Khamis, 6 Ogos 2009

MALAYSIA CADANG SEKAT PENGUNAAN INTERNET.

MALAYSIA AKAN MEMBUAT DASAR MENAPIS PENGGUNAAN INTERNET

Malaysia bercadang untuk mengadakan satu rancangan seakan satu projek yang dijalankan di negara China “Empangan Hijau” yang telah dilaksanakan di negara tersebut.

Kenyataan ini di keluarkandiketika dimana hampir 600 penyokong(pembangkang-merujuk akhbar Reuters- bukan semua ahli pembangkang-WRLR) Pakatan Rakyat yang mengadakan perhimpunan aman sehingga pihak polis mengganggu perhimpunan tersebut dimana ianya menjadi satu pertentangan kepada kerajaan yang memerintah selama hampir 51 tahun mengerahkan tenaga pasukan keselamatan.

Denga penggunaaan internet , ianya menjadi satu persaingan kepada pihak kerajaan yang selama ini mengawal seluruh media dan kepentingan kerajaan untuk menhan para bloggers yang dianggap mengkritik kerajaan pemerintah.

“Mereka (pmerintah) sedang merangka saru pelan bagi melakukan satu tindakan menghalang pengunaan internet secara bebas sama ada ianya di laksanakan pada tahun ini atau tahun depan, demkian menurut seseorang yang enggan memperkenalkan identitinya..

Tiada siapa pun dari pihak kerajaan yang mahu memberi komen.

Malaysia bercadang untuk mengandakan bilangan pengunaan internet di rumah sehingga mencapai angka 50% dari jumah penduduknya.


Menteri yang bertanggungajawab berhubung dengan kementerian penerangan,maklumat dan kebudayaan Rais Yatim juga bercadang untuk mengawal bahan yang difikirkan tidak sesuai bagi pemerintah demikian kenyataan yang di keluarkan pada bulan lalu.

“Kementerian berkenaan bercadang untuk memberi tumpuan pada tahun mendatang “

Malaysia dengan jumlah penduduk mencecah 27 juta rakyatnya ingin menarik pelabur dalam bidang teknologi juga menjemput Microsoft Corp dan Cisco Systems untuk melabur dan kerajaan dalam masa yang sama pula berjanji untuk tidak menjalankan dasar sebagaimana yang di laksanakan di negara China itu.

Rais Yatim dalam satu kenyataannya bulan lepas menjelaskan bahawa dengan dunia tanpa sempadan, kita lebih rela untuk menyekat peggunaan internet dari berleluasan dan bebas kerana kita mahu hanya yang baik dari yang buruk mealalui saluran internet..

Masalahnya i'tiqad bangsa Umno

Masalahnya bukan demonstrasi. Bukan juga kerana kedai tutup, balang pecah, orang bertempiaran lari dan peniaga rugi. Itu tak jadi masalah. Lihat di sini atau baca berita Utusan Malaysia hari ini bertajuk "Demonstrasi Umno-PAS?". Antara lain dilaporkan:
Pergerakan Pemuda Umno hari ini melahirkan kesanggupan mereka untuk turun padang menyertai demonstrasi aman yang dianjurkan oleh Pemuda Pas Jumaat ini bagi mendesak Kerajaan Selangor menukar portfolio Exconya, Ronnie Liu.
Memang. Masalahnya bukan demonstrasi. Masalahnya jangan menentang i'tiqad yang mengimani bahawa Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) boleh menghidupkan bangsa Umno serta menjamin masa depannya.

Saya dah menyertai demonstrasi bersama-sama orang-orang PKR dan DAP. Saya teringin nak menyertai demonstrasi bersama-sama kawan-kawan dari Umno pula. Apabila ada common issue, apa salahnya berdemonstrasi bersama. Peduli apalah satu dua orang PAS yang dipersoalkan adakah dia lawan arak kerana Allah atau kerana kawan-kawan Umno dia suruh.

Lagi pun, kalau pergi demomnstrasi tu, dapat juga bersalam-salaman dengan ikhlas dengan kawan-kawan dari Umno dan selepas itu saya sambung baliklah penentangan terhadap bangsa Umno.

Saya pun bukan lawan ahli-ahli Umno yang beragama Islam. Saya hanya lawan i'tiqad, penindasan, kezaliman, kekejaman, chauvinisme dan sifat racist bangsa Umno. Sifat-sifat itulah yang membentuk bangsa Umno. Kalau orang yang mengaku ahli PAS pun ada sifat-sifat seperti itu, dia juga sebenarnya bangsa Umno. Bangsa Umno yang menjadi ahli atau menyokong PAS.

Oleh kerana saya melawan chauvinisme, tentulah chauvinisme arak dan fanatik arak pun saya lawan juga. Saya dah lawan "Perjanjian Pangkor" sehingga dihina keimanan saya. Peduli apa.

Sehingga hari ini pun, saya sangat berhati-hati kepada Datuk Ngeh Koo Ham dan Nga Kor Ming. Bodoh sangatlah kalau saya mempercayai mereka. After all, I am a Muslim extremist.

Kerja Muslim extremist lawan semua tak kira sama ada dia bangsa Umno yang racist dan beri'tiqadkan ISA, DAP chauvinist arak, si celaka yang suruh orang menandatangani undertaking letter dan si bodoh yang menandatanganinya, polis yang jahat (polis baik nak buat apa lawan), pegawai SPRM jahat (yang baik kita sokong dan tolong kerja depa lawan rasuah), PAS gila balak, Menteri Besar PAS yang berdolak-dalik bila diminta sekat judi dan arak - nak buat lagu mana, dah terpaksa.

Apa kerja lawan tak habis-habis? Saja cari penyakit.

Yang penting, jangan tiru perangai Mat Lobo (lobo dalam hal ini bermakna loyar bohong).

Jaga-jaga! FRU sedang memburu!

Setiap hari anda berdemonstrasi di alam siber. Kerajaan dah tak tahan lagi. Jangankan demonstrasi setiap saat di alam siber, topeng Altantuya pun depa takut.

Hari ini, Malaysiakini melaporkan berita bertajuk "Gov't mulls China-style Net censorship". Hati-hati kalau nak berdemonstrasi di alam siber. "FRU" mengepung di setiap penjuru. Anda diperintah bersurai. Tetapi, setiap ruang untuk bersurai dikepung dan disekat.

Kalau anda tak pernah mandi free atau dapat gas free di jalanan, kemungkinan "FRU" alam siber akan beri peluang kepada anda untuk merasa itu semua.

Kalau tahun 1998 dan 1999 dahulu anda boleh berdemonstrasi setiap hari di alam siber, tahun 2009 ini anda perlu menyediakan lebih banyak garam untuk diletakkan di bawah lidah kalau-kalau anda di sembur air beracun atau dibedil dengan kelongsong gas pemedih mata.

Tetapi, kalau anda bangsa Umno, anda tak perlu risau. Anda akan dibantu untuk berdemonstrasi. Keselamatan anda dikawal. Anda tentu ingat, demonstrasi bangsa anda di Pulau Pinang, Shah Alam, Kuala Terengganu, Subang dan di mana-mana pun. Semuanya kebal dari semburan air beracun dan bedilan kelongsong gas pemedih mata.

Jangan tak reti-reti lagi, Datuk Seri Najib Tun Razak dah berubah. Dia tak nak rebah. Dan, anda terpaksa dibelasah.

Exco S'gor: Tiada arahan SPRM bantu siasatan

Anggota Exco Kerajaan Selangor Rodziah Ismail berkata, beliau tidak menerima sebarang notis atau arahan untuk memberikan
kenyataan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam berhubung dakwaan penyalahgunaan wang oleh beberapa ADUN baru-baru ini.

Katanya kehadiran pegawai SPRM di bangunan Sekretariat negeri (SUK) hanyalah untuk menyoal pegawai khasnya dari pusat khidmatnya yang terletak di dalam kawasan dewan undangan negeri (DUN) Sementa.

"Saya menghadiri mesyuarat Exco ketika itu apabila pembantu khas saya memberitahu bahawa para pegawai SPRM telah mengeluarkan notis untuk menemui dia, dan saya pastikan dia ditemani oleh penasihat undang-undang negeri seperti yang diarahkan oleh Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Khalid Ibrahim, lapor Bernama.

Perbincangan semalam hanya di antara Pegawai SPRM dan penasihat undang-undang yang mewakili pegawai khas saya," katanya kepada pemberita di pejabatnya di bangunan SUK di Shah Alam ini.

Para pegawai SPRM dari Putrajaya muncul di pejabat Rodziah di bangunan SUK tengah hari semalam sebagai sebahagian daripada siasatan berhubung dakwaan penyalahgunaan wang kerajaan negeri.

Bagaimanapun, para pegawai Rodziah enggan membenarkan mereka masuk dan para peguamnya tiba selepas itu dan memberitahu para pegawai SPRM bahawa mereka tidak boleh masuk tanpa waran.

Ketika ditanya berhubung perbincangan antara pegawai SPRM dan pegawai undang-undang itu, Rodziah berkata perbincangan itu hanya berkisar mengenai keperluan SPRM untuk mengeluarkan notis untuk membolehkan seseorang yang akan ditemubual itu boleh menyediakan dokumen yang diperlukan, kenyataan dan saksi-saksi sebelum siasatan dijalankan.

Rodziah yang juga ADUN Batu Tiga, tidak menolak kemungkinan kehadiran pegawai SPRm itu semalam bermotifkan politik oleh
pihak-pihak tertentu.

"Sebagai anggota Exco yang berjuang untuk keadilan, ketelusan dan akauntabiliti, saya tidak takut untuk disiasat. Bagi pihak saya, saya telah menjalankan tugas mengikut keupayaan saya," katanya.

Katanya kawasan DUN Sementa menjadi kawasan anak angkatnya Jun tahun lepas. Datuk Abdul Rahman Palil adalah ADUN Sementa yang mewakili Umno.

Sementara itu, Rodziah juga kecewa dengan tindakan SPRM dalam menjalankan siasatan yang hanya berdasarkan khabar angin dan surat-surat layang.

"Dalam hubungan ini, saya tidak faham kenapa SPRM hanya memberi keutamaan kepada kes-kes terpilih sahaja," katanya.

Inkues Teoh Beng Huat : Tiada Siasatan Menyeluruh Ke Atas Mayat Mendiang

Mayat setiausaha politik Exco Kerajaan Negeri Selangor, mendiang Teoh Beng Hock bebas dari alkohol atau dadah.

Demikian keterangan saksi ke 7, Zaihara Awang (gambar) yang bertugas sebagai Ahli Kimia, Jabatan Petaling Jaya semasa prosiding inkues kematian mendiang yang masuk hari ke 2 hari ini.

Zaihara memberitahu mahkamah hasil daripada analisisnya tidak terdapat apa- apa kandungan alkohol atau dadah dalam kandungan darah, air kencing dan kandungan perut dari spesimen mendiang berusia 30 tahun itu.

