Jumaat, 31 Julai 2009

PERKASA MENYOKONG AKTA KESELAMATAN DALAM NEGERI (ISA) DITERUSKAN''


ini dia pejuang katak semalaysia

kami akn berdemo mempertahankan ISA esok.......inilah kami perkasa gagah berani
WAHAI SIKATAK PURU TURUN KALAU ADA BERANI
KAHKAHKAH.........LOGO TAK BERMARUAH.........KAHKAHKAH

Syed Ibrahim: Cukuplah 49 tahun ISA mengganas


"Pergi jahanam dengan GMI", tajuk berita dari M-Star dan "Umat Islam diharamkan menyertai himpunan jalanan", dari Berita Harian adalah dua bentuk provokasi dan ancaman yang dikeluarkan oleh media arus perdana menjelang Himpunan Aman MANSUH, esok 1 Ogos.

Sesiapa saja yang membaca berita-berita tersebut, terutamanya penduduk Malaysia yang tinggal di kawasan yang tidak mendapat liputan internet, pasti akan merasa kurang selesa untuk hadir ke Kuala Lumpur, Sabtu ini.

Oleh sebab itu, Pengarah Himpunan MANSUH, Syed Ibrahim Syed Noh sekali lagi menegaskan bahawa Gerakan Mansuhkan ISA(GMI) yang mewakili 83 gabungan parti politik dan NGO tetap akan meneruskan perhimpunan tersebut.

Pihak penganjur sentiasa mengambil sikap berjaga-jaga dan faktor keselamatan akan ditingkatkan, agar himpunan tersebut bebas dari sebarang provokasi yang boleh mengganggu dan melibatkan para demonstran.

"Himpunan MANSUH ini adalah satu platform yang disediakan supaya rakyat dapat menyuarakan dan meluahkan rasa tidak puas hati mereka terhadap penggunaan akta tahan tanpa bicara, ISA yang telah menganiaya lebih 17 ribu rakyat malaysia dari pelbagai kaum dan latar belakang.

"Tahun ini, usia ISA masuk 49 tahun, cukuplah setakat itu akta tersebut digunakan ke atas rakyat Malaysia," kata Syed Ibrahim ketika memulakan sidang akhbar di bangunan Pejabat Agung PAS petang semalam.

"Aktiviti GMI bukan bermula semalam. Ianya telah dimulakan sejak tahun 2001 lagi. Pelbagai aktiviti dilakukan untuk memberitahu pemimpin yang sedang berkuasa sekarang bahawa akta tanpa bicara ISA amat zalim kerana ia mencabul hak asasi mangsanya, sepatutnya segera dihentikan penggunaanya.

"Di Malaysia sudah ada terlalu banyak undang-undang yang boleh digunakan terhadap apa juga jenis kesalahan justeru itu, ISA sudah tidak diperlukan lagi kerana akta itu terbukti lebih banyak mendatang mudharat kepada rakyat," tambah Syed Ibrahim lagi.

"Pertubuhan bukan kerajaan seperti PEWARIS dan MAGARAN yang menyokong ISA juga berhak untuk berhimpun walaupun ianya diadakan secara 'kebetulan' pada tarikh dan masa yang sama dengan himpunan MANSUH ISA anjuran GMI.

"Namun, yang amat jelas, himpunan GMI telah dirancang beberapa bulan lebih awal dan pihak jawatankuasa kerja MANSUH telah bertemu dengan pelbagai NGO serta parti politik untuk menerangkan, memberitahu dan memohon sokongan terhadap penganjuran himpunan tersebut.

"GMI telah berkunjung kepejabat Menteri Dalam Negeri, SUHAKAM , Bar Council, Mahasiswa, Persatuan Cina, Hindraf dan parti politik Pakatan Rakyat. Siri ceramah 'roadshow' yang dianjurkan oleh Pemuda Pakatan Rakyat di seluruh negara pula adalah khusus untuk memberitahu orang ramai tentang ISA dan seterusnya memohon sokongan seluruh rakyat Malaysia yang cintakan keadilan dan bencikan kezaliman supaya turun ke Kuala Lumpur untuk sama-sama menyatakan bantahan terhadap akta drakonian itu," kata Pengerusi GMI itu.

"Kami juga telah menyerahkan sepucuk surat pemberitahuan tentang himpunan ini kepada Polis dua hari lepas. GMI memohon, pihak polis turut membantu memudahkan dan melancarkan perjalanan para demonstran di himpunan aman tersebut. Tiada sesiapa, terutamanya dipihak GMI yang mahu berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini.

"Berilah sedikit ruang pada rakyat untuk melakukan sesuatu yang menjadi hak mereka iaitu kebebasan berkumpul sepertimana termaktub di Perlembagaan Persekutuan, demikianlah beliau mengakhiri sidang media tersebut.

Turut hadir di sidang media itu ialah Timbalan Pengarah MANSUH, Kamaruzaman Mohammad Setiausaha Pemuda PAS Pusat, Ustazah Nuridah Ketua Muslimat PAS Pusat, Aiman Athirah, Ketua Penerangan Muslimat PAS Pusat dan Nashita Mohd Noor, Bendahari GMI.

Esok polis perlu jaga keamanan bukan jadi alat Umno-BN


Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) yang diketuai oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim dan seluruh jentera keanggotaan KEADILAN bersama dengan kepimpinan tertinggi Pakatan Rakyat tekad akan bersama rakyat Malaysia dalam menjayakan Himpunan Mansuh ISA yang bakal berlangsung di ibu kota Kuala Lumpur pada hari esok 1 Ogos 2009 yang dianjurkan oleh gabungan pelbagai organisasi termasuk parti-parti politik bersama dengan Gerakan Mansuhkan ISA (GMI).

Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN telah bersetuju untuk mengerahkan segala jentera melalui cabang-cabang dan ranting-ranting Parti untuk memberi komitmen sepenuhnya bagi program himpunan esok.

Walaupun pihak kerajaan Barisan Nasional (BN) dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) telah berkali-kali mengeluarkan kenyataan media untuk cuba menghalang rakyat Malaysia dari berhimpun secara aman namun KEADILAN yakin perhimpunan serta perarakan MANSUH ISA menghantar memorandum ke Istana Negara boleh diadakan dan akan berlangsung dalam keadaan aman, dan bakal mencatatkan sejarahnya tersendiri.

KEADILAN menyeru agar pihak polis memberi kerjasama menjaga keamanan rakyat Malaysia dan tidak menjadi alat Umno dan Barisan Nasional dengan cuba menganggu dan mencabuli hak-hak asasi rakyat untuk berhimpun secara aman sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia.

