Isnin, 10 Ogos 2009

PRK PERMATANG PASIR PADA BULAN RAMADHAN - PETANDA KEMENANGAN ISLAM



1. Bulan Ramadhan adalan bulan suci dan mulia bagi Ummat Islam justeru ia adalah bulan ibadah sekaligus meletakkan hamba - hamba Allah yang beriman semakin dekat kepadaNya justeru Taqwa adalah ramuan utama untuk sajian sepanjang Ramadhan

2. Ramadhan juga adalah Bulan Jihad dan Bulan Kemenangan yang telah menyaksikan pelbagai peristiwa besar di sepanjang sejarah dan tamaddun Islam khasnya perang atau Ghazwatul Badr al Kubra yang berlangsung pada 17 Ramadhan tahun kedua hijrah

3. Ramadhan juga adalah bulan Nuzul al Quran sebagai kitab suci dan pekeliling khas yang diturunkan oleh Allah swt untuk memandu hidup manusia agar selamat di dunia dan akhirat
4. Ramadhan jugalah bulan yang menyaksikan segala ganjaran dilipat ganda buat insan yang muttaqin , pintu syurga yang terbuka luas untuk menanti sang pejuang yang ikhlas menegakkan perjuangan Islam dan kebenarannya , pintu neraka yang tertutup rapat agar tidak menjerumuskan hamba - hamba Allah yang berpeluang untuk memohon ampun dan taubat di atas dosa yang dilaku serta segala syaithan iblis yang menghasut dan mengadu domba akan dibelenggu .

5. Justeru Ramadhan adalah bulan yang paling damai dan kondusif untuk sang pejuang untuk beraksi semaksima mungkin guna mencari keredhaan Allah swt dengan seikhlasnya tanpa ragu dan teragak - agak akan pertolongan dan kemenangan yang dijanjikan oleh Allah Rabbul Izzati .

6. Bukankah Ramadhan bulan yang diberkati segala amal , dirahmati segala aktiviti dan diperkenan segala munajat asal saja segalanya itu dipusatkan untuk mencari redha Allah swt . Inilah bulan yang menjadikan insan muslim mukmin muttaqin tampil gagah dengan ibadah puasanya sementara dibebankan ke atas musuh - musuh Islam rasa gerun dan tidak yakin terhadap keupayaan mereka untuk mendepani kemaraan tentera - tentera Islam .

7. Saff para pejuang Islam akan lebih kemas , bergaya dan perkasa turun ke medan justeru Ramadhan akan mendisiplinkan mereka dengan akhlak mulia , semangat kemanusiaan yang tinggi berpaksikan fitrah yang suci dan kesabaran yang mantap melepasi ujian yang dipraktis . Disiplin menjadikan saff para pejuang Islam akan kelihatan lebih kukuh dan mantap serta sukar untuk digugat .

8. Pemuda PAS dinasihatkan agar memaksimumkan peluang ini untuk meningkatkan segala keupayaan yang dimiliki untuk :

Pertama : Mendekatkan diri kepada Allah swt bagi mencari redhaNya dan sekaligus memudahkan nusrah dan maunahnya kepada perjuangan yang kita dokong ini .

Kedua : Mendekatkan diri kepada masyarakat khasnya pengundi agar mereka memberi sokongan padu kepada perjuangan kita untuk mengangkat martabat ummah serentak itu memperjuangkan islam agar mampu ditegakkan di atas tanahair kita pada satu masa kelak , Insyaallah .

9. Pemuda PAS diarahkan agar tidak leka dan lalai apalagi terjebak dalam perkara mungkar agar tidak dimurkai Allah Azza wa Jalla . Sebaliknya mendatangkan segala amal ibadah dengan penuh rasa ubudiyyah sesuai sebagai anggota Gerakan Islam .

10. Pemuda PAS adalah harapan dan sandaran Jamaah untuk membawa pulang kemenangan . Kemenangan buat ummah dan kemenangan buat perjuangan suci ini agar ianya terus gah dipersada politik tanahair . Sedetik kalian asyik dan seketika kalian lelap , bermakna kekalahan kian menghampiri kita dan kebinasaan menguasai kita . Ayuh Pemuda , di seluruh negara dan di mana sahaja anda berada , saya menyeru anda agar bangkit dengan segala keizzahan kalian sebagai Pemuda kebanggaan Rasulullah saw ! - daftar diri dan turun bertugas di Permatang Pasir , bantu perjuangan Islam ini agar ia tegak membela ummah !

Takbir ! Takbir ! Takbir !

1Malaysia vs Anak Bangsa Malaysia

By : Mat Saman Kati

Najib sedang berusaha keras untuk mempromosikan konsep 1Malaysia. Dia terdesak kerana tiada siapa yang mempercayai konsep tersebut, termasuk bekas Perdana Menteri, Dr. Mahathir Mohamad.

Apa juga tujuan dan matlamatnya, 1Malaysia hanyalah satu versi ciplak, yang diciplak daripada konsep Anak Bangsa Malaysia, yang dilancarkan oleh gerakan masyarakat madani sebelum pilihanraya umum tahun lepas. Dibawah konsep Anak Bangsa Malaysia, kami menolak Ketuanan Melayu dan memilih Ketuanan Rakyat.

Pada asasnya, ini bermakna bahawa rakyat adalah Tuan dan kerajaan bekerja untuk rakyat. Harapan rakyat diutamakan. Suara rakyat adalah suara keramat. Dibawah konsep ini, akan lahir Satu Negara, Satu Bangsa, Satu Suara. Itulah matlamat akhir usaha ini.

1Malaysia tidak menepati matlamat ini. Malah tidak langsung menampakkan apa yang dicita. Najib perlu kembali ke meja perancangan dan memikirkan kembali secara keseluruhan konsep tersebut. Dia menawarkan hanya segelintir dari keseluruhan yang kita harapkan. Tidak lebih dari slogan untuk menarik perhatian.

Untuk permulaan, dengan mengatakan Akta Keselamatan Dalam Negeri perlu dikekalkan dan tidak akan dimansuhkan atas sebab-sebab untuk mempertahankan hak-hak Melayu dan hak istimewa, samalah juga dengan mengatakan bahawa kita memerlukan undang-undang tahanan tanpa bicara supaya mereka yang mempersoalkan isu ini boleh tahan.

Bagaimana untuk mencapai 1Malaysia, apabila sebahagian dari rakyat Malaysia terpaksa bersetuju untuk membongkok dan membiarkan punggong mereka di liwat tanpa protes terhadap peliwat? Dan memprotes bermakna kita akan dipenjara tanpa hak-hak untuk mendapat keadilan?

Hapuskan ISA dan gantikan dengan Undang-undang hak asasi manusia. Hapuskan Akta rahsia rasmi dan gantikan dengan Akta kebebasan Maklumat. Hapuskan Akta Hasutan dan gantikan dengan Akta Anti-Diskriminasi. Sepatutnya, Akta Hubungan Kaum perlu memastikan, seseorang yang memaksa seseorang lain mengisytiharkan bangsa ataupun borang yang memerlukan BANGSA diisi diharamkan. Dan sebarang pertimbangan atau kuota yang berasaskan bangsa perlu diisytiharkan sebagai jenayah, dan akan dihukum penjara.

Lakukan ini dan barulah kami yakin bahawa 1Malaysia itu sama dengan Anak Bangsa Malaysia. Kalau tidak, ia hanyalah satu versi ciplak murahan yang langsung tidak menepati apa yang berada dalam fikiran kami.

Ada satu lagi yang kami utarakan dalam konsep Anak Bangsa Malaysia. Dan ini adalah Deklarasi Rakyat yang telah dipersetujui oleh tujuh parti politik termasuk PKR, DAP dan PAS. Malang sekali, sebaik saja Pakatan Rakyat memenangi lima negeri dan mendapat lebih dari satua pertiga kerusi di Parlimen, mereka meminggirkan Deklarasi Rakyat dan melupakannya.

Kami tidak akan membiarkan sesiapa pun melupakan Deklarasi Rakyat. Dalam pilihanraya kecil Pengkalan Pasir ini, gerakan masyarakat madani dan Barisan Rakyat Bloggers akan turun padang dan meminta pengundi untuk merosakkan undi mereka sebagai tanda protes.

Jangan undi Barisan Nasional. Dan jangan undi Pakatan Rakyat. Jangan bagi undi kepada sesiapa pun.

Perkara ini sedang dibincangkan hingga saat ini. Kalau Pakatan Rakyat mahu memprbodohkan kita, maka mereka akan memerima kemarahan padah dari gerakan masyarakat madani dan Barisan Rakyat Bloggers. Jangan cepat membuat kesimpulan. Jangan ingat apabila kami menentang Barisan Nasional, bermakna kami sayang kepada Pakatan Rakyat.

Kami tidak membenci barisan nasional. Kami benci terhadap apa yang mereka lakukan. Kalau Barisan Nasional benar-benar berubah dan melakukan reform yang meliputi semua yang kami minta, tidak ada sebab mengapa kami tidak boleh bekerjasama dengan Barisan Nasional. Walaupun begitu, kami yakin Barisan Nasional tidak akan berubah sehinggalah kita menghumban mereka menjadi pembangkang.

Oleh itu, Ini adalah kad kuning untuk Pakatan Rakyat. Kalau sehingga hari Penamaan Calon mereka tidak memberikan respons, kami akan melayangkan kad merah dan kami akan turun kebawah untuk menafikan undi kepada anda. Kami tidak akan memberikan undi itu kepada Barisan Nasional.

Tapi siapa tahu. Bagaimana kalau sesuatu berlaku dimana Najib jatuh dari langit dan mati dan Tengku razaleigh Hamzah mengambil alih dan membawa agenda perubahannya, maka tidak mungkin kami menaruh harapan kepadanya dan berkemungkinan menjalinkan kerjasama dengan Umno dan Barisan Nasional untuk melakukan perubahan.

Dr. Koh Tsu Koon mahu kita menghormati Perlembagaan. Aiyahhh!! Apek ni cakap apa? Ini sebenarnya yang kita mahukan…hormat kepada Perlembagaan. Tetapi bukan saja artikel 153 Perlembagaan. Kami mahukan semua Artikel dihormati.

Kerajaan telah melanggar Perlembagaan sepanjang masa. Banyak undang-undang baru diluluskan yang bertentangan dengan Perlembagaan. Dan Perlembagaan mengatakan, “Perlembagaan ini adalah yang tertinggi dan apa saja undang-undang yang diluluskan selepas Merdeka yang bertentangan dengan Perlembagaan adalah tidak sah”

Jangan hanya bercakap tentang Artikel 153. Terdapat artikel 152 sebelum Artikel 152. Ini juga patut dibincangkan. Kerajaan tidak menghormati Artikel-artikel lain didalam Perlembagaan, tetapi mereka membuat bising tentang artikel 153, seolah-olah Perlembagaan itu hanya mempunyai satu Artikel sahaja.

Dr. Koh Tsu Koon hanyalah salah seorang penjual ubat, sama seperti Najib dan Hishamuddin. Anda sepatutnya digantung kepala kebawah, diikat pada telur. Dan sekiranya Pakatan Rakyat tidak berjaga-jaga, kami juga akan akan menggantung setengah pemimpin mereka disebelah Koh Tsu Koon, Najib dan Hishamuddin. Pembohongan Pakatan Rakyat sudah hampir sama dengan Barisan Nasional.

(Aritkel ini adalah terjemahan daripada artikel asal, 1Malaysia versus Anak Bangsa Malaysia yang disiarkan di Malaysia Today)

Kalau dia boleh depa lagi boleh..!!!

Oleh Isham Rais

Saya selalu mendengar cerita bagaimana di beberapa selekoh di lorong-lorong motorsikal ada paku-paku tajam di taburkan. Ini untuk tujuan membocorkan tayar. Tidak berapa jauh dari itu ada iklan – tukartiub.

Saya juga diberitahu oleh kawan baik saya bahawa di penurun jalan sesudah terowong lebuh raya Karak – sering minyak ditaburkan. Pernah keretanya tergelincir sekali. Tidak jauh terowong ini ada lori tarik kereta menunggu.

