Khamis, 30 Julai 2009

Kenyataan Media 3/2009 / Ketua Penerangan PAS Perak : ISA Haram atau Himpunan Haram ?

Berikutan dengan kenyataan terbaru Mufti Perak, Harussani Zakaria, yang berkata jika perhimpunan yang boleh mendatangkan huru hara, maka adalah haram mana-mana pihak untuk menyertainya apatah lagi perhimpunan itu tidak mendapat kebenaran pihak berkuasa.


Nampaknya Mufti Perak ini cuba berpolimik dalam persoalan yang remeh-temeh dan tidak mengeluarkan pandanganya dalam persoalan yang lebih besar dan penting. iaitu Adakah ISA itu Halal atau haram disisi hukum Islam.

Sehubungan ini saya suka mengeluarkan kenyataan seperti berikut :

1. Ternyata semakin di penghujung jawatannya Mufti Perak menambahkan lagi koleksi peribadinya dengan mendiamkan diri dalam banyak hal yang diperlukan jawapan yang segera dalam banyak perkara, dalam masalah ini sebelum 1 Ogos rakyat Malaysia ingin tahun adakah ISA bersesuai dengan Islam atau tidak, manalah tahu ada nash dalam Al Qquran dan Sunnah yang boleh dihujjahkan bagi menghalalkan atau paling tidak mengharuskannya.

2. Khusus kepada rakyat Perak, Kem Tahanan yang terletak di kamunting adalah gambaran yang tidak baik sekiranya undang-undang yang haram itu diteruskan, dan kita akan berbangga kalau ia harus atau halal , biarlah dia berada di perak, dan kita berbangga kerananya.

3. Mengeluarkan pendapat mengenai halal atau haram berhimpun dan dikaitkan dengan permit, macamlah Harussani menjadi jurucakap kepada pasukan keselamatan pula ?

4. Adakah mengeluarkan kenyataan berhimpun tanpa permit disandarkan dengan dalil dan nash yang mana, kalau pun sebetulnya yang menghuru-harakan setiap perhimpunan adalah pihak lain, bukannya kami yang berhimpun. Sepatutnya Harussani juga mengeluarkan pandanganya kepada pihak yang menghalang rakyat berhimpun dengan aman, halal atau haram hukumnya.

Demikianlah kenyataan saya.

30 July 2009

Drs. Khalil Idham Lim
Ketua penerangan PAS Perak

Perarakan Bantah ISA Boleh Cetus Ketegangan : Timbalan KPN....kan dah kata agenda mereka salahkan GMI dah bermula...!!!!

KUALA LUMPUR, 30 Julai (Bernama) -- Polis bimbang ketegangan akan berlaku di sini Sabtu ini semasa perhimpunan dan perarakan berhubung Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana terdapat unsur provokasi melibatkan kumpulan-kumpulan yang menyokong dan menentang undang-undang itu.

Oleh itu, Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar, mahu penganjur membatalkan hasrat mereka dan mengingatkan orang ramai supaya tidak menyertai perhimpunan itu.

"Walaupun pihak-pihak penganjur menyatakan perhimpunan dan perarakan ini akan diadakan secara aman tetapi kesannya boleh menggugat ketenteraman awam," katanya dalam satu kenyataan Khamis.

Katanya terdapat agenda berbeza antara Gabungan Mansuhkan ISA (GMI), yang membantah undang-undang itu, dan Majlis Permuafakatan Ummah (Perwaris) bersama PERKASA, yang mahu ISA dikekalkan.

GMI telah menyeru orang ramai menghadiri perhimpunan dikenali sebagai Perhimpunan 100,000 rakyat di beberapa lokasi antaranya Masjid Jamek, Kompleks Sogo dan Masjid Negara sebelum berarak ke Istana Negara bagi menyerahkan satu memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong mendesak supaya ISA dihapuskan.

Pada masa yang sama, Perwaris dan Perkasa pula merancang mengadakan perhimpunan di Padang Merbok, Pasar Seni dan Masjid Negara bagi menyokong agar ISA dikekalkan.

Ismail berkata polis tidak menerima sebarang permohonan daripada kedua-dua kumpulan terbabit untuk mengadakan perhimpunan dan perarakan itu.

"Mana-mana pihak yang mengadakannya adalah bercanggah dengan undang-undang negara," katanya.

Beliau berkata perhimpunan dan perarakan itu akan melibatkan ramai peserta dan boleh membawa kesan negatif kepada orang ramai termasuk pelancong, para peniaga dan mengakibatkan kesesakan lalu lintas.

Maka berlakulah pertuduhan palsu terhadap Anwar Ibrahim....ZAID IBRAHIM

Zaid Ibrahim ni bekas menteri yob. Mungkin apa yang ingin dilakukan ke atas Anwar ada dibincangkan di mana2 antara anggota kabinet sendiri. Jadi cakap2 dia ni bukan cakap kosong. Tengok ayat yang teman highlight di bawah sana nun....Wallahu'alam.

Saya Ahli Pakatan

Ramai orang sibuk bercakap tentang prestasi Datuk Seri Najib sepanjang 100 hari pertama pentadbirannya. Ada yang memuji Najib dan memberi amaran kepada saya bahawa UMNO akan bangkit semua dengan gagahnya di bawah kepimpinan beliau. Setakat ini saya lebih suka untuk tunggu dan lihat; bak kata pepatah Inggeris “new broom sweeps well” yang bermaksud yang baru selalunya indah. Tetapi saya sedikit pun tidak rasa bimbang mengenai “kebangkitan” UMNO ini.

Setelah 40 hari saya menjadi ahli Parti Keadilaan Rakyat, saya merasa begitu bangga dan yakin tentang perjuangan parti ini. Saya telah mula bertemu dengan pemimpin and ahli Keadilan di semua peringkat. Saya diterima dengan penuh hormat dan dijemput ke sana sini untuk berucap.
Saya terharu dengan respons mereka. Jelas komitmen dan kesungguhan mereka yang memberangsangkan. Mereka rajin dan penuh inisiatif dan mempunyai semangat yakin diri yang tinggi . Mereka percaya bahawa Keadilan adalah wadah politik yang sesuai untuk memperjuangkan dasar yang baik untuk negara; demi kebaikan semua rakyat, dalam semua bidang. Parti Keadilan bukanlah parti untuk menjaga Datuk Seri Anwar Ibrahim, seperti yang dilaungkan oleh propagandis UMNO. Maklumlah parti mereka hanya untuk kepentingan pemimpin besar sahaja.

Pengalaman yang sama menarik kepada saya ialah menyedari bagaimana kuatnya hubungan antara parti-parti dalam Pakatan Rakyat. Kekuatan ini timbul dari keinginan ahli-ahli Keadilan, PAS dan DAP yang mahu melihat Pakatan menjadi kerajaan; sebagai parti alternatif kepada BN.

Hasrat mereka sama seperti dengan lebih 4 juta pengundi dalam tahun 2008 yang mahu memilih kerajaan baru di Putrajaya yang benar-benar adil, tidak gila kuasa dan tidak rasuah atau menyeleweng. Walaupun akhbar UMNO telah berjaya membesar-besarkan masalah kecil dalam Pakatan, hakikatnya ialah apa pun masalah kecil itu, pemimpin dan ahli Pakatan berjaya bersatu untuk mengatasi permasalahan tersebut. Resilience atau pun tahan lasak Pakatan ini membuktikan ia akan terus bersatu dan berjaya bila saja pilihan raya diadakan.

Saya sedar ramai pengkritik Pakatan menuduh Pakatan tidak ada dasar yang konkrit dan tidak ada dasar bersama. Kononnya kerana ideologi berbeza, Pakatan tidak mungkin dapat bersatu seperti BN, kata mereka. Golongan skeptik atau penimbul keraguan ini, termasuk sesetengah profesor dan akademik, sebenarnya sedar tentang kekuatan Pakatan yang semakin mendapat sokongan rakyat. Mereka tahu parti-parti dalam Pakatan serta pemimpin-pemimpinnya telah lama berkecimpung dalam politik. Para pemimpin dan ahli Pakatan telah merasai penat-lelah sebagai pembangkang. Mereka telah terbukti dapat bertahan dengan segala tekanan dari kerajaan diktator BN. Mereka telah diuji dan diuji berkali-kali. Mereka tekah masok penjara, masok tahanan ISA dan penyokong mereka berani dan kental.

Sebab itulah strategi utama BN ialah untuk memecahbelahkan Pakatan kerana takut untuk berdepan dan bertarung satu lawan satu. Maka berlakulah pertuduhan palsu terhadap Anwar Ibrahim, merampas kuasa kerajaan negeri di Perak, dan sedang berusaha untuk memecahbelahkan perpaduan Pakatan di Selangor, sehingga berlaku kematian Teoh Beng Hock. Sebelum itu pula UMNO sibuk memecahbelahkan PAS sehingga hampir berjaya dalam pilihan raya kecil di Manek Urai, Kelantan. Sehingga sekarang UMNO memainkan jarum perkauman untuk memecahbelahkan perpaduan orang Melayu yang semakin ramai menyokong Pakatan kerana sudah jijik dengan politik kotor UMNO. Memang, UMNO dan BN sebenarnyaya takut kepada Pakatan.

Memanglah Pakatan ada kelemahannya dan banyak lagi perkara mesti diwujudkan untuk memperkukuhkannya. Ingatlah, Pakatan baru 18 bulan umor nya , dan perkongsian baru mesti lah ada tersilap dan tidak mudah dijalinkan . Tetapi saya yakin apa yang perlu dilaksanakan, akan dilaksanakan. Dasar yang perlu diumumkan kepada orang ramai akan digubal. Tekad dan kesungguhan pucuk pimpinan Keadilan, PAS dan DAP tidak perlu diragui. Keikhlasan dan kebolehan mereka serta penyokong mereka tinggi.

Sekarang ini pun Pakatan sedang bersusaha ke arah mendaftarkan diri sebagai satu badan politik untuk mewujudkan perkongsian perjuangan parti-parti politik secara rasmi. Saya dari sekretariat Pakatan akan berusaha untok menrealisasikan hasrat ini. Rakyat akan diberi pilihan sebenar dalam pilihan raya akan datang; satu lawan satu. Semua ahli parti gabungan Pakatan sudah bersedia untuk berkhidmat kepada rakyat atas nama Pakatan. Malah, dalam tindak-tanduk seharian kita; kita seolah-olah sudah pun menjadi ahli Pakatan dan bukan sekadar ahli Keadilan, PAS atau PAS. Dan inilah yang rakyat mahukan. Dan inilah yang amat digeruni oleh Najib, UMNO dan BN.

Himpunan ISA: Magaran yakin dapat kumpul 70,000..."Pergi jahanam dengan GMI...kami tak takut dengan mereka...???

PETALING JAYA: Kurang 48 jam sebelum perhimpunan dua puak yang masing-masing pro dan anti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) Sabtu ini, Majlis Gabungan NGO Pembela Negara (Magaran) yakin seramai 70,000 penunjuk perasaan akan bersama mereka.

