Jumaat, 7 Ogos 2009

PIMPINAN PKR SABAH TIDAK MANTAP PRU13 DAPAT ZERO LAGI

YB, Azmin Ali sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR Sabah yang
baru. Beliau cuma pengerusi interim untuk sementara waktu sahaja bagi
menyelesaikan krisis kepimpinan dalam PKR Sabah. Peranan beliau dalam
politik Sabah tidak begitu penting. Beliau juga tidak perlu pergi
kekampung kampung kawasan Bumiputera Islam dan bukan Bumiputera Islam
untuk berjumpa rakyat. Memadai orang orang kanan Azmin Ali sahaja yang
mesti berkerja kuat serta mereka mesti dikenali oleh orang ramai.

DiSandakan baru baru ini Azmi Ali telah melantik tiga orang
Timbalannya iaitu Datuk Dr.Hamzah Omar, seorang pesara bekas pegawai
Kerajaan, Datuk John Ghani bekas calon Bebas yang tewas dalam PRU12
diKuala Penyu, Datuk Kong Hon Ming seorang yang berpengalaman dalam
politik Sabah, Setiausaha Majlis Pimpinan Negeri Incik Ahmad Thambrin,
Bendahari James Ghani dan Ketua Penerangan Incik Jonathan Yassin
seorang peguam dan ipar Haji Ansari Abdullah.

Kalau dilihat barisan yang disusun oleh Azmin Ali, walaupun mereka
berpelajaran, tapi zero pengalaman politik mereka. Kurang pendekatan
kepada rakyat. Pengaruh politik mereka terhad dikalangan kelompok
kecil misalnya Datuk Dr.Hamzah Omar beliau tidak begitu dikenali
ramai, katakan diPapar, Bengawan, Beauford, Lumadan, Kelias, Sipitang
dan lain lain kawasan Bumiputera Islam beliau tidak begitu menyerlah
pengaruhnya, kecuali di Tawau dan Sempona. Tapi Datuk Dr.Hamzah
bernasib baik kerana beliau rakan baik Haji Ansari Abdullah maka
beliau terpilih.

Datuk John Ghani, sepatutnya jawatan timbalan kedua ini seorang yang
dikenali ramai oleh Bumiputera bukan Islam sekurang kurangnya beliau
terkenal dalam KDM tapi sebaliknya. Datuk John Ghani, orang baru dalam
politik Keadilan, baru jadi ahli PKR sudah pegang jawatan paling
tinggi.

Jonathan Yassin sebagai Ketua Penerangan Majlis Pimpinan Negeri,
seorang peguam berketurunan KDM. Beliau boleh jadi Ketua Penerangan
dalam kumpulan KDM diRanau sahaja. Dikalangan Bumiputera Islam, orang
kampung Sembulan pun tidak kenal dia siapa dalam politik Sabah. Beliau
seorang peguam, beliau juga komited dengan tugas tugasan
hariannya.Tapi beliau bernasib baik kerana beliau adalah ipar kepada
Tuan Haji Ansari Abdullah.

Azmi Ali dalam memilih Timbalan Timbalan Majlis Pimpinan Negeri,
beliau cuma dengar nasihat dari Haji Ansari Abdullah sahaja, tanpa
bertanya latar belakang politik mereka. Sebagai kawan, mereka yang
dipilih itu memang cukup baik. Tapi memilih peneraju politik PKR
jangan beralaskan mereka itu kawan saya, mereka itu ipar saya, maka
saya pilih mereka. Kalau begini lah dasar PKR maka PKR diSabah dalam
PRU13 akan datang sekali lagi PKR dapat ZERO.

Dalam penglihatan saya, Datuk Dr.Hosbullah Haji Taha mantan Pengarah
Pelajaran Negeri Sabah beliau diketepikan, beliau memang layak jadi
Timbalan Majlis Pimpinan Negeri PKR Sabah, Datuk Dr.Jeffrey Kitingan
Timbalan Majlis Pimpinan Negeri, Datuk Kong Hon Ming Timbalan Majlis
Pimpinan Negeri ketiga tiga orang ini pastinya regu yang baik sekali.
Bendahari Datuk Dr. Hamzah Omar, Ketua Penerangan Datuk John Ghani.
Barisan begini saya fikir mantap jadi saingan UMNO/BN Sabah.

Saya yakin Datuk Dr. Hasbullah, Datuk Dr. Jeffrey Kitingan dan Datuk
Kong Hon Ming dapat berkerjasama untuk melicinkan jentera PKR Sabah,
tanpa ada Tuan Haji Ansari campur tangan.

Datuk Dr.Jeffrey kitingan dan Tuan Haji Ansari Abdullah memang tidak
boleh duduk dekat satu meja, kalau bukan meja jadi patah, mesti kaki
mereka satu hari nanti ada yang patah.

Dalam politik mesti terdapat perselisihan faham, gaduh abang adik.
Sedang piring dan mangkok pun boleh bertaup apa tak lagi manusia. Kita
semua sudah dewasa, kedewasaan mengajar kita jadi manusia yang
sempurna. Kenapa antara Haji Ansari dan Datuk Dr. Jeffrey harus
bergigitan sedang rakyat yang dipimpin pun terus lari lintang pukang?
Demi PKR pemimpin mesti ada pengorbanan, tanpa pengorbanan bukan
pemimpin namanya.

HZ

Mahathir: Demo bukan pilihan jika ada cara lain

Demokrasi mengizinkan demonstrasi, tetapi apabila cara lain terbuka luas, demonstrasi tidak sepatutnya menjadi pilihan, kata Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Demokrasi mengizinkan demonstrasi. Sama ada demokrasi menguntungkan pengamal bergantung kepada pengamal. Jika pengamal tidak faham cara mengguna demokrasi, kebaikan dan keuntungan tidak akan tercapai," tulis Dr Mahathir dalam blognya hari ini.

Budaya demonstrasi, menurut Dr Mahathitr, adalah datang dari luar.

"Memang dalam keadaan terlalu tersepit dan tidak ada cara lain untuk memperjuangkan sesuatu, demonstrasi jalan terpaksa diadakan.

"Demikian semasa melawan Malayan Union, orang Melayu berdemonstrasi. Tetapi apabila cara lain terbuka luas demonstrasi tidak sepatutnya menjadi pilihan," tulisnya lagi.

Menurutnya, ini kerana yang menjadi mangsa bukan kerajaan sahaja.

"Yang jadi mangsa ialah peniaga, terutama peniaga kecil yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Bagi mereka ini demonstrasi adalah mala petaka yang lebih buruk daripada hujan lebat.

"Barangan jualan terutama makanan sudah disiap dan tidak boleh disimpan. Kerugian sehari tidak dapat ditampung dengan keuntungan 10 hari atau lebih," tulisnya.

'Pelabur jadi curiga'

Menurut Dr Mahathir lagi, peniaga lain juga akan tanggung kerugian.

"Tetapi kerugian yang terbesar ialah pembangunan negara untuk rakyat. Kita sedar bahawa pembangunan negara membawa banyak nikmat kepada seluruh rakyat.

"Banding sahaja pendapatan per kapita sebelum Malaysia dibangun dengan selepas kemajuan dicapai," tambahnya.

Menurutnya lagi, apabila demonstrasi jalanan diadakan, pelabur sama ada tempatan atau asing akan curiga untuk melabur.

"Dengan itu peluang untuk kontraktor, pembekal barangan, khidmat pengangkutan, pekerja dan penjual makanan untuk pekerja - semua peluang ini akan hapus.

"Polis terpaksa ambil tindakan. Gas pemedih mata dan belantan diguna. Kegunaan cara keras ini biasanya diumpan oleh pendemonstrasi. Imej polis dan negara jadi buruk," tambahnhya.

"Ini sangat menggembirakan (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) kerana inilah ceritanya kepada orang luar negeri, Malaysia katanya adalah tidak demokratik, zalim, tidak ada kebebasan bagi rakyat, dan lain-lain.

"Demonstrasi bukan untuk mengugut kerajaan sahaja tetapi untuk tunjuk kepada dunia betapa buruknya Negara sendiri. Secara tidak langsung tujuan demonstrasi ialah supaya dianya memerintah negara ini. Na'uzubillah," tegas Dr Mahathir lagi.

Menurutnya, ada negara-negara di mana demonstrasi kerap diadakan termasuk di rantau itu dan sehubungan itu beliau bertanya apakah negara-negara ini berjaya?

Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) telah menganjurkan perhimpunan anti-ISA yang disertai kira-kira 20,000 orang di ibunegara 1 Ogos lalu.

Perhimpunan tersebut turut disertai Anwar, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang dan polis menggunakan meriam air dan gas pemedih mata untuk menyuraikannya.

Manakala pemimpin kerajaan pula mengecam perhimpunan tersebut kerana menurut mereka kerajaan sedang menyemak semula akta tersebut yang membolehkan seseorang itu ditahan tanpa bicara.

SPRM serbu pejabat Rodziah petang tadi...!!!

Sepasukan lima pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyerbu pejabat Exco Kerajaan Selangor, Rodziah Islam di bangunan SUK di Shah Alam hari ini.

Mereka merampas beberapa dokumen berhubung peruntukan kepada DUN Sementa - kawasan pilihanraya angkat Rodziah.

Ketika dihubungi, seorang pegawai Rodziah memberitahu Malaysiakini bahawa pegawai SPRM itu menyerbu pejabat tersebut pada kira-kira jam 3 petang.

"Mereka adalah pegawai SPRM sama yang datang dua hari lalu," katanya.

Rabu lalu, SPRM membatalkan pada saat-saat akhir serbuan ke pejabat Rodziah selepas berbincang dengan peguamnya.

Pembantu Rodziah juga tidak membenarkan mereka masuk ke pejabat exco tersebut.

Laporan Gerak

Rodziah sedang menghadiri mesyuarat exco pada hari berkenaan tetapi peguamnya datang ke pejabatnya untuk berbincang dengan pegawai SPRM berkenaan. Berikutan itu, serbuan tersebut dibatalkan.

Rodziah merupakan pengerusi kebajikan, wanita, sains, teknologi dan inovasi.

Kehadiran pegawai SPRM itu adalah sebahagian daripada siasatan terhadap dakwaan salahguna peruntukan negeri, dipercayai ekoran laporan yang dibuat oleh NGO anti-rasuah, GERAK.

Dr Chandra perlu sedia maklumat kepada Anwar - Hakim

KUALA LUMPUR Aug 7 - Tokoh akademik Dr Chandra Muzaffar, yang dikenakan saman fitnah RM10 juta oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, perlu mengemukakan maklumat lanjut dan terperinci mengenai 64 persoalan kepada Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Zabariah Mohd Yusof membuat keputusan itu selepas membenarkan sebahagian daripada rayuan Chandra.

Peguam Anwar, S.N Nair memberitahu pemberita di sini berikutan dengan keputusan itu hari ini, Chandra perlu mengemukakan maklumat dalam tempoh 10 hari mulai hari ini.

Katanya jika Chandra gagal berbuat demikian, Anwar akan memfailkan permohonan membatalkan kenyataan pembelaan Chandra dan memperoleh penghakiman ingkar.

Chandra merayu terhadap keputusan terdahulu oleh Penolong Pendaftar Kanan mahkamah mengarahkannya menyediakan maklumat lanjut dan terperinci terhadap 66 daripada 81 persoalan yang dikemukakan oleh Anwar.

Zabariah membenarkan sebahagian daripada rayuan Chandra dengan menolak dua daripada persoalan tersebut.

Anwar mengemukakan saman pada 6 Mac tahun lepas terhadap Chandra iaitu Presiden Pergerakan Keadilan Sedunia (JUST) kerana didakwa telah membuat komen berunsur fitnah terhadapnya dalam satu forum anjuran Star Publication Berhad pada 3 Mac tahun lepas.

Chandra diwakili oleh peguam Mohd Zaharudeen Harun. - Bernama

Nahi mungkar - jangan kacau hak demokratik saya!