Ini adalah contoh taktik untuk menjalankan perniagaan. Ini cara untuk mencari pelanggan. Dalam dunia perniagaan yang menjadi rukun iman ialah keuntungan. Semua yang berniaga ingin mendapat untung. Lebih banyak untung lebih cepat jadi kaya.

Hari ini kita semua tahu bagaimana seramai 26 orang warga negara kita telah ditewaskan oleh virus H1N1. Wabak ini sedang menular bukan sahaja di negara kita malah di seluruh dunia.

Apa sebenarnya semua ini?

Pada tahun 1963 – satu persidangaan telah diadakan di Iron Mountains tidak jauh dari Hudson New York. Ketika ini Amerika sedang bertarong di Vietnam, Laos dan Kamboja.

Ini adalah persidangan para pemikir untuk membuat dasar bagi pihak kuasa imperial Amerika. Pemikir-pemikir ini ingin mencari jalan bagaimana sistem ekonomi kapitalis dunia ini dapat diteruskan tanpa berlaku perang.

Laporan dari Iron Mountains telah mengajukan :

- Pertambahan penduduk di bumi akan membawa laba kepada kaum koprat
- Perang wajib berlaku untuk tujuan ekonomi, politik dan perkembangan sosial
- Melahir kan musuh sebagai strateji politik

Dari sinilah lahir keinginan untuk mengawal genetic dan genocide dalam usaha untuk mengawal manusia untuk memastikan keuntungan terus dapat dikaut oleh kaum kapitalis. Disini juga bermulanya apa yang akan kita kenali sebagai keganasan biologi – bioterrorism. Teknolojibio akan digunakan sebagai senjata untuk mengawal umat manusia.

Pada tahun 1970 telah keluar satu memo - National Security Memo No: 200. Memo ini ditulis oleh Henry Kessinger yang menimbulkan bagaimana wajib dikawal ledakan penduduk yang semakin bertambah dalam dunia hari ini. Memo No: 200 ini mencadangkan agar dijalankan usaha untuk mengurangkan penduduk dunia.

Ini sebahagian dari memo yang ditulis oleh Henry Kessinger:

‘ There is a major risk severe damage to world economy, political and ecological syatem begin to fail to our humanitarian values. The urban slums dwellers ( though apprently not recent migrants) may serve as a volotile, volient force which threatened political stability.

International relation - population factors are crucial in and after determinants of voilent conflicts in developing areas. There is no single approach which will solve the population problem. The complex social and economic factors involved call for comphrensive strategy… At the same time action and program must be tailored to specific countries and group.’

Dalam bahasa yang senang Henry Kessinger melihat manusia miskin – penduduk miskin kota - sebagai sampah dan perlu di kawal dan dibersihkan. Ini samalah dengar dasar ‘setinggan sifar’ yang selalu di warwar kan dalam negara kita ini.

Justeru – hari ini ada berpuluh-puluh lembaga, badan dan makmal sedang membuat kajian biologi. Ada yang bergantung rapat dengan universiti. Ada yang bekait rapat dengan kaji selidik tentera. Ada yang diwujudkan oleh syarikat pembuat ubat. Malah semua makmal penyelidikan ini kait mengait antara satu sama lain. Lembaga-lembaga ini semuanya mendapat dana dari syarikat pembuat ubatan-ubatan dan mendapat kontrek dari Jabataban Pertahanan Amerika.

Semua lembaga dan makmal ini adalah lembaga kapitalis. Tujuan penyelidikan ilmiah mereka ialah untuk membuat keuntungan maksima. Ilmu pengetahuan mereka bukan digunakan untuk kesejahteraan umat manusia tetapi untuk mencari jalan perniagaan untuk mendapat untung.

Syarikat ubat benabikan keuntungan. Lagi ramai yang sakit lagi baik untuk ubat dijual. Kesihatan ialah perniagaan – ini dasar kaum kapitalis.

Justeru jangan terperanjat jika saya nyatakan bahawa virus AIDS, Hiv, Ebola semuanya lahir dari bilik makmal.

Seperti memerangkap Mat Rempit agar tayar motosikalnya bocor bagitu jugalah kajian biologi di bilik-bilik makmal yang sedang dilakukan oleh kaum kapitalis ini. Kaum kapitalis multinasional ini ingin memerangkap – bukan dengan menjual tiub. Mereka melepaskan virus-virus ini dengan dua tujuan :

1 – mengurangkan penduduk dunia
2 – menjual ubatan

Tidak masuk akal ? Ini hanya teori konspirasi ? Ini pandangan gila Hishamuddin Rais?

Sabar dahulu. Cuba fikirkan pula bagaimana depleted uranium – DU – sedang digunakan dalam perang di Iraq dan Afghanistan. Peluru-peluru baru yang dibuat oleh syarikat pensenjataan telah menggunakan DU dalam peluru yang dapat meledakan apa sahaja – dari kereta perisai hingga ke tembok-tembok tebal.

Depleted Uranium atau DU ini dari apa yang diheboh-hebohkan adalah uranium yang telah mandul kuasanya. Justeru tidak merbahaya kepada manusia. Ini bohong. Kajian demi kajian telah dijalankan yang menunjukkan DU ini masih membawa padah dan malapetaka yang maha hebat kepada umat manusia.

DU akan melahirkan barah. Anak anak yang baru lahir di Iraq dan Afghanistan – dimana ibu atau ayahnya telah terhidu DU – akan lahir bukan seperti bayi. Ada yang berkepala besar. Ada yang bermata satu. Ada yang bengkang bengkok. Bayi-bayi ini adalah gergasi cacat yang dimunculkan oleh teknoloji kaum imperial Anglo-Amerika. Tujuan penggunaan DU ini cukup jelas. Penduduk akan berkurangan. Yang hidup akan terus menerus memerlukan ubatan – ertinya mereka akan terus membeli ubat.

Ini pandangan karut dari Hishamuddin Rais ? Kerana DU juga terkena kepada tentera mereka juga.

Betul. Memang betul ada beribu-ribu tentera British dan soldadu Amerika yang telah mengambil bahagian dalam perang Desert Storm dan sedang menghadapi apa yang dipanggil Gulf Syndrom. Ini adalah penyakit baru dimana pengidapnya akan mati perlahan-lahan. Pada akhir 80’an dahulu para veteran Desert Storm di United Kingdom telah menuntut agar Golf Syndrom ditakrif sebagai penyakit. Ini telah ditolak oleh kerajaan. Kerajaan menafikan wujudnya penyakit ini.

Para veteran – satu demi satu mati. Anak-anak mereka yang baru lahir banyak yang cacat sama seperti yang terjadi di Iraq dan Afghanistan. Jangan hairan – kaum kapitalis – tidak memiliki hati perut. Apa yang penting ialah keuntung besar. Dan ini juga adalah selari dengan dasar yang telah dibincangkan di Iron Mountains. Ini juga dasar yang sedang dijalankan mengikut Memo No: 200 yang disarankan oleh Henry Kessinger.

Umat manusia perlu dikurangkan dalam dunia ini agar mereka yang kaya terjamin kesempurnaan hidup mereka. Ini samalah seperti mengawal penduduk Kampong Kerinchi dari berpindah ke Country Height atau mengudam setinggan di Kampong Berembang atau Buah Pala agar mereka tidak berani membuat rumah di Bukit Tengku.

Juga hampir kesemua soldadu yang pergi berperang itu adalah anak-anak muda dari kelas bawahan. Mereka ini seperti kata Henry Kessinger adalah sampah yang akan membawa masaalah. Soldadu Amerika hampir 80% adalah berkulit hitam dan Latino. Menghantar mereka ke medan perang adalah cara terbaik untuk mengurangkan jumlah mereka.

Anak-anak orang kaya tidak akan masuk menjadi tentera. Anak-anak orang kaya pergi ke Havard dan Yale. Mereka berakhir membuat harta di Wall Street atau menjadi CEO syarikat multinasional. Malah Bush sendiri telah mengelat dari pergi ke Perang Vietnam.

Apabila saya membaca, mengkaji dan meneliti dokumen yang telah ‘dibebaskan’ atau yang telah dibocorkan maka ternyata virus terbaru H1N1 ini juga telah menetas dari bilik makmal.

Dasar pengurangan umat manusia dibumi ini sedang berjalan dengan baik. H1N1 ini adalah sebahagian dari strateji itu.

Jika kurang yakin tentang apa yang saya cuba nyatakan disini – atau menganggap ini hanya teori konspirasi – sila cari dan baca - ada berjuta-juta bahan kajian ilmiah dan tulisan-tulisan para penyelidik yang menimbulkan hal ini. Semua ini amat senang untuk ditemui dalam internet.

Pada ketika ini telah keheboh-hebohkan tentang satu vaksin yang akan muncul untuk melawan H1N1. Ini juga adalah pengiklanan besar dari kaum kapitalis. Untuk sementara waktu kita diberi tahu yang vaksin ini masih dalam kajian.

Bayangkan – mula-mulanya – kita ditakut-takutkan. Kemudian kita diberitahu jangan takut ada jalan selamat. Tetapi jalan selamat ini wajib dibayar. Cukup senang untuk memerangkap. Sama seperti menaburkan paku di jalan raya untuk membocorkan tayar motosikal Mat Rempit. Inilah sifat kapitalis. Inilah cara kaum kapitalis membuat untung.

Dalam sistem ekonomi sosialis – ubatan adakah untuk kesihatan bukan untuk keuntungan. Dalam sistem ekonomi sosialis hospital adalah milik rakyat bukan untuk disawastakan. Dalam ekonomi sosialis perubatan adalah untuk semua bukan untuk yang kaya.

Dalam sistem masyrakat sosialis umat manusia adalah penjana tamadun bukan sampah yang perlu dihapuskan. Fikrah manusia digunakan untuk kebaikan bukan untuk keuntungan.TT

Najib Dikecam Kerana Fokus Merampas Kerajaan Selangor, Abaikan Pemulihan Ekonomi dan Wabak H1N1

Perdana Menteri, Datu Seri Mohd Najib Tun Razak hari ini dikecam kerana menumpukan perhatian untuk merampas Selangor tetapi mengabaikan hal yang lebih penting iaitu pemulihan ekonomi negara dan menangani wabak H1N1.

Angkatan Muda Keadilan Selangor di dalam kenyataannya hari ini mendesak agar Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak dan kerajaan pimpinannya agar memberikan fokus khas kepada usaha memulihkan ekonomi negara dan wabak bencana H1N1 yang semakin amat membimbangkan. Justeru kenyataan beliau untuk merampas Selangor daripada kerajaan Pakatan Rakyat dengan menggunakan ‘Formula Pekan’ yang tidak demokratik dan ‘pintas’ perlu dilupakan segera oleh UMNO/BN.

AMK Selangor jua melahirkan kebimbangannya dengan perkembangan situasi serangan bertali arus pihak pembangkang Selangor oleh UMNO/BN yang menggunakan seluruh jentera kerajaan pusat untuk merampas Selangor. Ianya hanya akan mengalihkan keutamaan yang perlu dihadapi negara sekarang iaitu pemulihan ekonomi negara dan usaha bersepadu menangani wabak H1N1 yang semakin amat membimbangkan.

Menurut AMK Selangor, usaha UMNO/BN untuk merampas Selangor melalui jalan tidak demokratik dan ‘pintas’ sebenarnya hanya akan membawa satu lagi ‘malapetaka’ kepada rakyat Selangor dan negara. Taktik politik kotor ini akan membawa ketidakstabilan ekonomi dan membimbangkan pelabur asing dalam usaha memulihkan kembali ekonomi negara kepada tahap yang diyakini dan memberangsangkan sebelum ini. Ini disebabkan Selangor adalah nadi utama ekonomi negara yang amat penting dan sangat strategik.

AMK Selangor tidak mahu melihat krisis politik rampasan kuasa yang dilakukan oleh UMNO/BN seperti di Perak kembali berulang. Kini suasana politik di Perak masih belum stabil dan ianya memakan masa yang lama untuk dipulihkan. Justeru, jika pihak UMNO/BN berangan-angan untuk merampas kerajaan Selangor di bawah Pakatan Rakyat melalui jalan kotor dan pintas ianya hanya akan membawa satu lagi bencana politik dan ekonomi kepada negara.