KEADILAN juga menggesa pihak polis mempraktikkan profesionalisme dan etika dengan tidak menahan mahupun menangkap sesiapa dengan sewenang-wenangnya hanya semata-mata kerana terdapat arahan atasan untuk mengagalkan dan mengganggu gugat perhimpunan aman Mansuh ISA esok.

KEADILAN sekali lagi menegaskan bahawa selagi Kerajaan Barisan Nasional mengekalkan Akta zalim ini terutamanya sebagai alat untuk menakut-nakutkan rakyat, menekan, mendera dan menahan tanpa bicara sesiapa yang mereka pilih, selagi itu KEADILAN akan meneruskan perjuangan bersama Gerakan Mansuh ISA untuk memastikan Akta zalim ini dimansuhkan.

Selaras dengan prinsip keadilan, dan menghormati hak asasi manusia, KEADILAN mendesak, agar semua orang yang ditahan tanpa bicara di bawah Akta zalim ISA ini dibebaskan dengan serta merta dan sekaligus memansuhkan Akta zalim ISA.

Mansuh ISA: Majlis Fatwa & ISA - Dr. Asri

[Poster.jpg]







Demonstrasi mansuh ISA adalah lontaran suara hati rakyat

Tindakan polis tidak membenarkan demonstrasi pro dan anti ISA yang akan diadakan di ibu negara pada 1 Ogos (esok) sebagai tidak menghormati aspirasi rakyat dalam menuntut haknya.

Mursyidul Am PAS, Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat mempertikaikan perkara tersebut yang dianggap sebagai bertentangan dengan hak asasi rakyat selaras dengan amalan prinsip demokrasi negara berparlimen.

Nik Aziz tidak menyalahkan pihak polis secara total dalam perkara tersebut yang disifatnya terpaksa menjalankan tugas mengikut arahan pihak atasan (menteri). Sebaliknya persoalannya menjurus kepada kementerian berkenaan.

Difahamkan Nik Aziz akan turut serta bersama penasihat PKR, Dato' Seri Anwar Ibrahim, Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang, dan lebih 83 NGO dalam demonstrasi anjuran Gerakan Mansuhkan ISA (GMI).

Melalui perhimpunan itu GMI akan menyerahkan satu deklarasi rakyat kepada Yang di-Pertuan Agong menuntut ISA dimansuhkan kerana mencabuli hak-hak asasi sesuai dengan syor Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam).

Bagaimanapun, polis memberi amaran tegas kepada pihak terbabit supaya membatalkan rancangan tersebut dan menurut laporan Dato' Seri Hishamudin Tun Hussien, selaku Menteri Dalam Negeri sudah memaklumkan kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan supaya mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang terlibat dalam demonstrasi berkenaan.

Sementara itu menurut sumber yang menghubungi wakil Harakah pagi tadi memberitahu pihak polis telah mula mengadakan sekatan jalan raya di beberapa lokasi utama sejak pagi tadi bagi menghalang tujuan tersebut.

Dalam pada itu Nik Aziz menegaskan tidak ada sebab kerajaan menghalang hak kebebasan suara rakyat bagi menyampaikan hasratnya sama ada dalam bentuk protes melalui perhimpunan aman tanpa niat untuk mencetuskan huru-hara.

Demonstrasi diadakan kerana rakyat ingin menyampaikan hasratnya. Bukan untuk mencetuskan sebarang huru-hara. Dan ia akan dilakukan dengan aman. Jadi kenapa tidak boleh?

Sudah lama rakyat melontarkan suara hatinya dengan cara cukup berhemah supaya ISA dimansuhkan. Sama juga dengan pemansuhan PPSMI, tapi ia seolah-olah tidak ada sebarang tindak balas positif.

Maka inilah pilihan lain terpaksa diambil mereka,ujarnya pada majlis kuliah mingguan di dataran ilmu dekat sini pagi tadi.

Nik Aziz berhujah kerajaan yang dilantik oleh rakyat melalui proses pengundian menerusi pilihan raya yang memerintah lebih daripada 50 tahun sepatutnya lebih matang dalam memahami aspirasi rakyat dalam pelbagai aspek.

Seseorang menteri ataupun kerajaan dilantik oleh rakyat. Kalau rakyat tidak undi dia tak boleh jadi kerajaan ataupun menteri. Jadi kenapa dinafikan hak rakyat yang inginkan hak mereka, ujarnya.

Sehubungan itu beliau memberitahu undang-undang negara menggambarkan seolah-olah ingin meletakkan sesuatu kesalahan di atas bahu rakyat sambil menegaskan demikianlah yang dinamakan undang-undang sekular.

Najib tetap lakukan perkara haram itu hari ini !! Mana Mufti!!???

PM Najib 1Malaysia, masih meneruskan perbuatan syirik dan haram dengan bertafakur dan meletakkan kalungan bunga di Tugu Negara sempena Hari Pahlawan yang disambut setiap tahun pada hari ini.


Walaupun desakan dan tuntutan penguatkuasaan fatwa itu telah berulang kali di bangkitkan di Parlimen supaya Kerajaan Persekutuan menguatkuasakan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan pada 08 Okober 1987 yang telah di fatwakan sebagai "SYIRIK" (Hansard Parlimen artikel 39), namun ianya masih belum dikuatkuasakan oleh Kerajaan Persekutuan sehingga ke hari ini, apa sudah jadi beb.....

Dimanakah suara Mufti Harussana Sini, Ustazah Mashitah dan Dato’ Jamil Khir Baharom (Menteri Hal Ehwal Agama), apakah anda semua sudah bisu dan kelu lidah untuk menasihati ketua 1Malaysia kamu itu. Takut kena sergah dengan B1N1 Rosmah ke? Atau takut kehilangan jawatan....

Isu letak kalungan bunga Tugu Negara adalah lebih berat lagi berbanding dengan Perhimpunan Mansuhkan ISA esok. Apakah dua perkara ini pun korang yang berpendidikan Islam tinggi melangit pun tak dapat nak bezakan.

Janganlah memekak terlolong bercakap soal halal haram tentang Perhimpunan Mansuh ISA, tetapi buat buta mata dan pekak telinga untuk menegur BOS Besar korang tu, memang sah korang semua ni Pencacai, Penjilat dan Pengampu kepada Tuan korang.

Harus di ingat amanah dan tanggung-jawap korang kepada Agama dan Rakyat Malaysia, bukannya kepada Tuan Besar korang tu, dan segala gaji yang korang dapat dan gaji Tuan korang juga dari hasil cukai Rakyat Malaysia.

Jadi berkhidmat untuk Negara bukannya kepada Parti yang menerajui Negara. Kini sudah terbukti siapakah yang mempersenda dan mempermainkan Agama Islam selama ini.

Benggong.... punya manusia.

