| Seramai 45 peserta ekspedisi kerajaan Kelantan ke pelantar minyak Cakrawala di Laut China Selatan selamat kembali petang ini selepas bertolak ke kawasan berkenaan pagi semalam. Mereka terdiri daripada wartawan, jurugambar, bloger dan pemimpin masyarakat tiba kira-kira jam 3.20 di jeti Pengkalan Kubur hari ini. Manakala rombongan anggota Exco, Dato' Husam Musa pula tiba di pangkalan Tok Bali jam 11 malam tadi. Rombongan itu disertai 20 peserta yang terdiri daripada wakil-wakil rakyat. Kepulangan dua bot milik nelayan itu disambut Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Husam. Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerjaya, Utiliti dan Alam Sekitar Negeri, Mejar (B) Md Anizam Abdul Rahman. Biar pun mereka nampak kepenatan, namun wajah setiap peserta ekspedisi kelihatan ceria apabila melihat Menteri Besar menyambut kepulangan mereka di jeti. Kumpulan dua bot itu berlepas kira-kira jam 10.05 pagi semalam di jeti Pengkalan Kubur. Tuan Guru Nik Abdul Aziz melahirkan rasa syukur kerana rombongan selamat pulang setelah mengikuti perjalanan ekspedisi itu selama dua hari.
"Rakyat Kelantan sentiasa sedar terhadap tanggungjawab menjaga hak dan harta yang dikurniakan Allah, di samping menjaga maruah," katanya. Beliau berkata, biar pun perkara itu cuba dinafikan pihak lain rakyat Kelantan tetap yakin ia menjadi hak mereka. |
Rabu, 5 Ogos 2009
Rakyat Kelantan pertahan hak dapat royalti - MB
| POLITIK/SEMASA |
Ekspedisi Cakrawala : Sah pelantar Cakrawala berada di perairan Kelantan
| Kini sah kedudukan pelantar minyak Cakrawala hanya terletak 153 kilometer dari pantai di Pengkalan Kubur. Jauh lebih dekat berbanding pelantar minyak yang terdapat di Terengganu, Sarawak dan Sabah. Perkara itu disahkan anggota Exco, Dato' Husam Musa yang mengetuai ekspedisi ke pelantar minyak Cakrawala semalam. Selain itu, terdapat tiga lagi telaga minyak yang juga berhampiran perairan Kelantan hanya sejauh 68 batu dari perairan Tok Bali. Pelantar berkenaan iaitu dikenali sebagai Lawit, Bintang dan Jernih. Dan ia disahkan juru ukur perunding yang juga menyertai ekspedisi tersebut. Husam berkata, sebaik sahaja sampai ke kawasan pelantar berkenaan, operasi mengukur dijalankan menggunakan alat khas. "Alhamdulillah dari Pengkalan Kubur jaraknya hanya 153 kilometer. Kedudukannya memang terletak dalam perairan Kelantan. "Dan pada masa yang sama terdapat tiga lagi telaga yang begitu hampir dengan perairan Kelantan iaitu hanya 68 batu daripada pantai Tok Bali," katanya pada persidangan media selepas menyambut ketibaan dua lagi bot yang menyertai ekspedisi terbabit. Mengikut peta tersebut katanya, pelantar Lawit, Bintang dan Jernih sememangnya terletak dalam perairan Kelantan. "Dengan ini terbukti telaga serta pelantar minyak berkenaan terletak dalam perairan Kelantan. "Dan tidak ada sebab lagi kerajaan pusat berdolak dalih tentang royalti yang sememangnya menjadi hak rakyat di negeri itu," ujarnya. Sebelum ini Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak memaklumkan kerajaan pusat akan mengkaji balik royalti kepada Kelantan mengikut undang-undang.
"Sekarang baru bulan Ogos, ada hampir sebulan Ramadan, jadi kerajaan pusat sepatutnya menyerahkan royalti berkenaan Ramadan bagi membolehkan ia diagihkan kepada rakyat," ujarnya. Beliau juga berkata, juru ukur akan membuat laporan kepada kerajaan negeri mengenai kedudukan sebenar pelantar berkenaan. Pengerusi Petronas pertama, Tengku Razaleigh Hamzah pernah memberitahu Kelantan berhak menerima royalti 5 peratus memandangkan kedudukan pelantar di kawasan perairan negeri ini |
| POLITIK/SEMASA |
Demo: Penjaja ke balai, tuntut ganti rugi dari GMI..!!! pulak dah...bila UMNO tanggung kos peguam batal pulak tuntut dengan KDN & Polis..!!!!
Tiga persatuan penjaja membuat laporan polis terhadap Gabungan Mansuhkan ISA (GMI) yang mengadakan perhimpunan anti-akta itu Sabtu lalu sehingga menyebabkan kerugian kepada mereka.Persatuan Penjaja Lorong Masjid India, Persatuan Penjaja dan Pekedai Bumiputera Wilayah dan Persatuan Peniaga Bumiputera Wilayah Persekutuan (PPBWP) ke ibu pejabat polis daerah Dang Wangi jam 12.15 tengah hari ini bagi menuntut ganti rugi di atas kerugian yang dialami.
Membuat aduan bagi pihak 1,000 peniaga sekitar Masjid India dan Jalan Tuanku Abdul Rahman yang menyertai tiga persatuan itu, Presiden PPBWP Rosli Sulaiman berkata, demonstrasi itu membawa kerugian RM10 juta.
“Kumpulan (penunjuk perasaan) ini secara tiba-tiba bertukar ganas dan merusuh serta merosakkan harta-benda awam.
“Tindakan yang dilakukan kumpulan ini (menyebabkan), pihak berkuasa terpaksa melakukan tindakan drastik dengan melepaskan gas pemedih mata dan memancutkan air bertekanan tinggi.
“Disebabkan ini, premis perniagaan yang berada di sekitar kawasan terbabit terpaksa ditutup. Sehubungan itu, kami mengalami kerugian yang amat teruk,” laporan polisnya dipetik.
Bercakap dalam sidang media, Rosli berkata, aduan polis itu langkah awal sebelum mengambil tindakan undang-undang terhadap GMI.
Beliau menjelaskan, kerugian yang dialami termasuklah kerosakan barang-barang, kerugian akibat penutupan kedai dan kekurangan pelanggan.
“Selama ini masyarakat menjadikan sekitar Jalan Masjid India tempat membeli-belah. Sekarang, ia kawasan tumpuan penganjur mengadakan demonstrasi.
“Ini pun menjadi masalah kepada masyarakat peniaga ini. Sehingga hari ini mereka merasakan persekitaran kawasan itu tidak selamat,” tambah Rosli.
Peguam bagi menangani tuntutan mereka telah dilantik dengan khidmat guamannya dibiayai Umno Wilayah Persekutuan, katanya lagi.
**** Nota khas : Kepada Persatuan Penjaja Lorong Masjid India, Persatuan Penjaja dan Pekedai Bumiputera Wilayah dan Persatuan Peniaga Bumiputera Wilayah Persekutuan (PPBWP) - Anda kini berniaga dalam negeri pakatan rakyat....!!!
Kenapa awalnya anda nak tuntut dengan kdn dan polis....bila UMNO tanggung kos peguam...anda nak tuntut dengan GMI pula...kenapa tak tuntut sama pada MAGARAN...!!!
Adakah Persatuan tuan-tuan juga secara rasminya menjadi kompenan UMNO@BN....kalau itu gayanya....warga wilayah persekutuan lancarkan kempen boikot ahli anda semua....??? perlu di ingat rasuah bazaar ramadhan disemua kawasan yang ditadbir oleh persatuan tuan-tuan ...!!!!
| POLITIK/SEMASA |
Najib Tidak Bersungguh Siasat Punca Kematian Teoh - AMK
![]() |
Angkatan Muda Keadilan kesal kerajaan tidak bersungguh-sungguh menyiasat punca kematian Setiausaha Politik Teoh Beng Hock. Ketua AMK Shamsul Iskandar Md Akin berkata Perdana Menteri Najib Abdul Razak hanya memperluaskan skop siasatan Suruhanjaya Diraja meliputi punca kematian Beng Hock setelah dikritik, dikecam dan ditekan rakyat. Walaupun kerajaan seolah akur dengan desakan rakyat, namun AMK melihat langkah-langkah yang diambil kerajaan masih menimbulkan pelbagai tanda-tanya. "Sebab itu kita merasakan bahawa Najib berada dalam keadaan politik yang terdesak sebab itu beliau terpaksa akur dengan tuntukan pakatan rakyat dan NGO yang untuk memberikan kuasa yang sepatutnya kepada suruhanjaya diraja dan sepatutnya telah dimulakan lebih awal," Kes berprofile tinggi yang melibatkan kematian Teoh Beng Hock masih menjadi misteri sehingga ke hari ini. Tidak cukup dengan berita kematiannya yang begitu meruntun hati keluarga, kesedihan itu ditambah dengan pelbagai masalah untuk mengetahui punca kematian mendiang. Setelah banyak pihak termasuk Pakatan Rakyat dan badan bukan kerajaan campurtangan, barulah sedikit demi sedikit pihak polis dan kerajaan menampakkan usaha untuk menghurai kematian Beng Hock. Kerajaan akhirnya bersetuju untuk memperluaskan skop siasatan Suruhanjaya Diraja meliputi punca kematian Beng Hock, namun arahan ini hanya berkuatkuasa selepas siasatan inkues selesai. Mengulas perkara ini, Shamsul menambah kes kematian ini sepatutnya ditangani dari awal oleh Suruhanjaya Diraja, bukannya diberi kepada sebuah jawatankuasa kecil yang berkuasa terhad. Shamsul berkata sekiranya Najib mahu siasatan yang telus dan teliti, maka kerajaan jangan lagi bertangguh. "Apa yang menjadi kebimbangan kita sekarang ialah inkues untuk menyiasat punca kematian teoh beng hock sedang berlangsung. ini saya lihat ada kecelaruan yang berlaku. kalau benar najib umum untuk beri kuasa kepada suruhanjaya diraja maka inkues yang berlangsung di mahkamah mejistret perlu dihentikan serta merta supaya tidak berlaku pertindangan dan dalam masa yang sama boleh mempengaruhi hasil sisatan Suruhanjaya Diraja". |
| POLITIK/SEMASA |
Our Journey To Cakrawala
Staring at our dream in midnight
Some are clueless of what we are doing. Sailing to nowhere! No signpost, no landmark and no visible border.
