomings as a leader for all Penangites, utilised bewildering logic when he retorted by asking me to resign from all party posts since I was not appointed to the Cabinet despite my election as Leader of UMNO Youth.

As Chief Minister, I am certain YAB Lim is aware that there is a stark difference between a party as an institution – what PAS is – and one individual who leads a party’s wing – yours truly. And in any case, UMNO Youth, the institution, is represented in the Cabinet – my Deputy YB Dato' Razali Ibrahim is Deputy Minister of Youth and Sports. It is an honour for UMNO Youth to have a place in the Federal Government. PAS, on the other hand, is completely unrepresented at the state government level.

I suspect the Chief Minister sacrificed plain truth in order to taunt me and in his eagerness to deliver that elusive sucker punch which landed miles wide, YAB Lim may have tripped over himself. In comparing PAS’s absence from the Penang Exco with that of the Leader of UMNO Youth from the Cabinet he has not merely insulted PAS and the people’s intelligence to distinguish one from the other, but also sent out an implicit message to PAS that he does not intend to change the status quo. The Penang State government will remain a DAP-PKR affair, and not a genuine Pakatan Rakyat partnership.

My initial challenge to PAS remains and is not affected by the DAP’s Secretary-General sticking his beak in with an incongruent comparison and incoherent logic. If PAS is indeed happy to be left out of the government, let its own leaders say so.

Umno tergugat punca Anwar diserang, kata Nik Aziz

Kerana kehebatan dan kejayaannya menggugat Barisan Nasional (BN) khasnya Umno, menyebabkan Datuk Seri Anwar Ibrahim di serang habis-habisan, kata Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik.

Bagi beliau, semuanya berdasarkan satu perkara sahaja iaitu dengki terhadap Ketua Pembangkang itu sehingga beliau dituduh sebagai pengkhianat bangsa.

Nik Aziz berkata demikian ketika mengulas serangan besar-besaran Umno terhadap Anwar Ibrahim sejak kebelakangan ini.

Ia bermula dengan kenyataan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyidin Yassin yang mendakwa Anwar adalah pengkhianat orang Melayu. Namun, tidak ada sebarang kenyataan yang jelas apa dia pengkhianatan yang dibuat Anwar.

Ekoran itu, Anwar menghantar notis peguam kepada Muhyidin dan meminta agar kenyataan itu ditarik balik dan meminta maaf kepadanya.

Namun, ia ditolak oleh Muhyidin bahkan selepas itu, Umno Johor berhimpun di Paguh dan meneriakkan perkataan "Anwar pengkhianat" secara beramai-ramai. Mereka juga mencabar Anwar menyaman mereka.

Menurut Nik Aziz, Umno seharusnya menyerang dasar perjuangan parti PKR dan bukannya individu sekiranya mendapati perjuangan parti itu tidak betul.

Image(Gambar: Hubungan rapat antara Anwar dengan Nik Aziz dan Abdul Hadi)

Katanya lagi, dalam sejarah ketamadunan manusia, Namrud dan Firaun walaupun berkuasa namun kerana menghianati ajaran Allah, mereka tetap menerima padah serta hukuman dari Allah walaupun berbangsa Arab.

Umno katanya, tidak wajar menyerang individu untuk menarik perhatian masyarakat terhadap mereka dengan memburukkan Anwar Ibrahim, sebaliknya dasar parti yang perlu dikritik atau seumpamanya sekiranya ia tidak betul.

Beliau melahirkan rasa malu terhadap orang politik Malaysia yang menyerang individu secara besar besaran dengan mengatakan Anwar sebagai penghianat bangsa.

Jelasnya, kalau demikian hujjah Umno, Nabi Muhammad saw juga boleh diistilahkan sedemikian kerana baginda turut menentang bapa saudara yang sebangsa dengannya.

"Sejahil-jahil orang Arab Jahiliah pun dia tak kata Nabi Muhammad ni penghianat bangsa, sebaliknya sebagai orang yang memperbodohkan pemimpin kami, itu saja tak ada pun sebut pengkhianat bangsa,ujarnya lagi.

Sambungnya lagi, masaalah bangsa itu hanya akan timbul setelah masyarakat itu sendiri yang membangga-banggakan bangsanya, sedangkan seruan bangsa di Padang Mahsyar nanti tidak wujud.

Tambahnya, sekiranya bangsa cukup berharga di sisi Allah, tentu sekali bangsa Arab lebih berharga dari Melayu.

Menurutnya, kerana Anwar bersama Pakatan Rakyat dan semakin diterima rakyat, menyebabkan mereka takut dan cara yang difikirkan sesuai bagi mereka ialah menyerang ketua pembangkang itu secara peribadi.

"Kita ni nak naikkan (fahaman) politik, dan bukannya nak menaikkan atau memburukkan individu tertentu, tak betul, itu memalukan kita,"ujarnya.

Peguam Sedia Bongkar Kematian Teoh Beng Hock

Barisan peguam mewakili keluarga mendiang Teoh Beng Hock bersedia membongkar rahsia kematian setiausaha politik Selangor itu dan kini sedang menganalisa akuan dan jawapan para saksi.

Hari ini merupakan hari ke 7 inkues kematian mendiang berjalan dan saksi 11 dan 12 telah dipanggil untuk sesi soal jawab. Namun hari ini juga menyaksikan beberapa saksi gagal hadir ke soal-jawab ini atas pelbagai alasan.

Saksi pertama yang memberi keterangan pada hari ini ialah Inspektor Mohd Zulaimi Mohd Zubir dari cawangan jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam yang telah menyaksikan rakaman kamera liter tertutup (CCTV) milik syarikat Plaza Masalam.

Zulaimi dalam kenyataannya memberitahu mahkamah, beliau telah diarahkan oleh pegawai atasannya yang berpangkat Asisten Komisioner Polis (ACP) untuk merampas "hard disk" yang mengandungi imej Teoh Beng Hock. Dalam rakaman tersebut Zulaimi mendakwa beliau telah melihat imej mendiang memasuki bangunan Plaza Masalam melalui lobi tingkat pada 18:08:55.

Menurut Zulaimi, sepanjang pemerhatiannya melalui rakamam CCTV itu tidak terdapat rakaman mangsa meninggalkan bangunan tersebut. Akuan ini seraya mengesahkan bahawa Beng Hock tidak meninggalkan Plaza Masalam melalui cara 'biasa'.

Mendiang Teoh Beng Hock ditemui mati di tingkat lima bangunan Plaza Masalam yang menempatkan pejabat SPRM pada 16 Julai lalu. Mangsa ditemui mati pada hari perkahwinannya.

Zulaimi merupakan antara pegawai polis yang terawal menyaksikan keadaan mayat mangsa setelah dihubungi oleh petugas dari Ibu Pejabat polis Daerah Shah Alam yang turut berada di tempat kejadian.

Menurut Zulaimi, ketika beliau tiba di tempat kejadian, beliau melihat mayat seorang lelaki dipercayai berbangsa Cina ditutup menggunakan plastik hitam yang dipercayai plastik sampah dan ditindih dengan bata bagi mengelakkan plastik itu terbang yang kemudiannya disahkan sebagai Teoh Beng Hock.

Mayat mangsa ketika itu berada dalam keadaan tertiarap dengan kesan darah mulai kering di bahagian mulut dan hidung. Pakar bedah siasat mengesahkan mendiang telah mati enam jam sebelum ditemui polis.

Gobind Singh Deo bagaimanapun tidak berpuas hati dengan keterangan yang diberikan oleh saksi pada hari ini.

" Memang ada isu-isu yang dibangkitkan yang kali lihat sebagai serius dan akan kami bangkitkan di dalam penghujahan nanti"

Pegawai penyiasat polis ini kelihatan gugup semasa disoal oleh peguam Gobind Singh Deo. Zulaimi dipersoalkan kerana tindakan beliau yang tidak mengambil butiran empat atau lima anggota SPRM yang berada di tempat kejadian.

Empat atau lima orang itu adalah mereka yang memaklumkan kepada Zulaimi bahawa Beng Hock adalah saksi yang dipanggil SPRM dalam operasi terhadap kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor.

Zulaimi disoal apakah identiti empat atau lima anggota SPRM itu tidak penting dalam siasatan polis. Zulaimi gagal menjawab dan kelihatan gementar sepanjang disoal-siasat peguam kepada keluarga mangsa ini.

Dalam satu perkembangan yang mengejutkan, salah seorang penyiasat Beng Hock tidak mencatatkan sebarang siasatan dibuat keatas Beng Hock pada hari kejadian.

Pegawai penyiasat terbabit, Mohd Anuar Ismail, langsung tidak menulis adanya soal-siasatan dibuat keatas Beng Hock dalam buku siasatan hariannya.

Selepas itu, inkues sebelah petang saksi ke 12 yang juga tidak terdapat dalam senarai turut dipanggil untuk sesi soal jawab pada hari ini.

Beliau ialah Penolong Analisis Seksyen Jenayah Komputer, Unit Forensik PDRM, Inspektor Mohd Zaidi Abu Hassan. Beliau merupakan pegawai yang dipertanggungjawabkan untuk menganalisa telefon bimbit mangsa yang telah diterima pada 21 Julai 2009.

Zaidi diminta untuk menganalisa telefon bimbit jenama Sony Ericson milik Teoh Beng Hock dan diarah untuk mengeluarkan semua maklumat dalam telefon bimbit dan kad sim berkenaan.

Samy Vellu Mahu Saya Roboh Kuil - Khir Toyo...!!! ha..ha...bongkar lagi...?

Dalam satu temubual khas bersama akhbar Makkal Osai, bekas Menteri Besar Dr Khir Toyo berkata Presiden MIC Datuk S Samy vellu menelefon beliau pada suatu malam sekitar jam 11 dan meminta supaya sebuah kuil di Selangor dirobohkan.

"Dia (Samy Vellu) kata orang-orang Hindraf berkumpul di kuil itu dan menjadikan perhimpunan itu kepada protes," kata Khir kepada Makkal Osai.

"Samy kata dia mahu kuil itu dirobohkan untuk menyekat dan tidak memberi ruang kepada mereka," dedah Khir lagi.

Perobohan itu berlangsung sebelum Deepavali 2007 dan mengundang kemarahan masyarakat India. Perobohan ini adalah menjadi pencetus utama masyarakat India bingas bangun dan membawa kemenangan kepada Pakatan Rakyat dalam PRU12.

"Oleh kerana pemimpin masyarakat India yang membuat permohonan itu, saya mengarahkan Setiausaha Negeri untuk mengeluarkan arahan sewajarnya," katanya.

Tee Keat jawab dakwaan Tiong...!!!! Berbalas-balas pantun nampaknya mereka...!!! SPRM jangan lupa lak tugas mereka...???

Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat berkata tindakan untuk mencemar dan membuat serangan peribadi terhadap dirinya semakin menjadi-jadi, terutama selepas pendedahan terbaru Pasukan Petugas Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Berikut adalah terjemahan jawapan penuh Ong yang juga menteri pengangkutan tersebut dalam blognya hari ini.

"Saya tidak terperanjat bahawa taktik untuk mencemar dan membuat serangan peribadi terhadap diri saya semakin menjadi-jadi, terutama selepas pendedahan terbaru oleh Pasukan Petugas PKFZ.

Sekiranya saya telah menerima habuan dan faedah kewangan bagi dirinya atau bagi pihak parti, maka sudah tentulah saya akan berusaha melindungi kepentingan pemberinya, dan bukan sebaliknya dengan meneruskan usaha mendedahkan salahlaku mereka. Dengan berbuat demikian, saya membahayakan keselamatan diri saya dan keluarga saya serta kredibiliti saya.