Menuntut supaya arak tidak dijual di kedai-kedai yang orang-orang Melayu Islam menjadi majoriti pelanggannya bukan sesuatu tuntutan yang melampau. Saya duduk dekat Taman Melewar. Dekat tempat saya duduk memang ada kedai serbaneka - tak silap nama dia Kwik. Ala-ala 7 Eleven la tu.

Kalau kedai itu jual arak, saya akan kempen habis-habisan supaya orang-orang Melayu Islam memulaukan kedai itu. Saya tak pasti sebab saya jarang sangat-sangat masuk kedai itu dan hanya masuk kedai di sebelahnya - suaminya orang seberang dan isterinya orang Kelantan.

Lepas ni nak kena pi tengok. Moral policing? Why not?

Memang ada orang-orang Cina dan India di perjiranan ini. Tapi majoriti penduduknya Melayu Islam. Sama seperti babi, orang-orang yang beragama Islam diharamkan minum arak. Jika orang lain marah kerana Islam mengharamkan arak, babi, rasuah, tahanan tanpa bicara, pegawai pejabat Menteri Besar buat syarikat sendiri untuk bolot balak dan jenis-jenis yang macam tu, itu hak demokratik mereka.

Saya tidak ada cadangan untuk menafikan hak demokratik mereka.

Saya juga ada hak demokratik saya. Sini kawasan majoriti Muslim. Islam mewajibkan saya menyeru yang ma'ruf dan mencegah yang mungkar. Melarang penjualan arak untuk melindungi orang-orang Islam terutama remaja-remaja Islam dari menogok apa yang dipanggil "air kencing setan" oleh sesetengah orang Melayu itu adalah salah satu dari tindakan mencegah yang mungkar.

Mencegah yang mungkar diwajibkan oleh Islam. Itu ajaran agama saya. Adakah hak demokratik saya untuk mengamalkan ajaran agama saya dinafikan?

Ada beberapa restoran untuk pelanggan-pelanggan bukan Islam di Seri Gombak - berdekatan tempat saya duduk. Seri Gombak sebenarnya perjiranan majoriti Melayu. Tetapi, saya tak pernah ambil peduli jauh lagi merasa sakit hati terhadap restoran-restoran untuk pelanggan-pelanggan bukan Islam itu menjual arak atau babi.

Mungkin sebahagian besar peloanggan mereka memesan arak atau babi. Mereka berhak makan babi atau minum arak. Itu hak demokratik mereka dan saya hormati hak demokratik mereka.

Memang, saya hormati hak demokratik mereka. Dan, tolong jangan kencing dan berak di atas hak demokratik saya untuk melaksanakan ajaran agama saya.

Islam bukan menentang rasuah dan kediktatoran sahaja. Islam juga mengharamkan arak, judi, zina, mendedahkan aurat dan banyak lagi. Saya tak peduli kalau orang marah terhadap apa yang diperintahkan oleh Tuhan saya. Saya mempunyai hak demokratik untuk mematuhi perintah-Nya.

Antara yang termaktub dalam Perkara 11 Perlembagaan Malaysia ialah setiap orang berhak menganut dan mengamalkan agamanya.

Oleh kerana perlembagaan memberikan kita hak untuk menganut dan mengamalkan agama kita, sebagai penganut agama Islam kita berhak mengamalkan amar ma'ruf nahi mungkar yang merupakan antara amalan yang paling fundamental yang diwajibkan oleh Allah s.w.t.

Itu hak demokratik saya. Jangan kacau.

Saya harap sungguh-sungguh pendirian saya ini dibuat kerana Allah. Harap sangat-sangat. Saya tak mahu pendirian saya ini dibuat kerana saya seorang Menteri Besar wannabe.

Why I don’t need the NEP

Image

As I said, I would hate it if people say my success is because I happen to have been born Malay. I would prefer people say I am successful because I am smart. Why can’t other Malays share my pride? Why can’t other Malays take on Malaysians not of Malay ethnicity and fight them on a level playing field?

NO HOLDS BARRED

Raja Petra Kamarudin

It was more than 30 years or so ago, back in 1977. My Terengganu based company had tendered for the Ministry of Finance contract to supply marine engines to the Fisheries Department of the Ministry of Agriculture. The Minister of Finance then was Tengku Razaleigh Hamzah and the Minister of Agriculture, Sharif Ahmad

It was a RM30 million tender. At today’s purchasing power I really don’t know what that would be but I suppose we can easily multiply that by five. The biggest contract I had ever secured before that was for a value of RM750,000 -- so RM30 million was certainly a great leap forwards.

The tender committee met, chaired by Tengku Razaleigh. I, of course, had my eyes and ears in that meeting room, as I always do until this very day. And the decision of the tender committee was to award the entire contract to UMW, which was then headed by Eric Chia, with Datuk Dr Mokhzani Abdul Rahim as one of its Directors.

Invariably, Dr Mokhzani was a high profile and well-known Malay personality while I was a young unknown punk doing business in a remote fishing village called Kuala Terengganu. UMW was a star of the Malaysian corporate world with links not only to various Ministers but also all the way up to the Prime Minister. It was the only Malaysian company that enjoyed a Japanese government guarantee on all its purchases made from Japan on credit.

My company was a mere RM10,000 paid-up capital papa-mama outfit.

The tender committee allowed every member of the committee to have his say. Then the Minister spoke. The RM30 million contract would be awarded to the more stable and reliable UMW.

Then the Secretary spoke up. He was a short unassuming man. In a crowd he would probably blend with the wallpaper and go unnoticed. He was a hardcore ABIM member. He refuses to meet contractors and businessmen. If you made an appointment to see him he would never say yes and you would be left waiting months for the appointment to be confirmed. If you tried to gatecrash his office and attempt to get in without an appointment he would shout at you to get out of his office, like what I personally discovered.

This ABIM man, Secretary of the tender committee, spoke up. He said that the government should not give the entire contract to one company. There should not be any monopoly. At least two companies should be awarded the contract. UMW is offering Mitsubishi. This small papa-mama outfit in Terengganu is offering Yanmar. Give both these companies the contract.

Yes, said the Minister. But the Terengganu company’s price is higher. UMW is cheaper by 7%.

What if we negotiate with the Terengganu company and ask them to reduce their price, suggested the Secretary of the tender committee. Only if they can match UMW’s price will we give them the contract.

Okay, ask them to reduce their price and offer them 30% of the contract, ruled the Minister.

Why 30%, the very stubborn Secretary asked. By now my ‘eyes and ears’ in that meeting room was absolutely amused and quite puzzled as to why the Secretary, who did not know me from Adam, would go out on a limb to oppose his Minister in favour of me.

Okay, then give UMW and this Terengganu company 50:50. Each company will get RM15 million. But the Terengganu company will have to first reduce its price and match UMW’s offer. If not then UMW gets the entire contract.

I received a call from my ‘eyes and ears’ who told me what happened. Great, so I will soon be called and asked to reduce my price. And if I reduce it by 7% then I will get half the contract. A few days later that was exactly what happened. And as to why this ABIM man, the Secretary of the tender committee, fought for me I do not know until today. I can only assume it is because he wanted to do the right thing. He was, after all, an ABIM member and someone who holds Islam as his guiding principle. I am sure he too was equally surprised as to how come I offered a 7% discount, which ‘coincidentally’ brought our price down to exactly what UMW was offering.

Anyway, UMW and my company each got half the RM30 million contract. But whether we will really get RM15 million worth of orders in the end was left to be seen. The contract was a two-year contract. But the amount would all depend on which engines the fishermen chose.

UMW brought in RM6 million worth of engines, confident that they can sell all. I had less then RM1 million in stock and would have to contact Singapore and Indonesia in the event I needed more. But which brand will the fishermen choose? Yanmar or Mitsubishi?

UMW started giving away a few engines free of charge so that the fishermen could try them out. They were hoping that this would be a great endorsement for their Mitsubishi engines whereby more fishermen would demand their brand. They even gave all these fishermen who agreed to try out their engines ‘cash rewards’. And they of course got to keep the engines as well.

I realised that UMW was an aggressive company -- always has been -- and they would probably sweep the market. I could not afford to do what UMW was doing so I went back to Yanmar and negotiated two free engines from them so that we could do what UMW was doing. Yanmar agreed.

I went to meet two of those fishermen who had received free Mitsubishi engines from UMW and offered them these Yanmar engines, also free of charge. But the condition was, they would have to first sabotage their Mitsubishi engines in the middle of the sea and get rescued by the Fisheries Department.

Invariably, when word spread throughout the fishing villages that two brand new Mitsubishi engines broke down in the middle of the sea and the two boats spent the whole night drifting aimlessly and had to be towed back to port, no one wanted to touch Mitsubishis.

UMW was stuck with unsold Mitsubishis worth RM6 million. My RM15 million contract ended up as a RM30 million contract because UMW could not sell anything. And I laughed all the way to the bank, the double pleasure of defeating the great UMW at its own game.

Now, at this stage, you may be asking what the point of this whole story is. Simple really. I won. UMW lost. No matter how much bigger, powerful and influential they may have been, I still beat them. And I beat them not because I had contacts with the Minister or Prime Minister like UMW. I beat them not because of the NEP. I beat them not because I bribed the government officers and politicians. I beat them not because I was an Umno member. I beat them not because I am Malay. I beat them because I was more devious and dirty than those devious and dirty people in UMW.

I would hate it if people say that I won the RM30 million contact because I am Malay or because of the NEP or because I am an Umno member or whatever. That would be implying I am not really that smart but was given a crutch or handicap. Even a blind man can walk on the streets if you hold his hand and guide him along. I would like to believe that I won the contract because, while I knew UMW had friends in high places, I kept tabs on what they were doing by infiltrating the Ministry of Finance tender committee with my spies. And because of this I was able to monitor what my enemies were doing.

After getting the contract I had to ensure that UMW did not get any orders. And to ensure this I sabotaged their engines on the high sea and gave Mitsubishi a bad name. After that they could not even give away those engines free let alone sell them. And this is not because I am Malay or because of the NEP or whatever.

I am opposed to the NEP in its present form -- that is no secret. However, I do feel that a special poverty alleviation programme must replace it so that the have-nots and less fortunate can be assisted. But I don’t believe the Malays need special protection and handicaps to win the game. I, for one, resent it if someone says my success is attributed to the fact I happen to be born Malay. This is the same as saying if I was not born Malay I would be a failure.

Who says we Malays are weak and stupid and that we need crutches? I beat the biggest and most powerful Chinese public company called UMW back in 1977. And I beat them using their own strategy. And UMW is not the only big company I whacked. Fusan fishing net company got whacked by me. Pernas got whacked by me. Shamlin got whacked by me. The Bank Pertanian trading company, can’t remember its name now, got whacked by me. I took on the big boys, those with loads of money and political connections, and beat them. And it is not because I am Malay or because of the NEP. I would honestly like to believe it is because I have brains.

As I said, I would hate it if people say my success is because I happen to have been born Malay. I would prefer people say I am successful because I am smart. Why can’t other Malays share my pride? Why can’t other Malays take on Malaysians not of Malay ethnicity and fight them on a level playing field? It is so much more satisfying when you win that way rather than you engage in a boxing match with an opponent whose hands are tied behind his back and a blindfold over his eyes. Anyone can win that type of contest.

HIROSHIMA 64 YRS LATER !!

Oleh : DewiSinta

THE AFTER PICTURES ARE VISUALLY EXTRAORDINARY

HIROSHIMA 64 YRS LATER...

Hiroshima, Nagasaki 1945



We all know that Hiroshima and Nagasaki
were destroyed in August 1945 after explosion
of atomic bombs.
However we know little about the progress
made by the people of that land during the
past 62 years.

Here are some photos...

THE COLORFUL CITY

Now









Hard to believe isn't it???

Zambry Cabar PR Bukti Tuduhan

Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir mencabar pembangkang di Perak supaya membuktikan tuduhan beliau meluluskan tanah kepada sebuah syarikat perlombongan dan hartanah milik kroninya.