Peguam keluarga mendiang, Gobind Singh Deo menyoal Zaihara samada beliau membuat kajian dengan mengambil kira kemungkinan lain yang menyebabkan kematian mendiang. Beliau bertanya mengenai kemungkinan terdapatnya kandungan adrenalin yang tinggi jika seseorang itu hampir jatuh atu ditolak dari tempat yang tinggi dan Zaihara menjawab dengan mengiyakan soalan Gobind.

Zaihara menjelaskan Adrenalin bukanlah satu jenis dadah biasa dan ia hanya dihasilkan secara semula jadi dalam badan.

Mahkamah tegang seketika apabila peguam negara Tan Hock Chuan membantah soalan Gobind.

Gobind kemudiannya membalas dengan bertanya mengapa perkataan "ditolak" dan 'bunuh diri" tidak boleh digunakan memandangkan inkuiri ini diadakan bagi menyiasat punca kematian mendiang.

Majistret bagaimanapun menerima bantahan pendakwaraya.

Gobind kemudian mempersoalkan mengapa Zaihara tidak membuat ujian adrenalin sejurus saksi ke 7 itu menjawab pihak polis tidak mengarahkannya berbuat demikian.

Gobind bertanya sama ada beliau akan menjalan ujian tersebut jika diminta oleh pihak polis, Zaihara berkata, ujian toksikologi tidak termasuk ujian adrenalin.

Prosiding inkues hari ini bermula dengan mahkamah sekali lagi memanggil saksi ke 6, Abdul Rahman Rahim. Semalam majistret Azmil Mustapha Abbas meminta pihak peguam mengemukakan buku catatan keluar masuk bangunan Plaza Masalam Shah Alam berikutan saksi ke 6 mengatakan buku berkenaan tidak diisi sejak berbulan lalu.

Abdul Rahman mengesahkan bahawa buku itu tidak dikemaskini setiap masa. Melalui buku ini, inkues berharap dapat menemui siapa yang mendapat akses ke bumbung tingkat lima Plaza Masalam, dimana mayat mendiang ditemui.

Enam saksi telah dipanggil memberi keterangan semalam. Mereka terdiri daripada pengawal keselamatan di bangunan Plaza Masalam, seorang juruteknik dan seorang anggota polis dari balai Shah Alam.

Mahkamah berhenti rehat setengah jam sejurus memanggil saksi ke 8 iaitu Ahli Kimia di Jabatan Kimia Malaysia, Saiful Fazami Mohd Ali. Saiful bertugas di Seksyen Kriminalistik bahagian forensik Jabatan Kimia Malaysia.

Saksi ke 8 ini kemudiannya mengecam bahan kes yang diserahkan kepadanya untuk dianalisis sebelum dilepaskan dari kandang saksi. Bahan- bahan tersebut termasuklah sehelai seluar yang berlumuran darah, sebatang skru 5cm panjang, seutas jam tangan, pin penyambung jam tangan, klip logam, butang logam serta pelapik kaki lima.

Mahkamah kemudiannya memanggil saksi ke 9, DR Seah Lay Hong yang bertugas sebagai Ahli Kimia di Seksyen Scologi DNA sebelum mahkamah berhenti rehat dan perbicaraan disambung semula pada pukul 2.25 petang.

Dr Seah mengandaikan sample DNA yang dijumpai pada mayat mendiang kemungkinan milik 2 individu yang berlainan. Mengulas kenyataan itu Gobind berkata,

"Dr Seah memberitahu mahkamah tentang hipotesis berkaitan 3 sampel DNA yang dijumpai dikawasan jaket dan tali pinggan mendiang. Ini menguatkan teori bahawa 2 atau 3 orang pegang tali pinggan dia, kemungkinanlah. Esok majistret akan melawat kawasan kejadian di bangunan Plaza Masalam. Lusa kita akan dengar keterangan dari pakar patologis," katanya.

Mahkamah kecoh seketika apabila Gobind mempersoalkan Dr Seah yang membuat analisis tanpa langsung melihat foto keadaan mayat mendiang ditemui. Gobind mengandaikan bahawa Dr Seah menjalankan analisa mengikut arahan polis.

"Pada saya untuk dapat gambaran yang lebih tepat semasa menganalisis punca kematian mendiang ialah dengan melihat gamba mendiang. Ini menjadi perkara yang hangat dalam perbicaraan tadi," tambahnya lagi.

Perbicaraan disambung dengan Dr Seah diminta menyerahkan barang kes yang diujinya. Antara barang kes tersebut ialah spesimen rambut, kepala, kuk, pemotong kuku, kad FTA, sepasang kasut hitam, sebatang gigi, stik swab.

Turut sama diuji ialah, kemeja lengan pendek warna kelabu, blazer hitam, tali pinggang, seluar dalam warna kelabu dan sarung kaki warna biru kelabu.

Majistret Azmil memutuskan menangguh perbicaraan inkues ini ditangguh esok. -


Rugi RM20 juta angkara demo ISA...!!!!!

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, setakat ini, hampir RM20 juta kerugian akibat demonstrasi anti-ISA Sabtu lalu telah ditaksir.

"Hari ini saya sudah berjumpa dengan 20 persatuan peniaga yang menghantar memorandum dan tuntutan. Saya rasa, sudah hampir RM20 juta sudah yang saya dapat.

"Tetapi ramalan saya itu kerugian keseluruhannya, termasuk kehilangan pendapatan pada masa akan datang apabila pelancong tidak datang, khususnya di Kuala Lumpur.

"Pelabur asing pun enggan datang," katanya.

Beliau diminta menjelaskan jumlah sebenar kerugian peniaga akibat demonstrasi anjuran Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) didakwanya membawa kerugian RM100 juta hingga RM200 juta.

Senator itu juga berkata, kerajaan tidak akan memberikan bantuan kewangan kerana kerugian tersebut tidak berpunca daripada mereka.

"Pada masa ini, saya rasa (kerajaan) tidak patut terlibat. Ini bukan kesilapan pihak kerajaan, tetapi (kesilapan) mereka yang tidak bertanggungjawab.

"Kita boleh jadi pemudahcara sahaja. Kita tidak mampu hendak buat ini. (Jika tidak) esok, ada demonstrasi lain, orang lain pula buat tuntutan.

"Bukan kita yang buat demonstrasi," katanya selepas merasmikan seminar kecemerlangan pelajar SPM di Kerinchi, Kuala Lumpur petang ini.

Ditanya mengenai kemungkinan berlaku kerosakan sampingan akibat tindakan polis, Raja Nong Chik berkata: "Yang saya nampak, tidak besar, kalau ada pun. Ia lebih kehilangan pendapatan."

Beliau juga berkata, Umno tidak terlibat dengan usaha sayap Pemudanya di Wilayah Persekutuan yang menawarkan khidmat guaman terhadap sekumpulan peniaga yang ingin menyaman GMI semalam.

"Tidak ada. Saya tidak terlibat dengan usaha Pemuda Wilayah. Itu mereka dengan baik hati hendak membantu," katanya, sambil menafikan Umno menjadi dalang memburukkan GMI.

Beliau berkata, kerajaan mesti konsisten menolak sebarang demonstrasi, walaupun melibatkan isu selain ISA dan melibatkan anggota Umno sendiri.

"Kalau boleh, elakkanlah demonstrasi. Perdana menteri pun kata, adakan di tempat tertutup macam di stadium," katanya, mengulas cadangan demonstrasi bersama Pemuda PAS-Umno di Shah Alam esok.

Pemuda Umno hari ini dilaporkan berhasrat menyertai demonstrasi PAS bagi mendesak pemimpin DAP Ronnie Liu dilucutkan daripada exco kerajaan tempatan Selangor susulan dakwaan beliau campur tangan isu mengawal arak.

Kena kelosong gas pemedih mata, pelajar saman polis RM10 juta ..!!

Pelajar Institut Latihan Perindustrian (ILP) Pengkalan Chepa, yang cedera di bahagian mata kanan akibat terkena serpihan kelosong gas pemedih mata menuntut ganti rugi sebanyak RM10 juta

Muhammad Huzaifah Mohd Noor, 18 mengalami kecederaan itu semasa rusuhan di perkarangan Stadium Sultan Mohamad Ke IV, April lalu ketika berakhir perlawanan bola sepak Piala FA.

Saman itu difailkan menerusi peguamnya, Shaharuddin Mohamed dari Tetuan Shaharuddin Hidayu & Marwaliz di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi jam 3.10 petang tadi.

Pelajar berkenaan menamakan Pegawai Medan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU), Asisten Superintendan Sathasivam a/l Maniam sebagai defendan pertama, defendan kedua - Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan kerajaan Malaysia defendan ketiga.

Mohd Huzaifah menuntut ganti rugi am di atas kecederaan parah di mata kanannya akibat terkena tembakan peluru gas pemedih mata sehingga menyebabkan buta.

Tuntutan tersebut sebagai ganti rugi teruk dan teladan atau apa-apa jumlah difikirkan sesuai oleh mahkamah di atas kecuaian defendan.Image

Dalam tuntutan itu plaintif mendakwa pada 7 April 2009, jam 5 petang beliau bersama sepupunya, Abdul Rahman Husin berniaga burger dan minuman di sebelah Restoran Faridah, Stadium Sultan Muhammed IV ketika perlawanan bola sepak Kelantan dengan Negeri Sembilan.

Plaintif mendakwa pada jam 11.30 malam ketika mengemas barangan jualan, tiba-tiba sepasukan anggota FRU yang diketuai defendan pertama, yang mana seorang anggotanya melepaskan tembakan gas pemedih mata ke arahnya.

"Tembakan itu tepat mengenai bahagian mata kanan saya sehingga mengalami cedera parah dan teruk dan telah disahkan buta," katanya.

Sementara itu, ibunya Hajah Kamariah Hari, 60, memberitahu walau pun tuntutan RM10 juta dibuat ia tidak sama dengan kehilangan pancaindera anaknya.

Image Menurutnya akibat peristiwa tersebut anaknya secara tidak langsung telah bergelar Orang Kurang Upaya (OKU).

Kata Kamariah sejak peristiwa itu beliau tidak pernah kering air mata mengenangkan nasib anaknya.

"Walaupun kini anak saya masih trauma dengan tragedi itu, namun Alhamdulillah dia sudah dapat melalui kehidupan sehariannya seperti sedia," ujarnya.

Akibat perisitiwa tersebut beliau dimasukkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab (II). Plaintif merupakan anak bongsu daripada 12 adik beradik.

Beliau juga menuntut faedah di atas jumlah penghakiman pada kadar 8 peratus setahun dari tarikh penghakiman dibuat.

XPDC Royalty Minyak Part 7 dan Part 8.

By : Topeng Perak@Perisik Rakyat.

