Selasa, 4 Ogos 2009

Umno penjajah dan pemusnah Melayu..!!!!

Utusan Malaysia hari ini menyiarkan rencana bertajuk "Melayu jangan jadi bacul". Malaysiakini menyiarkan berita bertajuk "'Malays, don't be cowards': Utusan strikes again" mengenai rencana itu. Ulasan-ulasan di sini dan di sini.

Satu lagi percubaan akhbar bongok bangsa Umno untuk mengelirukan orang-orang Melayu Islam. Akhbar bangsa Umno dan penulis bangsa Umno itu cuba menutup hakikat bahawa yang sebenarnya bacul ialah bangsa Umno.

Bangsa Umno fikir orang-orang Melayu Islam lupa bagaimana kerana kebaculan mereka, bangsa Umno telah mencincang-cincang kerusi Melayu dalam Dewan Rakyat dan Dewan-Dewan Undangan Negeri. Ketika itu, bangsa Umno takut menghadapi orang-orang Melayu Islam yang menolak mereka. Dalam pilihan raya 1999, 65 peratus orang-orang Melayu Islam dengan beraninya menolak penjajahan bangsa Umno ketika bangsa pemangsa orang-orang Melayu itu mendabik dada bahawa hanya mereka sahaja yang tahu memerintah negara ini.

Ketika itu, bangsa Umno mendakwa bahawa tindakan menukar kerajaan dan kepimpinan negara tidak baik untuk negara ini. Biar mereka sahaja yang memerintah. Mereka fikir orang-orang Melayu Islam buta. Di Thailand, nama perdana menterinya belum sempat kita ingati, tiba-tiba sudah bertukar perdana menteri yang lain. Begitu juga di Jepun.

Adakah Malaysia lebih maju dari Thailand dan Jepun? Adakah rakyat Malaysia lebih makmur dari rakyat Thailnad dan Jepun?

Cukup saya beri satu contoh sahaja bagaimana bangsa Umno menipu dan cuba memperbodoh-bodohkan orang-orang Melayu Islam.

Kerana sifat baculnya untuk berhadapan dengan orang-orang Melayu Islam, bangsa Umno telah mencincang-cincang kawasan-kawasan pilihan raya majoriti Melayu. Hasil persempadanan semula kawasan pilihan raya 2003 itu, selepas pilihan raya umum ke 11 pada 21 Mac 2004, kerusi Parlimen bertambah dari 194 kerusi kepada 219 kerusi. Tetapi bangsa Umno telah mencincang kerusi Melayu sehingga tinggal 54.33 peratus sahaja kerusi Melayu.

Itupun, 112 kerusi majoriti Melayu dijajah oleh bangsa Umno dan rakan-rakannya. Hanya tujuh kerusi sahaja dapat dipertahankan oleh orang-orang Melayu Islam dari dijajah oleh bangsa Umno dan juak-juaknya.

Mengapa kerusi Melayu Islam susut? Kita ambil contoh kawasan Parlimen Baling. Jumlah pengundinya ialah 79,102 orang.

Jika diambil kira jumlah pengundi kawasan Lenggong (23,223 pengundi), Padang Rengas (24,397 pengundi), Gerik (26,227 pengundi) dan Simpang Renggam (34,859 pengundi), kawasan parlimen Baling sepatutnya boleh dipecahkan kepada dua kawasan Parlimen.

Ahli Parlimen Gerik kini ialah Ketua Wanita Gerakan, Datuk Tan Lian Hoe manakala Ahli Parlimen Simpang Renggam (54.51 Melayu) ialah Naib Ketua Pemuda Gerakan, Liang Teck Meng.

Dalam persempadanan semula 2003 itu, bangsa Umno sengaja membesarkan lagi kerusi Parlimen Baling dengan menambahkan kawasan-kawasan di sekitar Kuala Ketil.

Jumlah kerusi Melayu Islam ditekan-tekan supaya berkurangan dan lebih ramai pengundi Melayu Islam disumbatkan dalam satu kawasan. Contohnya, di Tumpat (92.16 peratus Melayu) jumlah pengundinya 80,072 orang, di Marang (97.55 peratus Melayu) jumlah pengundinya 74,813 orang. Sila baca posting perli saya bertajuk "Umno Pembela Melayu (3)".

Cukup satu perkara dulu. Belum lagi dibicarakan soal tanah rezab Melayu dan lain-lain penganiayaan, kezaliman dan kekejaman bangsa Umno terhadap orang-orang Melayu Islam.

Bangsa Melayu tidak bacul. Kami sedang menyeru mereka memerdekakan diri mereka dari penjajahan bangsa Umno. Tidak ada dua jalan untuk meningkatkan martabat bangsa Melayu Islam melainkan dengan menghambat bangsa Umno dari kekuasaan dan penjajahan mereka ke atas kita.

Dan posting kali ini, saya tidak mahu menggunakan ayat perli lagi seperti kata-kata "Umno pembela Melayu". Umno hakikatnya penjajah dan pemusnah Melayu!

Isu Arak: PAS Selangor Akan Selesaikan

PAS Selangor menegaskan, parti itu bertanggungjawab menyelesaikan isu arak di negeri ini sebagai melaksanakan amanat yang telah diberikan oleh rakyat, khususnya umat Islam pada pilihanraya umum lalu

Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hassan Ali berkata, PAS memandang serius perkara ini kerana pimpinan Umno gagal menyelesaikan masalah penjualan arak walaupun sudah mentadbir, lebih 50 tahun.

Justeru katanya, PAS mendesak kerajaan negeri agar menyegerakan garis panduan yang seragam, bersesuaian dengan Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 untuk digunapakai di negeri ini.

“PAS Selangor turut menggesa agar pemegang portfolio Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan dikaji semula berikutan dengan rentetan beberapa peristiwa sebelum ini.

“PAS Selangor mengeluarkan arahan kepada seluruh kekuatan parti di negeri ini untuk mengambil langkah-langkah yang wajar dan bersesuaian dengan kedudukan dan jawatan masing-masing,” katanya.

Menurut Dr Hassan, ia bagi memastikan usaha membebaskan umat Islam daripada arak, dilakukan secara serius dan berterusan, menurut adab, peraturan dan undang-undang sedia ada, demi keselamatan dan kesejahteraan seluruh masyarakat.

Beliau berkata demikian dalam sidang media berhubung kontroversi isu arak negeri Selangor, di pejabatnya pagi tadi.

Dr Hassan yang juga Exco Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Kemudahan Awam dan Infrastruktur berkata, pihaknya menyokong usaha yang dilakukan oleh Majlis Bandaraya Shah Alam dalam mengawal penjualan arak di kawasan majoriti penduduk Islam.

“Oleh itu, PAS Selangor kesal apabila inisiatif dari tindakan untuk mengawal pengurusan penjualan dan peminuman arak ini di kalangan masyarakat Islam telah dicampuri oleh pihak-pihak yang tertentu. Campur tangan membabitkan insiden di Shah Alam pada 30 Julai lalu dengan mempertikaikan keputusan pihak PBT dan para pengawai MBSA yang melaksanakan tugas, ternyata telah mengingkari saluran-saluran pentadbiran yang sepatutnya,” katanya.

Dr Hassan bagaimanapun berkata, usaha yang dilakukan ini sama sekali tidak membabitkan hak masyarakat bukan Islam dan PAS tidak pernah menuntut agar arak diharamkan dijual atau diminum oleh masyarakat bukan Islam.

Bukti dakwaan pembangkang tak betul - PM...Atau jadi kambing hitam untuk tunjukkan ketelusan..??? pasai kes dah setting..???

Tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Terengganu, bukti badan itu bebas dan tidak menjadi alat kepada kerajaan Barisan Nasional (BN).

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, SPRM merupakan sebuah badan bebas dan ia akan bertindak bagi menguatkuasakan undang-undang tanpa memilih bulu.

``Jadi, kalau pembangkang dakwa SPRM ini alat kepada kerajaan adalah tidak benar," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Inisiatif MSC Malaysia Pahang di Putra Square di sini, hari ini.

- Utusan

SPRM nafi 'Teoh' dipukul teruk ketika disoal siasat ...????

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menafikan dakwaan artikel dan klip video yang disiarkan dalam sebuah laman web menunjukkan seorang lelaki dipukul teruk oleh sekumpulan lelaki dalam satu proses yang didakwa sebagai soal siasat.

SPRM dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata, tindakan penulis artikel itu yang turut mengaitkan insiden kematian melibatkan mendiang Setiausaha politik Exco Selangor, Teoh Beng Hock seolah-olah mendakwa SPRM telah bertindak kejam dan tidak mematuhi standard penyiasatan sehingga menyebabkan kematian Teoh.

Kenyatan itu berkata perbuatan menyiarkan artikel dan klip video itu merupakan perbuatan tidak bertanggungjawab yang disengajakan oleh penulis blog terbabit bagi menggambarkan suruhanjaya itu sebagai sebuah agensi penguatkuasaan yang kejam dan tidak boleh dipercayai.

"Ia juga bertujuan untuk menimbulkan kebencian masyarakat ke atas SPRM dan meraih simpati orang ramai demi kepentingan agenda pihakpihak tertentu.

"Sehubungan itu, SPRM telah membuat laporan polis berhubung penyiaran dan penyebaran artikel dan video klip tersebut bagi membolehkan pihak polis mengambil tindakan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588)," kata kenyataan itu.

SPRM BUKAN ALAT BN

Dalam pada itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, dakwaan parti pembangkang bahawa SPRM merupakan alat kerajaan Barisan Nasional (BN) adalah tidak benar sama sekali.

Beliau berkata, SPRM adalah sebuah badan bebas dan boleh menyiasat dan seterusnya mengambil tindakan terhadap sesiapa saja yang didapati bersalah.

"SPRM adalah satu badan bebas dan mereka tidak pilih bulu, jadi parti pembangkang telah dakwa SPRM sebagai alat kerajaan BN, (dakwaan itu) adalah tidak benar dan kalau mereka (SPRM) dapat laporan yang dilakukan oleh sesiapa pun, mereka akan ambil tindakan," kata Najib.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Terengganu bersama dua lagi ditahan oleh SPRM kelmarin setelah dipercayai menerima sogokan berjumlah lebih RM20,000 daripada sebuah syarikat pemaju.

Ketiga0tiga mereka yang ditahan di sebuah bilik hotel di Kemaman, Terengganu pada pukul 9.20 kelmarin itu direman selama lima hari bermula semalam bagi membantu siasatan.

Najib berkata, SPRM menahan ADUN terbabit adalah untuk siasatan terhadap kes yang dihadapi selain terus menguatkuasakan undangundang mencegah jenayah rasuah.

"Jadi itu satu buktilah bahawa dakwaan parti pembangkang adalah tidak betul," katanya.

Terdahulu, Najib melancarkan Inisiatif MSC Malaysia Pahang di Putra Square di sini. BERNAMA

Selangor PAS: Ban alcohol in Muslim areas

Selangor PAS wants the Pakatan Rakyat state government to implement a blanket ban on the sale of alcohol in all Muslim-majority areas.


NONESpeaking at a press conference in Shah Alam, Selangor PAS commissioner Hassan Ali said the proposed ban will only concern Muslims and not impinge on the right of non-Muslims to consume alcohol.