Menteri besar itu berkata bahawa beliau mahu wakil rakyat Pakatan Rakyat yang terbabit tampil memberikan bukti kelulusan tanah berkenaan seperti yang didakwa dalam ceramah pembangkang itu sejak akhir-akhir ini.

Menurut Zambry beliau mahu ahli dewan undangan negeri -adun- Pakatan Rakyat tebabit menghentikan pembohongan itu segera kerana ia jelas membuktikan mereka adalah ahli politik yang tidak bertanggungjawab.

Beliau berkata mereka sepatutnya tidak membuat sebarang tuduhan dan tohmahan yang lebih bercorak pembohongan semata-mata untuk kepentingan politik masing-masing.

Katanya yang jelas sekarang Pakatan Rakyat sudah muflis idea dan modal untuk mempengaruhi rakyat dan terpaksa mengada-adakan cerita untuk mengembalikan keyakinan orang ramai.

Zambry juga berkata Pakatan Rakyat terpaksa berbuat demikian sebagai satu helah untuk membolehkan orang ramai mengenang semula kehadiran mereka dalam kancah politik negeri itu.

Beliau berkata demikan sebagai mengulas tohmahan dan dakyah yang dilaporkan dilakukan oleh bekas exco kanan Pakatan Rakyat Datuk Ngeh Koo Ham dan bekas exco Nga Kor Ming dalam ceramah di seluruh negeri itu sejak bulan lalu.

Menurut beliau ia dilaporkan secara meluas di akhbar berbahasa Cina sebagai satu cara untuk menjatuhkan beliau dan kerajaan Barisan Nasional pimpinannya.

Menurut laporan itu Zambry dikatakan meluluskan tanah terbabit kepada sebuah syarikat perlombongan dan hartanah Rahman Hydraulic yang kononnya beliau mempunyai kepentingan.

Adun Kemasik dibebas dengan ikat jamin - Sesuatu Yang Luar Biasa, Tanpa Sebarang Pertuduhan dan Dibebaskan Pada Hari Cuti - Hj Hanafiah

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita8/adunkemasik.jpgKEMAMAN - Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kemasik, Ir Rosli Othman yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Ahad lalu (2 Ogos) kerana didakwa menerima sogokan lebih RM20,000, dilepaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini dengan ikat jamin.

Buletin Online telah dimaklumkan tentang perkara tersebut oleh Penolong Setiausaha PAS Terengganu yang juga Pengarah MTD Cukai, Hj Hanafiah Mat pada jam 11.50 pagi tadi.

Beliau berkata ia sesuatu yang luar biasa, apabila Rosli bersama dua lagi rakannnya diperintah dilepaskan pada hari Jumaat, iaitu hari cuti umum bagi Terengganu.

Selain itu, katanya, tiada sebarang pertuduhan yang dibuat sehingga kini dan Rosli dilaporkan dibebas dengan ikat jamin.

Agensi Bernama yang tidak menyebut nama Rosli melaporkan, ADUN Terengganu berserta dua lagi rakannya dilepaskan dengan ikat jamin sebanyak RM5,000 bercagar dengan seorang penjamin setiap seorang sehingga tarikh perbicaraan ditetapkan.

Peguam bela Adun terbabit, Syed Azimal Syed Abu Bakar, anak guamnya bersama dua lagi tertuduh juga diarah supaya melaporkan diri sebulan sekali di balai polis berhampiran sehingga tarikh berkenaan.

Perintah itu dikeluarkan oleh Hakim Mahkamah Sesyen, Rofiah Mohamad, dalam prosiding tertutup yang dijalankan di kamar hakim disebabkan hari ini adalah hari cuti di Terengganu.

Sebelum itu, Syed Azimal berkata, anak guamnya telah dibawa ke Hospital Daerah Kemaman pagi tadi untuk tujuan pemeriksaan kesihatan setelah mengadu sakit dada.

Ketiga-tiga tertuduh tiba di pekarangan mahkamah kira-kira pukul 10.40 pagi tadi dengan menaiki tiga buah kenderaan, dan dua daripada mereka termasuk Adun itu, dilihat memakai topeng penutup muka dan topi.

Mereka meninggalkan mahkamah jam 11.30 pagi.

Perkarangan mahkamah turut dipenuhi dengan penyokong dan sanak saudara ketiga-tiga tertuduh sejak awal pagi lagi.

Ahli politik itu bersama dua rakannya ditahan di sebuah hotel di sini pada Ahad lalu kerana didakwa menerima sogokan RM20,000 daripada sebuah syarikat pemaju.

Inkues Teoh: Darah di ruang tangga?

Lawatan Koroner Azmil Muntapha Abas dan pegawai inkues ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Shah Alam telah menimbulkan lebih banyak persoalan mengenai kematian Teoh Beng Hock.

Ini kerana kesan, yang mungkin darah, ditemui di ruang tangga dari tingkat 14 - pintu masuk utama ke pejabat SPRM - ke tingkat 15 pejabat tersebut.

Lebih banyak kesan terdapat dalam sebuah bilik di tingkat 15. Yang memeranjatkan ialah koroner dimaklumkan bahawa polis tidak mengambil sampel dari kesan tersebut.

Peguam Lim Lip Eng yang mewakili keluarga Teoh berkata, pada mulanya koroner dijadualkan melawatkan keseluruhan tingkat 14, tetapi para peguam meminta supaya dilihat sekali tingkat 15.

"Kami sedang menaiki anak tangga ke tingkat 15 melalui pintu belakang. Bila kami sampai ke tingkat 15, kami dapat ada kesan sepanjang dua kaki atas lantai anak tangga tersebut.

"Kami bertanya kepada pengarah SPRM (Selangor) mengenainya, tetapi beliau tidak tahu. Pegawai penyiasat polis berkata beliau akan memeriksa kesan tersebut," kata Lim.

Apabila tiba di tingkat 15, mereka tidak dibenarkan melihat setiap bilik di situ.

Lim berkata, mereka ternampak lebih banyak kesan pada satu dinding bilik apabila mereka melihat menerusi kaca pintu.

"Ia nampak seperti darah. Saya tidak dapat katakan secara pasti. Sekali lagi, kami bertanya kepada pengarah dan pegawai penyiasat dan mereka kata mereka tidak tahu mengenainya dan tidak memasukkannya sebagai sebahagian daripada siasatan," kata Lim yang juga ahli parlimen Segambut.

bye bye cyberjaya...bye bye MSC...ribu juta akan rugi...biarkan..biarkan...duit rakyat dan negara....aje...!!!!



Setelah bermacam-macam helah tak berjaya, sekarang dengan bangganya Rais anak Yatim nak meng'sensor'kan pulak website.

Kalau 'demo', umno kata rugi 10 juta atau 20 juta tetapi dengan dungu ini maka dengan ini, bukan puluh juta malah berbillion ringgit akan rugi akibat tindakan
menteri yang satu ini.

Macam ni bukan kata para pendemo jer lari, rakyat lari, pelabur lari, pemain-main industri IT semua lari, pelancong pun lari sebab tengok kerajaan pun tidak ada keyakinan diri untuk memerintah.

MSC merujuk pada dasar langit terbuka dan dunia tanpa sempadan. Pelabur melihat ini adalah salah satu ciri sebagai sebuah negara terbuka dan mengamalkan demokrasi.

Jika ini dilaksanakan maka kita tidak ubahlah seperti China, Iran malahan serupalah seperti Korea Utara.

Maka dengan sendiri terhapuslah demokrasi maka bertapaklah fahaman komunis, kuku besi yang menidakkan hak rakyat serta memberikan gambaran betapa hodohnya kepimpinan yang ada untuk menidakkan kuasa dan suara rakyat.

Malaysia melangkah ke belakang lagi....sedang ekonomi tenat ditambah pula dengan pemikiran cara primitif kepimpinan umno yang ada, kita makin hanyut dan ketinggalan.

Maka bersorak gembiralah si pencacai apabila dibodohkan pemimpin manakala kita pula meratap sedih dengan semakin matinya demokrasi di era pemerintahan Najib Altanyuya


Rais: Internet filter to keep out porn - Malaysiakini

Information Communication and Culture Minister Rais Yatim today confirmed media reports that the government was considering imposing an Internet filter to block "undesirable" websites.

Source: www.malaysiakini.com

The government yesterday put out a tender for companies to help filter the Internet. Now, in places like China and Iran, this happens quite regularly. But in Malaysia — well, there’s a first that should go into the Malaysia Book of Records.

Membina negara bangsa

Oleh Hishamudin Rais

Sebuah negara atau satu negara bangsa pada hakikatnya hanya wujud didalam fikrah warganya. Ianya hanya wujud didalam imijinasi. Negara dan bangsa wujud apabila ada imijinasi kolektif yang di kongsi bersama oleh warganya.

Imijinasi kolektif ini juga wajib di bantu dengan cita-cita, mimpi dan harapan bersama. Tanpa perkongsian imijinasi – tanpa mimpi dan harapan bersama - tidak mungkin negara bangsa boleh wujud dengan kompak.

Di negara kita ini pada hakikatnya masih belum wujud lagi satu negara bangsa yang boleh dipanggil Bangsa Malaysia. Ini bermakna identiti negara bangsa kita belum mengenap dan membatu.

Kita boleh memahami kenapa ini berlaku. Pertama - Malaysia ini adalah satu konsep yang baru. Malaysia wujud sebagai satu projek kolonial. Kedua - selama 50 tahun lebih ini upaya untuk membina negara bangsa telah gagal. Kegagalan ini adalah hasil dari falsafah dan pandangan dunia parti politik yang memerintah. Ketiga – patahnya pandangan dunia yang cuba melintasi konsep negara bangsa melalui takrifan agama dan kaum.

Sebagai sebuah projek kolonial – British telah memastikan kumpulan/parti politik yang menggantikan kuasa mereka tidak akan melihat penjajah sebagai musuh. Tidak dapat tidak badan politik yang dipilih oleh British untuk mengambila alih pentabiran Tanah Melayu dari British adalah badan politik yang akan terus bersetia dibawah payung British.

MCA, MIC dan United Malays National Organisation dipilih oleh British pada tahun 1956 bukan kerana mereka mendapat sokongan menyeluruh atau organisasi mereka kuat tersusun. Badan-badan politk ini diangkat, disokong dan didukung kerana kesetiaan mereka kepada British.

Kumpulan yang memanggil diri mereka Perikatan ini menggunakan kaum sebagai asas gerakan dan sokongan mereka. Sekali imbas memang dilihat amatlah lojik badan politik ini berpandukan kepentingan kaum masing-masing. Lojik ini bergerak untuk jangka masa pendek dalam usaha menyediakan ruang selamat ketika British berundur dari diserang oleh rakyat yang menuntut merdeka.

Untuk jangka panjangnya kita sedang melihat dan merasa musibah garis politik yang silap. Garis politik yang berasaskan perkauman ini mula dimunculkan dan dipupuk oleh British pada tahun 1946 dahulu. Garis politik inilah yang mengcengkam kita hingga ke hari ini.

Harus disedari bahawa tiga badan politik ini bukan protoganis awal yang bangun menentang British dan menuntut kemerdekaan. Mereka ini dalam istilah teater hanyalah pelakon tambahan dipermulaan pejuangan melawan British.

Kesatuan Melayu Muda, Parti Kebangsaan Melayu Malaya, Parti Komunis Malaya, Angkatan Pemuda Insaf, Angkatan Wanita Sedar, Hisbul Muslimin – adalah diantara protoganis awal. Protoganis-protoganis ini telah mengambil dasar melawan British dan telah mengajukan garis politik yang progresif.

Pandangan dunia yang progresif dari kumpulan ini telah cuba memandu warga Tanah Melayu pada ketika itu untuk lari dari asas kaum kepada asas kebangsaan. Ini terbukti dengan draf Perlembagaan Rakyat PUTERA/AMCAJA 1947 yang mentakrifkan sesiapa sahaja yang ingin bermastautin di Tanah Melayu pada ketika itu akan dipanggil Melayu.