Apa yang perlu diutamakan saat dan ketika ini ialah agar Perdana Menteri memberikan fokus dan komitmen yang tinggi kepada pemulihan dan pemerkasaan ekonomi negara. Malahan wabak H1N1 yang semakin membimbangkan juga perlu ditangani dengan baik dan komited. Kenyataan daripada WHO bahawa dianggarkan 5,500 sehingga 28,000 rakyat Malaysia akan maut disebabkan wabak H1N1 jika unjuran 20% daripada 27.7 juta penduduk Malaysia dijangkiti wabak maut ini. Apakah Perdana Menteri hanya akan fokus jika kematian sudah mencecah angka 10,000 orang ?.

Menurut Ketua Penerangan AMK Selangor, Mohd Ezli Mashut, dua perkara genting ini sebenarnya yang perlu diberi perhatian khusus dan mendalam oleh Perdana Menteri dan seluruh jentera kerajaan. Penggunaan jentera kerajaan yang memfokuskan kepada propaganda politik sempit semata-mata setiap hari hanya akan membuatkan negara kehilangan fokus yang perlu ditangani segera pada saat yang amat genting kini.

Negara kini sudah berada dalam keadaan kritikal untuk menangani persoalan ekonomi dan keselamatan kesihatan rakyat. Justeru, jangan dibawa satu lagi bencana politik dalam usaha UMNO/BN merampas kerajaan negeri Selangor melalui jalan ‘pintas’. Usaha ‘pintas’ ini hanya akan membuat negara ini dalam keadaan suasana tidak tenteram dan aman untuk rakyat keseluruhannya.

AMK Selangor katanya, membuat gesaan ini agar fokus dan keutamaan kini adalah untuk berhadapan dua cabaran besar global ini dalam bentuk bencana ekonomi dan wabak penyakit H1N1. Negara perlu segera kembali fokus kepada keutamaan yang amat mendesak dan genting kini. Apakah nilai dan ertinya kehidupan rakyat jika korban H1N1 semakin meningkat dan ekonomi negara jatuh merudum.

Akhirnya, AMK Selangor tidak mahu satu lagi bencana politik berlaku di Selangor dan negara ini. Yang pasti semuanya hanya akan menjejaskan kehidupan rakyat untuk menikmati suasana keamanan, keadilan dan ketenteraman. Marilah kita bersama-sama hadapi dua cabaran global ini yang akan menentukan jatuh dan bangunnya Malaysia pada masakini dan akan datang. Negara ini adalah amanah dan tanggungjawab semua.

UMNO&BN Perkuda SPRM Untuk Rampas Kuasa Di Selangor

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bukan hanya menyiasat Adun yang didakwa menyeleweng, malah siasatan dijalankan ke atas semua Adun Pakatan Rakyat.

Speaker Dewan Negeri Selangor, Teng Chang Khim berkata, tindakan ini dilihat sebagai satu arahan pihak tertentu yang berusaha merampas semula Selangor daripada Pakatan Rakyat.

Menurut Teng, ia juga akan menjejaskan kredibiliti wakil rakyat atau exco untuk terus berkhidmat kepada rakyat yang telah memberi mandat kepada kerajaan Pakatan Rakyat.

“Saya rasa kesal khususnya sebagai Speaker, saya harap SPRM dapat memberi pengesahan dalam tempoh dua minggu sama ada saya ada kes atau tidak, saya tidak mahu ianya ditangguhkan bertahun-tahun sehingga orang membuat pandangan serong terhadap saya,”Katanya.

Teng berkata demikian dalam satu sidang media di Pejabatnya di Shah Alam, pagi tadi.

Katanya, perkara ini tidak boleh ditangguhkan bertahun-tahun kerana ia akan menjejaskan kredibiliti beliau sebagai Speaker Dewan Negeri dan masyarakat akan memberi pandang negatif terhadapnya.

Beliau yang juga Adun Sungai Pinang kesal dengan tindakan SPRM melancarkankempen memancing bukti di Pejabat-pejabat Daerah dengan menyemak fail dan dokumen semua Adun Pakatan Rakyat.

“Terkilan dengan tindakan SPRM melancarkan kempen memancing bukti di pejabat daerah Selangor dengan mendapatkan dokumen dan fail-fail peruntukan kawasan DUN Pakatan Rakyat,”

Pada sidang media ini, Teng turut mengedarkan dokumen perbelanjaan terhadap peruntukan DUN Sungai Pinang sehingga 20 Julai tahun ini.

Katanya, jika berlaku penyelewengan terhadap perbelanjaan tersebut, nama yang tersenarai, boleh tampil membantu siasatan SPRM.

Teng menjelaskan, satu pendengaran awam Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (SELCAT) akan diadakan bagi menyemak dana semua ADUN, termasuk Barisan Nasional Selangor pada 25 hingga 28 Ogos ini.

BERITA KAMI YANG LAIN

SPRM Tak Ubah Seekor Lembu Gila



i:

USAHA UMNO@BN RAMPAS KUASA DI SELANGOR:- RONNIE LIEW NAFI ARAH HANTAR ARAK

Selangor- usaha menjatuhkan kerajaan Selangor tidak berjaya lagi apabila usaha melaga-lagakan pimpinan PAS dan DAP akhirnya terdedah apabila Ronnie mengeluarkan kenyataan bahawa beliau tidak pernah mengarahkan dikembalikan semula minuman keras ke pasaraya 7 Eleven dan hanya memberi pandangan sahaja.


Menurut Liu, isu yang mengundang kontroversi itu sebenarnya adalah pandangan beliau berhubung dengan tindakan majlis Bandaraya Shah Alam yang di dakwa merampas itu sebenarnya hanya pandangan berbentuk nasihat dima 7-ke 11 pasaraya tersebut dirampas minuman beralkojhol tersebut, dan bertentangan dengan akta dalam majlis bandaraya itu sendir yang sebum ini tidak dimaktubkan dalam akta perbandaran itu.

Menurut Liu lagi beliau yang menerima maklumat dari wartawan berhubung dengan perkara tersebut kemudiannya diberitahu bahawa ianya dilakukan oleh pihak bandaraya dan mendakwa bahawa ianya dilakukan tanpa mempunyai lesen.

"Bila saya menyoal tentang lesen pengarah ,dia tahu dia tidak punya lesen tersebut dan tidak mempunyai kuasa untuk mengarahkan rampasan tersebut dan mendakwa bahawa beliau melakukan kesilapan, dan beliau mendakwa bahawa beliau menjalankan tugas atas desakan beberapa ahli majlis untuk melakukannya tanpa mahu menyebut nama mereka" demikian jelas Liu lagi.


Menurut Liu lagi Dato Hassan Ali yangmerupakan rakan dalam Pakatan Rakyat, mungkin menjadi mangsa kepada keadaan dan juga tekanan politik berhubung dengan peristiwa tersebut, dan mendakwa bahawa hunumga baik beliau dengan Dato Hassan baik "Peristiwa ini tidak akan meretakkan hubungan kami,malah semakin baik" demikian jelas Liu lagi.Kami adalah dalam arah perjuangan yang sama .Kita akan teruskan perbincangan ini .

"Orang yang hanya tahu mengambil kesempatan ini seperti Khir Toyo, jangan lah bermimpi kerana kami akan teruskan hubungan baik ini dan kami akan bekerjasama" semikian jela Liu lagi.

Menurut Liu lagi dialoq seperti ini patut diteruskan lagi dari masa ke semasa.PAS Selangor dikatakan akan menganjurkan satu demontrasi membantah Liu namun dengan campurtangan ketua pemuda PAS , isu ini akhir dapat diselesaikan.malah dalam masa yang sama Umno juga ingin menagguk di air keruh.......

Isu Pengkhianat Melayu Untuk Tutup Tuntutan Rakyat

Angkatan Muda Keadilan (AMK) menganggap gema dan suara tuntutan isu melayu yang sedang di dendangkan oleh Umno pada ketika ini hanyalah untuk menutup suara dan tuntutan perubahan yang di tunggu rakyat.

Selepas badai politik menghempuk Barisan Nasional (BN) pada pilihanraya umum ke 12, BN telah bersungguh-sungguh menutup tuntutan perubahan rakyat dengan taktik politik mundur seperti membakar sentimen perkauman dan politik fitnah.

Pelbagai kaedah termasuk perhimpunan, menggunakan masjid untuk tujuan politik tidak bermaruah dalam kes Anwar Ibrahim dan penipuan kes azan di Selangor sehingga membawa penahanan Theresa Kok semata-mata untuk mengalih permintaan rakyat agar kerajaan yang dipilih benar-benar adil, prihatin dan membela rakyat .

Disamping itu BN juga tetap meneruskan amalan politik rasuah dan sewenang-wenang menggunakan agensi kerajaan untuk menyokong jentera Umno-BN yang telah rosak dengan rasuah dan kegilaan materi. Krisis Perlembagaan di Perak dan pembentukan pejabat pembangunan persekutuan dengan hasrat jelas hanya untuk berkhidmat pada BN adalah contoh bagaimana tidak berubah dan hancurnya moral pimpinan Umno pada semua rakyat yang majoritinya Melayu.

Namun begitu jelas setelah 6 pilihanraya kecil di semenanjung rakyat masih memberikan kepercayaan kepada agenda reformasi Pakatan Rakyat dan sekaligus menolak politik durjana Barisan Nasional.

Kini setelah arus perubahan dan pendirian rakyat semakin jelas BN sekali lagi mengaitkan semua isu dalam perspektif perkauman sempit yang begitu ironi dengan setiap retorik baru Najib. Deretan isu yang tidak dijawap oleh mereka, isu pengaturan keputusan hakim, rampasan haram kerajaan Perak, kematian tahanan, akta drakonian seperti ISA dan ribuan kes rasuah termasuk komisyen hampir 1 billion ringgit yang melibatkan Najib cuba diselindungkan dengan isu hak melayu tercabar, ketuanan melayu, cina semakin berani dan kurang ajar.

Kenyataannya dalam beberapa isu orang melayu paling ramai yang menerima kesan langsung dari pendekatan buruk kerajaan BN. Setelah Najib cuba jadi juara dengan menghapuskan DEB dalam beberapa sektor pimpinan yang tiada maruah dalam Umno bertepuk gemuruh dan kini muka yang sama mahu menuding jadi orang lain pengkhianat Melayu.

AMK percaya fokus rakyat masih jelas untuk perubahan dan kita akan mempergiat usaha melakukan reformasi untuk kebaikan rakyat. Umno kini seperti sudah hilang kekuatan dan mengharap perbezaan Pakatan untuk memenangkan mereka.

YB Amirudin Shari

Naib Ketua AMK
ADUN Batu Caves

Kenyataan akhbar oleh YB Dr. Lo’Lo’ Binti Dato’ Haji Mohamad Ghazali (Ahli Parlimen Titiwangsa)

Saya selaku Ahli Parlimen Titiwangsa dengan ini membantah keras sikap Menteri Wilayah Persekutuan melalui surat yang ditandatangani oleh Setiausaha Politiknya yang mencampuri urusan Hal Ehwal Agama Islam di Wilayah Persekutuan.

Saya difahamkan dari sumber yang sahih,surat tersebut dikatakan ditujukan kepada JAWI yang akan dibawa ke dalam mesyuarat MAIWP selasa ini (11 ogos 2009), mengarahkan JAWI membatalkan arahan-arahan dan tindakan JAWI sebelum ini dalam penyusunan semula pentadbiran masjid / surau.

Penyusunan semula ini dikatakan melalui perlantikan secara rasmi kakitangan masjid dan surau yang terdiri dari imam, penolong imam, bilal dan siak yang juga merangkap sebagai Ketua Pentadbir, Penolong Pentadbir, Setiausaha, Bendahari dan Pekerja Am.Dalam penyusunan ini juga, Jawatankuasa Masjid dan Surau dipilih oleh ahli qariah dalam mesyuarat agung masjid dan surau dimana jawatankuasa tidak lagi berperanan sebagai pentadbir sebaliknya berperanan sebagai pengantara dengan masyarakat setempat.