But what we have achieved yesterday should send a stern signal to PETRONAS. If we are willing to take this torturous 26 hours journey then of cause we are ever willing to take PETRONAS face to face anytime, anywhere. In fact, if this royalty issues is not settled by March next year, than, we will know how to entertain Malaysia’s Formula One guest during the F1 in Sepang.
PETRONAS can also expect us on educating people in those countries where PETRONAS has their investment about the day light robbery by PETRONAS towards the people of Kelantan.
Kelantan Royalty Mission 2009, began with the journey taken by 70 men and women of Malaysia. 2 boats departed Pengkalan Kubur’s Jetty around 10 am after the sending off ceremony headed by Dato’ Ustaz Ahmad Yakob, Deputy Menteri Besar of Kelantan. The 2 boats include 50 peoples from the media and bloggers, state officers and political appointees.
Another boat carrying about 20 people left Tok Bali’s jetty around lunchtime, amongst of board were Malaysian Parliamentarians, State Deputy Speaker, State Executive Councillors and State Assemblymen.
Stopped! Almost an hour negotiation with the police.
Dizzy
The boat from Tok Bali was the first to arrive at Cakrawala Main Complex Platform at Block A18, Joint Development Area. It arrived there at around 5 pm.
The other 2 boats arrived around 11 pm and stayed there for about 2 hours.
While the more sophisticated boat from Tok Bali took less than 10 hours to complete the journey, the other 2 boats (which I’m on board on one of it) took more than 26 hours and safely harboured in Pengkalan Kubur at 3.30 pm today.
Tok Guru Nik Abdul Aziz was there to received us in a humble ceremony but it truly make us all feel like a hero. Or more like a ‘drunken’ hero!
To Brother Susuk 1 and Engineer Laut, hopefully one day we all can climb onto your platform, shake you hand and tell all of you, how proud and thankful we are to all you guys for developing this area. And maybe, you will allow us to fly Kelantan flag up there alongside the Malaysian and Thailand flag.| POLITIK/SEMASA |
Mukhriz: Saman Anwar untuk ugut pengkritik...!!
Saman RM100 juta Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin bertujuan menutup mulut timbalan perdana menteri dan pengkritik ketua pembangkang itu.Timbalan menteri perdagangan antarabangsa dan industri berkata tuntutan saman setinggi itu dilihat lebih kepada "ugutan" terhadap pihak terbabit supaya tidak mendedahkan kelemahan Anwar.
"Ini cara Anwar untuk tutup mulut siapa yang cuba dedah keburukannya," kata Datuk Mukhriz Dr Mahathir kepada Bernama hari ini, mengulas isu itu selepas Muhyiddin menyifatkan penasihat PKR sebagai "pengkhianat" perjuangan Melayu.
Muhyiddin, juga timbalan presiden Umno, membuat kenyataan itu ketika merasmikan mesyuarat parti bahagian Sri Gading di Johor berikutan perhimpunan membantah ISA di Kuala Lumpur, Sabtu lepas.
Berikutan itu, Anwar mahu menteri pelajaran menarik balik kenyataannya dan membuat permohonan maaf secara terbuka, selain menuntut ganti rugi RM100 juta daripada Muhyiddin dan Utusan Malaysia yang melaporkan berita berkenaan.
Mukhriz berkata Muhyiddin tidak perlu meminta maaf kerana
dakwaannya itu berasas.
Beliau berkata ayahnya, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, sebelum ini pernah disaman Anwar tetapi akhirnya kes itu digugurkan mahkamah kerana tiada asas kukuh.
| POLITIK/SEMASA |
Jeff Ooi didesak letak jawatan

![]() |
Bagaimanapun, Setiausaha Politiknya, Ng Wei Aik meminta mereka menyerahkan memorandum tersebut kepada beliau.
Berlaku sedikit ketegangan apabila mereka berkeras untuk menemui Lim, sedangkan Ng mahukan mereka menyerahkan memorandum kepadanya.
Apabila mereka enggan berbuat demikian, Ng memanggil pengawal keselamatan untuk membawa mereka keluar dari pejabat ketua menteri.
Berikutan itu, mereka kemudiannya menyerahkan memorandum tersebut kepada Timbalan Menteri Ketua Menteri, Mansor Othman.
Selain menuntut peletakan jawatan Jeff, mereka juga menuntut beliau yang juga ahli parlimen Jelutong, memohon maaf.
![]() |
Delegasi tersebut kesal dengan kenyataan Jeff itu, yang dianggap mereka sebagai mendedahkan "kejahilannya mengenai masyarakat Islam". Baca berita penuh
Reaksi presiden JIM
Sementara itu, Presiden JIM, Zaid Kamaruddin menafikan tuduhan Jeff yang menggelarkan JIM sebuah pertubuhan pelampau."Jeff Ooi bermaksud demikian ekoran desakannya supaya seorang ahli jawatankuasa Pusat Khidmad Krisis Sehenti (OSCC) di bawah Dewan Bandaraya Pulau Pinang, Mohd Razali Abdullah diberhentikan daripada menganggotai jawatankuasa berkenaan.
"Mohd Razali, menurut Jeff Ooi merupakan 'ekstremis agama' kerana beliau merupakan ahli JIM, dan JIM pula meletakkan visinya untuk membangun sebuah negara yang melaksanakan syariat Islam sepenuhnya menjelang tahun 2020," kata Zaid dalam satu kenyataan hari ini.
![]() |
"Bahkan beliau percaya rahmat kebaikan Islam di Malaysia nanti akan turut dinikmati oleh seluruh rakyat. JIM yakin pegangan Islam Mohd Razali dan pengalaman profesionalnya akan menjadikan beliau lebih berkemampuan dalam menjalankan tanggungjawabnya," tambahnya.
Zaid turut menyuarakan rasa hairan bagaimana pelantikan seorang Muslim yang baik, boleh mengundang bahaya.
"Agama Islam telah berdiri teguh sejak sekian lama. Jadi, sebarang kekeliruan dan sikap prejudis orang ramai terhadap Islam yang timbul akhir-akhir ini tidak akan mengubah kesucian dan kerelevanan agama ini dalam masyarakat.
"Sebagai sebuah NGO yang bertanggungjawab, JIM berpegang kepada prinsip keamanan, kedaulatan undang-undang dan keadilan untuk semua.
"JIM juga akan terus berkempen agar hak dan maruah rakyat dipertahankan, kerajaan lebih telus dalam pentadbirannya dan pemerkasaan individu dan komuniti dapat direalisasikan melalui penglibatan rakyat dalam proses demokrasi," tambah Zaid.
| POLITIK/SEMASA |
DNA Siapa Pada Mayat Mendiang Teoh ?