Projek politik ini cukup radikal. Ianya bertujuan untuk memastikan kelahiran satu negara bangsa. Tanah Melayu yang berbagai-bagai bangsa tetapi satu warga negara bangsa. Projek ini telah digagalkan oleh British. British melihat projek meMelayukan semua bangsa ini amat merbahaya dan bertentangan dengan kepentingan ekonomi kuasa imperial Anglo pada ketika itu. Jika semua ditakrif sebagai Melayu maka strateji – pecah dan perintah – kantoi.

Apa yang berlaku pada 8 March tahun lalu adalah tanda jelas bahawa warga negara kita ini mahu menghidupkan kembali semangat yang terangkum dalam projek Perlembagaan Rakyat 1947. Selama lebih dari 50 tahun projek untuk mendirikan negara bangsa ini telah tergelincir dari landasan.

Lima puluh tahun dalam sejarah tamadun manusia hanyalah sedetik. Dalam pembinaan negara bangsa 50 tahun juga telalu singkat Tetapi dalam kehidupan seorang insan - 50 tahun mungkin lebih dari setengah hayatnya telah berlalu. Justeru kejayaan mengembalikan projek negara bangsa ini wajib dijaga dikawal rapi agar ianya tidak tergelincir sekali lagi.

Konsep yang diajukan oleh PUTERA/AMCJA pada tahun 1947 dahulu kalau diamati nyata asasnya masih kukuh dan boleh digunapakai walau pun Tanah Melayu telah menjadi Malaysia. Kalau dahulu cadangannya adalah untuk melahirkan Bangsa Melayu - hari ini kita berniat untuk melahirkan Bangsa Malaysia.

Jangan silap faham – Bangsa Melayu atau Bangsa Malaysia ini – hanyalah imijinasi yang dikonstruk. Ianya hanyalah konsep. Negara bangsa ini juga konsep yang boleh dikonstruk. Konsep ini wajib disepadukan dengan konsep Ketuanan Rakyat.

Ketuanan Rakyat adalah serampang dua mata. Pertama ianya bertujuan untuk membunuh konsep Ketuanan Melayu yang diwarwarkan oleh United Malays National Organisation. Kedua Ketuanan Rakyat sebagai satu sosial konstruk imijinasi dalam usaha kita bersama untuk melahirkan Bangsa Malaysia.

Sayugia diingati – membina negara bangsa bukan satu yang mudah. Manusia bukan batu bata yang boleh disusun dengan senang. Tetapi bukan satu yang mustahil jika pemimpin badan-badan politik dalam Pakatan Rakyat memiliki pandangan progresif berjangka panjang.

Kesilapan dan musibah durjana api perkauman yang kita hadapi selama 50 tahun ini wajib kita jadikan pedoman. Badan politik – malah badan atau kumpulan apa sahaja – yang berasaskan satu kaum telah dibuktikan sebagai jalan salah untuk melahirkan negara bangsa.

Malaysia sebagai sebuah negara majmuk – pelbagai suku bangsa, kaum , bahasa, agama – wajib menampilkan pemimpin politik dan pembuat pandangan yang memiliki pandangan dunia yang luas yang dapat melintasi batas-batas sempit.

Selama lebih dari 50 tahun yang lepas kita telah berada dalam kereta api yang gerabaknya bukan sahaja berkelas- kelas dan dipisah-pisah malah landasannya pun salah. Menuju entah ke mana.

Sesudah 8 March dahulu semua warga telah masuk kembali ke dalam gerabak kereta api Pakatan Rakyat. Sesiapa yang sedang berada di dalam gerabak kereta api ini tidak banyak memiliki pilihan melainkan belajar untuk kembali mengenali satu sama lain sekali lagi.

Kali ini kita tahu Pakatan Rakyat ini sedang bergerak untuk melahirkan projek negara bangsa yang telah disabotaj oleh British pada tahun 1947 dahulu. Di luar landasan kereta api pasti ada anjing yang akan terus menyalak tetapi kereta api ini akan terus meluncur mara.

ADUN Galas jalani pembedahan di China

ADUN Galas, Che Hashim Sulaima yang sedang menjalani rawatan di sebuah hospital di Guangzhao, China bagi barah usus, dijadual menjalani pembedahan hari ini.

Pengarah Pilihanraya PAS Negeri, Abdul Fatah Harun berkata keadaan wakil rakyat itu dilaporkan masih kritikal.

"PAS telah mengadakan solat hajat dan berdoa supaya wakil rakyat berkenaan kembali sihat dan pulih serta dipanjangkan umur untuk meneruskan khidmatnya kepada rakyat di kawasannya," katanya kepada Bernama hari ini.

Katanya Che Hashim telah menjalani rawatan di China sejak 18 hari lepas dan menurutnya wakil rakyat itu disahkan menghidap barah usus kira-kira tiga bulan lalu selepas menjalani rawatan di sebuah hospital di Kuala Lumpur.

Katanya, PAS Kelantan meluluskan peruntukan RM200,000 untuk membiayai rawatan Che Hashim di China.

Che Hashim berjaya merampas DUN Galas dari BN dengan majoriti 646 undi. Beliau mendapat 4,399 undi menewaskan penyandangnya dari BN, Saufi Deraman yang mendapat 3,753 undi.

Pada tahun 2004, Che Hashim tewas kepada Saufi dengan majoriti 1,729 undi. Saufi mendapat 4,184 undi manakala Che Hashim memperolehi 2,455 undi.

TERKINI: Penduduk Kg Buah Pala tolak tawaran ...!!! Pening Kepala Puak-puak UMNO nak penaya Penduduk...!!! Rupa-rupanya mereka lebih teliti dan bijak.

PULAU PINANG: Nampaknya isu Kampung Buah Pala di Bukit Gelugor di sini masih belum selesai apabila penduduk hari ini menolak tawaran pampasan sebuah sebuah rumah teres bagi setiap rumah mereka yang dirobohkan.

Selain itu, mereka juga berkeras untuk tidak akan keluar daripada kediaman mereka walaupun tempoh mengosongkan rumah mereka tamat tengah malam ini.

Pengerusi Pertubuhan Penduduk Kampung Buah Pala (PPKBP), M. Sugumaran berkata penduduk kampung tidak akan berganjak atau berpindah dari kawasan berkenaan walau apa sekali pun terjadi.

Katanya penduduk kampung tidak bersetuju dengan tawaran pampasan berkenaan kerana ia banyak menimbulkan keraguan serta tidak memberi jaminan kepada mereka.

"Kami tolak tawaran pemaju (Nusmetro Ventures (P) Sdn Bhd) kerana dalam surat perjanjian yang dikemukan itu tiada jaminan yang penduduk kampung akan dapat rumah jika sesuatu terjadi pada projek berkenaan. "Contohnya jika projek itu gagal, kami semua tidak akan dapat rumah yang dijanjikan dan tiada sebarang pampasan diberi. Adilkan begini," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Selain itu, Sugumaran berkata pemaju juga tidak menyatakan lokasi penduduk akan dipindahkan buat sementara waktu sekiranya mereka bersetuju supaya rumah mereka dirobohkan.

"Jumlah rumah ditawarkan iaitu sebanyak 24 unit juga tidak mencukupi kerana jumlah keluarga kami sudah bertambah kepada 65 keluarga. Pemaju sepatutnya tambah 41 unit lagi," katanya.

Dalam pertemuan antara kerajaan negeri, penduduk dan pemaju Selasa lepas, pemaju bersetuju untuk berkongsi tanah bersama penduduk dengan menawarkan pampasan rumah teres dua tingkat bagi setiap rumah yang dirobohkan.

Pemaju memberi tempoh kepada penduduk sehingga tengah malam ini untuk menerima tawaran berkenaan dan sekiranya tidak, penduduk tidak akan menerima apaapa pampasan.

Penduduk sebelum ini meminta kepada kerajaan negeri dan pemaju supaya memberi lebih tempoh kepada mereka untuk memikirkan tawaran, bagaimanapun, ia ditolak kerajaan negeri. BERNAMA

Maruah SPRM RM2,400...!!!!

Saya terpaksa berdiri empat jam ketika disoal siasat Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)," inilah luahan Ahli Majlis Perbandaraan Kajang, TAN BOON HWA ketika ditemui wartawan SAIDAH HAIRAN di Tingkat 7, Majlis Perbandaran Kajang, Selasa, 21 Julai lalu. Peliknya beliau disiasat hanya kerana membeli 1,500 bendera Malaysia sempena Hari Kemerdekaan ke-51 bernilai RM2,400.


Saudara telah disiasat oleh pihak SPRM. Boleh saudara ceritakan apa yang SPRM siasat?

TAN: SPRM minta invois membeli bendera Malaysia (bersaiz kecil) untuk dikibarkan dalam program Mesra Rakyat tahun 2008. Program ini sempena hari Kemerdekaan Malaysia ke-51. Bendera ini untuk Dun Seri Kembangan iaitu kawasan YB Ean Yong Hian Wah.

Bendera sebanyak 1,500 telah diedarkan pada 29 Ogos 2008 di pasar pagi Seri Kembangan. Jadi pegawai SPRM hendak bukti saya beli daripada mana. Betul ke bendera itu sampai ke tangan YB Ean Yong dan dibahagikan kepada semua penduduk. Harga semua bendera itu RM2,400.


Apa yang berlaku semasa dalam siasatan?

Mula-mula pegawai SPRM menggunakan cara lembut bertanya kepada saya. Tanya hal keluarga, saya belajar setakat mana, lepas itu tanya daripada mana beli bendera dan syarikat apa.

Saya jawab saya lupa. Pegawai itu kata, apa ini... yang semua itu (you) ingat, kenapa hendak tipu cakap secara jujur saja, (you) tidak beli, (you) tidak bekalkan bendera, (you) hanya mengaku saja dan jangan bohong.

Tapi saya cakap dengan mereka memang saya ada beli. SPRM tanya beli daripada mana. Saya jawab dari Johor. Saya kata, saya hanya ingat Johor nama syarikat dan nombor telefon saya lupa.

Pegawai SPRM tanya kenapa boleh lupa. Sepuluh tahun punya hal (you) boleh ingat, yang ini (you) tak boleh ingat. Kami sudah tahu memang (you) tak bekalkan bendera.

Saya jawab memang saya ada bekalkan bendera. Dia jawab ok, syarikat mana. Saya jawab tidak ingat. Dia kata saya tipu.

Apabila tanya soalan dia panggil saya duduk dalam satu bilik tanpa dibuka lampu. Dua pegawai SPRM masuk dan baru buka lampu. Mereka panggil saya dan suruh berdiri tegak (macam berkawat). Mula-mula saya berdiri kaki tak rapat dan tangan saya kedepan.

Pegawai SPRM suruh saya berdiri kaki rapat dan tangan ke tepi. Mata pandang dengan jarak 200 meter. Dengan suara menjerit pegawai SPRM tanya tentang pembekalan bendera.

"You datang dari China tak tahu cakap bahasa Melayu. Apa you cakap saya tak faham," dua orang pegawai itu kata kepada saya. Mereka keluar dan pandang saya dari luar.

Pegawai yang di luar main ping pong. Saya pandang mereka main ping pong dan mereka menjerit apa tengok, tuan saya tak suka dia tengok kita.

Dua pegawai SPRM masuk ke dalam bilik saya. Seorang pegawai menunjukkan telunjuk jari ke dahi saya dan marah dengan mengatakan saya, bodoh... bodoh... bodoh, sebanyak tiga kali. Dia buat acahan hendak pukul saya.

Mereka bergilir masuk dalam bilik saya. Satu orang duduk, yang lain masuk. Seorang pegawai bercakap kepada saya, tengok cara 'bos' saya duduk memang tidak gembira.

Selepas pukul 2 pagi pegawai SPRM baru cakap dengan saya, kesian dengan (you) duduk la. Dia cakap, tak apalah (you) boleh tidur.

Berapa jam saudara disoal siasat?

Saya disoal siasat bermula 15 Julai jam 10 malam hingga 2 pagi 16 Julai. Dia tanya saya tentang bendera hari kemerdekaan saja. Saya jawab, saya boleh buktikan beli bendera tapi bagi saya masa, saya balik cari invois.