Asked if the move would be unfair to non-Muslims living in Muslim-majority areas, the PAS leader said they would just have to travel further to get the beverages.

Hasan also called on the state government to switch the portfolio of DAP exco member Ronnie Liu, who has "meddled in Islamic affairs."

He said Liu, who oversees local councils, had misunderstood the ban and therefore overstepped his jurisdiction.

"We are disappointed when certain quarters intervene in our initiatives to control the sale of alcohol among Muslims," he added.

Decision is unanimous

Hasan said Liu had meddled in an incident in Shah Alam on July 30, when he questioned local authorities and the Shah Alam municipal council (MBSA) decision's to seize alcohol put up for sale in Muslim areas.

“Besides, PAS Selangor had also received reports about it and his action disturbed and affected the local authorities' work,” he said.

However, Hasan denied when he was asked whether Liu should be dropped as a state executive councillor.

“No, I don't want him dropped, maybe shift his portfolio. That would, to some extent would mitigate the problems of the past,” he said.

parliament dap pc on ronnie 171108 ronnie liu He contended that Liu (right), as an exco member, can interfere in matters of policy under his portfolio but not in its implementation.

Flanked by Selangor information chief Roslan Shahrir and PAS liaison secretary Kamaruddin Osman, Hasan said enforcement should be streamlined with the Syariah Criminal Enactment (Selangor) 1995.

The enactment, enforced by Selangor Religious Department (JAIS), can now be implemented by the local authorities such MBSA although guidelines have yet to be approved by the state government.

“It has been decided at the MBSA full board meeting that the selling of alcohol in Muslim areas should not be happening, and the decision is unanimous,” said Hasan.

However, this does not necessarily mean that the MBSA board is disobeying the state government.

“It means, it can act on whatever it has decided. The guidelines have been passed and unless the state government steps in and amends it it should be adhered to,” said Hasan.

Non-muslims rights intact

Hasan stressed that the non-Muslims are not are not bound by the local authorities' ban on alcohol.

“We are not stopping them (non-Muslims) from drinking. We are only stopping Muslims,” he said.

Hasan said the non-Muslims can consume alcohol outside the banned areas. “In Shah Alam, there are many outlets selling alcohol several kilometres from one another. So there is no problem,” he said.

Although Muslims could travel outside banned areas to get alcohol, Hasan said a guideline on it will be included in the draft which will be approved by the state government soon.

In an immediate reaction, Liu while refusing to comment on the matter of his portfolio, said the MBSA officer involved in the alcohol seizure in Shah Alam was an Umno member.
He claimed the officer could be politically motivated when he issued the directive despite being aware that the state government had approved the sale of alcohol in convenient stores until such time it came out with a guideline to prevent Muslims and minors from consuming it.

Liu also said no full board meeting was ever held to approve the ban on alcohol by local authorities.

“There was no such meeting which unanimously imposed a ban on alcohol in Muslim majority areas in Shah Alam as claimed by Hasan,” said Liu.

According to Shah Alam Mayor Mazalan Mohd Noor who was with Liu, the full board meeting referred to by Hasan were “merely discussions”.

Mazalan stressed that Liu had acted within his powers when he asked the enforcement officers regarding the seizure of alcohol.

Mazalan also said the local authority did not have the jurisdiction to seize alcohol from convenience stores unless they are found selling it to Muslims and minors.

'Facts suppressed in Anwar's sodomy charge'

Anwar Ibrahim has filed an application to quash a certificate issued by the prosecution declaring that there are "no favourable facts" in his defence against a sodomy charge in the Kuala Lumpur High Court.

The prosecution is also accused of trying to suppress evidence, particularly medical reports from Hospital Pusrawi and Hospital Kuala Lumpur, and attempting to conduct a trial by ambush.

Anwar's lawyers R Sivarasa (left) and Edmund Bon told reporters today that they had filed the application yesterday at the Appellate and Special Power Court, seeking a declaration among other orders to state that the certificate is null and void.

The certificate is part of a stack of documents supplied to the defence under Section 51(A)(1)(c) of the Criminal Procedure Code (CPC) and signed by deputy public prosecutor Mohamad Hanafiah Zakaria.

“Prior to the amendment to the CPC, it was literally a trial by ambush... the accused person and the lawyer go into a trial blindly... as only the first information report and the statement (recorded from the accused) are given to the defence,”said Sivarasa.

He pointed out that the CPC was amended in 2007 to ensure that the prosecution informs the defence that there certain facts are favourable to the accused person before the trial begins.

According to both medical reports, there was allegedly no evidence of penetration – the most important element in a sodomy charge - on complainant Mohd Saiful Bukhari Azlan (right), then 23.

The lawyers said this is sufficient to stand as favourable evidence, but that the prosecution had ignored it in the certificate.

“We were very surprised as to why this was not stated as a favourable fact to the defence... the certificate is illegal and it does not comply with the law,” said Bon.

“The prosecution has failed in its duty to carry out the law and (guidelines of the) attorney-general's chambers.”

Potential benchmark

In the application, the lawyers contend that the prosecution has breached the law. Hence, the High Court should review the certificate and supply the defence with the favourable facts three weeks before the trial.

The defence is also asking for:
  • a certiorari order (a judicial review) to set aside the certificate;
  • a mandamus order(to compel) the prosecution to furnish the defence with favourable facts; and
  • an injunction to stop the prosecution from continuing with the hearing until a new certificate is issued.
They also want “punitive, aggravated and exemplary damages” from the prosecution.

Bon (right) claimed that cases related to Anwar are mostly “test cases”, as certain legal aspects that crop up have never been addressed before.

He added that, if the defence is able to quash the certificate, it would serve as a benchmark for future hearings.

Anwar, 62, is charged with sodomising his former aide at a condominium in Bukit Damansara on June 26 last year, but has since applied to strike out the suit.

The court has fixed Sept 2 for mention dates for the application and hearing.

ISA protest: Police want parents of 44 juveniles charged

Police will recommend to the Attorney-General to charge parents of 44 juveniles arrested in Saturday’s Anti- ISA rally for exploiting their children.

The recommendation would be made in their investigation paper to be submitted to the AG’s Chambers soon.

Inspector-General of Police Tan Sri Musa Hassan said action could be taken under the Child Protection Act 1991 when parents are found to be exploiting their children.

He said the police would look into the matter seriously and make the necessary recommendation.

“I have said when commenting on illegal rallies before that action can be taken against parents if they are found exploiting their children,” he said when met at the Kuala Lumpur International Airport Tuesday.

Musa had just returned from Singapore where he was awarded the island’s Distinguished Service Order for his outstanding contribution in fostering excellent ties and cooperation’ between the Malaysian police and the republic’s police force.

Musa also added that police would also be recording statements from 11 opposition politicians about their alleged involvement on the rally.

“Those to be called are people we have identified and those already mentioned by the Kuala Lumpur police chief Datuk Muhammad Sabtu Osman recently,” she said.

Muhammad Sabtu was quoted as saying that police were looking for 11 opposition members, including Parti Keadilan Rakyat adviser Datuk Seri Anwar Ibrahim and Pas secretary- general Datuk Mustafa Ali, who were said to have instigated the gathering.

City Criminal Investigation Department chief Datuk Ku Chin Wah has been ordered to record their statements soon.

These people would be charged in Court for their involvement in the illegal rally.

Police are also investigating claims that some protestors were paid money to participate in the rally.

Commenting on complaints that police had taken too stern an action against the rally protestors, Musa said when people break the law police had no choice but to take stern action.

“We gave the public ample of warning not to participate in rallies as it would be a public nuisance,” Musa added.

Meanwhile, human rights watchdog Suaram lodged a report Tuesday against Musa for violating civil rights.

Suaram coordinator Enalini Devi Elumalai, with six other members, lodged a police report at the Dang Wangi police headquarters at 11.30am.

Enalini, when met later, said that the report was made because the police had misused their power in taking such stern action on Saturday.

Suaram also said in a statement that the police had used excessive force against the demonstrators and made arrests without notifying detainees about their charges.

It was also stated that the police had inconvenienced the public by setting up roadblocks and closing some LRT stops.

Suaram also urged Musa to resign as IGP with immediate effect.

In Saturday’s anti-ISA rally, police arrested 589 people including 44 juveniles.

Most of them were released except for 29 people who were charged on Monday for allegedly participating in the illegal rally.

Kenyataan Media : Wanita Pakatan gesa Shahrizat hentikan sikap 'ala Zionis'

Wanita Pakatan Rakyat menggesa agar kerajaan segera menghapuskan Akta zalim ISA yang telah disalahguna oleh mereka yang berkuasa. Polis dipergunakan untuk melaksanakan wewenangan dengan kuasa yang terkandung dalam Akta zalim ISA. ISA memberi kuasa untuk menangkap dan memenjara rakyat tanpa alasan dan bukti yang sah.

Wanita Pakatan Rakyat juga amat kesal dengan kenyataan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Shahrizat Abdul Jalil, dalam usaha menutup kelemahan Umno-BN, Sahrizat seolah-olah seperti Zionis Israel yang mempertikai kanak-kanak Palestin yang berada bersama-sama ibu bapa mereka dalam menegakkan kebenaran dan keadilan.

ISA adalah satu Akta yang zalim dan diwujudkan hanya untuk menegakkan kepentingan Umno-BN. Oleh itu, ia wajar dituntut oleh sekelian rakyat, termasuk anak-anak yang menjadi pewaris masa depan negara.

Sebuah negara yang mendokong demokrasi sewajarnya tidak menghalang sebarang perhimpunan aman. Tuntutan rakyat agar ISA dimansuhkan dan bukan hanya dipinda tidak mendapat perhatian kerajaan Malaysia pimpinan Umno-BN.

Polis yang diperguna untuk mengukuhkan kepentingan Umno-BN telah memperalat ISA untuk menangkap sesiapa yang disukai tanpa alasan yang hak atau dakwaan dengan bukti yang sahih.

Pandangan yang lain dari Umno-BN disekat berhabisan dan tidak diberi ruang secukupnya agar didengari oleh rakyat. Media arus perdana di Malaysia adalah berat sebelah dan memperkukuh kewujudan Akta zalim ISA.

Polis telah mengamalkan budaya menghukum dan menyiksa mereka yang ditangkap ketika perhimpunan aman menentang ISA. Para OKT (orang kena tahan) telah sengaja tidak di layan dengan sewajarnya dan dibiarkan tanpa makan dan minum yang sempurna ketika dalam tahanan.

OKT adalah tidak bersalah sehingga dijatuhkan sebarang hukuman oleh mana-mana mahkamah, maka wajar mereka dilayan sebagai rakyat Malaysia yang lengkap segala hak-hak kewarganegaraan mereka.

Sharizat lebih wajar menegur pihak polis, yang di bawah kuasa Menteri dalam Negeri, Hishamuddin Hussein, untuk melaksanakan tugasan mereka secara adil dan profesional, bukannya menjadi alat atau barua mana-mana golongan, hatta Umno-BN sendiri.