Dakwaan Datuk Seri Tiong King Sing bahawa saya telah menerima "pinjaman" RM10 juta dari beliau untuk kegunaan bahagian-bahagian parti, jelas dibuat dengan beberapa motif, termasuk mengalih perhatian dari dakwaan penyelewengan yang didedahkan oleh pasukan petugas.

Ia juga boleh membawa maksud untuk menimbulkan keraguan di kalangan rakan-rakan dalam parti saya bahawa saya telah membolot wang yang sepatutnya untuk bahagian-bahagian parti. Hakikat bahawa beliau berkata ia merupakan satu pinjaman, boleh membawa maksud yang beliau mahu opsyen untuk mengheret saya ke mahkamah untuk memalukan lagi saya.

Tempoh yang disebut oleh Dato' Seri Tiong ialah 2008, ketika saya menjadi naib presiden sehinggalah saya menyandang jawatan presiden pada bulan Oktober. Tidak timbul keperluan bagi saya sebagai naib presiden untuk mengumpulkan dana untuk bahagian. Kemudianya, apabila menjadi presiden, kita sudah mempunyai akses kepada dana dan peruntukan parti. Saya tidak rasa ada mana-mana orang yang waras sanggup menyerahkan RM10 juta berasaskan kepada cerita seumpama itu.

Saya amat gembira Dato' Faisal Abdullah telah mengakui bahawa jet-jet tersebut telah disewa oleh pejabat saya. Ini dengan jelas menunjukkan bahawa saya tidak menerima sebarang keistimewaan. Jika saya terpaksa, dan saya bersedia untuk menjelaskan bayaran perkhidmatan pesawat tersebut, Saya dengan jelas tidak menerima rasuah atau layanan istimewa.

Lagi pula, pejabat saya belum menerima sebarang invois untuk perkhidmatan yang diberikan itu. Jika syarikat tersebut lebih cekap, saya pasti pejabat saya telah pun menjelaskan bayarannya dengan segera. Saya pasti urusan perniagaan tidak mengeluarkan invois melalui akhbar.

Saya akan mendapatkan pandangan peguam saya dan nasihat perundangan terhadap dakwaan yang berunsur fitnah itu.

Saya melihat halangan terbaru ini sebagai satu cabaran yang perlu saya hadapi. Ia tidak akan menghalang saya daripada memastikan bahawa isu PKFZ diselesaikan demi kepentingan kerajaan dan rakyat. Saya juga minta saya dihakimi berdasarkan tindakan-tindakan saya."

H1N1 konspirasi kapitalis buat duit..!!!!

By : Hishamuddin Rais

Saya selalu mendengar cerita bagaimana di beberapa selekoh di lorong-lorong motosikal, akan ada paku-paku tajam ditaburkan. Ia bertujuan membocorkan tayar.

Tidak berapa jauh dari tempat paku itu, ada pula iklan "tukar tiub".

Saya juga diberitahu oleh kawan baik saya bahawa di jalan menuruni terowong lebuh raya Karak sering ditaburkan minyak. Pernah sekali keretanya tergelincir.

Tidak jauh dari terowong ini, ada lori tarik kereta menunggu.

Cerita ini contoh taktik untuk menjalankan perniagaan - cara mencari pelanggan. Dalam dunia perniagaan, rukun imannya ialah keuntungan. Semua peniaga ingin mendapat untung.

Lebih banyak untung, lebih cepat jadi kaya.

Hari ini kita semua tahu bagaimana seramai 44 orang telah ditewaskan oleh virus selesema A (H1N1). Wabak ini sedang menular bukan sahaja di negara kita, malah di seluruh dunia.

Apa sebenarnya semua fenomena ini?

Pada 1963, satu persidangaan diadakan di Iron Mountains, tidak jauh dari Hudson New York. Ketika ini Amerika Syarikat sedang bertarung di Vietnam, Laos dan Kemboja.

Persidangan para pemikir ini untuk membuat dasar bagi pihak kuasa imperial Amerika Syarikat. Pemikir-pemikir ini ingin mencari jalan bagaimana sistem ekonomi kapitalis dunia ini dapat diteruskan tanpa berlaku peperangan.

Laporan dari Iron Mountains telah mengajukan:

- Pertambahan penduduk di bumi akan membawa laba kepada kaum korporat,
- Perang wajib berlaku untuk tujuan ekonomi, politik dan perkembangan sosial,
- Melahirkan musuh sebagai strategi politik.

Dari sinilah lahir keinginan untuk mengawal genetik dan pembunuhan besar-besaran dalam usaha untuk mengawal manusia bagi memastikan keuntungan terus dapat dikaut oleh kaum kapitalis.

Di sini juga bermulanya apa yang akan kita kenali sebagai keganasan biologi – bioterrorism. Teknologi hayat akan digunakan sebagai senjata untuk mengawal umat manusia.

Pada 1970 telah keluar satu memo, National Security Memo No: 200. Memo ini ditulis oleh Henry Kessinger yang menimbulkan bagaimana wajib dikawal ledakan penduduk yang semakin bertambah dalam dunia hari ini.

Memo No: 200 ini mencadangkan agar dijalankan usaha untuk mengurangkan penduduk dunia.

Petikan sebahagian kandungan memo tulisan Kessinger:

"There is a major risk severe damage to world economy, political and ecological syatem begin to fail to our humanitarian values. The urban slums dwellers (though apprently not recent migrants) may serve as a volatile, violent force which threatened political stability.

International relation - population factors are crucial in and after determinants of violent conflicts in developing areas. There is no single approach which will solve the population problem.

The complex social and economic factors involved call for comprehensive strategy… At the same time action and program must be tailored to specific countries and group
."

Dalam bahasa mudah, Kessinger melihat manusia miskin – penduduk miskin kota - sebagai sampah dan perlu dikawal dan dibersihkan. Ia samalah dengar dasar 'setinggan sifar' yang selalu diuar-uarkan dalam negara kita ini.

Justeru, hari ini ada berpuluh-puluh lembaga, badan dan makmal sedang membuat kajian biologi. Ada yang bergantung rapat dengan universiti. Ada yang berkait rapat dengan kaji selidik tentera. Ada yang diwujudkan oleh syarikat pembuat ubat.

Malah semua makmal penyelidikan ini kait-mengait antara satu sama lain. Lembaga-lembaga ini semuanya mendapat dana daripada syarikat pembuat ubatan-ubatan dan mendapat kontrak daripada Jabataban Pertahanan Amerika Syarikat.

Semua lembaga dan makmal ini adalah lembaga kapitalis. Tujuan penyelidikan ilmiah mereka untuk membuat keuntungan maksimum. Ilmu pengetahuan mereka bukan digunakan untuk kesejahteraan umat manusia tetapi untuk mencari jalan agar perniagaan mendapat untung besar.

Syarikat ubat-ubatan bernabikan keuntungan. Lagi ramai yang sakit, lagi baik untuk ubat dijual. Kesihatan ialah perniagaan – inilah dasar kaum kapitalis.

Justeru, jangan terperanjat jika saya nyatakan bahawa virus AIDS, HIV, Ebola semuanya lahir dari bilik makmal.

Seperti memerangkap Mat Rempit agar tayar motosikalnya bocor, begitu jugalah kajian biologi di bilik-bilik makmal yang sedang dilakukan oleh kaum kapitalis ini.

Kaum kapitalis multinasional ini ingin memerangkap – bukan dengan menjual tiub. Mereka melepaskan virus-virus ini dengan dua tujuan:

1 – mengurangkan penduduk dunia, dan
2 – menjual ubatan.

Tidak masuk akal? Ia hanya teori konspirasi? Ia pandangan gila Hishamuddin Rais? Sabar dahulu.

Cuba fikirkan pula bagaimana depleted uranium (DU) sedang digunakan dalam perang di Iraq dan Afghanistan. Peluru-peluru baru yang dibuat oleh syarikat persenjataan menggunakan DU dalam peluru yang dapat meledakkan apa sahaja – dari kereta perisai hingga ke tembok-tembok tebal.

DU ini, daripada apa yang diheboh-hebohkan, adalah uranium yang telah mandul kuasanya. Justeru tidak berbahaya kepada manusia. Kenyataan ini bohong!

Kajian demi kajian telah dijalankan yang menunjukkan DU ini masih membawa padah dan malapetaka yang maha hebat kepada umat manusia.

DU akan melahirkan barah. Anak-anak yang baru lahir di Iraq dan Afghanistan – apabila ibu atau ayahnya telah terhidu DU – akan lahir bukan seperti bayi.

Ada yang berkepala besar. Ada yang bermata satu. Ada yang bengkang-bengkok. Bayi-bayi ini gergasi cacat yang dimunculkan oleh teknologi kaum imperial Anglo-Amerika.

Tujuan penggunaan DU ini cukup jelas. Penduduk akan berkurangan. Yang hidup akan terus-menerus memerlukan ubatan – ertinya mereka akan terus membeli ubat.

Ini pandangan karut daripada Hishamuddin Rais? Kerana DU juga terkena kepada tentera mereka juga. Betul.

Memang betul ada beribu-ribu tentera British dan soldadu Amerika yang telah mengambil bahagian dalam perang Desert Storm dan sedang menghadapi apa yang dipanggil Gulf Syndrom.

Ia adalah penyakit baru - pengidapnya akan mati perlahan-lahan. Pada akhir 1980-an, para veteran Desert Storm di United Kingdom menuntut agar Golf Syndrom ditakrif sebagai penyakit.

Permintaan ini telah ditolak oleh kerajaan. Kerajaan menafikan wujudnya penyakit ini.

Para veteran – satu demi satu mati. Anak-anak mereka yang baru lahir ramai yang cacat sama seperti yang terjadi di Iraq dan Afghanistan.

Jangan hairan, kaum kapitalis memang tidak berhati perut. Apa yang penting, keuntungan besar. Dan ini juga selari dengan dasar yang telah dibincangkan di Iron Mountains.

Ia juga dasar yang sedang dijalankan mengikut Memo No: 200 yang disarankan oleh Kessinger.

Umat manusia perlu dikurangkan dalam dunia ini agar mereka yang kaya terjamin kesempurnaan hidup mereka - samalah seperti mengawal penduduk Kampung Kerinchi daripada berpindah ke Country Height atau menggodam setinggan di Kampung Berembang atau Buah Pala agar mereka tidak berani membuat rumah di Bukit Tunku.

Juga, hampir kesemua soldadu yang berperang itu adalah anak-anak kelas bawahan. Mereka ini, seperti kata Kessinger, sampah yang akan membawa masalah.

Soldadu Amerika hampir 80 peratus berkulit hitam dan Latino. Menghantar mereka ke medan perang cara terbaik untuk mengurangkan jumlah mereka.

Anak-anak orang kaya tidak akan masuk menjadi tentera. Malah George W Bush sendiri telah mengelak daripada pergi menyertai Perang Vietnam.

Apabila saya membaca, mengkaji dan meneliti dokumen yang "dibebaskan" atau yang telah dibocorkan, maka ternyata virus terbaru A (H1N1) ini juga telah menetas dari bilik makmal.

Dasar pengurangan umat manusia di bumi ini sedang berjalan dengan baik. H1N1 ini adalah sebahagian dari strategi itu.

Jika kurang yakin tentang apa yang saya cuba nyatakan di sini – atau menganggap ia hanya teori konspirasi – sila cari dan baca.

Ada berjuta-juta bahan kajian ilmiah dan tulisan-tulisan para penyelidik yang menimbulkan isu ini. Semua ini amat senang untuk ditemui dalam internet.