Nak rujuk Fatwa dengan lebih lanjut lagi klik kat sini.

-IkutSukaAku

Petronas 'obligated' to pay royalties, Ku Li tells Nik Aziz


By Lee Wei Lian

KUALA LUMPUR, July 31 - Bucking his party line, Tengku Razaleigh Hamzah has written to Kelantan Mentri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telling him that the state is legally entitled to royalties from oil extracted in a joint development region bordering Thailand.

The PAS led Kelantan state government is seeking RM1 billion in oil royalty it claims it is owed by the federal government and made it a campaign issue during the recent Manek Urai by-election.

Nik Aziz had written a letter to Tengku Razaleigh, also known as Ku Li, on 15 July seeking his advice on the issue. The letter was delivered by Kelantan state executive councillor Datuk Husam Musa on July 19.

In a written reply to the query today, Tengku Razaleigh said that based on the Petroleum Development Act, Petronas is obligated to pay 5 per cent the value of oil found on-or-offshore any Malaysian state or federal territory.

The Kelantan prince, who was the founding chairman and CEO of national oil company Petronas, added that he had signed the agreement on behalf of Petronas in 1975 while then mentri besar, Datuk Haji Mohamed Nasir had signed on behalf of Kelantan.

"It is clear that Petronas is bound by these agreements as is the Kelantan state government and therefore, Petronas is obligated to pay," wrote the Gua Musang MP who was unsuccesful in getting nominations for the Umno presidential contest last year.

The Information Communication and Culture Minister Datuk Seri Rais Yatim has been reported as saying however, that Kelantan has no right to the oil royalties.

"Under international law, Kelantan has no right to oil royalty as the oil and gas operations area in the Gulf of Siam is located in the zone with overlapping claims by Malaysia, Thailand and Vietnam," he said.

In an interview last week with The Malaysian Insider, Ku Li disputed that view and said that though the oil is being extracted from a joint development area with Thailand, the Petroleum Development Act is still in force.

"Petronas is operating in what is an offshore area of Kelantan. It is very straightforward. Otherwise Petronas cannot have a joint venture with Thailand," Ku Li said.

The former finance minister declined to comment on whether political considerations played a part in the decision not to pay Kelantan oil royalties but noted that Terengganu oil royalty payments were suspended when it was under the opposition but was reinstated when it returned to Barisan Nasional rule last year.

Nik Aziz has not ruled out litigation in its efforts to recover revenues.

“We’ll negotiate, and if we cannot negotiate, we will take the matter to court, if not at the court here, to the international court,” he was reported as saying.

We, the people, shall be heard on 1-Eight

many-colours-113
Amri, from Shah Alam, walking in the BERSIH rally on 10-Eleven

Amri, from Shah Alam, walking in the BERSIH rally on 10-Eleven

bersih

The people on 10-Eleven

The people on 10-Eleven

The people on 10-Eleven

The people on 10-Eleven

Yes, these are the voices who opposed 10-Eleven, cut from the same cloth with those who now oppose 1-Eight.

Why we must 1-Eight?

2c5fef187849b69a5ee1bfa99280abd8

Cos we say no more

kemunting02

banner isa - Copy

Anti-ISA vigil in Kamunting in June last year

Anti-ISA vigil in Kamunting in June last year

Posted by Haris Ibrahim

In supporting anti-ISA rally, Pakatan hopes to regain momentum

Analysis by Leslie Lau
Consultant Editor

KUALA LUMPUR, July 31 — Pakatan Rakyat (PR) party leaders are giving their full backing to a planned mammoth anti-ISA protest tomorrow which could see participants headed for a showdown with the police and a separate rally in support of the controversial law.

By giving their full backing to the rally, PR appears to be using the occasion in an attempt to once again raise the political temperatures in its bitter rivalry with the Barisan Nasional (BN) coalition.

And in hoping for a big turnout, opposition leaders are hoping to put to the test Prime Minister Datuk Seri Najib Razak’s commitment to reforms.

Opposition leader Datuk Seri Anwar Ibrahim has pledged to attend the rally, as have many other top PR leaders.

PAS leaders have said they are hoping to mobilise about 50,000 members to take part in the demonstrations.

PAS spiritual leader Datuk Nik Aziz Nik Mat has even decreed that it is not haram for Muslims to attend such a rally in an effort to whip up support among the members of the Islamist party.

In using the anti-ISA rally to raise the political temperature, the PR alliance will be hoping to put the Najib administration on the defensive once again.

Since Najib became PM in April, the BN coalition, and Umno in particular, has regained some momentum in the tussle for popular support among ordinary Malaysians.

Najib has scored higher than expected in approval ratings.

But the death of DAP political aide Teoh Beng Hock after being questioned by anti-graft officers recently has once again painted the BN administration in a negative light.

PR leaders have successfully seized the initiative again in portraying enforcement agencies such as the Malaysian Anti-Corruption Commission and the police as “tools of BN”.

And by backing the anti-ISA rally, PR will want to hammer home the message that BN has not changed under Najib, and that it will continue to use so-called draconian laws to crush dissent.

The PM had pledged, on taking office in April, to review the ISA which has been described as a tool of the BN to silence dissent by opposition parties.

But there has been little sign of what shape and form such a review would take.

PR leaders and other activists want the law to be completely repealed and some BN parties are also backing such a move.

But the police remained concerned about possible clashes tomorrow between anti-ISA protesters and another group led by maverick right-wing politician Datuk Ibrahim Ali.

They have stepped up security around the city by mounting roadblocks from today to make it difficult for the public to go for the rally.

Anti-ISA protesters are planning to gather at the Sogo shopping centre, the national mosque and near Masjid Majek at 2pm tomorrow before marching to Istana Negara to hand over a memorandum to the King.

Pro-ISA rally organisers say they will gather at the national mosque, Padang Merbok and the Central Market before heading towards Dataran Merdeka.

AHMAD ZAHID AND SHAHRIZAT WILL USE “BEAUTIFUL” UMNO WOMEN TO WIN PERMATANG PASIR

image Kuala Lumpur July 31, 2009: Penang Umno is ready for a by-election in Permatang Pasir following the death of incumbent Mohd Hamdan Abdul Rahman of PAS today. State Umno liaison chief Ahmad Zahid Hamidi, who is Defence Minister, said Umno could mobilise its machinery, especially the one in Permatang Pasir, at any time.

Umno would ensure that the Permatang Pasir seat under the Permatang Pauh constituency is wrested from the opposition, he told reporters here today. Though not denying that he was worried as it was the first time he was heading the state Umno in a by-election since his appointment on April 24, he said it was a test for him and a gauge of Umno’s strength.