XPDC Royalty Minyak (8)

Lebih kurang 1 jam sebelum kami tiba di pintu Kuala, sekali lagi kami dibelasah dek hujan dan juga angin kencang. aku sempat menyuruk dalam dek Kapten... yang duduk atas dek habis basah lencun disiram air hujan bercampur dengan air laut.

Sebelumnya lebih kurang jam 12:00 tengahari, kami dapat berita dalam alat perhubungan, pemberitahuan dari darat. TGNA akan menyambut kepulangan kami didaratan dan kami seboleh-bolehnya diminta untuk tiba sebelum jam 3:00 petang.

Kapten cakap OK... kami ikut je, kelajuan enjin ditingkatkan tapi aku rasa macam sama je kelajuan... hahaha... kalau bot maritim mau terangkat muncung depan ala-ala mat rempit buat wheely..!

Dalam jarak lebih kurang 1 kilometer dari pintu kuala, hujan beransur-ansur berhenti. Alhamdulillah... 12 jam menempuh perjalanan ke Platform dan 15 jam menempuh perjalanan pulang yang tak akan kami lupakan.

Paling best waktu ni ialah pertama kali kami disambut dan yang menyambut kami ialah TGNA... selalunya kami yang menyambut VIP, tapi kali ni, VIP yang menyambut kami. rasa gonjeng semacam je... nak ambik gambar ke tak ni..? kalau aku tak ambik gambar, sape nak ambik gambar..?

Hahaha... semua konfius. yang mana mabuk-mabuk tengah laut tadi tiba-tiba bersemangat semacam je... dan yang pastinya, yang mana mabuk tadi tetap akan dapat bawak balik laporan walaupun masa sampai di Platform malam tadi dorang semua "Flat"... hahaha...
Pergh... kalau korang tengok bro ni masa kat tengah laut... memang...... (kau pikir la sendiri..!)
Pemuda harapan negara... tak tumbang dipukul gelombang... salute untuk 2 orang sahabat kita ni... memang cergas..!
Malam tadi setting perut, dah nak sampai jeti setting video kamera... tapi kena puji jugak sebab berani... tak macam Menteri-Menteri UMNO... bagi jemputan, bukan saja tak datang, bagi jawapan pun tidak... No Eggs..!
Syeikh puasa 1 hari... makan sikit-sikit je sebab malas nak bertenggek kalau nak melabor... toilet tak de woi..! kene tenggek sambil bergayut..! ha..?
Report jangan tak report..!
Orang ramai yang memenuhi jeti Pengkalan Kubor menyambut ketibaan kami... huhuhu... terharunyaaa...
Kelaut weeehhh...!!!
Lap tangan tu dulu... jangan main salam je..! bukan senang nak dapat peluang disambut oleh TGNA... tak caya korang tanya PM Najib..!

*Terima kasih kepada Kerajaan Negeri Kelantan dan semua mereka-mereka yang terlibat didalam mengatur XPDC ini. mungkin ada yang berfikir apa rasionalnya mengadakan lawatan seperti ini tapi bagi aku XPDC ini telah mencapai matlamatnya...

Para peserta dapat melihat sendiri apa yang diwar-warkan dan yang lebih penting ialah, pihak penganjur XPDC ini telah berjaya membuktikan bahawa Pelantar Minyak Cakrawala memang berada didalam perairan Kelantan setelah dilakukan pengukuran oleh juru-ukur bertauliah yang didatangkan khas dalam XPDC ini.

Seterusnya kita akan menunggu laporan penuh dari juru-ukur yang telah dipertanggungjawabkan dalam XPDC ini untuk di bawa ke pihak Kerajaan Pusat dan juga Petronas.

XPDC Royalty Minyak (7)


Kami bertolak pulang jam 12:30 pagi. tak sampai setengah jam lepas kapal bergerak, kami dibantai hujan lebat dan ombak kuat. kapal jenis C"0" terumbang ambing dipukul ombak. nasib kami agak baik sebab kapal yang kami naik ni kurang sikit olekannya berbanding dengan kapal sebelah kami.

Dengar ceritanya habis basah lencun peserta-peserta yang berada atas kapal sebelah. birai kapal yang rendah mengakibatkan percikan ombak membasahi anak kapal yang berada di dek depan. tapi katanya dalam masa tu tak sorang pun peserta yang cuba nak berpindah tempat sebab masing-masing sibuk melayan mabuk laut. basah pun basah la... peduli hape...

Aku dengar cuma 5 orang je peserta kapal sebelah yang selamat dari mabuk laut... yang lain... lu pikir la sendiri... hahaha...

Hujan turun tak lama, sekadar untuk membasahkan kami buat sedikit masa sahaja... sejuk toksah cakap la... gelombang memang dari tadi tak berubah... aku dengan Syeikh cuba nak jadi hero, awal-awal kami ambik port tingkat atas tempat simpanan bakul ikan.

Kalau korang biasa tengok National Geography siri "Deadliest Catch", macam tu la rupa kami dekat atas ni... cuma ombaknya tak sekuat yang anak-anak kapal penangkap Raja ketam tu alami walaupun kadang-kadang terbasah jugak disimbah percikan ombak. perjalan pulang memang thrill.

Ada satu masa Syeikh yang Macho tu menggelongsor masa tidur dan hampir jatuh kebawah... nasib baik sempat tarik hand-break... kalau tak penat la Kapten Slaughter nak cari balik bro Syeikh ni... hahaha..!

Malam tu kami tidur dengan beratapkan langit, simbahan cahaya bulan purnama dan juga diselangi dengan simbahan air laut... sentimental gila geng... memang aku akan ingat sampai bila-bila pengalaman ni. rasanya yang dapat pengalaman ni tak ramai... ada 5-6 orang je yang tidur dekat atas tu... yang lain-lain semua tidur beratapkan canvas... tapi basah jugak..! haha..!

Korang tengok tempat tidur Exclusive kelas VVIP tingkat atas...
Tempat tidur Exclusive kelas VVIP... muakhakhakhakha...!!!
Malam tu aku rasa semua peserta tidur nyenyak walaupun ada yang kebasahan. penat sangat kot...

Lebih kurang jam 6:30 pagi aku bangun. ingat nak shot gambar matahari naik, tapi, misi gagal sebab awan tebal dikaki langit. adusss... ombak masih macam semalam jugak dan aku perasan di belakang kapal kami masih kelihatan cahaya api dari Pelantar Minyak Cakrawala, walaupun perjalanan kami dah ambik masa hampir 6 jam, kami masih dapat melihat cahaya dari Pelantar tersebut.

Peserta-perserta yang lain masih sibuk melayan tidur (atau mungkin mabuk)... kiri tidur, kanan tidur, dekat bawah semua tidur... ada dalam 5 orang je yang dah bangun masa tu.

Dekat pintu sebelah bilik kapten, aku jumpa dia ni...
Kah kah kah kah kah...!!! mabuk free... ni kalau aku sentuh je dia ni, mesti uweeekkk..! jangan kacau... layaaannn...!!!
Anugerah aksi tidur paling best jatuh kepada bro kita ni...
Lentok habisss...
Yang dekat bawah ni lagi dasat... wartawan TVAntara...
Tau dekat mana tu..? dalam dapur pun jadi daaa...!!!
Bila tuan punya badan dah tangkap lentok... maka...
Berterabur...
Nampak tangan je...
Lebih kurang jam 10:00 pagi... dah ramai yang peserta yang mula bangun... masing-masing kelaparan... aku awal-awal dah bantai maggi dekat dapur.

Menjelang tengahari, ombak beransur-ansur tenang... geng-geng yang mabuk laut dah boleh angkat kepala. aktiviti tak banyak jadi aku cuma melayan kamera aku... ambik je mana-mana bahagian yang aku rasa menarik...

Kalau korang rasa tak menarik, aku tak boleh nak buat apa... tempat seluas ni, ape la yang ada..?

Catatan Selepas XPDC Royalty Minyak

Tepat jam 12:00 pagi 5hb. Ogos, 2009, kami bertolak pulang menuju ke jeti Pengkalan Kubor. hajatnya nak bermalam je dekat tengah laut tu bercahayakan api dari Pelantar Gas dekat depan kami dan cadangnya nak tunggu masa terbaik iaitu lepas subuh.

Dalam kepala kami, mesti cantik kalau dapat ambik gambar Pelantar Gas berlatar belakangkan cahaya matahari yang sedang naik digigi laut. tapi apakan daya, pihak Maritim maklumkan kami bahawa kami tidak dibenarkan berada lama disana atas faktor keselamatan.
Keselamatan diutamakan. walaupun agak kecewa sebab tak dapat ambik shot terbaik Pelantar Minyak berlatar belakangkan cahaya matahari yang sedang naik, tapi hati kami puas sepuas puasnya sebab misi kami berjaya. kami dah lihat dengan mata kepala kami sendiri kebenaran apa yang dicanangkan oleh Kerajaan Kelantan dan dinafikan oleh beberapa pihak.

Para pimpinan UMNO/BN patut berasa malu kepada para peserta XPDC yang sanggup meredah lautan menghadapi bahaya gelombang, menghadapi mabuk laut kerana pertama kali turun kelaut (aku terkecuali la sebab laut tu dah jadi macam rumah ke-2 aku... hahaha...).

Mereka-mereka ini jauh lebih kerdil dari para pemimpin yang ada dalam Kerajaan UMNO/BN tetapi jiwa mereka besar. mereka tidak buta-buta percaya apa yang dikatakan oleh ke 2-2 pihak sebaliknya mereka lebih jujur dalam mencari kebenaran.

Tahniah kepada semua yang turut serta dalam XPDC ini. anda telah melakar sejarah antara rakyat Malaysia yang bernasib baik dan berpeluang melihat sendiri apa yang Malaysia miliki. mata anda menjadi saksi yang melihat dan bukan sekadar tahu melalui pembacaan dan "cerita-cerita orang".

Pihak yang berkenaan baik Petronas mahupun Kerajaan Pusat WAJIB bertanggung jawab dalam hal pembayaran royalty minyak kepada negeri-negeri yang dikaut hasil buminya. jangan dinafikan hak rakyat Kelantan atau mana-mana negeri yang berkenaan kerana itu adalah hak mereka.

Bila aku fikir-fikirkan, tidak salah kalau dikatakan bahawa Kerajaan Pusat terlalu rakus dan tamak. kenapa mesti dinafikan hak rakyat Kelantan..? rakyat kelantan hanya mahu 5% sahaja dari hasil buminya dan selebihnya sebanyak 95% diserahkan kepada Petronas atau Kerajaan Pusat tanpa banyak soal... kalau hasil keseluruhannya ialah RM100, Kelantan hanya meminta RM5 SAHAJA..! kenapa jumlah yang sekecil itupun seboleh-bolehnya cuba dinafikan..?

Keterlaluankah kalau dikatakan bahawa pihak yang terlibat dalam hal ini "TAMAK"..?