Pada ketika ini, tela diheboh-hebohkan tentang satu vaksin yang akan muncul untuk melawan H1N1. Ia juga pengiklanan besar dari kaum kapitalis.

Untuk sementara waktu kita diberitahu bahawa vaksin ini masih dalam kajian.

Bayangkan, mula-mulanya kita ditakut-takutkan. Kemudian kita diberitahu jangan takut, ada jalan selamat. Tetapi jalan selamat ini wajib dibayar. Cukup senang untuk memerangkap.

Sama seperti menabur paku di jalan raya untuk membocorkan tayar motosikal Mat Rempit. Beginilah sifat kapitalis. Beginilah cara kaum kapitalis membuat untung.

Dalam sistem ekonomi sosialis - ubatan adalah untuk kesihatan, bukan untuk keuntungan. Dalam sistem ekonomi sosialis, hospital milik rakyat, bukan untuk diswastakan.

Dalam ekonomi sosialis, perubatan untuk semua dan bukan untuk yang kaya.

Dalam sistem masyarakat sosialis, umat manusia penjana tamadun, bukan sampah yang perlu dihapuskan. Fikrah manusia digunakan untuk kebaikan, bukan untuk keuntungan.

Perak assembly sitting on Sept 2...!!!!

Legislators in Perak have been called to the state assembly on Sept 2 to debate debate the royal address delivered during the chaotic previous sitting on May 7.

At a press conference in Ipoh today, Pakatan Rakyat assembly speaker V Sivakumar said this would constitute the first meeting of the second session of the assembly.

“The notice to attend the sitting is being prepared and will be sent out tomorrow, as 14 days of notice must be given,” Sivakumar explained.

The meeting is also timed to fall within the six-month duration following the Pakatan 'sitting under the tree' on March 3, which it claims was held lawfully.

Section 10(2) of the Standing Orders stipulates that the assembly should meet once at least every six months, but is silent on the consequences if this is not done.

Sivakumar said the May 7 sitting conducted by Barisan Nasional representatives had made a mockery of the Perak constitution and Standing Orders.

“The business of the House can only be conducted after the royal address but on May 7, but they illegally conducted all the moves favourable to them and then requested the (regent) to give the royal speech,” he said.

“I had stated that the House would only sit after the seven
suspended BN members including (BN-appointed mentri besar) Zambry( Abd Kadir, right) and the three Independent assemblymen who had resigned (as Pakatan assemblymen) to leave the chambers.”

Instead, they “illegally forced me out of the House with the help of the police”, Sivakumar recalled.

“In any state assembly or Parliament sitting, there will always be a motion of thanks on the royal address initiated by the menteri besar or prime minister, followed by (debate).”

“It is clear that no business was transacted after the royal adddress on May 7. Similarly, no business can be done before the royal address.”

Asked what Pakatan would do if its representatives are again denied entry into the assembly building, Sivakumar said “we will decide when the time comes”.

The Pakatan Rights and Privileges Committee headed by Sivakumar has since suspended Zambry from the assembly for 18 months, while his six executive council members had been suspended for 12 months for “contempt of the House”.

AG: Letters of support for PKFZ tantamount to guarantee

by Giam Say Khoon, The Edge

Attorney-General (AG) Tan Sri Abdul Gani Patail today told the Public Accounts Committee (PAC) that the four Port Klang Free Zone (PKFZ) letters of support issued by two former transport ministers were tantamount to letters of guarantee, said PAC chairman Datuk Seri Azmi Khalid.

However, Azmi said there are some parties who still argued that the letters were not government guarantee, so only the court of law can now decide on the matter.

"Whether it is a guarantee or not, the money has gone. It is another question whether we can get back the money. So we have asked the AG to look into the areas where we can protect that portion and eventually, if it is not seen as a guarantee, how do we get back the money?" he said.

Azmi said it is up to the relevant parties or the Port Klang Authority (PKA) to decide whether the issue should be brought to the court for a decision.

Former transport ministers Tun Dr Ling Liong Sik and Tan Sri Chan Kong Choy, who issued the letters, had testified before the committee last month that the letters were not government guarantee and had no financial implications.

Azmi said the committee found that Abdul Gani had provided correct and professional advice in this issue but some were not followed or implemented although the executive could choose to take the advice or not.

He said the committee had also asked about the propriety of having the same lawyer for the buyer and seller of the PKFZ land.

The PricewaterhouseCoopers report had stated that Rashid Asari & Co, which had acted in the sale and purchase of part of the land between KPPLB and KDSB in 1995, had also acted as the legal adviser for PKA.

"This is an issue that we have to pay attention to and we may also summon the Bar Council to explain to us whether the same lawyer is allowed to represent both parties," he said.

Asked if the AG had recommended that payments to PKFZ turnkey developer Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB) be halted temporarily, Azmi said Abdul Gani did not recommend so but it is reasonable for the PKA and PKFZ to consider doing so.

(The PKA had recently decided to defer scheduled payment of RM660 million to KDSB, but was later told by the Ministry of Finance to release the payment.)

On whether the PAC will also look into the special task force report which alleged irregularities in payment of between RM500 million and RM1 billion to KDSB, he said the PKA board was doing a good job and the committee would leave the investigation to the board as they would have access to all information.

He said the PAC has yet to request for a copy of the report as the report is still confidential to only the PKA board.

Azmi also disclosed that the committee had scheduled to summon KDSB in the next few weeks but it is up to the company to decide if its chief executive officer Datuk Seri Tiong King Sing should attend or not.

Abdul Gani, when met at parliament lobby after the inquiry, only told the Press that the committee had consulted everything about the PKFZ but refused to disclose what had been asked.

On the allegations mentioned in the special task force report, he said the AG's Chambers has started to investigate the matters.

The PAC will hear from two Transport Ministry's former secretaries-general tomorrow.

PKFZ: Time to quit, Pua tells Tiong

Datuk Seri Tiong King Sing should resign as the Barisan Nasional Backbencher's Club (BN BBC) chairman in order to protect the integrity of parliament.

DAP's Petaling Jaya Utara member of parliament Tony Pua said it was only proper that Tiong resigns in light of the findings of the Port Klang Free Zone (PKFZ) special task force.

The findings revealed irregularities in claims made by Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB), which is owned by Tiong (right), to the tune of between RM500 million and RM1 billion.

"The BN BBC will have no credibility whatsoever if (they are) led by a person embroiled in a controversy involving billions of the rakyat's money," said Pua in his blog posting.

While approving the task force's decision to start legal proceedings to recover the RM1 billion, KDSB's directors, management and officers must not be let off the hook, said Pua (left).

"The size and scale of this swindle could only have been pulled off with the complicity of insiders, the 'close one eye' syndrome of some, and criminal negligence by others.
Malaysians are dumbfounded. Nearly 30% of the RM3.522 billion contract with KDSB is found to be either over-charged, unsubstantiated or even possibly fraudulent," he said.

Kong Choy accountable as well

Pua held former MCA deputy president Chan Kong Choy responsible for the fiasco and expects transport minister Ong Tee Keat to table the report to the parliamentary public accounts committee.

The committee is expected to meet to discuss the PKFZ scandal today at 11am.

"Sheer negligence and incompetence has created the RM12.5 billion scandal and we give full backing to the special task force to act against those responsible," said Pua.

The special task force was set up in June to investigate Port Klang Authority (PKA) and PKFZ, following the release of a report by PricewaterhouseCoopers.

EXPOSED: 'RM10 mil for MCA boss'...Full story..???? Kantoi......ha....ha....!!!!!!

Twenty-four hours after a police report was lodged against developer Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB), the company's top brass have made some startling revelations.

KDSB chief executive officer Tiong King Sing - who is also the Barisan Nasional backbenchers club chairperson and Bintulu MP - alleged that he had 'donated' RM10 million to MCA president and Transport Minister Ong Tee Keat last year.

The money, he added, was for activities related to the MCA divisions.

Tiong's number two in KDSB, Faizal Abdullah, also said that Ong had used the company's private jet five times and 'owed' them US$40,000 for the services.

Speaking to Malaysiakini, Tiong claimed that he had pumped in the millions after being requested to do so by Ong.

The money was apparently paid in cash over three installments during meetings with the MCA president held in Petaling Jaya and Kuala Lumpur last year.

It is unclear whether the alleged payments were to fund Ong's election campaign to be party president last October.

Yesterday, the Port Klang Authority (PKA) had filed a police report against KDSB, which has been accused of making inflated claims in relation to the RM12.5 billion Port Klang Free Zone (PKFZ) project.

KDSB was the turnkey developer for the project, whose questionable figures were exposed by the MCA president.

Ong later claimed that he had received death threats for doing so.

Despite numerous attempts, the MCA president could not be reached for comment over the allegations made by the KDSB bosses.

MCA Youth exco Lim Boon Aik was yesterday quoted in a Chinese newspaper as claiming that the 'donation rumour' was spread to defame MCA leaders.

He urged Tiong to clarify the matter.

'Ong need the funds'

When contacted, Tiong was reluctant to comment on the matter and referred Malaysiakini to the MCA president.

However, when pressed repeatedly, Tiong conceded that the "rumours were true".

"Last year, Ong asked me to support him. As a new leader, he needed some funds for activities. We are politicians, we need funds to sponsor our activities.

"I was supposed to return the money to some other people. But in order to help each other, I let Ong use the money first," he said.

"He (Ong) said that he wanted to give the money to all MCA divisions. But I have no idea if he did so. This is up to MCA members to ask him.

"If he didn't give the money to the MCA divisions, then he is lying to me, (and) I want him to return the money," added the Sarawak Progressive Democratic Party (SPDP) treasurer.

Stating that since he regularly 'donated millions' to people, Tiong claimed that it was difficult for him to recall the dates when he gave the money to Ong.

Although there was no other MCA leader present at the meetings, the business tycoon-turned-politician said he had a friend who could be a witness.

"If Ong dares to say that he did not take the money, then ask him to come and see me, I will clearly tell him from where he took the money.

"He (Ong) had even promised to give me a receipt, but I have not received anything," he added.

Tiong, however, remained adamant that the money was not a form of corruption or that it had anything to do with the PKFZ issue.

"If I had bribed you, why didn't you (Ong) make a police report?" he asked.

'Did not pay for fuel'

As for using the jet, Faizal told Malaysiakini that the company did not charge the MCA president any charter fee but added that the latter should have at least paid for fuel and other expenses amounting to US$40,000.

Due to this, he said the company had turned down Ong's request to use the jet again.

In a statement issued by Ong's political secretary Simon Lim this afternoon, the latter said the ministry was not billed by the company.

"For expenses involving the minister's official travel, the relevant company must send the bill to the ministry to claim for payment," he explained.

Lim said the reason the minister had opted to use a chartered airplane was due to his tight schedule and to prevent being late.

He added that Ong had also used other modes of travel, including no-frills airlines.

Lim also expressed disappointment that the media were publishing 'unverified' reports concerning this issue.

Ong responds in blog posting

In an immediate reaction, Ong described Tiong's allegations as “smear tactics and character assassination”.

“The allegation by Tiong that I have taken the RM10 million 'loan' from him for use by the party's divisions, are obviously made with several motives, including diverting attention away from the alleged irregularities exposed by the (PKFZ) task force,” he said in a blog posting.

“It could also be meant to create suspicion among my party comrades that I have pocketed funds meant for the divisions. The fact that he indicated that it was a loan could mean that he wants the option of taking me to court to further embarrass me.”

Ong said that the payments mentioned by Tiong was 2008 when he was vice-president until October.

“The need for me as vice-president to raise money for the divisions was a non-starter. Later, as president, we already have access to party funds and allocations. I doubt any reasonable person would part with RM10 million based on such a story.”