Magaran merupakan kumpulan yang mahu ISA dikekalkan.

Penasihat Undang-undang Magaran, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz berkata, maklum balas yang diperolehi sehingga hari ini, kira-kira 50,000 penyokong kumpulan itu dari Lembah Klang akan turut serta pada Sabtu ini.

"Kawasan Lembah Klang sahaja kita dah ada kira-kira 50,000 penyokong dan kita juga anggarkan kira-kira 20,000 penyokong dari luar iaitu dari seluruh negara akan bersama-sama dengan kita," katanya kepada mStar Online.

Sabtu ini Magaran merancang untuk mula berkumpul di tiga kawasan iaitu di Masjid Negara, Padang Merbok dan Pasar Seni sebelum bergerak ke Dataran Merdeka.

Mereka kemudiannya akan menuju ke Istana Negara bagi menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong yang antaranya menyatakan sokongan terhadap ISA.

Sementara itu, kumpulan anti-ISA - GMI turut akan berkumpul di tiga lokasi iaitu di kompleks membeli-belah SOgo, Masjid Negara dan Masjid Jamek.

Dari tiga lokasi berkenaan, penyokong GMI akan bergerak serentak menuju ke Istana Negara bagi menyerahkan 'Deklarasi Rakyat' kepada Yang di-Pertuan Agong.

Mengulas mengenai pendirian GMI yang bertegas mahu meneruskan perhimpunan pada Sabtu ini, Mohd Khairul berkata Magaran juga tidak akan berganjak dengan pendirian mereka.

"Pergi jahanam dengan GMI...kami tak takut dengan mereka.

"Mereka nak berhimpun, kami pun akan berhimpun, kami juga ada hak untuk berhimpun, apa nak jadi...jadilah.

"Saya minta supaya pihak polis juga akan bersikap adil, jika saya ditangkap, atau mana-mana penyokong kami ditangkap, ketua mereka juga perlu ditangkap," katanya tegas.

Ditanya sama ada kumpulan mereka akan turut disertai oleh mana-mana parti politik, beliau berkata majoriti penyokong Magaran terdiri daripada NGO dan individu yang mahu ISA dikekalkan bagi menjamin keselamatan negara.

"Kita tak dibayangi dengan mana-mana parti politik, semua yang berada di belakang kita ialah mereka yang mahu ISA dikekalkan dan menyokong jika ada pindaan berhubung beberapa perkara dalam akta tersebut," katanya.

Harussani. Ulama yang Melacurkan Diri untuk UMNO


Kalau ada ulama yang boleh dikategorikan sebagai pelacur, namanya ialah Harussani Zakaria. Beliau adalah "pelacur" kelas atas untuk UMNO.


Kalau kita baca tulisan2 ulama2 muhaqiqin yang terdahulu, tiada perkara yang baik yang diungkap mereka bagi menerangkan kedudukan ulama2 yang menjual maruah dan agama mereka demi kepentingan pribadi mereka. Ulama seperti Harussani ini adalah antara ulama2 yang dikeji oleh ulama2 muhaqqiqin yang terdahulu.

Harussani ini TIDAK LAYAK MEMBUAT FATWA kerana beliau tiada ilmu untuk membuat fatwa. Beliau tidak pernah belajar dan menyambung pelajaran beliau untuk melayakkan diri beliau membuat fatwa.

Siapa Harussani Berbandin Tok Guru Nik Aziz

Juak2 UMNO mencuba untuk menaikkan taraf Harussani kononnya lebih tinggi dari Tok Guru NIk Aziz.

Padahal Harussani ni, pegi Universiti pun tak pernah. Berbanding Tok Guru Nik Aziz yang mendapat MA dari Al Azhar.

Harussani, cakap Arab pun tak boleh. Tok Guru Nik Aziz, bukan setakat fasih bahasa Arab, tapi fasih bahasa Urdu dan beberapa bahasa lain

Jadi, berhentilah menaikkan taraf Harussani. Harussani adalah pembohong dan penipu.

Harussani, Ulama Menyokong Dosa Besar

Sewaktu pembunuhan kejam orang2 Islam yang tidak berdosa di Memali tahun 1985, Harussani adalah penyokong kuat kepada tindakan membunuh orang yang tidak berdosa itu.

Di naqal dari blog Ustaz Ahmad Awang:

"* Peristiwa 3: Tragedi Berdarah Memali 1985. Dalam mesyuarat khas Majlis Fatwa Kebangsaan, di mana TSHZ(Harussani) merupakan seorang anggota yang sangat aktif memberi pendapat bahawa mangsa Tragedi Memali, khususnya Asy-Syahid Allahyarham Ibrahim Mahmud (yang lebih dikenal dengan Ibrahim Libya) adalah merupakan kumpulan bughah (penderhaka) dan mereka tidak dianggap mati syahid. Maka wajib dimandi, dikafan dan disembahyangkan sebelum dikebumi. Anehnya sebahagian besar mufti-mufti dalam mesyuarat itu mencadangkan supaya nama mereka yang mati korban tragedi itu tidak perlu disebut dengan lafaz Allahyarham dengan alasan mereka itu penderhaka. Padahal, apabila mereka itu disembahyangkan, maka doa yang menjadi rukun solat jenazah itu adalah memohonkan rahmat dan keampunan kepada mereka yang disembahyangkan. Saya turut hadir dalam mesyuarat tersebut dan memberi hujah mengapa Allahyarham dan kumpulannya adalah mati syahid. Akibatnya saya diusir keluar dari mesyuarat tersebut."

Dosa membunuh orang Islam yang tidak berdosa adalah lebih besar dari berzina. Membunuh orang dosanya tidak diampun Allah SWT dan mereka yang melakukannya kekal dalam neraka buat selamanya.

Harussani adalah penyokong kepada kezaliman dan kefasikan UMNO dan Barisan Nasional. HArussani menyokong pembunuhan kejam Ustaz Ibrahim Libya dan rakan-rakannya yang tidak berdosa.

Orang macam Harussani ini tidak layak dikira sebagai ulama kerana beliau adalah seorang yang fasiq.

Marah Nizar Pegang Lilin. Najib Pula Bagaimana? Apa Komen Pak Mufti

Baru2 ini, Harussani menaikkan isu Nizar pegang lilin. Saya cabar Harussani untuk memberi komen di atas gambar Najib ini:



Harussani Sekular Nasionalis, bukan Islamis

Akidah Harussani adalah Nasionalisma Melayu yang Sekular, dan bukannya Islam. Beliau bukan pejuang Islam. Beliau adalah UMNO dan beliau berjuang untuk UMNO dan sekularisma.

Janganlah kita tertipu dengan orang yang rosak akidah seperti Harussani Zakaria ini. Saya tidak yakin Harussani ni kenal Allah SWT atau tidak.

Tapi yang saya tahu, beliau telah melacurkan diri dan ilmu beliau untuk UMNO dan menyokong semua kezaliman UMNO.

Inilah dia contoh terbaik ulama As Suqq dan ulama ayam daging.

Tulang Besi

PENTING : Makluman pergerakan Himpunan Mansuhkan ISA 1 Ogos


Bagi melancarkan Himpunan Aman Mansuhkan ISA pada 01 Ogos 2009, Sekretariat Himpunan Aman Mansuhkan ISA mengumumkan tempat berhimpun dan pergerakan himpunan seperti berikut:

1. Tempat berhimpun dan negeri-negeri berkaitan:

a. Sogo:

Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak

b. Masjid Jame Kuala Lumpur:

Kelantan, Terengganu, Pahang dan Wilayah Persekutuan

c. Masjid Negara:

Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Selangor.

(Peserta-peserta himpunan aman dikehendaki berkumpul mengikut negeri masing-masing)

2. Perarakan ke Istana Negara akan dimulakan tepat jam 2 petang untuk menyerahkan Deklarasi Rakyat membantah ISA

3. Semua peserta dikehendaki mengikut arahan pihak keselamatan (Jabatan Amal) yang berpakaian merah

4. Peserta digalakkan masuk awal ke Bandaraya Kuala Lumpur dengan meggunakan kenderaan awam untuk mengelakkan kesesakan

Sekian,


Kamaruzaman Mohamad
Timbalan Pengarah Himpunan Mansuh ISA,
Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat. _

Jangan terpedaya dengan ugutan, perhimpunan MANSUH diteruskan

Orang ramai diingatkan agar tidak terpengaruh dengan sebarang ugutan dan khabar angin yang mahu menggagalkan perhimpunan MANSUH 1 Ogos nanti.

Komander perhimpunan tersebut yang juga Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayob menegaskan, perhimpunan aman dan perarakan ke Istana Negara untuk menyerahkan deklarasi rakyat menentang penggunaan akta zalim ISA akan tetap diadakan pada 1 Ogos nanti bermula jam 2.00 petang.

Beliau seterusnya menyeru seluruh rakyat Malaysia yang bencikan kezaliman dan menyokong akta rimba itu dimansuhkan agar meneruskan perjalanan ke Kuala Lumpur untuk berhimpunan pada Sabtu nanti.

"Jangan terpedaya atau terpengaruh dengan mana-mana ugutan atau khabar angin yang mengatakan perhimpunan tersebut dibatalkan kerana pihak GMI dan Sekretariat Perhimpunan MANSUH akan tetap meneruskan perhimpunan dan perarakan pada Sabtu nanti.

"Saya menyeru seluruh rakyat Malaysia yang menyokong akta ISA dihapuskan dan mahu bersama berhimpun agar meneruskan perjalanan ke Kuala Lumpur biarpun terdapat banyak sekatan jalan raya," ujar beliau.

Salahuddin juga menjelaskan, hanya arahan daripada komander-komander yang bertugas dan Unit Amal sahaja harus diterima oleh seluruh peserta pehimpunan MANSUH bukan dari pihak lain.

Perhimpunan MANSUH 1 Ogos nanti diadakan dengan tujuan untuk membantah pengunaan akta zalim ISA dan satu deklarasi rakyat akan diserahkan kepada Yang Dipertuan Agong untuk menyatakan sokongan agar akta tersebut dimansuhkan.

Sex, videotape and the underworld

A clash of the titans seems to be shaping up as the verbal scuffle between MCA president Ong Tee Kiat and his estranged deputy, Chua Soi Lek, continues to pick up steam on the airwaves.

In a sense, Ong has taken over the helm in the MCA at the worst of times. He has inherited one of the oldest premier political parties that had been so battered by the political tsunami last year that its very relevance in Malaysian politics is now in doubt.

The entire MCA membership must be suffering a pandemic of low morale up and down the entire Malayan peninsula. Large chunks of their former electoral real estate has been overrun and lost to the Pakatan Rakyat coalition, especially the DAP. Their positions of official influence and sources of patronage in five state governments have been wiped out.

The onus of salvaging the party wreckage after the political perfect storm and restoring it to its former glory must now lie squarely on Ong's shoulders.

On the surface, Ong looks like the perfect choice for the job. An engineer by training, he used to write Chinese poetry in his youth. His literacy with Chinese literature has endeared him to the Chinese intelligentsia and journalists. He is also known to be a politician with very strong principles, and he is reputed to be clean.