Katanya UMNO itu memperjuangkan hak orang melayu... adakah lebih 90% rakyat Kelantan ini bukan melayu..? Najib sendiri pada bulan lepas mengatakan bahawa Kerajaan Pusat tidak pernah menganak tirikan negeri Kelantan tetapi kenapa mesti menafikan hak rakyat Kelantan yang majoritinya dalah melayu..?

Apakah termaktub dalam perlembagaan bahawa melayu itu adalah UMNO dan UMNO itu adalah melayu..? kalau begitu, adakah 100% rakyat Kelantan adalah orang PAS dan adakah tidak pernah selama ini UMNO wujud di kelantan..? Tok Pa, Awang Adek, Annuar Musa, Ku Li dan yang lain-lain itu apa bangsanya..?

Kalau begitu kenapa tak diubah sahaja dalam Perlembagaan Malaysia dan wujudkan sahaja "Bangsa Kelantan" supaya hak melayu Kelantan tidak dapat dipersoalkan oleh rakyat Kelantan..!

Paling-paling tak dapat diterima akal ialah bilamana Tok Pa, seorang anak Kelantan dan juga Ahli Parlimen Jeli (1-1nya kawasan Parlimen yang tiada lampu isyarat..!) menafikan bahawa Kelantan mempunyai hak keatas hasil Gas tersebut... bila Pakatan Rakyat mengadakan demo membantah akta ISA yang zalim, ada pimpinan Pakatan rakyat dituduh sebagai pembelot... tapi bagaimana pula kedudukan Tok Pa dalam hal royalti minyak Kelantan..?

Tidak belotkah Tok Pa pada rakyat tumpah darahnya sendiri..? anda dipilih oleh rakyat kawasan anda untuk memperjuangkan dan berbakti kepada rakyat kawasan anda yang berada dalam salah 1 kawasan Parlimen di Kelantan tetapi anda telah menafikan hak mereka.pemimpin jenama apakah itu..?

Harap PRU-13 nanti rakyat kawasan yang bakal ditandingi oleh Tok Pa akan menolak Tok Pa kerana tidak ada Parlimen atau DUN di Kelantan yang memerlukan seorang pembelot sebagai wakil rakyatnya. kita tak perlu pembelot dalam negeri ini.

Hati aku panas bila teringat dekat Tok Pa tapi nasib baik Ku Li dapat sejukkan hati aku... walaupun Ku Li juga datang dari UMNO, tapi ternyata Ku Li leboh rasional dan layak berada di tempatnya berbanding pimpinan UNO yang lain... tapi aku heran, kenapa orang yang macam ni lah yang lebih-lebih dahulu dijatuhkan didalam UMNO..?

Sekarang aku tak heran lagi sebab makin jelas dan terang, Rakyat Malaysia tak perlukan pemimpin yang tidak bekerja untuk rakyat dan sebaliknya UMNO pula tak perlukan pemimpin yang bekerja untuk rakyat.

nafikan hak rakyat dan anda layak untuk menduduki carta teratas pimpinan UMNO atau paling tidak pun bakal pemimpin didalam UNMO..!

Dah la... jangan sebut lagi UMNO sebagai pejuang dan pembela melayu di Malaysia. makin benci aku dengan UMNO ni. aku tak kan bagi peluang lagi untuk UMNO. CUKUP..!

'Tujuh wasiat Raja-Raja Melayu'

Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah hari ini mengingatkan rakyat khususnya orang Melayu mengenai tujuh wasiat Raja-Raja Melayu yang menjanjikan kesejahteraan, kedamaian dan keamanan jika mereka bersatu dan berpegang teguh kepadanya.

Menurut baginda, wasiat yang disampaikan semasa Raja-Raja Melayu menurunkan tandatangan persetujuan pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957 ialah:

bullet button Kami namakan dan kami panggil dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung Persekutuan Tanah Melalyu (sekarang dikenali dengan nama Malaysia);

bullet button Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, Tanah Simpanan Melayu sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain;

bullet button Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hak milik kamu, kami tubuhkan Rejimen Askar Melayu selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara;

bullet button Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan Raja-Raja Melayu memerintah negara ini;

bullet button Kami isytiharkan Islam adalah Agama Persekutuan;

bullet button Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah Bahasa Melayu;

bullet button Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan Kepentingan sah kaum-kaum lain. (Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).

Raja Nazrin Shah bertitah demikian semasa melancarkan tiga buku allahyarham Datuk Dr Syed Hussein Alatas, berjudul Mitos Peribumi Malas, Intelektual Masyarakat Membangun, dan Rasuah: Sifat, Sebab dan Fungsi, bersempena seminar antarabangsa legasi pemikiran pemikir itu yang bermula Selasa lalu di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di ibu negara.

Menurut Bernama, baginda bertitah wasiat sembilan Raja Melayu - yang terdiri empat negeri Melayu bersekutu dan lima yang tidak bersekutu itu - disampaikan sebelum Merdeka kepada rakyat Melayu, yang merupakan rakyat asal dan subjek Raja-Raja Melayu.

"Wasiat ini dihasilkan atas kehendak Raja-Raja Melayu untuk mengekalkan kesinambungan sejarah, kedaulatan, dan kuasa politik Melayu (yang terletak pada Raja-Raja Melayu) kepada kesinambungan kedaultan negara kepada Raja-Raja Melayu serta mendapat penerimaan rakyat melalui wakil-wakil sah yang mempunyai locus standi, maka Perlembagaan Persekutuan mempunyai fasal-fasal tertentu," titah Raja Nazrin Shah, merujuk kepada Perkara 3 (1) (2) (3) dan (5); Perkara 11, Perkara 12; Perkara 38 (5); Perkara 152; Perkara 153 dan Perkara 181 (1).

Menurut Raja Nazrin Shah fasal-fasal ini memerlukan izin Majlis Raja-Raja Melayu untuk sebarang pindaan.

"Sempena ulang tahun kemerdekaan negara ke-52 pada 31 Ogos ini, sewajarlah fakta-fakta utama dalam perjalanan menuju kemerdekaan itu dipastikan tidak terpendam dari sejarah," titah baginda.

Mengenai Syed Hussein Alatas, yang meninggal dunia kerana serangan jantung pada 23 Jan 2007, Raja Nazrin Shah bertitah bahawa Allahyarham sering membangkitkan mengenai kejijikan rasuah, dan dihuraikannya dalam buku tulisan beliau "Rasuah: Sifat, Sebab dan Fungsi."

"Walaupun ianya kotor dan jijik, ironinya semakin ramai yang berlumba untuk mendapatkan kuasa supaya berpeluang melakukannya, malah melakukannya dengan penuh tipu muslihat untuk terlepas dari undang-undang dan hukum dunia," titah baginda.

Raja Nazrin Shah bertitah bahawa ramai yang bercakap tentang rasuah, malah seruan untuk memeranginya adakalanya bergema lebih nyaring daripada kalangan mereka yang tidak bebas daripada melakukannya.

"Lalu tenggelamlah kesungguhan usaha untuk memerangi rasuah dalam retorik kepura-puraan. Akibatnya takhta runtuh, pemimpin jatuh, negara lebur dan rakyat melarat," titah baginda.

Baginda bertitah rasuah berlaku di mana-mana termasuk di istana, dalam sektor awam, swasta, organisasi politik, malah dalam badan-badan agama, kerana rasuah merupakan candu yang mengasyikkan dan yang menanggung derita bukan dalam kalangan pengamal dan penerima rasuah.

"Sebenarnya rasuah merendahkan martabat seseorang insan ke taraf abdi, menjadikan insan hamba kepada harta, kepada kekayaaan, kepada kebendaan dan kepada jawatan yang diperoleh secara haram," titah Raja Nazrin Shah.

Menurut baginda, rasuah adalah instrumen yang membunuh jiwa merdeka, pemikiran merdeka, sifat merdeka dan watak merdeka dalam diri seseorang insan yang terjebak dengannya.

Undian: ISA zalim, tuntut dimansuhkan..!!!!

Majoriti pengunjung laman web berita Kementerian Dalam Negeri (KDN) menggesa akta ISA dimansuhkan kerana ia disifatkan sebagai kejam.

Daripada 522 responden, setakat ini, 481 atau 92 peratus mahu Akta Kementerian Dalam Negeri (ISA) dihapuskan, sementara hanya 36 responden bersetuju dengan cadangan kerajaan untuk menyemak akta kontroversi itu.

Undian yang bermula hampir jam 9 malam tadi memuatkan lima soalan, masing-masing dengan tiga pilihan jawapan, bermula dengan "pada pandangan anda, ISA adalah...".

Semakan Malaysiakini mendapati 597 responden atau 88 peratus menganggapnya "kejam", manakala 51 responden atau 9 peratus menyifatkan akta itu sebagai "undang-undang pencegahan" daripada kegiatan mengancam keselamatan negara.

Majoriti responden, kira-kira 89 peratus daripada 621 responden, yang menentang akta itu menyatakan mereka "faham dan tahu sepenuhnya mengenai ISA", 51 responden menjawab "saya keliru" dan selebihnya memilih "saya tidak tahu dan tidak faham."

Mereka, 599 responden atau 89 peratus, juga mengetahui isu ISA melalui bahan bacaan dan hanya 51 responden "tangkap muat" berhubung isu tersebut, sementara 22 lagi melalui "cakap-cakap" pihak lain.

Ditanya soalan Amerika Syarikat dan Britain mempunyai akta menentang keganasan masing-masing yang "dirujuk daripada pelaksanaan ISA di Malaysia", 324 responden atau 48 peratus menyatakan mereka mengetahui perkara itu.

Manakala 328 responden lagi atau 49 peratus menjawab soalan itu "tidak memberi apa-apa makna kepada mereka", selebihnya memilih jawapan "saya tidak tahu."

Berdasarkan undian topik-topik yang lepas, tempoh tinjauan di potal berita KDN itu dijalankan selama seminggu.

NONE
Akta ISA sering menjadi topik perbahasan hangat antara pemimpin kerajaan dengan pembangkang dan aktivis hak asasi.

Demonstrasi anjuran Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) bersama Pakatan Rakyat, Sabtu lalu, mencipta rekod perhimpunan terbesar dalam sejarah negara menentang akta kontroversi itu.

The Umno dilemma...!!!

By : Sim Kwang Yan

History is an unpredictable beast that moves and twists in time in very strange ways. The evolution of collective human affairs, unlike events in the natural physical world, does not seem to be governed by any fixed law of nature.

What is predictable is that those in the ruling class in any totalitarian society would dream of their rule lasting 10,000 years. The dynastic empires in China dreamed of that, and so did the Nazis in Germany. Fortunately for mankind, both those dreams were shattered by historical forces beyond the control of empire builders.

Part of the reason for this is that in any society, subtle subterranean currents of political change go on undetected because of equally subtle socio-economic and cultural change that shifts the power-relation within the body politics.