Walaupun penyusunan ini masih diperingkat awal dan banyak lagi masjid-masjid dan surau-surau yang belum dapat disusun semula namun saya dan banyak pihak-pihak lain juga menyokong usaha ini yang sedikit sebanyak meningkatkan tahap profesionalisme pentadbiran masjid dan surau.

Saya difahamkan surat dari Menteri Wilayah Persekutuan tersebut menggunakan nama Timbalan Perdana Menteri(TPM) yang kononya mengeluarkan arahan tersebut hasil dari mesyuarat kabinet yang mengarahkan JAWI MENERIMAPAKAI senarai ajk masjid dan surau dari KETUA-KETUA BAHAGIAN UMNO.Jika benar keputusan kabinet,mengapa surat tersebut ditandatangani Setiausaha Politik Menteri Wilayah Persekutuan dan bukannya dari Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga Hal Ehwal Agama Islam.

Jika benar arahan tersebut dari Timbalan Perdana Menteri(TPM), saya membantah sekeras-kerasnya tindakan tidak bijak Timbalan Perdana Menteri(TPM) kerana campurtangan politik Umno akan menghancurkan institusi masjid dan surau di Wilayah Persekutuan yang sedang dalam proses pemantapan dan menjadi lebih profesional.

Sekian kenyataan akhbar saya.

Yang Benar,

YB Dr. Lo’Lo’ Binti Haji Mohamad Ghazali.

Ahli Parlimen Titiwangsa

Umno targets DAP in battle for Selangor

By Leslie Lau and Neville Spykerman

KUALA LUMPUR, Aug 10 — Rasah MP Loke Siew Fook denied today he was the author of what appears to be a seditious blog posting against Perak’s Raja Nazrin Shah which DAP’s Lim Kit Siang said is part of a “bloody-minded” campaign by Umno to demonise the Pakatan Rakyat (PR) party as anti-Malay.

A number of pro-Umno blogs have stepped up their campaign against the DAP and have posted screenshots of the allegedly seditious blog posting, attributing it to Loke and lambasting the PR party as an anti-Malay racist organisation.

The blog posting, which the pro-Umno bloggers have attributed to Loke, has since been deleted.

Umno-owned media such as Utusan Malaysia have also been attacking the DAP for being anti-Islam and anti-Malay in what appears to be an effort to make it untenable for the conservative Islamist party PAS to remain in the PR coalition.

Leaders of the Barisan Nasional (BN) lynchpin have also been attacking Datuk Seri Anwar Ibrahim for allegedly betraying his own community, and shoring up their own credentials as the protector of Malay interests.

“These are blatant lies. I have never written anything about Raja Nazrin or the Sultan of Perak,” Loke said today before he lodged a police report here to deny he was the author of the post.

He also lashed out at Umno politicians who have called for his arrest under the ISA.

Lim, who is the DAP advisor, accused Umno of being behind what he said was a “bloody-minded” campaign to topple the Selangor PR state government.

“The Selangor Pakatan Rakyat government is facing a life-and-death threat with a high-powered Umno-BN conspiracy to topple it at all costs and restore Umno-BN rule in Selangor as in Perak six months ago.

“This is not an ordinary challenge but a no-holds-barred onslaught and take-no-prisoners assault mobilising all available means and resources, including the most unethical and illegal, whether at state or national level, whether government or outside like the mass media, to destroy the Selangor Pakatan Rakyat government and cause the break-up of Pakatan Rakyat,” he said in a statement today.

Lim cited as evidence Umno president Datuk Seri Najib Razak’s remarks yesterday that he wished to see Selangor back under BN rule, as well as deputy party president Tan Sri Muhyiddin Yassin’s prediction that PR would be history in one or two years’ time.

“Najib should answer whether he wanted Selangor back in BN so badly that he is prepared to resort to both fair and foul means even to countenance the most unethical, undemocratic, illegal and unconstitutional measures like the illegal coup d’etat in Perak in February this year?”

Lim has previously accused Umno and BN of using the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) as a tool to topple the Selangor government.

MACC officials are continuing an all-out probe on alleged abuse of funds by Selangor executive councillors despite the mysterious death of DAP political aide Teoh Beng Hock following questioning by anti-graft investigators.

Last Friday MACC officers seized a number of documents from the Klang district office in what Selangor Speaker Teng Chang Khim says was a fishing expedition.

So far, the MACC has made no arrests and neither has it filed charges against any DAP or PR official.

But pro-Umno blogs have been posting a number of documents which they say is evidence of corruption in the Selangor PR administration.

They have also alleged executive councillor Ronnie Liu of the DAP had close links with the underworld, which he has denied.

“If the MACC is genuinely committed to wiping out corruption and abuses of power in the allocation of constituency funds, it should investigate all elected representatives including Barisan Nasional and not just target Pakatan Rakyat ones,” said Lim.

“The DAP will not countenance any abuse or misuse of constituency allocations and the leadership will have to review the whole system. The Pakatan Rakyat leadership will also have to conduct a review of the system to ensure two things: firstly, no abuse or misuse of constituency allocations; and secondly, no room for MACC to misuse its powers as catspaw of Umno/BN to declare war on Pakatan Rakyat.”

Muhyiddin beri amaran mengenai pengkhianat bangsa

KUALA LUMPUR 10 Ogos - Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan orang Melayu mengenai individu-individu yang sanggup mengkhianati bangsa sendiri semata-mata untuk kepentingan politik masing-masing.

Beliau berkata, individu-individu seperti itu sanggup mengorbankan bangsanya sendiri demi memastikan cita-cita politik mereka tercapai.

“Menjadi tanggungjawab saya untuk menentang habis-habisan pihak yang sebegini. Saya tidak dapat bayangkan bagaimana keadaan negara kalau kita (BN dan UMNO) tidak berkuasa pada pilihan raya umum akan datang,” katanya ketika merasmikan mesyuarat agung Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama) di sini hari ini.

Terdahulu, beliau merasmikan pembukaan Hotel Regency International di Jalan Raja Alang, yang merupakan cawangan kesembilan rangkaian hotel itu di negara ini.

Muhyiddin juga berkata apa yang membimbangkannya kini ialah terdapat orang Melayu yang menyokong orang bukan Melayu yang berani mempersoalkan hak dan dasar-dasar yang dibuat untuk orang Melayu.

“Saya tidak akan berhenti mengingatkan dalam tempoh setahun dua ini bahaya yang bakal kita hadapi. Bahaya sentiasa ada di hadapan kerana adanya Melayu yang gemar memutarbelitkan fakta yang pastinya disukai kaum bukan Melayu yang berkepentingan,” katanya.

Beliau mengajak orang Melayu supaya menentang pihak-pihak yang menjadi pengkhianat dan penderhaka ini yang hanya akan menyukarkan perjuangan UMNO untuk terus mempertahankan kedudukan orang Melayu.

- BERNAMA

Pakatan sure to lose Selangor, says Dr M

By Syed Jaymal Zahiid

KUALA LUMPUR, Aug 10 - Former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad is already ringing the death knell for the Pakatan Rakyat-led Selangor government.

He said the Pakatan Rakyat (PR) partners' many ideological differences which often lead to open disputes is evidence that the opposition alliance is only destined to split.

Dr Mahathir also said that PR component parties like the DAP and PAS are merely errand boys to realise the agenda of PKR leader Datuk Seri Anwar Ibrahim whom he said has managed so far to deceive and conceal his true intentions from the two.

“How can they work together when they have so many opposing ideas, only Anwar has succeeded in deceiving the two parties to push his own agenda ... DAP and PAS are being used by him,” he told a press conference here today.

The statement was made in reference to the open squabbling in Selangor involving top leaders from PAS and DAP over the beer sales issue. Selangor PAS chief and executive councillor (exco) Datuk Hassan Ali blasted DAP exco Ronnie Liu's interference in the matter and demanded his resignation.

The PR leadership's seemingly castrated attempts to discipline their ranks and contain their quarrels have provided their rivals Umno with the opportunity to drive a wedge between them.

Selangor Umno chief and party president Datuk Seri Najib Razak's recent declaration that he wanted to regain control over the state, the richest in Malaysia, has added to the speculation of an Umno-BN conspiracy for a takeover.

Mahathir, who is becoming more and more critical of Najib's rule after practising “abstinence” in the past, was quick to point out that PR's internal problems won't make it easier for the current Umno chief to win Selangor again.

He said only if BN can prove to be a "viable alternative" to PR can the former realistically expect to win back the state.

“The opposition won (in Selangor) not because people like them, they won because people are fed up with the previous leadership of the BN government. They are actually BN supporters who are dissatisfied with the way they were running things,” he said.

“If BN can provide itself as an alternative for PR, BN can win (back Selangor),” added the former premier.

But judging from the strong criticism Mahathir has thrown against the Najib administration, it is unlikely that he believes the ruling coalition he once led is capable – in its present form - of becoming an alternative to PR.

Isu Ronnie Liu di Selangor : Pandangan Prof Dr Abdul Aziz Bari

PRINSIP YANG MAKIN MENGELIRUKAN

Umum mempunyai tanggapan yang berbeza terhadap kenyataan Datuk Dr Hassan Ali dalam isu penjualan arak di Selangor Selasa lalu. Begitu juga dengan anggota-anggota DAP dan Pas sendiri yang masing-masing menjadi sebahagian daripada Kerajaan Negeri Selangor. Kekecohan yang melibatkan perbezaan pendapat antara Hassan dengan Ronnie Liu itu kemudiannya mengundang kenyataan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang dilaporkan meminta kedua-dua anggota Exco itu menutup mulut dan mengambil tanggungjawab untuk membuat kenyataan berhubung dengan isu berkenaan. Bagaimanapun setakat ini Liu masih berdiam diri. Hanya Hassan yang banyak bercakap.

Seperti yang diketahui kekecohan yang berlaku di Selangor itu bukanlah yang pertama kali. Ia telah berlaku sebelum ini dan melibatkan parti-parti lain dalam Pakatan Rakyat. Ia juga pernah dan kerap berlaku dalam Barisan Nasional. Contoh yang terbaik dan paling jelas ialah sikap anggota cabinet Tan Sri Bernard Dompok yang tiga tahun lalu menyanggah kenyataan Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Timbalannya Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dalam soal kedudukan Malaysia sebagai sebuah Negara Islam.


Soal apakah kenyataan itu benar atau tidak adalah soalan lain dan tidak relevan disini. Apa yang penting dari segi prinsip perlembagaan yang mengikat anggota-anggota pentadbiran kerajaan atau kabinet ialah semua anggota cabinet – atau Majli Mesyuarat Kerajaan (EXCO) kalau di peringkat negeri – tidak boleh mengeluarkan kenyataan yang bertentangan dengan satu sama lain dikhalayak ramai.

Prinsip yang dipanggil tanggungjawab bersama (collective responsibility) itu adalah sebahagian daripada prinsip yang utama yang dipanggil tanggungjawab menteri (ministerial responsibility). Selain tanggungjawab bersama satu lagi cabang di bawah doktrin tanggungjawab menteri ini ialah tanggungjawab menteri secara individu (individual responsibility). Ini merangkumi tanggungjawab menteri ke atas portfolio yang meliputi tugasan, kementerian atau jabatan di bawah pengawasan menteri berkenaan. Bagaimanapun ini tidak berkaitan dengan isu di Selangor dan boleh kita bincangkan cabang kedua itu dalam kesempatan yang lain.

Doktrin tanggungjawab menteri disebut secara sepintas lalu oleh Perkara 43(3) dan peruntukan-peruntukan yang sama di dalam perlembagaan-perlembagaan negeri. Sementara ini Suruhanjaya Reid menyebut prinsip-prinsip tersebut dengan agak terperinci dan mencadangkan agar kita merujuk di United Kingdom. Meskipun di sana doktrin tanggungjawab menteri itu hanyalah kenvensyen – Britain tidak ada perlembagaan bertulis – ia dipatuhi dan diamalkan dengan konsisten. Sebab itulah Robin Cook, Setiauasah Luar dalam cabinet Perdana Menteri Tony Blair, meletakkan jawatan kerana tidak setuju dengan Britain menyokong pencerobohan Iraq oleh Presiden Goerge W Bush.