In order to steal early votes and to ensure PAS members crossover to Umno, he extended his condolences to the family of Mohd Hamdan Abdul Rahman. Mohd Hamdam was the sole PAS state assemblyman in Penang, and had held the seat for three terms, first winning it in 1999.

Meanwhile, Ahmad Zahid dismissed as rumours, claims of internal problems within the Umno machinery in Permatang Pauh. The Umno vice-president also said that he would go to the ground to monitor the situation and ensure that problems areimage solved quickly. He believed that the allegations were made by the opposition to cause chaos to the state Umno divison.

Meanwhile, commenting on the by-election, Wanita Umno chief Shahrizat Jalil expressed confidence that the Barisan Nasional would win the seat. "We will mobilise Wanita (Umno), and we are going there to win because the people have learnt that the opposition is all talk but no action," she said.

The Mighty Pen says: Since Shahrizat says that she will mobilize Wanita Umno, and by doing so the seat will be won by Umno, we can only presume that she will use beautiful Umno women to win this bye-election. How else can they win? We say it’s ok, bring them, as the prettiest of the whole Umno lot cannot be better than the ugliest of the Pakatan women! It will not come as a surprise that future Malaysian bye-elections and general elections will be fought solely based upon the external beauty of a candidate!

SHAHRIZAT: WHAT IS SO INTIMIDATING ABOUT UMNO WOMEN WHO STEAL FROM THE TAX-PAYERS FOR THEIR TRIPS TO DISNEYLAND? SHARIZAT, EXCEPT YOU, WE WILL NOT GIVE A SECOND LOOK AT ANY UMNO WOMAN. HEY, STOP! LET US NOT INSULT YOU FURTHER BY OFFERING THE REASON FOR THAT SECOND LOOK!

-The Might Of The Pen

Menunggu Janji Palsu UMNO@BN Di Permatang Pasir...!!!!!

Jika di dalam pilihanraya kecil Manek Urai Kelantan yang lalu, UMNO terpaksa berhempas pulas untuk sekadar mengurangkan majoriti PAS dengan janji yang paling indah dan muluk seperti menjadikan Manek Urai sebagai anak emas, jembatan RM7 juta, penghapusan PPSMI, apa pula nanti janjinya di Permatang Pasir?


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dijangka akan mengumumkan tarikh penamaan calon dan pengundian bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir selewat-lewatnya 10 Ogos ini.

Menurut agensi berita, Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata pilihan raya kecil itu akan diadakan berikutan kematian penyandang, Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman, dan SPR masih menunggu surat makluman kekosongan kerusi DUN Permatang Pasir itu daripada Speaker (DUN) Pulau Pinang, Datuk Abdul Halim Hussain.

"Kami jangka surat makluman itu akan diterima selewat-lewatnya Isnin ini danselepas itu satu mesyuarat akan diadakan bagi membincangkan soal tarikh hari penamaan dan pengundian bagi pilihan raya kecil DUN berkenaan," katanya.

Mohd Hamdan, yang mewakili kawasan Permatang Pasir selama tiga penggal merupakan satu-satunya Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS di Pulau Pinang dan beliau telah memenangi pilihanraya kerusi N11 Permatang Pasir untuk tiga penggal.


PRU10 1999
N11 - PERMATANG PASIR (17,279)

(M: 67.2% C: 30.4% I:1.4 % L:1.0%)
1. Mohd. Hamdan Abdul Rahman (Pas) [8430]
2. Datuk Ahmad Saad (BN) [5236]
Majoriti: 3194
Penyandang 1995: Datuk Ahmad Saad (BN)

PRU11 2004
N11 - PERMATANG PASIR (19,149)

1. Mohd. Hamdan Abdul Rahman (Pas) 8,057
2. Md.Isa Ramli(BN) 7,378
Majoriti: 679
Penyandang 1999: Mohd. Hamdan Abdul Rahman (Pas)

PRU12 2008
N11 - PERMATANG PASIR ((20,350)

1. Mohd. Hamdan Abdul Rahman (Pas) 11,004
2. Ahmad Sahar Shuib (BN) 5,571
Majoriti: 5,433
Penyandang 2004: Mohd. Hamdan Abdul Rahman (Pas)

Bahagian pilihan raya Parlimen Permatang Pauh di Pulau Pinang bakal menyaksikan pilihan raya kecil buat kali ketiga dalam tempoh setahun sejak Ogos lalu, selepas Parlimen Pertang Pauh dan DUN Penanti.

Bahagian Permatang Pauh terdiri daripada tiga kerusi DUN iaitu Permatang Pasir yang dimenangi PAS pada Mac 2008; Penanti (PKR) dan Seberang Jaya (Barisan Nasional).

Pada Ogos 2008, pilihan raya kecil membabitkan kerusi Parlimen dimenangi Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini merupakan Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat.

Ia dikosongkan oleh isterinya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang juga Presiden PKR. Kerusi itu dimenangi Dr. Wan Azizah sejak tahun 1999.

Pada Jun lalu, pilihan raya kecil diadakan membabitkan kerusi DUN Penanti ekoran keputusan Fairus Khairuddin melepaskan jawatan Timbalan Ketua Menteri I dan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

Umno tidak bertanding pada pemilihan itu kerana takut kalah setelah tewas pada semua pilihanraya kecil di Semenanjung sejak Mac 2008.

Walaupun menganjurkan percutian ke luar negara, jamuan makan dan mebuat gesaan terbuka kepada orang ramai untuk memulau pilihanraya kecil itu, UMNO gagal menongkah arus sokongan umum kepada Pakatan Rakyat.

Calon PKR Dr Mansor Othman mengekalkan kerusi Penanti untuk Keadilan dan diangkat menjadi Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang.

Susulan itu, Umno kemudian mencuba nasibnya bertanding di pilihanraya kecil Manek Urai Kelantan, namun ditewaskan sekali lagi oleh PAS dan Pakatan Rakyat.

Apakah UMNO sudah bersedia untuk masuk ke gelanggang pilihanraya kecil kali ini?

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah dilaporkan berkata, Umno akan menggerakkan jenteranya pada bila-bila masa.

Umno akan berusaha untuk merebut kerusi tersebut yang terletak dalam Parlimen Permatang Pauh dapat direbut daripada parti pembangkang, katanya selepas majlis penghargaan kepada pahlawan tanahair di Kementerian Pertahanan hari ini.

Ini merupakan kali pertama Ahmad Zahid berdepan dengan pilihanraya di negeri itu, selepas dilantik menerajui Umno Pulau Pinang.

Ramai pemerhati politik berpendapat, nasib UMNO Bn di Permatang Pasir akan menentukan masa depannya samada mampu merebut kemenangan atau akan terus di hantar ke kuburan.