He echoed his political secretary's contention that his office had yet to receive invoices for the private jet services.

“If the charter company has been more efficient, I am sure my office would have already made prompt payments. I am sure businesses do not issue invoices through the press.”

Ong said the latest allegations would not deter him to pursue the PKFZ issue.

“I also ask that I be judged based on my actions. I will consult my lawyers and seek legal advice on the defamatory allegations.”

BN Hancur, Kayveas Sah Presiden PPP.....gugur pulak 1 timb menteri BN dari kabinet...!!! ha...ha... MCA....PPP....MIC..? UMNO tinggal 1Malaya jek...??

Siasatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) mendapati Datuk M Kayveas masih Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP) yang sah berdasarkan pemilihan majlis tertinggi parti itu bagi sesi 2005-2010.


Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata pemecatan Datuk T Murugiah daripada PPP juga adalah sah mengikut perlembagaan parti itu.

"Pelantikan Murugiah sebagai presiden pada mesyuarat agung luar biasa PPP pada 24 Mei lalu tidak boleh diterima kerana tidak mematuhi perlembagaan parti," katanya pada sidang media di pejabatnya di sini, sebentar tadi.

Bagaimanapun, Hishammuddin berkata, PPP akan dikenakan notis tunjuk sebab mengikut Seksyen 13(2) Akta Pertubuhan 1966 dan diberi tempoh 30 hari untuk memberi penjelasan berhubung penganjuran mesyuarat agung yang tidak mengikut perlembagaan.

Katanya, jika gagal atau jawapan yang diberi tidak memuaskan, tindakan pembatalan pendaftaran di bawah Seksyen 17(1)(c)IV boleh diambil terhadap PPP.

Wartawan Utusan Yang Bebal....ha...ha.... tahap WARTA "WANG" ajelah wartawan tu....!!!!

Seorang wartawan Utusan Malaysia Mohd Nizam Mohd Yatim memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa beliau menyangkakan yang istilah “ultra vires” yang terkandung di dalam kenyataan media yang dikeluarkan oleh Karpal Singh bermaksud pemimpin DAP itu menghina Sultan Perak.


Mohd Nizam, saksi pertama pendakwa di dalam perbicaraan kes Karpal Singh, telah disoalbalas oleh peguambela Jagdeep Singh Deo.

Pada satu ketika wartawan Utusan Malaysia lansung tidak tahu apa pertuduhan yang dikenakan ke atas Karpal Singh.

Wartawan tersebut juga gagal untuk menunjukkan pemahaman yang jelas terhadap soalan Jagdeep yang bertubi-tubi terhadap empat halaman kenyataan media yang diedarkan oleh Karpal semasa sidang medianya pada 6 Feb tahun ini.

Berdasarkan laporan yang ditulisnya dan diterbitkan oleh akhbar, Mohd Nizam telah dipanggil sebagai saksi oleh pihak pendakwa untuk menunjukkan Karpal telah melakukan kesalahan menghasut.

Dengan menyoal beliau terhadap kefahaman beliau terhadap apa yang berlaku sewaktu sidang media Karpal, pihak pembela cuba membuktikan bahawa Nizam bukan seorang saksi yang boleh dipercayai.

Pengerusi DAP yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu telah didakwa kerana menghasut pada Mac 17 kerana berkata penyingkiran Datuk Seri Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak oleh Sultan Azlan Shah boleh dipersoalkan di dalam mahkamah.

Politikus-peguam veteran itu telah didakwa di Mahkamah Session KL di hadapan hakim Mohamad Sekeri Mamat di bawah Seksyen 4(1)(b) dari Akta Hasutan 1948.

Karpal juga dituduh dengan beberapa kenyataan menghasut berkait dengan krisis perlembagaan Perak yang bermula dua bulan lalu.

Dia juga dituduh melakukan jenayah semasa mengadakan sidang medianya di pejabat peguammnya pada 6 Fenruari.

Mohd Nizam pada awalnya telah disoal oleh timbalan pendakwa raya Azlina Rasdi.

Azlina telah meminta Mohd Nizam memberitahu mahkamah siapa yang ada semasa sidang media dan dimana ia diadakan sebelum meminta wartawan itu membacakan kenyataan media yang disediakan.

Beliau juga meminta Nizam merumuskan kandungannya di dalam mahkamah.

Mohd Nizam: “Jika masih terus mahukan Zambry sebagai menteri besar, maka kerajaan Pakatan Rakyat tiada pilihan selain mengambil tindakan undang-undang."

Beliau menambah selepas sidang media terdapat sessi soal jawab. Dia memeritahu mahkamah terdapat seorang wartawan bertanya Karpal jika beliau akan mendakwa sultan.

“Karpal menjawab ya,” beritahu Nizam didalam testimoninya yang kemudian telah dicabar oleh peguambela.

Semasa pemeriksaan balas, Jagdeep telah bertanya wartawan yang berusia 38 tahun itu:

“Apakah anda bersetuju bahawa pendapat beliau (Karpal) tentang perlembagaan sentiasa dicari?”

Mohd Nizam: “Saya tak pasti.”

Jagdeep: “Adakah anda bersetuju beliau (Karpal) seorang peguam yang bijaksana?”

Mohd Nizam: “Saya tak pasti.”

Jagdeep: “Jika anda masih tidak tahu setelah lapan tahun bekerja maka anda perlu mula lakukan kerja anda dengan betul.”

Jagdeep kemudian meneruskan untuk bertanya kepadanya jika dia memahami kenyataan media yang dikeluarkan kerana ianya ditulis di dalam bahasa Inggeris.

Mohd Nizam: “Saya hanya memahaminya secara umum dan tidak mendalam.”

Jagdeep kemudian menyoal wartawan itu bahawa apa yang dinyatakan di dalam kenyataan dia itu satu pendapat terhadap krisis perlembagaan di Perak.

“Saya hanya melapor dan tidak memberi pendapat,” jawab Mohd Nizam.

Jawapannya itu nampak untuk menjengkelkan Jagdeep yang menuduh Mohd Nizam tidak jujur.

Jagdeep kemudian memberitahu Mohd Nizam untuk membacakan sebahagian kenyataan media kepada mahkamah.

Mohd Nizam: “Sekalipun arahan telah disahkan oleh Sultan. Jika keputusan itu ultra vires maka keputusan itu diputuskan oleh mahkamah.”

Jagdeep kemudian meminta Nizam untuk menerangkan apa makna ultra vires kepada mahkamah.

Nizam nampak terkeliru dan menjawab: “menghina.”


Jagdeep kemudian memberitahu Mohd Nizam bahawa ketidakfahamannya terhadap istilah ulta-vires itu telah menyebabkan huru-hara di dalam negara kerana istilah itu bermaksud “di luar bidangkuasa”.

Mohd Nizam kemudian ditanya apa soalan yang dilontarkan semasa sidang media Karpal.

Nizam menerangkan yang wartawan inginkan penjelasan jika Karpal bermaksud untuk mengheret Sultan ke mahkamah.

“Jadi adakah anda bersetuju bahawa Karpal tidak kata dia akan saman Sultan?” Jagdeep bertanya.

“Setuju,” jawab Nizam.

Setelah disoalbalas, pasukan pembela meminta Pesuruhjaya Kehakiman Azman Abdullah soal balas itu menyoalbalas saksi lain terhadap transkrip sidang media tersebut.

Azman kemudian meminta pendakwa memanggil saksi yang berikutnya.

Tetapi pihak pendakwa gagal untuk memanggil saksi berikutnya, seorang pemberita RTM, kerana beliau gagal untuk hadir dan tidak dapat dihubungi.

Perbicaraan ditangguhkan sehingga esok.

1Malaysia Dalam Kenangan...!!!

Saya seorang Melayu. Bapa dan ibu saya orang Melayu. Jua ibubapa mereka.

Saya dilahirkan di awal 60an di sebuah kampung terpencil di Kedah, yang rata-rata penduduknya dibelenggu kemiskinan dan kerumitan. Boleh dikatakan semua penduduk Melayu di kampung tersebut mengusahakan sawah bendang, samada yang memiliki tanah ataupun yang menyewa tanah.

Terdapat beberapa keluarga Cina - dalam ingatan saya di sekitar 10 hingga 15 keluarga - di kampung saya. Umumnya, penduduk Cina tinggal di sekitar pusat kampung, iaitu di kawasan yang dekat dengan jalan utama menuju ke Alor Setar. Dua atau tiga keluarga Cina sememangnya orang berada. Mereka menguasai pasaran padi dan beras. Malah mereka juga mempunyai kilang beras sendiri. Penjualan dan pembelian padi hampir dimonopoli oleh peniaga-peniaga Cina tersebut.

Yang lainnya menjalankan perniagaan runcit, tukang jahit, mekanik dan sebagainya. Pada masa tersebut, padi hanya dapat ditanam sekali setahun kerana kekurangan air dan saluran air. Jadi setiap tahun, sawah bendang hanya akan terbiar selama lebih kurang 6 bulan setiap tahun kerana ketiadaan air. Pada masa itu pesawah-pesawah tidak akan mempunyai sumber pendapatan.

Lalu apa yang terjadi ialah pesawah-pesawah terpaksa mengambil pinjaman dari kaum Cina, samada yang berniaga beras ataupun yang berniaga runcit. Hutang-hutang ini akan dilangsaikan apabila padi dituai dan dijual kepada mereka pada akhir musim menuai kelak. Itu lah yang berlaku saban musim dan saban tahun. Ianya bagai satu litaran hidup dikampung saya.

Namun saya tidak pernah bersemuka dengan apa-apa kemelut perkauman. Ianya bagai satu sistem ekonomi mikro yang diamalkan berabad lama. Yang sudah menjadi lumrah.

13hb May 1969 hanya saya ingat sebagai satu jangkamasa di mana sekolah saya ditutup. Yang saya ingat mengenai tarikh tersebut ialah terdapatnya kekacauan dan terdapat perintah berkurung. Lalu saya tidak dapat ke sekolah. Itulah satu-satunya ingatan saya mengenai peristiwa tersebut.

Pada awal 70an, ketika kerajaan Kedah diterajui oleh Datuk Syed Nahar, saya masih ingat beliau telah memulakan satu projek yang sungguh-sungguh membawa perubahan ekonomi kepada pesawah-pesawah di Kedah amnya dan di kampung saya terutamanya. Beliau sedar yang bekalan air adalah kunci penanaman padi. Beliau tidak mahu lagi sawah bendang terbiar kekontangan selama 6 bulan setiap tahun apabila datangnya musim kemarau.

Lalu kerajaan melancarkan satu usaha untuk mengorek "parit-parit gila" di serata Kedah. Umumnya sungai-sungai kecil digali dari sungai-sungai utama ataupun punca-punca air utama menuju ke sawah bendang. Dari sungai-sungai kecil ini, parit-parit kecil digali menuju ke tanah-tanah sawah untuk membawa bekalan air. Ini membolehkan bekalan air sampai ke tanah-tanah bendang setiap masa. Pada musim hujan, air akan ditakung di dalam sungai utama dan air itu akan dilepaskan ke dalam sungai-sungai kecil dan parit-parit gila tersebut pada musim kemarau.

Saya tidak pernah tahu kenapa parit-parit itu dipanggil "parit gila". Hanya saya dapat agak kenapa. Parit-parit itu tidak mempunyai apa-apa hala yang tertentu. Ianya mempunyai halatuju yang tidak bersistem. Malah kalau dilihat dari udara, parit-parit tersebut bagai jalan-jalan yang tidak berarah, macam sesuatu yang gila. Maka dipanggilah parit-parit tersebut "parit gila". Itulah kefahaman saya.