Dia kata kepada saya, (you) ahli Majlis you mesti jujur tapi saya dapati you tak jujur. Apa yang you buat bukan untuk tolong rakyat. Dia tanya saya, you sayang isteri... Saya jawab, sayang. Pegawai itu tanya saya lagi, sayang anak tak dan berapa banyak you sayang anak.

Pegawai SPRM tanya lagi tentang invois, saya jawab tidak ingat. Dia tanya, you tak sayang anak dan isteri. Besok saya bawa isteri dan anak you ke sini. Bagi you menangis depan anak you .

Bagaimana keadaan bilik tempat saudara disiasat?

Lampu kadang-kadang dibuka dan kadang-kadang ditutup. Keluasan bilik lebih kurang 10 kaki x 10 kaki. Pejabat SPRM banyak bilik. Saya tidak ambil peduli keadaan bilik dan cermin tingkap macam mana. Sebab saya tidak terfikir keadaan ini (kematian Teoh) akan berlaku. (Beliau mengeluh dan kelihatan matanya berair)

Adakah masa yang sama saudara tahu Teoh Beng Hock turut disoal siasat?

Masa itu saya tidak tahu Teoh ada di sana. Hanya jumpa Teoh pada Subuh 16 Julai (Khamis) bila saya pergi tandas. Saya nampak dia jalan di ruang makan pejabat SPRM. Saya tegur dalam bahasa Cina; Teoh masih ada di sini. Saya ingat keluar tandas saya hendak jumpa dia tapi dia sudah tiada.

Maknanya, waktu Subuh saudara masih di pejabat SPRM?

Ya, Subuh dan saya dibenarkan balik ke rumah jam 1.35 tengah hari 16 Julai. Pagi itu saya nampak Teoh sihat, cuma nampak letih. Sebab tidur pun tidak boleh, banyak nyamuk. Saya tidur atas lantai beralaskan karpet.

Saudara balik ke rumah pukul 1.35 tengah hari, masa mayat Teoh ditemui?

Apa yang surat akhbar tulis, tapi saya langsung tidak tahu.

SPRM ada datang ke rumah saudara, apa yang mereka ambil dan adakah mereka menunjukkan waran untuk memeriksa rumah saudara?

Mereka memang tidak profesional, tidak ikut prosedur. Mereka masuk rumah saya tanpa waran. Mereka datang pada 15 Julai jam 4 petang. Tiga orang pegawai masuk rumah dan seorang tunggu dalam kereta. Mereka ambil lima pasport, satu cop syarikat dan dua buku bank.

Selepas itu mereka suruh saya pergi ke pejabat SPRM dan isteri saya perlu pergi sekali. Saya kata kalau isteri saya pergi siapa hendak jaga anak saya. Selepas itu dia tidak paksa isteri saya.

Adakah saudara setuju Suruhanjaya Diraja ditubuhkan?

Saya sangat setuju perlu tubuhkan Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat kes ini. Supaya kes ini disiasat secara adil untuk semua pihak. Ini kerana saya menjadi saksi tetapi saya disoal siasat macam saya 'suspek'. Saya disuruh berdiri.

Saudara rapat dengan Teoh?

Saya rapat. Dulu mendiang jadi wartawan. Saya kenal dia masa demonstrasi di Cheras. Tahun lepas dia jadi Setiausaha Exco. Saya sudah kenal dia selama tiga tahun. Dia orang yang baik, penyayang, sabar. Kami buat program Mesra Rakyat sama-sama. Dia baik hati, memang bagus, saya tidak pernah tengok dia marah.

Saya tengok dia boleh selesaikan banyak perkara. Masa program mesra usia emas dia jadi ketua bagi Dun Seri Kembangan. Memang bagus, memang sayang...(Tan tunduk, air mata berlinang...)

Saya ingat masa itu (tahun lepas) Teoh telefon saya tanya boleh tolong carikan bendera hendak guna hari Ahad. Pembekal bendera sudah habis stok. Saya cari di internet dan dapat di Muar, Johor. Saya bagi dia harga dan dia setuju, saya terus buat pesanan.

Masa itu saya tidak ambil berat tentang resit pembelian perlu disimpan. Tapi nasib baik resit itu ada kalau tidak lagi teruk.

Apakah saudara berasakan menjadi ahli PBT Pakatan Rakyat tidak bebas?

Betul, kita kena berhati-hati.

Wartawan Pondan...!!! Lagi Pengecut...????

kosmo 270809

Misi Royalti Misi Maut


Hari ini kami dikejutkan tulisan wartawan Kosmo, Mohd. Khairi Mohamad menampakkan mentalitinya yang sudah lupa daratan, lupa kepada perjuangan kaum nelayan. Kalau sekadar 26 jam perjalanan di samudera kecil ini bersama 30 orang sudah dianggap satu misi menyabung nyawa, maka bagaimana dengan kehidupan para nelayan laut dalam kita?

Adakah hari-hari nelayan laut dalam kita membunuh diri dengan keluar ke laut lepas dengan lima orang tenaga mencari rezeki dan 3 ke 4 hari baru pulang.

No. 1 dan No. 3 dari kiri adalah wartawan Kosmo - Foto Perisik Rakyat

No. 1 dan No. 3 dari kiri adalah wartawan Kosmo - Foto Perisik Rakyat

Kepada wartawan Khairi Mohamad anda tidak layak sebagai wartawan, anda hanya patut segera menarik selimut bersembunyi disebalik tilam empuk.

Sebagai wartawan, Khairi sepatutnya kena baca Pepatah Melayu dan kata bidalan berikut:
1. ‘Laut mana yang tidak berombak, bumi mana yang tidak ditimpa hujan’.
2. Bab kata bidalan ‘kalau kail panjang sejengkal, jangan lautan hendak diduga’.
3. Sepatut wartawan Kosmo ini bersikap ‘Lautan yang dalam sudah diselami inikan pula air terenang’.
4. Rupanya wartawan Kosmo bersifat ‘Lautan dapat diduga, hati manusia siapakah dapat menduganya’.
5. Khairi kena berjiwa besar dan kena ingat pepatah melayu Pantang mati sebelum ajal.

Rupanya Khairi tidak faham misi pergi atau buat-buat tak faham atau kena pergi dengan misi tersendiri. Mungkin kepergian beliau ada udang di sebalik batu.

Orang lain dan saya turut serta buat kali pertama ke laut lepas, semua pulang dengan senyuman dan dengan pelbagai pengalaman pahit maung yang dipelajari. (lihat foto di sini – pengalaman seorang bekas ADUN Zaman Dato’ Asri belayar ke laut) dan Baca juga ini, warta’wang’ kata Blogger Perisik Rakyat.

Misi ini memberi banyak pengertian kepada perjuangan kehidupan. Misi kami ini adalah ingin mengesahkan apa cara sekalipun bahawa Pelantar Minyak dan gas adalah dalam kawasan perairan Kelantan. Justeru itu Royalti kepada Kerajaan Kelantan perlu dibayar seperti yang termaktub dalam perjanjian.

Kedua, misi ini memberi pengalaman baru kepada betapa susahnya hidup nelayan mencari rezeki menyabung nyawa untuk rakyat hidup diatas keringat mereka.

Jika inilah wartawan yang kita ada, lupakan saja mereka, memang mereka tidak layak untuk bergelar wartawan. Apa yang boleh saya katakan adalah wartawan ini adalah wartawan pondan.

Bagamanapun MISI ini berjaya pulang dengan selamat.

Lagi usaha saman penganjur demo anti-ISA

Empat organisasi bercadang mengambil tindakan undang-undang terhadap penganjur demonstrasi membantah akta ISA minggu lalu atas alasan "kerugian material dan psikologi" kepada peniaga dan pengguna.

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris), Persatuan Peniaga Bumiputera Wilayah Persekutuan dan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia cawangan Kuala Lumpur akan menfailkan saman pemula dalam tempoh dua atau tiga minggu lagi.

Buat masa sekarang, keempat-empat badan tersebut termasuk Pewaris yang menganjurkan perhimpunan pro-ISA pada Sabtu lalu, sedang mengumpulkan bukti-bukti daripada pengguna berhubung demonstrasi tersebut.

PPIM akan bertindak sebagai penyelaras untuk mengumpulkan tuntutan-tuntutan daripada individu, kata Setiausaha Agungnya Datuk Dr Ma'amor Osman.

"Kami mewakili tuntutan tersebut secara individu dan persatuan pun akan buat tuntutan. Ada dua tuntutan.

"Kita menjangkakan mungkin ribuan individu akan buat tuntutan tersebut," katanya dalam sidang media di Kuala Lumpur, yang turut dihadiri oleh tiga lagi pemimpin badan tersebut.

"Kita jangkakan daripada respons, barangkali ada sepuluh ribu yang respons, tapi kita nak tengok bukti yang mereka ada. Kalau mereka ada, saya rasa mungkin kita boleh kurangkan kepada satu ribu orang yang menuntut.

"Tetapi, saya nak cerita rasa sengsara orang ramai, akibat daripada demonstrasi. Tapi saya agak kecewa kenapa demonstrasi buat di kawasan orang Melayu.

"Saya bukan racist. Buatlah di kawasan lain, buatlah di Petaling Street, kalau berani. Kenapa buat di Masjid India, kawasan Melayu ramai di situ."

Kelmarin, tiga persatuan penjaja membuat laporan polis terhadap Gabungan Mansuhkan ISA (GMI), penganjur utama perhimpunan tersebut, dalam rancangan mereka menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong.

Persatuan Penjaja Lorong Masjid India, Persatuan Penjaja dan Pekedai Bumiputera Wilayah dan Persatuan Peniaga Bumiputera Wilayah Persekutuan (PPBWP) juga menuntut pampasan atas kerugian kira-kira RM10 juta yang dialami kira-kira 1,000 peniaga sekitar Masjid India dan Jalan Tuanku Abdul Rahman.

Kerugian yang didakwa dialami termasuklah kerosakan barang-barang, kerugian akibat penutupan kedai dan kekurangan pelanggan.

Dalam sidang media di sebuah kafe pagi ini, Dr Ma'amor menambah, empat organisasi itu sedang membuat kajian berhubung jumlah peniaga yang mengalami kerugian dan berharap tuntutan orang ramai disertai bukti.

Tambahnya, mereka akan membuat tuntutan tersebut kepada penganjur atau individu yang dikenal pasti sebagai penganjur atau pihak yang berselindung di sebalik pengajuran perhimpunan tersebut.

"Kita kena pastikan dalam tempoh ini, siapakah pengajur demonstrasi tersebut," katanya.

Diminta menjelas lanjut identiti penganjur yang dimaksudkannya, Dr Ma'amor enggan mendedahkannya sehingga saman pemula difailkan.

Beliau juga menuntut polis bertanggungjawab atas alasan gagal menghalang penganjuran demonstrasi tersebut dan berhasrat mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak berkuasa itu.

Umno sudah jadi mainan sorok- menyorok pembekal gula

Pengguna dan peniaga mula bersungut bekalan gula sukar didapati di pasaran. Peniaga kedai kopi pula terpaksa bertanyakan kepada pelanggan peminat teh O atau kopi O sama ada mahu terus memesan minuman tersebut kerana mereka tidak ada gula.

Jika peminat teh O atau kopi O tetap dengan citarasanya maka mereka terpaksa meminum teh O atau kopi O kosong iaitu teh O atau kopi O yang tidak dimasukkan gula. Sudah tentu rasanya pahit tetapi bagi pengidap kencing manis ia mungkin memberi manafaat.

Bagaimanapun selera boleh diubah dengan memesan teh atau kopi yang dicampur susu tetapi ia akan menambah belanja bulanan minum di kedai kopi. Namun begitu hamburan seranah tetap keluar daripada mulut peminat teh O atau kopi O terhadap kegiatan sorok gula.

Gula menjadi pemanis minuman dan makanan yang paling murah berbanding susu atau bahan pemanis lain. Jika gula tiada di pasaran bermakna berlaku peningkatan perbelanjaan keluarga kerana terpaksa mengantikan bahan pemanis lain yang lebih mahal.