But apparently, Ong has never enjoyed a cordial working relationship with his deputy Chua having failed to appoint him to a cabinet portfolio after his elevation to the number two position in the party.

Ong has many times in the past mumbled about how political leaders should have a high standard in personal morality, obliquely referring to Chua's sex video scandal about a year ago.

For some strange reasons, the sex video has resurfaced again recently. The MCA disciplinary committee has sent Chua a show-cause letter, and the hearing has been fixed on Aug 4.

Unlike the last time, when Chua resigned from his ministerial office meekly, he is now all ruffled up, prepared to take the fight to its bitter end. This is ominous for the MCA for Chua must still enjoy widespread grassroots support, or else he would not be elected deputy president, even after the humiliating debacle of the sex video scandal.

Ong sees conspiracy to dislodge him

In recent days, Ong has been using various public appearances to highlight a joint conspiracy from within and outside the MCA to remove him from office as both MCA president and transport minister. He has even alleged that forces from the underworld are threatening his personal safety, following his handling of the Port Klang Free Zone (PKFZ) scandal.

His tactic is simple and effective. He makes himself a victim to draw sympathy from the party and the public for his next course of action. Already, there are rumours and speculations, especially in the Chinese-language Internet news portals, that an emergency special delegates' convention may be called soon to topple Ong's leadership.

Ong's problem has been complicated by DAP supremo Lim Kit Siang, who has been hounding him every step of the way on the PKFZ scandal. As others who had been targets of Lim would know, it is a very uncomfortable position to be so hounded by him. Lim does have probably the sharpest verbal teeth in Malaysia.

MCA has always been plagued by very disruptive factional fights in the past. In my time, the worst one I have personally witnessed was the protracted and ugly tug-of-war between Tan Koon Swan and Neo Yee Pan in the 1980s. It involved quite a few emergency special delegates' convention.

Tan eventually won, but had to serve his sentence in a Singapore jail, paving the way for the long rein of Ling Liong Sik as party boss.

The brewing of another crisis in the MCA is also a reflection of the immature political culture practised in our young system of party politics.

We all understand that internal discord and power struggle for the top posts is a problem that exists in all political parties in Malaysia. It is more visible in the media for some parties than others.

All these political parties do have their respective constitution that makes provisions for the resolution of internal differences and for democratic elections of party officials at all levels. But while rules are rules, they may not be applied fairly in a country where political goal posts are often moved to suit individual desires - as a rule.

It is also an unwritten rule that in the event of an internal party dispute, the winner will take all the spoils of war, and the loser is exiled to the fringe of party influence, there to lick his wounds forever. Attempts at reconciling the differences and accommodating opponents within the party after the fact have been rare.

A vicious fight to the death


Much as I am critical of Dr Mahathir Mohamad's leadership of the country during his time, I have to concede to him his success in accepting Semangat 46 leaders and members into the Umno fold.

In all other instances, leaders and members of the same political parties who call one another "comrades" would go at one another's throats in more vicious fashion than they would treat members of their political foes across the broad divide of power. A fight for power between political factions would always be a vicious fight to the death, leaving no room later for reconciliation whatsoever.

Let us contrast this with the recent presidential race in the United States. During the long and bitter contest between Barack Obama and Hilary Clinton in the Democrats' primaries and caucuses, they have always appeared civil to each other in public debates.

Though there were veiled personal attacks against one another, these two presidential candidates never degenerated into the kind of demonisation that is the standard practice in Malaysia.

When Obama won his party nomination, Clinton conceded her defeat graciously and later joined ranks by urging all her supporters to give their full support to Obama. When Obama was finally elected president, he nominated Clinton to the all-important post of secretary of state, making her the senior-most member of his cabinet.

There is an old Chinese proverb that says "the stomach of a prime minister is so vast that you can row a boat in it". The true measure of a politician's maturity and greatness even must be his ability to think and behave nobly and honourably in public, and his capacity to absorb all the hurt and humiliation of all the opposition and criticism flung his way from all direction daily.

In the case of Ong versus Chua, both have yet to show this ethical commitment to gentlemanly politics. Like leaders of all political parties, they are truly Malaysian after all!

Samy blames Pakatan for Buah Pala fiasco

MIC president S Samy Vellu today said the Penang Pakatan Rakyat government must assume full responsibility for the plight of Kampung Buah Pala villagers who face eviction on Aug 3.

He said MIC had checked and discovered that the problem involving the sale of the village for development - which resulted in the villagers being forced to evict - only surfaced after DAP secretary-general Lim Guan Eng became chief minister.

"They (Pakatan) are playing the blame game now," he told reporters after chairing the party's central working committee meeting this morning.

He said Pakatan leaders - including opposition leader Anwar Ibrahim - had made many promises to the villagers during the 2008 general election.

Among them was to give the land back to the villagers if they were voted into power.

"But all those promises have gone with the wind... Anwar now has no time to talk about the issue," he added.

DCM gets a bashing

Samy Vellu also lashed out at Penang Deputy Chief Minister II Prof P Ramasamy for failing to solve the Kampung Buah Pala issue.

"He talks a lot but this is not reflected in his work. His talk is big but his action small. I don't know if he even considers himself an Indian. He should step down," added the president.

Responding to a question, the veteran politician said he would intervene in problems "for Indians anywhere in the world."

"Not only Kampung Buah Pala, we'll even go to the Andaman islands," he added.

He however refused to comment on the clashes that took place outside the MIC building this morning between a group of Pakatan Rakyat-led Maika Holdings shareholders and MIC supporters.

Omardin nasihat anak murid patuh arahan polis

Mahaguru Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia, Datuk Omardin Mauju menasihatkan semua anak muridnya supaya akur kepada arahan polis supaya tidak menyertai perhimpunan pro-ISA Sabtu ini.

Sebelum ini, persatuan tersebut telah menyatakan sokongannya untuk bersama Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris) yang menganjurkan perhimpunan tersebut, ekoran tindakan Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) menganjurkan perhimpunan anti-ISA pada hari yang sama.

"Polis kata jangan, janganlah...," kata Omardin.

Kelmarin, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Muhammad Sabtu Osman mengarahkan Pewaris dan GMI supaya membatalkan perhimpunan tersebut kerana khuatir ia menimbul ketegangan dan mengganggu keselamatan awam.

Bagaimanapun, Pewaris berkata, pihaknya akan meneruskan perhimpunan tersebut sekiranya GMI masih meneruskan rancangannya itu.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Omardin berkata sekiranya ada di kalangan anak muridnya yang berbuat demikian, maka pertubuhan itu tidak akan bertanggungjawab di atas tindakan mereka.

Sebaliknya, kata beliau, mereka perlu menanggung sendiri akibatnya.

"Maklumlah anak murid saya terlalu ramai... polis halang, kena patuh, akur," katanya sambil meminta semua pihak supaya akur arahan polis itu.

"Saya selaku mahaguru merayu kepada anak murid saya supaya akur dengan keputusan pihak polis (melarang perhimpunan itu)," katanya.

Katanya, jika polis melarang perhimpunan itu diadakan, maka persatuannya akan akur dan tidak akan menyertainya.

Hisham: Jangan sertai demo pro atau anti-ISA

Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberi amaran akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang menyertai demonstrasi bagi membantah atau menyokong Akta ISA di ibu negara Sabtu ini.

Menteri berkenaan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata tindakan itu sejajar dengan matlamat KDN sendiri yang tidak mahu isu itu memberi kesan negatif terhadap keselamatan dan kepentingan negara.

"Jika mereka melanggar undang-undang sedia ada, tidak kira sama ada mereka pro-ISA atau anti-ISA, tindakan tegas akan tetap diambil.

"Saya tidak akan berkompromi mengenai perkara ini bagi memastikan keselamatan dan kepentingan negara sentiasa terjamin," katanya selepas menyampaikan cek sumbangan saguhati khas kepada bekas polis yang berkhidmat semasa darurat (1948-1962) di Kuala Terengganu hari ini.

Hishammuddin berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Majlis
Gabungan NGO Pembelaan Negara (Magaran) yang memberitempoh sehingga jam 5 petang ini kepada Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) membatalkan hasrat mengadakan demonstrasi untuk mendesak kerajaan memansuhkan ISA, Sabtu ini.

Sekiranya GMI gagal berbuat demikian, maka Magaran yang dianggotai 56 badan bukan kerajaan membabitkan lebih 100,000 penyokong akta berkenaan tidak teragak-agak untuk turut sama berarak ke Istana Negara, bagi menyatakan sokongan kepada pelaksanaan ISA.

Mengulas lanjut, Hishammuddin berkata beliau sudah memaklumkan kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan supaya mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang terlibat dalam demonstrasi berkenaan.

"Saya juga sudah mengarahkan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Muhammad Sabtu Osman supaya memantau secara dekat perhimpunan itu," katanya.

Hishammuddin menasihatkan orang ramai supaya tidak terlibat dengan
demonstrasi itu kerana kerajaan sebelum ini sudah mengumumkan untuk meneliti dan mengkaji ISA.

"Apa sebenarnya niat dan matlamat mereka untuk adakan perhimpunan itu... hanya untuk hura-hara dan menjejaskan keadaan?

"Saya rasa tidak sesuai dalam konteks apa yang kita umumkan selama ini (teliti dan kaji ISA)," katanya.

'Jangan tunduk desakan mansuh ISA'

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris) mendesak supaya kerajaan tidak tunduk "kepada suara minoriti pihak tertentu yang meminta agar ISA dimansuhkan".

"Ini kerana suara minoriti tersebut tidak mewakili keseluruhan suara majoriti rakyat Malaysia," kata PPIM dan Pewaris dalam satu kenyataan bersama hari ini.

Katanya, ISA penting bagi menjamin keselamatan negara dan telah terbukti mampu menangani permasalahan yang boleh membahayakan ketenteraman awam dan keselamatan negara.

"Rakyat juga jangan mudah terpengaruh dengan emosi hanya kerana kepentingan peribadi golongan minoriti tersebut yang cuba memancing emosi rakyat Malaysia untuk kepentingan peribadi mereka.

"Kita mahu negara terus aman dan rakyat negara ini dapat hidup dalam suasana harmoni dan negara bebas dari ancaman keselamatan.

"Jangan terikut dengan budaya luar dan berjuang kerana emosi atas sebab pengaruh pihak tertentu," tambah kenyataan itu.

PPIM dan Pewaris juga menggesa supaya jangan diperjudikan masa dengan negara dan "bertindak melulu tanpa melihat pelbagai perkara yang lebih penting, iaitu keharmonian negara dan keselamatan tanahair tercinta".

"Kenapa kita hendak memperjudikan keselamatan rakyat dan negara kerana provokasi emosi golongan yang berkepentingan peribadi.

"Perhimpunan haram seperti ini hanya akan menyusahkan rakyat dan bantahan beribu orang adalah hanya suara minoriti sahaja berbanding dengan majoriti rakyat yang muak dengan demonstrasi dan perjuangan yang tidak berasas serta tidak mendapat sokongan majoriti rakyat Malaysia," tegas kanyataan bersama itu.