Pada setiap hari raya, selesai sahaja saya mandi dan berbaju raya, saya akan bermaaf-maafan dengan ibubapa saya serta semua ahli keluarga. Kemudiannya saya akan ke masjid untuk sembahyang raya dan menziarahi kubur. Namun terdapat satu amalan yang mesti saya kerjakan setiap tahun di dalam perjalanan saya ke masjid. Saya akan diberikan bungkusan kuih-muih raya untuk saya berikan kepada kelaurga-keluarga Cina di pusat kampung. Maka saya pun akan berjalan ke pusat kampung dan mengetuk pintu kedai kaum Cina di pusat kampung awal-awal pagi. Satu persatu akan saya berikan bungkusan kuih-muih. Dengan senyum mereka akan ucapkan selamat hari raya dan memberikan duit raya - yang pada masa itu tidak lebih dari 20 sen - kepada saya. Kemudiannya, saya akan terus ke masjid.

Saya masih ingat Ah Gek, seorang budak perempuan Cina yang selalu menjaga kedai runcit abangnya di pusat kampung. Cantik juga rupa beliau. Putih kekuningan dan tidak lepa tersenyum pada bila-bila masa sahaja. Dia sedikit tua dari saya. Namun kami seolah-olah membesar bersama-sama, di suatu waktu dan daerah yang asing dan senang dilupai.

Saya belajar di Alor Setar, 16 batu dari kampung saya. Setiap hari, pada pukul 5.40 pagi, saya akan dibawa di atas basikal oleh Datuk saya ke pusat kampung. Bas akan datang pada pukul 5.50pagi. Begitulah hidup saya hari ke hari. Saya akan pulang ke rumah pada lebih kurang pukul 3.30 petang setiap hari. Saya terpaksa bersusah-susah begitu kerana Datuk dan nenek saya inginkan saya belajar di sekolah "orang putih".

Ketika saya di sekolah berasrama, saya akan pulang sekali sekala ke kampung. Kadang-kalanya saya ke kedai Ah Gek untuk membeli barang-barang rumah. Begitu juga apabila saya di universiti. Apabila saya pulang ke kampung, Ah Gek, yang kini sudah dewasa, masih berada di kedai tersebut. Dia kadang kalanya akan berkata, "whoa...lu sekarang sudah pergi KL ya...manyak jauh ah...bagus la...lu banyak pandai..."

Projek parit gila telah banyak membantu pesawah-pesawah di kampung saya menaikkan taraf hidup. Tidak perlu projek-projek yang berbilion-bilion sebenarnya. Mulanya pesawah-pesawah dapat menanam padi 2 kali setahun. Kemudiannya mereka dapat menanam padi 5 kali di dalam masa 2 tahun. Bayangkan, hanya disebabkan parit gila itu sahaja pendapatan mereka telah naik hampir 3 kali ganda. Pada saya, projek parit gila itu lah projek yang paling berjasa untuk menaiktaraf kehidupan pesawah-pesawah di kampung saya.

Namun kemiskinan dan keperitan hidup masih dirasai oleh semua di kampung saya. Rata-rata kanak-kanak Melayu dan Cina di kampung saya hanya belajar hingga ke Tingkatan 3 sahaja. Terdapat juga keluarga-keluarga Melayu mahupun Cina yang tidak mampu menghantar anak-anak ke sekolah. Saya masih ingat seorang perempuan Cina yang mempunyai lebih dari 10 orang anak yang tinggal berdekatan dengan masjid di kampung saya.

Namun keperitan dan kemiskinan tersebut menjadi lumrah alam yang diterima sebagai satu hakikat. Masyarakat kampung hidup aman. Dan mereka tidak perlu meminta sedekah. Itu yang penting.

Pada kenduri-kenduri perkahwinan, orang-orang Melayu akan menjemput kaum-kaum Cina bersama-sama. Mereka akan datang dan makan di bawah satu bumbung dan bersebelahan tetamu-tetamu Melayu. Pada malamnya, terdapatlah tarian joget atau pertunjukan wayang kulit. Kadang-kadang, sekiranya tuan rumah itu orang yang berada, akan adalah pertunjukan kugiran. Malah kadang-kadang malam itu akan diserikan dengan pertunjukan "hadrah" (pementasan bangsawan tempatan). Hadrah itu sebenarnya dilakonkan oleh pelakon-pelakon lelaki dan pondan. Namun ramai lah orang kampung yang duduk di hadapan pentas hingga lewat malam menikmati cerita yang dilakonkan.

Saya pun selalu menyaksikan persembahan-persembahan tersebut sehingga lewat malam. Maklumlah, itu lah sahaja sumber hiburan kami pada masa itu selain dari radio transistor. Namun, ibubapa saya dan kawan-kawan saya tidak pernah risau tentang keselamatan kami. Pada masa itu, tiada kes-kes penculikan, rogol mahupun pembunuhan kanak-kanak ataupun orang dewasa seperti sekarang ini. Kampung itu aman damai walaupun terdapat hanya seorang konstabel polis bagi seluruh kampung. Kes kecurian pun tidak pernah berlaku. Kalau adapun, hanyalah kecurian ayam-ayam dari reban di belakang rumah. Tetapi yang mencuri itu hanyalah beberapa ekor musang dan bukannya manusia.

Apabila keluarga-keluarga Cina mengadakan upacara perkahwinan. Mereka akan membeli seekor lembu dan menyuruh orang Melayu menyembelih dan memasaknya. Orang-orang Melayu dijemput hadir dan makan masakan tersebut. Ramai yang akan hadir bersama meraikan upacara perkahwinan tersebut. Malah kadang-kadang orang-orang Melayu dijemput untuk bersilat. Semasa makan, tidak terlintas pula dikalangan kaum Melayu bahawa pinggan mangkuk, gelas dan cawan atau sudu dan garpu yang digunakan tidak disamak. Malah kadang-kadang, anjing peliharaan tuan rumah itu akan berkeliaran disekeliling rumah kenduri tersebut. Tiada siapa yang hiraukan.

Pada malamnya, orang-orang Cina akan meraikan upacara itu dengan bermain mahjong dan sebagainya. Malah mereka akan minum arak mengikut kesukaan mereka. Tidak pernah pula ada apa-apa bantahan dari mana-mana pihak mengenai perkara-perkara tersebut.

Perempuan Cina yang mempunyai lebih 10 orang anak itupun tinggal di belakang masjid. Tiada siapa yang menyuruh beliau pindah. Malah berdekatan dengan masjid terdapat pula satu "rumah candu". Ini adalah peninggalan pemerintahan British di mana lesen dikeluarkan untuk "rumah candu" di mana orang ramai boleh "menikmati" candu di dalamnya tanpa diganggu.

Sebagai seorang budak, saya pernah pergi mengendap di belakang rumah candu tersebut. Melalui satu lubang kecil di dinding "zinc" rumah candu tersebut, saya pun nampaklah beberapa orang kampung dibuai candu.

Di pusat kampung pula, terdapat kedai-kedai kopi yang dibelakangnya terdapat arak. Saya masih teringat "Anchor beer" dipanggil bir cap brek kapal. Bersebelahan dengan salah sebuah kedai kopi itu terdapat pula satu pusat menjual empat nombor ekor. Ramailah penduduk, tidak kira yang Cina mahupun Melayu ke situ untuk membeli nombor bertuah dan juga untuk memastikan nombor yang menang. Walaubagaimanapun, tidak pernah saya terdengar riuh-rendah mengenai penjualan bir ataupun empat nombor ekor di kedai-kedai tersebut, walaupun kampung itu diduduki oleh lebih kurang 95% orang Melayu.

Orang-orang Cina pula tidak pernah membuat apa-apa komplen mengenai azan yang terlalu kuat dan sebagainya. Maklum lah, ketika itu tiada bekalan elektrik. Malah, mereka juga memastikan dengan secara sukarela untuk tidak menjual daging babi bersama-sama ataupun berdekatan dengan ikan, daging dan sebagainya di pasar runcit mereka. Penternakan babi memanglah tiada langsung.

Di tepi sungai berdekatan dengan dewan orang ramai, terdapat satu "stesyen polis". Ianya diduduki oleh sebuah keluarga kecil yang ketuanya merupakan seorang konstabel polis yang ditugaskan untuk menjaga keselamatan kampung saya.

Di sebelahnya terdapat sebuah klinik yang diduduki oleh seorang jururawat Melayu yang juga bertindak sebagai seorang bidan. Saya masih ingat jururawat tersebut. Beliau akan berbasikal ke rumah-rumah yang mempunyai bayi di dalam unifom jururawat pada masa itu, iaitu baju dan "skirt" putih. Sepanjang ingatan saya tidak pula ada yang membantah pakaian beliau pada masa itu. Ahli-ahli jawatankuasa masjid kampung pula, sepanjang ingatan saya, tidap pernah menyeranghendap klinik tersebut pada waktu dinihari untuk memastikan si-jururawat itu tidak tidur dengan lelaki bukan muhrim. Kejadian begitu tidak pernah terjadi.

Tiada yang membantah itu dan ini. Semuanya sibuk dengan kehidupan sendiri. Semua penduduk kampung dianggap kawan dan sahabat, tidak kira samada Melayu atau Cina, peminum arak atau penghisap candu, yang memelihara anjing ataupun kucing, yang belajar di sekolah orang puteh mahupun di sekolah Melayu, Ah Gek ataupun Art, yang kuning ataupun sawo matang, yang ber"skirt" ataupun berbaju kurung, semuanya sama sahaja.

Keadaan di kampung saya pada masa tersebut seperti terdapatnya suatu kuasa yang melihat dan mamantau dari jauh perangai penduduk tempatan. Ianya seperti terdapat satu peraturan yang termaktub. Tiap-tiap penduduk tahu tanggungjawap masing-masing dan prihatin terhadap budaya, pantang-larang dan kesukaan masing-masing sehinggakan perkara tersebut tidak perlu digembar-gemburkan. Semuanya bagai satu jentera yang bergerak secara sinkronis tanpa apa-apa masalah.

Itulah 1Malaysia yang pernah saya duduki dan yang saya rindui.

In Khairy’s backyard, Anwar draws thousands despite traitor allegations

By Lee Wei Lian

REMBAU, Aug 12 — More than one type of fireworks was going off in the quiet village of Kampung Selemak here last night at PKR's Merdeka celebration. Responding to Umno's relentless accusations that he is a traitor to the Malays, Datuk Seri Anwar Ibrahim attacked his bitter rivals last night in front of a large rural crowd.

Despite the accusations of betrayal, several thousand Malays, and a smaller number of non-Malays, still made the trek to this hamlet, located in Umno Youth chief Khairy Jamaluddin's constituency in Negri Sembilan, to hear Anwar rail against what he said was Umno's own betrayal of the Malays.

Tan Sri Muhyiddin Yassin had last week labelled Anwar a traitor to the Malays and party-backed newspapers like Utusan Malaysia went to town with the story.

The newspapers have also carried a slew of stories that have put PKR and PAS on the defensive by painting them as puppets of a Chinese-dominated DAP, due to recent issues such as the large number of Malays taking part in the recent anti-ISA protest rally and the squabble over the sale of beer in Muslim-majority Shah Alam.

Last night, thousands of rural Malays, their curiosity piqued, filled up a dusty clearing, perhaps slightly smaller than a football field, by spreading newspapers on the bare earth on which to sit.

The crowd broke into cheers and laughter as Anwar and PKR central committee member for Rembau Badrul Hisham Shaharin, former Umno Cabinet minister Datuk Zaid Ibrahim and PAS leader Mohamad Sabu chastised Umno for throwing stones in the proverbial racial glass house.