![]() |
Sampel DNA misteri yang dijumpai pada jaket dan tali pinggang setiausaha politik Exco Kerajaan Negeri Selangor, mendiang Teoh Beng Hock semakin menjadi tanda tanya. Peguam Negara Tan Hock Chuan hari ini mendedahkan kesemua sampel DNA yang diambil dari 157 orang disahkan tidak sama dengan sampel misteri itu. Hock Chuan mendedahkan perkara itu pagi tadi semasa prosiding inkues keatas kematian mendiang Teoh yang bermula hari ini di Mahkamah Majistret Shah Alam. Peguam mewakili keluarga mangsa, Gobind Singh Deo meminta mahkamah untuk mengesahkan bahawa sampel DNA dari dua saksi iaitu Tan Boon Wah dan Lee Wye Wing tidak sama dengan DNA misteri itu. "Inkues telah bermula dengan panggilan saksi-saksi. Kebanyakan mereka saksi- saksi yang telah menjumpai mayat. Termasuk pekerja penyelenggaraan dan pengawal keselamatan. Mereka telah bagitahu bagaimana keadaan mayat telah jumpai dan bagaimana mereka membuat laporan pada pihak polis. Esok kita akan mulakan soal balas dengan saksi pakar saintifik, pakar patologis yang ada beberapa sample yang telah dianalisa," ujar Gobind Boon Wah dan Wye Wing masing-masing dituduh mempunyai kaitan dengan kematian Teoh oleh sebuah blog selepas peguam tidak membenarkan mereka menyerahkan sampel kepada pihak berkuasa. Prosiding bermula dengan mahkamah memanggil saksi utama yang menjumpai mayat mendiang Teoh di bumbung tingkat 5 bangunan Plaza Masalam yang menempatkan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia SPRM. Saksi utama Siti Zabedah Yahya yang bertugas sebagai pengawal keselamatan memberitahu mahkamah, sekitar jam 1.10 petang, dia sedang berehat dalam sebuah stor di tingkat 19. Setelah berehat selama 20 minit, dia menjenguk tingkap sebelum bercadang untuk menutupnya. Tatkala itulah dia ternampak satu lembaga menyerupai manusia seolah- olah sedang tidur di koridor berkenaan. Dia kemudiannya bertindak menjatuhkan skru meja untuk mengejutkan lembaga itu. Namun tidak mendatangkan hasil. Dia kemudiannya menghubungi bahagian penyelenggaraan bangunan untuk tindakan lanjut. Mahkamah kemudiannya memanggil saksi kedua, juruteknik yang meyelenggara bangunan itu, Mohd Ridzuan Samsuri. Ridzuan menjelaskan ketika dia sedang bertugas mengawasi kawasan tempat letak kereta dibahagian hadapan bangunan Plaza Masalam, dia mendapat panggilan telefon dari pengawal keselamatan, Siti Zabedah Yahya bahawa terdapat satu lembaga dibumbung tingkat 5. Dia kemudian bersama seorang kawan bergegas ke tempat kejadian dan mendapati lembaga itu adalah mayat seorang cina, berlumuran darah yang sudah kering. Dia melaporkan penemuan itu kepada pihak keselamatan dan kemudiannya kepada pihak polis. Polis tiba kira- kira 10 minit kemudian. Mahkamah berhenti rehat selama setengah jam dan kembali bersidang dengan memanggil saksi ke 3 iaitu penolong kanan keselamatan bangunan tersebut, Mohd Khairul Izwan Mohd Nasir. Khairul menjelaskan pada mahkamah dia menerima laporan penemuan mayat mendiang kira- kira jam 1.49 petang. Dia dan pegawainya bergegas kebumbung berkenaan dan mendapati mendiang dalam keadaan mengiring kearah kanan dengan kesan luka yang sudah kering dikepala. Dia kemudiannya menutup mayat itu dengan plastik hitam atas arahan pegawainya, tanpa langsung menyentuh tubuh mendiang. Khairul tanpa ragu bersetuju dengan andaian Gobind bahawa ketika mayat mendiang ditemui bahagian saku jaket mendiang kelihatan terkeluar seolah- olah terdapat sesuatu barang telah dikeluarkan dari saku mangsa. Saksi ke 4, Abdul Karem Othman yang bertugas sebagai pegawai polis di Ibu Pejabat Polis Shah Alam mengesahkan dia menerima laporan penemuan mayat di Plaza Masalam 15 Julai lalu. Dia kemudiannya menghantar pasukan peronda bagi mengesahkan kejadian tersebut sejurus membuat laporan kepada Pegawai penyiasat. Prosiding berhenti rehat bagi memberi laluan kepada Karpal Singh yang baru sahaja tiba. Mahkamah kembali bersidang dengan memanggil saksi ke 5, Wan Rosli Wan Adam yang bertugas sebagai pengawal keselamatan. Dia memberitahu mahkamah bahawa pintu ke bumbung bangunan itu dikunci dan hanya pengawal keselamatan dan pihak penyelenggara sahaja yang dibenarkan naik ke bumbung. Saksi ke 6, Jaafar Ibrahim yang juga berkhidmat sebagai pengawal keselamatan mendedahkan buku catatan harian yang memuatkan senarai nama pelawat yang memasuki bangunan itu selepas waktu pejabat tidak dicatat pada 15 julai lalu. Namun dia tidak dapat mengesahkan siapa yang memegang buku itu tatkala ini. Majistret Azmil Mustpha Abbas mengarahkan pihak peguam membawa buku catatan itu ke mahkamah esok. Mahkamah ditangguhkan esok dengan sesi soal balas dengan tiga pakar kimia dan tiga pakar patologis. |
| POLITIK/SEMASA |
Saya Anak Bangsa Malaysia
|
Prostitutes are better creatures than politicians. With prostitutes, you pay them money and you get to screw them. With politicians, you pay them money and they screw you. Prostitutes promise you a good time and deliver. Politicians never deliver on their promises. Chinese trust prostitutes more than government officials – Survey ************************************************* PAS wants Ronnie Liu’s head on a silver platter. The whole issue is about the sale of beer in some parts of Selangor that are regarded as ‘Muslim majority’ areas. Ronnie is a DAP ‘nominee’ in the Selangor State EXCO. ![]() |
| POLITIK/SEMASA |
Terkini : H1N1: 4 lagi kematian dicatatkan - update....!!!!! adakah tunggu dan lihat sahaja dari pihak berwajip...atau nak biarkan lagi kematian..???
PETALING JAYA: Seorang kanak-kanak berusia enam tahun menjadi korban Influenza A (H1N1) menjadikan jumlah kematian akibat wabak itu meningkat kepada 12 setakat ini.
Mangsa terbaru tersebut meninggal dunia kira-kira pukul 2.30 pagi tadi di Hospital Batu Pahat Johor.
Sebelum itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Ismail Merican berkata, tiga kematian dicacatkan melibatkan kanak-kanak berusia tiga tahun dan 12 tahun serta seorang dewasa berusia 20 tahun yang kesemuanya meninggal dunia di Hospital Melaka pada 3 ogos.
Sebanyak 16 kes baru jangkitan A (H1N1) dicatatkan dalam masa 24 jam lalu, menjadikan jumah keseluruhan kes setakat ini meningkat kepada 1,476 kes.| POLITIK/SEMASA |
DS Anwar Ibrahim di Guar Chempedak..lebih 5000 sertai PKR..???
oleh PKWR Jerai
Taklimat khas bagi memperkasakan Pakatan Rakyat Kedah anjuran PKR Negeri Kedah telah diadakan di Dewan MDY Guar Chempedak petang kelmarin sempena lawatan sehari Dato' Seri Anwar Ibrahim ke negeri Kedah dan dihadiri oleh semua Ketua-ketua Cabang PKR di seluruh negeri Kedah.
| POLITIK/SEMASA |
Inkues Teoh 05-08-09 : DNA Misteri Pada Tubuh Beng Hock Kekal Misteri
![]() |
Inkues keatas kematian Setiausaha Politik Teoh Beng Hock bermula hari ini dengan peguam dari pasukan Peguam Negara Tan Hock Chuan menyerahkan senarai 97 saksi dan mencadangkan jawatankuasa siasatan itu memulakan soal-jawab keatas 12 saksi termasuk tiga pakar kimia dan tiga patologis. Tan kemudiannya mendedahkan sampel DNA dari 157 orang yang diambil dan dianalisa polis tidak berkait dengan DNA misteri yang dijumpai pada jaket dan tali pinggang mendiang. Peguam mewakili keluarga mangsa, Gobind Singh Deo meminta mahkamah untuk mengesahkan bahawa sampel DNA dari dua saksi iaitu Tan Boon Wah dan Lee Wye Wing tidak sama dengan DNA misteri itu. Koroner kemudiannya memanggil dua saksi iaitu pegawai keselamatan Plaza Masalam, Siti Zabedah Yahya, yang menemui mayat mendiang di bumbung tingkat lima bangunan itu dan dan juruteknik Plaza Masalam, Mohd Ridzuan Samsuri. Menurut Ridzuan, hanya ada dua cara untuk memasuki bumbung di tingkat lima iaitu melalui bumbung teratas Plaza Masalam atau window berjeriji di tingkat yang sama. Katanya lagi, jeriri itu sentiasa berkunci dan hanya pihak keselamatan dan juruteknik mempunyai kunci ke bumbung tersebut. Pihaknya juga mempunyai rekod siapa yang memegang kunci pada hari tersebut. |
| POLITIK/SEMASA |
KENYATAAN PENUH YB DATO’ DR HASAN ALI

“KONTROVERSI ISU ARAK DI NEGERI SELANGOR”
PENDAHULUAN
MEMINUM arak ataupun minuman berakohol yang memabukkan merupakan salah satu dosa besar dalam agama Islam. Ia haram diminum samada dalam kuantiti yang banyak ataupun sedikit, samada sipeminum tadi mabuk ataupun tidak akibatnya.
Allah swt berfirman di dalam al Quran, maksudnya:
“Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. “
(al Maidah: 90).