Tidak seperti di Malaysia kejujuran, prinsip dan integriti amat dituntut di kalangan ahli-ahli politik di sana. Di sini menteri tanpa segan silu terus memegang jawatan meskipun pelbagai skandal dan kelemahan didedahkan. Di Britain perbezaan pendapat dengan kerajaan dan rakan sekabinet sudah cukup kuat untuk mereka meletakkkan jawatan dan ini dilakukan tanpa dipaksa. Seolah-olah automatic. Ini amat mengagumkan saya.

Ada juga beberapa insiden di Malaysia yang menunjukkan bahawa doktrin tanggungjawab bersama itu dilaksanakan. Ini termasukkan perletakan jawatan Datuk Asri dan dan rakan-rakan Pasnya dari cabinet Barisan Nasional pada 1977. Sedekat kemudian kita menyaksikan peletakan jawatan Datuk Rais Yatim dari cabinet Mahathir. Terbaru kita menyaksikan tindakan yang sama oleh Datuk Zaid Ibrahim yang tidak bersetuju dengan penggunaan ISA.

Doktrin tanggungjawab menteri ini penting di sisi perlembagaan kerana inilah caranya parlimen khususnya dan rakyat umum memantau dan menghukum kerajaan yang memerintah. Ini kerana di bawah sistem Westminster – yakni demokrasi berparlimen – eksekutif tidak dipilih secara langsung oleh rakyat. Sebaliknya ia dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong, Raja-Raja dan Yang di-Pertua Negeri. Melalui doktrin tersebut rakyat dapat mengikat semua anggota kerajaan dan meminta mereka bertanggungjawab. Jika anggota-anggota cabinet dibenarkan bercakap mengikut selera masing-masing adalah sukar dan mungkin mustahil untuk mereka dipertanggungjawabkan.

Sekiranya ada anggota cabinet hendak mengambil pendirian yang berbeza atau tidak setuju dengan pendirian atau dasar umum kerajaan maka anggota itu hendaklah meletakkan jawatan. Jika tidak Perdana Menteri – Menteri Besar atau Ketua Menteri – boleh memecat anggota itu dari cabinet.

Ini yang dilakukan ke atas S. Sotianathan yang mempersoalkan dasar kerajaan menghantar pelajar perubatan ke Ukraine. Dari segi prinsip sebenarnya dia tidaklah terikat dengan ketat kerana beliau bukan menteri penuh. Bagaimanapun sikap ini tidak kosisten dalam kes Bernard Dompok yang bukan sahaja mengambil sikap berbeza dengan sengaja tetapi mengulang pendirian itu dengan tegas dan degil. Dompok dibiarkan oleh Abdullah begitu sahaja.

Berbalik kepada kekecohan di Selangor itu tindakan yang diambil oleh Khalid sebagai Menteri Besar adalah tepat dan wajar. Ia selaras dengan kehendak perlembagaan. Hassan boleh diberi amaran kerana ini bukan kali pertama beliau berbuat demikian. Tetapi ini sukar dilakukan kerana Hassan tidak datang dari parti yang sama. Dan inilah sebenarnya kesulitan melaksanakan doktrin tadi. Meskipun Hassan pernah melakukan hal yang sama sebelum ini – dalam soal pelantikan Pengurus Besar PKNS – nampaknya tidak mudah untuk beliau didisiplinkan.

Mungkin Pas perlu berbuat sesuatu. Selain Hassan anggota kerajaan yang lain yakni Iskandar Abdul Samad juga pernah melanggar doktrin yang sama sebelum ini. Secara kebetulan anggota EXCO dari Pas itu juga berlaga dengan Ronnie Liu. Ketika itu Iskandar berkata ia hendak menunjukkan bahawa dalam kerajaan sekarang ada ruang untuk berbeza pendapat. Itu salah kerana ia bertentangan dengan ketetapan perlembagaan.

Kalau Iskandar hendak berbeza pendapat beliau mesti meletakkan jawaatn sebagai EXCO dan bertindak di dalam kerangka penyokong kerajaan. Di situ beliau boleh berkokok dan menjerit sesuka hati tanpa batasan. Termasuk mengundi menentang kerajaan. Sebagai ahli EXCO beliau mesti mempertahankan segala keputusan dan dasar kerajaan. Beliau hanya boleh bertengkar dan berbeza pendapat di dalam mesyuarat EXCO. Di luar mesyuarat itu semua tidak dibenarkan.

Saya fikir isu yang melibatkan arak ini tidaklah susah sangat untuk ditangani kerana ada undang-undang yang berkaitan. Biarkan pegawai dan pihak berkuasa berkenaan melaksakannya mengikut proses biasa. Mungkin Hassan dan Pas Selangor hendak menunjukkan kepada pengundi melayu dan Islam bahawa mereka prihatin terhadap agama dan bangsa Melayu. Tetapi caranya salah dan tidak selari dengan kehendak perlembagaan. Dan rakyat boleh menghukum mereka sebagaimana yang disebut oleh Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

* Profesor Dr Abdul Aziz Bari mengajar Undang-Undang di UIAM Gombak.

Surat CheGu Bard kepada Raja Muda Perak


Mengadap ;


DYMM Seri Paduka Baginda Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah.

Ampun Tuanku beribu ampun.

7 WASIAT RAJA MELAYU.

Amatlah bangga hamba patik dengan keperihatinan Tuanku dengan membangkitkan kembali ingatan rakyat terhadap 7 wasiat Raja - raja Melayu pada awal bulan kemerdekaan negara (Ogos) ini.

Sesungguhnya ingatan ini amat tepat pada masanya dimana regim pemerintah semakin gila mencabul hak kedaulatan rakyat, raja dan kemerdekaan yang kita perolehi bersama. Namun hamba patik juga sedikit merasa kesal apabila pemimpin Barisan Nasional bukan sahaja tidak sedar malah turut menyelewengkan peringatan Tuanku berkenaan dengan wasiat tersebut untuk kepentingan politik mereka.

Tuanku,

Merujuk wasiat tersebut seperti di bawahjelas semuanya telah dicabuli oleh Regim pemerintah hari ini;


7 Wasiat yang disampaikan semasa raja-raja Melayu menurunkan tandatangan persetujuan pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957 itu ialah:

1.Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung Persekutuan Tanah Melayu .

2.Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, Tanah simpanan Melayu sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.

3.Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kami serta harta milik kamu, kami tubuhkan Rejiman Askar Melayu selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.

4.Kami kekalkan dan kami jamin kerajaan dan kedaulatan raja-raja Melayu memerintah negara ini.

5.Kami isytiharkan Islam adalah agama Persekutuan.

6.Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu.

7.Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada raja-raja Melayu untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain (kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).

Ampun Tuanku di sini hamba patik ingin menarik perhatian tuanku mengenai 7 penyelewengan regim Umno - Bn yang telah mengkhianati wasiat Raja - Raja Melayu tersebut.

1. Kerana persepakatan Umno dan keghairahan Umno untuk dijadikan pewaris negara ini dari penjajah, Umno telah menggagalkan usaha serius sekumpulan besar rakyat tanah ini untuk menjadikan negara ini merdeka sebagai negara bangsa yang lebih bersatu padu. Perlembagaan Rakyat yang diketengahkan oleh AMCJA - PUTERA telah disabotaj , digagalkan dan difitnah oleh Umno bagi pihak British yang tidak mahu negara ini menjadi negara bangsa yang kuat. Maka negara ini terpaksa akur dengan kemerdekaan 'kurniaan British' dan mewarisi dasar pecah perintah yang sehingga hari ini menjadikan kita lemah.

2. British selaku penjajah telah mengistiharkan Kanun Tanah yang mengandungi Akta Tanah Rizak Melayu. Ketika British mengistiharkan tanah rizab ini sebanyak lebih kurang 7 juta hektar telah digazetkan sebagai Tanah Rizab Melayu. Tahun 1957, British menyerahkan negara ini kepada pewarisnya iaitu Regim Umno dengan bilangan tanah rizab Melayu yang masih 7 juta hektar. Namun kini hanya tinggal lebih kurang bawah 4 juta hektar tanah rizab Melayu yang masih tinggal. Itupun kebanyakan sudah berpindah milik kepada segelintir Melayu kaya dan berkepentingan politik.

3. Wasiat ketiga ini juga dicabuli. Pertahanan Negara jelas goyah apabila pemimpin regim ini memilih untuk menjadi hamba kepada kuasa asing. Pertahan negara masih bergantung dengan Amerika, pembelian peralatan perang yang melibatkan rasuah telah membahayakan keselamatan negara kerana peralatan yang tidak setara malah turut menyebabkan perajurit negara mati ketika latihan bukan ketika perang kerana mengendalikan peralatan perang yang usang dan tidak berkualiti. Malah tuanku rekod menyatakan Pemimpin kanan regim ini juga terlibat dalam menyerahkan tanah milik negara ini kepada negara asing dengan sewenang wenangnya. Itu belum masuk lagi kisah bagaimana periuk nasi negara ini (BERNAS) kini sudah menjadi milik pedagang asing dari Hong Kong.

4. Merujuk kepada perihal Kedaulatan Raja - raja Melayu menang telah dijanjikan dalam perlembagaan namun regim Umno Bn yang menguasai 2/3 parlimen negara telah meminda perlembagaan ini dengan menghakis kuasa Raja - raja Melayu. Masih ingatkah Tuanku dengan penghinaan TV3, Utusan dan lain media milik Umno yang menghina dan mengaibkan Raja Melayu semata untuk mempengaruhi rakyat untuk meminda perlembagaan pada tahun 1994 demi menghakis kuasa Raja Melayu.

5. Sememangnya Islam masih kekal sebagai agama Persekutuan namun kegagalan regim pemerintah menjaga keharmonian Islam amat menyedihkan. Malah Islam dipermainkan sendiri dalam ucapan pemimpin regim ini, khususnya ketika zaman era Mahathir Mohamad. Insitusi masjid, agihan zakat dan bantuan Baitulmal semuanya dipolitikkan sehingga penghormatan kepada institusi agama seumpamanya makin terhakis.

6. Bahasa Melayu sudah hilang maruah akademiknya. Institut Pengajian Tinggi bangga menggunakan bahasa penjajah sebagai pengantara. Di Peringkat menengah dan rendah mujur rakyat berani bangkit berdepan belantan, gas dan air kimia Polis regim ini maka kemungkinan pengajaran Sains dan Matematik akan dikembalikan semula dalam bahasa Melayu. Tulisan jawi pusaka bangsa telah lama mati......ini semua kerana pengkhinatan regim ini.

7. Hak istimewa orang Melayu dan bumiputera makin terhakis, bukan kerana dirampas oleh kaum lain tetapi diseleweng oleh bangsa sendiri melalui pengaruh politik regim. Regim ini menggunakan istilah hak bumiputera atau dasar ekonomi baru telah mengaut keuntungan bagi pihak mereka dan keluarga serta kroni mereka atas nama kuota Melayu sedangkan majoriti Melayu masih susah dan melarat. Memang yang kaya melayu tetapi yang kaya sangat kaya dan yang majoriti masih payah dibawah sini.

Ampun Tuanku ;

Harapnya Tuanku yang berpendidikan tinggi tidak termasuk kepada golongan mereka yang ditipu dengan dakyat propaganda Umno Bn malah patik doakan Tuanku bukanlah dari golongan bangsa Melayu yang bersama mendokong dakyah regim ini (walaupun sedar ia dakyah tipu) hanya kerana kepentingan perniagaan peribadi atau keluarga.

Percaya dan yakinlah Tuanku jika regim ini dibenarkan terus berkuasa, negara ini akan hancur.....bukan sekadar 7 wasiat tersebut akan dicabuli malah hamba patik yakin Insitusi Raja - Raja Melayu ini juga akan hanya jadi seperti muzium pameran untuk lawatan dan tatapan pelacong sahaja dalam masa 20 atau 30 tahun dari sekarang ini.

Dalam surat terbuka buat tuanku yang sudah tentu akan boleh dibaca oleh pemimpin Regim Umno - Bn ini tuanku hamba patik mohon izin untuk melaungkan cabaran jika benar ada pemimpin Umno Bn yang masih yakin mereka bukan pengkhianat dan penderhaka bangsa dan agama ini maka siapa yang berani tampil berdebat dengan fakta dan ilmu demi membina rakyat keseluruhannya.