Sebenarnya rakyat sudah bosan dengan sikap kerajaan yang gagal menangani kegiatan sorok bekalan gula. Malah kejadian ini boleh dikatakan berlaku hampir setiap tahun.

Kegiatan sorok menjadi ugutan serta tekanan terbaik bagi pembekal gula terhadap kerajaan disamping terdapat unsur rasuah yang menambah lagi kejayaan perbuatan tersebut.

Malah setiap kali kegiatan sorok gula berlaku maka kerajaan terpaksa memanggil pemborong dan pembekal gula untuk bermesyuarat dan pada kebiasaannya daripada peristiwa dan sejarah lepas peniaga tersebut mendapat laba apa yang mereka mahu.

Akhirnya permintaan menaikkan harga gula diluluskan kerajaan. Budaya niaga seperti ini turut ditiru oleh pembekal tepung gandum malah pembekal beras juga turut mengambil kesempatan ketika beras berkurangan di pasaran.

Cara niaga seperti ini, akhirnya mendapat kejayaan kepada pembekal. Kerajaan tunduk kepada tekanan peniaga. Sebaliknya dalam soal lain kerajaan tetap keras kepala konon tidak akan tunduk dengan desakan pembangkang walaupun ia keputusan majoriti rakyat.

Umpamanya dalam isu bahasa Melayu dan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerajaan dengan bongkak dan sombong mengatakan mereka tidak akan tunduk kepada tekanan walaupun rakyat keluar berdemontrasi di jalan raya.

Kenapa pemimpin Umno dan pemerintah Barisan Nasional (BN) tidak menunjukkan kesombongan dan kebongkokkan tersebut terhadap golongan pembekal yang menekan mereka melalui kegiatan sorok barangan keperluan harian?

Sepatutnya ketegasan kerajaan patut ditunjuk sama kepada peniaga tersebut supaya rakyat tidak menghadapi bebanan kesempitan hidup akibat kenaikan harga barang.

Sebaliknya itu tidak berlaku, kenapa? Apakah kerajaan BN diselubungi rasuah dengan golongan peniaga sehingga tidak berani menentang desakan tersebut?

Rakyat juga tahu Umno menggunakan banyak wang setiap kali pilihan raya umum dan kecil. Dari mana wang tersebut diperolehi atau mungkin daripada sumbangan konglomerat tersebut yang menguasai pasaran barangan keperluan harian.

Sekiranya unsur tersebut benar maka tidak hairan pemerintah BN akan tunduk kepada desakan menaikkan harga barangan keperluan harian.

Maka perbuatan menyorok barang seperti gula bukanlah menjadi kehairanan kerana ia ada unsur seolah kerajaan memberi lampu hijau dibelakang tabir.

Apabila barangan seperti gula tidak ada dipasaran maka sudah tentu kenaikan harga gula yang diluluskan oleh kerajaan boleh menjadi relevan kepada rakyat.

Rakyat akhirnya terpaksa menerima dengan alasan kononnya harga gula lebih mahal di negara jiran maka kegiatan penyeludupan gula berleluasa ke negara tersebut.

Kalau kerajaan boleh mengarahkan polis menggagalkan demontrasi ISA kenapa tidak ada kerahan bagi menggagalkan penyeludupan?

Apa yang nyata ialah kerajaan banyak beralasan demi menjaga kepentingan konglomerat daripada kepentingan rakyat. Umno tidak sedar ia telah menjadi mainan sorok-menyorok golongan tersebut.

Selagi Umno memerintah isu sorok gula tidak akan selesai. Lihatlah bagaimana kerajaan PAS Kedah dalam masa tidak sampai setahun berjaya menghapuskan pusat penyembelihan babi haram sejak 40 tahun lalu semasa pemerintahan Umno lagi.

Umno memerintah Kedah begitu lama tetapi gagal menyelesaikan masalah yang bertentangan dengan peraturan. Apakah pemerintahan Umno itu kerana ada unsur rasuah sehingga pusat penyembelihan itu boleh beroperasi begitu lama tanpa lesen?

Begitu juga masalah arak di Selangor walaupun pemerintahan Umno berjaya membuat peraturan mengharam jualan arak di kawasan majoriti orang Islam tetapi Umno gagal menguatkuasakannya.

Pemerintahan Umno Selangor tidak berjaya menghalang kedai daripada menjual arak. Sebaliknya dibawah kerajaan pakatan rakyat, Pihak Berkuasan Tempatan (PBT) berani bertindak berdasarkan peraturan yang ditetap mereka.

Oleh kerana tindakan rampasan arak oleh PBT di Shah Alam berdasarkan peraturan yang sedia ada maka PAS bersetuju. Walaupun PAS bukan majoriti dalam kerajaan Selangor tetapi tindakan tersebut telah memberi kejayaan kepada rakyat demi menjaga sosial masyarakat Islam.

Sebaliknya apa yang Umno boleh buat walaupun ada peraturan atau apakah Umno hanya takut kepada golongan peniaga lebih daripada rakyat? Atau apakah Umno banyak diselubungi bayangan rasuah sehingga tunduk kepada perasuah?

Bloggers jangan terlalu angkuh menulis !

Oleh Musafir-Lalu [ link ]

Artikel ini ditulis untuk saling mengingati antara satu dan yg lain, namun fokus penulisan lebih terarah kepada 'bloggers' nakal..di dalam Pakatan Rakyat yang menyerang ulamak dan pimpinan PAS. Artikel ini juga ditanda dengan AMARAN - berlapang dadalah dengan apa yg diluahkan oleh saudara kita ini sebagai panduan diri ketika menulis.

Buat Tatapan Al-Banjari..! Asalamualaikum !

Sebagai seorang penulis yang saya anggap senior, di sini saya harap wak dapat memberi nasihat kepada penulis-penulis blog agar dapat menunjukkan sedikit rasa hormat kepada pucuk pimpinan. Jangan pakai hentam sahaja. Gunakan kelebihan menulis yang Allah berikan itu dengan sebaik-baiknya. Janganlah terlalu takbur dan sombong dengan tulisan-tulisan yang tak ada mutu langsung itu untuk menghina dan mengutuk pucuk pimpinan, terutamanya TGHH.

Saya sememangnya PANTANG betul dengan manusia-manusia seperti ini, mereka ANGKUH. Apakah mereka merasakan dengan menghadiri demontrasi atau kena gas pemedih mata atau duduk di lokap polis dah boleh mendabik dada sebagai pejuang PAS ?

Apakah dengan tangan digari dan dihadapkan ke mahkamah, sudah boleh mengatakan merekalah pejuang PAS ?

Dan kemudian menulis sesuka hati tanpa memikirkan apakah kesan-kesannya ke atas tulisan - tulisan yang mereka tuliskan itu mengores hati atau pun tidak kepada ahli-ahli PAS yang lain ? Atau juga kepada ahli-ahli dan pendokong-pendokong perjuangan PAS ?

Saya bukannya suka sangat nak buat blog ini, dulu saya hanya memberi komen-komen sahaja terhadap blog-blog yang saya baca. Saya buat blog ini kerana adanya penulis-penulis yang kurang ajar terhadap pucuk pimpinan. Saya bukan hendak mencari nama dengan menulis blog ini, tetapi untuk melepaskan apa yang ada dalam fikiran saya sahaja.

Adakah wak tahu betapa tergores dan sakitnya hati apabila melihat dan membaca tulisan penulis-penulis blog yang tertentu yang mengaku ahli PAS tetapi tidak langsung bersifat pejuang Islam. Apakah mereka merasakan yang mereka sudah pandai berpolitik apabila menulis tanpa menggunakan akal ? Mereka ingat politik PAS macam politik Umno, untuk suka-suka sahaja.

Saya bukanlah yang terbaik antara yang terbaik, tetapi saya juga bukanlah yang terburuk daripada yang terburuk. Apakah mereka-mereka ini merasakan yang perjuangan mereka ini sudah cukup untuk digelar pejuang tanpa di uji oleh Allah swt ?

Apakah mereka sudah merasai dengan tubuh mereka sendiri apa yang dialami dalam klip video yang dikatakan TBH [ link ] diseksa sebelum mati itu. Saya bukan hendak menunjuk yang saya ini seorang pejuang. Jika wak tengok penyeksaan ala Abu Gharib itu di dalam klip video OKT [ link ], saya alaminya lebih teruk lagi.

Tahukah wak bagaimana saya diseksa ? Saya di sekup ke dalam guni dan dipukul dan di lanyak sehinggakan sampai sekarang keng(sendi mulut) saya patah. Apakah mereka merasai bagaimana makan nasi lokap, tetapi pernahkah mereka makan nasi kawah penjara dengan lauknya ? makanan anjing lagi bagus !

Mungkin ada sebahagian mereka pernah merasai bagaimana duduk di lokap, tetapi pernahkah mereka duduk di bilik asingan di penjara tanpa seurat benang pun di tubuh dan hanya disediakan dengan satu tong tahi. Wak tahu bagaimana saya bersolat dengan tiada benang seurat pun di tubuh selama berhari-hari. Apakah mereka merasakan sudah cukup dengan tinggal beberapa hari dilokap, mereka mula mendabik dada ?

Tetapi pernahkah mereka dipenjarakan selama bertahun-tahun lamanya ? Saya bukannya mencari nama, demontrasi baru-baru ini di KL dan di Ipoh yang cukup dekat dengan kediaman saya di Tambun, malah saya tidak pernah pergi biarpun sekali. Kerana saya sememang cukup anti kepada polis.

Saya sudah 3 kali dipenjarakan dan lokap di Terengganu daripada Kemaman sampai ke Jertih, semuanya saya sudah jejaki. Di negeri Terengganu, saya boleh cerita bagaimana keadaan lokap-lokapnya. Ia umpama rumah kedua saya. Apakah mereka merasa sudah cukup dengan perjuangan sebegitu, tanpa diuji bagaimana pedihnya hati apabila di fitnah dan kemudian disumbat ke dalam penjara selama bertahun-tahun lamanya ?

Saya merasakan perjuangan saya pun belum cukup lagi, walaupun sudah 3 kali dipenjara bertahun lamanya dan telah duduk di lokap berpuluh-puluh kali dan apabila mereka tiada bukti, mereka akan sedaya upaya mereka-rekakan buktinya.... itulah kerja jahat polis.

Kerana itulah saya cukup merasai apa yang dirasai oleh ahli keluarga tahanan ISA. Bagaimana rasanya kita sebagai anak Malaysia tetapi dinafikan hak-hak kita sebagai seorang warganegara Malaysia. Kerana itulah penulis-penulis blog jangan ikut sedap mulut aje nak kutuk pimpinan., sedangkan mereka belum lagi di uji.

Walaupun peristiwa tersebut sudah berbelas tahun sudah berlalu, tetapi saya merasainya umpama baru semalam berlaku. Kerana itulah saya ingin menyarankan agar Al-banjari sebagai penulis senior, tolong nasihat penulis-penulis ala Umno ini sikit, dan tulisan ini kalau kena edit wak editlah........ Insyaallah kita akan berjumpa lagi.

(*) albanjari - Terima kasih saudara ku yang memberi ingatan ini buat wak dan bloggers yang lain, wak doakan agar kesejahteraan berterusan dikurniakan Allah buat saudaraku, musafirlalu..Ameen ! Saudara-ku, artikel ini dimuatkan di blog ini dengan beberapa suntingan dan penambaikan. Mohon maaf ! Artikel ini telah dicatat oleh musafirlalu

Babi atau bari-bari ? Sifat babi yang terkutuk !

Oleh MRK albanjari

Lazimnya, babi atau khinzir yg diternak di Malaysia, tidak berbulu tebal, bulunya nipis sahaja hingga menampakkan kulitnya yg kemerahan. Itu di dalam negara. Malah bulu babi hutan yg sering di tangkap di hutan2 negara ini juga tidak tebal bulunya. Babi di negara lain pulak macamana ? Oh ! Bulunya tebal beb..malah ada baju tebal yg dibuat dari bulu babi. Lihatlah sekandang babi berbulu tebal di bawah...!