Nabi Muhammad s.a.w pernah melaknat mereka yang terbabit dengan arak ini iaitu sebanyak 10 golongan melalui sabdanya:
“Rasulullah s.a.w. melaknat tentang arak, sepuluh golongan:
(1) yang memerahnya, (2) yang minta diperahkannya, (3) yang meminumnya, (4) yang membawanya, (5) yang minta dihantarinya, (6) yang menuangkannya, (7) yang menjualnya, (8) yang makan harganya, (9) yang membelinya, (10) yang minta dibelikannya."
(Hadis riwayat Tarmizi dan Ibnu Majah)
ENAKMEN JENAYAH SYARIAH (SELANGOR) 1995
Oleh itu kerajaan bertanggungjawab memastikan yang rakyat jelata khasnya yang beragama Islam tidak terlibat dalam aktiviti yang membabitkan arak ini tambahan pula di Negeri Selangor, umat Islam di negeri ini adalah tertakluk dan terikat pada Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 yang berkuatkuasa sejak 22 November 1996 yang telah mengkategorikan meminum dan menjual arak sebagai suatu kesalahan jenayah syariah.
Melalui Enakmen ini di bawah kategori kesalahan minuman yang memabukkan dinyatakan di bawah Seksyen 18 (1) dan (2) iaitu:
(1) Mana-mana orang yang, di mana-mana kedai atau tempat awam lain, minum apa-apa minuman yang memabukkan adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
(2) Mana-mana orang yang membuat, menjual, menawarkan untuk jualan, mempamerkan untuk jualan, menyimpan atau membeli apa-apa minuman yang memabukkan adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
INISIATIF MEMBEBASKAN UMAT ISLAM DARI ARAK DI SELANGOR
Diperingkat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) contohnya di Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) berdasarkan sentimen dan tuntutan masyarakat, usaha telah dilakukan untuk memperkenalkan peraturan bagi mengawal penjualan arak ini iaitu di kawasan masyarakat yang majoriti penduduknya beragama Islam. Inisiatif ini turut diambil oleh ahli-ahli majlis di PBT-PBT yang lain di Selangor.
Walaubagaimanapun harus diberi perhatian bahawa segala usaha di atas TIDAK sama-sekali melibat atau membabitkan hak masyarakat bukan Islam di Negeri Selangor. PAS Selangor tidak pernah menuntut agar arak ini diharamkan dijual atau diminum dikalangan masyarakat bukan Islam.
Inisiatif yang diambil adalah untuk membebaskan umat Islam Selangor dari pengaruh dan budaya arak yang haram hukumnya disisi Islam dan bukan untuk menganggu-gugat hak masyarakat yang bukan Islam.
Oleh itu PAS Selangor kesal apabila inisiatif dari tindakan untuk mengawal pengurusan penjualan dan peminuman arak ini dikalangan masyarakat Islam telah dicampuri oleh pihak-pihak yang tertentu. Campurtangan membabitkan insiden di Shah Alam pada 30 Julai 2009 lalu dengan mempertikaikan keputusan pihak PBT dan para pegawai MBSA yang melaksanakan tugas ternyata telah mengingkari saluran-saluran pentadbiran yang sepatutnya.
Malah PAS Selangor mendapat laporan bahawa campurtangan itu (dan beberapa tindakan serupa sebelum ini) telah menganggu dan menjejaskan moral ahli-ahli majlis PBT dan para pegawai serta kakitangan kerajaan amnya.
TUNTUTAN-TUNTUTAN DAN TINDAKAN PAS SELANGOR
PERTAMA: Dengan perkembangan ini PAS Selangor mendesak agar kerajaan negeri di bawah pimpinan YAB Tan Sri Dato’ Abd Khalid bin Ibrahim agar serius dan menyegerakan garis panduan yang seragam bersesuaian dengan Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995, untuk digunapakai seluruh negeri Selangor, supaya kontroversi seumpama ini tidak berulang sehingga meresahkan masyarakat Islam di sini.
KEDUA: PAS Selangor turut menggesa agar pemegang portfolio Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan dikaji semula berikutan dengan rentetan beberapa peristiwa sebelum ini.
KETIGA: PAS Selangor mengeluarkan arahan kepada seluruh kekuatan parti di negeri ini untuk mengambil langkah-langkah yang wajar dan bersesuaian dengan kedudukan dan jawatan masing-masing agar usaha untuk membebaskan umat Islam dari arak ini dilakukan secara serius dan berterusan, menurut adab, peraturan dan undang-undang yang sedia ada, demi keselamatan dan kesejahteraan seluruh masyarakat dan umat Islam di negeri ini.
KEEMPAT: PAS Selangor akan segera mengemukakan deraf peraturan kecil mengenai penggunaan arak dikalangan masyarakat Islam untuk dikuatkuasa diperingkat PBT-PBT.
KESIMPULAN
Kesimpulannya, PAS Selangor mengesan bahawa keseluruhan rentetan kes-kes ini sesungguhnya berpunca dari kegagalan dan kelemahan pimpinan Umno dan Barisan Nasional (BN) Selangor yang telah diberi peluang oleh rakyat untuk mentadbir negeri ini lebih 50 tahun lalu.
Pimpinan Umno Selangor semasa berkuasa dahulu terbukti tidak sama-sekali serius dan jujur dalam menyelesaikan masalah orang-orang Islam termasuklah berhubung penjualan dan peminuman arak ini. Oleh itu PAS kini melalui mandat yang diberikan rakyat kepadanya, bertanggungjawab untuk memperjuangkan isu ini demi kepentingan masyarakat Islam dan seluruh rakyat amnya.
YB DATO’ DR HASAN BIN MOHAMED ALI
PESURUHJAYA PAS NEGERI SELANGOR
4 OGOS 2009
| POLITIK/SEMASA |
Teman cadangkan kita boikot aje pencacai UMNO ni!! Layan....................???

Sehari dua ni kecuh mamat2 peniaga kat lorong Tunku Abdul Rahman nak saman GMI. Alahai... berniaga cukup2 makan...sembang rugi million-million.Peeeegidahhhh!!
Kebanyakan yang berniaga kat situ Mat Indon. Ada setengah yang lain tu tauke dia mungkin tak da kerakyatan Malaysia. Nak cakap banyak.
Tauke Hypermarket bising-bising...dia kena ingat. Hypermarket dia bukan kat Jalan Masjid India aje....sampai ke KB teman dengar.
Kalau dia orang ni mengada-ngada sangat...teman cadangkan bulan puasa ni tak payahlah kita ke Jalan Masjid India. Kita boikot dia orang sebulan. Apa macam???? GMI boleh tolong kempen satu Malaysia.
Oh ya...!! Nak ingatkan sama...Wilayah Persekutuan KL ni area Pakatan Rakyat yob!! Wakil Rakyat mike ramai yang dah bungkus...
| POLITIK/SEMASA |
Beranikah Umno membaca artikel ini ?
Oleh : albanjaryArtikel dibawah ditulis dengan tanda Amaran ! Pencacai Umno yg ada semput dan lemah jantung dilarang membacanya. Kepada pencacai yg telah menerima 'Anugerah Jamban', [ link ] jaga emosi anda, jika tidak mahu anda dijambankan..jika tidak, jamban sedang menunggu Anda..Ingat !!
Seperti biasa, bila berlalunya suatu Pilihanraya Kecil atau Umum, dan UMNO tersungkur, kerana rakyat tidak lagi mengundi mereka, yakni Umno kalah lagi ke tangan calon Pakatan Rakyat, dan terbaru di Manek Urai, dan episod akan datang, InsyaAllah pula di N11, Permatang Pasir pula, maka gendang tentang Ketuanan Melayu, Perpaduan Melayu, Melayu hilang kuasa politik dan sebagainya akan deras dipalu ke telinga rakyat. Dan lumrahnya begitu. Macamlah tanpa Umno, melayu akan pupus.
Maka orang-orang Melayu yg sekapal dengan pencacai-pencacai Umno yg wak anugerahkan anugerah 'jamban' kelmarin, pasti keras dan terus 'piang' menjadi penyokong dan pendokong UMNO sejati atas kejahilan dan kedangkalan minda hasil dari proses pembodohan anjuran UMNO zaman berzaman. Percaya dan menyakini dengan kepercayaan ditahap bersungguh-sungguh bahawa Melayu hanya boleh terus hidup makmur dengan hidupnya UMNO. Jika jahanam UMNO maka jahanam jugalah bangsa Melayu dan begitulah sebaliknya. Itulah retorik Umno membodohkan pemikiran melayu.
Selepas Pilihanraya ke-12 yang lalu, lihatlah betapa di setiap PRK yang diadakan, apa yg terjadi kepada Umno di Semananjung ? Mereka gagal dan terus gagal memenangi hati pengundi untuk mengundi calon mereka. Prestasi mereka sudah memasuki tahap parah, separahnya Umno dijahanamkan oleh Tuan Guru Nik Aziz bulan lalu.
Apabila Umno melihat prestasinya yang kian teruk, maka seperti biasa suara perkauman Melayu pun dimainkan oleh Umno. Soal ISA yg harus didokongi dan dipertahankan atas nama melayu di'juang' baik oleh mereka, kepada mereka yg menolak ISA minta dimansuhkan, otomatis dilabel sebagai 'pengkhianat'.