Ampun tuanku beribu ampun.

Salam dari hamba rakyat

che'GuBard
ahli Majlis Pimpinan Pusat
Parti Keadilan Rakyat.

Pemuda UMNO Pahang kumpul 100,000 tandatangan

KUALA LIPIS 10 Ogos - Pergerakan Pemuda UMNO Pahang mensasarkan untuk mengumpul 100,000 tandatangan sebagai menyokong Timbalan Perdana, Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung kenyataannya terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pengkhianat Melayu baru-baru ini.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Pahang, Abu Jimi Samat berkata, pihaknya berdiri teguh di belakang Muhyiddin berhubung kenyataannya itu dan tidak rela pemimpin UMNO dicela dan diugut.

"Pemuda UMNO akan bersama-sama menghadapi apa juga cabaran dan dugaan mendatang bersama pemimpin tertinggi kita untuk menghadapi petualang dan pengkhianat bangsa, agama dan negara," katanya.

- Utusan.

PR Supporters Don't Understand The PR Struggle..!!!!

I wrote an article titled 'PR Will Not Form The Next Government'. As expected, many readers were not happy with the contents. That's how the supporters of PR are. You write good about PR and you will be cheered like a hero. You write bad about PR, be prepared for their wrath.

I may have been sumbat-ed from all corners but I don't blame those who left their comments at this blog or at Malaysia Today (where my articles are sometimes deemed worthy to be posted up there). After all, PR is their last bastion of hope for a change and nobody likes to have their hopes put up in smoke.

What is depressing is when I read the comments, it is clear that these readers do not understand the true struggle of PR. Many went on and on about the evils of UMNO, PDRM, MACC, Najib, Khir Toyo... Some said that the PR leaders may be weak and incapable but still can't be worse off than BN's. Like I don't already fucking know that. Others claim that PR will win because BN is racist and corrupted. How simple minded! I am sure that many of those who commented actually belief in Santa Claus and the Tooth Fairy. I sincerely hope the number of readers who do not understand the PR struggle is restricted to those who commented negatively. Or else PR is in deep shit.

I am not a PR supporter. But I am proud to say that I voted for PKR and PAS in the previous GE. I am a supporter of a 2 party system. Come the next GE, my vote will still be with PR. Beyond that, I do not know. But that's another story for another day.

My vote has already been won by PR. And I can say of the same to most of you reading this. But the war for votes is NOT for your vote. Neither is it for my vote. The PR struggle is for the votes other than ours. Get it? With just your votes and mine, PR is not going to form the next government.

Look at the previous GE. We all voted for PR. We had slightly above 50% of the popular votes. And yet PR could not form the Federal Government. BN has created a system where it will take massive effort for them to tumble. RPK said that we need 70% of all votes. And I think that is fair. How many percent do you and I make up, again? 51%. And we are gonna win the next GE because you and I know that BN is evil? Damn kau smart lor you fellas out there...

For PR to form government come the next GE, we have to convert another 20% of BN supporters to vote PR. And not even a 2/3 majority win at that. How are we going to that? Do you know how difficult is it to get such a huge cross over? And you think PR will win simply because you, your family and friends are going to vote PR, my dear geniuses? No. No. No. PR needs to:

1. Maintain and keep PR voters from GE 12
2. Pull some BN voters over
3. Pull previously non-voters to vote for PR

And this is where my previous articles on PR bashing come in. PR is not helping themselves. Based on what is going on, how do you honestly think PR is doing to hold on to its present supporters and recruit new ones? Remember, not everyone is like you and me in believing so strongly for a change. I can tell you this.

1. GE 12 PR supporters: PR may have won some new ones but have also lost quite a bit. UMNO has been putting a lot of effort on branding and image. And money. Many are easily fooled by these.

2. GE 12 BN supporters: You think we can get a huge cross over from this section?

3. Previous non-voters: Is PR giving them a reason to come out to vote? Or to even register to vote? Bear in mind that this is a class of rakyat who is not bothered. They are not like you and me who are gila politik. These people are not even fence sitters. They are the 'could not be bothered people'. You think all the rubbish drama that PR has put up will in any way make them want to come vote PR? To have this group to come out to give PR an extra 20% of all votes is going to take so so so much effort. And you fellas are telling me that PR will win the next GE. Good la you fellas. Just damn good. The 4D number for this Saturday's Magnum's Draw is 6433. I promise you this random number of mine will win 1st prize.

I hope you now can appreciate that PR cannot win with our votes alone. With PR's circus, I am finding it difficult to pull votes for PR. This is frustrating. And that's why I have been ranting on PR's negatives. PR needs to wake up. We all have our parts to play. But PR is not helping us help them. And then we get the shallow and simple minded ones like you who think that the GE 13 has been won. Can you belief that some readers even referred the bickering within PR as democracy. Stop lying to yourselves. It's a blardie circus in PR now for crying out loud.

Remember, the war for votes is not for your vote or mine. This is gonna hurt - it is not about you! To PR, you and me are already in the bag. It is the others that matter. It is the others that is difficult. It is the others where we have to struggle to convince.

I hope this helps you see the PR struggle from a different perspective. We need to send PR a wake up call. Else, all our hopes on PR will remain a hope; UMNO will remain the lord of the land. And you and me will continued to get fucked.

Selangor Pakatan Rakyat government facing a life-and-death...!!!!!!

Selangor Pakatan Rakyat government facing a life-and-death threat with a high-powered Umno-BN conspiracy to topple it at all costs and restore Umno-BN rule in Selangor as in Perak six months ago.

The Selangor Pakatan Rakyat government is facing a life-and-death threat with a high-powered Umno-BN conspiracy to topple it at all costs and restore Umno-BN rule in Selangor as in Perak six months ago.

This is not an ordinary challenge but a no-holds-barred onslaught and take-no-prisoners assault mobilising all available means and resources, including the most unethical and illegal, whether at state or national level, whether government or outside like the mass media, to destroy the Selangor Pakatan Rakyat government and cause the break-up of Pakatan Rakyat.

DAP and Pakatan Rakyat leaders in Selangor and in the country should be fully aware of this latest life-and-death threat to the 17-month-old Selangor Pakatan Rakyat government as testified by two pronouncements by the two top Umno leaders today.

In Perth, Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin said Pakatan Rakyat will be “history in a year” while in Kuala Selangor the Prime Minister Datuk Seri Najib Abdul Razak declared that he wanted “Selangor back in Barisan Nasional’s fold” as the state is the “heartbeat of the country”.

Najib should answer whether he wanted “Selangor back in BN” so badly that he is prepared to resort to both “fair and foul means” even to countenance the most unethical, undemocratic, illegal and unconstitutional measures like the illegal coup d’etat in Perak in February this year?

In Selangor, the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) has been unleashed, not to declare war against corruption as is the intent of Parliament, but to declare war on the Selangor Pakatan Rakyat Excos and Assembly members.

There is already one casualty, the mysterious death of DAP political aide Teoh Beng Hock at the MACC Headquarters on July 16.

Will the true causes and circumstances of Teoh’s mysterious death at MACC ever be uncovered? The Malaysian public does not have great confidence that this would be done, and this is why there is the sustained nation-wide call for a Royal Commission of Inquiry rather than an inquest into the causes and circumstances of Teoh’s death.

If the MACC is genuinely committed to wiping out corruption and abuses of power in the allocation of constituency funds, it should investigate all elected representatives including Barisan Nasional and not just target Pakatan Rakyat ones.

In fact, if the MACC investigate all parliamentary and state assembly constituency allocations going back the last five, ten or 20 years, a special court on corruption would have to be set up to deal with the multitude of cases that can be the subjects of prosecution.

DAP will not countenance any abuse or misuse of constituency allocations and the leadership will have to review the whole system. The Pakatan Rakyat leadership will also have to conduct a review of the system to ensure two things: firstly, no abuse or misuse of constituency allocations; and secondly, no room for MACC to misuse its powers as catspaw of Umno/BN to declare war on Pakatan Rakyat.

Providing the macro setting for this high-powered conspiracy to topple the Selangor Pakatan Rakyat government and to break up Pakatan Rakyat, an insidious campaign had been launched to defame and discredit Pakatan Rakyat parties and leaders – such as the lies and falsehoods of Datuk Seri Anwar Ibrahim is “a traitor to the Malay race”, that the DAP as “anti-Islam” and that PAS is “subservient to DAP”.

Pakatan Rakyat is facing its worst crisis in 17 months and all Pakatan Rakyat leaders, state and national, must be in crisis mode, as the crisis stemmed from two fronts:

  • Firstly, from the high-level Umno/Barisan Nasional conspiracy to topple the Selangor Pakatan Rakyat state government and destroy Pakatan Rakyat at all costs and by whatever illegal and unethical means; and
  • Secondly, from the flurry of dissension among Pakatan Rakyat parties in Kedah, Penang and Selangor, causing more and more Malaysians to question whether they had properly and rightly vested their trust and hope in Pakatan Rakyat for change in Malaysia.

Pakatan Rakyat leaders are meeting on Thursday and they must demonstrate that they have not lost sight of the larger vision of building on the momentum of the March 8, 2008 political tsunami to realize political changes in Malaysia by securing increasing support from Malaysians of all races, instead of frightening off support whether Chinese, Malays, Indians, Kadazans or Ibans.

Umno and BN have scented the possibility of “a kill” after the Manek Urai by-election in Kelantan on July 14, 2009 after PAS won it with a reduced majority of 65 votes as compared to the 1,352-vote majority in the March 2008 general election.

Can PAS and Pakatan Rakyat prove that this was only a “false sense” on Umno and BN’s part in the upcoming Permatang Pasir by-election in Penang later this month?

(Speech by DAP Parliamentary Leader and MP for Ipoh Timor Lim Kit Siang at a meeting of DAP Selangor MPs, State Assembly members and local councillors at DAP PJ Utara service centre on Sunday, 9th August 2009 at 4 pm)

PKR SABAH: IBARAT RETAK MENANTI BELAH?

Oleh: Mail Mathew
IMPAK
daripada rombakan Majlis Kepimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Negeri Sabah baru baru ini iaitu sebaik sahaja Azmin Ali mengambil alih kepimpinan itu daripada Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim beberapa bulan lalu, jelas kelihatan tidak menghasilkan banyak kebaikkan mahu pun kemantapan parti itu.

Malahan telah banyak menimbulkan kecalaruan politik dalaman parti itu sendiri khususnya dikalangan kumpulan pejuang lama, yang bimbang suatu masa PKR juga akan kehilangan ramai penyokongnya diperingkat akar umbi sebelum menghadapi PRU ke-13 nanti.

Sementara itu, seorang pemimpin kanan PKR Negeri yang enggan identitinya didedahkan ketika memberitahu Harian Ekspress pada Ahad berhubung reaksi beliau terhadap barisan kepimpinan baru PKR Sabah beliau berkata:

“ Saya tidak nampak ada keperluan untuk rombakan baru itu, jika pemilihan parti akan diadakan dalam masa yang terdekat ini dijangka Januari 2010…yang pastinya lebih mencelarukan keadaan politik dalaman PKR Sabah, lantaran itu persepsi negatif penyokong PKR akar umbi terus terfokus kepada seolah olah ada agenda lain disebaliknya,” tegas mantan pemimpin kanan PKR itu.

“ Kita tidak risau jika dilakukan juga demi kemantapan parti…tetapi harus melihat implikasinya terlebih dahulu apabila pejuang lama dalam barisan kepimpinan PKR Negeri digugurkan disaat saat akhir sebelum pemilihan 2010, kecuali ada sebab pemimpin itu digugurkan dengan tidak sedikit pun mengguris perasaan penyokong akar umbi,” tambah beliau lagi.

Pemimpin itu berkata, bilangan mereka (pemimpin lama) yang telah digugurkan baru baru ini, terdiri dikalangan pemimpin lama dimana melibatkan antara lainnya Naib Presiden PKR Kebangsaan Datuk Dr Jeffrey Kitingan dan Christina Liew.