Kerajaan Bantah Keluarga Tuntut Sampel Kugan Dipulangkan Untuk Bedah Siasat

Hampir 8 bulan berlalu, namun sehingga ke hari ini tiada sebarang pendakwaan dibuat terhadap sembilan anggota polis yang dituduh membunuh Kugan Ananthan sewaktu dalam tahanan mereka di Balai Polis USJ 8, Subang Jaya.

Kugan ditahan pada 15 Januari tahun ini selepas disyaki terbabit dalam sindiket mencuri kereta, dan ditemui mati dalam tahanan polis lima hari kemudian. Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar dan laporan bedah siasat pertama pada berkata kematian Kugan berpunca dari paru-paru berair, namun penelitian ahli keluarga mangsa dan media mendapati terdapatnya kesan cedera dan luka pada tubuh mangsa.

Laporan bedah siasat kedua di Pusat Rawatan Universiti Malaya menunjukkan Kugan mengalami kecederaan buah pinggang, pendarahan dalaman pada jantung, paru-paru, leher dan tapak kaki, serta 10 kesan lecuran pada tubuh yang menurut peguam N Surendran konsisten dengan tanda penderaan.

Namun belum sempat laporan bedah siasat kedua diselesaikan, polis bertindak menyerbu PRUM dan merampas sampel tubuh Kugan. Keluarga mangsa kini di mahkamah bagi menuntut kerajaan supaya memulangkan sampel itu untuk diteruskan kajian keatasnya. Kerajaan bagaimanapun enggan.

"Mahkamah Tinggi telah mendengar bantahan awal dari Timbalan Pendakwaraya yang menbantah permohonan ibu Kugan supaya sampel dapat dipulangkan untuk di bedah siasat. Polis telah merampas sampel tubuh mangsa meskipun sedar bahawa laporan bedah siasat belum selesai dan doktor masih menjalakan ujian toksik keatas sampel terbabit. Keluarga mangsa mahu sampel ini dipulangkan untuk mengetahui punca kematian Kugan," kata peguam N Surendran.

"Malang sekali apabila Pejabat Peguam Negara membantah permohonan ini atas dasar teknikal. Bantahan ini dibuat oleh Pejabat Peguam Negara yang sehingga ke hari ini tidak mendakwa mana-mana pembunuh mangsa," tegas Surendran.

Mahkamah akan membuat keputusan keatas bantahan Peguam Negara pada 4 Ogos nanti. Sekiranya bantahan kerajaan diterima, permohonan keluarga Kugan supaya bedah siasat dapat disambung semula sekiranya sampel dipulangkan akan ditolak.

Sekiranya bantahan kerajaan ditolak, peguam akan meminta mahkamah menentukan apakah rampasan sampel tubuh Kugan ini sah di sisi undang-undang atau tidak sah.

Demo ISA: BBPN putuskan pendirian malam ini

Barisan Bertindak Perpaduan Melayu (BBPM) akan bermesyuarat malam ini bagi memutuskan sama ada akan terus menyertai Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris) mengadakan perhimpunan pro-ISA Sabtu ini, ekoran arahan polis supaya ia dibatalkan.

BBPM adalah antara 12 NGO yang menyokong Pewaris untuk mengadakan perhimpunan, ekoran tindakan Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) menganjurkan perhimpunan anti-ISA, juga Sabtu ini.

Kelmarin, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Muhammad Sabtu Osman mengarahkan Pewaris dan GMI supaya membatalkan perhimpunan tersebut kerana khuatir ia menimbul ketegangan dan mengganggu keselamatan awam.Bagaimanapun, Pewaris berkata, pihaknya akan meneruskan perhimpunan tersebut sekiranya GMI masih meneruskan rancangannya itu.

Setiausaha BBPN, Hasan Hamzah berkata, mesyuarat malam ini akan membuat keputusan muktamad mengenainya.

Bagaimanapun, beliau mengulangi pendirian BBPN yang menentang sikap mana-mana yang menentang ISA.

Sementara itu, Timbalan Presiden 11 Pewaris, Rahimuddin Md Harun mengulangi pendirian majlis itu akan meneruskan perhimpunan tersebut, jika GMI tidak batalkan rancangannya.

"Kami merasakan demonstrasi ini perlu bagi mempertahankan ISA," katanya ketika dihubungi hari ini.

GMI yakin 50,000 hadiri perhimpunan Sabtu ini

Tinggal dua hari lagi sebelum perhimpunan besar anti-ISA, Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) yakin mendapat sokongan sekurang-kurangnya 50,000 penunjuk perasaan bagi menyatakan bantahan mereka.

"Berdasarkan maklumbalas yang kita terima, sekurang-kurangnya 50,000 orang," kata ahli jawatankuasanya Norlaila Othman ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Norlaila yang juga isteri bekas tahanan ISA - Mat Sah Mohamad Satray - berkata, perhimpunan anti-ISA itu dijangka mendapat lonjakan sokongan ekoran kematian misteri Teoh Beng Hock baru-baru ini.

"Setakat ini kita dapat sambutan baik, antaranya melalui maklumbalas daripada ceramah-ceramah," kata Norlaila.

Sementara itu, Norlaila berkata, pihaknya kini mengambil langkah berjaga-jaga untuk berdepan dengan kemungkinan pihak berkenaan mengambil tindakan awal bagi menggagalkan perhimpunan anti-ISA Sabtu ini.

"Kita berjaga-jaga sekarang. Kita tidak tolak kemungkinan itu," tambahnya.

Norlaila berkata, gabungan itu dijadual menghantar surat kepada pihak polis hari ini, bagi memaklumkan mengenai perhimpunan Sabtu ini.

Mengenai "Deklarasi Rakyat" menentang akta itu - yang akan diserahkan kepada Yang Dipertuan Agong - beliau berkata, ia akan diedarkan kepada media pada pagi Sabtu ini.

Sabtu ini, kumpulan anti-ISA merancang bergerak mulai jam 2 petang dari tiga lokasi - kompleks membeli-belah Sogo, Masjid Jamek dan Masjid Negara - dengan berpakaian hitam dan merah - sebelum bergerak ke Isntana Negara.

Sementara pada masa yang sama, kumpulan pro-ISA pimpinan Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris) - berpakaian putih - akan berkumpul di Pasar Seni, Masjid Negara dan Padang Merbok, sebelah Bank Negara, sebelum bergerak ke Dataran Merdeka.

Di sana, mereka akan menurunkan tandatangan di atas kain rentang gergasi sepanjang 200 kaki dan berarak ke Istana Negara.

UTUSAN MELOYA CUBA MENIPU LAGI...????? 500 dan 2,500 mana satu betul...????



500 ahli PKR berkumpul di hadapan pejabat MIC

30/07/2009 12:48pm

KUALA LUMPUR 30 Julai – Kira-Kira 500 ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) termasuk Ahli Parlimen Kapar, S. Manikavasagam berkumpul di hadapan pejabat MIC untuk menyerahkan memorandum kepada Presiden parti itu, Datuk Seri S. Samy Vellu.

Memorandum tersebut berkaitan tuntutan saham terhadap anak syarikat MIC iaitu MAIKA Holdings. - Utusan

Penyokong Pakatan, MIC bertembung di ibu pejabat MIC

KUALA LUMPUR: Kira-kira 2,500 penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkumpul di luar bangunan ibu pejabat MIC di Jalan Rahmat sini.

Penyokong-penyokong memegang kain rentang tertulis 'perhimpunan demi keadilan kepada pelabur-pelabur Maika Holdings' dan 'pulangkan hak kami'.

Perhimpunan tersebut diketuai Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam.

Terdahulu, pada pukul 12 tengah hari, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pandamaran, Ronnie Liu tiba di bangunan itu dan bertemu dengan Ketua Pemuda MIC, T Mohan untuk menyerahkan memorandum berkaitan tuntutan Maikan Holdings.

Kira-kira 50 anggota Pasukan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) berada di kawasan itu untuk mengawal keadaan.

Selain penyokong PKR, kira-kira 300 penyokong MIC turut berhimpun melaung 'Pakatan penipu' dan memegang kain rentang tertulis 'Pakatan Rakyat aniaya penduduk Kampung Buah Pala, pulangkan tanah kami, Kampung Buah Pala'.

Pada ketika ini, mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat MIC sedang berlangsung dan dipengerusikan oleh Presiden, Datuk Seri S Samy Vellu.

Anak Samy Vellu, Vell Paari hadir di pekarangan bangunan MIC ketika itu.

Isnin lalu, Vell Paari yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Maika Holdings berkata, beliau sedia untuk bertemu dengan sesiapa hari ini untuk menerangkan keadaan sayap pelaburan MIC itu.

- STAR ONLINE

Testimoni anak seorang tahanan ISA

Nama saya Suhaib. Saya berusia 16 tahun. Ketika bapa saya, Mat Sah Satray ditahan di bawah ISA pada 18 April tahun 2002, saya berusia 8 tahun 5 bulan. Saya masih terlalu kecil dan tidak dapat mengingati semua peristiwa. Ketika itu saya sedang tidur, tetapi terjaga apabila beberapa orang polis masuk ke bilik tidur saya dan dengan kasar menyelak cadar, mengangkat hujung tilam, menarik rak baju, membuka serta menutup almari pakaian hingga mengeluarkan bunyi kuat yang membuatkan saya terjaga.

Umi, panggilan saya pada emak, mendukung saya dan diletakkan di sebelah abah yang ketika itu duduk di sofa di ruang tamu. Aku menoleh ke arah Abah dan nampak kedua-dua tangannya bergari. Aku menangis kerana terlalu takut melihat gari itu. Gambaran gari yang melengkar di kedua-dua belah tangan Abah amat sukar untuk hilang dari minda saya......

Agak lama juga polis menggeledah rumah kami. Seorang wanita sibuk menyoal Abah dan Umi bergilir-gilir dan kemudian menulis sesuatu di atas kertas. Manakala lima orang lelaki yang lain, sibuk membuka rak buku Abah, mengeluarkan Quran dan buku-buku agama serta menyelak-nyelak setiap muka surat dengan pantas. Saya tidak tahu, apa yang mereka cari. Tidak lama selepas itu, mereka membawa Abah masuk ke dalam van putih. Umi dukung saya dan kami berdua sempat melambai tangan kepada Abah. Sebaik sahaja van putih hilang dari pandangan, aku menangis lagi sambil memanggil-manggil Abah. Saya baring di riba Umi hingga tertidur...

Saya bagaikan melalui satu mimpi buruk di mana Abah dilarikan dari rumah oleh sekumpulan lelaki. Bila terjaga dari tidur, saya mencari Abah di semua bilik termasuk bilik air tetapi tidak ditemui. Saya mendapatkan Umi yang sedang membancuh minuman untuk bertanya tentang Abah, tetapi saya nampak Umi juga sedang menangis....