Itulah gula-gula Umno yang terus dikunyah oleh rakyat. Mungkin untuk menarik balik sokongan kepada 100% melayu kepada Umno, maka tidak mustahil permulaan proses pembodohan Melayu anjuran Umno ini atas tajuk mengembalikan ketuanan, perpaduan dan politik Melayu akan dipekik lantang di PRK Permatang Pasir. Bila mereka ber'drama', kandungannya telah dapat dihidu dan di baca. Dan rakyat akan diajak berfikir tentang nasib Melayu dengan mengaitkan Umno, bahawa Umno lah segala-galanya untuk Melayu di dunia dan di akhirat.
Proses pembodohan Melayu anjuran Umno atas nama mengembalikan perpaduan, ketuanan dan kuasa politik politik Melayu sebenarnya adalah suatu program berterusan Umno untuk meraih sentimen kemelayuan dan berharap seluruh umat Melayu bersatu di bawah Umno. Sekian lama umat Melayu telah melalui proses pembodohan ini dan menyertai pr0gram ini tanpa sedar, tanpa perlu borang penyertaan, tapi dengan hanya terjebak dengan sentimen perkauman, suduh cukup menjadikan mana-mana umat Melayu yang menyertainya dibodohkan melalui proses pembodohan Melayu.
Kenapa Umno terus-menerus tegar dengan program dan proses pembodohan Melayu ini ? Jawapannya ialah, survival Umno itu terletak kepada sejauh mana berjaya dan berkesannya program/proses pembodohan Melayu ini berjalan di kalangan umat Melayu yang akhirnya Umno mengutip keuntungan dari kebodohan umat Melayu tanpa disedari oleh dirinya, keluarganya, masyarakatnya, negerinya, negaranya hingga ke peringkat agamanya yang terus jahil dibodohkan oleh Umno.
Contoh termudah boleh kita dapati dan kita dengar dari dan pendirian ahli-ahli Umno atau individu non-partisan tetapi mengundi Umno, dan apabila diutarakan pandangan umum tentang suasana politik dan ekonomi tempatan mahupun nasional, sikap dan pandangan mereka ini pada hakikatnya telah termaktub dalam silibus dan kurikulum bersepadu Umno ; warisan penjajah iaitu (divide and rule) yang berorientasikan kejahilan dan kebodohan sehingga menghasilkan spesis manusia bodoh sombong.
Mereka menjadi bodoh kerana diasuh dengan kurikulum pembodohan Umno, kemudian menjadi sombong pula kerana tidak sedar dirinya itu bodoh lagi dibodohkan kerana menganggap bahawa apa jua pelajaran yang telah diterimanya dalam apa jua medium, suratkhabarnya, telivisyennya, radionya dan apa-apa jua instrumen kerajaan dijadikan medium perantaraan antara peserta program dan penganjur programnya iaitu Umno.
Jawapan mereka mudah dan dangkal, segala harta kerajaan diyakininya sebagi Umno yang punya. Kekayaan negara juga kekayaan Umno yang punya. Balai Raya Umno yang punya. Masjid dan surau Umno yang punya. Jalanraya Umno yang punya. Duit kerajaan Umno yang punya. Malaysia ini pun Umno yang punya, segala-galanya dari dunia sampailah akhirat jawapannya Umno yang punya. Mahukan pembangunan mesti dengan Umno. Mahukan kekayaan mesti melalui Umno. Mahu kemiskinan dihapuskan mesti dengan Umno. Mahukan keamanan mesti juga dengan Umno. Mahu kestabilan mesti dengan UMNO, yang baik dari UMNO dan yang buruk adalah datang dari selain UMNO. Tiada ada yang betul melainkan UMNO sahaja, yang lain tiada lain melainkan salah salah salah dan salah belaka. UMNO UMNO UMNO...sahaja melayu mesti pilih. Cittt !!
Dengan menggunakan teori pembangunan dan keamanan. Rakyat secara sedar dan tidak diasuh untuk melalui proses2 pembodohan Melayu dan di bawa berfikir bahawa kedua-dua perkara pembanguna dan keamanan ini hanya dapat dijamin survivalnya dengan UMNO semata-mata. Justeru menanamkan satu jawapan tuntas lagi wibawa kononnya, bahawa selain dari UMNO adalah dijamin tidak akan berjaya..sebagaimana pencapaian yang telah dicapai oleh UMNO.
Seterusnya dengan beralasan bahawa yang memerintah penuh 'bagus' selama ini hanya UMNO sahaja, selain UMNO, jangan harap..tiada bukti akan dapat dicapai, sekiranya ada pihak lain membuat tawaran kebajikan yang lebih baik dan pembangunan yang lebih seimbang dari UMNO, maka UMNO akan mengeluarkan jawapan baru bahawa, pihak yang lain-lain itu hanya membuat janji kosong sahaja atau syok-syok sendiri saja.
Secara halusisasinya, (ada ker perkataan ni, belasah ajerlah..) UMNO membawa umat Melayu percaya bahawa kerajaan dan UMNO tiada boleh dipisahkan. Justeru kotak pemikiran graduan lulusan fakulti pengajian UMNO akan terus berpendapat bahawa barang siapa menentang UMNO sedang ia bekerja makan gaji dengan kerajaan, maka orang itu bolehlah disifatkan sebagai pengkhianat kepada kerajaan.
Seolah-olah pendapatan hasil dari pekerjaannya itu sebagai haram kerana duit gaji dari kerajaan dikira duit UMNO dan BN. Orang itu juga dikira tidak mengenang budi kerajaan (baca puak : UMNO-BN) kerana menolak kerajaan. Banyak lagi silibus yang dicipta oleh UMNO untuk memastikan umat Melayu terus dikongkong minda dan fikirannya. Terlalu banyak kejahilan untuk diceritakan, dan masih menjajahi minda umat Melayu yang akhirnya dapat kita lihat bahawa UMNO sudah menjadi 'Tuhan' baru pujaan manusia bodoh bergelar ahli dan penyokong Umno.
Mengapa UMNO beriya-riya benar mahu meneruskan proses pembodohan ke atas umat Melayu dulu, kini dan selamanya ? Tiada lain melainkan untuk memastikan UMNO kekal berkuasa, dengan kuasa itulah akan diambil kesempatan atas kejahilan dan kebodohan rakyat. Melayu yang bodoh lagi jahil tidak punya timbangan ilmu, intelek mahupun akedamik. Mereka hanya, mereka hanya menilai dan menimbang sesuatu itu dengan apa yang telah disediakan oleh UMNO dalam kurikulum yang dianjurkan oleh UMNO yang diwarisi dari penjajah dahulu.
Kesan daripadanya, apa sahaja salah laku, penyelewengan, penipuan, rasuah, penindasan dan seluruh keburukan yang dilakukan oleh pemimpin UMNO tidak akan dapat dipersoal malah terus dibela oleh penyokong dan pendokong UMNO atas dasar kejahilan dan kebodohan tadi. Jika UMNO menerima kritikan atau berlaku pendedahan atas penipuan dan penyelewengan dikalangan pimpinan UMNO, penyokong dan pendokong UMNO dikalangan orang yang diperbodohkan UMNO dengan taatnya terus percaya dan yakin sungguh-sungguh bahawa semua itu bohong, fitnah, mengumpat, keji, maki hamun dan sewaktu dengannya.
Bahaslah dengan cara akedamik bagaimana pun, ia telah tersemat di dalam mindanya bahawa itu semua bohong, mustahil bagi UMNO buat perkara itu kononnya, maka Melayu yang menjadi penyokong dan pendokong UMNO yang setia adalah antara manusia paling prejudis dalam dunia,. Itu juga sebabnya UMNO bermati-matian mempertahankan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971( AUKU ) kerana dengan jalan ini sahajalah mereka dapat mengongkong pemikiran para mahasiswa agar mereka tidak boleh mempersoalkan apa yang dibuat oleh UMNO walaupun ia salah dari segi disiplin ilmu, kerana yang hanya meluluskan pandangan serta pendapat mereka hanyalah apa yang terkandung dalam silibus dan disiplin pengajian yang disediakan UMNO sahaja.
Apakah cara yang paling efektif untuk membebaskan umat Melayu seluruhnya keluar dari kepompong kejahilan tajaan UMNO ?
Jawapnya - Mudah sahaja, hapuskan kuasa politik UMNO.
Pada PRU13 kelak - kita tinggalkan 2 atau 3 kerusi untuk Umno buat tatapan anak2 cucu kita bahawa UMNO yang kerjanya merosakkan minda dan menjatuhkan maruah umat Melayu ke tahap haiwan peliharaan seperti lembu dan kambing, babi juga mungkin yang disembelih apabila tiba masanya untuk dinikmati keuntungannya oleh puak-puak pemimpin UMNO itu dan selagi UMNO-BN berkuasa selama itu jugalah manusia akan dieksploitasi kebodohannya untuk menjamin kuasa dan kedudukan mereka kekal kerana sudah jelas diketahui bahawa kuasa dan kedudukan pemimpin UMNO bukan bertujuan untuk menjaga kepentingan dan ketuanan Melayu sebagaimana yang dilaung-laungkan selepas prestasi buruk mereka pada PRU-12 yang lalu, tetapi untuk mempastikan bahawa mereka dapat kepentingan perut dan bawah perut mereka dengan mengambil kesempatan dari kebodohan dan kejahilan umat Melayu.