Ketika perhimpunan berlangsung, gedung dan perniagaan sekitar lokasi terlibat telah penuh dikunjungi oleh pelanggan. Begitu juga dengan restoren dan kedai-kedai makan yang penuh dengan pengunjung.

Pengangkutan awam, khususnya perkhimatan LRT, Monorail dan bas dipenuhi oleh penumpang yang kesemuanya memberi keuntungan yang besar kepada perniagaan.

Sebenarnya tindakan polis yang menyimbah air asid dan gas yang telah menjejaskan kegiatan ekonomi rakyat Malaysia pada hari Perhimpunan menentang ISA 1hb Ogos lalu.

Bahkan polis juga telah mengakibatkan lalulintas jalanraya yang penuh sesak kerana sekatan jalanraya yang dikenakan.

Halangan dalam pengamalan demokrasi sebenar adalah punca kerugian perniagaan, kegiatan ekonomi rakyat Malaysia dan huru-hara di sekitar Bandaraya Kuala Lumpur.

Kerajaan Malaysia pimpinan Umno-BN sebenarnya sangat cemas terhadap kebangkitan rakyat yang menuntut pemansuhan ISA.

Wanita Pakatan Rakyat menyokong penuh sebarang perhimpunan aman rakyat Malaysia dan menuntut agar pihak polis di bawah Kementerian Dalam Negeri memainkan peranan mereka menyuburkan amalan demokrasi ini, bukan sebaliknya.

Kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Sharizat Abdul Jalil, Wanita Pakatan Rakyat menggesa beliau agar hentikan bersikap ala Zionis yang mempertahankan keganasan polis terhadap rakyat.

Kenyataan bersama :-

Zuraida Kamaruddin ialah Ketua Wanita KEADILAN

Hjh Nuridah Salleh ialah Ketua Muslimat PAS

Chong Eng ialah Ketua Wanita DAP_

Ekspedisi menuntut royalti Kelantan berlepas ke pelantar Cakrawala

Misi Ekspedisi Royalti Petroleum Kerajaan Negeri Kelantan untuk meninjau kawasan pengeluaran petroleum di Lautan China Selatan berlepas pagi ini dari pelabuhan Pengkalan Kubor, Tumpat.

Rombongan yang diketuai Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Dato' Husam Musa yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, berlepas dengan tiga buah bot.

Antara yang turut sama menyertai rombongan ialah Naib-Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, Dato' Mahfuz Omar, Ahli Parlimen Tumpat, Dato' Kamarudin Jaffar, Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution Ismail, anggota Exco Kerajaan Kelantan, Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri dan pengawai-pegawai kerajaan.

Perjalanan ke lokasi pengeluaran minyak dijangka memakan masa lebih 12 jam itu turut disertai wakil media. Jika tiada aral mereka dijangka tiba di pelantar kirakira jam 6 petang hari ini.Image

Sementara itu Wan Nordin dalam laporannya memberitahu, Husam ketika berucap di Majlis Pelancaran dan Taklimat Ekspedisi ke Pelantar Minyak Cakrawala Kelantan menggesa Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak supaya membayar segera wang royalti sejumlah RM1 billion sebelum Ramadan ini.

Tegas beliau, Najib perlu memandang serius kenyataan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah yang juga Pengerusi pertama Petronas, yang meminta Kerajaan Pusat membayar royalti kepada Kelantan.

ImageKatanya, sebagaimana yang ditegaskan Tengku Razaleigh, rakyat Kelantan mempunyai hak untuk mendapat royalti bagi pengeluaran petroleum di kawasan usaha sama di sempadan perairan Malaysia, Thailand dan Vietnam itu.

"Ini adalah misi moral (mewakili rakyat Kelantan) untuk mendesak Kerajaan Pusat supaya tidak melenggahkan bayaran royalti," ujarnya.

GMI: Mengaku Peserta demo dapat 'imbuhan'

Pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) Syed Ibrahim Syed Noh mengakui peserta demontrasi membantah akta kontroversi itu Sabtu lalu mendapat "imbuhan".

"Ya, memang mereka mendapat imbuhan. Imbuhannya adalah pahala daripada Allah. Mereka mahu menyeru kepada keadilan dan mahu kezaliman dimansuhkan.

"Semua yang datang atas sebab keprihatinan dan kesedaran yang tinggi untuk menegakkan keadilan dan mencegah kemungkaran, kezaliman,” katanya kepada Malaysiakini.

"Sesiapa yang menyatakan mereka mendapat imbuhan, sila kemukakan bukti, jangan cakap sahaja, tak baik. Nanti diazab oleh Allah."

Beliau, yang juga timbalan presiden Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM), diminta mengulas kenyataan Datuk Seri Dr Rais Yatim seperti laporan muka depan Utusan Malaysia hari ini yang memetik Menteri Penerangan sebagai berkata:

"Anak-anak muda yang mengambil bahagian ini secara sinis mengatakan mereka terima upah untuk berarak.

"(Pendedahan) ini agak mengejutkan pihak penganjur kerana mungkin tidak menyangka rahsia mereka akhirnya bocor juga."

Bukan merempat

Diminta mengulas siasatan polis terhadap 11 termasuk beliau sendiri, Syed Ibrahim sehingga kini beliau belum dihubungi untuk memberi keterangan.

Mengulas kenyataan Dr Rais itu, PAS pula berkata "peserta demonstrasi ini bukanlah anak yatim yang merempat sehingga hilang jati diri" dan "kezaliman wajib dilawan, orang bacul tidak masuk syurga".

"Beliau merasa malu kerana penyokong Umno setiap kali hendak datang berhimpuan mesti dengan upah atau sekurang-kurangnya nasi bungkus," kata Ketua Penerangan PAS Idris Ahmad.

"Beliau hendak menyamakan penentang ISA dengan penyokong Umno, yang memang seperti ayam daging. Kalau tidak diberi upah jangan harap untuk datang."

Menulis di blog peribadinya, Idris juga menyindir NGO yang pro-Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tetapi tidak bersedia berhimpun petang Sabtu walaupun memberi ugutan untuk berbuat demikian, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA).

"Kami rakyat yang berjiwa PERKASA bukan PEKASAM," katanya.

Siasat pemberi upah

Dalam perkembangan berkaitan, edisi web Utusan Malaysia melaporkan perdana menteri mengarahkan polis menyiasat kemungkinan wujudnya pemberi upah.

Datuk Seri Najib Razak berkata beliau tidak menolak kemungkinan perhimpunan tersebut didalangi pihak tertentu dengan upah.

"Mungkin ada. Kita minta polis siasat dan siasatan memang sedang dijalankan," Najib dipetik berkata.

Campur Tangan Kerajaan Negeri Redakan Ketegangan Di Kampung Buah Pala


Campur tangan kerajaan negeri berjaya menenangkan hati penduduk Kampung Buah Pala yang gundah gulana memikirkan tempat tinggal mereka yang ingin dirobohkan hari ini.

Seawal pagi mereka telah bersiap sedia untuk menghalang orang-orang yang dihantar pemaju Nusmetro Ventures (P) Sdn Bhd yang mahu merobohkan kampung mereka.

Kehadiran Timbalan Ketua Menteri ll , Prof Ramasamy bagaimanapun berjaya menenangkan keadaan dengan mengkhabarkan kepada penduduk kampung tentang perbincangannya dengan pihak pemaju.

Sebelum ini, seperti yang umumkan oleh Syarikat Koperasi Pegawai Kerajaan Pulau Pinang, pemaju akan menjalankan kerja-kerja perobohan Kampung Buah Pala pagi tadi.

Pada awal pagi lagi, penduduk Kampung Buah Pala telah membentuk perisai manusia untuk menghalang 50 orang upahan pemaju dari merobohkan kampung mereka.

Kira-kira jam 11 pagi tadi, suasana menjadi tegang apabila orang-orang pemaju tiba di kampung tersebut dengan bersenjatakan batang besi dan tukul untuk merobohkan rumah-rumah di situ.

Menyedari kehadiran mereka, 300 penduduk kampung cuba menghalang sambil melaungkan slogan mengutuk pemaju. Lebih 100 anggota polis dikerah ke tempat kejadian.

Prof Ramasamy yang tiba kira-kira jam 9.00 pagi terus bertemu dengan penduduk kampung dan memberikan mereka jaminan nasib penduduk akan terus dibela dan tidak akan berlaku sebarang perobohan kampung oleh pihak pemaju pada hari ini.

Beliau memaklumkan kepada penduduk kampung bahawa pemaju tidak akan melakukan sebarang perobohan kerana beliau sendiri telah menghubungi pemaju Nusmetro.
Kerajaan negeri juga katanya akan mengadakan perbincangan dengan penduduk kampung bagi menyelesaikan isu Kampung Buah Pala malam ini.

Dalam pertemuannya dengan penduduk kampung, beliau turut mendengar luahan hati penduduk yang khuatir dengan nasib yang bakal menimpa mereka dan mahu langkah-langkah efektif diambil oleh kerajaan negeri untuk menyelesaikan kemelut Kampung Buah Pala.

Polis juga telah bersiap sedia di Kampung Buah Pala sekitar 7.45 pagi untuk menghadapi segala kemungkinan. Turut bersedia sebuah ambulan dari Jabatan Kesihatan. Pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) juga kelihatan bersedia untuk memotong bekalan elektrik di kampung berkenaan.

Penduduk Kampung Buah Pala telah mula berkumpul dari pukul 6.30 pagi. Orang kampung dan kanak-kanak telah membuat benteng di jalan utama masuk ke kampung tersebut.

Sebelum ini Mahkamah Persekutuan telah mengeluarkan arahan supaya penduduk Kampung Buah Pala mengosongkan kediaman mereka selewat-lewatnya 3 Ogos supaya pemaju boleh meneruskan usaha memajukan kawasan tersebut. Walau bagaimanapun, penduduk telah memfailkan rayuan dan kes ini akan didengar semula di Mahkamah Persekutuan pada 18 Ogos nanti.

Syed Hussin : Nada Perkauman Utusan Malaysia Jejas Keharmonian Kaum

Tokoh politik Dr Syed Hussin Ali menyatakan rasa kesal dengan nada perkauman melampau akhbar pro-kerajaan Utusan Malaysia.

Beliau menyifatkan Utusan kini terputus dari tradisi progresif suatu masa dahulu dan sudah tidak relevan hari ini.

Sambil menyifatkan akhbar bertaraf lidah rasmi kerajaan itu bersalah kerana menyelewengkan fakta mengikut telunjuk segelintir ahli politik yang mahu mempertahankan kuasa masing-masing.

"Utusan sekarang ni maaf cakaplah bukan sahaja alat tapi barua paling tidak beretika yang bertungkus lumus buat apa sahaja untuk mempertahankan segelintir orang yang berkuasa dari segi politik dan ekonomi," ujar Syed Hussin.

“Sekarang nie banyak suara rakyat banyak ditenggelamkan oleh suara akhbar milik kerajaan. utusan bukan sahaja menenggelamkan fikiran rakyat tapi tidak mahu nyatakan fakta- fakta bahkan lebih terus lagi mereka menyelewengkan cerita- cerita untuk menyembunyikan fikiran rakyat yang sebenarnya,“ tambahnya lagi.