Great political leaders will want to manage that change according to their vision of what is good of the country one way or another. Barack Obama is one such leader. He did not make that change happen; he seized that opportunity at a critical moment in American history and became a catalyst for national change.

Malaysia too reached such a critical stage without our knowing it beforehand. For some strange reasons best left to political scientists, many Malaysians agitated for new ways of political decision making in the silent privacy of their skulls, despite the usual deluge of spin in the mainstream media.

Then, in the general election last year, voters decided spontaneously to discard their long-held assumptions about politics and voted across racial and religious lines. The opposition coalition was there as a viable alternative, and the voters instinctively seized that opportunity en masse to create history, as if they had a consensus beforehand!

It is easy to be wise after the event. After the March 8 political tsunami, many leaders in BN component parties made open calls for their reform, and warned of the perils of drowning in the sea of change if they failed to do so. A year and four months later, they are mostly wallowing in the mud of internal power struggle.

The Taiwanese example

Not many authoritarian ruling regimes can reform themselves. One such exception is the Chinese Nationalist Party of Taiwan, the Kuomintang KMT.

Taiwan politics is always complex, chaotic, and parochial. Simply put, the KMT enjoyed uncontested authoritarian rule from 1949 onwards under the iron fist of their strongman Chiang Kai Shek, a relic of the old China warlordism. His rule was oppressive, heavy handed, and bloody.

Then the KMT went through a series of reforms under Presidents Chiang Ching Kuo and Lee Teng Hui, allowing more democratic practices and opening up public spaces. Taiwan became one of the four Asian Tigers in the 1980s, and the voters there had their political expectations raised beyond measure.

In the presidential election in 2000, the KMT lost to the People's Progressive Party (PPP) candidate Chen Shui Bian.

Much happened in the KMT during this period. The long and short of it is that Ma Ying-jeou – the popular mayor of Taipei, became the first elected president of KMT in the party's 93 year history in 2005.

Ma defeated the PPP candidate in 2008, and became the new Taiwan President, thereby regaining KMT glory in the island republic. I followed that election closely, and watched Ma speaking the language of change, democracy, accountability, and good governance, that kind of narrative undreamed of by old KMT campaigners and that which would turn Chiang Kai Shek in his grave.

What happened in Taiwan cannot be duplicated in Malaysia or anywhere else in the world. Every nation-state has to find its own way to its destiny.

The Malaysian case

In the case of Malaysia, BN top leaders too detected the change of mood among Malaysians these days. The new Prime Minister Najib Abdul Rajak knew too that he had to manage this change to his advantage, and there must be a new political narrative to win back the middle ground.

After all, the newly formed Pakatan Rakyat has offered the national electorate an inclusive narrative of Ketuanan Rakyat as an alternative to Umno's Ketuanan Melayu.

They have demonstrated that political agenda in the four or five states they control, more or less, providing a show case for all to see, especially for those voters in states still under BN rule! Everybody's eyes are cast on 2013.

Najib immediately announced plans for Umno's reform. The top party leadership was to be elected directly by the grass-root members in future, to eradicate money politics during party election, a measure that was first mooted by Ku Li.

He then proposed a series of “liberalisations”, and created the new old 1Malaysia slogan. Sloganeering is part and parcel of Malaysian politics, and gullible middle-ground Malaysians with a tendency for wishful-thinking are particularly susceptible to it.

For a while, it looked like the new Najib administration did have a fresh new mask to change the public perception of Umno.

Usually, when the Umno and BN boss come ups up with a new slogan, you hear it being echoed ad infinitum down the line by leaders at various levels like loyal parrots. This time though, the various proposals by the new PM were welcome by a deafening silence from his own people. The only voice was the stinging remark by the former PM Dr Mahathir Mohaham, reiterating Umno's communal ideology, as if to rebuke Najib's 1Malaysia policy.

This is significant. Utusan Malaysia, the bastion of Umno propaganda machinery and official organ of Umno ideology, was seen soon after to make every political issue into racial one, from Teoh Beng Hock's death, to the anti-ISA mass rally on Aug 8.

They had quoted Muhyiddin Yassin as calling Anwar Ibrahim a traitor to the Malay race. Comments on the Utusan have also described PAS as a tool of the DAP to divide and rule the Malays. In an attempt to play reverse psychology, Malays were called “cowards' for not standing up to defend the rights of the race.

Many commentators are immediately alarmed. They fear that this tactic of race baiting would raise the temperature of race relations by several notches. The knee jerk reaction of many non-Malays is fear for the worst.

Too many warlords

I harbour no such fears, but see opportunity in the recent racial outburst emitting from the bowels of Utusan.

They see the various races as monolithic entities going at one another's throat. Apparently, they are stuck in the time capsule of the 1960s. In reality, there are no such monolithic racial entities. The social economic changes in the country in the past decades have allowed the various ethnic entities to evolve into very complex, diverse, and multi-layered organisms.

I looked at dramatic images of the mostly Malay police force beating down on the mostly Malay anti-ISA protestors, and I see the deep wound inflicted by Umno on the Malay soul. Such a scene was unthinkable mere decades ago!

In short, political propaganda must fit some of the reality of lived experience. The chief worry of the Malay men and women, especially those in the urban centres of Malaysia, is the task of keeping or seeking a good job, rising price hikes in all things necessary for basic daily living, avoiding criminals, and the children's education. In this struggle for survival, many see the government as the culprit of their sufferings, and not the Chinese or the Indians, who suffer alongside them.

But the racial tirade is also revealing. It shows the inability of Umno to create a new narrative to meet the changing reality of Malaysia. When provoked into action, their reflex reaction is to revert back to the tired, archaic, irrelevant, fossilised and outdated, discourse of their past.

In effect, their racial discourse can only please the believers, but will do nothing to win over converts from the non-believers. It will alienate the Chinese and the Indians even more, thereby negating all BN effort to win back the middle ground.

It all goes to show how hard it is for an old political party that is used to enjoying political hegemony to reform itself when it is on the decline. Simply put, Umno is full of too many warlords with too much political baggage and too much vested interests. It has become like a dinosaur with a small head and a huge body, that finds it simply too sluggish to move anywhere, metaphorically.

That is where I see the opportunity. The political dinosaur's small brain cannot see beyond the next general election and the next negotiated contract. If only the people and the opposition politician can seize upon the opportunity, and avoid the pitfall of too much politicking, but instead work hard in articulating their new inclusive narrative, they can make the political dinosaur extinct in the foreseeable future.

Tidak, Melayu tidak bacul!....Tapi Melayu UMNO@BN yang Bacul...!!!

Anti-ISA protest arrestSekiranya matlamat Utusan Malaysia adalah untuk membangkitkan kemarahan orang ramai dengan menyiarkan rencana bertajuk “Melayu jangan jadi bacul” tulisan Noor Azam, maka akhbar tersebut telah berjaya mencapai matlamatnya. Rencana tersebut telah membuatkan saya begitu marah sehinggalah saya menyumpah dan mencela skrin komputer saya.

Kemarahan yang meluap-luap ini tidak pernah saya rasai, walaupun telah banyak rencana yang disiarkan oleh Utusan Malaysia yang saya baca. Kemarahan saya bukanlah disebabkan saya bersetuju dengan apa yang dibangkitkan oleh rencana tersebut. Saya, seperti ramai yang lain, begitu marah dengan rencana tersebut kerana ia telah meniupkan api perkauman dengan melaga-lagakan orang Melayu dan orang bukan Melayu di negara ini.

Saya tidak mahu membuat ulasan tentang perkara-perkara berkenaan dengan beberapa parti-parti politik yang disebut di dalam rencana tersebut. Politik adalah seni hentam-menghentam, kritik-mengkritik dan balas-membalas. Dan Utusan Malaysia adalah sebuah akhbar politik, walaupun ia juga memuatkan berita-berita sukan, hiburan dan luar negara. Jadi biarlah ahli-ahli politik dan parti-parti mereka menjawab dakwaan Utusan Malaysia.

Apa yang saya ingin katakan di sini adalah berkenaan dengan sentimen perkauman yang dibakar oleh rencana tesebut.

Mengikut rencana tersebut, hak-hak orang Melayu kian dicabar oleh orang-orang bukan Melayu. Kononnya perkara tersebut semakin menjadi-jadi sejak akhir ini. Tetapi, walaupun begitu banyak “peringatan” dan “amaran” yang diberikan, orang Melayu masih tidak “bangkit” dan “bangun” untuk mempertahankan bangsa mereka. Maka rencana itu bertanya, adakah Melayu sudah menjadi bacul?

Apakah yang dimaksudkan dengan “bangkit” dan “bangun”, yang diseru kepada orang Melayu oleh rencana tersebut? Walaupun tampak tegas dan garang, rencana tersebut tidak pula menyatakan apa yang dimaksudkan dengan perkataan-perkataan tersebut.

Saya petik dari rencana tersebut:

Akan tetapi semua seruan dan amaran hanya tinggal dalam lipatan akhbar Utusan Malaysia sahaja. Orang Melayu tidak bangun bangun juga. Pertubuhan Melayu - yang lama dan baru - hanya sekadar mengeluarkan kenyataan marah-marah dan membuat laporan polis sahaja. GAPENA yang menganjurkan Kongres Perpaduan Melayu yang sangat besar dan penuh bersemanga pun, sampai sekarang tidak nampak sebarang tindakan. Pemimpin Umno, termasuk Pemuda pun sekadar mengeluarkan kenyataan dan amaran sahaja.

Maka “bangkit” dan “bangun” bukanlah “seruan”, “amaran”, “mengeluarkan kenyataan”, “membuat laporan polis” seperti yang telah dibuat sebelum ini. Kita boleh membuat kesimpulan bahawa “bangkit” dan “bangun” merujuk kepada sesuatu tindakan yang lebih agresif daripada apa yang dilakukan sebelum ini. Persoalannya, apakah tindakan tersebut? Memberontak? Berdemonstrasi? Membuat rusuhan kaum? Saya tidak tahu dan saya berpendapat bahawa pihak berkuasa haruslah membuat siasatan tentang apa yang dimaksudkan dengan “bangkit” dan “bangun” untuk memastikan bahawa ia tidak mengandungi unsur-unsur hasutan.

Inilah yang membuatkan saya begitu marah. Di kala rakyat jelata sedang berganding bahu untuk merapatkan jurang kaum dan agama dan membina sebuah negara Malaysia yang lebih maju, Utusan pula membangkitkan isu perkauman. Tatkala Perdana Menteri kita memperkenalkan konsep “1Malaysia” yang inklusif dan bertujuan untuk memupuk perpaduan, Utusan pula secara terbuka telah mendakwa bahawa apa yang dikehendaki oleh orang Cina dan India adalah kuasa politik dan pentadbiran yang lebih besar.