Kaum India sudah sedar bahawa mereka sudah lama ditipu MIC, akhirnya mereka meninggalkan MIC. Kaum Cina sudah sedar bahawa mereka telah lama ditipu MCA, akhirnya mereka meninggalkan MCA. Umat Melayu mesti sedar bahawa UMNO sudah lama menipu Melayu dan menjadi tanggungjawab Melayu meninggalkan UMNO. Wahai melayu di dalam Umno, beranikanlah diri untuk keluar dari kebodohan itu. PAS for ALL !!
| POLITIK/SEMASA |
Catitan Demo Anti - ISA : Tiga dakwaan di mahkamah Sesyen 5
Aku menangis ketika nampak wajah Fadiah.Sedih ada ,gembira pun banyak kerana tahu peguam memang pasti akan mencari kami. Aku hanya ingin kepastian samada Suhaib dan Ammar selamat atau tidak.Tu je!
(Peguam Fadiah bertudung putih di sebelah kiriku)"Dont worry kak, Suhaib dah dijumpai di Lokap Petaling.Ramai peguam disana..." kata Fadiah dan kami berpelukan disebalik jeriji lokap.......Walaupun selalu bertemu Fadiah, namun pertemuan di lokap adalah sesuatu yang amat sukar ditafsirkan dengan kata-kata.Tapi aku sedar, ramai yang bimbang dengan keselamatan kami dan berusaha mengeluarkan kami dari lokap itu.Kami mengadu pada semua peguam tentang layanan polis kepada kami.Bila peguam bersama kami, semua polis yang bertugas di lokap itu bertukar dari anjing garang kepada manusia yang lembut dan berhemah.
| POLITIK/SEMASA |
PDRM instrument of their political masters......!!!!
I will not refer to the Police as PDRM – it is an affront to our Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong to do so. There is nothing Royal about the Police.
PDRM is an instrument of the state. PDRM takes instructions from their political masters and what they do reflects the instructions given to them by their political masters who are the legitimate authority of our country (at least for the time being).
But I am getting ahead of myself here. Let us back up a bit.
Have you not seen a mata mata jump to attention when an Inspector comes into his peripheral vision? What about the Inspector jumping to attention when an Assistant Superintendent of Police (ASP) casually walks by? Then you go past the Superintendent grade. When the mata-mata is privileged (and I use this term loosely…very very loosely!!) enough to come into the same rarified air as a Senior Assistant Commissioner of Police you will see him stand rooted to the spot standing at attention…not daring to breath, eyes front and just wishing that the earth would swallow him for having the nerve to be born on the same planet as the SAC in front of him….get my drift?
Were the mata mata baton hitting the demonstrators for personal gain? No. Were they doing it out of hatred or in defense? No. These mata mata had nothing against the demonstrators. It was a case of obedience to the orders given to them. They could not be faulted because they were simply following orders.
If he is instructed to contain a situation he will do so – if that involves tear gas, baton hitting a demonstrator – anything – he will do so because that action of his has been cleared by his superiors in the briefing before the act. The average mata mata simply do not have the capacity or ability to think further then the length of his nose and certainly incapable of promoting good governance by doing the right thing for the demonstrators who are simply exercising their democratic right to show that they do not agree with the ISA.
Now why would the Police allow themselves to be use as instruments of the state? Are they not drawn from the same stock – cultural and racial – as those that they have been asked to subjugate? At the least would that not make them unreliable instruments of state with the probability of them turning against the very people that is attempting to use them?
The answer is simple. Quid proco. For doing the bidding of their political masters against their masters domestic enemies their Political masters will turn a blind eye to what the Chairman of the Royal Commission to Enhance the Operation and Management of the Royal Malaysian Police describe as “ rampant corruption in the force’s traffic, commercial crimes, narcotics and internal investigation divisions” and “excessive use of force used against detainees” resulting in a number of deaths in police custody (an understatement to say the least!!). He also said that the commission inquiry into the Malaysian police has been inundated with allegations of corruption and brutality.
When all is said and done this has manifested itself in the failure to establish critical aspect of the commission’s recommendations: “An Independent Police Complaints and Misconduct Commission (IPCMC) aimed at dealing with complaints regarding the police and seeking to improve the professionalism of the force and to ensure that doctrines, laws, rules and procedures are observed and implemented by the police”.
The powers that be condones and turn a blind eye to the massive corruption that pervades all levels of the Police and in return the Police will rid the country of all organized opposition to the Government. Political opponents are held without trial and under conditions of cruelty – even death. You need only see what had happened to Anwar Ibrahim – a Deputy Prime Minister while under Police Custody and the perpetrator of that crime against Anway was the IGP himself. I shudder to think what could happen to others below the level of a Deputy Prime Minister.| POLITIK/SEMASA |
SPRM serbu pejabat exco S'gor lagi
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tiba di pejabat exco kerajaan Selangor, Rodziah Ismail, sekarang untuk menyiasat isu peruntukan DUN yang dibelanjakannya.Lima pegawai suruhanjaya itu sedang menunggu di pejabat wakil rakyat PKR bagi Batu Tiga sejak 2.45 petang tadi tetapi dihalang pembantu sementara menunggu ketibaan Rodziah yang sedang berada dalam mesyuarat exco.
Beliau kemudiannya membawa beberapa peguam bersamanya untuk menemui pegawai SPRM tersebut di bangunan sekretariat kerajaan Selangor di Shah Alam.
Serbuan ini kali kedua dibuat terhadap pemimpin Pakatan Rakyat di bangunan sekretariat negeri itu selepas siasatan di pejabat Ean Yong Hian Wah, 15 Julai lalu.
Siasatan ini dipercayai susulan aduan Gerakan Rakyat dan Anti Korupsi Malaysia (Gerak) pada 30 Julai lalu.
Dakwaan itu membabitkan penyalahgunaan peruntukan kerajaan negeri di kawasan seorang wakil rakyat, yang tidak dinamakan, berjumlah RM375,000.

Satu dokumen 17 halaman itu diserahkan oleh Pengerusi Gerak, Mohd Nazree Mohd Yunos kepada pegawai penyiasat SPRM di pejabat suruhanjaya itu di Shah Alam.
| POLITIK/SEMASA |
11 mati akibat H1N1, 1,476 kes hari ini .... !!! Apakah kerajaan sanggup tunggu dan lihat aje...!! Apakah nyawa rakyat marhaen tak bernilai lagi..???
Seorang lelaki 20 tahun dan remaja 12 tahun dari negeri itu - masing-masing menghidap lelah dan kegagalan buah pinggang - menjadi korban terbaru kes selepas kematian kanak-kanak tiga tahun disahkan meninggal dunia akibat virus tersebut.
Mangsa kesembilan Iffah Syazwina Samsuddin dilaporkan meninggal dunia pada 4.30 petang di Hospital Melaka, semalam.
Korban kelapan membabitkan seorang guru 51 tahun dari Kuala Selangor yang meninggal dunia Ahad lalu. Sekolah tempat guru itu mengajar ditutup pada 27 Julai.
Setakat ini, 1,476 kes selesema A (H1N1) dilaporkan di seluruh negara, termasuk 16 kes terbaru termasuk kematian tersebut.
Kematian-kematian lain:
Korban ketujuh, ibu 24 tahun dari Miri, Sarawak yang baru melahirkan anak sulungnya dua minggu lalu meninggal dunia Ahad lepas. Anaknya bagaimanapun dilaporkan selamat.
Keenam, murid lelaki berusia 11 tahun dari Johor Bahru meninggal akibat komplikasi, 2 Ogos lalu.
Kelima, seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun dari Bagan Serai, Perak meninggal dunia Jumaat lalu.
Pada 28 Julai lalu, wanita berusia 20 tahun dari Melaka meninggal dunia akibat pneumonia teruk yang dijangkiti dari persekitaran.
Sehari sebelumnya, seorang lelaki berusia 42 tahun mati akibat wabak itu setelah disahkan menghidap selesema A (H1N1).
Si mati yang mengalami pelbagai komplikasi meninggal akibat pneumonia yang serius dengan kegagalan beberapa organ setelah 10 hari mendapat rawatan.
Korban kedua wabak itu di negara ini, lelaki 46 tahun yang meninggal dunia di hospital swasta di Subang Jaya, 26 Julai.
Lelaki tersebut dilaporkan mati akibat "pneumonia teruk dengan kegagalan pernafasan bersama kejutan septisemia dan kegagalan buah pinggang akut" selepas tujuh hari di unit rawatan rapi.
Pada 23 Julai lalu, seorang pelajar Indonesia berusia 30 tahun yang menuntut di Pusat Antarabangsa Pendidikan Kewangan Islam (INCEIF) di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur menjadi korban pertama berkaitan wabak selesema A (H1N1).
| POLITIK/SEMASA |
By Election : With Malays split, the Chinese are key to victory in Permatang Pasir vote
| POLITIK/SEMASA |
Kontroversi baru: Penyelewengan tesis PhD Jab Pengajian India..!!! Ha..Ha...sampai ke PhD pun mereka swastakan...???? masuk beb...!!!