Semalam Utusan dengan angkuhnya menyiarkan kenyataan Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin yang lantang menggelar Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pengkhianat terbesar perjuangan orang melayu dan pemimpin lidah bercabang yang memutar belitkan fakta untuk manafaat politik semata- mata.

Namun, Muhyiddin bagai terlupa kenyataanya itu juga bersifat perkauman yang boleh menyuburkan tunas ketidakselesaan kaum lain dinegara ini.

"Itu bukan sahaja bersifat perkauman tetapi bersifat fitnah. Pengkhianat bangsa yang sebenarnya ialah beberapa kerat pemimpin- pemimpin besar yang rakus yang korup yang benarkan kekayaan negara negara dirompak begitu terangan- terangan, yang benarkan kroni- kroni mereka kaya dan benarkan korupsi yang besar misalnya RM 500 juta dalam pembelian kapal selam dan pembelian kapal perang sukoi," katanya.

"Pengkhianat yang paling besar sekarang ini ialah yang melakukan rasuah besar- besar. Orang politik yang kononnya mahu menolong kaum melayu tetapi hanya mengkayakan segelintir kroni- kroninya," Syed Hussin menambah.

Dr Syed Husin, yang berkecimpung dalam dunia politik berkata akhbar 70 tahun itu kini sudah berubah dan tidak lagi mendokong aspirasi bangsa Melayu negara ini.

Walaupun masyarakat Melayu beramai-ramai menyokong Pakatan Rakyat, namun Utusan terus-menerus memusuhi majoriti ini.

"Sebenarnya utusan dulu dengan sekarang tak usah dibanding. Utusan dulu merupakan wadah untuk memperjuangkan pertama sekali kemerdekaan, keduanya keadilan sosial dan yang ketiganya kebajikan untuk rakyat. Sekarang ini semua itu habis dilempar kedalam laut. Kerana Utusan sekarang ini sudah menjadi alat dan badan suruhan kepada UMNO tetapi bukan seluruh UMNO, sebab bukan semua jahat. Sebaliknya menjadi alat kepada mereka yang berkuasa yang rakus membolot kekayaan negara ini," kata Syed.

"Utusan menjadi pejuang untuk rakyat dan menjadi saluran terutama sekali untuk perkembangan kebudayaan, bahasa, sastera tapi sekarang ini peranannya sudah hampir tak ada lagi selepas mogok Utusan dan seterusnya diambil alih oleh UMNO. Dan sekarang ini bertambah buruk sebab dia tidak segan dan tidak silu jalankan dasar mengeluarkan tulisan- tulisan yang sebenarnya tidak ada nilai dari segi kewartawanan dan tidak ada nilai dari segi etika," katanya lagi.

Pada 15 April lalu Utusan menyeru agar bangsa Melayu bersatu untuk ‘berhadapan dengan bangsa lain”. Pengamal politik mempertikaikan apakah rasional Utusan mengeluarkan berita yang tebal sentimen perkaumannya.

Sebagai lidah berpengaruh di Negara ini, Utusan sepatutnya bertanggungjawab untuk mengajak rakyat agar keluar daripada kepompong perkauman, sejajar dengan konsep “Satu Malaysia” yang digagaskan oleh Perdana Menteri Najib Razak.

Tetapi apa yang mendukacitakan ialah dalam keadaan Malaysia hampir menjangkau 52 tahun kemerdekaan, akhbar masih lagi memainkan polemik perkauman sempit sebagai modal politik murahan.

"Utusan sekarang ini gunakan perkauman untuk dapatkan sokongan orang melayu supaya mereka dapat jalankan segala kerakusan dan merugikan rakyat," sinis Syed Hussin lagi.

Bernada sinis, Syed Hussin yang juga naib presiden parti keadilan rakyat itu berpendapat akhbar ini sudah tidak ada tempat di hati masyarakat malaysia.

“Tak tahulah nak sedih ke nak ketawa nak keciwa, dia bercampur- campur. Akhbar seperti ini sepatutnya tidak diberikan peluang lagi untuk berperanan,” ujarnya.

Suhakam Selar Polis-Sanggah Magaran

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) menyelar tindakan polis yang melanggar hak asasi manusia kerana menjalankan tugas secara membabi-buta sedangkan tindakan yang relevan boleh diambil sebelum ibu negara menjadi tunggang-langgang pada 1 Ogos lalu.

Itu jawapan yang diberikan SUHAKAM apabila polis dan Unit Simpanan Persekutuan yang bertindak kasar kepada mereka yang mengadakan perhimpunan bagi membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) .

Polis mendakwa perhimpunan itu mengancam keselamatan negara lantas bertindak tidak mengeluarkan sebarang permit terhadap perhimpunan itu.

Datuk Dr Denison Jayasooria, Pesuruhjaya SUHAKAM berkata, ada cara yang lebih tepat bagi menangani keganasan 1 Ogos dari berlaku.

" Kalau kita berhentikan mereka dengan menggunakan air dan gas dan sebagainya, maka itu akan menimbulkan suasana yang kelam kabut dan akan memberikan impak yang negatif di persada dunia kerana aktiviti yang berlaku pada hari itu disaksikan di dalam berita dunia kerana ia keluar di internet, News Media Global. Maka, kita kena beri sedikit laluan kepada kebebasan supaya rakyat termasuk pembangkang atau masyarakat madani atau sivil society, boleh menyuarakan hak mereka dan ia boleh berlangsung dengan aman"

SUHAKAM mengulangi pendirian suruhanjaya itu bahawa rakyat tanpa mengira perbezaan politik harus diberi peluang untuk menyuarakan pendapat mereka selaras dengan jaminan Fasal 10 Perlembagaan Malaysia.

Pesuruhjaya Datuk Dr Denison Jayasooria ketika dihubungi JUGA berkata, hak rakyat untuk berhimpun dan mengadakan perarakan secara aman termaktub dalam perlembagaan di negara ini dan hak tersebut tidak boleh disangkal oleh sesiapapun.

" Ini adalah kebebasan yang polis dan kerajaan perlu hormati tetapi di mana-mana situasi di mana kumpulan yang membuat demontrasi tidak memberi kesan seperti keganasan, jika memberi keganasan, maka itu tidak digalakkan dan tidak boleh dibuat. Dari perspektif hak asasi manusia dan prinsip demokrasi, perhimpunan adalah cara yang digunakan di seluh negara kecuali ada keganasan seperti berlaku pembakaran bas dan sebagainya. Itu tidak boleh digalakkan. Apa yang kita lihat di negara kita, di mana permit perlu diambil yang terletak dalam akta polis dan sebagainya. Permit perlu diambil sebelum mengadakan apa-apa perhimpunan dan di sini saya nak nasihatkan kepada pegawai-pegawai polis supaya memberi sedikit laluan kepada perhimpunan aman di dewan, di stadium atau di mana-mana supaya polis boleh mengawal,trafik dan sebagainya"

Malah merujuk kepada apa yang berlaku pada 1 Ogos lalu, Denison berkata, telah berlaku keganasan yang dicetuskan oleh polis dan FRU sendiri dan bukannya dari mereka yang berhimpun.

Lantaran itu, ia jelas menyangkal kenyataan Penasihat Undang-undang Majlis Gabungan NGO Pembela Negara (Magaran), Mohd Khairul Azam Abdul Aziz yang mendakwa, perhimpunan yang berlangsung di tiga tempat di ibu negara pada 1 Ogos lalu iaitu di kompleks membeli-belah Sogo, Masjid Jamek dan Masjid Negara untuk menghantar memorandum kepada yang DiPertuan Agong sebagai perbuatan yang mencabuli lima hak warganegara yang digariskan oleh perlembagaan oleh Gerakan Mansuhkan ISA terbabit.

Mereka tidak melakukan sebarang keganasan, mereka tidak bersenjata tetapi kehadiran mereka disambut dengan ledakan gas pemedih mata, air yang bercampur kimia dan tangkapan secara rawak yang tidak mengenal siapa mangsanya termasuk ADUN, kanak-kanak dan peguam yang sedang menjalankan khidmat sosial.

Tindakan FRU - Beri Kesan Psikologi Kepada Kanak-kanak


Tindakan Unit Simpanan Persekutuan yang menembak gas pemedih mata secara rambang telah mengakibatkan ramai mengalami sesak-nafas, bahkan trauma dengan keganasan polis dalam Himpunan Mansuhkan ISA 1 Ogos lalu.

Bagi orang dewasa sendiri bahana terkena gas pemedih mata begitu sukar untuk dilupakan apatah lagi jika mangsanya ialah kanak-kanak. Mereka bukan hanya menerima kecederaan fizikal malah kecederaan emosi yang memakan masa untuk disembuhkan.

Rodziah Ismail, Naib Presiden PEKAWANIS berkata, pihak polis perlu lebih berhati-hati dalam menjalankan tugas.

" Sepatutnya mereka menjaga keselamatan tetapi polis menghalakan tembakan itu rambang dan lebih kepada orang awam yang tidak terlibat. Ini membabitkan trauma kepada anak-anak yang tidak tahu apa-apa. dan kita kena tengok kesan psikologi kepada anak-anak, dalam tempoh trauma ini, benda ini akan berulang kepada emosi mereka. dan ini akan mengambil masa untuk mereka settle down".

Pertubuhan Kebajikan Dan Amal Wanita Selangor (PEKAWANIS) yang merupakan satu pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyelar keras tindakan polis pada kejadian 1 Ogos lalu.

Malah apa yang lebih teruk kata Rodziah Ismail, trauma ini mungkin berkekalan kepada kanak-kanak yang terlibat secara tidak langsung dalam operasi besar-besaran polis menghalang perarakan aman Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) ke Istana Negara.

"Penderaan ini bukan hanya kepada fizikal tetapi penderaan emosi dan memberi tekanan. contoh kalau dia orang bakar sampah, mungkin dia teringat asap itu. Asap yang dia pernah hadapi semasa perhimpunan sewaktu beliau melalui kawasan yang polis telah tembak waktu itu, yang ini yang kita rasakan unfair ini dalam konteks kita menyatakan kanak-kanak ini perlu dilindungi, kanak-kanak ini ada akta yang menjaga keselamatan mereka, tetapi kita juga yang melanggar. Jadi, double standard dari sudut sistem. kita buat sistem, kita langgar sistem itu. kita buat akta, kita ignore akta itu".

Dalam nada sinis, beliau menyuarakan kebimbangannya tentang keselamatan rakyat di negara ini terutamanya keselamatan kanak-kanak dan wanita yang tidak diambil berat oleh pihak yang sepatutnya menjaga keamanan negara.

Beliau menambah tindakan polis pada 1 Ogos itu merupakan serangan paling ganas dilakukan oleh agensi kerajaan itu dalam menangani satu perhimpunan aman.

75 das tembakan gas pemedih mata ditembak tanpa mempedulikan keselamatan mereka yang menyertai perhimpunan tersebut serta orang awam.