Menurut rencana tersebut:

Orang Melayu, Raja-Raja Melayu dan Kumpulan Utusan Melayu yang selama ini sangat bersabar dan sentiasa sangat berhati-hati menjaga hati orang Cina dan India, sudah tidak boleh tahan lagi.

Saya tidak tahu sejak bila orang Melayu melantik Kumpulan Utusan Melayu untuk menjadi jurucakap kami. Saya sendiri tidak pernah dan tidak mahu Utusan Malaysia untuk bercakap bagi pihak saya. Saya juga tidak percaya bahawa Raja-Raja Melayu ada mengambil Utusan Malaysia sebagai lidah rasmi mereka. Saya percaya mereka juga sudah tentu tidak bersetuju dengan rencana tersebut.

Saya sebenarnya tidak faham apakah yang dimaksudkan dengan “hak-hak orang Melayu dicabar”. Setahu saya, apa yang dikatakan sebagai “hak Melayu” itu telahpun termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan. Ianya tidak boleh dipinda atau dimansuhkan dengan mudah dan perlu persetujuan daripada Majlis Raja-Raja. Maka retorik yang sering dimainkan bahawa hak-hak tersebut semakin hilang hanyalah mainan politik golongan tertentu.

Tetapi dengan sendirinya, rencana tersebut telah meluaskan “hak-hak Melayu” kepada perkara-perkara seperti kedudukan-kedudukan tinggi di dalam perkhidmatan awam dan kerajaan. Saya pun tidak tahu di mana dinyatakan di dalam Perlembagaan Persekutuan bahawa Datuk Bandar Kuala Lumpur mestilah berbangsa Melayu.

Adakah perlu kita penuhkan kakitangan awam kita dengan orang-orang Melayu sahaja? Adakah dengan berbuat demikian, kita dapat memperkasakan bangsa Melayu? Adakah kemiskinan dan masalah sosial yang melanda orang Melayu akan terhapus hanya kerana jawatan tinggi dalam kerajaan dipegang oleh orang Melayu? Kalau begitu, mengapakah saya masih melihat anak-anak Melayu terbiar tanpa pembelaan? Mengapakah kekayaan negara masih tidak disalurkan kepada orang-orang Melayu yang memerlukannya?

Jika kita ingin negara kita bersaing dengan negara-negara lain, kita tidak boleh melihat semua perkara melalui kanta etnik. Kita perlukan yang terbaik tanpa mengira warna kulit dan keturunan. Institusi-institusi awam adalah milik semua dan bukannya “institusi Melayu”. Tidak ada guna sekiranya institusi-institusi tersebut didominasi dengan bangsa Melayu, tetapi semuanya tidak efisyen, tidak efektif dan dibelenggu dengan penyelewengan. Nasib Melayu tidak akan terbela hanya kerana institusi awam dipenuhi oleh orang Melayu.

Saya percaya orang Melayu akan dapat membela nasib mereka sendiri. Jangan sangka Melayu itu bangsa yang bodoh dan malas yang sentiasa memerlukan jaminan dan pertolongan dari kerajaan. Jangan hina Melayu sebegitu rupa!

Saya percaya ramai yang telah muak dengan sentimen perkauman yang sering dimainkan oleh Utusan Malaysia. Ini bukan kali pertama dan saya percaya ia bukan kali terakhir. Tetapi sampai bila harus kita memberi muka kepada media yang mengganggu-gugat keharmonian kaum seperti ini?

Terimalah kenyataan bahawa orang Melayu telah berubah. Mereka tidak mudah termakan dengan umpan perkauman yang disajikan oleh pihak-pihak tertentu. Rencana tersebut tersasar, kerana orang Melayu tidak bacul. Orang Melayu kini semakin matang, semakin kritikal dan semakin berani. Mereka sedar bahawa arus perubahan sedang melanda dan mereka tidak takut menghadapinya. Orang Melayu kian faham bahawa saingan dari dalam dan luar negara tidak dapat dielakkan. Orang Melayu tidak lagi melihat bangsa lain sebagai musuh yang sentiasa ingin merampas hak mereka.

Yang bacul dan penakut adalah mereka tidak mahu berubah dan masih berpegang teguh kepada agenda perkauman yang sempit dan melemaskan.

H1N1 - Peluang buat duit untuk kroni BN, wak dah bagi jalan !

Oleh : albanjari

Wabak H1N1 kini melibatkan 2 kematian di Kerian. 2 buah sekolah telah ditutup. Seluruh negara dimaklumkan 13 telah pun meninggal dunia. Dan angka rakyat disahkan diserang wabak kian bertambah. Tiba-tiba sahaja 'darurat' diisytiharkan secara tidak rasmi keatas gerak kehidupan rakyat. Ini 'bencana', biarpun Negara belum lagi di 'darurat'kan. Mungkin menunggu sehingga 40 orang mati baru mat 'lembut' mahu bersuara. Biarkan..! Biarkan..!!

Tiada ubat selsema dijual atau dideskripsi di mana2 klinik sekarang. Jika selsema atau batuk, hanya hospital yg sudi menerima. Klinik swasta atau klinik MC tidak dibenarkan mengeluarkan ubat-ubatan utk penyakit itu. Langkah 'berjaga' kata mereka. Hospital Kerajaan menjadi 'sesak'. Katil hospital mungkin akan ditambah. Sekiranya anda 'selsema' lebih 3 hari, peluang untuk anda 'berehat' di katil hospital 80% akan tercapai. Jangan bimbang, makanan halal akan disajikan apabila sampai waktu. Begitu juga waktu lawatan sahabat handai dan taulan, pintu wad sentiasa terbuka, seterbukanya lubang kubur untuk menerima kematian anda.

Seorang lagi pelajar sekolah rendah telah dihantar ke Hospital Taiping malam tadi, mungkin disyaki atau telah dihinggapi, hanya hospital boleh bicarakan soal itu. Rakyat hanya menanti saat diserang wabak dan dihantar ke sana dan ke mari atas dasar 'prihatin' dan tanggungjawab sebelum mati.

Dan kini, setiap rumah yg punya sedikit wang, telah mula melanggan 'face mask'-surgical disposal yang harganya RM28 sekotak untuk 50 keping topeng. Anak-anak ke sekolah mula bertopeng dan ditopengkan, begitu juga bini - bini dan isteri, suami juga turut rajin memakai topeng, lebih2 lagi jika suami yg punya bini lawa dan seksi. Kepada yg berduit mereka mampu menopengkan muka untuk mengelak wabak yg boleh membawa kematian.

Gusarnya, kepada marhaen yg melata tidak berduit, maksud wak mereka-mereka yg daif dan miskin, antara topeng mask dan ikan tamban di pasar, antara beras sekilo dan 4 topeng anak-anak sendiri., wak percaya bahawa kriteria untuk memilih ikan tamban sekilo di pasar dan beras menjadi perkara yg lebih utama bagi golongan ini. Urusan hidup mati, hanya diserahkan kepada Allah swt.

Mengapa tidak diberikan 'face mask' secara percuma di setiap sekolah ? atau juga kepada sekelian hamba rakyat ? Besar sangatkah pebelanjaan membeli topeng itu untuk mengawal wabak yg melanda negara jika mahu dibanding-banding dengan pembaziran yg telah kerajaan lakukan ? Andai kerajaan mampu membayar tunangnya Michele Yeoh 1 juta untuk menjadi Duta Pelancongan, membayar komisen kapal selam 250 juta, membayar untuk kecantikan dan lanskap Putrajaya mencecah RM1.5 juta atau RM18 juta setahun penuh senyum dan ketawa, mengapa tidak mampu untuk melakukan untuk rakyatnya sendiri yg kini dihimpit wabak yg tiada penawarnya lagi merbahaya ? Itu belum masuk kos yg terpaksa ditanggung untuk mempromosikan jenama 1Malaysia dan imej PM di mata dunia yang angkanya juga juta-juta ??

Merujuk kepada laporan harakah (sumber) - Jumlah pembaziran dan penyalahgunaan wang rakyat yang telah dilakukan sepanjang era Abdullah menjadi Perdana Menteri ,

1. Pembelian 3 lukisan untuk syarikat MAS - RM1,550.000.00
2. Lebih bayaran pembelian peralatan KBBS (belia dan Sukan) - RM8,390,000.00
3. Kos memperbaiki MRR 2 - RM70,000,000.00
4. Kos memperbaiki kerja bangunan Matrade - RM120,000,000.00
5. Pembelian jet baru Abdullah - RM200,000,000.00
6. Bayaran pampasan kerana gagal meneruskan pembenaan jambatan bengkok - RM257,000,000.00
7. Pembelian 3 buah submarine - RM4,100,000,000.00
Hakikatnya, rakyat tiada pilihan sekarang, jika dijemput wabak sebagai tanda untuk mati, nasib hang lah..'rakyat didahulukan'..itu hanyalah gimik dan slogan sahaja. Ia retorik. Slogan tetap slogan, dan tinggal sebagai slogan untuk dingat dan dihafal.

Wahai kerajaan, jika terbuka hasrat untuk 'meledak'kan pemberian dan penyediaan topeng muka kepada sekelian hamba rakyat, khususnya pelajar2 sekolah, setidak2nya ia membuka sedikit peluang duit buat kroni2 BN juga..untuk membuat duit..! Janganlah malu !!(baca : kroni). Disebalik wabak, peluang membuat kekayaan itu sebenarnya terbuka..tapi mulut kenalah capui ! (baca: mulut kroni). Wak dah bagi jalan !!

Inkues tegang Gobind aju teori Teoh ditolak

Tiada kes alkohol, dadah dalam spesimen mendiang

Anggota keluarga mendiang Teoh Beng Hock, (dari kiri) bapanya Teoh Leong Hwee, abangnya Teoh Meng Kee, ibunya Teng Shuw Hor, tunangnya Soh Cher Wei dan adiknya Teoh Lee Lan beredar di Mahkamah Shah Alam di sini, hari ini selepas mendengar inkues berhubung siasatan kematian Teoh pada 16 Julai lepas.--foto BERNAMA

SHAH ALAM: Inkues yang menyiasat punca kes kematian Teoh Beng Hock diberitahu bahawa tidak terdapat unsur alkohol atau dadah biasa dalam badan mendiang.

Saksi ketujuh iaitu Ahli Kimia dari Jabatan Kimia, Zairahah Awang berkata, hasil analisisnya menunjukkan tidak terdapat apa-apa kandungan alkohol atau dadah biasa dalam darah, air kencing dan perut spesimen Teoh.

Katanya, anasilsis tersebut dibuat untuk mengetahui sama ada terdapat kesan racun atau sebarang bahan merbahaya ke atas spesimen biologi sama ada haiwan atau manusia.

Inkues disambung pagi tadi.