Saya asyik teringatkan Abah. Dari pagi saya tunggu Abah, tengah hari, hinggalah cuaca gelap dan masuk waktu maghrib, Abah masih juga belum pulang. Saya mula menangis kerana rindukan Abah... Ketika itu telefon rumah berdering, saya dan Umi berlari ke arah telefon tetapi apabila gagang diangkat, tiada siapa yang bercakap di hujung talian....

7 tahun telah berlalu

Peristiwa buruk itu telah berlalu tujuh tahun yang lalu, namun ianya sukar untuk hilang semuanya dari fikiran saya. Tujuh tahun lalu Abah saya dibawa pergi, hingga kini beliau tidak pernah balik ke rumah kami.

Pada tahun 2009 ini, maknanya hampir separuh usia saya membesar tanpa belaian kasih sayang, bimbingan dan sentuhan Abah walaupun beliau masih hidup. Saya membesar bertemankan barang-barang peribadinya seperti jam tangan, dompet, baju, seluar, kain pelikat dan buku-buku beliau. Saya sekadar mengikuti nasihat dan kata-kata beliau melalui surat-surat kirimannya. Jika rasa terlalu rindu padanya, saya akan pakai baju, seluar dan kain pelikat beliau. Saya letak gambar Abah di dompet duit bersebelahan dengan gambar saya.

Umi akan memastikan kami melawat Abah sekurang-kurangnya dua kali sebulan. Namun waktu lawatan selama 45 minit itu jauh dari mencukupi untuk Abah menghilangkan rindu, memberikan bimbingan, tunjuk ajar serta melepaskan kasih sayangnya kepada saya.

Satu peristiwa yang tidak dapat dilupakan ialah ketika lawatan pertama ke Kem pada 24 Jun 2002. Setelah hampir tiga minggu tidak melihat Abah sejak pertemuan terakhir di Bukit Aman, saya rasa terlalu rindu kepadanya. Kami berbual selama 45 minit dan di akhir pertemuan, Abah dibenarkan keluar dari bilik kurungan untuk bersalaman dengan saya dan Umi. Abah mengangkat, mendukung dan mencium saya berkali-kali. Saya terlalu rindukan Abah dan apabila warden bertugas menyuruh Abah masuk kembali ke bilik kurungan, saya menangis dan tidak mahu melepaskan pegangan pada lengan Abah...

Bagaikan binatang di zoo

Sejak hari pertama penahanan Abah hinggalah di saat ini, saya tidak pernah berpeluang mengerjakan solat dan membaca quran bersama beliau. Saya tidak mengharapkan duit belanja atau keluar membeli belah kerana memahami semua itu tidak mungkin dapat dilakukan bersama. Namun, satu perkara yang lebih memedihkan bermula pada bulan April 2005, kami keluarga tahanan hanya dibenarkan bertemu menggunakan interkom di sebalik dinding kaca lutsinar. Bila sahaja melihat Abah di sebalik cermin kaca, hati saya terasa hancur... Ketika itu, saya teringat binatang di zoo yang diletakkan di dalam kotak kaca. Apakah dosa dan kesalahan Abah diperlakukan sedemikian rupa. Sejak tarikh itu, setiap kali melawat Abah, saya hanya berpeluang bercakap melalui interkom dan duduk di sebalik kaca. Saya hanya dapat melihat wajah Abah, tetapi tidak dapat menyentuhnya...hati ini memang pedih yang teramat sangat.

Tujuh tahun saya dipisahkan dari Abah, namun tiada sebarang tanda beliau akan dibebaskan. Walaupun pada tahun 2009 ini ada dua pembebasan beramai-ramai yang mendapat tempat di dada media, namun nama Abah saya tiada dalam kedua-dua senarai pembebasan tersebut....

Perpisahan dengan Abah benar-benar membuat saya rasa rendah diri dan terpinggir. Saya terlalu ingin menjalani kehidupan harian bersama Abah. Saya ingin makan, berbual, bergurau senda dan melakukan pelbagai aktiviti harian bersamanya. Saya juga punya keinginan mempunyai keluarga yang lengkap, sama seperti orang lain.

Hingga kini saya tidak faham kenapa Abah saya, seorang yang pendiam dan mudah tersenyum, masih juga belum dibebaskan. Saya tidak tahu apakah sebenarnya kesalahan beliau kerana tahanan ISA lain yang ditahan bersama Abah tujuh tahun dulu, hampir semuanya telah pun dibebaskan... namun Abah masih tetap dikurung di Kem. Saya setuju dengan pendapat Umi bahawa Abah sepatutnya dibicarakan di mahkamah. Kalau benar ada bukti menyatakan dia salah, sekurang-kurangnya hakim akan menetapkan, bilakah tarikh akhir dia menjalani kehidupan sebagai banduan. Saya amat sedih mengenangkan kehidupan Abah dalam ketidakpastian selama tujuh tahun dan terus berlarutan.

Saya akan terus berdoa pada Allah supaya Abah segera dibebaskan...

*Testimoni ini ditulis oleh Suhaib Mat Sah, anak kepada tahanan ISA Mat Sah Satray. Mat Sah Satray ditahan sejak tahun 2002, dituduh terlibat dalam aktiviti Jemaah Islamiah, namun tidak pernah dibuktikan di mahkamah. Dipetik daripada blog merdekareview

Tun Razak beri jaminan ISA hanya untuk pengganas komunis ....Itu jaminan Bapak 1 Malaya....49 tahun dulu...!!!!!

GERAKAN MANSUHKAN ISA (GMI) akan mengadakan perhimpunan di ibu negara pada 1 Ogos ini sempena penyerahan memorandum kepada Istana Negara menggesa supaya Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dimansuhkan. Tanggal 1 Ogos akan datang juga adalah tahun ke-49 ISA diluluskan Parlimen. Apakah tujuan sebenar ISA diwujudkan? Ikuti sedutan ucapan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan, Tun Abdul Razak Husain ketika Rang Undang-undang ini dibawa ke Dewan Rakyat pada 21 Jun 1960.

Tuan Yang Dipertua, saya suka hendak terangkan sedikit berkenaan dasar Rang Undang-undang (Keselamatan Dalam Negeri) ini.

Seperti Ahli-ahli Yang Berhormat ketahui bahawa Kerajaan bercadang hendak menamatkan darurat yang ada pada ketika sesudah 12 setengah tahun lama-nya iaitu akan tamat pada 31 haribulan Julai. Oleh itu mustahaklah diadakan Rang Undang-undang termasuklah Rang Undang-undang Keselamatan Dalam Negeri atau Internal Security Bill.

Seperti yang telah diterangkan, kerap kali bahawa sungguhpun Darurat akan tamat pada 31 haribulan Julai ini, tetapi musuh iaitu pengganas komunis masih lagi ada di negeri kita di antara sempadan Tanah Melayu.

Sudah saya terangkan tadi lebih kurang 580 orang lagi pengganas komunis di sempadan Tanah Melayu dan barangkali 90 orang lagi ada dalam negeri Tanah Melayu. Jadi, mustahak-lah kita mengadakan satu undang-undang supaya dapat Kerajaan meneruskan serangan terhadap pengganas-pengganas komunis ini supaya dapat dihapuskan dengan seberapa segera.

Begitu juga oleh sebab musuh masih ada dalam negeri kita yang mana musuh itu disebabkan dan memikirkan yang mereka itu telah kalah dalam peperangan yang akan menjalankan seberapa usaha tenaganya dengan cara meresap subversif hendak menjatuhkan Kerajaan negeri ini dan hendak merosakkan keamanan. Oleh sebab itu, mustahak-lah kita mengadakan undang-undang bagi mencegah atau melawan anasir-anasir subversif itu.

Undang-undang atau Rang Undang-undang yang ada ini bertujuan satu bagi hendak menjalankan peperangan di sempadan antara Tanah Melayu dengan Siam supaya pengganas komunis akan dihapuskan dengan segera. Kedua, hendak mencegah anasir-anasir pengganas komunis yang ada dalam negeri ini yang menjalankan pekerjaan dengan cara meresap atau subversif.

Berkenaan dengan bahagian yang kedua Rang Undang-undang ini iaitu bagi melawan pengganas komunis di sempadan Siam, dan oleh sebab peperangan akan diteruskan maka terpaksalah diadakan kuasa-kuasa yang banyak sedikit pada pihak Kerajaan dan pihak tentera dan juga pihak Polis bagi menjalankan tugas mereka itu.

Oleh sebab itulah didapati bahagian yang kedua dalam Rang Undang-undang ini ada kuasa yang besar itu diberi setengah dari pihak Kerajaan dan pihak pegawai-pegawai tentera, akan tetapi kuasa itu hanya-lah boleh digunakan dalam kawasan-kawasan yang tertentu yang telah diisytiharkan menjadi security areas (kawasan keselamatan), dan Kerajaan hendak menjadikan di-kawasan sempadan Siam ia-itu kawasan-kawasan di sebelah utara negeri Perlis, sebelah timur negeri Kedah, di utara negeri Perak, dan sebelah barat negeri Kelantan. Kawasan yang lain tidak akan dijadikan 'security area'.

Jadi, kawasan yang kedua dalam Rang Undang-undang ini akan digunakan dalam tempat yang tersebut sahaja. Berkenaan bahagian yang pertama dalam Rang Undang-undang ini sebagaimana yang saya katakan tadi bahawa kuasa yang dikehendaki itu supaya hendak mencegah anasir-anasir subversif yang ada dalam Tanah Melayu ini. Dan fasal yang mustahak sekali dalam bahagian ini ialah bahagian Fasal 8 berkenaan dengan kuasa hendak mempertahankan orang yang difikirkan merbahaya kapada Keselamatan dalam Negeri.

Saya suka terangkan di sini Kerajaan tidak suka hendak memberi perintah supaya seseorang itu ditahan. Akan tetapi oleh sebab difikirkan kadang-kadang mustahak kerana keselamatan negeri, maka terpaksa di-gunakan kuasa ini. Dan apabila seseorang itu telah ditahan, Kerajaan berusaha supaya mereka itu dapat dilepaskan dengan seberapa segera.

Semenjak tahun 1957 hampir 200 orang tahanan telah dikeluarkan, bagitu juga orang yang ditahan sekarang apabila Kerajaan berpendapat mereka itu tidak lagi merbahayakan kepada keselamatan negeri dan mereka itu benar-benar taat setia kapada negeri ini, mereka itu akan dilepas dan dibebaskan dengan saberapa segera. Jadi itulah caranya Kerajaan menjalankan kuasa yang ada di dalam tangan Kerajaan pada masa yang telah lalu.

Dan saya boleh memberi akuan kapada Dewan ini bahawa kuasa-kuasa yang akan diberi kapada Kerajaan akan digunakan dengan cermatnya dan dengan semata-mata memikirkan kepada kepentingan dan keselamatan negeri.

Oleh itu, saya harap Ahli-ahli Yang Berhormat akan memberi sokongan kapada Rang Undang-undang ini.

Himpunan Mansuh ISA, lebih ramai Unit Amal ditempatkan di Masjid Negara


Kawalan Keselamatan sempena Himpunan Mansuhkan ISA 1 Ogos ini akan dikendalikan oleh Unit Amal Pusat dan dibantu oleh Unit Amal Wilayah bersama negeri-negeri lain.