" Perhimpunan secara aman itu boleh dibenarkan. tetapi apa yang berlaku pada 1 ogos yang lepas, kita berkumpul beramai-ramai tanpa membawa apa-apa senjata, hasrat kita untuk kita nyatakan, kita nak berikan satu memorandum kepada agong untuk menyatakan beberapa perkara bukan hanya isa, tetapi kematian Teoh Beng Hock dan sebagainya, tentang keselamatan tetapi kita tidak dibenarkan. malah pihak polis yang sepatutnya menjaga dan mengawal , saya ulang menjaga danmengawal perhimpunan itu supaya tidak berlaku sebarang telah dibuat provokasi"

Kes Kugan : Ibu Mangsa Kecewa- Mahkamah Sokong Kerajaan

Ibu kepada mangsa pembunuhan polis, Kugan Ananthan hari ini hampa dengan keputusan Mahkamah Tinggi menerima permohonan kerajaan untuk tidak menyerahkan sampel bedah siasat yang dirampas polis dari Pusat Rawatan Universiti Malaya (PRUM).

Hakim, Ghazali Cha berkata, menerima permohonan kerajaan ini atas dasar teknikal- ibu Kugan tidak sepatutnya difailkan melalui notis usul.

N. Indra cuba mendapatkan sampel bedah siasat anaknya termasuk gambar dan dokumen hasil bedah siasat yang dijalankan oleh patologis PRUM. Kugan 22 ditahan di Balai Polis USJ 8 Subang Jaya pada Januari tahun ini selepas disyaki terbabit dalam sindiket curi kereta. Mendiamg ditemui mati dengan kesan-kesan penderaan pada tubuhnya.

Bedah siasat kedua ini dibuat atas permohonan keluarga Kugan yang tidak dapat menerima laporan bedah siasat pertama dari Hospital Serdang yang mendakwa Kugan mati akibat cecair dalam paru-paru.

11 orang polis yang dituduh membunuh Kugan dipindahkan ke Bukit Aman. Sehingga ke hari ini tiada tindakan diambil ke atas mereka.


Muhyiddin Enggan Minta Maaf, Enggan Tarik Balik Fitnah...jadi dia bersedia jumpa bekas boss di Mahkamah le...!!!!

Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin enggan meminta maaf dan tidak akan menarik balik fitnahnya terhadap Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim.

Muhyiddin dalam kenyataan beliau di akhbar Utusan semalam berkata pemimpin reformasi itu adalah pengkhianat kepada perjuangan bangsa Melayu, menyebat penipuan dalam usaha mencemar wibawa Umno yang Muhyiddin dakwa mempertahankan hak keistimewaan Melayu dan Raja-Raja Melayu.

Anwar berkata kenyataan itu berniat jahat dan berbaur fitnah dan melalui peguamnya, Sankara Nair, menghantar surat tuntutan kepada Muhyiddin supaya menarik balik tuduhan tersebut dan memohon maaf secara terbuka, atau disaman RM100 juta.

"Saya telah terima surat itu dari peguam beliau. Saya tidak akan minta maaf," kata Muhyiddin.

Tuntutan yang sama turut difailkan terhadap Utusan Sdn Bhd.

Krew Media dan Blogger Ke Pelantar Cakrawala Ditahan Polis


30 wartawan ditahan Polis Marin Pengkalan kubur ketika dalam perjalanan melawat tapak Pelantar Minyak Cakerawala, Bachok Kelantan.

Bot yang memuatkan jurukamera, petugas media dan blogger ini mengikuti jemputan kerajaan negeri kelantan melawat pelantar itu namun dihalang polis marin dari meneruskan perjalanan.

Namun setelah satu jam disoalsiasat, bot media ini dibenarkan untuk berlepas ke Laut China Selatan.

Pelantar Minyak Cakrawala mula mencuri perhatian masyarakat Malaysia apabila gagasan Pakatan Rakyat mula menekan kerajaan persekutuan supaya menyerahkan hak rakyat kelantan hasil dari cari gali minyak di perairan negeri itu.

Sebelum ini, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mustapa Mohamed berkeras menafikan hak rakyat kelantan untuk mendapatkan royalti minyak dengan alasan kerajaan negeri tidak berhak menagih hasil cari gali bahan bakar itu kerana kawasan operasi bahan itu terletak di kawasan tuntutan pertindihan di bawah perjanjian perairan antarabangsa melibatkan negara jiran, Thailand dan Vietnam.

Kenyataan melulu menteri itu seraya menutup peluang hak kesamarataan yang diraih negeri -negeri lain yang sedang enak menikmati royalti minyak seperti Sabah, Sarawak dan Terengganu.

Kenyataannya itu ibarat memakan diri sendiri apabila Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Husam Musa mempersoalkan jarak pelantar minyak Kelantan jauh lebih dekat dengan perairan negeri itu berbanding dengan negeri Terengganu yang berjaya mendapatkan royalti mereka sebaik sahaja Pilihanraya Umum ke 12 lalu.

“Sekiranya diukur jarak pelantar tersebut dengan pantai Kelantan hanya 170 km berbanding dengan Terengganu 220 km. Dan nilai pengeluaran gas dan minyak dari pelantar tersebut sejak 2004 sehingga tahun lepas berjumlah RM46.8 bilion. Sedangkan di perairan Terengganu sebanyak RM36 bilion manakala Sabah (RM5 bilion). Ini bermakna jumlah pengeluaran dari perairan Kelantan lebih besar,” kata Husam.

Husam yang turut serta dalam lawatan ke pelantar itu berkata alasan kawasan opeasi bahan itu beritndih dengan negara lain tidak munasabah kerana melalui kerajaan negerilah pelantar itu disahkan milik kerajaan Malaysia.

"Buat apa hendak dikaji benda yang sudah nyata. Perjanjian bertindih ini membabitkan Thailand, Vietnam dan Malaysia. Tetapi untuk mengesahkan tuntutan kerajaan malaysia keatas kawasan minyak itu mesti berdasarkan kepada kedudu kan negeri yang terhampir iaitu Kelantan. Kalau dia kata offshore ini bukan milik kelataan, maka offshore itu secara automatik milik kerajaan Thailand. Biar rakyat menentukan apa yang akan dibuat dengan duit itu. Serah cepat, supaya rakyat dapat nikmatnya," tambahnya.

Apa yang menjadi persoalan, jika benar negeri ini tidak layak mendapat habuan royalti ini, mengapa Jabatan Perangkaan dan Unit Perancangan Ekonomi Jabatan Perdana Menteri (EPU) menyenaraikan Kelantan sebagai negeri pengeluar minyak ?

Dalam pada itu Husam berharap, kerajaan persekutuan diminta mempercepatkan pembayaran hasil cari gali itu secepat mungkin.

"Kalau kerajaan pusat bersedia bayar royalti, salrkan wang rakyat kepada rakyat sebelum Hari Raya Aidilfitri untuk ringankan beban mereka," ujarnya lagi.

Turut bersama dalam delegasi ke pelantar minyak kontroversi itu adalah Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, Exco Kelantan, Husam Musa, Ahli Perlimen Tumpat, Kamaruddin Jaafar, Timbalan Speaker Kelantan, Mohd Zaki Ibrahim, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dan beberapa ADUN Kelantan.

Bekas Pengerusi Petronas, Tengku Razaliegh Hamzah tidak menafikan hak negeri ini untuk mendapatkan royalti ini.

“Perkara ini tidak patut menjadi isu kerana kita telah menandatangani persetujuan meletakkan hak minyak kepada Petronas iaitu kerajaan Kelantan dan negeri-negeri lain sudahpun bersetuju sekiranya minyak ditemui dalam kawasan milik negeri berkenaan. Tetapi dalam hal ini, minyak ditemui di luar persisiran pantai, yang dimajukan bersama dengan Thailand. Namun begitu sebahagian daripada kawasan terlibat berhampiran dengan negeri Kelantan. Merujuk kepada perjanjian milik minyak tadi, maka Petronas berkewajipan membayar wang kepada negeri berkenaan sebanyak 5 peratus keuntungan minyak,” tegas Tengku Razaleigh yang merupakan salah seorang yang menggubal perjanjian asal Petronas pada awal 1970an.

Himpunan ISA: Pakatan selar tuduhan ke atas 29 ditahan

ADAKAH MAHKAMAH BERANI TUDUH POLIS GANAS.....???

Pakatan Rakyat menyelar pertuduhan menyertai perhimpunan haram berhubung Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang dikenakan terhadap 29 orang termasuk seorang remaja berusia 16 tahun di Mahkamah Sesyen semalam.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Pakatan mendakwa tindakan itu jelas berniat untuk memberi amaran kepada peserta perhimpunan dan cubaan mengugut supaya perhimpunan seumpama itu tidak diadakan lagi.

"Pakatan Rakyat menyelar tindakan ganas yang dilakukan termasuk keganasan fizikal, gas pemedih mata dan kimia kepada orang ramai termasuk wanita dan remaja.

"Tindakan yang memalukan ini mencerminkan keburukan kerajaan dan merosakkan imej Malaysia di mata dunia.

"Ini menunjukkan kepada rakyat Malaysia dan dunia yang Umno dan Barisan Nasional tidak menghormati hak asasi dan hak untuk berhimpun secara aman seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan," menurut kenyataan itu.

Kenyataan bersama itu ditandatangani oleh Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), R. Sivarasa; Ahli Jawatankuasa (AJK) Pusat PAS, Dr. Hatta Ramli dan AJK Pusat DAP, Tony Pua.

Sivarasa merupakan antara yang ditahan ketika perhimpunan haram itu.

Sabtu lalu, kira-kira 10,000 penyokong Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) mengadakan perhimpunan dan berarak secara haram untuk menghantar memorandum memansuhkan ISA kepada Yang di-Pertuan Agong.

Berikutan itu, polis menahan 589 individu termasuk beberapa pemimpin Pakatan namun 572 daripadanya telah dibebaskan kelmarin.

Semalam, mahkamah membebaskan Sivarasa dengan jaminan polis sementara 29 orang didakwa kerana menyertai perhimpunan tanpa permit itu.

Pakatan turut menafikan perhimpunan itu menyebabkan kerugian sehingga ratusan juta ringgit kepada peniaga di kawasan yang terlibat dan mengatakan ia hanyalah satu perkara yang sengaja diperbesarkan.

Menurut Pakatan, jika pihak polis diarah supaya membenarkan perhimpunan itu dijalankan, ia akan berlangsung secara aman dan sebahagian peniaga sebaliknya akan mendapat keuntungan.

"Adalah sesuatu yang mudah untuk polis bekerjasama dengan penganjur perhimpunan bagi memastikan hak berhimpun secara aman dilindungi dan memastikan gangguan trafik dan pergerakan orang ramai berada pada tahap minimum," kata kenyataan itu.

WAJAH-WAJAH YANG IKHLAS..??? Lu pikir la sendiri...????


WALAUPUN berbeza ideologi politik, Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat berkongsi kegembiraan memegang seekor anak kambing biri-biri yang dilahirkan di ladang pembiakan biri-biri di Kampung Runchang yang terletak di bawah projek Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) yang dilancarkan Najib hari ini.--fotoTHE STAR

Himpunan ISA: 11 pemimpin boleh didakwa tanpa dipanggil hadir siasatan....!!! Amat setuju benar dengan cadangan polis tu...dakwa Ikut Suka Aku (ISA).?