Selain itu terdapat reaksi dari akar umbi khususnya diperingkat kawasan turut mempertikaikan motif rombakan itu yang mereka sifatkan sebagai suatu strategi baru kepimpinan Azmin Ali yang dipercayai mempunyai ‘special adviser’ sebagai dalang disebalik menyusunatur strategi yang bertujuan menidakkan pemimpin lama terutamanya Datuk Dr Jeffrey Kitingan untuk menerajui PKR Sabah.

Azmin Ali yang juga Ahli Parlimen Bukit Antarabangsa Selangor dan Adun Gombak seharusnya tidak perlu banyak membuang masa datang ke Sabah dijadikan pula sebagai “Puppet on the string” sebaliknya beliau menumpukan tugasan pentingnya selaku Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Negeri Sabah dengan seadil adilnya tanpa memihak kepada mana mana kumpulan.

Islam kini jadi alat UMNO raih PUBLISITI…! Adakah Majlis Agama Islam berani ambil tindakan terhadap penghinaan agama Islam oleh UMNO@BN..!!!!

normal_arak-punya-hal-7

Cuba korang tengok Gambar kat atas tu apa yang tak kena..?

Yang tak kena ialah orang UMNO kini dah mula mempersendakan kalimah ALLAH SWT bila menyamakan perkataan TAKBIR dengan TAKE BEER. Adakah ini yang diajar oleh pemimpin MELAYU dalam UMNO kepada orang UMNO?

Memang SAH lah UMNO hanya memperjuangkan Melayu tapi bukan Islam kerana itu mereka senang menukar penyataan kalimah Takbir yang selalunya disusuli dengan laungan ALLAH HU AKHBAR dengan ungkapan yang menggambarkan ARAK! Sampai begitu sekali ia dipersendakan dengan HINA oleh UMNO…

Nampaknya satu lagi polimik isu yang digunakan untuk kepentingan UMNO ialah Hukum dan Pengertian ISLAM sehingga ia dijadikan bahan tanpa mengira erti sebenar ISLAM itu.Bagi mereka selagi ia boleh meraih populariti dan kepentingan maka mereka akan buat tanpa memikirkan kesannya…

Jika turun Kemurkaan Allah kepada Alam ini JANGAN ditanya MENGAPA..?

Hasan Ali telah gagal?

Oleh: Huzaifah Ahmad Yamani

Ketika Hasan Ali mula-mula menjadi exco agama, ramai orang meletakkan harapan demi harapan…kot-kotlah lepas ini, JAIS, MAIS dan semua agensi agama yang selama ini mempertahankan legasi Umno akan berubah. Tak usah membohonglah, siapa boleh lupa betapa teruknya Umno memperalatkan JAIS. JAIS dah jadi macam SB, depa tangkap imam-imam dan kunci mati mana-mana surau masjid yang tak sebulu dengan Umno. Masa itu Tuanku Sultan Selangor buat apa? Takkan sultan tak tahu mainan jahat lagi bahaya Umno memperalatkan JAIS? Tapi, sultan tak boleh buat apa-apa, sebabnya Pengerusi MAIS, Pengarah JAIS hatta Tok Mufti - semuanya dalam genggaman Umno. Depa hanya menurut titah perintah Umno. Takkan hangpa boleh lupa, Pengarah JAIS lebih Umno dari Ketua cawangan Umno, dia boleh larang kakitangan JAIS daripada terlibat dengan politik khususnya ‘pembangkang.’ Zaman Mansur Ramly jadi Pengarah JAIS - habis porak peranda institusi agama di Selangor. Dia ambik penguat kuasa yang buta agama jadi Penguatkuasa JAIS - lebih mudah kerja dia - melaksanakan titah perintah Umno - menjahanamkan Islam - menangkap para imam pro-PAS, melarang masjid daripada diimarahkan dengan majlis-majlis ilmu yang lebih terbuka - maka cukuplah hangpa mengaji kitab taharah, solat, puasa, zakat dan haji - pusing-pusing kot tu lah tak pegi mana dah!

Sapa boleh melupakan peristiwa rampasan Masjid Lapangan Terbang yang dibangunkan oleh Ust Roslan, melupakan rampasan kuasa dan menutup surau seksyen lapan Shah Alam, menahan imam yang bertugas, memecat imam yang tidak sehaluan dan sebagainya. Siapa dapat lupa Umno-lah yang memecat Datuk Ishak, mufti yang paling lembut tetapi tegas di Malaysia. Adakah Sultan tidak tahu ini semua permainan politik? Takkan baginda begitu naif mentafsir. Ya, baginda tidak mampu berbuat apa-apa, antara lain kerana Umno telah memenjarakan institusi istana. Sultan melantik Pengerusi MAIS sebagai proksi - atas persetujuan MB Umno. Jika MB umno tak setuju, sultan pun kena cari orang lain.

Apabila Umno menguasai institusi agama - MAIS, JAIS dan Mufti - maka Umno dengan mudah menundukkan pengaruh PAS dan PKR. Takkan kita boleh lupa, Dr Badrul Amin terkial-kial nak baca khutbah di masjid sebelah rumah dia pun tak boleh, Datuk Dr Haron Din yang bertaraf ulama dunia itu pun, tidak boleh mengajar di masjid surau, hatta Datuk Ishak Baharum dinafikan hak beliau hinggalah meninggal dunia. Bila beliau meninggal, baharulah sultan nak tunjuk sayang, minta dikebumikan di tanah perkuburan diraja di Shah Alam, nak buat apa- orang jika sayang, masa hiduplah nak ditunjukkan. Sebab apa, sebab Umno…Umno mengongkong istana, Umno mengongkong segala.

Bila PR menang dan Hasan Ali jadi Exco Agama, semua orang rasa gembira. Hasan Ali dah janji, akan ubah segala yang tak elok dalam MAIS dan JAIS. Hasan Ali dah janji, Pengerusi MAIS pun nak kena dinilai semula. Dalam PR pun ramai tokoh lebih baik untuk dijadikan Pengerusi MAIS. Hasan Ali dah janji, institusi zakat akan disemak semula. Dalam ucapan dia, Hasan Ali kata dia tidak akan izinkan walau satu sen wang zakat disalah guna. Cis…betul ke tak izin? Apa kuasa Hasan Ali sekarang, kalu setakat jadi Timbalan Pengerusi MAIS! Bahkan rasanya, ribuan sen wang zakat mungkin disalah guna depan mata dia…apa dia boleh buat?

Hasan Ali mungkin sedar, makin ramai orang menunding jari bertanya itu dan ini. Dia bukanlah pekak badak, melainkan dia sengaja memekakkan telinganya sendiri. PAS dan PKR terpaksa menunggu begitu lama bagi melihat hanya perubahan kecil - Perubahan Nazir Masjid - kenapa harus jadi begini? Tidakkah ini menzahirkan betapa naifnya Hasan Ali dalam mencaturkan politik dengan pihak istana? Kenapa?

Ya, kerana Hasan Ali gagal memanfaatkan tenaga sedia ada yang sentiasa bersedia membantunya. Hasan Ali seakan-akan One Man Show sahaja. Seakan-akan Lone Ranger dalam berdepan dengan istana dan pengaruh Umno. Hasan Ali tidak sekali pun berusaha mewujudkan Team yang berupa Think Tank dalam bab membebaskan sektor agama dari pengaruh Umno. Hasan Ali sebaliknya dilihat cuba menggunakan status exco-nya untuk menjinakkan segelintir manusia Umno di MAIS dan JAIS. Maka apa hasilnya?

Sehingga kini, Hasan Ali kian tenggelam dan larut dalam dunia ciptaan Umno ini. Hasan ALi sudah lagi tidak diharapkan untuk membawa perubahan yang signifikan dalam institusi MAIS dan JAIS. Hasan Ali sudah dianggap gagal sebenarnya. Maka, apa lai yang kita harapkan daripada nya…?

1Malaysia versus Anak Bangsa Malaysia

Dr Koh Tsu Koon wants us to respect the Constitution. Aiyah, what is this Apek talking about? That is exactly what we are trying to tell them, respect the Constitution. But not only Article 153 of the Constitution. All the other Articles as well.



Raja Petra Kamarudin

People Should Respect The Federal Constitution, Says Tsu Koon
Monday, 10 August 2009 10:43

(Bernama) -- Minister in the Prime Minister's Department Tan Sri Dr Koh Tsu Koon said Malaysians were expected to accept and respect the Federal Constitution, including Article 153 on the special privileges for Malays, to achieve the 1Malaysia concept.

This, he said, was crucial for the country, with its multi-racial society, to realise Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak's concept of 1Malaysia.

"We have to have a holistic and balanced view where those who drafted the constitution and the country founders have placed a strong foundation which takes into account historical and political facts, and also on economy," he told reporters after giving a speech at the annual conference of Malaysian student leaders here Sunday.

Koh said the country was now faced with challenges and the spirit from the constitution should be used to unite the people of all races.

"The challenge now is how we can use and empower this spirit to unite Malaysians under the 1Malaysia concept," he added.

*********************************************

Hishammuddin Dreams Of A United Malaysia
Monday, 10 August 2009 11:24

(Bernama) - MELBOURNE: Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein said he has the same dream his grandfather Datuk Onn Jaffar had about 50 years ago - a united Malaysia.

Speaking at a well-attended seminar here titled "Racial integration and its challenges" organised by Melbourne Umno Club yesterday, the Minister of Home Affairs said the topic was close to the heart of all Malaysians.

"It is one that is very close to me personally being the grandson of Datuk Onn (Jaffar) who wanted to open Umno to all races and as the son of Tun Hussein "Bapa Perpaduan," Hishammuddin said.

He said the 1Malaysia concept introduced and promoted by Prime Minister Datuk Seri Najib Razak was a revival of Onn's dream of a united Malaysia -- many races but one Malaysia.

"I continue to dream of a united Malaysia and I continue to hold on to that dream," said Hishammuddin to an applause from more than 200 Malaysian students.

But he admitted integration in Malaysia was becoming much more difficult and full of challenges.

"For example, even education and schools can easily become the place in which we can be most emotional," Hishammuddin said.

"On the issue of language between multilingualism and mother tongue, the preservation of indigenous and ethnic languages, and the position of Bahasa Malaysia could easily turn ugly for the whole world to see.

"The decision to teach Science and Maths in English can easily raise heated cultural and ethnic linguistic defence," he said.

Hishammuddin said, though the odds for racial integration in Malaysia "are against us, though it may still be a dream that has yet to materialise, we must continue to hold on to that dream, work hard at it with sincerity, honesty and integrity".

******************************************

That is what Bernama said. Also read what Kim Quek said in the article Najib’s 1Malaysia a two-faced scam? Najib is trying very hard to promote his 1Malaysia. He is quite desperate because no one in buying his 1Malaysia, not even ex-Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad.

For all intents and purposes, 1Malaysia is just a chiplak (pirated version) of the Anak Bangsa Malaysia concept, which was launched by the civil society movements before the general election last year. Under the concept of Anak Bangsa Malaysia we also reject Ketuanan Melayu (Malay Supremacy) in favour of Ketuanan Rakyat (The People’s Supremacy).

Basically, this means the people are the boss and the government works for the people. It is the people’s wish that reigns supreme. The people’s voice is sacred -- suara rakyat, suara keramat. Under this concept must also emerge a One Nation, One People, One Voice. That would be the endgame to all this effort.

The 1Malaysia falls short of all this. It hardly scratches the surface of what we seek. Najib will have to go back to the drawing board and rethink the entire thing. He is offering us hardly one slice of the whole cake that we seek. It has to be more than just sloganeering.

For starters, arguing that the Internal Security Act has to stay and can’t be abolished because it is needed in the defence of Malay rights and special privileges is like saying we need a detention without trial law so that anyone who questions or disputes this issue can be put away.

How to achieve a 1Malaysia when one part of Malaysia has to agree to bend down and get screwed in the back without protest by the other part? And to protest means you go to jail without even the benefit of a trial.

Get rid of the ISA and replace it with the bill or rights. Get rid of the Official Secrets Act and replace it with the Freedom of Information Act. Get rid of the Sedition Act and replace it with the Anti-Discrimination Act. In fact, a Race Relations Act should make it illegal and a criminal act to demand someone declares his race or for forms to have RACE columns that need to be filled in and any consideration or quotas based on race must be made a crime, punishable by a jail term.