Timbalan Pengerusi 3 Unit Amal Pusat, Syaripuddin Mat Yatim mengesahkan setakat ini lebih 1000 ahli Unit Amal akan hadir bertugas.

Beliau yang dikenali sebagai Abg Chem juga mengesahkan bahawa Unit Amal akan mengangihkan anggota mereka ditiga tempat iaitu SOGO, Masjid Jamek dan Masjid Negara.

Lebih ramai Unit Amal akan diletakkan di Masjid Negara bagi membantu mengawal keselamatan dan mengelakkan pertembungan antara penyokong GMI dan Pro-ISA yang akan berhimpun ditempat yang sama.

Beliau menyarankan agar Penyokong GMI dapat berkumpul di anjung kanan Masjid Negara yang berhadapan dengan bangunan Dayabumi.

Beliau memberikan jaminan bahawa perhimpunan berkenaan akan berjalan dengan aman dan terkawal. Kerjasama semua peserta amat diharapkan bagi mengelakkan sebarang masalah berbangkit

Sejarah 49 tahun lalu, PAS yakin ISA akan disalahguna...PAS 49 tahun dulu dah sebut....???

BERIKUT adalah sedutan ucapan Ahli Parlimen Bachok yang juga Timbalan Yang Dipertua Agung PAS, Prof Dr Zulkiflee Muhammad ketika bangun membahaskan Rang Undang-undang Keselamatan Dalam Negeri di Dewan Rakyat pada 21 Jun 1960.

Tuan Yang Dipertua, di hadapan kita ini ada satu Rang Undang-undang yang bertujuan hendak memerangi subversif, dan di-dalam Undang-undang ini ada beberapa peraturan yang ditujukan kapada maksud itu.

Tuan Yang Dipertua, saya bangun di sini menyokong undang-undang ini. Tetapi saya hendak menceritakan beberapa perkara yang ada di-dalam Undang-undang ini yang pada fikiran saya akan boleh menimbulkan kepayahan dan kesusahan dan akan boleh digunakan bagi maksud yang lain daripada maksud yang asal Undang-undang ini.

Tadi, Timbalan Perdana Menteri (Tun Abdul Razak Hussain) sudah memberikan fikirannya dan di dalam ucapannya yang panjang itu dia telah memberi satu tegasan mengatakan bahawa Undang-undang ini tidak dimaksudkan untuk mencengkam kebebasan dan demokrasi di dalam negeri ini. Dan dia telah berjanji dan memberi jaminan tidak pula ada tujuan Kerajaan hendak menggunakan Undang-undang ini bagi maksud menahan perkembangan parti-parti politik yang bertentangan dengan Kerajaan.

Saya tidak tahu sama ada janji ini boleh dipegang atau tidak. Itu akan diterangkan oleh perbuatan-perbuatan yang akan ditunjukkan kepada Menteri itu; tetapi saya memberi amaran, Tuan Yang Dipertua. Di-dalam mempersetujukan ini saya memberi amaran bahawa kalau sah dan benar tujuan Kerajaan hendak mengawal, memelihara dan mengembangkan demokrasi di negeri ini maka amalkanlah Undang-undang ini menurut dasar pengubalannya.

Sebarang salah guna dari Undang-undang ini akan membawa satu reaksi yang buruk dan tidaklah menjadi mustahil kalau sesudah berjanji hendak dijalankannya dengan baik, tidak mustahil Kerajaan itu hendak menjalankan dengan tidak baik. Orang-orang atau setengah atau sebahagian daripada manusia daripada negeri ini akan menjadi komunis jika disalah pakai Undang-undang ini.

Kita tahu kesalahan-kesalahan dan penyakit-penyakit yang ada di dalam Undang-undang sebagaimana saya sebutkan, tetapi bagi kepentingan keselamatan negeri dan atas asas bahawa Undang-undang ini menuju kapada mencegah perkembangan subversif (komunis) dan terrorism (keganasan) maka kita sokong.

Tuan Yang Dipertua, apabila kami menyokong Undang-undang ini, kami tuntut kepada Kerajaan supaya meluaskan fahaman di dalam makna subversif tidak sahaja subversif dari komunis, tetapi sebarang anasir yang tidak diingini yang ingin menjatuhkan tatahidup demokrasi di dalam negeri ini hendaklah ditegah sama ada dia melakukan subversifnya itu dengan cara langsung atau tidak langsung.

Saya maksudkan puak-puak Amerika, puak-puak Inggeris, puak-puak apa sahaja yang cuba hendak menggunakan helah dan dayanya bagi menjahanamkan tatahidup di negeri ini di dalam subversif.

Sebabnya Tuan Yang Dipertua, "Prejudicial to the interest of this country" yang menjadi teras bagi perkara yang besar di dalam Undang-undang ini tidaklah semata-mata dihadkan kepada sesuatu puak sahaja. Saya bersetuju bahawa bahaya-bahaya komunis amatlah besar. Dan ada masanya iaitu akan bertambah besar. Cara-cara mengembangkan komunis di dalam negeri ini bukanlah payah. Sedikit kesilapan akan membalikkan sejarah negeri ini kepada apa yang telah berlaku.

Bagi pihak saya, sehinggakan pengisytiharan Perdana Menteri menyokong kemasukan China ke dalam United Nation (Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu) itu pun saya rasa, ada mempunyai bibit yang menyeronokkan orang-orang komunis di dalam negeri ini, dengan memberikan kekuatan kapadanya bahawa sekarang negara besarnya telah diakui dan komunisnya sa-kurang-kurangnya dihormati.

Sekurang-kurangnya Perdana Menteri kita telah memberi sadikit angin kepada goyangnya pokok komunis di Tanah Melayu ini dengan pengisytiharan yang saya tidak hendak bahaskan kerana itu soal luar negeri tetapi tidak di-nafikan adanya sokongan moral komunis.

Tuan Yang Dipertua, di-dalam Undang-undang ini, ada beberapa perkara yang tidak terang dan ini akan saya cuba menyebutkannya, supaya dengan menyebutkan perkara-perkara itu dapatlah Kerajaan itu betul-betul mengamalkan Undang-undang ini dengan jiwa dan roh Undang-undang. Ini tidak dengan jiwa dan roh yang lain dari dasar menggunakan Undang-undang ini.

Lagi sekali saya katakan, sebarang silap amal, salah gunakan Undang-undang ini bukan akan mengurangkan terrorist yang 400 orang itu bahkan akan menambah bilangannya. Sebarang penekanan yang tidak dibolehkan oleh Undang-undang ini akan mengakibatkan kesan balas yang tidak diingini.

Pergi kepada satu-satunya Undang-undang ini dan saya percaya Kerajaan ketika sekiranya orang menyokong satu Undang-undang Kerajaan itu maka berilah pertimbangan yang berat kepada fikiran yang dikemukakannya itu sebab dia tidak membangkang, cuma menyokong, kerana ada perkara-perkara yang dirisau, kok salah masuk maka akan sengetlah perjalanan jentera Undang-undang ini.

Tuan Yang Dipertua, di dalam mempersetujui Rang Undang-undang ini, Persatuan Islam Tanah Melayu memegang apa yang dicakapkan oleh Kerajaan bahawa dia tidak bertujuan hendak mencegah perkembangan politik yang sihat di dalam negeri ini. Sebab apa, Tuan Yang di-Pertua? Kerana kita memikirkan kepentingan keselamatan negara. Apa yang disyarahkan oleh orang-orang Persatuan Islam Tanah Melayu mudah sangat membawa kapada apa yang di-sebutkan di sini.

Dalam hal menentang terrorist (pengganas) ini, Tuan Yang Dipertua, kita tentulah tidak berapa risau sebab kategori atau jenis manusia yang disebutkan sebagai 'terrorist' adalah kurang orang yang mungkin dituduh. Maka apa yang ada dalam undang-undang ini yang menerangkan bahawa boleh kita maafkan, kalau pun ia itu terkeluar sedikit sesudah batas kebebasan hidup biasa. Sebab kita adalah berhadapan dengan 'terrorist'.

Walau bagaimana pun kalau ada kemungkinan kezaliman yang dapat dilakukan kepada orang yang kita rasa bukan dirinya penjahat maka patut dihindarkan dalam undang-undang atau yang menjalankan undang-undang ini.

Setelah saya menyebutkan dalam perkara ini tadi maka saya ingin mengemukakan kapada Tuan Yang Dipertua bahawa kami menyokong Rang Undang-undang ini demi kepentingan keselamatan negara, dan saya ulangkan peringatan yang diberi tadi bahawa sebarang salah guna di atas undang-undang ini akan mengakibatkan satu perkara yang sebaliknya.

Perak Pakatan gov't was the prototype

Shah Alam MP Khalid Samad believes that the creation of a decision making mechanism within Pakatan Rakyat is the principal milestone in the quest for a two-coalition system in Malaysia.

In remarks made at a seminar organized by the Institute of Southeast Asian Studies in Singapore earlier this week, the PAS legislator said such a mechanism was created by the PR government that ruled Perak from March 2008 until it was ousted by the Barisan Nasional last February.

Khalid (right), one of the Malaysian Parliament's least partisan voices, credited the DAP, which held the overall majority in the Perak State Assembly, for the success of the concept of consensual government whereby no policy would be passed if coalition partners were not in agreement.

He claimed the PR governments of Selangor and Kedah have yet to emulate the mechanism successfully wrought by the Perak PR government led by Nizar Jamaluddin, the PAS assemblyman who became Menteri Besar.

Khalid, a resolute believer in persuasion through reasoned argument, said the mechanism was necessary to obviate the impact of differing ideologies of PR partners on decision making.

Overriding political ideologies

He explained that PR coalition partners were propelled by a desire to provide responsible and transparent government in the five states where they were enthroned.

He said this motivation was sufficiently potent to override ideological differences among coalition partners such that the immediate policies that were being implemented were not held hostage to fundamental differences.

He added that the PR desire to provide government that moves the "country away from racial politics that has been the defining character of politics under BN" overrode the centrifugal pull of clashing ideologies.

Khalid said the "fear of one race being sidelined" and the fear of another race coming into power "has always been the bogeyman that has been projected by Umno-BN in order for them to stay in power".

He said the PR faced the challenge of educating the public that this "racial politics" was a tool employed by the BN to extend their hold on power rather than an actual danger posed by Malaysian society.

Cautionary note to PR

According to Khalid, another challenge faced by PR was how to manage change. He held that change would be better managed if PR partners correctly identified the reasons why the public supported PR in the last general election.

He said he personally believed the main reason why PR did well was that the people were tired of BN's corruption and racial politics. He said attributions by PAS for their success to increasing Islamic consciousness and of Parti Keadilan Rakyat (PKR) and DAP to their attractiveness to voters, were not necessarily correct.

Khalid cautioned that incorrect attributions for their success would lead PR coalition partners to "bring about changes which probably society at large is not completely ready to accept".