Kita tunggu dan lihat apa lagi temberang UMNO BN di kempen pilihanraya N11 Permatang Pasir nanti, itu pun jika mereka anak jantan untuk turut serta di dalam PRK itu nanti.

Showdown in KL streets

PAS has made it compulsory for all of its members to participate in an anti-Internal Security Act (ISA) rally in Kuala Lumpur tomorrow, said its vice-president Salahuddin Ayub.

NONEHe added that the party's spiritual leader Nik Abdul Aziz Nik Mat and president Abdul Hadi Awang have given the nod for the rally.

He also said the duo, who are Islamic scholars, had also decreed that the rally would not be haram or forbidden by Islam.

"Whether the gathering is deemed haram (by others) is immaterial because our top leadership has already given their blessing," Salahuddin told a press conference in Kuala Lumpur today.

NONEThe vice-president was responding to an article published in Berita Harian today which featured several religious authorities condemning the proposed gathering as being un-Islamic.

Unfazed, Salahuddin said: "I urge PAS members not to be influenced by fatwas (edicts) issued by other parties."

Some 50,000 PAS members are expected to take part in the gathering tomorrow.

Anwar, Hadi and Kit Siang to be there

The Abolish ISA Movement (GMI by its Malay abbreviation) and Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris) will stage two separate gatherings to voice their protest and support for the security law respectively.

The rallies are being called to mark the 49th anniversary of the passage of the ISA.

pakatan leaders parliament pc 220609 01Top opposition leaders who will be leading the anti-ISA rally include PKR de facto leader Anwar Ibrahim, PAS president Abdul Hadi Awang and DAP supremo Lim Kit Siang.

Despite stern police warning to call off the gatherings, both groups remain adamant.

Salahuddin, who also sits in the central committee of GMI, said the police were notified of the gathering although no permit was obtained.

He stressed that previous gatherings planned by groups such as Bersih and PPSMI, tomorrow's rallies are expected to be peaceful.

With the two interlocking ideological groups protesting simultaneously, there has been some anticipated tension as the two groups are set to face-off while taking the same route to the palace where both memorandums will be presented to the Yang di-Pertuan Agong.

Pro-ISA group to avoid Masjid Negara

But Pewaris this morning issued a statement saying that they have decided to avoid one of its meeting points - Masjid Negara - which would have brought it face-to-face with the rival group.

The pro-ISA group will now meet at only two points- Pasar Seni and Padang Merbok - before marching to Dataran Merdeka at 2pm.

Meanwhile, GMI plans to start its rally at 2pm from three locations - Sogo shopping complex, Masjid Jamek and Masjid Negara.

In a related development, students from a MCA-owned private university have been told not to attend the rally.

The University of Tunku Abdul Rahman (Utar) has issued a circular today stating that "Utar wishes to advise all staff and students not to participate in any illegal gatherings".

VIDEO l 6 mins


PARTI KEADILAN RAKYAT SOKONG PERHIMPUNAN MANSUH ISA 1 OGOS 2009 DI KUALA LUMPUR

Parti KEADILAN Rakyat (PKR) yang diketuai oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dan seluruh jentera keanggotaan KEADILAN bersama dengan kepimpinan tertinggi Pakatan Rakyat tekad akan bersama rakyat Malaysia dalam menjayakan Himpunan Mansuh ISA yang bakal berlangsung di ibu kota Kuala Lumpur pada hari esok 1hb. Ogos 2009 yang dianjurkan oleh gabungan pelbagai organisasi termasuk parti-parti politik bersama dengan Gerakan Mansuhkan ISA (GMI).

Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN telah bersetuju untuk mengerahkan segala jentera melalui cabang-cabang dan ranting-ranting parti untuk memberi komitmen sepenuhnya bagi program himpunan besok.

Walaupun pihak kerajaan Barisan Nasional (BN) dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) telah berkali-kali mengeluarkan kenyataan media untuk cuba menghalang rakyat Malaysia dari berhimpun secara aman namun KEADILAN yakin perhimpunan serta perarakan MANSUH ISA menghantar memorandum ke Istana Negara boleh diadakan dan akan berlangsung dalam keadaan aman, dan bakal mencatatkan sejarahnya tersendiri.

KEADILAN menyeru agar pihak polis memberi kerjasama menjaga keamanan rakyat Malaysia dan tidak menjadi alat UMNO dan Barisan Nasional dengan cuba menganggu dan mencabuli hak-hak asasi rakyat untuk berhimpun secara aman sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia.

KEADILAN juga menggesa pihak Polis mempraktikan profesionalisme dan etika dengan tidak menahan mahupun menangkap sesiapa dengan sewenang-wenangnya hanya semata-mata kerana terdapat arahan atasan untuk mengagalkan dan menganggu gugat perhimpunan aman Mansuh ISA esok.

KEADILAN sekali menegaskan bahawa selagi Kerajaan Barisan Nasional mengekalkan Akta zalim ini terutamanya sebagai alat untuk menakut-nakutkan rakyat, menekan, mendera dan menahan tanpa bicara sesiapa yang mereka pilih, selagi itu KEADILAN akan meneruskan perjuangan bersama Gerakan Mansuh ISA untuk memastikan Akta zalim ini dimansuhkan.

Selaras dengan prinsip keadilan, dan menghormati hak asasi manusia, KEADILAN mendesak, agar semua orang yang ditahan tanpa bicara di bawah Akta zalim ISA ini dibebaskan dengan serta merta dan sekaligus memansuhkan Akta zalim ISA.

Latheefa Koya

Ketua Penerangan

Parti Keadilan Rakyat

Perkembangan info roadblock polis di KL....


Police roadblock at Jalan Travers.



Police road block at Jalan Cheras near Taman Midah ahead of the Pro-ISA and Anti-ISA rally to be held tomorrow.



Police road block along Jalan Cheras near Taman Midah.



Roads blocks have been set up at major roads in the Klang Valley heading towards Kuala Lumpur ahead of the Anti-ISA and Pro-ISA mass rallies that have been planned for Saturday.

Gambar ehsan : thestar.com.my

Adil Ke Tidak Polis.? Kita Tetap Demo Esok..!

wow..! nampaknya rakyat bersemangat dan nekad untuk berpesta esok.

Esok 1 Ogos tarikh keramat kepada rakyat Malaysia kerana berlakunya dua demonstrasi besar-besaran. Seperti yang kita sedia maklum perhimpunan yang dianjurkan GMI akan cuba disaingi oleh Pewaris dan kuncu-kuncunya. Walaupun pada mulanya mereka mahu berhimpun disalah satu lokasi yang sama dengan himpunan GMI di Masjid Negara tetapi mereka menarik diri disaat akhir kononnya tidak mahu mencemari kesucian Masjid. Adakah benar alasan mereka atau pun cuba mengelak kebarangkalian mereka pula yang akan dihurung penyokong GMI nanti tidak dapat le dipastikan.