Do this and only then can we be convinced that the 1Malaysia is a duplicate of Anak Bangsa Malaysia. If not then it is merely a cheap pirated version that does not even come close to what we have in mind.

There is something else that we propagated further to Anak Bangsa Malaysia. And this is The People’s Declaration which was endorsed by seven political parties including PKR, DAP and PAS. Unfortunately, as soon as Pakatan Rakyat won five states and more than one-third the seats in Parliament, they pushed The People’s Declaration aside and totally forgot about it.

Well, we are not going to allow them to forget The People’s Declaration. This coming by-election in Pengkalan Pasir, the civil society movements and the Barisan Rakyat Bloggers are going down to the ground to ask the voters to spoil their votes as a mark of protest. No, don’t vote for Barisan Nasional. But don’t vote for Pakatan Rakyat either. Don’t give anyone your vote.

The matter is being discussed even as you read this. If Pakatan Rakyat takes us for fools and sells us short, then they are going to feel the wrath of the civil society movements and the Barisan Rakyat Bloggers. Don’t take us for granted. Just because we work against Barisan Nasional do not assume that this is because we love Pakatan Rakyat.

We do not hate Barisan Naisonal. We hate what they are doing and oppose that. If Barisan Nasional can genuinely change and present a Reform Charter that covers all those reforms that we seek there is no reason why we can’t work with Barisan Nasional. Of course, the reality would be this would never happen. Barisan Nasional will never change until we kick them out and send them into the opposition aisle.

So, Pakatan Rakyat, take this as your yellow card. If by Nomination Day we do not get any response then we will flash the red card and take to the ground to deny you the votes. No, we will not give those votes to Barisan Nasional either. But who knows. If a miracle happens and suddenly Najib falls out of the sky and dies and Tengku Razaleigh Hamzah takes over and with it he brings in his reform agenda then we might still harbour some hope and explore the viability of working with Umno and Barisan Nasional to implement these reforms.

Okay, Dr Koh Tsu Koon wants us to respect the Constitution. Aiyah, what is this Apek talking about? That is exactly what we are trying to tell them, respect the Constitution. But not only Article 153 of the Constitution. All the other Articles as well.

The government has violated the Constitution every step of the way. Many new laws have been passed that are illegal because they violate the Constitution. And the Constitution says ‘this Constitution is supreme and any laws passed after Merdeka that violates the Constitution are automatically null and void’.

No, don’t talk about just Article 153. There are 152 Articles BEFORE Article 153. And there are many more Articles after Article 153 as well. Let’s discuss them also. The government has no respect for the other Articles in the Constitution but they grumble about Article 153 as if the Constitution is made of just one Article.

Dr Koh Tsu Koon, you are another snake oil seller just like Najib and Hishammuddin. You should all be hung upside down by your balls. And if Pakatan Rakyat is not careful we might also hang some of their leaders beside you. The Pakatan Rakyat bullshit is almost equal to Barisan Nasional’s.

MEMAHAMI KONSEP FEDERALISME

1 Februari 1948, Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan berasaskan prinsip federalisme. Persekutuan Tanah Melayu ini ditubuhkan sebagai ganti kepada Malayan Union atau Kesatuan Malaya yang ditubuhkan pada 1946 dan mendapat tentangan hebat orang Melayu.

Dahulu, negeri-negeri Melayu pada asalnya adalah terpisah antara satu sama lain mengikut kerajaan negeri masing-masing sehingga mudah kuasa asing menyerang dan menjajah negeri Melayu. British cuba menyatukan negeri-negeri tersebut melalui Malayan Union, tetapi orang Melayu mahukan persekutuan supaya setiap negeri kekal dalam kuasa autonomi masing-masing dan Sultan Melayu terus berdaulat.


Secara prinsipnya, konsep persekutuan atau federalisme merupakan satu proses hubungan antara kerajaan pusat-kerajaan negeri di mana bidang kuasa kerajaan pusat dan kerajaan negeri dinyatakan dengan jelas.

Dalam amalan kebanyakan negara federal yang lain seperti Amerika, negeri diberikan kuasa autonomi untuk membolehkan mereka mentadbir urusan-urusan di bawah bidang kuasa mereka dengan berkesan. Di Malaysia, amalan federalisme ini dinyatakan melalui agihan kuasa secara jelas sebagaimana yang terdapat dalam Perlembagaan Persekutuan. Satu set senarai bidang kuasa yang dikenali sebagai Senarai Persekutuan, Senarai Negeri dan Senarai Bersama menjelaskan agihan bidang kuasa ini.

Umno dan Perikatan (kemudian BN) diberikan kepercayaan oleh rakyat semenjak merdeka pada 1957 untuk melaksanakan prinsip federalisme ini dalam sistem politik Malaysia. Semenjak dari itu, sehingga ke hari ini, senarai panjang pencabulan prinsip federalisme telah banyak merosakkan reputasi UMNO di mata rakyat dan mencemarkan nama baik pemimpin mereka Allahyarham Dato' Onn Jaafar, antara yang memainkan peranan utama ke arah pembentukan Persekutuan Tanah Melayu, juga merupakan pengasas parti UMNO walaupun kemudiannya meninggalkan UMNO.

Pencabulan prinsip ini semakin ketara selepas tewasnya BN di lima negeri kepada Pakatan Rakyat dalam PRU 12.

Krisis perlantikan Menteri Besar yang berlaku di Perlis dan Terengganu jelas menunjukkan UMNO yang berkuasa di Putra Jaya cuba menafikan kuasa yang dimiliki sultan yang memerintah negeri untuk melantik dan mengurniakan watikah perlantikan seorang Menteri Besar yang diyakini akan mendapat sokongan majoriti ahli dewan undangan negeri. Kuasa ini adalah hak negeri atau sultan dan bukannya hak pusat. Isu yang lebih jelas timbul apabila Perdana Menteri selaku Pengerusi BN mengeluarkan watikah perlantikan menteri besar yang kemudiannya tidak direstui oleh istana. Begitu cepat Perdana Menteri menuduh Sultan Terengganu melanggar perlembagaan.

Persoalan perlantikan penghulu atau ketua kampung juga memperlihatkan kedangkalan pemahaman pemimpin UMNO yang berkuasa di pusat atau mereka memang sengaja buat-buat tak faham.

Mengejutkan apabila Pengerusi Perhubungan Umno Selangor mengadakan pertemuan dengan lebih 300 orang penghulu di Selangor baru-baru ini. Atas kapasiti apa dia berbuat demikian, dan mengapa para penghulu menghadiri perjumpaan tersebut? Bukankah semua penghulu adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri, bukannya di bawah Umno walaupun penghulu tersebut ahli Umno.

Perkara yang sama berlaku di Terengganu ketika diperintah kerajaan PAS tahun 1999-2004. Walaupun kerajaan negeri dengan bidang kuasa yang sah mengikut undang-undang, telah menubuhkan Jawatankuasa Syura Rakyat (JSR) mengantikan JKKK, tetapi jelas kerajaan pusat tidak mengiktiraf dan tidak menghormatinya hinggakan borang pinjaman buku teks anak-anak sekolah pun tidak diterima, melainkan setelah ditandatangani oleh Pengerusi JKKK.

Adakah kerajaan pusat tidak faham bahawa semua pentadbiran awam pada peringkat yang lebih rendah daripada kerajaan negeri adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri. Dan tindakan kerajaan pusat membentuk JKKK di bawah Kementerian Luar Bandar dan Rukun Tetangga di bawah Kementerian Pembangunan Masyarakat tanpa persetujuan kerajaan negeri adalah mencabul kuasa kerajaan negeri. Adakah kerajaan pusat melihat lantikan penghulu kerajaan negeri ini menjejaskan kesejahteraan keseluruhan persekutuan sehingga terpaksa melantik JKKK di negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat


Pengagihan peruntukan perkapita kepada negeri-negeri yang diperintah Pakatan Rakyat juga jelas menunjukkan sikap tidak menghormati amalan federalisme oleh kerajaan pusat. Negeri-negeri yang diperintah PR juga turut sama menyumbang kepada hasil kerajaan persekutuan. Cukai pendapatan, cukai jalan, cukai kastam, saman trafik, bayaran passport, cukai setem, denda mahkamah dan banyak lagi senarai hasil yang dikutip dari bumi negeri-negeri yang diperintah Pakatan Rakyat sama seperti yang dikutip dari negeri-negeri yang diperintah oleh BN.


Persoalannya kenapa lima negeri Pakatan Rakyat berada dalam senarai penerima peruntukan terendah. Pulau Pinang 119, Kedah 172, Kelantan 179, Selangor 221 dan Perak 230. Kita boleh menerima alasan sekiranya dikatakan selangor menerima peruntukan rendah kerana negeri itu telah sedia kaya, lalu peruntukan perlu diagihkan lebih banyak ke negeri-negeri miskin. Tetapi bagaimana pula dengan Kelantan dan Kedah. Sedangkan gah UMNO mencanangkan, Kelantan adalah negeri miskin.


Baru-baru ini Menteri Pertanian, Dato' Noh Omar memberi amaran supaya supaya mana-mana pegawai kerajaan dari Kementerian Pertanian dilarang sama sekali hadir bersama dalam mesyuarat dengan negeri-negeri pembangkang. Noh Omar seorang menteri, setahu saya berkelulusan undang-undang sepatutnya berfikir lebih baik dari mentaliti seolah -olah seperti seorang ketua cawangan UMNO dan bukannya menteri kerajaan pusat. Dulu, sewaktu di Kementerian Pelajaran, beliau memberikan amaran kepada pelajar-pelajar di luar negara supaya jangan sekali-kali hadir ke program yang dihadiri pemimpin PAS. Ada pelajar yang dikenakan tindakan tarik biasiswa serta-merta.

Umno pernah melakukan jenayah besar berkaitan perlanggaran konsep federalisme dengan membatalkan perjanjian royalti minyak di Terengganu sedangkan hasil bumi adalah jelas hak negeri. Kini bayaran royalti minyak untuk Kelantan pula dinafikan. Selepas ini mungkin banyak lagi sabotaj yang akan dibuat oleh kerajaan pusat untuk melemahkan kerajaan negeri walaupun dengan alasan-alasan yang langsung tiada fakta dan kekuatan.

Datuk Mustapa Mohamad sendiri mengakui di dalam sidang DUN Kelantan, bahawa beliau pernah mendesak kerajaan pusat melambatkan pembayaran geran wajib kepada Kelantan, negerinya sendiri. Sebelum ini, dalam kes royalti Terengganu, ketua UMNO bahagian Dungun, Datuk Awang Jabar mencadangkan di dalam Perhimpunan Agong UMNO tahun 2000 supaya kerajaan pusat menarik balik bayaran royalti minyak kepada kerajaan PAS Terengganu. Dua pemimpin UMNO yang khianat kepada negeri sendiri ini akan terus diingat di dalam lipatan sejarah.

Perbuatan mencabul konsep federalisme berterusan apabila bekas Menteri Pelancongan yang tidak dikehendaki di era Najib membatalkan MoU berkaitan program pelancongan di lima negeri berkaitan, kerana kononnya tidak bersefahaman. Adakah rakyat lima negeri ini bukan rakyat Malaysia atau Azalina Othman yang memiliki latar belakang undang-undang sudah hilang kewarasan. Kasihan, apabila bekas bosnya Pak Lah berundur, dia turut sama terbuang. Pemikiran kepartian yang sempit tidak wajar dijadikan asas untuk menindas rakyat yang wang cukai mereka digunakan untuk membayar gaji menteri.

Kedangkalan seperti ini jelas menunjukkan bahawa pemimpin Umno/BN sebenarnya tidak berjiwa sebagai seorang negarawan, sebaliknya hanyalah pemimpin kampungan yang mengamalkan undang-undang balas dendam.

Kalau pun UMNO sekarang sedang berdepan dengan krisis yang parah, mereka sedang melalui satu proses pemulihan yang sukar, kekecohan dan krisis dalaman Umno biarlah Umno sendiri yang tanggung, dan ia tidak perlu dibebankan kepada rakyat melalui pendekatan politik yang begitu sempit dan tidak bermaruah seperti ini.