Seakan biri-biri tetapi, jangan teruja sangat kerana hidungnya tidak macam hidung kambing..!

Wak panggil 'bari-bari'..boleh ?

Apa pun foto diatas bukanlah sebab utama posting ini dipaparkan, tetapi artikel ini mengajak pembaca agar melihat dengan fakta mengapa babi itu HARAM ke atas umat islam. Sama jua islam mengharamkan arak. Arak hanya tidak HARAM buat Ronnie Liu !!

Malah ada sifat-sifat Babi yang sangat diHARAMkan Untuk Umat Islam menirunya. Teruskan membacanya sehingga habis ! Diceritakan, tentang seorang musafir(ilmuan) yang telah datang bertanya kepada salah seorang ulama mengenai babi ini. Ilmuwan itu bertanya kepada ulama :
Haramnya haiwan babi bagi umat muslim adalah disebabkan kerana banyaknya parasit dan kotoran dalam haiwan ini. Dengan semakin canggihnya ilmu kedoktoran, bukankah mungkin nantinya haiwan babi dapat dibersihkan dari virus dan parasit yg mematikan ini? Apakah nantinya haiwan babi yg bersih ini akan menjadi halal ?
Ulama menjawab:
Haramnya babi bukan kerana hal itu saja. Tetapi ada sifat babi yg sangat diharamkan untuk umat Islam mengikutinya. Ilmuwan: Apakah itu?

Ulama menjawab :
Cuba anda buat 2 kandang. Satu kandang anda isi dgn 2 ekor ayam jantan dan 1 ekor ayam betina . Dan..,Satu kandang lagi anda isi dengan 2 ekor babi jantan dan 1 ekor babi betina.

Soalannya ! Apakah yang akan terjadi pada masing2nya dikandang tersebut? Bisakah anda menekanya? Ilmuwan: Tidak.

Ulama menjawab : Mari kita lihat sekarang. Pada kandang pertama dimana ada 2 ekor ayam jantan dan 1 ekor ayam betina . Yang terjadi adalah 2 ekor ayam jantan tersebut berkelahi dahulu untuk merebut 1 ekor ayam betina, dan disitu ada yg menang dan kalah. Dan itu adalah sesuai dgn kudrat & fitrah manusia yg diciptakan.

Ilmuwan: Di kandang babi ?

Ulama menjawab : Ini yg menarik. Di kandang ini, 2 ekor babi jantan itu tidak berkelahi untuk berebut babi betina tersebut malahan menyetubuhinya secara beramai2 babi betina tersebut dan juga terjadi hubungan homoseksual antara kedua2 ekor babi jantan tersebut setelah selesai dgn si betina.

Hal inilah yg jelas bertentangan dengan fitrah umat manusia. Bila umat Islam terikut memakan babi maka ditakuti umat Islam akan mempunyai sifat dan kerekter serupa seperti babi ini, Hadaanallahu Wa Iyyakum Ajma`in, Wallahu A`lam Bish-shawab.
Diharamkan bagimu (memakan) bangkai, darah, daging babi,(daging haiwan) yang disembelih atas nama selain Allah, yang tercekik,yang dipukul, yang jatuh, yang ditanduk, dan yang diterkam binatang buas, kecuali yang sempat kamu menyembelihnya, dan (diharamkan bagimu) yang disembelih untuk berhala. Dan (diharamkan juga) mengundi nasib dengan anak panah, (mengundi nasib dengan anak panah itu) adalah kefasikan.

Pada hari ini orang-orang kafir telah putus asa untuk mengalahkan) agamamu, sebab itu janganlah kamu takut kepada mereka dan takutlah kepada-Ku. Pada hari ini telah sempurnakan untuk kamu agamamu,dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-ridai Islam itu jadi agama bagimu. Maka barang siapa terpaksa karena kelaparan tanpa sengaja berbuat dosa, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."(QS. Al-Maidah (5): 3)
Maka kepada mereka-mereka yang gemar melakukan hubungan seks secara beramai-ramai sebagaimana yg dapat dilihat di internet ini, sesungguhnya perbuatan itu memang menyerupai sifat babi. Adakah anda kagum dengan babi ?

FRU yang zalim & amaran Rasulullah



AMARAN RASULULLAH KEPADA F.R.U




Tragedi 1 Ogos merupakan pengulangan beberapa tragedi menyayat hati yang dapat dilihat di negara kita. Peristiwa tindakan ganas pihak polis, khususnya FRU bertindak ke atas himpunan aman rakyat, merupakan malapetaka kepimpinan BN yang masih tidak belajar dari kesilapan lampau. Tindakan rakus menyembur gas pemedih mata, semburan air kimia ke atas himpunan aman tersebut ternyata mengundang kemarahan masyarakat di negara ini dan badan-badan hak asasi antarabangsa.



Himpunan yang berjalan secara aman dengan kawalan Unit Amal bagi memastikan tidak berlaku tindakan di luar batas yang dibenarkan oleh pihak penganjur. Himpunan hari itu tentulah akan berjalan dengan santai dan berakhir dengan baik seandainya mereka tidak disembur gas pemedih mata serta tindakan ganas pihak FRU. Sayang, himpunan aman ini akhirnya bertukar kelam kabut, bilamana sebilangan rakyat yang berhimpun dikejar, ditangkap, digari dan dijemur dalam trak berjam-jam lamanya. Tembakan gas pemedih mata dan semburan air kimia menyaksikan kanak-kanak, remaja dari pelbagai kaum terpaksa berlindung di mana sahaja. Mungkin bagi pihak FRU dan polis, tindakan ini adalah lambang keegoan dan kemegahan. Megah kerana berjaya menghalang himpunan, berjaya memecahkan himpunan rakyat. Namun apakah ianya berakhir di situ sahaja?

Persoalannya, salahkah rakyat berhimpun bagi menyatakan bantahan terhadap akta yang zalim ini, setelah pelbagai cara dilakukan bagi menentangnya. Rakyat telah gunakan seluruh saluran lain. Bantahan dalam Dewan Negara dan Dewan Rakyat, surat, kenyataan, seminar, resolosi bengkel bahkan tandatangan rakyat telah dibuat. Apa lagi bagi rakyat untuk menentang akta yang zalim ini. Kezaliman tiada kompromi dalam Islam, Nabi tidak mengaku umat mereka yang menyokong kezaliman, sehingga Baginda memberi amaran:

“Sesiapa yang berjalan bersama orang yang zalim bagi membantunya, sedang ia mengetahui kezaliman orang tersebut, maka telah terkeluar ia dari Islam” - Hadis Riwayat Imam Ahmad dan Baihaqi.

Kerana itu Imam Nawawi dalam syarahnya dalam juzuk 17, hal 190 sewaktu menghuraikan hadis :

“Ada dua golongan dari ahli neraka, yang belum aku saksikan iaitu suatu kaum yang membawa cemeti seperti ekor sapi untuk memukul manusia, dan wanita-wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya mereka bertelanjang, yang menanggalkan tutup kepala, yang menarik kepada maksiat. Kepala (rambut) mereka diikat seperti bonggol unta. Mereka ini tidak akan memasuki syurga dan tidak akan mencium baunya, sedangkan bauannya dapat dihidu dari jarak sekian-sekian”. -(Hadis Muslim)

Imam Nawawi menyatakan yang dimaksudkan dengan golongan yang keluar rumah ditangannya ada cemeti, mengejar dan memukul manusia ialah polis ( FRU). Wallahu a'lam. Apakah itu sebenarnya dimaksudkan, namun mari kita meneliti sifat yang dinyatakan oleh Rasulullah dengan tidak menuduh sesiapa, kalau bukan FRU siapa lagi.

Lihat pula sebuah hadis yang juga diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Abu Hurairah sabda Baginda:

“Hampir sahaja sekiranya kamu panjang umur, maka kamu akan melihat sekelompok orang yang pada tangan mereka ada cemeti (cota) yang diikat seumpama ekor sapi mereka berangkat keluar dari rumah dengan kemarahan Allah dan mereka kembali ke rumah mereka dalam kemurkaan Allah”.

Apakah hati kamu puas bilamana kamu berjaya memukul orang-orang tua, membelasah kanak-kanak, menangkap muslimat dan menyemburkan gas kepada para ulamak. Demi Allah kalaupun kezaliman ini tidak dibalas oleh Allah di dunia, kita pasti bertemu di akhirat.

Apa yang berlaku di hadapan mata kita menyaksikan bagaimana rakyat yang tidak berdosa diterajang, dipukul dengan cota, digari, diheret setelah mereka ditembak dengan gas pemedih mata hanya kerana berhimpun untuk membantah akta yang zalim ini. Tindakan ini tentunya akan mengundang kemarahan rakyat, namun sekalung tahniah diucapkan kerana rakyat kerana tidak membalas bantahan dengan kekerasan, tiada satu pun tingkap kedai pecah, tiada sebuah kereta pun yang diserang, tiada sebarang kerosakan harta awam. Inilah akhlak yang dipamir oleh rakyat.

Lalu demi membenarkan tindakan kejam meraka dicari pelbagai alasan luar, kononnya demonstrasi tersebut menyebabkan berlakunya kesesakan jalan yang teruk. Sebenarnya puluhan himpunan yang dianjurkan melibatkan berlaku kesesakan jalan raya. Kalau kerajaan boleh mengisytiharkan penutupan jalan semata-mata bagi memberi laluan kepada pelumba basikal, pelumba jalan kaki, pesta perayaan pelbagai agama, perarakan pesta hiburan, bahkan beberapa orang artis pernah membuat konsert di tengah Chow Kit Road, apa payah pula untuk memberi laluan sekadar dua jam kepada rakyat untuk berhimpun menyerahkan memorandum rakyat kepada Istana, kamudian mereka bersurai dengan aman. Menyaksikan tindakan ganas yang ditunjukkan ini, maka benarlah kata-kata A. Samad Said:

“Kalau kerajaan tidak melayan tuntutan rakyat di jalan raya, kita mesti terjemahkannya dalam pilihanraya”.

Koroner lawat lokasi Teoh mati

Inkues hari ketiga kematian Teoh Beng Hock bermula dengan lawatan ke bangunan Plaza Masalam tempat mendiang ditemui mati pada 16 Julai lalu.

Teoh ditemui sehari selepas dipanggil ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor di tingkat 14 bangunan tersebut untuk disoal siasat sebagai saksi dakwaan salah guna peruntukan DUN di Selangor.

Inkues tersebut didengar di hadapan Koroner Azmil Muntapha Abas di Mahkamah Majistret Shah Alam. Seramai 97 saksi dijangka dipanggil memberi keterangan berhubung kematian penuh tanda tanya ini.

Peguam dari Majlis Peguam tiba pada kira-kira jam 9.10 pagi di Plaza Masalam untuk memeriksa tempat kejadian.

Manakala pegawai penyiasat kes tersebut ASP Ahmad Nazri Zainal tiba sepuluh minit kemudian.

Kemudian tiba pula peguam yang mewakil keluarga Teoh - Gobind Singh Deo, Ram Karpal dan Lim Lip Eng.

Turut kelihatan, para wartawan dan jurugambar yang berhimpun di depan pejabat SPRM di tingkat 14.

Kira-kira 25 minit, para peguam, pegawai mahkamah dan polis kelihatan menuju ke pejabat SPRM itu.

Manakala koroner tiba di Plaza Masalam lima kemudiannya dan terus menuju ke tingkat 14 di mana peguam, pegawai mahkamah sedang menunggu di pejabat SPRM.

Manakala Tan Hock Chuan, yang mewakili peguam negara, tiba sejurus kemudian.

Kira-kira jam 10.05 minit pagi, wartawan dapat melihat koroner dan peguam menjenguk keluar dari tingkat di tingkat 14 - tempat Teoh didakwa jatuh.

Azmil Muntapha meninggalkan bangunan tersebut pada kira-kira jam 11.15 pagi.