Mereka memilih lokasi di Padang Merbuk yang kita sedia maklum, sangat dekat dengan Ibupejabat Polis Bukit Aman. Apakah mereka akan mendapat hak keistimewaan berhimpun boleh le kita saksikan nanti. Kerana mereka juga mempunyai pendirian yang sama dengan beberapa kerat pegawai atasan polis yang amat menyokong akta zalim dan kejam ini hanya untuk meneruskan kelangsungan kuasa Politik BN. kita akan lihat esok himpunan manakah yang akan diambil tindakan dahulu.? Sama ada himpunan GMI yang jauh dari lokasi Bukit Aman ataupun Himpunan Pewaris yang amat dekat sekali dengan Bukit Aman.


Pewaris yang dibarisi pakar- pakar silat kononya cuba mengelak dari bertembung dengan peserta GMI sedangkan mereka sendiri mempunyai keangkuhan seperti yang dikatakan oleh Tim Pengerusi 11 nya:

"Kita juga tidak mahu mengganggu jemaah yang mahu beribadat, katanya.
Ditanya sama ada ia bertujuan untuk mengelak pertembungan dengan kumpulan anti-ISA anjura Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) juga akan berkumpul di tempat yang sama, Rahimuddin berkata:"Kita lebih memfokuskan kepada hendak menjaga keharmonian. Yang berkumpul di situ, sepatutnya budak-budak silat, boleh kalau nak bertembung, tetapi kesucian tempat ibadat itu lebih penting dipertahankan."



Apakah maksud mereka boleh kalau nak bertembung..? adakah mereka nak mencari pasal. Ini lah kedungguan beliau kerana cara beliau menggeluarkan kenyataannya membuktikan sikap angkuh dan tinggi diri Pewaris dan secara tidak langsung menunjukkan perancangan jahat mereka kerana meletakkan ahli-ahli silat disana. Kenapa letakkan pakar silat di Masjid.? Nak bergaduh dengan siapa pula di sana.? Sedangkan setiap perhimpunan pembangkang yang lalu kita sedia maklum kesucian masjid sentiasa terjaga malah digunakan sebaik mungkin tanpa menjejaskan kesuciannya melainkanlah jika polis pula memandai-mandai menyiram air gatal.


Jadi apakah alasan dan niat Pewaris sebenarnya menganjurkan himpunan tersebut kalau bukan hanya nak membuat kacau sahaja. Cuma kita nak nasihat kan polis juga supaya bertindak secara adil. Jangan hanya himpunan GMI sahaja yang kamu siram dan tembak gas pemedih mata. Jika tidak pasti rasa tak puashati akan berlaku nanti. Dan kepada penyokong Pewaris sudahkah anda semua membuat latihan menahan air gatal dan asap pemedih mata. Jika berlakulah esok semburan ke atas himpunan Pewaris,maka benarlah seperti yang pernah Tuan Guru Ucapkan dulu. Suatu masa nanti gas yang ditembak itu akan berpatah balik kepada orang yang mengarahkannya. Minta kerjasama Polis berlaku adil esok.

Dengan kehadiran kedua-dua Tuan Guru, Pasti lebih meriah lagi.

Dan kepada penyokong GMI marilah kita bersama nekad akan turun esok dan berpesta lagi seperti perhimpunan kita yang lalu. Ingatlah kita sebenarnya menentang akta yang amat diperlukan UMNOBN dalam mengekalkan kuasa mereka di Malaysia ini. Alah bisa tegal biasa bukan sekali dua gas dan air pemedih mata sudah kita tempuhi. Ayohhh ..! kawan-kawan mari kita bantah akta zalim ini. Inilah akta yang amat-amat melindungi hayat politik UMNOBN. Sekiranya akta ini masih mencengkam nasib rakyat Malaysia maka selagi itulah mulut dan tangan kita terikat untuk tunduk dan takut kepada UMNOBN. Ingat UMNOBN berkuasa hanya berpaut kukuh kepada akta zalim ini seperti orang hutan yang bergayut tak mahu jatuh.


Kepada polis sila tangkap dulu peserta himpunan haram anjuran UMNO Bahagian Ampang yang tak sampai 100 orang tu. Nak adil tangkap dan dakwa mereka dulu..!!

Nukilan : Naruto Sensei

Lawan ISA bagai memancung leher Umno

Dalam berita hari ini yang bertajuk "Jangan teruja fatwa haramkan demo anti-ISA," Malaysiakini hari ini melaporkan:
September tahun lalu, Dr Asri dilaporkan berkata, “Islam tidak memerlukan ISA untuk membela ajarannya” kerana ia dibina oleh hujah dan dasar yang jelas.
Yang memerlukan ISA tentulah yang sebaliknya. Jangan marah kalau semakin ramai rakyat yang membuat kesimpulan bahawa Umno memerlukan ISA untuk menyambung hayat kekuasaannya kerana ia tidak dibina oleh hujah dan dasar yang jelas.

Berkaitan:
PDRM: 1 Ogos perhimpunan haram (Hanief)


Siasatan DVD seks Soi Lek diteruskan

Jawatankuasa Disiplin MCA akan tetap meneruskan siasatan kes DVD seks Timbalan Presiden parti Datuk Seri Dr Chua Soi Lek seperti dijadualkan Selasa depan.

Setiausaha jawatankuasa itu, Ivan Chen berkata pengerusi Ng Cheng Kiat telah mengarahkan siasatan itu diteruskan seperti dijadualkan pada 4 Ogos, tanpa keterangan daripada pengadu yang juga pengerusi MCA Bahagian Simpang Renggam Eng Cheng Guan.

"Pengerusi jawatankuasa disiplin amat tegas dengan perkara ini dan beliau tidak mungkin akan menukar fikiran. Satu-satunya perubahan ialah siasatan itu akan bermula 2.30 petang daripada 10.30 pagi ditetapkan sebelum ini.

"Dr Chua telah memaklumkan kepada jawatankuasa itu yang beliau akan membawa empat saksi ke siasatan itu," kata Chen kepada Bernama hari ini, lapor bernama.

Semalam, Eng menyatakan yang beliau telah menarik balik aduannya itu dan beliau tidak mahu meneruskan kes itu lagi.

Bagaimanapun, sumber parti menjelaskan keputusan untuk meneruskan siasatan itu adalah kerana aduan itu telah diterima oleh Majlis Presiden sebelum dirujuk kepada jawatankuasa, selepas ia memutuskan terdapat kes prima facie.