Polis akan meneruskan siasatan untuk mencari mereka yang terlibat termasuk pemimpin-pemimpin yang menjadi dalang dalam demonstrasi haram membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di ibu negara, Sabtu lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, polis akan mendakwa mereka yang didapati bersalah terlibat dalam perhimpunan itu tanpa perlu memanggil mereka memberi keterangan.

"Kita akan teruskan siasatan dan mendakwa mereka yang menjadi dalang (demonstrasi) termasuk pemimpin-pemimpin secepat mungkin.

"Kita akan tuduh mereka yang didapati bersalah menghadiri demonstrasi itu.

"Kita tidak payah panggil, kita boleh tuduh sahaja," katanya kepada mStar Online.

Beliau berkata demikian ketika ditanya bila 11 individu termasuk pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat yang dikenal pasti menghasut demonstrasi itu akan dipanggil memberi keterangan.

Antara 11 yang dikenal pasti polis menghasut demonstrasi itu termasuk Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua; Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dan Pengerusi Gerakan Mansuh ISA (GMI), Syed Ibrahim Syed Noh.

Sabtu lalu, kira-kira 10,000 penyokong Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) mengadakan perhimpunan dan berarak secara haram untuk menghantar memorandum memansuhkan ISA kepada Yang di-Pertuan Agong.

Berikutan itu, polis menahan 589 individu termasuk beberapa pemimpin Pakatan namun 572 daripadanya telah dibebaskan kelmarin.

Semalam, mahkamah membebaskan Sivarasa dengan jaminan polis sementara 29 orang didakwa kerana menyertai perhimpunan tanpa permit itu.

Polis 'berlebihan' tembak gas, air....!!! pada mahsuh ISA...???

Polis menembak gas pemedih mata dan meriam air "berlebihan sehingga membawa kesan kepada mereka yang berada di kawasan berdekatan" perhimpunan besar membantah akta ISA pada Sabtu lalu, kata Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) hari ini.

Suruhanjaya itu juga mempertikaikan tindakan polis menangkap, menggari dan mereman kanak-kanak bersama penentang dewasa akta kontroversi tersebut kerana ia bercanggah dengan Akta Kanak-kanak 2001 dan Konvensyen Hak Kanak-kanak.

Selain menegaskan peri pentingnya hak orang ramai mengadakan perhimpunan, dalam satu kenyataan bersama lima pesuruhjaya Suhakam, badan itu juga menggesa kerajaan memansuhkan ISA seperti syor yang dibuatnya sejak 2003 kerana tahanan tanpa perbicaraan bercanggah dengan hak asasi.

"Suhakam ingin mengulangi pendiriannya bahawa ISA mesti dimansuhkan dan digantikan dengan undang-undang baru yang lengkap yang menyeimbangkan keselamatan negara dan juga hak-hak asasi sebagai Akta Anti-Keganasan bagi menangani kegiatan terorisme dan tindakan ganas terhadap massa," kata naib pengerusinya Tan Sri Simon Sipaun.

Kenyataan itu turut ditandatangani oleh empat lagi pengerusi jawatankuasa kecil Suhakam: Datuk Dr Michael Yeoh, Datuk Choo Siew Kioh, Datuk Khalid Ibrahim dan Datuk Dr Denison Jayasooria.

Rosmah lancar laman web 13 bahasa..!!! Tapi Bahasa Mongolia tak de tau...???


Wanita pertama negara Rosmah Mansor melancarkan laman web peribadinya di alamat Pejabat Perdana Menteri, dipercayai untuk menangkis paparan negatif terhadapnya di internet.

Laman web di www.pmo.gov.my/datinrosmah memuatkan berita, foto, ucapan dan juga video pembabitan sosialnya.

NONELaman web Rosmah ini kali pertama isteri seseorang perdana menteri Malaysia mempunyai seksyen rasmi di laman web Pejabat Perdana Menteri.

Selain dalam bahasa Malaysia dan Inggeris, laman web itu boleh juga dicapai dalam 11 bahasa utama dunia kecuali Tamil menggunakan perisian penterjemah automatik di internet.

Ketika mengumumkan laman web tersebut, lapor laman web The Star hari ini, Rosmah menggesa rakyat Malaysia menapis maklumat yang diperolehi di internet dan tidak terpengaruh dengan mesej yang berbaur fitnah.

Awal Jun lalu, beberapa klip video dimuatkan di internet dengan menggelarkan isteri perdana menteri sebagai "perempuan puaka" dengan tuduhan-tuduhan berat.

PAS jawab 'peserta demo diupah'

"Peserta demonstrasi ini bukanlah anak yatim yang merempat sehingga hilang jati diri" dan "kezaliman wajib dilawan, orang bacul tidak masuk syurga" - demikian jawapan PAS terhadap dakwaan Menteri Penerangan Datuk Seri Dr Rais Yatim.

"Beliau merasa malu kerana penyokong Umno setiap kali hendak datang berhimpuan mesti dengan upah atau sekurang-kurangnya nasi bungkus," kata Ketua Penerangan PAS Idris Ahmad.

"Beliau hendak menyamakan penentang ISA dengan penyokong Umno, yang memang seperti ayam daging. Kalau tidak diberi upah jangan harap untuk datang."

Menulis di blog peribadinya, Idris mengulas kenyataan Dr Rais seperti laporan muka depan Utusan Malaysia hari ini yang memetik menteri itu sebagai berkata:

"Anak-anak muda yang mengambil bahagian ini secara sinis mengatakan mereka terima upah untuk berarak.

"(Pendedahan) ini agak mengejutkan pihak penganjur kerana mungkin tidak menyangka rahsia mereka akhirnya bocor juga."

Idris juga menyindir NGO yang pro-Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tetapi tidak bersedia berhimpun walaupun memberi ugutan untuk berbuat demikian, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA).

"Kami rakyat yang berjiwa PERKASA bukan PEKASAM," katanya.

'Police protect gov't, not citizens'

'The police must be independent and protect the rights of all citizens regardless of political affiliations. After all, they are paid by the public not the government.'


On Protesters play cat and mouse with cops

Lucian Eng Hiang: Street demonstrations are part and parcel of the free and democratic world. It occurs frequently in the western world including United States, Australia, United Kingdom and Europe. Police usually escort these demonstrations to ensure that they cause minimal disruptions to the daily lives of all citizens while allowing for a true democratic process to take place.

Here in Malaysia, the police purposely cause traffic jams by putting up roadblocks in places far, far away (examples - SS2, Nilai, North-South highway) from the actual demonstration locations to ensure that there are maximum disruptions and collaborate with the ruling government to suppress the opposition.

Our police force must be independent and protect the rights of all citizens regardless of political affiliations. After all, they are paid by the public from public coffers and not by the government. Moreover, demonstrations have not and never caused investors to shy away from investing in United States, Australia, United Kingdom and other European countries.

Ali K: On Saturday, those who rioted on the streets of Kuala Lumpur were the people in uniform, paid by Malaysians to protect them. How ironic.

PKY: As per article 10(b) of the Federal Constitution, was it 'necessary' to blast cannons of chemically-laced water at children and women? Or was it really 'expedient' to fire tear gas at defenceless and helpless individuals, many of whom were not part of the protest?

Najib should be condemned for complimenting the police for their actions at Saturday's protest. The imposition of such oppressive and unreasonable restrictions have once again demonstrated the executive's inability to govern a maturing democratic society like Malaysia.

Strong: I refer to Faidhur Rahman's comment on Aug 2. While I respect his view, there is no doubt that ISA shall be use to curb terrorists, communists or whatever threat to the nation's security. However, there is a question that I believed which was raised - the relevant and fairness in the usage of ISA.

Very often ISA had been used to 'shut up' the opposition needlessly. Although some BN members were once ISA detainees, it's hard to name any politician that was detained during his/her time 'in' the BN fold.

As per the Drug and Criminal Act, to use that as an example is simply out of topic. So, I truly understand the rakyat for being annoyed on the abuse of ISA by the government.

Maniam Shankar: The self-proclaimed people's paper saw fit to run a headline report regarding the economic costs of street demos. But who caused the economic chaos? If even half the large number of police deployed to thwart the demonstrators were deployed to ensure the demonstration proceeded peacefully, there would not have been any chaos.

The police's only purpose, it would seem, was to prevent citizens from turning up to show their disgust at this government. Why did people demonstrate even when the government said it is 'reviewing' the ISA?

That's because our leaders' lack credibility after having been in government for so long and not having done anything while the ISA was wantonly abused for political purposes.


On 'No in-out record': MACC advisor raises eyebrows

TCP: At this juncture in time, the MACC is clearly an institution devoid of public trust and confidence.

In MACC's darkest hour and at its lowest ebb of credibility, only the MACC advisors can be seen to hold some level of trust to act on behalf of the institution by taking cognisance of some its shortcomings in its interrogation methods/procedure and also provide frank disclosure of events that may have transpired leading to Teoh Beng Hock's tragic saga.

Such frank disclosure, without the necessity of going into further details of what transpired during the interrogation itself (this is for the inquest team and police to investigate) goes a long way to help appease the outpouring of anger by the public.

One of MACC advisors, Robert Phang, should be saluted for remaining level headed and professional with in his call for the public to remain calm in the face of heavy criticism leveled against MACC.

Pending the inquest report and any further development, I fully support Phang's efforts and courage to place himself in a delicate situation in order to help restore calm and reduce public anger, as evidence by his presence and speech made in an opposition organised memorial for Teoh in Kuala Lumpur on July 23.

UD: Kudos to Robert Phang for speaking up! The MACC must not falter in its investigations on Teoh's death. The public is watching its every move...

NEM: Kudos to Robert Phang for sticking out his neck to bring out news on this matter.

I urge MACC to accept advice from the Corruption Prevention and Consultation Panel advisors such as keeping proper log book and periodic briefing on investigations to avoid wrong perception by the public.

The public do not only want to see a smarter MACC but a respectable, just and fair, without-fear-and-favour MACC. I pray for the truth surrounding Beng Hock's death to emerge.

Bapa Altantuya Akan Ke Prk Dun Permatang Pasir

KKenyataan Anwar Ibrahim mengenai ada permintaan untuk KEADILAN letak calon di Permatang Pasir disambut gempita oleh media milik regim Bn. Umpama orang kelemasan yang akan capai apa saja isu untuk dimanipulasi.


Anwar berkata benar ...ada permintaan.... apa salahnya ? Dalam Pakatan Rakyat kita bebas menyatakan pendapat, namun ia bakal diputuskan oleh Majlis Presiden yang dianggotai oleh semua pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat.

Umno sekali lagi tidak selesa medan yang dipilih Allah untuk berlaku pertarungan bukan medan selesa bagi Umno. Namun kepada Pakatan Rakyat juga jangan cepat selesa.

Walaupun Umno Pulau Pinang yang diketuai oleh bukan anak Pulau Pinang kerana krisis dalaman dan kekurangan tokoh tempatan tetap bersikap bongkak dan sombong. Datuk Zahid Hamidi selaku pengerusi Umno P.Pinang mengatakan keyakinan akan menang di Permatang Pasir.