Dalam pada itu, suasana mahkamah menjadi tegang apabla Pendakwa Raya membantah soalan yang diajukan kepada saksi ketujuh oleh peguam pemerhati keluarga Teoh, Gobind Singh mengenai sama ada beliau membuat kajian dengan mengambil kira kemungkinan lain menyebabkan kematian mendiang.

Gobind berkata: "Adakah kamu tahu tentang kes ini, tidakkah kamu tahu tentang persepsi masyarakat yang mengatakan beliau ditolak melalui laporan akhbar?"

Pendakwa Raya membantah soalan Gobind dengan mengatakan saksi tidak boleh ditekan dengan soalan-soalan sedemikan sama ada si mati ditolak ataupun tdak.

Pendakwa Raya menegaskan saksi hanya menjalankn tugasnya sebagai ahli kimia.

Koroner juga bersetuju dengan saranan Pendakwa Raya.

Selsema Babi : Gila ka Apa dah Mati hari-hari pon di suruh Jangan Panik..apa punya turr menteri nie..

H1N1: Jangan panik tetapi jaga kebersihan diri

BANDAR SERI BEGAWAN 5 Ogos - Jangan panik, jalani kehidupan seperti biasa tetapi golongan yang disenaraikan berisiko tinggi dan mendapat selesema diminta lebih berwaspada dengan tahap kesihatan masing-masing berikutan empat kematian terbaru yang dilaporkan hari ini akibat virus selesema babi atau influeza A H1N1.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, apa yang penting, orang ramai perlu tahu menjaga kebersihan diri dan segera berjumpa doktor jika mendapat selesema atau simptom yang berkaitan.

Katanya, pada masa yang sama apa yang membimbangkan ialah keadaan berjerebu ketika ini yang memungkinkan penularan wabak tersebut.

"Berikutan penularan yang meningkat, kita menggesa agar orang ramai mengambil langkah berjaga-jaga dan melihat pandemik ini lebih serius lagi," katanya pada sidang akhbar di sini petang ini.

Beliau yang turut serta dalam lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke sini sejak semalam berkata, tiga kematian yang dilaporkan di Melaka turut disebabkan komplikasi lain termasuk asma, masalah paru-paru dan buah pinggang.

Katanya, mereka yang demam selesema diminta mendapatkan rawatan segera dan jangan mengambil mudah seperti sebelum ini dengan tanggapan bahawa penyakit itu boleh disembuhkan dalam tempoh yang singkat.

"Mereka yang demam selesema juga diminta mengasingkan diri daripada orang ramai supaya penyakit ini tidak mudah merebak," katanya.

Tiong Lai sekali lagi menyenaraikan golongan berisiko tinggi iaitu wanita mengandung, obesiti, asma, diabetis, imuniti rendah, sakit jantung dan kanak-kanak yang mengalami gejala saluran pernafasan.

Beliau juga meminta semua pihak termasuk doktor memberi perhatian terhadap langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan dalam menghadapi pandemik ini termasuk garis panduan kesihatan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan.

Katanya, langkah-langkah yang akan diambil kerajaan ialah mengadakan kempen kesedaran besar-besaran melalui media, mengarahkan semua doktor meningkatkan tahap kecurigaan terhadap pesakit dan menyediakan antivirus.

Beliau berkata, penutupan sekolah, institusi pengajian dan latihan sebelum ini juga merupakan langkah kawalan serta merta yang diambil bagi mengawal penularan wabak.

Mengenai pertemuan dengan rakan sejawatannya dari Brunei, Pehin Suyoi Othman, Tiong Lai berkata, beliau turut bertukar-tukar pendapat mengenai usaha menangani wabak itu supaya penularan dalam komuniti dapat dikurangkan.

Katanya, Kerajaan Brunei telah mengambil langkah berjaga-jaga termasuk mengurangkan aktiviti luar yang melibatkan orang ramai.

Sementara itu, di luar Istana Nurul Iman, wartawan dan mereka yang masuk ke kawasan berkenaan akan diperiksa tahap suhu badan dan dibekalkan dengan penutup hidung dan mulut.

Di dalam kawasan istana, kebanyakan petugas juga menggunakan penutup tersebut. - Utusan

Lelaki pro-ISA bukan orang PAS...!!! Akhirnya terbongkar juga rahsia Pembohong Tahap Gaban sekor ni...????

PAS tidak mempunyai rekod Mohd Khairul Azam Abd Aziz, yang gagal menyerahkan memorandum menyokong ISA minggu lalu, sebagai seorang ahli parti itu seperti dakwaannya.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata semakan menunjukkan pemimpin Gabungan Graduan Melayu Muda (GGMM) itu bukan ahlinya.

Mohd Khairul dilaporkan mendakwa beliau seorang ahli parti itu di Sungai Ramal, Kajang.

Pengamal undang-undang itu dipetik berkata beliau akan menyaman PAS jika mengambil tindakan disiplin kerana menyokong ISA, satu pendirian yang bertentangan dengan keputusan parti yang mahu ia dimansuhkan.

Mengulas isu pengharaman alkohol di Selangor, Mustafa berkata PAS di peringkat pusat tidak mencampuri urusan pentadbiran kerajaan negeri Pakatan Rakyat itu.

Kontroversi terbaru muncul antara Pesuruhjaya PAS negeri Datuk Dr Hasan Ali, juga exco agama Selangor, yang mahu menegaskan pengharaman minuman itu di kalangan orang Islam dan turut meminta seorang exco lagi, yang juga pemimpin DAP, Ronnie Liu agar tidak campur tangan.

Mustafa juga menjelaskan PAS Pulau Pinang telah memutuskan tiga nama calon untuk disenaraipendek oleh mesyuarat jawatankuasa pusat PAS hujung minggu ini bagi pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir.

Misi ke Pelantar Minyak dan Gas berjaya

Taklimat 1 – Oleh Dato’ Kamarudin Jaffar

Ekspedisi ke pelantar Minyak Cakrawala untuk meninjau kawasan pengeluaran petroleum di Laut China Selatan itu berlepas jam 10 pagi dari Jeti Pengkalan Kubor dengan dua bot, manakala sebuah bot lagi berlepas dari Pelabuhan Tok Bali yang turut mendapat kerjasama Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) yang berpengkalan di situ.

Taklimat 2 – Oleh Dato’ Husam Musa (1)

Taklimat – Oleh Dato’ Husam Musa (2)

Rombongan itu disertai anggota-anggota Exco Kerajaan Negeri dan Ahli Parlimen termasuk dari luar Kelantan. Majlis itu dirasmikan oleh Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob.

Taklimat dan Doa oleh Dato’ Ustaz Ahmad Yaakob, Timbalan Menteri Besar Kelantan

Sidang media

Ahli-ahli Parlimen yang menyertai rombongan ini adalah Dato’ Mahfuz Omar (Pokok Sena), Salahuddin Ayub (Kubang Kerian), Ustaz Taib Azamuddin Mohd Taib (Baling) dan anaknya, Ustaz Muhammad Husin (Pasir Puteh), Siti Zailah Mohd Yusof (Rantau Panjang dan Suami), Saifuddin Nasuition (Machang), Abdul Aziz Kadir (Ketereh), Khalid Samad (Shah Alam)

Perjalanan ekspedisi sejauh 120 kilometer memakan masa kira-kira 12 jam dan akan bertolak pulang hari ini.

Kerajaan Kelantan yakin tuntutannya mendapatkan bayaran royalti minyak daripada Kerajaan Pusat akan dapat diselesaikan sebelum Aidilfitri pada September ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri, Datuk Husam Musa.

Beliau yakin Kerajaan Pusat tidak perlu masa yang lama untuk menyemak rekod yang ada kerana kenyataan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah sebelum ini jelas bahawa Kelantan berhak untuk mendapatkan royalti bagi pengeluaran minyak di kawasan pelantar yang bertindih antara tiga negara.

“Kita yakin Kerajaan Pusat dapat membayar tuntutan Kerajaan Negeri selewat-lewatnya hujung September ini,” katanya kepada pemberita selepas majlis taklimat pelepasan rombongan kerajaan negeri dan Ahli Parlimen untuk membuat tinjauan ke pelantar minyak Cakerawala di Geting, dekat sini pada 4 Ogos (Selasa) lalu.

Menurut Husam, ekspedisi yang dibuat itu merupakan misi moral, untuk menunjukkan adalah kesalahan kerana melengah-lengahkan pembayaran royalti.

SAFEGUARD SECURITY OF THE COUNTRY......JUST HOT AIR?


ARRESTED DURING SATURDAYS ANTI ISA RALLY......WILL LAILA JOIN HER HUSBAND AND SUHAIB HIS FATHER IN KAMUNTING?

Displinkan pemimpin Pakatan Rakyat, elak imej tercalar

Parti-parti komponen Pakatan Rakyat terdiri daripada PAS, KeADILan dan DAP mestilah mendisplin pemimpin masing-masing, supaya sebarang tindakan dan kenyataan tidak melampaui batas sehingga menjejaskan imej baik yang ada di mata rakyat, sekaligus mencalarkan dan memberi kesempatan kepada musuh untuk merosakkan hubungan baik yang sedia ada

Ini termasuk juga Ketua Menteri dan Menteri Besar Pakatan Rakyat yang mesti berperanan dalam hal yang sama supaya exco dan pegawai masing-masing dalam mengurus tadbir akan memberi gambaran postif kerajaan negeri masing-masing.

Demikian pandangan Naib Presiden PAS Dato' Mahfuz Omar dalam mengulas tindakan dan kenyataan kontroversi Ahli Parlimen Jelutong Jeff Ooi dan Exco Kerajaan Tempatan Selangor Ronnie Liu mutakhir ini.

"Pengajaran di sini ialah, pemimpin Pakatan Rakyat tidak boleh melihat kepentingan sebelah pihak sahaja dengan mengabaikan yang lain kerana kita hidup berbilang bangsa dan undi kita juga datangnya daripada orang Islam dan bukan Islam.

"Justeru, sebarang ketidakpuasan hati, berbincang dengan baik dan bukannya bercakap di luar, sehingga memberi gambaran yang buruk dan salah kepada Pakatan Rakyat," katanya ketika dihubungi Harakahdaily sebentar tadi.

Beliau merujuk kepada insiden yang berlaku di Kedah berkaitan isu pusat penyembelihan babi yang akhirnya dapat diselesaikan dengan baik di meja rundingan.

"Jangan emosi dan terburu-buru dalam bertindak hingga mencetuskan rasa kurang senang pihak lain. Berhati-hati keluar kenyataan. Ada saluran perbincangan baik di dalam parti mahupun kerajaan negeri," katanya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.

Dalam pada itu, Mahfuz berkata terpulang kepada DAP untuk mengambil tindakan sewajarnya sama ada melalui jawatankuasa displin atau kaedah yang lain dalam menangani dua anggotanya yang telah mencetuskan isu hangat baru-baru ini.