"Malahan jika Majlis Presiden mahu menarik balik kes itu, ia perlu dengan kebenaran JD (jawatankuasa disiplin). Itulah prosedurnya. Arif dengan ketegasan pengerusi baru JD, beliau kemungkinan besar tidak akan mengubah fikirannya.

"Beliau seorang yang amat tegas dan mempunyai prinsip tersendiri. Tiada siapa boleh mendesak beliau untuk berbuat sesuatu," kata sumber itu.

Teruskan siasatan


Menurut sumber itu, semasa jawatankuasa disiplin memutuskan untuk meneruskan penyiasatan terhadap 40 kes tertunggak yang ditangguhkan sebelum pemilihan parti pada Oktober tahun lepas, malahan presiden parti Datuk Seri Ong Tee Keat tidak dimaklumkan mengenai keputusan itu kerana jawatankuasa itu bertindak secara bebas.

Sumber itu berkata presiden parti hanya mengetahui mengenainya empat hari selepas notis dikeluarkan terhadap Dr Chua.

"Terdapat usaha dari dalam dan luar parti untuk mendesak pengerusi jawatankuasa untuk menggugurkan kes tersebut selepas itu tetapi beliau enggan berbuat demikian."

Sumber itu berkata Ng, yang merupakan seorang peguam dan bekas Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan bekas Menteri Kesihatan, dikenali dengan pendirian tegasnya di dalam dan di luar parti.

Ng malahan menguna pakai pendirian tegas ketika bersama-sama presiden parti ketika itu Tun Dr Ling Liong Sik semasa beliau menjadi setiausaha agung parti.

Beliau meletak jawatan sebagai setiausaha agung MCA pada Julai 1990 dan tidak bertanding dalam pilihan raya umum berikutnya. Sebaliknya beliau menyambung semula kerjaya sebagai peguam.

Ex-ACA top gun: Stop showering criticism on MACC

A former top ACA official has called for a stop to all speculation and unsavoury remarks against the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC), and to wait for the outcome of Royal Commission of Inquiry into the death political aide Teoh Beng Hock.

The call was sounded by the former Anti-Corruption Agency (ACA) director on investigations Abdul Razak Idris (right) who said, "MACC is now pre-judged and this is not right. We have to wait for the inquest as it involves sudden death. Moreover, it will be a special inquest because of the publicity and sensitivity of this case.

"We do not know what had happened out there. People talk out of frustration, speculation, sentiments, political spite and anger.”

He advised the public not to indulge in negative speculation, instead allow the inquest run its course.

“If an officer is guilty, let him be charged. If MACC is at fault, let the natural course of justice prevail. If the rules and regulations are not right, then the royal commission will recommend the right course of action," he said.

He maintained that the MACC has always been neutral, working without 'fear or favour'.

Abdul Razak maintained that the officers are trained to be neutral.

“You cannot just work for the ruling party. It would affect your conscience. ACA and the present MACC have never been biased,” he said.

Bigwigs not spared

Whether people know or not, all mentris besar, irrespective of being in the opposition or with the ruling party have been subjected to probes by these anti-corruption bodies, he said.

“We have even investigated prime ministers.” He added that leaders must realise that once in power the public's eye will be on them.

Those days, he added, they had to amass 90 percent of the evidence before a person could be charged.

He said Section 30 of the MACC 2009 Act bestows very wide powers on the investigating officer to call up witnesses at anytime. However, he said that there are also guidelines for the accused and rules for lockups.

"If they assault a witness, they can be punished under the Penal Code. However, as far as witnesses are concerned, we can interview them anytime of the day and night.

Abdul Razak said that the term “day to day” as stated in Section 30 (3)(a) of the MACC 2009 Act does not mean "daytime" but "running from day to day".

MACC accommodating body

"If the complainant lodges the report at night, then should we not record his statement at that time itself?

Abdul Razak said that although the officers do not go out of the normal norms and procedures or go against human rights, they are allowed to conduct interviews after office hours or at night.

"If the witness is only free in the evenings or nights, then we can accommodate him at night. It all depends on various circumstances. There cannot be any hard and fast rule," he said.

There's no set time limit for interviews as every investigator will have his own style of doing his work. So fixing time limits will not be effective.

"He manages his own investigation. The Act provides that we can interview anytime. Investigators are supposed to work 24 hours.

"Investigators are also humans. During my heydays, we used to sleep in the office and sometimes with the witnesses, complainants or even the accused. Those days we did not have lock-ups. So we arrested and investigated there and then," he said.

He said people tend to mistake interviews for interrogations but the objective remains the same, which is to get the truth and evidence from the witness.

Officers do not upset witnesses by making racial slurs as this could defeat the purpose of digging out the truth.

"If you make a person angry, you will not get the truth. In any interview or interrogation, there is a way to make people talk and tell the truth without resorting to physical force or abuse," he said.

Abdul Razak began his ACA career in 1974 and retired in 2004.

Melayu Lemah, Kesian Dia! ..... Malayu Mudah Lupa... Tun M......???

By : Sheih Kicdefella

PARLIMEN Sheet1

Pilihanraya Umum ke 11 pada tahun 2004 menyaksikan Barisan Nasional menguasai 90.4% kerusi di Dewan Rakyat. Juaranya ialah UMNO walaupun tidak dapat mencatatkan rekod seratus peratus seperti beberapa parti komponen BN yang lain.

UMNO kecundang 7 kerusi kepada PAS dan juga 1 kerusi kepada Parti Keadilan (kini PKR). UMNO juga membantu parti-parti MCA, GERAKAN dan MIC menang dibeberapa kawasan majoriti Melayu dengan menumpaskan calon-calon Melayu daripada parti Pembangkang.

Kesan daripada tindakan UMNO ini, Kerajaan yang ditubuhkan dengan penguasaan lebih 90% di Dewan Rakyat itu hanyalah mengandungi 58.1% komposisi Melayunya. Manakala wakil rakyat bukan Melayu yang menang dibawah BN berjumlah 41.9%.

UMNO menang 109 kerusi didalam pilihanraya tersebut tetapi seorang wakil rakyatnya bukan dari keturunan Melayu.

Pilihanraya Umum ke 12 pada tahun 2008 menyaksikan prestasi terburuk BN dan juga UMNO. BN masih menubuhkan Kerajaan dengan kemenangan 140 buah kerusi tetapi keadaan semasa hari ini, kerusi BN di Parlimen adalah 137 bila UMNO kehilangan satu kerusi kepada PAS didalam pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu dan kehilangan 2 kerusi apabila SAPP bertindak meninggalkan BN beberapa bulan selepas PRU ke 12.