Di peringkat Bahagian Umno lebih realistik. Ketua Bahagian Datuk Jalil yang menyedari hakikat hampir mustahil untuk Umno menang telah umum tidak akan bertanding, sebaliknya Pemuda telah mencadangkan Ketua Pemuda Umno P.Pauh, Cikgu Zaidi untuk menjadi calon BN. Bagi Pakatan Rakyat yang kemungkinan besar akan menurunkan calon dari PAS akan berdepan dengan siapa sahaja yang diturunkan Bn, tetapi kalau Zaidi menjadi calon ia amat dialukan kerana mengikut 'bisik-bisik' anak tempatan punya banyak perkara tidak selesai denganya.

Zahid menyatakan isu pembangunan fizikal mungkin bukan isu utama sebaliknya tumpuan akan diberikan kepada isu spiritual. Apa pun isu Ahmad Zahid harus menjawab isu pertemuan dengan Menteri Pertahan Israel yang jelas mengkhianati umat Islam dunia dan rakyat pro kebebasan seluruh dunia, kedengaran juga cerita Amir Bazli mangsa jenayah Ahmad Zahid Hamidi juga akan muncul ketika kempen Pilihanraya nanti.

Yayasan Altantuya yang berpusat di Bangkok juga sedang mengusahakan 'lawatan khas' bapa dan keluarga Altantuya ke kawasan pilihanraya itu nanti ketika kehangatan kempen. -chegubard

Sensasi: Rakyat Yang Menyertai Himpunan Aman Gerakan Mansuhkan ISA Digelar Umpama Lembu Lembu Korban Oleh Puak Blogger Karat UMNO !!

By : Pahang Daily Online

Membaca posting terbaru tulisan "Blogger Karat UMNO" iaitu seperti exco Pahang yang dikenali sebagai BraveHeart menyebabkan ramai dikalangan rakyat hampir muntah dibuatnya. Apa tidaknya, nampak benar beliau antara blogger UMNO yang telah dibutakan mata, buta hati dan buta sejarah sebenarnya. Malah, lebih "panas" lagi bila beliau sanggup menggelarkan rakyat yang berjuang untuk mempertahankan "prinsip demokrasi" dan "hak-hak asasi manusia" sebagai "lembu-lembu korban". Hinanya rakyat dimata blogger UMNO bila "jiwa dan hati" beliau telah menebal dengan dasar penjajah itu. Mereka langsung tidak boleh melihat dari pandangan "akal dan fikiran" yang dianugerahkan oleh Allah SWT. Otak mereka sudah semakin "dunggu" dan "bangang" disebabkan oleh dasar penjajah dan UMNO karat yang semakin menebal itu. Mereka juga tidak mahu melihat bahawa Himpunan Mansuhkan ISA itu adalah untuk masa depan mereka sebenarnya. Apa yang mereka faham, segala perhimpunan yang dilakukan oleh rakyat atau Pakatan Rakyat akan dianggap sebagai "perbuatan yang hina dan tidak waras". Hanya kerja-keraj yang dilakukan oleh puak-puak UMNO sahaja yang dianggap "betul". Inilah dia bukti jelas betapa rosakkan minda puak-puak ini. Perhimpunan GMI yang sepatutnya berlaku dengan aman dan tenteram itu telah dikacau ganggu oleh pihak polis dan termasuk juga mereka. Sedangkan apa yang diperjuangkan adalah untuk mereka juga. Bayangkan jika akta zalim ISA itu terus digunakan sampai bila-bila, mungkin satu hari nanti mereka juga akan menjadi mangsa seterusnya. Apakah mereka fikir undang-undang seperti ini baik untuk sebuah negara demokrasi seperti Malaysia ini. Kita sudah ada mahkamah, peguam dan hakim-hakim yang arif lagi bijaksana untuk membicarakan sesuatu kes. Maka itu, kenapa perlu digunakan ISA untuk menahan rakyat tanpa bicara. Bukankah ini zalim namanya?. Mereka langsung tidak boleh membezakan "keadilan yang sebenarnya" yang mana "hak dan bathil". Bayangkan jika kejadian semasa himpunan ISA itu berlaku ke atas kaum keluarga mereka sendiri. Apakah mereka langsung tidak mempunyai hati dan perasaan, lantaran menganggap bahawa rakyat-rakyat yang berjuang untuk mempertahankan hak itu sebagai lembu korban.

Apa yang amat mengecewakan ialah melihat "mentaliti blogger UMNO" ini yang lebih rendah daripada budak-budak "Tadika Kemas" sebenarnya. Mereka langsung tidak boleh melihat hatta menerima kebenaran yang berada di depan mata. Bagi mereka hanya kerajaan UMNO dan Barisan Nasional sahaja yang "betul" biarpun merompak wang rakyat di depan mata. Ini kerana mereka rela menutup segalanya apabila menerima "tempias" dan berbagai lagi hambuan terutamanya menjelang pilihanraya. Inilah dia sikap yang jelas melambangkan betapa "rosaknya" jiwa nurani puak-puak ini. Perhimpunan yang dianjurkan oleh rakyat dianggap haram dan tidak berlandaskan undang-undang oleh pihak polis. Ini disokong pula oleh puak-puak Blogger UMNO itu. Namun, jika perhimpunan itu dilakukan oleh puak-puak mereka maka semuanya "halal". Lihat sahaja dulu apa yang berlaku dalam perhimpunan anjuran Taiko Karat UMNO di Universiti Teknologi Mara iaitu Ibrahim Abu Shah. Beliau sanggup memaksa pelajar UITM dengan jumlah yang besar melebih 10 ribu orang untuk berarak ke Bangunan SUK Selangor, semata-mata bagi menunjukkan bantahan dalam isu kuota bukan bumiputera di IPT terbabit. Kenapa pihak polis tidak menghalang perhimpunan dan perarakan itu, malah turut sama terlibat menjaga lalu-lintas?. Apakah berlaku kekecohan bila polis berkerjasama?. Tapi kenapa himpunan rakyat seperti ISA ini polis tidak mahu bersikap profesional dengan menjaga pergerakan rakyat. Kenapa mahu dibawa trak-trak FRU yang sarat dengan air asid "water canon" dan peluru "gas pemedih mata" semata-mata untuk "berperang dengan rakyat"?. Wajarkah ini terjadi dalam sebuah negara demokrasi seperti Malaysia ini?


Bukti, Antara Dua Darjat "hak rakyat untuk berhimpun secara aman"

Di Malaysia hari ini seolah-olah sudah ada dua undang-undang untuk rakyat. Satunya untuk puak-puak yang menyokong kerajaan dan satu lagi untuk yang menentang kerajaan. Bagi puak-puak yang menyokong kerajaan, maka mereka akan "kebal" dari undang-undang, hatta melakukan apa sahaja tindakan yang jelas bercanggah dengan undang-undang itu sendiri. Namun, bagi mereka yang menentang kerajaan sudah pasti tidak akan dibenarkan melakukan apa sahaja yang dianggap boleh menjatuhkan mereka biarpun telah termaktub dalam undang-undang dan perlembagaan. Malaysia tanahairku sudah menjadi kucar-kacir bila mengamalakan sikap "double standard" seperti ini. Undang-undang dan perlembagaan kini bukan lagi dijunjung tetapi telah "dipijak-pijak" oleh mereka yang terlalu rakus untuk mempertahankan kuasa. Akhirnya dek kerana takut dengan kebangkitan suara rakyat dari seluruh pelusuk negara, pasukan polis digunakan sewenang-wenang untuk berhadapan dengan rakyat bagi tujuan mempertahankan segala apa yang dilakukan oleh mereka. Termasuklah dalam isu ISA ini, sebenarnya. Ini kerana mereka tahu bahawa hanya ISA sahaja yang bakal menjadi benteng terakhir untuk menakut-nakutkan pemimpin pembangkang. Dengan ISA mereka boleh melakukan apa sahaja tuduhan terhadap rakyat yang tidak berdosa. Inilah yang ditentang oleh rakyat dan mahukan agar ia dimansuhkan. ISA yang dulunya diwujudkan untuk membendung pengaruh gerakan Komunis oleh British, kini dijadikan alat untuk mematikan suara-suara sumbang siapa sahaja yang didapati tidak sehaluan dengan dasar mereka. Apakah dasar seperti ini, mahu terus dipertahankan dan terlalu digilai oleh puak-puak blogger UMNO. Ia jelas bermakna mereka ini sebenarnya adalah "lembu-lembu yang harus dikorbankan" dan bukannya rakyat.

Klik sini untuk baca artikel bangang blogger BraveHeart itu

[Dek kerana kedangkalan puak-puak blogger UMNO untuk menghuraikan sesuatu isu, maka wajarlah kami gelarkan mereka sebagai "tukun tiruan" yang wajar dihumbankan ke lautan. Mereka seronok kerana mendapat habuan dan kemewahan tajaan kerajaan UMNO dan Barisan Nasional, tidak seperti krew-krew kami yang terpaksa mengikat perut untuk mempertahankan hak-hak rakyat serta kedaulatan undang-undang di negara ini. Untung duniwi jauh sekali untuk kami nikmati. Apa yang ada hanyalah sumbangan dan sokongan dari kalangan pembaca bagi membolehkan Pahang Daily Online terus bersuara. Biarpun kami tahu, kini blog panas ini semakin di"attack" oleh pihak-pihak yang berkenaan namun demi kebenaran serta keadilan perjuangan ini tetap akan diteruskan hingga ke titisan darah yang terakhir. Biarlah kami mati sebagai "pengkhianat" kepada manusia yang khianat kepada Allah dan rakyat, daripada kami mati sebagai "penjilat" manusia yang bertopengkan binatang. Kami redha dengan segala apa yang bakal dihadapi, malah kami tidak sedikit pun gentar dengan segala asakan mereka ini. Bagi kami puak-puak blogger UMNO ini menulis dengan tidak menggunakan akal fikiran yang waras disebabkan kealpaan serta kehinaan yang sudah sebati dalam diri mereka sejak dulu, kini dan selamanya].

Rasuah lebih mulia dari demonstrasi jalanan ?

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita8/DemoAnriIsa%20057.jpg
by apakhbarganukita
Pada 1 Ogos, Demonstrasi Jalanan Secara Aman anjuran Gerakkan Mansuhkan ISA (GMI) diadakan bagi mendesak kerajaan menghapuskan akta zalim tersebut.

Demonstrasi tersebut diadakan pada 1 Ogos bagi memperingati genap 40 tahun akta zalim itu di amalkan dalam undang-undang Malaysia.

ISA pada awalnya digunakan untuk membendung kegiatan komunis telah di manipulasi oleh kerajaan UMNO dan Barisan Nasional (BN) untuk menghancurkan musuh-musuh politiknya.

Demonstrasi tersebut terpaksa diadakan kerana sudah tidak jalan lain lagi bagi mendesak kerajaan menghapuskannya dari bumi Malaysia.

Demonstrasi tersebut jelas adalah himpunan secara aman, kerana walaupun berulang kali ditembak dengan ratusan das gas pemedih mata, dan di sembur dengan berliter-leter air kimia beracun, tidak seorang pun dari para demonstran yang merosakkan harta benda awam mahu pun barangan peribadi atau milik syarikat.