Inkues yang masuk hari ketiga disambung Isnin depan.

SPRM Memang Sudah Hilang Kredibiliti....!!! So apa lagi mau kasi tutup...???

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menuduh ada pihak di Malaysia yang berniat untuk menghilangkan kredibiliti dan mengikis kepercayaan rakyat terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).


Beliau berkata, pihak-pihak inilah yang dahulunya menuntut agar sebuah suruhanjaya sebegini ditubuhkan dengan kuasa bebas menyiasat sesiapa tetapi apabila ia diwujudkan mereka tidak berpuashati pula.

Katanya, pihak-pihak ini ingin menjatuhkan imej dan maruah pegawai SPRM agar apa yang dilakukan oleh institusi ini nanti tidak diyakini rakyat.

Kita ingin memberitahu kepada Muhyiddin dengn tegas bahawa keredibiliti SPRM memang sudah sedia tercemar dan ini adalah disebbkan dari sikap Pengerusi Suruhanjaya SPRM sendiri yang telah menjadikan dirinya sebagai lembu kepada kerajaan dan parti UMNO BN.

SPRM pula adalah buah tangan Abdullah Badawi semasa hayat keperdanaannya memimpin negara. SPRM diwujud menggantikan BPR bagi meningkatkan integriti kerajaan, menampakkan keterbukaan institusi penguatkuasaan dalam menjalankan tugas mereka, menggambarkan yang usaha pembasmian rasuah adalah bebas, tidak berpihak dan tiada campurtangan dari belakang. Namun itu semua adalah harapan belaka yang tidak bernjejak di bumi nyata.

Ketika ini, yang wujud dalam persepsi rakyat adalah, SPRM membuat kerja dalam gelap. Biarpun HINDRAF pasca penahanan ISA kelihatannya berpecah, menandakan bahawa undi kaum India terhadap Pakatan Rakyat dalam pilihanraya umum akan datang juga mungkin akan tidak sebulat seperti 2008, namun perkembangan ini bukan lagi khabar gembira buat Najib selepas kematian Teoh.

Paling tidakpun, asas penahanannnya iaitu berhubung siasatan dakwaan salahguna wang peruntukan oleh empat orang ADUN Pakatan Rakyat Selangor akan dijaja dengan hebatnya sebagai bukti siasatan terpilih oleh SPRM yang didalangi oleh Umno dan BN pimpinan Najib, soal mengapa Khir Toyo selepas setahun tidak bergelar MB berjaya membina rumah agam berpuluh juta akan diungkit, mengapa SPRM menutup mata?

Kebetulan pula yang mati adalah dari kaum Tionghua, ADUN-ADUN yang disiasat juga semuanya dari kaum Tionghua. Dengan dakwaan siasatan terpilih dan cubaan menjatuhkan Kerajaan Negeri Selangor, jelas DAP bakal menarik undi simpati dari pengundi Tionghua dalam pilihanraya umum akan datang, PKR juga akan merasa laba dari tempiasnya.

SPRM telah mengabaikan sebilangan besar laporan dan aduan mengenai salahlaku pemimpin kerajaan UMNO BN yang jelas melakukan penyelewengan serti aduan terhadap bekas Menteri Besar Selangor Khir Toyo yang penuh dengan skandal yang melibat jutaan ringgit.

Tetapi SPRM begitu pantas untuk menyiasat dan mengambil tindakan ke atas pemimpin-peminpin Pakatan Rakyat sekali belum jelas tuduhan yang berkisar hanya kepada RM2,500.

Kini di dalam kes Teoh Beng Hock, sudah ada ciri-ciri kerajaan melakukan pembelaan terhadap SPRM oleh Perdana Menteri dan timbalannya sekalipun rakyat masih menunggu Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat Tatacara Pegawai Penyiasat SPRM sewaktu menjalankan tugas-tugasnya dan

Malah alian sekrakyat mengikuti isu kematian Teoh dengan teliti dan mendapati ada usaha untuk melakukan "cover-up" tertentu terhadap kes ini dengan pembentukan sekadar sebuah inkues yang mengikut kehendak dan telunjuk orang tertentu.

Muhyiddin seharusnya mengeluarkan kenyataan yang mendamaikan, yang menyelesakan perasaan setiap rakyat, bukan yang semakin merohokkan.

Sudah pasti 1Malaysia Najib akan tersangkut pada tarikh 17 Julai 2009, tarikh kematian tragik Teoh Beng Hock, tambah pula tragedi yang menimpa Teoh bukanlah kes kematian dalam tahanan yang pertama. Soalnya bergunakah untuk diwujudkan sebuah lagi Suruhanjaya Bebas bagi menyiasatnya, kalau kesudahannya tetap sama, hanya sebuah buku laporan tebal yang berharga mahal?

Yang rakyat mahu lihat adalah tindakan drastik, bukan permintaan menghentikan tuduh-menuduh seperti yang disuarakan oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, Ahmad Said Hamdan.

Yang Ahmad Said perlu buat adalah menggantung serta-merta pegawai yang terlibat dengan sesi soal-siasat Teoh, atau paling bermaruah, Ahmad Said sendiri mengambil tanggungjawab meletak jawatan kerana kematian Teoh berlaku di”rumah”nya.

Mengatakan bahawa dia sendiri pun secara peribadi ingin tahu apa yang sebenarnya berlaku adalah keadaan yang makin merohokkan, tidakkah pelik ketua keluarga tidak tahu apa yang berlaku di dalam rumahnya?

Tidakkah janggal bila Ahmad Said pun perlu menunggu hasil siasatan polis tentang apa yang berlaku? Tidakkah biasanya sesebuah jabatan mempunyai instrumen siasatan dalamannya yang tersendiri? Sudah tentu Ahmad Said patut tahu apa yang sebenarnya berlaku di dinihari 17 Julai di bangunan SPRM Selangor itu.

Bila Mat Sabun Di Bawa Belayar...!!!

kosmo

Kalau tidak dipecahkan ruyung, masakan dapat sagunya. Itulah yang mendorong sahabat dan mentor saya Haji Hashim Omar yang sudah berusia hampir 70 tahun menerima pelawaan saya untuk menyertai Misi Royalti 2009 ke Pelantar Cakrawala menaiki bot nelayan pada 4 hb Ogos yang lepas. Haji Hashim tidak langsung meminta sedikit masa untuk berfikir sebaliknya, terus menjawab “Ya, Ana ikut,”

Saya kemudian cuba bergurau dengan Haji Hashim sambil berkata, “Tapi Abe Haji, kita kat tengah laut ni, kalau mati mayat kita tu tak bawak kelik ke darat dah, pakai kebumi dalam laut je”. “Allah Pok Sheik, kita kalau mati di atas katil pun kalau takdir tok dijumpa orang, berulat situ tak kebumi mayat kita”. Jawab Haji Hashim.

Itulah semangat seorang bekas wakil rakyat PAS dan aktivis rakyat yang pernah melalui pelbagai kemelut naik dan turun dalam mempertahankan hak buat yang berhak.

Trip to Cakrawala_0044Haji Hashim sedang mengambil gambar ketika bot mula mudik pulang ke jeti setelah lebih 26 jam meredah samudera.

Tetapi sudah tentu mereka yang dari kecil tidak pernah diajar berusaha akan merasakan satu usaha kecil sahaja sudah satu misi menyabung nyawa. Itulah mentaliti UMNO hari ini. Itulah mentaliti segelintir wartawan yang sudah lama makan bersuap oleh konglomerat milik UMNO.

Maut ada dimana-mana. Saya sendiri lebih rela bertemu maut di kancah pertempuran daripada berdepan maut disebalik selimut ditilam empuk.

Tulisan wartawan Kosmo, Mohd. Khairi Mohamad menampakkan mentaliti pemiliknya iaitu UMNO yang sudah lupa daratan. Kalau sekadar 26 jam perjalanan di samudera kecil ini bersama 30 orang sudah dianggap satu misi menyabung nyawa, maka bagaimana dengan kehidupan para nelayan laut dalam kita?

Adakah hari-hari nelayan laut dalam kita membunuh diri dengan keluar ke laut lepas dengan lima orang tenaga mencari rezeki dan 3 ke 4 hari baru pulang.

Kalau bot yang membawa kami itu dianggap daif dan serba kekurangan sehingga boleh membahayakan, seharusnya mereka menginsafilah kehidupan para nelayan kita yang hari-hari berdepan dengan kedaifan itu walaupun sudah lebih 50 tahun teraju Kementerian Pertanian disandang oleh Menteri dari UMNO.

Mungkin kerana bagi UMNO ini adalah misi bunuh dirilah maka sebab itu Ketua Pemuda UMNO YB Khairy Jamaluddin, Ketua Pembangkang Dewan Negeri Kelantan YB Alwi Che Mat dan Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan Mustapha Mohamed takut hendak ikut serta didalam misi ini.

Sepatutnya wartawan Khairi Mohamad masukkan statistik berapa ramai yang terkorban atau terlantar di hospital setelah menyertai Misi Royalti 2009 ke Pelantar Cakrawala tempoh hari.

Trip to Cakrawala_0123Bot Kami sedang meredah Laut Cina Selatan

Trip to Cakrawala_0091Wartawan TVPAS, Harakah dan Urusetia Penerangan Negeri Kelantan sedang menjamu buah dokong 100 kilometer di tengah lautan.

Trip to Cakrawala_0191Blogger Fauzi dari Perisik Rakyat dan wartawan TVANTARA sedang beraksi ala “The Deadliest Catch” Ketika bot kami deihempas ombak.

Benarlah tulisan saya sebelum ini, perjuangan membela agama, bangsa dan negara sudah luput dalam UMNO. Yang ada hari ini hanyalah perjuangan untuk menikmati hasil pengorbanan pejuang-pejuang terdahulu.

Kesimpulannya, Misi ini sudah satu kejayaan kerana setidak-tidaknya bagi kamus UMNO, mereka kini sedar bahawa warga Malaysia bersedia menempuh maut untuk mendapatkan apa yang mereka perjuangkan. Dengan itu mereka juga harus sedar, misi yang mereka angap misi maut itu baru sebutir garam dilautan luas. Perjalanan dan kesanggupan kami rakyat Malaysia menuntut hak kami masih jauh. Maka UMNO patut takut. UMNO patut benar-benar takut.

UMNO dan Khairi Mohamad patut segera menarik selimut bersembunyi disebalik tilam empuk mereka kerana kami pasti datang, Perjuangan kami sekadar baru bermula.

Kepada Mohd Khairi Mohamad, kembalilah ke pangkal jalan. Keluarlah dari kepompong mentaliti subsidi yang memusnahkan orang Melayu selama ini.

Hidup mati, ajal maut dan tanah perkuburan biarlah Yang Maha Pencipta menentukannya. Penentuan buat kita ialah kita, ‘Tidak akan sekali-kali rela berputih mata, untuk itu, kita bersedia berputih tulang bila-bila masa sahaja!”.

Akhir sekali, saya tidak akan lupakan senyuman kepuasan yang melirik di wajah Haji Hashim waktu kami bertemu semula di jeti setelah dipisahkan oleh pembahagian peserta sebelum bertolak ke Cakrawala. (Haji Hashim menaiki bot nelayan bersama aktivis-aktivis parti dan saya menaiki bot nelayan bersama rakan media dan blogger.) Bila saya naik ke jeti, saya melihat Haji Hashim sudah duduk di belakang VIP dan orang ramai yang menyambut kepulangan kami.

Haji Hashim tersenyum lebar, “lagu mano Pok Sheik, tok mabuk?” tanya Haji Hashim sebelum saya sempat bersuara. “Mabuk jugok sikit-sikit, Abe Haji?” “Ana tak mabuk”, katanya sambil bingkas bangun dengan gaya anak muda berusi 21 tahun.

Perlahan-lahan kami berdua berjalan ke kereta yang terletak lebih 2 kilometer dari jeti.

Patah Sayap Terbang Jua!

Nota: Anda boleh mengutusi Mohd. Kahiri Mohamad di alamat email mohdkhairi.mohamad@kosmo.com.my.