UM juga terkejut jumlah luar biasa penerima ijazah kelas pertama
Oleh ROZAID A. RAHMAN
PETALING JAYA: Isu dan kontroversi pelantikan ketua Jabatan Pengajian India, Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya (UM) nampaknya tidak berakhir di situ semata-mata apabila siasatan mendapati berlakunya penyelewengan ke atas urusan pemeriksaan tesis calon ijazah doktor falsafah dan juga penganugerahan ijazah sarjana muda dengan kepujian kelas pertama pada jumlah yang sangat luar biasa.
Hasil siasatan yang dijalankan oleh Pejabat Naib Canselor juga mendapati, ini tidak pernah berlaku pada mana-mana jabatan lain di UM.
Pejabat Naib Canselor melihat kejadian ini sebagai "suatu perkara yang tidak boleh diterima dalam urusan penganugerahan ijazah.
"Ia telah berlaku sekian lama dan nampaknya pihak Fakulti tidak berkemampuan untuk memperbetulkannya.
"Setelah menilai keadaan yang berlaku di Jabatan ini, saya telah membuat kesimpulan bahawa jabatan ini dengan kepimpinan yang ada pada masa ini tidak mampu untuk memperbetulkan keadaan yang tidak munasabah ini," kata Naib Canselor UM, Datuk Dr Ghauth Jasmon dalam laporan bertulisnya kepada Menteri Pengajian Tinggi baru-baru ini.
Dalam laporannya itu, mStar Online difahamkan, Dr Ghauth telah menyenaraikan lampiran statistik jumlah calon yang memperolehi ijazah sarjana muda di Jabatan Pengajian India pada jumlah yang tidak munasabah iaitu melebihi 50% daripada jumlah calon yang dianugerahkan ijazah sejak sesi pengajian 2003/04.
Malah bagi sesi 2006/07, jumlah calon yang memperolehi kelulusan dengan ijazah kelas pertama melebihi 64%.
Ekoran daripada penganugerahan ijazah kelas pertama pada jumlah yang sangat luar biasa itu, Dr Ghauth telah mengarahkan pihak fakulti supaya melakukan proses pembetulan ke atas sistem akademik di Jabatan Pengajian India untuk memastikan perkara-perkara yang kelihatan tidak beretika tidak berulang lagi.
Sementara itu, Dr Ghauth turut mendapati pada awal tahun ini, telah berlaku satu penyelewengan dalam urusan pemeriksaan tesis calon ijazah doktor falsafah (PhD) di jabatan yang sama.
"Hasil siasatan yang dijalankan oleh Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial akhirnya telah mendapati berlakunya perkara-perkara yang tidak beretika dalam pengurusan pemeriksaan tesis calon PhD tersebut oleh pemeriksa luar daripada dua buah universiti dari India," kata sumber tersebut kepada mStar Online.
Malah siasatan itu juga mendapati, salah seorang pemeriksa luar yang dilantik oleh Jabatan Pengajian India UM untuk menyelia tesis pelajar PhD tersebut telah "dipaksa" untuk menyiapkan laporannya dalam tempoh tiga hari.
Dan oleh kerana terdapatnya beberapa keraguan dalam Laporan Pemeriksa Luar dan isu kerahsiaan pemeriksaan yang tidak terjamin, maka pihak fakulti yang menjalankan siasatan tersebut telah mengesyorkan supaya laporan oleh pemeriksa luar dan juga pemeriksa dalaman bagi calon PhD yang terlibat ditolak.
Sebaliknya mereka telah mencadangkan supaya tesis calon berkenaan diperiksa semula oleh Pemeriksa Luar dan Pemeriksa Dalaman yang baru.| POLITIK/SEMASA |
Kutipan hasil negara susut? aikk..tempoh hari kata ekonomi mantap...mampu bersaing dan tidak terjejas..??? la...ni....lain lak cerita...????
![]() |
| |
Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzalah (gambar) berkata, kutipan cukai bagi suku kedua merosot satu peratus setelah mengalami kenaikan tiga peratus pada suku sebelumnya.
Katanya, meskipun kutipan cukai bagi separuh tahun ini meningkat sebanyak RM1 bilion berbanding tempoh sama tahun lalu tetapi situasi ekonomi semasa dijangka menyebabkan kutipan cukai bagi separuh kedua terjejas.
‘‘Situasi ekonomi semasa menyebabkan kami (kerajaan) khuatir, kemungkinan besar sasaran kutipan cukai pada separuh kedua tidak mampu dicapai.
‘‘Dalam keadaan sekarang kemerosotan pendapatan syarikat-syarikat memberi kesan kepada kutipan cukai,’’ katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan Persidangan Cukai Kebangsaan 2009 di sini hari ini.
Beliau mewakili Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Hadir sama ialah Ketua Pengarah LHDN, Datuk Hasmah Abdullah.
Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan unjuran kutipan cukai bagi tahun ini.
‘‘Kita memang ada menetapkan sasaran tetapi untuk tahun ini, saya tidak perlu dedahkan angkanya.
‘‘Jumlah sebenar akan kita ketahui selepas berakhir tahun ini,’’ ujarnya.
Ahmad Husni berkata, setakat tujuh bulan pertama tahun ini yang berakhir 31 Julai lalu, LHDN mengutip sejumlah RM53.5 bilion berbanding RM52.4 bilion pada tempoh yang sama 2007.
Tambahnya, penyumbang terbesar adalah sektor petroleum yang menyaksikan peningkatan kutipan sebanyak RM2 bilion dan individu RM1 bilion.
Kutipan cukai tahun 2008 berjumlah RM90.6 bilion, kenaikan sebanyak 21 peratus berbanding RM74.7 bilion tahun 2007.
Jelasnya, prestasi kutipan cukai pada tahun lalu adalah baik berbanding negara-negara lain yang mencatatkan penurunan ketara dalam pungutan cukai.
Sementara itu, Ahmad Husni memberitahu, Kerajaan masih belum menyemak lagi unjuran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) untuk tahun depan.
Beliau menjelaskan, data-data ekonomi perlu dikemaskini sebelum membuat semakan semula terhadap unjuran tersebut.
‘‘Ini kerana unjuran yang bakal dibuat adalah berdasarkan situasi (ekonomi) semasa,’’ katanya.
Husni berkata, kerajaan akan mengambil kira laporan Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia semasa mengemas kini unjuran tersebut.
Kerajaan sebelum ini mengunjurkan KDNK pada tahun depan berada pada paras positif selepas mengalami penguncupan - 4 hingga - 5 peratus.
Dalam pada itu, ditanya mengenai keputusan prestasi KDNK pada suku kedua lalu, beliau berkata: ‘‘Kita tunggulah pengumuman rasmi nanti’’.
Sebelum ini Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Zeti Akhtar Aziz membayangkan ekonomi negara dijangka berada pada kadar yang sama seperti suku pertama 2009 iaitu -6.2 peratus.
Ia merupakan penguncupan KDNK terburuk sejak suku keempat 1998 apabila ekonomi Malaysia terjerumus dalam kemelesetan ketika krisis kewangan Asia. KDNK pada waktu itu adalah -8.1 peratus.| POLITIK/SEMASA |
MACC chief gets death threat linked to Teoh’s death
KUALA LUMPUR, Aug 5 — Top anti-graft buster Datuk Seri Ahmad Said Hamdan was threatened with being shot to death in a letter received on July 24 from unknown persons seeking revenge for the mysterious death of political aide Teoh Beng Hock, the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) said yesterday. News of the threat came in tandem with strong sentiment among top brass in MACC that the Najib administration is not supportive enough of the agency, with some displeased that the government acceded to a royal commission to investigate its methods. |
There is also a growing view that MACC deputy chief commissioner Datuk Abu Kassim Mohamed is more qualified to lead the national anti-graft body than Ahmad Said, who is now under tight protection due to the death threat. The threat to the MACC chief commissioner was contained in a letter addressed to the commission's Selangor head office in Plaza Masalam, where Teoh was found dead on July 16 after 10 hours of questioning as a witness in alleged abuse of state funds. Selangor MACC director Jaafar Mahad said the writer not only threatened Ahmad Said's life but also linked his family and the rest of the commission staff to the case. "The handwritten letter used foul language to express anger towards Ahmad Said, his family and MACC officials following Teoh's death. A police report was made at the Shah Alam police district headquarters a few days after the letter was received," Jaafar was quoted as saying by the Malay-language Berita Harian newspaper. In the letter, the writer blamed Ahmad Said and the MACC for the 30-year-old political secretary's death and threatened to shoot them while scolding them repeatedly and expressing dissatisfaction that the MACC had not investigated Barisan Nasional leaders but only focused on DAP politicians. Teoh's death is the subject of an on-going inquest with the findings to be part of a royal commission of inquiry into the investigation methods of the MACC, which assumed the former Anti-Corruption Agency's (ACA) duties on Jan 1. Ahmad Said was the ACA director-general who then became MACC chief commissioner. Ahmad Said told Berita Harian that the threats are part of the risks in carrying out duties for the country. "All MACC officers and staff have been advised to be careful and be prepared to handle any eventuality without being pressured or lose focus because of the threat. Instead, they should carry out their duties while taking care of their personal safety," he said. Commenting on a video clip on the Internet that purportedly showing a man being beaten up by uniformed officers linked to the MACC, Ahmad Said denied his men were involved, saying it looked more like an office in a supermarket. He said the MACC condemned such action and hoped the police would investigate thoroughly, hoping people would not be influenced by allegations that smear enforcement agencies. |
| POLITIK/SEMASA |
Jeff Ooi biadap tuduh JIM 'ekstremis agama'
| POLITIK/SEMASA |
PEMERGIANMU (YA RASULULLAH SAW)
AL-HADHARAH
PEMERGIANMU (YA RASULULLAH SAW)
( Ya.. Rasul…)
Kau masih tersenyum mengubat lara
Selindung derita yang kau rasa..