"PAS juga ada jawatankuasa displin, jika pemimpinnya tersasar. Itu terpulanglah kepada DAP nak buat macam mana, itu urusan dialah," katanya.

Beliau tidak menolak kemungkinan isu itu akan dibangkitkan dan dibincangkan dalam pertemuan para pemimpin Majlis Pakatan Rakyat, namun yakin kebijaksanaan kerajaan negeri mengatasi masalah tersebut.

"Kita kena tengok sejauh mana peringkat negeri selesaikan. Saya percaya kerajaan negeri lebih arif hal masing-masing dan boleh diselesaikan seperti isu di Kedah tempoh hari.

"Dan bukan isu ini sahaja, setiap kali pemimpin Pakatan Rakyat bertemu, masing-masing sering mengingat antara satu sama lain batas-batas dan sensitiviti rakyat yang perlu dijaga," katanya yang kini berada di Kedah.

H1N1: Fatalistic Attitude of Government Disappointing .... !!! Fuck you UMNO@BN ....????

By NGS

I refer to the recent press statement by Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yasin who stated that “Even if I am Health Minister, I cannot guarantee your safety” regarding the novel influenza, H1N1. The flu has thus far claimed 13 lives. Although it has a predilection for the infirm, immuno-compromised, in the pregnant and those with underlying diseases, the patients who have died thus far in Malaysia does not reflect this scenario.

The symptoms of novel H1N1 flu virus are similar to the symptoms of seasonal flu which include fever, cough, sore throat, runny or stuffy nose, body aches, headache, chills and fatigue including diarrhea and vomiting. In seasonal flu, risk factors are similar except that in novel influenza H1N1, patients aged 65 and above appear to be protected. But as evidenced in Malaysia, H1N1 has killed patients in the age range of 6 to 51 years with the majority being less then 30 years old. This “common cold” kills. And it kills the young - meaning healthy young adults who generally take flu less seriously.

The DPM and the Health Ministry has taken this entire disease lightly, just like what they did with dengue. H1N1 had been festering in Mexico for probably months if not years as a result of poor hygienic standards and surveillance before it blew out in the open in April this year causing the country to shut down. By June it had killed 80 people with almost 80% of deaths being in the range of 20 to 50 years with most of the deaths being between ages 20-29 years. By July the death toll stood at 125.

The Mexicans at that point in time could not differentiate how many of these deaths were actually attributed to seasonal flu as compared to the novel H1N1. They really didn’t know what hit them in the beginning. But since then the WHO and CDC (Center for Disease Control, US) have stepped in and issued various guidelines to stop this virus in its tracks. Malaysia has the benefit of hindsight and must use it effectively.

In its latest bulletin, the CDC has clearly outlined the role of early diagnosis clinically and also with the help of Rapid Influenza Diagnostic Tests (RIDT) which have varying degrees of sensitivities but a high degree of specificity. These tests only tell you whether you have Influenza A or B. Period. It has it’s limitations but it helps the frontline doctor, the General Practitioner (GP), thus far largely ignored by the Ministry of Health, to come to a diagnosis as results are available within 30 minutes.

The CDC has issued a very common sense approach to treating the disease. If the test is positive and the patient’s symptoms don’t improve with usual anti-flu measures and there has been a history of contact and/or is at high risk, antivirals such as Tamiflu and Relenza which kill the bug are prescribed. If there is a need for additional testing then the far more accurate but expensive real-time reverse transcriptase-polymerase chain reaction (rRT-PCR) test for the virus is carried out.

But what we witness in Malaysia is an MOH policy where victims are to be sent to Government General Hospitals, specifically Sungai Buloh Hospital, based only on clinical suspicion. We would be no better than the Mexicans in April when they too didn’t have a clue as to whether it was seasonal or novel H1N1. Logistically, our government health infrastructure will not be able to handle the thousands of young, worried, flu patients who flock to emergency departments throughout the country wanting to know whether they have H1N1 when clearly testing by the Ministry’s IMR is limited to only 200 cases a day.

There are a lot of patients who are going to have their diagnoses missed who may develop the virus’s dreaded respiratory complications if this is allowed to carry on. The Ministry’s hospitals should be reserved for serious cases. Tan Sri Muhyiddin must re-look the Ministry’s policies and rein in the help of the thousands of GPs or Government Health Clinics to whom many of these patients first flock to. He has to quickly move now to make available at least the RIDTs and antiviral medication to these frontline doctors. Failure to respond effectively is going to cost this nation more deaths than it necessarily should.

Economy Tak Boleh? 1Malaysia Semua Pun Boleh...

Some REAL news update:
  1. Malaysia's exports, the mainstay of the economy, fell 22.6 percent year on year in June
  2. Foreign investment has also seen a big dip this year, with foreign direct investment for the first five months stood at RM4.2 billion compared to RM46 billion in 2008.

Yet, here are the RESPONSES:

  1. DPM supports Utusan's articles on race uprising and stirring
  2. 1Malaysia as the new buzzword...boom, boom, alakaboom...Malaysia's economic woes are gone! The whole world will be impressed!
  3. BN vows to keep the ISA but NOT our constitutional rights to compulsory legal advice, fair trial and individual freedom to speak out and assembly
  4. Flip-flop on education policy
  5. Rosmah's new website on the PM's department official website - Buy 1 (Najib), Free 1 (Rosmah)
  6. IGP Musa uncertain about future, Singapore gave him a medal for fostering a good relationship between the two police forces BUT Malaysians and Singaporeans are feeling unsafe in Malaysia?
  7. More 'goodies' - 1Malaysia unit trust, taxi permits, 20% discount for frequent toll users etc.

21st century global challenges BUT 19th century government = Brain drain, more frustration, a laughing stock, backwardness,...

'Teoh tidak ambil dadah, alkohol'

Seorang ahli kimia, Zaihara Awang dari Jabatan Kimia memberi keterangan sebagai saksi ketujuh pada hari inkues kematian Teoh Beng Hock hari ini.

Dalam keterangannya, Zaihara berkata, beliau menerima sampel kandungan perut, darah dan air kencing Teoh.

Hasil pemeriksaan ke atas sampel tersebut, katanya beliau mendapati tidak ada kesan alkohol atau dadah dalam sistem badan Teoh pada masa kematiannya.

Inkues pagi ini bermula jam 9.20 pagi di mana saksi - pengawal keselamatan di Plaza Masalam, Abd Rahman Rahim dipanggil memberi keterangan.

Sebelum itu, DPP Tan Hock Chuan menyoal Abdul Rahman mengenai buku pelawat yang tiada diisi sejak berbulan lalu. Abdul Rahman mengakui tidak mengemaskini buku itu setiap masa.

Enam saksi telah dipanggil memberi keterangan semalam. Mereka terdiri daripada pengawal keselamatan di bangunan Plaza Masalam, seorang juruteknik dan seorang anggota polis dari balai Shah Alam.

Inkues tersebut berlangsung di hadapan Koroner Azmil Muntapha Abas.

Manakala peguam Gobind Singh Deo merupakan peguam pemerhati bagi pihak keluarga Teoh.

Gobind menyoal Zaihara sama ada beliau tahu sejarah kes kematian Teoh dan spekulasi yang Teoh 'ditolak'.

Tan mencelah dengan berkata soalan tersebut tidak relevan.

Gobind membalas dengan bertanya mengapa perkataan "ditolak" dan 'bunuh diri" tidak boleh digunakan.

"Bukankah ini inkuiri terhadap kematiannya," kata Gobind.

Beliau bertanya mengenai kemungkinan terdapatnya kandungan adrenalin yang tinggi jika seseorang itu hampir jatuh atu ditolak dari tempat yang tinggi dan Zaihara menjawab 'ya'.

Sehubungan itu, Gobind bertanya kepada Zaihara sama ada beliau melakukan ujian adrenalin dan Zaihara menjawab 'tidak'.

Gobinda bertanya adakah Zaihara tidak melakukan ujian tersebut kerana pihak polis tidak memintanya berbuat demikian.

Zaihara menjawab bahawa Adrenalin bukanlah satu jenis dadah biasa dan ia dihasilkan secara semula jadidalam badan.

Apabila ditanya oleh Gobind sama ada beliau akan menjalan ujian tersebut jika diminta oleh pihak polis, Zaihara berkata, ujian toksikologi tidak termasuk ujian adrenalin.

'Bukan memerintah cara samseng'

"Demokarasi tidak bererti apa saja boleh dilakukan. Tentu sekali ia tidak bererti pemerintahan secara samseng," titah Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah.

Baginda menegaskan dalam mana-mana perjalanan demokrasi, ada peraturan tentang bagaimana masyarakat harus diperintah, dan di Malaysia, peraturan ini termaktub dalam perlembagaan negara.

"Perlembagaan kita menjelaskan tidak saja hak-hak kita tetapi juga had terhadap hak-hak itu. Had ini menentukan bahawa keputusan tidak dibuat oleh mereka yang memiliki kuasa paling kuat, suara paling lantang dan bertindak secara paling kasar," ujar baginda.

Raja Nazrin menyampaikan syarahannya berjudul "Imbued with Integrity, Endowed with Ethics: Foundation for Managing Malaysia through Enlightened Value-Driven Leadership" di Syarahan Tunku Abdul Rahman ke-25 anjuran Institut Pengurusan Malaysia malam tadi.

Baginda menegaskan: "Jika kita berusaha untuk menyelesaikan pertikaian menerusi pemerintah samseng dan tidak mengikuti undang-undang, pertikaian kita tidak sesekali akan dapat diselesaikan".

"Di bawah sistem pemerintahan kita, kehakiman telah diamanahkan dengan tugas penimbangtara terakhir dalam perkara berhubung tafsiran perlembagaan.

"Bila mahkamah telah membuat keputusan, menjadi tanggungjawab semua mematuhinya. Keputusan kehakiman tidak dapat tidak berakhir dengan pihak yang menang dan yang kalah, tetapi kehakiman tidak harus sekali-kali dijadikan korban," ujar baginda.

"Adalah amat penting wujud kebebasan dan keadilan kehakiman. Tanpanya, kedaulatan undang-undang tidak dapat ditegakkan.

"Dan bila kedaulatan undang-undang tempang, ia mesti dipulihkan sepenuhnya," titah Raja Nazrin Shah.

Baginda bertitah sejak pilihanraya umum Mac tahun lepas, cabar-mencabar politik kerap berlaku dan lebih tegang, dan ini berkemungkinan berterusan buat beberapa waktu akan datang.

"Tetapi apa juga perbezaan kita, keprihatinan kita ialah untuk mewujudkan bentuk negara yang boleh kita banggakan.

"Kita mempunyai sistem pemerintah yang baik yang telah memberikan khidmat yang baik. Rakyat Malaysia hendaklah berusaha memperkukuh sistem ini".

Baginda menarik perhatian bila terdapat kelemahan, "kita perlu mengakuinya dan berusaha mengatasinya".