He said the management of change would be better effected if PR emphasized the need for political socialization and reconstruction of social values which were warped by Umno-BN's domination of access to Malay society through mosque, and surau, and through the positions of village chiefs and security committees.

He said the values perpetuated by Umno-BN were based on fear, suspicion and racialist policies. He said PR should counter this politics of fear and race with a "more positive political philosophy where issues of social justice, economic justice and the role of government in ensuring national unity" is emphasized.

He said this philosophy must be imparted and explained to Malay society "in a more Islamic perspective".

Liu: I'm under seven-front attack

Selangor state executive councillor Ronnie Liu claims he's facing a seven-front assault from within and without the DAP because he considered too outspoken.

He alleged in Tuesday's Chinese press that those involved come from the ranks of the police, the Malaysian Anti-Corruption Commission, the Barisan Nasional as well as former Selangor Menteri Besar Mohd Khir Toyo aside from some within the three-party Pakatan Rakyat.

"Actually some are the same people, and I can make an educated guess on the identity of the master mind behind them," he said.
Liu (right) said, before he became an exco, he had exposed many cases of BN's abuse and malpractices, hence these rivals "hated him with a vengeance", and launched personal attacks against him.

He added that the accusations levelled against him are untrue and unethical, for example, some charged him with issuing licences for horse racing gaming machines.

"But in fact, local government has no power over issuing such licences, these are issued by the Ministry of Finance. Yet some people throw these unwarranted accusations against the local government and me."

Ronnie Liu holds the portfolio of local government, research and review in the Selangor State government.

Power earns dislike

He reasoned that the huge power in his hands and the fact that he's often the Selangor government's spokesperson could have earned him the dislike of some Pakatan and DAP members who wanted to sabotage him.

On the accusation that he allowed his office to be used as a gangster meeting place , Ronnie retorted, "These (accusations) are from the same camp and the DAP, they are spreading rumours without knowing the truth, to tarnish my image."

"In my own party, there are also those with different political ideals, and purposely go against me. I'm a straight forward person, and express my stand on everything, but there are some who disagree (with me)."

"I know who they are, but since we are colleagues, I choose not to reveal their identities"

Liu pointed out that is widely known that he has no absolute power in the selection of local councillors but when the public announcement of the list is delayed some point the finger at him.

"I don't want to name these people, actually one party was unable to hand in their list, hence causing the delay, and (they) accuse me of being responsible. This is not right."

Liu:Party comes first

He said, for the sake of "saving the face" of fellow party members, he didn't want to disclose the actual facts.

As for the police and MACC, Ronnie feels that since he had frequently criticized them, and clashed with them over issues such as SOS Damansara, Cheras Makhota, Rawang High tension Cable, PKFZ, Teoh Beng Hock death etc, it is obvious that they hate him.

He suspects that the "Truth for Teoh Beng Hock" blog, which accused him and another Exco member Ean Yong Hian Wah of abusing their constituency allocations, may be the doing of the MACC, since they are the ones who possess such information.

High Chaparral: Evening in Paris gives some hope

The Unesco's Paris Desk will write to the federal government within the next few days seeking clarification on the Kampung Buah Pala village crisis in Penang.

Unesco's Asia Pacific heritage specialist, Junhi Han (extreme left) said the world heritage centre would express its concerns over the demolition of the nearly 200-year-old Kampung Buah Pala after hearing an appeal from village resident K Murugan who went to Paris.

Unesco's intervention was hailed by Hindu Rights Action Force (Hindraf) leader P Waythamoorthy as a boost to the villagers' cause in efforts to stop next week's demolition by the developer.

K Murugan made an official representation to the world heritage body based in the French capital city of Paris yesterday at 3pm (French time).

He was accompanied by London-based Waythamoorthy, who had arranged the meeting with Unesco.

Waythamoorthy had explained the the Kampung Buah Pala predicament to the heritage official of the Unesco Paris Desk.

Waythamoorthy alleged that the village land was originally held on a housing trust but was later taken over by the federal government and transferred to the Penang government under dubious circumstances.

He further alleged that the previous Penang state government had unlawfully alienated and sold the land held on trust to a cooperative society - Koperasi Pegawai Pegawai Kanan Kerajaan Pulau Pinang.

Junhi Han was also told that the cooperative subsequently engaged a private developer Nusmetro Venture (P) Sdn Bhd to build a lucrative condominium project called Oasis on the trust land.

Waythamoorthy (left) told her that the current DAP government was responsible for the actual transfer of the trust land to the cooperative within 19 days after coming to power.

Waythamoorthy told her that during last year's general election campaign, the DAP leaders had promised the residents to secure and preserve the trust land as a heritage village.

However, he alleged, that after coming to power, the DAP state government had failed to fulfil its promise and betrayed the people's trust.

Unesco appeals to gov't


Junhi Han told Waythamoorthy and Murugan that she would immediately inform the Malaysian officials at Unesco to look into the controversy urgently.

Earlier Murugan (left), the 46-year-old cowherd from Kampung Buah Pala, arrived in France on Wednesday morning via London to hand over a memo.

The memo urged Unesco to urgently make a representation to the Malaysian government to stop the village demolition.

It also urged Unesco to send a fact finding team to Kampung Buah Pala to gather first hand information independently to justify the residents' heritage claim over the village.

At the end of the 40-minute meeting, Junhi Han said the matter would be presented to the world heritage committee after receiving a response from the Malaysian government.

The committee, she assured, would then seriously consider the need to commission a Unesco fact finding mission to the village.

Murugan's representation to take his village fight for survival to Unesco is seen as a move to exert international pressure on relevant authorities in Penang, especially Chief Minister Lim Guan Eng to preserve the traditional Indian village.

Murugan's representation would deal a severe blow to the DAP government as it could compromise the status of George Town as living human heritage city, an accolade it shares with Malacca.

Waythamoorthy informed Junhi Han that Kampung Buah Pala sits exactly on the city limit of George Town, which received its international heritage recognition in July 2008.

Kampung Buah Pala faces the possibility of total destruction on Aug 3, after an eviction order was issued on July 2.

Lim's government has already revoked the development plan a few days ago apparently to stop the eviction and compel the developer to agree with its plan to settle the issue amicably.

Kampung Buah Pala is referred to by locals as Tamil High Chaparral because of its hilly location, greenery, population of cowherds, cattle, goats, other livestock, and lively Tamil cultural features and festivities

KHAS BUAT PESERTA 1 HB. OGOS. 2009 ( SABTU ) JAM 2 PETANG....KUALA LUMPUR...!!!!


Kepada anda yang ingin menyertai Himpunan Aman Mansuhkan ISA anjuran Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) diharapkan dapat menyediakan kelengkapan untuk menghadapi sebarang kemungkinan.

Sebagaimana pengalaman kita dalam siri himpunan aman sebelum ini, beberapa kejadian yang tidak diingini mungkin berlaku akibat provokasi pihak-pihak tertentu yang mengganggu himpunan aman seperti ini.

Dari itu bersedialah anda dengan kelengkapan di bawah :-

1) Jangan lupa bawa handset yang telah di'charge' dengan penuh

2) Bawa kain serban, kain hujan dan sebagainya untuk menutup muka dari terkena asap-asap atau air yang diundang

3) Bawa cermin mata (kalau boleh safety glass) untuk melindungi mata dari asap-asap dan air-air yang tidak diundang.

4) Bawa baju hujan atau payung. Sekarang ini musim hujan dan musim orang suka sedekah asap dan air berubat yang mahal.

5) Bawa garam untuk dimakan ketika 'lapar' akibat tertelan gas 'oksigen' yang tidak diundang.

6) Bawa air mineral 5 atau 6 botol untuk mencuci muka dan minum ketika termakan dan terkena gas dan air yang tidak diundang.

7) Seelok-eloknya pakai kasut dan seluar track suit untuk berjoging ketika disembur dengan air dan gas yang tidak diundang.

8) Pakai baju berlengan panjang/jaket untuk mengelakkan gatal dan rasa 'enak' terkena air dan gas yang tidak diundang.

9) Seelok-elok datang dengan seorang atau 2 kawan mana tahu nanti kalau jatuh akibat kenyang makan gas boleh juga kawan tolong papahkan.

dan lain-lain.................Selamat Menghidu Gas dan Mandi dengan Air berubat yang TIDAK DIUNDANG.

Selesema babi semakin bahaya tapi apa tindakan KERAJAAN 1 MALAYSIA.......Atau kita terus import H1N1 dari luar negara...???

Selesema babi semakin bahaya


SEKUMPULAN pelajar Kolej Profesional Mara (KPM) Indera Mahkota, Kuantan
mendengar penerangan jururawat mengenai H1N1 selepas kampus mereka ditutup semalam.

PUTRAJAYA - Wabak selesema babi atau H1N1 semakin menunjukkan impak yang mencemaskan dengan satu lagi korban dilaporkan menjadikan empat kematian H1N1 dicatatkan setakat ini. Sementara itu, tindakan pencegahan pula menyaksikan 19 lagi institusi diarah ditutup mulai semalam.

Arahan penutupan itu turut membabitkan institusi besar dan ternama seperti Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Tanjung Malim selepas empat pelajarnya disahkan dijangkiti H1N1.

Naib Canselornya, Prof. Datuk Dr. Aminah Ayob ketika dihubungi semalam melahirkan kebimbangan selepas 30 lagi pelajar sudah mempunyai simptom wabak dan kini cemas menunggu hasil ujian.

"Kita terpaksa menutup kampus selama seminggu dan mengarahkan kesemua 15,000 pelajar mengosongkan asrama sampai 5 Ogos ini," katanya.

Di Kuala Lumpur, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican menjelaskan, korban terbaru wabak itu ialah seorang wanita berusia 20 tahun di Melaka kelmarin.

Beliau mengakui perkembangan wabak itu sudah mencapai tahap membimbangkan.

Pemegang saham Maika bergasak di ibupejabat MIC

Ibupejabat MIC di Jalan Rahmah, Kuala Lumpur hari ini menjadi tumpuan dua kumpulan berhubung isu membabitkan syarikat pelaburan parti itu - Maika Holdings.

Kumpulan pertama seramai kira-kira 150 orang, diketuai Timbalan Ketua Menteri 2 Pulau Pinang, Prof P Ramasamy dan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat. Mereka turut disertai pemegang saham Maika Holdings yang tidak puashati dengan syarikat tersebut.

Mereka telah berarak menuju ke ibupejabat MIC pada jam 12 tengahari, menuntut penjelasan mengenai status kewangan Maika.

Kumpulan kedua diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif Maika, S Vell Paari bersama pemegang saham yang puashati dengan perjalanan syarikat tersebut.

Kumpulan ini telah mula berkumpul di ibupejabat Maika yang terletak di dalam bangunan ibupejabat MIC sejak jam 9 pagi tadi dan jumlahnya semakin meningkat.

Setibanya di ibupejabat MIC, kumpulan Ramasamy tidak dibenarkan masuk menemui Vell Paari untuk menyerahkan memorandum mengenai status kewangan Maika.

Manakala penyokong Vell Paari berhimpun di dalam bangunan tersebut.