Namun, sudah dijangka, media dalam kawalan UMNO/BN dipaksa menulis apa yang dituduh oleh pemimpin UMNO/BN dan mencatat segala skrip propaganda murahan parti bankap itu.

Lalu dengan tekanan dan susunan beberapa pengaturcaraan, beberapa media telah mencatatkan bahawa demonstrasi aman pada 1 Ogos lalu telah menyebabkan beberapa syarikat perniagaan dan pnaga serta penjaja kecil dikatakan rugi ratusan ribu ringgit.

Pada 2 Ogos, seorang pemimpin UMNO yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Terengganu telah ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana didapati menerima rasuah.

Ketika ditahan, sebagai bukti, bersama ADUN tersebut terdapat wang tunai RM5,000.

Namun tidak ada media yang mengaitkannya dengan kerugian rugi puluhann juta ringgit kerana rasuah yang ditanggung oleh kerajaan dan pihak swasta.

Tidak ada pemimpin UMNO yang membuat kenyataan tentang isu rasuah, seolah-olah melakukan rasuah, memberi dan menerima rasuah itu lebih mulia dari demonstrasi jalanan.

Tidak ada pemimpin UMNO yang berani membuat kenyataan kerana perbuatan memberi dan menerima rasuah ini, selain dilaknat oleh Allah adalah melanggar undang-undang dan perlembagaan Malaysia.

Tidak ada pemimpin UMNO khususnya Menteri Dalam negeri yang mengatakan bahawa semua kes rasuah akan disiasat dan diambil tindakan.

Berbeza dengan demontrasi anti ISA yang berlaku, Hishamudin mengatakan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat akan disiasat kerana menganjurkan perhimpunan haram.

Sekaligus Hishamudin lupa tentang dua ladi pemimpin UMNO Terengganu yang telah ditahan dan disiasat oleh SPRM berkaitan rasuah melibatkan jutaan ringgit wang rakyat.

Apakah rasuah lebih mulia dari demonstrasi jalanan ?

Apakah Himpunan Jalanan Lebih Hina dan berbahaya dari rasuah ??

Lihat Video Perarakan Demonstrasi Anti ISA ;

>> Video Klip 1

&feature=channel


>>Vidreo Klip 2

&feature=channel

BUDAK DITAHAN LAMBAT DIBAGI MAKAN....KEJAMNYA POLIS...????



Bapa kepada tiga tahanan bawah umur berasa kecewa diatas tindakan pihak polis menahan anaknya tanpa mengikut prosedur yang ditetapkan undang-undang.

Kadeni Haji Jamaludin, 51 yang ditemui di lobi Mahkamah Sesyen berkata dengan nada kesal bahawa penangkapan anaknya itu tidak diberitahu oleh mana-mana pihak berkuasa sehingga menyangka anaknya telah hilang.

Beliau berkata sebagai seorang bapa beliau percaya anaknya tidak terlibat dengan mana-mana demontrasi pada 1 Ogos lalu dan menegaskan tindakan polis menahan dan menggari kanak-kanak bawah umur adalah tidak masuk akal.

“Saya yakin anak saya tidak terlibat dengan demontrasi itu kerana mereka mengaji sekolah agama dan dating ke sini bukan atas tujuan menyertai perarakan berkenaan, kalau benar pun, mereka akan pergi dengan saya.

“Saya kesal pihak polis tidak menghubungi waris selepas melakukan penangkapan, malahan mereka juga dikatakan menahan reman anak saya tanpa peguam. Ini adala tidak mengikut prosedur, justeru saya akan cuba buat aduan.

Kadeni bapa kepada Faizuddin Hashim 16, Kamarul Nadir 18, dan Abu Ubaidah Jallaludin 20 merupakan antara 600 orang yang ditangkap kerana didakwa mengambil bahagian dalam perhimpunan berkenaan.

Sementara itu, seorang remaja Ammar Belatif 13 tahun yang turut ditangkap berkata beliau sama sekali tidak terlibat dalam demontrasi berkenaan.

Ujarnya, dia hanya datang ke kompleks Pertama untuk membeli kasut tetapi telah dikepung oleh polis dan terus ditahan secara keras.

“Kami tidak dapat berbuat apa kerana terus ditangkap oleh FRU ke Balai Cheras tunggu sehingga tujuah dan dibawa Balai Polis Petaling dan Bukit Jalil. Kemudian jam 2.30 petang baru dibebaskan.

“Layanan teruk yang kami terima adalah tidak diberi makan di Balai Polis Petaling sehingga peguam datang pada jam 12 pagi hari sabtu itu. Jika peguam itu tidak datang pasti sehingga pagi kami tidak makan. -TVA

Brahim Ali..Kepala Hotak Koo Berjambul.....

Orang Yang Mangata Orang Tetapi Dia Yang Lebih
oleh MSO

SECARA peribadi saya tidak suka kalau mahasiswa terlibat dengan aktiviti politik melampau seperti berdemonstrasi di jalan-jalan raya kerana ia boleh menjejaskan masa depan mereka dan menganggu pelajaran. Tindakan bakal dikenakan kepada mereka menerusi AUKU menyebabkan mereka akan susah dan pembelajaran terhalang. Apa lagi kalau kegiatan itu tidak ada kena mengena dengan keperluan mereka sebagai mahasiswa ia sangat merugikan dan elok kalau dijauhkan.

Sebagai mahasiswa mereka seharusnya aktif melakukan kegiatan yang boleh membantu pelajaran mereka bukan sebaliknya. Mereka masih boleh menyertai kegiatan politik tetapi biarlah yang mendokong keilmuan dan pengajian.

Pihak universiti telah menyediakan ruang politik kepada mereka dalam kampus. Soal ianya terkongkong atau tidak itu masalah lain. Perkara itu berlaku kerana ketiadaan ketelusan dalam pengurusan universiti. Di situ mahasiswa boleh bersiasah atau pun berlajar untuk menjadi ahli politik yang baik. Kebolehan mahasiswa membolosikan diri menyampaikan idealismenya dalam keadaan terkongkong itulah kehebatannya.

Bagaimanapun kalau demonstrasi itu mencakupi kehidupan mahasiswa sebagai seorang hamba Allah dan tanggungjawab kepada agama dan bangsa, saya setuju mereka menyertainya. Malahan komitmen mereka diperlukan dan hukumnya wajib. Penyertaan golongan ini juga boleh membangkitkan semangat dan sangat penting kerana mereka adalah golongan yang dipercayai masyarakat.

Keilmuan dan pemikiran-pemikiran baru mereka sangat diperlukan untuk mengubah sesuatu paradigma lama dan membawa pembaharuan. Golongan pelajar adalah golongan yang mampu membawa rakyat menerokai masa depan. Penyertaan mereka dalam hal-hal sebegitu adalah mustahak dan diperlukan sekali. Makanya mahasiswa harus menjaga status atau pun penghormatan yang diberikan kepada mereka itu supaya golongan cendekiawan ini tidak dilihat sebagai berkualiti sampah.

Tetapi apakah penyertaan dalam siri-siri demonstrasi yang diadakan dinegara ini terarah kepada hakikat itu? Ia mencakupi soal hidup dan mati serta tanggungjawab kepada bangsa, agama dan negara? Inilah persoalannya. Makanya mahasiswa perlu berfikir panjang sebelum menyertai dalam apa-apa demonstrasi. Mereka harus menyelidiki hujung jatuhnya agar tidak mudah dijadikan alat rapuh oleh pihak-pihak tertentu.

Bagaimana pun hubungan ini saya menolak tanggapan ahli Parlimen, Pasir Mas, Ibrahim Ali (foto) yang seolah tidak setuju dengan peranan mahasiswa dalam tunjuk perasaan. Ahli parlimen bebas itu merujuk kepada apa yang berlaku kelmarin, himpunan dan perarakan anti ISA. Menurutnya himpunan bantah ISA itu banyak disertai oleh mahasiswa.

Mungkin ahli parlimen ini berniat baik untuk menyedarkan mahasiswa agar tidak terperangkap dan dijadikan perkakasa oleh mana-mana pihak dalam tunjuk perasaan yang kabur maksudnya dari sudut iltizam kepada agama itu. Tetapi tindakan ahli parlimen itu seperti mengata dulang paku yang serpih apabila menuduh penyertaan mahasiswa itu kerana diupah.
Beliau sudah lupa bahawa padatahun-tahun 1970an dulu beliau juga seorang mahasiswa kampung yang ikut sama berdemo di sekitar Kuala Lumpur. Hampir separuh daripada kehidupannya sebagai mahasiswa dihabiskan di jalan-jalan raya berdemonstrasi. Apakah beliau sudah tidak mengingatinya lagi? Atau beliau memang memakan upah sejak lama dulu maka beliau tergamak melemparkan tuduhan itu.

Sejarah yang menitik ke dalam diri seseorang itu tidak mudah lekang walaupun ia ditimbusi oleh material. Tidak tahulah kalau segala kenangan beliau itu menjadi lupus apabila banyak helaian ringgit menimpa ke atas perutnya!

Apakah beliau lupa aktiviti beliau itu? Kalau dia mengenali perasaan dan luapan kemarahan mahasiswa beliau tidak menempelak mahasiswa yang menyertai himpunan semalam. Beliau tidak perlu mempertikaikan peranan mereka. Bahkan beliau harus memujinya. Apakah kerana kedudukannya kini sudah berbeza, sudah dewasa maka beliau mempunyai pandangan lain? Atau kerana terdesak untuk diterima semula ke dalam Umno maka beliau sanggup merubah muril-muril politik yang beliau ukir sendiri dengan najisnya dulu?

Paling 'mendukacitakatakan' ialah mengenai komen ahli parlimen itu bila mana beliau menuduh penyertaan mahasiswa itu kerana dibekalkan duit poket sebanyak RM50. Tuduhan itu sudah melampau dan cuba merendahkan integriti mahasiswa. Bila masanya pula pembangkang sudah menggunakan wang untuk mengerah orang ramai ke majlis mereka? Setahu kita kerja upah dan bekalan wang ini kerja-kerja UBN.

Kalaulah kita yang mengamalkan politik wang, beri duit untuk tambang, buat banner, adakan pertemuan di restoran dan sebagainya jangan kita menyamakan orang juga seperti kita. Saya tidak terfikir kalau pembangkang sanggup berbuat demikian. Sebaliknya kalau di pihak Magaran mungkin berlaku demikian? Mungkin kenapa jumlah di pihak Magaran sedikit menghadiri himpunan kelmarin kerana ketidakcukapan wang untuk diupah dan dipunggah.

Kalau ahli Parlime itu tidak bercakap pun orang cukup kenal siapa dia sebenarnya. Kitab-kitab politiknya sudah dihafal dan diterjemahkan oleh banyak guru politik dan difahami sangat oleh rakyat negara ini. Mungkin politik Machiavelisme turut dibincangkan di Tel Aviv. Jadi kalau diri kita berbau usahlah cuba hendak calitkan bau itu ke diri orang lain. Begitu juga kalau ketiak kita macam, hidulah sendiri jangan cuba-cuba disua ke muka orang.

Cuba belajar jangan menjadi jahat secara double. Kalau kita jahat jangan pula menuduh pihak lain jahat. Kalau hendak jahat, jahatlah bersendirian!