"They call me a traitor to the Malays. However, I consider it a sin to take shares and projects meant for Bumiputeras for myself or my family. Why don't you ask Umno how many billions in shares, AP permits, licences, projects meant for Bumiputeras they have taken for themselves, their relatives and their cronies? What traitor?" roared Anwar.

"Umno says we are tools of DAP because we gave land to the Chinese. They say we cannot give land to the Chinese, we have to take care of the Malays. OK, then who gave the largest and most beautiful mountain near Kuala Lumpur to Lim Goh Tong? Who gave land in another mountain, Bukit Tinggi, to Vincent Tan?"

"They ask why we care for the Chinese and Indians. But look at Manek Urai in Kelantan. It is poor, not because the Chinese made it so. Till now, they still don't want to pay oil royalty to Kelantan."

Before concluding his speech, Anwar addressed the issue of Pakatan Rakyat's long-term survivability by pledging he would work with the leaders of PAS and DAP and rectify their weaknesses.

Earlier, Badrul Hisham, also known as Chegubard, and Mohamad Sabu, also known as Mat Sabu, had the crowd in stitches as they mocked Umno over the issue of ISA protests, treason to the royalty, crime and poverty.

"They say we commit treason and that they love the royalty so much. But then who stole away the Selangor princess before? It was an Umno leader," said Chegubard, referring to former Selangor Mentri Besar Tan Sri Muhammad Taib's controversial previous marriage to the late Sultan of Selangor's daughter.

"It was Umno who amended the constitution to reduce royal immunity. Karpal Singh is a lawyer and he is only saying what he sees in the law books. It was Umno who opened the door for the monarchy to get sued. If Karpal is a traitor, then Umno is the father of the father of traitors," he added, referring to the current sedition charge against Karpal for saying that the Sultan of Perak can be sued.

Mat Sabu started his segment by making a sarcastic comment related to news reports that the ISA protest rally had forced the closure of shops in Kuala Lumpur and resulted in huge economic losses.

"Those traders outside the clearing must be upset. Those who hate big crowds are the traders," he quipped. "Because when there are big crowds they have to close shop. This is the stupid news that is being repeated by RTM and TV3 to fool the people. The shops in Kuala Lumpur had to close because of tear gas and water cannons."

"Ninety-nine per cent of the hardcore poor in Penang are Malays. Who ruled Penang before this? It was Umno and their partners in Barisan Nasional," he added.

He also took issue with heavy police presence at opposition events.

"I was at a private function recently in Jelebu and hundreds of police officers were there from 2pm to 3am to guard Mat Sabu's gathering. They should be fighting crime instead."

Chegubard, however, thanked the police for giving him a permit to organise the event. There was also little police presence at the site.

"He can only talk," said one man from nearby Tampin at last night's rally, referring to Muhyiddin.

"We know how to judge for ourselves whether the government is doing the right thing or not," said another man, an ex-soldier from Port Dickson.

Besides the speeches, the opposition is also banking on a cottage industry that has sprung up around the sale of political DVDs and CDs.

There were at least four stalls selling such items at the site that drew curious crowds to their TV screens.

A check with one trader revealed that the current bestseller is footage of the recent ISA protest rally but that his evergreen product is parliamentary sessions.

"I sell between 20 and 50 of those each day," he says. "People want to see for themselves what is said in Parliament."

Tarik tali antara dua aliran politik

Oleh Zamri Omar

OGOS 12 — Pada satu pihak, aliran politik yang mapan ialah penegasan bahawa Malaysia ini adalah sebuah negara persekutuan terdiri daripada negeri-negeri yang berdaulat dengan asas kenegaraannya ialah Persekutuan Tanah Melayu atau Federation of Malaya. Maknanya Malaysia adalah peluasan kepada konsep Malaya di mana ia merupakan gabungan sukarela negeri-negeri Melayu yang berdaulat sebelum itu.

Di pihak yang lagi satu pula ialah aliran yang menegaskan bahawa Malaysia adalah sebuah negara demokratik yang moden. Ia merupakan entiti baru pada 16 September 1963 walaupun mempunyai tradisi dan sejarah yang dihormati dalam perlembagaan persekutuan.

Kedua-dua aliran ini tetap bertunjangkan kepada Perlembagaan Malaysia yang mencerminkan hakikat sejarah dan sosio-politik serta ekonomi negara. Bezanya antara dua aliran ini ialah dalam soal penegasan dan semangat. Dari segi politik kepartian, aliran yang pertama itu diwakili oleh Barisan Nasional, sementara yang satu lagi ialah Pakatan Rakyat.

Apabila timbul konsep-konsep seperti ketuanan Melayu, kontrak sosial dan tujuh wasiat raja-raja Melayu, ia mencerminkan tradisi dan asas negara ini seperti yang tergambarkan dalam aliran pertama itu. Sementara apabila disebut mengenai negara demokratik, sekular dan moden di mana warganegaranya setaraf, ia tercermin daripada aliran yang kedua itu.

Kalau hendak memudahkan perbahasan, bolehlah disebut aliran pertama itu sebagai konservatif, yang kedua itu adalah liberal. Tetapi label-label ini pun kurang tepat. Jadi jika Malaysia akan akhirnya nanti menampilkan sistem dua parti, maka dua aliran inilah yang akan menzahirkan diri dari masa ke semasa mengikut rentak kehendak pengundi pada satu-satu masa.

Untuk melihat contoh luar negara, umpamanya, bolehlah dilihat sistem Amerika Syarikat dan Britain. Amerika merupakan sistem dua parti yang memperlihatkan persaingan antara Republikan dan Demokratik. Tetapi kedua-duanya tetap mendokong perlembagaan negara, yang mencerminkan nilai-nilai kedua-dua belah pihak, tetapi tentunya penegasan mereka adalah berbeza. Republikan bersifat konservatif, sementara Demokratik dianggap liberal.

Begitu juga dengan apa yang berlaku di Britain. Kedua-dua pihak Konservatif dan Buruh, masing-masing menjunjung perlembagaan Britain yang tidak bertulis itu. Tetapi penegasan antara kedua-duanya berbeza. Sementara pihak Konservatif lebih mewakili semangat kebangsaan negara, Buruh pula lebih cenderong kepada soal rakyat. Namun apabila memasuki pilihan raya, kedua-dua pihak mempunyai progran yang hampir serupa. Aliran tengah merupakan cara terbaik untuk mendapatkan sokongan rakyat. Maka bagi membezakannya, disebutlah Buruh sebagai tengah kiri, sementara Konservatif tengah kanan. Akhirnya rakyat akan memilih parti yang bukan saja mempunyai manifesto atau program yang baik, tetapi pemimpin yang bersih dan berkaliber.

Itulah yang mungkin terjadi di Malaysia pada masa akan datang. Program dan manifesto Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat tidak akan mempunyai banyak perbezaan. Walaupun mungkin Barisan Nasional akan menjadi aliran tengah kanan, dan Pakatan Rakyat aliran tengah kiri. Bezanya nanti ialah apabila rakyat menilai corak kepimpinan dan pasukan yang ditawarkan oleh pihak masing-masing.

Lihatlah apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memperkenalkan konsep 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan dan Pencapaian Diutamakan, tentunya ia tidak banyak beza daripada apa yang turut diperjuangkan oleh parti-parti Pakatan Rakyat. Walaupun gagasan Malaysian Malaysia sudah tidak disebut oleh DAP, tetapi semangat Malaysia sebagai sebuah negara, tanpa penekanan terhadap perbezaan kaum sememangnya diperjuangkan oleh DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR). Sementara PAS tidak menekankan soal perbezaan kaum, walaupun ia digantikan dengan identiti keagamaan.

Slogan bersih dan akauntabiliti dan telus yang disebut oleh DAP tentunya tidak berbeza dengan Rakyat Didahulukan dan Pencapaian Diutamakan. Malah apa yang menjadi platform bersama antara tiga parti komponen Pakatan Rakyat, DAP, PKR dan PAS ialah urus tadbir baik. Suatu konsep yang terkandung dalam Rakyat Didahulukan dan Pencapaian Diutamakan. Maka dalam hal ini, tidak banyak bezanya perjuangan Barisan Nasional bentuk baru yang ditekankan oleh Perdana Menteri dengan apa yang dipegang oleh Pakatan Rakyat ketika masuk pilihan raya umum tahun 2008.

Jadi, apakah perbezaan antara keduanya? Yang menjadikan Barisan Nasional sebagai parti tengah kanan dan Pakatan Rakyat tengah kiri. Jika dilihat perkembangan sejak akhir-akhir ini, Barisan Nasional khususnya Umno menekankan soal Melayu. Mereka menyatakan bahawa hanya Umno yang memperjuangkan kelangsungan hidup Melayu. Maka penekanan juga dibuat mengenai bukan saja kedudukan Melayu yang masih belum kuat dan semakin didesak oleh kaum lain, ekoran kejayaan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya tahun 2008, tetapi lebih penting lagi ialah ciri negara ini sebagai negara Melayu.

Dalam hal ini, gambaran yang dibuat adalah Pakatan Rakyat, khususnya PKR, terutamanya pemimpin utamanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai apa yang disebut sebagai pengkhianat. Gambaran ini dibuat dalam konteks perjuangan Melayu. Maknanya tidak seperti Umno, PKR sudah menolak Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan hak-hak istimewa orang Melayu.

Tentunya Anwar membalas tuduhan ini. Ini kerana Pakatan Rakyat menjunjung perlembagaan. Apabila perlembagaan negara mengiktiraf hak istimewa orang Melayu, maka begitu juga dengan semua parti-parti komponen Pakatan Rakyat, termasuk DAP, PKR apatah lagi PAS. Namun begitu, gambaran umum ialah DAP dan PKR tidak seperti Umno dalam ketegasan memperjuangkan kepentingan Melayu.

Hanya PAS sebagai parti lama yang dipercayai mempunyai persamaan dengan Umno dalam hal menyokong DEB dan hak keistimewaan orang Melayu. Walaupun hakikatnya bermula era kepimpinan ulama pada tahun 1983, PAS kurang menekankan soal bangsa Melayu. Tetapi baru-baru ini apabila, sedikit sebanyak Umno berjaya mengajak PAS untuk menegaskan soal kebangsaan Melayu.

Apabila Umno menekankan soal bangsa, maka tidak ada jalan lain bagi PAS daripada untuk turut serta. Malah begitu juga dengan PKR yang akhirnya akan menarik DAP untuk mengambil kira soal kebangsaan Melayu. Namun begitu penekanan dalam soal ini akan berbeza antara Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat. Seperti mana juga parti Demokratik di Amerika yang dilihat sebagai kurang patriotik berbanding Republikan. Maka ia juga mahu menampilkan diri mereka lebih patriotik, tetapi akhirnya akan jumpa titik temu, tetapi perbezaan tetap ada antara keduanya.

Penulis adalah seorang wartawan veteran yang bertugas dengan sebuah akhbar utama negara.

Khianat Melayu, cabar berdebat dan pengecut

Oleh Zukri Aksah

KUANTAN, Ogos 12 — Baru-baru ini, dalam ucapan perasmian Persidangan Perwakilan Tahunan Umno Bahagian Sri Gading, Batu Pahat, Timbalan Presiden Umno yang juga Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah secara tiba-tiba mengeluarkan satu tuduhan serius terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, katanya Anwar pengkhianat Melayu.

Ucapan Muhyiddin ini segera mendapat respon dari ramai pemimpin Umno di semua peringkat. Sudah tentulah semua respon ini dalam bentuk kenyataan sokongan, sesetengahnya ditambah pula sehingga menjadi berlebihan. Ketua Pemuda Umno Pahang, Abu Jimi Samad semalam mengumumkan yang Pemuda Umno Pahang mula mengadakan kempen mengumpul tandatangan bagi menyokong kenyataan Muhyiddin itu.