Senyuman yang mententeramkan setiap insan yang kebimbangan… woo..woo..wo..
Hakikatnya tak tertanggung lagi derita di pangkuan isterimu Humaira
Menunggu saat ketikanya diangkat rohmu bertemu Yang Esa
Tangan dicelup di bejana air.. kau sapu ke muka.. mengurangkan pedih
Beralun zikir menutur kasih pada ummat dan akhirat..
*Dan tibalah waktu.. ajal bertamu
Penuh ketenangan jiwamu berlalu…
Linangan airmata syahdu iringi pemergianmu
Oh.. sukarnya untuk ummat menerima
Bahkan payah untuk Umar mempercaya
Tetapi iman merelakan jua bahawa manusiakan mati akhirnya
Tak terlafaz kata mengungkap hiba
Gerhanalah seluruh semesta
Walaupun kau telah tiada
Bersemarak cintamu selamanya
*Dan tibalah waktu.. ajal bertamu
Penuh ketenangan jiwamu berlalu…
Linangan airmata syahdu iringi pemergianmu
Oh.. sukarnya untuk ummat menerima
Bahkan payah untuk Umar mempercaya
Tetapi iman merelakan jua bahawa manusiakan mati akhirnya
Ya Rasulullah..
kau tinggalkan kami warisan yang abadi
dan bersaksilah sesungguhnya kami merinduimu.
Lagu / Lirik: Frizdan, Nyanyian: Kumpulan Inteam.
Demikianlah sebuah lagu nasyid kontemporari tempatan yang sedikit sebanyak berjaya meninggalkan kesan positif kepada jiwa kanak-kanak, terutamanya apa yang saya lihat berlaku terhadap anak-anak saya sendiri… Mungkin juga perlu untuk orang-orang tua, dewasa dan ustaz-ustaz maupun ustazah memiliki cdnya untuk menghilangkan sedikit resah atau `tension` kehidupan seharian kita yang sentiasa bertarung dengan jahiliyyah. Tak perlulah ustaz-ustaz atau ustazah pula menghilangkan `strees` dengan menikmati lagu Siti Nurhaliza atau menonton filem Hindustan.
Isteri saya seorang Ustazah cukup `geram` dengan gelagat seorang al-Hafiz kononnya, tetapi di dalam blog beliau baru-baru ini mendedahkan bahawa beliau juga seorang peminat Siti. Dek kerana tak berkesempatan untuk mengikuti konsert penghibur tersebut di negeri `Atas Kayangan` baru-baru ini atas sebab-sebab tertentu. Sebagai peminat dan ahli politik mungkin…(yang memerlukan sokongan semua) beliau melahirkan juga rasa minat terhadap penghibur tersebut dengan cara yang beliau lakukan iaitu menceritakan sudut-sudut tertentu Siti yang menjadi perhatian dan minat beliau… terutamanya `kemerduan atau kelembutan` suaranya, serta Siti dikatakan seorang artis yang `bersopan`. Siap dengan `posting` gambar Siti lenggok menyanyi.
Isteri saya marah sangat bukan apa… kerana al-Hafiz yang sama juga tidak lama dulu menulis beberapa artikel dalam akhbar-akhbar tabloid menyerang SIS dan fahaman pluralisme agama. Rupanya dulu tu dia orang marah sangat kepada gerakan anti Islam kerana mereka itu, individu atau anak-anak pemimpin UMNO. Dia hanya marah dengan orangnya sahaja tidak dengan budaya atau tabiat pluralisme dan libralisme itu sendiri. Sebab itu bila dia sendiri telah terikut-ikut mencari `ketenangan` dengan menikmati kemerduan suara Siti dia tak perasan… asas-asas budaya libralisme dan pluralisme menguasai jiwanya.
“Kenapa boleh jadi begitu hanya dalam jangka waktu yang singkat sahaja ?” Tanya isteri saya hairan.. Jawab saya kepada isteri, “Mungkinlah… mereka jenis taat kepada pemimpin atasan mereka yang dah menerima baik golongan artis, lebih-lebih lagi yang pandai ambil hati pergi berkunjung menziarahi `tok-tok guru politik`. Begitulah juga terjadi kepada mantan Ketua DPPNPP Ustaz Hafiz yang terpaksalah bergelut sendiri menghadapi kes mahkamah perhimpunan haram menentang IFC sikit masa dulu. `Mood` ahli dan penyokong PAS lani bukan seronok nak layan issu-issu sensitif agama atau aqidah lagi. Tak hairan bila Ir Nizar pun boleh pi bertafakur memegang lilin… sambutan depavali pun dah biasa dengan orang-orang PAS.” Dia pun diam tak bertanya lagi.
“Tuu lah padahnya bila semua perkara ditengok melalui jendela politik… jadi lagu tu la.. bila mengaji sifir politik dan tak tengok dah sifir aqidah, sifir Islam main pakai kulit sahaja.” Saya pun terus naik sheik dan banyak lagi perkara yang saya kaitkan bersama. Isteri pula hanya mengangguk tanda bersetuju. Kami suami isteri memang dah biasa berdiskusi hal-hal perjuangan Islam ini, jadi rutin harian. Saya tak malu untuk menyatakan di sini bahawa isteri saya salah seorang tempat rujuk yang penting bagi saya berkaitan ilmu agama kerana saya tak berkesempatan mendalami bahasa Arab hingga ke universiti sepertinya. Tiba-tiba setelah lama tak bersuara, Si isteriku pun berkata, “ Hidup ni nak lama mana sangat…, sampai masa semua akan mati juga. Ahli politik pun mati, Michael Jackson pun mati, tok guru politik pun akan mati, yang berjuang Islam pun mati dan yang tak mau berjuang Islam yang sebenar pun akan mati. Bila mati baru tau siapa yang sebenar-benar beriman menepati kehendak Allah swt.”
Apabila isteri dah berkata begitu, saya pula yang mengangguknya. Betullah teringat saya dalam hati, kerana di pentas dunia ini semua boleh kata dia yang betul dan musuhnya yang salah. Begitu juga sebaliknya musuh kata dia betul juga dengan program-program dan projek-projek Islam mereka. Jadi ummah nak ikut yang mana…? Bagi saya kita yang memperjuangkan Islam jangan menambahkan kekusutan atau kekeliruan ummah dengan menyuruh ummah memihak kepada kita sahaja dan meninggalkan musuh kita. Sepatutnya dari awal lagi kita mesti adil dan berlapang dada menyeru ummah supaya memilih berdasarkan kayu ukur sebenar iaitu al-Quran, al-Hadith, Ijma` ulama` dan Qias tak kira dari mana pun ia datang dari pihak kita atau musuh sekali pun jika bertepatan dengan kayu ukur tadi. Sebab itu bagi pandangan saya satu kesilapan besar bila PAS meninggalkan agenda `perpaduan ummah` apabila bersama dengan PR dan menolak dengan sombong ajakan UMNO untuk berbincang agenda perpaduan ummah.
Ya! PAS boleh berkata UMNO tak ikhlas, tapi PAS bolehkah menjamin PKR dan DAP ikhlas ? Perpaduan ummah itu sendiri bagi PAS bagaimana ? Adakah dengan DAP dan PKR ? Bagi saya berurusan dengan musuh yang kita dah kenal lama lebih baik berbanding bersahabat dengan rakan yang baru kita kenali.
Kami pun terus bersama-sama anak-anak menonton cd-cd nasyid lepas satu, satu diselang seli dengan kisah-kisah Nabi-Nabi dan cerita tauladan. Dari Ibnu Ramadhan.
``qulil haq walau kana murron``
-katakanlah kebenaran itu walaupun ianya pahit-
| POLITIK/SEMASA |
"Ekspedisi ini misi rakyat dan mereka amat prihatin bagi mempertahankan hak mereka.
Oleh itu Husam berkata, kajian undang-undang mengenai perkara itu tidak sepatutnya melebihi dua bulan kerana terdapat ramai pakar perundangan di Kuala Lumpur. 





















KUALA LUMPUR, Aug 5 — Top anti-graft buster Datuk Seri Ahmad Said Hamdan was threatened with being shot to death in a letter received on July 24 from unknown persons seeking revenge for the mysterious death of political aide Teoh Beng Hock, the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) said yesterday. 