BN kini mempunyai 61.7% wakil rakyat di dalam Dewan Rakyat manakala 38.3% lagi merupakan gabungan wakil rakyat Pakatan Rakyat, SAPP dan Bebas yang menang di atas tiket PAS.

KOMPOSISI PARTI 2004

KOMPOSISI PARTI 2008

Ironinya, walaupun kerusi UMNO merosot sebanyak 31 kerusi tetapi dibantu dengan kerusi wakil Melayu dari PBB, BN hari menyaksikan peningkatan memberangsangkan penguasaan wakil rakyat Melayu berbanding dengan Bukan Melayu di dalam BN. Hari ini wakil rakyat Melayu adalah 62.8% iaitu peningkatan hampir 5%. Wakil Rakyat BN Bukan Melayu pula merosot dari 41.9% kepada 37.2%.

Wakil Rakyat Melayu dalam BN kini 35 orang lebih ramai dari wakil rakyat Bukan Melayu.

Mengapa UMNO mengatakan bahawa ketuanan Melayu didalam Kerajaan semakin merosot? Mengapa UMNO merasakan Melayu semakin lemah sedangkan orang Melayu yang peratusannya hanya 51% dari populasi rakyat Malaysia mempunyai suara hampir 63% dalam parti pemerintah.

Kita tinggalkan UMNO seketika kerana kita tentu yakin UMNO tidak buta statistik. Tetapi yang menggusarkan ialah mengapa beberapa pemimpin PAS seolah-olah rabun membaca statistik. Ini yang kita perlu risau.

MALAY GOV 2004

MALAY GOV 2008

Prestasi Pembangkang 2004 dan 2008

Pilihanraya Umum ke 11 menyaksikan PAS dan PKR kembali terdampar dipersada realiti politik Malaysia apabila kecermelangan mereka dalam pilihanraya 1999 berakhir dengan malang sekali.

PAS kehilangan Terengganu atau lebih enak disebut, Presiden PAS hilang jawatan Menteri Besarnya. Timbalan Presiden PAS juga hilang kerusi Parlimennya.

Di Kelantan, Mursyidul Am berjaya mempertahankan penguasaan PAS dengan berpaut kepada majoriti 2 kerusi sahaja. Lebih menggerunkan, dua kerusi mereka berpaut itupun kalau dicampur keseluruhan majoritinya tidak lebih daripada 50 undi.

Pada 2006, PAS Kelantan kehilangan lagi satu kerusi DUN menerusi pilihanraya kecil. Lantaran mereka mencatatkan rekod dunia sebagai kerajaan yang boleh bertahan paling lama dengan hanya majoriti 1 kerusi.

Di Parlimen, setelah persempadanan semula konstituensi pilihanraya di Semenanjung dan di Sabah pada tahun 2003 serta faktor ‘feel good’ Perdana Menteri baru Malaysia, peratusan wakil rakyat Pembangkang di dewan Rakyat menguncup kepada hanya 9.6%.

Daripada jumlah ini pula wakil rakyat Melayu dalam Pembangkang hanyalah 38.1% berbanding dengan 61.9% wakil rakyat Bukan Melayu.

Tetapi kedudukan semasa hari ini, Pembangkang menguasai 38.3% kerusi di Dewan Rakyat. Apa yang amat-amat signifikan ialah kedudukan wakil rakyat Melayu didalam pembangkang yang melonjak kepada 51.8% daripada 38.1% didalam tahun 2004. Wakil rakyat Bukan Melayu didalam Pembangkang pula ialah 48.2%.

MALAY OPPS 2004

MALAY OPPS 2008

Dalam erti kata lain, Melayu bukan sahaja mempunyai pengaruh yang besar didalam BN yang merupakan parti pemerintah, tetapi Melayu juga mempunyai pengaruh yang majoriti didalam Pembangkang.

Oleh itu apakah yang merisaukan orang-orang Melayu?

Apakah boleh dianggap Melayu berpecah semata-mata kerana satu pihak yang dulunya begitu dominan didalam politik Melayu kini sudah mula kehilangan taring?

Adakah kerana PKR dan PAS kini mempunyai jumlah wakil rakyat Melayu yang besar didalam gabungan Pembangkang maka itu tandanya Melayu berpecah?

Siapa Kata Hendak Selamatkan Melayu Sebenarnya Selamat UMNO

Sesetengah pihak bertungkus lumus membanting tulang mahu menyelamatkan Melayu. Persoalannya kenapa? Pengaruh Melayu terus hebat bahkan bertambah hebat. Melayu hari ini lebih dominan didalam BN dan begitu signifikan didalam Pembangkang. Kalau ada masanyanya Melayu ingin merasa bersyukur, inilah sebenar masa sebenarnya.

PAS dan PKR dilabelkan sebagai pengkhianat Melayu kerana bekerja sama dengan DAP. Tetapi apa yang peliknya, menerusi kerjasama dengan DAP, PAS dan PKR berjaya memperkasakan kedudukan Melayu di dalam Pembangkang.

Menerusi kerjasama dengan DAP, PAS dan PKR berjaya merampas sekurang-kurangnya 5 kerusi Parlimen daripada MCA, MIC dan Gerakan. Ini bererti lebih 5 wakil rakyat Melayu didalam Parlimen.

Semenjak pilihanraya 1955, UMNO mengajar orang Melayu memberikan kerusi majoriti Melayu kepada wakil rakyat Bukan Melayu. Sebab itulah berkali-kali pilihanraya pengundi-pengundi Melayu memberikan undi kepada MCA, MIC dan Gerakan walaupun mereka ini ditentang oleh calon Melayu dari PAS dan lain-lain parti.

OVERALL 2004

OVERALL 2008

Perjuangan Malaysia Dapat Memperkasakan Melayu

Ketidakseimbangan kekuatan Melayu dianggap sebagai satu masalah besar didalam gabungan Pakatan Rakyat. Ia menimbulkan ketidakselesaan orang-orang Melayu.

Ketidakseimbangan ini sebenarnya hanyalah ciptaan UMNO. Pakatan Rakyat berjaya menimbulkan keseimbangan itu.

Hari ini representasi Melayu didalam Kerajaan dan Pembangkang adalah refleksi sebenar populasi Malaysia. Lebih unik lagi keseimbangan itu dicapai bukan atas dasar perjuangan bersikap perkauman tetapi perjuangan berteraskan keadilan untuk semua kaum yang dibawa oleh Pakatan Rakyat.

Pakatan Rakyat sudah memperjuangkan formula untuk Malaysia yang sejahtera buat semua dan ia telah terbukti berjaya. Dan ia berjaya tanpa perlu slogan atau laungan atau kempen seperti 1 Malaysia. Ia berjaya kerana keikhlasan untuk memakmurkan negara ini untuk semua rakyatnya.