Ketua Dewan Pemuda PAS Pahang, Ustaz Suhaimi Saad dalam reaksinya menempelak Abu Jimi yang gagal menyediakan fakta dan bukti dalam menyokong tuduhan Muhyiddin terhadap Anwar. Bahkan dalam meneliti kenyataan Abu Jimi, ulas Suhaimi, beliau hanya menemui dua alasan yang kelihatannya langsung tidak relevan dengan tuduhan yang dilemparkan.

Anwar dikatakan pengkhianat Melayu oleh Abu Jimi kerana kononnya beliau bertanggungjawab cuba menghapuskan hak orang Melayu. Ini adalah tuduhan yang bersifat umum dan longgar tanpa ada sertaan bukti yang sahih dan konkrit. Abu Jimi harus bertanya diri sendiri, siapa yang cuba mencabut “tongkat” orang Melayu?

Abu Jimi juga dalam dakwaannya mengatakan Anwar mengkhianati Melayu kerana menganjurkan demonstrasi jalanan. Sejak bila demonstrasi jalanan membawa maksud pengkhianatan kepada Melayu? Sedangkan Onn Jaafar juga menggunakan demonstrasi untuk perjuangan orang Melayu.

Bagi Suhaimi, Umnolah sebenarnya yang selama ini menjadi biang kerok dalam pengkhianatan kepada masyarakat yang diwakilinya sendiri, orang Melayu. Bagi membuktikan ini, Suhaimi dalam kenyataannya mencabar Abu Jimi untuk berdebat secara terbuka tentang siapa sebenarnya pengkhianat Melayu, selepas 52 tahun Malaysia merdeka.

Suhaimi akhirnya berharap yang Abu Jimi tidak hanya berani menjadi pembela di hadapan tuannya. Debat terbuka yang dihadiri dengan niat yang ikhlas akan mampu menghasilkan penyelesaian yang baik.

Harapan Suhaimi juga agar Abu Jimi tidak menjadi pengecut seperti ketuanya, Khairy Jamaluddin yang sentiasa berdolak-dalik bila diajak berdebat dan berwacana. Pemuda PAS Pahang, tambah Suhaimi akan menghantar surat jemputan rasmi kepada Abu Jimi berkaitan dengan debat ini.

Bongkar: 'RM10 juta untuk presiden MCA'.....!!! ha...ha... MCA pulak kantoi...?????

Dua puluh empat jam selepas satu laporan polis dibuat terhadap syarikat pemaju Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB), pegawai tingginya membuat satu pendedahan yang mengejutkan.

Ketua Pegawai Eksekutif KDSB Tiong King Sing - yang juga pengerusi Kelab Penyokong BN - mendakwa beliau telah 'menderma' RM10 juta kepada Presiden MCA yang juga Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat tahun lalu.

Wang tersebut, tambahnya, adalah untuk aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan bahagian-bahagian MCA.

Timbalan Tiong dalam KDSB, Datuk Faizal Abdullah berkata Ong telah menggunakan jet peribadi milik syarikat tersebut sebanyak lima kali dan 'berhutang' kepada mereka sebanyak AS$40,000
bagi perkhidmatan tersebut.

Bercakap kepada Malaysiakini, Tiong mendakwa beliau telah menyumbangkan berjuta-juta ringgit selepas diminta berbuat demikian oleh Ong.

Wang tersebut dibayar secara tunai dalam tiga peringkat sewaktu pertemuan dengan presiden MCA itu di Petaling Jaya dan Kuala Lumpur.

KERAJAAN UMNO@BN SEMAKIN PARAH TIDAK STABIL

Dari Kacamata Halik Zaman

Macam-macam boleh berlaku dalam negara kita kalau parti Kerajaan tidak kuat. Kalau tidak ada majoriti mutllak dalam Parlimen, ada orang boleh mati tanpa sebab kerananya. Lain pula kalau mati shahid dalam perang banyak pahala. Mati mengejut perkara biasa kalau UMNO kalah Pilihan Raya Umum. Mati misteri lain lagi susah nak cari. Semua cukup dalam Malaysia. Jangan terlalu banyak mati misteri dalam Malaysialah, sebab polis terlalu sibuk buat kerja penting. Kerja politik.


Dalam Kerajaan yang tidak majoriti, boleh bikin banyak orang jadi gila. Ada gila kerana otak tidak center sebab kalah pilihan raya. Ada gila perempuan, ada gila harta. ada gila pangkat dan yang paling lucu "gila publisiti cara mahu mati?". Orang kampung kata, "ini penyakit lagi teruk dari penyakit gila babi."

Orang tulis surat nak bunuh dia pun kasi masuk TV1 TV2 TV3 dan Astro Awani. Buat laporan polis sahaja pun sudah cukup, tidak perlu ribut-ribut dalam TV. Kalau dia mati kena baham buaya pun rakyat tak nangis. Dia bukan orang penting Malaysia. Diam-diamlah, serahkan polis siasat sahaja, itu kerja polis bukan kerja orang ramai nak ambil tahu buat kerja bodoh.

UMNO Bukan Melayu. Melayu Bukan UMNO. Kalau Melayu tidak sokong UMNO, orang atas kayangan marah. Lalu bilang negara dalam bahaya. Susah kalau orang Bunian, orang Pari-Pari, orang atas angin, orang atas langit campur politik. Enough Is enoughlah atau 1Malaysia bilang
betul apa sahaja tindakan UMNO yang salah?

Para pemimpin UMNO cuba mencandui fikiran orang Melayu, bahawa hanya UMNO sahaja sebuah parti politik orang Melayu. Hanya para pemimpin UMNO sahaja pejuang nasib masa depan orang Melayu. Hanya para pemimpin UMNO sahaja yang mempertahankan hak istimewa orang Melayu.

Orang Melayu UMNO pun lalu bangkit dengan semangat berkobar kobar memekek "Hidup UMNO!! Hidup UMNO!! Hidup UMNO!! Tersenyum lebar lah para pemimpin UMNO mereka berfikir yang memekek-mekek itu adalah ahli PAS dan PKR. Padahal kroni dan khadam-khadam UMNO juga yang khas disediakan oleh Ketua Bahagian UMNO. Mereka syok sendiri sahaja.

TV3 dan Awani pun sibuk fokus camera kemuka mereka yang memekek itu.TV3 buat bahan "pesta ampu ampuan". Kerja jadi khadam UMNO ini memang kerja kerja TV3 dan Astro Awani dalam pesta puji memuji dalam siaran. Mesti ada satu Melayu, satu Cina dan satu India dalam pesta puja-memuja itu.

Kata si-Melayu, "Kita beruntung mendapat para pemimpin UMNO yang berjiwa Melayu, hak istimewa kita dijaga. Kata si-Cina, " Haiya, mamut-mamut, simua ulang kompong palintah suta kasi lanchaungang luapantat, simua sinang ati meii". Kata India pula, " Milakka Gormin soda kasi sama Hindustan Shahruk Khan Datu jugaaa, ini kali misti kasi Tan Sori sama kami punya oran Tamil Naddhu jugaaa (sambil kepalanya goyang kanan kiri.) Sesiapa yang baca artikel ini tidak percaya, boleh lihat TV3 atau Awani mesti cari dimana-mana sahaja satu Melayu, satu Cina dan satu India untuk siaran pesta puji-memuji dalam siaran TV mereka.

Orang Melayu UMNO masih belum sedar-sedar lagi, mereka agung-agungkan hak istimewa, Rumah PPRT? Selain itu anda dapat apa? Tanya dalam hati kecil anda sendiri. Bila ada sahaja orang yang sanggup menyedarkan orang Melayu, Muhyiddin pun bilang orang itu pengkhianat
bangsa Melayu.

Muhyiddin mahu selama-lamanya orang Melayu jadi kerbau cucuk hidung. Apa sahaja para pemimpin UMNO kata semua betul. Tiada yang salah melainkan betul.Muhyiddin ini bukan tahu apa-apa, main raduk sahaja. Dengar cara dia bercakap pun bukan orang bijak, contohnya di Manek Urai kata Muhyiddin," Esok undi UMNO, kalau menang baru buat jambatan di Sungai Manek Urai". Ini percakapan orang politik kah? Ini percakapan seorang Timbalan Perdana Menteri kah?
HZ

KDN tidak seleweng undian isu ISA...!!!! Jawapan towkey pengundi hantu..!!! kat web pun hang pa pakai hantu....???

Kementerian dalam Negeri (KDN) menegaskan bahawa tiada penyelewengan dan tangan-tangan yang tersembunyi" memanipulasi jumlah undian di laman web beritanya berhubung isu Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

"Kepada pengunjung kami, kami menghormati pandangan anda. Tidak ada penyelewengan dan tidak ada tangan-tangan yang bersembunyi.

"Kunjungan anda ke portal kami, sama ada mengundi untuk menyokong atau menyanggah, kami amat-amat menghargainya," kata Ketua Komunikasi Korporat KDN, Jamilah Taib.

Jumlah respons bagi soalan pertama dan keempat yang meningkat secara mendadak dan luar biasa mulai tengah hari semalam menjadi bahan pertikaian dan tuduhan ia dimanipulasi.

Pada jam 4 petang kelmarin, hanya 1,499 respons memilih ISA sebagai "undang-undang pencegahan" tetapi naik sehingga 887 peratus sewaktu semakan Malaysiakini jam 1.45 tengah hari tadi (lihat carta).

Jamilah, juga editor portal berita kementerian itu berkata, tidak menjadi polisi KDN untuk berbohong kepada pengunjung portal itu.

"Kami menyerahkan sepenuhnya keputusan undi (untuk) ditentukan secara jujur dan telus. Kepada pihak yang mempertikaikan, berfikirlah secara matang.

"Jangan kerana (apabila) pada satu-satu apabila graf undian menunjukkan keputusan seperti mana yang dikehendaki, anda memuji.

"Tetapi pada suatu ketika yang lain, apabila graf undian berubah corak maka lain pula kata anda," katanya.

'LORD NAJIB ALTANTUYA' tumbang di Batu Cave

'Lord Najib Altantuya' akhirnya tumbang di Batu Cave semalam. Serangan blogger berterusan dalam internet membuatkan Najib tidur tak lena, mandi tak basah.

Sudah pasti PAS mungkin akan menang dengan lebih besar di Permatang Pasir.

Tidak perlu susah-susah. Pasang Poster 'LORD NAJIB ALTANTUYA' sudah cukup membuat orang Melayu khususnya di Permatang Pasir akan menolak umno dan mengundi PAS.

Gambar di sebelah kiri juga sudah menggambarkan segalanya. InsyaAllah Pas akan menang besar di Permatang Pasir. Ayoyo...Najib..Rosmah..
Sementara itu Replika gergasi perdana menteri di perkarangan kompleks kuil Batu Caves telah dirobohkan semalam.

Mereka menyifatkan imej besar itu
bertentangan dengan sikap Umno yang membantah keras replika Datuk Seri Anwar Ibrahim, di simpang utama kira-kira dua kilometer dari kuil tersebut, tahun lalu.
Blog rasmi ADUN Batu Caves Amirudin Shari kelmarin menerbitkan tulisan yang menempelak pemimpin Umno dan bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang disifatkan sebagai "bising bagai nak rak" terhadap replika Anwar tetapi berdiam diri terhadap replika Datuk Seri Najib Razak.
Ahli jawatankuasa kuil itu N Sivakumar bagaimanapun menjelaskan bahawa replika perdana menteri diturunkan selepas tamat festival tiga hari Satu Malaysia kelmarin.