Anggota polis kelihatan memantau keadaan di situ.

Pada kira-kira jam 12.30 tengahari, Vell Paari keluar dari bangunan ibupejabat MIC untuk bertemu dengan kumpulan Ramasamy. Keadan berasak-asak dan beliau terpaksa dikelilingi oleh anggota polis bagi melindunginya.

Akibat itu mengakibatkan berlaku pergelutan antara kedua-dua kumpulan tersebut, beberapa orang dilihat tercedera.

Anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) kemudiannya bertindak segera bagi mengawal keadaan.

Ketika keadaan kecoh di luar bangunan ibupejabat MIC itu, Presidennya, Datuk Seri S Samy Vellu berada di dalam bangunan mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa pusat parti itu.

Perhimpunan yang dianjurkan oleh Pakatan hari ini adalah ekoran rasa tidak puas hati ramai pemegang saham Maika terhadap prestasi syarikat tersebut dan menuntut supaya pelaburan mereka dipulang.

Salahkan Koperasi Nesa

Vell Paari, yang juga anak lelaki Presiden Samy Vellu, bagaimanapun menegaskan bahawa beliau sedia membayar balik pelaburan pemegang saham tetapi tidak dapat berbuat demikian kerana terdapat injunksi oleh Koperasi Nesa - yang diketuai bekas timbalan presiden, Datuk S Subramaniam - untuk menghalang penjualan syarikat insurans milik Maika.

Vell Paari pada awalnya mahu menjual syarikat insurans milik MIC - Oriental Capital Assurance Bhd (OCAB) - tetapi dibantah oleh Nesa, yang juga pemegang saham Maika, atas alasan penjualannya tidak menguntungkan sepenuhnya pemegang saham.

Awal minggu ini, Vell Paari memberitahu Malaysiakini bahawa beliau bersedia bertemu kumpulan yang dipimpin oleh Ramasamy itu untuk memberi penjelasan kepada mereka mengenai status Maika.

Bagaimanapun, tambahnya, Ramasamy juga mesti bersedia memberi penjelasan mengenai langkah-langkah yang telah diambilnya untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh penduduk Kampung Buah Pala di Pulau Pinang.

Vell Paari juga berkata, beliau akan mempelawa Ramasamy dan kumpulannya untuk menyertai pihaknya berarak ke pejabat Koperasi Nesa di Sentul, Kuala Lumpur, yang menghalang penjualan tersebut, dan seterusnya melambatkan pembayaran balik pelaburan pemegang saham Maika.

Pakatan Tuntut MIC Jelaskan Skandal Maika

Pakatan Rakyat dan masyarakat India hari ini bersedia untuk berarak ke Ibu Pejabat MIC di Kuala Lumpur hari ini menuntut parti perkauman itu menjelaskan status kewangan Maika Holdings.

Timbalan Ketua Menteri II Prof P Ramasamy akan mengetuai perhimpunan aman itu dan mereka telah pun berkumpul di beberapa kawasan di ibukota sebelum bertemu dan berhimpun di hadapan Ibu Pejabat MIC.

Pakatan Rakyat dijangka menyerahkan memorandum kepada Ketua Pegawai Eksekutif sayap pelaburan MIC itu, Vell Paari, yang juga anak kepada Presiden MIC Datuk Sri S Samyvellu.

Samy Vellu dituduh menyeleweng sejumlah RM9 juta saham Telekom yang diperuntukkan ke Maika. Beliau dituduh menggunakan tiga syarikat proksi iaitu Clearway Sdn. Bhd, S.B Management Services dan Advance Personal Computers Bhd yang didakwa mempunyai kaitan dengan Samy Vellu, Vell Paari dan seorang lagi ahli keluarga.

Skandal yang berlarutan sejak 1992 ini membabitkan nilai saham mencecah RM120 juta. Ramai pemegang saham, termasuk golongan fakir miskin masyarakat India dikatakan hilang seluruh simpanan mereka ekoran skandal ini dan mendesak MIC memulangkan pelaburan mereka.

Samyvellu dilaporkan mahu menyumbang RM3.2 juta untuk membeli tanah Kampung Buah Pala. Ini menyebabkan ramai pihak tidak berpuas-hati dan mendesak MIC supaya menyelesaikan masalah Maika yang tidak, atau gagal, diselesaikan sejak 1992.

Vell Paari beralasan bahawa beliau bersedia untuk membayar semula kerugian pemegang-pemegang saham, namun tidak dapat berbuat demikian kerana injunksi mahkamah keatas Maika Holdings.

Bangkit tentang kuasa kuku besi, hapuskan ISA - Anwar

Kerajaan Barisan Nasional yang diketuai Umno menggunakan kuasa kuku besi untuk menindas dan membungkam rakyat Malaysia yang berani bangkit bersuara demi kebenaran dan integriti. Mereka teguh menyuarakan ketidakpuasan hati mereka terhadap segala penyalahgunaan kuasa, korupsi dan politik perkauman yang sering dimainkan oleh elit pemerintah.

Saya mengulangi kecaman saya terhadap ISA dan penggunaannya. Rakyat Malaysia menyuarakan hasrat mereka agar terbentuknya sebuah kerajaan yang bertanggungjawab dan mampu untuk memenuhi aspirasi rakyat.

BN yang diketuai Umno sudah sekian lama mengabaikan tanggungjawab ini. Mereka gagal untuk memenuhi tuntutan perubahan, malah sanggup untuk menggadaikan negara ini untuk menyelamatkan diri sendiri serta untuk mengekalkan kuasa mereka.

Kita tertanya-tanya sejauh mana kerajaan ini sanggup untuk menidakkan keadilan, menghancurkan institusi kenegaraan dan mengadu domba rakyat Malaysia yang berbilang kaum.

Kami secara tegas menolak politik perkauman yang dimainkan oleh ahli politik BN yang diketuai Umno, apa yang belaku jelas merupakan satu usaha mereka untuk mengalih perhatian rakyat dari masalah dalaman Umno yang kian memburuk.

Kami pimpinan Pakatan Rakyat bertekad serta berjanji bahawa kami tetap komited untuk membina masyarakat berbilang kaum yang teguh.

Kami ingin menyorot pandangan semua kepada kenyataan Pakatan Rakyat yang membuktikan iltizam kami untuk menjunjung jaminan yang termaktub di dalam Perlembagaan termasuklah kedudukan Islam sebagai agama rasmi, hak rakyat Malaysia untuk mengamalkan agama masing-masing, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan hak kaum masing-masing untuk menggunakan bahasa ibunda mereka dan kedudukan Raja-Raja Melayu serta kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera lainnya.

Kami menggesa kerajaan untuk memberi jaminan kepada rakyat Malaysia bahawa operasi yang bermotifkan politik ini sudah berakhir. Sebagai rakyat negara ini yang bertekad untuk mematuhi semangat keperlembagaan, kita sudah tidak mahu lagi hidup di dalam ketakutan.

Kami menggesa sesiapa sahaja yang ditahan dibawah ISA mestilah dibebaskan segera. Kami juga menawarkan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada rakan-rakan kita yang ditahan serta keluarga mereka tatkala melalui saat-saat sukar ini.

Najib perlu bertanggungjawab 31 peratus kepentingan negara dalam Bernas hilang

PAS mendesak kerajaan menjelaskan kepada umum kenapa membiarkan 31 peratus kepentingan Padiberas Nasional Bhd (Bernas) -sektor strategik negara- diberikan pemilikan yang begitu besar kepada syarikat asing.

Naib Presidennnya, Dato' Mahfuz Omar juga mendesak kerajaan menjelaskan kepada rakyat apakah pemilik Bernas sudah diberikan kebenaran untuk menjual saham yang mewakili kepentingan negara kepada syarikat asing.

Beliau juga mendesak Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak yang juga menteri kewangan bertanggungjawab diatas kehilangan kepentingan negara terutama dalam menjaga keselamatan makanan untuk rakyat.

"Sebagai sebuah syarikat besar di Hong Kong yang orientasinya bukan kebajikan seperti yang digariskan oleh kerajaan sewaktu memberikan tanggungjawab daripada Lembaga Padi Negara (LPN) kepada Bernas.

"Bernas juga perlu menjaga kebajikan dan kepentingan petani-petani dalam negara kita serta menjaga sektor makanan utama (beras) negara ini.

"Jadi kenapa kerajaan membiarkan pemilikan kepentingan negara ini dikuasai oleh syarikat asing? Apakah kerajaan sudah mendapat kebenaran kabinet untuk menjual kepentingan negara kepada syarikat asing?" soal beliau.

Selain itu, ahli parlimen Pokok Sena itu juga mendesak agar kerajaan segera menarik balik permit import (AP) beras yang diberikan kepada Bernas kerana ia kini sudah tidak lagi menjadi hak milik penuh negara.

Firma pelaburan berpengkalan di Hong Kong, Wang Tak Co Ltd muncul sebagai pemegang saham tunggal terbesar dalam Bernas berdasarkan pengumuman pemegang saham utama Bernas di Bursa Malaysia pada 28 Julai lalu.

Wang Tak yang dimiliki oleh kumpulan Lee Hing Development Ltd menguasai 31.36 peratus atau 147.51 juta saham daripada keseluruhan 470.402 juta saham Bernas.

High noon face-off at MIC HQ

The MIC headquarters in Jalan Rahmah, Kuala Lumpur is gearing itself to face two groups of people who are set to face-off at high noon today.

The first group is led by Penang Deputy Chief Minister 2 Prof P Ramasamy and several other Pakatan Rakyat leaders along with a section of disgruntled Maika Holdings shareholders who want to know the financial status of Maika Holdings.

They have started gathering at various spots in the city and are planning to converge at the MIC HQ at noon. Some 1,000 people are expected to be in this group.

The second group is led by Maika CEO S Vell Paari along with shareholders who are happy with the way the company is being run.

This group has started gathering at Maika's headquarters which is located within the MIC building since 9am and their number is rising.

The Ramasamy group plans to submit a memorandum to Vell Paari to ask on the financial status of Maika which is MIC's investment arm.

Many shareholders are unhappy with the performance of the company and are seeking the return of their investments.

Blaming Nesa cooperatives

Vell Paari, who is party president S Samy Vellu's son, however has stated that he was ready to repay the shareholders but was unable to do so due to an injunction obtained against the sale of an insurance company by Nesa Cooperatives, which is headed by former deputy president S Subramaniam.

Vell Paari had originally intended to sell off Maika's cash cow Oriental Capital Assurance Bhd (OCAB) but the deal was objected by Nesa, which is a Maika shareholder, on the grounds that the sale would not fully benefit the shareholders.

Earlier this week Vell Paari told Malaysiakini that he welcomed Ramasamy's group so that he can explain the status of Maika to them.

However he added that in return Ramasamy must also explain on the steps he had taken to solve the problems facing Kampung Buah Pala villagers in Penang.

Vell Paari also said that he would invite Ramasamy's group to join him to march to Nesa's office in Sentul, Kuala Lumpur to protest against their injunction which has halted the sale of the insurance company, thus delaying the pay off for the shareholders.