Replika Najib berwajah tanpa senyuman yang sedang mengangkat tangan kanannya, sementara tangan kirinya di belakang, didirikan di hadapan pintu masuk kuil berkenaan.
Ia terletak kira-kira 50 meter di bahagian depan patung Dewa Muruga berwarna emas yang menjadi mercu tanda destinasi tumpuan pelancong itu.
Imej berketinggian kira-kira 10 meter itu memaparkan imej Najib berkemeja oren – warna yang dikaitkan dengan pertubuhan Hindraf – dan berseluar hitam dalam keadaan seolah-olah sedang melangkah.
* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

Arak, publisiti dan takutnya orang PAS Kedah

Dari kesemua orang PAS yang saya jumpa (yang saya tak jumpa tak tau la), tidak ada seorang pun yang percaya kepada keikhlasan Dr Hassan Ali membangkitkan isu arak. Kepada saya sendiri, kawan-kawan dari PAS yang memperjuangkan secara diam-diam dalam mesyuarat MBSA supaya arak tidak dijual dalam kawasan majoriti Melayu adalah pejuang sebenar.

Saya meluat jenis-jenis pahlawan kesiangan - dah orang penat-penat berjuang dan dah nak menang, tiba-tiba dia muncul nak tunjuk hero.

Kawan-kawan di Shah Alam itu dah berjuang sejak berbulan-bulan lalu. Mereka meminta saya tulis tentang ahli MBSA dari DAP yang pada mulanya menyokong cadangan tersebut tetapi kemudiannya menarik balik sokongan. Khabarnya, mereka diarahkan oleh para pemimpin DAP supaya berbuat demikian.

Saya tak tulis tentang perkara itu. Saya pada masa itu yakin perkara itu boleh diselesaikan. Memang, kalau tak ada mamat yang carpab (cari publisiti), boleh jadi boleh diselesaikan dengan baik.

Sebentar tadi, saya melihat posting blog Gmee bertajuk "Umno cuba pecahbelahkan PR dengan isu arak - Hassan Ali". Entah kenapa, bila saya tengok posting itu, saya teringat sangat kata-kata berikut:
If PAS is so easily influenced by Khir Toyo or anyone else, then I don't think very much of PAS' ability to think for themselves - (Tun Dr Mahathir Mohamad - sila lihat berita Malaysiakini "Mahathir: Censor porn, not political views")
Saya juga masih ternanti-nanti bilakah Pemuda Umno Kedah nak berdemonstrasi terhadap sikap kerajaan Kedah yang membiarkan premis-premis judi dan arak yang berlambak-lambak di negeri itu.

Nak marah, marah la. Maki puas-puas. Tapi, saya nak tulis juga cakap-cakap yang hari-hari saya dengar: "Orang PAS Kedah pakat-pakat tak dak t***q. Takut kat Ustaz Azizan".

Yang teringin nak berani pulak pakat-pakat dok kata, "Takut kena sisih macam Haji Nan Ayam" (gambar di atas ihsan Kedah Lanie).

Balasungkawa Dhamala N.,S - Al Fatihah.

Seniman terkemuka negara, Dharmala NS atau Abdul Muluk Daud, 62, yang juga seorang blogger meninggal dunia pada pukul 8.30 pagi tadi di Hospital Selayang akibat serangan jantung.

Abdul Muluk Daud, sasterawan Melayu terpenting menulis dalam semua genre termasuk novel, cerpen, puisi, rencana, skrip drama pentas, tv dan filem. Pemenang hadiah sastera nasional 1974 kategori cerpen. Pemenang sayembara novel Yayasan Sabah Gapena 1979 dan 1981. Pemenang hadiah cerpen Esso-Gapena 1981 dan 1982. Beliau juga ialah Ahli Jawatankuasa penyelidikan budaya Muzium Negeri Sembilan 1990-2003.

Beliau yang juga terkenal di alam siber dengan nama Pak Darma melalu blog adimul.blogspot.com adalah seorang blogger yang tekun mengemaskinikan blognya yang memuatkan tulisan-tulisan dari beberapa orang penulis dari Warga Perihatin Malaysia (PRIMA) seperti pengkritik sastera terkenal, Mohd Affandi Hassan, Kamal Amir, Yahya Ismail, Mankadir dan lain-lain.

Pak Dharma dilaporkan telah dikejarkan ke hospital mengadu sakit dada dan minta diurutkan. Beliau pada hari berkenaan baru selepas bersahur untuk menajalan puasa sunat.

"Badannya berpeluh-peluh dan kukunya sudah biru," jelas Puan Adiah, isteri Pak Dharma.

Waris Pak Dharma menyatakan, semasa di hospital, aktivis-aktivis PRIMA yang terawal menziarahi Pak Dharma adalah Hj Bakar Ninggal, Sayuti Omar, Yahya Ismail, Rashid, Rozie (isteri Dato Kamal Amir) dan juga Yassin Salleh (bapa saudara Pak Dharma). Beliau merakamkan terima kasih kepada YM Dato' Lela Maharaja Dato' Hj Muhammad Sharip bin Hj Othman (Undang Luak Rembau) kerana sudi menziarahi Pak Dharma. Begitu juga kepada rakan-rakan Pak Dharma seperti Norzah Kepol (Pengarang Buletin Rakyat) dan suami, Fadil Tan Sri Samad Idris, Fezal Khan, Liew Ah Kim (mantan Ahli Parlimen Seputeh), sahabat-sahabat dan juga jiran tetangga, ribuan terima kasih diucapkan.

Jenazah beliau akan dimandikan di Masjid Sri Gombak di sini sebelum dibawa pulang ke kampung halamannya di Jelebu untuk dikebumikan petang ini.

Risalah Merah? Tangkap..!!!! Risalah Rasmi PBG jadi kesalahan pihak Polis lak...!!!!

Oleh : Puspawati Rosman

Sebagai Ketua Projek Jawatankuasa Kesedaran Undang-undang Pusat Bantuan Guaman (PBG) Kuala Lumpur, saya bertanggungjawab mengetuai mana-mana projek, program serta aktiviti kesedaran undang-undang yang dianjurkan oleh PBG Kuala Lumpur di bawah Jawatankuasa Kesedaran Undang-undang. Antaranya adalah penghasilan dan pengedaran risalah-risalah yang mengandungi maklumat dan pendidikan untuk orang ramai supaya mereka sedar akan hak mereka dari segi undang-undang.

Risalah-risalah berwarna-warni yang banyak itu disusun dengan kemas di sebuah rak di depan pintu masuk pejabat PBG di tingkat 9 Wisma Kraftangan, bersebelahan Masjid Jamek. Adakalanya, kami (peguam-peguam sukarela PBG) akan mengedarkan risalah-risalah tersebut apabila kami menghadiri program-program luar seperti di sekolah, kolej, pasar malam, bahkan di tepi jalan pun akan kami edarkan apabila ada kesempatan.

Ditahan kerana mengedar risalah

Tidak pernah terlintas dalam fikiran saya, bahawa suatu hari nanti saya akan ditahan dan digari di hadapan orang ramai kerana mengedarkan risalah-risalah PBG tersebut.

Semata-mata kerana ia berwarna merah.

Dan, semata-mata kerana ia diedarkan pada 1 Ogos 2009.

Pada hari bersejarah rakyat Malaysia itu, kami, peguam-peguam sukarela sudah berada di pejabat PBG seawal pukul tujuh pagi. Kami datang awal sebagai persediaan, kerana berdasarkan amaran yang diberikan oleh polis dan pihak berkuasa beberapa hari sebelum itu, kami sudah menjangka bahawa akan ramai orang ditangkap pada hari itu kerana menyertai atau cuba untuk menyertai perhimpunan besar-besaran Mansuhkan ISA.

Tekaan kami tepat, pada kira-kira pukul 10 pagi, kami mula menerima panggilan-panggilan daripada orang ramai, memaklumkan kepada kami bahawa operasi tangkapan sudah bermula di sekitar Kuala Lumpur.

Pada waktu itu, kami mula memaklumkan kepada peguam-peguam sukarela yang sudah bersedia di sekitar Kuala Lumpur untuk pergi ke balai-balai polis yang berkenaan. Di samping itu, beberapa orang daripada kami telah diminta bersedia di pejabat PBG untuk memberikan nasihat guaman melalui telefon kepada orang-orang yang ditangkap dan berjaya menghubungi kami, termasuk saya.

Walau bagaimanapun, selepas satu jam, kami mula gelisah kerana di bawah pejabat kami, orang ramai sudah mula ditangkap secara rawak oleh berpuluh-puluh polis yang menjadikan Masjid Jamek sebagai 'stesen' mereka dengan kehadiran beberapa buah 'black maria' dan trak kecil polis. Justeru itu, kami mengambil keputusan untuk terus mengedarkan risalah 'Polis dan Hak Anda' kepada orang ramai secara langsung, supaya sekiranya mereka gagal mendapatkan akses kepada peguam apabila ditangkap, sekurang-kurangnya mereka akan tahu apa yang harus dilakukan.

Buku dirasmikan menteri

Risalah "Polis dan Hak Anda" itu sebenarnya adalah "Buku Merah" versi risalah yang dikeluarkan oleh Majlis Peguam. Tiga tahun yang lalu, Majlis Peguam telah menerbitkan sebuah "Buku Merah" yang mengandungi hak-hak dan langkah-langkah yang boleh diambil oleh seseorang sekiranya ditangkap oleh polis. Ironinya, majlis pelancaran "Buku Merah" itu dirasmikan oleh Menteri Jabatan Perdana Menteri, Mohd. Nazri Aziz. Disebabkan kekurangan dana untuk mengulang-cetak 'Buku Merah' tersebut, Majlis Peguam telah meringkaskan isi kandungannya dan menerbitkannya dalam bentuk risalah kerana ia lebih murah. Disebabkan itu, risalah itu berwarna merah.

Ketika saya mengedarkan risalah di hadapan bangunan HSBC di Jalan Melayu, tiba-tiba datang beberapa orang polis meluru ke arah saya dan tanpa memberi salam, salah seorang anggota polis itu bertanya apa yang saya sedang lakukan. Saya cuba memberikan penjelasan kepada mereka sambil menunjukkan tag 'Peguam' yang saya pakai. Akan tetapi, nampaknya mereka tidak berpuas hati dengan penjelasan saya dan meminta saya mengikut mereka berjumpa pegawai di balai polis. Saya enggan.

Cuba malukan saya

Seseorang yang ditahan oleh polis tidak mempunyai kewajipan untuk mengikut polis itu ke mana-mana sekiranya beliau tidak ditangkap. Maka itulah yang saya lakukan. Setelah melihat keengganan saya, polis-polis tersebut mula berkasar dan mengugut untuk menangkap saya. Maka saya pun bertanya soalan wajib "Kalau nak tangkap, tangkaplah, tapi sekarang adakah saya ditahan?"

Polis-polis di keliling saya tidak menjawab. Pada waktu itu, saya yakin bahawa mereka sendiri sebenarnya tidak tahu apa yang sepatutnya mereka lakukan.

Tiba-tiba, datang seorang polis pertengahan umur yang terus memekik "Tangkap dia! Gari!" Yang paling menyakitkan hati, mereka sempat memalukan saya dengan menyuruh beberapa orang polis berpakaian biasa mengambil gambar saya yang telah digari. (bahagian pertama...akan disambung esok)

*Puspawati Rosman ialah Ketua Projek Jawatankuasa Kesedaran Undang-undang Pusat Bantuan Guaman (PBG) yang ditangkap pada 1 Ogos 2009.